Prosiding kNovasi 2023 194 100 Penerapan Pembelajaran Imersif Class to Industry (C2I) bagi Subjek Sains Komputer di Kolej GENIUS@Pintar Negara, UKM Ahmad Ameer Aizat Bin Ahmad Zamri*, Nurhasyimah Puade, Nurfarhana Azmi, Crystal Iskandar, Nur Iylia Zairidan, Nor Syamilah Md Zin, Raja Muhammad Imran Raja Abdul Aziz, & Mohd Saifulbasri Rusli Pusat GENIUS@Pintar Negara, UKM *[email protected] Pendekatan pembelajaran imersif menekankan penglibatan aktif dalam kalangan pelajar dalam akademik serta meningkatkan motivasi dan minat pelajar untuk belajar. Keterlibatan pelajar secara langsung dalam pengalaman pembelajaran sebenar membolehkan mereka mengalami pembelajaran secara langsung dan membina pemahaman yang lebih mendalam. Penglibatan industri dalam pembelajaran menengah dapat memberikan manfaat yang signifikan bagi para pelajar. Sebuah kajian telah dijalankan untuk melihat keberkesanan penerapan pembelajaran imersif, Class to Industry (C2I) bagi subjek Sains Komputer. Seramai 30 orang pelajar Tingkatan 2 di Kolej GENIUS@Pintar Negara, UKM telah mengikuti sesi pembelajaran imersif, class to industry (C2I) bagi subjek Sains Komputer. Ujian kefahaman sebelum dan selepas pelaksanaan pembelajaran imersif C2I dijalankan untuk melihat keberkesanan sesi pembelajaran ini. Hasil pelaksanaan sesi pembelajaran C2I ini, pelajar memperoleh pemahaman yang lebih baik tentang dunia profesionalisme dan menguatkan hubungan antara teori yang dipelajari di sekolah dengan praktikal di industri. 101 Pendekatan Pembelajaran Imersif dalam Membantu Murid untuk Mahir Berkomunikasi dalam Bahasa Melayu Nabilah Binti Azmi*, Mariati Mokhtar, Endang Pertiwi Saidy, & Mior Muhammad Saiful Nizan Mohd Saali Pusat Genius@Pintar Negara, UKM *[email protected] Pembelajaran subjek Bahasa Melayu sering menjadi masalah yang besar kepada murid yang telah didedahkan dengan Bahasa Inggeris sejak daripada kecil. Hal ini telah menyebabkan, murid-murid di Pusat GENIUS@Pintar, UKM terutamanya sukar untuk menutur serta memahami Bahasa Melayu dengan baik. Oleh yang demikian, pendekatan pembelajaran imersif telah diambil untuk membantu murid yang mengalami kesukaran ketika bertutur dalam Bahasa Melayu. Pengajaran imersif merupakan suatu pendekatan pembelajaran yang menekankan keaktifan dan penglibatan murid dalam proses pembelajaran. Pendekatan pengajaran imersif ini juga membolehkan murid mengalami pembelajaran secara langsung dan membina pengalaman yang lebih mendalam. Pendekatan imersif ini juga membantu guru untuk menghasilkan pembelajaran secara heutagogi
Prosiding kNovasi 2023 195 iaitu proses pembelajaran yang ditentukan oleh murid yang menerapkan unsur holistik iaitu melibatkan perkembangan kemampuan berfikir dan proses aktif murid sepanjang aktiviti pembelajaran. Dengan menggunakan pendekatan ini, proses pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan secara berkumpulan dan pelbagai aktiviti dapat dibuat untuk membantu murid mahir berkomunikasi dalam Bahasa Melayu. Oleh itu, sebuah kajian telah dijalankan iaitu untuk melihat pendekat imersif ini dalam membantu murid untuk menutur serta memahami Bahasa Melayu melalui aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan. 102 Modul INPAQ: Reka Bentuk Pembangunan Modul Bahasa Arab Khusus untuk Pendidikan Sahsiah Pesalah Juvana Suhaila Zailani @ Hj Ahmad*,Kaseh Abu Bakar, & Wan Azman Wan Mohamad Pusat Kajian Bahasa Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam, UKM *[email protected] Penyediaan program pemulihan melalui pendidikan agama secara formal di Sekolah Henry Gurney, Telok Mas, Melaka bermula tahun 2016 merupakan satu tindakan yang tepat kerana pendidikan agama secara formal dapat mendidik sahsiah pesalah juvana dengan lebih berkesan. Bagaimanapun penggunaan kurikulum yang tidak bersesuaian dari segi kandungan, tahap dan pendekatan akan menyebabkan objektif pendidikan sahsiah untuk pemulihan gagal dicapai. Oleh itu, kajian ini bertujuan membincangkan inovasi kurikulum yang dihasilkan melalui Pembangunan modul Bahasa Arab khusus untuk Pendidikan sahsiah pesalah juvana. Modul INPAQ merupakan singkatan nama bagi Modul Integrasi Psikospiritual Bahasa Arab Qurani, iaitu satu modul yang direka bentuk dan dibangunkan bagi mencapai objektif Pendidikan Bahasa Arab untuk pemulihan. Teras kandungan modul berpandukan konsep Maqamat dan al-Ahwal pendekatan spiritual atau penyucian jiwa (Tazkiyat al-Nafs) oleh Abu Talib Al-Makki. Bagi mendepani tekanan psikologi, tiga proses tahaqquq iaitu mengenal diri, mendidik hati dan pengukuhan jiwa dijadikan asas modul. Proses mengenal diri ialah proses seseorang meregulasi tekanan mental melalui jalan syukur, sabar dan tawakal. Regulasi melalui jalan syukur, sabar dan tawakal mendidik hati kepada keinsafan dan rasa takut kepada kekuasaan Allah S.W.T. Perasan takut kepada Allah S.W.T yang dipupuk mendorong kepada pengukuhan jiwa melalui rasa pengharapan rabbani dan insani. Panduan ini berfungsi dalam membimbing individu muslim membangunkan kepribadian islami. Diharap Modul Integrasi Psikospiritual Bahasa Arab Qurani ini dapat memperkasakan pendidikan sahsiah pesalah juvana dan mempersiap diri mereka untuk berhadapan dengan dunia luar yang kian mencabar setelah dibebaskan.
Prosiding kNovasi 2023 196 103 Calm Down Bag Syazana binti Parni*, Farhana Huda binti Zainudin, Majorie Paul, Nur Nadiah binti Azmi, & Fatin Norsyazwani binti Mohd Ariffin Pusat GENIUS Kurnia, Bahagian GENIUS, Kementerian Pendidikan Malaysia *[email protected] Abstract:Calm Down Bag merupakan beg yang direka khas untuk membantu kanak-kanak berkeperluan khas terutamanya kanak-kanak autisme kembali menenangkan diri setelah mengalami tantrum atau meltdown. Kanak-kanak autisme mengalami kesukaran untuk memahami situasi baharu dan sukar untuk mengawal emosi mereka dengan cara yang betul. Calm Down Bag mempunyai elemen yang dapat membantu kanak-kanak autisme memenuhi keperluan sensori dan emosi mereka untuk kembali tenang dalam pelbagai situasi tanpa mengira tempat. Elemen multisensori yang diterapkan pada beg ini melibatkan deria penglihatan, pendengaran dan sentuhan. Strategi visual juga antara strategi yang dapat membantu kanak-kanak autisme memahami lebih jelas cara untuk kembali bertenang. Beg ini menggunakan variasi tekstur permukaan, serta mengandungi pelbagai alatan sensori dan bahan sokongan visual yang membantu kanak-kanak autisme bertenang. Ibu bapa dapat mengetahui dan meletakkan bahan sokongan visual serta peralatan sensori yang bersesuaian dengan keperluan anak dalam beg ini agar kembali bertenang. Penghasilan beg ini tidak memerlukan perbelanjaan yang mencecah ratusan ringgit meskipun menggunakan bahan-bahan berunsur elemen sensori. Calm Down Bag bukan sahaja dapat memberi ketenangan kepada kanak-kanak autisme tetapi juga boleh digunakan oleh kanakkanak berkeperluan khas yang lain dan kanak-kanak tipikal dalam membantu mereka menguruskan emosi setelah tantrum. 104 Jom Fonik Marhamah Binti Abu Zahar*,Nurul Hasanah Binti Mohd Sajudin, Zulfadhilah Binti Othman,Nur Asiahmurni Binti Khairuddin, & Khairul Akmal Bin Mat Khari Pusat GENIUS Kurnia, Bahagian GENIUS, Kementerian Pendidikan Malaysia *[email protected] Jom Fonik merupakan bahan bantu mengajar (BBM) yang dihasilkan dengan menggunakan dua bahan teras utama iaitu kotak dan set huruf. Kotak yang digunakan adalah dari bahan terpakai dan set huruf boleh disediakan dengan kos yang menjimatkan serta cara penyediaan bahan yang mudah diikuti. Idea penghasilan BBM ini adalah berdasarkan beberapa kajian lepas yang lebih memfokuskan kepada kemahiran membaca berbanding kemahiran pra membaca. Oleh itu, objektif penghasilan Jom Fonik adalah untuk membantu kanak-kanak mengenal bunyi huruf, mengecam bentuk huruf dan memberi idea kepada guru untuk mengajar tahap rendah dalam mengenal huruf melalui kaedah bermain sambil belajar. Elemen multisensori yang diterapkan dalam Jom Fonik seperti tekstur dan visual juga boleh membantu dalam meningkatkan kemampuan memori kanak-
Prosiding kNovasi 2023 197 kanak. Percubaan penggunaan Jom Fonik kepada kumpulan sasar telah dijalankan ke atas 10 orang murid di Pusat GENIUS Kurnia yang terdiri daripada pelbagai mod kelas. Berdasarkan maklum balas dari guru kelas yang terlibat, BBM ini boleh membantu murid mengecam dan mengenal fonik melalui pendekatan bermain sambil belajar yang diterapkan. Namun begitu, beberapa penambahbaikan perlu dilaksanakan supaya bahan adalah lebih bersifat mesra pengguna dan berdaya tahan lama. Penghasilan Jom Fonik juga tidak memerlukan jumlah kos yang tinggi kerana bahan-bahan yang digunakan adalah terdiri daripada yang dikitar semula dan sedia ada. 105 Baca, Imbas, Mula, Sekarang (BIMS) Muhammad Hasany bin Mat Ghani,Nur Syafiqah Binti Mazri Nur Farahim Binti Mat Said*, & Wan Nabila Natasya Binti Wan Zaidi Pusat GENIUS Kurnia, Bahagian GENIUS, Kementerian Pendidikan Malaysia *[email protected] Buku BACA, IMBAS MULA SEKARANG atau singkatannya BIMS ditulis di dalam perisian Microsoft Words, rekaan ilustrasi muka hadapannya pula menggunakan aplikasi Canva, video pula disunting menggunakan aplikasi inshot seterusnya dimuat naik menggunakan platform media sosial iaitu youtube dan disetkan secara privasi yang boleh diakses apabila ibu bapa mendapatkan buku. Manakala untuk imbasan kod qr pula dihasilkan dengan aplikasi tinyurl yang kemudiannya boleh terus dicetak. Perisian dan aplikasi tersebut diperoleh dengan mudah di komputer dan dimuat turun secara percuma dengan kos yang menjimatkan. Objektif utama BIMS adalah untuk memudahkan ibu bapa dan ahli keluarga yang lain mendapatkan akses bahan berkaitan permainan interaktif, meningkatkan interaksi sosial anak autisme bersama keluarga dan menambahkan bahan atau sumber yang berkaitan permainan interaktif dalam bahasa Malaysia. 106 Pembaris EzyGuna Rohaya Bt Ismail* & Siti Rosinah Bt Said GENIUS Kurnia *[email protected] Pembaris EzyGuna merupakan pembaris sedia ada dipasaran yang telah diinovasikan untuk membantu kanak-kanak yang mengalami kesukaran menggunakan pembaris dengan betul semasa menghasilkan garisan pada buku atau lembaran kerja. Perkataan ‘EzyGuna’ merujuk kepada penggunaan pembaris yang mudah dan senang digunakan bertepatan dengan fungsinya yang direka dalam bentuk lebih praktikal serta senang digunakan. Produk inovasi Pembaris EzyGuna ini memudahkan kanak-kanak untuk memegang pembaris dengan cara yang betul seterusnya menghasilkan garisan yang kemas ketika menggaris. Idea produk inovasi Pembaris EzyGuna ini tercetus daripada pemerhatian ahli kumpulan menerusi permasalahan yang sering berlaku kepada
Prosiding kNovasi 2023 198 kanak-kanak autisme semasa menggaris menggunakan pembaris di dalam kelas. Oleh itu, pembaris EzyGuna ini berperanan untuk menyelesaikan tiga masalah utama yang dihadapi iaitu yang pertama keadaan fizikal pembaris yang licin dan mudah bergerak semasa menggaris garisan. Yang kedua murid sukar untuk memegang pembaris dengan betul semasa menggaris dan yang terakhir murid keliru untuk meletakkan kedudukan mata pensil semasa menggaris. Penggunaan pembaris EzyGuna ini juga tidak terhad hanya kepada kanak-kanak autisme sahaja malahan sesuai kepada murid berkeperluan khas (MBK) yang mempunyai masalah yang sama. Penghasilan produk inovasi Pembaris EzyGuna ini hanya menggunakan bahan-bahan yang mudah didapati, murah dan menjimatkan. 107 Projek dengan Pelbagai Pilihan Konsep sebagai Kaedah Pengukuran Kompetensi dalam Bidang Keselamatan Makanan Siti Shahara Zulfakar* Program Kesihatan Persekitaran dan Keselamatan Industri, Pusat Kajian Toksikologi & Risiko Kesihatan, Fakulti Sains Kesihatan, Universiti Kebangsaan Malaysia *[email protected] Keselamatan makanan merupakan salah satu komponen utama dalam bidang profesyen Kesihatan Persekitaran. Justeru itu, satu daripada hasil pembelajaran kursus yang perlu dicapai oleh pelajar Ijazah Sarjana Muda Kesihatan Persekitaran melalui kursus Keselamatan dan Kualiti Makanan (NE3014 dan NE2034) adalah boleh mempamerkan peranan sebagai pengamal kualiti dan keselamatan makanan. Antara kaedah penilaian yang boleh digunakan untuk mengukur kompetensi tersebut adalah melalui pelaksanaan projek oleh pelajar. Kaedah pentaksiran ini dapat dipertingkatkan dengan memberikan beberapa pilihan konsep projek yang boleh dipilih oleh pelajar, sesuai dengan minat mereka. Pendekatan baru yang dilaksanakan ini memberikan pelajar pilihan samada ingin melakukan projek berkonsepkan inovasi atau projek berkonsepkan kajian mini berkaitan keselamatan makanan. Dengan memberikan pilihan konsep ini, pelajar berpeluang untuk membuktikan kemampuan mereka dalam menghubungkaitkan serta memanipulasikan pengetahuan sekaligus mempamerkan peranan mereka selaku pengamal keselamatan makanan. Pelajar perlu merancang dan memilih konsep projek yang sesuai dengan minat dan kekuatan ahli kumpulan bagi menyelesaikan satu pernyataan masalah berkaitan keselamatan makanan yang mereka pilih. Hasil tinjauan mendapati lebih 85% pelajar sangat bersetuju bahawa kaedah ini membantu dalam meningkatkan kemahiran dalam membuat perancangan kaedah penyelesaian suatu isu keselamatan makanan dan 97% pelajar menyatakan bahawa mereka sangat setuju apabila mereka boleh memilih jenis konsep projek yang boleh jalankan. Secara kesimpulannya, pendekatan baharu ini memberikan kesan yang positif dan penambahbaikan secara berterusan dapat meningkatkan lagi kualiti pendekatan pengajaran dan pembelajaran ini.
