SALAH SEORANG YANG BERMINAT NAK PASARKAN
Dewan yang sangat-sangat besar dimana keluasan tempat tu boleh aku
anggarkan dua kali ganda stadium bukit jalil. Jalan kaki rasa penat sangat sebab
bawak barang sekali.
Kami diberi tempat dan tanda kawasan dengan bunting sahaja sebab
dinasihatkan ikat meja dan kerusi masing-masing dimana disana ramai yang
mencuri.
BAGAIMANA BANKRAP MENJADIKAN AKU KAYA | HAFIZ MANSOR
SEHARI SEBELUM EXPO-MELAWAT TAPAK LOKASI
Dewan yang sangat luas, sudah tentu mudah nak kena curi. Selepas pasang,
kami pun dibawa berjalan sekitar bandar Zheng Zhou dan pergi mencari
makanan juga solat di masjid dikawasan sekitar.
BAGAIMANA BANKRAP MENJADIKAN AKU KAYA | HAFIZ MANSOR
Tak ramai orang Islam, tapi bila nampak kami dan wanita Malaysia bertudung,
kami beri salam sahaja mereka sangat seronok dan siap bergambar. Sukar
untuk berkomunikasi sebab masing-masing tak tahu berbahasa inggeris.
MASJID DI ZHENG ZHOU
BAGAIMANA BANKRAP MENJADIKAN AKU KAYA | HAFIZ MANSOR
SUASANA DALAM MASJID DI ZHENG ZHOU
Malam tu Ikhwan tiba di Zheng Zhou. Berani mamat ni sorang-sorang je datang
dan jumpa pulak tu kat tempat yang nak tuju. Dia ni kalau lepas dalam hutan
Brazil memang hidup punya lah. Kalau aku tah-tah ke mana aku pergi pun tak
tau lah.
BAGAIMANA BANKRAP MENJADIKAN AKU KAYA | HAFIZ MANSOR
TEMAN IKHWAN MAKAN SEBAB DIA LAPAR
Malam tu aku dan Ikhwan hanya makan megi kari dalam cup yang aku bawa.
Baru sehari dah cari kari. Hahaha. Lidah Malaysia beb. Walaupun malam tu
kami dah pergi makan kat situ, tapi tetap nak juga rasa Malaysia.
Malam tu memang tidur awal sebab esok awal pagi nak kena ke tempat
pameran. Dah siap dan sampai awal pun kami tak dibenarkan masuk dan
terpaksa pusing jauh bawa barang.
Orang ramai gila nak membeli dan tengok apa yang ada. Nak masuk dewan
macam nak naik kapal terbang. Scan sana sini. Kami selepas berebut akhirnya
dapat masuk.
BAGAIMANA BANKRAP MENJADIKAN AKU KAYA | HAFIZ MANSOR
SUASANA HARI PERTAMA EXPO
SUASANA DALAM EXPO
BAGAIMANA BANKRAP MENJADIKAN AKU KAYA | HAFIZ MANSOR
Dah agak dah. Meja dan kerusi kami dari Malaysia banyak yang hilang
walaupun dah ikat dengan tali. Terpaksa bagitau penganjur dan mereka bawa
semula kerusi dan meja tapi tak cukup. Aku dan lain-lain tak kisah, janji ada.
Lagi pun kami sedar kami ditempat orang.
BARU NAK SETUP BOOTH
Kami mula susun barang dan bunting. Aku dan Ikhwan dalam satu syarikat, jadi
satu tapak pameran. Kami mula promote produk. Ada yang nak datang makan
je banyak.
BAGAIMANA BANKRAP MENJADIKAN AKU KAYA | HAFIZ MANSOR
IKHWAN SEDANG SUSUN PRODUK HERBAWORKS BELIAU
IKHWAN TAK GOYANG DIGODA GADIS CHINA
BAGAIMANA BANKRAP MENJADIKAN AKU KAYA | HAFIZ MANSOR
IKHWAN JUGA JUAL BAHULU DEKAT ORANG CHINA
Bayangkan kalau ada 3000 sediakan makanan untuk rasa. Memang kenyang la.
Ada kerepak, ada keropok, babi salai, dan macam-macam untuk rasa.
BAGAIMANA BANKRAP MENJADIKAN AKU KAYA | HAFIZ MANSOR
BABI KERING SALAI ADA DIMANA-MANA. BABI BETOL!
Kami nak makan pun risau sebab majoriti tak halal. Kami makan roti dan biskut
yang diberi oleh jiran (orang Malaysia) manakala aku pulak bawak 2 megi cup.
Aku dan Ikhwan melantak megi ni sampai kenyang walaupun lapar sangat-
sangat. Bayangkan 3 hari kami perlu ada kat sini untuk pameran sahaja.
Aku tetap buat kerja gila dimana aku nak sangat duit untuk aku hidup kat Zheng
Zhou ni. Tak faham bahasa cina, aku bagi tau kat TC Wong minta tolong
terjemahkan dan bagi diorang cuba.
