PEMBUDAYAAN KAJIAN TINDAKAN DI SEKOLAH: KOMPILASI KAJIAN TINDAKAN BERASASKAN TEMPLAT Penyunting: Dr Kho Siaw Hui, Felix Chuo Sing Tiing SEKT O R P EMB ELAJARA N P P D K U C H I N G
i Pembudayaan Kajian Tindakan di Sekolah: Kompilasi Kajian Tindakan berasaskan Templat Penyunting: Dr. Kho Siaw Hui, Felix Chuo Sing Tiing Penyumbang Kajian Tindakan: DILON ANAK DIEN (SK SUNGAI STUTONG) MOHD MUKLIS BIN AZMIR (SK RAMPANGI) PHANG SIAW LING (SMK ST MARY) FARIDAH BT HJ RAJALI (SK SEMARIANG) MASNAH BINTI ALHADI (SMK SERI SETIA) Mohammad Nor Hatisam Bin Redzuan (SMK Demak Baru) FOO TZE YAW (SMK ST MARY) NIK AMIR SYAHIR BIN NIK ABDULLAH (SK BAKO) Jackson Bong Wei Wee (SMK Kuching High) SITI ROHAIZA BINTI ALI YUSOP (SMK TUN ABANG HAJI OPENG) JUNAIDAH BINTI RAMLI (SMK KUCHING HIGH) Gustina Binti Yusuf (PPD Kuching) LOH SIN LING (SMK ST JOSEPH KUCHING) Zunainah Binti Redzuan (SMK Demak Baru) HANIM BINTI BUANG (SK GITA) SITI RUHANI BT SAIMAN (SMK Pending) BONG CHAN CHAN (SJK STAMPIN) CELINA ANAK STEPHEN & URSULA ULAH ANAK THOMAS BAKIT BARAU (SK ST TERESA) Sektor Pembelajaran Pejabat Pendidikan Daerah Kuching 2022
ii Terbitan 2022 © Kementerian Pendidikan Malaysia Hak Cipta Terpelihara. Sebarang artikel, ilustrasi, isi kandungan dari mana-mana bahagian dalam buku ini adalah tidak dibenarkan untuk diterbitkan semula dalam sebarang bentuk dan dengan apa cara pun sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat kebenaran bertulis daripada Pegawai Pendidikan Daerah Kuching, Pejabat Pendidikan Daerah Kuching, Jalan Diplomatik Off Jalan Bako, Kuching, Sarawak. Diterbitkan oleh: Pejabat Pendidikan Daerah Kuching Sektor Pembelajaran Jalan Diplomatik Off Jalan Bako 93050 Kuching, Sarawak. Cetakan Pertama: Februari 2022
iii KANDUNGAN PRAKATA PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH KUCHING vi PRAKATA TIMBALAN PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH KUCHING, SEKTOR PEMBELAJARAN vii PRAKATA PENYUNTING viii PENGENALAN PENGHASILAN KAJIAN TINDAKAN MENGGUNAKAN KANVAS KAJIAN TINDAKAN MUDAH DAN RINGKAS (MDR) PPD KUCHING ix - xii PEMENANG KAJIAN TINDAKAN PINGAT EMAS 1 Intervensi Kertas Grid Comel dalam Meningkatkan Kemahiran Pengamatan dan Kreativiti Murid Bermasalah Pembelajaran dalam Norma Baharu Mohd Muklis Bin Azmir (SK Rampangi) 2 - 14 Kajian Tindakan Matematik Tambahan Pelajar Tingkatan 5 melalui Kaedah SKA semasa Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah Akibat Penularan Covid-19 di Malaysia Phang Siaw Ling (SMK St Mary) 15 - 24 Meningkatkan Kemahiran Menyelesaikan Masalah Berayat Matematik dengan Kaedah BUCK Masnah Binti Alhadi (SMK Seri Setia) 25 - 34 Meningkatkan Konsep Asas Matematik Murid Tingkatan 4 dan 5 dalam Topik Hukum Indeks Mata Pelajaran Matematik Tambahan dengan Penggunaan Latihan U2 Loh Sin Ling (SMK St Joseph) 35 - 49 Meningkatkan Pelibatan dalam PdPR Topik Dasar-dasar Pembangunan Negara di Kalangan Pelajar Tingkatan 6 Siti Rohaiza Binti Ali Yusop (SMK Tun Abang Haji Openg) 50 - 61 Meningkatkan Kemahiran Pelajar Tingkatan 2 dalam Kembangan Ungkapan Algebra dengan Menggunakan Teknik TSHEP dan S-SHEP Siti Ruhani Binti Saiman (SMK Pending) 62 - 75
iv Pemenang Kajian Tindakan Pingat Perak 76 Using the “Guidy Box” to Improve Six Year 6 Students in Writing Simple Sentence NIK AMIR SYAHIR BIN NIK ABDULLAH (SK BAKO) 77 - 83 Penggunaan Kaedah OMM dalam Meningkatkan Kemahiran Menulis Bacaan Tolok Skru Mikrometer dengan Betul apabila Terdapat Ralat Sifar di Kalangan Pelajar Tingkatan 2 Rasional JUNAIDAH BT RAMLI (SMK TINGGI KUCHING) 84 - 89 Pendekatan Gamifikasi dalam Meningkatkan Kemahiran Abad Ke-21 Murid Berkeperluan Khas PPKI SMK Demak Baru Semasa Pandemik COVID-19 MOHAMMAD NOR HATISAM BIN REDZUAN (SMK DEMAK BARU) 90 - 116 Penggunaan Video Membantu Pelajar 5 Amanah Menguasai Elemen-Elemen Sastera semasa Pandemik COVID-19 dalam Norma Baharu ZUNAINAH BINTI REDZUAN (SMK DEMAK BARU) 117 - 133 Penggunaan Akaun DELIMa Aplikasi Google Meet di Kalangan Guru Penolong Kanan dan Penyelaras Pendidikan Khas sewaktu Sesi Taklimat, Bengkel dan Mesyuarat Ekoran Situasi Pandemik COVID-19 GUSTINA BINTI YUSUF (PPD KUCHING) 134 - 142 Pemenang Kajian Tindakan Pingat Gangsa 143 Permasalahan Menguasai Bidang Bacaan dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran (Kususun Jari Jemariku) FARIDAH BINTI HAJI RAJALI(SK SEMARIANG) 144 - 152 Penggunaan Papan Susun Suku Kata dan Baca Untuk Membantu Murid Menguasai Kemahiran KV+KVK DILON ANAK DIEN (SK SG STUTONG) 153 - 164 'Kit Multiply Minda Mind’ dalam Pengajaran dan Pembelajaran Sifir PdPR Era Pandemik COVID- 19: Kajian Tindakan HANIM BINTI BUANG (SK GITA) 165 - 172
v Improving Students' Mastery Over "Movement of Substances Across Plasma Membrane": A Guided Diagram Approach JACKSON BONG WEI WEE (SMK TINGGI KUCHING) 173 - 184 Use of Google Classroom Assignment in Additional Mathematics FOO TZE YAW (SMK ST MARY) 185 - 187 Pemenang Kajian Tindakan Saguhati 188 Membantu Murid Pemulihan Mengecam Huruf Kecil dengan Menggunakan Nama Watak Kartun BONG CHAN CHAN (SJK STAMPIN) 189 - 195 Meningkatkan Penyertaan Murid Mengikuti Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah di Kalangan Murid Pemulihan Tahun 3 dalam Subjek Matematik dengan Menggunakan "Interactive Maths Games" sebagai Alternatif kepada Buku Modul Pemulihan Matematik semasa Perintah Kawalan Pergerakan Malaysia 2021 (Pandemik COVID-19) CELINA AK STEPHEN & URSULA ULAH AK THOMAS BAKIT BARAU (SK ST TERESA) 196 - 205 Koleksi Gambar Pemenang 206 - 211
vi PRAKATA Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh and Salam Sejahtera, Kementerian Pendidikan Malaysia komited dalam menyediakan pendidikan berkualiti untuk membangunkan negara untuk menghasilkan generasi muda Malaysia yang berintelek dan berdaya saing, seperti yang dinyatakan dalam misi Kementerian Pendidikan Malaysia. Guru memainkan peranan penting sebagai penggerak yang penting di peringkat sekolah untuk kemenjadian murid. Dengan berlandaskan misi Kementerian Pendidikan Malaysia dan peranan guru dalam kemenjadian murid, buku Pembudayaan Kajian Tindakan di Sekolah: Kompilasi Kajian Tindakan berasaskan Templat diterbitkan untuk meneliti isu pembelajaran melalui pelaksanaan kajian tindakan. eSimposium Pembudayaan Kajian Tindakan CATS-Ed PPD Kuching 2021 dianjurkan untuk mengetengahkan hasil-hasil kajian tindakan warga pendidik di PPD Kuching. Buku kompilasi kajian tindakan ini berhasrat untuk memberi pengiktirafan kepada kajian tindakan yang diusahakan oleh para guru dan pegawai pendidikan, terutamanya sewaktu pandemik COVID-19 yang telah memberi kekangan dan cabaran kepada bidang pendidikan. Dengan pelaksanaan e-Simposium dan juga penerbitan hasil-hasil kajian tindakan, satu pelantar perkongsian ilmu yang berkesan telah berjaya diwujudkan di mana warga pendidik dapat menampilkan kajian tindakan masing-masing melalui penggunaan templat kajian tindakan dengan cara mudah dan ringkas. Pengalaman ini diharap dapat meningkatkan keyakinan diri para guru dan pegawai pendidikan dalam menjalankan kajian tindakan di samping membangkitkan minat warga pendidik khususnya terhadap kajian tindakan. Akhir kata, setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan terima kasih kepada para penulis dan penyelidik kajian tindakan atas sumbangan kajian tindakan yang berkualiti. Syabas dan tahniah kepada panel penyunting Dr Kho Siaw Hui dan Cikgu Felix Chuo Sing Tiing serta semua pihak yang terlibat dalam menjayakan penerbitan buku Pembudayaan Kajian Tindakan di Sekolah: Kompilasi Kajian Tindakan berasaskan Templat. HAJAH SHIRINI MASTURA BINTI MOHAMED ZULKIFLI Pegawai Pendidikan Daerah Pejabat Pendidikan Daerah Kuching
vii PRAKATA Salam sejahtera dan salam perpaduan. Kajian tindakan merupakan kaedah inkuiri sistematik yang dilakukan oleh guru sebagai penyelidik amalan pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Kajian tindakan bukan satu perkara yang baharu, namun, kajian tindakan selalu dianggap sebagai satu tugasan yang membebankan. Oleh itu, kaedah penulisan kajian tindakan yang mudah dan ringkas menerusi penggunaan satu templat kajian tindakan yang dinamakan sebagai Kanvas Kajian Tindakan Mudah dan Ringkas telah diperkenalkan kepada sekolah-sekolah di bawah Pejabat Pendidikan Daerah Kuching. Dengan templat ini, kajian tindakan menjadi mudah dan pelbagai isu pembelajaran yang dihadapi dapat dianalisa dan diselesaikan secara berterusan dan bersistematik. Menerusi penerbitan buku ini, hasil-hasil kajian tindakan yang telah dilaksanakan dengan menggunakan kaedah templat oleh para guru dan pegawai yang berkaitan dengan aspek kurikulum, pedagogi, pengurusan dan teknologi pendidikan dapat ditampilkan yang meliputi pelbagai mata pelajaran serta peringkat. Adalah diharapkan segala hasil yang dibukukan dalam koleksi ini dapat dijadikan sebagai bahan rujukan dan contoh kepada warga pendidik dan seterusnya dimanfaatkan di sekolah masing-masing. Syabas dan sekalung penghargaan kepada pasukan penyunting dan para penulis dalam penerbitan buku ini. Tidak dilupakan juga kepada Jawatankuasa Induk, Jawatankuasa Kerja, para pegawai Pendidikan, para peserta dan semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung atas inisiatif dan usaha dalam menjayakan e-Simposium Pembudayaan Kajian Tindakan CATS-Ed PPD Kuching 2021. Semoga komitmen dan kerjasama erat terus dipertingkatkan agar pembudayaan kajian tindakan akan dipraktikkan di semua sekolah di daerah Kuching.
