43 Rajah 1.21 pH tanah terhadap ketersediaan nutrien KETERSEDIAAN NUTRIEN Nilai pH tanah mempengaruhi ketersediaan nutrien. Nutrien mudah larut dalam larutan tanah pada pH tertentu. Pada pH yang rendah tanah akan kekurangan nutrien makro seperti Nitrogen, Fosforus, Potasium, Sulfur, Kalsium dan Magnesium. Manakala nutrien mikro ialah Ferum, Mangan Dioksida, Boron dan Kuprum & Zink. Pada pH 5.5-6.5 tanah mempunyai kandungan nutrien yang baik dan seimbang. Tanah yang mempunyai pH yang terlalu tinggi (lebih daripada 8.5) tidak baik kerana kandungan nutrien makro dan mikro yang rendah. Nilai pH yang terlalu rendah akan menyebabkan pembebasan ion ferum dan magnesium. Pada nilai pH tinggi, ion kalsium dan magnesium akan dibebaskan. Keempat-empat ion itu akan bertindak balas dengan fosfat membentuk fosfat yang tidak larut. Keadaan ini menyebabkan fosfat kurang tersedia dalam tanah apabila pH terlalu tinggi atau rendah. Rajah 1.21 di bawah menunjukkan pengaruh pH tanah terhadap ketersediaan nutrien. AKTIVITI MIKROB Pada pH 5.5–7.8 kebanyakan mikroorganisma yang bermanfaat kepada tumbuhan dapat hidup. Mikroorganisma yang menjalankan proses penitratan akan terjejas apabila kurang daripada pH 5.5. PENYAKIT TUMBUHAN Patogen merupakan penyebab penyakit kepada tumbuhan. Nilai pH tanah yang rendah akan menyebabkan kulat mudah membiak dan tumbuhan sukar memperoleh nutrien. Nilai pH tanah yang tinggi atau rendah akan menyebabkan pertumbuhan akar terjejas. Rajah 1.20 Kesan keasidan pada tanah KESAN KEASIDAN PADA TANAH Ketersediaan Nutrien Aktiviti Mikrob Penyakit Tumbuhan KESAN KEASIDAN PADA TANAH
44 EKSPERIMEN 7 TAJUK: Menentukan nilai pH tanah menggunakan meter pH BAHAN DAN ALATAN: Meter pH, bikar 50 ml, spatula, alat penimbang dan jam randik, sampel tanah, air suling dan lesung batu PERKARA YANG PERLU DIPATUHI UNTUK MEMASTIKAN KEJAYAAN EKSPERIMEN • Gunakan air suling untuk melarutkan larutan • Meter pH perlu dipegang dengan betul bagi mendapatkan keputusan yang sebenarnya • Tanah yang ditumbuk perlulah kering 4 5 Kacau larutan hingga sebati dan biarkan selama 20 minit. Kacau semula larutan tersebut. 6 Masukkan meter pH. Dapatkan bacaan pH tanah. Catatkan pada laporan eksperimen. Ulang langkah eksperimen dengan menggunakan sampel tanah yang lain. Masukkan 10 gm sampel tanah dan 10 ml air suling ke dalam bikar. 1 2 Uji meter pH dalam larutan penampan pH 4.1 atau pH 7.01. 3 Hancurkan tanah dengan menggunakan lesung batu. Sediakan bahan-bahan dan peralatan eksperimen. KEPUTUSAN EKSPERIMEN Bil Sampel Tanah Nilai pH Sifat Asid/ Alkali 1 Sampel Tanah 1 2 Sampel Tanah 2 3 Sampel Tanah 3 4 Sampel Tanah 4 5 Sampel Tanah 5 KESIMPULAN: ________________________________________________________________ __
45 EKSPERIMEN 8 TAJUK: Menentukan pH tanah menggunakan kaedah Kuhn BAHAN DAN ALAT: Tabung uji, rak tabung uji, penutup getah, penitis, spatula, sampel tanah, Barium Sulfat, larutan penunjuk universal, carta pH dan air suling PERKARA YANG PERLU DIPATUHI UNTUK MEMASTIKAN KEJAYAAN EKSPERIMEN • Kuantiti Barium Sulfat dan sampel tanah sama banyak • Jangan gunakan ibu jari menutup tabung uji semasa menggoncang • Goncang sehingga sebati supaya mendapat keputusan yang dikehendaki KEPUTUSAN EKSPERIMEN Bil Sampel Tanah 1 Sampel Tanah 1 2 Sampel Tanah 2 3 Sampel Tanah 3 4 Sampel Tanah 4 5 Sampel Tanah 5 Warna Tanah Nilai pH Sifat Asid/ Alkali 1 2 Masukkan Barium Sulfat ke dalam tabung uji sebanyak 2.5cm (tinggi tabung uji). 3 Tambah sampel tanah sehingga 5cm (tinggi tabung uji). Tambahkan air suling sehingga ¾ penuh tabung uji dan titiskan 2-5 titisan larutan penunjuk universal ke dalam tabung uji. 4 5 Tutup tabung uji dengan penyumbat getah dan goncang tabung uji sehingga sebati. 6 Padankan warna yang terhasil dengan carta pH dan tentukan pH tanah tersebut. Tabung uji yang telah digoncang diletakkan dalam rak dan biarkan semalaman. KESIMPULAN: ________________________________________________________________ __
46 1.2.3 KAEDAH MEMPERBAIKI TANAH Tanah di Malaysia tergolong dalam kumpulan tanah bermasalah seperti tanah asid sulfat, tanah gambut, tanah bekas lombong, tanah BRIS dan tanah liat. Amalan-amalan membaiki tanah yang bermasalah ini dapat dilihat pada Rajah 1.22. Pemugaran ialah proses memecah, melonggar dan menggemburkan keadaan tanah yang padat untuk tujuan penanaman. Terdapat dua jenis pemugaran iaitu pemugaran primer dan pemugaran sekunder. Jenis pemugaran dan jentera yang biasa digunakan dapat dilihat pada Rajah 1.23. Rajah 1.22 Kaedah membaiki tanah Pengapuran Pemugaran Pengairan Penyaliran Pembajaan KAEDAH MEMPERBAIKI TANAH Rajah 1.23 Proses pemugaran tanah PEMUGARAN PEMUGARAN Primer Sekunder Bajak Piring Bajak Putar Bajak Pahat Bajak Sikat Bajak Pembatas Bajak Sepak Bajak Sisir
47 Pemugaran Primer Pemugaran Primer merupakan aktiviti membajak tanah pada peringkat awal yang membolehkan lapisan tanah keras dipotong dan dibalikkan, dipecah dan dilonggarkan dengan menggunakan sama ada bajak piring, bajak sepak atau bajak pahat. Antara tujuan pemugaran primer adalah: 1. Memotong dan membalikkan tanah 2. Memecah dan melonggarkan lapisan tanah keras 3. Menyediakan permukaan tanah yang sesuai untuk dikerjakan oleh alat pemugaran sekunder Alat pemugaran primer digunakan untuk melakukan kerja yang berat iaitu dengan memugarkan lapisan tanah pada paras yang lebih dalam dan menghasilkan permukaan tanah yang kasar. Alat pemugaran primer adalah: Bajak sepak Memotong, mengangkat dan membalikkan tanah. Bajak piring Memotong, mengangkat, memecah dan membalikkan tanah. Sesuai untuk tanah yang melekit dan keras. Bajak pahat Memecah dan melonggarkan lapisan tanah keras.
48 Pemugaran Sekunder Pemugaran Sekunder ialah proses membajak peringkat akhir yang membolehkan ketulan tanah dihancurkan dan digembur sehingga sesuai untuk penanaman dengan menggunakan sama ada bajak putar, bajak sikat, bajak sisir atau pembatas. Pemugaran sekunder dilaksanakan selepas pemugaran primer. Tujuan pemugaran sekunder adalah: 1. Menggemburkan tanah 2. Menghancur dan memusnahkan rumpai 3. Menggaul sisa tanaman dengan baja di dalam tanah Alat pemugaran sekunder melakukan kerja yang lebih ringan iaitu menghancurkan tanah kepada saiz yang lebih kecil supaya kerja penanaman dapat dijalankan. Bajak Sikat Memecahkan ketulan tanah yang kasar supaya menghasilkan tanah yang lebih sesuai untuk percambahan biji benih. Bajak Sisir Menghancurkan tanah, mengeluarkan rumpai, sisa tanaman dan akar kayu. Bajak Putar Memecah dan menghancurkan tanah. Bajak Pembatas Membuat batas dan alur antara batas.
