Diceritakan bahawa pada suatu ketika Raja Nuh bin Mansur dari Bukhara
dtimpa sakit perut yang sangat parah. Berbagai doktor telah datang
mengubatinya, tapi tak seorang pun yang dapat mengurangkan kesakitan
sang raja.
Baginda semakin meraung dan penyakitnya semakin teruk. Akhirnya si raja
yang sudah berada dalam keadaan sangat kritis itu hanya dapat berbaring
saja sambil menunggu saat-saat kedatangan malaikat Izrail untuk mencabut
nyawanya.
Tiba-tiba seorang pemuda dalam lingkungan usia 17 tahun yang sedang
merayau-rayau di sekitar istana dibawa masuk oleh para pengawal dan
terus dimasukkan ke dalam bilik raja yang sedang nyawa-nyawa ikan.
Semua yang hadir terdiri para pembesar Negara, bangsawan, orang-orang
berpangkat, doktor-doktor pakar, cendikiawan dan ulama merasa hairan
melihat seorang pemuda terburu-buru dibawa masuk ke tempat ekslusif dan
mewah itu.
Ternyata pemuda itu dapat menyembuhkan perut raja yang sudah tidak
dapat diubat oleh para doktor pakar lainnya dalam masa yang tidak lama.
Semua yang hadir menjadi hairan. Pemuda itu adalah Ibnu SIna yang
berpraktik sebagai doktor.
Raja telah menawarkan wang seberapa banyak yang diminta kepada Ibnu
Sina sebagai imbalan perkhidmatannya itu, tapi beliau hanya minta diberi
kebenaran untuk menggunakan perpustakaan istana raja saja. Raja pun
memberikan kebebasan seluas-luasnya kepada doctor muda itu. Di sanalah
Ibnu Sina berenang di lautan ilmu yang tiada bertepi, berbagai buku telah
dibacanya. Beliau berkata:
“Saya pergi ke sana (ke perpustakaan) dan menemukan beberapa bilik yang
penuh dengan buku yang dikemas di dalam peti. Kemudian saya membaca
catalog para pengarang purba itu dan saya mendapatkan semua yang saya
inginkan. Saya banyak menemukan tajuk buku yang tidak diketahui oleh
orang, juga buku-buku yang belum pernah saya lihat sebelumnya.”
Ibnu Khallikan menulis bahawa apabila Ibnu Sina telah menguasai ilmu
dari kitab-kitab purba itu, khazanah raja yang sangat berharga itu pun
terbakar. Mak hanya Ibnu Sinalah satu-satunya orang pada zamannya yang
menguasai ilmu-ilmu tersebut. Ada pula yang mengatakan bahawa Ibnu
Sina sengaja membiarkan perpustakaan itu terbakar dengan tujuan agar
hanya beliau seoranglah yang mengetahui ilmu-ilmu di dalam kitab-kitab
100
lama itu, yang kemudian dinisbatkan kepada dirinya sendiri dalm kitab-
kitab karangannya. Wallahua’lam.
Walaubagaimanapun, Ibnu Sina yang memang berotak cemerlang itu
menjadi seorang ilmuwan agung yang tiada tolok bandingnya pada
zamannya. Beliau menjadi doktor pakar dan mulai menulis berbagai buku
ketika berusia dua puluh satu tahun.
Menemukan Teori Peredaran Darah
Beliau adalah orang yang pertama yang berjaya melakukan pengubatan
terhadap beberapa penyakit seperti miningitis (radang selaput otak). Beliau
juga merupakan orang yang pertama yang menemukan teori peredaran
darah manusia, 600 tahun lebih awal daripada penemuan Willian Harvey.
Di dalam bidang falsafah, beliau juga dianggap sebagai seorang yang agung.
Sebagai seorang muslim, falsafah-falsafah beliau berlainan sekali dengan
falsafah-falsafah golongan yang telah rosak akhlaknya. Adalah diriwayatkan
jikalau beliau berhadapan dengan masalah yang berat untuk difikirkan dan
diselesaikan, beliau akan mengambil wudhuk sembahyang dan berdoa
kepada Allah.
Karya-Karyanya
al-Qanun Fi al-Tibb
Setiap hari beliau menulis tidak kurang dari lima puluh muka surat dan
selama hidupnya telah menghasilkan buku sebanyak 238 buku dan risalah.
Sebahagian di antaranya terdiri dari beberapa jilid dan besar-besar.
Karyanya bertajuk ‘al-Qanun Fi al-Tibb’ (Undang-Undang Perubatan)
merupakan karya raksasa yang abadi, terdiri dalam lima jilid dan
membahaskan 760 jenis ubat. Di Barat, buku ini disebut ‘Canon of Medicine’
dan menjadi rujukan utama dibeberapa fakulti perubatan di Eropah dan
juga di China. Karya abadi lainnya adalah ‘al-Isyarah wa al-Tanbihat’ dalam
bidang falsafah mengenai ketuhanan dan kemurnian hidup.
101
Antara karyanya yang lain:
1. Shifa' - Sebuah ensiklopedia dalam ilmu falsafah yang terdiri daripada 18
jilid. Tentang psikologi, pertanian, retorika dan syair. Beliau mengambil
masa 20 bulan untuk mengarang buku ini
2. Nafat - Buku ini adalah ringkasan buku Shifa'
3. Sadidiyya - Berkaitan dengan ilmu kedoktoran dan mengandungi lima
jilid.
4. al-Rasa'il - Tentang biologi, fizik, astronomi, psikologi, etika dan teologi
5. Risalah Al-'Isyqa - Tentang kerinduan Ibnu Sina kepada Tuhan
6. al-Musiqa - Berhubung dengan ilmu muzik
7. al-Mantiq
8. Qamus al-'Arabi
Penyakit Seorang Doktor Pakar & Wafatnya
Walaupun Ibnu Sina seorang doktor pakar khususnya dalam masalah
penyakit perut, namun beliau selalu mengabaikan kesihatannya sendiri
kerana terlalu sibuk dengan kerjayanya. Setiap hari beliau melengkapi
karya-karyanya yang belum selesai, pergi ke sana sini untuk mengadakan
pengkajian dan mengubat pesakit, di samping keasyikannya pada politik.
Memang beliau juga seorang penasihat politik yang ulung.
Akibat terlalu letih dan memaksa diri, kesihatan Ibnu Sina menurun dari
sehari ke sehari. Namun demikian beliau masih tetap meneruskan
penulisannya yang belum selesai walau dalam keadaan uzur. Sampai
masanya, beliau sendiri dilanda sakit perut dan berusaha untuk
mengubatinya, tapi mungkin dengan cara yang berlebihan sehingga
penyakitnya bertambah parah.
Diceritakan pula bahawa beliau terlalu banyak minum dan jimak sehingga
mengakibatkan tubuhnya menjadi lemah.Teman-temannya menasihatinya
tentang kesihatannya, tapi beliau tidak mengindahkannya. Dalam keadaan
sakit, beliau telah memasukkan ubat ke dalam dirinya sendiri sehingga
lapan kali sehari.
102
Akibatnya, kulitnya terluka dan perutnya sakit. Ditambah lagi kerana
pembantunya sengaja memasukkan candu yang banyak ke dalam uabtnya
agar beliau binasa. Ini kerana si pembantu tersebut telah mengkhianatinya,
jadi takut kalau Ibnu Sina sembuh dari penyakitnya, beliau akan
menghukumnya.
Maqam Ibnu Sina
Apabila menyedari penyakitnya sudah tidak boleh disembuhkan lagi, Ibnu
Sina menyerah dan bertawakal kepada Allah, bersedia untuk bertemu
Tuhannya. Beliau membersihkan dirinya, bertaubat dan menumpukan
perhatiannya kepada Allah sepenuhnya. Semua harta kekayaannya
disedekahkannya kepada fakir miskin dan yang berhak menerimanya.
Beliau memohon maaf kepada semua orang yang merasa pernah tersakiti
olehnya.
Pada saat terakhir dari kehidupannya, beliau hanya mengerjakan solat,
bertaubat dan terus-menerus membaca Al-Quran dan mengkhatamkannya
setiap tiga hari sekali sehingga malaikat Izrail datang mengambil nyawanya.
Beliau wafat pada hari Jumaat bulan Ramadan tahun 428 Hijrah/1037
Masihi di Hamadan dalam usia 57 tahun.
“Aku pulang ke rumah dan meletakkan lampu di hadapanku, lalu terus
membaca dan mengarang. Bila rasa mengantuk itu sangat mendesak, atau
badanku terasa letih sekali, maka akupun minum secangkir hingga timbul
kembali kesegaranku dan aku teruskan membaca lagi. Tetapi jika mengantuk
tak tertahankan, aku lalu tidur dan biasanya aku bermimpi tentang soal-soal
yang belum selesai dalam fikiranku. Di dalam mimpi itu, kebanyakan soal-
soal itu biasanya menjadi terang masalahnya.”
(Ibnu Sina)
103
16
Ibnu Hazm, Ulama Yang Sibuk Bercinta
Ibnu Hazm dilahirkan pada tahun 384 H/7 November 994 M di Kordoba,
Sepanyol. Beliau ialah seorang ulama fiqh dan filosof terkenal di Andalusia
pada masanya..
Dididik Wanita
Selama kecil, Ibnu Hazm tinggal di istana yang mewah. Ini kerana ayahnya
ialah salah seorang menteri pada zaman Khalifah al-Mansur. Di dalam
istana ada bahagian khas untuk kaum lelaki dan bahagian khas untuk kaum
wanita. Kedua-dua bahagian ini cukup berasingan dan tidak ada jalan
keluar masuk.
Di istana mewah inilah atau lebih tepatnya di bahagian sebelah wanitanya,
Ibnu Hazm mendapat pendidikan awal beliau. Para wanita yang tinggal di
sebelah bahagian itulah yang mengajar beliau membaca dan menghafal al-
Quran. Kemudiannya bertatih menulis dan membentuk tulisan cantuk.
Malah bukan itu sahaja, mereka itulah juga yang mengawal beliau daripada
melakukan apa sahaja perbuatan buruk dan mengajar beliau etika hidup
sesuai dengan kedudukannya sebagai seorang anak atasan.
Bagaimanapun kehidupan yang lunak ini tidak berpanjangan. Pada usianya
yang ke-15 tahun keluarganya ditimpa malang. Bapanya yang menjadi
menteri itu telah menjadi mangsa rebutan kuasa dalam pemerintahan Bani
Umaiyah yang memerintah Sepanyol pada waktu itu.
104
Mungkin Allah telah mentakdirkan agar Ibnu Hazm menjadi seorang ulama
dan tokoh ilmuwan yang besar dan berwibawa. Kerana kalau kehidupan
yang lunak dan tidak mencabar itu berpanjangan, Ibnu Hazm tidak mungkin
menjadi seorang ulama sekuat itu. Kerana biasanya kemewahan hidup yang
melampau boleh menyebabkan seseorang itu lemah peribadi.
Jatuh Cinta
Ibnu Hazm pernah jatuh cinta sebanyak tiga kali. Cintanya yang pertama ia
tumpahkan kepada jariat (pembantunya) lalu menikahinya ketika Ibnu
Hazm berusia di bawah 20 tahun.
Ketika isterinya yang lebih muda darinya itu meninggal dunia, ia larut
dalam kesedihan dan menangis berbulan-bulan, walaupun seperti
pengakuannya ia adalah orang yang sulit mencucurkan air mata.
Beliau jatuh sakit sekian lama, bahkan kehilangan sebahagian ingatannya,
walaupun kemudian sembuh.
“Demi Allah, hingga kini aku tidak pernah lagi merasa bahagia. Kehidupan
setelah kepergiannya tidak nyaman lagi. Aku terus mengenangnya dan tidak
lagi menemukan kesenangan dari selainnya.”
Sekali lagi, dengan demikian, Ibnu Hazm sendiri sibuk dalam cinta
sepanjang hidupnya, sebagaimana ia disibukkan oleh ilmu-ilmu agama
semacam fiqih (hukum Islam), tafsir, hadis dan teologi, bukan hanya
perempuan sebagaimana tulisnya.
Ibnu Hazm menulis bahawa, “Cinta awalnya permainan dan akhirnya
kesungguhan. Dia tidak dapat dilukiskan, tetapi harus dialami agar
diketahui. Agama tidak menolaknya, syariat pun tidak melarangnya.”
“Ketika masih remaja, aku jatuh cinta kepada seorang gadis berambut
pirang. Sejak itu aku tidak mengagumi gadis berambut hitam, meski
pemiliknya berada di matahari atau sangat molek. Itu kecenderunganku
sejak saat itu. Diriku tidak pernah mengagumi lagi kecuali rambut pirang.
Itu pula kecenderungan ayahku.”
Kalimat di atas merupakan pengakuan Ibnu Hazm dalam lewat karyanya
yang berjudul Tauqul Hamamah (Di Bawah Naungan Cinta). Ibnu Hazm
berhasil menjadikan dirinya sasterawan yang cukup disegani. Bukunya ini
menjadi buku terlaris sepanjang abad pertengahan. Buku itu tidak hanya
menarik bagi umat Islam, tetapi juga bagi kaum Nasrani di Eropah.
105
Padahal Ibnu Hazm dikenal sebagai salah satu ulama tersohor di abad
pertengahan.
Menurut penuturan Ibnu Hazm, cinta pertamanya bersemi ketika ia berusia
18 tahun. Sementara gadis pujaannya yang berambut pirang berumur 16
tahun. Gadis itu dikaguminya sampai habis. Ia mengatakan bahawa
pujaannya itu seorang yang cantik, bertabiat baik, dan bertubuh sintal. Si
gadis pun pandai bernyanyi dan memetik kecapi, yang menjadi kebiasaan
kala itu.
