RM21.80 FT334001 ISBN 978 - 983 - 9286 - 98 - 4 PERTANIAN TINGKATAN 4 4
PERTANIAN TINGKATAN 4 4
Multi Educational Book Enterprise 2016 MATA PELAJARAN ELEKTIF IKHTISAS PENULIS DR. HASSAN ALLI AMUTHA VALLI PERUMAL ANUAR MD. ISA EDITOR PROF. DR. MD. ZUKI ABU BAKAR DR. SAMSURI ABD. WAHID PEREKA BENTUK PRABU PALANI ILUSTRATOR AMOS RAJA AZRUL HELMI ABD. WAHAB
KPM 2016 ISBN 978- 983- 9286- 98 - 4 PENGHARGAAN Penerbitan buku teks ini melibatkan kerjasama banyak pihak. Sekalung penghargaan dan terima kasih ditujukan kepada semua pihak yang terlibat: • Pegawai-pegawai Bahagian Buku Teks dan Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia. • Jawatankuasa Penambahbaikan Pruf Muka Surat, Bahagian Buku Teks, Kementerian Pendidikan Malaysia. • Jawatankuasa Penyemakan Pembetulan Pruf Muka Surat, Bahagian Buku Teks, Kementerian Pendidikan Malaysia. • Jawatankuasa Penyemakan Naskhah Sedia Kamera, Bahagian Buku Teks, Kementerian Pendidikan Malaysia. • Jawatankuasa Peningkatan Mutu Penerbit. • Jabatan Pertanian Malaysia. • Institut Penyelidikan Dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) • SMK Bandar Baru Sungai Long, Kajang, Selangor. • SMK Kampong Soeharto, Kuala Kubu Bharu, Selangor. KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA © Kementerian Pendidikan Malaysia 2016 Cetakan Pertama 2016 Hak Cipta Terpelihara. Mana-mana bahan dalam buku ini tidak dibenarkan diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh dipergunakan lagi, ataupun dipindahkan dalam sebarang bentuk atau cara, baik dengan cara bahan elektronik, mekanik, penggambaran semula mahupun dengan cara perakaman tanpa kebenaran terlebih dahulu daripada Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia. Perundingan tertakluk kepada perkiraan royalti atau honorarium. Diterbitkan untuk Kementerian Pendidikan Malaysia oleh: Multi Educational Book Enterprise No. 22A-2, Jalan PJS 8/4, Dataran Mentari, Bandar Sunway, 46150 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. Tel: 03-5636 2568 Faks: 03-5636 0825 Laman Web: http://www.multiedu.com.my Reka Letak dan Atur Huruf Multi Educational Book Enterprise Muka Taip Teks: Times New Roman Saiz Muka Taip Teks:11 poin Dicetak oleh: Aslita Sdn. Bhd. (146102-U) No. 20, Jalan 4/10B, Spring Crest Industrial Park, Batu Caves, 68100 Kuala Lumpur. Tel: 03-6186 7645 Faks: 03-6186 7635 No Siri Buku: 0107 Ribuan terima kasih juga diucapkan kepada pihak yang telah memberi sumbangan dalam menjayakan akan penerbitan buku teks ini. Pelbagai inisiatif telah diambil oleh pihak penerbit untuk mengesan semua pemilik hak cipta bahan dalam buku teks ini. Walau bagaimanapun, pihak penerbit mengalu-alukan jasa baik pihak berkenaan untuk membenarkan kami menerbitkan semula bahan itu. Diharapkan maklumat pihak berkenaan dapat kami peroleh supaya dapat merakamkan ucapan penghargaan dalam edisi yang akan datang.
KANDUNGAN iii Pendahuluan v Penerangan Ikon vi BAB 1.0 SAINS TANAH 1 Peta Konsep 2 1.1 Tanah 4 1.1.1 Jenis dan Sifat Tanah 10 1.1.2 Tanah di Tapak Penanaman 19 Refl eksi 1.1 31 eksi 1.1 31 Jana Minda 32 1.2 Pemuliharaan Tanah 1.2 Pemuliharaan Tanah 34 1.2.1 Struktur Tanah 38 1.2.2 pH Tanah 41 1.2.3 Kaedah Memperbaiki Tanah 46 Refl eksi 1.2 53 eksi 1.2 53 Jana Minda 54 1.3 Baja dan Pembajaan 56 1.3.1 Jenis Baja 58 1.3.2 Pengiraan Baja 75 Refl eksi 1.3 80 eksi 1.3 80 Jana Minda 81
iv 2.1 Penternakan Poltri 89 2.1.1 Sistem Ternakan Poltri 90 2.1.2 Pemilihan Sistem Penternakan Poltri 94 2.1.3 Keperluan Penternakan Poltri Komersial 97 2.1.4 Kesihatan dan Keselamatan Penternakan Poltri 104 2.1.5 Isu dan Cabaran Pengeluaran Poltri 109 Refl eksi 2.1 115 eksi 2.1 115 Jana Minda 116 2.3 Nutrisi Ternakan Poltri 2.3 Nutrisi Ternakan Poltri 145 2.3.1 Jenis Makanan 147 2.3.2 Tempoh Pemberian Makanan, Minuman dan Vitamin 148 2.3.3 Formulasi Diet Makanan Poltri 159 Refl eksi 2.3 163 eksi 2.3 163 Jana Minda 164 2.4 Pengurusan Ternakan Poltri 2.4 Pengurusan Ternakan Poltri 166 2.4.1 Pengurusan Harian Poltri 169 2.4.2 Pengurusan Pemasaran 182 2.4.3 Pengurusan Rekod 189 Refl eksi 2.4 194 eksi 2.4 194 Jana Minda 195 2.2 Perumahan Poltri 2.2 Perumahan Poltri 118 2.2.1 Bahan dan Peralatan Perumahan Poltri 120 2.2.2 Reka Bentuk Perumahan Poltri 122 Refl eksi 2.2 142 eksi 2.2 142 Jana Minda 143 2.0 PENGELUARAN POLTRI 83 Peta Konsep 84 Jawapan 197 Glosari 200 Indeks 201 Senarai Rujukan 202
Buku teks mata pelajaran PERTANIAN Tingkatan Empat, sekolah menengah ini merupakan pengetahuan dan kemahiran yang menjurus kepada penghasilan produk berasaskan pertanian. Kandungan buku teks ini berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Pertanian Tingkatan Empat. Buku ini ditulis untuk memenuhi kehendak Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi menyediakan pendidikan yang berkualiti, menekankan kepada pembangunan dan perkembangan modal insan secara menyeluruh. Buku teks mata pelajaran PERTANIAN bertujuan memberikan pengetahuan tentang bidang pertanian dan nilai keusahawanan untuk menjadi usahawan tani. Di samping itu, buku ini mampu membentuk kemahiran dan memartabatkan bidang pertanian sebagai sumber utama makanan negara serta dapat menghasilkan produk pertanian yang selamat, kreatif, bernilai komersial dan bercirikan teknologi hijau. Terdapat dua (2) bab yang terkandung di dalamnya iaitu Sains Tanah dan Pengeluaran Poltri. Pada setiap unit di dalam buku ini akan didahului dengan halaman rangsangan yang bertujuan menarik minat murid untuk mengetahui lebih mendalam tentang kandungannya. Seterusnya, diikuti dengan isi pembelajaran, eksperimen, aktiviti, refl eksi dan jana minda. Isi pembelajaran dalam unit disampaikan dengan lebih mudah untuk difahami melalui penerangan berbentuk himpunan peta pemikiran i-THINK, rajah, jadual dan gambar foto yang jelas. Di samping itu, pengetahuan tambahan disertakan berbentuk info tambahan, Kemahiran Berfi kir Aras Tinggi (KBAT) dan laman teknologi maklumat. Keseluruhan pengetahuan yang terkandung dalam buku ini membantu murid untuk menguasai ilmu pengetahuan (kognitif), kemahiran (psikomotor) dan nilai serta sikap (afektif). Terdapat tujuh (7) aktiviti dirangka khusus untuk meningkatkan kemahiran murid secara kerja kendiri. Aktiviti yang dirangka menggalakkan murid mencari penyelesaian masalah melalui kerjasama secara kolaboratif. Penulis berharap penghasilan buku teks mata pelajaran PERTANIAN Tingkatan Empat, Sekolah Menengah ini akan dapat memenuhi objektif yang disasarkan oleh KPM. Semoga buku ini berupaya melonjakkan modal insan yang cemerlang, bersifat kritis dan mampu menyumbang kepada modal insan yang cemerlang. Penulis v PENDAHULUAN
Melakukan uji kaji untuk mengesahkan sesuatu fakta. EKSPERIMEN Melakukan kerja amali untuk mengaplikasikan pengetahuan dan meningkatkan kemahiran. AKTIVITI Memberikan pengetahuan tambahan kepada murid dalam sesuatu tajuk. INFO TAMBAHAN Rumusan setiap unit yang dipelajari berkaitan pengeluaran poltri. REFLEKSI Rumusan setiap unit yang dipelajari berkaitan sains tanah. REFLEKSI Menguji tahap pemahaman murid berkaitan tajuk yang telah dipelajari. JANA MINDA Menggalakkan murid melayari laman web yang berkaitan dengan kandungan sesuatu tajuk. Dapatkan kod QR di: M l kk id l Laman ICT Imbasan kod QR membantu pengguna untuk terus melayari bahan berkaitan dengan cepat. Memberikan pengetahuan semasa berkaitan sains tanah. SUB TAJUK Memberikan pengetahuan semasa berkaitan dengan pengeluaran poltri. SUB TAJUK vi Menjelaskan keseluruhan kandungan iaitu Bab 1.0 Sains Tanah dan Bab 2.0 Pengeluaran Poltri. PETA KONSEP PENERANGAN IKON Menyediakan soalan yang merangsang kemahiran berfi kir murid. KBAT
