The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Amirul Akashah, 2024-06-26 21:47:41

BUKU SPBRN 2023 NEW

BUKU SPBRN 2023 NEW

SUARA PERJUANGAN BANTERAS RASUAH NEGARA KOLEKSI ARTIKEL & KERATAN AKHBAR PEMERHATI RASUAH MALAYSIA 2023 JAIS ABDUL KARIM


II SUARA PERJUANGAN BANTERAS RASUAH NEGARA (KOLEKSI KERATAN AKHBAR PEMERHATI RASUAH MALAYSIA – MCW 2023) JAIS ABDUL KARIM Suara Perjuangan Banteras Rasuah Negara (Koleksi Keratan Akhbar Pemerhati Rasuah Malaysia – MCW 2023) diterbitkan oleh Pemerhati Rasuah Malaysia / Malaysia Corruption Watch (MCW) (Buku ini merangkumi kumpulan rencana, kenyataan dan respons media MCW yang telah diterbitkan dalam media tempatan bagi tahun 2023 dalam menanggani isu semasa terkini dan komitmen pendidikan membanteras rasuah di Malaysia). TERBITAN: PEMERHATI RASUAH MALAYSIA/ MALAYSIA CORRUPTION WATCH (PPM-010-14-24072017)


III Edisi Pertama Cetakan Pertama 2024 @ Pemerhati Rasuah Malaysia / Malaysia Corruption Watch (MCW) 2024 Hak Cipta Terpelihara: Tidak dibenarkan setiap bahagian dari penerbitan ini diterbitkan semula atau dipindahkan dalam apa juga bentuk dan dengan apa cara jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain tanpa mendapat keizinan bertulis daripada penerbit hak cipta terlebih dahulu. Ilham, penulisan dan Penyelidikan Jais bin Abdul Karim Presiden, Malaysia Corruption Watch Editor Julaila binti Samsudin Dr. Abd Hakim bin Mohad Pembantu Rosdi bin Amir Muhammad Rusydi bin Jaafar Pereka Bentuk ’Flipbook’ oleh: Amirul Akashah, Kolej Profesional MARA, Indera Mahkota. Diterbitkan oleh: Pemerhati Rasuah Malaysia / Malaysia Corruption Watch (MCW) No B-2-1A, Jalan Prima Saujana 2/G, Taman Prima Saujana, 43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan. Tel: +60178111472, +60105431472 Facebook: Malaysia Corruption Watch E-mel : malaysiacorruptionwatch@gmail.com Laman Web: www.corruptionwatch.my Dengan Kerjasama: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan Perpustakaan Negara Malaysia Rekod katalog untuk buku ini boleh didapati dari Perpustakaan Negara Malaysia eISBN 978-629-99457-0-3


IV KANDUNGAN PERUTUSAN KHAS YB MENTERI PENDIDIKAN TINGGI MALAYSIA VIII KATA ALU-ALUAN KETUA PESURUHJAYA SPRM X PRAKATA PENULIS - PRESIDEN MCW XII PENDAHULUAN XV BAB 1 – PERANAN DAN HARAPAN MASYARAKAT 1 - 38 1. 10 TEKAD MCW SEMPENA TAHUN BAHARU 2023 / MCW SEBAGAI SEBUAH NGO YANG MENDIDIK DAN TIADA KUASA HUKUMAN 2. COMMENT ON THE IMPACT OF GOOD GOVERNANCE AND ANTI-CORRUPTION EFFORTS LISTED IN PM ANWAR’S BUDGET 2023 3. AHLI POLITIK TERAJUI GLC WAJAR JIKA ADA KEPAKARAN / RISIKO TINGGI LANTIK ORANG POLITIK TERAJUI GLC, AGENSI KERAJAAN 4. PENDATANG HARAM MAMPU MEMBAWA ANASIR PENGGANAS 5. SUSAHNYA MAHU DAPAT SOKONGAN NAK BANTERAS RASUAH 6. MEMERANGI RASUAH, MENDEPANI CABARAN, HARAPAN SANG PEMERHATI 7. CARA NAK KENAL AHLI POLITIK TERLIBAT RASUAH 8. MCW VIEWS AND CONFIDENCE ON SPRM EFFORTS - NST 9. MCW SOKONG PENUH KOMITMEN DATUK SERI MOHD SHUHAILY MOHD ZAIN UNTUK PERANGI RASUAH DALAM PASUKAN POLIS MALAYSIA / ‘SURAT DARI PEMBACA – AWASI, PERIKSA ANGGOTA POLIS HIDUP MEWAH’ 10. MCW GUNA ‘NINJA’ PERANGI RASUAH 11. MCW MENGUCAPKAN SELAMAT BERTUGAS KEPADA SEMUA ANGGOTA KABINET KERAJAAN MALAYSIA YANG TELAH DILANTIK DALAM ROMBAKAN. 12. ‘SURAT DARI PEMBACA – BERI PELUANG ORANG AWAM, NGO PANTAU PROJEK LCS’ / MCW MAHU ISU LCS DISELESAIKAN SEGERA 13. BERSAMA MEMERDEKAKAN NEGARA DARIPADA CENGKAMAN RASUAH BAB 2 – REFORMASI INSTITUSI 39 - 72 14. PERKASA TADBIR URUS ORGANISASI BANTU HAPUS RASUAH 15. PERKASA PROSEDUR SALUR DANA BANTUAN ELAK ‘BUAYA EKONOMI’ 16. MALAYSIA PERLU PELAN BAHARU ANTIRASUAH NASIONAL 17. SISTEM OPERASI SPRM PERLU KEKAL, DITAMBAH BAIK 18. UNIT LKAN WAJAR DIBERI KUASA, BEBAS SIASAT TEGURAN KETUA AUDIT. 19. SPRM PERLU BEBAS DAN BERAUTONOMI MELAKSANA TUGAS. 20. KERAJAAN DIGESA MEMPERCEPATKAN PELAKSANAAN AKTA PENDANAAN PARTI POLITIK MALAYSIA 21. SEKARANG MASA TEPAT SPRM LETAK PEGAWAI DI MARA 22. PERANAN EAIC SELIA SPRM PERLU DIKAJI


V 23. MCW MENYOKONG CADANGAN TEMPATKAN PEGAWAI SPRM DI PINTU SEMPADAN 24. PERLUAS SEKYEN 17A AKTA SPRM (LIABILITI KORPORAT) KE PENJAWAT AWAM 25. ISU RASUAH DI JABATAN PENDAFTARAN NEGARA DAN CADANGAN MENGATASINYA 26. BERKENAAN ISU 'DPA - DEFFERED PROSECUTION AGREEMENT' 27. PERJANJIAN SUKARELA PENDAKWA, ORGANISASI ALTERNATIF CEGAH RASUAH 28. KEPUTUSAN DNAA KES DATO’ SERI AHMAD ZAHID HAMIDI / ASING PERANAN PEGUAM NEGARA, PENDAKWA RAYA DEMI KEBEBASAN PENDAKWAAN 29. BERKENAAN CADANGAN BAKAL YDPA MELETAKKAN SPRM TERUS DI BAWAH PEJABAT YDPA - SPRM DI BAWAH AGONG TANGKIS TOHMAHAN JADI ALAT POLITIK / NAUNGAN DI BAWAH YANG DI-PERTUAN AGONG KIKIS IMEJ NEGATIF SPRM BAB 3 – PROSES PENDIDIKAN YANG BERTERUSAN 73 - 104 30. GAJI RENDAH BUKAN ALASAN LAKUKAN RASUAH 31. GAGAL MELAPOR RASUAH BOLEH DIDAKWA 32. SURAT DARI PEMBACA – BASMI BUDAYA RASUAH SECARA WARISAN 33. KEPUTUSAN 'CUTIKAN' MENTERI PERLU FAKTA, BUKTI SAHIH 34. SIASATAN SPRM TAK PERLU JADI ISU POLITIK 35. 'PETUNJUK BENDERA MERAH' PEMUDAH KENAL PASTI RASUAH 36. PENDAPAT MCW MENGENAI EKSTRADISI JHO LOW KE MALAYSIA 37. BERKENAAN VIRAL DI LAMAN MEDSOS FITNAH ANGGOTA POLIS TERIMA RASUAH 38. KOMEN MCW BERHUBUNG KENYATAAN PERDANA MENTERI YANG INGATKAN MENTERI, PEGAWAI HINDARI RASUAH 39. BERKENAAN PENGUMUMAN PM YANG MENSASARKAN MALAYSIA AKAN MENJADI ‘TOP 25 NATION DALAM CPI’ 40. BERHUBUNG TEGURAN LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA 41. HUKUMAN MATI UNTUK PENYELUDUP PATI? 42. KERAJAAN PERLU ADA MEKANISME PANTAU DANA ELAK RASUAH, KETIRISAN 43. ‘WAJARKAH SAMAKAN PERASUAH DENGAN ZIONIS ISRAEL’ 44. ISU BEKU AKAUN AMAN PALESTIN, SPRM WAJAR TERUSKAN SIASATAN, USAH CABAR, BERANI KERANA BENAR / SURAT DARI PEMBACA - JANGAN GANGGU SPRM SIASAT AMAN PALESTIN 45. ‘A SLAP ON THE WRIST’ JUST WON’T DO, SAY ANTI-GRAFT NGOS 46. SURAT DARI PEMBACA – HAPUSKAN DALAM MINDA RAKYAT YANG SPRM 'DIBAYANGI' KERAJAAN BAB 4 – PENJAWAT AWAM SEBAGAI TONGGAK 105 - 139 47. HUKUMAN TEGAS TANPA PILIH KASIH ‘UBAT’ ATASI RASUAH PENJAWAT AWAM 48. DAKWA PEGAWAI AWAM CUAI DI BAWAH KESALAHAN JENAYAH 49. HUKUMAN LEBIH BERAT, SEBATAN USAHA TANGANI JENAYAH RASUAH 50. RASUAH BABITKAN AGENSI LAUT SEMAKIN SERIUS 51. PEGAWAI KORUP ‘SENYUM’ TERIMA HUKUMAN TATATERTIB


VI 52. ‘PENGAWASAN’ SEDIA ADA PERLU TEGAS 53. AGENSI PENGUATKUASA TIDAK HIRAU LAPORAN SPRM – MESIN ROTI SAMPAI, BENGKEL TAK SIAP 54. PENGGUNAAN KAMERA BADAN PADA PEGAWAI IMIGRESEN KLIA PERLU DISEGERAKAN 55. BERKENAAN PENDEDAHAN PMX RASUAH DALAM JPN YANG SERIUS 56. LAFAZ IKRAR BEBAS RASUAH BUKTI KOMITMEN, BUKAN SEKADAR ‘WAYANG’ 57. TAKE STRICKTER STEPS TO CHECK CORRUPTION IN PUBLIC SERVICE, URGE GROUP - NST 58. PERANGI RASUAH, WAJIBKAN PEGAWAI KERAJAAN JALANI UJIAN INTEGRITI 59. TUBUH JAWANKUASA KHAS SIASAT KECURANGAN DI MOF 60. ISU BUDAYA RASUAH DAN KOMISEN / BERSIHKAN SEKTOR AWAM DARIPADA AMALAN MINTA KOMISEN BAB 5 – ILTIZAM POLITIK 140 - 180 61. SOKONG KOMITMEN TINGGI YAB PERDANA MENTERI PERKUKUH PENGUPAYAAN INTEGRITI PENJAWAT AWAM 62. ISYTIHAR HARTA DALAM SISTEM PARLIMEN. AHLI PARLIMEN PERLU ISYTIHAR HARTA BERKALA, DIPANTAU PIHAK BERKUASA 63. KETERBUKAAN KERAJAAN TERIMA TEGURAN PERKASA TADBIR URUS NEGARA. 64. BERI KEBEBASAN SPRM SIASAT PEMIMPIN POLITIK / NO ISSUE OF SELECTIVE PROSECUTION IF ONE IS CLEAN 65. PERKENAL PERATURAN PEMIMPIN ADA KES MAHKAMAH BERUNDUR SEMENTARA 66. REFORMASI KUASA SPRM PERLU IKUT PERLEMBAGAAN ELAK JADI ALAT POLITIK 67. BERKENAAN PENDEDAHAN MENTERI DALAM NEGERI, TERDAPAT 'NAUNGAN POLITIK' YANG MELINDUNGI PENGENDALI-PENGENDALI PLATFORM PERJUDIAN DALAM TALIAN 68. MAINTAIN MACC'S INDEPENDENCE 69. AZAM IMPIKAN TIADA CAMPUR TANGAN POLITIK, KERAJAAN PERANGI RASUAH 70. SPRM TAK PILIH KASIH, BUKAN ALAT KERAJAAN BALAS DENDAM POLITIK 71. TINDAKAN KURANG PROFESIONAL, MCW DESAK MENTERI BERI PENJELASAN BERASAS 72. KEMASKINI SEGERA SISTEM PENGISYTIHARAN HARTA ANGGOTA KABINET 73. SEGERAKAN AKTA PENDANAAN POLITIK, KAWAL POLITIK WANG 74. MENTERI GAGAL ISYTIHAR HARTA PERLU LETAK JAWATAN 75. AHLI POLITIK KITA PERLU BELAJAR DARIPADA SKANDINAVIA 76. TAKE STERN ACTION AGAINST CORRUPTED LAW ENFORCERS, SAY CRIME WATCH GROUPS 77. KINI TIBA MASA BUKTIKAN CAKAP SERUPA BIKIN 78. SURAT DARI PEMBACA- TAMBAH BAIK AKTA ANTILOMPAT PARTI DEMI KESTABILAN POLITIK 79. AHLI PARLIMEN PERLU ISYTIHAR HARTA BERKALA, DIPANTAU PIHAK BERKUASA


