The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BAGAIMANA BANKRUP MENJADIKAN AKU KAYA 2020 EBOOK

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by tam mimi, 2020-11-20 22:24:29

BAGAIMANA BANKRUP MENJADIKAN AKU KAYA 2020 EBOOK

BAGAIMANA BANKRUP MENJADIKAN AKU KAYA 2020 EBOOK

BAGAIMANA BANKRAP MENJADIKAN AKU KAYA | HAFIZ MANSOR

BAGAIMANA
BANKRAP
MENJADIKAN
AKU KAYA

“Berniaga selama 7 tahun dan bankrap kemudian kaya
dalam tempoh 6 bulan!”

AMARAN: Orang acah-acah kaya dilarang beli

Hafiz Mansor

BAGAIMANA BANKRAP MENJADIKAN AKU KAYA | HAFIZ MANSOR

PERHATIAN!

Buku ini ditulis oleh aku sendiri. Tiada unsur-unsur lawak didalam buku ini.
Semuanya serius-serius belaka. Setiap apa yang aku tulis dalam buku ni
memang semuanya dari apa yang aku lalui sendiri supaya korang faham

apa yang aku buat untuk mencapai sesuatu.

Jika buku ini tidak sesuai untuk korang selepas beli, rasa menyesal seperti
kekasih bernikah dengan orang lain, korang dinasihatkan gunakan buku ini
buat bakar ayam atau ikan keli. Apinya akan lebih marak dengan cepat
kerana kualiti ayat dan kertas yang digunakan. Rasa ayam bakar tadi akan

rasa lebih manis.

Jika terdapat sintom-sintom seperti muntah, pening kepala, badan rasa sejuk
lepas tu rasa panas, cirit-birit, kulit naik bintik-bintik merah, korang

dinasihatkan berhenti membaca buku ini dan terus jumpa doktor dengan
kadar segera. Kemungkinan korang dijangkiti demam Denggi.

Aku bertanggungjawab sepenuhnya atas apa yang aku tulis, olah dan
sampaikan. Bahasa yang digunakan tidak formal macam surat khabar dan

Buletin Utama. Aku tulis ikut suka macam mana pun janji ilmu tu sampai
kepada korang. Bukan ada cikgu disiplin nak semak pun.

Apa yang bagus korang follow sahaja. Yang tak bagus tu semua hasutan
syaitan ketika aku menulis sebab syaitan tanggungjawab dia adalah

menghasut. Jika ada yang baca dalam ni ada nama korang, aku minta
maaf banyak-banyak jika buat korang terasa. Tu la, sapa suruh berkawan

dengan aku.

Buku ni aku cerita tentang dari aku kecil apa yang aku buat, naik turun
dalam berniaga dan suka duka dalam meneruskan hidup. Banyak yang
korang akan belajar dari apa yang aku lalui sehingga aku sampai tahap

sekarang. Jangan mudah putus asa dan perlu berani buat keputusan.

Korang baca je lah. Dah beli tu jangan bagi lipas makan pulak buku ni. Baca
dan simpan baik-baik kalau buku ni berguna dan paksa kawan korang beli.

Jangan bagi pinjam. Ingat buku perpustakaan ke?

BAGAIMANA BANKRAP MENJADIKAN AKU KAYA | HAFIZ MANSOR

Bagaimana Bankrap Menjadikan Aku Kaya
Oleh: Hafiz Mansor
Hakcipta Terpelihara Karya oleh Hafiz Mansor
Hak Cipta Terbitan Nor Mohd Hafiz Bin Mansor
Edaran PDF Pertama Januari 2016
Cetakan Buku Pertama Mac 2016
Edaran PDF Kedua Januari 2018
Cetakan Buku Kedua Mac 2018
Edaran PDF Ketiga Mei 2020
Penyusun
Hafiz Mansor
Idea Pereka Bentuk Kulit
Hafiz Mansor
Ilustrasi Grafik dan Susunan
Hafiz Mansor
Diterbitkan Sendiri
Dyazara Secret Marketing
[email protected]

Dicetak Sendiri Oleh
Kilang Pilihan Hafiz Mansor.
Bukan kilang kicap.

BAGAIMANA BANKRAP MENJADIKAN AKU KAYA | HAFIZ MANSOR

“AKU NAK DUIT SAHAJA. AKU
JUAL APA YANG ORANG SUKA
DAN AKU AKAN RASA SUKA BILA

MEREKA SUKA”

Nama aku di facebook adalah Hafiz Mansor dan nama penuh aku adalah Nor
Mohd Hafiz Bin Mansor. Ayu kan nama ada Nor Nor kat depan. Tapi aku
bukanlah seorang pondan.

Aku juga tiada kena mengena dengan Rosmah Mansor. Bila aku komen di
Facebook orang akan reply “Hoi! Adik Rosmah Mansor ke?”, “Abang ipar kau
sihat jilake?!”, “Kaya la kakak kau. Pinjam Rambut”.

Aku merupakan pengasas kepada Produk CoolHijab iaitu serum rambut yang
dirumus eksklusif untuk wanita berhijab. Kalau masih ada yang belum tau apa
kebenda CoolHijab ni, nanti aku akan cerita. Kalau anda dah tak sabar nak tau,
kepala mula rasa gatal, boleh tengok dekat www.coolhijab.com.

Ketika buku ni ditulis aku berumur 31 tahun (2015) dimana kalau dikira, 1984
adalah tahun kelahiran aku. Aku dilahirkan di bumi paling hampir dengan
Thailand iaitu Perlis yang comel.

Dari kecil lagi aku suka menjual sebab Abah aku berkira-kira sedikit bila minta
duit. Biasalah, Abah banyak benda lain nak beli. Bila tengok muka Abah macam
Yusri Kru simpan misai dan janggut tu nak minta RM1 pun jadi 50sen.

Semasa sekolah rendah, aku minta mak bungkuskan kacang goreng dan kacang
putih pedas atau orang utara panggil kacang kuda pedas untuk aku jual.
Bungkus dalam plastik kecil dan pakai api lilin tak nak bagi angin masuk. Aku
jual 1 bungkus 20 sen.

