ϭϯϮ Previously, NST reported that 2.094 public officials were held for corruption in the last five years. Former Malaysian Anti-Corruption Commission deputy chief commissioner (prevention) Datuk Seri Shamshun Baharin Mohd Jamil revealed that despite the alarming number, the authorities had shown a lack of initiative in tackling the problem. Malaysian Corruption Watch president Jais Abdul Karim said the existing penalties imposed by the government were irrelevant to the current situation among public officials. The government must identify and take disciplinary and legal action against the employees involved. “Existing penalties may also be due for review and amendment to make them stricter and more intimidating.”“Department or unit heads should also be fully accountable for the actions of their subordinates. “It's puzzling when department heads are promoted and given prestigious titles, yet corruption still prevails, and the department's image and reputation is tarnished.” Jais said there was a need for a special committee responsible for the process of transferring officers to departments or areas with a high risk of corruption “They need to filter, select and place officers with genuinely high integrity in sensitive locations with the potential for abuse of power, misconduct and corruption.” “Besides, the asset declaration process must be strengthened as the current system is ineffective. It should be more frequent, transparent and include the spouses and other immediate family members.” Rasuah Busters chief executive officer Nurhayati Nordin said legal reform and grassroots empowerment were needed to tackle corruption. This requires inclusivity and participation from diverse stakeholders to create a sense of collective responsibility. When we incorporate all these principles and practises, we can have amore effective, comprehensive approach to fighting corruption, not only in public sectors.
ϭϯϯ 58. PERANGI RASUAH, WAJIBKAN PEGAWAI KERAJAAN JALANI UJIAN INTEGRITI 19 Oktober 2023 – Respons Media https://www.freemalaysiatoday.com/.../perangi-rasuah.../ Pemerhati berkata hasil pemantauan kes rasuah dalam kalangan penjawat awam berpunca daripada pematuhan integriti sangat rendah dan ‘ia amat menakutkan’. Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW) berkata faktor persekitaran dikatakan sebagai penyebab penjawat awam menerima sogokan. PETALING JAYA: Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW) menggesa pegawai awam diwajibkan menduduki ujian psikologi atau “psikometrik” setiap tahun bagi mencegah gejala rasuah. Presidennya Jais Abdul Karim berkata berdasarkan pemantauan majoriti kes berpunca daripada pematuhan integriti sangat rendah dan “ia kelihatan amat menakutkan”. “Faktor persekitaran dikatakan sebagai penyebab penjawat awam menerima sogokan,” katanya dalam kenyataan kepada FMT, mengulas penahanan seorang pegawai kerajaan di sebuah kementerian oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang terbabit kes rasuah, semalam. Lelaki berusia 40-an itu disyaki menerima kira-kira RM40,000 wang rasuah sebagai balasan untuk mempercepatkan proses tuntutan bayaran syarikat kontraktor. “Persekitaran yang korup dan tekanan sosial yang tinggi menjadi punca utama mempengaruhi gejala ini,” kata Jais. Mengulas lanjut, beliau tidak menolak masalah rasuah dalam sektor awam umpama “warisan” ditinggalkan pihak atasan yang mengajar orang baru untuk menerimanya sebagai amalan kebiasaan dan menyebabkan gejala itu sukar dibendung. Justeru, Jais berkata proses perolehan kontrak awam perlu dipercepatkan agar tiada ruang untuk sogokan, selain mencadangkan kaedah pendigitalan dalam sistem kontrak dan tender digunakan sepenuhnya. “Redakan birokrasi yang berlebihan kerana ia pasti dapat menutup ruang dan peluang mereka melakukan rasuah. “Proses tuntutan bayaran kontraktor juga perlu lebih telus dan mudah dipantau. Laporan berkaitan transaksi kewangan mesti boleh diakses oleh masyarakat prihatin,” katanya.
ϭϯϰ 59. TUBUH JAWANKUASA KHAS SIASAT KECURANGAN DI MOF 13 Januari 2023 – Temubual / Respons Media MCW SHAH ALAM - Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW) menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menubuhkan satu jawatankuasa khas untuk mengumpul dan mengkaji kecurangan yang dianggap berlaku secara keterlaluan di Kementerian Kewangan (MOF). Presidennya, Jais Abdul Karim berkata, penubuhan jawatankuasa itu dilihat perlu sebelum Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memulakan penyiasatan. "SPRM mengalami kekangan pegawai dan jumlah kes rasuah yang meningkat juga menyukarkan untuk pegawai SPRM menyemak dengan terperinci setiap perancangan, peruntukan, perolehan atau tender yang diluluskan MOF. "Oleh demikian satu jawatankuasa khas perlu ditubuhkan untuk membuat dapatan apa yang sedang terjadi dalam MOF dan mencari langkah untuk ketirisan ini dihentikan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Jumaat. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pendedahan Anwar pada Khamis bahawa terdapat banyak kecurangan yang dianggap keterlaluan di MOF. Menteri Kewangan itu berkata, kecurangan berkenaan dilihat ketika beliau menyemak failfail di kementerian terbabit. Jais menjelaskan, untuk SPRM 'menyerbu' keseluruhan MOF, ia sudah tentu amat sukar kerana kementerian tersebut besar dan tindakan sedemikian seperti 'mencari jarum di padang rumput' sahaja. "Oleh itu, dengan kewujudan jawatankuasa khas nanti, pegawai-pegawai kanan MOF sendiri boleh betulkan kesilapan yang sudah berlaku.
ϭϯϱ "Sekiranya tangkapan tidak dibuat pun ia menutup ruang ketirisan yang berlaku," ujar beliau. Justeru, Jais meminta penjawat awam di MOF mengambil peluang terhadap kenyataan Anwar dengan melaporkan salah laku yang diketahui dilakukan oleh rakan sekerja mereka. "Inilah masa terbaik untuk hadir ke SPRM dan membuat laporan kerana anda pastinya tahu kegiatan yang dilakukan rakan sejawat anda. Tidak perlu risau kerana setiap daripada anda akan dilindungi mengikut Akta Pemberi Maklumat," kata beliau. Mengulas lanjut, Jais berkata, dalam kes kecurangan di MOF juga, SPRM sebenarnya sudah mengetahui ia terjadi dan mungkin ada kes yang sudah dibuka kertas siasatan tetapi belum sesuai untuk dihebohkan kepada masyarakat. "SPRM mempunyai pegawai-pegawai mereka yang diletakkan di bahagian integriti dan pastinya mereka itu melaporkan kepada SPRM untuk disiasat sekiranya mengesan kecurangan seperti yang didakwa oleh Perdana Menteri. "Rakyat marhaen sendiri sudah mengetahui ketirisan yang terjadi dalam MOF terutamanya kumpulan kontraktor serta pembida tender kerajaan," tambahnya. Menurut beliau, perkara tersebut adalah rahsia umum yang diketahui oleh rakyat kerana mereka sentiasa berurusan dengan pegawai kementerian itu terutamanya ketika ingin masuk tender, perolehan mahupun pembelian barangan. Katanya, masalah-masalah itu timbul ketika berurusan malah tidak hanya terjadi dalam MOF tetapi di kementeriankementerian lain juga.
ϭϯϲ 60. ISU BUDAYA RASUAH DAN KOMISEN / BERSIHKAN SEKTOR AWAM DARIPADA AMALAN MINTA KOMISEN 4 April 2023 - RESPONS MEDIA Menghapuskan budaya rasuah dan komisen memang merupakan sesuatu yang diinginkan oleh semua rakyat Malaysia dan boleh dicapai dengan usaha bersama pelbagai pihak. Menurut Presiden Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW), Jais Abdul Karim, langkah penting yang boleh diambil adalah dengan meningkatkan kesedaran ahli politik dan penjawat awam tentang akibat buruk yang ditimbulkan oleh amalan rasuah dan komisen kepada negara. “Pelbagai kaedah pencegahan dan kempen sosial serta pendidikan awam perlu diadakan. Institusi penguatkuasaan perlu memastikan bahawa undang-undang yang berkaitan dengan rasuah dan komisen dilaksanakan dengan tegas dan adil. “Hukuman yang tegas perlu dikenakan terhadap mereka yang terlibat dalam amalan tersebut tanpa mengira kedudukan atau pangkat mereka,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. Jais berkata, tatakelola yang lebih telus dan terbuka juga boleh membantu mengurangkan amalan rasuah dan komisen. Katanya lagi, pelaksanaan sistem dan proses yang lebih ketat dan jelas dalam perolehan kontrak kerajaan, pengurusan perbelanjaan dan pentadbiran wang awam akan membantu mengurangkan ruang untuk amalan rasuah dan komisen. “Penglibatan aktif masyarakat dan NGO seperti MCW dalam memantau tatakelola kerajaan juga boleh membantu meningkatkan akauntabiliti dan transparansi dalam urus tadbir negara. “Masyarakat awam yang mengetahui tentang masalah ini mesti melaporkannya kepada pihak berkuasa dan pelapor tersebut wajar diberikan penghargaan dan pengiktirafan yang sewajarnya,” katanya. Justeru jelasnya lagi, amaran Perdana Menteri berhubung isu tersebut perlu dipandang serius kerana beliau pasti mempunyai bukti dan sumber maklumat yang banyak dan tepat. Tambahnya lagi, MCW menaruh harapan agar komitmen penjawat awam dengan kerjasama ahli politik terutamanya, masalah budaya rasuah dan komisen dapat dihapuskan dari sistem pentadbiran kerajaan buat selamanya. “Kepercayaan rakyat kepada ahli politik, kerajaan dan maruah penjawat awam pasti akan meningkat,” tegasnya.
ϭϯϳ 10 April 2023 - RENCANA BERITA HARIAN BERSIHKAN SEKTOR AWAM DARIPADA AMALAN MINTA KOMISEN MASALAH rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa dilihat semakin membimbangkan merentasi semua sektor baik awam, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) mahupun swasta. Justeru, masyarakat perlu berganding bahu bersama pihak berkuasa untuk menangani masalah ini secara menyeluruh dan membersihkan negara daripada isu integriti dan amanah. Kebiasaannya, isu rasuah dalam perkhidmatan awam sering menarik perhatian khalayak kerana sektor ini sangat dekat dengan masyarakat terutama apabila melibatkan program dan projek berskala besar yang memberi kesan langsung kepada kehidupan rakyat dan pembangunan negara. Data Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sejak 2016 hingga Februari lalu menunjukkan kira-kira 3,118 penjawat awam ditahan bagi siasatan berkaitan pelbagai salah laku rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa. Tatkala perkhidmatan awam melahirkan begitu ramai ikon hebat dan berintegriti tinggi serta memberikan sumbangan signifikan kepada kesejahteraan rakyat dan pembangunan negara dalam pelbagai bidang, tindakan sekelompok penjawat awam tanpa rasa malu, segan dan takut terus bergelumang dalam rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa cukup mengecewakan. Ironinya, masalah rasuah dalam perkhidmatan awam dilihat semakin serius dan membimbangkan. Satu laporan baru-baru ini mendedahkan, rasuah pada ketika ini berlaku dalam pelbagai bentuk termasuk tawaran berdasarkan hobi penjawat awam terlibat seperti bermain golf, bercuti atau menghadiahkan tanah-tanah lot. Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan masih wujud ‘budaya lama’ cuba mendapatkan komisen ketika berurusan dengan kerajaan termasuk di pejabat beliau dan mahukan perkhidmatan awam mewujudkan tata kelola yang lebih baik, cekap serta bersih.