VII BAB 6 – FOKUS PILIHAN RAYA 181 - 192 80. TAKRIFAN SEDEKAH WANG MUSIM PILIHAN RAYA 81. CADANGAN PENYEDIAAN BAS UNTUK PRN PERLU DIPERINCI SEBAIKNYA 82. ‘BERKENAAN KENYATAAN KP SPRM BAHAWA TIADA KESALAHAN RASUAH DALAM KENYATAAN PM DAN TPM DALAM PRN 6 NEGERI KHUSUSNYA DI TERENGGANU’ 83. MENJAWAB PELBAGAI PERSOALAN WARTAWAN BERKENAAN DAKWAAN RASUAH DALAM PILIHAN RAYA 6 NEGERI YANG SEDANG BERLANGSUNG 84. ISU PENGGUNAAN KENDERAAN (HELIKOPTER) KERAJAAN OLEH YAB PM DALAM KEMPEN PRN 2023 85. ISU ‘KEBOCORAN DATA’ PREMIUM INSAN SELANGOR BAB 7 – FOKUS DALAM BIDANG SUKAN 193 - 200 86. INTEGRITI PENGURUSAN SUKAN DIMENSI BAHARU 87. SELAMATKAN SUKAN MALAYSIA DARIPADA ORANG POLITIK 88. GAGAL LAPOR RASUAH SUKAN TIDAK BOLEH DIMAAFKAN BAB 8 – PELBAGAI 201 - 235 89. PENGABAIAN NACP PUNCA CPI MALAYSIA MEROSOT 90. MESTI ADA KEBERTANGGUNGJAWABAN DALAM ISU PEMBELIAN VENTILATOR, PPE 91. MCW GESA SPRM SAMAN SHAFIQ ABDUL HALIM SEBAGAI PENGAJARAN 92. BADAN KEHAKIMAN WUJUDKAN PROSEDUR BAHARU UNTUK SIASAT HAKIM? 93. BASELESS TO SAY THERE WAS INTERFERENCE IN MACC PROBE, SAYS CORRUPTION WATCH GROUP 94. DULU DESAK SIASAT HAKIM, KINI BANTAH PULA 95. STRATEGI PULANG SEMULA ASET, WANG RASUAH USAH SAMPAI DIMANIPULASI 96. TINDAKAN JAHAT KHIANAT NEGARA 97. ISU 'CROWDFUNDING' 98. MENGENAI JALAN TIKUS DI SEMPADAN DARAT 99. PEMUTIHAN KES RASUAH UNTUK STABIL POLITIK, EKONOMI? 100. BERKAITAN ISU PERKEMBANGAN PROJEK ASET PERTAHANAN NEGARA 101. BERKAITAN KARTEL YANG DIDEDAHKAN OLEH MyCC 102. DR PALSU MAKIN RAMAI DI NEGARA KITA? 103. RASUAH DI JEPUN KESIMPULAN DAN PENUTUP XIX RUJUKAN XXII PENGHARGAAN XV


VIII PERUTUSAN KHAS YB DATO' SERI DIRAJA DR. ZAMBRY ABD KADIR MENTERI PENDIDIKAN TINGGI MALAYSIA Syabas dan tahniah diucapkan kepada Tuan Haji Jais Abdul Karim, Presiden Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW), atas usaha gigih beliau menerbitkan bahan penerbitan ini untuk dikongsi kepada seluruh lapisan masyarakat terutamanya para pelajar universiti dalam aspek Pendidikan Antirasuah. Beliau yang juga Pengasas Pertubuhan NGO Antirasuah ini, memandang serius suara rakyat dalam buku "Suara Perjuangan Banteras Rasuah Negara (Koleksi Keratan Akhbar Pemerhati Rasuah Malaysia – MCW 2023)" wajar diketengahkan sebagai bahan rujukan yang bermanfaat kepada rakyat Malaysia agar lebih memahami perjuangan melawan rasuah dan mendokong pengukuhan budaya integriti sejajar dengan matlamat kerajaan Madani yang mahukan negara ini maju bermaruah tanpa rasuah. Strategi dan dasar MCW perlu dijadikan warisan kepada anggota masyarakat yang berminat dalam perjuangan NGO untuk mengikuti jejak langkah yang berdisiplin, berpegang teguh kepada prinsip-prinsip negara serta berani menegur dengan penuh hikmah. Komitmen tinggi yang dizahirkan oleh MCW wajar diikuti oleh NGO lain bagi memastikan sesuatu isu dapat diperjuangkan dengan berkesan oleh pertubuhan bukan kerajaan ataupun organisasi masyarakat yang tidak berteraskan keuntungan. Kerajaan Malaysia mempunyai komitmen tinggi untuk memastikan anggota kerajaan dan perkhidmatan awam yang ada akan terus komited untuk melaksanakan tugasan dengan lebih berintegriti, beretika dan bebas rasuah demi kesejahteraan semua rakyat Malaysia Madani.


IX Integriti dan pencegahan rasuah adalah nilai-nilai yang amat penting dalam membentuk masyarakat yang adil dan beretika. Sebagai Menteri Pendidikan Tinggi Malaysia, saya sangat menghargai dan menyokong penuh usaha MCW dalam menyediakan bahan rujukan untuk subjek wajib di IPT iaitu Kursus Integriti dan Antirasuah (KIAR) yang memberi pendedahan kepada para pelajar mengenai isuisu terkini. Menerusi pemahaman yang mendalam, diharapkan mahasiswa akan dapat memainkan peranan yang lebih aktif dalam membanteras rasuah dan memperjuangkan integriti dalam semua aspek kehidupan. Saya sering mengikuti perkembangan mengenai pergerakan MCW. Secara kebetulan MCW dipimpin oleh ‘junior’ saya sejak sekolah dan universiti. Kepimpinan beliau dalam Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) sebuah pertubuhan belia teraktif di Malaysia pada satu ketika dahulu, cukup berwibawa memperjuangan isu pendidikan di Malaysia. Berdasarkan kewibawaan kepimpinan tersebut, saya yakin dan percaya kesungguhan beliau menggerakkan hasrat MCW menerbitkan buku ini akan berjaya memberi manfaat ilmu penting kepada segenap lapisan masyarakat. Saya mendoakan agar MCW berjaya meneruskan khidmat bakti ini demi memastikan integriti negara terpelihara dan rasuah dapat dibanteras dengan lebih tuntas. Salam Hormat dan Salam Antirasuah


X KATA ALU-ALUAN KETUA PESURUHJAYA SPRM Assalamualaikum dam Salam Sejahtera, Alhamdulillah, dengan rasa syukur yang mendalam, saya berpeluang untuk meneliti kandungan buku “Suara Perjuangan Banteras Rasuah Negara” yang diterbitkan oleh Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW). Buku ini memuatkan kandungan yang bermanfaat dan boleh dijadikan panduan yang berharga untuk semua rakyat Malaysia yang menantikan koleksi kandungan berhubung usaha murni memartabatkan nilai-nilai integriti dan perjuangan antirasuah yang tiada noktahnya. Perjuangan melahirkan insan dan warganegara yang berintegriti dan benci rasuah adalah tanggungjawab bersama yang mesti dipegang teguh oleh semua lapisan masyarakat, tanpa mengira pangkat dan latar belakang. Seiring dengan cabaran dan kepesatan ekonomi serta kecanggihan teknologi dunia masa kini, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sentiasa memastikan bahawa tugas membanteras rasuah sentiasa relevan mengikut perkembangan semasa, dan mengekalkan tiga strategi utama iaitu penguatkuasaan, pencegahan dan pendidikan. Justeru, saya juga menyeru semua pihak agar melaporkan maklumat dan membuat aduan kepada SPRM berhubung sebarang isu rasuah yang berlaku. Kesungguhan Kerajaan dalam memastikan generasi akan datang dibekalkan dengan ilmu berkaitan integriti dan antirasuah dapat dilihat apabila Kerajaan melalui Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Antirasuah (JKKMAR)


XI Siri 14 pada 19 April 2021, bersetuju bahawa modul Kursus Integriti dan Antirasuah (KIAR) ditawarkan sebagai subjek elektif peringkat sijil, diploma serta sarjana muda di semua institusi pengajian tinggi dan seterusnya menjadi kursus wajib pada tahun 2023. Manakala Modul KIAR bagi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) juga telah giat ditawarkan di seluruh negara. SPRM juga dengan kerjasama yang berterusan secara berperingkat sejak tahun 2016 dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), telah memperkenalkan elemen antirasuah dalam buku teks sekolah rendah dan menengah dalam buku teks antaranya seperti Bahasa Melayu, Pendidikan Moral dan Pendidikan Islam. Saya berharap agar usaha penulisan dan penerbitan buku oleh pihak MCW ini akan menjadi sumber rujukan yang berguna kepada semua pihak yang berminat untuk menelusuri agenda pemerkasaan integriti dan antirasuah di Malaysia, terutamanya kepada para mahasiswa di institusi pengajian tinggi awam dan swasta, yang kelak merupakan generasi yang akan memimpin negara pada masa hadapan. Justeru, berbekalkan panduan dan ilmu berkaitan antirasuah, diharap akan menjadi benteng yang kukuh dan berupaya untuk menghindarkan diri dari terjebak dalam perlakuan rasuah yang memusnahkan negara dan diri sendiri. Sekian. Azam (TAN SRI DATO’ SRI HAJI AZAM BIN BAKI) Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia


XII PRAKATA PENULIS UTAMA, PRESIDEN DAN PENGASAS MCW Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW) menyedari hakikat peri pentingnya konsep “Malaysia Madani” yang diketengahkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia ke-10 berkaitan tatakelola yang adil dan berkesan sebagaimana yang diamalkan dalam sejarah umat Islam di Madinah, di bawah pimpinan Nabi Muhammad SAW yang didukung oleh umatnya yang berbilang kaum serta agama. MCW yakin konsep Malaysia Madani akan menjadi teras utama bagi memastikan integriti dan perjuangan antirasuah akan lebih diperhebatkan demi memulihkan imej serta mengangkat martabat Malaysia di mata dunia. MCW merupakan pertubuhan bukan kerajaan dalam menggerakkan pelbagai lapisan masyarakat awam untuk membantu SPRM menyampaikan maklumat yang tepat dan membetulkan persepsi rakyat berkenaan isu rasuah terutamanya menerusi media sosial. Buku ini adalah bukti keaktifan MCW bagi sepanjang tahun 2023. Bahan-bahan ini juga merupakan pelaporan penting aktiviti atau Laporan Korporat MCW bagi tahun 2023. "SUARA PERJUANGAN BANTERAS RASUAH MALAYSIA" (Koleksi Artikel dan Keratan Akhbar Pemerhati Rasuah Malaysia – MCW 2023)" Dengan rasa rendah diri dan syukur yang mendalam, kami mengambil kesempatan ini untuk mempersembahkan buku bertajuk "Suara Perjuangan Banteras Rasuah Malaysia (Koleksi Artikel dan Keratan Akhbar Pemerhati Rasuah Malaysia - MCW 2023)", kepada anda sebagai pencinta perjuangan antirasuah negara. Peluang ini merupakan satu penghormatan bagi kami di Malaysia Corruption Watch (MCW) kerana dapat berkongsi pandangan, pengalaman dan usaha berterusan kami dalam gerakan membanteras rasuah di Malaysia atas sokongan pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Sejak penubuhan MCW, kami berusaha tanpa henti untuk menjadi suara yang berpengaruh bagi mencapai matlamat banteras rasuah dengan jayanya. Kami percaya bahawa rasuah adalah penyakit yang boleh memudaratkan masyarakat dan menafikan hak asasi setiap rakyat. Oleh itu,


XIII MCW mengambil mandat ini dengan serius dan berpegang teguh kepada nilai integriti, keadilan dan kejujuran. Buku ini menghimpunkan pandangan dan penilaian dari pelbagai sudut, termasuklah pandangan ahli-ahli MCW, hasil kajian serta refleksi perjuangan antirasuah ini sepanjang tahun 2023. Ia bukan hanya mencerminkan cabaran yang dihadapi, tetapi juga pencapaian dan harapan kami untuk menjadi sebuah pertubuhan antirasuah yang aktif dan dipercayai oleh semua pihak. Kami berharap pengisian buku ini akan menjadi sumber ilmu yang berguna dan mampu memotivasikan pembaca untuk turut serta dalam usaha membanteras rasuah. Kami juga yakin dan percaya bahawa perjuangan ini bukanlah peranan individu semata-mata, tetapi usaha kolektif seluruh masyarakat. Setiap langkah kecil yang diambil oleh setiap individu adalah satu langkah menuju kepada masyarakat yang lebih adil dan bebas daripada rasuah. SUMBER RUJUKAN KURSUS INTEGRITI DAN ANTIRASUAH (KIAR) Penerbitan buku ini diharap akan menjadi sebuah inisiatif penting MCW yang bertujuan untuk menyediakan satu sumber rujukan yang lengkap, terkini bagi pelajar yang mengambil subjek Kursus Integriti dan Antirasuah (KIAR). Dengan menghimpunkan lebih daripada 100 isu utama yang berbangkit sepanjang tahun 2023, buku ini boleh dijadikan sebagai panduan yang lebih tersusun bagi mereka yang ingin memahami landskap integriti dan pencegahan rasuah di Malaysia. Pembaca hanya perlu meneliti dan menganalisis koleksi keratan akhbar MCW 2023 dalam buku ini untuk lebih memahami tujuan penulis menyediakan akses kepada serangkaian isu-isu berfakta berdasarkan laporan media sah kes integriti dan rasuah dalam semua aspek. Bahan berita yang dimuatkan dalam buku ini mengikut perkembangan semasa supaya dapat meningkatkan pengetahuan dan pemahaman pembaca secara mendalam mengenai cabaran pihak SPRM serta kerajaan dalam usaha memerangi rasuah di Malaysia.


