The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

HBIS3903 Kajian Teks Hadith – Bukhari dan Muslim_vApr20

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Shahim Sidi, 2023-02-08 01:23:22

HBIS3903 Kajian Teks Hadith – Bukhari dan Muslim_vApr20

HBIS3903 Kajian Teks Hadith – Bukhari dan Muslim_vApr20

184 TOPIK 10 KITAB AL-JANNAH WA AL-NAR KAJIAN MATAN HADIS Pada subtopik ini, kita akan mempelajari kajian matan hadis Imam al-Bukhari dan Iman Muslim. Jadual 10.6 menerangkan perbezaan antara lafaz hadis Bukhari dengan hadis Muslim. Jadual 10.6: Perbezaan antara Lafaz Hadis Bukhari dengan Hadis Muslim Hadis Bukhari Hadis Muslim ُ ْل أَه َ ِ، و َنَّة َِلى ْ الج ِ إ َنَّة ُ ْ الج ْل َ أَه َار َا ص ِذ إ َِلى ِ النَّار، َ ِ النَّار إ تى ِ يء َ ج َّ ِت ح ْ َو ْم ِʪل َّ ، ُثم ُ َح ْذب ُ ي َّ َ ِ النَّار، ُثم ِ و َنَّة َْ َين ْ الج َ بـ َل ْع ُيج ْ َت، َو ِ، َلا م َنَّة َ ْ الج ْل َ أَه ʮ :ٍ َاد ن ُ ِي م َاد ن ُ يـ َ ْل َ أَه ʮَ ُ و ْل ُ أَه َاد ْد َز َيـ ْ َت، فـ َو النَّ ِار، َلا م ُ ْل ُ أَه َاد ْد ز َ يـ َ ، و ْ ِ ِهم َح َر َِلى فـ ا إ ً َح َر ِ فـ َنَّة ْ الج ْ ِِم Ĕْ ُز َِلى ح ً إ ʭْ ُز النَّ ِار ح َ َار َص ِ، و َنَّة َِلى ْ الج ِ إ َنَّة ُ ْ الج ْل َ أَه َار َا ص ِذ إ َِلى ِ النَّار ُ ِ النَّار إ ْل َ أَه تى ِتي َ أُ َّ ِت، ح ْ َو ْم ِʪل َ َ بـ َل َّ ْع ، ُيج ُثم ُ َح ْذب ُ ي َّ َ ِ النَّار، ُثم ِ و َنَّة ْ َين ْ الج ْ َت، َو ِ: َلا م َنَّة َ ْ الج ْل َ أَه ʮ ٍ َاد ن ُ ِي م َاد ن ُ يـ ُ ْل ُ أَه َاد ْد َز َيـ ْ َت، فـ َو َ النَّ ِار: َلا م ْل َ أَه ʮَ و ُ ْل ُ أَه َاد ْد ز َ يـ َ ، و ْ ِ ِهم َح َر َِلى فـ ا إ ً َح َر ِ فـ َنَّة ْ الج ْ م ِِ Ĕْ ُز َِلى ح ً إ ʭْ ُز النَّ ِار ح 10.4 1. Berdasarkan Rajah 10.2, perhatikan sanad hadis tersebut dengan teliti. Cuba anda tentukan perawi manakah yang merupakan sahabat Rasulullah SAW. 2. Bezakan antara hadis kudsi, hadis marfuÊ , hadis mauquf dengan hadis maqtuÊ. SEMAK KENDIRI 10.1 Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 KITAB AL-JANNAH WA AL-NAR 185 Berdasarkan perbezaan antara matan hadis Bukhari dengan hadis Muslim, didapati bahawa kedua-duanya sama. Namun begitu, terdapat sedikit perbezaan kecil pada matan hadis Bukhari dengan hadis Muslim. Perbezaan ini berikutan periwayatan hadis dengan makna. Menurut para ulama hadis, dibolehkan meriwayatkan hadis dengan maknanya dan tidak semestinya dengan lafaz yang sama. Namun begitu, periwayatan hadis dengan lafaznya yang asli adalah lebih utama dan tinggi mutunya. Hal ini berbeza dengan periwayatan ayat al-Quran. Al-Quran tidak boleh diriwayatkan dengan makna disebabkan subjek merupakan Kalamullah. Bahkan, mengubah ayat al-Quran dengan sengaja adalah berdosa besar dan menyebabkan pelakunya terkeluar daripada Islam atau kufur. Jadual 10.7 memberikan maksud perkataan hadis tadi. Jadual 10.6: Maksud Perkataan Perkataan Penjelasan جيء ʪلموت Ditunjukkan kepada ahli syurga dan ahli neraka keadaan maut dalam gambaran kibas al-amlah, iaitu kambing biri-biri yang bertompok hitam dan putih. Hitam ialah simbol bagi ahli neraka, manakala putih ialah simbol bagi ahli syurga. يذبح ثم Kemudian, diperintahkan supaya maut (kibas) itu disembelih. موت لا الجنة أهل ʮ Wahai ahli syurga! Kamu tidak akan mati. Kehidupan di akhirat adalah kehidupan yang kekal abadi. Setiap ahli syurga akan kekal hidup di dalamnya. موت لا النار أهل Wahai ahli neraka! Kamu juga tidak akan mati dan kekal selama-lamanya di dalam neraka. Jelaskan sebab berlakunya perbezaan dalam sesetengah matan hadis yang diriwayatkan oleh ulama hadis. SEMAK KENDIRI 10.2 Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