ϭϯϴ Dalam pada itu, kita juga perlu cakna amalan rasuah di GLC dan swasta juga semakin parah serta membimbangkan kerana nilai membabitkan sektor ini lebih tinggi dan mencecah ratusan juta ringgit. Misalnya, budaya menawarkan komisen antara lima hingga 15 peratus bergantung kepada nilai projek dilaporkan amalan lazim dalam sektor ini. Jujurnya, bukan mudah untuk mengubah sikap menerima rasuah kerana mungkin sudah sebati dalam diri seseorang penerima untuk suatu tempoh masa yang lama. Tuntasnya, menerima rasuah menjadi amalan lazim dalam kalangan sekelompok pekerja yang sanggup menggadai maruah dan mengkhianati amanah. Namun, kita tidak boleh berdiam diri apatah lagi terus membiarkan mereka meneruskan amalan tersebut serta merosakkan lagi ekosistem pentadbiran negara. Pada ketika ini, sudah ada tekad dan iltizam yang tinggi daripada Perdana Menteri sendiri untuk membanteras rasuah, namun ia perlu hadir dengan sokongan dan kerjasama semua pihak selain melalui kewujudan ekosistem bersesuaian supaya dapat menyokong hasrat kerajaan tersebut. Ekosistem yang dimaksudkan perlu merangkumi aspek pendidikan kesedaran untuk mencegah dan menghalang amalan salah laku, kemampuan mewujudkan tata kelola dan tadbir urus baik, cekap dan bersih, kesanggupan setiap individu yang selama ini terbabit dalam rasuah berubah dan menginsafi kesalahan tersebut serta dilengkapi kewujudan undangundang atau hukuman setimpal. DRASTIK Tuntasnya, sudah tiba masanya untuk kita mengambil langkah-langkah lebih drastik bagi membanteras penularan virus rasuah di negara kita secara menyeluruh. Budaya memberi dan menerima rasuah di semua sektor perlu dihentikan serta-merta. Segala ruang dan peluang yang ada perlu ditutup supaya mereka ini tidak lagi mengambil kesempatan. Aspek pendidikan kesedaran perlu terus diperkasakan di semua peringkat lapisan masyarakat bermula dari sekolah. Biar setiap generasi warganegara sedar betapa jijiknya najis rasuah serta natijahnya kepada kehidupan rakyat, sistem pentadbiran serta kemajuan negara. Ibu bapa, guru, majikan, pemimpin masyarakat, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta semua pihak berkepentingan perlu memainkan peranan untuk memupuk budaya bencikan rasuah dalam kalangan masyarakat. Semua sektor pekerjaan perlu tampil dengan amalan dan prosedur kerja baharu yang mampu mengekang segala jenis salah laku serta kepincangan supaya dapat membina, mewujudkan dan mempraktikkan budaya kerja yang baik. Misalnya, budaya pemusatan kuasa yakni seseorang individu pegawai itu diberi kuasa yang terlalu besar untuk membuat keputusan sehingga mendorong salah guna kuasa perlu dihapuskan dan digantikan dengan mewujudkan lebih banyak lapisan pembuat keputusan dan tapisan ketat. Selain itu, setiap organisasi juga perlu memperkasa proses pendigitalan sistem penyampaian perkhidmatan masing-masing dengan lebih menyeluruh supaya dapat mengurangkan ruang interaksi dengan menyediakan lebih banyak perkhidmatan dalam talian. Proses ini sekali gus akan mengurang dan menutup segala ruang serta peluang yang selama ini wujud untuk amalan rasuah dan salah guna kuasa.
ϭϯϵ Di samping itu, hukuman terhadap kesalahan rasuah sedia ada juga wajar dikaji semula supaya betul-betul menakutkan dan memberi peringatan keras kepada semua. Hukuman berbentuk denda dan tatatertib dilihat tidak mencukupi, malah tempoh masa hukuman penjara yang ada juga perlu dinilai dan wajar ditambahkan. Pada ketika ini, hukuman yang ada ialah dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana-mana lebih tinggi. Sudah tiba masa juga untuk kerajaan memperkenalkan hukuman sebat mandatori kepada pemberi dan penerima supaya lebih menggerunkan dan mencegah lebih ramai lagi anggota masyarakat terbabit dalam kancah rasuah. Dalam konteks menilai hukuman yang ada, kita wajar mempelajari amalan baik dari beberapa negara yang sangat serius memerangi rasuah seperti di China dan Britain. Kesan rasuah dan salah guna kuasa terhadap rakyat dan negara cukup besar, justeru semua pihak perlu memainkan peranan signifikan supaya dapat berganding bahu dengan pihak berkuasa seperti SPRM demi membina tamadun negara yang bebas rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa.
ϭϰϬ BAB 5 ILTIZAM POLITIK
ϭϰϭ 61. SOKONG KOMITMEN TINGGI YAB PERDANA MENTERI PERKUKUH PENGUPAYAAN INTEGRITI PENJAWAT AWAM. 17 Januari 2023 – Temubual / Respons Media MCW – SHAH ALAM — Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW) menyokong penuh usaha Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memastikan pengupayaan integriti penjawat awam diperkukuh dan harus dilaksanakan dengan segera. Presidennya, Jais Abdul Karim berkata, persepsi buruk dunia terhadap imej Malaysia akibat jenayah rasuah mesti diatasi segera demi menstabilkan ekonomi negara dengan menarik kembali minat dan keyakinan para pelabur asing terhadap negara kita. “Penjawat awam yang berpegang kepada prinsip jujur dan amanah secara tidak langsung akan mengamalkan nilainilai etika kerja yang baik dalam setiap tugasan mereka. “Etika dan sikap terpuji ini akan meningkatkan imej perkhidmatan awam, kepercayaan dan keyakinan rakyat terhadap kerajaan,”katanya dalam satu kenyataan hari ini. Jais berkata, pelbagai usaha dijalankan sebelum ini bagi mengatasi masalah integriti penjawat awam termasuk Pelan Integriti Nasional (PIN) dan Pelan Antirasuah Nasional (NACP) dan dilaporkan terdapat pengurangan kes rasuah. Namun jelasnya lagi, menurut Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), lebih separuh penangkapan dibuat agensi itu setiap tahun membabitkan penjawat awam. “Punca utama berlaku rasuah adalah pekerja tidak mempunyai integriti apabila terdedah dengan peluang dan kuasa. “MCW mencadangkan peranan rakan sekerja, ketua-ketua jabatan, dan unit-unit integriti diperincikan agar dapat membersihkan imej jabatan masing-masing. “Semua sudut harus diberikan perhatian dan kajian mendalam perlu dilakukan ‘bagaimana dan mengapa’ kecuaian dan kecurangan ini boleh berlaku. Pihak kerajaan mungkin boleh memperluaskan fungsi peranan Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) bagi mengatasi masalah ini,”ujarnya.
ϭϰϮ Tambahnya lagi, fungsi rakan sekerja amat penting kerana mereka lebih mudah mengenalpasti rakan yang bermasalah dan berupaya menyelamatkan mereka daripada terus bergelumang dengan jenayah ini. Beliau menambah, amatlah rugi duit kerajaan kerana terpaksa membayar gaji tinggi kepada ketua jabatan atau pegawai integriti yang berkenaan sekiranya hal ini tidak dapat diselesaikan. “Setiap masalah dari dalam mesti dipertanggungjawab kepada ‘isi dalam’ institusi átau jabatan itu sendiri. “Gesaan perubahan drastik terhadap sikap dan mengamalkan cara kerja beretika ini sangat penting bagi mendokong usaha mengatasi masalah kecurangan segelintir penjawat awam berkenaan yang benar-benar mencalarkan imej penjawat awam yang lain. “Sikap mereka yang mementingkan tekak sendiri dalam melakukan rasuah dan membiarkan ketirisan maklumat tender-tender kerajaan perlu diatasi serta diambil tindakan segera. “Kita tidak mahu kerana nila setitik rosak susu sebelanga dan mengakibatkan Malaysia dikecam teruk oleh negara luar,” ujarnya. — BebasNews
ϭϰϯ 62. ISYTIHAR HARTA DALAM SISTEM PARLIMEN. AHLI PARLIMEN PERLU ISYTIHAR HARTA BERKALA, DIPANTAU PIHAK BERKUASA. 19 Januari 2023 – Temubual / Respons Media MCW – ISYTIHAR HARTA DALAM SISTEM PARLIMEN Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW) mencadangkan agar tindakan pengisytiharan harta dimasukkan di bawah sistem Parlimen di dalam negara bagi memastikan ia benar-benar dipercayai dan telus. Presidennya, Jais Abdul Karim berkata, perkara itu perlu menjadi sebahagian daripada kandungan yang terdapat dalam upacara angkat sumpah dibacakan setiap ahli Parlimen ketika mereka mula menjawat jawatan tersebut. "Pengisytiharan harta itu jika dilaksanakan di Parlimen, jika mereka menipu di situ dan ada bukti, maka mereka tergugur dengan sendiri sebagai ahli Parlimen.” "Mungkin dalam peraturan tersebut ada perkara yang memperuntukkan supaya mereka mengisytiharkan harta dalam tempoh tiga bulan selepas mengangkat sumpah," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Rabu. Jais berkata, langkah untuk melakukan pengisytiharan harta melalui Parlimen juga dilihat secara langsung membolehkan ia diakses kepada orang awam dan rakyat Malaysia. Pada Selasa, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau sedang berbincang dengan pelbagai agensi termasuk SPRM bagi menetapkan parameter jelas berhubung aspek pengisytiharan harta agar lebih telus. Pada masa sama, beliau turut mendakwa terdapat individu tidak jujur ketika mengisytiharkan jumlah aset sebenar yang dimiliki dan hanya bersandiwara dalam melaksanakan langkah berkenaan. Mengulas lanjut, Jais mengakui terdapat kebenaran di sebalik kenyataan dikeluarkan Anwar itu memandangkan terdapat individu yang menggunakan atau 'menumpang' harta dimiliki kepada kroni atau keluarga. "Mereka tahu kalau letak (harta) atas nama mereka, ia akan jadi isu kepada negara. Jadi amalan ini adalah satu perkara amat memalukan buat negara," ujarnya. Sehubungan itu, beliau berkata, langkah untuk menambah baik kaedah pengisytiharan harta kepada ahli politik di dalam negara itu adalah permulaan baik dalam meningkatkan lagi tahap integriti di Malaysia. Dalam pada itu, beliau berkata, langkah meletakkan tanggungjawab menguruskan pengisytiharan harta kepada SPRM juga dilihat kurang berkesan dan hanya menambahkan beban kepada agensi tersebut yang mempunyai kapasiti agak terhad. "Sebab SPRM pun sudah ada banyak tugasan yang saya lihat membebankan dengan isu kekurangan pegawai," ujarnya.
ϭϰϰ 63. KETERBUKAAN KERAJAAN TERIMA TEGURAN PERKASA TADBIR URUS NEGARA. 19 Januari 2023 – Berita Harian - Artikel separuh muka surat – Mesej Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kali ini sangat jelas, penjawat awam diberi 'lampu hijau' untuk menegur sebarang keputusan dibuat menteri termasuk Perdana Menteri, jika la didapati melanggar peraturan. Justeru, seluruh warga perkhidmatan awam perlu melihat prinsip keterbukaan kerajaan ini sebagai peluang terbaik untuk memperbaiki kelemahan yang ada sekali gus memperkasa sistem pentadbiran dan tadbir urus kerajaan secara keseluruhannya. Sejak dilantik sebagai Perdana Menteri, sudah banyak kali Anwar memberi penekanan ter hadap keperluan memperbaiki tatakelola dan tadbir urus kerajaan dengan tidak berkompromi terhadap sebarang salah laku, rasuah mahupun penyelewengan. Hakikatnya penjawat awam sebelum ini sering tersepit di antara arahan menteri atau pegawai atasan dengan keperluan untuk mematuhi serta menguatkuasakan peraturan. Jaminan dizahirkan Perdana Menteri harus dijadikan peluang untuk penjawat awam memulihkan situasi dan memainkan peranan lebih signifikan menangani segala jenis keterlanjuran dalam perkhidmatan awam berlaku akibat arahan dan salah guna kuasa pihak tertentu. Dalam konteks ini penjawat awam perlu bertindak bijak dan berhemah ketika memberikan teguran kepada menteri atau pegawai atasan supaya mereka sedar pelanggaran peraturan perkhidmatan.
