HBIS3903 Kajian Teks Hadith – Bukhari dan Muslim Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
HBIS3903 KAJIAN TEKS HADITH – BUKHARI DAN MUSLIM Mohd Zohdi Mohd Amin Zulhilmi Mohamed Nor Robiatul Adawiyah Mohd @ Amat Norzulaili Mohd Ghazali Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
Edisi Pertama, November 2007 Edisi Kedua, April 2020 (MREP) Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM), April 2020, HBIS3903 Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada bahan ini boleh disalin semula dalam mana-mana cara tanpa kebenaran secara bertulis daripada Presiden Open University Malaysia (OUM). Pengarah Projek: Prof Dr Widad Othman Dr Aliza Ali Open University Malaysia Penulis Modul: Mohd Zohdi Mohd Amin Zulhilmi Mohamed Nor Robiatul Adawiyah Mohd @ Amat Norzulaili Mohd Ghazali Universiti Sains Islam Malaysia Penyederhana: Dr Ghazali Darusalam Enhancer: Dr Mohd Farhan Md Ariffin Universiti Teknologi Malaysia Dibangunkan oleh: Pusat Reka Bentuk Pengajaran dan Teknologi Open University Malaysia Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
Panduan Kursus ixăxv Topik 1 Latar Belakang Imam al-Bukhari 1 1.1 Biodata Imam al-Bukhari 2 1.2 Pendidikan dan Keilmuan Imam al-Bukhari 7 1.2.1 Pendidikan Peringkat Awal 8 1.2.2 Bidang Pengkhususan 10 1.2.3 Sumbangan Imam al-Bukhari 11 1.3 Metodologi Penulisan Imam al-Bukhari 15 Rumusan 21 Kata Kunci 22 Rujukan 23 Topik 2 Latar Belakang Imam Muslim 24 2.1 Biodata Imam Muslim 26 2.2 Pendidikan dan Keilmuan Imam Muslim 29 2.2.1 Pendidikan Peringkat Awal 29 2.2.2 Bidang Pengkhususan 33 2.2.3 Sumbangan Imam Muslim 34 2.3 Metodologi Penulisan Imam Muslim 37 2.4 Kedudukan dan Keistimewaan Kitab Sahih Muslim 41 Rumusan 43 Kata Kunci 44 Rujukan 45 Topik 3 Kitab Al-Muraqabah 46 3.1 Teks Hadis dan Pengertiannya 47 3.2 Kajian Taraf Hadis 49 3.3 Kajian Sanad Perawi Hadis 50 3.3.1 Sanad Hadis Bersambung kepada Rasulullah SAW 50 3.3.2 Sifat Perawi Hadis 56 3.4 Kajian Matan Hadis 59 3.4.1 Kesimpulan Hadis 61 3.4.2 Pengajaran Hadis 63 Rumusan 65 Kata Kunci 65 Rujukan 66 Isi Kandungan Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
iv ISI KANDUNGAN Topik 4 Kitab Al-Taqwa wa al-Tawakkal 67 4.1 Teks Hadis dan Pengertiannya 68 4.2 Kajian Taraf Hadis 69 4.3 Kajian Sanad Perawi Hadis 70 4.3.1 Sanad Hadis Bersambung kepada Rasulullah SAW 70 4.3.2 Sifat Perawi Hadis 73 4.3.3 Sanad Hadis yang Diragui 75 4.4 Kajian Matan Hadis 76 4.4.1 Matan Hadis Berdasarkan Imam Muslim 76 4.4.2 Matan Hadis Berdasarkan Riwayat al-Tirmizi 76 dan Lain-lain 4.4.3 Kesimpulan Hadis 78 4.4.4 Pengajaran Hadis 79 Rumusan 81 Kata Kunci 81 Rujukan 81 Topik 5 Kitab Al-Halal wa al-Haram 82 5.1 Teks Hadis dan Pengertiannya 83 5.2 Kajian Taraf Hadis 84 5.3 Kajian Sanad Perawi Hadis 85 5.3.1 Sanad Hadis Bersambung kepada Rasulullah SAW 85 5.3.2 Sifat Perawi Hadis 88 5.4 Kajian Matan Hadis 92 5.4.1 Kesimpulan Hadis 94 5.4.2 Pengajaran Hadis 100 Rumusan 102 Kata Kunci 103 Rujukan 103 Topik 6 Kitab Mengenai Sabar 104 6.1 Teks Hadis dan Pengertiannya 105 6.2 Kajian Taraf Hadis 106 6.3 Kajian Sanad Perawi Hadis 107 6.3.1 Sanad Hadis Bersambung kepada Rasulullah SAW 107 6.3.2 Sifat Perawi Hadis 110 6.4 Kajian Matan Hadis 112 6.4.1 Kesimpulan Hadis 114 6.4.2 Pengajaran Hadis 118 Rumusan 121 Kata Kunci 122 Rujukan 122 Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
ISI KANDUNGAN v Topik 7 Kitab Tibb WiqaÊi 123 7.1 Teks Hadis dan Pengertiannya 124 7.1.1 Teks Hadis Bukhari 124 7.2 Kajian Taraf Hadis 125 7.3 Kajian Sanad Perawi Hadis 126 7.3.1 Sanad Hadis Bersambung kepada Rasulullah SAW 126 7.3.2 Sifat Perawi Hadis 128 7.3.3 Sanad yang Diragui 129 7.4 Kajian Matan Hadis 130 7.4.1 Kesimpulan Hadis 132 7.4.2 Pengajaran Hadis 134 Rumusan 136 Kata Kunci 137 Rujukan 137 Topik 8 Kitab Al-Fitan 139 8.1 Teks Hadis dan Pengertiannya 140 8.2 Kajian Taraf Hadis 141 8.3 Kajian Sanad Perawi Hadis 142 8.3.1 Sanad Hadis Bersambung kepada Rasulullah SAW 142 8.3.2 Sifat Perawi Hadis 144 8.3.3 Sanad yang Diragui 145 8.4 Kajian Matan Hadis 147 8.4.1 Kesimpulan Hadis 149 8.4.2 Pengajaran Hadis 150 Rumusan 154 Kata Kunci 155 Rujukan 155 Topik 9 Kitab Sifat al-Qiyamah 156 9.1 Teks Hadis dan Pengertiannya 157 9.2 Kajian Taraf Hadis 158 9.3 Kajian Sanad Perawi Hadis 159 9.3.1 Sanad Hadis Bersambung kepada Rasulullah SAW 159 9.3.2 Sifat Perawi Hadis 162 9.3.3 Sanad Hadis yang Diragui 163 9.4 Maksud Lafaz Hadis 164 9.4.1 Kesimpulan Hadis 165 9.4.2 Pengajaran Hadis 166 Rumusan 175 Kata Kunci 176 Rujukan 176 Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
vi ISI KANDUNGAN Topik 10 Kitab Al-Jannah wa al-Nar 177 10.1 Teks Hadis dan Pengertiannya 178 10.2 Kajian Taraf Hadis 179 10.3 Kajian Sanad Perawi Hadis 180 10.4 Kajian Matan Hadis 184 10.4.1 Kesimpulan Hadis 186 Rumusan 190 Kata Kunci 191 Rujukan 191 Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
PANDUAN KURSUS Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
PANDUAN KURSUS ix DESKRIPSI PANDUAN KURSUS Anda perlu membaca Panduan Kursus dengan teliti dari awal hingga akhir. Ia menyatakan kandungan kursus dengan ringkas dan bertujuan membantu anda memahami kandungan kursus. Ia juga mencadangkan jumlah tempoh masa untuk anda habiskan bagi melengkapkan kursus ini dengan sepenuhnya. Sentiasalah rujuk Panduan Kursus secara berterusan semasa anda membaca kandungan kursus kerana ia dapat membantu dalam menjelaskan komponen pembelajaran penting yang mungkin anda terlepas pandang. PENGENALAN HBIS3903 Kajian Teks Hadith ă Bukhari dan Muslim ialah salah satu kursus yang ditawarkan di Open University Malaysia (OUM). Kursus ini melibatkan 3 jam kredit dan harus dijalankan selama 8 hingga 15 minggu. KEPADA SIAPA KURSUS INI DITAWARKAN Kursus ini ditawarkan kepada pelajar yang mengambil program Sarjana Muda Pengajian Islam (Pengurusan Islam) dengan Kepujian. Kursus ini memperkenalkan dan mengkaji latar belakang Imam al-Bukhari dan Muslim sebagai penulis dalam teks kajian ini. Kajian meliputi tempat lahir, latar belakang keluarga, pendidikan dan sifat peribadi mereka. Di samping itu, kursus ini membincangkan metodologi penulisan hadis yang meliputi sanad, matan dan kesimpulan hadis. Kursus ini juga akan membincangkan secara mendalam kitab atau bab; al-Taubah Tibb WiqaÊi, sifat Kiamat, Al-Jannah wa al-Nar, kitab Al-Fitan, Al-Halal wa al-Haram, kitab mengenai sabar, Al-Muraqabah, Al-Taqwa wa al-Tawakkal. Sebagai pelajar jarak jauh, anda seharusnya mahir dengan keperluan pembelajaran kendiri dan mampu mengoptimumkan kaedah pembelajaran dan persekitaran yang sedia ada. Sebelum anda memulakan kursus ini, sila pastikan anda maklum dengan bahan kursus, kelayakan kursus dan bagaimana kursus tersebut dikendalikan. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
PANDUAN KURSUS x PERUNTUKAN MASA PEMBELAJARAN Berdasarkan piawaian OUM, seseorang pelajar itu perlu memperuntukkan 40 jam pembelajaran bagi setiap jam kredit. Selaras dengan piawaian ini, kursus yang bernilai tiga jam kredit memerlukan masa selama 120 jam pembelajaran. Anggaran masa pembelajaran ialah seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 1. Jadual 1: Anggaran Masa Pembelajaran Aktiviti Pembelajaran Jam Pembelajaran Mengambil bahagian dalam perbincangan awal dan memahami secara ringkas kandungan kursus 3 Memahami modul 60 Menghadiri 3 hingga 5 sesi tutorial 10 Perbincangan dalam talian 12 Ulang kaji 15 Menyiapkan tugasan, ujian dan peperiksaan 20 JUMLAH MASA PEMBELAJARAN 120 HASIL PEMBELAJARAN KURSUS Setelah mengikuti kursus ini, anda seharusnya dapat: 1. Menghuraikan latar belakang penulis dalam penulisan teks hadis; 2. Membincangkan metodologi penulis dalam penyusunan dan penulisan teks hadis; 3. Menjelaskan pengertian sebahagian istilah penting yang berkaitan dengan hadis; dan 4. Menilai isu semasa berdasarkan kefahaman yang tepat dengan merujuk kitab-kitab hadis. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
