The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

HBIS3903 Kajian Teks Hadith – Bukhari dan Muslim_vApr20

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Shahim Sidi, 2023-02-08 01:23:22

HBIS3903 Kajian Teks Hadith – Bukhari dan Muslim_vApr20

HBIS3903 Kajian Teks Hadith – Bukhari dan Muslim_vApr20

84 TOPIK 5 KITAB AL-HALAL WA AL-HARAM Maksudnya: Sesungguhnya halal dan haram itu jelas. Antara kedua-duanya terdapat perkara syubhah (samar) yang tidak diketahui oleh kebanyakan manusia. Maka sesiapa yang menghindari perkara syubhah bererti dia telah menyelamatkan agamanya dan kehormatannya. Sesiapa yang terjerumus dalam perkara syubhah, maka akan terjerumus dalam perkara yang diharamkan. Sebagaimana (perumpamaan) penggembala yang menggembala haiwan gembala di sekitar (ladang) yang dilarang untuk memasukinya, maka lambat laun dia akan memasukinya. Ketahuilah bahawa setiap raja memiliki larangan dan larangan Allah SWT adalah apa-apa yang Dia haramkan. Ketahuilah bahawa dalam jasad terdapat segumpal daging, jika baik, maka baik seluruh tubuh. Jika buruk, maka buruk seluruh tubuh. Ketahuilah itu ialah hati. KAJIAN TARAF HADIS Hadis ini merupakan hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Imam Muslim. Imam al-Bukhari meriwayatkan hadis ini dalam kitab Al-Iman, bab Fadl Man IstibraÊ li Dinihi, hadis yang ke-52. Manakala, Imam Muslim dalam kitab Al-Musaqat wa al-MuzaraÂah, bab Akhadha al-Halal wa Taraka al-Syubuhat, hadis yang ke-4,094. 5.2 Jelaskan pengertian halal dan haram menurut perspektif anda dan masyarakat umum. AKTIVITI 5.1 Semasa anda membaca Subtopik 5.3 Kajian Sanad Perawi Hadis sebentar lagi, kenal pasti perawi hadis Imam al-Bukhari dan Imam Muslim yang merupakan individu yang sama. Apakah istilah ulama hadis tentang persamaan tersebut? AKTIVITI 5.2 Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 KITAB AL-HALAL WA AL-HARAM 85 KAJIAN SANAD PERAWI HADIS Seterusnya, kita akan mempelajari tentang kajian sanad perawi hadis. 5.3.1 Sanad Hadis Bersambung kepada Rasulullah SAW Yang berikut ialah hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Imam Muslim. Namun begitu, terdapat sedikit perbezaan antara sanad Imam al-Bukhari dengan sanad Imam Muslim. Jadual 5.1 menerangkan perbezaan antara perawi hadis al-Bukhari dan hadis Muslim. Jadual 5.1: Perbezaan antara Hadis Bukhari dengan Hadis Muslim Hadis Bukhari Hadis Muslim ْ َن ُ ، ع َّʮء َكِر ا َز َ دثـَن َ َّ ٍم ، ح ْ ي َ ُع و نـ ُ ا أَب َ دثـَن َ َّ ح ِ ٍير َش َ ب ْن ان ب َ َ ْم ْ ُت النـُّع ِع َ َال : َسم ِ ٍر ، ق َام ع ُ ُول : ق َ ِ يـ ُ َول َّ اهلل َس ْ ُت ر ِع ُ ُول : َسم ق َ يـ ْ ب َ ُ ع ْن ُ ب ََّمد ا ُمح َ دثـَن ْ ح ٍ َ َّ َير ِن ُنم ْ ِ ب ِ َّ اهلل د ُ َّʮء َكِر ا َز َ دثـَن َ َّ ا أَِبي ، ح َ دثـَن َ َّ ُّ ، ح َ ِاني ْد م َ ْ اله ِ ٍير َش ِن ب ْ ِ ب َان ْم ْ النـُّع َن ِ ، ع ّ ِبي ْ ْ َّ الشع َن ، ع ِ ُ َول َّ اهلل َس ْ ُت ر ِع ُ ُول : َسم ق َ ُ يـ ُه ت ْ ِع َ َال : َسم ق ُ ُول : ق َ يـ 5.3 Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


86 TOPIK 5 KITAB AL-HALAL WA AL-HARAM Merujuk riwayat hadis ini yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Imam Muslim, dapatlah diringkaskan sanad hadis adalah seperti yang berikut: Rajah 5.2: Ringkasan sanad hadis Rajah 5.2 menunjukkan susunan perawi hadis Imam al-Bukhari dan Imam Muslim. Imam al-Bukhari mempunyai susunan perawinya yang tersendiri, begitu juga dengan Imam Muslim. Kita telah mempelajari berkaitan dengan al-Isnad al-Ali dan al-Isnad al-Nazil, didapati isnad Imam al-Bukhari lebih tinggi daripada Imam Muslim. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 KITAB AL-HALAL WA AL-HARAM 87 Jika kita perhatikan juga didapati dalam isnad Imam al-Bukhari, terdapat seorang perawi yang bernama ÂAmir, manakala dalam isnad Imam Muslim dia bernama al-SyaÂbi. Kedua-dua nama ini adalah bagi satu orang yang sama. Dia dikenal dengan ÂAmir Ibn Sarahil atau hanya SyaÂbi. Bagi mengetahui perkara ini, seseorang itu perlu membuka kitab yang membicarakan sifat perawi tersebut. Antara kitab yang boleh membantu ialah (semuanya berbahasa Arab): (a) Kitab Tahdhib al-Kamal oleh Imam al-Mizi. (b) Kitab Tahdhib al-Tahdhib oleh Imam Ibn Hajar al-ÂAsqalani. (c) Kitab Taqrib al-Tahdhib oleh Imam Ibn Hajar al-ÂAsqalani. Kitab ini akan memperincikan berkaitan dengan nama penuh, gelaran, panggilan, tahun wafat, pujian ulama atau kedudukannya dalam kalangan ulama serta perkara yang berkaitan dengan mengenal pasti kedudukannya dalam periwayatan hadis. Antara sanad Imam al-Bukhari dan Imam Muslim, terdapat titik pertemuan pada perawi hadis ini, iaitu Zakariya (Ibn Khalid ibn Maymun ibn Fayruz). Untuk membolehkan anda memahami dengan lebih jelas susunan perawi hadis ini, sila amati susunan perawi Imam al-Bukhari dan Imam Muslim seperti yang berikut: (a) Imam al-Bukhari menerima hadis ini daripada Abu NuÂaym Fadl ibn ÂAmru ibn Hamad ibn Zuhayr ibn Dirham, daripada Zakariya, daripada ÂAmir ibn Sarahil al-ShaÂbiy, daripada al-NuÂman ibn Bashir, daripada Rasulullah SAW. (b) Imam Muslim menerima hadis ini daripada Muhammad ibn ÂAbdullah ibn Numayr al-Hamdani, daripada ayahnya (ÂAbdullah ibn Numayr al-Hamdani), daripada Zakariya daripada al-ShaÂbiy, daripada al-NuÂman ibn Bashir, daripada Rasulullah SAW. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


88 TOPIK 5 KITAB AL-HALAL WA AL-HARAM 5.3.2 Sifat Perawi Hadis Bagi mendapatkan maklumat tambahan mengenai perawi hadis ini, mari kita lihat salasilah sanad hadis dan kedudukan mereka dalam kalangan ulama rijal al-hadith. Jadual 5.2 dan 5.3 menyenaraikan sifat perawi Hadis Bukhari dan Hadis Muslim. Jadual 5.2: Sifat Perawi Hadis Bukhari No Nama Penuh Tahun Wafat Kedudukan/Martabat 1. Al-NuÂman Ibn Bashir al-Ansari 65 H Beliau sahabat Rasulullah SAW dan dilahirkan pada tahun 2 H. Merupakan bayi yang paling awal dilahirkan dalam kaum Ansar selepas Baginda SAW berhijrah ke Madinah, bersama-sama ÂAbdullah Ibn al-Zubayr. 2. ÂAmir Ibn Sarahil al-ShaÂbiy 102 hingga 109 H Thiqah 3. Zakariya 147 H Thiqah 4. Abu NuÂaym 218 H Thiqah Thabit Jadual 5.3: Sifat Perawi Hadis Muslim No Nama Penuh Tahun Wafat Sifat/Martabat 1. Al-NuÂman Ibn Bashir ă ÂAmir Ibn Sarahil al-ShaÂbiy ă Zakariya (individu yang sama dengan perawi al-Bukhari). 2. ÂAbdullah Ibn Numayr al-Hamdani 199 H Thiqah, tokoh hadis daripada ahli sunah 3. Muhammad Ibn ÂAbdullah Ibn Numayr al-Hamdani 234 H Thiqah hafiz Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 KITAB AL-HALAL WA AL-HARAM 89 Daripada senarai perawi hadis Imam al-Bukhari dan Imam Muslim tadi, didapati bahawa hadis ini telah diriwayatkan oleh perawi hadis yang menepati syarat hadis sahih dan mempunyai sanad hadis yang bersambung antara satu sama lain. Kaedah mengetahui kedudukan perawi hadis ini adalah dengan menggunakan ilmu yang dinamakan ilmu rijal al-hadith. Jadual 5.4 ialah susunan atau kedudukan perawi mengikut istilah al-Hafiz Ibn Hajar, seorang ulama hadis yang masyhur. Dinyatakan kedudukan atau gelaran, maksud daripada gelaran tersebut dan hukum bagi hadis perawi yang mempunyai kedudukan perawi tersebut. Jadual 5.4: Susunan atau Kedudukan Perawi Mengikut Istilah al-Hafiz Ibn Hajar No. Kedudukan/Darjat Maksud Hukum Hadis َابة .1 َح الص Perawi yang dikenal pasti sebagai seorang sahabat Rasulullah SAW. Semua sahabat bersifat Âadil (tidak berdusta dalam periwayatan hadis). 2. ثَق َ أَو ة ْ ق ِ الناس ، ث ِظ َاف ِقة ح ثقة ، ث Imam dan ulama ilmu al-Jarh wa al-TaÊdil. (mempunyai kepakaran dan disepakati umum akan ketokohan, keilmuan dan kehebatannya dalam hadis). Sahih Li Dhatihi daripada peringkat yang pertama dan akan didaifkan jika terdapatnya kesilapan. 3. ِن ، ْق ت ثقة ، م ُ َ ْدل ْت ، ع ثـَب Perawi yang disepakati oleh ulama hadis bahawa beliau seorang yang thiqah dan dipercayai. Sahih Li Dhatihi daripada peringkat yang kedua dan akan dianggap lemah jika terdapatnya kesilapan. Ilmu rijal al-hadith ialah suatu ilmu yang membahaskan berkaitan dengan kaedah untuk mengetahui keadaan perawi hadis dari sudut kedudukan mereka, latar belakang, sifat mereka yang merupakan syarat penerimaan sesuatu hadis atau penolakannya. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


