The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by frzanasaimann03, 2023-07-31 10:38:47

PUISI TRADISIONAL SEMESTER 1

1. Puisi Tradisional

Keywords: Nota Sastera Sem 1

100 Pemimpin Melayu yang hebat, berdaulat dan digeruni Masyarakat Melayu yang kreatif dan puitis dalam menceritakan sesuatu Memberi pengajaran dan unsur didaktik menerusi penceritaan yang disampaikan Fungsi dan peranan Kepentingan karya syair ikan terubuk dalam konteks sarwajagat (world views) masyarakat melayu adalah seperti berikut:- Sebagai alat untuk menyampaikan pengajaran dan didaktik. Melalui syair pengajaran disampaikan secara berkias, nasihat dan sindiran secara halus kerana sifat semulajadi orang Melayu yang sopan santun. Dalam syair ini memberi pengajaran kepada kita supaya bijak dalam membuat sesuatu keputusan. Walaupun ringkas, nasihat dan pandangan yang diberikan kental dan padat. Sindiran dan kiasan yang diluahkan begitu tepat, tetapi sangat sopan. Contoh Setelah hari hampirkan senja, Puteri bersiap hendak memuja, Jika sungguh asalku raja, Disampaikan Allah barang disaja. Selang tidak berapa antara, Turunlah ribut dengan segera, Kilat dan petir tidak terkira, Datuk nenek turun dari udara. Sebagai alat komunikasi untuk menyampaikan sesuatu / dalam upacara tertentu. Masyarakat Melayu dahulu tidak menyampaikan sesuatu perkara secara terus, sebaliknya disampaikan melalui syair yang diperdengarkan. Jadi syiar dijadikan alat untuk menyampaikan maksud, hasrat, perasaan dan sebagainya. Dalam syair dimasukkan juga pengajaran berbentuk keagamaan bagi mendidik dan memberi pengajaran moral. Malah terkandung juga makna yang mendalam dan dapat memberi nasihat yang berfaedah yang menjadi tuntutan agama. Contoh Setelah hari hampirkan senja, Puteri bersiap hendak memuja, Jika sungguh asalku raja, Disampaikan Allah barang disaja. Selang tidak berapa antara, Turunlah ribut dengan segera, Kilat dan petir tidak terkira, Datuk nenek turun dari udara. Sebagai alat hiburan. Pada zaman dahulu syair ini diperdengarkan kepada masyarakat dalam majlismajlis tertentu. Penglipur lara juga menggunakan syair dalam pengkisahannya bagi mengisi masa lapang. Pengkisahan tentang percintaan yang terhalang dapat menarik minat masyarakat mendengarnya dan berasa terhidur.Hal ini dapat menghilangkan rasa letih dan penat setelah seharian bekerja di lading dan sawah. Contoh


101 Kolamnya konon di Tanjung Padang, Di sanalah tempat Terubuk bertandang, Pinggangnya ramping dadanya bidang, Hancurlah hati terubuk memandang. Memberi gambaran pemimpin Melayu yang hebat, berdaulat dan digeruni. Pemimpin Melayu amat dihormati, digeruni dan berdaulat. Hal ini dapat dilihat pada pemimpin Melaka pada zaman dahulu. Ikan terubuk yang berasal dari laut Melaka dianggap berpuaka dan digeruni oleh semua masyarakat. Kehebatannya pemimpin Melayu terselah berbanding pemimpin dari negari lain seperti yang digambarkan di dalam syair. Permintaan pemimpin yang hebat sukar ditolak kerana ia akan membawa malapetaka. Contoh puteri Puyu-puyu serba salah untuk menerima atau menolak cinta ikan Terubuk dan berdoa kepada tuhan untuk menunjukkan petunjuk. Contoh Asal terubuk ikan puaka, Tempatnya konon di laut Melaka, Siang dan malam berhati duka, Sedikit tidak menaruh suka. Setelah hari hampirkan senja, Puteri bersiap hendak memuja, Jika sungguh asalku raja, Disampaikan Allah barang disaja. Menceritakan tentang kewujudan dua kerajaan yang berdaulat dan berbeza. Perbezaan dapat dilihat pada pangkat dan darjatnya. Satu mewakili kerajaan yang berkuasa dan satu sebaliknya. Berdasarkan latar sejarah penciptaan syair ini, kerajaan ikan terubuk dan ikan puyu ini adalah dua buah kerajaan yang berbeza latar tempatnya. Malah dikatakan bahawa kerajaan ikan terubuk sangat berkuasa dan mampu mengalahkan kerajaan ikan puyu. Bagi pihak yang lemah, adalah lebih baik membuat tipu muslihat dan mengelakkan diri dari berperang dengan pihak yang lebih kuat. Contoh Asal terubuk ikan puaka, Tempatnya konon di laut Melaka, Siang dan malam berhati duka, Sedikit tidak menaruh suka. Puteri Puyu-puyu konon namanya, Di dalam kolam konon tempatnya, Cantik mejelis barang lakunya, Patutlah dengan budi bahasanya. Menggambarkan daya kreativiti masyarakat Melayu Masyarakat Melayu terkenal dengan sifat lemah lembut dan banyak kiasan dalam menyampaikan sesuatu pengajaran dan kritikan. Dalam menyampaikannya ini, syair dicipta agar menjadi lebih menarik, puitis dan memberi kesan mendalam tentang apa yang ingin disampaikan. Ini menunjukkan daya keativti dan imaginasi yang tinggi masyarakat Melayu dalam menyampaikan sesuatu maklumat. Beri contoh


102 BAB 3 PUISI TRADISIONAL SELOKA, KRITIKAN TAJAM DALAM GURAUAN Seloka ialah sejenis puisi Melayu tradisional yang tidak mempunyai struktur yang khas seperti pantun atau syair. Dari segi istilah, seloka berasal daripada perkataan Sanskrit, seloka merupakan puisi yang terdiri daripada yang terdiri daripada dua baris atau dua kerat, yang setiap satunya mengandungi 16 suku kata, yang disusun dalam empat unit. Dalam kesusasteraan Melayu tradisional, seloka merupakan sejenis puisi bebas dari segi rangkap (sama ada berangkap atau tidak berangkap). Jika berangkap, jumlah baris dalam serangkap tidak menentu begitu juga jumlahperkataan dalam sebaris. Seloka boleh jadi mempunyai rima atau tidak. Seloka biasanya memerlukan beberapa baris atau rangkap untuk melengkapkan keseluruhan idea (Harun Mat Piah, 1989). Zaaba juga menyatakan, seloka ialah karangan berangkap yang memakai pertentangan bunyi hujung (rima) yang tiada tetap. Bilangan baris pada sebuah seloka adalah tidak terhad dan bilangan baris pada satu rangkap juga tidak menentu. Seloka juga tidak mempunyai skima rima yang tetap. Oleh itu boleh dikatakan seloka lebih mirip kepada ciri free verse iaitu bentuk puisi moden yang dikenali sebagai sajak pada masa ini. Seloka biasanya mengandungi bahasa yang penceritaannya meleret-leret dan lanjut, sindir giatnya selalu tajam dan bisa seperti mengejek, menyindir dan menempelak, dan mengandungi perasaan yang hiba dan rawan. Dari segi bentuk, seloka sama sahaja seperti puisi bebas yang lain seperti gurindam, talibun atau teromba. Walaupun begitu, jika dilihat aspek isi, puisi ini berbeza antara satu sama lain. Kebanyakan puisi tradisional yang lain seperti gurindam digubah untuk menyampaikan nasihat dan panduan, Nazam digunakan untuk menyampaikan kisah dan puji-pujian terhadap Allah dan Nabi Muhammad s.a.w., teromba merupakan puisi yang menyampaikan perbilangan adat dan peraturan bermasyarakat, manakala mantera adalah jampi serapah yang bertujuan mengubat pesakit. Namun, ciri-ciri seloka boleh dikenali melalui isinya dan tujuan ia dikarang. Isi seloka biasanya diutarakan secara mengejek, sindiran atau dalam nada jenaka, dan kadang-kadang mengandungi nada atau perasaan yang asyik dan berkhayal. Seloka juga dikarang untuk menyampaikan kritikan dan sindiran terhadap sesuatu kepincangan yang berlaku di dalam masyarakat. Kritikan dan sindiran ini amat tajam dan disampaikan secara berlapik dan berkias dalam nada bergurau. Melalui seloka akan terpancar budaya masyarakat Melayu tradisional yang tidak mengkritik secara berterus terang tetapi secara halus. Kata-kata yang digunakan di dalam seloka adalah lambang-lambang yang mengandungi makna yang tersirat. Seperti kebanyakan karya di dalam khazanah Melayu tradisi, kita tidak mengetahui siapakah pengarang sebenar sesebuah seloka. Namun dari seloka yang kita warisi, terbukti bahawa pengarang seloka adalah pemikir yang amat tajam pemerhatiannya terhadap alam dan masyarakat di sekeliling. Mereka peka terhadap segala yang berlaku dan menjalankan tanggungjawab bagi menyampaikan teguran dan kritikan. Pengarang seloka menggunakan perbandingan dan tamsilan seperti perumpamaan, metafora, simile dan personifikasi yang kaya dengan imej alam. Imej-imej alam ini perlu ditafsir untuk mengetahui maksud sebenar seloka. Oleh sebab itu juga , seloka mengandungi banyak peribahasa yang selalunya disusun dengan cara yang senada atau mempunyai irama, sehingga kadang-kadang seloka sama dengan peribahasa berirama. Dalam hal ini, pengenal kepada peribahasa berirama ialah nada yang dibawa olehnya. Peribahasa berirama tidak mengandungi nada-nada ejekan atau sindiran yang sinis tetapi seloka mengandungi ejekan dan nada-nada sinis; menyindir terhadap sesuatu kelakuan sesetengah anggota masyarakat melalui peribahasa yang disusun secara sejajar untuk menghasilkan irama tersebut. Secara keseluruhan,


103 seuntai seloka merujuk keada cerita jenaka yang benar-benar dikenali dalam masyarakat seperti cerita Pak Kaduk, cerita Pak Pandir, cerita Labai Malang dan cerita Emak Si Randang. Seloka tersebut bertujuan untuk menyindir masyarakat yang berperangai seperti watak-watak tersebut. Fungsi seloka amat terbatas. Secara umumnya, seloka dapat menggambarkan masyarakat yang melahirkannya iaitu masyarakat yang amat mementingkan keharmonian dan ketatasusilaan. Bersesuaian dengan sifat halus orang Melayu, puisi seloka digunakan untuk mengkritik sebarang perlakuan negatif anggota masyarakat tanpa menyinggung perasaan individu sasaran. Puisi seloka tidak digunakan secara meluas sebagaimana peribahasa atau teromba. Fungsinya amat bergantung kepada isinya iaitu untuk menyindir, mengejek, menempelak seseorang, melahirkan rasa benci terhadap sesuatu kelakuan manusia, memberi pengajaran dan panduan kepada seseorang dan sebagai alat kawalan sosial atau protes sosial. Warisan Melayu telah meninggalkan sejumlah seloka untuk dihayati. Untuk mengenal seloka dengan lebih dekat kita akan menganalisis tiga buah seloka yang paling terkenal di dalam masyarakat Melayu iaitu: 1. Seloka Pak Kaduk, 2. Seloka Pandai Pak Pandir 3. Seloka Mak Si Randang Ketiga-tiga seloka di atas adalah berdasarkan cerita rakyat atau cerita jenaka yang terkenal di dalam sastera Melayu. Pak Kaduk dan Pak Pandir merupakan watak-watak yang ditimpa malang. Nasib malang itu adalah akibat daripada kebodohan mereka sendiri. Mereka telah melakukan perbuatan-perbuatan yang merugikan diri sendiri. Seloka Mak Si Randang adalah berdasarkan cerita rakyat masyarakat Minangkabau yang mengisahkan seorang ibu yang terlalu pemurah dan sanggup memberikan segala yang ada kepada orang lain.


