50 Pemikiran Sikap manusia yang saling sayang menyayangi. Bagi masyarakat Melayu, hidup dalam kasih sayang adalah sesuatu yang penting kerana ia dapat menimbulkan suasana yang harmoni, aman, damai, tenang, dan menyeronokkan. Hidup berkasih sayang ini wujud tidak hanya kepada pasangan kekasih, malah wujud di antara suami isteri, ibu bapa dan anak-anak serta dalam kalangan jiran, bangsa dan agama. Kasih sayang wujud apabila mata bertentang mata, lalu turun ke hati seperti yang diterangkan pada rangkp pertama. Contohnya, Dari mana datangnya sayang, Dari mata turun ke hati. Masyarakat yang mencintai / rapat dengan unsur alam. Bertanam padi. Masyarakat terdahulu sememangnya akrab dengan unsur alam. Sehubungan dengan itu, mereka seringkali menggunakan imej alam ketika menghasilkan puisi. Imej alam seperti tumbuh-tumbuhan/padi, paya, pipit, hujan digunakan dalam kuplet pembayang/ sampiran. Unsur alam ini sentiasa berada di sekeliling mereka seperti padi yang menjadi makanan ruji mereka.Antara padi yang biasa ditanam oleh masyarakat Melayu ialah padi sawah atau padi huma. Contohnya, Dari paya turun ke padi; Masyarakat Melayu yang bertani /menanam padi. Masyarakat Melayu amat bergantung pada alam dalam kehidupan seharian mereka. Bagi masyarakat Melayu, mereka selalu berbudi kepada tanah kerana percaya apabila mereka berbudi kepada tanah, maka mereka akan peroleh manfaat daripadanya. Lantaran itu imej alam sering digunaka ketika menghasilkan puisi kerana imej alam seperti padi, burung dan paya sememangnya wujud dalam kehidupan seharian mereka. Contohnya, Dari mana pipit melayang, Dari paya turun ke padi;
51 Rindu dendam ketika berpisah atau tinggal berjauhan. Perpisahan dan apabila berjauhan ketika bercinta akan menimbulkan kerinduan dan keresahan yang amat mendalam. Lebih-lebih lagi ketika berada di perantauan atau keluar melaksanakan sesuatu tugas, berniaga dan kerja yang mengambil masa yang agak lama. Contohnya, Hati dendam bertambah dendam, Dendam dahulu belumlah sembuh. Asal usul sayang Dari mana datangnya sayang, Dari mata turun ke hati. Dendam yang wujud akibat perpisahan/ persengketaan dalam percintaan. Hati dendam bertambah dendam, Dendam dahulu belumlah sembuh. Penempatan masyarakat di hulu sungai / paya / desa. Perkataan “air dalam” gambaran pasang surut dan hujan. Menjadi kerisauan orang yang tinggal di tepi sungai. Perkataan “hulu” pula menunjukkan mereka tinggal di hilir sungai. Apabila hujan turun di hulu, penduduk di kawasan hilir akan mendapat kesannya iaitu air semakin dalam. Mungkin boleh berlaku banjir.Contoh Air dalam bertambah dalam, R2B1 Hujan di hulu belumlah teduh; R2B2 Gambaran Masyarakat Puisi di atas penting utnuk menggambarkan cara hidup masyarakat tradisional seperti berikut: Gambaran Masyarakat :Masyarakat yang hidup berkasih sayang. Bagi masyarakat melayu, hubungan kasih sayang adalah sesuatu yang penting dalam kehidupan mereka. Nilai kasih saying lahir dari kepekaan dan perasaan cinta yang mendalam serta berkekalan. Ia lahir daripada hati yang ikhlas. Dengan terjalinnya perasaan sayang, maka hidup akan lebih bahagia. Contoh Dari mana datangnya sayang, R1B3 Dari mata turun ke hati. R1B4 Masyarakat Melayu yang bertani /menanam padi. Masyarakat Melayu amat bergantung pada alam dalam kehidupan seharian mereka selain dapat menjana ekonomi. Bagi masyarakat Melayu, mereka selalu berbudi kepada tanah kerana percaya apabila mereka berbudi kepada tanah, maka mereka akan peroleh manfaat daripadanya. Lantaran itu imej alam sering digunaka ketika menghasilkan puisi kerana imej alam seperti padi, burung dan paya sememangnya wujud dalam kehidupan seharian mereka dan wujud pada persekitaran yang dekat dengan mereka. Contohnya, Dari mana pipit melayang, Dari paya turun ke padi;
52 Masyarakat yang tinggal di tepi sungai/hulu. Perkataan “air dalam” gambaran pasang surut dan hujan. Menjadi kerisauan orang yang tinggal di tepi sungai. Perkataan “hulu” pula menunjukkan mereka tinggal di hilir sungai. Apabila hujan turun di hulu, penduduk di kawasan hilir akan mendapat kesannya iaitu air semakin dalam. Mungkin boleh berlaku banjir. Contoh Air dalam bertambah dalam, R2B1 Hujan di hulu belumlah teduh; R2B2 Masyarakat yang sering terpisah dan terpaksa tinggal berjauhan. Lalu di antara mereka ada yang rindu kepada kekasih kerana terpisah jauh. Ini menunjukkan orang dahulu sering merantau kerana mencari rezeki. Kerinduan akan melanda hati kerana pertemuan yang sekejap belum mampu menghilangkan rindu. Contoh Hati dendam bertambah dendam, Dendam dahulu belumlah sembuh. Tinggal di kawasan paya dan sawah padi / desa. Masyarakat yang menanam padi. Kegiatan ekonomi mereka ialah bertani / pekerjaan seorang petani. Tanam padi. NILAI Kasih sayang. Bagi masyarakat melayu, hubungan kasih sayang adalah sesuatu yang penting dalam kehidupan mereka. Nilai kasih sayang lahir dari kepekaan dan perasaan cinta yang mendalam serta berkekalan. Ia lahir daripada hati yang ikhlas. Menunjukkan perasaan sayang lazimnya datang dari mata turun ke hati sehingga terbit perasaan rasa sayang seperti yng ditekankan pada rangkap 1. Dengan terjalinnya perasaan sayang, maka hidup akan lebih bahagia. Contoh Dari mana datangnya sayang, R1B3 Dari mata turun ke hati. R1B4
53 Nilai rindu pada orang yang tersayang. Menjelaskan perasaan rrindu yang semakin meneebal kerana tidak dapat berjumpa Sabar dalam percintaan/ hidup berkasih sayang. Pengajaran / mesej / harapan (sama seperti nilai. Bezanya ayat yang akan digunakan) Kita hendaklah mengamalkan hidup berkasih sayang Pengarang menjelaskan asal usulnya sayang Penyair berharap agar nilai kasih sayang terus wwujud dalam kehidupan manusia Bentuk / Teknik Penulisan / Struktur Penulisan / Estatika Bentuk Untuk jawab bentuk / teknik penulisan / struktur penulisan wajib ada 1. Fakta, 2. huraian / ulasan 3. Kesan/ Fungsi wajib ada untuk menimbulkan kesan puitis 4. Contoh puisi Dari segi rangkap. Pantun di atas mempunyai 2 rangkap. Setiap rangkap mengandungi empat baris serangkap (quatrain) atau pantun empat kerat yang terbina dalam baris-baris yang sejajar dan berpasangan. Hal ini dapat dilihat melalui contoh pantun di bawah. Kesan / Kepentingan / fungsinya agar mesej yang disampaikan jelas dan sedap merdu didengar. Dari mana pipit melayang, R1B1 Dari paya turun ke padi; R1B2 Dari mana datangnya sayang, R1B3 Dari mata turun ke hati. R1B4
54 Patah perkataan. Jumlah perkataan sebaris adalah di antara 4 hingga 5 patah perkataan. Hal ini dapat dilihat pada rangkap dua dimana baris kedua mempunyai 5 patah perkataan. Manakala baris keempat mempunyai 4 patah perkataan. Kesan / Kepentingan / fungsi adalah untuk dapat menimbulkan keserasian bunyi dan makna. Contohnya: Hujan di hulu belumlah teduh; R2B2 – 4p.p Dendam dahulu belumlah sembuh. R2B4 - 5p.p.p Ia mempunyai pembayang dan maksud. Setiap stanza atau rangkap pantun mempunyai 2 baris yang pertama adalah pembayang (sampiran) seperti contoh di bawah :- Air dalam bertambah dalam, Hujan di hulu belumlah teduh; dan 2 baris yang kedua adalah maksud. Contohnya, Hati dendam bertambah dendam, Dendam dahulu belumlah sembuh. Kesan / Kepentingan / fungsinya agar meningkatkan nilai estatika dari segi bunyi dan rima. Dari segi jeda. Terdapat hentian sejenak di antara dua perkataan dalam sebaris seperti yang ditunjukkan di bawah . Kesan / Kepentingan / fungsi adalah untuk mengindahkan lagi irama dan bunyi. Dari mana / pipit melayang, R1B1 Dari paya / turun ke padi; R1B2 Dari mana / datangnya sayang, R1B3 Dari mata / turun ke hati. R1B4 Suku kata. Setiap baris mengandungi kata dasar empat patah perkataan, dengan jumlah suku kata antara sembilan hingga sepuluh suku kata dalam sebaris.Kesan / Kepentingan/ fungsi agar memerdukan intonansi dan bunyi. Contohnya:- Air dalam bertambah dalam; R2B1 – (9s.k) Dendam dahulu belumlah sembuh. R2B4 – (10 s.k) Rima akhir. Mempunyai skema rima hujung yang tetap iaitu a-b,a-b . Bagi pantun empat kerat ini bunyi rima akhir baris pertama sama dengan baris ketiga dan rima akhir baris kedua sama dengan baris keempat. Kesan/ Kepentingan / fungsinya adalah untuk menimbulkan kemerduan bunyi. Hal ini dapat dilihat seperti di bawah :- Dari mana pipit melayang, g Dari paya turun ke padi; i Dari mana datangnya sayang, g Dari mata turun ke hati. i
55 Gaya Bahasa / Estatika Bahasa Untuk jawab bentuk / teknik penulisan / struktur penulisan wajib ada 1. Fakta, 2. huraian / ulasan menerangkan fakta 3. Kesan/ Fungsi wajib ada untuk menimbulkan kesan puitis 4. Contoh puisi Perulangan kata di awal baris. Dikenali sebagai Anafora. Penyair mengulangi perkataan “dari” agar dapat menimbulkan kemerduan bunyi perkataan agar sedap didengar. Ia juga dapat menimbulkan kesan yang puitis. Contoh dapat dilihat pada rangkap pertama setiap baris. Contoh Dari mana pipit melayang, R1 Dari paya turun ke padi; Dari mana datangnya sayang, Dari mata turun ke hati. Repetasi / Perulangan kata dalam baris yang sama. Penyair mengulangi perkataan “dalam” dalam baris yang sama pada rangkap kedua baris pertama dan perkataan “dendam” dalam baris yang sama pada rangkap yang sama baris ketiga. Kesannya adalah untuk menimbulkan kekerasan dan penegasan bunyi dan maksud yang cuba disampaikan. Contoh Air dalam bertambah dalam, R2B1 Hati dendam bertambah dendam, R2B3 Perulangan bunyi huruf vokal. Pengulangan bunyi bunyi huruf vokal ini dikenali juga sebagai Asonansi. Penyair mengulangi bunyi huruf vokal “u” sebanyak 5 kali. Pengulangan bunyi ini dapat menimbulkan bunyi yang seragam kerana keseragaman vocal dapat menggalakkan kesan pengucapan yang puitis dan menimbulkan kelembutan irama. Contoh dapat dilihat pad rangkap kedua baris kedua seperti di bawah Hujan di hulu belumlah teduh; 5 kali
56 Perulangan bunyi huruf konsonan. Pengulangan bunyi huruf konsonan dalam baris tertentu ini dikenali juga sebagai aliterasi. Kesannya ialah ia dapat menimbulkan kekerasan/kelantangan bunyi pada perkataan dan sekali gus ayat yang digunakan. Contoh dalam rangkap kedua baris tiga, pengulangan bunyi huruf konsonan “d” sebanyak 4 kali seperti yang terdapat dibawah: Hati dendam bertambah dendam, Hiperbola. Gaya bahasa hiperbola bermaksud pernyataan yang dibuat secara berlebih-lebihan dalam usaha menekankan sesuatu pandangan, idea atau peristiwa. Kesannya penggunaan gaya bahasa ini adalah untuk menguatkan makna gambaran tentang sesuatu. Contoh menekankan tentang dendam yang semakin mendalam meskipum dendam tang telah sedia ada masih belum sembuh. Dendam bertambah dendam Dendam dahulu belumlah sembuh. Personafikasi. Merupakan sifat manusi yang diberi kepada objek tidak bernyawa. Hal ini dapat dilihat penggunaan “turun” yang digunakan kepada manusia diberi kepada “paya” iaitu benda yang bukan hhidup. Kesannya / fungsinya adalah untuk menggerakkan imaginasi pembaca dan menimbulkan unsur yang keratif dan puitis pada puisi. Dari paya turun ke padi Unsur Bunyi /Nada / Ritma / Rima (wajid bagi fakta, huraian, kesan/fungsi dan contoh) (cara jawab sama macam jawab gaya bahasa dan bentuk) Perulangan bunyi huruf vokal. Asonansi Perulangan bunyi huruf konsonan. Aliterasi Rima akhir dalam setiap rangkap puisi Ritma / Irama. Alunan lembut dan keras bunyi yang berulang secara teratur, imbangan kata dalam baris, dan panjang pendek baris sebuah sajak yang baik. Keharmonian bunyi dan susunan kata dalam karya puisi. Rentak / ragam /tingkah. Jeda. Hentian di tengah