Prosiding kNovasi 2023 199 108 Model Pembelajaran Bahasa Arab Qurani (Al-Qallem) sebagai Pendekatan Pemantapan Prinsip Kerohanian, Sikap dan Nilai dalam Kurikulum Standard Bahasa Arab Sekolah Menengah Wan Azman Wan Mohammad*, Nur Asyiqin Zohkarnain, & Nur Afiqah Athirah Mohd Rushdi Program Kajian Bahasa Arab dan Tamadun Islam Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia *[email protected] Prinsip Kerohanian, Sikap dan Nilai (KSN) merupakan salah satu daripada Kerangka Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM). Namun, prinsip ini tidak menerapkan penggunaan ayat alQur’an dalam pembelajaran bahasa Arab. Objektif kajian ini adalah untuk membangunkan Model Pembelajaran Bahasa Arab Qurani (al-Qallem). Model ini menggunakan bahasa Arab Qurani dalam pembelajaran nilai. Kajian ini berbentuk kualitatif dengan menggunakan dua kaedah. Pertama, kaedah penelitian terhadap Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) dan buku teks bahasa Arab tingkatan empat dan lima. Kedua, kaedah temu bual bersama guru bahasa Arab yang mempunyai pengalaman selama 10 tahun ke atas. Data kajian ini dianalisis secara deskriptif. Hasil kajian ini dapat membangunkan Model Pembelajaran Bahasa Arab Qurani (alQallem) yang berteraskan tiga elemen pembelajaran iaitu: 1) penggunaan ayat al-Quran berbentuk penceritaan terhadap nilai, 2) kefahaman terhadap nilai akhlak daripada ayat dan 3) mengukuhkan kemahiran berbahasa menerusi bahasa Arab Qurani. Model ini memantapkan kesan kognitif dan afektif pembelajaran bahasa Arab Qurani terhadap sahsiah pelajar. Model al-Qallem ini juga selari dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani dan emosi berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. 109 Konda-kondi the Legend: Permainan Tradisional Augmentasi Realiti Norleyza binti Jailani*1 , Muhamad Irfan bin Ahmad Najib1 & Azmin Sham binti Rambely2 1Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat, 2Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia *[email protected] Permainan tradisional Melayu merupakan permainan rakyat warisan budaya yang telah dimainkan sejak bertahun lamanya. Di era tahun lima puluhan (1950an) hingga awal tahun sembilan puluhan (1990an) permainan tradisional seperti galah panjang dan konda-kondi dimainkan oleh kanak-
Prosiding kNovasi 2023 200 kanak dan remaja bagi mengisi waktu lapang dan sebagai aktiviti riadah. Permainan tradisional juga menjadi aktiviti sukan rakyat di temasya sukan. Namun kini permainan tradisional semakin dipinggirkan oleh generasi muda dan masyarakat umumnya. Banyak faktor yang menyebabkan fenomena ini berlakunya, dan yang paling jelas dapat dilihat adalah kerana kepesatan perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK). Lambakan pelbagai permainan yang boleh dimuat turun pada telefon pintar dan peranti lain lebih mendapat perhatian berbanding permainan tradisional yang memerlukan individu keluar daripada kawasan rumah sendiri untuk bermain. Pelbagai program telah dijalankan untuk mempromosi permainan tradisional supaya menjadi popular semula dan dapat terus dimainkan oleh kanak-kanak masa kini dan generasi akan datang. Kajian ini mencadangkan suatu inovasi yang menggabungkan permainan tradisional dan teknologi augmentasi realiti melalui sebuah aplikasi permainan tradisional Konda-Kondi. Aplikasi Konda-Kondi: The Legend dibangunkan menggunakan perisian Unity 3D dan Vuforia dan boleh dimainkan dalam telefon pintar dengan sistem pengoperasian Android. Inovasi ini turut menerapkan elemen warisan budaya Melayu tradisional dengan mengetengahkan rumah tradisional Perak iaitu rumah Kutai, pakaian seperti baju Melayu cekak musang dan teluk belanga serta muzik tradisional gamelan di dalam permainan. Para pemain akan dibantu sepanjang bermain permainan tersebut dengan arahan dan peraturan yang mudah difahami oleh mereka. Aplikasi ini dijangka dapat menarik minat generasi muda untuk meneroka permainan tradisional kerana menggunakan teknologi pada masa kini dan seterusnya dapat meningkatkan lagi pengetahuan dan skil penguasaan permainan Konda-Kondi. Ia juga boleh menggalakkan gaya hidup permainan aktif kerana pemain perlu untuk bergerak untuk memainkannya. Untuk mempromosi permainan tradisional kepada khalayak antarabangsa, aplikasi menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar. Secara tidak langsung, pemain tempatan boleh juga meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris apabila menggunakan aplikasi ini. 110 Raih Gelar Penguasa Ejaan dengan Gamifikasi Eja2BM Teo Siew Fang*, Chong Shin, Junaini Kasdan, & Siti Fadzilah Mat Noor Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat (FTSM), Universiti Kebangsaan Malaysia *[email protected] Perkembangan teknologi dan pendigitalan telah banyak mengubah corak kehidupan manusia, khususnya dalam konteks pendidikan yang membuka ruang untuk mengakses luas kepada maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran. Transformasi dalam pendidikan penting untuk memastikan pembelajaran yang relevan, inovatif, dan membangkitkan semangat dalam pembelajaran. Pendekatan konvensional didapati mempunyai kelemahan seperti kurang interaktif, berpusatkan guru, dan kurang menarik menyebabkan kurang penglibatan dan motivasi pelajar dalam pembelajaran. Maka, kajian ini bertujuan untuk mengkaji penggunaan pendekatan gamifikasi dalam meningkatkan penguasaan ejaan bahasa Melayu dalam kalangan pelajar sekolah menengah. Pembangunan gamifikasi dalam kajian ini dijalankan menggunakan model ADDIE yang terdiri daripada lima fasa iaitu analisis, reka bentuk, pembangunan, pelaksanaan, dan penilaian. Kerangka MDA pula digunakan sebagai satu acuan untuk mereka bentuk permainan
Prosiding kNovasi 2023 201 dalam tiga dimensi iaitu mekanik, dinamik, dan estetika. Objektif utama kajian adalah untuk meningkatkan minat dan penglibatan pelajar dalam mempelajari ejaan bahasa Melayu melalui elemen permainan dalam gamifikasi. Metodologi kajian melibatkan ujian-t sampel berpasangan untuk menilai keberkesanan penggunaan pendekatan gamifikasi dalam meningkatkan penguasaan ejaan bahasa Melayu. Data kajian dikumpul melalui pra ujian dan pasca ujian yang dijalankan kepada 30 orang pelajar tingkatan empat di Sekolah Menengah Kebangsaan Cheras Perdana, Selangor. Hasil eksperimen secara keseluruhannya menunjukkan pendekatan gamifikasi berkesan dalam meningkatkan tahap penguasaan dan pembelajaran ejaan bahasa Melayu. Oleh itu, warga pendidik digalakkan mempelbagaikan kaedah pengajaran seperti menggunakan strategi gamifikasi agar dapat mencetuskan motivasi pembelajaran dan selanjutnya meningkatkan prestasi pelajar. 111 Naratif Legenda Digital: Aplikasi Inovasi Meningakatkan Minat Dunia Kesusasteraan Jacquelina Karimon* & Darwalis Sazan Bahagian Kesusasteraan, Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang. *[email protected] Teknologi digital merupakan pemudah cara dalam menyampaikan pendidikan secara efektif. Naratif digital yang dihasilkan untuk membina ilusi dan skrip cerita yang menarik untuk disampaikan kepada pelajar. Bidang kesusasteraan mula terkesan apabila bidang sains dan matematik mula diberikan tumpuan kerana kepesatan era teknologi maklumat yang semakin mendapat permintaan dalam banyak sektor. Oleh itu, komponen video yang dihasilkan merupakan susunan pengajaran dan pembelajaran menggunakan multimedia dengan narasi suara tenaga pengajar dalam kursus kesusasteraan. Bidang kesusasteraan merupakan bidang yang sangat penting dalam mengukuhkan jati diri, membina tamadun dan menjadi penyimpan etos bangsa yang berkesan dan cepat. Implikasi pengajaran dan pembelajaran ini ialah pelajar akan mudah tertarik dengan sastera rakyat tradisional terutamanya cerita legenda kerana penyampaian yang kreatif. Permainan visual dan permainan ayat dua hala antara pelajar dan pensyarah bertujuan menguji pelajar untuk mengungkapkan nilai yang ingin disampaikan dalam cerita legenda terpilih. Inovasi ini akan meningkatkan tahap keberkesanan dalam pengajaran dan pembelajaran sastera lisan demi memupuk nilai-nilai moral dalam kalangan pelajar. Melalui inovasi ini juga pelajar akan mudah mengingati cerita legenda yang ingin telah disampaikan.
Prosiding kNovasi 2023 202 112 Penghasilan Slaid Pengajaran Menarik Dengan Menggunakan Aplikasi Canva Bagi Meningkatkan Kefahaman Dan Minat Pelajar Nik Norliati Fitri Md Nor Universiti Sains Malaysia [email protected] Abstrak ini memfokuskan kepada penghasilan slaid pengajaran yang menarik dengan menggunakan aplikasi Canva. Aplikasi Canva ialah alat reka bentuk grafik dalam talian yang boleh digunakan untuk menghasilkan slaid pembentangan, poster, infografik, video pembentangan, kad, logo, dan sebagainya. Inovasi yang ditonjolkan ini cuba melihat keberkesanan penghasilan slaid dengan menggunakan aplikasi Canva dalam meningkatkan kefahaman dan minat pelajar terhadap sesuatu topik. Satu kajian soal selidik telah diadakan terhadap pelajar di Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh yang mengambil kursus Pengantar Geografi. Hasil analisis mendapati penghasilan slaid pengajaran menarik dengan menggunakan aplikasi Canva sangat membantu mereka dalam memahami sesuatu topik yang diajar. Dengan adanya pelbagai kombinasi dan elemen imej, video, audio, grafik, warna yang sesuai dan pemilihan jenis tulisan (font) yang sesuai. Hasil analisis juga menunjukkan penghasilan slaid pengajaran yang menarik dapat menarik minat dan membantu penglibatan pelajar semasa sesi kelas yang dijalankan secara atas talian. Pelajar berpendapat bahawa slaid yang menarik dengan menggunakan aplikasi Canva membantu mengekalkan minat dan penyertaan aktif mereka sepanjang kelas berlangsung. Kesimpulannya penghasilan slaid dengan menggunakan aplikasi Canva telah menyumbang kepada pemahaman dan minat mereka sekaligus memberikan pengalaman yang menarik dalam mempelajari kursus Geografi. 113 Model Pengintegrasian Teknologi, Artificial Intelligence (Ai) Dan Problem Based Learning dalam Pengajaran Undang-Undang Kewangan Islam Mohd Izzat Amsyar Mohd Arif1 *, Ruzian Markom1 , Asma Hakimah Ab Halim1 , Faezy Adenan2 , Muhammad Syahrul Deen Bin Ahmad Rosli2 & Muhammad Firdaus Ab Rahman3 1Universiti Kebangsaan Malaysia 2Universiti Teknologi Mara 3Universiti Sains Islam Malaysia *[email protected] Kursus Undang-Undang Kewangan Islam merupakan dry subject yang kurang menjadi pilihan pelajar disebabkan faktor keperluan untuk memahami prinsip muamalat secara jitu serta kepelbagaian pandangan sarjana atas perkara berbentuk ijtihadi. Namun, dengan pendekatan pelajaran yang interaktif, mampu menarik minat pelajar seterusnya menjadi pemangkin kepada
Prosiding kNovasi 2023 203 pencapaian hasil pembelajaran kursus (CLO) di akhir semester. Teknologi pengajaran menggabungkan teori pendidikan, pedagogi, dan platform digital untuk mencipta persekitaran pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Statistik 2020 menunjukkan, majoriti iaitu sebanyak 28.6% daripada sejumlah 28 pengguna internet di kalangan rakyat Malaysia melayari internet selama 5-8 jam sehari. Antara platform teknologi yang boleh dimanfaatkan adalah aplikasi media sosial; Facebook, Instagram dan Youtube. 86.5% kandungan atas talian dikongsikan melalui platform ini. Melihat potensi ini, ruangan teknologi, artificial intelligence dan problem based learning sesuai untuk diintegrasikan sebagai kaedah pengajaran yang interaktif dan berkesan. Artificial intelligence dapat digunakan untuk mengumpulkan, menganalisis, dan menyampaikan bahan pembelajaran berupa teks, audio, video, atau multimedia interaktif yang memperkaya pengalaman pembelajaran pelajar, sesuai dengan konteks problem-based learning. Melalui pendekatan aktif dan kolaboratif, pelajar dibentuk supaya lebih kreatif dan kritis dalam menganalisis dan menjelaskan sesuatu permasalahan kewangan Islam. 114 Halal Pharmapreneur: A New Frontier For Healthcare Services Mazlina Binti Mohd Said*, Adliah Mhd Ali, Nor Syafinaz Yaakob, Jamia Azdina Jamal, & Noraida Mohd Shah Fakulti Farmasi, Universiti Kebangsaan Malaysia *[email protected] The halal pharmaceutical industry gives Muslims the option to choose the most appropriate use of medicine accordingly. In line with this development, community pharmacies are currently using an unprecedented approach in applying the concept of halal and shariah compliant entrepreneurship in business, based on the term ‘Halal Pharmapreneur’. ‘Pharmapreneur’ refers to an entrepreneur in the field of community pharmacy. A ‘Pharmapreneur’ applies appropriate knowledge of pharmaceutical science, in performing patient care and problem solving, delving into healthcare laws, policy changes, innovating in the pharmaceutical business as well as strengthening the community pharmacy business. Halal Pharmapreneurs use the halal-centric concept in their business models. A new curriculum was developed to train pharmacists to the appropriate level of advanced Halal Pharmapreneurship practise. This emerging field combines three important segments in the community pharmacy practice which include the fundamentals of halal pharmaceuticals, halal pharmaceutical care services, and shariah compliance business management. This innovative curriculum was introduced as a platform of advance life learning opportunity for the pharmacists (community pharmacists) or pharmacy owners to align their business with Shariah principles and practices. This approach would engender and assist the community pharmacists to answer questions from customers/patients about the halal status of pharmaceutical products. Furthermore, it seeks to enhance their knowledge and skills in financial management, human resource management, marketing, and other areas. Among the topics covered in the syllabus are namely introduction to the concept of Halalan Toyyiban, halal science, halal assurance system, drug monitoring services, halal-based community pharmacy services, and the halal-centric business aspects of being a community pharmacist.
Prosiding kNovasi 2023 204 115 Sistem Penjanaan Surat Automatik 2.0 Menggunakan Autocrat Untuk Kursus KF3066 Latihan Industri Mohd Anas Bin Mohd Sabri*, Meor Iqram Meor Ahmad, Mohd Faizal Mat Tahir, Nor Kamaliana Khamis, & Abdul Hadi Azman Jabatan Kejuruteraan Mekanikal & Pembuatan Fakulti Kejuruteraan & Alam Bina, Universiti Kebangsaan Malaysia *[email protected] Pada sesi akademik 2021/2022, sistem penjanaan surat 1.0 telah dibangunkan dengan jayanya dan berjaya menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh para penyelaras Latihan Industri (LI) iaitu permohonan Surat Iringan (Cover Letter, CL). Namun, masih terdapat beberapa isu yang perlu diselesaikan berkaitan pelajar menghadapi kesulitan dalam mendapatkan surat yang dipohon, kerana ia bercampur dengan permohonan daripada pelajar lain. Sebagai langkah penambahbaikan untuk sesi 2022/2023, beberapa pembaharuan telah dilakukan yang membolehkan pelajar mendapatkan akses terus kepada CL. Dalam kaedah terkini ini, para penyelaras hanya perlu menyemak data dari Google Sheet dan menggunakan AutoCrat. Dengan tetapan yang tepat, CL yang diluluskan dihantar secara automatik melalui e-mel kepada pelajar. Kaedah ini membolehkan pelajar mendapatkan kelulusan permohonan mereka dengan lebih cepat dengan peningkatan sebanyak 30% hingga 50%. Pendekatan ini telah berjaya memperbaiki sistem terdahulu berdasarkan maklum balas daripada pelajar dan penyelaras. 116 Social Behaviour Change Communication Intervention on Knowlesi Malaria Prevention Among At-Risk Community in Gua Musang, Kelantan: A Community-Based Learning Nur Hazwani Binti Ahmad Damanhuri*, Emma Mirza Wati Mohamad, Arina Anis Azlan, Mohammad Rezal Hamzah, Hafizah Pasi, Mohd Rahim Sulong, Affendi Isa, & Sivasangari A/P Genapathy Universiti Kebangsaan Malaysia UNIMAP UIAM Kuantan Campus Pahang State Health Department Ministry of Health, Malaysia *[email protected] Plasmodium knowlesi is the deadliest form of malaria in Malaysia and research shows Gua Musang has the highest cases in Peninsular Malaysia. Previous research has shown that educational intervention programs involving social behavioural change is important to engage communities in developing and sustaining positive health behaviours. However, existing
Prosiding kNovasi 2023 205 campaigns and programs on prevention behaviours of knowlesi malaria have focussed on educating the community but with little improvement seen to increase knowledge and effect positively on attitudes and behaviours of the at-risk community. A survey was conducted to identify prevalent prevention behaviours among the at-risk community. The result shows wearing long sleeves clothing is the most suitable and sustainable prevention behaviour for the selected atrisk community in Gua Musang. A set of communication tools such as 'pantun' in the local dialect, posters, car and home stickers, interactive educational talk and games were developed based on the specific culture, traits and beliefs of the community under study. In order to understand the communities' norms and practices better, community enablers (district health officers, school teachers, 'imam') were engaged in the process of developing the communication tools. They were trained and involved in the process to ensure the continuity and sustainability of the educational intervention program. A post-survey shows that positive effect on communities' knowledge, attitudes and behaviours in wearing long sleeves clothing as a knowlesi malaria prevention behaviour. 117 Inovasi ‘Indahnya Persahabatan’ Subjek Pendidikan Islam: Adab Bersahabat Siti Afiqah Binti Romli, Nurul Madhihah, Sri Aishafitri, Nurul Aziidah, Aishatul Atieqah, Siti Nurasma & M. Khalid M. Nasir* Universiti Kebangsaan Malaysia *[email protected] Aspek adab merupakan salah satu aspek yang sangat penting dan perlu dititikberatkan dalam kehidupan seharian. Penggunaan teknologi dalam pengajaran telah semakin popular dan relevan dalam konteks pendidikan abad ke 21. Oleh itu, inovasi ‘Adab Bersahabat’ dicipta untuk membantu murid tahun 2 pendidikan islam mempelajari adab bersahabat dengan lebih berkesan, menarik dan interaktif. Inovasi video pendidikan ini dihasilkan dengan menggabungjalinkan pelbagai medium menarik seperti video, Powtoon, lagu, gambar dan realiti terimbuh (AR) berdasarkan model ASSURE. Menerusi inovasi ini, murid dapat mempelajari adab-adab dalam kehidupan dengan lebih seronok dan akan memberi nilai tambah pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.
