The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BAGAIMANA BANKRUP MENJADIKAN AKU KAYA 2020 EBOOK

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by tam mimi, 2020-11-20 22:24:29

BAGAIMANA BANKRUP MENJADIKAN AKU KAYA 2020 EBOOK

BAGAIMANA BANKRUP MENJADIKAN AKU KAYA 2020 EBOOK

BUAT BISNES SHOPPING CART

MEETING DENGAN ABANG LAN DAN HAZREZAL DI MCD BANGSAR

Selepas tu, Hazrezal jual baju Metallica dimana waktu tu Metallica pertama kali
datang Malaysia. Jualan dia sangat banyak waktu bulan puasa.

BAGAIMANA BANKRAP MENJADIKAN AKU KAYA | HAFIZ MANSOR

Aku pun akhirnya terjebak buat baju jenama sendiri iaitu LegendTee. Masa ni
macam fenomena orang buat baju brand sendiri sehingga wujudnya Tempatan
Fest.

EVENT TEMPATAN FEST DEKAT AMPANG

BAGAIMANA BANKRAP MENJADIKAN AKU KAYA | HAFIZ MANSOR

BRAND BAJU AKU JENAMA LEGENDTEE
BAGAIMANA BANKRAP MENJADIKAN AKU KAYA | HAFIZ MANSOR

JOHAN PAKAI BAJU LEGENDTEE

Baju pertama aku buat adalah kamen rider dan never game over. Sales sangat
bagus Cuma kos sedikit mahal. Aku buat baju kedua iaitu Dash Yonkuro. Aku
buat dekat otai baju di Serdang (bukan lokasi sebenar) malangnya aku diberi
baju reput.

BAJU GUNDAM LEGENDTEE
BAGAIMANA BANKRAP MENJADIKAN AKU KAYA | HAFIZ MANSOR

BAJU KAMEN RIDER LEGENDTEE
BAGAIMANA BANKRAP MENJADIKAN AKU KAYA | HAFIZ MANSOR

BAJU DASH YONKURO LEGENDTEE

Pelanggan aku semuanya komplen dan aku return semula baki baju dan minta
ganti rugi. Dia cetak semula dan baju seterusnya juga reput.

BAGAIMANA BANKRAP MENJADIKAN AKU KAYA | HAFIZ MANSOR

Simpan dalam air laut ke apa sampai reput sangat tokey ni bagi baju. Dia juga
kena tipu dengan pengeluar baju. Kesian jugak dekat dia.
Aku terpaksa pulangkan semula duit pelanggan. Aku betul-betul jatuh
terduduk. Aku mula tak percaya kepada pihak ketiga. Aku nekad beli mesin
pemotong sticker cameo dan heat press.
Aku buat sendiri dirumah dan jual baju Gundam. Sales amat baik tapi saiz baju
selalu tak ada sebab ramai buat bisnes baju. Aku mula berhenti buat baju
sendiri selepas terpaksa pulangkan semula duit pre-order.
Aku ada dua kedai, jadi aku jual satu kedai kepada staff lama aku dulu Lin
sebab dia pun pandai berniaga. Aku mula nampak buat bisnes baju bundle.

BUKA BISNES BAJU BUNDLE KAT CAWANGAN KE 2

BAGAIMANA BANKRAP MENJADIKAN AKU KAYA | HAFIZ MANSOR

KEDAI BAJU BUNDLE AKU

Duit yang dapat tu aku bukak kedai baju bundle dalam kedai handphone aku
sendiri. Alhamdulillah banyak juga yang terjual tetapi biasalah menjual didalam
kawasan rumah flat. Tak boleh jual mahal.
Aku juga tambah bisnes baru iaitu jual WiFi dikawasan sekitar. Jualan WiFi juga
membantu naikkan sales walaupun tak banyak. Tapi boleh buat aku boleh
makan dan minum. Bisnes ni kerjasama antara aku, Hazrezal dan Hafizal.

BAGAIMANA BANKRAP MENJADIKAN AKU KAYA | HAFIZ MANSOR

BISNES WIFI DI BANDAR TASIK SELATAN

Aku sentiasa cari peluang untuk buat duit dari orang lain yang ramai peminat.
Konsep kepala otak aku ni mudah sahaja untuk buat duit. Di mana ada manusia
disitu ada duit sebab sifat duit tu sendiri.

Sifat duit tidak terletak pada muka agong, nombor, warna, kertas keselamatan
dan saiz. Kalau terbakar, koyak, conteng duit tu terus tak ada nilai.

Nilai duit terletak pada manusia. Manusia yang menilai sesuatu yang
dikehendaki. Itulah nilai duit yang kita perlukan.

