TAJUK / GENRE 1. Pantun Budi Binc Pantun Nasihat Pantun Kasih Sayang Pantun Agama 2. Syair Ikan Terubuk Hur 3. Gurindam Norma-norma Yang Baik Dlm Perhubungan Binc Gurindam Taat Setia Kepada Raja 4. Seloka Pak Pandir Bin 5. Talibun Keindahan dan Kemakmuran Negeri Jela Hur 6. Teromba Adat Binc 7. Mantera Ulik Mayang Mak Jela 8. Mantera Menduduki Rumah Baru Binc
1 TAHUN cangkan Gambaran masyarakat (2019) raikan aspek estatik dan pemikiran masyarakat Melayu (2020) cangkan nilai yg menjamin kerukunan R.T (2014) ncangkan aspek keindahan/Tafsiran sikap (2015) askan ciri / Bincangkan gambaran tentang negeri (2016) raikan 5 teknik penulisan / Jelaskan 4 gambaran Keindahan Negeri (2021) cangkan maksud setiap rangkap (2017) ksud, gaya bahasa, nilai masyarakat(2012) askan unsur gaya bahasa/ Bincangkan aspek pemikiran (2018) cangkan pokok pemikiran masyarakat (2013)
2 Kesusasteraan Melayu Tradisional Pengertian Kesusasteraan Melayu Tradisional Menurut Profesor Ismail Hussein; kesusasteraan Melayu tradisional adalah semua gejala kesusasteraan yang berbentuk lisan atau bertulis tetapi tidak bercetak. Berdasarkan pernyataan di atas, amat jelas kepada kita bahawa kesusasteraan Melayu tradisional merupakan satu wacana yang luas dan terdiri daripada berbagai-bagai bentuk dan sifat. Pengkaji kesusasteraan Melayu membahagikan kesusasteraa Melayu tradisional kepada dua golongan yang utama iaitu Kesusasteraan Lisan dan Kesusasteraan Tulisan Kesusasteraan lisan (tradisi lisan) lahir di kalangan masyarakat Melayu yang lazimnya terdiri daripada kaum tani dan nelayan. Mereka ini tinggal di kawasan yang jauh di pedalaman, desa-desa dan pinggir pantai. Pada waktu tersebut sistem tulisan belum lagi muncul dan masyarakat lazimnya buta huruf. Walaupun tidak menguasai sistem tulisan, daya kreativiti mereka dalam bidang kesusasteraan tidak pula mati begitu sahaja. Sebaliknya ia dikembangkan melalui pertuturan atau penceritaan secara lisan. Atas sebab itulah hasil-hasil keusasteraan yang dicipta oleh kelompok ini disebut sebagai kesusasteraan lisan kerana penyampaian cerita secara lisan. Kesusasteraan lisan dikenali juga sebagai kesusasteraan rakyat. Kesusasteraan tulisan (tradisi tulisan) muncul apabila orang Melayu mula menerima pengaruh luar. Pengaruh luar yang awal menyerap ke dalam kebudayaan Melayu adalah pengaruh India. Melalui kemasukan pengaruh India, orang Melayu diperkenalkan dengan sistem tulisan. Walau bagaimanapun, sistem tulisan ini tidak meluas dan akhirnya pupus. Kedatangan agama Islam ke alam Melayu membuka satu lembaran baru dalam kamus kesusasteraan Melayu. Agama Islam muncul bersama-sama dengan sistem tulisan yang lengkap bersumberkan al-Quran sebagai kitab suci orang Islam. Sistem tulisan ArabIslam ini kemudiannya disesuaikan dengan sebutan dalam bahasa Melayu. Orang Melayu kini mempunyai sistem tulisan yang dinamakan tulisan Jawi. Tradisi tulisan lebih condong kepada istana menjadikan istana sebagai pusat penyebaran ilmu pada masa itu. Di istanalah lahirnya tokoh-tokoh sasterawan Melayu tradisional yang menghasilkan karya sama ada yang asli ataupun salinan semula kerana pada masa itu mesin cetak belum wujud. Semua hasil karya ini sama ada lisan atau bertulis merupakan satu dokumen penting yang merakamkan segala perihal kehidupan masyarakat Melayu tradisional. Ia adalah himpunan daya kreativiti masyarakat Melayu tradisional yang menyerlahkan daya fikir, akal budi, sentuhan jiwa, cita rasa, jati diri dan kebijaksanaan masyarakat Melayu (Mutiara Sastera Melayu Tradisional 2003:xiv). Sebagai kesimpulannya, sebagaimana yang dinyatakan oleh Harun Mat Piah kesusasteraan Melayu tradisional merujuk kepada karya yang mempunyai ciri-ciri seperti: 1. Bersifat kolektif dan dianggap sebagai milik bersama masyarakat. Hasil karya bersifat feudal 3. Karya yang terbatas pencipta dan khalayak 4. Dihasilkan sebelum 1800. Bersifat fungsional dan pelbagai genre 5. Perkembangan kesusasteraan Melayu tradisional tidak dibatasi oleh zaman, tarikh dan waktu. 6. Gaya bahasa berbeza daripada gaya bahasa kini 7. Hasil karya mempunyai nilai tersendiri kepada masyarakat yang mewarisinya. 8. Bentuk dan cirinya menjadi tradisi yang mantap 9. Persoalan yang dibawa oleh karya tersebut mempunyai struktur formal yang terikat. 10. Hasil karya yang bersifat statis kerana tidak memperlihatkan keragaman tema dalam sesuatu genre
3 TEKNIK MENJAWAB PUISI KLASIK (TRADISIONAL) / PUISI MODEN (SAJAK) Cara Menjawab 1. Fakta 2. Huraian 3. Ulasan / Jelaskan / Perbincangan ( Ayat ini boleh jadi huraian/ melengkapkan ayat huraian) 4. Contoh puisi 5. Kesan / Kesimpulan Kecil * bergantung kepada kehendak soalan Jika soalan huraian – Bagi ayat huraian/ ulasan yang menjelaskan fakta Jika soalan bincangkan – Bagi ayat bincang iaitu ayat pro dan ayat kontra Jika soalan sejauhmana / ulaskan / jelaskan – Bagi ayat ulasan / penjelasan Jika soalan setujukah anda. Perlu menjawab Ya atau Tidak. Kemudian baru hurai Cara Menullis Pendahuluan Untuk Soalan Yang Mempunyai 25M Umum Pantun merupakan puisi Melayu asli yang tertua dan paling popular. Pantun bermaksud tersusun, sopan, teratur, bersistematik dalam usaha melahirkan sesuatu maksud, pemikiran, idea dan gagasan. Pantun bersifat terikat dan digunakan sebagai hiburan, memberi nasihat dan pengajaran . (2M jika tepat/1M jika tidak/ 1M untuk isi-isi penting.(3 M) Khusus Kepada Teks Yang Dikaji (Berikan tema, peranan, ambil 2 fakta dari kehendak soalan) Pantun Budi membawa tema berbudi dan menghargai budi. Pantun ini berfungsi untuk memberi pengajaran dan nasihat kepada masyarakat. Antara pemikiran yang terkandung di dalam puisi ialah masyarakat yang menghargai budi, menghormati budi dan menabur budi. Isi-isi penting(2 huraian yang tepat tentang pantun budi/ 1 untuk isi-isi penting– 3 M)
4 CONTOH SOALAN DAN CARA MENJAWAB SOALAN BAGI PUIS TRADISIONAL DAN MODEN CIKGU AKAN MENGGUNAKAN PANTUN BUDI UNTUK MENUNJUKKAN CARA MENJAWAB SEMUA SOALAN YANG BERKAITAN DENGAN PUISI Cara mengalisis jenis, judul dan tema. Pelajar perlu merujuk kepada rangkap, baris, rima dan kata kunci yang ada di dalam puisi. Rangkap ada pembayang dan maksud. Baris ada 4 baris serangkap dan rima akhir a,b,a,b. Maka jenis adalah pantun. Judul perlu merujuk kepada kata kunci yang ada di dalamnya. Pelajar akan lihat dengan jelas perkataan budi, maka judul adalah Pantun Budi dan temanya adalah Berbudi dan menghargai budi/jasa. SOALAN 1. Nyatakan jenis puisi di atas. Jenis puisi di atas ialah pantun empat kerat 2. Nayatakan judul / tajuk puisi tersebut Tajuk / judul puisi tersebut ialah Pantun Budi. SOALAN DAN CARA JAWAB UNTUK TEMA Huraikan / Bincangkan tema puisi di atas. Untuk jawab tema perlu ada 1. Fakta, 2. huraian / bincangkan – ikut kehendak soalan, 3. Contoh puisi 4. Kesan kalau soalan nak, pelajar boleh bagi. FAKTA FAKTA
5 Pantun ini mengambarkan tentang masyarakat yang menghargai budi dan orang yang berbudi akan sentiasa di sanjung, dihargai dan dikenang jasanya sampai bila-bila. Masyarakat Melayu juga berpendapat bahawa budi yang diterima akan dikenang sampai mati. Contoh orang yang menyanjungi budi yang dapat dilihat pada rangkap pertama, baris keempat seperti di bawah. Jelaslah di sini sikap menabur budi dan menghargai orang yang berjasa dalam masyarakay Melayu dapat meningkatkan nilai kemanusiaan yang tinggi dalam diri. Pisang emas dibawa belayar, Masak sebiji di atas peti, Hutang emas boleh dibayar, Hutang budi dibawa mati. SOALAN DAN CARA JAWAB UNTUK PEMBAYANG / SAMPIRAN 1. Ulaskan maksud pembayang pantun di atas. Pembayang rangkap pertama mengungkapkan tentang masyarakat Melayu yang mahir dalam bidang pelayaran dan pertanian. Melalui pembayang rangkap pertama pantun budi terdapat gambaran bahawa masyarakat Melayu terdahulu gemar belayar untuk mencari pengalaman dan berdagang atau mencari rezeki dalam jangka masa yang lama. Selain itu, pembayang juga memberi gambaran tentang masyarakat yang bekerja sebagai petani. Hal ini jelas dinyatakan melalui perkataan “belayar” dan “pisang” yang masak di atas peti. Sebutan rima akhir perkataan “belayar” pada baris pertama dan “dibayar” pada baris ketiga dan perkataan “peti” pada baris kedua dan perkataan “mati” pada baris keempat dapat menimbulkan keindahan pengucapan. Dengan ini, pantun tersebut akan menjadi lebih puitis dan sedap didengar. Contoh Pisang emas dibawa belayar, Masak sebiji di atas peti, Pembayang rangkap kedua, memberikan senario tentang kehidupan masyarakat di penggir pantai / tepi laut. Penggunaan imej alam seperti “pulau Pandan”, “gunung Daik” menunjukkan masyarakat yang membina penempatan di pinggir pantai dan lazimnya mereka bekerja sebagai nelayan. Masyarakat pinggir pantai menggunakan unsur-unsur alam seperti pullau dan gunung untuk menyampaikan nasihat dan pengajaran. Penggunaan unsur alam ini juga menimbulkan unsur puitis dan keindahan pantun. Pulau Pandan jauh ke tengah, Gunung Daik bercabang tiga, Pembayang rangkap ketiga menyatakan tentang alat pengangkutan yang digunakan oleh nelayan / masyarakat yang tinggal dipinggir pantai. Masyarakat yang menggunakan sampan, kolek sebagai alat untuk pergi ke mana-mana. Selaiin itu air sungai dijadikan sebagai jalan pengangkutan. Selain menggunakan sampan dan kolek sebagai alat pengangkutan , masyarakat Melayu juga menggunakannya sebagai pembayang yang puitis dalam menyampaikan sesuatu. Hal ini juga dapat memberi gambaran yang jelas tentang latar dan situasi sesuatu tempat. Tenang-tenang air di laut Sampan kolek mudik ke tanjung, FAKTA KESAN HURAIAN ULASAN KESAN CONTOH FAKTA HURAIAN PRO/KON ULASAN CONTOH
6 SOALAN DAN CARA JAWAB UNTUK MAKSUD Soalan untuk maksud boleh ditanya seperti berikut 1. Huraikan maksud pantun pada rangkap 1. 2. Jelaskan maksud baris 3 dan 4 dalam rangkap 1 pantun 3. Bincangkan bait -bait berikut a. Hutang emas boleh dibayar, Hutang budi dibawa mati. b. Hancur badan dikandung tanah, Budi yang baik dikenang juga. 4. Jelaskan gambaran keseluruhan puisi / gambaran negeri “Teluk Bidung Kota Lama” Untuk jawab maksud perlu ada 1. Fakta, 2. huraian / bincangkan , jelaskan– ikut kehendak soalan, 3. Contoh puisi Maksud Pantun Budi Rangkap pertama membawa maksud masyarakat Melayu yang suka menabur budi dan mengenang jasa orang berbudi. Kehidupan masyarakat melayu zaman dahulu yang serba kekurangan menyebabkan mereka saling bergantung antara satu sama lain. Semua aktiviti dilakukan demi mencari rezeki termasuklah pergi belayar. Namun setiap aktiviti yang memerlukan pertolongan pihak lain akan dianggap sebagai aktiviti menabur budi, menerima jasa yang diberi dan membalas budi. Walaupun budi boleh dibalas tetapi nilainya tidak mungkin sama dengan ketika budi itu diberi berbanding ketika pihak yang telah menerima budi itu membalas budi. Oleh itu nilai budi tidak boleh dibanding-bandingkan terutama dibandingkan dengan emas. Malah sekiranya dibandingkan akan menyebabkan ungkitan dan rasa tidak ikhlas. Nilai pertolongan ketika seseorang itu memerlukan sebenarnya amat tinggi nilainya dan akan diingat sampai mati, Hal ini ditekankan pada maksud rangkap 1 iaitu: Hutang emas boleh dibayar, Hutang budi dibawa mati.