Prosiding kNovasi 2023 206 118 Pendigitalan, Kesahan, Kebolehpercayaan Dan Kebolehgunaan Modul Mentor Berkesan© Bawah Projek Tunas Fsk (Sistem Mentor-Mentee), Di Fakulti Sains Kesihatan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Ahmad Rohi Ghazali*,Maryam Mohd Nazri, Ismarulyusda Ishak, & Mahadir Ahmad Program Sains Bioperubatan, Fakulti Sains Kesihatan, Program Psikologi Kesihatan, Fakulti Sains Kesihatan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Kuala Lumpur, Malaysia *[email protected] Projek Tunas FSK ialah penjenamaan baharu sistem pementoran di Fakulti Sains Kesihatan (FSK) UKM yang lebih komprehensif dan menggunakan Modul Mentor Berkesan© sebagai salah satu modul rujukan dan panduan dalam sesi mentor-mentee. Namun begitu, semua aktiviti pengajaran dan pembelajaran (PdP) telah berubah secara dalam talian kerana pandemik yang lepas. Oleh itu, tujuan kajian ini adalah untuk membangunkan Modul Mentor Berkesan© dalam bentuk digital supaya sesi pementoran kekal relevan secara dalam talian. Dalam fasa kajian yang pertama, pendigitalan modul dilaksanakan dan dimurnikan bersama dengan penyelidik bersama yang lain. Kemudian, fasa penilaian telah melibatkan pakar dari pelbagai bidang untuk menguji kesahan, kebolehpercayaan dan kebolehgunaan modul digital tersebut. Nilai I-CVI (content validity index) keseluruhan modul adalah 0.986 dan purata peratusan kesahan kandungan setiap komponen mengikut kriteria TEMPtED adalah 71%. Dari keputusan ini, modul dalam bentuk digital ini adalah sah untuk digunakan. Nilai pekali alfa bagi keseluruhan modul adalah sebanyak 0.986 (modul digital adalah sangat dipercayai) dan nilai peratusan persetujuan kebolehgunaan setiap item adalah 99% dalam kalangan pakar (modul digital berkebolehgunaan). Kesimpulannya, Modul Mentor Berkesan© dalam bentuk digital adalah sah, kebolehpercayaan dan kebolehgunaan. Modul ini diharapkan dapat membantu mentor dalam sesi pementoran secara dalam talian. 119 Interactive Flipped Lectures Ekram bin Alias* & Noor Akmal Shareela binti Ismail Jabatan Biokimia, Fakulti Perubatan UKM *[email protected] Due limitations like poor internet connection, some online lectures were carried out asynchronously; lectures were pre-recorded in the form of videos and students were able to watch those videos at their own convenient time. Once students can attend university physically, those video lectures created before were utilised in flipped lectures. In flipped lectures, students were expected to watch those videos uploaded on UKMFolio before the classes scheduled on the timetable. To promote students attending the interactive sessions conducted during the classes as scheduled in the timetable, students were asked to fill Google Form that they accessed through QR
Prosiding kNovasi 2023 207 codes for their attendance record. Students were also required to answer questions related to the video lectures, e.g. ``which topics they found most difficult?”. The lecturer then shared the outcome from the live survey on the screen and later delivered lectures only on those difficult topics according to the survey. This approach not only allows lecturers to monitor students’ attendance and makes the flipped lectures more interactive, but it also provides clear insights on which topics to focus, thereby avoiding full repetition from the video lectures. This approach also encouraged students to watch the video lectures before attending the scheduled flipped lecture sessions. 120 Ciptaan ‘hye-One’ Untuk Pelajar Sains Tahun 3: Memahami Tabiat Pemakanan Haiwan Hanna Hurrulnadia Ibrahim, Effa Nurbilla Jamaludin, Wan Nur Aina Athirah Wan Rosli, Nurul Ashikin Ahmad, Ahmad Thalhah Mazalan, Muhammad Syafiq Syahiran Mohd Nor, Muhammad Asyraf Abu Bakar & M. Khalid M. Nasir* Universiti Kebangsaan Malaysia *[email protected] Aspek tabiat pemakanan haiwan memainkan peranan penting serta dititikberatkan dalam subjek sains tahun 3. Untuk membantu guru dalam memudahkan pengajaran serta menarik minat muridmurid untuk mempelajari sains di dalam topik haiwan, sebuah video inovasi telah dihasilkan untuk memenuhi keperluan DSKP dalam mencapai objektif di samping meringankan beban guru di dalam Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) pada masa kini. Mutakhir ini, segala kemudahan PdP boleh diakses dihujung jari sahaja. Oleh itu, untuk mengadaptasikan perubahan teknologi pada era kini, sebuah solusi telah dicipta melalui video pengajaran yang penuh dengan segala maklumat dan inovatif. Video ‘HYE-ONE’ telah dilahirkan bagi memenuhi keperluan murid-murid dalam mempelajari bidang sains tahun 3. Pelbagai platform media sosial digabungkan bersama-sama bagi membentuk sebuah video yang menarik dan seronok. Video animasi ini merupakan inspirasi dari ‘Dora the explorer’ dan Upin Ipin. Murid-murid akan dibawa ke lawatan sambil belajar untuk melihat dan mengenal haiwan yang bakal muncul di zoo negara tersebut. Melalui video ini, para murid akan dapat mempelajari serta mengklasifikasikan haiwan mengikut kelas pemakanan masing-masing. Selain itu, video ini juga menekankan aspek model ASSURE seperti yang diterapkan di dalam kontek pembelajaran.
Prosiding kNovasi 2023 208 121 Ciptaan ‘Math Marvels’ Satu Inovasi Matematik Kepada Pelajar Tahun 1 Nurazirah Md Arifin, N. Syahirah M. Shaupi, N. Shafika Roslan, Nur'ain Wahidah Ya Omar, Nurulhuda Ismail, Azrin Azmi & M. Khalid M. Nasir* Universiti Kebangsaan Malaysia *[email protected] Matematik merupakan subjek asas yang penting dalam kurikulum pendidikan di peringkat sekolah rendah. Bagi memastikan pembelajaran matematik di tahap awal ini berkesan, guru perlu memastikan bahawa pendekatan yang digunakan adalah seronok, menarik dan interaktif. Sebagai langkah usaha untuk memenuhi keperluan tersebut, ‘Math Marvels’ telah dibangunkan sebagai inovasi pengajaran yang memberikan murid pengalaman pembelajaran yang lebih menakjubkan.‘Math Marvels’ dihasilkan dengan menggabungjalinkan pelbagai elemen media seperti grafik, teks, video, lagu dan suara latar belakang menggunakan perisian Power Point, Capcut serta Voice Changer. Gabungan ini telah menghasilkan sebuah video pengajaran subjek matematik bagi murid tahun satu. Diadaptasi daripada kisah animasi terkenal Upin Ipin murid dapat merasai pengalaman mempelajari subjek matematik dengan cara yang sangat menghiburkan kerana terdapat jalan cerita yang berbeza untuk setiap topik yang dipelajari. Justeru, melalui pendekatan pembelajaran yang menyeronokkan dan interaktif, diharapkan murid-murid dapat memahami dan menguasai konsep-konsep asas matematik dengan lebih mudah dan efektif. 122 Objective Structured Pharmacy Examination (OSPhE): An Alternative Assessment Method For Specialised Pharmacy Services Skills Chandini Menon A/P Premakumar*, Siti Azdiah Abdul Aziz, Nurul Asyikin Mohd Tahir, & Ernieda Md Hatah Faculty of Pharmacy, Universiti Kebangsaan Malaysia *[email protected] The need for continuous improvement in teaching and learning methods has led to the exploration of alternative assessment approaches. The Faculty of Pharmacy UKM recognised the necessity for improved assessment methods and implemented the Objective Structured Pharmacy Examination (OSPhE) to evaluate the specialized skills of undergraduate pharmacy students. Unlike conventional written exams, OSPhE enabled the assessment of practical, psychomotor, and handson abilities by having students physically demonstrate their skills in a simulated setting.The OSPhE assessment involved students being quarantined prior to the assessment. They were then tested at three different stations: intravenous admixture services, cytotoxic drug reconstitution
Prosiding kNovasi 2023 209 services, and home medication review services. Each student underwent individual assessments at each station, performing assigned tasks within a 10-minute time frame while being observed and evaluated by assessors.After the assessment, feedback was collected from students (68 out of 76 students responded – 89.5%) and all assessors (100% responded) via a Google form. Most students (93%) agreed that OSPhE was more suitable for testing skills acquired during practical sessions, allowing them to apply and be evaluated on their acquired skills. Nearly all students (98.5%) expressed their preference to continue with the OSPhE method in the future.Suggestions for improvement included better coordination of the assessment process, more practice sessions, and incorporating feedback sessions post-assessment. Assessors unanimously agreed that OSPhE was a more appropriate method for assessing acquired skills compared to conventional exams and should be continued. Some assessors suggested improvements in the briefing and assessment rubric.Overall, the OSPhE approach provided a suitable alternative assessment method that allowed for more effective accomplishment of the course learning outcomes in a simulated reallife scenario. The overwhelmingly positive feedback from both students and assessors indicates the potential of OSPhE in enhancing the teaching and learning process in pharmacy education. 123 Piza KA-Bilan (Piza Kata Adjektif - Sembilan) Selvi A/P Selvam Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu (IPGKBM) [email protected] Kit Piza KA-Bilan adalah sebuah inovasi yang dibangunkan bagi membantu murid Tahun 4 meningkatkan penguasaan kata adjektif. Akronim KA-Bilan merupakan ringkasan bagi Kata Adjektif –Sembilan iaitu sembilan jenis kata adjektif yang dikitkan dalam bentuk sebuah kotak piza. Kit Piza KA-Bilan merupakan satu intervensi untuk mengatasi masalah penguasaan kata adjektif dalam kalangan murid. Masalah ini timbul kerana murid sering kali keliru dalam menggunakan kata adjektif yang sesuai, kurang memahami fungsi jenis kata adjektif serta kesukaran untuk mengingat sembilan jenis kata adjektif. Set belajar sambil bermain ini memudahkan murid memahami kata adjektif dengan mudah di samping meningkatkan minat murid khususnya murid lemah untuk belajar aspek tatabahasa. Seramai 31 orang murid Tahun 4 Kambar iaitu 16 orang murid lelaki dan 15 orang murid perempuan Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Vivekananda, Petaling Jaya terlibat sebagai responden. Inovasi ini dibina dalam bentuk piza yang dilengkapi dengan kad gambar bersama perkataan serta papan permainan berbentuk piza yang berkonsep permainan monopoly. Permainan ini mengandungi latihan pengukuhan berdasarkan empat aras domain pemikiran kognitif dalam Taksonomi Bloom iaitu mengingat, memahami, mengaplikasi dan menganalisis. Konsep piza digunakan bagi membantu murid mengingat sembilan jenis kata adjektif dengan mudah serta meningkat penglibatan murid secara aktif dalam PdP. Inovasi yang berlandaskan teori kecerdasan pelbagai ini juga dapat mempelbagaikan pengajaran kata adjektif mengikut gaya pembelajaran murid agar dapat meningkatkan penguasaan kata adjektif murid. Keberkesanan kajian dinilai secara kuantitatif berdasarkan peningkatan markah murid dalam ujian pra dan pasca. Hasil dapatan menunjukkan peningkatan markah murid dalam ujian pasca setelah menggunakan kit inovasi kata adjektif.
Prosiding kNovasi 2023 210 Pembangunan kit inovasi kata adjektif ini berupaya meningkatkan penguasaan kata adjektif murid sekolah rendah. 124 Inovasi "MANTRA" Mudahnya Kata Kerja Abdul Hadri Bin Adisa, Fatin Liyana Binti Mohammad Badrudin, Noor Adilla Binti Kamarul Azman, Nordiana Adira Rosli Binti Abdullah, Siti Afifah Iryane Binti Md Lazim, Sofiah Hani Safien & M. Khalid M. Nasir* Universiti Kebangsaan Malaysia *[email protected] Penggunaan video dalam proses pengajaran dan pembelajaran mampu untuk membantu menjadikan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan. Oleh itu, satu inovasi MANTRA mengenai tajuk kata kerja untuk murid tahun 6 yang telah dihasilkan bagi memenuhi keperluan tersebut. Inovasi ini dihasilkan dengan menggunakan animasi yang menggabungkan pelbagai pengisian elemen yang menarik seperti grafik, suara dan lagu lalu diimplementasikan menggunakan sebuah perisian terkini iaitu Powtoon bagi meningkatkan kemahiran dan pengetahuan murid-murid tahun 6 mengenai tajuk kata kerja.Menerusi video inovasi ini, murid dapat mempelajari ilmu kata kerja dengan cara yang sangat menarik dan seronok, dan seterusnya membawa kepada kefahaman dengan lebih cepat. 125 Blynk IoT Trainer Kit Norazila Binti Md Posdzi, Rasidah Binti Abdul Rani*, & Norsa’adah Binti Mahmor Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Politeknik Ungku Omar, Ipoh Perak *[email protected] Blynk IoT Trainer Kit diaplikasikan sebagai alat bahan bantu mengajar (ABBM) bagi kursus Project 1 (DEE40082) dan Project 2 (DEE50102) di Politeknik Ungku Omar. Pelajar perlu merekabentuk dan membangunkan projek yang mempunyai elemen Revolusi Industri 4.0 (IR4.0) mencakupi bidang elektrik dan elektronik dengan penggunaan teknologi Internet of Thing (IoT). Kebanyakan pelajar tiada pengetahuan asas berkaitan IoT dalam pelaksanaan projek akhir mereka. Justeru itu, trainer kit ini merupakan ABBM yang berpusatkan pelajar kerana ianya direka untuk memudahkan dan menarik minat pelajar mempelajari konsep asas IoT yang menggunakan pengawal mikro ESP32 berserta aplikasi Blynk dengan berpandukan contoh aturcara yang disertakan. ABBM ini juga dibina bagi membuka minda dan memupuk sifat ingin tahu pelajar untuk membuat ujilari secara sebenar terhadap program yang telah dibuat. Oleh itu, dengan menggunakan ABBM ini pelajar dapat menguji aturcara bagi peranti masukan dan keluaran yang sering digunakan oleh pelajar seperti push button, humidity sensor, ultrasonic sensor, temperature sensor, LCD display, buzzer, LED, servo motor dan relay. Implikasinya, pelajar lebih mudah untuk menguji secara visualisasi bagaimana program yang dibuat dapat mengawal peranti telah
Prosiding kNovasi 2023 211 ditetapkan. Secara tidak langsung penggunaan ABBM ini boleh membimbing pelajar untuk merancang dan menguruskan pembelian komponen yang tepat. Di samping pelajar dapat menghasilkan projek akhir yang berasaskan IoT dengan lebih cepat dan berkualiti. 126 Inovasi ‘ALWAN’ Mengenal Warna Dalam Bahasa Arab Nor Nasuha binti Ibrahim, Nur Amalin Solehah, Nur Hasanah, Fatimah, Maryam Fadhilah, Nur Izzatul Fasiha & M. Khalid M. Nasir* Universiti Kebangsaan Malaysia *[email protected] Bahasa Arab merupakan salah satu subjek yang diiktiraf dalam sistem pendidikan di Malaysia dan telah pun didedahkan sejak peringkat awal persekolahan. Namun, banyak kajian mendapati bahawa bahasa ini kurang diberi perhatian oleh murid berbanding subjek-subjek lain. Oleh itu, Bahasa Arab mengikut Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) adalah untuk menggalakkan pembelajaran bahasa tambahan seperti mana yang dinyatakan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (PPPM). Seterusnya untuk memastikan bahawa guru dapat mengajar subjek ini dengan berkesan, sebuah pembelajaran yang seronok, menarik dan interaktif perlu dilaksanakan. Oleh itu, inovasi ALWAN ‘Warna-warna dalam Bahasa Arab’ telah dihasilkan bagi memenuhi keperluan tersebut. Inovasi ini dihasilkan dengan gabungan medium menarik seperti video, lagu dan gambar lalu diimplementasikan menggunakan sebuah perisian terkini; Canva dan Capcut. Pengisian inovasi ini adalah hasil daripada curahan idea bersama ahli kumpulan bermula dari tajuk, pemilihan watak, jalan cerita, nyanyian dan sebagainya. Murid perlu mengikuti perjalanan watak yang ada dalam inovasi ini untuk membolehkan watak tersebut mendapat jawapan daripada setiap persoalan yang difikirkan. Menerusi pelaksanaan inovasi ini, guru dapat menggunakannya sebagai Bahan Bantu Mengajar (BBM) semasa menjalankan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) seiring dengan Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK-21). Dengan ini, murid dapat mempelajari warna-warna dalam Bahasa Arab dengan mudah dan menyeronokkan. 127 Inovasi ‘Indahnya Persahabatan’ Subjek Pendidikan Islam: Adab Bersahabat Nurul Madhihah, Siti Afiqah, Sri Aishafitri, Nurul Aziidah, Siti Nurasma, Aishatul Atieqah, & M. Khalid M. Nasir* Universiti Kebangsaan Malaysia *[email protected] Aspek adab merupakan salah satu aspek yang sangat penting dan perlu dititikberatkan dalam kehidupan seharian. Penggunaan teknologi dalam pengajaran telah semakin popular dan relevan
Prosiding kNovasi 2023 212 dalam konteks pendidikan abad ke 21. Oleh itu, inovasi ‘Indahnya Persahabatan’ dicipta untuk membantu murid tahun 2 pendidikan islam mempelajari adab bersahabat dengan lebih berkesan, menarik dan interaktif. Inovasi video pendidikan ini dihasilkan dengan gabungan pelbagai medium menarik seperti video, Powtoon, lagu, gambar dan realiti terimbuh berdasarkan model ASSURE. Menerusi inovasi ini, murid dapat mempelajari adab-adab dalam kehidupan dengan lebih seronok dan akan memberi nilai tambah pengajaran dan pembelajaran didalam kelas. 128 Inovasi ‘Spectrum Tool’ Meningkatkan Kefahaman Dan Kemahiran Membina & Mentafsir Carta Pai Mohd Sahril Bin Abdul Wahid SMK Tunku Putera, Baling Kedah [email protected] Kajian inovasi ini dilaksanakan bertujuan untuk membantu murid meningkatkan kefahaman, kemahiran membina dan mentafsir carta pai bagi mata pelajaran geografi tingkatan 3. Isu utama murid yang tiada alatan dan tidak mahir menggunakan alatan geometri membawa kepada tercetusnya idea inovasi ini. Tinjauan awal mendapati gaya pembelajaran secara auditori dan visual yang dipraktikkan di awal pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) disebabkan isu yang berlaku didapati tidak berkesan dalam memberi manfaat dan sokongan pada kefahaman dan kemahiran membina dan mentafsir carta pai dengan baik. Analisis dokumen merekodkan sebanyak 80% daripada 30 orang murid 3 Kemboja tidak dapat memahami, membina dan mentafsir carta pai dengan betul. Maka kajian inovasi ini menfokuskan pada tindakan mengaplikasikan gaya pembelajaran kinestetik untuk meningkatkan kemahiran memahami, membina dan mentafsir carta pai menerusi kaedah “Spectrum Tool”. Seramai 10 orang murid dari tingkatan 3 Kemboja Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Putera, Baling Kedah telah dijadikan sampel kajian. Pelaksanaan kajian ini menggunakan kaedah mereflek berdasarkan pemerhatian, ujian pra serta pos dan temu bual sebelum dan selepas intervensi dilaksanakan. Ini diikuti dengan proses merancang, bertindak dan diakhiri dengan proses memerhati. Dapatan kajian menunjukkan gaya pembelajaran kinestetik yang diaplikasikan oleh guru dapat memenuhi ciri-ciri murid kinestetik yang terlibat dalam kajian ini. Ini dibuktikan dengan mengaplikasikan gaya pembelajaran kinestetik menerusi kaedah ‘Spectrum Tool’ telah dapat berjaya meningkatkan kemahiran memahami, membina dan mentafsir carta pai murid sehingga 80%. Hasil kajian ini diharap dapat disebar luas untuk membantu murid memahami serta menguasai tajuk membina dan mentafsir carta pai dengan lebih mudah, cepat dan berkesan selain dapat menjimatkan masa PdPc. Inovasi ini juga boleh ditambah baik agar dapat digunakan pada dua mata pelajaran dalam tajuk yang berbeza. Pendekatan inovasi dan kreatif yang terhasil dari kajian ini akan berupaya menjadikan persekitaran pembelajaran lebih responsif, merangsang minat dan semangat murid untuk ikuti dan fahami.
