The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Buku ini merupakan satu kompilasi hasil-hasil kajian tindakan yang dihasilkan oleh guru-guru sekolah rendah dan sekolah menengah di bawah Pejabat Pendidikan Daerah Kuching.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ppd-y010-cm33, 2023-05-17 21:25:47

Pembudayaan Kajian Tindakan di Sekolah: Kompilasi Kajian Tindakan Berasaskan Templat 2021

Buku ini merupakan satu kompilasi hasil-hasil kajian tindakan yang dihasilkan oleh guru-guru sekolah rendah dan sekolah menengah di bawah Pejabat Pendidikan Daerah Kuching.

Keywords: Kajian Tindakan,Profesionalisme Perguruan;,Pembelajaran Berterusan;,Pembangunan Profesionalisme Berterusan;

188 Pemenang Kajian Tindakan Saguhati Membantu Murid Pemulihan Mengecam Huruf Kecil dengan Menggunakan Nama Watak Kartun BONG CHAN CHAN (SJK STAMPIN) Meningkatkan Penyertaan Murid Mengikuti Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah di Kalangan Murid Pemulihan Tahun 3 dalam Subjek Matematik dengan Menggunakan "Interactive Maths Games" sebagai Alternatif kepada Buku Modul Pemulihan Matematik semasa Perintah Kawalan Pergerakan Malaysia 2021 (Pandemik COVID-19) CELINA AK STEPHEN & URSULA ULAH AK THOMAS BAKIT BARAU (SK ST TERESA)


189 NAMA GURU PENYELIDIK: Bong Chan Chan MATA PELAJARAN: Pendidikan Pemulihan Khas SEKOLAH/ DAERAH/ PPD: SJK Stampin TAJUK KAJIAN TINDAKAN: Membantu Murid Pemulihan Mengecam Huruf Kecil dengan Menggunakan Nama Watak Kartun RAKAN PEMBIMBING: Judith Yeo Suan Choo KUMPULAN SASARAN: 4 orang Murid Pemulihan Tahun 2 1.0 ISU PEMBELAJARAN DALAM KAJIAN TINDAKAN 4 orang murid ini dipilih kerana mempunyai skor yang paling rendah semasa ujian pentaksiran dijalankan. Kumpulan ini bukan sahaja tidak dapat menulis dengan tepat tetapi juga tidak dapat membunyikan huruf yang ditunjuk secara rawak dengan betul. 2.0 PELAKSANAAN KAJIAN TINDAKAN (KITARAN KAJIAN TINDAKAN) Kajian Tindakan ini telah dijalankan dalam satu kitaran: a. Kitaran 1: Pemerhatian b. Kitaran 1: Refleksi c. Kitaran 1: Rancangan d. Kitaran 1: Tindakan 2.1 CATATAN PEMERHATIAN Pemerhatian ke atas tahap penguasaan dan proses pembelajaran murid telah dibuat pada 8 Mac hingga 16 April secara bersemuka. Pada tempoh ini, murid menghadapi masalah untuk menyebut dan menulis huruf kecil dengan betul. Mengikut DSKP pemulihan, salah satu kemahiran membaca dan menulis yang perlu dikuasai murid ialah: 2.1 Asas membaca dan memahami 2.1.1 (ii) Membaca dengan sebutan yang betul; konsonan 3.1 Asas menulis 3.1.1 (i) Menulis secara mekanis; huruf Pemerhatian 1:Menyanyi lagu huruf Murid suka dan dapat menyanyi lagu ABC dengan iringan muzik dengan baik.Cuma sebutan bagi huruf z disebut sebagai “zee”. Pemerhatian 2:Membunyikan huruf kecil Murid dapat menyebut huruf kecil mengikut urutan a hingga z kerana dapat menghafal lirik lagu huruf.Murid tidak dapat menyebut huruf yang ditunjuk secara rawak dengan 100%.Murid akan menghafal dari huruf a untuk menyebut huruf yang ditunjuk. Pemerhatian 3: Menyusun bongkah huruf dengan merujuk carta huruf Murid dapat menyusun huruf a hingga z mengikut urutan dengan


