The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BAGAIMANA BANKRUP MENJADIKAN AKU KAYA 2020 EBOOK

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by tam mimi, 2020-11-20 22:24:29

BAGAIMANA BANKRUP MENJADIKAN AKU KAYA 2020 EBOOK

BAGAIMANA BANKRUP MENJADIKAN AKU KAYA 2020 EBOOK

UNTUNG JUALAN APA SEMUA AKU TULIS

“Tahu tak kamu dah buat kesalahan? Saya boleh dakwa kamu kerana ceroboh
masuk kawasan hostel, menjual dan menjejaskan perniagaan orang lain? Kalau
pelajar keracunan makanan siapa nak bertanggungjawab?” kata ketua warden.

“Ini amaran terakhir dan saya tak nak tengok kamu lagi. Kamu cari lah kerja
dekat luar sana tu yang banyak. Saya bukan tak kesian dekat kamu tapi saya
kena ikut undang-undang dan peraturan”.

Selepas keterangan diambil dan kad pengenalan diphotostat, aku balik ke
rumah dan baki burger aku bagi kawan-kawan rumah makan smpai terbaring
kekejangan. Aku merenung apa yang aku perlu buat selepas ni.

Aku kembali kerja di Ani Sup Utara sampai 10 malam seperti dulu. Aku bukan
setakat pelayan tapi juga pemotong daging.

Di sini juga aku diajar membuat nasi ayam, sup, cara potong daging yang betul
dan sebagainya. Walaupun gaji sama, aku tak kisah sebab aku suka belajar
sesuatu yang baru.

BAGAIMANA BANKRAP MENJADIKAN AKU KAYA | HAFIZ MANSOR

Satu hari tu, ada seorang lelaki datang makan di restoran. Selepas dia makan
dia panggil aku dan memperkenakan diri sebagai Encik Abdul Malek.
Dia tanya aku kerja berapa lama, gaji berapa sebulan, belajar mana dulu dan
tinggal dengan siapa.
Dia bagitau yang dia dah lama perhatikan cara aku bekerja layan pelanggan dan
berminat nak ambil aku bekerja dengan dia.
Dia offer aku kerja di kedai handphone gaji basic hanya RM500 dan disediakan
tempat tinggal sambil dihulurkan bisnes kad.
Dalam hati aku kata “Mak aihh, sikitnya.. Aku ada diploma kot..”. Aku kata
nanti aku akan hubungi Encik Abdul Malek jika aku berminat.
Sebelum beredar, dia kata,”Aku perlukan orang macam kau Hafiz”. Sambil
senyum serius menampakkan giginya yang mancung.
Aku bukan tak berminat tapi aku sayang rumah sewa aku, aku sayang sahabat-
sahabat aku dan aku rasa selesa sedangkan duit tak ada banyak. Ego nak
mampus time ni. Seminggu lepas tu dia datang lagi offer kerja dengan dia.
Aku hanya bagi tau kalau aku berminat aku akan hubungi. Beberapa hari lepas
tu dia datang lagi dan ajak aku kerja dengan dia. Aku pun bagi jawapan yang
sama.
Malam tu lepas balik kerja, aku baring atas sofa hapak dan berfikir,”Pelik. Tak
pernah aku jumpa orang offer kerja sampai 3 kali sedangkan aku tak minat.
Mesti ada sesuatu yang Allah nak tunjuk.”

BAGAIMANA BANKRAP MENJADIKAN AKU KAYA | HAFIZ MANSOR

GAMBAR POYO GENG SERUMAH

Aku cerita dekat kawan-kawan serumah dan diorang kata pelik dan cubalah
mana tahu ada sesuatu kat sana yang kita tak tahu.
Diorang bagi sokongan padu dan aku tak pasti sama ada ianya galakkan atau
nak cepat aku berambus.
Esoknya masa rehat aku call Encik Abdul Malek dan dia jawab “Nanti lah aku
call kau balik. Aku kat hospital. Bini aku tenat”.
Seminggu lepas tu tak ada panggilan dari dia. Aku rasa mesti dia dah tawar hati
nak ambil aku kerja. Ye lah kan sebab tiga kali aku tolak.
Lebih kurang 2 minggu dia call dan ajak jumpa. Nak bawa aku tengok tempat
kat mana yang aku akan kerja dan tempat tinggal.
Dalam kereta dia bagitau yang dia sibuk uruskan jenazah bini dia dan tahlil. Bini
dia meninggal sakit kanser. Maka dia jadi duda anak dua.
Kami tiba di Bandar Tasik Selatan selepas 30 minit perjalanan. Aku rasa terkejut
tengok suasana yang sangat berbeza dengan Shah Alam.

BAGAIMANA BANKRAP MENJADIKAN AKU KAYA | HAFIZ MANSOR

Dengan semak gerai setinggan kiri kanan jalan, ramai warga asing dan kotor.
Terus aku pening kepala. “Ya Allah, Kuala Lumpur ke ni? Teruknya”, kata aku
dalam hati.

Masa ni rasa tak nak kerja je. So lepas melawat kedai handphone yang berada
disebelah Pasaraya Taikaly dan mengadap gerai Sup Meletop, kami pergi ke
kedai mamak Restoran Mohamad Ali. Masa ni dia cerita kerja aku buat apa dan
semuanya.

Aku kata “Abang Malek, saya tak kisah dah sekarang gaji RM500 sebulan dan
ada tempat tinggal. Saya cuma minta satu je, boleh tak ajar saya macam mana
nak berniaga?”

Dia kata, “Boleh. Aku ajar kau semuanya dari A ke Z tapi kau kena ikut apa yang
aku suruh”.

Balik tu dengan berat hati aku bagi tau kawan-kawan rumah sewa yang aku
terpaksa keluar untuk teruskan hidup. Aku serahkan tugasan ketua rumah
kepada Taufik atau nama glamer dia Topek.

Maka aku tinggal kawan aku yang dah lama bersama iaitu Afham, Topek, Radin,
AJ, Sulaiman, Radhi dan Botak dimana kita selalu makan bersama, tidur
bersama, berenang bersama dan skodeng awek bikini di kolam bersama. Celaru
otak time ni. Tapi aku nekad.

Maka bermulalah kehidupan aku sebagai warga Bandar Tasik Selatan yang
pernah dipopularkan oleh Kumpulan Olan iaitu Cinta Bandar Tasik Selatan.

Dirumah sewa aku tinggal seorang dan hanya ada toto, 2 biji bantal dan selimut
sahaja yang dibawa dari rumah lama termasuk 1 peti ais kepunyaan Afham juga
komputer aku. Disini aku tinggal bersama kucing aku. Puteh namanya.