Aku bagi komisyen kat dia nanti. Akhirnya terjual 10 botol. Aku jual sebotol
RM70 dan ada la aku bagi dekat TC Wong. Dapat juga aku duit poket dalam
matawang RMB.
Aku tak beli apa-apa dekat sana kecuali buah epal sebab aku suka epal fiji. Epal
dekat sana besar sangat sangat. Kalau baling kena kepala boleh koma 6 jam.
Aku beli dalam 3 biji. Tu pun mengangkang juga nak bawa balik ke hotel sebab
berat sangat.
BAGAIMANA BANKRAP MENJADIKAN AKU KAYA | HAFIZ MANSOR
Sehari sebelum balik tu, masa tu lah aku pertama kali rasa cuaca dari panas
menjadi sejuk sebab sehari sebelum kami balik, cuaca akan berubah kepada
musim sejuk.
IDEA BISNES YANG MENARIK. CUP SEBESAR PEHA THE ROCK
Angin dingin dan daun-daun mula gugur. Angin kuat dan rasa sejuk sangat.
Walaupun tiba time kami nak balik tapi aku bersyukur sebab dapat rasa
walaupun tak sampai 24 jam.
BAGAIMANA BANKRAP MENJADIKAN AKU KAYA | HAFIZ MANSOR
MASA UNTUK KEMBALI KE MALAYSIA
Setiba di Malaysia, aku rasa lega sangat-sangat sebab dapat makan nasi, kari
dan makanan Malaysia yang lain. Tu yang paling penting.
Lupa terus pasal CoolHijab, pasal bisnes dan orang sekeliling. Hilang 1 kg aku
duduk China. Kalau sebulan boleh hilang 20kg rasanya.
Lepas 1 minggu aku balik, aku dapat panggilan dari pihak bank untuk bayar
pinjaman atau dimufliskan disebabkan hutang bisnes lama. Aku diminta bayar
deposit dan aku tak ada duit masa tu.
Diberi tempoh hanya 5 hari sahaja. Aku bagitau aku cuba usaha. Aku masa tu
tengah jual CoolHijab. Pelanggan bagitahu yang duit tak boleh bank in. Aku
cuba semak dan duit dari maybank tak dapat nak transfer dan terima.
BAGAIMANA BANKRAP MENJADIKAN AKU KAYA | HAFIZ MANSOR
SURAT BANKRAP DARI BANK
Aku cuba Cimb, dan masih berfungsi. Aku segera keluar semua duit dari 3
akaun Cimb. Lepas 3 hari akaun Cimb aku semua dah kena freeze termasuk 3
akaun Maybank.
Aku terima panggilan lagi untuk uruskan pembayaran. Aku bagitahu aku tak
dapat bayar. Mereka hanya bagitahu akan hantar surat sahaja.
Selang sahaja satu minggu aku terima berita permohonan pinjaman Tekun aku
dah layak dan diminta datang ke office mereka untuk ambil cek. Aku seronok
gila sebab dapat cek RM10k.
BAGAIMANA BANKRAP MENJADIKAN AKU KAYA | HAFIZ MANSOR
LULUS LOAN TEKUN TAPI BANKRAP PULAK
Bukan senang nak dapat duit Tekun sampai aku terpaksa mengaku aku ahli
Umno, pergi minta pengesahan di pejabat BN dan aku siap naik ke pejabat
Umno di PWTC untuk dapatkan tandatangan Ahmad Maslan. Duit punya pasal.
BAGAIMANA BANKRAP MENJADIKAN AKU KAYA | HAFIZ MANSOR
PROPOSAL SUBMIT KE TEKUN SEBELUM NI
Bila sampai dipejabat Tekun, aku pun tandatangan borang dan serahkan cek
bayaran bulanan RM220 setiap bulan. Kemudian aku segera ke Maybank di
Kuala Lumpur untuk dapatkan duit untuk CoolHijab.
Aku dengan senyum ala-ala kerang rebus terus ke kaunter. Malangnya cek tadi
tak dapat ditunaikan sebab nama aku blacklist akibat bankrap.
Aku merayu dan bank kata kena ke pejabat Tekun semula. Aku terus ke pejabat
Tekun semula. Tekun ambil cek dan akan bagitau untuk semak. Keesokkan
harinya aku diminta datang ke pejabat Tekun.
Aku diserahkan surat penolakkan pinjaman dan cek bayaran bulanan. Masa ni
hanya Allah saja yang tahu perasaan aku. Aku sedih gila masa ni macam tak ada
harapan dah.
Aku jadi stress sangat-sangat. Aku hanya duduk murung dirumah dan office
dengan duit yang aku dah bawak keluar sebelum ni hanya ada beberapa ribu
sahaja. Aku ikat dan simpan dalam bag aku.
