34 TOPIK 2 LATAR BELAKANG IMAM MUSLIM Berikutan kemahirannya yang tinggi dalam bidang hadis, ramai juga para ulama hadis yang tersohor pernah berguru dengan beliau, antaranya: (a) Imam al-Tirmidhi; (b) Abu Bakar ibn Khuzaimah; (c) Ibn Jarud; (d) Abu Hatim al-Makki; (e) Abu Awwanah; (f) ÂAbdullah ibn al-Mubarak; dan (g) Ibn Abi Hatim al-Razi. 2.2.3 Sumbangan Imam Muslim Imam Muslim telah banyak berjasa dan meninggalkan sumbangan yang besar kepada umat Islam amnya dan dalam perkembangan ilmu hadis khususnya. Beliau berhasil mencapai puncak keilmuan sehinggakan beberapa orang ulama sezaman dengan beliau mengutamakan Imam Muslim berbanding dengan para ulama yang lain; bahkan banyak memuji beliau. Selain daripada ketinggian ilmu Imam Muslim, beliau juga banyak meninggalkan khazanah ilmu yang tersurat untuk tatapan generasi umat Islam sehingga hari ini. Antara karya beliau ditunjukkan dalam Rajah 2.5. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 2 LATAR BELAKANG IMAM MUSLIM 35 Rajah 2.5: Antara hasil karya penulisan Imam Muslim Namun begitu, terdapat sebahagian daripada kitab karangan Imam Muslim yang masih belum sampai kepada kita. Diriwayatkan oleh para ulama terdahulu tentang kewujudan kitab karangan Imam Muslim tersebut, antaranya dinyatakan dalam Rajah 2.6. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
36 TOPIK 2 LATAR BELAKANG IMAM MUSLIM Rajah 2.6: Hasil karya penulisan Imam Muslim yang belum sampai kepada kita 1. Ceritakan dengan ringkas mengenai pendidikan Imam Muslim pada peringkat awal. 2. Cuba ingatkan kembali apa-apa yang anda telah pelajari mengenai bidang pengkhususan Imam Muslim. Kemudian, bincangkan mengenai tahap pencapaian Imam Muslim dalam ilmu rijal dan jarh dan taÂdil. AKTIVITI 2.2 Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 2 LATAR BELAKANG IMAM MUSLIM 37 METODOLOGI PENULISAN IMAM MUSLIM Sepanjang pengajian Imam Muslim, beliau telah menghimpun sebanyak 300,000 hadis yang didengarnya secara langsung daripada gurunya. Imam Muslim mengambil masa selama sekitar 15 tahun untuk mengkaji, menganalisis dan menyaring hadis tersebut. Hanya sejumlah 7,275 sahih sahaja dipilih untuk dimasukkan ke dalam kitab sahihnya. Dari sudut isi kandungan, beliau memulakan penulisan hadis dengan kitab Al-Iman yang mengandungi 380 hadis, al-Taharah (1010), al-Haid (136), al-Salat (285), al-Masjid (316), Salat al-Musafir (312), al-JumÂah (13), Salat ÂEidayn (22), Salat IstisqaÊ (17), al-Kusuf (29), al-JanaÊiz (108), al-Zakah (117), al-Siyam (222), al-IÂtikaf (10), al-Hajj (522), al-Nikah (110), al-Talaq (32), al-Rada (134), al-LiÂan (20), al-IÂtq (26), al-Buyu (123), al-Masaqat wa al-MuzaraÂat (143), al-FaraÊid (21), al-Hibah (32), al-Wasiat (22), al-Nadhar (13), al-Ayman (59), al-Qasamat (39), al-Hudud (46), al-ÂAqliyat (21), al-Luqatah (19), al-Jihad (150), al-ÂImarah (185), al-Said (30), al-ÂAdalah (45), al-Asyribah (118), al-Libas (127), al-Adab (45), al-Salam (155), al-Alfaz (21), al-SyiÂir (10), al-RuÊya (23), al-FadaÊil (174), FadaÊil al-Sahabat (232), al-Birr wa al-Silah (166), al-Qadr (34), al-ÂIlm (16), al-Dhikr (101), al-Tawbah (60), Sifat al-Munafiqin (83), al-Jannah (84), al-Fitan (14), al-Zuhd (75) dan al-Tafsir (34) hadis. Walau bagaimanapun, banyak lagi hadis sahih yang tidak dimasukkan ke dalam kitab sahihnya. Imam Muslim berkata: Tidaklah semua hadis sahih yang ada padaku aku letakkan dalam kitabku ni. Aku hanya meletakkan hadis yang disepakati kesahihannya oleh ulama. Maksudnya hadis sahih memenuhi syarat yang disepakati oleh para ulama. 2.3 Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
38 TOPIK 2 LATAR BELAKANG IMAM MUSLIM Imam Muslim secara peribadi tidak menyatakan dengan jelas metode yang dipegang olehnya semasa menyusun kitab Sahih Muslim tetapi subjek dikenal pasti oleh ulama hadis berdasarkan metode takhrijnya. Seperti juga Imam al-Bukhari, Imam Muslim hanya memilih hadis sahih untuk dimuatkan ke dalam Sahih Muslim. Dalam hal ini, Imam Muslim berkata: Aku tidak meletakkan suatu hadis pun dalam kitabku ini kecuali dengan hujah dan aku tidak menggugurkan suatu hadis pun daripada kitabku dengan hujah juga. Sebagaimana Imam al-Bukhari, Imam Muslim memastikan bahawa hadis yang dinyatakan dalam kitab sahihnya hanya terdiri daripada hadis yang cukup lima syarat hadis sahih, iaitu: (a) Bersambung sanadnya daripada awal hingga kepada Rasulullah SAW; (b) Diriwayatkan oleh perawi yang bersifat Âadil ; (c) Diriwayatkan oleh perawi yang bersifat dabt ; (d) Tidak mempunyai illah ; dan (e) Tidak mempunyai syaz. Namun begitu, dalam syarat hadis sahih yang pertama, iaitu „bersambung sanadnya‰, Imam al-Bukhari mempunyai perbezaan atau kriteria yang lebih ketat berbanding kriteria Imam Muslim (lihat Jadual 2.5). Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 2 LATAR BELAKANG IMAM MUSLIM 39 Jadual 2.5: Perbezaan antara Metode Imam al-Bukhari dengan Metode Imam Muslim Perkara Penerangan (a) Metode Imam al-Bukhari Untuk memastikan sanad hadis bersambung, Imam al-Bukhari akan memastikan semua perawi hadis mempunyai perhubungan dengan guru (di mana mereka menerima hadis) dalam dua aspek, iaitu: (i) MuÂasarah (Hidup Sezaman) (ii) Thubut al-LiqaÊ (Terdapat bukti pertemuan) antara perawi dengan gurunya. Oleh sebab itu, Imam al-Bukhari akan memastikan setiap perawi hadis menggunakan salah satu lafaz berikut: Haddathana, Akhbarana, AnbaÊana, Haddathani, Akhbarani, AnbaÊani. Imam al-Bukhari akan mengelakkan hadis yang menggunakan lafaz „Âan‰ (daripada) ke dalam kitab Sahihnya kecuali terbukti pertemuan antara kedua-duanya. Hidup Sezaman Bererti murid (perawi) dan gurunya adalah daripada satu zaman. Haddathani/a Meriwayatkan Hadis kepada ku/kami. Akhbarani/a Memperkhabarkan kepadaku/kami. Anbaani/a Memberitakan kepadaku/kami. ÂAn Daripada. (b) Metode Imam Muslim Imam Muslim hanya mensyaratkan al-MuÂasarah. Beliau memadai dengan riwayat yang menggunakan lafaz Âan, sebagai hadis yang bersambung. Bagi Imam Muslim, perawi yang thiqah tidak akan meriwayatkan hadis kecuali daripada perawi yang memang ditemui mereka dan terima hadis daripada mereka. Thiqah Perawi yang mempunyai sifat Âadil dan dabt. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
40 TOPIK 2 LATAR BELAKANG IMAM MUSLIM Sebagai penjelasan yang lebih terperinci, lihat Rajah 2.7. Rajah 2.7: Perbezaan antara metodologi al-Bukhari dengan Muslim Berdasarkan perbezaan tersebut, jelas ketara bahawa Imam al-Bukhari mempunyai kriteria yang lebih ketat berbanding Imam Muslim. Tidak hairan penyebab para ulama meletakkan Sahih al-Bukhari pada kedudukan pertama dan diikuti oleh Sahih Muslim. Selain daripada perbezaan metodologi dalam menentukan kesahihan hadis, terdapat beberapa perbezaan dari sudut susunan topik dan subtopik. Imam Muslim menyusun hadis dalam sahihnya mengikut topik hadis yang agak umum. Topik ini dikenal dengan „kitab‰ sebagaimana dilakukan oleh gurunya Imam al-Bukhari dalam Sahih al-Bukhari. Namun begitu, Imam Muslim tidak pula membahagikan kitab tersebut pada subtopik yang lebih kecil yang lebih dikenal sebagai „bab‰. Para ulama hadis selepas beliau telah mengambil inisiatif untuk membahagi-bahagikan hadis dalam kitab tersebut kepada subtopik/bab bagi memudahkan rujukan pembaca. Setiap hadis juga diberi nombor secara bersiri. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 2 LATAR BELAKANG IMAM MUSLIM 41 KEDUDUKAN DAN KEISTIMEWAAN KITAB SAHIH MUSLIM Yang berikut adalah kedudukan dan keistimewaan kitab Sahih Muslim: (a) Tiada sebarang penambahan, kritikan dan pengurangan terhadap kitab Sahih Muslim pada zaman beliau mahupun selepas kematian beliau sehingga sekarang. (b) Jumhur ulama bersetuju dan bersepakat mengiktiraf kedudukan kitab Sahih Muslim sebagai kitab hadis yang berautoriti selepas kitab Sahih al-Bukhari. (c) Kitab Sahih Muslim merupakan pelengkap kepada kitab Sahih al-Bukhari. (d) Susunan kitab Sahih Muslim sangat rapi, penjelasannya tidak terputusputus dan mengikut beberapa langkah yang teratur dalam judul tertentu. (e) Sahih Muslim menghimpun semua jalan hadis (turuq hadis) di satu tempat agar mudah dicari dan dikeluarkan hukum daripadanya. 2.4 1. Ingatkan kembali apa yang anda telah pelajari mengenai metodologi Imam al-Bukahri semasa menyusun kitab Sahih al-Bukhari. (a) Bandingkan metodologi Imam al-Bukhari dengan metodologi Imam Muslim semasa menyusun kitab Sahih Muslim. (b) Apakah persamaan dan perbezaan antara kedua-duanya? 2. Bincangkan dengan terperinci metodologi Muslim semasa menyusun kitab Sahih Muslim. 3. Huraikan perbezaan penyusunan kitab Sahih Muslim dan bandingkan dengan penyusunan kitab Sahih al-Bukhari. AKTIVITI 2.3 Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
