ϴϮ “Untuk tangkap Jho Low juga perlu kerjasama antarabangsa kerana dia dilaporkan ada di beberapa negara seluruh dunia. Proses tangkap dan ekstradisi babit kerjasama antara bangsa antara kerajaan Malaysia dan negara-negara di mana dia diduga berada,” kata MCW Perlu sumber daya besar Menurut MCW, terdapat prosedur undang-undang dan politik perlu diikuti dalam kerjasama berkenaan dan tidak semua negara mungkin bersedia atau mampu bekerjasama secara efektif. “Menangkap pelarian bersembunyi perlu sumber daya besar dan kepakaran penyiasatan tinggi, perlu kumpul maklumat risikan tepat, mengesan keberadaan dan membabitkan pasukan terlatih dalam operasi penangkapan.” “Kadang kadang proses ini memerlukan waktu lama dan sumber kewangan besar. Jho Low ada sumber kewangan besar dan diketahui guna kekayaannya untuk mendapatkan perlindungan undang-undang dan proses perundangan,” kata MCW. Jho Low juga mungkin ada rangkaian dan sumber daya membantu menjaga status quo dan elak ditahan, sekali gus usaha menahan dan mengekstradisinya menjadi proses kompleks dan babit pertimbangan undang-undang, diplomasi serta keperluan logistik yang besar. MCW berkata, kerajaan dan pihak berkuasa biasanya bekerja dalam kerangka undang-undang dan protokol antarabangsa ketika memburu penjenayah, membabit pengumpulan bukti mencukupi, penggunaan sistem perundangan secara maksimum dan kerjasama negara lain. “Penting untuk hormati prinsip 'due process' dan patuh prosedur undang-undang dalam menangani kes seperti ini. Akhirnya, keberkesanan usaha tangkap individu seperti Jho Low bergantung pada pelbagai faktor.” “Faktor itu terutama kerjasama antarabangsa, pembuktian vang sahih, pertimbangan politik dan peruntukan kewangan yang mencukupi,” kata MCW
ϴϯ 37. BERKENAAN VIRAL DI LAMAN MEDSOS FITNAH ANGGOTA POLIS TERIMA RASUAH 24 Jun 2023 - ŚƚƚƉƐ͗ͬͬĐŽƌƌƵƉƚŝŽŶǁĂƚĐŚ͘ŵLJͬďůŽŐͬϮϬϮϯͬϬϲͬϮϱͬƌĞƐƉŽŶƐͲŵĞĚŝĂͲŵĐǁͲƚĞƌŚĂĚĂƉͲ ŬŽŵĞŶͲŬĞŶĂƉĂͲƌĂƐƵĂŚͲƐĞŽůĂŚͲƐŝŶŽŶŝŵͲĚĞŶŐĂŶͲĂŶŐŐŽƚĂͲƉĞŶŐƵĂƚŬƵĂƐĂ SOALAN WARTAWAN Hari ni viral video di tik tok katanya fitnah anggota polis terima rasuah. Boleh MCW bagi komen berhubung perkara tersebut. Anggota penguatkuasa kerap dikaitkan dengan masalah ini. Harap MCW dapat komen kenapa rasuah seolah sinonim dengan mereka dan bagaimana mahu mengubah persepsi masyarakat mengenai perkara tersebut. RESPONS MCW Jika ianya fitnah maka mangsa perlu buat laporan kepada pihak MCMC untuk mengesan pemula fitnah tersebut dan tindakan sewajarnya mengikut kanun keseksaan perlu diambil. Biasanya, kerana nila setitik masa rosak susu sebelanga. Persepsi masyarakat terhadap anggota penguatkuasa mengambil rasuah dipengaruhi oleh beberapa faktor. Terdapat banyak kejadian yang agak menonjol yang melibatkan anggota penguatkuasa sering menarik perhatian media dan menjadi tumpuan awam. Kes-kes ini sering dibincangkan secara meluas yang mengakibatkan anggapan bahawa rasuah adalah sesuatu yang sering berlaku dalam kalangan penguatkuasa. Anggota penguatkuasa mempunyai tanggungjawab untuk mengekalkan ketertiban dan keadilan dalam masyarakat. Apabila terdapat pelanggaran integriti oleh pihak yang sepatutnya melaksanakan undang-undang, hal ini menimbulkan rasa kecewa dan ketidakpercayaan dalam masyarakat terhadap institusi tersebut. Satu sahaja kes rasuah yang melibatkan seorang anggota penguatkuasa sudah cukup untuk merosakkan reputasi institusi secara keseluruhan. Untuk mengubah persepsi masyarakat mengenai rasuah dan anggota penguatkuasa, langkah-langkah berikut boleh diambil: Penguatkuasa perlu menunjukkan komitmen mereka terhadap ketelusan dan kebertanggungjawaban (akauntabiliti). Mereka harus memastikan bahawa siasatan dan tuduhan kes rasuah melibatkan anggota mereka dilakukan secara objektif dan adil. Agensi penguatkuasaan perlu mengamalkan sistem pelaporan dan mekanisme pengawasan dalaman yang kukuh boleh membantu mengurangkan peluang terjadinya rasuah. Penting bagi para pegawai penguatkuasa untuk menjalani latihan etika, integriti, dan anti-rasuah secara berkala. Pendidikan ini akan membantu meningkatkan kesedaran mereka terhadap bahaya dan akibat rasuah serta memberikan alat dan strategi untuk mengelakkan situasi yang rentan terhadap rasuah. Masyarakat juga perlu terlibat dalam usaha memerangi rasuah. Program pendidikan dan kesedaran awam tentang kepentingan melaporkan tindakan rasuah serta perlindungan yang diberikan kepada pihak yang melapor, boleh membantu membina budaya tidak toleransi terhadap rasuah. Sistem keadilan negara mesti tegas dan keras terhadap anggota penguatkuasa yang terlibat dengan rasuah.
ϴϰ Hukuman yang tegas dan adil kepada pelaku rasuah terutamanya kepada anggota penguatkuasa akan menghantar mesej bahawa rasuah tidak akan ditoleransi dan ini akan membantu membina kepercayaan masyarakat terhadap proses perundangan. Media juga memainkan peranan penting dalam membentuk persepsi masyarakat. Melalui liputan yang objektif dan tepat, media boleh membantu mengungkapkan kes rasuah dan memperjuangkan kepentingan masyarakat. Penting bagi media untuk beroperasi dengan bebas agar dapat melaporkan pelbagai kes dengan adil dan tepat. SOALAN WARTAWAN Mohon comments dari MCW. As of late, ada banyak cases di Malaysia yang kita dah ‘launch investigations’ tapi senyap je lepastu. Seperti contoh, kes Menteri Sumber Manusia, tiada ‘update’ dan juga kes tahun lepas yang MACC sedang siasat satu ‘former minister’ dan ‘businessman’ dengan title ‘datuk seri’. Tuan maybe boleh share comments dan pendapat tuan? Adakah wajar untuk pihak berkuasa update kita from time to time tentang status case? Terima kasih tuan! RESPONS MCW Agensi Penguatkuasa memainkan peranan penting dalam menyiasat kes dan memastikan penguatkuasaan undang-undang. Mereka diharapkan untuk menyediakan kemaskini secara berkala mengenai status siasatan, kekerapan dan tahap kemaskini namun ianya pasti berbeza bergantung kepada beberapa faktor, termasuk pertimbangan undang-undang, sifat kes, dan dasar serta amalan agensi yang khusus. MCW melihat komitmen positif SPRM dalam menyediakan akses kepada rakyat untuk mengetahui perkembangan terkini sesuatu kes yang penting atau menarik perhatian umum melalui ruangan Garis Masa Kes atau Timeline of Cases (TOC) di dalam portal rasmi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Inisiatif bermula pada awal Mei 2023 yang lepas memperlihatkan keterbukaan mereka dalam menjalankan tugasan. Memandangkan ianya satu perkara yang baharu, mungkin ada kes-kes yang masih ketinggalan. MCW ingin cadangkan agar satu ruangan khas disediakan untuk rakyat cadangkan kemas kini kes yang mereka ingin ikuti atau ketahui dilaman web tersebut. Berikut adalah beberapa peranan yang perlu dilakukan oleh agensi penguatkuasa berkaitan dengan kemaskini kes: 1. Pelaporan Awal: Apabila kes dilancarkan, agensi penguatkuasa biasanya mengeluarkan laporan atau kenyataan awal yang menyediakan maklumat asas tentang kes tersebut, seperti insiden, individu yang terlibat dan sebarang butiran yang relevan. Ini bertujuan untuk memberi maklumat kepada orang awam mengenai siasatan tersebut. 2. Pengumuman Media: Agensi penguatkuasa boleh mengeluarkan pengumuman media pada peringkat-peringkat penting siasatan untuk memberi kemaskini kepada orang ramai mengenai sebarang perkembangan, seperti bukti baru, penahanan, pertuduhan atau pencapaian penting. Pengumuman media ini membantu mengekalkan ketelusan dan memberi maklumat kepada orang ramai. 3. Sidang Media: Dalam kes-kes yang mendapat perhatian besar atau menarik minat awam yang signifikan, agensi penguatkuasa mungkin perlu mengadakan sidang media untuk memberi kemaskini dan menjawab sebarang kebimbangan atau soalan daripada media atau
ϴϱ orang ramai. Ini membolehkan komunikasi secara langsung dan penjelasan mengenai perkara penting. 4. Saluran Rasmi: Agensi penguatkuasa kerap mempunyai laman web rasmi atau akaun media sosial melalui mana mereka menyampaikan maklumat. Saluran-saluran ini mungkin dikemaskini secara berkala dengan kemaskini berkaitan kes, memastikan aksesibiliti yang lebih luas kepada orang ramai. 5. Permintaan Maklumat: Ahli awam, termasuk wartawan dan orang ramai yang berkepentingan, boleh meminta kemaskini mengenai kes melalui saluran rasmi, seperti mengemukakan permintaan maklumat di bawah undang-undang kebebasan maklumat. Agensi penguatkuasa biasanya diwajibkan untuk memberi respons dalam tempoh yang ditetapkan, walaupun beberapa maklumat mungkin ditahan jika ia membahayakan siasatan yang sedang berlangsung atau mengancam prosedur undang-undang. Penting untuk diperhatikan bahawa terdapat kes tertentu yang mungkin tertakluk kepada sekatan undang-undang atau keperluan kerahsiaan, terutama jika melibatkan maklumat sensitif, operasi yang sedang berjalan atau kemungkinan membahayakan siasatan atau privasi individu yang terlibat. Walau bagaimanapun, agensi penguatkuasa umumnya berusaha mencapai keseimbangan antara pertimbangan ini dan hak orang awam untuk mendapat maklumat. Tahap kemaskini yang diberikan oleh agensi penguatkuasa pasti berbeza-beza dan adalah penting bagi mereka untuk mematuhi undang-undang dan peraturan yang relevan sambil mengekalkan ketelusan dan akauntabiliti kepada orang ramai.
ϴϲ 38. KOMEN MCW BERHUBUNG KENYATAAN PERDANA MENTERI YANG INGATKAN MENTERI, PEGAWAI HINDARI RASUAH. 20 Julai 2023 - Temubual Bersama Wartawan https://www.sinarharian.com.my/article/269224/khas/rasuah-busters/amaran-pm-bantukekang-rasuah-ikan-bilis-jerung AMARAN PM BANTU KEKANG RASUAH 'IKAN BILIS', 'JERUNG' SHAH ALAM - Amaran yang diberikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada semua menteri kabinet dan pegawai kementerian supaya menghindari sebarang bentuk salah laku dapat mengekang masalah rasuah secara menyeluruh, bukan sahaja di peringkat bawahan tetapi juga pihak atasan. Pengerusi Rasuah Busters Perlis, Nor Halmey Hamdah berkata, dahulu penangkapan berhubung rasuah dilihat hanya tertumpu kepada 'ikan bilis', namun sekarang diharapkan ia turut menyasarkan 'jerung'. "Bagi saya sebelum ini orang pertikaikan asyik tangkap ketua jabatan, orang atas tiada yang berani beri amaran. Kali ini bila Perdana Menteri cakap begitu, ia menunjukkan beliau komited untuk tangani masalah tersebut. "Kita tidak mahu orang bawah sahaja ditakut-takutkan, sedangkan di peringkat atasan dibiarkan. Kalau kepala betul, ekornya pasti betul," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Khamis. Pada rabu, sempena sambutan Maal Hijrah, Anwar menegaskan, pihaknya sentiasa bekerjasama dengan polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi memantau dan memberi laporan sekiranya terdapat kes rasuah dan salah guna kuasa di peringkat kementerian. Sementara itu, Presiden Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW), Jais Abdul Karim berpendapat, untuk memastikan kesan berkekalan dalam membanteras rasuah, kerajaan perlu konsisten melaksanakan langkah-langkah yang holistik dan berterusan. "Pelbagai reformasi institusi perlu disegerakan. Dengan usaha berterusan dan langkah-langkah yang berkesan, kita pasti dapat maju ke arah negara yang bersih serta bebas daripada rasuah. "Penting juga diingatkan bahawa membanteras rasuah adalah tanggungjawab bersama dan memerlukan usaha semua pihak terutamanya pihak kerajaan, pertubuhan masyarakat sivil serta rakyat Malaysia secara keseluruhan," jelasnya. Tambah Jais, hebahan yang dilakukan oleh Perdana Menteri adalah langkah positif untuk memerangi rasuah dalam kalangan ahli politik negara ini. "Ingatan demi ingatan daripada beliau mengenai amalan bebas rasuah adalah penting bagi memastikan pentadbiran yang bersih dan berintegriti dalam kerajaan hari ini.
