didapati syeikh duduk tanpa urusan ilmiah, samaada menulis, mengajar,
bermuzakarah atau memberi fatwa, melainkan beliau akan bertasbih,
bertahmid, bertahlil dan bertakbir.
Syeikh Abdul Fattah memiliki hati yang sangat lembut, mudah menitiskan
air mata, sangat terkesan dengan setiap sesuatu. Air matanya mengalir laju
ketika membaca al-Quran dan berzikir serta membaca kisah-kisah salafus
solehin dan ketika mendengar kelemahan dan kesusahan umat Islam, malah
ketika beliau dipuji.
Beliau sangat pedih atas kelemahan umat ini dan keadaannya, hingga beliau
telah kehilangan sebelah pendengarannya apabila diceritakan oleh
seseorang berkenaan apa yang menimpa umat Islam di sebuah negara.
Beliau amat sedih apabila diceritakan demikian dan tidur pada malamnya
dalam keadaan demikian. Apabila bangun dari tidur Syeikh Rahimahullah
mendapati darah mengalir daripada telinga kanannya, kemudian sebelah
pendengarannya pun hilang.
Beliau telah diuji pula selepas itu dengan penglihatan yang semakin lemah,
namun tidak pernah dilihat beliau mengadu atau mengeluh sebaliknya terus
bersabar, malah ianya tidak menjadi penghalang baginya meneruskan kerja-
kerja ilmiah. Beliau terus mengarang dan mentahqiq kitab, kerana bimbang
ajal akan tiba, tetapi beliau tidak dapat mencurahkan ilmu di dadanya.
Ketika sakitnya bertambah teruk, beliau tidak pernah mengeluh tetapi
ketika terlalu sakit beliau hanya menyebut Ya Allah atau Lailahaillallah.
Syeikh Abdul Fattah sangat mengutamakan ilmu, sentiasa membaca,
mentelaah atau menulis. Pena dan kertas sentiasa mendampinginya walau
dalam bermusafir mahupun di waktu sakit. Beliau telah mengarang dan
200
menamatkan sebahagian kitabnya dalam perjalanannya yang banyak, malah
ada di antaranya ketika beliau sakit, 20 hari sebelum beliau kembali ke
Rahmatullah.
Beliau juga amat sedikit tidur. Kedua-dua sifat ini menunjukkan beliau
amat menjaga waktunya. Beliau juga tidak akan menyuruh kepada sesuatu
melainkan beliau sendiri membuatnya, dan tidak akan melarang sesuatu
perkara melainkan beliau sendiri meninggalkannya.
Beliau dikurniakan akal fikiran yang amat cerdas dan hafalan yang kuat.
Beliau merupakan seorang yang beramal dengan ilmunya, kuat beribadah,
bertaqwa, soleh, wara’ lagi tawadhu’.
Semoga Allah memudahkan kita mencontohi akhlak dan peribadi para
ulama dan solehin, kerana mencontohi orang yang mulia adalah suatu
kemuliaan. Amin.
Pengembaraan dan lawatannya
201
Syeikh Abdul Fattah telah mengembara dan melawat ke seluruh negara
Arab. Selain itu, beliau ke Turki, India, Pakistan, Indonesia, Malaysia dan
Brunei. Biasanya beliau ada urusan dan membincangkan ilmu daripada
ulama negara tersebut, dan juga mengambil manfaat daripada para ulama
tersebut.
Semasa syeikh melawat India, syeikh pernah bertemu dengan beberapa
ulama terkenal. Antaranya ialah Syeikh Muhammad Syafi' Mufti Pakistan,
Mufti Atiqur Rahman Delhi, Syeikh Muhammad Zakariya al-Kandahlawi,
Syeikh Muhammad Ilyas Kandahlawi, Syeikh Muhammad Yusuf Banwori,
Syeikh Muhammad Latif, Syeikh Abul Wafa Al-Afghani, Syeikh Abul A'la
Maududi dan Syeikh Abul Hasan Ali an-Nadwi.
Perkahwinan dan Keluarganya
Pada 1951, Syeikh Abdul Fattah berkahwin dengan Fatimah al-Hashimi
yang baru berumur 16 tahun, perkahwinannya dilihat sempurna dengan
ikatan cinta, rasa hormat dan kebaktian kepada Allah. Beliau memiliki 3
orang anak lelaki dan 8 orang anak perempuan.
Karya-karyanya
202
al-Ulama' al-`Uzzab al-Ladhina
1. Sofahat Min Sabril Ulama (Lembaran Kesabaran Ulama), karya syeikh
yang terkenal.
2. Mas'alat Khalq al-Qur'an wa Atharuha fi Sufuf al-Riwat wa al-
Muhaddithin wa Kutub al-Jarh
wa al-Ta`dil.
3. al-Ulama' al-`Uzzab al-Ladhina Atharu al-`Ilm `ala al-Zawaj.
4. Dan lain-lainnya.
Sakit dan Wafatnya
Pada 1973, Syeikh Abdul Fattah menderita serangan jantung dan
dimasukkan hospital beberapa minggu, walaubagaimanapun, selama beliau
berehat dalam hidup, sakitnya semakin berkurangan. Pada 1989, beliau
mengadu mengenai kemerosotan penglihatannya dan doktor di Hospital
203
King Khalid Eyes melakukan diagnosis iaitu ‘Macular Degeneration’ dan
mencadangkan rawatan laser pada retina. Rawatan itu tidak beberapa
berjaya tetapi penyakit ia berhenti dari merebak selanjutnya.
Pada akhir Syaaban 1417/akhir 1996 penglihatan beliau merosot semula dan
beliau pergi sekali lagi ke Riyadh untuk membuat rawatan di Hospital King
Khalid Eyes. Pada Ramadan beliau pergi semula ke Hospital King Faisal
Specialist mengadu sakit berkaitan dengan perut dan dalaman darah.
Kondisi beliau menjadi teruk dan beliau meninggal dunia di Riyadh pada
waktu awal pagi pada hari Ahad, 9 Syawal 1417/16 Februari 1997.
Beliau dikebumikan di perkuburan Baqi' di Madinah selepas solat Isyak
pada 10 Syawal 1417. Seluruh kaum muslimin di dunia terutama di Makkah,
Madinah, Aleppo, Istanbul, Luknow, Beirut dan Rabat terasa kehilangan
beliau terutama di kalangan ulama dan murid. Semoga Allah merahmati
beliau dengan keluasan jannahNya dan semoga beliau ditempatkan
bersama-sama Rasulullah saw, sahabat ra dan orang-orang soleh yang
dikasihi Allah. Amin.
"Buku itu tidak dapat dicungkil rahsia yang terpendam di dalamnya
melainkan setelah dibaca habis kesemuanya."
(Syeikh Abdul Fattah Abu Ghuddah)
204
32
Syeikh Mutawalli Sya'rawi, Kealiman Yang Dikagumi,
Kematian Yang Ditangisi
Syeikh Mutawalli Sya'rawi dilahirkan pada 15 April 1911M/12 Rabiulakhir
1328H di Daqadus, daerah Mit Ghamir, Negeri Daqaliyyah, Mesir. Nama
sebenarnya ialah Muhammad bin Mutawalli Sya’rawi Husaini yang nasab
keturunan bapanya sampai kepada Husain bin Ali ra. Beliau dibesarkan di
kalangan keluarga petani namun kedua orang tuanya terkenal sebagai orang
yang soleh dan mulia.
Semasa Kecil dan Pendidikannya
Syeikh Sya'rawi tamat menghafaz al-Quran ketika berusia 11 tahun. Pada
tahun 1916, beliau telah memasuki Sekolah Rendah Zaqaziq dan berjaya
memperolehi Sijil Sekolah Rendah pada tahun 1923 dan kemudiannya
memasuki sekolah peringkat menengah. Beliau terkenal dengan seorang
yang sukakan syair dan kesusasteraan Arab sehingga rakan-rakannya
melantik beliau menjadi Ketua Persatuan Pelajar dan Ketua Persatuan
Kesusasteraan di daerah Zaqaziq.
Syeikh Sya'rawi mengambarkan kampungnya yang begitu indah dengan
pemandangan, subur dengan tanaman hijau-hijauan di perlembahan Sungai
Nil.
Sejak kecil lagi beliau dikenali dengan nama as-Syeikh al-Amin (yang
amanah) dan pernah dipenjara ketika beliau menuntut di Ma'had Zaqaziq
selama sebulan akibat mengadakan sambutan sempena mengingati Saad
Zaghlul, seorang ulama al-Azhar yang pada ketika itu berjuang menentang
kerajaan.
205
Satu peristiwa yang terpenting dalam hidupnya yang berubah segala-
galanya apabila keinginan bapanya untuk meminta beliau melanjutkan
pelajaran ke al-Azhar di Kaherah sedangkan beliau hanya ingin tinggal
bersama-sama saudaranya di kampung dan menjadi petani. Menurutnya,
tidak ada bagi seorang kanak-kanak cita-cita atau keinginan tertentu.
Baginya hanya apa yang ada di sekeliling iaitu untuk menjadi petani dan
bekerja di situ.
Tetapi keinginan ayahnya yang inginkan beliau belajar di Kolej al-Azhar
apabila beliau telah tamat menghafaz al-Quran. Namun keinginan beliau
untuk menjadi petani menjadikannya membuat berbagai helah agar tidak
masuk ke Kolej al-Azhar. Beliau telah memasukkan habuk tanah ke dalam
matanya agar menjadi rabun dan ditolak semasa peperiksaan kesihatan.
Namun helah ini juga tidak berjaya kerana kolej itu menerima orang buta.
Helah kedua ialah gagap dan berbuat lupa ketika ujian hafalan al-Quran.
Namun guru tersebut tetap menerimanya sebagai pelajar. Helah ketiga ialah
meminta ayahnya membeli kitab-kitab yang besar dan mahal harganya di
kedai dengan mengatakan ini adalah silibus kolej. Lalu dibeli oleh ayahnya.
Apabila pulang ayahnya berkata : “ Wahai Amin (gelaran yang diberikan
oleh ayahnya), janganlah kamu menyangka aku lupa bahawa semua buku-
buku tersebut bukanlah silibus untuk kamu. Harga buku silibus kamu tidak
sampai 37 Qurus sahaja. Tetapi, wahai anakku, semoga Allah
memanfaatkan kamu dengan buku-buku ini.”
Inilah peristiwa yang merubah hidupnya untuk mendalami ilmu dan
membaca buku-buku yang muktabar. Beliau telah memasuki Kolej Agama
Zaqaziq pada tahun 1930an dan mendapat sijil agama pada tahun 1936.
Beliau telah memasuki Kuliah Bahasa Arab pada tahun 1937 dan beliau
aktif dalam persatuan pelajar di Universiti al-Azhar. Beliau menjadi
graduan pada tahun 1941 dan menyambung pelajaran dalam Pengkhususan
Bahasa Arab (peringkat M.A) dan berjaya dalam tahun 1943. Beliau pernah
dipenjara ketika beliau menuntut di Ma'had Zaqaziq selama sebulan akibat
mengadakan sambutan sempena mengingati Saad Zaghlul, seorang ulamak
al-Azhar yang pada ketika itu berjuang menentang kerajaan.
Apabila ia tamat graduan, beliau bertugas sebagai guru agama di Kolej
Tanta, kemudian berpindah di Kolej Zaqaziq, kemudian berpindah ke Kolej
Agama Iskandariah. Pada tahun 1950, beliau menjadi guru di Kolej al-Anjal
di Arab Saudi dan kemudian menjadi pensyarah syariah di Universiti
Ummul Qura, Mekkah.
206
Beliau mengajar di situ sehingga tahun 1963. Al-Sya’rawi mengambarkan
bahawa kuliah Syariah ini terletak berhampiran dengan Masjidil Haram.
Ketika saya mengajar, saya dapat melihat dengan jelas Kaabah dan ini
memberi kesan yang besar terhadap jiwa saya, jiwa para guru dan pelajar-
pelajar di situ. Pada waktu itu, tidak terlepas seditikpun dari mengingati
Allah dan rasul-Nya.
Pada tahun 1963, apabila berlaku krisis antara Gamal Abdul Naser.
Presiden Mesir dengan Raja Saud, maka Gamal Abdul Naser melarang
beliau untuk ke Arab Saudi dan melantik beliau menjadi Pengarah di
Pejabat Syeikh al-Azhar Syeikh Hassan Makmun. Kemudian beliau bertugas
di Algeria sebagai Wakil al-Azhar dan menetap di sana selama tujuh tahun.
Apabila beliau pulang ke Mesir, beliau dilantik menjadi Pengarah
Kementerian Wakaf, Negeri Gharbiyyah kemudian menjadi wakil bahagian
Dakwah dan Pemikiran dan kemudian menjadi wakil al-Azhar. Selepas itu,
beliau pergi ke Arab Saudi untuk mengajar dui Universiti Raja Abdul Aziz.
Hikmah Anugerah Allah
Beliau telah dikurniakan oleh Allah SWT dengan ilmu yang tinggi, ingatan
yang kuat serta peribadi yang sempurna. Sewaktu beliau menjawat Menteri
Waqaf Mesir pada November 1976 , seorang doktor pernah berkata : "Aku
bimbang apabila kamu menjawat jawatan ini, ia akan menyibukkan kamu
dalam banyak perkara". Lalu Syeikh Sya'rowi menyatakan : "Bertenang!
Sesungguhnya mereka (kesibukan) tidak akan dapat menewaskan aku."
