Kongres dan Pertandingan Inovasi dalam Pengajaran dan Pembelajaran (kNovasi) 2023 Inovasi Idea dalam Pendidikan Tanpa Sempadan 6 & 7 September 2023 Pusat Pengajaran & Pembangunan Kurikulum (Pengajaran-UKM) Universiti Kebangsaan Malaysia
Prosiding kNovasi 2023 Cetakan Pertama 2023 Pusat Pengajaran & Pembangunan Kurikulum (Pengajaran-UKM) Universiti Kebangsaan Malaysia Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau ditukarkan ke dalam sebarang bentuk atau dengan sebarang alat juga pun, sama dengan cara elektronik, gambar serta rakaman dan sebagainya tanpa kebenaran bertulis dari Pusat Pengajaran & Pembangunan Kurikulum (Pengajaran-UKM), Universiti Kebangsaan Malaysia. Dicetak di Malaysia oleh UKM Cetak Universiti Kebangsaan Malaysia Pusat Pengajaran & Pembangunan Kurikulum (Pengajaran-UKM), Universiti Kebangsaan Malaysia 43600 Bandar Baru Bangi Selangor, Malaysia https://www.aktivukm.my/knovasi Disunting oleh: Muhamad Alias Md. Jedi Abdul Hadi Azman Azmin Sham Rambely Zurina Mahadi Asma' Abu Samah Ahmad Yunus Mohd Nor Razinah Sharif @ Mohd Sharif Nor Kamaliana Khamis
Prosiding kNovasi 2023 PRAKATA Kongres dan Pertandingan Inovasi dalam Pengajaran dan Pembelajaran (kNovasi) adalah satu acara tahunan yang dianjurkan oleh Pusat Pengajaran dan Pembangunan Kurikulum, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bermula 2009. Sejak ia dianjurkan, kNovasi telah menarik minat ramai penyertaan penyelidik dan inovator dari institusi pendidikan tinggi, sekolah dan pihak industri. Objektif kNovasi adalah untuk berkongsi dan menyebarluaskan penyelidikan dan inovasi dalam bidang pengajaran dan pembelajaran (PdP) di samping menjadi wadah untuk mempamerkan produk dan inovasi dalam bidang PdP untuk diketengahkan di peringkat kebangsaan. kNovasi menggalakkan penerbitan warga akademik dan profesional dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran (PdP) dan diterbitkan dalam jurnal terbitan UKM dan dalam buku terbitan Penerbit UKM. Pada tahun lalu, dalam kNovasi 2022, lebih 200 makalah serta inovasi telah diterima. kNovasi 2023 ini pula mengumpulkan sebanyak 190 abstrak untuk Pertandingan Inovasi dan 34 abstrak panjang untuk pembentangan makalah. Kongres dan Pertandingan Inovasi Pengajaran dan Pembelajaran (kNovasi) 2023 kali ini membawa tema ‘Inovasi Idea dalam Pendidikan Tanpa Sempadan’ (Advancing Ideas in Education Without Limits). Tema ini amat relevan dan penting dalam menghadapi cabaran semasa dalam bidang pendidikan. Dalam era globalisasi dan kemajuan teknologi yang pesat, penting bagi institusi pendidikan untuk terus berinovasi dan mengadaptasi pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan keperluan dan harapan masa depan. kNovasi2023 menjadi medium perkongsian pengalaman serta inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran yang telah diuji, diterima pakai dan diamalkan dalam pengajaran dan pembelajaran. Kami berharap ini akan menjadi pelantar untuk kita semua dapat saling memanfaatkan antara satu sama lain untuk bersama-sama melalui perubahan mendadak ini. Syabas dan tahniah kepada semua pihak yang terlibat di atas kejayaan kNovasi 2023. Muhamad Alias Md. Jedi Abdul Hadi Azman Azmin Sham Rambely Zurina Mahadi Asma' Abu Samah Ahmad Yunus Mohd Nor Razinah Sharif @ Mohd Sharif Nor Kamaliana Khamis JK Saintifik Kongres dan Pertandingan Inovasi dalam Pengajaran dan Pembelajaran (kNovasi) 2023
Prosiding kNovasi 2023 i SENARAI KANDUNGAN ABSTRAK PANJANG PEMBENTANGAN MAKALAH Drama Kepimpinan: Pentaksiran Alternatif Menggunakan Kaedah Main Peranan (Role Play (RP)) Zaleha Yazid, Rozita Ibrahim 1 Sistem Ujian Pengesanan Emosi Melalui Ekspresi Muka sebagai Rubrik Penilaian Alternatif Pembentangan Pelajar bagi Meningkatkan Keterampilan Peribadi Wan Fathul Hakim W Zamri, Nuryazmin Ahmat Zanuri, Mariyam Jameelah Ghazali, Wan Aizon W Ghopa, Muhamad Faiz Md Din 4 Pendidikan Pintar Berbakat: Inovasi Pendekatan Kaunseling bagi Menangani Isu Sosioemosi Tengku Elmi Azlina Tengku Muda, Nur Hidayah Muhamad Saleh, Rorlinda Yusof 8 Pendekatan e-(FIRUZ) dalam Pelantar e-Pembelajaran untuk Pembelajaran Imersif Efektif Firuz-Akhtar Lubis, Nur Asyiqin Zohkarnain 12 Program Sarjana Sains Citra (SSn Citra): Reka Bentuk Penyelidikan Anjal Tersedia Masa Hadapan Bersama Industri Lim Kar Keng, Mashitoh Yaacob, Hamdzun Haron, Nazri Muslim, Wahiza Wahi, Nor Afian Yusof, Aminudin Basir@Ahmad, Nurul Hanis Aminuddin Jafry, Muhamad Hafiz Hamsan 16 Model Pengajaran Modul Integrasi Psikospiritual Bahasa Arab Qurani untuk Pendidikan Sahsiah Pesalah Juvana Suhaila Zailani @ Hj. Ahmad, Kaseh Abu bakar, Wan Azman Wan Mohammad 20 AkalBot: Aktiviti Pemikiran Komputasional dan Aturcara dalam Pembelajaran berasaskan Pengalaman menggunakan Robot Nazatul Aini Abd Majid, Noor Faridatul Ainun Zainal, Zarina Shukur, Mohammad Faidzul Nasrudin, Nasharuddin Zainal 25 Teknik dan Teknologi Terkini dalam Pembelajaran Transformatif Kursus Biologi Invertebrata Johari Jalinas, Azman Sulaiman, Wan Lotfi Wan Muda 29 Perisian Makmal Maya Pengaturcaraan Komputer Rodziah Latih, Anis Syaqeela Perwira 32 Eksplorasi Pengajaran dan Pembelajaran melalui Penggunaan Quizizz dan Padlet dalam Kursus Kejuruteraan Geoteknik Ros Nadiah Rosli, Siti Fatin Razali, Norinah Abd Rahman, Anuar Kasa 35 Penerapan Proses Rekabentuk Kejuruteraan (Edp) dalam Kit Pembelajaran “Science Inspector Gadget 3.0” Wan Noraine Wan Mohd Nor, Nur Atila Jalaludin, Mohd Aizuddin Saari 39 Meneroka Matematik dengan ChatGPT Fatimah Abdul Razak 44 I-Sihat (β): Pembelajaran Reflektif Berasaskan Komuniti melibatkan Penilaian Risiko Pencahayaan 46
Prosiding kNovasi 2023 ii Nor Kamaliana Khamis, Mohd Faizal Mat Tahir, Mohd Anas Mohd Sabri, Meor Iqram Meor Ahmad, Hawa Hishamuddin, Zaliha Wahid, Norhidayah Mat Taib Kesan Penggunaan Perisian Simulasi Autodesk Tinkercad DELIMA dalam Subjek Biologi Mohd Amir Zakaria, Siti Syaza Yasmin Mohammad Yassin, Nik Norhazrina Nik Mohd Kamil 49 Program Mutiara FEP: Pembangunan Holistik Pelajar menerusi Keterlibatan dan Penilaian Berterusan Nor Liza Abdullah, Mohd Hasimi Yaacob, Wye Chung Khain, Shifa Mohd Nor, Abu Hanifah Ayob, Hazrul Izuan Shahiri 52 STEAM-Tahfiz: Pembangunan Kerangka Struktur Pendidikan Tahfiz bagi Program Matrikulasi Melalui Teknik Kumpulan Berfokus Shariffah Sebran Jamilla Syed Imam, Nurul Fatni Abdussyukur, Norwani Ramli, Aida Mohd Anip, Amran Mat Arriffen, Md. Husnul Naimi Md Aziz 55 Konda-Kondi the Legend: Permainan Tradisional Augmentasi Realiti Norleyza Jailani, Muhammad Irfan Ahmad Najib, Azmin Sham Rambely 59 Reka Bentuk dan Pelaksanaan Kerangka EXCEL dalam Program Pra-Siswazah Pendidikan Liberal Rozita Ibrahim, Zurina Mahadi, Wardah Mustafa Din 63 Pengalaman Pembelajaran Imersif: Pembelajaran Berasaskan Perkhidmatan melalui Pemerkasaan Aktiviti Program Kesukarelawan Zurina Ahmad Saidi, Seri Mastura Mustaza, Muhammad Izzat Ebrahim, Norinsan Kamil Othman 67 SPAMMK- Inovasi Pengurusan Aktiviti Kecemerlangan Pelajar FTSM Nur Sabrina Mohamed Amin*, Syahanim Salleh, Masura Rahmat, Kauthar M. Daud 70 Do No Harm, Stay Current: Immersive Trauma Continuous Medical Education for Emergency Medicine Postgraduate Trainees Dazlin Masdiana Sabardin, Afliza Abu Bakar, Farrael Mohd Azmin, Mohd Hisham Isa, Shamsuriani Md Jamal, Faizal Amri Hamzah. 74 The Use of the Power-O-Chem Module in Assisting Students to Improve Mastery in the Subtopic of Chemical Identification Tests Izyan Izdihar binti Shaarani, Syaza Lyiana binti Ab Wahab, Nooraini binti Mohammad, Noraishah binti Mohamad Sapuan, Fairuz Wahida binti Mohd Azmy 78 MedEx MOVES in Response to the COVID-19 Pandemic Zaleha Abdullah Mahdy, The MedEx Steering Committee 81 Enhancing Undergraduate Physiotherapy Experience: Assessing Learning Satisfaction, Interpersonal Skill Development, and Character Growth through Early Field Work Hafifi Hisham, Mohd Azzuan Ahmad, Nor Azura Azmi, Nor Azlin Nordin 84 Gaming Approach as an Introduction to Programming Language : A Case Study at Kolej GENIUS@Pintar Negara UKM Noramalina Mohd Hatta, Farah Fardillah Ariff, Zulaikha Nuredzuana Zulhisham 87 The Effectiveness of Crossword Puzzles in Improving the Teaching Outcomes of Neurology Course among Physiotherapy Undergraduates Nor Azlin Mohd Nordin, Mohd Ridhwan Md Nadzri, Noor Hafifi Noor Hisham, Sazlina Kamaralzaman 89
Prosiding kNovasi 2023 iii The Acceptance and Usability of Educational Videos on Falls in Older People for Online Clinical Education: A Usability Study Among Clinical Undergraduates in Malaysia Sumaiyah Mat, Mohd Azzuan Ahmad, Nor Azura Azmi, Deepashini Harithasan,Normala Mesbah, Asfarina Zainudin, Devinder Kaur Ajit Singh, Nor Azlin Nordin, Hafifi Hisham 92 A Study of Students’ Perceptual Learning Styles Among Gifted and Talented Students Premanarayani Menon, Isaac Sharvindran, Nursakinah Binti Mat Hazir, Suganty Kanapathy, Hawa Aqilah Binti Hamuzan, Mohd Nor Bin Latif 96 Equine Assisted Learning Activities Among University Students for Character Skills Development Rosmina Jaafar, Siti Salasiah Mokri, Norhana Arsad, Norazreen Abd Aziz, Norbahiah Misran 99 Asynchronous Lectures for Online Teaching of Medical Biochemistry Ekram Alias, Noor Akmal Shareela Ismail 102 Development of Immersive Radiotherapy Clinical Learning Experience Prototype (IRCLEP) Nor Aniza Azmi, Nur Liyana Shuib, Saiful Izzuan Hussain, Gunalan A/L Ramachandran, Tavaneethan A/L Mogan 105 Exploring Transformative Learning Outside the Lecture Room: The Impact of Student Involvement in Impactful Programs at Universiti Kebangsaan Malaysia on Soft Skills Development Ahmad Firdhaus Arham, Norinsan Kamil Othman, Nurwina Akmal Anuar, Nur Hasyareeda Hassan, Wan Mazlina Wan Mashhor, Ikhwan A'zim Ishak, Siti Aisyah Helmi 109 Improving PEO Assessments: A Case Study of the Electrical, Electronic and Systems Engineering Program at FKAB, UKM Nor Fadzilah Abdullah, Fazida Hanim Hashim, Siti Salasiah Mokri, Nasharuddin Zainal, Mohd Hafiz Baharudin, Mohd Fais Mansor, Ashrani Aizzuddin Abd Rahni 111 Alternative Assessment for Engineering Courses: Current Trends and Future Challenges Abdul Hadi Azman, Muhammad Amin Azman, Asma’ Abu Samah, Muhamad Alias Md. Jedi 114
Prosiding kNovasi 2023 1 Drama Kepimpinan: Pentaksiran Alternatif Menggunakan Kaedah Main Peranan (Role Play (RP)) [1]* Zaleha Yazid, [2] Rozita Ibrahim [1] Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), [2] Pusat Pengajian Citra Universiti, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) * [email protected] ABSTRAK Kaedah main peranan (Role Play (RP)) adalah satu bentuk kaedah pentaksiran alternatif yang berkesan bagi memastikan keterlibatan pelajar dalam proses pembelajaran. Kertas ini membincangkan RP dalam konteks kursus ‘Kepimpinan ke Arah Kecemerlangan Organisasi’ yang dijalankan di Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, UKM. RP dalam kursus ini dilaksanakan dengan membentuk senario hampir seperti realiti bagi mendalami isu-isu dalam kepimpinan dan bertujuan membantu pembentukan pemikiran kritikal dan penyelesaian masalah. Pelaksanaan RP digabungkan dengan pendekatan pembelajaran berasaskan masalah (Problem-based Learning (PBL)) di mana permasalahan akan dirangka agar pelajar dapat mengaplikasikan pengetahuan dalam menyelesaikan masalah berdasarkan kurikulum yang telah dipelajari. Proses ini juga melibatkan kerjasama dalam kumpulan di mana para pelajar terlibat dalam pencarian maklumat dan perbincangan bagi penyelesaian masalah secara efektif. Hasilnya dipersembahkan dalam bentuk Drama Kepimpinan dan rubrik digunakan sebagai alat pengukuran pentaksiran RP. Teknik drama yang digunakan dalam RP menggalakkan interaksi dalam kelas dengan adanya tempoh yang telah ditetapkan, peranan yang dimainkan oleh setiap ahli kumpulan dan objektif yang hendak dicapai. Pelajar juga berupaya menghayati isu kepimpinan melalui perkongsian senario hampir realiti yang dipersembahkan oleh setiap kumpulan. Kata kunci: Main peranan (role play), pentaksiran, penilaian, pembelajaran berasaskan masalah (problem-based learning) PENGENALAN Pasaran pekerjaan pada masa kini memerlukan kepada pelbagai kemahiran yang perlu dibentuk pada diri pelajar yang bakal melangkah ke alam pekerjaan. Kemahiran yang dikehendaki oleh bakal majikan adalah seperti kemahiran komunikasi, kolaborasi, berfikiran kritikal dan juga kemahiran menyelesaikan masalah. Ini menjadikan corak pembelajaran secara tradisional sahaja tidak lagi sesuai dilaksanakan. Proses pengajaran dan pembelajaran yang hanya melibatkan penyampaian kuliah, samada bersemuka atau dalam talian, membaca secara kendiri atau dengan menonton video dalam talian tidak lagi sesuai kerana ianya hanyalah melibatkan komunikasi satu hala (Pike et al, 2017). Proses ini tidak menggalakkan pelajar untuk mendalami kemahiran berfikir secara kritis, menganalisa dan juga menyelesaikan masalah. Oleh itu, pendekatan Pembelajaran Berasaskan Masalah (Problem-Based Learning (PBL)), yang memfokus pada pengaplikasian pengetahuan dan juga kemahiran pelajar untuk menyelesaikan pelbagai bentuk masalah adalah amat penting untuk dilaksanakan terutamanya di institusi pengajian tinggi. Pelaksanaan PBL melibatkan beberapa komponen. Ia perlu mempunyai sebuah situasi bermasalah yang kompleks yang tidak mempunyai jawapan betul atau salah, pelajar perlu bekerja dalam kumpulan bagi menyelesaikan masalah, dan pelajar perlu mendapatkan maklumat bagi menyelesaikan masalah (Wee, 2004). Kertas ini membincangkan penjajaran antara kaedah pembelajaran secara PBL dengan kaedah pentaksiran secara main peranan atau Role Play (RP). RP merupakan salah satu kaedah pentaksiran yang membolehkan pelajar mendapat pengalaman dan membina keyakinan dalam menghadapi situasi hampir sama seperti realiti dan memikirkan penyelesaian masalah yang sesuai bagi menghadapi pelbagai situasi (MOHE, 2021). Selain itu, kaedah RP menekankan aspek kerjasama dan komunikasi dalam kumpulan (Brown, 2023) yang merupakan antara ciri utama diperlukan dalam dunia pekerjaan masa kini. Ini secara tidak langsung akan dapat membantu membina kemahiran berkaitan kebolehpasaran graduan. Perbincangan kaedah pentaksiran menggunakan RP di dalam kertas ini adalah berdasarkan pelaksanaan di dalam kursus ‘Kepimpinan ke Arah Kecemerlangan Organisasi’ yang ditawarkan di Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, UKM. RP yang dipersembahkan dalam bentuk drama kepimpinan ini dinilai menggunakan rubrik yang dibangunkan khusus untuk mengukur kefahaman dan aplikasi teori kepimpinan yang telah dipelajari. Perbezaan antara corak kepimpinan dan pendekatan kepimpinan dalam menyelesaikan masalah organisasi juga dapat dinilai dengan menggunakan kaedah ini. Penggunaan kaedah RP drama kepimpinan memperlihatkan komitmen
Prosiding kNovasi 2023 2 pelajar kerana mereka diberi peluang mengaplikasikan bahan yang telah dipelajari kepada situasi sebenar dalam organisasi. KEPUTUSAN DAN PERBINCANGAN Rajah 1 menunjukkan penjajaran di antara pendekatan pembelajaran iaitu PBL, kaedah pentaksiran iaitu RP dan alat pentaksiran iaitu rubrik yang digunakan bagi mencapai Hasil Pembelajaran Kursus (HPK). HPK 1 adalah menghuraikan konsep dan pendekatan kepimpinan organisasi, manakala HPK 2 pula adalah menganalisa keberkesanan pendekatan kepimpinan dalam organisasi. Rajah 1: Penjajaran Konstruktif HPK dengan Pendekatan Pembelajaran, Kaedah Pentaksiran dan Alat Penilaian Pentaksiran Pendekatan PBL dipilih kerana bertepatan perkembangan masa kini yang menekankan pembelajaran berpusatkan pelajar demi mencapai HPK yang ditetapkan. Pensyarah bertindak sebagai fasilitator memberi panduan dan dorongan kepada pelajar. PBL bagi kursus kepimpinan ini berupaya melatih pelajar memahami isu kepimpinan secara mendalam dan memupuk kemahiran menyelesaikan masalah. RP juga merupakan kaedah yang berpusatkan pelajar. Kelebihan utama penggunaan RP bagi proses pentaksiran adalah untuk memberi peluang pelajar mencari maklumat dengan lebih mendalam dan membentuk kognitif pelajar agar mempunyai sikap ingin tahu (Brown & Chidume, 2023) dan mempraktikkan teknik pembelajaran kendiri dalam pencarian maklumat dan proses menganalisa maklumat (Pike et al., 2017). Selain itu, RP melatih persaingan sihat antara kumpulan dan membina pemikiran kritis dan kreatif. Ini seterusnya berupaya meningkatkan minat dan motivasi pelajar untuk terus belajar. Situasi yang digunakan dalam pelaksanaan RP pula menyerupai situasi dunia sebenar. Ini membolehkan pelajar mencuba pelbagai jalan penyelesaian dalam persekitaran pembelajaran yang lebih selamat. RP yang digunakan bagi kursus ini melibatkan beberapa langkah. Ianya bermula dengan pembahagian pelajar kepada beberapa kumpulan. Kemudian, soalan akan diberi oleh pensyarah kepada para pelajar. Soalan ini biasanya berbentuk umum dan setiap kumpulan perlu menganalisa situasi yang diberikan. Contoh soalan adalah seperti di dalam Rajah 2. Rajah 2: Contoh Soalan Main Peranan (Role-Play (RP)) Seterusnya, perbincangan dalam kumpulan akan berlangsung dan pelajar akan membahagikan watak yang perlu dilakonkan di dalam Drama Kepimpinan mereka. Pelajar akan membuat latihan lakonan bagi watak masing-masing. Proses perbincangan akan melibatkan pengaplikasian teori yang telah dipelajari oleh pelajar dan mereka perlu melakukan analisis agar pendekatan kepimpinan yang sesuai dapat digunakan bagi menyelesaikan masalah atau merungkaikan situasi yang diberikan. Ini adalah proses pembelajaran yang sangat berfaedah kepada pelajar dalam memastikan mereka berupaya mencari maklumat yang diperlukan agar dapat membuat keputusan yang tepat. Rajah 3 merupakan carta alir bagi proses pelaksanaan RP. Rajah 3: Proses Main Peranan (Role-Play (RP)) Pensyarah akan menilai RP yang dilakukan oleh setiap kumpulan berdasarkan rubrik pemarkahan yang telah dibangunkan. Kriteria bagi pentaksiran RP ini meliputi proses pengenalpastian masalah, analisis masalah, aplikasi teori dalam menyelesaikan masalah, peranan yang dimainkan dan juga cadangan dan rumusan yang diberikan di akhir RP. Kriteria pentaksiran ini bertepatan dengan Hasil Pembelajaran Kursus (HPK) yang hendak dicapai bagi kursus ini. Di samping itu, kriteria ini meliputi proses yang berlaku dalam RP yang melibatkan kerjasama antara ahli kumpulan, proses komunikasi Hasil Pembelajaran Kursus (HPK) Pendekatan Pembelajaran: Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBL) Alat Penilaian Pentaksiran: Rubrik RP Drama Kepimpinan Kaedah Pentaksiran: Main Peranan (RP) Mengenalpasti Masalah Menganalisa Situasi Pembahagian watak Melakonkan Main Peranan Rumusan dan Kesimpulan
Prosiding kNovasi 2023 3 antara ahli kumpulan dan keyakinan diri pelajar dalam membawa watak mereka. Ini sekali gus akan membantu meningkatkan kemahiran pelajar dan meningkatkan kebolehpasaran mereka apabila bergraduasi kelak. Butiran mengenai Rubrik ini seperti dalam Jadual 1. Jadual 1. Rubrik pentaksiran Main Peranan (Role Play (RP)) Pelaksanaan RP ini memudahkan pensyarah dan pelajar kerana ia boleh dilaksanakan dalam dua kaedah iaitu samada secara bersemuka atau di dalam talian. Bagi RP dalam talian, proses RP yang dilaksanakan adalah sama seperti bersemuka. Perbezaannya adalah RP tersebut dilakonkan secara dalam talian dan perhatian perlu diberikan kepada memek muka dan nada suara bagi pentaksiran dari kriteria peranan, kerana kekangan dari sudut lokasi lakonan dan paparan diri setiap watak. KESIMPULAN Pentaksiran menggunakan RP dan penggunaan rubrik yang bertepatan dapat menyokong pendekatan PBL serta memenuhi HPK kursus kepimpinan yang digariskan. Penglibatan pelajar dapat ditingkatkan kerana mereka perlu fokus dalam menganalisa situasi yang diberikan sebelum boleh melakonkannya dalam bentuk Drama Kepimpinan yang sesuai. Komitmen yang tinggi perlu diberikan oleh pelajar bagi menjayakan watak mereka. Pelajar perlu menggunakan kemahiran berfikiran kritis dalam menganalisa dan menyelesaikan masalah yang diberi. Pelajar akan berupaya mengaplikasikan ilmu yang telah dipelajari dalam situasi sebenar yang berlaku dalam organisasi. Sekiranya pelaksanaan RP ini dirancang dengan objektif yang jelas, ia akan membantu proses pentaksiran pelajar dilakukan dengan efisien bagi memastikan kursus yang dilaksanakan mencapai HPK yang dikehendaki. RP merupakan kaedah yang sesuai digunakan merentas kurikulum. PENGHARGAAN Penulis merakamkan penghargaan kepada UKM yang menaja projek ini melalui dana EP-2022-029. RUJUKAN Brown, L.G. & Chidume, T. (2023). Don't forget about role play: An enduring active teaching strategy, Teaching and Learning in Nursing, 18(1), 238-241. Ministry of Higher Education (MOHE) (2021). Alternative Assessment in Higher Education: A Practical Guide to Assessing Learning. 62-62. MOHE, Putrajaya. Pike, J.C., Spangler, W., Williams, V. & Kollar, R.(2017) Role-Playing and Problem-Based Learning: The Use of Cross-Functional Student Teams in Business Application Development. Information System Education Journal, 15(4), 75-83. Wee, L. (2004). Jump Start Authentic Problem-Based Learning. Prentice Hall: Pearson Publication.
