150 Talibun di atas memaparkan dan memerihalkan secara terperinci tentang keindahan sesebuah negeri bernama Teluk Bidung Kota Lama. Keindahan tersebut dilihat dari aspek bentuk muka bumi, persekitaran dan sempadan yang ada. Keadaan kawasan negeri mempunyai keistimewaan tertentu berbanding dengan tempat lain. Perkataan medan dan boleh diertikan sebagai persempadanan bagi sesebuah negeri yang diperintah. Rantau pula adalah gambaran keluasan kawasan negeri berkenaan. Contoh Medannya indah bukan kepalang Rantaunya luas bagai dibentang Tebing pula dilihat sangat indah seolah-olah seperti diraut. Keadaan ini menambah keindahan pemerian sesebuah negeri kerana tercipta sebegitu rupa. Tebing juga boleh bermaksud kawasan yang boleh menjadi pertahanan sesebuah negeri. Keadaan tersebut boleh juga dimaksudkan dengan jaminan keselamatan kawasan tersebut. Disebut juga tentang sifat objek yang besar seperti batu dan objek yang paling kecil seperti pasir. Tebingnya tinggi bagai diraut Pasirnya serong bentuk taji Batunya ada besar kecil Batu menggambarkan objek-objek yang berguna untuk dimanfaatkan bagi mendapatkan sumber negeri. Kegunaannya adalah pelbagai perkara seperti boleh digunakan untuk melontar sesuatu objek atau boleh juga menjadi peluru/senjata untuk menumpaskan musuh. Pada masa yang lain batu juga boleh berfungsi untuk kegunaan lain. Batu yang kecil dijadikan alat untuk melontar burung-burung yang boleh dijadikan makanan dan jika tidak terkena burung , ia akan jatuh ke tanah yang penuh dengan binatang ternakan seperti ayam dan lain-lain. Yang kecil pelontar balam Jikalau untung kena ke balam Jikalau tidak kena ke tanah Menderu selawat ibu ayam Helang menyambar punai tanah menunjukkan rezeki di situ yang melimpah ruah umpama buah kundur dan labu yang kecil pokoknya tetapi buahnya besar. Walaupun pokok tersebut kecil tetapi menghasilkan buah yang banyak. Ini menggambarkan bahawa sesebuah negeri yang makmur itu ialah negeri yang mempunyai hasil mahsul yang banyak. Helang di sambar punai tanah Seumpama kundur dengan labu Kecil pohon besar buahnya Negerinya beruntung Bandar rayanya bertuah Negeri ini cukup beruntung dan bertuah. Sumber rezekinya ada di mana-mana tak kira di darat mahupun di laut. Ayam dan kerbau banyak di reban dan dipadang begitu juga dengan binatang dihutannya seperti gajah dan badak. Udaranya dingin, nyaman dan segar seperti kulit ular cintamani. Itulah negeri Teluk Bidung Kota Lama. Cari di darat boleh di darat Cari di laut boleh di laut Ayam itik penuh di reban Lembu kerbau penuh di tengah padang
151 PEMIKIRAN Memerihalkan secara terperinci tentang keindahan bentuk muka bumi sebuah kota. Talibun ini menceritakan secara jelas dan terperinci tentang suasana negeri yang bernama Teluk Bidung Kota Lama. Keindahan tempatnya jelas dan kehidupannya yang aman, damai dan nyaman dapat dirasai oleh pembaca. Bentuk muka bumi digambarkan secara terperinci iaitu pasirnya yang berbentuk serong, tebingnya tinggi dan negeri tersebut aman dan selamat dari serangan musuh. Contohnya :- Medannya indah bukan kepalang (R:1, B1) Rantaunya luas bagai dibentang (R:1, B2) Tebingnya tinggi bagai diraut (R:1, B3) Pasirnya serong bentuk taji (R:1, B4) Gambaran (world view) masyarakat yang mengamalkan cara hidup bekerjasama dan rajin bekerja. Corak hidup masyarakat dan bangsa Melayu zaman dahulu dicerminkan melalui puisi lama seperti talibun. Talibun menceritakan secara terperinci tentang sesebuah masyarakat yang tinggal di Teluk Bidung Kota Lama sangat gigih dan rajin bekerja mencari rezeki. Mereka hidup dalam keadaan harmoni dan saling bekerjasama. Masyarakat di sana juga menghargai alam dengan berbudi kepada tanah, menternak dan mencari rezeki di laut dan di darat. Contohnya:- Rantaunya luas bagai dibentang (R:1, B2) Tebingnya tinggi bagai diraut (R:1, B3) Lembu kerbau penuh di tengah padang (R:1, B17) Gajah badak penuh di tengah hutan (R:1, B18) Negeri yang aman dan kaya hasil buminya. Masyarakat di negeri ini sememangnya beruntung kerana keadaan negerinya yang aman, tenang dan indah serta rezekinya yang berlimpah ruah serta ada di mana-mana. Pengarang menjelaskan keadaan ini melalui kata-kata Menderu selawat ibu ayam (R:1, B9 ) Helang di sambar punai tanah (R:1, B10) Seumpama kundur dengan labu (R:1, B11) Kecil pohon besar buahnya (R:1, B12)
152 Menghargai dan mencintai tanah air. Kecintaan terhadap tanah air diperkatakan dalam puisi ini menerusi penggunaan gambaran alam tanahair yang indah dan menarik. Ia bukan sahaja memberi gambaran keindahan tetapi mengajak pembaca menghargai kemakmuran dan kedamaian yang dikecapi masyarakat. Tanah air yang indah serta makmur menjadi kebangaan dan milik masyarakat yang tidak ada bandingannya: Medannya indah bukan kepalang Rantaunya luas bagai dibentang Tebingnya tinggi bagai diraut Pasirnya serong bentuk taji Kepentingan kerjasama dan perpaduan. Kerjasama dan perpaduan digambarkan menerusi penggunaan unsur-unsur flora dan fauna serta manusia yang boleh hidup aman dan damai dalam satu negeri. Bandar raya dgambarkan makmur dan penduduknya saling bermuafakat menjaga keamanan negeri. Kerjasama dan perpaduan menjadi asas pembentukan kemakmuran dan kedamaian negara. Melalui kerjasama segala rintangan dan halangan boleh diatasi dengan mudah terutama dalam melawan dan menentang mereka yang cuba menganggu kemakmuran negara : Seumpama kundur dengan labu Kecil pohon besar buahnya Negerinya beruntung Bandar rayanya bertuah Cari di darat boleh di darat Cari di laut boleh di laut Ayam itik penuh di reban Lembu kerbau penuh di tengah padang Gajah badak penuh di tengah hutan Bersyukur dengan nikmat dan kekayaan negeri. Kesyukuran dijelaskan melalui segala kemudahan hasil bumi dimanfaatkan untuk negeri. Semuanya memberi sumbangan kepada pendapatan dan kerukunan hidup masyarakat. Tidak ada rasa kepentingan diri sebaliknya mengutamakan hak bersama. Citra darat, laut, ayam, itik, gajah, badak, lembu dan kerbau adalah citra hasil yang dimanfaatkan dengan penuh kesyukuran untuk hidup dalam damai dan tenteram : Cari di darat boleh di darat Cari di laut boleh di laut Ayam itik penuh di reban Lembu kerbau penuh di tengah padang Gajah badak penuh di tengah hutan
153 Contoh Jawab Keindahan / Kemakmuran Yang Ada Di Negeri Keindahan bentuk muka bumi. Talibun ini menceritakan secara jelas dan terperinci tentang suasana negeri yang bernama Teluk Bidung Kota Lama. Keindahan tempatnya jelas dan kehidupannya yang aman, damai dan nyaman dapat dirasai oleh pembaca. Bentuk muka bumi digambarkan secara terperinci iaitu pasirnya yang berbentuk serong, tebingnya tinggi dan negeri tersebut aman dan selamat dari serangan musuh. Contohnya :- Medannya indah bukan kepalang (R:1, B1) Rantaunya luas bagai dibentang (R:1, B2) Tebingnya tinggi bagai diraut (R:1, B3) Pasirnya serong bentuk taji (R:1, B4) Negeri yang kaya dengan tumbuh- tumbuhan/negeri yang subur. Negeri Teluk Bidung Kota Lama negeri yang makmur dan subur. Hal ini dapat lihat menerusi gambaran yang diberi oleh penyair melalui perkataan “labu” dan “kundur” yang memberi gambaran tentang kesuburan tempat tersebut. Kemakmuran dan kesuburan negeri yang ada di negeri ini membawa keuntungan dan rezeki yang melimpah ruah. Keindahan yang digambarkan melalui tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan yang ada jelas dan dapat di rasai oleh pembaca. Seumpama kundur dengan labu Kecil pohon besar buahnya Sumber kekayaan/kemewahan yang melimpah ruah sama ada di daratan atau di lautan. Rezeki yang melimpah ruah di gambarkan ada dalam negeri Teluk Bidung Kota Lama. Sumber rezeki ada di manamana. Gambaran cari di darat boleh di darat dan cari di laut boleh di laut menggambarkan keindahan sumber rezeki yang makmur dan ada pada semua orang. Cari di darat boleh di darat Cari di laut boleh di laut Kaya dengan haiwan binatang ternakan. Negeri Teluk Bidung Kota Lama kaya juga digambarkan dengan kehidupan haiwan yang diternak oleh masyarakat di situ. Terdapat ayam, itik, lembu dan kerbau yang banyak dan mampu memenuhi keperluan seharian. Melalui penternakan ini juga masyarakat dapat menjana pendapatan. Suasana di Kawasan tersebut indah dengan pemandangan haiwan-haiwan yang diternak. Ayam itik penuh di reban Lembu kerbau penuh di tengah padang Kaya dengan hasil hutan. Negeri Teluk Bidung Kota lama juga kaya dengan hasil hutan yang dapat memberi pendapatan dan pekeerjaan kepada masyarakat yang tinggal di situ. Di sini juga digambarkan kemakmuran negeri di mana semua kehidupan dapat hidup dalam keadaan aman dan tenteram. Maysarakat juga boleh pergi berburu dan menjerat jika perlu. Gajah badak penuh tengah hutan
154 MESEJ / GAMBARAN MASYARAKAT Gambaran masyarakat Melayu sebagaimana yang terdapat dalam puisi di atas ialah :- Masyarakat yang bijak memerihalkan secara terperinci tentang keindahan bentuk muka bumi sebuah kota. Talibun ini menceritakan secara jelas dan terperinci tentang suasana negeri yang bernama Teluk Bidung Kota Lama. Keindahan tempatnya jelas dan kehidupannya yang aman, damai dan nyaman dapat dirasai oleh pembaca. Bentuk muka bumi digambarkan secara terperinci iaitu pasirnya yang berbentuk serong, tebingnya tinggi dan negeri tersebut aman dan selamat dari serangan musuh. Contohnya :- Medannya indah bukan kepalang (R:1, B1) Rantaunya luas bagai dibentang (R:1, B2) Tebingnya tinggi bagai diraut (R:1, B3) Pasirnya serong bentuk taji (R:1, B4) Gambaran (world view) masyarakat yang mengamalkan cara hidup bekerjasama dan rajin bekerja. Corak hidup masyarakat dan bangsa Melayu zaman dahulu dicerminkan melalui puisi lama seperti talibun. Talibun menceritakan secara terperinci tentang sesebuah masyarakat yang tinggal di Teluk Bidung Kota Lama sangat gigih dan rajin bekerja mencari rezeki. Mereka hidup dalam keadaan harmoni dan saling bekerjasama. Masyarakat di sana juga menghargai alam dengan berbudi kepada tanah, menternak dan mencari rezeki di laut dan di darat. Contohnya:- Rantaunya luas bagai dibentang (R:1, B2) Tebingnya tinggi bagai diraut (R:1, B3) Lembu kerbau penuh di tengah padang (R:1, B17) Gajah badak penuh di tengah hutan (R:1, B18)