Kita bagi atau jual apa yang manusia hendak dan kita akan dapat. Masa ni aku
nampak kad Touch N Go akan semakin berkembang sebab kerajaan akan mula
jadikan cash digital.

Jadi, macam mana aku nak gunakan kesempatan melalui Touch N Go? Aku
hubungi HQ Touch N Go dan aku bertanya bagaimana untuk menjadi agen kad.

Setelah dicerita detail aku mula mencari mereka yang mempunyai ramai
peminat. Aku akan pastikan peminat mereka ni dapat kad Touch N Go yang
rare designnya.

BAGAIMANA BANKRAP MENJADIKAN AKU KAYA | HAFIZ MANSOR

Client aku yang pertama adalah Empayar KukuBesi. Masa ni dia ramai peminat
beli baju. So aku jumpa dia untuk dia buat kad ikut negeri.
Bila semuanya dah ok, design sepatutnya submit ke HQ Touch N Go tapi dia
terus iklankan di Facebook menyebabkan HQ batalkan sebab melanggar polisi.

BISNES DENGAN EMPAYAR KUKUBESI

Aku sangat kecewa dan aku dimarah oleh saudara KukuBesi sebab tak bagitahu
detail. Sedangkan aku pernah bertanya kepada staff Touch N Go pasal ni. Dia
kata boleh untuk tunjukkan kepada umum sebelum dilancarkan.
KukuBesi tanggung malu dan terpaksa refund semula duit yang telah ditempah.
Aku tidak lagi dibenarkan untuk berurusan dengan Touch N Go. Maafkan aku
Kukubesi. Aku tak tahu benda macam ni nak jadi.

BAGAIMANA BANKRAP MENJADIKAN AKU KAYA | HAFIZ MANSOR

DESIGN DARI EMPAYAR KUKUBESI

Aku jadi fobia untuk buat bisnes yang bukan kita yang uruskan. Bila melibatkan
pihak ketiga, pelbagai perkara akan berlaku. Kadang-kadang cakap lain, tapi apa
boleh buat.

Kita tak ada duit, terpaksa hadapi sebarang kemungkinan. Aku apa lagi, ajak lah
Hazrezal lepak sembang-sembang apa yang boleh dibuat lagi. Hidup perlu
diteruskan, misi perlu dicapai.

BAGAIMANA BANKRAP MENJADIKAN AKU KAYA | HAFIZ MANSOR

Time aku duduk bersembang dengan Hazrezal, timbul idea untuk menjual
produk kesihatan. Kami menjual produk diberi nama Xspray dimana fungsinya
adalah untuk mengelakkan bakteria ketika pasangan melakukan seks oral. Gila
kan haha.

CUBAAN BUAT PRODUK SEKSUAL SENDIRI

Tapi tu lah idea yang kami buat dan kami gagal sebab tak ada KKM dan lain-lain
sijil. Hanya buat dirumah sahaja. Modal aku tersangkut lagi dengan botol
beratus dan bahan yang banyak.
Aku makin tertekan, aku bagitau kat adik yang nombor 3 yang aku yang aku nak
jual kedai ni. Dia kesian kat aku dan dia beli kat aku dengan RM30k. Aku sendiri
kerja dibawah adik aku.
Lama-lama adik aku tak tahan dengan keadaan sekeliling dan jauh untuk
berulang alik dari Putrajaya, adik aku jual kedai tu kepada staff lama yang ambil
kedai pertama tu.
Aku juga tertunggak bayaran gaji adik bongsu aku hampir RM8000. Kesian kat
dia. Aku minta maaf. Akhirnya adik bongsu aku kerja dengan adik aku yang
nombor 3 tu di kantin sekolah.

BAGAIMANA BANKRAP MENJADIKAN AKU KAYA | HAFIZ MANSOR

Aku duduk dekat rumah keseorangan setiap hari macam orang gila. Dulu aku
ada bela kucing namanya Puteh tapi sebab aku tak mampu jaga, aku bagi orang
lain bela dia.
Aku banyak menyendiri dari bergaul dengan orang. Aku jadi murung dan hanya
tunjuk muka gembira bila berhadapan dengan orang. Orang tak pernah tau
masalah aku yang aku hadapi. Aku juga tak angkat telefon dari panggilan yang
aku tak kenal.
Aku cuba pula buat bisnes hartanah dengan menjadi ejen jual tanah dan projek
kerajaan. Aku buat dengan Haji Mokhtar. Haji sangat tua dan matanya rabun
teruk. Nak baca buku atau nak tengok handphone kena pakai kanta.

