PENDIDIKAN BERKUALITI UNTUK SEMUA Vol. 2 (2021) 253 - 263
Jadual 1
Profil Demografi Guru Sekolah Pesisir (n=750)
Ciri-ciri f Peratus
Jantina 264 35.2
Lelaki 486 64.8
Perempuan
2 0.3
Umur 76 10.1
20 - 29 tahun 375 50.3
30 - 39 tahun 297 39.6
40 - 49 tahun
50 – 59 tahun 5 0.7
2 0.3
Pengalaman 46 6.1
1 – 5 tahun 171 22.8
6 – 10 tahun 416 55.5
11 -15 tahun
16 – 20 tahun 55 2.1
21 tahun ke atas 233 6.0
86 31.1
Subjek Mengajar 45 174 11.5
Bahasa Arab 9 23.2
22 1.2
Bahasa Inggeris 24 2.9
Bahasa Melayu 10 3.2
Matematik 8 1.3
Pendidikan Islam 12 1.1
Pendidikan Jasmani 4 1.6
Pendidikan Khas
Pendidikan Muzik 6.9
0.5
Pendidikan Pemulihan
Pendidikan Seni Visual
Rekabentuk dan Teknologi
Sains 52
Sejarah
257
PENDIDIKAN BERKUALITI UNTUK SEMUA Vol. 2 (2021) 253 - 263
Jadual 2
Persepsi terhadap Pedagogi Normal Baharu
No Soalan STS TS TP S SS
Pengetahuan tentang Pedagogi Normal Baharu
1 Saya tahu apakah pedagogi normal baharu 0.3 2.5 26.7 50.7 19.3
2 Saya ingin menambah ilmu tentang
pedagogi normal baharu 0 1.6 20.9 47.3 29.9
3 Saya fikir pedagogi normal baharu
adakah baik untuk murid 1 1.7 27.3 44.9 25.3
4* Pedagogi normal baharu menjadikan
hidup saya susah 15.7 22.5 37.7 18.1 5.2
Isu Kaedah pengajaran
5 Pedagogi normal baharu dapat 1.6 5.2 44.9 35.5 12.3
menjimatkan banyak masa saya
6* Saya lebih suka pembelajaran cara lama
berbanding pedagogi normal baharu 1.5 5.9 40.0 35.7 16.5
Isu peralatan
7 Saya tahu menggunakan fungsi 3G dan
4G dalam telefon bimbit saya 0.7 7.9 34.3 39.6 17.1
8 Saya mesti belajar bagaimana mengguna
kan telefon bimbit saya dalam pedagogi
normal baharu 0.3 2.0 22.7 44.5 30.0
9 Saya akan upgrade telefon bimbit saya
untuk saya gunakan dalam pedagogi 0.7 2.4 22.7 42.4 26.4
normal baharu
10* Saya rasa belum bersedia melaksanakan
pedagogi normal baharu 10.4 20.9 41.5 21.1 5.9
Isu kewangan
11 Saya tidak kisah membelanjakan wang 2.0 6.7 42.5 34.3
untuk pedagogi normal baharu
14.3
12* Saya takut akan menghabiskan bil
yang tinggi telefon saya untuk
melaksanakanpedagogi normal baharu 14.4 20.7 37.9 18.7 8.1
Kesediaan melaksanakan pedagogi normal baharu
258
PENDIDIKAN BERKUALITI UNTUK SEMUA Vol. 2 (2021) 253 - 263
13* Saya tidak mahu terlibat dalam pedagogi
normal baharu 23.3 24.9 34.8 13.5 3.2
14* Saya belum bersedia dengan pedagogi
normal baharu 18.7 22.0 40.7 13.5 4.7
15 Saya akan bersedia melaksanakan
pedagogi normal baharu dalam masa
2 tahun 3.6 9.5 40.9 34.1 11.3
16 Saya akan berusaha untuk melaksanakan
pedagogi normal baharu dalam pengajaran
saya 0.1 1.1 29.9 47.1 21.2
Perbincangan Soalan Kajian 1
Apakah persepsi guru-guru sekolah pesisir terhadap kaedah pengajaran dalam pedagogi normal
baharu?
Jadual 2 di atas menunjukkan persepsi guru-guru sekolah pesisir terhadap pedagogi normal
baharu. Responden guru telah diberikan 16 item soalan dengan 5 pilihan jawapan skala Likert
iaitu sangat tidak setuju, tidak setuju, tidak pasti, setuju dan sangat setuju. Semua item
dikumpulkan dalam 5 kontruk yang mendasari tahap persepsi guru terhadap pedagogi normal
baharu.
Pengetahuan tentang pedagogi normal baharu
Majoriti responden yang dikaji memberikan respons bahawa mereka mengetahui apakah yang
dimaksudkan dengan pedagogi normal baharu. Sebanyak 70 % daripada responden memilih
setuju dan sangat setuju untuk item 1 dan hanya 2.8 % sahaja yang tidak bersetuju dengan
kenyataan tersebut. Tambahan pula, 77.2 % responden menyatakan kesediaan untuk
menambah ilmu bidang pedagogi normal baharu ini yang menunjukkan pandangan positif
mereka terhadap adaptasi yang harus dilakukan terhadap kaedah atau pedagogi sedia ada untuk
dilaksanakan dalam era pandemik seperti sekarang ini. Untuk item negatif yang keempat, iaitu
pedagogi normal baharu ini menyusahkan hidup, responden menggambarkan bahawa pedagogi
normal baharu ini tidaklah menjadi beban kepada mereka, cuma terdapat jawapan yang negatif
sebanyak 37 % yang menyatakan sebaliknya. Ini mungkin bermaksud sebarang usaha untuk
mengubah suai dan bertukar kepada kaedah baharu sedikit membebankan. Secara
keseluruhannya responden guru mempunyai tahap pengetahuan yang tinggi terhadap apakah
pedagogi normal baharu dan mereka bersedia untuk menambahkan ilmu dengan apa cara demi
keperluan pengajaran dan pembelajaran dalam era sekarang.
Isu tentang kaedah pembelajaran
Terdapat dua item dalam konstruk ini yang terdiri daripada satu item positif dan satu item
negatif. Dari analisis respon yang diperolehi, didapati kebanyakan guru menyatakan yang
pedagogi normal baharu ini dapat menjimatkan masa (37.8 %) manakala hampir separuh
responden (44.9 %) tidak pasti dan tidak memberikan respon samada bersetuju atau tidak.
Namun begitu jika dilihat kepada item enam, kebanyakan responden masih lagi menggemari
kaedah tradisional iaitu bersemuka di dalam bilik darjah (52.2%). Ini mungkin menunjukkan
kesukaran untuk melakukan sebarang perubahan, namun begitu jika keadaan terpaksa seperti
masa pandemik COVID-19 sekarang ini, pengubahsuian boleh dibuat oleh guru. Ini
259
PENDIDIKAN BERKUALITI UNTUK SEMUA Vol. 2 (2021) 253 - 263
menunjukkan keupayaan untuk berubah adalah tinggi walaupun hakikatnya guru merasakan
sukar untuk dilaksanakan di sekolah pesisir.
Isu peralatan
Dari segi konstruk yang ketiga iaitu berkenaan isu peralatan yang digunakan dalam pedagogi
normal baharu, majoriti responden berkebolehan dan bersedia untuk mengemas kini peralatan
yang diperlukan. 56.7 % responden menyatakan berupaya menggunakan fungsi 3G dan 4G
secara pembelajaran mudah alih. 34.3 % tidak pasti dengan jawapan mereka namun begitu, 74.5
% bersetuju untuk belajar konsep 3G dan 4G walaupun mereka masih belum pasti. Walaupun
rata-rata responden adalah melepasi usia 40 tahun, mereka mempunyai persepsi yang mereka
mampu untuk mempertingkatkan keupayaan mereka selaras dengan keperluan pedagogi
normal baharu yang harus mereka tempuhi. Tambahan pula untuk item sembilan, terdapat 68.8
% responden sanggup untuk ‘upgrade’ peralatan mereka seperti telefon dan komputer untuk
tujuan kesesuaian dengan pedagogi normal baharu.
Isu Kewangan
Dari segi kesediaan kewangan pula bagi konstruk keempat, 48.6 % responden bersetuju untuk
membelanjakan wang sendiri sebagai persediaan pengajaran mudah alih. Item kesebelas pula
adalah item negatif, juga menunjukkan responden tidak kisah untuk menghabiskan bil internet
mereka untuk tujuan melaksanakan pedagogi normal baharu. 35.1 % responden bersetuju
dengan kenyataan tersebut.
Tahap kesediaan melaksanakan pengajaran normal baharu
Secara keseluruhannya, responden mempunyai tahap kesediaan yang tinggi untuk
melaksanakan pedagogi normal baharu. 48.2 % responden mempunyai persepsi yang mereka
bersedia dan mereka akan berusaha untuk melaksanakannya dengan baik (68.2 %). Ini
menunjukkan walaupun data pencapaian murid menunjukkan kelemahan, ini tidak
mematahkan semangat guru untuk berusaha melaksanakan pengajaran dengan normal baharu
di sekolah-sekolah pesisir.
Perbincangan Soalan Kajian 2
2. Adakah terdapat perbezaan persepsi guru terhadap pedagogi normal baharu berdasarkan
jantina dan umur guru?
Jadual 3
Ujian t untuk konstruk persepsi pedagogi normal baharu terhadap jantina guru
sekolah pesisir
Konstruk Jantina Min SP t Signifikan
Pengetahuan L 264 3.879 0.601 0.347 0.000
486 3.718 0.594 0.083 0.583
P 264 2.970 0.637 1.000 0.000
Kaedah L 486 2.945 0.553
P 264 3.791 0.574
Peralatan L
260
PENDIDIKAN BERKUALITI UNTUK SEMUA Vol. 2 (2021) 253 - 263
Kewangan P 486 3.595 0.593 1.377 0.169
Kesediaan L 264 3.284 0.810 2.854 0.004
P 486 3.362 0.691
L 264 3.413 0.425
P 486 3.327 0.380
Dari lima konstruk persepsi mengenai pedagogi normal baharu, didapati tiga daripadanya
memberikan perbezaan yang signifikan terhadap jantina iaitu:
1. Pengetahuan tentang pedagogi normal baharu
2. Isu tentang peralatan
3. Kesediaan guru terhadap pedagogi normal baharu
Kesemua tiga konstruk ini memberikan skor yang tinggi kepada lelaki. Ini bermaksud persepsi
tentang pengetahuan pedagogi normal baharu lebih memihak kepada guru lelaki. Guru lelaki
juga lebih positif sikapnya terhadap keperluan peralatan yang diperlukan serta lebih bersedia
untuk menaik taraf (upgrade) peralatan seperti telefon dan komputer mereka. Ini juga
berkaitan dengan konstruk yang kelima iaitu kesediaan guru terhadap pedagogi normal baharu.