155 Masyarakat yang tinggal di negeri yang aman dan kaya hasil buminya. Masyarakat di negeri ini sememangnya beruntung kerana keadaan negerinya yang aman, tenang dan indah serta rezekinya yang berlimpah ruah serta ada di mana-mana. Pengarang menjelaskan keadaan ini melalui kata-kata Menderu selawat ibu ayam (R:1, B9 ) Helang di sambar punai tanah (R:1, B10) Seumpama kundur dengan labu (R:1, B11) Kecil pohon besar buahnya (R:1, B12) Masyarakat yang menghargai dan mencintai tanah air. Kecintaan terhadap tanah air diperkatakan dalam puisi ini menerusi penggunaan gambaran alam tanahair yang indah dan menarik. Ia bukan sahaja memberi gambaran keindahan tetapi mengajak pembaca menghargai kemakmuran dan kedamaian yang dikecapi masyarakat. Tanah air yang indah serta makmur menjadi kebangaan dan milik masyarakat yang tidak ada bandingannya: Medannya indah bukan kepalang Rantaunya luas bagai dibentang Tebingnya tinggi bagai diraut Pasirnya serong bentuk taji Masyarakat yang saling kerjasama dan bersatu padun. Kerjasama dan perpaduan digambarkan menerusi penggunaan unsur-unsur flora dan fauna serta manusia yang boleh hidup aman dan damai dalam satu negeri. Bandar raya dgambarkan makmur dan penduduknya saling bermuafakat menjaga keamanan negeri. Kerjasama dan perpaduan menjadi asas pembentukan kemakmuran dan kedamaian negara. Melalui kerjasama segala rintangan dan halangan boleh diatasi dengan mudah terutama dalam melawan dan menentang mereka yang cuba menganggu kemakmuran negara : Seumpama kundur dengan labu Kecil pohon besar buahnya Negerinya beruntung Bandar rayanya bertuah Cari di darat boleh di darat Cari di laut boleh di laut Ayam itik penuh di reban Lembu kerbau penuh di tengah padang Gajah badak penuh di tengah hutan Masyarakat yang bersyukur dengan nikmat dan kekayaan negeri. Kesyukuran dijelaskan melalui segala kemudahan hasil bumi dimanfaatkan untuk negeri. Semuanya memberi sumbangan kepada pendapatan dan kerukunan hidup masyarakat. Tidak ada rasa kepentingan diri sebaliknya mengutamakan hak bersama. Citra darat, laut, ayam, itik, gajah, badak, lembu dan kerbau adalah citra hasil yang dimanfaatkan dengan penuh kesyukuran untuk hidup dalam damai dan tenteram : Cari di darat boleh di darat Cari di laut boleh di laut Ayam itik penuh di reban Lembu kerbau penuh di tengah padang Gajah badak penuh di tengah hutan
156 NILAI / PENGAJARAN Menghargai dan mencintai tanah air. Kecintaan terhadap tanah air diperkatakan dalam puisi ini menerusi penggunaan gambaran alam tanahair yang indah dan menarik. Ia bukan sahaja memberi gambaran keindahan tetapi mengajak pembaca menghargai kemakmuran dan kedamaian yang dikecapi masyarakat. Tanah air yang indah serta makmur menjadi kebangaan dan milik masyarakat yang tidak ada bandingannya: Medannya indah bukan kepalang Rantaunya luas bagai dibentang Tebingnya tinggi bagai diraut Pasirnya serong bentuk taji Bekerjasama dan Bersatu padu. Kerjasama dan perpaduan digambarkan menerusi penggunaan unsurunsur flora dan fauna serta manusia yang boleh hidup aman dan damai dalam satu negeri. Bandar raya dgambarkan makmur dan penduduknya saling bermuafakat menjaga keamanan negeri. Kerjasama dan perpaduan menjadi asas pembentukan kemakmuran dan kedamaian negara. Melalui kerjasama segala rintangan dan halangan boleh diatasi dengan mudah terutama dalam melawan dan menentang mereka yang cuba menganggu kemakmuran negara : Seumpama kundur dengan labu Kecil pohon besar buahnya Negerinya beruntung Bandar rayanya bertuah Cari di darat boleh di darat Cari di laut boleh di laut Ayam itik penuh di reban Lembu kerbau penuh di tengah padang Gajah badak penuh di tengah hutan
157 Kebijaksanaan dalam mencari rezeki dan menjadikan negara aman. Kemakmuran dan kedamaian negara tidak terhasil dengan mudah tetapi melalui kerjasama dan kebijaksanaan rakyat hidup bersama. Rakyat perlu membuat pilihan yang bijak untuk memastikan negara dalam makmur dan sejahtera. Kebijaksanaan ini umpama kundur dengan labu, meski kecil pohonnya tetapi besar hasilnya. Sumbangan rakyat dalam kemakmuran negara amat berguna sebagaimana kundur dan labu. Tanpa sumbangan ini negara tidak akan mengecap nikmat sejahtera dan harmoni : Seumpama kundur dengan labu Kecil pohon besar buahnya Negerinya beruntung Bandar rayanya bertuah Bersyukur dengan nikmat dan kekayaan negeri. Kesyukuran dijelaskan melalui segala kemudahan hasil bumi dimanfaatkan untuk negeri. Semuanya memberi sumbangan kepada pendapatan dan kerukunan hidup masyarakat. Tidak ada rasa kepentingan diri sebaliknya mengutamakan hak bersama. Citra darat, laut, ayam, itik, gajah, badak, lembu dan kerbau adalah citra hasil yang dimanfaatkan dengan penuh kesyukuran untuk hidup dalam damai dan tenteram : Cari di darat boleh di darat Cari di laut boleh di laut Ayam itik penuh di reban Lembu kerbau penuh di tengah padang Gajah badak penuh di tengah hutan Bijak dalam Menyusun kata memerihalkan sesuatu secara terperinci. Pengajaran / mesej / harapan (sama seperti nilai. Bezanya ayat yang akan digunakan) Teknik Penulisan / Bentuk / Struktur / Binaan
158 Gaya Bahasa Gaya bahasanya mudah difahami dan maksud puisi adalah tersurat . Penyair menggunakan unsur-unsur alam yang dekat dengan beliau bagi memudahkan pembaca memahami apa yang cuba disampaikan. Jenis puisi di atas ialah Talibun dan tiga gaya bahasa yang terdapat dalam puisi tersebut adalah seperti berikut ;- Keindahan gaya bahasanya dapat dilihat melalui gaya dan urutan repitasi atau pengulangan perkataan di awal baris iaitu anafora . Pengulangan perkataan “ Jikalau ” di baris ke lapan dan sembilan dapat dilihat dalam puisi ini. Pengarang mengulangi perkataan ini untuk menimbulkan kesan penegasan maksud dan keindahan irama agar dapat menarik minat pembaca disamping menyampaikan maksudnya dengan lebih jelas lagi seperti yang terdapat di bawah :- Jikalau untung kena ke balam (R:1 , B7) Jikalau tidak kena ke tanah (R:1 , B8) Personifikasi juga digunakan di dalam puisi ini. Ia merupakan unsur pengorangan iaitu memberikan sifat-sifat yang dimiliki oleh manusia kepada sesuatu objek / perkara / haiwan. Pengarang menggunakan perkataan selawat bagi seekor ayam walhal pada zahirnya perkataan itu digunakan kepada manusia. Kesannya adalah untuk memberi penekanan pada sesuatu perkara yang ingin disampaikan, memberikan gambaran kehidupan yang lebih jelas, menghidupkan pengucapan dan menggerakkan imaginasi pembaca @ menimbulkan pengucapan yang puitis. Contohnya :- Menderu selawat ibu ayam (R:1, B9) Pengulangan Kata di tengah baris secara berturutan. Ia juga dikenali sebagai responsi. Pengarang mengulangi perkataan “ boleh” pada baris ke empat belas dan lima belas bagi menimbulkan kesan kemerduan pengucapan dan puisi . Contoh;- Cari di darat boleh di darat (R:1, B14) Cari di laut boleh di laut (R:1, B15)
159 Gaya dan pengulangan perkataan di akhir baris iaitu efifora . Pengarang mengulangi perkataan “ balam ” di baris ke enam dan tujuh dapat dilihat dalam puisi ini. Pengarang mengulangi perkataan ini untuk menimbulkan kesan penegasan maksud dan keindahan irama agar dapat menarik minat pembaca disamping menyampaikan maksudnya dengan lebih jelas lagi seperti yang terdapat di bawah :- Yang kecil pelontar balam (R:1, B6) Jikalau untung kena ke balam (R:1, B7) Simile. Ia merupakan bahasa kiasan yang digunakan untuk membandingkan sesuatu yang lain dengan menggunakan kata-kata perbandingan iaitu umpama, bak, bagai, macam,laksana dan lain-lain. Melalui puisi ini pengarang menggunakan kata perbandingan “ bagai’ bagi menjelaskan tentang keadaan /suasana negeri/ tempat tersebut. Penggunaan simile juga dapat menimbulkan kesan penegasan maksud atau menimbulkan keindahan irama. Contohnya, Rantaunya luas bagai dibentang (R:1, B2) Tebingnya tinggi bagai diraut (R:1, B3) Pengulangan bunyi huruf konsonan dalam baris tertentu atau aliterasi juga dihadirkan dalam pantun di atas. Aliterasi dapat menimbulkan kekerasan/ kelantangan bunyi, menyedapkan sebutan,kelembutan @ kemerduan bunyi. Contoh dalam baris ke 8 , pengulangan bunyi konsonan “k” diulang sebanyak 4 kali seperti yang terdapat dibawah:- Jikalau tidak kena ke tanah (R:1, B8)- “k” diulang 4 kali Perulangan bunyi vokal dalam baris-baris puisi secara mendatar dalam baris tertentu. Pengulangan bunyi ini juga dikenali sebagai asonansi. Pengulangan bunyi vokal “a” sebanyak 5 kali dihadirkan di dalam talibun di atas. Pengulangan bunyi ini dapat menimbulkan bunyi yang seragam kerana keseragaman vokal, menggalakkan kesan pengucapan yang puitis dan menimbulkan kelembutan irama. Di samping itu juga ia dapat menyedapkan sebutan bunyi/ menghasilkan kelembutan bunyi. Contohnya : Negerinya beruntung bandar rayanya bertuah (R:1, B13)-”a” diulang 5 kali Personifikasi juga digunakan di dalam puisi ini. Ia merupakan unsur pengorangan iaitu memberikan sifat-sifat yang dimiliki oleh manusia kepada sesuatu objek / perkara / haiwan. Pengarang menggunakan perkataan selawat bagi seekor ayam walhal pada zahirnya perkataan itu digunakan kepada manusia . Kesannya adalah untuk memberi penekanan pada sesuatu perkara yang ingin disampaikan, memberikan gambaran kehidupan yang lebih jelas, menghidupkan pengucapan dan menggerakkan imaginasi pembaca @ menimbulkan pengucapan yang puitis. Contohnya :- Menderu selawat ibu ayam (R:1, B9)
