38 Pelajar tidak mempunyai kemahiran asas matematik serendah tambah, tolak, darab dan bahagi. Kebanyakan pelajar juga tidak mahir sifir. Saya perlu mengukuhkan kemahiran asas terlebih dahulu. Sekiranya saya mengajar mengikut sukatan, sudah tentu pelajar tidak akan menerima apa-apa manfaat bagaikan membina bangunan di atas lumpur, tiada asas yang kukuh, bangunan ini akhirnya akan tumpah juga. Saya telah membuat satu inisiatif mencari data keputusan pelajar sasaran semasa tingkatan 1,2 dan 3 (rujuk lampiran 1). Didapati 19/22 pelajar sasaran mendapat markah matematik < 40 dalam peperiksaan akhir tahun semasa tingkatan 2. 10/22 pelajar mendapat markah <40 dalam peperiksaan akhir tahun semasa tingkatan 1 . Oleh sebab pandemik Covid-19 semasa tingkatan 3, peperiksaan tidak dilaksanakan di sekolah. Data telah menggambarkan kebanyakan pelajar gagal menguasai kemahiran matematik yang dipelajari semasa tingkatan 1, 2. Tambahan lagi pandemic covid-19 semasa mereka tingkatan 3, p&p banyak terjejas, PDPR belum stable, pembelajaran matematik sudah tentu terganggu. Keputusan Peperiksaan Akhir Tahun pelajar sasaran pada Tingkatan 1 dan 2. Matlamat 2: Mengenal pasti konsep-konsep asas yang sepatutnya dikuasai oleh pelajar semasa tingkatan 1, 2 dan 3 dan memastikan mereka menguasainya sebelum mengajar topik tertentu di matematik tambahan. Cadangan Penyelesaian 2: Memperkenalkan intervensi latihan U2. Inkuiri Kendiri berdasarkan Pemerhatian 3: Soalan tahap apa yang perlu diberi supaya tidak terlalu mudah atau terlalu susah? Refleksi terhadap inkuiri Kendiri 3: Jikalau soalan terlalu mudah dikemukakan, pelajar akan berasa boring. Jikalau soalan terlalu susah, mereka tidak pandai buat. Matlamat 3: Mengenal pasti tahap soalan yang sesuai. Cadangan Penyelesaian 3:
39 Memberi soalan inkuiri (21.4.21). 1. BASIC MATH FOR COMPLETING THE SQUARE Pelajar diminta memberi jawapan dalam google form. Didapati hanya 15 pelajar hantar, 3 orang pelajar markah penuh, 11/11. Soalan ini dianggap susah untuk pelajar. 2. Memberi soalan inkuiri pada 19.5.21 seperti di link berikut: bit.ly/2MmURQD (Chapter 4.1 : Inquiry 2, buku teks muka surat 90.)
40 Pelajar diminta menjawab dalam buku latihan dan hantar gambar ke google classroom. Pada mulanya hanya 3 orang pelajar hantar (19.5.21), walau bagaimanapun, selepas guru mengajar dan menerangkan jawapan pada 20.5.21, 8 orang pelajar hantar. Soalan ini masih sukar untuk pelajar. 2.3 CATATAN PERANCANGAN Berdasarkan refleksi isu pembelajaran iaitu kegagalan menguasai konsep asas matematik tingkatan 1, 2 dan 3, perancangan intervensi telah dikenalpasti untuk mencapai objektif. 2.3.1 OBJEKTIF KAJIAN TINDAKAN BERDASARKAN REFLEKSI Meningkatkan Konsep Asas Matematik Murid Tingkatan 4 dan 5 dalam Topik Hukum Indeks Mata Pelajaran Matematik Tambahan dengan Penggunaan Latihan U2. 2.3.2 INTERVENSI Intervensi: Penggunaan Latihan U2 bagi topik Hukum Indeks semasa kelas PDPR. Latihan U2 adalah ringkasan untuk latihan berulang-ulang supaya pelajar dapat menguasai konsep asas “Practise makes perfect”. Langkah 1 Peranan Guru:
41 a. Menyediakan modul soalan U2. Setiap set mengandungi 30 soalan ringkas mengenai hukum indeks berikut: 6 set soalan telah disediakan. https://drive.google.com/file/d/1elipivdh2TpvdOCfgfuQ5pPzTKbXvoFq/view? usp=sharing contoh:
42 b. Menyediakan google form untuk pelajar mengisi jawapan. Contoh: Terdapat 6 set soalan dalam bentuk Google Form telah disediakan. Peranan Pelajar: a. Pelajar cuba menjawab soalan dan mengisi jawapan dalam google form tanpa menggunakan calculator dalam masa 50 minit. Langkah 2 Peranan Guru: a. Guru mencatat bilangan soalan betul yang dapat dijawab oleh pelajar dalam Google Sheets. b. Guru memberi maklum balas dan mengajar cara menyelesaikan soalan U2 melalui telegram dan semasa google meet. c. Pelajar yang belum mendapat markah penuh diminta buat soalan yang sama sekali lagi. b. Menyediakan Google form untuk pelajar mengisi jawapan untuk kali kedua
43 (#2). Contoh: Terdapat 6 set soalan dalam bentuk Google Form telah disediakan. Peranan Pelajar: a. Pelajar mengenalpasti kesalahan sendiri dan mempelajari cara menjawab yang betul dari guru. b. Pelajar cuba menjawab soalan dan mengisi jawapan dalam google form tanpa menggunakan calculator. 2.3.3 KAEDAH PENETAPAN KEBERKESANAN INTERVENSI a. Secara individu i. Jumlah soalan yang betul dalam setiap satu set soalan, x/ 30. ii. Jumlah set soalan yang dapat dilengkapkan, x/6. iii. Jumlah betul keseluruhan, x/180. b. Secara keseluruhan i. Cara pengiraan jumlah pelajar menghantar kerja : 22 pelajar sasaran x 6 set soalan = 132 Jumlah penghantaran = x/132 ii. Cara pengiraan jumlah pelajar mendapat markah penuh : 22 pelajar sasaran x 6 set soalan = 132 Jumlah pelajar markah penuh = x/132 iii. Cara pengiraan jumlah markah pungutan : 22 pelajar sasaran x 6 set soalan x 30 soalan = 3960 Jumlah markah pungutan = x/3960
44 2.4 CATATAN TINDAKAN Proses pelaksanaan intervensi dijalankan dalam tempoh 3 hari iaitu: 16.6.21 (2 waktu), 17.6.21 (2 waktu) dan 18.6.21 (2 waktu) Proses Pelaksanaan Intervensi: Langkah 1 hingga 3 dalam catatan perancangan telah dilaksanakan menerusi RPH untuk topik Hukum Indeks. Hasil kerja pelajar dalam google form telah dikumpul sebagai eviden untuk menunjukkan perubahan sebelum dan selepas intervensi. Cabaran dan Sikap Pelajar: Pelajar menyertai intervensi dengan aktif sekali. Mereka aktif menanya soalan dan bagi maklum balas kerana arahan saya tidak jelas, soalan salah dan jawapan di google form salah. Dari segi arahan, saya hanya bagi arahan memberi jawapan dalam pecahan tetapi ada jawapan dalam nombor bulat ataupun symbol , contohnya 1, perlukah tulis dalam 1/1? Dengan segera, saya tukar description di google form kepada arahan yang lebih lengkap. Pelajar telah membetulkan soalan dan jawapan guru seperti set 4 correction q18 , set 5 correction, q15, 64^¼ kepada 64^⅙. Pelajar yang siap dengan cepat pun respon dengan cepat mereka sudah siap kerana mereka sangant gembira dan berasa yakin. Mereka yang perlahan pun respon di Chat google meet mereka nervous, otak sakit dan sebagainya. Mereka berasa gembira ataupun gelisah kerana mereka dapat melihat skor dengan segera. Mereka perlu menjawab soalan dengan berhati-hati kerana mereka perlu menjawab soalan sekali lagi jikalau tidak dapat 30/30. Mereka juga gembira jikalau mereka dapat menemui soalan yang salah. Ada juga pelajar tanya adakah soalan salah, walaupun soalan itu betul kerana mereka tidak tahu menjawabnya. Walaubagaimanapun, pada hari pertama dan hari kedua, pelajar yang respon adalah pelajar yang pandai. Pelajar yang lemah tidak bagi respon. Maka guru memberi masa tambahan khas untuk pelajar yang tidak jawab langsung set 1. Saya berasa gembira kerana mereka sudi belajar walaupun rakan mereka sudah meninggal google meet. Dalam sesi ini, pelajar berasa selesa memberitahu guru masalah mereka. Mereka mengalami masalah peranti iaitu mereka tiada camera dan mic, line lagging kerana mereka tidak cukup duit untuk top up data. Hal ini sangat benar kerana saya dapat melihat mereka keluar masuk google meet dan hanya boleh aktif respon di chat jikalau line bagus. Walau bagaimanapun, sesi ini agak berjaya kerana dari respon pelajar sama ada jawab terus ataupun di chat, saya mendapati pelajar semakin faham kerana mereka dapat bagi jawapan tepat. mereka juga akan tanya soalan sehingga faham. Akhirnya, semua jawapan set 1 dapat dibincangkan dan ada
45 pelajar menanya soalan tambahan. Gambar menunjukkan Ridzuan boleh jawab soalan. Gambar menunjukkan Raphael jawab dengan mic dan Irfan terkeluar kerana lagging. Gambar menunjukkan semua soalan dibincang dan juga soalan tambahan dari pelajar. Perubahan dalam pencapaian pelajar dalam penguasaan hukum indeks diperhatikan dengan teliti.