ϴϳ "Selain itu, kerjasama dari Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyemak dan menyiasat kes jenayah yang melibatkan menteri serta pegawai kementerian adalah langkah penting untuk menunjukkan keseriusan kerajaan dalam menangani kes rasuah," katanya. Respons asal MCW Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW), mengalu-alukan komitmen dan tindakan Perdana Menteri untuk sentiasa mengingatkan menteri dan pegawai mereka untuk menghindari rasuah. Hebahan beliau adalah langkah positif dalam usaha untuk memerangi rasuah di kalangan ahli politik dalam negara ini. Ingatan demi ingatan dari beliau mengenai amalan bebas rasuah adalah penting dalam usaha memastikan pentadbiran yang bersih dan berintegriti dalam kerajaan. Seruan PM untuk meminta pihak yang terlibat dalam amalan rasuah berhenti serta-merta daripada meneruskan perkhidmatan dalam Kerajaan Perpaduan menunjukkan komitmen untuk mewujudkan budaya integriti dan ketelusan dalam kerajaan hari ini. Selain itu, kerjasama dari PDRM untuk menyemak dan menyiasat kes jenayah yang melibatkan menteri dan pegawai kementerian adalah langkah penting untuk menunjukkan keseriusan kerajaan dalam menangani kes rasuah dan menjaga kredibiliti menteri Kerajaan Perpaduan. Walaupun tindakan ini adalah langkah yang baik, menangani rasuah adalah usaha yang berterusan dan melibatkan banyak aspek lain. Untuk memastikan kesan yang berkekalan dalam membanteras rasuah, kerajaan perlu konsisten melaksanakan langkah-langkah yang holistik dan berterusan. Pelbagai reformasi institusi perlu disegerakan. Penting untuk diingatkan bahawa membanteras rasuah adalah tanggungjawab bersama dan memerlukan usaha semua pihak terutamanya pihak kerajaan, pertubuhan masyarakat sivil dan rakyat Malaysia secara keseluruhan. Dengan usaha berterusan dan langkah-langkah yang berkesan, kita pasti dapat maju ke arah negara yang bersih dan bebas dari rasuah.
ϴϴ 39. BERKENAAN PENGUMUMAN PM YANG MENSASARKAN MALAYSIA AKAN MENJADI ‘TOP 25 NATION DALAM CPI’ 28 Julai 2023 – Respons Media - ŚƚƚƉƐ͗ͬͬŵĂůĂLJƐŝĂŐĂnjĞƚƚĞ͘ĐŽŵͬϮϬϮϯͬϬϳͬϮϳͬƐĂƐĂƌĂŶͲŵĂůĂLJƐŝĂͲ ŶĞŐĂƌĂͲϮϱͲƚĞƌĂƚĂƐͲĐƉŝͲƉĞƌůƵͲŬŽŵŝƚŵĞŶͲƚŝŶŐŐŝͲŵĐǁ MCW memandang positif pengumuman YAB Perdana Menteri Malaysia berkenaan hasrat untuk menjadikan Malaysia sebagai salah sebuah negara teratas dalam carta Indeks Persepsi Rasuah (CPI). Hasrat ini sangat penting disokong untuk dilaksanakan supaya usaha ini dapat dibuktikan bukan sekadar retorik. Iltizam ini memerlukan komitmen yang tinggi dan perlu diperhebatkan dengan langkah-langkah yang kukuh dari pihak kerajaan dalam melaksanakan reformasi bagi mengatasi isu rasuah secara menyeluruh. Penting bagi pihak kerajaan memberi maklumat yang jelas tentang langkahlangkah yang akan diambil untuk mencapai matlamat ini. Ketelusan maklumat dalam melaksanakan proses reformasi ini perlu sentiasa dimaklumkan mengenai perkembangannya dari semasa ke semasa bagi memastikan kesahihannya mengukur kemajuan. Sokongan dari semua pihak amat penting bagi mencapai matlamat besar ini termasuklah kerjasama dengan agensi antirasuah dan badan penguatkuasaan yang lain. Selain itu, peruntukan yang mencukupi perlu disediakan untuk menguatkuasakan undang-undang dan institusi dalam usaha memerangi rasuah. Penglibatan aktif masyarakat awam dan media amat penting untuk mengawasi serta menyemak tindakan kerajaan ataupun pihak berkuasa dalam melaksanakan usaha pencegahan rasuah ini. Kebebasan media dan ketelusan dalam mendedahkan isu rasuah dapat memastikan akauntabiliti yang lebih baik. Akhirnya, kejayaan untuk mencapai matlamat ini akan diukur oleh tindakan yang diambil dan hasil yang diperoleh. Peningkatan dalam CPI perlu disokong oleh data dan bukti yang jelas mengenai penurunan rasuah secara nyata dalam pelbagai bidang, seperti dalam sektor awam, sektor swasta dan institusi berkepentingan. Dengan komitmen dan langkah-langkah yang tepat, Malaysia berpeluang untuk meningkatkan kedudukan dalam CPI dan membina negara yang lebih berintegriti dan bebas daripada rasuah.
ϴϵ 40. BERHUBUNG TEGURAN LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA 12 Oktober 2023 – Temubual wartawan LKAN: Lakukan penambahbaikan efisien — MCW KUALA LUMPUR — Berdasarkan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN), Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW) mencadangkan agar kerajaan dan kementerian melakukan penambahbaikan secara efisyen dan telus bagi memastikan tiada sebarang teguran yang boleh menjatuhkan imej negara. Antaranya beberapa langkah perlu dilaksanakan dengan lebih teliti termasuk memperkenalkan mekanisme pemantauan yang lebih ketat untuk memastikan tindakan tegas diambil berdasarkan teguran tersebut. Menurut Presiden MCW, Jais Abdul Karim, selain itu langkah mewajibkan kementerian dan agensi mengemukakan pelan tindakan yang jelas untuk menangani isu-isu yang dicungkil atau dikesan dalam laporan tersebut perlu dilakukan. “Langkah lain adalah meningkatkan kerjasama antara kementerian dan Jawatankuasa Kira-Kira Kerajaan (PAC) untuk memastikan tindakan segera dan berkesan diambil. “Setiap menteri juga diminta agar lebih tegas memainkan peranan dengan lebih prihatin dan meneliti secara serius setiap teguran menerusi LKAN tersebut terutamanya berkaitan perbelanjaan, ketirisan atau tidak menepati syarat serta peraturan dalam peruntukan kewangan atau agensi yang terlibat,” katanya. Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan bagi mengulas LKAN yang diumumkan baru-baru ini. Jais berkata, sebagaimana yang semua pihak maklumi bahawa LKAN yang dibentangkan setiap tahun masih terdapat teguran-teguran yang perlu diambil tindakan sewajarnya. MCW jelasnya, melihat perkara tersebut mungkin disebabkan oleh beberapa faktor seperti kelemahan dalam pengurusan dan pelaksanaan oleh beberapa agensi kerajaan. “Masalah dalam pematuhan undang-undang dan peraturan, kelemahan dalam kawalan dalaman dan berkemungkinan terdapat beberapa pihak yang mengambil mudah atau kurang berminat untuk mengatasi isu-isu yang dikesan dalam LKAN atas dasar kepentingan peribadi atau kartel turut ditegur.
ϵϬ “Selain itu teguran mungkin disebabkan kurang pengawasan, membiarkan ketirisan dan menyerah kepada syarikat yang tidak mengikut peraturan yang ditetapkan,” ujarnya. Jelasnya lagi, sekiranya dalam isu LKAN wujud kes yang mengandungi elemen atau indikasi salah guna kuasa adalah wajar untuk melibatkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM). SPRM katanya, memang bertanggungjawab untuk menyiasat kesalahan rasuah dan salah guna kuasa, manakala Polis Diraja Malaysia (PDRM) bertanggungjawab untuk menangani aspek jenayah dalam hal tersebut. “MCW juga berpendapat gabungan dan kerjasama dua agensi penguatkuasaan SPRM dan PDRM amat penting untuk memastikan proses semak dan imbang dapat menjaga integriti, akauntabiliti pentadbiran kerajaan dilindungi di bawah peruntukan undang-undang yang adil dan saksama. “Sewajarnya kerjasama semua agensi dan kementerian yang terlibat dapat disepadukan mengikut tata kelola serta panduan yang digariskan dengan matlamat yang sama. Kementerian Kewangan (MOF) perlu lebih efisyen dalam mengetuai sesuatu tugasan dan meneliti semua laporan LKAN bagi memastikan setiap kementerian serta jabatan patuh terhadap teguran berkenaan agar tidak berulang lagi pada masa akan datang,” tegasnya. — BebasNews
ϵϭ 41. HUKUMAN MATI UNTUK PENYELUDUP PATI? 13 Oktober 2023 – Rencana @ Nukilan Presiden Dalam Utusan Malaysia MALAYSIA adalah sebuah negara yang terkenal dengan kepelbagaian budaya, sumber alam dan keramahan penduduknya serta merupakan destinasi cukup menarik bagi warga asing. Namun, keindahan dan peluang yang ditawarkan itu juga membawa risiko cukup besar, iaitu kebocoran di sempadan negara. Kelemahan ini telah lama menjadi perhatian dan masih berlanjutan dewasa ini dengan isu utama sentiasa muncul ialah aktiviti rasuah dan salah guna kuasa dalam kalangan pegawai agensi penguatkuasaan yang bertugas di pintu sempadan. la bukan sekadar menimbulkan
ϵϮ kebimbangan terhadap rasuah tetapi juga membuka pintu kepada aktiviti lain seperti pengedaran dadah, penyeludupan senjata api dan ancaman terorisme. Isu utama yang menyaksikan kebocoran di pintu sempadan negara ialah rasuah. Menurut laporan, pegawai-pegawai agensi penguatkuasaan bermula dari gred terendah telah terlibat bekerjasama dengan sindiket atau kartel penyeludupan warga asing secara haram. Faktor kelemahan sistem pengurusan Jabatan Imigresen (JIM) juga sering diperkatakan dan masih lagi berlaku terutama kerana kerajaan mengalami masalah kewangan untuk menambah baiknya. Jumlah pendatang asing tanpa izin (PATI) yang semakin membengkak pasti akan memberi impak sosial dan ekonomi serta menyulitkan tugas anggota penguat kuasa, tambahan pula kecenderungan mereka untuk melakukan jenayah cukup tinggi. CADANGAN PENYELESAIAN JANGKA PANJANG 1. Kerjasama dan koordinasi antara agensi penguatkuasaan perlu diperhebatkan. Kerjasama dan pertukaran maklumat antara agensi adalah kunci untuk menangani masalah ini secara holistik. 2. Teknologi canggih. Penggunaan teknologi seperti pengesan gerakan, kamera pengawasan dan sistem pemantauan sempadan perlu ditingkatkan. Projek pengecaman muka dan data besar serta penggunaan dron perlu dilaksanakan segera atau ditambah baik. 3. Pendidikan dan kesedaran mengenai bahaya penyeludupan manusia perlu ditingkatkan dalam kalangan masyarakat yang tinggal di sempadan dan warga asing itu sendiri. Program penerangan dan kempen kesedaran dapat membantu mengurangkan permintaan dan menghalang individu daripada terlibat dalam aktiviti penyeludupan. 4. Penguatkuasaan undang-undang tegas. Pengenalan hukuman mati mungkin diperlukan untuk memberi amaran yang serius kepada penyeludup PATI. CADANGAN PENYELESAIAN JANGKA PENDEK 1. Pemindahan pegawai berisiko tinggi. Ini akan membantu mengurangkan peluang penyalahgunaan kuasa dan rasuah dalam kalangan pegawai imigresen. Di Indonesia, jika ada aduan terhadap pegawai imigresen, mereka akan dipindahkan serta-merta dalam tempoh 24 jam dengan jarak minimum 1,000 kilometer dari lokasi sekarang! Pegawai integriti dan pegawai perisik Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu ditempatkan segera di agensi-agensi penguat kuasa berkenaan dan di pintu sempadan kerana masalah ini makin serius dan perlu dikekang segera. Hukuman bersifat tatatertib sudah tidak lagi berkesan. Mereka gembira dan tertawa dengan hukuman ini! Mereka mesti dicaj dengan kesalahan jenayah yang memerlukan hukuman sebat dan penjara tempoh lama agar pegawai lain sedia ada takut untuk mengulangi kesalahan tersebut. Prosedur lebih ketat diperlukan bagi memastikan individu atau pegawai di lapangan terbang yang bebas keluar masuk kawasan larangan diperiksa semula latar belakang bagi memastikan mereka tidak menjadi mangsa manipulasi penjenayah. Cadangan untuk memakai kamera badan oleh pegawai-pegawai penguatkuasaan adalah satu tindakan berkesan bagi
ϵϯ memantau dan merakam aktiviti di pintu sempadan. Contoh keberkesanannya di Amerika Syarikat dan negara-negara Eropah menambah keyakinan terhadap cadangan ini. 2. Pemulangan pasport tamat tempoh. Pemulangan pasport Malaysia yang tamat tempoh kepada JIM adalah satu tindakan yang berpotensi untuk mengelak penyalahgunaan dan pemalsuan maklumat oleh warga asing. 3. Kad pengenalan khas. Mengeluarkan kad pengenalan khas untuk setiap pemegang paspot asing yang masuk ke Malaysia adalah satu cara untuk memudahkan pengesanan dan meminimumkan penipuan. 4. Sistem pengesan khas. Melaksanakan sistem pengesan khas dalam paspot pekerja asing adalah satu cara untuk memastikan maklumat yang diberikan adalah tepat dan tiada penipuan atau pemalsuan dilakukan. 5. Penggunaan cap kod bar. Menggantikan cap keselamatan dengan sistem kod bar di kaunter imigresen adalah langkah teknologi yang lebih canggih dan lebih sukar untuk dipalsukan. 6. Sijil menduduki premis. Mengeluarkan sijil menduduki premis atau sijil kebenaran menduduki atau menyewa premis kepada warga asing adalah cara untuk memantau kehadiran mereka secara sah. Isu kebocoran di pintu sempadan negara adalah satu cabaran serius perlu diatasi segera. Aktiviti rasuah oleh pegawai-pegawai agensi penguatkuasaan adalah satu komponen utama yang perlu diselesaikan. Dengan kerjasama lebih baik antara agensi, penggunaan teknologi, pendidikan awam dan penguatkuasaan undang-undang yang tegas, kita boleh memastikan keselamatan dan kedaulatan negara terjamin. Ini menjadikan Malaysia sebuah destinasi yang aman dan sentiasa menjadi pilihan pelancong asing. Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW) yakin jika cadangan-cadangan ini dapat dilaksanakan dengan berkesan, kita mampu untuk menutup peluang atau ruang bagi kemasukan PATI. Penguatkuasaan undang-undang juga harus diberi perhatian serius untuk membendung sebarang aktiviti rasuah dan penyalahgunaan kuasa dalam agensi penguatkuasaan di sempadan. Masalah ini memerlukan tindakan segera yang berani. Keberanian dan ketangkasan pelaksanaan tindakan tegas serta langkah-langkah segera yang dicadangkan oleh MCW ini adalah perkara diperlukan untuk memastikan keselamatan dan kedaulatan negara terjamin. Cadangan di atas adalah satu panggilan kecemasan kepada semua pihak berkuasa untuk bertindak dengan pantas demi kebaikan negara dan keselamatan rakyat.