Selepas mempelajari bab ini, murid akan dapat: 1. Menyatakan jenis tanah iaitu loam, liat, kelodak, pasir dan tanah organik. 2. Menerangkan sifat tanah daripada aspek daya memegang air, saiz, kumin, rongga udara, saliran dan kandungan nutrien. 3. Membezakan jenis tanah berdasarkan sifat tanah. 4. Mengkaji jenis tanah di tapak penanaman melalui kaedah makmal dan kaedah guna jari. 5. Mengklasifi kasikan jenis tanah di tapak penanaman berdasarkan sifat tanah. 6. Menerangkan jenis struktur tanah iaitu butir rapuh, berlapis, berblok, prismatik dan kolumnar. 7. Menerangkan kepentingan struktur tanah kepada pertumbuhan tanaman. 8. Menguji nilai pH sampel tanah dan tapak penanaman menggunakan meter pH. 9. Menunjuk cara kaedah memperbaiki keadaan tanah untuk menggalakkan pertumbuhan tanaman iaitu pemugaran, pengapuran, pembajaan, pengairan dan penyaliran. 10. Menerangkan jenis baja iaitu baja organik dan baja kimia. 11. Menjustifi kasikan kebaikan baja organik daripada aspek keadaan tanah, kadar penyerapan dan pegangan air, kandungan nutrien dalam tanah, kandungan mikrob dalam tanah dan ketersediaan nutrien. 12. Menghuraikan kesan sampingan baja organik daripada aspek pertumbuhan rumpai, penyebaran perosak dan perumah kepada perosak. 13. Mengkaji kaedah penghasilan larutan baja organik iaitu Fermented Plant Juices (FPJ) atau Fermented Fruit Juices (FFJ) atau Fish Amino Acid (FAA) atau Calcium Phosphate (CaP). 14. Menghasilkan satu larutan baja organik iaitu FPJ atau FFJ atau FAA atau CaP. 15. Menjustifi kasikan kebaikan penggunaan baja kimia daripada aspek menambah nutrien dalam tanah, kesan tindak balas dan nutrien khusus mengikut keperluan tanaman. 16. Menganalisis kesan penggunaan baja kimia berlebihan iaitu pencemaran tanah, keasidan tanah dan kos pembajaan. 17. Menghitung kuantiti nutrien yang terdapat dalam satu formulasi baja. 18. Menghitung kos baja dan kos satu program pembajaan tanaman. BAB SAINS TANAH 1.0 1
PETA KONSEP 2 SAINS TANAH Unit 1.1 TANAH • Defi nisi tanah • Jenis tanah dan sifat tanah • Tanah di tapak penanaman Unit 1.2 PEMULIHARAAN TANAH • Struktur tanah • pH tanah • Kaedah memperbaiki keadaan tanah Unit 1.3 BAJA DAN PEMBAJAAN • Jenis Baja • Pengiraan baja
3
TANAH UNIT 1.1 4
5
6 TANAH DI MALAYSIA Sistem klasifi kasi tanah yang digunakan di Malaysia adalah berdasarkan kepada Sistem Jabatan Pertanian Amerika Syarikat (USDA Soil Taxonomy). Sehingga kini, lebih daripada 240 siri tanah di Malaysia telah dikenal pasti dan disusun semula kepada 11 kumpulan berasaskan bahan induk, ciri utama tanah, landskap dan pembentukan tanah. Gambar foto 1.0 menunjukkan tanah yang terbentuk daripada batuan igneus dan batuan metamorfi k bergred tinggi. Antara kumpulan tanah ialah: 1. Tanah yang terbentuk daripada batuan igneus dan batuan metamorfi k bergred tinggi 2. Tanah yang terbentuk daripada batuan endapan dan batuan metamorfi k bergred rendah 3. Tanah laterit 4. Tanah yang terbentuk daripada aluvium lama 5. Tanah yang terbentuk daripada aluvium sungai terbaru 6. Tanah yang terbentuk daripada aluvium sungai hampir tua 7. Tanah asid sulfat dan potensi asid sulfat 8. Tanah BRIS (Beach Ridges Interspersed with Swales) 9. Tanah liat laut yang tidak berasid sulfat 10. Tanah organik (gambut) cetek 11. Tanah organik (gambut) yang sederhana dalam Gambar foto 1.0 Tanah yang terbentuk daripada batuan igneus dan batuan metamorfi k bergred tinggi Laman ICT Sains Tanah Sistem USDA Soil Taxonomy diperkenalkan pada tahun 1975. USDA ini dibangunkan oleh Jabatan Pertanian Amerika Syarikat yang direka bentuk bagi menyokong kajian tanah Amerika Syarikat. INFO TAMBAHAN PENGENALAN
7 DEFINISI TANAH Tanah boleh didefi nisikan sebagai bahan mineral dan organik yang terlerai pada permukaan bumi yang boleh menjadi media semulajadi untuk pertumbuhan tanaman dan menampung kehidupan. Komposisi tanah berbeza-beza antara satu lokasi dengan lokasi yang lain. Tanah merupakan asas penting dalam pertanian untuk penanaman pelbagai tanaman sama ada tanaman makanan, tanaman industri atau tanaman lain. Terdapat banyak jenis tanah terbentuk di muka bumi yang mempunyai pelbagai ciri untuk dipelajari. Tanah terbentuk daripada proses luluh hawa semenjak berjuta-juta tahun dahulu. Proses luluh hawa terbentuk hasil tindakan lima faktor pembentukan tanah ke atas bahan induk tanah. Antara lima faktor pembentukan tanah adalah: 1. Masa 2. Organisma 3. Iklim 4. Topografi 5. Bahan induk Tanah berbeza-beza disebabkan oleh perbezaan faktor utama yang bertindak ke atas bahan induk tanah. Pembentukan profi l tanah dapat dilihat pada Rajah 1.0 di bawah: Lapisan Profi l Tanah Rajah 1.0 Pembentukan profi l tanah Masa Iklim Organisma Topografi Bahan Induk Pembentukan Tanah Bahan Organik Tanah Atas Tanah Bawah Bahan Induk Laman ICT Pembentukan Profi l Tanah
8 Profi l tanah adalah keratan rentas tanah yang menampakkan lapisan tanah yang berbeza-beza. Lapisan tanah berbeza-beza daripada segi warna, tekstur, struktur, kandungan mineral dan bahan organik. Lihat Rajah 1.1 untuk mengetahui lapisan pro j g p p fi l tanah. Bahan Organik Tanah Atas Tanah Bawah Bahan Induk Rajah 1.1 Profi l tanah l tanah Bahan Organik - Mempunyai bahan organik yang terhasil daripada pereputan haiwan dan tumbuhan Tanah Atas - Lapisan ini merupakan bahan induk yang paling terluluh hawa - Mengandungi mineral, nutrien dan bahan organik - Terdapat sisa tumbuhan dan haiwan - Ketebalan 150mm merupakan lapisan paling subur - Pengudaraan baik dan warna tanah lebih gelap - Akar dapat tumbuh dengan baik - Tempat tinggal organisma tanah Tanah Bawah - Berada di bawah tanah atas dan kurang terluluh hawa berbanding tanah atas - Tanah lebih padat dan keras, menghalang pertumbuhan akar, pengaliran air - Tanah berwarna cerah - Mengandungi bahan terkumpul seperti mineral lempung yang terlarut resap daripada lapisan atas - Hanya sedikit organisma tanah yang tinggal di sini Batuan Induk - Bahan induk tanah mengalami sedikit proses luluh hawa Laman ICT Profi l Tanah PROFIL TANAH
9 Umumnya, tanah terdiri daripada komponen - komponen yang utama iaitu: 1. Bahan organik (5%) - Terhasil daripada pereputan sisa tumbuhan dan haiwan - Bahan organik yang terurai menjadi humus - Membekalkan nutrien untuk tumbuhan - Membantu membaiki sifat tanah 2. Udara (25%) - Rongga dalam tanah yang tidak terisi air akan diisi udara - Kandungan oksigen dan karbon dioksida dalam tanah berbeza-beza - Oksigen penting untuk respirasi akar dan organisma tanah 3. Air (25%) - Air penting untuk tumbuhan dan kehidupan organisma tanah - Kelebihan dan kekurangan air boleh memberi kesan buruk kepada tanah dan tumbuhan 4. Bahan mineral (45%) - Terhasil daripada proses luluh hawa batuan - Komponen utama tanah untuk medium pertumbuhan - Bersaiz pasir, kelodak dan liat Keempat-empat komponen tanah dapat dilihat pada Rajah 1.2. Apakah akan terjadi kepada tanah dan kesannya kepada tumbuhan sekiranya salah satu komponen kurang? Rajah 1.2 Komponen tanah Laman ICT Komponen tanah Udara (25%) Bahan Organik (5%) Air (25%) Bahan Mineral (45%) KOMPONEN TANAH
10 Secara umumnya tanah boleh diklasifi kasikan kepada lima jenis tanah. Rajah 1.3 menunjukkan jenis tanah. 1.1.1 JENIS DAN SIFAT TANAH Laman ICT Jenis Tanah JENIS TANAH PASIR KELODAK ORGANIK LOAM LIAT Rajah 1.3 Jenis tanah PENGENALAN Mengenal pasti tanah yang terdapat di sekitar anda, dan namakan jenis tanah mengikut Rajah 1.3.