Guru lelaki didapati lebih bersedia untuk menukar kaedah pengajaran mereka untuk murid-
murid sekolah pesisir.
Jadual 4: ANOVA konstruk persepsi pedagogi normal baharu berdasarkan umur guru
Pembolehubah Sum of df mean F Sig
Squares squares
Pengetahuan Between Groups 0.518 3 0.173 0.476 0.696
Within Groups 870.961 739 0.363
Kaedah Between Groups 0.245 3 0.082 0.240 0.869
Within Groups 251.375 739 0.341
Peralatan Between Groups 5.369 3 1.790 5.222 0.001
Within Groups 60.659 739 0.343
Kewangan Between Groups 1.751 3 0.584 1.084 0.355
Kesediaan Within Groups 397.717 739 0.538
Between Groups
Within Groups 0.185 3 0.062 0.367 0.762
117.066 739 0.159
Jadual 4 menunjukkan ANOVA satu hala untuk setiap lima konstruk berdasarkan umur guru.
Umur guru dikelaskan kepada empat kategori iaitu 20 hingga 29 tahun, 30 hingga 39 tahun, 40
hingga 49 tahun dan 50 hingga 59 tahun. Jika dilihat kepada jadual konstruk isu peralatan
sahaja yang signifikan. Ini bermaksud terdapat perbezaan min yang signifikan bagi isu
peralatan. Nilai min isu peralatan untuk semua kategori umur adalah seperti di bawah:
261
PENDIDIKAN BERKUALITI UNTUK SEMUA Vol. 2 (2021) 253 - 263
Jadual 5 Nilai min konstruk isu peralatan berdasarkan kategori umur
Kategori umur Min
20 – 29 tahun 4.625
30 – 39 tahun 3.852
40 – 49 tahun 3.665
50 – 59 tahun 3.601
Guru yang lebih muda menunjukkan persepsi terhadap isu peralatan positif. Masalah
penyesuaian peralatan untuk digunakan dalam pedagogi normal baharu. Bagi guru yang lebih
tua, peralatan seperti telefon pintar, komputer, internet dan lain-lain merupakan satu masalah
yang boleh menjadi penghalang kepada kejayaan pelaksanaan pedagogi dalam normal baharu.
Rumusan dan penutup
Sebagai kesimpulannya, secara keseluruhannya guru-guru sekolah pesisir menunjukkan tahap
persepsi yang sederhana tinggi bagi kelima-lima konstruk. Tahap kesediaan yang sederhana
tinggi menunjukkan adaptasi yang dilakukan terhadap proses pengajaran dan pembelajaran
dalam normal baharu semasa era pandemik COVID-19 menampakkan sinar kejayaan dari segi
penerimaan guru. Namun begitu kajian ini hanya melihat kapasiti guru untuk melaksanakan
pengajaran menggunakan peralatan mudah alin dan internet. Guru lelaki dan guru yang lebih
muda menunjukkan persepsi yang lebih positif terutamanya dari segi kesanggupan guru untuk
membuat adaptasi keperluan peralatan dan kemahiran yang diperlukan.
Rujukan
Cisco. (2012). Cisco M-Learning mobile certification study. Available:
https://learningnetwork.cisco.com/community/learning_center/m-learning Douch, R., Savill-
Smith, C., Parker, G., & Attewell, J. (2010). Work-based and vocational mobile learning: Making
IT work. Available:
http://moblearn21.blogspot.com.au/2011/07/work-based-and-vocational-mobile.html
Hussin, S., Manap, M. R., Amir, Z., & Krish, P. (2012). Mobile learning readiness among
Malaysian students at higher learning institutes. Asian Social Science, 8(12), p276.
Mahat, J., Ayub, A. F. M., & Luan, S. (2012). An assessment of students’ mobile self-efficacy,
readiness and personal innovativeness towards mobile learning in higher education in Malaysia.
Procedia-Social and Behavioral Sciences, 64, 284-290.
Martin, S., Gil, R., Lopez, E., Oliva, N., Monteso, S., Martinez, S. & Peire, J. (2009, October).
Work in progress-a mobile performance support system for vocational education and training.
In Frontiers in Education Conference, 2009. FIE'09. 39th IEEE (pp. 1-2). IEEE.
Sampson, Demetrios. "Supporting Vocational Education and Training through Mobile Learning
Environments." In Advanced Learning Technologies, 2006. Sixth International Conference on,
pp. 1176-1177. IEEE, 2006.
Tucker, T. G., & Winchester III, W. W. (2009, March). Mobile learning for just-in-time
applications. In Proceedings of the 47th Annual Southeast Regional Conference (p. 17). ACM.
262
PENDIDIKAN BERKUALITI UNTUK SEMUA Vol. 2 (2021) 253 - 263
Yusri, I. K., & Goodwin, R. (2013). Mobile Learning for ICT Training: Enhancing ICT Skill of
Teachers in Indonesia. International Journal of e- Education, e-Business, e-Management and
e-Learning, 3(4), 293-296.
Yusri, I. K, Goodwin, R. & Mooney, C. (2014). Teachers and mobile learning perception: towards
a conceptual model of mobile learning for training. Procedia, Social and Behaviorial Sceinces
176 (2015) 425 – 430.
263
PENDIDIKAN BERKUALITI UNTUK SEMUA Vol. 2 (2021) 264 - 272
Tahap Pengetahuan dan Aplikasi Google Classroom
dalam Pengajaran & Pembelajaran Guru Sekolah
Pesisir semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)
A. Ros Ayu, D. Sakila, MR. Maziah, MN.Narita
Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu
Article Info Abstrak
Received: Google Classroom merupakan satu aplikasi di atas talian yang dibekalkan
15 Jan 2021 kepada guru untuk kegunaan pelajar dalam proses pembelajaran. Penggunaan
Accepted: teknologi pendidikan aplikasi Google Classroom ini dianggap sebagai satu inovasi
01 Feb 2021 dalam pendidikan. Google Classroom merupakan satu perkara baharu kepada
Publish: guru dan pelajar bagi menggantikan VLE Frog . Dalam aplikasi Google Classroom,
01 Mac 2020 bahan multimedia digunakan untuk menyokong pembelajaran dan keupayaan
E-mail adress: untuk menyesuaikan kandungan kursus untuk memenuhi pelbagai kepentingan
*corresponding Author kepada pelajar mengikut kebolehan mereka. Kajian ini dijalankan untuk mengenal
: pasti tahap aplikasi guru dalam penggunaan Google Classroom untuk pengajaran
*[email protected] dan pembelajaran. Kajian ini melibatkan seramai 136 orang sampel dari kalangan
guru di sekolah pesisir dalam negeri Kelantan. Kajian ini dijalankan berdasarkan
ISSN 2735-0231 pemerhatian dan soal selidik yang dilakukan oleh penyelidik.Dapatan kajian ini
menunjukkan guru-guru Sekolah Pesisir Pantai mempunyai pengetahuan dan
kefahaman guru terhadap penggunaan aplikasi Google Classroom, namun hasil
analisis mendapati tahap aplikasi Google Classroom dalam kalangan guru Sekolah
Pesisir Pantai berada pada tahap rendah . Bagi menjayakan lagi hasrat
Kementerian Pembelajaran dalam menjadikan Google Classroom sebagai satu
transfomasi dalam pendidikan alaf baru, kursus lanjutan yang berkaitan dengan
teknologi Google Classroom perlu untuk semua pendidik dalam meningkatkan
usaha guru ke arah mengaplikasikannya ke dalam proses PdP di bilik darjah.
Kata Kunci: Google Classroom, Pengajaran dan Pembelajaran, Perintah Kawalan
Pergerakan (PKP)
____________________________________________
264
PENDIDIKAN BERKUALITI UNTUK SEMUA Vol. 2 (2021) 264 - 272
Pengenalan
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengumumkan yang mana mulai 1 Julai 2019,
sekolah di seluruh negara akan menggunakan perkhidmatan internet yang dibekalkan oleh
pihak Telekom Malaysia, Celcom dan juga Maxis Broadband. KPM turut mengatakan yang
mana susulan berakhirnya perkhidmatan 1BestariNet Fasa 2, mereka telah memutuskan untuk
menggunakan perkhidmatan Google Classroom menggantikan Frog VLE. KPM turut
menekankan yang mana peralihan ini dilakukan dalam usaha untuk menyediakan penawaran
terbaik kepada guru dan juga anak-anak, serta warga sekolah.Google Classroom adalah satu
aplikasi untuk pendidikan oleh Google yang mesra pengguna dan ringan. Selain daripada ia
adalah percuma, ada banyak manfaat menggunakan Google Classroom dalam mewujudkan
suasana pembelajaran yang seiring dengan PAK21. Antara manfaat penggunaan Google
Classroom antaranya ialah mudah buat kelas, mudah menyimpan senarai murid, mudah buat
tugasan, mudah buat penilaian, mudah buat pentaksiran, mudah buat kolaborasi guru, mudah
disemak pentadbir, mudah memberi perhatian khusus, mudah memberi maklum balas, mudah
buat pengumuman, mudah menyimpan bahan, mudah menyemak kalendar, mudah memilih
murid, mudah membuat pembelajaran terbeza, mudah mendapatkan notifikasi, mudah
mengitar semula hantaran, mudah membuat Pop Quiz, mudah dijalinkan dengan aplikasi-
aplikasi kuiz popular, mudah membuat perbincangan umum dan mudah diakses di mana-mana
sahaja.
Google Classroom diperkenalkan bertujuan membantu pelajar memperoleh maklumat,
menyesuaikan maklumat dan mengaplikasikannya. Sesungguhnya, sistem pendidikan yang
berkualiti dan bertaraf dunia akan dapat memperkembangkan potensi individu sepenuhnya.