46 1. PENGHANTARAN KERJA PELAJAR a. Sebelum Intervensi Analisis data: Penghantaran assignment pelajar adalah tidak penuh. Peratus penghantaran paling tinggi ialah 90.91% ( self practice 1.8, question 2c ) pada 24.2.21 kerana soalan itu dibantu dan soalannya mudah. Gambar data di spreadsheet: b. Semasa Intervensi i. Penghantaran pada 16.6.21 Analisis Data: BILANGAN /22 SET 1 SET 2 SET 3 SET 4 SET 5 HANTAR 18 13 9 6 1 MARKAH PENUH 4 1 2 ii. Penghantaran pada 17.6.21 Analisis Data: JUMLAH PELAJAR /22 SET 1 SET 2 SET 3 SET 4 SET 5 SET 6 HANTAR 19 15 13 13 10 9 MARKAH PENUH 13 13 7 2 6 5 iii. Penghantaran pada 18.6.21 Analisis Data: JUMLAH PELAJAR /22 SET 1 SET 2 SET 3 SET 4 SET 5 SET 6 HANTAR 19 16 13 14 12 11 MARKAH PENUH 14 14 12 13 10 9
47 Kehadiran PdPR: Kehadiran pelajar sebelum intervensi yang paling tinggi ialah 21/22, 95% dan yang paling rendah ialah 14/22, 64%. Kehadiran pelajar pada hari ketiga intervensi telah mencapai 100%. 2.5 CATATAN PEMERHATIAN SEMULA Tahap Pencapaian Objektif: Analisis dari segi jumlah markah skor, penghantaran dan markah penuh semua pelajar pada 16.6.21, 17.6.21 dan 18.6.21 untuk melihat peningkatan penghantaran dan markah penuh. i. Cara pengiraan jumlah pelajar menghantar kerja : 22 pelajar sasaran x 6 set soalan = 132 Jumlah penghantaran = x/132 ii. Cara pengiraan jumlah pelajar mendapat markah penuh : 22 pelajar sasaran x 6 set soalan = 132 Jumlah pelajar markah penuh = x/132 iii. Cara pengiraan jumlah markah pungutan : 22 pelajar sasaran x 6 set soalan x 30 soalan = 3960 Jumlah markah pungutan = x/3960 16.6.21 17.6.21 18.6.21 JUMLAH PELAJAR/ 132 % JUMLAH PELAJAR/ 132 % JUMLAH PELAJAR/ 132 % HANTAR 47 35.6 79 59.8 85 64.4 MARKAH PENUH 7 5.3 46 34.8 72 54.5 JUMLAH MARKAH PUNGUTA N/3960 1128 28.5 2106 53.2 2433 61.4 Pungutan markah menggambarkan kemampuan pelajar menjawab soalan hukum indeks dengan betul. Semakin meningkat pungutan markah, semakin meningkat penguasaan konsep asas hukum indeks. Daripada data diatas yang menunjukan peratus markah pungutan telah meningkat dari 28.5% ke 53.2% dan seterusnya ke 61.4%, objektif kajian tindakan ini iaitu “Meningkatkan Konsep Asas Matematik Murid Tingkatan 4
48 dan 5 dalam Topik Hukum Indeks Matapelajaran Matematik Tambahan dengan Penggunaan Latihan U2” boleh dikatakan tercapai. Selain daripada mencapai objektif kajian tindakan, program intervensi ini turut meningkatkan penglibatan pelajar semasa PdPR melalui google classroom dan google meet dari segi penghantaran kerja dan kehadiran. Dalam hal sedemikian, intervensi ini boleh dikatakan satu idea yang bagus untuk mengatasi cabaran PdPR yang dihadapi oleh guru dalam masa pandemik Covid-19 ini.
49 2.6 CATATAN REFLEKSI SEMULA Refleksi semula dibuat untuk mengenalpasti kejayaan atau kegagalan intervensi saya. Intervensi saya dikatakan berjaya kerana 20/22 pelajar dapat menjawab sekurangkurangnya satu set soalan di modul U2 melalui google form, 1/22 memberi jawapan di chat semasa google meet ( Ridzuan), hanya seorang pelajar sahaja iaitu Zaqri tidak menjawab dan membalas di google form dan google meet kerana kekangan pencapaian internet. Isu pembelajaran dapat diselesaikan kerana punca isu ialah pelajar tidak menguasai konsep asas sehingga mereka hilang motivasi untuk belajar matematik tambahan. Dengan memberi soalan yang mudah, pelajar tidak akan berasa tertekan apabila membuat jawapan. Apabila mereka dapat menjawab, mereka mendapat keyakinan bahawa mereka boleh selesaikan masalah matematik. Dari keyakinan ini, mereka mendapat minat dan motivasi untuk terus belajar matematik tambahan. Tambahan lagi, soalan mudah yang berulang-ulang akan membantu pelajar melihat dan memahami konsep matematik dengan mudah. Hal ini memberi pelajar satu cara yang berkesan untuk belajar konsep asas matematik. Walau bagaimanapun, kekangan pencapaian internet, dan kekurangan peranti sehingga pelajar yang tidak dapat mengikuti PdPR dengan berkesan adalah diluar kawalan guru tetapi perlu dititik berat dalam intervensi seterusnya. 2.7 CADANGAN TINDAKAN SELANJUTNYA Cadangan tindakan seterusnya adalah memperkembangkan intervensi kepada soalan U2 yang melibatkan nombor pecahan, nombor lebih besar dan algebra expression. Satu contoh soalan dengan langkah kerja penyelesaian masalah diberi pada permulaan modul. Pelajar boleh menjawab soalan sendiri dengan merujuk kepada langkah kerja. Hal ini membolehkan pelajar menjawab soalan tanpa bantuan guru sekiranya capaian internet tidak bagus. Selain itu, intervensi ini juga boleh digunakan dalam semua topik matematik tambahan yang lain dan juga boleh ditujukan kepada semua darjah dan tingkatan dalam sistem pendidikan terkini. 3.0 KESIMPULAN Secara kesimpulan, pelaksanaan kajian tindakan semasa COVID- 19 adalah penting kerana guru-guru dan pelajar-pelajar masing-masing mengalami cabaran pengajaran dan pembelajar yang serba baru. Intervensi-intervensi untuk meningkatkan keberkesanan PdPR diharapkan boleh membantu semua pihak dalam norma baru ini.
50 NAMA GURU PENYELIDIK: Siti Rohaiza Binti Ali Yusop MATA PELAJARAN: Pengajian Am SEKOLAH/ DAERAH/ PPD: SMK Tun Abang Haji Openg, Kuching TAJUK KAJIAN TINDAKAN: Meningkatkan Penglibatan Dalam PdPR Topik Dasar-Dasar Pembangunan Negara di Kalangan Pelajar Tingkatan 6 KUMPULAN SASARAN: 32 Orang Pelajar Tingkatan 6 1.0 ISU PEMBELAJARAN DALAM KAJIAN TINDAKAN 32 pelajar kelas 6 Cempaka semester 2 mempunyai tahap penglibatan yang sangat kurang dalam sesi PdPR. Masalah ini jelas dilihat melalui kehadiran dan penghantaran latihan yang sangat rendah, tingkah laku pasif semasa sesi perbincangan PdPR dan hasil tugaan yang sangat kurang memuaskan. 2.0 PELAKSANAAN KAJIAN TINDAKAN (KITARAN KAJIAN TINDAKAN) Kajian tindakan ini telah dilaksanakan dalam 2 kitaran iaitu: a. Kitaran 1: Pemerhatian b. Kitaran 1: Refleksi c. Kitaran 1: Rancangan d: Kitaran 1: Tindakan e. Kitaran 2: Pemerhatian Semula f. Kitaran 2: Refleksi Semula 2.1 CATATAN PEMERHATIAN PKP dan Covid-19 sangat mencabar guru dan pelajar untuk terus mengikuti pengajaran dan pembelajaran secara berkesan. penyertaan dan penglibatan pelajar dalam sesi pembelajaran kurang memberansangkan hanya 70% hingga 80% sahaja pelajar dapat menyertai sesi Google Meet bersama guru mengikut jadual yang disediakan. begitu juga, penghantaran latihan juga tidak mencapai sasaran guru, dimana secara puratanya, penghantaran latihan pelajar adalah 18/32 pelajar. Pemerhatian 1 : Sepanjang tempoh pembelajaran secara dalam talian, didapati pelajar kurang menyertai sesi PdPR iaitu pada sesi perbincangan secara dalam talian melalui Google Meet, mahupun penghantaran latihan (Rujuk Jadual Kehadiran Pelajar sebelum Intervensi dan jadual Penghantaran Tugasan Pelajar Sebelum Intervensi)