BAGAIMANA BANKRAP MENJADIKAN AKU KAYA | HAFIZ MANSOR

KACANG MACAM NI LA AKU JUAL

Duit tu lah aku ambil 10 sen dan bagi kat mak 10 sen. Masa tahun 1991-1992,
10 sen boleh beli ais pop, gula-gula dan keropok.
Sekarang dapat penerajang makcik kantin je kalau nak beli. Satu hari tu boleh la
dapat duit poket dalam RM2. Kadang-kadang lebih.
Masuk Darjah 6 aku mula bisnes baru iaitu jual Kad untuk berkenalan tu yang
ada gambar pemandangan, artis dan kereta.
Dekat kad tu ada nama kita dan alamat. Siap dengan kata-kata semangat.
Nombor handphone je tak ada masa tu. Aku juga jual sticker sekali yang ada
gambar watak Disney juga Animasi Jepun.

BAGAIMANA BANKRAP MENJADIKAN AKU KAYA | HAFIZ MANSOR

CONTOH KAD NAMA AKU JUAL DEKAT SEKOLAH

Duit-duit ni lah aku buat beli kereta Dash Yonkuro. Zaman ni memang popular
dengan kereta jenama Tamiya. Kalau nak murah aku beli jenama Auldey.
Sebelum nak UPSR ni lah kerja aku main kereta dalam longkang sekolah. Puas
hati sebab pakai duit sendiri.

BEST GILER DAPAT BELI KERETA NI
BAGAIMANA BANKRAP MENJADIKAN AKU KAYA | HAFIZ MANSOR

Dah tamat UPSR tu aku masuk ke sebuah sekolah agama di Arau Perlis. Aku tak
minat tapi abah paksa jugak masuk.
Aku masuk 6 bulan saja lepas tu keluar sebab aku tak minat dan banyak sangat
gangguan dari abang-abang angkat. Bahaya sungguh. Sebelum aku dicabul
lebih baik aku keluar dulu.
Lepas tu aku masuk Sekolah Agama Al-Islahiah Behor Mali Perlis. Sekolah arab
juga tapi bukan tahfiz atau sekolah pondok.
Tak minat juga tapi sebab kena paksa, aku masuk juga. Giler tak masuk, abah
garang kot. Abah mana tak sayang anak. Watak mestilah tegas.
Masa Hari Kantin dekat sekolah aku minta mak dan kakak aku buat satay dan
aku jual satay harga 20 sen ke 30 sen rasanya masa tu.
Bayar wajib pakai kupon. Habis licin tak sampai 1 hari. Budak-budak sekolah
menengah memang kebulur.

JUAL SATAY MEMANG RAMAI BELI

Tahun ni juga iaitu tahun 1997 mak dan abah bercerai. Masa tu rasa macam
apa tah pun tak tau. Kami 4 beradik duduk dengan abah sebab abah cikgu.
Boleh sara kami berempat. Nasib baik kami tak jadi penagih dadah ke, ayam
lorong haji taib ke.

BAGAIMANA BANKRAP MENJADIKAN AKU KAYA | HAFIZ MANSOR

Di sini kami terpaksa belajar berdikari. Aku basuh baju sendiri, masak sendiri
dan semuanya sendiri. Kami terima apa yang berlaku dengan redha.
Aku mula mencari duit sendiri dengan mencari ikan disawah dan jual. Masa tu
kulit aku gelap. Dari jauh kalau tengok ingat negro rupanya Hafiz Mansor.

MACAM NI LA AKU DULU TANGKAP IKAN

Hampir beberapa bulan abah kahwin lain. Kami ok je. Disebabkan abah kacak
dan hormon berlebihan, jodohnya sampai cepat.
Tu je lah aku nak cerita pasal ni. Nanti jadi cerita pasal abah aku pulak. Tahniah
abah! Power! Dapat lagi 3 zuriat.
Masuk tingkatan 3, aku masuk pertandingan melukis poster. Aku ni ada bakat
melukis dari kecil tapi tak pernah menang apa-apa kecuali dapat Majalah
Kuntum dan Susu Nestle saja masa pendaftaran.

BAGAIMANA BANKRAP MENJADIKAN AKU KAYA | HAFIZ MANSOR

AKTIF JOIN PERTANDINGAN MELUKIS

Masa masuk pertandingan melukis poster Anti Dadah, aku telah mendapat
tempat pertama. Aku dapat duit RM150. Aku seronok dan aku mula kaji kenapa
aku boleh menang. Aku yakin, ini bukan nasib.
Kebanyakkan orang melukis poster anti dadah hanya melukis tengkorak, lilin,
api, picagari, penjara, tali gantung, hantu kubur dan setan gondol. Aku sebelum
ni lukis macam ni jugak tapi aku tukar kepada gambar positif.
Aku lukis gambar lelaki berjaya, ada kereta mewah, rumah mewah, keluarga
bahagia dan duit banyak. Aku tak sangka aku akan menang dengan hanya buat
lain dari orang lain.
Aku juga percaya bila kita buat berlainan dari orang buat, orang akan perasan
kehadiran kita.

BAGAIMANA BANKRAP MENJADIKAN AKU KAYA | HAFIZ MANSOR

SIJIL AKU WAKIL NEGERI PERLIS

Di situ aku mula memahami bagaimana nak sampaikan sesuatu melalui poster.
Aku sebelum ni meletakkan diri aku pada seorang pelukis tapi bukan kepada
orang yang menilai poster seperti korang. Kemudian lepas habis PMR aku
berpindah ke Sekolah Menengah Teknik Kangar Perlis.
Aku juga masuk pertandingan melukis poster anti dadah dan aku juga menang
semasa ditingkatan empat dan lima. Dua tahun aku mewakili Negeri Perlis ke
peringkat kebangsaan di Terengganu dan Perak.