11 Setiap jenis tanah mempunyai sifat yang berbeza-beza yang ditentukan oleh sifat tanah. Rajah 1.4 menunjukkan sifat tanah. DAYA MEMEGANG AIR Daya memegang air bermaksud daya atau kemampuan tanah untuk menyerap air mengikut tanah tersebut. Di dalam tanah, terdapat liang mikro dan makro yang boleh mengalirkan air. Air dipegang dengan lebih kuat oleh liang mikro berbanding liang makro. Bagi tanah tepu (saturated), kedua-dua liang dipenuhi air. Tanah yang bertekstur halus seperti tanah liat mempunyai daya pegangan air yang tinggi. Ini kerana ia mempunyai lebih banyak liang mikro. Tanah pasir mempunyai daya pegangan air yang rendah kerana kebanyakan liangnya adalah liang makro. Bahan organik dapat meningkatkan daya pegangan air pada tanah kerana lebih banyak liang mikro akan terbentuk dalam tanah yang mempunyai bahan organik yang tinggi. Contohnya, tanah berpasir yang mempunyai daya pegangan air yang rendah boleh diperbaiki dengan menambahkan bahan organik. Dalam tanah, air dipegang oleh daya tarikan tanah. Pada tanah kering, air dipegang dengan daya yang kuat dan memenuhi liang mikro. Dalam keadaan ini, pokok sukar menyerap air. Sebaliknya pada tanah basah, sebahagian besar air terletak di dalam liang makro. Air ini dipegang oleh daya yang rendah serta mudah diserap oleh akar pokok. Tanah Pasir Daya Memegang Rendah Tanah Loam Daya Memegang Sederhana Tanah Liat Daya Memegang Tinggi Laman ICT Daya memegang air Rajah 1.4 Sifat tanah SIFAT TANAH Daya Memegang Air Saiz Kumin Rongga Udara Saliran Kandungan Nutrien
12 RONGGA UDARA Rongga udara terdapat di antara kumin-kumin tanah dan akar tumbuhan. Kekurangan rongga udara boleh ditingkatkan dengan amalan pembajakan dan juga penambahan bahan organik. Rajah 1.5 menunjukkan rongga udara di antara kumin. Rajah 1.5 Rongga udara di antara kumin Jadual 1.0 Ciri-ciri kumin SAIZ KUMIN Agregat tanah terbentuk daripada saiz kumin yang berbeza-beza. Melalui proses pembentukan tanah, kumin-kumin tanah akan digabungkan mengikut bentuk tertentu. Berdasarkan jenis pembentukan tanah. Semasa proses pembentukan tanah, kumin-kumin tanah akan digabungkan mengikut bentuk tertentu berdasarkan jenis pembentukan tanah. Susunan agregat tanah penting kerana ia mempengaruhi pengudaraan, daya pegangan air dan saliran air dalam tanah. Jadual 1.0 di bawah menunjukkan perbezaan ciri kumin mengikut jenis tanah. Rongga udara Tanah Liat Tanah Kelodak Tanah Pasir Ciri-Ciri Saiz Kumin Kurang daripada 0.002mm 0.002mm hingga 0.05mm Lebih daripada 0.05mm Bentuk Kumin Kepingan nipis Tiada bentuk tetap Bulat atau tiada bentuk tetap Bercas Bercas atau Tidak Tidak Tidak Lempung silikat (mengandungi silika, aluminium dan magnesium) serta unsur-unsur lain Kandungan Kumin Kuarza Kebanyakannya kuarza Jenis Tanah
13 SALIRAN Saliran adalah pergerakan air ke dalam tanah. Ruang di dalam tanah membolehkan air meresap dan mengalir ke dalam tanah. Air mengalir ke dalam tanah melalui liang makro. Oleh sebab itu, tanah pasir yang mempunyai liang yang banyak mempunyai saliran air yang paling tinggi. Rajah 1.6 menunjukkan saliran air mengikut jenis tanah. Rajah 1.6 Saliran air mengikut jenis tanah Tanah Pasir Tanah Loam Tanah Liat KANDUNGAN NUTRIEN Nutrien makro diperlukan dengan jumlah yang banyak bagi pertumbuhan daun, bunga dan buah. Manakala, nutrien mikro diperlukan dengan jumlah yang sedikit bagi pertumbuhan akar dan pembekalan nutrien. Nutrien yang lengkap diperlukan untuk pertumbuhan tanaman. Rajah 1.7 menerangkan jenis nutrien yang diperlukan oleh tumbuhan. Nutrien Makro (Nutrien yang diperlukan Banyak) Nutrien Mikro (Nutrien yang diperlukan Sedikit) Nitrogen (N) Fosforus (P) Kalium (K) Kalsium (Ca) Magnesium (Mg) Sulfur (S) Rajah 1.7 Jenis nutrien Kuprum (Cu) Boron (B) Ferum (Fe) Mangan (Mn) Molibdenum (Mo) Klorin (Cl) Zink (Zn) JENIS NUTRIEN
14 TANAH LOAM Tanah loam ialah tanah yang mempunyai sifat fi zikal yang bersesuaian untuk penanaman. Jadual 1.1 menunjukkan sifat tanah loam. Jadual 1.1 Sifat tanah loam Daya Memegang Air Sederhana Saiz Kumin 0.002mm hingga 0.05mm Rongga Udara Sederhana Kandungan Nutrien Sederhana Tinggi Saliran Baik Tanah loam mempunyai kandungan pasir, kelodak dan lempung yang seimbang. Biasanya ia mengandungi kandungan liang mikro dan makro yang sama banyak. Oleh itu tanah loam mempunyai daya pegangan air dan saliran air yang baik. Tanah ini mengandungi banyak mikroorganisma dan rongga udara. Tanah loam mempunyai daya pengudaraan yang baik. Tanah loam menyerap air dengan baik dan mempunyai daya pegangan air yang tinggi. Hal ini dapat membantu saliran yang sempurna. Tanah loam merupakan tanah yang subur, gembur dan mengandungi banyak nutrien yang diperlukan oleh tanaman. Rajah 1.8 menunjukkan sifat tanah loam yang sesuai ditanam dengan pelbagai jenis tanaman. Sawi Terung Kacang Panjang Daya memegang air yang baik Subur, gembur dan banyak nutrien Mempunyai saliran baik TANAH LOAM Rajah 1.8 Tanah loam JENIS TANAH BERDASARKAN SIFAT TANAH Laman ICT Contoh tanaman di tanah loam
15 Padi Jagung Tebu Tanah liat mempunyai kumin yang sangat kecil dan rapat antara satu dengan lain. Saiz kuminnya kurang daripada 0.002mm dan mempunyai daya tarikan di antara molekul air dengan tanah yang tinggi. Tanah liat mempunyai daya memegang air yang tinggi. Pengudaraan kurang baik menyebabkan udara sangat kurang dalam tanah. Tanah ini juga mempunyai saliran yang rendah. Rajah 1.9 menunjukkan sifat tanah liat dan contoh jenis tanaman yang sesuai ditanam di tanah tersebut. TANAH LIAT Tanah liat bertekstur halus, melekit, mudah dibentuk, boleh dilentur ketika basah dan keras ketika kering. Sifat tanah liat dapat diketahui dalam Jadual 1.2. Daya Memegang Air Sangat Tinggi Saiz Kumin kurang daripada 0.002mm Rongga Udara Sangat Kecil Kandungan Nutrien Rendah Saliran Kurang Baik Jadual 1.2 Sifat tanah liat Basah, melekit, mudah dibentuk Daya pegangan nutrien yang tinggi Pengaliran air lambat dan keupayaan menakung air tinggi TANAH LIAT Rajah 1.9 Tanah liat Laman ICT Contoh tanaman di tanah liat Tanah liat mempunyai sifat keupayaan menakung air yang sangat tinggi. Berikan cadangan untuk menyelesaikan masalah tersebut.
