The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Mengandungi nota dan latihan sejarah Tingkatan 3.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Mommy Kitchen's, 2020-11-09 23:36:46

Nota & Latihan Sejarah Tingkatan 3 KSSM

Mengandungi nota dan latihan sejarah Tingkatan 3.

NOTA DAN LATIHAN















SEJARAH PT3







TINGKATAN 3 KSSM








Oleh:



Cikgu Meriam Yusoff


NOTA DAN LATIHAN















SEJARAH PT3







TINGKATAN 3 KSSM








Oleh:



Cikgu Meriam Yusoff


BAB 1 : KEDATANGAN KUASA BARAT




1.1 Kestabilan dan Kemakmuran Negara Kita

Pengenalan

Secara umumnya kestabilan adalah merujuk kepada sistem pemerintahan dan pentadbiran yang stabil,
manakala kemakmuran pula merujuk kepada kemajuan sumber ekonomi daripada hasil bumi dan hasil
alam. Perkembangan ini dipengaruhi oleh kebijaksanaan pemerintah, kerjasama rakyat dan kegemilangan
kegiatan intelektual.




(a) Kestabilan

• Dipengaruhi oleh sistem pemerintahan beraja dan pentadbiran yang cekap.

• Sistem perundangan dan struktur sosial masyarakat tersusun dan sistematik.

• Semangat muafakat antara golongan pemerintah dengan yang diperintah.


• Hasilnya hubungan luar dapat dijalankan dengan berkesan.



(b) Kemakmuran

• Dipengaruhi kekayaan hasil bumi dan sumber alam.


• Antara faktornya ialah kekayaan hasil galian, kesuburan tanah, sumber makanan, kelautan, flora dan
fauna.

• Seterusnya kemuncak kemakmuran negara ialah perkembangan kegiatan keintelektualan dan
persuratan.

• Hasilnya, kemunculan pelabuhan perdagangan yang strategik membolehkan sumber hasil bumi
diperdagangkan ke seluruh dunia.











1 © Kelas Sejarah Cikgu Meriam Yusoff / Tingkatan 3 – Bab 1


Sistem pemerintahan dan struktur sosial
 Kebanyakkan mengamalkan sistem pemerintahan beraja yang diwarisi daripada Kesultanan Melayu Melaka
























Ibu Soko: Individu yang mengentahui dan menghafal
adat dan asal usul kelompok kekeluargaannya. Ibu
Sistem Pemerintahan Beraja Soko terlibat secara langsung dalam pemilihan

dan Perlantikan Buapak
 Di Sarawak dan sabah telah mempunyai sistem pemerintahan masyarakat tempatan.

























2 © Kelas Sejarah Cikgu Meriam Yusoff / Tingkatan 3 – Bab 1


Perundangan



 Menggunakan dua jenis undang-undang, iaitu undang bertulis dan tidak bertulis.
 Undang-undang bertulis ialah undang-undang termaktub dalam perlembagaan dan perundangan.

 Contoh Undang-Undang bertulis ialah Hukum Kanum Melaka, Hukum Kanun Pahang dan Undang-Undang 99
Perak
 Undang-undang tidak bertulis ialah undang-undang adat .Contohnya Adat Perpatih

 Di Sarawak dan Sabah, peraturan hidup dan undang-undang adalah berdasarkan peraturan hidup yang
diamalkan secara tradisi dan turun temurun melalui kepercayaan masing-masing.




Hubungan luar

 Hubungan dengan negara luar dalam bentuk ekonomi, politik dan sosial

 Pemerintah negara kita mengadakan hubungan dengan pedagang British dan Belanda untuk kepententingan
negeri masing-masing

 Kebijaksanaan menjalinkan hubungan diplomatik dan perdagangan menyebabkan mereka dapat meluaskan
pengaruh, melindungi daripada ancaman musuh , memajukan ekonomi negara dan menstabilkan
pemerintahan


























3 © Kelas Sejarah Cikgu Meriam Yusoff / Tingkatan 3 – Bab 1


LATIHAN


Soalan Objektif

1. Antara berikut yang manakah berkaitan dengan peranan sultan dalam pentadbiran kerajaan Melayu?
I. Mengetuai pentadbiran negeri
II. Menjadi lambang kedaulatan

III. Mematuhi perlembagaan
IV. Mengetuai peperangan


A. I dan II C II dan III
B. 1 dan IV D III dan IV



2. Apakah tugas utama pembesar daerah dan jajahan
A. Menasihati sultan dalam pemtadbiran

B. Mempertahankan kedaulatan negeri
C. Mengendalikan pendidikan agama
D. Melantik bakal pengganti sultan



































4 © Kelas Sejarah Cikgu Meriam Yusoff / Tingkatan 3 – Bab 1


5 © Kelas Sejarah Cikgu Meriam Yusoff / Tingkatan 3 – Bab 1


2.KBAT :

Mengapakah kestabilan politik penting dalam sesebuah pentadbiran? [4 Markah]

 Mewujudkan keamanan
 Menjamin keadilan
 Memupuk perpaduan
 Menggalakan kerjasama
 Mana-mana jawapan
munasabh
























































6 © Kelas Sejarah Cikgu Meriam Yusoff / Tingkatan 3 – Bab 1


BAB 1 : KEDATANGAN KUASA BARAT


1.1 Kestabilan dan Kemakmuran Negara Kita

Kemakmuran

 Dipengaruhi kekayaan hasil bumi dan sumber alam.

 Antara faktornya ialah kekayaan hasil galian, kesuburan tanah, sumber makanan, kelautan, flora
dan fauna.

 Seterusnya kemuncak kemakmuran negara ialah perkembangan kegiatan keintelektualan dan

persuratan.
 Hasilnya, kemunculan pelabuhan perdagangan yang strategik membolehkan sumber hasil bumi

diperdagangkan ke seluruh dunia.