Prosiding kNovasi 2023 213 129 Inovasi ‘Kenali Haiwan’ Subjek Sains Sekolah Rendah Harvey Richard Litin, Ahmad Fakhruddin Jumiran, Nur Aisyah Mohamad Rosli, Nadia Zahari, Afif Aiman Aminudin, Alya Fitri N Rapli & M. Khalid M. Nasir* Universiti Kebangsaan Malaysia *[email protected] Unit haiwan merupakan salah satu topik penting dalam subjek sains tahun 4, di mana dalam unit haiwan ini terdapat 5 subtopik penting yang murid perlu fahami. Untuk memastikan bahawa guru dapat mengajar topik ini dengan berkesan, sebuah pembelajaran yang seronok, menarik dan interaktif perlu dilaksanakan. Oleh itu, Inovasi ‘Kenali Haiwan’ menggunakan metodologi ASSURE telah dihasilkan bagi memenuhi keperluan tersebut. Inovasi ini dihasilkan dengan menggabungjalinkan pelbagai medium menarik seperti video, musik latar, gambar dan sedikit penerapan daya berimaginasi lalu diimplementasikan menggunakan sebuah perisian terkini seperti Powtoon, Filmora dan Text to Speech (TTS.com). Pengisian dan susunan subtopik dalam video inovasi ini adalah berpandukan silibus daripada buku teks Sains Tahun 4. Setiap subtopik dalam video ini terdapat rumusan pembelajaran yang lepas, huraian kandungan pembelajaran, dan penilaian formatif. Bagi memudahkan pembelajaran juga, video ini dibuat sama seperti yang ada di setiap halaman buku teks. Apabila merujuk ke buku teks murid akan mudah ingat apa yang telah dipelajari. 130 Keberkesanan I-SH-E dalam Pembelajaran Kendiri Bimbingan Instruksional Siti Khadijah Bt Ariffin, Jamelaa Bibi Bt Abdullah*,& Noraiza Bt Zamzam Amin Institut Aminuddin Baki *[email protected] I-SH-E merupakan satu produk inovasi menyediakan platform pembelajaran kendiri secara dalam talian. I-SH-E dibangunkan oleh Institut Aminuddin Baki sebagai pusat latihan berikutan isu-isu dalam pembelajaran kendiri dewasa melibatkan pemimpin pendidikan seperti pengetua/guru besar, Guru penolong kanan, Guru Kanan Mata Pelajaran dan Ketua Panitia yang perlu menguasai konsep asas bimbingan instruksional sebelum diaplikasi di sekolah. I-SH-E mempunyai tiga komponen utama I- merujuk kepada information atau maklumat yang boleh diteroka oleh individu, SH- pula merujuk kepada sharing atau perkongsian hasil maklumat yang diteroka pada peringkat I dan akhirnya E merupakan evaluation atau penilaian iaitu penilaian kendiri yang interaktif bagi menguji pemahaman peserta berkaitan bimbingan instruksional. Produk I-SH-E merupakan satu produk inovasi yang lebih mesra pengguna dan menjimatkan masa pemimpin sekolah dalam menguasai konsep asas bimbingan instruksional. I-SH-E merupakan satu produk yang menjimatkan masa dan hanya memerlukan 30 minit sahaja berbanding hadir kursus semuka selama 4 jam untuk memahami konsep asas bimbingan instruksional. I-SH-E telah menunjukkan impak
Prosiding kNovasi 2023 214 yang besar kepada pemimpin sekolah dengan mempermudahkan kaedah meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam melatih pemimpin sekolah, pemimpin pertengahan dan guru agar menjadi lebih mahir dalam mengajar dan membimbing. 131 Proses Membina Informasi dan Aplikasi Qr Kod dalam Memahami Klasifikasi Penyalahgunaan Bahan Mohd Radhi Bin Abu Shahim*, Kamarul Bin Md. Shah, Melati Binti Sumari, & Norsafatul Aznin Binti A. Razak Universiti Malaysia Terengganu (UMT) Universiti Malaya *[email protected] Inovasi pengajaran dan pembelajaran subjek COU3203 kaunseling penyalahgunaan bahan melibatkan aplikasi QR Code dalam memahami klasifikasi penyalahgunaan bahan. Terdapat sembilan pengkelasan penyalahgunaan bahan yang utama dengan lebih daripada dua puluh jenis bahan psikoaktif atau dadah yang memberi kesan sampingan yang berbeza kepada fisiologi dan psikologi manusia. Klasifikasi penyalahgunaan bahan boleh diklasifikasikan kepada Opiat, Stimulan, Ganja/Kanabis. Halusinogen, Depresen, Inhalan, Ketum, Steroid dan New Psychoactive Substance (NPS). Setiap klasifikasi penyalahgunaan bahan tersebut mempunyai kesan intoksikasi, kesan jangka pendek, kesan jangka panjang dan gejala tarikan yang berbeza-beza. Terdapat isu dan cabaran dalam memahami klasifikasi penyalahgunaan bahan terutamanya dalam kalangan pelajar antaranya kesukaran untuk membezakan jenis-jenis bahan psikoaktif atau dadah mengikut klasifikasi yang betul, kesukaran untuk menghafal klasifikasi bahan psikoaktif atau dadah kerana maklumat yang banyak dan bertindih dan memberi kesan kepada pemarkahan pencapaian keseluruhan subjek kerana bab klasifikasi penyalahgunaan bahan merupakan antara bab yang paling banyak diajar dalam subjek tersebut. Inovasi pengajaran dan pembelajaran tersebut mengaplikasikan imbasan QR Code video pembelajaran yang dihasilkan oleh pelajar. Video pembelajaran yang dihasilkan perlulah memenuhi empat kriteria utama dengan akronim “kretepar” iaitu kreatif, tepat, padat dan ringkas. Video tersebut akan dinilai oleh rakan-rakan pensyarah dan semua pelajar Kursus Sarjana Muda Kaunseling melalui borang penilaian dan tahap “like” yang diterima dari saluran Youtube. Video yang terbaik akan dimuatnaik dalam saluran khas youtube pensyarah dan penjanaan QR Code dijalankan untuk digunakan kepada pelajar-pelajar yang lain. Aplikasi QR Code merupakan inovasi yang selaras dengan trend dan gaya hidup zaman kini yang mana kebanyakkan pelajar didapati mempunyai telefon pintar dan lebih mesra pelajar dalam mendapatkan maklumat melalui telefon pintar kerana capaian internet yang mudah dan percuma disediakan dalam kawasan kampus.
Prosiding kNovasi 2023 215 132 Inovasi ‘M&M Pun Ibadah?’ Nur Rabi'atul Najihah Mior Zaidi, Nurul Afifah Mohd Saadan, Umar Sharipudin, Aisyah Ilyana Abdul Halim , Aida Ab Wahab, Nazirah Muhammad Sukri & M. Khalid M. Nasir* Universiti Kebangsaan Malaysia *[email protected] Rancangan pembelajaran yang kreatif dan integrasi teknologi membantu meningkatkan kefahaman pelajar. Justeru, kajian ini dijalankan bertujuan kesan kaedah Strategi Berpusatkan Pelajar yang mengintegrasikan video terhadap tahap kefahaman pelajar dalam pembelajaran Pendidikan Islam Tahun 2 Adab Makan dan Minum. Dalam inovasi M&M pun Ibadah ini, Model ASSURE digunakan bagi menyokong pembinaan video yang dihasilkan dengan bantu Canva dan Doratoon. Inovasi yang dihasilkan ini adalah untuk membantu proses pembelajaran supaya lebih efektif melalui penerapan strategi berpusatkan pelajar dan pengintegrasian teknologi melalui video dalam aktiviti PdP. 133 Inovasi ‘Super Numbers and Operation’ (Nombor Bulat dan Operasi Asas) Nur Aisyah binti Ghazali, Nurul Ain Akmal binti Amaluddin, Hassan Basri bin Mohd Azam, Muhammad Amirul Hakim bin Razali, & Wan Muhammad Ikhwan bin Wan Zakaria Universiti Kebangsaan Malaysia *[email protected] Pada era globalisasi kini, pembelajaran matematik amat penting untuk dipelajari oleh kalangan murid-murid di peringkat sekolah rendah mahupun di peringkat sekolah menengah. Inovasi ini bertujuan untuk membantu murid memahami subjek matematik yang dipelajari dengan lebih mendalam, menjadikan kaedah mengajar yang lebih baik dan menjadikan bakal guru lebih kreatif dan kritis. Topik kajian ini adalah Nombor Bulat dan Operasi Asas merupakan salah satu topik yang terdapat dalam silibus Tahun 4 bagi subjek Matematik yang sangat dititikberatkan dalam Subjek Matematik. Untuk memastikan bahawa guru dapat mengajar aspek ini dengan berkesan, sebuah pembelajaran yang seronok, menarik dan interaktif perlu dilaksanakan. Oleh sebab itu, Inovasi ‘Cerita Kartun Ringkas: Matematik’ telah dihasilkan bagi memenuhi keperluan tersebut. Inovasi ini dihasilkan dengan menggabungjalinkan pelbagai medium menarik seperti video, lagu dan gambar lalu diimplementasikan menggunakan sebuah perisian terkini. Pengisian inovasi ini mengambil inspirasi daripada kisah animasi yang direka berdasarkan kehidupan seharian. Menerusi pelaksanaan inovasi ini, murid dapat mempelajari ilmu Nombor dan Operasi dengan cara yang sangat seronok.
Prosiding kNovasi 2023 216 134 Modul Stem ACTG-13 untuk Aktiviti Interaktif Pelajar dan Guru bagi Membudayakan Pengalaman Pembelajaran Imersif Stem dan Mata Pelajaran Biologi di Sekolah Ahmad Bazli Ramzi*, Mohd Norfikri Omar, Hazlam Shamin Ahmad Shaberi, Nur Anisza Hanoum Naseron, Nur Azlina Mohd Sharif, Nurul Hanun Ahmad Raston, & Muhamad Aidilfitri Mohamad Roslan Institut Biologi Sistem (INBIOSIS), Jabatan Sains Biologi dan Bioteknologi, Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia *[email protected] Mata pelajaran biologi membabitkan pengajaran teori dan konsep pengenalan bagi subjek-subjek asas dan kegunaan bertemakan kelestarian alam sekitar dan teknologi genetik yang makin mendapat perhatian dek kerana permasalahan sejagat seperti perawatan penyakit kritikal dan perubahan iklim. Seiring dengan keperluan semasa dalam menarik minat pelajar dan guru dalam penyediaan pengalaman pembelajaran imersif di sekolah, satu modul STEM baharu berjudul Aplikasi dan Contoh Teknologi Genetik 13 (ACTG-13) memfokuskan pengajaran topik teknologi genetik dan bioteknologi seperti yang terkandung dalam Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) secara spesifiknya pada Bab 13 (Teknologi Genetik) buku teks Biologi tingkatan 5 KSSM. Modul ini khususnya dibangunkan untuk meningkatkan kefahaman pelajar sekolah menengah berteraskan kaedah Pembelajaran melalui Pengalaman (Experiential Learning) dan pembelajaran berasaskan masalah (PBL). Modul ACTG-13 ini membabitkan pengajaran menggunakan perisian komputer dan aktiviti hands-on bagi pelajar dan tenaga pengajar. Melalui modul ini, pelajar dapat mempelajari kaedah penghasilan insulin dan protein rekombinan dengan penekanan kepada pembudayaan dan aplikasi KBAT dalam mempelajari subjek teknologi genetik ini. Konsep asas kejuruteraan genetik (pengklonan gen, penghasilan protein rekombinan dan lainlain) dan kegunaan teknologi genetik ini dalam aplikasi bioteknologi industri tempatan dan global akan diterapkan bagi meningkatkan kefahaman dan minat pelajar dalam pemilihan karier dalam sektor pendidikan, penyelidikan dan industri berasaskan bioekonomi. Gabungan aktiviti amali dan kuiz interaktif secara digital dan bersemuka akan membolehkan modul ini digunakan sebagai bahan bantu mengajar di dalam kelas bagi mata pelajaran biologi terutamanya bagi pelajar tingkatan 5. Kandungan modul STEM ini juga boleh diubahsuai mengikut tahap pendidikan pelajar dan sesuai digunakan untuk pengajaran topik bioteknologi dalam program pengajian Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).