BAGAIMANA BANKRAP MENJADIKAN AKU KAYA | HAFIZ MANSOR

SI PUTEH SEDANG BUAT PELABURAN SAHAM
PUTEH YANG MANJA. TIDO PUN NAK BERTEMAN

BAGAIMANA BANKRAP MENJADIKAN AKU KAYA | HAFIZ MANSOR

Aku kerja dari jam 9 pagi sampai 12 malam setiap hari dimana aku ditunjuk ajar
oleh staf bernama Siti Hajar, Zam dan Kak Sha. Mereka ajar aku tentang
handphone, simkad, aksesori handphone, topup dan sebagainya.

KEDAI PERTAMA TEMPAT AKU KERJA DENGAN ABANG MALEK

BAGAIMANA BANKRAP MENJADIKAN AKU KAYA | HAFIZ MANSOR

JUAL HANDPHONE DAN AKSESORI DI BANDAR TASIK SELATAN
MACAM-MACAM LAH AKU JUAL KAT SINI

BAGAIMANA BANKRAP MENJADIKAN AKU KAYA | HAFIZ MANSOR

Tugasan aku juga adalah ambil stock, order barang dan pergi ke bank setiap
malam sebelum jam 12 malam.
Tujuan bank in setiap malam untuk pastikan akaun bank cantik ada transaksi
keluar masuk.
Bila makin ramai staff, abang Malek minta aku keluar untuk jual Streamyx.
Lumayan juga jual.
Kalau jual pakej RM77 aku akan dapat komisyen RM77. Kalau jual Pakej RM99,
aku dapat RM99.
Lokasi yang aku cari masa tu di Maybank Sri Serdang. Ditepi Maybank tu ada
ruang so aku pun minta izin manager bank. Manager bank tak bagi takut aku
kena tembak dengan perompak.
Aku tanya satu soalan,”Tuan, setakat ni bank ni berapa kali kena rompak dan
ada kes tembak menembak?”. Akhirnya aku dibenarkan berniaga.

BAGAIMANA BANKRAP MENJADIKAN AKU KAYA | HAFIZ MANSOR

AKU JUAL STREAMYX KAT MAYBANK TAMAN SRI SERDANG
BAGAIMANA BANKRAP MENJADIKAN AKU KAYA | HAFIZ MANSOR

LUPA DAH AKU SAPA NAMA MAMAT NI

BUKA PAYUNG DEKAT FLAT BANDAR TASIK SELATAN
BAGAIMANA BANKRAP MENJADIKAN AKU KAYA | HAFIZ MANSOR

HASIL JUALAN STREAMYX

Aku berniaga Streamyx hanya dengan payung dan meja kecil juga 2 kerusi lipat.
Setiap hari dari jam 9 pagi hingga 5 petang. Terbakar kulit aku dengan cuaca
panas.
Masa ni kebetulan orang tengah gila saham Internet seperti AB Fund, Swiss
Cash dan lain-lain.
Ramai orang mencari internet untuk semak pelaburan masing-masing. Masa ni
income dalam RM3000 ke RM6000 sebulan.

BAGAIMANA BANKRAP MENJADIKAN AKU KAYA | HAFIZ MANSOR

KOMISEN YANG DITERIMA. SEMUA BANGSA AKU CLOSING

Ada seorang lelaki bagitau yang dia dah lama tengok aku kerja setiap kali bank
in duit dan dia tawarkan aku kerja sebagai manager Stesen Minyak Mobil di
kawasan Tol Sungai Besi.
Dengan gaji lumayan ditawarkan, aku kata aku akan hubungi nanti. Selepas
beberapa hari, dia jumpa aku lagi dan aku tolak dengan baik sebab aku baru
bekerja dengan seseorang.
Dia Cuma kata, bila-bila berminat hubungi lah dia sebab dia pun dah tak larat
uruskan atas faktor umur.
Selepas saham internet kantoi, ramai yang jadi miskin, termasuk aku dan Abang
Malek yang join saham internet. Aku beralih arah menjual Streamyx didalam
Mines Shopping Mall di Balakong.

BAGAIMANA BANKRAP MENJADIKAN AKU KAYA | HAFIZ MANSOR

BERANI SEWA DALAM IOI MALL DAN THE MINES JUAL STREAMYX

Di sana aku ditempatkan di pintu utama. Sewa aku tak tahu sebab Abang Malek
dan kawan dia Encik Zul yang bayar. Mungkin kesian aku berpanas hujan. Tapi
kali ni dalam aircond.

Sales kat sini tak laju tapi setiap hari ada. Majoriti pelanggan aku adalah orang
cina. Aku siap ambil upah pasang sekali untuk tambah income.

Di sini aku kenal ramai sahabat menjual produk termasuk Fendy. Kerja dia jual
produk Dempo Snow untuk buang daki. Dia lah rakan sembang aku di Mines.

Selepas sebulan, aku dipindahkan ke IOI Mall di Puchong juga untuk menjual
Streamyx. Di sini aku bawa kawan aku Tasha untuk kerja menjual.

Tapi biasa lah Tasha ni, cantik, mantop dan seksi mesti cepat bosan kerja
promoter. Last-last dia berhenti dan kerja di kedai handphone Abang Malek.

Di IOI Mall aku belajar pengurusan masa yang tepat. Jika buka lambat kena
bayar denda dan jika tutup awal pun kena bayar denda. Aku banyak kawan
disini terutama Cina, India dan orang Indonesia.

BAGAIMANA BANKRAP MENJADIKAN AKU KAYA | HAFIZ MANSOR

Banyak yang aku pelajari cara nak tarik perhatian pelanggan. Mereka tak
berkira dan ajar sebab konsep diorang mudah sahaja. Kita kuli dan sama-sama
bodo jadi marilah kita kerja dengan gembira hahaha.
Selepas habis sebulan, aku kembali bekerja sepenuhnya di kedai handphone di
mana Abang Malek nak buka kedai yang kedua didalam kawasan rumah flat
baru iaitu Flat Kos Rendah Bandar Tasik Selatan.

BUKA CAWANGAN KE 2 DI FLAT BANDAR TASIK SELATAN

BAGAIMANA BANKRAP MENJADIKAN AKU KAYA | HAFIZ MANSOR

JUAL BENDA YANG SAMA KAT SINI

SEDANG PURA-PURA BEKERJA
BAGAIMANA BANKRAP MENJADIKAN AKU KAYA | HAFIZ MANSOR

Masa ni masih lagi kawasan baru nak membangun, jadi kami dapat satu lot
kedai. Abang Malek bagitau “Hafiz, nanti kedai ni kau jaga. Aku ajar kau daftar
syarikat atas nama kau dan akaun bank sekali.” Maka wujudlah Malfiz
Enterprise syarikat pertama aku iaitu gabungan nama Malek dan Hafiz.