190 betul tetapi dalam susunan huruf ada huruf kecil dan besar. Pemerhatian 4: Menyusun bongkah huruf tanpa carta huruf Murid hanya dapat menyusun huruf 5/26 huruf (a hingg e) mengikut urutan dengan betul dan ada yang tertinggal huruf dalam susunan. Pemerhatian 5: Menulis huruf kecil mengikut urutan Murid hanya dapat menulis 4/ (a,b,c,e,o,s,u) mengikut urutan dengan betul (a) Jadual 1: Analisis ujian pentaksiran bagi konstruk 1(b) Linus yang menggunakan (b) Kedua-dua gambar menunjukkan hasil murid yang diuji semasa ujian pentaksiran dijalankan 2.2 CATATAN REFLEKSI Refleksi ke atas isu pengajaran dan pembelajaran telah dibuat secara pemerhatian semasa PdP bersemuka dan Google Meet


191 Inkuiri kendiri berdasarkan pemerhatian 1: Mengapakah murid tidak dapat menyebut huruf z dengan betul? Refleksi terhadap inkuiri kendiri 1: Murid keliru dengan versi lagu huruf ABC Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris yang diperdengarkan. Matlamat 1: Memastikan murid dapat mengingat dan menyebut huruf z dengan betul Cadangan Penyelesaian 1: Memaparkan huruf z di papan tulis dan meminta murid menyebutnya setiap kali sebelum kelas bermula Inkuiri kendiri berdasarkan pemerhatian 2: Mengapakah murid tidak dapat menyebut huruf a hingga z yang ditunjuk secara rawak? Refleksi terhadap inkuiri kendiri 2: Murid dapat mengingat huruf melalui nyanyian tetapi tidak mengecam huruf yang dinyanyikan Matlamat 2: Memastikan murid dapat menguasai 26/26 huruf yang ditunjuk secara rawak Cadangan Penyelesaian 2: Penggunaan cara atau aktiviti psikomotor yang dapat menarik minat dan membantu murid mengenal dan mengecam huruf Inkuiri kendiri berdasarkan pemerhatian 3: Mengapakah susunan huruf murid berpandukan carta terdapat campuran bongkah huruf kecil dan besar? Refleksi terhadap inkuiri kendiri 3: Murid tidak dapat membezakan bentuk huruf kecil dan besar semasa aktiviti susunan dijalankan.Tambahan pula, carta yang ditunjukkan mempunyai huruf kecil dan besar yang tidak diasingkan. Matlamat 3: Memastikan murid dapat menyusun 26/26 huruf kecil mengikut urutan dengan betul berpandukan carta Cadangan Penyelesaian 3: Penyediaan carta huruf kecil sahaja kepada setiap murid semasa aktiviti menyusun huruf diberi


192 Inkuiri kendiri berdasarkan pemerhatian 4: Mengapakah murid tidak dapat menyusun huruf a hingga z tanpa carta huruf? Refleksi terhadap inkuiri kendiri 4: Murid tidak dapat meningat,menghafal,mengecam huruf kecil dengan sepenuhnya tanpa bahan rangsangan. Matlamat 4: Memastikan murid dapat mengenal dan mengecam 26 huruf kecil Cadangan Penyelesaian 4: Latih tubi menghafal dan membaca huruf perlu diperba-nyak dan dipelbagaikan secara ansur maju. Kelas bim-bingan awal pagi boleh dijalankan untuk kumpulan murid yang sangat lemah. Inkuiri kendiri berdasarkan pemerhatian 5: Mengapakah murid tidak mampu untuk menulis huruf a hingga z dengan betul? Refleksi terhadap inkuiri kendiri 5: Murid belum dapat menguasai huruf kecil dari segi bacaan.Secara tidak langsung, murid juga tidak mampu untuk menulis huruf kecil dengan tepat. Matlamat 5: Memastikan murid dapat menulis huruf kecil a hingga z dengan tapat sama ada mengikut urutan atau secara rawak. Cadangan Penyelesaian 5: Latih tubi menulis dan ejaan bagi huruf akan diberi dari masa ke semasa. Penggunaan modul huruf yang lebih fokus boleh disediakan. 2.3 CATATAN PERANCANGAN Berdasarkan refleksi dan isu pemerhatian yang dibuat, perancangan intervensi telah dikenalpasti untuk mencapai objektif yang ditetapkan. Objektif: 1.Meningkatkan kemahiran membaca dan menulis huruf kecil a hingga z sama ada mengikut urutan atau secara rawak dengan betul. Intervensi: Penggunaan nama kartun yang popular untuk membantu murid mengecam 26 huruf kecil sama ada mengikut urutan atau secara rawak