ϭϰϱ Langkah paling selamat dan tepat ialah teguran dibuat bersandarkan kepada peraturan serta implikasi perlu ditanggung semua pihak terbabit jika berlaku pelanggaran peraturan. Di sini pentingnya pandangan, teguran atau pendapat diberikan fokus kepada usaha untuk memperkemas tatakelola dan tadbir urusan jabatan. Sebagai penjawat awam, setiap individu perlu memahami dan menguatkuasakan peraturan di tetapkan pihak berkuasa. Penjawat awam perlu menjadi pakar rujuk untuk memberi nasihat betul kepada menteri supaya mereka tidak tergelincir ketika membuat keputusan terutama dalam soal pengurusan kewangan. Seperti diketahui, perkhidmatan awam mengandungi pelbagai pekeliling dan garis panduan bagaimana hendak melaksanakan setiap urusan pentadbiran, termasuk Arahan Perbendaharaan dari Kementerian Kewangan yang mengawal selia urusan kewangan negara. Justeru, apa yang diperlukan ialah, di samping penjawat awam memainkan peranan mereka, menteri pula perlu yakin dan percaya dengan kemampuan serta kebolehan penjawat awam menjalankan tugas mereka. Dalam hal ini, apa yang diharap penjawat awam ialah kerajaan boleh memberi jaminan tiada sebarang tindakan dikenakan terhadap pekerja yang berani menegur kesilapan dilakukan pegawai atasan termasuk menteri. Hal ini penting kerana ramai khuatir akan menerima hukuman seperti ditukarkan ke jabatan lain atau disekat peluang kenaikan pangkat hanya kerana bersikap jujur dan cuba menguatkuasakan peraturan yang ada Selain itu, penjawat awam juga perlu berani tampil memberi maklumat berhubung salah laku dan rasuah di jabatan masing-masing kepada Suruhan jaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Hakikatnya, penjawat awam akan dilindungi mengikut Akta SPRM 2009 dan Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010, di samping kerajaan sendiri bersetuju memberikan ganjaran sebagai pengiktirafan kepada mana-mana penjawat awam melaporkan pemberian atau penerimaan rasuah. Jaminan Perdana Menteri ini harus dijadikan pedoman kepada penjawat awam untuk menolak sebarang ketidakpatuhan dan arahan membelakangkan peraturan dikeluarkan kerajaan. Diharap keterbukaan kerajaan menerima nasihat, pandangan dan teguran daripada penjawat awam dapat memperkasa tatakelola dan tadbir urus pentadbiran kerajaan terutama dalam soal mengawal serta mencegah segala jenis kebocoran atau ketirisan wang negara.
ϭϰϲ 64. BERI KEBEBASAN SPRM SIASAT PEMIMPIN POLITIK / NO ISSUE OF SELECTIVE PROSECUTION IF ONE IS CLEAN 10 Mac 2023 - Temubual / Respons Media MCW – KUALA LUMPUR: The issue of: selective investigation and prosecution would not arise if one was not involved in corruption and abuse of power. Malaysian Corruption Watch president Jais Abdul Karim said this while praising the Malaysia AntiCorruption Commission (MACC) for carrying out its duty in investigating leaders regardless of their rank or position incases of graft. "Politicians and the people must be ready to transform towards a healthy political culture with morals, high integrity and a responsibility to carry out their duties," he said. "The issue of selective investigation or persecution does not arise if we are truly clean and not involved in corruption or abuse of power.” "The courts will make a decision after hearing arguments from both the defence and prosecution with the evidence gathered by MACC." He said Malaysia's political culture was too polluted with various moral, integrity and corruption issues, as well as misuse of power and nepotism. "Corruption is wrong and all parties should respect the court's decision if someone is found guilty and receives his sentence." Parti Pribumi Bersatu Malaysia Youth chief, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal claimed that the government was plotting the end of Muhyiddin's political career. "This is clearly a conspiracy planned by powers that be to run down Bersatu, Pas and Perikatan Nasional," he said outside the MACC headquarters here yesterday. Wan Fahyhsal said PN and Bersatu were ready for any eventuality. "We will congregate again at the courts in Jalan Duta tomorrow since we learned that a charge is coming. "Our general assembly was supposed to start tomorrow (today). We will proceed with having the general assembly on Saturday.
ϭϰϳ "We will send the strongest message to the public and (Prime Minister) Datuk Seri Anwar Ibrahim that what he plans on doing will not put a dent on our struggle to fight for justice and the people," he said. Bersatu supreme council member Datuk Seri Saifuddin Abdullah said: "It is very unfortunate and regretful since this is a government that is supposed to be reformist, but (is instead) conducting an act of vengeance. "This is something that is improper. This is selective persecution." 9 Mac 2023 – Temubual / Respons Media MCW – 1. Jenayah rasuah dan perbuatan salah guna kuasa sering berlaku dalam kalangan ahli politik dan tidak mengenal parti. 2. Sesiapa sahaja yang disiasat dan dituduh pasti ada sebab dan alasan kukuh kerana pihak SPRM telah menjalankan siasatan secara menyeluruh, terperinci dan profesional. 3. Pujian harus diberikan kepada SPRM kerana menjalankan amanah dan tugas dengan berani tanpa ‘memilih bulu’ sama ada individu tersebut mempunyai pangkat atau kedudukan tinggi dalam parti tertentu ataupun masyarakat. 4. Siasatan dan pendakwaan ke atas pemimpin parti politik perlu diberikan perhatian serius dan dijadikan sebagai pengajaran kepada pemimpin politik yang lain. Hakikatnya, budaya politik Malaysia sudah terlalu tercemar dengan pelbagai masalah moral, integriti, rasuah, salah guna kuasa dan nepotisma. 5. Pengiat politik dan rakyat harus bersedia untuk melakukan pemutihan budaya politik ke arah politik sihat yang bermoral, berintegriti tinggi dan bertanggungjawab terhadap amanah tugasan. 6. Isu penyiasatan dan pendakwaan ‘terpilih’ tidak timbul jika kita benar-benar bersih dan tidak terbabit dengan gejala rasuah atau salah guna kuasa. 7. Mahkamah membuat keputusan setelah mendengar hujah-hujah daripada pihak pembelaan dan pendakwaan dengan bukti-bukti yang dikumpulkan oleh pihak SPRM. 8. Perbuatan rasuah tetap salah dan semua pihak harus menghormati keputusan mahkamah jika seseorang itu terbukti bersalah dan harus dijatuhkan hukuman.
ϭϰϴ 65. PERKENAL PERATURAN PEMIMPIN ADA KES MAHKAMAH BERUNDUR SEMENTARA. 16 Mac 2023 - Rencana Berita Harian: Ͳ Tindakan melepaskan jawatan apabila disiasat dalam kes rasuah, salah guna kuasa atau kes jenayah lain suatu Tindakan patut diambil untuk menunjukkan pemimpin politik serius dan komited terhadap integriti dan moral Ͳ Ahli politik terbabit dalam kes rasuah atau salah guna kuasa serta berdepan pendakwaan, tetapi terus memegang kuasa dilihat merosakkan kredibiliti institusi politik dan sistem keadilan
ϭϰϵ Malaysia dilihat tidak pernah sunyi daripada pendakwaan pemimpin politik susulan didapati terbabit dalam kegiatan rasuah, penyelewengan dana dan salah guna kuasa. Berdasarkan kes dihadapkan dimahkamah ini, ia menggambarkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berupaya menyiasat dan membongkar perbuatan rasuah kumpulan 'Jerung' tanpa memilih bulu. Berdasarkan perkembangan ini, ia boleh menjadi ruang dan peluang terbaik untuk membentuk satu budaya penting dalam politik di Malaysia iaitu pemimpin berdepan kes pendakwaan rasuah di mahkamah wajar melepaskan sementara segala jawatan dipegang sehingga siasatan dan perjalanan kes selesai. Tindakan melepaskan jawatan sementara apabila disiasat atau didakwa di mahkamah sepatutnya dilakukan pemimpin politik yang memegang tanggungjawab dan kuasa memimpin negara atau parti. Tindakan ini menunjukkan mereka mempunyai integriti tinggi dan memegang prinsip moral yang kukuh Melepaskan jawatan dalam kerajaan atau parti memberi kesan positif kepada rakyat dan pengundi yang mungkin juga mendorong mereka terus mempercayai ahli politik terbabit, di samping membuktikan pemimpin itu serius memerangi rasuah dan menjaga kepercayaan awam Namun, tindakan melepaskan jawatan bukan satu-satunya cara untuk menunjukkan integriti dalam pentadbiran kerajaan. Kes di seluruh dunia jadi teladan Paling penting, semua ahli politik harus menunjukkan integriti dengan menjalankan tugas mereka dengan jujur, amanah dan telus serta memperkenalkan pelbagai dasar serta inisiatif untuk memerangi rasuah dan penyelewengan kuasa. Tindakan melepaskan jawatan apabila disiasat dalam kes rasuah, salah guna kuasa atau kes jenayah lain adalah suatu tindakan patut diambil untuk menunjukkan pemimpin politik serius dan komited terhadap integriti dan moral Terdapat beberapa contoh kes di seluruh dunia dapat dijadikan teladan dalam perkara ini antaranya Perdana Menteri Itali , Silvio Berlusconi, President Korea Selatan, Park Geun hye dan Perdana Menteri Jepun. Shinzo Abe. Bagi kes membabitkan Berlusconi, pemimpin ini melepaskan jawatannya sebagai Perdana Menteri Itali pada 2011 selepas ditahan atas dakwaan rasuah dan salah guna kuasa. Walaupun kemudian dibebaskan daripada beberapa dakwaan, keputusannya untuk melepaskan jawatan menunjukkan integriti dan prinsip moral tinggi. Geun-hye pula melepaskan jawatannya sebagai Presiden Korea Selatan pada 2017 selepas disiasat atas dakwaan rasuah dan penyelewengan kuasa. Beliau kemudian didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman penjara. Bagi kes Abe, pada 2019, terdapat tuduhan isterinya, Akie Abe, terbabit dalam skandal tanah membabitkan kerajaan Jepun. Terdapat juga tuduhan Abe menggunakan kedudukannya untuk mempengaruhi keputusan menguntungkan rakan dan penyokong beliau. "Tindakan terus memegang jawatan ketika masih dalam siasatan adalah berbahaya dan boleh membawa implikasi negatif kepada pentadbiran kerajaan dan politik"
ϭϱϬ Meskipun Abe tidak dituduh melakukan jenayah itu, namun tekanan politik dan awam memaksa Abe mengundurkan diri pada September 2020. Begitu juga dengan kisah Perdana Menteri Jepun, Yasuo Fukuda dituduh menerima rasuah dan mengundurkan diri pada September 2008. Kes seperti ini menunjukkan integriti dan etika adalah hal sangat penting dalam dunia politik. Ketika seorang pemimpin dituduh terbabit dalam rasuah atau pelanggaran etika, tekanan awam dan politik menyebabkan mereka melepaskan jawatan demi integriti dan kepentingan negara. Tindakan melepaskan jawatan apabila disiasat kes rasuah atau salah guna kuasa oleh ahli politik mempunyai kepentingan besar dalam konteks pentadbiran kerajaan dan politik. Hal ini dapat meningkatkan integriti dan kepercayaan awam terhadap ahli politik serta kerajaan, sekaligus membantu memperbaiki imej negara di mata antarabangsa. Ahli politik terbabit kes rasuah atau salah guna kuasa, tetapi terus memegang kuasa dilihat me rosakkan kredibiliti institusi politik dan sistem keadilan. Oleh itu, dengan melepaskan jawatan, ia menunjukkan mereka tidak menggunakan kedudukan dan kuasa untuk kepentingan peribadi di samping menunjukkan penghormatan kepada proses undang-undang dan sistem keadilan. Cuti sementara atau lepaskan jawatan Tindakan bercuti sementara atau melepaskan jawatan juga dapat menjadi contoh yang baik kepada generasi akan datang mengenai pentingnya integriti, moraliti dan tanggungjawab dalam pentadbiran kerajaan dan politik. Ia membentuk budaya politik lebih baik dan menjamin kestabilan politik jangka panjang. Kegagalan mengambil tindakan terhadap ahli politik terbabit kes rasuah atau salah guna kuasa akan mendorong mereka untuk terus melakukan salah guna kuasa. Secara tidak langsung, la juga merosakkan kredibiliti institusi politik dan sistem keadilan serta menimbulkan persepsi institusi politik dan sistem keadilan tidak berfungsi dengan baik serta tidak mempunyai keupayaan mengekang rasuah dan salah guna kuasa Kesimpulannya, tindakan terus memegang jawatan ketika masih dalam siasatan adalah berbahaya dan boleh membawa implikasi negatif kepada pentadbiran kerajaan dan politik. Justeru, kerajaan disaran memperkenalkan undang-undang untuk menyekat individu sedang disiasat dan didakwa di mahkamah kerana tuduhan rasuah daripada memegang jawatan dalam kerajaan atau agensinya sehingga kes dihadapinya selesai. Ini termasuk penambahbaikan undang-undang antirasuah, penguatkuasaan undangundang sedia ada dan pengenalan undang-undang baharu memerlukan ahli politik melepaskan jawatan apabila disiasat kes rasuah atau salah guna kuasa. Pendidikan dan kesedaran awam juga perlu ditingkatkan mengenai implikasi negatif rasuah dan kesalahan guna kuasa dalam pentadbiran kerajaan dan politik. Sekolah, universiti dan media perlu memainkan peranan penting mempromosikan budaya integriti dan moraliti dalam masyarakat Malaysia.