viii PRAKATA Salam sejahtera, Pembudayaan kajian tindakan dalam bilik darjah adalah penting untuk meningkatkan tahap profesionalisme dalam kalangan pentadbir dan guru di sekolah. Dalam pendidikan di norma baharu, pembudayaan kajian tindakan dalam bilik darjah telah berdepan dengan pelbagai cabaran disebabkan oleh penularan COVID-19, terutamanya apabila pembelajaran dalam bilik darjah terpaksa dijalankan secara dalam talian. Pandemik COVID-19 telah meningkatkan keperluan untuk melaksanakan kajian tindakan dalam bilik darjah untuk mengharungi isu dalam pembelajaran dalam talian secara berkesan sewaktu krisis ini. Pada bulan Julai 2021, e-Simposium Pembudayaan Kajian Tindakan CATS-Ed PPD Kuching telah diadakan secara dalam talian dan telah disiarkan menerusi YouTube PPD Kuching. e-Simposium Pembudayaan Kajian Tindakan CATS-Ed PPD Kuching merupakan satu pelantar untuk menggalakkan guru-guru untuk membentangkan kajian tindakan mereka dalam usaha untuk membantu menangani isu pengajaran dan pembelajaran dalam situasi COVID-19. e-Simposium ini turut memberi peluang untuk menghargai usaha tekad guru untuk menghasilkan kajian tindakan dengan memberi anugerah-anugerah berprestij kepada kajian tindakan yang cemerlang. Menerusi medan perkongsian e-Simposium, warga pendidik terutamanya guru-guru di PPD Kuching mempunyai peluang untuk berkongsi idea-idea yang diketengahkan melalui kajian tindakan. Kajian tindakan yang telah dihantar untuk menyertai e-Simposium Pembudayaan Kajian Tindakan CATS-Ed PPD Kuching adalah dikumpul dan diterbitkan menerusi buku kompilasi kajian tindakan CATS-Ed PPD Kuching. Kesinambungan dalam peningkatan professionalism keguruan adalah penting dalam memartabatkan profesion keguruan dan membangunkan kompetensi guru. Justeru, e-Simposium ini diadakan sebagai satu landasan untuk memberi peluang dan pengalaman kepada pada pendidik dalam membentangkan kajian tindakan mereka dan untuk berjinak-jinak dengan budaya kajian tindakan. Pengalaman ini diharap dapat meningkatkan keyakinan diri guru dengan memberikan pengiktirafan kepada para peserta yang berjaya menghasilkan kajian tindakan mereka dengan jayanya. Dr Kho Siaw Hui dan Felix Chuo Sing Tiing Penyunting Sektor Pembelajaran Pejabat Pendidikan Daerah Kuching
ix PENGENALAN PENGHASILAN KAJIAN TINDAKAN MENGGUNAKAN KANVAS KAJIAN TINDAKAN MUDAH DAN RINGKAS (MDR) PPD KUCHING 1.0 PENGENALAN Kajian tindakan merupakan salah satu cara untuk menerapkan amalan pemerhatian dan refleksi secara bersistematik dan berpandukan data terhadap sesuatu isu pembelajaran dengan tujuan melaksanakan intervensi untuk menyelesaikan isu pembelajaran tersebut. Amalan pemerhatian dan refleksi membolehkan para pendidik yang melaksanakan kajian tindakan untuk membuat penambahbaikan kepada pengajaran dan pembelajaran agar murid-murid boleh menguasai pembelajaran mereka secara berkesan. Apabila proses pelaksanaan kajian tindakan, iaitu pemerhatian, refleksi, perancangan dan tindakan dikongsi bersama guru-guru, budaya kajian tindakan dapat dipupuk untuk melakukan pelbagai perubahan ke atas pengajaran dan pembelajaran. 2.0 OBJEKTIF Matlamat e-Simposium adalah untuk memberi satu pelantar kepada guru-guru penyelidik supaya mereka dapat berkongsi dan membincangkan kajian tindakan dengan kalangan pendidik yang lain. Hasil-hasil kajian tindakan daripada e-Simposium diterbitkan dalam buku kompilasi ini. Melalui e-Simposium ini, diharap ia dapat: (a) Menggalakkan pembudayaan kajian tindakan di kalangan pendidik (b) Meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah dan secara dalam talian 3.0 KANVAS KAJIAN TINDAKAN MUDAH DAN RINGKAS (MDR) Konteks Pandemik Covid-19 memberi cabaran yang besar kepada guru dan pelajar dalam dunia pendidikan. Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) telah mendatangkan perubahan yang besar dalam pembelajaran mata pelajaran STEM. Di Unit TVET, PPD Kuching, kami turut dapat merasakan tekanan yang dihadapi oleh guru-guru di bawah bimbingan kami semasa mereka berdepan dengan perubahan dalam pengajaran mereka rentetan daripada pandemik. Untuk menangani perubahan, guru-guru melaksanakan intervensi ke atas amalan pengajaran mereka. Namun, kebanyakan guru STEM menghadapi pelbagai isu sewaktu melaksanakan intervensi tersebut. Tanggapan kebanyakan guru terhadap kajian tindakan adalah kajian tindakan menyerupai penulisan ilmiah atau kajian penyelidikan, di mana guruguru perlu menghasilkan artikel penuh dengan kajian literatur, abstrak, metodologi secara terperinci. Perkara ini mengakibatkan bimbingan SISC+ dalam perkara pembudayaan kajian tindakan bertambah sukar. Tahun ini, kumpulan kami diberikan tugas untuk membudayakan kajian tindakan di sekolah rendah dan sekolah menengah sebagai satu langkah untuk meningkatkan profesionalisme guru kita.
x Cara Mudah dan Berstruktur dalam Penghasilan Kajian Tindakan Berdasarkan cabaran yang kami hadapi berkaitan dengan pembudayaan kajian tindakan, terutamanya di kalangan guru-guru STEM, Kanvas Kajian Tindakan Mudah dan Ringkas (MDR) dalam STEM telah dibina untuk membantu guru-guru STEM untuk melaksanakan intervensi isu pembelajaran pelajar mereka secara berstruktur, sistematik dan berperingkat. Rajah 1. Kitaran Kajian Tindakan. Nota: Diadaptasi berdasarkan Model Kajian Tindakan, The Action Research Planner, Kemmis dan McTaggart (1988). Kemmis, S. and McTaggart, R. (1988). The Action Research Planner. Victoria, Australia: Deakin University. Rajah 1 menunjukkan Kitaran Kajian Tindakan yang kami gunakan untuk membina Kanvas Kajian Tindakan MDR kami. Kitaran ini adalah berdasarkan adaptasi daripada Model Kajian Tindakan Kemmis dan McTaggart (1988). Kanvas Kajian Tindakan Mudah & Ringkas (MDR) dalam STEM dibina berdasarkan Model Kajian Tindakan Kemmis dan McTaggart (1988) untuk menggalakkan guru merancang dan melaksanakan intervensi secara berstruktur dan berfokus kepada isu pembelajaran. Rajah
xi 2 menunjukkan Kanvas Kajian Tindakan Mudah dan Ringkas (MDR) di mana guru-guru yang menggunakan kanvas ini akan mengisi bahagian-bahagian yang terkandung dalam kanvas dengan catatan-catatan mereka. Bahagian-bahagian tersebut termasuk: Kanvas Kajian Tindakan MDR dalam STEM (Rajah 2) terdiri daripada isu pembelajaran, pemerhatian terhadap isu, refleksi berdasarkan pemerhatian isu, perancangan intervensi, tindakan intervensi, dan seterusnya pemerhatian semula dan refleksi semula terhadap isu pembelajaran guru. Setiap bahagian dalam kanvas MDR ini menggunakan warna yang khusus, contohnya warna biru merupakan pemerhatian isu. a. Isu pembelajaran: Masalah yang dihadapi dalam pembelajaran dan pengajaran. b. Pemerhatian terhadap Isu: Perhatikan isu dalam bilik darjah dan perihalkan apa yang berlaku dengan menggunakan data sebagai sokongan. c. Refleksi berdasarkan Pemerhatian: Berdasarkan kepada pemerhatian dan data, imbas kembali dan buat refleksi kendiri untuk mencari punca berlakunya isu pembelajaran dan cara penyelesaian. d. Perancangan: Berdasarkan kepada refleksi, rancangkan cara penyelesaian kepada isu pembelajaran dengan menetapkan objektif atau matlamat yang dihasratkan dan metodologi/ kaedah pengumpulan data yang sesuai untuk mencapai objektif yang ditetapkan. e. Tindakan: Berdasarkan kepada perancangan, laksanakan tindakan atau intervensi mengikut metodologi/ kaedah pengumpulan data yang telah ditetapkan.
xii f. Pemerhatian Semula: Berdasarkan kepada pelaksanaan tindakan, laksanakan pemerhatian semula dan kenalpasti sama ada objektif telah tercapai. g. Refleksi Semula: Berdasarkan kepada pemerhatian dan data, imbas kembali dan buat refleksi kendiri untuk mencari punca berlakunya isu pembelajaran dan cara penyelesaian untuk perkara dalam pemerhatian semula.