49 FAKTOR YANG AKAN DIPERTIMBANGKAN SEBELUM PENGAPURAN. Rajah 1.24 menunjukkan faktor yang dipertimbangkan sebelum aktiviti pengapuran. Rajah 1.24 Faktor yang dipertimbangkan sebelum aktiviti pengapuran FAKTOR YANG DIPERTIMBANGKAN SEBELUM PENGAPURAN Jenis Tanaman Kandungan Bahan Organik Jenis Tanah Jenis Kapur Nilai pH bagi kebanyakan tanaman adalah pH 5.5–pH 6.5. Oleh itu pengapuran perlu dilakukan untuk menaikkan pH ke tahap yang sesuai untuk sesuatu jenis tanaman. Tanah yang pH rendah akan menjejaskan penyerapan kation oleh akar. Pengapuran biasanya dibuat apabila pH tanah kurang daripada pH 5.0. TUJUAN PENGAPURAN Tujuan utama pengapuran ialah bagi mengurangkan keasidan tanah, membekalkan nutrien tumbuhan dan membaiki agregat tanah. Gambar foto 1.4 menunjukkan contoh kapur pertanian yang digunakan dalam aktiviti pengapuran. Gambar foto 1.4 Kapur pertanian PENGAPURAN
50 JENIS TANAH Tanah asid sulfat (tanah masam) tanah bekas lombong (tanah BRIS) dan tanah gambut boleh dirawat dengan bahan kapur. Kuantiti bahan kapur yang digunakan adalah berbeza mengikut jenis tanah. JENIS TANAMAN Kadar pengapuran yang hendak dilakukan bergantung kepada jenis tanaman yang hendak ditanam. Tanaman yang sesuai terhadap keadaan tanah berasid tidak memerlukan bahan kapur yang banyak. JENIS KAPUR Jadual 1.11 menerangkan maklumat mengenai jenis bahan kapur. JENIS KAPUR NAMA KIMIA CIRI Mudah didapati, membekal kalsium dan magnesium Berwarna putih likat seperti krim yang dihasilkan dari cengkerang, siput laut yang telah dibakar. Hasil daripada debu cengkerang Kapur Dolomit Kapur Mati • Kalsium Hidroksida Kapur Tohor Kalsit • Kalsium Karbonat Kandungan kalsium tinggi Mudah didapati dan membekalkan kalsium sahaja • Kalsium Karbonat • Kalsium Magnesium • Karbonat • Kalsium Oksida Jadual 1.11 Jenis bahan kapur KANDUNGAN BAHAN ORGANIK Pengapuran membantu mengurangkan keasidan tanah seterusnya menyediakan keadaan tanah yang sesuai untuk aktiviti organisma mikro dan makro. Organisma ini akan menghuraikan sisa tanaman atau sisa haiwan menjadi bahan organik dengan lebih cepat. KADAR PENGAPURAN Ground Magnesium Limestone (GML) ialah kadar pengiraan keperluan kuantiti kapur pertanian untuk sehektar. Jadual 1.12 menunjukkan kadar GML bagi sehektar. Jenis tanah Kadar GML Sehektar Tanah jenis gambut 20 – 25 tan (untuk kali pertama) Tanah jenis mineral 3 – 6 tan (jika kurang pH 5 atau untuk kali ke-2) Sumber: (MARDI) Jadual 1.12 Kadar GML sehektar
51 Penyaliran adalah aktiviti menyalirkan air daripada kawasan tanaman. Penyaliran dilakukan supaya tanaman mendapat air yang optimum. Pengurusan air hendaklah dilakukan dengan baik untuk memastikan keperluan air sentiasa tersedia sepanjang masa terutamanya pada musim kemarau. Terdapat tiga jenis sistem saliran atas tanah yang boleh diamalkan oleh petani. Iaitu: 1. Sistem Parit Rawak Mengandungi satu barisan parit dari tempat air bertakung. Dari tempat bertakung air akan dialirkan ke parit berung dan kemudiannya ke parit besar untuk dikeluarkan dari kawasan ladang. 2. Sistem Parit Tulang Hering Berbentuk seperti tulang ikan dan memerlukan persimpangan di antara kedua-dua parit. 3. Sistem Parit Selari Pembinaan beberapa batang parit yang selari dan mencerun ke arah parit berung. Rajah 1.25 menunjukkan contoh penyaliran sistem parit tulang hering dan Rajah 1.26 penyaliran sistem parit selari. Masa Pengapuran Kerja-kerja pengapuran dilakukan sekurang-kurangnya 2 minggu sebelum menanam iaitu semasa pembajakan. Gambar foto 1.5 Kesan kapur kepada pertumbuhan akar pada pH 7 Gambar foto 1.6 Kesan kapur kepada pertumbuhan akar pada pH 3 Tindak balas Kimia Kapur Gambar foto 1.5 dan 1.6 masing-masing menunjukkan kesan kapur kepada pertumbuhan akar. CaCO3 + H2 O Ca2++ HCO3 - + OHPENYALIRAN Rajah 1.25 Penyaliran sistem parit tulang hering Rajah 1.26 Penyaliran sistem parit selari
52 Baja membekalkan nutrien tanaman untuk pertumbuhan tanaman. Kepentingan pembajaan ialah: 1. Membekal nutrien pada tanah 2. Membantu dalam merangsang pertumbuhan dan kegiatan organisma tanah bagi menyuburkan tanah Gambar foto 1.9 menunjukkan aktiviti pembajaan. Gambar foto 1.9 Aktiviti pembajaan Pengairan ialah kaedah penyiraman atau membekalkan air kepada tanaman. Penggunaan mekanisasi dalam pengairan sangat diperlukan untuk bidang usaha tanaman berskala besar. Jadual 1.13 menunjukkan jenis pengairan. Sistem pengairan dijalankan di kawasan penanaman bagi mengatasi masalah kekurangan air untuk meringankan beban kerja petani menyiram tanaman. Gambar foto 1.7 Pengairan percikan Gambar foto 1.8 Pengairan titisan Jadual 1.13 Jenis Pengairan Jenis Pengairan Catatan Sistem pengairan titisan Air dibekalkan ke pangkal tanaman secara titisan dengan menggunakan tekanan yang rendah Sistem pengairan banjir Air dilepaskan ke kawasan tanaman dengan menggunakan pam air Sistem pengairan percikan Air disiram kepada tanaman dengan menggunakan pam air PENGAIRAN PEMBAJAAN Gambar foto 1.7 dan 1.8 menunjukkan kaedah pengairan percikan dan kaedah pengairan titisan.
53 REFLEKSI 1.2 STRUKTUR TANAH JENIS STRUKTUR • Butir Rapuh • Berlapis • Berblok • Prismatik • Kolumnar KEPENTINGAN STRUKTUR TANAH • Mengekalkan Daya Pegangan Air • Membaiki Pengudaraan • Mencegah Kepadatan • Mencegah Hakisan Pemugaran Pengairan Pengapuran Penyaliran Pembajaan FAKTOR MEMPENGARUHI pH TANAH • Kandungan Bahan Induk • Larut Resapan • Penambahan Asid Karbonik dan Asid Nitrik • Penggunaan Baja • Pereputan Bahan Organik KESAN KEKURANGAN pH TANAH • Ketersediaan Nutrien • Aktiviti Mikrob • Penyakit Tumbuhan pH TANAH KAEDAH MEMPERBAIKI TANAH PEMULIHARAAN TANAH
54 JANA MINDA Jawab soalan berikut. 1. Terangkan maksud struktur tanah. ……………………………………………………………………………......................... ............................................................................................................................................. Ion fosfat kurang tersedia pada pH yang rendah Proses penitratan akan terjejas pada pH 6 hingga pH 7 pH yang sesuai bagi kebanyakan tanaman ialah pH 5.5 hingga pH 6.5 Aktiviti patogen terencat pada pH yang rendah 4. Tandakan (√) bagi pernyataan yang benar dan (x) bagi pernyataan yang salah tentang kesan pH tanah. 5. Terangkan tiga kepentingan pembajaan. i) ……………………………………………………………………………... ii) …………………………………………………………………………….... iii) …………………………………………………………………………….... 6. Nyatakan tiga kaedah memperbaiki tanah supaya sesuai untuk penanaman. i) ……………………………………………………………………………... ii) …………………………………………………………………………….... iii) …………………………………………………………………………….... 2. Nyatakan nama struktur tanah berikut: i) ii) iii) iv) … .. 3. Nyatakan tiga kepentingan struktur tanah. i) ……………………………………………………………………………... ii) …………………………………………………………………………….... iii) …………………………………………………………………………….... … …… …… …… …… …… …… … ……
55 7. A dan B adalah menunjukkan kesan pH tanah A Ketersediaan Nutrien B Penyakit Tumbuhan Padankan kesan pH tanah itu dengan pernyataan di bawah dengan menulis A dan B pada petak yang disediakan. 8. Lengkapkan carta alir eksperimen menentukan pH tanah kaedah Kuhn. Masukkan Barium Sulfat dan sampel tanah dalam tabung uji i. ii. Tutup dan goncang tabung uji hingga sebati Pada nilai pH tanah yang rendah kulat mudah membiak Pada pH 5.5-pH 6.5 nutrien dalam tanah dapat diambil oleh tumbuhan i) ii) 9. Nyatakan tiga jenis bahan kapur yang biasa digunakan. i) …………………………………………………………………………….. ii) …………………………………………………………………………….. iii) …………………………………………………………………………..... 10. Nyatakan empat faktor yang perlu dipertimbangkan sebelum melakukan pengapuran dalam amalan membaiki tanah. i) ………………………………………………………………………………. ii) ……………………………………………………………………………… iii) …………………………………………………………………………….. iv) ……………………………………………………………………………... … … …… ……
BAJA DAN PEMBAJAAN UNIT 1.3 56