XIV Buku ini bukan sahaja untuk rujukan utama para pelajar subjek KIAR semata-mata, tetapi juga bahan bacaan bermanfaat untuk masyarakat Malaysia secara keseluruhannya. Akar umbi masyarakat ini akan lebih memahami isu-isu integriti dan gerakan pencegahan rasuah dengan lebih baik. Hakikatnya, MCW bertujuan membuka pemikiran pembaca agar lebih tahu fakta dan keadaan sebenar mengenai isu rasuah di Malaysia tanpa menuding jari menyalah pihak SPRM, NGO dan kerajaan. FOKUS DAN KOMITMEN MCW MCW bertekad untuk terus fokus dan komited, terlibat secara aktif dalam membentuk ‘mindset’ serta sistem nilai baharu rakyat Malaysia Madani yang mahukan negara bersih daripada rasuah. MCW cuba ketengahkan punca-punca rasuah akibat ‘political corruption’ dan punca-punca lain yang menyumbang kehancuran imej negara. Selain itu, turut dipaparkan pelbagai kaedah dan cadangan untuk mengatasi gejala rasuah yang semakin membelenggu negara kita. Beberapa ahli seumur hidup MCW juga menyumbang artikel dalam buku ini dan menyatakan komitmen jelas bahawa semua keuntungan yang diperolehi dari penerbitan buku ini akan dikembalikan kepada MCW untuk tujuan kesinambungan perjuangan antirasuah ini. Setiap insan pasti mengharapkan pengakhiran hidup yang terbaik sebagai ganjaran kepada segala amal ibadat dan khidmat bakti kita di dunia ini. Saya amat yakin, amalan kita menerusi MCW juga akan menjadi salah satu faktor Yang Maha Berkuasa akan menempatkan kita ke syurgaNya. Sekian, terima kasih. Salam hormat daripada saya, HAJI JAIS BIN ABDUL KARIM


XV PENDAHULUAN Pada tahun 2003, dapatan Badan Pencegah Rasuah (BPR) menunjukkan 30.5% pelajar di Institusi Pengajian Tinggi sanggup menerima rasuah sekiranya mereka mempunyai peluang. Pada 30 Jun 2012, media tempatan melaporkan penemuan kaji selidik Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri atau PEMANDU (Performance Management Unit) mengenai persepsi rasuah. Keputusan kajian yang dilakukan ke atas 1,800 orang mahasiswa bukan sahaja mengejutkan, tetapi amat membimbangkan. Majoriti menganggap perlakuan menawar dan menerima rasuah adalah tidak memudaratkan. Kajian Institut Integriti Malaysia dalam kalangan mahasiswa pada tahun 2018, menunjukkan satu pertiga daripada responden menyatakan bahawa perbuatan penerimaan hadiah dalam bentuk wang, barangan atau perkhidmatan sebagai balasan atas perkhidmatan yang diberikan bukan satu kesalahan. Dalam tempoh lima tahun terakhir ini, kes-kes rasuah dan salah guna kuasa berprofil tinggi dilaporkan berlaku pada skala besar, melibatkan bukan sahaja beberapa individu, malah dilaporkan berlaku berbentuk sindiket secara teratur dan terancang, dengan kaedah canggih di institusi, organisasi dan jabatan tertentu. Pertama kali dalam sejarah negara, individu yang pernah diamanahkan tanggungjawab Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri dibicarakan di mahkamah, didakwa terlibat dengan rasuah. Canselor Universiti Malaya, Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, semasa bertitah dalam Istiadat Konvokesyen Universiti Malaya, menzahirkan kebimbangan terhadap ketempangan akhlak dan kelompangan spiritual yang semakin berlaku dalam kalangan mereka yang terpelajar dan menyandang jawatan penting. Baginda bimbang rasuah, pecah amanah, salah guna kuasa, pilih kasih, penipuan, yang dilaporkan semakin berlaku, disebabkan akhlak semakin berada pada tahap rendah atau tidak dijiwai lagi. Perlumbaan keduniaan, mengalpakan manusia, hingga manusia menjadi terlalu materialistik. Tegas Baginda, tercatat pelbagai peristiwa dalam sejarah, fenomena kerendahan akhlak, menjadi punca keruntuhan sesuatu tamadun dan punca kemusnahan sesebuah negara bangsa.


XVI RASUAH PUNCA KERUNTUHAN TAMADUN AGUNG Rasuah terbukti menjadi punca keruntuhan tamadun agung dan kemusnahan sesebuah empayar seperti yang berlaku terhadap Empayar Roma, Empayar Uthmaniayyah dan Dinasti Ming. Malah, kejadian rasuah juga sudah berlaku ketika di zaman klasik Yunani khususnya pada waktu Socrates dan Aristotle, 400 tahun sebelum masihi. Mereka mengenal pasti punca rasuah, diantaranya adalah kelemahan struktur kerajaan dan keruntuhan moral. Rakyat Malaysia tidak terkecuali menanggung beban berat, akibat terkena tempias daripada perbuatan rasuah pemimpin yang tidak beramanah. Atas kesedaran ini, MCW komited untuk terus berusaha menyemai nilai-nilai benci rasuah dan menyuntik semangat daya tahan diri yang kukuh bagi menolak rasuah, terutama dalam kalangan generasi muda. Langkah pencegahan sangat perlu diutamakan untuk membangunkan pentadbiran yang bersih dan amanah agar terbina sebuah negara sifar rasuah, kaya, makmur serta warganya hidup dalam harmoni aman sejahtera. HEBAHAN BERITA MCW DAN CABARAN MCW terlibat dalam melaksanakan lebih daripada 2,000 inisiatif dalam tempoh tujuh (7) tahun ini dan tersiar dalam pelbagai medium media sosial. Tiga buah buku laporan korporat dan 10 Buletin MCW berjaya diterbitkan sebagai bahan sebaran maklumat pergerakan antirasuah setakat ini. Pengikut FB – 'Malaysia Corruption Watch' mencecah 5,000 orang manakala 10,000 individu menerima mesej harian menerusi ‘personal WhatsApp’ setiap berita MCW. Laman web MCW – www.corruptionwatch.my dilawati lebih daripada tiga juta pengunjung. MCW menghadapi cabaran besar bagi menangani pelbagai persoalan dari pihak media massa dalam memberikan jawapan yang komprehensif berkaitan isu atau kes rasuah untuk memuaskan hati rakyat.


XVII MCW sering diminta menyatakan reaksi dan respons media secara pantas. Walau bagaimanapun MCW tetap berhati-hati dan meneliti fakta tanpa emosi dalam memberikan komentar. Dalam dunia media sosial yang pesat, MCW perlu bersedia untuk menjawab isu-isu panas yang mudah tersebar dan terkesan kepada pihak-pihak tertentu. Sebagai sebuah NGO yang semakin matang dan mendapat kepercayaan rakyat, MCW akan sentiasa memastikan setiap jawapan dan penjelasan diberikan secara komprehensif berfakta walaupun dalam masa yang singkat demi mengelakkan penyebaran maklumat yang salah atau tidak tepat. Rakyat mengharapkan tahap kefahaman yang tinggi dari MCW bagi memahami kehendak majoriti. MCW juga perlu memastikan maklumat berkaitan dengan tindakan pencegahan rasuah dan proses siasatan boleh difahami dengan mudah oleh orang ramai. MCW berusaha menyampaikan mesej dan respons secara jelas dan berkesan kepada masyarakat melalui pelbagai platform media, termasuk media massa tradisional dan media sosial. Komunikasi yang efektif membantu memastikan masyarakat memahami peranan serta usaha yang dijalankan oleh MCW dalam memerangi rasuah. MCW sering berdepan dengan isu sensitif yang perlu ditanggani dengan cukup berhati-hati. Setakat ini, MCW berjaya menangani isu-isu ini dengan penuh kecekapan, keberanian dan penuh dengan ketelusan dan kesenian yang tersendiri. Ini termasuklah menangani tekanan politik dan memastikan kenyataan atau tindakan yang diambil adalah berdasarkan prinsip dan undang-undang yang adil dan saksama. MCW sedar bahawa perlu lebih fokus kepada usaha menggalakkan kesedaran awam mengenai kesan negatif rasuah terhadap masyarakat dan ekonomi negara. Masyarakat kita perlu diberikan pendidikan integriti dan antirasuah sewajarnya agar lebih bersedia mendepani cabaran godaan rasuah. Hubungan yang baik dengan media massa adalah penting bagi MCW untuk memastikan mesej dan suara perjuangan rakyat disampaikan dengan tepat. MCW perlu meningkatkan kerjasama hebat secara berterusan dengan pihak media untuk


XVIII memastikan liputan yang telus dan dapat mencapai objektif serta misi kita dalam usaha memerangi rasuah dewasa ini. Dengan sokongan semua kepimpinan dan ahli, MCW berjaya menelusuri liku-liku cabaran hebat dengan bijak dan proaktif. MCW berharap dapat memperkasa keberkesanan strategi mencegah rasuah menerusi pendidikan antirasuah dalam kalangan masyarakat kita. Selain itu, MCW juga perlu meningkatkan kepercayaan semua pihak mengenai peranan ahli-ahli MCW sebagai mata dan telinga SPRM untuk memerangi rasuah dengan berkesan.


ϭ BAB 1 PERANAN DAN HARAPAN MASYARAKAT


Ϯ 1. 1 Januari 2023 - 10 TEKAD MCW SEMPENA TAHUN BAHARU 2023 ŚƚƚƉƐ͗ͬͬƵƚƵƐĂŶƚǀ͘ĐŽŵͬϮϬϮϯͬϬϭͬϬϮͬϭϬͲƚĞŬĂĚͲŵĐǁͲƐĞŵƉĞŶĂͲƚĂŚƵŶͲďĂŚĂƌƵͲϮϬϮϯͬ 1. MCW MAHU SEMUA PIHAK terutamanya SPRM dan KERAJAAN dapat meningkatkan semangat serta memperhebatkan kempen pencegahan rasuah untuk menjadikan Malaysia bebas rasuah. Negara MESTI lebih dikenali kerana integritinya dan bukan rasuah. 2. MCW tidak akan berputus asa untuk terus mendorong usaha kerajaan menerusi Pelan Antirasuah Nasional yang mempunyai pelbagai inisiatif dalam mencapai matlamat negara bebas rasuah. Usaha ini MESTI mendapat sokongan jitu daripada Ahli Parlimen, pemimpin organisasi dan masyarakat. 3. MCW MAHU semua peringkat masyarakat didesak untuk turut serta dalam usaha menjadikan Malaysia bersih daripada amalan rasuah. Kita MESTI BERANI membuat perubahan DRASTIK untuk mencapai matlamat tersebut dan benar-benar BEBAS RASUAH. 4. MCW bertekad untuk melibatkan seluruh masyarakat dalam perjuangan ini kerana perubahan nilai hidup mereka boleh membawa kepada perubahan senario rasuah di dalam sesebuah negara. 5. MCW MENDESAK Penguatkuasaan Undang-Undang yang lebih efektif. Semua aduan dan maklumat perbuatan rasuah mestilah disiasat secara adil dan saksama. Tidak boleh ada andaian atau persepsi atau realiti bahawa ada amalan penguatkuasaan terpilih. Individu yang ditohmah harus bersedia untuk membersihkan namanya dengan cara yang betul dan bukan dengan menggunakan kuasa atau pengaruh politik. 6. MCW juga mendesak agar Pendakwaan dijalankan secara profesional, benar-benar adil dan TIDAK ADA unsur pendakwaan terpilih. 7. MCW SARANKAN Pengadilan yang lebih efektif! Mahkamah harus membuat keputusan secara adil dan hukumannya juga MESTI adil tanpa mengira siapa pelakunya. Tanpa ada istilah 'pilih bulu'. Hukuman yang dijatuhkan juga mesti bukan sahaja sebagai satu pengajaran kepada pelaku rasuah tetapi juga sebagai AMARAN kepada individu-individu lain agar tidak menghampiri perbuatan rasuah.


ϯ 8. MCW mendesak agar pentadbiran kerajaan BEBAS daripada campurtangan politik supaya semua urusan pentadbiran perkhidmatan awam adalah hasil penyampaian perkhidmatan yang cemerlang dan sistem perolehan berasaskan tadbir urus yang baik serta telus. 'Value for money' dan kepentingan rakyat MESTILAH mengatasi lain-lain faedah. 9. MCW menggalakkan pemerkasaan Pembangunan NILAI. Kita harus berupaya membangunkan nilai budaya bangsa Malaysia yang bermaruah dan patuh kepada sistem governans. 10. MCW MENYERU SEMUA RAKYAT BERTEKAD menjadikan NEGARA BEBAS RASUAH! Jadikan ini sebagai TEKAD dan PEGANGAN setiap rakyat Malaysia. Pelaku rasuah harus dikecam. Setiap warga negara harus membina jati diri agar hidup penuh berintegriti dan TIDAK MENERIMA rasuah DAN juga TIDAK MEMBERI rasuah. Kita harus ingat bahawa tiada yang terlewat atau mustahil untuk lakukan perubahan. MULA BERUBAH AGAR HIDUP LEBIH BERINTEGRITI. Justeru, kita harus mula dari saat ini bagi menjamin pencapaian 'outcome' Negara Bebas Rasuah dalam tahun 2030. Tiada yang mustahil untuk mencapai hasrat ini sekiranya semua pihak mempunyai tekad yang sama dan berusaha ke arah matlamat yang sama. Malaysia pasti akan dikenali kerana integritinya bukan kerana rasuah. Seruan Perdana Menteri Malaysia untuk zahirkan Malaysia BERSIH RASUAH akan menjadi amalan budaya setiap rakyat Malaysia. Selamat menyambut tahun baharu, semoga 2023 membawa Malaysia sebagai negara harmoni dan bebas daripada amalan rasuah.