Objektif Kajian
Antara objektif kajian ialah untuk :
i. mengetahui tahap pengetahuan Google Classroom dalam kalangan guru,
ii. mengetahui tahap aplikasi Google Classroom dalam kalangan guru, dan
iii. mengetahui adakah terdapat perbezaan min pengetahuan Google Classroom dalam kalangan
guru berdasarkan jantina.
iv. mengetahui adakah terdapat perbezaan min aplikasi Google Classroom dalam kalangan guru
berdasarkan jantina
Persoalan Kajian
Berikut adalah persoalan kajian dalam penyelidikan ini:
i. Apakah tahap pengetahuan Google Classroom dalam kalangan guru?
ii. Apakah tahap aplikasi Google Classroom dalam kalangan guru?
iii. Adakah terdapat perbezaan min pengetahuan Google Classroom dalam kalangan guru
berdasarkan jantina?
iv. Adakah terdapat perbezaan min aplikasi Google Classroom dalam kalangan guru
berdasarkan jantina?
Pernyataan Masalah
Berdasarkan dapatan awal yang telah dijalankan terhadap beberapa orang guru di Sekolah
Pesisir Pantai, didapati guru kurang menggunakan Google Classroom dalam pengajaran dan
pembelajaran kerana kurangnya pengetahuan. Hal ini mungkin kerana penggunaan internet
265
PENDIDIKAN BERKUALITI UNTUK SEMUA Vol. 2 (2021) 264 - 272
dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah satu isu baharu dalam bidang pendidikan
(Jamalludin Harun dan Zaidatun Tasir 2005). Ting dan Woo (2005) mendapati masalah utama
yang dihadapi guru yang kurang atau tidak menggunakan komputer untuk membantu
pengajaran dan pembelajaran mereka adalah kekangan masa untuk menghabiskan sukatan
pelajaran. Perkara ini dilihat oleh pengkaji akan menjadi isu kepada kurangnya minat guru
untuk menggunakan aplikasi yang melibatkan internet kerana mereka terpaksa memilih dan
menilai bahan yang bersesuaian untuk dikongsikan bersama pelajar. Guru di sekolah
sewajarnya bersikap kreatif dan inovatif dalam mempelbagaikan kaedah pengajaran dan
pembelajaran, terutamanya dengan mengaplikasikan penggunaan komputer dalam
pembelajaran seharian. Hoy, Bayne dan Wood (2000), turut menyatakan pandangan mereka
iaitu pendidik harus dinamik dan bersikap proaktif serta responsif terhadap sebarang
perkembangan pendidikan semasa. Oleh yang demikian dalam kajian ini, penyelidik memberi
fokus terhadap aspek pengetahuan, kemahiran aplikasi dalam usaha membantu guru
menguasai Google Classroom dengan mudah. Berdasarkan tinjauan awal, pengkaji berhasrat
mengenal pasti tentang tahap pengetahuan dan aplikasi guru-guru sekolah terhadap
penggunaan Google Classroom dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Metodologi
Kajian ini merupakan kajian berbentuk kuantitatif. Pada awalnya, pengetahuan guru terhadap
Google Classroom dikenal pasti. Ini bertujuan untuk mengetahui sejauh mana guru memahami
dan berpengetahuan menggunakan Google Classroom dalam pengajaran dan pembelajaran
terutama sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP) bermula dari 18 Mac 2020
hingga 9 Jun 2020 . Sepanjang pelaksanaan kajian ini, data dikumpul dan direkodkan.
Instrumen Kajian
Dalam kajian ini, penyelidik menggunakan soalan soal selidik. Soalan soal selidik ini
mengandungi 22 soalan kajian. Tujuan soalan soal selidik dilakukan adalah untuk melihat tahap
pengetahuan dan aplikasi guru terhadap Google Classroom dalam pengajaran dan pembelajaran.
Lokasi Kajian
Kajian ini telah dilaksanakan di beberapa buah sekolah Pesisir Pantai di empat buah daerah di
Kelantan. Sekolah yang terpilih adalah secara rawak mudah kerana semua sekolah telah
mendapat pendedahan penggunaan Google Classroom dalam proses pengajaran dan
pembelajaran.
Populasi dan Sampel Kajian
Responden di dalam kajian ini sebanyak 136 orang guru yang dipilih secara rawak. Mereka yang
terpilih dalam kajian ini merupakan guru yang terlibat dalam pelaksanaan dan penggunaan
aplikasi Google Classroom dalam pengajaran dan pembelajaran terutama sepanjang tempoh
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula dari 18 Mac 2020 hingga 9 Jun 2020 .
Dapatan Kajian
Hasil dapatan kajian yang telah dijalankan dijelaskan meliputi; analisis keputusan temu bual
bersama 136 orang guru dan analisis keputusan soal selidik yang telah dijalankan oleh penyelidik
266
PENDIDIKAN BERKUALITI UNTUK SEMUA Vol. 2 (2021) 264 - 272
sepanjang kajian tindakan dilakukan serta kesimpulan.
Maklumat Demografi
Persoalan Kajian
Persoalan kajian ini dapat dijelaskan seperti berikut:
1. Adakah terdapat amalan profesionalisme guru dalam memahami konsep pedagogi,
kemahiran bahasa dan literasi bahasa berdasarkan DSKP.
2. Adakah terdapat kesungguhan guru membuat saringan masalah literasi, menambah baik
pedagogi, melaksanakan aktiviti dan membuat refleksi pembelajaran dan pembelajaran.
3. Adakah terdapat amalan guru mempelbagaikan bahan pengajaran dan pembelajaran
literasi bahasa.
4. Adakah guru melaksanakan pelbagai aktiviti dalam pengajaran dan pembelajaran literasi
bahasa.
5. Adakah guru mempelbagaikan strategi pengajaran dan pembelajaran literasi bahasa.
Dapatan Kajian
Hasil dapatan kajian yang telah dijalankan dijelaskan meliputi; analisis keputusan temu bual
bersama 136 orang guru dan analisis keputusan soal selidik yang telah dijalankan oleh penyelidik
sepanjang kajian tindakan dilakukan serta kesimpulan.
Maklumat Demografi
Perkara Kekerapan Peratus
Lelaki 35.3
Jantina Perempuan 48 64.7
Pengalaman Jumlah 88
Sekolah Kurang 10 tahun 136 100.0
Lebih 10 tahun 2.2
Jumlah 3
SK Pa‟Pura 133 97.8
SK Kampong Sepulau 136 100.0
SK Beris Panchor
SK Semut Api 6 4.4
SMK Genting 15 11.1
Jumlah 16 11.7
5 3.7
94 69.1
136 100.0
Responden kajian adalah terdiri daripada 48 orang guru lelaki dengan peratusan (35.3%) dan
267
PENDIDIKAN BERKUALITI UNTUK SEMUA Vol. 2 (2021) 264 - 272
88 orang (64.7%) guru perempuan. Dari aspek pengalaman mengajar, 3 orang (2.2%) guru
telah mengajar kurang daripada 10 tahun, dan 133 orang (97.8%) telah mengajar lebih
daripada 10 tahun, Peratusan peserta yang terlibat dalam kajian ini dari SK Pa‟Pura (4.4%),
SK Kampung Sepulau (11.1%), SK Beris Panchor (11.7%), SK Semut Api (3.7%) dan SMK
Geting (69.1%). Rumusan daripada data demografi yang diperoleh mendapati guru SMK
Geting lebih ramai terlibat dalam kajian ini.
Jadual 2 : Tahap Kecenderungan Skor Min Tahap
Skor min Rendah
Sederhana
1.0 – >2.33 Tinggi
2.33– > 3.66
3.66 – >5.0
Dapatan Persoalan Kajian
Bahagian ini menjawab objektif dan persoalan kajian. Dalam kajian adalah ini terdapat empat
persoalan kajian. Laporan dapatan dipaparkan dalam bentuk min, sisihan piawai dan tahap
interpretasi.
Persoalan kajian 1 : Apakah tahap pengetahuan Google Classroom dalam kalangan guru?
Jadual 1
Min Sisihan Tahap
Piawai
(sp)
1. Sistem pendidikan sedia ada perlu dimantapkan selaras 4.370 .758 Tinggi
dengan perkembangan era teknologi maklumat dan komunikasi
(ICT).
2. Pelantar pembelajaran GC memangkin komunikasi 3.88 .799 Tinggi
berkesan antara guru dan murid kerana mengutamakan
pengajaran dan pembelajaran terbeza serta pembelajaran
berbalik.
3. Pewujudan Google Classroom(GC) merupakan satu 4.15 .736 Tinggi
senario baru dalam dunia pendidikan alaf baru di Malaysia dan
bersesuaian dengan perkembangan teknologi, sosial serta budaya
masa kini.
4. Kewujudan GC merancakkan lagi pendemokrasikan 4.00 .770 Tinggi
pendidikan Negara.
5. GC merupakan proses berterusan ke arah meningkatkan 4.21 .754 Tinggi
lagi penggunaan ICT dalam pendidikan.
6. Kewujudan GC mampu memberi peluang dalam 3.99 .830 Tinggi
meningkatkan kekuatan dan keupayaan seseorang individu.
7. Google Classroom menjadi semakin mudah dengan 3.96 .714 Tinggi
adanya beberapa fitur istimewa yang bersesuaian dengan
268
PENDIDIKAN BERKUALITI UNTUK SEMUA Vol. 2 (2021) 264 - 272
keperluan pembelajaran abad ke 21. 4.07 .772 Tinggi
8. Kewujudan GC adalah satu usaha pihak kerajaan untuk 4.24 .683 Tinggi
memupuk perkembangan menyeluruh seseorang individu
melalui pendidikan secara online.
9. GC dapat melatih guru dan murid untuk lebih mahir dan
berkemahiran dalam bidang ICT.
Keseluruhan 3.626 0.564
Berdasarkan persoalan kajian 1, hasil analisis mendapati tahap pengetahuan Google
Classroom dalam kalangan guru Sekolah Pesisir Pantai berada pada tahap tinggi dengan nilai
min keseluruhan = 3.626
Persoalan kajian 2 : Apakah tahap aplikasi Google Classroom dalam kalangan guru?