57 Baja ialah bahan yang ditambah pada tanah untuk membekalkan nutrien kepada tanaman dengan tujuan meningkatkan hasil dan kualiti tanaman. Penggunaan baja sangat penting untuk kelestarian pertanian. Pertanian moden pada hari ini banyak bergantung kepada penggunaan baja terutamanya baja yang berunsur nitrogen sebagai bahan untuk meningkatkan pengeluaran hasil tanaman. Keperluan pembajaan bergantung kepada jenis tanaman dan tahap kesuburan tanah. Penggunaan baja organik atau baja kimia memberi kesan sampingan kepada kesuburan tanah dan kualiti tanaman. Kesan sampingan ini boleh dikawal melalui amalan pembajaan yang betul. Good Agricultural Practices Good Agricultural Practices (GAP) bertujuan untuk meningkatkan hasil tanaman. Baja terdiri daripada pelbagai bentuk iaitu: i. Pelet (pellet) iii. Butir ii. Debu iv. Cecair (foliar) INFO TAMBAHAN Good Agricultural Practices Good Agricultural Practices (GAP) merupakan satu pendekatan dalam sistem pengembangan pertanian Jabatan Pertanian Malaysia untuk memastikan pengeluaran hasil pertanian berkualiti dan selamat dimakan. GAP mengambil kira pengurusan ladang yang mesra alam sekitar. GAP ialah amalan-amalan yang dilaksanakan semasa proses pengeluaran dan pengendalian hasil bagi memastikan hasil ladang adalah berkualiti, selamat dimakan dan tidak menimbulkan risiko kepada alam sekitar dan pekerja ladang. Dasar agro makanan negara memberikan penekanan terhadap sektor agromakanan yang mahukan perlaksanaan GAP oleh semua pengusaha ladang pertanian makanan. BAJA DAN PEMBAJAAN
58 1.3.1 JENIS BAJA Baja organik adalah baja semulajadi yang terhasil daripada proses pereputan sisa haiwan dan tumbuhan. Baja organik merupakan baja yang mesra alam kerana dihasilkan tanpa menggunakan bahan kimia. Rajah 1.28 menunjukkan contoh sisa pertanian yang boleh dijadikan baja organik. Baja dapat dikelaskan sebagai baja organik yang mengandungi elemen semula jadi dan baja kimia yang mengandungi elemen kimia. Rajah 1.27 menunjukkan contoh jenis baja: BAJA ORGANIK Tinja Haiwan yang Diproses Sisa Kilang Pertanian Sisa Ladang Rajah 1.28 Contoh jenis baja organik Tinja ayam Hampas kelapa sawit Sekam padi BAJA ORGANIK BAJA BAJA ORGANIK BAJA KIMIA Tinja Haiwan Sisa Kilang Sisa Ladang Baja Tunggal Baja Campuran Baja Sebatian Baja Lengkap Rajah 1.27 Jenis baja
59 TINJA HAIWAN YANG DIPROSES Tinja ternakan boleh dijadikan baja sama ada digunakan secara terus atau setelah diproses. Selalunya, tinja tersebut diasingkan daripada rumput dan sampah. Tinja disimpan selama 40 hari sehingga mengalami penguraian bakteria bagi menghasilkan baja kompos. Baja dalam bentuk kering sering digunakan kerana keadaannya yang lebih mudah ditangani dan tidak berbau. SISA KILANG PERTANIAN Sisa kilang pertanian seperti kilang memproses minyak kelapa sawit menghasilkan bahan buangan sampingan seperti tandan kelapa sawit dan hampas isi rong. Kilang memproses padi pula menghasilkan sekam padi. Kesemua hasil sisa kilang pertanian ini boleh dihancurkan dan diproses menjadikan baja organik. SISA LADANG Sisa ladang terdiri daripada sisa tanaman dan sisa ternakan. Contoh sisa tanaman seperti batang jagung, sayuran yang rosak dan rumput yang dipotong. Sisa ternakan pula merujuk kepada baja haiwan ternakan. Laman ICT Apakah itu baja organik? Baja kimia ialah baja yang terhasil daripada bahan tidak organik yang diproses secara sintetik bagi memasukkan satu nutrien utama atau lebih. Baja terbahagi kepada empat jenis. Rajah 1.29 menunjukkan jenis-jenis baja kimia. Rajah 1.29 Jenis baja kimia BAJA KIMIA Baja Tunggal Baja Campuran Baja Sebatian Baja Lengkap BAJA KIMIA Nyatakan contoh sisa ladang lain yang boleh dijadikan baja organik berserta kesanya kepada tanah. Mengapakah petani lebih memilih penggunaan baja kimia daripada baja organik? Bincangkan.
60 BAJA TUNGGAL Baja tunggal ialah baja yang mengandungi satu nutrien utama yang diperlukan oleh tanaman. Baja tunggal terdiri daripada Nitrogen atau Fosforus atau Kalium. Contoh baja tunggal dapat dilihat pada Gambar foto 1.12. Gambar foto1.12 Jenis baja tunggal BAJA LENGKAP Baja lengkap mengandungi kombinasi semua nutrien utama yang diperlukan iaitu nitrogen, fosforus dan kalium. Baja lengkap juga mengandungi nutrien mikro, campuran enzim dan pengawal tumbuhan semula jadi. Jadual 1.14 menunjukkan maklumat jenis-jenis baja dan fungsinya. JENIS BAJA Baja Tunggal FUNGSI Baja yang membekalkan satu unsur sahaja CONTOH BAJA - Urea (46%N), - CIRP (35%P2 O5 ) - Muriate of Potash (60%K2 O) Baja tunggal yang dicampur secara kimia - NPK Hijau - NPK Blue Special Baja tunggal yang dicampur secara fi zikal - ‘Mixture’ - Baja Campuran Mengandungi semua unsur nutrien - Baja campuran - Baja sebatian - Baja foliar Baja Sebatian Baja Campuran Baja Lengkap Jadual 1.14 Jenis-jenis baja dan fungsinya BAJA CAMPURAN Baja campuran ialah baja yang dihasilkan daripada campuran dua atau lebih baja tunggal yang berbeza saiz, bentuk dan ketumpatan. Campuran dilakukan secara fi zikal tanpa melibatkan tindak balas kimia. 8% N 24% P 24% K 28% N 14% P 14% K 17% N 17% P 17% K BAJA SEBATIAN Baja sebatian merupakan baja yang mengandungi dua atau lebih unsur nutrien utama tanaman yang disebatikan secara kimia. Kandungan nutriennya disediakan dalam pelbagai nisbah. CIRP N P2 O5 K
61 Pembajaan boleh dilakukan melalui pelbagai kaedah pembajaan. Kaedah pembajaan ini bergantung kepada jenis tanaman yang diusahakan. Terdapat lima kaedah yang digunakan dalam aktiviti pembajaan iaitu. Taburan Bahan baja ditabur secara sekata di atas permukaan tanah. Penaburan biasanya dilakukan ke atas bahan pepejal, iaitu granul atau butiran halus. Baja juga boleh diletak pada sekeliling pangkal pokok iaitu selepas pokok itu berumur 3 hingga 4 minggu. Cara pembajaan ini dikenali sebagai pembajaan permukaan dan melibatkan penggunaan baja nitrogen. Alur Baja pepejal diletak dalam alur dan dikambus semula seperti gambar rajah diatas. Cara membaja ini sesuai digunakan untuk tanaman yang mudah rosak apabila tersentuh bahan baja. Teknik Taburan Teknik Alur KAEDAH PEMBAJAAN T k ik T b Kawasan yang sesuai untuk pembajaan. Lingkungan kanopi
62 Titisan Kaedah pemberian baja berbentuk cecair terus ke pangkal pokok. Contoh pembajaan titisan ialah sistem fertigasi. Poket (Pocket Placement) Pembajaan secara poket dilakukan pada pokok buah-buahan atau pokok yang ditanam secara tunggal. Lubang-lubang poket digali sedalam 10-15 cm di hujung kanopi kerana bahagian ini merupakan zon akar yang aktif. Baja diletakkan dalam lubang-lubang poket dan dikambus. Semburan (Foliar Feeding) Larutan cecair baja boleh disembur untuk merawat kekurangan nutrien tertentu, khasnya mikronutrien. Poket Terangkan mengapakah dalam kaedah titisan pemberian baja berbentuk cecair terus dilakukan ke pangkal pokok?
63 Rajah 1.30 Kebaikan penggunaan baja organik Meningkatkan Ketersediaan Nutrien Meningkatkan Kadar Penyerapan dan Pegangan Air Menambahkan Mikrob dalam Tanah Menambahkan Kandungan Nutrien dalam Tanah Membaiki Keadaan Tanah KEBAIKAN PENGGUNAAN BAJA ORGANIK MEMBAIKI KEADAAN TANAH Selain memberikan zat-zat makanan kepada tanah dan tumbuhan, baja organik juga dapat membaik pulih keadaan fi zikal tanah dengan membaiki tekstur dan struktur tanah. MENINGKATKAN KADAR PENYERAPAN DAN PEGANGAN AIR Baja organik mengandungi banyak mikroorganisma yang berupaya menambahkan rongga udara dalam tanah. Ini menyebabkan peningkatan kadar serapan air akibat daripada penambahan liang mikro dalam tanah. MENAMBAHKAN KANDUNGAN NUTRIEN DALAM TANAH Pereputan bahan organik membekalkan nutrien kepada akar tumbuhan. Bahan organik meningkatkan pegangan nutrien tanah kerana mempunyai banyak cas negatif yang berupaya mengikat nutrien yang bercas positif. MENAMBAHKAN MIKROB DALAM TANAH Baja organik mengandungi mikroorganisma yang boleh membantu menguraikan sisa tanaman dan haiwan. Baja organik menjadi tempat pembiakan mikroorganisma tanah kerana ia menjadi sumber makanan. MENINGKATKAN KETERSEDIAAN NUTRIEN Baja organik tidak dapat menyediakan nutrien dengan cepat berbanding baja kimia kerana kandungan nutrien dalam baja organik dibebaskan secara perlahan. Penggunaan baja organik akan menambah pH tanah seterusnya meningkatkan ketersediaan nutrien dalam tanah. KEBAIKAN PENGGUNAAN BAJA ORGANIK Rajah 1.30 di bawah menunjukkan kebaikan penggunaan baja organik.