Hasil Bumi dan Hasil Alam

 Hasil bumi negara kita ialah hasil galian dan hasil hutan
 Hasil galian utama ialah bijih timah, emas dan perak

 Kegiatan mendulang bijih timah dan emas menggunakan kaedah mendulang dan melampan

 Mendulang dilakukan di kawasan sungai kerana bijih timah banyak di dapati di lembah sungai
 Hasil hutan negara kita ialah rempah ratus, damar dan rotan

 Hasil Alam terbahagi kepada dua iaitu hasil rimba dan hasil laut.
 Hasil rimba seperti kayu kayan, kapur barus, rotan, dammar, getah jelutung, kayu gaharu dan

cendana

 Hasil hutan ini dijual kepada pedagang China, Jepun, Siam dan India
 Hasil laut pula ialah sirip ikan yu, timun laut, rumpai laut dan mutiara


Manafat Hasil Alam

 Masyarakat tempatan mempunyai sifat kreatif dan berkemahiran tinggi

 Dari sumber alam, mereka menghasilkan kraf tangan yang indah dan menarik
 Daun mengkuang, daun pandan, daun nipah dan buluh, dianyam menjadi tikar atau bakul

 Masyarakat Melayu juga mahir dalam bertukang kayu, membuat perahu, membuat perabut

daripada rotan dan menempa alat senjata tradisional
 Di Sarawak terdapat kegiatan menenun kain pua dan menyulam selendang


1 ©Kelas Sejarah Cikgu Meriam Yusoff/ 011 4035 2002 / Tingkatan 3


Sistem Ekonomi


 Mereka melibatkan diri dalam perdagangan

 Setiap negeri mempunyai kemudahan pelabuhan, mata wang, sistem percukaian, dan sistem
timbang dan ukur


i) Perdagangan dan perlabuhan

 Negeri-negeri melayu telah menjalankan kegiatan perdagangan kerana mempunyai pelabuhan
yang terletak di muara sungai yang strategik.

 Pelabuhan Johor, Kedah, Klang dan Melaka menjadi pusat pengumpulan barangan dari timur dan

barat.
 Syahbandar dilantik bagi mengurus pelabuhan.




ii) Timbang, sukat dan ukur.
 Masyarakat melayu mengunakan sukatan seperti kepal, leng, kal , cupak dan gantang

 Mengambil sistem timbangan dari pedagang China yang memakai sistem kati, tahil dan pikul

digabungkan dengan sukatan orang melayu.
 Bagi timbangan emas dan perak, orang melayu mengambil timbangan pedagang India seperti

saga, mayam, bungkal dan kati.

 Apabila pengaruh British sampai ke Alam Melayu, muncul sukatan baharu seperti auns, paun, tan
dan gelen


iii) Mata wang

 Pedagang pada mulanya menggunakan sistem barter (tukar barang) dalam urusan perdagangan
 Kemudian mata wang digunakan, iaitu wang logam diperbuat daripada timah dan emas
 Kedah menggunakan mata wang emas

 Di Kelantan mata wang emas dikenali sebagai duit kijang

 Di Terengganu mata wang Terengganu atau pitih Terengganu







2 ©Kelas Sejarah Cikgu Meriam Yusoff/ 011 4035 2002 / Tingkatan 3


iv) Sistem percukaian

 Cukai ialah bayaran yang dikenakanke atas hasil perlombongan, pertanian, hasil hutan dan
perdagangan

 Cukai merupakan sumber pendapatan pemerintah dan akan disalurkan untuk memakmurkan
negeri.



Kegiatan Keintelektualan

 Pendidikan bertujuan melahirkan individu berakhlak mulia, berkelakuan sopan, bertatasusila dan

berhemah tinggi

 Sebelum kedatangan kuasa Barat, dalam masyarakat tempatan, pendidikan dibahagikaan kepada
pendidikan tidak formal dan pendidikan formal


i. Pendidikan Tidak Formal

 Merupakan pendidikan awal atau asuhan dalam institusi keluarga
 Kanak-kanak diajar kemahiran seperti bercucuk tanam, menangkap ikan, bertukang dan

menghasilkan kraf tangan

 Mereka juga diajar ilmu agama, berpekerti mulia, cara berkawan dan menjaga maruah
 Kaedah pendidikan tidak formal ini diajar melalui pantun, syair, peribahasa, pepatah,

pantang larang, cerita berbentuk teladan dan pengajaran

 Antara cerita rakyat yg memberi nasihat dan pengajaran ialah Si Tanggang Anak Derhaka
dan Cerita Anjing dengan Bayang-bayang

 Mesej dalam Si Tanggang Anak Derhaka ialah mendidik anak agar tidak derhaka kepada
ibu bapa

 Mesej Cerita Anjing dengan Bayang-bayang ialah memberi nasihat supaya tidak bersikap
tamak

 Matlamat pendidikan tidak formal di Sarawak dan Sabah membolehkan mereka berdikari

apabila dewasa
 Di Sarawak pendidikan tidak formal diperolehi melalui cerita lisan yang berkaitan dengan

amalan dan kepercayaan turun temurun.
 Di Sabah pula dipelajari melalui keluarga atau masyarakat setempat seperti

bersawah, berternak, bertukang, berburu, memanjat, memancing dan menyumpit

3 ©Kelas Sejarah Cikgu Meriam Yusoff/ 011 4035 2002 / Tingkatan 3


ii. Pendidikan Formal

 Pendidikan formal masyarakat Melayu adalah bercorak Islam dan menekankan ilmu keagamaan
 Pusat pendidikan formal ialah masjid, surau, pondok, madrasah dan istana.

 Istana berperanan sebagai pusat mempelajari hal pentadbiran dan sistem politik Negara
 Di masjid dan surau, pengajiannya merangkumi cara bacaan dalam solat dan tajwid serta

mempelajari hadis, fekah dan usuludin

 Pendidikan pondok mengajar al-Quran, ilmu hadis dan bahasa Arab
 Pendidikan di madrasah berdasarkan sukatan pelajaran dan dilaksanakan secara kelas.

Pendidikannya mengikut tahap, iaitu tahap permulaan, pertengahan dan pengkhususan.
Pendidikan madrasah diawasi mudir (guru besar) serta diselia oleh jawatankuasa kewangan.



iii. Bahasa Melayu dan tulisan jawi
 Bahasa Melayu dan tulisan jawi penting dalam perkembangan pendidikan yang pesat

 Kepentingan bahasa Melayu ialah :
a) Menjadi bahasa ilmu

b) Bahasa lingua franca dalam dunia perdagangan di alam Melayu
c) Menyampai ilmu

d) Ilmu pengentahuan yang tinggi


iv. Penulisan Karya Kesusasteraan

 Penulisan karya kesusasteraan juga berkembang. Antara hasil karya kesusasteraan yang bermutu
tinggi ialah :

a) Tuhfat al-Nafis
b) Gurindam Dua Belas

c) Misa Melayu

d) Hikayat Datuk Merpati Jepang










4 ©Kelas Sejarah Cikgu Meriam Yusoff/ 011 4035 2002 / Tingkatan 3


LATIHAN



1.
.
