Prosiding kNovasi 2023 4 Sistem Ujian Pengesanan Emosi Melalui Ekspresi Muka Sebagai Rubrik Penilaian Alternatif Pembentangan Pelajar Bagi Meningkatkan Ketrampilan Peribadi [1]* Wan Fathul Hakim W Zamri, [2] Nuryazmin Ahmat Zanuri, [1] Mariyam Jameelah Ghazali, [1]Wan Aizon W Ghopa, [3] Muhamad Faiz Md Din [1] Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan, Universiti Kebangsaan Malaysia, [2] Jabatan Pendidikan Kejuruteraan, Universiti Kebangsaan Malaysia, [3] Fakulti Kejuruteraan, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia *[email protected] ABSTRAK Pembentangan oleh pelajar merupakan salah satu aktiviti kemahiran komunikasi bagi melatih keterampilan peribadi. Walau bagaimanapun, penilaian bagi kemahiran ini tidak begitu sistematik berdasarkan rubrik pembentangan semasa. Oleh demikian, satu kaedah penilaian alternatif dicadangkan iaitu melalui sistem ujian pengesanan emosi melalui ekspresi muka. Objektif kajian ini adalah untuk mengukur tahap komunikasi pelajar berdasarkan emosi yang ditampilkan. Hal ini dapat membantu bukan sahaja pensyarah untuk menilai keupayaan pelajar, malah memberi maklum balas secara kuantitatif kepada pelajar terhadap prestasi komunikasi mereka. Keputusan menunjukkan pelajar mampu menawarkan emosi yang agak baik berdasarkan ekspresi muka mereka yang dominan iaitu kurang selesa dan gembira. Elemen ini disumbangkan oleh perasaan malu (95.08%) dan bimbang (91.45%). Keupayaan komunikasi ditonjolkan adalah baik memandangkan, emosi takut dan sedih ketika pembentangan memberikan peratusan yang paling rendah. Kata kunci: Pengesanan emosi, pembentangan, komunikasi PENGENALAN Rubrik pembentangan pelajar bagi kursus di Universiti sentiasa menekankan kebolehan pelajar membentangkan idea dan kandungan penyampaian dengan baik. Malah kemahiran komunikasi yang diukur bergantung kepada hubungan mata yang sangat baik, sangat bersemangat dan penuh dengan keyakinan, bahasa badan yang bagus dan tahap suara yang jelas dan cemerlang (Nadolski et al., 2021). Walau bagaimanapun, penilaian yang dilakukan pensyarah ketika ini bersifat umum sahaja iaitu berdasarkan pemerhatian tanpa dipandu oleh mana-mana sistem, ujian, kaedah atau perisian. Justeru, penilaian bagi rubrik kemahiran komunikasi semasa yang digunakan tidak begitu tepat dan akhirnya tidak dapat memberi input tambahan kepada pelajar bagi penambahbaikan kemahiran komunikasi. Maka, pelajar akan terus berterusan mempunyai skil penyampaian yang sama sehingga bergraduat dan kurang mempunyai ketrampilan peribadi. Tambahan pula, komunikasi merupakan salah satu Hasil Pembelajaran Program (HPP) bagi pelajar bidang kejuruteraan seperti ketetapan Majlis Akreditasi Kejuruteraan (EAC) 2020. HPP 10 ini memperincikan keperluan berkomunikasi secara efektif berkaitan aktiviti kompleks bersama komuniti kejuruteraan dan keseluruhan masyarakat, seperti berkeupayaan untuk memahami dan menulis laporan yang efektif serta merekabentuk dokumen, melakukan pembentangan yang efektif, serta memberi dan menerima arahan (Isa et al., 2021). Dengan mengambil kira kepentingan elemen komunikasi dalam pembentangan yang efektif ini, maka satu transformasi dalam kaedah penilaian perlu dilakukan bagi menambah kecekapan komunikasi pelajar. Keterampilan atau kecekapan berkomunikasi bukan sekadar dilihat pada cara seseorang itu berkomunikasi, tetapi penuturnya perlu menggunakan pelbagai alternatif bagi memastikan mesej yang hendak disampaikannya berjaya. Dalam erti kata lain, komunikasi bukan lisan juga melibatkan hubungan mata, pergerakan badan, air muka, pakaian, mendengar dan juga keterampilan. Aspek komunikasi bukan lisan perlu hadir bersama-sama dengan komunikasi lisan untuk melahirkan proses komunikasi yang lebih efektif. Justeru, satu satu usaha awal telah diperkenalkan dengan menggunakan sistem ujian pengesanan emosi melalui cerapan ekspresi muka sebagai elemen tambahan dalam rubrik pengukuran pembentangan dalam kursus. Keperluan penggunaan sistem pengesanan emosi ini amat penting bagi memastikan graduan khususnya pelajar di fakulti kejuruteraan mampu mencapai Hasil Pembelajaran Program (HPP) yang ditetapkan khususnya HPP 10. Pengesanan muka secara automatik merupakan teknologi yang biasa digunakan dan mempunyai banyak
Prosiding kNovasi 2023 5 kelebihan yang ketara dari segi masa dan kos buruh berbanding pengekodan manusia (ALRikabi et al., 2022). Ia telah menyumbang kepada banyak aplikasi dalam bidang yang pelbagai seperti keselamatan, perubatan, pendidikan, telekomunikasi, automotif, dan industri pemasaran (Song, 2021). Namun begitu, pemodelan pengesanan emosi melalui ekspresi muka masih baru dan terhad kerana memerlukan keupayaan pembangunan antara-muka manusia-komputer yang mampu mengesan dan bertindak balas terhadap emosi manusia. Pembangunan sistem ini menggunakan tafsiran ekspresi emosi berdasarkan Teori Asas Emosi atau Basic Emotion Theory (BET). Sistem pengesanan emosi diilhamkan oleh keupayaan mesin pintar-emosi kerana wujudnya sistem komputer yang boleh mengesan, mengelas, dan mentafsir keadaan afektif manusia (Dupre et al., 2020). Ini melibatkan keupayaan untuk mengenali isyarat emosi yang dipancarkan oleh muka, sama ada daripada rakaman video atau dalam masa nyata melalui kamera strim langsung (Kovalchuk et al., 2022). Dengan mengambil kekangan rubrik pembentangan semasa yang mempunyai kelemahan dalam menilai kemahiran komunikasi dan keupayaan yang ditawarkan oleh sistem pengesanan emosi, maka kajian ini akan mengisi jurang antara keduanya. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti keupayaan sistem perisian komersial pengesanan emosi dan prestasi keupayaan mereka dalam membantu menilai keupayaan pembentangan pelajar. Kelebihan dan kekurangan perisian komersial ini dibincangkan bagi mendapatkan data yang membantu pelajar dalam meningkatkan keupayaan komunikasi sekali gus ketrampilan peribadi. KEPUTUSAN DAN PERBINCANGAN Ujian sistem pengesanan emosi ini dilakukan kepada pelajar yang mengambil kursus elektif iaitu kursus KKKM 4432 Tribologi Industri yang melibatkan pelajar di Jabatan Kejuruteraan Mekanikal & Pembuatan, UKM. Pelajar dikehendaki menyediakan satu video projek berkaitan Tribologi yang berdurasi kurang dari 3 minit. Selain penilaian diberikan terhadap kandungan, kualiti video dan cara penyampaian, video pelajar ini juga dianalisis menggunakan perisian pengesanan emosi. Salah satu perisian yang digunakan adalah Morphcast. Perisian ini membolehkan ekspresi muka dianalisis melalui video yang dimuat naik. Contoh paparan muka perisian apabila video dimuat naik adalah seperi Rajah 1. Analisis boleh dijalankan sebaik sahaja butang ikon mula analisis ditekan. Banyak dapatan yang mampu dianalisis oleh perisian pengesanan emosi ini antaranya taburan emosi, emosi vs masa, kawasan kuadran pola bagi emosi, Model Kesan Circumplex (Circumplex Model of Affect). Rajah. 1 Contoh paparan muka perisian apabila video dimuatnaik bagi salah seorang pelajar Rajah 2 menunjukkan keputusan taburan emosi yang dianalisis oleh ujian pengesanan ini. Tujuh jenis emosi umum mampu diklasifikan oleh perisian ini bagi setiap ujian pengesanan emosi dijalankan iaitu marah (angry), kurang selesa (disgust), takut (fear), gembira (happy), sedih (sad), terkejut (surprise), dan neutral (neutral). Berdasarkan Rajah 2, terdapat dua emosi dominan berdasarkan cerapan ekspresi muka yang ditunjukkan oleh pelajar iaitu kurang selesa (disgust) dan gembira (happy). Walau bagaimanapun, pelajar mampu untuk mengawal emosi ketakutan (fear) dan sedih (sad) melalui ekspresi muka, dan menyumbang peratusan yang sangat rendah. Perkara ini amat penting bagi memastikan penyampaian komunikasi yang ditunjukkan menyakinkan dan menarik. Bagi mengenalpasti momen keseluruhan emosi bagi pelajar ini dalam tempoh pembentangan, Rajah 3 memaparkan graf emosi lawan masa. Graf menunjukkan perubahan setiap emosi berbanding masa. Perubahan emosi yang paling besar ditunjukkan adalah perasaan tidak selasa (disgust) sepanjang awal pembentangan ini. Ini berkemungkinan faktor persekitaran di mana pelajar melakukan aktiviti merekod video ini di tempat terbuka. Ujian pengesanan emosi ini yang dijalankan ini juga mampu menganalisis dengan lebih mendalam ekspresi muka dengan menggunakan punca-punca emosi berdasarkan Model Kesan Circumplex (Circumplex Model of Affect). 10 model kesan circumplex direkodkan untuk setiap ujian pengesanan emosi yang dijalankan. Lima emosi yang dominan bagi kesan circumplex ini ditunjukkan dalam Rajah 4.
Prosiding kNovasi 2023 6 Rajah. 2 Keputusan bagi taburan emosi selepas ujian pengesanan emosi dijalankan Rajah. 3 Keputusan bagi graf emosi lawan masa selepas ujian pengesan emosi dijalankan Rajah. 4 Keputusan bagi emosi berdasarkan model kesan circumplex Rajah 4 ini mampu memberi maklumat lanjut puncapunca yang menyebabkan pelajar menzahirkan emosi perasaan tidak selasa (disgust) dan gembira (happy) yang dominan pada Rajah 2 dan 3 tadi. Berdasarkan analisis kesan circumplex ini, peratusan malu (embarrassed) menyumbang 95.08% diikuti kebimbangan (worried) menyumbang 91.45%, melankolik (89.68%), bermenung (pensive) 88.34% dan bosan (bored) 86.68%. Penilaian emosi berdasarkan ekspresi muka ini juga mampu memberi indikitor kepada pensyarah penilai untuk memberi pemarkahan pembentangan pelajar. Jika pelajar mampu menawarkan ekspresi muka yang menyakinkan tanpa menonjolkan elemen ragu-ragu, sedih mahupun ketakukan, maka ini memberi indikator yang baik kepada komunikasi pelajar. KESIMPULAN Ujian pengesanan emosi melalui ekspresi muka merupakan satu kaedah alternatif dalam mengukur keupayaan pelajar dalam aktiviti pembentangan. Sistem pengesanan emosi boleh digunakan sebagai rubrik tambahan untuk memantapkan komunikasi pelajar. Ujian pengesanan emosi mampu menganalisis apakah emosi yang dialami oleh pelajar ketika pembentangan. Keputusan menunjukkan pelajar mampu menonjolkan emosi kurang selesa (disgust) dan gembira (happy). Ini mungkin disebabkan pelajar memiliki emosi malu dan bimbang ketika pembentangan memandangkan aktiviti merekod video ini dijalankan ditempat terbuka. Walau bagaimanapun, pelajar ini mampu memberikan persembahan komunikasi yang baik kerana tidak menonjolkan ekspresi muka yang takut dan sedih. Kebolehan mengawal emosi ini memberikan impak yang tinggi kepada pelajar dalam memantapkan keterampilan diri. PENGHARGAAN Penghargaan diberikan kepada pelajar-pelajar kursus KKKM4432 Tribologi Industri. Terima kasih juga kepada geran TAP-K016102 dan Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan dalam menaja penyelidikan ini. RUJUKAN Nadolski, R. J., Hummel, H. G., Rusman, E., & Ackermans, K. (2021). Rubric formats for the formative assessment of oral presentation skills acquisition in secondary education. Educational Technology Research and Development, 69, 2663- 2682. Isa, C. M. M., Mohammad, N. I. A., Saad, N. H., & Nigel, P. C. (2021). Programme Outcome Attributes related to Complex Engineering Problem Capability: Perceptions of Engineering Students in Malaysia. Asian Journal of University Education, 17(4), 95-105. Song, Z. (2021). Facial expression emotion recognition model integrating philosophy and machine
Prosiding kNovasi 2023 7 learning theory. Frontiers in Psychology, 12, 759485. Dupré, D., Krumhuber, E. G., Küster, D., & McKeown, G. J. (2020). A performance comparison of eight commercially available automatic classifiers for facial affect recognition. Plos one, 15(4), e0231968. Kovalchuk, Y., Budini, E., Cook, R. M., & Walsh, A. (2022). Investigating the relationship between facial mimicry and empathy. Behavioral Sciences, 12(8), 250. ALRikabi, H. T. S., Aljazaery, I. A., Qateef, J. S., Alaidi, A. H. M., & Roa’a, M. (2022). Face patterns analysis and recognition system based on Quantum Neural Network QNN. iJIM, 16(08), 35.
Prosiding kNovasi 2023 8 Pendidikan Pintar Berbakat: Inovasi Pendekatan Kaunseling bagi Menangani Isu Sosioemosi [1]* Tengku Elmi Azlina Tengku Muda [2] Nur Hidayah Muhamad Saleh,[3] Rorlinda Yusof [1] Pusat GENIUS@pintar Negara, Universiti Kebangsaan Malaysia *[email protected] ABSTRAK Pendidikan pintar dan berbakat yang berkembang di Malaysia kian mendapat perhatian bukan sahaja dari aspek intelektual pelajar, malah psikologikal dan sosioemosi juga. Seperti pelajar arus perdana yang lain, pelajar pintar dan berbakat (PPB) turut memerlukan sokongan pertumbuhan dan kematangan emosi dalam perkembangan kendiri. Dengan karakteristik khas golongan PPB yang tidak sesuai dengan teknik kaunseling sedia ada, penyelidik telah menjalankan kajian bagi mengenalpasti aspek-aspek perlaksanaan kaunseling yang perlu diinovasikan. Dapatan kajian telah berjaya membina Model Pendekatan Kaunseling Sosioemosi Pelajar Pintar & Berbakat, menambahbaik Gifted Identity Formation Model (GIFM Model) dan membina Gifted Socioemotional Framework (GISF). Inovasi ini telah menunjukkan keberkesanan dan kesesuaian dengan keperluan PPB sepanjang sesi kaunseling dijalankan. Kata kunci: Pendidikan pintar dan berbakat, Pelajar, Pendekatan Kaunseling, Kaunselor, Sosioemosi. PENGENALAN Sistem pendidikan negara telah membangun secara sistematik dengan perkembangan dasar-dasar pendidikan negara yang berusaha menyantuni kepelbagaian strata pelajar, termasuklah kelompok pelajar pintar dan berbakat (gifted and talented). Pelajar pintar & berbakat (PPB) ialah mereka yang mempunyai kadar perkembangan yang pesat atau berpotensi untuk mencapai pencapaian yang luar biasa dalam bidang pengajian mereka (Leyden, 2013). Berdasarkan kepada kebolehan mereka ini, wujud pelbagai salah tanggapan masyarakat, antaranya adalah PPB mampu menangani semua bentuk cabaran dalam kehidupan, tidak perlu berusaha untuk jadi cemerlang kerana mempunyai kebolehan dan kepintaran yang pelbagai. Hakikatnya golongan ini amat memerlukan kepada sokongan psikososial yang tinggi akibat masalah psikologikal yang dihadapi kesan daripada permasalahan yang dikenali sebagai asynchronous development (Yazid & Noriah, 2010). Asynchronous development, atau perkembangan tidak selari merupakan istilah yang dibincangkan secara meluas dalam pendidikan PPB. Ia dicirikan oleh kekurangan koordinasi antara proses kognitif dan afektif, iaitu PPB mempunyai bakat intelek yang tinggi tetapi sering bergelut dengan interaksi sosial dan regulasi emosi (Pamela, 2022). Ciri-ciri personaliti PPB yang pelbagai mewujudkan situasi yang sukar dalam persekitaran sekolah arus perdana hingga mengakibatkan mereka berasa terasing daripada rakan sebaya mereka yang bukan PPB, atau menghadapi kesukaran dengan regulasi kendiri (Yoo & Moon 2006, Lovecky, 1993), di samping ketegangan emosi (emotional intensity), keinginsempurnaan (perfectionism), kebimbangan dan sensitiviti yang tinggi, keterujaaan luar biasa (overexcitability), kepekaan terhadap keadilan sosial yang tinggi, kritik diri yang tinggi dan daya saing yang melampau (Tomlinson, 2008). Para pelajar menyatakan bahwa personaliti kaunselor yang paling diharapkan adalah; (a) kebolehan mendengar yang baik, (b) berpengetahuan tentang tret dan karakteristik PPB serta (c) mempunyai hala tuju yang kuat dalam mencari penyelesaian terbaik untuk pelajar. Ketegangan emosi yang tinggi dalam kalangan PPB ini memerlukan sesi kaunseling yang lebih interaktif dan kaunselor yang lebih kompeten untuk memahami mereka.( Noriah & Abu Yazid, 2010) Senario ini menegaskan bahawa, selain daripada modul pendidikan yang khusus, PPB juga memerlukan pendekatan kaunseling khas yang bersesuaian dan mampu memenuhi kemampuan kognitif mereka dalam memproses informasi dan meregulasi emosi. Sehubungan dengan itu, kajian ini telah menjalankan inovasi dalam pendekatan kaunseling khas untuk membantu PPB memahami emosi dan menguruskan isu permasalahan dengan cara mereka sendiri. Objektif Kajian 1. Untuk membina dan menambaik model pendekatan kaunseling yang bersesuaian dengan karakteristik PPB
Prosiding kNovasi 2023 9 Metodologi Kajian Kajian dijalankan sepenuhnya di Kolej GENIUS@pintar Negara (KGpN) yang terdiri daripada pelajar-pelajar sekolah menengah berusia antara 12-17 tahun. Pelajar- pelajar ini diiktiraf sebagai PPB setelah berjaya melalui ujian penilaian UKM1, UKM2 dan Program Pengayaan Cuti Sekolah (PPCS) serta berhasil melepasi tahap kelayakan sebagai pelajar di KGpN. Kajian ini telah melibatkan dua fasa iaitu; (1) analisis keperluan dan analisis dokumen serta (2) pembinaan dan penambahbaikan model pendekatan kaunseling. Pada fasa kajian yang pertama, penyelidik telah menjalankan kutipan data secara gabungan, iaitu kuantitatif dan kualitatif sebagai kaedah analisis keperluan. Melalui pengumpulan data tersebut, pengkaji berupaya menggariskan isu-isu dan keperluan utama PPB semasa menghadiri sesi kaunseling. Hasil kajian menunjukkan antara isu sosioemosi yang dihadapi adalah keinginsempurnaan, keterujaan luar biasa, pencapaian rendah, kebimbangan sosial dan beberapa isu emosi lain. Berdasarkan isu yang dihadapi tersebut hasil kajian menunjukkan beberapa faktor pencetus masalah tersebut iaitu antaranya personaliti diri, persekitaran dan juga genetik. Persepsi mereka terhadap perkhidmatan kaunseling setelah menghadiri sesi kaunseling menunjukkan mereka kurang yakin dengan keupayaan kaunselor dalam membantu mereka mencari jalan untuk penyelesaian masalah. Fasa kedua merupakan fasa membina model pendekatan kaunseling bagi memenuhi keperluan pendekatan kaunseling yang berkesan khusus untuk pelajar pintar dan berbakat, berdasarkan dapatan yang diperoleh pada fasa kajian yang pertama. 1. KEPUTUSAN DAN PERBINCANGAN Berdasarkan analisis dapatan yang dijalankan, penyelidik berupaya mengenalpasti keperluan penambahbaikan pada pendekatan kaunseling yang sedia ada. Dua buah model di dalam pelaksanaan sesi kaunseling telah dibina bagi mencapai objektif yang digariskan. Model Pendekatan Kaunseling Sosioemosi Pelajar Pintar & Berbakat Model Pendekatan Kaunseling Sosioemosi Pelajar Pintar & Berbakat ini merupakan penambahbaikan kepada proses pendekatan kaunseling sedia ada yang disesuaikan mengikut keperluan dan daya kognitif pelajar pintar berbakat. Secara umumnya pendekatan atau langkah- langkah dalam sesi kaunseling mempunyai enam tahap. Namun demikian , inovasi yang dilaksanakan pada pendekatan baharu ini adalah pada proses ketiga, keempat dan kelima iaitu Penerokaan, Konseptual Masalah dan Alternatif Tindakan. Rajah 1 Model Pendekatan Kaunseling Sosioemosi Pelajar Pintar & Berbakat Pelaksanaan sesi kaunseling menggunakan pendekatan khusus ini adalah dengan memfokuskan kepada penggunaan alat pengujian yang bersesuaian, senarai semak emosi dan aktiviti intervensi bersesuaian berpandukan modul berkaitan yang dibina khusus untuk jenis kriteria isu emosi yang dihadapi. Perlaksanaan proses kaunseling pada setiap tahap adalah seperti berikut: a) Tahap Pertama: Pra sesi Sebelum menjalankan sesi kaunseling, kaunselor akan mendapatkan maklumat permasalahan klien melalui sumber-sumber yang berkaitan seperti ibubapa atau pihak sekolah untuk membolehkan kaunselor mendapatkan gambaran awal mengenai personaliti dan permasalahan klien. Antara informasi awal yang diperlukan adalah seperti didiagnosis oleh pakar atau tidak, ciri-ciri keunikan karakter pelajar pintar dan berbakat serta lain-lain yang berkenaan b) Tahap 2: Membina Hubungan Pada peringkat ini kaunselor akan memahami terlebih dahulu karakter PPB terutama dari segi keunikan emosi yang dimiliki untuk memudahkan lagi proses membina hubungan.