ϵϰ 42. KERAJAAN PERLU ADA MEKANISME PANTAU DANA ELAK RASUAH, KETIRISAN 25 Oktober 2023 – Rencana @ Nukilan Presiden Dalam Berita Harian Ͳ Kita juga mahu audit dilaksanakan berterusan dengan pemeriksaan bebas dibuat terhadap penggunaan dana awam Ͳ Tidak boleh ada sebarang ruang menjurus kepada pengkhianatan terhadap amanah dan kepercayaan n diletakkan diletakkan rakyat dan negara Isu tata kelola lemah dan bantuan lesap serta ketirisan antara masalah utama setiap kali belanjawan tahunan dibentangkan. Rakyat menaruh harapan tinggi untuk melihat insentif, bantuan dan peruntukan dalam Belanjawan 2024 dilaksanakan dengan berkesan, telus dan mencapai sasaran. Kita bersyukur apabila Perdana Menteri meletakkan 'Tatakelola Terbaik Demi Ketangkasan Perkhidmatan' sebagai antara formula penting belanjawan ini. Saya bersama
ϵϱ seluruh ahli MCW teliti mengikuti Belanjawan 2024 kerana ia cukup penting dan kritikal untuk rakyat serta negara. Peningkatan taraf hidup rakyat dan menjaga kestabilan ekonomi negara menjadi matlamat utama belanjawan ini. Bagi mencapai matlamatnya, integriti, ketelusan dan pencegahan rasuah adalah aspek sangat penting, sekali gus memerlukan beberapa langkah demi memastikan tiada unsur salah tadbir urus. Penyelewengan, pembaziran, rasuah, suapan, nepotisme dan kronisme Kerajaan perlu komited memastikan agensi penguatkuasaan seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mempunyai peruntukan dan autonomi mencukupi untuk menjalankan tanggungjawab dengan berkesan, sekali gus bebas daripada campur tangan politik. Setiap proses tender perlu dipastikan secara terbuka dan jelas, manakala maklumat kontrak dan perbelanjaan awam mudah diakses orang ramai. Pada masa sama pelapor yang melaporkan rasuah dan ketidakpatuhan mesti digalakkan serta dilindungi termasuk mewujudkan saluran selamat dan rahsia. Kita juga mahu audit dilaksanakan berterusan dengan pemeriksaan bebas dibuat terhadap penggunaan dana awam. Penjawat awam pula perlu diberikan lebih banyak latihan dan kursus kesedaran serta pendidikan. Penting juga untuk menteri dan pegawai mereka mengisytiharkan harta dan menandatangani pengisytiharan tiada konflik kepentingan di kementerian masing-masing dengan segera. Dengan memastikan sistem pentadbiran bebas daripada rasuah dan amalan merugikan, kerajaan dapat memastikan sumber awam digunakan sebaiknya untuk kepentingan rakyat. Fokus utama sekarang ialah sejauh mana jentera pentadbiran kerajaan dapat merealisasikan segala perancangan dan inisiatif dikemukakan dalam belanjawan agar sampai kepada golongan sasar dan rakyat dapat merasai impak serta hasil belanjawan ini Harus diingat, kegawatan dunia hari ini hampir melumpuhkan sistem ekonomi dengan masih ramai rakyat tiada pekerjaan, hilang sumber pendapatan dan sedang bergelut meneruskan kelangsungan hidup. Kerajaan perlu membuktikan bahawa mereka sentiasa menjunjung prinsip dan amalan tadbir urus baik. Kita tidak mahu lagi mendengar pelbagai rungutan daripada segenap lapisan masyarakat mengenai projek atau program dirancang serta peruntukan diluluskan dalam belanjawan tidak sampai sepenuhnya kepada golongan sasar. Ini kerana ia menunjukkan ketirisan serius pada peringkat pelaksanaan hingga rakyat tidak dapat menikmati manfaat yang sewajarnya diterima berdasarkan peruntukan belanjawan sepenuhnya. Kita juga memohon kerajaan memastikan setiap kementerian, agensi dan penjawat awam diberi amanah untuk menjayakan intipati belanjawan, dapat melaksanakan tanggungjawab dengan telus dan berpaksikan prinsip integriti utuh. Tulang belakang kerajaan Hal ini penting kerana kelompok pelaksana ialah tulang belakang kerajaan terbabit secara langsung dalam aspek pelaksanaan segala dasar dan inisiatif demi kesejahteraan rakyat serta pembangunan negara. Secara prinsipnya, kita berharap elemen integriti terus menjadi pegangan dan amalan setiap penjawat awam supaya semua dirancang dapat dilaksanakan tanpa sebarang unsur rasuah, salah guna kuasa, ketirisan dan penyelewengan.
ϵϲ Harus diingat segala peruntukan belanjawan ini membabitkan duit rakyat diamanahkan demi manfaat bersama. Tidak boleh ada sebarang ruang menjurus kepada pengkhianatan terhadap amanah dan kepercayaan diletakkan rakyat dan negara. Penjawat awam dan agensi kerajaan perlu membuktikan integriti menjadi perisai ampuh, sekali gus terus membantu kerajaan melaksanakan reformasi ekonomi dirancang dan memastikan golongan sasaran memperoleh manfaat sewajarnya. Kita juga dapati ada beberapa projek dengan peruntukan besar akan dilaksanakan pada tahun hadapan dilihat bakal memberi impak langsung kepada kesejahteraan rakyat dan ketahanan ekonomi negara. Semua agensi terbabit perlu memastikan projek mesra rakyat dilaksanakan dengan segera, telus dan efisien tanpa sebarang unsur, ketirisan dan penyelewengan. Hakikatnya, bukan hanya MCW, bahkan semua rakyat mahu melihat kerajaan akan meletakkan amalan tadbir urus baik sebagai agenda utama dalam menjayakan belanjawan kali ini. Tadbir urus baik adalah kunci kejayaan bukan saja Belanjawan 2024, tetapi pentadbiran kerajaan secara keseluruhannya. Penting untuk memastikan peruntukan dalam Belanjawan 2024 dilaksanakan dengan berkesan dan bebas daripada rasuah serta penyelewengan. Beberapa langkah boleh diambil untuk memastikan tujuan itu dicapai. x Pertama, tetapkan mekanisme pemantauan berkesan untuk mengawasi pelaksanaan peruntukan dalam Belanjawan 2024. Pemantauan ini harus mencakupi setiap perbelanjaan, termasuk dilakukan agensi dan jabatan kerajaan. x Kedua, setiap perbelanjaan dan program dirancang dalam belanjawan perlu diselaraskan dengan matlamat serta objektif ditetapkan kerajaan untuk memastikan bahawa semua sumber diperuntukkan digunakan untuk tujuan tepat. x Ketiga, semua transaksi dan perbelanjaan perlu direkodkan dan dilaporkan secara telus. Rekod ini akan membolehkan pemeriksaan dan audit lebih baik untuk memastikan bahawa penyelewengan atau ketirisan berlaku. x Keempat, agensi kerajaan dan penjawat awam perlu mendapat pendidikan dan latihan mengenai kepentingan integriti dalam pentadbiran awam. Mereka perlu memahami impak negatif rasuah dan penyelewengan terhadap rakyat dan negara. x Kelima, tindakan undang-undang tegas perlu diambil terhadap sesiapa terbabit dalam rasuah atau penyelewengan. Ini termasuk tuntutan semula (denda) dan hukuman yang tegas bagi mereka yang melakukan perbuatan itu. x Keenam, masyarakat perlu diberi peluang untuk mengawasi penggunaan dana awam dan melaporkan sebarang penyelewengan yang mereka saksikan. Laksana tanggungjawab dengan cekap Setiap jabatan, agensi dan entiti kerajaan perlu memastikan setiap sen belanjawan ini akan dibelanjakan tanpa ketirisan, bebas rasuah dan penyelewengan. Dalam hal ini, kerajaan perlu ada mekanisme pemantauan dan penyelarasan setiap perbelanjaan dirancang, disusun dan diperuntukkan untuk dicatat dan direkodkan, bertepatan dengan apa digariskan. Paling penting, agensi dan jabatan serta penjawat awam berkaitan diharap dapat melaksanakan tanggungjawab dengan cekap dan berintegriti. Adalah penting setiap dana dalam Belanjawan 2024 digunakan untuk kepentingan rakyat dan pembangunan negara. Ini memerlukan kecekapan, ketelusan dan integriti dalam pentadbiran awam. Jika semua langkah ini diambil dengan serius, Belanjawan 2024 boleh menjadi alat berkesan untuk meningkatkan taraf hidup rakyat tanpa adanya rasuah atau penyelewengan.
ϵϳ 43. ‘WAJARKAH SAMAKAN PERASUAH DENGAN ZIONIS ISRAEL’ 8 November 2023 – Rencana @ Nukilan Presiden Dalam Utusan Malaysia PEMERHATI Rasuah Malaysia (MCW) melihat wujud persamaan antara kekejaman Zionis Israel dengan tindakan kejam perasuah di negara ini. Tindakan perasuah yang pentingkan diri sendiri menyebabkan kerosakan ketamadunan negara dan menghapuskan segala kerja keras generasi ini. Perasuah telah merampas hak orang lain untuk kepentingan diri mereka sendiri, sama seperti tindakan Zionis di Palestin. Terdapat pertanyaan daripada pencinta gerakan rasuah, adakah ini bermaksud perasuah berbangsa Melayu dan beragama Islam sama taraf dengan Yahudi Zionis yang jelas dilaknat Allah? Sabda Rasulullah SAW bermaksud: "Rasulullah melaknat pemberi dan penerima rasuah." (Hadis riwayat Al-Imam Ahmad).
ϵϴ Perkataan yang digunakan adalah 'laknat! Bererti perbuatan rasuah adalah perlakuan amat terkutuk sehingga dilaknat oleh Allah dan Rasul. Dengan sebab itu, al-Imam al-San'ani dan al- Zahabi meletakkan kumpulan perasuah ini sebagai pelaku dosa besar. BANGSA ATAU AGAMA Masalah rasuah tidak ada kena mengena dengan bangsa atau agama individu yang terjerumus. Hakikatnya, ramai mengeluh orang Melayu-lah paling ramai terlibat dengan rasuah. Majoriti penjawat awam yang meminta dan menerima rasuah adalah Melayu. DUA ISU BERBEZA Ramai juga kurang bersetuju dengan perbandingan antara perilaku dan kesalahan perasuah di negara ini dengan kekejaman Zionis Israel kerana ia dikatakan dua isu sangat berbeza. Perbandingan itu mungkin tidak sesuai kerana kedua-dua perkara ini melibatkan konteks berbeza secara keseluruhannya. Perilaku perasuah adalah isu korupsi dan salah laku dalam urusan pentadbiran negara manakala isu Zionis Israel melibatkan isu politik dan konflik di Asia Barat. Isu penindasan dan rampasan tanah Palestin sangat rumit dan dianggap luar biasa terutama bagi masyarakat dunia hari ini. Bagi mereka yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang isu di sana, pelbagai persoalan dan kehairanan timbul daripada penindasan dan kekejaman secara terang- terangan oleh rejim Israel terhadap rakyat Palestin. Kenapa ia berlaku dan dunia Islam lain di sekeliling membiarkannya? Bagaimana di era moden hari ini, perkara ini boleh terjadi dan dibiarkan? Isu rasuah pula bukanlah satu masalah baharu tetapi sudah berakar umbi sekian lama. Kalau ikutkan kepada usaha memerangi jenayah itu, ia sudah sampai ke tahap maksimum tetapi kes tetap juga berlaku, kenapa? Kita perlu akui, dalam kalangan masyarakat tetap ada kelompok yang mahu menjamah wang haram. Mereka sudah selesa hidup dengan melakukan pengkhianatan terhadap amanah diberikan. Secebis kuasa yang ada di tangan dijadikan modal besar untuk mengamalkan rasuah dan salah guna kuasa. Ada juga berhujah mengatakan jenayah Israel hanya jenayah perang sedangkan jenayah rasuah adalah jenayah ketirisan dan ketidaktelusan. Mana sama? Kita mesti tegas. DIKECAM SELURUH DUNIA Serangan Israel terhadap Gaza yang disokong Amerika Syarikat dan sekutu termasuk Kesatuan Eropah membuka mata banyak negara dan jutaan masyarakat dunia setelah menyaksikan sendiri kekejaman terhadap penduduk Palestin. Serangan terbaharu dan tidak berhati perut Zionis Israel termasuklah pengeboman hospital awam dan kem pelarian sehingga meragut banyak nyawa tidak dapat diterima sama sekali oleh mana-mana manusia bertamadun, berakal serta mempunyai hati dan perasaan. MCW turut terpanggil untuk mengecam tindakan Israel ini. Dalam masa sama, MCW kecewa dan marah dengan para perasuah yang masih bermaharajalela memakan wang haram bukan milik mereka. Lebih membimbangkan, hasil rasuah ini disuapkan pula kepada ahli keluarga dan anak-anak yang tidak mengerti apa-apa. Kita sedih melihat mereka memberikan nafkah dan makanan daripada sumber tidak diredai Allah. Macam-macam kaedah dilakukan untuk membanteras rasuah, namun masih tetap gagal. Apa lagi perlu dilakukan? MCW berpendapat, sudah tiba masanya masyarakat
ϵϵ mengisytiharkan perang besar-besaran memerangi perasuah. Untuk menjayakannya bukan sekadar bergantung kepada kerajaan khususnya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tetapi semua pihak termasuk rakyat, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), penjawat awam mahupun ahli politik. KEROSAKAN DAN KEHANCURAN Masyarakat awam yang terdedah dan menjadi mangsa kerosakan sistem pentadbiran disebabkan rasuah perlu terlibat secara agresif. Malaysia perlu mempunyai rangka undangundang lebih kukuh bagi mengawal dan melindungi usaha pencegahan serta hukuman melawan rasuah. Undang- undang yang jelas, hukuman tegas dan penegakan undang-undang berkesan adalah kunci utamanya. MCW menggesa kerajaan mengorak langkah lebih pantas dalam melaksanakan Strategi Antirasuah Negara (NACS) yang pastinya lebih terkini untuk berdepan dan menentang kelompok perasuah sangat licik. Program kesedaran masyarakat dan menekankan kepentingan integriti melalui program pendidikan, kempen sosial dan latihan juga perlu ditambah dan dilakukan secara berterusan. KOMITED DAN EFEKTIF Sebuah agensi penguatkuasa yang ramai kakitangannya terbabit rasuah pernah mengambil tindakan drastik dengan memilih hanya graduan lulusan pengajian Islam untuk mengisi perjawatan baharu. Namun, ia tidak juga menyelesaikan masalah, bahkan dikatakan menjadi semakin teruk. Lulusan agama semata-mata tidak memadai, tetapi perlu kepada individu menjiwai dan menghayati nilai agama yang dipelajarinya itu. Kita mesti terus menyemarakkan perjuangan dengan lebih komited dan efektif bagi menyelamatkan negara daripada gejala rasuah. MCW sendiri tidak ditubuhkan atas kepentingan peribadi atau politik tertentu tetapi semata-mata untuk bersama-sama membantu kerajaan dan SPRM dalam membanteras rasuah. MCW menyeru sokongan daripada semua pihak untuk bersama-sama menjayakan perjuangan ini. Yang makan cili rasalah pedasnya, yang makan nangka rasalah getahnya. Yang tidak makan rasuah tidak perlu melompat.