7 Rangkap kedua menunjukkan amalan masyarakat Melayu amat menghargai dan mengenang jasa orang yang berbudi. Budaya tolong menolong dan berkerjasama adalah amalan yang diamalkan setiap hari dalam masyarakat Melayu. Apabila manusia sudah menerima jasa tentunya individu tersebut akan sentiasa terkenang budi, terhutang budi dan cuba untuk membalas budi. Mungkin pada masa yang lain, pihak yang sudah menerima jasa / budi tersebut akan cuba membalas budi mengikut kemampuan masing-masing. Bentuk pertolongan yang mereka akan lakukan mungkin dalam bidang yang lain pula. Tanpa bantuan ahli masayarakat yang lain, sesuatu kerja itu mungkin tidak akan selesai. Oleh itu, wujudlah masyarakat yang akan menabur jasa dan masyarakat yang akan mengenang jasa orang yang berbudi seperti yang dinyatakan dalam rangkap 2, baris 4. Contoh : Hancur badan dikandung tanah, Budi yang baik dikenang juga. Rangkap ketiga membawa maksud masyarakat Melayu yang senantiasa menyangjungi orang yang berbudi/ yang menabur jasa. Nilai ini adalah cerminan diri kepada masyarakat Melayu. Orang yang berbudi akan sentiasa dikenang, dimuliakan dan disebut-sebut kebaikannya. Masyarakat juga menyanjungi orang yang menabur budi/jasa. Dalam masyarakat Melayu, sering diperhatikan dan dinilai ialah perlakuan dan pertuturan serta tingkah laku seperti menghargai jasa orang yang menabur budi dan berbudi kepada orang, bukannya paras rupa yang menjadi ukuran. Tegasnya budaya berbudi ini adalah sebahagian daripada kehidupan masyarakat melayu zaman dahulu dan akan diamalkan sehingga sekarang. Sesiapa yang tidak mahu berbudi akan dianggap sombong dan mementingkan diri sendiri. Ahli masyarakat tidak boleh hidup bersendirian seolah-olah tidak memerlukan rakan-rakan dan saudara mara. Oleh itu orang yang berbudi akan disanjung dan akan sentiasa disebut meskipun dia telah tiada. Contoh:- Hati terkenang mulut menyebut Budi baik rasa nak junjung SOALAN DAN CARA JAWAB UNTUK PEMIKIRAN / PERSOALAN Soalan untuk pemikiran boleh ditanya seperti berikut 1. Bincangkan pokok pemikiran yang terdapat / terpancar dalam puisi yang di kaji. 2. Huraikan pemikiran yang ingin disampaikan oleh penyajak. 3. Huraikan persoalan yang tergambar dalam teromba adat.
8 Hancur badan dikandung tanah, Budi baik dikenang juga. Untuk jawab pemikiran perlu ada 1. Fakta, 2. huraian / bincangkan – ikut kehendak soalan, 3. Contoh puisi 4. Kesan kalau soalan nak boleh bagi. Pemikiran/Gambaran masyarakat Melayu/NilaiPengajaran (Cara jawab soalan pemikiran/gambaran masyarakat/nilai/pengajaran/adalah sama. Cuma cara menulis fakta berbeza. Contoh Masyarakat melayu yang mengenang budi. ( gambaran masyarakat) Menghargai / Mengenang jasa orang yang berbudi (pemikiran) Kita hendaklah mengenang jasa orang yang berbudi (Pengajaran) Mengenang Jasa (Nilai) Sikap mengenang budi perlu disemai dalam diri generasi sejak dari kecil lagi. Dalam pantun, digambarkan masyarakat melayu mempunyai sifat mengenang budi. Sekiranya seseorang menabur budi, masyarakat akan sentiasa mengingati jasa dan budi yang disemai sehingga mati. Ini menampakkan sikap keindahan masyarakat melayu dalam mengenang budi seseorang. Sekiranya seseorang itu tidak mengenang budi terhadap mereka yang pernah membuat jasa, sudah tentu dia akan dipandang serong oleh orang lain. Oleh itu, perlulah kita menyemai sikap mengenang budi agar mengwujudkan masyarakat yang bertanggungjawab. Contoh: Nilai menyanguingi budi. Masyarakat Melayu mempunyai adat yang tinggi dalam menyangjungi dan menghorati orang yang berbudi. Nilai budi tidak boleh dibandingkan dengan sebarang nilai harta dunia termasuk emas. Orang yang berbudi akan dipandang tinggi dalam masyarakat Melayu. Sesuai dengan ayat :- Hutang emas boleh dibayar, (R1, B3) Hutang budi dibawa mati. (R2, B4) Maka orang yang menerima budi tetap tidak akan mampu membayarnya sekalipun dengan harta yang paling tinggi nilainya iaitu emas, namun mereka akan mengenang jasa orang yang berbudi sehingga mati. Oleh itu, nilai budi memang tidak dapat ditandingi kerana ia mampu melahirkan insan yang mulia. Mengenang jasa/ budi sehingga mati. Budi/Jasa yang baik akan sentiasa dikenang sehingga mati. Mengenang budi seseorang bukan setakat ketika seseorang hidup di dunia sahaja. Budi seseorang itu akan tetap dikenang walaupun dia telah mati tetap akan disebut orang. Sesuai dengan isi pantun tersebut iaitu “hancur badan dikandung tanah” yang memberi maksud sudah meninggal dunia. Pulau Pandan jauh ketengah, Gunung Daik bercabang tiga, Hancur badan dikandung tanah, Budi baik dikenang juga. FAKTA KESAN ULASAN CONTOH HURAIAN
9 Menghargai budi/Rasa terhutang budi. Bagi mereka yang telah menerima budi tentunya akan rasa terhutang budi. Penghargaan terhadap orang yang berbudi begitu tinggi sehingga meletakkan penghargaan itu di tempat yang sangat mulia dan dibawa kemana sahaja. Hal ini merujuk kepada maksud perkataan “rasa nak junjung” dalam rangkap ketiga pantun di atas. Contoh: Tenang-tenang air di laut, Sampan kolek mudik ketanjung, Hati terkenang mulut menyebut, Budi baik rasa nak junjung. Masyarakat yang suka menabur budi. Hidup masyrakat melayu pada zaman tradisional penuh dengan kesusahan dan saling bergantung antara satu sama lain. Setiap individu yang menjadi ahli masyarakat akan sering memerlukan pertolongan ahli masyarakat yang lain untuk meneruskan kelangsungan hidup. Budi merupakan amalan yang tidak boleh ditinggalkan. Contoh: Tenang–tenang air di laut, Sampan kolek mudik ke tanjung, Hati terkenang mulu menyebut, Budi baik rasa nak junjung. Orang yang berbudi sentiasa disanjung dan dihormati. Menghargai budi/Rasa terhutang budi. Bagi mereka yang telah menerima budi tentunya akan rasa terhutang budi. Penghargaan terhadap orang yang berbudi begitu tinggi sehingga meletakkan penghargaan itu di tempat yang sangat mulia dan dibawa ke mana sahaja. Hal ini merujuk kepada maksud perkataan “rasa nak junjung” dalam rangkap ketiga pantun di atas. Budi baik rasa nak junjung. Nilai perbandingan budi. Nilai budi tidak boleh dibandingkan dengan sebarang nilai harta dunia termasuk emas. Budi itu mempunyai nilainya yang tersendiri. Budi tidak boleh ada tukar ganti. Sesuai dengan ayat “hutang emas boleh dibayar”, maka orang yang menerima budi tetap tidak akan mampu membayarnya sekali pun dengan harta yang paling tinggi nilainya iaitu emas. Contoh: Hutang emas boleh dibayar, Hutang budi dibawa mati. 6. Masyarakat yang memiliki ilmu pelayaran 7. Masyarakat yang bekerja sebagai nelayan / tinggal di pinggir laut 8. Masyarakat yang bertani 9. Masyarakat yang menghargai alam sekitar
10 SOALAN DAN CARA JAWAB UNTUK GAMBARAN MASYARAKAT Soalan untuk gambaran masyarakat boleh ditanya seperti berikut 1. Buncangkan gambaran sosial / kehidupan yang terdapat dalam puisi yang di kaji. 2. Huraikan gambaran masyarakat dalam koteks sarwajagat (world-view) . 3. Huraikan latar masyarakat / citra masyarakat yang terdapat pada puisi di atas. 4. Ulaskan unsur kritikan sosial yang terdapat dalam puisi yang dikaji. (soalan meminta gambarran masyarakat yang negetif seperti yang terdapat dalam seloka dan sajak Aku Tidak Mahu Lagi) 5. Huraikan sikap manusia yang dikemukakan dalam puisi. Untuk jawab gambaran masyarakat perlu ada 1. Fakta, 2. huraian / bincangkan – ikut kehendak soalan, 3. Contoh puisi 4. Kesan kalau soalan nak boleh bagi. Contoh Menjawab Gambaran Masyarakat Masyarakat yang menghargai / mengenang budi. Budi merupakan satu perkara yang amat dititk beratkan di dalam adat dan budaya masyarakat Melayu. Peribahasa ada menyatakan “orang berbudi, kita berbahasa, orang memberi, kita merasa”. Nilai ini dapat dikesan dalam baris akhir pantun yang menyatakan budi yang ditabur akan dikenang sampai mati. Konsep menghargai budi ini memang wujud di dalam jati diri masyarakat Melayu silam sehingga kini. Oleh itu, menghargai budi penting bagi menanam sikap jati diri yang baik dan menjadikan diri kita dihargai. Contohnya:- Hutang budi dibawa mati. Masyarakat yang menghargai / mengenang budi / jasa. Nilai ini dapat dikesan dalam baris akhir pantun yang menyatakan budi yang ditabur akan dikenang sampai mati. Konsep menghargai budi ini memang wujud di dalam jati diri masyarakat Melayu silam sehingga kini. Contohnya:- Hutang budi dibawa mati. Masyarakat yang menyangjungi orang yang berbudi/ budi pekerti yang tinggi /berhemah tinggi. Nilai ini adalah cerminan diri kepada masyarakat Melayu dalam usaha hendak menjadi orang yang dimuliakan dan disanjung tinggi oleh masyarakat lain. Dalam masyarakat Melayu, sering diperhatikan dan dinilai ialah perlakuan dan pertuturan serta tingkah laku seperti menghargai jasa orang yang menabur budi dan berbudi kepada orang, bukannya paras rupa yang menjadi ukuran. Hati terkenang mulut menyebut Budi baik rasa nak junjung CONTOH KESAN ULASAN HURAIAN
11 Masyarakat yang suka bantu membantu antara satu sama lain / menabur budi / jasa / Baik Hati. Sikap baik hati dan prihatin serta ikhlas menghulurkan bantuan tanpa dibalas memang ditekankan ke dalam norma-norma kehidupan masyarakat melayu silam. Hati terkenang mulut menyebut Budi baik rasa nak junjung Masyarakat yang tinggal di tepi pantai/ memiliki ilmu pelayaran/belayar. Melalui ketiga-tiga pembayang maksud pantun terdapat gambaran bahawa pencipta pantun ini tinggal dalam persekitaran tepi pantai dan lautan. Ini dapat digambarkan melalui pemilihan kata yang berkaitan dengan latar tempat berkenaan seperti “belayar”, “pulau Pandan”, ”tanjung”, “kolek” dan gambaran suasana “air tenang” . Tenang-tenang air di laut, Sampan kolek mudik ke tanjung. Atau Pisang emas dibawa belayar, Masak sebiji di atas peti, Masyarakat yang menggunakan jalan air sebagai pengangkutan. Sistem pengangkutan tradisional yang paling mudah di kalangan masyarakat melayu zaman dahulu adalah melalui jalan air. Mereka akan menggunakan alatan yang sesuai ketika bergerak melalui jalan air. Penggunaan alat pelayaran, sampan dan kolek adalah sesuatu yang perlu pada waktu itu. Malah mereka perlu memahami keadaan yang sesuai ketika bergerak supaya selamat dalam perjalanan. Mereka perlu menunggu air yang tenang apabila menggunakan sampan kolek. Sampan kolek mudik ke tanjung. Masyarakat yang sentiasa mengenang jasa / budi. Masyarakat yang baik akan selalu mengenang budi walau budi itu kecil nilainya. Perkara tersebut termaktub dalam ketiga-tiga maksud pantun budi di atas. Malah mereka yang tahu erti budi akan menjunjung dan mengingati budi orang lain. Hancur badan dikandung tanah, Budi baik dikenang juga. Masyarakat petani dan nelayan. Masyarakat melayu terdisional tidak boleh lari daripada menjalankan kegiatan bertani seperti menanam “pisang” dan sebagainya. Manakala bagi mereka yang tinggal di persisir pantai akan “belayar” dan menjalankan kegiatan nelayan. Pisang emas dibawa belayar, Masak sebiji di atas peti,
12 SOALAN DAN CARA JAWAB UNTUK NILAI / PENGAJARAN / HARAPAN DAN MESEJ PENGARANG Soalan untuk nilai, pengajaran, harapan dan mesej pengarang boleh ditanya seperti berikut 1. Bincangkan nilai-nilai yang menjamin kerukunan sebuah rumah tangga. 2. Huraikan harapan penyair dalam puisi. 3. Ulaskan kebimbangan penyair yang dikemukakan dalam puisi 4. Huraikan mesej dalam puisi. 5. Huraikan nilai moral yang terdapat dalam puisi Untuk jawab nilai, pengajaran, harapan dan mesej pengarang perlu ada 1. Fakta, 2. huraian / bincangkan / Ulaskan– ikut kehendak soalan, 3. Contoh puisi 4. Kesan kalau soalan nak boleh bagi. Contoh Menjawab Nilai, Pengajaran dan Mesej Pengarang (ayat fakta untuk nilai, pengajaran dan mesej berbeza) Terdapat 4 jenis nilai yang dikaji iaitu nilai kemanusiaan, nilai keagamaan, nilai kepercayaan dan nilai kemasyarakatan. (Nilai ini ada pada puisi-puisi tertentu seperti contoh di bawah