57 Kepentingan Karya dalam konteks sarwajagat masyarakat Melayu tradisional Puisi di atas penting utnuk: Menerangkan cara hidup masyarakaat Melayu yang tinggal di kawasan paya / hulu / pinggir sungai. P “ ” M orang yang tinggal di tepi sungai. Apabila hujan turun di hulu, penduduk di kawasan hilir akan mendapat kesannya iaitu air semakin dalam. Mungkin boleh berlaku banjir. Pekerjaan utama masyarakat dahulu ialah menanam padi. Kegiatan ekonomi mereka ialah bertani./pekerjaan seorang petani. Tanam padi. Pentingnya hidup berkasih sayang. Bagi masyarakat melayu, hubungan kasih sayang adalah sesuatu yang penting dalam kehidupan mereka. Masyarakat yang sabar meskipun merindui antara satu sama lain kerana sering terpisah dan terpaksa tinggal berjauhan. Lalu di antara mereka ada yang rindu kepada kekasih kerana terpisah jauh. Ini menunjukkan orang dahulu sering merantau kerana mencari rezeki. Kerinduan akan melanda hati kerana pertemuan yang sekejap belum mampu menghilangkan rindu. Fungsi / Peranan puisi. Pantun bertindak sebagai alat pendidikan dan didaktik secara lembut dan puitis. Dalam pantun banyak terselit mesej, sama ada berupa nasihat dan Pendidikan tentang sesuatu. Walaupun ringkas, pengajaran dan Pendidikan yang diberikan kental dan padat. Menerusi pantun ini, penyair mengajar kita tentang asal usulnya sayang. Contoh Dari mana datangnya sayang, R1B3 Dari mata turun ke hati. R1B4
58 Sebagai alat komunikasi bagi penyampaikan maksud /curahan rasa hati. Pantun Kasih Sayang menggunakan bahasa yang puitis. Penyair menggunakan unsur-unsur alam dan kosa kata yang indah bagi menggambarkan wujudnya perasaan sayang, bagi memberitahu asal usulnya sayang dan rindu dendam yang wujud ketika berada di alam percintaan. Unsur puitis dapat dilihat pada pembayang pantun sebelum maksud disampaikan. secara halus dan lebih berkesan. Contoh Dari mana pipit melayang, R1 Dari paya turun ke padi; Dari mana datangnya sayang, Dari mata turun ke hati. Menggambarkan corak pemikiran masyarakat (word view) Sebagai alat kawalan sosial Hiburan Pandangan Sarwajagat
59 Estetik Pantun. Estatika / Estatik puisi boleh dilihat pada bentuk / gaya bahasa / nada atau rima / pemikiran Wajib bagi fakta, huraian dan kait kat mana adanya puitis dan indah. Kesan atau fungsi Perulangan bunyi huruf vokal. Dikenali juga sebagai Asonansi. Perulangan bunyi huruf vokal “….” menjadikan puisi lebih menarik dan indah. Keindahan bunyi terbit daripada perulangan bunyi huruf dalam baris yang sama lebih daripada …… kali. Kehadiran bunyi vokal dalam baris-baris pantun di atas terasa harmonis dengan mengundang kepelbagaian kesan pendengaran yang lunak dan memikat jiwa. Malah yang jauh lebih penting ialah di antara bunyi-bunyi tersebut ikut melambangkan makna tertentu. Contoh Beri contoh puisi. -Untuk nada atau rima / gaya bahasa dapat dilihat melalui perulangan bunyi huruf konsonan. Aliterasi. -Untuk Nada atau rima / Bentuk dapat dilihat pada Rima akhir. Unsur estetik boleh dikesan melalui penggunaan rima akhir yang menarik dan berkesan. -Untuk bentuk yang dilihat pada patah perkataan dan suku kata. -Untuk gaya bahasa dapat dilihat pada perulangan kata di awal baris. Dikenali sebagaii Anafora. Anafora ialah perulangan perkataan di awal baris atau kalimat secara berturutan. -Untuk pemikiran yang cuba disampaikan dapat dilihat pada…….
60 M M M M M M Pantun Agama Jenis Puisi : Pantun empat kerat Judul/Tajuk : Pantun Agama Tema
61 M M M Keagamaan. Iaitu menceritakan tentang pegangan umat Islam (rukun iman) yang mempercayai nabi dan memuliakan nabi Muhammad iaitu nabi akhir zaman. Menrut Islam hari Jumaat merupakan penghulu segala hari. Umat Islam juga percaya tentang qada’ dan qadar iaitu hidup dan mati yang ditentukan oleh Tuhan. Mereka juga berpegang teguh kepada rukun Islam antaranya sembahyang lima waktu. Mereka juga akan berdoa meminta petunjukdari Tuhan. Contoh:- Anak ayam turun sepuluh, Mati seekor tinggal Sembilan, Bangun pagi sembahyang subuh, Minta ampun kepada Tuhan. Ulasan Maksud dan Pembayang/Sampiran Rangkap pertama pembayang pantun wujud pada baris pertama dan kedua yang mengungkapkan tentang kemuliaan hari dan penhulu segala hari adalah hari Jumaat. Sesuai dengan maksud yang akan di sampaikan kemudian iaitu memuliakan Nabi Muhammad yang merupakan nabi akhir zaman. Perkataan-perkataan yang digunakan dalam pembayang bukan sahaja puitis, malah berkait dengan unsur agama. Hal ini jelas dilihat dilihat pada perkataan ‘hari Jumaat”, “mulia” dan “Banyak”. Perulangan kata-kata yang digunakan dapat menimbulkan penekanan dalam perkara yang ingin disampaikan dan dalam masa yang sama dapat menimbulkan keseragaman bunyi yang puitis. ContohBanyak hari antara hari, Tidak semulia hari Jumaat; CONTOH FAKTA HURAIAN ULASAN
62 M M M Pembayang rangkap kedua menggambarkan tentang unsur alam iaitu anak ayam dan unsur kematian. Sifat anak ayam yang akan bergerak secara berkumpulan dan unsur agama yang ditekankan di sini ialah tentang kematian. Penggunaan unsur ala mini bersesuaian dengan kehidupan manusia yang perlu menunaikan solat dan berdoa memohon keampunan sebelum mati. Penggunaan unsur alam dapat meimbulkan keindahan dalam menyampaikan makna. Contoh Anak ayam turun sepuluh, Mati seekor tinggal Sembilan, Maksud rangkap Rangkap satu membawa maksud bahawa memuliakan nabi Muhammad. Masyarakat Islam mempercayai wujudnya nabi sebagai pesuruh Allah. Namun semulia-mulia makhluk di muka bumi ini ialah nabi Muhammad SAW. Nabi Muhammad adalah penghulu segala nabi dan Rasul Allah. Oleh itu, setiap umat Islam wajib memuliakan nabi Muhammad S.A.W. Contoh:- Banyak nabi antara nabi, Tidak semulia Nabi Muhammad. Rangkap dua membawa maksud wajib bangun pagi dan sembahyang Subuh. Selain itu waktu solat ada waktu yang sesuai untuk memohon ampun. Waktu subuh adalah waktu yang sangat susah untuk bangun bersolat. Ianya merupakan satu bentuk ijian Allah tentang keimanan Umatnya. Waktu subuh adalah permulaan siang hari yang banyak mengandungi kelebihan dan keistemewaan. Oleh itu kita di sarankan supaya bangun pagi untu solat subuh serta berdoa kerana waktu subuh adalah waktu yang baik untuk berdoa bagi mendapat keredaan / keampunan Allah SWT. Contoh Bangun pagi sembahyang subuh, Minta ampun kepada tuhan. Persoalan
63 (a) Jelaskan pemikiran yang berunsurkan agama yang terdapat dalam puisi di atas. [16] Pemikiran yang berunsurkan agama yang terdapat dalam pantun agama ialah:- Pertama, hari dalam Kalendar Islam. Masyarakat yang berpegang teguh kepada ajaran Islam menganggap hari Jumaat merupakan hari yang paling istimewa bagi segala hari. Hari Jumaat dikatakan penghulu segala hari atau dikenali sebagai “Saidatul Ayyam”. Pada hari Jumaat, semua umat Islam lelaki wajib mengerjakan solat Jumaat. Solat Jumaat ini dapat mengeratkan lagi tali persaudaraan dalam kalangan umat Islam di samping mendalami ilmu agama menerusi khutbah Jumaat. Contoh Banyak hari antara hari, Tidak semulia hari Jumaat; Memuliakan nabi/ Kepercayaan kepada kewujudan nabi. Umat Islam seharusnya percaya dan memuliakan nabi kerana ia adalah sebahagian daripada rukun Iman. Nabi Muhammad S.A.W dikatakan mulia kerana baginda merupakan kekasih Allah nabi akhir zaman. Baginda juga amat mengasihi umatnya. Oleh itu, nabi Muhammad dimuliakan dan dikasihi oleh semua umat seperti yang terdapat pada contoh di bawah:- Banyak nabi antara nabi, Tidak semulia Nabi Muhammad. Seterusnya, Beriman kepada Tuhan dengan mengerjakan solat lima waktu / Kewajipan menunaikan solat. Setiap umat Islam wajib menunaikan solat lima waktu seperti yang ditetapkan di dalam Al-quran dan hadis. Barangsiapa yang mengerjakan solat akan mendapat ganjaran pahala. Umat Islam juga diminta menyegerakan solat seperti yang terdapat dalam pantun:- Bangun pagi sembahyang subuh, Berdoa dan memohon keampunan kepada Tuhan. Setiap manusia tidak lekang daripada masalah dan melakukan kesalahan, Oleh itu, manusia perlu berdoa dan memohon keampunan kepada Tuhan agar hidupnya mendapat keberkataan, kerahmatan, dan akan diampuni dosanya. Hidupnya juga akan menjadi lebih tenang. Meminta doa dan ampun yang mustajab adalah selepas menunaikan solat. Contoh Bangun pagi sembahyang subuh, Minta ampun kepada tuhan. Percaya kepada qoda’ dan qadar / ketentuan Tuhan– mati Masyarakat yang rajin menternak
64 Gambaran Masyarakat 1. Masyarakat yang sentiasa memuliakan nabi. 2. Masyarakat yang memuliakan hari kebesaran Islam iaitu hari Jumaat 3. Masyarakat yang memelihara binatang ternakan sebagai aktiviti mencari rezeki. 4. Masyarakat yang sentiasa taat kepada perintah Allah 5. Masyarakat yang rajin bekerja dan sentiasa bangun awal pagi. 6. Masyarakat yang sentiasa bersolat pada waktu/berdoa untuk memohon keampunan Allah. Kemuliaan hari dalam kalender Islam. Masyarakat Islam percaya bahawa hari Jumaat adalah penghulu segala hari. Banyak perkara yang baik akan berlaku pada hari Jumaat seperti sembahyang Jumaat dan lain-lain. Masyarakat Islam akan berkumpul pada hari Jumaat untuk mendengar khutbat dan nasihat sebelum menunaikan sembahyang Jumaat secara berjemaah. Hal ini dapat mengeratkan tali persaudaraan sesama manusia seperti yang ditekankan di dalam pantun agama. Contoh Banyak hari antara hari, Tidak semulia hari jumaat, Memuliakan nabi/ Kepercayaan kepada kewujudan nabi. Umat Islam seharusnya percaya dan memuliakan nabi kerana ia adalah sebahagian daripada rukun Iman. Nabi Muhammad S.A.W dikatakan mulia kerana baginda merupakan kekasih Allah nabi akhir zaman. Baginda juga amat mengasihi umatnya. Oleh itu, nabi Muhammad dimuliakan dan dikasihi oleh semua umat seperti yang terdapat pada contoh di bawah:- Banyak nabi antara nabi, Tidak semulia Nabi Muhammad. Seterusnya, Beriman kepada Tuhan dengan mengerjakan solat lima waktu / Kewajipan menunaikan solat. Setiap umat Islam wajib menunaikan solat lima waktu seperti yang ditetapkan di dalam Al-quran dan hadis. Barangsiapa yang mengerjakan solat akan mendapat ganjaran pahala. Umat Islam juga diminta menyegerakan solat seperti yang terdapat dalam pantun:- Bangun pagi sembahyang subuh, Berdoa dan memohon keampunan kepada Tuhan. Setiap manusia tidak lekang daripada masalah dan melakukan kesalahan, Oleh itu, manusia perlu berdoa dan memohon keampunan kepada Tuhan agar hidupnya mendapat keredhoan dan keberkatan. Meminta doa dan ampun yang mustajab adalah selepas menunaikan solat. Contoh Minta ampun kepada tuhan.