51 Pemerhatian 2: Semasa sesi perbincangan secara dalam talian menggunakan Google Meet, 80% pelajar yang menyertai sesi adalah peserta pasif dan tidak melibatkan diri secara aktif. Pelajar tidak bertanya soalan, mahupun memberikan pandangan atau jawapan. Hal ini menyebabkan guru sukar untuk mengenal pasti tahap pemahaman pelajar terhadap topik yang dibincangkan. Pemerhatian 3: Melalui latihan yang dihantar oleh pelajar, didapati kebanyakan jawapan yang diberikan adalah lebih kepada jawapan skema buku. Bagi soalansoalan esei, pelajar masih tidak dapat memberikan pandangan yang kritis terhadap sesuatu isu. 2.2 CATATAN REFLEKSI Terdapat 2 isu yang difokus dalam kajian ini iaitu; 1. Penyertaan Pelajar dalam PdPR (Pemerhatian 1) 2. Penglibatan pelajar dalam Sesi PdPR Topik Dasar Pembangunan Negara (Pemerhatian 2 dan 3) Didapati, faktor pengetahuan pelajar dalam topik Dasar Pembangunan Negara secara langsung mempengaruhi penglibatan pelajar dalam PdPR. Refleksi ke atas pemerhatian isu pelajar telah dilaksanakan. Inkuiri Kendiri berdasarkan Pemerhatian 1: Mengapa pelajar tidak menyertai sesi PdPR (secara Google Meet atau penghantaran tugasan melalui Google Classroom)? Refleksi terhadap Inkuiri Kendiri 1: Beberapa masalah yang dihadapi oleh pelajar untuk menyertai sesi PdPR seperti; a. Kemudahan: Tiada talian internet, tiada telefon pintar, tiada komputer riba b. Motivasi: Tidak bersemangat mengikuti kelas, gangguan masalah peribadi/keluarga. d. Lain-lain: Berada di luar kawasan, jadual kelas tidak sesuai Matlamat 1: Memastikan pelajar boleh menyertai sesi PdPR melalui pendekatan yang fleksibel dan pelbagai. Cadangan Penyelesaian 1: Fleksibiliti: Melaksanakan PdPR melalui Pembelajaran Berasaskan Projek dimana setiap pelajar boleh memilih topik yang disenaraikan dan diberi tempoh yang mencukupi untuk melaksanakan tugasan. Cadangan Penyelesaian 2: Kepelbagaian Media: Memperluaskan medium penghantaran tugasan dan platform perbincangan seperti menggunakan media sosial (Telegram, Whatsapps, Youtube, Facebook, Instagram, TikTok dan Discord), E-
52 Pembelajaran (Jambord, Kahoot!, Quizizz, MindMup, Google Classroom, Google Form) dan Luar Talian (Nota, Modul, Latihan, Buku Rujukan). Cadangan Penyelesaian 3: Kepelbagaian Media: Membuka ruang kepada bentuk hasil tugasan pelajar (video, slide, e-book, flipcard, buku, helaian nota, nota ringkas, modul) Inkuiri Kendiri berdasarkan Pemerhatian 2: Mengapa pelajar yang menyertai sesi PdPR tidak melibatkan diri secara aktif dalam sesi perbincangan? Refleksi terhadap Inkuiri Kendiri 2: a. Topik Dasar Pembangunan Negara merupakan topik yang lebih kepada konsep dan fakta. Pelajar lebih kepada pendekatan membaca nota dan menghafal maklumat kerana persepsi mereka terhadap topik ini lebih kepada cara mereka mempelajari subjek sejarah Tingkatan 5. Pendekatan secara perbincangan terbuka agak asing bagi pelajar dan mereka tidak mempunyai keyakinan diri untuk mengutarakan pandangan di hadapan rakan atau kepada guru. Matlamat 2: Memastikan pelajar terlibat secara aktif dalam sesi perbincangan PdPR dalam talian. Cadangan Penyelesaian 1: Pelajar perlu keluar daripada persepsi baca dan hafal dan saya sendiri sebagai guru perlu mengubah pendekatan 'chalk and talk' untuk topik yang berkaitan konsep dan fakta. Oleh itu, Pembelajaran Berasaskan Projek boleh mengubah fokus kepada pembelajaran berpusatkan pelajar. Cadangan Penyelesaian 2: Memupuk suasana positif dalam sesi perbincangan mungkin dapat menggalakkan penglibatan pelajar secara aktif dalam sesi perbincangan. Sepertimana di media sosial yang menggunakan pendekatan'like' dan 'share', pendekatan ini jika digunakan dalam sesi PdPR dapat meningkatkan keyakinan diri pelajar dan mewujudkan sesi yang menyeronokkan. Oleh itu, platform media sosial sesuai digunakan untuk menggalakkan perbincangan terbuka. Inkuiri Kendiri berdasarkan Pemerhatian 3: Mengapa pelajar masih tidak dapat memberikan pandangan yang kritis terhadap sesuatu isu yang dibincang? Refleksi terhadap Inkuiri Kendiri 3: a. Bila dilihat hasil kerja pelajar, kebanyakan jawapan adalah dalam skop skema dan nota yang terdapat dalam buku walaupun bentuk soalan KBAT yang membuka peluang kepada pelajar memberikan pandangan sendiri terutamanya dalam penulisan esei. Dalam masa yang sama, ada juga pelajar meniru jawapan yang terdapat dalam buku rujukan untuk penulisan esei. Saya bertanya semula kepada pelajar dan meminta
53 pandangan mereka berkenaan masalah yang mereka hadapi. Antara masalah yang dinyatakan ialah; a. Tugasan terlalu sukar b. Sukar memahami kehendak tugasan c. Tidak faham topik atau tiada pengetahuan sedia ada berkenaan topik d.Tidak berminat dengan tugasan Matlamat 3: Memastikan pelajar boleh memberikan pandangan yang kritis terhadap sesuatu isu yang dibincang. Cadangan Penyelesaian 1: Melaksanakan PdPR melalui Pembelajaran Berasaskan Projek dimana setiap pelajar boleh memilih topik yang disenaraikan dan diberi tempoh yang mencukupi untuk melaksanakan tugasan dan menguasai topik masing-masing Cadangan Penyelesaian 2: Memupuk suasana positif dalam sesi perbincangan membantu pelajar menyumbangkan idea masing-masing semasa brainstorming. Perbincangan melalui media sosial dapat membantu pelajar untuk menerima pandangan rakan, merekodkan idea yang baru, menguasai topik yang dipilih masing-masing dan meningkatkan motivasi pelajar untuk aktif dalam perbincangan.
54 2.3 CATATAN PERANCANGAN Berdasarkan refleksi isu penglibatan pelajar dalam topik Dasar-Dasar Pembangunan Negara, perancangan intervensi telah dilaksanakan untuk mencapai objektif. Objektif: 1. Meningkatkan minat pelajar untuk menyertai sesi PdPR. 2. Meningkatkan penglibatan pelajar dalam aktiviti PdPR INTERVENSI: Menggunakan pendekatan Pembelajaran Berasaskan Projek untuk meningkatkan penglibatan pelajar dalam PdPR. Dalam masa yang sama, pendekatan ini membolehkan pelajar menguasai topik dan penyertaan pelajar dalam sesi PdPR. Langkah 1: Peranan Guru: a. Menyenaraikan tajuk yang boleh dijalankan oleh pelajar. b. Mencadangkan perkara yang boleh dimasukkan oleh pelajar dalam hasil kerja. c. Mencadangkan platform yang boleh digunakan oleh pelajar. Peranan Pelajar: a. Memilih tajuk b. Mencari maklumat berkaitan tajuk c. Menyediakan bahan pembelajaran yang bersesuaian (Hasil Kerja) d. Memuatnaik atau menghantar hasil kerja kepada guru dalam bentuk salinan bercetak atau melalui platform yang dipilih. Langkah 2: Peranan Guru: a. Mengedarkan hasil kerja pelajar kepada rakan kelas. b. Menetapkan tarikh dan masa sesi perbincangan setiap tajuk pelajar Peranan Pelajar: a. Membuat bacaan awal sebelum sesi perbincangan. b. Pelajar yang membentang membuat persediaan lengkap sebelum tarikh dan masa yang ditetapkan. Langkah 3: Peranan Guru: a. Menjadi moderator kepada sesi perbincangan bagi memastikan sesi berjalan dalam suasana yang aktif dan positif selama tempoh 15 minit setiap pelajar yang membentang. b. Merekodkan hasil perbincangan c. Berkongsi hasil perbincangan pelajar di platform (telegram/discord/GC) yang dipilih pelajar.