1 PEMENANG KAJIAN TINDAKAN PINGAT EMAS Intervensi Kertas Grid Comel dalam Meningkatkan Kemahiran Pengamatan dan Kreativiti Murid Bermasalah Pembelajaran dalam Norma Baharu Mohd Muklis Bin Azmir (SK Rampangi) Kajian Tindakan Matematik Tambahan Pelajar Tingkatan 5 melalui Kaedah SKA semasa Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah Akibat Penularan Covid-19 di Malaysia Phang Siaw Ling (SMK St Mary) Meningkatkan Kemahiran Menyelesaikan Masalah Berayat Matematik dengan Kaedah BUCK Masnah Binti Alhadi (SMK Seri Setia) Meningkatkan Konsep Asas Matematik Murid Tingkatan 4 dan 5 dalam Topik Hukum Indeks Mata Pelajaran Matematik Tambahan dengan Penggunaan Latihan U2 Loh Sin Ling (SMK St Joseph) Meningkatkan Pelibatan dalam PdPR Topik Dasar-dasar Pembangunan Negara di Kalangan Pelajar Tingkatan 6 Siti Rohaiza Binti Ali Yusop (SMK Tun Abang Haji Openg) Meningkatkan Kemahiran Pelajar Tingkatan 2 dalam Kembangan Ungkapan Algebra dengan Menggunakan Teknik T-SHEP dan S-SHEP Siti Ruhani Binti Saiman (SMK Pending)
2 NAMA GURU PENYELIDIK: Mohd Muklis Bin Azmir MATA PELAJARAN: Pengurusan Diri (Kemahiran Manipulatif) SEKOLAH/ DAERAH/ PPD: SK Rampangi, Kuching TAJUK KAJIAN TINDAKAN: Meningkatkan Kemahiran Pengamatan Penglihatan dan Kreativiti MBK dalam Aktiviti Menggambar bagi Subjek Kemahiran Manipulatif dengan Menggunakan Kertas Grid CUTE RAKAN PEMBIMBING: Patty Awat KUMPULAN SASARAN: 7 orang murid Tahun 4 Permata 1.0 ISU PEMBELAJARAN DALAM KAJIAN TINDAKAN Tujuh orang Murid Berkeperluan Khas (MBK) Tahun 4 Permata, Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) Masalah Pembelajaran SK Rampangi didapati lemah dalam aktiviti menggambar dalam subjek Kemahiran Manipulatif. Hal ini juga menunjukkan MBK lemah dalam pengamatan penglihatan semasa menjalankan aktiviti. Secara lebih spesifik, mereka kurang mahir dalam menggambar secara teratur, jelas dan kemas.Mereka tidak dapat menggunakan ruang, idea dan kreativiti mereka dengan lebih optimum. 2.0 PELAKSANAAN KAJIAN TINDAKAN (KITARAN KAJIAN TINDAKAN) Kajian tindakan ini telah dilaksanakan dalam dua kitaran iaitu: a. Kitaran 1: Pemerhatian b. Kitaran 1: Refleksi c. Kitaran 1: Rancangan d. Kitaran 1: Tindakan e. Kitaran 2: Pemerhatian Semula f. Kitaran 2: Refleksi Semula 2.1 CATATAN PEMERHATIAN ⮚ Berdasarkan refleksi rancangan pengajaran harian (RPH) dan pembelajaran pada 12 April 2021 dan 14 April 2021, bagi standard kandungan 1.2 Pengamatan Penglihatan dan Standard Pembelajaran 1.13 iaitu menyusun blok binaan berdasarkan objek atau gambar bagi aktiviti menggambar menggunakan teknik melukis dan melakar di atas kertas A4 kosong. ⮚ pengkaji mendapati bahawa MBK tidak dapat menghasilkan hasil gambaran yang menampilkan kualiti dan kreativiti yang baik seperti yang target standard prestasi iaitu mencipta gambar secara kreatif dan boleh dicontohi. ⮚ Setelah beberapa bulan MBK mempelajari kemahiran menggambar,
3 MBK masih tidak dapat mengatasi kelemahan melukis dan melakar gambaran yang diarahkan guru. Penilaian pemarkahan adalah berdasarkan ketepatan gambar yang diarahkan oleh guru, kreativiti dan pengetahuan MBK tentang gambar yang dihasilkan. ⮚ Namun, semasa MBK ditaksir bagi penilaian semester 1 mendapati bahawa terdapat masih terdapat kelemahan MBK dari aspek ketepatan, kreativiti, kekemasan serta idea. Pemerhatian 1: Pengkaji mendapati MBK mengambil masa terlalu lama untuk menyiapkan aktiviti menggambar secara bebas. Hal ini menunjukkan bahawa MBK lemah dalam pengamatan penglihatan dan kreativiti. Pemerhatian 2: Analisis yang lanjut, mendapati bahawa hasil aktiviti menggambar MBK adalah objek yang kurang jelas dan kurang kemas. MBK tidak mengamati ruang atau saiz dalam aktiviti menggambar. Pemerhatian 3: Walaupun telah ditegur sekurang-kurangnya 3 kali, MBK masih melukis dan mewarna secara tidak kemas dan sesuai dengan gambar. 2.2 CATATAN REFLEKSI Dalam situasi pandemik covid-19 yang sedang dihadapi, pengkaji telah membuat refleksi ke atas pemerhatian isu-isu murid bagi kemahiran pengamatan penglihatandan kreativiti bagi aktiviti menggambar MBK. Inkuiri Kendiri Berdasarkan Pemerhatian 1: Mengapa MBK mempunyai kemahiran pengamatan penglihatan dan minat yang terhad semasa aktiviti menggambar? Refleksi Terhadap Inkuiri Kendiri 1: Pengkaji mendapati MBK kurang kemahiran asas dalam aktiviti menggambar dan kurang mahir menggunakan ruang dalam aktiviti menggambar.Hasil aktiviti menggambar MBK juga tidak kemas dan menepati rubrik pemarkahan. Selain itu MBK didapati kurang idea semasa aktiviti dijalankan.Tambahan lagi, MBK dilihat kurang berminat dan cepat bosan ketika melakukan aktiviti. Matlamat 1: Memastikan MBK dapat meningkatkan pengamatan penglihatan dan minat MBK dalam aktiviti menggambar. Cadangan Penyelesaian 1: Pengkaji mencadangkan bahawa menggunakan kertas grid cute sebagai pengganti kertas A4 biasa dalam aktiviti menggambar. Hal ini kerana kertas grid cute lebih memberi kesan grafik kepada penghasilan gambar yang lebih jelas dan kreatif.Aktiviti yang akan dijalankan juga menggunakan medium
4 warna sahaja bagi menghasilkan gambar yang dikhendaki. Inkuiri Kendiri Berdasarkan Pemerhatian 2: Mengapakah MBK tidak menguasai kemahiran kreativiti semasa aktiviti menggambar? Refleksi Terhadap Inkuiri Kendiri 2: Pengkaji mendapati bahawa MBK menghasilkan gambar-gambar secara sambal lewa dan tidak ada hala tuju .Selain itu MBK tidak mampu untuk mengembangkan idea-idea yang kreatif dalam aktiviti menggambar. Matlamat 2: Memastikan MBK dapat mengembangkan dan meningkatkan kreativiti semasa aktiviti menggambar. Cadangan Penyelesaian 2: Pengkaji mencadangkan untuk menggunakan lima peringkat kreativiti Fisher 1943 iaitu peringkat rangsangan, penerokaan, perancangan aktiviti dan kajian semula. Hal ini kerana MBK perlu diberikan kaedah pengajaran yang intensif bagi meningkatkan kemahiran kreativiti dan tingkah laku serta minat mereka. 2.3 CATATAN PERANCANGAN Berdasarkan rekleksi PdPC iaitu kelemahan MBK dalam kemahiran pengamatan penglihatan dan kreativiti dalam aktiviti menggambar, perancangan intervensi telah dikenalpasti untuk mencapai objektif. Objektif: 1. Meningkatkan kemahiran pengamatan penglihatan dan kreativiti MBK dalam aktiviti menggambar Tahun 4 Permata. Intervensi: Penggunaan Kertas Grid Cute dan lima peringkat kreativiti dalam aktiviti menggambar. Menurut Kamus Oxford English, perkatan “cute” adalah membawa maksud menarik dengan cara yang cantic atau menawan.Akibatnya, perkataan slanga “cute” menunjukkan tahap suka yang tinggi” bagi manusia. Gambar itu “cute” memberi definisi yang jelas menunjukkan minat seseorang pada gambar itu. Tahap kesukaan yang tinggi seseorang terhadap gambar itu membuatkan dia mengatakan gambar itu “cute”. Selain itu, penggunaan nama “cute” adalah salah satu psikologi peneguhan positif terhadap emosi dan kognitif MBK. Oleh itu ,sebab itu nama inovasi dan intervensi ini dinamakan “Kertas Grid Cute”. Kertas grid cute ini merupakan kertas petak-petak halus yang
5 dihasilkan menggunakan “table” dalam Microsoft word.Pengkaji memilih kertas grid sebagai intervensi dan inovasi kajian adalah kerana kertas ini memudahkan MBK untuk menggunakan ruang dan saiz gambar yang dikhendaki mereka. Selain itu, penggunaan kertas ini juga meningkat pengamatan penglihatan dan kreativiti mereka.Penggunaan intervensi ini juga adalah mudah dan mesra OKU, kerana MBK hanya memerlukan kertas grid dan pensel warna untuk menghasilkan gambar yang didamkan mereka.Rajah dibawah adalah contoh kertas grid cute: Langkah 1: (Rangsangan) Peranan Guru: 1. Guru memberi rangsangan pemikiran kreatif dengan menggunakan kata tanya seperti apa, siapa, mengapa, bagaimana,bila dan lainlain.MBK akan dibimbing berinteraksi secara aktif, menimbulkan rasa ingin tahu, dan mengemukakan persoalan kritikal dan logikal yang merangsang minda. 2. Pada peringkat rangsangan, guru menunjukkan perbezaan “kertas grid” dan kertas A4 kosong kepada MBK. 3. Guru akan menerangkan aktiviti menggambar di atas kertas grid sebagai set induksi atau permulaan PdPC dan kemudian MBK dipertontonkan video tentang kertas grid dan aktiviti menggambar.
6 Peranan MBK: 1. MBK akan mendengar dan bersoal jawab dengan guru tentang kertas grid cute. 2. MBK juga diminta untuk melihat dan mengingati serta berfikir apakah gambar yang dapat dihasilkan. Langkah 2 (Penerokaan): Peranan Guru: 1. Peringkat penerokaan ini guru memainkan peranan penting bagi menggalakkan MBK untuk melakukan aktiviti berbentuk eksperimen atau penerokaan serta menganalisa dan mencetuskan idea-idea awal sebelum melakukan aktiviti menggambar diatas kertas grid melalui tontonan video “pixel Arts” dan gambar-gambar yang boleh dihasilkan diatas kertas grid. 2. Peringkat penerokaan, guru memainkan peranan yang penting bagi menggalakkan MBK menganalisa dan memberikan cetusan-cetusan idea awal sebelum melaksanakan sesuatu aktiviti menggunakan bahan bantu mengajar seperti Android, laptop dan internet. 3. Guru juga akan menunjukkan cara menggambar menggunakan warna, sama ada dengan cara membilang petak atau mengagak bilangan petak bagi menghasilkan gambar yang diingini. 4. Seterusnya, guru menyediakan kertas grid cute dan pensel warna sebagai untuk murid menghasilkan sesuatu objek yang diminati. 5. Guru akan bersoal jawab di peringkat penerokaan ini seperti: Adakah kamu nampak gambar-gambar di atas kertas grid tadi? (Mengingat) Adakah kamu suka aktiviti kertas grid ini. mengapa?(menilai) Adakah kamu tahu tentang “pixel art”? (Memahami) Adakah crayon dapat digunakan untuk menghasilkan gambar di atas keras grid? (Mengaplikasi) Adakah kamu dapat menghasilkan apa sahaja gambar diatas kertas grid ini? (Mencipta) Peranan MBK: 1. MBK juga diminta oleh guru untuk mencuba menggambarkan sesuatu diatas kertas grid menggunakan pensel warna yang disediakan. 2. Seterusnya Pada peringkat penerokaan ini MBK akan didedahkan dengan tayangan video dan gambar-gambar mewarna diatas kertas grid yang dinamakan “Pixel Arts”. MBK akan dibimbing untuk menghasil gambaran diatas kertas grid. Langkah 3 (Perancangan): Peranan Guru: 1. Terdapat pelbagai aktiviti yang boleh dijalankan pada peringkat ini iaitu sama ada secara verbal seperti perbincangan dan interaksi, secara visual seperti memberikan gambar langkah kerja atau sebagainya.
7 2. Pada peringkat ini aktiviti boleh dijalankan secara verbal seperti perbincangan, pemerhatian dan interaksi mahupun secara visual seperti power point dan lain-lain. 3. Peringkat perancangan ini, guru membuat demonstrasi bagaimana menggambar diatas grid mengikut penerangan serta demonstrasi secara jelas. Setelah aktiviti peringkat perancangan selesai, murid akan diberikan beberapa soalan iaitu: Pernahkah kamu melihat dimana-mana sesuatu yang menarik seperti di televisyen, internet atau shopping mall? (Menilai) Adakah kamu akan ubah atau menghasilkan gambar yang sama seperti yang semalam atau yang lain? (Aplikasi) Bagaimana kamu hendak menghasilkan gambar yang kamu minat itu? (Mencipta) Peranan MBK: 1. Bagi menggalakkan pemikiran kreatif, MBK dibahagikan kepada beberapa kumpulan bagi membincangkan bagaimana menghasilkan gambar-gambar yang mereka minati. 2. Selain itu, MBK, diminta untuk melakarkan idea aktiviti menggambar. MBK akan diberikan smartphones atau android yang mempunyai jaringan internet bagi tujuan MBK menerokai gambar-gambar yang terhasil daripada kertas grid. 3. Peringkat ini penting kerana murid perlu memberi tumpuan terhadap penerangan guru bagi merangsang pemikiran kreatif mereka. Langkah 4 (Aktiviti): Peranan Guru: 1. Peringkat ini merupakan peringkat yang terpenting di mana aktiviti penerokaan dan perancangan tadi murid sudah mempunyai gambaran tentang hasil akhir dan melaksanakan aktiviti mengikut langkah-langkah yang telah disusun atur. Kreativiti murid akan dirangsang dengan tindak balas terhadap persoalan-persoalan yang perlu diselesaikan seperti apakah bahan yang telah digunakan?, bentuk yang perlu dibuat dan bagaimana cara membuatnya. 2. Pada peringkat aktiviti, MBK akan mengaplikasi idea-idea daripada peringkat-peringkat penerokaan dan perancangan bagi menghasilkan aktiviti menggambar diatas kertas grid yang disediakan. 3. Guru juga boleh memberi semangat dan motivasi serta rangsangan kepada MBK bagi menghasilkan gambar-gambar yang menarik berdasarkan idea MBK itu sendiri. Contoh rangsangan atau peneguhan atau motivasi yang boleh dilakukan adalah berbentuk ganjaran dan penghargaan. 4. Pada peringkat aktiviti, persoalan-persoalan yang boleh ditanya sebagai rangsangan pemikiran MBK seperti: Adakah warna dan bentuk yang kamu guna itu sesuai? Adakah anda perlu menambah apa-apa di dalam gambar?