Ibnu Hazm tergila-gila. Setiap hari selalu menanti gadis itu lewat di depan
pintu rumahnya. Begitu gadis itu muncul, Ibnu Hazm langsung
menguntitnya. Seperti kisah remaja pada umumnya, kisah cinta Ibnu Hazm
penuh dengan romantika. Jika dikejar, si gadis berlalu dengan malu-malu
dan rona wajahnya memerah. Tentang perilakunya yang terbuai itu Ibnu
Hazm menulis, “Saya ingat benar bagaimana ketika saya selalu pergi ke
ruangan tempat ia tinggal. Rasanya saya selalu ingin menuju pintu itu agar
bisa dekat dengannya. Begitu ia melihat saya di dekat pintu, dengan
gerakan lemah gemulai ia pergi ke tempat lain. Saya pun menguntitnya
sampai ke pintu ruangan tempat ia berada.”
Ibnu Hazm, sebagaimana semua ulama dan agamawan, menyatakan bahawa
cinta yang terbesar adalah cinta kepada Allah dan cinta antara sesama
manusia yang dijalin kerana Allah swt. Cinta antara sesama manusia,
antara lain cinta antara lawan jenis, jika terjalin kerana Allah, pasti diliputi
oleh kesetiaan dan kesucian.
Ibnu Hazm, seorang pakar hukum Islam menulis pengalaman peribadinya
antara lain: “Seandainya bukan kerana keyakinan bahwa dunia ini adalah
tempat ujian dan negeri kekeruhan, sedangkan syurga adalah tempat
peroleh ganjaran, kita akan berkata bahawa hubungan harmonis antara
kekasih merupakan kebahagiaan tanpa kekeruhan, kegembiraan tanpa
kesedihan, kesempurnaan cinta dan puncak harapan.”
Selanjutnya, ulama besar itu berkata: “Aku telah merasakan kelazatan
dengan aneka ragamnya. Aku juga telah meraih keberuntungan dengan
segala macamnya. Tidaklah kedekatan kepada penguasa, tidak juga wujud
setelah ketiadaan, atau kembali ke pangkuan setelah bepergian jauh, dan
tidak juga rasa aman setelah mengalami rasa takut, atau perolehan harta
yang dimanfaatkan, tidaklah semua itu, seindah hubungan harmonis/asmara
dengan kekasih/lawan jenis kita.
Memandang Cinta
106
Menurut Ibnu Hazm, cinta itu sulit diuraikan. Tetapi pada orang yang jatuh
cinta terdapat pertanda.
Pertama, kecanduan memandang orang yang dikasihi.
Kedua, segera menuju ke tempat kekasih berada, sengaja duduk di dekatnya
dan mendekatinya.
Ketiga, gelisah dan gugup ketika ada seseorang yang mirip dengan orang
yang dicintainya.
Keempat, kesediaan untuk melakukan hal-hal yang sebelumya enggan
dilakukannya
Adapun yang mencoreng cinta menurut Ibnu Hazm adalah berbuat maksiat
dan mengumbar hawa nafsu.
Wafatnya
Ibnu Hazm wafat pada tahun 456 H/1064 M.
107
Cinta Di Mata Seorang Ulama
Akan menghinalah mereka yang tak mengenal cinta
Sungguh cintamu padanya wajar adanya
Mereka kata, cinta buat kau gila
Padahal kau orang paling faham agama
Ku katakan pada mereka
Mengapa kalian iri padanya?
Jawabnya
Kerana ia mencinta dan dicintai pujaan jiwa
Bila masanya Muhammad mengharamkan cinta
Dan apakah ia menghina umatnya yang jatuh cinta
Janganlah kau berlagak mulia
Dengan menyebut cinta sebagai dosa
Janganlah kau pedulikan apa kata orang tentang cinta
Entah yang berkata keras atau halus biasa
Bukankah manusia harus menetapi pilihannya
Bukankah kata tersembunyi tak bererti diam seribu bahasa
(Ibnu Hazm)
108
17
Imam Nawawi, Membujang Demi Ilmu
Imam Nawawi dilahirkan pada bulan Muharram 631H di pinggir daerah
Hauran, Nawa. Nama sebenarnya ialah Abu Zakaria Muhyiddin Yahya.
Bapanya ialah seorang alim yang menyedari kelebihan anaknya itu sejak
kecil lagi.
Tidak Mahu Bermain
Ketika kanak-kanak lain seusianya sibuk bermain, Imam Nawawi yang
berusia 10 tahun ketika itu mengelak. Walaupun diajak kawan-kawannya
itu, beliau tetap menolak, sebaliknya beliau sibuk membaca al-Quran.
Jarang budak lelaki seusia itu tidak berminat untuk bermain, tetapi beliau
lain, walau dipaksa kawan-kawan pun dia tidak menunjukkan minat.
Melihat tingkah lakunya, seorang alim, Syeikh Yasin Yusuf Marakashi
memberitahu gurunya, “Jagalah budak ini baik-baik kerana dia bakal
menjadi seorang ulama besar dan ahli ibadah.” Guru yang mendengar kata-
kata Syeikh Yasin itu bertanya, “Adakah tuan seorang ahli nujum atau
penilik nasib?” Jawab Syeikh Yasin, “Bukan, tetapi Allah menghendaki aku
mengeluarkan kata-kata itu.
Guru tersebut kemudian menceritakan peristiwa itu kepada bapa beliau.
Bapa beliau itu pula memang ingin beliau yang begitu ghairah belajar,
mengabdikan dirinya kepada Islam.
Menimba Ilmu
109
Bapanya telah membawa Imam Nawawi ke Damsyik yang ketika itu
terkenal sebagai pusat pengajian dan ilmu, serta menjadi tumpuan pelajar
dari serata tempat. Damsyik sudah pun mempunyai lebih 300 institut, kolej
dan universiti dan Imam Nawawi belajar di Madrasah Rawahiyah yang
bergabung dengan Universiti Ummvi. Pengasasnya ialah seorang saudagar
bernama Zakiuddin Abul Qassim, yang juga dikenali Ibnu Rawahah.
Di madrasah inilah Imam Nawawi menimba ilmu daripada guru-guru
terkenal selama dua tahun tanpa mengenal penat lelah. Pihak madrasah
hanya menampung sedikit makan minumnya, tetapi itu sudah mencukupi
bagi Imam Nawawi. Itu bukanlah satu keperluan yang amat
dipentingkannya, malah tidur pun dihadkan sedikit sahaja pada waktu
malam. Baginya masa adalah sesuatu yang amat berharga, apabila
keletihan, dia akan berehat sebentar sahaja di hadapan kitab-kitabnya,
sebelum meneruskan pelajarannya.
Guru-Guru Beliau
Di Damsyik, Imam Nawawi berguru dengan lebih 20 ulama. Sesetengah
mereka terkenal sebagai pakar dalam bidang masing-masing. Beliau
mempelajari ilmu hadis, perundangan Islam dan pelbagai ilmu lain daripada
ulama-ulama terkenal waktu itu, antaranya, Abu Ibrahim Ishaq bin Ahmad
al-Maghribi, Abu Muhammad Abdurrahman bin Ibrahim al-Fazari, Abul-
Abbas Ahmad bin Salim al-Misri, Abu Abdullah al-Jiyani, Abu Muhammad
at-Tanukhi dan ramai lagi.
Sifat Peribadi
Sikap Imam Nawawi terhadap ilmu memang jarang terdapat pada orang
lain. Beliau sentiasa dahagakan ilmu dan dalam amalan seharian, dia akan
membaca 12 bab, menulis ulasannya dan membuat penambahan-
penambahan penting. Apa jua buku yang ditelaahnya, dia akan membuat
nota dan penerangan mengenainya.
Sikap ini, kecerdikan, usaha keras dan kecintaannya terhadap pelajaran
mendapat pujian daripada gurunya. Mana tidaknya, beeliau
memperuntukkan sepenuh masanya untuk mendalami ilmu. Selain
membaca dan menulis, beliau memperuntukkan masa untuk berfikir
mengenai isu-isu yang kompleks dan mencari rumusannya.
Kelebihan daya ingatan tinggi dan ketajaman fikiran yang dikurniakan
Allah SWT kepadanya digunakan sepenuhnya oleh Imam Nawawi sehingga
mencapai tahap keilmuan yang amat membanggakan.
110
Selain itu, beliau juga disenangi kerana keindahan budi dan akhlak, serta
dikenali sebagai seorang yang warak. Imam Nawawi gemar berpakaian
sederhana dan hanya mekan sedikit sahaja. Beliau tidak mudah leka dengan
hal-hal keduniaan sebaliknya memberi sepenuh tumpuan untuk mencari dan
menyebarkan ilmu. Bagaimanapun Imam Nawawi tidak menjauhkan diri
daripada masyarakat, malah beliau mempunyai kedudukan yang tinggi di
kalangan ilmuan pada zamannya.
Beliau seorang yang begitu bertaqwa menurut erti kata sepenuhnya,
wara’nya dan kebersihan jiwanya. Seorang ulama yang amatlah sukar
ditemui. Ada juga riwayat yang mengatakan bahawa keengganan beliau
untuk makan buah-buahan di Damsyik itu bukan hanya khuatir akan
mengantuk tetapi kerana buah-buahan di Damsyik dikala itu terlalu banyak
mengandungi syubhat.
Tiga kualiti yang dimilikinya menyebabkan Imam Nawawi menjadi ulama
rujukan ketika itu, keilmuan tinggi dan kesediaan menyampaikannya, tidak
cenderung dengan hal-hal keduniaan, dan sentiasa mengamalkan yang
makruf dan mencegah kemungkaran.
Murid-Murid Beliau
Di antara murid-murid beliau ialah Sulaiman bin Hilal al-Ja’fari, Ahmad bin
Farah al-Isybili, Ali bin Ibrahim Ibnul Atthar, Syamsuddin bin Naqib,
Syamsuddin bin Ja’wan dan yang lainnya.
Di Antara Keadaan-Keadaan Beliau
Ibnu Atthar berkata, “Guru kami an-Nawawi menceritakan kepadaku
bahawa beliau tidak pernah sama sekali menyia-nyiakan waktu, tidak di
waktu malam atau di waktu siang bahkan di jalan pun beliau terus dalam
menelaah dan menghafal.”
Rasyid bin Muallim berkata, “Syeikh Muhyiddin an-Nawawi sangat jarang
masuk kamar kecil, sangat sedikit dalam makan dan minumnya, sangat
takut mendapat penyakit yang menghalangi kesibukannya, sangat
menghindari buah-buahan dan mentimun kerana takut membasahkan
jasadnya dan membawa tidur, beliau sehari semalam makan sekali dan
minum seteguk air di waktu sahur.
Fatwa Imam Nawawi Yang Menggemparkan
Menurut riwayat bahawa apabila baginda Sultan al-Malik al-Zahir telah
mengadakan persiapan perang untuk memerangi orang-orang Tatar
(Monggol) lalu digunakanlah fatwa ulama yang mengharuskan mengambil
111
harta rakyat untuk kepentingan perang melawan musuh. Ulama fiqh Syria
telah menulis menerangkan fatwa tersebut, tetapi baginda belum merasa
senang hati kalau Imam Nawawi tidak memberi fatwanya. Lalu baginda
bertitah “Masih adakah lagi orang lain.” “Masih ada, Syeikh Muhyiddin an-
Nawawi,” demikian jawapan yang disampaikan kepada baginda.
Kemudian baginda menjemput Imam Nawawi dan meminta beliau memberi
fatwanya bersama ulama fiqh mengenai pengambilan harta rakyat untuk
peperangan. Beliau berterus terang tidak mahu memberi fatwanya dan
enggan. Baginda bertanya: “Apakah sebabnya kamu enggan?” Lalu beliau
memberi penjelasan mengapa beliau terpaksa menerangkan sikapnya dan
keenggannya memfatwakan sama seperti para ulama.
Beliau dalam penjelasan kepada baginda menerangkan seperti berikut:
“Ampun Tuanku! Adalah patik sememangnya mengetahui dengan
sesungguhnya bahwasanya tuanku adalah dahulunya seorang tawanan tidak
ada sebarang harta benda. Tetapi pertolongan Allah telah dilimpahkan
kurnianya kepada tuanku dengan dijadikan tuanku seorang raja. Ampun
Tuanku! Adalah patik telah mendengar bahawanya tuanku ada memiliki
seribu orang hamab tiap-tiap seorang ada mempunyai beberapa ketul emas.
Manakala dua ratus orang khadam wanita milik tunaku, masing-masing
mempunyai perhiasan yang bernilai. Andaikata tuanku sendirian
membelanjakan kesemua itu untuk keperluan pernag sehingga mereka tidak
lagi mempunyai barang-barang itu, maka patik bersedia memberi fatwa
untuk membenarkan tuanku mengambil harta rakyat.”
Kesimpulannya, beliau berfatwa tidak membenarkan baginda mengambil
harta rakyat selama kekayaannya sendiri masih dapat dipergunakan.
Baginda al-Malik al-Zahir murka kepadanya kerana fatwanya yang amat
menggemparkan sehingga baginda mengeluarkan perintah supaya beliau
segera keluar dari Damsyik. Imam Nawawi terima saja perintah
pengusirannya itu dengan nada yang tenang. Lalu beliau pun keluar ke
Nawa. Para ulama Syria telah berusaha menjemput beliau balik semula ke
Damsyik, tetapi beliau enggan dengan berkata: “Saya tidak akan balik ke
Damsyik selama baginda masih berkuasa.”
Beliau bukanlah seorang ulama yang mencari kebenaran untuk dirinya
sahaja, beliau hidup di dalam masyarakat. Beliau tidak menjual ilmu yang
dimiliki dengan harta benda dunia. Beliau mencurahkan ilmu kepada
masyarakat umat. Beliau memimpin umat bukan umat yang memimpin
beliau. Mengeluarkan fatwa tanpa memandang sesiapa, walaupun fatwanya
itu meyusahkan kedudukannya. Inilah contoh ulama pewaris nabi (warisatul
anbiya).
112
Karya-Karya Beliau
Riyadus Salihin
Di antara tulisan-tulisan beliau dalam bidang ilmu hadis ialah Syarah Sahih
Muslim, Al-Adzkar, Arbain, Syarah Sahih Bukhari, Syarah Sunan Abi Daud
dan yang terkenal, Riyadus Salihin.