160 Penggunaan diksi yang indah iaitu menerapkan unsur alam. Penulis ini menggunakan banyak unsur alam . Sama ada yang konkrit mahupun abstrak , unsur ini sememangnya dekat dengan kehidupan masyarakat yang mendukungnya. Pengarang menggunakan perkataan “Helang “ , “ayam” dan binatang lain bagi menunjukkan bahawa masyarakat di situ yang sememangnya membela dan kenal haiwan tersebut dan perkataan “labu” dan “kundur” bagi mewakili tanaman yang biasa ditanam oleh masyarakat tersebut. Penggunaan unsur alam ini dapat menguatkan makna gambaran yang ingin disampaikan secara lebih puitis. Contoh dapat dilihat pada baris di bawah :- Ayam itik penuh reban (R:1, B11) Seumpama kundur dengan labu (R:1, B12) Kecil pohon besar buahnya (R:1, B16) Fungsi Terdapat beberapa fungsi puisi ini di adakan. Antaranya ialah :- Untuk menggambarkan sesuatu latar tempat, keadaan dan masa yang tertentu secara terperinci. Talibun ini menceritakan secara jelas dan terperinci tentang sesuatu peristiwa. Hal ini jelas dimana penulis menggambarkan suasana negeri yang bernama Teluk Bidung Kota Lama. Keindahan tempatnya jelas dan kehidupannya yang aman, damai dan nyaman dapat dirasai oleh pembaca. Begitu juga rezeki yang melimpah ruah juga disebut disini. Contohnya :- Ayam itik penuh reban (R:1, B11) Menunjukkan ketelitian dan kepekaan masyarakat Melayu terhadap unsur-unsur alam dan persekitarannya. Keakraban masyarakat dahulu dengan unsur-unsur alam sememangnya tidak dapat disangkal lagi. Mereka gemar menggunakan unsur alam seperti tumbuh-tumbuhan dan haiwan yang ada dipersekitaran mereka. Contoh dalam puisi ini jelas penggunaan perkataan seperti ”labu”, “kerbau” dan “ular cintamani” bagi memberi gambaran tentang sesuatu. Ayam itik penuh di reban Lembu kerbau penuh di tengah padang Gajah badak penuh di tengah hutan Sebagai alat komunikasi / Pengucapan ketua adat dalam adat perpatih. Bagi menyampaikan sesuatu dalam adat istiadat, ketua adat akan memulakan ucapannya dengan berpuisi . Lazimnya ketua akan menggunakan talibu bagi menceritakan secara terperinci tentang keadaan tempatnya agar orang yang mendengar faham tentang apa yang cuba disampaikan. Unsur pengajaran disampaikan secara halus dan indah agar tidak menyentuh perasaan orang lain. Contoh :- Medannya indah bukan kepalang (R:1, B1) Rantaunya luas bagai dibentang (R:1, B2) Tebingnya tinggi bagai diraut (R:1, B3) Pasirnya serong bentuk taji (R:1, B4)
161 Gambaran masyarakat dalam memerihalkan sesuatu secara indah dan masyarakat yang ( “ -v ” ) . Masyarakat Melayu lama memang terkenal dengan ketinggian nilai budi dan keindahan dalam berbahasa. Melalui puisi ini jelas nilai keindahan yang terdapat di dalamnya melalui gaya bahasa “runs” yang digunakan dan penceritaan yang cuba disampaikan . Contohnya:- Yang kecil pelontar balam (R:1, B6) Jikalau untung kena ke balam (R:1 , B7) Jikalau tidak kena ke tanah (R:1 , B8) Fungsi yang seterusnya ialah sebagai alat kawalan sosial dan pemantapan sesuatu sistem sosial dalam masyarakatnya. Selain itu sebagai media yang mempamerkan kebijaksanaan penutur atau pewarisnya (juga melambangkan kebijaksanaan masyarakat khalayaknya). Pewarisnya yang terhad menyebabkan mereka dianggap sebagai golongan yang eksklusif dan istimewa. Semakin banyak mereka mewarisi puisi ini semakin tinggi sanjungan masyarakat khalayaknya dan dapat menggambarkan ketinggian status seseorang dalam masyarakatnya. Sejuk dingin seperti ular cintanami Di negeri Teluk Bidung Kota Lama Hiburan. Sebagai salah satu bentuk hiburan. Puisi ini mampu menghibur khalayak kerana menjadi selingan kepada cerita lipurlara. Setelah mengikuti penceritaan daripada penyampai cerita, ia akan diselangi dengan pengucapan talibun yang disertai dengan alatan muzik si penyampai cerita. Cari di darat boleh di darat Cari di laut boleh di laut Ayam itik penuh di reban Lembu kerbau penuh di tengah padang Gajah badak penuh di tengah hutan Menunjukkan ketelitian dan kepekaan masyarakat Melayu terhadap unsur-unsur alam dan persekitarannya Kepentingan talibun dalam cerita penglipur lara. Menjelas dan memerihalkan sesuatu perkara atau peristiwa. Puisi ini berupaya menjelaskan sesuatu perkara atau keadaan secara ringkas dan padat. Khalayak akan dapat mendengar dengan jelas puisi ini dan memahami isi puisi dengan meggunakan pemikiran yang mendalam.Contoh Negerinya beruntung bandar rayanya bertuah (R:1, B13) Cari di darat boleh di darat (R:1, B14) Cari di laut boleh di laut (R:1, B15)
162 Sebagai selingan dalam cerita. Biasanya puisi ini diselitkan dalam sesebuah karya cerita lipurlara yang menjadi selingan kepada cerita berkenaan agar pemdengar tidak merasa bosan.Contoh Medannya indah bukan kepalang Rantaunya luas bagai dibentang Tebingnya tinggi bagai diraut Pasirnya serong bentuk taji Menarik perhatian dan minat khalayak (pendengar dan pembaca). Puisi ini mampu menarik perhatian khalayak kerana penggunaan bahasanya yang tersusun indah dan mudah difahami. Sejuk dingin seperti ular cintanami Di negeri Teluk Bidung Kota Lama Salah satu kaedah penceritaan para penglipur lara. Memang telah diketahui umum bahawa para penyampai cerita lipurlara akan menjadikan puisi talibun dan lain-lain jenis puisi sebagai salah satu teknik penyampaian cerita bagi menceriakan suasana Tanpa selingan ini mungkin cerita lipurlara akan menjadi hambar tanpa sebarang bentuk hiburan. . Ayam itik penuh di reban Lembu kerbau penuh di tengah padang Gajah badak penuh di tengah hutan Pandangan Sarwajagat terhadap puisi (boleh guna untuk semua puisi) Masyarakat Melayu yang hidup secara bermuafakat dan bekerjasama. Negeri yang aman dan rezeki yang melinpah ruah Masyarakat Melayu yang sentiasa bersyukur Gambaran Masyarakat (world-view) Masyarakat yang puitis dan kritis
163 Ciri-Ciri Talibun (fakta perlu bagi bentuk, gaya bahasa, pemikiran dan peranan) Boleh bagi 2 bentuk, 2 gaya bahasa dan pemikiran / peranan Struktur talibun berbentuk bebas iaitu dalam serangkap talibun tidak mempunyai jumlah baris, jumlah perkataan dan jumlah suku kata yang seimbang. Talibun juga tidak mempunyai sistem rima tertentu. Dalam sesuatu untai talibun, mungkin terdapat sisipan daripada genre puisi yang lain seperti pantun, syair dan sebagainya, tetapi ternyata sisipan ini dianggap sebahagian daripada rangkap talibun. Peranan dan kedudukan talibun adalah sebagai sisipan di dalam sesebuah cerita lipur lara. Fungsi talibun di dalam sesebuah cerita adalah sebagai pemerian kepada cerita berkenaan dan memperjelaskan perlukisan tersebut Medannya indah bukan kepalang Rantaunya luas bagai dibentang Tebingnya tinggi bagai diraut Pasirnya serong bentuk taji Pemikiran atau tema sesebuah talibun berhubungan dengan pemerian yang dilukiskan di dalam sesebuah konteks. Misalnya untuk memerikan atau melukiskan keindahan sesebuah kota, kecantikan seseorang puteri atau kesaktian sejenis senjata dan unsur-unsur di dalam sesebuah cerita. Sejuk dingin seperti ular cintanami Di negeri Teluk Bidung Kota Lama Keindahan Talibun menerusi perulangan kata di awal baris. Unsur perulangan dalam puisi ini melahirkan maksud penegasan dan kemerduan bunyi dan irama dalam puisi. Perulangan menghasilkan rentak yang berulang-ulang dan memberi kesan kelunakan pendengaran. Ia sekaligus cuba membayangkan tentang rezeki yang melimpah ruah yang ada pada negeri tersebut. Perulangan perkataan “cari” dapat dilihat pada Cari di darat boleh di darat (R:1, B14) Cari di laut boleh di laut (R:1, B15) Penggunaan simile memberi kesan estetik dalam puisi ini. Simile menjadi bandingan dan ibarat untuk menggambarkan keindahan, kemakmuran, dan sumber hasil bumi yang banyak : bagai dibentang, seumpama kundur dengan labu, sejuk dingin seperti ular cintamani. Simile dapat membina citra yang berkesan dalam memberi gambaran sebuah negeri yang makmur dan indah. Rantaunya luas bagai dibentang Tebingnya tinggi bagai diraut Pasirnya serong bentuk taji Bentuk talibun dapat dilihat menerusi patah perkataan dan suku kata.
164 BAB 6 PUISI TRADISIONAL TEROMBA Teromba ialah “ Satu puisi, yang dari segi bentuknya tergolong sebagai puisi bebas ( sama seperti talibun dan prosa berirama ) dan ungkin mengandungi bentuk yang lain ( umumnya pantun) tetapi isi dan fungsinya merujuk kepada satu bidang yang tetap iaitu adat. Dengan kata lain “ Ungkapan – ungkapan puitis yang mengandungi konotasi adat yang digunakan sebagain panduan dan amalan dalam masyarakat adat, khususnya Adat Temenggung dan Adat Pepatih yang sehingga ini masih terpakai di Minangkabau dan beberapa daerah di Negeri Sembilan dan Melaka. ( Harun Mat Piah, Puisi Melayu Tradisional , DBP, KL, 1989, hal 424) Teromba merupakan susunan adat yang disampaikan dalam bentuk puisi. Puisi ini dikenali juga sebagai puisi adat. Teromba dikatakan berasal daripada masyarakat Melayu Minangkabau. Undang-undang adat yang diamalkan dalam kehidupan sosial masyarakat Negeri Sembilan yang melahirkan dan mengamalkan Adat Perpatih. Susunan Isinya mengandungi adat dan peraturan serta norma-norma hidup mesyarakat khususnya tentang undang-undang adat yang diamalkan dalam kehiduan sosial masyarakat yang melahirkan dan mengamalkannya. Adat dan Hukum Syarak Adat dipakai syarat diturut Syarat mengata, adat memakai Adat bersendi hukum Hukum bersendi kitabullah Kuat adat tak gaduh hukum Kuat hukum tak gaduh adat Ibu hukum muafakat Ibu adat muafakat Teromba diwarisi secara turun temurun dalam majlis tertentu.’Tambo” membawa maksud babad, hikayat atau riwayat kuno. Ia juga digunakan sebagai judul cerita prosa lama yang biasanya disebut sistem sejarah atau historiografi tradisional menurut keprcayaan atau pandangan setempat sejak turun temurun. Contoh karya Sejarah Melayu, sejarah Pelembang, Tambo Bangkahulu. Berdasarkan struktur visualnya, teromba merupakan perbilangan adat yang terkumpul sebagai satu peraturan dan digubah dalam bentuk karangan yang panjang , indah lagi puitis. Teromba juga tergolong sebagai puisi tidak terikat kepada perbilangan adat atau kata perbilangan. Teromba ini ada yang berangkap dan ada yang tidak. Jumlah perkataan dan suku katanya dalam sebaris tidak tentu. Demikian juga rima dan jedanya, juga tidak tentu. Teromba kadangkala menggunakan juga puisi Melayu tradisional yang lain seperti pantun, syair, rubai, talibun, dan ungkapan tradisional (peribahasa berangkap).