13 Nilai Kemanusiaan ( selalunya terdapat dalam semua puisi) Menyanjungi orang yang budi. (Nilai) Kita haruslah menyangjungi orang yang berbudi. ( Pengajaran) Pengarang menekankan tentang perlunya menyangjungi orang yang berbudi. (Mesej) Pengarang mengharapkan masyarakat kini masih menyangjungi orang yang berbudi. (Harapan) Seeorang itu perlu meletakkan kedudukan budi pada tempat yang tinggi dan tidak boleh dibandingkan nilainya dengan harta seperti emas. Manusia hendaklah sedar bahawa budi itu tidak boleh dibayar. Setiap individu perlu menghargai pertolongan orang lain walau sekecil mana budi tersebut. Rangkap puisi ketiga menggambarkan betapa seseorang yang pernah menerima budi akan sentiasa menjunjung budi. Contoh:- Hati terkenang mulut menyebut Budi baik rasa nak junjung ( R:3, B:3 dan 4) Jelaslah di sini sikap menyangjungi orang yang menabur budi kepada kita perlu dikekalkan pada generasi muda agar tahu nilai menghormati dan berbudi kepada orang lain. Nilai Keagamaan ( Terdapat dalam puisi-puisi tertentu terutama puisi bertemakan keagamaan) Memuliakan nabi/ Kepercayaan kepada kewujudan nabi. Umat Islam seharusnya percaya dan memuliakan nabi kerana ia adalah sebahagian daripada rukun Iman. Nabi Muhammad S.A.W dikasihi dan dimulliakan oleh semua umat Islam kerana baginda merupakan kekasih Allah dan nabi akhir zaman. Baginda juga amat mengasihi umatnya. Oleh itu, mepngarang menekankan perkataan “tidak semulia Nabi Muhammad” pada rangkap 1 seperti yang terdapat pada contoh di bawah:- Banyak nabi antara nabi, Tidak semulia Nabi Muhammad. Jelaslah di sini bahawa memulia dan mengasihi nabi dapat memupuk ssifat-sifat yang baik dalam diri. Nilai Kepercayaan ( terdapat dalam puisi-puisi tertentu sepeerti syair dan mantera) Kepercayaan Animisme. Masyarakat melayu dahulu sangat mempercayai roh-roh leluhur mereka. Mereka sering memuja semangat roh nenek moyang mereka apabila mereka menghadapi masalah hidup. Menerusi syair di atas, puteri puyu-puyu memohn kepada roh nenek moyangnya untuk membantu beliau menyelesaikan masalah yang melanda. Setelah bersuci dan berdoa, suasana bertukar dan keajaiban berlaku. Akhir sekali puteri puyu-puyu hilang dari pandangan. Contohnya ayat “Dengan berkat nenek moyangku” dan contoh peristiwa yang terdapat dalam rangkap tiga belas seperti di bawah:- Selang tidak berapa antara, Turunlah ribut dengan segera, Kilat dan petir tidak terkira, Datuk nenek turun dari udara. KESAN FAKTA HURAIAN ULASAN CONTOH
14 Nilai Kemasyarakatan ( terdapat dalam semua puisi) Masyarakat yang bersatu padu, berwaspada dan saling bekerjasama dalam mempertahankan tanah air. Nilai bersatu padu, berwaspada dan saling bekerjasama dalam mempertahankan tanah air dari serangan musuh perlu wujud di dalam diri agar negara akan sentiasa berada dalam keadaan aman dan sentosa. Perasaan cinta akan tanah air mampu mewujudkan keserasian dalam membentuk budaya bersatu padu dan bekerjasama. Mereka sanggup mengorbankan diri dan keluarga demi mempertahankan negara tercinta. Kesannya negara yang kita duduki senantiasa berada di dalam keamanan dan keharmonian tanpa boleh ditembusi oleh pihak musuh. Oleh itu, penyajak menekankan sikap askar yang penuh rasa cinta kepada tanah air saling bekerjasama dan sentiasa berwaspada dalam mempertahankan negara tercinta menerusi bait-bait yang terdapat pada rangkap kedua seperti berikut:- Dialah pahlawan yang mengumpulkan tenaga siap sedia atas nama negara yang tidak dibiarkan leka Dialah pahlawan yang menghimpunkan setia tahan uji atas nama negara yang tak dibiarkan mati Nilai Kemanusiaan / Pengajaran (dalam pantun budi) Menabur budi / Berjasa kepada orang. Manusia yang saling bergantung antara satu sama lain. Hidup masyarakat Melayu pada zaman tradisional penuh dengan kesusahan dan saling bergantung antara satu sama lain. Setiap individu yang menjadi ahli masyarakat akan sering memerlukan pertolongan ahli masyarakat yang lain untuk meneruskan kelangsungan hidup. Hal ini jelas dapat dilihat menerusi rangkap 2 baris 4. Baris ini menekankan tentang budi yang ditabur akan dikenang sampai bila-bila. Contoh:- Hancur badan dikandung tanah, Budi yang baik dikenang juga. Oleh itu, jelaslah di sini adat menabur jasa penting untuk memupuk masyarakat yang saling tolongmenolong dan bekerjasama di antara satu sama lain.
15 Menyanjugi budi /menghormati orang yang berjasa / berbudi. Manusia yang boleh menilai erti budi berbanding harta. Seeorang itu perlu meletakkan kedudukan budi itu sesuatu yang amat mulia di sisi mereka. Budi perlu diletakkan pada tempat yang tinggi dan tidak boleh dibandingkan nilainya dengan harta seperti emas. Oleh itu manusia hendaklah sedar bahawa budi itu tidak boleh dibayar. Manusia yang sentiasa mengenang budi orang lain. Setiap individu perlu menghargai pertolongan orang lain walau sekecil mana budi tersebut. Rangkap puisi ketiga menggambarkan betapa seseorang yang pernah menerima budi akan sentiasa menjunjung budi. Memiliki ilmu pelayaran. CARA MENJAWAB CIRI-CIRI PUISI Ciri-ciri puisi adalah perkara yang kita analisis. Oleh itu untuk menjawab ciri-ciri puisi fakta adalah merujuk kepada 1. Bentuk 2. Gaya Bahasa 3. Pemikiran 4. Peranan / Fungsi Jadi kalau soalan tanya secara umum tentang ciri-ciri maka, kempat-empat fakta di atas menjadi fakta dalam jawapan. Tapi boleh diberi fakta bentuk, fakta bahasa lebih. 1. Huraikan ciri-ciri yang terdapat pada puisi di atas Untuk jawab ciri-ciri pelajar boleh bagi 1. Fakta bentuk 2, gaya bahasa 2 dan pemikiran / peranan 1 2. huraian / bincangkan / Ulaskan– ikut kehendak soalan, 3. Contoh puisi Contoh Menjawab soalan ciri-ciri Jumlah patah perkataan. Pantun budi memiliki 4 hingga 5 patah perkataan seperti yang ditetapkan dalam puisi terikat. Kesan / Kepentingan / fungsinya agar meningkatkan nilai estatika dari segi bunyi dan rima. Contoh baris yang mengandungi 4 patah perkataan terdapat dalam rangkap 1 baris 1, manakala baris yang mengandungi 5 patah perkataan terdapat dalam rangkap ke tiga baris ke dua seperti di bawah:- Pisang emas dibawa belayar, 4 p.p (R1, B1) Sampan kolek mudik ke tanjung, 5 p.p (R3, B2)
16 Suku kata dalam baris. Setiap baris pantun budi mengandungi kata dasar empat hingga lima patah perkataan, dengan jumlah suku kata antara sembilan hingga sepuluh suku kata dalam sebaris. Kesan/Kepentingan/fungsi adalah untuk dapat menimbulkan kemerduan dan keserasian bunyi. Contoh:- Pi/sang/ e/mas /di/ba/wa/ be/la/yar/, 10 suku kata Hu/tang/ e/mas /bo/leh /di/ba/yar/, 09 suku kata Pengulangan kata diawal baris. Dikenali sebagai Anafora. Penyair mengulangan perkataan “hutang” untuk memberi penegasan tentang pentingnya membayar hutang dan mengenang jasa orang yang memberi. Kesannya dapat menimbulkan penegasan maksud yang cuba disampaikan dan menimbulkan kesan yang puitis pada puisi. Contoh dapat dilihat pada rangkap pertama baris ketiga dan keempat. Hutang emas boleh dibayar, Hutang budi dibawa mati. Pengulangan bunyi huruf konsonan dalam baris tertentu atau dikenali sebagai aliterasi. Kesannya ialah ia dapat menimbulkan kekerasan dan kelantangan bunyi pada perkataan dan sekali gus ayat yang digunakan. Penyair mengulangi bunyi konsonan “n” sebanyak 4 kali dalam baris 3 seperti yang terdapat dibawah:- Hancur badan dikandung tanah, Pantun berperanan sebagai alat didaktik , iaitu memberikan panduan, pengajaran, tunjuk ajar dan sindiran atau kritikan secara halus kepada khalayak. Pantun juga berperanan sebagai gambaran masyarakat dari segi politik, ekonomi dan sosial. Dalam pantun banyak terselit mesej, sama ada berupa nasihat dan pandangan yang menyentuh ketiga-tiga aspek tersebut. Walaupun ringkas, nilai pengajaran dan pandangan yang diberikan kental dan padat. Sindiran dan kiasan yang diluahkan melalui pantun begitu tepat, tetapi sangat sopan. Sebagai contoh , melalui pantun budi khalayak beroleh panduan tentang keperluan aspek budi dalam lapangan kehidupan. Isinya yang berperanan sebagai nasihat itu senang diterima kerana kalimatnya disampaikan dalam bentuk puitis dan indah sekali. Hati terkenang , mulut menyebut Budi yang baik rasa nak junjung Nilai menyanguingi budi. Masyarakat Melayu mempunyai adat yang tinggi dalam menyangjungi dan menghorati orang yang berbudi. Nilai budi tidak boleh dibandingkan dengan sebarang nilai harta dunia termasuk emas. Orang yang berbudi akan dipandang tinggi dalam masyarakat Melayu. Sesuai dengan ayat:- Hutang emas boleh dibayar, (R1, B3) Hutang budi dibawa mati. (R2, B4) Maka orang yang menerima budi tetap tidak akan mampu membayarnya sekalipun dengan harta yang paling tinggi nilainya iaitu emas, namun mereka akan mengenang jasa orang yang berbudi sehingga mati. Oleh itu, nilai budi memang tidak dapat ditandingi kerana ia mampu melahirkan insan yang mulia. HURAIAN CONTOH KESAN ULASAN
17 SOALAN DAN CARA JAWAB UNTUK BENTUK/TEKNIK PENULISAN 1. Huraikan bentuk / struktur / teknik penulisan puisi di atas. 2. Ulaskan bentuk / struktur / teknik penulisan puisi di atas. Untuk jawab bentuk wajib ada 1. Fakta, 2. huraian / ulasan, 3. Kesan wajib ada untuk menunjukkan nilai estatika / fungsi 4. Contoh puisi Contoh Menjawab aspek strukturnya, teknik penulisan, bentuk Dari segi rangkap. Pantun mempunyai rangkap-rangkap yang berasingan dan terbina daripada baris-baris yang sejajar dan berpasangan seperti 2, 4, 6 sehingga 16. Namun, pantun di atas mengandungi 3 rangkap. Setiap rangkap mempunyai empat baris serangkap (quatrain) /mempunyai baris-baris yang sejajar dan berpasangan. Kesannya adalah untuk menimbulkan keserasian bunyi dan makna. Hal ini dapat dilihat pada rangkap satu seperti contoh dibawah:- Pisang emas dibawa belayar, Masak sebiji di atas peti, (Rangkap 1) Hutang emas boleh dibayar, Hutang budi dibawa mati. KESAN CONTOH ULASAN HURAIAN FAKTA
18 Contoh ayat kesan yang boleh digunakan untuk bentuk Kesan / Kepentingan – agar mesej yang disampaikan jelas dan sedap merdu didengar. Kesan / Kepentingan agar - mengindahkan lagi irama dan bunyi. Kesan / Kepentingan agar – memerdukan intonansi dan bunyi. Kesan: Untuk menimbulkan kemerduan bunyi /agar dapat menimbulkan keserasian bunyi dan makna./agar meningkatkan nilai estatika dari segi bunyi dan rima. Bentuk / Struktur / Teknik Penulisan Lengkap Dan Boleh Diguna Pakai Untuk Semua Jenis Puisi -Cuma Yang Berbezanya Ayat anlisis Dan Contoh Yang Diberi. Ini Untuk Pantun Budi Dari segi rangkap . Pantun di atas ialah pantun empat baris serangkap ( quatrain ) atau pantun empat kerat yang terbina dalam baris-baris yang sejajar dan berpasangan. Kesan / Kepentingan / fungsinya agar mesej yang disampaikan jelas dan sedap merdu didengar. Contoh Pisang emas dibawa belayar, B1 Masak sebiji di atas peti, B2 Hutang emas boleh dibayar, B3 Hutang budi dibawa mati. B4 Jumlah patah perkataan. Pantun budi memiliki 4 hingga 5 patah perkataan seperti yang ditetapkan dalam puisi terikat. Kesan / Kepentingan / fungsinya agar meningkatkan nilai estatika dari segi bunyi dan rima. Contoh baris yang mengandungi 4 patah perkataan terdapat dalam rangkap 1 baris 1, manakala baris yang mengandungi 5 patah perkataan terdapat dalam rangkap ke tiga baris ke dua seperti di bawah:- Pisang emas dibawa belayar, 4 p.p (R1, B1) Sampan kolek mudik ke tanjung, 5 p.p (R3, B2) Suku kata dalam baris. Setiap baris pantun budi mengandungi kata dasar empat hingga lima patah perkataan, dengan jumlah suku kata antara sembilan hingga sepuluh suku kata dalam sebaris. Kesan/Kepentingan/fungsi adalah untuk dapat menimbulkan kemerduan dan keserasian bunyi. Contoh:- Pi/sang/ e/mas /di/ba/wa/ be/la/yar/, 10 suku kata Hu/tang/ e/mas /bo/leh /di/ba/yar/, 09 suku kata Rima akhir. Mempunyai skema rima hujung yang tetap iaitu a-b,a-b . Bagi pantun empat kerat ini bunyi rima akhir baris pertama sama dengan baris ketiga dan rima akhir baris kedua sama dengan baris keempat. Kesan / Kepentingan / fungsi adalah untuk menimbulkan kemerduan irama dan bunyi. Hal ini dapat dilihat seperti di bawah :- Pisang emas dibawa belayar, a Masak sebiji di atas peti, b Hutang emas boleh dibayar, a Hutang budi dibawa mati. b
19 Dari segi jeda. Terdapat hentian sejenak / jeda di antara dua perkataan dalam sebaris seperti yang ditunjukkan di bawah. Kesannya adalah untuk menimbulkan kelembutan dan kesamaan bunyi dalam puisi. Pisang emas /dibawa belayar, Masak sebiji /di atas peti, Hutang emas/ boleh dibayar, Hutang budi /dibawa mati. Ia mempunyai pembayang dan maksud. Setiap stanza atau rangkap pantun mempunyai 2 baris yang pertama adalah pembayang (sampiran) seperti contoh di bawah. Kesannya/ Fungsinya adalah untuk…… Pisang emas dibawa belayar, Masak sebiji di atas peti, dan 2 baris yang kedua adalah maksud. Contohnya, Hutang emas boleh dibayar, Hutang budi dibawa mati. SOALAN DAN CARA JAWAB UNTUK ESTATIKA BAHASA, GAYA BAHASA 1. Huraikan gaya bahasa dan kesan estatikanya. 2. Ulaskan unsur perulangan dan kesan kepda nilai estatikanya. 3. Huraikan estatika bahasa yang terdapat dalam puisi di atas dan berikan fungsinya 4. Huraikan gaya bahasa perbandingan yang dapat menimbulkan kesan estatika.