MALAS NAK FIKIR NAMA SYARIKAT. BISNES KAD PERTAMA AKU

Sejak dari tu, kerja aku sangat banyak. Aku belajar dan berguru dengan Cina
Muslim iaitu Hakim di Bandar Mahkota Cheras tentang bisnes handphone dan
pergi kursus repair handphone.
Aku juga selalu pergi ke Menara Maxis di KLCC untuk taklimat produk.
Manakala Celcom di Menara Axis dan Digi pula di Cheras berdekatan sekitar
Menara PGRM.
Tak ramai Melayu dalam bidang ni. Aku banyak bergaul dengan usahawan Cina
dan India semasa bisnes telekomunikasi. Mike ajar aku pasal bisnes sistem
download MP3 dan Ah Fatt ajar pasal bisnes rangkaian topup.

BAGAIMANA BANKRAP MENJADIKAN AKU KAYA | HAFIZ MANSOR

Mereka banyak beri tunjuk ajar dan strategi perniagaan. Aku juga sendiri pergi
ke Petaling Jaya untuk mengambil stock Maxis/Hotlink setiap hari dan Bandar
Mahkota Cheras untuk DiGi.
Abang Malek ni pula pantang nampak peluang boleh buat duit semua dia nak
buat. Aku dan Zam diminta buat sales diluar kedai dengan menjual Sand Art.
Sand Art ni kertas yang tarik sticker keluar lepas tu taburkan pasir halus warna
warni dan pasir tu akan melekat pada kertas tadi.

ABANG MALEK TENGAH KELEPET KU NAN

BAGAIMANA BANKRAP MENJADIKAN AKU KAYA | HAFIZ MANSOR

AKU DENGAN ZAM TUNJUK HEBAT DEPAN BUDAK-BUDAK

KAMI MENJUAL SAND ART DEKAT SEPANG
BAGAIMANA BANKRAP MENJADIKAN AKU KAYA | HAFIZ MANSOR

Banyak juga kami buat sales terutama event sukaneka, hari terbuka dan kami
juga masuk sewa di pasaraya Giant dengan sewa tapak RM200 sehari. Satu hari
jual sand art ni boleh cecah RM800-RM1000.
Cuma penat sikit nak melayan budak-budak sebab diorang suka campur pasir
tadi ke dalam pasir yang lain menyebabkan warna bercampur. Biasalah budak-
budak walaupun rasa nak sumbat pasir dalam mulut. Kena banyak bersabar.
Dalam masa yang sama, selepas kedai ada dua Abang Malek menambah
pekerja baru. Ruslinda namanya. Dia menjaga kedai yang terawal dengan Siti
manakala Kak Sha jaga dikedai baru dengan Tasha.
Kami mencari idea untuk tambah pendapatan. Akhirnya mendapat idea untuk
jual barang jamu dikedai bersama handphone.

UBAH SUAI KEDAI JUAL BARANG JAMU DAN GELANG EDYMIUM

BAGAIMANA BANKRAP MENJADIKAN AKU KAYA | HAFIZ MANSOR

GANTUNG BANNER JUAL BARANG JAMU

Produk pertama yang kami masukkan adalah Sensaoil. Produk untuk seks lelaki
macam minyak lintah, krim, cincin, goji dan pump. Masa ni aku dan staf lain-
lain sangat malu dan rasa segan-segan.

BAGAIMANA BANKRAP MENJADIKAN AKU KAYA | HAFIZ MANSOR

PRODUK PERTAMA JUAL DEKAT KEDAI

PRODUK SEKSUAL MEMANG MUDAH BUAT DUIT
BAGAIMANA BANKRAP MENJADIKAN AKU KAYA | HAFIZ MANSOR

Maklumlah kan produk seks. Selepas pergi taklimat, dari malu kami mula jual
tanpa rasa bersalah dan malu-malu. Hari-hari jualan meningkat dari RM1000
kepada RM2000 sehari jualan.
Dari produk Sensaoil sahaja, aku mula mengenali apa itu bisnes Jamu. Aku mula
kenal apa itu Jalan Raja Bot, Jalan Chow Kit dan Jalan TAR.
Di sini aku datang untuk membeli produk borong yang ada permintaan dari
pelanggan yang datang ke kedai. Aku ambil sikit-sikit untuk test market.
Apa yang aku dapati, rupanya produk kesihatan ni banyak permintaan. Hari-
hari ada saja orang nak beli produk kurus, besarkan nenen, nak putih, tak nak
berbau, nak rapat dan laki pula nak tahan lama.
Atas permintaan, aku ambil dalam kuantiti yang banyak. Di sini aku mengenali
tokey-tokey kedai jamu yang cantik dan mereka ni kaya raya.
Selepas aku tengok kedai pertama dan kedua stabil, Abang Malek kata perlu
buka lagi kedai. Sebab dia mentor aku, aku pun ikut saja. Kami buka cawangan
kedai ketiga di Bandar Mahkota Cheras atas tajaan Celcom.

BAGAIMANA BANKRAP MENJADIKAN AKU KAYA | HAFIZ MANSOR

HIAS KEDAI BAGI MENARIK

KEDAI CAWANGAN KE 2 LEBIH CERIA
BAGAIMANA BANKRAP MENJADIKAN AKU KAYA | HAFIZ MANSOR

CUBAAN MEMBODEK SYARIKAT CELCOM

Selepas itu cawangan ke empat di sebelah Restoran Mohamad Ali. Fairuz, Staf
baru ditambah dimana seorang repair handphone dan buat sales manakala
sorang lagi buat sales dan runner.

BAGAIMANA BANKRAP MENJADIKAN AKU KAYA | HAFIZ MANSOR

BUKA CAWANGAN KE 3 DEKAT BANDAR MAHKOTA CHERAS
FAIRUZ PASANG STICKER BAGI NAMPAK RUPA KEDAI HANDPHONE

BAGAIMANA BANKRAP MENJADIKAN AKU KAYA | HAFIZ MANSOR

SINGBOARD KASI ANGKAT NAIK LAA..
CAWANGAN KE 4 DEKAT DESA TASIK

BAGAIMANA BANKRAP MENJADIKAN AKU KAYA | HAFIZ MANSOR

Kerja aku masa ni hanya memantau sahaja jualan, ambil stock, uruskan
pemasaran dan uruskan kira-kira setiap kedai.