BAGAIMANA BANKRAP MENJADIKAN AKU KAYA | HAFIZ MANSOR
SENARAI PINJAMAN YANG TELAH DIBUAT
Aku duduk rumah dan masa solat aku menangis kenapa berlaku masa aku
tengah nak naik kembali. Tu sahaja harapan yang aku ada. Aku nak cerita dekat
mak dan abah tapi aku tak sampai hati takut mereka lagi risau.
Aku bagitau awek aku tentang masalah yang aku hadapi supaya beban dalam
otak aku ni ringan sikit. Rupanya aku silap. Aku ingat makin ringan rupanya buat
aku makin gila.
Awek aku mula berubah. Bila aku call, jawab telefon macam marah-marah. Bila
aku whatsapp, kadang-kadang blue tick je tak reply. Kalau reply pun pendek-
pendek sahaja.
Aku tanya ada masalah? Dia cuma bagitau dia sibuk kerja dan dia minta masa.
Dia kata dia pun ada masalah dan tak nak jumpa. Aku kata kita sama-sama ada
masalah dan masalah boleh diselesaikan.
Dia mula menjauhkan diri. Aku beli bunga ada 12 kuntum dan bagi dekat dia
untuk pujuk sebab aku sayang dia tapi tetap sama. Malam tu aku whatsapp
BAGAIMANA BANKRAP MENJADIKAN AKU KAYA | HAFIZ MANSOR
luahkan perasaan aku dan di reply tak nak jumpa lagi dan anggap saja sebagai
kawan.
Aku sedih gila bila dia reply macam tu. Dah la aku bankrap, awek pula tinggal
aku macam ni. Aku mengaku aku menangis masa ni kat rumah sebab aku
tertekan. Aku tak salahkan dia sebab dia berhak memilih orang yang lebih baik.
Aku penat, otak aku bercelaru.
Masa aku tengah sedih ni ramai kawan aku disekeliling. Firdaus Yasin banyak
bagi nasihat dan belanja aku makan. Aku juga selalu jumpa Coach Rozi di Old
Town. Dia juga banyak bagi nasihat dan kata semangat.
Aku juga berjumpa Puan Shida Said selepas aku tau dia juga banyak hutang tapi
masih mampu survive. Kami berjumpa di Old Town waktu malam. Aku luahkan
isi hati dan masalah aku supaya ringan dalam kepala.
Dia banyak bagi aku nasihat, tunjuk ajar dan apa yang aku perlu buat dalam
keadaan sekarang. Berair jugak mata aku masa ni. Roti tak makan sampai keras
kena aircond.
Mereka banyak bagitau aku jangan duduk sorang-sorang dirumah. Pergi masjid,
keluar dengan kawan dan pergi seminar yang ada. Mereka juga minta aku
muhasabah diri dan kalau ada buat salah terutama ibu bapa, balik jumpa
mereka.
Malam-malam pula aku jumpa Hazrezal. Dia banyak bantu aku bukan stakat
design tapi juga nasihat. Hazrezal ni bukan macam kawan tapi dah macam
abang aku sendiri dah aku anggap.
Firdaus Yasin minta aku masuk ke kelas penulisan untuk masuk ke dalam surat
khabar dan majalah tanpa bayaran. Aku bayar dan pergi sebab harga kelas tu
pun tak mahal.
Dalam kelas tu diajar cara penulisan yang sesuai dan betul untuk majalah, cara
nak hubungi editor melalui email dan menjaga hubungan dengan wartawan
juga editor.
Habis saja kelas, dijemput seorang lagi pakar tentang aura melalui warna. Aku
dengar dengan teliti dan aku ambil nota yang dia sampaikan katanya badan kita
ni ada warna-warnanya termasuk hari yang ada.
BAGAIMANA BANKRAP MENJADIKAN AKU KAYA | HAFIZ MANSOR
Bagi sesiapa yang down dia nasihatkan supaya jangan pakai baju yang sama.
Kalau boleh pakai warna ikut hari selama 21 hari atau lebih untuk kembalikan
aura yang hilang.
Entah betul atau tak aku tak pasti. Selepas habis kelas esoknya aku beli semua
jenis surat khabar kecuali tamil dan cina sebab aku tak faham. Aku terus
bertindak.
Aku selak segala jenis bahagian bisnes dan aku ambil nama dan email editor
dan wartawan. Aku beli selama 7 hari dan aku mula karang ayat.
Aku juga ke kedai pakaian untuk beli tshirt yang ada macam-macam warna
untuk kembalikan aura aku dengan izin Allah. Aku ni baju 90% warna hitam
sahaja. 10% warna putih dan merah.
Aku beli baju ikut warna dan hari. Isnin warna putih, selasa warna ungu atau
pink, rabu warna biru, khamis warna kuning atau oren, jumaat warna hijau,
sabtu warna merah dan ahad warna hitam. Semua baju kosong tanpa tulisan.
Aku pakai setiap hari ikut warna yang disebut. Mula-mula aku rasa segan dan
malu. Rasa macam gay pun ada baju warna-warna ni. Sebab tak biasakan. Tapi
sebab aku nak cuba buktikan betul ke apa yang diperkatakan, aku pakai sahaja
selama 30 hari.