165 Secara ringkas teromba berfungsi memberi panduan dan pendidikan tentang cara hidup atau sistem hidup bermasyarakat yang baik dan harmoni melalui adat, peraturan dan undang-undang dibentuk, membentuk dan membina satu masyarakat yang harmoni, mengekal norma yang tertentu di dalam masyarakat yang telah dipersetujui oleh anggota masyarakat sejak turun-temurun. Selain itu teromba berfungsi sebagai alat kawalan sosial terutamanya dengan adanya adat, peraturan dan undang-undang tentang apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan dalam hidup bermasyarakat, menggambarkan corak dan pola hidup bermasyarakat pada satu-satu masa dan zaman, menggambarkan corak pemikiran masyarakat yang mengamalkannya, kerana pembentukan teromba jelas berdasarkan kebijaksanaan dan pemikiran yang dalam dan tinggi tentang falsafah hidup masyarakatnya. Definisi lain • Sejarah yang diceritakan dalam bentuk perbilangan, tombo, riwayat (Kamus Dewan). • Merupakan susunan kata-kata adat. • Mohd . Taib Osman ( Warisan Puisi Melayu) – pengucapan adat yang menerangkan perbilangan adat perpatih dan yang menerangkan perbilangan adat yang dasar. • Puisi bebas yang mengandungi konotasi adat yang digunakan sebagai panduan dan amalan , terutama adat pepatih dan Temenggung . • Puisi bebas yang indah dan memberikan gambaran pengalaman yang sebenar dari segi petuturan hidup • Masyarakat Minang menyebutnya sebagai “te(gh)ombo”, dialek Minang “tambo”. Disebut juga sebagai “terasul”, “kata-kata adat” atau ‘perbilangan adat”. Dari aspek bentuk 1. Berbentuk bebas atau tidak terikat 2. Ada kalanya wujud dalam bentuk / genre puisi yang lain seperti pantun, peribahasa berirama, talibun, dan mantera (kerana terdapat baris-baris perulangan yang berjajar seperti anaphora dan efifora. 3. Kebanyakan barisnya menggunakan ungkapan-ungkapan yang sejajar yang berirama dan berima. 4. Jumlah barisnya dalam serangkap atau seuntai. - terdiri daripada beberapa rangkap ( 2, 3, 10 dan sebagainya) - jumlah baris tidak sama bagi setiap rangkap - adakalanya mengambil genre puisi tradisional yang lain Contoh teromba yang menyerupai peribahasa berirama dan gurindam Hidup dikandung adat Mati dikandung tanah Adat dipakai baru Kain dipakai usang Ke darat Adat Perpatih Ke laut Adat Temenggung
166 Ciri dari segi isi : Isinya mengandungi adat dan peraturan serta norma-norma hidup masyarakat khususnya tentang undang-undang adat yang diamalkan dalam kehidupan sosial masyarakat yang melahirkan dan mengamalkannya. Teromba jenis bebas dan tidak terikat dari segi strukturnya iaitu rangkap, rima, baris-baris dalam rangkap dan jumlah perkataan. Tema dan Isi Teromba Teromba sebagai pegangan hidup, nilai dan gambaran kepercayaan masyarakat yang mendukungnya. Teromba juga dikatakan sebagai gambaran tentang kepercayaan terhadap sesuatu seperti kekuasaan Allah dan kejadian alam disamping menyelami kepercayaan tentang penyebaran dan kedatangan masyarakat Minang. Kepercayaan asal usul terhadap sesuatu peraturan dan perlakuan seperti pembukaan kota yang bermula dari adat, kedudukan ketua dan sebagainya juga diterapkan di dalam teromba. Melaluinya, nilai yang tinggi pada keluhuran adat dan menjadi pegangan hidup dipaparkan agar dapat melahirkan manusia yang unggul seperti mempunyai rasa bertanggungjawab, tolong menolong dan mempertahankan kebenaran. Teromba sebagai gambaran perlakuan dan tingkah laku yang menggariskan kehidupan bersuku-suku, system perkahwinan, kekeluargaan, perwarisan , ekonomi, politikdan pentadbiran. Selain itu, ia juga menggariskan prinsip-prinsip adat yang dipraktikkannya dalam kehidupan dan menghuraikannya. Teromba sebagai hukum dan undang-undang yang mesti dipatuhi. Melaluinya , hukum-hukum dan undang-undang dalam norma-norma kehidupan digariskan dan perlu diikuti seperti hukuman untuk membunuh, merogol,dan sebagainya . Kuasa pemerintah menjatuhkan hukuman. Raja berkuasa menjatuhkan hukuman bunuh, manakala lembaga berkuasa menyiasat. Terdapat juga pemberitahuan tentang jenis-jenis hukum jenayah dan hukum hakam perkahwinan, penceraian, pembahagian harta, perwarian dan sebagainya. Fungsi teromba 1. Memberi panduan dan pendidikan tentang cara hidup atau sistem hidup bermasyarakat yang baik dan harmoni melalui adat, peraturan dan undang yang dibentuk. 2. Dalam rangkap 2, menjelaskan keutamaan adat dan masyarakat mesti mengikut kebiasaan yang telah dijadikan peraturan setempat. Penghulu, ulama masing-masing dengan tugas mereka. Begitu juga dengan pahlawan, juara, saudagar dan kaum wanita. 3. Membentuk dan membina satu masyarakat yang harmoni. 4. Memberi panduan dan peraturan yang harus diikuti 5. Memberi nasihat dan pengajaran seperti tatacara hidup bersuku-suku 6. Sebagai alat komunkasi – menjadi bahasa hiasan bagi pembukaan dan penutupan majlis, mengucapkan alu-aluan, terima kasih dan majlis perlantikan 7. Sebagai hiburan- skrip permainan randai ( bentuk drama dalam cerita-cerita kaba)
167 Teromba Adat Jenis Puisi : Teromba Judul / Tajuk : Teromba Adat Tema : Adat dan peraturan/undang-undang yang diamalkan oleh masyarakat. Teromba Adat menyampaikan tentang peraturan, adat ,undang-undang yang amalkan oleh sesetengah masyarakat terutama masyarakat minang.Peraturan ini diungkap melalui fikiran yang halus dan tinggi dari segi estetiknya. Istilah teromba itu sendiri lahir dari kalangan pendokong adat perpatih itu sendiri. Contoh Hidup dikandung adat, Mati dikandung tanah. Maksud Puisi Rangkap 1 Ketika manusia berada di dunia, mereka setiasa terikat dengan adat atau tingkah laku yang biasa dilakukan setiap hari yang menjadi sebahagian budaya hidup. Segala ikatan peraturan adat akan luput apabila manusia sudah meninggal dunia. Ketika itu, manusia hanya dilingkungi oleh tanah sahaja. Hidup dikandung adat, Mati dikandung tanah. Rangkap 2 Adat yang diamalkan setiap hari adalah sesuai mengikut zaman dan sentiasa segar untuk diamalkan. Berbanding dengan pakaian seperti kain dan baju tentunya akan semakin lama, buruk dan tidak boleh dipakai sepanjang masa. Adat dipakai baru, Kain dipakai usang.
168 Rangkap 3 Adat yang baik patut diamalkan oleh masyarakat namun jika adat (budaya) itu buruk dan bertentangan dengan nilai dan agama, ia patut ditinggalkan atau tidak boleh diamalkan. Yang elok dipakai, Yang buruk dibuang. Rangkap 4 Lembaga bermaksud : Dato' Lembaga adalah gelaran seorang pemimpin yang mengetuai sesuatu suku dalam masyarakat Adat Perpatih. Dato' Lembaga ini dipilih oleh para Buapak daripada beberapa Perut yang menjadi anggota sesuatu suku. Dato' Lembaga yang dilantik mestilah mendapat persetujuan daripada Undang atau Penghulu Luak. Tanggungjawab Dato' Lembaga meliputi hal ehwal anak buahnya di dalam suku yang diwakilinya. Ini termasuklah urusan harta pusaka dan pentadbiran tanah adat bagi anak-anak buahnya. Seseorang Dato' Lembaga itu boleh dipecat daripada jawatannya jika terbukti dia cuai atau bekelakuan yang tidak selayaknya. Undang bermaksud : Undang adalah jawatan ketua bagi sesuatu Luak di dalam masyarakat Adat Perpatih. Perlantikan Undang ini dilakukan oleh Dato'-Dato' Lembaga di dalam sesuatu luak itu. Di Negeri Sembilan kini adalah empat orang Undang yang mengetuai empat buah luak utama. Mereka ialah Undang Rembau, Undang Sungai Ujung, Undang Johol dan Undang Jelebu. Peranan dan kuasa ketua ( Lembaga dan Undang) dalam amalan adat sebenarnya mempunyai had dan batasan. Malah kawasan jajahan takluk pentadbiran mereka juga telah ditentukan oleh adat. Kesimpulannya rangkap ini bermaksud peraturan-peraturan / undang-undang yang digunakan oleh suku telah dipersetujui oleh semua pihak yang terlibat dalam menyusun peraturan tersebut. Peraturanperaturan / undang-undang yang telah ditetapkan wajib dipakai oleh suku tersebut dan kesemua golongan yang di dalamnya wajib menghormati dan mentaati perintah. Lembaga berlingkungan, Undang kelintasan. Rangkap 5 Ranjau = Daun kelapa yang dibuat lidi penyapu. Ia perlu diraut dengan pisau yang tajam. Jarah = Musuh atau penjahat (penjarah). Musuh perlu ditinjau (perhatikan). Menggambarkan peranan anggota masyarakat yang mengamalkan adat. Dalam semua aktiviti kehidupan, ahli masyarakat sebenarnya mempunyai peranan masing-masing tidak kira samada ketika duduk maupun berdiri Duduk meraut ranjau, Tegak meninjau jarah. Rangkap 6 Walau dimana pun kita berada, kita akan terikat dengan adat tertentu seperti Adat Perpatih ketika berada di daratan, Manakala ketika berada di laut kita terikat dengan Adat Temenggung. Ke darat Adat Perpatih, Ke laut Adat Temenggung.
169 Rangkap 7 Teromba merupakan ungkapan berirama yang kelazimannya mengenai adat sebagai panduan atau amalan adat sesuatu masyarakat. Ia merupakan sejenis puisi bebas yang mungkin mempunyai bentuk lain seperti pantun, syair, rubai dan talibun tetapi isi dan fungsinya merujuk kepada satu bidang tetap, iaitu adat. Puisi ini dikenali juga sebagai puisi adat. dan dikatakan berasal daripada masyarakat Minangkabau (Minang: Tambo) Salasilah keturunan atau Salasilah keluarga seseorang itu amat penting diketahui dalam masyarakat manusia bertamadun. Menjejaki asal usul keturunan seseorang boleh memberi manfaat kepada hubungan silaturahim kaum kerabat; dan merapat dan mengekalkan hubungan silaturahim sangatlah dituntut dalam Islam. Berteromba selalu dikaitkan dengan pengucapan beberapa amalan adat manakala bersalasilah selalunya berkait dengan amalan silaturrahim dan pembahagian harta pusaka. Ke laut berteromba, Ke darat bersalasilah. Rangkap 8 Amalan adat sebenarnya masih terikat (tertakluk) dengan hukum agama yang secara tidak langsung berkait dengan Kitab Allah iaitu Al-Quran Adat bersendi hukum, Hukum bersendi Kitab Allah
170 Ringkasan maksud Rangkap pertama – Hidup seseorang sentiasa di penuhi dengan adat bila mati akan kembali ke tanah Rangkap kedua –Adat tidak akan luput tidak seperti kain yang senang ditukar-tukar . Rangkap bertiga – Yang baik diamalkan yang buruk di jauhkan Rangkap keempat – Hidup dalam lingkungan adat Rangkap kelima – Duduk sentiasa membuat senjata serta selalu berwaspada dan bersedia . Rangkap keenam - Perbezaan adat Pepatih dengan adat Temenggung yang menentukan . Rangkap ketujuh - Pergi kelaut secara beradat pergi ke darat secara sopan . Rangkap kelapan– Adat mestilah berdasarkan hukum, dan hukum pula mestilah berdasarkan Kitab Allah Pemikiran Patuh dan berpegang teguh kepada adat dan peraturan. Adat merupakan amalan pusaka nenek moyang. Adat menjadi panduan dan pengajaran tentang amalan dan cara hidup dalam kehidupan seharian sehingga kini. Adat disusun untuk mengawal kehidupan anggota masyarakat agar dapat hidup aman dan damai. Menerusi “Teromba Adat”, penyair menekankan tentang adat yang perlu diamalkan oleh masyarakat sehingga mati. Oleh yang demikian masyarakat perlu mengikut/berpegang kepada adat walau di mana sahaja mereka berada/selagi masih bernyawa. Hal ini adalah kerana adat menyemat rasa setia, patuh dan keserasian dalam sesebuah masyarakat. Contoh ; Hidup dikandung adat, Mati dikandung tanah Adat dan peraturan yang baik diamalkan sepanjang zaman. Adat digubal mengikut kesesuaian dan peredaran masa agar peraturan tersebur bersesuaian dan tidak bertentang dengan ajaran Islam. Adat dan peraturan dapat mengekalkan keamanan dan kesejahteraan dalam kalangan masyarakat. Adat dan peraturan yang digubal wajib dipatuhi dan sesiapa yang melanggar adat dan peraturan akan dihukum. Amalan ini mesti dikekalkan kerana akan memberi kebaikan terutamanya dalam kehidupan bermasyarakat seperti amalan bergotong-royong, bekerjasama dan bermuafakat dalam melakukan sesuatu. Contoh Adat dipakai baru, Kain dipakai usang. Yang elok dipakai, Yang buruk dibuang.
