The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Amirul Akashah, 2024-06-26 21:47:41

BUKU SPBRN 2023 NEW

BUKU SPBRN 2023 NEW

ϭϴϮ 80. TAKRIFAN SEDEKAH WANG MUSIM PILIHAN RAYA 23 Januari 2023 – Temubual / Respons Media MCW – https://api.bharian.com.my/berita/nasional/2023/01/1055199/takrifan-sedekah-wang-musimpilihan-raya-cubaan-halalkan-perbuatan KUALA LUMPUR: Perbuatan menjustifikasikan pemberian wang tunai ketika musim pilihan raya sebagai sedekah, dilihat bukan sahaja mahu menghalalkan perbuatan yang salah, tetapi menormalisasikan jenayah rasuah. Timbalan Ketua Jawatankuasa Pemikir, Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW), Noor Mohamad Shakil Hameed, berkata ahli politik perlu lebih cakna terhadap isu sedemikian supaya ia tidak mengelirukan masyarakat dengan mesej yang salah. Mengakui sedekah sememangnya dituntut dalam Islam, beliau menegaskan, ia berbeza apabila diberikan pada musim pilihan raya yang tetap dilihat sebagai usaha untuk memancing undi. "Apa pun justifikasinya, pemberian seperti ini, terutama dalam bentuk wang tunai sewaktu musim pilihan raya tetap dilihat sebagai usaha untuk memancing undi. Ada yang kata ia sedekah dan tidak salah, tapi secara logik akalnya, ia tetap perbuatan cuba membeli undi. "Jadi, pemberian wang sewaktu musim pilihan raya wajar dilihat sebagai rasuah pilihan raya," katanya kepada BH, hari ini. Kelmarin, Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang dilapor mempertahankan pengagihan wang oleh segelintir individu kepada pengundi ketika Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) lalu, mendakwa ia adalah sedekah dan hak orang awam yang ingin memberikan sumbangan. Mengulas lanjut, Mohamad Shakil berkata, takrifan perbuatan sedemikian sebagai sedekah akan memberi mesej salah kerana masyarakat akan melihat ia sebagai kelakuan normal dan budaya yang betul. "Ini kerana kenyataan keluar dari mulut pemimpin politik berpengaruh dan berkedudukan tinggi. Jika berterusan, rasuah akan berleluasa atas nama dan tafsiran yang baharu pula. "Akhirnya semakin sukarlah untuk kita banteras rasuah kerana orang politik semakin kreatif menormalisasikannya mengikut budi bicara mereka," katanya.


ϭϴϯ Beliau mencadangkan pemimpin politik untuk khatam dan memahami dengan jelas Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya mereka tidak cenderung dalam perbuatan sedemikian. Katanya lagi, ahli politik perlu sedar bahawa anggota masyarakat yang juga pengundi sudah semakin celik politik dan matang untuk menilai gelagat dan tingkah laku yang baik sebelum, semasa mahupun selepas pilihan raya. "Jadi elaklah perbuatan seperti ini yang sebenarnya akan meningkatkan tahap defisit kepercayaan pengundi terhadap ahli politik di negara kita. Jika benar ikhlas mahu beri sedekah, boleh saja dibuat di luar musim pilihan raya demi mengelakkan fitnah dan tohmahan. "Hentikan perbuatan menormalisasikan rasuah dan budaya matlamat menghalalkan cara seperti ini perlu dihentikan segera," katanya.


ϭϴϰ 80. CADANGAN PENYEDIAAN BAS UNTUK PRN PERLU DIPERINCI SEBAIKNYA 10 Julai 2023 - Respons Media - MCW – UtusanTV, Bebasnews.my. workerstimes.com, Sinar Harian (ms 9) Perkhidmatan bas percuma kepada pengundi juga tidak boleh ada sentimen sogokan sempena PRN Tawaran pemberian elaun pengangkutan pulang mengundi dalam konteks pilihan raya di Malaysia merupakan satu kesalahan. Presiden Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW), Jais Abdul Karim berkata, kesalahan itu berada di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 sekiranya mampu menimbulkan isu


ϭϴϱ salah guna sumber kerajaan negeri dan Persekutuan bagi mendapatkan kelebihan undian semata-mata. Menurutnya, lebih-lebih lagi Inisiatif itu mempunyai hubungan secara langsung atau tidak langsung bagi menyokong calon kerajaan negeri yang terlibat. Jais berkata, rasuah boleh berlaku apabila terdapat usaha untuk memberikan atau menerima sesuatu yang bernilai dengan tujuan mempengaruhi hasil pilihan raya atau mendapatkan keuntungan tidak sah. “Sekiranya kemudahan pengangkutan pulang mengundi diberikan secara wajar dan tidak melibatkan tindakan penyuapan atau manipulasi, umumnya ia tidak dianggap sebagai rasuah.” “Namun, jika terdapat bukti atau petunjuk adanya tindakan yang melanggar undangundang serta menunjukkan penyalahgunaan proses pilihan raya, perkara itu perlu disiasat oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) atau Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).” jelasnya pada Ahad Jumaat lalu, Pas mencadangkan kesemua enam negeri yang terbabit dengan pilihan raya negeri (PRN) untuk menyediakan perkhidmatan bas percuma kepada pelajar supaya mereka dapat pulang mengundi pada 12 Ogos nanti. Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, menyediakan perkhidmatan bas percuma seperti yang dilakukan kerajaan negeri Kelantan, sewajarnya menjadi ikutan negeri lain sekali gus meningkatkan peratus keluar mengundi. Sementara itu, Jais berkata, jika penyediaan bas tersebut berfungsi sebagai bantuan kemudahan pengangkutan mendorong pengundi melaksanakan hak dan tanggungjawab mereka kepada negara, ia adalah wajar dari segi faktor kenegaraan. “Perlu diingatkan bahawa inisiatif seperti ini tidak boleh mempamerkan sebarang lambang parti atau imej calon yang mampu mempengaruhi undi seseorang.” “MCW menggesa agar isu ini diteliti dengan lebih terperinci berdasarkan undangundang sedia ada walaupun inisiatif ini daripada pihak kerajaan negeri.” katanya. Ujar beliau, status atau niat tindakan itu mesti dijelaskan dengan baik agar tidak mengelirukan rakyat dan tidak bercanggah dengan undang-undang serta tafsiran rasuah dalam konteks pilihan raya di Malaysia.


ϭϴϲ 81. ‘BERKENAAN KENYATAAN KP SPRM BAHAWA TIADA KESALAHAN RASUAH DALAM KENYATAAN PM DAN TPM DALAM PRN 6 NEGERI KHUSUSNYA DI TRENGGANU’ 2 Ogos 2023 - Kenyataan Media UtusanTV, Malaysia Gazette, Sinar Harian dan Laman FB SPRM. SPR diminta perjelas isu peruntukan kerajaan bukan rasuah – MCW SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) diminta, tampil membuat penjelasan berhubung isu pengumuman di Terengganu yang dikatakan sebagai tiada kesalahan rasuah. Setiausaha Agung Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW), Rosdi Amir dalam kenyataan melihat, perkara tersebut mempunyai kaitan dengan manifesto parti yang akan bertanding dalam pilihan raya negeri (PRN). Tegasnya, jangan dibiarkan pelbagai pihak berkepentingan mengambil kesempatan dalam isu ini sekali gus merosakkan imej dan kredibiliti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) serta kerajaan sedia ada. “SPR lebih berhak memberi penjelasan dan panduan pilihan raya khususnya berkaitan isu ini dalam konteks peruntukan undang-undang sedia ada iaitu Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (Akta 5). “Adalah lebih wajar mana-mana individu yang mewakili kerajaan membuat pengumuman pemberian sebarang peruntukan kerajaan Persekutuan untuk kebajikan dan kebaikan rakyat di luar musim pilihan raya agar nampak lebih berintegriti serta bebas daripada persepsi rasuah,” katanya, hari ini. Sebelum ini, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, tiada kesalahan rasuah berlaku lanjutan pengumuman kerajaan mengenai peruntukan projek dan dana untuk rakyat serta belia Terengganu. Kenyataan tersebut telah menimbulkan persepsi negatif, malah dilihat mampu menggugat kredibiliti SPRM. Rosdi menambah, isu yang berlaku ini boleh dikaitkan dengan kes terdahulu yang menjadi duluan kehakiman ‘precedent’ dan rujukan iaitu di dalam kes Teoh Teik Huat lawan Lim Kean Siew & Anor tahun 1981.


