134 TOPIK 7 KITAB TIBB WIQA’I 7.4.2 Pengajaran Hadis Dalam tajuk pengajaran hadis ini, kita akan membincangkan perkara berikut: (a) IÂjaz ÂIlmi dalam Hadis Disiplin ini mengintegrasikan hadis yang mempunyai nilai ilmiah dengan pelbagai disiplin ilmu seperti perubatan, geologi, astronomi dan sebagainya. Fakta ilmiah digunakan sebagai data untuk menguatkan keterangan hadis yang sedia diterima. Justifikasinya, kehadiran ilmu pengetahuan dengan segala kelebihan dan kekurangan memberikan warna baru bagi mengungkap kebenaran yang empirikal lagi kompeten mengenai apa yang disebut dalam teks agama. Dalam konteks semasa, cabaran kini mengarah kepada pembuktian keabsahan lisan Nabi Muhammad SAW dengan mengemukakan data daripada hasil penelitian saintifik termasuk penemuan kontemporari sebagai karakter utama. Muhammad al-Ghazali mengemukakan empat kayu ukur keabsahan kandungan sesuatu hadis seperti yang dipaparkan dalam Jadual 7.8. Jadual 7.8: Empat Kayu Ukur Mengenai Keabsahan Kandungan Sesuatu Hadis Kayu Ukur Huraian Pengujian dengan al-Quran Setiap hadis perlu difahami dalam kerangka makna-makna yang ditujukan oleh al-Quran. Pengujian dengan hadis yang lain Hadis yang dijadikan hujah dalam sesuatu perbahasan perlu difahami secara tematik dan koleratif dengan hadis lain. Pengujian dengan fakta sejarah Kesesuaian dengan fakta ilmiah perlu untuk mengukuhkan keabsahan sandaran. Jika terdapat sesuatu hadis yang bertentangan dengan fakta sejarah, maka ketulenannya adalah diragui. Hal ini kerana sesuatu hadis muncul melalui latar belakang sejarah tertentu. Pengujian dengan data saintifik Melaluinya, sesuatu kandungan hadis tidak boleh bertentangan dengan teori ilmu atau penemuan ilmiah. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 7 KITAB TIBB WIQA’I 135 (b) Tibb WiqaÊi Hakikat perubatan menurut Islam adalah memastikan keadaan keseimbangan tubuh yang digelar sebagai kesihatan. Keadaan ini hanya dapat dipastikan sama ada dengan kaedah pencegahan penyakit (Tibb WiqaÊi ) atau rawatan penyakit (Tibb ÂIlaji ). Signifikannya, kaedah unsur ini merupakan prinsip asas dalam ilmu perubatan. Walau bagaimanapun, Islam lebih banyak menumpukan perhatian kepada usaha mencegah daripada merawat. Islam telah menggariskan tiga aspek utama dalam pencegahan penyakit, iaitu: (i) Amalan kebersihan; (ii) Amalan pemakanan; dan (iii) Latihan jasmani dan rohani. (c) Saranan supaya menutup bekas makanan dan minuman adalah bagi memelihara kandungan dan memastikan supaya bekas tersebut tidak tercemar dengan sebarang agen bahaya, terutamanya pencemaran biologi daripada campur tangan haiwan perosak. Maka ini merupakan perintah yang merujuk kepada pencegahan pencemaran dalam makanan yang menjadi inti pati penjagaan keselamatan makanan. Oleh itu, pengabaian terhadap amalan ini adalah sangat berisiko dan mengundang mudarat terhadap manusia. Dalam satu hadis lain riwayat Imam al-Bukhari, direkodkan Rasulullah SAW bersabda: Tutup bekas-bekas makanan kamu, lindungi bekas-bekas minuman kamu, tutup pintu-pintu, (kurung) suruh anak-anak kamu masuk ketika waktu malam, ini kerana jin berkeliaran (pada waktu malam) dan tutup jendela-jendela kamu, (berwaspadalah kamu), ini kerana „al-fuwaisiqah‰ (tikus) mungkin akan menarik sumbu lampu dan membakar rumah dan orang yang ada di dalamnya. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
136 TOPIK 7 KITAB TIBB WIQA’I Ibn Juraij dan Habib turut meriwayatkan daripada ÂAtaÊ dengan tambahan: Sesungguhnya itu ialah syaitan. (d) Salah satu aspek yang tidak kurang penting dalam perbincangan mengenai makanan dan pemakanan ialah berhubung isu keselamatannya. Ringkasnya, penjagaan keselamatan makanan merupakan tanggungjawab setiap Muslim, tidak kira di peringkat individu, komuniti mahupun industri. Signifikannya, hal ini yang menjadi inti pati pada konsep halalan tayyiban dalam Islam. Hasilnya, dapat menghindarkan konflik terhadap sumber dan produk makanan serta menjamin kesejahteraan ummah. Hadis berkaitan dengan taubat ini telah diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Imam Muslim dalam kitab sahih mereka, melalui sanad hadis yang berbeza tetapi bertemu pada riwayat Jabir Ibn ÂAbdillah daripada Rasulullah SAW. Hadis ini ialah hadis sahih kerana memenuhi semua syarat hadis sahih yang lima. Ulama telah bersepakat bahawa semua hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Imam Muslim mempunyai syarat hadis sahih. Saranan agar menutup bekas makanan dan minuman merupakan sebahagian daripada set amalan kebaikan dan himpunan etika untuk memelihara kemaslahatan jiwa dan harta benda umat Islam. Bincangkan beberapa hadis lain yang boleh diintegrasikan keabsahannya dengan penelitian saintifik kontemporari. AKTIVITI 7.3 Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 7 KITAB TIBB WIQA’I 137 Hal ini turut mengambil kira tindakan lain seperti menutup lampu, pintu dan tidak berkeliaran pada waktu malam. Saranan tersebut turut membantu menghindarkan ancaman haiwan perosak. Hasilnya, apabila seseorang bangun pada tengah malam untuk meminum air, hal tersebut tidak akan memudaratkannya. Hafiz IÂjaz Âilmi Matan hadis Sanad hadis Thabit Thiqah Tibb WiqaÊi Al-ÂAsqalani, Ahmad Ibn ÂAli Ibn Hajar. (1993). Fath al-bari bi sharh sahih al-Bukhari. J.12. Beirut, Lebanon: Dar al-Fikr. Al-Bukhari, Abu ÂAbdillah Muhammad Ibn IsmaÂil Ibn Ibrahim. (1958). Sahih al-Bukhari. Misr, Mesir: Mustafa al-Babiyy wa Awladuhu. Al-Nawawi, Muhy al-Din Abu Zakariya Yahya Ibn Sharf. (t.t.). Sharh sahih Muslim. J.17. Beirut, Lebanon: Dar al-Qalam. Al-Naysaburi, Muslim Ibn al-Hajjaj Ibn Muslim Ibn Ward Ibn Kusyaz al-Qusyairi. Sahih Muslim. Tahqiq: Muhammad Fuad Abdul Baqi. Beirut, Lebanon: Dar IhyaÊ al-Turath al-Arabi. Muhammad al-Ghazali. (1989). Sunnah al-nabawiah bayna ahl al-fiqh wa ahl al-hadith. Kaherah, Mesir: Dar al-Shuruq. Muhammad Ibn ÂUmar Ibn Salam Bazmul. (t.t.). Al-IÂjaz al-Âilmi fi al-sunnah al-nabawiah: TaÂrifuh wa qawaÂiduh. Arab Saudi: Makkah. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
138 TOPIK 7 KITAB TIBB WIQA’I Muhammad Zakaria al-Kandahlawi. (2002). Al-Kunuz al-mutawari fi maÂadan lami al-dirari wa sahih al-Bukhari: Dawlah al-imarat al-ÂArabiah al-muttahidah. Kaherah, Mesir: Maktabah al-Haramayn li al-Nashr wa al-TawziÂ. Saleh Ibn Ahmad Rida. (2001). al-IÂjaz al-ÂIlmi fi al-sunnah al-nabawiah. Riyadh, Arab Saudi: Maktabah al-ÂAbikan. Zaghlul al-Najjar. (2005). Al-IÂjaz al-ÂIlmi fi al-Hadith (Terj.) Treasurers in the Sunnah: A scientific approach, Part Two. Kaherah, Mesir: Al-Falah Foundation. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
PENGENALAN Sebelum ini kita telah pun membincangkan pelbagai topik menarik menerusi hadis yang terdapat dalam Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim. Kita juga telah mengkaji teks (matan) dan sanad setiap hadis pada topik yang lepas berdasarkan metode Imam al-Bukhari dan Imam Muslim dalam kitab masing-masing. Dalam Topik 8 ini, kita akan mengkaji pula satu teks hadis yang berkaitan dengan al-Fitan. Tahukah anda apakah yang dimaksudkan dengan al-Fitan? Al-Fitan merupakan kata jamak yang berasal daripada perkataan Arab al-fitnah yang membawa maksud ujian, cubaan dan dugaan. Topik 8 Kitab Al-Fitan Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Menjelaskan teks hadis dan pengertiannya mengenai kitab Al-Fitan; 2. Menerangkan taraf hadis sama ada sahih, hasan, daif atau mawdu dalam kitab Al-Fitan; 3. Membincangkan kajian sanad perawi hadis dalam kitab Al-Fitan; dan 4. Membincangkan kajian matan hadis dalam kitab Al-Fitan. HASIL PEMBELAJARAN Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