16 Ubi Keledek Koko Kelapa Sawit TANAH KELODAK Tanah kelodak terbentuk dari kumin yang bersaiz sederhana kecil. Sifat-sifat yang ada pada tanah jenis ini menyebabkan beberapa jenis tanaman tertentu sahaja yang boleh ditanam. Jadual 1.3 menyatakan beberapa sifat tanah kelodak. Tanah kelodak mempunyai keupayaan menakung air yang tinggi. Saiz kumin kelodak lebih halus daripada pasir iaitu antara 0.002mm hingga 0.05mm. Sifat-sifat yang ada pada tanah jenis ini menyebabkan beberapa jenis tanaman tertentu sahaja yang boleh ditanam. Rajah 1.10 menunjukkan sifat tanah kelodak dan contoh jenis tanaman yang sesuai ditanam di tanah tersebut. Daya Memegang Air Tinggi Saiz Kumin 0.002mm hingga 0.05mm Rongga udara Kecil Kandungan Nutrien Sederhana Saliran Sederhana Baik Jadual 1.3 Sifat tanah kelodak Keupayaan menakung air sederhana tinggi Rasa licin bila basah Kandungan nutrien sederhana TANAH KELODAK Rajah 1.10 Tanah kelodak Tanah BRIS bermaksud ‘Beach Ridges Interspersed with swales’. Ia mengandungi pasir dan tidak berstruktur serta kurang daya penyimpanan air. Mempunyai pH sekitar 4.3-5.8. Sifatnya menyerupai tanah bekas lombong. Dengan menjalankan pengurusan tanah yang tertentu mungkin tanah ini dapat digunakan. INFO TAMBAHAN
17 Tembikai Kelapa Tembikai Susu Jadual 1.4 Sifat tanah pasir Daya Memegang Air Rendah Saiz Kumin Lebih 0.05mm Rongga Udara Sangat Besar Kandungan Nutrien Rendah Saliran Sangat Baik TANAH PASIR Tanah pasir mempunyai saiz kumin lebih 0.05mm. Tanah pasir bertekstur sangat kasar, besar dan longgar, kering dan berderai atau peroi menyebabkan pengaliran air yang cepat dan mudah. Tanah jenis ini menyerap air dengan cepat dan ia cepat kering. Daya pegangan dan takungan air tanah pasir adalah kurang menyebabkan cepat panas apabila terkena sinaran matahari. Tanah pasir boleh dibaiki dengan menambahkan bahan organik supaya sesuai untuk penanaman. Sifat tanah pasir dapat dilihat dalam Jadual 1.4. Manakala Rajah 1.11 menunjukkan sifat tanah pasir dan contoh jenis tanaman yang sesuai ditanam. Pengaliran air yang cepat Daya penyimpanan air yang rendah Kandungan nutrien rendah TANAH PASIR Rajah 1.11 Tanah pasir Laman ICT Contoh tanaman di tanah pasir Tanah pasir boleh dibaiki dengan menambahkan bahan organik. Terangkan bagaimana bahan organik membantu dalam hal ini.
18 Bawang Merah Bendi Nanas TANAH ORGANIK Tanah organik dikenali sebagai tanah gambut. Tanah organik berwarna perang gelap atau hitam. Tanah organik terbentuk daripada pereputan bahan organik seperti sisa tumbuhan dan haiwan. Sifat tanah organik dapat ditunjukkan dalam Jadual 1.5. Jadual 1.5 Sifat tanah organik Daya Memegang Air Sederhana Saiz Kumin Lebih 0.005mm Rongga Udara Besar Kandungan Nutrien Tinggi Saliran Baik Jadual 1.6 Jadual di bawah menunjukkan jenis-jenis tanah dengan sifatnya secara keseluruhan Tanah Ciri-Ciri Liat Kelodak Loam Organik Pasir Saiz Kumin Kurang daripada 0.002mm 0.002mm hingga 0.05mm 0.002mm hingga 0.05mm Lebih 0.005mm Lebih 0.05mm Saliran Kurang Baik Baik Sederhana Baik Baik Sangat Baik Kandungan Nutrien Rendah Sederhana tinggi Sederhana Tinggi Rendah Daya Pegangan Nutrien Sederhana Tinggi Sederhana Tinggi Tinggi Rendah Rongga Udara Sangat Kecil Kecil Sederhana Besar Sangat Besar Daya Memegang Air Sangat Tinggi Tinggi Sederhana Sederhana Rendah Tanah organik mempunyai kandungan air yang tinggi. Rajah 1.12 menunjukkan sifat tanah organik dan contoh jenis tanaman yang sesuai ditanam. Berwarna perang gelap atau hitam Kandungan nutrien tinggi Rongga udara besar TANAH ORGANIK Rajah 1.12 Tanah organik
19 TAJUK: Pengambilan sampel tanah di tapak penanaman BAHAN DAN ALATAN: Bekas plastik, sudip tangan, kertas dan pen ELEMEN KESELAMATAN SEMASA DI TAPAK PENANAMAN • Pastikan pemakaian kasut but semasa berada di tapak penanaman • Pemakaian sarung tangan diutamakan PROSEDUR KERJA 1. Kenal pasti kawasan 2. Ambil sampel tanah menggunakan sudip tanah 3. Masukkan sampel tanah ke dalam bekas plastik 4. Labelkan lokasi pengambilan tanah 5. Buat pemerhatian (gelap, berkilat dan sebagainya) 6. Rasa tanah dengan jari (melekit, licin, halus, kasar, berbatu) 7. Catat maklumat yang dikumpulkan dalam jadual laporan 8. Keringkan sampel tanah AKTIVITI 1 Laman ICT Eksperimen menentukan tekstur tanah menggunakan jari LAPORAN AKTIVITI Tanah Ciri-Ciri Sampel Tanah 1 Sampel Tanah 4 Sampel Tanah 3 Sampel Tanah 6 Gelap Licin Kasar Berkilat Halus Berbatu Melekit Sampel Tanah 2 Sampel Tanah 5 Jenis Tanah 1.1.2 TANAH DI TAPAK PENANAMAN KESIMPULAN: ____________________________________________________ ____________________________________________________ Senaraikan pendapat anda mengapakah pengambilan sampel tanah perlu dibuat.