Syeikh Sya'rawi menjadi Menteri Waqaf Mesir selama 2 tahun, walaupun
demikian, jawatan tersebut tidak mengubah pendiriannya sedikitpun. Beliau
merupakan seorang yang amat pemurah dan menafqahkan gaji yang
diperolehi kepada pelajar-pelajar dan orang-orang faqir. Beliau juga amat
cinta kepada kaum keluarga Nabi SAW. Beliau lebih gemar tinggal
berhampiran dengan kawasan Hussain dan sentiasa menziarahi maqam
207
Saiyyidah Nafisah serta sentiasa menghadiri majlis sambutan Maulidur
Rasul di perkarangan Masjid Hussain.
Syeikh Sya'rawi juga merupakan seorang peniaga yang berjaya. Salah
seorang anaknya, Ahmad berkata bahawa ayahnya telah mengkhaskan gaji
kepada beberapa orang penduduk yang tinggal di Kaherah, Tanta dan
Doqdus (kampung beliau). Beliau juga mengkhaskan bayaran ceramah di
radio-radio dan televisyen serta tulisan-tulisan dalam akhbar-akhbar dan
majalah-majalah untuk kebajikan. Wang 250 juta Pound Mesir (lebih kurang
73 juta Us Dollar) yang merupakan hadiah daripada Raja Dubai telah
didermakan sebanyak 500,000 Junaih (lebih kurang 146,000 Us Dollar)
kepada pelajar-pelajar al-Azhar dan yang selebihnya telah didermakan
kepada Kementerian Waqaf bagi diedarkan kepada penghafaz-penghafaz al-
Quran.
Beliau menjadi menteri sehingga tahun 1978 selama dua tahun. Beliau
memegang jawatan ini bukan kerana kepentingan dunia dan dikenali
sebagai seorang menteri yang mudah berinteraksi dan bertanggungjawab.
Pintu pejabatnya sentiasa untuk para ulamak, kawan-kawan dan pelajar-
pelajar untuk berbincang dengannya. Walaupun menjawat jawatan menteri,
jawatan tersebut tidak mengubah pendiriannya sedikitpun. Beliau
merupakan seorang yang amat pemurah dan menafkahkan gajinya kepada
para pelajar dan orang miskin.
Beliau juga terkenal sebagai seorang dermawan dan membuat kebajikan.
Beliau mendirikan di kampungnya Daqadus Maahad Al-Azhar, Sekolah
Tahfiz, Masjid dan Pusat Kesihatan untuk orang Miskin. Royalti buku-buku
beliau didermakan untuk kebajikan.
Menurut anaknya, Ahmad bahawa bapanya telah mengkhaskan daripada
gajinya kepada beberapa orang penduduk yang tinggal di Kaherah, Tanta
dan kampungnya. Malahan wang yang diperolehi dari ceramah-ceramah,
royalti buku dan majalah disedekahkan untuk orang ramai. Beliau pernah
menafkah wang berjuta dolar yang dihadiahkan oleh Raja Dubai untuk
aktiviti dakwah.
Mengenai kenapa beliau tidak memakai pakaian rasmi al-Azhar (iaitu
berjubah dan serban Merah), beliau menjawab sememangnya beliau
menyukai pakaian rasmi al-Azhar namun setelah beliau dituduh ingin
merebut jawatan syeikh al-Azhar maka beliau menanggalkan pakaian
tersebut untuk selamanya. Hal ini terjadi kerana beliau memberikan ciri-ciri
dan syarat-syarat kelayakan untuk menjawat jawatan Syeikh al-Azhar
kepada Anwar Sadat, Setelah itu orang beranggapan bahawa beliau
208
menginginkan jawatan tersebut.Oleh kerana itu, untuk membuktikan
keikhlasannya beliau menanggalkan pakaian yang amat disukainya.
Bintang Pujaan
Syeikh Sya'rawi muncul dalam kegawatan politik dan banyak meninggalkan
jasa dan kenangan. Beliau juga adalah seorang Syeikh yang berjaya
memenangi hati jutaan rakyat Mesir, orang Arab dan Muslim umumnya.
Melalui pegangannya yang begitu kuat kepada Al-Quran dan kebolehannya
dalam membakar semangat melalui ucapan yang ringkas dan bernas dan
tulisannya yang sesuai untuk semua.
Setiap hari Jumaat selama 20 tahun, beliau muncul dalam "Khawater
Sya'rawi" di Masjid Arba'een di kampungnya dan dua masjid di Kaherah.
Beliau selalu berkhutbah dan mentafsir al-Quran sehingga berjaya memikat
pendengarnya yang terdiri dari kalangan masyarakat biasa. Sungguhpun
begitu, para pendengar dari kumpulan sekular yang intelek seperti Syeikh
Al-Qimani, sentiasa memerhatikan setiap pergerakan dan kenyataannya
seterusnya melaporkannya ke pejabatnya yang terletak di Jalan Al-Ahram di
Giza.
Menurut bekas pembantu editor majalah Ras Al-Yusuf, Adel Hamanda,
Syeikh Sya'rawi umpama bintang (Bintang Agama). Beliau mempunyai
banyak maklumat dan berjaya menarik perhatian orang ramai.
Bersama Pemuda
Beliau adalah seorang ulama’ yang rapat dengan golongan pemuda. Beliau
sering mengadakan perjumpaan dan nadwah dengan mereka sehinggakan
beliau sendiri yang menjadi ketua yang pertama Majlis Kelab Sukan
Daqadus ketika mula-mula ditubuhkan.
Sifat Peribadi dan Rahsia Dirinya
209
Syeikh Sya’rawi adalah merupakan Saiyidul Abidin yang dikurniakan
dengan limpahan cahaya dan dapat melihat dengan cahaya Allah SWT.
Sahabat akrabnya pernah beberapa kali mengintip perbuatannya di waktu
malam. Ternyata didapati beliau tidak tidur malah didapati sedang asyik
sujud mengabdikan diri kepada Allah SWT. Beliau menghidupkan
malamnya dengan berdiri, rukuk, sujud dan membaca Al-Quran sepanjang
malam sehingga mencapai 70 rakaat sembahyang bertahajjud kepada Allah
SWT.
Sewaktu di Madinah Munawwarah dan Mekah, beliau berjalan tanpa
menggunakan alas kaki sedangkan darjah kepanasan pada masa tersebut
terlalu panas lebih kurang 50 C kerana memuliakan tempat tersebut. Maha
Besar Allah sewaktu di Masjidil Haram beliau tidak melaksanakannya
seperti orang lain yang pada kebiasannya bertawaf sebanyak tujuh kali.
Rasa cintanya dengan Allah terlalu mendalam, walaupun dalam keadaan
panas yang amat terik beliau mampu bertawaf sehingga 14, 21 dan 28 kali.
Beliau pernah melarang maqam Nabi Ibrahim dipindahkan dari tempatnya
dengan berpendapat bahawa maqam tersebut adalah tempat peribadatan
haji dan tidak boleh diubah..
Beliau menyayangi kanak-kanak dan insan lain lebih dari anak-anaknya
sendiri. Kecintaannya terhadap Rasulullah saw terlalu mendalam
sehinggakan beliau sentiasa bertasbih dan bersalawat kepadanya. Insan
yang benar-benar ingin mendekatkan dirinya kepada Tuhan seharusnya
menjadikan beliau antara contoh muqarrabin yang selayaknya diikuti.
Beliau juga adalah seorang yang mantap ilmunya, kuat ingatannya dan
insan kamil lagi mutakamil.
Sewaktu membeli beliau tidak mengambil baki wang yang dihulurkan malah
menyenangkan orang lain dalam muamalahnya. Sifat dermawannya tidak
dapat disangkal lagi malah beliau adalah orang yang tidak pernah jemu
menyalurkan gajinya di jalan Allah dengan menafkahkannya kepada faqir
miskin di Daqadus dan tempat-tempat lain yang memerlukan. Namun beliau
bukanlah seorang yang berbangga dengan amalnya malah beliau sentiasa
menutupi setiap sumbangannya agar tidak diketahui oleh ‘tangan kirinya’.
210
Beliau memegang jawatan wazir hanya dari tahun 1976 hingga 1978 kerana
memandangkan jawatannya ini tidak memberikan sesuatu kesan untuk dia
melaksanakan Islam dengan baik. Bahkan beliau jarang dapat pulang
kekampungnya dan melihat keluarganya. Sewaktu diminta oleh sahabatnya
untuk membela dirinya yang difitnah pada masa tersebut, beliau akan
memperingatkan sahabatnya dengan Ayat Allah SWT yang bermaksud
“Sesungguhnya Allah membela orang-orang yang beriman dan yang sentiasa
mendoakan bagi mereka yang sesat akan mendapat hidayah dan petunjuk
dariNya”.
Tidak sampai sebulan sebelum kematiannya, sahabat karibnya, Muhammad
As Sa’di menemuinya di hospital dan menceritakan kembali kepadanya
tentang mimpinya bertemu dengan Saidatina Zainab yang telah berkata
kepadanya “ Katakanlah kepada Sya’rawi, janganlah takut ”. Ternyata
beliau masih ingat dengan mimpi tersebut yang menunjukkan beliau
bukanlah seorang yang mudah terlupa.
Mujaddid Kurun Ke-20
Allah SWT telah menzahirkan baginya ilmunya, kefahaman yang mendalam,
cahaya hatinya penjagaan lisannya dan mewarisi akhlak Rasulullah saw.
Beliau sering memberi nasihat dengan firman Allah Taala yang memberi
maksud “Katakanlah dan Aku tidak meminta dari mereka sebarang balasan
kecuali berkasih sayanglah sesama saudara kaum kerabat”.
Kesufiannya amat tinggi. Ketika ditanya oleh As-Sanrawi, “Apakah dia jalan
suluk kepada Allah?. Beliau menjawab “Apabila kamu mengosongkan dirimu
dari sebarang pergantungan dan menghiasinya dengan manhaj Allah. Maka
Allah akan melimpahkan bagimu limpahanNya yang Maha Agung”.
Beliau merupakan imam yang sufi dan zuhud. Selepas meninggalkan
jawatannya dalam wazir, beliau berkhidmat sebagai ulama’ Al-azhar.
Namun beliau enggan memakai pakaian Al Azhar dan beliau hanya
memakai kopiah dan jubahnya.
211
Pandangan Sahabat dan Ulama Mengenainya
Ahmad Bahjat menyifatkan Syeikh al-Sya’rawi seorang ahli tafsir semasa
yang dapat menafsirkan ayat-ayat al-Quran dengan uslub yang mudah
difahami oleh orang umum. Sementara Omar Hashim, bekas Rektor al-
Azhar menyifatkannya sebagai seorang mujadid abad ini.
Yusuf al-Qaradawi menyifatkan Syeikh Mutawalli al-Sya’rawi seorang ahli
al-Quran. Beliau merupakan seorang yang dikurniakan Allah kefahaman al-
Quran dan rahsia-rahsianya serta pandangan-pandangannya mempunyai
kesan kepada masyarakat umum, sama ada golongan terpelajar mahupun
tidak. Tidak semua orang yang membaca al-Quran dapat menyelami makna-
makna kecuali diberikan Allah kefahaman tersebut. Dan Syeikh al-Sya’rawi
adalah orangnya yang diberikan Allah kurniaan tersebut.
Menurut al-Qaradawi, Syeikh al-Sya’rawi keseluruhan hidupnya adalah
untuk berkhidmat kepada agama Islam dan menyebarkan ilmu dan
kematian ulamak merupakan satu kehilangan besar dan musibah kepada
umat kerana apabila Allah menarik ilmu adalah dengan kematian ulama.
Apatah lagi dalam masa terdekat beberapa ulamak lainpun telah meninggal
dunia sebelumnya seperti Syeikh Muhammad al-Ghazali, Syeikh Khalid
Muhammad Khalid, Syeikh Jad al-Haq Ali Jad al-Haq (Syeikh al-azhar),
Syeikh Abdullah bin Zayd Ali Mahmud, Syeikh Abdul Fattah Abu Ghuddah.
Menurutnya lagi, sememanng ada yang bersepakat dengan Syeikh al-
Sya’rawi dan ada yang berbeza pendapat dengannya seperti pandangannya
mengenai pemindahan organ. Beliau tidak bersetuju pemindahan organ.
Beliau juga tidak bersetuju untuk mengambil pendekatan menentang
kerajaan dan mengambil pendekatan tadaruj sedangkan ada sesetengah
golongan inginkan pendekatan kekuatan dan menentang pemerintah.
Perkara ini sudah tentu berbeza dengan Syeikh al-Sya’rawi. Namun,
kesemuanya bersetuju atas sumbangan dan khidmatnya dalam khidmat
kepada agama Islam keseluruhannya, meninggikan kalimatnya dan
berdakwah kepada masyarakat dengan bahasa yang mudah dan semasa. Al-
Qaradawi menyebutkan lagi,
Syeikh al-Sya’rawi merupakan gurunya dalam subjek Balaghah semasa
beliau menuntut di Kolej Al-Azhar Tanta. Menurut al-Qaradawi, pada tahun
1417H, apabila beliau dianugerah Pingat Antarabangsa Syahsiyat Islam
Dubai, saya telah diminta oleh pihak penganjur untuk menghadiri bagi
menghormati beliau. Saya telah hadir dan apabila beliau mengetahui
kehadiran saya beliau merasa sungguh seronok dan bergembira.
212
Saya menghadiri majlis tersebut sebagai tanda menghormatinya dan
sepatutnya kita sebagai seorang muslimin juga menghormati para ulamak
kita seperti Syeikh al-Sya’rawi dan Muhammad al-Ghazali.
