The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by CPD JABATAN pm, 2021-04-04 08:53:57

E JURNAL PESISIR JILID 2

E JURNAL PESISIR JILID 2

PENDIDIKAN BERKUALITI UNTUK SEMUA Vol. 2 (2021) 180 - 199

Saya tahu e-pembelajaran
menghubungkan pelajar 21 93(54.7
3 dan guru diluar bilik 1(0.6) 1(0.6) (12.5) ) 54(31.8) 4.17 Tinggi
3 (1.8)
darjah 1 (0.6)
1 (0.6)
Saya tahu e-pembelajaran 1 (0.6)
2 (1.2)
4 merupakan sokongan 3 (1.8) 0 21 92 54(31.8) 4.14 Tinggi
1 (0.6) (12.4) (54,.1)
komunikasi murid dengan
guru.

Saya tahu e-pembelajaran 77
bergantung kepada fasiliti 80 (45.3)
5 0 12 (7.1) (47.1) 4.37 Tinggi
internet untuk

perlaksanaannya.

Saya tahu e-pembelajaran 1(0.6) 14 91(53.5) 63 4.26 Tinggi
6 merupakan satu keperluan (8.2) (37.1)

masa kini.

Saya tahu e-pembelajaran

7 boleh dijalankan di mana- 5(2.9) 21 87(51.2) 56 4.14 Tinggi
mana sahaja mengikut (12.4) (32.9)

keperluan semasa.

Saya tahu e-pembelajaran 16 98 53
(9.4) (57.6) (31.2)
8 boleh membantu proses 1(0.6) 12 (7.1) 4.18 Tinggi
3 (1.8) 67 85
PdPc. (39.4) (50.0)

9 Saya mahir menggunakan 3.58 Sederhana
e-pembelajaran .

Saya tahu dan faham e-
pembelajaran boleh
31 98 37
10 membantu saya dalam 3 (1.8) (18.2) (57.6) (21.8) 3.98 Tinggi

menjalankan pdpc secara
atas talian

Min 4.11 Tinggi

N Item soalan Kekerapan Skor Tafsiran
o Min

STS TS TP S SS
1 (0.6)
6(3.5) TAHAP PENERIMAAN

Saya berpuas hati dapat 7(4.1) 65 84 13 3.60 Sederhana
1 melaksanakan aktiviti pdpc (38.2) (49.4) (7.6)

secara e-pembelajaran 15(8.8) 59 75 15 3.46 Sederhana
(34.7) (44.1) (8.8)
Saya jarang menjalankan e-
pembelajaran disebabkan
2 faktor pengetahuan dan
fasiliti yang ada.

193

Jurnal Pesisir Pantai IPGKKB 2021

PENDIDIKAN BERKUALITI UNTUK SEMUA Vol. 2 (2021) 180 - 199

Saya telah melaksanakan
e-pembelajaran sejak 71 74
3 kebelakangan ini 1(0.6) 12(7.1) (41.8) (43.5) 12 (7.1) 3.50 Sederhana

Saya melaksanakan e-

pembelajaran melalui 66 68
4 Google Classroom (GC) 9 (1.8) 19(11.2) (38.8) (40.0) 8 (4.7) 3.28 Sederhana

sahaja

Saya telah menghasilkan
pelbagai inovasi interaktif
28(16.5 84 44
5 untuk proses e- 6 (3.5) ) (49.4) (25.9) 8 (4.7) 3.12 Sederhana

pembelajaran ini

Saya telah berkongsi bahan 17(10) 58 80(47.1 11 (6.5) 3.45 Sederhana
dan ilmu dengan murid (34.1) )
6 menerusi platform e- 4 (2.4)
pembelajaran

Saya sedia membantu

7 murid yang lemah melalui 1 (0.6) 18(10.6 52 85(50) 14 3.55 Sederhana
e-pembelajaran ) (30.6) (8.2)

Saya berasa seronok 61 80(47.1 13
berinteraksi dengan murid (35.9) ) (7.6)
8 melalui e-pembelajaran. 1 (0.6) 15(8.8) 3.52 Sederhana

Saya berasa selesa
e-
9 menggunakan 1 (0.6) 18 69 73 9 (5.3) 3.42 Sederhana
pembelajaran (10.6) (40.6) (42.9)

Min 3.43 Sederhana

N Item soalan Kekerapan Sko
o r Tafsiran

STS TS TP S Min

SS

TAHAP KEBERKESANAN

Proses e-pembelajaran

mampu meningkatkan 13(7.6 100(58.
keyakinan guru ) 8
1 melaksanakan proses 0 45(26.5) 12 (7.1) 3.66 Sederhana

Pdpc.

Proses pengajaran

dan pembelajaran dapat 13(7.6 51
) (30.0)
2 dijalankan dengan lebih 3(1.8) 91(53.5) 12 (7.1) 3.56 Sederhana

berkesan menerusi e-
pembelajaran

194

Jurnal Pesisir Pantai IPGKKB 2021

PENDIDIKAN BERKUALITI UNTUK SEMUA Vol. 2 (2021) 180 - 199

Pelbagai inovasi

pendidikan dapat 2(1.2) 5(2.9) 40
3 dihasilkan menerusi e- (23.5) 102(60) 21 (12.4) 3.79 Sederhana

pembelajaran ini

Aktiviti penilaian dan
Pentaksiran Bilik Darjah

4 (PBD) dilaksanakan 4 (2.4) 8(4.7) 53 84(49.4) 21(12.4) 3.64 Sederhana
dengan lebih pantas (31.2)
dalam e-pembelajaran

Proses e-pembelajaran

dapat mengurangkan
penggunaan kertas secara 33
5 langsung menjimatkan 0 4(2.4) (19.4) 91(53.5) 42(24.7) 4.01 Tinggi

kos.

Saya tahu e-pembelajaran
memudahkan saya
40(23.5
6 berkongsi bahan dengan 0 7(4.1) ) 88(51.8) 35 (20.6) 3.89 Tinggi

guru dan murid.