8 Bagaimanakah kamu hendak menjadikan lukisan kamu lebih menarik? (Mencipta) Peranan MBK: 1. MBK akan disediakan bahan bantu mengajar seperti pensel warna, kertas grid dan smartphone yang mempunyai talian internet. 2. Peringkat aktiviti ini menentukan hasil kreativiti bagi setiap MBK adalah berlainan. Hal ini kerana idea dan pemikiran setiap MBK adalah berlainan, hasil aktiviti juga akan berlainan walaupun gambar yang sama tetapi pengamatan penglihatan mereka adalah berbeza, contohnya dari segi saiz, tone warna dan bentuk. Langkah 5 (Kajian Semula): Peranan Guru: 1. Peringkat ini adalah menilai keberkesanan tindakan yang telah diambil bagi proses penambahbaikan selain menilai pencapaian objektif kajian. Peringkat ini memerlukan murid untuk membuat refleksi hasil kerja mereka. 2. Guru akan menilai sama ada pengamatan penglihatan bagi aktiviti menggambar menggunakan kertas grid mencapai objektif yang dikhendaki. Peranan Ibu bapa MBK: 1. Pada peringkat ini, guru akan menilai keberkesanan tindakan yang telah diambil bagi tujuan proses penambahbaikan selain melihat kepada pencapaian objektif kajian. 2. MBK akan diberi peluang untuk memberi pendapat dan komen terhadap apa yang dilalui sebagai satu bentuk refleksi diri kepada ibu bapa mereka. 3. Peringkat ini akan dilaksanakan pada sesi apresiasi dan kritikan seni, serta memberi refleksi, dimana ibu bapa MBK akan diminta menghantar hasil ativiti menggambar masing-masing Keberkesanan Intervensi: 1. MBK dapat menggambar dengan kemas, jelas dan baik. 2. Kertas Grid Cute adalah Mesra OKU kerana mudah untuk menggambar. 3. MBK dapat meningkatkan pengetahuan dan kreativiti dalam aktiviti menggambar. 4. Kemahiran pengamatan penglihatan MBK terutama penggunaan saiz, keluasan petak dan penghasilan imej juga semakin meningkat. 5. Pengkaji menjelaskan bahawa penggunaan kertas grid cute ini dapat meningkatkan kemahiran kreativiti dan pengamatan penglihatan MBK. 6. MBK sangat seronok melakukan aktiviti menggambar kerana mereka mampu meneroka idea serta berkongsi idea dengan rakan-rakan.
9 2.4 CATATAN TINDAKAN Proses pelaksanaan intervensi telah dijalankan dalam tempoh 15 April hingga 29 Mei iaitu selama 7 minggu Proses Pelaksanaan: Peringkat Butiran Rangsangan Tarikh: 15 April 2021 Tempat: Kelas 4 Permata Masa Aktiviti: 20 minit Kaedah: Secara bersemuka Penerokaan Tarikh: 15 April 2021 Tempat: Makmal Komputer Masa Aktiviti: 40 minit Kaedah: Secara Bersemuka Perancangan Tarikh:19 April 2021 Tempat: Kelas 4 Permata Masa Aktiviti: 30 minit Kaedah: Secara bersemuka Aktiviti Tarikh: 17 mei-22 Mei 2021 Tempat: Kelas 4 Permata Masa Aktiviti: 2 jam Kaedah: Secara Dalam Talian Kajian Semula Tarikh: 29 Mei 2021 Tempat: Kediaman rumah masing-masing Masa Aktiviti: 30 minit Kaedah: Secara dalam Talian Cabaran dihadapi semasa intervensi: Pada permulaan intervensi, MBK agak kekok menggunakan kertas grid cute. Mereka masih lagi kurang mahir menggunakan kertas grid cute. Namun demikian dengan mengikut kaedah peringkat kraetiviti Fisher iaitu rangsangan, penerokaan , perancangan, aktiviti dan kajian semula, pengkaji mendapati MBK mula faham penggunaan kertas grid ini. Pengkaji mendapati juga MBK sudah pandai merancang idea dan menunjukkan kekemasan dan aktiviti menggambar. Pengkaji juga ada melihat MBK mengira petak grid untuk menghasilkan gambar yang diminati mereka.Ada juga MBK hanya memerhati gambar yang hendak dihasilkan dan diwarnakan diatas kertas grid. Hal ini menunjukkan bahawa MBK dapat meningkatkan kemahiran penglihatan dan kreativiti jika kena dengan minat dan cara pengajaran guru.Pada akhirnya pengkaji menyatakan semua MBK menguasai aktiviti menggambar mengikut kreativiti mereka.
10 2.5 CATATAN PEMERHATIAN SEMULA Perubahan dalam pencapaian dalam kemahiran Penglihatan dan kreativiti MBK dalam aktiviti menggambar diperhatikan dengan teliti. Perbandingan Perubahan Sebelum dan Selepas Intervensi: Responden Kertas A4 Biasa Kertas A4 Biasa Kertas Grid Cute (Peringkat Penerokaan) Kertas Grid Cute( Peringkat Aktiviti) Tarikh Aktiviti: 12 April 2021 14 April 2021 15 April 2021 15 Mei-29 Mei 2021 Responden 3 (ADD) Responden 4 (Ketidakupa yaan intelek) Responden 7 (Austisme) Jadual diatas menunjukkan perbandingan hasil aktiviti menggambar bagi tiga orang MBK yang berkategori ketidakupayaan intelek, ADD dan Autisme. Responden 3: Berdasarkan keempat-empat eviden, didapati bahawa penggunaan kertas A4 biasa tidak memberi rupa yang jelas, kekemasan dan kreativiti dalam aktiviti menggambar. Manakala penggunaan kertas grid cute memberi hasil gambar yang nampak jelas, kemas dan kreatif. Hal ini kita dapat lihat MBK dapat menunjukkan kreativiti dan idea iaitu gambar pedang dalam game permainan video yang diminatinya. Pengkaji sangat teruja dengan kemampuan berfikir sebenar MBK.
11 2.5.2 TAHAP PENCAPAIAN OBJEKTIF KAJIAN TINDAKAN Responden 4: Berdasarkan keempat-empat hasil aktiviti menggambar MBK,pengkaji mendapati bahawa penggunaan kertas A4 biasa menyebabkan MBK tidak mengetahui apa yang digambar mereka dan hasilnya rupa gambar tidak jelas dan tidak kemas. Oleh sebab responden adalah dari kategori ketidakupayaan intelek (KUI), maka pembelajaran menggunakan kertas grid cute merupakan intervensi terbaik. Hal ini kerana kertas grid cute mampu merangsang idea dan meningkatkan tumpuan mereka. Hasilnya responden mampu menghasilkan sesuau yang mereka suka dengan kemas dan teratur serta jelas rupanya. Responden 7: Responden 7 adalah MBK kategori ketidakupayaan Autisme. Antara masalah mengajar anak-anak autism adalah minat pada sesuatu benda. Pengkaji mendapati responden suka akan cabaran dan penerokaan. Eviden bagi penggunaan kertas A4 biasa mendapati MBK kurang minat terhadap aktiviti menyebabkan hasil aktiviti tidak kemas,tidak jelas dan tidak teratur. Manakala penggunaan kertas grid menjadikan hasil gambar menjadi kemas,teratur, kreatif dan sangat jelas. Pengkaji mendapati responden begitu minat, dan difahamkan oleh ibu bapanya, responden banyak menghasilkan gambar-gambar kartun dan game yang diminati dirumah dengan menggunakan smartphone sebagai sumber inspirasi. Tahap Pencapaian Objektif: Tujuh orang MBK yang lemah dalam pengamatan penglihatan dan kreativiti bagi aktiviti menggambar telah menunjukkan peningkatan dan penguasaan dalam kemahiran tersebut. Ketujuh-tujuh MBK medapat Gred A dalam aktiviti menggambar.