BAGAIMANA BANKRAP MENJADIKAN AKU KAYA | HAFIZ MANSOR

DENGAN HAJI MOKHTAR DAN GENG VETERAN BELIAU
BAGAIMANA BANKRAP MENJADIKAN AKU KAYA | HAFIZ MANSOR

Kami sama-sama buat dan hampir mendapat RM5 juta selepas sign LOI tapi
malangnya akibat ketamakkan orang kita semuanya terlepas. Aku dengan Haji
Mokhtar tak dapat satu sen pun. Dah la kami sama-sama tak ada duit.

Penat buat kerja ni sebab aku berulang alik ke Klang dan berjumpa orang-orang
kementerian MOF. Kalau dapat RM200K pun dah ok. Bukan tanah kita.

Tu pun tak boleh fikir orang tua-tua ni. Tamak nak RM10 juta seorang. Memang
tak jadi la sebab niat dah kelaut diorang ni.

Aku ingat lagi masa akak dan adik aku kerja sekali dan duduk serumah, aku
tengok banyak rambut diorang gugur sebab hanya syampu dan tiada minyak
rambut.

Mereka pula bertudung setiap masa. Masa ni aku timbul idea untuk buat
produk serum rambut wanita berhijab.

Aku berjumpa Hazrezal bagitau yang aku nak buat produk serum rambut
dimana aku namakan mulanya Hijab Cool. Kalau dengar tu macam HijabKu.

Hazrezal kata terbalik dan perlu letakkan nama CoolHijab. Aku pun suka dan
terus beli domain coolhijab.com. Aku masa ni tak tahu kat mana dan cara mana
nak buat produk. Aku Cuma beli dan rujuk produk yang ada dipasaran.

Kebetulan masa ni aku kenal Abang Amir iaitu sepupu kepada Amy Search yang
popular dengan lagu Aku Tak Bersalah. Dia bagi tahu dia ada kawan yang boleh
tolong buat dan aku bagitau yang aku nak jumpa secepat mungkin.

Aku dah tahu bahan yang nak dibuat Cuma aku perlukan orang pengalaman
untuk buat sehabis baik.

Aku juga dengan Abang Amir menyewa office di Bandar Tasik Selatan. Aku
tumpang saja dulu dibilik belakang sebab aku tak ada duit nak bayar sewa.

Abang Amir bagi aku tumpang dan aku jadikan bilik 10x10 kaki sebagai office
pertama CoolHijab.

BAGAIMANA BANKRAP MENJADIKAN AKU KAYA | HAFIZ MANSOR

OFFICE PERTAMA COOLHIJAB DI BANDAR TASIK SELATAN
NI LAH RUANG AKU SEWA UNTUK COOLHIJAB

BAGAIMANA BANKRAP MENJADIKAN AKU KAYA | HAFIZ MANSOR

STOK PERTAMA COOLHIJAB

Aku diketemukan dengan lelaki berjambang putih macam Santa Claus iaitu
Abang Borhan (bukan nama sebenar). Umurnya dah 60 tahun lebih rasanya.
Dia mempunyai kepakaran membuat minyak urut, minyak tradisional dan
minuman herba.
Kami pun berjumpa dan berbincang di Old Town. Aku bagi formula aku dan dia
gabungkan dengan bahan-bahan herba tempatan yang dia tahu.

BAGAIMANA BANKRAP MENJADIKAN AKU KAYA | HAFIZ MANSOR

RAMUAN ASAL UNTUK HASILKAN COOLHIJAB

Hari berikutnya aku diberi contoh produk. Baunya sangat teruk. Jika
perempuan pakai, kompem esok laki ceraikan.

BAGAIMANA BANKRAP MENJADIKAN AKU KAYA | HAFIZ MANSOR

Aku bagitau kalau macam ni tak boleh jual, perlu masukkan pewangi dan
kurangkan bau busuk menyengat.

Abang Borhan (bukan nama sebenar) buat semula selepas aku minta kurangkan
bau kayu putih dan tambah minyak pudina.

Selepas buat semula, aku setuju dengan produk dan produk dihantar dikilang
yang ada GMP di Selangor untuk diproses supaya produk mudah masuk
pasaran.

Dengan duit yang tidak cukup, aku pinjam lagi duit dengan adik aku dan bayar
semua proses KKM, design sticker dan botol.

Tester dibuat semula oleh kilang sehingga aku puas hati dengan bau yang aku
nak. Selepas cuba dan aku rasa ok, aku bagi kawan-kawan dan adik beradik aku
test.

Mereka sangat seronok dan puas hati. Siap ada kawan aku berminat untuk jadi
ejen. Aku terus maklumkan pada kilang untuk proses.

