Darus-Salam masih sama sama dengan ketika Haji Sulong berangkat ke
Makkah dulu, iaitu berada dalam tekanan Kerajaan Siam, malah lebih teruk
lagi kerana Kerajaan Pagoda itu sdah ikut campur masalah dalaman Patani
dan negeri-negeri di uatara semenanjung lainnya.
Di samping itu, Siam juga berusaha memasukkan negeri-negeri jirannya di
semenanjung menjadi sebahagian dari wilayahnya. Tindakan tersebut telah
dibantah oleh Sultan Abdul Kadir Kamaruddin yang memerintah Patani.
Sebagai akibatnya, Sultan Abdul Kadir telah dibuang negeri oleh pengausa
Sia, dan haknya sebagai Sultan dilucutkan.
Dari semasa ke semasa, kerajaan Siam terus meningkatkan kebencian dan
tekanannya ke ataa umat Islam di Patani. Banyak pemimpin masyarakat
dan agama seperti Haji Sulong yang diawasi oleh pihak Siam. Apa yang
boleh dilakukan oleh ulama ssperti Haji Sulong diperingkat permulaan
adalah menyedarkan masyarakat dan generasi muda akan haknya melalui
pengajaran Islam.
Haji Sulong telah mendirikan Madrasah Al-Maarif Al-Wataniah di Patani.
Beliau telah memperkenalkan sukatan pelajaran dan sistem kelas di
madrasah itu. Walau bagaimanpun, tiga tahun berikutnya, kerajaan Siam
telah memerintahkan madrasah itu ditutup.
Haji Sulong tidak patah semangat, kerana menyiarkan agama Islam adalah
wajib dan tidak terbatas di bangku sekolah yang memakai sukatan pelajaran
saja. Selanjutnya beliau menukar teknik mengajar di madrasahnya. Sejak
itu beliau lebih banyak membacakan kitab-kitab agama iaitu kitab-kitab
ulama zaman dahulu kepada para pelajarnya. Kuliahnya yang tidak lagi
berbentuk sekolah pondok sepenuh masa tetapi hanya bimbingan mingguan,
Maghrib dan Isyak telah mendapat sambutan penduduk tempatan. Haji
Sulong Al-Fatani sangat arif mengenai usuluddin dan tafsir. Bidang itulah
yang menjadi tumpuan pengajarannya hingga meletus Perang Dunia Kedua.
Pernah dikatakan, Haji Sulong Al-Fatani pernah mengajar agama di
Kemboja dan pernah diburu pemjajah Perancis kerana kegiatan itu.
Bagaimanapun beliau diselamatkan oleh orang Cham di selatan Vietnam.
Apabila rampasan kuasa berlaku di Negeri Thai pada tahun 1932, corak
pemerintahan beraja bertukar kepada rejim berperlembagaan. Perubahan
itu benar-benar menekan masyarakat Melayu Islam di selatan Siam. Ini
kerana apabila Phibul Songgram berkuasa pada tahun 1938, beliau
melaksanakan dasar kebudayaan ’mensiamkan’ semua rakyat bagi matlamat
kebangsaannya.
150
Undang-undang yang memaksa rakyat memakai pakaian cara Barat iaitu
berseluar dan bertopi bagi lelaki serta bergaun dan berbaju pendek bagi
wanita, termasuk orang-orang Islam di Patani. Siam juga telah
mengharamkan penggunaan bahasa Melayu di pejabat-pejabat kerajaan.
Pelbagai tekanan dan ancaman itu telah menyebabkan pimpinan
masyarakat Islam seperti Haji Sulong Al-Fatani menubuhkan Badan Hukum
Syariah bagi melindungi hak dan kepentingan agama. Apabila meletus
Perang Dunia Kedua, Phibul Songgram telah mengubah lagi dasar, iaitu
tidak lagi mengamalkan dasar berkecuali. Beliau telah memihak kepada
Jepun dengan membenarkan tentera asing itu melalui Negeri Thai untuk
menyerang Burma dan Tanah Melayu.
Pada tahun 1944, Phibul Songgram telah memansuhkan jawatan kadi,
membubarkan undang-undang keluarga Islam, memansuhkan sistem
pembangunan waris cara Islam lalu menggantikannya dengan undang-
undang sivil. Tindakan Siam tersebut telah melampau batas hak asasi
manusia. Untuk itulah Haji Sulong dan para pemimpin Islam lainnya telah
mengadakan pertemuan untuk membincangkan masalah yang semakin
menekan tersebut..
Mulai tahun 1947, perjuangan masyarakat Islam Patani bertambah
memuncak hingga tahun 1954. Selama tujuh tahun itu, Haji Sulong Al-
Fatani terus mempertahankan agama dan bangsa sebagai Yang Dipertua
Majlis Agama Islam Patani (MAIP).
Hasil pertemuan pemimpin Islam setempat di Patani, Haji Sulong Al-Fatani
mengemukakan memorandum ’Tuntutan Tujuh Perkara’ kepada kerajaan
Negeri Thai pada tahun 1947. Memorandum itu mengandungi permintaan
untuk mengadakan:
- Seorang ketua beragama Islam bagi empat buah wilayah yang dipilih oleh
anak negeri dengan diberikan kepadanya kuasa penuh.
- Mengadakan pelajaran Bahasa Melayu pada setiap sekolah bagi kanak-
kanak berumur tujuh tahun sebelum mereka belajar bahasa Siam atau mata
pelajaran lain dalam bahasa Siam.
- Hasil yang diperoleh dari empat wilayah itu hendaklah dibelanjakan di
wialyah itu sahaja.
- 80% daripada kakitangan kerajaan mestilah terdiri daripada orang Islam.
- Bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa rasmi.
- Mengasingkan Mahkamah Syariah daripada pejabat undang-undang negeri
serta mengadakan undang-undang khas untuk memutuskan pendakwaan
yang bersabit dengan hukum Islam.
- Mengiktiraf rakyat di empat buah wilayah itu berketurunan bangsa
Melayu.
151
Kesan perjuangan itu, Haji Sulong Al-Fatani akhirnya ditangkap oleh
pemerintah pada 16 Januari 1948 kerana dituduh ’menderhaka kepada
negara’. Polis telah menemui salinan surat bukti dialamatkan kepada
Tengku Mahmud Mahyiddin, iaitu pemimpin masyarakat Islam di rumah
Haji Sulong Al-Fatani. Dua hari berikutnya, empat lagi rakannya telah
ditangkap. Mereka ialah Wan Uthman Ahmad, Haji Wan Husain Wan Din,
Ahmad (anak Haji Sulong) dan Che Ishak Abbas. Haji Sulong Al-Fatani
dipenjarakan selama tiga tahun dua bulan selepas dibicarakan di Nakhon Si
Thammarat (Ligor).
Sewaktu menunggu perintah hukuman di Ligor, Haji Sulong Al-Fatani
menulis buku Gugusan Cahaya Keselamatan. Kemudian dimasukkan ke
penjara Bang Kuang di Bangkok. Dalam penjara beliau menghasilkan empat
buah kitab agama dan sebuah buku riwayat hidupnya, tetapi kesemua buku
itu hilang entah ke mana.
Ekoran dari penangkapan para pejuang tersebut, rakyat di beberapa wilayah
telah memberontak dan menuntut agar para pemimpinnya dibebaskan. Haji
Sulong terus berada dalam tahanan dan baru dibebaskan empat tahun
kemudian yakni pada 1954.
Rupanya pembebasan Haji Sulong dan pejuang lainnya hanyalah merupakan
helah Siam untuk meredakan kemarahan rakyat saja. Di sebalik itu ada
rancangan yang lebih jahat, tapi dengan cara halus. Ini terbukti apabila
tidak sampai dua tahun kemudian Haji Sulong dan tiga lain rakannya
(termasuk seorang anaknya sendiri) telah dipanggil secara terhormat untuk
menjumpai ketua polis penyiasat Siam dalam suatu pertemuan tertutup.
Akan tetapi sejak pertemuan tertutup tersebut, beliau bersama rakan-
rakannya tidak ada pulang lagi ke pangkuan keluarganya. Kehilangannya
sangat misteri dan pihak Siam pun mendiamkan diri. Maklumat yang
diterima oleh kaum keluarganya dan rakyat Patani menyebutkan bahawa
Haji Sulong dan rakan-rakannya telah dibunuh secara rahsia dan
jenazahnya dibuang ke Laut Senggora berhampiran Pulau Tikus pada
malam Sabtu, 13 Ogos 1954. Beliau telah wafat dalam perjuangan di jalan
Allah.
Pengorbanan Haji Sulong Al-Fatani iaitu penulis kitab Kashf Al-Litham
tetap bersemadi dalam lipatan sejarah perjuangan umat Islam Patani.
152
24
Sheikh Abdullah Fahim, Penentu Tarikh Kemerdekaan
Negara
Sheikh Abdullah Fahim dilahirkan pada tahun 1870 di Makkah, Arab Saudi
di satu tempat yang tidak jauh dari Masjidil Haram yang bernama Shuib Ali.
Bagaimanapun ada juga pihak lain yang mengatakan ulama terkenal ini
dilahirkan di Kampung Kubur Panjang, kira-kira 32 kilometer dari Alor
Setar, Kedah.
Sheikh Abdullah Fahim adalah anak kedua daripada empat orang adik-
beradik. Bapanya Sheikh Ibrahim bin Haji Tahir bermastautin di kota
Makkah dan menjadi guru agama di Masjidil Haram dalam bidang pengajian
al-Quran. Semasa hayatnya, Sheikh Ibrahim Tahir juga pernah dilantik
sebagai ahli lembaga pengelola Masjidil Haram selama tujuh tahun. Kedua
beranak ini dikenali oleh masyarakat Makkah sebagai keturunan Jawa dan
Patani.
Sheikh Abdullah Fahim pernah menuntut dengan 45 orang guru agama
terkenal dan mendapat kelulusan dalam lebih 15 bidang ilmu Islam.
Kemahiran utama datuk kepada Perdana Menteri Malaysia kelima ini
adalah dalam bidang ilmu Falak dan Kesusasteraan Arab. Sewaktu berada
di Makkah, beliau mengambil kesempatan mempelajari ilmu politik Islam.
Kesedaran beliau untuk mempelajari selok-belok ilmu politik Islam ini jelas
menunjukkan bahawa beliau adalah seorang ulama yang cintakan ilmu
pengetahuan yang seimbang antara dunia dan akhirat. Di samping itu, ia
juga membuktikan betapa Sheikh Abdullah Fahim seorang ulama yang
memiliki pemikiran terbuka serta tidak terkongkong sifatnya.
Semasa tinggal di Makkah, Abdullah Fahim mendirikan rumah tangga
dengan Hajjah Wan Habsah Haji Abdullah. Mereka dikurniakan dua orang
153
anak lelaki iaitu Ghazali dan Ahmad Badawi. Ghazali dan ibunya, Wan
Habsah meninggal dunia di Makkah.
Dalam bidang agama, Abdullah Fahim mengajar ilmu usuluddin, falak,
tafsir al-Quran dan Hadis di Masjidil Haram. Pelajarnya terdiri daripada
pelbagai bangsa termasuk yang berasal dari Tanah Melayu, Sabah, Sarawak,
Brunei, Sumatera, Jawa, Pattani, Filipina, India dan China. Disebabkan oleh
kemasyhurannya, apabila pulang ke Tanah Melayu pada 1921, Abdullah
Fahim sering diundang untuk menyampaikan ceramah atau memberi
pendapat pada seminar dan forum mengenai Islam. Ketinggian ilmu agama
yang beliau miliki turut diakui oleh ulama terkenal Indonesia, Profesor Dr.
Hamka.
Sekembalinya beliau ke Tanah Melayu pada 1921, Abdullah Fahim tinggal di
kampung Limbong Kapal, Alor Setar, Kedah dan menjadi guru di Maahad
Mahmud yang ketika itu menggunakan sistem pendidikan secara pondok.
Pada peringkat awal kepulangan beliau ke tanah air, beliau terpaksa
menggilap semula kemahirannya berbahasa Melayu mkerana sudah sekian
lama tidak mengamalkan bahasa itu.