64 KESAN TINDAK BALAS CEPAT Baja kimia lebih mudah larut berbanding baja organik. Oleh itu nutrien yang dibekalkan oleh baja kimia lebih tersedia berbanding baja organik. Nutrien di dalam baja organik hanya tersedia setelah bahan organik tersebut dihuraikan oleh mikroorganisma tanah. Akar tumbuhan bertindak balas cepat terhadap baja kimia. Medium pengangkutan menyerap semua nutrisi dalam tanah. Nutrien akan dipindahkan kepada semua bahagian tumbuhan seperti daun, buah dan batang bergantung kepada kadar penyerapan dan proses dijalankan oleh tumbuhan. Stomata di bahagian daun akan menyerap kandungan karbon dioksida dalam bentuk gas bagi kegunaan kitar karbon dan kitar oksigen dalam proses fotosintesis. Setiap unsur memainkan peranan dan tugas yang tersendiri bagi memastikan tumbesaran tanaman dan memberikan sokongan terhadap kitar hidup sesuatu tanaman. Rajah 1.31 menunjukkan kebaikan baja kimia. MEMBEKALKAN NUTRIEN KHUSUS Terdapat beberapa jenis baja yang mempunyai fungsi dalam membekalkan nutrien khusus tertentu. Contoh baja tunggal Urea (46%N) hanya membekalkan satu unsur utama untuk tanaman. Unsur Nitrogen untuk mempercepatkan tumbesaran dan menggalakkan pertumbuhan daun hijau. Baja kimia CIRP (35% P2 O5 ) khusus untuk mempercepatkan pengeluaran akar, bunga dan buah. Penggunaan baja Muriat of Potash 60% dapat membekalkan nutrien untuk pengembangan bunga dan buah. MENAMBAH NUTRIEN DALAM TANAH Baja kimia NPK mempunyai nutrien yang lengkap. Ia dapat membantu pertumbuhan tanaman yang subur dan kaya dengan menambahkan nutrien yang diperlukan oleh tumbuhan. Kandungan nutrien di dalam baja kimia boleh diubahsuai mengikut kehendak pengguna. Maka nutrien baja organik bergantung kepada sumber baja tersebut. KEBAIKAN BAJA KIMIA Kesan Tindak Balas Cepat Membekalkan Nutrien Khusus Menambah Nutrien dalam Tanah Rajah 1.31 Kebaikan baja kimia Laman ICT Nutrien dan mineral yang bertindak balas dengan tumbuhan. KEBAIKAN PENGGUNAAN BAJA KIMIA
65 MENGGALAKKAN PERTUMBUHAN RUMPAI Baja organik yang dihasilkan daripada tinja haiwan dan sisa tanaman mungkin mengandungi biji benih rumpai. Apabila digunakan biji benih mungkin akan bercambah dan tumbuh bersama-sama tanaman. Hal ini menyebabkan persaingan kepada tanaman untuk mendapatkan nutrien. Gambar foto 1.10 menunjukkan jenis rumpai yang tumbuh. Rumput Halia Hitam (Cyperus rotundus) Rumput Sambau (Eleusine indica) Rumpai Ekor Kucing (Pennisetum polystachion) Lalang (Imperata cylindrica) Gambar foto 1.10 Jenis rumpai KESAN BAJA ORGANIK Menjadi perumah kepada perosak Meresap lambat ke dalam tanah Menggalakkan pertumbuhan rumpai Penyebaran perosak atau penyakit tumbuhan lain Rajah 1.32 Kesan Sampingan baja organik ke atas tanah KESAN SAMPINGAN PENGGUNAAN BAJA ORGANIK Rajah 1.32 menunjukkan kesan sampingan baja organik ke atas tanah.
66 PENYEBARAN PEROSAK ATAU PENYAKIT TUMBUHAN LAIN. Proses penguraian bahan organik menghasilkan haba dan menyebabkan suhu tanah meningkat. Keadaan ini sangat sesuai untuk haiwan perosak seperti organisma mikro dan organisma makro membiak. Gambar foto 1.14 menunjukkan contoh perosak. Gambar foto 1.14 Contoh perosak Kumbang Tanduk MENJADI PERUMAH KEPADA PEROSAK Baja organik boleh menjadi perumah perosak seperti ulat, larva serangan, kumbang dan bakteria. Organisma perosak boleh hidup dan membiak dalam baja organik menyebabkan koloni perosak berkembang dan mengancam pertumbuhan tanaman. PEROSAK DAN KESANNYA Perosak Kesannya Virus Mozek, daun kuning, corak bercincin, pertumbuhan terencat dan daun berpilin Nematod Akar – bonggol, tercedera, bercabang dan reput Bakteria Bintik, layu, reput dan mati rosat Serangga Daun berlubang dan buah rosak Kulat Reput, melecur, bonggol, kulapuk dan karat Rumpai Hasil rendah dan pertumbuhan terbantut Parasit Organisma yang mendapat faedah daripada perumah/mendapat makanan daripada perumah. Patogen Organisma penyebab penyakit seperti bakteria, kulat dan virus Vektor Organisma pembawa patogen/punca penyakit Saprofi t Organisma yang bergantung hidup pada perumah yang telah mati/mendapat makanan daripada bahan yang reput INFO TAMBAHAN Effective Microorganisms (EM) merupakan hasil kultur campuran daripada mikroorganisma hidup yang membantu merencatkan pertumbuhan bakteria patogen/bakteria jahat yang ada dalam sistem tumbesaran. Kebaikan EM dalam bidang pertanian ialah: • Menggalakkan pertumbuhan, pembungaan dan buah dalam tanaman • Memperbaiki secara • Memperbaiki secara fi zikal, kimia dan biologi persekitaran tanah dan menghalang zikal, kimia dan biologi persekitaran tanah dan menghalang patogen-patogen tanah dan serangga • Memperbaiki aktiviti fotosintesis pada tanaman • Memastikan pertumbuhan pucuk dan tanaman • Meningkatkan kecekapan bahan organik sebagai baja • Membina ketahanan tanaman daripada penyakit dan serangga perosak Lalat Buah Koya
67 Rajah 1.33 Kesan penggunaan baja kimia KESAN PENGGUNAAN BAJA KIMIA Mencederakan Tisu Tanaman Meningkatkan Kos Produktiviti Ladang Meningkatkan Keasidaan Tanah Mencemarkan Air dan Tanah Penggunaan baja kimia untuk tanaman memberikan banyak kebaikan. Terdapat beberapa kesan sampingan yang perlu diberi perhatian: MENCEDERAKAN TISU TANAMAN Baja yang terkena pada bahagian tumbuhan seperti batang dan daun menyebabkan bahagian tersebut melecur. Keadaan ini akan mencederakan tisu tanaman dan boleh mengundang pelbagai penyakit tanaman. MENINGKATKAN KEASIDAN TANAH Baja berasid seperti ammonia sulfat akan terurai di dalam tanah kepada ion ammonium (NH4 + ) dan seterusnya dioksida kepada ion nitrat (NO3 - ) dan ion hidrogen(H+ ). Ion hidrogen akan menurunkan pH tanah. Penggunaan berulang kali boleh menyebabkan pengumpulan toksik bahan kimia seperti arsenik, kadmium, dan uranium dalam tanah. Penggunaan baja juga boleh mempengaruhi pH tanah. MENCEMARKAN AIR DAN TANAH Baja kimia mempercepatkan pengeluaran hasil pertanian. Walau bagaimanapun, keburukannya ialah baja kimia tidak dapat mengekalkan kesuburan tanah dan juga tidak menggalakkan kehidupan organisma tanah yang akan membantu penyuburan tanah dalam jangka masa panjang. Penggunaan baja kimia mempunyai kelemahan contohnya baja nitrogen akan meresap dan mencemarkan sumber air. Bekalan nitrogen yang berlebihan dalam sumber air akan menggalakkan pertumbuhan alga. Jika pertumbuhan alga berlebihan ia akan menyebabkan tumbuhan akuatik lain mati. Pereputan sisa-sisa tumbuhan akan mengurangkan bekalan oksigen. MENINGKATKAN KOS PRODUKTIVITI LADANG Jika penggunaan baja kimia tidak dikawal kemungkinan penggunaan secara berlebihan akan berlaku. Ini akan menyebabkan pembaziran baja dan meningkatkan kos produktiviti ladang. KESAN SAMPINGAN BAJA KIMIA Rajah 1.33 menunjukkan kesan penggunaan baja kimia. Laman ICT Kesan sampingan baja kimia.
68 KEPERLUAN NUTRIEN UNTUK TUMBUHAN Rajah 1.34 Keperluan nutrien untuk tumbuhan Rajah 1.34 menunjukkan keperluan nutrien untuk tumbuhan. KEPERLUAN NUTRIEN UNTUK TUMBUHAN NUTRIEN MAKRO NUTRIEN MIKRO Boron (B) Mangan (Mn) Kuprum (Cu) Zink (Zn) Klorin (Cl) Molibdenum (Mo) Ferum (Fe) Karbon (C) Fosforus (P) Oksigen (O) Kalsium (Ca) Hidrogen (H) Kalium (K) Nitrogen (N) Magnesium (Mg) Sulfur (S)
69 Peranan dan Kesan Kekurangan Nitrogen, Fosforus, Kalium (NPK) NPK perlu digunakan untuk mendapatkan hasil tanaman yang baik. Namun penggunaan NPK yang tidak betul akan memberi kesan kepada tumbuhan. Jadual 1.15 menunjukkan kesan kekurangan NPK. NUTRIEN PERANAN KESAN KEKURANGAN Nitrogen (N) • Komponen utama klorofi l • Mempercepatkan tumbesaran tanaman • Menggalakkan pembinaan tisu • Tumbesaran terjejas • Klorosis pada urat daun • Nekrosis pada tepi daun Fosforus (P) • Mempercepatkan pengeluaran akar, bunga dan buah • Metabolisme kanji dan protein • Warna merah atau ungu pada daun atau petiol daun • Bahagian bawah daun berubah daripada hijau kepada kekuningan Kalium (K) • Merangsang enzim proses fotosintesis dan respirasi • Membantu pembinaan kanji dan protein • Terlibat dalam sintesis kanji dan karbohidrat • Menggalakkan pengeluaran bunga dan pembentukan buah • Menggalakkan tumbesaran tisu meristem • Tanda kekurangan bermula pada daun tua • Klorosis antara urat daun • Nekrosis tepi daun Jadual 1.15 Peranan dan gejala kekurangan NPK Kekurangan Nitrogen (N) Kekurangan Fosforus (P) Kekurangan Kalium (K) Nyatakan apakah faktor-faktor yang boleh menyebabkan kekurangan NPK?