90 TOPIK 5 KITAB AL-HALAL WA AL-HARAM 4. َ ْق ، لا ُو َ ص س َد ϥ ْس َ ϥ ِ ِه َ ب ْس ِه ، لَي ب Perawi yang disepakati oleh jumhur ulama (kebanyakan ulama) bahawa beliau ialah thiqah dan dianggap lemah kedudukannya oleh sebahagian ulama tanpa terdapat keterangan yang nyata dan jelas. Sahih Li Dhatihi daripada peringkat yang ketiga dan akan dianggap lemah jika terdapatnya kesilapan. 5. ء ْ َي ُوق س َد ص ُوق َد ْظ ، ص ف ِ الح ُ ُوق لَه َد ِهم ، ص َ ي ُوق َد َام ، ص ْه أَو ُوق َد ِئ ، ص ْط ُيخ ة ، ومن َ َر ير ِϥَخ ََّ َغ تـ َ بنوع من ِي م ُ ر ع ، ُّ َ َشي البدعةكالت َدر ، أو أو الق النصب ، أو الإرجاء ، أو َ ه الت م مع بيان َج ُّ الداعية من غيره . Perawi yang disepakati oleh jumhur ulama (kebanyakan ulama) bahawa beliau ialah thiqah dan dianggap lemah kedudukannya oleh sebahagian ulama dengan sebab yang boleh dipertimbangkan. Hasan Li Dhatihi daripada peringkat yang pertama jika hanya perawi ini yang meriwayatkannya. Seterusnya akan naik ke peringkat Sahih Li Ghayrihi jika turut diriwayatkan oleh perawi lain serta akan dianggap lemah jika telah jelas kesalahannya atau kesilapan atau bertentangan riwayatnya dengan perawi yang lain. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 KITAB AL-HALAL WA AL-HARAM 91 6. ُوبِع ُول ( إذا ت ْب ق م ) َ ، لَ ّين ِ الحديث ( إذا لم بتابع ) Perawi yang hanya meriwayatkan sedikit sahaja hadis dan tidak ada kepastian wujudnya sebab yang boleh melemahkan kedudukan dan riwayatnya. ُول ْب َق م :Hasan Li Dhatihi daripada peringkat yang kedua. Hasan : لَّين ِ الحديث Li Dhatihi daripada peringkat yang ketiga. ُول .7 ُور ، َْمجه ت ْ َس م الحال ، شيخ لا َف حاله . ْر ع ُ يـ Perawi yang diriwayatkan daripadanya lebih daripada seorang perawi yang lain serta tidak ada seorang ulama pun yang mengatakan beliau thiqah. Jika turut diriwayatkan oleh perawi lain, maka hadisnya Hasan Li Ghayrihi daripada peringkat yang pertama. Jika tidak ada riwayat yang lain, maka akan ditangguhkan dahulu hukum ke atasnya. 8. ِيف ، َضعيف َضع ْس الحفظ ، لَي ِ ʪلقوي ، فيه ضعف . Perawi yang tiada padanya sifat thiqah dan diberi kepadanya sifat lemah (daif). Daif, akan naik ke peringkat Hasan Li Ghayrihi daripada peringkat yang kedua jika turut diriwayatkan daripada alan (sanad) yang lain. ُول .9 َْمج – أي ه مجهول العين – ولا َف . ْر ع ُ يـ Perawi yang diriwayatkan daripadanya hanya seorang perawi yang lain serta tidak ada seorang ulama pun yang mengatakan beliau thiqah. Daif, akan naik ke peringkat Hasan Li Ghayrihi daripada peringkat yang ketiga jika turut diriwayatkan daripada jalan (sanad) yang lain. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


92 TOPIK 5 KITAB AL-HALAL WA AL-HARAM ُوك ، متروك .10 ْر تـ َ م ِي َاه الحديث ، و ِط ، َاق الحديث ، س ْ َكر الحديث. ن ُ م Perawi yang tidak ada seorang ulama pun yang mengatakan beliau thiqah dan ada yang mengatakannya lemah (daif) yang agak kuat. Amat lemah, tidak boleh dijadikan iktibar (tidak akan menguatkan hujah). َم ʪلكذب .11 تـه َّ ُ م Perawi yang dikenal pasti pernah mendustakan katakatanya manusia lain dan tidak ada kepastian dia pernah mendustakan hadis Rasulullah SAW. Matruk (hadis yang ditinggalkan) atau dibuang. ضاع .12 َ َّ ذاب ، و َّ ك َPerawi yang sudah pasti dan diakui bahawa dia pernah mendustakan hadis Rasulullah SAW. Mawdu (hadis yang direka cipta dan untuk mendustakan Nabi SAW). KAJIAN MATAN HADIS Pada subtopik ini, kita akan mempelajari kajian matan hadis Imam al-Bukhari dan Iman Muslim. Imam al-Bukhari dan Imam Muslim meriwayatkan hadis ini melalui matan atau lafaz hadis yang sedikit berbeza. Namun begitu, subjek mempunyai maksud yang hampir sama. Jadual 5.5 menyatakan perbezaan antara matan hadis Imam al-Bukhari dengan Imam Muslim. 5.4 Berikan kedudukan perawi yang dikategorikan hadisnya sebagai hadis sahih. SEMAK KENDIRI 5.1 Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 KITAB AL-HALAL WA AL-HARAM 93 Jadual 5.5: Perbezaan antara Matan Hadis Imam al-Bukhari dengan Imam Muslim Hadis al-Bukhari Hadis Muslim Perhatikan maksud perkataan berikut dengan baik (rujuk Jadual 5.6). Perkataan berikut boleh membantu anda memahami maksud inti pati hadis dengan lebih jelas. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


94 TOPIK 5 KITAB AL-HALAL WA AL-HARAM Jadual 5.6: Maksud Perkataan Perkataan Penjelasan الحلال Kata lawan kepada „haram‰ yang bermaksud membebaskan, melepaskan atau membenarkan. Dari sudut istilah, halal dirujuk sebagai sesuatu yang diizinkan, tidak terikat dengan larangan dan memenuhi kehendak syarak. الحرام Dilarang dan ditegah oleh syarak, berdosa sekiranya dilakukan dan mendapat pahala apabila meninggalkannya. مشبهات Syubhah ialah satu perkara yang samar hukumnya sama ada halal ataupun haram bagi sebahagian manusia ataupun ringkasnya ialah perkara yang tidak diketahui hukumnya. Subjek hanya diketahui oleh orang yang berijtihad dalam menentukan status hukum melalui penelitian dan kajian yang bersumberkan dalil daripada al-Quran dan sunah. حمى Kawasan/wilayah larangan. 5.4.1 Kesimpulan Hadis Rasulullah SAW terkenal dengan kehebatan dalam melafazkan dan menyampaikan sesuatu perkara. Bahasanya ringkas tetapi padat dengan pengertian, lebih dikenal dengan Jawami al-Kalim. Penyampaian pertuturan Baginda SAW mudah difahami oleh segenap lapisan masyarakat. Namun, pengertiannya mungkin boleh diselami dengan lebih dalam oleh para ilmuwan berbanding dengan kefahaman masyarakat awam biasa. Begitu juga keadaannya dalam hadis ini. Hadis ini jelas menunjukkan kepada kita bahawa penetapan hukum halal dan haram ialah hak milik mutlak Allah SWT. Sekiranya halal itu putih, sudah tentu haram itu hitam. Tidak syak lagi, antara kedua-duanya, sudah cukup jelas dan nyata. Hal ini ditegaskan dalam firman Allah SWT: َ ƅَ ُ و ُ م ُك ت َ ِسن ۡ ل َ ِصف ُ أ َ ا ت َ لِم ْ وا ُ ُول ق َ ت ٱ َ ِذب َ ك ۡ ََ ل ȇْ َُوا ۡت ف َ ِ ّ ٞ ل َام َر ا ح َ ٰذ َ َه ٞ و ٰل َ َل ا ح َ ٰذ َ ه ٱ ِ َ Ĭ ٱ ۚ َّ ِذب َ ك َّ ل ۡ ِن َ ٱإ ِين ََ ل َّ ȇ َ َُون ۡت ف َ Ĭ ٱ َّ ٱي ِ َ ِذب َ ك َ ل ۡ ُون لِح ۡ ف ُ ƅ١١٦ َ ي Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 KITAB AL-HALAL WA AL-HARAM 95 Maksudnya: Jangan kamu berdusta dengan sebab apa-apa yang disifatkan oleh lidah kamu: „Ini halal dan ini haram‰, untuk mengada-adakan sesuatu yang dusta terhadap Allah; Sesungguhnya orang-orang yang berdusta terhadap Allah tidak akan berjaya. (Surah an-Nahl, 16:116) Setiap yang halal sudah tentu baik, manakala yang haram adalah buruk. Oleh yang demikian, hadis topik ini penting bagi memahami asas penentuan subjek yang baik dan buruk menurut Islam. Hal ini berdasarkan takrifan tayyib yang merujuk sesuatu yang halal berdasarkan nas: ا َ ه ُّ ي َ ٰٓأ ُ ي ٱ َ ُ ل َ لر ُّس ِمن ْ وا ٰ ٱك ِت ُُ َ ِب ّ ي َ لط َّ ْ ٱو وا ُ ل َ م ۡ ٞ ع لِيم َ َ ع ُون ل َ م ۡ ع َ ا ت َ ِم ِ ب ّ ِن إ ۖ ا ً ص ٥١ٰ َ لِح Maksudnya: Wahai para rasul, makanlah daripada sesuatu yang baik (halal) dan kerjakan amal soleh. Sesungguhnya Aku Maha Mengetahui sesuatu yang kamu kerjakan. (Surah al-MuÊminun, 23:51) Dalam aspek halal, Islam memberikan ruang yang luas tanpa batasan secara spesifik. Secara prinsipnya, asas keharusan tersebut tidak boleh diperketatkan kecuali dengan dalil yang muktamad. Pendekatan ini menunjukkan rahmat Allah SWT yang memperluaskan ruang kepenggunaan untuk kemaslahatan hamba-Nya. Manakala pengharaman subjek tertentu pula disebabkan faktor berikut: (a) Kemudaratan; (b) Kenajisan; (c) Kotoran; dan (d) Kejijikan atau memabukkan. Sumber daripada khinzir, bangkai, darah, judi dan arak merupakan contoh bahan yang tegas pengharamannya (haram li dhatihi ). Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