20 EKSPERIMEN 1 TAJUK: Menguji keupayaan tanah memegang air BAHAN DAN ALATAN: Sampel tanah loam, tanah liat, tanah pasir, tanah kelodak, tanah organik, tanah dari tapak penanaman, corong turas, bikar, kertas turas, spatula, kelalang kon, jam randik, alat penimbang dan air PERKARA YANG PERLU DIPATUHI UNTUK MEMASTIKAN KEJAYAAN EKSPERIMEN • Keringkan tanah sebelum memulakan eksperimen • Pastikan kertas turas yang digunakan tidak koyak atau rosak • Pastikan kuantiti setiap sampel tanah dan air yang digunakan adalah sama banyak • Pengiraan masa yang sama digunakan untuk setiap jenis tanah LANGKAH EKSPERIMEN 1 2 Masukkan kertas turas ke dalam corong turas. Sediakan bahan-bahan dan peralatan eksperimen. 4 5 Catatkan masa sehingga air turun ke kelalang kon. Tuangkan 250 ml air ke dalam semua corong turas secara serentak. 3 Isikan 50 gm sampel tanah ke dalam semua corong turas. KEPUTUSAN EKSPERIMEN Tanah Pasir Tanah Kelodak Tanah Liat Tanah Dari Tapak Penanaman Tanah Loam Tanah Organik Bil Sampel Tanah Masa Air Habis Keluar Keupayaan Tanah Memegang Air Kuantiti Air yang Terkumpul Kuantiti Air yang Dipegang Oleh Tanah 1 4 3 6 2 5 KESIMPULAN:________________________________________________________________ __
21 PERKARA YANG PERLU DIPATUHI UNTUK MEMASTIKAN KEJAYAAN EKSPERIMEN • Keringkan tanah sebelum memulakan eksperimen • Pastikan kertas turas yang digunakan tidak koyak atau rosak • Pastikan kuantiti setiap sampel tanah dan air yang digunakan adalah sama banyak • Pengiraan masa yang sama digunakan untuk setiap jenis tanah EKSPERIMEN 2 TAJUK: Membandingkan kadar pengaliran air menerusi tanah BAHAN DAN ALATAN: Sampel tanah loam, tanah liat, tanah pasir, tanah kelodak, tanah organik, tanah dari tapak penanaman, corong turas, bikar, kertas turas, spatula, kelalang kon, jam randik, alat penimbang dan air LANGKAH EKSPERIMEN KESIMPULAN:____________________________________________________________ 1 2 Masukkan kertas turas ke dalam corong turas. Sediakan bahan-bahan dan peralatan eksperimen. 4 5 Catatkan masa air mula keluar dalam kelalang kon sehingga air habis keluar. Tuangkan 250 ml air ke dalam semua corong turas dan mula ambil masa. 3 Isikan 50 gm sampel tanah ke dalam semua corong turas. KEPUTUSAN EKSPERIMEN Bil Sampel Tanah 1 4 Tanah Pasir Tanah Kelodak 3 6 Tanah Liat Tanah Dari Tapak Penanaman Masa Air Mula Keluar 2 5 Tanah Loam Tanah Organik Masa Air Habis Keluar __
22 Sifat fi zikal tanah mampu mempengaruhi pertumbuhan tanaman. Ia merangkumi tiga ciri fi zikal iaitu: 1. Tekstur Tanah 2. Warna Tanah 3. Struktur Tanah Tanah yang sesuai untuk tanaman tidak mengandungi batu (terutama sekali laterit), mempunyai kandungan air yang mencukupi, saliran yang baik dan struktur yang baik supaya pertukaran gas tidak tersekat. TEKSTUR TANAH Tekstur tanah merujuk kepada peratus kandungan kumin-kumin pasir, kelodak dan liat dalam tanah. Tekstur tanah penting bagi kesuburan tanah. Tekstur tanah dapat dikesan melalui cara merasa dengan menggunakan jari atau melalui kaedah mendapan. Nama-nama tekstur tanah diberikan mengikut peratusan komposisi kumin tanah. Tanah yang mempunyai banyak liat dan mengandungi sedikit pasir dinamakan tanah liat berpasir. Tanah loam mempunyai kandungan kumin yang seimbang. Tekstur tanah boleh ditentukan dengan menggunakan Segi Tiga Tekstur Tanah iaitu Sistem Pengelasan Tanah Jabatan Pertanian Amerika Syarikat (USDA). Ia merupakan rajah yang digunakan untuk mengklasifi kasikan tanah berdasarkan peratus komposisi dan saiz kumin. Diameter kumin mengikut kelas tekstur tanah dapat dilihat pada Jadual 1.7. Jadual 1.7 Diameter kumin mengikut kelas tekstur tanah Bil Nama Pisahan Tanah Diameter Kumin Mengikut Jabatan Pertanian Amerika Syarikat (sistem USDA)(diubahsuai) 1 Pasir sangat kasar 3 Pasir sederhana kasar 5 Pasir sangat halus 2 Pasir kasar 4 Pasir halus 6 Kelodak 7 Liat 2.00-1.00mm 0.50-0.25mm 0.10-0.05mm 1.00-0.50mm 0.25-0.10mm 0.05-0.002mm Kurang daripada 0.002mm Sumber: Jabatan Pertanian Amerika Syarikat Laman ICT Pengelasan diameter kumin SIFAT FIZIKAL TANAH
23 Rajah 1.13 Segi Tiga Tekstur Tanah Sistem Jabatan Pertanian Amerika Syarikat (USDA) Tanah Liat Tanah Liat pasir Loam tanah liat Loam tanah liat berpasir peratus liat peratus kelodak Loam berpasir 10 90 80 70 60 50 40 30 20 10 10 20 30 40 60 70 80 90 100% kelodak 100% pasir 50 50 60 40 70 30 80 20 90 100% Liat Loam Loam berkelodak Kelodak Pasir loam Pasir Liat berkelodak Loam tanah liat berkelodak peratus pasir Laman ICT Penerangan USDA CARTA SEGI TIGA TEKSTUR TANAH Rajah 1.13 menunjukkan Segi Tiga Tekstur Tanah Sistem Jabatan Pertanian Amerika Syarikat (USDA). INFO TAMBAHAN % Tanah Liat % Kelodak % Pasir 100 100 0 0 100 0
24 CARA MENGGUNAKAN SEGI TIGA TEKSTUR TANAH Tanah Liat Tanah Liat berpasir Loam tanah liat Loam tanah liat berpasir peratus liat peratus kelodak Loam berpasir 10 90 80 70 60 50 40 30 20 10 10 20 30 40 60 70 80 90 100% kelodak 100% pasir 50 50 60 40 70 30 80 20 90 100% Liat Loam Loam berkelodak Kelodak Pasir loam Pasir Tanah liat berkelodak Loam tanah liat berkelodak peratus pasir 3 2 1 Segi tiga tekstur tanah terdiri daripada tiga sempadan, iaitu peratus tanah liat di sebelah kiri, peratus kelodak di sebelah kanan dan peratus pasir di sebelah bawah. Setiap sempadan mempunyai bacaan yang bermula dengan sifar hingga seratus peratus. Contoh: Langkah pertama: • Andaikan bahawa peratus pasir dibaca terlebih dahulu. • Tentukan titik 66 peratus pasir pada sempadan bawah segi tiga tekstur dengan menggaris dan membacanya dari kanan ke kiri. Langkah kedua: • Kemudian tentukan titik 20 peratus kelodak dari sempadan kelodak di sebelah kanan dan buat garisan. • Kemudian tentukan titik 14 peratus liat dari sempadan liat di sebelah kiri dan gariskan menghala ke kanan dan buat garisan. Langkah ketiga: • Garisan peratus pasir, peratus kelodak dan peratus liat akan bertemu di dalam satu petak kelas tekstur. Langkah keempat: • Maka cantuman tiga garisan menjurus pada loam tanah liat berpasir. Tiga nilai pisahnya telah memadai untuk menentukan kelas tekstur tanah. • Kelas tekstur tanah ditentukan dengan membaca nama bagi petak kelas tekstur itu. Jenis tanah Bacaan % Kelodak 20 Pasir 66 Liat 14
25 EKSPERIMEN 3 TAJUK: Menentukan tekstur tanah melalui kaedah mendapan BAHAN DAN ALATAN: Tiga jenis sampel tanah dari tapak penanaman, bikar, balang gas, spatula, pembaris dan air PERKARA YANG PERLU DIPATUHI UNTUK MEMASTIKAN KEJAYAAN EKSPERIMEN • Pastikan kuantiti setiap sampel tanah dan air yang digunakan adalah sama banyak • Goncang campuran sehingga sebati • Biarkan campuran yang digoncang semalaman LANGKAH EKSPERIMEN 1 2 Sediakan bahan-bahan dan peralatan eksperimen. 5 Ukur ketinggian setiap pisahan mendapan tanah dan keseluruhan pisahan tanah. 6 Catatkan ke dalam jadual dan hitung peratus pisahan tanah. 4 Goncangkan campuran secara perlahan-lahan sehingga kumin tanah terpisah dan biarkan semalaman di atas meja yang rata. 7 Tentukan kelas tekstur tanah dengan menggunakan segi tiga tekstur tanah USDA. KEPUTUSAN EKSPERIMEN Bil Sampel Tanah Ketinggian Lapisan Tanah (cm) Peratus Jenis Tekstur Tanah 1 Sampel Tanah 1 2 Sampel Tanah 2 3 Sampel Tanah 3 Lapisan Tanah Liat Kelodak Pasir Liat Kelodak Pasir Liat Kelodak Pasir Pada pendapat anda, mengapakah campuran yang telah digoncangkan dibiarkan semalaman? Bincangkan. 3 Isikan air ke dalam balang gas sehingga penuh dan tutup mulut balang gas. 3 4 Masukkan sampel tanah ke dalam balang gas dengan menggunakan spatula sehingga penuh. 1 4
26 EKSPERIMEN 4 TAJUK: Menentukan tekstur tanah melalui kaedah medan (rasa guna jari) BAHAN DAN ALATAN: Sampel tanah loam, tanah liat, tanah pasir, tanah kelodak, tanah organik, tanah dari tapak penanaman, bikar, alat penimbang, dulang dan air PERKARA YANG PERLU DIPATUHI UNTUK MEMASTIKAN KEJAYAAN EKSPERIMEN • Sampel tanah yang diambil adalah dalam keadaan kering • Pastikan penggunaan air mencukupi untuk membentuk tanah 1 Timbang 50 gm sampel enam jenis tanah di dalam bekas untuk membentuk rod. 2 Lembapkan 50 gm tanah dengan air secukupnya. 3 Bentukkan tanah menjadi rod. 5 Ulang langkah seperti di atas dengan sampel tanah yang lain. Tanah Pemerhatian Loam Liat Kelodak Pasir Organik Tanah di Tapak Penanaman Rod tidak dapat dibentuk Rod dapat dibentuk Rod yang dibentuk retak-retak Rod yang dibentuk terlalu lembut 4 Perhatikan hasil tekstur tanah melalui kaedah medan (rasa guna jari). Pasir Liat Loam KESIMPULAN:_____________________________________________________________ KEPUTUSAN EKSPERIMEN ___ h Bolehkah rod dibentuk apabila tanah loam diuli dengan campuran tanah liat? Bincangkan.