ϭϱϭ 66. REFORMASI KUASA SPRM PERLU IKUT PERLEMBAGAAN ELAK JADI ALAT POLITIK 26 Mei 2023 - Rencana Berita Harian Dewasa ini, kita sering mendengar pelbagai komentar mempersoalkan kemampuan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyelesaikan kes rasuah kerana terdapat banyak lambakan kes tidak dapat didakwa segera di mahkamah. Hal ini menyebabkan orang awam meragui hak dan kuasa SPRM. Wujud persoalan mengapa SPRM tidak diberi kuasa dan hak pendakwaan, lantas boleh menyebabkan berlaku penyalahgunaan kuasa Berikut adalah penjelasan yang baik dalam mengupas isu ini dan mencari solusi serta jawapan yang tepat agar persoalan ini dapat dijawab dengan lebih jelas jika ia masih berbangkit atau dicadangkan pada masa hadapan Cadangan dan hujah menyokong SPRM perlu diberikan kuasa mendakwa antara usaha reformasi dan memperkukuhkan usaha melawan rasuah dalam negara. Pada masa ini hanya Jabatan Peguam Negara mempunyai kuasa itu
ϭϱϮ Antara faktor mendorong cadangan ini kerana SPRM dikatakan perlu mempunyai kuasa pendakwaan bebas daripada Jabatan Peguam Negara bagi mengelak kes berkaitan ahli politik atau ada hubungan dengan pejabat itu ditolak pendakwaannya. Pelaksanaan syor ini memerlukan perubahan undang-undang besar dan pindaan Perlembagaan serta pelbagai undang-undang berkaitan. Justeru, beberapa proses dan perbincangan mendalam perlu dibuat sebelum mencapai keputusan muktamad Pemberian kuasa pendakwaan kepada SPRM adalah isu kompleks dan perlu penilaian teliti, terutama kesan terhadap institusi kehakiman dan demokrasi Malaysia. Berikut adalah beberapa kebaikan mungkin terjadi jika langkah itu dilaksanakan •Memperkasakan SPRM Pemberian kuasa pendakwaan kepada SPRM akan memberi kuasa lebih besar dan kebebasan menangani kes rasuah di Malaysia. Ini dapat memperkasakan SPRM melaksanakan tugas mereka dan memperkuatkan peranan sebagai agensi pencegahan rasuah tunggal di Malaysia. * Mengurangkan kebergantungan kepada timbalan pendakwa raya Dalam sistem undang-undang Malaysia, kebergantungan SPRM pada timbalan pendakwa raya untuk mengambil tindakan undang undang dalam kes rasuah jadi hambatan melaksanakan tugas mereka. Pemberian kuasa pendakwaan kepada SPRM dapat mengurangkan kebergantungan kepada timbalan pendakwa raya dan mempercepat proses undang-undang menangani kes rasuah. * Meningkatkan keyakinan masyarakat. Langkah ini dapat meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap SPRM dan keadilan di Malaysia. Jika SPRM memiliki kuasa pendakwaan, masyarakat dapat berasaskan tindakan pencegahan dan tuntutan terhadap kes rasuah dijalankan secara lebih bebas, adil dan tidak terkesan dengan kepentingan politik atau kuasa lain. Namun, terdapat risiko dan kebimbangan perlu diperhatikan sebelum langkah ini dilaksanakan. Contohnya, wujud persepsi dibimbangi SPRM boleh disalahgunakan parti atau pemimpin politik atau kuasa mempunyai kepentingan dalam manipulasi proses pendakwaan. Ikut keperluan, keadaan semasa negara Justeru, kajian dan perbincangan terperinci perlu dilakukan sebelum membuat keputusan di atas peralihan kuasa pendakwaan ini. Pemberian kuasa pendakwaan kepada agensi pencegahan rasuah bukan amalan antarabangsa meluas dan ia juga bukan sesuatu yang lazim dilakukan di negara lain. Setiap negara mempunyai sistem undang-undang dan penguatkuasaan undang-undang unik serta berbeza mengikut konteks, sejarah, budaya, dan keperluan mereka. Beberapa negara mempunyai agensi pencegahan rasuah dilengkapi kuasa penyiasatan, tetapi tidak mempunyai kuasa pendakwaan. Sebagai contoh, Hong Kong memiliki Suruhanjaya Tanggungjawab dan Pencegahan Rasuah, bertanggungjawab menangani kes rasuah, tetapi kuasa pendakwaan tetap dipegang Jabatan Peguam Negara. Di Amerika Syarikat (AS), pendakwaan jenayah dilakukan Jabatan Kehakiman atau Pejabat Peguam Negara bukan agensi pencegahan rasuah.
ϭϱϯ Walaupun pemberian kuasa pendakwaan kepada agensi seperti SPRM bukan amalan antarabangsa meluas, ia juga bukan baharu dalam sistem penguatkuasaan undang undang. Keputusan melaksanakan langkah ini harus berdasarkan keperluan dan keadaan semasa negara serta bukan mengikut amalan antarabangsa Terdapat beberapa contoh negara memberikan kuasa pendakwaan kepada agensi pencegahan rasuah antaranya Biro Pencegahan Rasuah Singapura, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah dan Hak Asasi Manusia, Korea Selatan dan Biro Perjuangan Rasuah Brazil (Lava Jato) didirikan pada 2014. Walaupun terdapat negara memberikan kuasa pendakwaan kepada agensi pencegahan rasuah, setiap negara mempunyai sistem undang undang dan penguatkuasaan unik dan berbeza mengikut konteks, sejarah, budaya dan keperluan mereka. Oleh itu, keputusan melaksanakan langkah ini harus ikut keperluan dan keadaan semasa negara Seperti semua perubahan dalam sistem penguatkuasaan undang-undang, terdapat risiko terkait dengan memberikan kuasa pendakwaan kepada SPRM. Beberapa potensi risiko mungkin timbul adalah dipolitikkan, mendorong penyalahgunaan kuasa, berlaku kesilapan dan menurunkan keyakinan awam. Memberikan kuasa pendakwaan kepada agensi pencegahan rasuah boleh memberi ruang untuk 'dipolitikkan' proses penguatkuasaan undang-undang. Ini bermakna keputusan untuk mengambil tindakan undang-undang dalam kes rasuah boleh dipengaruhi pertimbangan politik, bukan kepentingan undang undang semata-mata. Risiko penyalahgunaan kuasa boleh berlaku jika pegawai agensi menyalahgunakan kuasa untuk mengambil tindakan undang-undang dalam kes rasuah demi kepentingan peribadi atau organisasi mereka. Memberikan kuasa pendakwaan kepada agensi pencegahan rasuah juga boleh mengakibatkan kesilapan dalam penentuan kes memerlukan pendakwaan. Agensi pencegahan rasuah mungkin tidak mempunyai kepakaran seperti di Jabatan Peguam Negara dalam menilai kekuatan kes dan bukti diperlukan untuk menangani kes. Jika agensi pencegahan rasuah melakukan kesilapan atau penyalahgunaan kuasa dalam pelaksanaan kuasa pendakwaan, ini boleh mengakibatkan penurunan keyakinan awam terhadap keberkesanan agensi itu dan keseluruhan sistem penguatkuasaan undang undang. Kesimpulannya, jika langkah ini dilaksanakan maka penting untuk memastikan ada sistem dan kawalan kukuh untuk mencegah ia jadi alat politik penyalahgunaan kuasa dan berlaku kesilapan. Selain itu, ketelusan dan akauntabiliti harus ditekankan untuk memastikan integriti serta kepercayaan dalam sistem penguatkuasaan undang-undang. Di sini pentingnya fungsi Badan Bebas Pemantau Rasuah di Malaysia seperti sedang diamalkan SPRM sekarang.
ϭϱϰ 67. BERKENAAN PENDEDAHAN MENTERI DALAM NEGERI, TERDAPAT 'NAUNGAN POLITIK' YANG MELINDUNGI PENGENDALI-PENGENDALI PLATFORM PERJUDIAN DALAM TALIAN. 15 Jun 2023 - Respons Media Apa komen MCW terhadap pendedahan ini? Adakah MCW mendesak kerajaan mendedahkan nama ahli politik dari parti mana yang terlibat dengan perbuatan itu? Kenapa kerajaan mesti dedahkan nama mereka yang terlibat? Kalau perkara ini tidak ditangani segera, apa kebimbangan MCW? RESPONS MCW Pendedahan oleh Menteri Dalam Negeri mengenai wujudnya 'naungan politik' yang melindungi pengendali platform perjudian dalam talian adalah perkara yang serius. Jika terbukti benar, ini menimbulkan kebimbangan mengenai integriti dan ketelusan dalam penguatkuasaan undangundang serta isu moral dan keselamatan masyarakat. Keputusan untuk mendedahkan nama ahli politik atau parti politik yang terlibat dengan perbuatan ini adalah keputusan yang harus diambil oleh pihak berkuasa yang berkaitan. Apabila melibatkan isu-isu politik yang sensitif, terdapat pertimbangan yang perlu dibuat mengenai integriti penyiasatan, kesahihan bukti dan prinsip keadilan. Keputusan ini juga mestilah tidak bertentangan dengan undang-undang negara dan peraturan pihak berkuasa berkenaan. Pendedahan nama individu yang terlibat dapat membantu menjaga akauntabiliti dan memberikan amaran kepada mereka yang terlibat dengan kegiatan yang melanggar undangundang. Ia juga boleh memberi keyakinan kepada orang awam bahawa tindakan sedang diambil untuk menangani isu ini dengan serius. Walau bagaimanapun, keputusan untuk dedahkan nama-nama tersebut adalah bergantung kepada undang-undang dan proses yang sedia ada di negara ini. Jika perkara ini tidak ditangani dengan segera, MCW bimbang melihat peningkatan aktiviti perjudian dalam talian yang semakin tidak terkawal, risiko penipuan atau penyalahgunaan data pengguna dan kemungkinan gangguan sosial serta kerosakan terhadap individu dan keluarga yang terjejas akibat perjudian. Selain itu, ia juga boleh mengancam integriti institusi dan merosakkan keyakinan rakyat terhadap pihak berkuasa. Penting bagi pihak berkuasa untuk mengambil tindakan sewajarnya dengan segera untuk menyiasat dakwaan ini dengan teliti, menjalankan proses undang-undang yang adil dan memastikan keadilan bagi semua pihak yang terlibat.