104 Jenis Puisi : Seloka Judul / Tajuk : Seloka Pak Pandir. Tema


105 Analisa Keseluruhan / Sinopsis Seloka di atas adalah perihal kelakuan Pak Pandir yang salah pertimbangan dan sering membuat kerjakerja yang tidak sepatutnya dilakukan. Pak Pandir berbuat baik tidak pada tempatnya. Dia berbuat baik dengan menjinjing dagang tetapi berlaku kejam dengan perlakuannya “memijak” anak sendiri. Dia telah membunuh kucing iaitu sejenis binatang yang dikaitkan dengan kemanjaan tetapi telah membela tikus iaitu sejenis haiwan yang boleh merosakkan kesihatan dan harta benda. Kerana kebodohan dan kebaikkannya yang melampau itu, Pak Pandir mudah ditipu. Dia mudah percaya kepada orang asing (Mendengar gelagak dagang,Tak sedar bertelanjang) Akibatnya, harta habis, badan tergadai. Pak Pandir juga sering mengambil risiko tanpa berfikir panjang. Hal ini digambarkan melalui peribahasa Mendengar guruh di langit, Air tempayan dicurahkan. Ternyata dagang yang dijinjingnya adalah penipu yang licik yang berpura-pura baik. Hal ini dijelaskan melalui ungkapan mulut kena suap pisang, Buntut kena cangkuk onak, dan gunting makan di hujung Pak Pandir juga yang menanggung Apa didengar gelagat dagang Gelagak rambutan jantan Orang berbunga dia berbunga Orang berbuah dia haram Kilat memancar hujang tak lalu Awak juga berkecundangan . Sebahagian besar dari maksud Seloka Pandai Pak Pandir disampaikan melalui peribahasa. Oleh itu ia menunjukkan dengan jelas hubungan yang rapat antara seloka dan peribahasa. Di sini terdapat sekurang-kurangnya empat ungkapan yang merupakan peribahasa yang terkenal. 1. Mendengar guruh di langit air tempayan dicurahkan, 2. Mulut kena suap pisang, buntut kena cangkuk onak, 3. Gunting makan di hujung 4. Gelagak rambutan jantan, orang berbunga dia bebunga, orang berbuah dia haram


106 Maksud Mengikut Peribahasa Anak dipijak dagang dijinjing - Bertungkus-lumus menguruskan hal orang lain sedangkan urusan sendiri diabaikan. Kucing dibunuh tikus dibela - binatang yang patut dipelihara & dimanja dibunuh, sebaliknya binatang yang membawa masalah/penyakit dijaga. Orang yang suka mengagung-agungkan / mengampu orang luar dan mengabaikan orang sendiri. Mendengar guruh di langit , Air tempayan dicurahkan - mendengar berita yang tidak pasti, dia sudah percaya. Seseorang yang mengharapkan keuntungan besar tetapi tidak tentu, keuntungan kecil yang sudah pasti dilepaskan. Gelagak rambutan jantan, Orang berbunga, dia berbunga, Orang berbuah, dia haram - Perihal nasib yang malang seseorang yang berbuat / meniru apa yang orang lain lakukan tetapi tidak beroleh faedah (seperti orang lain). Orang lain mendapat hasil dari apa yang dilakukan tetapi dia sendiri cuma menunjuk tanpa mendapatkn hasil Kilat memancar hujan tak jadi, Awak juga kecundangan - sesuatu yang diharapkan tidak menjadi kenyataan sebaliknya dia sendiri yang menderita Contoh menjawab maksud (Selalunya akan ditanya berdasarkan bait-bait tertentu) Mengisahkan perihal kelakuan Pak Pandir yang salah pertimbangan dan sering membuat kerja-kerja yang tidak sepatutnya dilakukan. Pak Pandir berbuat baik tidak pada tempatnya. Dia berbuat baik dengan menjinjing dagang tetapi berlaku kejam dengan perlakuannya “memijak” anak sendiri. Dia telah membunuh kucing iaitu sejenis binatang yang dikaitkan dengan kemanjaan tetapi telah membela tikus iaitu sejenis haiwan yang boleh merosakkan kesihatan dan harta benda. Kerana kebodohan dan kebaikkannya yang melampau itu, Pak Pandir mudah ditipu. Dia mudah percaya kepada orang asing (Mendengar gelagak dagang, Tak sedar bertelanjang) Akibatnya, harta habis, badan tergadai. Contoh Anak dipijak,dagang dijinjing Kucing dibunuh, tikus dibela Harta habis, badan tergadai Mendengar gelagak dagang Tak sedar bertelanjang Menyindir/mengkritik/menempelak individu atau masyarakat yang lebih mengutama/ mementingkan orang luar/dagang yang baru dikenali berbanding dengan anak atau keluarga sendiri. Mereka lebih menutamakan orang lain/dagang dan sanggup menabur budi atau berbuat baik kepada orang lain sehingga mengabaikan tanggungjawabnya terhadap orang yang berada di bawah tanggungannya, termasuk anak dan isterinya. Anak dipijak dagang dijinjing Kucing dibunuh tikus dibela


107 Menyindir /mengkritik/menempelak individu atau masyarakat yang mudah terpedaya dengan janji manis dagang yang baru dikenalinya. Mereka sanggup menghabiskan harta yang mereka miliki, sematamata untuk mengambil hati kerana terpedaya dengan gelagat dagang sehingga mereka tidak menyedari bahawa mereka telah diperbodohkan oleh dagang tersebut. Harta habis badan tergadai Mendengar gelagat dagang Tak sedar bertelanjang Pemikiran Keseluruhan isi seloka tersebut menyindir dengan sinis tentang sikap sebahagian daripada masyarakat melayu yang bersikap negatif. Banyak kelemahan yang wujud di dalam kehidupan harian mereka. Watak Pak Pandir hanyalah seseorang yang mewakili sikap keturunan melayu yang perlu diberi teguran supaya mengubah sikap. Masyarakat yang malu bertanya dan bertindak mengikut sesuka hati juga dipaparkan melalui seloka ini. Seloka Pak Pandir memerihalkan kelakuan Pak Pandir yang salah pertimbangan dan sering membuat kerja-kerja yang tidak sepatutnya dilakukan. Pak Pandir berbuat baik tidak pada tempatnya. Dia berbuat baik dengan menjinjing dagang tetapi berlaku kejam dengan perlakuannya “memijak” anak sendiri. Hal ini dapat dilihat melalui baris pertama seloka tersebut. Anak dipijak,dagang dijinjing


108 Sikap masyarakat yang mengutamakan pihak lain. Kadang-kadang suka memberi pertolongan kepada orang lain sedangkan ahli keluarga sendiri tidak dibantu. Wajib beri contoh Masyarakat yang tidak pandai menjaga hartanya. Kadang-kadang mereka tamak dan ingin cepat kaya. Masyarakat melayu tradisional suka berjudi dan bertaruh dengan harapan mereka cepat kaya. Wajib beri contoh Sebahagian masyarakat yang tidak sedar diri. Mereka menganggap segala tindakan mereka itu betul dan tidak mahu mendengar nasihat pihak lain. Kelemahan diri sering terserlah tetapi mereka tidak menyedarinya ibarat “tak sedar bertelanjang”. Wajib beri contoh Masyarakat yang terlalu mendengar pendapat orang lain. Sebahagian masyarakat sangat malas berfikir. Semua kerja perlu dibantu oleh pihak lain. Wajib beri contoh Akibat terlalu mendengar kata pihak lain, hidup mereka terikat. Mereka tidak mampu hidup bebas dan melaksanakan kerja tanpa dikongkong. Seolah-olah mereka sudah menjadi hamba kepada pihak lain lantaran sikap mereka yang tidak mampu berdikari. Wajib beri contoh Masyarakat yang suka cakap besar. Ibarat perlakuan rambuatan jantan yang rajin berbunga tetapi tidak menghasilkan buah. Sikap ini wujud dalam kehidupan sesetengah ahli masyarakat. Biasanya mereka ini ingin hidup senang dengan cara yang mudah dan mengambil jalan singkat. Rajin menghebahkan rancangan hidupnya sedangkan usaha mereka tidak seberapa. Wajib beri contoh Sikap masyarakat yang malas. Apabila melakukan sesuatu perkara, mereka tidak melakukannya secara bersungguh-sungguh. Segala kerja yang dilakukan dibuat setengah jalan sahaja. Contohnya mengusahakan kebun tetapi akhirnya menjadi semak semula dan tidak mampu mengeluarkan apa-apa hasil. Wajib beri contoh Kedua masyarakat yang suka bertindak secara terburu-buru dan mengikut emosi selalu menimbulkan akibat yang tidak baik dan menyebabkan penyesalan. Pak Pandir juga sering mengambil risiko tanpa berfikir panjang. Hal ini digambarkan melalui peribahasa Mendengar guruh di langit, Air tempayan dicurahkan. Ternyata dagang yang dijinjingnya adalah penipu yang licik yang berpura-pura baik. Hal ini juga dijelaskan melalui ungkapan mulut kena suap pisang, Buntut kena cangkuk onak, dan gunting makan di hujung Pak Pandir juga yang menanggung Apa didengar gelagat dagang Gelagak rambutan jantan Orang berbunga dia berbunga Orang berbuah dia haram Kilat memancar hujang tak lalu Awak juga berkecundangan yang terdapat pada baris. Wajib beri contoh Melalui seloka ini, masyarakat yang tidak pintar / bodoh akan sering tertipu. Melalui seloka Pak Pandir, dia telah membunuh kucing iaitu sejenis binatang yang dikaitkan dengan kemanjaan tetapi telah membela tikus iaitu sejenis haiwan yang boleh merosakkan kesihatan dan harta benda. Kerana kebodohan dan kebaikkannya yang melampau itu, Pak Pandir mudah ditipu. Dia mudah percaya kepada orang asing (Mendengar gelagak dagang,Tak sedar bertelanjang) Akibatnya, harta habis, badan tergadai. Wajib beri contoh


109 Gambaran Masyarakat Lima gambaran sikap manusia dalam puisi di atas. Kebodohan seseorang yang mengutamakan orang luar dan membelakangi kepentingan diri dan keluarga sendiri. Sikap sebegini ini hanya merugikan diri sendiri. Pak Pandir mengutamakan orang asing tetapi anak sendiri terbiar dan tidak diberi perhatian sewajarnya. Anak dipijak dagang dijinjing Kucing dibunuh tikus dibela Sikap seseorang yang terlalu mempercayai orang luar/dagang menyebabkan diri sendiri yang rugi. “Orang dagang” yang mengambil kesempatan dan mencari keuntungan diri sendiri dengan menjanjikan pelbagai kesenangan kepada Pak Pandir tetapi kemudian memungkiri janji, menyebabkan Pak Pandir tergadai dan telanjang bulat. Harta habis badan tergadai Mendengar gelagak dagang Tak sedar bertelanjang Sikap seseorang yang terlalu mengharapkan keuntungan yang besar lalu membuang apa yang ada/sikap seseorang yang tamak. Golongan ini hanya mementingkan diri sendiri tanpa mempedulikan orang lain. Akhirnya diri sendiri yang rugi. Mendengar guruh dilangit Air di tempayan dicurahkan Sikap seseorang yang mudah dipergunakan. Golongan ini biasanya akan diberi umpan yang baik-baik namun dalam masa yang sama pihak lain akan mengeksploitasi kebodohannya..


110 “Mulut kena suap pisang Buntut kena cangkuk onak” Sikap seseorang yang suka meniru orang lain. Golongan ini akan meniru orang lain tanpa menyedari kemampuan diri.Kesannya akan menyusahkan diri sendiri. Gelagak rambutan jantan: Orang berbunga, dia berbunga Orang berbuah, dia haram” Unsur kritikan sosial dalam puisi Menyindir/mengkritik/menempelak individu atau masyarakat yang lebih mengutama/ mementingkan orang luar/dagang yang baru dikenali berbanding dengan anak atau keluarga sendiri. Mereka lebih menutamakan orang lain/dagang dan sanggup menabur budi atau berbuat baik kepada orang lain sehingga mengabaikan tanggungjawabnya terhadap orang yang berada di bawah tanggungannya, termasuk anak dan isterinya. Anak dipijak dagang dijinjing Kucing dibunuh tikus dibela Menyindir /mengkritik/menempelak individu atau masyarakat yang mudah terpedaya dengan janji manis dagang yang baru dikenalinya. Mereka sanggup menghabiskan harta yang mereka miliki, sematamata untuk mengambil hati kerana terpedaya dengan gelagat dagang sehingga mereka tidak menyedari bahawa mereka telah diperbodohkan oleh dagang tersebut. Harta habis badan tergadai Mendengar gelagat dagang Tak sedar bertelanjang Menyindir / mengkritik / menempelak masyarakat yang terlalu mengharapkan keuntungan yang belum pasti, sehingga sanggup menghabiskan harta yang sedia ada.Melakukan kerja yang sia-sia. Oleh kerana terlalu mengimpikan keuntungan yang belum tentu akan tercapai, mereka sanggup melakukan tindakan secara terburu-buru tanpa berfikir secara rasional, iaitu mereka sanggup membazir atau mensia-siakan rezeki atau harta yang sedia mereka miliki. Mendengar guruh di langit Air di tempayan dicurahkan Mengkritik/menyindir/menempelak individu atau masyarakat luar yang sanggup memperdaya masyarakat tempatan untuk kepentingan diri sendiri. Golongan ini sentiasa mencari peluang dan pandai mengambil kesempatan dari kelemahan dan kebodohan masyarakat tempatan semata-mata untuk mengaut keuntungan tanpa memikirkan nasib orang lain. Mulut kena disuap pisang Buntut kena cangkuk onak


111 Menyindir/mengkritik/menempelak individu atau masyarakat yang malas bekerja dan ingin bersenang-lenang. Akhirnya setelah dagang berlalu pergi, mereka menanggung kerugian dan penyesalan yang tidak berkesudahan, kerana apa yang diharapkan tidak menjadi kenyataan. Kilat memancar hujan tak jadi Awak juga berkecundangan. Nilai dan Pengajaran Kita perlu bijak dalam membuat keputusan Kita hendaklah berhati-hati dalam bertindak Kita hendaklah rasional dalam membuat sebarang keputusan Jangan terlalu mudah percayakan orang asing Pengajaran / mesej / harapan (sama seperti nilai. Bezanya ayat yang akan digunakan) Kita hendaklah mengamalkan sikap berfikir dahulu sebelum bertindak Pengajarang menekankan tentang rasional dalam membuat keputusan Penyair berharap agar semua orang tidak mudah percayakan orang asing