ϰ Nota khas - MCW SEBAGAI SEBUAH NGO YANG MENDIDIK DAN TIADA KUASA HUKUMAN Dari awal penubuhan MCW, kita terima individu yang sedang disiasat atau di tuduh di mahkamah untuk menjadi ahli MCW. Kita tidak melindungi mereka jika mereka benar-benar bersalah. MCW menyediakan ruang untuk mereka bertaubat dan kembali ke pangkal jalan serta membalas semula kesalahan mereka dengan lakukan aktiviti Antirasuah. Jika mereka bersalah dan masuk ke dalam, kita akan terus beri sokongan moral dan kesedaran tentang bahaya nya rasuah agar apabila mereka keluar nanti, mereka akan dapat tampil kehadapan berkongsi pengalaman pahit maung lakukan rasuah. Kita hanyalah manusia biasa yang pastinya melakukan kesalahan dan perlu diberi peluang untuk bertaubat dan kembali ke pangkal jalan. Inilah prinsip asal yang di pegang dan akan terus dilaksanakan demi menjadikan ahli MCW sendiri sebagai KEY COMMUNICATOR dan IKON ANTIRASUAH. PENDIDIKAN..., PENCEGAHAN..., PEMULIHAN..., KAUNSELING.... PERJUANGAN MELAWAN RASUAH: PERSOALAN YANG MUDAH DITANYA TAPI PAYAH DIJAWAB 1. Keadaan rasuah di Malaysia bertambah buruk sejak tahun 90-an akibat desakan kehidupan dan perubahan ekosistem generasi kini yang inginkan gaya hidup terkini tanpa fikirkan dan dapat bezakan keperluan dan keinginan nafsu. 2. Pendekatan psikologi dan kaedah lebih berhikmah adalah lebih berkesan dalam mengawal dan terus mengambil tindakan disiplin ke atas mereka yang terlibat dengan rasuah. Penguatkuasaan dan hukuman sahaja tidak mampu mengatasi masalah rasuah. 3. Perasuah boleh lari dari hukuman dunia bukan hukuman Allah di akhirat. Namun, mereka pasti akan dihukum di akhirat nanti dan hukumannya lebih 1000 kali lebih berat dari hukuman di dunia. Rasuah adalah perbuatan individu bukannya organisasi. 4. Melawan rasuah bukan sekadar di bibir sahaja, mestilah sepenuh hati, jiwa dan raga. Perjuangan ini mestilah dilakukan dengan gigih dan berterusan sepanjang masa sebagai amar maaruf nahi mungkar. 5. Kuasa sebenar berada dalam tangan rakyat. Desakan rakyat pasti didengari oleh pemimpin. NGO seperti MCW mempunyai peranan penting yang perlu dilakukan segera demi KEHARMONIAN Malaysia.


ϱ Ahli MCW adalah individu yang luar biasa yang ALLAH pinjamkan untuk berkhidmat kepada negara bagi mencegah rasuah. Ayuh, terus SALURKAN MAKLUMAT kepada pihak berkuasa dengan cara yang bijak dan tenang. 'Work smart'. THE FIGHT AGAINST CORRUPTION MUST CONTINUE REGARDLESS OF THE CHALLENGES WE FACE. AS WE CLOSE ONE DOOR TO CORRUPTION, IT IS TRUE THAT CORRUPT INDIVIDUALS MAY SEEK NEW AVENUES FOR THEIR ILLICIT ACTIVITIES. Corruption knows no boundaries, and unfortunately, individuals from various races, religions, and backgrounds can be involved in corrupt practices, including those who are religious or elderly. It is a common perception that holding positions of power can lead to wealth and fame, which can tempt individuals to engage in corrupt acts. In today's society, there is a desire to showcase success achieved through any means, even if it involves unethical practices. Regrettably, the fear of consequences or accountability, including accountability to a higher power, seems to be diminishing in many individuals. It is essential to remember that the ultimate judgment lies with the creator, and individuals should not forget the consequences of their actions. Nevertheless, it is crucial to remain steadfast in the fight against corruption, promoting ethical values, transparency, and accountability in all sectors of society. By raising awareness, strengthening institutions, and fostering a culture of integrity, we can work towards a cleaner, more just society that upholds the principles of good governance and respects the rule of law.


ϲ PERANCANGAN TAHUN 2023-2026 MCW TEMA: NINJA - LAWAN RASUAH DENGAN KEBERANIAN. Kita telah memperkenalkan strategi ini bagi menghadapi masa hadapan yang lebih mencabar. Ninja (imej) dipilih sebagai ikon perjuangan MCW kerana simbolik dan ciri-ciri yang sejajar dengan jiwa serta semangat MCW dalam memerangi rasuah di negara ini. Falsafah terkini MCW - Ninja (Perangi Rasuah dengan penuh Keberanian) Ninja juga dipilih sebagai ikon falsafah MCW kerana Disiplin, Dedikasi dan Komitmen; Kreativiti; Kebolehpercayaan (Realibility), Halimunan (Stealth) dan Ketangkasan; Kebolehsuaian (Adaptability), Ketepatan, dan Kemahiran; serta Semangat Perjuangan dan Keberanian. Semua perkara asas ini sesuai dengan falsafah asal dan objektif perjuangan MCW. Disiplin, Dedikasi dan Komitmen adalah landasan utama bagi menggambarkan komitmen teguh mereka terhadap latihan dan perkembangan kemahiran yang berterusan. Berpegang dengan nilai-nilai ini, individu dalam MCW bersedia dengan baik untuk mempertahankan fokus dan konsistensi, membina tekad yang kuat dan teguh untuk terus berusaha menghadapi cabaran yang dihadapi. Kreativiti ninja termasuk penggunaan alatan terkini dan teknologi inovatif ini mencerminkan kebijaksanaan mereka. Ahli MCW, perlu mendalami dan memahami kemahiran teknologi terkini bagi mengatasi pelbagai kemahiran perasuah yang bijak menyembunyikan bukti kesalahan secara terbuka. Kebolehpercayaan dan Kepakaran Halimunan serta Ketangkasan adalah sifat lain yang dimiliki oleh ninja. Mereka sangat boleh dipercayai dan bertindak pada tahap kepantasan yang tidak boleh ditandingi. Kemahiran penyamaran ninja membolehkan mereka dapat menyesuaikan diri dalam persekitaran yang sentiasa berubah-ubah. Ninja menjadi representasi yang ideal bagi sifat dinamik perjuangan MCW. Mereka mampu beroperasi secara rahsia dalam menghurai kebenaran yang tersembunyi dan mendedahkan amalan rasuah. Sifat ini perlu diadaptasi sejajar dengan perjuangan MCW yang memerlukan tindakan cepat dan respons pantas terhadap cabaran jenayah rasuah masa kini. Selain itu, ninja juga pakar dalam melakukan perisikan dan tidak mempunyai sifat ragu-ragu dalam menjalankan tugas serta bijak menyembunyikan emosi pada riak wajah mereka. Ini yang kita mahu serapkan dalam diri setiap ahli MCW supaya dapat menjalankan tugasan dan peranan tanpa mengutamakan emosi serta kepentingan peribadi. Dalam apa juga keadaan, RASUAH MESTI DILAWAN DENGAN BERANI! Dalam usaha mencegah rasuah amat penting kita menilai dan menambahbaik strategi atau taktik secara berterusan bagi memastikan kita dapat berdiri teguh dalam menghadapi cabaran dunia global yang sentiasa berubah-ubah. MCW bersedia meneliti semula pelan strategik antirasuah MCW bagi memastikan selaras dengan kehendak kerajaan Malaysia Madani yang mahukan tadbir urus pentadbiran negara ini bebas daripada gejala rasuah. Berbekalkan semangat perjuangan dan keberanian yang sentiasa terpahat dalam minda pejuangan ninja, MCW akan terus mara ke hadapan. Semangat, Keberanian dan Kesetiaan ditanam sebagai motivasti tinggi pada setiap individu terutamanya dalam memastikan matlamat hala tuju perjuangan MCW terus relevan sampai bila-bila. Ahli MCW juga perlu berazam bahawa menyertai MCW sama seperti bertekad melakukan perubahan positif, berkhidmat berlandaskan undang-undang negara dan teguh berani


ϳ berpayungkan logo MCW untuk bangkit menentang sebarang ketidakadilan. SEDAR dan bangkitlah sebagai ikon perjuang antirasuah yang berani demi keamanan negara. PERANCANGAN STRATEGIK MCW 2023-2026 Perancangan strategik ini berfungsi sebagai garis panduan dan peta jalan MCW untuk tiga tahun akan datang. Ia menyediakan rangka kerja untuk tindakan dan inisiatif serta komitmen terkini MCW. Walau bagaimanapun, adalah penting untuk ambil perhatian bahawa pelan ini tidak ditetapkan di atas ‘batu’ dan tertakluk kepada perubahan berdasarkan situasi yang berkembang dan berubah-ubah mengikut keperluan dan keadaan semasa. MCW akan bersifat fleksibel dan menyesuaikan diri untuk memastikan strategi ini selaras dengan keperluan dan keadaan semasa bagi membolehkan kita menangani cabaran dengan berkesan dan memaksimumkan impak terhadap usaha kita dalam agenda memerangi rasuah di negara ini. PERANCANGAN STRATEGIK INI DISELARASKAN DENGAN TEMA BAHARU MCW: MCW NINJA - LAWAN RASUAH DENGAN KEBERANIAN. Konsep dan logo tema akan mempromosikan integriti, akauntabiliti, keadilan sosial dan hakhak kemanusiaan. Usaha ini membantu mencapai pembangunan mampan, mengukuhkan institusi dan diharapkan akan membawa hasil yang positif untuk komuniti dan semua individu rakyat Malaysia. Matlamat utama Mesyuarat Agung Tiga Tahunan MCW Kali Ketiga ini adalah untuk memilih pasukan baharu yang akan menjadi instrumen penting yang akan melaksanakan pelan strategik berikut: Ahli MCW mesti dilengkapi dengan pengetahuan, pengalaman, dan keupayaan yang diperlukan untuk diiktiraf sebagai pakar dalam memerangi rasuah. Persediaan ini adalah fasa penting dalam membolehkan ahli kita menyumbang secara berkesan kepada organisasi MCW dalam mencapai matlamat dan objektif memerangi rasuah. Dari tahun 2023 hingga 2026, perancangan strategik MCW akan mengutamakan enam objektif yang sejajar dengan misi untuk menyokong Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan akhirnya memacu perubahan positif dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) Malaysia. Objektif ini berfungsi sebagai pelan hala tuju MCW untuk menyumbang secara berkesan kepada usaha berterusan dalam memerangi rasuah dan meningkatkan integriti negara kita. I. PENDIDIKAN DAN PENINGKATAN PENGETAHUAN: a) Membangunkan program pendidikan yang komprehensif untuk menyediakan ahli MCW dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk menangani rasuah, integriti dan soalan berkaitan etika. b) Mengadakan bengkel, seminar dan sesi latihan untuk meningkatkan pemahaman tentang langkah pencegahan rasuah, rangka kerja undang-undang dan amalan terbaik yang bersesuaian. c) Bekerjasama dengan pakar dan ahli profesional untuk menyampaikan yang ilmu dalam program latihan khusus yang disesuaikan dengan keperluan ahli MCW. II. KESEDARAN AWAM MENGENAI PENDIDIKAN ANTIRASUAH: MCW mengiktiraf kepentingan kesedaran awam dalam memupuk budaya integriti dan akauntabiliti. Untuk tujuan ini, MCW akan mengadakan kempen kesedaran dan inisiatif