Selepas menetap di Kedah selama beberapa tahun, pada 1925, beliau
berpindah ke Kepala Batas, Seberang Prai, Pulau Pinang. Semasa mula-
mula tinggal di Kepala Batas, beliau mengajar agama di anjung rumahnya
dan di Masjid Kepala Batas. Apabila jumlah muridnya semakin bertambah,
ulama yang merupakan Mufti pertama Pulau Pinang ini mengasakan
penubuhan Madrasah Daeratul Maarif al-Wataniah di Kepala Batas yang
tenaga pengajarnya termasuklah anak beliau, Ahmad Badawi.
Selain terkenal sebagai pendidik agama, ulama dan pejuang politik Islam,
Sheikh Abdullah Fahim juga adalah penulis handalan yang banyak
karyanya tersiar dalam majalah dan akhbar di negara Arab pada 1920-an.
Selain itu, tulisannya dalam bahasa Melayu pula banyak diterbitkan di
Tanah Melayu dan Singapura.
Pendek kata, sepanjang hayatnya, Abdullah Fahim telah menggunakan
segala ilmu yang di kurniakan oleh Allah kepadanya untuk memberi
manfaat kepada umat Islam dari seluruh pelosok dunia. Jariah yang beliau
curahkan itu mengalir hingga ke hari ini apabila ramai muridnya menjadi
guru agama, mufti, kadi dan sebagainya yang mencurahkan khidmat bakti
demi kesejahteraan masyarakat di dunia dan akhirat.
Sifat Peribadi Abdullah Fahim
Dalam kehidupan sehariannya, Sheikh Abdullah Fahim adalah seorang yang
mudah sekali bergaul mesra dan amat disenangi oleh penduduk setempat
154
yang terdiri daripada masyarakat yang berbilang kaum. Pernah dikatakan
bahawa pekedai-pekedai di sekitar Pulau Pinang biasanya berasa amat
bertuah sekiranya Sheikh Abdullah Fahim masuk ke kedai mereka tetapi
akan berasa bimbang sekiranya barang di kedai mereka itu di katakannya
mahal, maka alamatnya jualan pekedai itu pada hari itu akan merosot.
Begitulah pula sebaliknya pekedai selalu berharap Sheikh Abdullah Fahim
akan masuk ke kedai mereka kerana kehadirannya menjadi petanda bahawa
jualan mereka pada hari itu akan laris.
Itulah antara keistimewaan yang dimiliki oleh Sheikh Abdullah Fahim yang
merupakan seorang wali yang amat dihormati oleh penduduk Pulau Pinag,
terutamanya di Seberang Prai dan Kepala Batas.
Ulama yang Tegas dan Pentingkan Perpaduan
Selain itu, Sheikh Abdullah Fahim adalah salah seorang daripada ulama
yang tegas dan sangat prihatin kepada perpecahan umat Islam. Beliau
memberikan nasihat kepada orang Melayu supaya jangan mengikut ajaran
Khawarij yang mencetuskan perbalahan di kalangan umat Islam apabila
mereka keluar dan berpisah daripada kepimpinan Saidina Ali r.a.. Beliau
juga pernah menunjukkan tingakan tegas dengan meninggalkan majlis yang
menyerang dan memperkecilkan orang melayu yang berpegang kepada
mazhab Syafie.
Beliau juga pernah merayu supaya orang melayu berpegang teguh dengan
semangat perpaduan ummah dan bersatu padu dalam kesatuan bangsanya.
Kesetiaan Abdullah Fahim dalam Politik
Walaupun Abdullah Fahim tidak begitu terkenal dalam arena politik tanah
air, tetapi beliau sebenarnya amat berjasa kepada negara, khususnya
kepada UMNO. Ini kerana, ketika sebilangan besar mereka yang dianggap
sebagai ulama meninggalkan parti itu untuk menyertai PAS, beliau dan
155
anaknya, Ahmad Badawi tetap setia menyokong UMNO dalam
perjuangannya membela nasib bangsa dan seluruh penduduk Tanah Melayu
mengira kaum dan agama.
Kesetiaan Abdullah Fahim terhadap perjuangan UMNO tidak dapat
dinafikan apabila beberapa hari selepas parti itu ditubuhkan pada Mei 1946,
Yang DiPertua Pertama parti itu, Onn bin Jaafar dating menemuinya dan
meminta beliau menjadi ahli UMNO pertama bagi kawasan Seberang Prai
Utara.
Sebaik sahaja Abdullah Fahim, menandatangani borang keahlian, Onn
menyematkan lencana UMNO pada kolar kot beliau. Lencana tersebut
dipakai oleh Abdullah Fahim hingga akhir hayatnya bagi membuktikan
betapa beliau amat menyayangi dan menghayati perjuangan parti itu.
Sumbangan Abdullah Fahim Yang Berharga (Penentu Tarikh
Kemerdekaan Negara)
Nama Sheikh Abdullah Fahim juga berkait rapat dengan kemerdekaan
Tanah Melayu kerana beliaulah tokoh yang diberi kepercayaan untuk
memilih tarikh yang dirasakan serasi untuk dikemukakan kepada
pentadbiran Inggeris.
Semasa beliau dikunjungi Tunku Abdul Rahman dan para pemimpin UMNO
lain untuk mendapatkan tarikh berkenaan, Abdullah Fahim mencadangkan
dua tarikh iaitu 31 Ogos 1957 dan 31 Ogos 1962. Pada pendapat beliau,
tarikh 31 Ogos 1957 paling sesuai memandangkan segala usaha dan
perjuangan rakyat Malaya sudah sampai kepada masanya untuk membuat
tuntutan dan sekiranya pihak British tidak bersetuju dengan tarikh itu,
maka satu lagi tarikh yang sesuai dan baik untuk Tanah Melayu mencapai
kemerdekaan ialah 31 Ogos 1962.
156
Apabila kedua-dua tarikh tersebut dibincangkan pada mesyuarat peringkat
tertinggi UMNO, Ketua pemuda UMNO, Saadon Haji Jubir menolak tarikh
alternatif 31 Ogos 1962 dan bertekad bahawa sekiranya British menolak
tarikh 31 Ogos 1957 sebagai tarikh kemerdekaan negara ini, pemuda UMNO
akan bertindak secara habis-habisan untuk menentangnya.
Walau bagaimanapun dengan nasihat Abdullah Fahim dan kebijaksanaan
Tunku, akhirnya seperti yang terakam dalam sejarah tanah air, Tanah
Melayu mencapai kemerdekaannya pada 31 Ogos 1957. Tarikh keramat ini
sebenarnya bukan dipilih dengan sesuka hati oleh Abdullah Fahim tetapi
melalui ilmu firasat yang beliau miliki. Tarikh inilah yang kini dirayakan
setiap tahun oleh seluruh rakyat Malaysia yang menghargai erti
kemerdekaan.
Mungkin juga tidak ramai yang mengetahui bahawa pada pertemuan untuk
membincangkan tarikh kemerdekaan Tanah Melayu itu, Abdullah Fahim
memberitahu Tunku bahawa selepas lima tahun Tanah Melayu mencapai
kemerdekaan, negara ini akan bertukar namanya. Ramalan yang dibuat
berdasarkan ilmu firasat yang beliau miliki itu ternyata benar apabila
dengan kehendak Allah jua, Tanah Melayu telah ditukar namanya kepada
Malaysia lima tahun selepas kemerdekaannya.
Walaupun ramai orang yang kagum dengan kelebihan yang dimiliki oleh
Sheikh Abdullah Fahim, tetapi bagi beliau dan ahli keluarganya, semua itu
adalah pemberian Allah kepada sesiapa jua yang dikehendakinya.
Sungguhpun Abdullah Fahim bukan pemimpin utama UMNO, tetapi buah
fikiran beliau sebagai orang tua dan ulama yang dihormati amat diperlukan
dalam menangani sesuatu isu besar yang dihadapi oleh rakyat dan negara.
Sebagai ulama, segala kata-kata dan buah fikirannya diyakini bebas
daripada sebarang kepentingan diri serta mendapat petunjuk dari Allah.
Sampainya Ajal Beliau
157
Akhirnya sampailah sudah kesudahan riwayat hidup seorang ulama dan
tokoh kemerdekaan yang terkenal dan tiada tandingannya. Sheikh Abdullah
Fahim menghembuskan nafas terakhir pada 28 April 1961 pada waktu pagi
iaitu pukul 8 di rumahnya di Kepala Batas. Ketika itu, usia beliau ialah 92
tahun. Jenazah beliau disemadikan di tanah perkuburan di perkarangan
Masjid Kepala Batas, Pulau Pinang.
Sheikh Abdullah Fahim meninggalkan seorang anak iaitu Ahmad Badawi
dan beberapa orang cucu, di antaranya ialah Perdana Menteri kita yang
dikasihi, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya. Amin.
158
25
Badi’uddin As-Sindi, Ulama Hadis Syria
Badi’uddin As-Sindi adalah seorang ulama hadis yang ternama dari Syria.
Beliau dilahirkan pada tahun 1267H/1850M di Syria.
Beliau suatu figur yang menonjol yang mempunyai ingatan yang jarang
ditemui di masa ini. Beliau dilaporkan telah menghafal keseluruhan hadis
Bukhari dan Muslim seperti juga empat buku lainnya dari Sunan dengan
sanad dari tiap hadis, begitu juga sejarah, tanggal kelahiran dan kematian
dari tiap perawi.
Apa lebih mengejutkan adalah ajarannya tentang matematik. Apa yang
membezakan dia dari ulama hadis lainnya dari abad ini adalah peranannya
di dalam mengumpulkan rakyat banyak untuk berjihad melawan Perancis
yang menduduki Syria. Beliau menulis lebih dari 40 buku, banyak anotasi
atas berbagai karya dan pendapat.
Syeikh Muhammad Bakhit berkata: "Jika beliau bersama dengan kami di
Mesir, murid-muridnya akan mengangkat beliau di atas bahu mereka."
Ulama hadis, Abdul Wasi al-Yamani berkata: "Saya ada terdengar ulama
dan ahli injil dalam banyak tempat, tetapi saya tidak pernah melihat
barangsiapa serupa dengan beliau tentang keahliannya dalam segala ilmu
pengetahuan."
Seorang ulama dari India berkata: "Dia penyelamat dari masa kami dan
mujaddid dari hayat kami."
159
Syeikhul Islam di Istanbul, Musa Kazim Afandi berkata: "Dia penyelamat
dari dunia orang Islam."
Sayyid Kabir al-Kitani al-Maghribi berkata: "Di sana tidak ada satu
bandingan dengan beliau sejak lima ratus tahun."
Beliau wafat pada tahun 1354H/1935M.
160
26
Badiuzzaman Said Nursi, Ulama, Pejuang dan Sufi Besar
Abad 20
Setelah enam ratus tahun bertapak sebagai sebuah kerajaan agung, sejarah
menyaksikan detik detik kemuncak kelemahan Kerajaan Uthmaniyah.
Sebenarnya detik yang berlaku disekitar awal abad ke 14 H itu, diancam
oleh pelbagai serangan dalaman dan luaran secara terancang.
Detik tanggal tahun 1924, merupakan sejarah hitam buat Kerajaan
Uthmaniyah apabila Kamal Ataturk menguasai Turki. Sistem Khalifah
yang menjadi mercu tanda kekukuhan negara Islam, mansuh akibat
pengaruh Barat pimpinannya.
Pada ketika itulah muncul ulama terulung dalam sejarah Turki
iaitu Badiuzzaman Said Nursi. Beliau telah mengorbankan seluruh
kehidupannya demi perjuangan untuk mengembalikan keagungan Islam
yang musnah itu.
Ketika itu, agama dilihat sebagai faktor kemunduran dan kelemahan
umat. Fahaman sekularisme, materialisme, dan ateisme pula diterima
baik oleh masyarakat tempatan atas nama kebebasan dan kemajuan.
161
Perkampungan Nurs, Khizan di Turki
Badiuzzaman Said Nursi dilahirkan pada tahun 1876 M/1294 H di Nurs,
sebuah perkampungan kecil di daerah Khizan, Turki. Nama sebenarnya
ialah Said bin Mirza Beliau dikenali sebagai Said Nursi yang merujuk
kepada tempat kelahirannya.
Said Nursi dilahirkan dalam sebuah keluarga petani yang hidup serba
sederhana. Ibu dan bapanya berketurunan Kurdis dan mereka dikatakan
berasal daripada salasilah keturunan Ahl dl-Bayt. Nursi pernah diberi
gelaran Badiuzzaman (Kekaguman Zaman) oleh gurunya, Syeikh
Fathu'llah. Walau bagaimanapun Nursi menolak kerana merasakan
dirinya belum layak menerima gelaran itu.