2.
.


















3. SOALAN KBAT :
3
.
Bagaimanakah kerajaan dapat memanafaatkan hasil bumi negara kita untuk kesejahteraan rakyat?
[4 Markah]
 Mencipta inovasi/teknologi
 Menghasilkan produk
 Peluang pekerjaan
 Bantuan/intensif/subsidi








5 ©Kelas Sejarah Cikgu Meriam Yusoff/ 011 4035 2002 / Tingkatan 3


4
.












































































6 ©Kelas Sejarah Cikgu Meriam Yusoff/ 011 4035 2002 / Tingkatan 3


5. Rajah berikut menunjukkan sistem pendidikan masyarakat tempatan sebelum kedatangan kuasa
barat.

Formal

Pendidikan
Tidak Formal


a) Berikan dua contoh tempat pelaksanaan sistem pendidikan formal

i. ---------------------------------------------

ii. ---------------------------------------------


b) Kurikulum pendidikan formal berfokuskan kepada pengajaran agama. Berikan penjelasan anda
 Ya, berfokus kepada pengajaran
agama
 Masjid - pengajian cara bacaan
dalam solat, tajwid, hadis, fekah &
usuludin
 Pondok - ajar al Quran, hadis dan
bahasa Arab
 Madrasah - ada sukatan
pelajaran, dalam kelas, tahap
permulaan, pertengahan dan
pengkhususan serta diawasi mudir
 Pendidikan melahirkan individu
berakhlak mulia


c) Adakah sistem pendidikan tidak formal masyarakat masyarakat Melayu tradisional berkesan
 Berkesan
 Di Sarawak, individu mahir berburu
dan meramu
 Di Sabah, anak mahir memanjat,
menyumpit, memancing, bertukang
dan bertenrnak
 Masyarakat Melayu melalui didikan
awal keluarga/terkenal sopan
santun/akhlak mulia/menjaga
maruah diri/melalui cewrita telada
dan pantang larang


d) Mengapakah pendidikan penting dalam kehidupan masyarakat tempatan?
 Berilmu pengetahuan
 Berakhlak mulia
 Berkelakuan sopan
 Meningkatkan taraf hidup






7 ©Kelas Sejarah Cikgu Meriam Yusoff/ 011 4035 2002 / Tingkatan 3


BAB 1 : KEDATANGAN KUASA BARAT



1.2 Faktor Kedatangan Kuasa Barat ke Negara Kita


 Kestabilan dan kemakmuran negara kita mendorong kuasa-kuasa barat untuk menguasai kekayaan
tersebut

 Pada peringkat awal terdapat lima kuasa Barat bersaing untuk menguasai perdagangan rempah di
Alam Melayu

 Garis masa persaingan kuasa-kuasa Barat dapat dilihat melalui 2 garis masa ini


Faktor Kedatangan Kuasa Barat abad ke-16
1. Mendapat barangan mewah

- Kuasa-kuasa Barat ingin mendapat barang mewah dari China seperti teh, sutera dan tembikar

- Juga rempah ratus, minyak wangi, emas, perak, gading batu permata dan hasil hutan


2. Perlu Pusat Pengumpulan
- Syarikat Perdagangan perlukan pusat pengumpulan barang mentah tempatan yang diperlukan

China seperti emas, perak, bijih timah dan rempah ratus
- Pusat pengumpulan itu terletak di tengah-tengah laluan perdagangan China-India


3. Pelabuhan Persinggahan

- Kuasa Barat memerlukan pelabuhan yang sesuai sebagai tempat berlindung sementara
sementara menunggu peralihan angin monsun dan mendapatkan bekalan air, makanan dan

membaiki kapal sebelum ke Canton

4. Agama

- Ingin menyebarkan agama Kristian di Timur

- Sepanyol dan Portugal ialah dua buah Negara Katolik yang menekankan usaha penyebaran
agama Kristian di seberang laut.

- Matlamat penjajahan mereka adalah untuk kekayaan, kemasyhuran dan keagamaan




1 ©Kelas Sejarah Cikgu Meriam Yusoff/ 011 4035 2002 / Tingkatan 3 ~ 2020


Faktor Kedatangan Kuasa Barat Pada Abad ke-17 & 18


Revolusi Perindustrian


• Revolusi perindustrian bermula di Britian pada abad ke-17

• Jerman dan Perancis turut menjadi negara perindustrian

• Mereka perlu mencari pusat perdagangan dan tanah jajahan untuk dapat bahan mentah bagi
keperluan kilang perusahaan mereka secara berterusan

• Perlu pasaran luas kerana kilang keluarkan hasil yang banyak




Kedatangan Kuasa Barat Pada Abad ke-19 & 20

1. Perkembangan industri kereta

 Perkembangan industri kereta menyebabkan permintaan terhadap getah asli meningkat

untuk cipta tayar.

 Getah diperlukan juga untuk perusahaan penebat barangan elektrik.


2. Kesuburan Tanah dan kekayaan hasil bumi


 Negara kita mempunyai tanah yang subur dan iklim yang sesuai untuk tanaman getah, tebu,
padi dan tembakau.

 Juga kaya dengan hasil bumi bijih timah, emas, bijih besi, petroleum dan arang batu



3. Industri mengetin Makanan

 Bijih timah diperlukan untuk industri mengetin makanan, minuman, membuat bumbung

rumah dan tong minyak.
 Kesannya permintaan dan harga bijih timah turut meningkat.










2 ©Kelas Sejarah Cikgu Meriam Yusoff/ 011 4035 2002 / Tingkatan 3 ~ 2020


4. Pembukaan Terusan Suez

 Pembukaan Terusan Suez yang menghubungkan Pelabuhan Said di Laut Mediterranean

dengan Suez di Laut Merah mempercepatkan urusan perdagangan.

 Perdagangan di antara Alam Melayu dengan Eropah semakin bertambah


5. Ciptaan Kapal Wap

 Ciptaan kapal wap membolehkan dapat membawa muatan lebih banyak, menjimatkan kos,
percepat perjalanan dan penghantaran mudah serta murah.




