93 Kebaikan dan Kelemahan Sistem Penternakan Penternakan ayam kampung secara komersial berbeza dengan penternakan ayam pedaging dan penelur. Penternakan ayam kampung boleh menggunakan kesemua sistem penternakan iaitu separa intensif, intensif atau integrasi. Walau bagaimanapun, ayam kampung sangat sesuai dengan sistem penternakan separa intensif disebabkan oleh habitat semula jadinya dan ketahanan penyakit. Kebaikan dan kelemahan sistem penternakan separa intensif dan intensif untuk ayam kampung adalah seperti di bawah: Kebaikan 1. Bentuk reban yang bebas 2. Ayam dibiarkan bebas atau lepas (keluar pagi dan masuk ke reban di waktu malam) 3. Ayam mencari makan tambahan sendiri 4. Kos dan penyelenggaraan yang murah 5. Kurang pengawasan Kelemahan 1. Kadar produktiviti rendah 2. Kehilangan ayam oleh pemangsa tinggi 3. Ayam menjadi liar dan tidak masuk ke dalam reban 4. Ayam bertelur dan menetaskan anak secara tidak terkawal SISTEM PENTERNAKAN SEPARA INTENSIF Kebaikan 1. Bentuk reban yang luas 2. Kadar produktiviti lebih baik 3. Ayam lebih senang diurus 4. Kehilangan ayam tidak terjadi kerana sepanjang masa di dalam reban Kelemahan 1. Jumlah ayam terhad dalam satu reban kecil atau sangkar iaitu seekor jantan bersamaan 6 ekor betina 2. Kos peralatan dan penyelenggaraan lebih tinggi 3. Kos pemberian makanan yang tinggi SISTEM PENTERNAKAN INTENSIF Perbezaan Sistem Separa Intensif dan Sistem Intensif Untuk Penternakan Ayam Kampung Komersial. Pemilihan sistem penternakan poltri bergantung kepada jenis ternakan. Terdapat empat faktor utama yang membezakan ketiga-tiga sistem penternakan poltri seperti ditunjukkan dalam Jadual 2.2. Jadual 2.2 Perbezaan jenis sistem penternakan Jenis Sistem Penternakan Sistem Pengurusan Keluasan Kawasan Penternakan Konsep Perumahan dan Reka Bentuk Kepadatan Ternakan Integrasi Sederhana Kawasan yang lebih luas Sederhana Sedikit/mengikut keluasan reban Sederhana Sederhana Reka bentuk reban lebih ringkas Banyak ternakan boleh diternak Separa Intensif Sistematik dan berteknologi Kecil Lebih Rumit Sedikit/mengikut keluasan reban Intensif
94 Pengeluaran hasil ternakan yang optimum memerlukan pemilihan sistem penternakan yang bersesuaian bertujuan memudahkan pengurusan harian ternakan, pengawalan dan pencegahan penyakit, keselamatan dan hasilan berkualiti. Rajah 2.3 menunjukkan faktor pemilihan sistem penternakan poltri. Ayam Pedaging dan Penelur-Sistem Penternakan Intensif Penternakan ayam pedaging dan ayam penelur sesuai menggunakan sistem penternakan intensif. Sistem ini membolehkan ternakan diawasi sepanjang masa dan memudahkan pengurusan seperti pemberian makanan dan minuman. Kawalan dan pencegahan penyakit juga lebih berkesan. Hasil ternakan diperoleh dengan cepat dan berkualiti. Rajah 2.4 menunjukkan perbezaan konsep perumahan ayam pedaging dan ayam penelur. Puyuh Pedaging dan Penelur-Sistem Penternakan Intensif Puyuh lebih sesuai menggunakan sistem penternakan intensif kerana pemberian makanan yang mudah dan tidak memerlukan pengawasan sepanjang masa. Puyuh juga tidak memerlukan kawasan luas dan berteknologi. Konsep rebannya lebih ringkas sama ada puyuh pedaging atau penelur. 2.1.2 PEMILIHAN SISTEM PENTERNAKAN POLTRI JENIS HASIL TERNAKAN Jenis hasil ternakan banyak mempengaruhi sistem penternakan poltri. Terdapat empat jenis ternakan poltri komersial iaitu ayam pedaging, ayam penelur, ayam kampung dan puyuh. Keutamaan sistem penternakan adalah berbeza bergantung kepada penternak. Jenis Hasil Ternakan Peringkat Umur Ternakan Bilangan Ternakan Kemampuan Kewangan PEMILIHAN SISTEM PENTERNAKAN POLTRI Rajah 2.3 Faktor pemilihan sistem penternakan poltri Rajah 2.4 Konsep perumahan ayam komersial Ayam pedaging akan berada di dalam reban sepanjang masa iaitu dari peringkat perindukan dan tumbesaran sehingga ke peringkat untuk dipasarkan Ayam penelur pula akan ditempatkan di dalam sangkar pada peringkat pengeluaran AYAM KOMERSIAL
95 PERINGKAT UMUR TERNAKAN Tumbesaran ternakan dibahagikan kepada peringkat perindukan, peringkat pembesaran dan peringkat pengeluaran. Sistem sarap tebal digunakan untuk keselesaan ternakan pada peringkat perindukan. Ternakan akan berada dalam kawasan kepungan dengan jumlah bilangan lebih kecil. Semasa peringkat pembesaran, ternakan bebas bergerak dalam kawasan reban. Manakala, ayam penelur ditempatkan di dalam sangkar apabila telah berada pada peringkat pengeluaran. Rajah 2.5 Sistem penternakan separa intensif untuk ayam kampung Ayam akan berada di dalam reban pada waktu malam Ayam akan berada di luar reban pada waktu siang BILANGAN TERNAKAN Jumlah ternakan yang banyak memerlukan pengawasan, keselamatan dan kawalan rapi. Sistem penternakan intensif sangat sesuai kerana ia memudahkan pengurusan aktiviti penternakan harian dan tidak memerlukan tenaga kerja yang ramai untuk mengendalikan penternakan. Pengawalan dan keselamatan lebih minimum serta pengeluaran hasil yang lebih berkualiti. Ayam Kampung - Sistem Penternakan Separa Intensif Ternakan bebas bergerak di dalam kawasan luas yang dipagari. Kawasan turut menempatkan reban yang membolehkan ayam bebas keluar dan masuk. Sistem penternakan separa intensif sesuai untuk ayam kampung kerana ia tidak memerlukan pengawasan sepanjang masa. Ternakan juga tahan daripada ancaman penyakit. Penternakan ayam kampung lebih kepada konsep semula jadi serta tidak memerlukan reban yang berteknologi. Tambahan pula permintaan untuk ayam kampung lebih rendah berbanding ayam pedaging dan penelur. Rajah 2.5 menunjukkan sistem penternakan separa intensif. KEMAMPUAN KEWANGAN Sistem penternakan intensif memerlukan modal besar berbanding dengan sistem penternakan separa intensif. Sistem penternakan intensif banyak menyumbang kepada peningkatan pengeluaran dan kualiti. Penggunaan sistem penternakan intensif memerlukan perbelanjaan yang besar untuk menyediakan perumahan ternakan, penggunaan peralatan reban secara automatik terutamanya pemberian makanan, minuman dan mesin pengumpul telur. Konsep reban tertutup memerlukan pengudaraan dan persekitaran yang baik dengan menggunakan peralatan moden dan berteknologi. Sistem ini juga perlu lebih terancang dan mematuhi piawaian antarabangsa seperti Amalan Penternakan Yang Baik (GAHP).