ϴ pendidikan yang bertujuan untuk menggalakkan pendidikan antirasuah dalam kalangan masyarakat umum seperti berikut: a) Melancarkan kempen kesedaran awam untuk mendidik masyarakat umum mengenai kesan buruk perlakuan rasuah. b) Mewujudkan bahan penerbitan yang boleh menarik perhatian umum secara berterusan. Bahan bermaklumat tinggi yang mempunyai mesej pentiing boleh disalukan menerusi artikel, video dan kempen media sosial untuk menggalakkan budaya beretika serta menekankan kesedaran atas kesan buruk melakukan amalan rasuah. c) Mewujudkan jalinan kerjasama dengan organisasi media dan individu yang berupaya mempengaruhi khalayak (influencer) bagi meluaskan jaringan maklumat sebagai inisiatif pendidikan antirasuah MCW yang berkesan. III. PEMERKASAAN BELIA DALAM MEMBANTERAS RASUAH: Kami amat percaya pada potensi generasi muda untuk memacu perubahan positif masyarakat. Oleh itu, kami mencadangkan membangunkan program berkesan yang direka khusus untuk melibatkan dan mendidik individu muda tentang bahaya rasuah dan kepentingannya integriti. Berikut adalah pendekatan strategik yang dicadangkan: a) Membangun dan melaksanakan program yang disasarkan bertujuan untuk melibatkan dan memperkasakan generasi muda untuk mengambil bahagian secara aktif dalam usaha memerangi rasuah. b) Bekerjasama dengan institusi pendidikan untuk mengintegrasikan pendidikan antirasuah dalam aktiviti kurikulum, menggalakkan nilai etika dan integriti dalam kalangan pelajar. c) Mengadakan pertandingan dan kempen yang diterajui oleh belia bagi menggalakkan golongan muda menyuarakan pendapat, idea dan cara untuk mengatasi masalah rasuah. IV. PENYELIDIKAN DAN TINJAUAN (PENYELIDIKAN) PENAMBAHBAIKAN INDEKS RASUAH: a) Bekerjasama dengan pakar terkenal dan institusi akademik untuk menjalankan penyelidikan dan tinjauan tentang cara meningkatkan indeks persepsi rasuah Malaysia. b) Terokai metodologi inovatif dan kumpulkan data untuk mengenal pasti punca, corak dan trend yang berkaitan dengan rasuah. c) Membangunkan pelan mitigasi dinamik berdasarkan hasil penyelidikan dengan melaksanakan langkah-langkah proaktif yang boleh diukur keberkesanannya dalam usaha memerangi rasuah. V. MENJADIKAN MCW SEBAGAI PUSAT SUMBER PENDIDIKAN ANTIRASUAH MALAYSIA: Berdasarkan rekod prestasi sejak penubuhan pada 2017, kami bercita-cita untuk meletakkan MCW sebagai Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Antirasuah yang berwibawa dan terkemuka pusat sumber pendidikan di Malaysia. Berikut ialah pendekatan strategik yang dicadangkan: a) Memperkukuh kedudukan MCW sebagai NGO Antirasuah yang bereputasi dan mewujudkannya sebagai pusat sumber pendidikan. b) Menyediakan maklumat terkini, arkib dan nasihat yang tepat kepada individu, organisasi serta menjadi menjadi pusat rujukan atau panduan kepada institusi yang sedang menjalankan usaha-usaha pencegahan rasuah. c) Memperluas jalinan kerjasama dengan entiti tempatan dan antarabangsa dapat memperkasakan maklumat serta pengetahuan dalam bidang ini tanpa mengulangi kesilapan yang sama dalam mencari penyelesaian mengatasi masalah rasuah.


ϵ VI. INTERNATIONAL ASIA-PACIFIC CORRUPTION WATCH CONFERENCE (APCWC): Sejak 2020, kami komited kepada kerjasama serantau dan penganjuran program dan persidangan antarabangsa sejajar dengan komitmen ini. Visi kami adalah untuk menjadi tuan rumah Persidangan Antarabangsa pada tahun 2025 dan akan menyediakan platform untuk bertukar-tukar pengetahuan, berkongsi amalan terbaik dan memperkukuh perkongsian dalam memerangi rasuah. Berikut ialah pendekatan strategik yang dicadangkan: a) Berusaha ke arah penganjuran Persidangan Pengawasan Rasuah Asia-Pasifik Antarabangsa pada 2025, dengan MCW dan ICW sebagai penganjur bersama. b) Wujudkan platform untuk perkongsian pengetahuan, kerjasama dan rangkaian sesama penyokong antirasuah, pakar serta penggubal dasar dari rantau Asia-Pasifik. c) Mendapatkan sokongan dan penyertaan dari negara jiran, organisasi yang berkongsi visi serta misi MCW dalam memerangi rasuah. KAEDAH SOKONGAN KEWANGAN BAGI MENJAYAKAN PLAN STRATEGIK INI: Untuk mencapai matlamat cita-cita tinggi ini dan mengekalkan usaha MCW, kami menyedari tentang keperluan sokongan kewangan yang kukuh. Sebagai sebuah organisasi yang dibiayai sendiri sejak MCW ditubuhkan pada tahun 2017, kami memohon bantuan anda dalam menggerakkan beberapa perkara berikut: I. PENDANAAN AWAM (CROWDFUNDING): Inisiatif mengadakan kempen ini adalah untuk mengumpul dana bagi mengadakan projek atau program khas antirasuah. II. KUTIPAN YURAN TAHUNAN: Untuk memastikan kemampanan perjalanan pergerakan NGO ini, dengan hormatnya kami memohon ahli membayar yuran keahlian secara tahunan. Yuran ini memainkan peranan penting dalam menyokong dan memastikan inisiatif pencegahan rasuah serta operasi organisasi dapat dijayakan dengan lancar. III. PERMOHONAN DANA ANTARABANGSA Kami sedang merancang untuk mendapatkan dana antarabangsa dan masih pada peringkat kaji selidik. Untuk memastikan komitmen dan kefahaman yang kukuh terhadap matlamat dan inisiatif strategik ini, maka Ahli Jawatankuasa dikehendaki menandatangani AKUJANJI khas sebagai tanda dedikasi dan strategi untuk mengekalkan integriti, akauntabiliti serta ketelusan mereka dalam menjalankan tanggungjawab tugasan memerangi rasuah negara. C. Mekanisma SEMAK dan IMBANG dalam pengurusan MCW juga diberikan keutamaan. Presiden sendiri bersetuju memilih dua orang Timbalan Presiden yang lebih TEGAS bagi mengimbangi sifat EMPATI presiden terutamanya dalam menangani kerenah ahli MCW supaya tidak melanggar Kod Etika dan Tatakelakuan Ahli yang telah ditetapkan. Kita mesti mengamalkan budaya integriti yang baik walaupun ada ketikanya cara ini merupakan ‘politik persatuan’ bagi memastikan kelestarian MCW dalam mencapai usia 10 tahun tidak lama lagi. Bahan-bahan diatas telah diterbitkan dalam laman media sosial MCW seperti berikut: https://www.facebook.com/profile.php?viewas=100000686899395&id=100071311835889 https://corruptionwatch.my/


ϭϬ 2. 25 Februari 2023 - Temubual / Respons Media MCW – COMMENT ON THE IMPACT OF GOOD GOVERNANCE AND ANTI-CORRUPTION EFFORTS LISTED IN PM ANWAR’S BUDGET 2023. Budget 2023: MCW Applauds Anwar’s Pledge To Combat Corruption KUALA LUMPUR — Malaysia Corruption Watch (MCW) has welcomed measures proposed in Prime Minister Anwar Ibrahim’s Budget 2023 to combat graft and said it can help to improve transparency, accountability, and reduce corruption in the government’s operations. The group’s President, Jais Abdul Karim said, however, it is also important to ensure that these measures are implemented effectively and adequate resources are allocated to monitor and enforce them. “Good governance and anticorruption efforts can have significant positive impacts on the development and progress of a country. “However, it is also important to ensure that these measures are implemented effectively,” Jais said in a statement Saturday (Feb 25). Adding further, Jais said Anwar’s Budget 2023 which includes several measures that aim to improve transparency and accountability in the government’s operations, is a step in the right direction. “Discontinuing direct negotiations for any future government procurements is a crucial measure as it will promote fair competition and prevent corruption in the procurement process. “It will help to ensure that only the most qualified and competitive bids are selected, reducing the risk of malfeasance. “The cancellation of the Jana Wibawa scheme is also a positive step towards better governance,” Jais said as the scheme was criticized for being biased and prone to corruption. He also said the discontinuation of this scheme can prevent further misuse of government funds. On the same note, Jais applauded the proposal to amend the Whistleblowers Protection Act 2010.


ϭϭ “This is another significant effort towards combating corruption. The Act can provide protection to individuals who report corruption and other wrongdoing within the government,” he said. The MCW chief also stressed that amendments to strengthen the Act can also encourage more people to come forward and report such incidents without fear of retaliation. On Friday (Feb 24), Anwar pledged to fight corruption in Parliament during the tabling of Budget 2023. Anwar who is also the Finance Minister said all government agencies including the Inland Revenue Board (IRB), the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) and the police are currently investigating wrong-doing by those suspected of corruption. The Tambun MP was speaking about the leaked Pandora papers involving 2.94 terabytes of data which cited the opening of offshore accounts involving former and current government and political leaders around the world, including Malaysia. Several Malaysian politicians who were named in the Pandora Papers are currently being probed. “Whether or not they are involved in the Pandora papers, investigations are ongoing on those who are corrupted,” Anwar said adding that the government of the day has to send a clear message that corruption and wrongdoing cannot be continued in this country. Anwar also announced that the flood mitigation projects worth RM15 bil and Jana Wibawa projects valued at RM7 bil which were awarded through direct negotiations will be scrapped. He said the government is expected to save RM3bil by re-tendering these projects, adding that six flood mitigation projects will be re-tendered immediately, the latest by June 2023. — Mediahit


ϭϮ 3. AHLI POLITIK TERAJUI GLC WAJAR JIKA ADA KEPAKARAN / RISIKO TINGGI LANTIK ORANG POLITIK TERAJUI GLC, AGENSI KERAJAAN


ϭϯ 28 Mac 2023, Berita Harian x Lantikan ahli politik ke jawatan penting dalam GLC atau agensi Kerajaan masih perlu bersyarat dan melalui tapisan ketat x Pelantikan orang politik dalam GLC adalah tradisi lama dalam negara dengan alasan GLC ditubuhkan atas desakan dan kehendak politik Pakatan Harapan (PH) sebelum ini menyatakan dengan jelas tidak mahu lantikan politik dalam mana-mana syarikat berkaitan kerajaan (GLC) atau agensi kerajaan selain mahu pegawai kerajaan menerajuinya mestilah individu bebas daripada sebarang pengaruh politik. Namun, baru-baru ini, persoalan lantikan politik ini kembali berbangkit apabila Ahli Parlimen Machang. Datuk Ahmad Jazlan Yaakub dilantik semula sebagai Pengerusi FELCRA, manakala bekas Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dilantik sebagai Pengerusi MARA. Terkini, Ahli Parlimen Parit Sulong, merangkap Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad dilantik sebagai Pengerusi Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) yang baharu. Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW) cuba untuk memandang perkara ini secara positif dan membuat penilaian terhadap pelantikan ini bagi memberikan keadilan kepada semua pihak termasuk ahli politik terbabit. Secara asasnya, MCW bersetuju ahli politik mempunyai pengalaman dalam bidang korporat dan kepakaran serta kelulusan profesional wajar dilantik mengisi jawatan penting GLC atau agensi kerajaan jika tiada calon lain berkelayakan. Ahli politik ini pasti mempunyai akses dan sumber penting seperti kawalan serta pengaruh politik diperlukan untuk menjadikan GLC ini berjaya. Selain itu, lantikan ini juga dapat memastikan keputusan dibuat GLC nanti selaras dengan dasar kerajaan dan objektif nasional. Namun, mereka mesti diberikan latihan pengukuhan integriti bagi memastikan isu salah guna kuasa dan penyelewengan yang sering dilaporkan berlaku sebelum ini, dapat dikekang. Ia bermaksud, kuasa diberikan kepada mereka perlu dipantau dengan teliti dan pelbagai prosedur operasi standard (SOP) perlu diperkenalkan dan diperketatkan. Perkasa nilai integriti Mereka perlu diberikan taklimat khusus berkenaan had dan sekatan kuasa sebagai rujukan serta garis panduan pentadbiran. Nilai integriti diri mereka juga perlu sentiasa diuji dan diperkasakan. Pelantikan terkini jawatan dalam GLC dan agensi Kerajaan Perpaduan ini pasti diteropong secara terperinci kerana mereka terutama pemimpin DAP dan sebahagian orang Pakatan Harapan (PH) pernah menyatakan tidak mahu lantikan politik menerajui GLC. Dalam hal ini, lantikan ahli politik ke dalam GLC jika semata-mata sebagai imbuhan kerana memberi sokongan politik seperti membentuk kerajaan atau seumpamanya perlu dielakkan. Ia bagi mengelak tanggungjawab mereka selaku wakil rakyat tidak terjejas akibat perlu fokus kepada jawatan disandang itu. Apatah lagi jika lantikan politik itu membabitkan pemimpin yang masih berdepan perbicaraan kes di mahkamah atau pernah disabitkan dalam kes jenayah, maka pertimbangan ini tidak patut dikompromi. Bermakna, lantikan ahli politik ke jawatan penting dalam GLC atau agensi kerajaan masih perlu bersyarat dan melalui tapisan ketat. Siapa pun menjadi Perdana Menteri perlu bertanggungjawab penuh sekiranya orang dilantik melakukan onar. Pada masa masa sama,


ϭϰ kerajaan perlu mewujudkan tadbir urus korporat yang boleh menjamin tidak berlaku ketirisan dan amalan rasuah di GLC dipimpin orang lantikan politik. Namun, lantikan politik ini boleh dilaksanakan dengan pengawasan dan amalan tadbir urus yang betul seperti mengambil kira kelayakan, wawasan dan kebolehannya. Penuhi syarat ditetap pemilihan calon Terdapat beberapa syarat perlu diberikan perhatian serius dan ditetapkan kerajaan dalam pemilihan orang politik ke jawatan GLC. Ͳ Memastikan 'Level of Authority' (LoA) dipatuhi sepenuhnya Ͳ GLC wajib memastikan semua Ahli Lembaga Pengarah dan pengerusi atau pengarah urusan mengisytiharkan harta melalui perisytiharan harta Ͳ Memastikan mereka menandatangani dokumen 'Declaration of Interest' Ͳ Mempunyai kelayakan relevan untuk dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah. Ini bagi memastikan pengalaman dan pengetahuan mereka mampu memacu syarikat GLC ke arah lebih tinggi. Namun jika dilihat daripada standard penilaian risiko rasuah disediakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), sekiranya terdapat Ahli Lembaga Pengarah terbabit dengan politik maka markah merit mereka akan ditolak disebabkan pembabitan ahli politik berisiko amat tinggi kepada syarikat dan agensi Maka, walau sebaik mana pun sistem kawalan dalaman dibangunkan GLC terbabit, ia masih berhadapan dengan penilaian menyebabkan mereka yang dilantik itu akan diletakkan di bawah kategori ‘berisiko tinggi’. Soalnya, adakah ini adil kepada syarikat terbabit? Justeru, ahli politik wajar untuk tidak memegang jawatan dalam syarikat swasta dan GLC selagi mereka memegang jawatan dalam parti. Mereka harus memilih satu sahaja. Hakikatnya, pelantikan orang politik dalam GLC adalah tradisi lama dalam negara dengan alasan GLC ditubuhkan atas desakan dan kehendak politik. Sebagai kesimpulan, secara teorinya, tiada masalah untuk seorang ahli politik dilantik mengetuai GLC berdasarkan kelayakan dan pengalaman korporat serta bukan sekadar kerana pembabitan mereka dalam politik. Pemilihan pengerusi GLC mesti melalui proses telus dan kompetitif. Hanya individu memenuhi semua syarat ditetapkan terutama tapisan keutuhan SPRM boleh dilantik demi memastikan GLC dapat diupayakan secara efektif dan efisien serta memberikan manfaat paling maksimum kepada negara dan masyarakat.