Kilang janjikan akan siap 2 minggu sebelum bulan puasa. Malangnya kilang
mengalami masalah mendapatkan botol dan pewangi.

Masuk tiga minggu aku dimaklumkan siap dan ketika aku cuba, produk sangat
jauh beza. Baunya sangat busuk dan pewangi hanya dimasukkan sedikit sahaja.
Tak sama macam tester.

Aku reject semua dan kilang proses semula. Kilang buat semula dan ambil dan
hanya seminggu sebelum raya produk disiapkan. Aku test semula dan kali ni ok
sikit walaupun aku tak puas hati.

Aku sangat kecewa tapi aku dah tak kira dan ambil juga untuk dijual. Adik dan
kakak aku buat packaging untuk 1000 botol. Hanya bungkus pakai bubble wrap
sebab tu sahaja kos yang mampu.

BAGAIMANA BANKRAP MENJADIKAN AKU KAYA | HAFIZ MANSOR

BOTOL PERTAMA COOLHIJAB

BALUT SENDIRI PRODUK TANPA KOTAK
BAGAIMANA BANKRAP MENJADIKAN AKU KAYA | HAFIZ MANSOR

GETAH WASHER KOYAK MENYEBABKAN MINYAK BOCOR

BOTOL BOCOR YANG DITERIMA PELANGGAN
BAGAIMANA BANKRAP MENJADIKAN AKU KAYA | HAFIZ MANSOR

Aku terus hubungi kawan aku iaitu Faiz Sufi yang berminat nak jadi agen
CoolHijab. Dia bagitau yang 2 hari sebelum raya dia akan jumpa aku. Dia nak
ambil 300 botol.
Aku minta akak dan adik aku balik dulu sebab nak raya. Aku pula duit dah habis
langsung sebab semuanya aku bayar untuk produk. 3 hari sebelum nak raya dia
sampai office aku.
Lepas dia cuba dia bagi tau tak sama macam tester mula-mula dulu. Dia bagitau
yang dia tak jadi ambil produk aku. Aku masa tu kecewa sangat-sangat sebab
aku tak ada duit nak raya.

BAGAIMANA BANKRAP MENJADIKAN AKU KAYA | HAFIZ MANSOR

CHAT DENGAN MEMBER BAIK
BAGAIMANA BANKRAP MENJADIKAN AKU KAYA | HAFIZ MANSOR

Nak isi minyak balik kampung pun tak ada. Aku pun kata tak apa lah. Tak ada
rezeki aku. Dia lepas tu terus ke Bangi untuk jual emas Tok Belagak yang dia
bagitau lebih menguntungkan. Aku tak salahkan dia. Tak ada rezeki untuk aku.

BAGAIMANA BANKRAP MENJADIKAN AKU KAYA | HAFIZ MANSOR

Aku terus stress tahap lipan. Korang boleh bayangkan lagi 3 hari nak raya,
dalam otak dah berangan ada RM10k dalam tangan. Tiba-tiba tak ada benda
yang kita berangan.
Aku nak balik raya kena fikir cepat apa yang perlu aku buat. Aku tak ada pilihan,
aku cuma ada CoolHijab. Aku mula follow up orang yang pernah cuba tester
aku bagi sebelum ni.

HANTAR SAMPLE KEPADA PROSPEK

BAGAIMANA BANKRAP MENJADIKAN AKU KAYA | HAFIZ MANSOR

AKU BUAT SAMPLE 5ML SAHAJA

Ustaz Saiful akhirnya nak lagi selepas kepala dia dah tak ada uban dan kepala
anak dia dah hilang kutu. Dia beli 5 botol.
Aku jual dengan harga RM60 sebotol selepas bagi diskaun. Terima kasih Ustaz
Saiful. Syukur ya Allah.
Dapatlah aku balik raya dengan RM300 untuk isi minyak dan tol balik ke ke
Perlis. Menangis woo dapat duit ni. Masa drive, macam-macam dalam otak aku
fikir.
Selepas pura-pura seronok berhari raya, maka aku pulang semula ke Kuala
lumpur. Dengan stock yang banyak, aku mula mengambil stokis negeri dari
kawan-kawan aku.
Orang yang pertama adalah Nazril sebagai Stokis Selangor, Idzwan Fitri sebagai
Stokis Putrajaya dan Hisyam Ariffin sebagai Stokis Johor.
Mereka ni yang banyak jual dan ambil stock untuk menjual dan daftar ejen.
Terima kasih korang.
Masa ni produk CoolHijab tiada kotak. Hanya botol yang digantung kad terima
kasih dan dibungkus dengan bubble wrap. Sistem ejen pulak dibuat oleh Razlan
Ariffin dan Kak Lin untuk memudahkan urusan daftar ejen.