Menimba Ilmu dan Perkembangan Pemikirannya
Sejak kecil lagi Nursi telah memperlihatkan minatnya untuk menimba
ilmu pengetahuan. Beliau sangat gemar menghadiri majlis perbincangan
ilmu antara ulama yang sering diadakan di rumah ayahnya. Suasana
keilmuan ini memberikan pengaruh yang besar pada jiwa dan pemikiran
Nursi. Minatnya itu menyuburkan pemikiran analisis-kritis, dialog, dan
162
perdebatan.
Nursi mula merantau ketika umurnya sembilan tahun dalam usahanya
untuk menimba ilmu pengetahuan. Beliau telah berguru dengan ramai
alim ulama termasuk Syeikh Muhammad al-Jalali di Madrasah Bayazid
bersempadan Iran. Di bawah bimbingan Syeikh Muhammad al-Jalali,
Nursi telah mempelajari dan menguasai kitab-kitab muktabar seperti
Jam' al-Jawami dan Sharh al-Mawaqif.
Disinilah bermulanya proses awal perkembangan dan pembentukan
pemikiran Nursi. Peluang di peringkat ini amat berharga pada Nursi, lalu
sentiasa meneruskan pengajian dengan beberapa orang tokoh ilmuwan
terkenal. Keterampilan beliau mula menampakkan ketokohan sebagai
seorang ulama, lalu dikenali waktu itu sebagai ulama muda yang hebat.
Gabenor Bitlis, Umar Basha sangat mencintai ilmu dan memuliakan ulama.
Oleh sebab itu beliau mempelawa Nursi supaya tinggal di kediaman beliau
yang mempunyai sebuah perpustakaan besar. Nursi tidak melepaskan
peluang itu demi memenuhi cita-citanya.
Umar Basha memberi peluang kepada Nursi untuk mendalami dan
menghafal kitab-kitab seperti al-Matali, al-Mawaaif, dan al-Mirqat. Dalam
tempoh dua tahun di kediaman Gabenor itu, beliau telah berjaya menguasai
ilmu al-kalam, mantik, nahu, tafsir, hadith, dan fiqh dengan mantap.
Tetapi, minatnya untuk meneruskan usaha memperluaskan ilmu
pengetahuan menyebabkan beliau meninggalkan Bitlis. Dalam
pengembaraannya itu beliau menyambut pelawaan Gabenor Hasan
Basha untuk berkhidmat di Wan sebagai ulama iaitu pada tahun 1897
(1314H).
Setelah beberapa ketika tinggal di kediaman Hasan Basha, Nursi sekali
lagi dijemput untuk tinggal di kediaman Tahir Basha, Gabenor baru di
Wan. Ketika berada di Wan, Nursi sempat bertemu dan berdialog
dengan tokoh-tokoh ilmuwan moden. Kerana menyedari kelemahannya
dalam bidang ilmu moden, mendorong beliau berusaha mempelajari dan
mendalami ilmu-ilmu sains moden seperti fizik, kimia, biologi, ilmu kaji
bumi, dan astronomi.
Selain ilmu sains beliau turut mempelajari ilmu sejarah, matematik,
geografi, dan falsafah moden. Setelah menguasai bidang agama dan
163
ilmu sains moden, sekali lagi Nursi diberi gelaran sebagai Badi'uzzaman.
Gelaran tersebut diterima bahkan dijadikan sebahagian daripada nama
beliau.
Pengalamannya semasa menuntut ilmu memberikan kesedaran pada
beliau betapa perlunya dilakukan perubahan terhadap sistem pendidikan.
Oleh sebab itu, beliau telah bertindak menggabungkan dua cabang ilmu
iaitu ilmu agama dan ilmu sains moden yang sebelum itu telah
dipisahkan.
Nursi berazam untuk mengubah persepsi negatif masyarakat yang
berpandangan bahawa ilmu agama dan ilmu sains moden tidak boleh
digabungkan. Pendekatan beliau ini dilaksanakan semasa kerjayanya
sebagai seorang guru di madrasahnya yang dikenali sebagai Madrasah
Khur Khur.
Nursi berpendirian bahawa umat Islam perlu menguasai kedua-dua
cabang ilmu tersebut demi masa depan umat Islam seluruhnya. Beliau
juga gigih berusaha untuk menubuhkan universiti yang akan dinamakan
Madrasah al-Zahra di Timur Turki. Walau bagaimanapun, usaha beliau
itu gagal kerana tidak mendapatkan persetujuan daripada golongan
yang berpengaruh di Istanbul.
Sungguhpun begitu, Nursi terus berusaha untuk merealisasikan diri
umat Islam sebagai ‘umat contoh’. Pengamatan dan kesedaran Nursi
itu telah mendorong beliau mengatur gerakan ke arah mereformasi
sistem pendidikan yang wujud pada zamannya. Beliau berpendirian
teguh bahawa dalam dunia moden hari ini, ilmu-ilmu agama dan
ilmu-ilmu sains moden perlu bergerak seiring.
Perjuangannya
164
Ketika berlakunya kucar kacir besar-besaran di Istanbul pada 13 April 1909
yang membawa kepada tersingkirnya Sultan Abdul Hamid II dari takhta
Khalifah, Parti Ittihad ve Terakki telah pun menguasai negara. Mereka
telah menangkap ramai sarjana Islam dan diheret ke muka pengadilan. Di
antara mereka itu ialah Said Nursi. Tetapi disebabkan oleh kepintarannya
berhujah, mahkamah gagal mensabitkan beliau dengan sebarang
pertuduhan, dan akhirnya dibebaskan.
Said Nursi juga pernah pergi ke Damsyik dan menyampaikan khutbahnya di
Masjid al-Umawi di sana. Khutbah yang disampaikannya di situ dikenali
sebagai al-Khutbah al-Syamiyyah, menjelaskan tentang sebab-sebab
kemunduran umat Islam sebagaimana yang diperhatikannya.
Beliau juga telah secara sukarela menyertai Perang Dunia Pertama
bersama-sama dengan 3000 orang anak muridnya. Mereka bertempur
dengan tentera Russia yang bekerja keras menawan Bitlis. Selepas ramai
tentera Russia terbunuh di satu pihak, serta tentera Islam dari kumpulan
Turki dan Kurdi di satu pihak yang lain, akhirnya Bitlis jatuh ke tangan
Russia. Badiuzzaman Said al-Nursi telah ditawan dan dipenjarakan. Akan
tetapi, semasa di penjara itu, beliau tetap meneruskan kerjanya mengajar
Islam kepada tawanan perang.
Said Nursi telah berjaya melepaskan diri dari tawanan tersebut dan
melarikan diri ke Siberia. Kemudiannya beliau ke Eropah dan seterusnya
pulang ke Istanbul melalui Warsaw, Berlin dan Vienna.
Di Istanbul, Enver Pasa yang merupakan Timbalan Menteri Pertahanan
ketika itu telah mengurniakan Said Nursi pelbagai anugerah kehormat di
atas jasanya memimpin orang ramai ke arah bangkit menentang penjajahan
Russia. Enver Pasa juga telah melantik beliau menjadi anggota Darü’l-
Hikmeti’l-Islamiye, sebuah akademi yang menghimpunkan sarjana Islam di
Istanbul ketika itu.
165
Apabila Turki diisytiharkan sebagai sebuah negara Republik pada
29 Oktober 1923, Turki bertukar wajah menjadi sebuah negara sekular.
Mustafa Kamal Ataturk melaksanakan dasar-dasar pemerintahan berlandaskan
fahaman sekularisme yang anti-Islam.
Untuk menentang dasar itu, Nursi kemudiannya menyokong pembentukan
Parti Demokratik Turki. Harapannya agar dapat melaksanakan
pemerintahan yang adil dan sedikit kebebasan diberikan kepada gerakan
Islam. Menurut Nursi, sekiranya Kerajaan Sekular boleh membenarkan
fahaman ateis, mengapa tidak dibenarkan Islam bergerak dengan bebas.
Nursi mempunyai pandangan yang lain tentang konsep ‘kebebasan’yang
dilihatnya sebagai satu keperluan asas. Keperluan ini harus dihormati
dalam setiap agama dan bangsa. Namun, konsep ‘kebebasan’ itu tidak
sepatutnya disalahtafsirkan memandangkan pengisian maksud ‘kebebasan’
yang tidak selari dengan peraturan Islam.
Atas hasrat inilah ketika perisytiharan perlembagaan negara, Nursi
berjuang untuk menegakkan corak pemerintahan berasaskan
perlembagaan yang berteraskan kepada syariat Islam.
Walaubagaimanapun, perjuangan suci beliau itu mendapat tentangan
daripada golongan yang masih belum memahami kehebatan isi kandungan
al-Quran.
Nursi berpandangan bahawa kesedaran serta kefahaman yang jelas
perlu diusahakan meskipun memakan masa yang panjang. Yang penting
isi kandungan al-Quran benar-benar difahami. Beliau menyedari bahawa
kekerasan hanya mencetuskan permusuhan dan tidak membawa
sebarang kebaikan kepada manusia.
Dalam usaha itu, Nursi menyeru umat Islam agar menilai golongan yang
masih ragu-ragu terhadap Islam. Mereka perlu dikenal pasti sama ada
dalam kalangan umat Islam mahupun kaum bukan Islam. Mereka yang
terlibat itu dianggap sebagai satu golongan yang memerlukan bantuan
dan tunjuk ajar daripada umat Islam. Beliau sama sekali tidak mahu
terus melabelkan mereka sebagai musuh. Melalui kaedah ini, seruan
Islam lebih mudah disampaikan dan dapat diterima baik oleh masyarakat.
Selepas berlakunya Perang Kemerdekaan dan berjayanya Turkish Grand
National Assembly dibentuk, kabinet Atatürk telah menjemput Said Nursi
menyertainya di Ankara. Jemputan itu diterima, namun selepas tibanya
166
Said Nursi ke Ankara, dia tidak dapat bersekongkol dengan mereka kerana
beliau mendapati anggota kabinet itu tidak patuh kepada Syariat Islam.
Beliau menegur Atatürk dan anggota kabinetnya, “tidak ada kebaikan yang
boleh saya harapkan daripada golongan yang mengabaikan Solat!”
Selepas itu, Said Nursi meneruskan kegiatannya berdakwah, mendidik
masyarakat dan sentiasa berulang alik di antara penjara dan pembuangan,
hasil tekanan yang dibuat oleh regim Ataturk.
Pada tahun 1935, kerajaan Republik Turki telah membuat pertuduhan
terhadap Said Nursi bahawa kononnya beliau menubuhkan sebuah gerakan
rahsia yang menentang pemerintah.
Beliau telah didakwa di Mahkamah Eskisehir dan kemudiannya dibuang ke
Kastamonu. Manakala pada tahun 1943, Mahkamah Denizli telah
mendakwa Said Nursi bahawa beliau memimpin sebuah pergerakan rahsia
yang bertujuan menggulingkan pemerintah, serta menuduh Ataturk sebagai
‘Dajal dan Pembinasa Agama’.
Pendakwaan itu berlangsung selama 9 bulan. Beliau akhirnya dibebaskan
daripada pertuduhan tetapi ditahan daerah di Emirdag, sebuah bandar di
daerah Afyon.
167
Dakwah yang dilakukan oleh Said Nursi menonjolkan kesungguhan beliau
memecahkan kebekuan tradisi pengajian ilmu Islam, mendorong kepada
penguasaan ilmu syariat dan sains dan saling mempergunakan kedua-dua
ilmu tersebut ke arah memahami hakikat Iman.
Beliau tidak banyak mendatangkan perselisihan pandangan ulama,
sebaliknya banyak memfokuskan kepada meneroka pelbagai kaedah
penyampaian demi membolehkan semua lapisan masyarakat dapat
memahami mesej yang hendak diketengahkan.
Rasail al-Nur
Rasail al-Nur
Rasail al-Nur merupakan karya teragung Nursi yang merupakan
khazanah berharga sumbangan pemikiran beliau. Karya agung ini
seharusnya dimanfaatkan oleh umat Islam sepanjang zaman. Sebenarnya,
Rasail al-Nur merupakan satu tafsiran terhadap maksud al-Quran. Secara
umum isi kandungan kitab ini merangkumi persoalan keimanan.