112 Mesej yang ingin disampaikan kepada masyarakat. Mesej yang ingin disampaikan kepada masyarakat. Sikap mengutamakan orang luar atau orang dagang menyusahkan diri sendiri. Berdasarkan “Seloka Pak Pandir” di atas, didapati masyarakat yang melahirkanseloka tersebut cuba mengkritik kebodohan seseorang atau masyarakat yang mengutamakan orang luar dan membelakangi kepentingan diri dan keluarga sendiri. Sifat sebegini ini hanya merugikan diri sendiri. Contohnya, Anak dipijak dagang dijinjing Sikap terlalu mempercayai orang luar/dagang mudah tertipu. Seloka di atas juga mengkritik sikap seseorang yang terlalu mempercayai orang luar atau orang dagang menyebabkan diri sendiri yang akan menanggung kerugian. “Orang dagang” yang dimaksudkan dalam solaka ini mungkin akan mengambil kesempatan dan mencari keuntungan kepada dirinya sendiri dengan menjanjikan pelbagai kesenangan. Contohnya, Harta habis badan tergadai Mendengar gelagat dagang Tak sedar bertelanjang Orang yang tamak selalu rugi. Seloka di atas menempelak dan mengkritik sikap seseorang yang tamak dengan mengharapkan sesuatu yang belum pasti. Lantaran sikap tamak yang ada dalam diri golongan ini, mereka akhirnya akan menanggung kerugian. Contohnya, Mendengar guruh di langit Air di tempayan dicurahkan Orang yang mudah dipergunakan oleh orang lain akan menanggung kesusahan. Orang yang bodoh dan tidak mempunyai kecerdasan fikiran biasanya mudah dipermainkan atau dipergunakan oleh orang yang lebih bijak. Dek kerana kebodohan diri sendiri, maka golongan ini terpaksa menanggung kerugian atau kesusahan. Contohnya, Mulut kena suap pisang, Buntut kena cangkuk onak, Gunting makan di hujung, Pak Pandir juga yang menanggung. Sikap suka meniru orang lain akan menyusahkan diri sendiri. Sikap suka meniru apa yang dilakukan oleh orang lain adalah suatu sikap yang menggambarkan seseorang itu tidak mempunyai jati diri dan tidak berupaya mengetengahkan kelebihan dan keistimewaan diri sendiri. Kesannya akan menyusahkan diri sendiri. Contohnya, Gelagat rambutan jantan, Orang berbunga, dia berbunga, Orang berbuah, dia haram”


113 a b c a a d e a a a a e b g c e) Bentuk / Teknik Penulisan / Struktur Penulisan / Estatika Bentuk (wajid bagi fakta, huraian, kesan/fungsi dan contoh). Jawab dalam ayat yang lengkap Rangkap . Mempunyai satu rangkap Baris. Puisi ini mengandungi 17 baris serangkap Jumlah perkataan. Bilangan jumlah perkataan antara 3 – 5 perkataan. Tak sedar bertelanjang (3 perkataan) Pak Pandir juga yang menanggung (5 perkataan) Jumlah sukukata. Bilangan sukukata antara 7 – 10 sukukata Tak/se/dar/ber/te/lan/jang (7 sukukata) A/nak/di/pi/jak/da/gang/di/jun/jung (10 sukukata) Rima. Rima akhir ialah a b c a a d e a f a a a e b g c e


114 Gaya bahasa / Nilai estatika Bahasa (wajid bagi fakta, huraian/maksud fakta, kesan/fungsi dan contoh) Gaya dan urutan repitasi atau pengulangan perkataan di awal baris (anafora). Pengulangan perkataan “ orang ” di baris ke empat belas dan lima belas dapat dilihat dalam puisi ini. Pengarang mengulangi perkataan ini untuk menimbulkan kesan penegasan maksud dan keindahan irama agar dapat menarik minat pembaca disamping menyampaikan maksudnya dengan lebih jelas lagi. Contoh :- Orang berbunga , dia berbunga Orang berbuah, dia haram • Gaya bahasa simplok dan repitasi response juga beleh digunakan Aliterasi juga dihadirkan dalam seloka di atas. Aliterasi ialah pengulangan bunyi konsonan dalam baris tertentu. Kesannya ialah ia dapat menimbulkan kelembutan @ kemerduan bunyi perkataan dan sekali gus ayat yang digunakan. Contoh dalam baris 15 , pengulangan bunyi konsonan “r” diulang sebanyak 3 kali seperti yang terdapat dibawah:- Buntut kena cangkuk onak perulangan konsonan ‘k’ (4 kali diulang) Perulangan bunyi vokal dalam baris-baris puisi secara mendatar. Ia dikenali juga sebagai asonansi. Kesannya dapat menimbulkan kelantangan bunyi dan menyedapkan sebutan. Anak dipijak dagang dijinjing perulangan vokal ‘i’ (Baris 1- 5 kalli diulang) Kilat memancar hujan tak jadi perulangan vokal ‘a’ (baris 16- 6 kali diulang)


115 Perulangan kata di awal baris secara berturutan. Anafora. Berfungsi untuk memberi penekanan terhadap apa yang cuba disampaikan. Orang berbunga, dia berbunga (Baris 14) Orang berbuah, dia haram (Baris 15) Perulangan kata dalam baris. Perkataan yang sama diulang dalam baris yang sama. Kesannya adalah untuk memberi keseragaman irama agar menjadi lebih indah. Orang berbunga, dia berbunga (Baris 14) Perulangan kata di tengah baris. Perkataan yang sama diulang di tengah baris secara berurutan. Kesannya adalah untuk menimbulkan kelantangan bunyi dan puitis dalam memberi penekanan terhadap gambaran makna yang ingin disampaikan. Mulut kena suap pisang (Baris 8) Buntut kena cangkuk onak (Baris 9) Peribahasa. Ayat atau kelompok kata yang mempunyai susunan yang tetap dan mengandungi pengertian yang tertentu. Kesannya adalah untuk menimbulkan kelainan dalam menyampaikan maksud. Mendengar guruh di langit (Baris 6) Air di tempayan di curahkan (Baris 7) Mulut kena suap pisang ( Baris 8) Buntut kena cangkuk orang (Baris 9) Unsur Bunyi /Nada / Ritma / Rima (wajid bagi fakta, huraian, kesan/fungsi dan contoh) (cara jawab sama macam jawab gaya bahasa dan bentuk) Boleh dilihat pada Perulangan bunyi huruf vokal. Asonansi Perulangan bunyi huruf konsonan. Aliterasi Rima akhir dalam setiap rangkap puisi Ritma / Irama. Alunan lembut dan keras bunyi yang berulang secara teratur, imbangan kata dalam baris, dan panjang pendek baris sebuah sajak yang baik. Keharmonian bunyi dan susunan kata dalam karya puisi. Rentak / ragam /tingkah.


116 Fungsi / Peranan dan kepentingan Seloka Seloka berasal daripada perkataan Sanskrit, seloka iaitu sejenis puisi yang terdiri daripada yang terdiri daripada dua baris atau dua kerat, yang setiap satunya mengandungi 16 suku kata, yang disusun dalam empat unit. Oleh sebab seloka biasanya digunakan untuk menyindir atau berkias, tidaklah menghairankan mengapa seloka mengandungi banyak peribahasa yang selalunya disusun dengan cara yang senada atau mempunyai irama, sehingga kadang-kadang seloka sama dengan peribahasa berirama. Secara keseluruhan, seuntai seloka merujuk keada cerita jenaka yang benar-benar dikenali dalam masyarakat seperti cerita Pak Kaduk, cerita Pak Pandir, cerita Lebai Malang dan cerita Emak Si Randang. Seloka tersebut bertujuan untuk menyindir masyarakat yang berperangai seperti watak-watak tersebut. Pertama, menggambarkan corak pemikiran masyarakat yang melahirkannya (world-view). Masyarakat Melayu sememangnya amat mementingkan keharmonian dan ketatasusilaan. Bersesuaian dengan sifat halus orang Melayu, puisi seloka digunakan untuk mengkritik sebarang perlakuan negatif anggota masyarakat tanpa menyinggung perasaan individu sasaran. Sebahagian besar dari maksud Seloka Pandai Pak Pandir disampaikan melalui peribahasa yang mempunyi maksud tertentu bagi menyindir secara halus tanpa menyinggung sesiapa. Di sini terdapat sekurang-kurangnya empat ungkapan yang merupakan peribahasa yang terkenal agar masyarakat dapat mengambil iktibar dari apa yang berlaku. Contoh Mendengar guruh di langit air tempayan dicurahkan, B6, B7 Mulut kena suap pisang, buntut kena cangkuk onak, B8, B9 Seloka Pak Pandir dapat menggambarkan masyarakat yang melahirkannya iaitu masyarakat yang amat mementingkan keharmonian dan ketatasusilaan. Bersesuaian dengan sifat halus orang Melayu, puisi seloka digunakan untuk mengkritik sebarang perlakuan negatif anggota masyarakat tanpa menyinggung perasaan individu sasaran. Sebahagian besar dari maksud Seloka Pandai Pak Pandir disampaikan melalui peribahasa yang mempunyi maksud tertentu bagi memberi nasihat atau pengajaran atnpa menyinggung sesiapa. Di sini terdapat sekurang-kurangnya empat ungkapan yang merupakan peribahasa yang terkenal. Mendengar guruh di langit air tempayan dicurahkan, B6, B7 Mulut kena suap pisang, buntut kena cangkuk onak, B8, B9 Fungsi seterusnya ialah memberi pengajaran dan panduan kepada seseorang . Melalui seloka manusia dapat dididik dan dibimbing agar sentiasa beringat dan berwaspada terhadap sebarang kemungkinan buruk yang bakal menimpa diri mereka akibat dari kelalalian dan kealpaan diri mereka . Menerusi seloka Pak Pandir masyarakat diminta berjati-hati dan berfikir sebelum melakukan sesuatu agar tidak tertipu. Hal ini dapat dilihat melalui seloka di bawah Mulut kena suap pisang, Buntut kena cangkuk onak, Gunting makan di hujung, Pak Pandir juga yang menanggung. Akhir sekali ialah sebagai alat kawalan sosial atau protes sosial. Fungsi ini amat bergantung kepada isinya iaitu untuk menyindir, mengejek, menempelak seseorang, melahirkan rasa benci terhadap sesuatu kelakuan manusia. Contohnya. Gelagat rambutan jantan, Orang berbunga, dia berbunga, Orang berbuah, dia haram”


117 1 Untuk menyindir / mengejek / menempelak seseorang 2 Untuk melahirkan rasa benci terhadap sesuatu kelakuan manusia 3 Sebagai alat hiburan 4 Sebagai penyampai maksud atau curahan rasa hati 5 Menggambarkan corak pemikiran masyarakat (word view) Pandangan sarwajagat (world views) seloka Pak Pandir. Pak Pandir mewakili sikap sebahagian masyarakat melayu yang dikatakan mempunyai sifat-sifat yang negatif. Lalu sifat negatif tersebut dijadikan senda gurau dan sindiran di dalam seloka. Watak Pak Pandir telah dijadikan watak yang mewakili sikap orang melayu berkenaan. Dikatakan juga bahawa Pak Pandir seorang yang sering tidak bernasib baik. Berikut adalah sebahagian daripada sifat-sifat negatif yang telah diutarakan: Sikap mengutamakan orang lain. Ayat “Anak dipijak dagang dijinjing”. Pak Pandir bukan sahaja sanggup mengabaikan anaknya sendiri malah menyakitinya sebagaimana dalam perkataan "anak dipijak". Manakala pihak yang tidak berkaitan dengan keluarganya pula diberi layanan baik sebagimana perkataan "dagang dijinjing". Contoh Anak dipijak dagang dijinjing Harta habis tergadai. Contohnya ayat “hartanya habis tergadai”. Gambaran ini menunjukkan Pak Pandir tidak pandai mengurus hartanya. Ada kemungkinan beliau seorang yang boros berbelanja, banyak hutang dan terpaksa menggadaikan hartanya. Malah kemungkinan yang lebih besar ialah beliau suka berjudi atau bertaruh. Petaruhan seorang yang berjudi selalunya melibatkan harta. Jika kalah berjudi dengan sendirinya harta akan terjual atau terpaksa diserahkan kepada pihak yang menang. Harta habis badan tergadai Mendengar gelagat dagang Tak sedar bertelanjang Tak sedar kelemahan diri sendiri. Ayat “tak sedar bertelanjang”. Jika Pak Pandir sedar dirinya tidak berpakaian sudah tentu dia telah bertindak menuntup bahagian badannya yang terdedah. Oleh kerana beliau tidak sedar, maka dia telah membiarkan dirinya tidak berpakaian. Gambaran ini telah menunjukkan bahawa Pak Pandir seolah-olah tidak mengetahui kelemahan yang ada pada dirinya. Oleh itu beliau tidak mampu memperbaiki kelemahan dirinya sendiri. Sikap terlalu mengikut kata orang lain dan tidak mampu mengatasi kelemahan diri antara sifat-sifat negatif yang telah diutarakan: Harta habis badan tergadai Mendengar gelagat dagang Tak sedar bertelanjang Terlalu mendengar kata pihak lain. Cepat terpengaruh dengan orang lain. Contohnya ayat Mendengar guruh di langit, air tempayan dicurahkan.


118 Hidup terikat, tersiksa disebabkan pihak lain. Contohnya Mulut kena suap pisang, Buntut kena cangkuk onak. Menanggung masalah diri yang tidak berkesudahan. Contohnya ayat “Awak juga berkecundangan” Tidak memberi faedah kepada orang lain. Contohnya ayat “ Gelagak rambutan jantan” Melakukan sesuatu perkara tetapi tidak bersungguh-sungguh. Contohnya ayat “Kilat memancar hujan tak jadi”. Ciri-ciri seloka Dari segi bentuk yang dilihat pada rangkap dan baris. Tergolong sebagai puisi bebas/tidak terikat seperti pantun dan syair. Bebas dari segi rangkap iaitu mempunyai 1 rangkap dan 17 baris di dalamnya yang membawa maksud untuk menyindir dan mengkritik golongan yang tertentu. Kesannya adalah untuk memberi gambaran makna dan menimbulkan unsur-unsur puitis. Contoh: Anak dipijak,dagang dijinjing Kucing dibunuh, tikus dibela ------- ------- ------- ------- ------- ------- ------- ------- ------- ------- ------- ------- ------- ------- ------- Kilat memancar hujan tak jadi Awak juga berkecundangan R1 B1 hingga 17.


