The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BAGAIMANA BANKRUP MENJADIKAN AKU KAYA 2020 EBOOK

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by tam mimi, 2020-11-20 22:24:29

BAGAIMANA BANKRUP MENJADIKAN AKU KAYA 2020 EBOOK

BAGAIMANA BANKRUP MENJADIKAN AKU KAYA 2020 EBOOK

aku makan disesuatu tempat, aku akan belanja siapa yang ada dekat situ ikut
suka hati aku.
Aku bayar apa yang dia makan dan minum tanpa pengetahuan orang tu. Bila
dia nak bayar saja, tuan kedai akan bagitau dah ada seseorang bayar.
Itu semua kerja Allah untuk memilih siapa yang dapat rezeki dari kita. Kena
ingat, dalam setiap rezeki kita ada juga hak orang lain.

ENTAH GTR SIAPA TAK TAU AKU AMBIL GAMBAR

Jika korang ada banyak duit, jumpalah kawan korang yang buat bisnes makanan
seperti gerai atau restoran. Bagi duit dan cakaplah dekat dia, “jika duit yang
diberikan ni mencukupi 100 orang makan, aku dah bayar siap-siap.
Jika ada yang memerlukan makanan tapi tak mampu, bagilah dia makan. Dah
habis 100 orang makan, bagitahu aku”.
Rezeki bukan hanya korang sahaja yang dapat, malah kawan korang tadi juga
akan dapat tempiasnya. Bila kita buat baik dan buat orang lain happy, insyallah
ada hasilnya.

BAGAIMANA BANKRAP MENJADIKAN AKU KAYA | HAFIZ MANSOR

DENGAN EJEN DAN STOKIS YANG RAJIN DAN BAIK

Bila korang dapat bantu orang lain, kepuasannya sangat berbeza. Nak bantu tak
semestinya dengan duit dan mengharapkan balasan. Allah kan ada. Dia lagi
Maha Kaya.
Jika duit tak banyak pun, korang boleh bagi orang makan ikut kemampuan
anda. Kenapa bagi orang makan? Sebab orang tadi selepas makan akan
berterima kasih dan bersyukur dengan rezeki yang dia terima.
Jika kita menjual sesuatu dan pelbagai karenah pelanggan kita kena lalui,
janganlah mengeluh dan merungut. Rezeki baru nak datang kita sudah
mengeluh.

BAGAIMANA BANKRAP MENJADIKAN AKU KAYA | HAFIZ MANSOR

TANPA MEREKA, SIAPALAH AKU. TERIMA KASIH

Susah sikit mengeluh. Tak boleh buat, kita mengeluh. Tak dapat sales, kita
mengeluh. Elakkan dari perkara macam ni.
Bila kita termengeluh atau termarah, termaki, cepat-cepatlah kita beristighfar.
Aku akan buat macam tu supaya hati tak kotor.
Jangan letakkan diri korang dalam keadaan selesa atau orang kampung aku
kata comfort zone. Dapat jual 100 produk sehari dah rasa selesa. Ini sangat
bahaya. Ia akan buat korang buang masa yang banyak.
Aku walaupun dah ada duit banyak, tempat yang selesa, apa yang aku buat
adalah aku masih kekalkan cara pakaian aku dengan pakai t-shirt, seluar jeans
dan selipar.
Bukan aku tak mampu tapi aku perlu buat supaya aku tak boleh rasa selesa.
Baru aku sedar diri.
Kurangkanlah tengok TV, baca surat khabar Berita Meloya, Facebook, blog-blog
artis dan layan Group Whatsapp.

BAGAIMANA BANKRAP MENJADIKAN AKU KAYA | HAFIZ MANSOR

Ia akan buang masa korang dan akan membuatkan banyak kerja korang
tertangguh sebab layan perkara yang tak berfaedah.

Kalau ketagih sangat nak layan, korang siapkan kerja dulu yang perlu buat
kemudian layanlah Facebook sampai lebam mata dan jari.

Elakkan selalu tidur lewat. Aku biasanya pukul 12 malam aku dah tidur. Tidur
awal supaya badan lebih sihat. Baru lah otak tu fresh dan banyak idea-idea baru
masuk.