20 Untuk jawab gaya bahasa / estatika bahasa wajib ada 1. Fakta, 2. huraian / ulasan, 3. Kesan wajib ada untuk menggambarkan puitis/estatika 4. Contoh puisi Contoh Menjawab Gaya bahasa / Nilai estatika Pengulangan bunyi huruf konsonan dalam baris tertentu. Pengulangan bunyi ini dikenali juga sebagai aliterasi. Menerusi puisi di atas, penyair mengulangi bunyi konsonan “n” sebanyak 5 kali. Kesannya ialah ia dapat menyedapkan sebutan pada ayat yang digunakan. Contoh :- Hancur badan dikandung tanah, Pengulangan kata diawal baris. Dikenali sebagai Anafora. Dikenali juga sebagai anafora. Perulangan ini menimbulkan penegasan maksud yang cuba disampaikan oleh pengarang selain puitis Kesannya ialah ia dapat menimbulkan kekerasan dan kelantangan bunyi menyampaikan maksud . Contoh dapat dilihat pada rangkap pertama baris ketiga dan keempat. Contoh Hutang emas boleh dibayar, Hutang budi dibawa mati. Pengulangan bunyi bunyi huruf vokal . Perulangan bunyi huruf vokal “a” diulang sebanyak 4 kali. Pengulangan bunyi ini dikenali juga sebagai asonansi. Pengulangan bunyi ini dapat menimbulkan bunyi yang seragam kerana keseragaman vokal dapat menggalakkan kesan pengucapan yang puitis dan menimbulkan kelembutan irama. Contohnya Masak sebiji di atas peti, (R1, B2) “a” diulang 4 kali Inversi. Inversi bermaksud pembalikan kata yang berlaku di dalam hukum BM. “Hancur badan” sepatutnya mengikut hukum DM ( diterangkan dan menerangkan), sepatutnya dikatakan “badan hancur”. Kesannya adalah untuk menimbulkan kelainan penyebutan dan pengucapan bunyi. Contoh dalam rangkap 2 baris 3: Hancur badan dikandung tanah Diksi-diksinya tepat dan indah iaitu menggunakan unsur alam. Pada baris pertama perkataan “Pulau Pandan”, dan “tengah” mempunyai hampir persamaan bunyi dengan perkataan “badan” dan “tanah” pada baris ketiga. Perkataan “Gunung Daik” dan “tiga” pula mempunyai hampir persamaan bunyi dengan “budi baik” dan ‘juga” pada baris keempat. Hal ini menimbulkan bunyi-bunyi dan rima yang sangat indah dan puitis. Contoh Pulau Pandan jauh ke tengah, Gunung Daik bercabang tiga, CONTOH ULASAN FAKTA HURAIAN KESAN
21 SOALAN DAN CARA JAWAB UNTUK UNSUR BUNYI / RIMA / RITMA (SEMUA YANG ADA KAITAN DENGAN BUNYI) 1. Huraikan unsur bunyi yang terdapat dalam puisi tersebut 2. Huraikan rima / ritma yang ada pada puisi dan berikan fungsinya Untuk jawab unsur bunyi/ rima / ritma wajib ada. Unsur bunyi boleh jadi fakta gaya bahasa. 1. Fakta, 2. huraian / ulasan, 3. Kesan 4. Contoh puisi Unsur Bunyi yang ada pada semua puisi ialah 1. Pengulangan bunyi huruf vokal (Asonansi) 2. Pengulangan bunyi huruf konsonan (Aliterasi) 3. Rima akhir 4. Jeda 5. Samarima (sama bunyi di tengah dan diakhir) Pengulangan bunyi huruf konsonan dalam baris tertentu atau dikenali sebagai aliterasi. Kesannya ialah ia dapat menimbulkan kelembutan @ kemerduan bunyi perkataan dan sekali gus ayat yang digunakan. Contoh dalam baris 3, pengulangan bunyi konsonan “n” sebanyak 4 kali seperti yang terdapat dibawah:- Hancur badan dikandung tanah, Rima akhir. Mempunyai skema rima hujung yang tetap iaitu a-b,a-b . Bagi pantun empat kerat ini bunyi rima akhir baris pertama sama dengan baris ketiga dan rima akhir baris kedua sama dengan baris keempat. Kesan / Kepentingan / fungsi adalah untuk menimbulkan kemerduan irama dan bunyi. Hal ini dapat dilihat seperti di bawah :- Pisang emas dibawa belayar, a Masak sebiji di atas peti, b Hutang emas boleh dibayar, a Hutang budi dibawa mati. b Dari segi jeda. Terdapat hentian sejenak / jeda di antara dua perkataan dalam sebaris seperti yang ditunjukkan di bawah. Kesannya / Fungsinya adalah untuk meningkatkan nilai estatika melalui intinansi bunyi yang dihasilkan. Pisang emas /dibawa belayar, Masak sebiji /di atas peti, Hutang emas/ boleh dibayar, Hutang budi /dibawa mati.
22 SOALAN DAN CARA JAWAB UNTUK PERANAN / FUNGSI / KEPENTINGAN 1. Huraikan peranan / fungsi puisi tersebut 2. Huraikan kepentingan puisi pada masyarakat Untuk jawab unsur bunyi/ rima / ritma wajib ada 1. Fakta, 2. huraian / ulasan / Bincangkan 3. Kesan jika perlu dan boleh dijadikan sebagai kesimpulan kecil 4. Contoh puisi Contoh Menjawab Peranan / Fungsi / Kepentingan dan kedudukan pantun dalam masyarakat Melayu *Fakta yang berwarna hijau lumut ini lebih sesuai untuk kepentingan puisi. Kepentingan puisi ini kita lihat pada pemikiran yang disampaikan Pantun berperanan sebagai alat didaktik/pengajaran , iai tu memberikan panduan, pengajaran, tunjuk ajar dan sindiran atau kritikan secara halus kepada khalayak. Pantun juga berperanan sebagai gambaran masyarakat dari segi politik, ekonomi dan sosial. Dalam pantun banyak terselit mesej, sama ada berupa nasihat dan pandangan yang menyentuh ketiga-tiga aspek tersebut. Walaupun ringkas, nilai pengajaran dan pandangan yang diberikan kental dan padat. Sindiran dan kiasan yang diluahkan melalui pantun begitu tepat, tetapi sangat sopan. Sebagai contoh , melalui pantun budi khalayak beroleh panduan tentang keperluan aspek budi dalam lapangan kehidupan. Isinya yang berperanan sebagai nasihat itu senang diterima kerana kalimatnya disampaikan dalam bentuk puitis dan indah sekali. Hati terkenang , mulut menyebut Budi yang baik rasa nak junjung CONTOH FAKTA KESAN HURAIAN ULASAN
23 Contoh menghuraikan fakta sama Pengajaran / Didaktik. Seterusnya pantun tersebut mengajar manusia supaya mengamalkan perbuatan menolong orang lain atau dengan kata lain berbudi kepada rakan. Ajaran mulia ini mampu diterapkan andai seseorang itu memahami maksud pantun di atas. Malah ia juga akan mendorong khalayak mengamalkan budaya tolong menolong kerana amalan mulia akan menjadi bekal ketika kita sudah meninggal dunia. Pantun memang penting dan bertindak sebagai hiburan dalam kehidupan masyarakat Melayu. Menurut Harun Mat Piah pantun berfungsi sebagai hiburan dalam kehidupan masyarakat Melayu dan pantun bergantung kepada keseluruhan aktiviti kehidupan masyarakat Melayu seperti upacara keraian, ulit mayang dan uapcara keagamaan, perubatan dan majlis-majlis rasmi. Malah adakalanya pantun dinyanyikan atau dilagukan untuk tujuan bergurau senda, bermain-main, usik-mengusik, dan menghibur hati. Menerusi puisi ( bagi puisi) yang dikaji, jelas menunjukkan penggunaan kata-kata yang menghiburkan seperti…………… Sambil memberi nasihat, pantun ini dilagukan agar menjadi lebih menarik dan semua golongan terhibur mendengarnya. Contohnya, Pisang emas dibawa belayar, a Masak sebiji di atas peti, b Hutang emas boleh dibayar, a Hutang budi dibawa mati. b Contoh menghuraikan fakta sama Hiburan. Kadangkala pantun di atas boleh digunakan ketika melagukan sesuatu irama yang diiringi dengan bunyi-bunyian seperti gendang dan tiupan serunai. Selain memberi nasihat, pada masa yang sama mampu menghibur khalayak melalui keindahan susunan kata dan maksud puisi. Komunikasi. Pantun di atas boleh digunakan ketika berucap di hadapan khalayak ramai. Biasanya sebagai bahasa pengucapan para pemimpin masyarakat. Pantun di atas mampu menyampaikan mesej yang berguna kepada pendengarnya. Pendengar akan faham permintaan dan harapan seseorang pengucap pantun. Malah pantun itu mampu mengungkapkan rasa terima kasih yang tidak terhingga kepada orang yang telah “berbudi”. Nasihat dan tunjuk ajar. Pantun di atas mampu memberikan nasihat kepada seseorang untuk melakukan kebaikan dengan berbudi kepada orang lain. Malah ia juga menasihatkan seseorang yang telah menerima budi agar sentiasa mengenang dan menyanjung pihak yang telah berbudi kepada dirinya. Gambaran masyarakat (word-view masyarakat yang mendukungnya). Gambaran amalan berbudi dapat dilihat dalam kegiatan harian masyarakat melayu. Mereka menjadikan budaya tolong menolong sebagai amalan hidup seharian kerana ahli masyarakat saling bergantung antara satu sama lain. Hidup yang serba kekurangan akan mendorong individu supaya perihatin akan kesusahan ahli masyarakat yang ada di sekitar mereka. Motivasi supaya berkelakuan baik. Pantun di atas boleh menjadi pendorong seseorang supaya berbudi kepada orang lain. Dorongan ini wujud kerana masyarakat melayu sangat menghargai jasa orang lain. Malah balasan orang berbudi akan di bawa setelah seseorang itu meninggal dunia. Bagi mereka yang menerima budi pula akan cuba menolong rakan yang lain pada waktu yang sesuai.