Prosiding kNovasi 2023 10 c) Tahap 3: Penerokaan Pada tahap ini kaunselor melakukan penerokaan mendalam terhadap klien. PPB dengan ciri-ciri intelektual yang tinggi sudah tentu lebih selesa dengan pendekatan berhujah dan mencari logik atas isu yang dihadapi. Oleh itu, selain daripada penerokaan isu lepas yang dihadapi, kaunselor juga akan menggunakan beberapa inventori psikologi dan alat terapi yang bersesuaian. Bagi mendapatkan maklumat yang lebih mendalam, kaunselor akan menggunakan senarai semak berdasarkan model Gifted Identity Formation Model (GIFM Model) seperti Rajah 2 di bawah. Lembaran senarai semak emosi GIFM telah diubahsuai daripada model asal dengan menambah komponen kerohanian untuk disesuaikan dalam konteks budaya Malaysia Rajah 2 Model Gifted Identity Formation (GIFM Model) d) Tahap 4: Konseptual masalah Setelah kaunselor dapat memahami dengan lebih mendalam maklumat yang diperolehi pada tahap 4, kaunselor akan mendapatkan lagi pengesahan maklumat berkaitan isu yang dihadapi dengan membina kerangka konseptual bersama pelajar bagi menvisualkan lagi masalah yang dihadapi menggunakan kaedah Gifted Socioemotional Framework (GISF) seperti dalam Rajah 3 Gifted Socioemotional Framework merupakan. kerangka yang dibina untuk membantu kaunselor dalam memastikan isu dan permasalahan sebenar adalah selari dengan yang diutarakan oleh pelajar, di samping menggalakkan berlakunya perbincangan semasa proses sesi kaunseling. e) Tahap 5: Alternatif Tindakan Setelah memahami isu utama dan punca permasalahan klien, kaunselor akan mengaplikasikan modul aktiviti khas untuk pelajar pintar dan berbakat berdasarkan jenis isu sosioemosi yang dihadapi contohnya keterujaan luar biasa, keinginsempurnaan dan lain-lain lagi. Keberkesanan Inovasi Model Pendekatan kaunseling khusus untuk PPB dapat membantu pelajar memahami dengan jelas permasalahan yang mereka hadapi. Melalui inventori psikologi yang perlu diambil, pelajar dapat memahami situasi diri yang sebenar, dan kaunselor pula dapat mengenalpasti lebih awal jenis emosi dan personaliti klien. Penggunaan GIFM telah memudahkan kaunselor memahami ciri PPB dan faktor pencetus permasalahan, seterusnya merancang intervensi yang bersesuaian. Selain daripada keberkesanan sesi kaunseling, dapat dilihat dengan penggunaan kerangka konseptual yang dibina khusus iaitu Gifted Socioemotional Framework (GSF) membantu klien mendapatkan gambaran keseluruhan permasalahan yang dihadapi. Ini kerana melalui kerangka GSF ini kaunselor dan klien berbincang secara mendalam mengenai masalah yang dihadapi dan seterusnya dapat merancang alternatif tindakan yang bersesuaian dengan pengaplikasian modul khusus untuk intervensi isu sosioemosi. Inovasi pendekatan kaunseling khusus ini juga telah membantu pelajar-pelajar di Pusat Genius@Pintar negara merawat permasalahan emosi dengan lebih baik. Para kaunselor juga lebih berpengetahuan dan berkeyakinan dalam mengendalikan kaunseling khusus untuk PPB KESIMPULAN Keupayaan intelektual dan isu sosioemosi yang dihadapi oleh pelajar pintar dan berbakat menyebabkan keperluan mewujudkan satu pendekatan khusus kaunseling pelajar pintar dan berbakat. Pendekatan kaunseling sedia ada yang digunakan untuk pelajarpelajar normal tidak dapat memenuhi keperluan intervensi emosi pelajar pintar dan berbakat. Melalui pendekatan khusus yang telah dibuat penambahbaikan dalam proses kaunseling pada setiap tahap memudahkan lagi para kaunselor mengendalikan sesi kaunseling dan memudahkan klien mendapatkan celik akal klien. PENGHARGAAN Sekalung penghargaan kepada Pusat GENIUS@pintar Negara dan Skim Geran Penyelidikan Fundamental (FRGS) atas kelulusan dan sumbangan pada penyelidikan ini.
Prosiding kNovasi 2023 11 RUJUKAN Leyden, S. (2013). Supporting the Child of Exceptional Ability. ProQuest (Firm) Noriah, M. I., & Abu Yazid, A. B. (2010a). Psychological issues and the need for counseling services among Malaysian gifted students. Procedia-Social and Behavioral Sciences, 5, 665–673. Noriah, M. I., & Abu Yazid, A. B. (2010b). Counseling for gifted students: implication for a differentiated approach. The International Journal of Learning., 17(6), 377–391. Yoo J.E. & Moon S.M. (2006). Counseling needs of gifted students: an analysis of intake forms at a university-based counseling center. Gifted Child Quarterly. Vol 50, No 1 Pamela, Li. (2023) Asynchronous Development of A Gifted Child And Their Unique Needs. Parenting for Brain. https://www.parentingforbrain.com/asynchrono us- development/ Lovecky, D. V. (1993). The quest for meaning: Counseling issues with gifted children and adolescents. In L. K. Silverman (Ed.), Counseling the gifted and talented (pp. 29–47). Denver, CO: Love Publishing. Tomlinson, Sally. (2008). Gifted, talented and high ability: selection for education in a one‐ dimensional world. Oxford Review of Education. 34(1), 59–74.
Prosiding kNovasi 2023 12 Pendekatan e-(FIRUZ) Dalam Pelantar e-Pembelajaran Untuk Pembelajaran Imersif Efektif [1]* Firuz-Akhtar Lubis & [2] Nur Asyiqin Zohkarnain [1] Pusat Kajian Bahasa Arab dan Tamadun Islam, [2] Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia *[email protected] ABSTRAK Dunia pendidikan pada masa kini mengalami gelombang baru iaitu pendidikan di era Revolusi Industri 4.0 (IR4.0). Seiring dengan perkembangan teknologi terkini, pelbagai pelantar e-pembelajaran dibangunkan untuk menawarkan pengalaman pembelajaran imersif. Pendidik pada masa kini seharusnya merancang gaya e-pembelajaran yang efektif dan menarik khususnya bagi kegunaan pembelajaran di pelantar e-pembelajaran seperti UKMFOLIO. Oleh itu, kajian ini akan membincangkan pendekatan e-(FIRUZ) bagi membantu mewujudkan pengalaman pembelajaran imersif yang efektif, dan kreatif di pelantar e-pembelajaran. Kajian ini menggunakan metode kuantitatif dengan menggunakan reka bentuk tinjauan. Borang soal selidik diedarkan sebagai instrumen penilaian bagi mendapatkan refleksi pembelajaran pelajar kursus PPPJ3613 Kesusasteraan Bandingan di UKMFOLIO. Kaedah convenience sampling telah dipilih dan analisis deskriptif menggunakan perisian (SPSS) digunakan dalam kajian ini. Hasil dapatan kajian menunjukkan kesemua pelajar PPPJ 3613 Kesusasteraan Bandingan memberikan maklum balas yang positif terhadap pengaplikasian pendekatan e-(FIRUZ) di UKMFOLIO. Hasilnya pendekatan e-(FIRUZ) memberi kelebihan signifikan kerana mempunyai nilai yang boleh dikomersialkan dan berguna untuk diaplikasikan oleh pendidik dalam dunia pendidikan. Oleh itu, pendekatan e-(FIRUZ) merupakan pendekatan e-pembelajaran yang efektif, menarik serta kreatif dan diharapkan ia dapat diaplikasikan di pelbagai pelantar e-pembelajaran lain bagi menggarap kreativiti pendidik menerusi kaedah e-pembelajaran yang berkesan. Kata Kunci: e-(FIRUZ), Pelantar e-Pembelajaran, Pengajaran dan Pembelajaran (PdP); Pembelajaran Imersif PENGENALAN Pembelajaran atas talian atau dikenali sebagai epembelajaran merupakan satu perkara yang tidak asing lagi dalam dunia pendidikan. Umumnya, pelantar epembelajaran merupakan platform yang popular bagi menyokong proses (PdP) pada hari ini. Kepesatan teknologi kini membuatkan para pendidik merancang gaya e-pembelajaran yang lebih menarik dan sesuai diaplikasikan dalam proses (PdP) pada era kini (Ishak & Ainul Afzan (2021). Kemahiran teknologi sangat penting untuk diintegrasikan oleh pendidik dalam proses epembelajaran mereka agar penyampaian (PdP) yang dilakukan dapat dijalankan dengan lebih berkesan (Noor Desiro & Hazrati (2021). Secara umumnya terdapat banyak platform yang digunakan dalam e-pembelajaran, antaranya UKMFOLIO (UKM), IiTa’leem (UIAM) dan Spectrum (UM). Pelantar e-pembelajaran sangat berguna kerana berfungsi sebagai one-stop platform yang menyediakan pelbagai ruang kemudahan untuk mengakses, melaksana dan mentaksir (PdP) dengan lebih efisien. Oleh itu, pendidik seharusnya menggunakan kreativiti yang ada untuk menjadikan pelantar e-pembelajaran tersebut lebih menarik, efektif dan kreatif. Menurut Norasmah Othman & Mohd Hasril (2010) pendidik yang kreatif dapat merangsang pelajar untuk lebih tertarik dengan sesi (PdP) yang dilakukan. Manakala Rabanos, N. L. (2020) pula menyatakan kreativiti merupakan kemahiran yang penting dalam reka bentuk kurikulum dan pembangunan. Pendidik bukan sahaja berperanan dalam mengajar secara kreatif bahkan juga berperanan dalam menyumbangkan pendekatan pembelajaran baru yang kreatif khususnya dalam aktiviti pembelajaran pelajar (Silkirg & Kearmy 2017). Oleh itu kajian ini memperkenalkan pendekatan e-(FIRUZ) yang boleh diaplikasikan oleh pendidik untuk melaksanakan sesi (PdP) yang efektif dengan menggunakan pelantar epembelajaran. Dalam kajian kes ini, pendekatan e-(FIRUZ) ini telah digunakan dalam proses (PdP) atas talian di pelantar epembelajaran UKMFOLIO bagi menghasilkan (PdP) yang efektif, menarik dan kreatif. Bukan setakat itu sahaja, pendekatan e-(FIRUZ) juga dapat menarik perhatian pelajar dalam mempelajari sesuatu topik pembelajaran di UKMFOLIO, menggalakkan pemikiran kritis dan kreatif seseorang pelajar dan juga membantu pendidik menyusun sesi pengajaran mereka dengan lebih bersistematik. METODOLOGI
Prosiding kNovasi 2023 13 Kajian ini menggunakan metode kuantitatif dengan menggunakan reka bentuk tinjauan. Borang soal selidik telah diedarkan melalui google form secara atas talian sebagai instrumen penilaian bagi mendapatkan refleksi pembelajaran pelajar. Instrumen penilaian ini telah diedarkan kepada 36 orang pelajar yang mengikuti kursus PPPJ 3613 Kesusasteraan Bandingan secara atas talian di UKMFOLIO. Kaedah convenience sampling telah dipilih dan analisis deskriptif menggunakan perisian Statistical Package for Social Sciences for Windows Version (SPSS) versi 28 telah digunakan bagi menjalankan kajian ini. KEPUTUSAN DAN PERBINCANGAN Secara umumnya, pendekatan e-(FIRUZ) dalam pelantar e-pembelajaran seperti di UKMFOLIO adalah berdasarkan kepada lima kata kunci utama seperti dalam Rajah 1 iaitu: Rajah 1 Lima kata kunci utama dalam pendekatan e-(FIRUZ) Perbincangan pada bahagian ini akan mengupas mengenai kelebihan dan saranan kaedah yang boleh diaplikasikan ketika melaksanakan sesi (PdP) di pelantar e-pembelajaran menggunakan pendekatan e-(FIRUZ). Kupasan bagi kata kunci yang pertama dalam e- (FIRUZ) iaitu: F-(friendly) diaplikasikan dengan memberi keutamaan kepada personaliti seseorang pendidik dengan pelajar semasa berinteraksi di pelantar e-pembelajaran. Pendidik dalam kategori F-(friendly) ini perlu mempunyai personaliti yang peramah, penyayang dan prihatin agar dapat menghasilkan aktiviti epembelajaran mereka dengan berkesan (Shamshinar et al. 2019). Sebagai contoh, kata kunci F-(friendly) ini boleh diaplikasikan oleh pendidik dalam pelantar epembelajaran menerusi interaksi aktif pendidik bersama pelajar. Dalam erti kata lain, F-(friendly) di sini menggunakan gaya yang mesra dan ramah ketika menerangkan topik pembelajaran di pelantar epembelajaran. Hal ini kerana cara mesra pendidik dalam menyampaikan topik pembelajaran dan pengumuman memberi keterujaan kepada pelajar untuk mengikuti pengajian. Bukan setakat itu sahaja, pendidik juga disarankan untuk memilih penggunaan ayat yang dapat menarik hati pelajar supaya pelajar tidak mudah berasa bosan dan lebih bermotivasi untuk membaca dan menghayati sesuatu topik pembelajaran di wall pelantar e-pembelajaran tersebut. Dilampirkan contoh bagi pemilihan ayat yang menarik dan boleh diaplikasikan oleh pendidik seperti Rajah 2 berikut: Rajah 2 Contoh pemilihan ayat yang menarik dalam UKMFOLIO Seterusnya kupasan kata kunci yang kedua dalam e- (FIRUZ) iaitu: I-(interactive). Penggunaan kata kunci kedua ini pula melibatkan komunikasi secara dua hala. Umumnya, pendidik yang berkemahiran dalam mengendalikan komunikasi secara dua hala sememangnya dapat mempengaruhi (PdP) yang lebih berkesan dan efektif (Nordin et al 2017). Dalam erti kata lain, komunikasi dua hala yang akan diaplikasikan dalam kata kunci I-(interactive) ini membantu dalam keberkesanan kefahaman pelajar dalam mendalami topik pembelajaran di pelantar e-pembelajaran. Antara contoh pengaplikasian terhadap kata kunci I- (interactive) yang boleh digunakan adalah menerusi penyediaan kepelbagaian aktiviti dan tugasan yang menarik dan menyeronokkan. Pendidik diingatkan untuk membekalkan aktiviti (PdP) yang aktif bagi mengelakkan pelajar berasa bosan apabila mempelajari sesuatu pembelajaran tersebut. Menerusi kata kunci I- (interactive), antara aktiviti dan tugasan menarik yang boleh diaplikasikan dalam pelantar e-pembelajaran adalah seperti gamifikasi, kuiz online, projek persendirian berasaskan (e-PBB) dan sebagainya. Dalam erti kata lain, bahan pembelajaran, aktiviti dan tugasan yang disediakan oleh pendidik dalam pelantar e-pembelajaran boleh merangsang samada aspek visual, audio, bacaan atau kinestetik pelajar. Hal ini kerana ia dapat membantu pelajar untuk memahami topik pembelajaran dengan lebih baik. Selain daripada itu, penghantaran tugasan di pelantar e-pembelajaran dalam format forum dan dipaparkan dalam bentuk blog (pelajar boleh lihat tugasan pelajar lain) dapat meningkatkan lagi pemahaman pelajar terhadap topik pembelajaran dan mencetuskan suasana pembelajaran yang lebih mesra dan santai. Rajah 3 menunjukkan contoh-contoh aktiviti dan tugasan yang dilaksanakan dalam kursus PPPJ 3613 Kesusasteraan Bandingan di UKMFOLIO: e-(FIRUZ) friendly zealous userfriendly riveting interactive
Prosiding kNovasi 2023 14 Rajah 3 Contoh-contoh aktiviti dan tugasan subjek kesusasteraan yang boleh dilaksanakan di UKMFOLIO Berlainan pula bagi kata kunci ketiga iaitu: R- (riveting). Kata kunci ini memberi penekanan kepada visual yang memukau. Strategi visual ini membantu pelajar dalam mengingati sesuatu pembelajaran dengan lebih berfokus dan dapat menarik perhatian kepada pelajaran (Miller 2010 & Ngui Ching Ching et al. 2021). Antara visualisasi yang boleh diketengahkan dalam pelantar e-pembelajaran adalah dengan menyediakan heading topik mingguan yang menarik dan berwarnawarni berserta design ataupun pattern yang kreatif . Hal ini dapat membantu meningkatkan lagi kecekapan pelajar dalam mencari topik pembelajaran yang ingin dipelajari. Penggunaan warna memberi lebih pemahaman kepada pelajar dalam membantu memberi gambaran mengenai topik pembelajaran dengan lebih tepat (Mohamed Nor Azhari Azman et al., 2015). Berikut disertakan contoh heading topik mingguan khas bagi setiap minggu yang boleh dikepilkan dalam UKMFOLIO Rajah 4: Rajah 4 Contoh heading topik mingguan yang boleh dilampirkan di UKMFOLIO Seterusnya bagi kata kunci yang keempat iaitu: U- (user-friendly). Kata kunci keempat dalam e-(FIRUZ) ini membawa maksud tugasan dan aktiviti yang diberikan di pelantar e-pembelajaran adalah mesra pengguna dan lebih menyenangkan pelajar untuk mencari tugasan ataupun aktiviti yang disediakan. Bagi mengaplikasikan kata kunci U-(user-friendly) ini dalam sesi epembelajaran di UKMFOLIO, para pendidik perlu menyusun setiap topik pembelajaran yang ingin dilaksanakan secara sistematik dan teratur. Disarankan juga kepada pendidik untuk melampirkan sekali link bagi setiap serahan tugasan ataupun aktiviti pada setiap arahan yang diberikan. Cara ini dapat membantu mengurangkan tempoh pencarian pelajar terhadap sesuatu topik pembelajaran yang ingin dipelajari. Bahkan kesemua pemberian bahan pembelajaran dan penghantaran tugasan yang bersistematik di UKMFOLIO juga memudahkan pelajar dalam mengikuti pembelajaran dan menyiapkan tugasan. Contoh bagi pengaplikasian U-(user-friendly) yang dimaksudkan ini adalah seperti dalam Rajah 5 berikut: Rajah 5 Pengaplikasian (U-user-friendly) e-pembelajaran UKMFOLIO Akhir sekali, bagi penggunaan kata kunci yang kelima ialah: Z-(zealous). Kata kunci Z-(zealous) pula lebih menonjolkan dari aspek keterujaan seseorang pelajar dalam mempelajari sesuatu topik pembelajaran di UKMFOLIO. Pendidik perlu menerapkan elemen keterujaan bagi melaksanakan amalan pembelajaran yang menyeronokkan. Bagi pengaplikasian terhadap kata kunci Z-(zealous) ini, antara saranan yang dicadangkan ialah dengan penggunaan intonasi dan nada pensyarah yang bersemangat dalam menerangkan setiap topik pembelajaran dalam video (flipped class) di UKMFOLIO. Cara ini dapat menarik perhatian pelajar untuk membaca dan menghayati sesuatu topik pembelajaran dengan lebih efektif. Oleh itu, menerusi pendekatan e-(FIRUZ) sesi epembelajaran yang berkesan, efektif, kreatif dan menarik dapat dilakukan oleh pendidik dari pelbagai bidang pengajian. Seterusnya, bagi mengenal pasti keberkesanan pendekatan e-(FIRUZ) dalam sesi e-pembelajaran di pelantar e-pembelajaran, borang soal selidik secara atas talian telah diedarkan bagi mendapatkan refleksi pembelajaran pelajar kursus PPPJ 3613 Kesusasteraan Bandingan apabila mereka mempelajari subjek tersebut di UKMFOLIO. Hasil penilaian pelajar menunjukkan pendekatan e- (FIRUZ) memberi impak yang positif dalam sesi epembelajaran Kursus PPPJ 3613 Kesusasteraan Bandingan di UKMFOLIO. Maklum balas mengenai keberkesanan pendekatan e-(FIRUZ) dalam sesi epembelajaran di UKMFOLIO adalah seperti Rajah 6:
Prosiding kNovasi 2023 15 Rajah 6. Peratusan maklum balas keberkesanan pendekatan e- (FIRUZ) dalam sesi e-pembelajaran di UKMFOLIO Rajah 6 menunjukkan maklum balas keseluruhan pelajar kursus PPPJ3613 Kesusasteraan Bandingan terhadap keberkesanan pendekatan e-(FIRUZ) dalam proses e-pembelajaran di UKMFOLIO. Berdasarkan Rajah 1, sebanyak 91.7 % iaitu 33 orang pelajar sangat bersetuju bahawa pendekatan e-(FIRUZ) dalam proses epembelajaran di UKMFOLIO membantu pembelajaran mereka dengan lebih berkesan. Keberkesanan pendekatan e-(FIRUZ) pada Rajah 6 ini pula telah disokong dengan Jadual 1 yang menunjukkan bahawa peratusan pencapaian keseluruhan pelajar juga sangat cemerlang dengan 92% mendapat Gred A manakala hanya 8% sahaja yang mendapat Gred B dalam kursus PPPJ3613 Kesusasteraan Bandingan. Jadual 1 dinyatakan seperti di bawah: Jadual 1. Pencapaian Keseluruhan Pelajar Kursus PPPJ3613 Kesusasteraan Bandingan KESIMPULAN Menerusi perbincangan di atas, pendekatan e-(FIRUZ) dengan kata kunci: (friendly, interactive, riveting, userfriendly dan zealous) di pelantar e-pembelajaran dapat menghasilkan satu bentuk pendekatan (e-PdP) yang efektif, menarik dan kreatif di samping dapat membantu kefahaman pelajar terhadap sesuatu topik pembelajaran. Hal ini dibuktikan menerusi refleksi pelajar kursus yang merekodkan peratusan tinggi dengan 91.7 % bersetuju bahawa pendekatan e-(FIRUZ) dalam e-pembelajaran seperti UKMFOLIO berkesan dalam menambahkan keterujaan pelajar apabila mempelajari sesuatu topik pembelajaran. Bahkan pendekatan e-FIRUZ iaitu (friendly, interactive, riveting, user-friendly dan zealous) membantu pendidik di luar sana mengetengahkan kreativiti masing-masing dalam mereka bentuk sesi (PdP) yang efektif menerusi platform e-learning yang pelbagai. Pendekatan e-(FIRUZ) juga boleh diaplikasikan di pelbagai pelantar e-pembelajaran yang lain kerana bersifat fleksibel dari sudut aktiviti yang dijalankan, masa dan bahan. PENGHARGAAN Kajian ini dibiayai oleh Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia di bawah dana Skim Geran Penyelidikan Fundamental (FRGS) kod projek FRGS/1/2022/SSI10/UKM/03/1 berjudul Model Psikospiritual Pengurusan Emosi Era Pandemik Dalam Sastera Kembara Islami. Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan. RUJUKAN Ishak & Ainul Afzan. (2021). Isu dan Cabaran dalam Pelaksanaan Pendidikan Peringkat Rendah dan Menengah: Pendekatan Malaysia Semasa Pandemik Covid-19. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 6(9), 1 - 13. Mohamed Nor Azhari Azman, Nur Amirah Azli, Ramlee Mustapha, Balamuralithara Balakrishnan & Nor Kalsum Mohd Isa. (2015). Penggunaan Alat Bantu Mengajar Ke Atas Guru Pelatih Bagi Topik Kerja Kayu, Paip dan Logam. Sains Humanika, 3(1), 77- 85. Ngui Ching Ching & Nurfaradilla Mohamad Nasri. (2021). Penggunaan Kaedah Visualisasi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Perbendaharaan Kata Bahasa Inggeris. Jurnal Dunia Pendidikan, 3(3), 444-449. Noor Desiro Saidin & Hazrati Husnin. (2021). Google Classroom Sebagai Pelantar M-Pembelajaran: Tahap Pengetahuan Dan Tahap Kesediaan GuruGuru Sekolah Menengah Luar Bandar. Jurnal Dunia Pendidikan, 3(2), 278-292. Noor Shamshinar Zakaria, Nor Azhan Norul ‘Azmi & Harun Baharudin. (2019). Kemahiran Komunikasi Bukan Lisan: Satu Kajian Terhadap Guru Pelatih Bukan Opsyen Dalam Pengajaran Bahasa Arab. Attarbawiy: Malaysian Online Journal of Education, 3(2), 1-10. Norasmah Othman & Mohd Hasril Amiruddin. (2010). Different Perspectives of Learning Styles from VARK Model. Social and Behavioral Sciences, 7, 652-660. Nordin Halias, Zawawi Ismail & Harun Baharudin. (2017). Komunikasi Bukan Lisan dalam Pengajaran Bahasa Arab. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia. Rabanos, N. L. (2020). Development of Creative Thinking Skills in Teaching-Learning Process. Teacher Education-New Perspectives. Selkrig, M., & Keamy, K. R. (2017). Creative Pedagogy: A Case for Teachers’ Creative Learning Being at the Centre. Teaching Education, 28, 317-322. 92 8 0 20 40 60 80 100 Gred A Gred B
Prosiding kNovasi 2023 16 Program Sarjana Sains Citra (SSn Citra): Reka Bentuk Penyelidikan Anjal Tersedia Masa Hadapan Bersama Industri [1]* Lim Kar Keng, [1] Mashitoh Yaacob, [1] Hamdzun Haron, [4] Nazri Muslim, [1] Wahiza Wahi, [1] Nor Afian Yusof, [1] Aminudin Basir@Ahmad, [1] Nurul Hanis Aminuddin Jafry, [1] Muhamad Hafiz Hamsan [1] Pusat Pengajian Citra Universiti, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan, Malaysia *[email protected] ABSTRAK Kurikulum tersedia masa hadapan SSn Citra berkemampuan menangani isu ketidaksepadanan antara kemahiran graduan dan tuntutan keperluan pihak pemegang taruh kerana reka bentuk pekerjaan berubah dengan pantas dan memerlukan kemahiran penyesuaian (customization) kritikal. Program ini memberikan nilai tambah dan inspirasi kepada pelajar menjadi lebih kreatif, kritis, analitis, berdaya tahan dan tersedia masa hadapan dengan penglibatan aktif pengamal industri dalam kaedah pedagoginya dan pendekatan pembelajaran berasaskan masalah sebenar (penyelesaian masalah industri) dan imersif serta trans/rentas/multi disiplin. Hasil pembelajaran program (HPP) ini menepati perubahan semasa dan keperluan pemegang taruh. Penjajaran konstruktif (antara HPP, kaedah penyampaian dan pentaksiran) dan strategi inovatif (libat sama industri) diterapkan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang menyokong HPP. Pemegang taruh (sektor awam, industri, pelajar, alumni dan akademik) terlibat dalam reka bentuk, semak semula kurikulum, pelaksanaan dan penilaian PdP. Program ini dipromosikan secara bersemuka (termasuk lawatan industri) dan dalam talian (laman web dan media sosial). Pelajar menunjukkan potensi kemenjadian memberangsangkan. Dua pelajar berpotensi menghasilkan syarikat pemula bidang keusahawanan sosial dan industri digital fesyen. Program ini dijangka mencapai kebolehpasaran graduan 100 peratus. Data maklum balas pelajar terhadap impak kepada kualiti pembelajaran mereka adalah tinggi (nilai min 5.00). Permohonan dan pendaftaran masuk ke program ini terbuka sepanjang tahun dan semakin meningkat. Kata Kunci: Reka bentuk kurikulum bukan konvensional, kurikulum tersedia masa hadapan, kurikulum inovatif, kurikulum mesra industri, kurikulum rentas disiplin PENGENALAN Pusat Pengajian Citra Universiti, Universiti Kebangsaan Malaysia (CITRA UKM) telah menawarkan Program SSn Citra setelah mendapatkan status Akreditasi Sementara daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) pada 1 Jun 2022 (Agensi Kelayakan Malaysia, 2022). (Rajah 1: Akreditasi Sementara Program SSn Citra). Rajah 1 Akreditasi Sementara Program SSn Citra Rasional pembangunan kurikulum program akademik Kurikulum program SSn Citra dibangunkan bagi menangani isu ketidaksepadanan antara kelayakan/kemahiran graduan universiti dan kadar kelajuan perubahan tuntutan keperluan pihak pemegang taruh seperti industri (syarikat, agensi kerajaan dan organisasi dalam komuniti) kerana reka bentuk pekerjaan berubah dengan pantas dan memerlukan kemahiran penyesuaian (customization) yang kritikal. Justeru itu, kurikulum program SSn Citra direka bentuk dengan ciriciri kurikulum tersedia masa hadapan iaitu dinamik (mesra perubahan/kemajuan), organik (berkembang), anjal (mengikut bentuk), tangkas (bergerak cepat dan mudah) dan trans/rentas/multi disiplin (jukebox) (inklusif, merentas dan menjangkau). (Rajah 2: Ciri-Ciri Kurikulum Program SSn Citra).
