mencintai bukunya.
Setelah itu, Sayyid Sabiq terus menulis dan dalam waktu tertentu
mengeluarkan juz yang sama ukurannya dengan yang pertama sebagai
kelanjutan dari buku sebelumnya hingga akhirnya berhasil diterbitkan 14
juz. Kemudian dijilid menjadi 3 juz besar. Belaiu terus mengarang bukunya
itu hingga mencapai selama 20 tahun seperti yang dituturkan salah seorang
muridnya, Dr Yusuf al-Qardawi.
Banyak ulama yang memuji buku karangan beliau ini yang dinilai telah
memenuhi hajat perpustakaan Islam akan fiqih sunnah yang dikaitkan
dengan mazhab fiqih. Kerana itu, kebanyakan kalangan intelektual yang
belum memiliki komitmen pada mazhab tertentu atau fanatik terhadapnya
begitu minat untuk membacanya. Jadilah bukunya tersebut sebagai sumber
yang memudahkan mereka untuk merujuknya setiap mengalami kebuntuan
dalam beberapa permasalahan fiqih.
Buku itu kini sudah tersebar di seluruh pelosok dunia Islam dan dicetak
sebagian orang beberapa kali tanpa seizin pengarangnya. Tetapi, ada
kalanya sebahagian fanatik mazhab mengkritik buku Fiqih Sunnah dan
menilainya mengajak kepada ‘tidak bermazhab’ yang pada akhirnya menjadi
jambatan menuju ‘ketidak beragamaan.’
Sebahagian ulama menilai Sayyid Sabiq bukanlah termasuk penyeru kepada
‘tidak bermazhab sekali pun beliau sendiri tidak berkomitmen pada mazhab
tertentu. Alasannya, kerana beliau tidak pernah mencela mazhab-mazhab
fiqih yang ada dan tidak mengingkari keberadaanya.
Sementara sebahagian ulama yang lain, mengkritik buku tersebut dan
menilai Sayyid Sabiq sebagai orang yang terlalu bebas dan tidak
memberikan fiqih perbandingan sebagaimana mestinya di dalam
mendiskusikan dalil-dalil naqli dan aqli serta melakukan perbandingan
ilmiah di antaranya, lalu memilih mana yang lebih rajih (kuat) berdasarkan
ilmu.
Apa yang dinilai para penentangnya tersebut tidak pada tempatnya.
Sebenarnya buku yang dikarang Sayyid Sabiq itu harus dilihat dari sisi
untuk siapa ia menulis buku itu. Beliau tidak menulisnya untuk kalangan
para ulama tetapi untuk mayoritas kaum pelajar yang memerlukan buku
yang mudah dan praktis, baik dari sisi format ataupun isi.
Di antara ulama yang mengkritik buku tersebut adalah seorang ulama hadis
yang terkenal, Syeikh Muhammad Nasiruddin al-Albani yang kemudian
menulis buku ‘Tamaamul Minnah Bitta’liq ‘ala Fiqhissunnah”. Kitab ini
250
ibarat takhrij bagi hadis-hadis yang terdapat di dalam buku fiqih sunnah.
Mengajak Umat Bersatu dan Tidak Berpecah Belah
Sayyid Sabiq merupakan sosok yang selalu mengajak agar umat bersatu dan
merapatkan barisan. Beliau mengingatkan agar tidak berpecah belah yang
dapat menyebabkan umat menjadi lemah.
Beliau juga mengajak agar membentengi para pemudi dan pemuda Islam
dari upaya-upaya musuh Allah dengan membiasakan mereka beramal
islami, memiliki kepekaan, memahami segala permasalahan kehidupan
serta memahami al-Qur’an dan as-Sunnah. Hal ini agar mereka terhindar
dari perangkap musuh-musuh Islam.
Beliau juga pernah mengingatkan bahwa Israel adalah musuh bebuyutan
umat ini yang selalu memusuhi kita secara berkesinambungan. Beliau
pernah bertemu dengan salah seorang pengajar asal Palestin yang bercerita
kepada beliau, “Suatu kali saya pernah melihat seorang Yahudi sangat
serius duduk menghafal Kitabullah dan hadits-hadits Rasulullah. Lalu saya
tanyakan kepadanya, ‘Kenapa kamu melakukan ini.?’
Dia menjawab, “Agar kami dapat membantah kalian dengan argumentasi.
Kalian adalah orang-orang yang reaktif dan sangat sensitif, kerana itu kami
ingin mengendalikan lewat sensitifitas kalian itu. Jika kami berdebat
dengan kalian, kami akan menggunakan ayat-ayat dan hadits Nabi kalian.
Kami juga akan menyebutkan sebagian permisalan dalam bahasa Arab yang
mendukung permasalahan kami sehingga kalian bertekuk lutut terhadap
seruan kami dan mempercayai kebenarannya.”