55 d. Memberikan soalan latihan berbentuk KBAT untuk proses penilaian keberkesanan intervensi. Peranan Pelajar: a. Mengutarakan pandangan/idea/pendapat semasa sesi perbincangan (brainstorming) melalui ruang perbualan (chat) atau suara (voice). b. Membuat latihan c. Menghantar latihan melalui platform yang dipilih atau secara salinan bercetak. *Latihan diberikan bagi memastikan pelajar memahami topik perbincangan dan boleh memberikan pandangan kritis berkenaan isu yang telah dibincangkan. Penetapan Keberkesanan Intervensi ditentukan melalui: a. Kehadiran pelajar dalam sesi PdPR b. Penghantaran hasil kerja. c. Pemerhatian sepanjang sesi perbincangan dalam ruang perbualan (chat) dan suara (voice). d. Idea yang diutarakan dalam latihan yang diberikan oleh guru. 2.4 CATATAN TINDAKAN Proses perlaksanaan intervensi telah dijalankan dalam tempoh 1 bulan iaitu 3 Mei 2021 hingga 3 Jun 2021 Langkah 1 hingga Langkah 3 telah dilaksanakan berdasarkan ketetapan berikut: a. 3 Mei 2021 - Langkah 1 secara dalam talian b. 17 Mei 2021 - Langkah 1 secara dalam talian c. 18 Mei 2021 - Langkah 2 secara dalam talian d. 21 Mei 2021 - Langkah 3 secara dalam talian (Perbincangan 1) e. 22 Mei 2021- Langkah 3 secara dalam talian (Perbincangan 2) f. 24 Mei 2021- Langkah 3 secara dalam talian (Perbincangan 3) g. 27 Mei 2021- Langkah 3 secara dalam talian (Perbincangan 4) Terdapat perubahan yang positif boleh dilihat sepanjang sesi perbincangan; a. Pada awal sesi perbincangan 1, 6 orang pelajar masih pasif. Tetapi, 6 pelajar ini ada mengutarakan beberapa soalan sepanjang sesi, dan rakan mereka membantu memberikan jawapan dan menjelaskan topik yang dibincang. b. Hal yang sangat sukar bagi moderator (guru) semasa sesi perbincangan ialah perancangan masa. Masa yang diberi bagi setiap isu/dasar ialah 15 minit. Tetapi tempoh ini tidak mencukupi bagi Dasar Sosial (Perbincangan 2) dan sesi perbincangan selama 30 minit menyebabkan jadual kelas dilanjutkan sehingga jam 2.30 petang. c. Kehadiran pelajar konsisten seramai 27-28 orang. Terdapat 4 pelajar yang tidak pernah menyertai PdPR. Pelajar ini juga tidak menghantar
56 tugasan, mahupun berhubung dengan guru. Setelah dirujuk dengan guru lain dan juga Penolong Kanan, didapati pelajar ini tidak menghadiri mana-mana kelas mata pelajaran lain juga. 2.5 CATATAN PEMERHATIAN SEMULA a. Pada sesi Perbincangan 2 hingga 3, diperhatikan kebanyakan pelajar mempunyai motivasi dan keyakinan untuk memberikan pendapat dan pandangan mengenai isu. Saya boleh melihat kesungguhan pelajar, dan suasana perbincangan lebih santai dan positif. Pelajar memberikan persetujuan terhadap pendapat rakannya, dan apabila ada percanggahan pandangan, masing-masing mempunyai justifikasi terhadap isu. Hal ini memberikan idea 'pro dan cons' dalam isu yang dibincang oleh pelajar dan tidak dinafikan, pelajar boleh menerima dan menghormati pandangan masing-masing. b. Hasil latihan yang dihantar oleh pelajar menunjukkan secara purata 7 pelajar memberikan pandangan yang kritis. Kesemua pelajar boleh menghuraikan isu yang disoal dalam pelbagai aspek. Ini menunjukkan pelajar telah memberikan perhatian sepanjang sesi perbincangan dan ada percambahan idea hasil perbincangan. Beberapa poin-poin penting dalam perbincangan dinyatakan dalam latihan yang dihantar dan dihurai secara relevan. Objektif 1: Perbandingan terhadap penyertaan pelajar dalam sesi PdPR boleh dilihat dengan jelas melalui kehadiran pelajar seperti berikut: Sebelum Intervensi Bulan/Tahun Platform Purata Kehadiran NOV/2020 Google Meet 20/32 Telegram 18/32 DIS/2020 Google Meet 23/32 Telegram 28/32 Selepas Intervensi Tarikh Platform Kehadiran 21/5/2021 Google Meet 28/32 22/5/2021 Google Meet 28/32 24/5/2021 Discord 27/32 27/5/2021 Discord 28/32
57 Objektif 2: Perbandingan penglibatan pelajar dalam aktiviti PdPR boleh ditentukan melalui penghantaran tugasan pelajar yang menepati tempoh yang ditetapkan: Sebelum Intervensi Bulan/Tahun Platform Bil.pelajar menyiapkan tugasan NOV/2020 Google Classroom (Assighment) 9/32 Google Form (Quiz) 18/32 Quizizz 24/32 Kahoot! 21/32 DIS/2020 Google Classroom (Assighment) 14/32 Google Form (Quiz) 17/32 Quizizz 20/32 Kahoot! 24/32 Selepas Intervensi Tarikh Bentuk Hasil Kerja Bil. Pelajar menyiapkan tugasan 3 Mei - 17 Mei 2021 Nota Ringkas 4 Slide Power Point 18 Video 2 Peta Minda 4 Jumlah 28/32 Selain itu, kesan positif yang signifikan dapat dilihat melalui hasil penulisan pelajar melalui latihan yang diberikan oleh guru selepas setiap sesi perbincangan. Pelajar mampu mengintegrasi idea-idea dalam perbincangan dalam penulisan mereka.
58 Pelajar A (Sebelum Intervensi) Pelajar A (Selepas Intervensi)
59 Kedua-dua soalan sebelum dan selepas intervensi merupakan soalan di dalam Topik 3: Dasar Sosial dan Budaya : Pembangunan Lestari. Pelajar A merupakan pelajar yang lemah dalam penulisan dan tidak dapat memahami soalan dengan sepenuhnya. Hal ini boleh dilihat melalui hasil penulisan pelajar A sebelum intervensi, dimana idea yang diutarakan oleh pelajar A kurang kritis dan huraian yang tidak menepati kehendak soalan. Pelajar A juga merupakan pelajar pasif dalam sesi PdPR dengan masalah ketidakhadiran PdPR sebanyak 6 kali sepanjang tempoh Nov 2020 - Dis 2020.. Pada sesi perbincangan 1, pelajar A hanya 1 kali memberi maklumbalas untuk meminta rakannya menerangkan semula bahagian yang tidak difahami. Namun, pada sesi perbincangan 2 dan 3, pelajar A mempunyai perkembangan yang positif. Pelajar A mampu menerang semula poin-poin dalam perbincangan dan beberapa kali memberikan idea menunjukkan pelajar A mempunyai keyakinan dan motivasi untuk belajar. Selain itu, sepanjang tempoh perlaksanaan intervensi ini, pelajar ini memenuhi semua kehadiran ke sesi PdPR. Tahap pencapaian objektif 2: 28 pelajar telah mencapai objektif dengan penglibatan aktif pelajar dalam aktiviti PdPR. Hasil pencapaian boleh dilihat jelas melalui penghantaran tugasan dan perubahan yang positif dalam penulisan pelajar.
60 2.6 CATATAN REFLEKSI SEMULA Refleksi semula dibuat untuk mengenal pasti kejayaan dan kegagalan dalam intervensi ini. Masalah penglibatan pelajar dalam PdPR dilihat bermula dari beberapa punca/isu yang timbul. Refleksi semula ke atas punca-punca ini, berikut merupakan beberapa penjelasan yang boleh dirangka; a. Isu masa dan penyertaan Penglibatan pelajar dalam aktiviti PdPR dipengaruhi oleh masa yang diperuntukkan untuk menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru. Sebelum intervensi, tugasan diberikan mengikut jadual PdP. Bagi mata pelajaran Pengajian Am, saya telah memperuntukkan masa 3 hari kepada pelajar untuk menyiapkan 1 penulisan esei. Keadaan ini menyebabkan sesetengah pelajar tergesa-gesa untuk menyiapkan tugasan, dan sesetengah pelajar mengambil jalan mudah dengan meniru tanpa memahami isu. Perbincangan dengan pelajar menyatakan majoriti pelajar gemar menyiapkan tugasan di saat akhir. Oleh itu, isu ini dapat diselesaikan dengan memperuntukkan 2 minggu kepada pelajar untuk menyiapkan tugasan dalam bentuk projek, berbanding hanya penulisan 1 esei. dalam masa yang sama, saya sering mengingatkan kepada pelajar dari semasa ke semasa untuk menyiapkan tugasan mengikut tempoh yang ditetapkan. b. Isu minat dan motivasi terhadap pembelajaran Didapati isu ini timbul apabila pelajar tidak faham topik yang disoal dalam tugasan. Ia berkaitan dengan keyakinan diri pelajar. Pelajar mempunyai persepsi yang negatif terhadap budaya bertanya dan mengutarakan pendapat tanpa disuruh oleh guru. Pelajar juga kurang keyakinan terhadap maklumat yang diperolehi dan diterima. Isu ini dapat diselesaikan apabila guru melaksanakan perbincangan terbuka, menggunakan media sosial dengan memberi penekanan positif melalui pujian dan penggunaan butang 'like' dari kawan. Selain itu, pendekatan Pembelajaran Berasaskan Projek memberikan kebebasan, autoriti dan keyakinan diri kepada pelajar untuk melaksanakan pembelajaran kendiri. Penjelasan Kejayaan: Kejayaan terhadap pendekatan ini boleh dilihat melalui beberapa teori dalam aliran behaviorisme (ie: Bandura ,1977; Skinner, 1982) dan humanisme (Maslow, 1943). 1. Peneguhan Positif (Skinner, 1982) dapat membina tingkah laku positif dengan berkesan. Dalam tempoh kajian ini dilaksanakan, guru menggalakkan pertanyaan dan pandangan melalui pujian dan penghargaan tanpa memberikan penilaian (judgement) terhadap pandangan dan pertanyaan. Tingkah laku ini turut ditiru (Bandura, 1977)
61 oleh rakan pelajar, meneguhkan tingkah laku positif seterusnya meningkatkan motivasi pelajar. 2. Dengan memenuhi Keperluan Psikologi (Maslow, 1943) manusia yang sentiasa berusaha untuk mendapatkan keselamatan, kasih sayang dan penghargaan diri, guru menerima pandangan pelajar secara terbuka tanpa menilai. Penghargaan dan pujian diberikan terhadap soalan dan pendapat seterusnya dikongsi kepada rakan dan menerima maklum balas yang positif dari rakan dan guru boleh meningkatkan keyakinan diri pelajar. Proses ini menjadikan sesi perbincangan yang terbuka dan menyeronokkan. Pelajar tidak rasa tertekan kerana dinilai atau dikritik. Pandangan yang berbeza diterima dengan hati terbuka dan dihormati sepenuhnya. Selain itu, Pembelajaran Berasaskan Projek mengukuhkan peneguhan positif dan kepuasan mencapai matlamat. 2.7 CADANGAN TINDAKAN SELANJUTNYA Bardasarkan kajian tindakan ini, cadangan tindakan selanjutnya adalah untuk melaksanakan kajian tindakan untuk mengubahsuai dan menyesuaikan pendekatan ini untuk sesi PdP bersemuka di kelas. Beberapa kekangan yang dikenal pasti seperti jenis peneguhan positif yang boleh digunakan dan masalah yang mungkin timbul dalam proses perbincangan dan pembentangan di kelas. Dengan menilai kekangankekangan ini, beberapa sesi cuba-jaya perlu dilaksanakan sepanjang tempoh kajian tindakan dilaksanakan untuk mencari penyelesaian. 3.0 KESIMPULAN Secara kesimpulannya, perlaksanaan kajian tindakan dalam tempoh COVID-19 banyak membantu guru-guru yang berhadapan masalah penyertaan dan penglibatan pelajar dalam PdPR. Oleh itu, melalui kajian tindakan ini, diharap dapat memberikan idea kepada guru-guru untuk mengambil berat aspek psikologi pelajar dan menyesuaikan pendekatan yang digunakan dalam proses PdPR dengan situasi pelajar yang menghadapi pelbagai cabaran tersendiri. Jika punca isu motivasi dan minat pelajar boleh diatasi, sedikit sebanyak masalah penglibatan pelajar dalam PdPR boleh dikurangkan. 4.0 RUJUKAN (JIKA ADA) Brockett, Ralph & Hiemstra, Roger. (2018). Self-Direction in Adult Learning: Perspectives on Theory, Research, and Practice. Routledge, Abingdon-on-Thames. Ferrance, E. (2000). Themes in education: Action research. Providence, RI: Northeast and Islands Regional Educational Laboratory. Slavin, Robert (2006). Educational Psychology: Theory and Practice (12th Ed.). John Hopkins University. US.