Bagi aura masuk lebih sikit kan. Aku buat kerja macam biasa hantar barang
sikit-sikit dekat ejen. Kat mana saja diorang nak aku hantar. Malam aku balik
lewat dan tidur tak lena. Macam tu lah hari-hari.
Selepas dah puas berehat dan tidur terkangkang, aku mula susun strategi untuk
lonjakkan sales CoolHijab. Aku minta semula semua produk CoolHijab lama dan
aku tukar semula dengan CoolHijab yang baru.
BAGAIMANA BANKRAP MENJADIKAN AKU KAYA | HAFIZ MANSOR
AMBIL STOK COOLHIJAB PAKAI VIVA
VIVA PUN VIVA, JANJI BOLEH MUAT BARANG SAMPAI PENUH
BAGAIMANA BANKRAP MENJADIKAN AKU KAYA | HAFIZ MANSOR
Diorang seronok dan mula menjual. Bila aku tukar semula produk, aku rugi
RM30k sebab produk lama aku dah tak nak jual. Kalau aku jual juga aku rasa
bersalah sangat. Aku sendiri tak puas hati tak kan aku nak jual.
Aku kekurangan modal untuk restock semula CoolHijab. Aku masa ni jadi blur
mana nak cari duit lagi. Masa aku jalan sorang-sorang dekat Pasaraya Giant,
aku tengok ada pameran orang jual rumah.
Aku tengok model rumah cantik, siap rumah tu dibuka untuk nampak bahagian
dalam, bunting, di beri flyers yang ada ukuran plan, lokasi, kemudahan sekitar
dan sebagainya.
IDEA PAMERAN JUAL RUMAH BUAT AKU DAPAT ILHAM
Aku hanya berdiri dari jauh dan tengok apa yang berlaku. Ramai yang datang
nak tahu dan apa yang aku nampak, ada yang bayar macam booking.
Aku masa tu terfikir, “Wah, rumah belum wujud, tanah pun tak nampak, berani
betul orang bagi duit. Dah la lagi 3 tahun baru rumah siap. Kalau aku guna
konsep ni mesti aku dapat duit juga. Menjual impian dan harapan”.
Aku balik terus singgah office dan aku mula buat semula website bagi cantik
dan aku letakkan bahagian stokis tu kekosongan kecuali 4 negeri iaitu Kuala
Lumpur, Selangor, Johor dan Putrajaya. Kemudian aku set semula pakej stokis
RM5250 untuk pakej Stokis Negeri.
BAGAIMANA BANKRAP MENJADIKAN AKU KAYA | HAFIZ MANSOR
BERSAMA ABANG AMIR DAN COACH ROZI
Aku kemudian upload gambar aku pergi ke China. Disini ramai ucap tahniah dan
disini juga aku offer untuk siapa sahaja jadi stokis negeri. Aku dapat 8 buah
negeri dan jumlahnya RM42k aku collect.
Ayat aku guna adalah Pertama di Malaysia malah Dunia, satu negeri satu stokis
dan kesan yang dapat rasa dalam 15 saat pertama.
Aku bagi tahu yang produk akan siap dalam masa 3 minggu. Duit tadi aku
gunakan untuk tambah stock dan gunakan untuk periklanan. Mereka sanggup
bayar bila aku tunjuk peluang dan kelebihan yang ada.
Aku juga bagi mereka sistem untuk dapatkan ejen dimana mereka sendiri yang
daftar ejen dibawah mereka sendiri. Kiranya sistem ejen cari ejen dan dapat
komisyen.
Dah macam MLM je kan tapi tak sama. Orang melayu ni suka cari orang, jadi
aku masukkan konsep tu dan menjadi.
BAGAIMANA BANKRAP MENJADIKAN AKU KAYA | HAFIZ MANSOR
SISTEM EJEN COOLHIJAB
Aku mula bayar surat khabar dan majalah untuk yakinkan agen. Aku juga
menggunakan khidmat blogger dari Hai Blogger yang diuruskan oleh Halim
Nadzri.
Aku kumpul segala testimoni yang ada untuk yakinkan pelanggan. Aku dah tak
boleh uruskan sorang-sorang. Aku minta kakak dan adik aku datang bekerja
dengan aku.
Ketika tengah syoq jual produk, office yang aku sewa dengan Abang Amir ada
masalah dimana ia akan dilelong sebab tak bayar cukai dekat LHDN. Abang
Amir dah mula jarang datang office sebab sibuk buat langsir untuk mangsa
banjir.
Aku pula terkial-kial mencari office tapi masih tak jumpa. Dalam masa mencari
office baru aku terus ligatkan pemasaran untuk kumpulkan duit sebanyak
mungkin.
Aku mula keluarkan barang-barang dalam office untuk operasi dirumah sewa.