BAGAIMANA BANKRAP MENJADIKAN AKU KAYA | HAFIZ MANSOR

BOTOL DAN DESIGN TERAWAL COOLHIJAB

Produk tiada masalah dan berkesan cuma aku saja rasa tak puas hati. Aku
menerima banyak feedback tentang rambut semakin cantik, lembut, tak ada
kelemumur, rambut jadi hitam.

BAGAIMANA BANKRAP MENJADIKAN AKU KAYA | HAFIZ MANSOR

Stok terjual tidak banyak tapi masih ada pembeli. Kemudian aku dapat offer
masuk Fiesta Blogshop sempena hari Merdeka di Kuala Lumpur. Disebabkan
sewa murah hanya 5x5 sahaja saiz, aku nekad masuk sahaja untk promosi.
Aku meminta kawan aku Halim Nadzri sebagai rakan promosi sebab dia ni
blogger dan jenis tak tahu malu. Itu yang aku suka. Berani, lantang dan main
redah je.

BLOGSHOP-EVENT PERTAMA COOLHIJAB DI KL

Masa event ni berlangsung hanya 3 orang sahaja yang terlibat iaitu aku, Halim
dan Hisyam. Aku bagi tau tujuan kita masuk sini bukan untuk buat untung tapi
lebih kepada promosi naikkan branding CoolHijab.

BAGAIMANA BANKRAP MENJADIKAN AKU KAYA | HAFIZ MANSOR

3 JEJAKA KACAK JUAL SERUM

Aku mula sediakan botol tester untuk pelanggan. Kami juga buat cabutan
bertuah, bergambar bersama artis dan sebagainya.
Walaupun tak ada gaji, tapi mereka bersungguh-sungguh buat kerja dari jam 8
pagi sampai lah 12 malam selama 2 hari. Satu masa aku pasti bantu korang
semula.
Kawan event masa ni Nurul Huda atau Mieya juga banyak membantu
mempromosikan CoolHijab. Cakap banyak awek ni. Aku juga siap tempah
bunting dan beli display untuk produk yang ada lampu dan siap boleh pusing
lagi display tu bagi menarik perhatian.

BAGAIMANA BANKRAP MENJADIKAN AKU KAYA | HAFIZ MANSOR

CUBAAN HALIM MENGORAT HELIZA

Kesungguhan kami tidak sia-sia bila mendapat 3 booth terbaik semasa event
berlangsung. Semasa event ni berlangsung tujuan aku hanya untuk dapatkan
promosi dan naikkan branding.
Kami dapat banyak gambar termasuk artis, mereka yang libat dengan
pelanggan bertuah dan mendapat liputan penganjur juga blogger.
Gambar-gambar ini digunakan promosi di Facebook. Selepas beberapa hari
hanya pujian tahniah sahaja diucapkan dan masih kurang jualan. Aku masih lagi
tak puas hati. Aku mula menerima feedback berkaitan produk.

BAGAIMANA BANKRAP MENJADIKAN AKU KAYA | HAFIZ MANSOR

IQRAM DINZLY BUAT PROMOSI TARIK PELANGGAN

Ramai mengadu minyak terpercik dalam mata, minyak terkena tudung dan
baju, coolhijab terlalu berminyak pada tapak tangan, botol sama macam
produk lain dan terdapat keladak didalam botol. Aku mengadu pada kilang
supaya dibaik pulih semula CoolHijab tapi tidak dilayan.
Aku perlu cari penyelesaian sebab ini adalah produk aku. Makan ke, nak bayar
apa-apa ke, nak hidup ke, inilah yang aku pilih dan aku mesti buat sampai jadi.
Aku mula mencari diinternet dan facebook kilang yang boleh supply botol
selain di Kota Damansara dan Balakong.

BAGAIMANA BANKRAP MENJADIKAN AKU KAYA | HAFIZ MANSOR

ABANG AMIR DAN COACH ROZI DI KILANG BOTOL

Semasa cari aku nampak newsfeed abang Ramzuzaman komen pasal botol di
facebook Kamarul. Aku tengok banyak botol menarik dan aku terus komen.
Kamarul cepat reply dan kata nanti dia akan whatsapp gambar botol.
Selepas tengok gambar, aku kata aku nak ke office untuk tengok botol. Disinilah
kali pertama aku berjumpa dengan abang Kamarul dan isterinya kak Aishah.
Mereka ni bukan setakat ada botol, tapi juga buat kotak produk. Senang cerita
printing apa sahaja. Aku tengok banyak produk yang popular ada kat sini. Tak
nak aku sebut kecuali diorang sponser penulisan aku ni haha.