62 NAMA GURU PENYELIDIK: Siti Ruhani Binti Saiman MATA PELAJARAN: Matematik SEKOLAH/ DAERAH/ PPD: SMK Pending/Kuching/PPD Kuching TAJUK KAJIAN TINDAKAN: Meningkatkan Kemahiran Pelajar Tingkatan 2 dalam asas kembangan dengan menggunakan Teknik T-SHEP dan S-SHEP terhadap tajuk Pemfaktoran dan Pecahan Algebra RAKAN PEMBIMBING: Encik Felix Chuo Sin Tiing KUMPULAN SASARAN: 1.0 ISU PEMBELAJARAN DALAM KAJIAN TINDAKAN 5 orang pelajar Tingkatan 2, SMK Pending lemah menguasai kemahiran asas kembangan dalam Ungkapan Algebra melibatkan pendaraban satu sebutan algebra dengan satu ungkapan algebra dan Pendaraban dua ungkapan algebra. 2.0 PELAKSANAAN KAJIAN TINDAKAN (KITARAN KAJIAN TINDAKAN) Kajian tindakan ini telah dilaksanakan dalam dua kitaran, iaitu: a. Kitaran 1: Pemerhatian b. Kitaran 1: Refleksi c. Kitaran 1: Rancangan d. Kitaran 1: Tindakan e. Kitaran 2: Pemerhatian semula f. Kitaran 2: Refleksi semula
63 2.1 CATATAN PEMERHATIAN Pemerhatian ke atas hasil kerja murid telah dilakukan sepanjang tempoh 5.4.2021 hingga 14.4.2021. Mengikut DSKP Matematik Tingkatan 2, iaitu mempamerkan kefahaman tentang konsep Kembangan perlu dikuasai oleh murid-murid. Pemerhatian 1: Diperhatikan bahawa setiap kali latihan dalam kelas dijalankan, pelajar mengambil masa yang terlalu lama untuk menyelesaikan walhal bilangan soalan adalah sedikit. Melalui analisis hasil kerja murid menunjukkan muridmurid yang dikenal pasti tidak dapat menjawab dengan betul, keliru dan tidak mahir dalam asas kembangan melibatkan: a) pendaraban satu sebutan algebra dengan satu ungkapan algebra b) pendaraban dua ungkapan algebra. Pemerhatian 2: Analisis pada hasil kerja murid menunjukkan murid sering membuat kesalahan melibatkan kembangan pendaraban satu sebutan algebra dengan satu ungkapan algebra pendaraban dua ungkapan algebra. Pemerhatian 3: Walaupun telah ditegur sekurang-kurangnya 3 kali, murid-murid masih mengulangi kesalahan.
64 2.2 CATATAN REFLEKSI TERHADAP ISU BERDASARKAN CATATAN PEMERHATIAN Situasi pandemik COVID-19 yang sedang dihadapi ini memang sukar untuk diramal kesudahannya. Namun refleksi ke atas pemerhatian isu murid dalam meningkatkan kemahiran asas dalam kembangan telah dilaksanakan untuk membantu murid-murid ini. Inkuiri Kendiri berdasarkan Pemerhatian 1: Mengapa murid tidak dapat menjawab dengan betul, keliru dan tidak mahir dalam asas kembangan melibatkan a) pendaraban satu sebutan algebra dengan satu ungkapan algebra? b) pendaraban dua ungkapan algebra? Refleksi terhadap Inkuiri Kendiri 1: Murid-murid tidak mempunyai kemahiran asas ungkapan algebra yang sepatutnya telah dipelajari semasa Tingkatan 1. Pelajar ini banyak ketinggalan dan kurang perhatian seperti di dalam kelas PdPR tahun lepas. Matlamat 1: Memastikan murid dapat menjawab soalan dengan betul Langkah demi Langkah seperti kaedah di dalam buku teks. Cadangan Penyelesaian 1: Memberikan sokongan secara lisan dan grafik semasa sesi tutorial apabila murid sedang menulis langkah kerja pengiraan mereka. Contoh jawapan yang sepatutnya mereka perolehi ditunjukkan. Inkuiri kendiri berdasarkan Pemerhatian 2: Mengapa murid sering membuat kesalahan pengiraan dalam Kembangan melibatkan a) pendaraban satu sebutan algebra dengan satu ungkapan algebra? b) pendaraban dua ungkapan algebra? Refleksi terhadap Inkuiri Kendiri 2: Murid tidak mahir dan lemah dalam asas kembangan . Matlamat 2: Memberi maklum balas secara serta merta apabila terjumpa kesalahan pengiraan. Cadangan Penyelesaian 2: Menyemak hasil kerja murid menggunakan whatsapp.