Jadual 2 Min Sisihan Tahap
Piawai
1. Saya menggunakan GC dalam proses PdP . 2.93 Rendah
2. Saya menggunakan GC semasa proses PdP luar waktu 2.89 (sp) Rendah
sekolah .
3. Saya menggunakan GC untuk merancang proses PdP .979
dan berkongsi sumber dengan komuniti luar.
4. Saya menggunakan GC untuk menyediakan bahan- .971
bahan PdP
5. Saya menggunakan GC untuk memantau markah 2.88 .919 Rendah
aktiviti murid.
6. Saya memberi tugasan aktiviti yang memerlukan 2.93 .983 Rendah
penggunaan GC kepada murid.
7. Saya sentiasa mengemas kini dashboard GC 2.82 .990 Rendah
8. Saya menggunakan GC bagi memuat turun naik fail
untuk berkongsi dengan guru dan pelajar. 2.83 .985 Rendah
9. Saya aktif dalam membina pelantar Google Classroom
10. Saya menggunakan GC untuk memberi tugasan 2.69 .955 Rendah
dengan templet seragam. 2.81 .985 Rendah
11. Saya dapat menanda tugasan melalui laman web
dengan melihat senarai „Assigned‟ (Sudah diberikan), „Turned 2.60 .898 Rendah
2.71 .952 Rendah
2.77 .943 Rendah
269
PENDIDIKAN BERKUALITI UNTUK SEMUA Vol. 2 (2021) 264 - 272
In‟ (Sudah menghantar) dan „Graded‟ (Sudah ditanda dan 2.66 .929 Rendah
diberi markah). 2.72 .964 Rendah
12. Saya dapat menanda tugasan dan memgembalikan
pelajar melalui laman web .
13. Saya dapat membuat pentaksiran pencapaian murid
melalui GRED.
Keseluruhan 2.787 0.865
Berdasarkan persoalan kajian 2, hasil analisis mendapati tahap aplikasi Google Classroom
dalam kalangan guru Sekolah Pesisir Pantai berada pada tahap rendah dengan nilai min
keseluruhan = 2.787.
Persoalan kajian 3 : Adakah terdapat perbezaan min pengetahuan Google Classroom dalam
kalangan guru berdasarkan jantina?
Jadual 3 menunjukkan jadual ujian–t untuk melihat adakah terdapat perbezaan min yang
signifikan statistik pengetahuan Google Classroom dalam kalangan guru berdasarkan jantina.
Jumlah sampel dalam kajian ini adalah 136. Min bagi lelaki bagi aplikasi Google Classroom
adalah 3.870 (s.p = 0.531, n= 48). Min bagi perempuan pula adalah 3.492 (s.p = 0.539, n = 88).
Dapatan menunjukkan terdapat perbezaan min pengetahuan Google Classroom berdasarkan
jantina berdasarkan nilai signifikan tidak melebihi 0.05 ( sig. = 0.000, t =3.904). Ini
menunjukkan hipotesis nol terpaksa ditolak.
Jadual 3
Jadual 11: Ujian-t pengetahuan Google Classroom dalam kalangan guru berdasarkan jantina
N min sp t df Sig. (2-
tailed)
Pengetahuan Lelaki 48 3.870 0.531 3.926 134 0.000
Perempuan 88 3.492 0.539
Persoalan kajian 4 : Adakah terdapat perbezaan min aplikasi Google Classroom dalam kalangan
guru berdasarkan jantina?
Jadual 4 menunjukkan jadual ujian–t untuk melihat adakah terdapat perbezaan min yang
signifikan statistik aplikasi Google Classroom dalam kalangan guru berdasarkan jantina.
Jumlah sampel dalam kajian ini adalah 136. Min bagi lelaki bagi aplikasi Google Classroom
adalah 3.160 (s.p = 0.772, n= 48). Min bagi perempuan pula adalah 2.583 (s.p = 0.848, n = 88).
Dapatan menunjukkan terdapat perbezaan min aplikasi Google Classroom berdasarkan jantina
berdasarkan nilai signifikan tidak melebili 0.05 ( sig. = 0.000, t =3.904). Ini menunjukkan
hipotesis nol terpaksa ditolak.
Jadual 4
Jadual 4: Ujian-t aplikasi Google Classroom dalam kalangan guru berdasarkan jantina
270
PENDIDIKAN BERKUALITI UNTUK SEMUA Vol. 2 (2021) 264 - 272
N min sp t df Sig. (2-
tailed)
Pengetahuan Lelaki 48 3.160 0.772 3.904
Perempuan 88 2.583 0.848 134 0.000
Pebincangan dan Rumusan
Google Classroom (GC) merupakan inovasi dalam sistem pendidikan yang diperbaharui,
bertujuan membuat penambahbaikan sistem pendidikan yang sedia ada. Penerimaan inovasi ini
bergantung kepada individu itu sendiri untuk menilainya sepertimana yang diperkatakan oleh
Rogers (1995) inovasi dihubungkan melalui saluran-saluran tertentu mengikut masa dalam
kalangan ahli sesebuah sistem sosial. Untuk merealisasikan aplikasi Google Classroom, setiap
guru perlu memahami peranan yang harus dimainkan oleh mereka dalam melaksanakan GC
sepertimana yang ditegaskan oleh Mohamed Noor (2001) yang menyatakan bahawa semua
pihak yang terlibat dengan pengajaran dan pembelajaran di mana-mana institusi pengajian
perlu memainkan peranan masing-masing bagi merealisasikan program e-pembelajaran ini.
Oleh yang demikian, setiap guru perlu mengambil inisiatif dalam usaha mereka untuk
menguasai pengetahuan berkaitan penggunaan Google Classroom dalam proses PdP. Hasil
dapatan yang dijalankan berkaitan penggunaan Google Classroom di dalam proses PdP guru
dilihat hanya 2% menyatakan hampir setiap kali menggunakan Google Classroom dalam proses
PdP mereka. Pengetahuan yang kurang menyebabkan guru tidak berminat untuk menggunakan
Google Classroom dalam proses PdP. Penyataan ini disokong oleh Othman dan Lukman (2008)
minat merupakan satu sifat afektif berfungsi untuk mendorong guru-guru ke arah
membudayakan penggunaan ICT khususnya berkaitan dengan tugas pengajaran. Minat
terhadap ICT juga seterusnya akan meningkatkan kesediaan guru-guru untuk memajukan diri
sendiri serta mengubah sikap ke arah yang lebih positif. Oleh yang demikian, latihan yang
berterusan perlu diberikan kepada guru supaya mendapat pendedahan yang secukupnya
berkaitan dengan penggunaan Google Classroom bagi meningkatkan minat guru menggunakan
Google Classroom dalam proses PdP.
Kesimpulan
Penggunaan teknologi maklumat pada masa kini amat memberansangkan sejajar dengan
perkembangan dunia pendidikan semasa. Oleh yang demikian, guru perlu mempunyai
pengetahuan yang meluas berkenaan dengan teknologi maklumat terutamanya dalam
penggunaan internet. Daripada kajian ini penyelidik melihat penggunaan aplikasi Google
Classroom ini dapat membantu guru dalam proses PdP mereka. Pelbagai bahan yang
bersesuaian boleh dimuat-turun sebagai bahan rujukan kepada pelajar dan memberikan
tugasan kepada pelajar. Dengan itu, hubungan guru dan murid akan menjadi lebih dekat dan
guru boleh mengenal pasti kemampuan murid berdasarkan tugasan yang diberikan. Selain itu,
guru juga dapat berinteraksi dengan komuniti luar untuk mempelbagaikan pelbagai bahan
pengajaran mereka. Guru dapat bertukar-tukar pendapat dalam menghasilkan bahan
pembelajaran dan kaedah-kaedah yang bersesuaian untuk dilaksanakan dalam proses PdP.
Justeru, dapatan kajian ini menunjukkan pengetahuan guru dalam penggunaan aplikasi ini
amat diperlukan kerana tanpa pengetahuan yang mendalam amat sukar untuk mereka
menggunakan aplikasi ini dan mengadaptasikannya dalam proses PdP mereka.
271
PENDIDIKAN BERKUALITI UNTUK SEMUA Vol. 2 (2021) 264 - 272
Rujukan
Azwan, A. & Rozita, N. (2002). E-Learning: Penerokaan Media Pembelajaran Terkini. Atas
talian.
http://www.elearning.unimas.my/Articles/archives/000002.html. (Accessed 9th April
2013). Hoy, C., Bayne-Jardine, dan Wood, M. (2000). Improving Quality in Education.
Falmer Press. Jamalludin Harun, Baharuddin Aris & Zaidatun Tasir (2001). “Pembangunan
Perisian Multimedia: Satu Pendekatan Sistematik”. Kuala Lumpur.
Kementerian Pelajaran Malaysia (2012). 1Bestarinet. Kementerian Pendidikan Malaysia. 2001.
Pembangunan Pendidikan 2001-2010: Perancangan Bersepadu Kecemerlangan
Pendidikan.
Mohammed Sani Hj Ibrahim. (2002). Pengetua dan pembestarian sekolah. Kertas Kerja
dibentangkan di dalam Seminar Nasional Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan Ke-
IX di Hotel Pan Pacific, KLIA, Sepang pada 16-19 Disember 2002.
Mohamed Noor, H. (2001). Cabaran Pembelajaran Melalui IT: e-learning dalam Ahmad
Zaharudin Idrus. Kecemerlangan Menerusi Kreativiti: Transformasi dan Cabaran
UTM, Skudai, Johor. Penerbitan UniversitiTekonologi Malaysia, Johor.
Othman Md. Johan & Lukman Dinyati. (2008). Persepsi guru-guru pendidikan Islam terhadap
penggunaan ICT untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran sekolah kebangsaan di
daerah Kluang.