96 TOPIK 5 KITAB AL-HALAL WA AL-HARAM Dari aspek kemudaratan, syarak mengharamkan penggunaan setiap benda yang memudaratkan fizikal dan mental seseorang, sama ada yang berasal daripada sumber haiwan, tumbuhan atau batuan yang beracun dan berbahaya. Setiap benda yang mengakibatkan mudarat sama ada secara langsung atau sebaliknya atau kesannya bertindak dengan aktif mahupun pasif sehingga mengakibatkan penyakit adalah dilarang. Bagi bahan berunsur najis adalah diharamkan sama ada wujud pada zat sesuatu benda seperti darah, bangkai, najis atau sesuatu yang dicemari unsur najis. Dalam pada itu, ini merangkumi setiap benda najis dan apabila produk bercampur najis ia boleh menyebabkan kemudaratan dan mempunyai implikasi negatif kepada manusia walaupun pada zahirnya kelihatan berguna. Seterusnya berhubung unsur kotoran dan kejijikan, adalah merujuk setiap sesuatu yang bersifat buruk, jijik dan kotor. Misalnya, ulat, haiwan pemakan kotoran, lipas dan pepijat. Akhirnya, Islam turut mengharamkan penggunaan setiap benda, makanan dan minuman yang memabukkan sama ada yang diproses daripada buah-buahan dan bijirin. Termasuk dalam kategori memabukkan, pelbagai bahan yang mengkhayalkan seperti dadah dan ubat-ubatan yang disalahgunakan. Tambahan, benda yang tidak diperoleh secara halal juga tergolong dalam perkara haram (haram li ghayrihi ). Sehubungan dengan itu, penggunaan sesuatu adalah jelas harus selagi ia bermanfaat dan tidak menimbulkan kemudaratan terhadap lima perkara asas (daruriyah al-khams), iaitu: (a) Agama; (b) Nyawa; (c) Akal; (d) Keturunan; dan (e) Harta. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 KITAB AL-HALAL WA AL-HARAM 97 Hal ini berdasarkan kaedah, sesuatu yang jelas manfaatnya adalah halal dan yang jelas mudaratnya adalah haram. Keharusan ini turut dirumuskan dalam kaedah fiqh berikut: Asal hukum (penggunaan) semua benda adalah harus. Menurut al-Subki, aplikasi kaedah ini terpakai pada penggunaan apa-apa jua benda dan manfaatnya selagi tiada nas syarak yang melarang. Malah, keharusan tersebut mencakupi segala perbuatan dan tindakan manusia dalam kegiatan ekonomi, politik dan sebagainya. Lantaran itu, syariat Islam menganjurkan umatnya menggunakan setiap sumber halal yang baik dan menjauhi setiap sesuatu yang diharamkan. Namun jika pengguna menghadapi kesulitan (mashaqqah) yang mendesak, pengambilan perkara haram tersebut adalah dibenarkan syarak sekadar keperluan. Seterusnya antara halal dan haram, terdapat satu kategori yang disebut sebagai syubhah. Lantas, apakah syubhah itu? Para ulama turut mentakrifkan syubhah (kesamaran) tersebut sebagai menyerupai perkara halal dari satu segi dan begitu juga sebaliknya. Hal ini demikian kerana kejelasan dalam perkara halal boleh menjadi samar atau tidak pasti akibat berlakunya: (a) Percampuran (ikhtilat ); (b) Kekeliruan (ishtibah); dan (c) Keraguan (syak). Syubhah ialah satu perkara yang samar sama ada halal ataupun haram bagi sebahagian manusia ataupun ringkasnya ialah perkara yang tidak diketahui hukumnya. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


98 TOPIK 5 KITAB AL-HALAL WA AL-HARAM Dalam perkara syubhah, kejelasan yang terdapat dalam perkara halal dan haram merupakan usul penting yang diaplikasikan dalam perbincangan dan analisis hukum yang melibatkan perkara syubhah dan syak. Sehubungan dengan itu, kaedah pengkajian dan analisa secara tuntas adalah perlu bagi menentukan asal dan hukum keadaan sesuatu sehingga kepada mencapai matlamat untuk menghilangkan keraguan dengan sumbangan ilmu yang bersifat yakin. Misalnya, keadaan air yang pada asalnya bersih, diragui sama ada mutanajjis (telah terkena najis) atau tidak. Maka hukumnya tetap bersih, sehingga didatangkan petunjuk yang menunjukkan keyakinan bahawa subjek telah terkena najis. Begitu juga dengan asal keadaan sesuatu yang haram, yang menjadi harus berikutan syarat dan keadaan tertentu. Misalnya, persetubuhan menjadi halal oleh sebab pernikahan. Sebaliknya, syubhah berlaku apabila wujudnya elemen tertentu seperti percampuran perkara haram yang jelas. Contohnya, jika terjadi percampuran antara daging zakat dengan daging bangkai yang tidak dapat dibezakan bentuk dan keadaan antara kedua-duanya, maka wajib dijauhi dan tidak diambil manfaat secara keseluruhannya. Dalam perkara syubhah (samar atau tidak jelas), para ulama telah menggariskan metodologi ihtiyat bagi mencegah kerosakan yang bakal timbul. Apakah yang dimaksudkan dengan ihtiyat? Menjauhi perkara yang tidak selamat dan berlepas diri daripada akibatnya juga termasuk dalam pentakrifan ihtiyat. Al-Tibi turut mentafsirkan ihtiyat sebagai meninggalkan perkara yang meragukan mukalaf kepada perkara yang tidak meragukan. Hal ini penting bagi memelihara iman kita dengan sifat warak dan teliti dalam urusan penghidupan seharian. Rajah 5.3 memaparkan parameter halal, haram dan syubhah menurut hadis. Ihtiyat merujuk suatu pendirian berwaspada atau berhati-hati dalam menjauhi perkara haram dengan tidak menggunakan perkara harus. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 KITAB AL-HALAL WA AL-HARAM 99 Rajah 5.3: Tiga parameter halal, haram dan syubhah menurut hadis Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


100 TOPIK 5 KITAB AL-HALAL WA AL-HARAM 5.4.2 Pengajaran Hadis Hadis ini mengandungi beberapa inti pati dan pengajaran penting yang perlu difahami dengan baik. Antara pengajaran tersebut adalah seperti yang berikut: (a) Tuntutan kepada Mencari yang Halal Rasulullah SAW bersabda dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Bayhaqi, al-Mundhiri dan al-Tabrani: „Mencari yang halal adalah menjadi kewajiban terhadap setiap individu Muslim.‰ Walau bagaimanapun, seorang Muslim tidak diwajibkan menyelidik sesuatu yang tidak dilihat secara nyata seperti bertanya tentang sesuatu penyembelihan yang halal sama ada sesuai dengan Islam atau tidak. Sekiranya makanan itu diyakini status halalnya, ini bererti makanan itu adalah halal. Dalam konteks sama, perkara yang tidak dijelaskan dalam nas al-Quran dan hadis adalah halal selagi tidak bercanggah dengan prinsip halal dan haram dalam Islam. (b) Tuntutan Menjauhi Perkara yang Haram dan Syubhah Perkara haram merupakan larangan langsung daripada Allah SWT dan Rasulullah SAW. Perlanggaran terhadap hal ini bukan sahaja mengundang murka Allah SWT, bahkan menjadi punca turunnya bala dan kebejatan akhlak dalam kalangan masyarakat. Firman Allah SWT dalam surah al-Maidah ayat ke-3 yang bermaksud: Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai (binatang yang tidak disembelih), dan darah (yang keluar mengalir), dan daging babi (termasuk semuanya), dan binatang-binatang yang disembelih kerana selain daripada Allah, dan yang mati tercekik, dan yang mati dipukul, dan yang mati jatuh dari tempat yang tinggi, dan yang mati ditanduk, dan yang mati dimakan binatang buas, kecuali yang sempat kamu sembelih (sebelum habis nyawanya), dan yang disembelih atas nama berhala; dan (diharamkan juga) kamu merenung nasib dengan undi batang-batang anak panah. Demikian itu ialah perbuatan fasiq. Dalam pada itu, apabila timbul keraguan terhadap sesuatu, contohnya makanan, maka wajib dihindarkan. Hal ini demikian kerana subjek termasuk dalam perkara syubhah. Sesiapa yang melakukannya, maka dia hampir terjatuh ke dalam lembah yang haram. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 KITAB AL-HALAL WA AL-HARAM 101 Di samping itu, penjagaan aspek halal dan haram itu amat dititikberatkan sebagai prasyarat untuk penerimaan doa munajat oleh Allah SWT. Rasulullah SAW bersabda dalam hadis lain yang diriwayatkan oleh Muslim yang bermaksud: Diriwayatkan daripada Abu Hurayrah: Rasulullah SAW menyebut mengenai seorang lelaki yang jauh perjalanannya, berambut kusut lagi berdebu menadahkan tangannya ke langit seraya berdoa: „Wahai Tuhan! Wahai Tuhan!‰ Sedangkan makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya haram dan dikenyangkan dengan yang haram, bagaimanakah mungkin doanya akan dikabulkan?‰ Hadis ini jelas menunjukkan bahawa prinsip halal dan haram adalah bersifat mandatori terhadap setiap Muslim. Antara hikmahnya ialah: (i) Memahami asal kewujudan manusia di atas dunia sebagai hamba yang wajib taat kepada Sang Pencipta. (ii) Tujuan kekangan daripada Allah SWT dalam perkara haram adalah tidak lain bagi memelihara kemaslahatan jasmani dan rohani manusia. (iii) Pengabaian terhadap aspek halal dan haram akan membentuk hati nurani yang sakit, keras dan sukar menerima kebenaran. (iv) Penjagaan terhadap aspek halal dan haram adalah menjadi asbab penerimaan amalan dan doa. 1. Nyatakan signifikan halal dan haram dalam konteks kehidupan seharian. 2. Apakah implikasi pengabaian terhadap perkara syubhah? 3. Bagaimanakah cara paling tepat untuk mengetahui status halal sesuatu produk kepenggunaan? SEMAK KENDIRI 5.2 Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