Proses Pdpc melalui e- 1 (0.6) 13(7.6 41 90(52.9) 25 (14.7) 3.74 Sederhana
pembelajaran ) (24.1)
7 menyeronokkan murid
dan guru

Saya sedar bahawa e-

8 pembelajaran amat 0 7(4.1) 39 96(56.5) 28 (16.5) 3.85 Tinggi
berguna untuk saya. (22.9)

Saya berasa selesa

9 menggunakan aplikasi e- 1 (0.6) 15 51 (30) 91(53.5) 12 (7.1) 3.58 Sederhana
Pembelajaran. (8.8)

Kandungan dalam e-

10 pembelajaran 0 11(6.5) 44(25.9 99(58.2) 16 (9.4) 3.71 Sederhana
meningkatkan kefahaman )

dan kemahiran saya.

Min 3.74 Sederhana

Jadual 4.21 Analisis Tahap Pengetahuan, Penerimaan dan Keberkesanan
e- Pembelajaran

Berdasarkan jadual 4.2.1 menunjukkan analisa bagi pembolehubah tahap pengetahuan
penggunaan e-pembelajaran menunjukkan mana min skor setiap item soalan 1 hingga 10
berada dalam tahap yang tinggi iaitu 4.18 hingga 4.37 manakala min skor untuk item 9 berada

195

Jurnal Pesisir Pantai IPGKKB 2021

PENDIDIKAN BERKUALITI UNTUK SEMUA Vol. 2 (2021) 180 - 199

dalam tahap sederhana iaitu 3.56. Seramai 170 orang responden bersetuju dan tahu bahawa e-
pembelajaran mampu menghubungkan murid dan guru diluar bilik kuliah. Hal ini
menunjukkan para guru sedar tentang e-pembelajaran berkaitan konsep dan perlaksanaannya.
Keseluruhan min untuk tahap pengetahuan guru tentang e-pembelajaran ialah 4.11 iaitu
berada pada tahap tinggi.

Jadual 4.2.1 menunjukkan analisa bagi tahap penerimaan berkaitan pelaksanaan e-
pembelajaran dalam kalangan guru sekolah pesisir pantai bagi setiap item soalan 1 hinnga 9
berada dalam tahap skor min yang sederhana antara 3.12 hingga 3.60. Item yang mendapat
min skor tertinggi bagi item soalan 1 iaitu pada nilai min skor 3.60. Seramai 162 orang
responden menyatakan persetujuan serta berpuas hati dan menerima penggunaan e-
pembelajaran dalam PdPc. Min tahap penerimaan e-pembelajaran dalam kalangan guru ialah
3.43 iaitu berada pada tahap sederhana.

Tahap keberkesanan pelaksanaan e-pembelajaran dalam kalangan guru sekolah pesisir pantai
menunjukkan min skor bagi setiap item soalan no 1 hingga 4, 7, 9 dan 10 berada dalam tahap
yang sederhana iaitu 3.58 hingga 3.79. Manakala min skor bagi item soalan 5, 6 dan 8 berada
dalam tahap tinggi iaitu 4.01, 3.89 dan 3.85. Item soalan yang mendapat min skor tertinggi
adalah pada item soalan 5 yang mana seramai 105 orang menyatakan persetujuan bagi item
soalan ini yang menunjukkan responden mengetahui keberkesanan pelaksanaan e-
pembelajaran ini dapat membantu guru menjimatkan pelbagai kos yang terlibat dalam sesi
pengajaran dan pembelajaran. Min keseluruhan tahap keberkesanan e-pembelajaran dalam
kalangan guru sekolah pesisir pantai ialah 3.74 iaitu berada tahap sederhana. Huraian di atas
menjelaskan serta menjawab objektif yang pertama iaitu mengukur tahap pengetahuan,
penerimaan dan keberkesanan e-pembelajaran dalam kalangan guru pesisir pantai.

Analisis korelasi tahap kesedaran dan penerimaan guru dalam
mempengaruhi perlaksanaan e-pembelajaran

Analisis korelasi pearson bagi melihat perhubungan di antara pemboleh ubah pengetahuan
dan elemen penerimaan terhadap keberkesanan pelaksanaan e-pembelajaran .

Jadual 4.2.2 Korelasi Tahap Pengetahuan dan Tahap Penerimaan terhadap
keberkesanan e-pembelajaran

KORELASI

PENGETAHUAN PENERIMAAN KEBERKESANAN
.431** .487**
PENGETAHUAN Korelasi Pearson 1 .000 .000
168 168
Sig. (2-hala) 1 .763**
.000
N 168 168 168
.763** 1
PENERIMAAN Korelasi Pearson .431** .000
170 170
Sig. (2-hala) .000

N 168

KEBERKESANAN Korelasi Pearson .487**

Sig. (2-hala) .000

N 170

**. Korelasi signifikan pada aras 0.01 level (2-hala).

196

Jurnal Pesisir Pantai IPGKKB 2021

PENDIDIKAN BERKUALITI UNTUK SEMUA Vol. 2 (2021) 180 - 199

Jadual 4.2.2 menunjukkan korelasi tahap pengetahuan, tahap penerimaan dan tahap
keberkesanan dalam pelaksanaan e-pembelajaran dalam kalangan guru sekolah pesisir. Dalam
jadual di atas memperlihatkan terdapat hubungan yang signifikan di antara ketiga-tiga
pemboleh ubah tersebut. Korelasi tahap pengetahuan dengan tahap penerimaan ialah r-0.431,
begitu juga korelasi tahap pengetahuan dengan tahap keberkesanan ialah r-0.487. Korelasi
antara tahap penerimaan dengan tahap keberkesanan pelaksanaan e-pembelajaran
menunjukkan hubungan yang signifikan pada aras 0.01 dengan bacaan r-0.763. Hal ini
memperjelaskan bahawa semakin tinggi penerimaan guru terhadap e-pembelajaran semakin
berkesan dari aspek pelaksanaan e-pembelajaran dalam PdPc guru. Analisis korelasi pearson
jelas menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara tahap pengetahuan guru dengan
tahap penerimaan guru terhadap pelaksanaan e-pembelajaran dalam kalangan guru sekolah
pesisir. Hipotesis nul kajian yang menyatakan: Tidak terdapat hubungan yang signifikan di
antara tahap pengetahuan dengan tahap penerimaan guru dalam melaksanakan e-pembelajaran
ditolak. Kajian ini menerima hipotesis alternatif yang menyatakan:Terdapat hubungan yang
signifikan di antara tahap pengetahuan dengan tahap penerimaan guru dalam melaksanakan e-
pembelajaran.