70 Penghasilan baja organik boleh mengurangkan kos dan tidak terlalu bergantung kepada produk baja organik di pasaran. Sisa hasil tanaman seperti buah-buahan, sayur-sayuran atau sisa tanaman yang tidak digunakan boleh diguna semula untuk membuat baja organik. Selain itu larutan baja organik juga boleh di buat daripada tulang atau kulit telur. FERMENTED PLANT JUICES (FPJ) FISH AMINO ACID (FAA) CALCIUM PHOSPHATE (CaP) FERMENTED FRUIT JUICES (FFJ) KAEDAH MENGHASILKAN BAJA ORGANIK PENGHASILAN BAJA ORGANIK
71 TAJUK: FERMENTED PLANT JUICES (FPJ) BAHAN DAN ALATAN: Tumbuhan hijau atau sayur-sayuran, contoh: Kangkung, batang pisang muda, pegaga, jantung pisang, putik manggis, gula merah, kertas putih, gelang getah, bekas plastik, pisau,papan pemotong dan mangkuk KAEDAH PENGHASILAN LARUTAN BAJA: * Kadar penggunaan disyorkan ialah 2 ml pati ditambah dengan 1 liter air. 1 2 5 6 3 Sediakan bahan-bahan dan peralatan yang diperlukan. Potong sisa tanaman bersaiz antara 5-10cm. Timbang dan masukkan ke dalam mangkuk. Masukkan ke dalam bekas sehingga penuh dan tutup dengan kertas. Ikat dengan gelang getah. Tutup dengan penutup dan simpan di tempat redup selama 5–7 hari. Tapis dan simpan di dalam bekas. Gaulkan kangkung bersama-sama dengan gula merah dengan kadar 1:1. AKTIVITI 2
72 TAJUK: FERMENTED FRUIT JUICES (FFJ) BAHAN DAN ALATAN: Buah-buahan yang masak dan manis-ciku, mangga, pisang, dokong, betik dan lain-lain. Gula merah, kertas putih, gelang getah, bekas plastik, pisau, papan pemotong dan mangkuk KAEDAH PENGHASILAN LARUTAN BAJA: 1 Sediakan bahan-bahan dan peralatan yang akan digunakan. 3 Masukkannya dalam bekas dan tutup dengan kertas. Ikat menggunakan gelang getah. 2 Potong kecil buah. Gaulkan potongan buah dengan gula merah pada kadar 1:1. 4 Tutup dengan penutup dan simpan di tempat redup selama 5–7 hari. Tapis dan simpan di dalam bekas. AKTIVITI 3 * Kadar penggunaan disyorkan ialah 2 ml pati ditambah dengan 1 liter air. Buah epal tidak boleh digunakan untuk membuat baja Fermented Fruit Juices (FFJ). Bincangkan mengapa?
73 1 Sediakan bahan-bahan dan peralatan yang digunakan. 3 Masukkan ke dalam bekas. Tutup dengan kertas dan ikat dengan gelang getah. 2 Potong ikan kepada saiz kecil. Gaul dengan gula merah dengan kadar 1:1. 4 Tutup dengan penutup botol dan simpan di tempat redup selama 1 bulan. Tapis dan simpan campuran baja di dalam bekas dan tutup (jangan terlalu ketat). TAJUK: FISH AMINO ACID (FAA) BAHAN DAN ALATAN: Ikan (contoh ikan yang boleh ialah ikan kembung, ikan sardin, ikan tenggiri, ikan tongkol) gula merah, kertas putih, gelang getah, bekas plastik, pisau, papan pemotong dan mangkuk KAEDAH PENGHASILAN LARUTAN BAJA: AKTIVITI 4 * Kadar penggunaan disyorkan ialah 1 ml pati ditambah dengan 1 liter air.
74 TAJUK: CALCIUM PHOSPHATE (CaP) BAHAN DAN ALATAN: Kulit telur, cuka beras, kertas putih, gelang getah dan bekas plastik. KAEDAH PENGHASILAN LARUTAN BAJA: 1 Bakar kulit telur dan hancurkan. 3 Tutup dengan kertas dan ikat menggunakan gelang getah. 2 Campurkan kulit telur yang telah dihancurkan dengan cuka beras pada kadar 1:10. 4 Tutup dengan penutup botol dan simpan di tempat redup selama 30 hari. Tapis dan simpan campuran baja di dalam bekas dan tutup (jangan terlalu ketat). AKTIVITI 5 * Kadar penggunaan disyorkan ialah 1 ml pati ditambah dengan 1 liter air.
75 1.3.2 PENGIRAAN BAJA MENGHITUNG KUANTITI NUTRIEN Pengiraan keperluan nutrien perlu dirancang mengikut keperluan jenis tanah dan tanaman bagi membekalkan nutrien yang betul tanpa menjejaskan tanah dan tanaman. Biasannya, keperluan nutrien bergantung kepada analisa tanah dan daun. MENGHITUNG KUANTITI BAJA Penggunaan kuantiti baja yang sesuai dengan kadar penggunaan NPK yang tepat akan menghasilkan tanaman yang subur. Penggunaan baja yang sesuai akan dapat menjaga kesuburan tanah dan pH tanah. Tanah yang subur dapat memberi nutrien yang mencukupi kepada tanaman dan meningkatkan pengeluarannya. MENGHITUNG KOS BAJA Baja merupakan salah satu bahan input dalam mengusahakan sesuatu bidang usaha tanaman. Ia memerlukan kos yang banyak dalam perbelanjaan membeli baja. Oleh yang demikian, dengan membuat pengiraan baja yang tepat dapat mengurangkan kos perbelanjaan baja. Penggunaan baja adalah berbeza mengikut jenis tanaman dan jenis tanah di kawasan tanaman. Menghitung kuantiti nutrien adalah berdasarkan rumus berikut: Berat Nutrien = x Berat Baja Gred 100 KEPENTINGAN PENGIRAAN BAJA MENGHITUNG KUANTITI NUTRIEN Gred baja menunjukkan peratus kandungan N, P2 O5 dan K2 O di dalam baja tersebut. Contohnya: i) Baja 15:15:15 mempunyai 15%N, 15% P2 O5 dan 15% K2 O di dalam baja tersebut. i) Baja 100 kg NPK 8:24:24 mengandungi 8 kg N, 24 kg P2 O5 dan 24 kg K2 O Rajah 1.35 di bawah ini menunjukkan maklumat yang diperlukan untuk menghitung kuantiti nutrien dalam baja tunggal dan baja sebatian. Rajah 1.35 Maklumat yang diperlukan bagi penghitungan baja tunggal dan sebatian Jenis Nutrien (N, P2 O5 dan K2 O) Gred Baja (peratus (N, P2 O5 dan K2 O) dalam baja Berat Baja MAKLUMAT YANG DIPERLUKAN UNTUK MENGHITUNG BAJA TUNGGAL DAN BAJA SEBATIAN
76 NITROGEN FOSFORUS KALIUM Kalsium Nitrat (15%N) Superfosfat Ganda Dua (25% P2 O5 ) Kalium nitrat (44 % K2 O) Ammonia Nitrat (35%N) Ammonia Sulfat (20%N) Superfosfat Tunggal (16% P2 O5 ) Kalium sulfat (53% K2 O) Kalium Nitrat (15%N) Superfosfat Ganda Tiga (44% P2 O5 ) Natrium Nitrat (16%N) Urea (46% N) CIRP (35 % P2 O5 ) Muriate of Potash (60% K2 O) Jadual 1.16 Nutrien NPK Contoh 1: Baja Urea (46%N) Bermaksud: 100 kg Baja Urea mengandungi 46 kg Nitrogen (N) Jika 1 beg Baja Urea = 50 kg Kuantiti Nutrien = Gred x Berat baja 100 Berat Nitrogen(N) = 46 kg Nitrogen x 50 kg Urea 100 kg Urea = 23 kg Nitrogen Contoh 2: Hitung kandungan N yang terdapat dalam 240 kg Baja Urea (46%N) 100 kg Urea = 46 kg Nitrogen 240 kg Urea = 46 kg Nitrogen x 240 kg Urea 100 kg Urea = 110.40 kg Nitrogen 1. Menghitung Kuantiti Nutrien Dalam Baja Tunggal 2) Menghitung Kuantiti Nutrien Dalam Baja Sebatian Contoh 1: Contoh: Baja NPK 8:24:24 Bermaksud: 100 kg baja NPK mengandungi 8 kg N, 24 kg P2 O5 dan 24 kg K2 O Jika 1 beg baja NPK = 50 kg Kandungan N: 8 kg N x 50 kg NPK 100 kg NPK = 4 kg Nitrogen Kandungan P2 O5 : 24 kg P2 O5 x 50 kg NPK 100 kg NPK = 12 kg P2 O5 Kandungan K2 O 24 kg K2 O x 50 kg NPK 100 kg NPK = 12 kg K2 O Jadual 1.16 menunjukkan nutrien NPK.