119 Dari segi tema/isi/persoalan yang merujuk kepada sikap manusia yang mengutamakan orang luar daripada keluarga sendiri. Seloka Pak Pandir merupakan puisi yang merujuk kepada suatu bentuk sindiran/kritikan terhadap sikap masyarakat yang bersifat tamak serta mengabaikan tanggungjawab terhadap keluarga. Sebaliknya lebih mengutamakan orang lain/luar yang baru dikenali. Hal ini telah merugikan diri sendir. Contoh Anak dipijak dagang dijinjing Kucing dibunuh tikus dibela Dari segi bahasa iaitu penggunaan peribahasa. Seloka banyak menggunakan kias ibarat / peribahasa / kiasan ; bahasa yang estetik / indah ; perulangan kata dan satira. Kesannya adalah untuk menguatkan gambaran makna di samping menimbulkan kemerduan bunyi. Contoh Peribahasa Mendengar guruh di langit Air di tempayan dicurahkan Perulangan kata/Peribahasa Mulut kena suap pisang Buntut kena cangkuk onak Rima akhir. Rima akhir seloka berbentuk bebas dan tidak terikat dengan pantun dan syair. Kesannya adalah untuk menimbulkan kemerduan. Anak dipijak dagang dijinjing - a Kucing dibunuh tikus dibela - b Harta habis bawaan tergadai - c Mendengar gelagak dagang - a Tak sedar bertelanjang - a Mendengar guruh di langit - d Air di tempayan dicurahkan - e Mulut kena suap pisang - a Buntut kena cangkuk onak - f Gunting makan di hujung - a Pak Pandir juga yang menanggung - a Apa didengar gelagak dagang - a Gelagak rambutan jantan - e Orang berbunga, dia berbunga - b Orang berbuah, dia haram - g Kilat memancar hujan tak jadi - c Awak juga berkecundangan - e Dari segi peranan/fungsi iaitu berfungsi untuk memberi pengajaran menerusi kritikan secara halus. Seloka bertujuan untuk memberi panduan supaya berpada-pada dalam melakukan kebaikan, seperti kata pepatah, “Buat baik berpada-pada,buat jahat jangan sekali.”Berbuat baik kepada seseorang harus dilakukan secara sederhana sahaja.


120 BAB 4 PUISI TRADISIONAL GURINDAM “ bersajak pada pasangannya, tetapi sempurna perkatannya dengan satu pasangan sahaja, jadilah seperti sajak yang pertama itu syarat dan sajak yang kedua itu jadi seperti jawab “ Raja Ali Haji Berdasarkan definisi yang diberikan oleh Raja Ali Haji, Sutan Takdir Alisjahbana (1954) menjelaskan pembentukan gurindam yang biasanya terjadi daripada sebuah kalimat majmuk, yang dibahagi menjadi dua baris yang bersajak. Tiap-tiap baris itu ialah sebuah kalimat, dan perhubungan antara dua buah kalimat itu biasanya ialah perhubungan antara anak kalimat dengan induk kalimat. Jumlah suku kata tiap-tiap baris itu tidak ditentukan. Demikian juga rimanya tiada tetap. Gurindam, genre puisi Melayu lama yang mendapat pengaruh Hindu. Gurindam berasal daripada bahasa Tamil, iaitu Kirandam yang bererti amsal atau perumpamaan. Menurut Ismail Hamid (1989), istilah gurindam berasal daripada bahasa Sanskrit. Walaupun berasal daripada bahasa asing, tetapi dalam perkembangan puisi Melayu, gurindam yang berkembang dalam tradisi lisan Melayu mempunyai bentuknya yang tersendiri dan kelainan dengan gurindam dalam bahasa Sanskrit. Definisi yang diberi oleh Raja Ali Haji dan Sutan Takdir Alisjahbana ini hanya menyentuh bentuk sahaja. Menurut Za’ba (1962) gurindam merupakan puisi yang tidak mengandungi sukatan yang tetap. Puisi ini mengandung fikiran yang bernas dan digubahkan dalam bahasa yang indah untuk dinyanyikan bagi tujuan hiburan. Walaupun ada pendapat yang mengatakan bahawa istilah Gurindam berasal daripada bahasa Sanskrit dan masuk ke bahasa Melayu menerusi bahasa tamil, tetapi pengisiannya tidak menurut puisi Sanskrit atau Tamil (Za’ba: 1965). Ia merupakan pinjaman dari segi istilah saja. Sejenis bentuk puisi (terdiri daripada dua baris, berisi dengan pelbagai pengajaran. (Kamus Dewan). Dalam baris kedua termuat jawapan atau ketegasan bagi baris pertama tadi. Rima akhir tiap-tiap baris gurindam adalam sama. Sebelum itu, dalam Pelita Bahasa Melayu Penggal III (1957), Za’ba pernah mengatakan bahawa, “gurindam dan seloka lebih kurang sama, iaitu satu jenis syair meleret yang tidak teratur, berangkaprangkap dan tiada tetap sukatnya, timbangannya dan sajaknya. Maka, jika ada pun perbezaanya antara dua itu ialah pada keadaan isinya dan bahasanya sahaja iaitu: a. Gurindam bahasanya selalu padat dan bernas, dan isinya lebih cenderung kepada riang dan sukacita sebagai nyanyian, jenaka, senda gurau, kelakar, dan sindiran giat yang bermain-main dan menggeli-gelikan hati. Yang demikian menunjukkan ada kesempatan boleh melengahlengahkan masa dan menyuka-nyukakan hati. b. Seloka bahasanya kerap kali meleret dan lanjut, dan sindir giatnya selalu tajam dan bias seperti mengejek, dan selain daripada itu boleh juga isinya mengandungi perasaan-perasaan hibarawan, sedih-sayu, asyik-berahi, khayal, mimpi dan angan-angan. Yang demikian menunjukkan ada kesempatan pula boleh melengah-lengahkan masa dengan perkara-perkara seperti itu.


121 Ciri-ciri gurindam Menurut Mohd. Taib Osman (1979), huraian Za’ba seperti di atas telah meluaskan lagi struktur gurindam dan seloka daripada yang diberikan oleh Sutan Takdir Alisjahbana ataupun Raja Ali Haji. Harun Mat Piah (1989), kemudiannya menjelaskan lagi definisi gurindam berdasarkan bentuknya, iaitu sejenis puisi Melayu lama yang tidak terikat atau tiada tentu bentuknya (sama ada terikat atau tidak). Bentuk yang terikat biasanya terdiri dari pada dua baris serangkap, menyerupai syair dua baris atau nazam. Setiap baris biasanya mengandungi tiga atau empat, enam atau lebih perkataan; dan pola rima a-a; a-b atau serima (monoryme). Tiap serangkap merupakan sebahagian daripada idea yang berturutan dan biasanya memerlukan beberapa baris atau rangkap untuk menyatakan keseluruhan idea. Dari segi bentuk ia sama seperti talibun, teromba atau mantera; tetapi tergolong sebagai gurindam karena isinya mengandung nasihat, pengajaran dan kebenaran, berbeza dengan mantera. Gurindam tidak mengandung unsur sihir; dan berbeda dengan teromba, ia tidak merujukkan kepada salasilah atau undang-undang setempat. Gurindam juga dapat merangkum puisi yang lebih bebas, yang secara sinkronis tergolong sebagai puisi moden, terutama di peringkat awal perkembangannya. Kebanyakan karya puisi dalam peringkat itu memperlihatkan kebebasan dari segi bentuk dan isi tetapi masih terkongkong kepada nilai-nilai puisi tradisional dari segi pola rima, rentakan unsur-unsur estetik yang lain. Bentuk yang tidak terikat tergolong sebagai puisi bebas. Bahasa yang digunakan bernada riang dan menyukakan hati khalayak. Walaupun begitu kata-kata yang dipilih agak bernas dan disusun dalam ayat yang kemas. Seperti seloka, gurindam bukanlah puisi yang lumrah digunakan oleh masyarakat Melayu. Bentuk ini lebih formal penggunaannya. Puisi ini mungkin digunakan dalam majlis-majlis tertentu. Oleh itu, sangat sukar untuk mencari contoh gurindam kecuali yang wujud dalam bentuk tulisan iaitu “Gurindam Dua Belas” yang dihasilkan oleh Raja Ali Haji. Puisi jenis gurindam dirujuk kepada “Gurindam Dua Belas” karya Raja Ali Haji. Meskipun terdapat unsur bebas dalam gurindam berkenaan, seperti tidak ditentukan jumlah perkataan bagi setiap baris, tetapi unsur-unsur terikatnya lebih banyak. Gurindam adalah puisi dua-dua baris, rima akhir bagi dua baris adalah sama dan tiada had bagi jumlah keseluruhan barisnya. Dalam setiap dua baris itu terdapat timbal antara baris pertama dan baris kedua. Dalam gurindam juga kadang-kadang terdapat ciri puisi seperti asonansi, aliterasi, dan gaya bahasa tertentu. Sesebuah gurindam sarat dengan tema dan perutusan yang bersifat nasihat, keagamaan, dan pengajaran. Contohnya: Ini Gurindam Fasal yang Kesembilan Tahu pekerjaan tak baik tetapi dikerjakan, Bukannya manusia iaitulah syaitan. Kejahatan seorang perempuan tua, Itulah iblis punya penggawa. Kepala keada hamba-hamba raja, Di situlah syaitan tempatnya manja. Kebanyakan orang yang muda-muda, Di situlah syaitan tempat berkuda.


122 Jenis Puisi : Gurindam Gurindam serangkap dua baris Gurindam serangkap empat baris Gurindam bebas Grindam seloka dan teka-teki Isi / Peranan / Fungsi Gurindam berkaitan pengajaran, menunjukkan jalan untuk hidup yang sempurna, nasihat atau sindiran dan diucapkan dalam situasi santai. fungsi terbatas dan tidak digunakan secara meluas dalam kehidupan manusia. Namun,orang yang mendengar akan terasa tetapi tidaklah sampai berkecil hati kerana penyampaiannya yang halus. contoh ; 1. Gurindam Duabelas 2. Teka-teki 3. Kitab Gemala Hikmat Berdasarkan isinya, gurindam dapatlah dianggap sebagai puisi yang digunakan untuk tujuan pendidikan dan hiburan. Selain itu, gurindam juga berfungsi sebagai dokumentasi gambaran masyarakat yang dapat memancarkan kreativiti dan estetika serta daya intelektual masyarakat Melayu lama dalam menangani hal kehidupan mereka. Gurindam juga dapat dijadikan media komunikasi antara ahli masyarakat, terutama dalam majlis-majlis yang formal. Norma-norma yang Baik dalam Perhubungan Suami Isteri


123 Jenis / Genre Puisi Jenis puisi di atas ialah gurindam. Judul / Tajuk Gurindam ini bertajuk Norma-norma yang baik dalam perhubungan Suami Isteri. Tema Puisi ini membawa maksud nilai-nilai yang perlu ada dalam perhubungan suami isteri demi menjaga keharmonian rumahtangga. Kasih sayang, berbudi bahasa, kesefahaman perlu wujud di dalam perhubungan suami isteri agar timbul rasa cinta dan kasih. Selain dari itu, jika kedua-duanya menjalankan tanggungjawab sebagai suami isteri dengan baik maka segala masalah dapat diselesaikan. Contoh Suami isteri harus sekata, Jauh segala silang sengketa. Maksud Mengikut Rangkap Memilih pasangan adalah perkara penting dalam menjalanki kehidupan berumah tangga. Memilih calon isteri yang sempurna bukan dinilai dari aspek kecantikan wajah. Kecantikan adalah sesuatu palsu pada pandangan mata. Kecantikan isteri juga bersifat sementara kerana kecantikan akan hilang mengikut masa. Isteri yang budiman adalah lebih sempurna kerana mampu menjadi suri rumah yang baik. Isteri budiman mempunyai kepimpinan yang tinggi untuk zuriatnya. Kedudukan isteri budiman berada di tempat yang tinggi sebagaimana kedudukan mahkota. Oleh itu, dalam memilih pasangan , si teruna haruslah mencari wanita yang bukan sahaja cantik dimata , malah mempunyai sifat-sifat yang baik . Wanita yang beriman, berbudi bahasa dan baik layak menjadi isteri yang solehah. Isteri cantik permainan mata, Isteri budiman tajuk mahkota. Perempuan yang dianggap baik bukan hanya dinilai pada kecantikan di dunia nyata sahaja. Namun yang paling penting ialah memilih perempuan dari aspek agama iaitu keimanannya. Kemuliaan seorang wanita adalah diukur dari sudut keimanan yang dimilikinya. Perempuan bagus suntingan dunia, Perempuan beriman sangat mulia.


124 Hidup berumahtangga perlulah sependapat. Iaitu mempunyai cita dan pandangan yang sama. Pada waktu yang sama mestilah menjauhi perkara-perkara yang boleh mendatangkan pertelingkahan serta perselisihan pendapat. Suami isteri harus sekata, Jauh segala silang sengketa. Seorang suami adalah tempat bergantung harap, sebagai pelindung dan memberi nafkah. Kebergantungan isteri terhadap suami adalah penuh dan suamilah yang menentukan kebahagiaan hidup isterinya. Suami tempat isteri bergantung, Kepadanya serahkan nasib dan untung. Suami mesti jujur supaya isteri tidak menanggung siksa kerana memendam perasaan. Seorang suami perlu jujur dan amanah dalam menjalankan tanggungjawab sebagai ketua keluarga. Jika suami tidak jujur dengan isterinya, maka isterinya akan merasa susuh hati dan resah. Jika suami tak berhati lurus, Isterinya kelak menjadi kurus. Suami mempunyai kuasa dan tanggungjawab besar. Namun kekuasaannya tidak mungkin dapat digunakan jika dia hidup bersendirian tanpa teman. Sungguh suami pegang kuasa, Jika seorang ia binasa. Hidup berumahtangga adalah ibarat dua orang dalam satu tubuh. Maka mereka diharapkan sentiasa bermuafakat di antara keduanya sepanjang kehidupan berumah tangga. Suami dan isteri perlu berpakat dan mencapai persetujuan dalam segala tindakan. Ketika mengurus rumah tangga, menjaga anak-anak yang telah mereka lahirkan sehigga anak-anak itu dewasa. Suami isteri tubuh yang dua, Sekata hendaknya sampai [ke] tua. Persoalan/ Pemikiran yang terdapat dalam puisi ini.