6. Persaingan Kuasa Barat


 Wujud persaingan kuasa-kuasa Barat seperti Britian, Jerman, Perancis, Sepanyol dan
Amerika Syarikat untuk mendapatkan tanah jajahan.

 Mereka sanggup berperang kerana semakin luas tanah jajahan, semakin tinggi sanjungan

yang diperolehi.




7. Ciptaan Telegraf

 Ciptaan telegraf membolehkan ahli perniagaan Eropah menghubungi ejen atau wakil mereka

di Tanah Melayu dengan cepat.




8. Slogan "Beban Orang Putih"

 Slogan "Beban Orang Putih" digunakan untuk sebar pengaruh dan tamadun mereka dan

mewajarkan tindakan mereka.
 Slogan Beban orang Putih bermaksud tanggungjawab dan tugas mereka membantu dan

memberi kesejahteraan kepada wilayah yang ditakluki.

 Perancis menggunakan slogan Tugas Menyebar Tamadun kepada penduduk dunia bukan
Barat yang dianggap mundur.






3 ©Kelas Sejarah Cikgu Meriam Yusoff/ 011 4035 2002 / Tingkatan 3 ~ 2020


LATIHAN – BAHAGIAN A








































































4 ©Kelas Sejarah Cikgu Meriam Yusoff/ 011 4035 2002 / Tingkatan 3 ~ 2020


BAHAGIAN B








































































5 ©Kelas Sejarah Cikgu Meriam Yusoff/ 011 4035 2002 / Tingkatan 3 ~ 2020


5.



















































6 ©Kelas Sejarah Cikgu Meriam Yusoff/ 011 4035 2002 / Tingkatan 3 ~ 2020


BAHAGIAN C - ESEI
































































7 ©Kelas Sejarah Cikgu Meriam Yusoff/ 011 4035 2002 / Tingkatan 3 ~ 2020


1.3 Persaingan Antara Kuasa Barat untuk Mendapatkan Tanah Jajahan


 Kuasa Barat berlumba-lumba memiliki tanah jajahan untuk kepentingan ekonomi.

 Sepanyol, Britian, Perancis dan Rusia mempunyai empayar.

 Amerika Syarikat, Jerman, Itali & Belgium menyertai perlumbaan mendapatkan tanah jajahan.

 Persaingan ini menimbulkan kebimbangan British kerana negeri-negeri Melayu, Sarawak dan
Sabah kaya dengan bahan mentah dan merupakan kawasan pasaran yang penting.


 Rancangan perluasan kuasa Barat

Kuasa Barat Wilayah Di Alam Melayu

Perancis Segenting Kra
Rusia Ujung Salang

Jerman Pulau Langkawi
Amerika Syarikat Terengganu

Belanda Kepulauan Hindia Timur

British Negeri-Negeri Melayu, Sarawak dan Sabah





LATIHAN – BAHAGIAN A



1 2
.




















8 ©Kelas Sejarah Cikgu Meriam Yusoff/ 011 4035 2002 / Tingkatan 3 ~ 2020


3 Mengapakah Perancis berminat meluaskan
4
. Kuasa di IndoChina?


A. Membuka Petempatan baru
B. Menjadikan pusat ketenteraan utama

C. Membina terusan di Segenting Kra

D. Mengusahakan sistem pertanian moden








BAHAGIAN B

1. Pada abad ke-19, kuasa Barat mula bersaing untuk membina empayar masing-masing. Hal ini
membimbangkan British yang mempunyai kepentingan di negeri-negeri Melayu, Sarawak dan
Sabah.

Jelaskan dua sebab wilayah tersebut penting kepada British


i. ………………………………………………………………………………………………….

ii. ………………………………………………………………………………………………….

2. Kemaraaan Kuasa Barat lain ke negeri-negei Melayu, Sarawak dan Sabah bagi mendapatkan
tanah jajahan membimbangkan British. Namakan kuasa Barat yang dimaksudkan serta huraiannya
dalam jadual di bawah
Kuasa Barat Tindakan/Rancangan/Hasrat
(a) Perancis


(b) Berhasrat membuka petemptan di Ujung Salang



(c) Berusaha mendapatkan Pulau Langkawi


(d) Amerika Syarikat







9 ©Kelas Sejarah Cikgu Meriam Yusoff/ 011 4035 2002 / Tingkatan 3 ~ 2020


1.4 Perbezaan Strategi Kuasa Barat untuk Menguasai Negara Kita


 Kuasa-kuasa Barat menggunakan pelbagai strategi untuk menguasai negara kita. Contohnya:-
 Portugis guna strategi menyerang semasa menjatuhkan Kesultanan Melayu Melaka

 Belanda guna strategi serangan fizikal, perjanjian dan pakatan kuasa Barat untuk
mendapatkan tanah jajahan

 British guna strategi bersifat diplomasi berdasarkan isu dan faktor setempat

 British mula mengubah dasar tidak campur tangan kepada dasar campur tangan selepas Parti
Konservatif mengambil alih pentadbiran daripada Parti Liberal

 Dasar campur tangan ini dipengaruhi oleh desakan pedagang untuk melindungi kepentingan

pelaburan mereka dan kepentingan ekonomi British
 Gabenor Harry Ord telah digantikan oleh Andrew Clarke untuk memaksa pemerintah tempatan

menerima naungan dan campur tangan British


Strategi Belanda

1) Serangan Fizikal

i. Menyerang Pulau Pangkor (1650) dan Kuala Perak (1651) disebabkan monopoli bijih timah

oleh Belanda.
ii. Berperang dengan Selangor dan Rembau (1763) kerana bimbang penguasaan Selangor

terhadap Selat Melaka
iii. Berperang dengan Johor (1782) disebabkan perselisihan perdagangan

iv. Berperang dengan Johor dan Selangor (1784) kerana perebutan perairan Selat Melaka


2) Perjanjian

i. 1650 perjanjian dengan Perak untuk mendapatkan bijih timah
ii. 1786 perjanjian dengan Selangor, Sultan Ibrahim setuju jual bijih timah


3) Pakatan

i. 1641 berpakat dengan Johor mengalahkan Portugis di Melaka

ii. 1824 berpakat dengan British menandatangani Perjanjian Inggeris Belanda





10 ©Kelas Sejarah Cikgu Meriam Yusoff/ 011 4035 2002 / Tingkatan 3 ~ 2020


Strategi British


1) Serangan Fizikal

i. 1831 dan 1832 serang Dol Said yang enggan tunduk pada kekuasaan British.
ii. Membedil Kuala Terengganu dan meminta Sultan Omar tidak campur tangan dalam perang

saudara di Pahang dan masalah takhta Sultan Mahmud Lingga.