12 2.6 CATATAN REFLEKSI SEMULA Pengkaji menyatakan bahawa refleksi semula tidak akan diteruskan kerana objektif sudah tercapai. Pengkaji menjelaskan setiap isu pembelajaran dan kemahiran MBK dapat diselesaikan dengan jayanya menggunakan kertas grid cute. Hal ini kerana kertas grid cute memberi satu lembaran aktiviti baharu bagi meninhgkatkan kemahiran pengamatan penglihatan, kreativiti dan kemahiran berfikir mereka. Secara tidak langsung kertas grid cute juga mampu memberi satu fenomena baharu bagi MBK mengembangkan idea dan kendiri mereka. Penjelasan Kejayaan: Kreativiti guru didalam bilik darjah merupakan elemen yang paling penting bagi kemenjadian murid yang kreatif dan inovatif (Olawale et al., 2010; KPM, 2012, George Tamaki, 2015). Menurut Erin Justyna (2016) menyatakan bahawa kreativiti guru dapat berpontensi untuk merangsang, perubahan positif dalam amalan pedagogi dan seterusnya mentransformasikan bilik darjah menjadi komuniti pembelajaran yang aktif dan menyeronokkan. Kajian yang berkaitan dengan pengajaran kreatif di dalam bilik darjah , menurut Lou & Chen (2012) mendapati bahawa suasana pengajaran secara kreatif merupakan pendekatan yang “open minded” dan memberikan inspirasi dalam menggalakkan murid untuk meneroka serta berinovasi untuk mengembangkan kebolehan berfikir dan mencipta. Penggunaan kertas grid cute juga merupakan salah satu inovasi guru bagi menyokong kepada perkembangan kemahiran pengamatan penglihatan dan kreativiti MBK dalam aktiviti menggambar. Inovasi dan guru yang kreatif dalam bilik darjah merupakan salah satu faktor kejayaan bagi kajian ini. 2.7 CADANGAN TINDAKAN SELANJUTNYA Pengkaji mencadangkan aktiviti menggambar menggunakan kertas grid ini dilaksanakan bagi semua subjek yang diajar dalam program pendidikan khas integrasi. Hal ini kerana kemahiran pengamatan penglihatan visual adalah selari dengan dengan kemahiran kognitif serta kreativiti MBK. Pengubahsuaian kepada sub tajuk yang sesuai diajar dengan kertas grid juga memberi satu pengalaman pembelajaran yang menarik dan menyeronokkan MBK. Selain itu cadangan yang kedua adalah, kaedah pengajaran kertas grid boleh menggunakan aplikasi “google sheet pixel art” yang sebagai integrasi teknologi kepada MBK. Pendekatan menggunakan teknologi aplikasi berbentuk grid merupakan salah satu anjakan pembelajaran berasaskan kreativiti dan kemahiran berfikir serta celik IT MBK.Pengkaji meyarankan bahawa kemahiran kreativiti serta kemahiran berfikir serta pembelajaran melalui penerokaan adalah sangat penting bagi tujuan pengurusan kehidupan MBK pada masa mereka dewasa kelak.Gambar dan link yang boleh digunakan dalam google sheet pixel art adalah seperti jadual dibawah:
13 Google Sheet Pixel Art Ringkasan Aktiviti Sumber Aktiviti ini menggunakan google sheet. Aktiviti ini juga sangat sesuai dan menarik bagi menigkatkan kemahiran pengamatan penglihatan MBK. Langkah-langkah menghasilkan google sheet pixel art boleh tekan link disebelah. Pengkaji menyatakan harapan agar pengkaji yang lain untuk menggunakan teknik ini bagi kajian ke atas MBK disekolah mereka. Link: https://www.youtube.com /watch?v=TZ498uhqmXg Link: https://alicekeeler.com/20 16/03/17/pixel-arttemplate/ 3.0 KESIMPULAN Secara kesimpulannya, pengkaji merasakan sangat berpuas hati atas kejayaan 7 orang responden dalam mendapatkan gred A dalam aktiviti menggambar menggunakan kertas grid cute. Pada sebelum kajian, pengkaji menyatakan rasa tercabar terhadap hasil aktiviti menggambar MBK yang begitu kurang memuaskan. Hal tersebut, menyebabkan pengkaji mula menilai apa kelemahan dan keperluan bagi meningkatkan kemahiran pengamatan penglihatan bagi aktiviti menggambar dalam subjek kemahiran manipulatif. Hasilnya, pengkaji mendapat satu idea untuk menggunakan kertas grid cute. Sepanjang menggunakan kertas grid cute ini, MBK mampu meningkatkan sedikit demi sedikit kreativiti dan pemikiran mereka dalam aktiviti menggamabar. Seterusnya apabila MBK telah menguasai penggunaan kertas grid cute ini, pengkaji mendapati MBK semakin menunjukkan keyakinan dan peningkatan dalam kemahiran berfikir, kemahiran kreativiti, kemahiran berkomunikasi dan kemahiran sosial. Pengkaji menyatakan perasaan sangat gembira atas kejayaan kajian tindakan dan mencapai objektif kajian iaitu meningkatkan kemahiran kreativiti dalam aktiviti
14 menggambar dengan menggunakan inovasi kertas grid cute bai subjek Kemahiran Manipulatif. 4.0 RUJUKAN Anderson, L. W., & Krathwohl, D. R. (Eds.). (2001). A taxonomy for learning teaching and assessing. New York: Longman Bahagian Kurikulum Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan Malaysia (2017): Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP), Kurikulum Standard Sekolah Rendah Subjek Kemahiran Manipulatif. Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia (2014): Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Aplikasi Disekolah. Ismail, K., & Sidin, Z. (2010). Aras Penyoalan Guru Pendidikan Islam Dalam Sesi Pengajaran Dan Pembelajaran Berasaskan Taksonomi Bloom. https://prpm.dbp.gov.my/cari1?keyword=kreatif Fisher, edited by Robert; Williams, Mary (2000). Unlocking literacy: a guide for teachers. London: David Fulton. ISBN 1853466522. Fisher, Robert (1990). Teaching children to think (Reprinted. Ed.). Oxford: Basil Blackwell. ISBN 0631172076. Fisher, R. (2004). Creativity across the curriculum In R. Fisher & M. Williams (Eds.) Unlocking creativity. Teaching across the curriculum. London: David Fulton Publishers. Sternberg, R.J. and Lubart T.I (1999) ‘The Concept of Creativity: Prospects and Paradigms’, in Sternberg, R.J. (ed) (1999) Handbook of Creativity, Cambridge: Cambridge University Press
15 NAMA GURU PENYELIDIK: Phang Siaw Ling MATA PELAJARAN: Matematik Tambahan SEKOLAH/ DAERAH/ PPD: SMK St Mary, PPD Kuching TAJUK KAJIAN TINDAKAN: Kajian Tindakan Matematik Tambahan Pelajar Tingkatan 5 Melalui Kaedah SKA Semasa Pelaksanaan Pengajaran Dan Pembelajaran Di Rumah Akibat Penularan Covid-19 Di Malaysia RAKAN PEMBIMBING: Dr. Kho Siaw Hui KUMPULAN SASARAN: Kajian tindakan ini melibatkan 29 pelajar perempuan yang terdiri daripada 27 pelajar bumiputra dan 2 pelajar bukan bumiputra untuk kelas 5 Peach, SMK St Mary, Kuching, Sarawak. 1.0 ISU PEMBELAJARAN DALAM KAJIAN TINDAKAN Masalah pembelajaran yang dihadapi oleh kebanyakan pelajar adalah tidak dapat menentukan dan menaksir skor piawai Z dan tidak dapat menentukan kebarangkalian suatu peristiwa bagi taburan normal. Ini seterusnya menyebabkan mereka tidak dapat menyelesaikan masalah yang melibatkan taburan normal. 2.0 PELAKSANAAN KAJIAN TINDAKAN (KITARAN KAJIAN TINDAKAN) Terdapat 2 kitaran untuk kajian tindakan ini di mana setiap kitaran melalui fasa pemerhatian, refleksi, merancang dan bertindak. 2.1 CATATAN PEMERHATIAN Pemerhatian 1: Kebanyakan pelajar untuk kelas 5 Peach di SMK St Mary, Kuching, Sarawak tidak dapat menjawab soalan kuiz yang diberi oleh guru subjek mereka semasa kelas Matematik Tambahan selepas mereka kembali ke sekolah semula walaupun mereka telah mengikuti pembelajaran secara atas talian untuk topik Taburan Binomial dan Taburan Normal semasa pelaksanaan PdPR akibat penularan Covid-19 di Malaysia. Pemerhatian 2: Terdapat 5 pelajar menjawab dengan cara kerja yang salah dan hanya 5 pelajar berjaya menjawab semua soalan kuiz dengan betul. Contoh soalan kuiz yang diberi adalah seperti berikut: Ketinggian untuk sekumpulan pelajar di dalam sebuah sekolah bertaburan normal dengan min 150 cm dan sisihan piawai 10 cm. Kira kebarangkalian bahawa ketinggian
16 seorang pelajar adalah lebih daripada 155 cm. Contoh hasil kerja pelajar yang tidak dapat menjawab soalan kuiz: i) tidak tahu menggunakan formula skor -z Sampel 1 Sampel 2 ii) Keliru dengan simbol > dan < Sampel 3 iii) Tidak mencari kebarangkalian dengan skor-z yang diperolehi Sampel 4 Tahap kesukaran soalan kuiz yang diberi adalah aras sederhana, bukan jenis Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dan merupakan soalan asas untuk topik Taburan Normal. 2.2 CATATAN REFLEKSI Inkuiri Kendiri berdasarkan Pemerhatian 1: Mengapakah pelajar-pelajar saya tidak dapat menjawab soalan kuiz yang saya berikan?
17 Refleksi berdasarkan Pemerhatian 1: Sebelum intervensi dijalankan, saya berasa hampa dan kecewa dengan hasil keputusan kuiz pelajarnya. Tambahan pula, keputusan sekolah untuk Matematik Tambahan dalam Sijil Pelajaran Malaysia selalu mendapat keputusan yang paling teruk di kalangan semua subjek. Ini menambah kebimbangan dan stres pengkaji apabila mengajar subjek itu terutama semasa pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di rumah kerana cuma bersemuka dengan pelajarnya selama 3 minggu di kelas sahaja pada tahun 2021 akibat penularan COVID-19 di Kuching, Sarawak. Matlamat berdasarkan Refleksi (Pemerhatian 1): Matlamat saya berdasarkan refleksi untuk pemerhatian 1 ialah untuk meningkatkan keputusan untuk kuiz pelajar saya dan seterusnya membawa peningkatan dalam minat dan perhatian pelajar untuk mempelajari topik Taburan Normal yang saya ajar. Cadangan (Pemerhatian 1): Saya perlu mencari punca kepada ketidakupayaan pelajar saya dalam menjawab soalan kuiz. Saya akan merancang satu intervensi yang dapat memberikan bimbingan Langkah-demi-langkah supaya pelajar saya akan dapat menguasai kemahiran yang diperlukan untuk menjawab kuiz. Inkuiri Kendiri berdasarkan Pemerhatian 2: Mengapakah pelajar-pelajar menjawab soalan dengan cara kerja yang salah? Refleksi berdasarkan Pemerhatian 2: Isu pembelajaran yang dihadapi ialah kebanyakan pelajar tidak menguasai kemahiran asas dalam penyelesaian masalah Taburan Normal seperti tidak tahu menggunakan formula skor -z, keliru dengan simbol > dan < serta tidak mencari kebarangkalian dengan skor-z yang diperolehi. Matlamat berdasarkan Refleksi (Pemerhatian 2): Matlamat saya ialah untuk mencari satu kaedah yang sesuai untuk membantu pelajar menguasai kemahiran asas dalam penyelesaian masalah Taburan Normal. Cadangan (Pemerhatian 2): Saya telah mengambil keputusan untuk terlibat dalam kajian tindakan dalam bilik darjah untuk merancang kaedah SKA bagi PdPR supaya pengajaran saya lebih senang difahami oleh pelajar saya terutama pelajar yang lemah dalam subjek Matematik Tambahan untuk menolong mereka menguasai penyelesaian masalah melibatkan Taburan Normal di kelas talian.
