The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by boboliantulop, 2023-03-28 22:56:38

BUKU TEKS SAINS PERTANIAN TINGKATAN 4

BUKU TEKS SAINS PERTANIAN TINGKATAN 4

143 JANA MINDA Jawab soalan berikut. 1. Nyatakan empat peralatan yang perlu ada dalam sebuah reban sistem penternakan komersial. i. …………………………………………………………………………...... ii. ……………………………………………………………………………. iii. …………………………………………………………………………… iv. …………………………………………………………………………… 3. Nyatakan tiga faktor utama pemilihan lokasi ladang penternakan poltri. i. …………………………………………………………………………...... ii. ……………………………………………………………………………. iii. …………………………………………………………………………… 2. Namakan reka bentuk bumbung untuk perumahan poltri. i.……………………………..... ii.……………………………..... iii.…………………………….... iv.……………………………..... … … … … … … … …


144 4. P, Q, R dan S adalah bahagian sebuah sangkar puyuh Padankan bahagian itu dengan rajah di bawah dengan menulis P, Q, R atau S pada petak yang disediakan. P Bahagian atas Q Bahagian sisi R Bahagian depan S Bahagian lantai 6. Nyatakan tiga fungsi kipas ekzos. i. …………………………………………………………………………...... ii. ……………………………………………………………………………. iii. …………………………………………………………………………… i. iii. ii. iv. 5. (a) Lengkapkan Rajah 1 di bawah berkaitan dengan sistem penternakan puyuh. (b) Nyatakan kebaikan penggunaan sistem penternakan sangkar berbanding dengan sistem penternakan reban untuk ternakan puyuh. ................................................................................................................................................ .......................................................................................................................................... Sangkar Biasa (Bertingkat) (ii) (i) Sangkar Khas untuk Pembiakan Rajah 1 Sangkar Puyuh ....................................... ..................................... ....................................... ..................................... . ... ... . ... ... . …… …


145 NUTRISI TERNAKAN POLTRI UNIT 2.3 145


146 NUTRISI TERNAKAN POLTRI Nutrisi penting dalam tumbesaran ternakan. Pemberian nutrisi berdasarkan keperluan makanan ternakan mampu menjamin tumbesaran dan hasil yang berkualiti. Keperluan nutrisi berbeza diantara jenis ternakan dengan peringkat tumbesaran ternakan. Defi nisi Nutrisi Nutrisi ialah zat dalam makanan yang diperlukan untuk tumbesaran dan membentuk fungsi badan. Nutrisi penting untuk melengkapkan sel-sel dalam tubuh untuk fungsi badan yang sempurna. Nutrisi merupakan unsur yang berguna untuk metabolisme atau fi siologi organisma. Nutrisi menyediakan tenaga dan komponen untuk tubuh atau struktur sel. KEPERLUAN NUTRISI Nutrisi merupakan keperluan utama ternakan yang merangkumi protein, karbohidrat, vitamin, mineral dan air. Keperluan protein bergantung kepada umur ternakan kerana ternakan yang masih kecil memerlukan lebih banyak protein berbanding dengan ternakan dewasa. Ternakan yang diternak menggunakan sistem separa intensif lebih banyak memerlukan tenaga untuk bergerak berbanding dengan ternakan yang diternak dengan sistem penternakan intensif atau sistem penternakan integrasi. Nutrisi juga penting untuk memastikan ternakan mengekalkan tahap kesihatan yang optimum dan tumbesaran badan. Nutrisi yang cukup dan sempurna mampu untuk membentuk sistem imunisasi yang bertindak terhadap patogen dan parasit. Ia juga penting untuk pembentukan lapisan kulit dan perkembangan sel. (Rajah 2.25) Makanan ternakan poltri untuk tumbesaran dan kesihatan Laman ICT Makanan Ayam Makanan Ayam PENGENALAN Rajah 2.25 Keperluan nutrisi poltri KEPERLUAN NUTRISI POLTRI Mengekalkan Tahap Kesihatan Keperluan Tumbesaran


147 BENTUK MAKANAN POLTRI Makanan ternakan adalah campuran pelbagai jenis nutrisi yang diperlukan oleh ternakan pada peringkat tumbesarannya. Kebiasaannya, bentuk makanan yang diberikan kepada ternakan bergantung kepada umur dan peringkat tumbesarannya. Gambar foto 2.20 adalah bentuk makanan poltri. Serbuk halus Pelet kecil Pelet kasar Gambar foto 2.20 Bentuk makanan poltri Pemakanan ialah salah satu faktor yang terpenting di dalam penternakan poltri. Makanan merupakan zat yang sangat diperlukan oleh poltri untuk tumbesaran. Ternakan yang sihat akan menghabiskan jumlah makanan yang bersesuaian dengan jumlah makanan harian yang diperlukan. Tiga jenis makanan yang diperlukan ialah makanan permulaan, makanan pembesaran dan makanan penamat. SUMBER MAKANAN Sumber makanan perlu diketahui apabila membuat makanan ternakan iaitu campuran keperluan bahan makanan yang bersesuaian dengan keperluan tumbesaran ternakan. Antara faktor yang mempengaruhi pengambilan makanan poltri ialah umur, kesihatan dan keperluan fi siologi ternakan. 2.3.1 JENIS MAKANAN PEMAKANAN POLTRI Makanan sangat penting untuk tumbesaran ternakan. Namun, makanan juga merupakan penyumbang terbesar kepada keseluruhan kos penternakan. Bincang dan berikan pendapat untuk mengurangkan kos ini bagi memastikan penternak mendapat keuntungan yang optimum.


148 2.3.2 TEMPOH PEMBERIAN MAKANAN, MINUMAN DAN VITAMIN Pemberian makanan perlu disesuaikan dengan peringkat umur ternakan. Ia bertujuan untuk memastikan prestasi tumbesaran ternakan yang dikehendaki. Tempoh pemberian makanan dan jenis makanan yang diberikan banyak mempengaruhi produktiviti ternakan. Pemberian makanan yang sempurna bertujuan menjamin kualiti ternakan dan menjimatkan kos penternakan. Hal ini disebabkan, kos makanan menyumbang sebanyak 70 peratus daripada keseluruhan kos penternakan terutamanya ayam pedaging (Jabatan Perkhidmatan Veterinar, 2015). Pengurusan pemberian makanan dan jenis makanan perlu diambil kira untuk memastikan penternak mendapat keuntungan yang optimum. Pemberian Makanan Ternakan Pemberian makanan dilakukan secara tidak terhad atau sepanjang masa. Ternakan yang sihat akan menghabiskan jumlah makanan bersesuaian dengan jumlah keperluan makanan harian atau mingguan. Pengambilan makanan untuk ayam dan puyuh pedaging adalah seperti yang dinyatakan dalam Jadual 2.12 di bawah. Jadual 2.12 Pengambilan makanan ayam dan puyuh pedaging Umur 1 hari–28 hari atau (4 minggu) 4 minggu hingga seterusnya Bentuk Serbuk Halus Pelet Kecil Jenis Makanan Makanan Permulaan Makanan Pembesaran Jumlah Protein 21-24 peratus 18-20 peratus Puyuh memerlukan makanan antara 25-35 gram sehari untuk mendapatkan ration asid amino yang mencukupi bagi tumbesarannya (Jabatan Perkhidmatan Veterinar, 2015). INFO TAMBAHAN Makanan penamat untuk ayam penelur diberikan apabila umur menghampiri peringkat pengeluaran iaitu pada minggu ke-16 sehingga minggu ke-75. Sementara itu, makanan penamat diberikan kepada puyuh penelur apabila berumur 25 hari. Penukaran makanan daripada jenis makanan pembesaran kepada makanan penamat dilakukan secara beransur-ansur untuk membiasakan ternakan dengan makanan baru.


149 Gambar foto 2.21 Bekas makanan dulang untuk anak ayam Gambar foto 2.22 Bekas makanan anak ayam secara automatik Pada peringkat perindukan iaitu pada awal kemasukan anak ayam ke dalam reban sehingga hari ketiga, kebiasaannya, makanan akan diletakkan di atas lantai yang dialas kertas berdekatan dengan alat pemanas. Ini bertujuan untuk memudahkan anak ayam mendapatkan makanan dan cepat menyesuaikan diri dengan persekitaran dalam ruang perindukan. Pada hari berikutnya, makanan perlu diletak di atas bekas makanan sama ada berbentuk segi empat atau bulat. Penggunaan bekas makanan ini perlu disesuaikan dengan jenis ternakan dan umur. Gambar foto 2.21 adalah bekas makanan dulang untuk anak ayam. Untuk menghindari makanan menjadi kotor atau tumpah, pengisian makanan ke dalam bekas makanan perlu dilakukan secara sedikit demi sedikit atau memberikan separuh daripada permukaan bekas makanan yang digunakan. Apabila anak ayam mencapai umur 10 hari, bekas pemberian makanan digantung mengikut ketinggian paras dada atau punggung ternakan. Gambar foto 2.22 adalah bekas makanan automatik yang digunakan apabila ternakan dalam peringkat pembesaran. Makanan yang diberikan kepada ayam adalah dengan kadar protein 20 peratus dan metabolisme tenaga (ME) = 2800-3000 Kcal. Untuk memperoleh jaminan proses pertumbuhan badan yang baik agar ayam cepat membesar, jadual pemberian makanan dan minuman perlu dilaksanakan secara teratur. Pemberian makanan yang tidak teratur akan merugikan dan membantutkan tumbesaran. Kebiasaannya, pemberian makanan kepada ayam pedaging dilakukan dengan dua cara iaitu pemberian makanan tanpa had sepanjang masa dan pemberian makanan mengikut keperluan. MAKANAN PERMULAAN Makanan permulaan ialah formulasi makanan yang berkualiti yang terdiri daripada kandungan protein, tenaga, garam galian dan vitamin yang diberi kepada anak ayam seawal sehari hingga 29 hari seperti yang dinyatakan dalam Jadual 2.13 di bawah. Minggu Pertama Jumlah Makanan (Gram/hari/ekor) 17 gram Umur 1 hingga 7 hari Kedua 8 hingga 14 hari 43 gram Ketiga 15 hingga 21 hari 66 gram Keempat 22 hingga 29 hari 91 gram Jadual 2.13 Jumlah makanan permulaan ayam PEMBERIAN MAKANAN AYAM


150 MAKANAN PEMBESARAN DAN PENAMAT Makanan pembesaran dan penamat ialah formulasi makanan ayam yang diberi kepada ternakan apabila mencapai umur empat minggu ke atas. Ia mengandungi protein, kalsium dan fosforus yang tinggi. Makanan yang diberi mestilah mengikut keperluan yang disyorkan seperti yang dinyatakan dalam Jadual 2.14. Jadual 2.14 Jumlah makanan Minggu Kelima Jumlah Makanan (Gram/hari/ekor) 111 gram Umur 30 hingga 36 hari Keenam 37 hingga 43 hari 129 gram Ketujuh 44 hingga 50 hari 146 gram Kelapan 51 hingga 57 hari 161 gram Keperluan nutrisi puyuh lebih tinggi berbanding ayam. Puyuh perlu diberi makanan antara 25-35gram sehari untuk mendapatkan nisbah asid amino yang mencukupi bagi tumbesarannya seperti yang dinyatakan dalam Jadual 2.15. Jadual 2.15 Peringkat tumbesaran puyuh Umur Ternakan Hari pertama hingga hari ke-14 Hari ke-15 hingga hari ke-42 Hari ke-35 hingga ke-42 Selepas hari ke-45 Peringkat Perindukan Pembesaran Dipasarkan sebagai puyuh pedaging Mula mengeluarkan telur Cara pemberian makanan puyuh Pertama 1 hari – 14 hari Makanan Permulaan 1 hari hingga hari dipasarkan Makanan Permulaan/Makanan Pembesaran atau Makanan Penamat 15 hari hingga hari dipasarkan Makanan Penamat 1 hari hingga 21 hari Makanan Permulaan 22 hari hingga hari dipasarkan Makanan Penamat Pemberian Makanan Kedua Ketiga PEMBERIAN MAKANAN PUYUH