65 Nilai agama / Unsur agama – Cara jawab sama macam pemikiran. Pengajaran / mesej / harapan (sama seperti nilai. Bezanya ayat yang akan digunakan) Kita hendaklah percaya dengan kewujudan nabi dan memuliakan nabi Muhammad (S.A.W) Pengajarang menjelaskan bahawa solat itu tiang agama. Penyair berharap agar umat Islam sentiasa berdoa memohon keredhoan. M M M
66 Bentuk / Teknik Penulisan / Struktur Penulisan / Estatika Bentuk (wajid bagi fakta, huraian, kesan/fungsi dan contoh) (b) Huraikan empat ciri puisi di atas [16] Dari segi rangkap. Terdapat daripada 2 rangkap. Bentuk binaan pantun adalah seimbang dari segi jumlah atau bilangan baris dalam setiap rangkap.Kesan / Kepentingan / fungsinya agar mesej yang disampaikan jelas dan sedap merdu didengar. Anak ayam turun sepuluh, Mati seekor tinggal Sembilan, Bangun pagi sembahyang subuh, Minta ampun kepada Tuhan. Jumlah baris serangkap. Terdapat empat baris serangkap/genap. Empat baris serangkap ini dapat menimbulkan kemerduan sebutan. Contoh : Anak ayam turun sepuluh, b1 Mati seekor tinggal sembilan;, b2 Bangun pagi sembahyang subuh, b3 Minta ampun kepada Tuhan. b4 M M M
67 Ia mempunyai pembayang dan maksud. Baris-baris dalam pantun dibahagikan kepada dua bahagian iaitu pembayang dan maksud. Pembayang dapat memainkan peranan bagi memudahkan pembaca memahami maksud dan mesej. Kesannya dapat menimbulkan keseimbangan apabila dibaca.Setiap stanza atau rangkap pantun mempunyai 2 baris yang pertama adalah pembayang (sampiran) seperti contoh di bawah. Banyak hari antara hari, Tidak semulia hari Jumaat; dan 2 baris yang kedua adalah maksud. Contohnya, Banyak nabi antara nabi, Tidak semulia Nabi Muhammad. CONTOH JUGA BOLEH DIBERIKAN SEPERTI INI Banyak hari antara hari Tidak semulia hari Jumaat pembayang/sampiran Banyak nabi antara nabi, Tidak semulia nabi Muhammad. maksud Jeda. Terdapat jeda atau hentian sebentar. Tanda garis sendeng memerlukan hentian ketika membaca pantun. Kesan / Kepentingan / fungsi adalah untuk menimbuklan rentak beralun. Contoh Anak ayam /turun sepuluh, Mati seekor/ tinggal sembilan, Bangun pagi /sembahyang subuh, Minta ampun /kepada Tuhan. Jumlah perkataan dalam sebaris. Terdapat 4 patah perkataan sebaris. Hal ini menunjukkan ciri puisi tradisional yang bersifat terikat antara 4 hingga 5 patah perkataan sebaris. Hal ini mengindahkan pengucapan pantun. Contoh: 1 2 3 4 Anak/ ayam /turun/ sepuluh, Jumlah suku kata sebaris. Terdapat 9-11 suku kata iaitu masih tidak melebihi suku kata terikat (8-12). Hal ini dapat menimbulkan bentuk yang seragam dan menarik. Contoh: Banyak hari antara hari, 9 sukukata Tidak semulia hari Jumaat 11 sukukata Anak ayam turun sepuluh, Mati seekor tinggal Sembilan, Bangun pagi sembahyang subuh, Minta ampun kepada Tuhan.
68 Suku kata. Setiap baris mengandungi kata dasar empat patah perkataan, dengan jumlah suku kata antara sembilan hingga sebelas suku kata dalam sebaris. Baris pertama dalam rangkap pertama menunjukkan 9 suku kata, manakala baris keempat pada rangkap yang sama menunjukkan sebelas suku kata. Kesan / Kepentingan/ fungsi agar memerdukan intonansi dan bunyi. Contohnya:- Ban/yak/ ha/ri/ an/ta/ra/ ha/ri/, (R1 B1 - 9 s.k) Ti/dak/ se/mu/li/a/ Na/bi/ Mu/ham/mad/. (R1 B4 – 11 s.k) Rima akhir. Berselang seli dan terikat. Masih mengikuti rima a,b,a,b. Rima akhir baris pertama sama dengan rima akhir baris ketiga, manakala rima akhir baris kedua sama dengan baris keempat. Rima akhir baris ini menunjukkan keistimewaan pantun berbanding puisi lain. Kesannya dapat melahirkan kesan bunyi yang menarik apabila diucapkan. Anak ayam turun sepuluh, h Mati seekor tinggal Sembilan, n Bangun pagi sembahyang subuh, h Minta ampun kepada Tuhan. n Gaya bahasa / Nilai estatika Bahasa (wajid bagi fakta, huraian/maksud fakta, kesan/fungsi dan contoh) M M M
69 Keindahan /Estatika bahasa / gaya bahasa yang terdapat pada pantun ini ialah: Perulangan kata dalam baris yang sama. P “ “ “ ” pertama baris pertama dan ketiga. Hal ini dapat menimbulkan pengucapan yang puitis disamping memberi penekanan tentang mesej yang cuba disampaikan. Contoh:- Banyak hari antara hari, R1,B1 Banyak nabi antara nabi, R1, B3 2. Perulangan bunyi huruf vokal. Bunyi huruf vokal “a” diulang sebanyak 6 kali pada baris 1 rangkap 1 3. Pengulangan bunyi huruf konsonan. Bunyi huruf konsonan “m” diulang sebanyak 4 kali pada baris 4 rankap 1 4. Inversi – pembalikan kata – mati seekor sepatutnya seekor mati. 5. Alusi. – Nabi Muhammad 6. Citra. Gambaran masyarkat / golongan nabi 7. Perulangan kata di tengah baris. Perulangan perkataan “hari” berlaku pada baris 1 dan 2 dalam rangkap satu. 8. Penggunaan Diksi yang Indah dan Tepat – unsur/imej alam – anak ayam Unsur Bunyi /Nada / Ritma / Rima (wajid bagi fakta, huraian, kesan/fungsi dan contoh) (cara jawab sama macam jawab gaya bahasa dan bentuk) Boleh dilihat pada Perulangan bunyi huruf vokal. Asonansi Perulangan bunyi huruf konsonan. Aliterasi Rima akhir dalam setiap rangkap puisi Ritma / Irama. Alunan lembut dan keras bunyi yang berulang secara teratur, imbangan kata dalam baris, dan panjang pendek baris sebuah sajak yang baik. Keharmonian bunyi dan susunan kata dalam karya puisi. Rentak / ragam /tingkah. Jeda. Hentian di tengah
70 Contoh jawapan kesan puisi di atas diri saya ialah :- 1. Saya hendaklah memuliakan nabi terutama Nabi Muhammad (S.A.W). 2. Saya hendaklah percaya mati itu pasti / qado’ dan qadar / hari kebangkitan 3. Saya hendaklah menghormati penghulu segala hari iaitu hari Jumaat 4. Saya wajib menunaikan solat lima waktu – untuk meningkatkan keimanan 5. Saya perlu berdoa/ meminta ampun dan memohon kepada Tuhan. Ciri-ciri (ciri-ciri merangkumi semua yang dianalisis iaitu tema, pemikiran, gaya bahasa, bentuk dan peranan) 1. Tema. Tema pantun adalah bertemakan keagamaan. 2. Bentuk pantun yang mempunyai pembayang dan maksud. Pantun ini adalah pantun empat baris serangkap atau pantun empat kerat. Terdapat pembayang maksud pantun. Dua baris pantun yang awal pada setiap rangkap adalah pembayang. Hal ini mengindahkan pantun tersebut 3. Gaya Bahasa. Perulangan kata ditengah baris 4. Pemikiran. Pantun ini menerangkan tentang pegangan dan kepercayaan umat Islam pada rukun Iman dan rukun Islam seperti percaya kepada nabi dan sembahyang lima waktu 5. Peranan pantun. Bertindak sebagai alat didaktik / pengajaran Estetik Pantun. Estatika / Estatik puisi boleh dilihat pada bentuk / gaya bahasa / nada atau rima / pemikiran Wajib bagi fakta, huraian dan kait kat mana adanya puitis dan indah. Kesan atau fungsi (b) Huraikan tiga keindahan pantun di atas. [9] Tiga keindahan pantun agama ialah:- Pertama, keindahan dapat dilihat pada bentuk iaitu rangkap. Pantun agama mempunyi dua rangkap Setiap rangkap mempunyai empat baris yang sejajar dan berpasangan. Hal ini dapat menimbulkan kemerduan sebutan. Oleh itu, bentuk penting dalam penghasilan puisi bagi menimbulkan keindahan sebutan. Contoh Banyak hari antara hari, Tidak semulia hari jumaat, Banyak nabi antara nabi, Tidak semulia Nabi Muhammad. Kedua, dapat dilihat pada nada atau ritma pantun menerusi rima akhir. Rima akhir adalah persamaan bunyi akhir dalam baris-baris puisi. Rima akhir pantun tetap iaitu a-b,a-b. Bagi pantun empat kerat ini bunyi rima akhir baris pertama sama dengan baris ketiga dan rima akhir baris kedua sama dengan baris keempat. Persamaan ini akan menimbulkan irama / rentak yang menarik apabila diungkapkan. Oleh itu,
71 M M M nada dalam puisi dapat menimbulkan keindahan bunyi dan pendengar akan tertarik mendengarnya. Contoh rangkap 2:- Anak ayam turun sepuluh, Mati seekor tinggal Sembilan, Bangun pagi sembahyang subuh, Minta ampun kepada tuhan Akhir sekali, keindahan dapat dilihat pada gaya bahasa yang ada iaitu perulangan kata di tengah baris. Penyair mengulangi perkataan “hari” dalam rangkap pertama. Hal ini dapat menimbulkan pengucapan yang puitis dan merdu didengar. Oleh itu, gaya bahasa memainkan peranan penting dalam menghasilkan puisi yang indah dan puitis. Contoh:- Banyak hari antara hari, Tidak semulia hari jumaat, Kepentingan / fungsi / peranan Karya