Prosiding kNovasi 2023 217 135 A Collaborative Effort of Innovation in Transforming Paediatric Hematology and Oncology (PHO) Nursing Services Mohammad Shukri Khoo, Loh C-Khai, & Hamidah Alias* Department of Pediatrics, Faculty of Medicine, The National University of Malaysia *[email protected] The field of paediatric haematology and oncology (PHO) requires a set of specialised knowledge and skills to offer the most optimal nursing care because this specialty demands a deep understanding of the unique challenges and complexities associated with PHO patients. However, the conventional approach of post-basic training for nurses frequently results in prolonged waiting periods and poses the risk of depleting human resources if many nurses are sent for training simultaneously. In response to this challenge, we ventured into a comprehensive module on the Fundamentals of PHO Nursing. The aim of this online module is to provide a platform for all nurses working in the PHO unit to acquire essential knowledge and skills, thus enabling them to deliver high-quality services and eventually increasing the overall survival (OS) rates of our patients. This module is developed through an international collaboration with St. Jude Children's Research Hospital and offers a learning experience tailored to the PHO field. To assess the effectiveness of this module, a pre-test and post-test evaluation will be conducted, measuring the levels of knowledge and skills gained by participants. The results provide the insights into the impact of the module and its potential to bridge the knowledge gap. 136 FANTASIALIM: Mengeksplorasi Dunia Asas Binaan Raihanah Binti Aluwapi, Nurul Akmal Muhamad,Fatin Hanani Mohd Sharif, Wan Syaidatul Atikah Wan Aziz, Siti Najihah Shamsulbahari & M. Khalid M. Nasir* Universiti Kebangsaan Malaysia *[email protected] Asas Binaan merupakan salah satu topik yang sangat penting dalam subjek Sains. Bagi menarik minat murid serta untuk memastikan bahawa guru dapat mengajar topik ini dengan berkesan, sebuah pembelajaran yang seronok, menarik dan interaktif perlu dilaksanakan. Oleh itu, inovasi video ‘Asas Binaan’ telah dihasilkan bagi memenuhi keperluan tersebut sekaligus mencapai objektif yang telah ditetapkan. Inovasi ini dihasilkan dengan gabungan pelbagai medium menarik seperti video, lagu dan gambar lalu diimplementasikan menggunakan sebuah perisian terkini; Doratoon. Pengisian inovasi ini mengambil inspirasi daripada kisah animasi terkenal ‘Dora the Explorer’. Sebagaimana kita ketahui, kisah animasi ‘Dora the Explorer’ banyak berinteraksi secara tidak langsung kepada para penonton seolah-olah penonton berada bersemuka dengan mereka. Murid perlu memerhati dan memahami video inovasi yang telah disediakan tentang Asas Binaan dan perlu menjawab beberapa kuiz pada akhir kelima-lima video tersebut. Justeru, dengan
Prosiding kNovasi 2023 218 wujudnya video inovasi seperti ini, murid akan lebih fokus dan memberi perhatian terhadap mata pelajaran yang mereka pelajari selain dapat mengukuhkan ingatan mereka dalam pelajaran yang berkonsepkan menyeronokkan ini. 137 “PRIBANOVATIF”: Inovasi Peribahasa untuk Bahasa Melayu Siti Iqlima, Siti Rufaidah, Nur Iliyana, Nur Khairunnisa, Nur Liyana Khairunnisa, M. Khalid M. Nasir* Universiti Kebangsaan Malaysia *[email protected] Inovasi PRIBANOVATIF adalah untuk membantu para guru meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran dengan kepelbagaian kaedah mengajar menggunakan teknologi. PRIBANOVATIF peribahasa telah dihasilkan supaya murid-murid tahun 4 memahami dan meningkatkan penguasaan penggunaan peribahasa dalam kehidupan seharian. Pengisian inovasi ini mengambil inspirasi daripada kisah animasi terkenal ‘Pada Zaman Dahulu’. Murid-murid dapat melihat bagaimana peribahasa diaplikasi dalam kehidupan seharian. Disamping itu, murid-murid dapat menguji minda mereka dengan menjawab bahagian kuiz yang disediakan dalam video. Inovasi ini dihasilkan dengan menggabung jalinkan pelbagai medium yang menarik untuk menghasilkan video yang kreatif dan inovatif seperti aplikasi “Canva”, “Powtoon” dan “Doratoon” bagi membantu para guru untuk menarik perhatian dan minat murid-murid. 138 Pemantauan Prestasi Akademik Pelajar bagi Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan (JKMP) UKM Berdasarkan Sistem IHPP Meor Iqram Bin Meor Ahmad*, Zainuddin Sajuri, Zambri Harun, Rizauddin Ramli, Wan Fathul Hakim Wan Zamri, Abdul Hadi Azman, Nor Kamaliana Khamis, Mohd Faizal Mat Tahir dan Mohd Anas Mohd Sabri 1 Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan (JKMP), 2Pusat Kecemerlangan Penyelidikan Pendidikan Kejuruteraan (P3K), Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina, Universiti Kebangsaan Malaysia *[email protected] Pendidikan Berasaskan Hasil (PBH) menyatakan hasil pembelajaran merupakan penggerak utama kepada isi kandungan kursus dan struktur pengukurannya. PBH merupakan satu pendekatan menyeluruh bagi menguruskan proses pengajaran dan pembelajaran yang fokusnya adalah untuk menghasilkan pelajar yang berjaya mendemonstrasikan hasil pembelajaran dengan berkesan. Pengukuran dan penilaian adalah dua aspek penting yang perlu diambil kira dalam PBH bagi memastikan hasil pembelajaran kursus (HPK) dan seterusnya hasil pembelajaran program (HPP)
Prosiding kNovasi 2023 219 dapat dicapai oleh semua pelajar. Justeru itu, satu kaedah yang dinamakan sistem iHPP telah dibangunkan untuk tujuan tersebut. Sistem penilaian bersepadu ini mengetengahkan penilaian prestasi akademik pelajar melalui prestasi HPK dan HPP. Objektif penulisan artikel ini adalah untuk memperlihatkan pelaksanaan sistem iHPP di Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan UKM dalam membuat pengukuran dan penilaian kepada prestasi akademik pelajar berlandaskan kepada HPK dan HPP yang ditetapkan. Melalui sistem ini, prestasi akademik pelajar untuk setiap kohort mahupun tahun dapat dinilai dan dipersembahkan dalam bentuk grafik yang lebih menarik dan sistematik. Tambahan, pensyarah kursus juga akan dapat memantau keputusan pelajar-pelajar untuk setiap semester sekaligus perlu memikirkan cara atau teknik yang terbaik untuk penambahbaikkan penyampaian kursus mereka pada semester akan datang. 139 The Development of KSSR Gymnastics Training Module for Physical Education Teachers Nurhidayah Binti Yaakop, Denise Koh Choon Lian*, & Ruhizan Mohammad Yasin Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia *[email protected] This study aims to develop a Gymnastics Training Module based on the Primary School Standard Curriculum (KSSR) for Physical Education teachers (KSSR Gymnastics Training Module). The development of the module aims to help and guide Physical Education teachers in conducting Learning and Facilitation (PdPc) activity sessions that are more effective and safer for students. Design and Development Research (DDR) introduced by Richey & Klein (2007) is used to identify the teacher's needs in the module using the Focus Group Discussion (FGD) technique, module design and development through Fuzzy Delphi Method (FDM) analysis, and then evaluate the level of module usability using the Modified Nominal Group Technique (Modified NGT). Overall research findings have built four main components of the module: basic gymnastics guided by KSSR, various teaching and learning strategies, interactive activities, and an online application platform. From this module, teachers can also learn basic gymnastics repeatedly, easily, everywhere, and anytime through an online application platform. Physical Education non-option teachers, new teachers, experienced teachers, and future teachers can learn from this module to enhance their knowledge and skills in basic gymnastics.
Prosiding kNovasi 2023 220 140 ‘ZOORIA’ (INTERAKSI ANTARA HIDUPAN) Nur Nabihah binti Mazlan, Ain Nadzirah, Adlin Aina Nadhirah, Nurul Syahirah, Siti NorHidayah, Wong Jing Ping, & M. Khalid M. Nasir* Universiti Kebangsaan Malaysia *[email protected] Interaksi antara hidupan ialah aspek yang penting dalam perhubungan aktif antara hidupan yang saling bergantung antara satu sama lain. Untuk memastikan bahawa murid dapat menguasai topik ini dengan berkesan, sebuah pembelajaran yang menarik dan interaktif perlu dilaksanakan. Oleh itu, inovasi ‘ZooRia’ telah dihasilkan bagi memenuhi keperluan tersebut. Inovasi ini menggunakan perisian terkini iaitu aplikasi Animaker yang menggabungkan pelbagai media yang menarik seperti gaya tulisan, audio, grafik, video dan animasi. Menerusi pelaksanaan inovasi ini, murid dapat mempelajari ilmu sains berkaitan interaksi antara hidupan dengan cara yang menarik dan berkesan. Bagi melihat keberkesanan inovasi ini, kami telah melakukan kajian terhadap 7 orang guru dan 30 orang murid tahun 6 untuk menilai sejauh mana inovasi ini dapat membantu mereka dalam proses pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc). Reka bentuk kajian ini melibatkan kajian berbentuk kuantitatif yang menggunakan instrumen soal selidik. Hasil kajian mendapati inovasi ini mendapat maklum balas yang positif daripada guru dan pelajar. 141 I-SIHAT (Β): Pembelajaran Reflektif Berasaskan Komuniti dan Projek Nor Kamaliana Khamis*, Mohd Faizal Mat Tahir, Mohd Anas Mohd Sabri, Meor Iqram Meor Ahmad, Mohd Radzi Abu Mansor, Hawa Hishamuddin, Zaliha Wahid, & Norhidayah Mat Taib Universiti Kebangsaan Malaysia *[email protected] Pada masa kini, pengalaman pembelajaran secara reflektif menjadi satu model pendekatan pembelajaran terkini dan dikatakan mampu memberi impak mendalam ke atas pengalaman, perkembangan dan pencapaian pembelajaran pelajar. Inovasi ini membentangkan tentang program Idea Sihat versi Beta (I-Sihat versi β) iaitu satu program pembelajaran berasaskan komuniti yang digabungkan bersama pembelajaran berasaskan projek yang direka untuk pelajar pendidikan tinggi. Skop artikel ini menumpukan kepada program pembelajaran berasaskan komuniti berkaitan penilaian risiko pencahayaan. Matlamat inovasi ini adalah untuk menambahbaik tahap pengetahuan dan kemahiran pelajar dalam pelbagai aspek yang bersifat pembelajaran berpusatkan pelajar. Program ini melibatkan pelajar dalam pengalaman pembelajaran secara langsung dalam komuniti tempatan untuk menilai risiko pencahayaan dan mencadangkan penyelesaian yang berpotensi. Dengan melibatkan pelajar secara aktif dalam senario dunia sebenar, program ini bertujuan untuk meningkatkan pemahaman mereka tentang risiko pencahayaan dan implikasinya terhadap kesejahteraan masyarakat. Hasil program I-Sihat (β) akan menjadi satu program yang
Prosiding kNovasi 2023 221 holistik dan realistik, menyumbang kepada penciptaan komuniti yang lebih selamat dan sihat melalui pengurusan risiko pencahayaan yang berkesan. 142 Pembangunan Aplikasi Machine Management System Nurdia Azlin binti Mohd Zakaria & Siti Syakirah binti Mahtar Kolej Vokasional Ampangan [email protected] Teknologi berkembang mengikut arus zaman permodenan yang semakin canggih. Penggunaan teknologi dalam mengurus simpanan data pengguna adalah membantu pihak yang berkaitan mengakses dengan muda tanpa menyelak buku atau kertas serta mesra alam kerana menjimatkan penggunaan kertas bagi tujuan merekod. Pengurusan penggunaan mesin dan bengkel merupakan satu pengurusan yang baik dan teratur bagi memudahkan pengurus dan pengguna mengesan sesuatu perkara berlaku seperti kerosakan. Pembangunan aplikasi Machine Management System membantu pihak pengurusan dalam merekod penggunaan mesin, bengkel dan sebagainya dengan mudah dan lebih bersistematik. Model ADDIE digunakan dalam membangunkan aplikasi ini. Kelebihan aplikasi ini dalam pengurusan bengkel adalah membantu guru dalam merancang penggunaan bengkel dan mesin bagi persediaan mengajar agar kelengkapan dan kemudahan yang diperlukan bagi sesi pengajaran dan pembelajaran berjalan lancar. Pembangunan aplikasi ini bagi memudahkan guru dan pihak pengurusan bengkel mengenalpasti pengguna terakhir jika berlakunya kerosakan bagi tujuan membaikpulih. 143 Program MUTIARA-FEP: Pembangunan Holistik Pelajar Menerusi Keterlibatan dan Penilaian Berterusan Nor Liza Abdullah*, Mohd Hasimi Yaacob, Wye Chung Khain, Shifa Mohd Nor, Abu Hanifah Ayob & Hazrul Izuan Shahiri Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia *[email protected] Dalam sistem pendidikan universiti, prestasi akademik pelajar menjadi kayu ukur kepada kemampuan sistem universiti dalam menyampaikan ilmu yang berkaitan dengan bidang. Namun begitu, faktor-faktor persekitaran yang terlibat dalam proses pembangunan pelajar bersifat dinamik dan perubahan yang berlaku mempengaruhi kemampuan akademik pelajar. Motivasi merupakan antara faktor yang sering diteroka kerana sifatnya yang kompleks dan temporal menyebabkan pengaruhnya sukar diramal. Dalam konteks pelajar yang lemah, program-program spesifik yang dibangunkan bertujuan meningkatkan prestasi akademik pelajar tertumpu ke arah pembangunan motivasi dan keyakinan diri pelajar dan antara kaedah yang popular ialah kem kecemerlangan. Namun begitu, program-program yang berbentuk “one-off” ini kurang elemen keterlibatan yang boleh memberi impak berterusan terhadap pelajar. Kertas ini bertujuan untuk membincangkan
Prosiding kNovasi 2023 222 keberkesanan Program MUTIARA-FEP yang dijalankan bagi tujuan meningkatkan motivasi pelajar-pelajar lemah untuk memastikan pelajar-pelajar ini terus bersemangat untuk memperbaiki prestasi akademik mereka. Program ini adalah penjenamaan semula program kecemerlangan tahunan yang dijalankan di Fakulti Ekonomi dan Pengurusan yang bersifat “one-off’; dengan memperkenalkan program yang berterusan selama satu semester yang melibatkan empat modul yang bersifat lebih holistik. Dalam program ini, pelajar dipantau dengan lebih konsisten dan keterlibatan pensyarah bersama pelajar telah terbukti menjentik semangat dan komitmen berterusan dalam kalangan pelajar. Dalam kajian ini dua bentuk pendekatan digunakan; kuantitatif dan kualitatif menerusi survei pre dan post dan temubual kumpulan fokus. Antara dapatan yang ditemui adalah kepentingan sokongan rakan sebaya, keterlibatan fakulti dan pemantauan berterusan dalam mengembalikan semangat pelajar untuk terus maju dalam pelajaran. 144 Fall Prevention Educational Videos to Improve Knowledge, Awareness and Attitude on Falls among The Healthcare and Medical Undergraduates in Malaysia Sumaiyah Mat1 *, Devinder Kaur Ajit Singh2 , Mohd Azzuan Ahmad3 , Nor Azlin Mohd Nordin3 , Normala Mesbah1 , Deepashini Harithasan3 , Hafifi Hisham3 , Nor Azura Azmi3 , Asfarina Zanudin3 1 Centre for Healthy Ageing and Wellness, Physiotherapy Programme, 2 Physiotherapy Program, Faculty Health Sciences, 3 Centre for Rehabilitation and Specials Needs Studies, Physiotherapy Programme, Faculty of Health Sciences, Universiti Kebangsaan Malaysia, *[email protected] Falls are preventive accidents hence it is indefinitely imperative to further implement fall preventive risk programs to educate clinical undergraduates on knowledge of falls and their preventive measures. Fall prevention is an important topic for a variety of professional groups working with physiotherapists, such as physiotherapists assistants, occupational therapists, nurses and physicians. Not only that, but studies have also shown that the knowledge of falls increases among students as the attitude towards falls alternates based on fall experience. Educational videos have emerged and became one of the important tools to deliver knowledge and messages to people, especially in this recent COVID-19 pandemic situation. Therefore, this study aims to develop an educational video to improve knowledge, awareness and attitude of falls among the healthcare and medical undergraduates. Video contents were developed through the Delphi method. The content of the educational video included the definition of falls, epidemiology, complications of falling, fall risk self-assessment, fall prevention strategies, and potential home hazards that lead to falls.
Prosiding kNovasi 2023 223 145 PENGAJARAN TRANSFORMATIF PENDIDIKAN FIQH MENERUSI MUKALLAFUGOGI A(M-I-A-R) Abd. Aziz Bin Rekan*, Mohd Istajib Mokhtar, Muhammad Ikhlas Bin Rosele, & Muhamad Safwan Bin Harun Universiti Malaya *[email protected] Fiqh adalah istilah Bahasa Arab yang bermaksud memahami ajaran Islam yang berkaitan dengan hukum-hakam amali. Konotasi pendidikan fiqh pula merujuk kepada metodologi yang digunakan untuk mendidik pelajar dalam memahami ilmu atau hukum syarak dan sumbernya, prinsip, nilai, tatacara, peraturan dan ajaran Islam agar dapat dipraktikkan dengan tepat dalam pelbagai aspek kehidupan seperti ibadat, muamalat, institusi keluarga dan sosial. Di peringkat persekolahan, pendidikan fiqh dipelajari dalam mata pelajaran pendidikan Islam (bidang feqah). Walau bagaimanapun, wujud konflik transisi pendekatan pembelajaran berpusatkan guru kepada berpusatkan pelajar bagi memaknai ilmu fiqh dalam kehidupan seharian. Oleh sebab itu, bakal guru pendidikan Islam perlu diberikan pendedahan awal mengenai aplikasi pembelajaran aktif sepanjang mengikuti latihan perguruan. Justeru, pengajaran transformatif pendidikan fiqh menerusi mukallafugogi A(M-I-A-R) diperkenalkan kepada guru pelatih Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Islam Universiti Malaya. Mukallafugogi adalah konotasi gabungan istilah ‘mukallafu’ (Bahasa Arab) dan ‘gogi’ (Bahasa Yunani) yang kedua-duanya membawa maksud melatih atau mendidik individu yang dipertanggungjawabkan dengan kewajiban dan perintah untuk menjalankan tuntutan agama. Manakala konotasi A(M-I-A-R) merujuk kepada Aktif (MotivasiIntegrasi-Aplikasi-Refleksi). Mukallafugogi A(M-I-A-R) merupakan satu inovasi idea asli yang selari dengan konsep Pendidikan Abad Ke-21 (PAK-21). Inovasi idea ini telah berjaya mengaktifkan penglibatan guru pelatih pendidikan Islam dalam mempelajari pendidikan fiqh sebagai persediaan di sekolah kelak. 146 Rekabentuk Dan Pembinaan Inovasi ‘Guruku Sayang’ Subjek Pendidikan Islam Sekolah Rendah Faten Farhana Binti Mohamad, Adib Hilman Mohd Zin, Nor Zulaiha Che Berihim, Nik Shamimie Nik Sing, Siti Nor Aziera Che Abdul Ghani, Amira Atifa Muhamad & M. Khalid M. Nasir* Universiti Kebangsaan Malaysia *[email protected] Penghayatan konsep adab terhadap guru dalam subjek Pendidikan Islam sangat penting diterapkan dalam kalangan pelajar. Untuk memastikan usaha ini dapat dilaksanakan dengan berkesan, sebuah pembelajaran yang seronok, menarik dan interaktif perlu dilaksanakan. Oleh itu, Inovasi ‘Guruku Sayang’ telah dicipta bagi memenuhi keperluan tersebut. Inovasi ini dihasilkan dengan
Prosiding kNovasi 2023 224 menggabungjalinkan pelbagai medium menarik seperti video, lagu dan gambar menggunakan perisian powtoon, canva dan filmora lalu diimplementasikan menggunakan sebuah perisian terkini. Pengisian inovasi ini menerapkan penggunaan video di dalam video. Murid akan menjawab soalan kuiz di akhir video untuk menguji tahap kefahaman tentang topik yang ditunjukkan. Menerusi pelaksanaan inovasi ini, murid dapat mempelajari adab terhadap guru dengan cara yang sangat seronok. 147 Learning Strategies of Arabic Debate Students in Speaking Skills Haryati Binti Yaacob, Nik Mohd Rahimi Bin Nik Yusoff*, & Harun Bin Baharudin Fakulti Pendidikan, UKM *[email protected] Strategy is an essential component of language acquisition. Not only is strategy important when learning the first language, but also when learning a foreign language. Previous research has demonstrated that students' communication abilities are subpar for a variety of reasons. Despite the fact that various strategies or approaches have been articulated by past researchers, the inadequacy of speaking skills remains low. In order to address the issue of students' speaking abilities, it is necessary to examine the learning strategies utilised by Arabic language debate pupils. This study seeks to investigate the speaking skills learning strategies of Arabic language debate students. Based on qualitative research, scientific articles and publications provide access to data. As a result, a produced guide or model can solve the problem of students' speaking skills and serve as a reference for the parties involved in solving the problem of speaking skills. 148 Mathematical Mastery in Crochet: Breaking the Yarn Ceiling Noorhelyna Binti Razali*, Haliza Othman, Nuryazmin Ahmat Zainuri, Izamarlina Asshaari, Nur Arzilah Ismail, & Norhana Arsad Jabatan Pendidikan Kejuruteraan, Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina, Universiti Kebangsaan Malaysia *[email protected] Many students believe mathematics to be challenging, which can cause dissatisfaction and a lack of enthusiasm. However, in engineering course, mathematics is a primary subject and it is compulsory in worldwide engineering education. Thus, the development of this kit on integrating mathematics in craft is valuable for achieving precision, pattern design, problem-solving, estimation, planning, creativity, and fostering connections with other disciplines and can contribute to a deeper appreciation and enjoyment of the craft-making process while at the same time understand the mathematical concepts behind every creation. The intersection of maths and
Prosiding kNovasi 2023 225 craft can help bridge the gap between disciplines like STEM thus increasing the numbers of students enroll in science and engineering courses. 149 Kesan Positif Kaedah Kerja Lapangan Dalam Pembelajaran Imersif Bersemuka: Perkembangan Dan Potensi Pelajar Nur Aqilah Mustafa Bakray*, Noraini Talip, & Ahmad Fitri Zohari Jabatan Sains Biologi dan Bioteknologi, Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia, *[email protected] Pembelajaran merupakan elemen utama dalam mempersiapkan pelajar untuk menghadapi dunia yang kompetitif. Perkembangan teknologi yang pesat mempengaruhi dunia pendidikan secara tidak langsung beradaptasi dengan menggabungkan inovasi dalam pembelajaran. Teknologi menjadikan kaedah pendidikan lebih inklusif, interaktif, dan relevan dengan keperluan semasa. Kesan daripada inovasi pembelajaran akan menghasilkan output iaitu pelajar terlibat secara aktif dan lebih memahami kandungan pelajaran dalam keadaan sebenar atau pun buatan. Kerja lapangan bukanlah perkara asing dalam pengajaran, dan kaedah ini adalah relevan sehingga kini walaupun sering dianggap ketinggalan zaman. Aktiviti kerja lapangan membenarkan pelajar untuk mensintesis dan mengaplikasikan teori yang dipelajari melalui amali dan praktikal di lapangan. Kaedah ini melibatkan pelajar untuk terlibat langsung dan aktif dalam persekitaran sebenar, dan berinteraksi dengan para profesional di bidang yang relevan dalam sesuatu subjek. Proses pembelajaran bermula dengan perbincangan dalam kumpulan kecil, pencarian bahan dan pembentangan yang dihasilkan.Semasa proses pembelajaran berlangsung, pelajar cenderung untuk bersikap positif serta lebih memberi tumpuan dalam aktiviti pembelajaran yang dijalankan. Penglibatan yang serius serta aktif inilah sebenarnya yang menjadikan sesuatu pengalaman pembelajaran menjadi imersif. Menerusi kaedah ini, pelajar dinilai secara kendiri dan berkumpulan dalam melaksanakan sesuatu tugasan. Penilaian yang dilakukan ke atas pelajar adalah menyeluruh dan tepat. Pembelajaran melalui kaedah kerjalapangan dapat memberikan impak kepada pelajar dalam mengaplikasi, memahami secara mendalam tentang subjek, mengasah kemahiran (skill) menerusi praktikal dan keterampilan yang relevan. Hasil jangkamasa panjang daripada kaedah ini, pelajar lebih berdaya saing dalam mendapatkan peluang pekerjaan dalam bidang tertentu akibat mempunyai kemahiran tertentu. Secara keseluruhan, inovasi dalam pendidikan dapat mempersiapkan generasi yang berkualiti untuk menghadapi dunia kerja yang kompleks.