193 Langkah1: Peranan guru: a. Menunjukkan gambar kartun mengikut urutan huruf mengikut kumpulan urutan a-g,h-n,o-u,v-y secara ansur maju kepada murid Peranan murid: a. Menyebut dan mengecam huruf melalui gambar kartun yang ditunjuk Langkah 2: Peranan guru: a. Menunjukkan kad huruf mengikut urutan dan secara rawak. Peranan murid: a. Murid menyebut nama kartun bagi huruf berkenaan dan sebaliknya Langkah 3: Peranan guru: a. Aktiviti memadankan/melekatkan kad huruf kecil dengan gambar kartun Peranan murid: a.Murid melengkapkan aktiviti latihan yang disediakan. b.Penghantaran hasil kerja melalui Google Classroom dan whatssaps Keberkesanan Intervensi: 1.Murid seronok dan tertarik dengan gambar watak kartun yang dikenali masing-masing 2. Murid menunjukkan peningkatan dari segi mengecam huruf kecil.(Penilaian dibuat berpandukan pemerhatian semasa Google Meet dijalankan) 2.4 CATATAN TINDAKAN Proses pelaksanaan intervensi telah dijalankan pada tempoh 8.3.2021 ke 18.6.2021 (Banyak aktiviti dan tugasan tidak dapat dilaksanakan kerana pandemik-19 dan murid tidak dapat mengikuti Google Meet) 8.3.2021 sehingga 16.4.2021: pelaksanaan PdP secara bersemuka 19.4.2021 hingga 18.6.2021: Penggunaan aplikasi Google Meet, Whatssapas,Messenger Room untuk PdP. -Kaedah ini tidak membawa kesan yang positif kerana murid mempunyai kekangan peranti. -Penilaian dan data yang lebih jitu dan menyeluruh tidak dapat dibuat


194 Semasa intervensi dijalankan, murid ternyata mempunyai perubahan dari sikap dan minat untuk belajar.Murid dapat menunjukkan peningkatan untuk mengecam huruf melalui gambar dan nama kartun. Dalam sesi pembelajaran di ru-mah, persediaan murid dari segi peranti, pelan data dan motivasi kendiri adalah cabaran utama yang dihadapi. Ker-jasama daripada ibu bapa juga amat penting untuk memas -tikan PdP dapat disampaikan kepada murid. 2.5 CADANGAN TINDAKAN SELANJUTNYA Kajian tindakan ini akan dijalankan semula untuk murid-murid Tahun 1 apabila sesi persekolahan dibuka.Ini bertujuan untuk mendapatkan data yang lebih jitu dan keberkesanan bahan bantu mengajar dalam membantu murid mengecam 26 huruf kecil dari segi lisan dan bertulis.Di samping itu, banding beza keberhasilan kaedah pembelajaran atas talian dan bersemuka untuk murid-murid pemulihan juga dapat dibuat. 3.0 KESIMPULAN Pelaksanaan kajian tindakan semasa pandemik COVID-19 merupakan satu cabaran dan halangan kepada guru. Namum,proses menimba ilmu berkajian tetap berterusan demi membantu murid mengatasi masalah pembelajaran yang dihadapi.Selain itu, didapati pengajaran dan pembela -jaran berasaskan masalah dan didik hibur akan memberi kesan yang positif kepada murid-murid pemulihan. 4.0 RUJUKAN (JIKA ADA) (a) http://journalarticle.ukm.my/8598/1/71- 80_Noor_Aini_et_al.UPSI_0.pdf (b) https://123dok.com/document/zwrx10gy-terapi-meningkatkankemahiran-mengenal-menulis-sekolah-rendah-pedalaman.html 5.0 LAMPIRAN (JIKA ADA) (a)Aktiviti PdP yang dijalankan secara bersemuka Murid menyusun bongkah huruf yang disediakan Murid membunyikan kad huruf yang diberi secara rawak


195 (b) Aktiviti melalui aplikasi Google Meet Murid membunyikan huruf kecil mengikut urutan