72 (b) Bincangkan kepentingan pantun dalam konteks sarwajagat masyarakat Melayu tradisional. [16] Kepentingan pantun dalam konteks sarwajagat masyarakat Melayu tradisional adalah seperti berikut Pertama, ketajaman akal dan kreatif dalam menyebarkan pengajaran agama seperti memuliakan nabi Muhammad (S.A.W). Umat Islam seharusnya percaya dan memuliakan nabi kerana Nabi Muhammad S.A.W merupakan kekasih Allah dan nabi akhir zaman. Pengajaran yang disampaikan ialah jika umat Islam tidak mempercayai dan memuliakan nabi Muhammad, maka tidak sempurnalah keimanan mereka kerana memuliakan dan mempercayai nabi adalah sebahagian daripada rukun iman. Hal ini ditegaskan oleh penyair dalam baris ketiga dan keempat , rangkap pertama. Banyak hari antara hari, Tidak semulia hari Jumaat; Banyak nabi antara nabi, Tidak semulia Nabi Muhammad. Masyarakat Melayu kreatif dalam memberi nasihat dan tunjuk ajar tentang mengerjakan solat lima waktu. Tanda orang yang beriman kepada-Nya ialah dengan mengerjakan solat lima waktu. Solat/sembahyang merupakan tiang agama. Umat Islam diwajibkan menunaikan solat. Melalui pantun ini, masyarakat diberi tunjuk ajar dan nasihat untuk mengerjakan solat kerana sesiapa yang sentiasa menunaikan solat, sama solat wajib atau solat sunat akan mendapat ganjaran pahala yang berlipat kali ganda. Oleh pantun agama mampu menjadikan manusia sebagai hamba Allah yang sentiasa taat kepada perintah-Nya. Contohnya, penyair menekankan tentang solat subuh, Bangun pagi sembahyang subuh, Menunjukkan world-view masyarakat Melayu yang berpegang teguh kepada ajaran Islam di mana masyarakat Islam percaya pada ketentuan Qada’ dan Qadar/ Setiap insan pasti akan mati. Tanda seseorang itu beriman kepada-Nya ialah ialah dengan percaya bahawa setiap yang hidup pasti akan mati. Dengan percaya kepada ketentuan Qada dan Qasar, maka umat Islam akan mellakukan amal ibadat dan sentiasa memohon keampunan daripada Allah SWT. Selagi hidup, umat Islam akan berpegang teguh kepada ajaran Islam dan meninggalkan larangannya kerana umat Islam percaya bahawa apa yang dilakukan akan mendapat balasan yang setimpal selepas mati. Anak ayam turun sepuluh, Mati seekor tinggal Sembilan, Memberi pendedahan tentang nilai keagamaan yang ada seperti memuliakan /percayakan penghulu segala hari. Masyarakat Islam menganggap hari Jumaat merupakan hari yang paling istimewa. Hari Jumaat dikatakan penghulu segala hari atau dikenali sebagai “Saidatul Ayyam”. Pada hari Jumaat, semua umat Islam lelaki wajib mengerjakan solat Jumaat. Solat Jumaat ini dapat mengeratkan lagi tali persaudaraan dalam kalangan umat Islam di samping mendalami ilmu agama menerusi khutbah Jumaat. Contoh Banyak hari antara hari, Tidak semulia hari Jumaat;
73 Pandangan Syarwajagat M M M
74 BAB 2 PUISI TRADISIONAL SYAIR Syair dalam pengertian kesusasteraan Melayu digarap dengan pilihan kata-kata yang indah untuk memaparkan hikayat lama, peristiwa sejarah, agama, bahan pengajaran, cerita gubahan sendiri dan sebagainya. Pada suatu ketika, syair amat digemari oleh masyarakat Melayu sehingga dipersembahkan dengan irama lagu yang tertentu. Syair juga merupakan sejenis puisi berlagu. Ia berasal dari Parsi dan telah dibawa masuk ke Nusantara bersama-sama dengan kedatangan Islam. Syair telah diubahsuaikan mengikut kesesuaian Bahasa Melayu Klasik ketika itu. Namun begitu, A. Teeuw berpendapat bahawa syair merupakan puisi Melayu lama yang telah sedia wujud tetapi namanya telah ditukar. Menurut Mohd, Yusuf Md. Nor, 1985 : Syair dikatakan berasal daripada puisi Arab iaitu sy’ir tetapi bentuk syair Melayu amat berbeza dengan bentuk syair dalam kesusasteraan Arab. Keseluruhan pengkaji sependapat bahawa istilah syair berasal daripada bahasa Arab yang bermaksud puisi secara umum. Dalam bahasa Melayu, istilah syair sudah menjadi satu istilah yang khusus. Syair Melayu tidak beracuankan syair daripada tradisi Arab atau mana-mana puisi Arab-Parsi tetapi dalam bentuk dan acuan asli masyarakat Melayu (Harun Mat Piah,1989). Syed Naquib al-Attas berpendapat bahawa syair dicipta oleh Hamzah Fansuri sendiri selepas kedatangan Islam iaitu pada tahun 600 Masihi. Kata “syair” mula diguna di alam melayu pada abad ke 16 dalam stanza terjemahan “Kesidah Burda al-Busiri”. Za'aba pula mendakwa bahawa syair berasal daripada perkataan "syir" yang membawa maksud perasaan serta pengenalan dengan pancaindera yang selalunya membangkitkan pelbagai perasaan dan pengalaman serta mempunyai bahasa yang indah dan menarik. Melalui perkembangan persuratan Melayu selanjutnya, Hamzah Fansuri, seorang tokoh ulama dan pujangga melayu merupakan individu yang telah menghasilkan syair dalam bentuk yang lebih Melayu dan menyimpang daripada bentuk syair Arab dengan cukup berkesan dan ilmiah temanya. Selepas itu, syair terus berkembang pesat dengan bentuk yang lebih mantap dan tekal. Semenjak itu, syair Melayu sudah menyimpang daripada bentuk syair Arab yang menjadi tiruannya. Terdapat bukti bahawa bentuk syair itu sendiri telah wujud sebelum kejatuhan Kerajaan Melaka, sebagaimana yang tersurat dalam kata-kata yang tertulis pada sebuah batu nisan tua yang telah dijumpai di Minye Tujuh, Acheh, pada T.M. 1380 itu, selain itu hasil-hasil sastera yang seloka, gurindam, pantun juga telah sedia diketahui oleh orang Melayu sebelum zaman kejatuhan Melaka. Hal ini ada tercatat di dalam buku Sejarah Melayu menerusi kisah "Meminang Puteri Gunung Ledang" "…….segala burung di dalam taman itu pun berbunyi, pelbagai bunyinya, ada yang seperti orang bersiul, ada yang seperti orang berbangsi, ada yang seperti orang bersyair, ada yang seperti orang berbait, ada yang seperti orang berseloka, ada yang seperti orang bergurindam " Dalam teks Sulalatus Salatin Sejarah Melayu terdapat syair dalam bahasa Arab dan bahasa Melayu. Orang Melayu mula berkenalan dengan syair sejak zaman awal bertapaknya Islam di alam Melayu melalui pengkajian kitab yang terdapat bentuk syair seperti kitab Al-Luma’, Fusus al-Hikam, Al-Insan alKamil yang dibawa oleh pengembang agama Islam ke Melaka. Syair berbahasa Arab yang terawal ialah catatan batu nisan Sultan Malik al-Saleh (1297 M) di Pasai. Syair disampaikan dalam bentuk rangkap dan menjadi kegemaran masyarakat Melayu lama. Syair tidak mempunyai pemilik atau penulis yang khusus. Syair dianggapa milik bersama oleh masyarakat Melayu lama.
75 Ciri-ciri Syair (Ciri-ciri merangkumi semua termasuk tema, pemikiran, bentuk, gaya bahasa dan lain-lain) Syair boleh dikenali melalui bentuk, isi dan perbandingan dengan puisi Melayu tradisional yang lain. Berbanding pantun, bentuk syair lebih ketat dan terikat kepada ciri – ciri tertentu. Bentuk konvensional syair Melayu mengandungi empat baris serangkap dengan rima a/a/a/a. Bentuk inilah yang paling dominan dalam masyarakat Melayu walaupun terdapat juga variasi-variasi bentuk yang lain. Berikut adalah huraian berkaitan ciri-ciri syair. Menurut Jamilah Hj. Ahmad ( 1989 ;ix ),ciri-ciri syair adalah seperti berikut: i). Setiap rangkap syair terdiri daripada empat baris serangkap. Ini bermakna tiap-tiap satu rangkap syair mengandungi jumlah baris yang tetap. ii). Setiap baris mengandung empat atau lima patah kata dengan jumlah suku kata antara lapan hingga dua belas. iii). Rima hujung setiap barisnya sama,iaitu a-a-a-a. iv). Untuk menyampaikan satu-satu idea atau tema,unit-unit rangkap syair tidak berdiri sendiri tetapi bersambung-sambung dan menjadi satu kesatuan yang sistematik serta berkembang. Dengan kata lain , tiap satu rangkap syair memerlukan beberapa rangkap syair yang berurutan untuk memberi idea yang lengkap. Dengan lain perkataan, syair adalah satu pernyataan yang berlarutan bagi mengemukakan cerita, kisah, buah fikiran, nasihat dan puji-pujian. Sebab itulah syair ada awalan dan akhirannya. Oleh itu, syair sangat sesuai untuk menyampaikan ajaran, nasihat, cerita-cerita, kisah-kisah sejarah dan sebagainya secara lebih indah, padat dan ringkas. v). Dalam satu baris syair, terdapat suatu hentian (pause). Menurut Harun Mat Piah (1989), syair dalam bahasa melayu mempunyai beberapa variasi yang bergantung kepada bentuk rimanya iaitu: i. Dua baris serangkap dengan rima a/b, (memerlukan beberapa rangkap) ii. Tiga baris serangkap dengan rima a/a/b. iii. Empat baris serangkap dengan rima a/a/a/a. iv. Empat baris serangkap dengan rima a/b/a/b. v. Empat baris serangkap dengan rima a/a/b/b. vi. Empat baris serangkap dengan rima a/a/a/b, c/c/c/d, d/d/d/d dan seterus nya. vii. Empat baris seirama (monorhyme). viii. Empat baris berkait.