Rumusan dan Perbincangan

Bahagian ini adalah terdiri daripada rumusan, perbincangan dan cadangan kajian. Dapatan
kajian yang diperolehi dalam bab 4 akan dibincangkan dalam bab ini berdasarkan objektif dan
persoalan kajian yang ditetapkan dalam bab 1. Akhirnya, cadangan dikemukakan untuk tujuan
kajian lanjutan pada masa akan datang.

Perbincangan

Dalam membincangkan persoalan kajian yang pertama iaitu tahap pengetahuan guru pesisir
pantai dalam menyampaikan PdPc secara atas talian. Dapatan kajian menemukan bahawa
tahap pengetahuan guru tentang e-pembelajaran adalah tinggi dengan min keseluruhan ialah
4.11. Berdasarkan jadual 4.2.1 menunjukkan tahap pengetahuan guru berkaitan e-
pembelajaran adalah yang tertinggi yang mana responden bersetuju menyatakan e-
pembelajaran ini merupakan salah satu alat bantu mengajar di samping bahan alat bantu
mengajar yang lain. Kenyataan ini disokong oleh kajian yang telah dijalankan oleh Ahmad et al.
yang menyatakan e-pembelajaran membolehkan pelajar berkomunikasi di dalam
forum/perbincangan tanpa perlu menghadiri kelas. Tahap pengetahuan guru berkaitan dengan
e-pembelajaran menunjukkan 170 guru menyatakatan persetujuan bahawa mereka tahu dan
ambil maklum tentang adanya kemudahan dan kaedah PdPc tanpa bersemuka dengan murid
secara fizikal.

Tahap penerimaan guru terhadap e-pembelajaran menunjukkan min yang sederhana iaitu
3.43. Hal ini memperjelaskan kepada kita bahawa walaupun tahap pengetahuan guru tentang
e-pembelajaran berada pada tahap tinggi, namun tidak semestinya mereka para guru dapat
menerima dan menggunakan kaedah e-pembelajaran untuk PdPc mereka. Tidak hairanlah jika
tahap aplikasi atau keberkesanan e-pembelajaran juga berada pada tahap sederhana iaitu
dengan min 3.74. Dapatan ini menyokong kajian Mohd Nihra et al. (2007) menyatakan
bahawa peranan pensyarah dan guru amat penting dalam meningkatkan keberkesanan
penggunaan e-pembelajaran. Para murid mendapati bahan pengajaran yang dimuat naik di
dalam e-pembelajaran oleh guru membantu mereka mempelajari sesuatu kursus secara
kendiri dan menjimatkan kos apabila melaksanakan sesautu penilaian. Menurut Yahaya dan

197

Jurnal Pesisir Pantai IPGKKB 2021

PENDIDIKAN BERKUALITI UNTUK SEMUA Vol. 2 (2021) 180 - 199

Ning (2011) antara kesan lain yang dapat dilihat hasil pelaksanaan e-pembelajaran
termasuklah kepelbagaian inovasi PdPc yang dapat dihasilkan secara langsung menambah
keyakinan kepada tenaga pengajar untuk tujuan penyampaian sukatan pelajaran yang telah
ditetapkan.

Objektif kajian yang kedua ialah mengukur hubungan (korelasi-r) faktor pengetahuan,
penerimaan guru dengan tahap pelaksanaan e-pembelajaran dalam kalangan guru sekolah
pesisir. Dapatan kajian menemukan terdapat hubungan signikan antara ketiga-tiga pemboleh
ubah tersebut. Hubungan korelasi yang tinggi dapat dilihat pada pemboleh ubah penerimaa
dengan tahap keberkesan iaitu dengan bacaan r-.763 yang menunjukkan hubungan lebih 76
peratus faktor penerimaan mempengaruhi tahap keberkesanan dalam melaksanakan e-
pembelajaran..

Kesimpulan

Berdasarkan kajian ini, pengkaji telah membincangkan objektif, metodologi, dapatan serta
perbincangan tahap kesedaran, penerimaan dan keberkesanan e-pembelajaran dalam kalangan
guru pesisir pantai. Hasil penemuan positif direkodkan yang tahap pengetahuan pada aras yang
tinggi, para guru dapat menerima elemen terkini pendidikan dengan penghasilan pelbagai
kaedah serta memberi kesan kepada pelaksanaan e-pembelajaran ini. Para guru khususnya
yang berkhidmat di sekolah pesisir perlu merebut peluang yang ada hasil lambakan perisian
atau aplikasi yang banyak ditawarkan di pasaran masa kini bagi menambah luas pasaran e-
pembelajaran, secara tidak langsung membolehkan gaya pengajaran di sekolah pesisir pantai
dipertingkatkan dan boleh dikongsi bersama-sama dengan mana-mana institusi pendidikan
yang berkaitan. Hubung kait tahap pengetahuan dengan penerimaan guru berkaitan e-
pembelajaran perlu diperluaskan agar tidak terikat kepada sesuatu teknik atau kaedah sahaja
sebagai wahana pembelajaran dalam abad terkini.