140 TOPIK 8 KITAB AL-FITAN Apakah pula definisi bagi hadis fitan? Antara topik yang dibincangkan dalam kitab Al-Fitan ini ialah fitnah yang berlaku pada zaman pemerintahan khalifah ar-Rasyidin. Selain itu, subjek juga menceritakan fitnah yang akan berlaku pada akhir zaman sebagai tanda kecil berlakunya hari kiamat. Tanda kecil ini ada yang telah berlaku, sedang berlaku dan yang belum berlaku. Kemudian, kajian membicarakan pula tentang tanda besar munculnya hari kiamat. Rajah 8.1 memaparkan gambaran keseluruhan topik ini yang membincangkan kitab Al-Fitan. Rajah 8.1: Perbincangan mengenai kitab Al-Fitan TEKS HADIS DAN PENGERTIANNYA Dalam subtopik ini, kita akan mempelajari teks hadis al-Bukhari dan pengertiannya. Diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: َ َال: َ ٍس ق ْ أَن ع َلأَ ا َن ً ِيث َد ْ ح نَّكم ِثـَ ُ َ َول َ ّد ح لا ُ َس ت ر ُ ْ ِع ِي، َسم ْد ع َ د بـ ٌ َ ْ أَح ُ ُكم ث ِ َ ّد يح ُ ،َ ʭِ ّ َ الز َر ْه َظ ي َ ، و ُ ْل ه َ َ ْ الج َر ْه َظ ي َ ، و ُ ْلم ِ ْع َّل ال ِ ق َ ِ، أَ ْن ي َة الساع ِ اط َّ َ ْ أَ ْشر ِن ول: م ُ ُ ق َ ِ يـ َّ اهلل َ ْو ُ ال ِم ّ َي ْق ً ال أَة َ ْر ِ َين ام ْس َم ِ َ ُك َون لخ تى ي َ َّ ال ح ُ َ ِج ّ َّل الر ِ ق َ ي َ ، و ُ َاء ِس ّ َ الن ر ُ َ ْكثـ ت َ و ُ ِد اح Hadis fitan bermaksud himpunan hadis yang dikhabarkan oleh Rasulullah SAW yang membicarakan fitnah yang muncul pada akhir zaman bermula selepas kewafatan Rasulullah SAW sehingga berlakunya hari kiamat. 8.1 Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 8 KITAB AL-FITAN 141 Maksudnya: Anas Ibn Malik r.a. berkata: Akan aku ceritakan kepada kamu sebuah hadis yang tidak ada orang lain yang akan menceritakannya setelah aku. Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, „Antara tanda kiamat ialah terangkatnya ilmu, ketaranya kejahilan, berleluasanya perzinaan, peminuman arak, kaum lelaki berkurangan dan tinggal kaum perempuan, sehingga 50 orang perempuan diurus oleh seorang lelaki.‰ KAJIAN TARAF HADIS Hadis ini merupakan hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Imam Muslim seperti dinyatakan dalam Jadual 8.1. Jadual 8.1: Periwayat Hadis Periwayat Hadis Kitab Bab Nombor Hadis Imam al-Bukhari Al-ÂIlm RafÊ al-Ilm wa Dzuhur al-Jahl 81 Imam Muslim Al-ÂIlm RafÊ al-Ilm wa Qabduhu wa Dzuhur al-Jahl wa al-Fitan Fi Akhir al-Zaman 2,671 Hadis ini juga memenuhi lima syarat hadis sahih yang ditetapkan oleh para ulama hadis. Selain diriwayatkan melalui perawi yang thiqah, hadis ini juga tidak mempunyai illah (kecacatan) dari sudut pengertiannya kerana melibatkan perkara yang belum berlaku dan akan berlaku. Illah hadis ada kalanya terjadi pada sanad hadis dan ada kalanya pada matan hadis. Antara illah pada matan hadis adalah dari sudut pengertian dan kandungannya yang bercanggah dengan teks al-Quran dan hadis mutawatir. Ada kalanya sesuatu hadis sahih dari sudut sanadnya tetapi matannya mempunyai illah. Pada kebiasaannya, illah hadis sukar untuk dikenal pasti dan hanya dapat dikesan oleh para ulama hadis yang arif dan mempunyai banyak pendedahan tentang teks hadis dan syariat Islam. 8.2 Dalam mengharungi kehidupan pada zaman moden, kita tidak dapat lari daripada berhadapan dengan pelbagai fitnah. Fitnah tersebut telah dikhabarkan oleh Rasulullah SAW kepada kita melalui hadis Baginda SAW. Apakah bentuk fitnah yang terdapat dalam teks hadis tadi? AKTIVITI 8.1 Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
142 TOPIK 8 KITAB AL-FITAN Illah pada sanad hadis dapat dikenal pasti oleh para ulama melalui kajian perbandingan sanad hadis. Selain itu, pengetahuan terhadap latar belakang periwayat hadis melalui ilmu rijal hadis dapat mengesan illah pada sanad hadis. KAJIAN SANAD PERAWI HADIS Seterusnya, kita akan mempelajari kajian sanad perawi hadis. 8.3.1 Sanad Hadis Bersambung kepada Rasulullah SAW Hadis ini diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Imam Muslim. Namun begitu, terdapat sedikit perbezaan antara sanad Imam al-Bukhari dengan sanad Imam Muslim. Jadual 8.2 menerangkan perbezaan antara perawi hadis Bukhari dengan hadis Muslim. Jadual 8.2: Perbezaan antara Hadis Bukhari dengan Hadis Muslim Hadis Bukhari Hadis Muslim حدثنا مسدد قال حدثنا يحيى عن شعبة عن قتادة عن أنس قال ... سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول حدثنا محمد بن المثنى وابن بشار قالا حدثنا محمد بن جعفر حدثنا شعبة سمعت قتادة يحدث عن أنس بن مالك قال ألا ... سمعته من رسول الله صلى الله عليه وسلم 8.3 1. Apakah yang anda faham tentang illah hadis? 2. Nyatakan kesan illah terhadap kesahihan sesuatu hadis. SEMAK KENDIRI 8.1 Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 8 KITAB AL-FITAN 143 Merujuk hadis ini yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Imam Muslim, dapatlah diringkaskan sanad hadis seperti dilakarkan dalam Rajah 8.2. Rajah 8.2: Ringkasan sanad hadis Rajah 8.1 menunjukkan susunan perawi hadis Imam al-Bukhari dan Imam Muslim. Imam al-Bukhari mempunyai susunan perawinya yang tersendiri, begitu juga dengan Imam Muslim. Namun begitu, terdapat titik pertemuan pada perawi hadis ini, iaitu SyuÂbah. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
144 TOPIK 8 KITAB AL-FITAN Untuk membolehkan anda memahami dengan lebih jelas susunan perawi hadis ini, sila amati susunan perawi Imam al-Bukhari dan Imam Muslim seperti yang berikut: (a) Imam al-Bukhari menerima hadis ini daripada Musaddad, daripada Yahya, daripada SyuÂbah, daripada Qatadah, daripada Anas ibn Malik, daripada Rasulullah SAW. (b) Imam Muslim pula menerima hadis ini daripada Muhammad ibn al-Muthanna dan Ibn Bashar, daripada Muhammad ibn JaÂafar, daripada SyuÂbah daripada Qatadah, daripada Anas ibn Malik, daripada Rasulullah SAW. 8.3.2 Sifat Perawi Hadis Apakah perkara yang dibincangkan dalam hadis fitan? Berhubung dengan sanad hadis fitan ini, salasilah sanad hadis berikut boleh membantu anda mendapat maklumat tambahan mengenai perawinya dan kedudukan mereka dalam kalangan ulama rijal al-hadith. Bagi tujuan tersebut, mari kita lihat biodata perawi Hadis Bukhari dan Hadis Muslim seperti disenaraikan dalam Jadual 8.3 dan 8.4. Jadual 8.3: Sifat Perawi Hadis Bukhari No Nama Penuh Tahun Wafat Sifat/Martabat 1. Anas Ibn Malik 93 H Sahabat Masyhur 2. Qatadah Sekitar 111ă 119 H Thiqah 3. SyuÊbah 160 H Thiqah, hafiz, bertakwa dan pakar hadis 4. Yahya 298 H Thiqah, hafiz dan bertakwa 5. Musaddad 228 H Thiqah, hafiz Hadis fitan membincangkan perkara yang belum berlaku dan dikaitkan dengan fitnah pada akhir zaman. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 8 KITAB AL-FITAN 145 Jadual 8.4: Sifat Perawi Hadis Muslim No Nama Penuh Tarikh Wafat Sifat/Martabat 1. Anas Ibn Malik ă Qatadah ă SyuÂbah (individu yang sama dengan perawi al-Bukhari). 2. Muhammad Ibn JaÂafar 206 H Soduq/thiqah 3. Ibn Bashar 252 H Thiqah 4. Muhammad Ibn Muthanna 201 H Thiqah, dabt Daripada senarai perawi hadis Imam al-Bukhari dan Imam Muslim tadi, didapati bahawa hadis ini telah diriwayatkan oleh perawi hadis yang thiqah, dan mempunyai sanad hadis yang bersambung antara satu sama lain. 8.3.3 Sanad yang Diragui Tidak terdapat sanad hadis yang meragukan berhubung dengan hadis topik kerana diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Muslim. Terdahulu telah kita pelajari bahawa pembahagian hadis berdasarkan kekuatan penghujahannya terbahagi kepada lima bahagian (rujuk Jadual 8.5): Jadual 8.5: Pembahagian Hadis Berdasarkan Penghujahan Nama Kategori Penghujahan Hadis Mutawatir Pertama Wajib diterima Hadis Sahih Kedua Wajib diterima Hadis Hasan Ketiga Wajib diterima Hadis Daif Keempat Ditolak Hadis Mawdu Kelima Haram digunakan Dalam topik kali ini, kita akan membincangkan hadis mawdu dan perkara yang berkaitan dengannya. Kewujudan hadis mawdu merupakan ancaman dan cabaran terhadap ketulenan hadis. Oleh itu, kita perlu memastikan kesahihan sesuatu hadis terlebih dahulu agar kita tidak berhujah dengan hadis palsu. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