Perkahwinannya dan Anak-Anaknya
Syeikh al-Sya’rawi telah berkahwin dalam usianya yang masih muda atas
permintaan bapanya yang inginkan beliau berkahwin awal dan isterinya
adalah pilihan keluarga. Mereka dikurniakan 5 orang anak iaitu Sami,
Abdul Rahim, Ahmad, Fatimah dan Solehah.
Mengenai pendidikan anak-anak, al-Sya’rawi menyebutkan bahawa perkara
yang penting ialah memberi contoh teladan dan sekiranya kita menunjukkan
akhlak yang mulia sudah tentu mereka akan mengikutinya. Adalah menjadi
kewajipan kita mendidik mereka dengan akhlak dan perangai yang mulia
dan memelihara telinga dari mendengar perkara yang buruk, memelihara
matanya dari melihat yang mungkar.
Kita hendaklah mendidik anak-anak dengan pendidikan Islam dalam
menunaikan amalan dan kewajipan agama, tekun dalam membuat kerja dan
menunaikan solat pada waktunya.
Karya-Karyanya
1. Tafsir al-Sya’rawi (Tafsir al-Sya’rawi)
2. al-Isra’ wa al-Mi’raj (Isra dan Mikraj) Terjemahan dalam bahasa Melayu
oleh Dinie Publihers
3. al-Islam wa al-Fikr al-Mu’asir (Islam dan Pemikiran Semasa)
4. al-Islam wa al-Mar’ah (Islam dan wanita)
5. al-Tariq ila Allah (Jalan Menuju Allah)
6. al-Fatawa (Fatwa-Fatwa)
7. Mu’jizat al-Qur’an (Mukjizat al-Quran) Terjemahan dalam bahasa Melayu
oleh Pustaka Nasional)
213
8. Min Fayd al-Rahman (Dalam Limpahan al-Rahman) Terjemahan dalam
bahasa Melayu oleh Pustaka Yasmeen)
9. al-Qada’ wa Qadar (Qada dan Qadar)
10. al-Salat wa Arkan al-Islam.(Solat dan Rukun-Rukun Islam)
11. Nazarat fi al-Qur’an (Pandangan-Pandangan al-Quran)
12. Hadha Huwa al-Islam (Inilah Islam)
13. al-Hayat wa al-Maut (Kehidupan dan Kematian)
14. Al-Taubat (Taubat)
15. al-zalim wa al-zalimun (Zalim dan orang-orang Zalim)
16. Sirah al-Nabawiyyah ( Sejarah Nabi Muhammad s.a.w.)
Dan masih lagi banyak lagi buku-buku beliau terutama dalam penafsiran al-
Quran dan persoalan umat semasa.
Menurut Sya’rawi beliau tidak mengulangi mana-mana buku kecuali al-
Quran. Al-Quran telah memberi ufuk yang luas kepada jiwa dan
pemikirannya. Beliau menafsirkan al-Quran dengan menamakannya sebagai
“Khawatir al-Imaniah”. Ia bukan semata-mata tafsiran ayat demi ayat
mengikut tertib mashaf serta menerangkan kalimah dan menafsirkan ayat
tersebut.
Wasiat
Sebelum Syeikh Sya' rawi meninggal dunia, beliau telah mengumpulkan
anak-anak cucunya lalu berwasiat agar tidak bergaduh dalam masalah
harta. Sesiapa yang inginkan harta, ambillah hartanya. Malah beliau
berwasiat bahawa perbalahan mereka biarlah pada masalah agama. Pusaka
agama yang beliau tinggalkan ialah tafsir al-Quran, hadis dan ilmu-ilmu
beliau. Beliau juga berwasiat perkara yang sama kepada seluruh umat
Islam.
Saat Kematian
Suasana pada hari kematian Syeikh Sya’rawi
214
Sebelum kematiannya, beliau telah dapat merasakan saat-saat kematiannya
yang makin hampir. Ini terbukti semasa perasmian sebuah masjid di
kampungnya tiga bulan yang lalu beliau mengatakan, "Semua harta adalah
milik Allah dan setiap apa yang telah diberikan oleh Allah kepadaku, akan
aku nafkahkannya pada jalan Allah. Sesungguhnya aku tidak memiliki apa-
apa. Harta dan diriku hanya untuk Allah. Seandainya setiap orang merasa
bertanggungjawab pada kampung dan bandar tempat kelahirannya, nescaya
tempat itulah lebih indah dari bandar-bandar besar di seluruh dunia. Aku
ingin tanah tempat kelahiranku ini bakal menimbusi jasadku nanti."
Walaupun sewaktu hayatnya, Kerajaan Saudi telah menawarkan kepada
beliau tanah perkuburan di perkuburan Baqi' tetapi Al Fadhil Syeikh
menolak dengan mengatakan, "Tanah kelahiranku lebih layak menerima
jasadku hingga dia dapat memelukku ketika aku mati sebagaimana aku
memeluknya dan memeliharanya ketika hayatku." Malah dua hari sebelum
meninggal dunia, beliau berwasiat agar mempersiapkan kuburan untuknya
di kampung.
Semasa di akhir hayatnya juga, beliau mengalami kesakitan yang parah
pada dadanya menyebabkan beliau tidak mampu untuk hernafas dengan
baik dan sakit tulang. Anak saudaranya yang bernama Hajah Suad
menyatakan bahawa sewaktu hampir saat kematian, beliau cuba untuk
bangun dan berteriak dengan suara yang jelas sehingga didengari oleh orang
yang berada di sekelilingnya, "Selamat datang wahai Hussain! Kamu telah
datang sendiri berjumpa aku, aku gcmbira dengan kedatanganmu".
Pada pagi Rabu 17 Jun 1998/22 Safar 1419H, sejarah tersulam di dalam
diari Islam, setelah mengalami kegeringan akhirnya beliau kembali ke
pangkuan Ilahi. Jenazahnya telah dimandikan oleh Dr Omar Hashim dan
diimamkan oleh Dr Sayyid al-Tantawi.
Umat Islam ketika itu terkejut dan tersentak apabila seorang Imam yang
memperjuangkan Islam sehingga digelar sebagai "Lampu Kebenaran" telah
wafat ketika berumur 87 tahun.
Jenazah beliau telah dikebumikan di kampungnya iaitu Doqdus berdasarkan
wasiat beliau sendiri. Jenazahnya telah dibawa oleh anak-anak muridnya,
penduduk kampung serta semua pencinta beliau. Hampir sejuta orang telah
menghadiri pengkebumian beliau.
Pemergian ulama besar ini telah menghimpunkan jutaan manusia
sebagaimana mereka berasak-asak dalam perhimpunan untuk mendengar
tazkirah dan kuliah semasa hidupnya. Kegembiraan penduduk kampung
Daqadus, Mansurah (Tempat asal al Fadhil) bertukar dengan linangan
airmata kerana pemergiannya. Tersambar di hati-hati mereka suatu
215
keperitan dan kesedihan di atas pemergian dan perpisahan yang tidak
diingini ini.
Pemergiannya juga menandakan kehilangan seorang tokoh agamawan yang
kontroversi dalam sejarah moden bumi Mesir. Al Fadhil Syeikh amat
dikasihi oleh penduduk kampungnya kerana beliau banyak menafkahkan
harta-hartanya untuk kebajikan umat Islam. Beliau telah mendirikan
sekolah rendah serta Maahad Azhar di Daqadus untuk kemudahan
penduduk kampungnya.
Walaupun beliau pergi untuk selamanya namun jasa dan keprihatinannya
terukir indah dan tidak mungkin dapat dilupakan oleh mereka. Pada tahun
1967, Mesir telah digugat oleh isu kemiskinan, kemunculannya memberikan
satu jasa yang besar dan beliau merupakan lambang keamanan dan
kemiskinan. Omar Abdul Rahman dan Syeikh Tantawi menyatakan bahawa
beliau adalah merupakan the silent hero untuk the silent people yang tidak
menimbulkan sebarang pemberontakan. Beliau tidak pernah masuk
bertanding di dalam pilihanraya.
Ramai di kalangan intelektual terutamanya yang berhaluan kiri seperti
Hamanda mengesyaki adanya pakatan sulit antara kerajaan dan stesyen t.v.
yang menayangkan rancangan Syeikh Sya'rawi, Nasional T.V. hanya
menyiarkan 15 minit untuk pengkebumian Syeikh Sya'rawi. Liputan akhbar
Ahrar menyatakannya sebagai 'Lawak Dekad Ini'.
216
33
Syeikh Abul Hasan Ali An-Nadwi, Zuhud Yang Berjiwa Sufi
Syeikh Abul Hasan Ali al-Hasani an-Nadwi merupakan seorang ulama dan
pemikir Islam yang ulung. Beliau dilahirkan pada 6 Muharram 1333H / 23
November 1914M di Takia Kala, Rae Berily, India. Nama sebenar beliau
ialah Ali bin Abdul Hayy bin Fakhruddin bin Abdul Aliy al-Hasani.
Nasabnya sampai kepada Hasan bin Ali bin Abi Talib r.a.
Beliau amat bertuah kerana dilahirkan dan dibesarkan di dalam sebuah
keluarga yang amat berpegang teguh dengan ajaran Islam. Ayahnya Sayyid
Abdul Hayy seorang ulama di India manakala ibunya juga seorang pendidik
dan hafaz al Quran serta syair-syair sejarah Islam dalam bahasa Urdu.
Dilahirkan dalam keluarga yang mementingkan ilmu, tidak hairanlah minat
membaca beliau terserlah sejak kecil lagi. Beliau gemar mengumpul kitab
dan mempunyai satu sudut bacaan sendiri yang dinamakan sebagai
Maktabah Abil Hasan Ali (Perpustakaan Abul Hasan Ali).
Sejak kecil juga Syeikh Abul Hasan telah didik dengan pelbagai ilmu
pengetahuan meliputi bahasa Arab, nahu, syair, sastera Arab, tafsir, fiqh,
hadis dan sebagainya. Ramai dikalangan gurunya datang dari India dan ada
juga di antara mereka yang datang dari Madinah.
Di peringkat awal, beliau hanya belajar di rumah dan di madrasah Nadwatul
Ulama. Setelah itu beliau mengorak langkah keperingkat yang lebih tinggi
217
di Universiti Lucknow dan di sini, beliau telah berjaya mencapai
kecemerlangan tertinggi dalam bidang Bahasa Arab. Kemudian beliau
meneruskan lagi pengembaraan ilmunya hingga membawa beliau ke Lahore.
Di sinilah dia bertemu dengan seorang sarjana dan pemikir agung dunia
Islam iaitu Dr. Muhammad Iqbal. Kekaguman beliau dengan karya-karya
Iqbal mendorong beliau untuk menterjemahkan beberapa syair Iqbal
daripada Bahasa Urdu kepada Bahasa Arab, walaupun usianya pada ketika
itu hanya sekitar 15 tahun sahaja.
Sifat Peribadi
Peribadi Syeikh Abul Hasan sangat sederhana, zuhud, berlapang dada serta
terpancar keikhlasan dakwahnya sehingga membuatkan beliau senang
didampingi, tidak kira peringkat umur dan darjat seseorang manusia itu.
Beliau adalah seorang yang berperibadi zuhud dan tidak membezakan
antara manusia dalam dakwahnya membuatkan ulama terkenal Mesir, Dr
Yusuf al-Qaradhawi mengkagumi keperibadian beliau.
Dr Yusuf al-Qaradhawi berkata: "Saya mengenali keperibadiannya dan juga
karya-karyanya. Saya mendapati pada dirinya hati seorang muslim yang
sejati dan pemikiran Islam yang tulen. Saya mendapati beliau sentiasa hidup
dengan Islam dan untuk Islam. Saya kira bukan saya seorang sahaja yang
mencintainya tetapi semua orang yang mengenalinya pasti mencintainya,
bahkan sesiapa yang lebih mengenalinya pasti akan bertambah kecintaan
terhadapnya."
Dakwah dan Pendiriannya
Mencontohi pendekatan dakwah ulama’-ulama’ terdahulu seperti Imam As
Sirhindi r.a dan Maulana Ilyas r.a, serta beberapa tokoh Islam yang agung,
218
Syeikh Abul Hasan telah membawa suatu manhaj dakwah dan tarbiyah
yang menyeluruh, dengan menggabung jalinkan beberapa manhaj dan
pendekatan, menjadi suatu kombinasi di antara sistem lama yang berkat
dengan sistem baru yang bermanfaat.
Menurut beliau, kefahaman yang jitu terhadap dasar-dasar dakwah akan
menjadikan seorang daie’ benar-benar berdakwah untuk Allah bukan untuk
kepentingan peribadi atau selainnya. Prinsip yang perlu ada ialah
berdakwah untuk kebaikan umat seluruhnya bukan untuk keuntungan
kelompok atau diri sendiri. Dasar-dasar yang digariskan beliau dalam
melaksanakan dakwah itu merupakan himpunan daripada dasar "At
Tasallub Fi Al Usul" iaitu tegas pada prinsip dan "Al Murunah Fi Al Wasail"
yakni anjal dalam perlaksanaan.
Usaha gigih Syeikh Abul Hasan dalam menyampaikan kalimah haq bukan
sahaja dikagumi oleh dunia Islam malah mendapat pengiktirafan daripada
masyarakat Barat khususnya di Eropah. Banyak undangan ceramah dan
seminar yang beliau terima daripada institusi-institusi terkemuka di Eropah
seperti di Geneva, Paris, Cambridge, Oxford, Glasgow, Edinburgh dan
Sepanyol.