Anugerah dan Pengiktirafan
Sepanjang hayatnya, Sayyid Sabiq banyak menerima anugerah dan
pengiktirafan atas ketokohan dan keilmuan beliau. Kemuncaknya, beliau
telah menerima Pingat Penghargaan Mesir yang dianugerahkan oleh
Presiden Republik Arab Mesir, Mohammad Husni Mubarak pada 5 Mac 1
988.
Manakala di peringkat antarabangsa pula, Sayyid Sabiq telah
dianugerahkan Jaaizah al-Malik Faisal al-Alamiah pada tahun 1994 dari
Kerajaan Arab Saudi dalam menghargai usaha-usahanya menyebarkan
dakwah Islam.
Wafatnya
251
Tiada kata-kata yang dapat menggambarkan kesedihan umat Islam apabila
seorang demi seorang ulama besar menyahut seruan Yang Esa. Bermula
dengan pemergian Syeikh Mutawalli Syarawi pada tahun 1998, dituruti
dengan kematian Syeikh Abdul Aziz Baz pada awal tahun 1999.
Selepas itu, Syeikh Al-Albani pada hujung tahun 1999. Bahkan ketika kita
sedang leka dengan millennium baru, kita dikejutkan dengan berita
pemergian Syeikh Abu al-Hasan Ali an-Nadawi.
Tanggal 28 Februari 2000, giliran Sayyid Sabiq pula pergi menyertai kafilah
solehin dan ulama amilin menyahut panggilan Ilahi.
Jenazah beliau sempurna disolatkan oleh beribu-ribu orang di Masjid Rabiah
al-Adawiyah, Madinah Nasr dengan diimami oleh Syeikh al-Azhar as-
Syarief, Dr. Muhammad Sayid Tantawi.
Turut mengikuti solat jenazah ialah as-Sayid Hani Wajdi yang mewakili
Presiden Republik Arab Mesir, Mufti Kerajaan Mesir, Dr. Nasr Farid Wasil,
Menteri Awqaf, Dr. Hamdi Zaqzuq, Presiden Parti Buruh, Ibrahim Syukri,
Ketua Jabhah Ulama al-Azhar dan anggota-anggotanya, Ketua Jam’iyah
Syarqiyyah, Dr. Fuad Mukhaimar. serta puluhan ulama dan pemimpin
masyarakat setempat yang tidak ketinggalan memberikan penghormatan
terakhir terhadap ulama besar umat ini.
Jenazah beliau kemudian dibawa ke tanah tempat kelahirannya di Markaz
Bajour, Maneofiah untuk disemadikan di sana.
252
Penutup
Kasturi Salaf dan Orang Soleh
Menyusuri perjalanan silam
menempuhi debu pasir
agar bisa membuka kitab sejarah.
Banyak lagi kitab sejarah belum dibuka
ramai lagi manusia belum mengetahui
kitab sejarah yang jarang ditemui.
Siapakah itu Ibnu Umar?
Siapakah itu Ibnu Mubarak?
Siapakah itu Sufyan at-Thauri?
Siapakah itu Sufyan Uyainah?
Siapakah itu Hasan al-Basri?
Siapakah itu Ibnu Sirin?
Itulah kitab sejarah belum dibuka
itulah kitab sejarah belum dikenali
itulah kitab sejarah jarang ditemui
itulah kitab sejarah para salaf dan orang soleh.
Marilah kita mengenali Imam Abu Hanifah
marilah kita mengenali Imam Malik
marilah kita mengenali Imam Syafie
marilah kita mengenali Imam Ahmad
marilah kita mengenali Imam Abu Daud
marilah kita mengenali Imam Nawawi
kita ikutilah jejak mereka
kita hayatilah biografi mereka
kita bacalah karya-karya mereka
kita akan menjadi umat terbaik.
Sungguh pada diri mereka
memiliki kasturi iman
memiliki haruman akhlak
memiliki aroma taqwa
yang akan menyebarkan wangian
bagi siapa yang hendak memakainya.
Muhammad Abdullah bin Suradi,
Sandakan,
16 Disember 2005.
253
Rujukan
1. Barisan Ulama Pembela Sunnah Nabawiyyah susunan Abu Aisyah Arif
Fathul Ulum, Media Tarbiyah, Indonesia, Januari 2006.
2. Biografi Imam Mazhab Empat karya Dr Ahmad Asy-Syurbasi, Pustaka
Aman Press Sdn Bhd, Malaysia, 1978.
3. Biografi Syaikh Al-Albani: Mujaddid dan Ahli Hadits Abad Ini susunan
Mubarak bin Mahfudh.Bamuallim Lc., Pustaka Imam Syafie, Indonesia,
April 2003.
4. Detik-Detik Sejarah Hidup Tuk Kenali oleh Abdullah al-Qari Haji Salleh,
Al-Hidayah Publishers, Malaysia, 2006.
5. Ensiklopedia Islam Untuk Pelajar, Era Visi dan Yadim, Malaysia.
6. Ensiklopedia Para Wali, jilid 1 susunan Ahmad Muhammad Abdul
Ghaffar, Darul Numan, Malaysia, 2001.