BAGAIMANA BANKRAP MENJADIKAN AKU KAYA | HAFIZ MANSOR

BERSAMA ABANG KAMARUL DI KILANG BELIAU
BAGAIMANA BANKRAP MENJADIKAN AKU KAYA | HAFIZ MANSOR

Aku mula tunjuk produk aku dan abang Kamarul mula belek. Aku bagitau aku
nak tukar botol dan design. Abang Kamarul syorkan aku buat kotak kalau nak
buat botol baru.

Katanya kalau nak lain baik buat sehabis baik terus. Selepas dia cuba produk,
Abang Kamarul suka suma katanya berminyak.

Aku setuju dan aku bagitau yang aku nak sebenarnya warna biru jernih bukan
warna kuning dan berminyak seperti ni.

Dia kata dia boleh bantu dan petang tu juga dia bawa aku kenalkan kepada
seseorang yang boleh bantu selesaikan masalah produk aku mengikut bahan
yang aku nak.

Diorang akan bagi aku sample sampai aku puas hati. Aku bersetuju sebab aku
sangat-sangat memerlukan. Untuk rebranding dan repackaging baru aku
perlukan sekurang-kurangnya RM20k.

Mana nak cari RM20k? Jualan produk yang lama banyak lagi. Aku nak pinjam
dari siapa lagi? Benda ni bermain-main dalam otak aku. Aku kata tak apa, jual
macam biasa tunggu sample siap dulu.

Aku perlu jual apa yang ada untuk dapatkan modal. Aku balik ke office dan
setiap hari aku duduk sorang-sorang dimana dikatakan office yang aku duduk
tu berhantu oleh penjaga bangunan.

Aku dah tak peduli hantu atau buaya janji aku dapat buat kerja. Setiap hari aku
ada di office dari jam 9 pagi sampai 12 malam setiap hari dimana aku design
kotak sendiri.

Aku cuba recearch dalam internet design yang boleh aku follow. Aku nak design
yang minimalist dan nampak macam farmasi. Setiap kali aku buat aku akan
rujuk dengan Hazrezal sebab dia ni pakar design.

BAGAIMANA BANKRAP MENJADIKAN AKU KAYA | HAFIZ MANSOR

DESIGN SEMULA BOTOL DAN KOTAK COOLHIJAB
BAGAIMANA BANKRAP MENJADIKAN AKU KAYA | HAFIZ MANSOR

Ketika aku sibuk design kotak dan botol baru, Abang Amir dan Haji Hamsan
iaitu setiausaha Ahmad Maslan bagitau yang ada tawaran buat Business
Matching dan Exibition untuk produk tempatan di Zheng Zhou China. Dia
bagitau CoolHijab boleh masuk sebab produk ni unik dan menarik.

EXPO DI ZHENG ZHOU CHINA

Aku masa ni nak sangat sebab ni lah masanya untuk aku keluar dari Malaysia
kali pertama untuk lebarkan produk CoolHijab. Aku segera siapkan design dan
produk yang aku buat semula pun jadi dan aku puas hati.
Aku tak hebat sangat bahasa inggeris, jadi aku mula minta Abang Razlan untuk
terjemah bahasa melayu ke bahasa inggeris. Dia juga bertanggung jawab
terjemahkan flyers, website dan lain-lain.
Aku nak pergi ke China tapi aku dah tak ada duit sebab aku dah bayar untuk
repackaging balik produk CoolHijab. Harga RM3000 sahaja yang aku perlu bayar
dimana RM8000 lagi ditanggung syarikat yang bawa kami nanti dibawah
Matrade.

BAGAIMANA BANKRAP MENJADIKAN AKU KAYA | HAFIZ MANSOR

Masalah yang timbul adalah, syarikat aku sekarang hanya Enterprise dan baru
sahaja setup baru dengan nama Dyazara Secret Marketing. Aku suka nama
Dyazara jadi aku main letak saja janji ada syarikat.
Jadi jangan tanya kenapa dan siapa Dyazara. Aku tak tahu. Untuk pergi ke sana,
syarikat mestilah Sdn Bhd dan lebih dari 1 tahun. Untuk ke sana, satu syarikat
mestilah membawa dua orang.
Aku masa ni jadi stress balik tapi aku nekad nak pergi untuk CoolHijab dan
bantu stokis aku lonjakkan jualan. Aku hubungi kawan aku yang memang ada
produk juga iaitu Ikhwan Hasyidan. Dia owner kepada produk Herbaworks.