Prosiding kNovasi 2023 17 Rajah 2 Ciri-Ciri Kurikulum Program SSn Citra Cadangan perubahan yang mempunyai nilai tambah dan inspirasi kepada pelajar Program SSn Citra mempunyai reka bentuk kurikulum yang berasaskan hasil pembelajaran pelajar. Kaedah pedagoginya (pengajaran/penyampaian) menggabungkan antara penyeliaan ahli akademik dan pengamal industri; pentaksirannya melibatkan kriteria keperluan akademik dan tuntutan industri; dan persekitaran ruang pembelajarannya kondusif dan interaktif meliputi kemudahan (infrastruktur dan infostruktur) terkini di universiti dan di industri (sangkutan pelajar) yang mampu memberikan nilai tambah dan inspirasi kepada pelajar menjadi lebih kreatif, kritis dan analitis. Pembangunan kurikulum berjaya melahirkan graduan yang berdaya tahan dan tersedia masa hadapan (resilient and future ready) Kurikulum program SSn Citra menggunakan pendekatan pembelajaran berasaskan masalah sebenar (penyelesaian masalah di industri) dan imersif serta trans/rentas/multi disiplin yang mampu melahirkan graduan yang berdaya tahan dan tersedia masa hadapan selari dengan tuntutan keperluan pemegang taruh. Reka bentuk kurikulum yang dapat menerapkan hasil pembelajaran program yang menepati perubahan semasa dan memenuhi keperluan pemegang taruh Reka bentuk kurikulum SSn Citra bersifat penyelidikan sepenuhnya yang mempunyai hasil pembelajaran program yang menepati perubahan semasa dan memenuhi keperluan pemegang taruh iaitu selari dengan falsafah, visi, misi dan matlamat pendidikan UKM; memenuhi kluster hasil pembelajaran MQF 2.0 badan akreditasi (Agensi Kelayakan Malaysia); dan melibatkan pihak industri dalam proses pengajaran dan pembelajaran serta pentaksiran pelajar yang seterusnya mampu mencapai hasil pembelajaran yang responsif kepada perubahan serta keperluan industri, negara dan antarabangsa/global. KEPUTUSAN DAN PERBINCANGAN Penerapan pengajaran konstruktif dalam aktiviti Pembelajaran dan Pengajaran (PdP) program Penjajaran konstruktif antara hasil pembelajaran program, kursus audit (termasuk hasil pembelajaran kursus audit), kaedah penyampaian program dan kaedah pentaksiran program diterapkan dalam pembelajaran dan pengajaran program iaitu dalam aktiviti di peringkat kursus audit (kuliah interaktif, tugasan refleksi, tugasan pembentangan, tugasan penulisan), aktiviti penyeliaan akademik dan industri, aktiviti sangkutan di industri, aktiviti kolokium pelajar (pembentangan cadangan penyelidikan dan pembentangan kemajuan penyelidikan) dan aktiviti peperiksaan lisan (viva voce). Strategi inovatif yang diterapkan dalam aktiviti PdP program Berikut adalah senarai strategi inovatif yang diterapkan dalam aktiviti PdP Program SSn Citra (Rajah 3 dan 4): ➔ Pendekatan pembelajaran berasaskan masalah sebenar (penyelesaian masalah di industri) dan imersif serta trans/rentas/multi disiplin. ➔ Sekurang-kurangnya seorang penyelia bersama adalah dalam kalangan pengamal di industri. ➔ Persekitaran ruang pembelajaran yang kondusif dan interaktif meliputi kemudahan (infrastruktur dan infostruktur) terkini di universiti dan di industri (sangkutan pelajar). ➔ Libat sama pengamal industri sebagai pensyarah tamu dalam aktiviti di peringkat kursus audit (kuliah interaktif). ➔ Pentaksiran kemajuan dan pencapaian pelajar melibatkan kriteria keperluan akademik dan tuntutan industri. ➔ Libat sama penyelia bersama dari industri dalam kolokium pentaksiran kemajuan dan pencapaian pelajar. ➔ Libat sama penyelia bersama dari industri dalam peperiksaan lisan (viva voce) pelajar. ➔ Tajaan industri kepada penyelidikan disertasi/tesis pelajar. Rajah 3 Tajaan Industri
Prosiding kNovasi 2023 18 Rajah 4. Pensyarah Tamu Pelaksanaan kurikulum mengambil kira penyampaian dalam PdP yang inovatif Kurikulum SSn Citra dilaksanakan dengan mengambil kira penyampaian (kandungan dan/atau kaedah penyampaian) dalam PdP yang inovatif dengan cara melibatkan pihak industri dalam proses PdP. (Rajah 5: Penyampaian Inovatif dalam PdP). Rajah 5. Penyampaian Inovatif dalam PdP Pelaksanaan kurikulum mengambil kira pentaksiran dalam PdP yang menyokong hasil pembelajaran program Kurikulum program SSn Citra yang dilaksanakan mengambil kira pentaksiran dalam PdP yang menyokong hasil pembelajaran program dengan cara menjalankan pentaksiran formatif dan sumatif berpendekatan antara bidang (interdisciplinary approach to assessment) iaitu dengan menggabungkan kriteria keperluan akademik dan tuntutan industri semasa menjalankan pentaksiran terhadap tugasan kursus audit (pentaksiran formatif), cadangan penyelidikan (pentaksiran formatif), kemajuan disertasi/tesis (pentaksiran formatif), disertasi/tesis akhir (pentaksiran formatif) dan peperiksaan lisan (viva voce) (pentaksiran sumatif); dan memetakan pentaksiran ini kepada hasil pembelajaran program. Penglibatan pemegang taruh dalam mereka bentuk, membuat semakan semula kurikulum, pelaksanaan dan penilaian PdP Pemegang taruh (sektor awam, industri, pelajar, alumni dan akademik) terlibat dalam mereka bentuk, membuat semakan semula kurikulum, pelaksanaan dan penilaian PdP melalui proses libat sama mereka dalam memberikan input sama ada program ini memenuhi konsep dan teori dalam bidang pengajian liberal. Melalui proses libat sama pemegang taruh ini, pihak program memperolehi input bagi penambahbaikan program ini iaitu beberapa bentuk pengetahuan dan pendidikan yang boleh diserap dan diperkukuhkan di dalam program ini: (1) Kurikulum dan pelaksanaan program: Penyelidikan berkonsep boleh lentur/luwes, pendidikan berpusatkan pelajar dan Jalinan Akademia-industri; dan (2) Kualiti pelajar: Kemahiran insaniah. Pihak program SSn Citra juga secara berterusan menyebarkan dan mempromosi program ini melalui lawatan ke industri (syarikat, agensi kerajaan dan organisasi dalam komuniti) dan pelbagai program promosi (bersemuka, dalam talian, laman web, media sosial) bertujuan mendapatkan calon, tajaan dan kerjasama dari segi sangkutan pelajar (Rajah 6). Rajah 6. Promosi Program SSn Citra Keupayaan kurikulum ini melahirkan/menampilkan kemenjadian graduan Program SSn Citra belum mempunyai graduan. Namun begitu, pelajar sedia ada yang telah mengikuti pembelajaran selama satu tahun telah menunjukkan potensi kemenjadian yang memberangsangkan di industri. Impak kurikulum kepada kualiti pembelajaran pelajar Rajah 7 menunjukkan rumusan hasil analisis maklum balas daripada pelajar berkaitan impak kurikulum program ini kepada kualiti pembelajaran mereka. Rajah 7. Impak Kurikulum Program SSn Citra kepada Kualiti Pembelajaran Pelajar
Prosiding kNovasi 2023 19 Senarai bilangan graduan yang berjaya mencipta pekerjaan atau syarikat pemula (startup) Program SSn Citra belum mempunyai graduan. Namun begitu, terdapat dua pelajar yang berpotensi menghasilkan syarikat pemula dalam bidang keusahawanan sosial dan industri digital fesyen: Pelajar Nor Kaisah Zainal dan Tria Rizki Qurratuaini Mohamad (Rajah 8: Potensi Syarikat Pemula). Rajah 8. Potensi Syarikat Pemula Peratusan pencapaian kebolehpasaran graduan dalam program Program SSn Citra belum mempunyai graduan. Namun begitu, dijangkakan semua pelajar program ini akan mencapai kebolehpasaran graduan sebanyak 100 peratus kerana semua pelajar melakukan sangkutan di industri di samping memperolehi penajaan daripada industri berkaitan. Maka, kebarangkalian pelajar diserap masuk ke industri sangkutan adalah amat tinggi. Pelajar juga mempunyai kecenderungan yang tinggi untuk menyambung pengajian ke peringkat PhD. Bilangan permohonan dan bilangan mendaftar bagi program Rajah 9 menunjukkan bilangan permohonan dan bilangan mendaftar bagi Program SSn Citra setakat ini. Rajah 9. Bilangan Permohonan dan Bilangan Mendaftar bagi Program SSn Citra KESIMPULAN Program SSn Citra yang bercirikan ‘reka bentuk kurikulum penyelidikan anjal tersedia masa hadapan bersama industri’ adalah taruhan terbaik setakat ini bagi Malaysia menangani isu ketidaksepadanan antara kemahiran graduan universiti dan tuntutan majikan di industri. PENGHARGAAN Setinggi-tinggi penghargaan kepada ahli-ahli Pengurusan dan Jawatankuasa Pengajian Siswazah, Pusat Pengajian Citra Universiti, UKM. Kajian ini dijalankan dengan peruntukan pembiayaan melalui Tabung Agihan Penyelidikan (TAP)-K007822. RUJUKAN Agensi Kelayakan Malaysia. (2022). Provisional Accreditation. https://www2.mqa.gov.my/pasp/ [6 Julai 2023]. Kementerian Pendidikan Tinggi. (2022). Alternative Assessment in Higher Education. https://jpt.mohe.gov.my/portal/index.php/en/public ation/116-ebaihe [7 Jun 2023] Kementerian Pendidikan Tinggi. (2021). EXCEL. https://jpt.mohe.gov.my/portal/index.php/en/public ation/129-excel-experiential-learning-andcompetency-based-education-landscape [20 Jun 2023]. Kementerian Pendidikan Tinggi. (2022). Framing Malaysian Higher Education 4.0 Future-Proof Talent. https://jpt.mohe.gov.my/portal/index.php/en/public ation/61-framing-malaysian-higher-education-4-0- future-proof-talent [5 Jun 2023]. Kementerian Pendidikan Tinggi. (2020). HIEPs. https://jpt.mohe.gov.my/portal/index.php/en/public ation/115-fhvol2 [15 Jun 2023]. Kementerian Pendidikan Tinggi. (2015). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2015- 2025 (Pendidikan Tinggi). https://www.mohe.gov.my/en/download/publicatio ns-journals-and-reports/pppm-2015-2025-pt [6 Julai 2023]. Pusat Pengajian Citra Universiti. (2018). Dokumen Penggubalan Permohonan Kelulusan Program Pengajian Ijazah Sarjana Sains Citra. Bangi: Pusat Pengajian Citra Universiti, UKM.
Prosiding kNovasi 2023 20 Model Pengajaran Modul Integrasi Psikospiritual Bahasa Arab Qurani Untuk Pendidikan Sahsiah Pesalah Juvana [1]* Suhaila Zailani @ Hj. Ahmad, [2] Kaseh Abu bakar, [3]Wan Azman Wan Mohammad, [1] Pusat Kajian Bahasa Arab dan Tamadun Islam, [2] Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia *[email protected] ABSTRAK Implementasi pembelajaran bahasa Arab berasaskan kurikulum Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) dalam pendidikan pemulihan sahsiah pesalah juvana tidak menepati keperluan mereka dari segi faktor umur, latar belakang, kandungan dan pendekatan pengajaran dan pembelajaran. Kurikulum pembelajaran bahasa Arab semasa tidak memberi kesan signifikan terhadap pemulihan sahsiah pesalah juvana. Oleh itu, kajian ini bertujuan membangunkan Model Pengajaran Modul Integrasi Psikospiritual Bahasa Arab Qurani (INPAQ) yang bersesuaian dan menepati keperluan pendidikan sahsiah pesalah juvana. Kajian ini berbentuk kualitatif dengan kaedah temu bual separa berstruktur dan kaedah Perbincangan Kumpulan Berfokus (Focus Group Discussion) sebagai kaedah pengumpulan data. Temu bual separa berstruktur dijalankan terhadap pesalah juvana, tenaga pengajar, pegawai psikologi dan pegawai Pendidikan pemulihan di Jabatan Penjara Malaysia. Temu bual separa berstruktur dijalankan bagi mengenalpasti kelompangan dalam implementasi pendidikan bahasa Arab di pusat pemulihan. Perbincangan Kumpulan Berfokus pula bertujuan membincangkan dan menentukan reka bentuk Model Pengajaran Modul INPAQ, seterusnya membangunkannya. Perbincangan Kumpulan Berfokus melibatkan dua kategori pakar iaitu pakar akademik dan pakar lapangan. Kategori pakar akademik terdiri daripada pakar bahasa Arab, kaunseling, psikologi dan pendidikan. Manakala kategori pakar lapangan pula terdiri daripada pegawai yang terlibat secara langsung dalam pendidikan pemulihan pesalah juvana, iaitu Pegawai Pendidikan Pemulihan dan Pegawai Psikologi di Jabatan Penjara Malaysia. Hasil temu bual mengenalpasti permasalahan dalam implementasi kurikulum bahasa Arab semasa. Permasalahan ini dibincangkan dalam Perbincangan Kumpulan Berfokus, seterusnya menetapkan matlamat model dan prinsip reka bentuk Model Pengajaran Modul INPAQ. Hasil perbincangan berjaya membangunkan model dengan menetapkan matlamat pengajaran, prinsip reka bentuk, pelaksanaan model, prosedur pengajaran, aktiviti pengajaran dan pentaksiran, aktiviti pembelajaran dan hasil pembelajaran Model Pengajaran Modul INPAQ. Model ini berfungsi sebagai panduan kepada pendidik pemulihan ketika menjalankan pendidikan sahsiah terhadap pesalah juvana. Kata Kunci: Model pengajaran, Modul INPAQ, Pendidikan sahsiah, Pesalah juvana PENGENALAN Antara objektif dan hala tuju utama pendidikan juvana di Sekolah Henry Gurney dan Sekolah Integriti di Malaysia adalah untuk memperbaiki dan mengukuhkan akhlak juvana. Hal ini kerana pesalah juvana secara umumnya ialah remaja berumur antara 14 sehingga sebelum mencecah umur 21 tahun yang dijatuhkan hukuman menjalani tempoh tahanan (Darussalam Budin, 2013). Kajian meta-analisis oleh Vincent (2008) telah mendiagnosis sebanyak 70 peratus daripada mereka mengalami keruntuhan akhlak dan masalah kesihatan mental dan tingkah laku (Meservey & Skowyra, 2015). Oleh itu, implementasi pendekatan psikospiritual merupakan satu pendekatan yang baik dalam merealisasikan hala tuju pendidikan juvana di pusat pemulihan. Keberkesanan intervensi psikospiritual dalam perkembangan jati diri dan kepribadian muslim pesalah juvana terbukti melalui kajian Khairul Hamimah (2014) dan Mohammad Adam (2021). Bahkan, kajian imperikal turut membuktikan kepentingan intervensi psikospiritual dalam meningkatkan daya tahan remaja dengan pergolakan dalam kehidupan. Pendekatan psikospiritual boleh dijadikan alternatif dalam terapi alopati bagi membimbing remaja berhadapan dengan masalah (Khairul Hmimah, 2014). Hal ini dijelaskan dalam kajian Fauziah (2017), spiritual dan keagamaan membantu menguatkan motivasi pelajar untuk mengubah tingkah laku seharian. Dalam kata lain, penekanan terhadap bimbingan akidah melalui aplikasi amalan sabar, taubat, syukur, reda, dan tawakal membantu membentuk jatidiri muslim, seterusnya membendung diri daripada melakukan aktiviti-aktiviti negatif. Dalam usaha memupuk nilai spiritual dalam kalangan pesalah juvana, kajian ini melihat keperluan untuk merujuk kepada nilai-nilai spiritual yang dijelaskan al-Quran. Nilai spiritual ialah suatu yang subjektif yang mempunyai interpretasi pelbagai mengikut pandangan individu. Oleh itu, konsep nilai yang tepat adalah sebagaimana yang disebutkan alQuran dalam (Surah al-Ra’d 43: 28) yang bermaksud: “(Iaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram”.