BAGAIMANA BANKRAP MENJADIKAN AKU KAYA | HAFIZ MANSOR

SERTAI PERTANDINGAN PERINGKAT KEBANGSAAN

Apa yang aku faham, bila kita buat sesuatu dan berjaya buat, kejayaan
seterusnya akan menjadi milik kita. Kita perlu faham apa yang kita buat juga
kehendak mereka yang anjurkan maka kita akan berjaya.
Semua pertandingan di Perlis aku masuk aku tidak pulang dengan tangan
kosong. Paling busuk pun dapat hamper.

BAGAIMANA BANKRAP MENJADIKAN AKU KAYA | HAFIZ MANSOR

POSTER ANTI DADAH DEKAT TERENGGANU

Semasa ditingkatan lima ketika cuti sekolah, aku terbaca surat khabar tentang
pertandingan melukis poster animasi Disney Monster Inc dianjurkan oleh The
One Academy College Sunway ia merupakan kolej seni antarabangsa.

BAGAIMANA BANKRAP MENJADIKAN AKU KAYA | HAFIZ MANSOR

PERTANDINGAN DI THE ONE ACADEMY

Kolej ni menawarkan biasiswa RM50,000 jika berjaya mendapat tempat
pertama. Aku potong akhbar dan isi borang. Beli setem, jilat-jilat dan terus pos
borang minat sertai.
Selepas mendapat surat, aku datang ke Kuala Lumpur buat kali pertama
dimana dijemput oleh mak saudara aku Maksu Zizah dan pagi tu aku dihantar
ke The One Academy.
Sangat ramai pelajar-pelajar yang berminat. Hanya 10 orang Melayu dan lain-
lain adalah Cina.
Kami diberi satu soalan berdasarkan lukisan dan perlu melukis situasi raksasa
selepas kanak-kanak buka pintu apa yang dia nampak. Kalau zaman ni Ahmad
Maslan (bukan nama sebenar) dah wujud, dah tentu aku lukis muka dia.
Aku melukis dan gunakan teknik killer aku iaitu airbrush menggunakan berus
gigi. Hahaha, ni lah rahsia aku berjaya sebab orang lain melukis pakai berus
lukisan. Aku pakai berus lukisan dan finishing guna berus gigi.

BAGAIMANA BANKRAP MENJADIKAN AKU KAYA | HAFIZ MANSOR

Akhir pertandingan, hanya 5 pemenang dipilih. Aku mendapat tempat ke
empat dari beratus peserta dan aku seorang sahaja melayu yang dapat.
Aku sangat seronok mendapat biasiswa RM10,000 dan boleh sambung belajar
lepas SPM dalam Diploma Lukisan dan Ilustrasi.

TERPILIH JUGA AKHIRNYA

BAGAIMANA BANKRAP MENJADIKAN AKU KAYA | HAFIZ MANSOR

SIJIL DARI THE ONE ACADEMY

TAWARAN BELAJAR DI THE ONE ACADEMY
BAGAIMANA BANKRAP MENJADIKAN AKU KAYA | HAFIZ MANSOR

Bila balik ke rumah di Perlis, aku bagi tau abah tapi abah tak suka. Dia nak aku
sambung belajar di UiTM atau Politeknik.
Abah aku yang ambil borang UiTM untuk jurusan Rekabentuk dan Politeknik
dalam jurusan Elektronik Perubatan. Aku hanya doakan agar kedua-duanya tak
dapat.

SURAT TEMUDUGA UITM

Selepas habis SPM, aku bekerja sampingan di Kedai Pasu Bunga sebab aku
minta kerja di kedai buat sticker dan tshirt tidak dilayan.
Hanya kedai pokok saja terima aku. Kebetulan anak bos lawa, aku mesti
tunjukkan kesungguhan dan macho. Pasu pun pasu la.

BAGAIMANA BANKRAP MENJADIKAN AKU KAYA | HAFIZ MANSOR

KEDAI PASU DAN POKOK BUNGA MACAM NI AKU KERJA

Aku jarang minta duit kat abah sebab abah bila minta duit, akan tanya soalan
macam Detektif Conan. Banyak yang dia tanya takut anak dia hisap gam ke
hapa, main kuda ke, belanja cikaro ke.

Jadi aku lebih rela cari duit sendiri sebab banyak yang aku minat nak beli tapi
tak cukup duit.

Kerja aku masa tu adalah jual pokok bunga, pasu, tanah, pasang khemah
kenduri dan siram pokok pokok-pokok.

Hari pertama kerja jari dah berdarah kena pasu, tapi ok je asalkan tak kena
patuk dengan ular celah pokok dan pasu. Lipan bara pun ada. Tu kalau kena
memang berbuih-buih mulut.

Walaupun bos aku masa tu botak, bulu hidung panjang dan suka pakai seluar
hampir dada, dia tak lokek ajar ilmu menjual. Aku mula belajar komunikasi
dengan pelanggan dan mula pandai upsell.

Dari pelanggan tu nak beli satu barang, terbeli satu lori. Sebab tu bos sayang
aku dan secara diam aku sayang anak bos aku. Hebatkan?

Aku kerja setiap hari walaupun esok nak raya aku masih lagi bekerja pasang
khemah di Istana Negeri. Balik tu memang aku kena marah dengan abah sebab
orang nak raya aku masih bekerja. Kejar bonus tu.

BAGAIMANA BANKRAP MENJADIKAN AKU KAYA | HAFIZ MANSOR

Masa tu puas hati dan aku boleh beli baju, seluar, spender, beli buku, makan
sedap-sedap dan sebagainya. Bila keluar result SPM, Abah terus submit borang
yang dia ambil lepas isi result.

Aku hanya diam dan menunggu keputusan. Aku bagi tau nak masuk The One
Academy tapi abah tak bagi selagi belum dapat keputusan dari UiTM dan
Politeknik.

Aku teruskan bekerja demi anak bos yang cantik. Masa tu baru tau yang dia dah
ada boifren. Ah, Jilake! Patut la aku posing maut seluar senteng sampai peha
depan kedai dia buat tak heran. Hanya senyum menggoda sahaja. Syoq sendiri
rupanya aku.

Hari demi hari, posmen pun hantar la surat. Hanya satu surat saja yang sampai
iaitu Politeknik. Jurusan Diploma Elektronik Perubatan.