171 Strutur kepemimpinan dalam adat Minang. Sistem peraturan digubal mengikut kesesuaian dan melalui adat pepatih, golongan pemimpin terbahagi kepada beberapa bahagian dan masyarakat mereka terdiri dari buapak, suku tertentu. Hal ini mampu menjadikan negara aman dan damai. Struktur ini judapat melahirkan masyarakat yang menghormati pegangan hidup masyarakat lain dan memahami peranan serta kedudukannya sebagai anggota masyarakat. Adat dan peraturan melahirkan masyarakat yang sentiasa taat kepada pemerintah atau pemimpin dan melahirkan sistem pentadbiran yang teratur. Contoh Lembaga berlingkungan Undang kelintasan Bersatu padu dan sentiasa bersedia. Peraturan dan adat digubal bagi memastikan masyarakat sentiasa Bersatu dan bersedia menghadapi sebarang kemungkinan. Melalui “Teromba Adat”, masyarakat sentiasa diingatkan supaya bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan agar dapat hidup dalam keadaan harmoni dan selamat. Duduk meraut ranjau, Tegak meninjau jarah, Jenis peraturan dan undang-undang. Dalam kalangan masyarakat Melayu tradisional, terdapat dua bentuk adat iaitu Adat Perpatih dan Adat Temenggung. Kedua-dua adat ini diguna pakai mengikut negeri tertentu. Adat Pepatih dipakai di darat manakala adat Temenggung digubal dan dipakai oleh masyarakat yang tinggal dipesisir laut. Ke darat Adat Perpatih, Ke Laut Adat Temenggung. Alat kawalan sosial iaitu mengawal tingkah laku sesebuah masyarakat dengan mewajibkan masyarakat patuh kepada undang-undang. Ungkapan “adat dipakai baru” dan “Ke darat adat pepatih” adalah penegasan peraturan yang perlu diikuti dan dipatuhi oleh masyarakat yang mendukungnya dan masyarakat yang datang ke situ. Adat secara tidak langsung dipatuhi secara pasif dan dipraktikkan dalam kehidupan seharian. Sebagai contoh, petikan teromba yang menerangkan kawalan terhadap pelakuan dan tingkah laku masyarakat yang perlu mematuhi adat walau di mana dia berada: Ke laut berteromba, Ke darat bersalasilah. Adat digubal berlandaskan hukum / kitab Allah. Adat yang dibentuk atau yang dipraktikkan adalah berteraskan al-Quran, yakni kitab yang diturunkan oleh Allah sebagai panduan dan rujukan umat manusia. Sehubungan dengan itu masyarakat yang berpegang pada adat adalah masyarakat yang patuh kepada hukum Allah yang telah ditetapkan dan digariskan dalam al-Quran yang menjadi pegangan umat Islam Adat bersendi hukum, Hukum bersendi Kitab Allah
172 Nilai Masyarakat Cara jawab sama macam jawab pemikiran di atas Masyarakat yang mengamalkan adat dan peraturan dalam kehidupan mereka. Adat merupakan amalan pusaka nenek moyang. Adat menjadi panduan dan pengajaran tentang amalan dan cara hidup dalam kehidupan seharian sehingga kini. Adat disusun untuk mengawal kehidupan anggota masyarakat agar dapat hidup aman dan damai. Menerusi “Teromba Adat”, penyair menekankan tentang adat yang perlu diamalkan oleh masyarakat sehingga mati. Oleh yang demikian masyarakat perlu mengikut/berpegang kepada adat walau di mana sahaja mereka berada/selagi masih bernyawa. Hal ini adalah kerana adat menyemat rasa setia, patuh dan keserasian dalam sesebuah masyarakat. Contoh ; Hidup dikandung adat, Mati dikandung tanah Masyarakat yang menghormati dan mengamalkan hukum-hukum keagamaan berdasarkan kitab Masyarakat perlulah mengutamakan kebaikan dan menjauhi keburukan dalam kehidupan seharian serta selalu berfikiran positif Masyarakat yang mencipta adat dan peraturan berlandaskan kitab dan Al-Quran. Pemimpin Minang yang bijak dalam menetapkan peraturan dan adat Masyarakat yang berpegang teguh kepada adat temenggung dan adat pepatih Adat dan budaya masyarakat Minang
173 Pengajaran / mesej / harapan (sama seperti nilai. Bezanya ayat yang akan digunakan) Kita hendaklah mengamalkan ………… Pengajarang menekankan tentang ……………………… Penyair berharap agar ……………………………….. Bentuk / Teknik Penulisan / Struktur Penulisan / Estatika Bentuk (wajid bagi fakta, huraian, kesan/fungsi dan contoh) Dari segi rangkap. Mengandungi 8 rangkap. Setiap rangkap mempunyai 2 baris. Kesan / Kepentingan / fungsinya agar mesej yang disampaikan jelas dan sedap merdu didengar. Contoh Ke darat Adat Perpatih, Ke Laut Adat Temenggung. Baris. Teromba ini mempunyai dua baris serangkap. Saetiap barisnya mengandungi dua hingga 4 patah perkataan. Kesannya adalah untuk meningkatkan kesan puitis ritma apabila di baca. Adat bersendi hukum, Hukum bersendi Kitab Allah Jumlah patah perkataan. Jumlah perkataan sebaris tidak seimbang iaitu di antara 2 hingga 4 patah perkataan sebaris. Kesan / Kepentingan / fungsinya agar meningkatkan nilai estatika dari segi bunyi dan rima. Rangkap 4 mengandungi 2 patah perkataan manakala rangkap 8 mengandungi 4 patah perkataan. Contoh:
174 Undang Kelintasan -R4, B2 Hukum Bersendi Kitab Allah -R8, B2 Suku kata dalam baris. Jumlah suku kata Teromba Adat dalam sebaris tidak seimbang iaitu di antara 6 hingga 9 sukukata. Kesan/Kepentingan/fungsi adalah untuk dapat menimbulkan kemerduan dan keserasian bunyi. Contoh:- Yang/ bu/ruk/ di/bu/ang/ 6 suku kata Hu/kum/ ber/sen/di/ Ki/tab/ Al/lah/ 9 suku kata Rima akhir. Rima akhir teromba adalah tidak tetap seperti puisi terikat. Rima akhirnya a,b dan a,a. Kesan / Kepentingan / fungsi adalah untuk menimbulkan kemerduan irama dan bunyi. Hal ini dapat dilihat seperti di bawah :- Adat bersendi hukum, a Hukum bersendi Kitab Allah b Lembaga berlingkungan a Undang kelintasan a Gaya bahasa / Nilai estatika Bahasa (wajid bagi fakta, huraian/maksud fakta, kesan/fungsi dan contoh)
175 Pengulangan kata di tengah ayat. Dikenali juga sebagai responsi. Pengarang mengulangi perkataan “dipakai”. Hal ini dapat memberi penegasan tentang maklumat yang ingin disampaikan dengan lebih jelas. Adat dipakai baru Kain dipakai using Pengulangan perkataan di awal baris (anafora). Pengulangan perkataan “ yang ” pada rangkap 3 dapat dilihat dalam puisi ini. Pengarang mengulangi perkataan ini untuk menimbulkan kesan penegasan maksud dan keindahan irama agar dapat menarik minat pembaca. Contoh :- Yang elok dipakai, Yang buruk dibuang Gaya bahasa asing. Penyair menggunakan bahasa arab seperti “kitab Allah”. Kesannya adalah untuk menggerakkan imaginasi pembaca @ menimbulkan pengucapan yang puitis. Hukum bersendi Kitab Allah Perulangan bunyi vokal dalam baris-baris puisi secara mendatar dalam baris tertentu. Pengulangan bunyi ini juga dikenali sebagai asonansi. Pengulangan bunyi vokal “a” sebanyak 4 kali dihadirkan di dalam teromba di atas. Pengulangan bunyi ini dapat menimbulkan bunyi yang seragam kerana keseragaman vokal, menggalakkan kesan pengucapan yang puitis dan menimbulkan kelembutan irama. Di samping itu juga ia dapat menyedapkan sebutan bunyi/ menghasilkan kelembutan bunyi. Contohnya : Mati dikandung tanah “a” diulang sebanyak 4 kali Pengulangan bunyi huruf konsonan dalam baris tertentu atau aliterasi. Penyair mengulangi bunyi huruf konsonan “d” sebanyak 4 kali. Aliterasi dapat menimbulkan kekerasan/ kelantangan bunyi, menyedapkan sebutan,kelembutan @ kemerduan bunyi. Hidup dikandung adat “d” diulang sebanyak 4 kali. Inversi- “adat dipakai baru” . Sepatutnya adat baru dipakai Peribahasa. Unsur Bunyi /Nada / Ritma / Rima (wajib bagi fakta, huraian, kesan/fungsi dan contoh sama macam jawab gaya bahasa dan bentuk) Perulangan bunyi huruf vokal. Asonansi Perulangan bunyi huruf konsonan. Aliterasi Rima akhir dalam setiap rangkap puisi Ritma / Irama. Alunan lembut dan keras bunyi yang berulang secara teratur, imbangan kata dalam baris, dan panjang pendek baris sebuah sajak yang baik. Keharmonian bunyi dan susunan kata dalam karya puisi. Rentak / ragam /tingkah.
176 Kepentingan “Teromba Adat” dalam konteks sarwajagat (world view) masyarakat Melayu Tradisional Teromba merupakan puisi adat yang diamalkan oleh masyarakat Melayu Minangkabau. Isi teromba mengandungi adat dan peraturan serta norma-norma hidup masyarakat khususnya yang diamalkan oleh masyarakat yang mendukungnya. Sarwajagat (world view) pula bermaksud bersifat sejagat, universal, meliputi seluruh dunia, dan alam semesta. Antara kepentingan “Teromba Adat” adalah sebagai panduan, pendidikan, memastikan masyarakat patuh kepada undang-undang yang digubal dan lain-lain lagi. Menjadi panduan dan pengajaran tentang amalan dan cara hidup dalam kehidupan seharian. Adat merupakan amalan masyarakat terdahulu maupun kini. Adat disusun untuk mengawal kehidupan anggota masyarakat agar dapat hidup aman dan damai. Menerusi “Teromba Adat”, penyair menekankan tentang adat yang perlu diamalkan oleh masyarakat sehingga mati. Oleh yang demikian masyarakat perlu mengikut/berpegang kepada adat walau di mana sahaja mereka berada/selagi masih bernyawa. Hal ini adalah kerana adat menyemat rasa setia, patuh dan keserasian dalam sesebuah masyarakat. Contoh ; Hidup dikandung adat, Mati dikandung tanah Mengekalkan keamanan dan kesejahteraan dalam kalangan masyarakat. Adat dan peraturan yang digubal wajib dipatuhi dan sesiapa yang melanggar adat dan peraturan akan dihukum. Adat digubal mengikut kesesuaian dan peredaran masa agar peraturan tersebur bersesuaian dan tidak bertentang dengan ajaran Islam. Amalan ini mesti dikekalkan kerana akan memberi kebaikan terutamanya dalam kehidupan bermasyarakat seperti amalan bergotong-royong, bekerjasama dan bermuafakat dalam melakukan sesuatu. Contoh Adat dipakai baru, Kain dipakai usang. Yang elok dipakai, Yang buruk dibuang. Seterusnya alat kawalan sosial iaitu mengawal tingkah laku sesebuah masyarakat. Ungkapan “adat dipakai baru” dan “Ke darat adat pepatih” adalah penegasan peraturan yang perlu diikuti dan dipatuhi oleh masyarakat yang mendukungnya dan masyarakat yang datang ke situ. Adat secara tidak langsung dipatuhi secara pasif dan dipraktikkan dalam kehidupan seharian. Sebagai contoh, petikan teromba yang menerangkan kawalan terhadap pelakuan dan tingkahlaku masyarakat yang perlu mematuhi adat walau di mana dia berada: Ke darat Adat Perpatih, Ke Laut Adat Temenggung. Melahirkan masyarakat yang menghormati pegangan hidup masyarakat lain dan memahami peranan serta kedudukannya sebagai anggota masyarakat. Adat dan peraturan melahirkan masyarakat yang sentiasa taat kepada pemerintah atau pemimpin dan melahirkan sistem pentadbiran yang teratur. Sistem peraturan digubal mengikut kesesuaian dan melalui adat pepatih, golongan pemimpin terbahagi kepada beberapa bahagian dan masyarakat mereka terdiri dari buapak, suku tertentu. Contoh Lembaga berlingkungan Undang kelintasan
177 Masyarakat yang berpegang teguh kepada ajaran Islam dan penggubalan adat berlandaskan hukum. Adat yang dibentuk atau yang dipraktikkan adalah berteraskan al-Quran, yakni kitab yang diturunkan oleh Allah sebagai panduan dan rujukan umat manusia. Sehubungan dengan itu masyarakat yang berpegang pada adat adalah masyarakat yang patuh kepada hukum Allah yang telah ditetapkan dan digariskan dalam al-Quran yang menjadi pegangan umat Islam Adat bersendi hukum, Hukum bersendi Kitab Allah Memberi gambaran kebijaksanaan masyarakat Melayu dalam menyusun peraturan dan undang-undang. Masyarakat Melayu Menyusun aturan mengikut hukum yang ditetapkan dalam hukum Allah dan sunnah Rasullullah. Namun penyusunan adat dan peraturan ini bukan disusun secara biasa , akan tetapi masyarakat Melayu menyusunnya dengan penggunaan bahasa yang indah dan puitis. Bahasa yang digunakan indah, jelas dan halus agar tidak meyinggung mana-mana pihak tetapi masyarakat faham apa yang cuba disampaikan. Adat dipakai baru, Kain dipakai usang. Yang elok dipakai, Yang buruk dibuang. Kesimpulannya, “Teromba Adat” merupakan pegangan masyarakat terutama masyarakat Minang bagi memastikan peraturan kehidupan dipatuhi. “Teromba Adat” menjadi world view masyarakat yang mengamalkan tatacara adat perpatih bagi melahirkan masyarakat yang patuh dan harmoni. Peranan / Fungsi Memberi panduan dan pendidikan (Didaktik). Pemberitahuan tentang cara hidup atau sistem hidup bermasyarakat yang baik dan harmoni melalui , peraturan , dan undang-undang yang dibentuk Sebagai panduan dan pendidikan tentang cara hidup agar aman dan damai. Adat merupakan apa-apa sahaja kebiasaan yang diamalkan oleh masyarakat dahulu maupun kini yang disusun untuk mengawal kehidupan anggota masyarakat. Ini kerana dalam adat tersebut terkandungp anduan yang berguna untuk menjalani kehidupan yang baik atau memandu manusia untuk membentuk keperibadian yang sepatutnya. Hidup dikandung adat, Mati dikandung tanah Mengekalkan norma yang tertentu dalam masyarakat. Adat dan peraturan yang digubal telah menjadi amalan masyarakat sejak zaman berzaman dan masih lagi tidak bertentangan dengan ajaran Islam. Amalan ini mesti dikekalkan kerana akan memberi kebaikan terutamanya dalam kehidupan bermasyarakat seperti amalan bergotong-royong dan bekerjasama serta bermuafakat dalam melakukan sesuatu. Ternyata adat seperti ini adalah baik untuk diteruskan malah amalan ini juga dituntut dalam agama Islam. Oleh itu setiap masyarakat perlu meneruskan adat dan peraturan yang sesuai agar dapat hidup dalam keadaan aman dan harmoni.