146 TOPIK 8 KITAB AL-FITAN Lantas, apakah yang dimaksudkan dengan hadis mawdu ? Tahukah anda apakah sebab berlakunya hadis mawdu ? Mari kita lihat empat sebabnya, seperti yang berikut: (a) Musuh Islam berdendam terhadap agama Islam; (b) Sikap fanatik terhadap kumpulan, bangsa atau tempat sendiri; (c) Mempunyai kepentingan peribadi; dan (d) Kejahilan tentang kehendak ajaran Islam yang sebenar. Hukum mencipta dan meriwayatkan hadis mawdu adalah haram jika disengajakan untuk apa-apa tujuan sekalipun. Oleh sebab hadis mawdu memberi ancaman yang sangat berbahaya kepada umat Islam dan boleh menjejaskan keyakinan terhadap penghujahan hadis, para ulama berusaha menangani tersebarnya hadis mawdu ini melalui pelbagai cara. Terdapat empat cara utama untuk menanganinya, iaitu: (a) Penggunaan sanad dalam periwayatan hadis; (b) Mengumpul hadis mawdu dalam satu buku khusus; (c) Meletak kaedah yang boleh digunakan untuk mengenali hadis mawdu ; dan (d) Mengumpul biodata periwayat hadis mawdu dalam buku khusus. Kita hendaklah berhati-hati dan menjauhi daripada memilih hadis palsu yang bukan datangnya daripada Rasulullah SAW. Sebaik-baik cara untuk menjauhi daripada berhujah dengan hadis mawdu ialah kita berpegang pada hadis yang sudah diketahui darjatnya. Hadis mawdu ialah apa-apa yang tidak pernah keluar daripada Nabi Muhammad SAW sama ada dalam bentuk perkataan, perbuatan atau pengakuan tetapi bersandarkan Baginda SAW sama ada secara sengaja atau tersalah, jahil atau bertujuan memperdayakan umat Islam. Dalam penggunaan masyarakat Islam di negara kita, hadis mawdu disebut juga sebagai hadis palsu. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 8 KITAB AL-FITAN 147 Contohnya, kita ketahui bahawa hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Imam Muslim adalah sahih. Oleh yang demikian, kita tidak perlu meragui tentang kesahihan hadis yang diriwayatkan oleh kedua-dua Imam ini. Dengan ini, kita boleh mengelakkan diri daripada berhujah dan beramal dengan hadis mawduÂ. KAJIAN MATAN HADIS Dalam subtopik ini, kita akan mempelajari kajian matan hadis Imam al-Bukhari dan Iman Muslim. Imam al-Bukhari dan Imam Muslim meriwayatkan hadis ini melalui matan atau lafaz hadis yang sedikit berbeza. Namun begitu, ia mempunyai maksud yang hampir sama. Jadual 8.6 menyatakan perbezaan antara matan hadis Imam al-Bukhari dengan Imam Muslim. Jadual 8.6: Perbezaan antara Matan Hadis Imam al-Bukhari dengan Imam Muslim Hadis Bukhari Hadis Muslim من أشراط الساعة أن يقل العلم ويظهر الجهل ويظهر الزʭ وتكثر النساء ويقل الرجال حتى يكون لخمسين امرأة القيم الواحد إن من أشراط الساعة أن يرفع العلم ويظهر الجهل ويفشو الزنى ويشرب الخمر ويذهب الرجال وتبقى النساء حتى يكون لخمسين امرأة قيم واحد 8.4 1. Sebutkan takrif hadis mawdu dengan jelas. 2. Bincangkan sebab yang mendorong munculnya hadis mawdu . 3. Apakah usaha yang dilakukan oleh para ulama dalam menangani hadis mawdu ? SEMAK KENDIRI 8.2 Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
148 TOPIK 8 KITAB AL-FITAN Jadual 8.7 menerangkan maksud perkataan yang terdapat dalam hadis tadi. Jadual 8.7: Maksud Perkataan Perkataan Penjelasan الساعة أشراط Tanda-tanda hari kiamat. الجهل ويظهر العلم يرفع Tanda awal akan berlakunya hari kiamat adalah apabila ilmu agama berkurangan berikutan kematian alim ulama. Ilmu agama diangkat dengan matinya para ulama tanpa meninggalkan pewaris ilmu. Ekoran itu kejahilan akan berleluasa. الزنى يفشو Berleluasa perbuatan perzinaan dalam kalangan masyarakat sehingga ia dianggap perkara biasa. الخمر يشرب Arak semakin senang didapati dan ramai orang menjadikannya sebagai minuman. قيم Seorang (lelaki) yang bertanggungjawab menguruskan hal ehwal (kaum wanita). Semasa peristiwa Israk dan Mikraj, dunia telah digambarkan seperti seorang tua bongkok tiga. Hal ini bermakna dunia semakin hampir dengan kiamat. Berdasarkan pengamatan anda, adakah semua perkara yang dinyatakan dalam hadis ini telah pun berlaku pada hari ini? Bincangkan. AKTIVITI 8.2 Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 8 KITAB AL-FITAN 149 8.4.1 Kesimpulan Hadis Hadis topik ini membincangkan fitnah yang akan berlaku pada akhir zaman. Fitnah ini menunjukkan bahawa dunia semakin hampir dengan kiamat. Justifikasinya, terdapat banyak hadis yang membicarakan tentang fitnah yang berlaku pada akhir zaman, hinggakan Imam al-Bukhari dan Imam Muslim menamakan salah satu daripada kitab dalam sahih mereka dengan nama kitab Al-Fitan. Secara amnya, terdapat beberapa hikmah berkaitan perkhabaran hadis fitan, iaitu: (a) Fitnah dan musibah yang Allah SWT turunkan kepada manusia adalah untuk melihat siapakah antara hambanya yang tabah, sabar dan kuat imannya berbanding orang Islam yang lemah imannya dan sentiasa menyalahkan takdir. (b) Mendidik jiwa manusia dan membentuk keperibadian yang tinggi. Hal ini demikian kerana segala musibah yang dihadapi oleh seseorang mampu menghalangnya daripada sifat riak, takbur, sombong dan pelbagai sifat yang tercela. (c) Menyedarkan manusia daripada kelalaian dan kealpaan. Hal ini demikian kerana apabila manusia ditimpa ujian atau fitnah daripada Allah SWT, barulah mereka sedar tentang hakikat kewujudan dirinya di dunia ini. (d) Menyeru manusia supaya sentiasa mempersiapkan diri dalam menghadapi zaman fitnah dengan iman, ilmu dan amal soleh yang mantap. Hal ini mampu membentengi seseorang daripada terpedaya dengan godaan dunia yang fana. Perkhabaran Rasulullah SAW tentang hadis fitan ini bukan bertujuan melemahkan iman umatnya, bahkan untuk memberi peringatan dan amaran mengenai bahaya yang akan dihadapi mereka pada zaman fitnah itu nanti. Oleh yang demikian, umat Islam dapat mempersiapkan diri menghadapi fitnah tersebut. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
150 TOPIK 8 KITAB AL-FITAN 8.4.2 Pengajaran Hadis Hadis ini mengandungi beberapa inti pati dan pengajaran penting yang perlu difahami dengan baik. Antara pengajaran tersebut adalah seperti yang berikut: (a) Fitnah berasal daripada kalimah Arab (ن ت ف ,(kata jamaknya ialah fitan َتن) ِ الف .(Terdapat pelbagai maksud fitnah, antaranya adalah bermaksud ujian terhadap perkara yang tidak disukai, dosa, kufur, pembunuhan dan berpaling daripada sesuatu. (b) Fitnah juga membawa maksud ujian, cubaan dan dugaan sama ada ujian tersebut berbentuk kesenangan ataupun musibah. Firman Allah SWT: ِ م ب ُ ُوك ل ۡ ب َ ن َ ِ ٱو َ لش َّ ّ ِ ٱو ۡ َي ۡ َ ل ُون َع ۡج ر ُ ا ت َ ن ۡ َ ˯ل ۖ ٗ ة َ ن فِت ٣٥ۡ Maksudnya: Dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan dan kepada Kami-lah kamu semua akan dikembalikan. (Surah al-AnbiyaÊ, 21:35) (c) Perkhabaran Rasulullah SAW tentang fitnah yang berlaku pada akhir zaman ini mempunyai maksud yang tersirat, iaitu untuk memberi peringatan kepada manusia tentang hampirnya hari kiamat supaya mereka dapat membuat persiapan diri secukupnya. (d) Tanda kiamat kecil seperti yang dinyatakan dalam hadis adalah seperti yang berikut: (i) Sedikit Ilmu Pada akhir zaman, ilmu agama semakin berkurangan dan kejahilan semakin berleluasa. Hal ini dijelaskan oleh Nabi Muhammad SAW dengan kematian alim ulama satu demi satu pergi meninggalkan kita. Maka, kehidupan di dunia ini sudah tidak bererti lagi. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 8 KITAB AL-FITAN 151 Alam penuh dengan kesesatan. Manusia telah kehilangan nilai dan pegangan hidup tanpa petunjuk hidayah. Alim ulamalah yang berperanan menyampaikan hidayah Allah SWT menjadikan kehidupan lebih bermakna bagi kehidupan manusia di permukaan bumi ini. Para ulama ialah pewaris nabi, waris para nabi ialah ilmu agama. Oleh itu, perlunya ilmu para ulama ini diwarisi dari satu generasi ke satu generasi. (ii) Banyak Kejahilan Ekoran daripada kematian alim ulama yang tidak berganti, maka timbullah kejahilan dalam pelbagai aspek ilmu agama. Manusia akan kembali ke kehidupan jahiliah tanpa hidayah Allah SWT. Kehidupan jahiliah menyebabkan manusia tidak dapat membezakan perkara yang baik dan buruk. (iii) Banyak Perzinaan Berleluasanya perzinaan salah satu lambang kehidupan jahiliah, kejahilan dan kurangnya hidayah Allah SWT. Manusia mementingkan hawa nafsu berbanding keimanan kepada Allah SWT. Perzinaan merupakan faktor kerosakan kehidupan manusia berikutan musnahnya institusi kekeluargaan. Signifikannya, fenomena pergaulan bebas yang menjadi trend dan kebanggaan muda-mudi merupakan pencetus perzinaan. Perzinaan merupakan antara tujuh dosa besar. Berlakunya perzinaan satu tanda lemahnya keimanan umat yang berpunca daripada kurangnya ilmu dan amal. (iv) Ramai Orang Minum Arak Meminum arak salah satu petanda lain kehancuran manusia. Dengan meminum arak manusia telah mengundang ketidakwarasan akal fikiran. Pada akhir zaman, terdapat dalam kalangan orang Islam yang meminum arak dan mereka mengatakan bahawa yang diminum itu bukan arak. Subjek hanyalah sejenis minuman yang dapat menyegarkan badan atau yang dapat menghilangkan dahaga. Mereka akan memberikan suatu nama lain kepada minuman tersebut yang menunjukkan bahawa subjek bukan arak, padahal sebaliknya arak yang telah diharamkan oleh syarak. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