102 TOPIK 5 KITAB AL-HALAL WA AL-HARAM Hadis ini diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Imam Muslim. Imam al-Bukhari meriwayatkan hadis ini dalam kitab Al-Iman, bab Fadl Man IstibraÊ li Dinihi, hadis yang ke-52. Manakala Imam Muslim dalam kitab Al-Musaqat wa al-MuzaraÂah, bab Akhadha al-Halal wa Taraka al-Syubuhat, hadis yang ke-4,094. Ulama telah menggunakan pelbagai istilah dan gelaran kepada perawi hadis bagi memudahkan hukum terhadap sesuatu hadis. Gelaran dan kedudukan ini wujud hasil daripada kajian mendalam, teliti bersama syarat ketakwaan kepada Allah SWT. Antara ulama yang meletakkan senarai kedudukan perawi hadis ialah Imam Ibn Hajar al-ÂAsqalani. Kata-kata/hadis Rasulullah SAW mempunyai unsur Jawami al-Kalim. Halal dan haram merupakan isu penting kepada setiap Muslim. Hal ini mencakupi sama ada terhadap makanan, pendapatan, peralatan dan barang keperluan. Setiap bahan dan sumber perlu 100 peratus halal, suci, bersih dan baik serta tidak menimbulkan waswas. Ruang lingkup perkara haram hanya sebilangan kecil berbanding keluasan perkara halal. Tujuan pengharaman sesuatu adalah untuk memelihara kesejahteraan manusia seluruhnya. Hal ini tidak terbatas kepada umat Islam sahaja, bahkan melangkaui batasan agama, geografi, warna kulit dan bangsa. Sebagai umat Islam, kita perlu mengetahui dan memahami kaedah yang berkaitan dengan status halal dan haram dalam setiap aspek kehidupan, terutamanya dalam hal berkaitan dengan makanan dan minuman. Melalui kefahaman ini, kita dapat mengenal pasti status makanan dan minuman yang diambil supaya selari dengan tuntutan halalan tayyiban. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 KITAB AL-HALAL WA AL-HARAM 103 Halal Halalan tayyiban Haram Jawami al-Kalim Rijal al-hadith Syubhah ÂAli ÂAbd al-Kafi al-Subki. (1984). Al-Ibhaj fi sharh al-minhaj. Beirut, Lebanon: Dar al-Kutub. Aal-Bukhari, Abi Abu ÂAbdillah Muhammad Ibin IsmaÂil Ibin Ibrahim. (1958). Sahih al-Bukhari. Misr, Mesir: Mustafa al-Babiyy wa awladuhu. Al-ÂIlmiah Zulkifli Mohamad al-Bakri (2007). Himpunan hadis modal Insan. Kuala Lumpur, Malaysia: Telaga Biru. Al-Nawawiy, Mahyuddin Muhy al-Din Abi Abu Zakariya Yahya Ibin Sharaf. (t.t.). Sharh Sahih Muslim. J.17. Beirut, Lebanon: Dar al-Qalam. Al-Naysaburi, Muslim Ibin al-Hajjaj Ibin Muslim Ibin Ward Ibin Kusyaz al-Qusyairi. Sahih Muslim. Tahqiq: Muhammad Fuad Abdul Baqi. Beirut, Lebanon: Dar IhyaÊ al-Turath al-Arabiy. Mohd Farhan Md Ariffin, Khadher Ahmad, & SaÂadan Man. (2018). Parameter Keselamatan Makanan Menurut Perspektif Hadith. Online Journal of Research in Islamic Studies, 5(1), 49ă64. Sharf al-Din al-Husayn Ibn ÂAbd Allah al-Tibi. (1997). Al-Kashif Âan HaqaÊiq al-Sunan. J.7. Riyad: Maktabah Nazar Mustafa al-BazIbn Muflih al-Maqdisi (1999). al-Adab al-SyarÊiyyah. J.3. Beirut: Muassasah al-Risalah. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


PENGENALAN Pada topik kali ini, kita akan meneruskan kajian terhadap teks hadis yang terdapat dalam kitab Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim. Teks hadis yang akan kita bincangkan pada kali ini berkaitan dengan sabar. Hadis ini diambil daripada kitab Al-Zakat daripada kedua-dua sumber. Islam menuntut agar umatnya memiliki sifat sabar. Apakah yang dimaksudkan dengan sabar? Sabar bermaksud tabah menghadapi sesuatu keadaan yang tidak disenangi oleh manusia, rela menyerah diri kepada Allah SWT dan tidak pernah mengenal erti putus asa. Topik 6 Kitab Mengenai Sabar Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Menjelaskan teks hadis dan pengertiannya mengenai sabar; 2. Menerangkan taraf hadis sama ada sahih, hasan, daif atau mauduÊ mengenai sabar; 3. Menghuraikan kajian sanad perawi hadis mengenai sabar; dan 4. Membincangkan kajian matan hadis mengenai sabar. HASIL PEMBELAJARAN Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 KITAB MENGENAI SABAR 105 Oleh itu, sebagai seorang Islam, kita haruslah menghiasi peribadi kita dengan sifat sabar. Rajah 6.1 memaparkan gambaran keseluruhan topik ini. Rajah 6.1: Perbincangan mengenai kitab sabar TEKS HADIS DAN PENGERTIANNYA Manusia tidak dapat lari daripada kesusahan, kesukaran dan dugaan hidup. Kesabaran merupakan penawar yang sangat mujarab dalam kebanyakan situasi hidup yang sukar. Sehubungan dengan itu, terdapat banyak hadis yang menyentuh tentang kesabaran dan kepentingannya. Imam al-Bukhari dan Imam Muslim meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: ْ ا ِن ا م ً َس ن ʭ َّ ِ َّ ثم ُ ْ لأإ ، م ُ َاه ْط َأَع ُ ف وه ُ أَل َ َّ س ثم ُ ، ْ م ُ َاه ْط َأَع ِ ف ُ َول َّ اهلل َس وا ر ُ أَل َ َ ِار س ْص ن ا َ َ َال: م َق ، فـ ُ َه ْد ن ِ ا ع َ َ م ِد َف تى ن َ َّ ، ح ْ م ُ َاه ْط َأَع ُ ف وه ُ أَل َ ْ س َن َل ٍ فـ ْ َير ْ خ ِن ِي م ْد ن ِ ون ع َ ُك ُ ي ْ َن م َ ، و ْ ْ ُكم ن َ ع ُ ه َ ِر دخ ِ ْف أََّ ْف َع تـ ْ ي َس ُ فه َِّ ع ْ ي ُ َن م َ ، و ُ َّ اهلل ْ ِن َغ تـ ْ ِ ي َس ِه ْن غ ُ ْ يـ َن م َ ، و ْ َّ اهلل ُ ر َّ بـ َ َص ت َ يـ ُ ه ْ ِ ّ َبر ص ُ ِ ي ْ الصبر َ َّ ِن َ م َع ْس أَو َ ا و ً ْر َيـ ً خ َاء َط د ع ٌ َ َ أَح ِي ْط ع ا أُ َ م َ ، و ُ َّ اهلل Maksudnya: Beberapa orang daripada kaum Ansar meminta (sedekah) daripada Rasulullah SAW, lalu Baginda SAW memberikan sesuatu kepada mereka, kemudian mereka meminta lagi dan Baginda SAW pun memberinya juga sehingga habislah semua harta yang Baginda SAW miliki. Baginda SAW bersabda: „Aku tidak sekali-kali menyembunyikan daripada kamu apa-apa sahaja (harta) yang elok yang ku miliki. Sesiapa yang menahan diri daripada meminta-minta pada orang lain, maka akan diberi rezeki kepuasan oleh Allah SWT dan sesiapa yang merasa dirinya cukup maka akan diberi kekayaan (kaya hati dan jiwa) oleh Allah SWT dan sesiapa yang bersabar maka akan dikurniakan kesabaran oleh Allah SWT. Tiada seorang pun yang dikurniakan suatu pemberian yang lebih baik serta lebih luas kegunaannya daripada kurnia kesabaran.‰ 6.1 Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


106 TOPIK 6 KITAB MENGENAI SABAR KAJIAN TARAF HADIS Tahukah anda apakah yang dimaksudkan dengan hadis muttafaqun Âalayhi ? Oleh yang demikian, hadis ini telah disepakati kesahihannya oleh Imam al-Bukhari dan Imam Muslim. Jadual 6.1 memaparkan riwayat hadis. Jadual 6.1: Periwayat Hadis Muttaqun ÂAlayhi Periwayat Hadis Kitab Bab Nombor Hadis Imam al-Bukhari Al-Zakat Al-IstiÂfaf Âan al-MasÊalah 1,469 Imam Muslim Al-Zakat Fadl al-TaÂaffuf wa al-Sabr 2,421 Imam Abu Dawud Sunan dalam kitab Al-Zakat Fi al-IstiÂfaf 1,644 Imam al-Tirmidhi Jami dalam kitab Al-Birr wa al-Silah Ma JaÊa fi al-Sabr 2,024 Imam al-NasaÊi Sunan dalam kitab Al-Zakat Al-IstiÊfaf Âan al-MasÊalah 2,588 6.2 Hadis muttafaqun Âalayhi ialah hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Imam Muslim. Berdasarkan kepada lafaz hadis yang berkaitan dengan sabar yang telah anda pelajari tadi, kenal pasti perkataan yang bergaris. SEMAK KENDIRI 6.1 Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 KITAB MENGENAI SABAR 107 Selain itu, hadis ini turut diriwayatkan oleh pengarang Sunan Sittah yang lain kecuali Imam Ibn Majah. Rajah 6.2 memaparkan Sunan Sittah. Rajah 6.2: Sunan Sittah KAJIAN SANAD PERAWI HADIS Seterusnya, kita akan mempelajari kajian sanad perawi hadis. 6.3.1 Sanad Hadis Bersambung kepada Rasulullah SAW Hadis ini diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Imam Muslim melalui dua sanad hadis yang mempunyai sedikit perbezaan. Jadual 6.2 menerangkan perbezaan tersebut. 6.3 1. Apakah yang anda faham tentang Sunan Sittah? 2. Sila nyatakan contoh Sunan Sittah yang anda ketahui. 3. Mengapakah dinamakan sebagai Sunan Sittah? AKTIVITI 6.1 Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