Takut juga nanti aku datang je office dah kena kunci pintu. Tak pasal-pasal aku
kena. Baik aku pindahkan siap-siap ke rumah.
Jualan CoolHijab mula meningkat dari 1000 unit kepada 3000 unit sebulan dan
sehinggalah 5000 unit setiap bulan.
BAGAIMANA BANKRAP MENJADIKAN AKU KAYA | HAFIZ MANSOR
MASUK SLOT HARIAN METRO
HARIAN METRO WAKTU
KENA DENGGI
BAGAIMANA BANKRAP MENJADIKAN AKU KAYA | HAFIZ MANSOR
MASUK HARIAN METRO LAGI. KALI NI HENSEM SIKIT
BAGAIMANA BANKRAP MENJADIKAN AKU KAYA | HAFIZ MANSOR
BAGAIMANA BANKRAP MENJADIKAN AKU KAYA | HAFIZ MANSOR
MINGGUAN WANITA
BAGAIMANA BANKRAP MENJADIKAN AKU KAYA | HAFIZ MANSOR
Dari dalam akaun kosong ringgit, aku berusaha bersama sehingga jualan cecah
6 angka dalam tempoh 3 bulan.
BAGAIMANA BANKRAP MENJADIKAN AKU KAYA | HAFIZ MANSOR
Semua akaun dan ssm aku dah buat atas nama adik bongsu aku sepenuhnya
sebelum ni. Aku tak kisah asalkan aku dapat berniaga. Aku tak ada pilihan.
Aku teringat tentang Bukit Jelutong tempat idaman aku dimana aku sebelum ni
selalu impikan tinggal di Bukit Jelutong. Aku juga pernah simpan gambar
bangunan atau kedai yang aku nak.
Aku pergi semula ke Shah Alam dan aku tengok kawasan bangunan tu yang
ramai belum sewa lagi walaupun dah 3 tahun dibangunkan.
Aku agak pelik kenapa tak ada orang sewa. Nak kata tempat ni tempat orang
asli mati tak logik pula. Nak kata diganggu hantu monyet pun mustahil
walaupun kawasan ni banyak monyet. Aku tak peduli, aku mesti cari office.
OFFICE IDAMAN DI BUKIT JELUTONG
BAGAIMANA BANKRAP MENJADIKAN AKU KAYA | HAFIZ MANSOR
SUASANA DI KAWASAN BUKIT JELUTONG
Aku mencari nombor telefon agen yang ada. Aku segera hubungi En.Naqib
untuk melihat mana-mana office yang ada. Kami pun berjumpa dan dia mula
tunjuk office yang pertama dimana keluasannya 1300 kaki persegi.
Harga sewa RM3000. Tidak mengadap jalan tapi mengadap tasik mini dan
masjid. Kalau nak beli harganya RM700k. Office kecik mahal sungguh.
Aku dah berkenan sangat-sangat aku kata ok tapi aku minta kurang lagi. Dia
Cuma kata nanti dia akan bincang dengan owner office. Aku ambil gambar
sebanyak mungkin.
Balik tu aku mula cerita dekat agen dan adik beradik aku. Seronok sebab nak
ada office sendiri. Aku mula berangan nak cat warna ini, nak letak kerusi dan
sofa kat situ.
Lepas beberapa hari aku tengok agen ni tak call aku. Mungkin dia ingat aku tak
serius, aku pun call lah dia. Dia angkat dan bagi tau, “Maaf la bro, dah ada
orang lain nak dan bayar booking. Aku ingat kau tak jadi. Aku pun dah lupa.”
BAGAIMANA BANKRAP MENJADIKAN AKU KAYA | HAFIZ MANSOR
Aku masa tu rasa marah sangat sebab dia tak bagitau pun suruh bayar booking.
Salah aku jugak sebab aku bodoh bab-bab ni.
Esok tu aku ke Bukit Jelutong dan terus cari agen lain yang mana rajin tampal
nama kat dinding. Aku call agen nama Madam Sharon (bukan nama sebenar).
Aku jumpa la dia dimana aku tengok dia ni pakaian ala-ala opera cina dan
rambut macam Rosmah Mansor. Aku tak peduli semua tu janji aku dapat office.
Aku dibawa ke office tingkat satu menghadap jalan dan endlot. Keluasan dia
1300 kaki persegi dengan sewa RM3000 sebulan.
Aku malas nak fikir panjang dan aku bagitau dekat Madam Sharon (bukan nama
sebenar) yang aku akan bawa duit tu esok untuk bayar booking.
OFFICE YANG NAK SEWA PADA MULANYA TAPI TAK JADI
Lepas saja balik tu dari Bukit Jelutong ke Kuala Lumpur, aku singgah di Cheras
untuk makan tengahari. Masa tu En.Naqib call aku, “Hafiz, aku ada satu office
kat situ juga mengadap jalan utama. Harga nanti aku bagitau. Kau datang
tengok dulu”.