196 NAMA GURU PENYELIDIK: Celina Anak Stephen dan Ursula Ulah Anak Thomas Bakit Barau MATA PELAJARAN: Pendidikan Pemulihan Khas SEKOLAH/ DAERAH/ PPD: SK St Teresa TAJUK KAJIAN TINDAKAN: Meningkatkan penglibatan murid mengikuti Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah di kalangan murid-murid pemulihan Tahun 3 dalam subjek Matematik dengan menggunakan “Interactive Maths Games” sebagai alternatif kepada Buku Modul Pemulihan Matematik semasa Perintah Kawalan Pergerakan Malaysia 2021 (Pandemik Covid-19) RAKAN PEMBIMBING: Nooraini binti Mahmud KUMPULAN SASARAN: 8 orang murid pemulihan Matematik Tahun 3, Sekolah Kebangsaan Saint Teresa, Kuching 1.0 ISU PEMBELAJARAN DALAM KAJIAN TINDAKAN Murid-murid pemulihan merupakan murid yang mengalami kesukaran khusus dari segi bacaan, penulisan dan pengiraan serta menjadi punca pencapaian rendah dalam hampir semua mata pelajaran. Menurut Yahya(2004) pula, membaca merupakan proses interaksi antara teks dengan imaginasi pembaca. Ini amat perlu bagi melahirkan murid-murid yang celik membaca, menulis dan mengira demi kelangsungan hidup mereka. Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah boleh dilaksanakan secara dalam talian atau luar talian atau secara off-site. Guru boleh melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah dengan menggunakan satu daripada kaedah ini atau gabungan kaedah mengikut kesesuaian. Bagi melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah untuk murid-murid pemulihan ini, kaedah luar talian digunakan kerana kebanyakan mereka berkongsi peranti di rumah. 1.1 REFLEKSI PEMBELAJARAN YANG LALU Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan pada awal tahun 2021, murid-murid pemulihan ini langsung tidak mengikuti kelas Matematik (Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah). Semasa Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah, kaedah yang digunakan adalah menggunakan WhatsApp untuk berkomunikasi, membuat latihan buku modul pemulihan dan menghantar lembaran kerja setelah diambil gambar “screenshot” melalui aplikasi WhatApps.


197 Paparan Youtube Video pengajaran yang diambil berkaitan dengan topik akan dihantar melalui aplikasi dan diikuti dengan latihan daripada buku modul pemulihan Matematik melalui WhatsApp. Setelah murid menyelesaikan latihan, mereka akan mengambil gambar hasil kerja latihan mereka dan menghantarnya kepada guru Matematik melalui aplikasi WhatsApp secara individu. Namun, tahap penglibatan murid amatlah sedikit. ISU PEMBELAJARAN DALAM KAJIAN TINDAKAN 8 orang murid pemulihan Matematik Tahun 3, Sekolah Kebangsaan Saint Teresa, Kuching tidak mengikuti Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah dan langsung tidak menghantar hasil kerja dengan guru Matematik. Didapati 3 daripada 8 orang murid aktif menghantar hasil kerja mereka. Manakala 5 orang murid lagi langsung tidak menyertai Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah. Ini mungkin kerana kekangan peranti dikongsi penggunaannya oleh adik-beradik dirumah. Selain itu, murid adalah dikalangan Tahap 1 dan mereka tidak mahir menggunakan pelantar Google Classroom. OBJEKTIF KAJIAN TINDAKAN Menimbulkan rasa minat belajar walaupun dalam suasana norma baharu (Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah). Meningkatkan kekerapan murid menyertai kelas Matematik semasa Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah dengan menggunakan aplikasi “Interactive Maths Games”. KEPENTINGAN PENYELESAIAN ISU TINDAKAN Memastikan murid menlibatkan diri dalam pembelajaran Matematik agar tidak ketinggalan serta menimbulkan rasa minat untuk belajar Matematik. IMPLIKASI ISU JIKA TIDAK DIAMBIL TINDAKAN Murid-murid pemulihan akan kekal ketinggalan dalam pelajaran Matematik dan semakin ketinggalan sehingga akan menyebabkan tiada minat untuk belajar apabila naik kelas pada tahun akan datang. Secara tidak langsung prestasi serta motivasi diri mereka akan menurun. KUMPULAN SASARAN 8 orang murid pemulihan mata pelajaran Matematik Tahun 3 dipilih untuk kajian tindakan ini. Mereka terdiri daripada pelbagai latarbelakang yang berbeza. 4 orang murid adalah daripada keluarga mempunyai isirumah dibawah RM390 perkapita sebulan manakala 4 orang lagi mempunyai isirumah dibawah RM1700 perkapita sebulan. Ada dikalangan murid-murid pemulihan ini mempunyai bilangan adik-beradik yang ramai.