178 Sebagai alat kawalan sosial. Adat,aturan dan undang-undang yang dibentuk harus dijadikan pegangan masyarakat ke arah melahirkan masyarakat yang bersatu-padu yang sentiasa taat kepada pemerintah/pemimpin dan melahirkan sistem pentadbiran yang teratur dalam Adat Perpatih. Di samping itu adat masih lagi bersendi hukum selari dengan ajaran Islam yang secara tidak langsung berfungsi sebagai alat kawalan sosial. Dengan adanya kawalan ini membolehkan negara melahirkan masyarakat yang mentaati peraturan yang seterusnya mewujudkan keharmonian negara. Menggambarkan kebijaksanaan masyarakat Melayu dalam menyusun peraturan dan undang-undang. Manusia dikurniakan akal untuk memilih dan membezakan yang baik dan buruk. Maka apa yang terkandung dalam adat dan peraturan yang digubal oleh masyarakat tidak boleh diterima secara bulatbulat tetapi sebaliknya perlu kebijaksanaan mempertimbangkan terlebih dahulu lebih-lebih lagi adat yang bertentangan dengan hukum agama. Alat Komunikasidalam upacara tertentu.. Menjelaskan keutamaan adat dan masyarakat mesti mengikut kebiasaan yang telah dijadikan peraturan setempat. Penghulu , ulama masing-masing dengan tugas mereka. Begitu juga dengan pahlawan , juara , saudagar ,dan kaum wanita . Menberi nasihat. Penekanan tentang pembentukan undang2 yang berlandaskan Al-Quran dan adat berada di tempat orang. Memberi gambaran (world-view) sesebuah bangsa. Menunjukkan adat MInang yang diamalkan di Negeri Sembilan Hiburan. Berteromba dengan iringan muzik untuk menerangkan tentang undang2 dan peraturan dalam majlis-majlis tertentu. Selain mendapat informasi, audiens akan berasa terhibur. Pandangan Sarwajagat terhadap puisi (boleh guna untuk semua puisi) Masyarakat Melayu yang berpegang teguh kepada adat dan peraturaan. Masyarakat Melayu mengamalkan Adat Pepatih dan Adat Temenggung Masyarakat Melayu yang berpegang teguh kepada hadis dan kitab Allah. Menghasilkan adat dan peraturan berlandaskan hadis dan kitab Allah Gambaran Masyarakat (world-view) Masyarakat yang puitis dan kritis
179 BAB 7 PUISI TRADISIONAL MANTERA Mantera dikenali sebagai jampi, tawar, sembur, cuca, uja, seru, dan tangkal. Genre ini merupakan antara puisi Melayu tradisional yang popular di kalangan masyarakat Melayu selain pantun dan syair, walaupun penggunaannya lebih eksklusif, kerana mentera hanya dipunyai dan dituturkan oleh orang tertentu sahaja seperti pawang dan bomoh. Apabila dituturkan, mantera dipercayai dapat menimbulkan kuasa ghaib atau konotasi magis untuk tujuan perubatan seperti untuk menyembuhkan penyakit (Harun Mat Piah, 1989). Dari segi bentuk, mantera merupakan jenis puisi bebas yang tidak terikat sama ada dari segi rangkap, baris, dan jumlah perkataan dalam sebaris atau urutan rimanya. Dari segi penggunaan bahasanya, mantera digubah bahasa khusus dan sukar difahami oleh kebanyakan orang. Malahan, pawang atau bomoh sendiri pun, jika ditanya makna bahasa tersebut tidak dapat menerangkannya. Oleh itu, mantera sangat terbatas penggunaannya. Mantera juga tidak boleh dituturkan sewenang-wenangnya tanpa bersebab kerana bahasa mantera dianggap keramat dan tabu. Mantera biasanya dicipta oleh pawang atau bomoh yang kemudiannya diturunkan kepada orang yang dipercayai dan orang yang akan menggantikan mereka dalam bidang perpawangan atau perbomohan. Pawang atau bomoh ini merupakan orang perantaraan antara manusia dan kuasa ghaib yang dipercayai dapat memberikan kesan kepada kehidupan masyarakat. Mantera juga merupakan puisi yang diwarisi daripada zaman purba yang sangat bergantung hidup dengan unsur-unsur alam. Tetapi jika berdasarkan perkembangan tamadun sekarang, mantera mungkin tidak lagi dicipta; tidak seperti pantun dan syair yang masih terus dicipta dan digunakan dengan meluas. Walaupun mantera telah tercipta sejak zaman bahari lagi, namun dengan kedatangan Islam, pengaruh Islam telah diserapkan ke dalam bentuk mantera dengan menambah nama-nama atau istilah-istilah yang ada kaitannya dengan Islam. Mantera dapat dibahagikan keada empat jenis berdasarkan tujuan mantera tersebut diucapkan iaitu perubatan, pakaian diri, pekerjaan dan adat istiadat. Isi mantera biasanya mengandungi kata-kata puji-pujian yang mengandungi irama dan nada yang tertentu. Tujuan mantera ialah untuk menyembuhkan penyakit dan menghalau makhluk halus yang dipercayai mendiami sesuatu tempat atau yang mengganggu kehidupan seseorang dan masyarakat. Mantera juga dijadikan pemanis, pengasih dan pembenci. Terdapat juga penggunaan mantera dalam upacara-upacara seperti adat dan istiadat. Mantera tidak boleh digunakan secara sembarangan, secara umumnya, mantera masih lagi menepati fungsi puisi iaitu sebagai alat pendidikan, alat pemantapan sesuatu sistem, nilai, dan norma masyarakat khalayaknya, gambaran sistem projeksi masyarakat termasuklah aspek keindahan dan alat pengesahan sesuatu institusi masyarakatnya. Mantera untuk perubatan berfungsi untuk menyembuhkan penyakit, mantera pendinding berfungsi untuk melindungi khalayaknya daripada sebarang unsur jahat atau berfungsi untuk memberi keluarbiasaan dan keistimewaan kepada pengamal dan khalayaknya, mantera pekerjaan digunakan dalam pekerjaan supaya setiap usaha yang dilakukan dapat menghasilkan sesuatu yang lumayan, dan mentera adat istiadat pula digunakan dalam upaca-upacara adat dan istiadat. Perwarisan mantera haruslah melalui upacara-upacara yang tertentu sesuai dengan genre mantera itu sendiri sebagai puisi yang bercorak sakral dan penuh dengan pantang larang.
180 Kata atau ayat apabila diucapkan dapat menimbulkan kuasa ghaib (untuk menyembuhkan penyakit dan lain-lain), jampi. (Kamus Dewan) .Mantera ialah kata-kata yang diucapkan untuk mendapatkan sesuatu dengan kuasa ghaib (melalui mimpi). Jampi ialah kata-kata tertentu yang diucapkan untuk mendapatkan kesaktian (seperti menyembuhkan penyakit dan sebagainya). Mantera juga diberi pengertian sebagai ungkapan kata-kata yang digunakan pawang dan bomoh Melayu dalam upacara-upacara yang mempunyai berbagai ragam maksud dari segi kepercayaan lama seperti digunakan dalam doa dan pendinding keselamatan daripada segala bencana iaitu digunakan dalam upacara-upacara ritual, pemujaan kepada penunggu dan semangat, juga dalam kerja-kerja bersangkut paut dengan pertanian dan menangkap ikan (supaya menjauhkan bala dan kerosakan segala bencana). Mantera merupakan satu daripada genra puisi Melayu tradisional yang diwarisi sejak zaman primitif, prasejarah, animisme, kemudian dipengaruhi Hinduisme, dan Islam. Mantera masih dikekalkan, ditambahkan, disesuaikan, dikembangkan dan digunakan oleh orang Melayu dalam kehidupan harian. (Harun Mat Piah, 1989, h. 478). Kata mantera berasal daripada bahasa Sanskrit; mantara, manir dan matar. John T. Plattes (Dalam Harun Mat Piah, 1989, h. 478) menyatakan: “That part o each Veda which comprises the hymns (as distinguished rom Brahmanas, or theological portions); a passage of the Vedas, a holy text; a formula sacred to any particular deity, a mystical verse, a magical formula, an incantation, a charm, spell, philter; secret consultation, consorting together, spiritual instruction.” Maksudnya ialah nyanyian suci daripada kitab Hindu, Veda – kata-kata keramat/ suci, ungkapan mistik, jampi, persona/ daya penarik, sihir, guna-guna pekasih, bisikan/ suara rahsia, berpadu bersama, arahan spiritual – W.J.S. Poerwadarminta. (1966, h. 574), menyatakan mantera adalah perkataan/ kalimat yang dapat mendatangkan daya ghaib, jampi atau persona. Mantera biasanya digunakan oleh pawang/ bomo(h)/ bomor/ dukun iaitu orang yang mempunyai kepandaian istimewa untuk melakukan sesuatu secara khusus (h. 43), misalnya ada pawang buaya, darat, buru, laut, hujan, hutan, lebah, gajah dan sebagainya. Contoh Mantera MANTERA MEMUJA SEMANGAT PADI Sri Dangomala, Sri Dangomali Hendak kirim anak sembilan bulan Segala inang, segala pengasuh Jangan beri sakit, jangan beri demam Jangan beri ngilu dan pening Kecil menjadi besar Tua jadi muda Yang tak kejap diperkejap Yang tak sama dipersama Yang tak hijau diperhijau Yang tak tinggi dipertinggi Hijau seperti air laut Tinggi seperti Bukit Kaf!
181 PENYERI MUKA Masua Sukur menjadi pohon Tajuk Malai menjadi dahan Ya Illahi Tuhanku Tabul cahaya memandang mabuk dan malai Bedak disapu Muhammad mengirai Ku semangat si (nama) itu. Tunduk kasih sayang memandang kepada aku Cinta berahi semangat si (nama) itu kepada aku Inikan pula engkau terlebih kasih kepada aku Tangan yang kanan menggenggam semangat si (nama) itu Mabuk si (nama) itu kepada aku Berkat doa Laailaahailallah Muhammad Rasulullah. Ciri-ciri Mantera : Dari segi bentuk : i. Bentuk bebas atau tidak terikat ii. Jumlah baris dalam satu rangkap adalah bebas / tidak tetap iii. Jumlah rangkap bagi satu-satu mantera juga adalah bebas. iv. Rima akhir baris adalah bebas iaitu tidak ada skema rima yang tertentu. Dari segi isi : i. Mengandungi pengucapan dan doa yang penuh dengan kata-kata pujian dengan tujuan membawa keuntungan dan menjauhkan bencana. ii. Mengandungi unsur-unsur atau ungkapan magis yang digunakan dalam upacara-upacara tertentu serta bersifat kudus atau menyelami soal-soal kebatinan Dari segi bahasa : i. Mengandungi kata-kata yang dapat memberi kesan gambaran (imej) yang tertentu seperti gambaran alam semulajadi, benda-benda, tingkah laku atau perbuatan, perasaan atau sentuhan, bunyi atau pendengaran ii. Kaya dengan bahasa perbandingan, kata-kata perulangan, kata-kata kiasan atau kiasan bahasa dan metafora. iii. Jenis mantera dibahagikan kepada empat jenis berdasarkan tujuan mantera tersebut diucapkan, iaitu : a. Perubatan b. Pakaian diri c. Pekerjaan d. Adat isiadat
182 1. Perubatan Merujuk kepada mengubati penyakit-penyakit tertentu. Biasanya dikaitkan dengan mengubat penyakit yang dikaitkan dengan gangguan makhluk halus dan jin. 2. Pakaian diri. Seseorang itu akan menjadikan bacaan mantera ini sebagai pendinding diri daripada diganggu makhluk halus atau sihir. Individu tertentu akan menjadikannya sebagai satu amalan harian dan golongan ini percaya bahawa mantera yang diamalkan itu akan dapat menghalang daripada terkena gangguan mistik. 3. Pekerjaan. Bagi golongan bomoh yang mengumbati penyakit di kalangan masyarakatnya, mereka akan menjadikan mantera sebagai salah satu kaedah mengubati penyakit. Mereka akan mendapat bayaran tertentu samada dalam bentuk barangan atau nilai wang setelah upacara mengubat penyakit dijalankan. Masyarakat dahulu akan juga akan menunaikan syarat tertentu termasuk menyediakan bahan dan alatan mengubati penyakit. 4. Adat istiadat. Biasa kaedah perubatan yang menggunakan jampi dan mantera akan diamalkan dalam satu adat istiadat tertentu seperti upacara puja pantai, pindah rumah baru, menuai padi dan lain-lain. Fungsi mantera : a. Menyembuhkan penyakit dan menghalau makhluk halus yang dipercayai sesuatu tempat atau yang menggangu kehidupan seseorang dan masyarakat. b. Dijadikan sebagai pemanis, pengasih dan pembenci c. Mantera digunakan dalam upacara-upacara seperti adat dan istiadat.