Menurut Nursi, satu-satunya rujukan dalam menghasilkan kitab Rasail
al-Nur ini ialah kitab suci al-Quran. Antara persoalan yang menjadi
kupasan dalam karyanya itu ialah seperti ilmu mustalah hadis, falsafah,
ilmu kalam, dan ilmu tasauf.
168
Dalam perbahasan mengenai Mustalah al-Hadith, Nursi menekankan
hadith-hadith yang sering dipertikaikan masyarakat. Di sini, beliau telah
mengemukakan perbahasan yang menarik. Antara yang dibahaskan
ialah yang berkaitan dengan kisah Dajjal, turunnya Nabi Isa a.s, Imam
Mahdi, Nabi Khidir, Malaikat, tanda-tanda kiamat, dan sebagainya.
Dalam memperkatakan tentang falsafah, Nursi dalam risalah
al-Madfhal ila al-Nur menulis bahawa falsafah yang ditentang ialah
falsafah yang merosakkan manusia dan yang menentang agama. Oleh
sebab itulah, pelajar-pelajar aliran falsafah moden tidak menentang
Rasail al-Nitr, malah mereka sama-sama menyokong kandungan
Rasail al-Nur tanpa sebarang keraguan.
Rasail al-Nur turut memuatkan perbahasan mengenai ilmu kalam. Dalam
risalah al-Maktubat misalnya, Nursi menulis bahawa ma'rrfatullah yang
dibentangkan oleh al-Razi melalui kaedah ilmu kalam itu mengandungi
kelemahan dan kekurangan pada pandangan Ibn al-Arabi. Ma'rifatullah
yang terhasil melalui jalan Tasawuf juga mempunyai kelemahan jika
dibandingkan dengan ma'rifah yang dibentangkan oleh pewaris Nabi.
Ulama pewaris Nabi dalam kupasannya ialah mereka yang menurut
manhaj al-Quran.
Rasail al-Nur juga memuatkan ajaran tasauf. Tetapi kupasan
mengenainya tidak bermaksud menjadikan pembaca seorang ahli sufi.
Dalam hal ini, Nursi sering kali menyebut bahawa zaman ini bukan
zaman tasauf atau tarekat, sebaliknya merupakan zaman untuk
menyelamatkan iman umat manusia.
Jelas dalam karya itu, beliau menyifatkan bahawa manusia tidak
mungkin dapat memasuki syurga tanpa iman, tetapi ramai juga yang
dapat memasuki syurga tanpa tasauf. Manusia sememangnya tidak
dapat hidup tanpa roti (gandum), tetapi mereka boleh hidup tanpa
buah. Maka tasauf itu ialah buah manakala hakikat Islam (keimanan)
itu ialah roti.
Dalam hal ini beliau menegaskan bahawa sesungguhnya jika sekiranya
Syeikh Abdul Qadir al-Jailani dan Syeikh al-Naqshabandi (pengasas
Tarekat Naqshabandiyah), Imam Rabbani, dan yang seumpama mereka,
hidup pada zaman kita ini, nescaya mereka akan mencurahkan segala
kemampuan untuk memperteguh hakikat keimanan dan akidah Islam.
Hal ini demikian kerana kedua-duanya (iman dan akidah) sumber kepada
169
kebahagiaan yang sebenar dan abadi.
Rasail al-Nur mendapat sambutan yang baik dalam kalangan umat Islam
Turki dan juga mereka yang berada dinegara-negaralain. Memandangkan
isi kandungannya mempunyai keistimewaan dan kelebihan tersendiri,
kitab ini perlu disebar kepada umat Islam di seluruh dunia.
Menyedari kepentingan ilmu, kitab Rasail al-Nitr ini diterjemahkan ke
dalam beberapa bahasa lain. Di samping bahasa Arab dan Inggeris, kitab
Rasail al-Nur juga diterjemahkan ke dalam bahasa Jerman, Itali, Perancis,
Rusia, Rumania, Bulgaria, Parsi, Kurdi, Urdu, India, Malaysia, dan
beberapa bahasa lain Asia Tengah.
Wafatnya Said Nursi
Pagi hari itu, suhu badan Said Nursi naik dan beliau tidak berbicara apa-apa
selain berdoa seperti tampak dari kedua bibirnya.
Pada pukul 2.30 pagi salah seorang muridnya memeriksa suhu badannya.
Ketika itu didapati sedikit menurun, lalu beliau diselimuti. Kemudian
tungku pemanas ruangan dinyalakan. Alhamdulillah, ujarnya sesudah
mendapatkan kondisi fizikal gurunya membaik.
Tetapi saat solat subuh tiba dan saat didekati, beliau tidak bangun untuk
solat. Salah seorang muridnya yang lain segera membukakan tutup muka
beliau, sehingga apa yang terjadi tampak jelas kelihatan. Inna Lillahi Wa
Inna Ilahi Raji’un. Sang guru tercinta telah berpulang ke rahmatullah
Kalender yang tergantung di dinding menunjukkan hari Rabu, 25 Ramadhan
1379 H/23 Mac 1960.
Berita duka segera tersebar di hotel. Pengurus hotel naik ke kamar tempat
Said Nursi menginap untuk menemui ketua keamanan yang sama-sama
sedang menuju ke sana.
Pertama kali berita duka tersebar di Urfah dan tidak lama kemudian
masyarakat kota ini tampak berhimpun di sekitar hotel. Kemudian berita ini
tersebar di bandar-bandar Turki yang lain. Masyarakat luas dari luar Urfah
berdatangan sehingga kota ini seketika menjadi lautan manusia yang ingin
memberikan penghormatan terakhir kepada pahlawannya.
170
Jenazah Said Nursi
Jenazah Said Nursi dipikul para murid dan orang-orang yang mencintainya
dengan diiringkan oleh puluhan ribu penghantar jenazah dan dengan
disertai hujan yang turun rintik-rintik untuk dikebumikan di pemakaman
Ulu Jami.
Pada 11 Julai 1960, Revolusi Tentera telah menggulingkan pentadbiran
kabinet Adnan Menderes dan beliau sendiri dihukum gantung oleh pihak
Tentera dengan alasan bersikap acuh tidak acuh di dalam mengekang
kebangkitan semula golongan pro-Islam.
Maqam Said Nursi
Pada masa itulah, anggota revolusi telah mengarahkan supaya makam
Badiuzzaman Said al-Nursi dibongkar dan jenazahnya dikeluarkan untuk
dipindahkan ke İsparta. Di bandar itulah, Said Nursi bersemadi di suatu
tempat yang tidak diketahui, hingga ke hari ini.
Kegigihan perjuangan ulama Islam silam walaupun menemui kegagalan
perlu diteladani oleh umat Islam akhir zaman ini. Yang paling penting,
masyarakat Islam boleh menilai kelemahan dan kekurangan masyarakat
ketika itu.
171
Perjuangan Badiuzzaman Said Nursi walaupun bermula sebelum
kemenangan Kamal Ataturk, namun umat Islam pada zaman itu terlalu
jauh menyimpang daripada ajaran Islam sebenar. Oleh sebab banyak
usaha beliau ketika itu mendapat banyak tentangan daripada banyak
pihak. Tetapi seandainya umat Islam ketika itu mahu mengikut saranan
Said Nursi sudah pasti Kamal Atartuk dapat dikalahkan dengan
mudah.
Oleh sebab itu, perjuangan Said Nursi ini perlu disebarluaskan dalam
kalangan umat Islam agar dapat dijadikan panduan dalam memperkasa
iman dan akidah umat Islam. Supaya peristiwa itu tidak berlaku lagi,
maka wajar umat Islam di negara ini menilai saranan tokoh ini. Antara
saranannya yang penting ialah supaya umat Islam menguasai ilmu sains
moden yang diasaskan atas dasar Islam.
Semoga Allah mengurniakan sebaik-baik ganjaran untuk Badiuzzaman
Said Nursi yang kehidupan dan matinya bujang, kerana berkahwin dengan
perjuangan yang gigih dan berpanjangan.
"Kalau tiada orang yang mahu mendengar kalam bicara dakwahmu,
teruskan juga menyampaikan kerana seluruh alam memahaminya. Malah
seluruh alam gembira mendengar dan menyahut kalam-kalam yang
mengagungkan Tuhan."
(Badiuzzaman Said Nursi)
172
27
Hamka, Ceramahnya Boleh Memukau Orang
Hamka ialah seorang ulama yang telah banyak berjasa kepada dunia alam
Melayu ini. Banyak suri teladan yang mesti dipetik hikmahnya bagi generasi
muda Islam kini. Hamka merupakan seorang pemikir Islam yang menyeru
ke arah kemajuan dan kecemerlangan bangsa.
Hamka dilahirkan pada 17 Februari 1908 M/14 Muharam 1324 H di
Kampung Tanah Sirah, Negeri Sungai Batang, Maninjau, Minangkabau,
Sumatera, Indonesia. Nama sebenarnya ialah Haji Abdul Malik bin Haji
Abdul Karim Amrullah.
Pendidikan
Hamka mendapat pendidikan awal agama dari Madrasah Tawalib yang
didirikan oleh bapanya. Masa kecilnya, seperti kanak-kanak lain beliau juga
dikatakan lasak dan nakal. Ini diceritakan sendiri oleh Sheikh Haji Ahmad
Jelebu bahawa Hamka pernah menyimbah air kepada penuntut lain semasa
mengambil wuduk.
Selepas itu beliau berguru pula kepada Sheikh Ibrahim Musa di Bukit
Tinggi. Dalam tahun 1924, Hamka berhijrah ke Jawa sempat menuntut pula
kepada pemimpin gerakan Islam Indonesia seperti Haji Omar Said
Chakraminoto. Lain-lain gurunya ialah Haji Fakharudin, Ki Bagus, Hadi
Kesumo dan iparnya sendiri Rashid Sultan Mansur.
Berkahwin
173
Keluarga Hamka
Pada tahun 1927, Hamka telah pergi ke Makkah untuk menunaikan haji.
Ketika itu beliau berusia 19 tahun. Sekembalinya ke tanah air pada tahun
1929, Hamka dikahwinkan dengan Siti Raham. Mereka dikurniai 10 orang
anak, tujuh lelaki dan tiga perempuan.
Kerjaya Hidup
Hamka telah menyertai Gerakan Muhamadiah dan menerajui kepimpinan
pertubuhan itu di Padang Panjang tahun 1928. Hamka bergiat aktif bagi
menentang gejala khurafat, bidaah dan kebatinan sesat di sana. Beliau
menubuhkan Madrasah Mubalighin pada 1929 dan dua tahun berikutnya,
Hamka berpindah pula ke Kota Makasar, Sulawesi untuk menjadi pimpinan
Muhamadiah.
Keilmuan dan ketokohan yang ada pada beliau mendorong beberapa buah
universiti mengambilnya sebagai pensyarah dalam bidang agama dan
falsafah. Antara universiti itu ialah Universiti Islam Jakarta, Universiti
Muhamadiah Sumatera Barat, Universiti Islam Pemerintah di Jogjakarta
dan Universiti Islam Makasar.
Bagi mengiktiraf keilmuannya, Universiti Al Azhar, Mesir telah
menganugerahkan Doktor Kehormat dalam tahun 1958 dan beliau turut
menerima ijazah Doktor Persuratan UKM pada 7 Jun 1974.
Minat dan Daya Ingatannya
Naluri Hamka yang cenderung pada sejarah selalu ingin melihat muzium
dan tempat-tempat bersejarah. Pada penjaga muzium beliau mengajukan
beberapa pertanyaan yang sifatnya menguji apa yang telah beliau ketahui
lebih dulu.
174
Beliau sama sekali tidak mengeluarkan buku atau kertas catatan. Tapi
cukup dengan mengandaikan ingatannya memang dianugerahi Tuhan
sangat kuat itu. Kadang-kadang beliau terlibat dalam diskusi yang lama
dengan penjaga muzium yang juga mengetahui sesuatu peristiwa sejarah.
Ceramahnya Boleh Memukau Orang
Kewalian dan sifat karamah maknawiyah yang dimiliki Hamka, mampu
menyentuh hati ribuan insan yang mendengar kata bicaranya yang lunak
dan menyegarkan. Keistimewaan karamah maknawiyah seperti kata-
katanya memberi kesan pada hati pendengar hingga mendorong orang
membuat perubahan pada jalan kebaikan.