2) Perjanjian
i. Mendesak Sultan Perak, Sultan Selangor, Yamtuan Seri Menanti dan Sultan Pahang

menerima naungan British.

ii. Sultan Brunei bersetuju mengiktiraf James Brooke sebagai raja


3) Ugutan / Desakan
i. Mengugut Sultan Selangor dan Pahang menerima Residen.

ii. James Brooke mendesak Sultan Brunei mengiktiraf sebagai raja


4) Tipu Helah


i. Mendapatkan Pulau Pinang melalui tipu helah kepada Sultan Kedah



5) Pakatan

i. Berpakat dengan Belanda mendapatkan Melaka melalui Perjanjian Inggeri-Belanda 1824


6) Pajakan

i. Melalui pajakan dan pemberian piagam, SBUB meluaskan pengaruh ke Sabah


7) Manipulasi

i. 1819 - mendapat Singapura peluang daripada perebutan takhta Johor
ii. 1871 – campur tangan di Perak, peluang daripada perebutan takhta

iii. 1874 – campur tangan di Selangor peluang daripada rompakan ke atas kapal dagang dan
serangan rumah api Tanjung Rachado



11 ©Kelas Sejarah Cikgu Meriam Yusoff/ 011 4035 2002 / Tingkatan 3 ~ 2020


LATIHAN – BAHAGIAN A



































































12 ©Kelas Sejarah Cikgu Meriam Yusoff/ 011 4035 2002 / Tingkatan 3 ~ 2020


13 ©Kelas Sejarah Cikgu Meriam Yusoff/ 011 4035 2002 / Tingkatan 3 ~ 2020


BAHAGIAN B

1) Maklumat berikut berkaitan dengan kuasa-kuasa Barat yang berusaha untuk menguasai negeri-
negeri Melayu

Belanda British

a) Nyatakan dua strategi Belanda untuk menguasai negeri-negeri Melayu.

i. ---------------------------------------------------------
ii. ---------------------------------------------------------


b) Mengapakah kuasa-kuasa Barat Berjaya menguasai negeri-negeri Melayu dengan mudah?

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------




c) Bagaimanakah usaha generasi mudah ari ini dalam mengekalkan kedaulatan tanah air kita

daripada diganggu gugat kuasa asing?
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------




14 ©Kelas Sejarah Cikgu Meriam Yusoff/ 011 4035 2002 / Tingkatan 3 ~ 2020


2…Rajah di bawaj menunjukkan kuasa-kuasa Barat yang meluaskan kuasa di Alam Melayu. Usaha

Perluasan kuasa ini semakin rancak pada abad ke-19 dan abad ke-20


















(a) Nyatakan empat perkembangan yang membawa kepada situasi tersebut

i. --------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
ii. ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

iii. -----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

iv. -----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

(b) Pada tahun 1874, kerajaan Britian telah menukar dasar tidak campur tangan kepada dasar
campurtangan di negeri-negeri Melayu. Kemukakan tiga sebab yang membawa kepada
perkembangan tersebut

i. --------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


ii. -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



iii. ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



(c) Apakah iktibar yang dapat anda pelajari daripada usaha perluasan kuasa-kuasa Barat di negara
kita?
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


15 ©Kelas Sejarah Cikgu Meriam Yusoff/ 011 4035 2002 / Tingkatan 3 ~ 2020


16 ©Kelas Sejarah Cikgu Meriam Yusoff/ 011 4035 2002 / Tingkatan 3 ~ 2020


BAB 2 : PENTADBIRAN NEGERI-NEGERI SELAT




2.1 Perluasan Kuasa British Ke Pulau Pinang, Singapura Dan Melaka




































































1 ©Kelas Sejarah Cikgu Meriam Yusoff / Tingkatan 3 -2020


Pulau Pinang Singapura Melaka

 Pulau Pinang merupakan  Singapura ialah wilayah  Kesultanan Melayu Melaka
wilayah Kesultanan Kedah Kesultanan Johor Riau merupakan kerajaan Alam
 Menjadi pusat yang meliputi Pahang, Melayu yang unggul pada
persinggahan pedagang Johor dan gugusan kurun ke-15
dari Lingga yang kepulauan Riau Lingga
berdagang dengan Kedah  Pada tahun 1511,
 Johor, Singapura dan Kesultanan Melayu Melaka
 Pulau Pinang menjadi Kepulauan Riau ditadbir ditawan Portugis
pelabuhan dagang bagi oleh Temenggung Abdul
daerah serantau terutama Rahman yang tinggal di  Pada tahun 1641-1824,
dengan Acheh. Singapura Melaka menjadi tanah
jajahan Belanda setelah
 Batu Uban merupakan  Temenggung Abdul berjaya mengalahkan
pelabuhan paling awal Rahman membuka lading Portugis dengan bantuan
dibina sering dikunjungi lading gambir yang Kesultanan Johor-Riau
oleh pedagang Arab. diusahakan oleh orang-
orang Melayu dan Cina di  Belanda menjadikan
 Petempatan Batu Uban Singapura Melaka sebagai pusat
dibuka oleh orang Melayu pengumpulan hasil bijih
Sumatera. Sultan Kedah  Pemerintah Kesultanan timah dari negeri-negeri
menganugerahkan Melayu Johor Riau ialah Melayu.
kawasan tersebut sebagai Sultan Abdul Rahman yang
membalas jasa orang bersemayam di Lingga dan
Sumatera membantu mengadakan hubungan  Belanda lebih
Kesultanan Kedah baik dengan Belanda mementingkan Betawi di
menentang Siam Jawa sebagai pusat
perdagangan utama di
Alam Melayu




