Abah sangat seronok sebab tu salah satu impian dia dalam bidang perubatan
yang dia tak dapat dulu sebelum jadi cikgu.

Aku siap menangis tak nak pergi sebab nak ke The One Academy. Abah bagi
kata putus, nak masuk politeknik atau tak belajar terus.

Soalan ada dua pilihan, akhirnya terpaksa la masuk Politeknik Shah Alam. Tak
kan aku nak pilih kerja pulak sebab dah biasa dibagitau kalau nak gaji lumayan
mesti ada diploma atau ijazah. Kalau aku tau siapa yang buat ayat ni dulu, aku
nak tepok mulot tu sampai kembang.

Aku mengalah dengan abah dan mula menjadi orang Shah Alam, Selangor. Aku
penuhi impian abah sebab orang kata kalau kita penuhi impian orang, Allah
akan penuhi impian kita.

Rambut panjang seperti kumpulan Backstreet Boys mula dipotong jadi tentera.
Di sini aku cuba biasakan diri dengan keadaan sekeliling. Belajar cakap Key-Ell.
Poyo sungguh rasanya.

BAGAIMANA BANKRAP MENJADIKAN AKU KAYA | HAFIZ MANSOR

AKU MASA MULA MASUK HOSTEL

Abah juga bagi duit poket tapi tak banyak. Abah sangat baik dan sayang anak
tapi tak tunjuk. Abah minta mohon PTPTN untuk belajar. Belum dapat kerja dah
buat hutang.
Tak apa lah, mohon saja kalau tak mana nak cari duit belajar. Abah pun banyak
nak tanggung adik-adik lagi. Di politeknik aku belajar macam biasa.
Aku mula mencari jalan bagaimana nak buat duit di politeknik. Aku ambil upah
lukis muka kawan-kawan, aku buat bisnes T-Shirt dengan Bizandry, jual maggie
dan pengambil upah gunting rambut di hostel.

BAGAIMANA BANKRAP MENJADIKAN AKU KAYA | HAFIZ MANSOR

AKU JUAL T-SHIRT DEKAT POLITEKNIK

Ketika seronok buat bisnes T-shirt dengan company yang uruskan T-shirt
majalah Ujang di Kampung Melayu Subang, aku dan kawan si Mel ditipu kilang
cetak baju dan aku menanggung kerugian hampir RM1000.
Malang menimpa aku sebelum buat pembayaran kami kemalangan di Kampung
Melayu Subang dengan sebuah van.
Selepas kami kemalangan, kami dihantar ke klinik berdekatan dan dengan
keadaan sakit kami menumpang kereta orang untuk membayar duit baju sebab
duit tu amanah orang untuk buat baju. Rupanya ada hikmah kenapa aku dan
Mel kemalangan tapi kami teruskan juga.

BAGAIMANA BANKRAP MENJADIKAN AKU KAYA | HAFIZ MANSOR

Aku terpaksa meminjam dengan Abah untuk bayar semula dan terpaksa
batalkan semua order. Abah jugak yang bagi pinjam.

Malang juga aku selepas tu aku kena Demam Denggi. Pelik betul demam ni
sebab sejuk, panas, pening, muntah dan cirit.

Aku dimasukkan ke Hospital Klang selepas warden hantar. Selama dua minggu
aku dihospital, tak ada sorang pun ahli keluarga dan kawan aku datang. Aku
faham, masing masing sibuk dan jauh.

Hanya makcik-makcik melawat anak dan jururawat sahaja tanya khabar. Aku
dimasukkan 21 botol air. Selepas pulih sedikit, aku telefon kawan-kawan aku
minta datang ambil sebab aku tak biasa area Klang. Masing-masing sibuk.

Nombor warden aku tak ingat. Aku dalam ok tak ok aku tahan Bas Metro dan
aku turun diperhentian bas Klang.

Aku naik bas menghala ke Shah Alam dan Kuala Lumpur. Tiba di Batu 3, aku
dalam keadaan pening berjalan kaki hampir 1 kilometer ke hostel Politeknik.

Badan aku jadi kurus dan kulit aku gelap. Dah berbelang macam nyamuk Aedes.
Warden yang nampak aku terus bawa aku ke bilik dan belikan aku air kelapa
muda untuk cepat lega demam.

Selera makan aku pun makin kurang. Aku ambil masa rehat secukupnya bila
diberi surat cuti 15 hari.

Selepas pada tu aku tidak buat apa-apa bisnes sehinggalah aku disapa
seseorang ketika berjalan hendak ke padang sukan pada waktu petang sambil
mulut terkumat-kamit hafal lagu Butterfingers.

Dua orang lelaki yang baru selepas selesai solat asar dekat Masjid Politeknik
panggil aku dan masing-memperkenalkan diri.

Sorang nama Azwan (bukan nama sebenar) dan sorang lagi nama Fahrin (bukan
nama sebenar). Maka aku pun duduk dengan hensemnya dan tanpa syak
bukan-bukan.

Mereka bagi tau yang mereka mencari dan nak bagi peluang untuk orang
macam aku sebab lihat aku hensem dan ada potensi menjadi orang kaya dalam

BAGAIMANA BANKRAP MENJADIKAN AKU KAYA | HAFIZ MANSOR

politeknik. Takut juga mula-mula ingat diorang ni bapak ayam ke apa. Tengok
fizikal yang tak sado dan warak, aku tak fikir bukan-bukan.

Mereka kata kawasan politeknik sangat potensi memandangkan ramai student
dan tak ada lagi student sini buat bisnes.

Mereka bagitau aku bila free nanti nak bawak aku tengok tempat diorang
bisnes dan sangat ramai student.

Sebelum diorang bergerak, diorang minta nombor telefon dan aku juga ambil
dan save. Balik tu aku mula fikir, betul juga kata diorang ni.

Dalam usia muda ni la aku nak kaya, balas jasa mak abah, pakai kereta Evo 7
(zaman ni popular filem fast & furios) dan dapat awek pan-asia.