Rujukan

Ahmad, M. F. B., Rashid, K. A. A., and Elias, M. S. "Kesediaan Dan Kesedaran P&P Berasaskan
Cidos Di Politeknik." Presented at Prosiding Seminar Kebangsaan Transformasi
Pendidikan Teknikal (MyTEDT10, Hotel Emerald Puteri, Sungai Petani, Kedah.

Amin, M. (2010). "Pelaksanaan e-Pembelajaran Menggunakan SPIN"Panduan Amalan
Pengajaran & Pembelajaran Berkesan. City, pp. 161-174.

Chua Yan Piaw, (2006). “ Asas Statistik Penyelidikan”.Kuala LumpurMcGraw-Hill (Malaysia)
Sdn Bhd

Faridah Jamil, Zain Retas (2012) Kesediaan Penggunaan E-Learning di Kalangan Pelajar
Politeknik, Kementerian Pengajian Tinggi. Jabatan Pengajian Politeknik. Jurnal
Pendidikan KPT6044.

Mishra, P., & Koehler, M. (2007). Technological pedagogical content knowledge (TPCK):
Confronting the wicked problems of teaching with technology. In C. Crawford et al.
(Eds.), Proceedings of Society for Information Technology and Teacher Education
International Conference 2007 (pp. 2214-2226). Chesapeake, VA: Association for the
Advancement of Computing in Education.

Nihra, M.H, Norazean, H.J (2007). "Faktor-faktor yang Mempengaruhi Penggunaan E-
Pembelajaran di kalangan Pelajar Akhir Tahun Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi

198

Jurnal Pesisir Pantai IPGKKB 2021

PENDIDIKAN BERKUALITI UNTUK SEMUA Vol. 2 (2021) 180 - 199

Malaysia." Presented at 1st International Malaysian Educational Technology
Convention.
National Information Technology Council, NITC (2001). Dalam Talian
http://www.nitc.org.my/nita/index.html
Noraffandy Yahaya, Ling Ning Ning (2011) Kesediaan Penggunaan E-Learning di Kalangan
Pelajar Tahun Dua Kursus Sarjana Muda sains, Komputer Serta Pendidikan, fakulti
Pendidikan, Universiti Teknologi malaysia-satu Tinjauan. Jurnal of Educational Social
Science, volume 1 Mac 2011, Pages 121-140 / ISSN: 2231-7333
Rubiah Omar,Jamilah Hj Ahmad (2009) Kesedaran, Penilaian dan Penerimaan e-Pembelajaran
dalam Kalangan Ahli Akademik. Jurnal Pendidikan (34)(1)(2009): 155-172
Shukri, M., Anuar, M., and Shiung, T. K. "Kajian Mengenai Penggunaan E-Learning Di
Kalangan Pelajar Jurusan Pendidikan Teknikal dan Vokasional di Institusi Pengajian
Tinggi (IPTA) Negeri Johor." Presented at 1st International Malaysian Educational
Technology Convention.
Wahyu Idrus dan Yahya Buntat. (2006) Aplikasi 'e-learning' dalam pengajaran &
pembelajaran di sekolah-sekolah Malaysia : isu dan cadangan perlaksanaannya. In:
Seminar TVE06, 09-10 December 2006,
Yusof, Y. T. H. M. N. b. (2011). "Amanat Tahun Baharu 2011". City.
Yusup Hashim, Md Nor Saleh, Abd Rahman Daud, Abd Latif Gapor, Ismail Raoh & Mahizer
Hamzah (2008). Kajian tentang kompetensi pensyarah menggunakan teknologi
pengajaran di sekolah berpretasi tinggi. Universiti Pendidikan Sultan Idris Tanjong Malim.

199

Jurnal Pesisir Pantai IPGKKB 2021

PENDIDIKAN BERKUALITI UNTUK SEMUA Vol. 2 (2021) 200 - 209

Paradigma Insaniah Bagi Pendidikan STEM di Persisir
Pantai Kelantan: Satu Tinjauan

A. Mohd-Zamri & K. Osman
Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu

Article Info Abstrak

Received: Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap pengaplikasian
15 Jan 2021 kemahiran insaniah dalam kurikulum Sains, Teknologi, Kejuruteraan
Accepted: dan Matematik (STEM). Kajian ini menggunakan kajian deskriptif
01 Feb 2021 berbentuk tinjauan, yang melibatkan sampel seramai 297 orang
Publish: pelajar dengan menggunakan instrumen soal selidik dan temubual.
01 Mac 2021 Melalui analisis skor min dan sisihan piawai, dapatan kajian
E-mail adress: mendapati bahawa tahap aplikasi kemahiran insaniah dalam
*corresponding kurikulum STEM sekolah pesisir pantai Kelantan di tahap sederhana.
Author : * Didapati bahawa kemahiran etika moral dan profesional merupakan
ISSN 2735-0231 elemen kemahiran insaniah yang paling banyak diaplikasikan dalam
kurikulum STEM. Berdasarkan ujian ANOVA sehala, terdapat
perbezaan yang signifikan antara tahap penguasaan kemahiran
insaniah sewaktu proses pembelajaran dan pengajaran STEM.
Kajian ini mencadangkan satu garis panduan dalam
mengaplikasikan kemahiran insaniah dalam kurikulum STEM di
sekolah menengah pesisir pantai Kelantan.