42 TOPIK 2 LATAR BELAKANG IMAM MUSLIM (f) Imam Muslim seboleh mungkin tidak mengulang sebutan hadis. Oleh yang demikian, tidak banyak hadis yang berulang dalam kitabnya. (g) Kitab Sahih Muslim menjadi rujukan ulama dan umat Islam, khasnya dalam menangani persoalan semasa. (h) Kitab Sahih Muslim menjadi rujukan ulama untuk melaksanakan hukum syarak. (i) Imam Muslim menyusun kitab Sahih Muslim sebagai langkah menyekat aktiviti pemalsuan hadis yang berlaku di zamannya. Terdapat empat cara penerimaan hadis yang perlu anda tahu seperti dinyatakan dalam Rajah 2.8. Rajah 2.8: Empat cara penerimaan hadis Untuk mengetahui dengan lebih lanjut setiap cara penerimaan hadis ini, sila baca penerangan yang berikut. (a) Sima Sima (mendengar), iaitu mendengar guru membaca hadis daripada hafalannya atau catatannya, dan murid mendengar dan menghafalnya. (b) QiraÊah ala al-Syeikh QiraÊah ala al-Syeikh (membaca hadis di hadapan guru), iaitu periwayat hadis membaca hadis yang diriwayatkan oleh gurunya sambil disemak oleh guru berkenaan. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 2 LATAR BELAKANG IMAM MUSLIM 43 (c) Al-Ijazah Al-Ijazah, iaitu guru memberi pengiktirafan/kebenaran kepada muridnya untuk menerima hadis yang terdapat di dalam buku tertentu. Namun, ramai para ulama kurang bersetuju dengan cara ini. (d) Munawalah Munawalah (terimaan), iaitu guru menyerahkan buku atau catatan yang mengandungi hadis yang diriwayatkan oleh beliau kepada muridnya. Sesetengah ulama menerima hadis dengan cara ini. Nama penuh Imam Muslim ialah Muslim Ibn al-Hajjaj Ibn Muslim Ibn Ward Ibn Kusyaz al-Qusyairi al-Naysaburi. Beliau salah seorang anak murid kepada Imam al-Bukhari sendiri. Beliau merupakan seorang yang gemar dan sangat cinta terhadap ilmu pengetahuan serta suka berbincang dengan ulama. Imam Muslim merupakan seorang yang kuat beribadat, bertakwa, warak, berani dan tawaduk. Beliau mempunyai kepintaran yang luar biasa dan kecerdasan ingatan serta kefahaman yang tajam. Imam Muslim dibesarkan dalam persekitaran ilmu. Bapanya sendiri seorang yang sangat berminat terhadap ilmu dan tekun menghadiri majlis para ulama tempatan. Imam Muslim dikenal sebagai „Hujjatul Islam‰ dalam bidang hadis berikutan penguasaannya yang mendalam terhadap bidang hadis antaranya ilmu yang berkaitan dengan biodata perawi (ilmu rijal ), jarh dan taÂdil dan kaji selidik hadis. 1. Berdasarkan pengetahuan anda tentang Sahih al-Bukhari, nyatakan ciri-ciri khusus yang sama antara Sahih al-Bukhari dengan Sahih Muslim. 2. Huraikan dengan terperinci cara penerimaan hadis. SEMAK KENDIRI 2.1 Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
44 TOPIK 2 LATAR BELAKANG IMAM MUSLIM Sumbangan Imam Muslim yang paling bernilai kepada umat Islam khususnya dalam hadis ialah melalui kitabnya Sahih Muslim. Sahih Muslim merupakan kitab rujukan utama dalam hadis selepas kitab Sahih al-Bukhari. Kitab Sahih Muslim merupakan pelengkap pada kitab Sahih al-Bukhari. Metode penyusunan kitab Sahih Muslim dikenal pasti oleh ulama hadis berdasarkan metode takhrij Imam Muslim. Susunan kitab Sahih Muslim sangat rapi, penjelasannya tidak terputus-putus dan mengikut beberapa langkah yang teratur dalam judul yang tertentu. Imam Muslim memastikan bahawa hadis yang dinyatakan dalam kitab sahihnya hanya terdiri daripada hadis yang cukup lima syarat hadis sahih. Metodologi Imam Muslim sedikit longgar berbanding Imam al-Bukhari dalam penentuan sanad yang bersambung. Imam Muslim hanya mensyaratkan muÂasarah sebagai syarat sanad yang bersambung. ÂAn Akhbarani/a Al-LiqaÊ AnbaÊani/a Athar Haddathani/a Ilmu rijal Jarh dan taÂdil MuÂasarah Takhrij Thiqah Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 2 LATAR BELAKANG IMAM MUSLIM 45 Al-Bukhari, Abu ÂAbdillah Muhammad Ibn IsmaÂil Ibn Ibrahim. (1958). Sahih al-Bukhari. Misr, Mesir: Mustafa al-Babiyy wa Awladuhu. Al-Khatib, Muhammad ÂAjaj. (1999). Keutamaan ilmu-ilmu hadis (Terj.). Drs H. M. Qodirun Nur. Johor, Malaysia: Badan Cemerlang. Al-Zahrani, Muhammad Ibn Matar. (1998). Tadwin al-Sunnah al-Nabawiyyah Nashatuhu wa Tatawwuruhu (Cet. ke-2). Madinah al-Munawwarah: Dar al-Khudhairi. Mahmud al-Tahan. (2010). Taysir Mustalah al-Hadith. Riyadh, Arab Saudi: Fahrasah Maktabah al-Malik Fahd al-Wataniyah IthnaÊ al-Nashr. Muhammad Ibn Muhammad Abu Syahbah. (t.t.). Al-Wasit fi ÂUlum wa Mustalah al-Hadith. t.p. Rosmawati Ali @ Mat Zin. (1997). Pengantar ulum hadis. Kuala Lumpur, Malaysia: Ilham Abati. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
PENGENALAN Pada topik pertama ini, kita akan mengkaji teks hadis yang terdapat dalam kitab Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim secara praktikal. Pengetahuan yang terdahulu tentang hadis sahih serta kitab Sahih al-Bukhari dan kitab Sahih Muslim akan diperincikan dalam bentuk praktikal dalam topik ini. Dalam Topik 3 ini, kita akan mengkaji sebuah hadis yang sangat penting dalam memahami ajaran yang dibawa oleh junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Hadis ini memberi definisi tentang tiga tonggak utama dalam ajaran Islam, iaitu: (a) Islam; (b) Iman; dan (c) Ihsan. Topik 3 Kitab Al-Muraqabah Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Menjelaskan teks hadis dan pengertiannya mengenai kitab Al-Muraqabah; 2. Menerangkan taraf hadis sama ada sahih, hasan, daif atau mawdu dalam kitab Al-Muraqabah; 3. Membincangkan kajian sanad perawi hadis dalam kitab Al-Muraqabah; dan 4. Membincangkan kajian matan hadis dalam kitab Al-Muraqabah. HASIL PEMBELAJARAN Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 3 KITAB AL-MURAQABAH 47 Kaitan tajuk ini dengan hadis yang dikemukakan adalah terhadap ihsan yang mempunyai pengertian muraqabah. Oleh sebab itu, memahami hadis ini adalah sangat penting. Mengabaikan salah satu daripada tiga komponen tersebut bermakna tidak menerima dan mengamalkan Islam secara lengkap. Kajian turut meneliti hadis ini dari sudut kesahihan sanad dan matan hadis dan diikuti dengan kajian terhadap inti pati dan pengajaran yang dapat diambil daripada hadis secara umum. Pelajaran kali ini turut menekankan aspek periwayatan hadis melalui kepelbagaian sanad hadis. Rajah 3.1 memaparkan gambaran keseluruhan topik ini yang membincangkan kitab Al-Muqarabah. Rajah 3.1: Perbincangan mengenai kitab Al-Muqarabah TEKS HADIS DAN PENGERTIANNYA Dalam subtopik ini, kita akan mempelajari teks hadis al-Bukhari dan pengertiannya. Sayidina Umar al-Khattab r.a. meriwayatkan bahawa pada suatu hari, Rasulullah SAW sedang berada dalam satu majlis yang dihadiri oleh para sahabatnya. Baginda SAW dihadiri oleh seorang lelaki yang sangat putih bersih pakaiannya, sangat hitam rambutnya sehingga tiada langsung tanda-tanda (debu) seorang yang baru tiba daripada musafir. Lelaki tersebut duduk berhadapan bertemu lutut dengan Rasulullah SAW dan meletakkan tangannya di atas pahanya, lantas beliau bertanya kepada Rasulullah SAW: 3.1 Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