PANDUAN KURSUS xi SINOPSIS KURSUS Kursus ini terbahagi kepada 10 topik. Sinopsis untuk setiap topik adalah seperti yang disenaraikan berikut: Topik 1 membincangkan biodata Imam al-Bukhari sebagai salah seorang cendekiawan Islam yang bertanggungjawab menyusun kitab Sahih al-Bukhari. Dimulakan dengan pengenalan tempat kelahiran, nama, latar belakang keluarga sehingga kepada sifat keperibadian beliau. Turut dibincangkan ialah aspek pendidikan awal, pengkhususan dan sumbangan beliau. Tumpuan lebih diberi kepada metodologi Imam al-Bukhari dalam menyusun hadis dalam kitab sahih beliau khususnya dalam sanad dan matan hadis. Topik 2 membincangkan biodata Imam Muslim pula sebagai salah seorang cendekiawan Islam yang bertanggungjawab menyusun kitab Sahih Muslim. Dimulakan dengan pengenalan tempat kelahiran, nama, latar belakang keluarga sehingga kepada sifat keperibadian beliau. Turut dibincangkan ialah aspek pendidikan awal, pengkhususan dan sumbangan beliau. Tumpuan lebih diberi kepada metodologi Imam Muslim dalam menyusun hadis dalam kitab sahih Muslim khususnya dalam sanad dan matan hadis. Di samping itu, turut dijelaskan tentang perbezaan antara metodologi Imam al-Bukhari dan Muslim secara ringkas. Topik 3 menjelaskan konsep al-Tahwil dan kedudukan hadis mutawatir cuba diterapkan melalui penelitian terhadap hadis yang terpilih. Perbincangan dimulakan dengan menerangkan pengertian hadis pilihan, diikuti dengan kajian terhadap taraf hadis dari sudut sahih, hasan dan daif. Kajian bermula dengan kajian sanad perawi hadis. Sifat perawi dijelaskan berserta penjelasan rantaian sanad hadis sampai kepada Rasulullah SAW. Seterusnya kajian diikuti dengan penelitian matan hadis dengan membuat perbandingan antara matan hadis Bukhari dan hadis Muslim. Perbincangan tentang inti pati hadis dan pengajaran yang diperoleh daripadanya juga dibincangkan. Topik 4 merupakan kesinambungan kepada dua topik sebelum ini; perbincangan tentang hadis daif diperluaskan dengan pengenalan terhadap beberapa ciri hadis daif. Kajian terhadap taraf hadis dari kitab al-Takwa wa al-Tawakal dari sudut sahih, hasan dan daif diperjelaskan melalui kajian terhadap hadis selain hadis Bukhari dan Muslim. Konsep memperkuatkan kedudukan hadis dengan suatu hadis yang lebih bagus turut dijelaskan. Kajian bermula dengan sanad perawi hadis. Sifat perawi dijelaskan berserta penjelasan rantaian sanad hadis sampai Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
PANDUAN KURSUS xii kepada Rasulullah SAW. Seterusnya kajian diikuti dengan matan hadis dengan membuat perbandingan antara matan hadis Bukhari dan hadis Muslim. Kajian diakhiri dengan perbincangan tentang inti pati hadis dan pengajaran yang diperoleh daripadanya. Topik 5 menerangkan pengertian hadis pilihan diikuti dengan kajian terhadap taraf hadis dari sudut sahih, hasan dan daif. Kajian bermula dengan kajian sanad perawi hadis. Sifat perawi dijelaskan berserta penjelasan rantaian sanad hadis sampai kepada Rasulullah SAW. Seterusnya kajian diikuti dengan penelitian matan hadis daripada kitab Al-Halal wa al-Haram dengan membuat perbandingan antara matan hadis Bukhari dan hadis Muslim. Kajian diakhiri dengan perbincangan tentang inti pati hadis dan pengajaran yang diperoleh daripadanya. Topik ini menerangkan secara ringkas tentang istilah dan hukum Jarh wa TaÂdil di sisi Ibn Hajar serta hubungannya dengan hadis topik. Topik 6 menghuraikan pengertian hadis pilihan diikuti dengan kajian terhadap taraf hadis dari sudut sahih, hasan dan daif. Kajian bermula dengan kajian sanad perawi hadis. Sifat perawi dijelaskan berserta penjelasan rantaian sanad hadis sampai kepada Rasulullah SAW. Seterusnya kajian diikuti dengan penelitian matan hadis daripada kitab mengenai sifat sabar dengan membuat perbandingan antara matan hadis al-Bukhari dengan hadis Muslim. Kajian diakhiri dengan perbincangan tentang inti pati hadis dan pengajaran yang diperoleh daripadanya. Topik ini turut menerangkan peringkat hadis sahih dan kedudukannya menurut ulama hadis. Di samping itu, penjelasan tentang sanad yang bersambung turut diperincikan lebih mendalam. Topik 7 ini, sebagaimana topik sebelumnya menjelaskan tentang pengertian hadis, sanad, matan hukum hadis dan pengajaran daripada hadis serta status hadis dari kitab Tibb WiqaÊi. Namun, tajuk ini turut menjelaskan asas dalam disiplin iÂjaz Âilmi bagi memahami hadis yang bersifat saintifik. Topik 8 membicarakan hadis yang lemah dan palsu. Perbincangan dimulakan dengan menerangkan pengertian hadis pilihan daripada kitab fitan diikuti dengan kajian terhadap taraf hadis dari sudut sahih, hasan dan daif. Pengetahuan pelajar tentang illah hadis akan bertambah dengan perbincangan yang terperinci tentangnya dalam topik ini. Kajian bermula dengan penelitian sanad perawi hadis. Sifat perawi dijelaskan berserta penjelasan rantaian sanad hadis sampai kepada Rasulullah SAW. Seterusnya kajian diikuti dengan penelitian matan hadis dengan membuat perbandingan antara matan hadis al-Bukhari dengan hadis Muslim. Pengetahuan tentang perkembangan hadis palsu akan cuba diserapkan oleh pelajar setelah mengakhiri topik ini dengan penghayatan inti pati hadis dan pengajarannya. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
PANDUAN KURSUS xiii Topik 9 mengutarakan beberapa istilah penting seperti Sanad ÂAli dan Sanad Nazil serta kepentingannya dimasukkan dalam perbincangan tentang hadis berkaitan dengan Sifat al-Qiyamah. Penerangan tentang pengertian hadis pilihan mendahului kajian terhadap taraf hadis dari sudut sahih, hasan dan daif. Kajian terhadap sanad perawi hadis disusuli dengan kajian sifat perawi hadis diharap mampu memberi kefahaman kepada pelajar bagaimana wujudnya rantaian sanad hadis sampai kepada Rasulullah SAW. Seterusnya kajian matan hadis dijalankan dengan membuat perbandingan antara matan hadis Bukhari dengan hadis Muslim. Perbincangan tentang inti pati hadis dan pengajaran yang diperoleh daripadanya mengakhiri topik ini. Topik 10 menerangkan pengertian hadis pilihan diikuti dengan kajian terhadap taraf hadis dari sudut sahih, hasan dan daif. Kajian bermula dengan kajian sanad perawi hadis. Turut diperbincangkan tentang istilah hadis marfu , mawquf, maqtu dan kudsi serta ciri-ciri khususnya. Sifat perawi dijelaskan dalam konteks istilah yang dijelaskan. Seterusnya kajian diikuti dengan penelitian matan hadis dengan membuat perbandingan antara matan hadis Bukhari dan hadis Muslim. Kajian diakhiri dengan perbincangan tentang inti pati hadis dan pengajaran yang diperoleh daripadanya. PANDUAN SUSUN ATUR TEKS Sebelum anda membaca modul ini, adalah penting sekiranya anda mengambil tahu susun atur teks modul. Memahami susun atur teks akan membantu anda untuk merencana pembelajaran kursus supaya lebih objektif dan berkesan. Umumnya, susun atur teks bagi setiap topik adalah seperti yang berikut: Hasil Pembelajaran: Ia merupakan apa yang anda harus dapat lakukan atau capai setelah selesai membaca sesuatu topik. Setelah selesai membaca setiap topik, anda digalakkan merujuk kepada senarai hasil pembelajaran berkenaan untuk memastikan sama ada anda dapat atau tidak mencapainya. Amalan seperti ini akan dapat mengukur dan mempertingkatkan penguasaan kandungan sesuatu topik. Semak Kendiri: Soalan diselitkan pada bahagian tertentu dalam topik. Soalan ini menguji kefahaman tentang maklumat yang anda telah baca. Jawapan untuk soalan ini biasanya terdapat dalam perenggan yang sebelumnya. Anda digalakkan menjawab soalan Semak Kendiri ini untuk menguji dan memastikan sama ada anda telah memahami kandungan sesuatu topik dan seterusnya menyediakan anda untuk menghadapi ujian dan peperiksaan kelak. Kebanyakan jawapan kepada soalan yang ditanya terdapat dalam modul itu sendiri. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