Kekuatan minda dan kefasihan lidahnya untuk berdakwah dengan susun
kata yang memukau jarang dimiliki oleh kebanyakan pendakwah. Kalau ada
kisah tentang burung boleh berhenti terbang di udara apabila mendengar
kemerduan bacaan Kitab Zabur oleh Nabi Daud a.s., maka Hamka juga
mempunyai magnet yang boleh meruntun jiwa pendengarnya untuk
melabuhkan punggung mendengar sebentar ceramah dakwahnya. Hati yang
keras bisa terlunak dan terpegun. Memang Allah memberi keistimewaan
besar kepadanya iaitu senjata sulit berdakwah dengan lidahnya.
Di negara kita, Hamka sering juga berkunjung dan memenuhi undangan
untuk berceramah termasuk di kaca TV hingga awal tahun 1980an. Beliau
sering diundang menyertai muktamar Islam peringkat antarabangsa dan
pernah berdakwah hingga ke Benua Eropah dan Amerika Syarikat. Kata Dr
H. Ibnu Sutowo, hampir kesemua perjalanan hidupnya di dunia ini
dimaksudkan untuk agama.
Bagaimana Cara Hamka Mengarang?
175
Bagaimana cara Hamka mengarang? Bila datangnya inspirasi itu? Demikian
kerap kali pemuda-pemuda bertanya pada beliau. Biasanya beliau tidak
pernah menjawab, beliau hanya tersenyum-senyum saja.
Anak beliau, H. Rusydi Hamka menceritakan cara Hamka mengarang dan
bila ilhamnya datang untuk mengarang:
“Dia mengambil tempat duduk di depan sebuah meja. Lalu menyuruh ambil
kertas dan mesin taip, terus menaip dengan dua jari telunjuknya. Setengah
jam dia selesai. Lalu menyerahkan kepada saya untuk dikoreksi. Sebuah
karangan pengisi “Rubrik Dari Hati ke Hati” Panji Masyarakat. Kemudian
ayah terus ke RRI merakam suaranya untuk kuliah subuh.”
Begitulah ilham itu bagi Hamka nampaknya boleh datang di mana dan
bilamana saja tanpa ditunggu-tunggu. Kadang-kadang dia membaca al-
Quran dan surat-surat khabar. Kemudian sarapan pagi dengan kopi dan
nasi setengah piring. Selesai makan, beliau pergi ke meja tulisnya
mengarang dan menaip sendiri. Ketikanya dengan dua jam, cepat sekali.
Seringkali sedang asyik bekerja itu, ada saja tetamu yang datang. Entah
urusan-urusan kemasyarakatan atau keluarga terdekat, anak cucu dan lain-
lain.
“Assalamualaikum,” kata tetamu.
Beliau menjawab: “Alaikumsalam.” Sejenak melihat tetamu dan senyum
sedikit, tapi terus saja kedua telunjuknya menghentam mesin taip.
Beliau memandang tetamu itu sejenak dan tersenyum atau bertanyakan:
“Apa khabar?” Tapi perhatiannya, tetap kepada pekerjaannya. Selesai
mengarang kira-kira pukul 9 pagi, beliau pergi mandi dan menukar
pakaiannya siap-siap untuk keluar rumah.
Begitulah inspirasinya datang antara pukul 7 sampai pukul 9 pagi setelah
beliau selesai membaca al-Quran atau surat khabar. Tapi tidak jarang beliau
176
duduk bersila di ubin menghadapi buku-bukunya mencari bahan-bahan
diperlukan. Kesibukan semacam itu terjadi apabila beliau sedang terlibat
polemik atau menghadapi seminar.
Kehidupan Sehariannya
Pada kebiasaannya kalau belanja beliau habis, beliau pergi mengunjungi
penerbit-penerbit meminta honorarium buku-bukunya.
Menurut cerita anaknya, H. Rusydi Hamka, apabila sampai kembali di
rumah, beliau solat zohor dahulu, selepas itu baru makan tengahari,
beberapa minit kemudian beliau berbaring dengan buku-buku sampai
tertidur kira-kira setengah atau satu jam. Pada pukul 4.00 petang beliau
bangun, mandi dan solat asar. Kemudian menerima tetamu yang datang
menanyakan berbagai perkara sampai maghriib.
Sehabis maghrib beliau makan, apabila tidak ada undangan atau jamuan
atau pertemuan, digunakannya untuk membaca buku dan menonton
televisyen jika ada siaran yang menarik. Tapi beliau selalu mengikuti siaran
Berita Dunia Islam.
Pandangan Hamka Tentang Jasa
Menurut Hamka, jasa batin yang dapat difikir lebih kekal dari jasa lahir
yang dapat dilihat walaupun kemuliaan jasa kekal dari zaman ke zaman.
Beliau mengumpamakan Wazir Nizam Muluk mendirikan sekolah-sekolah
Islam di seluruh negeri Iraq. Al-Ghazali adalah salah seorang guru yang
mengajar di sana. Nama Nizamul Muluk sampai sekarang masih dingat
orang juga, tidaklah sekekal peringatan orang kepada al-Ghazali yang
mengarang kitab Ihya ‘Ulumiddin. Madrasah di Kufah tidak ada lagi, tetapi
kita Ihya masih dibaca orang. Itulah kata-kata Hamka mengenai kemuliaan.
Seterusnya beliau menyebutkan:
“Barangsiapa yang telah menanam jasa, satu saat kelak dia akan beroleh
hasil dari jasanya itu. Kemuliaan akan menjadi pengiringnya ke mana pun
dia pergi. Kalau orang yang sama hidup dengan dia melupakan, namun
177
setelah matinya orang yang kemudian akan membongkar kemuliaan itu
kembali dan menyatakannya ke muka khalayak. Orang yang berjasa tidak
boleh gamang dan kecewa jika di masa hidupnya dilupakan orang. Orang
tidak boleh menyesal jika tinggal di sebuah gubuk yang buruk. Tidak boleh
kecewa jika makan minumnya dan pakaiannya tidak semewah orang lain.
Sebab kelak buah tangannya akan menjadi modal kemajuan angkatan yang
akan datang.”
Hamka menyebutkan buatlah jasa selama hidup untuk sebutan sesudah
mati. Sehingga walaupun daging dan tulang belulang kita sudah hancur
dimakan tanah dalam kubur, namun nama kita dibaca orang di mana-mana.
Kata-kata ini terbukti pada diri beliau sendiri walaupun telah meninggalkan
kita hampir 20 tahun. Di mana-mana orang mencari kaset kuliahnya,
mencari Tafsir Hamka dan mencari buku-buku Hamka.
Hamka menegaskan bahawa sememangnya orang yang berjasa jarang
mendapat mendapat pangkat dunia. Sebab pangkat dunia itu didapati
dengan berebut-rebut dan berkejar-kejaran, tekan-menekan dan fitnah-
menfitnah. Orang yang berjasa tidak pandai berbuat begitu. Dia mahu
mendapat kemenangan yang sah, walaupun tidak dilihat dengan mukanya
ketika hidupnya. Dia hendak melihat kemenangan itu sesudah matinya,
yang kian nyata dan kian lama kian subur.
Pujian Orang Terhadapnya
Dr. Mukti Ali menyifatkan Hamka sebagai: “Sebuah peribadi tanpa cela.
Kalau mendengar kalimat-kalimat buya, saya langsung menemukan sesuatu
yang selama ini saya cari. Saya sangat sulit mencari orang seperti Buya
sebab setiap kalimat yang diucapkan memikat lawan bicaranya. Rasa-
rasanya harus minta tambah kalau Buya mengakhiri pembicaraannya.”
Sementara itu, Prof. A. Hasjmy menyifatkan Hamka sebaris dan melebihi
Hamzah Fansuri seorang pujangga sufi tersohor pada abad ke16. Inilah
pengakuan dan pengiktirafan ketokohan Hamka oleh rakan-rakan
seperjuangannya.
Karya-Karyanya
Hamka telah mula menulis ketika berusia 17 tahun lagi. Beliau telah
meninggalkan khazanah ilmu yang berupa karya buku sebanyak 118 buah
buku. Suatu prestasi luar biasa yang jarang dicapai bahkan oleh seorang
profesor di universiti sekalipun.
Di antara karya-karyanya mengikut bidang ilmu ialah:
178
a. Agama dan Falsafah
1. Tafsir Al-Azhar (30 Juzuk)
2. Khatibul Ummah
3. Tarikh Abu Bakar As-Siddiq
4. Ringkasan Tarikh Umat Islam
5. Islam dan Adat Minangkabau
6. Tasawuf Moden
7. Falsafah Hidup
8. Lembaga Hidup
9. Lembaga Budi
b. Novel
1. Tenggelamnya Kapal Vanderwick
2. Dalam Lembah kehidupan
3. Di Bawah Lindungan Kaabah
4. Kenangan Hidup
5. Merantau Ke Deli
6. Ayahku
7. Laila Majnun
8. Siti Sabariah
c. Majalah
1. Kemahuan Zaman
2. Al-Mahdi
3. Pedoman Masyarakat
4. Semangat Islam
5. Menara
6. Panji Masyarakat
Hasil tulisan beliau ini banyak memberi petunjuk dan ilham kepada para
pembacanya. Malah karya-karya Hamka mampu membangkit semangat
perjuangan seperti karya-karyanya dalam majalah selepas perang. Majalah
Panji Masyarakat sendiri telah telah diharamkan oleh pemerintahan
Sukarno dalam tahun 1960 iaitu setahun selepas penerbitannya.
Bagaimanapun, majalah ini diterbitkan semula dalam pemerintahan order
baru Suharto tahun 1966.
Dipenjarakan
179
Pada tahun 1960, ketika komunis bermaharajalela, Hamka menghadapi
keadaan sulit. Buku-buku beliau telah dibakar oleh komunis. Beliau
dipenjarakan selama dua tahun empat bulan. Namun, meskipun tubuh
terkurung, jiwa dan semangat pengabdiannya kepada Islam tifak mudah
dipatahkan. Justeru itu, beliau berjaya melahirkan Tafsir Al-Azhar ketika
berada dalam tahanan.
Apabila Sukarno meninggal dunia, kepimpinan baru meminta Hamka
mengimamkan jenazah bekas presiden itu. Beliau lantas melakukannya. Di
situ, ternyatalah sifatnya sebagai ulama yang tiada menyimpan niat dengki
dan dendam walaupun orang yang didoakan pernah memenjarakannya.
Begitulah ajaran Islam yang luhur mendahulukan kasih saying daripada
dengki khianat, mengutamakan maaf daripada dendam kesumat..
Menemui Ilahi
Hamka kembali menemui Ilahi pada 24 Julai 1981 jam 11.10 pagi waktu
Malaysia. Hamka dipercayai mengalami serangan penyakit jantung. Ketika
itu beliau berusia 72 tahun. Jenazahnya dikebumikan di tanh perkuburan
Kusir, di Jakarta.
Diharapkan agar paparan kisah hidup ulama nusantara yang agung ini
dapat mengimbau kembali kenangan kita terhadap Hamka yang dikasihi
dan kita tidak rugi apabila mengingati orang-orang yang soleh kerana ia
boleh mendatangkan rahmat.
“Jika sesorang sudah mencapai tahap membaca yang tinggi, secara semula
jadi akan terpanggil untuk memindahkan ilmu pengetahuan yang
didapatinya dalam bentuk penulisan.”
(Hamka)
180
Biar mati badanku kini
Payah benar menempuh hidup
Hanya khayal sepanjang hidup
Biar muram pusaraku sunyi
Cucuk kerah pudingnya redup
Lebih nyaman tidur di kubur.
(Puisi Hamka, 1945)
181
28
Abdullah Nasih Ulwan, Selagi Nadi Berdenyut Pena Sentiasa
Menulis
Abdullah Nasih Ulwan dilahirkan pada tahun 1928 di Daerah Qadhi Askar
yang terletak di Bandar Halb, Syria. Beliau dibesarkan di dalam keluarga
yang berpegang teguh pada agama dan mementingkan akhlak Islam dalam
pergaulan dan muamalat sesama manusia.
Ayahnya, Syeikh Said Ulwan adalah seorang yang dikenali di kalangan
masyarakat sebagai seorang ulama dan tabib yang disegani. Selain dari
menyampaikan risalah Islam di seluruh pelusuk Madinah Halb, beliau juga
menjadi tumpuan untuk mengubat pelbagai penyakit dengan ramuan akar
kayu yang dibuat sendiri.