7. Ensiklopedia Para Wali, jilid 4 susunan Ahmad Muhammad Abdul
Ghaffar, Darul Numan, Malaysia, 2001.
8. Ensiklopedia Para Wali, jilid 6 susunan Ahmad Muhammad Abdul
Ghaffar, Darul Numan, Malaysia, 2001.
9. Ensiklopedia Para Wali, jilid 7 susunan Ahmad Muhammad Abdul
Ghaffar, Darul Numan, Malaysia, 2001.
10. Hadis Empat Puluh, Dewan Pustaka Fajar.
11. Haji dan Umrah Mengikut Sunnah Rasulullah S.A.W. karya Syeikh Al-
Albani, Perniagaan Jahabersa, Malaysia, 2001.
12. Hamka Pujangga Islam, Kebanggaan Rumpun Melayu: Menatap Peribadi
dan Martabatnya oleh H. Rusydi Hamka, Pustaka Dini Sdn Bhd, Malaysia,
2002.
13. Himpunan Mutiara Kata Para Bijaksana Untuk Muhasabah Diri
susunan Muhammad Baihaqi, Jasmin Enterprise, Malaysia, 2000.
14. Imam al-Ghazali, Pendidikan Berkesan oleh Abdul Salam Yussof, Utusan
Publications & Distributors Sdn Bhd, Malaysia, 2003.
15. Junaid al-Baghdadi susunan Abidin Syakirin Ibn Rawi, Perniagaan
Jahabersa, Malaysia, 2004.
16. Kertas kerja Seminar Di Ambang Keruntuhan Uthmaniyyah: Pengajaran
Buat Ummah oleh Ustaz Hasrizal Abdul Jamil, 4 Februari 2006.
17. Kertas kerja Wacana Tuk Kenali oleh Abdullah al-Qari Haji Salleh, 19
Mei 2001.
18. La Tahzan (Jangan Bersedih) karya Dr Aidh Abdullah al-Qarni, Al-
Hidayah Publishers, Malaysia, 2008.
19. Majalah Al-Islam, bulan April 2007.
20. Majalah Al-Islam, bulan Februari 2008.
21. Majalah Al-Islam, bulan Januari 2005.
22. Majalah Al-Islam, bulan Oktober 2005
23. Mengenali Tokoh-Tokoh Islam, PKPIM, Malaysia, Julai 1989.
254
24. Menyingkap Rahsia Kejayaan karya Dr Aidh al-Qarni, Perniagaan
Jahabersa, Malayia, 2006.
25. Mukhtasar Kitab Al-Albani, Muhammad bin Ibrahim As-Syaibani,
Kuwait, 1998.
26. Nasihat-Nasihat (Malfuzat) karya Syeikh Abdul Qadir al-Jailani,
Masterpiece Publication Sdn Bhd, Malaysia, 2006.
27 .Perjalanan Ulama Menuntut Ilmu, Abu Anas Majid al-Bankani, Darul
Falah, Indonesia, 2006.
28. Perjuangan Al-Ghazali, Menegakkan Kebenaran & Menghapuskan
Kebatilan karya Salih Ahmad al-Syami, Perniagaan Jahabersa, Malaysia,
2001.
29. Persoalan Berkaitan Pengurusan Jenazah karya Syeikh Al-Albani, 20.
Perniagaan Jahabersa, Malaysia, 2002.
30. Said Nursi, Pemikir & Sufi Besar Abad 20 susunan Ihsan Kasim Salih,
Murai Kencana, Indonesia, 2003.
31. Silsilah Madrasah Du’at karya Abdullah Nasih Ulwan
33. Silsilah Ulama Hadis karya Ali Yusuf Ali, Pustaka Antara, 1989.
34. Syeikh Abdul Qadir al-Jailani susunan Abidin Syakirin Ibn Rawi,
Perniagaan Jahabersa, Malaysia, 2004.
35. Ringkasan Riwayat 11 Tokoh-Tokoh Sufi susunan Hamizan Hussin,
Bismi Publishers, Malaysia, 1993.
36. Tokoh-Tokoh Agama Dan Kemerdekaan Di Alam Melayu susunan
Tajuddin Saman, Yadim, Malaysia, 2005.
37. Tokoh-Tokoh Islam Dulu dan Sekarang susunan Luqman Hakim, Bismi
Publishers, 1992.
38. Abdullah Ahmad Badawi, Mencari Damai Abadi oleh S. Hashim Ahmad,
Juz Art, 2004.
39. Ulama Terengganu, Suatu Sorotan suntingan Muhammad Abu Bakar,
terbitan Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd, Malaysia, 1991.
40. Utusan Malaysia, ruangan Ulama Nusantara, tulisan Wan Mohd Shaghir
Abdullah, 2 Oktober 2006.
41. Utusan Malaysia, ruangan Ulama Nusantara, tulisan Wan Mohd Shaghir
Abdullah, 2007.
42. www.tamanulama.blogspot.com
255