125 Memilih pasangan yang sempurna dan sesuai bagi sebuah perkahwinan. Memilih pasangan adalah perkara penting dalam menjalani kehidupan berumah tangga. Oleh itu, dalam memilih pasangan , si teruna haruslah mencari wanita yang bukan sahaja cantik dimata , malah mempunyai sifat-sifat yang baik . Wanita yang beriman, berbudi bahasa dan baik layak menjadi isteri yang solehah. Hal ini dapat dilihat melalui rangkap pertama Isteri cantik permainan mata, Isteri budiman tajuk mahkota. Beriman dan beramal soleh merupakan sifat yang terpuji. Wanita beriman dan solehah merupakan wanita yang mempunya nilai yang sangat mulia dan dipandang tinggi dalam masyarakat. Wanita yang baik memang menjadi idaman setiap orang didunia. Namun, wanita yang beriman akan dipandang tinggi dan mulia dunia dan mendapat ganjaran di akhirat. Contohnya Perempuan bagus suntingan dunia, Perempuan beriman sangat mulia. Kesefahaman dalam menjalani kehidupan berumah tangga. Menjaga keamanan dan keharmonian rumah tangga penting bagi pasangan suami isteri. Oleh itu perlu ada sikap saling faham-memahami di antara satu sama lain dan perlu ada perbincangan dalam menyelesaikan masalah dan dalam mencapai kata sepakat. Jika tidak rumah tangga akan ditimpa masalah .Hal ini ditekankan oleh pengarang didalam rangkap ketiga:- Suami isteri harus sekata, Jauh segala silang sengketa. Tanggungjawab suami sebagai ketua keluarga. Suami tempat isteri bergantung, Kepadanya serahkan nasib dan untung. Amanah, jujur dan penyayang dalam menjalankan tanggungjawab sebagai suami. Si suami perlu jujur dan amanah dengan isteri. Segala kisah suka dan duka perlu dikongsi bersama agar si isteri menjadi yakin dan selamat apabila berada disamping suami. Si isteri juga tidak akan merasa susah hati sewaktu ketiadaan suami. Jika suami tak berhati lurus, Isterinya kelak menjadi kurus. Suami perlu bersikap adil dan bermuafakat dalam membuat keputusan. Meskipun suami menjadi ketua keluarga, namun isteri dikatakan sebagai penasihat kepada suami. Oleh itu….. Sungguh suami pegang kuasa, Jika seorang ia binasa. Seia sekata dalam menjalani kehidupan berumah tangga Suami isteri tubuh yang dua, Sekata hendaknya sampai [ke] tua.


126 Gambaran Masyarakat Masyarakat yang bijak dalam melilih pasangan Perempuan yang beriman akan menjadi pilihan lelaku untuk dijadikan isteri Masyarakat yang mempunyai niai kesefahaman dalam hubungan suami isteri Tanggungjewab suami Masyarakat yang mengamalkan skap Amanah dan jujur dalam hubungan suami isteri Masyarakat yang muafakat dalam membuat keputusan Masyarakat yang seia dan sekata dalam hubungan suami isteri Nilai Nilai bertanggungjawab Nilai kasih-sayang Nilai homat-menghormati Nilai bertolak ansur Nilai muafakat Nilai taat setia Nilai bijaksana / beriman Pengajaran / mesej / harapan (Fkta adalah sama dan bezanya ayat yang akan digunakan) Jika hendak mencari pasangan, hendaklah mencari wanita yang budiman/ beriman. Isteri yang solehah menjadi idaman semua lelaki. Oleh itu………….. Contoh rangkap 1dan rangkap 2 Si suami perlu menjalankan tanggungjawab sebagai ketua keluarga dengan baik dan sempurna. Pengarang menekankan amanah/ tanggungjawab suami …………. Suami isteri hendaklah bermuafakat dan ada sifat kesefahaman antara satu sama lain untuk menjamin kesempurnaan hidup berumah tangga……………………….. Seia sekata / kesefahaman Bertanggungjawab Budiman


127 Bentuk / Teknik Penulisan / Struktur Penulisan / Estatika Bentuk (wajid bagi fakta, huraian, kesan/fungsi dan contoh) Binaan puisi ini ialah :- Pertama, dapat dilihat dari rangkapnya. Puisi ini mempunyai tujuh rangkap semuanya. Ketujuh-tujuh rangkap ini menceritakan tentang isteri yang solehah, kesefahaman dan kejujuran dalam menjalani hubungan suami isteri, tanggungjawab suami dan tanggungjawab isteri dalam melayari bahtera kehidupan. Kesannya / fungsinya adalah untuk menggerakkan imaginasi khalayak ketika memaham maksud yang cuba disampaikan. Contoh dapat dilihat pada rangkap ketiga yang membawa maksud tanggungjawab suami :- Suami tempat isteri bergantung, Kepadanya serah nasib dan untung. Kedua, Baris dalam rangkap. Setiap rangkapnya mempunyai dua baris serangkap. Pada setiap baris pula mengandungi empat hingga lima patah perkataan. Hal ini dapat dilihat melalui baris pertama pada rangkap yang pertama. Baris ini mengandungi empat patah perkataan manakala baris ke dua rangkap ke lima menunjukkan baris yang mengandungi lima patah perkataan. Kesan / Kepentingan agar – memerdukan intonansi dan bunyi. Contoh puisi adalah seperti berikut :- Isteri cantik permainan mata, (B1, R1) Kepadanya serah nasib dan untung. (B2, R5)


128 Patah perkataan. Terdapat 4 hingga 5 patah perkataan Isteri cantik permainan mata, (B1, R1) Kepadanya serah nasib dan untung. (B2, R5) Suku kata. Terdapat 10 hingga 12 suku kata Jika seorang ia binasa. R6 B2 - 10. S.k Perempuan beriman sangat mulia. R2 B2 - 12 s.k Akhir sekali, ialah dari segi Rima akhir. Rima akhirnya ialah a,a. Kesemua rangkap menggunakan rima a,a. Pengarang menggunakan rima akhir yang senada untuk menimbulkan kemerduan dan keindahan bunyi. Contoh dapat dilihat pada rangkap kedua:- Perempuan bagus sntingan dunia, Perempuan beriman sangat mulia. Gaya bahasa / Nilai estatika Bahasa (wajid bagi fakta, huraian/maksud fakta, kesan/fungsi dan contoh)


129 Gaya bahasa yang terdapat pada rangkap ini ialah pengulangan kata diawal baris yang sejajar . Juga dikenali sebagai anafora. Pengarang mengulangi perkataan “ isteri “ pada baris pertama dan kedua pada rangkap pertama. Pengulangan kata ini dilakukan adalah untuk memberi penekanan terhadap perkataan “isteri” kerana ia membawa maksud yang isteri bukan saha perlu cantik malah perlu menjaga adab dan baik hati. Kesannya / fungsinya adalah untuk menimbulkan penegasan terhadap maksud yang ingin disampaikan. Contoh dapat dilihat di bawah:- Isteri cantik permainan mata, (b1) Isteri budiman tajuk mahkota. Gaya bahasa perulangan kata di awal baris yang berurutan digunakan pada rangkap ini. Perulangan perkataan “perempuan’ diulangi oleh pengarang bagi menimbulkan penegasan kepada sesuatu perkara iaitu perempuan yang beriman merupakan seorang yang sangat mulia manakala perempuan yang bagus hanya disukai. Kesannya / fungsinya adalah untuk Perempuan bagus suntingan dunia, Perempuan beriman sangat mulia. (b4) Inversi - Kepadanya serah nasib dan untung. Sepatutny Serah Kepadanya nasib dan untung (subjek ) diserahkan (predikat). Kesannya / fungsinya adalah untuk Kepadanya serah nasib dan untung. (B2, R5) Ansonansi. Pengulangan vokal a,e,i,o,u dalam ayat. Pengulangan berlaku pada bunyi huruf “a” sebanyak 5 kali. Kesannya / fungsinya adalah untuk Isteri cantik permainan mata, Aliterasi. Pengulangan bunyi huruf konsonen. Berlaku pada pengulangan bunyi huruf “t”. Diulang sebanyak 3 kali. Kesannya / fungsinya adalah untuk Sungguh suami pegang kuasa, Metafora. Abstrak dan konkrit. Kesannya / fungsinya adalah untuk. Contoh Perempuan bagus suntingan dunia, Simbolik – “kurus”- tekanan/ masalah. Kesannya / fungsinya adalah untuk


130 Unsur Bunyi /Nada / Ritma / Rima (wajid bagi fakta, huraian, kesan/fungsi dan contoh) (cara jawab sama macam jawab gaya bahasa dan bentuk) Perulangan bunyi huruf vokal Perulangan bunyi huruf konsonan Perulangan rima akhir Ritma / Irama. Alunan lembut dan keras bunyi yang berulang secara teratur, imbangan kata dalam baris, dan panjang pendek baris sebuah sajak yang baik. Keharmonian bunyi dan susunan kata dalam karya puisi. Rentak / ragam /tingkah. Contoh Fungsi / Peranan dan kepentingan Sebagai alat untuk memberi nasihat Untuk didaktik / pengajaran Untuk memberi panduan kepada seseorang Sebagai alat kawalan sosial / protes sosial. Sebagai alat hiburan Menggambarkan corak pemikiran masyarakat (word view) Pandangan sarwajagat (world views) Menunjukkan masyarakat yang taat setia dalam perhubungan Masyarakat yang kritis dan puisi Memberi gambaran (world-view) sesebuah masyarakat Masyarakat yang bermuafakat


131 Taat Setia Kepada Raja Jenis / Genre Jenis puisi ialah gurindam. Judul / Tajuk puisi : Judul puisi tersebut ialah Gurindam Taat Setia Kepada Raja Tema Ketaatan rakyat terhadap raja mempunyai syarat-syarat tertentu. Bagi mengharapkan taat setia rakyat, raja mestilah mengamalkan ciri-ciri pemerintahan yang disukai rakyat. Antaranya ialah bekerjasama dengan setiap pembesar negeri termasuk Perdana Menteri. Kemudian raja hendaklah mempunyai hati yang mulia, bijak, adil, kasih dan menghormati orang lain. Betul hati kepada raja, Tanda jadi sebarang kerja.


132 Maksud Rangkap Maksud rangkap pertama puisi ini ialah seorang pemerintah yang adil dan bijaksana perlu bekerjasama dan bermuafakat dengan semua pembesar-pembesarnya dalam mengeluarkan sesuatu hukum atau peraturan-pertaturan. Begitu juga sewaktu menguruskan pemerintahannya agar negara sentiasa aman dan sentosa. Raja bergantung kepada menteri atau pembesar yang dipilih. Permuafakatan antara raja dan menteri melicinkan pentadbiran. Menteri berperanan dalam pentadbiran dan merupakan tulang belakang raja. Rangkap 1: Raja perlu berkerjasama dengan pegawai negeri terutamanya perdana menteri. Kesepakatan di antara mereka akan membentuk sebuah pemerintahan negara yang kukuh dan kuat. Negara mampu dipertahankan daripada serangan musuh negera. Raja perlu pandai membuat keputusan dan persetujuan di atas sebarang rancangan pembangunan negara. Rangkap 2: Rakyat yang betul hati/ taat setia kepada raja dan patuh kepada pemerintah. Jika rakyat patuh dan taat kepada raja, maka segala yang diperintahkan akan berjalan dengan lancar. Rangkap 3: Seterusnya raja perlu berlaku adil dalam menjatuhkan hukuman. Jika raja berlaku adil maka negaranya akan berada dalam keadaan aman dan rakyat akan menunjukkan rasa taat setia kepada baginda. Dengan ini baginda akan beroleh inayat. Rangkap 4: seterusnya meminta agar raja perlu kasih orang yang berilmu. Golongan pemimpin perlu mengasihi orang yang berilmu kerana melalui orang yang berilmu ini maka sistem pentadbiran negara akan menjadi lebih kukuh. Orang yang berilmu akan menjadi penasihat kepada raja. Panduan dan nasihat daripada golongan orang yang berilmu dapat membentuk sebuah negara yang mengikut syariat Allah. Selain itu, jika pemimpin menghormati dan menyangjungi orang yang berilmu, maka baginda akan dirahmati dan dihormati. Segala pekerjaan akan berjalan dengan lancar.Jika raja mengasihi golongan yang berilmu baginda akan mendapat rahmat dan kasih sayang daripada Allah.


133 Rangkap 5: Menghormati orang yang bijak pandai. Penghormatan akan diberi kepada mereka yang mempunyai ilmu pengetahuan tidak kira ilmu dunia mahupun akhirat. Hal ini kerana orang berilmu ini menjadi penyuluh dan pembimbing agar manusia tidak tersesat dan berada di paksi yang betul. Oleh itu, pemimpin yang menghormati orang yang bijak pandai ini dapat mengenal yang mana baik dan yang nama buruk, yang mana intan dan yang mana permata. Persoalan /Pemikiran yang ditimbulkan dalam puisi gurindam ini ialah ;- Bincangkan empat pemikiran masyarakat Melayu sebagaimana yang terdapat dalam puisi di atas. [16] Empat pemikiran masyarakat Melayu yang terdapat dalam gurindam Taat Setia Kepada Raja ialah: Pertama, bermuafakat dalam urusan pentadbiran. Raja dan menteri perlu sentiasa bermuafakat dalam memutuskan sesuatu dan menyelesaikan masalah, Jika raja dan menteri bermuafakat, maka pentadbiran negeri akan berjalan dengan lancar. Keputusan yang dicapai dapat mengukuhkan lagi struktur pentadbiran agar ancaman musuh tidak dapat membolosi sistem pentadbiran seperti “kebun berpagarkan duri”. Ungkapan ini jelas dinyatakan di dalam rangkap pertama, baris pertama dan kedua. Muafakat yang terbina di antara raja dan menteri dapat menjamin keamana, keharmonian dan kesejahteraan rakyat. Contoh adalah seperti berikut : Raja muafakat dengan menteri Seperti kebun berpagar duri.