24 Penerapan Nilai Budaya seperti bersopan santun. Gaya bahasa pantun yang menarik sebenarnya menggalakkan seseorang menasihat dan menyampaian mesej secara bersopan santun. Keindahan penggunaan pembayang maksud yang menarik dan disertai dengan mesej pantun tentunya akan menjurus seseorang yang mendengar pantun rasa terdorong untuk berbudi dan menghargai budi orang lain. Alat komunikasi dalam adat istiadat. Penggunaan pantun di atas sangat sesuai digunakan dalam majlismajlis tertentu dan ketika menjalankan adat istiadat. Orang melayu sangat mementingkan pengucapan yang tersusun untuk menyampaikan hasrat dan meluahkan perasaan mereka. Mengingatkan manusia/masyarakat supaya menghargai jasa. Mendidik masyarakat supaya melakukan perkara-perkara yang positif/baik seperti berbudi kepada orang. Pandangan sarwajagat terhadap puisi masyarakat melayu tradisional Contoh Menjawab Pandangan Sarwajagat (Cara jawab sama macam kepentingan) 1. Masyarakat Melayu yang kreatif dan tajam akal fikiran. 2. Memberi gambaran “world-view” bangsa Melayu / adat istiadat masyarakat Melayu 3. Masyarakat Melayu memiliki nilai adab dan sopan santun yang tinggi (Fakta yang umum dan boleh diguna untuk semua puisi. Fakta khusus mengikut puisi seperti di bawah) 4. Masyarakat Melayu yang suka menabur budi dan menghargai budi (ikut puisi yang dikaji) 5. Menunjukkan adab masyarakat Melayu yang menyangjungi tinggi orang yang berbudi / berjasa. 6. Masyarakat Melayu mahir dalam ilmu pelayaran
25 Kesan puisi itu kepada diri anda. (Macam cara jawab pengajaran) 1. Kesan puisi ke atas diri ialah kita perlu menghargai dan bersyukur atas jasa yang telah ditaburkan. Jasa tersebut akan dikenang sehingga mati. 2. Kita hendaklah bersikap murah hati dan sedia membantu orang lain. Kita ditengah bersikap angkuh, sombong dan tamak terhadap mereka yang memerlukan bantuan. 3. Kita mestilah merendah diri terhadap segala yang pernah kita peroleh atau terhadap apa yang telah kita lakukan. Jangan bersikap mengungkit-ungkit terhadap sebarang bentuk bantuan yang pernah diberikan. 4. Puisi di atas memberi galakkan kepada saya untuk mengenang budi orang lain yang pernah berbudi kepada saya. 5. Puisi diatas memberi galakan kepada saya melakukan kebaikan atau berbudi kepada sesiapa juga yang memerlukan pertolongan. 6. Mendorong saya menghargai dan menynjung tinggi terhadap orang yang banyak berbudi. 7. Mendorong saya untuk menjadikan satu amalan dalam kehidupan seharian. SOALAN DAN CARA JAWAB UNTUK ESTATIKA (UNSUR KEINDAHAN / PUITIS) *Unsur keindahan / estatik / estatika ini ada pada 1. Estatika bentuk 2. Estatika bahasa 3. Estatika daripada isi yang cuba disampaikan 4. Estatika nada (bunyi yang ada dalam puisi, bukan nada romantis dll / bunyi / ritma Jadi kalau soalan tanya secara umum tentang estatika, maka keempat fakta di atas menjadi fakta dalam jawapan. Tapi boleh diberi fakta bentuk, fakta bahasa lebih. Tapi kalau soalan tanya menjurus estatika bahasa contohnya, maka jawapannya adalah berkait dengan gaya bahasa dan kesannya. 1. Huraikan nilai estatika / estatik dan kesannya yang terdapat dalam puisi di atas 2. Ulaskan nilai puitis / kesan puitis / keindahan yang ada pada puisi Untuk jawab nilai estatika secara umum wajib ada 1. Fakta, Bentuk 2 Gaya bahasa 2 Nada/Rima atau pemikiran 1 Jangan bagi semua bentuk atau semua gaya bahasa. Soalan bukan tanya estatika bentuk atau estatika bahasa. 2. huraian / ulasan / Bincangkan 3. Kesan/ Fungsi wajib ada untuk menimbulkan kesan puitis 4. Contoh puisi
26 Contoh Menjawab Estetik / Keistimewaan Puisi. Estatika bahasa melalui Pengulangan kata diawal baris yang ada dalam puis. Dikenali sebagai Anafora. Perulangan kata “hutang” yang diulang berkali-kali dapat menimbulkan penegasan maksud yang cuba disampaikan oleh pengarang. Ia juga dapat menimbulkan kesan yang puitis kepada pendengar. Contoh dapat dilihat pada rangkap pertama baris ketiga dan keempat. Contoh Hutang emas boleh dibayar, Hutang budi dibawa mati. Estatika rima / nada /bunyi dapat dilihat pada perulangan bunyi huruf vokal. Perulangan bunyi huruf vokal “a” diulang sebanyak 4 kali. Pengulangan bunyi ini dikenali juga sebagai asonansi. Pengulangan bunyi ini dapat menimbulkan bunyi yang seragam kerana keseragaman vokal menggalakkan kesan pengucapan yang puitis dan menimbulkan kelembutan irama. Dengan ini puisi ini akan sedap di dengan. Contohnya Masak sebiji di atas peti, (R1, B2) “a” diulang 4 kali Estatika bentuk dapat dilihat pada jumlah perkataan yang setara seperti yang ditetapkan dalam puisi terikat. Pantun budi memiliki 4 hingga 5 patah perkataan seperti yang ditetapkan dalam puisi terikat menjadikan puisi ini mempunyai intonansi yang indah dan menarik. Contoh baris yang mewakili 4 patah perkataan terdapat dalam rangkap satu baris satu, manakala baris yang mengandungi 5 patah perkataan terdapat dalam rangkap satu baris ke dua seperti di bawah. Kesannya adalah untuk menimbulkan keseragaman bunyi agar sedap didengar. Pisang emas dibawa belayar, 4 p.p Masak sebiji di atas peti, 4 p.p Hutang emas boleh dibayar, 4 p.p Hutang budi dibawa mati. 4 p.p (R1) Estatika bentuk yang dapat dilihat melalui rima akhir. Pantun ini mempunyai skema rima hujung yang tetap iaitu a-b,a-b . Bagi pantun empat kerat ini bunyi rima akhir baris pertama sama dengan baris ketiga dan rima akhir baris kedua sama dengan baris keempat. Kesan / Kepentingan / fungsi adalah untuk menimbulkan kemerduan irama dan bunyi. Hal ini dapat dilihat seperti di bawah :- Pisang emas dibawa belayar, a Masak sebiji di atas peti, b Hutang emas boleh dibayar, a Hutang budi dibawa mati. b Keindahan maksud yang cuba disampaikan oleh penyair iaitu menghargai jasa orang yang berbudi. Penyair cuba menekankan tentang konsep menghargai jasa orang yang berbudi dengan bahasa yang puitis dan indah. Khalayak akan rasa dihargai dan sentiasa bersetuju. Cara penyampaian maksud puisi ini membolehkan seseorang menerima baik nasihat, saranan dan permintaan penutur pantun. Tidak wujud rasa kecil hati dan rendah diri kerana nilai pantun ini begitu lembut ketika menyatakan tujuan pengucapan. Kefahaman terhadap maksud dapat dirasa sehingga ke dalam sanubari hati pendengar. FAKTA ULASAN HURAIAN CONTOH KESAN /K.KECIL
27 Tenang–tenang air di laut, Sampan kolek mudik ke tanjung, Hati terkenang mulu menyebut, Budi baik rasa nak junjung. Keindahan juga dapat dilihat menerusi peranan puisi iaitu sebagai alat berkomunikasi. Atau boleh menggunakan fakta seperti 1. Perulangan bunyi huruf vokal. Hurai bagi nampak nilai estatika. Bagi kesan/ /fungsi dan contoh macam di atass 2. Patah perkataan. Contoh Menjawab Intuisi (khusus untuk sajak) Gabungan nada dan mesej pengarang untuk fakta. Contoh Penyajak dengan perasaan benci dan pilu menekankan bahawa peperangan hanya akan membawa kepada kemusnahkan. Kesan peperangan amat menyakitkan dan meruntun hati nurani. Sesungguhnya peperangan akan memusnahkan warisan dan tamadun manusia seperti kubu, bangunan, muzium, geleri, dan universiti. Kubu, bangunan, muzium, geleri, dan universiti merupakan warisan dan tamadun manusia yang melahirkannya. Ia adalah lambang jati diri, dan tempat menyimpan khazanah ketamadunan bangsa. Sehubungan dengan itu kita sewajarnya mengelakkan perang dari meletus kerana ia akan memusnahkan segala-galanya. Apabila kita dapat mengelakkan dari berlakunya peperangan, maka segala warisan yang kita tinggalkan kepada anak cucu kita akan dapat dikekalkan atau dipertahankan. Ianya akan akan menjadi khazanah yang amat bernilai dikemudian hari. Contohnya, Perang akan memusnahkan kubu, bangunan, muzium, galeri dan universiti
28 BAB 1 PUISI TRADISIONAL PANTUN Pantun yang dikatakan khazanah Melayu asli yang tertua dan paling popular. Pantun membawa maksud bentuk yang cukup tersusun, sopan, teratur, bersistematik dalam usaha melahirkan sesuatu maksud, pemikiran, idea dan gagasan. Ia berasal daripada perkataan nusantara seperti tun( Sunda), tuntun (Pampanga),tonton (Tagalog), atuntun (Jawa Kuno) . Pantun bersifat terikat. Ia digunakan sebagai hiburan, memberi nasihat dan pengajaran secara halus tanpa menyinggung perasaan seseorang, dalam adat, keagamaan dan majlis tertentu. Ia juga menjadi alat komunikasi dan cerminan masyarakat setempat dan bersifat universal. Pantun dapat dilihat melalui dua aspek iaitu dalaman dan luaran. Aspek dalaman dapat dilihat menerusi nilai estatik yang berkaitan dengan penggunaan lambang-lambang tertentu. Manakala makna atau maksud pantun pula akan disampaikan mengikut kategori pantun seperti pantun kanak-kanak untuk memberi nasihat dan panduan kepada kanak-kanak. Penjenisan pantun berdasarkan bentuk dan strukturnya yang tetap. Setiap barisnya mempunyai antara lapan hingga sepuluh suku kata yang sesuai dengan pernafasan normal, dan mempunyai antara empat hingga lima perkataan. Setiap pantun mempunyai rangkap-rangkap yang berlainan. Maksudnya berdiri sendiri (kecuali pantun berkait), dan setiap rangkap membawa persoalan yang sempurna. Contohnya: Kuplet pembayang /sampiran Sapu tangan berkaki merah, kakinya diletak dalam perahu, Kuplet maksud Luka di tangan berdarah merah, Luka di hati tak dapat nak tahu. Oleh itu, istilah-istilah yang merujuk kepada jenis-jenis pantun, seperti “pantun kanak-kanak”, “pantun kasih-sayang”, “pantun budi” dan sebagainya bukanlah tergolong sebagai jenis tetapi lebih jelas sebagai pengelasan tema yang boleh berubah-ubah menurut tafsiran dan penumpuan pengkaji. Bagi setiap baris pantun ada jeda di dalamnya. Pantun-pantun ini memiliki gaya bahasa dan lambang yang sesuai dengan norma dan nilai masyarakat setempat. Terdapat juga pantun-pantun yang pembayangnya mempunyai hubungan dengan maksudnya. Pantun sebagai milik semua lapisan masyarakat, mampu membawa berbagai-bagai tema, persoalan dan mesej. Contohnya: Pantun Budi Bunga Cina di atas batu, Jatuh daunnya ke dalam ruang, Adat dunia memang begitu, Sebab emas budi terbuang.
29 Kedudukan / Fungsi / Peranan pantun dalam masyarakat tradisional Pantun memang penting dalam kehidupan masyarakat Melayu. Menurut Harun Mat Piah pantun berfungsi sebagai hiburan dalam kehidupan masyarakat Melayu dan pantun sering digunakan dalam aktiviti kehidupan masyarakat Melayu seperti upacara keraian, ulit mayang dan upacara keagamaan dan perubatan. Kedudukan pantun dalam masyarakat Melayu Tradisional adalah seperti berikut :- 1. Hak milik Melayu asli / tulen berbanding syair yang merupakan puisi saduran dari Arab, seloka dari India dan Rubai dari Parsi. Puisi Melayu tertua, buktinya terdapat dalam Sejarah Melayu ceritera ke – 27 –Shellabear, halaman 176 – 178 dan beberapa karya yang lain. 2. Ia juga dianggap sebagai alat untuk mendapat gambaran masyarakat, minda dan pemikiran masyarakat Melayu, world-view, harapan, cita-cita, daya estetik dan perspektif mereka seluruhnya. Suasana masyarakat yang rapat dengan pantun menjadikan pantun senang digunakan dan disukai ramai. Pantun menjadi sebahagian daipada asam garam kehidupan masyarakat Melayu. Pantun sering digunakan dalam majlis-majlis tertentu dan ucapan untuk menyampaikan sesuatu dalam masyarakat Melayu lama. Contoh Anak dara pergi ke judah, Sampai di judah berperi-peri; Menjual suara bukannya mudah, Hendak mencari nafkah sendiri. (Pantun 4 kerat) Atau Sang kancil binatang liar Liar lagi si anak rusa Rusa ditembak pegawal raja Lalu dibawa ke dalam kota Waktu kecil tak mahu belajar Semasa muda membuang masa Sudah dewasa malas bekerja Bila dah tua hidup menderita (Pantun 8 kerat) 3. Sebagai alat menguji ketajaman akal dan kehalusan perasaan. Puisi seperti pantun teka-teki, pantun peribahasa dan pantun yang terdapat dalam puisi adat atau teromba dizahirkan dengan kepelbagaian bentuk, ada yang selapis, berkait dua kerat, empat kerat, lapan kerat dan seterusnya. Berbanding dengan puisi lain, pantun popular di semua lapisan masyarakat. Ianya terkenal dalam kalangan orang tua, remaja dan kanak-kanak. Pantun seperti pantun teka-teki, peribahasa dan adat mampu menguji ketajaman akal dan menyentuh perasaan masyarakat. Di sebalik penggunaan kata-kata yang puitis, tersirat maksud dan makna yang ingin disampaikan. Contoh Laksamana berbaju besi Masuk ke hutan melanda-landa Hukum berdiri dengan saksi Adat berdiri dengan tanda. 4. Pantun juga bersifat komunikatif. Digunakan dalam aktiviti masyarakat seperti dalam kegiatan seni, keagamaan, dan adat istiadat. Contoh pantun digunakan dalam adat meminang. Pancaran nilai budaya Melayu lebih terserlah di dalam pantun, berbanding dengan puisi yang lain. Pantun juga boleh digunakan sebagai alat komunikasi yang bertaraf tinggi seperti dalam upacara adat seperti adat meminang. Pantun yang dilafazkan dalam upacara ini menjadi salah satu bentuk komunikasi orang Melayu yang begitu bersopan kerana orang Melayu tidak akan berkomunikasi
30 secara terang-terangan kerana dikhuatiri akan menyinggung perasaan orang yang dilawan berkomunikasi. Contoh Berkokok ayam dari hulu, Ditangkap budak sedang berlari; Angin memukul gelombang memalu, Sebab berhajat kita ke mari. 6. Pantun memainkan peranan sebagai penyampai maksud atau curahan rasa hati, terutama di kalangan orang-orang muda yang sedangkan berkasih-kasihan. Contohnya melalui pantun kasih. Setiap kata yang bakal disampaikan akan disusun dengan penuh indah dan menarik hati orang yang akan dilawan berbicara. Pantun dalam jenis ini sungguh mengasyikkan. Contoh:- Kalau tuan mudik ke hulu Belikan saya bunga kemboja Kalau tuan mati dahulu Nantikan saya di pintu syurga 7. Seterusnya, sebagai alat komunikasi untuk menyampaikan isi hati dan hajat, seperti sanjungan, pemujaan dan ucapan selamat kepada seseorang dalam sesuatu upacara atau majlis rasmi. Pantun disisipkan juga dalam sebarang ucapan, sama ada sebagai memulakan ucapan atau sebagai penutup sesuatu ucapan. Isi pantun pada bahagian pembukaan dilukiskan sebagai kata alu-aluan atau penghargaan, sama ada kepada pendengar atau kepada penganjur. Pada bahagian penutupnya pula, isinya biasa berkisar tentang harapan, puji-pujian, kemaafan dan sebagainya seperti yang terlihat pada pantun dibawah:- Kalau ada sumur di ladang, Boleh kita menumpang mandi; Kalau ada umur pamjamg, Boleh kita berjumpa lagi. 8. Sebagai alat hiburan. Pantun memainkan peranan yang penting dalam kehidupan masyarakat Melayu tradisional. Peranan pantun antara lain adalah sebagai alat hiburan, malah dinyanyikan atau dilagukan untuk tujuan bergurau senda, bermain-main, usik-mengusik, dan menghibur hati. Pantun juga berfungsi sebagai alat hiburan dan jenaka serta gurau senda bagi memeriahkan majlis atau penghibur setelah penat bekerja dan melakukan aktiviti harian. Antara pantun yang popular termasuklah pantun jenaka, pantun dua kerat dan pantun teka-teki. Contohnya, Yang kurik kundi, Yang Merah saga Yang baik budi , yang Indah bahasa Atau Ambil segulung rotan sega, Sudah diambil mari diurut; Duduk termenung harimau tua, Melihat kambing mencabut janggut.