ϭϬϬ 44. ISU BEKU AKAUN AMAN PALESTIN, SPRM WAJAR TERUSKAN SIASATAN, USAH CABAR, BERANI KERANA BENAR / SURAT DARI PEMBACA - JANGAN GANGGU SPRM SIASAT AMAN PALESTIN 4 Disember 2023 – Rencana @ Nukilan Presiden Dalam Utusan Malaysia SURAT DARI PEMBACA - JANGAN GANGGU SPRM SIASAT AMAN PALESTIN PEMERHATI Rasuah Malaysia (MCW) secara tegas dan tanpa prejudis meminta pihak Aman Palestin Berhad (Aman Palestin) bersikap lebih profesional serta memberikan kerjasama kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melakukan siasatan tanpa gangguan. MCW percaya SPRM bertindak berdasarkan data dan fakta. Oleh itu, kami memandang serius terhadap telahan wujud konspirasi dalam isu ini. Hal ini tidak sepatutnya berlaku sekiranya Aman Palestin sentiasa mengamalkan tadbir urus bersih dan akauntabiliti yang baik dalam setiap operasi mereka. Berani kerana benar! Pada pemerhatian kami, tindakan mencabar proses siasatan dalam kes ini seolah-olah wujud agenda lain yang tersembunyi atau ada perkara tidak mahu didedahkan. Merujuk kepada kenyataan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, pembekuan akaun bank terbabit dilakukan mengikut peruntukan undangundang dan langkah biasa dalam sesuatu siasatan rasuah. SPRM juga sudah bersedia untuk mendedahkan kepada mahkamah, justifikasi tindakan pembekuan 41 aset Aman Palestin bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 44(1), Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 yang memberi kuasa kepada sesuatu agensi penguat kuasa untuk mengeluarkan perintah membekukan harta mana-mana orang. Aman Palestin yang mendakwa mereka adalah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang sudah 18 tahun memperjuangkan hak kemanusiaan sewajarnya lebih matang dan memberikan kerjasama sepenuhnya dalam proses siasatan ini. Biarkan SPRM teruskan siasatan dengan tegas dan adil. Jangan mencabar atau menggugat keadilan. Proses siasatan SPRM tanpa sebarang tekanan perlu dilaksanakan demi membanteras penindasan terhadap rakyat yang mungkin sudah lama tertipu atas sumbangan bantuan kemanusiaan Palestin selama ini. – UTUSAN
ϭϬϭ 28 November 2023 – Kenyataan Media MCW nasihat Aman Palestin, jangan cabar atau gugat keadilan – UtusanTV, https://www.sinarharian.com.my/.../amanpalestin-perlu... Aman Palestin perlu lebih matang, beri ruang SPRM siasat – KOSMO + Berita Harian + NST Aman Palestin perlu bersikap lebih profesional, beri kerjasama siasatan – MCW PUTRAJAYA – Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW) secara tegas dan tanpa prejudis meminta Aman Palestin bersikap lebih profesional serta memberikan kerjasama kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melakukan siasatan tanpa gangguan. Presidennya, Jais Abdul Karim berkata, MCW percaya bahawa pihak SPRM bertindak berdasarkan data dan fakta. Katanya, pihaknya memandang serius terhadap telahan wujud konspirasi dalam isu ini. “Hal ini tidak sepatutnya berlaku sekiranya pihak Aman Palestin sentiasa mengamalkan tadbir urus bersih dan akauntabiliti yang baik dalam setiap operasi mereka. “Pada pemerhatian kami, tindakan mencabar proses siasatan dalam kes ini, seolaholah wujud agenda lain yang tersembunyi atau ada perkara yang tidak mahu didedahkan,“ katanya dalam kenyataan hari ini. Jelasnya, merujuk kenyataan Tan Sri Azam Baki, pembekuan akaun bank tersebut dilakukan mengikut peruntukan undang-undang dan langkah biasa dalam siasatan rasuah. “SPRM juga sudah bersedia untuk mendedahkan kepada mahkamah, justifikasi tindakan pembekuan 41 aset Aman Palestin Berhad bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 44(1) AMLATFPUAA 2001 yang memberi kuasa kepada sesuatu agensi penguat kuasa untuk mengeluarkan perintah membekukan harta mana-mana orang. Tambahnya, Aman Palestin yang mendakwa bahawa mereka adalah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang sudah 18 tahun memperjuangkan hak kemanusian sewajar lebih matang dan memberikan kerjasama sepenuhnya dalam proses siasatan ini. “Biarkan SPRM teruskan siasatan ini dengan tegas dan adil. Jangan mencabar atau mengugat keadilan,” ujarnya. Jais berkata, siasatan SPRM tanpa sebarang tekanan perlu dilaksanakan demi membanteras penindasan terhadap rakyat Malaysia. Semalam, Aman Palestin memberi tempoh tiga hari kepada SPRM untuk menyahbekukan akaunnya yang dibekukan sejak minggu lalu. Peguam mewakili Aman Palestin, Muhammad Rafique Rashid Ali, berkata sekiranya agensi penguat kuasa itu gagal berbuat demikian, tindakan undang-undang akan diambil. Terdahulu, SPRM membekukan sebanyak 41 akaun bank bernilai RM15.86 juta milik pertubuhan itu dan beberapa entiti syarikat lain ekoran terdapat dakwaan penyalahgunaan wang sumbangan orang ramai yang telah dijalankan sejak 17 Oktober lalu. – KOSMO! ONLINE
ϭϬϮ 45. ‘A SLAP ON THE WRIST’ JUST WON’T DO, SAY ANTI-GRAFT NGOS. 3 Disember 2023 – Respons Media ‘A slap on the wrist’ just won’t do, say anti-graft NGOs PETALING JAYA: While townhall sessions on the Auditor-General’s (A-G) Report can be useful, there must also be follow-up action, say anti-corruption NGOs. They said this would ensure that discrepancies flagged in the national audit report were addressed. Malaysia Corruption Watch president Jais Abdul Karim said the revival of the townhall sessions would be a commendable move towards transparency. To make the sessions more effective, he suggested the A-G and officials from other enforcement agencies, such as the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC), the police and the Attorney General’s Chambers, attend these townhall sessions too. He added that these agencies must ensure that detailed and clear explanations were provided on the measures taken in response to the findings while addressing concerns raised by the public. “(The townhalls must) actively involve the public in discussions and allow them to ask questions and express concerns,” said Jais, adding that this could foster a sense of participation and awareness among the people. He said the sessions must outline concrete plans for follow-up action based on the discussions. Officials responsible for issues raised must also be held accountable, he added. Jais also proposed a transparent monitoring mechanism to track the progress of the action points discussed during the townhall sessions. “By addressing these aspects, the government can strengthen anti-corruption initiatives, foster public trust and demonstrate a genuine commitment to improving administrative governance,” he said. Transparency International Malaysia (TI-M) president Dr Muhammad Mohan said townhalls would enable ministries, secretaries-general and department heads to explain to the public what went wrong and the actions being taken to plug the loopholes and stop the waste of taxpayer money. However, despite having townhall sessions in 2015, 2016 and 2017, he asked why there was still wastage and a failure of fiduciary duties in the civil service. He said the Prime Minister was working hard to bring changes to the civil service. “But without a radical change to work processes, the practice of good governance, and
ϭϬϯ embracing the culture of accountability in the public sector, it will be difficult to see a reduction in wastage,” he added. He said public perception would be more positive if those responsible were willing to admit their failures and either resign or be removed from the civil service for failing in their fiduciary duties. “Just a slap on the wrist is not going to get us anywhere,” said Muhammad. Chief Secretary to the Government Tan Sri Zuki Ali earlier said the townhall sessions with the media that were held in 2015, 2016 and 2017 following the tabling of the A-G’s Report would be revived. He said he had instructed the Public Service Department to conduct the townhall sessions to allow the secretaries-general to respond to the issues raised in the report.
ϭϬϰ 46. SURAT DARI PEMBACA – HAPUSKAN DALAM MINDA RAKYAT YANG SPRM 'DIBAYANGI' KERAJAAN. 18 Disember 2023 – Rencana @ Nukilan Presiden Dalam Utusan Malaysia SAUDARA PENGARANG, PADA Julai 2018, kerajaan pada ketika itu mengumumkan sembilan agensi kerajaan termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Jabatan Audit Negara akan diletakkan langsung di bawah Parlimen kerana rombakan besar-besaran di Jabatan Perdana Menteri (JPM). Namun, jelas kelihatan ia tidak berlaku. Pelbagai pihak termasuk Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW) selalu mencadangkan agar pelantikan ketua-ketua agensi itu mestilah ditemuduga dan dipilih oleh ahli-ahli Parlimen melalui satu proses khas dengan perkenan Yang di-Pertuan Agong (YDPA) atau terus diletakkan di bawah kuasa baginda. Cadangan yang lebih lengkap adalah dengan memberikan SPRM kuasa autonomi sepenuhnya terutama dalam hal berkaitan kewangan dan pelantikan/pemecatan ketua pesuruhjaya atau pegawai dan diiktiraf sebagai sebuah badan berperlembagaan sendiri di bawah YDPA. Hal ini pasti akan melibatkan proses pindaan Perlembagaan Persekutuan. Tujuan cadangan ini adalah untuk memupuk keyakinan orang ramai terhadap agensi berkenaan dan bagi menghapuskan pandangan bahawa agensi itu akan berat sebelah kepada kerajaan semasa. Kedaulatan undang-undang yang sebenarnya mesti dipatuhi dan ditegakkan. MCW dan rakyat secara keseluruhannya mempunyai persepsi bahawa SPRM di bawah YDPA akan memberikan impak positif kerana banyak insiden dalam negara yang kelihatan seolah-olah parti pembangkang kerap kali menjadi ‘mangsa’ dan SPRM sering dituduh terikat dengan kerajaan semasa. Melalui cara ini juga, tohmahan SPRM menjadi alat politik dapat dielakkan malah akan mampu meningkatkan kebebasannya dan menjadi lebih telus sehingga mampu meningkatkan Indeks Persepsi Rasuah (CPI) Transparency International negara pada masa hadapan.