Tak ada la mata lebam macam panda dan berlapis macam kerang. Aku bangun
awal dan solat subuh. Lepas tu aku baca satu muka surat Al-Quran.

Lepas tu aku baca buku-buku motivasi atau ilmiah. Kadang-kadang aku layan
komik yang ada. Lepas subuh jangan tidur. Tahan je sikit supaya tak tidur.

Ada masa, keluar berjogging. Bersukan sikit. Kalau tak perut dah macam ulat
beluncas.

Kalau korang mengantuk sangat, masa keluar jogging tu, jumpa sahaja anjing
kurap, korang sepak dan lari. Terus jadi segar dan cergas. Dah penat tu, korang
belanja la anjing tadi dan minta maaf.

Pastikan setiap apa yang korang nak buat, tulis dalam buku atau whiteboard
supaya korang nampak tugasan korang. Untuk sukses hidup biar berjadual.

Kalau masa sekolah kita boleh buat kenapa tidak semasa kita bisnes sendiri?
Apa yang korang nak, tengok dan sentuh setiap masa macam kereta, atau
rumah kecuali anak dara orang kalau tak nak kena terajang dengan bapak dia.
Tengok apa yang korang nak hari-hari. Jangan ubah dan tukar.

Elakkan duduk sorang-sorang bila ada masalah sebab syaitan suka kita duduk
sorang-sorang dan akan suruh kita main sabun.

So keluar dan bergaullah dengan kawan-kawan yang positif supaya kita jadi
lebih positif. Jemaah di masjid pun boleh. Kenal-kenal dan buat kawan dengan
diorang.

BAGAIMANA BANKRAP MENJADIKAN AKU KAYA | HAFIZ MANSOR

Orang menjadi kaya bukan disebabkan duit tapi disebabkan berkawan dan bina
networking antara satu sama lain. Bila berkawan kita akan kenal pelbagai jenis
manusia.

Dari situ masing-masing ada kelebihan dan duit akan datang dari networking
tadi. Jangan berkawan dalam facebook sahaja. Itu belacan namanya. Keluarkan
berkawan dan berjumpa dengan orang didunia realiti.

Tokey Airasia kaya pun bukan sebab dia ada duit dan tahu pasal kapal terbang
pada mulanya tapi sebab berkawan dan ada networking kawan kepada kawan.

Ingat saja-saja ke orang beli ferrari, lamborghini, GTR? Ingat saja-saja ke orang
hantar anak pergi international school?

Di sini korang akan dapat buat networking dengan orang hebat sebab mereka
mampu dan kebanyakkan adalah bisnes person.

Jagalah ibu dan bapa kita sebab mereka ni lah keramat hidup kita. Pernah
tengok orang kaya tapi tak solat dan buat maksiat? Ramai macam tu tetapi
kenapa mereka kaya?

Sebab mereka jaga baik-baik orang tua mereka. Bagi tempat tinggal, bagi
makan, bawa melancong dan sebagainya.

Tapi jangan pula korang tak solat dan buat maksiat pula. Aku tepok mulot tu
karang. Ni nak bagi minda korang terbuka dan faham pasal berkat menjaga ibu
bapa.

Jangan terlalu fikir pasal duit. Kita hari ni fikir pasal duit sebab nak kena bayar
hutang. Bila terlalu fikir pasal duit, duit tak akan datang.

Lepas aku bankrup, aku hanya fikir nak tolong orang dan buat sahaja. Masa tu
aku tak sedar duit banyak dalam akaun.

Aku habiskan RM700 balik rumah mak aku, jumpa dia dan bagi dia makan apa
yang dia nak. 2 minggu selepas tu RM7000 orang beli stock CoolHijab.

Kemudian aku beli barang perabot untuk mak aku RM1600, 2 minggu selepas
tu tetiba stokis yang dah lama tak beli ambil RM20k stock. Buat lah apa yang
aku ajar ni kalau nak sukses.

BAGAIMANA BANKRAP MENJADIKAN AKU KAYA | HAFIZ MANSOR

Semoga apa yang aku tulis ni dapat memberi manfaat dan kehidupan korang
berubah kepada lebih baik. Apa yang aku tulis ni 100% kisah benar apa yang
aku lalui dan aku buat.