198 NAMA MURID TOV PENTAKSIRAN JANUARI Pentaksiran Bilik Darjah OTR 1 AR1 (Januari hingga April) A K12 K12 K3 TP4 B K6 K6 K3 TP2 C K6 K6 K3 TP2 D K2 K2 K2 TP1 E K4 K4 K3 TP2 F K12 K12 K3 TP2 G K9 K9 K3 TP2 H K3 K3 K3 TP2 *K= Konstruk Konstruk 2 - Keupayaan membilang. Konstruk 3 - Keupayaan memahami nilai nombor. Konstruk 6 - Keupayaan menyatakan waktu. Konstruk 9 - Keupayaan mengukur panjang objek, jisim objek dan isipadu. Konstruk 12- Keupayaan mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran dalam kehidupan melibatkan mata wang, masa dan ukuran panjang. *TP =Tahap Penguasaan Tahap Penguasaan 1 - Tahu pengetahuan asas matematik. Tahap Penguasaan 2 - Tahu dan faham pengetahuan asas matematik. Tahap Penguasaan 4 - Tahu dan faham pengetahuan matematik bagi melakukan langkah pengiraan dalam menyelesaikan masalah harian yang rutin. 2.0 PELAKSANAAN KAJIAN TINDAKAN (KITARAN KAJIAN TINDAKAN) i. Tinjauan awal: Murid-murid didapati tidak melibatkan diri dalam kelas Pembelajaran dan Pengajaran di Rumah. Hantaran hasil kerja kepada guru amatlah tidak memuaskan. ii. Analisis Hasil Kerja Murid: Penggunaan Buku Modul Pemulihan Matematik dengan penghantaran lembaran kerja secara WhatsApp tidak mendapat sambutan yang baik. Hanya segelintir murid yang memberi respon yang positif. iii. Kaedah Permainan Secara lahiriah kanak-kanak memang suka bermain. Apalagi di era dunia berteknologi masa kini, murid-murid amat meminati serta melayan apa jua bentuk permainan di dalam peranti laptop mahupun telefon bimbit mereka. Oleh demikan, kajian ini telah menggunakan serta memperlihatkan kaedah permainan dipilih bagi menarik minat murid pemulihan untuk belajar dalam bentuk “Interactive Maths Games” secara maya. iv. Ujian Diagnostik Ujian Diagnostik dijalankan pada awal tahun iaitu dalam bulan Mac secara bersemuka. Ujian ini dijalankan untuk mengenalpasti murid menguasai konstruk tertentu bagi menentukan tahap penguasaan murid-murid pemulihan. v. “Interactive Maths Games”


199 “ Interactive Maths Games” dijalankan dalam pelbagai bentuk aplikasi seperti Kahoot, Quizzes, Liveworksheet dan Google Form. Soalan-soalan matematik diambil daripada Buku Modul Pemulihan Matematik dalam penghasilan soalan-soalan yang lebih menarik dan dalam bentuk permainan. v. Pentaksiran Bilik Darjah dan Borang Soal Selidik Pentaksiran Bilik Darjah merupakan pentaksiran yang berterusan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran bagi mendapatkan maklumat tentang perkembangan, kemajuan, kebolehan dan pencapaian murid. Borang Soal Selidik diedarkan kepada murid pemulihan bagi mengenalpasti rasa seronok belajar menggunakan “Interactive Maths Games” dalam waktu Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah. Ini juga memperlihatkan tahap pemahaman murid dalam penggunaan “Interactive Maths Games”dalam menjawab sesuatu soalan matematik. Pada awal Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat dalam bulan Januari dan Februari, Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah pada ketika itu menggunakan Buku Modul Pemulihan dan didapati murid-murid pemulihan kurang memberi respon serta segelintirnya langsung tidak melibatkan diri dalam Pengajaran dan Pembelajaran di rumah. Pada awal bulan Mei, pendekatan dan kaedah permainan “Interactive Maths Games” yang menggunakan aplikasi Kahoot, Quizizz, Liveworksheet dan Goggle Form. Penglibatan murid-murid pemulihan menampakkan peningkatan kehadiran seperti jadual di bawah. Nama murid Kehadiran Kelas Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah 20 April 2021 30 April 2021 7 Mei 2021 21 Mei 2021 28 Mei 2021 18 Jun 2021 21 Jun 2021 A √ √ √ √ √ √ √ B √ √ √ C D E √ √ F √ √ √ G √ √ √ √ H √ √ √ √ √ 2.1 CATATAN PEMERHATIAN Bilangan murid-murid pemulihan Matematik dilihat semakin meningkat dari segi penglibatannya setelah “Interactive Maths Games” digunakan dalam Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah diperkenalkan oleh guru. Pembelajaran secara permainan menarik minat murid dalam pembelajaran kerana adanya rasa seronok dalam bermain. Walau bagaimanapun masih terdapat beberapa murid-