65 2.3 CATATAN PERANCANGAN Berdasarkan refleksi isu pembelajaran iaitu kelemahan dalam menguasai kemahiran asas kembangan, perancangan intervensi telah dikenalpasti untuk mencapai objektif. Sumber ilham memperoleh teknik ini adalah bermula dari timbulnya masalah yang dihadapi oleh murid. Masalah yang timbul ini acap kali dilakukan oleh murid. Saya terus berfikir dan mencari jalan untuk mengatasi masalah murid agar masalah tersebut tidak akan berulang kembali. Maka terciptalah Teknik T-SHEP dan S-SHEP untuk mengatasi masalah murid-murid. Sebenarnya, nama T-SHEP dan S-SHEP membawa pengertian yang bermakna untuk pengguna teknik ini. T merujuk kepada ‘Triangle’. Jika diperhatikan bentukbentuk bulatan pada kad T-SHEP jika dicantumkan akan membentuk sebuah segi tiga.Justeru, S-SHEP pula, S adalah datang dari perkataan ‘Square’ iaitu bentuk segi empat. Bulatan-bulatan yang terdapat pada kad S-SHEP jika dicantumkan akan menghasilkan bentuk segi empat. SHEP adalah nama yang dipetik dari perkataan ‘shape’. Nama-nama teknik yang adalah dipilih oleh saya sendiri kerana ada keunikannya serta makna yang tersendiri. Teknik T-SHEP sesuai digunakan untuk pelajar yang lemah menguasai a. Pendaraban satu sebutan algebra dengan satu ungkapan algebra, a( ) Contoh soalan: -5b(a+3) Teknik S-SHEP sesuai digunakan untuk pelajar yang lemah menguasai b) Pendaraban dua ungkapan algebra, ( ) ( ) Contoh soalan: (y+1)(y-3)
66 Kelebihan menggunakan Teknik T-SHEP dan S-SHEP ini berkonsepkan mudah dan senang untuk diingat oleh murid. Murid akan menjadi lebih jelas serta tidak keliru terutama pelajar yang lemah penguasaan dalam kembangan melibatkan pendaraban ungkapan algebra ini. Objektif: 1. Meningkatkan kemahiran Pelajar Tingkatan 2 dalam kembangan melibatkan pendaraban satu sebutan algebra dengan satu ungkapan algebra dan pendaraban dua ungkapan algebra. dengan menggunakan Teknik T-SHEP dan S-SHEP. Intervensi : Penggunaan Teknik T-SHEP dan S-SHEP dalam meningkatkan kemahiran Kembangan Ungkapan Algebra untuk kelas PdPR. Langkah 1: Peranan Guru: a) Mengajar dan menerangkan langkah-langkah menggunakan Teknik TSHEP dan S-SHEP menggunakan power point slaid dan video (pelajar yang tidak dapat mengikuti kelas secara google meet) Peranan Murid: a) Mempelajari langkah-langkah pengiraan menggunakan Teknik T-SHEP dan S-SHEP dengan bimbingan guru. Langkah 2: Peranan guru: a. Memberi murid-murid masa untuk menulis langkah kerja pada jamboard semasa google meet dilaksanakan. b. Memberi maklum balas apabila mendapati kesalahan pengiraan berdasarkan jawapan murid. Peranan murid: a. Murid melaksanakan pengiraan menggunakan teknik yang betul yang telah diperkenalkan. b. membuat pembetulan ke atas kesalahan pengiraan. Langkah 3: Peranan Guru: a. Memberikan 6 soalan kepada murid untuk menjawab menggunakan teknik baru yang diperkenalkan. b. Mengumpul hasil kerja murid menerusi Whatsapp. Keberkesanan Intervensi: 1. Mengurangkan kesalahan pengiraan murid 2. Meningkatkan penguasaan murid 3. Meningkatkan kemahiran kembangan
67 2.4 CATATAN TINDAKAN Proses pelaksanaan intervensi telah dijalankan dalam tempoh selama 2 minggu. RPH(rujuk lampiran) dalam meningkatkan kemahiran Kembangan Ungkapan Algebra untuk kelas PdPR. 1. 15/4/2021(Khamis) 2. 20/4/2021(selasa) 3. 22/4/2021(khamis) Langkah 1 hingga 3 dalam catatan perancangan telah dilaksanakan menerusi RPH. Hasil kerja murid telah dikumpul sebagai eviden untuk menunjukkan perubahan sebelum dan selepas intervensi. Cabaran yang dihadapi semasa intervensi: Pada 15 April 2021 hari khamis merupakan Pdpc bersemuka bersama pelajar macam biasa. Pada hari ini saya telah merancang untuk mengajar kembangan ungkapan algebra melibatkan pendaraban satu sebutan algebra dengan satu ungkapan algebra menggunakan Teknik TSHEP. Pelajar berasa seronok apabila dapat melaksanakan pengiraan dengan betul dan mendapat jawapan yang betul. Apabila ditanya, macam mana kamu gunakan Teknik T-SHEP? Pelbagai jawapan dan reaksi yang positif diberikan oleh pelajar. Ada yang kata sangat senang guna T-SHEP ini. Ada juga yang kata lebih senang guna teknik ini, cikgu. Saya amat berasa seronok dan turut tumpang gembira dengan kejayaan mereka menjawab soalan latihan yang diberi dengan betul. Pada 20 April 2021, hari selasa baru dapat bersama pelajar kelas 2B untuk Matematik. Apa yang dirancangkan pada hari itu sepatutnya, saya akan memberikan soalan intervensi kepada pelajar untuk dijawab dengan menggunakan Teknik T-SHEP tetapi pada masa itu kes Covid-19 semakin meningkat dan PKPB bermula sekali lagi. Namun semua itu tidak memutuskan semangat saya, bahan yang saya telah difotostat itu dihantar ke pondok keselamatan agar ibu bapa pelajar dapat mengambil bahan tersebut untuk kegunaan anak-anak mereka. Setelah mereka siap menjawab, ibu bapa perlu menghantar lembaran latihan yang telah siap itu ke pondok keselamatan semula untuk disemak. Memang suatu penantian untuk memungut jawapan latihan daripada pelajar namun digagahi juga. Murid yang tidak menghantar lagi akan dihubungi oleh saya sehinggalah mereka semua menghantar. Pada 22 April 2021, hari Khamis sekali lagi saya ada kelas bersama murid 2B secara dalam talian saya menggunakan ‘google meet’ sebagai medium penyampaian saya kepada pelajar. Saya mengajar dan menerangkan kembangan melibatkan pendaraban dua ungkapan algebra semasa slot PdP menggunakan Teknik S-SHEP. Kad S-SHEP, saya zahirkan dalam bentuk visual menggunakan slaid power point dan alat untuk menulis menggunakan stalus dan papan tulis jenama huion semasa menyampai pada paparan yang dikongsikan melalui google meet. Namun satu cabaran lagi, tidak semua pelajar ada capaian internet untuk masuk menerusi google meet maka rakaman video diberikan kepada pelajar termasuklah lima orang pelajar yang disasarkan. Pelajar diminta menyelesaikan 6 soalan menggunakan Teknik SSHEP ini termasuk lima orang pelajar ini. Cabaran sekali lagi, empat orang
68 daripada lima pelajar yang disasarkan menghantar gambar yang tidak berapa jelas kepada saya kerana tulisannya kabur, tidak kemas dan sukar dibaca untuk saya menyemak. Maka saya menyarankan murid tersebut menulis sekali lagi agar saya jelas melihat dan mengambil gambar dengan posisi gambar yang lebih jelas.
69 2.5 CATATAN PEMERHATIAN SEMULA Perubahan dalam pencapaian murid dari segi kemahiran pengiraan dapat diperhatikan dengan teliti dan jelas. Perbandingan sebelum dan selepas intervensi: 1. Berikut merupakan gambar hasil kerja pelajar menggunakan Teknik TSHEP. Soalan yang diberikan oleh guru adalah soalan 69embangan ungkapan algebra melibatkan a) pendaraban satu sebutan algebra dengan satu ungkapan algebra Sebelum intervensi Selepas intervensi Murid A Murid A Murid B Murid B Murid C Murid C
70 2. Berikut merupakan gambar hasil kerja pelajar menggunakan Teknik S-SHEP. Soalan yang diberikan oleh guru adalah soalan kembangan ungkapan algebra melibatkan b) Pendaraban dua ungkapan algebra Sebelum intervensi Selepas intervensi Murid A Murid A
71 Murid B Murid B
72 Murid C Murid C Murid D Murid D
73 Murid E Murid E Berdasarkan Rajah 1.0, intervensi yang telah dijalankan ke atas lima orang pelajar yang disasarkan menunjukkan peningkatan prestasi yang lebih baik berbanding keputusan sebelum intervensi. Ini menunjukkan murid lebih mudah faham menggunakan Teknik T-SHEP bagi kembangan melibatkan pendaraban satu sebutan algebra dengan satu ungkapan algebra. Rajah 1.0 Lima orang murid ini juga menunjukkan prestasi yang lebih baik selepas intervensi menggunakan Teknik S-SHEP bagi kembangan melibatkan pendaraban dua ungkapan algebra.
74 Rajah 2.0 Berdasarkan Rajah 2.0 pula, didapati ada peningkatan prestasi dengan menggunakan Teknik S-SHEP. Walaupun peningkatannya sedikit dan tidak seratus peratus, namun ia dapat memberi impak yang besar untuk saya. Mereka pun turut merasainya. Tahap pencapaian Objektif: 5 orang murid yang lemah menguasai kemahiran Kembangan telah menunjukkan peningkatan atau penguasaan dalam kemahiran tersebut menggunakan Teknik T-SHEP dan S-SHEP. 2.6 CATATAN REFLEKSI SEMULA Refleksi semula dibuat untuk mengenalpasti kejayaan atau kegagalan intervensi saya. Isu pembelajaran dapat diselesaikan kerana kurang penekanan kepada kemahiran asas kembangan melibatkan a) pendaraban satu sebutan algebra dengan satu ungkapan algebra b) Pendaraban dua ungkapan algebra Namun, saya berasa sangat gembira dan berpuas hati kerana dengan usaha melaksanakan intervensi menggunakan Teknik T-SHEP dan S-SHEP telah berjaya mengatasi masalah lima orang pelajar ini. Teknik T-SHEP dan S-SHEP merupakan satu bentuk sokongan untuk membimbing murid untuk menguasai kemahiran kembangan. 2.7 CADANGAN TINDAKAN SELANJUTNYA Tindakan susulan saya seterusnya, saya akan membina modul untuk menyebar luas penggunaan T-SHEP dan S-SHEP kepada murid-murid lain. Namun memandangkan keadaan sekarang tidak mengizinkan saya dan murid untuk bersemuka secara fizikal maka cukuplah dengan membina modul pembelajaran kendiri untuk pelajar agar boleh menggunakan teknik tersebut dengan bimbingan saya yang minimum.
75 Selain itu, saya juga akan menerbitkan video pendek yang boleh disebar luas untuk memperkenalkan Teknik T-SHEP dan S-SHEP kepada murid-murid lain. 3.0 KESIMPULAN Kesimpulannya, pelaksanaan kajian Tindakan sewaktu Covid-19 amat penting bagi memperbaiki serta memperkasakan lagi cara pengajaran saya dan isu pembelajaran sewaktu norma baharu. Proses pembelajaran akan berjalan lancar dengan adanya sokongan dari guru iaitu saya sendiri agar murid -murid ini terus tidak ketinggalan dalam menguasai kemahiran pendaraban ungkapan algebra seterusnya secara tidak langsung dapat memahirkan mereka menggunakan teknologi. 4.0 RUJUKAN (JIKA ADA) Mohd Ridhuan Md Nasir (2020) Asas Penulisan Laporan Kajian Tindakan. 1- 109. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2008). Manual kajian Tindakan edisi ketiga. Putrajaya: Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia.