151 Pemberian air minuman sangat penting dan perlu dilakukan secara berterusan. Kandungan air minuman perlu dijaga dan sentiasa tersedia. Manakala, bekas air minuman sentiasa dibersihkan untuk mengelakkan pembiakan kuman atau bakteria. Rajah 2.26 menunjukkan beberapa faktor yang mempengaruhi pengambilan air minuman ternakan. Proses pemberian air minuman penting kerana kekurangan air akan menyebabkan tumbesaran ayam terganggu. Badan ayam mengandungi 70 peratus air. Air sangat penting sepanjang tumbesaran ayam untuk proses dalam badan dan kawalan suhu. Kekurangan air dalam badan akan mengurangkan daya tahan badan dan menyebabkan kematian. Cara Pemberian Air Minuman Ayam yang berumur 1 hingga 4 hari diberi minuman menggunakan baby drinker. Baby drinker ditempatkan di atas lantai sarap dengan ketinggian mata ayam yang dialas dengan papan atau kayu supaya sarap tidak basah apabila terkena tumpahan air. Gambar foto 2.23 adalah bekas minuman baby drinker. Gambar foto 2.23 Bekas minuman baby drinker PEMBERIAN AIR MINUMAN Rajah 2.26 Faktor mempengaruhi pengambilan air minuman FAKTOR MEMPENGARUHI PENGAMBILAN AIR MINUMAN Kelembapan Kandungan Makanan Pengambilan Makanan Pergerakan Cuaca Panas Ternakan


152 Air minuman ternakan hendaklah berada pada pH 6.5 hingga pH 8.0. Lebihan mineral yang tinggi akan menjejaskan kesihatan ternakan. INFO TAMBAHAN Apabila ayam telah berumur 4 hingga 5 hari, nipple drinker sudah mulai digunakan. Ketinggian nipple drinker bergantung kepada tumbesaran ayam. Ketinggian nipple drinker adalah 10-50 mm di atas kepala ayam. Air minum di campur sebanyak 2 peratus dextrose monohydrate sebagai sumber tenaga. Pada hari ke-5, air minum ditambahkan dengan antibiotik dan multi-vitamin dalam jumlah yang kecil. Pemberian dilakukan dengan cara mencampurkan ubat tersebut ke dalam bekas air dengan memerhatikan keperluan air minuman ayam dan suhu semasa. KEPERLUAN AIR MINUMAN AYAM Kebiasaannya ayam akan minum 2 kali ganda daripada jumlah pengambilan berat makanan yang dimakan. Pada musim panas pula ayam akan minum 2 kali ganda daripada suhu biasa. Pemberian dan keperluan air minuman adalah berdasarkan kepada umur ayam yang dikategorikan kepada dua iaitu permulaan dan penamat. Air minuman perlu dirawat dengan menambah klorin bertujuan untuk membunuh bakteria dan mikroorganisma. Proses ini dilakukan dengan cara memasukkan klorin sebanyak 3-5 ppm ke dalam air minuman. Kebiasaannya, klorin yang berada di pasaran adalah jenis kalsium hypoklorit Ca (OCI)2 seperti yang dinyatakan dalam Jadual 2.16 dan Jadual 2.17. Umur (Minggu) Jumlah Air Minuman (liter) Jumlah Ayam (ekor) Minggu pertama 1.8 100 Minggu ketiga 4.5 100 Minggu kedua 3.1 100 Minggu keempat 7.7 100 Jadual 2.16 Keperluan air minuman peringkat permulaan Umur (Minggu) Jumlah Air Minuman (liter) Jumlah Ayam (ekor) Minggu kelima 9.5 100 Minggu ketujuh 12.7 100 Minggu keenam 10.9 100 Minggu kelapan 14.1 100 Jadual 2.17 Keperluan air minuman peringkat pembesaran 350 450 Ketinggian nipple drinker 350 -450 Bekas minuman yang tergantung Paras Dada


153 Vitamin ialah sebahagian daripada nutrisi mikro yang berperanan penting dalam pertumbuhan dan kesihatan ternakan. Berbanding dengan zat nutrisi lain, walaupun keperluan dalam nutrisi sangat sedikit, namun vitamin tetap perlu diberikan sebagai pemangkin kepada metabolisme nutrisi makro. Vitamin dibahagikan kepada dua kategori iaitu vitamin larut lemak dan vitamin larut air. Ketiadaan vitamin akan menyebabkan pertumbuhan ternakan menjadi tidak optimum, tidak aktif dan merosakkan sel dalam badan. Rajah 2.27 menyatakan keperluan pemberian vitamin. AIR MINUMAN PUYUH Keperluan air minuman untuk puyuh juga sama seperti ayam. Jumlah yang diperlukan untuk 100 ekor puyuh sehari seperti yang dinyatakan dalam Jadual 2.18. Jadual 2.18 Keperluan air minuman puyuh Umur Ternakan Bahan Peringkat Perindukan Dua bekas minuman plastik 900 ml Peringkat Pembesaran Dua bekas minuman plastik 3.6 liter PEMBERIAN VITAMIN Cuaca Buruk Sebelum dan Selepas Pemberian Vaksin Pindah Reban ke Sangkar Penukaran Makanan Hari Pertama Di Dalam Reban Jangkitan Penyakit KEPERLUAN PEMBERIAN VITAMIN Rajah 2.27 Keperluan pemberian vitamin


154 VITAMIN LARUT LEMAK Vitamin larut lemak ialah vitamin yang boleh bercampur dengan lemak tubuh sehingga tubuh boleh menyimpan dalam jangka masa tertentu. Ia terdiri daripada vitamin A, D, E dan K. 2. Vitamin D Vitamin D juga dikenali sebagai vitamin D3. Ia adalah metabolisme daripada vitamin D yang diperlukan oleh poltri. Vitamin ini terdapat dalam serbuk ikan dan cahaya matahari. Vitamin D bermanfaat untuk metabolisme kalsium dan fosforus dalam pembentukan kerangka normal, membentuk paruh, kaki dan telur. Kekurangan vitamin D akan menyebabkan metabolisme kalsium dan fosforus terganggu sehingga menyebabkan kulit telur menjadi nipis dan paruh menjadi lembik, pengeluaran telur menurun dan susah untuk bergerak disebabkan kaki yang lemah serta terjadinya lumpuh. 3. Vitamin E Vitamin E juga dikenali sebagai tocopherols. Vitamin ini terdapat dalam biji kacang soya, biji gandum dan corn gluten meal (CGM). Ia berfungsi untuk meningkatkan kesuburan, pertumbuhan embrio normal dan sebagai antioksida. Kekurangan vitamin E akan menyebabkan menurunnya kesuburan dan daya tetas, penyakit ayam gila (encephalomalacia/crazy chick disease) serta kerosakan pada koordinasi otot. 4. Vitamin K Vitamin K boleh didapati dalam serbuk ikan. Ia berfungsi dalam pembentukan protrombin yang digunakan untuk proses pembekuan darah. Kekurangan vitamin K akan menyebabkan pendarahan pada jaringan atau organ tertentu serta anemia akibat darah yang sukar membeku apabila mengalami kecederaan. Gambar foto 2.24 Akibat kekurangan vitamin A 1. Vitamin A Vitamin A terdapat dalam serbuk ikan dan jagung. Ia berfungsi untuk proses pertumbuhan, kestabilan tisu pada membran mulkosa, saluran pencernaan, pernafasan, saluran pembiakan dan kesempurnaan deria penglihatan. Kekurangan vitamin A pada ternakan menyebabkan bulu berdiri (ruffl ed feathers), kehilangan keseimbangan ketika berjalan, penyakit mata rabun dan penurunan pengeluaran. Gambar foto 2.24 adalah akibat kekurangan vitamin A.


155 1. Vitamin B1(Thiamin) Vitamin B1 berkaitan dengan antineuritis (anti radang urat saraf). Ia berfungsi membantu proses metabolisme karbohidrat dan tenaga dalam tubuh. Kekurangan vitamin ini menyebabkan kehilangan selera makan, tumbesaran terjejas dan pembengkakan pada saraf. 2. Vitamin B2 (Ribofl avin) Vitamin B2 berfungsi dalam metabolisme karbohidrat, asid amino dan asid lemak. Ia terdapat dalam serbuk daging dan ikan. Kekurangan vitamin B2 menyebabkan tumbesaran terjejas dan ayam mengalami kesukaran untuk berjalan atau lumpuh pada kaki serta jari kaki. Gambar foto 2.25 adalah kesan kekurangan vitamin B2. 3. Vitamin B3 (Nicotinamide) Vitamin B3 dikenali sebagai nicotinamide. Ia berfungsi dalam metabolisme karbohidrat, protein dan lemak untuk tenaga. Vitamin ini didapati dalam jagung, biji bunga matahari dan hampir semua hampas biji-bijirin. Kekurangan vitamin B3 menyebabkan kehilangan selera makan, tumbesaran terjejas, penurunan pengeluaran telur dan daya tetas, membran mulkosa akan berwarna merah gelap dan kecacatan pada tulang paha. Gambar foto 2.25 Kesan kekurangan vitamin B2 VITAMIN LARUT AIR Vitamin larut air merupakan vitamin yang boleh bercampur dengan air badan. Vitamin tersebut akan dikeluarkan dengan cecair yang keluar daripada tubuh seperti berpeluh. Jenis vitamin ini ialah vitamin B1, B2, B3, B5, B6, B7, B9, B12 dan vitamin C. 4. Vitamin B5 (Acid Pantotenat) Vitamin B5 atau yang lebih dikenali sebagai acid pantotenat. Ia berfungsi sebagai komponen koenzim A dalam metabolisme karbohidrat, asid lemak, asid amino dan steroid. Acid pantotenat banyak terkandung dalam biji bunga matahari. Kekurangan acid pantotenat akan menyebabkan kehilangan selera makan, tumbesaran terjejas, pembengkakan pada bahagian paruh, kelopak mata dan jari kaki. Selain itu, bulu juga menjadi kasar, mata menjadi kabur serta menyebabkan penurunan pengeluaran telur. Vitamin seperti A, D, E dan C mudah berkurangan disebabkan oleh haba, cahaya dan kelembapan. INFO TAMBAHAN