200 murid pemulihan tidak ikut serta dalam Pengajaran dan Pembelajaran di rumah mungkin disebabkan kekangan peranti atau kurang mahir dalam mengendalikan peranti. Mereka terpaksa menunggu ibubapa bagi membimbing dan membantu mereka dalam mengendalikan aplikasi-aplikasi itu. Nama murid Kaedah WhatsApp, Buku Modul Pemulihan Matematik, Youtube Video dan Lembaran Kerja “Interactive Maths Games” Kahoot/Quizizz / Liveworksheet/ Google Form 20 April 2021 30 April 2021 7 Mei 2021 21 Mei 2021 28 Mei 2021 18 Jun 2021 21 Jun 2021 A √ √ √ √ √ √ √ B √ √ √ C D E √ √ F √ √ √ G √ √ √ √ H √ √ √ √ √ 2.2 CATATAN REFLEKSI Berdasarkan data yang diperolehi, didapati masih terdapat 2 orang murid yang langsung tidak mengikuti Pengajaran dan Pembelajaran di rumah dalam bulan April, May dan Jun. 6 orang murid telah melibatkan diri dalam Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah setelah “ Interactive Maths Games” digunakan. REFLEKSI KENDIRI TERHADAP ISU Murid-murid pemulihan Matematik tiada peranti sendiri dan berkongsi dengan adik-beradik atau ibubapa. Pendekatan bagi menarik penglibatan mereka dalam kelas Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah adalah amat perlu menggunakan sesuatu yang mudah dicapai dan tidak membosankan. Oleh itu, adalah amat sesuai permainan “ Interactive Maths Games” ini digunakan. Namun dapat dilihat, adakah kekangan seperti data dan peranti terlibat di dalam isu ini? Wajarkah seorang guru mengadakan kelas Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah secara individu (one to one teaching) ? PUNCA ISU Murid tidak melibatkan diri dalam kelas pemulihan Matematik Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah semasa Perintah Kawalan Pergerakan pada hujung April 2021. Oleh yang demikian, pendekatan yang menarik perlu difikirkan agar murid mengikuti pembelajaran secara berterusan. Bulan Tindakan


201 2.3 CATATAN MERANCANG JanuariFebruari 2021 Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah menggunakan aplikasi WhatsApp berdasarkan Buku Modul Pemulihan Matematik Mac 2021 Pembelajaran bersemuka. Ujian Diagnostik dijalankan. April 2021 Pembelajaran bersemuka. Mei- Jun 2021 Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah menggunakan “Interactive Maths Games” melalui aplikasi Kahoot/Quizizz / Liveworksheet/ Google Form. REKA BENTUK INTERVENSI Intervensi yang digunakan dalam “Interactive Maths Games” melalui aplikasi Kahoot/Quizizz / Liveworksheet/ Google Form. KAEDAH ANALISIS INTERVENSI Penggunaan Google Classroom banyak membantu dalam mengumpul kehadiran murid. KAEDAH PENGUKURAN KEBERKESANAN INTERVENSI Pengukuran keberkesanan intervensi dapat dilihat daripada data kehadiran semasa Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah melalui Google Classroom. Selain itu, borang soal selidik dalam bentuk Google Form telah diberikan kepada murid-murid pemulihan untuk dijawab pada bulan awal bulan Mei 2021. 2.4 CATATAN TINDAKAN Memastikan murid menggunakan “Interactive Maths Games” dalam Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah dalam subjek Matematik. Guru yang mengajar subjek Matematik di kalangan murid pemulihan perlu menggunakan pendekatan berbentuk permainan secara berterusan agar menarik minat murid untuk terus belajar. PROSES PELAKSANAAN INTERVENSI Tempat Bulan Tindakan Dirumah masingmasing. JanuariFebruari 2021 Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah menggunakan aplikasi WhatsApp berdasarkan Buku Modul Pemulihan Matematik Di bilik darjah masing-masing. Mac 2021 Pembelajaran bersemuka. Ujian Diagnostik dijalankan. Di bilik darjah masing-masing. April 2021 Pembelajaran bersemuka.