Di antara tulisan-tulisan beliau dalam bidang fiqh ialah Raudhatu Thalibin,
al-Umdah fi Tashhihi Tanbih dan Majmu Syarah Muhadzdzab.
Di antara tulisan-tulisan beliau dalam bidang ilmu al-Quran ialah at-Tibyan
fi Adabi Hamalatil Quran.
Wafat Beliau
Malang sekali insan yang cukup istimewa ini lebih disayangi Penciptanya.
Selepas mengabdikan dirinya selama 28 tahun kepada ilmu, khususnya di
Damsyik, Imam Nawawi kembali ke kampungnya di Nawa. Beliau kemudian
jatuh sakit dan wafat pada 24 Rejab 676H dalam usia 45 tahun dan
dikuburkan di Nawa, setelah sekian lama beliau hidup dengan membujang
tidak beristeri di tengah-tengah suasana masyarakat Damsyik dan telah
berjaya menyumbangkan tenaga fikiran dan ilmunya kepada Islam dan
umatnya.
Namun sehingga hari ini, Imam Nawawi seolah-olah masih hidup, hasil
karyanya yang tidak ternilai masih menjadi rujukan umat Islam di seluruh
dunia. Semoga Allah meredhai dan menempatkan beliau dalam keluasan
jannahNya.
113
18
Ibnu Jauzi, Ulama Alim Yang Pepatahnya Memukau
Ibnu Jauzi ialah seorang ulama yang alim dalam ilmu hadis, sejarah, tafsir
dan fiqah. Beliau dilahirkan pada tahun 1114 M di Baghdad. Beliau banyak
menulis kitab-kitab lebih kurang seribu kitab, antaranya berbentuk kitab
dan ada yang berbentuk risalah
Perjalanan Hidupnya dan Peribadinya
Ibnu Jauzi mulai menuntut ilmu sejak kecil. Bahkan, beliau sudah mulai
memberikan ceramah dan nasihat sejak berumur 10 tahun. Beliau telah
sampai pada suatu kedudukan yang tidak ada orang seperti beliau sebelum
dan sesudahnya.
Waktu beliau dihabiskan untuk menuntut ilmu, menghafal dan menekuni
bidang agama, menulis kitab, mengajar dan memberi nasihat dan fatwa
kepada orang lain. Sehingga beliau menjadi ulama yang termasyhur dan
tokoh masyarakat pada zamannya kerana kefasihan, kemahiran dan
ketinggian ilmunya.
Ibnu Jauzi mengatakan kepada puteranya dalam sebuah surat yang sangat
menyentuh perasaan dan hati dalam nasihat seorang ayah kepada
puteranya yang menceritakan perjalanan awal dari hidupnya serta
permulaan keadaannya:
“Ketahuilah wahai puteraku bahawasanya ayahku ialah seorang yang kaya
raya dan beliau mewariskan beribu-ribu harta. Ketika aku berusia baligh,
114
diberikan kepadaku 20 dinar serta dua buah rumah dan mereka berkata
kepadaku, “Inilah warisanmu seluruhnya.” Kemudian, aku mengambil dinar
tersebut dan kubelikan beberapa kitab. Aku menjual kedua rumah tersebut
untuk biaya menuntut ilmu. Tidak ada lagi padaku sisanya.
Ayahmu tidak pernah merasa merendah diri dalam menuntut ilmu. Tidak
pernah keluar berpindah-pindah dari satu negeri ke negeri yang lain kerana
kesibukannya memberikan nasihat dan tidak pernah mengutus seorang
budak untuk meminta sesuatu kepada siapa pun, urusannya tetap berjalan
dengan baik.
Oleh kerana itu, bersungguh-sungguhlah wahai puteraku dalam menjaga
martabatmu untuk mencari dunia dan merendahkan diri di hadapan
penghuninya. Qanaalah kamu, nescaya akan berwibawa. Ada yang berkata,
“Barangsiapa yang merasa cukup dengan sepotong roti dan kubis, tidak akan
ada yang memperbudaknya.”
Sungguh aku suatu pagi tidak punya makanan apa pun. Petang harinya juga
tidak ada. Allah tidak merendahkan diriku di hadapan seorang makhluk
pun, akan tetapi Dia mengatur rezekiku untuk menjaga martabatku.
Kalaulah aku menerangkan keadaanku, akan panjang dan inilah keadaanku
sekarang seperti yang kau saksikan.”
Imam Az-Zahabi berkata tentangnya: “Tidak berlebihan kalau kita
mengatakan bahawa diia ialah orang terdepan dalam memberikan nasihat.
Dia boleh mengungkapkan syair yang indah dan pepatah yang memukau
secara spontan. Dia boleh menarik, membuat kagum, membuat sangat
senang dan membuat orang yang mendengarkannya merasa tersanjung yang
tidak pernah dibuar seseorang sebelum atau sesudahnya. Dialah pembawa
panji baik dengan segala kepiawaiannya, paras nan elok, suara yang indah
menikam jiwa, sifat yang baik.
Dia ialah lautan dalam bidang tafsir, ulama dalam bidang sejarah, disebut-
sebut sebagai orang yang paling pandai dalam bidang hadis, fakih, berilmu
dengan ijma’ dan perbezaan pendapat para ulama, punya kelebihan dalam
bidang kedoktoran, menguasai beberapa bidang ilmu, faham, cerdas dan
hafal. Dia bersungguh-sungguh dalam mengumpulkan dan menulis dengan
tatabahasa yang sangat memukau dan menarik.
Berwatak mulia dan sifat yang terpuji serta sangat dipandang baik di
kalangan khusus ataupun awam. Aku tidak menemukan karangan seperti
karangannya. Ayahnya meninggal dunia saat dia berumur 3 tahun, lalu
didik oleh datuknya. Karib kerabatnya banyak berdagang tembaga.
Kadangkala dia menyebutkan namanya dalam belajar, Abdurrahman bin Ali
115
Ash-Shaffar. Lalu, di masa kanak-kanak, datuknya membawanya kepada
Ibnu Nashir, dia banyak belajar kepadanya.
Kemudian, dia mulai suka memberi nasihat dan berkecimpung di dalamnya.
Dia mulai memberi nasihat sejak kecil. Kemudian, dia berkecimpung lebih
jauh dalam bidang itu hingga dia terkenal sampai dia wafat. Semoga Allah
SWT merahmati dan memaafkannya sekiranya dia tidak menggeluti rakwil
dan tidak pula menyelisihi imamnya.”
Karya-karyanya
Di antara karya-karya beliau ialah:
1. Talbis Iblis, karya beliau yang terkenal dan sangat bermanfaat.
2. al-Adhkiya'
3. Afat al-Muhaddithin
4. Akhbar al-Akhyar
5. al-Manasik
6. Dan lain-lain.
Wafatnya
Ibnu Jauzi wafat pada tahun 1201 M dalam usia 87 tahun.
“Aku melihat menyibukkan diri dengan fiqah dan dengan mendengar hadis
tidak cukup untuk merawat hati melainkan ilmu itu digabungkan dngan
perkara-perkara yang menlembutkan hati dan membaca cerita sejarah orang
soleh.
Adapun mengetahui perkara halal dan haram bukanlah satu peranan yang
besar di dalam melembutkan hati. Sesungguhnya yang melembutkan hati
ialah dengan menyebut cerita-cerita yang menyentuh hati dan cerita-cerita
orang soleh kerana mereka ialah golongan memahami maksud daripada
hadis-hadis yang dinukil. Mereka keluar daripada zahir cerita kepada aspek
rohani dan sentimen cerita-cerita tersebut.
Tidaklah aku ceritakan perkara ini melainkan untuk merawat dan mengubat
kerana aku melihat pelajar-pelajar yang belajar hadis, minat mereka hanya
pada mendapat sanad hadis yang tinggi dan minat fuqaha ialah untuk
memperhebatkan pendebatan mereka.”
(Ibnu Jauzi)
116
19
Maulana Zakariyya al-Kandahlawi, Ulama Hadis India
Terkenal
Maulana Zakariyya al-Kandahlawi dilahirkan pada 10 Ramadhan 1315H,
bertepatan dengan 12 Februari 1898, di sebuah desa bernama Kandlah di
wilayah Uttar Pradesh, India, dari sebuah keluarga yang mempunyai
sejarah panjang dalam pengabdian pada agama. Silsilah keluarga beliau
bersambung sampai kepada sahabat besar Nabi, Abu Bakar As-Siddiq r.a..
Semasa kecil Zakariyya mulai belajar membaca kepada Hakim Abdur
Rahman, kemudian menghafal Al-Quran di bawah bimbingan langsung sang
ayah, Maulana Muhammad Yahya, seorang ulama besar yang cukup
terpandang di India. Setelah itu belajar bahasa Parsi dan bahasa Arab
kepada Maulana Muhammad Ilyas, pendiri gerakan Tabligh.
Pada usia 12 tahun, Maulana Zakariyya dibawa oleh sang ayah ke Madrasah
Mazahirul Ulum. Di bawah bimbingan sang ayah, beliau mempelajari
bahasa Arab tingkat lanjut, teks-teks klasik, nahwu, saraf dan ilmu mantiq.
Ketika menginjak usia 17 tahun, minat utamanya mulai terfokus pada
bidang kajian ilmu hadis. Beliau mempelajari 5 dari 6 kutubussittah. Bahkan
beliau sempat belajar untuk kedua kalinya kitab Sahih Bukhari dan Sunan
at-Tirmizi kepada Maulana Khalil Ahmad Saharanpuri. Selama mempelajari
kitab-kitab tersebut, Maulana Zakariyya selalu menjaga wudhuk.
117
Maulana Zakariyya memulai karier mengajarnya pada tahun 1335H, ketika
beliau ditunjuk untuk mengajar di mata pelajaran nahwu, saraf dan sastera.
Pada tahun 1341H, kemudian ditunjuk untuk mengajar tiga bahagian dari
kitab Sahih Bukhari dan pada tahun 1344H ditambah lagi mengajar kitab
Mishkat al-Masabih.
Pada tahun 1345H, beliau berkesempatan mengunjungi tanah suci. Di
Madinah beliau tinggal selama 1 tahun dan selama itu mengajar Sunan Abi
Daud di Madarasah Ulum Shar’iyyah. Di Kota Nabi ini, Maulana mulai
menulis Awjaz al-Masalik ila Muwatta’ Imam Malik, syarah kitab Al-
Muwatta’nya Imam Malik, ketika itu beliau berumur 29 tahun.
Ketika kembali ke India, beliau mulai lagi mengajar kitab Sunan Abi Daud,
Sunan al-Nasai, Al-Muwatta Imam Muhammad dan separuh bagian dari
Sahih Bukhari, separuhnya lagi diajarkan oleh direktur madrasah. Setelah
sang direktur wafat, tugas mengajar Sahih Bukhari ini diberikan seluruhnya
kepada Maulana Zakariyya.
Selama hidup beliau, beliau telah mengajar separuh bahagian pertama dari
Sahih Bukhari selama 25 kali, mengajar seluruh kitab tersebut selama 16
kali dan mengajar kitab Sunan Abi Daud sebanyak 30 kali. Karier beliau
mengajar bertahan sampai tahun 1388H, ketika beliau menderita sakit mata
yang tidak memungkinkan lagi untuk terus mengajar.
Kecintaan Maulana Zakariyya pada agama, terutama pada kajian ilmu
hadis, sangat total. Total waktu yang dihabiskan beliau untuk belajar dan
mengajar hadis adalah selama kurang lebih 60 tahun.
Dalam kurun waktu tersebut beliau juga telah menulis lebih dari 80 kitab
yang sangat tinggi nilainya dan diakui oleh para ulama di seluruh dunia.
Beberapa kitab yang beliau tulis dalam bidang kajian hadis antara lain ;
Awjaz al-Masalik ila Muwatta’ Imam Malik (syarah dari kitab Muwatta
Imam Malik, terdiri dari 6 jilid), Lami’ al-Dirari ‘ala Jami’ al-Bukhari
(syarah dari kitab Sahih Bukhari), Syarah Muslim (syarah Sahih Imam
Muslim), Juz’ Hajjat al-Wida’ wa ‘Umrat al-Nabi (Berisi tentang haji dan
umrah yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w., juga memuat tentang masalah
hukum haji, lokasi, dan tempat-tempat yang pernah dilalui atau disinggahi
oleh Rasuulllah s.a.w.), Khasa’il Nabawi Sharh Shama’il al-Tirmidhi (syarah
dan komentar terhadap kitab al-Shama’il al-Muhammadiyya-nya Imam
Tirmidzi yang berisi tentang hadis-hadis yang berkenaan dengan peri
kehidupan Nabi Muhammad s.a.w.) dan beberapa kitab lainnya.
118
Fadhail Amal
Karya beliau yang paling terkenal ialah Fadhail Amal. Diikuti dengan
Hayatus Sahabah.
Maulana Zakariyya wafat pada 1345H.
Lebih lengkap mengenai riwayat hidup beliau bisa dibaca di buku
autobiografi beliau yang ditulis dengan cara yang unik oleh beliau sendiri
dengan judul “Aap Beeti”, yang setakat ini ada diterjemahkan ke dalam
bahasa Indonesia dengan judul “Autobiografi Zakariyya Al-Kandahlawi”.
Membaca kisah belajar, mengajar, menulis, ketekunan dan semangat
Maulana Zakariyya dalam pengabdiannya kepada agama, khususnya dalam
ilmu hadis harusnya membuat kita menjadi malu.
Pertanyaan sederhana untuk kita, apa yang telah kita lakukan untuk
memajukan agama yang kita cintai ini?
119
20
Syeikh Muhammad Ali as-Sanusi, Pengasas Tarekat
Sanusiyah
Tarekat Sanusiyah bukan semata-mata tarekat biasa, melainkan ia adalah
sebuah gerakan. Gerakan tajdid dan islam. Pengasasnya adalah Syeikh
Muhammad Ali as-Sanusi.