ϭϬϱ BAB 4 PENJAWAT AWAM SEBAGAI TONGGAK
ϭϬϲ 47. HUKUMAN TEGAS TANPA PILIH KASIH ‘UBAT’ ATASI RASUAH PENJAWAT AWAM 8 Januari 2023 – Berita Harian - Ahad – Artikel semuka penuh – Diterbitkan semula dalam Buletin Jabatan Perdana Menteri terbitan Januari 2023 dan disiarkan dalam portal rasmi SPRM. Ͳ DATA SPRM MENUNJUKKAN PENJAWAT AWAM ANTARA PALING RAMAI TERBABIT DENGAN SALAH LAKU RASUAH, SELAIN ‘ORANG POLITIK’ Ͳ USAHA MEMERANGI RASUAH PERLU BABITKAN KERJASAMA SEMUA PIHAK KERANA IA TIDAK DAPAT DILAKSANAKAN MANA-MANA INDIVIDU ATAU ORGANISASI SECARA SOLO Teguran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika sambutan tahun baharu di Masjid Putra, Putrajaya baru-baru ini amat menarik kerana beliau menegaskan secara spesifik
ϭϬϳ masalah rasuah terutama kecuaian pegawai agensi penguatkuasaan serta penjawat awam yang terus ‘mengutip habuan' berbentuk hadiah besar. Semua pihak mengakui masalah ini adalah isu sejagat dan memerlukan kerjasama teguh bagi membendung gejala rasuah bertambah parah. Rasuah tidak eksklusif kepada kelompok tertentu seperti ahli politik sahaja. Data Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menunjukkan penjawat awam antara paling ramai terbabit dengan salah laku rasuah. Sehubungan itu, Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW) mengemukakan 10 cadangan untuk kerajaan memperkasa usaha pencegahan rasuah dan mendidik penjawat awam terutama pegawai di agensi penguatkuasaan supaya berintegriti melaksanakan tugas. Pertama, kerajaan mesti memberi penekanan serius bagi menunjukkan rasuah mesti dipandang jijik. MCW beberapa kali mendesak kerajaan mewartakan slogan khas negara, iaitu 'Rasuah Musuh Nombor 1 Negara’ sebagai faktor pencegahan dan pendidikan berkesan. Kedua, kerajaan disaran memenuhi permintaan SPRM supaya jumlah pegawai suruhanjaya ini ditambah segera bagi menangani jumlah kes semakin meningkat. Langkah meletakkan pegawai SPRM disetiap agensi kritikal sama ada secara nyata atau undercover pasti membawa kesan besar. Penambahbaikkan SPRM perlu disegerakan terutama pemberian kuasa autonomi dan diiktiraf sebagai badan perlembagaan sendiri di bawah parlimen. Ketiga, penguatkuasaan undang-undang sedia ada atau hukuman dikenakan ke atas pelaku rasuah mestilah tiada kompromi. Undang undang sedia ada di Malaysia sudah cukup baik, namun menuntut ia dikuatkuasakan dengan ketat serta cepat. Kehakiman mesti mengenakan hukuman penjara mandatori ke atas setiap perasuah sebagai 'mesej keras antirasuah’ kepada semua pihak. Keempat, kerajaan mesti mendukung cadangan pakar menggandakan usaha memperkenalkan kaedah perisikan dan penyiasatan menggunakan teknologi lebih maju. Penggunaan kamera badan perlu dilaksanakan dengan segera, namun perlu disertai dengan kos efektif. Ujian psikometrik penjawat awam perlu diperkemaskan selaras teknologi terkini bagi mengenal pasti golongan berisiko. Setiap pegawai kerajaan khususnya agensi penguat kuasa mesti diwajibkan menduduki ujian psikologi atau 'psikometrik setiap tahun untuk menguji tahap integriti dan pemahaman berkenaan integriti Kelima, usaha mengembalikan penghayatan terhadap tugas penjawat awam adalah amanah kerana berkhidmat untuk rakyat perlu dijadikan sebagai fokus utama. Sistem latihan penjawat awam di Malaysia perlu diperbaharui dan memperkasa. Program kesedaran kerohanian perlu dipertingkatkan dengan menerapkan nilai kejujuran dan keikhlasan serta amanah secara konsisten sebagai ciri unggul 'modal insan'. Selain tu, usaha perlu dilakukan bagi meningkatkan fokus kepada kebajikan penjawat awam dan anggota penguatkuasa pada semua peringkat bagi memastikan mereka dapat bertugas dengan selesa. BINA BUDAYA TADBIR URUS BAIK Keenam, fokus kepada penggunaan pelbagai instrumen dan kaedah bersesuaian terkini ke arah membina budaya tadbir urus baik, berintegriti tinggi dan antirasuah.
ϭϬϴ Antara 'alat' dan sistem itu adalah Sistem Pengurusan Anti Rasuah (ABMS), Pengurusan Risiko Rasuah (CRM), Pelan Anti Rasuah Organisasi (OACP), Profil Integriti Individu (IIP), Perkakasan Penilaian Integriti (LAT) dan Pembangunan Integriti Komuniti (CIB) Ketujuh, kerajaan wajar mewujudkan satu undang-undang berkaitan salah laku pegawai awam. Jika undang undang ini dikuatkuasakan maka sebarang kecuaian yang menyebabkan kerugian kepada kerajaan akan jatuh dalam kategori jenayah, sekali gus membawa hukuman lebih berat. Peraturan ketika ini mensabitkan kesalahan sebagai sekadar masalah 'tatatertib sahaja. Hukuman tatatertib paling tinggi sekadar dibuang kerja daripada jawatan penjawat awam. Jika tindakan mereka itu termasuk dalam kategori jenayah maka hukumannya adalah denda dan juga penjara, menyebabkan penjawat ini menjadi sangat berhati-hati dalam tugasan mereka. Kelapan, kempen antirasuah membabitkan institusi keluarga penjawat awam terutama pegawai agensi penguatkuasaan perlu diwajibkan. Keluarga penjawat awam mesti mengambil tahu dan lebih mengambil berat ke atas pasangan masing-masing dalam memastikan budaya negatif pecah amanah dan hidup melampaui pendapatan tidak menular dan dapat dihidu dengan lebih awal. Kesembilan, tutup semua ruang dan peluang melakukan rasuah. Kajian SPRM menunjukkan punca utama dipercayai menyebabkan gejala rasuah dalam kalangan penjawat awam kerana kecenderungan mereka untuk mempunyai gaya hidup di luar kemampuan sepatutnya, sikap tamak, wujud ruang dan peluang melakukan rasuah dan tahap integriti rendah. Kesepuluh bagi memastikan rasuah dapat dibersihkan secara jangka panjang di negara ini. MCW mencadangkan lima pendekatan atau kaedah ini digunakan, iaitu subjek rasuah dimasukkan dalam silibus pelajaran bermula di sekolah rendah. la termasuk memperkenalkan aplikasi permainan boleh menimbulkan kesedaran mengenai bahaya rasuah kepada generasi muda, menambah hukuman berat seperti hukuman sebat kepada pesalah rasuah. Bagi setiap ketirisan dilakukan penjawat awam, mereka perlu menggantikan semula kerugian kerajaan serta fokus kepada semua bakal graduan di setiap institusi pengajian tinggi (IPT) berkenaan kesan dan bahaya rasuah. Ironinya, usaha memerangi rasuah perlu membabitkan kerjasama semua pihak kerana ia tidak dapat dilaksanakan mana-mana individu atau organisasi secara solo. Komitmen semua pihak amat penting terutama mengamalkan prinsip benci rasuah dengan membudayakan “antirasuah bermula daripada anda” demi kelangsungan hidup aman bahagia tanpa rasuah Apa yang penting, kerajaan perlu tegas dan menggandakan usaha memerangi rasuah dalam semua aspek. Dua aspek utama perlu diberi perhatian bagi menangani rasuah dalam kalangan penjawat awam. Aspek pertama adalah langkah punitif atau hukuman tegas dilaksanakan tanpa gentar serta tanpa pilih kasih. Aspek kedua langkah pencegahan untuk mengukuhkan integriti. Tegas dan tidak pilih kasih ialah dua kata kunci penting serta wajib dijadikan prinsip utama kerajaan serta petugas atau pemantau integriti di setiap jabatan.
ϭϬϵ 48. DAKWA PEGAWAI AWAM CUAI DI BAWAH KESALAHAN JENAYAH. 23 Januari 2023 – Temubual / Respons Media MCW PETALING JAYA: Undang-undang salah laku pegawai kerajaan perlu diwujudkan agar mereka yang cuai hingga mengakibatkan kerugian kepada kerajaan dikategorikan sebagai satu kesalahan jenayah dan seterusnya dikenakan hukuman berat. Bercakap kepada Mingguan Malaysia, Presiden Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW), Jais Abdul Karim berkata, pengenalan undang-undang itu dapat mengingatkan penjawat awam agar berhati-hati dalam mengendalikan proses perolehan dan tender kerajaan bagi mengelakkan ketirisan dana seperti mana teguran Laporan Ketua Audit Negara setiap tahun. Jelasnya, sebarang pendedahan salah laku dalam laporan itu dilihat tidak memberi kesan besar terhadap kementerian atau jabatan apabila pegawai sama dikesan melakukan kesalahan sama beberapa kali disamping hanya dikenakan tindakan tatatertib manakala hukuman paling berat hanyalah dibuang kerja. “Jika tindakan mereka itu dimasukkan ke dalam kategori jenayah, maka barulah hukumannya adalah denda dan juga penjara yang akan menyebabkan para penjawat ini akan menjadi sangat berhati-hati." "Kerap kali ketua jabatan hanya beri teguran sahaja tanpa ambil tindakan sebab itu kes berulang kali berlaku. Tindakan tatatertib juga tidak diambil dan mereka sorok semua kes serta lindungi mereka yang buat kesalahan.” "Jika tindakan mereka itu dimasukkan ke dalam kategori jenayah, maka barulah hukumannya adalah denda dan juga penjara yang akan menyebabkan para penjawat ini akan
ϭϭϬ menjadi sangat berhati-hati. Oleh itu kita melihatkan kewajaran misconduct public officer law untuk menghukum mereka yang cuai," katanya Kelmarin, akhbar ini melaporkan sikap pihak berkuasa yang mengambil mudah teguran Laporan Ketua Audit Negara sebagai punca utama kesilapan sama berulang pada setiap tahun ekoran kegagalan mereka melakukan siasatan dan seterusnya mengambil tindakan tegas terhadap dalang terlibat. Menurut Jais lagi, kerajaan perlu tegas dan melipatgandakan usaha memerangi rasuah dalam semua aspek dan kakitangan kerajaan yang menjadi tunggak pentadbiran negara perlu diberi penekanan terhadap dua aspek penting iaitu langkah punitif yang tegas dan tidak selektif "Tegas dan tidak selektif ialah dua kata kunci penting dan wajib dijadikan prinsip utama kerajaan serta para petugas atau pemantau integriti di setiap jabatan. Rakyat mahukan kerajaan baharu ini lakukan perubahan dan bukannya omong kosong atau janji tinggal janji." jelasnya. Dalam pada itu, Presiden Yayasan Anti Rasuah Malaysia - YARM), Mohd Nizam Mohd Isa menegaskan, sebarang pendedahan tidak memberi sebarang makna jika pihak berkuasa gagal melakukan sebarang tindakan segera untuk mengekang ketirisan yang berlaku. "Kerajaan perlu mengambil penambahbaikan segera terhadap proses perolehan dan tender selain menjalankan proses siasatan dan mendakwa mereka terlibat ekoran pendedahan Laporan Ketua Audit Negara pada selama ini. Selain itu, kerajaan hendak mendedahkan usaha-usaha telah diambil untuk menangani ketirisan yang berlaku di samping menerangkan hasil kejayaan pelaksanaannya kepada umum," katanya
ϭϭϭ 49. HUKUMAN LEBIH BERAT, SEBATAN USAHA TANGANI JENAYAH RASUAH. 24 Februari 2023 – Berita Harian - Ahad – Artikel semuka penuh bertajuk Melihat kepada senarai kes pendakwaan berkaitan rasuah di mahkamah, timbul persoalan adakah masalah rasuah di negara ini menjadi bertambah serius. Kes pendakwaan rasuah mendapat perhatian umum lebih-lebih lagi apabila ia membabitkan individu berjawatan tinggi dalam parti atau agensi swasta serta awam. Boleh dikatakan setiap hari akan ada laporan mengenai pemimpin politik atau penjawat awam serta tokoh korporat berdepan pendakwaan di mahkamah akibat tuduhan rasuah. Kes rasuah terbaru yang menggegarkan negara adalah membabitkan beberapa pemimpin BERSATU sehingga menimbulkan tanda tanya bilakah pendakwaan kes rasuah akan berakhir. Apa yang pasti, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) seperti tidak menang tangan untuk menguruskan kes rasuah dalam negara sama ada membabitkan 'jerung' atau 'ikan bilis'. Apakah data atau statistik tangkapan daripada SPRM semakin meningkat ini menggambarkan masalah rasuah dalam negara bertambah serius?
ϭϭϮ Dari sudut persepsi, jawapannya adalah ya. Kita tidak boleh nafikan ia bertambah serius. Namun, berdasarkan kes didakwa di mahkamah ini, ia menunjukkan SPRM amat komited dan berani melaksanakan tanggungjawabnya memerangi rasuah. Prinsip membanteras rasuah pada asasnya adalah sangat mudah iaitu 'tiada pemberi maka tiada penerima'. Maka, usaha membanteras jenayah rasuah perlu diperhebatkan. Segala faktor mendorong jenayah itu perlu dikekang. Hakikatnya, pelbagai jenayah berlaku kerana ada sindiket sanggup mengeluarkan 'secebis' hasil kegiatan haram mereka untuk disumbatkan ke dalam mulut anggota agensi penguat kuasa yang korup selain pemimpin politik. Setakat ini, undang-undang di Malaysia hanya mengenakan hukuman denda lima kali ganda berbanding nilai suapan (minimum RM 10,000) dan penjara kepada pesalah rasuah mengikut Akta SPRM 2009. Akta ini hanya memperuntukkan penalti am bagi kesalahan berkaitan rasuah ialah penjara tidak melebihi 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000, atau mana-mana lebih tinggi. Peruntukan hukuman sedia ada dilihat masih tidak cukup berat, malah penalti dikenakan juga kurang memberi kesan terhadap pesalah rasuah. Selepas 55 tahun SPRM atau sebelum itu Biro Pencegah Rasuah (BPR) ditubuhkan, kita harus belajar daripada pengalaman dan perlu ada kajian menyeluruh untuk menghasilkan undang-undang antirasuah lebih ampuh. Hukuman lebih berat amat diperlukan memandangkan negara kita berhadapan ancaman rasuah tinggi. Hukuman mati tidak boleh dilaksanakan berikutan kerajaan sedang berusaha memansuhkan hukuman mati bagi kesalahan berat yang lain untuk memenuhi pelbagai sistem perundangan lain di dunia dan selaras dengan kehendak hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Disebabkan hukuman mati itu mustahil dilaksanakan di negara ini, MCW berpendapat ia boleh digantikan dengan hukuman sebatan kepada mereka yang terbukti bersalah dalam jenayah rasuah. Sekurang-kurangnya 10 sebatan mencukupi untuk pesalah dan mampu menjadi amaran kepada orang lain. Pesalah rasuah wajar dikenakan hukuman rotan mandatori dan penjara seumur hidup. Hukuman berat dikenakan bagi kesalahan mengedar dadah, mungkin boleh dilaksanakan bagi membendung masalah rasuah di negara ini. Penjara seumur hidup, rotan perlu kajian Namun, kajian dan pelaksanaan hukuman rotan mandatori serta penjara seumur hidup perlu kajian menyeluruh dengan matlamat pesalah dihukum setimpal dengan kesalahan mereka itu. Tahanan tanpa jaminan dan had juga perlu diperkenalkan supaya tidak memberikan peluang kepada perasuah menghapuskan bahan bukti atau mempengaruhi saksi dipanggil dalam prosiding mahkamah. Antara negara mengamalkan hukuman berat kepada pesalah rasuah pada masa kini adalah China dan Britain. Mengikut undang-undang China, hukuman mati boleh dikenakan ke atas pesalah rasuah atau salah guna kuasa melebihi 100,000 yuan (hampir RM60,000) dan penangguhan hukuman mati biasanya diringankan menjadi penjara seumur hidup.