48 TOPIK 3 KITAB AL-MURAQABAH ، ُ ََّمد مح ُ َ ʮ ْ َ ِن ِ الإس ِني ع ْ ِبر ْ ْ لاأَخ ِ : ِ الإس ول َّ اهلل ُ ُ َس َ َال ر َق َ م لا أَ ْن ِ، فـ َد َ ْشه ُ أَ ْن ت م ِلا َ لا إ لَه ِ َ إ وم ُ َص ت َ َ، و َكاة َّلز ا َ ِتي ْ ؤ ُ تـ َ َ، و الصَلاة َ َّ ِيم ُق ت َ ِ و ول َّ اهلل ُ ُ َس ًا ر ََّمد مح ُ ن أَ َّ َ ، و ُ َّ اهلل ِ ه ْ لَي ِ ْ َت إ َع َط ت ْ ِ اس ِن ْ َت إ ي َ ْبـ ج ال ُ َّ َتح َ ان، و َ َض َ م ِي َ َ َال : َ ر ب ْ َت لاس ، ق َق َد َ َال : ص ، ق َ ِن ْم ؤ ُ َ َال : أَ ْن تـ ِ، ق َان َ ِن ِ الإيم ِني ع ْ ِبر ْ َأَخ َ َال : ف ، ق ُ ه ُ ق ِ َ ّد ص ُ ي َ ، و ُ ه ُ أَل ْ َس ي ُ ا لَه َ ن ْ ِ بـ َج َع فـ َلا م َ ، و ِ ِ ، ِʪَّهلل ِه ّ َ َشر ِ و ِه ْ َير َ ِر خ َد ْق َ ِʪل ِن ْم ؤ ُ تـ َ ِ ِر، و ِ الآخ م ْ َو ْيـ ال َ ِ، و ه ِ ل ُ ُس ر َ ِ، و ِه ب ُ ُكت َ ِ، و ِه ِ َكت ئ َّ َك َ َكأَن َ َّ اهلل ُد ب ْ َع َ َال : أَ ْن تـ ِ، ق َان ْس َ ِن ِ الإح ِني ع ْ ِبر ْ َأَخ َ َال : ف ْ َت، ق َق َد َ َال : ص ق َ َ اك ر َ يـ ُ ه َّ ِن َإ ، ف ُ اه َ َر ْ تـ َ ُكن ْ ت ِ ْن َلم َإ ، ف ُ اه َ ْ تـ ... َر َ ُكم ِين ْ د ُكم ُ ِم لّ َ ع ُ ْ يـ َ ُكم ُ ، أَʫ ِيل ْ ِ بر ج ُ ه َّ ِن َإ ف Maksudnya: Wahai Muhammad, ceritakan kepadaku tentang Islam, maka Rasulullah SAW bersabda: Islam ialah anda memberikan kesaksian bahawa tiada Tuhan yang disembah (dengan sebenar-benarnya) melainkan Allah, mendirikan solat, menunaikan zakat, berpuasa dalam bulan Ramadan, menunaikan ibadat haji di Baitullah sekiranya dalam keadaan berkemampuan untuk menunaikannya (iaitu haji). Lantas lelaki itu berkata: „Benarlah apa-apa yang anda katakan.‰ Kami merasa hairan bagaimana lelaki tersebut mengesahkan kenyataan Rasulullah sedangkan dia yang bertanya. Lelaki itu bertanya lagi, ceritakan kepadaku tentang iman? Rasulullah bersabda: „Iman ialah anda beriman (percaya) kepada Allah, para malaikat-Nya, kitab-Nya, rasul-Nya, hari kiamat dan percaya kepada qadar (ketentuan) yang baik dan buruk.‰ Lelaki tersebut berkata: „Benarlah apa-apa yang anda katakan.‰ Ceritakan kepadaku tentang ihsan. Rasulullah menjawab: „Kamu menyembah Allah seolah-olah anda melihat Allah, meskipun anda tidak dapat melihat Allah, sesungguhnya Allah melihat anda (setelah itu Rasulullah menjelaskan). Sesungguhnya lelaki itu ialah Jibrail a.s. datang kepada kamu untuk mengajarkan kamu tentang agama kamu.‰ Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 3 KITAB AL-MURAQABAH 49 KAJIAN TARAF HADIS Hadis yang diriwayatkan oleh Umar Ibn al-Khattab r.a. ini telah diriwayatkan oleh Imam Muslim dalam kitab Sahih Muslim. Hadis ini terdapat dalam kitab Al-Tauhid, bab Bayan al-Iman wa al-Islam wa al-Ihsan, hadis nombor 8 dalam satu matan hadis yang sangat panjang. Selain riwayat Umar tersebut, Imam Muslim juga ada meriwayatkan hadis yang sama melalui riwayat Abu Hurayrah r.a. dengan lafaz matan hadis yang hampir sama. Hadis ini turut diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dengan makna hadis yang hampir sama dalam kitab Sahih al-Bukhari. Hadis tersebut ditempatkan dalam kitab al-Iman bab SuÊal Jibril al-Nabi SAW an al-Iman wa al-Islam wa al-Ihsan, hadis nombor 50 (jilid 1, halaman 27). Hadis ini ialah hadis sahih kerana diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim. 3.2 Anda mungkin pernah mendengar nama malaikat yang ditugaskan untuk mencatat amalan kebaikan dan keburukan kita. Malaikat tersebut bernama „Raqib‰ dan „ÂAtid‰. Sehubungan dengan itu, cuba jangkakan apakah maksud „muraqabah‰ dan kaitannya dengan nama malaikat „Raqib‰. AKTIVITI 3.1 Sila perhatikan status atau sifat semua perawi hadis dalam subtopik berikutnya. Bagaimanakah hadis ini dianggap sahih oleh Imam al-Bukhari dan Imam Muslim (Bukhari dan Muslim)? AKTIVITI 3.2 Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
50 TOPIK 3 KITAB AL-MURAQABAH KAJIAN SANAD PERAWI HADIS Seterusnya, kita akan mempelajari kajian sanad perawi hadis. 3.3.1 Sanad Hadis Bersambung kepada Rasulullah SAW Imam al-Bukhari dan Imam Muslim meriwayatkan hadis ini melalui sanad yang bersambung sehingga kepada Rasulullah SAW. Namun begitu, terdapat perbezaan antara sanad hadis Bukhari dengan sanad hadis Muslim. Jadual 3.1 menerangkan perbezaan tersebut. Jadual 3.1: Perbezaan antara Perawi Hadis Bukhari dengan Perawi Hadis Muslim Hadis al-Bukhari Hadis Muslim حدثنا مسدد قال حدثنا إسماعيل بن إبراهيم أخبرʭ أبو حيان التيمي عن أبي زرعة عن أبي هريرة حدثني أبو خيثمة زهير بن حرب حدثنا وكيع عنكهمس عن عبد الله بن بريدة عن يحيى بن يعمر ح وحدثنا عبيد الله بن معاذ العنبري وهذا حديثه حدثنا أبي حدثنا كهمس عن بن بريدة عن يحيى بن يعمر قال، (...) قال عبد الله بن عمر (...) قال حدثني أبي عمر بن الخطاب Berdasarkan Jadual 3.1, lihat perbezaan yang terdapat dalam sanad hadis Imam al-Bukhari dan Imam Muslim. Hadis Imam al-Bukhari diriwayatkan melalui sanad yang tunggal (satu sanad). Manakala, Imam Muslim meriwayatkan hadis ini melalui dua sanad yang berbeza tetapi telah digabungkan menggunakan teknik al-Tahwil, iaitu dengan meletakkan simbol huruf (ح .( 3.3 Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 3 KITAB AL-MURAQABAH 51 Mari kita lihat dengan lebih terperinci mengenai maksud al-Tahwil. Bagi mendapatkan kefahaman yang lebih mendalam, lihat Rajah 3.2 dan 3.3. Lihat cara dua hadis digabungkan dan diringkaskan menggunakan kaedah al-Tahwil. Al-Tahwil merupakan teknik penulisan hadis yang berkaitan dengan menggabungkan dua sanad hadis yang sama pada bahagian awal sanad. Penggunaan kaedah al-Tahwil adalah bertujuan meringkaskan sanad hadis dan mengelakkan pengulangan sanad tanpa keperluan. Al-Tahwil dilakukan dengan menghilangkan bahagian sanad yang mempunyai persamaan dan mengekalkan perbezaan yang terdapat pada sanad. Sebagai panduan pembaca, biasanya diletakkan simbol huruf (ح (bagi merujuk perkataan al-Tahwil. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
52 TOPIK 3 KITAB AL-MURAQABAH Rajah 3.2: Sanad asal Imam Muslim Rajah 3.3: Sanad setelah al-Tahwil Berdasarkan Rajah 3.2 dan 3.3 tersebut, Imam Muslim menerima hadis ini daripada dua gurunya (sanad) yang berbeza, iaitu daripada: (a) Abu Khaitamah, daripada Waki, daripada Kahmas; dan (b) Ubaydillah Ibn MuÂaz, daripada bapanya MuÂaz, daripada Kahmas. Dalam kedua-dua riwayat ini, Kahmas menerima hadis ini daripada Abdullah Ibn Buraidah, daripada Yahya Ibn YaÂmar, daripada Abdullah Ibn ÂUmar, daripada ÂUmar Ibn al-Khattab. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 3 KITAB AL-MURAQABAH 53 Sehubungan dengan itu, Imam Muslim menggabungkan kedua-dua hadis ini dalam satu sanad menggunakan kaedah al-Tahwil. Beberapa nama perawi yang sama disatukan dan nama yang berbeza dikekalkan. Simbol (ح (diletakkan bagi menunjukkan penggunaan kaedah al-Tahwil. Jadual 3.2 memaparkan sanad hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim. Jadual 3.2: Sanad Hadis Muslim Sanad Hadis Muslim حدثني أبو خيثمة زهير بن حرب حدثنا وكيع عن كهمس عن عبد الله بن بريدة عن يحيى بن يعمر ح وحدثنا عبيد الله بن معاذ العنبري وهذا حديثه حدثنا أبي حدثنا كهمس عن بن بريدة عن يحيى بن يعمر قال،(...) قال عبد الله بن عمر (...) قال حدثني أبي عمر بن الخطاب Hadis ini dikategorikan sebagai hadis sahih kerana subjek diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Imam Muslim dalam kitab sahihnya. Hal ini bermakna hadis ini menepati semua ciri hadis sahih. Hadis sahih boleh dijadikan hujah dalam menentukan hukum hakam dalam Islam. Perlu diketahui bahawa hadis yang boleh dijadikan hujah secara umumnya terbahagi kepada beberapa kategori seperti yang dipaparkan dalam Jadual 3.3. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