31 Unsur-unsur hiburan jelas disisipkan ke dalam baris ke tiga dan empat agar pendengar berasa terhibur. Ibu-ibu yang menidurkan anak selalunya menyanyikan lagu yang menggambarkan bentuk pantun. Anaknya mungkin dibuai oleh lagu-lagu merdu yang mengandungi rima-rima yang menarik hasil daripada kepandaian manusia mencipta puisi. Tanpa puisi tersebut, hambarlah kehidupan masyarakat yang dahagakan hiburan dan sumber-sumber seni yang lain yang dipancarkan oleh pantun. Buai tinggi-tinggi Sampai cucur atap Belum tumbuh gigi Sudah pandai baca kitab 9. Selain itu ia juga bertindak sebagai alat pendidikan dan sindiran secara halus kepada golongan tertentu. Pantun juga berperanan sebagai gambaran masyarakat dari segi politik, ekonomi dan sosial. Dalam pantun banyak terselit mesej, sama ada berupa nasihat dan pandangan yang menyentuh ketiga-tiga aspek tersebut. Walaupun ringkas, nasihat dan pandangan yang diberikan kental dan padat. Sindiran dan kiasan yang diluahkan melalui pantun begitu tepat, tetapi sangat sopan. Gendang gendut tali kecapi Kenyang perut senang hati 10. Akhir sekali, pantun berperanan sebagai alat didaktik, iaitu memberikan panduan, nasihat, tunjuk ajar dan sindiran atau kritikan kepada khalayak. Sebagai contoh, melalui pantun budi khalayak beroleh panduan tentang keperluan aspek budi dalam lapangan kehidupan. Isinya yang berperanan sebagai nasihat itu senang diterima kerana kalimatnya disampaikan dalam bentuk puitis dan indah sekali. Tenang-tenang air di laut Sampan kolek mudik ke tanjung Hati terkenang , mulut menyebut Budi yang baik rasa nak junjung Atau Baik-baik mengail tenggiri Takut terkena ikan parang Baik-baik merendah diri Jangan menjadi hamba orang. Tegasnya di sini pantun menggambarkan cara berfikir dan nilai-nilai masyarakat Melayu tradisi. Melalui pantun orang Melayu mengeluarkan rasa hati dan keluhan jiwa, seperti dalam bentuk kasih sayang, cinta, suka duka, sindir menyindir dan berbagai-bagai perasaan hati mereka yang diungkapkan dalam bahasa yang indah dan menarik. Dalam pantun juga kita akan dapat melihat akan keindahan atau estetik masyarakat Melayu itu sendiri kerana sikap orang Melayu yang tidak suka bercakap secara berterus terang. Misalnya melalui pantun kias ibarat. Melalui pantun seperti ini orang Melayu sendiri telah dilatih supaya berfikir secara tinggi. Orang yang tidak boleh berfikir secara mendalam sudah pasti tidak akan dapat mengesan maksud yang disampaikan
32 Ciri-ciri puisi termasuk ( bentuk / teknik penulisan / pemikiran / gaya bahasa / peranan) Semua yang kita analisis itu adalah ciri-ciri bukan terhad kepada bentuk sahaja. Pantun dapat dilihat melalui dua aspek iaitu dalaman dan luaran. Aspek dalaman berkaitan dengan tema dan persoalan, manakala aspek luaran dapat dilihat melalui struktur dan ciri-ciri visualnya. Tema dan persoalan pantun boleh dikelaskan kepada babarapa bahagian seperti pantun kanak-kanak, pantun nasihat, pantun budi dan pantun naratif. Dari aspek strukturnya (bentuk / teknik penulisan), pantun terdiri dari puisi terikat : 1. Pantun mempunyai rangkap-rangkap yang berasingan. Setiap rangkapnya terbina daripada baris-baris yang sejajar dan berpasangan seperti 2,4,6 sehingga 16. Rangkap pantun yang paling umum ialah yang mempunyai empat baris serangkap. Pembentukan rangkap berdasarkan baris ini telah menjeniskan pantun Melayu iaitu pantun dua kerat (pameo/kilat), pantun empat, pantun enam kerat dan seterusnya hingga ke pantun enam belas kerat.Terdapat juga pantun yang wujud secara berkait yang dinamakan pantun berkait dan biasanya dalam bentuk empat kerat. 2. Setiap baris mengandungi kata dasar antara empat hingga lima patah perkataan, dengan jumlah suku kata antara lapan hingga dua belas. Yang biasanya ialah lapan hingga sepuluh suku kata dalam sebaris. 3. Pembayang maksud dan maksud. Pantun mempunyai pembayang maksud dan maksud. Setiap stanza atau rangkap pantun mempunyai unit atau kuplet iaitu unit atau kuplet pembayang atau sampiran (separuh jumlah baris pertama) dan unit maksud (separuh jumlah baris bahagian kedua). Dengan kata lain 2 baris yang pertama adalah pembayang ( sampiran ) dan 2 baris yang kedua adalah maksud. 4. Mempunyai skema rima hujung yang tetap iaitu a-b,a-b bagi pantun empat kerat iaitu bunyi rima akhir baris pertama sama dengan baris ketiga dan rima akhir baris kedua sama dengan baris keempat, a-b-c, a-b-c bagi pantun enam kerat (dan seterusnya), dan a-a bagi pantun dua kerat. Menurut Abdul Halim dalam kertas kerja “Pemantapan Pantun” terdapat satu lagi bentuk iaitu “Pantun Samarima”. Pantun Samarima ini bermaksud rimanya yang sama untuk semua perkataan yang sejajar dan sepasang dengannya. Contoh:- Perulangan rima pada setiap perkataan dalam pasangan iaitu baris 1 dan 3, baris 2 dan 4 Buah langsat kuning mencelah, Senduduk tidak berbunga lagi; Sudah dapat gading bertuah, Tanduk tidak berguna lagi. 5. Setiap rangkap pantun merupakan satu keseluruhan, iaitu mengandungi satu fikiran yang bulat dan lengkap yang dapat dikesan melalui maksud pantun dalam rangkap tersebut. Contoh huraian : Buah langsat kuning mencelah, Senduduk tidak berbuah lagi; Sudah dapat gading bertuah, Tanduk tidak berguna lagi.
33 Dari aspek visual (dalaman pantun) : 1. Penggunaan lambang-lambang tertentu yang terdapat dalam pantun mengikut tanggapan dan pandangan dunia masyarakat Melayu 2. Hubungan makna antara pasangan pembayang dengan pasangan maksud sama ada secara konkrit atau abstrak. Wujudnya pembayang dan maksud yang tiada dalam puisi yang lain. Pembayang atau sampiran yang digunakan lebih kepada unsur-unsur alam dan persekitaran orang yang menciptanya. Contoh jika berada di laut, pembayang yang digunakan berkisar tentang ombak, pulau, laut, ikan dan sampan. Menurut Zaaba ia dianggap sebagai kulit pantun sebagai persediaan untuk orang mendengar isi yang ingin disampaikan. Maka di sini terpancarlah unsur-unsur falsafah kehidupan manusia yang diasionasikan dengan kehidupan haiwan dan tumbuh-tumbuhan serta fenomena alam yang lain. Kedua-dua baris ini Stanza kedua pula menerangkan maksud pantun dan mengandungi tema dan persoalan yang ingin disampaikan. Contoh pantun budi empat kerat. Pulau Pandan jauh ke tengah Gunung Daik bercabang tiga Hancur badan dikandung tanah Budi yang baik dikenang juga. 3. Rima di tengah atau jeda ditekankan di dalam pantun. Jeda ini juga tidak terdapat dalam puisi yang lain. Jeda bagi pembayang pertama sama dengan maksud pada bait yang ketiga manakala jeda di pembayang yang kedua sama dengan jeda di masud yang akhir. Hal ini adalah untuk menjadikan nilai pantun lebih indah dan kreatif. Contoh pantun kanak-kanak ini :- Buah cempedak di luar pagar Ambil galah tolong jolokkan Saya budak baru belajar Kalau salah tolong tunjukkan. 4. Boleh berdiri dengan sendiri, sedangkan syair misalnya perlukan perkaitan dengan rangkap-rangkap yang lain. Pantun terbentuk secara berpasangan, tetapi puisi-puisi lain tidak sedemikian. Ada pembayang dan maksud serta ada skima rima diakhir yang seirama iaitu a,b,a,b atau a,a,a,a. Jenis Pantun : Berdasarkan tiga aspek 1. Suduk Khalayak (penutur dan pendegar pantun) a. Pantun kanak-kanak. Pantun yang bermaksud nasihat terutamanya menyentuh alam pendidikan Contoh :- Buai laju-laju Sampai pucuk sena Apa dalam baju Sekuntum bunga cina
34 b. Pantun orang dewasa / orang muda. Pantun yang bertemakan kasih sayang, usik mengusik, kepahlawanan, adab resam, budi, nasihat dan sebagainya. Contoh :- Nasi lemak buah bidara Sayang selasih ,saya lurutkan Buang emak buang saudara Kerana kekasih saya turutkan Apa di harap padi seberang, Entah berderai entahkan tidak, Entah dimakan pipit melayang, Apa diharap kekasih orang, Entah bercerai entah tidak, Entah makin bertambah sayang. c. Pantun orang tua Pantun yang mengandungi maksud nasihat, kias ibarat, adat resam serta mengandungi nilai kemasyarakatan dan kebudayaan. Cahaya malam gilang gemilang, Kerana disinar bulan purnama; Gajah mati meninggalkan tulang, Manusia mati meninggalkan nama. 2. Sudut bentuk – berdasrkan jumlah dalam setiap rangkap. Mempunyai empat kumpulan : i. Pantun dua baris / dua kerat (pameo/pantun kilat) ii. Pantun empat baris / empat kerat (kuatren) iii. Pantun lebih empat baris ( 6 kerat – 16 kerat) iv. Pantun berkait / Pantun Berlapis. 3. Sudut Tema (sebelas tema) i. Pantun adat dan resam manusia ii. Pantun agama dan kepercayaan iii. Pantun budi iv. Pantun jenaka dan permainan v. Pantun teka-teki vi. Pantun kepahlawanan vii. Pantun nasihat dan pendidikan viii. Pantun peribahasa dan perbilangan ix. Pantun kias dan ibarat x. Pantun kembara dan perantauan xi. Pantun percintaan
35 Pantun Nasihat Jenis Puisi : Pantun 4 kerat Judul / Tajuk : Pantun Nasihat Tema Pantun ini bertemakan tentang amalan atau nasihat kepada golongan muda mudi tentang berakhlak mulia dan cara bagaimana adab apabila bergaul dan cara menyesuaikan diri dengan orang-orang yang berada disekeliling mereka. Contoh nasihat yang dapat dilihat ialah jangan terlalu mengikut hawa nafsu pada rangkap pertama dan jangan meninggi diri pada rangkap yang kedua seperti di bawah:- Burung tiung terbang tinggi, Burung merpati mencari sarang; Kalau sombong meninggi diri, Ke mana pergi dibenci orang. Ulasan Maksud / Pembayang dan Sampiran