Syeikh Muhammad bin Ali as-Sanusi telah dilahirkan pada hari Isnin 12
Rabiulawal 1202H/22 Disember 1787M di sebuah tempat yang bernama al-
Wasitah, di Mustaghanim, Algeria.
Syeikh Muhammad Ali as-Sanusi adalah seorang ulama yang ikhlas dan
suka merendahkan dirinya. Oleh itu, beliau telah mencapai kemajuan yang
pesat di atas jalan kerohanian.
Tarekatnya bebas dari syirik dan khurafat. Beliau menyeru kepada ijtihad
dan memerangi taqlid. Syeikh as-Sanusi yang bermazhab Maliki, akan
menyalahi pendapat mazhabnya jika ada mazhab lain yang lebih mendekati
kepada kebenaran.
Antara bintang dari tarekat ini adalah Umar Mukhtar sang Singa Padang
Pasir yang terkenal itu.
Berikut ini adalah ringkasan dari Tarekat As-Sanusiyah:
- Sanusiyah merupakan gerakan dakwah Islam, islah dan tajdid.
- Secara umumnya mereka berpegang dengan al-Quran dan al-Sunnah
dengan pengaruh tasauf.
- Ia muncul di Libya pada kurun ke-13 H.
120
- Tersebar luas hingga ke Selatan Afrika, Sudan, Somalia dan sebahagian
negara Arab.
- Gerakan ini terpengaruh dengan al-Imam Ahmad bin Hanbal, Syeikhul
Islam Ibnu Taimiyah, Abu Hamid al-Ghazali.
- Gerakan ini juga terpengaruh dengan tasauf yang bersih dari syirik dan
khurafat seperti bertawassul dengan orang mati dan orang soleh.
- Pengasas gerakan ini adalah Muhammad bin Ali as-Sanusi yang
bermazhab Maliki, namun beliau akan menyalahi mazhab berkenaan jika di
sana ada kebenaran bersama mazhab lain.
- Dalam berdakwah kepada Allah, gerakan ini menggunakan cara lembut
dan berhikmah.
- Mereka menekankan dalam kerja-kerja tangan dan sentiasa berjihad Fi
Sabilillah menentang penjajah, Salibi dan sebagainya.
Kalaulah Tarekat As-Sanusiyah ini masih wujud lagi, kita tidak tahu
apakah jalan yang ditempuh masih lagi sebening jalan yang telah dirintis
oleh pengasasnya Syeikh as-Sanusi dan Umar Mukhtar? Atau hanya sekadar
mengambil sempena namanya sahaja, sedangkan yang lain sama sahaja
dengan jalan yang ditempuh oleh tarekat-tarekat lain..? Allah Maha
Mengetahui
Sebelum beliau meninggal dunia, beliau pernah berkata, "Hamba-hamba
Allah ini telah memberikan kami satu tugas yang amat berat sekali sehingga
andaikata ia diletakkan di atas gunung, ia tidak akan sanggup untuk
memikulnya." Yang dimaksudkan oleh beliau ialah menjaga amanah Allah.
Syeikh Muhammad Ali as-Sanusi telah meninggal dunia pada bulan Safar
tahun 1276H/1859M di al-Jaghbub, Libya.
121
21
Haji Abdul Rahman Limbong, Ulama Yang Warak & Pejuang
Bangsa Sejati
Haji Abdul Rahman Limbong merupakan seorang ulama memiliki peribadi
yang sangat menarik dan warak. Beliau juga seorang ulama pejuang
menentang penjajah di Terengganu yang sangat disegani.
Nama sebenarnya ialah Haji Abdul Rahman bin Haji Abdul Hamid bin Abdul
Qadir. Sumber sejarah menerangkan bahawa ayahanda beliau berasal dari
keturunan Patani. Tarikh kelahiran Haji Abdul Rahman Limbong
sebenarnya tidak dapat dipastikan. Tapi dari sekian banyak maklumat dan
rujukan dapat dipastikan beliau dilahirkan sekitar tahun 1285H/1868M.
Semasa kecilnya, seperti kanak-kanak lain, beliau dihantar oleh
ayahandanya untuk mendalami pengajian agama Dan sememangnya di
zamannya, perkembangan Islam cukup pesat. Oleh kerana itu tidak
hairanlah jika beliau sejak kecil lagi sudah menerima pendidikan agama.
Ada sumber-sumber yang menjelaskan bahawa sejak kecil lagi beliau
menghabiskan masa bersama-sama bapa saudara beliau iaitu Haji Tun
Muhammad Zain di Makkah.
Setelah dewasa, beliau dibawa semula kembali ke Terengganu. Kepesatan
perkembangan pondok-pondok pengajian yang begitu banyak di zaman itu
mendorong beliau untuk mendalami lagi pengajian agama. Di antara
pondok-pondok yang terdapat di jajahan Terengganu, pondok Tokku
Palohlah yang terkenal serta menjadi tumpuan para pelajar.
Timbullah keinganan beliau untuk mengaji di pondok Tokku Paloh. Sebelum
itu, sebagai persiapan ke pondok Tokku Paloh, beliau terlebih dahulu
berguru kepada Tuan Guru Haji Yaakob Paya Bunga dalam pelajaran nahu
122
saraf dan feqah. Dan beliau dikatakan hanya mengambil masa selama kira-
kira dua bulan sahaja untuk menguasai pelajaran tersebut.
Dikatakan juga bahawa Haji Abdul Rahman Limbong sebagai seorang murid
yang agak luar biasa kecerdasan akalnya. Sehingga dengan itu beliau
mampu untuk mengajar murid-murid Haji Yaakob Paya Bunga yang lain.
Dan sememangnya sejak kecil lagi telah terlihat pada diri beliau tanda-
tanda yang beliau akan menjadi seorang tokoh yang terkenal dalam sejarah.
Setelah tamat mengaji kepada Haji Yaakob Paya Bunga, beliau mengaji pula
kepada Haji Wan Musa. Dengan ilmu yang telah diperolehi dari Haji Yaakob
Paya Bunga dan Haji Wan Musa, barulah beliau mula untuk merapatkan
diri dengan pondok pengajian Tokku Paloh.
Untuk pergi ke pondok pengajian Tokku Paloh dari tempat kediaman beliau,
terpaksalah beliau berulang alik menaiki perahu. Semuanya ini dilakukan
dengan penuh kesabaran dan ketabahan demi mendalami lagi pengetahuan
agama. Hal yang semacam inilah yang dilalui oleh para ulama di zaman
beliau sebelum mereka terkenal sebagai seorang ulama terkemuka.
Pada peringkat awal pengajian beliau dengan Tokku Paloh, beliau hanya
menjadi khadam kepada Tokku Paloh. Beliau bertugas sebagai menyapu
halaman rumah, membersihkan surau, menyediakan kayu api, mengisi air di
kolah surau dan sebagainya.
Dan sememangnya cara sedemikian dilalui oleh kebanyakan para ulama sufi
demi peningkatan rohani. Melalui pendidikan seperti inilah akhirnya
mereka menjadi tokoh-tokoh terkemuka di zaman mereka. Dan ini juga
merupakan salah satu proses pendidikan tasauf demi untuk melahirkan
manusia yang benar-benar bertaqwa.
Lama kelamaan, kelakuan beliau akhirnya diketahui oleh Tokku Paloh.
Timbul rasa kasih Tokku Paloh terhadap beliau kerana kesungguhannya
untuk belajar. Dan akhirnya beliau diterima menjadi murid kepada Tokku
Paloh dan belajar bersama-sama pelajar-pelajar lain.
Haji Abdul Rahman Limbong mempunyai kecekapan yang agak luar biasa.
Dalam masa yang singkat sahaja beliau dapat telah menguasai segala
pelajaran yang diajarkan. Di samping itu beliau terkenal sebagai seorang
yang sangat menghormati guru. Segala suruhan serta arahan guru-gurunya,
dilaksanakan serta dipatuhi dengan segera.
Apabila berhadapan dengan tuan gurunya, Tokku Paloh, beliau tidak pernah
untuk mengangkat muka, betapalah pula untuk bertentangan mata. Kerana
semuanya ini merupakan adab-adab dalam berguru sebagaimana yang telah
123
diterangkan dengan panjang lebar oleh Imam al-Ghazali di dalam Ihya
Ulumuddin.
Oleh kerana beliau boleh dikatakan di antara murid Tokku Paloh yang
terpintar serta baik akhlaknya, maka tidak hairanlah mengapa Tokku Paloh
begitu sayang dan kasih terhadap beliau.
Tokku Paloh semacam mengharapkan Haji Abdul Rahman Limbong sebagai
pengganti beliau selepas beliau meninggal dunia. Dan akhirnya ternyata
bahawa Haji Abdul Rahman Limbong mewarisi kepimpinan serta
perjuangan yang dilaksanakan oleh Tokku Paloh.
Oleh kerana beliau menjadi khadam kepada Tokku Paloh, membuat kerja
yang berbagai-bagai, maka kuranglah masa beliau untuk dapat menghadiri
majlis pengajian ilmu. Oleh kerana itu beliau hanya mendengar pengajian di
tepi kolah sambil menatap kitab yang digunakan oleh Tokku Paloh. Hal ini
dilakukan tanpa disedari oleh sesiapa pun.
Dan apabila selesai sahaja pengajian, beliau menyembunyikan kitabnya di
celah-celah atau surau. Ini menunjukkan yang yang beliau tidak mahu
diketahui turut sama-sama belajar dengan murid-murid Tokku Paloh yang
lain.
Oleh kerana Tokku Paloh memimpin tarekat Naqsyabandiyah, maka dengan
tidak secara langsung Haji Abdul Rahman Limbong juga turut mengamalkan
tarekat tersebut. Tarekat Naqsyabandiyah boleh juga dikatakan sebagai
satu tarekat yang cukup terkenal serta banyak diamalkan dari dahulu
sehinggalah ke hari ini.
Di gugusan Kepulauan Melayu, tarekat Naqsyabandiyah boleh dikatakan
memenuhi pondok-pondok pengajian di masa itu. Dan oleh kerana itu,
peranan tarekat ini cukup besar sekali dalam pembentukan masyarakat
Islam di sebelah sini.
Hasil dari pengajian tasauf serta amalan tarekat Naqsyabandiyah, lahirlah
pada diri beliau sifat-sifat yang terpuji seperti zuhud, merendah diri,
berakhlak tinggi dan sebagainya. Di antara sikap beliau ialah tidak suka
menonjolkan diri walaupun beliau boleh dikatakan sebagai murid yang
terpintar di antara murid-murid yang lain. Oleh kerana itu kita dapat
fahamkan bahawa beliau lebih suka mengasingkan diri dari murid-murid
Tokku Paloh yang lain.
Beliau juga dikatakan mengulangkaji segala pelajaran secara bersendirian.
Keadaan seumpama ini adalah melambangkan keperibadian seorang yang
124
layak menjadi tokoh di tengah masyarakat. Sebab itu tidak hairan mengapa
orang yang seumpama ini tetap menjadi ikutan serta tumpuan orang ramai.
Sifat Peribadi Yang Menarik
Sebenarnya, sejak kecil lagi telah terlihat sifat serta peribadi beliau yang
terkenal warak, bersopan-santun, merendah diri, tenang hati dan
sebagainya. Ini semuanya hasil didikan Tokku Paloh yang bertindak sebagai
guru beliau.
Demikianlah beliau menjalani alam pendidikan pondok sehingga akhirnya
menjadi seorang ulama serta pemimpin yang berjuang ke tengah
masyarakat. Kealiman beliau dalam bidang agama serta kesungguhan beliau
mengamalkan tarekat Naqsyabandiyah, sehingga menyebabkan beliau
mempunyai keperibadian yang cukup baik.
Haji Abdul Rahman Limbong memanglah diakui sebagai seorang yang
sangat mengasihi kanak-kanak serta memuliakan orang-orang miskin serta
anak-anak yatim. Lebih dari itu, beliau sanggup merendahkan diri dengan
mencuci air kencing kanak-kanak yang sering datang ke surau beliau.
Inilah satu sikap yang perlu ada kepada seorang pemimpin, iaitu perlu
menunjukkan contoh serta teladan kepada mereka yang berada di bawah
pimpinan mereka. Keadaan seumpama ini bukan menurunkan darjat
mereka, bahkan akan menyebakan bertambahnya kepercayaan orang ramai
terhadap mereka.
Di antara sikap Haji Abdul Rahman Limbong ialah suka sekali menolong
orang yang sedang berada dalam kesusahan. Di samping itu beliau juga
terkenal kuat beribadah kepada Allah SWT. Sementara pada siang harinya
digunakan untuk mengajar murid-murid yang datang kepada beliau. Atas
dasar inilah maka sebahagian orang menganggap beliau sebagai salah
seorang Wali Allah serta mempunyai pengaruh yang cukup besar dalam
masyarakat. Kebaikan serta kesolehan beliau terkenal oleh seluruh rakyat
Terengganu.
Oleh kerana kebaikan serta kesolehan beliau terkenal di seluruh
Terengganu, ramailah orang yang datang ke rumah beliau untuk berziarah
serta meminta nasihat atau minta untuk diselesaikan masalah yang timbul.
Segala masalah yang didatangkan kepada beliau tidaklah pernah beliau
hampakan, malah sedaya upaya beliau cuba menyelesaikannya. Ini dengan
sendirinya menambahkan lagi kepercayaan serta keyakinan orang ramai
terhadap beliau.
125
Suatu hal yang istimewa mengenai peribadi beliau ialah sikap warak beliau.
Beliau amat menghalusi tiap-tiap perkara yang haram dan subahat,
terutama dalam soal makan dan minum. Ini mungkin beliau berpegang
kepada hadis Rasulullah s.a.w. yang di antara lain menyebut bahawa hati
manusia itu ditempah oleh makan dan minum.