Prosiding kNovasi 2023 226 150 Pembangunan Model Kewarganegaraan Digital Islami Dalam Penggunaan Media Siber Nor Faizah Ismail, Muhamad Faisal Ashaari, Rosmawati Mohamad Rasit, & Zulkefli Aini Pusat Kajian Dakwah dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam UKM [email protected] Penggunaan media siber terdedah kepada pelbagai risiko keselamatan dan salah laku etika kerana ketidakmampuan pihak berkuasa mengawal seluruh tingkah laku pengguna. Kajian lalu mendapati Kewarganegaraan Digital dilihat mampu untuk mengambil peranan mengawal tingkah laku ini khususnya menerusi kawalan kendiri. Kajian ini mencadangkan sebuah model Kewarganegaraan Digital berteraskan prinsip Islam yang cuba memenuhi ekosistem komuniti dalam media siber. Kajian ini menggunakan pendekatan penyelidikan reka bentuk dan pembangunan (DDR) yang melibatkan tiga fasa iaitu analisis keperluan, reka bentuk dan pembangunan dan penilaian kebolehgunaan model. Dapatan fasa pertama yang dilakukan menerusi temu bual pakar menunjukkan model Kewarganegaraan Digital Islami ini perlu dan wajar dibangunkan. Dapatan fasa kedua yang dijalankan melalui Perbincangan Kumpulan Berfokus (PKB) dan pendekatan Fuzzy Delphi (FDM) mendapati semua pakar bersetuju dengan 9 elemen model dan 63 item berdasarkan tiga syarat kesepakatan pakar iaitu nilai threshold (d), nilai defuzzification (α-cut) dan nilai peratusan persetujuan pakar. Selanjutnya, penilaian dan kebolehgunaan model menggunakan instrumen soal selidik pengguna menunjukkan nilai min bagi kebolehgunaan model adalah pada tahap yang tinggi. Kajian ini juga memberi implikasi kepada pihak berautoriti untuk membangunkan garis panduan penggunaan media siber dalam konteks yang lebih luas dan berdasarkan kerangka Islam. Kajian ini juga menyumbang kepada pembangunan modul dan model kurikulum Pendidikan Kewarganegaraan Digital Islami di sekolah serta universiti. 151 Alat Pembantu Pengajaran Dan Pembelajaran Pembinaan Jalan Animasi Interaktif Norhafizah Binti Manap & Mohd Nizamuddin Bin Mohd Dawang* Politeknik Merlimau Melaka *[email protected] Alat Pembantu Pengajaran dan Pembelajaran Pembinaan Jalan Animasi Interaktif ini dibangunkan disebabkan oleh pembinaan jalan raya merupakan sebuah proses yang panjang yang memakan masa bertahun-tahun untuk menyiapkan sebuah projek pembinaan jalan raya, oleh itu agak sukar untuk mendapatkan video kaedah membina jalan daripada “subgrade” hingga ke “wearing course” dengan penerangan yang mudah. Selain itu, melalui pembacaan pelajar sukar menggambarkan proses pembinaan jalan raya langkah demi langkah. Matlamat Alat Pembantu Pengajaran dan Pembelajaran Pembinaan Jalan Animasi Interaktif ini adalah untuk memudahkan pelajar
Prosiding kNovasi 2023 227 memahami proses pembinaan jalan raya serta menjadikan pembelajaran kejuruteraan menarik. Video ini juga mudah difahami oleh pelajar yang baru belajar mengenai proses pembinaan jalan raya, malah orang awam yang bukan terlibat dalam bidang jalan raya juga dapat memahami proses pembinaan jalan raya serta mengenali jentera dan bahan yang digunakan dengan lebih mudah. Alat pembantu pengajaran dan pembelajaran ini hadir dalam bentuk video, slaid pembentangan dan juga kuiz interaktif, supaya mudah untuk para pengajar mengajar dan menerangkan pembinaan jalan raya mengikut keselesaan mereka. Soal selidik versi pertama telah diberikan kepada pelajar politeknik yang mengambil subjek jalan raya pada semester 1 2022/2023 kelas DKA 3A dan 3B. Seramai 21 orang responden telah menjawab soal selidik. Hasil dapatannya mendapati 90.4% bersetuju bahawa video ini memberi pemahaman yang lebih baik kepada mereka mengenai prosedur, lapisan dan bahan binaan jalan raya. Selain itu 90.5% responden juga bersetuju bahawa video ini memberi pemahaman baru yang tidak dimiliki selepas membaca bahan bertulis mengenai pembinaan jalan untuk pelajaran ini. 90.4% juga bersetuju video ini membantu dalam memahami nota pembelajaran. 95.2% bersetuju video ini teratur dan mudah difahami. 76.2% bersetuju bahawa mereka tidak pernah melihat video animasi mengenai pembinaan jalan raya seperti ini. 90.5% bersetuju masa untuk video ini adalah sesuai. 100% menyukai video ini digunakan dalam subjek ini dan 90.5% bersetuju berpuas hati dengan video ini. 152 Beyond Reality: Augmented Reality’s Breakthrough in Teaching Object Function to Children with Autism Intan Nadiah Abdul Hakim, Ummul Hanan Mohamad* & Intan Nadiah Abdul Hakim Universiti Kebangsaan Malaysia *[email protected] Autism spectrum disorder (ASD) affects social interactions, communication, and behaviour in autistic children. Despite having various interventions, the traditional methods of teaching object function to these children has been challenging due to difficulties in engagement and comprehension. Nonetheless, the introduction of augmented reality (AR) technology in recent years has shown vast potential in becoming a revolutionary tool for education. Our innovative AR app facilitates the comprehension of object purpose in an intuitive manner by providing visual cues, interactive labels, and animations to allow these children to interact with digital objects overlaid onto their real environment. This immersive and interactive learning experience then captivates the attention of children with autism, making the process of understanding object function not only engaging but also enjoyable. This AR application is also beneficial as it enables these children to interact with virtual objects at their own pace, receive instant feedback, and repeat activities for reinforcement, hence accommodating diverse learning abilities and sensory sensitivities. As a result, augmented reality goes beyond traditional teaching methods, ushering in a new era of effective, inclusive, and empowering education for children with autism.
Prosiding kNovasi 2023 228 153 Saluran Youtube Medium Penyebaran Ilmu Sepanjang Hayat Darfizzi Derawi Universiti Kebangsaan Malaysia [email protected] Menubuhkan saluran YouTube untuk penyampaian pengetahuan menawarkan banyak kelebihan, menjadikannya platform yang popular untuk pendidik dan pencipta kandungan. YouTube ialah salah satu platform perkongsian video terbesar dan paling popular di dunia, dengan berbilion pengguna aktif. Saluran YouTube berbentuk penyebaran ilmu membolehkan para pendidik berkongsi ilmu pengetahuan dan kepakaran dengan para pelajar dan orang awam di seluruh dunia. Kandungan video boleh meningkatkan pengalaman pembelajaran dengan menggabungkan alat bantu visual, demonstrasi dan animasi. Kandungan visual selalunya lebih menarik dan mudah diingat daripada bahan pembelajaran berasaskan teks, menjadikannya lebih mudah untuk penonton menyerap dan mengekalkan maklumat. Penyebaran ilmu melalui saluran YouTube juga menggalakkan fleksibiliti dalam menyampaikan bahan pengajaran serta membolehkan pendidik menyesuaikan gaya pengajaran mereka agar sesuai dengan subjek yang berbeza dan khalayak sasaran. Kandungan pengajaran juga boleh diakses pada bila-bila masa dan dari mana-mana sahaja dengan sambungan internet termasuk secara offline. Kebolehcapaian ini membolehkan para pelajar atau orang awam menimba ilmu yang ingin disampaikan mengikut kadar dan jadual mereka sendiri, menjadikannya lebih mudah dan kondusif. Kandungan video yang dimuat naik akan terus menerus menarik penonton dan berfungsi sebagai sumber pendidikan yang berharga selama bertahun-tahun, dan boleh dikongsikan oleh penontonnya. Saluran YouTube DR DD menawarkan beberapa kandungan video pengajaran berilmiah untuk para pelajar prasiswazah, pascasiswazah, mahu pun para penyelidik dalam dan luar Negara. Bahan-bahan perkongsian berunsurkan keselamatan kimia, penulisan manuskrip, penggunaan enjin carian saintifik, dan juga penggunaan instrumen analisis sitasi jurnal atas talian. Setakat ini, saluran YouTube DR DD telah mempunyai 81 pelanggan dan meraih sebanyak 1624 jumlah tontonan kumulatif sejak 3 tahun penubuhannya. Saluran YouTube DR DD diharap dapat dijadikan bahan bantu mengajar dan medium penyebaran ilmu secara percuma kepada para pelajar termasuk orang awam pada bila-bila masa dan di mana mereka berada. 154 Telehealth Triumphs: Learning To Adapt And Thrive Amidst A Pandemic Shobha Sharma*, Zariyantey Bt Abd Hamid, Quar Tian Kar, Masne Bt Kadar, Nor Haniza Bt Abdul Wahat, Chu Shin Ying, & Nor Aini Bt Jamil @ A. Wahab Fakulti Sains Kesihatan, UKM *[email protected] Amidst the unprecedented challenges posed by the Covid-19 pandemic, healthcare practitioners were compelled to rapidly adopt telehealth as a viable alternative to in-person consultations. The telehealth certification program conducted at UKM for students and clinical staff of the Faculty of
Prosiding kNovasi 2023 229 Health Sciences (FSK) during the pandemic, aimed to equip participants with the necessary skills and expertise to navigate the intricacies of telehealth, ensuring the continuity of healthcare services while adhering to the recommended safety guidelines. The online program was designed and organised as an essential initiative by FSK to address the urgent need for remote healthcare services during the pandemic restrictions. Leveraging the expertise of seasoned national and international telehealth practitioners, policy makers and IT professionals, the week-long program was structured to provide a holistic understanding of telehealth's principles, applications, and ethical considerations. Participants were introduced to various telehealth platforms and software, allowing them to gain hands-on experience in conducting remote consultations, virtual assessments, and telehealth procedures. The training program adopted an interactive approach, combining webinars and role-playing exercises to promote active learning and engagement. Participants were encouraged to raise queries, share experiences, and seek guidance during the training sessions, fostering a supportive and collaborative learning environment. Post-training assessments were conducted to evaluate the participants' comprehension and proficiency in telehealth applications. Feedback was also sought to gauge the program's effectiveness and identify areas for improvement. By the program's conclusion, students and clinical staff demonstrated increased confidence and competence in running telehealth sessions, ensuring seamless healthcare delivery amidst the pandemic. The program served as a pivotal step in nurturing a generation of healthcare professionals adept at integrating technology into their practice. It not only addressed the immediate challenges but also laid the foundation for a resilient and patient-centric healthcare system, prepared to harness the full potential of telehealth in the post-pandemic era. 155 Integrated Smart Attendance UKM and Google Spreadsheet To Monitoring Students' Attendance Nur Arzilah Ismail, Nuryazmin Ahmat Zainuri*, Noorhelyna Razali, Muhamad Alias Md Jedi, Izamarlina Asshaari, Zulkifli Mohd Nopiah & Haliza Othman Department of Engineering Education Faculty of Engineering & Built Environment, Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia *[email protected] Nowadays, Google Spreadsheets has become one of the tools which are widely used by lecturers in managing students’ attendance online. The use of a QR code via Smart Attendance UKM also makes attendance easier to record with just one snap through their mobile phone. However, this Smart Attendance requires the lecturers to manually check the attendance records every time they have a class through the Excel sheet that can be downloaded from this application. In this paper, the innovative ways of managing students’ attendance records using the integration of these two approaches will help to save time in an effective way by combining all the attendance reports in Smart Attendance into just one spreadsheet in Google. At UKM, each of the students is required to achieve 80% of attendance for each course in order to allow them to take the final examination. Therefore, this approach also enables lecturers to keep track of those percentages for each student. In conclusion, Smart Attendance UKM and Spreadsheet not only offer an innovative way of
Prosiding kNovasi 2023 230 managing students’ attendance records but also provide a useful platform for exploring and experimenting with Google Spreadsheets’ functions. 156 “Suiting Up” An Experience Learning: I Am Old Farahiyah Wan Yunus*, Dzalani Harun, Hanif Farhan Mohd Rasdi, Muhammad Hibatullah Romli Universiti Kebangsaan Malaysia Universiti Putra Malaysia *[email protected] Teaching and learning can be challenging when students are unable to integrate the information they have acquired. The information was fragmented and disconnected due to the student's inability to connect due to a lack of meaningful learning experiences. This is becoming more difficult when studying the older person population due to the inability of students to sense or comprehend the older person due to their age gap and inability to envision due to a lack of life experience. Simulation-based experiential learning was implemented to develop meaningful experiences and increase students' compassion for the older person population in order to increase awareness of ageing. This is one of the course objectives for Occupational Therapy for Geriatrics (NNNK3193). Twenty-three students, divided into five groups, participated in the assignment. Students were required to construct a garment of apparel that simulates ageing using their own creativity and cost-effective materials. The students were then required to perform a daily task (such as cooking, doing laundry, or using the toilet) of their choosing while wearing the simulation suit. Students had to document their activity performance while donning the simulation suit. In the video, students were required to describe how they innovated the ageing costume, along with the cost and materials used. In addition, they must describe the obstacles and restrictions they encountered while performing the activity while donning the simulation suit. The students' final mission is to reflect on how they feel and whether their perception of the older person has changed as a result of the activity. The learning activities were analysed by using Kolb’s Experiential Learning theory. By utilising simulation devices, students' awareness and comprehension of the physical limitations associated with ageing are enhanced. In addition, the students noted that the activity taught them to be more patient and respectful toward older people.