96 Pemilihan sistem penternakan poltri penting untuk memastikan tumbesaran dan kualiti ternakan, pengurusan harian yang mudah, penjagaan kesihatan dan kawalan keselamatan yang berkesan serta hasil pengeluaran yang optimum. Sistem penternakan intensif merupakan sistem penternakan yang berkesan dan kompetitif dalam penternakan poltri. Rajah 2.6 menunjukkan beberapa faktor yang mempengaruhi pemilihan sistem penternakan intensif. Rajah 2.6 Faktor pemilihan sistem penternakan intensif Keselamatan Jumlah Ternakan Kewangan Persekitaran Teknologi Pengudaraan Pencahayaan Kualiti Udara Reka Bentuk Reban Peralatan Suhu Kesihatan FAKTOR PEMILIHAN SISTEM PENTERNAKAN INTENSIF Bincang dan analisis maklumat isu dan faktor pemilihan sistem penternakan intensif dan membandingkan sistem reban tertutup dengan reban terbuka untuk ayam pedaging. AKTIVITI 1
97 Keperluan penternakan poltri merujuk kepada keperluan peralatan dan persekitaran di dalam reban seperti peralatan pemberian makanan dan minuman, sistem pengudaraan, penjagaan kesihatan dan kawalan keselamatan. Keperluan ini dipengaruhi oleh keluasan ladang ternakan, lokasi ladang dan jenis sistem reban. Ia bertujuan untuk memastikan ternakan dapat diurus dengan teratur dan sistematik, keselesaan dan tumbesaran ternakan yang baik, kawalan penyakit dan keselamatan dapat dipertingkatkan serta boleh meningkatkan produktiviti pengeluaran hasil ternakan. Rajah 2.7 menunjukkan keperluan peralatan penternakan poltri yang dipengaruhi oleh jenis ternakan dan sistem penternakan digunakan. 2.1.3 KEPERLUAN PENTERNAKAN POLTRI KOMERSIAL KIPAS EKZOS Kipas ekzos penting dalam perumahan ternakan. Reban tertutup jenis lantai tinggi memerlukan kipas ekzos pada setiap tingkat bertujuan untuk pengudaraan di dalam reban dan pengeringan buangan ternakan pada bahagian bawah. Gambar foto 2.9 menunjukkan kipas ekzos. Gambar foto 2.9 Kipas ekzos PERALATAN SISTEM PENTERNAKAN Rajah 2.7 Keperluan peralatan penternakan KEPERLUAN PERALATAN PENTERNAKAN Jenis Poltri Sistem Penternakan Ayam Pedaging Separa Intensif Ayam Penelur Intensif Ayam Kampung Integrasi Puyuh
98 ALAT PEMANAS Alat Pemanas yang biasa digunakan ialah pemanas gas, elektrik atau lampu pijar yang dipasang sebagai unsur haba. Bilangan ternakan perlu bersesuaian dengan jenis alat pemanas yang digunakan. Alat pemanas gasolec hoover berkuasa 30, 000 BTU perlu digantung di tengah-tengah kepungan supaya haba tersebar dengan sekata. Gambar foto 2.10 menunjukkan alat pemanas gasolec hoover. PENGGERA ATAU SISTEM AMARAN Alat penggera bertujuan untuk memberi amaran kecemasan (siren loceng berbunyi) apabila berlaku gangguan peralatan atau tidak berfungsi. Alat ini perlu dipasang di reban, pejabat dan rumah penternak atau pekerja untuk tindakan segera sekiranya berlaku amaran. PENJANA ELEKTRIK Penjana elektrik bertujuan membekalkan elektrik jika bekalan utama terputus. Penjana elektrik disambung kepada panel kawalan automatik untuk digerakkan secara automatik sebaik sahaja bekalan utama terputus. Pemilihan penjana elektrik yang senyap penting supaya tidak mengganggu ternakan dan penduduk sekitar. JANGKA SUHU Jangka suhu digunakan untuk mengetahui suhu di dalam reban. Kebiasaannya, jangka suhu diletakkan di beberapa bahagian dalam reban pada paras ketinggian ayam dan disambungkan kepada panel kawalan automatik. Ini bertujuan untuk merekodkan paras suhu dalam reban dari masa ke masa. Gambar foto 2.10 Alat pemanas gasolec hoover PENGUKUR KELEMBAPAN (HIGROMETER) Pengukur kelembapan atau higrometer digunakan bertujuan untuk menentukan tahap kelembapan atmosfera di dalam reban. Jadual 2.3 menunjukkan tahap kelembapan dan suhu yang sesuai dengan keperluan ayam di dalam reban. Jadual 2.3 Tahap kelembapan dan suhu dalam reban Suhu yang sesuai untuk anak ayam ( 0 C) Kelembapan Reban pada Higrometer (%) Suhu Reban pada Higrometer (0 C) 40% 50% 60% 70% 80% 30 36.0 33.2 30.8 29.2 27.0 27 32.5 29.9 27.7 26.0 24.0 25 30.2 27.8 25.7 24.0 23.0 28 33.7 31.2 28.9 27.3 26.0 26 31.3 28.6 26.7 25.0 23.0 24 29.0 26.8 24.8 23.0 22.0 Laman ICT Pengenalan kepada peralatan poltri dari Syarikat Georgia Laman ICT Peralatan poltri
99 PANEL KAWALAN AUTOMATIK Panel sistem kawalan automatik disambungkan pada pengesan peralatan seperti kipas, peralatan makanan, motor pad penyejuk udara, lampu dan generator yang digerakkan secara automatik. Panel kawalan diletakkan di lokasi yang sesuai terutamanya di pintu masuk hadapan bahagian luar atau dalam reban. Gambar foto 2.11 menunjukkan panel kawalan automatik yang kebiasaannya digunakan untuk sistem penternakan intensif reban tertutup. Gambar foto 2.11 Panel kawalan automatik PENGUKUR KELAJUAN ANGIN (AIR SPEED METER) Pengukur kelajuan angin bertujuan mengetahui pergerakan angin di dalam reban untuk memastikan keadaan angin tidak mengganggu keselesaan ternakan. Gambar foto 2.12 menunjukkan contoh pengukur kelajuan angin bagi menentukan kelajuan dan pergerakan angin terutamanya di dalam reban. Bekas makanan ternakan jenis hanging hopper Bekas makanan ternakan automatik jenis pan feeder BEKAS DAN ALATAN MAKANAN Bekas dan alatan yang digunakan secara automatik ialah pan feeder, auger feeder dan chain feeder, manakala jenis manual adalah jenis hanging hopper. BEKAS DAN ALATAN MINUMAN Peralatan minuman jenis automatik dikenali sebagai nipple drinker, manakala jenis manual ialah plasson bell drinker. Penggunaan peralatan minuman secara tergantung lebih menjimatkan penggunaan ruang lantai reban, tidak perlu dicuci setiap hari, mengelakkan daripada air tumpah dan mampu untuk mengelakkan pencemaran air minuman daripada tinja ayam. Gambar foto 2.12 Pengukur kelajuan angin
100 1. Bekas makanan dulang (anak puyuh) dan palung (puyuh dewasa) 2. Bekas minuman yang boleh diletakkan di atas lantai atau digantung 3. Bidai digunakan menutup reban terutamanya sewaktu perindukan 4. Alat pemanas jenis hoover (1 hoover bersamaan 1000 ekor puyuh) atau lampu pijar elektrik berkuasa 15 watt bersamaan 50 ekor puyuh atau lampu minyak 5. Habuk papan dan alat pembentuk untuk reban lantai bawah 6. Kertas yang digunakan untuk alas lantai semasa perindukan jika menggunakan lantai atas 7. Guli atau batu yang dimasukkan dalam bekas minuman bagi mengelakkan anak puyuh masuk ke dalam Lampu pijar elektrik digunakan sebagai kuasa haba BEKAS DAN ALATAN PUYUH Keperluan untuk menternak puyuh tidak rumit berbanding ayam. Peralatan yang digunakan oleh puyuh kebiasaannya menyamai peralatan yang digunakan oleh ayam. Antara peralatan yang diperlukan untuk penternakan puyuh ialah: Bekas dulang makanan Bekas makanan palung Bekas minuman letak Bekas minuman gantung
101 Persekitaran sistem penternakan poltri perlu diberi perhatian untuk memastikan hasil yang baik dan berkualiti. Rajah 2.8 menunjukkan antara faktor keperluan persekitaran puyuh. SUHU Suhu memainkan peranan penting dalam penentuan jenis reban. Kawasan yang mempunyai iklim panas dan suhu yang tinggi perlu menggunakan reban jenis tertutup dan menggunakan lantai (dawai mata punai, BRC). Suhu yang sesuai untuk ayam pedaging pada peringkat perindukan dalam lingkungan 23-35°C. Keadaan suhu ini perlu sentiasa dipantau mengikut keselesaan ternakan. Manakala, pada peringkat pembesaran ayam ialah 23-26°C. Suhu yang sesuai dapat dilihat daripada kelakuan dan taburan anak ayam dalam ruang perindukan. Sumber haba dipasang 24 jam secara berterusan pada minggu pertama perindukan. Rajah 2.9 menunjukkan Keadaan taburan anak ayam di bawah alat pemanas. PENCAHAYAAN Tahap cahaya dalam reban perlu dikawal kerana cahaya yang banyak dan terang menyebabkan ternakan bergerak aktif membazirkan tenaga, mengurangkan kecekapan pemakanan dan menurunkan tumbesaran ternakan. Kawalan cahaya juga bertujuan untuk mengelakkan kejadian patuk mematuk dan kecederaan terhadap ternakan. Lampu untuk pencahayaan dalam reban kebiasaannya berwarna oren. Tahap terang cahaya di dalam reban ialah antara 5-25 watt. Keberkesanan cahaya ke atas ternakan bergantung kepada intensiti dan tempoh siang dan malam. Kegelapan yang berpanjangan boleh merosakkan mata ayam. Pengaturan cahaya lebih mudah dilakukan di dalam reban tertutup berbanding reban terbuka. Keperluan cahaya untuk reban terbuka hanya diperlukan pada waktu malam. Kadar 1 watt bagi satu meter persegi keluasan lantai adalah sesuai dengan ketinggian 2.40 meter dari lantai. KEPERLUAN PERSEKITARAN Rajah 2.9 Keadaan taburan anak ayam di bawah alat pemanas Suhu Terlalu Tinggi Suhu Tidak Serata - terdapat tiupan angin kencang Suhu Sejuk Suhu yang Ideal Arahan angin Alat pemanas Alat pemanas Anak ayam Anak ayam Rajah 2.8 Faktor keperluan persekitaran Pencahayaan Suhu Pengudaraan Sistem Penyejuk FAKTOR KEPERLUAN PERSEKITARAN