BAGAIMANA BANKRAP MENJADIKAN AKU KAYA | HAFIZ MANSOR
Aku pun jawab, “tengok lah nanti macam mana”. Aku jawab pendek sebab aku
terasa hati kes hari tu.
Dia pun whatsapp gambar kat aku. Aku tengok gambar tak clear. Pakai
handphone nokia sabun ke? Atau mata aku yang kelabu asap.
Masa tengah makan kakak dan adik aku kata, “Apa kata hang p tengok dulu.
Lagi pun kita bukan bayaq lagi kat Madam Sharon. Kot-kot la lagi ok”. Aku pun
whatsapp En.Naqib bagitau yang aku akan jumpa dia esok jam 10 pagi.
Keesokkan seperti yang dijanjikan aku tiba dan aku dibawa ke office yang masih
kosong. Sangat-sangat besar dengan keluasan 3200 kaki persegi.
Ni mesti mahal ni sebab 1300 kaki persegi pun RM3000. Tak apa, kita sembang-
sembang dulu dengan agen. Aku pun jalan lah sekeliling bangunan dan tengok.
DAPAT SEWA OFFICE DI TINGKAT 1
Tempat strategik. Keliling semua cermin dan siap ada lif dimana dibawah dia
pula ada tempat parking kereta yang boleh memuatkan 200 lebih kereta.
BAGAIMANA BANKRAP MENJADIKAN AKU KAYA | HAFIZ MANSOR
Aku tanya, “Berapa harga sewa ni tuan?”. “Owner asal bagi sewa RM7000 tapi
sebab tak ada orang sewa dah lama dia bagi RM5000 sahaja sebulan”.
Aku dengar rasa nak pengsan. Mahal betul. Aku pun bagi tahu, “Saya tak
mampu RM5000, kalau RM3000 sebulan saya mampu”.
LUAS SANGAT SAMPAI AKU TAK TAU NAK BUAT APA
En.Naqib pun kata, “Kejap saya call tanya owner. Kalau dia setuju boleh”. Lepas
dah call dia pun bagitahu saya, “Owner kata boleh dengan syarat bro bayar
RM3000 sekarang. Cash.” Kebetulan memang saya bawak cash RM3000 sebab
nak bayar booking untuk sewa office dengan agen Madam Sharon.
BAGAIMANA BANKRAP MENJADIKAN AKU KAYA | HAFIZ MANSOR
OFFICE SEBELUM RENOVATE
“Tuan, ni cash RM3000”, kata saya sambil keluar duit dari poket seluar.
En.Naqib diam dan bincang dengan partner dia En.Asman sambil telefon
seseorang. “Ok bro, jom ikut kami ke office, kita sign agreement. Kami perlukan
salinan IC dan SSM”. Kebetulan memang aku dah sediakan semua tu.
Akhirnya aku dapat office ni dan aku tandatangani office ni sempena tarikh
lahir aku iaitu 11 Mac 2015. Aku bersyukur sebab aku ada office sendiri, dimana
aku bebas untuk buat apa sahaja tanpa menyusahkan orang lain.
Aku mula renovate office ikut style open space dan diuruskan oleh kawan lama
aku Afham.
BAGAIMANA BANKRAP MENJADIKAN AKU KAYA | HAFIZ MANSOR
SUASANA MALAM DI BUKIT JELUTONG
KERJA SIAPKAN OFFICE SAMPAI TENGAH MALAM
BAGAIMANA BANKRAP MENJADIKAN AKU KAYA | HAFIZ MANSOR
KONSEP MINIMALIST DAN INDUSTRIAL DESIGN
BAGAIMANA BANKRAP MENJADIKAN AKU KAYA | HAFIZ MANSOR
BUAT OPEN SPACE MACAM GALERI
AKU SUKA BARANG DAN PERABOT IKEA
BAGAIMANA BANKRAP MENJADIKAN AKU KAYA | HAFIZ MANSOR
PASANG BARANG DALAM OFFICE
NI LAH PEJABAT AKU
BAGAIMANA BANKRAP MENJADIKAN AKU KAYA | HAFIZ MANSOR
OFFICE DI BUKIT JELUTONG
OFFICE DI BUKIT JELUTONG
BAGAIMANA BANKRAP MENJADIKAN AKU KAYA | HAFIZ MANSOR
OFFICE DI BUKIT JELUTONG
OFFICE DI BUKIT JELUTONG
BAGAIMANA BANKRAP MENJADIKAN AKU KAYA | HAFIZ MANSOR
BUAT EVENT
BUAT EVENT
BAGAIMANA BANKRAP MENJADIKAN AKU KAYA | HAFIZ MANSOR
Bila aku berpindah ke sini, aku mempunyai ramai kawan baru seperti owner-
owner Zawara, owner restoran, owner spa dan aku mempunyai ramai kawan
positif. Aku antara orang terawal test kopi Zawara ni. Thanks Meck.