Kata kunci: Kemahiran insaniah, STEM, pesisir pantai.
____________________________________________

Pengenalan

Paradigma pembelajaran insaniah dalam pembelajaran STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan
dan Matematik) boleh dikategorikan sebagai satu usaha melahirkan pelajar yang mempunyai
keperibadian yang dinamik serta mampu menghadapi tekanan berdasarkan situasi yang
berlegar sewaktu pembelajaran STEM (Diani, 2017). Kajian lalu menunjukkan kemahiran
insaniah merupakan elemen yang penting untuk disebatikan di dalam diri pelajar kerana
ianya selari dengan konteks kurikulum STEM di Malaysia. istilah „kemanusiaan‟ dalam
Pendidikan STEM boleh ini didefiniskan sebagai akhlak atau moral positif serta garis
panduan yang harus dipatuhi murid (Radin Mohd Imaduddin, 2019). Pelan Tindakan
Pengajian Tinggi (PSPTPT), berdasarkan teras ke-2, aplikasi kemahiran insaniah dalam
kurikulum akademik di institusi pendidikan dapat menambah baik kualiti pengajaran dan
pembelajaran di Malaysia. Dalam konteks ini, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPT)
menyenaraikan elemen kemahiran insaniah kepada tujuh elemen, yang merangkumi: (1)
kemahiran komunikasi, (2) kemahiran kritis dan kemahiran menyelesaikan masalah, (3)
kemahiran kerja berpasukan, (4) pembelajaran berterusan dan pengurusan maklumat, (5)
kemahiran keusahawanan, (6) etika moral dan profesional, serta (7) kemahiran kepimpinan
(KPT Malaysia, 2006). Namun begitu terdapat lima elemen utama kemahiran insaniah dan
yang sering digunakan oleh para penyelidik dalam kajian mereka iaitu kemahiran
berkomunikasi, kemahiran kerja berpasukan, pemikiran kritis dan penyelesaian masalah,

200

Jurnal Pesisir Pantai IPGKKB 2021

PENDIDIKAN BERKUALITI UNTUK SEMUA Vol. 2 (2021) 200 - 209

etika dan moral profesional dan juga kemahiran kepimpinan (Musa dan Esa, 2011; Esa dan
Jamaludin 2009).

Penyataan Masalah

Bagi menggalakkan rakyat menceburi bidang sains dan teknologi, elemen pendidikan
sedemikian perlu diberi keutamaan di dlam kerangka Pendidikan kebangsaan (Thibaut et al.,
2018). Bagi mengekalkan daya saing negara di pasaran antarabangsa, generasi profesional
STEM yang berkelayakan diperlukan bagi memenuhi tuntutan kontemporari seperti
memastikan tenaga yang mencukupi dan mampan, penjagaan kesihatan yang cekap dan
mempertimbangkan pembangunan teknologi (Boe et al., 2011). Melalui Pelan Pembangunan
Pendidikan Tinggi 2015-2025, Kerajaan Malaysia sedang mempersiapkan generasi muda
menghadapi Revolusi Perindustrian 4.0 dengan pembelajaran STEM sebagai pemangkin
kepada cabaran dan permintaan ekonomi menjelang 2020 (KPM, 2013).

Bagi memasuki aliran STEM, pelajar yang terpilih merupakan pelajar yang mempunyai
pencapaian yang baik dalam bidang akademik (Aina dan Zafira , 2016) serta mempunyai
kelebihan dari segi emosi dan terdapat juga individu yang dilahirkan dengan kemampuan
semula jadi yang unik (Simonton, 2005). Elemen tersebut membolehkan pelajar menaakul,
menyelesaikan masalah, dan merancang penyelesaian masalah. Kemampuan kognitif yang
baik turut dipamerkan menerusi kepantasan belajar dan kecekapan dalam mengurus
maklumat yang dipelajari.

Bagaimanapun, kajian ke atas kumpulan ini biasanya memberi tumpuan kepada
perbincangan aspek kualiti kognitif dan mengabaikan aspek keperluan dan kualiti insaniah
dan emosi mereka. Aspek kualiti insaniah dan emosi pelajar pula sering dikaitkan dengan
sifat-sifat peribadi pelajar itu sendiri dalam memimpin dirinya dan orang lain (Karnes dan
Bean, 1990; Sternberg, 2005). Kemahiran insaniah dikaitkan dengan identiti kendiri atau
juga dikenali sebagai jati diri. Pembentukan jati diri pelajar merupakan proses yang
berubah-ubah, pelbagai dan berterusan (Vincent, 2003). Pengkaji bidang psikologi kekal
dalam pandangan yang menyatakan bahawa tekanan yang dialami oleh pelajar dalam
pembentukan jatidiri atau identiti adalah tinggi disebabkan pelajar mempunyai aspirasi dan
ekspektasi kendiri yang tinggi, ditambah dengan ekspektasi masyarakat yang tinggi, yang
kesemuanya menambah tekanan dalam kehidupan mereka (Luus & Watter, 2012; Neihart,
2006; Vialle, 2007).

Kajian meta analisis Becker dan Park (2011) menunjukkan pendekatan pembelajaran STEM
secara bersepadu memberikan kesan yang positif terhadap pembentukan insaniah pelajar.
Dapatan ini seharusnya menyokong pendekatan pengajaran dan pembelajaran (PdPc) STEM
yang diperkenalkan oleh KPM. Walau bagaimanapun, realitinya amalan pengajaran dan
pembelajaran STEM di sekolah-sekolah di Malaysia amat jauh daripada hasrat yang
dinyatakan oleh KPM (Radin Mohd Imaduddin, 2019). Banyak kajian mendapti PdPc STEM
masih bersifat konvensional, sehala, berbentuk hafalan dan diajar secara berasingan. Laporan
Akademi Sains Malaysia (2012) menyebut salah satu punca kemerosotan minat murid dalam
STEM disebabkan kaedah pengajaran yang bersifat „berasaskan-buku teks‟ dan
berorientasikan peperiksaan. Laporan daripada Akademi Sains Malaysia ini mendakwa
bahawa proses PdP di sekolah tidak menyumbang kepada pembangunan insaniah pelajar
seperti Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT), kritikal, dan analitikal, seterusnya gagal
menyerapkan proses saintifik dan kemahiran manipulatif.sangat jauh daripada pengetahuan,

201

Jurnal Pesisir Pantai IPGKKB 2021

PENDIDIKAN BERKUALITI UNTUK SEMUA Vol. 2 (2021) 200 - 209

kemahiran dan nilai STEM, apatah lagi lain-lain elemen kemanusiaan seperti kemahiran
sosial dan emosional (Radin Mohd Imaduddin, 2019).