Prosiding kNovasi 2023 21 Walau bagaimanapun, pembelajaran berasaskan al-Quran semestinya memerlukan kepada keterampilan berbahasa Arab. Bahasa bertindak sebagai wadah dalam menyampaikan mesej sesuatu teks. Dalam al-Quran, nilai spiritual seperti sabar, syukur, reda dan tawakal mempunyai makna yang mendalam. Usaha menggali dan memahami teks al-Quran tidak dapat dielakkan daripada mempunyai kemahiran berbahasa Arab. Oleh itu, kajian ini berhasrat untuk mengetengahkan elemen bahasa Arab Qurani dalam modul pemulihan sahsiah pesalah juvana sebagai penyokong kepada kefahaman terhadap nilai spiritual. Jabatan Penjara Malaysia telah berinisiatif menyediakan ruang pembelajaran bahasa Arab melalui kurikulum al-Quran dan Fardu Ain (KAFA). Sekolah Henry Gurney Telok Mas dijadikan sekolah perintis yang mewujudkan pendidikan agama sebagai salah satu daripada lima kluster pendidikan pemulihan. Namun, pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab di Sekolah Henry Gurney Telok Mas tidak memenuhi keperluan dalam pendidikan pemulihan. Menurut Mohd Taufik dan Suhaila (2021), kesesuaian penggunaan Kurikulum bahasa Arab KAFA ini untuk pesalah juvana di Sekolah Henry Gurney perlu dikaji. Beliau menyenaraikan tiga faktor kesesuaian yang perlu dikaji, iaitu faktor umur, faktor latar belakang, faktor pendekatan dan reka bentuk kurikulum. Bertitik tolak daripada kenyataan di atas, kajian ini bermatlamat untuk mereka bentuk Model Pengajaran Integrasi Psikospiritual Bahasa Arab Qurani (INPAQ) bagi menyokong kurikulum pembelajaran bahasa Arab dalam pendidikan pemulihan. METODOLOGI Kajian berbentuk kualitatif ini menggunakan kaedah temu bual separa berstruktur dan kaedah Perbincangan Kumpulan Berfokus (Focus Group Discussion) sebagai kaedah pengumpulan data. Informan temu bual terdiri daripada pesalah juvana, tenaga pengajar pemulihan, Pegawai Psikologi dan Pegawai Pendidikan Pemulihan di Jabatan Penjara Malaysia. Manakala Perbincangan Kumpulan Berfokus pula melibatkan dua kategori pakar. Kategori pertama terdiri daripada pakar akademik; pakar bahasa Arab, kaunseling, psikologi dan pendidikan. Kategori kedua pula adalah pakar lapangan, iaitu pegawai pendidikan pemulihan dan pegawai psikologi yang terlibat secara langsung dalam pendidikan pemulihan pesalah juvana di Jabatan Penjara Malaysia. Data terkumpul dianalisis secara deskriptif dan perbincangan. Temu bual separa berstruktur dijalankan bagi mengenalpasti kelompangan dalam implementasi Pendidikan bahasa Arab di Pusat Pemulihan. Hasil temu bual dibincangkan bersama pakar dalam sesi Perbincangan Kumpulan Berfokus, seterusnya menetapkan matlamat dan prinsip reka bentuk model. Laporan terhadap data perbincangan kumpulan berfokus menetapkan matlamat pengajaran, prinsip reka bentuk, pelaksanaan model, prosedur pengajaran, aktiviti pengajaran dan pentaksiran, dan aktiviti pembelajaran sepertimana disepakati dalam perbincangan. Rajah berikut ialah ilustrasi kerangka konseptual kajian: Rajah 1: Ilustrasi Kerangka Konseptual Kajian HASIL DAN PERBINCANGAN Perbincangan dalam bahagian ini terlebih dahulu melaporkan matlamat model dan prinsip reka bentuk model yang telah dipersetujui oleh pakar dalam perbincangan. Kajian seterusnya membincangkan prosedur pengajaran dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang direka bentuk bersandarkan matlamat dan prinsip reka bentuk model. Matlamat Model Pengajaran INPAQ Berdasarkan pemerhatian terhadap kajian lepas, elemen psikospiritual merupakan antara asas kepada kurikulum pemulihan sahsiah pesalah juvana. Pendekatan ini mengetengahkan dua aspek keagamaan, iaitu pembelajaran berasaskan akidah dan pembelajaran berasaskan ibadah. Walau bagaimanapun, Pegawai Pendidikan Pemulihan berpandangan bahawa pendekatan yang digunakan bukanlah suatu pendekatan pemulihan, sebaliknya pendekatan pengenalan ibadah. Oleh itu, perbincangan merumuskan bahawa Modul Integrasi Psikospiritual Bahasa Arab Qurani seharusnya menyokong pemulihan pelajar juvana melalui penerapan nilai-nilai akhlak dalam al-Quran. Hal ini bersandarkan kepada firman Allah dalam Surah al-Jathiah (37: 20) bahawa “Al-Quran ialah pedoman bagi manusia, petunjuk dan rahmat bagi kaum yang meyakini”. Tambahan pula, pembelajaran bahasa Arab Qurani boleh meningkatkan penghayatan individu dalam ibadah seperti dipersetujui oleh informan kajian.
Prosiding kNovasi 2023 22 Prinsip Reka Bentuk Model Berdasarkan analisis literatur, pengkaji menyenaraikan beberapa kriteria reka bentuk model. Hal ini dengan mengambil kira demografi pelajar, persekitaran pembelajaran dan keperluan pengajaran. Kriteria model diperincikan dalam jadual berikut. Jadual 1: Kriteria Model Bil. Kriteria Model 1. Menekankan aspek pemulihan jiwa dan penghayatan agama. 2. Memberi kesan membina terhadap tiga aspek hubungan iaitu hubungan hamba-tuhan, intrapersonal dan interpersonal. 3. Disusun sesuai mengikut tahap akademik dan kecerdasan. 4. Memantapkan ilmu agama yang diajarkan dalam modul pemulihan semasa. Setelah meneliti kriteria yang dicadangkan, pakar bersepakat untuk memperincikan prinsip reka bentuk model mengikut tema iaitu kandungan model, pelaksanaan pengajaran, pendekatan pembelajaran dan pentaksiran pengajaran. Prinsip Kandungan Model terdiri daripada empat. Pertama, memfokuskan model terhadap pemulihan jiwa dan penghayatan agama. Hal ini berpandukan kepada pandangan pakar berkenaan kecetekan pengetahuan agama dalam kalangan pelajar yang disebabkan oleh kekurangan pendedahan daripada ibubapa dan keluarga. Bukan itu sahaja, prinsip kehidupan yang tidak berteraskan agama juga adalah antara isu yang dibangkitkan ketika membincangkan punca penglibatan pelajar dalam salah laku jenayah. Kedua, menyokong pendidikan pemulihan sahsiah pelajar melalui penekanan terhadap pembelajaran nilai al-Quran. Melalui prinsip ini, model mendorong pelajar untuk mempraktikkan nilai Qurani di samping mendekatkan mereka kepada kosa kata berkaitan nilai dalam al-Quran. Hal ini selari dengan pendekatan berzikir dalam tindakan regulasi kendiri. Perbincangan turut menyentuh tentang kepentingan menghasilkan kesan membina terhadap aspek hamba-tuhan, intersosial dan intrasosial. Oleh itu, prinsip ketiga yang telah ditetapkan dalam perbincangan adalah menghasilkan kesan membina terhadap aspek rabbani, insani dan alami. Prinsip ini dicapai dengan membekalkan kosa kata Qurani dan ungkapan Rabbani kepada pelajar. Pakar turut menekankan kepada keperluan untuk mengambil kira kepelbagaian latar belakang pelajar ketika membangunkan model. Pakar berpandangan bahawa masalah pelajar didorong oleh faktor situasi kekeluargaan, situasi kewangan, lingkungan intersosial dan intrasosial, perbezaan pegangan dan prinsip hidup. Oleh itu, perbincangan menetapkan prinsip keempat sebagai membimbing pelajar untuk berfikir secara positif. Perbincangan seterusnya membincangkan prinsip yang perlu digariskan bagi pelaksanaan pengajaran model. Pakar menjelaskan kecenderungan pesalah juvana kepada gaya pemikiran negatif sehingga terjerumus dalam salah laku jenayah. Dalam beberapa keadaan, pesalah juvana gagal untuk membuat pertimbangan yang baik dalam tindakan. Prinsip Pelaksanaan Model yang dipersetujui ialah, pelaksanaan pembelajaran yang mengubah pemikiran negatif kepada bentuk pemikiran yang objektif dan positif. Pendekatan ini dilaksanakan dengan memurnikan kefahaman, pandangan, pemikiran, emosi dan tindakan negatif pelajar. Prinsip Pendekatan Pengajaran pula ditetapkan berdasarkan kecenderungan pembelajaran pesalah juvana. Perbincangan merumuskan kecenderungan pesalah juvana untuk mengikuti suasana pembelajaran aktif. Hasil perbincangan menetapkan tiga prinsip terhadap pendekatan pengajaran. Pertama, menggunakan gaya pembelajaran aktif dalam penyampaian model. Kedua, menerapkan konsep pembelajaran berasaskan pengalaman. Ketiga, membimbing pelajar melatih regulasi emosi dan tindakan ketika berdepan kesukaran. Tema terakhir yang dibincangkan ialah berkaitan prinsip mentaksir sesi pembelajaran. Secara umumnya, pakar berpandangan bahawa pentaksiran dan penilaian terhadap sesi pembelajaran haruslah ditekankan kepada domain afektif pelajar. Melalui pemerhatian terhadap respon pelajar dalam aktiviti, tenaga pengajar boleh menilai pandangan, perasaan, pemikiran, emosi dan tindakan pelajar. Bagi prinsip reka bentuk model pula diperincikan dalam jadual di bawah: Jadual 2: Prinsip Reka Bentuk Model Bil. Prinsip Reka Bentuk Model 1. Menyokong pendidikan pemulihan sahsiah melalui pembelajaran nilai Qurani. 2. Menekankan aspek pemulihan jiwa dan penghayatan agama. 3. Menghasilkan kesan membina terhadap tiga aspek hubungan iaitu hubungan rabbani, insani dan alami. 4. Membimbing pemikiran positif. 5. Membimbing mengatasi masalah mental. 6. Menggunakan gaya pembelajaran aktif. 7. Melatih meregulasi emosi dan tindakan. 8. Menerapkan konsep pembelajaran berasaskan pengalaman. 9. Menilai respon afektif pelajar terhadap nilai yang dipelajari. Pelaksanaan Model Berdepan kepelbagaian latar belakang masalah psikologi yang mempengaruhi tindakan pesalah juvana, pelaksanaan model melalui rawatan terhadap faktor
Prosiding kNovasi 2023 23 kognitif, afektif dan pengalaman yang mempengaruhi pertimbangan tindakan pesalah juvana. Jadual di bawah menyenaraikan kaedah pelaksanaan model. Jadual 3: Kaedah Pelaksanaan Model Bil. Kaedah Pelaksanaan Model 1. Merawat terhadap faktor kognitif, afektif dan pengalaman yang mempengaruhi pertimbangan tindakan pesalah juvana. Prosedur Pengajaran Untuk menyokong pemulihan sahsiah pesalah juvana melalui penerapan nilai-nilai akhlak dalam al-Quran, model ini mengetengahkan tujuh prosedur pengajaran. Jadual berikut memperincikan prosedur pengajaran. Jadual 4: Prosedur Pengajaran Bil Prosedur Pengajaran 1. Set Induksi: Menarik minat pelajar untuk melibatkan diri dalam sesi pembelajaran. 2. Membangkitkan Pengetahuan Sedia Ada: Mengenalpasti kesalahfahaman pelajar terhadap nilai. 3. Memprogramkan Semula Minda: Menanam kefahaman baharu terhadap nilai dalam minda separa sedar pelajar. 4. Memperkenalkan Kosa Kata Qurani dan Ungkapan Rabbani: Memperkenalkan dan memahamkan kosa kata Qurani dan ungkapan rabbani berkaitan nilai kepada pelajar. 5. Praktikal Nilai: Menterjemahkan kefahaman pelajar ke dalam situasi sebenar. 6. Membuat Refleksi: Menggalakkan untuk membuat refleksi terhadap nilai yang dipelajari dalam kehidupan. 7. Mentaksir Respon Pelajar: Mentaksir tindak balas afektif pelajar. Aktiviti Pengajaran dan Pentaksiran Aktiviti pengajaran dan pentaksiran digarap sebagai bimbingan kepada pengajar untuk memenuhi target yang ditetapkan dalam prosedur pengajaran. Jadual berikut memperincikan aktiviti pengajaran dan pentaksiran: Jadual 5: Aktiviti Pengajaran dan Pentaksiran Aktiviti Pengajaran 1. Pelajar menggambarkan senario daripada naratif al-Quran. 2. Pelajar berkongsi tentang kefahaman dan pandangan sedia ada tentang nilai. 3. Pelajar mengekspresikan emosi dan perasaan yang dirasakan. 4. Pelajar memahami makna kosa kata qurani dan ungkapan rabbani dan membudayakannya dalam situasi spontan. 5. Pelajar meregulasi kognitif, emosi, dan tindakan negatif. 6. Pelajar membuat refleksi terhadap nilai dalam kehidupan 7. Pelajar membandingkan situasi sebelum dan selepas pembelajaran Aktiviti Pentaksiran 8. Pemerhatian terhadap respons aktif pelajar melalui penyertaan dalam aktiviti yang ditugaskan. Aktiviti Pembelajaran Model pengajaran ini mengaplikasikan pendekatan pembelajaran secara aktif melalui kaedah pembelajaran berasaskan pengalaman dan pendekatan ekspresif seni. Aktiviti pembelajaran membimbing pelajar untuk meregulasi keadaan melalui domain psikologi dan spiritual. Pengkaji menetapkan aktiviti pembelajaran bersesuaian mengikut prosedur pembelajaran. Jadual berikut memperincikan aktiviti pembelajaran mengikut prosedur pengajaran. Jadual 6: Aktiviti Pembelajaran Berdasarkan Prosedur Pengajaran Bil Prosedur Pengajaran 1. Set Induksi: Imageri Qurani. 2. Membangkitkan Pengetahuan Sedia Ada: Ekspresi seni. 3. Memprogramkan Semula Minda: Hipnosis atau Imageri Terpimpin. 4. Memperkenalkan Kosa Kata Qurani dan Ungkapan Rabbani: Gamifikasi. 5. Praktikal Nilai: Permainan Peranan, simulasi, atau psikodrama. 6. Membuat Refleksi: Gamifikasi 7. Mentaksir Respon Pelajar: Permainan peranan, simulasi, gamifikasi, seni.
Prosiding kNovasi 2023 24 KESIMPULAN Hasil perbincangan menjadi panduan membangunkan Model Pengajaran Modul INPAQ. Berikut adalah ilustrasi Model Pengajaran Modul INPAQ: Rajah 2 Ilustrasi Model Pengajaran Modul INPAQ Model ini berteraskan tujuh prosedur pengajaran. Prosedur pengajaran menggariskan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Pengajaran model ini akan memenuhi hasil pembelajaran yang ditetapkan, iaitu; i) Pelajar memahami konsep nilai akhlak daripada la-Quran ii) Pelajar membudayakan nilai akhlak daripada alQuran dalam kehidupan harian iii) Pelajar mengamalkan kosa kata Qurani dan ungkapan rabbani berkaitan dengan nilai dalam kehidupan harian. Oleh yang demikian, model ini menyokong pendidikan pemulihan sahsiah pesalah juvana menerusi integrasi psikospiritual dan bahasa Arab Qurani. Menerusi pengajaran model ini, pesalah juvana dipersiapkan untuk bercampur dengan kelompok masyarakat setelah tamat tempoh tahanan. Bukan itu sahaja, pendedahan kepada kaedah regulasi pemikiran, emosi, perasaan dan tindakan negatif membantu pesalah untuk membuat pertimbangan yang baik ketika berdepan sebarang situasi. Pendekatan ini bukan sahaja membimbing pesalah juvana ketika berada di pusat pemulihan, bahkan berfungsi sebagai pedoman kepada mereka untuk menjalani kehidupan pasca-tahanan. PENGHARGAAN Kajian ini dijalankan menggunakan geran di bawah Skim Geran Penyelidikan Fundamental (FRGS) Kod Projek: FRGS/1/2021/SSI0/UKM/02/23. Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPT) kerana memberikan dana untuk menjalankan penyelidikan ini. RUJUKAN Darussalam Budin. (2013). Pendidikan Juvana di jabatan Penjara Malaysia: Dasar, Hala Tuju, Pelaksanaan dan Cabaran. Jurnal Hadhari. 6(1): 87-104. Fauziah Ibrahim, Ezarina Zakaria, Nor Jana Saim, Salina Nen & Mohd Norahim Mohamed Sani. (2017). Faktor-faktor penyumbang ketahanan diri penagih untuk pulih bebas dadah. eBangi Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan, 12(1): 60-74. Khairul Hamimah Mohamad Jodi, Mohd Afifuddin Mohamad & Azizi Che Seman. (2014). Penerapan Agama dalam Modul Psikospiritual dan kesannya terhadap Kesihatan Spiritual: Kajian Kes di Kompleks Dar Assaadah Kuala Lumpur. Jurnal Syariah. 22(1): 107-12 7. Meservey, F., & Skowyra, R. (2015). Caring for youth with mental health needs in the juvenile justice system: improving knowledge and skills.” Research and Program Brief. 2(2). Mohammad Adam Danial Hafiz Goh, Mohd Roslan Rosnon & Asnarulkhadi Abu Samah. (2021). Peranan Modul ISRA dalam membantu Kepulihan Bekas Klien di Kedah, Malaysia. Malaysian Journal of Social Sicences and Humanities (MJSSH). 6(7): 71-82. Mohd Taufik Ariffin & Suhaila Zailani @ Hj Ahmad. (2021). Pembelajaran Bahasa Arab Dalam Kalangan Pesalah Juvana Di Sekolah Agama (JAIM) Henry Gurney, Telok Mas, Melaka. Jurnal Islam dan Masyarakat Kontemporari. 22(1): 36-52. Vincent, G. M. Grisso, T., Terry, A., & Steven. (2008). Sex and race differences in mental health symptome in juvenile justice: the MAYSI-2 national meta-analysis. Journal of the American Academy of Child and Adloscent Psychiatry. 47(3): 282-290.
Prosiding kNovasi 2023 25 AkalBot: Aktiviti Pemikiran Komputasional dan Aturcara dalam Pembelajaran berasaskan Pengalaman menggunakan Robot [1]* Nazatul Aini Abd Majid, [1] Noor Faridatul Ainun Zainal, [1] Zarina Shukur, [1] Mohammad Faidzul Nasrudin, [2] Nasharuddin Zainal [1] Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat [2] Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina *[email protected] ABSTRAK Kemahiran pengaturcaraan adalah penting kerana teras teknologi pintar yang memacu Revolusi Perindustrian Ke-4 ialah aturcara komputer. Namun, kaedah pengajaran perlu melalui kaedah transformasi supaya minat dan sikap pelajar terhadap pengaturcaraan dapat diperkasakan. Oleh itu, satu kaedah transformasi pengajaran berdasarkan model pembelajaran berasaskan pengalaman Kolb direka bentuk dan dibangunkan untuk modul pengajaran aturcara yang lebih sistematik menggunakan robot berkos rendah. Modul ini dinamakan Akalbot yang mengintegrasi komponen robot dan visual editor untuk dua tahap iaitu tahap latihan dan tahap cabaran sebenar. Modul ini seterusnya dinilai oleh pakar iaitu pendidik yang pernah terlibat dalam pengajaran pengaturcaraan di institusi pengajian tinggi. Hasil pembangunan modul menunjukkan kaedah transformasi boleh dilaksanakan ke atas pengajaran pengaturcaraan dengan menggunakan robot berkos rendah dan visual editor dalam empat fasa berdasarkan pengalaman Kolb iaitu 1) pengalaman konkrit (alami), 2) pemerhatian reflektif (kendiri), 3) konseptual abstrak (Atur) dan 4) eksperimen aktif (Lari). Penilaian pakar pula menunjukkan modul mempunyai komponen untuk menarik minat pelajar dan memperkasakan pemikiran komputasional. Diharap struktur dalam modul Akalbot boleh dijadikan panduan untuk membangunkan kaedah pengajaran untuk pengaturcaraan dengan integrasi robot dan visual editor. Kaedah ini dijangka dapat menarik lebih ramai pelajar untuk memilih bidang teknologi maklumat di peringkat pengajian tinggi. Malah modul Akalbot boleh diperolehi di pasaran pada masa akan datang dengan kos yang kompetitif kerana menggunakan robot berkos rendah. Kata kunci: Pengaturcaraan, Pengajaran Transformatif, Robot, Visual Editor, Model Pembelajaran Kolb. PENGENALAN Kemahiran pengaturcaraan adalah penting kerana teras teknologi pintar yang memacu Revolusi Perindustrian Ke-4 adalah aturcara komputer. Inovasi dalam kaedah pengajaran pengaturcaraan sentiasa diperlukan memandangkan subjek ini bukan sahaja merupakan kursus wajib untuk kurikulum komputeran di pengajian tinggi malah telah diterapkan dalam silibus sekolah menengah untuk kursus asas sains komputer. Kaedah pengajaran yang berkesan mampu menarik minat pelajar untuk mengikuti kursus ini walaupun ianya salah satu kursus yang sukar. Contohnya penggunaan robot membolehkan pelajar melihat terus kesan sesebuah aturcara dan ini dapat meningkatkan penglibatan pelajar dalam mengubah suai aturcara, contohnya untuk menukar laluan robot. Namun, penggunaan kit robotik seperti LEGO Mindstorm (LEGO Mindstorm 2015), VEX Robotics (VEX Robotics 2015) dan Fischertechnik (Fishertechnik 2015) melibatkan kos yang mahal. Memandangkan kit robotik mampu milik boleh direka bentuk seperti eSMAC kit robotik (Susilo et al., 2016) dan AERobot (Rubenstein et al. 2015), terdapat keperluan untuk mereka bentuk kit robotik mampu milik dan kos rendah bagi modul robotik yang sesuai dengan kurikulum sekolah Malaysia. Namun, kaedah pengajaran menggunakan robot tanpa panduan yang sistematik akan menghasilkan kaedah pengajaran yang hanya fokus kepada praktikal dan kurang melihat kepada aspek transformasi pengalaman kepada pengetahuan. Tujuan kajian ini untuk mengkaji potensi gabungan robot dan visual editor dalam mentransformasi kaedah pengajaran pengaturcaraan kepada kaedah pengajaran yang berteraskan model pembelajaran berasaskan pengalaman Kolb (Kolb 1984) dan pemikiran komputasional. Oleh itu, objektif kajian adalah untuk 1) Membangunkan modul pengaturcaraan berdasarkan integrasi model pembelajaran Kolb dan pemikiran komputasional menggunakan robot dan visual editor 2) Menilai modul oleh pakar daripada segi kebolehgunaan modul.
Prosiding kNovasi 2023 26 METODOLOGI Kajian ini melibatkan dua fasa iaitu fasa pertama adalah mereka bentuk dan membangunkan modul bagi mencapai objektif kajian yang pertama. Fasa kedua adalah penilaian modul oleh pakar bagi mencapai objektif kedua kajian. Fasa pertama: Reka bentuk dan pembangunan modul Kaedah pengajaran yang menjadi asas untuk mereka bentuk modul adalah kaedah pengajaran transformatif. Perincian kaedah ini berdasarkan enam teras pengajaran transformatif (Slavich G. M. & Zimbardo, 2012) iaitu: (1) Mewujudkan visi bersama untuk kursus; Visi pembelajaran diterangkan di bahagian awal modul iaitu untuk mencapai dua kompetensi yang diperlukan graduan dalam standard komputeran teknologi maklumat dan ini membentuk hasil pembelajar kursus (HPK) iaitu: ● Membangun algoritma untuk menyelesaikan masalah komputasional. ● Menerangkan bagaimana algoritma diimplementasi dalam bentuk aturcara. (2) Menyediakan pengalaman pemodelan dan penguasaan. Pengajar akan bertindak sebagai model yang memberi maklumat penting untuk menyelesaikan sesuatu tugasan memandangkan tugasan yang diberikan adalah baharu. Fasa ini turut menerapkan fasa pertama dalam model pembelajaran Kolb iaitu pengalaman konkrit yang memberikan pengalaman berkaitan pembangunan algoritma untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Fasa ini juga menerapkan fasa kedua (pemerhatian reflektif) dan ketiga (konseptual abstrak) dalam Model Kolb iaitu untuk memberi refleksi terhadap pengalaman tadi dan berfikir bedasarkan refleksi yang diberikan. Untuk membantu pelajar berfikir, bahan berkaitan akan dibekalkan untuk menjana pengetahuan yang digunakan dalam aktiviti praktikal tadi. (3) Mencabar dan menggalakkan pelajar daripada segi intelek. Setelah pelajar memperoleh pengetahuan yang dijana melalui langkah sebelum ini, pelajar diberikan cabaran sebenar untuk menguji pengetahuan mereka. Ini merupakan fasa terakhir dalam model pembelajaran Kolb yang dikenali sebagai fasa experimentasi aktif. Pelajar akan bertindak untuk menguji pengetahuan mereka bagi menyelesaikan masalah yang diberikan. (4) Memberi perhatian dan maklum balas secara peribadi. Setelah pelajar selesai melakukan tindakan berdasarkan cabaran yang diberikan, kini tugas pendidik adalah untuk memberikan perhatian dan maklum balas secara peribadi kepada pelajar seperti: - Pendidik fokus kepada apa yang diperlukan pelajar berdasarkan tindakan pelajar dalam menyelesaikan masalah dalam cabaran sebenar. - Pendidik perlu menilai apa pelajar tahu dan apa yang pelajar masih tidak tahu berkaitan domain pembelajaran berdasarkan HPK. - Maklumat yang diperlukan oleh pendidik boleh diperolehi melalui sesi soal jawab di akhir sesi cabaran sebenar. (5) Mencipta pelajaran pengalaman yang melangkaui sempadan bilik darjah; dan Modul Akalbot direka bentuk sebagai satu kaedah yang keluar daripada kaedah konvensional iaitu memerlukan sumber tambahan yang tidak biasa digunakan dalam sistem pembelajaran biasa di sekolah. Oleh itu, pelajar akan merasai pengalaman baharu untuk mencapai HPK. (6) Menggalakkan peluang yang mencukupi untuk prefleksi dan refleksi. Sebagai pelengkap, modul Akalbot dimulakan dengan prefleksi iaitu tindakan refleksi sebelum melakukan aktiviti untuk mengenal pasti keupayaan dan persepsi pelajar berkenaan topik pembelajaran. Kemudian, diakhiri semula dengan refleksi bagi mengetahui keupayaan dan persepsi pelajar selepas selesai melakukan aktiviti. Di fasa ini, pentaksiran terhadap HPK dilakukan dengan mengenal pasti sejauh mana pelajar dapat mencapai HPK. Fasa kedua: penilaian modul oleh pakar Kajian ini melakukan penilaian pakar untuk mengenalpasti kerelevanan modul AkalBot. Penilaian adalah berkaitan dengan kandungan dan kebolehgunaan modul. Pakar yang terlibat mempunyai latarbelakang teknologi maklumat dan mempunyai pengalaman dalam mengajar pengaturcaraan. KEPUTUSAN DAN PERBINCANGAN Modul AkalBot telah direka bentuk dan dibangunkan berdasarkan model pembelajaran berasaskan Kolb untuk mentransformasi kaedah pembelajaran untuk mencapai objektif pertama. Rajah 1 menunjukkan templat untuk reka bentuk modul untuk pembelajaran AkalBot. Rajah 2 menunjukkan integrasi robot, visual editor dan modul.