152 TOPIK 8 KITAB AL-FITAN (v) Bilangan Wanita Lebih Ramai daripada Lelaki Menurut Imam Ibn Hajar, sebab bilangan perempuan lebih ramai daripada lelaki adalah akibat daripada peperangan yang berlaku. Hal ini demikian kerana lelaki yang banyak terbunuh dalam peperangan, bukannya perempuan. Selain itu, pada akhir zaman, Allah SWT mengehendaki kebanyakan yang lahir di dunia ini ialah perempuan dan sedikit sekali dalam kalangan lelaki. (vi) Seorang Lelaki Mengurus 50 Orang Wanita Menurut Ibn Hajar, pada akhir zaman, seorang lelaki terpaksa memikul tanggungjawab menjaga dan mengurus wanita dalam bilangan yang ramai. Angka 50 ialah simbolik terhadap bilangan yang ramai dan bukan merujuk maksud yang sebenar. (d) Selain daripada di atas, terdapat pelbagai lagi tanda kiamat kecil yang ada dijelaskan dalam hadis Baginda SAW yang lain. Hal ini termasuk waktu berlalu dengan pantas, wanita berpakaian tetapi telanjang, umat Islam meniru orang kafir dan tanah Arab kembali subur. (e) Setelah itu, bakal terjadi tanda kiamat besar yang memberi petunjuk bahawa bumi semakin menuju ke penghujungnya. Dalam hadis riwayat Imam Muslim yang lain, dijelaskan bahawa hari kiamat tidak akan berlaku sehingga terjadi 10 tanda yang berikut: (i) Asap; (ii) Al-Masih Dajjal; (iii) Dabbah al-Ard (haiwan melata yang boleh berkata-kata); (iv) Matahari terbit dari sebelah Barat; (v) Turunnya Nabi Isa Ibn Maryam; (vi) YaÊjuj dan MaÊjuj; (vii) Gerhana di Timur; (viii) Gerhana di Barat; (ix) Gerhana di Semenanjung Arab; dan (x) Api yang mengiring manusia ke padang pengumpulan. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 8 KITAB AL-FITAN 153 (f) Sehubungan dengan itu, bagi menghadapi zaman fitnah yang bakal menyerang umat Islam dari segenap penjuru, maka umat Islam hari ini perlu memperkuat dan memperkemaskan ilmu dan benteng pertahanan keimanan supaya tidak mudah terpedaya dengan segala macam fitnah. (g) Terdapat enam pendekatan yang digariskan oleh ulama sebagai persediaan menghadapi fitnah pada akhir zaman, iaitu: (i) Berpegang teguh pada ajaran al-Quran dan sunah; (ii) Melazimi jamaah (ahli sunah wal-jamaah); (iii) Mendalami ilmu agama dan mendampingi ulama; (iv) Mengelakkan diri daripada fitnah dan tempat berlakunya fitnah; (v) Memohon perlindungan daripada Allah SWT; dan (vi) Keutamaan beramal pada zaman fitnah. 1. Apakah peranan ilmu dan iman terhadap kehidupan manusia? 2. Bincang pendekatan yang harus diambil oleh umat Islam semasa menghadapi zaman fitnah. SEMAK KENDIRI 8.3 Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
154 TOPIK 8 KITAB AL-FITAN Hadis fitan membicarakan tentang fitnah yang berlaku di akhir zaman yang bermula selepas kewafatan Rasulullah SAW sehingga berlakunya hari kiamat. Fitnah bererti ujian, cubaan dan dugaan sama ada ujian tersebut berbentuk kesenangan mahupun musibah. Fitnah yang akan berlaku pada akhir zaman merupakan tanda berlakunya hari kiamat. Sebahagian daripada tanda tersebut telah berlaku. Sebahagian yang lain sedang berlaku dan ada yang masih belum berlaku. Hadis yang menceritakan fitnah yang berlaku pada akhir zaman ini bertujuan memberi peringatan kepada manusia tentang hampirnya hari kiamat supaya mereka dapat membuat persiapan diri secukupnya. Antara tanda kiamat semakin hampir ialah ilmu diangkat, banyak kejahilan, berlaku banyak perzinaan, ramai orang minum arak, ramai kaum perempuan dan sedikit kaum lelaki, sehingga nantinya seorang lelaki akan mengurus 50 orang perempuan. Kepincangan dalam kehidupan manusia berpunca daripada kejahilan dan rosaknya institusi keluarga serta kewarasan berfikir. Terdapat enam pendekatan yang telah digariskan oleh ulama sebagai persediaan menghadapi fitnah pada akhir zaman, iaitu: Berpegang teguh pada ajaran al-Quran dan sunah; Melazimi jemaah (ahli sunah wal-jamaah); Mendalami ilmu agama dan mendampingi ulama; Mengelakkan diri daripada fitnah dan tempat berlakunya fitnah; Memohon perlindungan daripada Allah SWT; dan Keutamaan beramal pada zaman fitnah. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 8 KITAB AL-FITAN 155 Akhir zaman Fitan hukum Fitnah Ilmu mawdu Melazimi Jemaah Tanda kiamat Al-ÂAsqalani, Ahmad Ibn ÂAli Ibn Hajar. (1993). Fath al-bari bi sharh sahih al-Bukhari. J.12. Beirut, Lebanon: Dar al-Fikr. Al-ÂAsqalani, Ahmad Ibn ÂAli Ibn Hajar. (1997). Taqrib al-tahdhib. Beirut, Lebanon: Dar al-Qalam. Al-Bukhari, Abu ÂAbdillah Muhammad Ibn IsmaÂil Ibn Ibrahim. (1958). Sahih al-Bukhari. Misr: Mustafa al-Babiyy wa Awladuhu. Al-Nawawi, Muhy al-Din Abu Zakariya Yahya Ibn Sharf. (t.t.). Riyadh al-solihin. Tahqiq: Abdullah Muhammad al-Darwisy. Beirut, Lebanon: Dar al-Fikr. Al-Nawawi, Muhy al-Din Abu Zakariya Yahya Ibn Sharf. (t.t.). Sharh sahih Muslim. J.17. Beirut, Lebanon: Dar al-Qalam. Al-Naysaburi, Muslim Ibn al-Hajjaj Ibn Muslim Ibn Ward Ibn Kusyaz al-Qusyairi. Sahih Muslim. (t.t.). Tahqiq: Muhammad Fuad Abdul Baqi. Beirut: Dar IhyaÊ al-Turath al-Arabiy. Mohd Farhan Md Ariffin, Khadher Ahmad. (2016). Fabricated hadith: Unraveling contradiction between society and scholar towards mutual agreement. Jurnal Intelek, 11(1), 31ă39. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
PENGENALAN Dalam Topik 9 ini, kita akan mengkaji dengan lebih mendalam tentang teks hadis yang terdapat dalam kitab Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim. Segala perbincangan yang telah dikemukakan dalam topik-topik sebelum ini akan memudahkan lagi kajian terhadap teks Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim. Teks hadis yang akan kita bincangkan pada kali ini berkaitan dengan sifat al-Qiyamah. Allah SWT berfirman dalam al-Quran surah an-NisaÊ, ayat 87: َُّ ٱ وِم ۡ Ĭ َ ي ٰ َ Ǔِ ۡ إ ُ م َّك ن َ َع ۡم َج َ ل ۚ َ و ُ ه َّ ƅِ َ إ ٰه َ ِل إ َ ƅ ٱ ةِ َٓ ٰم َ ِي ق ۡ َ ل ُ ِمن َق ۡ د ص َ ۡ أ َن َم و ۗ َ فِيهِ ۡب ي َ َ ر ƅ ٱ ِ ٗ Ĭ ا َّ ٨٧ح َ ِديث Topik 9 Kitab Sifat al-Qiyamah Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Menjelaskan teks hadis dan pengertiannya mengenai kitab sifat al-Qiyamah ; 2. Menerangkan taraf hadis sama ada sahih, hasan, daif atau mawdu dalam kitab sifat al-Qiyamah; 3. Membincangkan kajian sanad perawi hadis dalam kitab sifat al-Qiyamah; dan 4. Membincangkan kajian matan hadis dalam kitab sifat al-Qiyamah. HASIL PEMBELAJARAN Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 9 KITAB SIFAT AL-QIYAMAH 157 Maksudnya: Allah tidak ada selain daripada-Nya. Dia akan mengumpulkan kamu pada hari kiamat, hari yang tidak diragukan lagi tentangnya. Adakah sesiapa yang lebih benar firmannya selain Allah? Apakah yang dimaksudkan dengan hari kiamat, sifat dan tandanya? Perkara tersebut akan dikupas dalam topik ini. Rajah 9.1 memaparkan gambaran keseluruhan topik ini yang membincangkan kitab sifat al-Qiyamah. Mari kita teruskan pembacaan anda. Rajah 9.1: Perbincangan mengenai kitab sifat al-Qiyamah TEKS HADIS DAN PENGERTIANNYA Ayat al-Quran dan hadis yang membicarakan hari kiamat amat banyak jika dihitung. Namun, semuanya memerlukan kefahaman dan penghayatan yang mendalam supaya tidak menjadi ayat dan hadis yang hanya dibaca dan tidak dihayati serta diambil iktibar. Antara hadis yang mengupas berkaitan hari kiamat ialah hadis yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim bahawa Rasulullah SAW bersabda: ا َ ْه يـ ِ َ ف ْس ِ لَي ّ ِي ِ النَّق ة َ ْص ر ُ َ َكق َاء ْر َف َ ع يضاء َ َ ْ ٍض ب َلى أَر ِ ع ة َ َام ي ِ َ الق م ْ َو يـ ُ َاس ُ الن ْ َشر يح ُ ٌ لأَ َم ل َ ٍ ع ح َد Maksudnya: Manusia seluruhnya akan dikumpulkan pada hari kiamat kelak di sebuah kawasan tanah lapang yang berkeadaan putih (cerah dan kelihatan bersih), berdebu (seolah-olah tiada kesan pernah dipijak makhluk lain) seumpama sekeping roti yang bersih. Tiada seorang pun baginya tanda, (mahupun binaan atau rumah). 9.1 Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