Apabila makanan dan minuman itu mengandungi perkara subahat, sudah
tentu ianya akan dengan sendirinya merubah sikap serta peribadi seseorang.
Dan atas dasar inilah maka beliau amat menjaga makan dan minum beliau
serta hal-hal yang lainnya.
Mereka yang mengenali serta pernah bersama-sama beliau menyebutkan
bahawa beliau tidak pernah singgah atau makan dan minum di kedai.
Kerana lazimnya makan dan minum di kedai dengan sendirinya
menjatuhkan kewibawaan seseorang pemimpin masyarakat. Umumnya
diketahui bahawa di kedai-kedai selalu belaku perkara-perkara yang
mungkar. Oleh kerana itu tidak hairanlah mengapa beliau tidak mahu
singgah apatah lagi makan minum di kedai.
Seorang ulama serta pejuang di tengah masyarakat, sudah tentu merupakan
orang yang sanggup mengorbankan kepentingannya demi perjuangan yang
didukungnya. Lebih dari itu kebendaan bukanlah menjadi tujuan serta
harapan dalam perjuangan. Apa yang menjadi harapan bagi mereka ialah
untuk semata-mata membangunkan syariat Allah bertapak kukuh di atas
muka bumi. Oleh kerana itu tidaklah hairan mengapa Haji Abdul Rahman
Limbong tidak pernah sekali-kali meletakkan kebendaan sebagai suatu
perkara yang penting.
Ini dapat diteliti berdasarkan kepada kehidupan rumahtangga beliau yang
memang agak sederhana sekali. Tidak terdapat apa-apa perhiasan yang
berharga di dalam rumah beliau kecuali barang-barang yang dianggap perlu
dalam kehidupan. Seorang ahli tarekat apatah lagi seorang syeikh tarekat,
sudah tentu tidak mahu keadaan rumahnya itu bersarang dengan bentuk-
bentuk keduniaan.
Kerana kehidupan yang agak mewah dengan sendirinya akan menyebabkan
penghuninya lalai serta berat dalam mengerjakan amal ibadah. Ini dapat
diperhatikan jika kita mengikuti pengajian-pengajian tasauf yang amat
menitikberatkan persoalan ini. Al-Quran dan hadis Rasulullah s.a.w. sendiri
pun berulangkali menerangkan bahawa kehidupan dunia ini serta segala
macam perhiasan dunia ini merupakan penipuan kepada manusia yang
hidup di atas muka bumi.
Haji Abdul Rahman Limbong memang sentiasa mengenakan pakaian yang
melambangkan ciri-ciri keIslaman. Oleh kerana itu beliau sentiasa memakai
126
baju Melayu atau jubah putih serta memakai serban. Ke mana-mana pun
beliau sentiasa memakai terompah yang diperbuat sendiri atau pun dibeli
dari orang lain. Kewarakkan beliau nampak jelas dengan sikap beliau yang
tidak suka sama sekali memakai kasut yang diperbuat di kedai apatah lagi
yang diperbuat oleh orang kafir. Lebih hebat lagi, apabila beliau berjalan
melalui perkampungan orang-orang kafir, beliau akan menyamak kaki
beliau.
Sebagai seorang ulama yang warak lagi taat kepada Allah SWT dan di
samping sebagai seorang masyaikh tarekat Naqsyabandiyah, beliau amat
kuat menjaga syariat. Ketelitian beliau dalam menjaga syariat dapat dilihat
berdasarkan kepada kehidupan beliau sendiri. Tidak pernah sama sekali
beliau bertentangan mata dengan kaum wanita walaupun dengan murid-
murid beliau sendiri. Beliau juga akan menundukkan pandangan serta
menyisihkan diri apabila bertembung dengan kaum wanita.
Sebagaimana guru-guru serta ulama pondok yang lain, beliau juga
mempunyai dua khadam yang secara sukarela menolong beliau
menyelesaikan tugas-tugas di rumah. Kedua-dua mereka ialah Haji Hussin
bin Muhammad dan Haji Ali Yaakob. Mereka mendakwa bahawa mereka
sama sekali tidak pernah melihat isteri Haji Abdul Rahman Limbong.
Mereka berdua hanya dibenarkan mengangkat air untu kegunaan beliau
setakat di hadapan pintu sahaja. Setelah mereka berdua pergi, isteri beliau
akan membawa air itu masuk ke dalam rumah.
Demikian keterangan bagaimana kuatnya beliau menjaga syariat. Isteri
beliau akan sentiasa mengenakan pakaian jilbab apabila keluar rumah
bersama beliau kerana sesuatu urusan. Di kampung beliau sendiri, diadakan
sekatan tempat permandian di antara kaum lelaki dan kaum wanita.
Peraturan ini sengaja beliau adakan bertujuan tidak berlaku fitnah apabila
lelaki dan wanita bercampur-gaul.
Kisah Di Hari Raya
Haji Abdul Rahman Limbong ialah ulama yang kuat beramal. Sebahagian
besar daripada waktu malam digunakannya untuk beribadat kepada Allah,
terutamanya pada bulan puasa.
Pada setiap hari raya pula, beliau lazimnya mengurungkan diri di dalam
rumahnya selepas sembahyang hari raya dan beribadat tanpa menghirau
mereka yang datang membawa makanan untuknya. Sikap ini dapat
diertikan bahawa beliau tidak ingin menggalakkan orang ramai bersusah
payah menyediakan makanan untuknya, sebagaimana yang menjadi amalan
masyarakat Melayu tradisi yang sangat mengambil berat terhadap orang-
127
orang alim. Tambahan pula Haji Abdul Rahman amat menghalusi asal-usul
makanan, bagi mengetahui halal-haramnya.
Keramat dan Kewaliannya
Sebenarnya, bakat kepimpinan serta keistimewaan yang ada pada beliau itu
sudah pun kelihatan sejak beliau masih lagi berguru kepada Tokku Paloh.
Beliau suka beruzlah (mengasingkan diri) daripada murid-murid Tokku
Paloh yang lain. Seringkali beliau berulang-alik dari rumahnya ke pondok
dengan bersendirian, walaupun jarak di antara rumahnya dengan pondok
pengajian Tokku Paloh agak jauh. Keadaan beliau yang begini menimbulkan
kehairanan di kalangan orang-orang yang sering memerhatikan segala
kelakuan beliau.
Diceritakan bahawa ada tiga orang lelaki telah mengintai kelakuan Haji
Abdul Rahman Limbong yang boleh menhilangkan diri dari pandangan
manusia. Ketiga-tiga lelaki tersebut memanjat pokok kelapa di tepi sungai
tempat beliau menyeberang sungai. Timbul kehairanan di hati mereka
kerana di tepi sungai tersebut tidak pun terdapat perahu, rakit atau
sebagainya.
Haji Abdul Rahman Limbong kelihatan duduk berselimut di atas batu yang
agak besar di tepi sungai. Tiba-tiba sahaja beliau hilang dari pandangan dan
sudah berada di tebing seberang sungai tersebut. Ini adalah beberapa
keramat yang Allah SWT izinkan terjadi kepada beliau.
Mengikut cerita yang lain pula, Haji Abdul Rahman Limbong juga dipercayai
tidak basah apabila ditimpa hujan walaupun cuma berterendak. Keadaan
yang sama dikatakan pernah dialami oleh seorang mudridnya yang berteduh
di dalam jubah beliau semasa mereka bersama di dalam perahu menghilir
sungai, manakala orang lain yang menjadi pengayuh basah ditimpa hujan.
Suka Mengembara
Selain mengajar, Haji Abdul Rahman Limbong adalah seorang ulama yang
suka mengembara atau merantau ke beberapa buah negeri. Soal kewangan
untuk mengembara tidak sukar baginya kerana di mana tempat beliau
berpijak, ada saja penduduk yang mahu menjadi muridnya. Pengembaraan
yang dekat dengan Terengganu di antaranya ialah Beserah, Kuantan,
kedua-duanya dalam Pahang. Selanjutnya Kelantan, Patani, Kedah dan
lain-lain.
Negeri-negeri seberang laut yang pernah beliau merantau ialah Sambas,
Jambi, Riau dan Brunei. Di negeri-negeri seberang laut itu juga terdapat
murid-murid Haji Abdul Rahman Limbong.
128
Pengembaraan beliau ke negeri-negeri tersebut mempunyai kisah yang
panjang, tetapi yang dapat diungkapkan di sini ialah tentang di Sambas dan
Kepulauan Riau saja. Dalam pelayaran di laut, Haji Abdul Rahman Limbong
menggunakan perahu buatan orang Terengganu sendiri. Beliau berlayar
bersama-sama dengan murid-muridnya dari Terengganu dan juga ahli
pelayaran pada zaman itu, bahawa mereka telah menggunakan perahu-
perahu yang berukuran besar yang boleh dimuat barang-barang antara 100
hingga 350 tan.
Penjajahan & Campur Tangan Inggeris
Haji Abdul Rahman Limbong juga dikatakan sebagai seorang tuan guru
yang sama masyhurnya dengan Tokku Paloh di masa itu. Oleh kerana itu,
tidaklah begitu menghairankan jika Haji Abdul Rahman Limbong mendapat
sambutan yang baik dari orang ramai yang mengenali beliau. Syed Sagof
merpakan murid kesayaangan Haji Abdul Rahman Limbong. Bahkan lebih
dari itu, beliau sentiasa mengharapkan bahawa suatu masa kelak Syed
Sagof akan menggantikan beliau untuk meneruskan perjuangan yang beliau
dukung selama ini.
Untuk itu, mereka merasakan perlu ada penentangan terhadap pihak
penjajah Inggeris yang mana tujuan utama mereka turut campur tangan
dalam pemerintahan ialah untuk menghancur serta meleburkan syariat
Islam. Pihak penjajah telah sedikit demi sedikit menanamkan perasaan
bencikan agama kepada golongan atasan serta rakyat sekeliannya. Ini
dilakukan oleh mereka dengan membawakan bentuk kehidupan mewah
serta pendidikan yang secara terang-terangan bertentangan dengan cara
hidup beragama.
Para ulama serta tuan guru-tuan guru yang mempunyai jiwa cintakan
agama telah bangkit menyeru rakyat untuk melakukan penentangan
terhadap pihak penjajah Inggeris. Sungguh pun begitu, pada peringkat awal
penentangan itu dilakukan bukan dengan bentuk senjata. Tetapi akhirnya
terpaksalah mereka bengkit menentang menggunakan senjata setelah
penentangan secara perlahan tidak berjaya memadamkan pengaruh
penjajah yang semakin hari semakin meningkat.
Sebenarnya, kemasukan pihak penjajah dalam pentadbiran negeri-negeri
Tanah Melayu bertujuan untuk menyerapkan unsur-unsur kehidupan dan
kebudayaan mereka ke dalam kehidupan orang-orang Melayu yang pada
ketika itu kuat berpegang dengan agama. Kita tidak hairan mengapa
kehadiran mereka tidak disukai oleh rakyat. Tambahan pula kehadiran
mereka ke negeri-negeri sebelah timur adalah sebagai lanjutan dari
Peperangan Salib yang berlaku selama beberpa abad.
129
Dalam tahun 1920-an, Inggeris campur tangan untuk mentadbir tanah di
lokasi Kuala Telemong hingga ke Ulu Telemong. Setiap ekar tanah yang
dibuka oleh rakyat dikenakan cukai oleh penjajah Inggeris.
Oleh sebab itulah, Haji Abdur Rahman Limbong dalam hujah-hujahnya di
mahkamah bahawa tanah yang dibuka oleh rakyat itu adalah hak Allah
bukannya hak negeri. Mungkin maksud negeri itu adalah yang ada campur
tangan penjajah Inggeris.
Haji Abdur Rahman Limbong menegaskan bahawa tanah yang mereka
miliki adalah tanah pusaka peninggalan orang-orang tua mereka yang
datang dari Johor bersama-sama dengan Sultan Zainal Abidin I, Sultan
Terengganu yang pertama. Dari riwayat ini dapat kita membuat kesimpulan
bahawa orang-orang Melayu Islam di Hulu Terengganu dalam tahun 1920
lagi, di bawah bimbingan Haji Abdur Rahman Limbong, sudah kenal jati
diri, kenal terhadap haknya, kenal terhadap tanah air, dan kenal terhadap
bangsa sendiri.
Setelah menggunakan berbagai tipu helah maka pihak Inggeris telah berjaya
turut campur tangan dalam pemerintahan kerajaan Terengganu yang pada
asalnya berasaskan perundangan Islam. Pihak penjajah sengaja
mengenepikan perundangan Islam, sebaliknya menampilkan undang-
undang ciptaaan mereka sendrri. Di samping itu mereka juga telah
membawa unsur-unsur kehidupan serta kebudayaan mereka yang akhirnya
berjaya mengubah akhlak serta kehidupan umat Islam sehingga ke hari ini.
Para ulama yang mempunyai jiwa cintakan agama memberi kesedaran
kepada umat agar kembali semula kepada ajaran Islam. Tetapi seruan
mereka hanya mendapat perhatian di kalangan rakyat berbanding dengan
golongan atasan. Sementara itu, peraturan-peratauran yang dikenakan
oeleh pihak penjajah Inggeris cuba menekan kehidupan masyaraat yang
kebanyakkannya terdiri dari kaum tani yang miskin.
Lama kelamaan pihak penjajah mula meragui Haji Abdul Rahman Limbong
serta menganggap beliau sebagai merbahaya kerana dikatakan menghasut
rakyat untuk menentang kerajaan. Sungguhpun demikian, pihak Inggeris
tidak berani mengambil apa-apa tindakan terhadap beliau. Ini mungkin
disebabkan bahawa apa yang beliau lakukan tidak menampakkan apa-apa
kesalahan.
Di samping itu terdapat seorang tokoh ulama yang turut menyeru rakyat
menentang pihak penjajah. Beliau ialah Haji Musa bin Abdul Ghani
Minangkabau. Beliau telah menebut kepaa rakyat bahawa barangsiapa yang
membayar pas menebas pas menebas (cukai) dan hasil-hasil tanah akan
130
termasuk golongan kafir. Beliau juga berkata, ”Barangsiapa yang tidak
mahu mengikut hukum syarak, Nabi tidak mengaku umatnya.”