54 TOPIK 3 KITAB AL-MURAQABAH Jadual 3.3: Kategori Hadis yang Boleh Dijadikan Hujah Kategori Hadis yang Boleh Dijadikan Hujah Mutawatir Pengertian: Hadis yang diriwayatkan oleh perawi hadis yang sangat ramai di setiap generasi, dan dari sudut logiknya mustahil berlaku konspirasi untuk membuat penyelewengan/pendustaan. Status perkhabaran yang dibawa adalah meyakinkan (100%). Semua hadis mutawatir adalah sahih sebagaimana sahihnya al-Quran. Oleh itu, subjek dianggap sebagai hadis sahih kelas pertama. Hukum: Wajib diyakini. Mengingkari kesahihannya menyebabkan seseorang terkeluar daripada Islam (kufur). Huraian: Bagi memudahkan kefahaman anda, sila jawab soalan berikut: Soalan: Adakah anda yakin negara Iraq benar-benar wujud, sedangkan anda tidak pernah pergi ke negara Iraq? Jawapan: Walaupun saya belum pernah sampai ke negara Iraq dan melihatnya sendiri dengan mata saya, namun berdasarkan sumber maklumat yang sangat banyak dan pelbagai, mustahil kewujudan negara Iraq ialah satu pakatan penipuan. Sahih li-Dhatihi Pengertian: Hadis ini memenuhi semua syarat hadis sahih. Status perkhabaran yang dibawa adalah hampir ke tahap yakin (antara 85%99%). Oleh itu, subjek dianggap sebagai hadis sahih kelas kedua. Hukum: Wajib diterima, mengingkarinya adalah berdosa tetapi tidak menyebabkan terkeluar daripada Islam. Huraian: Hadis ini memenuhi semua syarat hadis sahih yang lima. Oleh itu, keraguan terhadap kesahihannya adalah sangat kecil dan hampir tiada kerana diriwayatkan oleh perawi yang thiqah (boleh dipercayai), iaitu bersifat Âadil (takwa/keteguhan dalam beragama) dan dabt (kejituan hafalan/riwayat). Kemungkinan berlakunya kesilapan atau penyelewengan hampir tidak wujud sama sekali. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 3 KITAB AL-MURAQABAH 55 Sahih li- Ghayrihi Pengertian: Hadis yang memenuhi semua syarat hadis sahih kecuali dari sudut dabtnya agak sederhana. Hadis ini pada asalnya hadis „hasan‰. Namun, hadis ini diperkuatkan oleh hadis lain yang berstatus sahih atau hasan (sama taraf). Dengan kata lain, hadis ini dinaikkan taraf menjadi sahih disebabkan sokongan daripada hadis yang lain (li Ghayrihi). Status perkhabaran yang dibawa adalah hampir pada tahap yakin (antara 75%99%). Subjek dianggap sebagai hadis sahih kelas ketiga. Hukum: Wajib diterima sebagaimana penerimaan hadis sahih li-Dhatihi. Huraian: Berlakunya kesilapan atau penyelewengan dalam periwayatan ini telah dapat disangkal atau dinafikan berikutan terdapatnya kesaksian atau bukti daripada riwayat yang lain. Hasan li-Dhatihi Pengertian: Hadis yang memenuhi semua syarat hadis sahih kecuali dari sudut dabtnya agak sederhana. Status perkhabarannya adalah menghampiri keyakinan (antara 65%75%). Subjek dianggap sebagai hadis sahih kelas keempat. Hukum: Boleh/perlu diterima sebagai hujah sebagaimana penerimaan hadis sahih. Huraian: Hadis ini memenuhi semua syarat hadis sahih yang lima kecuali dari sudut dabtnya agak sederhana. Hadis ini dikenal sebagai hadis „hasan‰. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
56 TOPIK 3 KITAB AL-MURAQABAH Hasan li-Ghayrihi Pengertian: Hadis ini pada asalnya ialah hadis daif (yang sederhana). Namun, hadis ini disokong/diperkuat oleh hadis lain yang mempunyai status yang sama atau lebih tinggi (sahih atau hasan). Dengan kata lain, hadis ini boleh dinaikkan taraf menjadi hasan disebabkan sokongan daripada hadis yang lain (li-Ghayrihi). Status perkhabaran yang dibawa adalah lebih mendekati pada tahap yakin (antara 55%75%). Subjek dianggap sebagai hadis sahih kelas kelima. Hukum: Boleh/perlu diterima sebagai hujah sebagaimana penerimaan hadis sahih. Huraian: Kemungkinan berlakunya kesilapan atau penyelewengan dalam periwayatan ini telah dapat dikurangkan berikutan terdapatnya kesaksian atau bukti daripada riwayat yang lain (pada kedudukan yang lebih baik atau sama taraf dengannya). 3.3.2 Sifat Perawi Hadis Sebelum membuat kajian terhadap sifat perawi hadis, perlu dihimpunkan keseluruhan periwayatan hadis ini daripada pelbagai sumber rujukan hadis. Hal ini bagi mengenal pasti sama ada hadis ini sampai ke taraf hadis mutawatir atau hadis ahad sahaja. Berikutan ruang yang terhad, di sini hanya dikumpulkan riwayat yang terdapat dalam kitab Sahih al-Bukhari dan kitab Sahih Muslim sahaja. Setelah itu, kajian terhadap sifat perawi hadis dilakukan. Namun begitu, dalam konteks hadis ini, kajian terhadap sifat perawi hadis tidak diperlukan kerana hadis ini telah sampai ke taraf hadis sahih. Hal ini disebabkan hadis tersebut diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Imam Muslim. Tambahan pula hadis ini telah diriwayatkan oleh sekumpulan perawi hadis yang begitu ramai. Bagi menambah kefahaman anda tentang konsep al-Tahwil, anda perlu meneliti Jadual 3.2 dan membandingkannya dengan Rajah 3.2 dan Rajah 3.3. SEMAK KENDIRI 3.1 Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 3 KITAB AL-MURAQABAH 57 Didapati bahawa Imam Muslim turut meriwayatkan hadis ini dalam kitab sahihnya dengan lafaz matan hadis yang hampir sama, melalui beberapa sanad yang lain seperti yang berikut (rujuk Jadual 3.4): Jadual 3.4: Beberapa Sanad Hadis Imam Muslim Riwayat Ibn ÂUmar Riwayat Abu Hurayrah حدثني محمد بن عبيد الغبري وأبو كامل الجحدري وأحمد بن عبدة قالوا حدثنا حماد بن زيد عن مطر الوراق عن عبد الله بن بريدة عن يحيى بن يعمر قال،(...) قال عبد الله بن عمر (...) قال حدثني أبي عمر بن الخطاب وحدثنا أبو بكر بن أبي شيبة وزهير بن حرب جميعا عن بن علية قال زهير حدثنا إسماعيل بن إبراهيم عن أبي حيان عن أبي زرعة بن عمرو بن جرير عن أبي هريرة وحدثني محمد بن حاتم حدثنا يحيى بن سعيد القطان حدثنا عثمان بن غياث حدثنا عبد الله بن بريدة عن يحيى بن يعمر وحميد بن عبد الرحمن قالا لقينا عبد الله بن عمر (...) عن عمر حدثنا محمد بن عبد الله بن نمير حدثنا محمد بن بشر حدثنا أبو حيان التيمي عن أبي زرعة بن عمرو بن جرير عن أبي هريرة وحدثني حجاج بن الشاعر حدثنا يونس بن محمد عن أبيه عن يحيى بن يعمر عن بن عمر عن عمر حدثني زهير بن حرب حدثنا جرير عن عمارة وهو بن القعقاع عن أبي زرعة عن أبي هريرة Merujuk semua riwayat hadis ini yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Imam Muslim, dapat diringkaskan sanad hadis seperti yang berikut (rujuk Rajah 3.4): Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
58 TOPIK 3 KITAB AL-MURAQABAH Rajah 3.4: Ringkasan sanad hadis Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 3 KITAB AL-MURAQABAH 59 Berdasarkan Rajah 3.4, Imam Muslim meriwayatkan hadis ini melalui sembilan orang gurunya melalui sanad yang tersendiri. Manakala, Imam al-Bukhari meriwayatkan hadis ini melalui satu sanad sahaja. Sudah menjadi metode Imam Muslim dalam kitab sahihnya, beliau akan memberi beberapa sanad hadis yang lain bersama-sama bab hadis untuk menunjukkan kedudukan atau status hadis berkenaan. Manakala metode Imam al-Bukhari agak berlainan. Beliau hanya menyebut satu sahaja hadis sahih berkenaan tetapi menyatakan hadis yang sama melalui sanad yang berbeza di lokasi yang lain. Oleh sebab hadis ini hanya diriwayatkan oleh dua orang sahabat sahaja, hadis ini berada dalam kategori hadis Sahih li-Dhatihi. Namun begitu, subjek bukan merupakan hukum hadis yang muktamad disebabkan hanya berpandukan riwayat Imam al-Bukhari dan Imam Muslim sahaja. KAJIAN MATAN HADIS Dalam subtopik ini, kita akan mempelajari kajian matan hadis Imam al-Bukhari dan Iman Muslim. Jadual 3.5 menerangkan perbezaan antara matan hadis Imam al-Bukhari dengan matan hadis Imam Muslim. 3.4 1. Apakah yang dimaksudkan dengan hadis mutawatir dan bagaimanakah status penghujahannya? 2. Bandingkan hukum penghujahan hadis mutawatir, sahih dan hasan. SEMAK KENDIRI 3.2 Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