158 TOPIK 9 KITAB SIFAT AL-QIYAMAH KAJIAN TARAF HADIS Hadis yang dinyatakan ialah Muttafaqun ÂAlayhi, iaitu telah diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Imam Muslim dalam kedua-dua kitab sahih mereka seperti ditunjukkan dalam Jadual 9.1. Jadual 9.1: Periwayat Hadis Periwayat Hadis Kitab Bab Nombor Hadis Imam al-Bukhari Al-Riqaq Yaqbidhu Allah al-Ardha 6,521 Imam Muslim Sifat al-Munafiqin Fi al-BaÂth, wa al-Nusyur, wa Sifat al-Ardh Yaum al-Qiyamah 6,986 Seperti yang dinyatakan dalam topik sebelum ini, semua hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Imam Muslim dalam kitab sahih mereka telah disepakati ulama bahawa isi kandungannya adalah sahih dan kita wajib beriman dengannya. 9.2 Tahukah anda nama-nama lain bagi hari kiamat dan bagaimanakah manusia dikumpulkan pada hari kiamat? AKTIVITI 9.1 Berdasarkan pengetahuan anda yang lepas, jelaskan tentang kedudukan hadis muttafaqun Êalayhi berbanding dengan hadis sahih yang lain. SEMAK KENDIRI 9.1 Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 9 KITAB SIFAT AL-QIYAMAH 159 KAJIAN SANAD PERAWI HADIS Seterusnya, kita akan mempelajari kajian sanad perawi hadis. 9.3.1 Sanad Hadis Bersambung kepada Rasulullah SAW Hadis ini diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Imam Muslim melalui sanad hadis yang hampir sama. Namun begitu, terdapat sedikit perbezaan antara kedua-dua sanad itu. Jadual 9.2 menerangkan perbezaan tersebut. Jadual 9.2: Perbezaan antara Perawi Hadis Bukhari dengan Hadis Muslim Hadis Bukhari Hadis Muslim حدثنا سعيد بن مريم : أخبرʭ محمد بن جعفر قال : ّحدثني أبو ِحازم قال ٍ قال : سمعت ْد َع ْل بن س َه : سمعت س النبي صلى الله عليه وسلم قال حدثنا أبو بكر بن أبي شيبة ، حدثنا َد ْ ، عن محمد بن جعفر ل خالد بن َمخ بن أبيكثير ، حدثني أبو حازم بن دينار ، عن سهل بن سعد قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم Merujuk kedua-dua riwayat hadis ini yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Imam Muslim, dapatlah diringkaskan sanad hadis seperti dilakarkan dalam Rajah 9.2. 9.3 Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
160 TOPIK 9 KITAB SIFAT AL-QIYAMAH Rajah 9.2: Ringkasan sanad hadis Hadis ini diriwayatkan oleh Muhammad ibn Jaafar, daripada Abu Hazim ibn Dinar daripada Sahl ibn SaÂad, daripada Rasulullah SAW. Imam al-Bukhari dan Imam Muslim menerima hadis ini daripada guru yang berlainan, iaitu: (a) Imam al-Bukhari menerima hadis ini daripada SaÂid ibn Maryam daripada Muhammad ibn JaÂafar. (b) Imam Muslim menerima hadis ini daripada Abu Bakar ibn Abi Syaibah, daripada Khalid ibn Makhlad, daripada Muhammad ibn Jaafar. Jika diperhatikan antara sanad al-Bukhari dan Muslim, kita akan dapati: (a) Antara al-Bukhari dan Nabi Muhammad SAW terdapat seramai empat orang perawi. (b) Antara Muslim dan Nabi Muhammad SAW terdapat seramai lima orang perawi hadis. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 9 KITAB SIFAT AL-QIYAMAH 161 Perbezaan bilangan perawi ini menunjukkan ketinggian sanad al-Bukhari melebihi sanad Muslim. Dalam ilmu ÂUlum al-Hadith, hal ini dipanggil al-Isnad al-ÂAali. Apakah maksudnya? Apakah pula panggilan untuk sanad Muslim? Ulama hadis yang terdahulu akan mengembara ke pelosok dunia semata-mata untuk mendapatkan sanad yang tinggi. Mereka akan cuba menjejaki perawi yang paling hampir dengan Rasulullah SAW. Hal inilah antara kelebihan ulama hadis. Begitu juga, jika diperhatikan kepada kedua-dua sanad al-Bukhari dan Muslim, jelas kelihatan Muslim memberikan nama yang lengkap bagi perawinya. Hal ini akan memudahkan proses mengenal pasti kedudukan perawi tersebut. Contohnya: (a) Al-Bukhari hanya menyatakan Muhammad ibn JaÂafar, manakala Muslim menyatakan Muhammad ibn JaÂafar ibn Abi Kathir; dan (b) Al-Bukhari hanya menyatakan Abu Hazim, manakala Muslim menyatakan Abi Hazim ibn Dinar. Hal ini adalah antara faedah dikumpulkan sanad setiap imam hadis. Al-Isnad al-ÂAali bermaksud sanad yang tinggi. Sanad Muslim dikenal sebagai al-Isnad al-Naazil. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
162 TOPIK 9 KITAB SIFAT AL-QIYAMAH 9.3.2 Sifat Perawi Hadis Sebagaimana yang telah diketahui, sesuatu hadis dapat diketahui martabatnya berdasarkan pengetahuan tentang darjat setiap perawi. Ulama hadis menghasilkan pelbagai karya yang memudahkan umat Islam yang terkemudian untuk mengenal perawi hadis. Tahukah anda apakah yang dimaksudkan dengan Ilmu Rijal al-Hadis ? Terdapat dalam kalangan perawi yang mempunyai kekuatan hafalan, amanah dan hadis yang diriwayatkannya disepakati oleh perawi yang lain. Terdapat pula dalam kalangan perawi yang mempunyai hafalan yang lemah dan periwayatannya bertentangan dengan perawi yang lain. Semua ini akan memberi kesan terhadap hukum sesuatu hadis. Mari kita perhatikan sifat perawi Hadis Bukhari dan Muslim seperti dipaparkan dalam Jadual 9.3 dan 9.4. Jadual 9.3: Sifat Perawi Hadis Bukhari No Nama Penuh Tahun Wafat Sifat/Martabat 1. Sahl Ibn SaÂad Ibn Malik Ibn Khalid al-Ansari al-Khazraji al-SaÂidi, Abu al-ÂAbbas 88 H Seorang sahabat Rasulullah SAW mempunyai banyak kelebihan 2. Abu Hazim: Salamah Ibn Dinar, al-AÊraj, al-Afzaz al-Tammar, al-Madani, Maula al-Aswad Ibn Safyan Pada zaman pemerintahan Khalifah Mansur Thiqah, Âabid 3. Muhammad Ibn JaÂafar: Ibn Abu Kathir al-Ansari, al-Madani Tidak dinyatakan Thiqah 4. SaÂid Ibn al-Hakam Ibn Muhammad Ibn Salim Ibn Abu Maryam: al-Jumahi, Abu Muhammad al-Misri 224 H Thiqah, thabt, faqih Ilmu berkaitan perawi hadis ini dikenal sebagai ilmu Rijal al-Hadis . Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 9 KITAB SIFAT AL-QIYAMAH 163 Jadual 9.4: Sifat Perawi Hadis Muslim No Nama Penuh Tahun Wafat Sifat/Martabat 1. Sahl Ibn SaÂad r.a Abu Hazim Muhammad Ibn JaÂafar (individu yang sama dengan perawi al-Bukhari). 2. Khalid Ibn Makhlad: al-Qatowani, Abu al-Haitham al-Bajali, al-Kufi 213 H Thiqah 3. Abu Bakar Abdullah Ibn Muhammad Ibn Abi Syaibah al-Wasiti, al-Kufi 235 H Thiqah, hafiz dan pengarang kitab yang banyak 9.3.3 Sanad Hadis yang Diragui Berikutan hadis ini oleh Imam al-Bukhari dan Imam Muslim dalam kitab sahih masing-masing, kesangsian terhadap kesahihan hadis hampir tidak timbul. Periwayatan al-Bukhari dan Muslim terhadap hadis ini telah mencukupi untuk mensahihkan periwayatan ini. 1. Bagaimanakah cara untuk mengetahui sifat seseorang perawi hadis? Jelaskan. 2. Adakah Imam al-Bukhari dan Imam Muslim telah mengumpulkan semua hadis sahih dan tidak tertinggal walaupun sedikit? AKTIVITI 9.2 Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