PANDUAN KURSUS xiv Aktiviti: Aktiviti juga diselitkan pada bahagian tertentu dalam topik untuk menggalakkan anda mengaplikasikan konsep dan prinsip yang anda telah pelajari kepada situasi sebenar. Aktiviti ini juga memperluaskan kefahaman kandungan yang dipelajari dengan menggalakkan anda melakukan sesuatu seperti berfikir secara mendalam, memberi pendapat, berbincang bersama rakan dalam kelas, merujuk kepada laman web, membaca artikel jurnal dan seumpamanya. Rumusan: Pada akhir topik, isi penting topik tersebut disenaraikan. Komponen ini membantu anda untuk mengingat dan mengimbas semula keseluruhan topik. Anda haruslah memastikan bahawa anda memahami setiap pernyataan yang disenaraikan. Jika tidak, sila kembali membaca topik berkenaan. Kata Kunci: Pada akhir topik, disenaraikan beberapa perkataan dan frasa penting yang digunakan dalam topik berkenaan. Anda mesti dapat menjelaskan setiap perkataan dan frasa ini. Jika tidak, sila kembali membaca topik berkenaan. Rujukan: Rujukan merupakan bahagian yang senarai buku teks, jurnal, artikel, kandungan elektronik atau sumber yang boleh ditemui yang berkaitan dan berguna dalam melalui modul atau kursus. Senarai ini boleh dilihat dalam beberapa bahagian seperti dalam Panduan Kursus (pada bahagian Rujukan), pada akhir setiap topik atau akhir modul. Anda digalakkan membaca bahagian yang berkaitan dalam senarai rujukan tersebut untuk mendapatkan maklumat lanjut dan memperkukuhkan kefahaman anda. PENGETAHUAN ASAS Tiada pengetahuan asas diperlukan. KAEDAH PENILAIAN Sila rujuk myINSPIRE. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
PANDUAN KURSUS xv RUJUKAN Al-ÂAsqalani, Ahmad ibn ÂAli Ibn Hajar. (1993). Fath al-bari bi sharh sahih al-Bukhari. J.12. Beirut, Lebanon: Dar al-Fikr. Al-Bukhari, Abu ÂAbdillah Muhammad ibn IsmaÂil ibn Ibrahim. (1958). Sahih al-Bukhari. Misr, Mesir: Mustafa al-Babiyy wa Awladuhu. Al-Nawawi, Muhy al-Din Abu Zakariya Yahya ibn Sharf. (t.t.). Sharh sahih Muslim. J.17. Beirut, Lebanon: Dar al-Qalam. Al-Naysaburi, Muslim ibn al-Hajjaj ibn Muslim ibn Ward ibn Kusyaz al-Qusyairi. Sahih Muslim. Tahqiq: Muhammad Fuad Abdul Baqi. Beirut, Lebanon: Dar IhyaÊ al-Turath al-Arabi. PERPUSTAKAAN DIGITAL TAN SRI DR ABDULLAH SANUSI (TSDAS) Perpustakaan Digital TSDAS mempunyai pelbagai sumber bercetak dan dalam talian untuk kegunaan pelajar. Perpustakaan digital komprehensif ini, yang boleh dicapai melalui portal OUM, menyediakan akses kepada lebih daripada 30 pangkalan data yang meliputi jurnal, tesis dan buku dalam format elektronik serta banyak lagi. Contoh pangkalan data yang ada adalah EBSCOhost, ProQuest, SpringerLink, Books247, InfoSci Books, Emerald Management Plus dan Ebrary Electronic Books. Sebagai pelajar OUM, anda digalakkan untuk menggunakan sepenuhnya sumber yang terdapat di perpustakaan ini. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
PANDUAN KURSUS xvi Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
PENGENALAN Hadis atau sunah merupakan rujukan utama dalam perundangan Islam selepas al-Quran. Koleksi hadis ini dibukukan dalam kitab hadis yang disusun pada kurun ke-2 Hijrah. Antara kitab hadis tersohor ialah kitab Sahih al-Bukhari. Tahukah anda siapakah pengarang kitab ini? Mengapakah kitab ini begitu penting untuk dipelajari, khususnya oleh pelajar dalam bidang pengajian Islam? Oleh itu, dalam Topik 1 ini, kita akan membincangkan latar belakang Imam al-Bukhari yang merupakan pengarang kitab Sahih al-Bukhari. Topik ini akan membantu anda mengenali biodata ringkas Imam al-Bukhari dari sudut nama, latar belakang, sifat peribadi dan ketokohannya. Topik 1 Latar Belakang Imam al-Bukhari Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Menerangkan latar belakang Imam al-Bukhari; 2. Membincangkan tahap pendidikan dan keilmuan Imam al-Bukhari; dan 3. Mengenal pasti metodologi penulisan Imam al-Bukhari dalam penyusunan kitab Sahih al-Bukhari. HASIL PEMBELAJARAN Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
2 TOPIK 1 LATAR BELAKANG IMAM AL-BUKHARI Seterusnya, topik ini akan membincangkan keilmuan dan kesarjanaan Imam al-Bukhari, bermula daripada pendidikan awal beliau sehingga bidang kepakaran dan pengkhususan dalam bidang hadis serta sumbangannya terhadap Islam. Selain itu, kita juga akan mempelajari metodologi Imam al-Bukhari dalam periwayatan dan penyusunan hadis dalam kitab Sahih al-Bukhari. Rajah 1.1 memaparkan gambaran keseluruhan topik ini yang membincangkan latar belakang Imam al-Bukhari. Rajah 1.1: Latar belakang Imam al-Bukhari BIODATA IMAM AL-BUKHARI Dalam topik ini, kita akan membincangkan biodata Imam al-Bukhari. Siapakah Imam al-Bukhari? Pernahkah anda membaca atau mempelajari tentang beliau? Imam al-Bukhari merupakan salah seorang ulama Islam tersohor dalam bidang hadis. Beliau pengarang kitab Sahih al-Bukhari dan turut digelar sebagai Amirul Mukminin dalam kalangan ahli hadis. Terlebih dahulu, apakah yang anda tahu mengenai kitab Sahih al-Bukhari (lihat Rajah 1.2)? 1.1 Sebelum anda meneruskan pembacaan, nyatakan apa-apa yang anda tahu tentang Imam al-Bukhari dan apakah sumbangan terbesar beliau? Bandingkan jawapan awal anda dengan apa-apa yang dibincangkan seterusnya. AKTIVITI 1.1 Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 1 LATAR BELAKANG IMAM AL-BUKHARI 3 Rajah 1.2: Kitab Sahih al-Bukhari Sumber: https://www.sifatusafwa.com/en/collections/363-sahih-al-bukhari-withharakat.html Pengenalan ringkas mengenai kitab ini adalah seperti yang berikut: (a) Kitab Sahih al-Bukhari merupakan kitab koleksi hadis Nabi Muhammad SAW yang dihimpunkan dan disusun oleh Imam al-Bukhari (256 H). (b) Nama asal kitab ini ialah Al-Jami al-Sahih al-Musnad al-mukhtasar min Umuri Rasulillahi Sallallah ÂAlayhi Wasallam wa Sunanihi wa Ayyamihi. (c) Imam al-Bukhari mengambil masa selama 16 tahun untuk menyelidik, mengumpul, menapis dan menyusun kitab ini. (d) Kitab ini merupakan petikan daripada 100,000 hadis yang sampai kepada Imam al-Bukhari. (e) Hadis yang terkandung dalam buku ini adalah hanya hadis sahih yang bersambung sanadnya daripada Imam al-Bukhari sehingga kepada Rasulullah SAW. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