60 TOPIK 3 KITAB AL-MURAQABAH Jadual 3.5: Perbezaan antara Matan Hadis Imam al-Bukhari dengan Matan Hadis Imam Muslim Hadis al-Bukhari Hadis Muslim ...ما الإيمان قال أن تؤمن ʪهلل وملائكته وبلقائه ورسله وتؤمن ʪلبعث قال ما الإسلام قال الإسلام أن تعبد الله ولا تشرك به وتقيم الصلاة وتؤدي الزكاة المفروضة وتصوم رمضان قال ما الإحسان قال أن تعبد الله كأنك تراه فإن لم تكن تراه فإنه يراك... ...وقال ʮ محمد أخبرني عن الإسلام فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم الإسلام أن تشهد أن لا إله إلا الله وأن محمدا رسول الله صلى الله عليه وسلم وتقيم الصلاة وتؤتي الزكاة وتصوم رمضان وتحج البيت إن استطعت إليه سبيلا قال صدقت قال فعجبنا له يسأله ويصدقه قال فأخبرني عن الإيمان قال أن تؤمن ʪهلل وملائكته وكتبه ورسله واليوم الآخر وتؤمن ʪلقدر خيره وشره قال صدقت قال فأخبرني عن الإحسان قال أن تعبد اللهكأنك تراه فإن لم تكن تراه فإنه يراك... Berdasarkan hadis dalam Jadual 3.5, terdapat beberapa perkataan yang penting dan memerlukan penjelasan dari sudut pengertian bahasa dan istilah. Mengetahui asal usul perkataan dapat menggambarkan maksudnya yang sebenar dalam penggunaan. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 3 KITAB AL-MURAQABAH 61 Antara perkataan yang dimaksudkan ialah: Jadual 3.6: Maksud Perkataan Perkataan Penjelasan الإسلام Menurut bahasa Arab, perkataan al-Islaam bermaksud „menyerah diri‰. Penggunaan perkataan al-Islaam biasanya merujuk semua bentuk penerimaan terhadap ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW (Mukhtar al-Sihah, 1:131). تشهد Perkataan ashhada bermaksud „bersumpah‰. Mengucapkan Saya, „bermaksud) أشهد أن لا إله إلا الله وأن محمد رسول الله) mengetahui dan mengesahkan bahawa tiada Tuhan yang disembah (dengan sebenar-benarnya) melainkan Allah dan (nabi) Muhammad adalah pesuruh Allah‰ (Ibn Manzur, 3:239). الإيمان Al-Imaan dari sudut bahasa bermaksud „kepercayaan‰ sama ada dengan hati mahupun pengakuan lisan. القدر Al-Qadar dalam hadis ini ialah sesuatu perkara yang telah ditentukan oleh Allah SWT kejadiannya semenjak azali. الإحسان Al-Ihsan berasal daripada perkataan ahsana, iaitu melakukan sesuatu yang baik, berkualiti dan bermutu. Al-Ihsan menurut bahasa Arab adalah melakukan perkara yang baik kepada orang lain kerana sesuatu kelebihan atau perasaan kasih sayang. 3.4.1 Kesimpulan Hadis Berdasarkan kepada hadis yang telah kita pelajari tadi, jelas bahawa Islam yang ad-Din terdiri daripada tiga komponen utama, iaitu (rujuk Rajah 3.5): Rajah 3.5: Komponen ad-Din Islam Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
62 TOPIK 3 KITAB AL-MURAQABAH Menurut al-Qadi ÂIyad, hadis ini menjelaskan rukun Islam dan rukun iman sebagaimana dilakarkan dalam Rajah 3.6 dan 3.7: Rajah 3.6: Rukun Islam Rajah 3.7: Rukun iman Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 3 KITAB AL-MURAQABAH 63 3.4.2 Pengajaran Hadis Hadis ini sangat popular dalam kalangan umat Islam kerana mengandungi beberapa pengajaran yang penting, antaranya: (a) Hadis ini mengandungi tatacara dan adab seorang yang hendak menghadiri majlis ilmu. Perkara ini dapat diteliti melalui perlakuan malaikat Jibrail a.s. semasa mengemukakan soalan kepada Rasulullah SAW. Antara adab majlis ilmu yang ditunjukkan oleh hadis ialah: (i) Memakai pakaian yang bersih, kemas dan bersesuaian dengan budaya setempat. (ii) Memastikan keadaan badan yang elok seperti menyikat rambut dengan kemas serta menggunakan minyak rambut yang dapat membantu rambut dilihat kemas, hitam dan menarik. (iii) Memakai minyak wangi yang bersesuaian bagi mengelakkan bau yang tidak menyenangkan. Dalam satu riwayat lain, ada menyatakan bahawa malaikat Jibrail tersebut datang dengan bau yang wangi. (iv) Memasuki majlis dengan adab dan sopan. (v) Duduk dalam keadaan yang sopan dan tertib. Dalam hadis ini, malaikat Jibrail duduk di atas kedua-dua kakinya dan meletakkan tangan di atas kedua-dua pahanya. Kedudukan sedemikian bersesuaian sekiranya duduk di atas permukaan yang rata seperti di dalam masjid. (vi) Duduk berhampiran dengan guru sepertimana Jibrail duduk begitu hampir dengan guru dan disifatkan menemukan lutut beliau dengan lutut Rasulullah SAW. Hal ini menggambarkan kedudukan yang begitu hampir dengan gurunya. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
64 TOPIK 3 KITAB AL-MURAQABAH (b) Menurut Imam al-Nawawi, hadis ini menjelaskan pengertian al-ihsan dengan membuat perumpamaan, iaitu seseorang perlu melakukan sebaik-baik perkara atau ibadat seolah-olah membuat perkara yang benar-benar disaksikan oleh Allah SWT. Sekiranya seseorang menyedari bahawa dirinya diperhatikan oleh Allah SWT, pastinya dia akan melakukan perkara dengan sehabis baik. Demikian juga tidak akan melakukan perkara yang tidak disukai oleh Allah SWT. Lebih awal daripada itu, hadis turut mengajarkan tentang lima rukun Islam dan enam rukun iman yang wajib diketahui, disemat dan dihayati dalam diri setiap Muslim. (c) Pengertian ibadah adalah luas, tidak terbatas pada ibadah khusus seperti solat, zakat, haji dan puasa. Ibadah meliputi semua aspek kehidupan sama ada bekerja, menuntut ilmu, berniaga, menghormati jiran, mendidik anak; bahkan termasuk ibadat hati seperti ikhlas, rendah diri, kasih sayang dan tidak bersangka buruk. Sekiranya seseorang Muslim menyedari bahawa dirinya sepanjang masa dalam pemerhatian Allah SWT, pastinya dia tidak sekali-kali melakukan perkara yang dilarang. Sekiranya dia melakukan kebaikan, akan dipastikan kebaikan tersebut merupakan usaha kebaikan yang paling baik. Berpandukan terjemahan hadis topik ini, bincangkan adab majlis ilmu yang diperoleh daripada perbuatan dan keadaan Jibrail a.s. yang hadir bertemu dengan Rasulullah SAW. AKTIVITI 3.3 Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 3 KITAB AL-MURAQABAH 65 Para ulama hadis menggunakan kaedah al-Tahwil bagi meringkaskan sesuatu riwayat hadis melalui penggabungan sanad hadis. Hadis yang boleh dijadikan hujah syarak, iaitu hadis mutawatir, hadis sahih li-Dhatihi, hadis sahih li-Ghayrihi, hadis hasan li-Dhatihi, hadis hasan li-Ghayrihi. Metode Imam Muslim dalam kitab sahihnya ialah beliau akan menyatakan beberapa sanad hadis yang lain bersama-sama bab hadis untuk menunjukkan kedudukan atau status hadis berkenaan. Imam al-Bukhari pula hanya menyebut satu sahaja hadis sahih di sesuatu tempat tetapi menyatakan hadis yang sama melalui sanad yang berbeza di lokasi yang lain. Islam mengajar tatacara dan adab seorang penuntut dalam majlis ilmu. Al-Ihsan ialah melakukan sesuatu perkara atau ibadat dengan sempurna, ikhlas dan khusyuk seolah-olah sedang dinilai oleh Allah SWT. Pengertian ibadah adalah luas, meliputi semua aspek kehidupan. Al-Ihsan Al-Iman Al-Islam Hasan li-Dhatihi Hasan li-Ghayrihi Khabar Ahad Khabar mutawatir Qadar Sahih li-Dhatihi Sahih li-Ghayrihi Syahadah Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
66 TOPIK 3 KITAB AL-MURAQABAH Al-ÂAsqalani, Ahmad Ibn ÂAli Ibn Hajar. (1993). Fath al-bari bi sharh sahih al-Bukhari. J.12. Beirut, Lubnan: Dar al-Fikr. Al-Bukhari, Abu ÂAbdillah Muhammad Ibn IsmaÂil Ibn Ibrahim. (1958). Sahih al-Bukhari. Misr, Mesir: Mustafa al-Babiyy wa Awladuhu. Al-Nawawi, Muhy al-Din Abu Zakariya Yahya Ibn Sharf. (t.t.). Sharh sahih Muslim. J.17. Beirut, Lubnan: Dar al-Qalam. Al-Razi, Muhammad Ibn Abi Bakr. (1996). Mukhtar al-Sihah. Beirut, Lubnan: Al-Maktabah al-Asriyyah. Ibn Manzur, Muhammad. (1990). Lisan al-ÂArab. Beirut, Lubnan: Dar al-Fikr. Muslim, Ibn Hajjaj. (t.t.). Sahih Muslim. Beirut, Lubnan: Dar al-IhyaÊ al-Turath al-Arabi. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