ϭϱϱ 68. MAINTAIN MACC'S INDEPENDENCE: MALAYSIAN CORRUPTION WATCH 16 Jun 2023 - RESPONS MEDIA KUALA LUMPUR: The Malaysian Corruption Watch (MCW) has called for the Malaysian Anti- Corruption Commission's (MACC) independence to be maintained. MCW president Jais Abdul Karim yesterday said the graft-busters should not be placed under the purview of the government as it would harm the integrity of the commission. He said the commission's freedom from pressure or interference was vital to combating corruption. “The MACC must stand on its own under the Constitution.” “The monitoring and supervision of the five bodies established in accordance with the MACC Act 2009 are sufficient.” Jais said if the MACC were to be placed under the Enforcement Agency Integrity Commission (EAIC), further studies should be conducted. “Many complaints of misconduct involving 21 enforcement agencies remain unaddressed due to limited staff at the EAIC.” “The MCW believes the MACC needs to be a separate entity from the EAIC because the MACC will help the EAIC in investigations and will also be a system of checks and balances for the EAIC.” Jais also called for the EAIC to be dissolved. “The task of regulating the misconduct of enforcement officers must be given to the integrity unit of the agency, which is given full authority.” He said this in response to Deputy Minister in the Prime Minister's Department (Law and Institutional Reform) Ramkarpal Singh's statement that the government was scrutinising the proposal to place the MACC under the purview of the EAIC. He said the government had established a pro-tem committee to discuss the proposal following the cabinet's meeting on April 19.
ϭϱϲ 69. AZAM IMPIKAN TIADA CAMPUR TANGAN POLITIK, KERAJAAN PERANGI RASUAH 17 Jun 2023 - BERITA SEMPENA MESYUARAT AGUNG MCW – Harian Metro Serdang: Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki mendedahkan tiada sebarang campur tangan ahli politik atau kerajaan ketika SPRM masih dikenali sebagai Badan Pencegah Rasuah (BPR). Beliau berkata, Allahyarham Tan Sri Harun Hashim yang juga pengarah pertama BPR pernah menceritakan bahawa beliau tidak pernah diganggu sekiranya siasatan dijalankan oleh pegawainya. Menurutnya, beliau juga mengimpikan situasi sama terjadi dalam kepimpinannya hari ini, khususnya apabila kontraknya selama setahun disambung. "Sekitar 1997, saya bertemu Tan Sri Harun dan beliau katakan isu membanteras rasuah tidak boleh dilakukan sekiranya tiada iltizam politik. Tiada apa yang boleh dilakukan sekiranya ahli politik tiada iltizam (untuk membanteras rasuah) sebaliknya salah guna kuasa akan berlaku. "Dulu pada 1967 (penubuhan BPR), beliau (Harun) kata beliau tidak diganggu oleh ahli politik, malah kerajaan juga tidak langsung ganggu atau mengacau-bilaukan. Tun Dr Ismail (Abdul Rahman) (Timbalan Perdana Menteri) yang menubuhkan BPR ketika itu juga perlu dicontohi dalam kepimpinan memerangi rasuah kerana tidak membenarkan kerajaan campur tangan. "Oleh demikian, sepanjang setahun saya disambung kontrak ini, saya amat berharap iltizam (ahli politik) itu berlaku dan menjadi satu kenyataan, untuk kita semua," katanya ketika berucap dalam Perasmian Mesyuarat Agung Tri Tahunan Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW), di sini hari ini. Turut hadir, Presiden MCW Jais Abdul Karim. Mengulas mengenai Kerajaan Perpaduan, Azam berkata, beliau mengalu-alukan semangat dan iltizam Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membanteras rasuah. "Saya melihat kepimpinan beliau yang bersemangat dan percaya, menerusi cara sedemikian, dengan segera kita mampu mengurangkan rasuah," katanya. Beliau berkata, MCW sebagai badan bukan kerajaan yang memperjuangkan isu pencegahan rasuah perlu bertindak lebih proaktif termasuk menegur dan memberi pandangan kepada SPRM. "Saya yakin, banyak lagi idea-idea baharu yang kita dapat fikirkan bersama dalam memastikan perjuangan kita membanteras rasuah berhasil," katanya.
ϭϱϳ 70. SPRM TAK PILIH KASIH, BUKAN ALAT KERAJAAN BALAS DENDAM POLITIK 23 Jun 2023 - Rencana Berita Harian. Turut disiarkan dalam laman sesawang SPRM. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sering didakwa bersikap pilih kasih apabila melakukan penyiasatan serta pendakwaan terhadap kes berkaitan rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa. Perubahan parti membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 pemerhati (PRU14) dan PRU15 menguatkan lagi persepsi negatif SPRM dijadikan alat membalas dendam politik terhadap lawan. Hakikatnya, kebanyakan rakyat tidak tahu atau sedar SPRM tidak mempunyai kuasa pendakwaan. Artikel 143(3) Perlembagaan dengan jelas memberikan kuasa tunggal kepada Jabatan Peguam Negara untuk melaksanakan tugas pendakwaan. Kuasa SPRM hanya terhad kepada hal siasatan. Justeru, tanggapan umum mengenai SPRM mengamalkan sikap pilih kasih dan alat melepas dendam politik dalam penyiasatan kes rasuah apabila kerajaan bertukar adalah tidak benar. Dalam situasi ini, penting untuk SPRM menyambung dan menyelesaikan penyiasatan kes dan mencadangkan pendakwaan jika perlu. Tanggapan umum akan lebih positif jika proses ini dijalankan dengan telus dan berlandaskan bukti.
ϭϱϴ Terdapat pendedahan kes baharu ketika pemerintahan kerajaan semasa mempunyai bukti dan alasan kukuh untuk menjalankan penyiasatan serta pendakwaan di mahkamah. Jika terdapat bukti meyakinkan dan merit jelas untuk mengaitkan individu politik dalam tindakan rasuah, umum pasti mengharapkan tindakan diambil tanpa mengira pertalian politik individu terbabit. Bagaimanapun, tanggapan umum mengenai pilih kasih dan dendam politik pasti akan timbul sekiranya kerajaan dengan sewenang-wenangnya cuba menyembunyikan atau menenggelamkan pendedahan, penyiasatan dan pendakwaan kes rasuah membabitkan ahli politik daripada parti komponen kerajaan. Timbulkan keraguan Tindakan seperti ini menimbulkan keraguan dan krisis kepercayaan terhadap keberkesanan usaha SPRM dan kerajaan untuk membanteras rasuah. Tindakan melambat-lambatkan atau menangguhkan pendedahan, penyiasatan dan pendakwaan kes rasuah membabitkan ahli politik, ahli Parlimen atau anggota Kabinet adalah tidak wajar selain mengukuhkan persepsi umum ia tindakan pilih kasih. Bagaimanapun, SPRM tidak dapat melakukan penyiasatan tanpa maklumat dan aduan berkualiti. Oleh itu, SPRM memerlukan maklumat terperinci untuk membolehkan sesuatu kes disiasat boleh didakwa secara berkesan. Mungkin masih banyak kurang faham SPRM adalah entiti bebas dan berasingan daripada pengaruh politik atau pihak luar. Perkara perlu diperbaiki segera adalah berkenaan bajet tahunan dan kuasa membuat keputusan sendiri berkenaan perjawatan masih tergantung kepada agensi lain. Akta SPRM 2009 sendiri perlu dibuat pembaharuan bagi memastikan SPRM beroperasi dalam rangka undang-undang lebih kukuh menyediakan perlindungan jelas sebagai bukti tiada campur tangan politik. Undang-undang itu perlu melindungi kebebasan SPRM dan menyediakan mekanisme kawalan dan imbangan mencukupi secara lebih jelas mengikut peredaran zaman. Pelantikan dan tempoh jawatan pegawai SPRM perlu melalui proses telus dan berdasarkan kebolehan, memastikan mereka berkelayakan dan tidak berat sebelah. Tempoh jawatan mereka perlu dilindungi untuk mengelakkan pemecatan sewenangwenang atau menjadi mangsa tekanan politik. Sementara itu, masyarakat menganggap SPRM mesti memantau dan mengaudit pelaksanaan kerja penjawat awam dan apabila menemui sebarang masalah maka mereka perlu membuat siasatan. Realitinya, SPRM hanya bertindak menyiasat berdasarkan maklumat dan aduan berkualiti sahaja. Tanpa aduan dan maklumat tepat, sukar untuk membawa kes itu bagi tujuan pendakwaan.
ϭϱϵ 71. TINDAKAN KURANG PROFESIONAL, MCW DESAK MENTERI BERI PENJELASAN BERASAS 1 Julai 2023 - Respons Media MCW - UtusanTV https://utusantv.com/.../tindakan-kurang-profesional-mcw.../ Astro Awani - MCW gesa menteri beri bukti dakwaan wujud rasuah, salah guna kuasa di KLIA dan Bulletin TV3. Juga diterbitkan dalam Berita Harian dan Bebasnews.my, Harian Metro, Sinar Harian dan NST. KUALA LUMPUR: The Immigration Services Union of Peninsular Malaysia (KPISM) wants Tourism. Arts and Culture Minister Datuk Seri Tiong King Sing to lodge a report with the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) over allegations of corruption among immigration officers at the Kuala Lumpur International Airport (KLIA). It labelled Tiong's claims as baseless and without evidence. Referring to reports that Tiong had "barged into” the KLIA arrival hall to rescue a detained Chinese tourist, KPISM president Khairil Niza Khairuddin said the minister's claims were nothing more than a diversionary tactic. He said Tiong, being a prominent figure, should be more respectful of the law and not interfere with civil servants' duties. "If the allegations are indeed true, he should have reported directly to the MACC. “In this case, the immigration officer on duty at that time must have under- stood the situation more clearly and taken action based on the regulations in force.” he said in a statement. Khairil stressed that KPISM would not hesitate to lodge a police report if the incident occurred again. “No party should be involved and interfere with the law enforcement and implementation of duties by the Immigration Department, as well as any other authority in the country,” he said. The Malaysian Corruption Watch (MCW) questioned Tiong's method of highlighting the alleged corruption.
ϭϲϬ MCW president Jais Abdul Karim said the way the minister had "barged in to the KLIA arrival hall and compromised security was unprofessional. He questioned whether Tiong had only wanted to politicise the issue. He said it would have been more appropriate for Tiong to discuss the matter or report it to Home Minister Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail as the former did not have the authority to interfere in national security affairs. “Although there are allegations of serious corrupt practices involving Immigration officials, this incident does not necessarily represent the entire situation in this case.” “MCW urges the minister (Tiong) to give a more reasonable explanation and not try to dis- tract the people's attention by politicising the issue of corruption in KLIA.”.“Was his action based on national politics or personal goals?” he said in a statement. Jais said airport security should not be compromised merely to boost tourism. He added that Tiong should not interfere in the affairs of Immigration officials as their job was to check the arrival of visitors based on safety factors that could not be compromised. “The security factor at the airport should be given priority because it is the main gateway for foreign visitors into Malaysia.” “The minister's presence at the same location three times recently is also very suspicious and needs to be investigated by the police. MCW also wants to emphasise that the vicinity is placed under the Protected Areas and Protected Places Act 1959,” he said.
ϭϲϭ 72. KEMASKINI SEGERA SISTEM PENGISYTIHARAN HARTA ANGGOTA KABINET 7 Julai 2023 - Respons Media Malaysian Gazette, Bebasnews.my Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW) mengalu-alukan keputusan kerajaan untuk meneruskan semula inisiatif pengisytiharan harta keatas anggota kabinet. Ini merupakan langkah positif bagi membuktikan ketelusan pemimpin negara kepada rakyat. MCW menggesa kerajaan Malaysia untuk memperkukuhkan sistem pengisytiharan harta tersebut dengan memastikan penambahbaikan yang lebih terperinci. Dengan memperkukuhkan sistem ini, kerajaan Malaysia dapat membina kepercayaan awam dan memastikan pelaksanaan tadbir urus yang baik pada semua peringkat pentadbiran. MCW berpendapat bagi memastikan keberkesanan sistem ini individu yang terbukti menipu seharusnya bersara atau meletakkan jawatan jika terbukti mereka mendapat harta tersebut secara haram.