164 TOPIK 9 KITAB SIFAT AL-QIYAMAH MAKSUD LAFAZ HADIS Seterusnya dalam subtopik ini, kita akan mempelajari maksud lafaz hadis. Hadis yang merupakan perbincangan bab sifat al-Qiyamah ialah sebuah hadis yang agak ringkas, namun mengandungi makna yang mendalam. Setiap daripada perkataan yang dilafazkan oleh Baginda SAW adalah bersifat Jawami al-Kalim. Apakah yang dimaksudkan dengan Jawami al-Kalim? Jadual 9.5 menerangkan perbezaan antara lafaz hadis Bukhari dengan hadis Muslim. Jadual 9.5: Perbezaan antara Lafaz Hadis Bukhari dengan Hadis Muslim Hadis Bukhari Hadis Muslim ْ ٍض َلى أَر ِ ع ة َ َام ي ِ َ الق م ْ َو ُ يـ َاس ُ الن ْ َشر ُيح ِ ّ ِي ِ النَّق ة َ ْص ُر َ َكق َاء ْر َف َ ع يضاء ب . قال َ َ ٍ سهل أو غيره َد ٌ لأح َم ل َ ا ع َ ْه يـ ِ َ ف ْس لَي ُ ْ َشر ْ ٍض ُيح َلى أَر ِ ع ة َ َام ي ِ َ الق م ْ َو ُ يـ َاس الن ا َ ْه يـ ِ َ ف ْس ِ لَي ّ ِي ِ النَّق ة َ ْص ُر َ َكق َاء ْر َف َ ع يضاء َ َ ب ٍ َد ٌ لأح َم ل َ ع Hasil daripada penelitian berdasarkan periwayatan hadis juga menjelaskan lafaz berikut: ٌ َم ل َ ا ع َ ْه يـ ِ َ ف ٍ لَي لأَ ْس َد ح Maksudnya: Tiada seorang pun baginya tanda. Lafaz ini dalam Sahih al-Bukhari merupakan perkataan Sahl Ibn SaÂad r.a., manakala dalam Sahih Muslim, subjek termasuk dalam lafaz Rasulullah SAW. 9.4 Jawami al-Kalim bererti perkataan yang ringkas tetapi mempunyai maksud yang panjang. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 9 KITAB SIFAT AL-QIYAMAH 165 Perhatikan maksud perkataan berikut dengan baik. Hal ini dapat membantu anda memahami maksud inti pati hadis dengan lebih jelas. Jadual 9.6 memaparkan maksud perkataan hadis tadi. Jadual 9.6: Maksud Perkataan Perkataan Penjelasan أرض ٍ Bumi atau tanah yang lapang. يضاء ب َ َ Bermaksud putih dan kelihatan bersih. َاء ْر ع َف Dari sudut bahasa bermaksud, warna putih yang bercampur dengan merah. Dari sudut istilah, ulama hadis adalah sifat pada kawasan tanah yang masih belum dijejaki dan tiada kesan pernah dipijak oleh makhluk Allah SWT. ة َ رص ُق Roti yang agak kecil dan leper serta berbentuk bulat. النقي Suci dan bersih serta dimaksudkan dengan tepung yang putih bersih. Perkataan ini digabungkan dengan perkataan sebelumnya dan membawa maksud roti kecil leper yang bersih dan dibuat daripada tepung yang suci. ٌ َم ل ع َ Panji atau tanda. Dalam hadis ini membawa erti bangunan, rumah atau kesan peninggalan manusia. 9.4.1 Kesimpulan Hadis Rasulullah SAW berperanan sebagai penyampai kepada seluruh manusia berkenaan dengan perintah, larangan, teguran dan sebagainya daripada Allah SWT. Rasulullah SAW juga berperanan mendidik umat Baginda SAW supaya tetap berada pada landasan yang telah digariskan oleh Islam. Semua perkataan Baginda SAW menjadi azimat dan pegangan manusia. Kata-kata yang mendalam daripada Rasulullah SAW perlu dihayati dan diteliti isi kandungannya. Daripada hadis yang telah disebutkan tadi, menyatakan tentang hari kiamat dan tempat manusia berkumpul kelak. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
166 TOPIK 9 KITAB SIFAT AL-QIYAMAH 9.4.2 Pengajaran Hadis Terdapat enam pengajaran yang boleh diambil daripada hadis ini, iaitu (rujuk Rajah 9.3.): Rajah 9.3: Enam pengajaran hadis Mari kita lihat satu persatu maksud pengajaran hadis ini. (a) Definisi Hari Kiamat Mari kita teliti definisi bagi hari kiamat. Dari segi istilah pula, subjek membawa maksud hari yang berakhirnya sesi kehidupan seluruh manusia dan makhluk Allah SWT di dunia ini. Kehidupan dunia adalah umpama jambatan untuk menuju ke kehidupan selanjutnya di akhirat yang kekal dan abadi. Kiamat atau dalam bahasa Arab al-qiyamah ialah kata terbitan daripada perkataan qama yang bererti bangun, bangkit dan berdiri. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 9 KITAB SIFAT AL-QIYAMAH 167 Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah, ayat 113: َ َُّ ٱف Ĭ َ م ۡ و َ ۡ ي ُم ه َ ن ۡ ي َ ُ ب ُ م َ ي ٱ ةِ َۡك ٰم َ ِي ق َ ل افِ ۡ َ يم ُون لِف َ ت ۡ َ فِيهِ ي ْ ُوا ن ك ١١٣َ Maksudnya: Maka Allah akan menghukum antara mereka pada hari kiamat mengenai apa-apa yang mereka perselisihkan. Sabda junjungan besar Nabi Muhammad SAW: َ َشة ِ َائ ْ ع َن ُ ع ْ َشر يح َ َال ُ َ ق م َّ ل َ َس ِ و ه ْ َي ل َ ُ ع َّ اهلل ى َّ ل َ َّ ص ن ِ النَّبي ا أَ َّ َ ْه نـ َ ُ ع َ َّ اهلل ِضي َ ر ُ ِ النَّاس ة َ َام ي ِ ْق َ ال م ْ ال َو ُ َ يـ ِج ّ َالر و ُ َاء ِس ّ ِ الن ُ َول َّ اهلل َس َ ر ت ʮ ُْل ُ ْلا قـ ر ُ غ ً اة َ ر ُ ع ً َاة ُف ح ُ َشة ِ َائ َ ع ʮ َ م َّ ل َ َس ِ و ه ْ َي ل َ ُ ع َّ اهلل ى َّ ل َ َ َال ص ْ ٍض ق ع َ َِلى بـ ْ إ م ُ ضه ُ ْ ع َ بـ ُ ر ُ ْظ ن َ ا يـ ً ِيع َجم ْ ٍض. ع َ َلى بـ ِ ْ إ م ُ ضه ُ ْ ع َ َ بـ ر ُ ْظ ن َ ْ أَ ْن يـ ِن د م ُّ ُ أَ َش الأَم ْر (رواه البخاري ومسلم) Maksudnya: Daripada Aisyah r.a., bahawa Nabi SAW bersabda: „Dihimpunkan manusia di Padang Mahsyar pada hari kiamat dengan keadaan berkaki ayam, bertelanjang dan berkulup.‰ Aisyah berkata: „Ya Rasulullah! Adakah orang-orang perempuan dan lelaki semuanya melihat satu sama lain?‰ Nabi Muhammad SAW menjawab: „Wahai Aisyah, kedahsyatan keadaan pada ketika itu menghalang masing-masing daripada melihat satu sama lain.‰ (Riwayat Bukhari dan Muslim) Beriman kepada hari kiamat merupakan rukun Iman yang kelima. Hal ini membawa maksud setiap individu dituntut meyakini (iktikad) dan percaya dengan pasti akan adanya hari kiamat yang pada hari tersebut semua manusia akan dibangkitkan kembali di Padang Mahsyar untuk menerima hukuman berdasarkan segala amal perbuatan mereka semasa mereka hidup di muka bumi Allah SWT ini. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
168 TOPIK 9 KITAB SIFAT AL-QIYAMAH (b) Nama Lain bagi Hari Kiamat Terdapat beberapa nama lain bagi hari kiamat sebagaimana termaktub dalam al-Quran dan hadis seperti disenaraikan dalam Jadual 9.7. Jadual 9.7: Nama Lain Hari Kiamat Rumi Arab Maksudnya Yaum al-qiyamah القيامة يوم Hari kebangkitan Yaum al-akhir الآخر يوم Hari akhir Yaum al-din الدين يوم Hari akhir (agama) Yaum al-fasl الفصل يوم Hari keputusan Yaum al-hisab الحساب يوم Hari perhitungan Yaum al-fath الفتح يوم Hari pengadilan Yaum al-talaq التلاق يوم Hari pertemuan Yaum al-jamÊi الجمع يوم Hari pengumpulan Yaum al-khulud الخلود يوم Hari kekekalan Yaum al-khuruj الخروج يوم Hari keluar Yaum al-baÂth البعث يوم Hari kebangkitan Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 9 KITAB SIFAT AL-QIYAMAH 169 Yaum al-hasrah الحسرة يوم Hari penyesalan Yaum al-tanad التناد يوم Hari pemanggilan Yaum al-azifah الآزفة يوم Hari mendekat Yaum al-taghabun التغابن يوم Hari terbukanya aib Yaum al-waÊid الوعيد يوم Hari amaran Yaum al-azim العظيم يوم Hari agung Al-Yaum al-masyhud المشهود اليوم Hari disaksikan Al-QariÊah القارعة Bencana yang menggetarkan Al-Ghasyiah الغاشية Bencana yang tidak tertahan Al-Shakhah الصاخة Bencana yang memilukan Al-Haqqah الحاقة Kebenaran besar Al-SaÂah الساعة Waktu Al-WaqiÂah الواقعة Peristiwa besar Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
170 TOPIK 9 KITAB SIFAT AL-QIYAMAH (c) Kewajipan Mengimani Hari Kiamat Hari kiamat tidak dapat dijangkakan bila akan berlakunya kerana subjek merupakan rahsia Allah SWT yang tidak diketahui sesiapa melainkan-Nya. Namun, manusia diberi peringatan oleh Allah SWT tentang akan berlakunya hari kiamat melalui tandanya. Nabi Muhammad SAW merekodkan tanda kiamat dalam al-Quran dan sunah. Hal ini sejajar dengan firman Allah SWT dalam surah al-AÊraf, ayat 187: ۡ َس َ ي ٔ َ َك ون ِ ل ُ َ ٱع ةِ َن َ لس ا َّ اع ِيه ّ ل َُ َ ي ƅۖ ِ ّ َب َ ر ا ِعند َ ُه م ۡ ا ِعل َ م َّ ِن ۡ إ ل ُ ق ۖ ا َ ٰه Ƌ َ ۡس ُر َ م َّان ي َ أ َّ ƅِ إ ٓ ا َ ِه ت ۡ ق َ ۡ ِف لِو َت ل ُ ق َ ث ۚ َ و َ ه ٱ ٰ ِت ُ و ٰ َ ٱو ِ ۚ ۡرض َ لس َّ م َ ۡ ۡ ل َس ي ۗ ٗ ة َ ت ۡ غ َ ب َّ ƅِ ۡ إ ُ م تِيك ۡ أ َ َ ت ƅ َ ٔ َ َك ون ُ ل ِ ۡ إ ل ُ ق ۖ ا َ ه ۡ ن َ ٌّ ع ِف َ َ ح َّك ن َ أ َ ك ا َ م َ ن َّ ا ِعند َ ُه م ََ Ĭ ِ َّ ٱعل ِ ۡ ۡث َك َّ أ ٰ ِكن َ َ ل َّ ٱو ِ اس َل ƅ َ ُون م َ ل ۡ ع ١٨٧ي َ Maksudnya: Mereka bertanyakan kepadamu tentang kiamat: Bilakah terjadinya? Katakanlah: Sesungguhnya pengetahuan tentang kiamat itu adalah milik Tuhanku (Allah), tidak seorang pun yang dapat menjelaskan waktu kedatangannya selain Dia. Kiamat itu amat berat (huru-haranya bagi makhluk) yang di langit dan di bumi. Kiamat itu tidak akan berlaku kepadamu melainkan dengan tiba-tiba. Mereka bertanyamu seakan-akan kamu benar-benar mengetahuinya. Katakanlah: Sesungguhnya pengetahuan tentang hari kiamat itu adalah milik Allah tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 9 KITAB SIFAT AL-QIYAMAH 171 (d) Tanda Kecil Kiamat Tanda kecil kiamat pada umumnya terdiri daripada kerosakan manusia dan alam pada akhir zaman, lahirnya fitnah dalam kalangan mereka serta jauhnya manusia dari petunjuk Allah SWT dan Rasulullah SAW. Antara hadis sahih yang menerangkan tanda kecil kiamat ialah: (i) Sabda Rasulullah SAW dalam hadis yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim, maksudnya: „Dibangkitkan aku dengan hari kiamat seperti (di antara) dua jari ini.‰ Baginda mengisyaratkan dengan merapatkan jari telunjuk dan jari tengahnya. Hadis ini membayangkan bahawa kebangkitan Nabi Muhammad SAW sebagai nabi dan rasul adalah antara tanda hampirnya kiamat. Hadis ini juga menegaskan bahawa antara Nabi Muhammad SAW dan hari kiamat, tiada nabi lain dan kiamat akan datang selepas Baginda SAW. (ii) Dalam hadis Jibrail a.s. yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Imam Muslim, Jibrail a.s. datang bertemu Nabi Muhammad SAW bertanya mengenai tanda kiamat. Baginda SAW menjawab: „Orang yang ditanya bukanlah lebih mengetahui daripada orang yang bertanya.‰ Kata Jibrail a.s: Maka ceritakan kepadaku tentang tanda-tanda kiamat. Jawab Rasulullah SAW: „(Tanda-tandanya) bahawa hamba perempuan akan melahirkan tuannya. Engkau melihat orang yang berkaki ayam, bertelanjang, miskin, penggembala kambing berlumba-lumba meninggikan rumah kediaman. Maka itu antara tanda-tandanya.‰ Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