Prosiding kNovasi 2023 27 Rajah 1 Reka bentuk modul AkalBot Rajah 2 Integrasi robot, visual editor dan modul untuk AkalBot Untuk mencapai objektif kedua, satu sesi penilaian bersama pakar telah dijalankan di Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat (FTSM), UKM. Prosedur penilaian dimulakan dengan taklimat oleh ketua projek. Kemudian, penilai akan menggunakan modul Akalbot dengan menyusun blok dalam visual editor bagi mendapatkan aturcara bagi menyelesaikan masalah dalam modul. Sesi ini diakhiri dengan penilai memberi maklum balas. Jadual 1 menunjukkan komen pakar untuk modul AkalBot. Jadual 1 Penilaian Pakar untuk modul Akalbot Komen Pakar 1- Sejauh manakah kesesuaian aktiviti ini dalam meningkatkan minat pelajar dalam pengaturcaraan? - Aktiviti sesuai dalam meningkatkan minat pelajar. - Minat pelajar akan mengambil kira ketepatan alatan (AkalBot). - Output jelas tetapi proses agak janggal bagi permulaan. - Pelajar berminat jika kod dapat dilaksanakan secara tepat, tetapi jika pergerakan tidak tepat, pelajar akan frust dan boleh hilang minat. - Untuk awalan, kurang sesuai. Lebih kepada pengecaman corak. - Latihan Fasa 1 agak sukar. 2- Apakah kekuatan/kelemahan aktiviti ini? Kekuatan: - Belajar secara berkumpulan/kerjasama. - Aktiviti ini bagus untuk menunjukkan hasil output aturcara secara nyata (logik aturcara-hasil pergerakan AkalBot). - Mempelajari pemikiran kritikal. - Menggunakan robot (visible/tangible item). Kelemahan: - Pergerakan robot tidak selari dengan aturcara. - Hardware, kesilapan teknikal. 1. 3- Adakah aktiviti ini sesuai untuk pelajar sekolah? 2. Ya, sesuai untuk pelajar muda (sekolah rendah). 3. 4. 4- Adakah aktiviti ini menyokong pemikiran komputasional(contoh: Pengecaman corak, Leraian , Peniskalaan,Pemikiran Algoritmik)? 5. Ya, secara tak langsung, banyak kepada pengecaman corak. 6. 7. 5- Adakah dua tahap iaitu latihan dan cabaran sebenar memberi pelajar lebih pengalaman untuk memantapkan pengetahuan dan minat dalam pengaturcaraan? Ya, sangat bagus. Latihan memberi asas pembelajaran manakala cabaran dapat meningkatkan pemahaman. Selain itu, dapat memantapkan pengetahuan dan minat dalam pengaturcaraan. Berdasarkan penilaian pakar, didapati penilai bersetuju bahawa aktiviti Akalbot ini berupaya menarik minat pelajar terhadap pengaturcaraan. Pelajar juga dapat mengasah pemikiran komputasional seperti pengecaman corak. Namun terdapat beberapa kelemahan yang perlu dibaiki iaitu ketepatan robot dalam mengikut arahan aturcara. KESIMPULAN Kaedah pengajaran transformatif untuk pengaturcaraan iaitu AkalBot telah dibangunkan dan dinilai pakar. Pembangunan AkalBot melibatkan teras utama dalam kaedah pengajaran transformatif seperti menyediakan pengalaman, reflektif dan mencabar pelajar. Teras ini diterapkan berdasarkan empat fasa dalam model pembelajaran berasaskan pengalaman Kolb yang mempunyai sistem yang sistematik untuk menukar pengalaman kepada pengetahuan. Malah, penggunaan robot yang direka khas untuk modul Akalbot dijangka dapat menarik minat pelajar kerana berkos rendah dan mudah digunakan. Visual editor juga telah dibangunkan khas untuk modul AkalBot supaya selari dengan blok pengaturcaraan yang digunakan untuk membangunkan aturcara. Hasil penilaian pakar menunjukkan modul ini mempunyai potensi untuk menarik minat pelajar ke arah pengaturcaraan dan seterusnya dalam memperkasakan pemikiran komputasional pelajar. Modul ini dijangka
Prosiding kNovasi 2023 28 dapat menarik minat sekolah dan ibu bapa kerana berkos rendah dan menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. PENGHARGAAN Kajian ini disokong geran penyelidikan PRGS/1/2021/ICT01/UKM/02/2. RUJUKAN Fishertechnik. (2015) Available from http://www.fishertechnik.de/en/Home.asp. Kolb, D. A. (1984). Experiential Learning: Experience as the source of learning and development: Englewood Cliffs, NJ: Prentice Hall. LEGO Mindstorm. 2015. Available from http://mindstorm.lego.com. Slavich G. M. & Zimbardo P. G. (2012) Transformational Teaching: Theoretical Underpinnings, Basic Principles, and Core Methods. Educ Psychol Rev, 24(4):569-608. doi: 10.1007/s10648-012-9199-6. Epub 2012 Jul 24. VEX Robotics. (2015) Available from http://www.vexrobotics.com. Rubenstein, M., Cimino, B., Nagpal, R. & Werfel, J. (2015) AERobot: An affordable one-robot-perstudent system for early robotics education, IEEE International Conference on Robotics and Automation (ICRA), 26-30 May 2015. Susilo, E., J. Liu, Y. Alvarado Rayo, A. M. Peck, J. Montenegro, M. Gonyea, and P. Valdastri. (2016). STORMLab for STEM Education: An Affordable Modular Robotic Kit for Integrated Science, Technology, Engineering, and Math Education. IEEE Robotics & Automation Magazine 23 (2):47- 55
Prosiding kNovasi 2023 29 Teknik dan Teknologi Terkini dalam Pembelajaran Transformatif Kursus Biologi Invertebrata [1]* Johari Jalinas, [2] Azman Sulaiman, [3] Wan Lotfi Wan Muda [1] Jabatan Sains Biologi dan Bioteknologi, Fakulti Sains dan Teknologi, UKM, [2] Jabatan Sains Biologi dan Bioteknologi, Fakulti Sains dan Teknologi, UKM, [3] Jabatan Sains Bumi dan Sekitaran, Fakulti Sains dan Teknologi, UKM * [email protected] ABSTRAK Biologi invertebrata adalah sebahagian kursus wajib bagi Program sarjana muda Biologi di UKM. Pembelajaran kursus ini melibatkan proses pengelasan dan pengecaman spesies haiwan yang tidak mempunyai tulang belakang seperti serangga, krustasea, moluska, cacing dan banyak lagi. Terdapat lebih kurang 10-30 juta spesies haiwan invertebrata di dunia dan kaedah pengajaran tradisional selalunya tidak berkesan dalam menarik minat pelajar terutamanya melibatkan proses pengecaman kumpulan haiwan yang mempunyai banyak spesies. Dengan itu, kursus ini telah menggunakan teknik pembelajaran aktif seperti pembelajaran berasaskan masalah dan kajian pengecaman di lapangan. Penggunaan Mikroskop Digital mudah alih yang dapat mengambil gambar spesies haiwan kumpulan invertebrata yang bersaiz kecil di lapangan membantu pelajar mendapatkan imej yang terbaik. Alatan pembelajaran daya teknologi seperti Google Lens yang berfungsi kecerdasan buatan (AI), dan penggunaan buku pengecaman spesies invertebrata bergambar dan laman blog invertebrata bergambar dapat membantu proses pengecaman spesies invertebrata dengan lebih pantas. Potensi dan batasan setiap teknik dan teknologi dibincangkan, bersama dengan contoh bagaimana ia telah digunakan dalam kursus biologi invertebrata. Kebolehan pelajar mengecam spesies haiwan invertebrata diuji melalui sesi Kuiz yang dijalankan dengan menggunakan aplikasi Quizizz yang interaktif. Hasil penilaian menunjukkan pendekatan inovatif ini dalam pendidikan biologi dapat meningkatkan penglibatan pelajar, pembelajaran lebih mendalam dan peningkatan hasil pelajar. Kata Kunci: Pembelajaran Aktif, Biologi Invertebrata, Pengecaman Spesies, Kecerdasan Buatan (AI) PENGENALAN Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, terdapat perkembangan menarik dalam penggunaan teknologi dan teknik pengajaran yang inovatif yang membantu sesi pembelajaran transformatif dalam kursus-kursus program biologi seperti kursus biologi invertebrata. Invertebrata merupakan kumpulan haiwan yang tidak bertulang belakang yang sangat penting dalam ekosistem (Giribet & Edgecombe, 2020). Sebahagiannya dijadikan sumber makanan, berkepentingan ekonomi dalam sektor pertanian, dan sangat penting bagi keseimbangan ekosistem hutan, dan marin serta persekitaran manusia. Oleh itu, sangat penting ilmu biologi invertebrata dapat dipelajari sebaik mungkin terutamanya pelajar-pelajar dalam Program Biologi. Pembelajaran transformatif ialah pendekatan kepada pendidikan yang cuba mencabar andaian dan kepercayaan pelajar, menggalakkan mereka untuk membuat refleksi secara kritis dan membangunkan perspektif baharu (King, 2004; Bhagat et al., 2023). Teknologi terkini yang digunakan dalam pembelajaran transformatif menyediakan pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan bagi kursus biologi invertebrata. Laman blog (Rajah 1) dan video interaktif (Rajah 2) bagi pengecaman kumpulan haiwan invertebrata seperti serangga dibina. Dengan kaedah ini, dapat membolehkan pelajar-pelajar memahami dan meneroka ilmu pengecaman haiwan invertebrata dengan cara yang realistik dan menarik. Kombinasi kerja lapangan (Rajah 3) dan penggunaan realiti maya seperti google lens berteknologi kecerdasan buatan (AI) (Rajah 4) membolehkan pelajar mengkaji dan membezakan setiap kumpulan haiwan invertebrata dengan lebih mudah dan pantas. Satu lagi teknik yang telah digunakan dalam pembelajaran transformatif dalam kursus biologi invertebrata ialah pembelajaran berasaskan masalah. Pendekatan ini melibatkan pembentangan pelajar dengan masalah dunia sebenar yang berkaitan dengan biologi invertebrata, seperti kesan perubahan iklim terhadap populasi invertebrata. Pelajar bekerjasama dalam kumpulan untuk membangunkan penyelesaian kepada masalah ini, menggalakkan kerjasama dan pemikiran kritis. Pembelajaran berasaskan masalah digabungkan dengan penggunaan teknologi digital seperti Youtube bagi
Prosiding kNovasi 2023 30 berkongsi pengalaman pembelajaran yang sangat menarik dan berkesan (Rajah 5). Rajah 1 Laman blog serangga (http://learn-entomologyconjoharijalinas.blogspot.com/) Rajah 2 Laman Youtube kursus STAB2203 Biologi Invertebrata Rajah 3 Pensampelan Invertebrata di Ekosistem Terestrial dan Ekosistem Marin bersama pelajar Rajah 4 Pelajar menggunakan telefon pintar dan mikroskop digital boleh alih untuk mengambil gambar dan gambar dipadankan di aplikasi google lens, buku bergambar dan laman blog bergambar bagi proses pengecaman kumpulan haiwan invertebrata Rajah 5 Pembentangan pelajar yang dibentang dan direkod di laman Youtube. KEPUTUSAN DAN PERBINCANGAN Penilaian kefahaman pelajar dinilai dalam bentuk Kuiz dengan menggunakan aplikasi digital terkini iaitu Quizziz (Rajah 5). Hasil keputusan kuiz (Jadual 1) pengecaman haiwan invertebrata bagi tiga topik penting bagi kursus Biologi Invertebrata bagi sem I sesi 2022/2023 adalah purata 80% ke atas. Ini menunjukkan teknik dan teknologi pembelajaran transformatif memberi keputusan yang baik kepada pelajar bagi memahami ilmu biologi invertebrata. Penggunaan teknologi kecerdasan AI telah banyak digunakan dalam pembelajaran topik berkaitan biologi dan memberi kesan yang positif (Bilyk et al. 2020). Penggunaan Teknologi AI seperti google lens digunakan dan membantu pengecaman pokok (Bilyk et al.) dan serangga (Manderfield 2022). Rajah 6 Penggunaan Aplikasi Quizizz Jadual 1.0 Keputusan Kuiz Mengikut Topik Pelajar-Pelajar Kursus Biologi Invertebrata sem I sesi 2022/2023 Topik Peratus Purata Jumlah Soalan Jumlah Pelajar yang mengambil ujian Krustasea 94% 20 33 Myriopoda 92% 25 31 Hexapoda 89% 19 31 KESIMPULAN Kesimpulannya, teknik dan teknologi terkini dalam pembelajaran transformatif telah memberi impak yang ketara kepada pengajaran kursus biologi invertebrata. Daripada penggunaan platform dalam talian interaktif hinggalah kepada menggabungkan pendekatan pembelajaran berasaskan pengalaman seperti kerja lapangan dan amali, pensyarah boleh mencipta pengalaman pembelajaran yang lebih menarik dan berkesan untuk pelajar. Selain itu, kombinasi teknologi
Prosiding kNovasi 2023 31 dapat meningkatkan pemahaman pelajar. Dengan kemajuan dalam pembelajaran transformatif ini, kursus biologi invertebrata boleh menjadi lebih dinamik, boleh diakses dan memberi kesan yang baik kepada pelajar selepas tamat fasa pandemik Covid-19. PENGHARGAAN Terima kasih kepada barisan tenaga pengajar (Akademik dan Makmal), pelajar-pelajar kursus Biologi Invertebrata Program Sarjana Muda Biologi, FST UKM. Terima kasih juga kepada Fakulti Sains dan Teknologi UKM yang menaja KNovasi 2023. RUJUKAN Bhagat, K.K., Halupa, C., Ennis-Cole, D.L., Cullum, P.M., Morgan, K. (2023). Transformative Learning: A Section Introduction. In: Spector, M.J., Lockee, B.B., Childress, M.D. (eds) Learning, Design, and Technology. Springer, Cham. https://doi.org/10.1007/978-3-319- 17727-4_132-1 Bilyk, Z.I., Shapovalov, Y.B., Shapovalov, V.B., Megalinska, A.P., Andruszkiewicz, F., & Dołhańczuk-Śródka, A. (2020, November). Assessment of mobile phone applications feasibility on plant recognition: comparison with Google Lens AR-app. CEUR Workshop Proceedings. Giribet, G., & Edgecombe, G.D. (2020). The invertebrate tree of life. Princeton University Press. King, K.P. (2004) Both Sides Now: Examining Transformative Learning and Professional Development of Educators. Innovative Higher Education 29, 155–174 (2004). https://doi.org/10.1023/B:IHIE.0000048796.60 390.5f Manderfield, M. (2022). Seek, Picture Insect, Google Lens: An Analysis of Popular Insect Identification Apps Using Photos of Realistic Quality. http://learnentomologyconjoharijalinas.blogspot.com/
Prosiding kNovasi 2023 32 Perisian Makmal Maya Pengaturcaraan Komputer [1]* Rodziah Latih, [1] Anis Syaqeela Perwira [1] Pusat Pengurusan dan Teknologi Perisian (SOFTAM), Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor, Malaysia *[email protected] ABSTRAK Secara umumnya, pembelajaran dan pengajaran subjek pengaturcaraan komputer mempunyai tiga komponen utama; kuliah, tutorial dan makmal. Sesi kuliah dan tutorial boleh dilaksanakan secara dalam talian dengan sokongan perisian yang tertentu. Kuliah boleh dilaksanakan menerusi perisian Zoom, Microsoft Team, Google Meet dan sebagainya. Begitu juga sesi tutorial yang boleh dilaksanakan menggunakan perisian Zoom, Microsoft Team, Google Meet dan sebagainya untuk perbincangan. Perisian seperti Google Form, Quizizz, Kahoot, dan sebagainya boleh digunakan untuk kuiz, dan untuk penghantaran tutorial boleh digunakan Google Classroom. Namun berbeza untuk penghantaran tugasan makmal pengaturcaraan yang mana kebanyakan kelas subjek pengaturcaraan mempunyai spesifikasi keperluan yang berlainan. Perisian Prisma Code dibangunkan bagi menyokong pembelajaran dalam talian untuk subjek pengaturcaraan komputer. Dua kategori pengguna perisian ini iaitu pensyarah atau guru dan pelajar. Empat fitur utama perisian ini termasukkan penghantaran tugasan aturcara secara berulang kali, penilaian tugasan secara segera, analisis prestasi pelajar, dan papan pencapaian. Kata kunci: makmal dalam talian, kemahiran pengaturcaraan komputer, pembelajaran kompetitif, pembelajaran. PENGENALAN Pengaturcaraan komputer adalah kemahiran asas yang diperlukan oleh semua pelajar sains komputer. Pelajar yang mengambil jurusan kejuruteraan di semua institusi pengajian tinggi juga telah diwajibkan mengikuti kelas ini pada tahun pertama pelajaran. Antara bahasa pengaturcaraan yang digunakan sebagai pengenalan kepada pengaturcaraan adalah Java, C++, C dan Phyton. Pengaturcaraan komputer telah menjadi satu fenomena kerana kepentingan kegunaannya masa kini. Sejak tercetusnya pandemik Covid-19, dunia menyaksikan peralihan norma baharu yang sangat drastik termasuk dalam aspek pendidikan. Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) yang sebelum ini dijalankan secara bersemuka terpaksa ditukar kepada Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR). Bidang pendidikan tidak ketinggalan untuk mengalami peralihan ke arah andragogi digital dan juga pedagogi hasil daripada era digital revolusi terkini. Tindakan ini memberi impak yang besar kepada pendidikan untuk pelajar dan pensyarah. Namun kaedah ini adalah pendekatan paling berkesan bagi memastikan mereka tidak ketinggalan. Masih banyak perkara yang perlu diperhalusi dalam memastikan penyampaian ilmu secara maya benar-benar berkesan (Shanika Abdullatib, 2020). Perlaksanaan kuliah dan tutorial dalam talian dapat dilakukan tanpa masalah besar. Kebanyakkan dilaksanakan menerusi perisian Microsoft Teams, Google Meets, Zoom, dan sebagainya. Begitu juga perbincangan dalam sesi tutorial. Kuiz pula dilakukan menggunakan perisian Quizizz, Google Form, Kahoot, dan sebagainya. Namun, terdapat isu untuk penghantaran tugasan aturcara. Sebelum Covid-19 melanda, pelajar dikehendaki menghantar tugasan aturcara pada sesi makmal menggunakan perisian PC2 . Berbanding dengan penghantaran tugasan secara manual yang dilakukan suatu masa dahulu, penggunaan perisian PC2 sangat membantu pelajar dan pensyarah. Perisian PC2 dilengkapi dengan fitur penilaian automatik dimana pelajar boleh menghantar aturcara berulang kali sehingga pelajar mendapat maklum balas ‘diterima’ dari perisian. Fitur ini mengurangkan beban pensyarah dan guru untuk menilai setiap aturcara pelajar dan menerangkan kepada pelajar apa yang perlu dibaiki. Tetapi masalahnya adalah PC2 hanya boleh digunakan di makmal kerana ia dibina menggunakan senibina pelayan-pelanggan. Pelajar tidak dapat mengakses perisian PC2 dari kolej atau rumah meraka. Ini menyukarkan untuk pelajar menyiapkan tugasan aturcara mereka diluar waktu makmal dan juga jika mereka ingin membuat latihan kendiri. Semasa penularan COVID-19 melanda negara, Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat telah menggunakan perisian berbayar CodeZinger untuk menggantikan penggunaan perisian PC2 . Caj yang dikenakan untuk menggunakan perisian CodeZinger dibayar mengikut bilangan pelajar per bulan penggunaan. Code Zinger mempunyai banyak fitur yang membantu pensyarah dan pelajar dalam pembelajaran kursus pengaturcaraan. Namun, Code Zinger tidak mempunyai
Prosiding kNovasi 2023 33 papan skor seperti perisian PC2 yang menunjukkan kedudukan pelajar di dalam kelas. Jadual 1. Keperluan Pengguna Pengguna Keperluan Pelajar • Boleh Hantar tugasan • Boleh dapat maklum balas sama ada tugasan yang dihantar diterima atau ditolak • Boleh tahu markah tugasan • Boleh tahu kedudukan dalam kelas • Boleh tahu prestasi diri Pensyarah • Boleh dapat menilai tugasan pelajar dengan cepat • Boleh masukkan soalan sendiri • Soalan boleh diuji guna beberapa set data ujian • Boleh lihat prestasi pelajar secara individu • Boleh lihat prestasi kelas • Boleh cipta kelas (kumpulkan pelajar dalam satu kelas) Kajian ini dilakukan untuk membangunkan makmal maya bagi pembelajaran pengaturcaraan komputer yang dinamakan Prism Code. Kajian kes yang digunakan untuk pembangunan perisian ini dilakukan di Fakulti Teknologi dan Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia). KEPUTUSAN DAN PERBINCANGAN Prism Code telah dibangunkan sebagai aplikasi web boleh diakses pada bila-bila masa dan di mana-mana juga. Prism Code dilengkapi dengan fitur penilaian automatik yang mengkompil dan melaksanakan kod sumber yang dihantar oleh pelajar dan memberi markah secara automatik. Sistem ini membolehkan pelajar menjawab dan menyelesaikan masalah pengaturcaraan berulang kali tanpa memerlukan pensyarah untuk berada bersama mereka. Pensyarah tidak perlu lagi melihat hasil kerja setiap pelajar dan memberikan markah secara manual. Jika pelajar mendapat ralat tentang pengaturcaraan, sistem Prism Code akan mengeluarkan ralat yang diterima secara terperinci dan mudah difahami. Prism Code juga memberikan markah secara “partial mark” jika aturcara yang di hantar oleh pelajar gagal pada manamana set data ujian. Perisian Prism Code juga mempunyai bank soalan untuk pelajar membuat latihan kendiri. Papan skor pada perisian Prism Code akan menunjukkan kedudukan pelajar di dalam kelas bagi sesuatu tugasan atau latihan. Dengan ini, pelajar akan lebih bersemangat untuk menjawab soalan berkaitan pengaturcaraan kerana mereka ingin mendapatkan markah penuh dan melihat nama mereka di kedudukan tertinggi pada papan skor yang ditayangkan di dashboard perisian Prism Code. Ruang pembelajaran kendiri disediakan bagi memudahkan pelajar untuk membuat pembelajaran kendiri menggunakan modul yang disediakan oleh pensyarah mereka. kegunaan mereka semasa mempelajari bahasa pengaturcaraan. Ruang diskusi pula berfungsi bagi membenarkan pensyarah dan pelajar mengajukan topik yang ingin dibincangkan oleh mereka. Ia boleh membantu memupuk semangat kemasyarakatan dan menggalakkan interaksi rakan sebaya dan meningkatkan penglibatan pelajar. Rajah 1 menunjukkan fungsi sistem yang dibangunkan untuk memberi gambaran awal berkaitan aliran data yang berlaku di dalam sistem. Rajah 2 menunjukkan antara muka papan skor pada dashboard yang boleh dilihat oleh pelajar dan juga pensyarah/ guru. Rajah 3 pula menunjukkan antara muka bahagian untuk pelajar menghantar tugasan aturcara. Rajah 1 Struktur Perisian Prism Code Rajah 2 Antara Muka Papan Skor pada dashboard Pelajar