Rata-rata dikalangan pendakwah dan mereka yang terlibat dalam dunia
pendidikan, baik di Timur mahupun di Barat mengenali tokoh ini. Malah
adakalanya walaupun tidak berkesempatan mengenali peribadi beliau
secara langsung tetapi apabila kita membaca hasil-hasil karyanya kita akan
merasakan seolah-olah beliau adalah guru kita yang duduk bersama-sama
kita.
An-Nadwi juga begitu peka dengan sistem pendidikan dan banyak
mengkritik golongan orientalis yang menyelewengkan fakta sebenar
mengenai Islam. Dari segi faktor keagamaan, tujuan orientalis adalah
menyebarkan agama Kristian dan menonjolkannya lebih daripada agama
Islam.
Di samping itu, mereka cuba membangkitkan rasa bangga terhadap mereka
ke dalam jiwa anak-anak muda Islam. Dari segi politik, golongan orientalis
adalah utusan barat ke negara-negara Islam dengan tujuan membuat
penyelidikan yang berhubung dengan adat, bahasa, tabiat dan jiwa orang-
orang timur. Melalui cara ini, barat dapat meluaskan kekuasaan dan
pengaruhnya ke atas umat Islam. Walaupun begitu, ada juga golongan
orientalis yang membuat penyelidikan semata-mata kerana rasa minat
mereka terhadap ilmu.
Menurut al-Nadwi, antara orientalis yang menghasilkan penyelidikan yang
baik yang wajar diberi penghargaan ialah Prof. T.W. Arnold, pengarang buku
219
Preaching of Islam, Stanley Lane pengarang buku Saladin (Salahuddin al-
Ayubi) dan Moors in Spains, Dr. Aloys Spenger Edward William Lane,
A.W.J- Wensinck, yang telah menyusun Mu‘ajam Hadith. Semua pengarang-
pengarang ini menunjukkan keikhlasan mereka dalam membahaskan
sesuatu isu tanpa dipengaruhi oleh faktor politik, ekonomi dan agama.
An-Nadwi telah memberi kritikan pedas terhadap golongan orientalis yang
seharusnya direnung oleh pelajar-pelajar muslim yang lain. Beliau menyebut
bahawa dengan mengakui sumbangan ilmu orientalis ini, tiada halangan
baginya untuk menegaskan bahawa kaum orientalis ini sering tidak beroleh
taufik dari Ilahi walaupun mereka banyak melakukan penyelidikan dan
penggalian terhadap ilmu-ilmu al-Qur’an, sunnah, sirah nabi, feqah Islam,
akhlak dan tasauf.
Mereka hanya keluar dengan tangan hampa tanpa memperolehi apa-apa
dari keimanan dan keyakinan. Sebaliknya didapati bertambah besar jurang
yang memisahkan mereka dengan ilmu tersebut disebabkan oleh iktikad
permusuhan yang terpendam dalam hati mereka. Tujuan mereka hanya
ingin mencari kelemahan tentang Islam dan mengemukakannya untuk
maksud politik mahupun keagamaan.
Menurut an-Nadwi, umat Islam sekarang menghadapi kejumudan pemikiran
atau mendapnya kecerdasan akal yang menimpa sarjana Islam atau pusat-
pusat pengajian Islam semenjak waktu yang lama.
Begitu juga, jarang ditemui ulama yang dapat meyakinkan generasi muda
mengenai keunggulan Islam dan keabdian ajaran agama untuk mereka
melayari kehidupan serta menyingkap tabir kelemahan-kelemahan
peradaban barat dan sorotan yang ilmiah dan analisa yang teliti.
Beliau turut menggariskan beberapa faktor yang menyebabkan fahaman ini
dapat menawan jiwa orang-orang Islam. Antaranya ialah pertamanya
kelemahan orang Islam dari sudut keimanan, ijtihad dan ilmu pengetahuan.
Fikiran menjadi sempit dan keghairahan terhadap agama mereka telah
lenyap sama sekali.
Keduanya para ulama tidak memainkan peranan yang sebenar dan tidak
pula berusaha untuk memimpin orang Islam lain terutama anak-anak muda
Islam.
Ketiganya penjajahan yang berlaku ke atas negara-negara umat Islam.
Orang-orang Islam mengkagumi falsafah barat yang dianggap mengandungi
kebenaran dan kemajuan.
220
An-Nadwi berpendapat bahawa jalan yang paling selamat dalam mendidik
umat Islam ialah kembali beriman kepada Allah sebagaimana Rasulullah
dahulu telah melaksanakannya dengan begitu berkesan. Kemungkaran dan
kerosakan adalah berpunca dari keengganan manusia untuk kembali kepada
penawar dan rawatan nubuwwah.
Hanya dengan kembali kepada bentuk didikan di atas sahajalah manusia
masa kini dapat diselamatkan sebagaimana manusia pada zaman dahulu
diselamatkan oleh Rasulullah. Oleh itu, beliau menyarankan umat Islam
kembali kepada acuan madrasah kerasulan.
An-Nadwi menggunakan manhaj dakwah dengan berteraskan kepada al-
Quran kemudian hadith dan sirah serta kisah-kisah para sahabat. Ini jelas
terbukti dalam bukunya Rawa’i min adab al-da’wah yang mana beliau
mengambil contoh-contoh dakwah para nabi-nabi yang bersumberan al-
Quran dan al-Hadith.
Di samping itu, beliau mengakui manhaj itu mungkin berbeza dari satu
tempat dari satu tempat yang lain kerama dakwah mesilah mengambil kira
masalah lingkungan , sausana dan persekitaran. Oleh itu, dakwah yang
berkesan ialah dakwah yang mengambilkira realiti yang ada.
Di samping itu, pendekatan hikmah dan bijaksana perlu diberi perhatian.al-
Nadwi juga menyarankan memahami al-Quran dengan mendalam, sejarah
dakwah dan tokoh-tokoh dakwah serta adab-adab Islam. Kebanyakan bidang
tersebut telah ditulisnya untuk penyediaan kepada para pendakwah.
Karya Yang Membuka Mata Dunia
Siapa yang tidak terkesan bila mana membaca karya agung beliau berjudul
"Apakah Kerugian Dunia Akibat Kemunduran Umat Islam" yang pernah
pada suatu ketika menggoncang hati para pemimpin dan ulama’ di dunia
Arab.
Hingga sekarang karya yang berusia lebih 50 tahun itu, tetap menjadi
rujukan umat seluruh dunia malah telah diterbitkan dalam berbagai-bagai
bahasa seperti Inggeris, Parsi, Urdu, Arab, Hindi, Melayu dan lain-lain.
Beliau telah berjaya membuka pandangan sempit pemimpin dunia Islam
yang menganggap bahawa kekayaan material yang dimiliki oleh masyarakat
Eropah adalah segala-galanya sedangkan mereka di sana telah bankrap dari
segi pemikiran dan kerohanian.
Dengan pandangannya yang tajam, Syeikh Abul Hasan an-Nadwi berjaya
membawa suatu natijah yang berguna untuk mengeluarkan umat manusia
221
daripada kongkongan hidup jahiliyah moden kepada naungan Islam yang
sebenar.
Sebagaimana yang beliau nukilkan bahawa hanya umat Islam sahaja yang
layak untuk mentadbir dan mengatur dunia ini, tanpa Islam dunia akan
menghadapi penderitaan dan kerugian walaupun manusia memiliki segala
kecanggihan dan kemudahan hidup.
Dijemput Ilahi
Setelah hampir tiga suku usianya dihabiskan dengan perjalanan ilmu dan
dakwah, menyeru umat Islam agar kembali teguh kepada al-Quran dan
sunnah, maka pada tengah hari Jumaat, 23 Ramadhan 1420H / 31 Disember
1999M, beliau telah dijemput Allah SWT pulang ke sisiNya ketika sedang
bersiap-siap untuk menghadiri solat Jumaat di kediamannya, ketika usianya
mencecah 85 tahun.
Sebagai mengenang jasa beliau yang telah dicurahkan untuk kepentingan
agama, maka telah diadakan solat jenazah ghaib di dua tanah suci iaitu di
Masjidil Haram di Makkah al Mukarramah dan di Masjid Nabawi di
Madinah al Munawwarah pada malam 27 Ramadhan 1420H.
Pemergiannya dirasakan sebagai suatu kehilangan permata yang amat
berharga. Perjuangan dakwahnya yang tidak mengenal noktah itu,
seharusnya menjadi contoh dan ikutan oleh generasi kini.
Selamat jalan wahai mujahid. Semoga Allah SWT mencucuri rahmat yang
luas ke atasmu dan semoga engkau bersama-sama dengan para anbiya’,
auliya’ dan para kekasih Allah. Amin.
“Belia-belia Islam yang bakal memimpin umat pada masa akan datang
sangat perlu diisikan dengan ilmu, tazkiyah ruhiyyah, semangat juang dan
sifat zuhud dari dunia. Kalau tidak, akan dibimbangi mereka akan
222
kecundang dalam menghadapi cabaran akhir zaman. Kepetahan lidah
dalam berucap dan keluasan ilmu belum dapat memberi kesan yang terbaik
kalau tidak disertai dengan kekuatan rohani yang mantap.”
(Syeikh Abul Hasan Ali an-Nadwi)
“Ulama-ulama dahulu berusaha untuk bergaul dengan orang-orang soleh
walaupun ilmu mereka rendah daripada mereka untuk mengelokkan hati
kita. Mudahan Allah Taala memudahkan kita membaca kisah-kisah orang
soleh untuk merawat hati kita.”
(Syeikh Abul Hasan Ali an-Nadwi)
223
34
Syeikh Al-Albani, Ulama Berjiwa Sunnah
Syeikh Al-Albani dilahirkan pada tahun 1914 M/1332 H di Asyquderah (dulu
dikenali Shkodera), sebuah ibukota Albania. Nama sebenarnya ialah
Muhammad Nasiruddin bin Nuh bin Najati. Nama gelarannya ialah Al-
Albani, disandarkan kepada negeri kelahirannya Albania.
Beliau lahir dan membesar dalam keluarga dan lingkungan orang-orang
soleh yang amat sederhana. Ayahnya, Syeikh Nuh Najati ialah seorang
graduan Kolej Guaman, Istanbul yang menjadi pengajar dan ulama besar di
Albania.
Dalam pada itu, setelah pemerintahan Albania dikuasai oleh Ahmad Zogho,
negara itu telah banyak terpengaruh dengan dasar-dasar Barat yang telah
diamalkan secara menyeluruh, khususnya dalam bidang sosial. Ini
sebenarnya menghakis nilai-nilai murni sosial Islam yang telah sebati
dengan sistem sosial Albania pada masa itu.
Rentetan daripada itulah, ramai penduduk Islam Albania telah memilih
untuk berpindah ke tempat lain, termasuklah Haji Nuh demi
menyelamatkan masa depan anak-anaknya. Beliau telah memilih bandar
Damsyik sebagai destinasinya yang baru, setelah pernah singgah di situ
dalam perjalanannya menunaikan haji. Apatah lagi, tempat itu mempunyai
banyak kelebihan sebagaimana yang tersebut dalam hadis Nabi s.a.w..
Pendidikan Awal dan Guru-gurunya
224
Syeikh Al-Albani memulakan pendidikan awalnya di Sekolah Rendah al-
Isa’af al-Khairiyah yang terletak berhampiran bangunan tinggalan istana
besar yang terkenal di Hayyu al-Bazuriyah, Damsyik.
Namun, apabila beliau berjaya menghabiskan pendidikan rendah di situ,
rusuhan terhadap penjajahan Perancis telah berlaku dengan hebat sehingga
sekolah itu akhirnya terbakar dalam rusuhan itu.
Oleh sebab itu, beliau telah berpindah ke sekolah baru berhampiran pasar
arujah dan disitulah akhirnya beliau berjaya menamatkan pendidikannya.
Namun begitu, beliau tidak meneruskan ke peringkat yang lebih tinggi atas
nasihat bapanya yang tidak begitu senag dangan dasar pendidikan kerajaan
pada masa itu. Sebaliknya beliau telah mengikuti program pendidikan yang
disusun oleh bapanya yang menekankan pendidikan al-Quran, tajwid dan
feqah Hanafi.
Beliau juga telah mempelajari ilmu-ilmu agama dan bahasa Arab daripada
ulama-ulama yag terkenal pada masa itu, seperti sahabat bapanya, Syeikh
Said al-Burhani yang telah mengajarnya kitab ‘Maraqil Falah’ di samping
kitab-kitab lain dalam ilmu balaghah.
Beliau tidak memperoleh ijazah riwayat daripada guru-guru beliau tersebut
kerana beliau memang tidak memintanya. Ijazah yang beliau peroleh dalam
ilmu hadis ialah pemberian dari seorang ulama Halab, Syeikh Raghib at-
Tabbakh setelah bertemu dengan beliau lewat perantara Ustaz Muhammad
al-Mubarak. Ustaz al-Mubarak ini menceritakan kepada Syeikh Raghib at-
Tabbakh tentang keberadaan seorang pemuda yang serius mempelajari
ilmu-ilmu hadis dan keunggulan beliau dalam ilmu itu.
Setelah Syeikh Raghib at-Tabbakh meneliti kebenarannya, betapa
kagumnya beliau melihat Al-Albani yang waktu itu masih muda belia tapi
pandai dalam ilmu hadis, sehingga beliau lalu memberi ijazah riwayat
sebagai penghormatan dan pengakuannya dan bukan pemuda Al-Albani
yang memintanya. Pada waktu itu, Syeikh Raghib memberikan kitabnya, al-
Anwar al-Jaliyah fi Mukhtasar al-Atsbat al-Halabiah dan ia bubuhi dengan
ijazah-ijazahnya dari guru-gurunya.