IKHWAN TERUJA DAPAT JUMPA GEN-2

Aku bagitau peluang bawa produk keluar negara tapi aku nak dia join daftar
atas syarikat dia untuk sama-sama bawa produk ke luar negara. Seorang hanya
RM1500 sahaja sebab satu syaikat RM3000.
Dia pun setuju dan dia banyak uruskan daftar, maklumat dengan Matrade dan
segala urusan nak ke China. Walaupun dia jenis tegas, tapi pasal kawan dia
memang baik.

BAGAIMANA BANKRAP MENJADIKAN AKU KAYA | HAFIZ MANSOR

Aku pula pertama kali buat Pasport antarabangsa. Aku tak suka pasport ni
sebab gambar muka aku nampak kembang. Tak hensem. Tapi tu tak penting
janji aku dapat keluar untuk ke China.

PERTAMA KALI ADA PASPORT

Dah siap semua urusan, aku dan Ikhwan ke Damansara jumpa TC Wong dan
Evon yang akan bawa kami ke Zheng Zhou China.

BAGAIMANA BANKRAP MENJADIKAN AKU KAYA | HAFIZ MANSOR

DENGAN TC WONG DAN ORANG KAYA ZHENG ZHOU

Aku bagitau kilang percepatkan proses sebab aku nak ke China. Kilang buat
seperti aku mahu dan semuanya berjalan lancar.
Selepas semuanya aku bayar, duit yang aku ada semuanya dalam bentuk
produk. Aku jual yang lama lagi dan simpan stok yang baru diam-diam dulu.
Aku minta bantuan Hazrezal untuk photoshoot gambar produk dan model. Aku
memilih Adlina Harith sebagai model pertama CoolHijab. Aku kenal si cantik ni
masa zaman dulu aku buat TOCO.

BAGAIMANA BANKRAP MENJADIKAN AKU KAYA | HAFIZ MANSOR

PHOTOSHOOT OLEH HAZREZAL DAN ADLINA
HAZREZAL CUBA JADI MODEL TAPI KENA REJECT

BAGAIMANA BANKRAP MENJADIKAN AKU KAYA | HAFIZ MANSOR

Dia ni model yang menarik perhatian aku. Sekarang dia dah bertudung. Makin
manis macam Madu Sidir Yaman. Semuanya berjalan dengan baik.
Sekarang aku dah ada semua bahan untuk aku buat website, flyers, iklan
facebook dan bisnes kad. Aku buat semula website aku dimana sebelum ni aku
guna model Indonesia yang aku cilok dari google.
Aku design semula ikut apa yang aku nak dan aku pastikan website aku simple
dan mesra smartphone.
Aku dah bersedia nak ke China. 7 syarikat akan ke sana mewakili produk
tempatan masing masing. Ikhwan pula lagi dua minggu akan kahwin mula
berbelah bahagi.

LIST NAMA KE ZHENG ZHOU CHINA

Akhirnya memilih untuk ke china. Tapi malangnya sebelum nak pergi dia
terlupa renew pasport dan terpaksa pergi sehari selepas kami pergi dan sudah
tentu naik flight yang lain dengan kami. Dia memang kecewa tapi tetap akan
pergi walaupun lewat sehari.

BAGAIMANA BANKRAP MENJADIKAN AKU KAYA | HAFIZ MANSOR

Aku tiba di KLIA pagi tu dan berkumpul dimana semua orang yang terlibat dah
ada. Kami diminta serahkan pasport dan urusan untuk tiket akan diuruskan.
Aku seronok tapi masa ni Ikhwan pula tak ada sebab masalah pasport.

PERALATAN YANG DIBAWA KE CHINA. DAH MACAM PERGI UMRAH

Aku mula berkenalan dengan usahawan yang pergi. Ada yang jual jus asam
jawa, madu lebah, habatussauda, sarang burung layang-layang, kopi tongkat ali
dan pes durian.
Aku masa ni tak tau yang kena tukar duit China dulu sebelum pergi. Aku ingat
tukar dekat sana. Aku hanya ada RM150 saja dalam wallet sebab aku duit
memang dah tak ada banyak. Masa dah tak sempat dan aku pergi sahaja dan
nanti aku pasti aku akan dapat duit China dengan jual CoolHijab.
Dipendekkan cerita, kami tiba di Guang Zhou setelah 4 jam terbang dan naik
flight seterusnya selama 2 jam ke Zheng Zhou.
Aku harap aku tak makan babi masa naik flight tadi. Lapar dan aku makan apa
yang aku rasa ok. Lagi pun yang ada dalam flight tu semua tau cakap bahasa
China sahaja.