Ketika aku tengah best buat kerja, kawan aku Nazri (bukan nama sebenar)
namanya telefon aku. Nazri (bukan nama sebenar) ni bekas downline aku masa
buat MLM.

Nak jumpa katanya sebab dah lama tak dengar khabar sejak aku pindah ke
Kuala Lumpur. Jadi dia pun datang ke kedai di Bandar Tasik Selatan ni.

Masa sembang-sembang sambil menikmati sup meletop dia bagitau ada
seorang kaya ni tengah cari orang yang pengalaman untuk join group bisnes.

Aku kata,”MLM ke? Kalau MLM aku tak nak join sebab aku dah tak nak
terlibat”. “Bukan Hafiz. Ni bukan MLM aku nak cerita pun tak pandai. Kau tau
kan Uptown? Esok kau datang sana aku bawak jumpa kau jumpa dia. Orang
hebat macam kau kami perlukan”.

Sebelum dia tinggalkan aku, Nazri (bukan nama sebenar) hadiahkan aku satu
tasbih. “Hafiz, kau jangan lupa berzikir. Insyaallah kalau kau amalkan 1000 kali
sehari akan lebih melimpah ruah rezeki kau”.

Selepas dia gerak aku kata “Ni macam MLM punya style je. Macam lah aku tak
tau. Takpe, esok aku pergi je tengok dulu apa ke benda yang best sangat tu.
Kalau MLM memang aku terajang buah pinggang si Nazri (bukan nama sebenar)
gemuk ni. Biar susah nak kencing”.

Esoknya jam 9 malam aku tunggu Nazri (bukan nama sebenar) datang jemput
aku dekat 7 Eleven dekat Uptown. Tu saja landmark paling mudah orang cari.

Lepas aku call, dia pun datang jemput aku dengan kereta Iswara. Di bawa aku
tak jauh dari situ.

Aku dah syak bukan-bukan sebab tempat sunyi dan gelap. Jilake punya DBKL,
lampu jalan pun ada yang menyala, ada yang padam.

Mustahil Nazri (bukan nama sebenar) ni dengan kawan-kawan dia nak liwat
aku. Risau jugak beb. Lubang bontot aku masih suci dan kemutan masih
mencengkam seperti brake Brembo.

BAGAIMANA BANKRAP MENJADIKAN AKU KAYA | HAFIZ MANSOR

Aku mengadap tengok dekat atas kalau-kalau ada signboard. Aku nampak
signboard ada gambar singa yang tak dipasang lampu. Aku dah mula syak
bukan-bukan.

“Hafiz, kau tunggu apa tu. Naik la. Sori lampu tangga ni diorang tak repair lagi.
Gelap sikit”. Aku rasa macam tempat pelacuran dan judi haram pulak naik
tangga gelap-gelap lampu samar-samar.

Selepas aku naik tu, aku lega sebab dalamnya memang office. Siap ada seketeri
cun seksi lagi montok. Terus segar mata aku.

Tapi aku dah rasa tak suka sebab rasa macam kena tipu je dengan Nazri (bukan
nama sebenar). Ada yang kencing tak lawas jap lagi. Aku pun masuk dan
disambut seorang lelaki yang berbaju kot di dalam bilik.

“Saya Mustafa Kamis (bukan nama sebenar). Hafiz nampak macam terkejut je?
Rileks dulu, nampak macam syarikat insurans kan? Takpe, biar saya terangkan
dulu. Saya bahasakan diri saya Abang Mus ok. Maaf ada bau burung merpati
sikit”.

Patut la tadi aku duduk rasa gatal-gatal. Ada merpati sejoli buat sarang kat
celah-celah aircond dekat tingkap tu.

“Hafiz, letak ketepi dulu pasal Syarikat Insuran ni. Abang Mus bukan nak ajak
Hafiz buat insurans tapi Abang Mus nak ajak Hafiz join group kami iaitu TOCO
(bukan nama program sebenar). TOCO ni maksudnya Tolong Orang Cari Orang.
Tujuan dia adalah untuk membangunkan orang muslim dalam ekonomi melalui
perniagaan”.

Maka Abang Mus pun tunjuk lah slide show melalui laptop beliau tentang
strategi TOCO.

Mereka nak membantu orang Islam untuk mempunyai kedai-kedai. Malah akan
lebih dari tu dimana ekonomi sekarang dimonopoli oleh bangsa Cina.

Dia juga cerita yang mereka menggunakan sistem agihan cara Islam dalam
menjana pendapatan antara satu sama lain. Aku hanya angguk dan buat-buat
faham. Tak lah nampak aku buta kayu sangat.

BAGAIMANA BANKRAP MENJADIKAN AKU KAYA | HAFIZ MANSOR

“Hafiz, ni adalah team-team yang Abang Mus yang dah ada. Saya perlukan
sorang sahaja lagi dalam team ni. 20 orang ni lah nanti akan dapat banyak
manfaat. Abang Mus tengok Hafiz memang layak dengan pengalaman MLM
dan perniagaan sekarang. Hafiz ni orang yang kreatif dan berfikiran luas”.

Hati aku kata,”Uiks, mana dia tau ni? Dahi aku luas ada la”. Bagaikan dipukau,
maklumlah, melayu kan lemah dengan pangkat-pangkat ni, aku dihulur borang
untuk diisi jika bersetuju. Tanpa dikenakan bayaran apa-apa aku pun isi borang.

Jam dah 12 malam, aku pun kata aku nak beredar dulu sebab esok dah nak
kerja. Abang Mus kata esok kalau boleh datang lagi jam 9 malam. Ada perkara
nak dibincangkan tentang strategi TOCO.

Aku pun ok je. “Hafiz, amacam? Ok kan. Ni lah jihad ekonomi yang kita kena
buat. Buat apa pergi perang. Jihad ekonomi juga jihad yang diredhai Allah”,
sambung Abang Mus.

Balik tu aku memandu sambil berkhayal angka-angka jutaan ringgit dari strategi
agihan yang dipaparkan dan diceritakan oleh Abang Mus.

Jika dulu Al-Arqam boleh berjaya kenapa tidak TOCO? Cuma Al-Arqam
dikatakan sesat saja.

Bermula dari situ, aku setiap malam pergi ke kawasan Uptown untuk berjihad.
Mereka semua alim-alim dan banyak cerita mengenai agama dan hidup di atas
bumi Allah.

Orang yang ada dalam team ni hebat-hebat belaka dan bukan calang-calang
orang. Semua ada tugas masing-masing.

Aku pula ditugaskan untuk buat semula slideshow, design dan logic flow system
sebab itu kelebihan aku.