77 Contoh 2: Hitungkan kandungan N, P2 O5 dan K2 O dalam 180 kg baja sebatian NPK 12:14:17. (Gred baja ini ialah 12% N, 14 % P2 O5 dan 17 K2 O) Kandungan N: 100 kg NPK 12 kg N 180 kg NPK 12 kg N x 180 kg NPK 100 kg NPK = 21.6 kg Nitrogen Kandungan P2 O5 : 100 kg NPK 14 kg P2 O5 180 kg NPK 14 kg P2 O5 x 180 kg NPK 100 kg NPK = 25.5 kg P2 O5 Kandungan K2 O: 100 kg NPK 17 kg K2 O 180 kg NPK 17 kg K2 O x 180 kg NPK 100 kg NPK = 30.6 kg K2 O BAJA TUNGGAL Contoh: Jika tumbuhan memerlukan 20 kg Nitrogen (N). Berapakah berat baja Urea (46%N) yang di perlukan? Maklumat yang diperlukan ialah nama baja, gred baja, peratus dan berat nutrien. Menghitung kuantiti baja adalah berdasarkan rumus berikut: Berat Baja = x Berat Nutrien 100 Gred Berat Baja = x Berat Nutrien 100 Gred Berat Baja Urea = 100 x 20 46 = 43.48 kg Urea MENGHITUNG KUANTITI BAJA
78 BAJA SEBATIAN Contoh: Tumbuhan memerlukan 20 kg Nitrogen (N). Baja yang digunakan ialah baja NPK 8: 24: 24 Berat Baja = x Berat Nutrien 100 Gred Berat baja NPK = 100 x 20 8 = 250 kg Baja NPK 1 beg baja Urea (46%N) berharga RM120.00/50 kg Kos Baja = Berat Baja x Harga Baja Berat Satu Beg Baja 43.48 kg Urea = 43.48 x 120.00 50 = RM104.35 1 beg baja NPK berharga RM180.00/50 kg Kos Baja = Berat Baja x Harga Baja Berat Satu Beg Baja 250 kg baja NPK = 250 x 180.00 50 = RM900.00 Jenis Baja Gred Baja Harga/Beg (50 kg) (RM) CIRP 35%P2 O5 45.00 Muriate of Potash 60% K2 O 70.00 Nitrofoska 15:12:17 85.00 Urea 46%N 55.00 Jadual: 1 Menghitung kos baja dan kos satu program pembajaan tanaman adalah penting bagi menguruskan penanaman dengan baik. 1. Menghitung berat N,P2 O5 , K2 O, baja dan kos baja MENGHITUNG KOS BAJA MENGHITUNG KOS SATU PROGRAM PEMBAJAAN TANAMAN
79 Jika tanaman memerlukan 125 kg N, 175 kg P2 O5 dan 180 kg K2 O. (a) Hitungkan kuantiti baja berikut bagi satu hektar kebun sawi. (i) Urea (ii) CIRP (iii) Muriate of Potash Cara menjawab soalan: (i) 100 kg Urea = 46 kg N (ii) 100 kg CIRP = 35 kg P2 O5 125 kg N = 125 x100 175 kg P2O5 = 175 x 100 46 35 = 271.74 kg Urea = 500 kg CIRP (iii) 100 kg Muriate of Potash = 60 kg K2 O 180 kg Muriate of Potash = 180 x 100 60 = 300 kg Muriat of Potash (d) Hitung kos membeli 75 kg Baja Nitrofoska Jawapan: 50 kg Nitrofoska = RM85.00 75 kg Nitrofoska = 75 x 85 50 = RM127.50 Laman ICT Kiraan baja berdasarkan keluasan penanaman. (b) Berdasarkan jawapan di (a) i, hitungkan kos membeli baja. (i) Urea (ii) CIRP (iii) Muriate of Potash Cara menjawab soalan kos baja: (i) 50 kg Urea = RM55.00 (ii) 50 kg CIRP = RM45.00 271.74 kg Urea = 271.74 x 55 500 kg CIRP = 500 x 45 50 50 = RM298.91 = RM450.00 (iii) 50 kg Muriate of Potash = RM70.00 300 kg Muriate of Potash = 300 x 70 50 = RM420.00 (c) i. Berdasarkan jawapan di (b) ii, hitungkan jumlah kos pembajaan sehektar. Jawapan: = RM298.91 + RM450.00 + RM420.00 = RM1,168.91 (c) ii. Jika petani mempunyai kawasan 25 hektar, hitungkan jumlah kos pembajaan tersebut. Jawapan: = RM1,168.91 x 25 = RM29,222.75
80 Menghitung Kuantiti Nutrien Dalam Baja Kos Satu Program Pembajaan Tanaman Jenis Baja Pengiraan Baja BAJA DAN PEMBAJAAN Jenis Baja Kimia - Baja Tunggal - Baja Sebatian - Baja Campuran - Baja Lengkap Kebaikan Penggunaan Baja Kimia - Kesan tindak balas cepat - Membekalkan Nutrien Khusus - Menambah nutrien dalam tanah Kesan Sampingan Penggunaan Baja Kimia - Mencederakan tisu tanaman - Meningkatkan keasidan tanah - Mencemarkan air - Meningkatkan kos pembajaan Baja Organik Baja Kimia REFLEKSI 1.3 Jenis Baja Organik - Tinja Haiwan yang diproses - Sisa Kilang Pertanian - Sisa Ladang Kesan Sampingan Penggunaan Baja Organik - Aspek pertumbuhan rumpai - Penyebaran perosak - Perumahan kepada perosak Penghasilan Larutan Baja - FPJ, FFJ, FAA, CaP Kebaikan Penggunaan Baja Organik - Keadaan tanah - Kadar penyerapan dan pegangan air - Kandungan nutrien dalam tanah - Kandungan mikrob dalam tanah - Ketersediaan nutrien
81 JANA MINDA Jawab soalan berikut. 1. M dan N adalah dua jenis baja tanaman. M Baja Kimia N Baja Organik A dan B ialah dua jenis baja. Padankan dengan menulis A atau B dalam kotak bersebelahan dengan contoh baja yang betul. 2. A Baja Organik B Baja Kimia i) Tinja ayam iv) Kompos Urea ii) iii) Sabut kelapa v) CIRP vi) Muriate of Potash Meningkatkan kadar penyerapan dan pegangan air Mempunyai kadar nutrien dan fungsi yang khusus Memberi kesan tindak balas yang cepat kepada tumbuhan Menjadi tempat pembiakan mikroorganisma tanah Padankan jenis baja itu dengan kebaikannya dengan menulis M atau N pada petak yang disediakan. 4. Nyatakan kaedah pembajaan berikut: i) ii) iii) 3. Nyatakan dua kesan sampingan penggunaan: a) Baja Kimia i) .……………………………………………………………………………….. ii) ……………………………………………………………………………….. b) Baja Organik i) ……………………………………………………………………………….. ii) ………………………………………………………………………………. … … … …
82 5. P dan Q adalah kumpulan nutrien yang diperlukan oleh tumbuhan. P Nutrien Makro Kalium Kuprum Fosforus Q Nutrien Mikro Padankan kumpulan nutrien itu dengan menulis P atau Q pada petak yang disediakan. 9. Seorang petani menggunakan tiga jenis baja lurus di kawasan penanamannya i. Hitungkan kuantiti baja urea (46%N) yang diperlukan untuk membekalkan 80 kg N ii. Hitungkan kuantiti baja Triple Super Fosfat (44% P2 O5 ) yang diperlukan untuk membekalkan 100 P2 O5 iii. Hitungkan kuantiti baja Muriat of potash (60% K2 O) yang diperlukan untuk membekalkan 120 kg K2 O 8. Tuliskan 1, 2, 3 atau 4 pada petak yang disediakan bagi menunjukkan langkah yang betul proses menghasilkan baja organik Fermented Plant Juices (FPJ). Masukkan campuran ke dalam bekas plastik dan tutup dengan rapat Simpan bekas plastik di tempat yang sejuk pada suhu bilik Potong sisa sayuran dan masukkan ke dalam bekas Gaulkan sisa sayuran dengan gula merah i) iii) ii) iv) 6. Nyatakan satu peranan bagi setiap nutrien berikut : a) Nitrogen (N) ……………………………………………...... b) Fosforus (P) ………………………………………………. c) Kalium (K) ………………………………………………. …… …… …… 7. Nyatakan empat kebaikan penggunaan baja kimia. i) ………………………………………………………………………………………….. ii) ………………………………………………………………………………………….. iii) ………………………………………………………………………………………….. iv) ………………………………………………………………………………………….. … … … … … … … … …… ……
83 Selepas mempelajari bab ini, murid akan dapat: 1. Meneroka sistem penternakan poltri secara komersial iaitu Sistem Separa Intensif, Sistem Intensif dan Sistem Integrasi. 2. Menghuraikan satu sistem penternakan poltri secara komersial. 3. Mengkaji faktor-faktor yang menentukan pemilihan sistem penternakan iaitu jenis hasil ternakan, peringkat umur ternakan, bilangan ternakan dan kemampuan kewangan. 4. Menganalisis faktor-faktor yang menentukan pemilihan sistem penternakan. 5. Menerangkan keperluan peralatan bagi sistem penternakan poltri secara komersial seperti kipas, pemanas, penggera, penjana elektrik, jangka suhu, pengukur kelembapan (hygrometer) dan pengukur kelajuan udara (air speed meter). 6. Menghuraikan keperluan persekitaran bagi sistem penternakan poltri secara komersial iaitu pencahayaan, suhu, kualiti udara, pergerakan udara, pengalih udara, penyejukan, kesihatan dan keselamatan. 7. Menganalisis isu dan cabaran yang biasa berlaku dalam pengeluaran poltri. 8. Menyenaraikan bahan dan peralatan untuk menyediakan perumahan ayam dan puyuh. 9. Melakar dan melabel reka bentuk satu unit perumahan ayam dan puyuh. 10. Melakar dan melabel pelan susun atur dalaman perumahan ayam dan puyuh. 11. Membina dan menyusun atur satu unit perumahan ayam atau puyuh. 12. Menyediakan perumahan untuk menternak ayam atau puyuh iaitu membersih reban dan peralatan, menyusun bekas makanan dan minuman, memasang pemanas, memasang sumber cahaya, memasang kepungan, melakukan fumigasi, memasang bidai dan memasukkan anak ayam atau puyuh. 13. Menerangkan tempoh pemberian makanan mengikut jenis makanan ayam dan puyuh iaitu makanan permulaan, makanan pembesaran dan makanan penamat. 14. Menghuraikan kandungan nutrisi berdasarkan jenis makanan ternakan. 15. Mengkaji formulasi makanan berdasarkan kadar pertumbuhan ternakan. 16. Menghasilkan satu program pemberian makanan, air dan vitamin untuk satu tempoh ternakan. 17. Mengurus aktiviti harian ternakan ayam/puyuh iaitu amalan sanitasi, pemberian makanan, minuman, penjagaan kesihatan, memeriksa suhu reban dan merekod. 18. Memasarkan hasil selepas ternakan mencapai umur yang sesuai untuk dipasarkan. 19. Menghitung dan menganalisis Nisbah Penukaran Makanan (NPM). 20. Menghitung Penyata Untung Rugi, Pulangan Modal (PM) dan Titik Pulangan Modal (TPM) berdasarkan rekod kewangan. 21. Menganalisis data daripada rekod kewangan. PENGELUARAN POLTRI BAB 2.0 83