2 ©Kelas Sejarah Cikgu Meriam Yusoff / Tingkatan 3 -2020


Faktor Perluasan Kuasa British di Pulau Pinang

Pusat Pengumpulan Pelabuhan Persinggahan Pengkalan Tentera
Barang

 British memerlukan teh dari  British memerlukan sebuah  British mempunyai sebuah
China kerana mendapat pelabuhan persinggahan yang pangkalan tentera laut di
pasaran baik di Eropah terletak di laluan perdagangan di pantai barat india, iaitu di
antara India dan China Bombay
 China tidak memerlukan
barangan British, sebaliknya  Pelabuhan persinggahan diperlukan  Pengkalan tersebut sukar
China memerlukan emas, untuk: mengawal Petempatan British
bijih timah dan rempah ratus i. Menyediakan bekalan di pantai timur iaitu Madras
yang terdapat di Alam air, makanan dan
Melayu minuman membaiki  British memerlukan sebuah
kapal sebelum ke China pangkalan tentera yang lebih
 Oleh itu British memerlukan strategic untuk:
sebuah pusat mengumpul ii. Tempat berlindung i. Mempertahankan
emas, Perak, bijih timah dan ketika tiupan angin Petempatan British di
lada hitam dari Kepulauan monsoon India daripada
Melayu untuk ditukar dengan ancaman tentera
teh dari China iii. Memudahkan Perancis
perjalanan ke rantau
Asia-Pasifik ii. Menghadapi saingan
Belanda di Alam
Melayu




Kronologi Pendudukan British di Pulau Pinang


 Pada abad ke-18, wujud persengketaan dalam Kesultanan Kedah dan juga ancaman kuasa

asing
 Sultan Kedah berusaha mendapatkan bantuan ketenteraan British untuk mempertahankan

kedaulatan negeri.

 British mengambil kesempatan daripada masalah tersebut dengan menggunakan tipu helah
bagi menduduki Pulau Pinang.







3 ©Kelas Sejarah Cikgu Meriam Yusoff / Tingkatan 3 -2020


Perebutan Takhta Kerajaan Kedah

 Berlaku pertikaian dan perebutan takhta dalam kalangan pembesar telah mengancam
kedaulatan Kedah. Pada tahun 1770, Sultan Muhammad Jiwa telah melantik Tunku Abdullah
sebagai Raja Muda Kedah
 Pelantikan tersebut tidak dipersetujui oleh kerabat diraja Kedah kerana Tunku Abdullah
bukan anak gahara
 Tindakan kerabat diraja ialah: mereka berpakat dengan Bugis di Selangor untuk menentang
Sultan Muhammad Jiwa
 Sultan Muhamad JIwa memohon bantuan tentera daripada SHTI untuk mempertahankan
kedaulatan negeri daripada serangan Bugis

 SHTI menghantar Edward Monckton berunding dengan Sultan Muhammad JIwa .Rundingan
gagal kerana SHTI tidak memberikan jaminan akan melindungi Kedah daripada ancaman
musuh.



Ancaman Siam

 Kedah menghentikan penghantaran bunga emas ke Siam semasa Siam berperang dengan
Burma
 Selepas perang Siam menuntut Sultan Kedah menghantar ufti
 Sultan kedah yang terancam dengan tuntutan Siam. Untuk memelihara kedaulatan Kedah
dan kesejahteraan rakyat, tindakan Sultan Abdullah ialah : mendapat bantuan ketenteraan
dari SHTI

 Sultan Kedah menawarkan Pulau Pinang kepada SHTI dengan syarat member bantuan
ketenteraan
 Baginda meminta Francis Light menyampaikan permintaannya kepada Gabenor Jeneral SHTI
di India


Tipu Helah Francis Light Menduduki Pulau Pinang


 Francis Light menyedari kedudukan strategic Pulau Pinang dan berjanji SHTI akan memenuhi
syarat yang diminta Sultan Kedah
 Sultan Abdullah berpegang pada janji tersebut menawarkan Francis Light membuka
petempatan di Pulau Pinang pada tahun 1786.
 Francis Light menamakan Pulau Pinang sebagai Prince of Wales Island.
 Petempatan ini dinamakan Georgetown sempena nama Raja England.






4 ©Kelas Sejarah Cikgu Meriam Yusoff / Tingkatan 3 -2020


Pengukuhan Kuasa British Di Pulau Pinang Melalui Perjanjian

 Pada tahun 1786, Siak menakluki Patani dan mengancam Kesultanan Kedah

 Sultan Abdullah meminta bantuan ketenteraan SHTI seperti yang dijanjikan oleh Francis Light

 SHTI enggan memberikan bantuan ketenteraan kerana tiada perjanjian ditandatangani
dengan Sultan Kedah.

 Setelah menyedari ditipu, Sultan Abdullah menghimpunkan tenteranya di Sebrang Perai

untuk mengambil semula Pulau Pinang
 Angkatan Sultan Kedah dapat ditewaskan oleh Francis Light dengan bantuan tentera SHTI

 Sultan Abdullah dipaksa menandatangani perjanjian dengan British pada tahun 1791

 Perjanjian ini secara rasmi iktiraf pendudukan British di Pulau Pinang
 Pada tahun 1800, Gabenor Pulau Pinang, George Leith mendesak Sultan Kedah Sultan

Dhiauddin menandatangani perjanjian dengan British

 Perjanjian ini membolehkan British menduduki Seberang Perai
 Pendudukan ini penting sebagai benteng pertahanan dan kawasan pertanian bagi

membekalkan sumber makanan kepada penduduk di Pulau Pinang






























5 ©Kelas Sejarah Cikgu Meriam Yusoff / Tingkatan 3 -2020


LATIHAN







































































6 ©Kelas Sejarah Cikgu Meriam Yusoff / Tingkatan 3 -2020


2. Lengkapkan pernyataan berikut dengan maklumat berkaitan dengan pertapakan British di Pulau
Pinang











































































7 ©Kelas Sejarah Cikgu Meriam Yusoff / Tingkatan 3 -2020


3.











































































8 ©Kelas Sejarah Cikgu Meriam Yusoff / Tingkatan 3 -2020


4. Batu Uban merupakan pelabuhan paling awal dibuka di Pulau Pinang dan sering dikunjungi
Oleh pedagang-pedagang Arab.
a) Nyatakan peranan Batu Uban di Pulau Pinang.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

[2 Markah]
b) Mengapakah British memerlukan pelabuhan persinggahan di Pulau Pinang seperti Batu
Uban tersebut?