Ting Kung Shiung dan Woo Yoke Ling. 2005. Penggunaan ICT Dalam Proses Pengajaran Dan
Pembelajaran Di Kalangan Guru Sekolah Menengah Teknik Dan Vokasional: Sikap
Guru, Peranan ICT Dan Kekangan / Cabaran Penggunaan ICT. Seminar Pendidikan
2005. Fakulti Pendidikan, UTM.
272
PENDIDIKAN BERKUALITI UNTUK SEMUA Vol. 2 (2021) 273
Amalan Merungkai Kurikulum (DSKP) Dalam Kalangan
Guru-Guru Sekolah Pesisir
Abd Razak Shafii & Nadimah Ismail
Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu
Article Info Abstrak
Received: Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti amalan guru
15 Jan 2021 terhadap proses merungkai kurikulum atau Dokumen Standard
Accepted: Kurikulum dan pentaksiran (DSKP) dalam kalangan guru-guru
01 Feb 2021 sekolah pesisir pantai semasa proses merancang dan
Publish: melaksanakan pengajaran. Tumpuan utama kajian adalah
01 Mac 2020 terhadap pengetahuan, kefahaman serta kemahiran yang
E-mail adress: dimiliki oleh guru-guru di sekolah tersebut. Kajian ini berbentuk
*corresponding Author : * deskriptif dengan menggunakan kaedah tinjauan. Sampel
[email protected], kajian terdiri daripada 190 guru dibeberapa sekolah di dalam
[email protected] Pejabat Pendidikan Daerah Bachok dan Kota Bharu yang
m terlibat dengan program Pesisir Pantai. Alat kajian yang
digunakan ialah borang soal selidik yang menggunakan ukuran
ISSN 2735-0231 Skala Likert Lima Mata yang mengandungi lima bahagian iaitu
latar belakang responden, pengetahuan guru, kefahaman guru,
kemahiran guru berkaitan merungkai DSKP dan amalan guru
disekolah. Data dianalisis dengan menggunakan perisian
Statistical Packages For Social Science (SPSS) versi 23. Data
dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif dan statistik
inferensi. Dapatan kajian menunjukkan bahawa guru-guru
sekolah pesisir pantai telah bersedia untuk melaksanakan PBD
di mana skor min setiap elemen adalah tinggi, iaitu
pengetahuan guru (min=4.075), kemahiran guru (min=4.037)
dan sikap guru (min=4.078). Walau bagaimanapun dari segi
amalan masih rendah. Implikasi kajian ini ialah satu inisiatif
perlu dilakukan sepaya amalan merungkai kurikulum dalam
kalangan guru-guru perlu diperkasakan.
Kata Kunci: Pengetahuan , Kefahaman, Kemahiran, Amalan dan
Merungkai Kurikulum
____________________________________________
PENGENALAN
Pengajaran adalah satu usaha ke arah mempertingkat dan memperkembang potensi diri dari
segi intelek, rohani, emosi, jasmani dan sosial seseorang. Pengajaran juga berupaya menambah
kemahiran, kebolehan, pengetahuan dan pengalaman murid supaya dapat memberi
kegembiraan, faedah, dan kemajuan dalam kehidupannya. Dalam mencapai hasrat tersebut,
guru memainkan peranan penting. Guru harus merancang, melaksana, dan membuat penilaian
sesi pengajaran dan pembelajaran agar menepati dan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan
(FPK).
273
PENDIDIKAN BERKUALITI UNTUK SEMUA Vol. 2 (2021) 273
Selaras dengan perubahan dalam Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan (SPPK), pada
tahun 2017 untuk sekolah menengah dan 2018 untuk sekolah rendah Pentaksiran bilik darjah
(PBD) telah diperkenalkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Melalui garis
Panduan Pelaksanaan PBD (KPM 2019), guru seharusnya dapat membuat penilaian secara
menyeluruh dari aspek penilaian kognitif (intelek), psikomotor (jasmani), afektif (emosi dan
rohani), sosial kepada murid, dan ianya seiring dengan kandungan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan yang menekankan aspek fizikal, mental dan kerohanian, iaitu jasmani, emosi,
rohani dan intelektual (JERI). Bagi melaksanakan PBD dan pengajaran dengan
berkesan,pengetahuan tentang kurikulum sangat diperlukan oleh guru, kerana ia merupakan
salah satu faktor yang memengaruhi aktiviti dan tugas yang seharusnya dilakukan dalam
pembelajaran (Brown, 2011; Taorina, Chandra & Sisworo, 2018). Seharusnya setiap guru harus
memiliki pengetahuan dan kemahiran tentang kurikulum, bagi membolehkan mereka mampu
merancang pembelajaran yang efektif dan efisien. Hal ini bersesuaian dengan hasil penelitian
Okorie & Akubuilo (2013); Taorina, Chandra & Sisworo (2018) yang menyimpulkan bahwa
kurangnya pengetahuan guru tentang kurikulum mengakibatkan rendahnya pencapaian hasil
belajar pelajar. Kajian ini bertujuan meninjau dari segi pengetahuan, kefahaman dan kemahiran
guru merungkai kurikulum yang akan memberi kesan terhadap pelaksanaan PdP dan
keberkesanan penilaian terhadap murid.
Pengetahuan tentang kurikulum sangat penting kerana ia berkaitan dengan kedalaman
kandungan, tujuan yang ingin dicapai serta strategi yang digunakan. Guru yang efektif
seharusnya memiliki kemampuan dalam memberikan penjelasan yang konkrit, eksplisit, dan
menarik mampu menguruskan dengan strategi pengajaran, serta mampu menggalakkan
penglibatan murid mereka. Pengetahuan tentang kurikulum akan membolehkan guru
menganalisisis tujuan pembelajaran, membuat pemilihan strategi pembelajaran dan
pengelolaan pembelajaran. Komponen-komponen ini amat penting bagi mengalakkkan
penglibatan murid dengan lebih aktif dan berkesan. Murid mampu mencipta pengalaman kelas
yang lebih produktif dan proaktif. Amalan guru tentang kurikulum dalam kajian ini terbatas
pada tahap pengetahuan, kefahaman, kemahiran guru tentang proses merungkai DSKP serta
amalan mereka kerana ia mempengaruhi perancangan pembelajaran (intended curriculum)
khususnya dalam pembinaan rancangan pengajaran (RPH) berdasarkan dokumen DSKP.
PENYATAAN MASALAH
Bagi mencapai matlamat KSSR, guru memainkan peranan yang penting untuk menentukan
dasar ini berjaya (KPM 2010). Mulai 2018, pelaksanaan PBD akan dilakukan sepenuhnya dalam
konteks KSSR terhadap murid-murid Tahap 1 sekolah rendah. Dalam pelaksanaan PBD, guru
memainkan peranan yang penting kerana guru merupakan kumpulan yang akan mengupayakan
proses P&P yang berkesan (KPM 2018). Namun, permasalahan yang ditimbulkan dalam kajian
ini adalah sejauh manakah pengetahuan, kefahaman dan kemahiran guru-guru memahami dan
berjaya merungkai kurikulum/DSKP sepertimana yang dihasratkan oleh Bahagian
Perkembangan Kurikulum (BPK). Kegagalan guru untuk merungkai DSKP dengan berkesan
ianya akan memberi kesan yang besar terhadap PdP dan pelaksanaan PBD di sekolah.
Berdasarkan kajian yang telah dijalankan oleh Ab Razak dan Nadimah ( 2019) berkaitan
pemikiran guru besar terhadap pelasakanaan PBD di sekolah, hasil kajian mendapati aspek
kebolehan guru-guru merungkai DSKP merupakan faktor paling utama guru-guru gagal
melaksanakan PBD dengan baik di sekolah. Faktor ini telah mempengaruhi guru dalam
merancang aktiviti pengajaran, mengenal pasti kebolehan murid serta kecelaruan dalam
memberi tahap penguasaan kepada murid. Dapatan ini memberi satu gambaran yang jelas
tentang kerisauan guru besar berkenaan aspek merungkai kurikulum kerana ia sangat
mempengaruhi kejayaan pelaksanaan PBD. Maklum balas Guru besar peserta kursus rintis
274
PENDIDIKAN BERKUALITI UNTUK SEMUA Vol. 2 (2021) 273
kerangka modul bimbingan Pembimbing Instruksional daerah Jempul dan Jelebu (2019) di
Negeri Sembilan juga menunjukkan guru tidak mahir merungkai DSKP menyebabkan
kegagalan guru melaksanakan penilaian di sekolah.
Menurut Joseph John Morgan et.all (2013) menyatakan selama 15 tahun pendidikan
kepada pelajar yang kurang upaya dilaksanakan dalam persekitaran pendidikan biasa, namun
pencapaian mereka tidak meningkat sepertimana sepatutnya, salah satu sebab kegagalan
pencapaian ini kerana standard akademik diletakkan tanpa mengambil kira keperluan
kurikulum sebenar pelajar berkenaan. Setelah amalan merungkai kurikulum ini dilaksanakan
dengan menganalisis kemahiran dan komponennya, pendidik mula dapat merancang
pengajaran secara sistematik yang akhirnya pencapaian dan pertumbuhan bagi semua pelajar
tercapai. Ini menunjukkan betapa perlunya amalan merungkai kurikulum di amalkan oleh
semua guru.
Larry Ainsworth (2003) Pendidik berusaha untuk memastikan bahawa pelajar mereka
mematuhi kandungan akademik. Proses merungkai standard diamalkan dan dilakukan secara
sederhana namun PdP lebih berkesan dengan peningkatan prestasi pelajar. Proses merungkai
standard adalah tugas sederhana mudah tetapi ia sangat berkesan untuk pelaksanaan standard
kurikulum dengan menunjukkan peningkatan prestasi pelajar dan sesuai untuk mengukur
semua aspek penilaian terhadap pelajar.
Amalan dan tahap kesediaan guru yang tinggi dalam pelaksanaan PdP adalah sangat penting
dalam menjayakan naratif baharu tranformasi pendidikan. Guru merupakan orang yang
bertanggungjawab dalam mengenal pasti kebolehan, penguasaan, kemajuan dan pencapaian
murid dengan menentukan hasil pembelajaran yang hendak dinilai, merancang dan membina
instrumen penilaian, melaksanakan penilaian, merekodkan hasil penilaian, menganalisis
maklumat, melaporkan dan membuat tindakan susulan (Zamri et al. 2010). Kajian ini dibuat
untuk mengenal pasti amalan dan kesediaan guru-guru sekolah pesisir pantai dari segi
pengetahuan, kefahaman, kemahiran dan amalan mereka terhadap proses merungkai
kurikulum atau DSKP kerana ia merupakan aspek yang sangat penting dalam menjayakan
kurikulum dan pentaksiran di sekolah.