76 Tema Syair. Dari segi isi dan tema, terdapat tujuh jenis tema yang berbentuk cerita (naratif) dan bukan cerita (bukan naratif). Antaranya adalah seperti berikut : i. Syair Sejarah. syair tentang sesuatu peristiwa atau sejarah,misalnya “Syair Singapura Terbakar”, Syair Himop ” (mengisahkan perang yang berlaku antara orang Belanda dengan orang Cina) dan “ Syair Speelman ” ii. Syair Romantis cth. Syair Jeragan Budiman dan Jauhar Manikam. Syair daripada rekaan pengarang yang berisi cerita,misalnya “Syair Bidasari”, “ Syair Dandan Setia ” dan “ Syair Yatim Piatu”. Syair ini juga mengandungi cerita atau hikayat lama, misalnya “ Syair Ken Tambuhan ”,“ Syair Damarwulan ” dan “ Syair Panji Semirang ”. iii. Syair Simbolik / Kiasan. syair yang bersifat kiasan dan sindiran, misalnya “ Syair Burung Pungguk ”, “ Syair Nuri ” dan “ Syair Kumbang dan Melati ”. iv. Syair keagamaan. Syair yang berisi nasihat dan pengajaran agama seperti “ Syair Perahu”, “ Syair Ibadat ” dan “ Syair Kiamat ”. v. Tema-tema lain yang berasingan. Fungsi Syair Sebagai hiburan – sesuai dengan sifatnya yang demikian maka syair sering dilagukan dalam majlis-majlis tertentu seperti dalam pesta dan keramaian, dipertandingkan atau dalam upacara-upacara adat. Alat menyampaikan pengajaran melalui cerita dan lagu terutama dalam hal-hal yang menyentuh aspek pengajaran agama Islam dari rukun iman, rukun sembahyang, zakat, puasa dan sebagainya. Kemerduan suara “tukang lagu” dan kelembutan nada syair berupaya mengusik perasaan dan seterusnya meninggalkan kesan yang mendalam. Berfungsi dalam kegiatan kesenian dan kebudayaan masyarakat i. Ketika sambutan maulud ii. Dinyanyikan atau dilagukan sebagai mengiringi tarian-tarian tertentu seperti dalam dabus dan boria iii. Digunakan dalam adat perkahwinan
77 Syair Ikan Terubuk 1.0 Latar belakang: Syair Ikan Terubuk adalah sebuah kumpulan syair Melayu yang diciptakan pada abad ke-19, berupa media lisan tanpa diketahui siapa penciptanya. Salah satu cerita lisan yang masih menjadi tradisi dalam kalangan masyarakat Melayu Bengkalis, Riau ialah kisah ikan Terubuk. Kisah ini diabadikan dalam bentuk syair melalui 285 bait dan diberi nama Syair Ikan Terubuk. Namun syair ini telah diterbitkan di dalam sekitar dua puluh versi, salah satunya ditulis oleh Ulul Azmi. Karya besar yang menjadi masterpiece ini membentangkan kehidupan habitat ikan didalam air, baik air laut maupun air tawar secara lengkap. Uniknya, Syair Ikan Terubuk menjadi sangkakala mantra dalam upacara Semah Laut di Bengkalis, yaitu sebuah upacara mengundang ikan-ikan terubuk melalui cara supranatural, yang dilakukan secara turuntemurun. Rangkaian syair ini menceritakan perjuangan ikan Terubuk, sejenis ikan yang menjadi pemimpin kerajaan laut dengan daerah kekuasaan meliputi beberapa selat, telah tertawan dengan puteri yang cantik jelita bernama Puyu-Puyu dari kerajaan air tawar. Untuk mendapatkan putri PuyuPuyu, ia pun mengerahkan bala pasukan yang dimilikinya untuk menerobos masuk ke kerajaan air tawar. Namun mujur tak dapat diraih, malang tak dapat ditolak, pasukan Terubuk terjerat jaring nelayan. Melalui buku ini, Ulul Azmi menunjukkan bahawa syair ikan Terubuk merupakan karya sastera yang sarat makna dan tinggi nilainya. Syair ini mempunyai pengaruh yang cukup signifikan terhadap kehidupan masyarakat Bengkalis, khususnya di laut muara sungai Siak, Riau. Di samping itu, Azmi juga menunjukkan bahwa karya sastera yang diciptakan pada abad ke-19 ini dibuat oleh seorang penyair yang memiliki pengetahuan luas mengenai kehidupan di dalam air, baik air masin maupun air tawar. Secara politik, rangkaian Syair Ikan Terubuk menggambarkan keinginan yang gagal dari penguasa lautan, ikan Terubuk, untuk menguasai daerah pedalaman, putri Puyu-Puyu. Jika ditarik pada konteks awal keberadaan syair tersebut, kita akan mengetahui bahwa Syair Ikan Terubuk menceritakan negeri pantai
78 di wilayah Semenanjung Melayu, yang diwakili oleh Sultan Mahmud dari Melaka, untuk menaklukan negeri-negeri di daerah pedalaman, seperti Pagarruyung, Minangkabau dan negeri-negeri yang lainnya. Syair kiasan atau alegori ini mengisahkan percintaan antara ikan. Menurut Overbeck, syair jenis ini biasanya mengandungi sindiran terhadap peristiwa tertentu. Syair Ikan Terubuk dengan Puyu-puyu misalnya menyindir peristiwa peminangan seorang anak Melaka terhadap puteri Siak yang tidak berhasil. Syair ini mungkin diilhami oleh pelanggaran Melaka terhadap Siak. Syair Ikan Terubuk dengan Puyu-puyu ini berdasarkan naskhah v.d. Wall 242 di Jakarta. Sinopsis Keseluruhannya, Secara keseluruhannya syair ini mengisahkan tentang ikan terubuk yang berasal dari Tanjung Tuan di laut Melaka (Kerajaan air masin laut) telah jatuh cinta pandang pertama dengan tuan puteri ikan puyupuyu yang berasal dari Tanjung Pandang (kerajaan air tawar). Ikan terubuk yang digelar sebagai Duli Seripada sentiasa terkenang akan tuan puteri ikan puyu-puyu yang cantik rupawan dan baik tingkahlaku serta bersopan-santun. Namun begitu, tuan puteri ikan puyu-puyu menolak hasrat hati ikan terubuk, menyebabkan ikan terubuk pulang ke Tanjung Tuan membawa hati yang lara. Tuan Puteri puyu-puyu tidak berminat dengan ikan terubuk lalu dia berdoa kepada tuhan agar diberi jalan untuk tidak bersama dengan ikan terubuk. Lalu berlakulah peristiwa aneh, angin ribut berserta kilat dan petir sabung-menyabung dan akhirnya sebatang pokok pulai tumbuh ditengah kolah puteri puyu-puyu. Tuan puteri puyu-puyu telah melompat ke atas pucuk pokok pulai dan hilang lenyap diudara. Berita kehilangan puteri puyu-puyu di udara bersama dengan bala tenteranya telah disampaikan oleh ikan belida kepada ikan pari. Berita tersebut telah dipanjangkan pula kepada ikan terubuk yang digelar sebagai Duli Seripada. Apabila mendengarnya, dia berasa amat sedih kerana hasratnya untuk memiliki tuan puteri puyu-puyu tidak kesampaian. Ikan terubuk dan bala tenteranya terus pergi mencari di lautan luas, namun segala usahanya sia-sia sahaja kerana tuan puteri puyu-puyu sudah tiada. Ikan terubuk akhirnya mengambil keputusan untuk kembali ke tempat aslanya dengan kecewa kerana hasratnya untuk memiliki tuan puteri puyu-puyu tidak kesampaian.
79 Maksud Syair mengikut rangkap: (rujuk teks muka surat 7-10) Rangkap 1: Syair ini dimulakan dengan bacaan bismilah sebagai pembuka cerita dan seterusnya diikuti dengan memuji kebesaran Allah pentadbir sekalian alam semestayang sentiasa memberi rahmat siang dan malam kepada setiap umat Islam. Bismillah itu permulaan kalam, Dengan nama Allah Khalik al-alam, Melimpahkan rahmat siang dan malam, Kepada segala mukmin dan Islam Rangkap 2: Syair ini menceritakan tentang ikan terubuk yang tidak menghiraukan keadaan sekeliling (kawasan pemerintahannya) kerana bersedih . Mula dikarang ikan terubuk, Lalai memandang ikan di lubuk, Hari dan jantung bagai serbuk, Laksana kayu dimakan bubuk. Rangkap 3: Sebenarnya ikan terubuk adalah ikan yang dianggap berhantu dan berasal dari laut Melaka. Ikan terubuk berada dalam kesedihan setiap waktu sehingga tidak ada keceriaan dihatinya. Kisah dua kerajaan yang memerintah di persekitaran kawasan kerajaan air masin dan air tawar. Kerajaan air masin diwakili oleh ikan terubuk manakala kerajaan air tawar diwakili oleh ikan puyu-puyu.Ikan terubuk dikatakan seolah-
80 oleh ikan puaka yang berasal dari laut di Melaka. Perkataan “puaka” boleh dikaitkan dengan ancaman musuh dan perseteruan. Ikan terubuk sangat meminati ikan puyu-puyu. Namun ikan puyu-puyu tidak sedikitpun menyukai ikan terubuk. Asal terubuk ikan puaka, Tempatnya konon di laut Melaka, Siang dan malam berhati duka, Sedikit tidak menaruh suka. Rangkap 4: Ikan terubuk sentiasa termenung dan bermuram dalam kesedihan kerana perasaanya resah gelisah apabila mengetahui adanya puteri yang cantik jelita. Pagi petang duduk bercinta, Berendam dengan airnya mata, Kalbunya tidak menderita, Kerana mendengar khabar berita. Rangkap 5: Kisahnya bermula apabila ikan terubuk yang cuba memujuk rayu puteri ikan puyu-puyu, sehingga menyebabkan ikan terubuk sentiasa terkenangkannya. Dendam rindu inginkan ikan puyu-puyu sangat mendalam dan terubuk sering merindu siang dan malam. Lalu terubuk sering menyeru dan memuja puyu-puyu. Pertama mula terubuk merayu, Berbunyilah guruh mendayu-dayu, Senantiasa berhati sayu, Terkenangkan puteri ikan puyu-puyu.
81 Rangkap 6: Puteri tersebut dikenali sebagai Puteri puyu-puyu yang tinggal di dalam sebuah kolam (air tawar) Memiliki rupa paras yang cantik, tingkah laku yang baik serta bersopan-santun. Puteri Puyu-puyu konon namanya, Di dalam kolam konon tempatnya, Cantik mejelis barang lakunya, Patutlah dengan budi bahasanya. Rangkap 7: Tempat tinggal sang puteri di Tanjung Padang. Pada suatu ketika ikan terubuk datang menziarahinya lalu jatuh cinta kerana kecantikan fizikal yang dimiliki oleh puteri ikan puyu-puyu. Asal puyu-puyu dikatakan di Tanjung Padang. Ada pendapat mengatakan kawasan ini adalah di Pagar Ruyung Minangkabau di pulau Sumatera. Diceritakan juga gambaran rupa paras tuan puteri yang menyerupa puyu-puyu. Terubuk sangat tertarik dan sering memerhati keayuan wajah puyu-puyu; Kolamnya konon di Tanjung Padang, Di sanalah tempat Terubuk bertandang, Pinggangnya ramping dadanya bidang, Hancurlah hati terubuk memandang. Rangkap 8: Ikan terubuk mulai terkenang puteri puyu-puyu dari jauh hingga tidak terkata. Perasaannya diselubungi resah sehingga tidak keruan(tidak tentu arah jadinya) Muda menentang dari saujana, Melihat puteri terlalu lena,
82 Hati di dalam bimbang gulana, Duduk bercinta tiada semena. Rangkap 9: Perasaan sedih kerana terkenangkan puteri puyu-puyu yang tidak menerimanya menyebabkan ikan terubuk (golongan bangsawan) pulang ke tempat asalnya di Tanjung Tuan. Siang dan malam ikan terubuk teringatkan tuan puteri. Gundah gulana tidak ketahuan, Lalulah pulang muda bangsawan, Setelah sampai ke Tanjung Tuan Siang dan malam igau-igauan Rangkap 10: Apabila menjelang waktu senja(petang) tuan puteri berdoa, sekiranya dia dari keturunan raja yang berdaulat muga Allah akan memakbulkan segala pemintaannya. Asal usul puyu dikatakan keturunan raja. Dikatakan dia mempunyai keupayaan memuja dan berdoa. Sebarang pinta dan doanya akan dimakbulkan demi mengelakkan ancaman terubuk. Setelah hari hampirkan senja, Puteri bersiap hendak memuja, Jika sungguh asalku raja, Disampaikan Allah barang disaja. Rangkap 11: Upacara berdoa tersebut dimulai dengan tuan puteri mandi berlimau membersihkan diri, seterusnya ke tempat beribadat. Tuan puteri berdoa sehingga waktu dinihari (subuh). Berlimau mandi tuan puteri, Lalulah masuk ke dalam puri, Meminta dia seorang diri, Sampailah waktu dinihari. Rangkap 12: Doa tuan puteri dimulai dengan puji dan puja kepada Allah. Tuan puteri merintih akan nasib dirinya, dia juga bermohon untuk mendapat restu dari keturunannya agar doanya diperkenankan. Ya Illahi, Ya Tuhanku, Apakah sudah demikian laku, Dengan berkat nenek moyangku, Disampaikan dewata barang pintaku. Rangkap 13: Tidak lama kemudian, suasana berubah, ribut , kilat dan petir sabung menyabung lalu turunlah nenek moyangnya dari kayangan. Selang tidak berapa antara, Turunlah ribut dengan segera, Kilat dan petir tidak terkira, Datuk nenek turun dari udara.