ϭϱ 4. 24 Mac 2023 - Temubual / Respons Media MCW – PENDATANG HARAM MAMPU MEMBAWA ANASIR PENGGANAS Kuala Lumpur: "Jangan pandang ringan isu kemasukan pendatang tanpa izin (Pati) termasuk warga Filipina. Kita tidak tahu jika ada antara mereka adalah international terrorism (pengganas antarabangsa)." ujar Presiden Malaysia Corruption Watch (MCW), Jais Abdul Karim. Menurutnya, isu penyeludupan manusia mewujudkan ancaman keselamatan yang amat jelas kepada negara. "Aktiviti rentas sempadan ini akan membuka pintu kepada pelbagai masalah lain membabitkan isu pengedaran, najis dadah, penyeludupan senjata api dan juga isu aktiviti pengganas."Jumlah pendatang asing termasuk pendatang haram yang terlalu besar akan memberi impak sosial dan ekonomi. la turut akan menyulitkan tugas anggota penguatkuasa negara, tambahan pula kecenderungan mereka melakukan jenayah yang cukup tinggi," katanya kepada Harian Metro. Beliau berkata, keamanan negara bakal terjejas dalam jangka masa panjang selain kemungkinan wujud anasir pengganas dibawa oleh pendatang haram ke negara Ini. Menurutnya, masalah penyeludupan warga asing ke negara ini semakin sukar dibendung jika ia turut membabitkan kerja orang dalam di pintu sempadan. "Tindakan tegas perlu diambil terhadap petugas keselamatan di lapangan terbang supaya mereka bertugas dengan penuh beretika, integriti dan profesional. "Pihak atasan termasuk Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) perlu memantau masalah ini dengan lebih teliti dan mencari penyelesaian segera termasuklah memindahkan segera pegawai yang dilihat berisiko tinggi dan tidak dapat dikawal. "Selain itu, latihan, pendidikan berkaitan rasuah dan salah guna kuasa selain kesedaran pentingnya integriti diri kepada keselamatan negara perlu kerap dianjurkan setiap jabatan. "Kerajaan mungkin perlu mempertimbangkan elaun khas supaya petugas keselamatan ini tidak akan tergoda dengan rasuah ditawarkan. Apa yang nyata kini, gejala rasuah sudah merebak luas daripada 'kepala' hinggalah ke akar umbi.”


ϭϲ "Kerjasama antara pelbagai agensi penguatkuasa termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) adalah kunci penting yang perlu disegerakan dalam hal membabitkan pengawasan bersama, pertukaran maklumat dan hal kerahsiaan.” "Pegawai di pintu masuk negara perlu diberikan latihan khas berkaitan kesan ketirisan kepada keselamatan negara yang amat serius. Mereka perlu juga dibekalkan dengan teknologi pengesanan terkini dan kemahiran penyiasatan dalam memastikan tugas mereka dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan," katanya. Menurutnya, prosedur yang lebih ketat perlu di perkenalkan dalam memastikan masalah ini tidak lagi berulang. "Individu atau pegawai lapangan terbang yang bebas keluar masuk kawasan larangan perlu melalui semula pemeriksaan latar belakang bagi memastikan mereka tidak menjadi mangsa manipulasi penjenayah," katanya. Beliau turut menyeru pihak berkuasa Malaysia menjalinkan hubungan lebih akrab dengan negara tetangga bagi mencari penyelesaian yang lebih tuntas dan membolehkan masalah penyeludupan manusia ini diatasi dengan lebih berkesan.


ϭϳ 5. 12 Mei 2023 - Rencana Utusan Malaysia SUSAHNYA MAHU DAPAT SOKONGAN NAK BANTERAS RASUAH SETIAP hari kita sering mendengar pelbagai cerita berkaitan rasuah dan paling membimbangkan, kebelakangan ini kes-kes salah guna kuasa membabitkan agensi penguatkuasaan menjadi bertambah serius. Mereka sewajarnya menjadi penjaga keamanan negara dan bukannya menjadi kuasa perosak yang menjual negara sendiri. Usaha pemberi maklumat dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seolah-olah tidak ada kesan untuk menumpaskan kegiatan mereka. Secara tidak sedar, perjuangan badan pencegahan rasuah dan NGO antirasuah seolah-olah tidak mendapat sokongan. Tiupan semboyan pencegahan rasuah hanya sekadar nyanyian di angin lalu. Begitu juga laungan 'benci rasuah' dilayan seperti anjing menyalak bukit. Di Indonesia, kadar rasuah semakin menurun kerana usaha-usaha pembanterasan rasuah mendapat sokongan penuh daripada seluruh lapisan rakyatnya. Tanpa mengira pangkat atau


ϭϴ kedudukan, mereka sanggup berbakti bagi menghapuskan perasuah durjana dengan memberi bantuan moral dan kewangan. Semangat untuk menumpaskan rasuah sememangnya boleh diberikan pujian. Persatuan antirasuah di Jakarta mendapat sokongan kutipan dana awam yang sangat memberangsangkan. Ini kerana mereka sedar setiap sen yang disumbangkan merupakan tanggungjawab sosial dan taat setia kepada negara. Mereka menyokong perjuangan antirasuah kerana impak jangka masa panjang untuk generasi akan datang tidak lagi ditindas dan hidup susah akibat rasuah Namun, sokongan seumpama itu tidak berlaku di Malaysia. Usaha NGO antirasuah seperti Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW) melawan rasuah dengan melancarkan kempen pengumpulan dana awam tidak mendapat sambutan. Kerajaan juga tidak berdaya menggalakkan kakitangan awam memotong gaji mereka walaupun hanya RM1 sebagai tanda menyokong kempen kesedaran banteras rasuah. Wang yang disumbangkan itu akan digunakan bagi menjalankan program antirasuah di seluruh tanah air. Namun, sejak kempen ini berlangsung Februari lalu, tiada seorang pun masyarakat awam yang sudi menyumbang. Hanya lima peratus daripada ahli MCW yang benar-benar komited memberi sumbangan bagi menyokong kempen ini. Cara dan kaedah penyampaian yang sering digunakan ialah dalam bentuk memorandum. Segala pandangan dan kritikan rakyat disampaikan mengikut adab sopan, budi bicara ketimuran. Bak kata orang berpengalaman, sekiranya hendak menegur kerajaan, umpama mahu menegur seorang bapa dan mestilah dengan cara yang tertib serta beradab, barulah suara kita akan didengar. SPRM Hakikatnya, kuasa mendesak ini mampu memberi impak atau perubahan kepada pihak berkenaan. Contohnya, 10 tahun dahulu kerajaan menentukan semua polisi tanpa kaji selidik atau pendapat daripada rakyat. Namun, corak politik hari ini memberikan kuasa kepada rakyat bagi menentukan hala tuju negara menerusi pelbagai cadangan penambahbaikan. Walaupun sedar negara Malaysia mengalami masalah pencapaian impak yang rendah dalam usaha memerangi rasuah atas kehendak politik, pentadbiran yang lemah dan kepentingan peribadi pemimpin sentiasa mengatasi kepentingan awam. Namun, kita tidak boleh berputus asa dan perlu memperkukuhkan gerakan pencegahan rasuah dengan pelbagai strategi. Sehubungan itu, rakyat juga perlu memberikan sokongan padu untuk sama-sama turun padang berjuang menumpaskan jenayah rasuah dan bukan hanya menuding jari kepada pihak tertentu atau asyik menyalahkan pemimpin. Pemimpin bukan turun dari langit. Mereka juga dalam kalangan kita. Kita pasti akan dikurniakan pemimpin yang baik sekiranya kita juga


ϭϵ baik. Kita akan mendapat pemimpin yang zalim sekiranya kita saling menzalimi antara satu sama lain. Rakyat harus sedar, pemimpin tidak akan korup sekiranya mereka tidak datang dari masyarakat yang korup. Pemimpin tidak menindas sekiranya dalam masyarakatnya tiada penindasan. Pemimpin pasti akan bersikap baik sekiranya hidup dalam masyarakat yang mengutamakan kebaikan tanpa mengamalkan kejahatan. Pemimpin juga tidak akan pandai menipu sekiranya hidup dalam masyarakat yang tidak pernah mengajarnya selok-belok tipu daya. Adakah yakin kita semua berintegriti tinggi, berhati mulia dan tidak mengamalkan rasuah? Secara jujurnya, saban hari kita mendengar isu rasuah berdentam-dentum di dada media. Namun realitinya, indeks persepsi rasuah negara kita masih juga tidak turun. Rasuah sudah menjadi bahan mainan kehidupan. Riuh bercakap mengenai isu rasuah di sana-sini, namun tahap keberkesanan pencegahan rasuah seolah-olah tidak kesampaian. Tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menguar-uarkan penangkapan kes rasuah berprofil tinggi sering dipersalahkan dan menyebabkan negara berada pada carta tercorot. Adakah kita perlu mencontohi Singapura yang kini berada pada tangga kelima dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) untuk mengubah keadaan? Pihak berkuasa Singapura menghukum semua pemimpin yang didapati bersalah rasuah. Adakah kita bersedia menghukum pemimpin negara kita yang disabit kesalahan rasuah dan masih berada dalam kepimpinan kerajaan? Persoalan ini sukar untuk dijawab kerana tiada kekebalan dalam berkata benar. Perkara yang benar sukar dilakukan kerana isu rasuah kini sudah menjadi mainan politik.


ϮϬ 6. MEMERANGI RASUAH, MENDEPANI CABARAN, HARAPAN SANG PEMERHATI 31 MEI 2023 - Suara MCW yang bertajuk MEMERANGI RASUAH, MENDEPANI CABARAN, HARAPAN SANG PEMERHATI telah diterbitkan dalam Jilid 1 buku 100 WARKAH 1,000 IMPIAN ANWAR PM10 - CORETAN RAKYAT MALAYSIA yang telah dilancarkan sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur. 1. MALAYSIA Corruption Watch (MCW) / Pemerhati Rasuah Malaysia mewakili seluruh rakyat Malaysia mengucapkan setinggi-tinggi tahniah atas pelantikan YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke-10. Secara khususnya, kami mempunyai harapan yang tinggi agar YAB Datuk Seri dapat melaksanakan Pentadbiran Kerajaan dengan tadbir urus yang baik (good governance), bebas rasuah, adil, mempunyai semak dan imbang yang mantap. Pelaksanaan agenda good governance ini memberikan jaminan ke atas harapan semua rakyat bahawa kerajaan baharu ini dapat mencapai kejayaan yang maksimum dalam usaha memperkasa strategi menjaga KEBAJIKAN RAKYAT. Secara tidak langsung pelaksanaan agenda ini dapat mengawal kenaikan harga barang dan mengatasi masalah kegawatan ekonomi yang sudah lama bermula. Tindakan tuntas perlu dilakukan kerana dunia kini sedang berhadapan dengan ancaman kemelesetan ekonomi global yang semakin meruncing. YAB Datuk Seri juga memerlukan fokus yang tinggi untuk memastikan kestabilan ekonomi dan politik negara secara dwipartisan berjalan lancar. Jangan biarkan tanda-tanda permainan politik yang masih belum reda merosakkan keyakinan rakyat. Rakyat sudah muak dengan pertelingkahan politik dan pelbagai isu lain yang tidak penting pada saat ini. "Keazaman politik ialah kunci utama kepada kejayaan ahli parlimen bagi memulihkan Malaysia daripada kesan buruk pasca pandemik COVID-19, bahaya rasuah, ketidaktentuan ekonomi dan kemelut politik yang menyebabkan ketidakstabilan politik malah amat merugikan negara. Kita juga tidak mahu strategi penyatuan di bawah Kerajaan Perpaduan ini dikatakan kemahuan politik (political will) yang retorik. Buktikan kepada rakyat ini bukan retorik atau ayat pancingan politik semata-mata. "