84 PETA KONSEP PENGELUARAN POLTRI Unit 2.1 PENTERNAKAN POLTRI • Sistem Ternakan Poltri • Pemilihan Sistem Penternakan Poltri • Keperluan Penternakan Poltri Komersial • Kesihatan dan Keselamatan Penternakan Poltri • Isu dan Cabaran Pengeluaran Poltri 84 Unit 2.2 PERUMAHAN POLTRI • Bahan dan Peralatan Perumahan Poltri • Reka Bentuk Perumahan Poltri Unit 2.3 NUTRISI TERNAKAN POLTRI • Jenis Makanan • Tempoh Pemberian Makanan, Minuman dan Vitamin • Formulasi Diet Makanan Poltri Unit 2.4 PENGURUSAN TERNAKAN POLTRI • Pengurusan Harian Poltri • Pengurusan Pemasaran • Pengurusan Rekod
85
86 Kegiatan penternakan secara terancang bermula pada awal zaman revolusi Neolitik iaitu sekitar 11,000 tahun yang lalu. Pada abad ke-16, penternakan diusahakan secara besar-besaran untuk memenuhi permintaan dan menyumbang kepada sektor pengeluaran makanan. Penggunaan teknologi dan sains moden dalam penternakan diperkenalkan sepenuhnya pada pertengahan abad ke-18 bertujuan meningkatkan kualiti dan hasil ternakan. Di Malaysia, penternakan awalnya diusahakan secara kecil-kecilan untuk keperluan ekonomi sara diri. Ekonomi sara diri bertujuan untuk menampung keperluan harian keluarga. Selain sebagai sumber makanan, haiwan ternakan juga digunakan untuk membantu aktiviti pertanian seperti membajak dan membawa hasil pertanian. Antara haiwan yang diternak seperti ayam, itik, lembu dan kerbau. Pada abad ke-19, sistem ekonomi komersial telah diperkenalkan. Penternakan telah menjadi sumber ekonomi utama yang diusahakan secara komersial. Rajah 2.0 menunjukkan tujuan penternakan secara komersial. Dasar Pertanian Negara (DPN) yang diperkenalkan pada tahun 1984 telah mengalami transformasi daripada sebuah sektor berproduktiviti rendah kepada sektor lebih berdaya saing dan menyumbang kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) yang lebih tinggi. Pada tahun 2000, industri agromakanan telah menyumbang sebanyak RM11.9 bilion atau 3.3 peratus kepada KDNK. Kadar pertumbuhan lebih tinggi dicapai iaitu sebanyak 4.7 peratus setahun dalam tempoh 2000- 2010. Pencapaian ini disumbangkan oleh peningkatan produktiviti industri ternakan, tanaman dan perikanan iaitu dari 38.8 peratus kepada 46.4 peratus. Penternakan poltri merupakan sektor ternakan yang mendapat permintaan tertinggi di dunia berbanding dengan ternakan lain seperti lembu, kambing, bebiri, khinzir dan kerbau. Permintaan ini disebabkan oleh sumber protein yang tinggi dan murah. Gambar foto 2.0 menunjukkan hasilan utama penternakan poltri iaitu daging dan telur. Defi nisi Poltri Poltri ialah sejenis kumpulan burung atau ayam yang diternak khusus untuk mendapatkan sumber daging dan telur. Poltri terdiri daripada ayam, puyuh, itik, ayam belanda dan angsa. Antara jenis poltri yang popular diternak ialah ayam dan puyuh. Gambar foto 2.0 Hasilan utama poltri-daging dan telur PENGENALAN Rajah 2.0 Tujuan penternakan Tujuan Penternakan Makanan (Daging dan Telur) Minuman (Susu) Pakaian atau Hiasan (Kulit dan Bulu)
87 Industri Poltri di Malaysia Terdapat lima negara utama pengeluaran ternakan poltri di Asia Tenggara iaitu Thailand, Indonesia, Malaysia, Filipina dan Vietnam (Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, 2015). Industri poltri di Malaysia merupakan penyumbang ekonomi terbesar kepada industri ternakan negara. Antara jenis poltri yang popular diternak ialah ayam dan puyuh. Kedua-dua ternakan telah menunjukkan peningkatan permintaan terutamanya ayam seperti ditunjukkan dalam Jadual 2.0 (Jabatan Perkhidmatan Veterinar, 2016). Penternakan ayam merupakan komponen terbesar dalam sektor penternakan negara. Ayam pedaging dan ayam penelur diternak secara besar-besaran berbanding dengan ayam kampung. Pada tahun 2014, bilangan ayam pedaging diternak ialah sebanyak 293 juta ekor dan sebanyak 11,683 juta biji telur ayam dihasilkan oleh ayam penelur (Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, 2016). Permintaan daging ayam dijangka terus meningkat daripada 1.4 juta tan metrik pada tahun 2010 kepada 1.8 juta tan metrik pada tahun 2020 dengan pertumbuhan sebanyak 2.4 peratus setahun (Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, 2016). Pengeluar utama hasilan penternakan ayam ialah Johor, Sarawak dan Perak. Sebanyak 70 peratus ayam pedaging adalah untuk pasaran tempatan dan selebihnya dieksport ke Singapura, Hong Kong, Brunei dan Jepun. Penternakan ayam komersial terbahagi kepada tiga iaitu ayam pedaging (Broiler), ayam penelur (Layers) dan ayam kampung. Ayam Pedaging (Broiler) Ayam Pedaging (Broiler) ialah ayam yang menghasilkan daging. Ayam pedaging mempunyai tumbesaran yang cepat iaitu antara lima hingga tujuh minggu, saiz badan yang besar, bentuk dada lebar dan penuh daging dengan berat badan sehingga mencecah 2.5kg pada masa dipasarkan. Ayam pedaging mudah terdedah kepada serangan penyakit. Antara jenis ayam pedaging ialah Arbor Acres, Ross, Cobb, Hubbard Rhode Island Red dan New Hemshire. Gambar foto 2.1 merupakan jenis ayam pedaging Arbor Acres yang popular diternak di Malaysia. Gambar foto 2.1: Ayam pedaging jenis Arbor Acres PENTERNAKAN POLTRI - AYAM Laman ICT Industri poltri-Jabatan Perkhidmatan Veterinar Jadual 2.0 Industri poltri Malaysia Tahun Industri Poltri Malaysia 1960 Industri poltri bermula secara komersial 1984 Industri poltri tempatan telah mencapai tahap sara diri sebanyak 100 peratus hasilan telur dan daging 2014 Tahap sara diri bagi daging telah meningkat sebanyak 136.4 peratus, manakala telur pula sebanyak 138.4 peratus 2005 Permintaan poltri ialah sebanyak 980.5 tan metrik 2015 Permintaan poltri meningkat kepada 1415.17 tan metrik