BERJIRAN DENGAN ZAWARA COFFEE
BAGAIMANA BANKRAP MENJADIKAN AKU KAYA | HAFIZ MANSOR
PERASMIAN ZAWARA COFFEE
Kawan-kawan buat produk juga ramai. Aku rasa bersyukur sebab Allah masih
bagi aku peluang walaupun umur aku dah 31 tahun. Aku gunakan peluang yang
diberikan ni sebaik mungkin.
Keadaan sekeliling amat mempengaruhi dengan apa yang kita buat. Jangan
takut untuk berhijrah sebab rezeki semua dari Allah. Tak akan habis rezeki
dibumi milikNya. Kena berani untuk buat dan dapatkan sesuatu.
Alhamdulillah aku dah dapat Office, Kereta baru dan aku akan pastikan tahun
2016 untuk habis semua hutang aku. Harapnya begitulah.
Bila kita dah mula buat dan tahu selok belok dari apa yang kita lalui, kita tak
akan buat silap malah kita akan jadi lebih berhati-hati.
Aku harap korang dapat belajar sesuatu dari apa yang pernah aku lalui.
Perjalanan aku masih jauh.
Tapi aku tak pernah mengalah walaupun status bankrup dan masih lagi aku
mampu buat duit sehingga ke hari ni. Jika dapat sesuatu yang memang dapat
duit apa yang korang perlu buat adalah sangat Fokus.
BAGAIMANA BANKRAP MENJADIKAN AKU KAYA | HAFIZ MANSOR
Buat betul-betul bersungguh sungguh sehingga jadi. Bila kita set kita punya
minda yang kita hanya tahu buat satu benda sahaja, kita akan buat betul-betul.
Anggap sahaja dah tak ada peluang lain untuk korang hidup. Bila tak ada
peluang, nak atau tidak korang terpaksa buat. Masalah aku gagal sebelum ni
sebab terlalu banyak peluang.
Bila nak kaya aku anggap buat macam-macam akan lebih banyak duit tapi aku
silap. Buat banyak bisnes dalam satu masa akan membuatkan duit kita lebih
banyak habis.
Jangan sayang bisnes yang kita buat tak datangkan hasil kononnya duit dah
banyak kita habiskan. Apa guna bisnes jika tiada pendapatan yang
menguntungkan.
Jika 1 hingga 3 tahun apa yang kita buat tak bagus, buatlah bisnes baru.
Biasanya kejayaan datang datang dengan tidak sengaja ketika kita tengah
mencuba. Perlu berani buat.
Tak salah nak buat banyak bisnes kecuali masa tu dah dapat income ratus ribu
ringgit hingga juta ringgit. Tapi aku nasihatkan, ikut apa yang aku kata supaya
korang tak buang masa.
Selama 7 tahun aku buang masa buat macam-macam tapi aku langsung tak
dapat beli apa-apa dan aku tak ada life.
Bila aku fokus betul-betul, hanya 6 bulan sahaja aku mampu kumpulkan ratus
ribu income.
Bankrap bukan alasan untuk aku terus mengalah tapi buat aku lebih kreatif,
bersyukur dan kembali kepada Allah S.W.T. Bankrup hanya tak boleh buka
akaun dan keluar negara sahaja bukannya mati.
Sejak aku berhijrah ke Shah Alam, Allah juga hantar aku kawan yang positif dan
banyak membantu malah memberi ilmu seperti Abe Nuddin dimana kami
bukan sesiapa hanya mempunyai produk masing-masing.
BAGAIMANA BANKRAP MENJADIKAN AKU KAYA | HAFIZ MANSOR
Walaupun macam orang cina Taliban kalau pandang dari jauh, dia ni antara
orang yang selalu aku lepak berkongsi idea, sembang pasal pompuan dan
makan sedap-sedap. Thanks bro atas ilmu tarikkan magnet duit.
Abe Nuddin juga orang yang mengajak aku kembali bersukan. Dari main futsal,
aku terjebak berbasikal. Dia antara guru bisnes aku jugak ni.
Aku berharap sangat agar korang ambil iktibar juga tips bagaimana aku bangkit
semula dari bankrap. Kalau belum bankrap, lebih baik berhati-hati sebelum
terjadi.
BAGAIMANA BANKRAP MENJADIKAN AKU KAYA | HAFIZ MANSOR
Korang dah beli buku ni dan jangan kata aku tak pesan. Jangan lari dari masalah
sebab masalah perlu diselesaikan. Disebalik selesaikan masalah ada peluang
untuk kita buat duit.
Allah adalah majikan kita. Dia yang menguasai kerajaan langit dan bumi. Dia
berhak memberi dan menarik kembali rezeki dan harta yang Dia berikan.
Dia hanya nak menguji kita bila kita lupa dekat dia. Dia sayangkan kita. Kita
sahaja selalu lupa dengan apa yang dia suruh.