83 Rangkap 14: Mereka membawa sepohon pokok pulai yang dibawa dari Tanjung Balai. Pokok pulai itu sangat cantik apabila tuan puteri menyaksikannya timbullah rasa kagum. Membawa sepohon batangnya pulai, Datangnya dari Tanjung Balai, Eloknya tidaklah ternilai, Puteri melihat hairan terlalai. Rangkap 15: Pokok pulai itu sangat rending dengan banyak dahannya. Pokok pulai itu diletakkan ditengah-tengah kolah, apabila sampai waktu yang telah ditetapkan tuan puteri telah melompat ke atas pucuknya. Puyupuyu mendapat pertolongan berkat doanya yang telah dimakbulkan. Pertolongan tersebut telah menyelamatkan dirinya daripada ancaman terubuk yang sangat inginkan dirinya. Lalu berkat datuk neneknya menunaikan pertolongan dengan sepohon pokok pulai yang rendang. Puyu dapat melompat keluar daripada kolam ke pucuk batang pulai. Maka terselamatlah puyu daripada ikan terubuk. Pulainya rendang dengan rampaknya, Di tengah kolah terdiri dianya, Sampailah waktu dengan janjinya, Puteri melompat ke atas pucuknya. Rangkap 16: Dengan restu para wali (orang suci) tuan puteri tidak dapat berkata-kata, belumpun sempat berlaku apaapa tuan puteri sudah tidak kelihatan lagi. Dengan berkat segala aulia, Perkataan puteri terhentilah ia, Belumlah sampai daya upaya, Tiada pertemuan apakan daya.
84 Rangkap 17: Ikan belida bersungguh-sungguh memaklumkan tentang kejadian tersebut di mana tuan puteri telah naik ke langit bersama dengan bala tenteranya. Berlida menyambut sambil bercura, Lemah lembut bunyi suara, Puteri nin sudah naik udara, Dengan bala segala tentera. Rangkap 18: Ikan pari telah datang mengadap Duli Baginda Seripada (ikan terubuk) memaklumkan tentang berita kehilangan tuan puteri puyu-puyu. Pari pun kembali mengadap, Berdatang sembah lakunya syahda, Daulat tuanku duli Seripada, Tuan puteri sudah tiada. Rangkap 19: Ikan pari memaklumkan bahawa berita kehilangan tuan puteri naik ke udara datangnya daripada ikan belida. Dia berharap berita tersebut tidak akan menimbulkan keresahan kepada ikan terubuk. Lalu dia mempersilakan ikan terubuk ke laut Negara. Sudah naik ke atas udara, Belida gerangan punya bicara, Kepada tuanku jangan ketara, Silakan tuanku ke laut negara, Rangkap 20: Apabila Raja Seripada mendengar berita tersebut dia berasa sangat sedih hingga menyebabkannya menitiskan air mata. Beliau berasa harapannya hampa kerana belum dia sempat dia bertemu tuan puteri, tuan puteri telah menghilangkan diri. Demi baginda mendengarkan kata, Tunduk berhamburan airnya mata, Putuslah harap rasanya beta, Belumlah lagi pertemuan kita. Rangkap 21: Ikan terubuk terus berenang ke lautan luas bersama dengan bala tenteranya, perasaannya diselubungi rasa serba salah sehingga timbul rasa takut(tidak berjumpa dengan tuan puteri) didalam hatinya. Kehilangan puyu-puyu telah sampai kepada pengetahuan terubuk. Berita kehilangannya telah menyebabkan tuanku bersedih dan mengarahkan supaya segera mencari puyu-puyu. Hajat terubuk ingin bertemu puyu-puyu tidak kesampaian lalu kembalilah terubuk ke laut semula dalam keadaan kecewa sebagaimana rangkap 21; Terubuk berenang lalu ke laut, Sekalian ikan ramai yang mengikut, Hati di di dalam terlalu kusut, Bagaikan datang rasanya takut.
85 Rangkap 22: Raja Seripada diselubungi rasa sedih kerana kehilangan tuan puteri yang dikasihinya. Begitulah nasib yang terpaksa dihadapinya. Kain putih bersampul pulih, Pakaian anak raja perempuan, Yang dicita tidaklah boleh, Sudahlah nasib badanku tuan. Rangkap 23: Perasaan Raja Seripada terus dibayangi rasa sedih yang berpanjangan akibat kehilangan tuan puteri. Anggur jabat tanaman Judah, Tanam melati di jambangan, Jangan dijabat yang telah sudah, Rosaklah hati yang berpanjangan, Rangkap 24: Raja Seripada kembali semula ke tempat asalnya , perasaan sedih yang teramat sangat kerana hasrat hatinya untuk mendapatkan tuan puteri tidak kesampaian perasaan sedihnya itu bersemandi di dalam kalbunya. Muda pun datang kepada tempatnya, Hancur luluh rasa hatinya, Sebab tak sampai bagai ke hendaknya, Duduk bercinta di dalam hatinya. Jenis Puisi : Syair (naratif-penceritaan) Judul / Tajuk : Syair Ikan Terubuk Tema:
86 P P P P Pemikiran: Pemikiran tentang kedaulatan dan kehebatan seorang pemimpin. Daulat merupakan kekuasaan yang dimiliki oleh seseorang pemerintah atau raja yang hebat. Kehebatan dan kedaulatan raja akan membolehkan seseorang pemerintah atau raja yang berdaulat dapat apa yang dihajatinya. Menerusi syair ini, ikan terubuk dikatakan seorang pemimpin yang hebat, mempunyai jajahan yang luas dan sering kali digeruni. Beliau yang tinggal di Laut Melaka dipandang tinggi dan dianggap puaka oleh semua pihak. Keturunan diraja seperti ikanTerubuk juga mempunyai kedaulatan mereka yang tersendiri. Contoh:- Asal terubuk ikan puaka, Tempatnya konon di laut Melaka, Siang dan malam berhati duka, Sedikit tidak menaruh suka.
87 Pemikiran tentang percintaan yang terhalang kerana dua darjat .Masyarakat Melayu tradisional amat mementingkan pangkat dan darjat. Perbezaan status / darjat telah membawa kepada kegagalan dalam percintaan di antara ikan Terubuk dan ikan Puyu-puyu. Hal ini kerana ikan terubuk berasal dari kerajaan air masin manakala puteri ikan puyu-puyu pula berasal dari dari kerajaan air tawar. Sudah pasti mereka tidak dapat hidup bersama. Puteri ikan puyu-puyu berkata jika dia dari keturunan yang berdaulat barang diminta barang jadi. Terbukti apabila dia meminta agar tidak dipertemukan dengan ikan terubuk, maka berlaku perkara aneh pokok pulai muncul di tengah kolah dan akhirnya dia melompat ke atas pucuk pokok pulai dan akhirnya hilang. Contoh dapat dilihat dalam rangkap: Setelah hari hampirkan senja, Puteri bersiap hendak memuja, Jika sungguh asalku raja, Disampaikan Allah barang disaja Asal Ikan Terubuk. Contoh Asal terubuk ikan puaka, ( R3:B1) Tempatnya konon di laut Melaka, (R3:B2) Asal Puteri Puyu-puyu Kolamnya konon di Tanjung Padang, (R7:B1) Disanalah tempat Terubuk bertandang, (R7:B2) Pemikiran masyarakat tentang keagungan Tuhan /kekuasaan Tuhan. Dalam sebarang urusan yang hendak dilakukan, keizinan dari Tuhan hendaklah dipohon bagi memudahkan sebarang kerja yang hendak dilakukan. Sebagaimana yang dilakukan oleh Puteri puyu-puyu yang bermohon dari Tuhan untuk memudahkan urusannya untuk menerima atau perhubungannya dengan ikan terubuk. Contoh Ya Ilahi, Ya Tuhanku, (R12:B1) Apakah sudah demikian laku, (R12:B2) Dengan berkat nenek moyangku, (R12:B3) Datuk nenek turun dari udara. (R12:B4) Pemikiran tentang kejadian luar biasa / aneh. Golongan bangsawan sering dikaitkan dengan kejadian luar biasa apabila berdepan dengan sesuatu keadaan. Apabila Tuan Puteri puyu-puyu menyeru nenek moyangnya, maka berlakulah kejadian ribut diikuti dengan kilat dan petir menunjukkan tuan puteri seorang yang berdaulat. Contoh Selang tidak berapa antara, Turunlah ribut dengan segera, Kilat dan petir tidak terkira, Datuk nenek turun dari udara.
88 Pemikiran tentang kecantikan dan keelokan tingkah laku golongan bangsawan/ puteri. Golongan bangsawan sering digambarkan memiliki wajah yang cantik dan dikatakan mempunyai ketinggian budi perkerti hingga memikat hati orang yang melihatnya. Tuan puteri puyu-puyu dikatakan memiliki wajah yang cantik, Cantik mejelis barang lakunya dan dikatakan memiliki tingkah laku yang baik. Contoh Puteri Puyu-puyu konon namanya, Di dalam kolam konon tempatnya, Cantik mejelis barang lakunya, Patutlah dengan budi bahasanya. Kolamnya konon di Tanjung Padang, Di sanalah tempat Terubuk bertandang, Pinggangnya ramping dadanya bidang, Hancurlah hati terubuk memandang. Pemikiran tentang kecantikan golongan bangsawan/ puteri. Golongan bangsawan sering digambarkan memiliki wajah yang cantik. Tuan puteri puyu-puyu dikatakan memiliki wajah yang cantik. Cantik mejelis barang lakunya. Pemikiran tentang kerinduan. Kerinduan terhadap kekasih yang jauh terpisah hingga menyebabkan perasaan jadi resah dan gelisah. Ikan Terubuk yang sentiasa terkenangkan puteri ikan puyu-puyu sehingga menyebabkannya sedih dan gelisah. Pemikiran tentang putus asa / kecewa. Apabila berdepan dengan kegagalan dalam percintaan, perasaan putus asa dan kecewa sering menghantui diri. Ikan terubuk yang gagal dalam percintaannya dengan puteri puyu-puyu sering termenung dan berada dalam gungah gulana. Gambaran Masyarakat
89 Masyarakat Yang Mementingkan Perbezaan darjat/keturunan. Boleh membawa kegagalan dalam percintaan sebagaimana yang berlaku ke atas ikan terubuk yang gagal memiliki cinta puteri puyu-puyu kerana berbeza dari segi darjat, ini kerana ikan terubuk berasal dari kerajaan laut manakala puteri puyupuyu dari kerajaan air tawar. Contoh Asal Ikan Terubuk. Contoh Asal terubuk ikan puaka, ( R3:B1) Tempatnya konon di laut Melaka, (R3:B2) Asal Puteri Puyu-puyu Kolamnya konon di Tanjung Padang, (R7:B1) Disanalah tempat Terubuk bertandang, (R7:B2) Masyarakat Yang Berdoa Dan Mempercayai Keagungan Tuhan. Dalam sebarang urusan yang hendak dilakukan, keizinan dari tuhan hendaklah dipohon bagi memudahkan sebarang kerja yang hendak dilakukan. Sebagaimana yang dilakukan oleh Puteri puyu-puyu yang bermohon dari tuhan untuk memudahkan urusannya menolak ikan terubuk. Contoh Ya Ilahi, Ya Tuhanku, (R12:B1) Apakah sudah demikian laku, (R12:B2) Dengan berkat nenek moyangku, (R12:B3) Datuk nenek turun dari udara. (R12:B4) Pemimpin Yang Daulat /Digeruni / Hebat. Daulat merupakan kekuasaan yang dimiliki oleh seseorang pemerintah atau raja yang mana akan membolehkan seseorang pemerintah atau raja yang berdaulat dapat apa yang dihajatinya. terbukti apabila Puteri Puyu-puyu mendapat apa yang dihajatinya iaitu tumbuhnya pokok pulai yang digunakan untuk menghilangkan diri. Asal terubuk ikan puaka, Tempatnya konon di laut Melaka, Siang dan malam berhati duka, Sedikit tidak menaruh suka. Masyarakat Yang Mempercayai Kejadian luar biasa / Nenek Moyang / Animisme. Kejadian aneh yang berlaku yang dikaitkan dengan kedaulatan seseorang pemerintah. Pemerintah atau raja yang berdaulat sering akan berlakunya kejadian aneh. Dalam syair ikan terubuk kejadian aneh yang berlaku ialah ribut, kilat dan petir sabung-menyabung menandakan kedaulatan seseorang raja. Selang tidak berapa antara, Turunlah ribut dengan segera, Kilat dan petir tidak terkira, Datuk nenek turun dari udara.