Kajian lalu mendapati ,kaedah PdPc konvesional bagi pembelajaran STEM turut
menyumbang isu-su berkaitan sosio emosi (Versteynen, 2013; Rosadah, 2003; Robinson,
2006; Abu Yazid & Aliza, 2009; Aliza & Hamidah, 2009) walaupun kajian mendapati pelajar
mempunyai kebolehan kognitif, daya kreativiti dan komitmen tugas yang tinggi (Renzulli,
2014). Isu-isu psikologikal (sosio-emosi) dalam kalangan pelajar dikatakan timbul akibat
daripada ketidakselarasan perkembangan (asynchronous development) di antara umur akal
(mental age) dan umur fizikal (cronological age). Perkembangan kebolehan kognitif yang
tinggi atau terkehadapan, diiringi perkembangan emosi, sosial dan kerohanian yang
sederhana, boleh mencetuskan isu psikologi sosio-emosi dalam kalangan pelajar.

Kajian Literatur

Kemahiran utama yang pelajar perlu kuasai seperti yang disarankan oleh World Economic
Forum (WEF) (2016) bagi abad ke-21 adalah kemahiran insaniah dalam pembelajaran STEM .
Berdasarkan laporan The Future of Jobs: Employment, skills and Workforce Strategy for the
Fourth Industrial Revolution (2016), kemahiran insaniah seperti kemahiran penyelesaian
masalah kompleks, diikuti pemikiran kritis, dan pemikiran kreatif,pembelajaran sosial dan
emosional dapat membangunkan kemahiran seperti kemahiran kolaboratif, kemahiran
komunikasi, dan kemahiran penyelesaian masalah bagi menghadapi cabaran Revolusi Industri
4 (RI4).

Paradigma pembelajaran insaniah menekankan kepada model pendidikan pencegahan-
sokongan (supportive-preventive model). Paradigma tersebut bersifat lebih menyeluruh,
proaktif, sistematik, memupuk, dan membebaskan (Lee, Yeo dan Hadijah, 2015). Secara
asasnya, cabaran Revolusi Perindustrian ke-4 (RI4) dikatakan berbeza daripada Revolusi
Industri pertama (RI) (Conway, Masters, & Thorold, 2017; Fisk, 2017) yang memerlukan
perubahan bermula di peringkat sekolah lagi. Menurut Fisk (2017) cabaran RI4 adalah bagi
“mengupayakan dan berpusatkan manusia; bukan memecahbelahkan dan menyahkan
manusia” (empowering and human-centred, rather than divisive and dehumanizing).
Rasionalnya set kemahiran insaniah dilaporkan akan menjadi semakin penting merentas
industri pada masa hadapan (World Economic Forum, 2016). CASEL (2017) lantas
mengangkat lima nilai sebagai kompetensi dalam pembelajaran sosial dan emosional iaitu:
kemahiran berkomunikasi, kemahiran kerja berpasukan, kemahiran pemikiran kritis dan
kemahiran penyelesaian masalah

Lanjutan dari kajian tersebut, Devereux Student Strengths Assessment, DESSA (2018) pula
menambah tiga lagi nilai iaitu sikap berorientasikan matlamat, tanggungjawab peribadi, dan
berfikiran optimistik. OECD (2018) pula memberikan perspektif yang lebih luas dengan
menggunakan istilah „kemahiran‟. Organisasi Pembangunan Ekonomi dan Kerjasama (OECD)
yang dianggotai oleh 37 buah negara telah menstrukturkan kemahiran insaniah kepada lima
domain utama (The „big five‟ domain) berserta satu kemahiran gabungan yang membawa
kepada 15 kemahiran sosial dan emosional keseluruhannya. Lima domain tersebut adalah
keberhematan, kestabilan emosi, kebersetujuan, keterbukaan dalam mencari pengalaman
dan ekstraversi. Lima domain ini secara jelasnya berasaskan kepada “model lima faktor”
personaliti (Big Five) (John & Srivastava, 1999).

Kemahiran komunukasi 202

Jurnal Pesisir Pantai IPGKKB 2021

PENDIDIKAN BERKUALITI UNTUK SEMUA Vol. 2 (2021) 200 - 209

Penerapan nilai-nilai murni yang bersifat global akan turut membentuk generasi muda yang
berhemah tinggi dan berperibadi mulia dan selaras dengan agama, budaya dan norma
masyarakat Malaysia (Ee, 1995). Bertepatan dengan dapatan kajian Mohd, Nuruddin & Yong
(1995) terdapat beberapa elemen-elemen kemahiran yang perlu ada pada pelajar aliran STEM
agar berkeupayaan untuk berkomunikasi, berinisiatif, berkeyakinan dalam menghadapi
cabaran-cabaran era globalisasi.

Terdapat dua mata pelajaran bagi dimensi komunikasi iaitu Bahasa Malaysia Komunikasi dan
Bahasa Inggeris Komunikasi. Struktur kurikulum yang dibentuk dalam kedua-dua subjek
membolehkan pelajar dapat berkomunikasi yang berkesan dalam bahasa Melayu dan bahasa
Inggeris di samping mengasah kebolehan pelajar untuk menyampaikan idea dengan jelas,
berkesan dan dengan penuh keyakinan, secara lisan dan bertulis.

Menurut kajian yang telah dijalankan oleh Azalya (2003), berkaitan dengan pandangan
majikan mengenai kepentingan kemahiran generik di kalangan pekerja di industri Bayan Pulau
Pinang mendapati industri memerlukan pekerja fasih berbahasa Melayu dan Inggeris,
pertuturan, penulisan jelas dan mudah difahami mendapat skor 100% daripada jumlah
responden. Penggunaan teknologi maklumat dan perkembangan baru dalam teknologi
mendapat skor lebih kurang 90%.Ini menunjukkan bahawa kemahiran komunikasi dan
penggunaan teknologi maklumat penting bagi seorang pekerja di industri negara hari ini.
Sementara itu Kementerian Sumber Manusia (2001) menjelaskan antara faktor graduan tidak
pekerjaan di industri adalah di sebabkan majikan masa kini yang memerlukan kemahiran
generik dari segi keperibadian, penampilan, keyakinan diri, mahir berkomunikasi dan mampu
membuat keputusan dengan pantas di samping pengetahuan akademik tetapi graduan hari ini
tidak mampu melaksanakannya menyebabkan mereka diterima bekerja.