18 2.3 CATATAN PERANCANGAN Objektif: Objektif kajian tindakan ini adalah meningkatkan kemahiran pelajar dalam menyelesaikan masalah yang melibatkan taburan normal melalui kaedah SKA. Nama sebenar SKA ialah saya, kita, anda di mana kaedah SKA adalah berdasarkan konstruktivisme yang berfokus kepada pembinaan pengetahuan seseorang melalui pemerhatian atau hasil interaksi dengan lingkungannya (Glasersfeld, 1989). Cabaran untuk mencapai objektif adalah guru dan pelajar mungkin mempunyai talian internet yang tidak stabil di kawasan kediaman masing-masing serta sebilangan kecil pelajar mempunyai kuota internet yang terhad untuk mengikuti kelas melalui Google meet. Soalan kajian adalah seperti berikut: Adakah cara SKA dapat meningkatkan kemahiran pelajar dalam menyelesaikan masalah yang melibatkan taburan normal? Prestasi murid akan ditingkatkan sebanyak 2 markah untuk topik Taburan Normal sekiranya cabaran yang disebut di atas berjaya diatasi. Perancah sering disebut sebagai pelepasan tanggungjawab secara bertahap daripada guru kepada pelajar. Nama intervensi kaedah SKA direka berpandukan S ialah singkatan saya, K mewakili kita dan A ialah singkatan anda. SKA adalah satu kaedah yang dibina berdasarkan konsep Zone of Proximal Development oleh Vygotsky (1978). SKA menyokong kepada keperluan seorang pelajar untuk dibimbing oleh seorang rakan sebaya atau dewasa yang lebih berkemahiran agar pembelajaran dapat berlaku. 2.3.3 KAEDAH PENETAPAN KEBERKESANAN INTERVENSI Kejayaan kaedah SKA adalah melalui perbandingan pencapaian gred pelajar bagi ujian pra dan soalan kuiz 1. Instrumen soal selidik adalah berdasarkan soal selidik yang diambil daripada kajian Yap dan Siti (2018). Terdapat sepuluh item dalam soal selidik bagi kajian ini bagi memperolehi minat pelajar terhadap kaedah SKA dalam topik Taburan Normal bagi subjek Matematik Tambahan dengan menggunakan skala Likert5-mata (5 = sangat setuju (ss), 4 = setuju (s), 3 = tidak pasti (tp), 2 = tidak setuju (ts) dan 1 =sangat tidak setuju (sts)). Borang soal-selidik diedarkan sekali kepada pelajar melalui Google forms pada akhir soalan kuiz 1. 2.4 CATATAN TINDAKAN Peringkat 1: Dalam intervensi ini, kaedah ‘S’ ialah demonstrasi oleh seorang guru mengenai cara penyelesaian satu masalah untuk Taburan Normal yang melibatkan lima langkah kepada semua pelajar melalui Google meet. Contoh untuk lima langkah ini adalah melalui gambar rajah berikut:
19 Peringkat 2: Selepas itu, kaedah ‘K’ ialah guru itu mendorong semua pelajar untuk melakukan tugasan bersama dengan ahli kumpulan melalui penyelesaian satu masalah. Terdapat lima ahli dalam satu kumpulan dan setiap ahli kumpulan mengisi setiap langkah penyelesaian ke dalam templat PowerPoint yang disediakan oleh guru itu. Di sini, pelajar-pelajar diberikan masa untuk berlatih bersama kawan sebaya dan dengan bimbingan guru untuk menjawab soalan yang diberikan mengikut langkah-langkah penyelesaian yang akan dibahagikan sama rata dengan setiap ahli kumpulan seperti yang ditunjukkan dalam gambar rajah berikut. Peringkat 3: Seterusnya, kaedah ‘A’ melibatkan pelajar melakukannya sendiri melalui pembentangan setiap ketua kumpulan atas hasil kerja kumpulan masing-masing setelah semua ahli kumpulan setuju dengan jawapan hasil kerja kumpulan mereka. Guru tersebut akan menunjukkan semua langkah penyelesaian yang betul kepada semua pelajar dan komen hasil pembentangan semua kumpulan. Akhir sekali, kuiz diberi sebelum mengakhiri kelas di mana semua pelajar menjawab satu soalan yang diberi dan muat naik ke Google classroom. Proses Pelaksanaan Intervensi: Intervensi SKA telah dilaksanakan dalam tempoh April - Mei 2021 untuk kelas 5 Peach. Intervensi ini digunakan untuk kelas 5 Peach pada 26 April 2021 dan 17 Mei 2021. Peringkat 1: Bimbingan langkah demi langkah Pada 26 April 2021, kaedah SKA dilaksanakan sekali untuk semua pelajar kelas 5 Peach melalui Google Meet pada jam 12.30 hingga 1.30 tengah hari. Pada mulanya, pelajar diberitahu tajuk yang dipelajari ialah Taburan Normal dan objektif pembelajaran ialah
20 menyelesaikan masalah melibatkan Taburan Normal. Pengkaji menunjukkan satu contoh masalah kepada semua pelajar melalui PowerPoint seperti berikut: Peringkat 1: Langkah 1: Menyenaraikan min ialah 750 Langkah 2: Mengisi sisihan piawai sebagai 200 Langkah 3: Saya tunjukkan cara mengisi maklumat melalui simbol matematik untuk mencari kebarangkalian jisim ikan di antara 600 g dan 1000g beserta dengan penggunaan formula skor-z sebagai langkah ketiga Langkah 4: Melukis graf taburan normal Langkah 5: Pengisian nilai kebarangkalian daripada pembacaan sifir kebarangkalian untuk mendapat jawapan yang terakhir. Peringkat 2: Aktiviti Kumpulan Kaedah ‘K’ bermula dengan aktiviti kumpulan sebanyak 5 ahli dan 1 ketua kumpulan untuk satu kumpulan. Semua pelajar dibahagi kepada 5 kumpulan. Setiap ahli kumpulan kena mengisi maklumat untuk setiap langkah penyelesaian ke dalam template PowerPoint yang telah disediakan oleh saya dalam masa 10 minit. Peringkat 3: Aktiviti Individu Kaedah ‘A’ berlaku dengan ketua kumpulan akan membuat semakan atas semua langkah penyelesaian yang telah diisi oleh ahli kumpulannya dan membuat pembentangan. Saya akan menunjukkan semua langkah penyelesaian yang betul kepada semua pelajar selepas mendengar hasil pembentangan untuk semua kumpulan. 2.5 CATATAN PEMERHATIAN SEMULA Penilaian keberkesanan intervensi adalah seperti berikut: Sebelum kelas atas talian berakhir, saya memberi satu soalan sebagai ujian kuiz 1 kepada semua pelajar untuk menjawab. Semua pelajar memuat naik jawapan mereka ke Google classroom untuk disemak oleh pengkaji. Soal selidik diisi oleh semua pelajar selepas habis kelas atas talian melalui Google forms yang disediakan oleh pengkaji. 2.6 CATATAN REFLEKSI SEMULA Secara keseluruhan, cara SKA telah meningkatkan pencapaian dan minat pelajar Tingkatan 5 secara atas talian. Namun masih terdapat beberapa perkara yang berlaku semasa intervensi ini dijalankan dan perlu diperbaiki. Pertama, semua kumpulan mempunyai jawapan yang salah semasa aktiviti kumpulan. Contohnya, untuk intervensi pertama, pelajar-pelajar menggunakan langkah kerja dan jawapan dengan hanya 2 Jisim untuk ikan di dalam satu kolam bertaburan normal dengan min 750 g dan sisihan piawai 200g. Seekor ikan dipilih secara rawak dari kolam itu, kira kebarangkalian bahawa jisimnya ialah di antara 600 g dan 1000g.
21 tempat perpuluhan. Saya perlu menjelaskan kepentingan semua langkah kerja dengan 4 tempat perpuluhan semasa mengajar contoh pertama pada Peringkat 1 kaedah ‘S’. Kedua, ada pelajar yang tidak mahir dalam menggunakan Powerpoint template yang diberi oleh guru maka mereka mengambil gambar untuk memaparkan jawapan mereka semasa aktiviti kumpulan dan individu. Untuk mengatasi masalah ini, Google Jamboard boleh digunakan supaya semua pelajar mempunyai lebih banyak peluang untuk berkolaborasi selain menggunakan slaid PowerPoint. Ketiga, 7 orang pelajar dapat jawapan terakhir dengan betul tetapi kurang satu langkah kerja melukis kawasan berlorek untuk mencari kebarangkalian. Saya perlu mengingatkan dan memberitahu semua pelajar untuk menggunakan lima langkah kerja yang dipelajari dalam penyelesaian masalah melibatkan taburan normal bagi mengukuhkan pemahaman secara mendalam dalam topik tersebut. Keempat, terdapat juga seorang pelajar mendapat jawapan yang salah kerana tidak pandai membaca sifir kebarangkalian. Saya perlu menunjukkan cara menggunakan sifir kebarangkalian secara terperinci kepada semua pelajar. Kitaran 2: Merancang Selepas melaksanakan kitaran kajian tindakan yang pertama, saya telah mengambil keputusan untuk meneruskan kitaran kedua kajian tindakan saya dengan mengubahsuai perancangan intervensi yang sebelum ini dari segi: 1. berfokus kepada cara melukis kawasan berlorek untuk mencari kebarangkalian 2. menggunakan sifir kebarangkalian supaya semua pelajar dapat memahami sepenuhnya subtopik itu Kitaran 2: Tindakan Pada 18 Mei 2021, kaedah SKA dilaksanakan untuk semua pelajar kelas 5 Peach melalui Google Meet pada jam 10.30 hingga 11.30 pagi. Pada mulanya, pelajar diberitahu tajuk yang dipelajari ialah Taburan Normal dan objektif pembelajaran ialah menyelesaikan masalah melibatkan Taburan Normal. Pencapaian semua pelajar kelas 5 Peach telah meningkat dengan drastik dari ujian pra ke kuiz 1. Sebanyak 82.76% pelajar gagal dan hanya 17.24% mendapat gred A semasa ujian pra. Tetapi, 58.62% pelajar mendapat gred A, 24.14% pelajar mendapat gred D dan hanya 3.45% mendapat gagal pada kuiz 1. Ini menunjukkan bahawa cara SKA dapat meningkatkan pencapaian pelajar Tingkatan 5 secara atas talian. Min meningkat dari 17.24 semasa ujian pra ke 70.69 untuk kuiz 1 dan 72.41 semasa kuiz 2. Sisihan piawai untuk ujian pra juga meningkat dari 37.77 ke 38.32 pada kuiz 1 tetapi menurun ke 33.70 pada kuiz 2. Peningkatan sisihan piawai sebanyak +0.55 untuk ujian pra dan kuiz 1 menunjukkan sebaran markah yang lebih luas dibandingkan dengan min dalam kuiz 1 tetapi penurunan sebanyak -4.62 berlaku untuk kuiz 1 dan kuiz 2.
22 Gred Markah Ujian pra Kuiz 1 Kuiz 2 Jumlah Peratus (%) Jumlah Peratus (%) Jumlah Peratus (%) A 100 5 17.24 17 58.62 16 55.17 D 50 0 0 7 24.14 10 34.48 G 0 24 82.76 1 3.45 1 3.45 Tidak hadir 0 0 4 13.79 2 6.9 Jumlah 29 100 29 100 29 100 Min 17.24 70.69 72.41 Sisihan piawai 37.77 38.32 33.70 Jadual 8 Analisis Pencapaian Peratusan Ujian Pra, kuiz 1 dan kuiz 2 Domain Bil item Markah min Markah maks Min Sisihan piawai Ujian pra 1 0 100 17.24 37.77 Kuiz 1 1 0 100 70.69 38.32 Kuiz 2 1 0 100 72.41 33.70 Perbezaan ujian (Kuiz 1 – pra) +53.45 +0.55 Perbezaan ujian (Kuiz 2 – pos 1) +1.72 -4.62 Jadual 9 Rumusan markah minimum, maksimum, min dan sisihan piawai Keberkesanan intervensi yang dijalankan boleh diperolehi melalui bilangan pelajar yang gagal pada ujian pra iaitu 24 orang menurun ke 1 orang. Selain itu, bilangan pelajar yang mendapat gred A meningkat dari 5 orang ke 17 pada kuiz 1 manakala cuma 16 orang di kuiz 2. Gred D juga meningkat dari 7 orang di kuiz 1 ke 10 orang di kuiz 2. Cabaran yang masih dihadapi ialah masih ada pelajar yang kurang jelas mengenai membaca sifir kebarangkalian dan lorekan graf Taburan Normal. Faktor kejayaan intervensi ini ialah semua pelajar 5 Peach memerlukan bimbingan melalui langkah demi langkah dan masa yang secukupnya untuk memahami dan menguasai penyelesaian masalah melibatkan taburan normal. Demonstrasi penggunaan saintifik kalkulator kepada semua pelajar Tingkatan 5 aliran Sains oleh untuk mendapat skor-z oleh pengkaji dengan bantuan Youtube video, buku manual
23 Casio fx-570EX yang disediakan oleh En. Amar Safwan bin Roslin dan khidmat nasihat daripada ketua panitia Matematik Tambahan sekolah saya, En. Foo Tze Yaw diharapkan boleh memperbaiki lagi keputusan semua pelajar Tingkatan 5 dalam topik ini. 2.7 CADANGAN TINDAKAN SELANJUTNYA Kaedah ini akan terus diguna oleh saya ke atas subjek Matematik Tambahan untuk semua kelas Tingkatan Lima yang diajar kerana kaedah ini sesuai dan berkesan. Hanya semua pelajar kelas 5 Peach di SMK St. Mary yang terpilih sebagai responden untuk kajian ini. Saya bercadang menjalankan kajian tindakan ini ke atas semua pelajar dari kelas 5 Duncombe yang mempunyai keputusan Matematik Tambahan yang lebih baik supaya data yang diperolehi adalah lebih nyata dan menyeluruh. Rupa bentuk teknik asas kaedah SKA ialah memecahkan semua langkah penyelesaian untuk satu soalan kepada sekurang-kurangnya 5 langkah bergantung kepada jenis soalan supaya mudah difahami oleh semua pelajar. Penggunaan kaedah SKA bukan sahaja boleh digunakan di Matematik Tambahan malah juga boleh digunakan oleh guru subjek Matematik serta subjek lain yang mengajar tingkatan yang berbeza sama ada di kelas talian atau kelas bersemuka. Ini membolehkan kajian tindakan ini membawa makna yang lebih besar kerana dapat membantu lebih banyak pelajar secara berkesan. 3.0 KESIMPULAN Secara kesimpulan, kajian tindakan saya yang menggunakan kaedah SKA sebagai intervensi terhadap masalah pelajar dalam topik Taburan Normal telah menunjukkan bahawa bimbingan langkah demi langkah untuk pelajar adalah sangat penting. Tambahan, jika penyelesaian masalah untuk satu soalan Matematik Tambahan yang kompleks dapat dipecahkan kepada bahagian-bahagian yang kecil, adalah lebih mudah untuk pelajar-pelajar saya untuk memahami dan menguasainya. Dengan melaksanakan kajian tindakan, saya telah dapat merancang dan melaksanakan intervensi saya dengan berkesan dan seterusnya membantu saya untuk menyelesaikan isu pembelajaran yang dihadapi oleh pelajar-pelajar saya. 4.0 RUJUKAN (JIKA ADA) Albert, L.R, Corea, D. & Macadino, V. 2012. Rhetorical Ways of Thinking Vygotskian Theory and Mathematical Learning. New York: Springer. Glasersfeld, E.D. 1989. Cronstructivism in Education. http://www. vonglasersfeld. com/114 [4 Jun 2013]. Hadiah Senin (1997). Faktor-faktor yang mempengaruhi prestasi pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Sejarah. Projek Penyelidikan Sarjana Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia. National Council of Teachers of Mathematics (NCTM) (2000). Principles and standards for School Mathematics. Noraini Omar (2008). Faktor-faktor yang Mempengaruhi Pencapaian Pelajar Dalam Mata Pelajaran Pendidikan Islam Tingkatan Lima. Jurnal Pendidikan, Institut Perguruan Tun Abdul Razak, Sarawak.