76 Pemenang Kajian Tindakan Pingat Perak Using the “Guidy Box” to Improve Six Year 6 Students in Writing Simple Sentence NIK AMIR SYAHIR BIN NIK ABDULLAH (SK BAKO) Penggunaan Kaedah OMM dalam Meningkatkan Kemahiran Menulis Bacaan Tolok Skru Mikrometer dengan Betul apabila Terdapat Ralat Sifar di Kalangan Pelajar Tingkatan 2 Rasional JUNAIDAH BT RAMLI (SMK TINGGI KUCHING) Pendekatan Gamifikasi dalam Meningkatkan Kemahiran Abad Ke-21 Murid Berkeperluan Khas PPKI SMK Demak Baru Semasa Pandemik COVID-19 MOHAMMAD NOR HATISAM BIN REDZUAN (SMK DEMAK BARU) Penggunaan Video Membantu Pelajar 5 Amanah Menguasai Elemen-Elemen Sastera semasa Pandemik COVID-19 dalam Norma Baharu ZUNAINAH BINTI REDZUAN (SMK DEMAK BARU) Penggunaan Akaun DELIMa Aplikasi Google Meet di Kalangan Guru Penolong Kanan dan Penyelaras Pendidikan Khas sewaktu Sesi Taklimat, Bengkel dan Mesyuarat Ekoran Situasi Pandemik COVID-19 GUSTINA BINTI YUSUF (PPD KUCHING)
77 NAMA GURU PENYELIDIK: Nik Amir Syahir Bin Nik Abdullah MATA PELAJARAN: Bahasa Inggeris SEKOLAH/ DAERAH/ PPD: SK Bako, PPD Kuching TAJUK KAJIAN TINDAKAN: Using the “Guidy Box” to Improve Six Year 6 Students in Writing Simple Sentence RAKAN PEMBIMBING: Ms. Faith Wong KUMPULAN SASARAN: 6 Students (Year 6 Gemilang) 1.0 ISU PEMBELAJARAN DALAM KAJIAN TINDAKAN Based on the pre-intervention test, 13 students had problem to write a complete sentence correctly. The main concerns were the mistakes in sentence pattern (Subject – Verb – Predicate) and the interference of the students’ mother tongue language which is the Malay language in their writing. Out of these 13 students, 6 were chosen as the subject for this action research. Some of the mistakes found were incorrect sentence pattern (Subject-Verb – Predicate) and the incorrect use of present tense verb in a past tense sentence. 2.0 PELAKSANAAN KAJIAN TINDAKAN (KITARAN KAJIAN TINDAKAN) This action research has been conducted in one circle which were: a. K1(a) – Observation b. K1(b) – Reflection c. K1 (c) – Plan d. K1(d) – Plan Execution e. K1 (e) – Reflection / Summary 2.1 CATATAN PEMERHATIAN Observation was made based on the subjects’ pre-intervention test. According to the English Curriculum by the end of year 6, the students will be able to: 5.2 By the end of the 6-year primary schooling, pupils will be able to construct various sentence types correctly. 5.2.1 Able to construct various sentence types correctly.
78 Observation: Based on the students pre-intervention answer papers: 1. Incorrect sentence pattern (as in the subject-verb-predicate pattern) Example 1: Verb Omission Incorrect sentence: Nina and family so happy. Correct sentence: Nina and family were so happy. Example 2: Verb Omission Incorrect sentence: Brother swimming at the beach. Correct sentence: Brother was swimming at the beach. Example 3: Incorrect Pattern. Incorrect sentence: Sister and I built to the sandcastle. Correct sentence: My sister and I built a sandcastle. 2. Students used present tense verbs in past tense sentences. Example 1: Incorrect sentence: Nina and family go to the beach. Correct sentence: Nina and family went to the beach. Example 2: Incorrect sentence: Brother and sister is very happy and smile. Correct sentence: Brother and sister were very happy and smiled. Example 3: Incorrect sentence: Dad drive a car for go to the beach. Correct sentence: Dad drove a car to go to the beach. 2.2 CATATAN REFLEKSI The reflection was done in the midst of the Covid-19 crisis where by the school has been closed for teaching and learning session. Hence, this action research was done from home via online platforms. Self – inquiry based on Observation 1 Why did the students make sentence pattern mistakes in their writing? Reflection based on Observation 1 The students were unaware of the correct sentence pattern in English which are the Subject – Verb – Predicate. Furthermore, the closure of school due to Covid 19 pandemic had lessened their interaction hour with English subject. Objective based on Reflection 1 Students will be able to at least write simple sentences using correct sentence pattern (Subject – Verb – Predicate).
79 Intervention suggestion based on Reflection 1 Help the students to familiarise with the correct sentence pattern (Subject – Verb – Predicate) using the substitution table method as a guide during writing practices. Due to Covid 19 restrictions, the practice sessions will be conducted via the Google Meet website. Self – inquiry based on Observation 2 Why did the students use wrong form of verb tense? Reflection based on Observation 1 The students were unable the understand verb tense rules which are the present, past and future tenses. Furthermore, their mother tongue language may interfere with their English writing. This is because there is no verb tenses rules to adhere to in writing sentences in the Malay language. Objective based on Reflection 1 Students will be able to used past tense verb in a past tense sentence correctly. Intervention suggestion based on Reflection 1 During the online session, the teacher emphasised on the past tense verb rules to be used with the past tense sentence. Hence, a list of 100 most common verbs were included in their intervention module. In the list, the students could identify and recognise the verbs in their root form and also in their past-tense form. 2.3 CATATAN PERANCANGAN Based on the observation and reflection, the plan was made with the aim to improve the students’ sentences writing proficiency and correct verb form. Objectives: Able to write using correct sentence pattern which is Subject – Verb – predicate and using verb in past tense correctly. 1. Using the substitution table as a guide to improve the students’ sentence patterns. 2. Provide a list of 100 verbs in their root form and past tense form. Step 1: Teacher prepared and distributed a practice module for the 6 students. There will be 4 practice questions and a list of 100 verbs to guide the students. The students collected the module at their school. Step 2: The teacher provided 4 one-hour online sessions via Google Meet website.
80 The students joined the online sessions to have their practice using the module. During those sessions, the students did the writing exercise using the substitution table. Step 3: The students re-answer the writing test that was given in the pre-intervention test. The teacher marked and analysed the students’ post-intervention writings and compared them to their pre-intervention writings. 1. The number of sentences written in the correct sentence pattern. 2. The verbs tense form is correct. 2.4 CATATAN TINDAKAN Below are the planned schedule for the online session: 29 April Module distribution 6 May 2021 Session 1 11 May 2021 Session 2 13 May 2021 Session 3 18 May 2021 Session 4 20 May 2021 Post-intervention test. 21 May 2021 Submition for PLC 2 However, session 3 were cancelled since it was during the Hari Raya Aidilfitri celebration. Hence, we only managed to have 3 sessions. Initially, the intervention sessions were planned to be done in school, specifically a 10 -15 minutes session every morning before the start of the school session as the formal in-class session would start at 7:30 a.m. However another school closure due the Covid-19 pandemic meant we needed to switch to online session. Hence, 4 online intervention sessions were planned but soon were reduced to 3 sessions to give way to Hari Raya Aidilfitri celebration. Before the start of the online sessions, all of the parents were contacted and agreed for their children to participate in this research. However, 2 students then could not commit due to the internet connection problem. 1 student could not get the module from school since the student was put under the mandatory 14-days quarantine due to close contact with a Covid19 positive patient. Unstable internet connection also negatively affected the online intervention sessions. Some of the common interferences were the frozen and loss of images during video streaming and unclear voice.
81 2.5 CATATAN PEMERHATIAN SEMULA Based on the students’ post-intervention test, the number of sentences written in the correct sentence pattern were observed and compared to the pre-intervention test. Student Number of Correct sentence pattern (subject+verb+predicate) Preintervention Postintervention 1 3 5 2 2 No submission 3 2 2 4 1 4 5 1 2 6 0 No Submission 2.6 CATATAN REFLEKSI SEMULA The students did improve in their writing even though not by much. The similar sentence pattern mistakes and the verb mistakes were still found in their post-intervention test. The online sessions were interrupted quite often hence making the intervention sessions not as effective as in-person session can be. The teacher’s lack of mastery in using multiple online learning platforms and methods may limit the students’ engagement during the online sessions. The lacking of online sessions, which were 3 sessions, could also be the contribution factor. As the post-intervention test was done at home, other external factor such as helps from other family members may affect the validity and reliability of the post intervention tests. 2.7 CADANGAN TINDAKAN SELANJUTNYA Firstly, I, the teacher should focus on one area each time, considering the participants‟ English proficiency. For instance, focus on the understanding of what is the subject of the sentence first. As for the predicate, I could focus on either adverbial phrase, prepositional phrase or adjectival phrase each time for drilling purposes. For the verb in past tense form, I should encourage the students to memorise them as much as they can. Next, if the session has to be done online, I need to consider on conducting more online sessions. At the same time, I need to consider the internet connection and availability that my students have. 3.0 KESIMPULAN In conclusion, the substitution table method can be used to help the students to see and understand the sentence pattern. At the same time, the challenge to conduct online sessions during this Covid-19 pandemic time should not be taken lightly. It is important to help the students to be able to write correctly so that they can present their ideas and maintain their progress towards higher education.