Ketika merawat pesakit, lidahnya sentiasa membaca al Quran dan menyebut
nama Allah. Syeikh Said Ulwan sentiasa mendoakan semoga anak-anaknya
lahir sebagai seorang ulama ‘murabbi’ yang dapat memandu masyarakat.
Allah memperkenankan doa beliau dengan lahirnya Abdullah Nasih Ulwan
sebagai ulama (murabbi) pendidik rohani dan jasmani yang disegani di abad
ini.
Pendidikannya
Abdullah Nasih Ulwan mendapat pendidikan peringkat rendah (ibtidaei) di
Bandar Halib. Setelah berusia 15 tahun, Syeikh Said Ulwan menghantar
beliau ke Madrasah Agama untuk mempelajari ilmu agama dengan cara
yang lebih luas.
182
Ketika itu, beliau sudah menghafal al Quran dan sudah mampu menguasai
ilmu bahasa arab dengan baik. Semasa di madrasah, beliau menerima
asuhan dari guru-guru yang mursyid.
Beliau sangat mengkagumi Syeikh Raghib at-Tabakh, seorang ulama hadis
di Bandar Halb. Beliau sangat cemerlang dalam pelajaran dan sentiasa
menjadi tumpuan rujukan rakan-rakan di madrasah, beliau juga seorang
yang aktif dalam persatuan dengan berkebolehan berpidato dan mengetuai
skuad penerbitan yang bertanggungjawab menerbitkan sebaran ilmiah
kepada masyarakat sekitar.
Beliau dikenali sebagai seorang yang sangat berani pada kebenaran serta
mempunyai kemahiran dalam pergaulan dan dakwah. Semasa usia remaja
beliau sudah terkesan dengan bacaan tulisan ulama-ulama sanjungan di
waktu itu seperti Dr. Syeikh Mustafa al Sibaei.
Pada tahun 1949 beliau memperolehi sijil menengah agama yang
melayakkan beliau melanjutkan pelajaran di salah sebuah pusat pengajian
di Mesir dalam bidang Syariah Islamiah.
Abdullah Nasih Ulwan memasuki Universiti al Azhar pada tahun berikutnya
dan memperolehi ijazah pertama dalam Fakulti Usuluddin pada tahun 1952,
seterusnya beliau memperolehi takhassus pendidikan dan tarbiah pada
tahun 1954. Semasa berada di Mesir beliau banyak menghadiri Majlis
perbincangan ulama-ulama dan mendekati gerakan Islam.
Abdullah Nasih Ulwan memperolehi Ijazah Kedortoran dari Universiti al
Sand Pakistan pada tahun 1982 dengan tesis yang bertajuk “feqh Dakwah
wa al Daeiah”.
Akhlak dan Peribadinya
Abdullah Nasih Ulwan disenangi oleh semua pihak kecuali mereka yang
memusuhi Islam. Beliau menjalinkan hubungan yang baik dengan sesiapa
sahaja.
Beliau adalah seorang yang sangat berani menyatakan kebenaran, tidak
takut atau gentar kepada sesiapa pun dalam menyatakan kebenaran
sekalipun kepada pemerintah. Beliau telah meletakkan amanah dalam
dakwah adalah amalan yang wajib kepada umat Islam.
Semasa di Syria, beliau telah menegur beberapa sistem yang diamalkan oleh
pemerintah di waktu itu dan sentiasa menyeru supaya kembali kepada
sistem islam, kerana Islam adalah penyelamat. Keadilan Islam adalah
183
rahmat kepada ummah.
Keluhuran pekerti kesan didikan Islam yang meresap dalam jiwa beliau
telah meletakkan beliau sangat disanjungi oleh ulama dan masyarakat.
Rumahnya sentiasa dikunjungi oleh orang ramai.
Sahabat karib beliau, Dr. Muhammad Walid menyatakan, Abdullah Nasih
Ulwan adalah seorang yang sangat peramah, murah untuk memberi
senyuman kepada sesiapa sahaja, pertuturannya sangat mudah difahami,
percakannya sentiasa disulami nasihat dan peringatan, beliau juga seorang
yang tegas dengan prinsip asas Islam.
Abdullah Nasih Ulwan juga seorang yang sangat benci kepada perpecahan
dan munculnya berbilang-bilang jamaah dalam negara Islam. Menyeru
kepada perpaduan dan kesatuan atas nama Islam untuk membina kekuatan
umat Islam yang semakin pudar.
Beliau berpendapat bahawa pepecahan umat Islam perlu dimuhasabah
semula oleh setiap lapisan umat Islam. Apabila berbincang mengenai
perpaduan dan kesatuan umat Islam, airmatanya pasti tumpah menandakan
beliau adalah seorang yang sangat cintakan kesatuan umat Islam.
Dalam persahabatan, beliau menjalinkan hubungan dengan sesiapa sahaja
serta sentiasa menziarahi teman-teman. Bertanyakan khabar serta
mementingkan ikatan ukhuwwah Islamiah yang terjalin. Menghulurkan
bantuan dan pertolongan sekalipun terpaksa bersusah payah untuknya.
Perkhidmatannya
Abdullah Nasih Ulwan memulakan khidmat sepenuh masa sebagai
pendakwah setelah pulang dari al Azhar. Beliau telah dilantik sebagai guru
sebuah Kolej di Bandar Halb. Beliaulah orang yang pertama
memperkenalkan mata pelajaran Tarbiah Islamiah sebagai matapelajaran
asas dalam sukatan pembelajaran di Kolej berkenaan.
Seterusnya mata pelajaran Tarbiah Islamiah ini menjadi mata pelajaran
teras yang wajib diambil oleh penuntut-penuntut menengah di seluruh Syria.
Beliau telah meletakkan matlamat perguruan sebagai senjata tarbiah yang
sangat berkesan dalam mendidik generasi negara akan datang. Prinsip yang
digunapakai ialah guru sebagai ibubapa kepada pelajar, mendidik mereka
seperti mendidik anak-anak sendiri.
184
Beliau telah meletakkan matlamat yang sangat tinggi dalam pendidikan,
iaitu membawa dan membimbing pelajar ke arah mencintai Islam dan
beramal dengannya serta sanggup melakukan apa sahaja untuk
memenangkan Islam.
Semasa menjadi guru di kolej berkenaan, Abdullah Nasih Ulwan telah
menerima pelbagai jemputan menyampaikan kuliah dan syarahan di merata
tempat, di samping menjadi pensyarah jemputan di beberapa buah
Universiti di Syria.
Tidak pernah mengenal penat dan letih untuk menyebarkan risalah Allah.
Sepenuh masanya diberikan untuk dakwah Islamiah. Masjid-masjid di
Daerah Halb sentiasa melimpah dengan orang ramai yang datang untuk
mendengar kuliahnya, di mana sahaja beliau pergi menyampaikan ceramah
dan kuliah pasti dibanjiri ribuan manusia.
Masyarakat yang dahagakan ilmu pengetahun dan tarbiah Islamiah akan
menjadikan beliau sebagai tempat rujukan.
Abdullah Nasih Ulwan turut berjuang menghapuskan fahaman jahiliyyah
dalam pemikiran masyarakat dengan suluhan cahaya hidayah rabbani.
Beliau telah menggunakan Masjid Umar bin Abd Aziz sebagai markaz
tarbiah generasi pemuda di Syria.
Kuliah yang disampaikan di masjid ini ialah Feqh, Tafsir dan Sirah. Di
samping memberi kuliah pengajian, Dr. Abdullah Nasih Ulwan telah
mendidik pemuda-pemuda dengan kemahiran pidato dan penulisan serta
kemahiran uslub berdakwah.
Hasil daripada tarbiah ini, lahirlah ratusan generasi muda yang berakhlak
mulia dan menjadi agen penggerak dakwah Islamiah di Syria.
Walaupun sibuk dengan tugas menyampaikan risalah Islam di merata
tempat, Abdullah Nasih Ulwan juga sangat dikenali di kalangan masyarakat
tempatan sebagai seorang yang berbudi luhur. Menjalinkan hubungan baik
sesama anggota masyarakat dan sentiasa menjalankan khidmat masyarakat
apabila diperlukan.
Beliau juga mempunyai hubungan yang sangat erat dengan ulama-ulama
Syria serta menganggotai Majlis Ulama Syria. Beliau sangat dihormati di
kalangan mereka.
Beliau adalah seorang yang bergiat cergas dalam gerakan Islam,
mengabdikan diri untuk dakwah dan bergabung dengan lkhwanul Muslimin.
185
Beliau berhubung erat dengan Asy-Syahid Abdul Qadir `Audah, Sayyid Qutb
dan Al-Ustaz Abdul Badi' Shaqar (Rahimahumullah Jami'an).
Sesiapa sahaja yang menelusuri denai dakwah Islamiah pasti akan diuji oleh
Allah, ujian untuk membuktikan kebenaran dakwah yang di bawa serta
menambahkan keyakinan dan pergantungan yang utuh hanya kepada Allah.
Allahlah yang berhak memberi nusrah kepada sesiapa yang dikehendaki.
Abdullah Nasih Ulwan juga menerima ujian ini, sehingga memaksa beliau
meninggalkan Syria pada tahun 1979 menuju ke Jordan. Semasa di Jordan
beliau terus menjalankan peranan sebagai daei. Menyampaikan kuliah dan
syarahan di merata tempat. Menerima undangan di masjid-masjid, perayaan
hari kebesaran Islam dan ceramah umum.
Beliau meninggalkan Jordan pada tahun 1980 setelah mendapat tawaran
sebagai pensyarah di Fakulti Pengajian Islam Universiti Malik Abd Aziz,
Jeddah, Saudi. Beliau menjadi pensyarah di universiti berkenaan
sehinggalah beliau bertemu dengan Allah (wafat).
Karya-karyanya
Abdullah Nasih Ulwan sangat gemar kepada penulisan, kertas dan pena
sentiasa bersama walau di mana beliau berada. Walaupun sibuk dengan
kuliah, nadwah dan syarahan, beliau tetap memperuntukan masa untuk
penulisan. Beliau telah menghasilkan hampir lima puluh buah kitab yang
membincangkan pelbagai tajuk.
Di antara karya-karya beliau yang masyhur ialah:
1. Pendidikan Anak-Anak di ddalam Islam (2 jilid).
2. Hukum Zakat Menurut Empat Mazhab.
3. Madrasah Duat.
4. Takaful Ijtimai Dalam Islam.
5. Insurans Menurut Pandangan Islam.
6. Pemuda Islam Dalam Menghadapi Serangan Musuh.
7. Menolak Keraguan Yang Didatangkan Musuh.
Beliau juga banyak menulis kitab mengenai tarbiah Islamiah, kitabnya yang
berkaitan dengan tarbiah Islamiah sangat menyentuh jiwa pembaca. Ini
kerana tulisan yang terbit dari hati, insyaallah akan jatuh ke hati. Di
antaranya ialah:
1. Kepada Pewaris Anbiya.
2. Thaqafah Daeiah.
186
3. Ruhaniah Daeiah.
4. Kisah Hidayah (2 jilid)
5. Sifat Jiwa dan diri Daei.
Beliau telah meninggalkan sebanyak 43 karangan untuk umat Islam.
Menerima Rawatan dan Tekun Menulis Dalam Keadaan Sakit
Setelah pulang dari menghadiri Nadwah di Pakistan, beliau telah mengadu
sakit di bahagian dada kepada salah seorang doktor perubatan di Universiti
Malik Abdul Aziz. Doktor telah mengesahkan beliau mengalami penyakit di
bahagian hati dan paru-paru.
Beliau dimasukkan ke Hospital untuk mendapat rawatan pakar. Beliau
mendapat rawatan dalam masa yang agak lama di hospital ini. Beliau
meminta izin untuk keluar dari hospital bagi menunaikan temu janji yang
terpaksa dibatalkan semasa berada di hospital.
Walaupun dalam keadaan sakit, tugas menyampaikan risalah Islam tetap
diteruskan dengan bertenaga. Kesakitan pada paru-paru dan hati tidak
menghalang beliau dari terus aktif menyampaikan kuliah di Universiti dan
majlis-majlis nadwah dan seminar. Melupai kesakitan yang dialami demi
islam tercinta.
Beliau dimasukkan kali kedua ke hospital yang sama setelah kesakitan yang
dialaminya semakin kronik. Semasa dirawat di hospital beliau banyak
menulis bahan ilmiah sebagai ganti memberi kuliah di luar di samping
minat membaca kitab-kitab tetap diteruskan.