Ϯϭ 2. Kepimpinan baharu Kerajaan Perpaduan Malaysia ini kelihatan mempunyai "Keazaman Politik" yang tinggi untuk membuat reformasi dan perubahan demi kebaikan rakyat. Kita mahu melihat dengan adanya keazaman politik ini dapat "Mengintegritikan Politik Negara" dan "Fokus Terhadap Agenda Antirasuah". Keazaman politik ialah kunci utama kepada kejayaan ahli parlimen bagi memulihkan Malaysia daripada kesan buruk pasca pandemik COVID-19, bahaya rasuah, ketidaktentuan ekonomi dan kemelut politik yang menyebabkan ketidakstabilan politik malah amat merugikan negara. Kita juga tidak mahu strategi penyatuan di bawah Kerajaan Perpaduan ini dikatakan kemahuan politik (political will) yang retorik. Buktikan kepada rakyat ini bukan retorik atau ayat pancingan politik semata-mata. 3. MCW berharap YAB Datuk Seri dapat menegaskan pembentukan dan pembinaan satu kerajaan baharu yang terdiri daripada mereka yang benar-benar berintegriti serta berjiwa besar cinta akan negara, tanpa mengira latar belakang bangsa, agama dan fahaman politik mereka. Kami yakin YAB Datuk Seri telah melantik mereka yang jujur, tidak hipokrit dan tidak hanya mementingkan tembolok sendiri. Juga berharap YAB Perdana Menteri dapat memimpin Kerajaan Perpaduan yang dititahkan oleh KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan baik supaya ekonomi Malaysia stabil dan meyakinkan para pelabur asing. Impak besar pelaksanaan keazaman politik dalam sistem kerajaan, kejituan, kesepakatan serta komitmen setiap pihak telah membuktikan Malaysia berjaya menangani masalah komunisme melalui tindakan bukan membunuh atau menangkap setiap ahlinya tetapi menggunakan strategi memutuskan rantaian sokongan kepada ideologi tersebut. Sejujurnya, kami menghormati keputusan senarai anggota kabinet pilihan YAB Perdana Menteri. Namun, harapan tinggi MCW terhadap status anggota kabinet yang masih terlibat dengan kes di mahkamah tidak akan dilepaskan dengan begitu sahaja oleh Jabatan Peguam Negara dan mesti melalui perbicaraan mahkamah yang telus supaya dapat meyakinkan rakyat terhadap kerajaan baharu ini. 4. MCW juga berharap YAB Perdana Menteri dapat memimpin Kerajaan Perpaduan yang dititahkan oleh KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan baik supaya ekonomi Malaysia stabil dan meyakinkan para pelabur asing. Impak besar pelaksanaan keazaman politik dalam sistem kerajaan, kejituan, kesepakatan serta komitmen setiap pihak telah membuktikan Malaysia berjaya menangani masalah komunisme melalui tindakan bukan membunuh atau menangkap setiap ahlinya tetapi menggunakan strategi memutuskan rantaian sokongan kepada ideologi tersebut. Rantaian wabak COVID-19 juga dapat diatasi dengan tindakan tuntas kerajaan dan kerjasama semua pihak secara menyeluruh. 5. Keazaman politik anggota kabinet dan para pegawai mereka perlu diperkasakan dengan nilai integriti menerusi pengenalan undang-undang baharu sebagaimana yang telah dicadangkan demi melahirkan pemimpin berprinsip mulia, berpendidikan dan berpengetahuan (knowledge base) serta mempunyai etika yang tinggi. Setakat ini, keazaman tersebut wujud tetapi tidak mencukupi dan banyak kekurangan yang perlu ditambah baik. Kesemua anggota kabinet dan pegawai mereka perlu segera diwajibkan mengikuti kursus khas berkenaan etika dan integriti anjuran khas SPRM. 6. Kemahuan politik perlu diperhebatkan dengan keazaman politik yang tinggi bagi memastikan pelan strategik, pendidikan, pencegahan, penguatkuasaan, punitif, kerjasama, pembudayaan mampu digarap dan digabungkan sebagai satu usaha holistik "Agenda Antirasuah Negara".


ϮϮ 7. Peranan GIACC menerusi "Pelan Antirasuah Nasional" (NACP) dengan 115 inisiatif terbaik adalah bukti keazaman kerajaan yang lalu. Namun, pelaksanaannya agak mengecewakan kerana sikap segelintir penjawat awam yang tidak serius dan tidak mengambil berat. Pelbagai inisiatif mitigasi bagi menangani risiko tadbir urus politik tidak dapat dilaksanakan kerana komitmen rendah pihak kerajaan yang lepas agak tersekat atas kemelut politik yang tidak pernah selesai. Sewajarnya GIACC memperhebat kempen "memutuskan rantaian rasuah" secara berterusan dengan sokongan, komitmen dan tindakan setiap individu serta organisasi agar mampu membebaskan Malaysia daripada rasuah. 8. Secara tegasnya, SPRM mesti diperkasakan sebagai sebuah suruhanjaya yang unggul dan diletakkan di bawah Parlimen Malaysia. Berkuasa sepenuhnya ke atas pelantikan dan pemecatan pegawai SPRM, bersifat autonomi serta mempunyai peruntukan khas sendiri. MCW berharap hak SPRM tidak diganggu gugat. Kemasukan "orang luar yang bukan dalam bidang dan pengalaman berkaitan amat tidak dialu-alukan untuk menerajui SPRM. "Dalam isu membela pelanggaran hak manusia, menuntut keadilan dan akauntabiliti, kemahuan politik menjadi kritikal. Keazaman sehingga tertegak kebenaran dan keadilan untuk mengubah sesebuah sistem atau dasar akan menjadi petanda kepada kesungguhan kemahuan politik yang bernilai tinggi." 9. MCW mencadangkan pemerkasaan Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA) dan dijadikan sebagai Institut Antirasuah dan Governans. Kursus kepimpinan diwajibkan menekankan aspek etika dan tadbir urus baik bagi melahirkan pemimpin negara (menteri), pegawai tinggi kerajaan, kakitangan awam yang lebih telus serta berakauntabiliti. 10. Negara kita perlu mempunyai undang-undang yang jelas bagi menampung pelbagai kelompongan dan perbicaraan di mahkamah berjalan lancar tanpa sebarang halangan. Rang undang-undang yang perlu disegerakan ialah Akta Pendanaan Parti Politik dan kajian khas terhadap beberapa akta lain agar tidak "shortfall" serta menyebabkan kes tidak dapat diteruskan. Menteri undang-undang mempunyai tugasan besar dan perlu menawarkan pelbagai idea penambahbaikan. 11. Reformasi perundangan yang melibatkan tadbir urus politik yang akan digubal perlu mengambil pandangan pelbagai pihak terutamanya Badan Bukan Kerajaan (NGO) dalam negara dan badan antarabangsa yang berkelayakan. Pemisahan pejabat pendakwa raya daripada Jabatan Peguam Negara disambut baik, dan ini merupakan langkah permulaan terbaik. Hukuman sebat dan penjara seumur hidup kepada pesalah rasuah perlu diperkenalkan segera. Perundangan khas berkenaan perlindungan aset negara, ketirisan dan masalah kartel perlu diberikan keutamaan. 12. Agensi penguatkuasaan dan penawaran lesen ialah lubuk utama rasuah. Fokus khas perlu diberikan bagi memastikan kesejahteraan rakyat yang terkesan akibat isu ini. Institusi Kehakiman juga mesti bersih dan kelihatan bersih agar rakyat mempunyai persepsi yang tepat terutamanya dalam kualiti penghujahan dan ketelusan fakta. 13. Memandangkan konteks dan bentuk jenayah bertambah sofistikated, latihan serta kompitensi pegawai perlu dipertingkatkan. Proses pengambilan pegawai mesti ditambah baik. Proses kenaikan pangkat perlu diperkemaskan kerana sudah ketinggalan zaman. Aspek ketelusan perlu diperbaiki agar rakyat dapat melihat dan menilai dengan jelas tatakelola anggota penguatkuasaan.


Ϯϯ 14. Individu yang terlibat dengan rasuah sewajarnya diberikan peluang untuk terlibat dengan program PEMUTIHAN dalam tempoh setahun agar mereka boleh memulakan hidup baharu, kesal dan bertaubat serta membetulkan kesilapan lampau mereka. Pemulangan semula aset dan kewangan mereka akan mampu memulihkan ekonomi negara dan kehidupan peribadi individu tersebut. 15. Kecacatan dalam prosedur penyiasatan kes rasuah yang dominan menuding jari dan meletakkan kesalahan total ke atas PENERIMA rasuah sahaja harus dibetulkan segera. Para PEMBERI yang tampil melapor perlu turut dikenakan hukuman setimpal kerana tanpa PEMBERI pasti tiada PENERIMA. 16. Rakyat dan mangsa rasuah perlu dilindungi dengan lebih baik dengan pemantapan Akta Pemberi Maklumat (Akta 711) dan Akta Perlindungan Saksi (Akta 696). Pembongkaran kes melalui wartawan/media perlu mendapat saluran khas penyiasatan dan mempunyai perlindungan instimewa. Dalam isu membela pelanggaran hak manusia, menuntut keadilan dan akauntabiliti, kemahuan politik menjadi kritikal. Keazaman sehingga tertegak kebenaran dan keadilan untuk mengubah sesebuah sistem atau dasar akan menjadi petanda kepada kesungguhan kemahuan politik yang bernilai tinggi. Justeru, kita berdoa ke hadrat Allah SWT agar YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim dan semua pemimpin di bawah Kerajaan Perpaduan Anwar dikurniakan kesihatan yang baik, keberkatan hidup dan kekuatan luar biasa dalam siap siaga mendepani masa depan yang sangat mencabar demi Malaysia tercinta. KOMITED. AGRESIF. PERANGI RASUAH!


Ϯϰ 7. CARA NAK KENAL AHLI POLITIK TERLIBAT RASUAH 12 JULAI 2023 - Artikel MCW dalam Utusan Malaysia – Semuka penuh GENDANG perang pilihan raya di enam negeri mula kedengaran. Justeru, pengundi sudah perlu dididik cara-cara mengenali calon bebas rasuah. Menjadi ‘adat’ kepada ahli politik di serata dunia yang secara tiba-tiba menjadi kaya semasa mereka berkuasa. Syak dan kebimbangan mengenai kemungkinan penglibatan mereka dengan rasuah dan penyalahgunaan kuasa pasti ada. Walaupun tidak secara automatik menunjukkan rasuah, namun peningkatan kekayaan ketara boleh menjadi petunjuk jelas potensi penglibatan mereka dengan jenayah ini. Penyelidikan Malaysian Corruption Barometer bagi: 2014 dengan jelas menunjukkan parti politik adalah institusi mempunyai rasuah paling tinggi. Inilah juga yang sering dilihat oleh seluruh rakyat. Rasuah melibatkan penyalahgunaan kuasa untuk keuntungan peribadi boleh memberi kesan merugikan terhadap pembangunan dan kesejahteraan negara. Ahli politik yang mengumpulkan kekayaan semasa berkhidmat pastinya telah menyalahgunakan kuasa mereka dan memanipulasi sumber kerajaan untuk keuntungan kewangan peribadi.


Ϯϱ Mereka boleh terlibat dalam nepotisme dan kronisme seperti mengkayakan individu tertentu sama ada rakan atau ahli keluarga dengan memberikan kontrak, projek atau faedah berkaitan. Sesetengah ahli politik juga mengeksploitası kedudukan mereka untuk terlibat dalam aktiviti perniagaan haram, memanfaatkan maklumat dalaman atau perlakuan curang bagi mengumpulkan kekayaan. Mereka berpotensi menggunakan hubungan politik untuk mendapatkan kontrak yang menguntungkan atau terlibat dalam amalan perniagaan rasuah. Peningkatan kekayaan secara tiba-tiba boleh menjadi petunjuk pencucian wang di mana dana diperoleh secara haram diubah sebagai pendapatan atau pelaburan sah. Ahli politik boleh menggunakan skim kewangan yang kompleks atau akaun di luar negara untuk menyembunyikan asal-usul dana tersebut dan menggabungkannya ke dalam sistem kewangan sah. Kemewahan ahli politik yang berlaku secara tiba- tiba secara tidak masuk akal pasti menyoroti kepentingan ketelusan dan tanggungjawab dalam jawatan awam. Jika terdapat mekanisme pemantauan lemah, pengisytiharan kewangan tidak memadai atau pemeriksaan terhadap harta ahli politik yang terhad, menjadi lebih mudah untuk rasuah dan penyalahgunaan kuasa tidak dikesan. Adalah penting untuk pihak berkuasa terutama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat sebarang kecurigaan rasuah atau penyalahgunaan kuasa apabila ahli potik mengalami peningkatan kekayaan yang ketara semasa berkhidmat. Penyiasatan kes rasuah memang tiada tarikh luput. Walaupun ahli politik ini telah bersara puluhan tahun, SPRM tetap perlu laksanakan siasatan apabila terdapat aduan atau bukti penting melibatkan mereka pada ketika berkuasa tiba-tiba timbul kembali. Kehidupan mereka yang berlebihan dan melampaui batasan pendapatan juga adalah petunjuk penting. Penggunaan sistem money trail pasti boleh membawa mereka ke muka pengadilan bersama bukti nyata. Mengenal pasti dan menangani ahli politik terlibat rasuah merupakan tugas kompleks yang memerlukan kerjasama pelbagai pihak di peringkat dalam negara dan antarabangsa. Masyarakat antarabangsa menemui beberapa cara untuk mengenal pasti dan memerangi ahli politik yang mengamalkan rasuah. PELAPOR Perjanjian antirasuah antarabangsa ditandatanganı kerajaan bertujuan memerangi rasuah seperti Perjanjian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Menentang Rasuah (UNCAC) atau Perjanjian Antirasuah Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan pembangunan (OECD) adalah alat amat penting. Perjanjian ini menyediakan rangka kerjasama pelbagai negara dalam mencegah, menyiasat dan memfailkan pendakwaan terhadap rasuah melibatkan ahli politik. Perjanjian ini juga mengukuhkan mekanisme ketelusan dan tanggungjawab di peringkat antarabangsa untuk mengenal pasti dan menangani ahli politik yang mengamalkan rasuah. Mekanisme ini merangkumi pemantauan dan pelaporan tahap rasuah di negara berbeza, melakukan penilaian dan menggalakkan inisiatif antirasuah menerusi penilaian pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atau badan bebas yang relevan. Menggalakkan kerjasama antarabangsa dalam ketelusan kewangan dan pemulangan harta adalah penting dalam memerangi rasuah. Pelbagai negara boleh bekerjasama untuk mengesan dan mendapatkan semula harta yang diperoleh melalui amalan rasuah oleh ahlı politik. Inisiatif seperti Inisiatif Pemulihan Aset Dicuri (STAR) dan Pasukan Kewangan Tindakan (FATF) menyediakan rangka kerja untuk kerjasama antarabangsa dalam perkara ini