27 EKSPERIMEN 5 TAJUK: Menentukan tekstur tanah melalui kaedah medan (rasa guna jari) BAHAN DAN ALATAN: Sampel tanah loam, tanah liat, tanah pasir, tanah kelodak, tanah organik, tanah dari tapak penanaman, bikar, alat penimbang, dulang dan air 1 Timbang 50 gm sampel enam jenis tanah di dalam bekas untuk membentuk rod. 2 Lembapkan 50 gm tanah dengan air secukupnya. 3 Bentukkan tanah menjadi seperti cincin. Hasil tanah yang dibentuk diletakkan mengikut label untuk pemerhatian. 4 Pasir Liat Loam PERKARA YANG PERLU DIPATUHI UNTUK MEMASTIKAN KEJAYAAN EKSPERIMEN • Sampel tanah yang diambil perlu dalam keadaan kering • Pastikan penggunaan air mencukupi untuk membentuk tanah KESIMPULAN:_____________________________________________________________ Tanah Pemerhatian Loam Liat Kelodak Pasir Organik Tanah di Tapak Penanaman Cincin tidak dapat dibentuk Cincin dapat dibentuk Cincin yang dibentuk retak-retak Cincin yang dibentuk terlalu lembut KEPUTUSAN EKSPERIMEN ___
28 WARNA TANAH Warna yang wujud pada sesuatu tanah menggambarkan kandungan bahan organik, mineral, saliran tanah, aktiviti organisma, kesuburan tanah dan bahan induk. Warna tanah di sebuah kawasan juga berbeza-beza dengan warna tanah di lokasi lain. Kebanyakan tanah di lereng bukit berwarna merah yang menunjukkan kehadiran ferum yang teroksida. Manakala, tanah di kawasan terendam air atau tanah yang salirannya tidak baik berwarna kelabu. Ini menunjukkan kehadiran ferum yang terturun. Jadual 1.8 menunjukkan perkaitan antara warna dengan keadaan tanah. Kajian mendapati bahawa tanah yang berwarna gelap atau hitam keperangan mempunyai kesuburan yang tinggi. Ini kerana tanah yang berwarna gelap atau hitam keperangan mengandungi bahan organik, udara dan mempunyai jumlah nitrogen yang tinggi. Tanah ini sangat bersesuaian untuk aktiviti pertanian kerana kurang terdedah kepada hakisan. Tanah yang berwarna pudar atau kekuningan mempunyai keadaan fi zikal yang berlawanan dengan tanah berwarna gelap. Manakala, tanah berwarna sederhana gelap atau perang kekuningan mempunyai keadaan fi zikal yang sederhana subur. Warna Gelap (Hitam Keperangan) Bahan organik Tinggi Sederhana Rendah Hakisan Rendah Sederhana Tinggi Pengudaraan Tinggi Sederhana Rendah Ketersediaan nitrogen Tinggi Sederhana Rendah Kesuburan Tinggi Sederhana Rendah Keadaan Tanah Sederhana Gelap (Perang Kekuningan) Pudar (Kekuningan) Jadual 1.8: Perkaitan antara warna dengan keadaan tanah
29 Jadual 1.9 di bawah menunjukkan ciri-ciri tanah berdasarkan warnanya. Kebanyakan tanah tropika berwarna merah. Walau bagaimanapun, warna ini mungkin berbeza-beza iaitu warna merah hingga kekuningan. Keadaan ini menunjukkan bahawa tahap saliran dan pengudaraan berbeza dalam tanah-tanah tersebut. WARNA TANAH CIRI-CIRI TANAH BERDASARKAN WARNA Merah • Kandungan ferum oksida • Saliran dan pengudaraan baik • Terdapat di lereng bukit • Sesuai untuk tanaman getah dan kelapa sawit Perang • Kandungan ferum oksida dan bahan organik • Saliran baik • Subur Kelabu • Ferum oksida dan oksigen kurang • Kandungan ferum terturun • Saliran kurang baik dan menakung air • Sesuai untuk tanaman padi Kehitam - hitaman • Kandungan mangan oksida atau bahan organik tinggi • Menakung air dan pH rendah • Bahan organik lambat reput kerana kurang oksigen • Tidak mampu memberi sokongan kepada tumbuhan besar • Sesuai untuk tanaman nanas dan sayuran Kuning • Ferum oksida berpadu dengan air • Saliran baik • Lebih lembap berbanding tanah merah Putih • Tanah ini mempunyai banyak kandungan liat dikenali sebagai kaolinit Jadual 1.9 Ciri-ciri tanah berdasarkan warnanya Cara membaca carta warna Munsell. Warna tanah ditetapkan dengan carta warna Munsell. Setiap warna ditentukan oleh 3 parameter: i. Hue = H (spektrum warna paling dominan) ii. Value = V (kecerahan-kegelapan: putih-hitam) iii. Chroma = C (kemurnian atau kekuatan warna) Cara menulis notasi warna Munsell adalah seperti berikut: H V/C Contohnya: Jika tanah mempunyai nilai H=2.5YR, V=6 dan C=4. Maka notasi warna Munsell bagi tanah ini adalah 2.5YR6/4. a t Chroma • Menunjukkan darjah perubahan warna daripada warna neutral pada nilai yang sama. Barisan bawah menunjukkan 0 tetapi tidak ada barisan atas. Dalam tanah, Chroma jarang melebihi 8. Buku Munsell berfungsi sebagai rujukan untuk membuat perbandingan antara jenis tanah daripada segi aspek warna yang spesifi k (Hue), nilai kegelapan atau kecerahan warna tanah (Value) dan tahap intensiti tanah (Chroma). INFO TAMBAHAN CARTA WARNA MUNSELL (SOIL COLOUR CHART SYSTEM) Hue • Adalah satu elemen dalam roda warna yang digunakan untuk menunjukkan nama warna(warna asas). Value • Menunjukkan kecerahan sesuatu warna bermula dari 0 (hitam) sampai 10 (putih).