24 Nor Hidayah Binti Mohamed (2004). Pembinaan E-Modul Mata Pelajaran Hidrologi: Kajian Di Politeknik Shah Alam. Tesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn. Phang, F. A., Abu, M. S., Ali, M. B., & Salleh, S. (2014). Faktor penyumbang kepada kemerosotan penyertaan pelajar dalam aliran sains: Satu analisis sorotan tesis. Sains Humanika, 2, 63-71. Vygotsky, L. S. (1978). Mind in society: The development of higher psychological processes. Cambridge, MA: Harvard University. Yap Ji Lin dan Siti Rahaimah Ali. (2018). Keberkesanan Pendekatan Model Bar Dalam Penyelesaian Masalah Berayat Matematik Operasi Tolak Tahun Empat. Jurnal Pendidikan Sains & Matematik Malaysia.
25 NAMA GURU PENYELIDIK: Masnah binti Alhadi MATA PELAJARAN: Matematik SEKOLAH/ DAERAH/ PPD: SMK Seri Setia, Kuching TAJUK KAJIAN TINDAKAN: Meningkatkan kemahiran menyelesaikan masalah berayat Matematik dengan Kaedah BUCK RAKAN PEMBIMBING: Marini binti Hussain KUMPULAN SASARAN: 7 orang murid Tingkatan 2 Arif 1.0 ISU PEMBELAJARAN DALAM KAJIAN TINDAKAN 7 orang murid ini menguasai operasi asas matematik namun mereka tidak dapat menyelesaikan masalah berayat dan soalan melibatkan gambar rajah. 2.0 PELAKSANAAN KAJIAN TINDAKAN (KITARAN KAJIAN TINDAKAN) Kajian tindakan ini telah dilaksanakan dalam dua kitaran, iaitu: a. Kitaran 1: Pemerhatian b. Kitaran 1: Refleksi c. Kitaran 1: Rancangan d. Kitaran 1: Tindakan e. Kitaran 2: Pemerhatian semula f. Kitaran 2: Refleksi semula 2.1 CATATAN PEMERHATIAN Seramai 29 orang murid tingkatan 1A 2020 dari SMK Seri Setia, telah menduduki ujian literasi matematik murid tingkatan 1 PKL 2020. Berdasarkan analisis item literasi matematik murid tingkatan 1 PKL 2020, item 3.2 dan 2.2b seramai 27/29 murid 1A memberi jawapan yang salah, manakala item 2.2a dan 2.2c seramai 24/29 orang murid 1A memberi jawapan yang salah. Berdasarkan analisis keputusan PKL untuk PPD Kuching, item 3.2 merupakan soalan yang ramai murid memberi jawapan yang salah, diikuti item 2.2b dan item 2.2a. Berdasarkan analisis ini, saya berminat untuk memberi semula soalan tersebut kepada murid 2 Arif untuk mengenalpasti masalah mengapa ramai murid tidak dapat menjawab soalan tersebut. 2.1.1 PEMERHATIAN ISU Pemerhatian 1 : Pemerhatian dibuat berdasarkan analisis jawapan yang murid – murid tulis dalam ujian 1 yang diadakan pada 5 Mei 2021, kebanyakan murid tidak dapat menjawab soalan menyelesaikan masalah berayat dan soalan melibatkan gambar rajah. Pemerhatian 2 : Murid hanya terus menulis jawapan tanpa menganalisis maklumat yang diberi dalam soalan serta tidak tunjuk langkah pengiraan yang sistematik dalam proses mendapatkan jawapan.
26 2.1.2 ANALISIS DOKUMEN BERKAITAN DENGAN ISU 2.2 CATATAN REFLEKSI Refleksi ke atas pemerhatian isu murid dalam kemahiran menjawab soalan menyelesaikan masalah berayat dan soalan melibatkan gambar rajah telah dilaksanakan. Inkuiri Kendiri berdasarkan Pemerhatian 1: Mengapa murid tidak dapat menjawab soalan menyelesaikan masalah berayat dan soalan melibatkan gambar rajah. Refleksi terhadap Inkuiri Kendiri 1: Murid tidak mempunyai kemahiran menganalisis soalan berbentuk masalah berayat dan soalan melibatkan gambar rajah. Murid kurang mendapat bimbingan daripada guru secara bersemuka dan kehadiran dalam PdPR yang tidak mendapat sambutan daripada murid menyukarkan guru untuk memberi tunjuk ajar yang sewajarnya. Matlamat 1: Memastikan murid dapat menyelesaikan masalah berayat dan soalan melibatkan gambar rajah. Cadangan Penyelesaian 1: Memperkenalkan Kaedah BUCK kepada murid semasa sesi kelas dalam talian dengan mengaplikasikan Kaedah BUCK semasa membincangkan jawapan Ujian 1. Inkuiri Kendiri berdasarkan Pemerhatian 2: Mengapa saya tidak berjaya membuat murid menguasai kemahiran menjawab soalan menyelesaikan masalah berayat dan soalan melibatkan gambar rajah. Refleksi terhadap Inkuiri Kendiri 2: Semasa PdPR, agak sukar untuk saya memberi pendedahan penggunaan Jawapan Ujian 1 murid 4 Jawapan Ujian 1 murid 5 Jawapan Ujian 1 murid 3
27 Kaedah BUCK kepada murid dengan lebih kerap kerana kehadiran murid untuk kelas dalam talian atau luar talian tidak mendapat sambutan daripada murid. Beberapa orang murid menggunakan data internet ibu bapa, ini bermakna mereka tidak dapat mengikuti kelas secara atas talian sebab ibu bapa bekerja. Masalah utama, murid tidak mempunyai data internet yang mencukupi kerana kelas secara dalam talian menggunakan aplikasi Google Meet memerlukan data yang banyak. Masalah talian internet yang perlahan turut menyukarkan murid untuk mengikuti kelas secara dalam talian. Oleh yang demikian, mereka minta supaya kelas dilaksanakan secara luar talian menggunakan aplikasi whatsapp sahaja. Namun begitu, tidak ramai murid yang menghantar latihan yang diberi. Murid turut menyatakan bahawa mereka tidak berminat untuk mengikuti kelas semasa PdPR. Matlamat 2: Memberi penekanan penggunaan Kaedah BUCK semasa perbincangan menjawab soalan menyelesaikan masalah berayat dan soalan melibatkan gambar rajah. Cadangan Penyelesaian 2: Memberi latihan intervensi dengan mengaplikasi Kaedah BUCK semasa menjawab soalan menyelesaikan masalah berayat dan soalan melibatkan gambar rajah berdasarkan tajuk semasa yang diajar. 2.3 CATATAN PERANCANGAN Berdasarkan refleksi isu pembelajaran iaitu kelemahan dalam kemahiran menjawab soalan menyelesaikan masalah berayat dan soalan melibatkan gambar rajah telah dikenalpasti untuk mencapai objektif. Objektif: 1. Meningkatkan kemahiran murid dalam menyelesaikan masalah berayat dan soalan melibatkan gambar rajah matematik dengan kaedah BUCK. Intervensi : Penggunaan Kaedah BUCK meningkatkan kemahiran murid dalam menyelesaikan masalah berayat dan soalan melibatkan gambar rajah matematik untuk kelas PdPR.
28 Langkah 1 Peranan Guru : a.Memperkenalkan Kaedah BUCK menggunakan aplikasi Google Meet semasa membincangkan jawapan ujian 1 pada 6 Mei 2021. Peranan Murid : a. Mempelajari cara – cara menggunakan Kaedah BUCK untuk menyelesaikan masalah berayat dan soalan melibatkan gambar rajah matematik.
29 Langkah 2 Peranan Guru : a.Membuat soalan untuk ujian 2 dan memberi soalan melalui aplikasi whatsapp. Murid diberi masa untuk menjawab soalan tersebut. Peranan Murid : a. Menjawab soalan diberi dengan mengaplikasikan Kaedah BUCK. Keberkesanan Intervensi: 1. Berdasarkan daripada komen murid untuk soalan diberikan untuk ujian 1 adalah seperti berikut : 1B ) Saya hanya menjawab berdasarkan pemerhatian daripada jadual dan memilih tayar yang telah dihasilkan pada masa yang paling hampir dengan minggu kelima tahun 2019 1C ) Berdasarkan jawapan saya di 1B , saya telah memilih jawapan 1C kerana tayar bettin mempunyai bilangan kilometer per RM yang tertinggi 1D ) Saya telah membuat kesilapan dengan mendarab jumlah wang daripada 20% diskaun dari RM 175 dengan 2. 2. Manakala untuk ujian 2, komen murid adalah seperti berikut : Bagi soalan yang nombor dua , saya keliru bahagian jumlah keseluruhan eksport bagi kedua-dua tahun sebab serupa ratus ribu akan tetapi nilainya juta . Jadi ada sedikit perselisihan faham di situ menyebabkan kedua-dua jawapan saya salah . Bagi soalan nombor satu yang (c) itu pula , saya salah memahami soalan jadi saya mencari peratusan bagi kedua-dua jumlah bilangan pelancong tempatan & luar negara SAHAJA. 3.Murid dapat menganalisis maklumat menggunakan Kaedah BUCK untuk menyelesaikan masalah berayat dan soalan melibatkan gambar rajah matematik.