134 Seterusnya, memupuk rasa taat setia / betul hati kepada raja. Sikap taat dan betul hati penting untuk menjayakan segala urusan yang dipertanggungjawabkan. Kebijaksanaan dan keadilan raja dapat menimbulkan nilai taat. Apabila menteri dan rakyat mempunyai nilai taat, maka segala urusan akan dijalankan dengan mudah, cepat dan lancar. Pada rangkap dua, penyair telah menyatakan bahawa jika rakyat suka dan taat kepada raja, maka segala kerja akan menjadi. Hal ini dapat dibuktikan dalam rangkap 2 Betul hati kepada raja, Tanda jadi sebarang kerja. Sebagai pemimpin perlu bersikap adil dan tidak berat sebelah. Pemimpin yang adil adalah pemimpin yang disembah. Raja tidak boleh cenderung untuk menyokong satu pihak dan mengabaikan satu pihak yang lain. Bagi melaksanakan keadilan, raja perlu memahami dan menyiasat sebelum menjatuhkan hukuman. Sekiranya, raja tidak bersikap adil dalam pemerintahan, ia akan menimbulkan keruntuhan kestabilan Negara. Penyair menekankan tentang keadilan pada rangkap ketiga. Rangkap ketiga menerangkan raja perlulah adil ketika menjatuhkan hukuman. Jika raja melakukan sedemikian maka, raja akan beroleh inayat dari Tuhan dan petunjuk adalah daipada Allah. Contohnya dalam rangkap 3:- Hukum adil atas rakyat, Tanda raja beroleh Inayat Seterusnya raja perlu mempunyai nilai kasihkan orang yang berilmu. Hal demikian kerana, apabila raja mengasihi orang yang berilmu maka raja boleh merujuk dan menambahkan ilmu pengetahuannya dalam bidang agama dan pengurusan pentadbiran. Sebagai pemimpin, raja perlu banyak berguru dengan para ilmuan dan merujuk kepada mereka dalam hal-hal tertentu seperti hal keagamaan. Rangkap empat menasihati pemimpin agar mengasihi orang yang berilmu agar beroleh rahmat. Contohnya Kasihkan orang yang berilmu, Tanda rahmat atas dirimu. Akhir sekali, raja / pemimpin perlu menghormati golongan bijak pandai. Pemimpin yang menghormati orang yang bijak pandai akan dihormatidan disayangi oleh rakyat. Hal demikian kerana, orang yang bijak pandai adalah orang yang mempunyai ilmu dan disegani oleh orang lain. Jika raja menghormati orang yang bijak pandai, maka raja juga akan dihormati oleh orang lain memandangkan ilmu yang diperoleh dapat membezakan orang yang baik dan tidak. Pemerintah akan sentiasa disanjungi dan ditaati. Golongan bijaksana akan dapat membantu raja mengenali sesuatu perkara yang baik dan buruk seumpama mengenali yang mana satu kain kasa dan yang mana satu kain cindai. Hal ini ditekankan di dalam rangkap 5 oleh penyair. Contohnya: Hormat akan orang pandai, Tanda mengenal kasa dan cindai.


135 Gambaran Masyarakat Bincangkan 5 gambaran masyarakat yang ada pada Gurindam Taat Setia kepada raja (25m) Gurindam Taat Setia kepada raja menceritakan tentang ketaatan rakyat terhadap rajanya. Menerusi gurindam ini juga ditekankan tentang raja yang perlu mengamalkan ciri-ciri pemerintahan yang disukai rakyat. Antaranya ialah bekerjasama dengan setiap pembesar negeri termasuk Perdana Menteri. Kemudian raja hendaklah mempunyai hati yang mulia, bijak, adil, kasih dan menghormati orang lain. Pertama, Golongan pemimpin yang bermuafakat dalam urusan pentadbiran. Raja dan menteri perlu sentiasa bermuafakat dalam memutuskan sesuatu dan menyelesaikan masalah, Jika raja dan menteri bermuafakat, maka pentadbiran negeri akan berjalan dengan lancar. Keputusan yang dicapai dapat mengukuhkan lagi struktur pentadbiran agar ancaman musuh tidak dapat membolosi sistem pentadbiran seperti “kebun berpagarkan duri”. Ungkapan ini jelas dinyatakan di dalam rangkap pertama, baris pertama dan kedua. Muafakat yang terbina di antara raja dan menteri dapat menjamin keamana, keharmonian dan kesejahteraan rakyat. Contoh adalah seperti berikut :- Raja muafakat dengan menteri Seperti kebun berpagar duri. Seterusnya, rakyat yang memupuk rasa taat setia / betul hati kepada raja. Sikap taat dan betul hati penting untuk menjayakan segala urusan yang dipertanggungjawabkan. Kebijaksanaan dan keadilan raja dapat menimbulkan nilai taat. Apabila menteri dan rakyat mempunyai nilai taat, maka segala urusan akan dijalankan dengan mudah, cepat dan lancar. Pada rangkap dua, penyair telah menyatakan bahawa jika rakyat suka dan taat kepada raja, maka segala kerja akan menjadi. Hal ini dapat dibuktikan dalam rangkap 2 Betul hati kepada raja, Tanda jadi sebarang kerja. Golongan pemimpin perlu bersikap adil dan tidak berat sebelah. Pemimpin yang adil adalah pemimpin yang disembah. Raja tidak boleh cenderung untuk menyokong satu pihak dan mengabaikan satu pihak yang lain. Bagi melaksanakan keadilan, raja perlu memahami dan menyiasat sebelum menjatuhkan hukuman. Sekiranya, raja tidak bersikap adil dalam pemerintahan, ia akan menimbulkan keruntuhan kestabilan Negara. Penyair menekankan tentang keadilan pada rangkap ketiga. Rangkap ketiga menerangkan raja perlulah adil ketika menjatuhkan hukuman. Jika raja melakukan sedemikian maka, raja akan beroleh inayat dari Tuhan dan petunjuk adalah daipada Allah. Contohnya dalam rangkap 3:- Hukum adil atas rakyat, Tanda raja beroleh inayat Seterusnya, pemimpin-pemimpin perlu mempunyai nilai kasihkan orang yang berilmu dan bijak pandai. Hal demikian kerana, apabila raja mengasihi orang yang berilmu maka raja boleh merujuk dan menambahkan ilmu pengetahuannya dalam bidang agama dan pengurusan pentadbiran. Sebagai pemimpin, raja perlu banyak berguru dengan para ilmuan dan merujuk kepada mereka dalam hal-hal tertentu seperti hal keagamaan. Rangkap empat menasihati pemimpin agar mengasihi orang yang berilmu agar beroleh rahmat. Contohnya dalam rangkap 4 Kasihkan orang yang berilmu, Tanda rahmat atas dirimu.


136 Akhir sekali, Golongan raja / pemimpin perlu menghormati golongan bijak pandai. Pemimpin yang menghormati orang yang bijak pandai akan dihormatidan disayangi oleh rakyat. Hal demikian kerana, orang yang bijak pandai adalah orang yang mempunyai ilmu dan disegani oleh orang lain. Jika raja menghormati orang yang bijak pandai, maka raja juga akan dihormati oleh orang lain memandangkan ilmu yang diperoleh dapat membezakan orang yang baik dan tidak. Pemerintah akan sentiasa disanjungi dan ditaati. Golongan bijaksana akan dapat membantu raja mengenali sesuatu perkara yang baik dan buruk seumpama mengenali yang mana satu kain kasa dan yang mana satu kain cindai. Hal ini ditekankan di dalam rangkap 5 oleh penyair. Contohnya rangkap 5:- Hormat akan orang pandai, Tanda mengenal kasa dan cindai. Kesimpulannya, golongan pemimpin perlu memenuhi ciri-ciri seperti di atas untuk meraih taat setia rakyat dan menjadikan negara aman dan bebas dari serangan musuh Nilai Nilai bermuafakatan . Nilai muafakaat perlu ada pada setiap manusia. Contoh rangkap 1 Nilai taat setia/ Betul Hati . Rakyat seharusnya taat setia kepada raja untuk menjamin keharmonian antara raja dengan rakyat. Contoh rangkap 2 Adil dalam menjatuhkan hukuman Kasih sayang orang yang berilmu . Raja mestilah memiliki sifat mengasihi golongan orang yang berilmu. Contoh rangkap 4 Hormat orang yang pandai. Pengajaran / mesej / harapan (sama seperti nilai. Bezanya ayat yang akan digunakan) Pemimpin hendaklah maufakat dengan Menteri dalam mengurus tadbir dan menyelesaikan masalah Pengajarang menekankan tentang pentingnya menghormati orang yang berilmu Penyair berharap agar semua pemimpin adil ketika menjatuhkan hukuman


137 Contoh menjawab Ciri-ciri Pada pendapat anda, apakah ciri-ciri raja atau pemimpin yang dapat dijadikan teladan oleh orang bawahannya. [9] Gurindam Taat Setia kepada raja menceritakan tentang ketaatan rakyat terhadap rajanya. Menerusi gurindam ini juga ditekankan tentang raja yang perlu mengamalkan ciri-ciri pemerintahan yang disukai rakyat. Antaranya ialah bekerjasama dengan setiap pembesar negeri termasuk Perdana Menteri. Kemudian raja hendaklah mempunyai hati yang mulia, bijak, adil, kasih dan menghormati orang lain. Pemerintah/Raja haruslah muafakat dengan pemimpin-pemimpin. Kerjasama antara pemerintah dan barisan pemimpin yang lain akan memastikan keamanan negara. Apabila pemerintah seperti sultan/raja bermuafakat dengan pemimpin negara dalam melaksanakan pentadbiran sudah pasti sesebuah kerajaan dapat ditadbir dengan baik dan keamanan negara akan terlaksana. Jika tiada permuafakatan antara pemimpin negara, sudah pasti negara tersebut menjadi kucar kacir. Oleh itu kesepakatan antara keduadua pihak dapat membentuk pemerintahan yang kukuh. Raja muafakat dengan menteri, Seperti kebun berpagarkan duri. Rakyat perlu setia kepada raja. Rakyat yang setia kepada raja akan dapat mewujudkan keseimbangan dalam politik serta dapat mewujudkan pengurusan pentadbiran negara yang baik. Rakyat yang setia akan menabur bakti kepada negara tercinta dan tidak mengkhianati negara. Jika rakyat tidak setia kepada raja, maka akan wujudlah golongan yang suka memberontak dan melakukan huru-hara seperti mengadakan tunjuk perasaan, memburukkan nama negara dan sebagainya. Sekiranya ini berlaku maka keamanan negara tidak dapat diwujudkan. Betul hati kepada raja, Tanda jadi sebarang kerja. Pemimpin haruslah bersikap adil dalam menjatuhkan hukuman. Keadilan pemerintah dalam menjatuhkan hukuman mencerminkan ketelusan dalam pemerintahan dalam usaha untuk mendapatkan kepercayaan daripada rakyat. Apabila pemerintah bersikap adil dalam menjatuhkan hukuman, inayat dan pertolongan daripada Allah akan sampai. Jika pemimpin tidak adil dalam pemerintahan sudah pasti ada rakyat yang akan menentang pemerintahan pemimpin tersebut dan berkemungkinan akan berlaku pemberontakan. Jika perkara ini berlaku maka akan merencatkan pemerintahan dan menjejaskan kedamaian negara. Hukum adil atas rakyat, Tanda raja beroleh inayat. Hendaklah mengasihi orang yang berilmu. Orang yang berilmu merupakan tempat rujukan masyarakat untuk memperoleh maklumat dan kebenaran. Masyarakat yang mengangkat martabat golongan berilmu dan mengasihi mereka secara tidak langsung akan membentuk masyarakat yang bersopan santun dan berbudi pekerti yang tinggi. Kehidupan mereka juga akan diberkati dan mendapat kasih sayang daripada Allah SWT. Jika masyarakat tidak mengasihi orang yang berilmu, masyarakat akan sentiasa hidup dalam persengketaan, keruntuhan nilai moral dan sebagainya kerana tidak mendapat keredhaan Allah SWT. Kasihkan orang yang berilmu, Tanda rahmat atas dirimu.


138 Menghormati orang yang bijak pandai. Orang yang bijak pandai merupakan mereka yang dapat membezakan perkara yang baik dan perkara yang buruk. Pendapat daripada orang bijak pandai seharusnya dihormati kerana kelayakan ilmu yang dimiliki oleh mereka. Pandangan mereka sudah pasti berasas dan mempunyai hujah yang baik. Seandainya kita tidak menghormati orang yang bijak pandai, pasti akan merugikan sesebuah negara kerana fungsi dan kepakaran mereka tidak digunakan untuk menguruskan pentadbiran/kerana ilmu yang dimiliki oleh mereka tidak dimanfaatkan untuk mentadbir negara dengan baik. Hormat akan orang pandai, Tanda mengenal kasa dan cindai. Kesimpulannya, golongan pemimpin perlu memenuhi ciri-ciri/sifat/nilai seperti di atas untuk meraih taat setia rakyat dan menjadikan negara aman dan bebas dari serangan musuh Bentuk Cara jawab sama seperti yang terdapat pada puisi yang lain


139 Gaya bahasa dan unsur bunyi dalam puisi ini. Perulangan perkataan di awal baris yang sejajar / berturutan pada baris kedua bagi rangkap ke dua, tiga , empat dan lima. Ia juga dikenali sebagai anafora. Pengulangan perkataan “ Tanda ” di baris ke dua bagi rangkap yang disebutkan tadi adalah untuk menimbulkan kesan irama untuk mengindahkan pendengaran di samping menegaskan maksud tertentu agar dapat menarik perhatian pendengar. Contoh :- Betul hati kepada raja, Tanda jadi sebarang kerja. Hukum adil ke atas rakyat, Tanda raja beroleh inayat. Kasihkan orang yang berilmu, Tanda rahmat atas dirimu. Hormat akan orang pandai, Tanda mengenal kasa dan cindai. Gaya bahasa yang kedua ialah perbandingan terus. Gaya bahasa perbandingan tidak menggunakan kata bak, seperti, bagaikan, umpama, macam, laksana. Menimbulkan kesan keindahan irama. Pengair menggunakan perkataan “kasa” dan “cindai” bagi membezakan orang yang tahu menilai ilmu dan tidak. Perkataan ini juga digunakan bagi menggerakkan imaginasi pembaca menilai sesuatu. Tanda mengenal kasa dan cindai.