183 MANTERA ULIT MAYANG Anda sudah tentu pernah dengar lagu tradisi Negeri Terengganu, Ulek Mayang. Lagu Ulek Mayang yang bermula sebagai kaedah perubatan tradisional menjadi identiti Terengganu kerana menjadi amalan masyarakat Melayu lama sejak beratus tahun lalu. Namun amalan itu dikatakan amalan khurafat kerana menggunakan khidmat makhluk halus atau pun jin dalam mengubati seseorang pesakit. Sekarang Ulek Mayang hanya dikaitkan sebagai persembahan kesenian tradisional yang masih aktif berkembang beberapa lokasi di Terengganu seperti Kampung Pasir Panjang, Kuala Terengganu. Persembahan Ulek Mayang ini dimainkan dengan menggunakan Mayang Pinang. Dipercayai Mayang Pinang membangkitkan semangat. Ketika persembahan ini berlangsung pemain diiringi dengan seloka dan pantun oleh rakan yang lain. Persembahan ini dimainkan secara beramai-ramai dengan membuat bulatan dan pemegang duduk di tengah-tengah. Tidak ada muzik yang mengiringi persembahan ini. Persembahan dan Tarian Ulek Mayang ini, Ulek Mayang hanya dipersembahkan sebagai hiburan semata-mata tanpa mencampur adukkan unsur khurafat dalam bacaan mantera. Malah, persembahan hanya berlangsung 10 minit berbanding antara 20 hingga 30 minit. Ulek Mayang yang menampilkan persembahan tujuh puteri yang mengubati seorang lelaki yang terkena sampuk. Ada dua versi iaitu versi sekumpulan lelaki bermain sepak raga dan versi sekumpulan nelayan sebelum seorang daripada mereka terkena sampuk. Sejarah Ulek Mayang Mengikut catatan sejarah, tujuh puteri itu berasal dari Bukit Puteri yang sentiasa menjadi tumpuan orang kampung untuk meminta bantuan mengubati orang sakit melalui jampi, seru dan mantera. Ulek Mayang yang ada pada hari ini sudah mengalami perubahan termasuk menghapuskan unsur khurafat. Kini, persembahan Ulek Mayang yang dimainkan sekadar untuk suka-suka saja, di mana ia melambangkan suatu pemujaan mendalam terhadap Tuan Puteri Tujuh beradik. Persembahan dimulakan dengan membaca doa dan membangkitkan asal Mayang. Mayang yang digunakan dalam persembahan ini diasap kemenyan dan disapu minyak kelapa terlebih dahulu. Doa dan ‘bangkitan’ dilakukan untuk memohon perlindungan agar orang yang mengambil bahagian tidak ditimpa apa-apa kemalangan.
184 antera lit a ang Aku tahu asal usulmu, Seri Bersila nama asalmu, Seri Berdiri nama batangmu, Seri hidup asal usulmu, Seri Menempak nama daunmu, Seri Guntur nama bungamu, Seri Gin r nama buahmu. Aku tahu asal usulmu, Umbutmayangdiumbut, Umbutdengan jala jemala, Ulit mayangdiulit, Ulit dengan tuan puteri, Puteri dua berbaju serong, Puteri dua bersanggulserong, Puteri dua bersubang gading, Puteri dua berselendang kuning. Umbutmayangdiumbut, Umbut dengan jala jemala, Ulit mayangdiulit, Ulit dengan puterinyaenam, Puteri dua berbaju serong, Puteri dua bersanggulserong, Puteri dua bersubang gading, Puteri dua berselendang kuning. Umbutmayangdiumbut, Umbutdengan jala jemala, Ulit mayangdiulit, Ulit dengan puterinyatujuh, Puteri dua berbaju serong, Puteri dua bersanggulserong, Puteri dua bersubanggading, Puteri dua berselendang kuning. Umbutmayangdiumbut, Umbutdengan jala jemala, Ulit mayangdiulit, Ulit dengan puterinyaempat, Puteridua berbaju serong, Puteridua bersanggulserong, Puteridua bersubang gading, Puteridua berselendang kuning .
185 Ulit mayangdiulit, Ulit dengan jala jemala, Ulit mayangdiulit, Ulit dengan tuan puteri, Kutahuasal usulmu, Yang laut pulang ke laut, Yang darat pulang ke darat, Nasi berwarna hamba sembahkan. Umbutmayangdiumbut, Umbutdengan jala jemala, Pulih mayangkupulih, Pulih balik sedia kala. Ulit Mayang Kumpulan Mantera Melayu, Haron Daud,Dewan Bahasa dan Pustaka,Kuala Lumpur, 2004. Apakah jenis puisi di atas dan judul puisi tersebut [4 markah ] Puisi di atas ialah mantera yang digunakan untuk tujuan perubatan dan judulnya ialah Mantera Ulit Mayang Tema Pengucapan/ Penggunaan kata-kata yang bermakna untuk tujuan perubatan. Mantera ini diamalkan oleh masyarakat Melayu Kuno utuk tujuan perubatan sebelum kedatangan Islam.
186 a. Berdasarkan bait pertama dan terakhir, nyatakan maksud tersiratnya. [10 markah] Maksud tersirat pada bait pertama ialah mantera ini dikaitkan dengan tuan puteri, iaitu bermula dari puteri dua, puteri empat, puteri enam, sehinggalah puteri tujuh. Setiap tuan puteri mempunyai nama-nama tertentu seperti seri Bersila, Seri Berdiri, Seri Hidup, Seri Menempak , Seri Guntur dan Seri Gintir. Tuan puteri ini diseur bagi mengubati penyakit mistik yang ada pada pesakit. Aku tahu asal usulmu Seri Bersila nama asalmu Seri Berdiri nama batangmu Seri Hidup asal usulmu Seri Menampak nama daunmu Seri Guntur nama bungamu Seri Gintir nama buahmu Maksud rangkap akhir pula ialah bomoh menggunakan kata-kata pujukan supaya anasir-anasir yang mengganggu pesakit akan keluar dari tubuh pesakit itu dengan kadar segera. Bomoh, juga meminta secara lembut agar gerangan anasir-anasir yang mengganggu pesakit itu, keluar secara terhormat menggunakan mayang pinang. Anasir tersebut biasanya takut kepada mayang pinang. Umbut mayang diumbuk Umbut dengan jala jemala Pulih mayang kupulih Pulih balik sedia kala Pemikiran Puisi Mantera Ulit Mayang
187 Mengetahui asal usul kuasa luarbiasa /benda ghaib. Perkataan "Aku tahu" menggambarkan bahawa mereka seolah-olah tahu segalanya tentang makhluk halus yang telah mengganggu kehidupan insan yang sedang diubati. Ini dapat buktikan melalui rangkap pertama puisi ini: Aku tahu asal usulmu, Seri Bersila nama asalmu, Seri Berdiri nama batangmu, Seri hidup asal usulmu, Seri Menempak nama daunmu, Seri Guntur nama bungamu, Seri Gintir nama buahmu. Percaya kepada unsur-unsur ghaib. Pembaca mantera mengharapkan supaya segala kuasa ghaib pulang ke tempat asal mereka setelah selesai berubat. Malah dirinya meminta supaya jangan mengganggu lagi orang yang sedang diubatinya. Perkara ini dapat difahami melalui baris-baris puisi tersebut: Yang laut pulang ke laut Yang darat pulang ke darat Persediaan alat perubatan/ persembahan kepada makhluk halus. Masyarakat pengamal mantera biasanya telah meminta syarat persembahan tertentu sebelum mengadakan upacara mengubati pesakit. Biasanya bentuk persembahan yang dibuat adalah sebuah hidangan makanan tertentu yang dianggap istimewa kepada makhluk halus perkenaan. Hal ini dapat dibuktikan melalui baris puisi berikut: Nasi berwarna hamba sembahkan. Masyarakat yang tahu asal usul benda ghaib. Masyarakat yang percaya kepada benda ghaib. Masyarakat yang amalkan perubatan tradisionalsecara turun temurun dan menggunakan benda ghaib. Masyarakat yang mengagumi kecan kan / perhiasan tuan puteri
188 Percaya peranan / pemakaian / perhiasan / kecantikan tuan puteri dalam amalan mantera/ mengubati penyakit. Sepanjang amalan mantera ulit mayang ini, pembaca mantera akan menyeru nama-nama tuan puteri yang dipercayai dapat membantu mengubati pesakit. Puteri zaman dahulu memiliki rupa paras yang cantik dan memiliki pelbagai perhiasan yang menarik. Contohnya: Puteri dua berbaju serong, Puteri dua bersanggul serong, Puteri dua bersubang gading, Puteri dua berselendang kuning. Pembaca akan menyebut nama-nama puteri ini sehingga puteri ke tujuh. Penggunaan unsur alam / kostium dan peralatan dalam rawatan. Peralatan bagi mengubati pesakit dalam mantera ini ialah menggunakan "mayang". Mayang adalah sejenis bunga daripada pokok kelapa, pinang dan seumpamanya. "Ulit Mayang diulit" bermaksud satu perbuatan mengirai dan mengibaskan mayang ke atas pesakit ketika mantera dibaca. Ulit mayang diulit Ulit dengan jala jemala Ulit mayang diulit Ulit dengan tuannya puteri Doa / Permintaan dan harapan supaya pesakit kembali pulih / sembuh.Pengamal mantera ini memohon supaya pesakitnya kembali pulih seperti sedia kala. Maksudnya pesakit yang datang berubat dengannya akan sihat semula dan bebas daripada gangguan makluk halus. Hal ini dapat dilihat dalam petikan rangkap akhir puisi ini iaitu: Umbut mayang diumbut, Umbut dengan jala jemala, Pulih mayang kupulih, Pulih balik sedia kala Nilai Kemasyarakatan/ Gambaran Masyarakt
189 Nilai masyarakat yang percaya kepada benda ghaib. Nilai masyarakat yang tahu asal usul benda ghaib. Nilai masyarakat yang amalkan perubatan tradisional secara turun temurun dan menggunakan benda ghaib untuk mengubati penyakit Masyarakat yang mengagumi kecantikan / perhiasan tuan puteri Masyarakat yang percaya kepada unsur alam/ menghargai alam Masyarakat yang mengamalkan upacara ritual/pemujaan Pengajaran / mesej / harapan (sama seperti nilai. Bezanya ayat yang akan digunakan) Kita hendaklah mengamalkan ………… Pengajarang menekankan tentang ……………………… Penyair berharap agar ……………………………….. Bentuk / Teknik Penulisan / Struktur Penulisan / Estatika Bentuk (wajid bagi fakta, huraian, kesan/fungsi dan contoh)
190 Rangkap. Ada 7 rangkap Baris. Jumlah baris dalam rangkap tidak sama iaitu 4 hingga 8 baris Rangkap satu : 7 baris Rangkap dua : 9 baris Rangkap tiga,empat,lima dan enam ada 8 baris Rangkap tujuh : 4 baris Patah perkataan. Mengandungi 3-5 patah perkataan dalam sebaris Ulit mayang diulit, 3 p.p Yang darat pulang ke darat 5 p.p Suku kata. Jumlah suku kata 7-11 suku kata dalam sebaris Ulit mayang diulit, 7 s.k Puteri dua berselendang kuning. 11 s.k Rima bebas kecuali rangkap 1. Tidak mengikut rima puisi terikat iaitu a,a,a,a, atau a,b,a,b. Bahasa mantera dianggap bahasa keramat/ tabu / suci. Hanya orang tertentu sahaja yang boleh membacanya Kesan / Kepentingan – agar mesej yang disampaikan jelas dan sedap merdu didengar. Kesan / Kepentingan agar - mengindahkan lagi irama dan bunyi. Kesan / Kepentingan agar – memerdukan intonansi dan bunyi. Kesan: Untuk menimbulkan kemerduan bunyi /agar dapat menimbulkan keserasian bunyi dan makna./agar meningkatkan nilai estatika dari segi bunyi dan rima.