Prosiding kNovasi 2023 34 Rajah 3 Antara Muka Hantar Tugasan KESIMPULAN Perisian Prisma Code dibangunkan bagi menyokong pembelajaran dalam talian untuk subjek pengaturcaraan komputer. Dua kategori pengguna perisian ini iaitu pensyarah atau guru dan pelajar. Empat fitur utama perisian ini termasukkan penghantaran tugasan aturcara secara berulang kali, penilaian tugasan secara segera, analisis prestasi pelajar, dan papan pencapaian. Pengujian fungsian telah dilakukan dan menunjukkan bahawa perisian ini boleh berfungsi dengan baik tanpa ralat. Penilaian oleh pengguna juga telah dilakukan dan dapatan menunjukkan perisian ini telah memenuhi keperluan pengguna. PENGHARGAAN Terima kasih kepada Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat di atas sokongan dengan menaja yuran kNovasi 2023 ini. RUJUKAN Code Zinger. (2017, March 9). About Us. CodeZinger. Retrieved November 21, 2022, from https://codezinger.com/about-us/ Mary Yap Kain Ching. (2015). Guru berperanan lahir pelajar capai standard global. Dilihat 8 November 2021 dari https://www.bharian.com.my/kolumnis/2015/08/7 4472/guru-berperanan-lahir-pelajarcapaistandardglobal Saraswathy, M. (2013, July 30). Directi launches Codechef for Indian School Kids. Business Standard. Retrieved November 20, 2022, from https://www.businessstandard.com/article/compan ies/directi-launchescodechef-for-indian-schoolkids-113073000323_1.html. Sekaran, U., & Bougie, R. (2010). Research Methods for Business: A Skill Building Approach (5th ed.). Wiley. Shanika Abdullatib. (2020, September 21). Pembelajaran Maya: Sejauh mana kita bersedia? Selangorkini. Retrieved November 10, 2022, from https://selangorkini.my/2020/09/pembelajaranma ya-sejauh-mana-kita-bersedia/
Prosiding kNovasi 2023 35 Eksplorasi Pengajaran dan Pembelajaran melalui Penggunaan Quizizz dan Padlet dalam Kursus Kejuruteraan Geoteknik [1][2]* Ros Nadiah Rosli, [1][2] Siti Fatin Razali, [1] Norinah Abd Rahman, [1][2] Anuar Kasa [1] Jabatan Kejuruteraan Awam, Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM, Bangi, Selangor, MALAYSIA, [2] Pusat Penyelidikan Pendidikan Kejuruteraan, Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM, Bangi, Selangor, MALAYSIA *[email protected] ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk menyelidik pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai bagi kursus kejuruteraan geoteknik khususnya menggunakan aplikasi Quizizz dan Padlet. Kejuruteraan geoteknik adalah cabang kejuruteraan yang melibatkan penggunaan prinsip-prinsip geologi dan mekanik tanah dalam merekabentuk dan membina struktur yang stabil di tanah. Pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang efektif sangat penting dalam memastikan pemahaman yang baik dan penguasaan konsep-konsep asas dalam kejuruteraan geoteknik. Selain itu, ia juga bertujuan untuk mengenal pasti amalan terbaik dalam pendekatan pengajaran dan pembelajaran bagi kursus kejuruteraan geoteknik, serta menilai kesan pendekatan tersebut terhadap tahap pemahaman dan penglibatan aktif pelajar semasa sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Metodologi kajian ini melibatkan tinjauan keatas pelajar prasiswazah yang mengikuti kursus ini, iaitu pelajar Tahun 3 sesi akademik 2022/2023, Kejuruteraan Awam, Universiti Kebangsaan Malaysia. Seterusnya, kaedah soal selidik dilakukan untuk mengumpulkan data yang dijalankan secara atas talian. Hasil kajian mendapati lebih 50% pelajar bersetuju dengan perlaksanaan aplikasi Quizizz dan Padlet semasa pengajaran dan pembelajaran. Walaubagaimanapun, 42.9% pelajar menjawab tidak pasti, tidak setuju, dan sangat tidak setuju menggunakan aplikasi Padlet kerana mereka mempunyai kesukaran ketika memuat naik fail yang diperlukan. Aplikasi Quizizz dilihat berpotensi untuk dijadikan e-penilaian sekali gus dapat meringankan beban tugasan pelajar dan beban tugasan ahli akademik untuk menanda markah tugasan. Kata kunci: pendekatan pengajaran dan pembelajaran, kejuruteraan geoteknik, pengajian tinggi, Quizizz, Padlet PENGENALAN Dalam bidang Kejuruteraan Geoteknik, pemahaman yang kukuh tentang konsep-konsep yang kompleks dan penggunaannya dalam dunia sebenar menjadi sangat penting. Oleh itu, pendekatan pengajaran yang dapat membangkitkan minat dan keterlibatan pelajar, serta meningkatkan pemahaman mereka terhadap isi pelajaran yang diajar amat diperlukan. Kajian ini yang membincangkan pendekatan pengajaran dan pembelajaran inovatif menggunakan Quizizz dan Padlet dalam kursus Kejuruteraan Geoteknik. Pada zaman yang semakin maju ini, teknologi memainkan peranan penting dalam meningkatkan keberkesanan proses pembelajaran. Menurut (Subari, Yahya, & Yusof, 2019) pengajaran tradisional umumnya hanya melibatkan penggunaan papan putih/hitam sebagai media utama dalam menyampaikan pengajaran iaitu guru hanya bercakap semasa proses pembelajaran dan pengajaran berlangsung dan pelajar hanya mendengar dan menulis. Kaedah pengajaran ini dilihat membosankan kerana pelajar hanya bergantung kepada guru dan buku teks di sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan (Khairun, 2007). Kaedah tradisional seperti kuliah, bahan bacaan, dan tugasan bertulis boleh digantikan dengan alat digital yang interaktif dan menarik untuk menarik minat dan pemahaman pelajar. Kaedah tradisional seperti kuliah, bahan bacaan, dan tugasan bertulis perlahan digantikan oleh alat digital yang interaktif dan menarik untuk pelajar. Dalam kajian ini, pendekatan pengajaran dan pembelajaran inovatif dengan menggunakan dua platform digital, iaitu Quizizz dan Padlet, digunakan untuk membantu pelajar dalam menguasai konsep-konsep Kejuruteraan Geoteknik. Quizizz adalah alat berbentuk laman web yang membolehkan pembuatan dan pelaksanaan kuiz interaktif, manakala Padlet pula merupakan alat kolaboratif berbentuk papan idea digital yang membolehkan pelajar dan pengajar berinteraksi melalui gambar, teks, dan media lain. Perbincangan kajian (Matlan dan Maat, 2021) mengenai penggunaan aplikasi Quizizz dalam pengajaran dan pembelajaran subjek matematik telah mendapat maklum balas positif khususnya dalam meningkatkan motivasi pelajar dalam pembelajaran matematik. Sementara itu, kajian (Mohamad, 2020) menunjukkan bahawa pelajar dapat membina pengetahuan tentang isi pelajaran secara kendiri melalui penggunaan Quizizz sebagai alat bantu,
Prosiding kNovasi 2023 36 berbanding dengan pencapaian yang ditunjukkan melalui kaedah konvensional. Kajian rintis mengenai penggunan aplikasi Padlet bagi subjek Pemikiran dan Tamadun Islam telah dijalankan di Universiti Teknologi MARA (UiTM) (Jusoh, Ghani, Noor, Awang, & Sulaiman, 2019). Hasil daripada kajian tersebut mendapati penggunaan aplikasi ini mampu untuk mengatasi masalah rasa bosan malah pelajar merasa seronok dan dapat meningkatkan kefahaman mereka terhadap pembelajaran yang disampaikan. Menurut pengarang (Lestari, Mahbubah & Masykuri,2019), penggunaan aplikasi Padlet dapat membantu guru dalam aktiviti pengajaran Bahasa Arab agar lebih menyeronokkan. Guru dan pelajar boleh menulis apa sahaja yang berkaitan dengan pembelajaran dan berinteraksi dengan menghantar gambar, video, dan pautan melalui aplikasi Padlet. Oleh itu, penggabungan Quizizz dan Padlet dalam proses pengajaran dan pembelajaran dilihat wajar dan dapat meningkatkan interaksi antara pengajar dan pelajar, merangsang keterlibatan aktif, dan memudahkan pemahaman yang mendalam terhadap isi pengajian Kejuruteraan Geoteknik. Dengan menggunakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran inovatif ini, diharapkan pelajar dapat memperoleh pemahaman yang lebih baik tentang konsep-konsep penting dalam Kejuruteraan Geoteknik, meningkatkan kemahiran kolaboratif dan komunikatif, serta bersedia untuk menghadapi cabaran dunia sebenar yang dihadapi oleh jurutera geoteknik. Ini juga seiring the Matlamat Pembangunan Mampam iaitu SDG 4–Pendidikan Berkualiti. KEPUTUSAN DAN PERBINCANGAN Responden dalam kajian ini adalah dalam kalangan pelajar prasiswazah. Seramai 56 orang pelajar telah mengambil bahagian dalam soal selidik ini. Mereka terdiri daripada pelajar Tahun 3 sesi akademik 2022/2023 dalam bidang Kejuruteraan Awam di Universiti Kebangsaan Malaysia. Tinjauan melalui kaedah soal selidik menerusi Microsoft Forms telah diedarkan kepada para pelajar selepas sesi kuliah yang terakhir dijalankan. Selain pemerhatian, temu bual dan soal selidik merupakan dua bentuk instrumen yang berkesan untuk memperolehi maklumat daripada responden (Oppenheim, 2004) (Tuckman (1999) (Muslim & Samian, 2012) Terdapat empat bahagian dalam soal selidik ini dimana Bahagian A merupakan bahagian demografi responden, diikuti dengan soalan berkaitan Quizizz di Bahagian B, penggunaan aplikasi Padlet di Bahagian C serta aktiviti keseluruhan yang dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran di Bahagian D. Soalan soalan yang diajukan merujuk kepada semua aktiviti yang dijalankan semasa sesi penjaran dan pembelajaran berlangsung. Bermula soalan di bahagian B hingga Bahagian D, kesemua soalan yang diajukan adalah berbentuk positif dan responden dikehendaki menyatakan persepsi mereka mengikut skala Likert. Menurut Anderson (1988), kajian dalam sains sosial boleh menggunakan tiga, empat, lima, enam atau tujuh pilihan jawapan skala Likert. Pengarang (Bakar & Nor, 2011) menyatakan bahawa amalan skala Likert yang awal mengandungi lima pilihan jawapan adalah sangat sesuai digunakan. Ia akan memudahkan responden untuk menjawab dengan lebih tepat tentang persoalan yang dikemukakan. Jadual 1 menunjukkan skala Likert yang digunakan dalam kajian ini. Soalan yang diajukan dalam kajian ini adalah seperti Jadual 2. Jadual 1. Skala Likert Skal a Maklumbalas 1 Sangat tidak Setuju (STS) 2 Tidak Setuju (TS) 3 Tidak Pasti (TP) 4 Setuju (S) 5 Sangat Setuju (SS) Jadual 2. Bahagian dan soalan dalam soal selidik kajian No. Soalan Bahagian A: Demografik A1 Jantina A2 Bangsa A3 Warganegara A4 Julat Umur Bahagian B: Perlaksanaan aplikasi Quizizz semasa pengajaran dan pembelajaran B1 Adakah anda setuju jika Quizizz dijalankan pada setiap pengajaran dan pembelajaran Kejuruteraan Geoteknik? B2 Adakah anda setuju Quizizz dapat menghilangkan kebosanan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran? B3 Adakah anda setuju Quizizz dapat meningkatkan pemahaman terhadap kursus yang diajar? B4 Adakah anda setuju pemberian hadiah kepada pemenang Quizizz dapat meningkatkan semangat untuk mengambil bahagian dan motivasi dalam menjawab soalan kuiz? Bahagian C: Perlaksanaan aplikasi Padlet semasa pengajaran dan pembelajaran C1 Adakah anda bersetuju bahawa Padlet adalah aplikasi yang menarik untuk mengemas kini tentang aktiviti pengajaran dan pembelajaran? C2 Adakah anda bersetuju untuk terus mengemas kini aktiviti pengajaran dan pembelajaran di Padlet? Bahagian D: Latihan dan aktiviti semasa pengajaran dan pembelajaran D1 Adakah anda bersetuju bahawa membuat latihan semasa pengajaran dan pembelajaran dan menandakannya sebagai markah tugasan dapat membantu mengurangkan beban pelajar? D2 Adakah anda bersetuju bahawa membuat latihan semasa pengajaran dan pembelajaran dapat meningkatkan pemahaman anda tentang kursus tersebut? D3 Adakah anda bersetuju bahawa latihan semasa pegajaran dan pembelajaran meningkatkan atau meningkatkan daya ingatan anda dalam mengingati topik yang dipelajari? Hasil daripada soal selidik yang diberikan, seramai 31 orang (55.0%) adalah daripada responden adalah pelajar lelaki manakala 25 orang (45.0%) adalah pelajar perempuan. Sebilangan besar responden iaitu 40 orang (73.0%) adalah dari kaum Melayu, diikuti 10 orang
Prosiding kNovasi 2023 37 (18.0%) daripada kaum Cina dan lain-lain kaum seramai 5 orang (9.0%). Majoriti responden adalah pelajar warganegara Malaysia iaitu seramai 52 orang (96.0%) dan hanya 2 orang (4.0%) daripada luar negara iaitu China. Dari segi umur, hampir kesemua responden berusia diantara 21-25 tahun kecuali hanya seorang yang berumur lebih 26 tahun. Jadual 3 menunjukan hasil dapatan daripada Bahagian B, dimana bagi soalan B1, 57.1% pelajar sangat bersetuju, diikuti 25.0% setuju, 14.3% tidak pasti, dan hanya 3.6% sangat tidak bersetuju untuk menjalankan Quizizz di setiap sesi pengajaran dan pembelajaran kursus Kejuruteraan Geoteknik. Manakala, untuk soalan B2, 69.6% pelajar sangat setuju bahawa perlaksanaan Quizizz dapat menghilangkan rasa bosan di dalam kelas. Ini ikuti dengan 17.9% pelajar yang setuju, 8.9% tidak pasti dan 3.6% sangat tidak setuju. Pada soalan B3, 66.1% pelajar sangat setuju Quizizz dapat meningkatkan pemahaman terhadap kursus yang diajar, diikuti 17.9% setuju, 8.9% tidak pasti dan 3.6% sangat tidak setuju. Akhir sekali di Bahagian B4, 75.0% pelajar sangat setuju dengan pemberian hadiah kepada pemenang Quizizz dapat meningkatkan semangat untuk mengambil bahagian dan motivasi dalam menjawab soalan kuiz, diikuti 12.5% setuju, 10.7% tidak pasti dan 1.8% sangat tidak setuju. Kajian oleh (Matlan dan Maat, 2021) juga mendapati 3.8% pelajar tidak bersetuju bahawa Quizizz meningkatkan pemahaman mereka terhadap suatu topik pembelajaran. Berdasarkan Cugelman (2013), walaupun peratusan tersebut sedikit, namun demografi pengguna gamifikasi yang berbeza-beza menyebabkan tidak mustahil untuk terwujudnya jurang terhadap proses implementasinya. Ini bermakna, faktor seperti perbezaan latar belakang, corak pembelajaran dan tahap pengetahuan boleh mempengaruhi persepsi pelajar terhadap penggunaan aplikasi tersebut. Jadual 3. Peratus dapatan berkaitan perlaksanaan aplikasi Quizizz semasa pengajaran dan pembelajaran (Bahagian B) No. Soalan STS (%) TS (%) TP (%) S (%) SS (%) B1 3.6 0.0 14.3 25.0 57.1 B2 3.6 0.0 8.9 17.9 69.6 B3 3.6 0.0 8.9 21.4 66.1 B4 1.8 0.0 10.7 12.5 75.0 Seterusnya, berpandukan kepada dapatan hasil kajian pada Jadual 4, secara keseluruhannya kedua dua soalan C1 dan C2 menunjukkan peratusan yang sama iaitu sebanyak 35.7% pelajar sangat setuju bahawa Padlet adalah aplikasi yang menarik untuk mengemas kini tentang aktiviti pengajaran dan pembelajaran dan wajar untuk diteruskan. Pada soalan C1, 26.8% setuju Padlet adalah aplikasi yang menarik untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran, diikuti 32.1% pelajar yang menjawab tidak pasti dan 5.4% pelajar yang tidak setuju. Peratusanya hampir menyamai hasil dapatan pada soalan C2, dimana 21.0% pelajar setuju untuk meneruskan Padlet, 35.7% pelajar tidak pasti, 5.4% tidak setuju dan 1.80% sanagat tidak setuju. Secara keseluruhannya, lebih separuh pelajar bersetuju bahawa aplikasi Padlet adalah aplikasi yang menarik serta wajar diteruskan. Hasil dapatan ini dapat dibandingkan dengan kajian (Saad, Hashimee & Zulkifli, 2018) dimana lebih separuh daripada pelajar bersetuju penggunaan Padlet dalam pembelajaran bahasa Arab. Hasil pemerhatian mendapati bahawa pelajar menghadapi masalah ketika memuat naik fail yang berkaitan menyebabkan pelajar kurang bersetuju untuk menggunakan aplikasi ini. Masalah ini bukanlah berpunca daripada aplikasi tersebut, tetapi masalah capaian internet yang lemah. Terdapat juga pelajar yang menyatakan mereka lebih selesa memuat naik fail menggunakan UKMFolio. Jadual 4. Peratus dapatan berkaitan perlaksanaan aplikasi Padlet semasa pengajaran dan pembelajaran (Bahagian C) No. Soalan STS (%) TS (%) TP (%) S (%) SS (%) C1 0.0 5.4 32.1 26.8 35.7 C2 1.8 5.4 35.7 21.4 35.7 Di Bahagian D, 66.1% pelajar sangat setuju jika latihan semasa pengajaran dan pembelajaran dan menandakannya sebagai markah tugasan dapat membantu mengurangkan beban pelajar. Manakala, 21.4% pelajar setuju, 8.9% tidak pasti, dan 3.6% sangat tidak setuju. Pada soalan D2, sebanyak 67.9% pelajar sangat setuju bahawa membuat latihan semasa pengajaran dan pembelajaran dapat meningkatkan pemahaman tentang kursus yang diajar. Ini diikuti dengan 25.0% pelajar yang setuju, 3.6% tidak pasti dan 3.6% sangat tidak setuju. Akhir sekali, pada soalan D3, 62.5% sangat setuju, 28.6% setuju, 7.1% tidak pasti dan 1.8% sangat tidak setuju latihan semasa pegajaran dan pembelajaran meningkatkan atau meningkatkan daya ingatan dalam mengingati topik yang dipelajari. Jadual 5 menunjukkan peratus dapatan bagi soalan Bahagian D. Jadual 5. Peratus dapatan berkaitan latihan dan aktiviti semasa pengajaran dan pembelajaran (Bahagian D) No. Soalan STS (%) TS (%) TP (%) S (%) SS (%) D1 3.6 0.0 8.9 21.4 66.1 D2 3.6 0.0 3.6 25.0 67.9 D3 1.8 0.0 7.1 28.6 62.5 Selanjutnya, aplikasi Quizizz dapat dikaitkan dengan latihan dan aktiviti yang dapat membantu pelajar dan ahli akademik untuk mengenal pasti masalah pelajar dalam suatu topik pembelajaran tertentu secara terus agar penambahbaikan berterusan terhadap proses pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan. Ia memudahkan ahli akademik untuk menilai pengetahuan dan kefahaman pelajar tentang sesuatu topik kerana skor pelajar akan terus dipaparkan pada akhir kuiz (Jamian, 2020). Di samping itu, pengajar dan pelajar dapat memperoleh maklum balas segera tentang prestasi pembelajaran sejurus selepas kuiz dijalankan (Zhao, 2019). Pengarang (Mohamad, 2020) menyatakan bahawa Quizizz berpotensi untuk dijadikan e-penilaian norma baharu dalam kursus Bahasa Melayu, dimana ia memaparkan pemarkahan automatik yang mempunyai jawapan yang betul di akhir kuiz.
Prosiding kNovasi 2023 38 KESIMPULAN Secara keseluruhannya, lebih separuh daripada pelajar bersetuju dengan perlaksanaan aplikasi Quizizz semasa pengajaran dan pembelajaran. Aplikasi Quizizz dilihat dapat menghilangkan kebosanan dan meningkatkan kefahaman terhadap kursus yang diajar. Selain itu, 87.5% pelajar bersetuju pemberian hadiah kepada pemenang selepas kuiz dijalankan dapat menimbulkan semangat dan motivasi ketika menjawab soalan kuiz. Bagi aplikasi Padlet, lebih 50% pelajar bersetuju ia merupakan aplikasi yang menarik yang wajar diteruskan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Namun, terdapat juga pelajar yang menjawab tidak pasti, tidak setuju, dan sangat tidak setuju kerana mereka mempunyai kesukaran ketika memuat naik fail yang diperlukan. Akhir kata, aplikasi Quizizz dilihat mempunyai potensi untuk dijadikan e-penilaian sekali gus dapat meringankan beban tugasan pelajar dan beban tugasan ahli akademik untuk menanda markah tugasan. RUJUKAN Subari, K. & Yahya, M. & Yusof, I. (2019). Kajian Awal: Tahap Penguasaan Pelajar Institut Kemahiran Malaysia Dalam Konsep Asas Elektrik. 8. 41-49. Khairun, N. M. A. (2007). Kesan Pembelajaran Berasaskan Inkuiri (PBI) Melalui Web Terhadap Prestasi dan Persepsi Pelajar Dalam Mata Pelajaran Fizik Peringkat Universiti. Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia. Matlan, S. J. & Siti Mistima Maat, S. M. (2021). Penggunaan Aplikasi Quizizz Sebagai Alternatif Penilaian Formatif dalam Pengajaran dan Pembelajaran Matematik .Jurnal Dunia Pendidikan, 3(4), 217-227. Mohamad, A. M. (2020). Keberkesanan Quiziz sebagai Medium Alternatif Ulangkaji dan Pembelajaran Kendiri. Jurnal Personalia Pelajar, 23(2): 29-37. Jusoh, W. N. H. W., Ghani, R. A., Noor, N. A. M., Awang, A. & Sulaiman, N. H. (2019). Persepsi Pelajar Terhadap Penggunaan Video dan Padlet (Pvdp) Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Subjek Pemikiran dan Tamadun Islam. eAcademia Journal, 8(2). Oppenheim, A. N. 2004. Questionnaire Design, Interviewing and Attitude Measurement. London: Heinemann. Tuckman, B. W. (1999). Conducting Educational Research. Fort Worth: Harcourt Brace College Publishers. Muslim, N. & Samian, A.L. (2012). Tahap Penerimaan Pelajar terhadap Peruntukan Bahasa Melayu dalam Perlembagaan Persekutuan. International Journal of the Malay World and Civilisation 30(1): 3 - 27 Anderson, A. (1988). Listening. Oxford: Oxford University Pr Bakar, Z. A. & Nor, N. H. M. (2011) Pendekatan Pengajaran Guru Dan Kesannya Terhadap Pencapaian Pelajar Dalam Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Di Sekolah Menengah Kebangsaan Senai, Johor. Journal of Tachnical, Vocational & Engineering Education, 2. 106-118 Cugelman, B. (2013). Gamification: what it is and why it matters to digital health behavior change developers. JMIR Serious Games, 1(1), e3. Saad, D. U. M., Hashimee, M. & Zulkifli, M. S. (2018). Penggunaan Perisian Padlet.com Dalam Meningkatkan Minat Pelajar Terhadap Bahasa Arab. e-Prosiding Persidangan Antarabangsa Sains Sosial dan Kemanusiaan. 23-24 April. Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor. Jamian, R. (2020). Analisis Deskriptif bagi Penggunaan Aplikasi Quizizz ke atas Guru dalam Penilaian Prestasi Murid bagi Subjek Matematik Descriptive Analysis of the Use of Quizizz Applications on Teachers in Student Performance Assessment for Mathematics Subjects. Analisis Deskriptif Bagi Penggunaan Aplikasi Quizizz Ke Atas Guru Dalam Penilaian Prestasi Murid Bagi Subjek Matematik, 1(2), 87–97. Zhao, F. (2019). Using Quizizz to integrate fun multiplayer activity in the accounting classroom. International Journal of Higher Education, 8(1), 37–43. Mohamad, A. M. (2020). Quizizz sebagai E-Penilaian Norma Baharu terhadap Penutur Antarabangsa dalam kursus Bahasa Melayu. PENDETA: Journal of Malay Language, Education and Literature, 11, 80 92.