140 Seterusnya, gaya bahasa simile juga digunakan. Ia merupakan kiasan yang digunakan untuk membandingkan sesuatu yang lain dengan menggunakkan kata-kata perbandingan iaitu umpama, bak, bagai, macam,laksana dan lain-lain. Melalui puisi ini penyair menggunakan perkataan seperti bagi membuat perbandingan bagi maksud yang cuba disampaikannya di samping menimbulkan kesan keindahan pada pengucapan. Contoh:- Seperti kebun berpagarkan duri Aliterasi ialah pengulangan bunyi konsonan dalam baris tertentu. Kesannya ialah ia dapat menimbulkan kekerasan/ kelantangan bunyi,menyedapkan sebutan, kelembutan @ kemerduan bunyi perkataan dan sekali gus ayat yang digunakan. Contoh dalam bait pertama, pengulangan bunyi konsonan “n” diulang sebanyak 3 kali seperti yang terdapat dibawah:- Raja maufakat dengan menteri, Unsur bunyi kedua ialah Asonansi. Ia merupakan perulangan / persamaan bunyi vokal dalam sebaris sajak. Penyair mengulangi bunyi huruf “a” agar dapat menimbulkan bunyi yang seragam kerana keseragaman vokal dan menggalakkan kesan pengucapan yang puitis. Contohnya Hukum adil ke atas rakyat, Unsur Bunyi /Nada / Ritma / Rima (wajid bagi fakta, huraian, kesan/fungsi dan contoh) (cara jawab sama macam jawab gaya bahasa dan bentuk) Perulangan bunyi huruf vokal. Asonansi Perulangan bunyi huruf konsonan. Aliterasi Seterusnya ialah bunyi rima di akhir ayat. Penyair menggunakan persamaan bunyi suku kata pada tempat yang bersetentang antara dua baris atau lebih dalam puisi. Contoh dalam rangkap ke empat penyair mengakhiri rangkap tersebut dengan bunyi “u”. menimbulkan kesan penegasan maksud dan menimbulkan keindahan irama. Contoh Kasihkan orang yang berilmu, Tanda rahmat atas dirimu. Ritma / Irama. Alunan lembut dan keras bunyi yang berulang secara teratur, imbangan kata dalam baris, dan panjang pendek baris sebuah sajak yang baik. Keharmonian bunyi dan susunan kata dalam karya puisi. Rentak / ragam /tingkah.


141 Peranan / Fungsi Pandangan Sarwajagat terhadap puisi (boleh guna untuk semua puisi) Masyarakat Melayu yang taat kepada pemerintah. Pemimpin yang bermuafakat dalam mengurus tadbir negeri Pemimpin Melayu yang mengasihi dan menghormati orang yang berilmu Gambaran Masyarakat (world-view) Masyarakat yang puitis dan kritis


142 Kesan kepada pembaca Berdasarkan puisi di atas, bincangkan amalan yang anda akan amalkan sekiranya anda dilantik menjadi memimpin masyarakat. [25] Gurindam merupakan puisi yang tidak mengandungi sukatan yang tetap dan mengandungi fikiran yang bernas dan digubahkan dalam bahasa yang indah untuk dinyanyikan bagi tujuan hiburan. Gurindam dikatakan berasal daripada bahasa Sanskrit namun telah mengikut acuan melayu. Gurindam di atas bertemakan kepimpinan dan ketaatan. Pemimpin adalah ketua negara. Sebagai pemimpin, saya perlu mempunyai ciri-ciri kepimpinan. Antara ciri-ciri kepimpinan yang ditekankan ialah:- Pertama, bermuafakat dalam membuat keputusan dan ketika menyelesaikan masalah. Sebagai pemimpin saya perlu sentiasa bermuafakat dan bekerjasama dengan menteri atau Ahli Jawatankuasa di bawah pentadbiran saya. Mungkin dengan bermuafakat dalam memutuskan sesuatu dan menyelesaikan masalah, pentadbiran di bawah kepimpinanan saya akan berjalan dengan lancar. Keputusan yang dicapai dapat mengukuhkan lagi struktur pentadbiran agar ancaman musuh tidak dapat membolosi sistem pentadbiran seperti “kebun berpagarkan duri”. Ungkapan ini jelas dinyatakan di dalam rangkap pertama, baris pertama dan kedua. Muafakat yang terbina di antara saya sebagai raja dan menteri dapat menjamin keamana, keharmonian dan kesejahteraan rakyat. Contoh adalah seperti berikut:- Raja muafakat dengan menteri Seperti kebun berpagar duri. Oleh itu selaku raja/seorang pemimpin, saya perlu mewujudkan hubungan yang baik atau bermuafakat dengan menteri agar system pentadbiran menjadi kukuh dan tidak boleh ditembus oleh anasir–anasir luar. Seterusnya, memupuk rasa taat dan setia di dalam jiwa rakyat. Selaku pemimpin, saya perlu bijak dan prihatin dalam pemerintahan saya. Saya perlu bijak dan prihatan ketika keputusan yang berkaitan dengan rakyat. Kebijaksanaan dan keadilan dapat menimbulkan nilai taat. Apabila menteri dan rakyat mempunyai nilai taat, maka segala urusan akan dijalankan dengan mudah, cepat dan lancar. Pada rangkap dua, penyair telah menyatakan bahawa jika rakyat suka dan taat kepada raja, maka segala kerja akan menjadi. Hal ini dapat dibuktikan dalam rangkap 2 Betul hati kepada raja, Tanda jadi sebarang kerja. Oleh itu selaku pemimpin, nilai prihatin, adil dan bijak perlu agar rakyat menyayangi dan mentaati saya. Sebagai pemimpin juga, saya perlu bersikap adil dan tidak berat sebelah. Saya tidak boleh cenderung untuk menyokong satu pihak dan mengabaikan satu pihak yang lain. Bagi melaksanakan keadilan, saya perlu memahami dan mendapat maklumat tertentu untuk mendapat petunjuk, Sekiranya, saya tidak bersikap adil dalam pemerintahan, ia akan menimbulkan keruntuhan kestabilan negara di bawah pimpinan saya. Penyair menekankan tentang keadilan pada rangkap ketiga. Rangkap ketiga menerangkan raja perlulah adil ketika menjatuhkan hukuman. Jika raja melakukan sedemikian maka, raja akan beroleh inayat dari Tuhan. Oleh itu saya perlu adil dalam pemerintahan saya agar saya beroleh inayat dan rahmat menghubungi mereka yang pakar dan ada pengetahuan terutamanya golongan yang dianggap bijaksana. Namun sebaik-baik petunjuk adalah daipada Allah. Contohnya dalam rangkap 3:- Hukum adil atas rakyat, Tanda raja beroleh inayat


143 Seterusnya sebagai pemimpin, saya perlu mempunyai nilai kasihkan orang yang berilmu dan bijak pandai. Hal demikian kerana, apabila saya mengasihi orang yang berilmu saya boleh merujuk dan menambahkan ilmu pengetahuan saya. Sebagai pemimpin, saya perlu banyak berguru dengan para ilmuan dan merujuk kepada mereka dalam hal-hal tertentu seperti hal keagamaan. Rangkap empat menasihati pemimpin agar mengasihi orang yang berilmu agar pemimpin tersebut beroleh rahmat. Contohnya dalam rangkap 4 Kasihkan orang yang berilmu, Tanda rahmat atas dirimu. Oleh itu sebagai pemimpin, saya perlu mengasihi orang yang berilmu agar pemerintahan saya dirahmati dan sentiasa berada di dalam peliharan Nya. Akhir sekali, saya perlu menghormati golongan bijak pandai. Pemimpin yang menghormati orang yang bijak pandai akan dihormatidan disayangi oleh rakyat. Hal demikian kerana, orang yang bijak pandai adalah orang yang mempunyai ilmu dan disegani oleh orang lain. Jika saya menghormati orang yang bijak pandai, maka saya juga akan dihormati oleh orang lain memandangkan saya dapat membezakan orang yang baik dan tidak. Pemerintahan saya akan sentiasa disanjungi dan ditaati. Golongan bijaksana akan dapat membantu saya mengenali sesuatu perkara yang baik dan buruk seumpama mengenali yang mana satu kain kasa dan yang mana satu kain cindai. Hal ini ditekankan di dalam rangkap 5 oleh penyair. Sekiranya saya tidak berbuat sedemikian, saya tidak dapat menjadi pemimpin yang bijak membezakan baik dan buruk. Oleh itu, nilai menghormati orang yang pandai perlu ada dalam melaksanakan tanggungjawab saya sebagai pemimpin. Contohnya rangkap 5:- Hormat akan orang pandai, Tanda mengenal kasa dan cindai. Kesimpulannya dapat dijelaskan bahawa, sebenarnya banyak lagi amalan baik yang boleh saya lakukan jika saya menjadi seorang pemimpin. Oleh itu, untuk menjadi pemimpin yang baik bukanlah satu perkara yang mudah. Seorang pemimpin mempunyai tanggung jawab yang besar dan menjaga perlu amanah kepimpinan. (a). Huraikan tiga kesan berdasarkan hubungan raja dan rakyat seperti yang terdapat dalam puisi di atas. [12] Untuk soalan ini, ayat kesan menjadi fakta. Tiga kesan yang boleh dilihat apabila wujudnya hubungan raja dengan rakyat iaitu Wujud suasana aman damai / Negara selamat. Dalam sesebuah pemerintahan negara, raja yang sentiasa bekerjasama dengan menteri akan menjadikan negaranya kukuh dan selamat daripada serangan musuh. Permuafakatan dalam memutuskan sesuatu dan menyelesaikan masalah, mampu menghasilkan satu pemerintahan yang lebih saksama dan adil. Jika raja bertindak sendirian, maka pentadbiran negeri tidak akan berjalan dengan lancar. Keputusan yang dicapai menerusi maufakat dapat mengukuhkan lagi struktur pentadbiran agar ancaman musuh tidak dapat membolosi sistem pentadbiran seperti “kebun berpagarkan duri”. Ungkapan ini jelas dinyatakan di dalam rangkap pertama, baris pertama dan kedua. Muafakat yang terbina di antara raja dan menteri dapat menjamin keamana, keharmonian dan kesejahteraan rakyat. Contoh adalah seperti berikut :- Raja muafakat dengan menteri, Seperti kebun berpagarkan duri.


144 Menimbulkan rasa taat setia rakyat kepada raja. Pemimpin yang adil adalah pemimpin yang disembah. Raja tidak boleh cenderung untuk menyokong satu pihak dan mengabaikan satu pihak yang lain. Bagi melaksanakan keadilan, raja perlu memahami dan menyiasat sebelum menjatuhkan hukuman. Sekiranya, raja menghormati dan menjatuhkan hukuman yang adil ke atas rakyat, maka dengan sendirinya rakyat akan kagum dan dengan rela hati menumpahkan taat setianya kepada raja. Penyair menekankan tentang keadilan pada rangkap ketiga. Jika raja melakukan sedemikian maka, raja akan beroleh inayat dari Tuhan dan petunjuk adalah daipada Allah. Contohnya dalam rangkap 3:- Hukum adil atas rakyat, Tanda raja beroleh inayat Raja akan mendapat kelebihan dari segi ilmu / kerahmatan dalam menguruskan sistem pentadbiran. Raja tidak mungkin bijak dalam segala bidang, oleh itu ketika menuntut ilmu raja hendaklah merendah diri dan tidak membawa jawatan yang dipegang ketika berhadapan dengan guru yang mengajarnya. Raja juga perlu mengasihi orang yang berilmu agar raja boleh merujuk dan menambahkan ilmu pengetahuannya dalam bidang agama dan pengurusan pentadbiran. Dengan ini pentadbiran negara akan menjadi lebih cekap dan teratur. Sebagai pemimpin, raja perlu banyak berguru dengan para ilmuan dan merujuk kepada mereka dalam hal-hal tertentu seperti hal keagamaan. Rangkap empat menasihati pemimpin agar mengasihi orang yang berilmu agar beroleh rahmat. Contohnya dalam rangkap 4 Kasihkan orang yang berilmu, Tanda rahmat atas dirimu. Contoh menjawab soalan ciri-ciri ( fakta perlu ada bentuk, gaya bahasa, pemikiran dan peranan (a) Nyatakan jenis puisi di atas dan tiga ciri-ciri yang terdapat dalam puisi tersebut. [4] (Kata tugas nyatakan – hanya bagi fakta sahaja. Kalau rujuk fakta pun dia bagi 4M sahaja untuk 4 isi yang dipinta iaitu jenis puisi (1M) dan 3 ciri2 (3M). Tapi kalau soalan nak huraian atau jelaskan ciri2 kena bagi huraian atau jelaskan seperti dibawah Jenis puisi di atas ialah Gurindam Tiga ciri-ciri yang terdapat dalam puisi tersebut adalah Bentuk yang dilihat menerusi rangkap dan baris. Gurindam mempunyai 5 rangkap yang terbina daripada 2 baris serangkap menyerupai bentuk syair 2 rangkap atau nazam. Setiap baris membawa maksud yang tersendiri bagi menggambarkan kesatuan idea. Hal ini dapat dilihat pada baris….., rangkap ……yang menerangkan tentang raja dan menteri perlu bermuafakat dalam urusan pentadbiran seperti contoh dibawah:- Raja muafakat dengan menteri Seperti kebun berpagar duri. Baris-baris di dalam rangkap penting untuk menimbulkan kemerduan dan menjelaskan mesej yang cuba disampaikan.