ϭϭϯ Akta Rasuah United Kingdom (UK) 2010 dianggap sebagai antara satu undangundang pencegahan rasuah paling ketat di dunia. Akta ini meliputi tiga kategori kesalahan. Kesalahan korporat kerana gagal mencegah rasuah Kesalahan liabiliti ketat (strict liability offense) bermaksud ia hanya perlu membuktikan defendan bersalah atas perbuatannya, tanpa mengira niat jenayah atau keadaan mental defendan ketika melakukan perbuatan itu. Rasuah pegawai awam negara asing (Bribing of foreign public official) Sama seperti Akta Amalan Rasuah Negara Asing (Foreign Corrupt Practices Act), ia adalah satu kesalahan apabila merasuah seseorang pegawai awam negara asing untuk tujuan mendapatkan dan/atau mengekalkan kerja. Kesalahan umum rasuah komersial (General commercial bribery offense) Akta Rasuah UK 2010 adalah lebih luas daripada undang-undang antirasuah di Amerika Syarikat (AS) dan meliputi rasuah peringkat swasta dengan cara kesalahan rasuah komersial. Akta di AS hanya meliputi rasuah pegawai awam, namun Akta Rasuah UK 2010 menetapkan menjadi kesalahan jenayah apabila bayaran rasuah dibuat kepada orang bekerja di sektor swasta (rasuah komersial). Di samping itu, mana-mana orang melakukan sesuatu fungsi dan/atau tugas dengan tidak betul (inappropriately) dengan harapan untuk mendapatkan keuntungan dianggap melakukan kesalahan jenayah komersial. Dalam urusan memerangi rasuah, ia 'ibarat mencuci air di muara'. Jika di hulu puncanya, perlu dimulakan di sana. Sementara itu, antara langkah dilihat sesuai dilaksanakan bagi menangani jenayah rasuah adalah pemimpin politik dan penjawat awam dibayar gaji setimpal dengan kos kehidupan dan sama dengan sektor swasta. Justeru, mereka juga tidak boleh miliki sebarang syarikat atau terbabit secara langsung dalam mana-mana perniagaan. Mereka juga patut dilarang menerima sumber kewangan daripada perniagaan atau dana berasingan serta wajib mengisytihar aset tahunan termasuk rumah dan kereta. Dalam sebarang proses tender, mereka mesti mengisytihar jika berlaku pembabitan ahli keluarga terdekat supaya dapat dikecualikan daripada memberi keputusan. Mendepani isu dan jenayah rasuah ini, pemimpin politik dan penjawat awam perlu jadi teladan dalam penguatkuasaan pelaksanaan semua undang-undang berkaitan.
ϭϭϰ 50. RASUAH BABITKAN AGENSI LAUT SEMAKIN SERIUS. . 27 Februari 2023 - Temubual / Respons Media MCW – Disiar juga dalam akhbar berbahasa Cina – China Press. Kuala Lumpur: "Perbuatan rasuah (kalangan penjawat awam) Jelas satu pengkhianatan besar terhadap negara, rakyat serta Yang di-Pertuan Agong. Mereka yang ditahan wajar dipenjarakan dan dibuang kerja," ujar Presiden Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW) Jais Abd Karim. Beliau mengulas pembabitan beberapa agensi penguatkuasaan di laut yang terbabit dengan gejala rasuah susulan pembongkaran oleh Suruhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Menurutnya, masalah rasuah membabitkan tindakan pegawai agensi penguatkuasaan serta penjawat awam 'mengutip habuan' berbentuk hadiah dan wang tunai masih berleluasa. Beliau berkata, perbuatan rasuah oleh golongan ini jelas merosakkan nama baik agensi kerajaan seolah-olah semua penjawat awam dalam agensi laut terpalit dengan rasuah.
ϭϭϱ "Ini menimbulkan persoalan integriti lemah dari sudut individu, kepimpinan dan organisasi. Oleh kerana majoriti anggota penguatkuasa adalah orang Melayu beragama Islam, la mencemarkan nama baik Islam juga. "Isu rasuah babitkan anggota agensi penguat kuasa boleh meruntuhkan kepercayaan masyarakat serta menghakis nilai integriti ditanamkan sekian lama," katanya. Menurutnya, bagi memastikan isu ini ditangani, beliau mencadangkan aktiviti rondaan di laut wajar dilakukan secara bersama membabitkan semua agensi laut "Langkah ini bertujuan mewujudkan check and balance (semak dan imbang) dan perasaan malu terhadap agensi lain. "Salah satu lagi cara mengatasi masalah ini adalah dengan mengadakan jadual giliran tugasan setiap enam bulan bagi mengawal maklumat dalaman. Ini termasuk membabitkan pegawai atasan. "Kemas kini profil anggota penguatkuasa secara tahunan. Setiap tahun, mereka wajib mengemas kini jumlah aset dan simpanan kepada majikan," katanya. Beliau berkata, selain itu. tahap integriti dalam kalangan anggota penguatkuasa harus sentiasa ditingkatkan. "Tindakan yang tegas kepada anggota penguatkuasa yang gagal mematuhi prinsip integriti harus diambil dengan segera. Malah, pelaksanaan penggunaan kamera badan sebagai kaedah berkesan pencegahan rasuah perlu disegerakan," katanya. Jais berkata, rasuah tidak eksklusif kepada kelompok tertentu seperti ahli politik sahaja. Data SPRM menunjukkan penjawat awam antara paling ramai terbabit dengan salah laku rasuah. Beliau berkata, MCW sudah mengemukakan 10 cadangan untuk kerajaan memperkasa usaha pencegahan rasuah dan mendidik penjawat awam terutama pegawai di agensi penguatkuasaan supaya berintegriti melaksanakan tugas. "Antara lain adalah langkah meletakkan pegawai SPRM di setiap agensi kritikal sama ada secara nyata atau under cover. "Penambahbaikan SPRM perlu disegerakan terutama pemberian kuasa autonomi dan diiktiraf sebagai badan perlembagaan sendiri di bawah Parlimen. "Kerajaan mesti mendukung cadangan pakar menggandakan usaha memperkenalkan kaedah perisikan dan penyiasatan menggunakan teknologi lebih maju," katanya Sementara itu, pakar kriminologi bebas Shahul Hamid Abdul Rahim berkata, kewujudan 'tauke' nelayan bermasalah serta lambakan buruh pendatang asing tanpa izin (Pati) terutama dalam sektor perikanan mengundang kepada gejala rasuah. Menurutnya, lambakan Pati bekerja dalam sektor dan pemilik bot nelayan yang engkar undang-undang menjurus kepada aktiviti kegiatan rasuah. "Ketidakpatuhan pada undang-undang menyebabkan nelayan, pemilik bot nelayan dan pengusaha sangkar ikan 'membela' penguatkuasa bagi mengelak diambil tindakan. "Selain memfokuskan pihak berkuasa di laut, tindakan keras perlu juga diambil terhadap 'tauke' nelayan yang menjadi punca kegiatan ini. Tanpa tawaran wang tidak mungkin rasuah berlaku," katanya. KES-KES PENAHANAN PENGUATKUASA LAUT OLEH SPRM 22 FEBRUARI 2023 Empat anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Daerah Maritim 1 Langkawi ditahan bagi membantu siasatan berhubung dakwaan meminta suapan pemerasan sebagal perlindungan kepada bot nelayan.
ϭϭϲ 8 FEBRUARI 2023 Seorang lagi anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) disiasat SPRM berhubung kes meminta suapan sebagal perlindungan kepada bot nelayan di perairan Perlis. 3 FEBRUARI 2023 Tiga individu termasuk dua anggota Agensi Penguatkua- saan Maritin Malaysia (APMM) Zon Maritim Kuala Perlis ditahan SPRM bagi membantu siasatan kes meminta suapan pemerasan sebagal perfindungan kepada bot nelayan di perairan negeri ini. 18 JANUARI 2023 Timbalan Pengarah Laut dan Pegawai Jabatan Laut Wilayah ditahan SPRM babitkan slasatan menerima suapan berbentuk tajaan percutian ke Pulau Langkawi, Kedah 20 JULAI 2022 Seorang pengarah Lembaga kemajuan Ikan Malaysia (LIGM) dituduh di Mahkamah Shah Alam atas tuduhan menerima suapan berjumlah RM5,000. 14 JULAI 2012 Seorang anggeta Agenel Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) berpangkat Laskar Kelas1 Maritim, didakwa di Mahkamah khas Rasuah Kota kinabalu, Sabah, atas tuduhan salah guna kuasa dan menerima rasuah sebanyak RM1,500.00 7 DISEMBER 2021 Seorang anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) didakwa di Mahkamah Sesyen Kuantan, Pahang atas 32 pertuduhan menerima suapan berjumlah RM26,200 daripada nelayan. 26 JANUARI 2021 Seorang anggota polis marin dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, Ipoh, Perak atas 43 pertuduhan menerima rasuah bernilai RM146,350 antara Mei 2016 hingga Julai 2019. 15 SEPTEMBER 2020 Seorang pengarah bahagian sebuah Jabatan kerajaan ditahan SPRM Putrajaya susulan kes menerima suapan bagi memper cepatkan siasatan dan rayuan kompaun terhadap pemilik bot nelayan. 24 FEBRUARI 2020 Seorang pegawai dan enam anggota dari Bahagian Risik Operasi Polis Marin dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, Kuantan, Pahang, atas tuduhan meminta rasuah RM500,000 dan memeras ugut seorang penyelia pemandu lori 1 FEBRUARI 2020 Sembilan kakitangan Pasukan Polis Marin (PPM) ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membabitkan siasatan kes rasuah.
ϭϭϳ 51. PEGAWAI KORUP ‘SENYUM’ TERIMA HUKUMAN TATATERTIB 29 Mac 2023 – Temubual / Respons Media MCW – Kuala Lumpur: "Hukuman bersifat tatatertib sudah tidak lagi berkesan. Mereka gembira dan tertawa dengan hukuman ini. Di Indonesia, jika ada aduan membabitkan pegawai imigresen, mereka akan dipindahkan segera sejauh 1,000 kilometer dari keluarga sebagai pengajaran," ujar Presiden Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW). Jais Abdul Karim. Beliau mengulas tangkapan enam pegawai Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) di Tawau, Sabah yang dipercayai membantu sindiket penyeludupan pendatang haram ke negara ini sejak Khamis lalu. Menurutnya, setiap pegawai agensi penguatkuasaan harus mematuhi segala peraturan sedia ada dan melindungi aset-aset negara seperti pintu sempadan. "Setiap pelanggaran atau kesalahan mesti disiasat dan diproses melalui sistem keadilan negara yang adil dan telus.” "Jika pegawai penguatkuasa dengan sengaja menyebabkan pintu sempadan (negara) bocor, maka tindakan diambil hendaklah yang paling tegas dan keras mengikut undangundang sedia ada.” "Hukuman yang tepat akan bergantung pada faktor-faktor seperti tahap kesalahan, tingkat ancaman keselamatan dan jumlah kerugian yang dialami akibat kesalahan itu. Apa yang penting adalah setiap pegawal ini perlu bertanggungjawab atas tindakan mereka dan menerima hukuman setimpal untuk setiap kesalahan dilakukan." katanya. Menurutnya, kakitangan kerajaan yang didapati bersalah mesti dicaj dengan kesalahan jenayah yang memerlukan hukuman sebat dan penjara dalam tempoh yang lama. Ini juga akan memastikan pegawai yang sediaada takut untuk mengulangi atau melakukan kesalahan itu" katanya Tindakan diambil hendaklah yang paling tegas dan keras - Jais
ϭϭϴ 52. ‘PENGAWASAN’ SEDIA ADA PERLU TEGAS 2 April 2023 - Temubual Berita Harian Soalan (S): Sejauh mana kritikal kes salah guna dalam agensi penguat kuasa? Apakah terdapat kajian diperakui menentukan kedudukan agensi memiliki paling banyak kes besar risiko kepada paling sedikit kecil risiko? Jawapan (J): Isu ini sangat kritikal dan sensitif kepada seluruh rakyat Malaysia serta kerap menjadi perbualan di media sosial. Pelbagai kes sering dilaporkan dalam media, terutama hal berkaitan rasuah, termasuk keganasan dalam tugas dan perlakuan tidak adil terhadap orang ditangkap atau ditahan. Kes seperti ini mempengaruhi kepercayaan rakyat terhadap agensi penguatkuasa di Malaysia. Maka, agensi penguat kuasa di Malaysia mesti menunjukkan mereka beroperasi dengan telus dan berintegriti tinggi serta memberikan perlindungan kepada rakyat daripada pelbagai Jenis ancaman. Pelaksanaan undang-undang yang ketat dan tegas atas kesalahan pegawai agensi penguatkuasa perlu dilakukan untuk memastikan mereka bertindak secara profesional dan memenuhi tanggungjawab.