PENGENALAN Hadis al-Taqwa dan hadis Al-Tawakkal yang akan dikupas dalam topik ini menjelaskan pengertian al-Taqwa dan al-Tawakkal, dan perkaitan antara kedua-duanya berdasarkan hadis yang dikemukakan. Al-Taqwa merupakan antara matlamat utama syarak. Dengan ketakwaan, manusia dapat mencapai darjat yang tinggi sebagaimana dinyatakan dalam al-Quran. Allah SWT berfirman: Sesungguhnya semulia-mulia kamu adalah yang paling tinggi tahap ketakwaannya. (Surah al-Hujurat, 49:13) Topik 4 Kitab Al-Taqwa wa al-Tawakkal Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Menjelaskan teks hadis dan pengertiannya mengenai kitab Al-Taqwa wa al-Tawakkal; 2. Menerangkan taraf hadis sama ada sahih, hasan, daif atau mawduÊ kitab Al-Taqwa wa al-Tawakkal; 3. Membincangkan kajian sanad perawi hadis dalam kitab Al-Taqwa wa al-Tawakkal; dan 4. Membincangkan kajian matan hadis dalam kitab Al-Taqwa wa al-Tawakkal. HASIL PEMBELAJARAN Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
68 TOPIK 4 KITAB AL-TAQWA WA AL-TAWAKKAL Dalam topik ini, kita akan mengkaji dengan lebih mendalam tentang ketakwaan dan tawakal sebagaimana yang dikehendaki syarak serta pengajaran yang diperoleh daripada hadis. Rajah 4.1 memaparkan gambaran keseluruhan topik ini yang membincangkan kitab Al-Talwa wa al-Tawakal. Rajah 4.1: Perbincangan mengenai kitab kitab Al-Talwa wa al-Tawakkal TEKS HADIS DAN PENGERTIANNYA Dalam subtopik ini, kita akan mempelajari teks hadis al-Bukhari dan pengertiannya. Imam Muslim meriwayatkan bahawa Abu Hurayrah r.a. berkata, Rasulullah SAW bersabda: ِ ْ ير َّ ِ الط َة ِد ْئ أَف ُ ْل ث ِ ْ م م ُ ه ُ َتـ ِد ْئ ٌ أَف َام ْو َ أَقـ َنَّة ُ ْ الج ُل َْدخ ي Maksudnya: Dimasukkan ke dalam syurga beberapa kaum (manusia) yang jiwa mereka seumpama jiwa burung. Hadis ini sejajar dengan satu hadis lain yang diriwayatkan oleh Imam al-Tirmizi dalam kitab sunannya. Umar Ibn al-Khattab r.a. meriwayatkan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda: َ ُق ز ْ ر ُ ا تـ َ ْ َكم م ُ ْت ِزقـ ُ ِ، لَر ه ِ ُّكل َ َو ق تـ َ َّ ِ ح َّ اهلل َى ل َ ُ َون ع َّكل َ َو ْ تـ م ُ ْت ْ ُكنـ َّ ُكم ُ لَو و ْ أَن ْد َغ ُ تـ ْر يـ َّ الط ً َاʭ ِط ب ُ وح ُ َر تـ َ ا و ً َاص ِ خم 4.1 Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 4 KITAB AL-TAQWA WA AL-TAWAKKAL 69 Maksudnya: Jika kamu bertawakal kepada Allah dengan tawakal yang sebenar, pastinya kamu diberi rezeki sebagaimana burung diberi rezeki, keluar pagi dengan perut yang kosong dan kembali pada waktu petang dengan perut yang kenyang. KAJIAN TARAF HADIS Hadis Abu Hurayrah tadi diriwayatkan oleh Imam Muslim dalam sahihnya dalam kitab Al-Jannah, bab Yadkhulu al-Jannah Aqwam AfÊidatuhum mith AfÂidah al-Taiyr, hadis ke-2,839. Namun begitu, hadis ini tidak terdapat dalam Sahih al-Bukhari. Hadis ini hukumnya sahih kerana diriwayatkan dalam Sahih Muslim. Manakala hadis Umar Ibn al-Khattab tidak terdapat dalam Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim. Namun, hadis ini diriwayatkan oleh beberapa orang ulama hadis yang lain, iaitu: (a) Imam al-Tirmizi dalam Sunan al-Tirmizi, kitab Al-Zuhud, bab Al-Tawakkal ala Allah, hadis ke-2,344. Menurut Imam al-Tirmizi, hadis ini ialah hadis hasan sahih. (b) Imam Ibn Majah dalam Sunan Ibn Majah, kitab Al-Zuhud, bab Al-Tawakkal wa al-Yaqin, hadis ke-4,164. (c) Imam Ibn Hibban dalam Sahih Ibn Hibban, kitab Al-RaqaÊiq, bab Al-WaraÊ wa al-Tawakkal, hadis ke-730. Hadis ini dihukum sahih oleh Ibn Hibban. (d) Imam al-Hakim dalam Mustadrak ala Sahihain, kitab Al-Riqaq, hadis ke-7,894. Imam Hakim menjelaskan bahawa hadis ini sahih sanadnya. 4.2 Sesetengah masyarakat tidak berminat untuk berusaha mencari rezeki dengan alasan mereka bertawakal kepada Allah SWT sepenuhnya dan merasakan dirinya sampai ke martabat takwa yang tertinggi. Bincangkan pandangan tersebut. AKTIVITI 4.1 Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
70 TOPIK 4 KITAB AL-TAQWA WA AL-TAWAKKAL KAJIAN SANAD PERAWI HADIS Subtopik ini akan membicarakan kajian sanad perawi hadis yang meliputi sanad hadis bersambung kepada Rasulullah SAW, sifat perawi hadis dan juga sanad hadis yang diragui. 4.3.1 Sanad Hadis Bersambung kepada Rasulullah SAW Hadis Abu Hurayrah r.a. diriwayatkan oleh Imam Muslim melalui sanad hadis berikut: حدثنا حجاج بن الشاعر حدثنا أبو النضر هاشم بن القاسم الليثي حدثنا إبراهيم يعنى بن سعد حدثنا أبي عن أبي سلمة عن أبي هريرة عن النبي صلى الله عليه وسلم 4.3 Berdasarkan pengetahuan anda yang lalu tentang kategori hadis, jangkakan pengertian kata-kata Imam al-Tirmizi „hadis hasan sahih‰. AKTIVITI 4.2 1. Siapakah ulama hadis yang meriwayatkan hadis Umar Ibn al-Khattab r.a.? Jelaskan status hadis tersebut. 2. Apakah persamaan dan perkaitan antara matan hadis riwayat Umar Ibn al-Khattab r.a dengan hadis Abu Hurairah? SEMAK KENDIRI 4.1 Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 4 KITAB AL-TAQWA WA AL-TAWAKKAL 71 Manakala, hadis Umar Ibn al-Khattab r.a. pula diriwayatkan melalui sanad berikut: Jadual 4.1: Sanad Hadis Riwayat Umar Ibn al-Khattab r.a. Hadis Sanad Hadis Al-Tirmizi حدثنا علي بن سعيد سنان حدثنا بن المبارك عن حيوة بن شريح عن بكر بن عمرو عن عبد الله بن هبيرة عن أبي تميم الجيشاني عن عمر بن الخطاب قال قال رسول الله صلى الله عليه وسلم Ibn Majah حدثنا حرملة بن يحيى ثنا عبد الله بن وهب أخبرني بن لهيعة عن بن هبيرة عن أبي تميم الجيشاني قال سمعت عمر يقول سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول Al-Hakim أخبرʭ أبو أحمد بكر بن محمد الصيرفي بمرو ثنا عبد الصمد بن الفضل ثنا عبد الله بن يزيد المقري ثنا حيوة بن شريح عن بكر بن عمرو عن عبد الله بن هبيرة عن أبي تميم الجيشاني عن عمر بن الخطاب رضي الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال أخبرʭ أحمد بن علي بن المثنى قال حدثنا أبو خيثمة قال حدثنا Hibban Ibn المقرىء عن حيوة بن شريح عن بكر بن عمرو عن عبد الله بن هبيرة عن أبي تميم الجيشاني عن عمر بن الخطاب قال سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
72 TOPIK 4 KITAB AL-TAQWA WA AL-TAWAKKAL Merujuk riwayat hadis Umar Ibn al-Khattab r.a., dapat diringkaskan sanad hadis tersebut seperti dilakarkan dalam Rajah 4.2. Rajah 4.2: Ringkasan sanad hadis Hadis ini diriwayatkan oleh Haiwah Ibn Shurayh daripada Abdullah ibn Hubayrah, daripada Abi Tamim, daripada Umar ibn al-Khattab daripada Rasulullah SAW. Hadis Haiwah ini sampai kepada Imam al-Tirmizi, al-Hakim, Ibn Hibban melalui sanad yang berasingan. Perinciannya adalah seperti yang berikut: (a) Imam al-Tirmizi menerima hadis ini daripada ÂAli ibn SaÂid Sinan, daripada Ibn Mubarak, daripada Haiwah; Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 4 KITAB AL-TAQWA WA AL-TAWAKKAL 73 (b) Al-Hakim menerima hadis ini daripada Abu Ahmad Bakar ibn Muhammad Sayrafi, daripada Abd al-Somat Ibn al-Fadl, daripada Abdullah ibn Yazid al-Muqri, daripada Haiwah; dan (c) Ibn Hibban menerima hadis ini daripada Ahmad ibn ÂAli ibn al-Mathna, daripada Abu Khaithamah, daripada Abdullah ibn Yazid al-Muqri daripada Haiwah. Manakala, Ibn Majah meriwayatkan hadis ini melalui sanad yang agak berbeza, iaitu melalui Harmalah ibn Yahya, daripada Abdullah ibn Wahab, daripada Ibn LahiÊah daripada Ibn Hubayrah, daripada Abi Tamim daripada Umar ibn al-Khattab daripada Rasulullah. 4.3.2 Sifat Perawi Hadis Dalam pelajaran yang terdahulu, dijelaskan kepentingan ilmu rijal dalam mengetahui status perawi hadis. Pada kali ini, anda akan diperkenalkan dengan beberapa orang perawi hadis selain daripada Hadis Bukhari dan Hadis Muslim. Diketahui bahawa perawi Hadis Bukhari dan Hadis Muslim adalah semuanya thiqah, namun tidak semua perawi hadis kitab sunan adalah thiqah. Bagi tujuan tersebut, mari kita teliti sifat perawi hadis Ibn Majah (rujuk Jadual 4.2), al-Tirmizi (rujuk Jadual 4.3), al-Hakim (rujuk Jadual 4.4) dan Ibn Hibban (rujuk Jadual 4.5). Jadual 4.2: Sifat Perawi Hadis Ibn Majah Nama Penuh Tahun Wafat Sifat/Martabat ÂUmar ibn al-Khattab 23 H Merupakan Khalifah ar-Rasyidin yang kedua dan salah seorang yang dijamin syurga. Abu Tamim, Abdullah ibn Malik ibn Abi al-Asham 77 H Thiqah Abdullah ibn Hurayrah 126 H Thiqah Abdullah ibn LahiÊah 174 H Saduq, bercelaru hafalannya selepas kitabnya terbakar Abdullah ibn Wahab ibn Muslim al-Qurashi 197 H Thiqah, hafiz Harmalah ibn Yahya ibn Harmalah 244 H Soduq Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