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

[4 Markah]
c) Pada pendapat anda, apakah kepentingan yang diperoleh British apabila memilih Batu

Uban sebagai pelabuhan utama mereka?
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

[4 Markah]





9 ©Kelas Sejarah Cikgu Meriam Yusoff / Tingkatan 3 -2020


5. Maklumat berikut berkaitan dengan tipu helah pihak British bagi menduduki Pulau Pinang


 Perebutan takhta Kesultanan
Kedah

 Ancaman Siam
a) Apakah krisis perebutan takhta Kesultanan Kedah tersebut?

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

[3 markah]
b) Bagaimanakah ancaman Siam membawa kepada penguasaan British di Pulau Pinang?

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
[3 markah]

c) Mengapakah British menggunakan strategi tipu helah untuk menduduki Pulau Pinang?
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

[4 markah]


10 ©Kelas Sejarah Cikgu Meriam Yusoff / Tingkatan 3 -2020


BAB 2 : PENTADBIRAN NEGERI-NEGERI SELAT


Perluasan Kuasa British di Singapura

 Setelah menguasai Pulau Pinang, British berusaha meluaskan pengaruh ke wilayah lain di Alam Melayu
 Semasa Perang Napoleon, British dapat menduduki Melaka dan Betawi iaitu tanah jajahan Belanda buat
sementara waktu.
 Dalam Perang Napoleon, Belanda ditawan Perancis dan Raja Belanda melarikan diri ke England.
 Untuk mengelakkan tanah jajahannya jatuh ke tangan Perancis, Raja Belanda telah menandatangani
Surat Kew dengan Raja England.
 Berdasarkan Surat Kew, Belanda menyerahkan semua tanah jajahannya di Timur secara sementara
kepada British sehingga perang tamat
 Selepas Perang Napoleon tamat, British terpaksa memulangkan semula petempaan tersebut kepada
Belanda.
 British menugaskan Stamford Raffles dan William Farquhar mencari pelabuhan baru untuk memecahkan
penguasan Belanda di Alam Melayu
 Berusaha menduduki Singapura

Kepentingan Singapura Kepada British

 Pelabuhan British, Melaka dan Pulau Pinang tidak mampu menyaingi pelabuhan Belanda iaitu Betawi
kerana kedudukan Pulau Pinang terletak jauh di sebelah utara Selat Melaka
 Bangkahulu berada di luar laluan utama perdagangan Alam Melayu
 British memerlukan pelabuhan yang lebih strategik untuk bersaing dengan Belanda di Alam Melayu
 Singapura lebih strategik untuk bersaing dengan Belanda di Alam Melayu
 Kedudukannya di selatan Tanah Melayu dapat mengawal kegiatan perdagangan di Selat Melaka dan
Selat Sunda.
 Singapura berpotensi menjadi pusat Pengumpulan hasil-hasil ekonomi
 Alam Melayu kebanyakan kapal dagang berlabuh di Pelabuhan Betawi, Riau dan Lingga yang di bawah
pengaruh Belanda

Pertapakan British di Singapura


 Stamford Raffles dan William Farquhar tiba di Singapura pada bulan januari 1819.
 British kemudiannya mengadakan perjanjian awal dengan pentadbir Singapura iaitu Temenggung Abdul
Rahman untuk membenarkan British mendirikan petempatan di Singapura.
 Temenggung Abdul Rahman menegaskan bahawa perjanjian tersebut perlu mendapatkan pengesahan
daripada Sultan Abdul Rahman, iaitu pemerintah Kesultanan Johor Riau.
 Stamford Raffles memanipulasikan isu pewarisan takhta Kesultanan Johor Riau bagi mendapatkan
pengesahan sultan setelah menyedari Sultan Abdul Rahman mempunyai hubungan baik dengan
Belanda.






1 ©Kelas Sejarah Cikgu Meriam Yusoff / Tingkatan 3


Isu Pewarisan Takhta Kesultanan Johor-Riau

 Sultan Mahmud Shah III mempunyai dua orang putera iaitu Tengku Hussein, putera sulong dan Tengku
Abdul Rahman, putera bomgsu
 Pada tahun 1812, Sultan Mahmud Shah III mangkat
 Tengku Abdul Rahman hadir semasa pemakaman Almarhum Sultan di Lingga
 Tengku Hussein tidak hadir kerana baginda berada di Pahang
 Tengku Abdul Rahman ditabalkan sebagai Sultan Johor-Riau
 Baginda mendapat pengiktirafan daripada orang Bugis dan Belanda
 Tengku Hussein yang diketepikan telah berundur dan menetap di Riau.
 Stamford Raffles mengambil peluang memujuk Temenggung Abdul Rahman menjemput Tengku Hussein
ke Singapura
 Baginda diisytiharkan sebagai Sultan Johor Riau dengan gelaran Sultan Hussein Muhammad Shah
 Tindakan Stamford Raffles memanipulasikan isu pewarisan takhta menyebabkan Kesultanan Johor Riau
mempunyai dua orang sultan iaitu Sultan Abdul Rahman yang bersemayam di Lingga dan Sultan Hussein
bersemayam di Singapura


Perjanjian Mengukuhkan Kuasa British di Singapura


 British seterusnnya mengukuhkan penguasaan ke atas Singapura melalui beberapa perjanjian dengan
Sultan Hussein dan Temenggung Abdul Rahman :-
1. Pada Perjanjian 6/2/1819 Stamford Raffles menandatangani Perjanjian dengan Sultan Hussein
dan Temenggung Abdul Rahman .Kesan perjanjian tersebut Perjanjian tersebut :
i. Petempatan British di Singapura diiktiraf
ii. British menaikkan bendera Union Jack di Singapura pada 13/2/1819
iii. Willian Farquhar dilantik sebagai Residen pertama di Singapura

2. Perjanjian 2 Ogos 1824 antara Residen Singapura John Crawfurd dengan Sultan Hussein dan
Temenggung Abdul Rahman. Kesan kerjanjian tersebut ialah:
i. Singapura diserahkan kepada British untuk selama-lamanya
ii. Sultan dan Temenggung hilang kedaulatan ke atas Singapura
iii. Sebagai ganti Sultan dan Temenggung diberi bayaran pampas an dan pencen bulanan
seumur hidup.