186 TOPIK 10 KITAB AL-JANNAH WA AL-NAR 10.4.1 Kesimpulan Hadis Setiap amalan seseorang walaupun sebesar zarah, sama ada baik mahupun sebaliknya akan dihitung di akhirat kelak. Amalan baik balasannya syurga, manakala amalan buruk balasannya neraka. Marilah sama-sama kita bermuhasabah diri, di manakah tempat kita di akhirat kelak. Hadis ini mengandungi beberapa inti pati dan pengajaran penting yang perlu difahami dengan baik. Antara pengajaran tersebut adalah seperti yang berikut: (a) Setiap orang Muslim wajib mempercayai kewujudan syurga dan neraka. Syurga disediakan untuk hamba Allah SWT yang beriman dan beramal soleh sebagai balasan bagi amalan kebajikan yang mereka lakukan di dunia ini. Firman Allah SWT: َّ ُ Ĭ ََّ إ ٱ ِن ۡ ِخل ُد َ ٱي ِين ْ ل َّ وا ُ ِمل َ َع و ْ ُوا ن َ َ ٰ ٱء ِت َام ٰلِح َ لص ا َّ ِه ت َۡ ِي ِمن ت ر َۡ ٰ ٖت ت َّ َن ج ُ ٱ ۖ ر ٰ َ ه ۡ ن َ ل ۡ َ َ ٱو ِين َّ ُ ل ُل ۡك أ َ ا ت َ م َ َ ك ُون ل ُ ۡك أ َ ي َ َ و ُون ع َّ ت َ م َ ت َ ي ْ ُوا ر َ ف م َ َ ك ٱ ٰ ُ ع ۡ ن َ ل ۡ َ ُ ٱو َّار ل ۡ ُم ه َّ ٗى ل و ۡ ث ١٢م َ Maksudnya: Sesungguhnya Allah akan memasukkan orang yang beriman serta mengerjakan amal yang soleh ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; dan (sebaliknya) orang yang kafir menikmati kesenangan di dunia serta mereka makan minum sebagaimana binatang ternak makan minum, sedang nerakalah menjadi tempat tinggal mereka. (Surah Muhammad, 47:12) (b) Hadis ini mengumpamakan maut seperti kibas yang bertompok hitam dan putih. Kibas ini berdiri di antara syurga dan neraka dan akan disembelih di hadapan penghuni syurga dan neraka. Peristiwa penyembelihan tersebut membawa maksud bahawa tiada lagi kematian selepas manusia dimasukkan ke dalam syurga dan neraka. Mereka akan hidup kekal abadi buat selama-lamanya. Peristiwa penyembelihan „maut‰ sebagaimana yang dinyatakan oleh hadis ialah salah satu kenikmatan bagi ahli syurga dalam bentuk perkhabaran gembira. Melalui peristiwa tersebut, memberi petunjuk kepada ahli syurga bahawa mereka akan kekal di dalam syurga untuk selama-lamanya. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 KITAB AL-JANNAH WA AL-NAR 187 Manakala peristiwa yang sama merupakan salah satu bentuk seksaan jiwa bagi ahli neraka, iaitu dalam bentuk berita buruk. Hal ini memberi tekanan perasaan yang amat sangat terhadap penghuni neraka. Sedangkan mereka mengharapkan wujudnya kematian di dalam neraka sebagaimana kehidupan mereka di dunia. (c) Syurga memiliki beberapa nama, antaranya ialah: (i) Jannatul MaÊwa; (ii) Jannatul ÂAdnin; (iii) Jannatul Firdaus; (iv) Darul Salam; dan (v) Jannatun NaÂim. (d) Ahli syurga hidup dalam keadaan baik, aman dan sentosa. Mereka dikurniakan dengan pelbagai nikmat yang disediakan oleh Allah SWT kepada hamba-Nya yang soleh. Nikmat ini kekal dan tidak akan berkurangan untuk selama-lamanya. Penghuni syurga juga akan kekal hidup di dalamnya dan mereka tidak akan mati untuk selama-lamanya. (e) Di dalam syurga terdapat sungai yang tidak berubah rasa dan baunya. Sungai itu ada yang daripada air susu, arak dan ada pula daripada madu. Hal ini dinyatakan oleh Allah SWT menerusi firman-Nya: ُ َل ث م ٱ ةِ َّ َّ ن َ َ ل َّ ل ٱ ِت ۡ َ ٱو ۖ ُ ِعد ُون ق َّ ت ُ م ّ ل ِن ۡ ٞ م ر ٰ َ ه ۡ ن َ أ َ ٖ و َ ِ اسن ِ ء ۡ َي ٍء غ ٓ ا َّ ِن م ّ ٞ م ر ٰ َ ه ۡ ن َ أ ٓ ا َ فِيه ُ ُه م ۡ َ ع َّۡ ط َي غ َ ت َ ۡ ي م َّ ٖ ل َ ب َّ ۖ ل ۥ ّ ٗ َ ف ص ُّ ٖ م َ ل َس ۡ ع ِن ّ ٞم ر ٰ َ ه ۡ ن َ أ َ َ و ِي ب ِ ر ٰ َّ ِلش ّ ةٖل ََّّ ٖ ل ر َۡ ۡ خ ِن ّ ٞم ر ٰ َ ه ۡ ن َ أ َ و ِ ُّ ا ِمن ك َ ۡ فِيه ُم ه َ ل َ و ٱ ٰ ِت َ َر م ٞ ل ِف َّ َ ِٰل َ خ و ُ ۡ ه َن م َ ۖ ك ۡ ِم ِه ّ ب َّ ِن ر ّ ٞ م ة َ ِر ف ۡ غ َ ِ و ٱ َم َّار ل ۡ م ُ َه ء ٓ ا َ ع ۡ م َ َ أ ع َّ َط ق َ ا ف ٗ ِيم َ ً ح ء ٓ ا َ م ْ ُوا ُق و ١٥َ س Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