Prosiding kNovasi 2023 39 Penerapan Proses Rekabentuk Kejuruteraan (Edp) Dalam Kit Pembelajaran “Science Inspector Gadget 3.0” [1]* Wan Noraine Wan Mohd Nor, [2] Dr. Nur Atiqah Jalaludin, [2] Mohd Aizuddin Saari [1] SMA Khairiah, Kuala Terengganu, [2] Pusat Kajian Pembudayaan STEM, Fakulti Pendidikan, UKM *[email protected] ABSTRAK Perkembangan sains dan teknologi abad ke-21 yang begitu pesat telah membawa perubahan dalam setiap aspek kehidupan kita. Pendidikan STEM (Science, Technology, Engineering & Mathematics) merupakan satu di antara jawapan yang wujud untuk menyahut perkembangan sains dan teknologi dalam pendidikan. Dalam kajian ini, isu yang diketengahkan oleh pengkaji adalah tahap penguasaan murid untuk mencapai tahap penguasaan (TP) 4-6 masih rendah, murid mudah bosan dengan kaedah pembelajaran yang lama, dan murid berasa sukar untuk menghafal dan mengingat fakta yang dipelajari bagi beberapa subtopik khususnya subjek Sains Tingkatan 3. Justeru, minat murid untuk mendalami Sains menjadi kurang. Guru selaku pelaksana pengajaran dan pembelajaran (PdP) dituntut mencari cara pengintegrasian terbaik bagi melaksanakan pendidikan STEM. Oleh yang demikian, pengkaji telah menginovasikan kit pembelajaran “Science Inspector Gadget 3.0” dengan mengintegrasikan penggunaan teknologi dalam kit pembelajaran tersebut. Ini adalah selaras dengan perkembangan teknologi dan minat murid dalam menggunakan aplikasi-aplikasi dalam telefon bimbit mereka. Kaedah ini juga dilihat sebagai satu kaedah pentaksiran yang lebih berkesan dan tidak hanya bergantung kepada pentaksiran bertulis sahaja. Pembinaan kit “Science Inspector Gadget 3.0” ini menerapkan proses rekabentuk kejuruteraan (Engineering Design ProcessEDP) yang melibatkan enam langkah iaitu i) kenal pasti masalah, ii) menjana idea, iii) merancang strategi, iv) mereka bentuk, v) membina dan menguji’ dan vi) berkongsi penyelesaian. Proses EDP ini bersesuaian dengan pembelajaran secara inkuiri yang mana murid diminta membuat penyiasatan, membuat eksperimen dan meneroka. Justeru, pengkaji meneroka amalan sains dan kejuruteraan murid yang diberi fokus dalam penggunaan “Science Inspector Gadget 3.0” ini. Penggunaan “Science Inspector Gadget 3.0” telah membantu murid menghasilkan model transformer dan genarator secara lebih teratur dan bermakna serta meningkatkan amalan sains dan kejuruteraan murid. Kata kunci: kit pembelajaran, pendidikan STEM, proses rekabentuk kejuruteraa. PENGENALAN Kementerian Pendidikan menyatakan bahawa murid akan dilengkapi dengan keperluan untuk menghadapi cabaran dunia yang sedang berubah pantas dengan mengaplikasikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM). Antara langkah yang diambil adalah meningkatkan minat murid melalui pendekatan pembelajaran yang baharu dan pemantapan kurikulum iaitu menggabungkan kemahiran aras tinggi, meningkatkan penggunaan kemudahan pembelajaran yang praktikal serta mengandungi pembelajaran yang relevan dengan kehidupan seharian bagi meningkatkan minat murid (Pelan Pembangunan Pendidikan 2013- 2025). Kurikulum sains pula melibatkan konsep dan penyiasatan serta penyelesaian masalah sains secara induktif kaedah ini akan lebih berkesan jika memberi penekanan kepada konsep dan masalah yang penting serta menarik. Oleh itu bagi membolehkan murid menyelesaikan sesuatu masalah dengan berkesan mereka perlu memahami konsep dan prosedur yang terlibat. Sains pula merupakan salah satu subjek teras yang wajib untuk dipelajari bagi murid bermula daripada peringkat pendidikan awal kanak-kanak hingga ke peringkat menengah atas (Dorier & Maass, 2020). Namun, sains juga merupakan subjek yang sering dianggap yang sukar untuk dikuasai (Dorier & Maass, 2020). Pengkaji memilih matapelajaran Sains tingkatan 3 yang mempunyai 10 bab utama iaitu (I)Rangsangan dan gerakbalas; (II) Respirasi; (III) Pengangkutan; (IV) Kereaktifan logam; (V) Termokimia; (VI) Elektrik dan kemagnetan; (VII) Tenaga dan kuasa; (X)Keradioaktifan; (XI) Cuaca angkasa lepas dan (XII) Penerokan angkasa lepas. Topik-topik yang terdapat dalam sains tingkatan 3 ini perlu murid fahami dan kuasai asasnya sebelum mereka meneruskan ke peringkat sains menengah atas. Memahami konsep sains ini serta mengaplikasi konsep sains dengan betul adalah dalam pembelajaran sains (Department of Education, Skills and Employment Australia, 2020).
Prosiding kNovasi 2023 40 Kit Pembelajaran “Science Inspector Gadget 3.0” “Science Inspector Gadget 3.0” ini dibina sebagai epembelajaran untuk murid menjalankan aktiviti inkuiri dalam sub topik tertentu mata pelajaran Sains Tingkatan 3. Kit Inspector Gadget ini juga digunakan oleh murid melalui pautan yang disediakan iaitu fail berbentuk format pdf yang memudahkan murid mencapai melaluinya. Oleh itu, pembelajaran dan pengajaran melalui pendekatan inkuiri boleh berlaku secara kendiri atau ‘ learning by doing’. Ini membenarkan pembelajaran berpusatkan murid iaitu murid adalah sebagai watak utama dalam proses pembelajaran berasaskan inkuiri. Kit pembelajaran ini lebih kepada aplikasi pendekatan inkuiri secara m-pembelajaran menggunakan paltform Canva. Objektif pembinaan Kit Inspector Gadget ini adalah untuk membantu murid menjalankan aktiviti inkuiri semasa pdpr atau hibrid, menggalakkan penglibatan murid secara aktif dan kreatif dan meningkatkan penguasaan murid dalam mata pelajaran Sains Tingkatan 3 bagi beberapa sub topik, sekali gus meningkatkan minat murid terhadap pembelajaran Sains. Pembinaan kit pembelajaran “Science Inspector Gadget 3.0” ini menerapkan Physics Education Technology (PhET) interactive simulations. PhET adalah media simulasi yang dikembangkan oleh Katherine Perkins dari University of Colorado, Amerika Syarikat (Rizaldi, Jufri, & Jamaluddin, 2020). Pengguna PhET interactive simulations dapat dimuatnaik aplikasi tersebut melalui android google play store untuk membuat simulasi lebih mudah dan praktis (Akinwale & Kehinde, 2017). PhET juga merupakan simulasi interaktif fenomena-fenomena sains, fizik, biologi, kimia, matematik dan permasalahan dunia sebenar yang dapat dilihat dan dirasai sendiri oleh murid (Hikmawati, Sutrio, & Kusdiastuti, 2019). Proses Rekabentuk Kejuruteraan (EDP) National Research Council (2012) dan NGSS Lead States (2013) telah mengenal pasti tiga perkara utama yang perlu ada dalam reka bentuk kejuruteraan iaitu: i. Mendefinisi dan menetapkan batas masalah kejuruteraan – Menyatakan dengan jelas masalah yang perlu diselesaikan dari segi kriteria untuk kejayaan, dan kekangan atau batas. ii. Membangunkan penyelesaian-penyelesaian yang mungkin – Menjana penyelesaian-penyelesaian yang mungkin, diikuti dengan menilai penyelesaianpenyelesaian tersebut untuk menentukan pilihan terbaik yang memenuhi kriteria dan kekangan masalah. iii. Mengoptimumkan penyelesaian – Penyelesaian diuji secara sistematik dan diperhalusi melalui proses trade-off, di mana penyelesaian akhir ditambah baik dengan mempertimbangkan pelbagai kriteria dan membuat keputusan untuk menerima kriteria yang kurang penting/tidak diingini supaya memiliki kriteria lain yang lebih penting berdasarkan situasi dan keperluan pengguna. Proses reka bentuk kejuruteraan adalah berasaskan peraturan pemikiran reka bentuk (rules of design thinking) (Meinel & Leifer, 2011): ● Peraturan manusia (human rule): Pereka bentuk berkolaborasi antara satu sama lain, pereka bentuk terdahulu, dan mendapatkan input dari pengguna semasa membangunkan sesuatu inovasi. Inovasi yang dibangunkan bertujuan untuk menyelesaikan masalah manusia supaya memenuhi kehendak manusia, bukan hanya memfokuskan pada teknologi. Jadi pereka bentuk perlu memiliki sifat empati pada pengguna supaya dapat memahami keperluan dari sudut pandangan pengguna dalam membangunkan sesuatu inovasi. ● Peraturan ambiguiti (ambiguity rule): Pereka bentuk mesti bersifat ambiguiti. Pereka bentuk perlu mengulangi eksperimen atau ujian terhadap sesuatu inovasi (sehingga mencapai tahap pengetahuan dan titik kemampuan maksimum pereka bentuk) bagi mengetahui keberkesanan inovasinya. ● Peraturan mereka bentuk semula (re-design rule): Walaupun teknologi dan keadaan sosial telah berubah dan berkembang, keperluan manusia tetap tidak berubah. Manusia sentiasa mencari penyelesaian baharu untuk menyelesaikan masalah lama bagi memenuhi keperluan. Sejak zaman dahulu, terdapat banyak penyelesaian yang berjaya bagi masalah tersebut. Oleh kerana teknologi dan keadaan sosial sentiasa berubah, maka adalah mustahak untuk memahami bagaimana masalah ditangani pada masa dahulu. Dengan ini, pereka bentuk boleh menganggarkan keadaan sosial dan teknikal yang akan kita hadapi dalam 5, 10 atau 20 tahun akan datang dengan lebih baik. ● Peraturan nyata (tangibility rule): Prototaip ialah media komunikasi. Penghasilan prototaip dapat membuat idea menjadi nyata (tangible) dan membolehkan pereka bentuk berkomunikasi tentang ideanya secara lebih berkesan dengan orang lain. KEPUTUSAN DAN PERBINCANGAN Kajian tindakan ini melibatkan 24 orang murid Tingkatan 3 bagi mata pelajaran Sains daripada SMA Khairiah, Kuala Terengganu, Terengganu. Data bagi kajian ini dikumpul secara kualitatif. Pengkaji telah membuat pemerhatian terhadap respons dan proses pembelajaran murid sepanjang pelaksanaan kajian ini dengan menggunakan “Science Inspector Gadget 3.0”. Manakala analisis dokumen pula dijalankan terhadap hasil kerja murid dan jawapan kepada soal selidik terbuka yang diberikan. Data-data yang diperoleh dianalisis secara kualitatif deskriptif. Amalan sains dan kejuruteraan yang diberi fokus dalam kajian ini: I) Mengemukakan soalan dan mendefinisi masalah: Murid mengemukakan soalan untuk mengenal
Prosiding kNovasi 2023 41 pasti masalah yang akan diselesaikan dan mencetuskan idea yang membawa kepada masalah tersebut serta spesifikasi penyelesaiannya (National Research Council, 2012; NGSS Lead States, 2013). Pemerhatian: Pengkaji mendapati murid telah melaporkan permasalahan yang dihadapi pada permulaan penghasilan model transformer dan ketika proses penghasilan model dijalankan. Refleksi: Murid didapati tahu bagaimana untuk merungkai satu permasalahan besar kepada masalahmasalah yang lebih kecil. Murid juga melaporkan apakah langkah yang mereka ambil bagi setiap permasalahan kecil yang dinyatakan. II) Mereka bentuk penyelesaian: Matlamat kejuruteran adalah mereka bentuk penyelesaian. Proses mereka bentuk adalah suatu proses yang sistematik dan berulang. Aktiviti kejuruteraan termasuklah tindakan menentukan batasan dan kriteria penyelesaian yang diingini, membangunkan perancangan reka bentuk, menghasilkan dan menguji model atau prototaip, memilih reka bentuk alternatif untuk mengoptimumkan kriteria reka bentuk, dan menyempurnakan idea reka bentuk berdasarkan pengujian prototaip atau simulasi (National Research Council, 2012; NGSS Lead States, 2013). Pemerhatian: Pengkaji mendapati murid telah membuat lakaran individu dan kemudian berbincang dan menghasilkan lakaran akhir secara berkumpulan. Refleksi: Berdasarkan hasil kerja murid ini, pengkaji mendapati murid telah cuba memikirkan bentuk transformer yang terbaik secara individu. Setelah itu mereka melakukan perbincangan dan menghasilkan lakaran akhir model yang lebih baik. Menerusi proses ini murid telah dilatih untuk menjadi seseorang yang berfikiran inovatif. Selain itu murid juga telah dilatih dengan kemahiran komunikasi yang baik semasa di dalam perbincangan idea lakaran kumpulan. III) Melibatkan diri dalam penghujahan berdasarkan bukti: Kajian sains dan kejuruteraan harus memupuk sifat ingin berhujah untuk mengajukan dan mempertahankan idea baharu atau penjelasan tentang suatu fenomena dan norma-norma untuk berhujah. Dalam sains, penaakulan dan penghujahan berdasarkan bukti sangat penting dalam mengenal pasti penjelasan terbaik untuk fenomena semula jadi. Dalam kejuruteraan, penaakulan dan penghujahan diperlukan untuk mengenal pasti penyelesaian terbaik untuk suatu masalah (National Research Council, 2012; NGSS Lead States, 2013). Murid harus berhujah untuk menjelaskan reka bentuk yang dibina, mempertahankan justifikasi bagi data tertentu dan menyokong reka bentuk yang dicadangkan. Pemerhatian: Pengkaji mendapati murid telah menyenaraikan kelemahan yang ada pada model yang dihasilkan. Murid-murid juga telah menyenaraikan langkah penambahbaikan yang telah diambil. Refleksi: Berdasarkan pemerhatian ini pengkaji mendapati murid telah melalui proses-proses yang kebiasaannya dihadapi oleh seseorang jurutera dalam menghasilkan teknologi baharu. Menerusi EDP, murid berpeluang untuk menghayati proses-proses ini di dalam kelas ataupun di rumah. Secara tidak langsung muridmurid telah dilatih dengan sikap tidak mudah putus asa dan sebagai seorang pemikir dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi. Soal Selidik Terbuka: Adakah “Science Inspector Gadget 3.0” membantu kamu menyiapkan model transformer dan generator anda? Terangkan serba sedikit. Jawapan Murid A: Ia membantu saya bagi mengenal pasti langkah-langkah yang perlu diambil ketika menghasilkan model, menguji transformer dan genarator yang dihasilkan agar tidak tersalah kedudukan setiap komponen. Jawapan Murid B: Sangat membantu…saya dapat tahu langkah seterusnya yang patut saya lakukan agar model yang diselesaikan dengan baik. Selain itu, Science Inspector Gadjet ini membolehkan saya “try and error” pembinaan
Prosiding kNovasi 2023 42 transfromer dan generator yang saya hasilkan. Jadi saya dapat melihat sendiri kecerahan mentol yang dihasilkan jika transformer berlainan digunakan. Refleksi: Pengkaji mendapati semua murid bersetuju "Science Inspector Gadget 3.0" membantu mereka menghasilkan model dan menyelesaikan persoalan yang dikemukan bagi topik ini. Menerusi langkah-langkah dalam EDP, murid mempunyai panduan yang jelas mengenai tindakan yang perlu diambil dalam usaha menghasilkan model dan menyelesaikan persoalan yang diberi. KESIMPULAN Di akhir pelaksanaan kajian tindakan ini dapat pengkaji simpulkan bahawa penggunaan “Science Inspector Gadget 3.0” telah membantu murid menghasilkan model transformer dan genarator secara lebih teratur dan bermakna. Antara amalan sains dan kejuruteraan yang difokuskan sepanjang pembelajaran menggunakan “Science Inspector Gadget 3.0” adalah murid dapat mengemukakan soalan dan mendefinisi masalah, murid dapat mereka bentuk penyelesaian masalah, dan murid dapat melibatkan diri dalam penghujahan berdasarkan bukti. Tambahan itu, murid didapati lebih memahami dan menghayati setiap langkah kerja yang digunakan oleh mereka. Langkah-langkah penyelesaian masalah yang diberikan kepada murid telah mengadaptasi langkahlangkah dalam EDP secara tidak langsung melatih murid dengan sikap tidak mudah putus asa dalam konteks penyelesaian masalah. Gabungan reka bentuk kejuruteraan dan pemikiran kejuruteraan membenarkan murid untuk menjadi lebih berdikari dan menjadi pemikir reflektif yang berupaya mengintegrasikan pelbagai idea bagi menyelesaikan masalah (Bryan et al., 2016) serta menyedari kerelevanan disiplin STEM di dalam kehidupan harian. Pemikiran kejuruteraan atau engineering habits of minds merangkumi systems thinking, adapting, problem-finding, creative problemsolving, visualising dan improving (Lucas, Hanson & Claxton, 2014). Pemikiran kejuruteraan adalah selari dengan kemahiran abad ke-21 (Katehi, Pearson & Feder, 2009). Selain itu, penggunaan “"Science Inspector Gadget 3.0"” juga telah mengadaptasikan penggunaan teknologi di dalam pelaksanaannya. Secara tidak langsung murid dilihat semakin mahir dengan penggunaan alat teknologi untuk proses pembelajaran mereka. Pengkaji juga dapat melihat sejauh mana intervensi ini dapat membantu murid menghasilkan model dan pemahaman konsep sains itu sendiri. Pengkaji menjadi lebih yakin untuk menggunakan “Science Inspector Gadget 3.0” dalam tugasan bagi subjek sains tingkatan 1 dan 2 juga nanti. Kajian ini sedikit sebanyak telah membantu pengkaji untuk menambah baik amalan pengajaran dan seterusnya membantu murid saya untuk belajar dengan lebih baik dan berkesan. Seterusnya, kajian ini memberi lebih penekanan kepada kurikulum yang berpusatkan murid. Hal ini kerana, kurikulum sebegini dapat memberi peluang kepada murid untuk melibatkan diri dan berinteraksi secara lebih aktif semasa proses PdP berlangsung. Selain itu, murid juga akan dapat menyelesaikan setiap masalah yang dihadapi dengan berfikir secara berdikari dan kritis sekali gus membina konsep secara berkesan. Justeru, pengkaji juga dapat melihat peningkatan tahap penguasaaan (TP) dalam semua domain pengetahuan, domain penyiasatan saintifik dan domain sikap saintifik dan nilai murni murid juga semakin meningkat. Ini dapat dibuktikan dengan hasil projek dan juga hasil penilaian yang dibuat berdasarkan aktiviti yang terdapat dalam “Science Inspector Gadget 3.0”. PENGHARGAAN Sekalung penghargaan diucapkan kepada semua yang terlibat sepanjang kajian ini dijalankan. Jutaan terima kasih juga diucapkan buat Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) khususnya kepada Prof. Dr. Mohamad Satar Rasul, Dr. Nur Atiah Jalaludin dan En. Mohd Aizuddin Saari kerana memberi peluang bekerjasama kepada pengkaji untuk menjalankan kajian ini. RUJUKAN Akinwale, O. B., & Kehinde, L. O. (2017). Data Compression for Remote Laboratories. International Journal of Interactive Mobile Technologies (IJIM), 11(4), 95–113. Bryan, L. A., Moore, T. J., Johnson, C. C., & Roehrig, G. H. (2016). Integrated STEM education. In C. C. Johnson, E. E. Peters-Burton, & T. J. Moore (Eds.), STEM Road Map. A Framework for Integrated STEM Education (pp. 23–38). Routledge. Dorier J. L., & Maass K. (2020). Inquiry-Based Mathematics Education. In S. Lerman (Ed.). Encyclopedia of Mathematics Education. Cham: Springer. Department of Education, Skills and Employment Australia (2020). What works best when teaching STEM? Retrieved from https://www.education.gov.au/national-stemeducation-resources-toolkit/what-works-best-whenteaching-stem Hikmawati, H., Sutrio, S., & Kusdiastuti, M. (2019). Pengenalan PhET Simulations sebagai Laboratorium Virtual untuk Membantu Pemahaman Konsep Fisika pada Peserta Didik SMAN 1 Gerung Tahun 2019. Jurnal Pendidikan dan Pengabdian Masyarakat, 2(4), 480–483.
Prosiding kNovasi 2023 43 Katehi, L., Pearson, G., & Feder, M. (2009). Engineering in K–12 education: Understanding the status and improving the prospects. Washington, DC: National Academies Press. Lucas, B., Hanson, J., & Claxton, G. (2014). Thinking like an engineer: Implications for the education system. London: Royal Academy of Engineering. Martinez, S. L., & Stager, G. (2013). Invent to learn: Making, tinkering, and engineering in the classroom. Torrance, CA: Constructing Modern Knowledge Press. Meinel, C. & Leifer, L. (2011). Design thinking research. In H. Plattner, C. Meinel, & L. Leifer (Eds.), Design thinking: Understand – Improve – Apply (pp. xiii-xxi). Heidelberg: Springer. National Research Council. (2012). A framework for K12 science education: Practices, crosscutting concepts, and core ideas. Washington, DC: The National Academies Press. NGSS Lead States. (2013). Next Generation Science Standards: For States, By States. Washington, DC: The National Academies Press. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025, Retrieved from http://www.moe.gov.my/userfile/file/PPPM/Preli minary Blueprint-BM.pdf Rizaldi, D. R., Jufri, A. W., & Jamaluddin, J. (2020). PhET: Simulasi Interaktif dalam Proses Pembelajaran Fisika. Jurnal Ilmiah Profesi Pendidikan, 5(1), 10–14