Tiada tokok tambah dan pengalaman 9 tahun aku ni sangat mahal harganya.
Untuk buat ni semuanya perlukan disiplin. Aku harap korang dapat hargai
ketika aku masih hidup dan bila aku sudah tiada satu hari nanti.
Terima kasih ya Allah sebab bagi aku kekuatan memori untuk ingat semua apa
yang pernah aku lalui. Bukan senang nak flashback apa yang aku pernah lalui
tapi dipermudahkan olehNya.

BAGAIMANA BANKRAP MENJADIKAN AKU KAYA | HAFIZ MANSOR

Terima kasih kepada semua ahli keluarga aku yang banyak membantu aku dan
sahabat-sahabat aku yang aku tak sebut nama dan korang pun tahu korang
siapa ketika bersama aku susah senang. Aku kalau nak senaraikan nama yang
banyak bantu aku, memang tak cukup buku ni.
Terima kasih juga kepada semua pembeli, stokis, agen dan dropship CoolHijab
yang banyak membantu dan Insyaallah hanya Allah yang dapat bantu. Aku
sentiasa doakan korang semua menjadi berjaya.

PERUBAHAN BOTOL COOLHIJAB

Terima kasih kepada korang yang membeli buku aku ni. Aku doa dan harapkan
korang lebih berjaya dari aku. Jangan bertangguh lagi apa yang korang nak
buat. Buat sahaja. Doakan juga untuk aku lebih berjaya dan dapat bantu lebih
ramai orang.
Jika korang berminat nak buat produk sendiri, aku boleh ajar korang setakat
mana yang boleh. Aku akan tunjukkan tempat kilang, tempat botol, tempat
buat flyers dan sebagainya. Kalau ada masalah laki bini, jangan tanya aku. Haha
Kawan-kawan aku yang terlibat akan bantu. Semestinya ada caj kerana
melibatkan masa dan kerja. Tiada yang percuma demi sebuah kejayaan.
Aku tak janjikan korang kaya gila-gila tapi kalau korang buat bersungguh-
sungguh korang akan berjaya dengan izin dari Nya.

BAGAIMANA BANKRAP MENJADIKAN AKU KAYA | HAFIZ MANSOR

Atau korang beli sahaja Ebook Mudahnya Menjadi Owner Produk di
www.bukulali.onpay.my. Dalam ni semua diajar cara sebelum nak buat produk
sendiri.

Akhir kata, aku minta maaf jika ada atau mungkin kata-kata aku kurang
menyenangkan korang sama ada didalam buku atau difacebook.

Sapa follower facebook aku biasanya faham cara penulisan aku. Apa yang
berlaku dalam kisah aku ni, aku salahkan diri aku yang tidak berhati-hati dan
takut buat keputusan.

Memang inilah perjalanan hidup yang aku perlu lalui. Jika korang rasa korang
hidup susah, ketahuilah yang ada orang lalui lebih susah dari korang.

Bankrup menjadikan aku menjadi kaya dengan pengalaman, kaya dengan ilmu
bisnes, kaya dengan sahabat-sahabat, kaya dengan ilmu agama, kaya dengan
ilmu pemasaran, kaya dengan rezeki dan kaya dengan masa.

Aku sendiri tak tahu apa akan jadi kepada diri aku dimasa akan datang.
Mungkin jatuh semula, mungkin akan naik lebih tinggi. Allah akan sentiasa uji
hambaNya.

Hari ni mungkin korang tengok aku buat duit dengan produk. Akan datang aku
mungkin buat benda lain pulak selepas dah capai apa yang aku nak sebelum ni.

Aku tak tahu masa depan aku. Hidup mesti diteruskan. Buat saja apa yang rasa
baik untuk kita.

Hidup ni ada naik dan turun ibarat Roller Coaster. Tak semestinya kita kaya
setiap masa dan tak semestinya kita miskin atau susah selamanya.

Apa-apa pun ingat aku nak pesan kat korang, jaga la diri, jaga maruah, jangan
makan babi, jangan hisap dadah.

BAGAIMANA BANKRAP MENJADIKAN AKU KAYA | HAFIZ MANSOR

PESANAN RINGKAS

Ini adalah ringkasan untuk korang fahami. Aku selalu pesan benda yang sama.
Jadi aku buat dalam bentuk point.