108 TOPIK 6 KITAB MENGENAI SABAR Jadual 6.2: Perbezaan antara Perawi Hadis Bukhari dengan Hadis Muslim Hadis Bukhari Hadis Muslim حدثنا عبد الله بن يوسف أخبرʭ مالك عن بن شهاب عن عطاء بن يزيد الليثي عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه حدثنا قتيبة بن سعيد عن مالك بن أنس فيما قرئ عليه عن بن شهاب عن عطاء بن يزيد الليثي عن أبي سعيد الخدري Merujuk riwayat hadis ini yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Imam Muslim, dapatlah diringkaskan sanad hadis seperti yang berikut (rujuk Rajah 6.3): Rajah 6.3: Ringkasan sanad hadis Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 KITAB MENGENAI SABAR 109 Hadis ini diriwayatkan oleh Malik Ibn Anas, daripada Ibn Syihab (al-Zuhri), daripada  AtaÊ Ibn Yazid al-Laythi, daripada Abu SaÂid al-Khudri, daripada Rasulullah SAW. Imam al-Bukhari dan Imam Muslim menerima hadis ini daripada guru yang berlainan, iaitu: (a) Imam al-Bukhari menerima hadis ini daripada ÂAbdullah Ibn Yusuf, daripada Malik Ibn Anas. (b) Imam Muslim menerima hadis ini daripada Qutaybah Ibn SaÂid, daripada Malik Ibn Anas. Sedia maklum bahawa hadis ini adalah hadis muttafaqun Âalayhi. Tahukah anda maksudnya? Hal ini demikian kerana Imam al-Bukhari dan Imam Muslim sepakat dalam meletakkan hadis ini sebagai hadis sahih. Perkara ini bermakna hadis tersebut telah mengumpulkan keseluruhan lima syarat sahih. Mari kita teliti Rajah 6.4 yang menyingkap tujuh kategori sahih hadis. Muttafaqun Âalayhi ialah hadis yang menduduki kedudukan tertinggi dalam kategori hadis sahih. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


110 TOPIK 6 KITAB MENGENAI SABAR Rajah 6.4: Tujuh kategori sahih hadis 6.3.2 Sifat Perawi Hadis Sekarang, mari kita mengenal pasti sifat perawi hadis. Jadual 6.3 dan 6.4 memapakarkan susunan biodata dan sifat perawi hadis Bukhari dan hadis Muslim secara terperinci. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 KITAB MENGENAI SABAR 111 Jadual 6.3: Sifat Perawi Hadis Bukhari No Nama Penuh Tahun Wafat Sifat/Martabat 1. Abu SaÂid al-Khudri: SaÊas Ibn Malik Ibn Sinan Ibn ÂUbayd al-Ansari 63 H di Madinah Sahabat Rasulullah SAW yang mempunyai banyak keistimewaan 2. ÂAtaÊ Ibn Yazid al-Laythi: al-Madani 105 H Thiqah 3. Ibn Syihab: Muhammad Ibn Muslim Ibn ÂUbaydillah Ibn Abdullah Ibn Syihab al-Qurayshi al-Zuhri, Abu Bakar 125 H Faqih, hafiz serta disepakati kemuliaan dan ketekunannya 4. Malik Ibn Anas: Ibn Malik Ibn Abi ÂAmir Ibn ÂAmr al-Asbahi, Abu ÂAbdillah al-Madani 179 H Faqih, imam Dar al-Hijrah, ketua para muttaqin, muhaddith yang amat menitikberatkan kepastian riwayat 5. ÂAbdullah Ibn Yusuf: al-Tinnisi, Abu Muhammad al-KalaÊi 218 H Thiqah, tekun dan antara perawi MuwattaÊ yang paling teliti Jadual 6.4: Sifat Perawi Hadis Muslim No Nama Penuh Tahun Wafat Sifat/Martabat 1. Abu Sa id al-Khudri r.a ă ÂAtaÊ ă Ibn Syihab ă Malik Ibn Anas (individu yang sama dengan perawi al-Bukhari). 2. Qutaybah Ibn SaÊid: Ibn Jamil Ibn Torif al-Thaqafi, Abu al-RajaÊ al-Baghlani 240 H Thiqah thabit Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


112 TOPIK 6 KITAB MENGENAI SABAR Daripada senarai perawi hadis Imam al-Bukhari dan Imam Muslim tadi, didapati bahawa hadis ini telah diriwayatkan oleh perawi hadis yang thiqah dan mempunyai sanad hadis yang bersambung antara satu sama lain. Dapat disimpulkan bahawa hadis ini mengumpul semua syarat hadis sahih hingga meletakkan hadis ini sebagai hadis sahih. KAJIAN MATAN HADIS Dalam subtopik ini, kita akan mempelajari kajian matan hadis Imam al-Bukhari dan Iman Muslim. Jadual 6.5 menerangkan perbezaan antara matan hadis Imam al-Bukhari dengan matan hadis Imam Muslim. Perhatikan maksud perkataan berikut dengan baik. Perkataan tersebut boleh membantu anda memahami maksud hadis dengan lebih jelas. 6.4 1. Sebutkan nama penuh Ibn Syihab bersama tarikh wafat dan kedudukan beliau di sisi ulama al-jarh wa al-taÂdil. 2. Berdasarkan sanad hadis tadi, nyatakan nama guru Imam al-Bukhari dan guru Imam Muslim. Jelaskan perbezaan umur antara Imam al-Bukhari dengan Imam Muslim dengan gurunya. SEMAK KENDIRI 6.2 Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 KITAB MENGENAI SABAR 113 Jadual 6.5: Perbezaan antara Matan Hadis Imam al-Bukhari dengan Imam Muslim Hadis Bukhari Hadis Muslim َ ِار ْص ْ ْالأَن ِن ا م ً َس ن ʭ ِ إ ِ َّ ُ َول َّ اهلل َس أَلُوا ر َ س َّ ، ُثم ْ ُم َاه ْط َأَع ُ ف أَلُوه َ َّ س ، ُثم ْ ُم َاه ْط َأَع ف ، ُ َه ْد ن ِ ا ع َ َ م ِد َف تى ن َ َّ ، ح ْ ُم َاه ْط َأَع ُ ف أَلُوه َ س ْ َن َل ٍ فـ ْ َير ْ خ ِن ِي م ْد ن ِ َ ُك ُون ع ا ي َ َ َال: م َق فـ ُ فه َِّ ع ُ ِ ْف ي ْف َع تـ ْ َس ْ ي َن م َ ، و ْ ْ ُكم ن َ ُ ع ه َ ِر دخ أََّ ْ ِن َغ تـ ْ َس ْ ي َن م َ ، و ُ ْ َّ اهلل َن م َ ، و ُ ِ َّ اهلل ه ِ ْن غ ُ يـ َ ٌد َ أَح ِي ْط ا أُع َ م َ ، و ُ ُ َّ اهلل ه ْ ِ ّ َبر ُص ْ ي ر َّ بـ َ َص ت َ يـ ِ ْ الصبر َ َّ ِن َ م َع ْس أَو َ ا و ً ْر َيـ ً خ َاء َط ع ِ ُ َول َّ اهلل َس أَلُوا ر َ َ ِار س ْص ْ ْالأَن ِن ا م ً َس ن ʭ أَ َّ َا ِذ تى إ َ َّ ْ ح ُم َاه ْط َأَع ُ ف أَلُوه َ َّ س ، ُثم ْ ُم َاه ْط َأَع ف ُ َه ْد ن ِ ا ع َ َ م ِد َف ْ ن ِن ِي م ْد ن ِ ْ ع َ ُكن ا ي َ َ َال: م ، ق ِ ْف ْف َع تـ ْ َس ْ ي َن م َ ، و ْ ْ ُكم ن َ ُع ه َ ِر دخ ْ أََّ َن َل ٍ فـ ْ َير خ ْ َن م َ ، و ُ ِ َّ اهلل ِه ْن غ ُ ْ ِن يـ َغ تـ ْ َس ْ ي َن م َ ، و ُ ُ َّ اهلل فه َِّ ع ُ ي ْ ِن َ ٌد م َ أَح ِي ْط ا أُع َ م َ ، و ُ ُ َّ اهلل ه ْ ِ ّ َبر ُص ْ ي َ ْصِبر ي ِ ْ الصبر َ َّ ِن ُ م َع ْس أَو َ ٌ و ْر َيـ ٍ خ َاء َط ع Jadual 6.6 adalah maksud perkataan hadis tadi. Jadual 6.6: Maksud Perkataan Perkataan Penjelasan يستعفف Menahan diri daripada meminta-minta sesama manusia. الله يعفه Allah menganugerahkan kepada orang yang menahan diri daripada meminta-minta sesama manusia perasaan cukup dengan rezeki yang dikurniakan serta ditinggikan darjatnya. ومن يصبر Sesiapa yang bersabar atas segala ujian dan cubaan. يصبره الله Allah akan memberi kekuatan dan ketabahan jiwa kepada mereka yang bersabar sehingga mampu menghadapi segala rintangan dan kesusahan. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


114 TOPIK 6 KITAB MENGENAI SABAR 6.4.1 Kesimpulan Hadis Dengan merujuk kitab syarah hadis, dapat difahami beberapa perkara penting dan hukum hakam yang berkaitan dengan hadis sebagaimana berikut: (a) Hadis sabar sebagaimana yang dinyatakan tadi berkaitan dengan kisah salah seorang sahabat Nabi SAW dalam kalangan al-Ansar yang datang bertemu dengan Rasulullah SAW. Nama sahabat tersebut tidak dinyatakan dalam hadis riwayat Imam al-Bukhari dan Imam Muslim. Namun begitu, dalam salah satu hadis riwayat imam al-NasaÊi, ada menyatakan bahawa lelaki tersebut ialah bapa kepada Abu SaÂid al-Khudri. Riwayat tersebut menyatakan: Ibuku mengarahkan aku bertemu dengan Rasulullah untuk memohon bantuan daripada Rasulullah dalam masalah yang sangat mendesak. Dalam riwayat Imam al-Bukhari dan Imam Muslim, lelaki tersebut datang lagi buat kali kedua dan Rasulullah SAW tetap menunaikan hajat permintaan lelaki tersebut sehingga habis semua apa yang terdapat dalam simpanan Rasulullah SAW. Lalu Baginda SAW menjelaskan bahawa semua simpanan Baginda SAW telah habis dan tidak berbaki lagi, seterusnya Baginda SAW menasihatkan supaya lelaki tersebut untuk bersifat al-taÂaffuf. Mari kita pelajari maksud ilmu sabab wurud al-hadith. Ilmu ini merupakan cabang yang membahaskan mengapa sesebuah hadis itu dilafazkan oleh Baginda SAW, bagaimana keadaannya ketika itu dan kepada siapa yang ditujukan hadis tersebut. Hal demikian hampir sama dengan ilmu sabab nuzul al-Ayat. Ilmu sabab wurud al-hadith ialah hadis yang dilafazkan oleh Rasulullah SAW mempunyai sebab tertentu dan dilafazkan berdasarkan situasi tertentu. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 KITAB MENGENAI SABAR 115 Hadis yang menjadi topik perbincangan dalam topik sabar ini adalah antara hadis yang mempunyai sebab tertentu mengapa ia dilafazkan. Dalam Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim dinyatakan: ْ ا ِن ا م ً َس ن ʭ َّ ِ َّ ثم ُ ْ لأإ ، م ُ َاه ْط َأَع ِ ف ُ َول َّ اهلل َس وا ر ُ أَل َ َ ِار س ْ ن ، ْص م ُ َاه ْط َأَع ُ ف وه ُ أَل َ س َ َال َق ، فـ ُ َه ْد ن ِ ا ع َ َ م ِد َف تى ن َ َّ ، ح ْ م ُ َاه ْط َأَع ُ ف وه ُ أَل َّ س ... َ ثم ُ Maksudnya: Beberapa orang daripada kaum Ansar meminta (sedekah) daripada Rasulullah SAW, lalu Baginda memberikan sesuatu kepada mereka, kemudian mereka meminta lagi dan Baginda pun memberinya juga sehingga habislah semua harta yang Baginda miliki. Baginda bersabda... Hal inilah yang dinamakan sabab wurud al-hadith. Peristiwa yang berlaku yang mengakibatkan Rasulullah SAW mengeluarkan nasihatnya berkaitan sabar dan menahan diri daripada meminta-minta. (b) Terdapat beberapa pengertian sifat taÂaffuf dan sifat istiÂfaf menurut pandangan para ulama seperti yang berikut: (i) Apakah definisi bagi sifat taÂaffuf ? Allah SWT akan menganugerahkan kepada dirinya kekayaan. Kekayaan yang dimaksudkan ialah kekayaan jiwa. Sifat taÂaffuf ialah bersikap mudah memberi bantuan sedangkan beliau sendiri bukan seorang yang kaya. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