Prosiding kNovasi 2023 231 157 Revolusi Pembelajaran Teradun: Mengintegrasikan Pengalaman Imersif Dalam Pengurusan Program Berimpak (LMCR1412) Ahmad Firdhaus Arham*2 , Norinsan Kamil Othman1, 3, Roslee Rajikan4 , Shazli Ezzat Ghazali4 , Nurwina Akmal Anuar1, 5, Mohd Azul Mohamad Salleh6 , Tan Yao Xiong1 , Hazrin Adila Mohamad Hashim1 , Abdul Qaiyum Borhan1 , Nur Emieza Salleh1 & Syahidrul Ashraff Zamri1 1Pusat Hal Ehwal Pelajar (HEP-UKM), 2Pusat Pengajian Citra Universiti, 3 Fakulti Sains dan Teknologi, 4Fakulti Sains Kesihatan, 5Fakulti Pendidikan, 6Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia *[email protected] Pengurusan Program Berimpak (LMCR1412) adalah kursus elektif yang bertujuan untuk memberi pendedahan dan latihan kepada para pelajar tentang hal-hal berkaitan dengan pengurusan sesebuah persatuan atau organisasi terutamanya didalam merancang dan melaksanakan program berimpak tinggi yang berdaftar secara rasmi dalam dan luar kampus. Kursus ini memberikan revolusi pembelajaran teradun yang mengintegrasi pengalaman imersif yang bakal diperolehi oleh para pelajar yang mengikuti kursus ini. Kursus ini dimulakan dengan siri kuliah interaktif untuk pengenalan terhadap pengurusan program berimpak. Para pelajar akan diberi pendedahan tentang prosedur kelulusan mengadakan program, tata cara penyediaan kertas kerja mengadakan program, membina jaringan, mengurus protokol dan etiket, membina kemahiran komunikasi, mengamalkan kerja berpasukan dan menyediakan laporan akhir projek. Pelajar juga akan didedahkan dengan pendekatan inovasi di dalam perancangan dan pelaksanaan program. Seterusnya, pelajar perlu terlibat dalam perancangan dan pelaksanaan program sebagai peserta dan urusetia yang akhirnya memberikan impak positif untuk keperluan kumpulan sasaran. Pelajar juga perlu membuat pertimbangan dalam pemilihan program berasaskan kepada maklumat dan data dari penilaian keperluan terbabit. Pelajar dikehendaki menyertai dan mengurus program sama ada dalam atau luar kampus. Pentaksiran bersasar digunakan dalam kursus ini yang mana pelajar perlu menghasilkan satu laporan sosio-ekonomi hasil temubual, satu laporan melibatkan tiga penyertaan dan satu pelaksanaan program, satu esei dan satu video refleksi. Secara tuntasnya, pelajar digalakkan untuk terlibat dalam pelaksanaan program yang berimpak melalui kursus teradun yang bermatlamat untuk memberikan pengalaman pembelajaran imersif kepada pelajar yang akhirnya memberikan sumbangan kepada Negara, Universiti dan masyarakat. Penglibatan pelajar dalam kursus pengurusan program berimpak akan dapat memberi nilai tambah kepada diri pelajar dan menerapkan pembelajaran sepanjang hayat yang boleh diteruskan setelah pelajar bergraduasi.
Prosiding kNovasi 2023 232 158 CTComics: Empowering Cancer Education Through Visual Storytelling Francis Tieng Yew Fu & Nurul Syakima Ab Mutalib* UKM Medical Molecular Biology Institute (UMBI), Universiti Kebangsaan Malaysia, Jalan Ya'acob Latiff, Bandar Tun Razak, 56000 Cheras, Kuala Lumpur, Malaysia. *[email protected] The knowledge and comprehension of the significant role of circulating tumour cells (CTCs) in cancer progression remain limited among the public and cancer patients. To bridge this knowledge gap, “CTComics” is created specifically to educate and enlighten the public about cancer and the significance of CTCs in a simple and captivating manner. Traditional methods of disseminating medical information often rely on complex scientific terms, making it challenging for the public to comprehend intricate concepts like CTCs. Through visually appealing artwork and simplified narratives, “CTComics” endeavours to instil a deeper understanding of CTCs and their pivotal role in the progression of cancer. We hope by using relatable scenarios and characters, the significance of early detection, targeted therapies, and their impact on cancer outcomes, could be conveyed effectively to all layers of society. Moreover, we envision “CTComics” as a key tool for science education among younger audiences, serving as a valuable educational tool for schools, scientific centres, and educational programs, sparking curiosity and interest in molecular biology and cancer research. By presenting complex ideas in a visually appealing and entertaining manner, we aim to inspire the next generation of scientists and healthcare professionals. Through CTComics, our mission is to make a meaningful impact on public health by promoting early detection, personalised therapies, and fostering a community of informed and engaged individuals passionate about cancer research and its potential to improve lives. Join us in this journey to empower and enlighten, as we strive for a world where knowledge becomes a powerful tool in the fight against cancer. 159 Beyond The Blackboard: Augmented Reality Transforming Maths Education Che Nuru Saniyyati Che Mohamad, Noorhelyna Razali* & Haliza Othman Department of Engineering Education, Faculty of Engineering and Built Environment, Universiti Kebangsaan Malaysia *[email protected] Augmented reality (AR), as a powerful educational tool, seamlessly blends virtual elements with the real-world environment, providing an immersive and interactive learning experience that goes beyond the constraints of a traditional blackboard. Through a thorough review of existing literature lead to the innovation of an innovation that highlights the benefits and challenges of integrating AR in maths classrooms. The advantages encompass increased student engagement, improved
Prosiding kNovasi 2023 233 retention of mathematical concepts, and enhanced problem-solving skills. Moreover, the incorporation of AR-based educational applications enhances accessibility and inclusivity, catering to diverse learning styles and needs. This innovative AR model delves into the transformative impact of augmented reality (AR) on mathematics education, presenting a comprehensive analysis of how AR technologies have revolutionised traditional teaching methods. In conclusion, this innovation asserts that augmented reality is a groundbreaking innovation that has the potential to redefine maths education, providing students with an enriched learning experience that bridges the gap between abstract concepts and real-world applications. By embracing AR technologies, educators can empower learners to develop a deeper understanding of mathematical principles, promoting a more competent and confident generation of problem solvers ready to navigate the complexities of a rapidly evolving technological landscape. 160 Using Generative AI to Enhance Chess Learning Fazida Hanim Hashim*, Aqilah Baseri Huddin, & Nor Fadzilah Abdullah UNiversiti Kebangsaan Malaysia *[email protected] Generative AI is a type of artificial intelligence that can produce realistic outputs including text, image, and audio, based on the patterns and information in the pre-trained data and models. These models which are available for customization for specific usages such as the OpenAI API models, receive natural language inputs as prompts from users to generate coherent and relevant responses. There are several types of Generative AI models available, including GPT, which can understand and generate natural language or code, DALL-E, which can edit and generate images, and Whisper, which can convert audio to text. In this work, a customised AI chatbot that invokes a pre-trained AI model is built to aid a chess learner in evaluating and improving his chess skills. The AI chatbot is built using Python and OpenAI’s gpt-3.5-turbo, and trained using new data, including chess tutorials, chess strategies, chess puzzles, and chess game movements. Additionally, the chatbot will analyse the user's own chess playing history to provide personalised feedback on their weaknesses and offer pointers to improve their tactics or strategy. The chatbot's ability to analyse past history games and offer personalised feedback makes it a valuable tool for aiding selfevaluation and improving one's chess performance.
Prosiding kNovasi 2023 234 161 Cartastat: Alat Bantu Pengajaran Biostatistik Asas Ismarulyusda binti Ishak* & Wan Nor Atikah binti Che Wan Mohd Rozali Program Sains Bioperubatan, Fakulti Sains Kesihatan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Jalan Raja Muda Abd Aziz 50300 Kuala Lumpur *[email protected] Pengajaran dan pembelajaran (PDP) kursus Biostatistik Asas melibatkan pelbagai jenis kaedah pengajaran bertujuan meningkatkan keterlibatan pelajar dan menggalakkan pembelajaran aktif pelajar. CartaStat adalah alat bantu pengajaran yang dicipta bagi membantu memudahkan pemilihan ujian statistik berdasarkan jenis data dan ujian yang digunakan. Penggunaan alat bantu pengajaran ini boleh digunapakai semasa sesi tutorial atau sesi Pembelajaran berdasarkan Kes. Kajian rintis telah dijalankan secara bersemuka dalam kalangan pelajar Perubatan Kecemasan, Fakulti Perubatan UKM pada semester 2 sesi 2022/2023. Penilaian keberkesanan CartaStat ini diperolehi menggunakan soal selidik atas talian. Majoriti pelajar menyatakan penggunaan CartaStat menyeronokkan, menarik dan kreatif. Majoriti pelajar bersetuju alat pengajaran membantu mereka memahami konsep yang diajar, menyajikan informasi yang jelas dan berstruktur, serta sesuai bagi tujuan pengajaran biostatistik dan ia menggunakan kombinasi media yang sesuai. Justeru itu, dengan kaedah yang diperkenalkan, pelajar didapati berjaya menjawab soalan ujian mini dengan cemerlang berbanding sesi 2021/2022 yang tidak menggunakan sebarang alat bantu pengajaran. Modul Biostatistik di FSK telah memperoleh beberapa pengiktirafan di knovasi bagi kaedah PDP yang dilaksanakan, antaranya pingat Emas bagi inovasi bertajuk Biostat4all© 2019 dan Detektif Statistik 2021, pingat Perak bagi inovasi bertajuk Explorstat 2.0 © 2019 dan pingat gangsa pada tahun 2020. 162 Simulasi di dalam Pengajaran Komunikasi Politik: Kaedah dan Impak Terhadap Pengetahuan Demokrasi Deliberatif dalam Kalangan Pelajar Antarabangsa Ammar Redza bin Ahmad Rizal Pusat Kajian Media dan Komunikasi, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia [email protected] Demokrasi deliberatif atau “Deliberative Communication” adalah salah satu cabang di dalam pembelajaran berkenaan demokrasi. Ia merupakan gabungan teori di dalam bidang komunikasi dan juga teori demokrasi. Pembelajaran berkenaan konsep berkenaan adalah sesuatu yang mencabar terutama dalam kalangan pelajar yang kurang pengetahuan dan pengalaman berkaitan aplikasi dan falsafah demokrasi. Penggunaan kaedah simulasi merupakan aktiviti penting di dalam menjana pengalaman bermakna untuk membantu proses pembelajaran pelajar. Pelajar antarabangsa terutama yang berasal dari negara yang tidak mengamalkan sistem demokrasi di
Prosiding kNovasi 2023 235 dalam politik mereka mempunyai kesukaran untuk memahami intipati dan pelaksanaan sistem tersebut. Kaedah pengajaran dan pembelajaran konvensional tidak mampu memberikan penyerapan bermakna kerana pelajar tidak mempunyai gambaran penuh berkenaan aspek berkenaan. Justeru, kajian dan kaedah ini dilaksanakan untuk menilai sejauh mana keberkesanan simulasi ini dalam membantu para pelajar antarabangsa ini memahami konsep demokrasi deliberatif. Kajian ini menggunakan konsep Kitaran Pendidikan Berasaskan Simulasi (PBS) untuk membentuk objektif dan seterusnya menilai keberkesanannya. Seramai 25 pelajar antarabangsa daripada China terlibat. Mereka diminta menjawab borang soal selidik sebelum intervensi dilaksanakan (pre-test). Seterusnya mereka diberikan taklimat dan persediaan sebelum pelaksanaan simulasi dilaksanakan. Para pelajar diberikan peranan dan tajuk hipotetikal. Mereka kemudiannya dibahagikan secara rawak sebagai pemegang taruh yang berkaitan. Pelajar diberi masa untuk melakukan persediaan melakukan penyelidikan berdasarkan peranan mereka. Satu sesi perbincangan deliberatif telah diadakan dan mereka diminta untuk berbahas dan membincangkan tajuk yang telah diberikan. Kemudian mereka diminta untuk menyenarai dan mengundi resolusi sebagai dapatan utama di dalam perbincangan deliberative berkenaan. Pelajar kemudiannya akan menjalani refleksi bersama pengajar setelah selesai aktiviti simulasi. Mereka juga diminta menjawab ujian “post-test”. Ujian analisis T (paired sample T-test) dilaksanakan dan didapati terdapat perbezaan signifikan dalam kalangan pelajar sebelum simulasi dan selepas simulasi bagi pemahaman, penerimaan dan kompetensi konsep deliberatif demokrasi. Ujian kesan saiz Cohen juga menunjukkan kesan saiz yang sederhana ke besar bagi konstruk-konstruk yang diuji. 163 LECTROPACT Muhammad Faiz Luqman bin Zamani, Nur Alya Ayuni binti Mohd Yusri, Mohamad Hazim bin Mohd Radzi, & Muhammad Afif Ikhwan bin Zulhairiel MRSM Pasir Salak [email protected] Electricity is a fundamental force that plays a vital role in our modern world. The discovery and understanding of electricity have revolutionised the way we live, work, communicate, and power society. The main problem surfacing the tremendous growth is electricity over-consumption.The impacts are related to environmental impacts such as greenhouse gas emissions, thermal pollution, and solid waste disposal. It's seemingly like it’ll never suffer our Earth, but John Wooden once said "It's the little details that are vital.” How can we lend a hand to save our Earth from uncivilised actions? Usually, we will search for ‘How to become a smarter electricity user?’ However, we thought, “How about we create a platform that teaches everyone how to be a smart and efficient electric user?”.Thus, we’ve created ‘Lectropact’, an app that focuses on teaching the smart way of using electricity to the users. With the idea of combining multiple refreshing features, we finally idealise our vision: “To create a happier and healthier environment without damaging or interrupting it while keeping the Earth safer and long-lasting.” Through this app, we hoped to create a better environment and lessen electricity usage for the sake of ensuring a secure and safe neighbourhood.