4 TOPIK 1 LATAR BELAKANG IMAM AL-BUKHARI Lantas, apakah yang mendorong Imam al-Bukhari menghasilkan karya agung ini? Dua sebabnya telah diceritakan sendiri oleh Imam al-Bukhari seperti yang berikut: (a) Guru beliau, iaitu Ishaq Ibn Rahawaih telah menyampaikan hasratnya atau mencadangkan kepada muridnya supaya menghimpunkan hadis yang sahih. Maka, kata-kata itu sangat memberi kesan terhadap hatiku. (b) Beliau telah bermimpi berdiri di samping Rasulullah SAW dan pada masa yang sama, beliau sedang mengipas Baginda SAW. Penafsir mimpi mengatakan bahawa beliau akan menghalang pendustaan terhadap Rasulullah SAW. Hal ini yang mendorong aku untuk menghasilkan karya ini. Hasilnya, ketelitian Imam al-Bukhari dalam menilai dan memilih hadis sahih yang dimuatkan dalam kitab ini menjadikannya antara teks rujukan paling utama bagi umat Islam selepas al-Quran. Para ulama berbeza pendapat tentang bilangan hadis yang terdapat dalam Sahih al-Bukhari. Menurut Ibn Hajar al-ÂAsqalani, ia mengandung sebanyak 9,082 hadis dengan 2,602 hadisnya adalah tidak berulang. Manakala Ibn Solah dan al-Nawawi mengatakan sebanyak 7,275 hadis dengan 4,000 yang tidak berulang. Seterusnya, marilah kita lihat serba sedikit mengenai latar belakang Imam al-Bukhari. (a) Nama Penuh Nama penuh Imam al-Bukhari ialah Muhammad Ibn Ismail Ibn Ibrahim Ibn al-Mughirah Ibn Bardizbah al-JuÂfi al-Bukhari. (b) Tarikh dan Tempat Lahir Imam al-Bukhari dilahirkan di Kota Bukhara, pada hari Jumaat, malam 13 Syawal tahun 194 H bersamaan tarikh 21 Julai 810 M. Beliau dikenal sebagai Imam al-Bukhari kerana dinisbahkan kepada daerah tempat kelahirannya, Bukhara yang terletak dalam wilayah Khurasan (kini dalam negara Uzbekistan). (c) Tarikh dan Tempat Meninggal Dunia Imam al-Bukhari menghembuskan nafasnya yang terakhir pada malam Sabtu selepas solat isyak pada malam Hari Raya Fitrah, 30 Ramadan 256 H bersamaan tarikh 31 Ogos 870 M di Khartank, berdekatan dengan Samarqand ketika berusia 62 tahun. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 1 LATAR BELAKANG IMAM AL-BUKHARI 5 (d) Latar Belakang Keluarga Kedua-dua ibu bapa Imam al-Bukhari berasal dalam kalangan orang yang soleh dan sentiasa menghampirkan diri kepada Allah SWT. Imam al-Bukhari dibesarkan dalam keluarga yang baik, beriman, soleh dan sentiasa mendapat makanan yang bersih. Semenjak kecil lagi beliau disusukan oleh ibunya sahaja. Beliau tidak pernah diberi makan makanan yang syubhah, apatah lagi haram. (e) Bapa Imam al-Bukhari merupakan ahli hadis yang mempelajari hadis daripada ulama terkenal seperti Imam Malik Ibn Anas dan Ibn al-Mubarak. Bapanya meninggal dunia sewaktu Imam al-Bukhari masih kanak-kanak dan beliau membesar dalam keadaan yatim di bawah jagaan ibunya bersama abangnya, Ahmad. (f) Ibu Ibu Imam al-Bukhari merupakan wanita yang solehah, sentiasa menghampirkan diri kepada Allah SWT. Diriwayatkan bahawa Imam al-Bukhari pada masa kecilnya menderita penyakit mata dan beliau tidak dapat melihat. Kemudian pada suatu ketika, ibunya bermimpi bertemu dengan Nabi Ibrahim a.s. yang baginda menerangkan kepadanya bahawa penyakit anaknya itu akan sembuh disebabkan doa berpanjangan daripada ibu yang solehah. (g) Sifat Peribadi Secara umumnya, Imam al-Bukhari memiliki sifat peribadi seorang cendekiawan ulung sehingga melonjakkan beliau kepada kedudukan tertinggi dalam kalangan ulama Islam, antaranya: (i) Imam al-Bukhari merupakan seorang yang warak, zuhud, soleh, lemah lembut dan halus jiwa. Pergaulan beliau tidak terbatas oleh status, darjat, taraf dan peringkat usia masyarakat. Namun begitu, sebahagian besar masanya dihabiskan dalam majlis ilmu para ulama di Bukhara. (ii) Imam al-Bukhari amat mencintai bidang keilmuan. Kepintarannya terserlah sejak kecil lagi. Beliau menghafal keseluruhan al-Quran sebelum usianya mencecah 10 tahun. Ketika umurnya 16 tahun, beliau menghafal beberapa kitab karangan ulama masyhur seperti Ibn Mubarak dan Waki Ibn Jarrah. Pada masa yang sama, beliau mula memahami dan mengkaji ijtihad para ulama. Imam al-Bukhari juga mempelajari biografi majoriti periwayat hadis zaman sebelum atau sezaman dengan beliau. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
6 TOPIK 1 LATAR BELAKANG IMAM AL-BUKHARI (iii) Beliau turut mempunyai kekuatan menghafal yang amat menakjubkan. Beliau menghafal 300,000 hadis yang terdiri daripada hadis sahih dan daif bersama-sama sanadnya yang bersambung terus sehingga kepada Rasulullah SAW. Tidak hairanlah sekiranya majlis ilmu Imam al-Bukhari di Baghdad dihadiri oleh 10,000 orang. Tahukah anda bahawa Imam al-Bukhari terkenal dengan kehebatan beliau dalam menghafal sehingga terdapat pakatan untuk menguji kehebatan beliau? Sesetengah ulama Baghdad yang sezaman dengan Imam al-Bukhari meragui kehebatan hafalan beliau. Apabila Imam al-Bukhari tiba di Baghdad, mereka mengadakan pakatan untuk menguji tahap hafalan beliau. Sebanyak 100 buah hadis telah ditukar-tukarkan antara sanad dan matannya, dengan cara menjadikan suatu matan hadis pada sanad hadis yang lain. Demikian seterusnya dilakukan terhadap semua 100 hadis tersebut. Setiap 10 hadis diagihkan kepada 10 orang ahli hadis dan diajukan kepada Imam al-Bukhari. Namun, Imam al-Bukhari dapat mengesan kecelaruan yang berlaku dalam semua 100 riwayat tersebut. Dengan kekuatan dan kehebatan hafalan yang dianugerahkan kepada Imam al-Bukhari, beliau mampu membetulkan kecelaruan semua 100 hadis tersebut dan mengembalikan hadis tersebut sebagaimana asalnya. Bahkan, beliau mampu menyebut kesalahan dan kecelaruan yang dilakukan oleh setiap perawi tersebut dengan menyatakan riwayat yang betul. (iv) Selain daripada minat untuk mendalami ilmu pengetahuan, Imam al-Bukhari juga minat dalam bersukan untuk menjaga kesihatan fizikal dan mental. Antara sukan yang paling digemarinya ialah memanah. Pernah diriwayatkan bahawa beliau pakar dalam memanah dan seluruh panahan yang dilakukan oleh beliau tepat pada sasarannya. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 1 LATAR BELAKANG IMAM AL-BUKHARI 7 PENDIDIKAN DAN KEILMUAN IMAM AL-BUKHARI Kita telah mempelajari latar belakang Imam al-Bukhari terdahulu. Sekarang, mari kita membincangkan pendidikan dan keilmuan Imam al-Bukhari. Keilmuan dan kesarjanaan Imam al-Bukhari diiktiraf oleh para ulama sezaman dengan beliau dan juga para ulama selepas beliau. Antaranya ialah Imam Ibn Huzaymah yang mengatakan: Aku tidak pernah melihat di bawah langit yang terbentang luas ini seorang manusia yang lebih arif dalam bidang hadis selain Muhammad Ibn Ismail. (Imam al-Bukhari, t.t.) Ilmu yang dimiliki oleh Imam al-Bukhari adalah hasil daripada kesungguhan dan kegigihan beliau menuntut ilmu semenjak kecil. Mari kita mempelajari dengan lebih terperinci tentang pendidikan dan keilmuan beliau. Terdapat tiga peringkat seperti ditunjukkan dalam Rajah 1.3. Rajah 1.3: Tiga peringkat pendidikan dan keilmuan Imam al-Bukhari 1.2 Semangat juang Imam al-Bukhari dalam menuntut ilmu perlu dicontohi. Beliau sanggup merentasi padang pasir meredah panas terik mentari untuk menimba ilmu. Mengapakah kita yang dibekalkan dengan pelbagai kemudahan tidak menggunakan peluang ini dengan sebaiknya untuk memperlengkapkan diri dengan ilmu? Bincangkan. AKTIVITI 1.2 Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
8 TOPIK 1 LATAR BELAKANG IMAM AL-BUKHARI 1.2.1 Pendidikan Peringkat Awal Imam al-Bukhari pada masa kecilnya merupakan kanak-kanak yang cerdik. Beliau belajar sejak berumur 10 tahun atau kurang sedikit daripada itu. Tempat beliau belajar ialah di Dar al-Kitab. Ketika itu, beliau mula menghafal banyak hadis Rasulullah SAW. Keinginan untuk mendalami bidang hadis semakin meningkat. Hal ini menjadikan beliau selalu berulang-alik menemui guru hadis yang terdapat di tempatnya seperti: (a) Muhammad Salam al-Bikundy; (b) Abdullah Ibn Muhammad al-Musandy; (c) Harun Ibn al-AshÂas; dan (d) Muhammad Yusuf al-Bikundy. Pada tahun 210 H, ketika Imam al-Bukhari berumur 16 tahun, beliau menghafal kitab yang ditulis oleh Ibn al-Mubarak dan Waki yang merupakan ulama tersohor pada ketika itu. Pada usia yang sama juga, beliau bersama-sama ibu dan saudara lelakinya yang tua, iaitu Ahmad telah pergi ke Mekah untuk menunaikan haji. Ibu dan saudaranya balik ke Bukhara setelah selesai mengerjakan haji tetapi Imam al-Bukhari terus menetap di Mekah untuk melanjutkan pelajarannya dalam bidang hadis. Di Mekah, beliau belajar dengan ulama hadis yang masyhur seperti Abu al-Walid Ahmad Ibn Muhammad al-Azraqi dan Ismail Ibn Salim al-Sayigh. Setelah itu, Imam al-Bukhari berpindah ke Madinah al-Munawwarah untuk bertemu dengan ulama hadis di sana di samping menziarahi makam Rasulullah SAW. Di tempat yang mulia ini, Imam al-Bukhari mula menunjukkan bakatnya dalam bidang penulisan. Beliau menulis kitab Al-Tarikh al-Kabir yang memperkatakan tentang status perawi hadis. Setelah menetap beberapa ketika di Madinah, Imam al-Bukhari terus menyambung dan meluaskan ilmu pengetahuannya mengenai hadis ke negeri lain termasuklah Hams, Damsyik, Mesir, Rayy, Naysabur, Baghdad, Basrah, Kuffah dan Wasit. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 1 LATAR BELAKANG IMAM AL-BUKHARI 9 Beliau mendalami ilmu hadis daripada para ulama hadis yang terunggul dalam bidang. Beliau mengambil hadis lebih daripada 1,000 orang ulama. Antara guru beliau yang terkenal ialah: (a) Abu ÂAsim Ibn Mukhlad al-Nabil; (b) Ishaq Ibn Rahawaih; (c) Yahya Ibn MaÂin; (d) ÂAli Ibn al-Madini; (e) Qutaybah Ibn SaÂid; dan (f) Ahmad Ibn Hanbal. Rajah 1.4 menunjukkan kawasan pengajian yang pernah dijelajahi oleh Imam al-Bukhari. Rajah 1.4: Kawasan pengajian yang pernah dijelajahi oleh Imam al-Bukhari Sumber: https://en.wikipedia.org/wiki/Muhammad_ al-Bukhari#/media/File:BukhariTripEnglish.jpg Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
10 TOPIK 1 LATAR BELAKANG IMAM AL-BUKHARI 1.2.2 Bidang Pengkhususan Secara umumnya, Imam al-Bukhari lebih dikenal sebagai imam dalam bidang hadis berikutan penguasaannya yang mendalam terhadap bidang hadis dan ilmu yang berkaitan dengannya. Selain itu, Imam al-Bukhari juga terkenal berikutan kemampuannya menghimpun dan menghafal sejumlah besar hadis. Diriwayatkan bahawa Imam al-Bukhari telah menghafal sejumlah 100,000 hadis sahih dan 200,000 hadis daif. Selain itu, Imam al-Bukhari turut menguasai bidang ilmu lain seperti disenaraikan dalam Jadual 1.1. Jadual 1.1: Bidang Ilmu Lain yang Dikuasai oleh Imam al-Bukhari Ilmu Keterangan Tafsir Imam al-Bukhari memberi perhatian yang sewajarnya dalam bidang ini. Tafsiran Quran pada zaman beliau lebih pada tafsir bi al-maÊthur, iaitu tafsir Quran dengan hadis, pandangan para sahabat atau tabiin. Semua tafsiran tersebut diriwayatkan dalam kitab hadis bersama-sama dengan hadis dalam bidang lain. Imam al-Bukhari turut menyediakan bab (kitab) khusus mengenai tafsir dalam kitab Sahih al-Bukhari. Kebolehan beliau dalam kemahiran bahasa dan hadis banyak membantu beliau memahami dan mentafsir ayat Quran serta mengeluarkan hukum-hakam. Fiqh Pengetahuan Imam al-Bukhari yang banyak tentang hadis, bahasa Arab dan pengetahuannya sejak kecil terhadap mazhab ahli fikir serta perbahasan hukum oleh para sahabat dan tabiin membolehkan beliau mengarang dalam bidang fiqh ketika berusia 18 tahun. Ketika itu beliau telah digolongkan sebagai ahli fiqh yang terkenal dan seorang mujtahid yang terkemuka. Sejarah dan biografi Imam al-Bukhari telah menguasai bidang ini dan tiada seorang pun yang setanding dengannya. Beliau mengambil berat terhadap ilmu tersebut sejak kecil lagi. Antara karangan beliau dalam ilmu ini ialah: (a) Al-Tarikh al-Kabir ; (b) Al-Tarikh al-Awsat ; dan (c) Al-Tarikh al-Saghir . Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 1 LATAR BELAKANG IMAM AL-BUKHARI 11 Jarh dan taÂdil Imam al-Bukhari merupakan orang yang pertama memperkenalkan ilmu jarh dan taÂdil. Ilmu ini memberi tumpuan terhadap biografi periwayat hadis dari sudut dabt (iaitu ketepatan hafalan/periwayatan hadis) dan Âadil (iaitu keteguhan berpegang pada agama atau ketakwaan). Ilmu ini memberi perhatian terhadap individu yang bercelaru hafalannya atau melakukan pembohongan dalam periwayatan hadis. Beliau amat berhati-hati terhadap lafaz yang dikemukakan berhubung dengan masalah jarh dan taÂdil kerana dikhuatiri menyebut keaiban orang lain; inilah antara sifatnya yang warak dan berbudi pekerti. ÂIlal Ilmu Âilal al-hadith ialah ilmu yang berkaitan dengan kecacatan yang tersembunyi dalam hadis. Kecacatan ini boleh menjejaskan kesahihan sesuatu hadis. Ilmu ini merupakan ilmu yang begitu terperinci dan paling rumit kerana kecacatan yang tersembunyi ini hanya boleh dikesan oleh para ulama yang luas pengetahuan dan pengamatan dalam bidang hadis. Melalui pengalaman dan pengetahuan beliau itu, maka terhasillah kitab beliau yang agung, iaitu kitab Sahih al-Bukhari. Ahli hadis yang tidak memahami dan tidak memberi pengamatan yang baik terhadap ilmu ini pada kebiasaannya tidak mampu untuk menyusun kitab hadis yang membezakan antara hadis sahih dengan daif. 1.2.3 Sumbangan Imam al-Bukhari Sebagai ulama ulung, sumbangan beliau dalam bidang ilmu sangat ketara terutamanya dalam bidang hadis. Sebagaimana menjadi tradisi para ilmuwan Islam, Imam al-Bukhari giat menyampaikan ilmu secara lisan dan menghasilkan penulisan kitab. Rajah 1.5 memaparkan antara karya beliau. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
12 TOPIK 1 LATAR BELAKANG IMAM AL-BUKHARI Rajah 1.5: Hasil karya penulisan Imam al-Bukhari Untuk melihat dengan lebih lanjut tentang karya ini, marilah kita lihat karya tersebut satu persatu. (a) Al-Jami al-Sahih Al-Jami al-Sahih dikenal juga sebagai Sahih al-Bukhari. Kitab ini merupakan sumbangan beliau yang terpenting kepada umat Islam sejagat. Kitab ini merupakan himpunan hadis sahih yang lengkap dengan sanadnya. Subjek merupakan kitab hadis yang menduduki kedudukan teratas dalam senarai kitab hadis. Imam al-Bukhari menyusun kitab ini setelah beliau benar-benar mahir dan pakar dalam bidang hadis. Beliau telah menjelajah ke serata negeri untuk menambah ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam bidang hadis. Pengumpulan Sahih al-Bukhari bermula di Mekah. Kemudian, usaha itu diteruskan semasa beliau di Madinah dan Basrah sehingga balik ke tempat asalnya, Bukhara. Beliau akan berwuduk dan bersolat istikharah dua rakaat terlebih dahulu sebelum menulis atau memasukkan satu-satu hadis ke dalam kitab sahihnya. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 1 LATAR BELAKANG IMAM AL-BUKHARI 13 (b) Al-Tarikh al-Kabir Kitab ini mengandungi senarai perawi hadis semenjak zaman sahabat sehingga ke zaman beliau. Subjek meliputi perbahasan tentang kecacatan hadis, Jarh dan TaÂdil perawi serta telah dicetak di Hyderabad di India pada tahun 1691 M. Beliau telah mula mengarang berkaitan dengan ilmu sejarah dan biografi ini ketika usianya masih muda. Beliau menceritakan tentang dirinya: Ketika aku berumur 18 tahun, aku mula mengarang cerita-cerita para sahabat dan para tabiin, mengarang sejarah Madinah di sebelah makam Nabi SAW dan aku menulis kitab itu pada malam bulan mengambang. Beliau berkata lagi: Satu nama walaupun kecil nilainya, aku tetap menganggap nama itu mempunyai cerita melainkan aku tidak mahu memanjangkan penulisanku. (c) Al-Tarikh al-Awsat dan al-Tarikh al-Saghir Dalam kitab ini, beliau menyenaraikan biografi gurunya yang telah diriwayatkan hadis daripada mereka. (d) Al-Kunya Dicetak sebagai lampiran kitab Al-Tarikh al-Kabir. (e) Al-DhuÂafaÊ Terdapat dua kitab dengan nama tersebut, iaitu saghir (kecil) dan kabir (besar). Ia mengandungi sejumlah perawi hadis yang lemah/daif. (f) Al-Adab al-Mufrad Merupakan kitab yang menghimpun hadis berkaitan dengan adab dan akhlak. Kitab ini disusun dengan rapi mengikut bab. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