Ketika aku buat slide show tu aku baru tertanya, daripada mana datang sumber
pendapatan tadi untuk diagihkan?

Takkan dari poket sendiri? Ye lah kan, nak buat design semua tu aku perlu
faham kalau tak salah buat nanti.

BAGAIMANA BANKRAP MENJADIKAN AKU KAYA | HAFIZ MANSOR

Abang Mus kata, TOCO konsep dia mudah saja. Untuk ada satu kedai, masing-
masing mesti bantu untuk dapatkan kedai.

Dari kedai tadi yang dah ada, kita bantu yang lain pulak untuk dapatkan kedai
lagi.

Jadi, yang mana nak sertai TOCO ni, perlu bayar yuran keahlian RM500 sekali
sahaja dimana RM100 perlu dimasukkan ke dalam Insurans bagi melindungi diri
jika jadi apa-apa sebelum dapat kedai.

Ia juga sebagai investment masa hadapan dan duit tadi boleh dikeluarkan pada
bila-bila masa.

Kiranya RM100 akan dipotong setiap bulan dari sistem bila kita ajak rakan lain
berjihad ekonomi.

Maka aku mula mencari rakan-rakan lama di zaman MLM dulu untuk dengar
pasal TOCO ni. Semua orang aku bawa termasuk Ayahanda Pekida, Ayahanda
Petiga semua tu.

Kami mula membuat seminar di cawangan-cawangan syarikat insurans tanpa
pengetahuan mereka seminar yang kami anjurkan.

Ramai yang tertarik dengan kaedah berjihad ekonomi. Team- team kami semua
di minta ke kelas peperiksaan insuran untuk dapatkan lesen dan mudah untuk
terima komisyen terus dari syarikat insurans sebelum kami menyertai Syarikat
insuran yang ada Takaful lebih islamik.

Ketika ni aku perlukan sangat laptop sebab nak buat kerja lebih mudah. Aku
pinjam duit RM6000 dari mak angkat kakak aku di Sarawak. Masa ni laptop
mahal.

Bukan macam zaman sekarang dimana harga laptop macam harga nasi ayam.
Aku pinjam sebab aku tak nak usik langsung duit syarikat sebab nanti Abang
Malek bising.

Aku juga jarang ambil tau hal kedai. Aku hanya pagi-pagi ambil duit untuk bank
in ke bank dan ada dikedai sampai jam 6 sahaja. Malam pulak aku ke Uptown
untuk berjihad.

BAGAIMANA BANKRAP MENJADIKAN AKU KAYA | HAFIZ MANSOR

Aku melihat transaksi akaun syarikat aku makin mantap dimana aku membuat
jualan hampir RM100 ribu setiap bulan.

STATEMENT BANK BULANAN SEPANJANG AKU BERNIAGA

Aku mula mencari idea baru bagaimana nak naikkan sales. Aku kaji disekitar
dan aku dapati kawasan Bandar Tasik Selatan ni ramai orang Indonesia.
Jadi aku buka internet dan cari sistem penghantaran wang ke Indonesia
menggunakan sistem Mobile Money.
Bermula disini aku buat service hantar duit ke Indonesia dan di ajar oleh Abang
Kasman dan Krishnan. Bisnes ni perlukan cash yang banyak.

BAGAIMANA BANKRAP MENJADIKAN AKU KAYA | HAFIZ MANSOR

BUAT SERVICE HANTAR DUIT KE INDONESIA

Abang Malek kata,”Hafiz, abang tak boleh nak bantu syarikat sepenuhnya. Elok
kau buat loan bank sebab akaun dah cantik. Syarikat dah boleh dikembangkan.
Kau pergi BSN minta borang pinjaman usahawan mikro. Cepat proses tu”.

Aku pun pergi ke BSN Sungai Besi dan ambil borang. Selepas semuanya siap
dokumen yang diperlukan, aku submit dekat BSN Jalan Ampang dengan
memohon RM50k.

Aku menunggu hari sahaja untuk Bank BSN telefon. Selepas BSN telefon, dia
dapati nama aku bersih tanpa ada mana-mana pinjaman dan tiada income tax.

Aku perlu buat loan rumah atau kereta untuk dapatkan pinjaman. Macam jilake
je syarat bank ni. Nak kena ada pinjaman untuk dapat pinjaman lain.

Masa ni aku bodoh dan aku lupa nak tanya mentor aku, jadi aku pun buat loan
kereta. Ambil Viva yang bayar RM470 sebulan. Nak bagi cukup syarat sahaja.
Kemudian aku perlu bayar income tax.

BAGAIMANA BANKRAP MENJADIKAN AKU KAYA | HAFIZ MANSOR

Malangnya aku tak tahu buat dokumen untuk aku submit LHDN. Aku upah
Abang Salehuddin untuk buat dokumen aku. Dia caj aku RM3000 sebab jualan
aku setahun adalah RM1.8 juta setahun dari kedai handphone sahaja.
Aku tak cukup duit banyak tu, jadi aku pinjam dengan mak aku yang dah susah
tu. Macam-macam aku janji dengan mak aku.
Mak aku sanggup jual gelang dan rantai emas dia dan bank in kat aku RM3000.
Nak minta dekat abah, nanti abah marah sebab abah ni berkira sikit. Abah bagi
tapi tak banyak lah.
Selepas aku dah bayar semua tu untuk buat income tax dan dekat 3 bulan lebih
aku dapat la surat bayar income tax, bulan-bulan viva yang cantik. Aku pergi ke
BSN dan apply. Orang BSN pun datang melawat kedai.

KAD PEGAWAI BANK BSN AKU SIMPAN

Mestilah kan, nak pinjamkan duit mesti tengok kedai. Disebabkan aku ni pandai
bercerita semasa interview, aku satu-satunya kedai handphone yang dapat
RM50k tetapi dengan syarat aku perlukan RM10k sebagai bayaran
pendahuluan.

BAGAIMANA BANKRAP MENJADIKAN AKU KAYA | HAFIZ MANSOR

Mana aku nak cari RM10k ni? Disebabkan bank statement aku cantik, aku
mohon dengan HSBC bank. Tetapi staf di KL bagitau aku perlu hubungi En.Chan
(bukan nama sebenar) dan pergi ke Ipoh untuk buat loan.
Aku sanggup ke sana buat loan RM10k melalui orang tengah dan dia bagitau
proses sekejap sahaja hanya satu hari. Dia bagitau jika nak cepat, perlu bayar
dia RM2000 untuk cepatkan proses.