BAGAIMANA BANKRAP MENJADIKAN AKU KAYA | HAFIZ MANSOR

TIKET PERGI KE ZHENG ZHOU CHINA

Setibanya di Zheng Zhou, aku dapati tempat ni adalah kawasan pertanian yang
baru nak membangun. Baru 6 tahun dibangunkan tapi bangunan tinggi-tinggi
dan highway dah banyak.
Tapi majoriti rakyat kat sini macam kena kejutan budaya. Masih lagi bawak
traktor atas highway, jual kobis tepi jalan dan berdebu sana sini. Kalo korek
hidung komfem taik hidung hitam.

BAGAIMANA BANKRAP MENJADIKAN AKU KAYA | HAFIZ MANSOR

DATING NAIK TREKTAR DALAM BANDAR. APADEHAL

SUASANA DI ZHENG ZHOU
BAGAIMANA BANKRAP MENJADIKAN AKU KAYA | HAFIZ MANSOR

BANDAR BANGUNAN BANYAK TAPI SUNYI

6 TAHUN SAHAJA PEMBANGUNAN DIBUAT

Kami tiba waktu dah nak malam. Suasana penuh dengan bunyi bising orang
tekan hon. Ada yang bawa kereta macam setan dan motor pula cilok sana sini
walaupun semuanya pakai motor elektrik. Negara diorang, suka hati
dioranglah. Yang aku sibuk apahal kan.

BAGAIMANA BANKRAP MENJADIKAN AKU KAYA | HAFIZ MANSOR

SUASANA MALAM DI ZHENG ZHOU DENGAN MAT SKUTER

Tiba dihotel kami terus check in dan cari kedai makan yang halal sebab masing-
masing lapar. Cari dan jumpa restoran halal, aku makan tumpang apa yang
diorang oder.

BAGAIMANA BANKRAP MENJADIKAN AKU KAYA | HAFIZ MANSOR

MEMBURU KEDAI MAKANAN HALAL. APA BARANG MAKAN BABI

Aku tak ada duit, jadi aku tumpang sajalah. Ini kali pertama tekak aku terima
makanan luar. Memang aku rasa pelik sangat sebab makanan dia berminyak
merah dan sup tak ada rasa. Kena letak cili, garam dan lada sendiri.
Aku makan dan sampai selesai aku terus ke hotel untuk mandi dan tidur. Aku
tidur awal sebab esok pagi kami banyak aktiviti untuk bisnes matching dengan
jutawan-jutawan china yang ingin memilih produk kami untuk dipasarkan.

BAGAIMANA BANKRAP MENJADIKAN AKU KAYA | HAFIZ MANSOR

HOTEL TEMPAT KAMI MENGINAP DAN MENGENDAP AMOI

Pagi tu bangun saja tidur terus solat subuh walaupun konfius dengan waktu
dekat jam. Disini dia awal 1 jam dengan waktu Malaysia. Kalau malaysia subuh
pukul 6 pagi, sini subuh pukul 5 pagi.
Lepas siap aku ke tempat makan hotel. Aku pasti ni bukan halal punya hotel.
Jadi aku ambil apa yang aku rasa ok seperti kacang rebus, ubi rebus, buah-
buahan, roti dan air kopi.

BAGAIMANA BANKRAP MENJADIKAN AKU KAYA | HAFIZ MANSOR

SARAPAN PAGI DEKAT HOTEL. TENGOK AKU MAKAN APA JE

Aku makan sebanyak mungkin. Nak tapau tapi nampak tak senonoh pulak ambil
masuk poket seluar. Pagi tu kami bertolak ke bangunan yang mana
ditempatkan ramai jutawan china.

BAGAIMANA BANKRAP MENJADIKAN AKU KAYA | HAFIZ MANSOR

Kami tiba dan diperkenalkan oleh TC Wong. Semuanya diterjemahkan bahasa.
Aku menjadi orang pertama memperkenalkan produk sebab masing-masing
nampak takut.

SESI PERKENALKAN PRODUK DEKAT JUTAWAN ZHENG ZHOU

Aku buat sehabis baik sebab aku kalau boleh aku nak sangat ada jualan dan
bukannya senang aku nak datang ke China ni. Aku siap bagi setiap mereka cuba
CoolHijab.
Masing masing sapu dekat kepala dan nampak stim je diorang ni. Masa ni lah
aku goreng cerita bagi diorang lebih stim dari minum air ketum. Lepas tu aku
present pula produk Ikhwan.
Selepas habis semua tu, hanya dua orang saja berminat dengan CoolHijab. Ok
lah tu kan. So kami deal melalui orang tengah untuk bawa produk ke China.
Selepas tukar bisnes kad, kami ke terus ke tempat pameran dimana kami akan
pamerkan produk masing-masing.

BAGAIMANA BANKRAP MENJADIKAN AKU KAYA | HAFIZ MANSOR


Click to View FlipBook Version