36 Ulasan Pembayang / Sampiran Rangkap pertama pembayang pantun wujud pada baris pertama yang mengungkapkan ayat berkaitan kegiatan masyarakat melayu yang suka menanam pokok hiasan. Pokok tersebut menjadi hiasan kerana pokok bunga itu ditanam di dalam sebuah pasu. Kesesuaian pembayang ini dilihat dari aspek rima akhir baris pantun sahaja iaitu perkataan “pasu” dapat di sesuaikan dengan perkataan “nafsu”. Kesannya untuk menimbulkan keindahan pengucapan. Kita mungkin boleh menanam bunga di mana-mana tempat asalkan di atas tanah, tetapi mungkin kurang sesuai kerana ia mungkin tidak mampu menghias sesuatu tempat. Sedangkan menanam bunga di dalam sebuah pasu mampu menjadikan bunga yang ditanam itu menghiasa sesuatu tempat dan mudah alih sifatnya. Hal ini jelas dilihat pada rangkap___baris___seperti di bawah:- Tanam bunga di dalam pasu, Bunga melati bunga pandan; Rangkap kedua, pembayangnya ada dua baris. Kedua-dua baris memberikan senario kegiatan unggas iaitu burung tiong dan burung merpati. Kesesuaian burung tiong adalah mampu terbang tinggi sedangkan burung merpati lebih suka kepada kegiatan mencari sarang sahaja. Kegiatan burung tiong yang terbang tinggi mungkin sesuai dengan isu yang hendak dibawa dalam maksud pantun iaitu perbuatan sombong dan tinggi diri. Kadang-kadang sifat manusia yang mampu mencapai pencapaian yang tinggi akan menyebabkan seseorang itu terlalu berbangga diri sehingga dianggap sebagai orang yang sombong dan bongkak. Contohnya seperti sudah belajar tinggi, sudah kaya, lebih kuat, lebih berkuasa dan lain-lain lagi. Sifat merpati pula yang sibuk dengan hal sendiri iaitu mencari sarang juga menyebabkan dirinya lalai dan terlalu bersifat individualistik. Jika dikaitkan dengan sifak manusia, orang yang hanya memikirkan hal diri sendiri tanpa memikirkan masalah orang lain boleh menyebabkan dirinya dianggap sombong. Jika hidup berjiran, mereka hanya pergi dan balik ke rumah semata-mata kerana mencari rezeki dan menyelesaikan urusan diri sendiri sahaja. Pada pandangan mereka, peduli apa dengan hal-hal orang lain termasuk halhal kejiranan. Mereka tidak ambil tahun masalah jiran-jiran dan mengabaikan kegiatan kemasyarakatan. Contoh:- Burung tiung terbang tinggi, Burung merpati mencari sarang; Ulasan tentang maksud pantun. Dua rangkap pantun di atas merupakan larangan-larangan terhadap individu supaya menjauhkan diri dari sikap buruk atau tidak melakukan sesuatu sikap yang buruk. Larangan pada rangkap pertama ialah jangan mengikut hawa nafsu. Kita dinasihatkan agar jangan menurut hawa nafsu yang negatif iaitu menurut segala keinginan yang tidak dibenarkan oleh Allah dan Rasulnya. Jika kita tidak dapat mengawal nafsu buruk ianya sangat berbahaya kerana barang siapa menurut hawa nafsu tentu akan menerima kebinasaan dan akibat yang tidak baik. Kesan buruk ini tidak hanya terbatas kepada diri kita secara peribadi tetapi kepada keluarga dan masyarakat. Jelaslah di sini bahawa sikap terlalu mengikut kata hati dan hawa nafsu hanya akan membawa kecelakaan dan membinasakan diri sendiri. Contoh Jangan ikut hawa nafsu, Kelak nanti binasa badan. FAKTA KESAN /K.KECIL HURAIAN ULASAN CONTOH
37 Larangan kedua pula ialah menghindarkan diri dari sikap sombong. Perkataan yang lain yang mempunyai maksud yang sama ialah seperti bongkak dan tinggi diri. Pantun kedua ini seterusnya menyatakan akibat daipada perlakuan sombong. Kita dinasihatkan supaya menjauhi diri daripada bersikap sombong dan meninggi diri. Ini kerana orang yang bersikap sombong akan dibenci oleh orang ramai walaupun dimana saja kita berada. Contoh:- Kalau sombong meninggi diri, Ke mana pergi dibenci orang. Oleh itu, sikap merendah diri perlu diamalkan manakala sikap menyombong dan tinggi diri perlu dijauhi agar diri kita disayangi oleh semua orang. Kesimpulannya, dua rangkap pantun di atas merupakan larangan-larangan terhadap individu supaya menjauhkan diri dari sikap buruk iaitu terlalu mengikut perasaan dan sombong. Persoalan / Pemikiran Adab dalam pergaulan iaitu jangan sombong. Sikap sombong akan dibenci orang. Perbuatan sombong adalah satu perbuatan yang tidak disukai oleh orang lain. Perkara ini sangat diambil perhatian oleh ahli masyarakat melayu kerana amalan bertegur sapa dan mengambil berat adalah budaya masyarakat yang diamalkan sejak sekian lama dan berterusan. Contoh Jangan ikut hawa nafsu, Kelak nanti binasa badan. Menurut kata hati (nafsu) boleh mengundang binasa. Secara umumnya manusia memang mempunyai nafsu dan perlu memenuhi keperluan nafsu. Gambaran pantun di atas adalah nasihat supaya jangan terlalu mengikut hawa nafsu kerana perlakuan tersebut boleh menyebabkan satu akibat yang buruk. Contohnya seorang yang memerlukan makanan mungkin akan mendapat penyakit sekiranya makan berlebih-lebihan. Contoh:- Jangan ikut hawa nafsu, Kelak nanti binasa badan.
38 Mencintai alam sekitar. Masyarakat Melayu terdahulu menggunakan unsur-unsur alam untuk mengindahkan pengucapan. Kesesuaian dan penggunaan unsur alam ini jelas menunjukkan bahawa masyarakat terdahulu amat menyintai dan mengagumi alan sekitar. Mereka menggunakan unsur alam yang dekat dengan mereka seperti masyarakat yang tinggal di desa akan menggunakan unsur alam seperti “bunga”, “burung” dan “padi”. Contoh Burung tiung terbang tinggi, Burung merpati mencari sarang; Masyarakat yang gemar menanam pokok bunga. Pokok menjadi hiasan yang indah dan cantik. Masyarakat terdahulu gemar menanam pokok bunga di mana-mana tempat asalkan di atas tanah. Kebanyakkannya gemar menanam bunga di dalam sebuah pasu mampu menjadikan bunga yang ditanam itu menghiasai sesuatu tempat dan mudah alih sifatnya. Contoh Tanam bunga di dalam pasu, Bunga melati bunga pandan; NILAI DAN PENGAJARAN Nilai 1. Bersopan santun dan Berbudi bahasa 2. Penyabar dan Rendah Diri /tidak sombong 3. Hormat menghormati Pengajaran 1. Kita tidak boleh terlalu mengikut hawa nafsu. 2. Kita hendaklah jangan sombong bila berada di tempat orang /ketika berkawan 3. Kita hendaklah menghormati adat dan budaya masyarakat lain (tempat yang dikunjungi). 4. Kita mestilah bersopan santun/ berbudi bahasa dengan semua orang
39 CONTOH MENJAWAB NILAI Jangan sombong. Sikap sombong akan dibenci orang. Perbuatan sombong adalah satu perbuatan yang tidak disukai oleh orang lain. Perkara ini sangat diambil perhatian oleh ahli masyarakat melayu kerana amalan bertegur sapa dan mengambil berat adalah budaya masyarakat yang diamalkan sejak sekian lama dan berterusan. Contoh Jangan ikut hawa nafsu, Kelak nanti binasa badan. CONTOH MENJAWAB PENGAJARAN Kita jenganlah menurut kata hati (nafsu). Hal ini boleh mengundang binasa. Secara umumnya manusia memang mempunyai nafsu dan perlu memenuhi keperluan nafsu. Gambaran pantun di atas adalah nasihat supaya jangan terlalu mengikut hawa nafsu kerana perlakuan tersebut boleh menyebabkan satu akibat yang buruk. Contohnya seorang yang memerlukan makanan mungkin akan mendapat penyakit sekiranya makan berlebih-lebihan. Contoh:- Jangan ikut hawa nafsu, Kelak nanti binasa badan. Bentuk Pantun (wajid bagi fakta, huraian, kesan/fungsi dan contoh)
40 Dari segi rangkap. Pantun di atas ialah pantun empat baris serangkap (quatrain) atau pantun empat kerat yang terbina dalam baris-baris yang sejajar dan berpasangan. Hal ini dapat dilihat melalui 4 baris serangkap yang ada dalam pantun seperti di bawah. Kesannya / fungsinya agar dapat meningkatkan nilai estatika dari segi bunyi dan rima yang bersesuaian. Tanam bunga di dalam pasu, B1 Bunga melati bunga pandan; B2 Jangan ikut hawa nafsu, B3 Kelak nanti binasa badan. B4 Ia mempunyai pembayang dan maksud. Setiap stanza atau rangkap pantun mempunyai 2 baris yang pertama adalah pembayang (sampiran) seperti contoh di bawah: Burung tiung terbang tinggi, Burung merpati mencari sarang; dan 2 baris yang kedua adalah maksud. Contohnya, Kalau sombong meninggi diri, Ke mana pergi dibenci orang. Kesannya adalah untuk memberi penjelasan kepada mesej yang ingin disampaikan dan merdu didengar. Patah perkataan. Jumlah perkataan sebaris adalah di antara 4 hingga 5 patah perkataan.Hal ini dapat dilihat pada pembayang rangkap 1 dimana baris pertama mempunyai 5 patah perkataan. Manakala baris kedua mempunyai 4 patah perkataan. Kesan Fungsi untuk menimbulkan menimbulkan keserasian bunyi dan makna. Contohnya:- Tanam bunga di dalam pasu, 5 p.p Bunga melati bunga pandan; 4 p.p Baris. Setiap baris mengandungi kata dasar empat patah perkataan, dengan jumlah suku kata antara lapan hingga sepuluh suku kata dalam sebaris. Kesan/ Fungsi untuk meningkatkan nilai estatika dari segi bunyi dan rima. Contohnya:- Bu/rung/ ti/ung/ ter/bang/ ting/gi/, 8 suku kata Bu/rung/ mer/pa/ti /men/ca/ri /sa/rang/; 10 suku kata Rima akhir. Mempunyai skema rima hujung yang tetap iaitu a-b,a-b . Bagi pantun empat kerat ini bunyi rima akhir baris pertama sama dengan baris ketiga dan rima akhir baris kedua sama dengan baris keempat. Kesan / Kepentingan agar – memerdukan intonansi dan bunyi. Hal ini dapat dilihat seperti di bawah :- Tanam bunga di dalam pasu, a Bunga melati bunga pandan; b Jangan ikut hawa nafsu, a Kelak nanti binasa badan. b
41 Dari segi jeda. Terdapat hentian sejenak / jeda di antara dua perkataan dalam sebaris. seperti yang ditunjukkan di bawah ;- Burung tiung/ terbang tinggi, Burung merpati /mencari sarang; Kalau sombong/ meninggi diri, Ke mana pergi /dibenci orang. Kesan / Kepentingan agar - mengindahkan lagi irama dan bunyi. Gaya Bahasa (wajid bagi fakta, huraian, kesan/fungsi dan contoh)r Pengulangan kata di awal baris yang sejajar. Dikenali juga sebagai anafora. Perulangan ini menimbulkan penegasan maksud yang cuba disampaikan oleh pengarang selain puitis Kesannya ialah ia dapat menimbulkan kekerasan dan kelantangan bunyi menyampaikan maksud . Contoh dapat dilihat pada rangkap pertama baris ketiga dan keempat. Contoh Burung tiung terbang tinggi, Burung merpati mencari sarang;
42 Pengulangan Kata di tengah baris. Dikenali sebagai Responsi. Perulangan ini menimbulkan kesan penegasan maksud yang cuba disampaikan oleh pengarang. Dengan ini pembaca akan faham dengan apa yang cuba dinyatakan selain puitis. Contoh Tanam bunga di dalam pasu, Bunga melati bunga pandan; Inversi. Pembalikan kata. Mengikut hukum DM ( diterangkan dan menerangkan), sepatutnya badan akan binasa. Kesannya adalah untuk menimbulkan kelainan penyebutan dalam pengucapan bunyi. Contoh Kelak nanti binasa badan. Pengulangan bunyi huruf vocal. Dikenali juga sebagai asonansi. Kesannya dapat menimbulkan bunyi yang seragam kerana keseragaman vokal. Pengulangan bunyi vokal “a” sebayak lima kali. Contohnya : Tanam bunga di dalam pasu (diulang sebanyak 5 kali) Pengulangan bunyi huruf konsonan. Dikenali sebagai aliterasi. Kesannya: menimbulkan kekerasan/kelantangan bunyi, menyedapkan sebutan, kelembutan/kemerduan bunyi. Pengarang mengulangi bunyi huruf “r” sebanyak empat kali. Contohnya : Burung merpati mencari sarang Penggunaan diksi yang indah iaitu menggunakan unsur alam. Hal ini jelas pada penggunaan “burung”, “buga” dan jenis-jeniss bunga yang dinyatakan dalam bait-bait puisi. Hal ini menimbulkan bunyi-bunyi dan rima yang sangat indah dan puitis. Contoh Tanam bunga di dalam pasu, Pembayang (kuplet Bunga melati bunga pandan sampiran ) bagi rangkap 1 Burung tiung terbang tinggi, Pembayang (kuplet Burung merpati mencari sarang; sampiran ) bagi rangkap 2 Kepentingan puisi dalam konteks sarwajagat masyarakat Melayu tradisional.