APPLY KAD KREDIT DEKAT HSBC IPOH

Aku bagitau yang aku tak ada duit banyak tu tapi aku akan bagi duit tu nanti
selepas dapat duit dari HSBC. Dia bersetuju. Selepas diproses, aku apply sekali
Kad Kredit dimana jumlah RM10k.
En.Chan (bukan nama sebenar) bawa aku jalan-jalan sekitar Ipoh dan bawa aku
pergi makan juga singgah office dia. Petang lebih kurang jam 4, bank call minta
datang untuk sign.
Aku seronok le sebab dapat duit RM10k dan Kad Kredit RM10k. Selepas dapat
kat ATM dan Kad Kredit, En.Chan (bukan nama sebenar) ajar aku aktifkan kad
ATM. Kemudian aku tengok ada amount RM9k lebih sebab tolak itu ini.

BAGAIMANA BANKRAP MENJADIKAN AKU KAYA | HAFIZ MANSOR

Dan aku keluarkan RM2000 untuk bagi kepada En.Chan (bukan nama sebenar).
Setelah semuanya setel, aku balik ke Kuala Lumpur sambil menghadap jem. Ye
lah, time orang balik kerja kan.
Baki hanya RM7000 sahaja dan tak cukup. Esoknya Aku pergi pula ke Ambank
di hadapan KLCC. Aku mohon pinjaman mikro RM30k.
Selesai isi borang dan hari berikutnya pegawai datang ambil gambar kedai, aku
diminta datang ke Ambank untuk bayar deposit RM3000.

BUAT LOAN MICRO DENGAN AMBANK

Setelah siap dokumen dan bayaran duit yang aku ambil dari akaun HSBC, aku
dapat kat atm Ambank. RM29k lebih masuk dan aku keluarkan RM10k untuk
bayaran BSN. Masa ni juga aku sempat mohon kad kredit MBF RM3k.

BAGAIMANA BANKRAP MENJADIKAN AKU KAYA | HAFIZ MANSOR

APPLY KAD KREDIT DENGAN MBF

Aku akhirnya dapat duit dari BSN. Duit yang ada dari HSBC, Ambank aku
gunakan untuk beli aksesori handphone dan masukkan duit dalam akaun
syarikat. Abang Malek masa ni tak tahu sebab dia sibuk dengan pergi Umrah.

BAGAIMANA BANKRAP MENJADIKAN AKU KAYA | HAFIZ MANSOR

LOAN BSN MASUK

Masa dia balik dari Umrah, dia bagitau, “Hafiz, aku perlukan duit dari kau
sebagai modal. Aku jumpa Munif Hijjaz dan kami plan nak buat bisnes bersama
dan aku nak buat bisnes perfume. Aku perlukan RM20k. Kiranya kau ambil
semua kedai aku yang ada tu. Kau uruskanlah semua”.

BAGAIMANA BANKRAP MENJADIKAN AKU KAYA | HAFIZ MANSOR

PROJEK PERFUMES DENGAN MUNIF HIJJAZ

PERFUMES TERAWAL YANG DIKELUARKAN MUNIF HIJJAZ PERFUMES

Aku pun buat cek dan bagi kepada Abang Malek RM20k untuk dia mula bisnes
buat perfume yang diberi nama Munif Hijjaz Perfumes. Selepas mereka

BAGAIMANA BANKRAP MENJADIKAN AKU KAYA | HAFIZ MANSOR

meeting, bermulalah Munif Hijjaz Perfumes dimana aku dan staff mengisi
pewangi secara manual dari rumah Abang Malek.

SENARAI AWAL EJEN UNTUK AMBIL STOK

Jualan Munif Hijjaz Perfumes semakin meningkat dan Abang Malek ambil
keputusan berhenti kerja dan fokus 100% untuk bisnes Munif Hijjaz.

BAGAIMANA BANKRAP MENJADIKAN AKU KAYA | HAFIZ MANSOR

BANNER PRA PELANCARAN MUNIF HIJJAZ PERFUMES

ORANG ATASAN YANG TERLIBAT. AKU AMBIL GAMBAR JE LA
BAGAIMANA BANKRAP MENJADIKAN AKU KAYA | HAFIZ MANSOR

DESIGN AWAL

Selepas Abang Malek sibuk dan staf lelaki buat perangai, dua cawangan
handphone aku ditutup di Bandar Mahkota Cheras dan di sebelah Restoran
Mohamad Ali. Hanya tinggal 2 kedai sahaja di Bandar Tasik Selatan. Aku tak
dapat nak uruskan semua kedai.

Dengan kesibukkan menguruskan kedai, dengan TOCO lagi disebelah malam
aku menjadi cukup letih.

Aku tidur hanya 3 ke 4 jam sehari sebab aku nak jadi kaya. Masa ni aku faham
dimana bila kita buat banyak bisnes lagi banyak income masuk.

Malam tu aku ke office TOCO seperti biasa. Di sana Abang Mus dan Meon
(bukan nama sebenar) bincang untuk buat bisnes kereta sewa di Shah Alam.
Mereka ajak aku join dan beli kereta dan bagi Meon (bukan nama sebenar)
jagakan.

Aku kata tak nak lagi sebab aku nak beli kereta BMW. Katanya buat apa pakai
BMW pakai duit sendiri, lebih baik beli kereta sewa, buat sewa malah dapat
income dan siap boleh bayar BMW lagi selepas tu.

Aku yang mempercayai mereka yang dah kenal lama dan banyak ilmu agama ni
pun aku follow saja sebab mereka dah berjaya. Dengan menggunakan

BAGAIMANA BANKRAP MENJADIKAN AKU KAYA | HAFIZ MANSOR

statement aku yang transaksi RM200k sebulan, aku dengan mudah dapat
keluarkan 2 biji Viva dan 1 biji Saga BLM semuanya bernilai RM120k. Aku rasa
macam orang kaya pula ada banyak kereta.
Bulan pertama bisnes jalan cantik je kereta sewa ni. Setiap bulan aku dapat
RM1200 hasil dari ketiga biji kereta. Masuk bulan ke enam Meon (bukan nama
sebenar) dah tak bank in duit kat aku.
Katanya sales kurang sebab budak UITM cuti. Aku kata tak boleh macam ni
sebab dijanjikan setiap bulan RM1200.

MEMBER AKU TUNJUK PEMBAYARAN KERETA SEWA

Kami mula start gaduh termasuk campur tangan dengan Mustafa Kamis (bukan
nama sebenar) dimana masing-masing lepas tangan dan tiada perjanjian
bertulis.
Aku tersepit ditengah-tengah dan kereta aku tidak dipulangkan selama 1 tahun
selepas Meon (bukan nama sebenar)menghilangkan diri.