Penentangan 21 Mei 1928
Akhirnya berlakulah peristiwa penentangan rakyat Terengganu terhadap
pihak penjajah. Puncak kebangkitan rakyat menentang kerajaan ini ialah
pada 21 Mei 1928. Kebangkitan 1928 melibatkan konflik berdarah, apabila
perkumpulan dan kemaraan petani telah ditentang oleh pihak kerajaan di
Ulu Telemong.
Dalam perkara ini Haji Abdul Rahman Limbong disalahkan sebagai orang
yang bertanggungjawab menimbulkan pemberontakan dan penentangan ini.
Oleh kerana itu, pihak penjajah meneluarkan ancaman untuk menangkap
beliau. Untuk meredakan suasana yang berlaku, maka Haji Abdul Rahman
Lombong menyerah diri di Istana Maziah. Tidak ada seprang pun yang
berani mendekati beliau semasa berada di istna tersebut. Beliau menafikan
tuduhan yang mengatakan bahawa beliaulah yang menjadi punca berlkunya
penetangan rakyat terhadap pihak penjajah.
Atas tuduhan tersebut, Haji Abdul Rahman Limbong dihadapkan ke
perbicaraan mahkamah. Perbicaraan tersebut dibuat di padang dan
disaksikan oleh pegawai Inggeris serta orang ramai. Kebetulan pula kerusi
yang beliau duduki itu menghadap ke arah kiblat, maka beliau terus
menerus bersolat sepanjang majlis perbicaraan tersebut berjalan.
Akhirnya keputusan diambil oleh pihak Inggeris yang mana Haji Abdul
Rahman Limbong dibuang negeri ke Makkah. Sebelum itu terdapat pihak-
pihak yang mensyorkan supaya beliau dibuang negeri ke China. Tetapi
akhirnya keputusan diambil bahawa beliau dibuang negeri ke Makkah. Dan
sememangnya haji Abdul Rahman Limbong sendiri bercadang untuk
menghabiskan sisa-sisa umurnya ke Makkah.
Pembuangan Di Makkah & Wafatnya
Sungguhpun beliau telah dibuang ke Makkah, namun pengajaran dan
perjuangan yang beliau bangunkan masih tetap utuh. Beliau masih tetap
mengajar walaupun berada di Makkah. Ramai murid-murid beliau yang
menyambung semula pengajian kepada beliau di Makkah ataupun menemui
beliau sewaktu menunaikan ibadah haji.
Sewaktu beliau di Makkah, pernah beliau meminta kebenaran untuk pulang
sebentar ke Terengganu. Tetapi malangnya permintaan beliau ditolak
dengan alasan bahawa beliau nanti akan menimbulkan semangat kepada
rakyat Terengganu.
131
Akhirnya, setelah sekian lama beliau berkhidmat mengajar berbagai
pengetahuan tentang agama di Makkah, maka beliau pun dijemput oleh
Allah SWT untuk mangadapNya. Beliau meninggal dunia pada 14
Jamadilakhir 1348 (1929) kerana menghidap penyakit di dalam perut.
Dengan itu berakhirlah perjuangan seorang ulama yang berpengaruh serta
pengajarannya cukup ketara di dalam kehidupan masyarakat Islam
Terengganu sehinggalah ke hari ini.
Demikianlah beliau yang dengan ketokohannya menjadi seorang ulama,
dapat menjadi contoh serta teladan kepada generasi para ulama selepas
beliau. Dan tidak sepatutnya para ulama hanya mendiamkan diri tanpa
membuar sesuatu untuk kepentingan agama. Sepatutnya hendaklah
diketahui, bahawa perjuangan yang dilaksanakan oleh Haji Abdul Rahman
Limbong ialah untuk menegakkan kesucian agama dari pengaruh-pengaruh
Barat yang menjejaskan keimanan umat Islam di waktu itu.
132
22
Tok Kenali, Ulama Melayu dan Wali Allah Terkenal
Tok Kenali dilahirkan pada tahun 1870M/1287H di Kampung Kenali,
Kubang Kerian, Kota Bharu, Kelantan. Nama sebenarnya ialah Muhammad
Yusuf bin Ahmad. Beliau lebih dikenali dengan gelaran Tok Kenali yang
diambil sempena nama kampung tempat kelahirannya. Keluarganya pula
memanggilnya dengan nama timangan ‘Awang’, gelaran yang cukup
digemari olehnya.
Tok Kenali dibesarkan dengan menerima didikan yang baik, disebabkan
ibunya yang sopan dan bercita-cita murni serta pengaruh datuknya
mematuhi peraturan agama dan gemarkan beribadat. Ayahnya, Ahmad
ialah seorang petani yang bekerja sendiri.
Menulis Sesuatu Di Tepi Bendul
Tok Kenali sejak kecil lagi, telah memperlihatkan bakat yang luar biasa
dalam belajar. Kecerdasan minda serta kecenderungannya terhadap ilmu
begitu ketara sekali. Hampir 19 tahun lamanya beliau menuntut di Kota
Bharu dengan berguru kepada beberapa orang ulama yang terkenal pada
masa itu.
Adalah agak aneh cara Tok Kenali menulis jawi. Dikatakan bahawa sewaktu
beliau menulis, maka kalam (pena)nya menjadi semacam amat pantas
menulis. Justeru menjadi sukar orang untuk membacanya.
Suatu sifat yang agak istimewa, sifat ingin mengetahui dan ingin maju
terdapat pada Tok Kenali ketika kanak-kanak ialah apabila beliau sudah
diajarkan guru sesuatu potongan ayat suci al-Quran, maka pada esoknya
beliau tidak mahu lagi membaca yang sudah diajarkan itu. Bila belaiu
enggan membaca, gurunya bertanya. Dia menjawab: “Tok, apa pula?
133
Kelmarin sudah kelih, patut baca yang lain!” Gurunnya tersenyum
mendengar ketepatan tutur-katanya, tambahan pula apa yang sudah
diajarkan kelmarin itu memang beliau dapat membacanya dengan betul.
Bukanlah suatu perkara yang diada-adakan, bahawa suatu sifat yang
menjadi kebiasaan kepada Tok Kenali semasa kecil dan merupakan suatu
keganjilan kepadanya ialah semasa beliau pulang ke rumah dari mengaji al-
Quran, maka di tepi bendul rumahnya telah disediakan sebuah pasu air.
Setiba sahaja di tepi pasu itu, maka dicelupkan jari telunjuknya ke air
(sebagai dakwat) dan kemudian beliau pun menuliskan sesuatu di tepi
bendul itu. Begitulah keadaannya pada setiap hari, diperbuatnya demikian
setibanya beliau di rumah, apabila pulang dari mengaji. Apa yang ditulis itu
mungkin merupakan pelajarannya dan mungkin pula merupakan sesuatu
gambaran dalam fikirannya.
Belajar di Makkah dan Peristiwa Ajaib
Menjelang usia 18 tahun kira-kira pada tahun 1887 M, dengan kemahuan
Tok Kenali yang keras dan dengan bantuan kenalannya di ibukota, maka
beliau dapat belayar ke Makkah dengan tujuan melanjutkan pelajaran
agama di samping menunaikan haji.
Beliau bertolak dari Kuala Besar di muara Kelantan dengan kapal layer,
kapal perniagaan yang kerap menyusur pantai dari bawah angina membawa
barang-barang pertukaran ke atas angina dan sebaliknya.
Beliau pernah menceritakan perjuangan hidupnya di Makkah kepada salah
seorang muridnya, antara lain berbunyi:
“Di kala saya meninggalkan tanah air saya Tanah Melayu yang tercinta,
saya telah diberikan oleh ibu, wang RM100 termasuk belanja tambang
kapal, bekalan dan lain-lain untuk menuju ke Tanah Suci. Di samping itu
saya juga telah memperoleh beberapa bantuan daripada dermawan-
dermawan Kota Bharu.
Sesampainya saya ke Tanah Suci, wang tadi tinggal lagi sebanyak RM22,
menyebabkan saya terpaksa makan nasi bubur sahaja. Kehidupan saya
amatlah sederhana, baik tentang pakaian dan tempat kediaman, tidaklah
jauh dari kehidupan orang-orang Arab desa (Badwi) yang hidup dengan
belas kasihan langit dan dermawan bumi. Mujurlah Masjid Al-Haram itu
mempunyai serambi (bahagian luar) tempat saya menginap sampai beberapa
bulan.”
134
Pada tahun 1969, ketika Tok Kenali pertama kali datang ke Makkah penuh
dengan peristiwa yang pelik-pelik dan ajaib berlaku. Kehidupan sehari-
harinya penuh dengan tawakal. Beliau tidak mempunyai pakaian yang lebih
daripada sehelai, tidak memiliki wang, tidak siapa mengetahui beliau makan
ataupun tidak pada setiap hari siang ataupun malam. Hampir-hampir tidak
ada orang yang mengenalinya di Mekah ketika itu.
Orang yang tidak mengenalinya hanya memperhatikan keanehannya berada
dari satu halaqah ke satu halaqah yang lain dalam Masjidil Haram, Makkah.
Keberadaannya dalam sesuatu halaqah tidak pula membawa sesuatu kitab
seperti orang lainnya. Pada kebanyakan masa ketika duduk dalam halaqah
beliau memejamkan mata, orang menyangka beliau bukan mendengar
pelajaran tetapi tidur. Antara ulama yang mengajar dalam Masjidil Haram
ketika itu ada yang tembus pandangannya, diketahuinyalah bahawa pemuda
yang aneh itu bukanlah sembarangan orang, martabatnya ialah seorang wali
Allah.
Walau bagaimanapun, tidak seorang ulama peringkat wali Allah di Makkah
mahu membuka rahsia itu kepada murid-muridnya. Ketika Tok Kenali
sampai di Makkah, Syeikh Ahmad al-Fatani telah mengetahui pemuda yang
berasal dari Kelantan itu, tetapi sengaja tidak dipedulikannya kerana pada
firasat Syeikh Ahmad al-Fatani pemuda Kelantan itu sama ada cepat
ataupun lambat akan datang juga kepada beliau.
Dalam masa berbulan-bulan peristiwa seperti di atas, pada satu ketika Tok
Kenali mengunjungi halaqah Syeikh Ahmad al-Fatani. Tok Kenali duduk
jauh di belakang pelajar-pelajar lain. Syeikh Ahmad al-Fatani telah
mempersiapkan sekurang-kurangnya tiga kemusykilan atau masalah, yang
pada pemikiran Syeikh Ahmad al-Fatani tidak akan dapat dijawab oleh
siapa pun yang hadir dalam majlis pengajiannya, kecuali seseorang itu
memiliki pandangan kasyaf ataupun telah memperoleh ilmu laduni.
Sewaktu Syeikh Ahmad al-Fatani melemparkan pengujian atau pertanyaan
kepada semua pelajar, Tok Kenali seperti orang tidur-tidur saja. Semua
pelajar terdiam, tidak seorang pun berkemampuan menjawab masalah yang
dikemukakan oleh Syeikh Ahmad al-Fatani. Tiba-tiba Syeikh Ahmad al-
Fatani menyergah pemuda Kelantan yang sedang tidur. Pemuda itu
terkejut. Syeikh Ahmad al-Fatani menyuruhnya supaya datang ke hadapan
duduk bersama beliau. Disuruhnya pemuda Kelantan itu menjawab masalah
ujian yang dikemukakan lalu semuanya dijawab dengan sejelas-jelasnya.
Setelah peristiwa itu Tok Kenali menjadi murid yang paling mesra dengan
Syeikh Ahmad al-Fatani. Bahkan Tok Kenali menjadikan dirinya sebagai
‘khadam’ kepada Syeikh Ahmad al-Fatani. Seluruh gerak dan diam Tok
135
Kenali hanyalah berkhidmat kepada gurunya itu, kerana diketahuinya
bahawa seluruh kerja Syeikh Ahmad al-Fatani semata-mata untuk
kepentingan Islam dan bukan kepentingan peribadinya.
Tok Kenali telah pun mulai belajar. Semasa belajar di Makkah ini,
pakaiannya amat sederhana sekali iaitu beliau hanya memakai dua helai
kain sahaja dan terkadang beliau memakai baju panjang tanpa kain sarung.
Makanannya juga amat sederhana sebab beliau betul-betul makan untuk
hidup, bukan sebaliknya hidup untuk makan seperti haiwan. Dalam detik-
detik kehidupannya beliau pernah memasak nasi yang dicampurkan
serentak dengan ikan kering agar lauknya mudah terasa dengan menjelira
dan lekas pula dimasak, sebab dimasak bersama-sama.
Sebab kekurangan perbelanjaan maka pada peringkat pertamanya beliau
belajar secara menadah sahaja kitab kawan tanpa membelinya. Kalau
dirasakan perlu, maka beliau mencukupi membaca kitab di kedai-kedai kitab
atau dirumah-rumah kawan saja, tetapi kemudiannya apabila beliau sangat
dikasihi gurunya, maka beliau dapat pula meminjam kitab-kitab gurunya.
Sifat-sifat dan Peribadi Tok Kenali
Tok Kenali bukan hanya terkenal sebagai salah seorang ulama yang
berkaliber sahaja, tetapi terkenal juga sebagai ulama yang mempunyai sifat-
sifat mulia yang baik untuk dicontohi.
Tok Kenali ialah seorang yang pemurah, suka menderma terutama kepada
fakir miskin dan anak-anak. Beliau tidak pernah menolak jemputan dan
panggilan, sekalipun beliau tidak ikut makan.
Beliau suka berjalan kaki berkaki ayam sebagai suatu latihan melenyapkan
perasaan sombong, bongkak dan megah. Beliau suka berdikari mengurus
136
pekerjaan berseorangan. Beliau sendiri keluar ke pasar dengan sebiji timba
besar sebagai raga. Apabila pulang, kelihatan timbanya penuh dengan
pemberian-pemberian orang. Kerap pula kelihatan sayur-sayuran di ubun-
ubunnya.