Kemahiran Kritis dan Kemahiran Menyelesaikan Masalah

Kemahiran berfikir dan kemahiran menyelesaikan masalah melibatkan kebolehan berfikir
secara kritis, analitis serta kebolehan mengaplikasikan pemahaman dan pengetahuan kepada
masalah baru dan berlainan. Penerapan kemahiran ini sewaktu pembelajaran STEM bertujuan
memperkukuhkan kemahiran ilmu sains, matematik , teknologi dan kejuruteraan. Dalam
kalangan pelajar. Melalui dimensi ini, pelajar dapat mengasah kebolehan mereka bagi
mengenal pasti dan menganalisis masalah dalam situasi kompleks dan kabur, serta membuat
penilaian berjustifikasi. Mempelajari subjek STEM akan dapat merangsang pelajar bagi
mencari penyelesaian alternatif bagi menyelesaikan sesuatu tugasan. Malahan melalui subjek
ini juga, pelajar berpeluang untuk mengembangkan dan memperbaiki kemahiran berfikir
seperti menjelaskan, menganalisis dan menilai perbincangan. Melalui kemahiran ini juga
dapat menjana pemikiran pelajar dalam membuat keputusan berdasarkan bukti yang kukuh.
Pemikiran kritis merujuk kepada keupayaan menggunakan minda bagi membuat
pertimbangan atau penilaian dengan cermat (Azlena dan Munir, 2004). Pemikiran kritis
merupakan salah satu kemahiran mikro yang selalu dikaitkan dengan penyelesaian masalah
atau membuat keputusan.

Kemahiran Kerja Berpasukan
Kementerian Sumber Manusia (2018) melaporkan bahawa kadar pekerja yang mempunyai
kemahiran STEM yang memasuki ke pasaran pekerjaan adalah rendah dan kebanyakan pelajar
daripada pelbagai pusat latihan kemahiran gagal menempatkan diri di industri berkaitan adalah

203

Jurnal Pesisir Pantai IPGKKB 2021

PENDIDIKAN BERKUALITI UNTUK SEMUA Vol. 2 (2021) 200 - 209

kerana kemahiran yang diperoleh tidak sepadan atau tidak mencukupi dengan keperluan
industri terbabit. Oleh itu, melalui, pembelajaran STEM, penguasaan kemahiran yang
bersesuaian dengan kehendak tenaga rakyat dan memenuhi keperluan industry,dapat
dilakukan. Tiga aspek penting untuk menjadikan seseorang individu itu bersedia dengan alam
pekerjaan iaitu aspek kemahiran kebolehpekerjaan (employability skills), kemahiran
keusahawanan (entrepreneurial skills) dan kemahiran spesifik pekerjaan (job specific skills)
yang bersifat kemahiran tangan (hands-on). Dengan menekankan kepentingan employability
skills, pelajar akan mampu untuk menyempurnakan tugasan yang berkaitan dengan sesuatu
pekerjaan. Hal ini selaras dengan dapatan kajian McDaniels (1992) di mana antara
employability skills yang diperlukan oleh majikan termasuklah berdikari, jujur, kemas,
menepati masa, keupayaan berhubung secara berkesan, keupayaan bekerja dalam satu
kumpulan, bercita-cita tinggi, mempunyai etika kerja yang baik, setia dan juga dapat membuat
pengubahsuaian. Dalam menjalankan aktiviti hands-on yang dijalankan dalam STEM,

kemahiran kerja berpasukan yang melibatkan kebolehan untuk bekerjasama dengan orang lain
daripada pelbagai latar belakang sosiobudaya dapat dicapai. Selain itu, pelajar juga dapat
memupuk kebolehan untuk membina hubungan baik, berinteraksi dengan orang lain dan
bekerja secara efektif Bersama mereka untuk mencapai objektif yang sama iaitu sesuatu projek
yang telah ditugaskan. Kebolehan memahami dan mengambil peranan bersilih ganti antara
ketua kumpulan dan ahli kumpulan juga dapat dipupuk dalam diri pelajar yang apabila
membuat projek kumpulan yang memerlukan pelajar untuk memberi sumbangan kepada
perancangan dan menyelaraskan hasil usaha kumpulan.

Objektif Kajian

1. Mengenal pasti tahap paradigma kemahiran insaniah dalam kurikulum STEM.
2. Mengkaji perbezaan tahap paradigma kemahiran insaniah pelajar sewaktu PdPc

STEM

Metodologi Kajian

Kajian ini menggunakan kajian deskriptif berbentuk tinjauan yang melibatkan 297 orang
pelajar tingkatan 4 dan tingkatan 5 daripada lima buah sekolah menengah kebangsaan di
kawasan pesisir pantai Kelantan. Sampel kajian merupakan pelajar dari aliran sains tulen,
sains teknikal dan juga sains perakaunan. Instrumen soal selidik dan temubual digunakan
dalam mengutip data untuk kajian ini. Instrumen soal selidik dalam kajian ini diadaptasi dari
borang soal selidik paradigma kemahiran insaniah Ahmad Isa et al. (2008), yang meliputi dua
bahagian, iaitu Bahagian A: Demografi Responden; Bahagian B: Paradigma Elemen Kemahiran
Insaniah. Kajian ini hanya memfokuskan kepada empat jenis kemahiran insaniah yang dapat
diterapkan melalui pembelajaran STEM iaitu kemahiran komunikasi, kemahiran kerja
berpasukan dan kemahiran pemikiran kritis dan penyelesaian masalah. Jenis item yang
digunakan dalam soal selidik adalah item tertutup dan terbuka. Bagi item tertutup Skala Likert
iaitu iaitu sangat rendah (1), rendah (2), sederhana (3), tinggi (4), dan sangat tinggi (5)
digunakan untuk mengukur maklum balas responden bagi setia item yang dikemukakan.
Analisis deskriptif telah digunakan untuk mendapatkan min dan sisihan piawai untuk
memenuhi objektif yang telah ditetapkan tafsiran statistik min yang digunakan diubahsuai
daripada Wiersma (1995) seperti dalam Jadual 1.