188 TOPIK 10 KITAB AL-JANNAH WA AL-NAR Maksudnya: Sifat syurga yang telah dijanjikan kepada orang yang bertakwa (adalah seperti berikut): Ada di dalamnya beberapa sungai daripada air yang tidak berubah (rasa dan baunya) dan beberapa sungai daripada susu yang tidak berubah rasanya serta beberapa sungai daripada arak yang lazat bagi orang yang meminumnya dan juga beberapa sungai daripada madu yang suci bersih dan ada pula untuk mereka di sana segala jenis buah-buahan serta keredaan daripada Tuhan mereka. (Adakah orang yang tinggal kekal di dalam syurga yang sedemikian itu keadaannya) sama seperti orang yang tinggal kekal di dalam neraka dan diberi minum daripada air yang menggelegak sehingga menjadikan isi perut mereka hancur? (Sudah tentu tidak sama)! (Surah Muhammad, 47:15) Ahli syurga diberi layanan oleh bidadari yang sentiasa dalam keadaan muda dan selalu berada di sekitar mereka membawa makanan dan minuman yang lazat. Mereka juga tidak mendengar percakapan yang sia-sia, bahkan apa-apa yang didengar hanyalah perkataan yang mengagungkan Allah SWT dan ucapan salam antara satu sama lain. Firman Allah SWT: ً ƅ ا َ ثِيم ۡ أ َ َ ت ƅَ ا و ٗ و ۡ غ َ ا ل َ َ فِيه ُون َع ۡم ٗ ي ٢٥ ا َس ٰم َ َ ل ا س ٗ ٰم َ َ ل ٗ س قِيƆ َّ ƅِ ٢٦ إ Maksudnya: Mereka tidak akan mendengar dalam syurga itu perkataan yang sia-sia dan tiada pula sesuatu yang menyebabkan dosa. Mereka hanya mendengar ucapan: Selamat! Selamat! (sesama mereka). (Surah al-WaqiÊah, 56:25ă26) Neraka disediakan untuk orang kafir dan mereka yang menderhaka kepada Allah SWT. Firman Allah SWT: َ ِين َّ لِل َ ۡ َس و ِئ ب َ و ۖ َ م َّ ن َ َه ُ ج َاب َذ ۡ ع ِم ِه ّ ب َ ِر ب ْ ُوا ر َ ف ي َ م ِص ُ ل ٦ ۡ ك ٱ َ Maksudnya: Dan bagi orang yang kufur ingkar terhadap Tuhan mereka, disediakan azab neraka jahanam dan demikian seburuk-buruk tempat kembali. (Surah Mulk, 67:6) Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 KITAB AL-JANNAH WA AL-NAR 189 (g) Neraka juga memiliki beberapa nama, antaranya ialah: (i) Neraka Hawiyah; (ii) Neraka Ladza; (iii) Neraka SaÂir; (iv) Neraka Saqar; (vi) Neraka Hutamah; dan (vii) Neraka Jahannam. (h) Azab di dalam neraka amat pedih. Apinya menjulang-julang yang bahan bakarnya terdiri daripada manusia dan berhala. Ahli neraka diberi makanan daripada pohon yang tumbuh di dalam neraka yang buahnya pahit dan busuk. Manakala air minumannya merupakan campuran daripada air nanah, darah dan cairan tembaga yang menggelegak. Mereka dibakar oleh api yang marak, dan kulit mereka yang masak dan hangus dibakar api diganti pula dengan kulit yang lain supaya mereka merasa azab seksa bakaran neraka untuk selama-lamanya. (i) Neraka tidak sekali-kali menjadi penuh dengan manusia dan berhala yang dimasukkan ke dalamnya; bahkan neraka sentiasa meminta ditambah bahan bakar daripada manusia yang kafir dan yang menderhaka kepada Allah SWT. Berhala yang dimasukkan ke dalam neraka merupakan salah satu bentuk penyeksaan kepada penyembah berhala. Jiwa mereka semakin sesal dan kecewa apabila mendapati berhala dan patung yang mereka sembah selama hidup di dunia juga berada di dalam api neraka. Bahkan berhala tersebut menjadi bahan bakar api neraka yang menyeksa mereka. Hal ini menunjukkan bahawa berhala tersebut tidak sedikit pun memberi manfaat kepada mereka. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