Duit PTPTN pun bukan banyak nak dapat tak lama lagi. Tu pun pinjam. Keluar
belajar nanti kena bayar hutang belum tentu dapat kerja.

Hari berikutnya diorang datang lagi dan jumpa ditempat yang sama. Kali ni
datang bawa fail besar.

Satu persatu helaian diselak. Wah, bukan calang-calang orang En.Azwan (bukan
nama sebenar) ni. Dia mula tunjuk siapa dia sebenarnya. Masuk majalah lagi.

Lepas tu dia kata, “Hafiz, kau nak tak income kau macam ni?” sambil tunjuk
statement bank. Perghh.. 5 angka tu. “Kalau kau nak macam ni dalam usia
muda esok malam aku datang ambil kau. Lagi pun esok kau bukan ada kelas”.

Hari sabtu malam diorang datang dan jemput aku pergi tengok bisnes apa yang
diorang buat. Aku memang jenis nak ambil tahu.

Dibawa aku ke satu tempat mewah. Bangunan yang sangat besar. Ramai betul
pakai baju kot hitam ber tie merah.

Dah macam geng yakuza pun ada. So masuklah dalam bangunan yang sejuk dan
dibawa ke tingkat 9. Buka saja lif aku tengok sangat meriah. Ramai orang
terutama budak-budak muda.

Aku dijamu biskut dan kopi. Nasib baik bukan kopi tongkat ali. Mau tegang
kejang jugak sejuk-sejuk aircond ni.

BAGAIMANA BANKRAP MENJADIKAN AKU KAYA | HAFIZ MANSOR

Masuk je terus duduk. Masa tu aku tengok ada sorang budak gemuk dekat
depan mungkin EmCee agaknya mula tanya “Apa Khabar Usahawan
Luxorrrrrr!!!???”.

Ramai-ramai dalam dewan tu jawab, “Luar biasa baikkkk!!”. Terkejut aku
tengok. Dah mengelupur macam kena histeria. Apa kejadah semua ni?

Masa tu ramai sangat orang. Sampai ada yang berdiri dan bersila didepan.
Lepas tu dijemput orang yang berjaya dalam bisnes.

Sorang-sorang naik pentas cerita tentang pendapatan masing-masing. Ada yang
masih belajar dah ada pendapatan 5 angka dan pakai BMW. Kisah gembira,
sedih semua ada.

Maka majlis pun berakhir sampai la jam 12 malam diakhiri dengan lagu Too
Phat bertajuk Alhamdulillah. Aku masih diatas bangunan dimana En.Azwan
(bukan nama sebenar) pula terangkan tentang kelebihan jadi bisnesman seperti
mereka. Maka diceritakan segala plan dan produk yang mereka jual.

Ini lah kali pertama aku tahu apa itu Multilevel Marketing atau MLM. Aku
ditawarkan jika untuk menjadi cepat buat duit, aku perlu keluarkan duit modal
sebanyak RM2000.

Mana la aku ada duit banyak tu. Bodo ke apa dia ni. Belajar lagi, PTPTN pun tak
masuk lagi.

Masa balik tu kitorang lepak lagi kedai mamak. En.Azwan (bukan nama
sebenar) ajak aku join. Katanya peluang yang ada kena cepat. Politeknik tu
lubuk duit aku sambungnya lagi. Aku bagitau yang aku tak ada duit untuk join.

Dia bagitau yang dia akan bantu tolong bayarkan dengan syarat aku kumpulkan
5 orang kawan aku. Dia akan bagi aku jadi manager (pangkat level pertama
MLM) terus.

BAGAIMANA BANKRAP MENJADIKAN AKU KAYA | HAFIZ MANSOR

CIS! BOLEH PULAK AKU JOIN MLM

Aku terus list kawan-kawan terdekat untuk dapatkan sales. Hampir dua bulan
juga rasa nak menangis sebab tak ada yang nak join.
Usaha berkali-kali akhirnya 5 orang kawan join dan bayar RM2000 seorang.
Hilang rasa penat dan letih aku bila dapat Cek yang pertama walaupun duit tu
terpaksa bayar semula kepada En.Azwan (bukan nama sebenar).

BAGAIMANA BANKRAP MENJADIKAN AKU KAYA | HAFIZ MANSOR

RAJIN GILER AKU BUAT FOLLOW UP

Bermula dari situ aku mula kerja jumpa orang dan aku akan cuba buat jualan
sampai jadi. Habis kelas saja aku tak bersukan, tak pergi tengok wayang. Masa
dihabiskan dengan keluar sampai ke malam untuk buat MLM.

BAGAIMANA BANKRAP MENJADIKAN AKU KAYA | HAFIZ MANSOR

AKU PUNYA ANAK BUAH YANG TELAH DIBAI’AH MLM
DAH MACAM GENG KONGSI GELAP

BAGAIMANA BANKRAP MENJADIKAN AKU KAYA | HAFIZ MANSOR

Aku mengumpul seberapa ramai pelajar dengan menunjukkan cek dan
statement dari syarikat. Budak-budak ni semua terbeliak mata, nasib tak juling
macam Tasha Shila punya.
Maka tamak haloba lah budak-budak ni join. Income aku makin meningkat
setiap bulan sehingga 5 angka. Dari pangkat Manager sehingga menjadi
Diamond Manager.

HASIL DARI AKU ME’LUXOR’KAN ORANG

BAGAIMANA BANKRAP MENJADIKAN AKU KAYA | HAFIZ MANSOR

KAYA BETUL AKU TIME BELAJAR

Bisnes aku juga meningkat jualan setiap bulan dengan membawa pelanggan
baru terutama pelajar. Dari Selangor sampai ke Perlis juga sehingga ke Johor.
Kami tak peduli. Main redah sahaja. Duit minyak, makan dan hostel semua aku
bayar. Kereta pula pakai kereta Afham. Member baik aku sampai sekarang.