116 TOPIK 6 KITAB MENGENAI SABAR (ii) Menurut al-Tibi: Apakah pula yang dimaksudkan dengan Âafif ? Dalam sebuah hadis lain Rasulullah SAW bersabda: ْ ِس َ النـَّف ِنى َ غ ِنى ْغ ن ال َّ ِ لَك َ َ ِض، و َر ْع ِ ال ة َ ْر ْ َكثـ َن َ ع ِنى ْغ َ ال ْس لَي Maksudnya: Tidaklah seseorang dianggap kaya kerana banyaknya harta benda tetapi orang yang kaya sebenarnya ialah orang yang kaya jiwanya. Orang yang mempunyai jiwa yang kaya, akan merasa lapang dada dan perasaan daripada rasa keluh kesah dan kesusahan hidup. Harta yang dianugerahkan Allah SWT sama ada sedikit atau banyak menjadi cukup dengan keperluan hidup. Berbanding dengan individu yang kaya harta benda tetapi miskin jiwanya, mereka sentiasa rasa tidak mencukupi walaupun hartanya banyak melimpah ruah. Walaupun begitu, tidak bermakna orang yang kaya jiwanya mengalami kemiskinan harta. Berapa ramai para sahabat Rasulullah SAW seperti Sayidina Uthman r.a., Abu Bakar as-Siddiq r.a. dan Abdul Rahman Ibn ÂAwf, mempunyai kekayaan yang melimpah ruah tetapi juga mempunyai jiwa yang kaya. Mereka yang menjadi penyumbang dan penaja utama kepada gerakan dakwah yang dibawa oleh Rasulullah SAW. Oleh sebab sifat mereka yang suka membantu dan memberi sumbangan terhadap Islam, Allah SWT menambah harta mereka berlipat kali ganda lagi. Al-taÂaffuf ialah memohon daripada Allah SWT supaya dijadikan seorang yang Âafif. ÂAfif bermaksud terpelihara daripada perkara yang ditegah oleh Allah SWT. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 KITAB MENGENAI SABAR 117 Hal ini bertepatan dengan firman Allah SWT: َ َذِابي ن ع ِ َّ ُْْتم إ َر ْ َكف ِن لَئ َ ْ و َّ ُكم َن ُْْتم لأ ِ َ زيد ْ َش َكر ِن يد لَئ ٌ ِ لَ َشد Maksudnya: Sekiranya kamu bersyukur, pastinya aku akan menambahkan lagi (harta) kamu, sekiranya kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat pedih. (Surah Ibrahim, 14:7) (iii) Mari kita teliti pengertian sifat istiÂfaf pada pandangan al-Jazari: (iv) Terdapat pendapat mengatakan bahawa istiÂfaf bermakna seperti yang berikut: Maka Allah SWT menganugerahkan kepadanya perasaan qanaah yang bermaksud seperti yang berikut: Sesiapa yang memiliki sifat qanaah umpama memiliki khazanah harta yang tidak akan habis. Sifat istiÂfaf ialah menjaga kesucian diri daripada perkara haram atau mengemis, justeru Allah SWT mencukupkan segala keperluan hidupnya. IstiÂfaf ialah bersabar dan menjaga diri daripada perkara yang ditegah. Qanaah ialah rasa memadai dengan apa-apa yang sedia ada. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


118 TOPIK 6 KITAB MENGENAI SABAR (c) Hadis ini menjadi dalil harusnya meminta bantuan seseorang dalam keadaan sangat memerlukan. Namun, adalah lebih baik jika bersabar menghadapi kesukaran sehingga diberi rezeki atau tiba bantuan tanpa meminta bantuan orang. Hadis ini juga menjadi dalil keharusan meminta bantuan daripada raja atau pemerintah. (d) Sesiapa yang menahan diri daripada meminta bantuan orang, sehinggakan disangka orang sebagai seorang yang kaya, Allah SWT akan menganugerahkan kepadanya kekayaan sama ada kekayaan jiwa atau kekayaan harta. 6.4.2 Pengajaran Hadis Rasulullah SAW menjelaskan lagi, sesiapa yang memohon kepada Allah SWT kesabaran, akan dipermudahkan dirinya untuk bersabar. Kesabaran adalah salah satu bentuk anugerah dan pemberian daripada Allah SWT. Sehubungan dengan itu, Allah SWT berfirman: َ ۡ ٱو ِب ۡ ِ ص ب َّ ƅِ َ إ ۡ ُك َ ب ا ص َ Ĭ َّ ٱو ِۚ َم Maksudnya: Dan bersabarlah (wahai Muhammad terhadap perbuatan dan telatah golongan yang ingkar itu); dan tiadalah berhasil kesabaranmu melainkan dengan (memohon pertolongan) Allah... (Surah an-Nahl, 16:127) Anugerah sifat sabar dan bersabar merupakan salah satu anugerah yang sangat besar berbanding dengan anugerah yang lain. Jelaskan pengertian sabab wurud al-hadith dan apakah kepentingannya. SEMAK KENDIRI 6.3 Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 KITAB MENGENAI SABAR 119 Bahkan, menurut Imam al-Mubarakfuri, ketinggian martabat sabar mengatasi martabat ibadah solat. Hal ini berdasarkan firman Allah SWT: َ ْ ٱو ُوا ِين ع َ ت ۡ ِ ِ ۡ س ٱب ب ٰ ٱو ةِۚ َ لص َّ و َ لص َّ ل Maksudnya: Mohonlah pertolongan (daripada Allah) dengan bersabar dan menunaikan solat. (Surah al-Baqarah 2:45) Dalam ayat tersebut, Allah SWT mendahulukan sifat sabar berbanding solat. Sifat sabar terbahagi kepada tiga jenis sebagaimana disenaraikan dalam Jadual 6.7. Jadual 6.7: Tiga Jenis Sabar Jenis Sabar Huraian Sabar menanggung kesusahan dan ujian hidup Contohnya, kemiskinan, ujian kematian orang yang disayangi dan kehilangan harta. Sabar melaksanakan ketaatan, tanggungjawab dan kebajikan Dalam melaksanakan solat, contohnya seseorang perlu sabar dan tekun dalam melaksanakan ibadat tersebut. Pada kebiasaannya, nafsu manusia sentiasa mengarah kepada keburukan. Bagi mengatasi kehendak dan dorongan nafsu tersebut, orang Muslim perlu sabar dalam melakukan ketaatan. Antara lain, contoh kesabaran dalam ketaatan ialah sabar dalam berpuasa dan berjihad. Sabar meninggalkan dan menjauhkan perkara kemungkaran dan terlarang Ada kalanya manusia sedang berada dalam situasi yang mendorong pada kemungkaran dan maksiat seperti berzina, minum arak dan dendam. Kesabaran ialah benteng antara seseorang Muslim dengan maksiat tersebut. Tanpa kesabaran, manusia tidak mampu untuk menahan diri daripada terjebak dengan dosa tersebut. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