Pakar-pakar perubatan dan sahabat handai menasihati beliau supaya
berhenti membaca dan menulis kerana ianya akan menjejaskan rawatan dan
menambahkan kesakitan yang dialami, tetapi Abdullah Nasih Ulwan hanya
tersenyum dan berterima kasih atas keprihatinan mereka serta menyatakan,
selagi tangan, mata dan nadinya masih berdenyut selagi itulah sumbangan
kepada dakwah Islamiah wajib diteruskan.
Selagi tangannya mampu memegang pena selagi itulah beliau akan terus
menulis. Sehinggalah pada keadaan beliau tidak dapat bangun, beliau
meletakkan bantal di atas perut untuk menulis dan membaca. Keadaan ini
berterusan sehinggalah beliau bertemu Allah.
Wafatnya
Abdullah Nasih Ulwan wafat pada hari Sabtu jam 9.30 pagi 5 Muharram
187
1408 H/29 Ogos 1987M di Hospital Universiti Malik Abdul Aziz Jeddah,
Saudi dalam usia 59 tahun. Jenazahnya di bawa ke Masjidil Haram untuk
disembahyang dan dikebumikan di Makkah. Solat jenazahnya dihadiri oleh
ulama-ulama di seluruh pelusuk dunia.
Pemergiannya diiringi oleh umat Islam seluruh dunia. Dunia kehilangan
ulama murabbi yang benar-benar ikhlas dalam perjuangan menegakkan
Islam. Beliau telah menyerahkan jiwa raga untuk Islam dengan
pengorbanan dan jihad yang sangat besar.
Walaupun beliau sudah pergi menemui Allah tetapi dakwahnya tetap
berterusan melalui buku dan kitab yang dihasilkan. Semoga Allah
mencucuri rahmat ke atas rohnya, mengampunkan segala kesalahan yang
dilakukan dan memberikan kekuatan kepada generasi yang memikul
amanah dakwah Islamiah selepasnya. Amin.
188
29
Said Hawa, Ulama Yang Gigih
Said Hawa dilahirkan pada tahun 1935 di Hamah, Suriah. Nama sebenarnya
ialah Said Hawa bin Muhammad Dib Hawwa. Beliau berusia 2 tahun ketika
ibunya meninggal dunia. Beliau berpindah ke rumah datuknya di bawah
asuhan ayahnya, seorang pejuang pemberani yang berjihad melawan
Perancis. Pada masa mudanya berkembang pemikiran sosial, nasional dan
Ikhwanul Muslimin. Allah memberikan kebaikan untuknya dengan
bergabung ke dalam jemaah Ikhwanul Muslimin, tahun 1952, saat beliau
masih seorang pelajar.
Said Hawa berguru pada beberapa syeikh Suriah. Di antaranya syeikh dan
ulama Hamah, Syeikh Muhammad Al-Hamid, Syeikh Muhammad Al-
Hasyimi, Syeikh Abdul Wahab Dabas, Syeikh Abdul Karim Arrifa’i, Syeikh
Ahmad Al-Murad dan Syeikh Muhammad Ali Murad. Said Hawa juga belajar
pada ulama lainnya seperti Musthafa As-Siba’i, Musthafa Az-Zarga, Fauzi
Faidhullah dan lain-lain.
Tahun 1961, beliau lulus dari Universiti Suriah dan mengikuti wajib sebagai
tentera pada tahun 1963. Beliau telah bernikah pada tahun 1964 dan
dikurniakan empat orang anak.
Aktiviti Dakwah Said Hawa
Said Hawa memberi kuliah, khutbah dan ceramah, di Suriah, Arab Saudi,
Kuwait, Emirat, Iraq, Jordan, Mesir, Qatar, Palestin, Amerika dan Jerman.
Beliau juga mengikuti demonstrasi menentang Undang-Undang Suriah
tahun 1973. Kemudian beliau dimasukkan penjara selama 5 tahun. Di
penjara beliau menulis buku tafsir Al-Asas Fit Tafsir (dua belas jilid) dan
sejumlah buku dakwah lain. Beliau memimpin jemaah Ikhwanul Muslimin,
dalam negara dan antarabangsa. Serta berperanan aktif dalam aktiviti
dakwah, politik dan jihad.
189
Said Hawa mempunyai kedudukan yang besar dalam bidang pendidikan.
Beliau bekerja sebagai pengajar di luar Suriah. Beliau mengajar di Arab
Saudi selama 5 tahun, al-Hufuf, wilayah Al-Ihsa selama 2 tahun, dan
Madinah selama tiga tahun.
Jejak-Jejak Kebaikan dan Warisan Ilmiah Said Hawa
Said Hawa punya jadual memberi pelajaran, dialog dan ceramah di
Jami’iyah al-Islah al-Ijtimia’i di Kuwait dan Madrasah An-Najah.
Ceramahnya mendapat sambutan baik dari generasi muda kebangkitan
Islam.
Karya-karya Said Hawa
Said Hawa memiliki karya tulis berkenaan dakwah dan gerakan, yang
diminati para pemuda muslim dinegeri-negeri Arab dan Islam. Sebahagian
besar karya tulisnya diterjemahkan ke dalam bahasa lain. Di antara karya-
karyanya yang telah diterbitkan ialah:
1. Allah Jalla Jalaluhu
2. Ar-Rasul S.A.W.
3. al-Islam
4. al-Asa Fit Tafsir
5. Tarbiyatuna Arruhiyah
6. Jundullah Tsaqafatan wa Akhlaqan
7. Dan lain-lain
Pulang ke Rahmatullah
Tahun 1987, Said Hawa mengalami sakit strok, sehingga sebahagian
anggota badannya lumpuh. Beliau juga mengalami komplikasi berbagai
penyakit. Ini memaksanya jauh dari masyarakat dan harus dirawat. Pada
tanggal 14 Disember 1988 Said Hawa dirawat di rumah sakit dan kondisinya
190
tidak kunjung membaik, hingga wafat pada hari Khamis, 9 Mac 1989 di
rumah sakit Amman, Jordan.
Semoga Allah melimpahkan rahmat kepada Said Hawa yang sabar terhadap
komplikasi penyakit, penyeksaan dan ujian menyakitkan di penjara selama
bertahun-tahun. Semoga Allah menjadikan itu sebagai pemberat timbangan
amal kebaikannya, mengampuni kita dan mengumpulkan kita di bersama
para Nabi, orang-orang siddiq, syuhada dan orang-orang soleh, kerana
mereka sebaik-baik teman. Amin.
191
30
Sayyid Abdullah Siddiq al-Ghumari, Ulama Hadis Moroko
Terkenal
Beliau ialah Sayyid Abdullah bin Muhammad bin Siddiq bin Ahmad bin
Muhammad bin al-Qasim bin Muhammad bin Muhammad bin Abdul
Mukmin bin Ali bin al-Hasan bin Muhammad bin Abdullah bin Ahmad bin
Abdullah bin Isa bin Sa'id bin Mas'ud bin al-Fudhoil bin Ali bin Umar bin al-
'Arabi bin 'Allal bin Musa bin Ahmad bin Daud bin Maulana Idris al-Asghor
bin Maulana Idris al-Akbar bin Abdullah al-Kamil bin al-Hasan al-
Muthanna bin Imam al-Hasan al-Mujtaba bin Amirul Mukminin Sayyiduna
Ali dan Sayyidah Fatimah al-Zahra' binti Muhammad Rasulullah s.a.w.
Berkata Sayyid Abdullah al-Ghumari di dalam kitab beliau yang berjudul
Sabilut Taufiq dan Bida'ut Tafasir: Inilah susur galur keturunan kami yang
popular di kalangan keluarga kami yang menetap di wilayah Ghumarah dan
selainnya.
Beliau dilahirkan di bandar Tonjah (Tangier), Moroko pada hujung bulan
Jamadilakhir atau awal bulan Rejab tahun 1328 Hijrah (1910 Masihi)
Latar Belakang Keluarga
Sayyid Abdullah al-Ghumari dilahirkan di kalangan keluarga yang terkenal
dengan ketaqwaan, keilmuan, kesolehan dan kemuliaan ditambah dengan
kesucian keturunan. Ayahanda beliau, Sayyid Muhammad Siddiq al-
Ghumari merupakan syeikh para ulama Moroko. Beliau telah mengasaskan
Madrasah Siddiqiyyah yang berjaya melahirkan ramai para ulama yang
berwibawa.
Datuk beliau sebelah ibu, Sayyid Ibnu 'Ajibah al-Hasani merupakan seorang
ulama' yang tidak asing lagi. Beliau merupakan pengarang kitab tafsir yang
berjudul Bahrul Madid serta syarah Hikam 'Atoiyyah yang bertajuk Iqazul
Himam. Abang beliau, Sayyid Ahmad al-Ghumari merupakan seorang tokoh
192
hadith yang terkemuka sehingga mencapai taraf al-Hafiz. Beliau juga telah
menghasilkan karya-karya yang bernilai sehingga mencecah ratusan buah.
Adik-adik beliau, Sayyid Abdul Aziz, Sayyid Abdul Hayy, Sayyid Ibrahim,
Sayyid Hasan dan Sayyid Muhammad Zamzami pula merupakan tokoh-
tokoh muhaddithin dan muhaqqiqin. Di kalangan mereka ada yang muncul
sebagai pakar tafsir, usul fiqh, hadith dan ilmu-ilmu yang lain.
Namun keluarga al-Ghumari sememangnya terkenal dengan keilmuan
mereka di dalam bidang hadith di wilayah Tonjah sebagaimana keluarga al-
Kittani di wilayah Fas (Fez).
Pendidikan
Sayyid Abdullah al-Ghumari memulakan pendidikan seawal usia lima
tahun. Ayahandanya memasukkan beliau ke pondok dengan tujuan untuk
menghafal al-Quran. Lalu beliau mula menghafal al-Quran dengan riwayat
Warasy. Setelah itu, beliau menghafal pula al-Quran dengan riwayat Hafs.
Di samping itu beliau turut menghafal sebahagian besar matan-matan ilmu
seperti nazam al-Kharraz yang berjudul Mauriduz Zomaan, al-Arba'in al-
Nawawiyyah, al-Ajurumiyyah, Alfiyyah Ibnu Malik, Bulughul Maram dan
Mukhtasar Syeikh Khalil ibnu Ishaq dalam fiqh mazhab Maliki.
Setelah itu, dengan perintah ayahandanya, beliau bermusafir ke wilayah Fas
untuk menyambung pengajian di Masjid al-Qurowiyyin yang merupakan
pusat pengajian terkemuka di Morocco. Beliau menetap di situ selama lebih
kurang 6 bulan. Kemudian beliau pulang semula ke Tonjah dan setelah itu
beliau kembali menyambung pengajiannya di Fas.
Setelah menamatkan pengajian di Qurowiyyin, beliau pulang ke Tonjah
untuk meneruskan pengajian di Madrasah Siddiqiyyah di bawah seliaan
ayahandanya sambil mengajar para pelajar di madrasah tersebut. Dalam
tempoh ini juga, ayahandanya memberi galakan supaya beliau mula
menulis. Maka beliau mula meringkaskan kitab Irsyadul Fuhul ila Tahqiqil
Haq fi 'Ilmil Usul karangan Imam al-Syaukani.
Beliau turut menulis huraian matan Ajurumiyyah dalam ilmu Nahu. Setelah
selesai mengarang huraian ini, beliau membentangkannya kepada
ayahandanya untuk disemak dan diedit. Setelah itu, abangnya Sayyid
Ahmad al-Ghumari menamakan huraian ini dengan judul Tashyidul Mabani
litaudhih ma hawathul Muqaddimatul Ajurumiyyah minal Haqaiq wal
Ma'ani. Semua ini beliau lakukan ketika masih lagi berusia belasan tahun.
193
Ketika berusia 21 tahun, dengan izin ayahandanya beliau bermusafir ke
Mesir bersama abangnya Sayyid Ahmad dan adiknya Sayyid Muhammad
Zamzami bagi melanjutkan pengajian di al-Azhar al-Syarif. Di Mesir,
bintang beliau sebagai seorang ilmuwan lebih-lebih lagi sebagai seorang
muhaddith mula menyinar.