BAGAIMANA BANKRAP MENJADIKAN AKU KAYA | HAFIZ MANSOR

MUKA PERLU NAMPAK SUCI JOIN MLM BARU DAPAT JADI DIAMOND MANAGER
KENA RAJIN BARU DAPAT SEMUA NI
BAGAIMANA BANKRAP MENJADIKAN AKU KAYA | HAFIZ MANSOR

BUKAN GENG YAKUZA. NI GENG LUXOR
CUCI JIWA DAN KEPALA HOTAK

BAGAIMANA BANKRAP MENJADIKAN AKU KAYA | HAFIZ MANSOR

MAKAN MALAM DENGAN TAIKO MLM

LAYAK PERGI CHINA TAPI KENA TIME EXAM
BAGAIMANA BANKRAP MENJADIKAN AKU KAYA | HAFIZ MANSOR

BERGAMBAR LEPAS HABIS PENYUCIAN JIWA BERKELADAK HAWAU
NAIK STAGE BEB BAGI ANUGERAH!

BAGAIMANA BANKRAP MENJADIKAN AKU KAYA | HAFIZ MANSOR

TIKET NAK MASUK MALAM BINTANG
PAKAI KENA LA KEMAS DAN BUAT TANDA ‘L’
BAGAIMANA BANKRAP MENJADIKAN AKU KAYA | HAFIZ MANSOR

DIRAIKAN MACAM RAJA TIME NI

Dipendekkan cerita sebab kalau cerita bab MLM ni boleh buat kamus tebalnya.
Bila selalu dengar cakap upline, disini upline mula ambil kesempatan untuk jaga
pangkat masing-masing.
Setiap orang yang aku bawa, dia minta letak bawah dia untuk jaga group dan
rangkaian katanya. Dan komisyen dia akan bagi direct.
Aku dengan bodohnya pun bagi dan aku dapat cash setiap orang yang aku
bawa. Disini mulanya rangkaian jadi rosak.
Bila orang yang kita bawa, kita bagi dekat orang lain, orang yang kita bawa akan
minta tolong bantu untuk dapatkan sales.
Jadi ianya kerja upline tadi sebab dah jadi network beliau. Malangnya upline
tadi tidak mahu bertanggungjawab.
Pelanggan baru mula marah sebab tak ada sapa yang nak bantu. Jika aku bantu,
aku tak akan dapat apa-apa dan upline pula tak mahu bantu sedangkan

BAGAIMANA BANKRAP MENJADIKAN AKU KAYA | HAFIZ MANSOR

pelanggan tadi kepunyaan beliau yang akuserahkan. Network mula jahanam
satu persatu.
Komisyen yang dijanjikan sebelum ni untuk rangkaian seterusnya juga tidak
diberi oleh upline dan kami nyaris bergaduh dan bertumbuk di stesen minyak.
Setelah RM8000 diberikan cash, aku terus bagitau network untuk stop bisnes
MLM.
Network jatuh merudum dan terus satu persatu rangkaian lingkup. Puncanya
hanya kerana upline tamak pangkat. Satu rangkaian hilang habis semuanya.
Aku nekad sebab geram dengan upline dan kalau boleh tak nak langsung
mereka merasa hasil kerja yang aku buat sebelum ni.
Masa ni aku nak sangat cepat kaya sehingga aku sanggup ke Kuala Lumpur
untuk berjumpa Ustaz ni.
Ustaz Akram (bukan nama sebenar) kalau tak silap aku nama dia bagitau
selepas dia baca apa kebenda dan bakar satu kertas dan kertas tu ghaib.

KAD RAWATAN NAK CEPAT KAYA

BAGAIMANA BANKRAP MENJADIKAN AKU KAYA | HAFIZ MANSOR

“Hafiz, kamu ni ada masalah tak fokus. Itu nak buat, ini nak buat sebab tu tak
jadi. Kamu perlu fokus satu bidang sahaja dan buat sampai jadi”.

Dipegangnya tapak tangan aku dan dia kata lagi,”Kamu akan kaya masa umur
kamu 31 tahun”.

“Lambatnya, aku baru 22 tahun ni”, kata hati aku. Ustaz kata lagi,”Kejap lagi
kamu pergi ke kaunter, bayar RM200 saya bagi sesuatu dalam bungkusan tu.
Kamu ikut saja apa yang ditulis dan buat”.

Lepas aku bayar RM200 aku balik rumah sewa dengan gembiranya. Aku buka
plastik tadi dan ada bungkusan kain warna hijau, benang emas, batu putih dan
duit syiling arab bernilai 1 sen.

Aku pun baca kertas merah tadi. Dia minta baca mantera ni pada waktu malam
dan perlu sunyi. Juga perlu dibuat dengan membakar colok. Tujuan dia untuk
memanggil khadam.

BAGAIMANA BANKRAP MENJADIKAN AKU KAYA | HAFIZ MANSOR

Masa ni aku seram sejuk tapi nak kaya punya pasal aku terus pergi ke kedai
sembahyang cina untuk beli colok.
Malam tu jam 12 malam aku buat apa yang di suruh dalam kertas. Sambil
genggam bungkusan tadi aku diminta berzikir, berselawat dan baca mantera
sambil bakar colok.

SERIUS WEH AKU BAKAR COLOK

Menggigil aku masa ni seram sejuk. 7 hari aku buat. Kawan serumah aku tak
tahu dan aku bagi tau yang cina sebelah rumah kot bakar colok sembahyang.
Lama-lama bungkusan yang ada kain tadi terbentuk seakan-akan tulisan arab
cuma aku x tau apa maksudnya. Bungkusan tadi aku simpan didalam almari
yang ada duit simpanan.
Kalau diingat balik, jahil sungguh aku masa ni dan kawan aku bagi tau yang
Ustaz ni temberang sahaja. Kaya dengan menipu orang dan banyak guna
peralatan magik.
Hampeh sungguh. Aku dah syirik aku rasa dan segera aku bertaubat. Aku
sepatutnya minta dengan Allah. Nak kaya cepat, aku lupa tuhan. Benda paling
babi pernah aku buat dalam hidup aku.