90 Nilai kepercayaan masyarakat Kepercayaan Animisme. Masyarakat melayu dahulu sangat mempercayai roh-roh leluhur mereka. Mereka sering memuja semangat roh nenek moyang mereka apabila mereka menghadapi masalah hidup. Contohnya ayat “Dengan berkat nenek moyangku” dalam rangkap ........Contoh Kepercayaan Unsur Hindu. Selepas animisme, masyarakat melayu mengamalkan ajaran hindu. Oleh itu kepercayaan terhadap dewa adalah salah satu bentuk kepercayaan yang penting bagi mereka. Dewa selalunya menjadi pengantara bagi memohon doa dan permintaan mereka agar dimakbulkan. Contohnya ayat “Disampaikan dewata barang pintaku”. Contoh Kepercayaan tentang ikan terubuk adalah ikan yang berpuakan Kepercayaan terhadap kejadian luar biasa / magis / nenk moyang Nilai Keagamaan Beriman kepada Tuhan. Setiap insan perlu mempunyai pegangan agama dan beriman kepada Tuhan. Kita juga perlu percaya akan kekuasaanNya. Anak-anak perlu dididik dan disemai nilai-nilai keimanan agar kehidupan mereka tidak terpesong daripada landasan kebenaran. Hal ini dapat dilihat menerusi watak puteri puyu-puyu. Beliau telah berdoa dan memohon petunjuk dari Tuhan agar dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh beliau. Akhirnya doa beliau dimakbulkan. Contoh puisi yang menunjukkan beliau memohon kepada Tuhan dpat dilihat pada rangkap…… Ya Ilahi, Ya Tuhanku, (R12:B1) Apakah sudah demikian laku, (R12:B2) Dengan berkat nenek moyangku, (R12:B3) Datuk nenek turun dari udara. (R12:B4) Meskipun penceritaannya agak luar biasa namun sebagai seorang yang patuh kepada agama Islam, kita hendaklah sentiasa berdoa kepada Tuhan demi kehidupan yang tenang dan harmoni. Berbaliklah kepadaNya jika kita ditimpa masalah. Jika tuan puteri tidak memohon doa dan meminta petunjuk, maka masalah beliau tidak dapat diselesaikan dan nescaya negerinya akan ditawan oleh Ikan Terubuk. Contoh
91 Kepercayaan agama Islam. Percaya kepada kekuasaan Tuhan. Kepercayaan masayarakat yang diterjemahkan dalam syair ini adalah setelah kedatangan Islam. Oleh itu, walaupun terdapat unsur kepercayaan lain wujud dalam syair ini namun keutamaannya adalah usur-unsur Islam. Hal ini dapat dilihat melalui pembukaan syair ini telah memulakannya dengan menyebut nama Allah dan bismillah. Contohnya “bismillah itu permulaan kalam”. “Dengan nama Allah khalik al-alam. Ia dikenali juga dengan isilah “Doksologi”. Kemudian di tengah syair ada menyebut “Ya Ilahi Ya Tuhanku,”. Semua perkara ini menunjukkan bahawa kepercayaan Islam adalah menjadi teras gambaran masyarakat melayu. Contoh Bismillah itu permulaan kalam, Dengan nama Allah Khalik al-alam, Melimpahkan rahmat siang dan malam, Kepada segala mukmin dan Islam Berdoa memohon sesuatu. Puteri Puyu-puyu berdoa memohon pertolongan. Nilai kemanusiaan: Kasih sayang Keberanian Kegigihan Keyakinan Nilai kemasyarakatan Kerjasama Kesetiaan kepada pemerintah Contoh menjawab nilai secara umum b) Nilai yang terdapat dalam syair Nilai insaf dengan ketentuan Allah. Masyarakat yang insaf dan menerima takdir. Ikan Terubuk menerima hakikat kerana kegagalanya untuk memiliki puteri Puyu-puyu. Dia akhirnya insaf dan berserah untung nasibnya kepada Tuhan meskipun terpaksa menelan kedukaan. Contoh Terubuk berenang lalu ke laut, Sekalian ikan ramai yang mengikut, Hati di dalam terlalu kusut, Bagaikan datang rasanya takut. Nilai bijaksana dalam membuat keputusan. Kita hendaklah bijaksana dalam membuat keputusan agar tidak menimbulkan permasalahan pada masa akan datang. Puteri Puyu-puyu membuat keputusan yang bijaksana menolak cinta Ikan Terubuk kerana memikirkan nasib buruk yang akan menimpanya pada masa-masa akan datang kerana budaya hidup mereka adalah berbeza. Contoh… Dengan berkat segala mulia, Perkataan puteri terhentilah ia, Belumlah sampai daya upaya, Tiada pertemuan apakan daya.
92 Nilai tidak mementingkan diri sendiri/individualistik. Setiap insan perlu disemai tidak mementingkan kebendaan. Juga perlu menghindari sikap tamak. Puteri puyu-puyu menolak cinta Ikan Terubuk meskipun memiliki kuasa yang besar kerana………….. Contoh Pari pun kembali menghadap baginda, Berdatang sembah lakunya syahda, Daulat tuanku duli Seripada, Tuan puteri sudah tiada. Nilai setia terhadap raja dalam apa jua keadaan. Nilai setia perlu disemai dalam diri rakyat agar seseorang raja dapat memerintah dengan aman. Belida merupakan contoh salah stu rakyat yang setia terhadap raja. Sanggup menerima apa jua arahan raja dan seringkali berada disisi raja ketika raja meminta beliau mengawal puteri Puyu-puyu. Belaiau menjalankan tugasnya dan mengkhabarkannya kepada Raja Seripada ketika puteri Puyu-puyu diangkat naik ke udara. Contoh……….. Sudah naik ke atas udara, Belida gerangan punya bicara, Kepada tuanku jangan ketara, Silakan tuanku ke laut negara. Nilai percaya kepada Tuhan. Sebagai seorang berpegang kepada agama, kita perlu percaya akan kekuasaanNya. Anak-anak perlu dididik dan disemai nilai-nilai agama sejak kecil agar kehidupan tidak terpesong. Begitu juga dengan Puteri Puyu-puyu yang percaya akan kewujudan dewa. Beliau memohon pcrtolongan daripada dewa agar membantunya menyelamatkan diri daripada Ikan Terubuk. Sebagai seorang patuh kepada agama islam kita hendaklah sentiasa berdoa kepada Tuhan yang Maha Esa demi kehidupan yang harmoni. Beri Contoh Pengajaran / mesej / harapan (sama seperti nilai. Bezanya ayat yang akan digunakan) Kita hendaklah bijak dalam membuat keputusan Pengajarang menjelaskan tentang pentingnya berdoa Penyair berharap agar setiap orang perlu bijak dalam meembuat keputusan. a) Bincangkan empat mesej yang terdapat dalam syair di atas. [16m] Bijaksana dalam membuat keputusan. Kebijaksanaan adalah penting pada seseorang. Ia dikaitkan dengan kemampuan seseorang menggunakan akal dan fikiran untuk mengatasi sesuatu masalah. Sekiranya kebijaksanaan tidak ada pada diri seseorang agak sukar untuk berhadapan dengan masalah dan akan mudah dipergunakan oleh mereka yang tidak bertangungjawab. Puteri puyu-puyu mengambil keputusan secara bijak menolak cinta ikan terubuk kerana memikirkan nasib buruknya yang akan diterimanya pada masa-masa akan dating kerana budaya hidup mereka adalah berbeza. Jelaslah kebijaksanaan penting dalam diri seseoranag agar dapat mengelak sebarang masalah yang menimpa tanpa menyakiti orang lain. Contoh
93 M P M Berlimau mandi tuan puteri, Lalulah masuk ke dalam puri, Meminta dia seorang diri, Sampailah waktu dinihari. Ya Illahi, Ya Tuhanku, Apakah sudah demikian laku, Dengan berkat nenek moyangku, Disampaikan dewata barang pintaku. Insaf dan menerima takdir. Ikan terubuk insaf dan menerima takdir dan hakikat kerana kegagalannya untuk memiliki puteri puyu-puyu. Dia akhirnya berserah nasibnya walaupun terpaksa menelan kedukaan yang tiada kesudahannya. Beri contoh puisi Berdoa kepada Tuhan. Puteri puyu-puyu berdoa meminta pertolongan dari Tuhan untuk menyelamatkan dirinya daripada Ikan Terubuk. Beri contoh puisi Tidak pentingkan pangkat. Puteri puyu-puyu tidak pentingkan pangkat dan menolak cinta Ikan Terubuk, walaupun dia mengetahui Ikah Terubuk memiliki kuasa yang besar kerana luas jajahannya. Beri contoh puisi Tidak berputus asa. Ikan Terubuk sepatutunya tidak berputus asa kerana cintanya ditolak oleh puteri puyu-puyu. Ikan Terubuk perlu memikirkan jajahan takluknya yang luas. Beri contoh puisi Bentuk / Teknik Penulisan / Struktur Penulisan / Estatika Bentuk (wajid bagi fakta, huraian, kesan/fungsi dan contoh)
94 Rangkap. Terdiri daripada 24 rangkap. Setiap rangkap mengandungi empat baris serangkap yang setara. Hal ini adalah untuk menimbulkan nilai puitis dari segi sebutan. Contoh Sudah naik ke atas udara, Belida gerangan punya bicara, Kepada tuanku jangan ketara, Silakan tuanku ke laut negara. Baris. Mengandungi 4 baris serangkap dan setara. Setiap baris dalam syair mempunyai makna yang berkaitan dengan baris-baris terdahulu. Syair ini menceritakan suatu kisah (kesatuan idea). Dalam satu baris terdapat suatu hentian (pause). Kesannya adalah untuk menimbulkan nilai kelembutan dan keseragaman dalam sebutan. Sebaris syair mengandungi 4 hingga 5 patah perkataan. Jumlah perkataan dalam baris antara empat hingga ilma. Keseragaman rangkap iaitu setiap rangkap mengandungi empat baris ayat. Kesannya adalah untuk menimbulkan keseragaman bunyi yang merdu dan puitis. Contoh Sudah/ naik ke/ udara/, (4 patah perkataan) Belida/ gerangan/ punya/ bicara/, (4 patah perkataan) Silakan/ tuanku/ ke/ luar/ negara/. (5 patah perkataan) Suku kata. Mempunyai suku kata antara 8 hingga 12. Ya Illahi, Ya Tuhanku, 8 sk Disampaikan dewata barang pintaku. 12 sk Rima akhirnya . Rima akhirnya a,a,a,a bagi setiap rangkap Gaya bahasa / Nilai estatika Bahasa
95 (wajid bagi fakta, huraian/maksud fakta, kesan/fungsi dan contoh). Sama jawab macam puisi yang lain. Penggunaan Diksi yang indah iaitu menggunakan Imej alam. Imej alam adalah penggunaan unsur alam yang berada di sekitar kehidupan masyarakat Melayu. Imej alam seperti “ikan terubuk”. Puteri Puyupuyu”, “berlimau” dan unsur-unsur alam yang lain di dalam laut dan di atas darat memperlihatkan unsur keindahan yang amat menarik sekali. Imej alam yang digunakan menggambarkan hubungan yang erat antara masyarakat Melayu dengan alam. Kesannya / fungsinya adalah untuk menggerakkan imaginasi pembaca. Contohnya, Kolamnya konon di Tanjung Padang, Di sanalah tempat Terubuk bertandang, Pinggangnya ramping dadanya bidang, Hancurlah hati terubuk memandang. Berlimau mandi tuan puteri, Lalulah masuk ke dalam puri, Meminta dia seorang diri, Sampailah waktu dinihari. Asonansi. Perulangan bunyi vokal dalam baris-baris puisi. Ini akan menjadikan puisi menarik dan indah Kehadiran bunyi vokal menjadikan lebih harmonis dan mengundang kepelbagaian kesan pendengaran yang lunak dan memikat jiwa. Perulangan volal ‘a’ diulang sebanyak 7 kali . Contoh Disampaikan dewata barang pintaku Aliterasi. Perulangan bunyi konsonan dalam baris-baris puisi. Ini akan melahirkan kelunakan irama dan rentak untuk menggambarkan perasaan dan pengalaman penciptanya.Unsur ini juga akan menimbulkan kesan kelantangan bunyi yang diucapkan. Contoh perulangan bunyi huruf konsonan “t” yang diulang sebanyak 4 kali. Kilat dan petir tidak terkira, Unsur Bunyi /Nada / Ritma / Rima (wajid bagi fakta, huraian, kesan/fungsi dan contoh) (cara jawab sama macam jawab gaya bahasa dan bentuk) Boleh dilihat pada Asonansi. Perulangan bunyi vokal dalam baris-baris puisi. Ini akan menjadikan puisi menarik dan indah Kehadiran bunyi vokal menjadikan lebih harmonis dan mengundang kepelbagaian kesan pendengaran yang lunak dan memikat jiwa. Perulangan volal ‘a’ diulang sebanyak 7 kali . Contoh Disampaikan dewata barang pintaku Aliterasi. Perulangan bunyi konsonan dalam baris-baris puisi. Ini akan melahirkan kelunakan irama dan rentak untuk menggambarkan perasaan dan pengalaman penciptanya.Unsur ini juga akan menimbulkan kesan kelantangan bunyi yang diucapkan. Contoh perulangan bunyi huruf konsonan “t” yang diulang sebanyak 4 kali. Kilat dan petir tidak terkira,