Beliau juga mempunyai ijazah dan sanad yang bersambung sampai Imam
Ahmad daripada Syeikh Bahjah al-Baitar. Keterangan tersebut ada dalam
buku Hayah al-Albani (biografi Al-Albani) karya Muhammad As-Syaibani.
Ijazah ini hanya diberikan kepada mereka yang benar-benar ahli dalam
hadis dan dapat dipercaya untuk membawakan hadis secara teliti. Ijazah
serupa didapat pula oleh muridnya iaitu Syeikh Ali Hasan al-Halabi.
225
Mula Mendalami Ilmu Hadis
Syeikh Al-Albani mula tertarik untuk mendalami ilmu hadis ketika berusia
lebih kurang 20 tahun setelah mendapati dirinya terpengaruh dengan
paparan-paparan Sayyid Rasyid Redha dalam majalah Al-Manar.
Sebelumnya, minat Al-Albani tertumpu kepada kisah-kisah klasik Arab,
kisah-kisah terjemahan penyiasatan dan bidang sejarah.
Paparan Sayyid Rasyid Redha itu sebenarnta berkisar ulasan ringkas
mengenai kitab Ihya Ulumuddin karya Imam al-Ghazali, tetapi Al-Albani
tergerak untuk mendalami isi kitab tersebut. Beliau kemudiannya telah
berjaya mengemaskinikan sumber-sumber hadis Ihya Ulumuddin yang telah
diusahakan oleh al-Hafiz al-Iraqi dalam usia semuda itu. Walaupun masih
terdapat banyak kelemahan dalam usahanya itu, jalan di hadapannya
terbuka luas untuk usaha-usaha seterusnya.
Sesungguhnya kejayaan seperti ini telah disifatkan oleh Al-Albani sebagai
hasil daripada 2 peristiwa penting dalam hidupnya:
1. Penghijrahan bapanya ke Syria yang membolehkannya mempelajari
bahasa Arab untuk mendalami al-Quran dan hadis.
2. Peluangnya mempelajari kerja-kerja membaiki jam daripada bapanya
yang kemudiannya telah menjadi sumber rezeki utamanya.
Oleh kerana Al-Albani turut membaiki jam, beliau telah membahagikan
masa hariannya untuk menuntut ilmu dan bekerja pada masa yang sama.
Sepanjang tempoh itu, beliau telah menuntut ilmu, menulis dan mengkaji
buku-buku hadis, khususnya manuskrip-manuskrip asal di Maktabah
Azzahiriah secara berterusan. Dalam hal ini, beliau menyebut bahawa
sekitar 6-8 jam masanya telah ditumpukan untuk kegiatan ini setiap hari.
226
Namun begitu, beliau masih mampu mengimami solat di maktabah itu
setiap kali azan berkumandang.
Setelah bertungkus-lumus, beliau berjaya menghasilkan hasil pertama
beliau, iaitu salinan kitab ‘Al-Mughni An-Hamili Asfaar’ karya al-Hafiz al-
Iraqi dan ulasan terhadap isinya. Kitab ini ialah penyusunan sumber hadis
kitab Ihya Ulumuddin karya Imam al-Ghazali. Apa yang menarik dalam
usaha ini ialah kesungguhan yang telah ditunjukkan beliau dalam usia
semuda itu, di samping ketelitiannya dalam penyusunan hasil berkenaan
selain daripada kecantikan tulisannya.
Maka tidak hairanlah usaha ini sebenarnya telah menambahkan semangat
dan minatnya untuk mendalami ilmu hadis secara lebih serius. Ini jelas
apabila selepas itu beliau sanggup meghabiskan masa sehingga 12 jam di
Perpustakaan Az-Zahiriah untuk mengkaji bidang itu dan terpaksa pula
mengalas perut dengan sedikit makanan sahaja demi cintanya terhadap
ilmu. Keadaan inilah juga berlaku kepada ulama-ulama hadis lain seperti
Ibnu Jauzi yang cuma mengalas perut dengan roti kering.
Bahkan Al-Albani telah menjadi tumpuan pengunjung maktabah itu
disebabkan kesungguhan dan ketekunannya yang sebegitu tinggi. Malah
mereka sering mengajukan masalah-masalah kepadanya dan beliau melayan
soalan-soalan itu tanpa mengangkat wajahnya daripada buku yang
dibacanya, sehingga disebutkan bahawa ‘satu matanya pada buku dan satu
lagi pada yang bertanya’.
Hasilnya, beliau telah mengemaskini sumber hadis al-Buyu (jual beli) dalam
Ensiklopedia Fiqh Islam di samping karya-karya yang lain. Sesungguhnya
usaha ini merupakan satu kesungguhan dan pengorbanan yang sangat besar
dalam bidang hadis.
Ayah beliau pernah menegur dan memperingatkannya dari ilmu hadis
dengan berkata: “Ilmu hadis ialah pekerjaan orang-orang rugi.”
Meskipun tidak mendapat restu daripada ayhnya dalam membidangi ilmu
hadis, namun kecintaan beliau kepada ‘warisan Nabi’ ini terus bertambah
demikian pula upayanya dalam memisahkan hadis-hadis sahih dari yang
lemah.
Perpisahan Dengan Sang Ayah
Syeikh Al-Albani telah menuturkan kisahnya, beliau berkata: “Setelah
mempelajari ilmu hadis secara berterusan, tampaklah padaku kesalahan-
227
kesalahan yang menyebar pada saat itu. Kerana mereka mengikuti
sebahagian bid’ah.
Sebagai contoh dalam kitab ‘Hasyiah Ibnu Abidin’ pada bahagian terakhir
disebutkan: Dari Sufyan at-Tauri:
“Solat di masjid Bani Umaiyah memperoleh ganjaran tujuh puluh ribu solat.
Aku temukan atsar ini dan ternyata sanadnya gelap gelita, aku berkata:
Subhanallah! Bagaimana mungkin para fuqaha itu meriwayatkan atsar ini
sedang sanadnya sedemikian rupa, ini ialah atsar yang mu’dhal
sebagaimana istilah ulama ahli hadis.
Demikian pula aku baca dalam ‘Tarikh Ibnu Asakir’ tentang kisah kuburan
Nabi Yahya a.s. yang terletak di masjis Bani Umaiyah. Sehingga hasil
pembahasan sampai pada sebuah kesimpulan bahawa solat di masjid
tersebut tidak diperbolehkan.
Setelah peristiwa itu aku menulis sebuah kitab ‘Tahdzirus Sajid min
Ittikhadzil Qubur Masjid’ (Peringatan Bagi Orang Yang Solat Agar Tidak
Menjadikan Kuburan Sebagai Masjid).
Sejak itu pula aku memutuskan untuk tidak melaksanakan solat di masjid
Bani Umaiyah, agar perbuatanku tidak menyelisihi perkataanku. Ayahku
mengetahui keputusanku namun beliau menyembunyikan di dalam dirinya.
Kemudian ada masalah lain yang juga menyelisihi mereka iaitu solat
berjemaah kumpulan kedua di Masjid Bani Umaiyah. Kerana masjid
tersebut terdapat dua kali solat berjemaah. Jemaah yang pertama dipimpin
imam yang bermazhab Hanafi, sedang jemaah yang kedua dipimpin oleh
imam yang bermazhab Syafie.
Biasanya jemaah yang pertama diimami oleh Syeikh al-Burhani dan jika
beliau berhalangan, digantikan oleh ayahku. Hal ini kulakukan kerana aku
berpendapat bahawa solat berjemaah yang kedua makruh hukumnya, jika
dilakukan pada sebuah masjid yang sudah menunaikan solat jemaah yang
pertama.
Dari sanalah pendengki mulai menghasut ayahku tentang aku sehingga
pada suatu hari, ketika kami sedang makan malam, ayahku berkata
kepadaku dengan menggunakan bahasa Arab yang sangat jelas:
“Hanya dua pilihan bagimu, mengikuti mazhabku atau berpisah
meninggakan kami.”
228
Maka aku mohon pada ayahku agar memberiku kesempatan untuk berfikir
selama tiga hari. Lalu aku datangi beliau dengan membawa sebuah jawapan,
kukatakan: “Aku memilih keluar dari rumah ini agar ayah tidak cemas dan
gelisah disebabkan perbuatanku yang menyelisihi mazhab ayah.”
Lali keluarlah aku, sedang aku tidak memiliki satu dinar atau satu
dirhampun. Aku hanya diberi 25 lira Syria. Maka pergilah aku ke salah
seorang teman dan mengambil darinya 200 lira Syria. Aku menyewa sebuah
kedai dan bekerja dengan penuh kebebasan. Merupakan kurnia Allah SWT
atasku di mana aku sangat teliti dan cermat dalam pekerjaanku.
Pada saat itu aku menulis sebuah kitab. Usiaku pada saat itu menginjak 22
tahun. Di tempat yang baru ini aku merasa bebas dalam bekerja dan
berfikir. Kami mengadakan kajian-kajian di rumah beberapa teman. Setelah
meluasnya ruang lingkup dakwah, kami adakan kajian-kajian dalam hadis
yang disertai fiqihnya.
Terkadang ayah ikut hadir, beliau mengajakku berbicara, demikian pula
aku. Suatu ketika beliau datang dan berkata kepadaku: ‘Aku tidak
mengingkari bahawasanya telah banyak ilmu yang kudapati daripadamu’”
Rupanya kalimat tersebut sebagai kaffarah atas tindakannya padaku.”
Menjelang akhir hayat ayahnya, perselisihan dan kerengganan yang pernah
terjadi antara ayah dan anak ini berakhir. Iaitu ketika ayahnya mengakui
dan menyedari kebenaran anaknya, terutama dalam perkara meninggalkan
solat di kubur para nabi, wali dan orang-orang soleh lainnya.
Sifat-Sifat dan Peribadi Syeikh Al-Albani
Syeikh Al-Albani seorang yang sempurna bentuk tubuhnya, berkulit putih
kemerah-merahan, bertubuh besar dan tinggi yang mana ketinggiannya
229
sangat jelas, berdada lebar, sehingga jarak antara kedua pundaknya
berjauhan.
Janggutnya putih dan tidak pernah dibiarkannya memanjang melebihi satu
genggam, kadang-kadang beliau menggunakan ‘daun pacar’ untuk
mewarnainya dan jika telah diwarnainya beliau menjadi seorang yang
sangat tampan.
Barangsiapa yang melihatnya meskipun pada usianya yang telah lanjut, ia
akan yakin (dan hanya Allahlah yang mengetahui tentangnya) bahawasanya
Allah telah menjadikan baginya memperoleh bahagian yang besar dari sabda
Nabi s.a.w.:
Beliau juga memakai gamis yang pendek, menutup kepalanya dengan
thaqiyah (sejenis peci) dan jarang memakai penutup kepala yang dikenal
dengan nama ‘ghutrah’, kalaupun memakainya beliau kenakan yang
berwarna putih dan bukan yang berwarna merah.
Beliau mempunyai sebuah kaca mata yang banyak digunakan untuk
membaca, meskipun tidak selamanya beliau memakainya.
Beliau seorang yang semangat dan giat, jika berjalan melelahkan orang yang
berjalan bersamanya, kerana langkahnya panjang. Aku sering dan sering
melihat ketika beliau menaiki atau menuruni tangga Masjid ‘Salahuddin’
sedang kami berada di sekelilingnya, hampir saja tidak dapat mengejarnya
(dalam berjalan). Hingga pada pelaksanaan hajinya yang terakhir tahun
1410 H, beliau melakukan tawaf dan sa’i dengan berjalan kaki dan seakan-
akan beliau seorang yang termuda di antara kami yang menyertainya.
Perawakannya tampak sebagai seorang besar yang memiliki kehormatan
dan sangat karismatik/berwibawa, sehingga menurut muridnya, tidak
pernah terlihat hal itu pada seseorang selainnya.
Adapun yang berkaitan dengan daya ingat, beliaupun ialah seorang yang
sangat cemerlang, sehingga seseorang akan terkagum sebab kecemerlangan
orak, kecerdasan dan daua ingatnya. Di mana tatkala sedang mengajar lalu
terhenti oleh kegiatan solat atau makan, kemudian kembali ke majlisnya
untuk melanjutkan kajian, beliau memulai dari kalimat terakhir yang
diucapkannya sebelum solat/makan, seolah-olah beliau tidak pernah bangun
dari majlisnya.
Dalam keadaan sakit yang keras dan berpanjangan (sebelum wafatnya) daya
ingat beliau tidak lenyap dan beliau tetap dalam keadaan sedar.
230
Syeikh Al-Albani ialah seorang yang berhati lembut. Bila dipuji atau
disanjung, beliau marah yang disertai dengan ucapan: “Aku ini bukan apa-
apa” atau “Seorang yang tidak bererti.” Semuanya itu disebabkan
tawaduknya.
Keistimewaan yang membezakan beliau dengan kebanyakan ulama
selainnya ialah pembelaannya terhadap sunnah Rasulullah s.a.w. dan
pengikutnya, bantahannya secara jelas dan terbuka terhadap orang-orang
yang menyeleweng dan menyimpangi (dari sunnah Rasulullah s.a.w.) dalam
berbagai tingkatan mereka.
Berdakwah Di Jalan Allah
Sesungguhnya kajian hadis Rasulullah s.a.w. yang dijalankan oleh Syeikh
Al-Albani telah memberi pengaruh yang besar dalam hidupnya. Beliaupun
menempuh jalan yang benar, mengikuti kitab Allah dan sunnah Rasulullah
s.a.w., melenyapkan fanatic mazhab arau golongan dan mengikuti kebenaran
di mana pun berada.