BAGAIMANA BANKRAP MENJADIKAN AKU KAYA | HAFIZ MANSOR

Aku habis belajar pada tahun 2006 dan dapat la sekeping Diploma Elektronik
Perubatan.
Aku sepatutnya habis 2005 dengan kawan-kawan tapi fail satu paper sambung
6 bulan lagi. Menyusahkan orang betul lah satu paper ni. Bukan nak guna pun
masa kerja.

DIPLOMA YANG AKU DAPAT UNTUK ABAH AKU

Selepas tu kami buat kerja masing-masing untuk teruskan hidup. Aku tak kerja
lama juga sebab duit banyak masa tu.
Bila dah tengok duit dah tinggal ratus-ratus, baru aku sedar duit dah makin
nipis. Aku buat kerja sambilan melukis komik di Karangkraf untuk Majalah JOM.
Dengan gaji RM400 sebulan bergantung kepada hasil kerja.

BAGAIMANA BANKRAP MENJADIKAN AKU KAYA | HAFIZ MANSOR

GAJI MASA AKU JADI KARTUNIS

GAJI MASA AKU MULA KERJA KARTUNIS
BAGAIMANA BANKRAP MENJADIKAN AKU KAYA | HAFIZ MANSOR

Lukis komik bukan kerja mudah. Hantar 20 keping, 15 kena reject. Hantar 20
keping, 20 keping kena reject.
Masa tu yang banyak bagi tunjuk ajar juga teguran adalah Kartunis Nizam,
Gayour dan Aie. Aku diberi tugasan melukis komik strip dan cerita pasal ragam
orang bujang.

KOMIK YANG AKU HASILKAN

Nak dapat job, aku kena ikut apa yang editor suruh. Masa ni buat saja dan aku
rasa ini lah masa depan aku sebab aku minat melukis. Aku tak kisah sangat gaji
sikit sebab aku percaya gaji akan meningkat naik kalau kita rajin.

BAGAIMANA BANKRAP MENJADIKAN AKU KAYA | HAFIZ MANSOR

TEMPAT AKU MELUKIS KOMIK DIRUMAH SEWA

Aku dapat 3 slot dalam majalah. Tengah best melukis, editor Kartunis Nizam
ditukar kepada editor baru En.Majid (bukan nama sebenar).
Bermula pada tu, aku rasa dah tak sedap hati bila yang uruskan bahagian editor
bukan berpengalaman dalam melukis dan tiada jiwa seni.

BAGAIMANA BANKRAP MENJADIKAN AKU KAYA | HAFIZ MANSOR

KOMIK AKU DALAM MAJALAH JOM!

6 bulan selepas tu aku tidak lagi diminta menghantar lukisan dan majalah JOM
ditutup kerana tak dapat menanggung kos.
Kartunis-kartunis otai dalam majalah JOM diserap ke majalah G3 dan ada
kartunis yang kembali ke MOY Publication.

“AKU BUAT APA SAHAJA KERJA
ASALKAN ADA DUIT. BILA

TERDESAK, JIKA MASIH MEMILIH
DAN MENUNGGU, ITU BANGANG

NAMANYA.”

BAGAIMANA BANKRAP MENJADIKAN AKU KAYA | HAFIZ MANSOR

Aku sangat sedih dan kecewa. Aku mula mencari sijil-sijil lama, photostat dan
buat resume. Hantar ke syarikat berkaitan service alat hospital.
Aku pergi interview di Kota Damansara dan di Bandar Kinrara. Kedua-duanya
aku gagal sebab mereka perlukan orang yang berpengalaman.

BUKU PRAKTIKAL DEKAT HOSPITAL ALOR STAR

Masa ni duduk rumah hanya follow kawan serumah yang kerja dengan Kuzi
Katering. Hari minggu pergi pasang khemah lepas tu jadi pelayan tetamu kat
tempat kenduri termasuklah majlis sambut Shah Rukh Khan di rumah Rosmah
Mansor.
Dapat la duit poket sikit dan yang penting dapat makan sedap-sedap siap boleh
tapau mana yang tak habis bagi kawan rumah sewa makan sekali.
Sebab kenduri atau majlis biasa hari minggu saja, aku tetap kena cari kerja. Nak
bayar rumah sewa, bil elektrik, bil air, minyak motor, kereta dan makan.
Dalam masa yang sama juga aku buat kerja partime sebagai pengawal
peperiksaan bagi pegawai bank yang nak naik pangkat. Biasanya setiap hari
minggu.

BAGAIMANA BANKRAP MENJADIKAN AKU KAYA | HAFIZ MANSOR

Jika ada katering aku akan tolak dan jadi pengawal peperiksaan sebab kerja
dalam aircond, bagi kertas peperiksaan, pantau pakcik-pakcik ni ambil
peperiksaan.
Masa ni aku paling muda. Aku dapat selepas dioffer oleh owner rumah sewa
aku iaitu Puan Zubidhah.
Biasanya ujian dibuat di Universiti Malaya dan USCI Cheras antara 2 jam ke 4
jam mengikut sesi. Ramai sangat yang ambil peperiksaan ni dari semua jenis
bank.

PART TIME JAGA ORANG BANK AMBIL EXAM

Nampak mudah tapi perlu semak ic dan kad pegawai bank sorang-sorang
sambil tengok muka takut tak sama. 1 jam aku kerja di dibayar RM200.
Cuma bukan setiap minggu dan bulan saja buat aku perlu cari kerja yang ada
income hari-hari.
Aku kemudian mencari kerja dengan apa yang aku minat. Aku pergi minta kerja
di syarikat Airbrush di Plaza Alam Sentral Shah Alam. Kedai ni buat lukisan
airbrush dekat helmet, kereta dan motor.

BAGAIMANA BANKRAP MENJADIKAN AKU KAYA | HAFIZ MANSOR

Malangnya aku ditolak kerja walaupun aku kata bayar gaji RM300 pun jadi la
sebulan. Alasannya mahukan orang yang berpengalaman supaya tak rosak hasil
kerja.
Semasa turun nak ke tempat parking motor, aku singgah makan di Restoran Ani
Sup Utara sebab lapar dan kecewa. Kecewa pun masih berselera.
Masa nak bayar tu aku nampak iklan kerja mencari Pelayan. Aku kena juga kerja
walaupun pelayan sebab perlukan duit. Kena ambil borang di pejabat urusan di
Seksyen 10.