172 TOPIK 9 KITAB SIFAT AL-QIYAMAH (iii) Hadis yang diriwayatkan oleh al-Bukhari daripada Abu Hurayrah r.a., bahawasanya Nabi Muhammad SAW bersabda: Tidak akan berlaku kiamat sehingga: Berbunuh-bunuhan dua puak yang gagah. Pembunuhan antara kedua-duanya adalah hebat dan tujuan kedua-duanya adalah satu. Lahirnya Dajjal pendusta yang bilangannya hampir 30 orang. Masing-masing mendakwa menjadi rasul. Dicabut ilmu. Banyak berlakunya gempa bumi. Timbulnya fitnah dan berlakunya pembunuhan yang sangat banyak. Bertimbun padamu harta kekayaan yang melimpah ruah sehingga pemilik harta tidak dapat mencari orang yang layak menerima sedekah. Apabila diberi sedekah, yang menerima akan menjawab: Saya tidak berhajat kepadanya. Manusia berlumba-lumba meninggikan bangunan. Seorang lelaki melalui kubur. Maka dia berkata: „Moga-moga aku menjadi orang yang mati.‰ (iv) Daripada Anas bin Malik r.a. dalam hadis yang diriwayatkan oleh al-Bukhari bahawasanya Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya antara tanda kiamat itu ialah: Terangkatnya ilmu. Lahirnya kejahilan. Tersebar banyak perbuatan zina. Arak diminum. Banyak bilangan perempuan dan bilangan lelaki menjadi sedikit sehingga nisbah 50 orang perempuan bersamaan seorang lelaki. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 9 KITAB SIFAT AL-QIYAMAH 173 (v) Daripada Abu Hurayrah r.a. dalam hadis yang diriwayatkan oleh al-Bukhari, bahawasanya seorang lelaki bertanya Rasulullah SAW: „Bilakah berlakunya kiamat?‰ Baginda menjawab:„Apabila telah hilangnya amanah, maka tunggulah hari kiamat.‰ Lelaki itu bertanya: „Bagaimanakah cara hilangnya?‰ Jawab Rasulullah SAW: „Apabila diserahkan sesuatu urusan kepada bukan ahlinya, maka tunggulah kiamat.‰ (vi) Daripada Abu Hurayrah r.a. dalam hadis yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda: Tidak akan berlakunya kiamat sehingga orang Islam berperang dengan orang Yahudi. Orang-orang Islam membunuh Yahudi sehingga bersembunyi seorang Yahudi di belakang batu atau pohon kayu. Lalu pohon kayu atau batu itu akan berkata-kata: „Wahai Muslim, wahai hamba Allah! Ini orang Yahudi di belakangku, marilah membunuhnya.‰ Kecuali pokok al-Gharqad sahaja (yang tidak berkata-kata) kerana termasuk dalam kalangan pokok-pokok Yahudi. (e) Tanda Besar Kiamat Tanda besar kiamat juga terdapat dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Muslim daripada Huzayfah bin Usaid al-Ghifari r.a. yang menceritakan: Nabi Muhammad SAW telah datang kepada kami ketika kami sedang berbincang dan bertukar-tukar pendapat. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
174 TOPIK 9 KITAB SIFAT AL-QIYAMAH Baginda bertanya: „Apakah yang sedang kamu semua bincangkan?‰ Kami menjawab: Kami sedang mengingati hari kiamat. Baginda SAW bersabda: Hari kiamat tidak akan berlaku sehingga kamu melihat 10 tandatandanya, iaitu: Keluar asap. Lahir Dajjal. Keluar binatang yang melata. Matahari terbit daripada sebelah barat. Turun Nabi Isa a.s. Keluar YaÊjuj dan MaÊjuj. Berlaku gerhana tiga kali dan gerhana di sebelah timur. Gerhana di sebelah barat. Gerhana di sebelah semenanjung Tanah Arab. Akhir sekali, keluar api daripada tanah Yaman yang menghalau manusia ke tempat perhimpunan mereka. (f) Perkara yang Dapat Dielakkan Apabila Beriman dengan Hari Kiamat Melalui keimanan yang kukuh dengan hari kiamat, kita akan dapat mengelakkan diri daripada pelbagai masalah yang berpunca daripada empat perkara, iaitu: (i) Tidak Bersyukur dengan Nikmat Kurniaan Allah SWT Kita hanya memandang dan menginginkan apa-apa yang terdapat pada tangan orang lain. Kita tidak nampak atau lupakan nikmat dalam genggaman kita. Walhal, Allah SWT telah kurniakan kenikmatan yang tidak ternilai harganya kepada kita. Oleh itu, kita tidak rasakan „keseronokan‰ atau terasa nikmat dengan pemberian itu, lebih-lebih lagi kenikmatan dengan balasan syurga kelak. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 9 KITAB SIFAT AL-QIYAMAH 175 (ii) Terlalu Banyak Mengeluh Kita terlalu banyak berkeluh kesah dan menyalahkan keadaan sehingga kepada permasalahan sekecil-kecilnya dalam kehidupan dunia ini. Namun, kita sering lupa kesusahan dan penderitaan sebenar yang bakal kita hadapi di akhirat kelak. (iii) Terlalu Mengejar Kenikmatan Duniawi Kita terlalu mengejar kemewahan, kemegahan dan kenikmatan duniawi sehingga melupakan tujuan hidup kita sebenarnya. Perkara inilah sebenar ujian hidup yang kadangkala kita rasakan amat memeritkan untuk dihindari, padahal kita tahu ganjarannya ialah syurga daripada Allah SWT. (iv) Menyangka Hidup di Dunia Akan Kekal Kita selalu menganggap kehidupan di dunia ini untuk selamalamanya. Oleh itu, kita menghabiskan seluruh sumber dalam diri semata-mata untuk membina pengaruh, mengumpul harta dan kemasyhuran diri seolah-olah „kematian‰ itu untuk orang lain, bukan untuk kita. Kita lupa bahawa semua makhluk akan mati dan binasa. Sedangkan akhirat adalah kehidupan yang kekal abadi. Hadis berkaitan dengan sifat al-Qiyamah ini diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Imam Muslim dalam kitab sahih mereka, melalui sanad hadis yang berbeza tetapi bertemu pada riwayat Muhammad Ibn Jaafar daripada Abu Hazim daripada Sahl Ibn SaÂad r.a. daripada Rasulullah SAW. Hadis yang ringkas ini mengandungi isi kandungan yang mendalam yang menceritakan keadaan pada hari kiamat. Riwayat hadis daripada ulama hadis yang berbeza akan mengungkap kekaburan pada matan atau sanad sesuatu hadis. Hal ini seperti menyatakan dengan lebih jelas nama perawi, maksud perkataan Nabi SAW dan sebagainya. Nyatakan hikmah kita beriman kepada hari kiamat. SEMAK KENDIRI 9.2 Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
176 TOPIK 9 KITAB SIFAT AL-QIYAMAH Antara sunah para ulama hadis adalah mencari al-Isnad alÊAli. Allah SWT mengungkapkan nama hari kiamat dalam al-Quran dengan nama yang berbeza yang menunjukkan sifat hari tersebut. Hari kiamat mempunyai tanda tersendiri, sama ada tanda yang kecil atau besar. Tanda yang kecil kebanyakannya telah pun berlaku di dunia ini. Keimanan kepada hari kiamat akan menghasilkan peribadi Muslim yang cemerlang. Seorang Muslim akan berusaha untuk kehidupannya pada hari akhirat dan tidak melupakan habuan dirinya di dunia. Al-Isnad Al-ÂAli Al-Isnad Al-Nazil Al-Qiyamah Iktibar Iktikad Rijal al-hadith Al-ÂAsqalani, Ahmad ibn ÂAli ibn Hajar. (1993). Fath al-bari bi sharh sahih al-Bukhari. J.12. Beirut, Lebanon: Dar al-Fikr. Al-Bukhari, Abu ÂAbdillah Muhammad ibn IsmaÂil ibn Ibrahim. (1958). Sahih al-Bukhari. Misr, Mesir: Mustafa al-Babiyy wa awladuhu. Al-Nawawi, Muhy al-Din Abu Zakariya Yahya Ibn Sharf. (t.t.). Sharh sahih Muslim. J.17. Beirut, Lebanon: Dar al-Qalam. Ibrahim Mustafa, Ahmad Hasan. (1989). Al-MuÊjam al-Wasit. Istanbul: Dar al-DaÂwah. Muslim, Ibn Hajjaj. (t.t.). Sahih Muslim. Beirut, Lebanon: Dar al-IhyaÊ al-Turath al-Arabi. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