14 TOPIK 1 LATAR BELAKANG IMAM AL-BUKHARI (g) Al-QiraÊat Khalfa al-Imam Kitab ini dikenal juga sebagai Juz al-QiraÊat. Ia mengandungi masalah bacaan makmum di belakang imam dan menyokong hujah tentang diwajibkan membaca surah al-Fatihah pada setiap rakaat dalam apa-apa jua keadaan, sekalipun orang yang mendirikan sembahyang itu sebagai imam, makmum atau bersendirian. (h) Juz RafÂul Yadayn Dalam buku ini, Imam al-Bukhari membentangkan masalah orang solat mengangkat kedua-dua belah tangan apabila melakukan takbiratul-ihram dan semasa berpindah rukun. (i) Khalq AfÂal al-Ibad Buku ini dikarang untuk menjelaskan isu akidah berhubung perbuatan hamba dan kedudukan status al-Quran. Kedua-dua isu ini menjadi pertikaian ulama ketika itu khususnya golongan MuÊtazilah. Walau bagaimanapun, terdapat sebahagian daripada kitab karangan Imam al-Bukhari yang masih belum sampai kepada kita. Namun begitu, diriwayatkan oleh para ulama terdahulu tentang kewujudan kitab karangan Imam al-Bukhari, iaitu (rujuk Rajah 1.6): Rajah 1.6: Kitab Imam al-Bukhari yang masih belum ditemui Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 1 LATAR BELAKANG IMAM AL-BUKHARI 15 METODOLOGI PENULISAN IMAM AL-BUKHARI Semasa menyusun kitab Sahih al-Bukhari, Imam al-Bukhari menggunakan beberapa metodologi khusus secara berterusan (konsisten). Walaupun tidak menceritakan secara terperinci metodologi yang digunakan, namun para ulama mengenal pasti beberapa metodologi melalui penelitian terhadap Sahih al-Bukhari. Metodologi penyusunan kitab Sahih al-Bukhari terbahagi kepada dua bahagian seperti dipaparkan dalam Rajah 1.7: Rajah 1.7: Dua bahagian metodologi penyusunan kitab Sahih al-Bukhari 1.3 1. Apakah bentuk pendidikan dan ilmu yang membantu Imam al-Bukhari dalam menghasilkan kitab Sahih al-Bukhari? 2. Ceritakan tentang kitab Sahih al-Bukhari secara terperinci. SEMAK KENDIRI 1.1 Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
16 TOPIK 1 LATAR BELAKANG IMAM AL-BUKHARI Apakah yang dimaksudkan dengan dari sudut penulisan dan dari sudut periwayatan? Mari kita lihat satu persatu metodologi tersebut. (a) Dari Sudut Penulisan Kitab Sahih al-Bukhari merupakan kitab hadis yang menghimpunkan hadis sahih mengikut topik agama dan fiqh. Tujuannya adalah menerangkan hadis yang berkaitan dengan hukum fiqh atau topik tertentu. Sehubungan dengan itu, Imam al-Bukhari telah membahagikan kitab sahihnya kepada topik khusus dan subtopik. Setiap topik ini dinamakan dengan „Kitab‰ dan terdapat sebanyak 97 „Kitab‰ (Topik) keseluruhannya. Manakala subtopik bagi setiap „Kitab‰ dinamakan „Bab‰. Terdapat sejumlah 3,450 Bab dalam kitab Sahih al-Bukhari sebagaimana contohnya yang dapat dilihat dalam Jadual 1.2. Jadual 1.2: Contoh Susunan Kitab dan Bab dalam Sahih al-Bukhari No. Kitab/ Topik Tajuk Kitab/ Topik No. Bab Tajuk Bab 14 Kitab Puasa 1 Bab Kelebihan Bulan Ramadan 7 Bab Kelebihan Bersahur dan Menguatkan bahawa Hukumnya Sunat serta Disunatkan juga Melewatkan Sahur dan Menyegerakan Berbuka 11 Bab Tidak Batal Puasa Orang yang Bangkit daripada Tidur pada Waktu Pagi dalam Keadaan Berjunub 14 Bab Pahala Bagi Orang yang Berbuka Sewaktu Musafir 16 Bab Disunatkan Berbuka bagi Jemaah Haji yang Berada di Arafah pada Hari Arafah 17 Bab Berpuasa pada Hari ÂAsyura Setiap bab tersebut akan diberi nama khusus atau huraian ringkas berkenaan tajuk bab, hukum-hakam atau tafsiran yang berkaitan dengan hadis dalam bab berkenaan. Oleh sebab itu, para ulama menganggap bahawa tajuk bab ini penting dalam menerangkan tafsiran atau kefahaman Imam al-Bukhari terhadap hadis yang berkaitan. Perkara ini lebih dikenal dengan gelaran Fiqh al-Bukhari fi Tarajimihi (Fiqh Imam al-Bukhari dalam tajuk bab). Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 1 LATAR BELAKANG IMAM AL-BUKHARI 17 Kitab Sahih al-Bukhari yang ada pada hari ini telah diletakkan nombor yang berturutan bagi setiap kitab, bab dan juga hadis, oleh para ulama yang bertanggungjawab membantu percetakan semula kitab tersebut (rujuk Rajah 1.8). Dengan kewujudan nombor tersebut ia dapat memudahkan pengguna membuat rujukan hadis. Rajah 1.8: Contoh sebenar susunan kitab dan bab yang terdapat dalam kitab Sahih al-Bukhari Sumber: Al-Bukhari (1997) Imam al-Bukhari memastikan setiap hadis yang dinyatakan dalam kitab Sahihnya mempunyai sanad yang lengkap. Namun terdapat beberapa hadis yang tidak mempunyai sanad yang lengkap tetapi pada kebiasaannya hadis tersebut terdiri daripada hadis yang telah berulang di tempat lain dan mempunyai sanadnya tersendiri yang bersambung. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
18 TOPIK 1 LATAR BELAKANG IMAM AL-BUKHARI (b) Dari Sudut Periwayatan Dalam periwayatan hadis, Imam al-Bukhari sentiasa memastikan semua hadis yang dinyatakan dalam kitab sahihnya terdiri daripada hadis sahih. Apakah yang dimaksudkan dengan hadis sahih? Lima syarat hadis sahih adalah seperti yang dilakarkan dalam Rajah 1.9. Rajah 1.9: Lima syarat hadis sahih Hadis sahih ialah hadis yang memenuhi semua lima syarat yang disepakati oleh ulama hadis. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 1 LATAR BELAKANG IMAM AL-BUKHARI 19 Mari kita lihat satu persatu mengenai syarat hadis ini. (i) Sanad Hadis yang Bersambung Sanad ialah salasilah perawi hadis yang menerima sesuatu hadis daripada Rasulullah SAW sehingga kepada perawi yang menyampaikan hadis tersebut kepada pengarang buku seperti Imam al-Bukhari. Sehubungan dengan itu, hadis yang dinyatakan oleh Imam al-Bukhari perlu bersambung sanadnya dan tidak terputus di mana-mana bahagian sanad. Sesuatu sanad hadis dianggap terputus sekiranya salah seorang perawi asal hadis tersebut digugurkan daripada sanad sama ada dengan sengaja mahupun tidak. (ii) Perawinya Bersifat ÂAdil Diriwayatkan oleh para perawi hadis yang bersifat Âadil. Menurut istilah ulama, hadis perawi yang bersifat Âadil ialah seorang yang memiliki ciri-ciri berikut: Seorang Muslim; Baligh; Sempurna akalnya; Bukan seorang yang fasiq; dan Tidak melakukan perkara yang boleh menjejaskan maruahnya. (iii) Perawinya Bersifat Dabt Diriwayatkan oleh para perawi hadis yang bersifat dabt. Apakah yang dimaksudkan dengan dabt ? Dabt bermaksud kemampuan yang dimiliki oleh seseorang yang membolehkan beliau meriwayatkan hadis yang diterimanya kepada individu lain dengan penyampaian yang tepat (sebagaimana dia menerimanya). Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
20 TOPIK 1 LATAR BELAKANG IMAM AL-BUKHARI Secara umumnya, dabt terbahagi kepada dua bentuk, iaitu: Dabt secara hafalan ă Melalui kekuatan dan ketepatan hafalan. Dabt secara tulisan ă Melalui catatan peribadinya yang kemas, tepat dan disimpan dengan selamat supaya tidak berlaku penambahan pada hadis oleh pihak asing. (vi) Tidak Mempunyai Syaz Matan dan sanad hadis mestilah tidak mempunyai sebarang bentuk syaz. Yang berikut ialah maksud syaz : Menurut ulama hadis, syaz bermaksud sesuatu riwayat (yang kuat sandarannya) bertentangan dengan riwayat lain (yang lebih kuat sandarannya atau beberapa riwayat lain yang sama taraf dengannya). Mengenal pasti kewujudan shuzuz dalam hadis sukar dikesan kecuali oleh para ulama hadis yang banyak pengalaman dan rujukan dalam bidang hadis. (v) Tidak Mempunyai Illah Matan dan sanad hadis mestilah tidak mempunyai sebarang bentuk illah. Apakah pula yang dimaksudkan dengan illah? Kecacatan ini boleh menjejaskan kesahihan sesuatu hadis. Ilmu ini merupakan subjek yang begitu terperinci dan rumit kerana kecacatan yang tersembunyi ini hanya boleh dikesan oleh para ulama yang luas pengetahuan dan pengamatan dalam bidang hadis. Syaz dari sudut bahasa bermaksud „kejanggalan‰. Illah ialah kecacatan yang tersembunyi dalam hadis sama ada dalam sanad atau matan hadis. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 1 LATAR BELAKANG IMAM AL-BUKHARI 21 Imam al-Bukhari merupakan ulama ulung dalam bidang hadis berikutan penguasaannya yang mantap dalam bidang hadis dan ilmu yang berkaitan dengannya. Nama penuh beliau ialah Muhammad ibn Ismail ibn Ibrahim ibn al-Mughirah ibn Bardizbah al-JuÂfi al-Bukhari. Imam al-Bukhari dibesarkan dalam keluarga yang baik, beriman dan soleh. Beliau merupakan seorang yang warak, zuhud, soleh, lemah lembut dan halus jiwanya. Imam al-Bukhari amat mencintai bidang keilmuan. Kepintarannya terserlah sejak kecil lagi; beliau dapat menghafal al-Quran sebelum usianya mencecah 10 tahun. Karya paling masyhur Imam al-Bukhari ialah kitab Sahih al-Bukhari. Subjek kitab ini merupakan petikan daripada 100,000 hadis yang sampai kepada Imam al-Bukhari dan hadis yang terkandung dalam kitab ini hanya hadis sahih sahaja. 1. Bincangkan syarat hadis sahih dengan lengkap. 2. Ceritakan tentang metode Imam al-Bukhari menyusun hadis dalam Sahih al-Bukhari. 3. Huraikan pengertian istilah hadis berikut: (a) ÂAdil (b) Dabt (c) Syaz (d) Illah (e) Sanad (f) Matan SEMAK KENDIRI 1.2 Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