190 TOPIK 10 KITAB AL-JANNAH WA AL-NAR (j) Penghuni neraka tidak akan mati selama-lamanya dan tidak pula hidup dalam keadaan senang dan nyaman. Mereka akan kekal di dalamnya buat selama-lamanya dengan azab yang pedih. Hal ini ditegaskan oleh Allah SWT dalam firman-Nya: ا َ ه ُ ب َّ ن َ َج ت َ ي َ و ٱ َ ۡق ش َ ل َّ ل ١١ يٱ ِ ۡ َ ۡ ل َص َ ٱي َۡ ٰى ل ٱ َّار ُب ك َّ ل ١٢ۡ م َ ث ا ُ ُ فِيه ُوت َم َ ي ƅ ٰ َ َۡي َ ي ƅَ و١٣ Maksudnya: Dan (sebaliknya) orang yang sangat celaka akan menjauhinya. Dialah orang yang akan menderita bakaran Neraka yang amat besar (azab seksanya). Selain itu, dia tidak mati di dalamnya dan tidak pula hidup senang. (Surah al-AÂla, 87:11ă13) Hadis ini diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Imam Muslim dalam kitab sahih melalui sanad hadis yang sahih. Setiap individu Muslim wajib beriman dengan syurga dan neraka. Syurga adalah balasan bagi mereka yang taat dengan perintah Allah SWT. Manakala, mereka yang mengingkari perintah Allah SWT akan dibalas dengan seksaan neraka. Hadis ini mengumpamakan maut seperti seekor kibas. Kibas ini disembelih di hadapan penghuni syurga dan neraka sebagai simbolik kepada kehidupan yang kekal selama-lamanya tanpa kematian. 1. Berdasarkan ayat al-Quran tadi, jelaskan bentuk seksaan api neraka yang diterima oleh ahli neraka. 2. Jelaskan bentuk kehidupan ahli syurga dan nyatakan perkara yang membolehkan seseorang dimasukkan ke dalam syurga. SEMAK KENDIRI 10.3 Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 KITAB AL-JANNAH WA AL-NAR 191 Penghuni syurga kekal di dalam syurga dan hidup dengan penuh kegembiraan kerana dikurniakan dengan nikmat yang melimpah ruah. Penghuni neraka juga kekal di dalamnya dan mereka hidup dalam keadaan menderita dengan azab yang pedih buat selama-lamanya. Seksaan neraka adalah sebagai balasan kepada amalan jahat dan keingkaran mereka terhadap perintah dan hidayah Allah SWT. Manakala balasan syurga adalah ganjaran yang dijanjikan kepada manusia yang bertakwa. Al-Athar Al-Khabar Al-Riqaq Hadis maqtu Hadis marfu Hadis mawquf Hadis kudsi Kibas al-amlah Neraka Syurga Al-ÂAsqalani, Ahmad Ibn Ali Ibn Hajar. (1993). Fath al-bari bi sharh sahih al-Bukhari. J.12. Beirut, Lebanon: Dar al-Fikr. Al-Bukhari, Abu ÂAbdillah Muhammad Ibn IsmaÂil Ibn Ibrahim. (1958). Sahih al-Bukhari. Misr, Mesir: Mustafa al-Babiyy wa Awladuhu. Al-Nawawi, Muhy al-Din Abu Zakariya Yahya Ibn Sharf. (t.t.). Sharh Sahih Muslim. J.17. Beirut, Lebanon: Dar al-Qalam. Al-Nawawi, Muhy al-Din Abu Zakariya Yahya Ibn Sharf. Riyad al-solihin. Tahqiq: Abdullah Muhammad al-Darwisy. Beirut, Lebanon: Dar al-Fikr. Al-Naysaburi, Muslim Ibn al-Hajjaj Ibn Muslim Ibn Ward Ibn Kusyaz al-Qusyairi. Sahih Muslim. Tahqiq: Muhammad Fuad Abdul Baqi. Beirut, Lebanon: Dar IhyaÊ al-Turath al-Arabiy. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


MODULE FEEDBACK MAKLUM BALAS MODUL If you have any comment or feedback, you are welcome to: 1. E-mail your comment or feedback to [email protected] OR 2. Fill in the Print Module online evaluation form available on myINSPIRE. Thank you. Centre for Instructional Design and Technology (Pusat Reka Bentuk Pengajaran dan Teknologi ) Tel No.: 03-78012140 Fax No.: 03-78875911 / 03-78875966 Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Click to View FlipBook Version