120 TOPIK 6 KITAB MENGENAI SABAR Bersabar dalam menghadapi kesusahan hidup adalah lebih baik berbanding dengan tindakan meminta-minta bantuan orang lain. Hadis ini mengandungi gaya bahasa penyampaian yang sangat tinggi dalam bentuk kiasan yang membawa maksud orang yang membantu tidak akan dapat mencukupkan keperluan mereka yang meminta bantuan, malah mereka akan menghadapi kesukaran yang lebih teruk lagi. Sedangkan, sesiapa yang meminta bantuan daripada Allah SWT, maka Dia akan mencukupkan keperluannya. Terdapat kemungkinan hadis ini menggambarkan penjelasan kepada firman Allah SWT: ِق َّ ت َ َن ي َم Ĭ ََّ ُ ٱو َّ َل ل ع ٗ ۥي ا َۡ َج ر ُ ٢م َۡ ه ۡ ق ُ ۡز ر َ ي َ َّۡ و َك و َ ت َ َن ي َم و ۚ ُ ِسب َ ت َۡ َ ي ƅ ُ ۡث ي َ ۡ ح ِمن ََ ِ ȇٱ َّ Ĭ ُ ه ُ ۡ ب َس َ ح و ُ ه َ ۚ ٓ ف ۥ َّ ِن هِ ََّ ٱإ ِ ۡ Ĭ ر م َ أ ُ ٰلِغ ۚۦ َ َ ب َل َع ۡ ج د َ ٗ Ĭ ا َُّ ٱق ۡر د َ ٖ ق َ ۡء ِ ش لِك ٣ُّ Maksudnya: Sesiapa yang bertakwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (daripada segala perkara yang menyusahkannya). Serta memberinya rezeki daripada jalan yang tidak terlintas di hatinya dan (ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendaki-Nya. Allah telah pun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya setiap sesuatu. (Surah at-Talaq, 65:2ă3) Hadis ini juga menggalakkan orang yang kaya membantu orang miskin dengan sekadar termampu. Manakala orang miskin dikehendaki bersabar dan mengelakkan diri daripada meminta-minta. Hal ini merujuk hadis lain, iaitu: َى ْل السف ِ ُّ َد ْي َ ال ِن م ٌ ْر َيـ ا خ َ ْلي ُ ْع ُ ال َد ْي ال Maksudnya: Tangan yang memberi (pada kebiasaannya di atas) lebih baik daripada tangan yang meminta (biasanya menadah tangan di bawah). Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 KITAB MENGENAI SABAR 121 Menurut Ibn ÂAbd al-Barr, hadis ini menjadi bukti bahawa orang kaya yang melaksanakan segala haknya adalah lebih afdal berbanding dengan orang miskin yang memerlukan pertolongan orang lain. Jelas dinyatakan orang yang memberi adalah lebih baik daripada orang yang menerima. Pastinya orang yang memberi ialah orang yang mempunyai harta yang lebih berbanding orang yang memerlukan bantuan. Menurut Ibn ÂAbd al-Barr lagi, hukum meminta-minta adalah makruh sekiranya tiada keperluan mendesak yang boleh memudaratkan tubuh badan, ahli keluarga dan seumpamanya: Sesiapa yang menghadapi kesukaran hidup dan mengadu kesukaran tersebut kepada individu lain dengan tujuan memohon bantuan, hakikatnya dia telah turun dari darjat yang tinggi, iaitu dari darjat kesabaran ke darjat yang lebih rendah dan kurang disenangi, iaitu dengan „meminta bantuan insani ‰. TaÂaffuf dalam hadis mempunyai beberapa makna. Antaranya ialah sikap mudah memberi bantuan sedangkan diri sendiri bukan seorang yang kaya, menjaga kesucian diri daripada perkara haram atau meminta-minta sedekah dan memohon daripada Allah SWT supaya dijadikan seorang yang Âafif. Bersabar dalam menghadapi kesusahan hidup adalah lebih baik berbanding dengan tindakan meminta-minta bantuan orang lain. Hukum meminta-minta adalah makruh sekiranya tiada keperluan mendesak. 1. Huraikan bahagian-bahagian sabar berserta contohnya dengan terperinci. 2. Bincangkan kesan istiÂfaf terhadap kehidupan mukmin. SEMAK KENDIRI 6.4 Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


122 TOPIK 6 KITAB MENGENAI SABAR Terdapat beberapa bentuk sabar, antaranya ialah sabar dalam menanggung kesusahan dan ujian hidup; sabar melaksanakan ketaatan, tanggungjawab dan kebajikan; serta sabar meninggalkan perkara mungkar dan terlarang. Terdapat dalam kalangan hadis yang dilafazkan oleh Rasulullah SAW mempunyai sebab tertentu, waktu dan situasi tertentu. Hal ini dinamakan sabab wurud al-hadith. Muttafaqun Âalayh QanaÂah Sabab wurud al-hadith Sabar Sunan Sittah TaÂaffuf Abadi, Muhammad Sham al-Haq. (1415 H). ÂAwn al-maÂbud sharh sunan Abu Dawud. Beirut, Lebanon: Dar al-Kutub al-ÂIlmiah. Al-ÂAsqalani, Ahmad Ibn ÂAli Ibn Hajar. (1993). Fath al-bari bi sharh sahih al-Bukhari. J.12. Beirut, Lebanon: Dar al-Fikr. Al-Bukhari, Abu ÂAbdillah Muhammad Ibn IsmaÂil Ibn Ibrahim. (1958). Sahih al-Bukhari. Misr, Mesir: Mustafa al-Babiyy wa Awladuhu. Al-Mubarakfuri, Muhammad. (t.t.). Tuhfah al-ahwadhi bi sharh jami al-Tirmidhi. Beirut, Lebanon: Dar al-Kutub al-ÂIlmiah. Al-Nawawi, Muhy al-Din Abu Zakariya Yahya Ibn Sharf. (t.t.). Sharh Sahih Muslim. J.17. Beirut, Lebanon: Dar al-Qalam. Al-Naysaburi, Muslim Ibn al-Hajjaj Ibn Muslim Ibn Ward Ibn Kusyaz al-Qusyairi. Sahih Muslim. (t.t.). Tahqiq: Muhammad Fuad Abdul Baqi. Beirut, Lebanon: Dar IhyaÊ al-Turath al-Arabi. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


PENGENALAN Pada topik kali ini, kita akan mengkaji teks hadis yang terdapat dalam kitab Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim secara praktikal. Pengetahuan yang terdahulu tentang hadis sahih dan kitab Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim akan diperincikan dalam bentuk praktikal dalam topik ini. Teks hadis yang akan kita bincangkan pada kali ini berkaitan dengan Pencegahan Penyakit. Allah SWT berfirman dalam al-Quran surah al-Baqarah, ayat 195 yang bermaksud: Janganlah kamu mencampakkan diri kamu ke dalam kebinasaan. Topik 7 Kitab Tibb WiqaÊi Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Menjelaskan teks hadis dan pengertiannya mengenai kitab Tibb WiqaÊi; 2. Menerangkan taraf hadis sama ada sahih, hasan, daif atau mawdu dalam kitab Tibb WiqaÊi; 3. Membincangkan kajian sanad perawi hadis dalam kitab Tibb WiqaÊi; dan 4. Membincangkan kajian matan hadis dalam kitab Tibb WiqaÊi. HASIL PEMBELAJARAN Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


124 TOPIK 7 KITAB TIBB WIQA’I Adakah anda tahu apakah yang digambarkan secara umum dalam ayat tadi? Kita akan mengupas hubung kait ayat dengan topik ini secara terperinci. Mari kita teruskan pembacaan. Rajah 7.1 memaparkan gambaran keseluruhan topik ini yang membincangkan kitab Al-Muqarabah. Rajah 7.1: Perbincangan mengenai kitab Tibb WiqaÊi TEKS HADIS DAN PENGERTIANNYA Dalam subtopik ini, kita akan mempelajari teks hadis Bukhari dan pengertiannya. 7.1.1 Teks Hadis Bukhari Direkodkan oleh Bukhari dan Muslim bahawa Jabir Ibn ÂAbdillah r.a. meriwayatkan daripada Rasulullah SAW: ِ: أَ ول َّ اهلل ُ ُ َس ر ُ َ َال لَه َق ِ ِ يع، فـ َ النَّق ِن ٍ م ْ لََبن ِن َ ٍح م َد ِق ٍ ب ْد ي َ حم ُ و ُ َ أَب َ ، َاء ج لا ُ َه ت ْ ر َخمَّ و ا َ ً ود ُ ِ ع ه ْ َي ل َ ُ َض ع ْر َع ْ أَ ْن تـ لَو Maksudnya: Abu Humayd datang membawa bekas berisi susu daripada NaqiÂ. Lalu, Rasulullah SAW bersabda kepadanya: „Mengapa kamu tidak menutupnya, walaupun dengan meletakkan sebatang lidi di atasnya.‰ 7.1 Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 KITAB TIBB WIQA’I 125 Merujuk ayat al-Quran yang dinyatakan terdahulu, al-SaÂdi menyebutkan bahawa tafsiran ayat 195 surah al-Baqarah turut merangkum semua kategori perbuatan yang berisiko dan membahayakan nyawa seperti memasuki tempat yang terdapat banyak haiwan buas, memasuki bangunan berbahaya dan memakan makanan beracun. Lantas, ini menonjolkan aspek pencegahan yang diterapkan Islam bagi memelihara segenap aspek kemaslahatan terhadap umatnya. KAJIAN TARAF HADIS Hadis tadi diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Imam Muslim dalam kitab sahih mereka seperti ditunjukkan dalam Jadual 7.1. Jadual 7.1: Periwayat Hadis Periwayat Hadis Kitab Bab Nombor Hadis Imam al-Bukhari Al-Asyribah Sharb al-Laban wa Qawl Allah TaÂala Min Bayn Farsh wa Dam Labanan Khalisan SaÊighan lil Sharibin 5,605 Imam Muslim Al-Asyribah Fi Shirab al-Nabidh wa Takhmir al-InaÊ 5,242 Hadis ini ialah hadis sahih kerana telah diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Imam Muslim dalam kitab sahih mereka. Terdahulu, dinyatakan bahawa kedua-dua Imam ini memastikan bahawa hanya hadis sahih sahaja dinyatakan dalam kitab sahih mereka (iaitu Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim). Sekalipun hadis ini dianggap sahih kerana diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim dalam kitab sahih mereka, hadis ini turut menepati lima syarat hadis sahih yang ditetapkan oleh para ulama hadis. 7.2 Pada pandangan anda, berdasarkan hadis tadi, mengapakah Rasulullah SAW memerintahkan hal sedemikian? AKTIVITI 7.1 Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


126 TOPIK 7 KITAB TIBB WIQA’I KAJIAN SANAD PERAWI HADIS Seterusnya, kita akan mempelajari kajian sanad perawi hadis. 7.3.1 Sanad Hadis Bersambung kepada Rasulullah SAW Hadis ini diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Imam Muslim melalui sanad hadis yang bersambung daripada mereka sehingga kepada Rasulullah SAW melalui rantaian perawi hadis. Namun begitu, terdapat sedikit perbezaan antara sanad Imam al-Bukhari dan sanad Imam Muslim. Jadual 7.2 menerangkan perbezaan antara perawi hadis Bukhari dengan hadis Muslim. Jadual 7.2: Perbezaan antara Hadis Bukhari dengan Hadis Muslim Hadis Bukhari Hadis Muslim 7.3 1. Imbas kembali kefahaman anda tentang kedudukan sanad hadis dan bagaimana sesuatu sanad dianggap bersambung dan terputus. 2. Nyatakan syarat hadis sahih sebagaimana yang pernah dibincangkan sebelum ini. AKTIVITI 7.2 Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 KITAB TIBB WIQA’I 127 Merujuk kedua-dua sanad hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Imam Muslim, dapat diringkaskan bahawa hadis ini diriwayatkan sebagaimana dipaparkan dalam Rajah 7.2. Rajah 7.2: Ringkasan sanad hadis Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