156 6. Vitamin B7 (Biotin) Vitamin B7 dikenali juga sebagai Biotin. Vitamin ini berfungsi dalam metabolisme karbohidrat dan lemak untuk tenaga. Biotin banyak didapati dalam serbuk ikan dan biji gandum. Kekurangan biotin menyebabkan kulit mengeras pada bahagian paruh dan mata. 7. Vitamin B9 (Acid Folat) Vitamin B9 juga dikenali sebagai acid folat. Berfungsi untuk metabolisme karbohidrat. Acid folat boleh didapati dalam biji gandum. Kekurangan acid folat akan menyebabkan tumbesaran terjejas, anemia, penurunan pengeluaran telur serta bulu yang kasar dan jarang. 8. Vitamin B12 ( cyanocobalamin) Vitamin B12 atau cyanocobalamin berfungsi untuk metabolisme karbohidrat dan lemak dalam tubuh. Ia tidak seperti vitamin B lainnya, di mana vitamin B12 boleh terkumpul terutamanya di hati, pinggang, otot, tulang dan kulit. Kekurangan vitamin B12 akan mengakibatkan tumbesaran terjejas dan saiz telur menjadi kecil. 9. Vitamin C (acid askorbik) Vitamin C berfungsi untuk metabolisme sel dan sebagai antioksida. Kekurangan vitamin C tidak memberikan kesan pada ternakan namun vitamin ini bertujuan untuk mengurangkan stres terutamanya pada waktu cuaca panas. LANGKAH MENGELAKKAN KEKURANGAN VITAMIN Dalam formulasi makanan, keperluan vitamin dalam campuran makanan disesuaikan dengan jumlah keperluan poltri. Walau bagaimanapun, nilai vitamin ini boleh menurun disebabkan faktor persekitaran seperti suhu, cahaya dan pengoksidaan. Vitamin B1 dan asid pantotenat boleh rosak akibat pemprosesan dan penyimpanan yang kurang baik. Gambar foto 2.26 menunjukkan bahawa penyimpanan makanan dengan betul sangat penting untuk memastikan makanan ternakan tidak rosak dan menyebabkan kehilangan vitamin. Kekurangan vitamin boleh dielakkan dengan melakukan beberapa langkah seperti: 1. Letak alas kayu pada bahagian bawah sebelum meletakkan makanan 2. Menyusun posisi penyimpanan makanan dengan catatan tarikh yang berada dalam simpanan 3. Menyimpan makanan di tempat tertutup dan terhindar daripada sinaran matahari 4. Perhatikan suhu dan kelembapan tempat penyimpanan makanan 5. Sebaiknya makanan disimpan di dalam stor penyimpanan tidak lebih daripada 30 hari supaya kualiti nutrisi dan vitamin di dalamnya tidak menurun 5. Vitamin B6 (Piridoxin) Vitamin B6 atau Piridoxin berfungsi untuk metabolisme protein dan lemak dalam tubuh. Ia boleh didapati daripada hampas bijirin. Kekurangan vitamin ini menyebabkan kekurangan selera makan dan tumbesaran terjejas, bulu tumbuh dengan jarang serta penurunan pengeluaran telur.


157 Gambar foto 2.26 Penyimpanan makanan ternakan Stres pada ternakan kebiasaannya berpunca daripada perubahan cuaca. Stres yang dialami oleh ternakan akan menyebabkan kekurangan vitamin dalam badan. Poltri merupakan ternakan yang sangat mudah terdedah dengan stres. Kesan stres pada ternakan jika tidak ditangani dengan baik boleh mengakibatkan penurunan pengeluaran telur dan penurunan berat badan. Antara faktor penyebab stres adalah: 1. Peredaran udara dalam reban yang tidak baik 2. Suhu dan kelembapan dalam reban meningkat 3. Kepadatan ternakan dalam reban 4. Bunyi bising 5. Campuran makanan yang tidak sempurna 6. Penukaran makanan dilakukan secara mendadak 7. Pemberian vaksin Pemulihan Stres Stres merupakan penyumbang utama kepada penurunan prestasi ternakan. Pemulihan stres dilakukan dengan cara pemberian vitamin kepada ternakan sama ada ditambah dalam makanan atau minuman. STRES DAN VITAMIN 6. Mengelakkan penggunaan bekas menyimpan makanan secara berulang 7. Bersihkan stor penyimpanan secara berkala 8. Mengawal makanan daripada serangan serangga yang boleh merosakkan makanan Vitamin adalah sangat diperlukan oleh ternakan. Bincang kesan dan langkah yang perlu dilakukan oleh penternak sekiranya ternakan tidak mendapat vitamin yang secukupnya. t Stres merupakan penyebab utama kepada tumbesaran ternakan. Bincang dan nyatakan langkah-langkah yang perlu bagi mengelakkan ternakan menghadapi masalah ini serta membuat perbandingan diantara ayam pedaging dan ayam penelur.


158 TAJUK: Pemberian Makanan, Air Minuman dan Vitamin. Hasil Pembelajaran: i. Menunjuk cara pemberian makanan, air minuman dan vitamin kepada ternakan ii. Membuat formulasi penyediaan makanan ternakan berdasarkan keperluan dan tumbesaran iii. Menjelaskan proses memeriksa dan merekodkan kadar pertumbuhan ternakan Murid diminta untuk: 1. Membuat tunjuk cara untuk pemberian makanan, air dan vitamin kepada ternakan 2. Membuat kajian formulasi makanan berdasarkan keperluan dan tumbesaran ternakan 3. Memeriksa dan merekodkan kadar tumbesaran ternakan 4. Membuat pembentangan hasil dapatan secara multimedia PROSES AKTIVITI Menyediakan Peralatan dan Keperluan Aktiviti Tunjuk Cara Pemberian Makanan, Air dan Vitamin Penyediaan Maklumat Untuk Pembentangan Membuat Formulasi Makanan Persembahan Multimedia Memeriksa dan Merekodkan Kadar Pertumbuhan Ternakan AKTIVITI 5 Ayam dan puyuh pedaging memerlukan lebih banyak protein dan tenaga berbanding dengan ayam dan puyuh penelur yang memerlukan lebih kalsium dan fosforus. Bincangkan.


159 2.3.3 FORMULASI DIET MAKANAN POLTRI Formulasi makanan penting untuk memastikan pemberian nutrisi seimbang dengan tumbesaran ternakan. Penyusunan formulasi makanan bertujuan untuk memperoleh nutrisi yang diperlukan oleh ternakan dalam jumlah dan perbandingan yang tepat untuk tumbesaran ternakan yang optimum. Formulasi makanan seharusnya merujuk kepada keperluan ternakan. Anak ayam dan puyuh memerlukan lebih banyak zat makanan berbanding dengan ayam dan puyuh penelur. Zat makanan diperlukan untuk tumbesaran yang cepat bermula daripada umur 1 hingga 6 minggu. Dua faktor utama yang mempengaruhi pertumbuhan ternakan adalah nutrisi dan baka. (Jadual 2.19 dan Jadual 2.20) Contoh jenis makan berformulasi Umur (Minggu) Jantan (gram) Betina (gram) Pertama 152 144 Ketiga 686 617 Kelima 1576 1344 Kedua 376 344 Keempat 1085 965 Keenam 2088 1741 Jadual 2.19 Contoh jumlah makanan seekor ayam Umur (Minggu) Jantan (gram) Betina (gram) Pertama 1.08 2.15 Ketiga 5.52 8.21 Kelima 12.00 13.68 Kedua 3.55 4.20 Keempat 8.91 10.21 14.00 14.38 15.60 16.39 Keenam Ketujuh Jadual 2.20 Contoh jumlah makanan seekor puyuh


160 Kandungan makanan perlu ditambah dengan campuran bahan lain yang merupakan vitamin seperti vitamin B Kompleks, vitamin A, vitamin D iaitu minyak ikan sebanyak 2 peratus daripada makanan yang diberikan selama satu bulan. FORMULASI MAKANAN TERNAKAN 1. Ayam Pedaging (Jadual 2.21) 2. Ayam Penelur (Jadual 2.22) 0 hingga 4 Minggu 4 Minggu ke atas Nutrisi UMUR (Minggu) Protein (%) 21–23 19–21 Lemak (%) 4–6 4–6 Serat Kasar (%) 4 4 Kalsium (%) 0.9 0.9 Fosforus (%) 0.5 0.5 Tenaga Metabolisme (Kcal/kg) 3000–3100 3100–3200 Jadual 2.21 Formulasi nutrisi makanan ayam pedaging Nutrisi UMUR (Minggu) Protein (%) Lemak (%) Serat Kasar (%) Kalsium (%) Fosforus (%) 0 hingga 8 Minggu 20–22 4 4-6 1 0.7 2700–3000 9 hingga 16 Minggu 14–16 4 7-9 1 0.6 2600–2900 16 Minggu ke atas 17–18 5 6-8 2.5–3.5 0.5–0.6 Tenaga Metabolisme (Kcal/kg) 2650–2950 Jadual 2.22 Formulasi nutrisi makanan ayam telur 3. Puyuh (Jadual 2.23) Jadual 2.23 Formulasi nutrisi makanan puyuh Umur (Minggu) Kandungan Nutrisi 0 hingga 5 minggu 6 minggu ke atas Protein 24 22 Serat Kasar 5 5 Fosforus 0.6 0.6 Lemak 5 3.5 Kalsium 0.9 3.3 Tenaga Metabolisme 2950-3050 2650-2750 % (%) min (%) max (%) min (%) min (Kcal/ kg)


161 Pengeluaran ternakan yang berkualiti dipengaruhi oleh pemakanan yang diambil oleh ternakan. Pengambilan makanan lengkap dan sempurna mengikut keperluan ternakan mampu untuk menghasilkan tumbesaran yang baik dan hasil optimum (Rajah 2.28). Protein Protein sangat penting untuk ternakan. Protein bertujuan untuk pembinaan otot, pemulihan tisu, tumbesaran badan, pembekal tenaga dan membentuk enzim. Sumber protein daripada sumber tumbuhan yang diperlukan ialah sebanyak 10-30 peratus daripada jumlah makanan yang dimakan ternakan. Manakala, sumber protein haiwan ialah antara 3-10 peratus daripada jumlah makanan. Kekurangan sumber protein daripada ternakan menyebabkan badan menjadi kurus, lemah, peka kepada antitoksin, tumbesaran menurun dan kecekapan penukaran makanan akan menurun. Rajah 2.29 menyatakan sumber utama protein yang diperlukan oleh poltri. Karbohidrat Karbohidrat diperlukan bagi memberi tenaga untuk menjalankan aktiviti fi zikal dan fungsi badan. Sumber karbohidrat ialah daripada glukosa, fruktosa, sukrosa, laktosa dan selulosa. Kekurangan karbohidrat menyebabkan tumbesaran binatang ternakan terjejas dan berat badan akan berkurangan. Rajah 2.28 Nutrisi dalam makanan ternakan NUTRISI DALAM MAKANAN Karbohidrat Vitamin Air Mineral Aditif Protein Lemak KANDUNGAN NUTRISI MAKANAN POLTRI Rajah 2.29 Sumber protein yang diperlukan oleh poltri Tumbuhan (Kacang Soya dan Kacang Tanah) Haiwan (Serbuk daging, tulang dan ikan) SUMBER PROTEIN


162 Lemak Lemak merupakan sumber tenaga, sumber makanan simpanan, keperluan untuk pembentukan tisu di bawah kulit, penebat haba dan pelarut vitamin. Sumber lemak terdapat dalam minyak dan serbuk daging hancur. Minyak berfungsi untuk menambah cita rasa makanan, membantu penyerapan vitamin dan meningkatkan keberkesanan penggunaan makanan. Kekurangan lemak menyebabkan ternakan menjadi lesu dan kurus. Mineral Mineral penting untuk pembentukan fungsi badan dengan sempurna terutamanya tisu badan, bendalir badan dan tulang. Jumlah mineral yang diperlukan oleh ternakan bergantung kepada jenis ternakan dan peringkat tumbesarannya. Sumber mineral boleh didapati daripada tulang, kulit kerang dan garam. Vitamin Vitamin merupakan zat organik penting untuk pertumbuhan dan vitamin diperlukan hanya dalam jumlah yang sedikit oleh ternakan. Vitamin bertujuan untuk mengatur proses badan bagi menjamin tumbesaran, pengeluaran, pembiakan dan kesihatan. Penyakit disebabkan oleh kekurangan vitamin ialah Avitaminosis dan Hypovitaminosis. Air Berfungsi sebagai pelarut dan pengangkut bahan ke seluruh anggota, mengawal cecair dan suhu badan. Pengambilan air perlu bergantung kepada suhu, udara dan air. Aditif Aditif merupakan bahan bukan nutrisi yang perlu ditambah ke dalam formulasi makanan ternakan. Fungsi aditif adalah: 1. Mempertingkatkan kadar pertumbuhan 2. Mempertingkatkan nisbah penukaran makanan 3. Anti stres 4. Mencegah penyakit Jenis Aditif Sumber Anthelmintic Ubat cacing Koksidiostat Amprolium, Arsanilic acid (supaya tidak terkena coccidiosis) Probiotik Vaksin Antibakteria Sulfar drugs Antioksidan BHT, EDTA (elakkan bau busuk akibat lemak berlebihan). Tambahan nutrisi Galian dan vitamin Growth promoter Acidophilus, Yis


163 REFLEKSI 2.3 Makanan Permulaan Makanan Pembesaran Makanan Penamat Protein Mineral Karbohidrat Vitamin Lemak Air Aditif Jenis Makanan Tempoh Pemberian Makanan/Minuman/ Vitamin Formulasi Diet Makanan Poltri NUTRISI TERNAKAN POLTRI


164 JANA MINDA Jawab soalan berikut. 1. (a) Nyatakan dua kepentingan pemakanan terhadap ternakan (i) ..................................................................................................................... (ii) ................................................................................................................... (b) Nyatakan dua faktor yang mempengaruhi pengambilan makanan ternakan poltri. (i) ..................................................................................................................... (ii) ................................................................................................................... 2. Rajah menunjukkan dua bentuk makanan poltri. (a) Nyatakan dua kelebihan makanan serbuk halus berbanding dengan makanan pelet kasar. i. ......................................................................................................... ii. ........................................................................................................ (b) Nyatakan dua ciri makanan pelet kasar. i. ......................................................................................................... ii. ........................................................................................................ Serbuk Halus Pelet Kasar ... ... ... ... .. ... ..


165 3. Y dan Z adalah dua peringkat umur ternakan ayam pedaging. 5. Tandakan (√) bagi nutrisi yang terdapat dan (x) bagi nutrisi yang tidak terdapat dalam makanan ternakan poltri. 4. Nyatakan dua vitamin. (a) Larut lemak (i) ..................................................................................................................... (ii) ................................................................................................................... (b) Larut air (i) ..................................................................................................................... (ii) ................................................................................................................... 6. Nyatakan empat nutrisi yang terdapat dalam makanan poltri. (i) ..................................................................................................................... (ii) ................................................................................................................... (iii) .................................................................................................................. (iv) ................................................................................................................... Padankan peringkat umur itu dengan penyataan berikut dengan menulis Y atau Z pada petak yang disediakan. Makanan permulaan Nitrogen Makanan pembesaran Fosforus Kandungan protein 18-20 peratus Kalsium Kandungan protein 21-24 peratus Kalium ... ... Y 1 hari-4 minggu Z 4 minggu-7 minggu


166 PENGURUSAN TERNAKAN POLTRI UNIT 2.4 166


167 PENGURUSAN TERNAKAN POLTRI Persaingan pasaran ternakan menjadi semakin mencabar kerana dipengaruhi oleh harga, kualiti ternakan dan keselamatan hasil. Penilaian dan kepekaan terhadap kehendak pengguna tentang keselamatan makanan, kualiti dan alam sekitar, perlu diambil perhatian oleh penternak. Amalan pengurusan perladangan yang baik harus dilaksanakan dengan lebih sistematik supaya menjadi lebih produktif, berkualiti dan berdaya saing melalui aktiviti perladangan mesra alam atau sosio-persekitaran. AMALAN PERLADANGAN YANG BAIK Amalan perladangan yang baik ialah amalan pengurusan ternakan yang baik, terancang dan bersistematik untuk tujuan mendapatkan prestasi pengeluaran yang optimum. Penerapan amalan perladangan yang baik bermula daripada peringkat perancangan awal iaitu proses menubuhkan ladang sehingga pembinaan perumahan, kebersihan dan kawalan penyakit, pengurusan harian dan urusan pasaran. Amalan ini adalah untuk memberikan keyakinan kepada pengguna bagi mendapatkan hasilan yang berkualiti dan selamat, peluang untuk memperluaskan pasaran sama ada di peringkat tempatan dan antarabangsa serta jaminan sebuah ladang yang berdaya maju. Persekitaran yang Baik Hasil yang Berkualiti Kos Minimum Produktiviti Ladang Pengeluaran Optimum TUJUAN AMALAN PERLADANGAN YANG BAIK


168 ASPEK PENTING DALAM PENTERNAKAN Terdapat dua aspek penting yang mempengaruhi pengurusan ternakan poltri iaitu pengetahuan teknologi dan teknikal serta pengetahuan ekonomi penternakan. 2. Pengetahuan Ekonomi Penternakan Penternak perlu menganalisis aliran tunai perniagaan untuk mengetahui prospek penternakan dengan membuat anggaran pendapatan dan perbelanjaan sekurang-kurangnya untuk 5 tahun. Perancangan projek yang cekap menentukan kejayaan dan keuntungan. Penternak juga perlu mengkaji aspek ekonomi untuk kejayaan penternakan sebelum membuat keputusan meneruskan projek yang dirancang seperti tanah, buruh, modal dan pengurusan penternakan. 1. Pengetahuan Teknologi dan Teknikal Pengetahuan teknologi dan teknikal adalah berkait rapat dengan pengurusan projek secara teknikal dan penggunaan teknologi terkini dalam sistem penternakan. Parameter penting yang perlu diambil kira seperti kadar kematian, jumlah stok, jumlah pengeluaran, berat ternakan, kadar pengeluaran telur dan anak ayam, nisbah penukaran makanan (NPM) dan tempoh penternakan. Gambar foto 2.27 Reban ayam penelur Penggunaan Teknologi Teknologi memainkan peranan yang penting untuk kecekapan pengurusan ternakan, meningkatkan hasilan dan kualiti ternakan. Teknologi membantu dalam pengurusan harian ternakan seperti pemberian makanan, minuman, kebersihan dan penyediaan perumahan ternakan yang lebih sempurna dan selesa. Penggunaan teknologi juga dapat menjimatkan penggunaan tenaga kerja, meningkatkan pengeluaran ladang dan kecekapan kawalan penyakit. Penggunaan teknologi automatik pengumpulan telur yang digunakan dan direka bentuk untuk ayam penelur (Gambar foto 2.27). FAKTOR MEMPENGARUHI PENTERNAKAN YANG BAIK Penggunaan teknologi semakin menjadi isu utama dalam penternakan poltri. Bincang kesannya kepada penternak dan nyatakan langkah-langkah yang sewajarnya diambil untuk memastikan penternakan terus berdaya maju.


169 2.4.1 PENGURUSAN HARIAN POLTRI AMALAN SANITASI Amalan sanitasi ialah aktiviti membersih, memastikan kawasan dan alat yang digunakan bebas daripada kotoran serta bahan yang boleh menyebabkan penyakit kepada ternakan. Amalan ini bermula daripada peringkat perolehan anak ayam sehinggalah pemasaran. Amalan sanitasi bertujuan untuk memperoleh hasilan yang optimum melalui kualiti baka yang baik, kecekapan pemberian makanan dan minuman, pengurusan kesihatan dan persekitaran yang selesa. Amalan ini juga memastikan ternakan tidak menghadapi stres yang boleh menjejaskan produktiviti dan melemahkan daya tahan penyakit. Sanitasi Ladang - Skim Amalan Ladang Ternakan Sanitasi merujuk kepada Amalan Ladang Ternakan (SALT) mula diperkenalkan pada tahun 2003. Konsep ini menekankan kepada sistem penternakan bertujuan memastikan program kesihatan ternakan dipertingkatkan sepanjang masa dan diurus mengikut Amalan Penternakan Yang Baik (GAHP) untuk hasil yang berkualiti dan selamat dimakan. SALT dilaksanakan sebagai usaha untuk mewujudkan sanitasi ladang ternakan yang bertaraf antarabangsa. SALT telah dijenamakan semula menjadi Malaysian Good Agricultural Practices (MyGAP). Kawalan dan Jaminan Kualiti Kawalan dan jaminan kualiti merujuk kepada beberapa aktiviti iaitu menyediakan rekod ladang yang lengkap seperti rekod sumber anak ayam, sumber makanan, kematian, penakaian, pemberian vitamin dan pemberian vaksin. Rekod ladang perlu disemak, dikemas kini daripada masa ke masa dan mengambil tindakan segera jika terdapat sebarang masalah. Kawalan dan jaminan kualiti juga bertujuan untuk mengelakkan pencemaran dan gangguan kepada persekitaran serta masalah penyakit dari ladang ternakan. Pengurusan harian penternakan adalah pemberian makanan dan air minuman kepada ternakan, pengurusan pembersihan dan kawalan suhu reban, pemberian vaksin, penggunaan dan penyelenggaraan peralatan serta pengurusan kesihatan ternakan. Pengurusan poltri terbahagi kepada beberapa peringkat bergantung kepada jenis hasilan ternakan seperti ditunjukkan dalam Rajah 2.30 di bawah. Rajah 2.30 Pengurusan poltri PENGURUSAN TERNAKAN Pedaging Penelur Peringkat Perindukan Peringkat Perindukan Peringkat Pembesaran Peringkat Pengeluaran Peringkat Pembesaran


170 MEMBERSIHKAN REBAN DAN PERALATAN Pembersihan reban dan peralatan dilakukan sebelum memulakan penternakan atau sebelum peringkat perindukan bermula. Perumahan anak ayam perlu dibersihkan sekurang-kurangnya 21 hari (3 minggu) sebelum kedatangan anak ayam. Reban perlu selamat dan selesa serta membaiki segala kerosakan yang ada. Keseluruhan reban iaitu dinding, lantai dan siling perlu disinfektan dengan menggunakan sama ada Bromosept atau Potasium Permaganate. Jika reban menggunakan sistem reban lantai sarap, bahan tersebut perlu dibuang 2 minggu sebelum sarap baru diletakkan setebal 25mm atau 50mm tinggi. Sarap tersebut perlu disembur dengan bahan pembasmi jangkitan seperti Quatenary Ammonium Compound. Peralatan makanan dan minuman juga perlu disinfektan dan diperiksa untuk memastikan ia berfungsi dengan baik. MENYUSUN BEKAS MAKANAN DAN MINUMAN Bekas makanan dan minuman ternakan perlu disusun mengikut jarak yang sesuai. Penyediaan dan penyusunan bekas makanan dan minuman ini perlu mengikut umur dan berdasarkan kepadatan ternakan. Gambar foto 2.28 menunjukkan susun atur peralatan makanan dan minuman reban konvensional, manakala Gambar foto 2.29 pula adalah susun atur peralatan makanan dan minuman reban moden. Gambar foto 2.28 Susun atur peralatan makanan dan minuman reban konvensional Gambar foto 2.29 Susun atur peralatan makanan dan minuman reban moden PERSEDIAAN DAN KELENGKAPAN PERUMAHAN AYAM Persediaan sebelum kemasukan ayam ke dalam reban sangat penting untuk memastikan anak ayam mendapat keselesaan. Terdapat lima perkara yang perlu dilakukan iaitu:


171 MEMASANG BIDAI Bidai digunakan untuk menutup keseluruhan reban yang hendak dijadikan perindukan. Bidai bertujuan untuk menghalang haba keluar dengan cepat dan mengelakkan pergerakan atau tiupan angin yang kuat masuk ke dalam reban. Bidai juga dapat mengelakkan gangguan dari luar seperti haiwan lain yang menyebabkan anak ayam menjadi terkejut dan stres. Kebiasaannya, kanvas, plastik biru dan guni dedak (bekas makanan ayam) digunakan untuk menutup dinding reban. Jadual 2.24 Bekas makanan ayam Umur Keperluan Bekas Makanan Ternakan Jumlah Ternakan Bekas atau dulang makanan berukuran 457mm x 457mm x 25mm 1-10 hari 100 ekor Bekas makanan gantung berukuran bulat 406mm (3 bekas) atau berukuran bulat 305mm (4 bekas) Selepas 10 hari 100 ekor Jadual 2.25 Bekas minuman ayam Umur Keperluan Bekas Minuman Ternakan Jumlah Ternakan Bekas minuman 9 liter air sehari 1-14 hari 100 ekor 2 bekas minuman automatik Selepas 14 hari 100 ekor 1 bekas minuman 7.6 liter air sehari 21 hari ke atas 25-30 ekor MEMBUAT KEPUNGAN Kepungan dibuat pada peringkat perindukan dengan ukuran keliling 2140mm untuk sejumlah 500 ekor. Kepungan bertujuan memastikan suhu yang bersesuaian untuk anak ayam peringkat perindukan. Kebiasaannya, bentuk bulat digunakan supaya anak ayam tidak berkumpul pada satu sudut sahaja yang boleh menyebabkan lemas dan kematian. MENYEDIAKAN ALAT PEMANAS REBAN Alat pemanas penting untuk memastikan suhu dalam reban bersesuaian dengan keperluan haba yang dikehendaki. Kebiasaannya, alat pemanas gassolec hoover digunakan dan digantung di tengah bulatan kepungan dengan ketinggian 910mm. Suhu mempengaruhi pembesaran anak ayam dan memastikan anak ayam terus hidup. (Jadual 2.26) Umur Ternakan Suhu Reban Hari Pertama 35°C Hari ke-8 hingga ke-14 28°C Hari ke-2 hingga ke-7 33°C Hari ke-15 dan seterusnya 23°C Jadual 2.26 Kawalan suhu ayam Keperluan bekas makanan dan minuman ayam bergantung kepada umur ternakan dan jumlah ternakan. Jadual 2.24 dan Jadual 2.25 menunjukkan keperluan bekas makanan dan minuman penternakan ayam.


172 Gambar foto 2.30 menunjukkan proses pengangkutan anak ayam untuk dibawa masuk ke dalam reban, manakala Gambar foto 2.31 menunjukkan anak ayam berada pada peringkat perindukan. Ciri baka ayam yang baik boleh dinilai melalui berat sekurang-kurangnya 35gram dan saiz yang seragam, mata yang bulat, bersinar, sihat, cergas, bulu badan kering dan kembang, pusat yang kering, saluran pencernaan yang bersih (tidak melekat dengan tinja) dan tiada kecacatan. MEMASUKKAN ANAK AYAM Anak ayam akan dilepaskan berhampiran dengan bekas air minuman yang telah dicampurkan vaksin anti stres. Pemberian makanan akan dilakukan selepas 1 jam anak ayam berada di dalam perindukan. Anak ayam akan dipantau setiap masa untuk memastikan keselesaannya. Gambar foto 2.30 Anak ayam ditempatkan dalam kotak khas sebelum dibawa ke reban Gambar foto 2.31 Hari pertama anak ayam di dalam reban UMUR 1 - 4 MINGGU a) Minggu Pertama Pada minggu pertama anak ayam akan diberikan vaksin Rheniket F melalui titisan hidung sebelum dimasukkan ke dalam perindukan. Suhu pada hari pertama ialah 33°C-35°C. Lampu dan alat pemanas dipasang sepanjang masa (24 jam). Anak ayam berada dalam kepungan dengan jarak 914mm hingga 1219mm dari alat pemanas. Dinding reban ditutup untuk mengawal pengudaraan. Makanan dan minuman yang mencukupi perlu dibekalkan sentiasa. Anak ayam minggu pertama


173 Hari Ketiga Pada hari ketiga, penternak perlu menukar air minuman setiap hari dan membersihkan, menambah atau menukar sarap yang basah dan kotor. Rekod jumlah kematian dan pengambilan makanan perlu dicatat. Pada minggu ini nisbah penukaran makanan dihitung dan dicatat dalam rekod. Kawasan kepungan akan diperluaskan mengikut peringkat tumbesaran. Hari Keenam Pada hari yang keenam, paruh anak ayam akan dipotong. Paruh bahagian atas lebih pendek daripada bahagian bawah untuk ayam penelur sahaja. Tujuan pemotongan paruh ini adalah untuk mengelakkan ayam mematuk sesama sendiri dan memastikan tidak berlaku pembaziran makanan. Pemotongan paruh anak ayam dilakukan ketika anak ayam berumur 7-10 hari. Potong lebih kurang 1/3 dari lubang hidung dan melakukan kelaran dengan besi panas sekiranya berlaku pendarahan. Rajah 2.30 menunjukkan bahagian paruh yang dipotong untuk ayam penelur. 2-31-3 1-41-3 Rajah 2.30 Pemotongan paruh ayam penelur c) Minggu Ketiga Pada minggu ketiga, penternak perlu membersihkan bangkai anak ayam yang mati. Penakaian ayam yang lemah dan sakit perlu dilakukan. Alat pemanas dipasang pada waktu malam sahaja. Kepungan dibuka dan anak ayam dilepaskan secara bebas di dalam reban. Bekas makanan tergantung iaitu 1 unit bersamaan 25 hingga 30 ekor ayam. Suntikan vaksin fowl pox diberi kepada ayam. Minggu ketiga anak ayam di dalam reban Had pemotongan paruh b) Minggu Kedua Pada minggu ini pemberian makanan dilakukan sebanyak 3 kali sehari. Air bercampur vaksin anti stres diberikan pada awal minggu. Alat pemanas dipasang pada waktu malam atau ketika cuaca sejuk sahaja. Pembersihan dan penukaran sarap yang basah dan rosak perlu dilakukan. Vaksin (infectious bursal disease, IBD) akan ditambah dalam minuman. Bidai reban dibuka pada siang hari dan diturunkan pada waktu malam. Pada minggu ini berat ayam perlu ditimbang dan direkodkan.


174 d) Minggu Keempat Pada minggu ini pemberian makanan akan dilakukan sebanyak 2 kali sehari. Bekas makanan dan minuman digantung sama paras dengan dada ayam. Air minuman bercampur vaksin antistres akan diberikan. Sarap basah dan kotor perlu ditukar dan ditambah jika perlu. Bidai akan terus dibuka. Penternak perlu menimbang dan merekodkan berat ayam untuk keperluan kiraan nisbah penukaran makanan (NPM). e) Minggu Kelima Penukaran makanan kepada jenis pembesaran akan diberikan untuk meningkatkan tumbesaran ayam secara perlahan-lahan. Penternak akan menimbang dan merekodkan berat ayam untuk keperluan kiraan nisbah penukaran makanan (NPM). f) Minggu Keenam dan Ketujuh Minggu ini adalah minggu terakhir ayam di dalam reban. Ayam akan diberi makanan untuk pembesaran sepenuhnya. Pemberian antibiotik dihentikan. Penternak perlu menimbang dan merekodkan untuk keperluan kiraan nisbah penukaran makanan (NPM). Ayam yang berumur 35-42 hari perlu mencapai berat badan 1.6 kg-1.9 kg iaitu berat yang sesuai untuk dipasarkan. Minggu keenam ayam di dalam reban Minggu terakhir ayam di dalam reban Persediaan dan kelengkapan perumahan puyuh lebih mudah berbanding dengan perumahan ayam. Hal ini disebabkan, puyuh memerlukan perumahan yang lebih ringkas dan mudah untuk disediakan. Rajah 2.31 menunjukkan peringkat penternakan puyuh. Rajah 2.31 Peringkat penternakan puyuh PERINGKAT PENTERNAKAN PUYUH Peringkat Perindukan (1-14 hari atau 2 minggu) Peringkat Pembesaran (15-42 hari) Peringkat Pengeluaran (puyuh penelur sahaja) (Selepas hari ke-45) PERSEDIAAN DAN KELENGKAPAN PERUMAHAN PUYUH


175 Merekod Ternakan Aktiviti merekod merupakan satu aktiviti yang perlu dilakukan dalam setiap pusingan musim penternakan. Ternakan akan direkod daripada mula diternak, bilangan kematian, bilangan yang ditakai dan bilangan ternakan yang hidup. Berat ternakan, kuantiti makanan dan purata pengambilan makanan akan direkod untuk pengiraan nisbah penukaran makanan. PERINGKAT PERINDUKAN Peringkat perindukan bermula pada awal umur puyuh sehingga berumur 14 hari. Kebiasaannya, pada peringkat ini, puyuh ditempatkan di dalam sangkar khas yang bertutup. Puyuh akan dibekalkan dengan keperluan makanan dan minuman. Sangkar ini akan ditutup dengan menggunakan guni, kanvas atau kertas keras. Lampu pijar digunakan sebagai punca haba untuk mengelakkan puyuh daripada kesejukan dan memastikan suhu dalam sangkar sekitar 35°C. (Gambar foto 2.32) Lampu pijar berkuasa 100 watt digunakan di dalam sangkar untuk 80-100 ekor anak puyuh. Lampu digantung sekurang-kurangnya 50mm daripada lantai. Aras ketinggian lampu ini boleh diubah mengikut tumbesaran anak puyuh. INFO TAMBAHAN Gambar foto 2.32 Minggu pertama anak puyuh di dalam reban Peringkat Pembesaran Keperluan peralatan untuk peringkat ini perlu disesuaikan dengan tumbesaran puyuh. Pada peringkat pembesaran, penternak boleh memilih sama ada sistem sarap atau sistem sangkar untuk perumahan puyuh. Pemberian makanan dan minuman dilakukan dengan menggunakan bekas berbentuk palung yang digantung mengikut tumbesaran puyuh. Bekas air minuman perlu dibersihkan setiap hari untuk mengelakkan pembiakan bakteria. Peringkat Pengeluaran Hanya puyuh betina yang akan melalui peringkat pengeluaran. Pada peringkat pengeluaran, sangkar pengeluaran digunakan dan direka bentuk khas untuk memastikan telur puyuh terkumpul di luar hadapan sangkar. Pemberian makanan penelur diberikan dengan kadar purata 27 gram sehari. Puyuh akan menghasilkan telur sebanyak 260 biji selama 52 minggu.