ϭϲϮ Tindakan serius perlu diambil keatas mereka yang tidak dapat membuat penjelasan telus terhadap aset berlebihan dan gaya hidup yang terlampau mewah. Pengisytiharan harta harus dikemaskini secara tahunan oleh menteri dan pegawaipegawai kabinet. Selain itu, aset yang dinyatakan perlu diaudit dengan melibatkan pihak bebas. Penambahbaikan ini perlu dilakukan bagi memastikan keberkesanan dan integriti proses tersebut bernilai tinggi. MCW mencadangkan agar menubuhkan sebuah unit pengisytiharan harta yang bebas dan tidak terletak di bawah jabatan Perdana Menteri, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), atau pihak polis. Unit ini harus mempunyai kuasa dan sumber yang mencukupi untuk menjalankan penyiasatan menyeluruh terhadap aset yang diisytiharkan oleh anggota kabinet tersebut. MCW amat berharap agar kerajaan Malaysia mengambil pendirian tegas terhadap isu ini dan bertindak dengan segera untuk memperbaiki serta melaksanakannya segera demi mengekang rasuah dan menjaga integriti, kita mesti mencipta perubahan untuk memulihkan imej negara yang kian terjejas akibat rasuah. MCW sekali lagi ingin menegaskan bahawa pelaksanaan pengisytiharan harta yang telus dan berkualiti amat penting dalam usaha memerangi rasuah dan dapat mengangkat martabat integriti pentadbiran kerajaan perpaduan ini.
ϭϲϯ 73. SEGERAKAN AKTA PENDANAAN POLITIK, KAWAL POLITIK WANG 12 Julai 2023 - Respons Media https://www.bharian.com.my/.../segerakan-akta-pendanaan... KUALA LUMPUR: Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW) menggesa kerajaan mempercepat usaha menggubal Akta Pendanaan Politik bagi mengawal pengaruh wang dalam politik. Dalam satu kenyataan, badan bukan kerajaan (NGO) itu berpandangan penggubalan undang-undang itu perlu disegerakan memandangkan draf rang undang-undang mengenai pendanaan politik sudah siap sejak enam tahun lalu. "Meskipun Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said mengatakan perkara itu masih dalam peringkat perbincangan jawatankuasa pilihan Parlimen, penting untuk mempercepat proses pembaharuan dalam bidang ini yang siap draf sejak 2017. "Undang-undang mengenai pendanaan politik yang lebih ketat dan telus akan membantu mencegah penyalahgunaan kuasa, mengawal pengaruh kewangan dalam politik dan memastikan proses politik yang lebih adil dan demokratik," katanya hari ini. Pada Mac lalu, Azalina ketika menggulung perbahasan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat memaklumkan, kerajaan akan merujuk Akta Pendanaan Politik kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen yang akan diwujudkan. Jelasnya, langkah itu membolehkan parti politik dan pihak berkepentingan memberi maklum balas bagi memastikan akta yang akan digubal bersifat menyeluruh. Sementara itu, MCW yakin cadangan supaya kerajaan memperluas kuat kuasa Seksyen 17A Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 kepada penjawat awam, akan memberi kesan besar pada usaha mencegah rasuah dalam sektor awam. Ketika ini, Seksyen 17A memperuntuk mengenai liabiliti korporat, iaitu organisasi komersial boleh didakwa dan dihukum jika membenarkan kakitangannya melakukan rasuah untuk memperoleh sesuatu projek atau mendapat apa-apa faedah bagi organisasi komersial itu.
ϭϲϰ Seksyen itu secara langsung meletakkan beban pencegahan rasuah ke atas organisasi komersial dan pengurusannya, dan kegagalan organisasi untuk mencegah rasuah boleh didakwa dan dihukum mengikut peruntukan itu. MCW berpandangan kerajaan perlu mengkaji keperluan memperluas peruntukan itu untuk turut merangkumi penjawat awam, menerusi perbincangan menyeluruh, bagi memastikan kesesuaian dan keadilan penguatkuasaannya di Malaysia. "Transformasi undang-undang melalui penerapan liabiliti korporat kepada penjawat awam akan memberi kesan besar dalam meningkatkan akauntabiliti dan mencegah rasuah dalam sektor awam. "Ia pasti memberikan kesan pencegahan segera dan menyediakan hukuman yang lebih tegas terhadap penjawat awam yang terbabit dalam aktiviti rasuah," katanya. Mengulas mengenai keperluan mendesak dalam reformasi undang-undang, MCW menggariskan empat perkara, khususnya penambahbaikan SPRM membabitkan pelantikan ketua kesuruhjaya serta memberi autonomi dan diiktiraf sebagai sebuah badan berperlembagaan sendiri di bawah Parlimen. Katanya, perkara lain termasuklah meningkatkan ketelusan dan akauntabiliti dalam sistem perundangan serta menguatkuasakan perlindungan hak asasi manusia dan menghapuskan undang-undang yang berpotensi menindas atau membatasi kebebasan individu. "Kerajaan juga perlu memperbaiki sistem perundangan bagi memastikan keadilan dan keberkesanan dalam sistem kehakiman negara, termasuk penyediaan sumber manusia dan peruntukan kewangan mencukupi untuk mahkamah, pengurangan kelewatan dalam proses undang-undang dan pembaharuan pendekatan kepada pembebasan bersyarat dan alternatif kepada hukuman penjara," katanya.
ϭϲϱ 74. MENTERI GAGAL ISYTIHAR HARTA PERLU LETAK JAWATAN 22 Julai 2023 - Surat Pembaca SAUDARA PENGARANG, PEMERHATI Rasuah Malaysia (MCW) mengalu-alukan keputusan kerajaan meneruskan semula inisiatif pengisytiharan harta ke atas anggota Kabinet. Ini merupakan langkah positif bagi membuktikan ketelusan pemimpin negara kepada rakyat. Dalam pada itu, MCW menggesa kerajaan memperkukuhkan sistem pengisytiharan harta tersebut dengan memastikan penambahbaikan yang lebih terperinci. Melalui perkukuhan sistem ini, kerajaan dapat membina kepercayaan awam dan memastikan pelaksanaan tadbir urus yang baik di semua peringkat pentadbiran. MCW berpendapat bagi memastikan keberkesanan sistem ini, individu yang terbukti menipu dengan mendapat harta secara haram seharusnya bersara atau meletakkan jawatan. Tindakan serius perlu diambil ke atas mereka yang tidak dapat membuat penjelasan telus terhadap aset berlebihan dan gaya hidup terlampau mewah. Pengisytiharan harta harus dikemaskini secara tahunan oleh menteri dan pegawai-pegawai Kabinet. Selain itu, aset yang dinyatakan perlu diaudit melibatkan pihak bebas. Penambahbaikan ini perlu dilakukan bagi memastikan keberkesanan dan integriti proses tersebut bernilai tinggi. Kami juga mencadangkan agar menubuhkan sebuah unit pengisytiharan harta yang bebas dan tidak terletak di bawah Jabatan Perdana Menteri, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau pihak polis. Unit ini harus mempunyai kuasa dan sumber mencukupi untuk menjalankan penyiasatan menyeluruh terhadap aset yang diisytiharkan oleh anggota Kabinet. MCW amat berharap agar kerajaan mengambil pendirian tegas terhadap isu ini dan bertindak segera untuk memperbaiki serta melaksanakannya demi mengekang rasuah dan menjaga integriti. Kita mesti mencipta perubahan untuk memulihkan imej negara yang kian terjejas akibat rasuah. MCW sekali lagi ingin menegaskan bahawa pelaksanaan pengisytiharan harta yang telus dan berkualiti amat penting dalam usaha memerangi rasuah dan dapat mengangkat martabat integriti pentadbiran kerajaan perpaduan.-UTUSAN
ϭϲϲ 75. AHLI POLITIK KITA PERLU BELAJAR DARIPADA SKANDINAVIA 25 Julai 2023 - Artikel MCW dalam Utusan Malaysia AHLI politik disaran belajar dan mengikuti jejak langkah rakan sejawat dari negara Skandinavia yang dikatakan lebih bertamadun dan berintegriti tinggi. Mereka dikenali bersih daripada rasuah dan tidak langsung mempengaruhi penjawat awam. Pelbagai carian fakta di internet menunjukkan gaya ahli politik negara Skandinavia seperti Sweden, Norway, Denmark, Finland dan Iceland adalah cerminan kepada sistem politik, budaya dan nilai-nilai dipegang oleh masyarakatnya.
ϭϲϳ Ahli politik kita dikatakan penuh dengan pelbagai masalah dan kekurangan. Kenapa perkara ini berlaku? Sistem politik di Malaysia adalah berdasarkan demokrasi berparlimen dengan pemerintahan kerajaan yang dipilih menerusi pilihan raya umum (PRU). la didasarkan kepada sistem berbilang parti dengan kekuasaan berpusat kepada Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri. Negara Skandinavia mengamalkan sistem politik yang lebih condong ke arah sosial demokrasi. Mereka juga mempunyai sistem politik berbilang parti dan pemerintahan yang dipilih melalui PRU. Mereka memfokus kepada sistem kesejahteraan kuat dan peranan besar bagi kerajaan dalam menyediakan perkhidmatan awam dan sosial kepada rakyat. Budaya politik kita cenderung menekankan faktor identiti etnik dan agama. Terdapat kesedaran tinggi terhadap isu-isu etnik dan agama malah sering kali melibatkan pertembungan atau persaingan antara parti berdasarkan kumpulan etnik. Budaya politik di negara Skandinavia lebih condong ke arah kerjasama, konsensus dan sıkap inklusif. Terdapat penekanan lebih besar pada kesetaraan gender, kesamarataan sosial dan keadilan. Masyarakat di situ lebih cenderung menghargai perpaduan sosial dan mementingkan kepentingan bersama. Nilai - nilai politik di Malaysia lebih berkaitan identiti etnik, agama dan ketuanan Melayu. Terdapat penekanan pada isu-isu seperti hak bumiputera, agama rasmi dan pelaksanaan undang-undang Islam. Nilai-nilai politik di negara Skandinavia lebih berkaitan kesamarataan, kebebasan dan kesetaraan. Mereka fokus kepada perlindungan hak asasi manusia, kesetaraan gender, kebebasan bersuara dan kesejahteraan sosial. Malaysia mengamalkan pendekatan pembangunan yang lebih berorientasikan ekonomi dan industri. Penekanan diberikan kepada pertumbuhan ekonomi, pelaburan dan pembangunan infrastruktur sebagai agenda utama. Negara Skandinavia mengamalkan pendekatan pembangunan yang lebih berorientasikan kesejahteraan sosial. Penekanan khusus kepada kesetaraan sosial, pendidikan berkualiti tinggi, sistem sokongan sosial yang kuat dan perlindungan alam sekitar. Perbandingan ini adalah bersifat umum dan terdapat pelbagai faktor yang mempengaruhi gaya ahli politik di setiap negara. Malah, keadaan politik dan kebudayaan di Malaysia dan negara Skandinavia juga berubah dari masa ke masa. Mengukur integriti ahli politik adalah tugas yang kompleks dan subjektif. Bagaimanapun, terdapat beberapa faktor boleh memberikan pandangan tentang perbezaan antara integriti ahli politik di negara Skandinavia dan Malaysia: LAPORAN PERSEPSI SALAH LAKU Transparency International (TI) menerbitkan Indeks Persepsi Salah Laku yang mengukur persepsi tahap rasuah negara-negara di seluruh dunia. Negara-negara Skandinavia sering menduduki peringkat tinggi dalam indeks ini, menunjukkan persepsi yang rendah terhadap rasuah. Malaysia walaupun mengalami penurunan dalam beberapa tahun kebelakangan ini, namun masih mempunyai ruang untuk meningkatkan skor integriti.