30 Komen murid Kaedah BUCK lebih senang difahami berbanding Model Polya. 2.4 CATATAN TINDAKAN Proses pelaksanaan intervensi telah dijalankan dalam tempoh 6.5.2021 ke 20.5.2021 selama dua minggu. Keliru simbol koma atau titik
31 RPH (Rujuk Lampiran) untuk PdPR meningkatkan kemahiran murid dalam menyelesaikan masalah berayat dan soalan melibatkan gambar rajah matematik dengan Kaedah BUCK telah dilaksanakan pada 6 Mei 2021 – secara dalam talian Langkah 1 hingga 2 dalam catatan perancangan telah dilaksanakan menerusi RPH untuk meningkatkan kemahiran murid dalam menyelesaikan masalah berayat dan soalan melibatkan gambar rajah matematik dengan Kaedah BUCK. Hasil kerja murid telah dikumpul sebagai eviden untuk menunjukkan perubahan sebelum dan selepas intervensi. Cabaran dihadapi semasa Intervensi: Penglibatan murid tidak ramai semasa kelas dalam talian mahupun luar talian bagi kelas 2 Arif menyukarkan saya untuk membuat intervensi. Daripada 7 orang murid yang disasarkan, hanya 3 orang yang mengikuti kelas dalam talian dan mereka diberi penerangan penggunaan Kaedah BUCK semasa membuat pembetulan ujian 1. Saya turut menghantar nota berkaitan Kaedah BUCK melalui aplikasi whatsapp untuk rujukan murid yang tidak mengikuti kelas secara dalam talian. Sikap murid yang sambal lewa dan tidak mengambil endah dengan apa yang dikongsikan oleh guru dalam kumpulan whatsapp menyebabkan intervensi yang dijalankan kurang menampakkan keberkesanannya. 2.5 CATATAN PEMERHATIAN SEMULA Perubahan dalam pencapaian murid dari segi kemahiran murid dalam menyelesaikan masalah berayat dan soalan melibatkan gambar rajah matematik diperhatikan dengan teliti. Perbandingan sebelum dan selepas intervensi: Sebelum Intervensi Selepas Intervensi Murid 3 Murid 3
32 Sebelum Intervensi Selepas Intervensi Murid 4 Murid 4 Sebelum Intervensi Selepas Intervensi Murid 5 Murid 5 Berdasarkan eviden sebelum intervensi, boleh diperhatikan bahawa murid 3, murid 4 dan murid 5 tidak menganalisis maklumat dalam soalan dan tidak menunjukkan langkah pengiraan yang lengkap dan sistematik semasa menjawab soalan diberi. Selepas penggunaan Kaedah Buck dan intervensi seperti di dalam Catatan Perancangan dan Tindakan, didapati murid 4 dan murid 5 ada cuba mengaplikasikan Kaedah BUCK semasa membaca soalan, walaupun hanya menggunakan U iaitu gariskan maklumat yang penting. Tahap Pencapaian Objektif: 7 orang murid yang lemah dalam kemahiran menyelesaikan masalah berayat dan soalan melibatkan gambar rajah matematik telah menunjukkan perubahan dalam kemahiran tersebut.
33 2.6 CATATAN REFLEKSI SEMULA Refleksi semula dibuat untuk mengenalpasti kejayaan atau kegagalan intervensi saya. Isu meningkatkan kemahiran menyelesaikan masalah berayat dan soalan melibatkan gambar rajah matematik dengan Kaedah Buck belum dapat diselesaikan. Penjelasan Kejayaan Intervensi: Kaedah ini mengikut strategi parafrasa yang diutarakan oleh Montague (2005) dan strategi Subgol oleh Aida Suraya (1989) dalam konteks yang lebih mudah dan menarik perhatian murid - murid sekolah. Kaedah ini lebih berfokus kepada maklumat-maklumat yang boleh membantu murid memahami masalah-masalah bukan rutin dalam matematik. Kehadiran murid semasa PdPR yang kurang memuaskan menyebabkan intervensi tidak dapat dilaksanakan dengan jayanya. Soalan yang saya bina agak mengelirukan murid. Untuk soalan 1C, murid ingatkan mencari peratusan untuk pelancong tempatan dan pelancong luar negara secara berasingan manakala untuk soalan 2, nilai eksport bagi tahun 2009 dan 2010 agak mengelirukan, murid keliru sama ada simbol itu tanda koma atau titik. Pada masa akan datang, saya akan memperbaiki kelemahan ini dan memastikan soalan yang melibatkan rajah yang sumbernya diambil dari internet adalah jelas atau perlu diubahsuai berdasarkan teknik penyoalan yang tepat. 2.7 CADANGAN TINDAKAN SELANJUTNYA Daripada pemerhatian di atas, hanya 2 orang murid yang mengaplikasikan “U” iaitu gariskan maklumat penting semasa menjawab soalan diberi. Murid zaman sekarang lebih suka kepada sesuatu yang mudah dan ringkas. Oleh yang demikian,untuk kajian akan datang,saya akan mengubahsuai Kaedah BUCK kepada kaedah BTS iaitu B-bariskan maklumat penting T- tuliskan maklumat diperlukan S-selesaikan Dengan Kaedah BTS murid dibimbing untuk bariskan maklumat penting, tulis maklumat yang diperlukan dan tunjukkan cara langkah kerja yang sistematik dan teratur semasa selesaikan soalan diberi. Kaedah BTS akan saya dedahkan kepada murid tingkatan 2 Arif dan kelas – kelas lain yang saya ajar bagi tajuk semasa. Dengan penekanan Kaedah BTS dalam menyelesaikan setiap soalan , diharapkan murid ada usaha untuk menjawab soalan penyelesaian masalah semasa peperiksaan. Sepanjang 18 tahun saya berkhidmat sebagai guru matematik, kebanyakan murid menengah rendah tidak akan menjawab langsung soalan bahagian C yang berbentuk menyelesaikan masalah berayat matematik. Manakala untuk murid menengah atas, soalan matematik kertas 2 adalah berbentuk subjektif, jika keadaan ini tidak dibendung dari sekarang, maka menghantar jawapan kosong akan menjadi kebiasaan bagi murid. Selain itu, semakin ramai murid akan keciciran subjek matematik memandangkan sekarang soalan berbentuk Kemahiran Berfikir Aras Tinggi semakin dititikberatkan dalam peperiksaan sama ada dalam soalan objektif dan subjektif. Oleh itu, intervensi ini akan dirangka dalam bentuk
34 carta seperti di bawah: CARTA INTERVENSI 1. Memberi soalan diagnostik berbentuk menyelesaikan masalah berayat matematik 2. Mengenal pasti masalah murid 3. Memperkenalkan Kaedah BTS 4. Memberi soalan peneguhan berbentuk menyelesaikan masalah berayat matematik 5. Membudayakan amalan penyelesaian masalah berayat di kalangan murid dengan membuat soalan latih tubi 3.0 KESIMPULAN Secara kesimpulan, pelaksanaan kajian tindakan adalah perlu untuk guru menambahbaik PdPR atau PdPC. Jika isu pembelajaran dapat diatasi dengan intervensi yang sesuai dengan tahap penguasaan murid, maka guru dapat menarik minat murid untuk belajar matematik dan secara tidak langsung akan meningkatkan peratus kelulusan matematik peringkat sekolah, daerah dan negeri. Harapan saya, moga aura kumpulan BTS dari Korea dapat menarik minat murid untuk mengetahui apakah kaedah tersebut serta dapat mengaplikasikan Kaedah BTS semasa menjawab soalan menyelesaikan masalah berayat matematik. 4.0 RUJUKAN (JIKA ADA) 1. Kumarasamy, M. (2019). Penggunaan Kaedah Buck dalam Menyelesaikan Masalah Berayat Matematik. International Journal of Education, Psychology and Counseling, 4 (31), 56-66. 2. Smartatmath (2011, Mac 11). Easy system to solve word problems [Video file]. http://www.youtube.com/watch?v=WQYzOpcnWxs
35 NAMA GURU PENYELIDIK: Loh Sin Ling MATA PELAJARAN: Matematik Tambahan SEKOLAH/ DAERAH/ PPD: SMK St Joseph, Kuching TAJUK KAJIAN TINDAKAN: Meningkatkan Konsep Asas Matematik Murid Tingkatan 4 dan 5 dalam Topik Hukum Indeks Mata Pelajaran Matematik Tambahan dengan Penggunaan Latihan U2 RAKAN PEMBIMBING: Dr Kho Siaw Hui KUMPULAN SASARAN: 22 orang pelajar 4C 1.0 ISU PEMBELAJARAN DALAM KAJIAN TINDAKAN 22 Pelajar di kelas 4C SMK ST JOSEPH KUCHING lemah dalam asas matematik. Secara lebih spesifik, mereka menghadapi masalah membuat operasi tambah, tolak, darab dan bahagi bagi pecahan, nombor negatif dan titik perpuluhan. Tambahan lagi Kebanyakan pelajar juga tidak dapat hafal sifir. Hal ini menjadi mereka mengalami masalah apabila mereka menemui soalan nombor indeks di matematik tambahan. 2.0 PELAKSANAAN KAJIAN TINDAKAN (KITARAN KAJIAN TINDAKAN) Kajian tindakan ini telah dilaksanakan dalam dua kitaran iaitu: a. Kitaran 1: Pemerhatian b. Kitaran 1: Refleksi c. Kitaran 1: Rancangan d. Kitaran 1: Tindakan e. Kitaran 2: Pemerhatian semula f . Kitaran 2: Refleksi semula 2.1 CATATAN PEMERHATIAN Pemerhatian ke atas sesi soalan-jawab dan kerja murid telah dilakukan sepanjang tempoh 5.4.21 ke 13.4.21 semasa kelas bersemuka dalam topik menyelesaikan persamaan quadratik dengan cara penyempurnaan kuasa dua. Pemerhatian 1: Untuk meningkatkan penglibatan pelajar sasaran iaitu pelajar 4C semasa PdPC topik menyelesaikan persamaan quadratic dengan cara penyempurnaan kuasa dua, saya mengemukakan soalan pelbagai tahap kepada pelajar. Soalan ditanya dari cara menambah dan menolak kuasa dua ( coefficient of x / 2) , cara membentuk square term dan cara mendapat jawapan untuk x. Pelajar dapat memberi langkah utama iaitu menambah dan menolak kuasa dua ( coefficient of x / 2). Pelajar juga tanya bagaimana untuk mendapat square term sebelum saya menjelaskannya, saya amat gembira terhadap sikap ingin tahu di kalangan pelajar. Pelajar juga boleh memberi jawapan akhir dengan bantuan kalkulator dengan baik. Kelas dikatakan amat seronok dan memuaskan.
36 Pemerhatian 2: Saya telah membuat quiz yang mengandungi satu soalan menyelesaikan persamaan quadratic dengan menggunakan formula dan penyempurnaan kuasa dua pada 12.4.21 dan 13.4.21. Berdasarkan penilaian ke atas hasil kerja pelajar pada 12.4.21, 22/22 tidak dapat buat kuasa dua untuk pecahan dalam penyempurnaan kuasa dua. Maka, semua pelajar tidak dapat melengkapkan quiz ini. Saya bagi kuiz yang sama pada 13.4.21, dan saya mendapati kebanyakan pelajar masih tidak dapat jawab soalan ini dan berhenti selepas buat buat langkah pertama iaitu menambah dan menolak kuasa dua ( coefficient of x / 2), rupa-rupanya mereka sudah lupa dan takut apabila berjumpa dengan pecahan yang mempunyai indeks, dan hasil tambah, ataupun tolak pecahan yang mempunyai indeks. Berikut adalah contoh jawapan pelajar:
37 2.2 CATATAN REFLEKSI Dalam situasi pandemic COVID – 19 yang sedang dihadapi, refleksi ke atas pemerhatian isu pelajar dalam asas matematik telah dilaksanakan. Inkuiri Kendiri berdasarkan Pemerhatian 1: Kenapa pelajar boleh jawab secara lisan? Refleksi terhadap inkuiri Kendiri 1: Pelajar dapat memberi jawapan dengan baik mungkin disebabkan saya memberi soalan yang asas dan lebih kurang sama berulang-ulang. Saya juga memberi bantuan sekiranya pelajar yang ditanya tidak faham sebab asasnya tidak kukuh. Saya juga akan memberi contoh mudah mengenai konsep asas yang perlu dikuasai pelajar sebelum topik ini supaya pelajar boleh faham. Contohnya 1/ ½ sebenarnya ialah 1 bahagi ½ ataupun 1 darab 2/1. Saya akan memberi pujian kepada mereka yang dapat jawab. Matlamat 1: Memastikan pelajar diberi soalan dari mudah ke susah secara berulang-ulang. Cadangan Penyelesaian 1: Guru sediakan soalan latihan berulang-ulang dari aras rendah ke aras tinggi. Inkuiri Kendiri berdasarkan Pemerhatian 2: Kenapa pelajar tidak boleh jawab quiz? Apakah pencapaian mereka semasa tingkatan 1, 2 dan 3? Refleksi terhadap inkuiri Kendiri 2: