The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by CPD JABATAN pm, 2021-04-04 08:53:57

E JURNAL PESISIR JILID 2

E JURNAL PESISIR JILID 2

PENDIDIKAN BERKUALITI UNTUK SEMUA Vol. 2 (2021) 45 - 59

Pengetahuan Pedagogikal Kandungan (PPK) Guru
Matematik dalam Tajuk Pecahan di Sekolah Rendah

N.I. Noorashikim. M. Shamsuddin, A.K. Nik-Napisah & A.R. Aminuddin
Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu

Article Info Abstrak

Received: Kajian ini dilaksanakan untuk mengetahui tahap pengetahuan
15 Jan 2021 pedagogikal kandungan (PPK) guru matematik di sekolah rendah
Accepted: bagi Program Pendidikan Pesisir Pantai (4P). Di samping itu,
01 Feb 2021 kajian ini juga menentukan pengaruh dua pembolehubah tak
Publish: bersandar (pengkhususan dan pengalaman) serta ciri-ciri PPK
01 Mac 2021 guru kurang berpengalaman dan guru berpengalaman. Sampel
E-mail adress: kajian terdiri daripada 92 orang guru matematik sekolah rendah
*corresponding Author : bantuan penuh kerajaan di kawasan pesisir pantai yang
*[email protected] merangkui daerah Kota Bharu, Bachok, Tumpat dan Pasir Puteh.
m Data bagi tahap PPK diperolehi melalui kaedah tinjauan rentasan.
Hasil kajian mendapati separuh daripada guru matematik
ISSN 2735-0231 sekolah pesisir pantai mempunyai tahap PPK yang
tinggi.Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa pengkhususan
dan pengalaman memberi perbezaan yang ketara terhadap tahap
PPK guru matematik. Guru kurang berpengalaman didapati
memberi penekanan kepada pendekatan berfokuskan isi
kandungan dan pelaksanaan berbanding guru berpengalaman
yang mempamerkan pendekatan pengajaran secara isi
kandungan dan berfokuskan pelajar.

Kata kunci: Pengetahuan Pedagogikal Kandungan (PPK),
pendidikan pesisir, guru matematik.
____________________________________________

Pendahuluan

Salah satu faktor utama dalam mengembangkan pertumbuhan ekonomi sesebuah negara adalah
pendidikan. Di Malaysia, pendidikan merupakan hala tuju utama dan kelangsungan hidup
negara (Nik Aziz, 2008). Pertumbuhan ekonomi bukan sahaja dapat dilihat dari belanjawan
negara, tetapi juga keadaan di dalam bilik darjah. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
telah dilancarkan untuk meningkatkan standard sistem pendidikan Malaysia dalam
memberikan pengetahuan, kemahiran, dan nilai-nilai kepada warganegara untuk menyumbang
kepada perkembangan ekonomi abad ke-21. Proses dan hasil pembelajaran matematik di kelas
banyak ditentukan oleh pengetahuan guru mengenai matematik itu sendiri. Pemahaman
matematik yang tidak mencukupi dari guru akan menghasilkan kelemahan semasa proses
pembelajaran dijalankan di dalam kelas. Menurut Shulman (dalam Ma'rufi, 2018), Pengetahuan
Kandungan Pedagogi (PPK) adalah pengetahuan tentang kemahiran khusus untuk profesion
perguruan. Begitu juga, Ball dan Bass (2000) mendefinisikan bahawa PPK adalah sejenis
pengetahuan yang mengintegrasikan pengetahuan matematik guru dengan pengetahuan
mengenai pelajar, pembelajaran dan pedagogi. Menjadi guru matematik profesional, hanya

45

Jurnal Pesisir Pantai IPGKKB 2021

PENDIDIKAN BERKUALITI UNTUK SEMUA Vol. 2 (2021) 45 - 59

menguasai bahan matematik tidak mencukupi. Sangat penting untuk mempunyai jenis
pengetahuan tertentu, iaitu PPK. PPK, dalam pembelajaran matematik, adalah pengetahuan
yang menyatukan pengetahuan kandungan matematik, pedagogi dan pemikiran pelajar.

Setiap pendidik matematik perlu mempunyai pengetahuan yang mendalam dalam ilmu
matematik yang hendak disampaikan. Ia sepatutnya mempunyai kepakaran berdasarkan
kelulusan akademiknya dalam bidang matematik pada tahap yang bersesuaian dengan
tugasnya. Tanpa pengetahuan matematik, seseorang itu tidak mungkin boleh menjadi guru
matematik yang berkesan. Di samping mempunyai pengetahuan matematik, seseorang guru
matematik juga perlu mempunyai pengetahuan bagaimana menyampaikan pengajarannya
secara berkesan. Sebagai agen perubahan, ia perlu membuat perubahan kepada tingkah laku
kognitif setiap pelajarnya daripada keadaan “tidak tahu” kepada “tahu” mengenai pengetahuan
atau kemahiran matematik. Usaha untuk memperincikan pengetahuan-pengetahuan asas yang
diperlukan guru supaya dapat mengajar secara efektif telah giat dijalankan di luar Negara
(Reynolds, 1995; Feiman-Nemser & Remillard 1996). Dalam tahun 1970-an, pengetahuan asas
perguruan yang diterima pakai di dalam latihan guru adalah bergantung kepada dapatan-
dapatan daripada kajian terhadap pengajaran efektif. Di antara tingkah laku pengajaran efektif
ialah pengurusan bilik darjah dan pengajaran am. Adakah mencukupi jika seseorang hanya
belajar dan mahir dengan tingkah laku am sahaja? Pengajaran merupakan satu aktiviti yang
kompleks. Apakah jenis pengetahuan yang diperlukan guru untuk melaksanakan
tanggungjawab yang kompleks ini dengan efektif?

KAJIAN LITERATUR

Pengetahuan Pedagogikal Kandungan

Shulman (1986) mendefinisikan pengetahuan pedagogikal kandungan sebagai satu kemahiran
guru dalam mentransformasikan pengetahuan isi kandungan ke dalam konteks bagi
memudahkan pembelajaran pelajar. Beliau mencadangkan beberapa elemen penting dari
pengetahuan pedagogikal kandungan, iaitu; (1) pengetahuan tentang perwakilan isi kandungan
(pengetahuan kandungan); (2) pemahaman konsep mengenai subjek dan implikasi
pembelajaran dan pengajaran yang berkaitan dengan subjek tertentu; dan (3) pengetahuan
pedagogi umum (atau strategi pengajaran). Seterusnya, beliau memasukkan unsur-unsur lain
seperti: (4) pengetahuan kurikulum; (5) pengetahuan mengenai konteks pendidikan; dan (6)
pengetahuan mengenai tujuan pendidikan bagi melengkapkan apa yang disebutnya sebagai
pangkalan pengetahuan untuk mengajar (Shulman, 1987). Pengetahuan ini melibatkan
bagaimana guru menggunakan pengetahuan pedagogi (pengetahuan tentang cara mengajar)
untuk menyampaikan pengetahuan isi kandungan (apa yang perlu diajar).

Kajian tentang penguasaan isi kandungan guru menunjukkan bahawa pengetahuan isi
kandungan sesuatu mata pelajaran memberi kesan kepada amalan pengajaran di bilik darjah
(Loughran, Mulhall, & Berry, 2004). Jika guru tidak mempunyai pengetahuan asas yang
mencukupi dalam sesuatu bidang mata pelajaran, maka guru tersebut tidak akan dapat
menyampaikan pengajaran yang berkesan (Grossman, Schoenfeld, & Lee, 2005). Penguasaan isi
kandungan mata pelajaran adalah suatu perkara yang penting dalam menyampaikan
pengajaran secara berkesan , namun ianya tidak mencukupi (Ishak , Abdullah & Ishak, 2019).
Perkara lain yang perlu diberi perhatian ialah bagaimana guru menyampaikan pengetahuan
tersebut dalam bentuk yang boleh difahami oleh pelajar (Krauss, Brunner, Kunter, Baumert,
Blum, Neubrand, & Jordan, 2008). Menurut Deng (2007); Halim dan Meerah (2002) dan Smith

46

Jurnal Pesisir Pantai IPGKKB 2021

PENDIDIKAN BERKUALITI UNTUK SEMUA Vol. 2 (2021) 45 - 59

dan Neale (1989), bukan semua guru dapat mengubah pengetahuan isi kandungan mata
pelajaran kepada pengetahuan pedagogikal kandungan semasa mengajar.

PPK adalah model yang digunakan oleh Shulman untuk mengaitkan dan menjelaskan bidang
pengetahuan guru mengenai isi kandungan mata pelajaran dan pedagogi (strategi pengajaran).
PPK adalah pengetahuan guru mengenai strategi dalam membantu pelajar memahami sesuatu
mata pelajaran secara khusus. Ini termasuklah pengetahuan mengenai tajuk-tajuk tertentu,
miskonsepsi, masalah dan isu yang ada dalam sesuatu mata pelajaran. PPK juga membantu
guru dalam membuat analogi, metafora, menyediakan contoh, pelbagai aktiviti pengajaran yang
dapat meningkatkan pemahaman pelajar dalam sesuatu mata pelajaran.

Veal dan Makinster (1999) kemudian mengembangkan PPK dalam bentuk taksonomi selaras
dengan langkah-langkah yang diambil oleh Bloom (1956). Pengembangan taksonomi Veal

mengambil kira konteks kurikulum dan pengajaran yang terdiri daripada PPK am, PPK domain
khusus dan PPK topik khusus. PPK am adalah aras pertama dalam taksonomi ini. Seseorang
guru yang berpengalaman atau pakar dalam PPK am akan mempunyai kefahaman yang baik
tentang konsep pedagogi. PPK am adalah sama dengan apa yang disebut oleh Magnusson,
Krajcik dan Borko (1999) sebagai strategi PPK secara khusus, di mana subjek bermaksud mata
pelajaran. Orientasi PPK am boleh diimplimentasikan kepada pelbagai mata pelajaran lain,
tetapi proses, tujuan dan isi kandungan adalah berbeza. Manakala PPK khusus adalah lebih
jelas berbanding PPK am. Ini disebabkan ia memberi tumpuan kepada satu daripada beberapa
domain yang berbeza. Dalam Matematik, contoh domain khusus adalah seperti statistik,
trigonometri, kalkulus, algebra dan nombor. Setiap domain ini mempunyai pemahaman
terhadap kurikulum dan bahan bantu mengajar yang berbeza, walaupun alat penilaian yang
digunakan adalah sama. PPK topik khusus adalah aras yang paling penting. Secara teorinya,
guru mempunyai pengetahuan yang mendalam dalam PPK aras ini, biasanya menguasai
pengetahuan dan kemahiran dalam dua aras sebelumnya. Dalam aras ini, guru mengetahui
dengan yakin berhubung dengan strategi dan alatan yang paling sesuai untuk mengajar sesuatu
kemahiran atau konsep bagi sesuatu tajuk agar ianya dapat dikuasai dan difahami oleh pelajar.

Kajian Berkaitan

Kajian Grossman (1990) yang melibatkan guru pelatih yang mengajar bahasa Inggeris, di mana
kumpulan pertama mengikuti latihan membentuk PPK dan kumpulan kedua tidak mengikuti
sebarang latihan perguruan. Beliau mendapati bahawa mempelajari daripada pengalaman
sahaja tidak menjamin mereka membina PPK. Guru pelatih yang tidak mengikuti latihan
perguruan mengetahui masalah yang dihadapi oleh pelajar melalui pengalaman mereka.
Namun, guru pelatih tersebut tidak tahu bagaimana “pengetahuan tentang pelajar” boleh
membantu mereka merancang pengajaran yang berkesan. Situasi yang sama wujud dalam
kalangan guru berpengalaman.

Wan Ali (2000) menyatakan bahawa guru perlu mempunyai kepakaran dari pelbagai aspek
seperti penguasaan terhadap bidang pelajaran yang diajar, menguasai kaedah pengajaran dan
pengurusan disiplin pelajar bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran dapat
dijalankan dengan lebih berkesan. Ianya selari dengan Sulaiman (2004) serta Manap dan Siti
Salwa (2014) yang menjelaskan bahawa guru perlu mempunyai pengetahuan yang khusus
dalam bidang mata pelajaran yang diajarnya. Pengetahuan guru inilah dinyatakan oleh Shulman
(1987) sebagai pengetahuan pedagogikal kandungan (PPK). Pengetahuan pedagogikal
kandungan adalah merujuk kepada cara bagaimana guru menyampaikan isi kandungan agar
mudah untuk difahami serta dapat mengalakkan kefahaman konseptual murid terhadap apa

47

Jurnal Pesisir Pantai IPGKKB 2021

PENDIDIKAN BERKUALITI UNTUK SEMUA Vol. 2 (2021) 45 - 59

yang dipelajari. Menurut Tengku Zawawi (2009) pengetahuan pedagogikal kandungan adalah
termasuklah menggunakan analogi, menyediakan contoh, penerangan dan tunjuk cara yang
berkesan, di samping mengambil kira situasi pelajar.

Pengalaman guru mengajar mata pelajaran yang sama di sekolah juga mempengaruhi tahap
PPK mereka (Noorashikim, 2003). Guru yang berpengalaman cenderung dalam mempamerkan
pengajaran yang berfokuskan kefahaman isi kandungan dan pelajar. Pendekatan pengajaran ini
memberi penekanan kepada kefahaman konseptual dan prosedural pelajar. Bagi mencapai
matlamat ini, guru berpengalaman mempelbagaikan strategi pengajaran yang bersesuaian
dengan kebolehan pelajar. Ianya selari dengan apa yang dinyatakan oleh Shulman (1987)
bahawa PPK adalah suatu pengetahuan yang unik bagi seorang guru merujuk kepada
pengetahuan tentang cara bagaimana guru menyampaikan isi kandungan di bilik darjah dengan
apa yang perlu disampaikan kepada pelajar di bilik darjah. Zamri dan Magdeline (2012)

menyatakan bahawa pengkhususan mempengaruhi tahap PPK guru. Kajian kualitatif yang
dilaksanakan terhadap guru bahasa Iban menunjukkan setiap PPK guru bahasa Iban
dipengaruhi oleh PPK mata pelajaran pengkhususan mereka. Dapatan ini bertentangan dengan
kajian yang dibuat oleh Shimon dan Brawdy (2001) dan Nurul Huda, Nik Mohd Rahimi dan
Kamaruzaman (2010) yang menyatakan bahawa guru yang bukan pengkhususan yang mengajar
mata pelajaran lain akan mengalami masalah dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Perkembangan PPK seseorang guru sangat dipengaruhi oleh faktor latar belakang
pengkhususan dan pengalaman mengajar, namun begitu keperibadian guru itu sendiri juga
dapat meningkatkan PPK mereka. Guru yang komited dan berinovasi dilihat mempunyai tahap
PPK yang lebih baik berbanding dengan guru lain tanpa mengira faktor pengkhususan dan
pengalaman guru tersebut.

Pernyataan Masalah

Menurut Ibrahim (2001), amalan pengajaran tidak banyak berubah, walaupun kurikulum dan
bahan-bahan kurikulum telah melalui reformasi. Cabaran terbesar dan kritikal ialah mengubah
guru kepada guru yang benar-benar menghayati kurikulum baru, baik dari segi isi kandungan
mahupun kaedah belajar dan mengajar. Borko dan Livingston (1989) menunjukkan terdapat
pola-pola tertentu dalam proses pembelajaran untuk mengajar yang diperolehi daripada kajian-
kajian. Pola-pola itu termasuklah (1) impak isi kandungan pengajaran (misalnya, guru sekolah
menengah tanpa pengetahuan isi kandungan berkemungkinan besar kurang berkeyakinan
dalam kebolehan mengajar dengan baik, (2) kesukaran-kesukaran dalam pembelajaran
kemahiran kognitif pengajaran (misalnya, membuat transisi daripada pemahaman personal isi
kandungan subjek kepada pemikiran tentang isi kandungan subjek kepada pemikiran tentang
isi kandungan dari segi perspektif murid-murid yakni pemikiran pedagogikal mengenai
kandungan) dan (3) pengaruh guru pembimbing dan penyelia di universiti (misalnya, “co-
operating” guru menjadi model pemikiran pedagogikal melalui demonstrasi dan penerangan
kepada guru sekolah menengah). Selaras dengan masalah ini, suatu kajian tentang pengetahuan
dan pengajaran guru perlu dibuat. Oleh yang demikian, kerangka Shulman “Pengetahuan
Pedagogikal Kandungan” (PPK) adalah bentuk pengetahuan untuk pengajaran yang sangat
penting.

Persoalan Kajian

Kajian ini dijalankan untuk menjawab soalan-soalan berikut:
i. Apakah tahap PPK guru matematik sekolah rendah Pesisir Pantai, Kelantan?

48

Jurnal Pesisir Pantai IPGKKB 2021

PENDIDIKAN BERKUALITI UNTUK SEMUA Vol. 2 (2021) 45 - 59

ii. Apakah hubungan tahap PPK guru matematik mengikut pengkhususan di peringkat
ijazah pertama?

iii. Apakah hubungan tahap PPK guru matematik mengikut pengalaman guru mengajar
mata pelajaran matematik?

iv. Apakah aras PPK guru matematik sekolah rendah dalam tajuk pecahan di sekolah Pesisir
Pantai, Kelantan?

Hipotesis Kajian

Dua hipotesis nol dibina untuk menjawab persoalan kajian iaitu:
H01 : Tiada hubungan tahap PPK guru matematik mengikut pengkhususan di peringkat ijazah

pertama.
H02 : Tiada hubungan tahap PPK guru matematik mengikut pengalaman mengajar mata

pelajaran matematik.

Kepentingan Kajian

Kajian ini adalah penting kerana dapatan kajian diharapkan dapat memberikan gambaran
tentang PPK bagi guru-guru matematik yang kurang berpengalaman dan yang berpengalaman.
Di sini kita akan melihat perbezaan tahap PPK guru kurang berpengalaman dan guru yang
berpengalaman. Dapatan kajian ini akan memperlihatkan persamaan dan perbezaan PPK
mengikut komponen-komponen yang telah dibincangkan di atas, antara guru kurang
berpengalaman dan guru berpengalaman. Maklumat ini boleh dijadikan panduan oleh pihak
pendidik guru sama ada di institut pendidikan guru atau di universiti-universiti, bagi
memantapkan lagi PPK guru-guru pelatih. Hasil kajian ini diharapkan dapat membantu guru-
guru matematik di peringkat sekolah rendah memperbaiki kaedah pengajaran dan
pembelajaran. Kerangka konseptual kajian ini adalah berdasarkan gabungan model
Magnusson et al. (1999) dan Veal (1999). Sedikit ubahsuai telah dibuat daripada model asal
bagi menyesuaikannya dengan objektif kajian ini. Kerangka konseptual kajian ini ditunjukkan
seperti Rajah 2.0.

49

Jurnal Pesisir Pantai IPGKKB 2021

PENDIDIKAN BERKUALITI UNTUK SEMUA Vol. 2 (2021) 45 - 59

PPK (am) dalam matematik
Pengetahuan Pedagogikal
Kandungan

Kepercayaan Terhadap Pengetahuan Pedagogikal
Pelajar dan Mempelajari dan Strategi Instruksional

Matematik

PPK (khusus) dalam topik Pecahan

Pengetahuan Tentang Pengetahuan Tentang Tahap Pengetahuan Tentang Strategi
Keperluan Dalam Kesukaran Pelajar Topik Pecahan
Pembelajaran
-Perkaitan topik pecahan Mewakilkan konsep Pecahan
-Pengetahuan sedia ada dengan pengalaman seharian melalui contoh, model dan
pelajar tentang konsep -Miskonsepsi pelajar tentang analogi.
nombor konsep pecahan Aktiviti pembelajaran topik
-Pelbagai pendekatan dalam Pecahan: penemuan berpandu,
pembelajaran topik Pecahan demonstrasi, perbincangan.

Rajah 2.0 Kerangka Konseptual Kajian

Metodologi Kajian

Kajian ini adalah berbentuk tinjauan rentasan yang mengambil data hanya pada satu ketika
(Fraenkel, Wallen, & Hyun, 2012). Kajian ini dijalankan ke atas guru-guru yang mengajar mata
pelajaran matematik di sekolah rendah di pesisir pantai. Soal-selidik telah digunakan sebagai
alat kajian bagi mengumpulkan maklumat secara langsung daripada responden. Menurut
Creswell (2014), soal selidik memberi beberapa kebaikan kepada pengkaji seperti (a) dengan
menggunakan soalan yang sama, perbandingan antara individu yang lain, atau antara kumpulan
responden dapat dilakukan; (b) soal selidik dapat mempercepatkan kerja mengumpul data dan
memastikan mutu data yang dikumpulkan; dan (c) memudahkan kerja memproses data kajian
yang diperolehi. Responden akan lebih selesa dan boleh mengingat semula perkara-perkara
yang berlaku yang dikehendaki oleh pengkaji semasa menjawab soal selidik. Oleh yang
demikian, kajian tinjauan melalui soal selidik adalah pilihan terbaik bagi mengkaji pengetahuan
pedagogikal guru matematik dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Populasi kajian ini terdiri daripada guru sekolah rendah yang mengajar mata pelajaran
matematik di kawasan pesisir pantai, Kelantan. Ini bererti populasi kajian adalah merangkumi
semua guru sekolah rendah yang mengajar mata pelajaran matematik di kawasan pesisir pantai,
Kelantan. Pengkaji telah memilih sampel yang terdiri daripada guru yang mengajar matematik
di sekolah rendah di beberapa daerah seperti Kota Bharu, Bachok, Pasir Putih dan Tumpat,
Kelantan.

Satu set soal selidik digunakan dalam kajian ini. Soal selidik ini terdiri daripada tiga bahagian
iaitu Bahagian A, Bahagian B dan Bahagian C. Maklumat mengenai latar belakang guru-guru
sekolah rendah terdapat dalam Bahagian A. Tumpuan utama item-item dalam Bahagian B ialah
kepada PPK Am untuk mata pelajaran Matematik, yang memerlukan responden menjawab

50

Jurnal Pesisir Pantai IPGKKB 2021

PENDIDIKAN BERKUALITI UNTUK SEMUA Vol. 2 (2021) 45 - 59

skala Likert lima mata, iaitu 1- Sangat Tidak Setuju, 2- Tidak setuju, 3- Kurang Setuju, 4- Setuju
dan 5-Sangat Setuju. Bahagian C iaitu soalan berbentuk struktur telah dibina untuk mengukur
kebolehan guru-guru sekolah rendah menerangkan konsep-konsep matematik dan seterusnya
menunjukkan PPK mereka.

Data yang dikumpulkan daripada soal selidik akan dianalisis secara deskriptif, iaitu frekuensi
dan peratusan, digunakan untuk menerangkan latar belakang responden dalam Bahagian A dan
PPK Am dalam Bahagian B. Statistik inferensi, iaitu Khi kuasa dua digunakan untuk mencari
hubungan antara dua pembolehubah bersandar, iaitu tahap PPK dengan pembolehubah tidak
bersandar, iaitu pengkhususan dan pengalaman guru mengajar matematik. Statistik ini
digunakan untuk menguji hipotesis yang dikemukakan oleh pengkaji. Dalam Bahagian C,
markah „0‟,‟1‟ dan „2‟ akan diberi mengikut aras-aras PPK khusus guru matematik dalam topik
pecahan yang dikelaskan kepada tiga bahagian seperti yang dibuat dalam kajian Fuller(1996)

dan Lilia, Abd. Razak, Abd. Rashid dan Tamby Subahan (2001). Tiga aras tersebut adalah (a)
aras pertama ialah guru menekankan kepada kemahiran asas dalam amalan pengajarannya
seperti fakta, peraturan, rumus dan langkah-langkah yang tidak berkaitan dengan konsep
sebenar. Dalam aras ini, peranan guru ialah sebagai orang yang menunjukkan langkah-langkah
yang telah ditetapkan kepada pelajar. Pelajar mengamalkannya sehingga menjadi suatu
kebiasaan. (b) aras kedua ialah guru mengembangkan konsep pengetahuan matematik
daripada kecekapan menghafal kepada terbitnya rasa menghargai sesuatu konsep dan prinsip di
sebalik peraturan yang dibuat (Thompson & Hager, 1991). (c) aras ketiga ialah guru
mempercayai bahawa pelajar mesti terlibat dalam perbincangan dan penemuan matematik.

Dapatan Kajian

Bahagian ini membincangkan hasil kajian berdasarkan tiga tujuan kajian, iaitu (a) tahap PPK
guru matematik, (b) melihat hubungan tahap PPK guru matematik mengikut bidang matematik
dan bidang bukan matematik di peringkat ijazah (c) melihat hubungan tahap PPK guru
matematik mengikut pengalaman mengajar matematik dan (d) ciri-ciri PPK guru matematik
dalam topik pecahan. Responden kajian ini terdiri daripada 92 orang guru yang mengajar
matematik di sekolah rendah pesisir pantai. Jadual 4.0 menunjukkan profil responden dalam
bentuk kekerapan dan peratusan.

Jadual 4.0 Profil Responden Kajian

Profil Kategori Kekerapan Peratus

Jantina Lelaki 49 53.3
Perempuan 43 46.7

Bangsa Melayu 92 100.0
Cina 0 0.0
Lain-lain 0 0.0

Bidang pengkhususan di Matematik 45 48.9
peringkat ijazah Bukan Matematik 47 51.1
Kelulusan Ikhtisas
Sijil Perguruan 43 46.7

Ijazah Pendidikan 25 27.2
Diploma Pendidikan/KPLI 24 26.1

51

Jurnal Pesisir Pantai IPGKKB 2021

PENDIDIKAN BERKUALITI UNTUK SEMUA Vol. 2 (2021) 45 - 59

Tempoh pengalaman mengajar  10 tahun 13 14.1
mata pelajaran matematik 79 85.9
 10 tahun 19 20.7
15 16.3
KDP Matematik Tidak pernah 58 63.0
Sekali atau dua kali
Tiga kali dan Lebih

Seramai 49 orang (53.3%) adalah guru lelaki dan 43 orang (46.7%) adalah guru perempuan.
Kesemua guru yang terlibat dalam kajian ini ialah guru berbangsa Melayu iaitu 92 orang
(100.0%). Seramai 45 orang (48.9%) guru mempunyai pengkhususan dalam bidang matematik,
manakala 47 orang (51.1%) guru mempunyai pengkhususan bukan dalam bidang matematik di
peringkat ijazah sarjana muda.

Dalam kategori kelulusan ikhtisas, seramai 43 orang (46.7%) guru mempunyai sijil perguruan,
25 orang (27.2%) guru mempunyai ijazah pendidikan dan 24 orang (26.1%) guru mempunyai
diploma pendidikan/KPLI. Manakala seramai 19 orang (20.7%) guru tidak pernah menghadiri
kursus pengajaran dan pembelajaran matematik semasa dalam perkhidmatan, 15 orang (16.3%)
guru menghadiri sekali atau dua kali dan 58 orang (63.0%) guru menghadiri tiga kali dan lebih.
Tempoh pengalaman mengajar matematik dibahagikan kepada dua kategori iaitu “10 tahun dan
kurang” dan “lebih 10 tahun”. “Guru kurang berpengalaman” merujuk kepada pengalaman 10
tahun dan kurang, iaitu seramai 13 orang (14.1%) manakala “guru berpengalaman” merujuk
kepada pengalaman lebih 10 tahun, iaitu seramai 79 orang (85.9%).

(a) Tahap Kefahaman PPK Guru Matematik

Tahap PPK guru matematik dikategorikan kepada tiga tahap iaitu rendah, sederhana dan tinggi.
Jadual 4.1 menunjukkan kekerapan dan peratusan tahap bagi guru yang mengajar matematik.
Hasil kajian menunjukkan seramai 44 orang (44.0%) guru mempunyai kefahaman PPK pada
tahap sederhana manakala 56 orang (56.0%) guru mempunyai kefahaman pada tahap tinggi.
Seorang guru (1.1%) mempunyai kefahaman PPK pada tahap rendah.

Jadual 4.1 Tahap PPK Guru Matematik Kekerapan Peratus
Tahap 1 1.1
44 47.8
Rendah 47 51.1
Sederhana 92
Tinggi 100.0
Jumlah

(b) Hubungan Antara Tahap PPK Dengan Pengkhususan Guru

Ujian khi-kuasa dua digunakan bagi menguji sama ada wujud hubungan yang signifikan antara
tahap PPK dengan pengkhususan yang diambil di peringkat ijazah pertama. Jadual 3.0
menunjukkan jadual kontingensi (3 x 2) yang dibentuk untuk menunjukkan frekuensi yang
diperoleh dan peratusan bagi pemboleh ubah tak bersandar, iaitu pengkhususan dalam setiap
sel.

52

Jurnal Pesisir Pantai IPGKKB 2021

PENDIDIKAN BERKUALITI UNTUK SEMUA Vol. 2 (2021) 45 - 59

Daripada Jadual 4.2, didapati seramai 16 guru pengkhususan Matematik dan seramai 28 guru
pengkhususan bukan Matematik mempunyai tahap PPK yang sederhana. Manakala seramai 29
guru pengkhususan Matematik dan seramai 18 guru pengkhususan bukan Matematik
mempunyai tahap PPK yang tinggi. Hanya seorang sahaja guru pengkhususan bukan Matematik
mempunyai tahap PPK yang rendah. Bagi guru yang berpengkhususan Matematik, sebanyak
35.6% mempunyai tahap PPK yang sederhana dan 64.4% mempunyai tahap PPK yang tinggi.
Manakala bagi guru yang berpengkhususan bukan Matematik, 2.1% mempunyai tahap PPK
yang rendah, 59.6% mempunyai tahap PPK yang sederhana dan 38.3% mempunyai tahap PPK
yang tinggi. Keputusan yang diperoleh menunjukkan bahawa 47.8% guru mempunyai tahap
PPK yang sederhana dan 51.1% guru mempunyai tahap PPK yang tinggi. Hanya 1.1% guru
mempunyai tahap PPK yang rendah.

Ujian khi-kuasa dua dengan Pearson Chi-Square menunjukkan terdapat hubungan yang
signifikan antara tahap PPK dengan pengkhususan guru di peringkat ijazah pertama, χ2 (2, n =
92) = 6.807, p = .033, cramer’s V = .272. Ini bermakna bahawa tahap PPK bagi pengkhususan
bidang Matematik adalah berbeza secara signifikan dengan tahap PPK bagi pengkhususan
bukan bidang Matematik. Oleh itu, wujud perkaitan antara tahap PPK dan pengkhususan guru
di peringkat ijazah pertama sama ada Matematik dan bukan Matematik. Dapatan ini boleh
diringkaskan dalam bentuk graf bar seperti berikut:

Jadual 4.2 Jadual Kontingensi Bagi Tahap PPK Dengan Pengkhususan

Tahap PPK Pengkhususan Jumlah
Matematik Bukan Matematik
1
Rendah Frekuensi 01 (1.1)
Peratus 0.0 2.1 44
(47.8)
Sederhana Frekuensi 16 28 47
Peratus 35.6 59.6 (51.1)
100
Tinggi Frekuensi 29 18 100.0
Peratus 64.4 38.3 Keb. (2 hala)
.033
Jumlah 45 47
Peratus 100.0 100.0

Ujian χ2 n DK Nilai
Pearson Chi- 92 2 6.807
Square

DK = Darjah Kebebasan

(c)Hubungan Antara Tahap PPK Dengan Pengalaman Guru

Ujian khi-kuasa dua digunakan bagi menguji sama ada wujud hubungan tahap PPK mengikut
tempoh pengalaman mengajar guru. Jadual 4.0 menunjukkan jadual kontingensi (3 x 2) yang
dibentuk untuk menunjukkan frekuensi yang diperoleh dan peratusan bagi pemboleh ubah tak
bersandar, iaitu pengalaman dalam setiap sel.

Jadual 4.3 menunjukkan hanya seorang guru yang kurang berpengalaman mempunyai tahap
PPK yang rendah. Seramai 8 guru yang kurang berpengalaman dan seramai 36 guru yang
berpengalaman mempunyai tahap PPK yang sederhana. Manakala seramai 4 guru yang kurang
berpengalaman dan seramai 43 guru yang berpengalaman mempunyai tahap PPK yang tinggi.
Bagi tempoh pengalaman mengajar 10 tahun dan kurang (kurang berpengalaman), 7.7% guru

53

Jurnal Pesisir Pantai IPGKKB 2021

PENDIDIKAN BERKUALITI UNTUK SEMUA Vol. 2 (2021) 45 - 59

mempunyai tahap PPK yang rendah, 61.5% guru mempunyai tahap PPK yang sederhana dan
30.8% guru mempunyai tahap PPK yang tinggi. Manakala bagi tempoh pengalaman mengajar
melebihi 10 tahun (berpengalaman), 45.6% guru mempunyai tahap PPK yang sederhana dan
54.4% mempunyai tahap PPK yang tinggi. Keputusan yang diperoleh menunjukkan bahawa
1.1% guru mempunyai tahap PPK yang rendah, 44.0% guru mempunyai tahap PPK yang
sederhana dan 56.0% guru mempunyai tahap PPK yang tinggi.

Ujian khi-kuasa dua dengan Pearson Chi-Square menunjukkan terdapat hubungan yang
signifikan antara tahap PPK dengan tempoh pengalaman mengajar guru, χ2 (2, n = 92) = 7.895,
p = .019, cramer’s V = .293. Ini bermakna bahawa tahap PPK bagi guru yang kurang
berpengalaman adalah berbeza secara signifikan dengan tahap PPK bagi guru yang
berpengalaman. Oleh itu, wujud perkaitan antara tahap PPK dan tempoh pengalaman mengajar
guru.

Jadual 4.3 Jadual Kontingensi Bagi Tahap PPK Dengan Pengalaman

Pengalaman Mengajar Jumlah

Tahap PPK Kurang Berpengalaman
Berpengalaman
Rendah Frekuensi 0 1
Sederhana Peratus 1 0.0 (1.1)
Tinggi 7.7
Frekuensi 8 36 44
Ujian χ2 Peratus 61.5 45.6 (47.8)
Pearson Chi-Square 4
DK = Darjah Kebebasan Frekuensi 30.8 43 47
Peratus 13 54.4 (51.1)
100.0
Jumlah 79 92
Peratus DK 100.0 100.0
2
n Nilai Keb. (2 hala)
92 7.895 0.019

(d) Pengetahuan Pedagogikal Kandungan Antara Guru Kurang Berpengalaman
Dan Guru Berpengalaman Dalam Topik Pecahan mengikut pendekatan
pengajaran.

Pengetahuan pedagogikal kandungan guru dianalisis menurut pendekatan pengajaran
matematik seperti yang dicadangkan oleh Kuhs dan Ball (1986). Terdapat tiga pendekatan yang
dikemukakan, iaitu pendekatan berfokuskan pelajar (learner focused approach), pendekatan
berfokuskan isi kandungan dan kefahaman (content-focused with emphasis on understanding
approach) serta pendekatan berfokuskan isi kandungan dan pelaksanaan (content-focused with
emphasis on performance approach). Sebanyak tiga soalan telah diberikan kepada guru untuk
menentukan pendekatan pengajaran topik pecahan mengikut pengalaman mengajar. Hasil
analisis daripada jawapan yang diberikan oleh guru berpengalaman mendapati, sebanyak 23.9%
orang guru menggunakan pendekatan isi kandungan dan pelaksanaan, 5.6% orang guru
menggunakan pendekatan isi kandungan dan kefahaman serta 70.4% orang guru menggunakan
pendekatan berfokuskan pelajar. Bagi guru kurang berpengalaman, sebanyak 57.9% orang guru
menggunakan pendekatan isi kandungan dan pelaksanaan, 10.5% orang guru menggunakan
pendekatan isi kandungan dan kefahaman serta 31.6% orang guru menggunakan pendekatan
berfokuskan pelajar.

54

Jurnal Pesisir Pantai IPGKKB 2021

PENDIDIKAN BERKUALITI UNTUK SEMUA Vol. 2 (2021) 45 - 59

Jadual 4.4 PPK Antara Guru Kurang Berpengalaman Dan Guru Berpengalaman Dalam Topik
Pecahan mengikut pendekatan pengajaran.

Pendekatan pengajaran

Guru berpengalaman Isi kandungan dan Isi kandungan Berfokuskan
Guru kurang berpengalaman pelaksanaan dan kefahaman pelajar

17 4 50
23.9% 5.6% 70.4%

11 2 6
57.9% 10.5% 31.6%

Perbincangan

Perbincangan dapatan kajian ini meliputi tahap PPK guru matematik dan hubungan tahap PPK
dengan pengkhususan dan pengalaman mengajar mata pelajaran matematik serta pendekatan
pengajaran yang digunakan oleh guru berpengalaman dan guru kurang berpengalaman.

Dapatan kajian menunjukkan 51.1% responden yang terlibat mempunyai tahap PPK yang tinggi.
Sebanyak 64.4% guru matematik yang mempunyai tahap PPK yang tinggi adalah dalam
kalangan guru yang mempunyai pengkhususan matematik. Manakala 54.4% guru matematik
yang mempunyai tahap PPK yang tinggi adalah dalam kalangan guru yang mempunyai
pengalaman lebih daripada sepuluh tahun mengajar mata pelajaran matematik. Ini
menunjukkan tahap PPK guru matematik sekolah rendah pesisir pantai dipengaruhi oleh
pengkhususan dan tempoh pengalaman mengajar. Dapatan ini selari dengan kajian yang dibuat
oleh Shukri, Mohd Zamri dan Halim (2019), di mana guru sekolah pesisir pantai menunjukkan
respon yang tinggi dalam pengetahuan pedagogi. Pengalaman mengajar sesuatu mata pelajaran
dalam tempoh masa yang lama di sekolah menyumbang kepada tahap PPK yang tinggi dalam
kalangan guru sekolah pesisir.

Hasil dapatan menunjukkan bahawa pengkhususan mempengaruhi tahap PPK guru matematik
sekolah rendah pesisir pantai. Dapatan ini disokong oleh Hashweh (1987), Sanders, Borko dan
Lockard (1993), yang mengkaji guru dalam suasana pengajaran di dalam dan di luar lingkungan
kepakarannya. Hashwen melaporkan bahawa apabila guru mengajar perkara dalam lingkungan
pengetahuan isi kandungannya, guru tersebut dapat mempermudahkan aktiviti, termasuklah
bahan-bahan rujukan dan menyingkirkan perkara-perkara yang menyeleweng daripada
kefahaman konsep yang disasarkan. Menurut Noorashikim (2003), perkara ini perlu diberi
perhatian, memandangkan kebanyakan guru yang bukan pengkhususan matematik, mengajar
mata pelajaran matematik di peringkat rendah, sedangkan pengetahuan matematik di sekolah
rendah adalah asas kepada matematik yang lebih kompleks di peringkat sekolah menengah.
Beliau mencadangkan agar pendedahan secara eksplisit berkenaan perancangan pengajaran dan
penilaian sesuatu topik khusus perlu diberikan kepada bakal guru atau guru bukan opsyen yang
mengajar matematik. Aini Hayati, Noor Shah, Mohd Uzi, dan Zulkifley (2011) menyatakan
bahawa guru matematik mesti menguasai isi kandungan matematik dengan mendalam. Guru
yang mempunyai komitmen yang tinggi dalam pengajaran akan meningkatkan kefahaman
pelajar terhadap matematik (Noor Shah, 2006).

Kajian ini juga mendapati pengalaman mengajar matematik mempengaruhi tahap PPK
seseorang guru matematik. Perbandingan di antara persembahan pengajaran guru yang
berpengalaman dan guru yang kurang berpengalaman, menunjukkan peranan pengalaman

55

Jurnal Pesisir Pantai IPGKKB 2021

PENDIDIKAN BERKUALITI UNTUK SEMUA Vol. 2 (2021) 45 - 59

mengajar mempengaruhi perkembangan isi kandungan dan seterusnya pengetahuan
pedagogikal kandungan. Menurut Berliner (1992), masa dan pengalaman adalah penting dalam
perkembangan kepakaran. Bukan semua guru berpengalaman adalah pakar, namun tidak
terdapat pakar pengajaran yang mencapai status pakar tanpa pengalaman meluas dalam bilik
darjah. Pengalaman pengajaran telah memberi guru berpengalaman, pengetahuan pedagogikal
yang mempengaruhi tahap pemikiran di bilik darjah mereka. Walaupun tempoh pengalaman
menunjukkan hubungan yang signifikan terhadap tahap PPK, namun faktor komitmen guru
dalam meningkatkan penguasaan pelajar memainkan peranan yang sangat penting (Mohamad
Safwandi, 2017).

Secara keseluruhannya, respon guru kurang berpengalaman lebih tertumpu kepada
pengetahuan prosedural sahaja (Borko et al. 1992; Fuller et al. 1996). Dapatan kajian ini
menunjukkan guru kurang berpengalaman memiliki pengetahuan prosedural pada peringkat
awalnya. Mereka menganggap guru matematik yang baik ialah guru matematik yang boleh
menunjukkan langkah-langkah pengiraan yang teratur kepada pelajar. Ia dapat dilihat daripada
respon yang diberikan oleh guru kurang berpengalaman dalam soalan 1 dan 2, bahagian (c)
yang menggunakan pendekatan isi kandungan dan pelaksanaan semata-mata. Tidak seperti
guru kurang berpengalaman, guru berpengalaman memberi respon secara konseptual dan
prosedural bagi soalan 1 dan 2, bahagian (c). Guru berpengalaman menunjukkan penggunaan
manipulatif bagi membantu mereka dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ini
memperlihatkan guru berpengalaman memiliki lebih kefahaman konseptual berbanding guru
kurang berpengalaman dalam topik pecahan.

Secara keseluruhan, dapatan kajian ini menunjukkan bahawa guru matematik sekolah rendah
pesisir pantai mempunyai tahap PPK yang tinggi. Tambahan pula, guru yang mempunyai tahap
PPK yang tinggi terdiri daripada mereka yang berpengalaman dan berpengkhususan matematik.
Namun begitu, pencapaian akademik pelajar sekolah pesisir pantai masih berada di tahap
rendah iaitu di bawah Paras Tahap Minima (PTM) (Azizi, Zubir, Mohamad Ali & Zahran, 2019).
Antara faktor lain yang perlu diambil kira ialah penglibatan ibu bapa dalam pencapaian
akademik pelajar.

Kesimpulan

Sebagai kesimpulan, PPK seseorang guru merupakan elemen penting dalam menyampaikan
pengajaran dan pembelajaran sesuatu mata pelajaran, apatah lagi pada guru yang bukan
pengkhususan dalam mata pelajaran tersebut. Dalam konteks mata pelajaran matematik,
peranan guru, pelajar dan ibubapa sangat mustahak bagi meningkatkan pencapaian akademik.
Faktor pengalaman tidak boleh dijadikan alasan untuk tidak mengembangkan PPK seiring
dengan perkembangan pendidikan abad ke-21.

Rujukan

Aini Hayati, P., Noor Shah, S., Mohd Uzi, D. & Zulkifley, M. (2011). Pengetahuan dalam
kalangan guru matematik sekolah rendah berdasarkan standard pengajaran matematik.
Jurnal Pendidikan Sains & Matematik Malaysia 2(3), 43-62.

Azizi J., Zubir I., Mohamad Ali C.A.T. & Zahran M. (2019). Kerjasama komuniti sekolah pesisir
pantai terhadap kepentingan pendidikan suatu kajian kes. Jurnal Pesisir, Jilid 1, 35-45.

56

Jurnal Pesisir Pantai IPGKKB 2021

PENDIDIKAN BERKUALITI UNTUK SEMUA Vol. 2 (2021) 45 - 59

Ball, D. L., & Bass, H. (2000). Interweaving content and pedagogy in teaching and learning to
teach: Knowing and using mathematics. Multiple perspectives on the teaching and
learning of mathematics, 4, 83-104.

Berliner, D. C. (1992). The nature of expertise in teaching. Effective and responsible teaching:
The new synthesis, 227-248.

Bloom, B. S. (1956). Taxonomy of educational objectives: Affective domain (Vol. 2). Longmans,
Green.

Borko, H., & Livingston, C. (1989). Cognition and improvisation: Differences in mathematics
instruction by expert and novice teachers. American educational research journal, 26(4),
473-498.

Borko, H., Eisenhart, M., Brown, C. A., Underhill, R. G., Jones, D., & Agard, P. C. (1992).
Learning to teach hard mathematics: Do novice teachers and their instructors give up too
easily? Journal for research in mathematics education, 194-222.

Creswell, J. W. (2014). A concise introduction to mixed methods research. Thousand Oaks,
United States: Sage Publications.

Deng, Z. (2007). Transforming the subject matter: Examining the intellectual roots of
pedagogical content knowledge. Curriculum Inquiry, 37(3), 279-295.

Feiman-Nemser, S., & Remillard, J. (1996). In FB Murray. The Teacher Educator’s Handbook,
63-91.

Fraenkel, J. R., Wallen, N. E., & Hyun, H. H. (2012). Internal validity. How to Design and
Evaluate Research in Education. New York: McGraw-Hill.

Fuller, R. A. (1996). Elementary Teachers' Pedagogical Content Knowledge of Mathematics.
Grossman, P. L. (1990). The making of a teacher: Teacher knowledge and teacher education.

Teachers College Press, Teachers College, Columbia University.
Grossman, P., Schoenfeld, A., & Lee, C. (2005). Teaching subject matter. Preparing teachers for

a changing world: What teachers should learn and be able to do, 201-231.
Halim, L., & Meerah, S. M. M. (2002). Science trainee teachers' pedagogical content knowledge

and its influence on physics teaching. Research in Science & Technological
Education, 20(2), 215-225.
Hashweh, M. Z. (1987). Effects of subject-matter knowledge in the teaching of biology and
physics. Teaching and teacher education, 3(2), 109-120.
Ibrahim M. N. (2001). Reformasi Pendidikan matematik: Isu dan cabaran. Kertas persidangan
kebangsaan Pendidikan. Universiti Malaya. 14-15 Ogos.
Ishak S., Abdullah M.Y. & Ishak F. (2019). Pengaruh penguasaan pengetahuan, pedagogi dan isi
kandungan guru terhadap kemerosotan skor matematik TIMSS di Melaka. Jurnal
Kesidang, 4(1), 23-37.
Krauss, S., Brunner, M., Kunter, M., Baumert, J., Blum, W., Neubrand, M., & Jordan, A. (2008).
Pedagogical content knowledge and content knowledge of secondary mathematics
teachers. Journal of Educational Psychology, 100(3), 716.
Kuhs, T., & Ball, D. L. (1986). Approaches to teaching mathematics: Mapping the domains of
knowledge, skills, and dispositions. National Center for Research on Teacher Education,
Michigan State University.
Lilia Halim, Abd. Razak Habib, Abd. Rashid Johar & Tamby Subahan Meerah. (2001). Tahap
pengetahuan pedagogi kandungan guru pelatih Fizik dan bukan Fizik melalui pengajaran
eksplisit dan implisit. Jurnal Pendidikan, 26, 65-80.
Loughran, J., Mulhall, P., & Berry, A. (2004). In search of pedagogical content knowledge in
science: Developing ways of articulating and documenting professional practice. Journal
of research in science teaching, 41(4), 370-391.

57

Jurnal Pesisir Pantai IPGKKB 2021

PENDIDIKAN BERKUALITI UNTUK SEMUA Vol. 2 (2021) 45 - 59

Ma‟rufi, Ilyas, M. & Salwah. (2018). Junior high school mathematics teachers‟ pedagogical
content knowledge in teaching of polyhedra. Journal of Physics Conference Series, 1-6.

Magnusson, S., Krajcik, J., & Borko, H. (1999). Nature, Sources, and Development of
Pedagogical Content Knowledge for Science Teaching. In J. Gess-Newsome & N.G.
Lederman (Eds.), PCK and Science Education, 95-132.

Manap, A., & Salwa, S. (2014). Pengajaran guru opsyen dan bukan opsyen kemahiran hidup
bersepadu sekolah rendah di Batu Pahat (Doctoral dissertation, Universiti Tun Hussein
Onn Malaysia).

Mohamad Safwandi Suaidi (2017). Prosiding Seminar Serantau ke-VIII, 2017. Pengetahuan
pedagogi isi kandungan dalam kalangan guru novis dan guru berpengalaman di sekolah
rendah daerah Ulu Langat. UKM dan Universitas Riau.

Nik Azis, N. P. (2008). Isu-isu kritikal dalam pendidikan matematik. Kuala Lumpur: Penerbit
Universiti Malaya.

Noor Shah Saad (2006). Pengetahuan Pedagogi Kandungan dan Amalannya di kalangan guru
Matematik sekolah menengah. Unpublished PhD thesis). Universiti Pendidikan Sultan
Idris, Tanjung Malim.

Noorashikim Noor Ibrahim. (2003). Pengetahuan Pedagogikal Kandungan (PPK) Guru
Matematik dalam Tajuk Algebra di Daearah Kota Bharu, Kelantan. Tesis Sarjana, UKM.

Noordin, S., & Sapiee, F. (2010). Tahap pencapaian pengetahuan pedagogi dan kandungan
dalam kalangan bakal guru Fizik. Repositori Universiti Teknologi Malaysia, 25-45.

Nurul Hudaa Hassan, Nik Mohd Rahimi Nik Yusof & Kamarulzaman Abdul Ghani. (2010).
Pengetahuan pedagogi isi kandungan bagi tajuk Isim Ai-Adad Wa AlMa‟dud dalam
kalangan guru bahasa Arab sekolah menengah. Prosiding Seminar Penyelidikan Siswazah,
2 (hlm. 31-42). Bangi: Penerbitan Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Reynolds, A. (1995). The knowledge base for beginning teachers: Education professionals'
expectations versus research findings on learning to teach. The Elementary School
Journal, 95(3), 199-221.

Sanders, L. R., Borko, H., & Lockard, J. D. (1993). Secondary science teachers' knowledge base
when teaching science courses in and out of their area of certification. Journal of Research
in Science Teaching, 30(7), 723-736.

Shimon, J. M. & Brawdy, P. (2001). A good teacher can teach anything? Annual Meeting of the
Western College Physical Education Society, Reno, NV, 10-12 Oktober 2001.

Shukri I., Mohd Zamri A. & Halim W.I. (2019). Tahap kesediaan pengetahuan teknologikal
pedagogi isi kandungan (TPACK) guru-guru sekolah pesisir. Jurnal Pesisir, Jilid 1, 164-
175.

Shulman, L.S. (1986). Those who understand teach: Knowledge growth in teaching. Educational
Researcher, 15(2), 4-14.

Shulman, L.S. (1987). Knowledge and teaching: Foundations of the new reforms. Harvard
Educational Review, 57(1), 1‒22.

Smith, D. C., & Neale, D. C. (1989). The construction of subject matter knowledge in primary
science teaching. Teaching and Teacher Education, 5 (1), 1-20.

Sulaiman, E. (2004). Pengenalan pedagogi. Penerbit UTM.
Tengku Zawawi T. Z. (2009). Isu pengajaran matematik: Kepercayaan dan pengetahuan

pedagogikal kandungan guru. Jurnal Pendidikan Malaysia, 34(1), 131-153.
Thompson, D. L., & Hager, J. M. (1991). Assessing teachers' knowledge of multi-ethnic

literature. In The 11th yearbook of the American Reading Forum (pp. 21-30).
Veal, W. R., & MaKinster, J. G. (1999). Pedagogical content knowledge taxonomies. The

Electronic Journal for Research in Science & Mathematics Education.

58

Jurnal Pesisir Pantai IPGKKB 2021

PENDIDIKAN BERKUALITI UNTUK SEMUA Vol. 2 (2021) 45 - 59

Veal, W. R., & MaKinster, J. G. (1999). Pedagogical content knowledge taxonomies. The
Electronic Journal for Research in Science & Mathematics Education, 1-20.

Wan Ali, Z. (2000). Memahami pembelajaran. Utusan Publication & Distribution.
Zamri M., & Magdeline N. (2012). Penguasaan pengetahuan pedagogi kandungan guru Bahasa

Iban. GEMA Online® Journal of Language Studies, 12(2).

59

Jurnal Pesisir Pantai IPGKKB 2021

PENDIDIKAN BERKUALITI UNTUK SEMUA Vol. 2 (2021) 60 - 71

Analisis Niat Keusahawanan Dalam Kalangan Pelajar
Pesisir Pantai: Satu Tinjauan

A. Mohd-Zamri, K. Osman, C.M. Idawati & S. Muhaimi
Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu

Article Info Abstrak

Received: Kawasan pesisir pantai Kelantan terletak di Wilayah Ekonomi Pantai
15 Jan 2021 Timur (ECER) yang melibatkan tiga buah negeri di Pantai Timur
Accepted: Semenanjung Malaysia iaitu Pahang, Terengganu dan Kelantan
01 Feb 2021 serta daerah Mersing di Johor. Pembangunan di kawasan ini
Publish: memerlukan ramai usahawan tempatan bagi menjadi penggerak
01 Mac 2021 program ECER. Di peringkat sekolah, salah satu program yang
E-mail adress: membantu usaha ini ialah program keusahawanan. Program ini
*corresponding yang berstruktur dan holistik memberi peluang kepada pelajar untuk
Author : * menerima latihan sebagai seorang usahawan di samping berupaya
meningkatkan tahap employabiliti mereka. Lantaran itu, penekanan
ISSN 2735-0231 terhadap pelajar sekolah menengah mengenai program ini
merupakan langkah awal bagi memberi bimbingan dan ilmu yang
berkaitan keusahawanan kepada pelajar. Kajian ini bertujuan untuk
meninjau tentang hubungan di antara niat keusahawanan dengan
faktor sikap peribadi , norma subjektif dan kawalan tingkah laku.
Responden merupakan 82 orang pelajar yang mengambil mata
pelajaran keusahawanan di SMK Sungai Petai dan dipilih secara
rawak. Data-data yang diperolehi akan dianalisis menggunakan
perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 24.0 yang
merangkumi data deskriptif dan analisis korelasi pearson yang
digunakan bagi mengetahui faktor mana yang lebih mendorong
dengan pembolehubah bersandar. Dapatan kajian menunjukkan
semua faktor iaitu sikap peribadi, norma subjektif dan kawalan
tingkah laku mempengaruhi niat keusahawanan dalam kalangan
responden.

Kata Kunci: usahawan, holistik, tingkah laku, pelajar
____________________________________________

Pengenalan

Di bawah Rancangan Malaysia Ke-11, pembangunan modal insan melalui aktiviti keusahawanan
telah dikenalpasti sebagai pembolehubah penting dalam menyokong peralihan sektor-sektor
ekonomi kepada aktiviti berintensif pengetahuan dan inovasi (Kementerian Pengajian Tinggi
(KPT), 2016). Gagasan idea budaya keusahawanan telah dipromosikan oleh kerajaan terhadap
rakyat negara ini bermula di peringkat sekolah menengah bagi membentuk sikap pelajar sebagai
pencetus pekerjaan yang berpotensi dan bukan pencari kerja (Zaidatol et al., 2002).
Sehubungan dengan itu, Program Usahawan Muda (PUM) telah diperkenalkan oleh kerajaan
yang kini dikenali sebagai Program Tunas Niaga sebagai satu platform bagi menanam minat
pelajar serta mengasah bakat pelajar di bidang keusahawanan (Wan Mohd Zaifurin et al., 2016)
Program ini telah mengambil contoh pelaksanaan Junior Achievement Programme yang
diperkenalkan kepada pelajar sekolah di Amerika Syarikat (Muzlifah, 2004).

61

Jurnal Pesisir Pantai IPGKKB 2021

PENDIDIKAN BERKUALITI UNTUK SEMUA Vol. 2 (2021) 60 - 71

Program keusahawanan di peringkat sekolah yang berstruktur dan holistik memberi peluang
kepada pelajar untuk menerima latihan sebagai seorang ushawan di samping berupaya
meningkatkan tahap kebolehpasaran kerja (employability) mereka. Manakala, idea
keusahawanan dan pelan perniagaan yang dihasilkan melalui kerjasama antara pelajar, guru,
industri dan kumpulan sasar di bawah program keusahawanan sosial pula mampu untuk
mendayakan ekonomi masyarakat dan komuniti setempat (Paço et al., 2011).

Bidang keberhasilan utama Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dalam memperkenalkan
program keusahawanan dalam kalangan pelajar sekolah menengah menerusi Program Tunas
Niaga adalah agar pelajar mampu bergiat dalam semua lapangan dan kegiatan ekonomi moden
bagi membolehkan mereka bersama-sama berganding bahu bersama bukan Bumiputera
membangunkan negara (Norashidah et al., 2009). Pelajar yang mempunyai pengetahuan
berkaitan latihan, bimbingan, pemasaran produk dan pembiayaan modal boleh membantu diri
mereka memulakan perniagaan selepas menamatkan persekolahan (Florin, Karri dan Rossiter,
2007). Pengetahuan tersebut dapat memberi kesan kepada kejayaan mereka dalam bidang
keusahawanan (Norasmah dan Muharam 2009). Lantaran itu, penekanan terhadap pelajar
sekolah menengah mengenai Program Tunas Niaga merupakan langkah awal bagi memberi
bimbingan dan ilmu yang berkaitan keusahawanan kepada pelajar.

Bidang keusahawanan merupakan lapangan kerjaya yang boleh diceburi oleh rakyat negara ini.
pemilihan kerjaya adalah suatu proses yang berterusan bermula dengan persepsi kanak-kanak
terhadap dunia pekerjaan dan kemudian berkembang hingga ke peringkat remaja dan awal
dewasa (PMO, 2020). Oleh itu aspirasi yang menjadi daya penggerak yang pertama ke arah
sesuatu bidang kerjaya yang diinginkan perlu diperkenalkan (Norasmah dan Muharam 2009).
Bagi memperkasakan agenda keusahawanan, KPM dan KPT bagi Pelan Tindakan
Keusahawanan Institusi Pendidikan Tinggi 2021 – 2025 (PTK SEKOLAH 2021 – 2025) dan
MOHE GuideTo Entrepreneurship Integrated Education (EIE) yang akan menjadi pembimbing
utama (guiding principle) bagi pembentukan ekosistem keusahawanan di sekolah (PMO, 2020).
Objektif utama program ini dilaksanakan untuk memberi peluang kepada pelajar menjelmakan
kemahiran insanaiah keusahawanan mereka agar pelajar tidak lagi bergantung kepada kerajaan
untuk peluang pekerjaan. Pelajar yang mempunyai kecenderungan berniaga boleh meminta
sokongan dan bantuan daripada agensi sedia ada seperti INSKEN, Majlis Amanah Rakyat,
Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga Nasional dan agensi-agensi yang berkaitan
keusahawanan. Pelajar boleh mendapatkan bantuan kewangan, bimbingan kepakaran, latihan
dan kemudahan premis dari agensi terbabit selepas mereka menamatkan persekolahan (Dasuki,
2009). Laporan yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (2009) menunjukkan
bahawa rakyat Malaysia bekerja sebagai usahawan adalah rendah. Peratusannya agak kecil
(tidak melebihi 26 peratus) dari keseluruhan penduduk bekerja dalam tempoh 25 tahun.
Walaupun terdapat peningkatan yang konsisten terhadap bilangan lulusan IPT yang menceburi
bidang keusahawanan sebaik sahaja selepas menamatkan pengajian, peratusannya masih
sangat kecil iaitu sekitar 2% sahaja daripada jumlah mereka yang bergraduat setiap tahun. Data
ini selari dengan laporan GEM 2014 yang mendapati hanya 50.37% rakyat Malaysia melihat
keusahawanan sebagai satu pilihan kerjaya yang baik. Fenomena ini mungkin akan
membataskan kecenderungan golongan muda untuk menceburi bidang keusahawanan sebagai
kerjaya, terutama apabila ianya mendapat tentangan daripada ibu bapa dan keluarga.

Lokasi Kawasan pesisir pantai Kelantan terletak di Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) yang
melibatkan tiga buah negeri di Pantai Timur Semenanjung Malaysia iaitu Pahang, Terengganu
dan Kelantan serta daerah Mersing di Johor. Luas kawasan yang terlibat ialah 66,736 kilometer

62

Jurnal Pesisir Pantai IPGKKB 2021

PENDIDIKAN BERKUALITI UNTUK SEMUA Vol. 2 (2021) 60 - 71

persegi atau 51 peratus daripada keluasan Semenanjung Malaysia. ECER melibatkan 3.9 juta
penduduk. Pembangunan ECER ini adalah selama 12 tahun dari tahun 2007 hingga 2020
dengan diterajui oleh Petronas. Ini bertujuan untuk merubah wilayah ini menjadi tumpuan
utama pelancong dalam negeri dan antarabangsa, keluaran perkilangan yang berasaskan
sumber, pusat perdagangan yang aktif dan sebagai hab logistik dan infrastruktur yang utama
(Remali et al., 2009). Perancangan utama dibawah ECER juga adalah bertujuan untuk
mengurangkan kadar kemiskinan, meningkatkan pendapatan dan pengagihan secara lebih tepat
dan berterusan. Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) yang kaya dengan sumber semulajadi,
warisan dan budaya merupakan asas untuk memajukan ekonomi kepada suatu keadaan
ekonomi yang dapat bersaing dan maju sama ada diperingkat serantau dan global dan juga
berasaskan kepada liberalisasi ekonomi. Bagi Daerah Tumpat, Daerah Bachok dan dan Daerah
Pasir Puteh pelaksanaan pembangunan bersepadu kawasan ini adalah lebih berasaskan kepada
pendidikan, pertanian dan pelancongan pesisir pantai, pulau dan pembangunan berasaskan

Pendidikan (Remali et al., 2009). Ini dilaksanakan dengan adanya Kampus Kesihatan Universiti
Sains Malaysia, Universiti Teknologi Malaysia, Universiti Malaysia Kelantan, Universiti Darul
Iman Malaysia dan Universiti Malaysia Terengganu. Justeru itu, pembangunan di kawasan ini
memerlukan ramai usahawan tempatan bagi menjadi penggerak utama program ECER (ECER,
2008) .

Masalah Kajian

Pendidikan keusahawanan merupakan proses pembelajaran bagi mendidik pelajar agar
mempunyai niat untuk menjadi seorang usahawan. Disamping pendidikan, niat untuk menjadi
usahawan turut dipengaruhi oleh sejauh mana pelajar bermotivasi untuk menjadi usahawan
serta pandangan mereka terhadap kerjaya usahawan, pengaruh masyarakat sekeliling dan
keyakinan mereka terhadap kerjaya sebagai usahawan (Paco, 2011). Sehubungan dengan itu,
penerapan elemen keusahawanan perlu diberikan perhatian yang serius dalam perancangan,
pengurusan dan pelaksanaan kurikulum di sekolah. Walaupun terdapat peningkatan aktiviti
dan program keusahawanan di sekolah, aktiviti dan program-program ini masih banyak
dilaksanakan di luar kurikulum pelajar. Ini menyebabkan kesukaran bagi pelajar untuk
mengimbangi masa di antara keperluan akademik dan aktiviti keusahawanan (MPC, 2015).
Ketiadaan satu garis panduan bagi menerapkan elemen dan nilai-nilai keusahawanan merentasi
kurikulum juga menyebabkan aspek ini sukar untuk dilaksanakan secara lebih terancang dan
efektif di kebanyakan sekolah tempatan. Usaha untuk menerapkan nilai dan elemen
keusahawanan dalam pengajaran dan pembelajaran memerlukan penstrukturan semula yang
rapi serta transformasi budaya kerja yang baharu kerana setiap institusi pendidikan tinggi
mempunyai visi, misi dan objektif tersendiri di samping mempunyai perbezaan dalam beberapa
aspek seperti budaya, norma dan tradisi dalam pengajaran serta penekanan terhadap
penyelidikan dan bidang-bidang pengajian tertentu.

Membudayakan nilai dan atribut keusahawanan turut memerlukan penglibatan dan sokongan
masyarakat dan ibu bapa. Walaupun penglibatan dan penyertaan pelajar sekolah dalam aktiviti
dan program keusahawanan telah berjaya dipertingkatkan dengan ketara (MPC, 2015) namun
jumlah tersebut masih jauh dari yang disasarkan. Pelbagai faktor telah dikenalpasti sebagai
kemungkinan yang menyumbang kepada ketidakseimbangan ini iaitu sumbangan kepada
aktiviti dan program keusahawanan di dalam masyarakat. Masyarakat negara ini masih tidak
memberi merit terhadap aktiviti keusahawan dalam kalangan pelajar sekolah sebagai
penyumbang aktiviti ekonomi (Farhana, 2013). Masyarakat turut melihat keusahawanan
daripada perspektif yang sempit sebagai usaha untuk menggalakkan pelajar membuka dan
menjalankan perniagaan semata-mata dan bukannya sebagai satu proses pembelajaran yang

63

Jurnal Pesisir Pantai IPGKKB 2021

PENDIDIKAN BERKUALITI UNTUK SEMUA Vol. 2 (2021) 60 - 71

dapat membentuk insan yang lebih berdaya usaha, berdaya maju, kreatif dan inovatif. Terdapat
ibubapa yang masih tidak menggalakkan anak mereka menceburi bidang keusahawanan.
Agenda ini bukan sahaja disasarkan untuk kalangan pelajar, malah ianya juga disasarkan
terhadap kalangan guru, penyelidik dan pentadbir sekolah. Sekiranya pelajar daripada pelbagai
latar belakang dapat diterapkan dengan minda dan budaya keusahawanan, masyarakat itu akan
lebih berdaya maju dan berdaya saing bukan sahaja di peringkat lokal malah di peringkat
antarabangsa. Budaya keusahawanan juga mampu untuk memastikan bahan kajian dan
penyelidikan sekolah tidak akan berakhir dengan „output‟ atau hasil yang tidak dapat
dikomersilkan atau dimanfaatkan oleh masyarakat.

Pendidikan dan keusahawanan merupakan dua aspek utama yang sentiasa diberi penekanan
dalam usaha untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju yang berpendapatan
tinggi dan inklusif. Penerapan dan pendedahan kepada budaya dan nilai-nilai keusahawanan

merupakan satu proses pembelajaran yang dapat membuka ruang dan minda pelajar supaya
menjadi lebih kreatif, inovatif dan berdaya maju di mana aspek ini dijangka mampu untuk
menjana inovasi, peluang pekerjaan dan pertumbuhan ekonomi yang lebih mantap pada masa
hadapan. Mengikut statistik Jabatan Perangkaan Malaysia, pada suku pertama 2019, negara
merekodkan seramai 515,600 penganggur dengan kadar pengangguran sebanyak 3.3 peratus
dan telah berlaku peningkatan sebanyak 1,400 orang berbanding pada tahun 2018. Pada masa
yang sama, seramai 238,286 penganggur termasuk 174,327 siswazah telah mendaftar sebagai
pencari kerja aktif dengan „Job Malaysia‟ dibawah Jabatan Tenaga Kerja (JKT) Semenanjung.
Selain itu, pada Disember 2018 kadar pengangguran di Malaysia adalah sebanyak 514,200
dengan kadar pengangguran sebanyak 3.3 peratus berbanding pada Disember 2017, seramai
516,900 jumlah penganggur dengan kadar pengangguran sebanyak 3.4 peratus. Malahan
seramai 54,103 siswazah Universiti menganggur dalam tempoh enam bulan selepas mereka
menamatkan pengajian..Berdasarkan Laporan Tenaga Buruh Malaysia pada Ogos 2020,
penganggur belia berumur 15 hingga 30 tahun pada 2020 seramai 581,700 orang dengan kadar
pengangguran 9.7 peratus (Jabatan Perangkaan Negara, 2019). Namun begitu , Laporan Tenaga
Buruh Malaysia pada Julai 2020, bilangan penganggur belia menurun kepada 544,500 orang
tetapi kadar pengangguran kekal. Pada Ogos 2020, bilangan penganggur belia mencatatkan
502,300 orang dengan kadar pengangguran 8.9 peratus. Trend penurunan pada Ogos disokong
pelbagai faktor antaranya menggalakkan para belia menceburi bidang keusahawanan.

Objektif Kajian

1. Menganalisis dan mengenal pasti hubungan di antara niat keusahawanan dengan faktor
sikap peribadi.

2. Menganalisis dan mengenal pasti hubungan di antara niat keusahawanan dengan faktor
norma subjektif.

3. Menganalisis dan mengenal pasti hubungan di antara niat keusahawanan dengan faktor
kawalan tingkah laku.

Metodologi
Kajian ini dijalankan secara pendekatan kuantitatif yang menggunakan reka bentuk tinjauan.
Borang soal selidik diadaptasi dari model Niat Keusahawanan dari Teori Tingkah laku yang

64

Jurnal Pesisir Pantai IPGKKB 2021

PENDIDIKAN BERKUALITI UNTUK SEMUA Vol. 2 (2021) 60 - 71

Dirancang (theory of planned behaviour) oleh Liñán and Chen (2007) dan Ajzen‟s (1991).
Borang soal selidik ini mengandungi 20 item dengan empat konstruk iaitu niat keusahawan,
sikap peribadi, norma subjektif dan kawalan tingkah laku . Aras kebolehpercayaan dan
kesahihan bagi setiap item telah diuji dengan nilai Alpha Cronbachs di antara 0.78 hingga 0.83.
Bagi konstruk kajian iaitu niat keusahawanan, nilai Cronbachs Alpha adalah 0.88, sikap
peribadi 0.80, norma subjektif 0.79 dan kawalan tingkah laku 0.85. Kajian ini menggunakan
formula Tabachnick dan Fidell (2013) iaitu N > 50 + 8m. Sekiranya jumlah pembolehubah
bebas kajian ini adalah 3, maka jumlah minimum sampel yang akan digunakan adalah 74 orang.
Ini bermakna, kajian ini akan mengambil sekurang-kurangnya 74 responden untuk
mendapatkan hasil yang signifikan. Kajian ini telah dilakukan di SMK Sungai Petai dengan
jumlah sampel kajian seramai 82 orang pelajar tingkatan 4. Borang kajian ini telah ditadbir oleh
pengkaji setelah mendapat kebenaran dari pihak Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan,
Pejabatan Pendidikan Daerah Pasir Puteh serta pentadbir sekolah.

Kajian Literatur

Hubungan antara sikap peribadi dan niat keusahawanan

Menurut Sun et al.,(2017), niat keusahawanan pelajar dapat diperbaiki dan pendidikan
keusahawanan tidak hanya mempengaruhi niat keusahawanan pelajar tetapi sikap mereka
terhadapnya. Menurut Roy et al. (2017), sikap itu mempunyai hubungan yang paling penting
dengan niat keusahawanan. Disamping itu, Yurtkoru et al. (2014) mendapati sikap peribadi
meramalkan niat keusahawanan. Beberapa kajian mendapati bahawa pendidikan
keusahawanan formal mempengaruhi sikap pelajar, arah kerjaya masa depan mereka, dan
mempunyai kesan penting terhadap sikap keusahawanan mereka dari masa ke semasa (Dinis et
al., 2013). Selain itu, menurut Sesen, (2013) kajian lampau telah menunjukkan bahawa sikap
dan sifat peribadi mempunyai pengaruh paling kuat terhadap niat untuk memulakan
perniagaan di kalangan usahawan baru. Menurut Roy et al., (2017) mendapati sikap itu
mempunyai hubungan yang paling penting dengan niat keusahawanan. Penemuan ini adalah
seiring dengan (Marques et al., 2012) yang mendapati sikap sebagai penyumbang utama
keinginan keusahawanan di kalangan pelajar. Disamping itu, menurut Yurtkoru et al. (2014)
mendapati sikap peribadi meramalkan niat keusahawanan.

Wan Mohd Zaifurin et al. (2016) telah melakukan kajian kecenderungan keusahawanan pelajar
sekolah menengah di negeri Terengganu yang mengikuti Program Tunas Niaga. Kajian ini
dijalankan secara pendekatan kuantitatif dengan menggunakan kaedah tinjauan. Sampel kajian
terdiri daripada 379 orang pelajar menjadi ahli Program Tunas Niaga di 41 buah sekolah
menengah yang dipilih secara rawak mudah untuk menjawab borang soal selidik. Hasil kajian
ini menunjukkan bahawa sebahagian besar pelajar Program Tunas Niaga mempunyai
kecenderungan menceburi bidang keusahawanan pada tahap tinggi. Faktor-faktor peramal
seperti kewangan, model peranan, personaliti, halangan, pengenalan sosial, norma sosial,
pengetahuan keusahawanan dan kemahiran keusahawanan mempunyai kaitan kecenderungan
menceburi bidang keusahawanan. Penemuan kajian ini memberi peluang kepada pihak
berwajib meningkatkan usaha dan mengubah pendekatan untuk membawa perubahan kepada
generasi muda supaya lebih cenderung menceburi bidang keusahawanan dan membentuk
masyarakat perdagangan dan perniagaan Bumiputera Melayu.

Hubungan antara norma subjektif dengan niat keusahawanan

65

Jurnal Pesisir Pantai IPGKKB 2021

PENDIDIKAN BERKUALITI UNTUK SEMUA Vol. 2 (2021) 60 - 71

Individu yang mempunyai pemahaman tentang risiko yang akan dihadapi, manfaat yang sedia
ada dan cabaran yang akan datang pasti berminat untuk menjadi usahawan secara kognitif.
Mereka akan merasa bahagia dan yakin dengan pilihan mereka secara (efektif) dan akan
bertindak secara (konatif) dengan apa yang dipercayai. Ini buktikan bahawa keberkesanan diri
mempunyai hubungan yang positif dan penting dengan niat keusahawanan seseorang individu.
Hasil ini selaras dengan penemuan (Tsai et al., 2016) yang menyatakan bahawa hubungan
positif dan ketara diantara kedua-dua pembolehubah. Norma subjektif merupakan persepsi
yang dilihat berdasarkan pandangan orang sekeliling seperti keluarga dan teman. Menurut
Hockerts (2017) orang cenderung berperilaku dengan cara tertentu apabila mereka merasakan
bahawa tingkah laku yang bersesuaian dengan masyarakat norma. Menurut Zhang et al. (2015)
mendapati hubungan positif antara norma sosial dan niat keusahawanan. Norma-norma
subjektif juga mempunyai kesan positif yang kuat terhadap niat keusahawanan berdasarkan
sampel yang diselidik oleh usahawan baru yang didapati oleh Kautonen et al. (2015).

Pendidikan keusahawanan yang dilaksanakan oleh kerajaan sebagai salah satu strategi Rangka
Rancangan Jangka Panjang Ketiga (RRJP Ke-3) untuk menggalakkan rakyat Malaysia
melibatkan diri dalam bidang perniagaan supaya dapat mencapai matlamat mewujudkan
Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera menjelang tahun 2020 (Unit
Perancang Ekonomi, 2016). Pendidikan kokurikulum keusahawanan dilaksanakan kepada
generasi muda di semua peringkat bermula daripada sekolah rendah melalui Program Perintis
Usahawan, menengah menerusi Program Usahawan Muda dan Institut Pengajian Tinggi yang
melibatkan Program Keusahawanan Siswa. Kesemua program ini bukan sahaja menjadi
pelengkap kepada kurikulum sedia ada tetapi juga memberi pendedahan kepada generasi muda
mengenai ilmu keusahawanan. Penglibatan generasi muda dalam bidang keusahawanan
menambahkan peluang pekerjaan kepada masyarakat dan mampu menghakis budaya makan
gaji dalam kalangan mereka.

Walau bagai manapun, tahap kecenderungan pelajar menceburi bidang keusahawanan tidak
sama. Dapatan kajian Sharifah Yuhayu (2003) menunjukkan pelajar tingkatan lima mengambil
kursus Katering di Sekolah Menengah Teknik di Muar, negeri Johor mempunyai kecenderungan
tinggi untuk menceburi bidang keusahawanan. Dapatan kajian Asri (2007) menunjukkan
bahawa sikap pelajar Melayu di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Universiti dan Sekolah
Menengah Kebangsaan Bandar Baru Uda di Johor Bahru, negeri Johor terhadap bidang
keusahawanan berada di tahap sederhana. Dapatan Asri menyamai penemuan Omar (2004) di
mana minat pelajar tingkatan empat aliran pendidikan Vokasional (Ketukangan Kejuruteraan)
di Sekolah Menengah Teknik Sungai Buloh, terhadap bidang keusahawanan berada di tahap
sederhana. Kajian yang dijalankan oleh Norudin et al. (2011) pula menunjukkan bahawa
sebahagian besar (74.4 peratus) pelajar mempunyai minat untuk menjadi usahawan pada masa
akan datang.

Hubungan antara kawalan tingkah laku dengan niat keusahawanan

Niat keusahawanan memainkan peranan yang amat penting bagi seseorang individu untuk
terlibat dalam bidang perniagaan, menurut Maresch et al. (2016), lebih kuat keinginan
seseorang untuk melaksanakan tingkah laku yang diberikan, kemungkinan besar kelakuan ini
akan dilaksanakan. Kawalan tingkah laku juga ditentukan dalam bentuk keberkesanan diri di
mana orang percaya bahawa tingkah laku mudah atau sukar untuk dilakukan (Cruz et al., 2015).
Menurut Tiwari et al. (2017) menyebut kawalan tingkah laku yang dianggap sebagai
kepercayaan untuk menjalankan tugas tertentu dan termasuk pelbagai aktiviti yang diperlukan
untuk melaksanakan tugas. Kawalan tingkah laku yang dinyatakan dalam bentuk keberkesanan

66

Jurnal Pesisir Pantai IPGKKB 2021

PENDIDIKAN BERKUALITI UNTUK SEMUA Vol. 2 (2021) 60 - 71

diri adalah keadaan di mana orang percaya bahawa tingkah laku adalah mudah atau sukar
untuk dilakukan. Oleh itu, banyak kajian dilakukan (Mwiya et al., 2017; Yurtkoru et al., 2014)
mengesahkan bahawa kawalan tingkah laku yang diramalkan meramalkan niat keusahawanan.
Kawalan tingkah laku merupakan salah satu komponen utama bagi keusahawanan kerana ia
merupakan keberkesanan diri bagi mempengaruhi tingkah laku pelajar. Kawalan tingkahlaku
dianggap sebagai proses sedar untuk mengawal keadaaan (Fretschner, 2014). Dalam
keusahawanan itu sendiri telah menjadikan kawalan tingkah laku sebagai komponen utama
berikutan keberkesanan diri yang mampu mempengaruhi tingkah laku seseorang individu.

Mengikut dapatan kajian Buerah et al. (2011), model peranan mempunyai kaitan kepada niat
individu menceburi bidang keusahawanan. Pendedahan awal dan penglibatan keluarga dalam
bidang keusahawanan mempengaruhi kecenderungan anak-anak mereka menjadi seorang
usahawan. Anak-anak meniru cara ibu bapa mereka berniaga dan menjadikannya sebagai model
peranan untuk menjalankan perniagaan. Faktor ini mempengaruhi kejayaan perniagaan dalam
kalangan usahawan Melayu kerana anak-anak mewarisi pekerjaan ibu bapa mereka. Dapatan
kajian ini menyamai penemuan Zaidatol dan Hisyamuddin (2009). Pelajar tingkatan empat
sekolah menengah di Negeri Selangor menjadikan ibu bapa sebagai model peranan untuk
bekerja sendiri. Pelajar cenderung menghargai nasihat dan galakan daripada keluarga. Dapatan
kajian ini membuktikan terdapat perkaitan dan pengaruh antara model peranan dan
kecenderungan pelajar menceburi bidang keusahawanan.

Dapatan Kajian dan Perbincangan

Bagi menjawab persoalan kajian, analisis kolerasi Pearson telah dilakukan bagi melihat
hubungan diantara niat keusahawan dengan pembolehubah bebas iaitu sikap peribadi, norma
subjektif dan kawalan tingkah laku. Analisis tahap kolerasi berdasarkan Cohen (1988).

Jadual 5. Hubungan Niat Keusahawanan Dengan Pembolehubah Bebas

Faktor Pembolehubah Aras Signifikan Nilai Kolerasi Tahap

Sikap Pribadi 0.007 0.866 Tinggi
Norma Subjektif 0.004 0.629 Tinggi
Kawalan Tingkah Laku 0.001 0.492 Sederhana

**Korelasi adalah signifikan pada p<0.01

Analisis kajian menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan bagi item niat keusahawanan
berdasarkan sikap peribadi, norma subjektif dan kawalan tingkah laku. Berdasarkan kaedah
korelasi pearson, hasil kajian mendapati nilai korelasi bagi norma subjektif adalah yang paling
tinggi iaitu (r = 0.866, p < 0.01) dituruti dengan sikap peribadi iaitu (r = 0.629, p < 0.01) dan
kawalan tingkahlaku(r = 0.492, p < 0.01.

Dapatan kajian selari dengan dapatan kajian Roy et al. (2017) yang mendapati sikap mempunyai
hubungan yang paling penting dengan niat keusahawanan. Penemuan ini adalah seiring dengan
(Marques et al., 2012) yang mendapati sikap sebagai penyumbang utama keinginan
keusahawanan di kalangan pelajar. Disamping itu, menurut Yurtkoru et al, (2014) mendapati
sikap peribadi meramalkan niat keusahawanan. Bimbingan serta galakkan daripada guru amat
penting bagi pelajar mempunyai sikap yang positif terhadap kerjaya sebagai usahawan.
Disamping itu faktor penglibatan keluarga dalam bidang keusahawanan turut mempengaruhi
sikap pelajar terhadap kerjaya sebagai usahawan. Di dalam kajian ini, 32 orang iaitu 38 %
daripada sampel kajian mempunyai keluarga yang terlibat secara sepenuh masa sebagai

67

Jurnal Pesisir Pantai IPGKKB 2021

PENDIDIKAN BERKUALITI UNTUK SEMUA Vol. 2 (2021) 60 - 71

usahawan seperti peniaga runcit, pemborang buah-buahan, peniaga pasar malam dan
kontraktor pembinaan. Menurut Roy et al. (2017), fenomena ini akan memberi kekuatan
terhadap pembentukan sikap pelajar terhadap kerjaya usahawan.

Pandangan, nasihat, motivasi serta pengaruh dari orang sekeliling akan mempengarui norma
subjektif pelajar. Galakan daripada keluarga, rakan serta masyarakat setempat amat
mempengaruhi hubungan niat keusahawanan dengan norma subjektif. Model peranan seperti
ibu bapa, guru dan tokoh perniagaan bertindak sebagai tauladan dan pendidik boleh
membentuk kecenderungan responden pada masa sekarang ke arah bidang keusahawanan pada
masa depan. Ibu bapa memberi dorongan dan semangat kepada responden ketika mengikuti
Program Tunas Niaga dan menyokong bekerja sebagai usahawan selepas menamatkan
persekolahan. Sokongan keluarga memberi kekuatan kepada responden untuk mengikuti
aktiviti keusahawanan di sekolah. Dapatan kajian ini menyamai penemuan Zaidatol dan
Hisyamuddin (2009) dan Buerah et al. (2011). Justeru itu masyarakat perlu mempunyai
paradigma positif terhadap kerjaya sebagai usahawan. Kebergantungan kepada konsep “makan
gaji” akan menyebabkan usaha bagi melahirkan lebih ramai usahawan di kalangan masyarakat
pesisir pantai Kelantan akan gagal. Kawasan pesisir pantai mempunyai potensi ekonomi yang
besar untuk dimajukan. Penstukturan Rancangan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) oleh
pihak kerajaan merupakan lombong emas kepada masyarakat pesisir pantai mengekspoitasi
sumber ekonomi yang ada.

Bagi hubungan kawalan tingkah laku dengan niat keusahawanan, sebahagian kecil responden
mempunyai kecenderungan sederhana menceburi bidang keusahawanan. Mereka masih
memikirkan peluang yang ada dalam bidang keusahawanan dan mempunyai semangat tidak
cukup kuat untuk bekerja sebagai usahawan. Mereka boleh mengembangkan kecenderungan
sedia ada dengan cara mengikuti program keusahawanan anjuran agensi berkaitan
keusahawanan apabila menamatkan persekolahan sekiranya mahu menjadi seorang usahawan
pada masa depan. Hampir keseluruhan responden mempunyai kecenderungan menceburi
bidang keusahawanan. Mereka menyedari kelebihan ilmu keusahawanan dan bekerja sebagai
usahawan ketika mengikuti Program Tunas Niaga. Pandangan positif responden terhadap
keusahawanan boleh mempengaruhi kecenderungan mereka menjadi usahawan pada masa
depan. Justru itu keperibadian diri memberi kesan penting kepada kecenderungan responden
menceburi bidang keusahawanan. Mereka mempunyai pemikiran dan perlakuan berkait rapat
dengan tindak-tanduk seorang usahawan. Pemikiran dan perlakuan ini telah sedia wujud di
dalam diri responden. Keazaman dan keyakinan diri yang positif membantu mereka menempuh
pelbagai dugaan dan cabaran ketika menceburi bidang keusahawanan. Mereka sanggup
melibatkan diri, mengorbankan tenaga, masa, wang dan semangat untuk memastikan kejayaan
perniagaan.

Kesimpulan

Kajian ini mendapati pelajar mempunyai kecenderungan menceburi bidang keusahawanan.
Inisiatif mewujudkan Program Tunas Niaga boleh memupuk budaya keusahawanan dalam
kalangan generasi muda. Lama-kelamaan inisiatif ini boleh menyumbang kepada kemunculan
komuniti keusahawanan. Oleh itu, inisiatif ini perlu berkaitan dengan matlamat kerajaan untuk
mewujudkan komuniti keusahawanan. Kajian turut mendapati, inisiatif ini juga membawa
kepada niat lebih keusahawanan dalam kalangan generasi muda. Namun begitu kajian
longitudinal perlu dijalankan pada masa akan datang untuk mengetahui bagaimana
kecenderungan keusahawanan dalam kalangan generasi muda mula berkembang dan berubah
mengikut masa. Dapatan kajian ini memberikan sedikit gambaran tentang hubungan sebab

68

Jurnal Pesisir Pantai IPGKKB 2021

PENDIDIKAN BERKUALITI UNTUK SEMUA Vol. 2 (2021) 60 - 71

akibat antara niat dan realiti. Usaha memberi kesedaran kepada komuniti terutama generasi
muda untuk menjadikan bidang keusahawanan sebagai kerjaya selepas tamat pengajian perlu
digerakkan secara berterusan. Budaya keusahawanan harus dipupuk bermula dari peringkat
sekolah sehingga ke pengajian tinggi melalui program, kursus, seminar dan aktiviti berkaitan
keusahawanan yang dapat memupuk kecenderungan dalam kalangan generasi muda supaya
bekerja sebagai usahawan. Amat penting budaya keusahawanan dipupuk dan dibajai ke dalam
jiwa generasi muda kerana golongan ini akan menggerakkan usaha ke arah mencapai taraf
negara maju menjelang tahun 2020. Pelbagai usaha dan inisiatif dipergiatkan oleh kerajaan
untuk melahirkan lebih ramai usahawan muda yang dinamik dan berdaya saing. Antara usaha
Kerajaan termasuklah menyediakan program keusahawanan, peluang perniagaan dan sumber
kewangan kepada individu yang ada niat untuk menjadi usahawan. Usaha memberi kesedaran
kepada generasi muda mengenai kepentingan melibatkan diri dalam bidang keusahawanan bagi
membolehkan mereka menjadikan kerjaya usahawan pilihan utama menikmati hasil kekayaan

negara. Kerjaya usahawan juga merupakan pekerjaan yang mempunyai potensi cukup luas di
samping membantu mengurangkan masalah sosio ekonomi seperti pengangguran dalam
kalangan generasi muda dan “menyerang” kemiskinan komuniti.

Rujukan

Ajzen, I. (1991). The theory of planned behavior. Organizational Behavior and Human Decision
Processes, 50, 179–211

Asri Sarmejan. 2007. Sikap pelajar Melayu di dua buah sekolah menengah harian di daerah
Johor Bahru terhadap bidang keusahawanan. Latihan Ilmiah Sarjana Muda (Teknologi
Pendidikan). Universiti Teknologi Malaysia.

Buerah Tunggak, Hussin Salamon dan Baharin Abu. (2011). Keperluan latihan dan pendidikan
berterusan ke arah pembangunan usahawan Muslim berteraskan nilai Islam di Malaysia.
Universiti Teknologi Malaysia. Jurnal Teknologi 55 (Sains Sosial): 121-144

Cruz, L.D., Suparapti, S., Yasa, K. (2015), Aplikasi Theory Of Planned Behavior Dalam
Membangkitkan Niat Berwirausahawa Bagi Mahasiswa Fakultasi Ekonomi Unpez, Dili
Timorleste, E-Jurnal Ekonomi Dan Bisnis Universitas Udayana. Vol 4, No. 12, Pp, 895-
920.

Dasuki Ahmad. 2009. Memantapkan budaya keusahawanan di kalangan generasi baru melalui
sistem Pendidikan nasional dan pengajian agama: gagasan dan cabaran
merealisasikannya. Kertas kerja dibentangkan di Kongres Ekonomi Islam Ketiga di
Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur.
di Malaysia. Universiti Kebangsaan Malaysia. Jurnal Pendidikan Malaysia 34(1): 187-203.
di Negeri Terengganu, Jurnal Pendidikan Malaysia 41(1)(2016): 87-98

ECER (2008), Incentives Package,http://www.ecerdc.com/2008/about7.ht
Farhana Mohd Rosli. (2013). Pembudayaan Keusahawanan Ke Arah Mempengaruhi

Kecenderungan Menceburi Bidang Keusahawanan Dalam Kalangan Bakal Graduan Di
UTHM. Tesis.
Florin, J., Karri, R. and Rossiter, N. (2007) „Fostering entrepreneurial drive in business
education: an attitudinal approach‟, Journal of Management Education, Vol. 31, No. 1,
pp.17–42.
Fretschner, M. (2014). Ajzen‟s Theory Of Planned Behavior In Entreprenuership Education
Research Becoming An Entrepreneur. Sense Publishers.
Global Entrepreneurship Monitor (GEM) (2014). Global Entrepreneurship Monitor 2014 Global
Report.

69

Jurnal Pesisir Pantai IPGKKB 2021

PENDIDIKAN BERKUALITI UNTUK SEMUA Vol. 2 (2021) 60 - 71

Hockerts, K. N. (2017). Determinants Of Social Entrepreneurial Intentions. Entrepreneurship:
Theory And Practice

Jabatan Perangkaan Malaysia. 2020. Siaran Khas Penyiasatan Tenaga Buruh: Usahawan di
Malaysia. Jabatan Perangkaan Malaysia. Siri 4 Bilangan 1/2020.

Jabatan Perangkaan Malaysia. 2011. Buku Tahunan Perangkaan Malaysia 2010. Jabatan
Perangkaan Malaysia

Jabatan Perangkaan Malaysia. 2019. Buku Tahunan Perangkaan Malaysia 2010. Jabatan
Perangkaan Malaysia.

Kauntonen, T., Van Gelderen, M., & Fink, M. (2015). Robustness Of The Theory Of Planned
Behavior In Predicting Entrepreneurial Intentions And Actions. Entrepreneurship
Theory And Practice

Linan, F., & Chen, Y., W. (2009). Development And Cross-Cultural Application Of A Specific
Instrument To Measure Entrepreneurial Intention. Entrepreneurship Theory And

Practice.
Maresch, D., Harms, R., Katler, N., & Wimmer-Wurn, B. (2016). The Impact Of

Entrepreneurship Education On The Entrepreneurial Intention Of Students In Science
And Engineering Versus Business Studies University Programs. Technological
Forecasting And Social Change.
Marques, C. S., Frerreira, JJ., Gomes, D.N. & Rodrigues, R. G. (2012). Entrepreneurship
Education: How Psychological, Demographic And Behavioural Factor Predict The
Entrepreneurial Intention‟. Education + Training.
MPC. (2015). A Study on Entrepreneurship Education in Higher Learning Institutions,
Malaysia. Kuala Lumpur : Malaysia Productivity Corporation.
Muzlifah Saadon. 2004. Faktor-faktor yang mempengaruhi penglibatan pelajar tingkatan empat
aliran vokasional dalam menjalankan aktiviti keusahawanan di Sekolah Menengah
Teknik Negeri Selangor. Kertas projek Sarjana muda Teknologi serta Pendidikan
(Kejuruteraan Eletrik). Universiti Teknologi Malaysia.
Mwiya, B., Wang, Y., Shikaputo, C., Kaulungombe, B., & Kayekesi, M. (2017). Meramalkan Niat
Keusahawanan Pelajar Universiti: Mengaplikasikan Pengetahuan Teori Tingkah Laku
Yang Dirancang, Jurnal Perniagaan Dan Pengurusan.
Norashidah Hashim, Norasmah Othman & Nor Aishah Buang. 2009. Konsep kesediaan
keusahawanan berdasarkan kajian kes Usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS)
Norasmah Othman & Muharam Gaya. 2009. Tahap pengetahuan pelatih Institut Kemahiran
MARA mengenai persekitaran kondusif untuk bakal usahawan. Universiti Teknologi
Malaysia. Jurnal Teknologi 50(E): 53-67
Norudin Mansor, Siti Haryati Shaikh Ali dan Nor Aishah Abdul Ghani. 2011. Entrepreneurial
intention: Does Malaysian secondary school provide the platform. Kuwait Chapter of
Arabian. Journal of Business and Management Review 1(3): 19-35
Paco, A., Ferreira, J., & Raposo, M. (2017). How to foster young scientists‟ entrepreneurial
spirit? International Journal of Entrepreneurship, 21(1), 47-60
Pelan Tindakan Keusahawanan: Institut Pendidikan Tinggi. (2016).
https://www.pmo.gov.my/ms/2020/09/program-penjana-kpt-cap-jamin-pekerjaan-
untuk-graduan/
Remali Yusoff, Dullah Hj. Mulok, Nor‟ Azurah Md Kamdari dan Mohd Fahmy Abdullah (2009).
Pembangunan Ekonomi Wilayah Pantai Timur: Satu Konsep Teori Dan Perlaksanaan
Pembangunan Di Negeri Kelantan. PROSIDING PERKEM IV, JILID 1 (2009) 169-
179.ISSN: 2231-962X
Roy, R., Akhtar, F., & Das, N. (2017). Entrepreneurial Intention Among Sciene And Technology
Students In India Extending The Theory Of Planned Behaviour. International
Entrepreneurship Management Journal.

70

Jurnal Pesisir Pantai IPGKKB 2021

PENDIDIKAN BERKUALITI UNTUK SEMUA Vol. 2 (2021) 60 - 71

Sharifah Yuhayu Syed Hamid. 2003. Strategi pemasaran di dalam bidang keusahawanan: Satu
tinjauan di kalangan pelajar katering, Sekolah Menengah Teknik Muar, Johor. Laporan
projek Ijazah Sarjana Pendidikan Teknik dan Vokasional. Fakulti Teknologi
Kejuruteraan. Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.

Sesen, H. (2013). Personality Or Environment? A Comprehensive Study On The Entrepreneurial
Intention Of University Students.

Sun, H., Lo, C. T., Liang, B., & Wong, Y. L. B. (2017). The Impact Of Entrepreneurial Education
On Entrepreneurial Intention Of Engineering Students In Hong Kong. Management
Decision.

Tabachnick, B.G. and Fidell, L.S. (2013) Using Multivariate Statistics. Pearson, Boston.
Tiwari, P., Bhat, A. K., & Tikoria, J. (2017). An Empirical Analysis Of The Factors Affecting

Social Emtrepreneurial Intentions. Journal Of Global Entrepreneurship Research.
Tsai, Chang, & Peng. (2016). Refining The Linkage Between Perceived Capibility And

Entrepreneurial Intention: Role Of Perceived Opportunity, Fear Of Failure, And Gender.
International Entrepreneurship And Management Journal.
Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri. 2016. Rancangan Malaysia Kesebelas Bab
5: Meningkatkan pembangunan modal insan untuk negara maju.
http://rmk11.epu.gov.my/ index.php/bm/muat-turun-dokumen
Wan Mohd Zaifurin Wan Nawang* & Nor Hayati Sa‟at Pusat Pengajian Pembangunan Sosial
dan Ekonomi, Universiti Malaysia Terengganu, 21030 Kuala Terengganu, Terengganu,
Malaysia.
Wan Mohd Zaifurin Wan Nawang*, Nor Hayati Sa‟at, Sabri Ahmad dan Ibrahim Mama .(2016),
Kecenderungan Keusahawanan dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah.
Yurtkoru, S. Kuscu, Z. K., & Doganay, A. (2014). Exploring The Antecedents Of Entrepreneurial
Intention On Turkish University – Social And Behavioral Sciences.
Zaidatol Akhmaliah Lope Pihie & Hisyamuddin Hassan. 2009. Choice of self-employment
intentions among secondary school students. Journal of International Social
Research2(9): 539-549.

71

Jurnal Pesisir Pantai IPGKKB 2021

PENDIDIKAN BERKUALITI UNTUK SEMUA Vol. 2 (2021) 72 - 78

Analisis Keperluan Kemahiran Mengaplikasi
Augmented Reality dalam Pengajaran dan
Pembelajaran di Sekolah Pesisir Pantai
Kelantan

D. Abdullah, I. Muhammad-Ridzuan & R.M. Raja-Shaharudin
Institut Pendidikan Kampus Kota Bharu

Article Info Abstrak

Received: Kajian ini meneroka amalan penggunaan Augmented Reality (AR)
15 Jan 2021 dalam kalangan guru dan meneroka kesediaan guru mengaplikasi
Accepted: AR dalam pengajaran dan pembelajaran. Populasi sasaran terdiri
01 Feb 2021 daripada guru di sekolah menengah dan rendah di pesisir pantai
Publish: negeri Kelantan. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian kes
01 Mac 2021 kualitatif. Beberapa temu bual dan perbincangan kumpulan fokus
E-mail adress: dilakukan untuk tujuan mengumpul data. Tema utama
*corresponding dikembangkan untuk kedua-dua kategori peserta kajian. Peserta
Author : * berkongsi pengalaman pendidikan mereka dalam mengaplikasi AR
dan kesediaan mereka terhadap AR. Walaupun para peserta kajian
ISSN 2735-0231 pada awalnya merasa AR agak baru bagi mereka, kajian ini
mendapati mereka bersedia melaksanakan AR jika disokong oleh
pihak pemegang taruh. Dapatan kajian memberikan pandangan
yang jelas tentang bagaimana strategi untuk mengaplikasi AR
sebagai medium pengajaran untuk mengubah dan meningkatkan
alat instruksional di bilik darjah bagi memenuhi keperluan dan minat
murid. Pelaksanaan strategik aplikasi AR perlu disesuaikan dengan
persekitaran pembelajaran khusus untuk sekolah di Kelantan.
Latihan khusus diperlukan untuk membolehkan guru-guru mendapat
input serta kemahiran dalam penyediaan bahan pengajaran
menggunakan AR. Kajian lanjutan fasa kedua kajian yang akan
meneliti pengalaman dengan aplikasi AR perlu dilakukan.

Kata Kunci: Augmented Reality (AR), Amalan Guru, Kesediaan Guru,
Revolusi Industri 4.0 .
____________________________________________

Pengenalan

Augmented Reality (AR) dianggap satu teknologi pendidikan utama yang akan memainkan
peranan dalam pendidikan di masa hadapan, revolusi pendidikan 4.0 (Martin, Bohuslava, &
Igor, 2018). Pendidikan masa hadapan menuntut guru-guru membimbing pelajar melalui dunia
sebenar (Billinghurst & Dünser, 2012; Nincarean, Alia, Halim, & Rahman, 2013). Pembelajaran
dunia sebenar berbantukan AR menghasilkan proses pembelajaran yang lebih bermakna
(Nincarean et al., 2013). Pelajar-pelajar juga didapati lebih bermotivasi dan akhirnya
pembelajaran lebih berkesan. Banyak bukti kajian lepas yang mendapati keberkesanan aplikasi
AR dalam pendidikan seperti Dunleavy & Dede, 2014; Lee, 2012; Wu, Lee, Chang, & Liang,
2013. Namun, disebalik keberkesanan AR ini, bagaimana amalan dan kesediaan guru dalam
menjayakan aplikasi AR dalam pengajaran dan pembelajaran sehingga kini masih kurang

72

Jurnal Pesisir Pantai IPGKKB 2021

PENDIDIKAN BERKUALITI UNTUK SEMUA Vol. 2 (2021) 72 - 78

diterokai. Suatu tindakan susulan segera perlu dilakukan dalam dunia pendidikan Malaysia jika
didapati amalan dan kesediaan guru untuk mengintegrasikan AR dalam pengajaran dan
pembelajaran masih kabur (Halili, 2019). Justeru, kajian untuk meneroka amalan dan
kesediaan guru dalam penggunaan AR amat genting untuk diterokai memandangkan generasi
muda sekarang merupakan generasi yang akan mengerakkan kepimpinan Malaysia pada masa
akan datang.

Teknologi Augmented Reality (AR) dalam Dunia Pendidikan

Augmented Reality (AR) ditakrifkan sebagai teknologi penggunaan dunia sebenar secara virtual
dan digabungkan pada masa yang sama dengan ciri-ciri interaktif dan biasanya dalam bentuk
3D (Handb. Augment. Real., 2011). Teknologi AR menitikberatkan mod interaktif yang
memenuhi maklumat secara digital (teks, audio, gambar, video dan objek 3D) yang menjadikan
pengajaran dan pembelajaran kelihatan seperti berlaku di dunia sebenar (Dunleavy & Dede,
2014; Kato, 2012). Pendidikan berbantukan teknologi AR masih baru terutamanya di Malaysia
walaupun telah dipraktikkan dalam dunia pendidikan sejak hampir 15 tahun lepas. Buktinya,
sejak 2007 hanya sedikit kajian yang menumpukan penggunaan AR dalam dunia pendidikan.
Garzón & Acevedo pada 2019 melalui meta analisisnya hanya mendapati 64 kajian sahaja dapat
dikumpulkan sejak itu. Sedangkan pendidikan yang dapat mewujudkan realiti dunia sebenar
dijangka akan menjadi teknologi utama dalam dunia pendidikan seiring perkembangan revolusi
industri 4.0 (Garzón & Acevedo, 2019; Hockly, 2019; Martin et al., 2018). Tambahan pula,
maklumat mengenai amalan dan kesediaan guru dalam mengintegrasikan teknologi AR dalam
pengajaran dan pembelajaran belum diterokai sepenuhnya (Garzón & Acevedo, 2019).

Justeru, kajian ini cuba meneroka amalan dan kesediaan guru di sekolah pesisir pantai Kelantan
dalam mengintegrasikan AR dalam pengajaran dan pembelajaran. Berikut adalah soalan kajian:

1. Apakah persepsi guru di sekolah pesisir pantai Kelantan mengenai amalan AR di
persekitaran pendidikan?

2. Apakah persepsi guru di sekolah pesisir pantai Kelantan tentang kesediaan mengaplikasi
AR dalam pengajaran dan pembelajaran ?

3. Apakah persepsi guru pesisir pantai Kelantan mengenai kemampuan mereka
melaksanakan Aplikasi AR di bilik darjah?

Kumpulan Sasaran

Kumpulan sasaran adalah seramai 10 orang guru daripada beberapa buah sekolah di Kelantan.
Pecahan kumpulan sasaran adalah seperti Jadual 1 di bawah:

Sekolah Jadual 1: Kumpulan sasaran
Sekolah rendah Bilangan responden
Sekolah menengah 6
4

Metodologi

73

Jurnal Pesisir Pantai IPGKKB 2021

PENDIDIKAN BERKUALITI UNTUK SEMUA Vol. 2 (2021) 72 - 78

Kaedah yang digunakan dalam kajian adalah temu bual individu dan temu bual kumpulan
fokus. Temu bual dirancang untuk peserta kajian. Sebanyak 10 orang peserta dipilih secara
bertujuan untuk menjawab soalan kajian. Kaedah temu bual dipilih untuk mengumpulkan data
dari individu terpilih. Tujuan utama penggunaan kaedah ini adalah untuk membantu
mengetahui pendapat dan fikiran individu mengenai pengalaman mereka terhadap AR. Data
laporan diperlukan untuk kajian ini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kesediaan
pelaksanaan AR dalam kelas dari perpekstif guru. Soalan-soalan itu dirancang dengan protokol
temu bual yang ditetapkan untuk mendapatkan respons tertentu. Selain bertanya tentang AR,
pertanyaan itu juga berisi beberapa pertanyaan latar belakang seperti pendidikan dan kelayakan
mereka di samping pengalaman dan minat mereka sebelumnya dalam mengajar dengan alat
teknologi. Terdapat keperluan untuk mengambilkiran pendapat guru kerana mereka adalah
pakar sejak mereka mengintegrasikan Aplikasi AR di bilik darjah mereka. Akhirnya, semua
respons yang dikumpulkan dari individu yang dipilih dibandingkan dan dibezakan. Tujuan

utama menggunakan kaedah kumpulan fokus dalam kajian ini adalah untuk mengemukakan
aplikasi sebagai alat instruksional untuk situasi sebenar melalui aplikasi dan meneroka
pandangan mereka dalam konteks sosial. Temu ramah kumpulan fokus terdiri daripada empat
kumpulan yang terdiri daripada lima hingga tujuh ahli dan secara amnya temu bual kumpulan
fokus berlangsung satu hingga dua jam.

a. Lokasi Kajian

Lokasi kajian ialah di sekolah rendah dan menengah di Kelantan.

b. Sampel Kajian

Sampel dipilih berdasarkan persampelan bertujuan. Persampelan bertujuan (Purposive
sampling) merujuk kepada prosedur persampelan melibatkan sekumpulan subjek yang
mempunyai ciri-ciri tertentu dipilih sebagai responden kajian.

c. Pengumpulan Data

Nathan, Newman, & Lancaster (2019) menyatakan terdapat tiga jenis temu bual iaitu temu bual
formal, temu bual tidak formal dan temu bual terbuka. Manakala Qu & Dumay (2011)
menyatakan pula terdapat tiga jenis temu bual iaitu temu bual berstruktur, temu bual separa
berstruktur dan temu bual tidak berstruktur. Justeru, pengkaji telah mempertimbangkan jenis-
jenis temubual dalam kajian ini.

Selain itu dalam kajian ini, penyelidik menggunakan kaedah kulitatif iaitu temu bual
dengan peserta kajian untuk mendapatkan data serta maklumat. Temu bual secara separa
berstruktur dengan menggunakan protokol temu bual. Soalan temu bual dibina oleh penyelidik
berdasarkan persoalan kajian seperti profil guru, amalan guru dan kesediaan guru
mengaplikasi AR dalam kalangan peserta kajian.

d. Analisis Data

Data dianalisis menggunakan prosedur analisis tematik kerana kaedah ini menawarkan
pendekatan yang fleksibel untuk mencari maklumat keseluruhan temu bual dan data kumpulan
fokus. Burnard (1991) mendefinisikan analisis tematik sebagai "kaedah untuk mengenal pasti,
menganalisis, dan melaporkan pola (tema) dalam data". Analisis tematik mengenal pasti tema
yang muncul dan makna yang relevan dengan isu berdasarkan pemahaman pengalaman

74

Jurnal Pesisir Pantai IPGKKB 2021

PENDIDIKAN BERKUALITI UNTUK SEMUA Vol. 2 (2021) 72 - 78

individu secara terperinci. Menurut Creswell (2007) "Tugas dasar analisis data adalah untuk
menghasilkan pernyataan yang bervariasi dalam ruang lingkup dan tingkat kesimpulan,
sebahagian besar melalui induksi, dan untuk menetapkan bukti untuk penegasan yang ingin
dibuat seseorang" . Burnard (1991) tiga peringkat analisis digunakan:

_________________________________________

Penerangan: Bekerja dengan data sebagai fakta dan
membiarkannya berbicara sendiri. Juga, nota, temubual, atau

jurnal digunakan untuk membuat kesimpulan akhir.

Analisis: Analisis dikembangkan dan membina deskripsi
dengan mencari hubungan utama dalam data deskriptif.

Tafsiran: Matlamat utama untuk tafsiran akhir adalah
penemuan logik daripada data.

_________________________________________

Rajah 1: Prosedur Analisis Data Kualitatif (Sumber: Burnard, 1991)

Temu bual dan kumpulan fokus digunakan sebagai kaedah pengumpulan data. Penyelidik
menggunakan analisis tematik untuk mengenal pasti tema umum. Kata, frasa, dan konsep
umum dikenal pasti setelah muncul berulang kali dalam transkripsi temubual. Sepuluh tema
secara keseluruhan dihasilkan dari analisis - lima tema berdasarkan data sekolah rendah dan
lima tema dari data Sekolah Menengah. Penyelidik juga bertindak sebagai pemerhati
wawancara dan dialog kumpulan fokus bersama dengan sikap peserta. Semua sesi dirakam
secara automatik dalam satu peranti untuk mengelakkan kesulitan teknikal dan disimpan dalam
format MP3 untuk tujuan transkripsi. Data temubual dilabelkan mengikut peserta kajian
sebagai P1, P2, P3, P4, P5, P6, P7, P8, P9 dan P10. Dalam kajian ini, penyelidik melihat
beberapa frasa digunakan berulang kali oleh hampir semua peserta seperti: "melibatkan diri",
"memotivasi", “kemudahan info dan infra struktur”, dan "kekangan tugas semasa." Jelas
bahawa tujuan mengintegrasikan teknologi adalah untuk meningkatkan pengalaman belajar
pelajar. Jadual 2 memberikan gambaran keseluruhan persoalan kajian dan hasilnya.

Jadual 2: Gambaran Keseluruhan Soalan dan Tema Penyelidikan

Soalan Kajian Tema
Apakah persepsi guru di sekolah pesisir Pembelajaran sepanjang hayat
pantai Kelantan mengenai amalan AR di Perlu mesra teknologi
persekitaran pendidikan? Kemudahan info dan infra struktur
Prestasi dan hasil
Apakah persepsi guru di sekolah pesisir
pantai Kelantan tentang kesediaan Memperolehi kemahiran belajar sepanjang hayat
mengaplikasi AR dalam pengajaran dan Bersedia melibatkan diri
pembelajaran ? Memotivasi
3.Apakah persepsi guru mengenai kemampuan
mereka melaksanakan Aplikasi AR di bilik Pembangunan profesional Isu dan halangan
Pengajaran yang berkesan

75

Jurnal Pesisir Pantai IPGKKB 2021

PENDIDIKAN BERKUALITI UNTUK SEMUA Vol. 2 (2021) 72 - 78

darjah? Kekangan masa

Dapatan Kajian

1. Apakah persepsi guru di sekolah pesisir pantai Kelantan mengenai amalan AR di persekitaran
pendidikan?

Bagaimana mereka menggunakan AR di dalam kelas? Guru menjelaskan proses mengaplikasi
berjalan lancar kerana para pelajar sudah terdedah kepada pelbagai jenis teknologi di dalam
kelas dan juga dalam kehidupan seharian mereka. Semua yang diperlukan untuk memasukkan
kemahiran abad ke-21 dalam proses pembelajaran. Sebenarnya, AR menambahkan tahap
keseronokan kegembiraan baru, interaktif, meningkatkan pemahaman pelajar, dan dapat
melibatkan pelajar. Penemuan kajian ini mencerminkan karya yang dapat dilihat oleh
Livingstone dan Bober (2004) yang menganjurkan bahawa teknologi melibatkan kanak-kanak
secara kreatif dan sosial, mengembangkan ciri intelektual dan peribadi, serta memudahkan
penyertaan aktif dan kritis. Tambahan pula, integrasi AR dalam kelas perlu berdasarkan kepada
pengetahuan sedia ada pelajar. Hal ini dapat dibuktikan sebagaimana digambarkan oleh peserta
kajian berikut;

“nampak murid sangat seronok, seolah-olah dia belajar sambil bermain…” [P2]

“murid-murid teruja lah…” [P3]

“saya dapati pembelajaran mudah untuk capai objektif..murid-murid cepat je buat kerja. Pastu
geng dia pasti tanya lagi saya boleh tak cikgu ajar kami sampai balik…hmmm.. [P4]

Nincarean et al. (2013) menyatakan, "Alasan di sebalik tahap penerimaan ini mungkin adalah
bahawa tujuan pendidikan apa pun adalah untuk memberikan pengetahuan yang dicapai
dengan memberikan lebih banyak maklumat mengenai [subjek]". Proses integrasi adalah
pengembaraan bagi kedua guru dan pelajar mereka, yang menggunakan pengetahuan
sebelumnya tentang penggunaan teknologi. Namun, mereka menggunakannya dalam
kurikulum mereka. Di samping itu, peserta menunjukkan bahawa mereka dapat menyesuaikan
kemahiran TMK mereka dengan bahan-bahan yang boleh diakses secara dalam talian atau
menggunakan kemudahan gambar dan video digital. Bagi menyokong kesediaan guru, latihan
khusus, peruntukan masa persediaan, peralatan merangkumi sambungan internet,
pengaturcaraan dan peranti mudah alih untuk AR perlu disediakan pihak KPM.

2. Apakah persepsi guru di sekolah pesisir pantai Kelantan tentang kesediaan mengaplikasi AR
dalam pengajaran dan pembelajaran ?

“ pada hemat saya AR ini memberi nilai tambah dan dapat meningkatkan kefahaman murid
dengan lebih berkesan termasuk juga dalam usaha menerapkan nilai-nilai murni dalam
pengajaran dan pembelajaran..”[P1]

“ saya sebagai seorang guru yang baru je 3 bulan di sekolah ni. Saya rasa saya memang bersedia
untuk mengaplikasi AR tapi tu lah…saya kena teliti dulu alat-alat untuk membantu saya
nanti..”[P6]

“ Bagi saya, guru-guru bersedia je kalau nak buat AR ni, tu pun jika guru-guru telah diberikan
pendedahan terutama cara-cara penggunaan..”[P3]

76

Jurnal Pesisir Pantai IPGKKB 2021

PENDIDIKAN BERKUALITI UNTUK SEMUA Vol. 2 (2021) 72 - 78

“saya tak pasti tu tapi saya memang pasti kalau saya dapat peluang memang saya buat… [P4]

3. Apakah persepsi guru pesisir pantai Kelantan mengenai kemampuan mereka melaksanakan
Aplikasi AR di bilik darjah?

„Aplikasi ini sangat baik, Cuma line di sekolah ini tak bulih nak buat, sangat slow, kadang-
kadang taka da line langsung… kemudahan komputer pula terhad… dalam makmal pun hanya
computer guru sahaja boleh guna, yang lain semua rosak..[ P2]

“saya rasa saya mampu..dan memangpun saya ni peminat pembelajaran berteknologi ni… [P3]

Kesimpulan

Pada era dunia digital, teknologi memainkan peranan penting pada masa depan terutama dalam
proses pengajaran dan pembelajaran. Adalah menjadi keutamaan bagi setiap pendidik untuk
menghidupkan isi kandungan pendidikan. Apabila guru membawa teknologi ke dalam kelas,
persekitaran pembelajaran akan berubah; mendengar menjadi inkuiri, minat menjadi ingin
tahu, dan pembelajaran pasif menjadi penerokaan aktif. Seterusnya pembelajaran yang
menyeronokkan akan memberi impak yang besar terhadap pencapaian akademik murid.Kajian
merupakan salah satu dari kajian yang menunjukkan kepentingan teknologi instruksional
seperti AR dalam bilik darjah fizikal mahupun bilik darjah maya. Semangat tinggi para guru
dalam penemuan ini menuntut pihak berwajib menyediakan info dan infra struktur serta
latihan yang mencukupi kepada semua guru supaya ekuiti pendidikan tercapai. Hal ini adalah
selaras dengan visi Kementerian Pendidikan Malaysia untuk meningkatkan kualiti pengajaran
dan melaksanakan transformasi sekolah. Kajian ini diharap memberi manfaat kepada sektor
pendidikan bagi menyusun strategi sesuai berdasarkan tahap integrasi teknologi semasa di
Malaysia.

Rujukan

Billinghurst, M., & Dünser, A. (2012). Augmented reality in the classroom. Computer.
https://doi.org/10.1109/MC.2012.111
Burnard, P. (1991). A method of analysing interview transcripts in qualitative research. Nurse
Education Today. https://doi.org/10.1016/0260-6917(91)90009-Y
Creswell, J. W. (2007). Research Design: Qualitative, Quantitative and Mixed Method

Aproaches. SAGE Publications. https://doi.org/10.4135/9781849208956
Dunleavy, M., & Dede, C. (2014). Augmented reality teaching and learning. In Handbook of
Research on Educational Communications and Technology: Fourth Edition.
https://doi.org/10.1007/978-1-4614-3185-5_59
Garzón, J., & Acevedo, J. (2019). Meta-analysis of the impact of Augmented Reality on students‟
learning gains. Educational Research Review.

https://doi.org/10.1016/j.edurev.2019.04.001
Halili, S. H. (2019). Technological Advancements in Education 4.0. The Online Journal of
Distance Education and E-Learning.
Handbook of Augmented Reality. (2011). Handbook of Augmented Reality.
https://doi.org/10.1007/978-1-4614-0064-6
Hockly, N. (2019). Augmented reality. ELT Journal. https://doi.org/10.1093/elt/ccz020

77

Jurnal Pesisir Pantai IPGKKB 2021

PENDIDIKAN BERKUALITI UNTUK SEMUA Vol. 2 (2021) 72 - 78

Kato, H. (2012). Introduction to Augmented Reality. Kyokai Joho Imeji Zasshi/Journal of the
Institute of Image Information and Television Engineers.
https://doi.org/10.3169/itej.66.53

Lee, K. (2012). Augmented Reality in Education and Training. TechTrends.
https://doi.org/10.1007/s11528-012-0559-3

Martin, J., Bohuslava, J., & Igor, H. (2018). Augmented reality in education 4.0. In 2018 IEEE
13th International Scientific and Technical Conference on Computer Sciences and
Information Technologies, CSIT 2018 - Proceedings. https://doi.org/10.1109/STC-
CSIT.2018.8526676

Nathan, S., Newman, C., & Lancaster, K. (2019). Qualitative interviewing. In Handbook of
Research Methods in Health Social Sciences. https://doi.org/10.1007/978-981-10-5251-
4_77

Nincarean, D., Alia, M. B., Halim, N. D. A., & Rahman, M. H. A. (2013). Mobile Augmented

Reality: The Potential for Education. Procedia - Social and Behavioral Sciences.
https://doi.org/10.1016/j.sbspro.2013.10.385
Qu, S. Q., & Dumay, J. (2011). The qualitative research interview. Qualitative Research in
Accounting and Management. https://doi.org/10.1108/11766091111162070
Wu, H. K., Lee, S. W. Y., Chang, H. Y., & Liang, J. C. (2013). Current status, opportunities and
challenges of augmented reality in education. Computers and Education.
https://doi.org/10.1016/j.compedu.2012.10.024

78

Jurnal Pesisir Pantai IPGKKB 2021

PENDIDIKAN BERKUALITI UNTUK SEMUA Vol. 2 (2021) 79 - 86

Penguasaan Kemahiran Insaniah dalam Kalangan Guru
Pesisir

H. Mohammad-Shukeri, M.S. Muhaimin-Saifuddin & D. Abdullah
Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu

Article Info Abstrak

Received: Kajian ini dijalankan dengan tujuan mengenal pasti tahap
15 Jan 2021 penguasaan kemahiran insaniah guru guru sekolah pesisir. Seramai
Accepted: 625 orang telah terlibat dalam kajian ini. Mereka terdiri daripada
01 Feb 2021 Guru Besar, Guru Penolong Kanan, Guru Kanan Mata Pelajaran, dan
Publish: Guru Pembimbing yang terlibat secara langsung dalam proses PdP.
01 Mac 2021 Atribut kemahiran yang dinilai adalah berdasarkan kepada Tujuh
E-mail adress: Atribut Kemahiran Insaniah iaitu Kemahiran Komunikasi, Kerja
*corresponding Berkumpulan, Penyelesaian Masalah, Kebolehsuaian, Pembelajaran
Author : * Sepanjang Hayat, Etika dan Integriti, dan Penghargaan Kendiri.
Hasil kajian mendapati bahawa tahap penguasaan kemahiran
ISSN 2735-0231 insaniah guru-guru pesisir berada pada tahap tinggi (min = 4.2; SD
= 0.48). Tahap penguasaan kemahiran insaniah mengikut atribut
pula tidak menunjukkan perbezaan yang ketara, kecuali bagi atribut
penyelesaian masalah yang berada pada tahap sederhana (min =
3.70; SD = 0.48). Atribut Etika dan Integriti mencatatkan min
tertinggi (min = 4.52; SD = 0.53), diikuti oleh Kebolehsuaian (min =
4.47; SD 0.54), Kerja Berkumpulan (min = 4.29; SD = 0.57),
Pembelajaran Sepanjang Hayat (min = 4.19; SD = 0.59),
Penghargaan Kendiri (min = 4.11; SD 0.56), dan Kemahiran
Berkomunikasi (min = 4.06; SD = 0.56). Dapatan ini menunjukkan
guru-guru sekolah pesisir telah menguasai kemahiran insaniah yang
diperlukan dalam kerjaya sebagai seorang guru. Walau
bagaimanapun kemahiran menyelesai masalah masih perlu
dipertingkatkan supaya guru pesisir lebih berupaya menangani
permasalahan yang wujud di sekolah.

Kata Kunci: kemahiran insaniah, kerjaya, kendiri, etika dan intergriti
____________________________________________

Introduction

Kemahiran insaniah merupakan suatu kemahiran yang perlu dikuasai oleh guru-guru di
Malaysia. Penghayatan kemahiran insaniah yang tinggi, proses pengajaran dan pembelajaran
diandaikan dapat dilaksanakan dengan berkesan terutamanya dalam mencapai matlamat dan
objektif pendidikan. Hal ini sejajar dengan kenyataan bahawa pengajaran yang berkesan
merupakan teras kepada pembentukan modal insan. Justeru, proses penguasaan kemahiran
insaniah perlu dilaksanakan seawal mungkin termasuklah semasa mengikuti program
perguruan. Kemahiran insaniah menjadi elemen yang penting dalam melahirkan bakal-bakal
guru yang kompeten. Kelayakan akademik yang cemerlang tidak memadai untuk menjadi guru
yang kompeten, maka seharusnya bakal-bakal guru ini menguasai dengan baik kesemua elemen
dalam kemahiran insaniah ini (Mohd Fariiqul Amin, 2009). Ketika menjalani program latihan

79

Jurnal Pesisir Pantai IPKKB 2021

PENDIDIKAN BERKUALITI UNTUK SEMUA Vol. 2 (2021) 79 - 86

mengajar, guru-guru pesisir bukan hanya mengajar dalam bilik darjah, sebaliknya mereka turut
didedahkan dengan kemahiran-kemahiran lain yang dapat diperolehi di luar bilik darjah.
Kemahiran yang dinamakan Kemahiran Insaniah ini penting agar guru pesisir dapat
menyesuaikan diri dengan pantas dan dapat berhadapan dengan cabaran di tempat kerja (Khoo
Vee Lynn, 2008). Peluang mereka dalam meningkatkan kemahiran insaniah ini adalah terbuka
luas dan seharusnya dimanfaat oleh mereka dalam membina keperibadian diri yang unggul.
Kemahiran insaniah yang mencakupi elemen kemahiran berkomunikasi, kerja berpasukan,
kemahiran menyelesaikan masalah, kebolehsuaian, pembelajaran sepanjang hayat, kepuasan
kendiri serta etika dan moral merupakan elemen-elemen yang mustahak (Rozanis, 2006). Oleh
itu, adalah wajar jika kajian dilakukan untuk mengenal pasti tahap penguasaan kemahiran
insaniah guru-guru di sekolah pesisir pantai ini.

Kompetensi Guru Malaysia
Bagi melahirkan guru-guru yang kompeten, kita perlu mengenal pasti unsur-unsur atau elemen
yang akan dapat melahirkan guru yang kompeten. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat
(2005), kompeten membawa maksud cekap, berwibawa dan terlatih. Jadi, guru yang kompeten
dapat didefinisikan sebagai guru yang terlatih, berwibawa dan mempunyai kecekapan bukan
hanya dalam proses pengajaran dan pembelajaran bilik darjah, malah di luar bilik darjah itu
sendiri. Tugas seorang guru bukan sahaja mengajar, tetapi turut meliputi tugas lain seperti
mengelola aktiviti pelajar, mengurus organisasi, mengurus jawatankuasa dan bekerjasama
dengan guru lain dalam melaksanakan agenda-agenda pendidikan di sekolah. Oleh yang
demikian, guru-guru perlu mempunyai kemahiran-kemahiran bukan sahaja kemahiran
mengajar, tetapi juga kemahiran mengurus, memimpin, berkomunikasi dengan berkesan
dengan guru lain, mampu menyelesaikan masalah, serta mempunyai etika kerja yang tinggi
(Nashuha, 2009). Kesemua elemen ini merupakan elemen yang membawa kepada
pembentukan atribut guru dalam kemahiran insaniah.
Guru yang kompeten bukan sahaja mampu mengajar murid dengan cemerlang, tetapi juga
mempunyai keterampilan diri yang meyakinkan, berpegang dengan prinsip kerja yang tekun,
serta bijak menempatkan diri dalam kalangan komuniti sekolah (Erdiana, 2006). Dipercayai
bahawa guru yang mahir dalam segala aspek selain aspek pengajaran bakal menjadi guru yang
berkaliber serta memenuhi hasrat pendidikan negara yang mahukan para guru mempunyai
pengetahuan dan kemahiran dalam segenap aspek. Pembentukan kemahiran insaniah ini amat
dipengaruhi oleh sikap guru terhadap pembentukan diri mereka. Guru yang mempunyai
kesedaran akan kepentingan kemahiran insaniah ini akan cuba untuk meningkatkan nilai
tambah diri dengan pengetahuan dan kemahiran bukan sahaja dalam aspek mengajar, malah
aspek-aspek yang berada di luar lingkungan pengajaran bilik darjah. Kesepaduan antara
elemen-elemen kemahiran insaniah ini akan dapat melahirkan insan guru yang bijak
berkomunikasi, bijak menyesuaikan diri dengan persekitaran, serta berupaya menterjemahkan
kemahiran insaniah ini untuk memberi sumbangan yang bermakna terhadap sekolah khususnya
dan dunia pendidikan amnya (Rozanis, 2006).

Keperluan Kemahiran Insaniah
Kemahiran insaniah telah lama diperkatakan dan dibincangkan oleh para ilmuan dan
penyelidik di serata dunia. Kemahiran insaniah merupakan kemahiran yang perlu dimiliki oleh
seseorang untuk berfungsi dengan berkesan sewaktu melakukan pekerjaan mengikut
kemahiran-kemahiran khusus yang dimiliki. Kemahiran insaniah berkembang melalui proses
semulajadi seperti tumbesaran, kematangan dan penuaan (Megat Aman Zahiri, 2007).
Keperluan penerapan kemahiran insaniah ini telah turut dibincangkan di semua peringkat sama
ada di peringkat rendah, menengah mahupun institusi pendidikan tinggi. Institut pengajian

80

Jurnal Pesisir Pantai IPKKB 2021

PENDIDIKAN BERKUALITI UNTUK SEMUA Vol. 2 (2021) 79 - 86

tinggi awam (IPTA) yang berkualiti mampu melahirkan graduan yang berkualiti bukan sahaja
dalam lapangan akademik tetapi juga dari segi kemahiran-kemahiran lain termasuk
kepimpinan, kemahiran komunikasi , nilai murni dan sebagainya. Menurut Sharifah Hapsah
(2005; dalam Megat Aman Zahiri, 2007), jaminan kualiti di IPT adalah untuk memastikan
graduan yang dilahirkan mempunyai kemahiran teknikal dan praktikal, profesional, kemahiran
pengurusan pemikiran teknikal, kemahiran komunikasi dan kemahiran pengurusan maklumat
serta pembelajaran sepanjang hayat. Menurut Megat Aman Zahiri, 2007, Jabatan Pendidikan
Tinggi, KPM meletakkan piawaian bagi semua kurikulum dalam pendidikan tinggi di Malaysia
harus mempunyai rekabentuk yang menerapkan kemahiran generik yang meliputi

● kemahiran berfikir, bertindak, mengadaptasi, menyelesai masalah
dan membuat keputusan

● kemahiran interpersonal dan berkomunikasi
● kemahiran ICT, multimedia dan kemahiran pengurusan maklumat

● kemahiran kepimpinan,

● kemahiran keusahawanan

Kemahiran generik yang disebutkan juga termasuklah kepada bakal para guru yang akan
menjadi agen sosialisasi dalam masyarakat. Guru seharusnya mempunyai segala kemahiran
generik yang bersesuaian dengan keperluan pendidikan masa kini di samping ilmu pengetahuan
berkaitan mata pelajaran yang diajar. Penggunaan dan penerapan kemahiran generik secara
berkesan dalam pengajaran dan pembelajaran amat bergantung kepada penguasaan kemahiran
pengintergrasiannya dengan kemahiran–kemahiran yang lain seperti kemahiran berfikir,
kemahiran pemudahcaraan, kemahiran belajar, kemahiran menilai dan menaksir dalam
pengajaran, dan tidak kurang pentingnya kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi.
Ahmad (2005) dalam perutusan sempena Hari Guru 2005 menyatakan, perkembangan dan
kemajuan dalam pendidikan tanah air mendesak guru menguasai pelbagai kemahiran generik
seperti, kemahiran berfikir, kemahiran mengguna dan mengintegrasikan ICT dalam pengajaran
dan pembelajaran, kemahiran belajar, dan kebolehan menguasai bahasa kedua dengan baik.

Kementerian juga telah mengariskan beberapa kemahiran asas yang perlu diterapkan atau
diajarkan kepada para guru. Antara kemahiran tersebut adalah;

● Kemahiran Berkomunikasi

● Kemahiran Kerja Berpasukan
● Kemahiran Menyelesaikan Masalah

● Kemahiran Mengadaptasi

● Pembelajaran Sepanjang Hayat
● Nilai Kendiri

● Etika dan Moral Profesional

Kemahiran dan pengetahuan yang wujud pada guru menjadikan mereka guru yang berkualiti.
Guru yang berkualiti sangat penting dalam memastikan agenda kerajaan untuk menjadi negara
maju menjelang tahun 2020 tercapai. Penegasan ini dapat dilihat dalam Pelan Induk
Pendidikan 2006-2010 (2006) yang menyatakan peranan pendidikan sangat penting dalam
usaha membangunkan modal insan yang mempunyai jati diri yang kukuh, berketerampilan,
berkeperibadian mulia, berpengetahuan dan berkemahiran tinggi bagi mengisi keperluan
negara maju 2020. Modal insan yang ingin dihasilkan perlu mampu untuk berfikir secara kritis
dan kreatif, berkemahiran menyelesaikan masalah, berkeupayaan mencipta peluang-peluang
baru, mempunyai ketahanan serta kebolehan untuk berhadapan dengan persekitaran dunia
global yang sering berubah-ubah.

81

Jurnal Pesisir Pantai IPKKB 2021

PENDIDIKAN BERKUALITI UNTUK SEMUA Vol. 2 (2021) 79 - 86

Metodologi
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap penguasaan kemahiran insaniah guru-guru
sekolah pesisir. Responden kajian terdiri daripada guru besar, guru penolong kanan, guru
kanan bidang dan guru pembimbing bagi guru sekolah pesisir. Kaedah yang digunakan adalah
kaedah tinjauan melalui soal selidik secara dalam talian atau online yang disediakan oleh pihak
Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu. Lokasi bagi kajian ini adalah sekolah-sekolah
yang terletak di pesisir pantai negeri Kelantan. Jumlah responden yang terlibat seramai 720
orang dan jumlah responden yang memberi maklum balas bagi soal selidik ini adalah seramai
630 orang. Bagi mendapatkan data kajian ini, Guru, Guru Besar atau Guru Penolong Kanan
diminta untuk mengisi soal selidik Kemahiran Insaniah secara dalam talian.
Dalam kajian ini, soal selidik yang digunapakai terdiri daripada 36 item. Item-item ini
dibahagikan mengikut elemen-elemen dalam Kemahiran Insaniah. Elemen tersebut terdiri
daripada tujuh kriteria utama iaitu Kemahiran Berkomunikasi, Kemahiran Kerja Berpasukan,
Kemahiran Penyelesaian Masalah. Kemahiran Mengadaptasi, Kemahiran Pembelajaran
Sepanjang Hayat, Nilai Kendiri serta Etika dan Moral Profesional

Jadual 1: Elemen-elemen dalam Kemahiran Insaniah

Elemen Kemahiran Insaniah Item
Kemahiran Berkomunikasi 1 hingga 6
7 hingga 12
Kemahiran Kerja Berpasukan 13 hingga 16
Kemahiran Penyelesaian Masalah 17 hingga 21
22 hingga 26
Kemahiran Mengadaptasi 27 hingga 31
Kemahiran Pembelajaran Sepanjang Hayat 32 hingga 36

Nilai Kendiri
Etika dan Moral Profesional

Dalam soal selidik secara dalam talian ini, responden diberikan skala 1 hingga 5. Skala 1 sebagai
sangat lemah, skala 2 sebagai lemah, skala 3 sebagai sederhana, skala 4 sebagai baik manakala
skala 5 sebagai cemerlang. Skala ini juga lebih dikenali sebagai Skala Likert yang menggunakan
kontinum nombor bagi membuat suatu julat. Responden diminta untuk klik hanya kepada satu
pilihan skala bagi setiap satu item. Setelah selesai membuat klik jawapan kepada semua item
yang disediakan, responden akan membuat perakuan telah menjawab soal selidik yang
diberikan dengan jujur dan ikhlas. Hal ini sebagai suatu andaian penting dalam kajian ini untuk
membolehkan data yang diperolehi kelak merupakan data yang sahih dan atas dasar sukarela
dan tanggungjawab. Setelah itu, responden diminta klik pada butang submit dan sistem akan
menerima maklum balas ini.

Analisis Data dan Perbincangan
Jadual 1 menunjukkan bahawa elemen etika profesional guru pesisir mencatatkan nilai min
yang tertinggi iaitu 4.52 pada persepsi pentadbir sekolah. Guru pesisir didapati berpakaian
kemas, menghormati warga sekolah, bersopan santun dalam pertuturan dan pergaulan. Selain
itu, guru sekolah pesisir juga dapat melaksanakan tugas dan tanggungjawab tersebut dengan
baik. Elemen kemahiran mengadaptasi merupakan elemen yang berada dalam kedudukan
kedua tertinggi dengan min 4.47. Guru-guru pesisir didapati boleh menyesuaikan diri dengan
cepat serta menampilkan sahsiah dan tingkah laku yang baik disamping menunjukkan
ketokohan sebagai seorang guru. Mereka mudah diterima oleh rakan sekerja sebagai sebahagian
daripada warga sekolah. Semasa menjalankan tugas guru sekolah pesisir didapati mengamalkan
kerja berpasukan (min 4.29) dengan baik dan memberikan kerjasama kepada semua warga

82

Jurnal Pesisir Pantai IPKKB 2021

PENDIDIKAN BERKUALITI UNTUK SEMUA Vol. 2 (2021) 79 - 86

sekolah. Hal ini menggambarkan bahawa guru-guru sekolah pesisir ini mudah menyesuaikan
diri, proaktif serta boleh bekerjasama dan menerima pandangan orang lain dalam
melaksanakan tugas yang dipertangungjawabkan.

Walau bagaimanapun terdapat elemen yang mencatatkan nilai min kurang memuaskan dan
perlu dipertingkatkan. Antaranya, kemahiran berkomunikasi, kemahiran penyelesaian masalah,
kemahiran pembelajaran sepanjang hayat serta nilai kendiri. Kemahiran berkomunikasi
mencatatkan nilai min 4.06. Dalam tinjauan ini mendapati guru-guru sekolah pesisir kurang
memberi pandangan dalam mesyuarat serta tidak dapat menyuarakan pendapat dengan jelas.
Namun begitu, kelemahan ini akan dapat diatasi sekiranya guru-guru pesisir ini diberikan
pendedahan untuk mengendalikan mesyuarat dengan berkesan. Pendedahan awal ini akan
memberikan keyakinan kepada guru sekolah pesisir memberi pendapat dengan berani, jelas dan
bernas. Manakala kemahiran penyelesaian masalah pula mencatatkan min 3.70. Hal ini

memberikan gambaran bahawa guru-guru sekolah pesisir masih memerlukan bimbingan untuk
membuat sesuatu keputusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kajian ini mendapati
elemen pemikiran kritis dan kreatif adalah penting kepada guru-guru pesisir dan perlu
diberikan latihan yang sewajarnya. Hal ini akan membantu guru-guru pesisir berfikir secara
kritis dan kreatif bagi membuat keputusan khususnya dalam menyelesaikan masalah disiplin
pelajar dan memilih strategi yang sesuai dalam menangani masalah pengajaran. Kajian juga
mendapati kemahiran pembelajaran sepanjang hayat kurang menyerlah iaitu min 4.19. Hasil
analisis ini menunjukkan bahawa guru-guru pesisir kurang meneroka pengetahuan baru
tentang pengajaran dan pembelajaran. Begitu juga dengan nilai kendiri guru-guru pesisir (min
4.12) didapati kurang kompeten. Kajian ini mendapati guru-guru pesisir kurang yakin
mempertahankan pendapat dan kurang kemahiran dalam berhujah. Ringkasan min bagi setiap
kemahiran insaniah ditunjukkan dalam Jadual 2.

Jadual 2: Min dan Sisihan Piawai Kemahiran Insaniah

Kemahiran Insaniah min SP
Kemahiran Berkomunikasi 4.06 .56144
Kemahiran Kerja Berpasukan 4.29 .56897
Kemahiran Penyelesaian Masalah 3.70 .47354
Kemahiran Mengadaptasi 4.47 .53657
Kemahiran Pembelajaran Sepanjang Hayat 4.19 .58774
Nilai Kendiri 4.12 .56241
Etika Profesional 4.52 .53107
Min keseluruhan 4.19 .47796

Guru Pesisir adalah terdiri dari dua kumpulan iaitu kumpulan guru siswazah dan kumpulan
guru Perdana (bukan siswazah). Latar belakang kumpulan guru siswazah agak berbeza dengan
guru pesisir Perdana. Antaranya faktor umur, kematangan, kursus pendidikan yang dipelajari
dan bidang pengkhususan ijazah. Adakah faktor ini mempengaruhi kemahiran insaniah mereka
semasa? Oleh yang demikian, adakah wujud perbezaan yang signifikan terhadap kemahiran
insaniah antara guru-guru pesisir siswazah dengan guru-guru pesisir Perdana.

Jadual 3: Perbezaan min antara guru pesisir Siswazah dengan Perdana

Kumpulan guru Bilangan min SP Nilai F Nilai Sig.
pesisir p

Siswazah 385 4.27 .49656

83

Jurnal Pesisir Pantai IPKKB 2021

PENDIDIKAN BERKUALITI UNTUK SEMUA Vol. 2 (2021) 79 - 86

Perdana 240 4.11 .44988 5.051 .026
Jumlah 625 4.19 .47796

Kajian ini menunjukkan bahawa min kemahiran insaniah guru pesisir siswazah adalah lebih
baik berbanding dengan min kemahiran insaniah guru pesisir Perdana (lihat Jadual 3). Begitu
juga dengan nilai kebarangkalian yang ditunjukkan adalah kurang daripada nilai alpha 0.05 (p
< 0.05). Dapatan ini menunjukan wujud perbezaan yang bererti antara dua kumpulan tersebut.
Hal ini memberikan petunjuk bahawa beberapa faktor seperti usia, kematangan dan kursus
yang diikuti pada peringkat ijazah memberikan kesan kepada kemahiran insaniah guru-guru
pesisir siswazah. Kajian lanjut boleh dilakukan bagi mengenalpasti kesan kemahiran insaniah
kepada kumpulan guru-guru pesisir siswazah iaitu dengan mengadakan ujian pra dan ujian
selepas mengajar.

Jadual 4: Perbezaan min antara guru pesisir lelaki dengan guru pesisir
perempuan

Kumpulan jantina Bilangan min SP Nilai F Nilai Sig.
p

Lelaki 244 4.20 .53304 .006 .939

Perempuan 381 4.20 .46010

Jumlah 625 4.20 .47780

Umum mengetahui pelajar perempuan menunjukkan pencapaian akademik yang baik
berbanding pelajar lelaki. Adakah keputusan yang sama kita boleh perolehi oleh guru
perempuan sekolah pesisir dalam menjalani pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah?
Profesyen perguruan masa kini menuntut cabaran yang lebih dalam kalangan masyarakat guru.
Cabaran menangani disiplin murid sekolah yang semakin kompleks. Cabaran menghadapi
pelajar lemah, tidak berminat untuk bersekolah dan bermacam lagi cabaran yang perlu
ditangani. Kekusutan sistem pendidikan masa kini menimbulkan persoalan; Adakah benar guru
lelaki lebih kompeten berbanding dengan guru perempuan dalam menangani masalah murid
sekolah? Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara guru-guru pesisir lelaki dengan guru-
guru pesisir perempuan terhadap kemahiran insaniah (p > 0.05) (lihat Jadual 4). Penemuan ini
menunjukkan guru-guru pesisir lelaki mempunyai kemahiran insaniah yang sama dengan guru-
guru pesisir perempuan. Ini bererti kedua-dua kumpulan guru pesisir ini mempunyai
kemampuan yang sama dalam kemahiran-kemahiran insaniah yang disenaraikan. Kajian lanjut
harus dijalankan bagi menjawab beberapa persoalan yang tidak boleh dijelaskan melalui kajian
ini terutama dalam masalah disiplin murid yang dihadapi oleh pihak sekolah.

Kesimpulan dan Penutup

84

Jurnal Pesisir Pantai IPKKB 2021

PENDIDIKAN BERKUALITI UNTUK SEMUA Vol. 2 (2021) 79 - 86

Kemahiran Insaniah adalah penting untuk menjadikan modal insan mempunyai nilai yang
tinggi di samping mempunyai kelayakan akademik. Kemahiran ini diperlukan untuk
menjadikan modal insan itu lebih fleksibel, berinisiatif dan berkebolehan untuk menyelesaikan
sesuatu masalah secara kreatif. Seterusnya menjadikan modal insan sesebuah negara itu
berkualiti tinggi yang dapat menguasai kemahiran insaniah dan mempunyai kelayakan
akademik. Untuk melahirkan modal insan yang berkualiti tinggi, sistem pendidikan sesebuah
negara juga hendaklah mempunyai sistem yang berkualiti tinggi. Hal ini kerana kualiti sistem
pendidikan sesebuah negara menjadi indikator kemajuan bagi sesebuah negara ( Mohd Izham,
2011 ). Kualiti sistem pendidikan yang terbaik dan berkualiti tinggi akan melahirkan modal
insan yang berkualiti tinggi juga. Justeru itu sistem pendidikan kebangsaan perlu dimantapkan
dan sentiasa diberi nilai tambah selaras dengan perkembangan global agar dapat melahirkan
modal insan yang diperlukan oleh negara untuk mencapai matlamat Wawasan 2020. Ini juga
selaras dengan matlamat falsafah pendidikan kebangsaan untuk melahirkan warganegara yang

berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan
mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran negara ( Uminadiha, 2011 ). Kejayaan dan keberkesanan sesebuah institusi
pendidikan dalam menerapkan dan membangunkan kemahiran insaniah di dalam diri pelajar
sangat bergantung kepada kemampuan guru melaksanakan proses pengajaran dan
pembelajaran yang berkualiti ( Uminadiha, 2011).

Guru yang kompeten bukan sahaja dalam pengajaran, malah aspek-aspek lain, khususnya yang
berkait dengan kemahiran generik atau kemahiran insaniah. Kemahiran generik diterapkan
kepada pelajar-pelajar menerusi dua cara. Cara pertama ialah menerusi pengajaran terus dari
bilik-bilik kuliah melalui mata pelajaran khas di mana pelajar diajar secara terus berkaitan
kemahiran ini. Cara kedua ialah menerusi mata pelajaran lain dengan diselitkan kemahiran
generik sebagai salah satu objektif pengajaran yang tersirat. Kaedah kedua ini digunakan
dengan meluas oleh para pensyarah.

Kemahiran berkomunikasi, penyelesaian masalah, pembelajaran sepanjang hayat dan nilai
kendiri merupakan aspek yang wajar diberikan perhatian oleh pihak sekolah dalam melahirkan
guru yang kompeten. Kemahiran-kemahiran ini wajar diterapkan dengan lebih giat lagi kepada
bakal-bakal guru agar mereka benar-benar menjadi pendidik yang terlatih, berkaliber dan
mempunyai keupayaan yang tinggi untuk menjadi pendidik yang cemerlang kelak. Penerapan
kemahiran insaniah yang lain pula harus dikekalkan momentumnya agar ia bergerak malar.
Penguasaan kemahiran generik guru-guru sekolah pesisir berada pada tahap yang tinggi.
Kejayaan menerapkan dan pembentukan kemahiran generik ini adalah hasil kerjasama semua
pihak, terutamanya pihak pensyarah yang menerapkan nilai dan kemahiran generik ini dalam
setiap pengajaran. Kajian lanjut secara perbandingan boleh dilakukan bagi mengenal pasti
kesan kemahiran insaniah dalam kalangan kumpulan guru-guru pesisir berbanding guru-guru
mengikut lokasi.

Rujukan
Ahamad Sipon (2005), Perutusan Hari Guru 2005, Online :

http://www.moe.edu.my/hariguru/perutusanKPPM.htm
Dewan Bahasa dan Pustaka. (2005). Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur: DBP
Erdiana Timmong. (2006). Satu Kajian Kes Tahap Kesedaran Terhadap Kepentingan

Kemahiran Generik Dalam Usaha Melahirkan Graduan Cemerlang Di Kalangan Pelajar
Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia. Projek Sarjana Muda UTM. Tidak
diterbitkan.

85

Jurnal Pesisir Pantai IPKKB 2021

PENDIDIKAN BERKUALITI UNTUK SEMUA Vol. 2 (2021) 79 - 86

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2006). Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010.
KPM: Putrajaya.

Megat Zakaria, Megat Aman Zahiri. (2007). Hubungan Antara Kemahiran Generik Dengan
Jantina, Pengkhususan Dan Pencapaian Guru-Guru sekolah pesisir: Satu Tinjauan

Mohd Fariiqul Amin Mohd Rosli. (2009). Persepsi Pelajar SPI Terhadap Amalan Kemahiran
Insaniah Dalam Pembelajaran. Projek Sarjana Muda UTM. Tidak diterbitkan.

Nur Nashuha Shafain. (2009). Kepentingan Penguasaan Kemahiran Generik Di Kalangan
Pelajar Tahun Akhir 4 SPH (Perdana) Fakulti Pendidikan, UTM Sebagai Persediaan Bakal
Guru Di Sekolah. Projek Sarjana Muda UTM. Tidak diterbitkan.

Rozanis Mustapa. (2006). Kepentingan Kemahiran Generik di Kalangan Bakal Pendidik. Projek
Sarjana Muda UTM. Tidak diterbitkan.

Universiti Teknologi Malaysia (2007). Kertas Cadangan Senat. UTM Skudai.
Vee Lynn Khoo. (2008). Penerapan Kemahiran Insaniah Di Kalangan Guru Pesisir Yang

Mengambil Kursus Sains Komputer Di Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi
Malaysia. Projek Sarjana Muda UTM. Tidak diterbitkan.

86

Jurnal Pesisir Pantai IPKKB 2021

PENDIDIKAN BERKUALITI UNTUK SEMUA Vol. 2 (2021) 87 - 103

Pengaruh Persekitaran Pembelajaran Terhadap
Pencapaian Mata Pelajaran Sejarah di SMK Sg Petai :

Satu Kajian Kes

H. Hartini, D. Murni , A. Hanimah & A. Rokiah
Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu

Article Info Abstrak

Received: Kajian ini akan mempersoalkan pengaruh persekitaran pelajar
15 Jan 2021 terhadap pencapaian mata pelajaran Sejarah di SMK Sg Petai Pasir
Putih Kelantan. Pengaruh pesekitaran yang dikaji melibatkan tiga
Accepted: elemen iaitu persekitaran sosio ekonomi keluarga, pesekitaran
01 Feb 2021 pembelajaran dan pengajaran (PdPc) guru sejarah dan persekitaran
prasarana sekolah yang dilihat banyak mempengaruhi pencapaian
Publish: pelajar dalam mata pelajaran Sejarah. Kajian ini merupakan satu
01 Mac 2021 kajian kes yang melibatkan Sekolah Menengah Sg Petai Pasir Putih.
Kajian ini melibatkan 53 orang pelajar tingkatan 5 SMK Sg Petai
E-mail adress: Pasir Putih. Semua pelajar menetap di kawasan berhampiran SMK
*corresponding Sg Petai. Pelajar ini telah diberikan soal selidik dan juga telah
Author : * ditemubual. Data yang diperolehi telah dianalisis secara diskriptif
menggunakan perisian SPSS. Melalui analisis yang dijalankan,
ISSN 2735-0231 dapatan mendapati bahawa persekitaran pengajaran guru sejarah
menjadi faktor dominan yang mempengaruhi tahap pencapaian
mata pelajaran sejarah pelajar, namun begitu terdapat juga faktor-
faktor lain iaitu prasarana sekolah dan persekitaran sosio ekonomi
keluarga pelajar yang turut mempengaruhi pencapaian pelajar
dalam mata pelajaran sejarah. Faktor kemiskinan yang berkaitan
dengan taraf pendidikan ibubapa pelajar, sumber pekerjaan yang
kurang mahir , pendapatan yang rendah turut mempengaruhi
persekitaran pembelajaran pelajar. Secara umumnya dapatlah
disimpulkan bahawa meskipun masyarakat SMK Sg Petai masih lagi
mempunyai taraf hidup yang rendah jika dilihat dari segi sumber
pekerjaan dan pendapatan namun tahap pencapaian anak-anak
mereka masih lagi bergantung kuat pada persekitaran pdpc guru
dan persekitaran sekolah. Namun begitu indicator persekitaran
sosial perlu juga dibaikpulih agar tidak memberi kesan negatif
kepada kehidupan anak-anak mereka yang dilihat sebahagianya
akan mewarisi kemiskinan ibubapa mereka.

Kata Kunci: Pengaruh, Sosioekonomi, kemiskinan, pendidikan, pesisir
pantai, pencapaian
____________________________________________

Pengenalan

Persekitaran pembelajaran pelajar merupakan elemen terpenting dalam memastikan
pencapaian pelajar akan cemerlang. Persekitaran pembelajaran yang reponsif ialah tempat
murid dapat melibatkan diri, mengambil bahagian dan menumpukan perhatian dalam
pembelajaran. Persekitaran yang baik akan memberi keupayaan untuk merangsang minat dan

87

Jurnal Pesisir Pantai IPGKKB 2021

PENDIDIKAN BERKUALITI UNTUK SEMUA Vol. 2 (2021) 87 - 103

semangat murid terus belajar (Mook Song Sang, 2008). Perkaitan persekitaran masyarakat
dengan pencapaian mata pelajaran Sejarah banyak diperkatakan oleh ramai pengkaji. Dalam
kajian Rohana Zubir ,1981 ; Anuar Ahmad,2006 ; Zahara Aziz, 2008 : Azezi, 2004: , mereka
mendapati mata pelajaran Sejarah memerlukan kaedah yang paling sukar diajar dengan
berkesan. Tambah lagi, faktor luaran seperti kepesatan kurikulum dan keperluan peperiksaan,
kekurangan bahan pengajaran dan sumber-sumber lain, keadaan persekitaran luar bilik darjah
dan sekolah serta masalah disiplin murid-murid dijadikan sebagai penghalang kepada
pengajaran mata pelajaran Sejarah yang berkesan. Faktor yang dianggap penghalang oleh beliau
ialah faktor dalaman iaitu kurang minat dan motivasi dalam kalangan pelajar terhadap subjek
Sejarah. Menurut Salleh (2003) dan Haittie (2003) dalam Rohani Arbaa. et al (2010) telah
menyatakan bahawa faktor guru adalah signifikan dalam mempengaruhi minat dan komitmen
pelajar terhadap pelajaran serta berpotensi mengubah sikap dan status pelajar terhadap sesuatu
kurikulum. Pencapaian yang cemerlang dalam mata pelajaran Sejarah amat berkait rapat

dengan persekitaran pembelajaran memandangkan mata pelajaran sejarah adalah mata
pelajaran yang kurang diminati pelajar.

Sejajar pengenalan sejarah sebagai mata pelajaran wajib lulus di peringkat SPM , kegagalan
pelajar untuk lulus telah menyebabkan ramai pelajar gagal mendapatkan sijil SPM. Hakikat ini
amat-amat mendukacitakan warga sekolah kerana gagal memberikan sijil SPM kepada pelajar
meskipun pelajar tersebut telah mengharungi dunia persekolahan selama lima tahun. Ekoran
dari permasalahan ini maka keluarlah suara-suara sumbang dari masyarakat kepada sekolah
tentang kegagalan anak-anak mereka. Antaranya taraf hidup yang serba kekurangan telah
dikatakan sebab utama kegagalan pelajar dalam mata pelajaran sejarah. Meskipun ada
kebenaran yang membuktikan bahawa masyarakat luar bandar adalah golongan yang sinonim
dengan masalah kemiskinan, tahap pendidikan yang rendah, kurang peluang pekerjaan dan
perolehan pendapatan yang rendah (Spolar dan Zhang, 2006).

Kebergantungan hidup komuniti luar bandar ini terhadap alam semula jadi menyebabkan
keadaan mobiliti sosial komuniti ini mempunyai kelainan berbanding komuniti lain di Malaysia
(Hayati Sa'at, 2015). Tahap pendidikan rendah dalam kalangan ibubapa sering dikaitkan
dengan masyarakat di kawasan luar bandar yang mempunyai kekangan ekonomi dalam
kehidupan seharian mereka (Siti Masayu Rosliah Abdul Rashid et.al., 2018). elemen ini
dikatakan cukup memberi kesan kepada pencapaian pendidikan anak-anak mereka. Taraf
pendidikan, pekerjaan dan pendapatan masyarakat luar bandar masih lagi rendah berbanding
dengan masyarakat bandar (Norazmi et al, 2001). Sememangnya aspek latar belakang
pendidikan keluarga, jenis pekerjaan dan jumlah pendapatan adalah perkara yang saling
berkaitan antara satu sama lain. Birdsall mengaitkan masalah kemiskinan dengan isu
pendidikan yang rendah malah melalui kajiannya mendapati peningkatan kadar kenal huruf
adalah penyebab kepada peningkatan pendapatan dan dapat membantu mengatasi masalah
kemiskinan (Bridsdall, 1980). Ini bermaksud keadaan ekonomi sesebuah keluarga cukup
mempengaruhi latar belakang pendidikan anak-anak. Justeru hubungan antara kemiskinan dan
pendidikan saling mempengaruhi. Namun begitu, faktor-faktor lain perlu dianalisis agar
kebenaran dapat diterima.

Justeru, kajian ini memberi tumpuan kepada golongan pelajar SMK Sg Petai, Pasir Puteh
Kelantan untuk melihat beberapa persoalan berkaitan dengan keadaan sosio ekonomi dan
pengaruhnya kepada bidang pendidikan. Selain persekitaran keluarga , persekitaran PdPc guru
dan prasarana sekolah juga akan dianalisis bagi melihat perkaitannya dengan pencapaian mata
pelajaran sejarah di SMK Sg Petai.

88

Jurnal Pesisir Pantai IPGKKB 2021

PENDIDIKAN BERKUALITI UNTUK SEMUA Vol. 2 (2021) 87 - 103

Penyataan Masalah

Kemungkinan kewujudan pelajar yang berhadapan dengan masalah belajar apabila mereka
tidak memiliki kemahiran pembelajaran yang berkesan. Masalah ini akan berlanjutan apabila
gaya dan cara pembelajaran tidak dapat disesuaikan dengan aktiviti dan pengajaran guru.
Apabila aktiviti didalam kelas tidak dapat diikuti, rasa minat dan tumpuan pada pelajaran
tersebut menjadi sukar. Kesan daripada pembelajaran yang sukar akan menjurus kepada
kegagalan pencapaian dalam akademik. Sekolah berperanan berubah ke arah menyediakan
pelajar yang berketerampilan melalui pembangunan kurikulum yang relevan, cekap, berwibawa
sebagai pelajar dan menyediakan persekitaran akademik yang kondusif untuk pembelajaran
berfokuskan pelajar Beberapa kajian terhadap persekitaran pembelajaran di sekolah-sekolah
(Wan Noor Izah, 2006 ; Mohd Johan, 2001; Azman, 2002; Law dan Muhamad Yusuf, 2002)
telah mendapati persekitaran pembelajaran adalah berhubungan terus dengan pencapaian
pelajar.

Berdasarkan laporan keputusan peperiksaan SPM 2019 SMK Sg Petai telah mencatat keputusan
yang rendah (56% yang lulus ,Laporan Unit Data SMK Sg Petai, 2019) . Ekoran permasalahan
tersebut, beberapa kajian telah dibuat agar keputusan Sejarah dapat ditingkatkan. Kebanyakan
guru meletakkan kegagalan tersebut disebabkan situasi pelajar yang datang dari keluarga yang
sosioekonominya rendah. Namun begitu, persoalan ini masih lagi kabur dan perlu diteliti.

Memandangkan mata pelajaran sejarah seringkali dianggap mata pelajaran yang kurang
popular dalam kalangan pelajar, minat pelajar terhadap Sejarah turut dikatakan punca
peratusan mata pelajaran sejarah merundum dengan teruk. Persoalan mata pelajaran sejarah
yang tidak diminati pelajar bukanlah satu perkara baru memandangkan ada banyak kajian yang
membuktikan kenyataan ini. Malah dapatan kajian di Malaysia turut disokong oleh dapatan
kajian luar negara. Clark (2008), menyatakan murid-murid mempunyai tanggapan negatif
terhadap mata pelajaran Sejarah di Australia kerana menganggapnya sebagai mata pelajaran
yang membosankan. Masalah yang sama juga berlaku di Kanada apabila murid-murid kurang
minat terhadap mata pelajaran Sejarah.

Selain itu, taraf pendidikan, pekerjaan dan pendapatan masyarakat di sekitar kampung Sg petai
ini masih lagi rendah berbanding dengan masyarakat sekitar. Kemiskinan dalam kalangan
komuniti masyarakat berpendapatan rendah telah mewujudkan pelbagai masalah sosial lain
seperti keciciran dalam pelajaran, pengangguran, penyalahgunaan dadah, kecurian dan masalah
jenayah lain (Nor Hayati, 2010; 2011; Ishak dan Rahman, 1997; Ungku Aziz, 1987; Wan
Hashim, 1980;). Isu kemiskinan masyarakat telah memberi kesan ke atas kualiti hidup
terutama dalam persoalan pendidikan anak-anak mereka.

Objektif Kajian

1.1. Kajian ini bertujuan untuk:

3.1.1 Menganalisis pengaruh persekitaran terhadap pencapaian mata pelajaran sejarah
3.1.2 Menganalisis pengaruh sosio ekonomi keluarga terhadap pencapaian
3.1.3 matapelajaran sejarah
3.1.4 Menganalisis pengaruh persekitaran fizikal kelas terhadap pencapaian
matapelajaran sejarah.
Menganalisis pengaruh persekitaran pdpc guru sejarah terhadap pencapaian
mata pelajaran sejarah.

89

Jurnal Pesisir Pantai IPGKKB 2021

PENDIDIKAN BERKUALITI UNTUK SEMUA Vol. 2 (2021) 87 - 103

Kepentingan Kajian

Seterusnya hasil kajian ini akan dapat memberi panduan kepada pihak guru untuk merangka
pelan strategik yang lebih menyeluruh agar pencapaian mata pelajaran sejarah dan kualiti hidup
masyarakat Sg petai dapat ditingkatkan. Selain itu, dapatan kajian ini juga bertujuan untuk
mengenal pasti tahap faktor persekitaran yang paling dominan dalam menentukan punca
kegagalan pelajar dalam mata pelajaran sejarah . Adakah persekitaran sosio ekonomi,
persekitaran sesi PdPc guru atau persekitaran prasarana di sekolah yang paling dominan dan
paling mempengaruhi pencapaian pelajar. Kajian ini juga akan melihat samada masyarakat
luarbandar di sekitar pasir putih telah memberi pengaruh dalam kualiti dalam konteks
pendidikan. Hal ini juga bagi meningkatkan taraf sosioekonomi masyarakat SMK Sg Petai
supaya tidak ketinggalan dalam arus pembangunan pendidikan.
Skop Kajian

Kajian ini telah dijalankan di SMK Sg Petai Pasir Putih, Kelantan bagi melihat persekitaran
pembelajaran pelajar dan pengaruhnya dalam mata pelajaran sejarah. Melibatkan 53 orang
pelajar dan 4 orang guru (Pihak pengurusan dan guru mata pelajaran) Pemilihan kawasan ini
adalah kerana peratusan mata pelajaran sejarah yang sangat rendah dalam pencapaian SPM
2019. Memandangkan majoriti masyarakat di SMK Sg Petai yang sentiasa dikaitkan dengan
kemiskinan dan taraf pendidikan yang rendah dalam kalangan anak-anak mereka, satu kajian
perlu dijalankan agar dapat dibuktikan samada faktor kemiskinan keluarga adalah yang paling
dominan dalam permaslahan pencapaian sejarah dalam kalangan pelajar SMK Sg Petai.

Kaedah Kajian

1.2. Saiz Sampel
Kajian ini melibatkan responden seramai 53 orang pelajar yang telah pilih. (kuasi
eksperimental) daripada kalangan pelajar tingkatan lima SMK Sg Petai yang melibatkan
4 kelas. Semua keluarga pelajar ini menetap di sekitar sekolah. Data primer diperolehi
melalui borang soal selidik yang diedarkan. Selain soal selidik, kami juga telah
menemubual 5 orang pelajar (2 orang pelajar lemah, 2 orang pelajar sederhana dan 1
orang pelajar cemerlang) dan 4 orang guru (guru sejarah dan pentadbir) bagi
menyokong kajian ini. Soal selidik ini dibuat ke atas pelajar bagi memperolehi
maklumat latar belakang keluarga di kawasan kajian, status responden, kawasan
kediaman, pekerjaan, pendapatan, tahap pendidikan keluarga responden dan tahap
pendidikan ibubapa responden, corak PdPc guru dan prasarana sekolah.

1.3. Analisis Data
Data-data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan pendekatan kuantitatif dan
kualitatif supaya kesemua data-data tersebut mempunyai kredibiliti dan realibiliti (
Eyles, 1992 & Bernard, 2000). Data-data kuantitatif yang diperolehi melalui borang soal
selidik dan data kualitatif yang diperolehi melalui temubual, pemerhatian dan kajian
literatur dilihat saling menyokong bagi menjawab objektif kajian.

1.4. Analisis Diskriptif

90

Jurnal Pesisir Pantai IPGKKB 2021

PENDIDIKAN BERKUALITI UNTUK SEMUA Vol. 2 (2021) 87 - 103

Sebanyak 53 borang kaji selidik telah diedar dan dikutip untuk dianalisis bagi
mendapatkan gambaran awal tentang data dan pembolehubah kajian secara terperinci.
Maklumat sosio ekonomi responden dan tahap pencapaian anak-anak mereka dalam
peperiksaan pertengahan tahun, Ujian Prasarana dan PdPc guru juga dianalisis .

Kajian Literatur

Antara faktor yang agak dominan, adalah persekitaran PdPc guru sejarah, dikatakan banyak
mempengaruhi pencapaian pelajar dalam mata pelajaran sejarah. Banyak kajian yang
membicarakan tentang ketidakcekapan dalam pedagogi telah menyebabkan pelajar tidak
berjaya mendapat maklumat dari apa yang diajar oleh guru. Menurut Salleh (2003), Haititie
(2003), Rohani Arbaa(2010) menyatakan bahawa faktor guru adalah sangat signifikan dalam
mempengaruhi minat dan komitmen pelajar terhadap mata pelajaran sejarah. Kajian Rohani
Arbaa (2010) dengan jelas menyatakan bahawa terdapat hubungan positif antara guru yang
berkualiti terhadap pembentukan pencapaian pelajar. Guru yang bijak dalam melaksanakan
aktiviti di dalam kelas dengan menyediakan kaedah-kaedah yang sesuai dapat meningkatkan
minat dan pencapaian pelajar (Suradi , 2001)

Selain itu, pencapaian pelajar dalam mata pelajaran sejarah juga turut dikaitkan dengan
kemudahan prasarana sekolah, ianya melibatkan kemudahan fizikal sekolah dan juga pihak
pentadbiran sekolah. Ada banyak pengkaji yang membicarakan tentang prasarana sekolah yang
menyumbang pada pencapaian pelajar. Webster dan Fisher (2003) menyatakan persekitaran
sekolah yang baik didapati mempengaruhi amalan pengajaran guru seterusnya mempengaruhi
sikap dan pencapaian pelajar di sekolah. Kajian Zuraidah et all(2015) berhubung persoalan
kajian persekitaran sekolah dipengaruhi oleh aspek kepimpinan, di mana aras kualiti
persekitaran sekolah boleh dipertingkatkan apabila golongan pentadbir sekolah mengamalkan
corak pentadbiran yang lebih cekap dan berkualiti.

Faktor kemiskinan keluarga adalah faktor utama berlakunya keciciran dalam kalangan
penduduk luar bandar (Buarque, Spoolar dan Zhang, 2006). Keadaan ini biasanya berlaku
kepada masyarakat pendalaman dan kampung. Kemiskinan yang mereka alami menyebabkan
mereka tidak mendapat manafaat sepenuhnya kemudahan-kemudahan yang disediakan oleh
kerajaan. Persekitaran mereka yang jauh ke pendalaman menyebabkan mereka tidak mendapat
akses kemajuan khususnya dari segi pendidikan yang sudah dilengkapi dengan kelengkapan
digital.

Manakala Ibrahim Abu Shah (1995) telah melihat persekitaran tempat tinggal yang amat berkait
rapat dengan faktor sosio ekonomi iaitu pekerjaan dan pendapatan amat mempengaruhi dan
merangsang pembangunan pendidikan pelajar. Bagi pelajar yang membesar dalam
persekitaran yang baik mereka akan mempunyai taraf pendidikan yang lebih baik dan mampu
bersaing dalam semua bidang. Sebaliknya pelajar yang tinggal dalam persekitaran yang kurang
baik akan seperti keadaan rumah yang bersesak-sesak, kekurangan sanitasi dan kebersihan,
kurang pengambilan makan yang sihat dan akhirnya akan memberi kesan kepada tahap
pencapaian pendidikan yang lebih rendah. Kebiasaannya keluarga yang mengalami masalah
kemiskinan hidup disebabkan oleh jenis pekerjaan yang berpendapatan rendah, tiada
kemampuan menyediakan kemudahan pendidikan yang cukup untuk perkembangan
kecemerlangan anak-anak (Ibrahim Abu Shah, 1995).

91

Jurnal Pesisir Pantai IPGKKB 2021

PENDIDIKAN BERKUALITI UNTUK SEMUA Vol. 2 (2021) 87 - 103

Berdasarkan kajian-kajian lepas wujud persoalan berkenaan dengan pengaruh persekitaran
pembelajaran terhadap pencapaian mata pelajaran sejarah di SMK Sg Petai. Persoalan faktor
manakah yang lebih dominan, adakah persekitaran sosio ekonomi keluarga pelajar,
persekitaran fizikal sekolah atau persekitaran PdPc guru yang menyumbang kepada pencapaian
mata pelajaran sejarah harus dilihat dengan teliti. Maka kajian ini diharapkan dapat menjawab
persoalan-persoalan di atas dan meningkatkan pencapaian mata pelajaran sejarah di SMK Sg
Petai.

Hasil kajian

Maklumat pelajar

Berdasarkan soal selidik yang telah diedarkan, maklumat menjelaskan bahawa pelajar SMK Sg
petai merupakan pelajar yang berada dalam kategori luar bandar. Kebanyakan pelajar yang
belajar di sini adalah penduduk sekitar Kg Sg Petai yang keseluruhannya berbangsa melayu.
Hanya ada 7% pelajar yang bersekolah di sini tapi menetap di bandar Pasir Putih. Dari segi
jantina, pelajar tingkatan lima di SMK Sg petai, mempunyai jumlah pelajar perempuan (76%)
melebihi pelajar lelaki (23%). Nisbah jantina yang tidak seimbang turut memberi kesan
terhadap pencapaian pelajar di dalam kelas. Ini dibuktikan dalam kajian Abdul Razq Ahmad
(2001) yang menyatakan tahap pencapaian akan berbeza bagi pelajar yang berlainan jantina .

Lokasi Bandar Luar bandar India Lain-lain
Sekolah 7% 93% tiada tiada
Jantina Perempuan Lelaki
76% 23%
Bangsa Melayu Cina
99% 1%

Jantina Pelajar Lokasi pelajar Bangsa pelajar

100
50
0

lelaki Perempuan 12

Rajah 1: Maklumat ibubapa pelajar.

92

Jurnal Pesisir Pantai IPGKKB 2021

PENDIDIKAN BERKUALITI UNTUK SEMUA Vol. 2 (2021) 87 - 103

Selain maklumat pelajar, pengkaji juga telah menganalisis situasi sosio ekonomi keluarga
pelajar. Berdasarkan maklumat yang diperolehi, hampir 80% ibubapa kepada pelajar adalah
bekerja sendiri dengan anggaran pendapatan yang tidak menentu.

MAKLUMAT BAPA IBU
TIDAK BEKERJA
SEKTOR KERAJAAN 10.60% 49%
SEKTOR SWATA 21.40% 16.40%
KERJA SENDIRI 8.50% 8.30%
59.50% 28.5%

MAKLUMAT PEKERJAAN IBUBAPA

100%
50%
0%

TIDAK SEKTPR SEKTOR KERJA
SWATA SENDIRI
BEKERJA KERAJAAN

BAPA IBU

Berdasarkan analisis yang dilaksanakan, dapat disimpulkan bahawa 80% ibubapa pelajar
adalah terdiri daripada mereka yang bekerja sendiri dengan anggaran pendapatan yang tidak
menentu. Ini jelas menunjukkan bahawa ibubapa responden masih berada dalam kelompok
miskin dan terdiri daripada masyarakat yang tinggal di luar bandar. Masalah dan cabaran yang
dihadapi oleh golongan ini sekaligus memberi impak terhadap pencapaian pendidikan dalam
kalangan anak-anak mereka.

Tahap Pendidikan ibubapa pelajar

KELULUSAN BILANGAN PERATUSAN

IJAZAH 7 7

SIJIL/DIPLOMA 22 21

PMR,SRP,SPM 36 35

TIADA SIJIL 37 36

JUMLAH IBUBAPA %

Jadual 2: Tahap Pendidikan IBUBAPA

93

Jurnal Pesisir Pantai IPGKKB 2021

PENDIDIKAN BERKUALITI UNTUK SEMUA Vol. 2 (2021) 87 - 103

keputusan akhir tahun 2019

30

25

20

15

10

5

0 gred b-c gred d-e gagal
gred A

Berdasarkan keputusan peperiksaan akhir tahun 2019, hampir 80% pelajar berada ditahap D, E
dan gagal dalam mata pelajaran sejarah. Hanya 20% pelajar sahaja yang mendapat gred A, B
dan C . Ini membuktikan bahawa, pelajar masih belum mendapat keputusan yang baik dalam
mata pelajaran sejarah. Berdasar analisis, seramai 9 orang pelajar yang gagal, datangnya dari
keluarga yang miskin dan seringkali tidak hadir ke sekolah. Berdasarkan temubual dengan 3
orang pelajar yang gagal, mereka menyatakan kesukaran mereka untuk datang ke sekolah
memandangkan mereka perlu bekerja untuk membantu keluarga. Manakala 2 orang lagi
merupakan pelajar bermasalah dalam disiplin sekolah. 4 orang lagi mengalami masalah
keluarga. Tuntasnya, kebanyakan pelajar yang gagal ini adalah pelajar yang datang dari keluarga
miskin dan sememangnya bermasalah. Seringkali tidak ke sekolah menyebabkan mereka
ketinggalan dalam mengikuti pembelajaran sejarah. Hasil analisis temubual adalah seperti
berikut:

“.....saya banyak tak hadir sekolah, saya kerja pada waktu malam kat kedai
burger, jadi pagi tak bangun utk ke sekolah....letih” (P7)

“....saya tok g sekolah...jaga mok sakit....tapi saya baco jugop d rumah...” (P8)
“........tok faham apa-apa tentang sejarah....saya tok pandai sejarah...” (P4)

Hasil analisis mendapati bahawa kegagalan mereka dalam mata pelajaran sejarah banyak
disebabkan ketidakhadiran mereka ke sekolah. Tiada tarikan yang sewajarnya dalam
pembelajaran sejarah dan kehidupan mereka yang terlalu sulit mengakibatkan pencapaian
mereka dalam pencapaian sejarah amat-amat mendukacitakan. Sikap pelajar terhadap guru
mata pelajaran atau subjek yang diambil akan mempengaruhi minat serta usaha ke arah
kejayaan akademik seseorang pelajar (Suradi Salim, 1987). Pelajar kebanyakan mempunyai
minat untuk belajar sekiranya guru memainkan peranan yang penting dalam sesebuah kelas.
Guru yang bijak dalam melaksanakan aktiviti di dalam kelas dengan menyediakan kaedah-
kaedah yang sesuai merupakan seorang guru yang bagus dalam proses meningkatkan minat
pelajar itu sendiri

94

Jurnal Pesisir Pantai IPGKKB 2021

PENDIDIKAN BERKUALITI UNTUK SEMUA Vol. 2 (2021) 87 - 103

Pendidikan Ibubapa

40 SIJIL/DIPLOMA PMR,SRP,SPM TIADA SIJIL
30
20
10

0
IJAZAH

bilangan

Carta Bar: Tahap Pendidikan Ibubapa

Pelajar yang terlibat dalam kajian ini berumur dalam lingkungan 17 tahun ke atas. Kajian
mendapati majoriti ibubapa pelajar tidak mempunyai sijil dalam tahap pendidikan iaitu seramai
37 orang yang mewakili 37% peratus. Manakala golongan yang kedua adalah ibubapa pelajar
yang mempunyai sijil di peringkat SPM dan PMR iaitu 36 orang mewakili 35% peratus. Ini
menunjukkan kebanyakan responden bekerja sebagai buruh, buruh kasar dan nelayan kecil-
kecilan. Manakala yang berpendidikan di peringkat ijazah hingga diploma jumlahnya 29 %
sahaja. Ini menggambarkan tahap pendidikan ibubapa pelajar berada di tahap yang rendah
menyebabkan kebanyakan daripada ibubapa ini bekerja dalam sektor separuh mahir,
kebanyakannya bekerja sendiri dengan pendapatan yang tidak menentu. Ini bermakna
Penglibatan ibubapa pelajar dalam sektor pekerjaan yang memerlukan taraf pendidikan yang
lebih baik iaitu seperti kategori profesional, pentadbiran, pengurusan dan perniagaan amat
sedikit.

Tahap pendidikan yang rendah menyebabkan mereka berkerja dalam sektor berkemahiran
rendah dan sektor tidak formal seperti nelayan kecil-kecilan, buruh dan pembinaan, sektor
pertanian dan perkhidmatan. Secara umumnya dapat dikatakan hampir 70% daripada pelajar
datangnya daripada keluarga yang bertaraf hidup rendah dan ini menyukarkan ibubapa mereka
menyediakan kemudahan belajar yang setanding dengan pelajar-pelajar di bandar. Berdasarkan
temubual dengan lima orang pelajar, pengkaji mendapati, ada dalam kalangan mereka yang
terpaksa bekerja bagi menampung perbelanjaan keluarga menyebabkan kehadiran mereka ke
sekolah agak merosot dan akhirnya pencapaian pelajar tersebut dalam mata pelajaran sejarah
juga merosot.

Selain itu, ibubapa mereka juga tidak pernah mengambil tahu tentang permasalahan
pembelajaran anak-anak di sekolah. Keadaan ini dapat dikaitkan dengan teori modal manusia
yang mana terdapat hubungan positif antara kadar upah yang diterima dengan tahap
pendidikan seseorang (Rahmah Ismail, 2003. Pencapaian taraf pendidikan yang rendah
menyebabkan kebanyakan penduduk luar bandar berpendapatan rendah dan miskin. Ini selari
dengan dapatan kajian Nurul Aina Rasid, 2011 yang menyatakan bahawa ibubapa yang
berpendidikan rendah akan lebih menumpukan kerja-kerja mereka berbanding membantu
anak-anak dalam pelajaran setelah tamat waktu persekolahan. Penemuan ini selari dengan
kajian yang dibuat oleh Nor Hayati Sa'at (2011), Buarque et. al., (2006) dan Bao Chuanyou
(2006), yang mendapati tahap pencapaian masyarakat di luar bandar yang rendah
menyebabkan mereka bekerja dalam sektor pekerjaan yang berkemahiran rendah dan tidak
memerlukan kelayakan akademik yang lebih baik. Menurut Raja Rohana Raja Mamat (1991),
semakin tinggi tahap pendidikan, maka semakin terbuka peluang untuk mendapatkan

95

Jurnal Pesisir Pantai IPGKKB 2021


Click to View FlipBook Version