ϭϲϴ SISTEM PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG Negara Skandinavia mempunyai sistem penguatkuasaan undang- undang yang kuat dan bebas daripada campur tangan politik. Institusi penguatkuasaan undang-undang seperti polis, mahkamah dan agensi antirasuah mempunyai kebebasan dan kecekapan yang tinggi. Di Malaysia, banyak usaha dilakukan untuk memperbaiki penguatkuasaan undangundang dan memperkukuhkan institusi antirasuah seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Masih terdapat cabaran dan kritikan terhadap tahap kebebasan dan kecekapan penguatkuasaan undang undang. KETERBUKAAN DAN AKAUNTABILITI Negara Skandinavia dikenali dengan budaya keterbukaan dan akauntabiliti yang tinggi. Terdapat penekanan yang besar pada transparensi dalam pentadbiran awam, perlindungan whistleblower dan akses awam kepada maklumat penting. Di Malaysia, berlaku peningkatan dalam pelaksanaan peraturan akauntabiliti awam dan peningkatan akses kepada maklumat, namun masih terdapat ruang untuk meningkatkan tahap keterbukaan dan akauntabiliti dalam sistem politik. Adalah penting untuk diingat bahawa integriti ahli politik bukanlah sesuatu yang boleh dijadikan isu umum secara keseluruhan. Terdapat individu dengan integriti yang tinggi dan rendah dalam setiap negara termasuk di negara Skandinavia dan Malaysia. Perbandingan ini adalah berdasarkan tahap relatif tersendiri dan bukanlah bermaksud tidak ada masalah integriti di negara Skandinavia atau Malaysia tidak mempunyai ahli politik vang integriti. Negara Skandinavia sering dianggap mempunyai tahap rasuah yang rendah di dunia Beberapa faktor yang mungkin menyebabkan ini termasuk: Negara Skandinavia mempunyai undang undang dan peraturan yang menggalakkan penyediaan maklumat awam, pengumuman kepentingan dan akses kepada data penting. Polis, mahkamah dan agensi antirasuah di negara Skandinavia mendapat peruntukan mencukupi dan kebebasan untuk menjalankan tugas mereka tanpa campur tangan politik. Ini membolehkan penyiasatan dan perbicaraan kes rasuah berlangsung lebih efektif. Budaya masyarakat di negara Skandinavia dengan jelas menolak amalan rasuah dan menekankan integriti serta kejujuran. Terdapat penekanan pada prinsip kesamarataan keadilan dan perbuatan yang bertanggungjawab Negara Skandinavia mempunyai pendapatan tinggi dan sistem kesejahteraan sosial yang kukuh. Ketidakseimbangan ekonomi yang rendah dan peluang luas untuk kehidupan stabil mungkin mendorong individu tidak terlibat dalam rasuah. Negara Skandinavia menekankan pendidikan berkualiti tinggi dan pendidikan adil. Sistem pendidikan yang baik membentuk nilai-nilai integriti dan moral terbaik dalam kalangan rakyatnya.
ϭϲϵ Negara Skandinavia mempunyai proses yang jelas dan telus untuk melaksanakan proses perolehan kerajaan dan menguruskan dana awam bagi mengurangkan ruang untuk penyalahgunaan kuasa dan rasuah. Penting juga untuk diingat bahawa tiada negara yang bebas daripada rasuah sepenuhnya dan perkara ini boleh berubah dan semasa ke semasa. Faktor penting yang ingin dan boleh kita pelajari daripada ahli politik di negara Skandinavia ialah kecenderungan untuk memisahkan politik dan pentadbiran awam sejauh mungkin. Terdapat situasi di mana campur tangan politik mungkin berlaku, namun kecenderungan dan kemahuan masyarakat telah memastikan kelestarian dan integriti perkhidmatan awam mereka tetap terpelihara daripada campur tangan politik yang tidak sepatutnya.
ϭϳϬ 76. TAKE STERN ACTION AGAINST CORRUPTED LAW ENFORCERS, SAY CRIME WATCH GROUPS 27 Mac 2023 –Respons Media KUALA LUMPUR: Crime watch groups are urging the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) to go all out and take stern action against crooked law enforcement officials who prey on immigrants for bribes. Malaysian Corruption Watch (MCW) president Jais Abdul Karim said that if nothing was done, there might be a risk of international terrorist groups coming into the country by paying off the corrupted officials. He said that the allegation by MACC was serious as the country's safety could be easily compromised due to the greed of the officials. Take stern action against corrupted law enforcers, say crime watch groups "We have information that around 80 per cent of officers at one particular international entry point are involved in corruption. We have relayed the information to MACC as well. "This is a frightening reality that we must swallow," he said when contacted by the New Straits Times today He said that the immigrants, be it legal or illegal ones, were easy targets for corrupt officials as they knew that the immigrants were desperate to enter the country. Malaysia being an economically healthy country, he said, had attracted the immigrants who would be open to "invest'' in corrupt officials to be allowed entry. "Taking disciplinary actions or transferring the crooked officials to different departments will not be enough. These officers must realise the consequences to the country when such incidents continue to happen," he added. Transparency International-Malaysia (TI-M) president Dr Muhammad Mohan also agreed that serious action must be taken to remove corrupted officials. He said that the statement by MACC was not surprising to him and it could be the reason for the country's continuous drop in Transparency International's yearly Corruption Perception Index. Malaysia is ranked 61 out of 180 countries in the 2022 Corruption Perception Index and only scored 47 over 100, putting the country behind third-world countries such as Rwanda.
ϭϳϭ He also said that TI-M had many reports about enforcement officers themselves getting involved in crime and betraying the oath they took as civil servants. "To overcome this serious problem, the government, the civil servants, union and enforcement bodies must work together to remove the tainted officials from the system. "If we want to put our country back on track, there is no other way to do so except to go all out to fight these groups and get them out of our system. As a start, enforcement agencies themselves must clean up their own backyard first," he added.
ϭϳϮ 77. KINI TIBA MASA BUKTIKAN CAKAP SERUPA BIKIN 14 Ogos 2023 - Rencana Utusan Malaysia PENGAMALAN konsep walk the talk dalam hal berkaitan politik, rasuah dan integriti dapat membangun negara yang lebih adil, berintegriti dan berdaya maju. Konsep walk the talk bermaksud mengamalkan apa yang diucapkan atau dipromosikan melalui tindakan yang nyata. Dalam konteks isu-isu politik, rasuah dan integriti dalam pentadbiran awam, konsep ini sangat relevan dan penting. Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW) mengalu-alukan komitmen dan tindakan Perdana Menteri yang sentiasa mengingatkan menteri dan pegawai mereka untuk menghindari rasuah.
ϭϳϯ Hebahan agresif beliau adalah langkah positif dalam usaha memerangi rasuah dalam kalangan ahli politik. Ingatan demi ingatan mengenai amalan bebas rasuah adalah penting dalam usaha memastikan pentadbiran yang bersih dan berintegriti. Seruan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk meminta pihak yang terlibat dalam amalan rasuah berhenti serta-merta daripada meneruskan perkhidmatan dalam kerajaan menunjukkan komitmen untuk mewujudkan budaya integriti dan ketelusan. Kerjasama daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyemak dan menyiasat kes jenayah melibatkan menteri dan pegawai kementerian adalah langkah penting untuk menunjukkan keseriusan kerajaan dalam menangani kes rasuah dan menjaga kredibiliti. SEJARAH POLITIK Perlu diingat, sejarah politik Malaysia melibatkan pelbagai pemimpin politik dari pelbagai latar belakang dan era berbeza. Beberapa pemimpin mungkin telah menunjukkan teladan integriti dan tanggungjawab, manakala yang lain mungkin tidak. Kadang kala, mereka terlalu “beretorik”. Politik di Malaysia sama seperti negara lain di dunia, iaitu lapangan kompleks dan cenderung melibatkan pelbagai pendekatan dan strategi yang hanya memenuhi keperluan kelompok mereka. Penyalahgunaan kuasa pemimpin politik adalah isu serius yang sentiasa ditangani dengan tegas. Institusi penguatkuasaan seperti SPRM tanpa tolak ansur memainkan peranan penting dalam menyiasat dan mendakwa mereka yang terlibat tanpa sebarang halangan. Penyalahgunaan kuasa oleh pemimpin politik atau penjawat awam adalah amalan yang tidak dapat ditoleransi. Penyalahgunaan kuasa ini merosakkan kepercayaan rakyat kepada kerajaan dan institusi malah boleh mengakibatkan pembaziran sumber dan pelanggaran hak asasi manusia. Hakikatnya, pelbagai tuntutan tidak sah atau penyalahgunaan kuasa oleh pemimpin politik sentiasa berlaku apabila hal peribadi dan tugasan dicampuradukkan. Tindakan seperti ini adalah salah dan harus dikawal sewajarnya agar pemimpin politik bertanggungjawab terhadap tindakan mereka. Pengumuman projek atau inisiatif oleh pemimpin politik sebelum pilihan raya atau di kawasan mengundi memang sentiasa menjadi perhatian. Praktik ini pasti memberi kelebihan politik kepada parti kerajaan dan boleh dianggap sebagai penyalahgunaan kuasa untuk mendapatkan sokongan politik. Oleh itu, prinsip keadilan dalam pembangunan perlu diamalkan bagi mengelakkan pengumuman yang bertujuan politik semata-mata. KETAKUTAN PENJAWAT AWAM Ketakutan dalam kalangan penjawat awam adalah satu isu serius dan boleh menghalang keberkesanan sistem pentadbiran. Untuk mengekalkan integriti dan profesionalisme dalam perkhidmatan awam, perlindungan pemberi maklumat dan menggalakkan pelapor rasuah serta perlindungan terhadap sebarang ugutan atau tindakan balas terhadap mereka yang melaporkan penyalahgunaan kuasa atau rasuah adalah amat perlu. INTEGRITI, KETELUSAN DALAM PENTADBIRAN
ϭϳϰ Pentadbiran awam harus mengamalkan budaya integriti berterusan. Ini melibatkan pendidikan dan kesedaran dalam kalangan penjawat awam dan masyarakat tentang pentingnya integriti dalam pelaksanaan tugas dan tanggungjawab. Rakyat berhak mengetahui bagaimana keputusan dibuat dan mengapa sesuatu keputusan diambil. Proses keputusan dan tindakan pemerintah haruslah telus dan boleh dipertanggungjawabkan. MENGHAPUSKAN NEPOTISME, PILIH KASIH Pemimpin politik harus memastikan proses pemilihan calon untuk jawatan awam atau pemberian sesuatu projek dilakukan secara telus dan berdasarkan kelayakan, bukan atas dasar pertalian keluarga atau politik. Pentadbiran awam haruslah konsisten dalam amalan yang penuh beretika dan tidak berubah-ubah mengikut keadaan politik atau tekanan. Praktik seperti pilih kasih, pilih bulu, pilih parti, nepotisme dan pelbagai masalah lain boleh mengakibatkan ketidakadilan dan penyalahgunaan kuasa dalam pentadbiran awam. Kenaikan pangkat dalam perkhidmatan awam haruslah berdasarkan prestasi dan kebolehan individu, bukan atas dasar pilih kasih atau pertalian politik. Sistem penilaian prestasi yang jelas dan objektif harus dilaksanakan untuk memastikan kenaikan pangkat berlaku secara adil. MENGUKUHKAN INSTITUSI PENGUATKUASAAN Institusi seperti SPRM perlu diberi kebebasan untuk menjalankan tugas mereka tanpa campur tangan politik. Ini akan menguatkan lagi usaha memerangi rasuah dan penyalahgunaan kuasa. SUARA HATI RAKYAT Pemimpin politik harus mendengar suara rakyat dan mengambil kira aspirasi dan kebimbangan mereka. Keputusan yang diambil haruslah berlandaskan kepentingan dan kesejahteraan rakyat. Dalam usaha membanteras rasuah dan penyalahgunaan kuasa, perlu ada keterlibatan dan kerjasama daripada semua pihak termasuk kerajaan, pertubuhan masyarakat sivil, institusi penguatkuasaan undang-undang dan rakyat secara amnya. Hanya dengan usaha bersama, kita dapat merangkul budaya keadilan, integriti dan ketelusan dalam semua aspek kehidupan kita. Menangani budaya rasuah dan salah guna kuasa dalam kalangan pemimpin politik adalah tugas yang kompleks dan memerlukan usaha berterusan daripada seluruh maşyarakat. Pendidikan dan kesedaran tentang pentingnya integriti dan tanggungjawab dalam pentadbiran awam perlu ditanamkan dalam kalangan rakyat khususnya generasi muda. Kesedaran dan pelaksanaan konsep walk the talk mestilah menjadi agenda utama semua pemimpin politik negara secara telus dan profesional tanpa mengira parti politik.