202 Dirumah masingmasing. Mei- Jun 2021 Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah menggunakan “Interactive Maths Games” melalui aplikasi Kahoot/Quizizz / Liveworksheet/ Google Form. DAPATAN ANALISIS INTERVENSI Melalui kajian ini, murid yang tidak hadir semasa Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah dianggap ketinggalan di dalam pelajaran. Maka dengan itu, guru matematik pemulihan perlu memikirkan sesuatu kaedah untuk mencapai kehadiran murid yang lebih baik. Nama murid Kehadiran Kelas Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah 20 April 2021 30 April 2021 7 Mei 2021 21 Mei 2021 28 Mei 2021 18 Jun 2021 21 Jun 2021 A √ √ √ √ √ √ √ B √ √ √ C D E √ √ F √ √ √ G √ √ √ √ H √ √ √ √ √ DAPATAN PENGUKURAN KEBERKESANAN INTERVENSI (Tahap pencapaian objektif) Amalan Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) digunakan untuk menambahbaik kualiti Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah(PdPR). Melalui penggunaan “Interactive Maths Games” ini, telah menimbulkan minat belajar dikalangan murid pemulihan walaupun dalam suasana norma baharu iaitu Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR). Murid yang sentiasa mengikuti kelas Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah akan mempunyai minat secara tidak langsung meningkatkan kekerapan murid menyertai kelas Matematik. Walau bagaimanapun, 2 orang murid yang masih tidak melibatkan diri dalam Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah tidak dapat dipaksa untuk menyertai kelas disebabkan kekangan tertentu. 2.5 CATATAN PEMERHATIAN (KITARAN DUA) Masalah kehadiran timbul apabila 2 orang murid yang sama masih tidak mengikuti kelas Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah. Murid yang kerap mengikuti kelas Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah dilihat terdapat peningkatan dari segi perubahan Tahap


203 Penguasaan dan hasil kerja semakin baik. Melalui pemerhatian dan soal selidik ( borang dalam bentuk Google Form), murid didapati menyatakan pembelajaran mereka lebih menyeronokkan. KEPUTUSAN/ KESAN/ PERUBAHAN SELEPAS INTERVENSI Didapati purata peratus menunjukkan kehadiran murid sebelum intervensi mencatat 18.5% dari bulan April. Manakala, selepas intervensi telah mencatat 52.5% kehadiran bagi bulan Mei dan Jun. Oleh itu, kita melihat peratus kehadiran murid selepas intervensi telah meningkat berbanding sebelum intervensi. 2.6 CATATAN REFLEKSI Perkongsian bahan “ Interactive Maths Games” secara maya bersama rakan panitia di sekolah amat membantu dalam kajian tindakan ini dan meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran. Oleh yang demikian, Komuniti Pembelajaran Profesional atau Professional Learning Community (PLC) menyumbang dalam merealisasikan kajian tindakan ini di mana guru membantu murid-murid dalam aktiviti pembelajaran bagi mencapai standard pembelajaran yang digarisi. REFLEKSI KENDIRI SEMULA (sebab kejayaan/ kegagalan intervensi) Penyertaan murid-murid semasa Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah amatlah bergantung kepada tindakan ibubapa setiap murid kerana mereka adalah murid tahap 1 yang amat memerlukan bimbingan. Kegagalan menghubungi ibubapa menyumbang kepada faktor bahan pembelajaran tidak sampai kepada murid. Selain itu, faktor bahan lembaran yang diberikan oleh guru kepada murid yang menggunakan bahasa atau ayat yang terlalu panjang menyebabkan murid pemulihan sukar untuk mengetahui serta memahami arahan yang dikehendaki dan menghilangkan minat mereka untuk menyiapkan latihan. Oleh demikian, amatlah perlu bagi guru membina soalan mudah bagi murid pemulihan. Guru perlulah lebih kreatif dalam mencipta sesuatu yang lebih mudah bagi memudahkan murid-murid pemulihan kerana dengan dunia teknologi terkini semuanya dihujung jari. Tindakan proaktif guru juga amat diperlukan dimana ibubapa perlu dihubungi dan ditanyakan sebab anak tidak melibatkan diri dalam Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah. CADANGAN PENAMBAHBAIKAN INTERVENSI Paparan bahan “Interactive Maths Games” yang disediakan oleh guru perlulah lebih mudah dan lebih menarik. Ayat atau perkataan yang mudah atau aras rendah amat perlu bagi meningkatkan pemahaman murid pemulihan dalam menyiapkan tugasan. TINDAKAN SETERUSNYA/ MASA DEPAN Hubungan diantara ibubapa, guru dan sekolah sememangnya tidak dapat dipisahkan. Disini peranan pentadbir dan PIBG amat