Kenapa kita gagal?
 Berada dalam keadaan selesa. Comfort zone
 Ego. Sedangkan tak ada apa-apa. Tak mahu belajar.
 Nak cepat kaya tanpa ilmu.
 Tiada mentor yang guide dan bantu.
 Nak buat semua benda.
 Tak fokus. Buat hanya ikut ikutan.

Apa yang korang boleh belajar dari kegagalan?
 Gagal buat kita fikir apa salah kita sendiri. Bukannya salah orang lain.
 Gagal buat kita kembali dekati Tuhan.
 Gagal buat kita ingat ibubapa.
 Gagal buat kita ingat jangan ulangi kesilapan yang sama.
 Gagal buat kita belajar kenali siapa kawan,siapa sahabat.
 Gagal buat kita hormati antara satu sama lain.
 Gagal buat kita kurangkan ego.
 Gagal buat kita belajar tentang kepentingan ilmu.
 Gagal buat kita belajar kepentingan undang-undang.
 Gagal buat kita kedepan sebagai batu loncatan.
 Gagal buat kita hargai setiap satu sen duit yang ada.
 Gagal buat kita hargai masa yang kita ada.

Apa yang korang perlu buat?
 Berani buat dan ambil tindakan. Jangan takut gagal.
 Jangan takut dengan penolakan (rejection)
 Jangan selesa dengan apa yang ada. Hidup ini naik turun.
 Rendahkan ego. Tak mati pun turunkan ego.
 Jangan nak cepat kaya. Jangan kejar orang kaya. Engine tak sama.
 Pedulikan kata-kata orang sekeliling yang negatif.
 Berhijrah ke tempat baru. Jangan risau pasal rezeki.
 Jangan sayang benda bertahun yang tak ada hasil atau yang diwarisi.
 Cari mentor yang dalam bidang berkaitan dimana mudah berjumpa.
 Agihkan kerja kepada orang yang dalam bidang mereka.
 Fokus satu sehingga jadi. Jika tak jadi, upah strategi. Bukan ubah bisnes.

BAGAIMANA BANKRAP MENJADIKAN AKU KAYA | HAFIZ MANSOR

 Elakkan duduk sorang-sorang ketika ada masalah. Keluar jumpa orang.
 Elakkan tengok fb kawan-kawan yang upload kereta mewah, rumah

besar, melancong.
 Kurangkan menonton TV, Netflix, media sosial dan Gosip Hiburan.
 Jual sahaja benda yang tak perlu seperti peralatan hobi untuk sementara.
 Tutup Handphone time buat kerja. Jika tak sibuk baca fb hal orang lain.
 Keluar tengok kehidupan orang lain diluar sana. Ada orang lebih susah.
 Berkawan dengan orang baru dan bina networking. Jangan sombong

untuk orang tegur kita dahulu. Jaga Networking!
 Jaga hubungan sesama manusia, haiwan, alam dan Tuhan. Buat yang

baik-baik sahaja. Hidup ini hanya sementara.
 Berdisiplin, hidup berjadual dan hormati masa anda dan masa orang lain.
 Jika buat bisnes, marketing adalah roh bagi produk. Tanpa roh, jasad

mati.

Fahami bahawa
 Apa-apa pun, tindakan yang mengubah bila korang buat dengan izin
Tuhan. Tak guna beli buku itu ini, pergi seminar tapi tak ada tindakan.
 Belajar ilmu berniaga dan ilmu lain bukan hanya untuk jadi kaya semata-
mata tapi untuk elakkan dari ditipu dan diperbodohkan.
 Belajar dari orang gagal sama penting supaya tidak buat kesilapan dari
pengalaman orang lain.
 Dalam bisnes, jual apa yang orang nak dan cari. Bukan jual apa yang kita
rasa suka.
 Success is like pregnancy. Everybody congratulate you but nobody knows
how many time you got fucked to achieve it!

“Harga buku ni lebih murah dari pengalaman
yang aku lalui sehingga aku bankrap dan aku

bangkit kembali buat duit. Jangan nak
merungut kalau nak berjaya. Jangan

salahkan Tuhan kalau gagal.”

BAGAIMANA BANKRAP MENJADIKAN AKU KAYA | HAFIZ MANSOR


Click to View FlipBook Version