22 TOPIK 1 LATAR BELAKANG IMAM AL-BUKHARI Metode penyusunan kitab Sahih al-Bukhari tertumpu pada dua aspek, iaitu penulisan dan periwayatan. Selain bidang hadis, Imam al-Bukhari turut menguasai bidang lain seperi tafsir, fiqh, sejarah dan biografi, jarh dan taÂdil, dan ilmu Âilal. Imam al-Bukhari bermusafir ke merata tempat sekitar Bukhara dan Timur Tengah untuk meluaskan ilmu pengetahuannya mengenai hadis dan mengambil hadis lebih daripada 1,000 orang ulama. Terdapat lima syarat hadis sahih, iaitu: Sanadnya bersambung; Semua perawinya bersifat Âadil ; Dabt ; Tiada syaz ; dan Tiada illah. ÂAdil ÂIlal Illah Dabt Daif Hadis Jarh dan taÂdil Kitab Sahih al-Bukhari Matan Muttasil Perawi Sahabat Sanad Syaz Tabiin Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 1 LATAR BELAKANG IMAM AL-BUKHARI 23 Al-Bukhari. (1997). Sahih al-Bukhari. Riyadh, Arab Saudi: Dar al-Salam. Al-Bukhari, Abu ÂAbdillah Muhammad ibn IsmaÂil ibn Ibrahim. (1958). Sahih al-Bukhari. Misr, Mesir: Mustafa al-Babiyy wa Awladuhu. Al-Khatib, Muhammad ÂAjaj. (1999). Keutamaan ilmu-ilmu hadis. (Terj.) Drs H. M. Qodirun Nur. Johor, Malaysia: Badan Cemerlang. Al-Zahrani, Muhammad Ibn Matar. (1998). Tadwin al-sunnah al-Nabawiyyah nashatuhu wa tatawwuruhu (Cet. ke-2.). Madinah al-Munawwarah: Dar al-Khudhairi. Mahmud al-Tahan. (2010). Taysir mustalah al-hadith. Riyadh, Arab Saudi: Fahrasah Maktabah al-Malik Fahd al-Wataniyah IthnaÊ al -Nashr. Muhammad ibn Muhammad Abu Syahbah. (t.t.). Al-Wasit fi ÂUlum wa Mustalah al-Hadith. t.p. Rosmawati Ali @ Mat Zin. (1997). Pengantar ulum hadis. Kuala Lumpur, Malaysia: Ilham Abati. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
PENGENALAN Dalam Topik 1 yang lepas, kita telah mempelajari latar belakang Imam al-Bukhari. Dalam Topik 2 pula, anda akan diperkenalkan dengan tokoh ulama hadis yang sama hebat dengan Imam al-Bukhari. Beliau merupakan salah seorang anak murid Imam al-Bukhari sendiri. Tokoh yang dimaksudkan ialah Imam Muslim, iaitu pengarang kitab Sahih Muslim. Berikutan kehebatan dan ketelitian beliau dalam penyusunan kitab tersebut, meletakkan kitab Sahih Muslim sebagai rujukan di tangga kedua selepas kitab Sahih al-Bukhari. Topik 2 Latar Belakang Imam Muslim Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Menerangkan latar belakang Imam Muslim; 2. Membincangkan tahap pendidikan dan keilmuan Imam Muslim; 3. Mengenal pasti metodologi penulisan Imam Muslim dalam penyusunan kitab Sahih Muslim; dan 4. Membincangkan kedudukan dan keistimewaan Sahih Muslim berserta empat cara penerimaan hadis. HASIL PEMBELAJARAN Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 2 LATAR BELAKANG IMAM MUSLIM 25 Oleh itu, dalam topik ini kita akan membincangkan latar belakang Imam Muslim dari sudut nama, latar belakang, sifat peribadi dan ketokohannya. Seterusnya, topik ini memberi fokus terhadap keilmuan dan kesarjanaan Imam Muslim, bermula daripada pendidikan awal beliau sehingga kepada bidang kepakaran dan pengkhususan dalam bidang hadis serta sumbangannya terhadap Islam. Selain itu, kita akan memberi tumpuan pada metodologi Imam Muslim dalam periwayatan dan penyusunan hadis dalam kitab Sahih Muslim. Rajah 2.1 memaparkan gambaran keseluruhan topik ini yang membincangkan latar belakang Imam Muslim. Rajah 2.1: Latar belakang Imam Muslim Pernahkah anda terfikir, mengapakah Sahih Muslim menduduki tempat kedua terpenting selepas Sahih al-Bukhari ? (a) Apakah jawapan anda pada persoalan tersebut? (b) Baca dan bandingkan jawapan anda dengan maklumat yang anda peroleh daripada pembacaan teks dalam subtopik seterusnya. AKTIVITI 2.1 Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
26 TOPIK 2 LATAR BELAKANG IMAM MUSLIM BIODATA IMAM MUSLIM Dalam topik ini, kita akan membincangkan latar belakang Iman Muslim. Siapakah Imam Muslim? Pernahkah anda membaca atau mempelajari tentang beliau? Imam Muslim merupakan ulama hadis termasyhur selepas Imam al-Bukhari dalam bidang hadis. Beliau pengarang kitab Sahih Muslim. Terlebih dahulu, apakah yang anda tahu mengenai kitab Sahih Muslim? Mari kita lihat pengenalan ringkas mengenai kitab ini. Kitab Sahih Muslim merupakan kitab rujukan utama dalam hadis selepas kitab Sahih al-Bukhari. Kitab ini dihimpunkan dan disusun oleh Imam Muslim (204 hingga 261 H). Rajah 2.2 menunjukkan gambar kitab Sahih Muslim. Rajah 2.2: Kitab Sahih Muslim Sumber: https://darussalam.com/arabic-sahih-muslim-large.html 2.1 Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 2 LATAR BELAKANG IMAM MUSLIM 27 Imam Muslim mengambil masa selama 15 tahun untuk mengkaji dan menganalisis 300,000 hadis yang dikumpulkannya. Seterusnya, beliau hanya memilih hanya 7,275 hadis sahaja untuk dimuatkan ke dalam kitab beliau. Imam Muslim berkata: Aku tidak akan letakkan sesuatu (hadis) dalam kitabku melainkan dengan adanya hujah. Aku juga tidak akan menggugurkan sesuatu hadis kecuali dengan adanya hujah. Tidaklah semua hadis sahih yang ada padaku aku letakkan dalam kitabku ni. Aku hanya meletakkan hadis yang disepakati kesahihannya oleh ulama. Jadual 2.1 menyenaraikan sembilan kitab Syarah Sahih Muslim. Jadual 2.1: Sembilan kitab Syarah Sahih Muslim dan Pengarangnya Kitab Syarah Sahih Muslim Pengarang Al-MuÂallim bi FawaÂid Muslim Muhammad ibn Ali al-Tamimi al-Maziri (536 H) Ikmal al-MuÂallim bi FawaÊid Muslim Al-Qadi ÂIyad (544 H) Siyanah Sahih Muslim min al-Ikhlal wa al-Ghalat wa Himayatihi min al-Isqat wa al-Saqt Ibn Salah al-Shahrazuri (642 H) Al-Minhaj fi Syarah Sahih Muslim ibn al-Hajjaj Imam al-Nawawi (676 H) Al-Mufassih al-Mufhim wa al-Muwaddih al-Mulhim li MaÂani Sahih Muslim Muhammad ibn Yahya ibn Hisham al-Ansari (646 H) Fadl al-MunÂim fi Syarh Sahih Muslim Ibn Ata illah al-Razi (767 H) Al-Dibaj ala Sahih Muslim Imam al-Suyuti (911 H) Al-Mafhum lima Asykala min Talkhis Kitab Muslim Abu al-ÂAbbas Ahmad ibn ÂUmar Ibn Ibrahim al-Qurtubi Al-Kawakib al-Wahhaj Sharh Sahih Muslim Muhammad al-Amin ibn ÂAbd Allah al-ÂUrami al-ÂAlawi al-Harari al-ShafiÊi Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