PENGENALAN Dalam Topik 1 dan Topik 2 yang lepas, kita telah pun membincangkan kitab Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim. Kita juga telah sedia maklum bahawa semua hadis dalam Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim adalah sahih. Kini kita sudah sampai kepada topik yang terakhir, iaitu Topik 10 yang akan membincangkan teks hadis sahih berkaitan dengan kitab Al-Jannah wa al-Nar yang diriwayatkan oleh kedua-dua imam ini. Mari kita teliti maknanya. Al-Jannah wa al-Nar bermakna syurga dan neraka. Topik 10 Kitab Al-Jannah wa al-Nar Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Menjelaskan teks hadis dan pengertiannya mengenai kitab Al-Jannah wa al-Nar ; 2. Menerangkan taraf hadis sama ada sahih, hasan, daif atau mawduÊ dalam kitab Al-Jannah wa al-Nar ; 3. Membincangkan kajian sanad perawi hadis dalam kitab Al-Jannah wa al-Nar ; dan 4. Membincangkan kajian matan hadis dalam kitab Al-Jannah wa al-Nar. HASIL PEMBELAJARAN Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
178 TOPIK 10 KITAB AL-JANNAH WA AL-NAR Syurga dan neraka merupakan antara perkara ghaib yang dikhabarkan oleh Rasulullah SAW. Setiap Muslim wajib percaya wujudnya syurga dan neraka kerana subjek merupakan sebahagian daripada rukun iman yang kelima, iaitu beriman kepada hari kiamat. Beriman kepada hari kiamat bermaksud percaya dengan wujudnya hari kiamat, adanya pembalasan, syurga, neraka dan sebagainya. Rajah 10.1 memaparkan gambaran keseluruhan topik ini yang membincangkan kitab Al-Jannah wa al-Nar. Rajah 10.1: Perbincangan mengenai kitab Al-Jannah wa al-Nar TEKS HADIS DAN PENGERTIANNYA Dalam subtopik ini, kita akan mempelajari teks hadis Bukhari dan pengertiannya. Diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim bahawa Rasulullah SAW bersabda: َِلى ِ النَّار، ُ ِ النَّار إ ْل أَه َ ِ، و َنَّة َِلى ْ الج ِ إ َنَّة ُ ْ الج ْل َ أَه َار َا ص ِذ ِت إ ْ َو ْم َ ِʪل تى ِ يء َ ج َّ ح :ٍ َاد ن ُ ِي م َاد ن ُ يـ َّ ثم ُ ، ُ َح ْذب ُ ي َّ ثم ُ َ ِ النَّار، ِ و َنَّة َْ َين ْ الج َ بـ َل ْع يج ُ ْ َت َو ِ، َلا م َنَّة َ ْ الج ْل ʮ َ ، أَه َ النَّا ْل َ أَه ʮَ ْ َت و َو ُ ِر، َلا م ْل ُ أَه َاد ْد ز َ يـ َ ، و ْ ِ ِهم َح َر َِلى فـ ا إ ً َح َر ِ فـ َنَّة ُ ْ الج ْل ُ أَه َاد ْد َز َيـ ، فـ ْ ِِم Ĕْ ز ُ َِلى ح ً إ ʭْ ز ُ ِ النَّار ح Maksudnya: Setelah ahli syurga dimasukkan ke dalam syurga dan ahli neraka dimasukkan ke dalam neraka; kemudian, maut didatangkan (seperti kibas) lalu dihentikan antara syurga dan neraka dan diperintahkan supaya maut itu disembelih. Kemudian, seorang penyeru yang berdiri di antara mereka berkata: „Wahai ahli syurga! Kamu tidak akan mati. Wahai ahli neraka! Kamu juga tidak akan mati. Maka, bertambah gembiralah ahli syurga dan bertambah sedih dan sengsaralah ahli neraka.‰ 10.1 Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 10 KITAB AL-JANNAH WA AL-NAR 179 KAJIAN TARAF HADIS Hadis ini merupakan hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Imam Muslim seperti dipaparkan dalam Jadual 10.1. Jadual 10.1: Periwayat Hadis Periwayat Hadis Kitab Bab Nombor Hadis Imam al-Bukhari Al-Riqaq Al-Jannah wa al-Nar 6,182 Imam Muslim Al-Jannah wa Sifat NaÂimuha wa Ahluha Jahannam AÂadhana Allah Minha 2,850 Bagi mendalami taraf kesahihan, hadis ini perlu diteliti keadaan sanad hadis sebagaimana yang akan dibincangkan dalam kajian sanad perawi hadis. 10.2 Bincangkan apakah maksud yang tersirat yang ingin disampaikan daripada pengertian hadis tadi berhubung penyembelihan „maut‰. AKTIVITI 10.1 Berdasarkan pengetahuan anda tentang sanad dan matan hadis, senaraikan peranan dan kepentingkan sanad dalam menentukan kesahihan matan hadis ini. AKTIVITI 10.2 Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
180 TOPIK 10 KITAB AL-JANNAH WA AL-NAR KAJIAN SANAD PERAWI HADIS Yang berikut ialah sanad berdasarkan riwayat Imam al-Bukhari dan Imam Muslim. Namun begitu, terdapat sedikit perbezaan antara sanad Imam al-Bukhari dan sanad Imam Muslim. Jadual 10.2 menerangkan perbezaan tersebut. Jadual 10.2: Perbezaan antara Sanad Hadis Bukhari dengan Hadis Muslim Hadis al-Bukhari Hadis Muslim حدثنا معاذ بن أسد أخبرʭ عبد الله أخبرʭ عمر بن محمد بن زيد عن أبيه أنه حدثه عن بن عمر قال قال رسول الله صلى الله عليه وسلم حدثني هارون بن سعيد الأيلي وحرملة بن يحيى قالا حدثنا بن وهب حدثني عمر بن محمد بن زيد بن عبد الله بن عمر بن الخطاب أن أʪه حدثهعن عبد الله بن عمر أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال 10.3 Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 10 KITAB AL-JANNAH WA AL-NAR 181 Merujuk hadis ini yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Imam Muslim, dapatlah diringkaskan sanad hadis seperti yang berikut (rujuk Rajah 10.2): Rajah 10.2: Ringkasan sanad hadis Rajah 10.2 menunjukkan susunan perawi hadis Imam al-Bukhari dan Imam Muslim. Imam al-Bukhari mempunyai susunan perawinya yang tersendiri, begitu juga dengan Imam Muslim. Namun begitu, terdapat titik pertemuan pada perawi hadis ini, iaitu Umar Ibn Muhammad Ibn Zayd Ibn Abdillah Ibn Umar Ibn al-Khattab. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
182 TOPIK 10 KITAB AL-JANNAH WA AL-NAR Untuk membolehkan anda memahami dengan lebih jelas susunan perawi hadis ini, mari kita amati susunan perawi Imam al-Bukhari dan Imam Muslim seperti yang berikut: (a) Imam al-Bukhari menerima hadis ini daripada Muaz Ibn Asad, daripada Abdullah, daripada ÂUmar Ibn Muhammad Ibn Zayd, daripada Zayd, daripada Ibn ÂUmar, daripada Rasulullah SAW. (b) Imam Muslim menerima hadis ini daripada Harun Ibn SaÂid al-Ailiy dan Harmalah Ibn Yahya, daripada Ibn Wahab, daripada Umar Ibn Muhammad Ibn Zayd daripada Zayd, daripada Ibn Umar, daripada Rasulullah SAW. Berdasarkan perbincangan tajuk periwayatan hadis tadi, kita dapati bahawa hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Imam Muslim ini ialah hadis yang sanadnya bersambung kepada Rasulullah SAW. Hadis dari sudut rujukan sumber utamanya terbahagi kepada empat jenis, sebagaimana disenaraikan dalam Jadual 10.3. Jadual 10.3: Empat Jenis Rujukan Sumber Hadis Hadis Huraian Hadis marfu Hadis yang bersandarkan sumbernya kepada Rasulullah SAW sama ada ucapan, perbuatan, pengakuan atau sifatnya. Hadis ini boleh dijadikan hujah sekiranya melengkapi syarat hadis sahih dan hasan. Hadis mawquf Hadis yang bersandarkan sumbernya kepada seorang sahabat sama ada berupa ucapan, perbuatan mahupun pengakuan. Sebahagian ulama ahli hadis menamakannya sebagai athar (riwayat daripada sahabat). Hadis maqtu Hadis yang bersandarkan sumbernya kepada tabiin dan tabi tabiin sama ada dalam bentuk ucapan dan perbuatan. Sebahagian ulama hadis menamakan hadis maqtu ini sebagai khabar (riwayat daripada tabiin). Hadis kudsi Hadis yang Rasulullah SAW menisbahkan secara langsung sumbernya kepada Allah SWT secara makna. Hal ini berbeza dengan al-Quran kerana subjek menggunakan lafaz daripada Rasulullah SAW sendiri. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 10 KITAB AL-JANNAH WA AL-NAR 183 Berdasarkan maklumat ini, dapatlah kita simpulkan bahawa hadis yang membicarakan syurga dan neraka ini merupakan hadis marfu kerana lafaznya daripada Rasulullah SAW. Hadis ini juga adalah hadis sahih. Merujuk maklumat tambahan mengenai perawi hadis ini, mari kita lihat salasilah sanad hadis dan kedudukan mereka menurut ulama rijal al-hadis (rujuk Jadual 10.4 dan 10.5). Jadual 10.4: Sifat Perawi Hadis al-Bukhari No. Nama Penuh Tahun Wafat Sifat/Martabat 1. Abdullah Ibn ÂUmar Ibn al-Khattab 73 H Sahabat Rasulullah SAW yang mempunyai banyak kelebihan dan banyak meriwayatkan hadis 2. Muhammad Ibn Zayd 100 H Thiqah 3. ÂUmar Ibn Muhammad Ibn Zayd 150 H Faqih 4. Abdullah Ibn Mubarak 181 H Faqih, thiqah dan alim 5. Muaz Ibn Asad 229 H Penulis kepada Ibn Mubarak dan seorang yang thiqah Jadual 10.5: Sifat Perawi Hadis Muslim No Nama Penuh Tahun Wafat Sifat/Martabat 1. Abdullah ibn ÂUmar, Muhammad ibn Zayd, ÂUmar ibn Muhammad ibn Zayd (individu yang sama dengan perawi al-Bukhari) 2. Abdullah ibn Wahab (Ibn Wahab) 240 H Faqih, thiqah, hafiz dan abid 3. Harun ibn SaÂid al-Ailiy 253 H Thiqah 4. Harmalah ibn Yahya 244 H Soduq (thiqah) Daripada senarai perawi hadis Imam al-Bukhari dan Imam Muslim tadi, didapati bahawa hadis ini diriwayatkan oleh perawi hadis yang thiqah dan mempunyai sanad hadis yang bersambung antara satu sama lain. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)