OBJEKTIF KAJIAN
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti amalan merungkai kurikulum dari segi pengetahuan,
kefahaman dan kemahiran yang dimiliki oleh guru-guru sekolah rendah di kawasan pesisir
pantai. Kajian dijalankan adalah untuk mencapai objektif-objektif khusus yang berikut:
1. Mengenal pasti tahap pengetahuan merungkai kurikulum dalam kalangan guru-guru di
sekolah rendah kawasan pesisir pantai..
2. Mengenal pasti tahap pemahaman merungkai kurikulum dalam kalangan guru-guru di
sekolah rendah kawasan pesisir pantai..
3. Mengenal pasti tahap kemahiran merungkai kurikulum dalam kalangan guru-guru di
sekolah rendah kawasan pesisir pantai..
4. Mengenal pasti amalan merungkai kurikulum dalam kalangan guru-guru di sekolah
rendah kawasan pesisir pantai berdasarkan jantina, pengalaman mengajar dan subjek
yang diajar.
Secara khususnya, persoalan-persoalan kajian adalah:
275
PENDIDIKAN BERKUALITI UNTUK SEMUA Vol. 2 (2021) 273
1. Apakah tahap pengetahuan merungkai kurikulum dalam kalangan guru-guru di sekolah
rendah kawasan pesisir pantai.
2. Apakah tahap pemahaman merungkai kurikulum dalam kalangan guru-guru di sekolah
rendah kawasan pesisir pantai
3. Apakah tahap kemahiran merungkai kurikulum dalam kalangan guru-guru di sekolah
rendah kawasan pesisir pantai
4. Apakah wujud perbezaan amalan merungkai kurikulum dalam kalangan guru-guru di
sekolah rendah kawasan pesisir pantai berdasarkan jantina, pengalaman mengajar dan
subjek yang diajar.
METADOLOGI
Reka Bentuk Kajian Reka bentuk kajian ini ialah kajian tinjauan. Creswell (2008) menegaskan
bahawa reka bentuk kajian tinjauan merupakan langkah-langkah dalam kajian kuantitatif di
mana pengkaji melakukan tinjauan ke atas sampel dan populasi. Noraini (2010) menyatakan,
kajian tinjauan sangat berguna apabila pengkaji hendak mengumpul data berhubung dengan
fenomena yang tidak dapat diperhatikan secara langsung. Kaedah ini amat popular dalam
penyelidikan sains sosial untuk mengetahui tentang sikap, kepercayaan, nilai, pendapat, tabiat,
idea dan lain-lain maklumat berkaitan dengan sekumpulan orang.
Instrumen Kajian
Kajian ini menggunakan soal selidik sebagai alat pengumpulan data. Instrumen soal selidik
diubah suai daripada kajian Aniza (2014) yang mengkaji pentaksiran berasaskan sekolah (PBS).
Terdapat lima bahagian digunakan dalam soal selidik ini. Bahagian A tentang demografi
responden. Bahagian B tentang tahap pengetahuan guru merungkai DSKP(5 item). Bahagian C
tentang kefahaman guru dalam merungkai DSKP (5 item), Bahagian D tentang kemahiran guru
dalam merungkai DSKP (7 item) dan bahagian E berkaitan dengan persetujuan guru tentang
amalan guru merancang pengajaran (5 item). Data yang diperoleh daripada soal selidik yang
diedarkan dianalisis melalui Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) Versi 20.0 dan
penganalisisan data dilakukan melibatkan analisis deskriptif. Keesahan instrumen berdasarkan
nilai Alpha Cronbach's .
Jadual 1: Kesahan instrumen kajian berdasarkan nilai aplha cronbach
Konstruk Nilai Alpha Cronbach
Pengetahuan 0.81
Kefahaman 0.91
Kemahiran 0.91
Amalan 0.85
Populasi dan Sampel Kajian
Dalam konteks kajian ini, pemilihan sampel kajian diambil daripada populasi kajian yang terdiri
daripada 190 orang guru yang mengajar di sekolah rendah di beberapa sekolah yang terlibat
dengan program sekolah pesisir pantai. Bagi tujuan penyelidikan ini, pemilihan sampel kajian
berdasarkan sekolah yang dipilih secara rawak mudah yang melibatkan sebanyak 6 buah
sekolah daripada 20 buah sekolah rendah kebangsaan yang terdiri daripada seramai 190 orang
guru yang mengajar pelbagai mata pelajaran dan mempunyai pelbagai berbezaan pengalaman
mengajar di sekolah tersebut. Bilangan sampel bersesuaian dengan kajian kuantitatif yang
memerlukan bilangan sampel yang besar untuk mewakili populasi kajian.
276
PENDIDIKAN BERKUALITI UNTUK SEMUA Vol. 2 (2021) 273
Analisis Data
Soal selidik dianalisis secara deskriptif, bagi mencari nilai kekerapan, peratusan, min dan
sisihan piawai. SPSS versi 23.0 juga digunakan untuk membuat analisis bagi mencari nilai
kesahan instrumen dan beberapa analisis inferensi bagi melihat perbandingan min dengan lebih
tepat melalui ujian-t dan anova satu hala. Skor min yang diperoleh dirujuk berdasarkan skala
dalam jadual 2 dibawah.
Jadual 2: Interprestasi Skor Min
Skor Min Interpretasi Skor Min
1.00 – 2.00 Tahap rendah
2.01 – 3.00 Tahap sederhana rendah
3.01 - 4.00 Tahap sederhana tinggi
4.01 – 5.00 Tahap tinggi
Sumber: Nunnally, J. C. & Bernstein 1994
Jadual 3: Taburan responden berdasarkan sekolah kajian
Bil Nama Sekolah Bil Guru
1 SK Parang Puting 45
2 SK Che Deris 25
3 SK Pantai Senak 30
4 SK Badak 40
5 SK Kubang Golok 30
6 SK Semut Api 20
JUMLAH 190
DAPATAN KAJIAN
Demografi responden dalam kajian ini merujuk kepada latar belakang responden dari segi
jantina, pengalaman mengajar dan subjek yang di ajar. Seramai 190 orang guru yang terlibat
sebagai responden kajian. Demografi responden seperti yang ditunjukkan melalui Jadual 4.
Jadual 4. Demografi responden
Latar Belakang Responden Kekerapan Peratusan
Jantina Lelaki 55 29.1
Perempuan 134 70.9
Pengalam Kurang dari 5 Tahun 0 0
Mengajar 5 – 10 Tahun 19 9.6
Lebih dari 10 Tahun 172 90.4
Subjek Bahasa Melayu 46 26.2
Mengajar Bahasa Inggeris 26 13.7
Matematik 24 12.6
Sains 17 8.9
Sejarah 3 1.6
Pendidikan Jasmani 2 1.1
Lain-lain 72 37.9
Dari segi jantina seramai 55 orang responden (29.1%) merupakan guru lelaki dan seramai 134
orang responden (70.9%) pula merupakan guru perempuan. Ini bermakna responden yang
terdiri dari guru lelaki hampir satu pertiga sahaja. Jumlah ini adalah selari dengan jumlah
277
PENDIDIKAN BERKUALITI UNTUK SEMUA Vol. 2 (2021) 273
bilangan guru lelaki di hampir semua sekolah yang bilangannya jauh lebih rendah berbanding
dengan guru perempuan. Dari segi pengalaman mengajar guru, lebih 90 peratus guru-guru yang
terlibat mempunyai pengalaman mengajar melebihi 10 tahun malah daripada jumlah itu 3.6
peratus mempunyai pengalaman mengajar yang melebihi 20 tahun. Seramai 19 orang (9.6%)
mempunyai pengalaman antara lima hingga 10 tahun. Ini memberi gambaran bahawa guru-
guru yang mengajar di sekolah pesisir sebahagian besarnya adalah terdiri daripada guru-guru
yang sangat berpengalamandalam dunia pendidikan. Dari segi mata pelajaran yang di ajar pula,
kajian mendapati 26.2 peratus (46) terlibat mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu, 13.7
peratus (26) mengajar mata pelajaran Bahasa Inggeris, 12.6 peratus (24) orang guru mengajar
mata pelajaran Matematik dan 8.9 peratus (17) responden mengajar mata pelajaran Sains. Bagi
mata pelajaran Sejarah dan Pendidikan Jasmani masing-masing 1.6 peratus (3) dan 1.1 peratus
(2) responden, manakala bagi yang mengajar untuk lain-lain mata pelajaran adalah berjumlah
37.9 peratus (72) responden.
1. Apakah tahap pengetahuan merungkai kurikulum dalam kalangan guru-guru di
sekolah rendah kawasan pesisir pantai.
Berdasarkan dapatan kajian dalam jadual 5 dibawah, min keseluruhan tahap pengetahuan
merungkai kurikulum atau DSKP dalam kalangan guru-guru di sekolah rendah kawasan pesisir
ialah 4.10 (SP = 0.42) iaitu berada pada tahap yang tinggi. persepsi murid terhadap amalan
pengajaran guru Bahasa Melayu di sekolah menengah. Berdasarkan keseluruhan item
pengetahuan didapati bahawa item pengetahuan guru bahawa DSKP merupakan dokumen
penting berbanding buku teks sebagai panduan guru paling tinggi dengan nilai 4.29 (SP = 0.63),
diikuti dengan pengetahuan tentang guru mesti mengetahui semua isi kandungan dalam DSKP
dengan nilai min 4.27 (SP = 0.61). Keputusan nilai min ini selari dengan nilai peratus yang
tinggi bagi kedua-dua item ini iaitu masing-masing 91.6 peratus dan 91.1 peratus. Bagaimana
pun item berkenaan guru mempunyai pengetahuan yang baik tentang kandungan DSKP dan
pengetahuan yang baik dalam merancang dan melaksanakan PdP berada pada tahap sederhana
tinggi dengan nilai min masing-masing 3.98 (SP = 0.52) dan 3.99 (SP = 0.47).
Kesimpulannya, pengetahuan merungkai kurikulum atau DSKP dalam kalangan guru-guru di
sekolah rendah kawasan pesisir pantai adalah pada tahap yang tinggi. Pengetahuan yang tinggi
ini memudahkan proses PdP di rancang dan dilakukan dengan baik dan tepat mengikut
keperluan dan kehendak yang telah ditetapkan oleh pihak Kementerian.