191 Gaya bahasa / Nilai estatika Bahasa (wajid bagi fakta, huraian/maksud fakta, kesan/fungsi dan contoh) 1. Pengulangan vokal;a,e,i,o,u ( Asonansi). Rangkap 1 baris 5. Baris diatas pengulangan vokal “ ” sebanyak 5 kali. Kesannya… “ Seri Menapak nama daunmu “ 2. Pengulangan konsonan ( Aliterasi ). Rangkap 2 baris 1. Baris diatas pengulangan konsonen m sebanyak 3 kali. Kesannya... “ umbut mayang diumbuk” 3. Pengulangan kata / perkataan di tengah ayat ( Responsi). Rangkap 2 baris 5-8 = “dua” Puteri dua berbaju serong Puteri dua bersanggul sendeng Puteri dua bersubang gading Puteri dua berselendang kuning.
192 4. Pengulangan kata / perkataan di awal baris ( Anafora). Rangkap 1 baris 1 dan 8. Contoh “aku”. Rangkap 1 baris 2-7 = “seri” Aku tahu asal usulmu Seri Bersila nama asalmu Seri Berdiri nama batangmu Seri Hidup asal usulmu Seri Menampak nama daunmu Seri Guntur nama bungamu Seri Gintir nama buahmu Aku tahu asal usulmu. Rangkap 2 = “umbut “, “ulit “, “puteri “ Umbut mayang diumbuk Umbuk dengan jala jemala Ulit mayang diulit Ulit dengan tuan puteri 5. Repitasi (pengulangan sebaris ayat ) Rangkap 1 baris 1 dan baris 8 = “aku tahu asal usulmu “ Rangkap 2,3,4,5 dan 6 baris 1-3 = “umbut mayang di umbuk” “umbut dengan jala jemala” “ulit mayang diulit” 6. Perulangan baris yang setara – “Yang laut pulang ke laut” c. Jelaskan gaya bahasa : i) Seri Bersila nama asalmu Seri Berdiri nama batangmu Repitasi atau pengulangan perkataan di di tengah baris atau dikenali sebagai responsi digunakan dalam contoh ayat puisi di atas. Penyair mengulangi perkataan “nama” di baris pertama dan kedua agar dapat memberi penegasan maksud dan menimbulkan irama untuk mengindahkan pendengaran. • Gaya bahasa simplok juga beleh digunakan
193 ii) Umbut mayang diumbuk Umbut dengan jala jemala Gaya dan urutan repitasi atau pengulangan perkataan di awal baris ( anafora ). Pengulangan perkataan “umbut ” di baris pertama dan kedua dapat dilihat dalam contoh puisi di atas. Pengarang mengulangi perkataan ini untuk menimbulkan kesan penegasan maksud dan keindahan irama agar dapat menarik minat pembaca disamping menyampaikan maksudnya dengan lebih jelas lagi. iii) Kutahu asal usulmu Melalui contoh yang di beri gaya bahasa unsure pengulangan bunyi huruf vokaldan konsonan juga dihadirkan oleh penyair. Pengulangan bunyi huruf vokal dalam baris tertentu atau Asonansi wujud dalam bait di atas. Penyair mengulangi bunyi vokal huruf “u” sebanyak 5 kali agar dapat menimbulkan kekerasan/ kelantangan bunyi, menyedapkan sebutan, kelembutan @ kemerduan bunyi perkataan dan sekali gus ayat yang digunakan nsur Bunyi /Nada / Ritma / Rima (wajid bagi fakta, huraian, kesan/fungsi dan contoh) (cara jawab sama macam jawab gaya bahasa dan bentuk) Perulangan bunyi huruf vokal. Asonansi Perulangan bunyi huruf konsonan. Aliterasi Rima akhir dalam setiap rangkap puisi Ritma / Irama. Alunan lembut dan keras bunyi yang berulang secara teratur, imbangan kata dalam baris, dan panjang pendek baris sebuah sajak yang baik. Keharmonian bunyi dan susunan kata dalam karya puisi. Rentak / ragam /tingkah. Fungsi Mantera d. Nyatakan fungsi puisi diatas [ 5 markah ] Fungsi utama puisi di atas ialah peranannya dalam bidang perubatan dan perbomohan. Mantera ulik mayang digunakan bagi mengubati penyakit mistik atau misteri. Dalam upaya hendak mengubati pesakit, bomoh yang mengamalkannya akan berada dalam keadaan separuh sedar dan ia akan melakukan beberapa perlakuan seperti menari-nari dan penggunaan mayang penting kerana dikatakan anasir jahat takut pada mayang tersebut. Fungsi yang kedua ialah, dijadikan sebagai alat hiburan. Mantera ini dilagukan dan dikomersial sehingga kini. Fungsi seterusnya ialah, memberi gambaran (worldview sejarah kepercayaan dan warisan kebudayaan masyarakat yang mendukungnya. Mantera digambarkan sebagai suci dan sacral bagi pengamalnya dan ia unik serta istimewa dan terletak pada salasilah perkembangannya yang cukup awal dalam sejarah tamadun Melayu. · Dijadikan sebagai alat komunikasi dalam persembahan kesenian tradisional.
194 - Unsur pengajaran dalam bidang perubatan tradisional Pandangan Sarwajagat terhadap puisi (boleh guna untuk semua puisi) Masyarakat Melayu yang pandai mengubati penyakit menggunakan unsur alam/ghaib. Masyarakat Melayu yang bekerjasama membantu menyembuhkan penyakit Masyarakat yang percaya dengan kewujudan makhluk halus/ kecantikan tuan puteri/ unsur ghaib Gambaran Masyarakat (world-view) Masyarakat yang puitis dan kritis Mantera Menduduki Rumah Baru Mantera dikatakan sebagai salah satu sastera lisan yang mempunyai kekuatan ghaib. Masyarakat melayu sering menjadikan amalan membaca jampi serapah sebagai salah satu upacara ketika mereka berpindah ke rumah baru. Sebelum memulakan kerja di tapak rumah baru mereka akan membaca mantera tertentu. Kemudian apabila rumah sudah siap dan hendak diduduki, mantera seperti puisi di atas akan dibacakan dalam satu upacara khas “menduduki rumah baru”.
195 Pembukaan mantera. Dimulakan dengan bacaan menyebut nama Allah dan ditutup dengan nama Allah dan rasul. Bacaan Bismillah menandakan permulaan majlis dan mengharap kemurahan dan kasih sayang Allah. Permintaan dan doa Sesudah menyebut nama Allah, mantera di atas diikuti dengan permintaan dan doa agar penduduk rumah baru tidak mendapat kecelakaan dan kesusahan. Pembaca mantera juga berharap agar rumah yang diduduki akan sentiasa dikunjungi ramai dan penghuninya memperolehi kekayaan. Alatan dan perkakasan Biasanya mantera akan disertakan dengan alatan dan perkakasan sebagai satu bentuk upacara menepung tawar. Perkakasan tersebut ialah seperti tepung, beras kunyit, air mawar dan sebagainya. Maka ketika membaca mantera akan diikuti dengan upacara menepung tawar. Penutup mantera Sebelum kedatangan Islam, mantera akan ditutup dengan menyeru nama mengikut kepercayaan masyarakat setempat seperti dewa dan lain-lain. Namun setelah kedatangan Islam, penutup mantera akan disebut nama nabi dan nama Allah. Mantera di atas sudah dipengaruhi dengan unsur Islam bagi menggantikan sistem kepercayaan yang mereka anuti sebelumnya kerana pengamalnya sudah beragama Islam. Bentuk Mantera Sejenis Puisi bebas. Bahasa Mantera : bukan seweang-wenang dituturkan. Bahasanya dianggap keramat dan tabu. Mantera diturunkan kepada orang-orang yang dipercayai dan boleh menggantikan mereka dalam bidang perbomohan. Pawang atau bomoh ini merepakan orang perantaraan antara manusia dan kuasa ghaib dan dipercayai memberi kesan kepada kehidupan masyarakat. Jenis : Mantera Judul / Tajuk : Mantera menduduki rumah baru Tema Adat menduduki rumah baru agar tuan rumah tidak ditimpa kecelakaan.
196 Bismi llahi l Rahmani I Rahim Tepung tawartepung ja Ke ga dengan tepung kedangsa Jika boleh kehendak ha Jangan sakitjangan ma Jangan cela jangan binasa Jangan punah jangan ranah Tepung tawartepung ja Ke ga dengan tepung kedangsa Naik emas berka ka Naik orang beribu laksa Tepung tawarsemula jadi Barangku citaku perolehi Berkat di pengajaran guruku Allah menawar, Muhammad menjampi Dengan berkat doa La ilaha illallah, Muhammad Rasulullah Maksud – Tebahagi kepada 3 Permulaan 1. Unsur Doksologi. Permukaan ayat yang menggunakan kalam Allah 2. Memulakan mantera dengan menggunakan 3 jenis Bismi’llahi ‘l-Rahmani ‘I-Rahim Tepung tawar tepung jati Ketiga dengan tepung kedangsa Jika boleh kehendak hati Jangan sakit jangan mati Jangan cela jangan binasa Jangan punah jangan ranah Pertengahan 1. Ilmu yang diperoleh daripada guru beliau dan digunakan sebagai perlindungan untuk menduduki rumah baru 2. Memohon keberkatan dan murah rezeki serta disenangi ramai Tepung tawar tepung jati Ketiga dengan tepung kedangsa Naik emas berkati-kati Naik orang beribu laksa 3. Memohon agar semua yang diimpikan ketika menduduki rumah baru menjadi kenyataan. Tepung tawar semula jadi Barangku citaku perolehi
197 Bismi llahi l Rahmani I Rahim Tepung tawartepung ja Ke ga dengantepung kedangsa Jika boleh kehendak ha jangan ma jangan binasa jangan ranah Tepung tawartepung ja Ke ga dengantepung kedangsa berka ka beribu laksa Tepung tawarsemula jadi Barangku citaku perolehi Berkat di pengajaran guruku Allah menawar, Muhammad menjampi Dengan berkat doa La ilaha illallah, Muhammad Rasulullah Penutup 1. Akhir sekali memohon keberkatan dari Allah Berkat di pengajaran guruku Allah menawar, Muhammad menjampi Dengan berkat doa La ilaha ‘illallah, Muhammad Rasulullah Persoalan/ Pemikiran 1. Memohon pertolongan daripada Allah supaya melindungi rumah baru daripada ditimpa bencana. 2. Rajin berdoa kepada Allah untuk memurahkan rezeki 3. Berdoa untuk mendapat jiran tentangga yang ramai dan baik 4. Berdoa untuk menghindarkan segala penyakit apabila meaiki rumah baru. 5. Percaya kepada Allah dan Nabi Muhammad 6. Menghargai unsur ala ciptaan Tuhan
198 Nilai / Gambaran Masyarakat 1. Masyarakat yang mementingkan adat memasuki rumah baru - Penggunaan mantera apabila ingin menduduki rumah baru. 2. Masyarakat yang mempercayai pegangan Allah dan Rasul (N.M) - Masyarakat yang berpengang pada agama Islam. 3. Masyarakat yang percaya kepada kepercayaan animisme (kepercayaan orang dahulu sebelum kedatangan Islam) 4. Masyarakat yang berdoa untuk mengharapkan sesuatu. - Masyarakat yang berharap agar rumah yang baru diduduki itu terselamat daripada sebarang bencana. Pengajaran / mesej / harapan (sama seperti nilai. Bezanya ayat yang akan digunakan) Kita hendaklah memohon perlindungan Allah S.W.T supaya jauh daripada kecelakaan atau perkara buruk Pengajarang menekankan tentang ……………………… Penyair berharap agar ………………………………..
199 Bentuk / Teknik Penulisan / Struktur Penulisan / Estatika Bentuk (wajid bagi fakta, huraian, kesan/fungsi dan contoh) 1. Rangkap dan baris. 1 rangkap mengandungi 17 baris. 2. Patah perkataan. 1 baris mempunyai 3 hingga 4 patah perkataan. Contoh : baris 13 “barangku citaku perolehi” (3 patah perkataan) baris 2 “tepung tawar tepung jati” (4 patah perkataan) 4. Bilangan suku kata. Mengandungi 6 hingga 14 suku kata. Contoh : baris 16 “dengan berkat doa” (6 suku kata) baris 17 “la ilaha ‘illallah, Muhammad Rasulullah” (14 suku kata) 6. Rima akhir bebas