74 TOPIK 4 KITAB AL-TAQWA WA AL-TAWAKKAL Jadual 4.3: Sifat Perawi Hadis al-Tirmizi Nama Penuh Tahun Wafat Sifat/Martabat ÂUmar ibn al-Khattab, Abu Tamim, Abdullah ibn Hubayrah (individu yang sama dengan perawi Ibn Majah). Haiwah ibn Syurayh 224 H Thiqah Abdullah ibn Mubarak 181 H Thiqah, thabat, faqih, alim, mujtahid ÂAli ibn SaÂid ibn Masruq Sinan 249 H Soduq Jadual 4.4: Sifat Perawi Hadis al-Hakim Nama Penuh Tahun Wafat Sifat/Martabat ÂUmar ibn al-Khattab, Abi Tamim, Abdullah ibn Hubayrah, Haiwah (individu yang sama dengan perawi al-Tirmizi). Abdullah ibn Yazid al-Muqri 213 H Thiqah, fadhil Abd al-Somat ibn Fadl 283 H Menurut Ibn Hibban: Thiqah Abu Bakar ibn Muhammad ad-Sayrafi 345 H Thiqah Jadual 4.5: Sifat Perawi Hadis Ibn Hibban Nama Penuh Tahun Wafat Sifat/Martabat ÂUmar ibn al-Khattab, Abi Tamim, Abdullah ibn Hubayrah, Haiwah, Abdullah ibn Yazid al-Muqri (individu yang sama dengan perawi al-Hakim). Abu Khaitamah 234 H Thiqah, thabat Ahmad ibn ÂAli ibn al-Mathna 235 H Pengarang kitab Musnad Abi YaÊla al-Mausili, al-Hafiz Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 4 KITAB AL-TAQWA WA AL-TAWAKKAL 75 4.3.3 Sanad Hadis yang Diragui Berdasarkan sifat perawi hadis Imam Muslim, al-Tirmizi, Ibn Majah, al-Hakim dan Ibn Hibban, didapati bahawa riwayat al-Hakim dan Ibn Hibban berada pada kedudukan hadis sahih. Manakala riwayat al-Tirmizi pada kedudukan hasan kerana terdapat salah seorang perawinya bersifat soduq. Sementara bagi riwayat Ibn Majah, terdapat perawi bernama Ibn LahiÊah, beliau merupakan perawi yang lemah periwayatannya. Ibn LahiÊah merupakan perawi yang mempunyai dabt kitab. Dabt perawi terbahagi kepada dua jenis, iaitu: (a) Dabt Sadr ă Dabt hafalan hadis melalui ingatan; dan (b) Dabt Kitab ă Dabt ini bermaksud memelihara ketepatan riwayat berdasarkan ketepatan tulisan atau catatan hadis. Ibn LahiÊah merupakan perawi yang mempunyai dabt kitab dan bukannya dabt sadr. Namun, diriwayatkan bahawa pada akhir umurnya catatan hadis atau buku beliau terbakar. Setelah peristiwa tersebut, beliau mula meriwayatkan hadis berdasarkan hafalannya. Para ulama kemudiannya mendapati bahawa banyak kekeliruan dan kecelaruan daripada periwayatannya selepas kitabnya terbakar. Demikian, para ulama tidak menerima periwayatan beliau selepas catatannya terbakar. Sehubungan dengan itu, hadis Ibn Majah berada pada kedudukan hadis daif. Sungguhpun hadis ini pada kedudukan daif, namun subjek telah dikuatkan dengan periwayatan lain yang diriwayatkan oleh al-Hakim dan Ibn Hibban dengan taraf sahih. Hadis ini boleh ditingkatkan tarafnya daripada hadis daif kepada hadis hasan li ghayrihi. Hadis hasan li ghayrihi merupakan hadis yang tidak terlalu daif tetapi telah ditingkatkan ke martabat hasan li ghayrihi. Keadaan ini berlaku apabila hadis tersebut selari dengan satu (atau lebih daripada satu) hadis lain pada kedudukan sahih atau hasan ataupun daif seumpamanya (melalui hadis yang sama taraf atau lebih baik kedudukannya). Proses memperkuat/mempertingkat martabat hadis ini dikenal sebagai Tarqiyyah al-Hadis bi al-Syawahid/al-MutabaÊah. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
76 TOPIK 4 KITAB AL-TAQWA WA AL-TAWAKKAL KAJIAN MATAN HADIS Subtopik ini akan menghuraikan kajian berkenaan matan hadis berdasarkan beberapa riwayat, di samping kesimpulan dan pengajaran yang boleh kita peroleh daripada hadis. Mari kita meneruskan pembacaan. 4.4.1 Matan Hadis Berdasarkan Imam Muslim Yang berikut ialah matan hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim: ِ ْ ير َّ ِ الط َة ِد ْئ أَف ُ ْل ث ِ ْ م م ُ ه ُ َتـ ِد ْئ ٌ أَف َام ْو َ أَقـ َنَّة ُ ْ الج ُل َْدخ ي Maksudnya: Dimasukkan ke dalam syurga beberapa kaum (manusia) yang jiwa mereka seumpama jiwa burung. 4.4.2 Matan Hadis Berdasarkan Riwayat al-Tirmizi dan Lain-lain Al-Tirmizi, Ibn Majah, al-Hakim dan Ibn Hibban meriwayatkan: و ُ ْد َغ ُ تـ ْر يـ َّ َ ُق الط ز ْ ر ُ ا تـ َ ْ َكم م ُ ْت ِزقـ ُ ِ، لَر ه ِ ُّكل َ َو ق تـ َ َّ ِ ح َّ اهلل َى ل َ ُ َون ع َّكل َ َو ْ تـ م ُ ْت ْ ُكنـ َّ ُكم ْ أَن لَو ً َاʭ ِط ب ُ وح ُ َر تـ َ ا و ً َاص ِ خم Maksudnya: Jika kamu bertawakal kepada Allah dengan tawakal yang sebenar, pastinya kamu diberi rezeki sebagaimana burung diberi rezeki; keluar pagi dengan perut yang kosong dan kembali pada waktu petang dengan perut yang kenyang. 4.4 Jelaskan cara sesuatu hadis daif dikuatkan melalui proses Tarqiyyah al-Hadis bi al-Syawahid/al-MutabaÂah. AKTIVITI 4.3 Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 4 KITAB AL-TAQWA WA AL-TAWAKKAL 77 Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a. dan Umar r.a. tadi, terdapat beberapa perkataan yang memerlukan penjelasan terhadap makna perkataan. Kefahaman terhadap perkataan tersebut membantu kita memahami makna hadis dengan lebih mendalam. Yang berikut ialah beberapa perkataan penting berserta maknanya. Jadual 4.6: Maksud Perkataan Perkataan Penjelasan أفئدة Hati atau jiwa. الطير Burung, iaitu jamak bagi perkataan طائر . توكل Mengetahui dengan yakin bahawa tiada sesuatu pun selain Allah SWT yang benar-benar berkuasa dan mampu memberi kesan terhadap perbuatannya. Bertawakal bermaksud menyerahkan kecapaian sesuatu perkara kepada kuasa Allah SWT setelah berusaha bersungguhsungguh. تغدو Keluar rumah pada awal pagi. خماصا Lapar atau perut dalam keadaan kosong. تروح Pulang pada petang hari. ʭبطا Perut yang penuh atau kenyang. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
78 TOPIK 4 KITAB AL-TAQWA WA AL-TAWAKKAL 4.4.3 Kesimpulan Hadis Hadis riwayat Muslim menjelaskan bahawa terdapat sekumpulan manusia dimasukkan ke dalam syurga kerana mempunyai jiwa seumpama „jiwa burung‰. Terdapat beberapa tafsiran ulama tentang pengertian jiwa burung. Hadis kedua yang diriwayatkan oleh al-Tirmizi menjelaskan maksud hadis yang diriwayatkan oleh Muslim. Menurut Imam al-Munawi, pengarang kitab Faydh al-Qadir, kumpulan manusia tersebut dimasukkan ke dalam syurga kerana sifat tawakal mereka terhadap Allah SWT sebagaimana tawakalnya burung. Diketahui bahawa burung, biasanya keluar pada waktu pagi mencari rezeki dalam keadaan lapar dan kembali pada sebelah petang dalam keadaan kenyang, demikian juga pada keesokannya. Kebimbangan terhadap rezeki tidak timbul bagi burung kerana yakin bahawa rezeki datangnya daripada Allah SWT. Hadis ini juga menjawab dan membetulkan salah faham sesetengah masyarakat tentang konsep tawakal yang sebenar. Tidak dianggap bertawakal sekiranya tidak didahului dengan usaha atau berserah kepada Allah SWT. Tawakal juga tidak bererti mengharapkan rezeki datang bergolek. Menurut Imam Nawawi, hadis ini menyangkal salah faham terhadap konsep tawakal yang beranggapan tawakal ialah berserah tanpa usaha. Dalam hadis ini, ia menjelaskan bahawa tawakal adalah umpama seekor burung yang keluar mencari rezeki pada waktu pagi dan pulang dalam keadaan kenyang pada waktu petang. Sesetengah ulama berpendapat maksud jiwa burung ialah jiwa yang bersifat halus dan lembut, sebagaimana dalam sebuah riwayat menyatakan bahawa: أهل اليمن أرق أفئدة Maksudnya: Penduduk Yaman mempunyai jiwa yang halus. Burung juga terkenal dengan perasaan takut kerana burung haiwan yang kecil dan mudah terancam. Perasaan takut yang dituntut dan membawa ke syurga ialah takut melanggar arahan dan larangan Allah SWT. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 4 KITAB AL-TAQWA WA AL-TAWAKKAL 79 Hadis tawakal ini berkait rapat dengan tahap ketakwaan kepada Allah SWT kerana sifat tawakal ialah salah satu sifat yang dicapai oleh hati yang sempurna ketakwaan kepada Allah SWT. Berhubung dengan ketakwaan ini, Rasulullah SAW bersabda: َّ م ُ ه ى َك ّ إني ِ الل َّ َ أَسألُ ُد َ اله ، ى اف و ، َ ُّ التـق َ َ ف َ َ و ، َالع ِنى َالغ و Maksudnya: Ya Allah, sesungguhnya aku memohon daripada-Mu hidayah, ketakwaan, kemuliaan dan (kekayaan) rasa cukup. (Riwayat Muslim) Asal perkataan al-ghina ialah „kekayaan‰. Namun, ulama berpendapat bahawa „kaya‰ yang dimaksudkan di sini ialah kaya jiwa, iaitu rasa cukup dengan apa-apa yang ada dan tidak bergantung pada orang lain, mahupun mengharapkan bantuan orang lain. Bagi orang yang bertakwa, mereka yakin terhadap kekuasaan Allah SWT sepenuhnya. Namun begitu, mereka tidak meninggalkan usaha kerana menyedari bahawa pengharapan tanpa usaha bukan tawakal yang dituntut oleh syarak. 4.4.4 Pengajaran Hadis Terdapat tiga pengajaran hadis yang boleh anda mengambil manfaat daripadanya seperti digambarkan dalam Rajah 4.3. Rajah 4.3: Tiga pengajaran hadis Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
80 TOPIK 4 KITAB AL-TAQWA WA AL-TAWAKKAL Sekarang, mari kita pelajari setiap pengajaran hadis ini dengan lebih mendalam. (a) Definisi Tawakal Tahukah anda apakah definisi bagi tawakal? Meletak keyakinan bahawa hanya dengan kuasa Allah SWT sahaja sesuatu perkara akan tercapai sebagaimana diharapkan. Berserah kepada Allah SWT tanpa usaha bukanlah tawakal. (b) Kaitan Tawakal dengan Takwa Tawakal ialah salah satu sifat orang yang sempurna takwanya kepada Allah SWT. Dengan adanya sifat tawakal dan takwa akan mendekatkan diri kepada Allah SWT serta memperoleh keredaan Allah SWT. Belum cukup sempurna keimanan dan ketakwaan seseorang sekiranya masih belum dapat menghayati konsep tawakal. (c) Kepentingan Tawakal dan Takwa Dengan adanya sifat takwa dan tawakal menjadikan seseorang Muslim manusia yang berguna terhadap agama, bangsa dan negara. Dia akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan di dunia dan di akhirat tanpa melupakan untuk berserah diri kepada kuasa Allah SWT. Tawakal dapat mengatasi jiwa yang angkuh, sombong, takbur dan tidak menghargai insan yang lain. Takwa pula mencegah manusia daripada melakukan kerosakan dan kemusnahan di atas muka bumi dan sesama insan. Tidak hairan kiranya individu yang bertakwa dan bertawakal kepada Allah SWT dimasukkan ke dalam syurga. Syurga ialah balasan yang setimpal dengan kebaikan dan ketulusan hati individu yang bertakwa dan bertawakal kepada Allah SWT. Tawakal ialah berserah kepada Allah SWT tentang hasil sesuatu usaha setelah berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai matlamat. Kenal pasti persamaan dan perbezaaan antara matan Hadis Muslim dengan hadis al-Tirmizi, al-Hakim dan Ibn Hibban. SEMAK KENDIRI 4.1 Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 4 KITAB AL-TAQWA WA AL-TAWAKKAL 81 Hadis yang tidak daif boleh ditingkatkan ke taraf hadis hasan li ghayrihi apabila disokong atau diperkuatkan oleh riwayat lain yang juga daif seumpamanya, atau hasan ataupun sahih. Hadis sahih yang diriwayatkan melalui sanad yang sahih ada kalanya turut diriwayatkan melalui sanad yang daif dalam kitab hadis yang lain. Tawakal mesti disertakan dengan usaha. Berserah tanpa usaha bukan tawakal yang dituntut oleh Islam. Tawakal merupakan salah satu sifat orang yang bertakwa kepada Allah SWT. Rasa kebergantungan pada kekuasaan Allah SWT ialah salah satu sifat yang terpuji. Selain itu, ia turut membantu melahirkan insan yang mulia. Individu yang bertakwa dan bertawakal akan dimasukkan oleh Allah SWT ke dalam syurga. Hadis hasan li ghayrihi tawakal Takwa Al-ÂAsqalani, Ahmad Ibn ÂAli Ibn Hajar. (1993). Fath al-bari bi sharh sahih al-Bukhari. J.12. Beirut, Lubnan: Dar al-Fikr. Al-Bukhari, Abu ÂAbdillah Muhammad Ibn IsmaÂil Ibn Ibrahim. (1958). Sahih al-Bukhari. Misr, Mesir: Mustafa al-Babiyy wa awladuhu. Al-Nawawi, Muhy al-Din Abu Zakariya Yahya Ibn Sharf. (t.t.). Sharh Sahih Muslim. J.17. Beirut, Lubnan: Dar al-Qalam. Ibrahim Mustafa, Ahmad Hasan. (1989). Al-MuÂjam al-wasit. Istanbul, Turki: Dar al-DaÂwah. Muslim, Ibn Hajjaj. (t.t.). Sahih Muslim. Beirut, Lubnan: Dar al-IhyaÊ al-Turath al-Arabi. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
PENGENALAN Kini kita sudah sampai kepada topik pertengahan, iaitu Topik 5 yang akan membincangkan kitab Al-Halal wa al-Haram. Melalui topik ini, kita akan melihat mengenai konsep halal dan haram dalam Islam. Banyak masyarakat Islam yang agak terkeliru dan berhujah dengan pandangan sendiri dalam aspek halal haram. Tidak kurang juga, ada yang mengabaikan langsung aspek penjagaan halal dan haram. Kefahaman seperti ini perlu dihindarkan berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Imam Muslim dalam kitab sahih mereka. Apabila kita dapat memahami hadis Rasulullah SAW dengan baik, ini akan menghasilkan kefahaman yang mendalam tentang Islam yang dibawa oleh Rasulullah SAW. Hal ini tidak lain adalah bagi memastikan Muslim sentiasa berada dalam naungan rahmat dan jauh daripada kemurkaan Allah SWT. Topik 5 Kitab Al-Halal wa al-Haram Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Menjelaskan teks hadis dan pengertiannya mengenai kitab Al-Halal wa al-Haram; 2. Menerangkan taraf hadis sama ada sahih, hasan, daif atau mawduÊ dalam kitab Al-Halal wa al-Haram; 3. Menghuraikan kajian sanad perawi hadis dalam kitab Al-Halal wa al-Haram; dan 4. Membincangkan kajian matan hadis dalam kitab Al-Halal wa al-Haram. HASIL PEMBELAJARAN Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 5 KITAB AL-HALAL WA AL-HARAM 83 Dalam topik ini, kita akan mengkaji dengan lebih mendalam tentang konsep halal dan haram sebagaimana yang dikehendaki oleh syarak serta pengajaran yang diperoleh daripada hadis. Rajah 5.1 memaparkan gambaran keseluruhan topik ini yang membincangkan kitab Al-Halal wa al-Haram. Rajah 5.1: Perbincangan mengenai kitab Al-Halal wa al-Haram TEKS HADIS DAN PENGERTIANNYA Yang berikut ialah hadis yang berkaitan dengan prinsip halal dan haram. Sila kenal pasti inti pati hadis tersebut. Diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Imam Muslim bahawa Rasulullah SAW bersabda: َ ات ْ الح ٌ َ َ لا ه َّ ُ َشبـ ا م َ ُم َه ْنـ يـ َ بـ َ ، و ٌ َّين ِ بـ ُ َام ر َ َ ْ الح و ٌ َ ، َّين ِ ل بـ لا َ ِ النَّاس ُ ِن م ٌ ِير ا َكث َ ه ُ َم ل ْ ع َ يـ َ ٍ اع َ ِ ات َكر ه ُ َ ِفي ُّ الشبـ َع ق َ ْ و َن م َ ِ، و ِضه ْ ِر َع ِ و ِه ِين ِد أَ ل َ ْر َبـ ْتـ َ ِ ات اس ه َّ ُ َشبـ ْم َى ال اتـق َّ َ ِن َم ف ، أَ ُ ه َ ع ِ اق َ و ُ ِ ُك أَ ْن يـ ُوش َى ي ِم ْ َل ْ الح َو َى ح ْع ر َ َ ى، أَ يـ ً لا ِ ِ ٍك حم ل َ ِ م ّ ِ ُكل ن ل ِ َّ إ ن َ ِ َّ َ إ و لا ، أَ ُ ه ُ َ ِارم ِ َمح ِضه ْ ِ ِفي أَر َّ اهلل َى ِ َ َ حم لا َح ل َ َ ْت ص َح ل َ َا ص ِذ ً إ َة ُ ْضغ ِ م َد َس ن ِفي ْ الج ِ َّ إ َ و ، أَ ُ ه ُّ ُ ُكل َد َس َ ْ الج َد َس َ ْت ف َد َس َا ف ِذ إ َ و ُ ه ُّ ُ ُكل َد َ َس ُ ْ الج لا َْلب ْق َ ال ِي َه و 5.1 Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)