Jadual 5: Jumlah peratus dan nilai min bagi konstruk Pengetahuan Guru
Peratus Tahap
Min
Bil Item STT + KT / S T + ST Min
Tinggi
TT
Sederhana
1 Saya tahu DSKP merupakan 7.9 91.6 4.29 Tinggi
dokumen penting berbanding buku 0.5 Tinggi
teks
Sederhana
2 Saya mempunyai pengetahuan yang 14.7 85.2 3.98 Tinggi
baik tentang kandungan DSKP Tinggi
3 Saya tahu guru mesti mengetahui 8.9 91.1 4.27
semua isi kandungan dalam DSKP
4 Saya mempunyai pengetahuan yang
baik dalam merancang dan 11.6 88.4 3.99
melaksana PdP
5 Saya mempunyai pengetahuan 14.2 85.8 4.01
278
PENDIDIKAN BERKUALITI UNTUK SEMUA Vol. 2 (2021) 273
melaksanakan penilaian pada murid 4.10 Tinggi
Purata Keseluruhan
2. Apakah tahap pemahaman merungkai kurikulum dalam kalangan guru-guru di
sekolah rendah kawasan pesisir pantai
Dapatan kajian juga menunjukkan, min keseluruhan tahap pemahaman merungkai kurikulum
atau DSKP dalam kalangan guru-guru di sekolah rendah kawasan pesisir ialah 3.91 (SP = 0.49)
iaitu berada pada tahap yang sederhana tinggi, yang mana hampir 80 peratus secara
keseluruhan guru-guru memberi respons menyatakan bahawa mereka faham berkaitan DSKP
atau kurikulum. Berdasarkan keseluruhan item pemahaman yang ditunjukkan melalui jadual 6,
kajian mendapati item berkenaan saya faham semua kandungan dalam DSKP mandapat min
paling tinggi iaitu 3.97 (SP = 0.55), yang mana 82.6 peratus guru menyatakan mereka faham
tentang semua kandungan kurikulum yang mereka ajar. Item kedua yang mendapat min
tertinggi bagi item pemahaman ialah saya faham apa yang patut murid kuasai melalui DSKP
dengan nilai min 3.96 (SP = 0.55). Dapatan menunjukkan 82.7 peratus guru-guru faham apa
yang patut murid kuasai. Kajian juga menunjukkan bahawa guru faham cara memberi TP pada
murid dengan baik dengan nilai min 3.94 (SP = 0.62) iaitu pada tahap min sederhana tinggi, di
ikuti oleh item saya faham cara merancang pengajaran dengan melihat DSKP pada nilai min
3.93 (SP = 0.55).
Kesimpulannya, kefahaman merungkai kurikulum atau DSKP dalam kalangan guru-guru di
sekolah rendah kawasan pesisir pantai adalah pada tahap yang sederhana tinggi. Kefahaman ini
memudahkan proses PdP di rancang dan dilaksanakan dengan baik dan sepatutnya banyak
membantu pencapaian murid.
Jadual 6: Jumlah peratus dan nilai min bagi konstruk Kefahaman Guru
Peratus Tahap
Min
Bil Item STF + KF / S F + SF Min
Sederhana
TF 3.97 Tinggi
3.78 Sederhana
1 Saya faham semua kandungan dalam 17.5 82.6 3.96 Tinggi
DSKP 3.93 Sederhana
3.94 Tinggi
2 Saya faham cara menghuraikan 1.6 27.5 70.9 3.91 Sederhana
DSKP dengan baik Tinggi
Sederhana
3 Saya faham apa yang patut murid 17.4 82.7 Tinggi
kuasai melalui DSKP Sederhana
Tinggi
4 Saya faham cara merancang 0.5 17.9 81.6
pengajaran dengan melihat DSK
5 Saya faham cara memberi TP pada 1.1 19.6 79.3
murid dgn baik
Purata Keseluruhan
3. Apakah tahap kemahiran merungkai kurikulum dalam kalangan guru-guru di
sekolah rendah kawasan pesisir pantai
Dapatan kajian menunjukkan dapatan min keseluruhan bagi konstruk kemahiran juga berada
pada tahap sederhana tinggi iaitu 3.86 (SP = 0.48) dengan 76.12 peratus guru menyatakan
mereka mempunyai kemahiran, manakala 23.88 peratus guru menyatakan mereka kurang dan
279
PENDIDIKAN BERKUALITI UNTUK SEMUA Vol. 2 (2021) 273
masih tidak mahir. Daripada keseluruhan item kemahiran didapati bahawa item saya
mempunyai kemahiran mengenal pasti kemahiran yang perlu di kuasai oleh murid dan aktiviti
PdP yang saya laksanakan membantu saya memberi tahap TP kepada murid berada pada nilai
min yang paling tinggi iaitu masing-masing 3.95 dan SP = 0.56. Item ini juga mendapat nilai
peratus yang tinggi iaitu melebihi 82 peratus. Seterusnya item Saya mempunyai kemahiran
membuat rujukan DSKP nilai min 3.88 (SP = 0.66), item Saya mempunyai kemahiran
mengenal pasti kata kerja atau kemahiran dalam DSKP nilai min 3.84 (SP = 0.60).
Dapatan jadual 7, juga menunjukkan bahawa tiga lagi aspek yang dikaji berada pada tahap
sederhana tinggi iaitu kemahiran merancang aktiviti berdasarkan kata kerja dalam DSKP ( min
=3.82), kemahiran memberi tahap penguasaan TP kepada murid (min = 3.82) dan kemahiran
mengenal pasti kata nama atau pengetahuan dalam DSKP ( min = 3.80). Kesimpulanya
menunjukkan bahawa dapatan kajian terhadap tahap kemahiran dalam kalangan guru-guru
yang mengajar di sekolah pesisir adalah pada tahap sederhana tinggi. Ini menunjukkan masih
ada ruang untuk penambahbaikan.
Jadual 7: Jumlah peratus dan nilai min bagi konstruk Kemahiran Guru
Peratus Tahap
Min
Bil Item STM + KM / M + Min Sederhana
3.88 Tinggi
TM S SM 3.80 Sederhana
3.84 Tinggi
1 Saya mempunyai kemahiran 2.1 22.1 75.8 3.95
membuat rujukan DSKP 3.82 Sederhana
3.82 Tinggi
2 Saya mempunyai kemahiran 27.9 71.6 3.95
mengenal pasti kata nama atau 0.5 Sederhana
pengetahuan dalam DSKP Tinggi
3 Saya mempunyai kemahiran 25.8 73.7 Sederhana
mengenal pasti kata kerja atau 0.5 Tinggi
kemahiran dalam DSKP Sederhana
Tinggi
4 Saya mempunyai kemahiran
mengenal pasti kemahiran yang 0.5 16.9 82.6 Sederhana
perlu di kuasai oleh murid Tinggi
Sederhana
5 Saya mempunyai kemahiran Tinggi
merancang aktiviti berdasarkan kata 1.1 24.9 74.1
kerja dalam DSKP
6 Saya mempunyai kemahiran
memberi tahap penguasaan TP 0.5 28 71.4
kepada murid
7 Aktiviti PdP yang saya laksanakan
membantu saya memberi tahap TP 1.1 15.3 83.7
kepada murid
Purata Keseluruhan 3.86
4. Apakah wujud perbezaan amalan merungkai kurikulum dalam kalangan guru-
guru di sekolah rendah kawasan pesisir pantai berdasarkan jantina, pengalaman
mengajar dan subjek yang diajar.
Jadual 8 membincangkan hasil analisis amalan merungkai kurikulum dalam kalangan guru-
guru di sekolah rendah kawasan pesisir pantai berdasarkan jantina, pengalaman mengajar dan
280
PENDIDIKAN BERKUALITI UNTUK SEMUA Vol. 2 (2021) 273
subjek yang diajar. Analisis ujian T menunjukkan bahawa tidak ada perbezaan dari segi amalan
merungkai kurikulum dalam kalangan guru-guru berdasarkan jantina dan pengalaman
mengajar guru. Analisis anova satu hala berkenaan amalan merungkai kurikulum dalam
kalangan guru-guru berdasarkan subjek yang di ajar juga mendapati tidak terdapat berbezaan
pada paras P < 0.05 walaupun terdapat sedikit perbezaan dari segi nilai min.
Jadual 8: Ujian t Kesediaan guru (Pengetahuan, Kefahaman dan Kemahiran) guru berdasarkan
jantina
Jantina Bil (N) Min S.Piawai Darjah kebebasan Nilai t Sig.
(df)
Lelaki 55 4.17 0.47 188 1.394 0.267
Perempuan 135 4.08 0.40
Aras singnificant < 0.05
Walau bagaimana pun, dapatan kajian jadual 9 menunjukkan min keseluruhan bagi konstruk
amalan merungkai kurikulum dalam kalangan guru-guru di sekolah rendah pesisir pantai
berada pada tahap sederhana rendah dengan nilai min 2.86 (SP = 0.74). dengan lebih 30
peratus guru-guru menyatakan persetujuan bahawa amalan merungkai kurikulum dalam
kalangan guru-guru adalah rendah. Bagi item Saya setuju ramai guru tidak mahir merungkai
DSKP dengan baik 75.2 peratus guru menyatakan persetujuan mereka, hanya 5.8 peratus yang
tidak setuju atau menafikan. Bagi item saya setuju ramai guru merancang pengajaran merujuk
pada buku teks, sebanyak 43.2 peratus yang tidak bersetuju manakala bagi item saya setuju
ramai guru tidak merujuk DSKP sebelum masuk kelas sebanyak 49.2 peratus guru yang tidak
bersetuju. Analisis juga menunjukkan bahawa 46.3 peratus guru tidak bersetuju dengan item
saya setuju ramai guru tidak menguasai DSKP dengan baik dan 51.6 peratus guru tidak setuju
dengan item saya setuju ramai guru tidak tahu tentang pengetahuan dan kemahiran yang patut
di ajar pada murid seperti terdapat dalam DSKP.