ϭϭϵ Memang terdapat kajian dilakukan beberapa pihak di Malaysia untuk menilai kedudukan agensi penguat kuasa, daripada paling banyak kes, iaitu besar risiko kepada paling sedikit dan kecil risiko. Kajian ini biasanya berdasarkan statistik kesalahan agensi penguatkuasa selama beberapa tahun dan membabitkan analisis data. Antaranya kajian dilakukan Pusat KOMAS, sebuah organisasi hak asasi manusia di Malaysia, yang menerbitkan laporan berjudul Pencabulan Kuasa oleh Pihak Berkuasa: Kajian Kes Polis dan Tahanan di Malaysia pada 2019. Laporan ini menilai agensi penguatkuasa di Malaysia dari sudut pandang pengalaman orang ditahan polis dan agensi penguat kuasa lain. Pusat KOMAS menilai risiko pencabulan kuasa agensi penguat kuasa daripada yang paling besar kepada paling kecil, dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menduduki tempat pertama dalam risiko pencabulan kuasa. Selain itu, Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen bagi Menyiasat Kes Penyalahgunaan Dadah, Keganasan dan Kebiadaban dalam Tahanan pada 2018 juga mengkaji kes penyalahgunaan kuasa agensi penguat kuasa, termasuk PDRM, Jabatan Penjara dan Jabatan Imigresen. Kajian ini menilai risiko penyalahgunaan kuasa agensi penguat kuasa daripada paling besar kepada paling kecil dan mencadangkan langkah memperbaiki sistem serta menegakkan undang-undang negara. Namun, perlu diingat, penilaian ini mungkin berubah dari semasa ke semasa berdasarkan beberapa faktor seperti reformasi institusi atau penambahbaikan dalaman agensi penguat kuasa dan perubahan dalam situasi keselamatan serta keadaan sosial dalam negara. Sehubungan itu, penting untuk terus memantau dan menilai prestasi agensi penguatkuasa di Malaysia secara berkala. S: Apakah entiti lain yang perlu senaraikan juga? Bagaimana pula dengan pihak berkuasa tempatan (PBT)? J: Negara mempunyai satu badan bebas untuk menyiasat laporan berkenaan agensi penguatkuasaan di Malaysia. Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (SIAP) di tubuhkan mengikut Akta 700 sebagai agensi melaksanakan fungsi badan pengawasan integriti dalam kalangan agensi penguatkuasaan. Ia berperanan menerima aduan daripada orang awam mengenai salah laku pegawai penguatkuasa atau agensi penguatkuasaan serta merumuskan dan mengadakan mekanisme bagi mengesan, menyiasat dan mencegah salah laku. Semua agensi penguatkuasaan di Malaysia, termasuk PBT tertakluk di bawah SIAP, tetapi SPRM dan PDRM tertakluk kepada badan pemantau mereka sendiri. SPRM mempunyai lima badan pemantau bebas, ditubuhkan melalui Akta SPRM 2009, bermesyuarat secara tetap dan berkala bagi memantau semua aduan dan masalah berkaitan. Penubuhan badan bebas lain memerlukan masa sangat panjang dan sumber kewangan lebih banyak untuk membolehkannya berfungsi secara efektif dan bebas.
ϭϮϬ S: Adakah sistem 'pengawasan' sedia ada sudah memadai atau perlu ada badan khas untuk memantau salah laku agensi penguatkuasaan? J: Sistem sedia ada di Malaysia sudah cukup baik dan perlu sentiasa ditambah baik mengikut keadaan semasa. SIAP terbukti dapat melaksanakan tugasan mereka dengan baik, walaupun kurang dilaporkan pihak media. Sebagai contoh, fungsi Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPs) PDRM yang ditubuhkan pada 2014 dilihat seperti 'tiada gigi. Maka, amat wajar satu mekanisme khas diperkenalkan untuk memantau PDRM dengan lebih berkesan. Kita juga dimaklumkan Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC) sudah diluluskan di Parlimen sebagai undang-undang dan akan berkuat kuasa mulai Jun ini. Ketika ini, negara sudah mempunyai badan bebas menyiasat salah laku penguatkuasa, iaitu SIAP dan IPCC. Oleh itu, kita hanya perlu memperkasakan badan sedia ada supaya lebih efektif. Selain itu, siasatan oleh penguatkuasa seperti SPRM terhadap pegawainya juga sudah terbukti kerana terdapat kes terdahulu yang mana beberapa pegawai terbabit didakwa di mahkamah dan dijatuhkan hukuman. Namun timbul persoalan, Jika badan bebas diwujudkan untuk menyiasat agensi penguatkuasa, siapa pula yang akan menyiasat badan bebas berkenaan. S: Apakah terdapat model tertentu badan khas dari luar negara yang boleh dijadikan contoh? J: Beberapa usaha sudah dilakukan kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk menubuhkan badan khas ini, namun hingga kini ia belum mampu diwujudkan. Cadangan ini sudah dilakukan sejak 2005, namun la masih pada peringkat cadangan walaupun kertas kerjanya sudah lengkap. Malaysia boleh mengambil contoh tiga negara yang berjaya dan mempunyai sistem pentadbiran hampir sama iaitu Australia, Hong Kong dan England. Melalui badan khas di tiga negara ini, rakyatnya mempunyai tempat untuk membuat aduan dan melaporkan masalah berkaitan penyalahgunaan kuasa agensi penguatkuasaan. Pegawai di Bahagian Undang-Undang Jabatan Perdana Menteri mahir dengan model negara berkenaan dan sewajarnya sudah boleh dilaksanakan. Malaysia boleh mempertimbangkan semula secara serius cadangan ini, bagi memastikan agensi penguatkuasaan negara 'sifar' salah laku. ‘Penubuhan badan bebas lain memerlukan masa sangat panjang dan sumber kewangan lebih banyak untuk membolehkannya berfungsi secara efektif dan bebas.’
ϭϮϭ 53. AGENSI PENGUATKUASA TIDAK HIRAU LAPORAN SPRM – MESIN ROTI SAMPAI, BENGKEL TAK SIAP 14 Mei 2023 - Temubual Harian Metro Umpama barah yang sukar diubati. Itu boleh disimpulkan terhadap masalah rasuah, khususnya membabitkan agensi penguatkuasaan, sekali gus mencetuskan persepsi negatif dalam kalangan masyarakat. Jika tiada sebarang perubahan untuk mendepani isu berkenaan diambil, mungkin satu hari kelak orang ramai mungkin hilang kepercayaan terhadap pihak berkuasa.
ϭϮϮ la dapat dilihat apabila ada agensi penguatkuasaan dilihat umpama tidak mempedulikan teguran atau laporan salah laku oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membabitkan anggota serta pegawai mereka Bagi memberi gambaran lebih jelas, berhubung isu ini, ikuti wawancara Presiden Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW) JAIS KARIM bersama wartawan, MUHAMMAD SAUFI HASSAN Bagaimana boleh berlaku agensi penguatkuasaan tidak mengendahkan laporan SPRM berkaitan salah laku? Isu ini amat serius dan memerlukan perhatian serta tindakan segera semua pihak, terutamanya ketua jabatan berkaitan. Pada ketika inilah pentingnya kewujudan Unit Integriti (UI) yang diberikan lebih kuasa (diperkasakan berbanding sekarang) untuk menerima laporan dan mengambil tindakan segera yang tegas. Fakta SPRM menunjukkan bahawa hanya 0.01 peratus daripada 1.6 juta penjawat awam berani tampil melaporkan perbuatan rasuah dalam jabatan dan agensi masing-masing. la membabitkan 343 penjawat awam yang berani tampil memberi maklumat antara 2012 hingga tahun 2019. Jelas sekali angka ini terlalu rendah dan tidak sepatutnya berlaku. Sekiranya ketua-ketua jabatan agensi kerajaan ini tidak mengendahkan laporan tulen yang diberikan oleh SPRM, maka secara tidak langsung moral serta imej SPRM dan kerajaan akan dipandang rendah oleh rakyat. Sikap seperti ini pasti akan memburukkan imej negara dan menyebabkan kedudukan Malaysia dalam indeks persepsi rasuah antarabangsa merudum. Ketua Pesuruhjaya SPRM ada menyatakan, kesalahan paling tinggi membabitkan PDRM dan JPJ? Sukar untuk memandang perkara ini secara positif melainkan segelintir pihak atasan mereka atau sistem tertentu mereka sudah ‘dimakan anai-anai’. Perubahan secara menyeluruh dan radikal terhadap isu ini perlu dilaksanakan bagi memastikan la tidak menjadi barah di keduadua agensi berkenaan. Pada masa sama, sudah tiba juga masanya untuk kakitangan atau pegawai yang berkhidmat di dua agensi ini diberikan gaji yang lebih tinggi atau elaun khidmat khas sebagai insentif bagi mereka terjebak dengan salah laku, khasnya rasuah. Berdasarkan dapatan tuan, apakah jenis kesalahan paling banyak dilakukan oleh penjawat awam? Kebanyakan kesalahan membabitkan kes rasuah dan salah guna kuasa. Tindakan tegas dan segera mungkin tidak dapat diambil kerana tidak ada pegawai lain yang mampu menanggung tugas pegawal, berkaitan dan sebagainya. Isu ini menyebabkan persepsi rakyat terhadap penjawat awam menjadi bertambah teruk Jumlah salah laku dilaporkan dan jenis kesalahan?
ϭϮϯ Sebanyak 2,287 kertas siasatan dibuka ke atas penjawat awam bagi menyiasat aduan kesalahan rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan sejak 2016 hingga September 2019. Contoh aduan pertama: Perolehan pada harga tidak munasabah - Sesetengah harga barang atau perkhidmatan dinaikkan harganya bagi menampung kos-kos lain yang tidak dinyatakan dalam tender atau pesanan kerajaan. Ada juga yang memasukkan pembelian barang atau perkhidmatan tambahan lain. Terdapat juga kemungkinan harga barang atau perkhidmatan dinaikkan bagi menampung kos bayaran rasuah kepada pihak tertentu. Contoh aduan kedua Pembayaran tidak mengikut prosedur (improper payment) - Bermaksud pembayaran dibuat kepada kontraktor atau pembekal tanpa mengikut tatacara kewangan yang betul. Berlaku apabila pembayaran dibuat kepada kontraktor walaupun perolehan barang. perkhidmatan atau kerja tidak sempurna. Tidak sempurna bermaksud perolehan tidak dibuat langsung atau hanya sebahagian sahaja dilaksanakan. Kesalahan ini sering berlaku ketika hujung tahun kewangan, apabila agensi cuba mengelakkan pembayaran menggunakan peruntukan tahun berikutnya seperti mana Arahan Perbendaharaan 58 (AP58). Contoh kes sebenar: Laporan Ketua Audit Negara 2013 Siri 1 melaporkan pembayaran yang tidak mengikut prosedur bagi perolehan peralatan dan mesin roti di Jabatan Penjara Malaysia. Berdasarkan kontrak, pembekal perlu membekal, menghantar, memasang, menguji serta mentauliah peralatan dan mesin roti Semakan audit mendapati pembekal sudah menghantar semua peralatan dan mesin roti kelima institusi penjara yang ditetapkan. Oleh kerana bengkel roti masih belum dibina atau diubah suai, pihak pembekal tidak dapat memasang, menguji, dan mentauliah peralatan dan mesin roti yang dihantar. Bagaimana pun, bayaran penuh sudah dibuat kepada pembekal. Apakah cabaran pelaksanaan pelan antirasuah dalam mana-mana organisasi? Perasuah tegar dan segelintir penjawat awam sendiri sukar untuk menerima perubahan dan mereka bersikap tamak serta pentingkan diri. Pada masa sama, tiada atau kurang komitmen daripada pegawai atasan, meja pengurusan utama untuk melaksanakan pelan antirasuah. la sekali gus akan memberi satu persepsi negatif dalam kalangan masyarakat awam iaitu penghakisan kepercayaan kepada agensi berwajib atau lebih parah adalah pihak berkuasa. Perubahan serta ‘perang’ terhadap rasuah ini perlu dilaksanakan di semua segmen, semua peringkat dan semua lapisan organisasi supaya semua pihak sedar tentang bahaya menerima atau memberi suapan ini. la bukan saja boleh dikenakan tindakan perundangan malah lebih parah ia mampu merosakkan integriti dan kepercayaan orang awam.
ϭϮϰ 54. PENGGUNAAN KAMERA BADAN DI PEGAWAI IMIGRESEN KLIA PERLU DISEGERAKAN - 2 Julai 2023 - Respons Media - Sinar Harian. Amalan rasuah imigresen punca lambakan pendatang haram – Utusan.com.my SHAH ALAM - Penggunaan kamera badan dalam kalangan anggota dan pegawai Jabatan Imigresen perlu dilaksanakan segera bagi mengukuhkan lagi integriti pasukan penguat kuasa berkenaan. Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW) berkata, melalui penggunaan teknologi berkenaan, ia juga memudahkan pengumpulan bahan bukti sekiranya berlaku sebarang insiden tidak diingini. Ujarnya, dakwaan berlakunya ketirisan dan amalan rasuah membabitkan anggota dan pegawai jabatan itu juga merupakan perkara serius serta perlu ditangani segera bagi mengelakkan ia terus membarah. "Penambahbaikan sistem imigresen dan proses pengawasan diperlukan. Proses ini perlu dipermudahkan dengan cara yang tidak mengorbankan keamanan dan kedaulatan negara. "Sistem pemantauan dan pengawasan yang lebih efektif perlu diwujudkan untuk memantau aktiviti imigresen dan mengesan individu yang terlibat dalam kegiatan yang tidak sah. "Keselamatan negara dan integriti institusi imigresen adalah perkara yang tidak boleh dikompromikan. Langkah-langkah tegas dan terancang perlu diambil untuk mengatasi lambakan warga asing dan pendatang haram serta memerangi rasuah dalam jabatan ini demi keamanan dan kedaulatan negara," katanya dalam kenyataan pada Ahad. Pada Khamis, tular insiden kekecohan di balai ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) apabila seorang individu dipercayai menteri difahamkan cuba 'menyelamatkan' seorang individu warga China yang ditahan. Menurut sumber, individu warga China itu ditahan oleh pihak berkuasa sebaik sahaja tiba masuk ke negara ini. Sementara itu, MCW dalam masa sama turut mendakwa, lambakan warga asing dan pendatang asing tanpa izin (PATI) di Malaysia berpunca daripada amalan rasuah membabitkan agensi penguatkuasaan berkenaan. Justeru katanya, langkah dan tindakan segera perlu diambil bagi mengekang kegiatan tidak sihat itu daripada terus menular kerana dibimbangi memberi kesan kepada keselamatan serta kedaulatan negara. "Rasuah dalam agensi penguatkuasaan boleh memberikan peluang kepada warga asing untuk memasuki negara secara haram atau memperoleh dokumen dengan cara yang tidak sah," katanya.
ϭϮϱ 55. BERKENAAN PENDEDAHAN PMX RASUAH DALAM JPN YANG SERIUS 4 Julai 2023 - Respons Media Harian Metro, Bebasnews, Malaysia Gazette, workerstimes.com, Themerdekatimes.com Masalah rasuah dan salah guna kuasa adalah isu serius yang telah menjadi budaya dalam pelbagai organisasi dan institusi termasuklah di Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia atau JPN. Pendedahan PMX adalah tepat dan memerlukan tindakan segera semua pihak. Rasuah dan salah guna kuasa dalam JPN amat berbahaya kerana integriti sistem pendaftaran negara yang terjejas akan membahayakan keselamatan negara dan merosakkan kepercayaan orang awam terhadap kerajaan dan institusi-institusi awam. Untuk menangani masalah rasuah dan salah guna kuasa dalam JPN, langkahlangkah berikut boleh diambil: 1. Penambahbaikan sistem dan teknologi: Penggunaan teknologi dalam proses pendaftaran negara boleh membantu mengurangkan kebergantungan pada interaksi manusia dan mengurangkan peluang untuk penyelewengan. Sistem pengurusan data yang cekap dan terkini perlu dipertingkatkan untuk mengurangkan peluang penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa. MCW sarankan reset warganegara dibuat dengan memperkenalkan kad pengenalan baharu yang ada ciri-ciri keselamatan terkini. Kad pengenalan yang sedia ada telah digunakan hampir 15 tahun dan mudah diceroboh. 2. Meningkatkan kesedaran dan latihan etika: Penting untuk memberikan latihan etika dan kesedaran kepada kakitangan JPN mengenai tanggungjawab mereka sebagai penjawat awam dan betapa pentingnya integriti dalam perkhidmatan awam. Ini boleh dilakukan melalui kursus, bengkel dan program pembangunan profesional. 3. Memperkuatkan prosedur pengurusan dan ketelusan: Sistem pengurusan yang kukuh dan prosedur ketelusan yang jelas perlu dikuatkuasakan dalam JPN. Ini termasuk pemeriksaan dalaman, audit dan penilaian prestasi bagi memastikan tindakan rasuah dan salah guna kuasa dapat dikesan dan diberikan tindakan segera.
ϭϮϲ 4. Mewujudkan mekanisme aduan dan perlindungan pelapor: Perlu ada saluran aduan yang selamat dan boleh dipercayai bagi kakitangan JPN dan orang awam untuk melaporkan sebarang penyelewengan atau tindakan rasuah. Perlindungan pelapor yang sewajarnya perlu diberikan untuk memastikan mereka yang melaporkan tidak terdedah kepada sebarang gangguan atau tindakan balas negatif. 5. Penguatkuasaan undang-undang dan hukuman yang tegas: Hukuman yang tegas bagi kesalahan rasuah dan salah guna kuasa adalah penting untuk memastikan keadilan dan pencegahan jenayah ini. Penegakan undang-undang haruslah telus, adil dan bebas daripada campur tangan politik. 6. Membina budaya integriti: Penting untuk membina budaya integriti yang kukuh di kalangan kakitangan JPN. Ini boleh dilakukan melalui kempen komunikasi, pendidikan moral dan etika, dan contoh teladan daripada pengurusan dan pemimpin JPN. Langkah-langkah ini perlu dilaksanakan secara menyeluruh dan berterusan serta memerlukan sokongan dan komitmen daripada semua pihak yang terlibat dalam Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia untuk memastikan pencegahan rasuah dan salah guna kuasa menjadi keutamaan utama.
ϭϮϳ 56. LAFAZ IKRAR BEBAS RASUAH BUKTI KOMITMEN, BUKAN SEKADAR ‘WAYANG’ 7 Julai 2023 - Artikel Dalam Berita Harian – Semuka Penuh - Ikrar Bebas Rasuah (IBR) adalah komitmen sukarela tidak diikat sebarang peraturan atau undang-undang, maka tidak ada hukuman ditetapkan jika seseorang atau organisasi melanggarnya. - Bagi mengatasi kelemahan ini, setiap organisasi perlu memperkuat mekanisme, pengawasan, peraturan dan hukuman jelas bagi tujuan pencegahan rasuah.
ϭϮϴ Baru-baru ini Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki menyatakan terdapat individu sudah melafazkan Ikrar Bebas Rasuah (IBR) tetapi masih lagi melakukan rasuah dan ditangkap. Apa yang berlaku ini menunjukkan Ikrar Bebas Rasuah seolah-olah ‘wayang’ semata-mata. Dalam hal ini, tidak dapat dinafikan lafaz ikrar sekadar ucapan di bibir saja, tetapi tidak sampai ke hati sanubari, bahkan ibarat kosmetik sahaja bagi individu seperti ini. Walaupun tidak mendedahkan siapa individu terbabit, jelas sekali kekecewaan SPRM amat berasas kerana ia menunjukkan seolah-olah apa yang dilafazkan itu hanya untuk kepentingan diri saja. Benar lafaz Ikrar Bebas Rasuah sekadar aku janji untuk memelihara integriti tetapi ia juga menjadi pedoman supaya manusia berusaha bebas daripada amalan rasuah. Kepentingan lafaz ikrar ini perlu diteruskan sebagai satu langkah pencegahan penting demi menjadi satu komitmen dan janji pengurusan organisasi untuk meningkatkan integriti, tadbir urus baik dan mencegah rasuah dalam organisasi. Lebih penting, komitmen pihak pengurusan organisasi melalui lafaz ikrar adalah penting bagi menunjukkan kemahuan tinggi dalam pencegahan rasuah. Setakat 31 Mei lalu, sebanyak 1,959 organisasi melakukan Ikrar Bebas Rasuah membabitkan puluhan ribu anggota dan pegawai mereka. Pegawai dan setiap rakyat mesti memahami dengan jelas matlamat ikrar. Ia bertujuan mendorong individu dan organisasi supaya secara sukarela menyatakan komitmen untuk mencegah dan melawan rasuah. Ikrar ini janji dibuat individu atau organisasi untuk mematuhi prinsip integriti, ketelusan dan etika dalam semua aspek kehidupan. Selain itu, ia diharap dapat meningkatkan kesedaran mengenai bahaya dan kerugian akibat rasuah serta pentingnya memerangi masalah. Inilah satu usaha pemupukan integriti yang individu dan organisasi berjanji mempertahankan integriti tinggi dalam perilaku dan setiap tindakan mereka. Ikrar Bebas Rasuah penting dalam usaha mendorong pencegahan rasuah melalui pelaksanaan langkah pencegahan efektif seperti peningkatan ketelusan, peningkatan pengawasan sistem dan penerapan dasar antirasuah. Lafaz ikrar ini juga jelas bertujuan mencipta budaya dalam pemikiran yang rasuah perlu ditolak setiap lapisan masyarakat. Akhirnya, ia akan meningkatkan kepercayaan rakyat kepada individu dan organisasi terutama agensi kerajaan melalui komitmen mereka berkelakuan jujur dan bebas dari rasuah. Keyakinan bahawa mencegah dan membanteras rasuah adalah tanggung jawab bersama perlu dipupuk melalui pembabitan semua pihak. Meskipun lafaz ikrar memiliki tujuan mulia, namun terdapat beberapa kelemahan atau masalah perlu diatasi segera. Ikrar Bebas Rasuah adalah komitmen sukarela tidak diikat sebarang peraturan atau undang-undang.
ϭϮϵ Tidak ada hukuman ditetapkan jika seseorang atau organisasi melanggar janji dalam Ikrar Bebas Rasuah. Hal ini menyebabkan keberkesanannya terjejas dan menyebabkan orang menanda tangan lafaz ikrar tidak merasa terdorong mematuhi janji itu. Cukup sulit untuk mengukur dan menilai kepatuhan terhadap lafaz ikrar ini, Tidak ada kaedah atau modul universal disediakan dan diterima secara umum untuk mengukur sejauh mana individu atau organisasi memenuhi janji mereka dalam Ikrar Bebas Rasuah. Justeru, agak sukar untuk melihat kesan positif inisiatif ini. Di dalam beberapa kes, tiada pengawasan ketat dan konsisten menyebabkan berlaku pelanggaran integriti yang tidak dapat dikesan kerana tiada sistem pengesanan dalaman pada organisasi. Demi kepentingan politik Terdapat organisasi mungkin hanya menyatakan ikrar itu untuk memenuhi harapan masyarakat atau demi kepentingan politik tanpa komitmen tulus untuk menerapkannya dalam praktik seharian. Inilah masalah utama dinyatakan Azam bahawa ia hanya sekadar ‘wayang’. Masalah rasuah sudah berakar umbi dan menjadi budaya sesebuah organisasi menyebabkan usaha ini amat sukar dilaksanakan. Perubahan budaya dan pembaikan struktur organisasi secara menyeluruh pasti memerlukan masa lama dan proses pendidikan berterusan. Bagi mengatasi kelemahan ini, penting untuk setiap organisasi memperkuat mekanisme pengawasan dan menyediakan peraturan secara khusus, meningkatkan budaya ketelusan dan hukuman jelas bagi tujuan pencegahan rasuah serta meningkatkan kesedaran dan pendidikan mengenai kesan buruk rasuah. Semua pihak diharapkan dapat melakukan beberapa usaha penting yang mampu memperkasa Ikrar Bebas Rasuah bagi memastikan ia menjadi lebih berkesan mencegah rasuah. Penting untuk mempunyai rangka undang-undang kukuh bagi mengawal dan melindungi usaha pencegahan serta hukuman melawan rasuah. Undang-undang yang jelas, hukuman tegas dan penegakan undang-undang berkesan akan memberikan insentif kuat kepada individu dan organisasi untuk mematuhi Ikrar Bebas Rasuah. Justeru, usaha meningkatkan pengawasan dalam organisasi atau sektor terbabit adalah langkah penting, termasuk peningkatan ketelusan dalam hal berkaitan kewangan dan pengurusan sumber daya yang dapat mengurangkan peluang untuk amalan rasuah. Tingkat kesedaran Masyarakat Meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai bahaya rasuah dan menekankan kepentingan integriti melalui program pendidikan, kempen sosial dan latihan juga perlu dilakukan secara berterusan. Perubahan sikap dan tingkah laku serta pengukuhan pemahaman mengenai nilai etika dan integriti pasti akan berlaku secara perlahan-lahan melalui program ini.
ϭϯϬ Kejayaan Ikrar Bebas Rasuah banyak bergantung kepada pembabitan dan penyertaan aktif semua pihak berkepentingan terutama kerajaan dan sektor swasta, masyarakat dan setiap individu. Kerjasama semua pihak penting untuk mencipta suasana lebih kondusif dan bebas daripada budaya rasuah. Penghargaan dan pengiktirafan terhadap individu bersikap jujur dan berintegriti akan memberi dorongan kepada individu dan organisasi mematuhi Ikrar Bebas Rasuah. Insentif sewajarnya boleh disediakan bagi memberikan dorongan positif kepada personal dalam organisasi untuk lebih komited memerangi rasuah. Penting untuk melakukan penilaian berkala terhadap pelaksanaan IBR dan mengambil tindakan diperlukan bagi meningkatkan kesannya. Apa yang penting, merangka pelan tindakan, memantau pematuhan dan membetulkan kelemahan dikenal pasti boleh membantu meningkatkan dan memperkukuh usaha pencegahan rasuah. Penggabungan semua langkah ini diharapkan menjadikan Ikrar Bebas Rasuah lebih berkesan bagi mewujudkan rasa integriti dan mencegah rasuah di semua organisasi dan setiap anggota yang menandatanganinya.
ϭϯϭ 57. TAKE STRICKTER STEPS TO CHECK CORRUPTION IN PUBLIC SERVICE, URGE GROUP - NST . 27 Oktober 2023 – Respons Media ANTI-GRAFT groups have urged the government to enforce stricter measures to check corruption among public officials. Transparency International Malaysia president Dr Muhammad Mohan said it was timely for the government to take stringent measures and cease making concessions to officials who fail to adhere to regulations and policies. He said the government could no longer be complacent in dealing with this issue. “(As) we have warned and re minded the government about corruption in the public sector which has become a severe problem, the government needs to impose such a solution at the soon” “It is time for everyone to play their part, and the government might consider terminating any public officials who fail in their fiduciary duties.” “Failure to do so will make it challenging for the nation to improve its Corruption Perception Index, even though the government has set a vision to be in the top 25 by 2033,” he told the New Straits Times. Mohan added that the government must ensure that all initiatives outlined in the National Anti- Corruption Plan (NACP) are implemented, and the Auditor General's Office should regularly conduct audits for compliance. “If (the government) does not tackle this issue, it will only lead to the deterioration of governance in public administration.” “Besides, the responsibility of ensuring the implementation of all these initiatives lies with the Chief Secretary to the Government. Those in the position must champion the NACP.”