96 Rima akhir dalam setiap rangkap puisi Ritma / Irama. Alunan lembut dan keras bunyi yang berulang secara teratur, imbangan kata dalam baris, dan panjang pendek baris sebuah sajak yang baik. Keharmonian bunyi dan susunan kata dalam karya puisi. Rentak / ragam /tingkah. Kesannya adalah untuk menimbulkan kemerduan irama agar sedap didengat. Contoh…. Unsur Estatika / Estatik Contoh menjawab nilai estika (Bentuk, gaya bahasa , pemikiran (isi) dan nada/irama) (a) Unsur estetik dan kesannya Asonansi. Perulangan bunyi vokal dalam baris-baris puisi. Ini akan menjadikan puisi menarik dan indah Kehadiran bunyi vokal menjadikan lebih harmonis dan mengundang kepelbagaian kesan pendengaran yang lunak dan memikat jiwa. Perulangan volal ‘a’ diulang sebanyak 7 kali . Contoh Disampaikan dewata barang pintaku Aliterasi. Perulangan bunyi konsonan dalam baris-baris puisi. Ini akan melahirkan kelunakan irama dan rentak untuk menggambarkan perasaan dan pengalaman penciptanya.Unsur ini juga akan menimbulkan kesan kelantangan bunyi yang diucapkan. Contoh perulangan bunyi huruf konsonan “t” yang diulang sebanyak 4 kali. Kilat dan petir tidak terkira, Rima akhir. Rima akhir adalah persamaan bunyi akhir dalam baris-baris puisi iaitu a-a,a-a. Persamaan ini akan menimbulkan irama/rentak yang menarik apabila diungkapkan. Berlida menyahut sambil bercura, a Lemah lembut bunyi suara, a Puteri nin sudah naik udara, a Dengan bala segala tentera. a Keindahan dari segi bentuk/teknik iaitu patah perkataan. Jumlah perkataan sebaris adalah di antara 3 hingga 5 patah perkataan. Hal ini dapat dilihat pada rangkap 15 baris 3 yang mempunyai 3 patah perkataan. Manakala rangkap 13 baris 3 mempunyai 5 patah perkataan. Kesan / Kepentingan / fungsi adalah untuk dapat melahirkan unsur harmonis dan seimbang. Eloknya tidaklah ternilai, R15 B3 Kilat dan petir tidak terkira, R13 b3 Keindahan dari segi kepadatan pemikiran yang menceritakan tentang keelokan tuan puteri. Pemikiran tentang kecantikan dan keelokan tingkah laku golongan bangsawan/ puteri. Golongan bangsawan sering digambarkan memiliki wajah yang cantik dan dikatakan mempunyai ketinggian budi perkerti hingga memikat hati orang yang melihatnya. contohnya tuan puteri puyu-puyu dikatakan memiliki wajah yang cantik, Cantik mejelis barang lakunya dan dikatakan memiliki tingkah laku yang baik. Pemikiran tentang tuan puteri ini memberi makna yang mendalam dan meluas. Keadaan ini melahirkan keindahan daripada perasaan dan pemikiran pembaca. Contoh
97 Puteri Puyu-puyu konon namanya, Di dalam kolam konon tempatnya, Cantik mejelis barang lakunya, Patutlah dengan budi bahasanya. Contoh Menjawab Ciri-ciri Syair Contoh menjawab ciri-ciri syair (Ciri termasuk semua yang dianalisis bukan sekadar bentuk. Namun fakta bentuk boleh beri 2, rima 1 dan gaya bahasa 1 a) Jelaskan tiga ciri syair berdasarkan petikan di atas. [9] Pola rima akhirnya. Rima akhirnya adalah a,a,a,a/sekata. Bunyi rima akhir berbentuk terikat (hampir keseluruhan a-a-a-a kecuali dua rangkap terakhir bercirikan rima akhir pantun a-b-a-b). Kesannya…….. Demi baginda mendengarkan kata, (a) Tunduk berhamburan airnya mala, (a) Putuslah harap rasanya beta, (a) Belumlah lagi pertemuan kila. (a) {R9: B1-B4} Asonansi. Perulangan bunyi vokal dalam baris-baris puisi. Ini akan menjadikan puisi menarik dan indah Kehadiran bunyi vokal menjadikan lebih harmonis dan mengundang kepelbagaian kesan pendengaran yang lunak dan memikat jiwa. Perulangan volal ‘a’ diulang sebanyak 7 kali . Contoh Disampaikan dewata barang pintaku Sebaris syair mengandungi 4 hingga 5 patah perkataan. Jumlah perkataan dalam baris antara empat hingga ilma. Keseragaman rangkap iaitu setiap rangkap mengandungi empat baris ayat. Kesannya adalah untuk menimbulkan keseragaman bunyi yang merdu dan puitis. Contoh Sudah/ naik ke/ udara/, (4 patah perkataan) Belida/ gerangan/ punya/ bicara/, (4 patah perkataan) Silakan/ tuanku/ ke/ luar/ negara/. (5 patah perkataan) Keindahan dari segi kepadatan pemikiran yang menceritakan tentang keelokan tuan puteri. Pemikiran tentang kecantikan dan keelokan tingkah laku golongan bangsawan/ puteri. Golongan bangsawan sering digambarkan memiliki wajah yang cantik dan dikatakan mempunyai ketinggian budi perkerti hingga memikat hati orang yang melihatnya. contohnya tuan puteri puyu-puyu dikatakan memiliki wajah yang cantik, Cantik mejelis barang lakunya dan dikatakan memiliki tingkah laku yang baik. Pemikiran tentang tuan puteri ini memberi makna yang mendalam dan meluas. Keadaan ini melahirkan keindahan daripada perasaan dan pemikiran pembaca. Contoh Puteri Puyu-puyu konon namanya, Di dalam kolam konon tempatnya, Cantik mejelis barang lakunya, Patutlah dengan budi bahasanya.
98 Kepentingan karya syair ikan terubuk dalam konteks sarwajagat (world views) masyarakat melayu. Contoh menjawab kepentingan syair (b) Bincangkan kepentingan syair dalam konteks sarwajagat masyarakat Melayu Tradisional. [16] Kepentingan karya syair ikan terubuk dalam konteks sarwajagat (world views) masyarakat melayu adalah seperti berikut:- Menceritakan kewujudan dua kerajaan yang berdaulat dan berbeza. Perbezaan dapat dilihat pada pangkat dan darjatnya. Satu mewakili kerajaan yang berkuasa dan satu sebaliknya. Berdasarkan latar sejarah penciptaan syair ini, kerajaan ikan terubuk dan ikan puyu ini adalah dua buah kerajaan yang berbeza latar tempatnya. Malah dikatakan bahawa kerajaan ikan terubuk sangat berkuasa dan mampu mengalahkan kerajaan ikan puyu. Bagi pihak yang lemah, adalah lebih baik membuat tipu muslihat dan mengelakkan diri dari berperang dengan pihak yang lebih kuat. Contoh Asal terubuk ikan puaka, Tempatnya konon di laut Melaka, Siang dan malam berhati duka, Sedikit tidak menaruh suka. Puteri Puyu-puyu konon namanya, Di dalam kolam konon tempatnya, Cantik mejelis barang lakunya, Patutlah dengan budi bahasanya. Kedua, masyarakat Melayu memiliki perbezaan budaya dan pandangan hidup (world-view). Syair ini juga memberi gambaran secara simbolik tentang kehidupan manusia yang berbeza budaya dan pegangan hidup. Perbezaan budaya dan pegangan hidup ini mungkin tidak boleh diterima oleh pihak yang lain. Dalam puisi ini ikan Terubuk dikatakan berasal dari laut Melaka manakala ikan Puyu-puyu berasal dari kolam di Tanjung Padang. Latar budaya hidup ikan terubuk sudah tentu berbeza berbanding kehidupan ikan puyu. Oleh itu ikan terubuk tidak boleh memaksa ikan puyu untuk hudup bersamanya kerana ikan puyu tidak mungkin boleh menerima cara hidup masyarakat terubuk. Contoh Kolamnya konon di Tanjung Padang, Di sanalah tempat Terubuk bertandang, Pinggangnya ramping dadanya bidang, Hancurlah hati terubuk memandang. Setelah hari hampirkan senja, Puteri bersiap hendak memuja, Jika sungguh asalku raja, Disampaikan Allah barang disaja. Sebagai alat untuk menyampaikan pengajaran dan didaktik. Melalui syair pengajaran disampaikan secara berkias, nasihat dan sindiran secara halus kerana sifat semulajadi orang Melayu yang sopan santun. Dalam syair ini memberi pengajaran kepada kita supaya bijak dalam membuat sesuatu keputusan. Walaupun ringkas, nasihat dan pandangan yang diberikan kental dan padat. Sindiran dan kiasan yang diluahkan begitu tepat, tetapi sangat sopan. Contoh
99 Setelah hari hampirkan senja, Puteri bersiap hendak memuja, Jika sungguh asalku raja, Disampaikan Allah barang disaja. Selang tidak berapa antara, Turunlah ribut dengan segera, Kilat dan petir tidak terkira, Datuk nenek turun dari udara. Sebagai alat komunikasi untuk menyampaikan sesuatu / dalam upacara tertentu. Masyarakat Melayu dahulu tidak menyampaikan sesuatu perkara secara terus, sebaliknya disampaikan melalui syair yang diperdengarkan. Jadi syiar dijadikan alat untuk menyampaikan maksud, hasrat, perasaan dan sebagainya. Dalam syair dimasukkan juga pengajaran berbentuk keagamaan bagi mendidik dan memberi pengajaran moral. Malah terkandung juga makna yang mendalam dan dapat memberi nasihat yang berfaedah yang menjadi tuntutan agama. Contoh Setelah hari hampirkan senja, Puteri bersiap hendak memuja, Jika sungguh asalku raja, Disampaikan Allah barang disaja. Selang tidak berapa antara, Turunlah ribut dengan segera, Kilat dan petir tidak terkira, Datuk nenek turun dari udara. Memberi gambaran pemimpin Melayu yang hebat, berdaulat dan digeruni. Pemimpin Melayu amat dihormati, digeruni dan berdaulat. Hal ini dapat dilihat pada pemimpin Melaka pada zaman dahulu. Ikan terubuk yang berasal dari laut Melaka dianggap berpuaka dan digeruni oleh semua masyarakat. Kehebatannya pemimpin Melayu terselah berbanding pemimpin dari negari lain seperti yang digambarkan di dalam syair. Permintaan pemimpin yang hebat sukar ditolak kerana ia akan membawa malapetaka. Contoh puteri Puyu-puyu serba salah untuk menerima atau menolak cinta ikan Terubuk dan berdoa kepada tuhan untuk menunjukkan petunjuk. Contoh Asal terubuk ikan puaka, Tempatnya konon di laut Melaka, Siang dan malam berhati duka, Sedikit tidak menaruh suka. Setelah hari hampirkan senja, Puteri bersiap hendak memuja, Jika sungguh asalku raja, Disampaikan Allah barang disaja. Menggambarkan daya kreativiti masyarakat Melayu Masyarakat Melayu terkenal dengan sifat lemah lembut dan banyak kiasan dalam menyampaikan sesuatu pengajaran dan kritikan. Dalam menyampaikannya ini, syair dicipta agar menjadi lebih menarik, puitis dan memberi kesan mendalam tentang apa yang ingin disampaikan. Ini menunjukkan daya keativti dan imaginasi yang tinggi masyarakat Melayu dalam menyampaikan sesuatu maklumat.