Bertolak dari itulah Syeikh Al-Albani mengawali kesungguhanya dalam
berdakwah kepada Allah, beliau menceritakan awal perjalanan dakwahnya:
“Aku mulai menghubungi orang-orang yang aku kenal, sahabat-sahabatku
serta teman-teman mereka. Aku jadikan tempat kerjaku sebagai wadah
pertemuan kami, lalu pindah ke rumah salah seorang teman dan pindah lagi
yang pada akhirnya kami menyewa sebuah flat. Orang-orang yang
menghadiri kajian semakin banyak, sehingga tempat pertemuan menjadi
sempit. Aktiviti kami mencapai peningkatan yang pesat dalam membaca
hadis-hadis Rasulullah s.a.w. dan menerangkan sanad-sanadya. Kegiatan ini
terus berlanjutan hingga upaya yang dilakukan oleh para penentang kami,
membuahkan hasil. Kami pun ditekan dan seluruh pertemuan dibatalkan
serta dibubarkan.
231
Selain kegiatan di atas, beliau selalu mengadakan dialog dan diskusi dengan
para ulama dan imam-imam masjid. Banyak tentangan berat yang
dihadapinya dari para syeikh yang fanatic terhadap mazhab, para syeikh
sufi, khurafat dan ahlul bid’ah terutama dari kaumnya sendiri. Mereka
menyuruh orang-orang awam agar menentangnya, menyebarluaskan fitnah
bahawa beliau ialah seorang wahabi yang sesat, serta mengingatkan mereka
agar waspada terhadapnya.
Namun pada saat yang sama dakwah beliau dihadiri oleh ulama-ulama
terpandang dan terkenal di kota Damsyik, seperti Syeikh Bahjat al-Baitar,
Syeikh Abdul Fattah, Syeikh Taufik al-Bazrah dan tokoh-tokoh terkemuka
lainnya.
Tentangan dan ucapan-ucapan manusia tidak dipedulikannya. Semua itu
justeru menambah keteguhannya dalam berpegang teguh pada manhaj yang
haq serta memutuskan untuk bersabar dan menanggung penderitaan.
Syeikh Al-Albani ialah seorang alim pembawa bendera tauhid dan sunnah.
Banyak ulama Damsyik yang dikunjunginya dan berlangsung dialog seputar
masalah tauhid, fanatic mazhab serta masalah-masalah bid;ah lainnya.
Beliau didampingi oleh Syeikh Abdul Fattah. Para penghasud, orang-orang
jahil dan penentang manhajnya terus memberikan tekanan-tekanan kepada
beliau.
Perjalanan bulanan ke Halab selain untuk tujuan dakwah dimanfaatkan
pula oleh beliau untuk mengunjungi Perpustakaan Auqaf Islamiyah, satu-
satunya perpustakaan di bandar tersebut yang penuh dengan manuskrip. Di
perpustakaan ini beliau selalu memanfaatkan waktu selama berjam-jam
untuk mempelajari manuskrip-manuskripnya dan menyalin yang dianggap
penting untuk progam ilmiah beliau.
Perjalanan dakwah ini telah melipat gandakan dan memperbesar dendam
kesumat segolongan manusia, hingga mereka meningkatkan upaya-upaya
menyampaikan kepada pihak yang berwenang sehingga beliau menghadapi
kesulitan yang berpanjangan.
Syeikh Al-Albani Dipenjarakan
Para syeikh tarikat sufi memfitnah beliau dan berkata dusta tentang beliau
serta berupaya memperingatkan umat agar waspada dan menjauhinya, yang
berakhir dengan dimasukkannya Syeikh Al-Albani ke dalam penjara Qal’ah
di Damsyik. Di penjara ini pula Ibnu Taimiyah dan muridnya Ibnu Qayyim
ditahan kerana sebab yang sama, iaitu fitnah para syeikh sesat dan
menyimpang.
232
Syeikh Al-Albani telah dipenjarakan di situ sebanyak dua kali. Kali pertama
selama satu bulan dan kali kedua selama enam bulan.
Di samping itu, mereka berupaya untuk mengingatkan para penuntut ilmu
dan orang awam agar tidak mendengar kajian Syeikh Al-Albani, menghindar
dari majlis ilmunya serta memutuskan hubungan dengannya.
Mengajar Di Universiti Islam Madinah
Berkat kesungguhan yang berkesinambungan dan taufiq dari Allah SWT
lahirlah karya-karya Syeikh Al-Albani yang sangat bermanfaat dalam
bidang hadis, fiqh, akidah dan yang lainnya. Semua itu memberi isyarat
kepada para ulama dan para tokoh, akan kurnia Allah SWT yang
dianugerahkan kepadanya, berupa pemahaman yang benar dan ilmu yang
banyak serta pengetahuan yang mendalam dalam hadis dan perawinya.
Dari apa yang telah dicapai menjadikan beliau sebagai seorang tokoh
terkemuka di mana popularitinya menjulang tinggi dan sebagai referensi
para ulama. Darjat dan kemampuannya hanya diketahui oleh para petinggi
yang mengawasi pusat-pusat kajian ilmiah.
Semua itu telah mendorong para pembimbing Universiti Islam Madinah
terutama Syeikh Muhammad bin Ibrahim, untuk menjadikan pilihannya
kepada Syeikh Al-Albani. Beliau dipercayakan supaya memimpin
pengajaran ilmu hadis Rasulullah s.aw. dan fiqihnya di Universiti Madinah.
Syeikh Al-Albani menetap di Madinah selama tiga tahun bekerja sebagai
pengajar ilmu hadis. Selama mengajar, Syeikh Al-Albani telah menjadi
teladan dalam kesungguhan dan keikhlasan. Pada waktu-waktu istirehat
dan pergantian mata kuliah beliau duduk bersama para mahasiswa di
halaman perkuliahan. Sebahagian menuturkan: “Inilah belajar yang hakiki,
bukan yang kalian keluar darinya atau kembali padanya.” (Yang
dimaksudkan ialah ruang perkuliahan).
233
Hubungan Syeikh Al-Albani dengan mahasiswa ibarat hubungan
persahabatan seseorang dengan sahabatnya dan bukan seorang ustaz
dengan muridnya. Beliau menyingkirkan beban mental yang membuatkan
seorang murid merasa segan atau malu terhadap gurunya. Lalu digantinya
dengan menanamkan perasaan ukhuwah/persaudaraan dan tsiqah (sikap
percaya kepada seorang ustaz).
Beliau menuturkan: “Aku membawa dengan kenderaanku siapa saja di
antara mahasiswa yang kutemui baik ke kampus atau pun ke kota Madinah.
Demikian keadaan kenderaanku setiap saat selalu penuh ketika pergi dan
pulang.”
Kerana hubungannyan yang demikian erat dengan mahasiswa, hingga pada
suatu hari ketika selesai mengajar beliau menuju ruang pusat universiti. Di
sana Al-Albani bertemu dengan Ustaz Muhammad bin Abdul wahab al-
Banna, beliau ingin ke kota Madinah.
Maka keluarlah Syeikh Al-Albani bersama beliau ke kenderaannya untuk
menghantar Ustaz al-Banna, ternyata beliau dapati kenderaannya telah
dipenuhi oleh mahasiswa. Setelah melihat Ustaz al-Banna maka salah
seorang di antara mereka mengalah dan memberikan tempatnya kepada
ustaz tersebut.
Jika datang ke kampus pada pagi hari, kenderaannya hampir tidak
kelihatan kerana dikelilingi oleh kerumunan mahasiswa yang dating
menyalami, bertanya dan menimba ilmu daripadanya.
Apa yang disebutkan di atas telah membangkitkan amarah para penghasut
beliau. Mereka membuat maker, tipu daya dan fitnah kepada beliau, lalu
disampaikan kepada pejabat tinggi Universiti Islam Madinah. Sementara
mereka lupa dan lalai bahawa mereka akan berdiri di hadapan Allah SWT
pada suatu hari yang tiada sesuatupun tersembunyi dihadapanNya. Pada
akhirnya universiti memutuskan untuk mengakhiri masa baktinya. Syeikh
Al-Albani bersabar atas tuduhan dan fitnah yang ditujukan kepadanya
dengan mengucapkan:
“…Cukuplah Allah menjadi penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik
pelindung.” (Surah al-Imran: 173)
Allahlah yang menghendaki dan Dia pula yang memilih, tiada seorang pun
dapat menolak kehendakNya, Maha suci Allah SWT.
234
Beliau redha atas ketentuan Allah SWT dengan jiwa yang tenang dan jujur
penuh keyakinan.
Pengaruh Ilmu Syeikh Al-Albani Bagi Universiti Islam Madinah
Syeikh Al-Albani telah memasukkan mata pelajaran ‘Ilmu Isnad’ ke dalam
kurikulum hadis yang diajarkan di Universiti Islam Madinah, beliau ialah
orang pertama yang menetapkan diajarkannya ilmu tersebut pada seluruh
universiti di negera Arab atau negara Islam bahkan Universiti al-Azhar,
Mesir sebagai universiti tertua sekalipun, tidak pernah diajarkan mata
pelajaran ini.
Untuk mahasiswa tingkat tiga beliau memilih hadis dari kitab Sahih Muslim
dan Sunan Abu Daud. Beliau menukil hadis tersebut di papan tulis lengkap
dengan sanadnya. Kemudian dibawakan kitab-kitab yang menerangkan
perihal para perawi hadis, misalnya kitab ‘At-Taqrib’, lalu beliau
mengadakan pelajaran terhadap hadis tersebut dengan mengamalkan cara
mentakhrij dan mengoreksi para perawi yang ada pada sanadnya.
Dengan demikian Syeikh Al-Albani telah mengajarkan para mahasiswa
pelajaran yang langsung diamalkan pada kitab-kitab hadis. Mata pelajaran
ini sangat membekas setelah kepergiannya dari universiti. Hal itu terjadi
ketika Dr Muhammad Ami al-Mashri memimpin bidang hadis di Universiti
Madinah, beliau mengikuti jejak Syeikh Al-Albani dalam mengajarkan ilmu
ini serta menyempurnakannya.
Mata pelajaran ini kemudian diajarkan di universiti Islam yang berada di
negara-negara Islam dan menjadi sebuah ‘sunnah’ yang diikuti. Ini terbukti
pada kitab-kitab berupa manuskrip yang telah ditahqiq/diteliti kembali
secara ilmiah baik yang sudah dicetak atau yang belum dicetak, yang mana
semua itu belum pernah ada dan tidak dikenal sebelumnya.
Murid-murid Syeikh Al-Albani
Syeikh Samir bin Amin az-Zuhairi berkata: “Manakala kehidupan Syeikh Al-
Albani telah dihabiskan dalam menuntut ilmu, mengajar dan berdakwah,
tentunya beliau tidak hanya memiliki puluhan murid bahkan ratusan.
Walaupun demikian terdapat perbezaan di antara mereka baik masa,
pelajaran mahupun metod pengambilan ilmu daripada beliau. Seorang boleh
memastikan bahawa di setiap negara Islam, sedikit atau banyak, di sana
terdapat murid Al-Albani.
Di antara mereka ada yang mengambil ilmu daripadanya secara langsunh
atau perantara kitab, kaset atau lainnya. Namun demikian mereka memilki
235
cirri keistimewaan yang sama, berupa akidah yang murni serta mengikuti
al-Quran dan as-Sunnah sesuai dengan pemahaman salafus soleh dengan
cara yang baik.”
Di antara murid-murid Syeikh Al-Albani ialah:
1. Syeikh Ali bin Hasan al-Halabi, murid beliau yang paling terkenal dan
salah seorang penuntut ilmu yang berkualiti.
2. Syeikh Salim bin ‘Ied al-Hilali, salah seorang murid belau dan da’i
terkenal di zaman ini.
3. Syeikh Masyhur bin Hasan Alu Salman, salah seorang murid beliau yang
berkualiti dan banyak menghasilkan karya tulis, bermukim di Amman,
Jordan.
4, Muhammad Musa Alu Nasr, bermukim di Amman, Jordan dan banyak
menulis artikel dalam majalah ‘Al-Ashalah’.
5. Syeikh Muhammad Jamil Zainu, menekuni syeikh di Halab, Hamad dan
Quqah Syria, sekarang bekerja sebagai pengajar di Darul Hadis, Makkah.
6. Dr Umar Sulaiman al-Asyqar, tinggal di Jordan.
7. Muqbil bin Hadi al-Wadi’i, belajar pada syeikh di Universiti Islam
Madinah, meninggal di Makkah (1422H).
8. Syeikh Abdul Muhsin al-Abbad, salah seorang teman dekat beliau,
bermukin di Madinah, Arab Saudi.
9. Dan lain-lain.
Apa yang disebutkan di atas itu ialah di antara murid-murid beliau yang
terkenal dan bersungguh-sungguh dalam mengikuti ilmu dan manhaj beliau
dan juga dalam meneruskan dakwah dan perjuangan beliau terutama dalam
mengagungkan sunnah Rasulullah s.a.w..
Berhijrah Ke Amman
Pada awal bulan Ramadan tahun 1400 H, Syeikh Al-Albani telah berhijrah
dari Damsyik ke Amman bersama keluarganya. Walaupun beliau terpaksa
meninggalkan rutin hidupnya di Damsyik dan sekaligus maktabahnya,
namun beliau terpaksa berbuat demikian.
Masyarakat Jordan pada waktu itu sudah mula meminta jasa baik beliau
untuk mengadakan kelas-kelas pengajian sebagaimana yang pernah
dilakukan oleh beliau sewaktu singgah menziarahi Jordan setiap sebulan
atau dua bulan sekali.
Akhirnya, beliau terpaksa bersetuju dan berjanji untuk mengadakan kelas-
kelas pengajian setiap hari Khamis selepas solat Maghrib dengan
236
menggunakan kitab ‘Riyadus Salihin’ karya Imam Nawawi yang telah
disemak sendiri olehnya.
Pada kali ketiga kelas pengajian itu dijalankan, Syeikh Al-Albani terpaksa
kembali ke Damsyik di atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Beliau
bertolak pulang pada tengahari 19 Syawal 1401 H dan tiba di Damsyik pada
sebelah malamnya.
Setelah 2 malam di situ, beliau telah berangkat ke Beirut dan telah
menumpang di rumah salah seorang sahabat baiknya sepanjang tempoh
berada di sana. Tidak lama kemudian, beliau terpaksa pula berhijrah ke
Emiriah Arab Bersatu dan menumpang di rumah sahabat-sahabat
seperjuangannya di sana.
Sepanjang berada di situ, beliau telah memenuhu undangan majlis-majlis
ilmu sehingga terpaksa ke Kuwait pada musim sejuk tahun 1402 H. Beliau
juga telah menerima kunjungan daripada masyarakat sekitar teluk yang
mengunjunginya untuk menimba ilmu dan berkongsi pengalaman
dengannya.
Kemudian, beliau menuju ke Qatar dan telah bertemu dengan Dr Yusuf al-
Qaradawi dan Syeikh Muhammad Ghazali di sana.
Ibadah dan Zuhud Syeikh Al-Albani
Syeikh Samir bin Amin az-Zuhairi berkata: ‘Semasa hidupnya, Syeikh Al-
Albani ialah seorang yang telah memadukan antara ilmu dan amal. Beliau
sebagai contoh keteladanan seorang alim yang menerapkan ilmunya, banyak
berpuasa dan solat di malam hari, selain sebagai pembela sunnah Nabi
s.a.w..
Sejak hari perkenalanku dengannya, bahkan sejak sebelumnya aku tidak
pernah mengetahuinya meninggalkan puasa sunat Isnin dan Khamis. Puasa
ini dijalankannya dengan baik di musim panas mahupun di musim dingin,
kecuali jika berpergian atau beliau sakit.
Apabila masuk masjid di hari Jumaat, beliau terus menerus melaksanakan
solat dua rakaat hingga imam naik ke mimbar untuk berkhutbah.
Syeikh Al-Albani telah mengerjakan haji lebih dari tiga puluh kali. Beliau
selalu melaksanakan umrah dan haji setiap tahun jika mampu. Boleh jadi
beliau melaksanakan umrah dalam setahun dua kali. Ibadah hajinya yang
terakhir dilakukan pada tahun 1410H. Berkat kurnia Allah SWT, aku
menemani beliau dalam melaksanakan hajinya yang terakhir ini.
237
Di hari Arafah, aku mendatanginya sesudah matahari tergelincir, ketika itu
beliau sedang berdoa, lalu aku katakan padanya: "Wahai syeikh kami! Ini
adalah puteraku, aku sangat senang jika syeikh mendoakannya." Beliaupun
mendoakannya dan aku sangat berharap doa beliau terkabul, semoga Allah
SWT merahmatinya dengan rahmat yang luas.”
Keluarga Syeikh Al-Albani
Syeikh Al-Albani berkata: Di antara taufik Allah SWT kepadaku, aku
diilhami untuk menamakan putera-puteraku Abdu’ (hamba) yang
dilanjutkan dengan penyebutan salah satu dari nama-nama Allah.
Mereka ialah Abdur Rahman, Abdul Latif, Abdur Razzaq daripada isteriku
yang pertama. Kemudian Abdul Musawwir, Abdul A’la dan Abdul Muhaimin
daripada isteriku yang kedua. Dan aku kira bahawa nama yang keempat ini
(Abdul Musawwir) tidak banyak yang mendahuluiku dalam menamakan
mereka dengannya. Padahal banyak aku jumpai nama tersebut dalam kitab-
kitab yang menyebut nama-nama perawi hadis. Aku mohon kepada Allah
SWT penambahan taufik dan semoga keluargalu diberkatiNya.
Pada tahun 1383 H, aku dianugerahi Allah SWT seorang putera di kota
Madinah al-Munawwarah, kunamainya ‘Muhammad’ sebagai kenangan bagi
kota Rasulullah s.a.w.. Hal itu kulakukan sebagai wujud pengamalan sabda
Nabi s.a.w. yang berbunyi:
“Namailah dengan namaku dan jangan menjuluki dengan julukanku
(Muttafaq ‘Alaihi)
Nama julukan Nabi s.a.w. ialah Abul Qasim.
Di antara putera-puteri Syeikh Al-Albani menurut kelahiran mereka sebagai
berikut:
a. Dari isteri pertama:
1. Abdur Rahman
2. Abdul Latif
3. Abdul Razzaq
b. Dari isteri kedua:
4. Unaisah (puteri)
5, Abdul Musawwir
6, Asiah (puteri)
7. Salamah (puteri)
238
8. Abdul A’la
9. Muhammad
10. Abdul Muhaimin
11. Hasanah (puteri)
12. Sukainah (puteri)
c. Dari isteri ketiga:
13. Hibatullah
Sedang isteri beliau yang keempat (Ummu Fadhl) tidak memperoleh.
Keterangan ini bersumber daripada putera beliau, Abdur Razzaq.
Karya-karya Syeikh Al-Albani
Sifat Solat Nabi
Kesungguhan Syeikh Al-Albani selama lebih dari enam puluh tahun dalam
menekuni ilmu hadis dan ilmu keislaman lainnya telah membuahkan karya-
karya besar dalam aqidah, hadis, feqah, manhaj, dakwah dan lainnya.
Berikut di antara karya-karya beliau yang telah disumbangkan kepada
kaum muslimin:
1. Sifat Solat Nabi (Karya syeikh yang terkenal)
2. Ahkamul Janaiz (Pengurusan Jenazah Menurut Sunnah Rasulullah
S.A.W.)
3. Adab az-Zifaf (Pernikahan Menurut Sunnah Rasulullah S.A.W.)
4. Hajjatu an-Nabi (Manasik Haji Rasulullah S.A.W. Menurut Riwayat
Jabir)
5. Silsilah Hadis Sahih
6. Silsilah Hadis Dhaif dan Maudu
7. Sahih Sunan Abu Daud, tiga jilid
8. Sahih Sunan at-Tirmizi, tiga jilid
239
9. Sahih Sunan an-Nasa’i, tiga jilid
10. Az-Dzabbul Ahmad an-Musnad Imam Ahmad (Pembelaan Yang Terpuji
Atas Kitab Musnad Imam Ahmad bin Hanbal)
11. Solatul ‘Idainil fil Mushalla Kharij al-Baladi Hia as-Sunnah (Solat
Aidilfitri dan Aidiladha Dilapangan Itulah Sunnah Nabi S.A.W.)
12. Dhaif Sunan Abu Daud
13. Dhaif Sunan at-Tirmizi
14. Dhaif Sunan an-Nasa’i
15. Tahdzirus Sajid min Ittikhadzil Qubur Masjid’ (Peringatan Bagi Orang
Yang Solat Agar Tidak Menjadikan Kuburan Sebagai Masjid).
16. Dan lain-lain yang masih banyak lagi.
Jumlah karya Syeikh Al-Albani keseluruhannya berjumlah 218 judul kitab,
yang besar mahupun kecil, baik berupa tashnif, tahqiq, takhrij mahupun
i’dad dan fatwa.
Selama hidupnya, beliau telah meneliti dan menta’liq lebih dari 30,000
silsilah perawi hadis (isnad) pada hadis-hadis yang tidak terhitung
jumlahnya dan menghabiskan waktu enam puluh tahun untuk belajar buku-
buku hadis, sehingga buku-buku tersebut menjadi sahabat sekaligus
berhubungan dengan ulama-ulamanya (pengarang kitab-kitab sunnah
tersebut).
Syeikh Rabi’ bin Hadi al-Madkhali berkata: “Hasil usaha dan jerih payahnya
yang disumbangkan kepada Islam, telah membuktikan kepimpinan dan
keimanannya, dia telah memberi saham dalam jumlah besar yang
diwujudkannya dalam bentuk khidmat kepada sunnah Rasulullah s.a.w..
Kitab-kitab besar dalam jumlah yang besar telah diwariskannya kepada
umat ini, sesuatu yang sulit bagi seseorang di zaman ini untuk
menyamainya kecuali para salafus soleh.”
Semoga Allah mencurahkan rahmatNya kepada Syeikh Al-Albani dan
menjadikan ‘warisan ilmunya’ bermanfaat bagi Islam dan kaum Muslimin
untuk segera kembali kepada al-Quran dan sunnah Rasulullah s.a.w. yang
sahih.
Kisah Yang Menyentuh Hati Mengenai Syeikh Al-Albani
Telah terakam suatu kejadian (dan kejadian ini terdapat pada dua kaset,
murid-murid beliau sering merakam pelajaran beliau), bahawa seorang
lelaki telah mengunjungi Syeikh Al-Albani di rumahnya di Jordan dan
menyatakan bahawa dirinya ialah seorang Nabi! Bagaimana reaksi kita
ketika berada pada situasi ini?
240
Syeikh Al-Albani meminta lelaki itu duduk dan mendiskusikan
pernyataannya tersebut dalam waktu yang lama, sehingga pada akhirnya,
tetamu tersebut bertaubat dari kenyataannya itu dan semua yang hadir,
termasuk syeikh turut menangis. Pada kenyataannya, sudah berapa sering
terdengar Syeikh Al-Albani menangis ketika berbicara mengenai Allah,
RasulNya dan muamalah antara muslim?
Pada kejadian yang lain, beliau dikunjungi tiga orang yang kesemuanya
menuduh Syeikh Al-Albani kafir. Ketika waktu solat tiba, mereka menolak
untuk bermakmum kepada syeikh, kerana tidak mungkin bagi seorang kafir
menjadi imam solat.
Syeikh menerima hal ini dan mengatakan bahwa menurut pandangannya,
ketiga-tiga orang ini ialah muslim, sehingga salah seorang daripada mereka
berhak menjadi imam solat.
Tidak lama kemudian, mereka bertiga berdebat lama sekali mengenai
perbezaan di antara mereka sendiri dan ketika waktu solat berikutnya telah
tiba, ketiga-tiga lelakii ini mendesak untuk ikut solat di belakang Syeikh Al-
Albani!
Mimpi Yang Membuatkan Air Mata Syeikh Al-Albani Berlinang
Seorang wanita menelefon Syeikh Al-Albani untuk menceritakan sebuah
mimpi mengenai syeikh. Ceritanya seperti berikut:
Seorang wanita dari negara Algeria menelefon Syeikh Al-Albani dan berkata:
“Ya syeikh! Aku mempunyai berita!”
Syeikh menjawab: “Saya harapkan (semoga) Allah memberkahimu dengan
berita baik.”
Wanita itu berkata: “Seorang wanita telah bermimpi dan saya akan
menceritakannya kepadamu ya syeikh.”
Syeikh menjawab: “Saya harap dia melihat (sesuatu) yang baik.”
Wanita itu melanjutkan: “Ya Syeikh! Adakah ini suatu penjelasan bahwa
seseorang datang dan menceritakan mimpinya kepada anda dan anda
berkata: “Saya harap engkau melihat (sesuatu) yang baik dan (berharap) itu
baik”? Apakah ini penjelasan dari sunnah?”
Syeikh menjawab: “Tidak. Ini bukan penjelasan (sunnah), bagaimanapun,
tidak ada salahnya menggunakan istilah ini untuk sesekali.”
241
Wanita itu berkata: “Barakallahu fiik.”
Syeikh menjawab: “Wafikum barakallahu.”
Wanita itu berkata lagi: “Wanita ini melihat dirinya (dalam mimpinya)
berada di atas sebuah balkon yang di bawahnya terlihat jalan setapak. Dan
di jalan setapak ini dia melihat Rasulullah s.a.w. dengan gambaran beliau
(yang telah dikenal ciri-ciri peribadi Rasulullah). Kemudian, dia melihatku
berdiri di depan Rasulullah s.a.w. dan dia melihat Rasulullah s.a.w.
tersenyum kepadaku, dan aku pun membalas senyum baginda s.a.w..”
Kemudian aku memanggil wanita itu dan berkata kepadanya: “Turun.
Turunlah mendekat kepada kami.”
Ketika dia turun, dia berkata kepadaku: “Siapa yang kamu lihat itu?”
Aku menjawab: “Lihatlah siapa yang melihatku.” Dan dia melihat
Rasulullah s.a.w., kemudian Rasulullah s.a.w. tersenyum, dan berjalan
menyusuri jalan setapak itu.
Kami (aku dan wanita itu) kemudian berjalan di sepanjang jalan setapak itu
dan pada saat kami berjalan kami melihat seorang syeikh di jalan (yang
sama), lalu kami memberikan salam kepada syeikh itu, kami berkata:
“Assalamualaikum.”
Syeikh itu pun membalas salam kami: “Waalaikumussalam wa rahmatullahi
wabarakatuh.”
Kemudian, syeikh itu bertanya kepada kami: “Adakah kalian melihat
Rasulullah s.a.w.?”
Kami menjawab: “Ya, kami (baru saja) melihat beliau shalallahu ‘alaihi
wasallam.”
Wanita tadi bertanya kepadaku: “Siapa syeikh ini?”
Saya menjawab: “Beliau ini ialah Syeikh Al-Albani” (mimpi pun berakhir).