43 Memberi gambaran yang masyarakat Melayu terdahulu hidup dengan bercucuk tanam/ bekerja sebagai petani. Masyarakat Melayu terdahuu gemar bercucuk tanam. Mereka bercucuk tanam pelbagai jenis bunga dan tumbuhan untuk mencari rezeki atau untuk menghias halam rumah agar kelihat cantik dan tanaman Bungan menjadi lambang keindahan. Contoh. Tanam bunga di dalam pasu, Bunga melati bunga pandan; Masyarakat yang taksub dengan / menghargai keindahan alam dan persekitaran. Masyarakat Melayu sangat kagum dan mencintai alam sekitar. Oleh itu Mereka suka menghias halaman rumah dengan hiasan tumbuh-tumbuhan dari jenis pokok bunga. Contoh Tanam bunga di dalam pasu, Bunga melati bunga pandan; Nasihat dan pengajaran agar tidak terlalu mengikut nafsu. Perbuatan mengikut hawa nafsu akan memusnahkan diri sendiri akhirnya. Ucapan pantun supaya jangan mengikut hawa nafsu merupakan nasihat yang mampu mencegah seseorang ahli masyarakat supaya jangan melakukan sesuatu perbuatan yang boleh menyebabkan seseorang itu menyesal di kemudian hari. Contoh Jangan ikut hawa nafsu, Kelak nanti binasa badan. Mengingatkan bahawa masyarakat tidak suka perbuatan sombong dan tinggi diri. Perbuatan sombong adalah amalan yang tidak baik. Perbuatan itu mungkin menjerumuskan seseorang itu tidak bercampur gaul dengan masyarakat. Hidup ahli masyarakat tersebut akan diibaratkan seperti melukut di tepi gantang, ibarat kera sumbang dan ibarat katak di bawah tempurung. Ahli masyarakat lain akan salah tanggap dan sering memperkatakan keburukan rakan yang sombong itu. Hal ini akan menambahkan dosa dan konflik sesama ahli masyarakat. Contoh Kalau sombong meninggi diri, Ke mana pergi dibenci orang. Masyarakat yang sukat menasihat orang lain /mengambil berat Masyarakat yang menjaga adat dan tata susila Contoh jawapan kesan puisi di atas diri saya ialah :- Kita seharusnya tidak terlalu mengikut hawa nafsu. Secara umumnya manusia memang mempunyai nafsu dan perlu memenuhi keperluan nafsu. Gambaran maksud pantun pada rangkap pertama adalah nasihat supaya jangan terlalu mengikut hawa nafsu kerana perlakuan tersebut boleh menyebabkan satu akibat yang buruk. Contohnya seorang yang memerlukan makanan mungkin akan mendapat penyakit sekiranya makan berlebih-lebihan. Hal ini ditekankan pada rangkap 1 baris 3 dan 4 seperti dibawah:- Jangan ikut hawa nafsu, Kelak nanti binasa badan.
44 Mengajar kita agar tidak berbuat sombong. Perbuatan sombong adalah satu perbuatan yang tidak disukai oleh orang lain. Perkara ini sangat diambil perhatian oleh ahli masyarakat melayu kerana amalan bertegur sapa dan mengambil berat adalah budaya masyarakat yang diamalkan sejak sekian lama dan berterusan. Hal ini dapat dilihat pada rangkap ke dua. Kalau sombong/ meninggi diri, Ke mana pergi /dibenci orang. Fungsi / Peranan puisi. Alat pengajaran/didaktik Sebagai alat komunikasi bagi penyampaikan maksud /curahan rasa hati Menggambarkan corak pemikiran masyarakat (word view) Sebagai alat kawalan sosial Hiburan Fungsi pantun nasihat ialah :- Pertama, Memberi nasihat. Pantun berfingsi untuk memberi nasihat dan tunjuk ajar kepada masyarakat Melayu terutama golongan muda. Hal ini penting agar golongan tersebut dapat menjaga adab dan tatasusila ketika berada diperantauan. Nasihat yang diberikan seperti jangan sombong dan meninggi diri dapat diterima oleh masyarakat kerana penggunaan kata-kata nya yang lembut, puitis dan tidak menyinggung perasaan orang yang dinasihati. Dengan ini nasihat dan tunjuk ajar yang diberikan mudah diterima dan diamalkan oleh golongan tersebut dan akhirnya golongan tersebut mudah mendapat kawan dan tidak dibenci orang. Contoh dapat dilihat pada rangkap 2, baris 3 dan 4 Kalau sombong meninggi diri, Ke mana pergi dibenci orang. Jelaslah di sini bahawa, fungsi pantun memberi nasihat penting untuk membentuk akhlak yang mulia.
45 Kedua, Pantun berperanan sebagai alat didaktik, iaitu memberikan panduan, pengajaran, sindiran atau kritikan secara halus kepada khalayak. Pantun memainkan peranan penting dalam memberi pengajaran untuk membentuk kelakuan yang baik dan sopan di dalam diri seseorang. Melalui maksud yang disampaikan, terselit mesej dan panduan sama ada secara sindiran halus atau secara terang-terangan. Walaupun ringkas, nasihat dan pandangan yang diberikan kental dan padat. Pengajaran, kiasan dan sindiran seperti jangan mengikut perasaanamarah dan hawa nafsu ditekankan agar tidak merana badan. Pengajaran ini diluahkan melalui pantun begitu tepat, tetapi sangat sopan. Sebagai contoh, Jangan ikut hawa nafsu, Kelak nanti binasa badan. Jelasah di sini bahawa pantun nasihat sememangnya banyak memberi pengajaran atau didaktik agar masyarakat Melayu dapat menjaga adab bila melakukan sesuatu. Seterusnya, sebagai alat komunikasi untuk menyampaikan isi hati dan hajat, seperti sanjungan, adat, pemujaan dan ucapan selamat kepada seseorang dalam sesuatu upacara atau majlis rasmi. Pantun disisipkan juga dalam sebarang ucapan, sama ada sebagai memulakan ucapan atau sebagai penutup sesuatu ucapan. Isi pantun pada bahagian pembukaan ucapan biasanya berperanan sebagai kata alualuan atau penghargaan, sama ada kepada pendengar atau kepada penganjur. Pada bahagian penutupnya pula, isinya biasa berkisar tentang harapan, puji-pujian, kemaafan dan sebagainya. Menerusi pantun nasihat, pandangan diberikan agar setiap manusia perlu menjaga tingkah laku ketika berada diperantauan seperti yang terlihat pada pantun dibawah:- Burung tiung terbang tinggi, Burung merpati mencari sarang; Kalau sombong meninggi diri, Ke mana pergi dibenci orang. Jelaslah di sini bahawa pantun memainkan peranan penting dan bertindak sebagai alat komunikasi dalam memberi pandangan agar masyarakat dapat hidup dalam keadaan aman dan harmoni. Gambaran masyarakat (word-view masyarakat yang mendukungnya). Gambaran amalan golongan tua memberi nasihat kepada golongan muda untuk menjaga adab ketika berada diperantauan dapat dilihat dalam kegiatan harian masyarakat melayu. Mereka menjadikan budaya mengambil berat sebagai amalan hidup seharian kerana ahli masyarakat saling bergantung antara satu sama lain. Contoh Kalau sombong/ meninggi diri, Ke mana pergi /dibenci orang. Hiburan. Kadangkala pantun di atas boleh digunakan ketika melagukan sesuatu irama yang diiringi dengan bunyi-bunyian seperti gendang dan tiupan serunai. Selain memberi nasihat, pada masa yang sama mampu menghibur khalayak melalui keindahan susunan kata dan maksud puisi.
46 Pandangan Sarwajagat terhadap puisi (boleh guna untuk semua puisi) Masyarakat Melayu yang menjaga adab dan tidak suka perbuatan yang terlalu mengikut nafsu. Masyarakat Melayu tidak suka perbuatan sombong dan tinggi diri Masyarakat Melayu sentiasa menjaga adab dan tatasusila. Gambaran Masyarakat (world-view) Masyarakat yang puitis dan kritis Pandangan Sawarjagat terhadap puisi di atas Masyarakat Melayu sentiasa menjaga adab dalam pergaulan. Golongan tua sentiasa menasihati golongan muda agar tidak terlalu mengikut nafsu ketika dirantauan/dalam pergaulan. Hal ini kerana perbuatan mengikut hawa nafsu akan memusnahkan diri sendiri akhirnya. Ucapan pantun supaya jangan mengikut hawa nafsu merupakan nasihat yang mampu mencegah seseorang ahli masyarakat supaya jangan melakukan sesuatu perbuatan yang boleh menyebabkan seseorang itu menyesal di kemudian hari. Contoh Jangan ikut hawa nafsu, Kelak nanti binasa badan. Masyarakat Melayu amat puitis dan kreatif dalam berkomunikasi. Puisi yang dihasilkan untuk memberi nasihat dan pengajaran amat puitis dan indah sehingga tidak menyinggung orang yang mendengarnya. Masyarakat akan menggunakan unsur alam untuk digandingan dengan maksud yang cuba disampaikan. Unsur-unsur alam yang digunakan ada kalanya simbolik kepada apa yang cuba disampaikan. Ungkapan perkataan “burung” yang mewakili hidup bersendirian dan berkumpulan menerangkan maksud jangan sombong meninggi diri. Masyarakat terdahulu dengan kreatif dan halus menegur sikap segelintir golongan muda yang sombong ketika berada di perantauan / bergaul. Contoh Kalau sombong/ meninggi diri, Ke mana pergi /dibenci orang.
47 Estetik Pantun. Estatika / Estatik puisi boleh dilihat pada 1. Estatika bentuk 2. Estatika gaya bahasa 3. Estatika nada atau rima 4. Estatika isi yang cuba disampaikan /pemikiran Untuk jawab nilai estatika secara umum wajib ada 1. Fakta, Bentuk 2 Gaya bahasa 2 Nada/Rima atau pemikiran 1 Jangan bagi semua bentuk atau semua gaya bahasa. Soalan bukan tanya estatika bentuk atau estatika bahasa. 2. huraian / ulasan / Bincangkan 3. Kesan/ Fungsi wajib ada untuk menimbulkan kesan puitis 4. Contoh puisi Perulangan bunyi huruf vokal. Dikenali juga sebagai Asonansi. Perulangan bunyi huruf vokal “a” menjadi puisi lebih menarik dan indah. Keindahan bunyi terbit daripada perulangan bunyi huruf dalam baris yang sama lebih daripada 6 kali. Kehadiran bunyi vokal dalam baris-baris pantun di atas terasa harmonis dengan mengundang kepelbagaian kesan pendengaran yang lunak dan memikat jiwa. Malah yang jauh lebih penting ialah di antara bunyi-bunyi tersebut ikut melambangkan makna tertentu. Contoh Kelak nanti binasa badan. Inversi. Unsur inversi merupakan pembalikkan yang melanggar hukum “DM” iaitu diterang dan menerangkan. Ia juga merupakan salah satu unsur estetik yang memberi kesan tertentu khususnya kepada khalayak. Unsur inversi ‘Kelak nanti binasa badan,’ yang sepatutnya merujuk kepada “badan binasa” dalam rangkap pantun di atas dapat menimbulkan keindahan dalam pengucapan. Ianya juga memberi penegasan kepada makna yang ingin di ketengahkan oleh penyair. Kelak nanti binasa badan. Perulangan bunyi huruf konsonan. Aliterasi. Perulangan kata di awal baris. Dikenali sebagaii Anafora. Anafora ialah perulangan perkataan di awal baris atau kalimat secara berturutan. Rima akhir. Unsur estetik boleh dikesan melalui penggunaan rima akhir yang menarik dan berkesan. Bentuk yang dilihat pada patah perkataan dan suku kata.
48 Pantun Kasih Sayang Jenis Puisi : Pantun empat kerat Judul / Tajuk : Pantun kasih sayang Tema : Kasih sayang di antara satu sama lain. Pantun menceritakan asal usulnya sayang dan kerinduan apabila berjauhan dengan orang yang di sayang. Hal in dapat dilihat pada rangkap 1 baris ketiga dan keempat yang menyatakan tentang asalnya sayang adalah dari mata turun ke hati. Contoh Dari mana pipit melayang, Dari paya turun ke padi; Dari mana datangnya sayang, Dari mata turun ke hati. Ulasan Maksud dan Pembayang /Sampiran
49 Ulasan Pembayang / Sampiran Rangkap pertama pembayang pantun wujud pada baris pertama dan kedua yang mengungkapkan ayat berkait dengan kegiatan masyarakat melayu yang bekerja sebagai petani. Umum mengetahui bahasa masyarakat yang tinggal di desa akan menanam padai. Apabila padi mula masak banyak burung pipit yang turun ke sawah untuk memakan padi. Perkataan “burung pipit yang melayang dan turun ke padi” yang digunakan sinonim dengan hadirnya sayang yang turun ke hati apabila cinta mula berputik. Kesesuaian pembayang ini dilihat dari aspek rima akhir baris dan perkataan yang digunakan seperti “turun” dan “padi” dalam pembayang baris kedua dengan “turun” dan “hati” yang ada pada maksud pada baris keempat. Kesannya untuk menimbulkan keindahan pengucapan. Contoh Dari mana pipit melayang, Dari paya turun ke padi; Rangkap kedua, pembayangnya ada dua baris. Kedua-dua baris memberikan senario tentang hujan yang semakin lebat sehingga mengakibatkan banjir. Pengarang memberi gambaran tentang air yang semakin bertambah akibat hujan yang tidak reda di hulu sesuai dengan maksud yang cuba disampaikan iaitu gelora rindu yang semakin mendalam. Hal ini dapat dilihat pada penggunaan perkataan yang puitis seperti contoh di bawah: Air dalam bertambah dalam, Hujan di hulu belumlah teduh; Ulasan Maksud Pantun Rangkap satu menerangkan tentang asal usulnya sayang. Pandangan pertama yang memperlihatkan wajah dan tubuh yang berkenan dihati akan melahirkan rasa ingin memiliki apa yang di sukainya. Maka terjadilah rasa jatuh cinta yang dikenali sebagai cinta pandang pertama. Bila mata bertentang mata lidah kelu untuk berkata . Dari mana datangnya sayang, Dari mata turun ke hati. Rangkap ke dua menerangkan tentang rindu dendam yang semakin bertambah akibat berjauhan. Dalam percintaan / berkasih sayang akan wujud perasaan rindu dendam apabila tidak berjuma. Perasaan semakin bertambah apabila berjauhan. Rindu yang tiada kesudahan dan semakin menebal dan tidak sembuh bila tidak berjumpa. Atau Dendam bertambah kerana hati semakin tidak merasai kasih sayang. Hati tidak tahu erti kemaafan.Maka noda hitam penutup luka menjadi semakin banyak dan semakin keras yang akhirnya menutup hati yang satu masa dulu merah bercahaya. Hati dendam bertambah dendam, Dendam dahulu belumlah sembuh. FAKTA KESAN HURAIAN ULASAN CONTOH