204 diperlukan memandangkan tidak semua ibubapa bersikap terbuka dan telus dengan guru apabila guru menghubungi mereka. Kebanyakan mereka berasa terancam dan enggan memberi kerjasama demi kebaikan anak-anak mereka. Alasan bekerja,tidak ada masa, tiada data internet, berkongsi peranti dan tidak memahami apa yang diajar guru merupakan alasan yang digunakan oleh ibubapa sekiranya guru menghubungi mereka. 3.0 KESIMPULAN “Interactive Maths Games” merupakan suatu kaedah yang mampu mengubah persepsi murid terhadap pembelajaran Matematik. Penggunaan “Interactive Maths Games” yang berterusan mampu meningkatkan rasa keseronokkan, tidak membosankan, belajar secara konsisten serta meningkatkan penglibatan murid-murid pemulihan untuk terus belajar walaupun di dalam norma baharu (Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah). Dalam perspektif impak guru, mereka dapat memastikan keberlangsungan pembelajaran berlaku dikalangan murid-murid pemulihan secara berterusan. Pengajaran dan Pemudahcaraan(PdPC) yang berpusatkan murid dan menerapkan Pembelajaran Abad ke 21(PAK21) dan 6C(Crictical Thinking, Creative Thinking, Collaboration, Communication, Character and Country). Dengan wujudnya kajian tindakan ini, maka diharapkan penerapan penggunaan kaedah pembelajaran berbentuk permainan “Interactive Maths Games” dapat membawa lebih banyak kebaikan kepada arus perkembangan pendidikan. 5.0 RUJUKAN Ministry of Education Malaysia. Curriculum Development Division (2019). Linus 2.0 Numeracy (English Edition) Pupil’s Module Basic3. Kuala Lumpur: Percetakan Haji Jantan. Sdn. Bhd. Abdul Rasid Jamian & Zulkafli Abu Zarin. (2008). Keupayaan kemahiran membaca dan menulis Bahasa Melayu murid sekolah rendah kebangsaan luar bandar. Kertas kerja di Konvensyen Pendidikan Nasional 2008. Universiti Pendidikan Sultan Idris. 2 – 4 Jun 2008. Mohd. Majid Konting. (2005). Kaedah penyelidikan pendidikan. Edisi Ke-7. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2003). Kurikulum bersepadu sekolah rendah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka. Muhamad Hassan Abdul Rahman. (2000). Media pengajaran: Penghasilan bahan pengajaran berkesan. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia 6.0 LAMPIRAN Contoh arahan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah dengan menggunakan aplikasi WhatsApp dan Youtube Video (Modul/ kertas soalan/ Inovasi yang digunakan dalam intervensi)


205 Hasil kerja murid pemulihan yang dihantar kepada guru semasa Pengajaran dan Pembelejaran di Rumah dengan menggunakan WhatsApp. Buku Modul Pemulihan Matematik Contoh pemberiaan latihan Liveworsheet dari guru kelas. Contoh latihan Liveworsheet dari guru. Liveworksheet yang telah dijawab oleh murid.


206 KOLEKSI GAMBAR PEMENANG PINGAT EMAS


207 PINGAT PERAK


208 PINGAT GANGSA


209 PEMENANG SAGUHATI PEMBIMBING TERBAIK


210 PEMBIMBING TERBAIK


211


Click to View FlipBook Version