176 Pengurusan harian dalam ternakan poltri merupakan proses kerja yang dilaksanakan bermula dari persediaan reban dan alatan sehinggalah ternakan mencapai umur untuk dipasarkan. Aktiviti pengurusan harian perlu dilaksanakan dengan teliti dan teratur untuk mencapai matlamat penternakan. (Rajah 2.32) KEBERSIHAN REBAN Kebersihan merupakan perkara asas yang perlu diambil perhatian sepanjang tempoh penternakan. Persekitaran reban yang bersih menjamin keselesaan ternakan, mencegah daripada jangkitan penyakit dan mengelakkan haiwan pemangsa datang ke reban. Pembersihan perlu sentiasa dilakukan bukan sahaja di dalam reban malahan peralatan, dalaman reban dan persekitarannya. Penyelenggaraan rumput dan tumbuhan yang berada di sekitar kawasan perumahan serta sistem salirannya perlu dibersihkan. Selain itu, pembersihan juga perlu dilakukan dengan sempurna supaya tidak mendatangkan masalah terutamanya gangguan bau kepada masyarakat sekeliling. Rajah 2.33 menunjukkan pengurusan pembersihan reban ternakan. Sisa ladang juga perlu dibersihkan, diproses semula, dibakar atau ditanam kerana ia boleh menjadi tempat pembiakan lalat, menarik pemangsa datang ke ladang dan membawa penyakit. Rajah 2.32 Pengurusan harian poltri Pengurusan Pengudaraan Kebersihan Reban Merekod Penjagaan Kesihatan Pemberian Makanan dan Minuman PENGURUSAN HARIAN POLTRI PEMBERSIHAN REBAN Menghapuskan Ternakan yang Telah Mati Proses Penghapusan Sisa Ladang Membersihkan Sampah Sarap Membersihkan Tinja Ternakan Menghapuskan Tempat Pembiakan Lalat Rajah 2.33 Pengurusan harian reban PENGURUSAN HARIAN POLTRI


177 PEMBERIAN MAKANAN DAN MINUMAN Pemberian makanan dan minuman kepada ternakan merupakan perkara penting dalam mengurus harian ternakan. Pemberian makanan dan minuman mestilah mengikut peringkat tumbesaran dan keperluan nutrisi ternakan. Makanan dan minuman yang diberi hendaklah bermutu tinggi dan mencukupi mengikut keperluan jenis ternakan. Setiap ekor ternakan perlu diberikan ruang lantai, ruang makanan dan minuman yang mencukupi mengikut peringkat pembesaran. Jadual 2.27 menerangkan pemberian makanan ayam, manakala Jadual 2.28 menerangkan pemberian makanan puyuh. Jadual 2.27 Pemberian makanan ayam Pemberian Makanan Jadual Pemakanan Cara Pertama Cara Kedua Makanan Permulaan 1 hingga 21 hari 1 hingga 14 hari Makanan Pembesaran 22 hari hingga ayam mengeluarkan hasil 15 hingga 39 hari - Hari ke-40 hingga ayam mengeluarkan hasil Makanan Penamat 1. Kawalan Kualiti Makanan Kualiti makanan ternakan yang dibekalkan kepada ternakan akan mempengaruhi pengeluaran hasil. Penternak perlu memastikan bekalan makanan yang diperoleh dari kilang makanan perlu menerapkan Amalan Pembuatan Yang Baik (GMP) atau amalan yang diperakui oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV). Makanan perlu disimpan di tempat yang mempunyai pengudaraan yang baik, tidak terdedah dengan persekitaran yang boleh mengurangkan kualiti zat makanan. Makanan juga perlu disimpan di tempat yang bersih dan tidak dimasuki oleh tikus atau burung. Alas bekas (guni) makanan dengan kayu setinggi lebih kurang 150mm. Pantau mutu dan kebersihan makanan dari masa ke masa. Jadual 2.28 Pemberian makanan puyuh Pemberian Makanan Jadual Pemakanan Cara Pertama Cara Kedua Makanan Permulaan 1 hingga 14 hari 1 hingga 14 hari Makanan Pembesaran 15 hari hingga puyuh mengeluarkan hasil 15 hingga 35 hari - Hari ke-36 sehingga puyuh mengeluarkan hasil Makanan Penamat Ayam seberat 1.8 kg menghasilkan 113 gram kotoran sehari yang mengandungi air, tinja (50 hingga 80 gram pepejal) dan mineral. Ini menunjukkan bahawa kesan kotoran ini mampu mencemarkan alam sekitar jika tidak ada pengurusan yang baik. Selain itu, sisa kotoran ini boleh diproses semula untuk menghasilkan bahan lain seperti baja organik yang sangat diperlukan oleh tumbuhan. INFO TAMBAHAN


178 2. Kawalan Kualiti Air Minuman Air minuman yang dibekalkan kepada ternakan hendaklah mempunyai tahap kualiti yang standard. Air mestilah daripada sumber yang bersih dan telah dirawat dengan menggunakan bahan seperti klorin dan bahan lain yang diluluskan oleh kerajaan. Elakkan air minuman daripada dicemari dan disimpan dalam bekas yang tertutup serta mudah dicuci. Gunakan bekas penyimpan air minum yang tidak mudah berkarat dan tidak diperbuat daripada bahan yang boleh menyebabkan keracunan. Kualiti air adalah pada pH 6.5 hingga pH 8.0. Pantau kandungan kimia, kuman, logam, bau, warna dari masa ke masa. PENJAGAAN KESIHATAN Ternakan yang sihat mempunyai ketahanan melawan penyakit. Pemeriksaan kesihatan ternakan perlu dilakukan setiap hari bertujuan mengawal penyakit daripada merebak. Rajah 2.34 menunjukkan antara aktiviti penjagaan kesihatan ternakan. 1. Program Kesihatan Program kesihatan menyediakan dokumen bertulis tentang kesihatan ternakan dan melaksanakannya dengan betul. Perancangan dan pelaksanaan program kesihatan perlu sentiasa mendapat nasihat dan diawasi oleh perunding veterinar yang diiktiraf. Program kesihatan dinilai dan dikemaskini daripada masa ke masa bertujuan mengetahui perkembangan ternakan serta mengambil beberapa langkah perlu untuk memastikan keadaan di kawasan ladang terkawal. Rajah 2.35 menyatakan tiga aktiviti utama program kesihatan ternakan. 2. Penakaian Penakaian ialah satu kaedah pencegahan penyebaran penyakit di mana ternakan yang tidak diperlukan dikeluarkan daripada kumpulannya. Antara ternakan yang ditakai ialah seperti ternakan yang mempunyai tumbesaran terjejas, pengeluaran rendah, berpenyakit dan cacat. Ternakan yang menunjukkan tanda-tanda sakit hendaklah segera diasingkan untuk dirawat. Rajah 2.34 Penjagaan kesihatan PENJAGAAN KESIHATAN Timbangan Mingguan Pemberian Vaksin Pemberian Antibiotik Pemberian Anti Stres Rajah 2.35 Program kesihatan PROGRAM KESIHATAN Pelalian Rawatan Biosekuriti


179 PENGURUSAN PENGUDARAAN Pengurusan pengudaraan merujuk kepada kawalan pengudaraan dan kelembapan di dalam reban dan persekitaran luar reban. 1. Memeriksa Suhu Reban Suhu memainkan peranan penting untuk tumbesaran ternakan. Suhu 24°C merupakan suhu yang paling ideal bagi reban ayam selepas peringkat perindukan. Setiap penurunan 1°C suhu dan kenaikan 2°C suhu di atas paras 29°C akan menurunkan kadar penukaran makanan. Jadual 2.29 menyatakan suhu di dalam reban dan kesannya terhadap ternakan. Suhu dalam reban Kesan ke atas Ayam Kurang dari 21°C • Penurunan berat badan • Kesan kepada nisbah penukaran makanan 26°C - 29°C • Merupakan suhu yang paling bersesuaian • Penyusutan terhadap pengambilan makanan • Pengambilan zat makan mencukupi dan pengeluaran yang baik 29°C - 32°C • Pengambilan makanan menurun • Penurunan berat badan • Prosedur penyejukan perlu disegerakan 35°C - 38°C • Keadaan heat prostration boleh berlaku • Langkah kecemasan diperlukan • Pengambilan makan merosot • Pengambilan air sangat tinggi 21°C - 26°C • Kurang nisbah penukaran makanan Melebihi 38°C • Langkah kecemasan untuk menyejukkan reban ayam sangat diperlukan 32°C - 35°C • Pengambilan makanan terus merosot • Prosedur penyejukan perlu dilakukan Jadual 2.29 Suhu dalam reban (Sumber: Unit Unggas, Jabatan Perkhidmatan Veterinar, 2006) 2. Persekitaran Reban Pemantauan paras gas ammonia, karbon monoksida, karbon dioksida, hidrogen sulfi da dan oksigen di dalam reban tertutup dari masa ke masa perlu dilakukan bagi memastikan parasnya tidak menjejaskan kesihatan ayam dan pekerja. Ammonia (NH3 ) dan hidrogen sulfi da (H2 S) merupakan sebatian yang dikaitkan dengan sisa buangan ternakan termasuklah tinja, sampah sarap dan bangkai ternakan. MEREKOD Proses merekod perlu dilakukan setiap hari terutamanya rekod kewangan, kematian ayam, penggunaan makanan, program rawatan, berat badan ternakan, pengambilan vaksin, pemberian vitamin dan pasaran. Tujuan merekodkan adalah untuk mengetahui perkembangan, membuat kawalan dan pemantauan berkaitan dengan perkembangan tumbesaran dan prestasi ternakan. Merekodkan aktiviti secara terperinci dan berkala perlu dilakukan. Penternak perlu memastikan berlakunya perubahan dan peningkatan.


180 1. Pemantauan Kenaikan Berat Ternakan Ternakan perlu ditimbang bermula pada awal usia satu hari. Rekod berat badan ternakan digunakan untuk menghitung nisbah penukaran makanan (NPM).Timbangan akan dilakukan setiap minggu bermula dari minggu pertama ternakan di dalam reban sehingga minggu keenam iaitu masa untuk dipasarkan terutamanya ayam pedaging. Rekod yang perlu disimpan oleh penternak: 1. Tarikh ternakan tiba 2. Bilangan ternakan yang diterima 3. Sumber baka ternakan 4. Kematian dan penakaian ternakan 5. Pemberian makanan jenis makanan dan sumber makanan harian 6. Pemberian vaksin dan rawatan (jenis vaksin atau ubat) 7. Penggunaan air dan elektrik Nota: Jumlah hari/minggu perlu dinyatakan atau ditambah sehingga tarikh akhir ternakan di dalam reban. Jadual 2.30 adalah contoh jadual rekod harian ternakan seperti dalam di bawah. Jadual 2.30 Contoh rekod harian ternakan REKOD HARIAN Bilangan Ternakan: __________________ No. Reban: __________ Tarikh Bermula: __________________ Tarikh Akhir: __________________ Hari/ Minggu Bilangan Ternakan Kematian Ditakai Baki Kilogram/Liter Makanan Minuman 1. 3. 5. 2. 4. 6. 7. Berat Ternakan Pemberian Vitamin/ Vaksin Pembersihan Reban Catatan Jumlah Minggu Pertama 8. 10. 12. 9. 11. 13. 14. Jumlah Minggu Kedua