28 TOPIK 2 LATAR BELAKANG IMAM MUSLIM Sebelum kita meneroka lebih lanjut mengenai Imam Muslim, mari kita lihat serba sedikit mengenai latar belakang beliau. (a) Nama Penuh Nama penuh Imam Muslim ialah Muslim Ibn al-Hajjaj Ibn Muslim Ibn Ward Ibn Kusyaz al-Qusyairi al-Naysaburi. Al-Qusyairi ialah nisbah kepada nama kabilah keturunan beliau. Manakala al-Naysabur pula merujuk negeri tempat beliau tinggal, iaitu sebuah bandar besar yang terletak di Khurasan. (b) Tarikh dan Tempat Lahir Imam Muslim dilahirkan pada tahun 204 H bersamaan 280 M di daerah Naysabur. Beliau lahir pada tahun yang sama dengan tahun mangkatnya Imam Syafii. (c) Tarikh dan Tempat Meninggal Dunia Imam Muslim meninggal dunia pada 25 Rejab tahun 261 H bersamaan 875 M di desa Nasr Abad, Naysabur pada usia 57 tahun. (d) Latar Belakang Keluarga Imam Muslim berasal daripada keturunan yang mulia dan terhormat. Beliau terdidik dalam suasana keluarga yang cinta terhadap ilmu. (e) Sifat Peribadi Secara umumnya, Imam Muslim memiliki sifat peribadi seorang cendekiawan yang terulung sehingga melonjak beliau ke kedudukan yang tinggi dalam kalangan ulama Islam. Antara sifat peribadi Imam Muslim ialah: (i) Kuat beribadat, bertakwa, warak, berani dan tawaduk. (ii) Mempunyai kepintaran yang luar biasa dan kecerdasan ingatan serta kefahaman yang tajam. (iii) Gemar dan sangat cinta terhadap ilmu pengetahuan serta suka berbincang dengan ulama. (iv) Saudagar yang kaya dan mempunyai peribadi yang mulia sehinggakan al-Dhahabi dalam kitab Al-Tahdhib menggelar Imam Muslim sebagai Muhsin Naysabur. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 2 LATAR BELAKANG IMAM MUSLIM 29 PENDIDIKAN DAN KEILMUAN IMAM MUSLIM Kita telah mempelajari latar belakang Imam Muslim terdahulu. Sekarang, kita akan membincangkan pula tentang pendidikan dan keilmuan Imam Muslim. Sejauh manakah ilmu pendidikan beliau? Mari kita teruskan pembacaan. Sebagaimana tradisi ulama Islam lampau, Imam Muslim dibesarkan dalam persekitaran ilmu. Bapanya sendiri sangat berminat terhadap ilmu dan tekun menghadiri majlis para ulama tempatan. Sehubungan dengan itu, Imam Muslim mendapat perhatian khusus daripada bapanya dalam didikan dan pendidikan. Sejak awal lagi, Imam Muslim berminat dalam bidang ilmu hadis. Untuk mengetahui dengan lebih terperinci lagi tentang pendidikan dan keilmuan beliau, kita akan lihat kepada tiga peringkat, iaitu (rujuk Rajah 2.3): Rajah 2.3: Tiga peringkat pendidikan dan keilmuan Imam Muslim Sekarang, mari kita teliti satu persatu peringkat pendidikan dan keilmuan Imam Muslim ini. 2.2.1 Pendidikan Peringkat Awal Pendidikan Imam Muslim bermula di rumah di bawah bimbingan bapanya sendiri. Sejak kecil, Imam Muslim ialah kanak-kanak yang cerdik. Beliau mempunyai kepintaran yang luar biasa dan kecerdasan ingatan serta kefahaman yang tajam. Ketika berumur lapan tahun, Imam Muslim telah mula menimba sebanyak ilmu daripada guru di negerinya, iaitu Naysabur. Beliau mempelajari al-Quran, kesusasteraan Arab dan tatabahasa Arab. Namun, pengajian dalam bidang hadis berjaya menambat minat Imam Muslim. 2.2 Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
30 TOPIK 2 LATAR BELAKANG IMAM MUSLIM Pada peringkat awal, ketika berusia 15 tahun (218 H), Imam Muslim mempelajari ilmu hadis di Naysabur, Khurasan (lihat Rajah 2.4). Guru pertama beliau ialah Imam Yahya Ibn Tahya al-Tamimi. Banyak hadis telah diterima oleh Imam Muslim daripada gurunya. Tidak memadai dengan seorang guru, Imam Muslim merantau ke beberapa tempat sekitar untuk menerima dan meriwayatkan hadis. Rajah 2.4: Peta Naysabur, Khurasan Sumber: https://www.google.com/maps Pada tahun 220 H, beliau pergi menunaikan haji dan menerima hadis di Mekah daripada al-QaÊnabi. Setelah itu, beliau ke Kufah dan mendengar hadis daripada Ahmad Ibn Yunus pula. Tidak lama setelah itu, Imam Muslim kembali ke tanah airnya. Beberapa bulan sahaja sebelum genap tahun 320 H, Imam Muslim seterusnya melakukan pengembaraan untuk menuntut ilmu. Di sepanjang perjalanan ilmiah itu, beliau bertemu dengan ramai imam hadis dan para hafiz di Mekah, Madinah, Iraq, Syam dan Mesir. Beliau sering keluar dan masuk ke kota Baghdad dan kali terakhir beliau memasuki Baghdad adalah pada tahun 259 H. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 2 LATAR BELAKANG IMAM MUSLIM 31 Jadual 2.2 menyenaraikan antara tempat dan para ulama hadis muktabar yang pernah beliau berguru dengan mereka. Jadual 2.2: Tempat dan Nama Ulama Hadis Muktabar Tempat Nama Ulama Hadis Muktabar Khurasan Yahya ibn Yahya Ishaq ibn Rahawayh Ray Muhammad ibn Mahran Aba Ghassan Iraq Ahmad ibn Hanbal Abdullah ibn Maslamah Hijaz SaÂid ibn Mansur Aba MusÂab Mesir ÂAmar ibn Sawad Harmalah ibn Yahya Imam Muslim sentiasa memberi penumpuan yang penuh untuk mempelajari dan mendalami tentang ilmu hadis. Oleh itu, beliau telah melakukan pengembaraan ke merata-rata tempat untuk mengumpul dan mempelajari hadis dengan mendalam. Antara tempat yang dikunjunginya ialah Mekah, Iraq, Hijaz, Syria, Khurasan dan Mesir. Selain itu, Imam Muslim banyak mempelajari ilmu daripada Imam al-Bukhari, khususnya ketika Imam al-Bukhari datang ke Naysabur. Beliau mendampingi Imam al-Bukhari untuk mempelajari hadis dan menganggap Imam al-Bukhari sebagai penghulu dalam bidang hadis. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
32 TOPIK 2 LATAR BELAKANG IMAM MUSLIM Walaupun begitu, Imam Muslim tidak memasukkan riwayat Imam al-Bukhari dalam kitab sahihnya. Keadaan ini berkemungkinan kerana Imam Muslim juga menuntut ilmu dengan sebahagian besar guru Imam al-Bukhari. Antara guru Imam Muslim berserta bilangan hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dalam kitab sahihnya adalah tertera dalam Jadual 2.3. Jadual 2.3: Sepuluh Guru Imam Muslim Berserta Bilangan Hadis Nama Guru Bilangan Hadis Abu Bakar ibn Abi Shaybah 1,540 Abu Khaithamah Zuhayr ibn Harb 1,281 Muhammad ibn Mathna 722 Qutaybah ibn SaÂid 668 Muhammad ibn Abdullah ibn Numayr 573 Abu Kurayb, Muhammad ibn al-ÂAlaÊ 556 Muhammad ibn Basysyar (Bundar) 460 Muhammad ibn Rafi al-Naysaburi 362 Muhammad ibn Hatim (al-Sumain) 300 Ali ibn Hajar al-SaÂdi 188 Seramai sembilan daripada 10 gurunya dalam Jadual 2.3 adalah juga guru kepada Imam al-Bukhari kecuali Muhammad ibn Hatim. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 2 LATAR BELAKANG IMAM MUSLIM 33 2.2.2 Bidang Pengkhususan Secara umumnya, Imam Muslim lebih dikenal sebagai Hujjatul Islam dalam bidang hadis berikutan penguasaannya yang mendalam terhadap bidang hadis dan ilmu yang berkaitan dengannya. Yang berikut ialah bidang pengkhususan Imam Muslim dalam bidang hadis (rujuk Jadual 2.4): Jadual 2.4: Bidang Pengkhususan Imam Muslim dalam Bidang Hadis Ilmu Keterangan Hadis Bidang ilmu pengetahuan berkaitan dengan hadis Nabi SAW yang meliputi sanad dan matan. Ilmu ini turut meliputi pengetahuan tentang: Perselisihan dan penambahan dalam sesuatu hadis. Perbezaan antara hadis sahih dengan daif. Mengenal hadis marfuÂ, mawquf dan maqtuÂ. Imam Muslim sememangnya pakar dalam bidang ini. Tidak hairan kiranya kitab sahihnya menjadi kitab sahih yang kedua terpenting selepas Sahih al-Bukhari. Biodata perawi (Ilmu Rijal) Ilmu ini ialah asas yang dipegang oleh pakar hadis untuk membezakan antara sanad dan mengenalinya. Imam Muslim amat pakar dalam bidang ini. Beliau mengetahui nama, gelaran keturunan dan sejarah serta tarikh wafat perawi hadis secara terperinci. Jarh wa taÂdil Ilmu ini ialah kritikan terhadap perawi hadis dan membezakan antara yang dapat dipercayai (thiqah) dengan yang daif. Sesiapa yang ingin memisahkan antara hadis sahih dan daif tidak akan mampu kecuali setelah mendalami ilmu ini secara terperinci. Imam Muslim ialah orang yang paling mahir dalam bidang ini. Kaji selidik hadis Imam Muslim amat mendalami dan memahami ilmu ini serta memahami bahasa yang sukar. Beliau berpegang pada kefahaman yang tepat berdasarkan pengetahuan tentang banyak hadis dan athar. Imam Muslim dianggap antara orang yang terkemuka dalam kalangan pakar ilmu tersebut. Banyak hasil karangan beliau yang amat bernilai dalam bidang ini. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)