102 PENGUDARAAN Pengudaraan dalam reban penting untuk memastikan keselesaan ternakan sepanjang masa. Udara perlu bergerak bebas dan tidak mempunyai halangan serta bersih. Pembinaan reban di kawasan tinggi mempunyai pengudaraan baik dan terlindung daripada pokok besar. Reka bentuk reban di Malaysia hendaklah disesuaikan untuk mengurangkan kepanasan dan menyediakan pengudaraan yang baik. Pengawalan kualiti udara perlu bertujuan untuk mengeluarkan haba berlebihan dari dalam reban dan mengeringkan kelembapan pada bahan sarap dan lantai, menghilangkan bau serta menghapuskan gas ammonia yang terkumpul. Ia juga bertujuan untuk membekalkan pengudaraan yang bersih dan menjamin kesihatan ternakan dan manusia. Kelajuan angin yang digerakkan oleh kipas ekzos sebagai satu alat pengaliran udara memberikan kesan kepada penurunan suhu kepada ternakan. Kipas ekzos sangat penting untuk pengudaraan di dalam reban terutamanya reban tertutup. Kipas ekzos berfungsi untuk mengawal pengudaraan, membantu penukaran udara dan menyedut udara luar masuk ke dalam reban. Sistem pengudaraan bergantung kepada jenis reban: 1. Reban terbuka - Peredaran udara persekitaran reban dan semburan halus air 2. Reban tertutup - Sistem tekanan udara positif (kipas berfungsi mengalirkan udara dan menyedut udara) dan sistem tekanan negatif (kipas berfungsi menyalurkan udara dan membebaskan udara keluar) Gambar foto 2.13 Reka bentuk bumbung penting untuk pengudaraan yang baik Sistem pengudaraan di dalam reban ternakan Udara masuk Udara keluar Udara masuk Pad penyejuk Kipas ekzos Pada minggu berikutnya sumber haba dipasang pada waktu malam mengikut keperluan. Bumbung reban juga mempengaruhi keadaan suhu. Bumbung reban yang tinggi dan dibina dengan menggunakan bahan seperti aluminium, zink atau nipah mampu untuk menghalang haba dan membalikkan haba untuk mengurangkan kepanasan. Bumbung bertingkat atau bentuk dua lapis sangat sesuai untuk mengurangkan kepanasan dalam reban dan memperbaiki pengudaraan. Gambar foto 2.13 menunjukkan contoh reka bentuk bumbung untuk pengudaraan yang baik.
103 SISTEM PENYEJUK Terdapat dua kaedah pengudaraan di dalam reban iaitu pengudaraan terowong tanpa pad penyejuk dan pengudaraan terowong dengan sistem pad penyejuk. Pengudaraan terowong tanpa pad penyejuk mampu untuk menurunkan suhu reban antara 4-7°C iaitu lebih rendah berbanding suhu di luar. Lubang udara yang dibina pada bahagian depan dan kipas pada bahagian belakang reban lebih sesuai untuk menyejukkan ternakan. Pengudaraan terowong dengan sistem penyejukan mampu untuk menurunkan suhu reban dari 6-12°C berbanding suhu di luar reban. Gambar foto 2.14 menunjukkan semburan kabus ke udara reban. Tiga kaedah penyejukan udara yang kebiasaannya digunakan dalam reban ternakan ialah: 1. Menggunakan pad penyejuk yang diperbuat daripada selulosa 2. Semburan kabus terus ke udara dalam reban bertujuan memastikan kelembapan reban mengikut keperluan ternakan 3. Semburan air halus ke atas sistem lipatan bidai jaring yang dipasang pada dinding reban Gambar foto 2.14 Semburan kabus ke udara reban Jaring nurseri Pad penyejukan reban ternakan Pad penyejukan dipasang pada ketinggian antara 200-300mm daripada paras lantai. Jika menggunakan lipatan bidai plastik dan semburan kabus, hendaklah mengikut saiz yang bersesuaian. Jaring nurseri bersaiz 16mm lebih sesuai kerana mampu memerangkap butir air yang disembur dengan lebih baik. Bumbung berukuran 760-900mm lebar dipasang di bahagian pad penyejuk bagi mengelakkan kesan cahaya panas dan hujan yang memudahkan pad rosak atau berkulat. Jaring yang halus dipasang di bahagian luar pada jarak 900mm dari pad penyejuk bagi menghalang habuk atau kotoran disedut bersama-sama udara yang masuk melalui pad.
104 KESIHATAN Ternakan yang sihat dan berkualiti mempunyai ketahanan melawan penyakit. Pemeriksaan kesihatan ternakan setiap hari penting untuk tindakan awal mengawal penyakit daripada merebak. Program kesihatan terhadap ternakan dilakukan sebagai langkah biosekuriti untuk mencegah serangan penyakit. Langkah-langkah yang dilakukan adalah seperti sanitasi, pelalian, pemvaksinan, rawatan penyakit dan penakaian. Antara langkah pengawalan yang diambil setelah ternakan diserang penyakit ialah: 1. Penakaian atau memisahkan ternakan yang berpenyakit 2. Penghapusan ternakan yang mati akibat penyakit 3. Kawalan vektor 4. Rawatan umum Ternakan yang masih diserang penyakit perlu rawatan lanjut dan berhubung terus ke Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) atau pengamal veterinar swasta untuk mendapatkan ketentuan jenis penyakit serta vaksin yang diperlukan. LANGKAH PENGURUSAN KESIHATAN TERNAKAN Pemeliharaan ternakan poltri memerlukan pengurusan ternakan yang sistematik yang bertujuan untuk memastikan ladang ternakan mencapai dan mengikut piawaian yang dikehendaki. Antara langkah yang perlu diambil dalam pengurusan kesihatan ternakan ialah: 1. Disinfektan (Pembasmian Kuman) Reban dan peralatan reban perlu dilakukan disinfektan selepas setiap pusingan bagi memastikan pembiakan penyakit dapat dikawal serta dihapuskan sepenuhnya. 2. Pelupusan Sisa Ladang Sisa ladang seperti bangkai ayam, sarap reban dan sampah perlu dilupuskan segera di tempat khas pelupusan yang jauh dari kawasan reban. Mengamalkan kaedah pelupusan yang sempurna seperti ditanam dengan kedalaman yang bersesuaian, dibakar di tempat tertutup untuk menghasilkan baja organik. Ternakan yang mati perlu dikendali dengan betul bagi mengelakkan menjadi punca merebaknya penyakit dan tidak mencemarkan persekitaran serta sumber air. Cara yang terbaik untuk memusnahkan ternakan yang mati ialah dengan membakarnya di dalam insinerator yang bertujuan untuk mengelakkan pencemaran udara. Pelupusan sisa ladang menggunakan insinerator 2.1.4 KESIHATAN DAN KESELAMATAN PENTERNAKAN POLTRI Laman ICT Disinfektan dan pembersihan ladang ternakan Laman ICT Pembersihan perumahan ternakan KESIHATAN
105 4. Tempat Simpanan Peralatan Reban dan tempat simpanan yang baik perlu dibina supaya ia tidak dimasuki oleh haiwan lain seperti burung dan tikus. Pemeriksaan secara berkala penting untuk menentukan binaan dan tempat simpanan peralatan dan makanan sentiasa berkeadaan baik. Gambar foto 2.15 menunjukkan tempat simpanan makanan ternakan bagi memastikan ia berkeadaan baik. 6. Kawalan Bau, Habuk dan Pencemaran Bunyi Kawalan bau, habuk dan pencemaran bunyi penting dan perlu untuk memastikan tahap bau di kawasan ladang terkawal dan tidak mengganggu kesejahteraan persekitaran seperti bau tinja dan bangkai ternakan yang mati. Penternak perlu mengambil tindakan yang sewajarnya sekiranya tahap bau melebihi daripada paras yang dibenarkan. Jadual 2.4 adalah paras kepekatan gas yang disyorkan ladang penternakan. Jenis Gas Paras Part Per Million (ppm) Gas Ammonia di bawah 20 ppm Gas Karbon Monosida di bawah 40 ppm Gas Karbon Dioksida di bawah 3000 ppm Gas Oksigen Gas Hidrogen Sulfi da di atas 160000 ppm di bawah 5 ppm Jadual 2.4 Paras kepekatan gas Sumber: Institut Veterinar Malaysia, 2012 3. Kawalan Makhluk Perosak Penternak perlu menyediakan dokumen kawalan dan melaksanakannya dengan betul terhadap makhluk perosak seperti lalat dan tikus. Keberkesanan perlaksanaan perlu dinilai setiap masa dan perlu ditambah baik. Langkah yang sesuai perlu diambil jika indeks prestasi lebih daripada paras yang dibenarkan. Gambar foto 2.15 Tempat simpanan peralatan 5. Tumbuhan dan Pokok Pokok yang menarik perhatian burung ke kawasan ladang perlu dielakkan ditanam dan diselenggarakan dengan baik seperti pokok besar dan pokok renek atau belukar. Manakala, tumbuhan dan rumput perlu sentiasa berada dalam jarak 30 meter dari kawasan reban bagi mengelakkan menjadi tempat burung dan tikus bersarang atau berlindung.