Dengan galakan daripada rakan-rakan yang mengenali kewibawaannya,
beliau menduduki peperiksaan Syahadah 'Alamiyyah Khassah dalam 12
subjek iaitu Usul Fiqh, Ma'ani, Bayan, Badi', Nahu, Sorf, Tauhid, Mantiq,
Hadith, Mustolah Hadith, Fiqh dan Tafsir. Dalam peperiksaan ini, beliau
memperolehi kejayaan yang cemerlang.
Setelah itu, beliau sekali lagi menduduki peperiksaan Syahadah 'Alamiyyah
al-Azhariyyah dalam subjek yang sama seperti peperiksaan yang lalu. Cuma
ditambah 3 lagi subjek iaitu ilmu al-Wadh'u, 'Arudh Qafiah dan Tasawwuf.
Dalam peperiksaan ini juga, beliau beroleh kejayaan yang cemerlang dan
berita kejayaan beliau disiarkan menerusi akhbar al-Ahram sehingga Syeikh
Mahmud Syaltut yang ketika itu merupakan wakil Fakulti Syariah al-Azhar
al-Syarif berkata: Kita mengucapkan tahniah kepada peperiksaan Syahadah
'Alamiyyah al-Azhariyyah kerana ianya telah diduduki oleh Syeikh Abdullah
yang sememangnya datang dari negaranya dalam keadaan alim.
Kerjaya
Setelah menamatkan pengajian, beliau mula mengajar di Masjid al-Azhar al-
Syarif di dalam ilmu Nahu, Mantiq, Usul Fiqh dan Balaghah. Di samping
itu, beliau turut menyumbangkan karya-karya ilmiah kepada majalah-
majalah yang pelbagai.
Selain itu, beliau mula aktif mengarang pelbagai kitab ilmiah yang bernilai
terutama di dalam bidang Hadith di samping mentahqiq beberapa kitab
turath. Hubungan beliau dengan pertubuhan & gerakan Islam di Mesir
Sayyid Abdullah al-Ghumari sememangnya mempunyai hubungan yang baik
dengan beberapa pertubuhan dan gerakan Islam di Mesir antaranya
Gerakan al-Ikhwanul Muslimun yang diasaskan oleh Imam al-Syahid Hasan
al-Banna.
Berkata Sayyid Abdullah: Saya mempunyai hubungan yang erat dengan al-
Ustaz Hasan al-Banna, pemimpin gerakan al-Ikhwanul Muslimun dan
ayahandanya al-Ustaz Ahmad Abdul Rahman, pemilik sanad-sanad yang
banyak di mana kami seringkali berhubung dan saling ziarah menziarahi.
Guru-gurunya
194
Sayyid Abdullah al-Ghumari memiliki seramai 62 orang guru sebagaimana
yang disebut oleh beliau sendiri. Antaranya:
1. Ayahanda beliau sendiri Sayyid Muhammad Siddiq al-Ghumari al-Idrisi
al-Hasani.
2. Abang beliau al-Hafiz Sayyid Ahmad bin Muhammad bin Siddiq al-
Ghumari.
3. Sayyid Ahmad Rafi’ al-Tohtowi, musnid negara Mesir.
4. Al-‘Allamah al-Muhaddith Muhammad Zahid al-Kauthari.
5. Al-‘Allamah Syeikh Muhammad Duwaidar al-Kafrawi al-Talawi al-Syafi’e.
6. Al-‘Allamah al-Faqih al-Usuli Syeikh Muhammad al-Tohir bin ‘Asyur al-
Tunisi.
Dan lain-lain lagi di beberapa negara Islam seperti Mekah al-Mukarramah,
Emiriah Arab Bersatu, Jordan, Sudan dan Qatar.
Murid-muridnya
Antaranya:
1. Adik-adik beliau sendiri Sayyid Abdul Aziz, Sayyid Abdul Hayy, Sayyid
Hasan, Sayyid Ibrahim dan Sayyid Muhammad Zamzami.
2. Al-‘Allamah Syeikh Muhammad al-Hamid al-Hamawi.
3. Al-‘Allamah Syeikh Abdul Aziz ‘Uyun al-Sud al-Himsi.
4. Al-‘Allamah al-Muhaddith Syeikh Abdul Fattah Abu Ghuddah al-Halabi.
5. Al-‘Allamah Syeikh Muhammad ‘Awwamah al-Halabi.
6. Al-‘Allamah Syeikh Muhammad Ali al-Murad al-Hamawi.
7. Dr. Abdul Wahhab Abdul Latif. Dr. Ali Juma’ah al-Misri, Mufti Republik
Arab Mesir.
8. Dan ramai lagi dari seluruh pelusuk dunia.
Karya-karyanya
Sayyid Abdullah al-Ghumari telah menghasilkan pelbagai karangan yang
bermutu tinggi hingga mencecah sebanyak 81 buah dalam pelbagai bidang
ilmu terutama ilmu Hadith sehinggakan seorang ulama’ pernah berkata
sambil menujukan ucapannya kepada Sayyid Abdullah al-Ghumari: Kami
menyangka tiada lagi ulama’ Hadith di Mesir dan Timur selain Syeikh
Rasyid Ridho dan Syeikh Ahmad Syakir.
Namun setelah kami membaca hasil kajian anda dan semakan-semakan
anda di dalam bidang Hadith, maka kami mengatakan andalah orang yang
ketiga!
195
Antara karya-karya beliau mengikut susunan bidang ilmu:
a. Usuluddin:
1. Itqanus Sun’ah fi Tahqiq Ma’nal Bida’ah.
2. Irsyadul Jahilil Ghabiy ila Wujubi’tiqad anna Adam Nabiy.
3. Irghamul Mubtadi’il Ghabiy bijawazit Tawassul bin Nabiy.
4. Al-Tahqiqul Bahir fi Ma’nal Iman Billah wal Yaumil Akhir.
5. Ithaful Azkiya’ bijawazit Tawassul Bil Anbiya’ wal Auliya’.
6. Iqomatul Burhan ‘ala Nuzul ‘Isa fi Akhiriz Zaman dan lain-lain lagi.
b. Ulum al-Quran:
1. Al-Ihsan fi Ta’aqqubil Itqan.
2. Bida’ut Tafasir.
3. Bayan Sohihil Aqawil fi Tafsir Ayat Bani Israil.
4. Taudhihul Bayan liwusul Thawabil Quran.
5. Zauqul Halawah bi Bayan Imtina’ Naskhit Tilawah.
6. Al-Ru’ya fil Quran was Sunnah dan lain-lain lagi.
c. Ulum Hadith:
1. Al-Ahadith al-Muntaqah fi Fadhoil Sayyidina Rasulillah.
2. Al-Arba’un Hadithan al-Siddiqiyyah.
3. Al-Arba’un al-Ghumariyyah fi Syukrin Ni’am.
4. Asanidul Kutubus Sab’ah fil Hadith.
5. Nihayatul Amal fi Sihhah wa Syarh Hadithil ‘Amal dan lain-lain lagi.
d. Fiqh dan Usul Fiqh:
1. Husnut Tafahhum wad Dark Li Masaalatit Tark.
2. Al-Adillah al-Rojihah 'ala Fardhiyyah Qira'atil Fatihah.
3. Al-Istiqso' li Adillah Tahrimil Istimna'.
4. I'lamur Roki'is Sajid bi Ma'nat Tikhazil Qubur Masajid dan lain-lain lagi.
Juga beberapa karangan lagi yang agak banyak untuk disenaraikan di sini
dalam pelbagai bidang ilmu.
Sesiapa yang membaca setiap karangan beliau, pasti merasa kagum dengan
ketinggian ilmu beliau yang menunjukkan keluasan kajian beliau ditambah
dengan kekuatan dalil yang dikemukakan dalam setiap masalah yang beliau
bentangkan apatah lagi beliau merupakan seorang pakar hadith yang
mencapai martabat al-Hafiz.
Tidak keterlaluan dikatakan bahawa Sayyid Abdullah al-Ghumari
sememangnya seorang tokoh yang hebat bagi sesiapa yang meneliti
karangan beliau dengan pandangan yang saksama tanpa sebarang perasaan
196
taksub.
Ujian Hidup yang Ditempuhi
Sayyid Abdullah al-Ghumari pernah dipenjarakan pada zaman
pemerintahan Presiden Jamal Abdul Nasir atas tuduhan mengintip bagi
pihak Perancis sedangkan ini merupakan suatu tuduhan palsu melalui
perancangan beberapa pihak tertentu yang merasa tergugat dengan
kelantangan dan keberanian beliau.
Pada asalnya, beliau dijatuhkan hukuman mati, namun setelah mahkamah
mendapati beliau tidak bersalah, beliau dikenakan hukuman penjara selama
11 tahun bermula daripada 15 Oktober 1959 hingga 26 Disember 1969.
Walaupun berada dalam penjara, ianya tidak menghalang beliau untuk
mengarang beberapa karya yang tidak kurang hebatnya.
Kepulangan ke Moroko dan Wafatnya
Setelah keluar dari penjara, beliau pulang ke Moroko bagi meneruskan
perjuangan dalam bidang ilmu. Sayyid Abdullah al-Ghumari telah berada di
Mesir selama 40 tahun dan beliau pulang ke tanah airnya untuk menabur
bakti buat anak bangsanya di samping meneruskan kelangsungan Madrasah
Siddiqiyyah yang telah diasaskan oleh ayahandanya.
Setelah menaburkan bakti di Moroko selama lebih kurang 23 tahun,
akhirnya beliau menyahut panggilan Ilahi pada hari Khamis 19 Sya'aban
1413 Hijrah (11 Februari 1993) dalam usia 85 tahun. Jasad beliau
disemadikan bersebelahan pusara ayahanda dan bondanya yang terletak di
Madrasah Siddiqiyyah.
Pemergian beliau ditangisi oleh mata-mata yang mencintai beliau dan
mengenali kedudukan beliau. Semoga Allah mencucurkan rahmat ke atas
roh beliau. Amin.
197
31
Syeikh Abdul Fattah Abu Ghuddah, Memiliki Hati Yang
Sangat Lembut
Syeikh Abdul Fattah Abu Ghuddah dilahirkan di Aleppo, Syria pada 17
Rejab 1336 H/1917 M. Bapanya, Muhammad, merupakan seorang yang soleh
dan taat pada agama.
Bapanya menjalankan perniagaan menjual kain yang merupakan warisan
daripada bapanya, Bashir, salah seorang peniaga kain yang besar di Aleppo.
Nasab syeikh sampai kepada sahabat Rasulullah saw yang terkenal iaitu
Khalid bin al-Walid ra.
Guru-gurunya
Syeikh Abdul Fattah
bersama gurunya di
Mesir, Syeikh
Muhammad Zahid
Al-Kauthari.
198
Di Syria:
Di antara guru-gurunya ialah Syeikh Raghib at-Tabakh, Syeikh Ahmad al-
Zarqa, Syeikh Eisa Bayanuni, Syeikh Muhammad al-Hakim, Syeikh Asad
Abji, Syeikh Ahmad Kurdi, Syeikh Najib Sirajuddin dan Syeikh Mustafa al-
Zarqa.
Di Mesir:
Syeikh Muhammad al-Khidr Husin, Syeikh Abdul Majid Daraz, Syeikh
Abdul Halim Mahmud, Syeikh Mahmud Syaltut, Syeikh Muhammad Zahid
al-Kauthari dan Hasan al-Banna yang amat memberi manfaat dan pelajaran
kepada beliau.
Peribadi dan Sifatnya
Syeikh Abdul Fattah Abu Ghuddah memiliki terlalu banyak sifat yang
mulia. Antaranya ialah kecintaannya kepada kesempurnaan dalam semua
urusannya. Beliau amat menghormati tetamu, seorang yang amat berlemah
lembut lagi pemaaf. Selain itu beliau sangat beradab dan berakhlak mulia,
sangat lembut lisannya serta tidak pernah menyakiti seseorang dengan
kata-katanya.
Beliau juga sangat cerdas dan pandai memilih kata-kata. Beliau tidak akan
melakukan sesuatu melainkan setelah dipertimbangkan secukupnya dan
amat cermat lagi teliti dalam setiap urusannya. Beliau juga sangat penyabar
dalam ketaatan dan ujian, sangat menjaga solatnya, sentiasa
menunaikannya di awal waktu walau ketika penat atau sakit.
Beliau amat rajin membaca al-Quran serta mempunyai wirid yang dibaca
setiap pagi di samping amat banyak berzikir dan berwirid. Tidak akan
199