181 Jadual 2.31 rekod senarai semak pengurusan penternakan. Jadual 2.31 Senarai semak pengurusan penternakan Bil Aktiviti Sebelum Semasa Selepas 1 PENYEDIAAN REBAN/PERUMAHAN AYAM Membina pengepung Menabur kapur Memasang bidai Sanitasi/membersihkan reban Menabur sarap Membiarkan reban kering Melakukan disnifektan 2 PENYEDIAAN ALAT PEMANAS/PERINDUKAN Memasang alat pemanas Penyediaan bahan 3 PERINDUKAN Memeriksa kuantiti dan kualiti anak ayam Menukar saiz/menambah bilangan bekas makanan dan minuman mengikut kesesuaian. Menyelaras suhu alat pemanas Menentukan jangka masa pemanasan Memeriksa keperluan bahan sarap Penakaian (jika perlu) Memanaskan alat pemanas/perindukan Menggredkan ayam Meletakkan makanan dalam bekas Menimbang sampel berat ayam Menyediakan air minuman Mengawal pengudaraan reban Memasang alat pengepung tambahan Rawatan (jika perlu) Menyediakan laporan/rekod kerja 4 PERINGKAT PEMBESARAN Pengawalan pengudaraan Mengisi makanan dan minuman Pengurusan kesihatan ternakan Pengurusan sisa ladang Meletakkan bekas makanan dan minuman yang telah dibersihkan Pengawalan suhu reban Penangkapan dan pemasaran ayam Pengawalan cahaya Memantau tumbesaran ayam Menyediakan rekod ladang


182 2.4.2 PENGURUSAN PEMASARAN Pemasaran merupakan proses akhir dalam keseluruhan aktiviti penternakan. Pemasaran ternakan pada dasarnya dilakukan dengan mudah disebabkan oleh permintaan tinggi dengan harga yang berpatutan, namun pengeluarannya masih lagi terhad. Ternakan poltri dipasarkan dalam bentuk ternakan hidup, sembelih bersih, pelbagai keratan dan produk sedia untuk dimasak atau dimakan. Lebih daripada 80 peratus ternakan pedaging dipasarkan dalam bentuk ayam hidup. Manakala, di antara 15-20 peratus dihantar ke pusat penyembelihan yang kemudiannya dijual semula sebagai ayam proses, keratan ayam dan menjadi produk hiliran. Jadual 2.32 menunjukkan umur ternakan yang akan dipasarkan. Ternakan yang telah mencapai berat yang dikehendaki boleh dipasarkan. Penangkapan ternakan perlu diuruskan dengan baik agar tidak tercedera kerana ia boleh menurunkan nilai. Kebiasaannya, kecederaan ke atas ternakan berlaku ketika proses penangkapan, dimuatkan ke dalam sangkar dan semasa dalam perjalanan untuk dipasarkan. Kesan kecederaan seperti lebam dan kulit terkoyak dapat dilihat setelah ternakan disembelih dan dibersihkan. Perkara yang perlu dilakukan sebelum aktiviti penangkapan ialah: MEMBERHENTIKAN PEMBERIAN MAKANAN Pemberian makanan diberhentikan di antara 4 hingga 5 jam sebelum ternakan ditangkap (tidak lebih dari 8 jam) bertujuan untuk mengurangkan tekanan dan kelesuan semasa pengangkutan. 1. Menangkap Ternakan Ternakan ditangkap pada waktu malam atau lewat petang dengan memegang kakinya kerana ketika itu penglihatan ternakan menjadi terhad dan keadaan persekitaran yang sejuk dapat menenangkan ternakan. Peralatan makanan dan minuman perlu dikeluarkan dahulu atau dinaikkan ke atas untuk memudahkan proses penangkapan. Cahaya di dalam reban dikurangkan. Cahaya biru atau merah sahaja digunakan semasa aktiviti menangkap ternakan kerana ternakan tidak dapat melihat dalam cahaya tersebut. Penangkapan dengan cepat dan cermat. Elakkan membuat kejutan terhadap ternakan. Jenis Ternakan Umur Ternakan Ayam Pedaging Hari ke-35 hingga ke-40 Puyuh Pedaging Hari ke-35 hingga ke-42 Jadual 2.32 Ternakan dipasarkan Laman ICT Mesin penuaian secara automatik AKTIVITI PEMASARAN TERNAKAN


183 2. Memuatkan Ternakan Ke Dalam Sangkar Pastikan ternakan dimasukkan ke dalam sangkar dengan cermat. Letakkan sangkar dalam keadaan rata supaya ternakan tidak berada pada sudut tertentu. Jumlah bilangan ayam di dalam sangkar bergantung kepada saiz. 3. Mengangkut atau Membawa Ternakan Ke Pasaran Sangkar ternakan perlu diangkat dalam keadaan mendatar dan melakukannya dengan cermat semasa dalam kenderaan serta semasa menurunkannya. Elakkan ternakan daripada mengalami cuaca panas, kebiasaannya ternakan diangkut sewaktu suhu sejuk seperti lewat petang, malam atau waktu pagi. Ternakan dibawa dengan menggunakan lori yang direka bentuk khas supaya mempunyai sistem pengudaraan yang baik. PASARAN TERNAKAN Pemasaran penting dalam sesebuah perusahaan yang berasaskan komersial. Ternakan akan dipasarkan sama ada di pasaran tempatan atau antarabangsa. Sebanyak 12-15 peratus bekalan ayam daging Malaysia dieksport ke pasaran Singapura dan Brunei. Lebih 85 peratus ayam dieksport dalam bentuk ayam hidup dan bakinya adalah produk hiliran (Jabatan Perkhidmatan Veterinar, 2016). Walau bagaimanapun, permintaan pasaran eksport merupakan pasaran yang tidak stabil disebabkan oleh kawalan dan peraturan tertentu yang perlu dipatuhi seperti pengeluar perlu memenuhi syarat yang ditetapkan oleh negara pengimport meliputi sanitasi veterinar, kualiti dan status penyakit. Produk dan kualiti untuk pasaran eksport juga perlu mematuhi standard antarabangsa. Penghantaran ayam ke pasar Ayam di pasaran


184 SALURAN PEMASARAN Pemasaran hasil boleh dilakukan dengan menggunakan beberapa kaedah saluran pemasaran yang sesuai dan lebih menguntungkan. 2. Saluran 2 Melibatkan orang tengah iaitu peruncit. Ia kebiasaannya mempunyai satu orang tengah sahaja. Saluran ini juga selalunya digunakan oleh peruncit kecil dan peruncit besar terutama seperti pasar raya besar. Pengeluar menjual keluaran mereka kepada peruncit dan seterusnya peruncit menjual terus kepada pengguna. Pengeluar Peruncit Pengguna Saluran pengagihan yang mempunyai lebih banyak peringkat yang jarang digunakan dalam industri poltri. Semakin banyak atau tinggi bilangan peringkat saluran pemasaran, semakin meningkat kos. Hal ini menyukarkan pemasaran hasil dan pengguna untuk mencari harga yang lebih rendah. Penternak boleh memasarkan hasil poltri sendiri secara langsung kepada pelanggan perniagaannya. Ada kalanya pengeluar perlu menjual kepada pengedar industri dalam bentuk ayam proses atau mengikut bahagian ayam yang tertentu seperti kepak, paha dan kaki sahaja. Cara ini mungkin lebih menguntungkan dan menjamin pasaran. 3. Saluran 3 Melibatkan dua peringkat orang tengah iaitu pemborong dan peruncit. Saluran ini sering digunakan oleh pengeluar kecil produk makanan, farmasi, perkakas rumah dan produk-produk lain. Pengeluar Pemborong Peruncit Pengguna 4. Saluran 4 Saluran pemasaran ini mempunyai tiga peringkat orang tengah iaitu terdiri daripada pemborong, jober dan peruncit. Jober membeli daripada pemborong dan menjual kepada peruncit kecil yang tidak berurusniaga dengan pemborong besar. Pengeluar Pemborong Jober Peruncit Pengguna 1. Saluran 1 Hubungan secara langsung berlaku di antara pengeluar dengan pengguna. Orang tengah atau perantara tidak terlibat. Produk yang menggunakan saluran pemasaran ini biasanya mempunyai ciriciri yang tidak tahan lama. Walau bagaimanapun, produk yang tahan lama juga boleh menggunakan saluran ini bergantung kepada polisi sesebuah organisasi. Pengeluar Pengguna


185 Harga Ladang Harga Borong Harga Runcit Anak Ayam Sehari Ayam Hidup Ayam Hidup Standard Super RM/Ekor RM/kg RM/kg RM/kg RM/kg 2.10 5.30 6.00 7.90 8.85 Harga ayam pedaging (Jabatan Perkhidmatan Veterinar, 2016) Harga (Sen/Biji) Gred AA 0.35 Gred C 0.31 Gred A 0.33 Gred D 0.28 Gred B 0.32 Gred E 0.25 Harga telur ayam GRED DAN HARGA PUYUH Penjualan puyuh adalah dalam beberapa bentuk mengikut negeri atau kawasan penternakan. Penjualan secara seekor paling popular di kebanyakan negeri. Gred dan harga puyuh (Jabatan Perkhidmatan Veterinar Perak, 2015) Negeri Gred Berat (kg/ekor) Harga (RM) Selangor A Minimum 2.0 kg/10 ekor 2.00/ekor C 1.00 kg hingga 1.20 kg/10 ekor 1.10/ekor B Kurang dari 150 gm/ekor 1.20/ekor Kelantan 100 gm/ekor 12.00/kg C Minimum 1.45 kg/10 ekor 1.50/ekor A 170 gm hingga 190 gm/ekor 1.90/ekor B 150 gm hingga 170 gm/ekor 1.70/ekor Terengganu 1.50 hingga 1.60/ekor atau 12.00/kg 1.10 gm hingga 1.20 gm/ekor Negeri Sembilan A Melebihi 1.5 kg/10 ekor 1.75/ekor 160 gm/ekor 18.00/kg B Minimum 1.6 kg/10 ekor 1.70/ekor Johor AA Melebihi 190 gm/ekor 2.10/ekor Perak Borong 1.60/ekor 110 gm/ekor 13.00/kg Kedah A 150 hingga 180 gm/ekor 1.50/ekor B 130 kg hingga 1.45 kg/10 ekor 1.60/ekor 180 gm/ekor 20.00/kg HARGA AYAM PEDAGING DAN TELUR Ayam daging adalah komoditi ternakan yang harganya dikawal. Harga pasaran ayam adalah mengikut harga hidup di ladang, harga borong hidup, harga borong bersih, harga runcit hidup, harga runcit bersih (dengan kaki, kepala, hati dan hempedal). Harga ditentukan berasaskan kepada harga pada peringkat ladang. Harga siling pada peringkat ladang dan runcit ditetapkan. Selain itu Persatuan Pengeluar Ayam dari masa ke masa akan menetapkan harga rujukan untuk panduan pengeluar. Walaupun harga dikawal, harga sebenar adalah bergantung kepada faktor pasaran pada sesuatu masa tetapi tidak boleh melebihi harga siling yang ditetapkan.