Prosiding kNovasi 2023 236 164 Continuous Learning Opportunity: Implementation of a Nonpunitive Standard Operating Procedure For Patient Adverse Events Mohammad Shukri Khoo, Loh C-Khai1 , Doris Lau Sie Chong1 , Iyliahanis Sa’ari2 , Che Tom Sabri3 , Mohamad Nazeri Ahmad4 , Ong Aik Liang5 , & Hamidah Alias1 * 1Department of Paediatrics, Faculty of Medicine, UKM Specialist Children’s Hospital (HPKK), 2Quality Unit, UKM Specialist Children’s Hospital (HPKK), 3 Information Technology Unit, UKM Specialist Children’s Hospital (HPKK), 4Nursing Department, UKM Specialist Children’s Hospital (HPKK), 5Pharmacy Department, UKM Specialist Children’s Hospital (HPKK) The National University of Malaysia, Malaysia *[email protected] Patient safety is of paramount importance and therefore necessitates a proactive and comprehensive approach when there is a patient adverse event (AE). Adverse events encompass a wide range of occurrences, including medication errors and other related incidents. However, the current system lacks a standardised operating procedure (SOP) for properly dealing with such incidents. This inadequate response does not address the root causes, therefore, to bridge this gap, we propose the implementation of a non-punitive SOP for patient AE by establishing a more structured framework entailing a comprehensive revamping of the current reporting system and the formation of a specialised committee to attend AE reports. Upon the occurrence of an AE, the committee will be convened to facilitate a discussion. This discourse aims to identify the contributing factors, evaluate the circumstances, and develop actionable strategies to mitigate future occurrences. The emphasis is merely on learning from the events rather than assigning blame. This enables the identification of vulnerabilities in the system and areas for improvement, thus directly improves patient safety. The non-punitive actions may include additional training, system amendments, or the implementation of additional preventive measures. These are intended to foster a culture of continuous learning and improvement within our organisation. 165 Pengajaran Dan Pembelajaran Berasaskan Muzium Bagi Kursus Undang-undang Kemanusiaan Antarabangsa Muhamad Sayuti Hassan*, Ahmad Amirul Fawwaz Mohamad Khairi, & Chuah Cee Wei Fakulti Undang-undang UKM *[email protected] Pengajaran dan pembelajaran Undang-undang Kemanusiaan Antarabangsa (UUKA) memerlukan suatu pendekatan dan kaedah yang kreatif bagi menyampaikan pengetahuan tentang undangundang peperangan dan undang-undang ketika berlakunya konflik bersenjata. Pembelajaran
Prosiding kNovasi 2023 237 berasaskan Muzium merupakan satu kaedah alternatif yang digunakan untuk memudahkan pengajaran dan pembelajaran UUKA agar lebih interaktif. Kaedah ini menyediakan persekitaran yang aktif dan berdaya saing untuk menumpukan pada kandungan dan mengukuhkan serta menerapkan pembelajaran secara berkesan. Oleh yang demikian, pensyarah telah melaksanakan Pembelajaran berasaskan Muzium bagi kursus UUKA iaitu satu pendekatan pembelajaran di luar bilik darjah melalui sesi lawatan ke Muzium Perang yang terletak di Pulau Pinang. Lawatan ke Muzium ini bukan lawatan semata-mata, sebaliknya pelajar dikehendaki untuk menghayati dan meneliti aspek yang berkaitan UUKA yang terdapat di sekitar Muzium Perang tersebut. Selepas lawatan tersebut, pelajar diminta untuk menyediakan laporan khusus berhubung penghayatan dan penelitian aspek UUKA yang mereka perolehi sepanjang lawatan tersebut. Pendekatan ini merupakan sebuah kaedah yang inovatif dan terkini kerana sesuai diaplikasi dalam pengajaran dan pembelajaran bagi membantu pelajar memahami kandungan UUKA secara lebih praktikal berdasarkan pengalaman-pengalaman peperangan yang berlaku di tanah air. Selain itu, Pembelajaran berasaskan Muzium ini juga membantu menarik minat pelajar untuk mempelajari kursus UUKA dan seterusnya dapat mempromosi kursus ini kepada pihak yang lain. Tambahan pula, objektif kaedah ini antara lain juga untuk membantu pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran UUKA dengan lebih berkesan serta dapat memberi kefahaman kepada pelajar dengan cepat dan lebih mudah. Implikasinya, Pembelajaran berasaskan Muzium bagi kursus UUKA ini boleh dijadikan kaedah pengajaran alternatif kepada pensyarah kerana berupaya untuk menerapkan cara pengajaran dan pembelajaran UUKA yang menyeronokkan dan menghayati nilai murni. Kesimpulannya, Pembelajaran berasaskan Muzium dapat membantu pelajar membina kemahiran komunikasi dan perhubungan antara pelajar kerana ia merupakan aktiviti berkumpulan. 166 Sistem Pengurusan Dan Penjanaan Markah Penilaian Berterusan (MARKS-ON-AIR) Muhammad Adam Haikal Bin Zaidi Sham & Masura Rahmat* Universiti Kebangsaan Malaysia *[email protected] Pada masa ini, penilaian di peringkat universiti terbahagi kepada dua, iaitu penilaian berterusan dan penilaian akhir. Penilaian berterusan merupakan penilaian yang dilakukan sepanjang semester seperti kuiz, tutorial, tugasan, dan makmal. Penilaian akhir pula adalah peratusan markah dalam peperiksaan akhir kursus tersebut. Markah penilaian berterusan perlulah diperiksa dari semasa ke semasa. Kebiasaannya, pemakluman markah penilaian berterusan kepada pelajar dilaksanakan pada minggu-minggu akhir semester tersebut. Hal ini membuatkan pelajar tidak cukup masa untuk mengulang kaji semula tajuk-tajuk yang mendapat skor yang rendah. Selain itu, pensyarah pula tidak mempunyai kaedah pengurusan markah yang selaras. Hal ini menyebabkan tiada jaminan untuk setiap markah penilaian berterusan tersebut dikemaskini sepanjang semester, apatah lagi untuk terus dipaparkan kepada pelajar. Terdapat juga masalah seperti kursus melibatkan ramai tenaga pengajar. Oleh hal demikian, terdapat masalah yang timbul kerana perlunya kerjasama antara pengajar walaupun kaedah pengurusan markah tidak selaras. Hal ini akan melambatkan proses paparan markah penilaian berterusan kepada pelajar. Satu sistem pengurusan markah
Prosiding kNovasi 2023 238 penilaian berterusan dibangunkan untuk pensyarah dan pada masa yang sama menjadi platform paparan markah kepada pelajar dengan lebih cepat dan efisien. Fitur yang termasuk dalam sistem ini adalah perkhidmatan berkenaan urusan yang melibatkan markah penilaian berterusan untuk pihak pensyarah, penyelaras, dan pelajar. Cabaran semasa membangunkan sistem ini berjaya dikurangkan setelah fasa perancangan, analisis dan reka bentuk dilakukan dengan teliti kerana sistem yang dibangunkan ini adalah kompleks. Metodologi Agile yang digunakan untuk projek ini memudahkan proses perubahan dan penambahbaikan kepada projek yang dilaksanakan. Sekiranya terdapat sebarang permintaan daripada pengguna, penyesuaian kepada perubahan tersebut menjadi mudah. Bahasa pengaturcaraan yang digunakan dalam projek ini adalah PHP, JavaScript, SQL, HTML dan CSS. Perisian yang digunakan pula adalah Visual Studio Code, manakala alat pengurusan pangkalan data pula adalah phpMyAdmin. Melalui pembangunan projek ini, penjanaan markah penilaian berterusan kursus dapat dilaksanakan dengan lebih efisien. 167 Alternative Assessment Strategy for Gifted and Talented Students in STEM Siti Nur Ain Binti Sulaiman*, Muhammad Nurismadee Bin Abdul Manan Hawa Aqilah Binti Hamuzan, & Nurul Nisa Binti Nor Azman Pusat GENIUS@Pintar Negara, UKM *[email protected] Alternative assessment is any form of measuring students prior knowledge and are able to do other than traditional standardised tests. Alternative forms of assessment range from performance-based assessments, and other means of testing students such as open-ended essays, and project work that involves collaboration with peers. For gifted and talented students, traditional assessment does not embrace and enhance the students’ ability to master new scientific skills. At Kolej GENIUS@Pintar Negara, the college aspires to apply alternative assessments in STEM. The focus is on allowing students to practise, get feedback and refine their performance or products as opposed to just providing a correct answer. The alternative assessment strategy for the gifted and talented students has been modelled by considering their multiple intelligence which has shaped their learning styles. On the other hand, alternative assessment measures a student’s level of proficiency in a subject by allowing the student to demonstrate their knowledge and execute tasks in unique and innovative ways. The application of this strategy will allow students to better engage with course material, demonstrate their knowledge and skills and improve their performance.
Prosiding kNovasi 2023 239 168 Eksperimen Penukar Buck Menggunakan Litar Kawalan Ringkas yang Kos Efektif Yushaizad Yusof*, Radin Zaim, Afida Ayob, Muhammad Ammirrul Atiqi Mohd Zainuri & Mohd Firdaus Hafidzuddin JKEES, FKAB, UKM *[email protected] Hasil pembelajaran kursus (HPK) elektronik kuasa di JKEES, FKAB, UKM ialah pelajar berkebolehan untuk memahami sistem elektronik kuasa dan berkebolehan mengaplikasikan litar penukar kuasa. Kaedah pembelajaran berasaskan pembuktian dilaksanakan untuk mencapai HPK. Justeru itu, eksperimen diperkenalkan bagi mendedahkan pelajar kepada kemahiran amali operasi litar penukar kuasa. Eksperimen elektronik kuasa menggunakan peralatan yang mahal, penggunaannya perlu cermat dan selamat. Pembaikan peralatan ekperimen yang rosak memerlukan peruntukan besar dan memakan masa. Untuk mengatasinya, inovasi eksperimen penukar Buck yang ringkas dan kos efektif diperkenalkan. Litar kawalan menggabungkan penjana PWM, pemacu get dan input isyarat kawalan. Objektif eksperimen ialah mengkaji PWM, hubungan input-output dan kesan riak arus induktor serta voltan output. Maka, pelajar berpeluang mengoperasikan penukar Buck dengan kaedah yang ringkas dan mudah. Kesimpulannya, inovasi eksperimen penukar Buck yang ringkas dan kos efektif mampu mencapai matlamat HPK,selain berjaya mengasah kemahiran pelajar dalam pemasangan dan pengujian penukar Buck. 169 Driving Student Excellence: Leveraging Data Analytics and Microsoft Power BI for Academic Improvement Abdul Hadi Azman*, Wan Fathul Hakim Wan Zamri, Zambri Harun, Rizauddin Ramli, Mohd Faizal Mat Tahir, Meor Iqram Meor Ahmad, Muhamad Alias Md. Jedi & Mohd Anas Mohd Sabri Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan, Pusat Kecemerlangan Penyelidikan Pendidikan Kejuruteraan (P3K), Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina, Universiti Kebangsaan Malaysia *[email protected] Data analytics has become an indispensable tool across various industries, revolutionising fields such as economics, business, transportation, and manufacturing. In education, data analytics also offers large potential for driving students' academic excellence and curriculum advancements. This innovation proposes a framework for identifying trends, correlations, and early warning signs of struggling students through data analytics using Microsoft Power BI, paving the way for real-time data-driven decision-making in education. Based on databases such as students' lecture attendance, assignment submissions, UKMFolio logs, grades, students' backgrounds, co-curriculum involvements, and other databases, lecturers can gain valuable insights into the factors which
Prosiding kNovasi 2023 240 contribute to good grades and factors that cause problems. Lecturers can then tailor their teaching strategies and make necessary interventions to increase students' academic performance and help struggling students. By leveraging these tools, lecturers can give advice to students, facilitate continuous improvement, and help students to achieve better academic results. Moreover, the application of data analytics through Power BI also facilitates innovative curriculum improvement by analysing other databases such as alumni information, current industrial trends and needs, course outcome (CO) and program outcomes (PO) in iHPP as well as student surveys. In conclusion, embracing data analytics and Microsoft Power BI in education promises transformative benefits. This framework empowers lecturers with insights to enhance students' academic performance and inspire innovative curriculum advancements. 170 The Sambal Onyet Project: Experiencing Media Entrepreneurship through Immersive Learning Nurzihan binti Hassim* & Khairulwafi Mamat Universiti Kebangsaan Malaysia *[email protected] Blended learning technologies have created opportunities to diversify teaching and enrich learning experiences for Malaysian university students. At the Centre of Research in Media and Communication (MENTION) from the Faculty of Social Sciences and Humanities, the establishment of SKKC 2163 Media Entrepreneurship’s learning outcomes offered students immersive learning by integrating the physical classroom and digital engagement to introduce them to the basic principles of strategic planning, management, and implementation of business project. Among other things, it increased keenness of participation and media literacy among Gen -Z students to gauge the basic elements of media entrepreneurship such as organizational, entrepreneurship and leadership skills . The aforementioned immersive learning fostered social collaborative learning, problem-based learning and case studies which require them to utilize their cognitive, psychomotor and affective capabilities. By the end of the course, students were able translate creative ideas into concrete promotion plans and pitch them to the single client, Alsadiq Foods for their product, “Sambal Onyet”. The project encouraged the student groups to participate in the preliminary ideation pitches where the top ideas proceeded to execute their campaigns digitally in a collaborative learning environment. The pedagogy intends to fulfill the university's mission in creating industry-ready graduates and the expectations Gen-Z students to propel forward to twenty-first century learning.
Prosiding kNovasi 2023 241 171 ‘READY ME’ Kunci Didik Jururawat Terlatih Novice Maziah*, Azera Hasra Ismail, & Siti Zuhaida Hussein Universiti Kebangsaan Malaysia *[email protected] Ekspresi muka risau dan takut serta luahan rasa bimbang, tak yakin dan kurang cekap memulakan karier sebagai jururawat terlatih novis merupakan isu utama yang sering menghantui diri pelajar – pelajar tahun akhir pengajian program kejururawatan apabila diberi tugas melakukan pengurusan kejururawatan dalam kursus amalan klinikal di wad. Satu kajian kes dijalankan ke atas 30 orang pelajar – pelajar kejururawatan UKM tahun akhir untuk menentukan kebolehgunaan kaedah pengajaran ‘READY ME’ dalam mendidik pelajar supaya dapat bertugas di wad dengan baik. Kaedah ‘READY ME’ diperkenalkan dengan berasaskan teori Malcolm Knowles dan Carl Rogers melalui penggunaan padlet dan telegram secara aktif. Keputusan kajian mendapati 100% pelajar meningkat tahap kesediaan diri dan kesemua pelajar yakin, cekap dan seronok bertugas sebagai jururawat terlatih novice semasa menjalani penempatan klinikal. Pengajar Jururawat klinikal juga memberi maklumbalas positif serta pujian terhadap pencapaian pelajar yang didapati lebih cekap, yakin dan matang dalam menjalankan tugas sebagai jururawat terlatih novice setelah 5 minggu berada di wad. Kesimpulannya, kaedah ‘READY ME’ merupakan kaedah pengajaran yang boleh membantu seseorang lebih bersedia untuk berhadapan dengan sesuatu perkara atau tanggungjawab baru. Dicadangkan kaedah ini digunakan dalam Pendidikan dengan memetakan kaedah ‘READY ME’ sebagai garis panduan yang boleh membantu tenaga pengajar menyediakan keperluan pembelajaran pelajar dengan baik. 172 Break O Fast (Puasa) Fatin Dahlia Putri Binti Zolkefli, Wardahtul Najwa, Siti Nurhusna, Nur Azirah, Amal, Nur Fariha, & M.Khalid M.Nasir* Universiti Kebangsaan Malaysia *[email protected] Puasa merupakan topik yang penting dalam pendidikan Islam dan merupakan rukun Islam yang ketiga selepas solat. Puasa adalah salah satu ciri yang melambangkan seorang Muslim yang taat yang mengikuti perintah Allah Pencipta. Untuk mengajar topik ini dengan berkesan serta efektif, kaedah pembelajaran yang menarik dan interaktif adalah diperlukan. Oleh itu, kajian ini telah menghasilkan penyelesaian inovatif untuk mencipta video pembelajaran yang menyentuh topik puasa dengan menggunakan aplikasi pembuatan animasi dalam talian. Kaedah ini menggabungkan pelbagai bahan seperti video, lagu, dan gambar. Konsep video pembelajaran ini diilhamkan oleh animasi Omar dan Hana. Melalui inisiatif ini, murid boleh menonton video pembelajaran dan menjawab soalan-soalan yang diberikan untuk menjadikan proses pembelajaran lebih menyeronokkan dan berkesan.
Prosiding kNovasi 2023 242 173 Manfaat & Pengalaman Makmal bersama AR Chemistry Nurul Izzaty binti Hassan*3 , Lam Meng Chun1 , Nazatul Aini binti Abd Majid1 , Tan Siok Yee1 , Liew Sook Yee2 , Nadhratun Naiim binti Mobarak3 , & Harwati binti Hashim4 1Pusat Penyelidikan Teknologi Kecerdasan Buatan FTSM, UKM 2Divisyen Kimia, Pusat Asasi Sains Universiti Malaya 3 Jabatan Sains Kimia, FST UKM 4Pusat Kajian Inovasi Pembelajaran & Pengajaran, FPEND UKM *[email protected] AR Chemistry adalah projek yang melibatkan kerjasama dan kepakaran pelbagai pihak untuk membangunkan aplikasi yang membolehkan pengguna menjalankan eksperimen makmal dengan selamat tanpa perlu hadir secara fizikal di makmal. Seramai tiga pakar yang terdiri daripada pensyarah, pembantu makmal serta 32 pelajar program Kimia dari Fakulti Sains dan Teknologi mengambil bahagian dalam penilaian penggunaan. Para peserta menyelesaikan tiga tugasan iaitu Pre Lab, Lab dan Post Lab menggunakan aplikasi AR Chemistry. Selepas tugas telah diselesaikan, soal selidik yang berkaitan dengan Penerimaan Teknologi (Kepuasan) diberikan kepada peserta. Hasil pengujian daripada peserta menunjukkan catatan min yang tinggi pada faktor kebergunaan (4.81), kemudahgunaan (4.31), sikap (4.65), niat tingkah laku (4.65) dan kepuasan(4.19). Tiga orang pakar turut bersetuju bahawa aplikasi AR Chemistry memberikan faktor kebergunaan (4.01), kemudahgunaan (4.17), sikap (4.60), niat tingkah laku (4.42) dan kepuasan(4.00) yang tinggi. Secara keseluruhannya, kajian ini telah menyumbang kepada pengalaman pembelajaran imersif melalui aplikasi AR Chemistry yang dilengkapi dengan keupayaan teknik interaksi semula jadi bagi menjalankan eksperimen kimia dalam platform mudah alih. 174 Inovasi ‘ALAM RIA’ (Alam Kehidupan) Bathrisha Adeba, Puteri Nur Atiqah, Nur Anis Sabireen, Nur Ilyana Syuhada, Pelmie, Nur Farah Hani & M. Khalid M. Nasir* Universiti Kebangsaan Malaysia *[email protected] Pembelajaran Sains Awal di kalangan murid-murid prasekolah amat dititikberatkan dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang berpegang kepada Teras Kedua Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP). Penghasilan video interaktif ini adalah untuk memastikan satu pembelajaran di dalam kelas lebih berkesan, seronok, menarik dan interaktif. Oleh itu, Inovasi ‘Riang ria menyelami alam kehidupan’ telah dihasilkan untuk memenuhi standard kandungan dan pembelajaran yang disediakan oleh DSKP (Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran). Inovasi video ini telah digabungkan dengan gambar, audio dan lagu-lagu yang menarik berdasarkan corak perkembangan pembelajaran murid prasekolah. Idea pengisian ini berpandukan
Prosiding kNovasi 2023 243 daripada animasi “Didi and Friends” dan “Omar dan Hana” yang melibatkan aktiviti murid perlu menyanyi bersama-sama. Kesan inovasi ini memberangsangkan kerana didapati murid dapat memahami dan mengingati setiap pengetahuan tentang alam sekitar. 175 Model for Anterior Colporrhaphy Simulation (Mss POPCyst): An Innovation for Surgical Training Ixora Kamisan Atan*, Nurul Wahidah Wagimon, Siti Farhana Md. Pauzi & Rima Anggrena Dasrilsyah Faculty of Medicine, Universiti Kebangsaan Malaysia Medical Centre, Kuala Lumpur, Malaysia Faculty of Medicine & Health Sciences, Universiti Putra Malaysia, Serdang, Selangor, Malaysia *[email protected] Rapidly evolving surgical techniques and heightened medicolegal awareness may affect surgical training adversely, especially in subspecialties where resources may be limited. In a subspecialty such as urogynaecology where resources may be scarce, surgical training in operating theater may be through ‘education by random opportunity’. Trainees’ hands-on in pelvic floor reconstructive surgeries such as vaginal hysterectomy, anterior and posterior colporrhaphy, colposuspension and vault suspensions may be limited. Surgical simulation is a beneficial adjunct to overcome current challenges and complex anatomy responsible for the steep learning curve. Simulators for pelvic floor surgeries including an anterior colporrhaphy is not available currently.‘Mss POPCyst’ is a simulation model constructed for anterior colporrhaphy, a common surgical procedure in urogynaecology. It was constructed from easily assembled and widely accessible low-cost materials such as a plastic glass, a sock, water-filled balloon, cling film, glue, double-sided adhesive tape, a box and a cardboard platform for the simulator housing with a total cost of less than RM5.00. Relevant surgical anatomical landmarks such as the anterior vaginal wall, urethral meatus, bladder (cystocoele), vesicovaginal fascia and vagina were represented. Simulated anterior colporrhaphy had been performed using Mss POPCyst during surgical training workshops with encouraging feedbacks. Although the anterior colporrhaphy simulator may not substitute for surgical training on real-life patients nor cadavers, it offers an ideal training modality for novice surgeon-in-training prior to embarking into actual surgery on real-life patients. It is an acceptable, feasible and cost-effective surgical training simulator, ideal especially in resource-limited regions.