82 4.0 RUJUKAN (JIKA ADA) Dayang Nurhidayah binti Ahmad/Using „3W‟s‟ substitution table to improve Year Five pupils‟ subject-verb agreement in writing simple sentences. Jurnal Penyelidikan Tindakan IPGK BL Tahun 2018, Jilid 12 5.0 LAMPIRAN (JIKA ADA) Intervention Module Online Intervention sessions Post –intervention and Pre-intervention question
83 Post –intervention Answers.
84 NAMA GURU PENYELIDIK: Junaidah Binti Ramli MATA PELAJARAN : Sains SEKOLAH/ DAERAH/ PPD : SMK Kuching Tinggi TAJUK KAJIAN TINDAKAN: Penggunaan Kaedah OMM dalam meningkatkan kemahiran menulis bacaan tolok skru mikrometer dengan betul apabila terdapat ralat sifar di kalangan pelajar Tingkatan 2 Rasional. RAKAN PEMBIMBING : Puan Nooraini Bt Mahmud KUMPULAN SASARAN : 4 orang murid Tingkatan 2 Rasional 1.0 ISU PEMBELAJARAN DALAM KAJIAN TINDAKAN 10 orang murid Tingkatan 2 Rasional , SMJK Kuching High yang sederhana dan lemah dalam mata pelajaran Sains diberi lembaran kerja untuk menulis jawapan bacaan tolok skru mikrometer yang berkaitan dengan ralat sifar. Secara lebih spesifik, hanya 4 daripada mereka mereka tidak memberi jawapan yang tepat dipilih. Mereka tidak dapat menulis jawapan dengan tepat apabila terdapat ralat sifar, tidak menulis ralat sifar dengan betul seterusnya bacaan sebenar tolok skru mikrometer juga salah dan tidak menulis unit pada jawapan akhir 2.0 PELAKSANAAN KAJIAN TINDAKAN (KITARAN KAJIAN TINDAKAN) Kajian tindakan ini telah dilaksanakan dalam dua kitaran, iaitu: a. Kitaran 1: Pemerhatian b. Kitaran 1: Refleksi c. Kitaran 1: Rancangan d. Kitaran 1: Tindakan e. Kitaran 2: Pemerhatian semula f. Kitaran 2: Refleksi semula 2.1 CATATAN PEMERHATIAN Saya telah membuat pemerhatian ke atas tingkah laku murid-murid semasa Pdpc dan Pdpr berlangsung sepanjang tahun 2020 dan didapati sebahagian daripada pelajar yang saya pilih ini lebih banyak mendiamkan diri dan tidak melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti hand on dan eksperimen di makmal kerana kelas ini mempunyai bilangan murid yang ramai sebanyak 41 orang dan juga murid rasa terpinggir kerana guru kurang memberi perhatian kepada mereka. Dan dari pemerhatian kedua yang dijalankan melalui keputusan ujian, kerja rumah dan juga cara mereka menjawab soalan yang diberi semasa proses pengajaran di dalam kelas memang dapat dikenal pasti mereka menghadapi masalah semasa mempelajari matapelajaran Sains. Pemerhatian ke atas hasil kerja murid telah diberikan kepada 10 orang murid yang saya pilih pada 25 April 2021, hanya 4 orang murid yang dikenalpasti mengalami masalah berikut, i. Murid tidak mahir membaca skala tolok skru mikrometer dengan tepat apabila terdapat ralat sifar.
85 ii. Murid tidak menulis unit yang betul dan tidak menulis unit. Semasa memeriksa latihan pelajar berkaitan dengan subtopik ini, saya dapati pelajar tidak dapat memberi jawapan yang tepat. Rajah di bawah jawapan latihan pelajar. 2.2 CATATAN REFLEKSI Dalam situasi pandemic COVID-19 yang sedang dihadapi, refleksi ke atas pemerhatian isu murid dalam kemahiran menulis jawapan telah dilaksanakan. Isu 1 : Mengapa murid tidak dapat menulis bacaan ralat sifar dengan tepat dan lupa untuk menulis unit dan salah meletakkan unit?. Isu 2 : Mengapa murid saya tidak berjaya memberi bacaan yang tepat sedangkan jalan kerja hanya menggunakan operasi matematik yang mudah? Adakah penjelasan saya semasa mengajar topik ini tidak sampai kepada murid-murid ini? Refleksi terhadap inkuiri Isu 1: Murid-murid sudah lupa topik yang mereka pelajari semasa Tingkatan 1 disebabkan kurang perhatian dan tunjuk ajar semasa di dalam kelas. Refleksi terhadap inkuiri Isu 2: Murid-murid tidak melibatkan diri dengan aktif dalam aktiviti hand-on yang diadakan di makmal semasa Tingkatan 1 menyebabkan mereka tidak dapat mengingati cara membaca bacaan tolok skru mikrometer dengan tepat apabila terdapat ralat sifar.
86 Matlamat 1 : Memastikan murid dapat menulis ralat sifar dengan tepat bersama unitnya. Matlamat 2 : Memastikan murid dapat menulis bacaan tolok skru mikrometer dengan tepat sekiranya ada ralat sifar. Cadangan Penyelesaian 1 & 2:Pengkaji bercadang menggunakan kaedah OMM Saya akan memulakan ulangkaji topik dengan memperkenalkan intervensi “ Kaedah OMM” supaya pelajar-pelajar tersebut mengingati semula cara membaca dan menulis bacaan tolok skru mikrometer dengan tepat dan betul. “OMM” bermaksud “Operasi Matematik Mudah”. Pelajar-pelajar di perkenalkan dengan maksud “OMM” supaya dapat menarik minta mereka dan juga dapat mengubah “mindset” mereka yang topik ini mudah hanya perlu menggunakan operasi matematik yang mudah ( + , - ) dan juga tidak lupa menulis unit yang betul , mm untuk bacaan tolok skru mikrometer. Setelah sesi mengulangkaji, pelajar-pelajar tersebut diberi lembaran kerja yang sama sekali lagi. Oleh itu, kaedah OMM ini akan dilaksanakan dengan memberi lembaran kerja . 2.3 CATATAN PERANCANGAN Berdasarkan refleksi isu pembelajaran iaitu meningkatkan kemahiran pelajar tingkatan 2 menulis bacaan tolok skru mikrometer dengan betul apabila terdapat ralat sifar melalui kaedah OMM 2.3.1 OBJEKTIF KAJIAN TINDAKAN BERDASARKAN REFLEKSI Meningkatkan kemahiran menulis bacaan tolok skru mikrometer dengan betul apabila terdapat ralat sifar melalui Kaedah OMM 2.3.2 INTERVENSI Intervensi : Kaedah OMM dapat meningkatkan kemahiran murid menulis bacaan tolok skru mikrometer dengan betul apabila terdapat ralat sifar 2.3.3 KAEDAH PENETAPAN KEBERKESANAN INTERVENSI Langkah 1 Peranan Guru: a. Memperkenalkan maksud OMM kepada pelajar b.Mengajar cara-cara membaca bacaan skala tolok skru mikrometer menggunakan PowerPoint Slaid Peranan Murid: a. Mempelajari cara-cara membaca skala tolok skru yang mempunyai ralat sifar dengan bimbingan guru.
87 Langkah 2 Peranan Guru: Memberi murid-murid masa untuk menulis jawapan dalam Google Meet Whiteboard.fi. Memberikan maklum balas apabila mendapati kesalahan dalam menulis berdasarkan Whiteboard. Peranan Murid: Membuat lembaran kerja dan menulis bacaan dengan betul. Langkah 3 Peranan Guru: Mengingati murid Kaedah OMM sebelum menulis jawapan mereka di lembaran kerja yang akan diberi. Peranan Murid: Membuat Latihan Menghantar kerja rumah menerusi WhatApps 2.4 CATATAN TINDAKAN Pelaksanaan intervensi telah dijalankan dalam tempoh 12 Jun ke 13 Jun 2021 selama 2 hari. 2.4.1 PROSES PELAKSANAAN INTERVENSI 12 Jun 2021 - Google Meet 13 Jun 2021 - WhatApps 2.4.2 SIKAP/ PENERIMAAN/ CABARAN DIHADAPI SEMASA INTERVENSI Semasa menjalankan aktiviti ini, saya dapati 3 daripada murid telah dapat menyelesaikan soalan yang diberikan tanpa sebarang masalah. Hanya seorang daripada murid sasaran yang masih tidak menulis unit untuk jawapan ralat sifar dan kesilapan membaca skala. Saya bertanya kepada murid apakah masalah yang dia hadapi ketika menjawab soalan , adakah dia masih belum faham atau sebaliknya. Respond pelajar mengatakan dia faham cuma gambarajah tidak jelas dan dia tidak dapat membaca skala dengan betul. Jadi saya memperbesarkan soalan yang murid salah. Dan dia berjaya menjawabnya dengan betul. 2.5 CATATAN PEMERHATIAN SEMULA Perubahan dalam pencapaian murid dari segi kemahiran menulis diperhatikan dengan teliti. 2.5.1 PERBANDINGAN PERUBAHAN SEBELUM DAN SELEPAS INTERVENSI Perbandingan sebelum dan selepas intervensi: Sebelum Intervensi Murid A