Beliau tidak menolak sebarang pemberian orang yang diberikan kepadanya.
Beliau sangat menggemari kata-kata hukama, kata-kata sakti dan syair-
syair Arab. Beliau suka membaca dan menatap, baik buku-buku atau
majalah di mana sahaja beliau berada.
Tok Kenali seorang yang pengingat. Beliau sentiasa ingat akan sesuatu
masalah yang ditanyakan kepadanya, sedangkan si penanya sudah pun lupa
akan masalah itu. Beliau juga mempunyai ingatan yang kuat di kala
membaca sesuatu surat khabar atau majalah. Sesudah dibaca, maka
ditinggalkannya. Sejurus kemudian, beliau dapat menceritakan segala
sesuatu yang tersiar di dalam akhbar tersebut.
Diceritakan, apabila hampir bulan Ramadan, beliau menghentikan
pengajaran. Di kala itu beliau sedang membaca kitab, lalu ditutupnya kitab
tanpa menandakan di mana tempat berhenti. Akan tetapi apabila pangajian
dimulakan semula pada bulan Syawal, maka beliau membuka semula
halaman tadi dengan tepat tanpa silap lagi.
Tok Kenali ialah seorang yang bersifat zuhud dan memilih hidup sederhana
dalam semua perkara. Beliau suka beri’tikaf di masjid, manakala tidur kerap
berbantalkan lengan.
Tok Kenali cukup berpakaian dengan sehelai kain pelikat sahaja. Kadang-
kadang tidak berbaju. Keadaan sehariannya bersarung an berbaju, tetapi
baju Cuma disangkut ke bahu saja, kecuali di kala bersolat atau di kala
hendak menghadiri sesuatu majlis.
Orang-orang yang mengenal Tok Kenali kerap menceritakan bahawa beliau
kerap pula berkaki ayam saja di kala berjalan, di samping terkadang
berterompah yang dibuatnya sendiri dan keadaan begini mungkin terasa
selesa kepada beliau.
Tok Kenali mempunyai pendirian dan sikap sendiri dari segi berpakaian ini.
Beliau kelihatan berbaju putih panjang sampai ke pertengahan betis dan
memakai sehelai kain sarung pelikat di sebelah dalamnya. Manakala di
kepala beliau sering berserban dengan belitan sendiri yang berbentuk
semacam bertingkat, sukar ditiru. Dalam bentuk pakaian beginilah beliau
bergaul dengan Sultan Kelantan dan Kedah, juga dengan pegawai Inggeris
dan lain-lain.
137
Tok Kenali Dengan Kitab
Aneh seribu kali aneh! Kitab bagi Tok Kenali bukanlah pada catitan kertas,
malahan baginya kitab ialah bersifat rohani sekali, di mana segala isi kitab
atau buku yang telah dibaca, disimpannya dalam lipatan hati, segala
sesuatu dicatitnya dengan baik sehingga sukar hilang dari ingatan.
Beginilah ingatan kuat yang dikurniakan Allah kepada beliau.
Sikap begini dan oleh desakan ekonomi membuatkan beliau terpaksa
menjualkan pula kitab-kitab yang telah dipelajarinya itu kepada kedai-kedai
kitab, dari suatu masa dengan memberi sedikit potongan daripada harga
asalnya. Dengan cara begini dapatlah beliau membaca dan mempelajari
bermacam-macam kitab sehingga pengetahuan beliau mendalam dan
kemahiran beliau telah tercapai.
Di kala itu Syeikh Ahmad al-Fatani pernah memuji Tok Kenali dan
menyebutkan Tok Kenali adalah bak sang suria Kelantan yang akan
menjadi suluh kepada kegelapan (kejahilan) di sekitar negeri itu.
Dalam masa belajar itu, selain meminjam kitab daripada guru-gurunya,
beliau banyak juga membeli kitab secara berdikit-dikit, di mana apabila
telah habis sebuah kitab yang dipelajarinya, maka lalu dijualnya pula
kepada kawan-kawannya. Demikianlah silih berganti kitab. Sebab itu
apabila ditanya tentang mengapa beliau tidak banyak mempunyai kitab,
maka beliau menjawab: “Saya tidak berwang kerana itu saya terpaksa
menjual kitab-kitab yang telah saya pelajari untuk mempelajari lagi yang
lain.”
Kegiatan Belajar Tok Kenali
Suatu keanehan, semasa Tok Kenali mendalami ilmu pengetahuan di
Makkah, beliau mengambil sikap untuk membeli apa sahaja yang dibaca
ataupun tidak dibaca oleh guru-gurunya. Akan tetapi apabila hadir kuliah,
maka kedapatan beliau datang dengan tangan kosong. Kitab-kitab
tadahannya semuanya ditinggalkan di rumah.
Sebelum beliau hadir ke kuliah, semalam-malaman beliau membaca dan
mengkaji sendiri di rumah akan apa-apa pelajaran yang dibaca, dianalisa
atau akan diberi huraian oleh gurunya.
Jadi, cara beliau berguru hanya secara datang menadahkan telinga dan
membuat perbandingan antara ajaran guru dengan apa-apa kajian yang
138
telah dikajinya semalam itu. Ini lebih berkesan dan membuka jalan-jalan
peluasan untuk bertanya sesuatu yang mungkin timbul.
Guru Kesayangan Tok Kenali
Tok Kenali pada zamannya sangat beruntung kerana berkesempatan
menuntut ilmu dengan beberapa orang ulama besar ketika itu. Salah
seorangnya ialah ulama Patani yang terkenal, Syeikh Ahmad al-Fatani.
Syeikh Ahmad al-Fatani ialah seorang guru yang sangat alim serta bijak dan
mahir dalam bidang penulisan. Diriwayatkan datuknya ialah seorang
pendakwah Islam di Hadramaut dan salasilah keturunannya itu sampai
kepada nasab sahabat terkenal, Usman bin Affan.
Tok Kenali menjadi salah seorang anak murid kesayangan ulama besar itu
hampir 20 tahun lamanya, Tok Kenali berdamping dengan Syeikh Ahmad al-
Fatani dan bermacam-macam ilmu yang telah diperolehinya daripada ulama
tersebut. Tok Kenali juga telah mempamerkan komitmen yang tinggi
terhadap ilmu dan gurunya turut mengagumi kesungguhan beliau dalam
bidang ilmu.
Kira-kira sekitar tahun 1906, guru kesayangan beliau telah menyahut
panggilan Ilahi. Kematian gurunya itu ternyata memberi kesan kepada Tok
Kenali dan menjadi salah satu sebab beliau membuat keputusan untuk
kembali ke Tanah Melayu. Pada tahun 1908, akhirnya Tok Kenali pulang ke
Kelantan dan di waktu itu, usia beliau mencecah 40 tahun.
Tok Kenali Mengajar Tanpa Kitab
Sebagaimana beliau belajar di Makkah dahulu tanpa membawa sebarang
kitab tadahan ke tempat pengajian, maka begitu jugalah beliau mengajar.
Sesudah beliau menetapkan kitab-kitab yang akan dibaca, menurut sukatan
atau ukuran bahan pengajian tertentu, maka pergilah beliau ke masjid.
Setibanya di sana, maka kelihatan murid-murid beliau telah siap-sedia
membuka kitab.
Sejurus, disuruhnya salah seorang murid membaca kitab tersebut yang
kemudianya diikuti dengan penjelasan beliau yang terang dan nyata. Murid-
muridnya itu disuruhnya membaca bergilir-gilir dan demikianlah
diperbuatnya. Akan tetapi aneh pula iaitu jika beliau sendiri yang membaca,
maka dibacanya sahaja sesebuah kitab itu tanpa penjelasan, sedang murid-
muridnya menaruh faham.
Berpindah Ke Pondok Kenali
139
Sesudah lima tahun Tok Kenali mengajar di Kota Bharu, maka pada tahun
1918 M, Tok Kenali berpindah pula ke kampungnya sendiri dan pada kali ini
beliau tidak ke tapak pondoknya yang asal, di Kampung Paya tetapi ialah di
Kampung Belukar, tidak jauh dari Jalan Wakaf Setan (Jalan Tok Kenali
kini).
Ilmu itu dicari, ke mana sahaja Tok Kenali berasa, ke situlah pergi murid-
muridnya, baik murid yang lama, lebih-lebih lagi murid yang baru. Pondok
telah banyak didirikan, masjid telah terpancang merupakan suatu syiar
kebesaran Allah di penjuru-penjuru dunia. Telaga, kolah dan lain-lain
kemudahan telah pula wujud tanpa kerahan.
Sekarang, jumlah murid beliau yang menghuni pondok telah meningkat
sampai 300 orang, suatu jumlah yang besar sewaktu itu jika dibandingkan
dengan murid-murid sekolah manapun.
Murid-murid Tok Kenali
Antara murid-murid Tok Kenali yang terkenal ialah:
1. Syeikh Muhammad Idris al-Marbawi
2. Syeikh Uthman Jalaluddin al-Kalantani
3. Haji Abdullah Tahir
4. Tuan Guru Haji Daud Bukit Abal
5. Dan lain-lainnya
Tok Kenali Dengan Gambar
Dalam masa hidupnya, diberitakan bahawa Tok Kenali hanya tiga kali
sahaja bergambar (diambil gambar) sedangkan bergambar itu pun bukanlah
140
dari kehendaknya sendiri. Mungkin beliau mengambil sikap wara' kerana
tidak ingin melibatkan diri dalam membuat gambar atau melukis makhluk
bernyawa di mana akibatnya, orang yang terlibat akan diminta memberikan
nyawa kepada makhluk tersebut di hari Akhirat nanti berdasarkan hadis
sahih.
Sikap yang sama terjadi pula kepada murid-muridnya yang terkenal iaitu
Tuan Guru Hj. Abdullah Tahir B. Hj. Ahmad, Bunut Payung, Tuan Guru Hj.
Ali Shalahuddin, Pulau Pisang, Tuan Guru Hj. Muhd. Nor B. Hj. Abdullah,
But, Ketereh dan lain.
Kenapakah Tok Kenali tidak suka bergambar, walaupun cuma
membolehkannya?
Sebagai seorang wali Allah, setiap masa hidupnya ingin mendampingi para
malaikat, di mana para malaikat rahmat tidak akan memasuki rumah yang
ada di dalamnya patung-patung atau gambar penuh makhluk bernyawa,
loceng dan anjing peliharaan. Jadi siapa yang terlibat dengan perkara-
perkara ini, maka dia tidak akan memperoleh keberkatan hidup, rahmat dan
keampunan daripada rahmat malaikat.
Tegasnya malaikat-malaikat yang membawa rahmat yang selalu mendoakan
manusia dengan suatu kebaikan atau menolakkan mereka daripada sesuatu
kecelakaan, tidaklah akan memasuki rumah tersebut, malah sebaliknya
tempatnya akan dipenuhi oleh para syaitan yang berperanan sebaliknya
serta membawa malapetaka dan hidup gelisah.
Pada suatu masa, gambar Tok Kenali pernah dijual dan disebarkan dan
ramai orang yang menyimpannya di rumah-rumah sebagai kenangan.
Semasa Tok Kenali masih hidup, seorang cina ingin menyimpan gambar
beliau dengan suatu permintaan berbunyi: “Tuan guru ialah seorang ulama
besar di Kelantan. Kerana itu benarkan saya dapat memiliki gambar tuan
guru.”
Mendengar permintaan itu, Tok Kenali dengan senyum menjawab:
“Saya boleh membenarkan kamu menyimpan gambar saya, tetapi suatu
perkara kamu mesti jaga iaitu kamu tidak boleh menyembahkan gambar
saya sebab saya bimbang kiranya kamu menyembahkan dia sebagaimana
kamu lakukan kepada gambar-gambar yang lain.’
Tok Kenali Dengan Cerpen
141
Suatu hal yang agak berbeza dari pengajaran Tok Kenali di Kota Bharu
dahulu ialah apabila beliau berhijrah semula ke kampung sendiri, maka
ramailah orang-orang kampung datang menadahkan kitab dan telinga untuk
mendengar pelajaran dan nasihat-nasihat agama.
Untuk menarik perhatian murid-muridnya terutama orang-orang kampung,
maka banyak sekali beliau mengemukakan cerita-cerita pendek dan kadang-
kadang agak lebih lanjut yang berhubung dengan masalah-masalah agama
dan masyarakat.
Kerana itu dalam pengajarannya beliau mengemukakan beberapa anjuran
melalui cerita-cerita teladan yang berkesan antaranya:
Ikut bapamu, tetapi takutkan Tuhan
kuasailah pengetahuan agama dan politik
ilmu itu apa yang terguris dalam hati
pengetahuan manusia terbatas
mengaku salah jika bersalah
sunnah Tuhan sudahlah wajar
biar mati adat, jangan mati syarak
di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung
bertanya pada yang tahu
penjahat itu mencukupi dengan kejahatannya
doa adalah senjata orang mukmin.
Cerita-cerita itu diselitnya di celah-celah pengajaran beliau agar
pengajarannya tidak menjemukan dan kalau ada orang-orang yang agak
mengantuk, maka dengan cara begini ia akan sedar kembali kepada
pelajaran yang dihadapi.
Akan tetapi cerita-cerita yang dikemukakannya itu tidaklah berupa
sebarangan cerita, semuanya mempunyai persesuaian dengan pelajaran dan
kerap mengandungi teladan yang baik. Hanya sekali sekala dicelahi dengan
cerita lawak-jenaka dan itupun tidak menyimpang dari yang dimaksud
(tujuannya).
142
Antara cerpen-cerpen yang telah dihasilkan Tok Kenali ialah Awang Hidung
Melintang, Kemuliaan Merendah Diri, Semangat Pengorbanan Yang Ulung
dan lain-lain.