106 Saiz Ladang Kemudahan Bawah 50,000 ekor ternakan Penyembur dan pencelup roda kenderaan Lebih 50,000 ekor ternakan Penyembur dan pencelup roda kenderaan tertutup Jadual 2.5 Kaedah pembasmian kuman ke atas kenderaan Gambar foto 2.16 Pintu masuk ke ladang dan pencelup tayar kenderaan berbumbung Keselamatan adalah penting bukan sahaja kepada ternakan tetapi juga manusia. Keselamatan di kawasan ladang ternakan perlu diurus dengan baik untuk memastikan hasilan ladang yang optimum dan terhindar daripada sebarang masalah di kawasan ladang. BIOSEKURITI Perlaksanaan biosekuriti mengikut Skim Amalan Ladang Baik Malaysia (SALM) dan mengamalkan Amalan Ladang Yang Baik (Good Animal Husbandary Practice, GAHP) dapat membantu mengurangkan risiko kemasukan dan penyakit merebak ke dalam ladang. Antara langkah biosekuriti yang perlu diamalkan: 1. Menyediakan dokumen bertulis mengikut garis panduan dan (Standard Operating Procedure, SOP). 2. Menyediakan prasarana biosekuriti yang lengkap dan sempurna iaitu seluruh kawasan sempadan ladang perlu dipagar sekurang-kurangnya dengan chain link dan diselenggarakan dengan baik. Sistem kawalan keselamatan di pintu masuk ke ladang perlu diwujudkan. Penternak juga perlu menyediakan kemudahan disinfektan (pencelup tayar kenderaan dari jenis berbumbung dan semburan pencelup kaki). Jadual 2.5 menunjukkan kaedah pembasmian kuman ke atas kenderaan. 3. Menyediakan panduan pelaksanaan amalan peraturan biosekuriti seperti hanya satu laluan keluar dan masuk digunakan. Penternak perlu mewujudkan sistem mengawal pergerakan pekerja, pelawat, kenderaan yang membawa peralatan dan makanan ternakan. Penternak juga perlu memastikan udara yang disedut keluar dari reban tidak mengarah ke reban lain. Gambar foto 2.16 menunjukkan pintu masuk ke ladang dan pencelup tayar kenderaan. Laman ICT Pengurusan biosekuriti dan kesihatan Laman ICT Kenapa biosekuriti penting? KESELAMATAN Ammonia (NH3 ) dan Hidrogen Sulfi da (H2 S) merupakan hasilan daripada sisa buangan ternakan, sampah sarap dan ternakan yang telah mati. Sisa ini menyebabkan pembiakan lalat yang membawa penyakit kepada ternakan dan manusia sekiranya tidak diurus dengan baik. Selain itu, kepekatan gas ammonia dan hidrogen sulfi da yang tinggi di udara juga sangat berbahaya kepada kesihatan manusia dan menyebabkan kematian ternakan.
107 PENGAWALAN PENYAKIT AYAM Ternakan ayam pedaging mudah diserang penyakit berbanding dengan ayam penelur, ayam kampung dan puyuh. Penyakit boleh menyebabkan penternak berdepan dengan risiko kerugian yang disebabkan oleh kematian ternakan, tumbesaran terjejas, peningkatan kos rawatan, mengoptimum kawalan, menurunkan kualiti dan kehilangan pasaran. Kawalan penyakit bertujuan untuk memantau status penyakit secara berjadual dan memastikan ladang bebas daripada penyakit Newcastle, penyakit Zoonotic (Highly Pathogenic Avian Infl uenza, Vancomycin Resistant Enterococci) Infectionus Bronchitis dan penyakit bawaan makanan (Salmonellosis, E.coli 157, Campylobacter dan Listeria monocytogenes). Kepala terpusing tanda penyakit Newcastle Ternakan tidak sihat dan berpenyakit Infectionus Bronchitis Biosekuriti merupakan sistem untuk mencegah penyakit atau bebas penyakit dan mengoptimum produktiviti secara keseluruhan. Biosekuriti juga bertujuan untuk memastikan organisma penyebab penyakit daripada luar tidak memasuki kawasan penternakan. INFO TAMBAHAN 4. Peraturan biosekuriti diletakkan di tempat khusus untuk perhatian orang ramai terutama pekerja dan perlu sentiasa dipantau. 5. Sumber bekalan anak ternakan dari ladang baka atau ladang penetas yang diketahui status penyakit dan diiktiraf oleh Skim Akreditasi Ladang Ternakan (SALT).
108 PENGAWALAN PENYAKIT PUYUH Pemeliharaan puyuh pedaging atau penelur tidak memerlukan kawasan yang luas. Keadaan ini memudahkan pengurusan penternakan puyuh seperti pemberian makanan, minuman, penjagaan kesihatan, dan kawalan keselamatan. Kebersihan reban perlu diutamakan untuk memastikan kotoran puyuh dibersihkan sekurang-kurang 3 hari sekali. Manakala, penukaran sarap kotor dan pembuangan bangkai ternakan yang mati perlu dilakukan setiap hari. Kebiasaannya, jika berlaku jangkitan penyakit, penternak disyorkan mendapat nasihat daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) atau pengamal perubatan yang diiktiraf. Antara penyakit khusus pada puyuh ialah Ulcerative Enteritis, Quail Bronchitis, Pullroum, Coryza dan Newcastle Disease (NCD). Pemberian pelalian dan vaksin kepada puyuh adalah sama kaedahnya dengan penternakan ayam. Puyuh diserang penyakit Laman ICT Penyakit coccidiosis Laman ICT Penyakit poltri Perlindungan ketahanan badan atau antibodi akan menurun apabila umur ternakan meningkat. Pelalian perlu diberikan kepada ternakan untuk mencegah penyakit berbahaya dan berisiko tinggi. Program pelalian untuk sesebuah ladang perlu diatur dan disesuaikan mengikut cara pengurusan ladang, keadaan penyakit dan kawasan ladang. Penyediaan dokumen bertulis untuk program pemvaksinan dan perlaksanaan yang betul bertujuan untuk memastikan program pemvaksinan menggunakan ubatan daripada jenis yang bersesuaian. Penggunaan vaksin perlu dikendalikan dengan betul dari aspek bancuhan, suhu, kaedah pemberian dan dos yang bersesuaian dengan keperluan ternakan. Baki vaksin tidak digalakkan untuk digunakan semula dan menggunakan vaksin yang diluluskan oleh kerajaan iaitu Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) atau pengamal perubatan yang diiktiraf. Jadual 2.6 menerangkan kaedah pemberian vaksin ternakan. Umur Ternakan 1 hari 3 hari Penyakit Newcastle Disease (ND) (Sampar) Infectious Bronchitis (IB) (Bronkitis) Cara Pemberian Titis dalam hidung atau mata Titis dalam hidung atau mata Jenis Vaksin Rheniket F H120 14 hari Newcastle Disease (ND) (Sampar) H120 Melalui air minuman 14 hari Infectious Bronchitis (IB) (Bronkitis) Massachussets H52 Melalui air minuman Jadual 2.6 Contoh pemberian vaksin ternakan