Jadual 9: Jumlah peratus dan nilai min bagi konstruk Amalan Guru
Peratus Tahap
Min
Bil Item STS + KS / S S + SS Min
3.92 Sederhana
TS 2.52 Tinggi
2.64 Sederhana
1 Saya setuju ramai guru merancang 43.2 38.4 18.4 Rendah
pengajaran merujuk pada buku teks 2.60 Sederhana
Rendah
2 Saya setuju ramai guru tidak 49.5 31.3 19.5 2.66
merujuk DSKP sebelum masuk kelas 2.86 Sederhana
Rendah
3 Saya setuju ramai guru tidak 46.3 34.2 19.5
menguasai DSKP dengan baik Sederhana
Rendah
4 Saya setuju ramai guru tidak tahu Sederhana
tentang pengetahuan dan kemahiran Rendah
yang patut di ajar pada murid seperti 51.6 30 18.4
terdapat dalam DSKP
5 Saya setuju ramai guru tidak mahir 5.8 18.9 75.2
merungkai DSKP dengan baik
Purata Keseluruhan
281
PENDIDIKAN BERKUALITI UNTUK SEMUA Vol. 2 (2021) 273
PERBINCANGAN
Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap pengetahuan merungkai kurikulum atau DSKP
dalam kalangan guru-guru di sekolah rendah kawasan pesisir berada pada tahap yang tinggi..
Kesemua item berada pada tahap tinggi dan lebih 88% guru menyatakan bahawa pengetahuan
mereka dalam merungkai kurikulum atau DSKP adalah tinggi. Begitu juga dengan tahap
pemahaman merungkai kurikulum atau DSKP dalam kalangan guru-guru di sekolah rendah
kawasan pesisir berada pada tahap yang sederhana tinggi, yang mana hampir 80 peratus secara
keseluruhan guru-guru memberi respons menyatakan bahawa mereka faham berkaitan DSKP
atau kurikulum.
Kajian ini bertepatan dengan kajian Taorina, Chandra & Sisworo (2018) menyatakan
pengetahuan dan kefahaman tentang kurikulum sangat penting kerana ia berkaitan dengan ke
dalaman kandungan, tujuan yang ingin dicapai serta strategi yang digunakan. Guru yang efektif
seharusnya memiliki kemampuan dalam memberikan penjelasan yang konkrit, eksplisit, dan
menarik mampu menguruskan dengan strategi pengajaran, serta mampu menggalakkan
penglibatan murid mereka.. Pengetahuan tentang kurikulum akan membolehkan guru
menganalisisis tujuan pembelajaran, membuat pemilihan strategi pembelajaran dan
pengelolaan pembelajaran. Komponen-komponen ini amat penting bagi mengalakkkan
penglibatan murid dengan lebih aktif dan berkesan. Murid mampu mencipta pengalaman kelas
yang lebih produktif dan proaktif.
Dapatan kajian juga menunjukkan tahap kemahiran merungkai kurikulum atau DSKP dalam
kalangan guru-guru di sekolah rendah kawasan pesisir berada pada tahap sederhana tinggi yang
mana 76.12 peratus guru menyatakan mereka mempunyai kemahiran, manakala 23.88 peratus
guru menyatakan mereka kurang dan masih tidak mahir. Tahap kemahiran yang tinggi ini
penting bagi menjamin proses merancang dan pelaksanaan PdP dapat dilaksanakan dengan
berkesan. Peratusan tahap kemahiran yang besar ini memberi kekuatan kepada sekolah-sekolah
pesisir. Kajian Anuar et al. (2009) terhadap tahap keupayaan pengajaran guru Sejarah
mendapati kemahiran mengajar guru merupakan aspek yang paling banyak menyumbang
kepada pencapaian pelajar kerana ia berkait rapat dengan kebolehan guru, cara pengajaran
guru, penggunaan bahan bantu mengajar yang akan menjamin keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran seseorang guru. Kamarul Azmi dan Ab. Halim (2007) menegaskan antara sifat-
sifat guru yang berkesan ialah mempunyai kemahiran mengajar, termasuk menghubungkan
pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam pengajarannya. Seseorang guru perlu berpengetahuan
dan mempunyai kemahiran. Kemahiran mengajar atau teaching skills meliputi aktiviti
perancangan, pengelolaan, penyampaian, bimbingan dan penilaian dengan tujuan menyebarkan
ilmu pengetahuan atau kemahiran kepada pelajar-pelajar dengan berkesan iaitu menggunakan
pendekatan, strategi, kaedah dan teknik mengajar berlandaskan teori pengajaran dan
pembelajaran.
Walau bagaimana pun, dapatan kajian bagi konstruk amalan merungkai dalam kalangan guru-
guru memberi gambaran bahawa amalan ini tidak menjadi amalan di sekolah yang mana nilai
min keseluruhannya berada pada tahap sederhana rendah dengan nilai min 2.86 (SP = 0.74).
Tujuh puluh lima peratus guru-guru menyatakan mereka kurang mahir yang banyak memberi
sumbangan kepada tiadanya amalan merungkai dilaksanakan. Keputusan ini sedikit berbeza
dengan dapatan bagi konstruk kemahiran guru, yang mana guru-guru menyatakan mereka
mempunyai kemahiran. Dapatan bagi konstruk amalan ini memberi gambaran yang jelas
bahawa walaupun guru-guru mempunyai pengetahuan, kefahaman dan sedikit kemahiran
berkenaan merungkai kurikulum, tapai ia tidak cukup untuk guru-guru menggunakan sebagai
282
PENDIDIKAN BERKUALITI UNTUK SEMUA Vol. 2 (2021) 273
amalan mereka untuk merungkai kurikulum. Aspek ini perlu dilihat oleh pihak pengurusan
supaya guru-guru dapat dibekalkan dengan pengetahuan dan kemahiran yang cukup khasnya
berkaitan dengan bidang merungkai kurikulum kerana ia menjadi nadi kepada kejayaan PdP.
Ini bersesuaian dengan pandangan Larry Ainsworth (2003) merungkai kurikulum akan
memberi manfaat kepada guru kelas, dan pakar instruksional@ pendidik di semua tahap dan
gred. Ia adalah teknik yang terbukti untuk membantu mereka dalam meningkatkan pencapaian
untuk semua pelajar dengan memberi tumpuan kepada konsep dan kemahiran yang diperlukan
oleh pelajar untuk berjaya.
KESIMPULAN
Daripada dapatan secara keseluruhan kajian memperlihatkan amalan merungkai kurikulum
masih rendah di sekolah pesisir pantai, padahal kepentingan merungkai dan kesannya sangat
besar kepada kejayaan P & P serta penilaian guru terhadap murid. Perubahan dalam kurikulum
dan bentuk penilaian memerlukan semua guru memahami secara mendalam kurikulum yang
disediakan supaya P&P yang dilaksanakan menepati keperluan kurikulum serta penilaian yang
dibuat betul-betul dapat menunjukkan kebolehan murid, serta hasrat bagi melahirkan pelajar
yang lebih berkemampuan dan berkualiti akan tercapai. Ini kerana perancangan P&P yang
sempurna dapat meningkatkan prestasi pelajar serta menjadi suasana pengajaran dan
pembelajaran yang lebih menarik.
Bagi membudayakan amalan ini pihak sekolah khasnya perlu merancang program, kursus,
bengkel berkaitan amalan merungkai kurikulum kepada semua guru. Aspek ini perlu dilihat
oleh pihak pengurusan supaya guru-guru dapat dibekalkan dengan pengetahuan dan kemahiran
yang cukup khasnya berkaitan dengan bidang merungkai kurikulum kerana ia menjadi nadi
kepada kejayaan PdP. Larry Ainsworth (2003) merungkai kurikulum akan memberi manfaat
kepada guru kelas, dan pakar pendidik di semua tahap dan gred. Ia adalah teknik yang terbukti
untuk membantu mereka dalam meningkatkan pencapaian untuk semua pelajar dengan
memberi tumpuan kepada konsep dan kemahiran yang diperlukan oleh pelajar untuk berjaya.
RUJUKAN
Ab Razak bin Shafii dan Nadimah binti Ismail. (2019). Pemikiran guru besar terhadap
pelasakanaan PBD di sekolah.
Aniza Ahmad. (2014). Pengetahuan, kefahaman dan kemahiran guru Bahasa Melayu
terhadap pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah (PBS) di sekolah menengah.
Kertas Projek Sarjana Pendidikan. Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Charalambous, C. Y., & Hill, H. C. (2012). Teacher knowledge, curriculum materials, and quality
of instruction: Unpacking a complex relationship. Journal of Curriculum Studies, 44(4),
443-466.
Creswell, J.W. (2008). Educational research planning, conducting and evaluating quantitative
and evaluating.3 Edition. New Jersey: Pearson Prentice Hall.
Joseph John Morgan, Nancy Beyers Brow dan Yun-Ju Hsiao. (2013). Unwrapping Academic
Standards to Increase the Achievement of Students With Disabilities. Research Article.
First Published September 10, 2013
Kementerian Pendidikan Malaysia (2019). Garis Panduan Pelaksanaan PBD. Bahagian
Pembangunan Kurikulum KPM. Kuala Lumpur.
283
PENDIDIKAN BERKUALITI UNTUK SEMUA Vol. 2 (2021) 273
Kementerian Pendidikan Malaysia (2019). Dokumen standard Kurikulum Standard Sekolah
Rendah (KSSR): Modul Kemahiran mendengar dan bertutur, membaca, menulis.
Kuala Lumpur. Pusat Pembangunan Kurikulum
Larry Ainsworth “Unwrapping the Standards” A simple Proces to Make Standards
Manageable, Advanced Learning Press, Englewood (2003)
Lezah @ Lejah Binti Kiamsin, Rosy Binti Talin. (2018). Kaedah Pengajaran Sejarah yang
Diminati Pelajar dan Justifikasinya. Malaysian Journal of Social Sciences and
Humanities (MJSSH), Volume 3, Issue 2, (page 137 - 145), 2018
Zamri Mahamod, Mohamed Amin Embi & Nik Muhd Rahimi Mohd Yusoff. (2010). Pentaksiran
Bilik Darjah: Panduan Untuk Guru Bahasa Melayu, Inggeris dan Arab. Bangi:
Penerbitan Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia.
284
Diterbitkan Oleh:
Program Pendidikan Pesisir pantai (4P)
Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu
16100 Kota Bharu. Kelantan.
Malaysia