186 NPM ditakrifkan sebagai satu unit pengeluaran yang diperoleh daripada pengambilan satu unit berat makanan. Ini bermaksud setiap kilogram makanan yang dimakan dapat menambahkan sejumlah berat badan ayam. Nilai ini sangat penting untuk menunjukkan kecekapan penggunaan makanan. Pengiraan nisbah penukaran makanan (NPM) ialah: PENGARUH PENUKARAN MAKANAN Faktor utama yang mempengaruhi penukaran makanan ialah pembaziran makanan. Pembaziran makanan dalam jangka masa panjang akan mengurangkan keuntungan. Pembaziran makanan sering berlaku semasa menjalankan urusan penternakan harian tanpa disedari. Antara sebab utama pembaziran makanan ialah: 1. Mengisikan makanan ke dalam bekas dengan tidak cermat dan berlaku pertumpahan makanan 2. Menggunakan bekas makanan yang rosak 3. Paras tinggi bekas makanan yang tidak mengikut pembesaran ayam 4. Masalah lain yang mengambil makanan seperti tikus dan burung liar 5. Cara menyimpan guni makanan yang kurang sempurna menyebabkan guni makanan di bawah menjadi keras dan tidak dapat digunakan Penukaran pemberian makanan bertujuan untuk memenuhi keperluan nutrisi supaya ternakan tersebut membesar dengan baik dan sihat. Proses pertukaran pemberian makanan perlu dilakukan secara perlahan - lahan. NPM = Kuantiti makanan yang dimakan (kg) Pertambahan berat badan (kg) Menilai Prestasi Poltri Berdasarkan Nilai Nisbah Penukaran Makanan (NPM) Pemantauan prestasi ternakan perlu dilakukan untuk mengetahui kesan penukaran makanan. Lebih rendah angka maka lebih baik penukaran makanan dan lebih tinggi pulangan pendapatan. Nilai NPM dipengaruhi oleh jumlah dan jenis makanan, kualiti makanan, baka ayam, jantina ayam, peningkatan pertumbuhan dan pengurusan. Nilai ini memberikan gambaran kos pengeluaran. NISBAH PENUKARAN MAKANAN


187 Contoh Nisbah Penukaran Makanan Ternakan Jadual 2.34 Nisbah Penukaran Makanan (NPM) - Puyuh Berat Puyuh (gram) Pertambahan Berat (gram) Makanan Yang Dimakan (gram) Nisbah Penukaran Makanan (NPM) Umur/Minggu Pertama 20 10 10 1.00 Kelima 230 60 109 1.82 Ketiga 100 50 79 1.58 Ketujuh 300 45 150 3.33 Kedua 50 30 32 1.07 Keenam 280 50 132 2.64 Keempat 170 70 132 1.89 Jadual 2.33 dan Jadual 2.34 di bawah merupakan rujukan dan butiran hasil daripada pemeliharaan ternakan bergantung sepenuhnya kepada kecekapan menguruskan penternakan ayam pedaging dan puyuh. Perbandingan boleh dilakukan dengan butiran penternakan seperti dalam jadual yang dinyatakan (Jabatan Perkhidmatan Veterinar, 2006). Jadual 2.33 Pemantauan prestasi ternakan – Ayam Pedaging Berat Mingguan Mingguan (gram) Terkumpul (gram) Berat Badan dan Kenaikan Berat Mingguan (gram) Makanan Yang Dimakan Nisbah Penukaran Makanan (NPM) Umur / Minggu 120 80 151 151 Pertama 1.89 Kelima 1295 375 837 2400 2.23 545 225 400 860 Ketiga 1.78 1970 300 Ketujuh 925 4175 3.08 320 200 309 460 Kedua 1.54 Keenam 1670 375 850 3250 2.27 Keempat 920 375 703 1563 1.87 2270 300 925 5100 Kelapan 3.08 Pertambahan Berat (gram)


188 Pengiraan Nisbah Penukaran Makanan (NPM): Rumus Bilangan ayam diternak = 100 ekor Kuantiti makanan seminggu = 400 kg Berat badan ayam (awal) = 3.5 kg Berat badan ayam (akhir) = 200 kg Pertambahan berat badan ayam = Berat badan akhir – berat badan awal = 200 kg – 3.5 kg = 196.5 kg Maka, ayam telah makan sebanyak 2.04 kg makanan untuk menghasilkan 1 kg berat badan. NPM = Kuantiti makanan yang dimakan (kg) Pertambahan berat badan (kg) Nisbah penukaran makanan = Kuantiti makanan (kg) Pertambahan berat badan (kg) = 400 kg 196.5 kg = 2.04


189 2.4.3 PENGURUSAN REKOD Belanjawan Belanjawan ladang ialah rancangan untuk menggunakan sumber pengeluaran yang terhad supaya bidang usaha yang diceburi mendapat keuntungan yang maksimum. Belanjawan ladang juga merupakan perancangan yang menunjukkan perbelanjaan, pendapatan, keuntungan dan pulangan setiap ringgit yang dilabur. Antara faedah menyediakan belanjawan ialah: 1. Membuat perbandingan antara beberapa jenis baka ternakan 2. Membuat perkiraan yang lebih sistematik 3. Mengelakkan sesuatu perkara penting tertinggal 4. Mengawal kewangan bidang usaha 5. Mengurangkan risiko kerugian 6. Menganggar kesan sesuatu teknologi atau tindakan dan seterusnya membantu peladang memilih teknologi atau tindakan yang sesuai Format Belanjawan Anggaran pendapatan = Anggaran kuantiti hasil x Harga seunit hasil Anggaran Kos = Kos berubah + Kos tetap Anggaran Kos Luar Jangka = 10 peratus x Anggaran kos Anggaran Perbelanjaan = Anggaran kos + Anggaran kos luar jangka Anggaran Keuntungan = Anggaran pendapatan – Anggaran perbelanjaan Pulangan Modal (PM) = Anggaran pendapatan Anggaran perbelanjaan Titik Pulangan Modal (TPM) = Anggaran perbelanjaan Anggaran kuantiti hasil Kos Berubah - kos yang berubah secara langsung dengan tingkat output Kos Tetap - merupakan bayaran terhadap penggunaan input tetap Kos Luar Jangka - perbelanjaan tambahan selain daripada perbelanjaan jangkaan yang perlu ditanggung Pulangan Modal - pendapatan yang diperoleh daripada setiap nilai ringgit (RM) yang dilabur Titik Pulangan Modal - harga minima setiap kuantiti hasil dijual INFO TAMBAHAN Harga Pasaran Beberapa Hasil Tanah Pekerja Modal Pengurusan Sumber Pengeluaran yang ada Kos Sumber Pengeluaran Maklumat Menyediakan Belanjawan Ladang Rajah 2.36 Maklumat menyediakan belanjawan ladang Maklumat penting untuk menyediakan belanjawan ladang ditunjukkan dalam Rajah 2.36.


190 Contoh belanjawan – Ternakan Ayam Pedaging Jadual 2.35 menunjukkan contoh belanjawan ladang untuk ternakan ayam pedaging. Jadual 2.35 Contoh belanjawan ladang Perkara Kuantiti Harga seunit (RM) Jumlah (RM) (12500 ekor x 2.5 kg) 31250 kg 2.70 84,375.00 PENDAPATAN KASAR KOS BAHAN Kuantiti Harga seunit (RM) Jumlah (RM) 12500 ekor 1.10 13,750.00 Anak ayam umur 1 hari 220 beg (50 kg/beg) Makanan Permulaan 50.00 11,000.00 785 beg (50 kg/beg) Makanan Pembesaran 48.00 37,680.00 - - Vaksin 1,220.00 600 beg 1.00 Sarap (Habuk papan) 600.00 Bil. Elektrik - - 1,300.00 Bil Air - - 220.00 Gaji Pekerja 3 orang 1,000.00 3,000.00 68,770.00 JUMLAH KOS TETAP Cukai Tanah 10.50 Kos Luar Jangka (10%) 6,928.05 Susut Nilai Peralatan RM5,000 x 10% 500.00 JUMLAH PERBELANJAAN (RM68,770.00 + RM510.50 + RM6,928.05) 76,208.55 KEUNTUNGAN (RM84,375.00 – RM76,208.55) 8,166.50 JUMLAH KOS 69,280.50 PULANGAN MODAL RM84,375.00 = 1.11 RM76,208.55 TITIK PULANGAN MODAL RM76,208.55 = RM2.44/kg 31,250 kg


191 Menyedia Rekod Fizikal dan Kewangan Penyimpanan rekod penternakan penting dalam pengurusan ternakan. Rekod yang disimpan termasuklah rekod belian (input) dan rekod jualan (output). Rekod fi zikal dan kewangan menyediakan maklumat asas yang penting seperti kadar penukaran makanan, tumbesaran dan pengeluaran. Ia juga merupakan rekod mekanisme pengawalan dan sebagai asas penilaian kelemahan dan kecekapan operasi ladang serta sebagai panduan kepada penternak di masa hadapan. Jadual 2.36 menunjukkan rekod belian, manakala Jadual 2.37 menunjukkan rekod jualan. Jadual 2.36 Rekod belian Tarikh Perkara Bilangan/Unit Harga Seunit Jumlah (RM) Jadual 2.37 Rekod jualan Tarikh Perkara Jumlah Berat (kg) Jumlah (RM) Harga Sekilogram (RM) Rumusan Rekod Belian Dan Jualan Jadual 2.38 menunjukkan contoh rumusan rekod belian dan jualan ladang. Jadual 2.38 Rumusan rekod belian dan jualan Butiran Jumlah (RM) Bilangan ayam yang mula diternak Bilangan ayam yang dijual Bilangan ayam yang mati atau di takai Jumlah berat JUMLAH KOS PENDAPATAN: Harga sekilogram x Jumlah berat UNTUNG KASAR (Pendapatan–Kos) KOS: Anak benih ayam (RM _____ seekor) Kos makanan (RM ________) Kos berubah yang lain (RM ________) Keuntungan ialah harga jualan lebih tinggi atau lebih besar nilainya daripada harga beli. Manakala, kerugian pula ialah keadaan di mana harga jualan lebih rendah nilainya daripada harga belian. Keuntungan dan kerugian sesuatu bidang usaha dibuat untuk menunjukkan struktur kewangan dan hasil urusniaga yang dijalankan oleh sesebuah syarikat. Ia bertujuan menyediakan maklumat tentang kewangan, prestasi dan aliran tunai. MENGHITUNG UNTUNG RUGI


192 Untung/ Margin Kasar 1 (Jumlah Hasil – Kos Berubah 1) 140,978.75 Untung/ Margin Kasar 2 (Untung/ Margin 1 – Kos Berubah 2) RM98,153.75 Perkara Unit Harga/Unit Kuantiti RM/ Pusingan Hasil Jualan: Ayam pedaging Ayam takai Tinja Jumlah Hasil kg kg bag 4.50 3.50 3.00 112,297.50 750.00 1,300.00 505,338.75 2,625.00 3,900.00 511,863.75 Kos Berubah 1 Makanan Permulaan Makanan Pembesaran Anak Ayam Umur Sehari Jumlah Kos Berubah 1 kg kg ekor 1.90 1.80 1.20 53,350.00 116,400.00 50,000.00 101,365.00 209,520.00 60,000.00 370,885.00 Kos Berubah 2 Vaksin/Ubatan/Veterinar/Vitamin Gas Elektrik dan Air Sarap (Habuk kayu) Upah/ Gaji Pengangkutan Penangkapan Ayam Pelbagai Jumlah Kos Berubah 2 Tong Unit beg 21.00 0.25 1.00 0.50 0.20 145.00 7,000.00 80.00 47,500.00 47,500.00 3,500.00 3,045.00 1,750.00 80.00 6,000.00 23,750.00 9,500.00 1,200.00 42,825.00 Jadual 2.39 Pengiraan untung rugi penternakan ayam Membuat Keputusan Masa Depan Bidang Usaha Berdasarkan keuntungan dan pulangan setiap nilai ringgit yang dilabur, seorang penternak boleh membuat keputusan untuk masa hadapan bidang usahanya. Rajah 2.36 keputusan masa hadapan bidang usaha. Contoh Penyata Untung Rugi Penternakan Ayam Jadual 2.39 menunjukkan contoh pengurusan untung rugi penternakan ayam. Mengubahsuai pengurusan bidang usaha Meneruskan bidang usaha Mengantikan dengan bidang usaha lain Membubarkan bidang usaha Masa hadapan bidang usaha Keputusan Tidak Ya Rajah 2.36 Keputusan hadapan bidang usaha


Click to View FlipBook Version