ϭϳϱ 78. SURAT DARI PEMBACA- TAMBAH BAIK AKTA ANTILOMPAT PARTI DEMI KESTABILAN POLITIK. 1 Disember 2023 – Utusan Malaysia, Surat Pembaca AKTA Perlembagaan Malaysia (Pindaan) (No.3) 2022 atau lebih dikenali sebagai Akta Anti Lompat Parti yang melarang ahli Parlimen bertukar parti berkuat kuasa pada 6 Oktober 2022. Sejak itu, hampir semua pimpinan parti politik cuba mencari ruang kelemahan akta tersebut untuk kepentingan mereka. Sejak sebulan lepas, ruang manipulasi ini kelihatan terbuka apabila lima ahli Parlimen pembangkang menyatakan sokongan mereka kepada kerajaan tanpa keluar dari parti masing-masing.
ϭϳϲ Rakyat memerhati tindakan ahli Parlimen yang melompat parti atas apa pun alasannya termasuk dakwaan wujud sogokan pengaruh wang, kuasa dan dijanjikan jawatan tertentu. Sikap dan tindakan lompat parti mereka ini secara langsung menggambarkan nilai kesetiaan terhadap parti yang diwakili. Oleh itu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu menyiasat hal ini kerana terdapat video tular daripada pimpinan parti menyatakan ahli Parlimen yang melompat itu telah menyatakan nilai rasuah ditawarkan kepada mereka. Mereka yang gagal melaporkannya juga mesti disiasat dan diambil tindakan mengikut Akta SPRM 2009. Rakyat semakin hilang kepercayaan terhadap ahli Parlimen yang dipilih melalui pilihan raya terutama melibatkan parti tertentu jika perkara ini berterusan. Kerajaan hari ini yang dikatakan berintegriti tinggi dan penuh dengan tata kelola baik semestinya menolak ahli Parlimen yang melompat ini walau apa pun alasan mereka. Kebanyakan ahli Parlimen yang melompat ini mendakwa tindakan menyokong kerajaan demi memastikan mendapat peruntukan mencukupi untuk pembangunan rakyat di kawasan mereka. Setiap parti perlu menguatkan undang-undang tubuh masing-masing bagi memastikan masalah seperti ini tidak lagi berlaku. Jangan kerana masalah dalaman atau kelemahan parti itu sendiri akan menyebabkan negara 'terconteng arang.' Kesetiaan ahli parti yang sering melompat- lompat ini pasti akan berlaku pada masa hadapan jika ia dibiarkan. Difahamkan, parti pembangkang hari inilah yang tidak bersetuju dengan beberapa peruntukan penting akta itu yang telah dimanipulasi pada ketika ini dan mereka sendiri menjadi mangsanya. Akta Anti Lompat Parti di negara ini masih mempunyai ruang penambahbaikan yang perlu disegerakan. Keahlian seseorang ahli Dewan Rakyat tidak boleh dilucutkan sekiranya beliau dipecat, maka terdapat kemungkinan ahli Parlimen tersebut dengan secara curangnya menimbulkan kekacauan di dalam partinya sendiri yang boleh membawa kepada pemecatan. Melalui kaedah ini, maka ahli Parlimen akan dapat mengekalkan keahliannya di Dewan Rakyat sama ada sebagai calon Bebas ataupun menjadi anggota parti lain tanpa perlu mengosongkan kerusinya. Perkara 49A hanya menyentuh keanggotaan ahli Dewan Rakyat di peringkat individu dan bukanlah merangkumi penukaran pendirian parti secara kolektif. Oleh itu, seorang ahli Dewan Rakyat tidak akan dikira sebagai melompat parti sekiranya sesebuah parti politik yang dianggotainya mengambil keputusan untuk menyokong atau menarik sokongan terhadap sesebuah gabungan politik. Kelompangan undang-undang terhadap perkara tersebut adalah amat serius memandangkan sokongan atau penarikan sokongan terhadap sesebuah gabungan politik dapat meruntuhkan atau membentuk sesebuah kerajaan. Pindaan ini penting dalam memastikan matlamat asal Akta Anti Lompat Parti tercapai dan memberikan kestabilan kepada sistem politik Malaysia.
ϭϳϳ 79. AHLI PARLIMEN PERLU ISYTIHAR HARTA BERKALA, DIPANTAU PIHAK BERKUASA. 22 Januari 2023 – Berita Harian - Ahad – Artikel semuka penuh – Ͳ PERLU TINDAKAN PUNITIF JIKA TIDAK ISYTIHAR, GAGAL BERI PENERANGAN MUNASABAH PEROLEHAN HARTA TIDAK SEPADAN PENDAPATAN Ͳ MASIH BANYAK ‘LUBANG TIKUS’ BOLEH DIMANIPULASI DALAM PERATURAN KERAJAAN DENGAN SURAT SOKONGAN MENJADI PUNCA KETIRISAN
ϭϳϴ Kisah Khalifah Kedua, Sayidina Umar al-Khattab RA berkunjung ke rumah Gabenor Syam yang juga Sahabat Nabi SAW, Abu Ubaidah al-Jarrah RA sesuai dipadankan dengan ucapan mutakhir Perdana Menteri yang menyebut kepentingan pengisytiharan harta secara telus, bukan sandiwara ahli politik terutama Ahli Parlimen dan anggota Kabinet. Ucapan ini menjadi isyarat idealisme Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya Malaysia ke arah bebas rasuah dan salah guna kuasa serta mahukan budaya politik berintegriti dan bertanggungjawab, tetapi beliau perlu menekan butang reset Malaysia. Ini peluang terbaik mengangkat semula martabat ahli politik Malaysia terjejas teruk supaya lebih telus dan berintegriti. Parlimen perlu menggubal segera undang-undang mewajibkan semua anggota pentadbiran dan Ahli Parlimen mengisytiharkan harta. la mesti memandatorikan semua Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) berbuat demikian dipilih, manakala pihak berwajib perlu memantau pemilikan harta itu secara berkala. Menerusi undang-undang itu, pihak berwajib dibolehkan menyemak, memantau dan mengambil tindakan penguatkuasaan jika sengaja tidak mahu membuat pengisytiharan harta, termasuk apabila memperoleh harta bernilai tinggi tidak sepadan pendapatan semasa dalam tempoh pelantikan. Justeru, tindakan punitif juga boleh diambil jika mereka memperoleh harta tidak sepadan pendapatan rasmi dan gagal memberi penerangan munasabah. Undang-undang ini pasti menjadikan Ahli Parlimen dan ADUN sebagai pemimpin bersih, bertanggungjawab serta lebih dihormati. Ahli politik perlu menjadi kumpulan bukan sahaja membuat undang-undang, bahkan menentukan apa digubal tidak memberi ruang kepada rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa. Tanpa undang-undang bersifat punitif dan pencegahan, peraturan pentadbiran tidak akan dapat menghalang perbuatan rasuah. Pada masa sama, setiap anggota Kabinet juga perlu diwajibkan menghadiri kursus pengurusan kerajaan untuk memastikan etika dan integriti dalam pengendalian pentadbiran, terutama berkaitan pengurusan tender. Antara elemen penting perlu didedahkan kepada menteri, timbalan menteri serta pegawai kanan seperti setiausaha politik ialah kes rasuah berprofil tinggi yang masih menyelubungi pentadbiran seperti kes penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan SRC International Sdn Bhd. Mantapkan etika, integriti Kursus integriti berkala bukan perkara remeh, sebaliknya penting memastikan kelancaran tadbir urus serta mengenal pasti tindakan boleh mencetuskan salah laku rasuah dan penyelewengan. Tiada apa yang salah untuk anggota Kabinet menyertai kursus berkala pemantapan etika dan integriti kerana kerajaan mesti memulakan proses pendidikan terhadap mengenai kesan dan bahaya rasuah kepada negara, termasuk menunjukkan kajian kes lalu memberi kesan kepada ekonomi, rakyat dan imej negara.
ϭϳϵ Kerajaan Perpaduan kelihatan sering mempromosikan tadbir urus baik terutama berkaitan penjimatan kos, keadaan ekonomi dunia dan cara perbelanjaan terbaik. Usaha PM membanteras campur tangan ahli politik, termasuk menteri dan timbalan menteri dalam urusan perolehan dan tender kerajaan amat disokong ‘Jelas, amalan pengisytiharan harta oleh kakitangan awam bukan baharu atau amalan komunis seperti didakwa sesetengah pihak’ Pada akhir kursus, setiap anggota Kabinet perlu membuat tiga ikrar, iaitu ikrar pengisytiharan harta disahkan Lembaga Hasil Dalam Negara (LHDN), ikrar kepentingan peribadi dan bebas rasuah. Diakui peraturan dalam kerajaan cukup lengkap memastikan salah guna kuasa tidak berlaku, mengawal ketirisan dan salah guna kuasa, tetapi masih ramai melanggar atau tidak mengendahkannya Masih banyak lubang tikus' dimanipulasi pihak tertentu untuk mendapat keuntungan. Laluan utama ketirisan ialah surat sokongan diberikan ahli politik kepada kroni tertentu. Surat sokongan menjadi punca ketirisan apabila mereka menuntut membalas budi terhadap bantuan diberikan syarikat atau pihak tertentu dalam karier politik. Itulah sebab ada syarikat tidak menepati kelayakan pemilihan tender, tetapi memperolehnya berbanding syarikat mempunyai kelebihan modal serta kepakaran, Terdapat banyak kesan positif peraturan pengisytiharan harta anggota Kabinet. Mereka perlu memberi justifikasi kepada pendapatan berlebihan, terpulang kepada rakyat menerimanya atau tidak. Kerajaan juga disaran memperkenalkan kempen khas untuk memperkasa usaha Malaysia mencapai Indeks Persepsi Rasuah (CPI) terbaik dunia menjelang 2030. Sebagai permulaan, semua ahli Kabinet bukan hanya perlu mengisytiharkan harta kepada Perdana Menteri, bahkan masyarakat awam melalui portal bebas, termasuk pegawai berkhidmat kepada menteri atau lantikan politik. Konsep Masyarakat Madani boleh diangkat menjadi teras utama kempen ini. Terdapat banyak pengajaran daripada sejarah Islam boleh dicontohi seperti kisah Sayidina Umar alKhatab melawat rumah Abu Ubaidah Al-Jarrah yang juga Gabenor Syam. Umar menitiskan air mata melihat gaya hidup Abu Ubaidah yang zuhud, sedangkan beliau sangat berkuasa sebagai gabenor kerana rumahnya kecil sahaja dan tiada apa apa pun di dalamnya Namun, sebagai pemimpin, Umar tidak mengecualikan sesiapa pun daripada peraturan dan sistem tadbir urus diamalkan di bawah pentadbiran nya, termasuk Abu Ubaidah sendiri sedangkan Umar tahu sahabat Nabi SAW itu sudah dijamin syurga dan digelar Baginda sebagai 'Amin' atau orang beramanah. Jelas, amalan pengisytiharan harta oleh kakitangan awam bukan baharu atau amalan komunis seperti didakwa sesetengah pihak, sebaliknya ia kaedah tadbir urus dilaksanakan di bawah pentadbiran Umar al-Khatab lagi. Soalnya, mengapakah rasuah masih terus berlaku meskipun pelbagai langkah diambil? Mungkin kaedah pengisytiharan harta oleh pegawai kerajaan dan menteri tidak cukup kuat untuk membendung amalan rasuah semakin menjadi-jadi. Mengapa tidak kaedah tadbir
ϭϴϬ urus pentadbiran Umar ditiru dengan membuat pemeriksaan ke semua rumah pegawai dan menteri kita? Tidak sukar Perdana Menteri mengenal mereka. Hanya perlu pergi ke rumah mereka dan lihatlah gaya hidup. Selepas itu teliti pula pasport mereka termasuk keluarga dan kita akan dapat petunjuk bahawa mereka kerap melancong ke luar negara atau tidak. Namun, sudah tentu sumber kewangan mereka perlu disiasat dahulu kerana mungkin hasil daripada pendapatan perniagaan mereka sebelum ini. Hakikatnya, ketika berkuasa inilah, sifat amanah dan jujur akan diuji. Malah, kegagalan memaklumkan punca perolehan harta boleh disimpulkan sebagai petanda jelas terbabit dengan rasuah
ϭϴϭ BAB 6 FOKUS PILIHANRAYA