Ϯϲ Perlindungan kepada pelapor (whistleblower) adalah standard antarabangsa untuk melindungi pemberi maklumat yang membantu mendedahkan ahli politik terlibat rasuah. Dengan memastikan perlindungan undang-undang bagi individu yang melaporkan rasuah, lebih ramai orang mungkin muncul dengan maklumat tentang amalan rasuah melibatkan ahli politik. Sekatan dan larangan perjalanan oleh badan penyiasatan antarabangsa dan kerajaan juga penting Langkah ini pasti akan membataskan kemampuan mereka untuk mengakses sistem kewangan antarabangsa dan berjalan dengan bebas serta menghantar mesej yang kuat bahawa rasuah tidak akan ditoleransi. Mekanisme semakan negara sahabat menjadi satu cara berkesan untuk menilai dan memantau usaha antirasuah. Melalui mekanisme ini, negara sahabat boleh menilai kemajuan masing- masing dalam memerangi rasuah termasuk mempertanggungjawabkan ahli politik atas tindakan mereka. Perjanjian bantuan dan kerjasama undang- undang antara negara boleh memudahkan perkongsian maklumat, bukti dan kepakaran yang membawa kepada pendakwaan serta pencegahan berjaya. Ramai rakyat yang sedang susah sebaliknya ahli politik kelihatan hidup dengan cukup mewah dan berlebih-lebihan. Selaku pembuat undang-undang, ahli politik diharapkan mematuhi undang-undang ini dan menjadi contoh teladan terbaik. Bagi mendapatkan sokongan dan kepercayaan berterusan rakyat, SPRM mesti bertindak dengan berani, cepat bersama komitmen tinggi untuk menyiasat sebarang aduan secara profesional tanpa sebarang rasa fear or favour. Tiada siapa pun yang boleh dilindungi atau terselamat daripada perundangan negara yang tercinta ini. Rakyat akan bersama mendukung segala usaha SPRM.


Ϯϳ 8. MCW VIEWS AND CONFIDENCE ON SPRM EFFORTS - NST 2 Oktober 2023 – Respons Media Investigations will be faster and public trust will improve, say experts THE move by the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) to prioritise busting large-scale graft is a step in the right direction, said antigraft watchdogs. This was especially laudable after taking into account MACC's limited resources and manpower which could be focused on investigating big cases, allowing for shorter investigation times. Malaysian Corruption Watch president Jais Abdul Karim said shortening the investigation time on big cases might help improve public trust. “Currently, investigations of big cases might take MACC six to 12 months to complete. Therefore, by beefing up its efforts and focusing on large cases, it will be able to handle them more effectively in a shorter period.” "In Indonesia, their graftbusters will investigate cases involving more than 10 million rupiah, while anything below that will be handed to the police.” “The same method can be used here, as Malaysian police have the authority to investigate cases of power abuse or corruption.” “This is why it is suitable for MACC to shift its focus to cases involving high-profile figures that caused huge leakages and losses to the country,” he told the New Straits Times. Jais said cooperation between MACC and other agencies was also necessary to obtain strong evidence before prosecuting the suspects. “They must discuss among themselves regarding the issue of conflict of interest to ensure that every suspect will not (go free from investigation).”


Ϯϴ Jais added that the National Centre for Governance, Integrity and Anti-Corruption - which is now under the MACC - was preparing its National Anti-Corruption Plan 2024-2026 and aimed at more effective measures to combat corruption. Transparency International Malaysia president Dr Muhammad Mohan said due to MACC's limited manpower, it was more feasible for the graft-busters to concentrate on large graft cases. "Large graft cases involve huge amounts of money and possibly high-ranking officials, as we saw in previous cases. "Thus, it is important to focus on grand corruption cases, where MACC was successful in bringing charges against high-ranking officials and managed to recover and repatriate large amounts of money, like in the 1Malaysia Development Bhd case." Muhammad added that the move by the MACC was not easy and that the public must appreciate its work done in collaboration with other agencies. Centre to Combat Corruption and Cronyism chief executive officer Pushpan Murugiah said the MACC's move was laudable, as cases involving public interest must be a priority. "We also need to look at grand corruption that deals with corrupt officials and politicians, not just syndicates and cartels. Therefore, we need a truly independent MACC." Commenting on the MACC's negotiation for the implementation of the Deferred Prosecution Agreement (DPA) mechanism within the MACC Act, he said that conditions must be set in its execution. "(DPAs) should be allowed only for corporations and not individuals. ""The reason is that it may take too long and be too difficult to investigate and charge compa nies. Where else do we have laws to address individual culpability? "This must come with the condition that the corporate entity must admit to the wrongdoing and take steps to improve its governance and anti-corruption policies." On Saturday MACC Chief Commissioner Tan Sri Azam Baki said the commission was intensifying efforts to bust large scale syndicated crimes and repatriate government funds that were siphoned off. He had said while the graft- busters would investigate all reported cases, grand corruption was its immediate priority.


Ϯϵ 9. MCW SOKONG PENUH KOMITMEN DATUK SERI MOHD SHUHAILY MOHD ZAIN UNTUK PERANGI RASUAH DALAM PASUKAN POLIS MALAYSIA 10 Oktober 2023 – Kenyataan Media MCW - Periksa kewangan anggota polis – MCW – ASTROAWANI.COM. Sinar Harian. https://x.com/malaysiagazette/status/1711679743177937048... ŚƚƚƉƐ͗ͬͬďĞďĂƐŶĞǁƐ͘ŵLJͬϮϬϮϯͬϭϬͬϭϬͬŵĐǁͲƐŽŬŽŶŐͲƉĞŶƵŚͲŬŽŵŝƚŵĞŶͲƉĞŶŐĂƌĂŚͲũĂďĂƚĂŶͲƐŝĂƐĂƚĂŶͲ ũĞŶĂLJĂŚͲďƵŬŝƚͲĂŵĂŶ͘ϭϴKŬƚŽďĞƌϮϬϮϯͲhƚƵƐĂŶDĂůĂLJƐŝĂ͕^ƵƌĂƚWĞŵďĂĐĂ Periksa kewangan anggota polis - MCW Jais berkata, kenyataan tegas dan proaktif Mohd Shuhaily menjadi pemangkin untuk membawa perubahan positif dalam pasukan polis. - Foto Sinar Harian SHAH ALAM: Pemeriksaan kewangan terhadap anggota polis yang mempamerkan gaya hidup mewah perlu dilaksanakan secara teliti dan segera dalam membendung rasuah dalam pasukan itu. Presiden Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW), Jais Abdul Karim berkata, kerjasama erat antara pasukan polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) amat penting bagi mengatasi masalah berkenaan dengan lebih berkesan. Menurut Mohd Shuhaily, ada yang sanggup menjual nyawa rakan semata-mata untuk mendapatkan duit imbuhan daripada sindiket berkenaan. "MCW menyokong penuh dan menyanjung tinggi semangat Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman (CID), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain yang tampil ke hadapan menzahirkan komitmen dengan serius untuk membanteras rasuah dalam pasukan polis menerusi ucapan beliau yang tular baru-baru ini.


ϯϬ "Kenyataan tegas beliau (Mohd Shuhaily) adalah langkah proaktif yang amat dihargai. Ini merupakan rahsia umum yang telah diketahui majoriti rakyat Malaysia. "Beliau dengan jelas menyuarakan kebimbangan terhadap tindakan-tindakan yang merosakkan imej dan integriti pasukan polis serta melemahkan keyakinan masyarakat terhadap sistem keadilan," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin. Berdasarkan laporan Sinar Harian pada Sabtu, anggota mahu pun pegawai polis diberi amaran keras sekiranya masih terlibat dan bersekongkol dengan sindiket jenayah. Tambah Jais, kenyataan tegas dan proaktif tersebut merupakan pemangkin untuk membawa perubahan positif dalam pasukan polis dan berharap ia menjadi titik permulaan serta galakan agar lebih banyak usaha memerangi rasuah dalam semua lapisan masyarakat. "MCW juga bersedia bekerjasama dengan beliau, polis dan masyarakat bagi meningkatkan kesedaran mengenai bahaya rasuah dan kepentingan pemupukan budaya integriti dalam organisasi yang menjaga keamanan negara. "Rakyat dan pihak berkuasa perlu berganding bahu dalam usaha menjadikan Malaysia sebuah negara yang maju dan benar-benar bebas rasuah," ujarnya. - Sinar Harian PEMERHATI Rasuah Malaysia (MCW) menyokong penuh dan menyanjung tinggi semangat serta keberanian Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Shuhaily Mohd. Zain yang tampil ke hadapan menzahirkan komitmen dengan serius untuk membanteras rasuah dalam pasukan polis menerusi ucapan beliau yang tular, baru-baru ini. Kenyataan tegas beliau mengenai isu rasuah dalam kalangan anggota polis adalah langkah proaktif amat dihargai. Ini merupakan rahsia umum yang telah diketahui oleh majoriti rakyat Malaysia. Beliau dengan jelas menyuarakan kebimbangan terhadap tindakantindakan yang merosakkan imej dan integriti pasukan polis serta melemahkan keyakinan masyarakat terhadap sistem keadilan. MCW mencadangkan pemeriksaan kewangan anggota polis yang mempamerkan gaya hidup mewah dilaksanakan secara teliti dengan segera. Ini adalah langkah penting bagi memerangi rasuah dalam pasukan polis. MCW berpendapat, kerjasama erat antara pasukan polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) amat penting bagi mengatasi masalah rasuah dalam negara dengan lebih berkesan. MCW juga komited untuk bekerjasama dengan Mohd. Shuhaily, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan masyarakat bagi meningkatkan kesedaran mengenai bahaya rasuah dan pentingnya pemupukan budaya integriti dalam organisasi institusi-institusi yang menjaga keamanan negara seperti polis. Kenyataan tegas dan proaktif tersebut juga merupakan pemangkin untuk membawa perubahan positif dalam pasukan PDRM. MCW berharap kenyataan ini akan menjadi titik permulaan dan galakan agar lebih banyak usaha memerangi rasuah di semua peringkat lapisan masyarakat serta pelbagai institusi di negara kita. MCW mengajak semua pihak termasuk rakyat dan pihak berkuasa untuk berganding bahu dalam usaha menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju dan benar-benar bebas daripada rasuah.


ϯϭ 10. MCW GUNA ‘NINJA’ PERANGI RASUAH 26 Ogos 2023 – Bebas News KUALA LUMPUR — Ninja (imej) dipilih sebagai ikon perjuangan Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW) kerana simbolik dan ciriciri yang sejajar dengan jiwa serta semangat pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tersebut dalam memerangi rasuah di negara ini. Presidennya, Jais Abdul Karim berkata, falsafah terkini dengan ikon Ninja adalah memerangi rasuah dengan penuh keberanian. “Ninja juga dipilih sebagai ikon falsafah MCW kerana Disiplin, Dedikasi dan Komitmen; Kreativiti; Kebolehpercayaan (Realibility), Halimunan (Stealth) dan Ketangkasan; Kebolehsuaian (Adaptability), Ketepatan, dan Kemahiran; serta Semangat Perjuangan dan Keberanian. Semua perkara asas ini sesuai dengan falsafah asal dan objektif perjuangan MCW. “Disiplin, Dedikasi dan Komitmen adalah landasan utama bagi menggambarkan komitmen teguh mereka terhadap latihan dan perkembangan kemahiran yang berterusan. Berpegang dengan nilai-nilai ini, individu dalam MCW bersedia dengan baik untuk mempertahankan fokus dan konsistensi, membina tekad yang kuat dan teguh untuk terus berusaha menghadapi cabaran yang dihadapi,”katanya dalam satu kenyataan hari ini. Jais berkata, kreativiti ninja termasuk penggunaan alatan terkini dan teknologi inovatif mencerminkan kebijaksanaan mereka. Katanya lagi, ahli MCW, perlu mendalami dan memahami kemahiran teknolgi terkini bagi mengatasi pelbagai kemahiran perasuah yang bijak menyembunyikan bukti kesalahan secara terbuka.


Click to View FlipBook Version