128 TOPIK 7 KITAB TIBB WIQA’I 7.3.2 Sifat Perawi Hadis Bagi menentukan kesahihan hadis ini, kajian perlu merujuk semua perawi hadis yang telah diterangkan tadi yang terdiri daripada perawi yang thiqah (iaitu bersifat Âadil dan dabt ). Tahukah anda apakah yang dimaksudkan dengan kitab Rijal al-Hadith? Oleh itu, status perawi hadis boleh diketahui dengan merujuk kitab itu. Bagi tujuan tersebut, mari kita lihat Jadual 7.3 dan 7.4 yang menyenaraikan biodata dan sifat perawi hadis Bukhari dan hadis Muslim. Jadual 7.3: Sifat Perawi Hadis Bukhari No Nama Penuh Tahun Wafat Sifat/Martabat 1. Jabir Ibn ÂAbdillah r.a. 78 H Seorang sahabat Rasulullah SAW 2. Abu Sufyan: Talhah Ibn Nafi 124 H Soduq hasan al-hadith Abu Soleh: Dhakwan 101 H Thiqah thabit 3. Al-AÂmash: Sulayman Ibn Mihran 148 H Thiqah hafiz 4. Jarir: Ibn ÂAbd al-Hamid Ibn Jarir Abu ÂAbdullah 188 H Thiqah 5. Qutaybah Ibn SaÂid Ibn Jamil 240 H Thiqah thabit Kitab Rijal al-Hadith atau kitab Al-Jarh wa al-TaÂdil ialah kitab khusus yang menghimpunkan biografi perawi hadis. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 KITAB TIBB WIQA’I 129 Jadual 7.4: Sifat Perawi Hadis Muslim No Nama Penuh Tarikh Wafat Sifat/Martabat 1. Abu Humayd al-SaÂidi: ÂAbd al-Rahman Ibn SaÂad r.a. 60 H Seorang sahabat Rasulullah SAW 2. Jabir Ibn ÂAbdillah r.a. Sama dengan perawi pertama Imam al-Bukhari 3. Abu al-Zubayr: Muhammad Ibn Muslim al-Qurshi 126 H Soduq kecuali jika beliau melakukan tadlis 4. Ibn Juraij al-Makki 150 H Thiqah 5. Abi ÂAsim: al-Dahhak Ibn Makhlad al-Nabil 212 H Thiqah thabit 6. ÂAbd Ibn Hamid 249 H Thiqah hafiz Muhammad Ibn al-Muthanna 252 H Thiqah thabit Zubayr Ibn Harb 234 H Thiqah thabit 7.3.3 Sanad yang Diragui Berdasarkan biodata perawi hadis ini, tidak timbul keraguan terhadap sanad hadis ini yang terbukti sebagai riwayat sahih. Dalam mengkaji kesahihan sesebuah hadis, terdapat lima perkara yang perlu dikaji. Jika salah satu daripada lima syarat tersebut kurang atau cacat, hadis tersebut jatuh ke taraf hadis yang lebih rendah, iaitu hasan, daif atau mawduÂ. Perincian lima syarat hadis sahih adalah seperti dipaparkan dalam Jadual 7.5. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


130 TOPIK 7 KITAB TIBB WIQA’I Jadual 7.5: Lima Syarat Hadis Sahih Syarat Hadis Sahih Hasil Kajian Hadis Sanad bersambung Merujuk tahun wafat perawi didapati bahawa sanad yang bersambung dan tidak terputus kerana setiap perawi hadis hidup sezaman dengan guru masingmasing dan sekurang-kurangnya pernah bertemu antara guru dengan murid. Perawi yang bersifat Âadil Semua perawi hadis ini ialah thiqah. Perawi yang bersifat dabt Semua perawi hadis ini ialah thiqah. Tiada illah Hadis ini tidak mempunyai íllah sama ada pada sanad mahupun pada matannya. Tidak syaz Hadis ini tidak mempunyai syaz sama ada pada sanad mahupun pada matannya. Dapat disimpulkan di sini bahawa hadis ini mengumpul semua syarat hadis sahih hingga meletakkan hadis ini sebagai hadis sahih. KAJIAN MATAN HADIS Dalam subtopik ini, kita akan mempelajari kajian matan hadis Imam al-Bukhari dan Iman Muslim. Imam al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan hadis ini melalui matan atau lafaz hadis yang sedikit berbeza. Namun begitu, ia mempunyai maksud yang hampir sama. Jadual 7.6 menyatakan perbezaan antara matan hadis Imam al-Bukhari dengan Imam Muslim. 7.4 1. Bagaimanakah anda boleh ketahui bahawa sanad sesuatu hadis bersambung atau terputus? 2. Bagaimanakah anda boleh mengenali perawi hadis yang thiqah atau tidak thiqah? SEMAK KENDIRI 7.1 Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 KITAB TIBB WIQA’I 131 Jadual 7.6: Perbezaan antara Matan Hadis Imam al-Bukhari dengan Imam Muslim Hadis Bukhari Hadis Muslim ٍ ْد ي َ و ُحم ُ َ أَب ْ لََبن ج ٍ َاء ِن َ ٍح م َد ِق َ ب ِن م ِ النَّق : ِ ِ يع ُ ُول َّ اهلل َس ُ ر َ َال لَه َ ، فـ َق ُ أَلا َه ت ْ ر ، َخمَّ ِ ه ْ َي ل َ ُ َض ع ْر َع ْ أَ ْن تـ لَو َ ً و ع ا ُود ِ َّ ب ْ ُت ِ النَّبي َي ٍ أَتـ َ ِح لََبن َد َ ق َ النَّق ِ م ِ يع ِن ْس لَي ا ً ََّمر َ َال : ُمخ َق َ ، فـ ُ ُض أَلا ْر َع ْ تـ لَو َ ُ و َه ت ْ ر َخمَّ ِ ه ْ َي ل َ ًاع ُود ع Jadual 7.7 menerangkan maksud perkataan yang bergaris yang terdapat dalam hadis tadi. Jadual 7.7: Maksud Perkataan Perkataan Penjelasan susu berisi Bekas قدح من لبن النقيع Sebuah tempat di dalam daerah Wadi al-ÂAqiq berdekatan dengan Madinah خمرته Menutup/melindungi Lidi عودا Kenal pasti perkataan yang sukar difahami daripada hadis pada Jadual 7.6. Jangkakan makna hadis setakat kemampuan anda dan bandingkan dengan pengertiannya yang sebenar dalam Jadual 7.7. SEMAK KENDIRI 7.2 Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


132 TOPIK 7 KITAB TIBB WIQA’I 7.4.1 Kesimpulan Hadis Hadis berikut membincangkan mengenai keperluan untuk menutup bekas makanan dan minuman. Dalam kes ini, Baginda SAW telah menegur Abu Humayd ÂAbd al-Rahman al-SaÂidi, seorang lelaki daripada kaum Ansar supaya menutup bekas minuman berisi susu yang dibawanya, walaupun dengan sebatang lidi. Dalam hal ini, pernyataan lidi merupakan suatu bentuk kinayah (perumpamaan) bagi menunjukkan kepentingan menutup atau melindungi bekas makanan. Sungguhpun demikian, bagi orang yang tidak mampu menutup bekas secara sempurna, maka cukup sekurang-kurangnya menggunakan lidi atau bahan seumpama dengannya sebagai syarat untuk mengelakkan gangguan syaitan dengan menyebutkan Basmalah dan memohon perlindungan Allah SWT. Di samping itu, saranan menutup bekas tidak dikhususkan pada waktu tertentu sama ada siang atau malam; bahkan praktikal sepanjang masa. Oleh yang demikian, tiada ketetapan waktu dalam perkara ini. Hal ini merupakan pandangan Syafii dan jumhur ulama. Berbalik kepada perbincangan utama, saranan Baginda SAW adalah bertujuan memelihara kualiti makanan dan minuman. Dalam konteks makanan, kaedah menutup bekas merupakan langkah kawalan proaktif melindungi makanan daripada agen bahaya. Hasilnya, ini dapat mencegah daripada kemasukan debu, najis atau kotoran, atau dicemari serangga dan haiwan perosak yang berupaya menjejaskan keselamatan makanan. Dalam pada itu, saranan turut berfungsi bagi tujuan menghalang pencemaran atau penularan penyakit terhadap makanan. Dalam satu hadis lain riwayat Imam Muslim, dinyatakan bahawa: Tutuplah bekas makanan dan minuman kamu (pada malam hari). Setiap tahun ada satu malam yang padanya diturunkan wabak. Tidak akan lalu (melintasi) wabak itu ke atas bekas makanan atau minuman yang tidak ditutup kecuali wabak tersebut akan masuk ke dalamnya. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 KITAB TIBB WIQA’I 133 Daripada nas, saranan Baginda SAW adalah berpengaruh sebagai langkah kawalan penyakit. Hal ini demikian kerana penyakit berjangkit akan merebak pada musim tertentu dalam setahun. Bahkan sebahagian daripadanya muncul dalam tempoh tertentu dalam kiraan tahun. Menurut Muhammad Ibn ÂUmar Ibn Salam Bazmul, penyakit campak dan polio (sejenis penyakit yang boleh menyebabkan kelumpuhan pada kanak-kanak) akan menular dengan banyak pada bulan September dan Oktober. Manakala tifoid merebak pada musim panas, diikuti kolera pada setiap tujuh tahun dan sopak pada setiap tiga tahun. Sehubungan dengan itu, musim penularan penyakit berjangkit telah menyerlahkan sudut iÂjaz Âilmi dalam sabda Rasulullah SAW. Daripada dalam hadis, lafaz زِ ْ ن َ ً يـ َة ل ْ ِ لَيـ َة السن ن ِفي َّ ِ َّ َ ف ء َإ ʪَ ا و َ ِيه ف ل ُtelah menonjolkan kewujudan wabak secara bermusim dalam tempoh tertentu. Hal ini juga boleh dibuktikan dalam riwayat lain yang dinyatakan: Takutlah kamu kepada al-dhar, kerana di dalamnya mengandungi al-nasmah (mikrob). Berdasarkan penelitian mikroskop, dibuktikan sesetengah penyakit berjangkit boleh merebak dengan bantuan udara yang membawa debu (debu bawaan udara). Apabila dibawa angin, mikrob yang terdapat pada zarah debu tersebut akan berpindah daripada orang yang sakit terhadap yang sihat dan menjejaskan setiap yang berada di dalam laluannya, termasuk makanan dan minuman. Dengan kata lain, setiap makanan dan minuman yang telah siap atau ingin dihidangkan perlu ditutup atau dilindungi dengan sebaiknya. Hal demikian penting bagi menghindarkan sebarang bahan pencemar yang berupaya mengancam keselamatan makanan. Oleh itu, pengabaian terhadap amalan tersebut mampu memudaratkan pengguna tanpa disedari. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Click to View FlipBook Version