BAGAIMANA BANKRAP MENJADIKAN AKU KAYA | HAFIZ MANSOR
Buat apa sahaja yang dia suruh, Insyaallah ada ganjaran yang dia akan bagi. Tak
pernah lagi aku tengok Ustaz, Tok Imam, Tok Bilal, Orang Tabligh hidup
merempat tepi jalan. Lagi gemuk ada la sebab banyak sangat makan kambing.
Mereka buat apa yang Allah suruh dan tinggal apa yang dilarang. Bila kita ada
buat silap, jangan takut untuk bertaubat sesungguhnya Allah itu Maha
Pengampun.
Jika masuk waktu azan, segeralah bersolat. Fast action, fast result. Cepat
korang bersolat bila masuk waktu, lagi cepat untuk kita submit doa. Tinggalkan
kerja yang kita buat kecuali kerja dengan bos. Itu adalah amanah semasa kerja.
BAGAIMANA BANKRAP MENJADIKAN AKU KAYA | HAFIZ MANSOR
Kalau tengah drive tu, janganlah berhenti tengah-tengah jalan nak solat. Tu nak
meninggal namanya. Bila berdoa, berdoalah untuk orang lain juga sebab bila
kita berdoa untuk orang lain, kuasanya lebih hebat dari kita doa untuk diri kita
sendiri.
Jangan main judi, minum arak, aniaya orang, aniaya haiwan dan berzina. Ni
juga antara sebab kenapa rezeki kita ditarik oleh Allah SWT.
Bila bab doa ni aku nasihatkan korang ingat pasal benda ni. Ini bukan main-
main tapi korang tak pernah buat. Syurga seorang anak terletak pada ibu dan
BAGAIMANA BANKRAP MENJADIKAN AKU KAYA | HAFIZ MANSOR
syurga seorang isteri terletak pada suami. Mengapa susah-susah nak dapatkan
itu ini sedangkan syurga dekat dengan kita?
Bagi seorang anak yang masih ada ibu, balik lah tengok ibu kita yang masih ada.
Redha dan Amin dari kita sendiri lebih makbul berbanding doa 20 orang ibu
orang lain.
Aku nak bagi tau, ajaklah ibu korang solat jemaah sekali. Korang tulislah siap-
siap 10 atau lebih apa yang korang nak didunia dan akhirat.
Selepas selesai solat, korang minta maaf dekat ibu. Korang bagi tau dekat ibu
korang yang korang ada hajat dan doa yang korang nak selama ni Cuma minta
ibu untuk ‘Amin’ kan sahaja apa yang korang doakan.
Sebut satu persatu dengan jelas sambil bersalam dengan ibu. Jika ada
gambaran apa yang korang nak, korang tunjuk. Ibu aku mata dah tak nampak,
ibu aku tak nampak apa yang aku nak jadi aku hanya tulis dan baca.
Ibu akan ‘amin’kan setiap doa korang. Aku yakin masa buat ni, korang akan
mengalir air mata sebab selama ni ibu korang tak pernah tahu apa yang korang
nak dalam hidup korang dan korang pun tak pernah tahu apa yang ibu korang
nak dan hadapi.
Doa ibu sangat makbul. Setiap kali balik berdoa dan minta syurga korang
‘amin’kan doa tersebut.
BAGAIMANA BANKRAP MENJADIKAN AKU KAYA | HAFIZ MANSOR
SPONSER UNTUK EVENT ZAWARA
Jika korang seorang isteri, selepas solat berjemaah, bagitahu dekat suami yang
korang ada permintaan doa dan nak suami ‘amin’kan doa korang. Bersalam dan
minta maaf dengan suami jika ada salah silap.
Ketika masih bersalam, bacalah apa sahaja yang korang nak sebagai seorang
isteri dan suami akan ‘amin’kan permintaan korang.
Dekat sini korang akan menitis air mata dan perasaan tu sangat berbeza
sehingga bergetar tangan korang berdua.
Doa isteri bila suami yang ‘amin’kan insyaallah diredhai dan dimakbulkan.
Minta dan berdoalah kepada Allah dan di’amin’kan oleh suami.
BAGAIMANA BANKRAP MENJADIKAN AKU KAYA | HAFIZ MANSOR
Hidup korang insyaallah akan rasa sangat berbeza. Aku yakin korang tak pernah
buat benda-benda ni dalam hidup korang. Aku dah buat dan korang cubalah.
Bagi yang sudah tiada ibu, ziarahlah kubur mereka dan bagitaulah hajat dan
doa korang dipusara ibu korang. Sebutlah satu persatu.
Mudah-mudahan roh ibu korang mendengar dan ‘amin’kan apa yang korang
hajati. Sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa.
Sedekah akan buat rezeki kita lebih berganda. Ya memang betul tapi tahu tak
korang, kalau korang bagi seseorang makan, jika masa tu dia berterima kasih,
rezeki korang lebih mudah masuk. Fast doa fast result. Apa yang aku buat, bila
BAGAIMANA BANKRAP MENJADIKAN AKU KAYA | HAFIZ MANSOR