RESTORAN ANI SUP UTARA DI PLAZA ALAM SENTRAL

Esok tu aku ajak rakan serumah sewa aku Ahmad Rozak atau nama glamer dia
AJ untuk sama-sama kerja di Restoran Ani Sup Utara. Kami sama-sama pergi
ambil borang , isi dan seterusnya boleh kerja.
Kami terus ke Plaza Alam Sentral dan diberi penerangan dulu pasal kerja dan
keesokkan hari mesti datang sebelum jam 9.30 sebab kedai beroperasi jam 10
pagi.

BAGAIMANA BANKRAP MENJADIKAN AKU KAYA | HAFIZ MANSOR

AKU SUKA TULIS DALAM DIARI APA AKU BUAT

Jadi di sini aku dan AJ kerja pagi-pagi mop lantai, turunkan kerusi, lap meja, lap
cermin, letak tisu dan ambil order.

Kali pertama kerja tu memang ada perasaan malu dan banyak buat silap bila
ambil order. Kena marah tu biasa jadi belajar dari kesilapan. Bila silap ambil
order, gaji akan dipotong.

Kebanyakkan mereka yang bekerja di sini tiada kelulusan kecuali aku dan AJ. AJ
hanya bekerja sebulan sahaja sebab tak tahan.

Aku teruskan kerja walaupun diperli oleh mereka yang bekerja di sini dengan
kata “Ada diploma. Last-last kerja dengan kita yang tak belajar.
Hahahahahahaha koh koh kohh”. Gelak sambil batuk pulak tu.

Rasa panas je telinga lebih dari panas sup. Tapi aku biarkan saja sebab tak guna
bergaduh atau bertekak. Mereka banyak rileks bersembang.

Bila mereka lihat aku cepat buat kerja dan ambil order, mereka hanya sambung
rileks bersembang. Aku tak boleh tengok pelanggan menunggu. Aku buat
restoran ni macam aku punya.

BAGAIMANA BANKRAP MENJADIKAN AKU KAYA | HAFIZ MANSOR

Lepas 2 bulan kerja, aku hanya kerja di Ani Sup Utara dari jam 10 pagi sampai
jam 5 petang sahaja berbanding sebelum ni sehingga 10 malam. Bukan tak ok
tapi aku nak cari duit lebih.
Aku dan rakan serumah Radin sama-sama pergi beli peralatan jual burger di
seksyen 17 dan misi kami adalah memastikan budak asrama politeknik tidak
lapar waktu malam.

JUAL BURGER DALAM HOSTEL POLITEKNIK

Lepas balik kerja, aku terus ke dapur rumah dan masak burger dimana masak
dan bungkus siap-siap.
Hari pertama aku dan Radin buat 50 biji burger. Kami masuk hostel pada waktu
malam tanpa curiga dari pengawal.
Kami masuk dan menjual dari bilik ke bilik. Kami menjual hanya RM2 sahaja dan
ke semuanya habis untuk satu malam.
Puas sangat jual sebab aku pernah duduk hostel dan perut sentiasa lapar.
Dengan duit tadi kami jadikan modal dan hari kedua kami buat 100 biji burger
dan habis juga.

BAGAIMANA BANKRAP MENJADIKAN AKU KAYA | HAFIZ MANSOR

Masuk hari ke tiga, aku terpaksa buat seorang dari masak hingga jual sebab
Radin balik ke Sarawak. Tah apa hal aku tak ingat.

AKU CATAT SEMUA KOS BELI DALAM DIARI

Baru 77 biji menjual, aku ditangkap warden asrama En.Zunuwanas kerana
menjual didalam kawasan hostel.
Aku diberi amaran supaya tidak datang lagi esok untuk menjual. Baki burger
yang ada aku bagi free kepada pelajar dan pengawal.
Esoknya aku rehat dan tidak menjual. Tetapi lusa lepas balik kerja, aku buat lagi
100 biji burger dan masuk menjual ke dalam hostel.
Ketika tengah menjual ketua asrama gendut yang poyo terus membawa
warden bersama untuk tangkap aku.
Dia tanya,”Kenapa masih menjual? Kan saya dah bagi amaran?”. Aku hanya
menjawab,”Tuan kata jangan menjual semalam. Jadi saya tak jual semalam dan
jual hari ni”.

BAGAIMANA BANKRAP MENJADIKAN AKU KAYA | HAFIZ MANSOR

Warden kata,”Hari ni ke esok ke dan selamanya jangan jual didalam hostel
faham! Walaupun awak saya kenal dan bekas pelajar disini, awak tak boleh
masuk menjual didalam”.
Aku balik dengan kecewa dan bagi baki burger tadi kepada pelajar yang ada
dan pengawal. Sorang 5 biji aku bagi. Sebab kalau nak makan sorang boleh cirit.
Esoknya aku buat 50 biji sahaja dan jual dekat dengan pintu keluar hostel
mengadap ke kafeteria. Aku tak jual didalam hostel dan warden tak boleh nak
buat apa. Habis 50 biji sehari.
Pada keesokkan berikutnya aku buat lagi 50 biji dan jual di luar kawasan
ditempat yang sama. Aku ditangkap warden dan terus dibawa ke pejabat ketua
warden.
Aku ditangkap sebab makcik kafeteria buat aduan menyatakan mereka rugi
selepas pelajar beli burger aku. Memang kelakar macam parti keris bersilang.
Ketua warden tanya “Kamu pelajar poli, dah habis belajar, kenapa masih
menjual sedangkan amaran telah diberi?”.
Aku jawab,”Saya tak ada kerja tuan. Saya dah minta kerja tapi diploma saya tak
laku. Saya nak hidup bayar itu ini dan saya perlu bekerja”.

BAGAIMANA BANKRAP MENJADIKAN AKU KAYA | HAFIZ MANSOR


Click to View FlipBook Version