30 EKSPERIMEN 4 TAJUK: Kaedah menentukan warna tanah dengan menggunakan carta warna Munsell BAHAN DAN ALATAN: Sampel tanah iaitu tanah loam, tanah liat, tanah pasir, tanah kelodak, tanah organik, tanah dari tapak penanaman, corong turas, bikar, kertas turas, spatula, kelalang kon, air dan carta warna Munsell LANGKAH BAGI MEMASTIKAN KEJAYAAN AMALI • Keringkan tanah sebelum memulakan eksperimen • Pastikan kertas turas yang digunakan tidak koyak atau rosak 1 2 3 Sediakan bahan-bahan dan peralatan. Ambil 20 gm sampel enam jenis tanah di dalam bekas yang berlainan. Basahkan sampel tanah dengan air sehingga tanah menyerap air. Ambil sampel tanah yang basah dengan spatula dan tentukan warna tanah mengikut langkah demi langkah dengan menggunakan carta warna Munsell. KESIMPULAN:________________________________ ________________________________ Laman ICT Cara menggunakan carta warna Munsell dengan sampel tanah. KEPUTUSAN EKSPERIMEN Bil Sampel Tanah Warna Tanah 1 Tanah Pasir 3 Tanah Liat 2 Tanah Loam 4 Tanah Kelodak 5 Tanah Organik 6 Tanah dari Tapak Penanaman ___ ___
31 REFLEKSI 1.1 TANAH Jenis Tanah Sifat Tanah Daya Memegang Air Rongga Udara Saiz Kumin Saliran Tanah Loam Tanah Kelodak Tanah Liat Tanah Pasir Tanah Organik Kandungan Nutrien
32 JANA MINDA 1. Rajah 1 menunjukkan lapisan profi l tanah. Labelkan lapisan tersebut. Rajah 1 Jawab soalan berikut. i) ii) iii) iv) Air 25% Y 45% X 25% Z 5% Rajah 2 2. Rajah 2 menunjukkan peratus komponen tanah lazim. Nyatakan jenis komponen tanah tersebut. (i) X (25%) ialah: …………………………………………….. (ii) Y (45%) ialah:……………………………………………... (iii) Z (5%) ialah:……………………………………………… … 3. Nyatakan tiga jenis tanah yang terdapat di sekitar sekolah anda. i. …………………………………...... ii. …………………………………...... iii. …………………………………...... … … …
33 U Loam V Liat W Pasir X Organik 4. U, V, W dan X adalah jenis tanah, padankan peranannya dengan menulis, U, V, W atau X pada petak yang disediakan. Basah, melekit dan mudah dibentuk Saiz kumin yang paling besar Kandungan nutrien yang tinggi Mempunyai saliran yang sempurna Rajah 3 5. Tandakan ( ) bagi pernyataan yang betul dan (X) bagi pernyataan yang salah berkaitan sifat tanah loam. 1 Daya memegang air yang baik 2 Ruang rongga yang sangat besar 3 Saliran yang kurang baik 4 Kandungan nutrien yang sederhana tinggi 6. Terangkan ciri tanah bagi warna tanah berikut: Bil Warna Tanah Ciri-Ciri Tanah Berdasarkan Warna 1 Merah 2 Kelabu 3 Kuning Jadual 1 7. Berdasarkan Rajah 3, sejenis tanah mengandungi 20% kelodak dan 30% pasir a. Hitungkan peratus kandungan liat. b. Tandakan dua garisan untuk menentukan tekstur tanah pada Rajah 3. c. Nama tekstur tanah: ……………………………………………………….. e ……
PEMULIHARAAN TANAH UNIT 1.2 34
35 Kejayaan dan kegagalan hasil tanaman petani selalunya bergantung kepada kesuburan tanah yang dimiliki. Hal ini disebabkan tanah dapat menentukan jenis tanaman yang bersesuaian untuk ditanam dan mempengaruhi pertumbuhan hasil tanaman. Kesuburan tanah perlu dijaga supaya daya pengeluaran tanah berada pada tahap yang optimum. Membaik pulih tanah bermaksud menambah sesuatu ke dalam tanah agar tanah tersebut berkualiti dan kaya dengan nutrien. Pengurusan dan membaik pulih tanah yang betul perlu dipraktikkan sebelum aktiviti penanaman dijalankan. Perkara ini bukan sahaja penting bagi keperluan tanaman tetapi juga dapat memulihara kesuburan dan kandungan nutrien tanah supaya aktiviti penanaman pada musim seterusnya dapat meningkatkan hasil yang memuaskan. Pengetahuan berkaitan tanah seperti tahap kesuburan, kemasaman dan keasidan merupakan kelebihan kepada petani dalam usaha meningkatkan hasil tanaman kerana setiap tanah mempunyai tahap kesuburan yang berbeza-beza bergantung kepada jenis tanah bagi sesebuah kawasan penanaman. Jadual 1.10 menunjukkan tanah-tanah bermasalah di Malaysia. Jadual1.10 Tanah bermasalah di Malaysia PENGENALAN Tanah Liat Tanah liat ialah tanah yang mengandungi kandungan liat yang tinggi. Kandungan liat yang tinggi menyebabkan tanah itu menjadi lekit apabila basah dan keras apabila kering. Jenis tanah ini mempunyai saliran yang kurang baik kerana mempunyai kadar peresapan air yang rendah. Tanah ini juga sukar digemburkan Tanah Asid Sulfat Merupakan sejenis tanah yang mengandungi tanah liat dengan kurang daripada pH 3 .5. Kandungan aluminium dan ferum yang tinggi menyebabkan tanah ini kurang subur Tanah Gambut Tanah gambut mempunyai kandungan bahan organik yang tinggi dan saliran yang kurang baik. Tanah ini kurang memberi sokongan kepada akar pokok untuk membesar. Tanah ini berasid dan kekurangan beberapa nutrien mikro seperti kuprum, mangan, zink, ferum, molibdenum dan boron Tanah Bekas Lombong Mengandungi 80% pasir dan tidak berstruktur. Tanah bekas lombong terdiri daripada mineral kuarza dan tidak mengandungi air yang banyak kerana peratus ruang rongga yang banyak Tanah BRIS (Beach Ridges Interspersed with Swales) Tanah BRIS mempunyai kandungan pasir yang tinggi dan tidak berstruktur. Keupayaan memegang air rendah, manakala kadar larut resap tinggi. Kandungan nutrien dan aktiviti biologi juga rendah. Tanah Bermasalah di Malaysia
36 Rajah 1.14 menunjukkan kaedah pemuliharaan tanah yang boleh dilaksanakan melalui amalan pertanian. PERTANIAN PEMULIHARAAN TANAH Pertanian Pemuliharaan Tanah ialah konsep pertanian tanpa pembajakan (no til farming). Tanaman dibenarkan untuk kekal dan tidak dibajak sehingga musim berakhir. Amalan ini dapat memulihara tanah supaya kekal di tempat asal tanpa menjadi tanah lapang yang terdedah kepada angin dan air. PERTANIAN TERES Pertanian teres ini menggunakan topografi tanah untuk memperlahankan aliran air melalui satu siri teres. Amalan ini bertujuan untuk mengeluarkan air hujan daripada mengalir terus menerusi lereng-lereng bukit. Teres juga berfungsi untuk memperlahankan larian air. Gambar foto1.1 menunjukkan tanaman kelapa sawit secara teres. Gambar foto 1.1 Pertanian teres Rajah 1.14 Kaedah pemuliharaan tanah Mengekalkan pH Tanah Pertanian Teres Membuat Sungkupan Pertanian Kontur Penghutanan Semula Pertanian Pemuliharaan Tanah KAEDAH PEMULIHARAAN TANAH Laman ICT Kaedah pemuliharaan tanah KAEDAH PEMULIHARAAN TANAH
37 PERTANIAN KONTUR Pertanian kontur dilakukan untuk kawasan di lereng-lereng bukit yang ditanam dengan pokok getah dan kelapa sawit. Amalan ini boleh menghalang air hujan daripada turun di sepanjang lereng bukit. Gambar foto 1.2 menunjukkan amalan pertanian kontur yang dijalankan di Malaysia. MEMBUAT SUNGKUPAN Bahan seperti jerami padi, rumput kayu, plastik penutup batas (silvershine plastic) boleh dijadikan sungkupan di atas permukaan tanah untuk melindungi tanah daripada timpaan air hujan dan memelihara kesuburan tanah. PENGHUTANAN SEMULA Penghutanan semula ialah menanam semula hutan yang telah ditebang dengan spesies pokok yang cepat tumbuh dan bermutu. Kaedah ini merupakan penyelesaian jangka panjang kepada masalah hakisan tanah. MENGEKALKAN pH TANAH pH tanah boleh dikekalkan dengan cara pengapuran, penggunaan bahan organik dan mengamalkan kaedah pertanian yang sistematik. Gambar foto 1.2 Pertanian kontur Jabatan Pertanian telah menyediakan satu peta risiko hakisan tanah Semenanjung Malaysia yang disediakan berasaskan ‘Universal Soil Loss Equation’. Maklumat yang terdapat dalam peta ini membolehkan perancang menilai potensi bencana hakisan tanah dan mengesyorkan langkah-langkah pemuliharaan tanah yang perlu untuk mengurangkan hakisan tanah. Sumber: Bahagian Pengurusan dan Pemuliharaan (Sumber Tanah Jabatan Pertanian). INFO TAMBAHAN
38 Butir Rapuh Struktur butir rapuh ialah lapisan tanah bahagian atas yang mempunyai bahan organik. Ia bersaiz kecil dan tidak terikat antara agregat. Struktur berbutir mempunyai ruang liang yang paling banyak berbanding dengan mana-mana struktur. Berlapis Struktur berlapis berbentuk lempeng (platy) dan mempunyai ruang liang yang sedikit. Berblok Struktur berblok ini berbentuk kubus yang tidak sekata, menggalakkan pertumbuhan akar, mempunyai pengudaraan dan saliran yang baik. Prismatik Struktur tanah prismatik berbentuk prisma dengan sebahagian atasnya mendatar atau berbentuk tunggul. Kolumnar Struktur kolumnar berbentuk seperti tiang dengan puncak yang berbentuk agak bulat. Ciri-ciri struktur tanah yang baik: 1.2.1 STRUKTUR TANAH Struktur tanah ialah susunan kumin tanah yang terdiri daripada pasir, kelodak dan liat yang membentuk agregat tanah. Melalui proses pembentukan tanah, kumin-kumin dalam tanah akan bergabung mengikut bentuk tertentu berdasarkan keadaan sesuatu kawasan itu. Susunan kumin-kumin ini dinamakan agregat tanah yang wujud dalam pelbagai bentuk. Struktur tanah penting dalam pertumbuhan tanaman, saliran, pengudaraan dan ketumpatan tanah. Tanah berstruktur baik adalah lebih subur, mempunyai struktur mekanikal tanah yang tersusun dan dilengkapi dengan nutrien tumbuhan serta dapat mengeluarkan hasil yang optimum. Lihat Rajah 1.15 untuk mengetahui ciri-ciri tanah dengan struktur yang baik. Rajah 1.15 Ciri-ciri struktur tanah yang baik Lapisan nipis air mengisi liang halus dalam agregat Ruang besar antara agregat yang membenarkan resapan gas dan pengaliran air Agregat tanah (gabungan kumin-kumin tanah) JENIS STRUKTUR TANAH
39 Rajah 1.16 Jenis struktur tanah JENIS STRUKTUR Butir rapuh Berlapis Berblok Kolumnar Prismatik Laman ICT Struktur tanah dan jenis struktur. Pelbagai bentuk jenis struktur tanah ditunjukkan dalam Rajah 1.16.