BAGAIMANA BANKRAP MENJADIKAN AKU KAYA | HAFIZ MANSOR

Kereta tertunggak hampir 3 bulan bayaran, saman trafik beribu-ribu dan saman
MBSA beribu-ribu yang perlu aku setelkan. Meon (bukan nama sebenar) blok
aku di Facebook juga tukar nombor handphone.
Aku terpaksa gunakan duit kedai handphone untuk membayar pinjaman kereta
yang tertunggak. Bila bayar pakai duit kedai, dekat kedai pula short duit setiap
bulan.
Aku plan untuk pinjam lagi. Aku mohon dengan CIMB bank tapi hanya dapat
Kredit Kad sahaja bernilai RM10k. Aku pun sapu ajelah sebab boleh pakai time
kecemasan.

KAD KREDIT CIMB AKU AMBIL JUGA

Aku pergi ke PUNB di Sentral dan mohon pinjaman perniagaan. Aku perlu buat
kertas kerja. Aku pergi dengar taklimat dan sebagainya dan aku memohon dan
siapkan semua kertas kerja.
Aku mohon RM300k. Setelah selesai pegawai datang ke kedai memastikan
wujudnya kedai, aku dipanggil untuk interview.

BAGAIMANA BANKRAP MENJADIKAN AKU KAYA | HAFIZ MANSOR

Aku menggunakan teknik yang sama macam mana aku dapatkan pinjaman. Aku
bercerita menggunakan tonasi semangat, kelakar dan disulami unsur simpati.
Mereka tanya aku pelbagai soalan dan aku dapat jawab semuanya sebab aku
dan study dulu sebelum datang. Aku tidak diberikan RM300k tetapi aku
mendapat RM100k.

LULUS LOAN PUNB RM100,000

Aku bersyukur sebab paling banyak aku pernah dapat. Setelah selesai akaun
dibuka bersama pegawai PUNB, aku mendapat RM90k dimana RM10k diambil
oleh PUNB.
Aku tak kisah masa tu sebab janji aku dapat duit. Duit yang mula-mula aku buat
adalah keluarkan RM40k dan bayar habis semua pinjaman BSN.
Baki RM50k aku gunakan untuk bayar duit kawan aku yang aku pinjam sebelum
ni untuk beli barang kedai. Tu pun sebab dia nak kawin. Lain-lain aku buat
bayar hutang bank dan kereta.

BAGAIMANA BANKRAP MENJADIKAN AKU KAYA | HAFIZ MANSOR

Dalam TOCO ni aku selalu lepak dengan kawan aku nama dia Abdullah Afifi.
Semua ahli keluarga dia ada nama Abdullah dekat depan kecuali yang
perempuan.
Bapa dia juga nama Abdullah. Kalau pergi rumah tanya “Assalamualaikum.
Makcik, Dollah ada tak?” Biasanya mak dia akan jawab, “Dollah mana satu?”
Bukan pasal dia aku nak cerita tapi pasal bisnes yang kami nak buat. Aku masa
tu dapat idea buat bisnes pendaftaran pelajar universiti. Timbul idea selepas
aku tengok budak nak apply masuk universiti ni perlu apply satu persatu
universiti.
Apa yang aku buat, aku create website namanya daftaripts.com. Aku upah
programmer untuk buat website dan sistem sms. Dollah ni kelebihan dia pandai
bercakap mungkin sebab kuat hisap rokok surya 2 kotak sehari. Hahahaha.
Jadi tugasan dia adalah pergi ke universiti swasta untuk kami jadi orang tengah
dan dia bagi kami komisyen untuk bawa pelajar ke universiti mereka jika layak.

PROJEK PENDAFTARAN PELAJAR KE IPTS

BAGAIMANA BANKRAP MENJADIKAN AKU KAYA | HAFIZ MANSOR

Tugasan aku pula siapkan design, flow system untuk bagi pada programmer.
Aku dicaj RM12k untuk sistem ni termasuk sistem SMS.

Aku risau masa ni sebab lama sangat programmer ambil masa sedangkan 2
bulan lagi budak sekolah dapat result SPM.

Kami juga siapkan banner dan gantung disetiap sekolah dimana pelajar perlu
hantar sms untuk masuk universiti dan mereka akan tahu universiti mana yang
layak untuk mereka bergantung kepada result. Bergaduh juga aku dengan
programmer untuk cepatkan proses.

Walaupun tak perfect masa tu, kami gunakan juga. Bila semuanya dah nak ok,
Dollah mula luah perasaan tak puas hati dekat aku sebab dia kata dia paling
banyak buat kerja ke sana sini dan aku tak buat apa-apa. Aku tak salahkan dia
sebab masa ni kami sama-sama pressure.

Masa ni aku keluarkan duit modal 100% termasuk bayar duit minyak, makan ,
duit poket dan rokok dia. Dia tidak sepatutnya mempertikaikan. Siap kami
daftar syarikat bersama dengan menggunakan modal aku.

Dia bukan orang bisnes tapi dia ada kelebihan untuk bercakap dan berjumpa
dengan orang. Bukan salah dia dalam kes ni. Aku memang respek Dollah bab
mengacara dan bercakap. Bab ni memang aku kalah.

Lepas pada tu terus tak ada mood nak buat bisnes dan bisnes kami pecah
macam tu sahaja. Kami hanya merancang tapi tak ada rezeki kat sini. Kami
masih berkawan sampai sekarang Cuma tak buat bisnes bersama. Aku juga
masih contact dengan dia.

Dalam masa yang sama, aku masih lagi percayakan Abang Mus. Dia bagitau
strategi baru untuk TOCO. Dia bagitau yang TOCO akan digabungkan dengan
Kementerian Belia dan Sukan dimana pada tahun tu akan berlaku Hari Belia
dimana pertama kali diadakan di Putrajaya.

Kami berjumpa pegawai belia iaitu Rahim Hassan (bukan nama sebenar) untuk
bekerjasama dan memerlukan peruntukkan. Setelah berbincang dan setuju,
peruntukan akan diberikan RM70k (bukan nilai sebenar) dan bermula
perancangan untuk design dan create even.

BAGAIMANA BANKRAP MENJADIKAN AKU KAYA | HAFIZ MANSOR

Di sinilah wujudnya Program kami iaitu Remaja Niaga (bukan nama program
sebenar) dimana ia merupakan program mencari remaja yang berminat untuk
melakukan bisnes TOCO. Shah Zaini merupakan designer sepenuhnya TOCO.
Dia design semua benda untuk hidupkan TOCO.

Kerjasama juga melibatkan fotografer dan model-model cantik dan seksi
diserap masuk untuk menjayakan program. Terkejut juga aku bila masuk office
nampak perempuan cantik-cantik dan seksi.