145 Kedua skema rima / rima akhir hujung yang tetap iaitu a,a. Bunyi rima akhir baris bagi setiap rangkap adalah sama untuk menimbulkan kemerduan bunyi. Keseragaman bunyi menjadikan gurindam ini masih terikat dengan bentuk puisi tradisional dan mengindahkan pengucapannya. Contoh Hukum adil atas rakyat, Tanda raja beroleh inayat Ciri-ciri seterunya dapat dilihat menerusi gaya bahasa simile. Simile merupakan kiasan yang digunakan untuk membandingkan sesuatu yang lain dengan menggunakkan kata-kata perbandingan iaitu umpama, bak, bagai, macam, laksana dan lain-lain. Melalui puisi ini penyair menggunakan perkataan seperti bagi membuat perbandingan bagi maksud yang cuba disampaikannya di samping menimbulkan kesan keindahan pada pengucapan. Contoh:- Seperti kebun berpagarkan duri Tema dan pemikiran tentang muafakat di antara raja dan menteri. Tema dan pemikiran gurindam selalunya bertujuan untuk memberi nasihat dan petunjuk. Antara pemikiran yang cuba disampaikan ialah kesefahaman dan muafakat dalam sistem pentadbiran. Raja dan pembesar perlu mempunyai kesefahaman dan permuafakatan yang utuh dalam melaksanaan sistem pentadbiran yang berkesan agar tidak berlaku kepincangan dan kemusnahan dan ancaman luar. Contohnya Raja maufakat dengan menteri, Seperti kebun berpagarkan duri (b). Pada pendapat anda, apakah ciri-ciri raja atau pemimpin yang dapat dijadikan teladan oleh orang bawahannya. [9] Meskipun soalan bertanyakan tentang ciri2 yang harus ada pada pemimpin, namun jawapannya adalah sama dengan pemikiran, gambaran masyarakat, nilai, sifat yang ada pada raja dan Menteri. Tapi kalau soalan tanya khas untuk pemimpin, fakta Betul hati/taat tak boleh diguna sebab fakta ni untuk pembesar dan rakyat saja. Pertama, Golongan pemimpin yang bermuafakat dengan perdana Menteri dalam urusan pentadbiran. Raja dan menteri perlu sentiasa bermuafakat dalam memutuskan sesuatu dan menyelesaikan masalah, Jalinan kerjasama antara raja dan menteri akan menghasilkan satu pemerintahan yang lebih saksama dan adil. Jika raja bertindak sendirian, raja akan dilabelkan memerintah secara kuku besi / kejam dan pentadbiran negeri tidak akan berjalan dengan lancar. Keputusan yang dicapai menerusi maufakat dapat mengukuhkan lagi struktur pentadbiran agar ancaman musuh tidak dapat membolosi sistem pentadbiran seperti “kebun berpagarkan duri”. Ungkapan ini jelas dinyatakan di dalam rangkap pertama, baris pertama dan kedua. Muafakat yang terbina di antara raja dan menteri dapat menjamin keamana, keharmonian dan kesejahteraan rakyat. Contoh adalah seperti berikut :- Raja muafakat dengan menteri Seperti kebun berpagar duri.


146 Golongan pemimpin perlu bersikap adil dan tidak berat sebelah. Pemimpin yang adil adalah pemimpin yang disembah. Raja tidak boleh cenderung untuk menyokong satu pihak dan mengabaikan satu pihak yang lain. Bagi melaksanakan keadilan, raja perlu memahami dan menyiasat sebelum menjatuhkan hukuman. Sekiranya, raja tidak bersikap adil dan tidak memilih kasih dalam pemerintahan, maka mengerinya akan tidak stabil dan kucar kacir. Penyair menekankan tentang keadilan pada rangkap ketiga. Rangkap ketiga menerangkan raja perlulah adil ketika menjatuhkan hukuman. Jika raja melakukan sedemikian maka, raja akan beroleh inayat dari Tuhan dan petunjuk adalah daipada Allah. Contohnya dalam rangkap 3:- Hukum adil atas rakyat, Tanda raja beroleh inayat Seterusnya, pemimpin-pemimpin perlu mempunyai nilai kasihkan orang yang berilmu dan berilmu / bijak pandai. Hal demikian kerana, apabila raja mengasihi orang yang berilmu maka raja boleh merujuk dan menambahkan ilmu pengetahuannya dalam bidang agama dan pengurusan pentadbiran. Dengan ini pentadbiran negara akan menjadi lebih cekap dan teratur. Sebagai pemimpin, raja perlu banyak berguru dengan para ilmuan dan merujuk kepada mereka dalam hal-hal tertentu seperti hal keagamaan. Rangkap empat menasihati pemimpin agar mengasihi orang yang berilmu agar beroleh rahmat. Contohnya dalam rangkap 4 Kasihkan orang yang berilmu, Tanda rahmat atas dirimu. Akhir sekali, Golongan raja / pemimpin perlu menghormati golongan bijak pandai. Pemimpin yang menghormati orang yang bijak pandai akan dihormati dan disayangi oleh rakyat. Hal demikian kerana, orang yang bijak pandai adalah orang yang mempunyai ilmu dan disegani oleh orang lain. Jika raja menghormati orang yang bijak pandai, maka raja tidak dapat membezakan orang yang baik dan tidak. Hal ini kerana golongan bijaksana akan dapat membantu raja mengenali sesuatu perkara yang baik dan buruk seumpama mengenali yang mana satu kain kasa dan yang mana satu kain cindai. Dengan ini menghargai golongan bijak pandai akan memberi manfaat kepada seseorang pemimpin kerana idea mereka boleh membantu seseorang raja memajukan negaranya. Hal ini ditekankan di dalam rangkap 5 oleh penyair. Contohnya rangkap 5:- Hormat akan orang pandai, Tanda mengenal kasa dan cindai. Fakta di bawah ini boleh digunakan kalau soalan tidak menjurus kepada ciri2 raja/sifat raja dll sebab fakta ini berkait dengan betul hari / taak kepada raja (sifat/ pemikiran / nilai yang ada pada rakyat) Rakyat yang memupuk rasa taat setia / betul hati kepada raja. Sikap taat dan betul hati penting untuk menjayakan segala urusan yang dipertanggungjawabkan. Kebijaksanaan dan keadilan raja dapat menimbulkan nilai taat. Apabila menteri dan rakyat mempunyai nilai taat, maka segala urusan akan dijalankan dengan mudah, cepat dan lancar. Pada rangkap dua, penyair telah menyatakan bahawa jika rakyat suka dan taat kepada raja, maka segala kerja akan menjadi. Hal ini dapat dibuktikan dalam rangkap 2 Betul hati kepada raja, Tanda jadi sebarang kerja.


147 BAB 5 PUISI TRADISIONAL TALIBUN (SESOMBA) Menurut Ismail Hamid (1987) pengulangan ini terjadi kerana talibun sangat mementingkan bahasa yang berirama yang menjadi kegemaran masyarakat terutamanya dalam kalangan masyarakat Minangkabau. Bahasa yang berirama ini digunakan secara meluas seperti berpidato atau semasa bergurau senda. Fungsi utama dan khusus talibun ialah untuk memerikan secara terperinci tentang sesuatu gambaran seperti suasana, benda dan sifat manusia dalam bentuk yang ringkas, teliti dan menyeluruh. Umumnya, talibun merupakan gambaran pemikiran masyarakat khalayak yang mementingkan perincian tentang sesuatu, tetapi disusun dan dibentuk dengan keindahan terutamanya dalam penggunaan gaya bahasa. Mohd. Taib Osman (1979) mula menamakan talibun ini sebagai “ikatan puisi bebas”. Puisi ini menurut beliau merupakan puisi yang memakai kata-kata yang menimbulkan gambaran mata kerana kata-kata yang digunakan dapat menimbulkan pemikiran dan pendengaran tentang imej yang lantang dan bermakna. Baris-barisnya memberikan dua macam gambaran, iaitu gambaran bunyi seolah-olah kita mendengarnya, dan gambaran objek-objek dalam situasinya masing-masing. Kedua-dua gambaran ini berlatarbelakangkan alam Melayu. Terdapat pelbagai tema talibun yang terungkap dalam cerita-cerita lipur lara Melayu yang didasarkan kepada fungsi puisi tersebut di dalam karya atau cerita tersebut iaitu memerikan kebesaran, kehebatan dan keagungan sesuatu tempat seperti ibu kota dan bandar, memerikan keadaan dan kesibukan atau keajaiban sesuatu peristiwa dan suasana, memerikan kehebatan dan kecantikan sesuatu objek seperti pakaian, manusia, sikap dan kelakuan manusia. Selain tema, talibun juga boleh dikenal melalui penggunaan bahasa berulang yang menjadi lumrah dalam pembentukannya. Teknik pengulangan ini bukan sahaja wujud dalam penggunaan gaya bahasa tetapi pengulangan seluruh puisi tersebut. Wilkinsin menamakan puisi tersebut sebagai runs, yang merujuk kepada konsep pengulangan ini. Pengulangan ini ditambah pula dengan bentuk-bentuk pemerian yang lain sehingga terdapat pelbagai variasi dalam bentuk seperti pengulangan di bahagian permulaan tetapi di bahagian akhir telah ditambah dengan ungkapan puisi yang lain. Mawar Shafie, Misran Rokimin dan Che Abdullah Che Ya (2011) telah melakukan kajian berjodol "Tradisi Dalam Novel Anwar Ridhwan dan Putu Wijaya". Kajian bandingan ini untuk melihat bagaimana pengaruh kerangka tradisi yang menjadi struktur novel Anwar Ridhwan Hari-Hari Terakhir Seorang Seniman". Kajian ini menyebut teks lipurlara Si Gembang atau dikenali juga sebagai Teluk Bidung Kota Lama yang berasal dari Kelantan. Inilah penerokaan penting untuk melihat asal-usul Teluk Bidung Kota Lama yang muncul dalam tradisi lipurlara di Kelantan. Penemuan dalam kajian itu penting untuk menjelaskan secara visual bagaimana gambaran Teluk Bidung Kota Lama. Imej-imej yang menepati atau yang berupaya mevisualkan Teluk Bidung Kota lama menjadi naratif yang lebih menarik dalam multimedia.


148 Ringkasan Definisi : Talibun ialah puisi berangkap tentang perincian sesuatu objek atau peristiwa, dan umumnya terdapat dalam genre lipur lara. Sejenis puisi Melayu berbentuk bebas (ikatan puisi bebas). Digunakan sebagai sisipan / selingan dalam cerita lipur lara Ciri-ciri : a. Struktur talibun berbentuk bebas iaitu dalam serangkap talibun tidak mempunyai jumlah baris, jumlah perkataan dan jumlah suku kata yang seimbang. Talibun juga tidak mempunyai sistem rima tertentu. b. Dalam sesuatu untai talibun, mungkin terdapat sisipan daripada genre puisi yang lain seperti pantun, syair dan sebagainya, tetapi ternyata sisipan ini dianggap sebahagian daripada rangkap talibun. c. Fungsi dan kedudukan talibun adalah sebagai sisipan di dalam sesebuah cerita lipur lara. Fungsi talibun di dalam sesebuah cerita adalah sebagai pemerian kepada cerita berkenaan dan memperjelaskan perlukisan tersebut d. Isi atau tema sesebuah talibun berhubungan dengan pemerian yang dilukiskan di dalam sesebuah konteks. Misalnya untuk memerikan atau melukiskan keindahan sesebuah kota, kecantikan seseorang puteri atau kesaktian sejenis senjata dan unsur-unsur di dalam sesebuah cerita. e. Penggunaan bahasa perulangan menjadi lumrah dalam pembentukannya. Teknik perulangan ini bukan sahaja wujud dalam penggunaan gaya bahasa tetapi juga pengulangan seluruh puisi tersebut. Keindahan dan kemakmuran Negeri


149 Serangkap talibun dak mempunyai jumlah baris, jumlah perkataan dan jumlah suku kata yang seimbang. Pemerian kepada cerita berkenaan dan memperjelaskan perlukisantersebut Memerikan atau melukiskankeindahan sesebuah kota, Menceritakan tentang keindahan tempat nggal / negeri yang bernama Teluk Bidong Kota Lama. Bentuk muka buminya / Negerinya luas, bertebing nggi, pasirnya berbentuk taji dan berbatu. Batu yang kecil dijadikan alat untuk melontar burung burung yang boleh dijadikanmakanan dan jika dak terkena burung , ia akan jatuh ke tanah yang penuh dengan binatang ternakan seper ayamdan lain lain. ezeki di situ melinpahruah umpama buah kundur dan labu yang kecil pokoknya tetapi buahnyabesar. Negeri ini cukup beruntungdan bertuah. Sumber rezekinya ada di mana mana tak kira di darat mahupun di laut. Ayam dan kerbau banyak di reban dan dipadang begitu juga dengan binatang dihutannya seper gajah dan badak. Udaranya dingin, nyaman dan segar seper kulit ular cintamani. Jenis / Genre : Talibun Judul / Tajuk : Keindahan dan kemakmuran negeri Tema Talibun di atas memerihalkan secara terperinci tentang keindahan sesebuah negeri bernama Teluk Bidung Kota Lama. Keindahan tersebut dilihat dari aspek bentuk muka bumi, masyarakat yang tinggal di situ, rezeki yang melimpah ruah dan ekosistem yang baik dan nyaman. Contoh Medannya indah bukan kepalang Rantaunya luas bagai dibentang Tebingnya tinggi bagai diraut Pasirnya serong bentuk taji Maksud Keseluruhan puisi


Click to View FlipBook Version