40 MENCEGAH HAKISAN TANAH Struktur tanah yang baik menambahkan daya tanah daripada kerosakan fi zikal disebabkan oleh hakisan. Pencegahan hakisan dan pengawalan hakisan boleh dibuat dengan: 1. Melindungi permukaan tanah daripada timpaan hujan atau larian air 2. Mengelakkan pengaliran air melalui saluran sempit 3. Mengurangkan kelajuan larian air melalui amalan seperti membina teres, menanam mengikut kontur atau membuat sungkupan AIR BERLEBIHAN MUDAH DIALIRKAN Struktur tanah yang baik mengandungi rongga antara agregat yang membenarkan air dan udara meresap dengan mudah. Keadaan ini menghalang air daripada bertakung. Oleh itu air yang berlebihan mudah dialirkan. Tanah yang bertekstur kasar seperti tanah pasir membenarkan air mengalir dengan mudah. MENGEKALKAN DAYA PEGANGAN AIR TANAH Struktur tanah membolehkan air diserap. Daya pegangan air juga bergantung kepada saiz kumin dan kepadatan liang dalam struktur tanah. Struktur tanah berlapis biasanya menghalang saliran, manakala berbutir membantu dalam saliran. MEMPERBAIKI PENGUDARAAN TANAH Penggabungan struktur tanah yang berbeza-beza dapat menambah dan memperbaiki pengudaraan tanah serta menunjukkan kapasiti air dalam tanah. MENCEGAH KEPADATAN TANAH Tanah yang mempunyai bahan organik yang tinggi akan menjadikan struktur tanah longgar dan tidak padat. Rajah 1.17 Kepentingan struktur tanah Mencegah Kepadatan Tanah Mengekalkan Daya Pegangan Air Tanah Mencegah Hakisan Tanah Air Berlebihan Mudah Dialirkan Memperbaiki Pengudaraan Tanah KEPENTINGAN STRUKTUR TANAH KEPENTINGAN STRUKTUR TANAH Rajah 1.17 menunjukkan kepentingan struktur tanah.
41 1.2.2 pH TANAH Tanah tropika biasanya bersifat asid kerana mengalami larut resapan keterlaluan akibat kesan hujan yang lebat. Setiap unit perubahan pH akan melibatkan perubahan sepuluh kali ganda ke atas kepekatan ion hidrogen (H+ ). pH tanah menunjukkan kealkalian atau keasidan tanah tersebut. Ianya diukur dengan menggunakan skala pH antara pH 0 hingga pH 14. Nilai pH tanah ditentukan oleh kepekatan ion hidrogen (H+ ). Tanah yang mempunyai pH yang kurang daripada pH 7 bermaksud ianya berasid dan lebih daripada pH 7 ialah bersifat alkali. Maklumat julat pH tanah ini ditunjukkan dalam Rajah 1.18. Jumlah keasidan atau kealkalian dalam tanah mampu mengubah sifat-sifat tanah sama ada sifat kimia, biologi atau fi zik. Gambar foto 1.3 menunjukkan alat digital yang digunakan untuk mengukur pH tanah. Gambar foto 1.3 Kaedah mengukur pH tanah menggunakan meter pH digital Rajah 1.18 Julat pH tanah Julat pH tanah Semakin Berasid Semakin Beralkali Rajah 1.19 Faktor yang mempengaruhi pH tanah Pereputan Bahan Organik Respirasi Akar dan Organisma Tanah Penggunaan Baja Penambahan Asid Karbonik dan Asid Nitrik Jenis Bahan Induk Larut Resapan FAKTOR YANG MEMPENGARUHI pH TANAH pH tanah dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1.19. Laman ICT pH tanah FAKTOR YANG MEMPENGARUHI pH TANAH Jika keasidan tanah semakin tinggi, apakah kesannya kepada tanah? Terangkan.
42 JENIS BAHAN INDUK Banyak tanah di Malaysia berasal daripada batu granit. Batu granit mengandungi mineral seperti kuarza, felspar dan mika yang mengandungi aluminium dan silika. Aluminium mengalami tindak balas hidrolisis dalam tanah lalu mengeluarkan ion hidrogen (H+ ) yang dapat menurunkan pH tanah. Oleh itu tanah yang berasal daripada bahan induk batu granit adalah berasid. LARUT RESAPAN Pengeluaran mahupun kehilangan bahan kation berbes seperti ion magnesium (Mg2+), ion kalium(K+ ) dan ion kalsium(Ca2+) melalui larut resapan menyebabkan penurunan pH tanah. Kation berbes yang larut resap ini akan digantikan oleh ion hidrogen (H+ ). Kehadiran ion hidrogen menyebabkan tanah berasid. PENGGUNAAN BAJA KIMIA SEPERTI AMMONIA SULFAT Apabila baja ammonia sulfat dicampur dengan tanah, ion ammonia NH+ akan dioksidakan kepada ion nitrat NO-3 dan ion hidrogen H+ melalui proses nitrifi kasi. Ion H+ akan menurunkan pH tanah. PEREPUTAN BAHAN ORGANIK Apabila bahan organik mereput, pelbagai jenis asid organik akan terhasil dan menyebabkan pH tanah menjadi rendah. PENAMBAHAN ASID KARBONIK Karbon dioksida bertindak balas dengan air di atmosfera lalu membentuk asid karbonik. Asid ini akan menurunkan pH tanah. RESPIRASI AKAR DAN ORGANISMA TANAH Respirasi akar dan organisma tanah akan menghasilkan karbon dioksida. Gas ini akan bertindak balas dengan air lalu menghasilkan asid karbonik. PENGHASILAN GAS NITROGEN DIOKSIDA DAN NITROGEN OKSIDA Tindakan kilat di atmosfera menghasilkan gas nitrogen dioksida dan nitrogen oksida. Gas-gas ini dapat bertindak balas dengan air lalu menghasilkan asid nitrik. Asid nitrik turun bersama hujan, masuk ke dalam tanah dan menyebabkan tanah berasid. Ammonia (NH4 + ) + oksigen (O) ion nitrat (NO3 - ) + air (H2 O) + ion hidrogen (H+ ) Karbon dioksida (CO2 ) + air (H2 O) Asid karbonik (H2 CO3 ) Gas nitrogen oksida (NO2 ) + air (H2 O) Asid nitrik (HNO3 ) Gas nitrogen dioksida (NO2 ) + air (H2 O) Asid nitrik (HNO3 )