Meskipun bentuk persembahan yang dikemukakan Tok Kenali nampak
bersahaja tanpa menggunakan nama pelaku dan suasana tempat, tetapi
beliau telah berjaya mencapai matlamatnya dalam pendidikan. Hampir
dengan bentuk cerita-cerita dalam al-Quran (tanpa menyebut nama dan
tempat tetapi penuh dengan ibarat). Mungkinkah Tok Kenali cerpenis
Melayu pertama?
Karamah-karamah Tok Kenali
Ada seorang kenalan Tok Kenali dari Bacok, Kelantan telah pergi ke
Makkah kerana mengerjakan haji. Dia ialah seorang yang syka
memerhatikan orang-orang yang sedang tawaf, bersa’i dan bertilawah.
Pada suatu hari, dia terjumpa Tok Kenali sedang berada di tepi sebuah tiang
daripada tiang-tiang Masjidil Haram dia sempat berjabat salam dengan
beliau.
Tidak lama berselang, dia pun pulang ke Bacok. Sewaktu dia bercerita hal-
hal yang berlaku di Makkah, dia memberitahu kepada orang ramai bahawa
dia telah bertemu dengan Tok Kenali. Katanya: “Saya benar-benar kenal dan
bertemu dengan dia.”
“Eh! Tok Kenali ada di pondoknya di Kenali. Saya telah pergi dan telah
berjumpa dengannya pada hari raya Aidiladha yang kedua.” Kata kawannya.
“Tok Kenali memang seorang wali Allah, Allah memberikan kemudahan
kepadanya untuk ke Makkah dengan sekelip mata, pergi dan pulang.” Kata
orang Bacok.
Dikatakan juga Tok Kenali juga ialah seorang masin mulut. Pada tahun-
tahun akhir hayatnya, beliau pernah memberitahu muridnya bahawa akan
tiba suatu masa Jepun akan menjajah Kelantan dan Tanah Melayu
seluruhnya.
Tidak sampai sepuluh tahun kemudian, Jepun mendarat dan menyerang
Pantai Cahaya Bulan pada 8 Disember 1941.
143
Selain itu, Tok Kenali pernah memberi amaran tentang kemungkinan
berlakunya banjir besar di Kelantan, di mana beliau pernah berkata: “Aku
ada alamat akan berlaku bah besar. Kerana itu kamu bersiap-sedialah!”
Kira-kira sebulan selepas beliau berkata itu, tiba-tiba berlakulah bah besar
yang terkenal dalam sejarah negeri Kelantan. Banjir besar ini terkenal juga
dengan sebutan Bah Air Merah (24 Disember 1926) disebabkan air yang
datang dari hulu negeri adalah berkeadaan merah dan luar biasa sekali
keadaannya.
Pernah diceritakan juga bahawa Tok Kenali dijemput untuk berbuka puasa
di enam tempat dan pada hari jemputan tersebut, beliau berada di keenam
tempat tersebut.
Keluarga Tok Kenali
Keluarga Tok Kenali
Tok Kenali mempunyai seorang isteri yang bernama Hajah Ruqayyah binti
Haji Mahmud. Beliau mengahwini isterinya itu ketika usia isterinya 18
tahun.
Beliau telah dikurniakan Allah, 4 orang putera, tanpa puteri. Semuanya
diberi pendidikan Islam dan mereka menjadi orang alim, guru, pendidik,
ustaz dan pendakwah. Antaranya ialah Tuan Guru Haji Ahmad, Syeikh
Muhammad Shalih dan Ustaz Haji Abdullah Zawawi
Minat Tok Kenali Dalam Penulisan
Penglibatan Tok Kenali dalam penulisan ialah sebagai bukti beliau seperti
juga ulama-ulama terkenal lainnya. Beliau ialah Ketua Pengarang Majalah
Pengasuh yang pertama ketika majalah itu mula-mula diterbitkan. Dari sini
144
dapat kita buktikan bahawa Majalah Pengasuh merupakan majalah Islam
yang paling lama dapat bertahan di Nusantara.
Majalah Pengasuh masih kekal diterbitkan hingga sekarang ini (1427
H/2006 M) oleh Majlis Agama Islam Kelantan. Semua majalah Islam di
Nusantara yang diterbitkan peringkat awal, bahkan termasuk yang agak
terkebelakang, semuanya tidak diterbitkan lagi.
Tok Kenali yang sememangnya berminat dalam bidang penulisan,
menyedari akan kepentingan media massa dalam usaha untuk menyebarkan
dakwah dengan cara yang mudah, pantas dan berkesan.
Keyakinan beliau tentang kemampuan media massa sebagai alat dakwah
dan perpaduan ini dinyatakan melalui penulisan beliau dalam keluaran
sulung Majalah Pengasuh. Antara ayat yang ditulis dalam majalah tersebut
ialah:
“Tatkala saya mengetahui bahawa tiada orang yang boleh menjadi utusan
(penyampai) usaha ini untuk menghimpunkan (menyatupadukan) sekalian
anak Melayu kita ini, maka besarlah harapan saya supaya diadakan pada
setiap negeri Tanah Melayu ini sekurang-kurangnya mempunyai utusan
(surat khabar) agar ia menjadi alat yang bijaksana untuk menyeru umat
Melayu untuk bersatu dalam apa jua pekerjaan yang mendatangkan
kebaikan bagi anak waran, bangsa dan agama.”
Sekiranya tidak dihambat oleh tugas-tugasnya sebagai seorang guru dan
pendakwah dan menumpukan sepenuh perhatian terhadap bidang
penulisan, tidak syak lagi nama Tok Kenali akan dikenali sebaris dengan
nama-nama penulis terkenal tanah air yang lain.
Beliau juga beranggapan surat khabar atau majalah ialah ejen dakwah yang
paling berkesan ketika berhadapan dengan zaman yang penuh kelalaian dan
kemaksiatan.
Tok Kenali juga telah menghasilkan lebih kurang 20 cerpen yang dimuatkan
dalam Majalah Pengasuh. Antaranya berjudul Awang Hidung Melintang,
Kemuliaan Merendah Diri, Semangat Pengorbanan Yang Ulung dan lain-
lain.
Karya Tok Kenali yang ditulis dalam bentuk risalah atau kitab pula
antaranya ialah Risalatud Durril Mantsur, yang selesai ditulis pada bulan
Jamadilakhir 1310 H/Disember 1892 M. Kandungannya merupakan
terjemahan dan penjelasan fadilat burdah Busiri. Dicetak dalam bentuk
145
huruf batu/litografi oleh Syeikh Abdullah Mujallid, Makkah pada
Jamadilakhir 1310 H.
Pengaruh Daripada Imam al-Ghazali
Melihatkan peribadi dan sikap hidupnya, nyatalah bahawa Tok kenali
sangat terpengaruh oleh ajaran-ajaran Iman al-Ghazali, seorang ulama
tasauf yang sampai kepada darjat ‘hakikat’ mengenal diri dan Tuhannya,
ingin mencapai kebahagiaan dan kesucian yang setinggi-tingginya dalam
penghidupan yang singkat ini,
Kemewahan hidup yang terhad dan sifat tidak membesar diri adalah nyata
sekali dalam penghidupannya.
Unsur-unsur ini adalah terkandung dalam doa yang dikumpul dan digubah
oleh Imam al-Ghazali dalam kitabnya ‘Ayyuhal Walad’ (Wahai Anak) yang
menjadi amalan Tok Kenali dan murid-murid beliau sehingga sesudah itu
dikenal pula dengan ‘Doa Tok Kenali’ (Doa mengiringi solat lima waktu)
yang antara lain bererti:
“Wahai Tuhan, sesungguhnya aku pohon pada Engkau pemberiannya
sempurna, kesihatan yang berkekalan, rahmat yang menyeluruh dan
kesegaran yang berguna. Aku pohonkan daripada Engkau puncak
kesenangan hidup, puncak kebahagiaan umur, kesempurnaan kebaikan,
juga keluasan pemberian dan kesopanan yang lebih berfaedah.”
Tuhanku, tolonglah kami dan jangan pula kami ditindas. Tuhanku,
Bahagiakanlah kesudahan hidup kami, buktikanlah hasrat kami dengan
penambahan amalan. Susilah kesegaran dikala berpagi-pagi dan berpetang-
petang.
Wahai Tuhanku, tumpahkanlah rahmat engkau di tempat kembali kami dan
kesudahan kami dan tuangkanlah dulang kemaafan ke atas dosa-dosa kami
dan kurniakanlah pembaikan kepada keaifan-keaifan kami dan berikanlah
kegiatan kami pada agama engkau. Kepada Engkau kami berserah dan
kepada engkau kami menggantung harapan.”
Sakit Kudis Tok Kenali Mengharum Semerbak
Semasa akhir hayatnya, Tok Kenali telah mengidap sakit berkudis.
Sepanjang sakitnya itu, tiada suatu berita pun kedengaran mengatakan
beliau mengeluh tentang bau busuk kudisnya itu. Tentang baunya juga tidak
pula dikatakan amat busuk.
146
Apa yang berlaku, di kala kematian beliau, kudis itu menyerbakkan bau
yang harum luar biasa.
“Weh! Mari cium kaki ayah ini, harum mewangi!” Kata Hajah Ruqayyah,
isteri beliau kepada anaknya, Abdullah Zawawi.
Anak bongsunya ini datang lalu mencium kaki ayahnya, yang disayangi.
“Ya! Harum mewangi!” (Sedang kaki orang lain membusuk apabila berkudis
memburuk, sekalipun sudah meninggal). Kata Abdullah Zawawi.
Ya, harum sebab ikhlas dan beliau ialah seorang wali Allah.
Kematian Tok Kenali dan Suasananya
Maqam Tok Kenali
Tok Kenali wafat pada hari Ahad, 19 November 1933 M/2 Syaaban 1352 H,
ketika berusia 65 tahun.
Kubur pun telah siap. Umat Islam telah meningkat ribuan orang sedang
menanti di sekeliling masjid dan rumah Tok Kenali.
Suasana sedih menjelma menyelubungi pada hari itu, sebab bintang yang
telah banyak memberi panduan cahaya dengan sinarnya telah gugur sebiji,
sekalipun ada lagi bintang-bintang lain di langit nan biru! Adakah
penggantinya? Patah tumbuh hilang berganti, tetapi yang datang mungkin
tidak setokoh yang pergi.
Di tengah-tengah suasana yang sepi, berduyun-duyun manusia yang
berwajah sebam, hampir semuanya berkopiah, berserban dan bersongkok
telah memasuki saf untuk mensolatkan jenazah Tok Kenali. Mereka
kelihatan penuh khusyuk dan insaf.
147
Bersaf-saf orang mengangkat takbir, susul-menyusul. Alim ulama, guru-
guru dan murid serta orang kampong tua-muda datang bersolat tanpa
meminta upah dan habuan, demi untuk kebahagiaan roh Tok Kenali buat
selama-lamanya. Orang-orang besar dan berpangkat dari ibukota, tidak juga
ketinggalan.
Hari wafatnya dilawati oleh tidak kurang daripada 2,500 orang dan
jenazahnya disolatkan lebih 1,000 orang yang ikhlas kepada Allah.
Mereka tidak menghiraukan hujan lebat dan jalan lecah, sama-sama
menjulang jenazah dengan hujung-hujung jari mereka menuju ke kubur
yang sekarang terkenal dengan ‘Kubur Tok Kenali’. Sekalipun hujan lebat
mencurah-curah tetapi dalam kubur kering-kertah. Tok Kenali selamat
dikebumikan kira-kira pukul 2.00 petang.
Biarpun Tok Kenali tidak meninggalkan hasil-hasil karya yang terkenal
dalam mana-mana pengajian Islam, namun jasa beliau yang paling besar
dalam dunia Islam ialah melahirkan satu angkatan ulama yang tersohor
bukan sahaja di negara ini, tetapi turut terkenal di negara luar.
“Mengkaji sendiri adalah punca kemajuan dalam pembelajaran.”
(Tok Kenali)
148
23
Haji Sulong Al-Fatani, Ulama Pejuang Patani Sejati
Seorang daripada ulama di nusantara yang terbabit dalam perjuangan
menegakkan Islam ialah Haji Sulong Al-Fatani. Nama sebenarnya ialah Haji
Sulong bin Haji Abdul Kadir bin Muhammad bin Haji Zainal Abidin bin
Ahmad Al-Fatani. Beliau yang merupakan pejuang Islam yang dianggap
sesetengah pihak sebagai ’Imam Bonjol Patani’ bukan sahaja menghabiskan
usianya menegakkan syiar agamanya tetapi mengakhiri hayatnya untuk
perjjuangan Islam.
Peristiwa kematian Haji Sulong Al-Fatani diselebungi misteri hingga
sekarang kerana selepas dipanggil menemui seorang pegawai penyiasat
polis, dia terus hilang. Kehilangan Haji Sulong Al-Fatani itu menjadi
tampatan hebat kepada umat Islam Patani kerana mereka bukan saja
kehilangan tokoh agama tetapi juga seorang pejuang Islam.
Beliau dilahirkan pada tahun 1895 di Kampung Anka Ru, Patani, ulama
ulung yang bergerak dalam perjuangan rakyat Islam di negeri itu turut
dihangatkan oleh bahang tekanan pemerintahan Siam. Ketika itu, negeri
Patani Darul Salam diperintah oleh Sultan Sulaiman Sharifuddin. Ketika
itu, hampir semua negeri Melayu di utara menghadapi keadaan yang sama
dengan Patani.
Haji Sulong menerima pelajaran asas dan al-Quran dari ayahnya sendiri
sehingga pandai. Apabila sudah berusia 12 tahun, beliau berangkat ke
Makkah untuk menyambung pelajaran di sana selama 17 tahun. Beliau
brguru kepada para ulama dari Arab Saudi, Mesir dan yang datang dari
Nusantara. Pada tahun 1924, beliau kembali ke tanah air bersama-sama
isterinya yang dikahwininya semasa di Makkah. Keadaan negeri Patani
149