109 Industri penternakan poltri secara komersial dan berskala besar merupakan satu usaha menyokong strategi pembangunan negara, khususnya dalam meningkatkan pengeluaran makanan bagi memenuhi keperluan sekuriti makanan negara. Penternakan poltri merupakan satu industri pertanian yang amat mencabar dan berisiko tinggi kepada pengusaha atau penternak. Rajah 2.10 menunjukkan beberapa isu dan cabaran yang dihadapi dalam pengeluaran poltri. 2.1.5 ISU DAN CABARAN PENGELUARAN POLTRI KOS Kenaikan harga ayam adalah disebabkan oleh peningkatan kos pengeluaran ayam terutamanya kos makanan ternakan iaitu kenaikan harga jagung bijirin import. Misalnya, harga jagung bijirin tidak stabil di antara tahun 2000-2015 dengan harga serendah RM330 tetapi naik kepada RM920 bagi setiap tan metrik pada tahun 2012. PERUNDANGAN DAN AKTA Perundangan dan akta merupakan perkara utama yang perlu dipatuhi oleh penternak sebelum memulakan penternakan poltri. Kebiasaannya, peraturan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa berbeza mengikut negeri. Badan-badan tertentu yang berkaitan dengan penguatkuasaan undangundang akan menggariskan peraturan yang ketat untuk dipatuhi oleh penternak. Antara peraturan yang dimaksudkan ialah kawalan penggunaan bahan toksik, racun makhluk perosak, lokasi ladang ternakan dan kaedah pelupusan sisa ladang. Selain itu, pihak berkuasa juga menggariskan beberapa peraturan berkaitan Prosedur Operasi Standard penternakan ayam terutama di kawasan penempatan atau perumahan bertujuan memastikan tidak berlakunya pencemaran seperti bau, bunyi bising, pembiakan lalat dan penularan penyakit yang memberikan banyak tekanan kepada pengguna. Rajah 2.10 Isu dan cabaran pengeluaran poltri ISU DAN CABARAN Kos Kebajikan Ternakan Penyakit Pencemaran Isu Halal Teknologi Kawalan Mutu Penternakan Kekurangan Tenaga Mahir Perundangan dan Akta Persaingan Pemasaran Isu dan Cabaran Pengunaan Antibiotik
110 PENCEMARAN Pencemaran sentiasa menjadi isu utama dalam penternakan poltri. Sektor penternakan poltri sering dianggap punca pencemaran bau, udara dan air. Perkara ini sentiasa menjadi isu yang perlu diatasi oleh penternak komersial sehingga boleh menyebabkan peningkatan kos pengurusan dan mengurangkan minat golongan muda untuk menceburi bidang ini. Ancaman penyakit yang berpunca daripada lalat, pencemaran punca air, tanah dan udara juga adalah isu yang sering diutarakan. Gambar foto 2.17 menunjukkan pencemaran air kesan daripada aktiviti penternakan. PEMASARAN Pemasaran hasil penternakan poltri sering mendatangkan masalah kepada penternak disebabkan oleh harga yang sering berubah dan tidak stabil. Permintaan dan penawaran harga yang tidak seimbang sering kali tidak menyebelahi penternak poltri secara optimum. Aktiviti orang tengah yang mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan yang melampau terutamanya pada musim perayaan. Gambar foto 2.18 menunjukkan pasaran yang tidak stabil memberikan kesan kepada hasilan penternak. Gambar foto 2.18 Pasaran yang tidak stabil memberikan kesan kepada hasilan penternak Gambar foto 2.17 Pencemaran air kesan daripada aktiviti penternakan poltri Laman ICT Isu pencemaran Laman ICT Harga ayam dan akta persaingan
111 KAWALAN MUTU PENTERNAKAN Kawalan mutu penternakan berkait rapat dengan kualiti hasilan ternakan. Mutu penternakan merujuk kepada usaha penternak untuk memenuhi keperluan pihak berkuasa tempatan dan negara pengimport produk berasaskan ternakan ini serta jaminan produk makanan dan bukan makanan daripada hasil ternakan. KEKURANGAN TENAGA MAHIR Kekurangan tenaga mahir adalah berkaitan mengurus ternakan yang memerlukan pengetahuan dan kemahiran yang tinggi, terutamanya dalam mengendalikan teknologi terkini. Kekurangan tenaga mahir dalam penternakan moden menyebabkan sektor penternakan kurang berdaya saing berbanding dengan negara-negara lain. Manakala, kekurangan minat oleh generasi baru juga menjadikan sektor ini sukar untuk mendapatkan tenaga mahir tempatan. TEKNOLOGI Teknologi banyak mempengaruhi penternakan poltri. Penggunaan teknologi terkini semakin menjadi keperluan dalam penternakan poltri. Antara kesan yang dihadapi oleh penternak ialah penggunaan teknologi moden kurang diterima dan diamalkan kerana memerlukan modal besar seperti sistem reban tertutup yang menyebabkan kos bil elektrik dan air meningkat. Manakala, penggunaan alatan automatik pula perlu ditambah baik seperti alat pemberian makanan, minuman dan pengurusan telur. Penggunaan teknologi semakin menjadi keperluan dalam industri penternakan poltri PENYAKIT Penyakit yang sering dikaitkan dengan aktiviti penternakan poltri ialah serangan wabak penyakit berjangkit yang berbahaya seperti selesema burung H1N1 dan H5N1. Penyakit lain pula adalah disebabkan oleh endoparasit dan ektoparasit serta penyakit bawaan haiwan liar dan pelawat ke kawasan ternakan.
112 SEKURITI MAKANAN Sekuriti makanan menjadi isu utama negara. Penekanan diberikan kepada kepentingan menjamin bekalan makanan adalah mencukupi, berkualiti dan selamat. Ia bertujuan untuk mengelakkan berlakunya krisis makanan seperti yang pernah berlaku pada tahun 1973, 1981 dan 2008. Penstrukturan institusi pertanian merupakan agenda perubahan yang berpotensi untuk meningkatkan pengeluaran makanan dan pertanian yang termaktub dalam Rancangan Malaya/Malaysia bagi setiap lima tahun (semenjak 1956), Dasar Pertanian Negara (I hingga III), Dasar Jaminan Makanan (2008) dan Model Baru Ekonomi Malaysia (Sektor Pertanian), (Institut Kajian Dasar Pertanian dan Makanan - UPM, 2010). KEBAJIKAN HAIWAN ATAU TERNAKAN Kebajikan haiwan merujuk kepada hak ternakan untuk memperoleh keadaan yang harmoni di antara haiwan dengan persekitarannya yang bercirikan fungsi fi zikal dan psikologi optimum serta kualiti hidup yang tinggi. Akta Kebajikan Haiwan telah diluluskan pada tahun 2015 bertujuan untuk mengenakan hukuman yang setimpal terhadap mereka yang mengabaikan kebajikan haiwan kerana dianggap sebagai satu penderaan. PERSAINGAN Persaingan industri poltri daripada sektor lebih berdaya saing seperti perladangan kelapa sawit, getah, perumahan dan kawasan perindustrian. Persaingan ini akan mengakibatkan kekurangan tanah untuk tapak penternakan dan harga tanah yang semakin meningkat. ISU HALAL Penyediaan campuran makanan ternakan menjadi isu dalam penternakan poltri terutamanya serbuk daripada sumber daging dan tulang. Hal ini disebabkan, kebanyakan campuran makanan ternakan diimport dari luar negara. PENGGUNAAN ANTIBIOTIK Penggunaan antibiotik dalam industri ternakan telah berlaku sekian lama, namun isu ini semakin hangat diperdebatkan di beberapa buah negara termasuk Malaysia. Penyalahgunaan antibiotik kini menjadi isu dalam pengeluaran ternakan poltri. Ia digunakan sebagai penambah berat badan dan mempercepatkan tumbesaran ternakan. Setiap antibiotik yang digunakan perlu dikenal pasti dan tidak menyamai antibiotik yang digunakan untuk kesihatan manusia. Ia bertujuan untuk mengelakkan penghasilan kuman bakteria yang kebal serta kekal dalam tubuh haiwan ternakan. Bincang dan analisis beberapa faktor utama yang menjadi cabaran di dalam industri penternakan poltri. Nyatakan beberapa langkah yang boleh membantu penternak untuk mengatasi masalah ini.