Wanita yang menelefon syeikh tadi, kemudian berkata: “Aku memohon
kepada Allah untuk menjadikan berita bagus ini untukmu ya syeikh, dan
aku ingin memberitahukannya kepadamu ya syeikh, dengan penuh harapan
bahwa ini adalah berita bagus, insya Allah, bahwa anda berjalan di atas
sunnah, insya Allahu ta’ala. (Setelah beberapa saat terdiam, wanita tadi
berkata) Lalu, apa pendapat anda ya syeikh?”
242
(Telefon pun ditutup) Sampai di sini, syeikh tidak mengatakan sesuatu,
agaknya, air mata mulai berlinang membasahi pipi beliau dan syeikh pun
menangis. (Setelah beberapa saat) Beliau kemudian meminta kepada hadirin
yang berkumpul di situ untuk meninggalkan beliau. (Semoga Allah
merahmati Syeikh Al-Albani).
Wafatnya Syeikh Al-Albani
Sejak tiga tahun sebelum wafatnya, Syeikh Al-Albani telah menghidap
beberapa penyakit, salah satunya ialah liver ditambah usianya yang telah
lanjut. Penyakit yang dideritanya cukup serius, namun demikian tidak
menghalanginya membaca dan membahas hingga saat-saat terakhir
kehidupannya.
Syeikh Ali bin Hasan al-Halabi menuturkan: “Kurang lebih sebulan sebelum
wafatnya, Syeikh Al-Albani menelefon saya meminta sebuah tafsiran al-
Quran yang telah lenyap dari ingatannya. Demikian pila kepada anak-
anaknya beliau meminta kitab ‘Sahih Sunan Abu Daud.’
Syeikh Abul Hasan berkata: “Mereka yang menemani beliau (ketika sakit)
mendengarnya berkata ketika sedang tidur: “Berikan kitab ‘al-Jarh wat-
Ta’dil’ jilid sekian…halaman sekian..,” dan kitab-kitab lain yang disebutnya,
demikian cintanya terhadap ilmu di waktu terbangun hingga dibawa tidur.
Semoga Allah SWT merahmatinya.”
Dikisahkan pula oleh mereka yang menyaksikan bahawa tiga hari sebelum
wafat, beliau sedar sedang wajahnya berseri-seri sehingga putera-puterinya
menduga kesembuhan beliau, namun setelah itu sakitnya semakin parah
sehingga akhir hayatnya.
Setelah menjalani rawatan di runah sakit ‘Syumaisani’, Syeikh Al-Albani
pun wafat, meninggalkan dunia yang fana ini. Tepatnya hari Sabtu, 2
243
Oktober 1999 bertepatan dengan 22 Jamadilakhir 1420 H dalam usianya
yang mendekati 88 tahun.
Sesaat setelah wafatnya, jenaxah beliau dipersiapkan untuk segera
dimakamkan sesuai dengan amanatnya dalam surat wasiat yang telah
ditulisnya sejak sepuluh tahun sebelum wafatnya.
Selepas solat isyak pada malam itu juga, jenazah beliau disolatkan oleh
kurang lima ribu orang, diimami oleh Syeikh Muhammad Ibrahim Syuqrah
kemudian dengan berjalan kaki, mereka membawa jenazahnya untuk
dimakamkan di pemakaman terdekat.
Berikut petikan sebahagian cerita semasa kematian Syeikh Al-Albani yang
diceritakan dalam bentuk tulisan oleh salah seorang murid beliau, Abu
Abdurrahman Muhammad al-Khatib, yang pernah hidup bersamanya
selama enam tahun:
“Pada hari ini sabtu, 2 Oktober 1999, ribuan bahkan jutaan orang menangis,
mereka menangis kerana mendengar sebuah berita duka, yang merupakan
musibah besar dengan wafatnya seorang imam besar.
Berita duka ini sampai kepadaku seusai solat asar hari ini daripada isteri
beliau rahimahullah. Dengan serta merta aku menuju rumah sakit tempat
beliau dirawat. Di sana aku jumpai isteri dan anak beliau Abdul Latif yang
menemani beliau selama masa perawatan.
Setelah masuk kamar tiba-tiba kusaksikan dihadapanku jasad Syaikh
rahimahullah yang telah ditutup dengan selembar kain, dibaringkan diatas
sebuah tempat tidur. Air mataku mengalir tidak mampu menahan tangisan
atas kepergiannya. Kubuka wajahnya yang bercahaya lalu kucium
keningnya.
Kami mengangkat jasadnya untuk dimuat di sebuah kenderaan milik salah
seorang teman, lalu membawanya ke rumah duka. Ikut bersama kami dalam
kenderaan jenazah, anak beliau Abdul Latif. Beliau sangat sedih dan banyak
mengucurkan air mata. Kami menghibur dan menasihatinya untuk bersabar.
Beliau hanya memandang kami sedang kedua matanya meneteskan air mata
yang banyak. Abdul Latif menceritakan keadaan ayahnya sehari sebelum
wafat, ia berkata: “Hingga kelmarin dalam keadaan sakitnya yang semakin
parah ayah masih sempat berkata: “Berikan kitab Sahih Sunan Abi Dawud!”
Aku katakan: “Subhanallah (Maha suci Allah), semoga Allah SWT membalas
kebaikanmu ya syeikh. Sungguh engkau telah hidup sepanjang usiamu, siang
dan malam, engkau membela Sunnah Nabi s.a.w. hingga akhir hidupmu.
244
Dalam keadaan tidak mampu menegakkan punggungmu, aku melihatmu
menyuruh anak atau cucu-cucumu menulis, tanpa mengenal sakit dan tidak
pula mengeluhkan kesakitanmu. Semua itu tiada lain kecuali anugerah dan
keutamaan dari Allah SWT yang diberikan kepadamu, maka Dialah yang
maha pemberi kurnia dan keutamaan”.
Sesampainya kami di rumah syeikh, di sana kami jumpai beberapa teman
yang telah mendahului kami dan mulailah para ikhwah berdatangan dari
berbagai pelosok kota Amman, tempat syeikh bermastautin selama lebih dari
lapan belas tahun.
Kami bergegas mempersiapkan jenazah syeikh rahimahullah, memandikan
dan mengafaninya. Begitu selesai menyiapkan, kami mengeluarkan dan
meletakkannya di sebuah ruangan besar. Seketika rumah syeikh
rahimahullah telah penuh sesak oleh pelawat yang terdiri dari para pecinta
dan murid-muridnya. Syeikh Abu Malik mengisyaratkan kepada kami agar
wajah syeikh tidak ditutup sehingga para pelawat melepaskan kepergiannya.
Mereka pun segera mencium kening syeikh sebagai tanda perpisahan
dengannya. Lalu jenazah syeikh disiapkan untuk disolatkan. Para ikhwan
yang bermusyawarah tentang tempat pemakamannya, aku katakan kepada
mereka bahwa syeikh rahimahullah berulang-ulang menyebutkan
kehendaknya di depanku, beliau ingin dikuburkan di pemakaman yang
terletak pada sisi jalan yang menuju ke rumahnya agar tetap mendapat
ucapan ‘salam’ daripada saudara-saudara dan pecintanya. Di antara wasiat
beliau sebagaimana yang dikatakan oleh anaknya Abdul Latif, agar
jenazahnya dibawa dari rumahnya ketempat pemakaman dengan cara
dipikul, setelah para pelawat melepaskan kepergian beliau, kami segera
keluar dari rumah untuk mensolatkannya.
Demikian sang imam dan ulama ini kembali kepada Rabbnya Tabaraka
wata’ala dengan meninggalkan warisan ilmu yang bermanfaat, tergores di
sela-sela ratusan karya tulisnya yang kemudian Allah mentakdirkannya
diterima di serata dunia bahkan sebahagiannya telah diterjemahkan ke
berbagai bahasa di dunia ini.”
Semoga Allah merahmatinya dengan rahmatNya yang Maha Luas dan
mengumpulkannya dengan para Nabi, para syuhada dan orang-orang soleh.
Amin.
245
Insan Berjiwa Sunnah
(Dedikasi Buat Syeikh Al-Albani)
Dalam abad
ini
susah hendak
ditemui
seorang insan
yang benar-benar
menjiwai sunnah.
Percaya atau tidak
itulah hakikatnya
seorang eropah
tulen
yang sangat
menyintai hadis.
Al-Albani
dialah pengkaji hadis
dialah pengarang
buku-buku sunnah.
Al-Albani
tekun kau
meneliti hadis
gigih kau
mengikuti sunnah.
Al-Albani
akhlakmu sungguh dermawan
kau mudah belas kasihan
kepada yang susah.
Al-Albani
sepanjang hidupmu
malam dan siang
hingga akhir
hayatmu
tetap kau
membela sunnah.
Kaulah mujaddid
kaulah ulama hadis
246
yang termasyhur
di abad ini.
Jasamu
sungguh berharga
karya-karyamu
sungguh menakjubkan
sungguh kau
telah mendapat
hidayah kebenaran.
Moga Ilahi
merahmatimu, memberkatimu
dan mengasihanimu
wahai syeikh
yang mulia.
Muhammad Abdullah bin Suradi,
Sandakan,
14 Ogos 2005.
247
35
Sayyid Sabiq, Ulama Sunnah Yang Bersahaja
Sayyid Sabiq dilahirkan pada tahun 1915 di Mesir. Beliau merupakan salah
seorang ulama al-Azhar yang menyelesaikan pelajarannya di fakulti syariah.
Kesibukannya dengan dunia fiqih melebihi apa yang pernah diperbuat para
ulama al-Azhar yang lainnya.
Beliau mulai menekuni dunia tulis-menulis melalui beberapa majalah yang
terkenal waktu itu, seperti majalah mingguan ‘al-Ikhwan al-Muslimun’. Di
majalah ini, ia menulis artikel ringkas mengenai ‘Fiqih Thaharah.’
Dalam penyajiannya beliau berpedoman pada buku-buku fiqih hadis yang
menitikberatkan pada masalah hukum seperti kitab Subulussalam karya
ash-Shan’ani, Syarah Bulughul Maram karya Ibnu Hajar, Nailul Authar
karya asy-Syaukani dan lainnya.
Sayyid mengambil metod yang membuang jauh-jauh fanatik mazhab tetapi
tidak menjelek-jelekkannya. Beliau berpegang kepada dalil-dalil dari
Kitabullah, as-Sunnah dan ijmak, mempermudahkan gaya bahasa
tulisannya untuk pembaca, menghindari istilah-istilah yang runyam, tidak
memperlebarkan dalam mengemukakan ta’lil (alasan-alasan hukum), lebih
cenderung untuk memudahkan dan mempraktiskannya demi kepentingan
umat agar mereka cinta agama dan menerimanya.
Beliau juga konsisten untuk menjelaskan hikmah dari pembebanan syariat
(taklif) dengan meneladani al-Quran dalam memberikan alasan hukum.
Contoh Peribadi dan Akhlak
Sayyid Sabiq merupakan seorang yang menjadi contoh dalam peribadi dan
akhlak. Beliau bukan sahaja berilmu, bahkan mempunyai budi pekerti yang
mulia dan pandai menjaga perhubungan yang baik sesama manusia.
248
Sifatnya yang suka berjenaka, lemah-lembut dan menghormati orang lain
walaupun dengan kanak-kanak membuatkan beliau disenangi oleh segenap
lapisan masyarakat.
Kegiatan Dakwah
Sayyid Sabiq merupakan seorang yang banyak mengembara untuk
menyampaikan dakwah. Banyak negara yang dilawatinya termasuk
Indonesia, United Kingdom, negara-negara bekas Kesatuan Soviet Union
dan seluruh negara Arab. Beliau meninggalkan kesan yang mendalam pada
setiap negara yang diziarahinya.
Sayyid Sabiq turut membuka kelas-kelas pengajian di rumahnya. Pada
setiap hari Ahad dikhaskan untuk kaum wanita dan orang yang sudah
berumahtangga.
Manakala kelas untuk lelaki diadakan pada setiap hari minggu. Malam
Khamis merupakan malam yang dinanti-nantikan oleh semua ahli jemaah
yang bersolat Isyak di Masjid lbadur-Rahman, Akhir Mahattoh, Haiyu Sabie’
kerana pada malam itu dikhususkan untuk pengajian yang dikendalikan
oleh Sayyid Sabiq.
Dalam majlis ilmu itu, beliau banyak memberi fatwa dan menjawab
persoalan yang berbangkit tentang Islam. Pelajar luar negara juga tidak
ketinggalan mengikuti majlis ilmu yang berkat itu walaupun Sayyid Sabiq
sering menggunakan bahasa Arab Ammi (lahjah arab tempatan).
Antara contoh kegigihannya dalam menyampaikan dakwah, diceritakan
bahawa ketika beliau berada dalam penjara, dengan berpijak di atas baldi-
baldi yang telah disusun dalam bilik penjara untuk dijadikan mimbar
disebabkan oleh tubuh beliau yang kecil dan kurus, beliau dengan lantang
dan bersemangat menerangkan hukum fiqh dan agama terhadap tahanan-
tahanan politik yang sama-sama ditangkap bersamanya. Pengawal penjara
dan askar yang mengawal mereka turut mengikuti kuliah tidak rasmi beliau
itu dari luar jaringan besi penjara.
Karyanya
Juz pertama dari kitab beliau yang terkenal “Fiqih Sunnah” diterbitkan
pada tahun 40-an di abad 20. Ia merupakan sebuah risalah dalam ukuran
kecil dan hanya memuat fiqih thaharah. Pada mukaddimahnya diberi
sambutan oleh Imam Hasan al-Banna yang memuji manhaj Sayyid Sabiq
dalam penulisan, cara penyajian yang bagus dan upayanya agar orang
249