204

Jurnal Pesisir Pantai IPGKKB 2021

PENDIDIKAN BERKUALITI UNTUK SEMUA Vol. 2 (2021) 200 - 209

Jadual 1 : Tafsiran Min Tahap
Min Rendah
Sederhana
1.00 -2.39 Tinggi
2.40 – 3.79
3.80 – 5.00

Sumber : Wiersma (1995)

Dapatan Kajian

Tahap kemahiran komunikasi, kemahiran kerja berpasukan, kemahiran
berfikiran kritis dan penyelesaian masalah dalam kalangan pelajar

Jadual 2 : Skor Min Bagi Konstruk Kemahiran Berfikir Kritis, Kemahiran Menyelesaikan
Masalah, Kemahiran Belajar, Kemahiran Membuat Keputusan

Item Kemahiran Min SP Tahap
Kemahiran Komunukasi 3.76 0.85 Sederhana
1 Kemahiran kerja Berpasukan 3.50 0.91 Sederhana
2 Kemahiran Berfikir Kritis dan Penyelesaian Masalah
3 3.78 1.37 Sederhana

Dalam Jadual 2, analisis data mendapati skor min bagi Kemahiran Komunikasi (min =3.76, sp =
0.85) dan skor min bagi Kemahiran Krja Berpasukan (min= 3.78, sp= 1.37) berada pada tahap
tinggi manakala skor min bagi Kemahiran Berfikir Kritis dan Penyelesaian Masalah (min= 3.50,
sp= 0.91) berada pada tahap sederhana.

Analisis Skor Min Konstruk Kemahiran Komunukasi

Jadual 3 : Analisis Skor Min Bagi Konstruk Kemahiran Komunikasi

Item Skor Sisihan Tahap
Min Piawai

1 Mampu menyuarakan idea dengan jelas secara 4.15 0.85 Tinggi
lisan

2 Mampu menyuarakan idea dengan jelas secara 4.32 0.91 Tinggi
lisan 1.37 Tinggi

3 Mampu menyuarakan idea dengan jelas secara 4.10
bertulis

205

Jurnal Pesisir Pantai IPGKKB 2021

PENDIDIKAN BERKUALITI UNTUK SEMUA Vol. 2 (2021) 200 - 209

4 Mampu menyuarakan idea dengan jelas secara 4.38 0.78 Tinggi
bertulis
4.25 0.45 Tinggi
5 Berupaya membuatkan pendengar memahami 3.76 1.21 Sederhana
apa yang hendak di sampaikan. 3.66 2.31 Sederhana
3.75 1.26 Sederhana
6 Berkebolehan untuk membuat embentangan di
khalayak ramai. 4.33 0.77 Tinggi
3.68 1.32 Sederhana
7 Berkebolehan membuat pembentangan mengikut
kesesuaian kumpulan sasaran.

8 Berkebolehan untuk berbincang bagi mencapai
persetujuan.

9 Berkebolehan menjadi pendengar yang baik.

10 Mampu memberikan maklum balas terhadap isu
yang disampaikan.

Item Bila diberi tugasan secara berkumpulan, saya .. Min SP Tahap
1 3.49 .825 Sederhana
2 Berkebolehan bekerja secara efektif dengan ahli kumpulan. 3.50 .733 Sederhana
Berkebolehan menyelesaikan konflik antara ahli kumpulan.
3 Boleh berbincang dan membuat keputusan secara bersama 3.75 .837 Sederhana
dengan
4 ahli kumpulan. 4.11 .790 Tinggi
Boleh menerima kritikan yang membina oleh rakan
5 sekumpulan. 4.12 .800 Tinggi
Mampu bekerjasama dengan ahli kumpulan yang lain bagi
6 mencapai objektif kumpulan 3.83 .911 Tinggi
Berkebolehan berfikir secara kritis untuk merancang
7 strategi kerja kumpulan. 3.63 .891 Sederhana
Berkebolehan memahami peranan yang dimainkan oleh
8 ketua dan ahli kumpulan. 3.85 .824 Tinggi
9 Berkebolehan mengambil peranan bersilih ganti antara 3.94 .898 Tinggi
10 ketua kumpulan dan ahli kumpulan. 3.70 .821 Tinggi
Berkebolehan menghormati sikap dan kelakuan orang lain.
Berkebolehan menghormati kepercayaan orang lain.

Bagi melihat tahap keseluruhan item borang soal selidik, pengkaji telah membuat analisis skor
min dan sisihan piawai mengikut konstruk .Merujuk kepada Jadual 3, hasil analisis
menunjukkan semua item bagi penguasaan kemahiran komunikasi pelajar setelah mengikuti
pembelajaran STEM berada pada tahap tinggi dan sederhana. Item yang mempunyai nilai min
yang terendah adalah berkebolehan membuat pembentangan mengikut kesesuaian kumpulan
sasaran dengan skor min masing-masing adalah 3.66 . Item yang mempunyai skor min
tertinggi adalah kebolehan mampu menyuarakan idea dengan jelas secara bertulis. Nilai
sisihan piawai adalah rendah iaitu 0.78, ini menunjukkan maklum balas pelajar terhadap item
yang dikemukan adalah terfokus.

Analisis Skor Min Bagi Konstruk Kemahiran Kerja Berpasukan

206

Jurnal Pesisir Pantai IPGKKB 2021


Click to View FlipBook Version