113 TAJUK: Lawatan ke Kawasan Pengeluaran Ternakan (Ladang Ayam atau Puyuh) Hasil Pembelajaran: i. Mengetahui dengan lebih jelas berkaitan penternakan ayam atau puyuh ii. Menyatakan keperluan untuk mengusahakan penternakan ayam atau puyuh iii. Mengetahui cara pengurusan penternakan ayam atau puyuh dengan lebih terperinci Murid diminta untuk: 1. Melakukan lawatan ke ladang ternakan ayam atau puyuh pedaging yang diternak secara komersial. Membuat pemerhatian ke atas beberapa perkara seperti: 1.1 Sistem penternakan 1.2 Reka bentuk reban dan bumbung 1.3 Baka ternakan 1.4 Jenis makanan 1.5 Vitamin dan vaksin 1.6 Peralatan pemberian makanan dan minuman 1.7 Kaedah pemvaksinan 1.8 Tempoh penternakan 1.9 Serangan penyakit 1.10 Kaedah pencegahan dan pengawalan penyakit 2. Organisasi pengurusan ladang seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2.11 Kaedah Pengumpulan Maklumat Maklumat boleh diperoleh melalui: 1. Membuat tinjauan dan mendengar taklimat semasa lawatan ke ladang ternakan ayam atau puyuh 2. Tayangan video atau melayari laman web AKTIVITI 2 Rajah 2.11 Organisasi ladang ternakan Pengarah Urusan Penolong Pengurus Pemasaran Pengurus Kewangan dan Pentadbiran Pengurus Operasi dan Logistik Pegawai Pemasaran Pekerja Ladang Kerani Akaun Kerani Pentadbiran
114 TAJUK: Menganalisis Isu dan Cabaran Dalam Penternakan Poltri Hasil Pembelajaran: i. Menyenaraikan dan menganalisis kepentingan memahami masalah, peluang dan cabaran dalam penternakan poltri ii. Mengemukakan pandangan dan cadangan berdasarkan hasil dapatan melalui pembentangan multimedia Murid diminta untuk: 1. Membuat kajian berkaitan: 1.1 Ekonomi – Pasaran ternakan, kos bahan dan peralatan 1.2 Politik – Amalan seperti Amalan Penternakan Yang Baik (GAP), Skim Amalan Ladang Ternakan (SALT), Skim Amalan Ladang Baik Malaysia (SALM) dan penggunaan tanah untuk penternakan 1.3 Perundangan – Standard dan kualiti, polisi keselamatan makanan dan undang-undang 1.4 Teknologi – Peralatan, reban ternakan, pengeluaran dan pengumpulan hasil ternakan 1.5 Persekitaran dan Alam Sekitar – Pencemaran, penyakit dan lokasi penternakan 1.6 Hak pengguna atau masyarakat – Halal dalam penggunaan antibiotik atau ubatan 2. Membuat pembentangan hasil dapatan secara multimedia. Kaedah Pengumpulan Maklumat Maklumat boleh diperoleh melalui: 1. Tayangan video daripada industri penternakan poltri 2. Melayari laman web 3. Lawatan ke industri penternakan yang berhampiran AKTIVITI 3 PROSES AKTIVITI Mendapatkan Isu Menyenaraikan Kepentingan Isu Menganalisis Isu Mengemukakan Cadangan Persembahan Multimedia Pendokumentasian
115 REFLEKSI 2.1 REFLEKSI 2.1 Sistem Penternakan Separa Intensif Sistem Penternakan Intensif Sistem Penternakan Integrasi Jenis Hasil Ternakan Peringkat Umur Ternakan Bilangan Ternakan Kemampuan Kewangan Sistem Penternakan Poltri Pemilihan Sistem Penternakan Poltri Kesihatan dan Keselamatan Isu dan Cabaran Pengeluaran Poltri PENTERNAKAN POLTRI Persekitaran Peralatan Keperluan Penternakan Poltri
116 JANA MINDA Jawab soalan berikut. 1. M, N dan O adalah sistem penternakan poltri secara komersial. 2. Nyatakan tiga kaedah penternakan poltri secara intensif. i. ……………………………………………………………….................................................. ii .………………………………………………………………................................................. iii .………………………………………………………………................................................. 4. Nyatakan tiga faktor bagi menentukan pemilihan sistem penternakan. i .………………………………………………………………................................................. ii .………………………………………………………………................................................. iii .………………………………………………………………................................................. Padankan sistem penternakan itu dengan kaedah penternakan berikut dengan menulis M, N atau O pada petak yang disediakan. 3. Tandakan (√) bagi penyataan yang betul dan (x) bagi penyataan yang salah tentang sistem penternakan poltri. Sangkar Sistem penternakan separa intensif membolehkan ayam berada di dalam reban pada waktu malam dan di luar pada waktu siang Sistem penternakan intensif membolehkan ayam berada dalam reban secara berterusan dengan semua keperluan disediakan Sistem penternakan integrasi membolehkan ayam dan puyuh diternak di dalam satu kawasan yang sama Ternakan ayam dan ikan Lepas bebas Reban tertutup … …… …… …… …… …… M Separa intensif N Intensif O Integrasi
117 6. W, X, Y dan Z adalah faktor persekitaran yang mempengaruhi ternakan poltri. 7. Penyataan di bawah menerangkan kaitan suhu dengan tumbesaran ternakan. Tandakan (√) pada penyataan yang betul dan (x) pada penyataan yang salah dalam petak yang disediakan. Padankan faktor itu dengan penyataan di bawah dengan menulis W, X, Y dan Z pada petak yang disediakan. 5. Nyatakan tiga kebaikan menggunakan peralatan pemberian makanan secara automatik dalam sistem penternakan intensif. i. …………………………………………………………………………...... ii. ……………………………………………………………………………. iii. …………………………………………………………………………… 8. Nyatakan empat cabaran dalam industri penternakan poltri. i.…………………………………………………………………………...... ii.……………………………………………………………………………. iii.…………………………………………………………………………… iv.…………………………………………………………………………… Kelajuan angin yang digerakkan oleh kipas ekzos dapat memberikan suhu dingin kepada ternakan Suhu tinggi mengurangkan selera makan dan ketahanan badan Pembinaan reban di kawasan tanah tinggi dan jauh dari kawasan industri Suhu tinggi menyebabkan kadar tumbesaran meningkat Sekeliling reban ditutup dengan jaring hitam dan penggunaan lampu pada waktu malam di peringkat mendidik Suhu tinggi meningkatkan kesuburan dan sperma Suhu dan kelembapan tinggi menggalakkan pembiakan patogen dan parasit … … … … …… …… …… W Pencahayaan X Pengudaraan Y Suhu Z Sistem Penyejuk
118 PERUMAHAN POLTRI UNIT 2.2
119 PERUMAHAN POLTRI Pemilihan lokasi ladang ternakan perlu mengutamakan beberapa faktor untuk memastikan aktiviti penternakan tidak mengganggu persekitaran setempat dan tidak menyumbang kepada masalah alam sekitar seperti bau dan bunyi bising ternakan. Kawasan ladang perlu jauh dari kawasan perbandaran, perumahan atau perkampungan dan dari ladang penternakan lain serta mempunyai kemudahan perhubungan jalan raya yang baik untuk pengangkutan barang input dan output. Kawasan ternakan juga perlu bertanah datar, mempunyai sistem saliran air, tidak mudah dinaiki air dan mempunyai peredaran udara yang baik. PERUMAHAN TERNAKAN Perumahan ternakan bertujuan melindungi ternakan daripada cuaca hujan dan panas, serangan haiwan pemangsa, mengawal dan mencegah penyakit, meminimumkan kos pengurusan dan memastikan tumbesaran yang baik. Perumahan ternakan yang tidak terancang menyebabkan tumbesaran ternakan menjadi tidak seimbang dan mengurangkan produktiviti. Penggunaan bahan yang berkualiti bertujuan mengurangkan kos penyelenggaraan, tahan lama, mudah untuk dibersihkan dan tidak menyerap haba. Pembangunan di sekeliling perumahan ternakan perlulah tidak menghalang peredaran udara antara reban dan persekitaran. Reka bentuk perumahan perlu mempunyai peredaran udara yang bersih dan sempurna ke dalam reban. Perumahan ternakan juga hendaklah membantu kecekapan dalam melaksanakan tugas penjagaan ternakan dan pembersihan sisa ladang. Membina kedudukan reban memanjang dan menghala dari timur ke barat untuk mengelakkan pancaran cahaya matahari sepanjang hari secara berterusan. Kawasan ladang ternakan ayam mengikut Amalan Penternakan yang Baik (GAP) PENGENALAN