Berdarah jugak la hidung ni. Aku nampak program ni macam mula jauh dari
sasaran tapi aku masih lagi bersangka baik.

Kami dibahagian pengurusan diminta memberi sumbangan pelaburan seorang
RM3000 dimana yang mana peserta yang join akan diletakkan bawah kami.
Masing-masing pun bagi duit. Aku juga terpaksa bagi duit dan bagi sebiji
kamera canon sebab duit banyak nak pakai.

Kad dibuat, poster dibuat, topi dibuat, baju dibuat dan semuanya bertukar dari
TOCO kepada Remaja Niaga. Program promosi dibuat dengan memanggil
wartawan dan menteri Dato Razak Hamdan (bukan nama sebenar) dimana
dirasmikan program Remaja Niaga di Kuala Lumpur. Memang grand sangat-
sangat termasuk dipamerkan model gadis seksi.

Maka pada minggu berikutnya semua berada di Putrajaya untuk hari belia
negara. Model-model digunakan untuk menarik orang untuk join program. Aku
ditugaskan menjadi cameraman.

Kerja aku hanya ambil gambar sahaja dan minta model posing baik punya.
Berdarah lagi hidung aku sebab aku cabut bulu hidung sendiri.

Selesai 3 hari majlis, banyak perkara tidak diingini berlaku. Melibatkan
kewangan, melibatkan model perempuan dan ke tidak puasan orang yang
menyewa khemah jualan.

Masing-masing mula bergaduh dan aku tak pasti apa puncanya dari awal sebab
aku tak ambil tahu langsung melainkan ambil gambar.

Selepas balik semua dan pada malam beikutnya terbocor banyak perkara
seperti pegawai belia makan duit RM30k (bukan nilai sebenar) dari peruntukan
RM70k (bukan nilai sebenar) dan team bergaduh sesama sendiri.

BAGAIMANA BANKRAP MENJADIKAN AKU KAYA | HAFIZ MANSOR

Benda-benda ni semua dah lari dari konsep Islamik yang nak dibawa tu. Jihad
dah kelaut.

Makin lama makin kurang team TOCO sebab keluar tidak puas hati dengan apa
yang berlaku. Aku yang bersuara sebab tak puas hati beberapa perkara
berkaitan buat benda tak senonoh di office pun akhirnya dibuang dari group
facebook dan aku anggap tak ada rezeki dan pengajaran bagi aku. Ada
hikmahnya.

Sejak dari tu, aku kembali fokus pada kedai dimana duit banyak yang dah keluar
tapi masih banyak hutang yang perlu dibayar. Aku membeli barang kedai
semua menggunakan kad kredit dan buat hutang lagi. Itu tidak termasuk
hutang yang aku pinjam dari kakak , adik dan abah aku.

Aku teruskan hidup dengan membuat jualan seperti biasa. Duit masuk ke kedai
banyak tapi semuanya habis bayarkan hutang.

Aku juga terpaksa hentikan beberapa orang staf dimana aku nak jimatkan kos.
Aku sendiri kerja dikedai dari pagi sampai malam setiap hari.

Selepas setahun, aku ambil semula semua kereta sewa aku di Shah Alam dalam
keadaan amat parah. Teruk gila kereta. Rosak sana sini.

Kereta tadi aku repair dan aku buat sambung bayar kepada orang tanpa perlu
bayar deposit. Hanya teruskan bayar bulan-bulan supaya aku tak bankrup.

Surat juga penuh di peti pos untuk bayaran hutang bank, hutang kereta dan
surat saman polis dari kereta sewa tadi. Itu belum panggilan setiap hari dari
bank minta bayar hutang.

Masa ni aku sangat-sangat tertekan. Aku bila mak abah tanya, aku jawab bisnes
ok sedangkan aku berada dalam tekanan yang dahsyat.

Kadang-kadang aku rasa macam ada je suara bisik dekat telinga aku. Aku buka
TV9 dan layan Spongebob Squarepant supaya tak dengar suara pelik.

Aku mula berjanji dengan bank macam-macam tapi satu pun aku tak bayar
sampaikan bank hantar orang ke kedai aku minta aku bayar hutang. Duit yang

BAGAIMANA BANKRAP MENJADIKAN AKU KAYA | HAFIZ MANSOR

ada masa tu pun aku guna untuk makan, bayar sewa rumah,air, elektrik , kedai,
staff, minyak kereta dan bayar kereta sahaja.
Untuk cover semua tu selain kedai, aku ambil upah buat design flyers, business
card, dan sebagainya asalkan duit boleh masuk.
Aku juga buat website soccercrafts untuk menjual origami pasukan bola sepak
dunia tapi gagal. Masa ni juga lah aku ditipu orang buat website ni. Aku
keluarkan RM1700 guna kad kredit.

PROJEK ORIGAMI BOLA SEPAK DUNIA
BAGAIMANA BANKRAP MENJADIKAN AKU KAYA | HAFIZ MANSOR

Lepas selalu kena tipu, aku mula buat ebook surat perjanjian di suratjanji.com.
Aku jual secara online cara-cara buat surat perjanjian.
Tujuan aku nk bantu ramai orang supaya tak kena tipu macam aku dan betapa
pentingnya ada hitam putih. Tapi untung disini tak banyak cukup untuk aku
bayar yang perlu sahaja.
Overhead mula meningkat sebab bunga dah naik dari RM6000 sebulan dan
hampir mencecah RM9000 sebulan. Aku langsung tak bayar apa-apa pinjaman
bank sebab aku perlukan duit untuk hidup.
Dapat surat mahkamah, aku hanya pergi dan mengaku bersalah sahaja sebab
memang aku yang tak bayar. Kemudian mahkamah minta bincang dengan bank
sendiri untuk refinance semula.
Aku hanya balik kampung setahun sekali tu pun sebab hari raya aidilfitri. Mak
abah aku tak tahu masalah aku termasuk kawan-kawan aku.
Mereka hanya nampak aku berjaya. Aku sendiri tak beli baju dan seluar baru
bertahun-tahun. Pakaian aku semuanya nampak lusuh.
Dalam masa yang sama, aku buat bisnes jual website dengan programmer
Razlan dan designer Hazrezal. Kami namakan sistem ni Rawkstore pada masa
tu.
Kami buat duit disini tapi lama-kelamaan makin sukar untuk orang membeli
website sebab lebih mudah menjual melalui Facebook dan Whatsapp.

BAGAIMANA BANKRAP MENJADIKAN AKU KAYA | HAFIZ MANSOR


Click to View FlipBook Version