 Melalui perjanjian tersebut British dapat menguasai Singapura, kawasan laut, selat dan sekitarnya kecuali
kawasan kediaman Sultan dan Temenggung








2 ©Kelas Sejarah Cikgu Meriam Yusoff / Tingkatan 3


Perluasan Kuasa British Di Melaka


 British dapat menguasai Melaka melalui strategi pakatan dengan Belanda
 Faktor yang membawa kepada pakatan antara dua kuasa ini ialah:
i. Untuk menamatkan pertikaian di Alam Melayu
ii. Mengukuhkan persahabatan di Eropah
iii. Penyelesaian untuk perdamaian

Menamatkan Pertikaian British dan Belanda Berkaitan Singapura

 Pendudukan British di Singapura menimbulkan pertikaian dan menyebabkan hubungan antara British
dengan Belanda di Alam Melayu semakin tegang
 British Berjaya memajukan Singapura dalam tempoh yang singkat dan bertekat mempertahankan
kedudukannya di Singapura kerana yakin Singapura boleh menjadi pelabuhan bebas dan pengkalan
tentera yang penting di Alam Melayu
 Belanda mendakwa Singapura berada di bawah lingkungan pengaruhnya dan menuntut British berundur
dari Singapura kerana Belanda bimbang kemajuan Singapura akan menjejaskan perdagangannya di
Betawi.

Dasar Persahabatan British dan Belanda di Eropah

 Persahabatan di Eropah penting kerana kedudukan Belanda berdekatan dengan Britian.
 British mengambil pengalaman semaa Perang Napoleon, Perancis menjadikan Belanda sebagai
pengkalan menyerang Britian pada tahun 1795
 Belanda perlu berbaik dengan British yang menjaga jajahan Belanda di timur semasa Perang Napoleon



Penyelesaian Untuk Perdamaian


 Belanda dan british mahu mengelakkan peperangan yang pernah berlaku pada abad ke-17 dan ke-18
 Belanda tidak mahu terbeban dengan masalah kewangan yang semakin lemah selepas Perang
Napoleon. Oleh itu penyelesaian perlu dilakukan melalui rundingan ke arah perdamaian.
 Kesan pakatan British –Belanda menyebabkan termetrainya Perjanjian London 1824 atau Perjanjian
Inggeris-Belanda 1824.
 Perjanjian ini bertujuan menamatkan pertikaian dan hubungan tegang antara dua kuasa besar itu demi
menjaga kepentingan masing-masing di Alam Melayu
 Kandungan perjanjian meliputi wilayah pengaruh, kewangan dan perdagangan. Antara Syarat Perjanjian
London 1824 ialah:
I. British
 Berundur dari Sumatera
 Menyerahkan Bangkahulu kepada Belanda
 Tidak membuka petempatan baharu di Kepulauan Riau Lingga dan kepulauan lain di
selatan Singapura


3 ©Kelas Sejarah Cikgu Meriam Yusoff / Tingkatan 3


II. Belanda
 Mengiktiraf petempatan Brtisih di Singapura
 Menyerahkan Melaka dan jajahan takluknya kepada British
 Tidak membuka petempatan baharu di Tanah Melayu
 Melalui perjanjian ini, British dapat menguasai Melaka apabila berlaku pertukaran wilayah antara British
dengan Belanda.

Kesimpulan


 Pelbagai strategi digunakan oleh British untuk meluaskan kuasa di Alam Melayu
 Strategi tipu muslihat, manipulasi politik dan pakatan dengan kuasa Barat lain dilaksankan British untuk
menguasai Pulau Pinang, Singapura dan Melaka
 British berkaya meluaskan “Tanah Jajahan Mahkota British” iaitu tanah jajahan yang diperintah oleh
Gabenor yang dilantik oleh pemerintahan beraja British.
 Peristiwa ini memberi iktibar kepada kita agar sentiasa berwaspada terhadap anasir asing yang boleh
menggugat kedaulatan negara.


Perjanjian London 1824 dan Kesannya Terhadap Alam Melayu


 Perjanjian London 1824 dibuat tanpa merujuk Raja-Raja Melayu sebagai pemerintah kerajaan Alam
Melayu.
 Perjanjian ini memberikan kesan kepada kerajaan Alam Melayu yang kekal hingga hari ini
 Alam Melayu terbahagi kepada dua lingkungan pengaruh barat, perpecahan empayar Kesultanan Johor-
Riau dan penguasaan Selat Melaka oleh British
 Pembahagian Alam Melayu kepada dua lingkungan pengaruh Barat:-
i. Selat Melaka dan Selat Singapura dijadikan sempadan yang memisahkan wilayah pengaruh
British dan wilayah pengaruh Belanda
ii. British hanya mengutamakan kepentingan mereka terjamin dan meminggirkan kedaulatan
kerajaan Alam Melayu
iii. Mewujudkan entity geopolitik baharu dikenali sebagai Tanah Melayu dibawah pengaruh British.
Wilayah Belanda dikenali sebagai Hindia Timur Belanda

 Perpecahan Empayar Kesultanan Johor Riau. Pembahagian kawasan pengaruh British dan Belanda
dalam Perjanjian London telah menamatkan keunggulan empayar Kesultana Johor-Riau yang diwarisi
daripada Kesultanan Melayu Melaka. Ini membawa kepada Perpecahan Empayar Kesultanan Johor Riau.
i. Singapura menjadi tanah jajahan British apabila Sultan dan Temenggung menandatangi perjanjian
penyerahan Singapura.
ii. BerakhirnyaKesultanan iau Lingga apabila dihapuskan oleh Belanda pada akhir tahun 1911.
iii. Pengisytiharan Kedaultan Pahang

 Selat Melaka di bawah penguasaan British – dikuasai sepenuhnya oleh British apabila memiliki tiga
pelabuhan strategik iaitu Pulau Pinang, Melaka dan Singapura



4 ©Kelas Sejarah Cikgu Meriam Yusoff / Tingkatan 3


Latihan


1.
4.





















2.
. 5.






















3 6


















5 ©Kelas Sejarah Cikgu Meriam Yusoff / Tingkatan 3


7. 9
.
























8. 10.













































6 ©Kelas Sejarah Cikgu Meriam Yusoff / Tingkatan 3


1.
































2.










































7 ©Kelas Sejarah Cikgu Meriam Yusoff / Tingkatan 3


8 ©Kelas Sejarah Cikgu Meriam Yusoff / Tingkatan 3


9 ©Kelas Sejarah Cikgu Meriam Yusoff / Tingkatan 3


Click to View FlipBook Version