120 Pembinaan perumahan poltri yang terancang penting untuk keselesaan ternakan. Struktur pembinaan perumahan ternakan perlu menggunakan bahan yang berkualiti dan tahan lama. Bahan pembinaan perumahan ternakan merujuk kepada beberapa bahagian utama reban seperti struktur bumbung dan atap, dinding dan lantai. STRUKTUR BUMBUNG DAN ATAP REBAN Penggunaan atap jenis aluminium nipis bertujuan untuk mengurangkan haba panas di dalam reban. Kebiasaannya kerangka reban dibina dengan menggunakan kayu berukuran 4 inci x 4 inci pada bahagian tiang tengah dan tepi. Sementara panjang kayu pada bahagian tengah ialah 3657mm dan 2438mm untuk tiang tepi (kiri dan kanan reban). Manakala, kekuda struktur bumbung menggunakan kayu berukuran 2 inci x 4 inci dan 2 inci x 3 inci untuk bahagian atap. Reban tertutup moden pula dibina dengan menggunakan kerangka besi dan atap aluminium. Penggunaan bahan ini lebih merujuk kepada penternakan berskala besar dan mempunyai lokasi yang tetap. Kerangka besi dan atap aluminium lebih tahan lama, pembinaan yang cepat dan kemas. Walau bagaimanapun, pembinaan reban ini memerlukan kos yang tinggi berbanding dengan penggunaan bahan kayu. Plastik berwarna hitam digunakan pada siling reban bertujuan untuk mengurangkan dan mengawal haba panas. Bahan ini kebiasaannya digunakan untuk reban berstruktur kayu dan atap aluminium atau zink. 2.2.1 BAHAN DAN PERALATAN PERUMAHAN POLTRI Struktur bumbung reban menggunakan bahan kayu dan atap aluminium Struktur reban menggunakan bahan besi atau aluminium PERUMAHAN AYAM
121 Dinding Reban Terdapat dua jenis dinding reban ternakan iaitu sistem reban terbuka dan sistem reban tertutup. Sistem reban terbuka merupakan reban yang dindingnya boleh dibuka apabila perlu. Dinding reban ini diperbuat daripada bahan kayu sebagai struktur reban, manakala dawai mata punai (BRC) digunakan untuk dinding reban. Manakala, bidai plastik digunakan untuk menutup keseluruhan dinding reban. Sistem reban tertutup moden pula menggunakan sama ada bahan aluminium atau Expanded Polystyrene (EPS sandwich wall panel). Bahan ini lebih sesuai digunakan sebagai dinding reban disebabkan oleh daya pembalikan haba yang tinggi dan sesuai dengan iklim panas. Lantai Reban Kebiasaannya, keseluruhan ruang dalam dan luar reban berlantaikan simen konkrit. Lantai reban tertutup akan dikonkritkan kesemuanya untuk keluasan ruang iaitu 122meter x 15meter. Ketebalan konkrit lantai reban ialah 76mm. Manakala, reban tinggi menggunakan kayu sebagai lantai dan konkrit di bahagian bawah. Penggunaan bahan konkrit adalah bertujuan memudahkan pembersihan reban. Puyuh memerlukan saiz reban yang kecil untuk melindunginya daripada peringkat perindukan, peringkat pembesaran dan peringkat pengeluaran (bertelur). Reban dibina mengikut bilangan puyuh dan lengkap dengan kemudahan yang diperlukan. Reban perlu berada di kawasan yang sunyi, persekitaran yang kering dan sentiasa bersih. Pengudaraan yang baik dan terhalang daripada angin yang kuat serta memerlukan sedikit cahaya matahari. Berikut adalah penggunaan bahan untuk dua jenis perumahan puyuh seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 2.7 dan Jadual 2.8 di bawah. Reban tertutup menggunakan bahan struktur besi dan aluminium a) Bahan Perumahan Puyuh Bahagian Reban Bahan Bumbung atau Atap Nipah atau aluminium Kerangka Reban Kayu berukuran 1 inci x 3 inci Dinding Dawai mata punai atau BRC ukuran ½ inci x ½ inci Lantai Konkrit dengan ketebalan 76mm Jadual 2.7 Bahan perumahan puyuh b) Sangkar Puyuh Jadual 2.8 Jenis sangkar Jenis Sangkar Sangkar Biasa (Bertingkat) Sangkar Bertingkat (Tanpa sekatan) Sangkar Biasa (Bersekat) Sangkar Khas Pembiakan Ukuran 610mm (P) x 475mm (L) x 254mm (T) 1219mm (P) x 610mm (L) x 305mm (T) 914mm (P) x 305mm (L) x 203mm (T) 203mm (P) x 406mm (L) x 203mm (T) Jumlah Ternakan 25 ekor 50 ekor 25 ekor 3 ekor PERUMAHAN PUYUH
122 Reka bentuk reban hendaklah sesuai dengan jenis ternakan sama ada untuk ayam pedaging, ayam penelur dan ayam baka. Reka bentuk bumbung reban berperanan memastikan kesempurnaan peredaran udara di antara reban dengan persekitaran. Reka bentuk reban dapat dibezakan berdasarkan bilangan ternakan dan peringkat pemeliharaannya. 2.2.2 REKA BENTUK PERUMAHAN POLTRI Bentuk biasa Bentuk dua lapis Bentuk gabungan Bentuk pisang sesikat Pandangan sisi reka bentuk bumbung reban Reka bentuk bumbung reban tertutup jenis bentuk biasa REKA BENTUK BUMBUNG REBAN Bumbung reban bentuk dua lapis Reka bentuk reban jenis bentuk dua lapis dan bentuk biasa merupakan jenis reban poltri yang sangat popular di Malaysia. Bincang dan nyatakan kebaikan dan kelemahan kedua-dua jenis reban ini, serta mensyorkan kepada penternak.
123 UKURAN REBAN Ukuran reban bergantung kepada jumlah ternakan dan sistem penternakan yang digunakan seperti yang ditunjukkan dalam jadual 2.9. MENENTUKAN BILANGAN TERNAKAN Bilangan ternakan di dalam reban ditentukan mengikut jumlah ternakan dewasa. Bilangan ternakan memainkan peranan penting untuk memastikan ruang yang sempurna untuk ternakan. (Jadual 2.10) Perkara Jenis Terbuka Jenis Tertutup Lebar reban Tidak kurang dari 10 meter Tidak lebih dari 12 meter Tinggi lantai ke siling - 2.1–3.0 meter Tinggi dinding ke atap Sekurangnya 2.7 meter - Panjang tepi atap Sekurangnya 0.9-1.2 meter Sama Panjang reban Bergantung kepada keperluan Tidak lebih dari 150 meter Tinggi tanah ke lantai 1.95 meter 1.95 meter Tinggi lantai ke bumbung Sekurangnya 3.6 meter 4 meter Cerun atap Sekurangnya 1-20 darjah Sama Jadual 2.9 Ukuran reban ayam Jenis Ternakan Bilangan Ternakan Untuk Setiap Satu Meter Persegi Ayam Pedaging 6 hingga 8 ekor Puyuh 90 hingga 100 semasa peringkat perindukan 60 ekor selepas umur 10 hari 40 ekor selepas 42 hari iaitu peringkat pengeluaran (bertelur) Ayam Penelur 12 hingga 14 ekor Jadual 2.10 Bilangan Ternakan ternakan
124 JENIS REBAN TERTUTUP BENTUK BIASA 2. Reban Tertutup Dua Tingkat. (Rajah 2.13) Rajah 2.12 Pelan lakar reban tertutup satu tingkat berlantai sarap Rajah 2.13 Pelan lakar reban tertutup dua tingkat berlantai sarap Lantai luar reban Kipas ekzos Kipa Lantai luar s ek os 122m Pad penyejuk udara Pintu Bidai 12m 2m 2m 122m 2m 2m 2m 12m Lantai luar reban Bidai Pintu Pad penyejuk udara Kipas ekzos 1. Reban Tertutup Satu Tingkat. (Rajah 2.12) REKA BENTUK LUARAN REBAN
125 122m 2m 2m 2m 12m Lantai luar reban Bidai Pintu Pad penyejuk udara Kipas ekzos 4. Reban dan Sangkar Bateri. (Rajah 2.15) Rajah 2.14 Pelan lakar reban tertutup lantai tinggi Rajah 2.15 Pelan lakar reban sangkar bateri ayam penelur 1400mm 360mm 350mm 420mm Pengumpulan telur 550mm g ( j ) Sangkar bertingkat Lorong reban Tempat kotoran Longkang 3. Reban Tertutup Lantai Tinggi. (Rajah 2.14) Tempat kotoran
126 1. Reka Bentuk Reban Sarap Tebal. (Rajah 2.16) JENIS REBAN BENTUK DUA LAPIS 5.5-12m 1.5m Lantai simen Rajah 2.16 Pelan lakar reban tertutup sarap tebal 2. Reka Bentuk Reban Lantai Tinggi. (Rajah 2.17) Rajah 2.17 Pelan lakar reban tertutup lantai tinggi Sistem lantai reban • Lantai sarap tebal (Deep Litter) • Lantai atas penuh (Complete Slatted fl ooring) • Lantai dengan 1/3 tebal sarap (1/3 Deep Litter) • Lantai dengan 2/3 tebal sarap (2/3 Deep litter) INFO TAMBAHAN 0.9m 0.6m 2.5-3m 3m 5.5-12m 1.5m Lantai tinggi Longkang 0.9m 0.6m 2.5-3m 3m Laman ICT Penternakan ayam pedaging sistem sangkar
127 JENIS SANGKAR PUYUH BERTINGKAT Reka Bentuk Sangkar Bertingkat Bagi Puyuh Penelur. (Rajah 2.18) Pandangan sisi reban bertingkat. Pandangan hadapan reban bertingkat. Pandangan hadapan reban bertingkat. 250mm 400mm 220mm 2000mm Tempat makanan Tempat makanan Lantai Tempat kotor Tempat minuman Tempat minuman 600mm 180mm 150mm 200mm 200mm 100mm Pandangan Sisi 100mm Pandangan Depan 480mm 200mm 100mm 1000mm Tempat telur Pintu Rajah 2.18 Pelan lakar sangkar bertingkat puyuh penelur
128 PELAN SUSUN ATUR REBAN TERTUTUP Rajah 2.20 Pandangan susun atur dalaman reban lantai sarap Silo makanan Kipas Rajah 2.19 Pelan lantai susun atur reban lantai sarap Pad penyejuk udara 8.5m 9.1m Panel kawalan automatik Pintu Kipas ekzos 914m REKA BENTUK DALAMAN REBAN Rajah 2.19 menunjukkan pelan lantai susun atur reban lantai sarap untuk keluasan 914m x 8.5m, manakala Rajah 2.20 pula menunjukkan pandangan tiga dimensi susun atur dalaman reban lantai tinggi. Reban Satu Tingkat (Lantai Sarap) Bilangan ternakan = 10,500 ekor ayam Keluasan = 914m x 8.5m 1.