88 Ayam Penelur (Layers) Ayam Penelur(Layers) ialah ayam yang menghasilkan telur. Ayam penelur cepat matang, pemakanan yang efi sien dan menghasilkan kurang bekalan daging. Pengeluaran ayam telur akan mengambil masa antara 20-75 minggu selepas pembesarannya. Kebiasaannya, seekor ayam penelur boleh menghasilkan sehingga 280 biji telur sepanjang tempoh 2 tahun di dalam reban bergantung kepada jenis baka. Antara jenis ayam penelur ialah Lohman, Isa Brown dan Goldern Comet. Gambar foto 2.2 ialah ayam penelur jenis Lohman. Ayam Kampung Ayam kampung tidak mempunyai perbezaan antara ayam kampung pedaging dan ayam kampung penelur. Penternakan ayam kampung yang dahulunya diternak secara sara diri kini menjadi komersial disebabkan oleh permintaan yang semakin meningkat. Gambar foto 2.3 menunjukkan ayam kampung pedaging yang diternak secara komersial melalui penternakan intensif. Penternakan puyuh masih diusahakan secara kecil-kecilan dan tradisional. Puyuh terbahagi kepada puyuh pedaging dan puyuh penelur. Penternakan puyuh tidak memerlukan kawasan yang luas. Puyuh pedaging dipasarkan selepas 30 hari mengikut saiz serta berat yang dikehendaki. Manakala, puyuh penelur bertelur ketika berumur 40-42 hari dengan menghasilkan telur sehingga 280 biji setahun bergantung kepada jenis baka. Penternakan puyuh tidak memerlukan modal besar dan pengurusan harian yang mudah disebabkan daya tahan penyakit yang tinggi. Antara jenis puyuh yang diternak ialah American Bobwhite, California Quail, Common Quail, Rail Quail, Chinese Painted Quail, Japanese Quail, France Quail dan Institut Kemajuan Ternakan Ayam (puyuh IKTA). Jadual 2.1 menunjukkan perbezaan di antara puyuh jantan dengan puyuh betina yang mulai diketahui apabila berumur 21 hari. Gambar foto 2.2 Ayam penelur jenis Lohman Gambar foto 2.3 Gambar foto 2.3 Ayam kampung pedaging PENTERNAKAN POLTRI - PUYUH Jadual 2.1 Perbezaan puyuh jantan dan puyuh betina Perkara Puyuh Jantan Kepala dan muka Berwarna coklat gelap dan bahagian rahang berwarna gelap Berwarna coklat terang dan bahagian rahang bawah putih Bulu dada Berwarna kuning Terdapat tompokan warna hitam atau coklat Saiz badan Kecil Pergerakan Sangat aktif Puyuh Betina Besar Kurang aktif Ayam kampung merupakan ayam asli atau tempatan. Generasi pertama ayam kampung ialah keturunan ayam hitam merah (Gallus gallus). INFO TAMBAHAN
89 PENTERNAKAN POLTRI UNIT 2.1 89
90 Sistem penternakan merupakan perkara asas yang perlu diketahui sebelum memulakan penternakan poltri. Pemilihan sistem penternakan yang bersesuaian membolehkan ternakan diurus dengan baik, mewujudkan persekitaran yang selesa, tumbesaran yang terkawal, pengeluaran yang berkualiti dan penggunaan teknologi berkesan. Teknologi memainkan peranan penting dalam penternakan poltri dan mempengaruhi keseluruhan pengurusan penternakan serta produktivitinya. Pengaruh teknologi dapat dilihat dengan jelas melalui sistem penternakan intensif reban tertutup. Penggunaan teknologi ini bukan sahaja mampu meningkatkan pengeluaran ternakan tetapi dapat memelihara persekitaran daripada pelbagai aspek pencemaran. Gambar foto 2.4 menunjukkan teknologi reban tertutup dan mesin pengumpulan telur yang digunakan dalam sistem penternakan intensif ayam penelur moden. Sistem penternakan mampu untuk mempengaruhi keuntungan penternakan poltri. Namun, terdapat juga beberapa faktor lain yang mempengaruhi daya maju penternakan poltri iaitu: 1. Ketidakstabilan harga di pasaran 2. Kos makanan dan peralatan reban 3. Keadaan cuaca dan serangan pelbagai penyakit 4. Ternakan sentiasa memerlukan persekitaran yang selesa untuk pertumbuhan yang baik 5. Penternakan memerlukan perancangan yang teliti bermula daripada peringkat penubuhan ladang, pengurusan harian sehingga ternakan dipasarkan KONSEP PERLADANGAN TERNAKAN Terdapat dua konsep perladangan ternakan yang diamalkan iaitu perladangan kontrak dan perladangan bukan kontrak. Perladangan kontrak bermaksud penyaluran hasil kepada syarikat atau agensi tertentu berdasarkan nilai kontrak yang telah dipersetujui. Syarikat atau agensi juga akan membantu untuk menyediakan kemudahan ternakan dan bantuan teknikal. Risiko penternakan, pengeluaran dan pemasaran dikongsi bersama syarikat atau agensi terbabit. Antara syarikat yang mengamalkan konsep perladangan kontrak ialah Ayamas/KFC Breeder Farm Sdn. Bhd, CP Farm Sdn. Bhd, Dindings Breeder Sdn. Bhd dan Leong Hup Poultry Farm (Jabatan Perkhidmatan Veterinar, 2011). Gambar foto 2.4 Teknologi sistem penternakan intensif ayam penelur moden 2.1.1 SISTEM TERNAKAN POLTRI
91 Setiap jenis penternakan poltri memerlukan kaedah penternakan yang berbeza. Perbezaan ini banyak dipengaruhi oleh kemajuan teknologi. Secara umumnya, perbezaan tersebut terdiri daripada aspek perumahan ternakan, pemberian makanan, pemberian minuman dan pengurusan harian. Rajah 2.1 menunjukkan jenis sistem penternakan poltri secara komersial. JENIS PENTERNAKAN POLTRI SISTEM PENTERNAKAN SEPARA INTENSIF Sistem penternakan separa intensif merujuk kepada sistem penternakan yang mempunyai keluasan ruang berpagar di sekeliling reban. Nisbah minimum keluasan reban dan ruang berpagar ialah 3:7 (3 bahagian bangunan, 7 bahagian kawasan berpagar). Kawasan lapang lebih luas adalah lebih baik untuk ternakan. Kadar muatan yang optimum sebuah reban ialah 18 ekor untuk setiap satu meter persegi. Ternakan berada di dalam reban pada waktu malam dan di luar reban pada waktu siang. Gambar foto 2.5 menunjukkan reban mudah alih. Gambar foto 2.5 Reban mudah alih Gambar foto 2.6 Sistem penternakan intensif SISTEM PENTERNAKAN INTENSIF Sistem penternakan intensif ialah ternakan berada di dalam reban secara berterusan atau sepanjang masa. Keperluan disediakan sepenuhnya dengan menggunakan teknologi terkini seperti peralatan pemberian makanan dan minuman automatik. Selain itu, kawalan penyakit dan perosak juga diurus dengan baik dan berkesan. Kadar muatan maksimum dalam sebuah reban ialah 12 ekor untuk setiap satu meter persegi. Gambar foto 2.6 menunjukkan sistem penternakan intensif reban tertutup moden untuk ayam pedaging. pe Laman ICT Reban mudah alih Rajah 2.1 Jenis sistem penternakan poltri JENIS SISTEM PENTERNAKAN POLTRI Separa Intensif Intensif Integrasi Lepas Bebas Sangkar Ternakan Ayam dengan Ikan Ternakan Ayam dengan Tanaman Reban Mudah Alih Lantai Tinggi Sarap Tebal Reban Tertutup
92 SISTEM PENTERNAKAN INTEGRASI Sistem penternakan integrasi ialah satu konsep penternakan yang menggabungkan kegiatan pertanian, penternakan dan perikanan di dalam sebuah kawasan. Sistem ini merupakan satu kitaran antara ternakan dan tanaman iaitu penternak memanfaatkan kotoran ternakan sebagai bahan organik untuk tanaman dan ikan. Antara empat hasil utama sistem penternakan integrasi ialah sumber makanan (daging dan telur), membekal makanan (ikan dan tanaman), biogas dan baja organik. Gambar foto 2.7 menunjukkan sistem penternakan integrasi antara ternakan ayam dengan ikan. Gambar foto 2.7 Sistem penternakan ayam dengan ikan - Lantai reban dinaikkan sehingga 1.8meter dari paras tanah - Kebiasaannya, lantai diperbuat daripada kayu berketam berukuran 254mm x 254mm dan diatur jarak 254mm antara dua kayu atau menggunakan dawai mata punai (BRC) berukuran 254mm x 254mm - Reban tertutup sepenuhnya sepanjang ternakan berada di dalam reban - Menggunakan teknologi terkini iaitu pengurusan reban dan ternakan secara automatik - Reban terdiri daripada reban sarap tebal, lantai tinggi dan sangkar - Mempunyai pengudaraan yang baik, persekitaran selesa dan kawalan keselamatan yang berkesan - Reka bentuk reban yang ringkas menggunakan struktur besi dan aluminium - Lantai reban diperbuat daripada konkrit dan ditutupi dengan sarap - Jenis sarap yang biasa digunakan ialah ketam kayu, jerami dan sekam padi - Sarap diisikan setebal 80–100mm dari lantai - Kebiasaannya, sistem penternakan sangkar digunakan untuk ternakan jenis penelur - Bertujuan memudahkan pengurusan ternakan dan pengumpulan hasil - Jumlah ternakan dalam sangkar sangat terhad - Reka bentuk sangkar terdiri daripada jenis bertingkat, bersekat dan tanpa sekatan - Bahan sangkar diperbuat daripada dawai mata punai (BRC) Sangkar Lantai Tinggi Sarap Tebal Reban Tertutup Rajah 2.2 Sistem penternakan intensif SISTEM PENTERNAKAN INTENSIF Laman ICT Teknologi reban tertutup Laman ICT Sangkar ayam penelur Terdapat empat jenis sistem penternakan intensif. Rajah 2.2 menunjukkan jenis sistem penternakan intensif yang kebiasaannya diamalkan oleh penternak poltri.