129 Rajah 2.21 di bawah menunjukkan pelan lantai susun atur reban tertutup lantai tinggi untuk keluasan 122m x 8.5m, manakala Rajah 2.22 pula menunjukkan pandangan tiga dimensi susun atur dalaman reban tertutup lantai tinggi. Rajah 2.21 pelan lantai susun atur reban tertutup lantai tinggi 122m Dawai mata punai Pengesan suhu dan kelembapan (BRC) Panel kawalan automatik Pintu Hopper Nipple drinker Pan feeder Tangga Pintu Bidai Kipas Ekzos 8.5m Rajah 2.22 Pandangan susun atur dalaman reban tertutup lantai tinggi Silo makanan Sistem pemberian makanan automatik Kipas ekzos Sistem pemberian minuman automatik Reban Tertutup Lantai Tinggi Bilangan ternakan = 20,000 ekor ayam Keluasan = 122m x 8.5m 2.
130 Bidai Longkang 1.5m 2m 2m 1.5m Stor/ruang pemunggah 12m Rajah 2.23 Susun atur dalaman reban tertutup dua tingkat Pad penyejuk udara Panel kawalan automatik Stor/ruang pemunggah 9m Pintu Kipas ekzos 122m Silo 12m 12m Rajah 2.23 menunjukkan pelan lakaran dan pelan lantai susun atur dalaman reban tertutup dua tingkat berkeluasan 122m x 12m. Reban Tertutup Dua Tingkat Bilangan ternakan = 20,000 ekor ayam Keluasan = 122m x 12m 3.
131 SUSUN ATUR SANGKAR PUYUH PENELUR Bekas air minuman Lampu untuk pencahayaan Bekas makanan Tempat telur Pintu sangkar Dawai mata punai (BRC)
132 Ladang penternakan bukan sekadar membina reban. Reban perlu dilengkapi dengan pos pengawal, tempat letak kenderaan, pejabat, stor makanan dan rumah pekerja. Susun atur ladang merupakan sebahagian daripada konsep biosekuriti yang berperanan mengawal penularan penyakit. Lokasi penternakan digalakkan untuk mengaplikasikan sistem iaitu satu ladang satu jenis ternakan dengan umur yang sama. Konsep ini bertujuan memudahkan pengurusan ternakan dan meminimumkan penularan wabak penyakit. Rajah 2.24 menunjukkan susun atur ladang ternakan mengikut Amalan Penternakan Yang Baik. Rajah 2.24 Susun atur persekitaran ladang ternakan 1 6 4 5 3 7 11 10 8 9 12 13 14 15 16 17 18 2 SUSUN ATUR LADANG DAN PERUMAHAN TERNAKAN 1 Kawasan Ladang Ternakan 1. Pos pengawal dan kegiatan disinfektan pengunjung atau pelawat 2&3. Pintu masuk yang terdapat disinfektan kenderaan 4. Tempat letak kenderaan 5. Pejabat 6. Rumah pekerja 7. Tempat penyelenggaraan bangkai (jika diperlukan) 8. Stor peralatan 9. Stor makanan 10. Stor sarap 11. Stor pengumpulan dan penyimpanan telur 12. Reban penakaian 13 &18 Reban Punca air
133 TAJUK: Membina dan Menyediakan Sangkar Ayam atau Puyuh Hasil Pembelajaran: i. Mengenal pasti dan memahami kesesuaian perumahan ternakan ii. Menghasilkan reka bentuk perumahan ternakan iii. Menyenaraikan keperluan bahan dan peralatan untuk membina perumahan ternakan iv. Membina perumahan ternakan berdasarkan jumlah ternakan Murid diminta untuk: 1. Memerhatikan beberapa contoh gambar foto reka bentuk perumahan ternakan 2. Menyediakan reka bentuk dan pelan perumahan ternakan 3. Membina perumahan untuk: 3.1 Memelihara 5-10 ekor ayam, atau 3.2 Memelihara 10-20 ekor puyuh 4. Menyenaraikan peralatan dan bahan yang digunakan untuk membina perumahan ayam atau puyuh AKTIVITI 4 PROSES AKTIVITI Mengenal pasti Ternakan dan Jumlah yang akan Diternak Menyenaraikan Peralatan dan Bahan Untuk Perumahan Menyediakan Reka Bentuk Perumahan Ternakan Pemilihan Lokasi Perumahan Membina Perumahan Ternakan Membuat Lakaran dan Lukisan Teknikal
134 CONTOH SANGKAR PUYUH Lakaran Sangkar Puyuh 1) Pandangan atas 2) Pandangan depan 4) Lantai sangkar 1) Pandangan atas 3) Pandangan sisi
135 1) Pandangan atas 2) Pandangan depan 4) Lantai sangkar 3) Pandangan sisi CONTOH SANGKAR AYAM Lakaran Reban Ayam
136 a) Alatan Tangan PERALATAN DAN BAHAN YANG DIPERLUKAN UNTUK MEMBINA SANGKAR PUYUH Apit G Pensel Gergaji Puting Mesin gerudi mudah alih tanpa wayar Pita Pengukur Tukul Kuku Kambing Sesiku L Kikir Parut Stapler Pemotong dawai mata punai (BRC) 1 3 5 7 9 2 4 6 8 10
137 b) Bahan Pemegang pintu Engsel untuk melekap pintu sangkar Skru ½ inci untuk melekatkan pemegang pintu Skru 1 inci Kayu spine Dawai mata punai (BRC) berukuran ½ x ½ inci C A B D MEMBINA SANGKAR PUYUH A) Lebar 406mm x 8 batang B) Tiang 350mm x 4 batang C) Panjang 800mm x 4 batang D) Pintu 200mm x 4 batang E) Tiang tengah 228mm x 4 batang Contoh reka bentuk sangkar puyuh berukuran 800mm x 406mm x 350mm 11 13 15 12 14 16
138 Ukuran panjang 800mm Menggunakan sesiku-L untuk mendapatkan ketepatan hujung kayu LANGKAH 1 - Proses mengukur, menanda dan memotong kayu sangkar. 1 2 LANGKAH 2 - Membina bahagian kayu A, kayu B dan kayu C. A, kayu B dan kayu C. B C 1 2 Contoh proses mencantum kayu B dan kayu C untuk bahagian tepi kiri dan kanan sangkar Nota: Sila ikut proses yang sama untuk menghasilkan semua bahagian kayu sangkar. Nota: Sila ikut proses yang sama pada keseluruhan bahagian sangkar. 3 Potong di sebelah luar garisan untuk menghasilkan panjang yang tepat
139 LANGKAH 3 - Mencantum keseluruhan kayu A, kayu B dan kayu C. B A C 1 2 Menebuk lubang untuk mencantumkan kayu A, B dan C dengan menggunakan skru 1 inci. Menebuk lubang bertujuan memastikan kayu tidak pecah apabila proses mencantum dengan menggunakan skru
140 LANGKAH 5 Memasang pintu sangkar. LANGKAH 4 - Memasang dinding dan lantai sangkar 1 2 Memotong dawai mata punai (BRC) 1 Memasang engsel pada bangkai kayu D dengan menggunakan skru ½ inci 2 Memasang pemegang pintu sangkar dengan menggunakan skru ½ inci Melekatkan dawai mata punai (BRC) dengan kayu struktur sangkar (dinding) 5 e s gp us g Pintu sangkar
141 Gambar foto 2.19 menunjukkan keseluruhan sangkar yang telah siap dibina. Pembinaan sangkar yang ditunjukkan hanya sebagai satu contoh reka bentuk sangkar yang mudah dan tidak memerlukan kewangan besar. Pelajar boleh membina sangkar yang lebih baik mengikut kreativiti dan kemampuan kewangan. Jadual 2.11 di bawah menunjukkan anggaran kos untuk membina sangkar puyuh dengan menggunakan kos yang minima. Gambar foto 2.19 menunjukkan keseluruhan sangkar y t l h i dibi Gambar foto 2.19 Sangkar puyuh yang siap sepenuhnya Bil Perkara Anggaran Harga (RM) 1 Kayu spine 10 batang 45.00 4 Pemegang pintu X 1 unit 2.00 7 Kertas pasir 3.00 3 Engsel pintu X 2 unit 1.50 2 Dawai mata punai (BRC) saiz ½ inci x ½ inci 32.00 5 6 Skru ½ inci Skru 1 inci 0.60 3.00 JUMLAH 87.10 Jadual 2.11 Anggaran kos membina sangkar puyuh
142 REFLEKSI 2.2 REFLEKSI 2.2 Bahan dan Peralatan Perumahan Poltri Reka Bentuk Perumahan Poltri Bumbung dan Atap Reban Dalaman Luaran Susun Atur Ladang Membina Sangkar Puyuh Lantai Reban PERUMAHAN POLTRI Dinding Reban