ϭϴϳ Jelasnya, isu ini berhubung kenyataan Tengku Razaleigh Hamzah selaku Menteri Kewangan untuk memberikan peruntukan kewangan besar sekiranya Barisan Nasional (BN) menang bagi pilihan raya kawasan Pengkalan Kota. “Secara teknikal berdasarkan Akta 5 1954 dan Akta SPRM 2009 (Akta 694), pihak SPRM menyatakan pendirian tersebut memandangkan pengumuman oleh Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri tersebut dibuat sebelum tarikh rasmi penamaan calon. “Justeru, Akta 5 1954 dan peruntukan berkaitan di dalam Akta 694 2009 tidak terpakai. “SPR disarankan tampil menjernihkan isu ini dengan membuat penjelasan secara objektif agar rakyat lebih faham dan tidak ada tuduhan bahawa pihak berkuasa cuba melindungi sesiapa atau mana-mana pihak atau parti dalam isu ini,” katanya lagi.


ϭϴϴ 83. MENJAWAB PELBAGAI PERSOALAN WARTAWAN BERKENAAN DAKWAAN RASUAH DALAM PILIHAN RAYA 6 NEGERI YANG SEDANG BERLANGSUNG 4 Ogos 2023 - Respons Media Soalan 1: Selepas hampir seminggu kempen Pilihan Raya Negeri, bagaimana MCW melihat dari sudut pemerhati rasuah? Adakah terdapat seperti unsur-unsur songokan? MCW melihat kempen PRN ke-15 ini berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah atau aduan rasuah dari masyarakat setempat. Namun, Pemerhati MCW telah melaporkan banyak kempen yang melibatkan calon dengan kesalahan pilihan raya dalam bentuk rasuah PENJAMUAN. Aduan kesalahan ini juga telah dipanjangkan untuk siasatan pihak berkuasa yang berkenaan. Soalan 2: Adakah pihak MCW sudah menerima laporan sama ada daripada laporan polis yang dibuat pemerhati yang lain? Jika ada, kawasan/ atau negeri manakah yang banyak terlibat?Masalah dan aduan acara kempen yang berkaitan rasuah PENJAMUAN ini dilaporkan berlaku hampir di semua kawasan dan melibatkan calon dari pelbagai parti. Soalan 3: (Berkait dengan soalan 2) Jika ada berlaku songgokan, adakah perlaku tersebut terdiri daripada calon yang bertanding, parti berkenaan, atau orang lain-lain? Calon biasanya akan mendakwa penjamuan itu dilakukan oleh masyarakat setempat sebagai tanda penghargaan. Namun hakikat yang sebenar, majlis tersebut dianjurkan oleh penyokong


ϭϴϵ mereka sendiri. Pihak berkuasa perlu melakukan penyiasatan terperinci bagi mendapatkan bukti yang kukuh dalam hal ini. Soalan 4: Adakah pada PRN ini, MCW mewajibkan agar calon yang bertanding perlu membuat saringan dengan SPRM? Saranan MCW kepada pihak berkuasa terutamanya SPRM untuk membuat saringan ke atas calon yang akan bertanding nampaknya masih belum dapat dilaksanakan dengan sempurna. Kita bimbang hal ini akan berpanjangan dan sukar untuk mencapai matlamat. Semasa PRU yang lalu, terdapat parti yang mengambil inisiatif tersebut. Namun dalam PRN ini, isu saringan tersebut seolah-olah didiamkan, sedangkan kita semua tahu perkara ini antara tindakan penambahbaikan yang perlu dilaksanakan oleh pihak berkuasa dalam memperkukuhkan sistem pilihan raya di Malaysia. Soalan 5: Bagaimanakah penguatkuasaaan MCW bersama pemerhati rasuah yang lain dalam menghindarkan perkara ini berlaku sepanjang PRN? Hakikatnya, amat sukar untuk melihat kejadian rasuah dalam PRN berlaku dengan mata kasar. Hampir semua Pemerhati MCW dan pencinta Antirasuah Malaysia sedang bertungkuslumus memantau media sosial untuk memastikan kejadian rasuah dalam PRN ke-15 ini. Kebiasaannya kes-kes rasuah akan ditemui menerusi media sosial. Pemerhati perlu membuat tapisan dengan teliti dalam memastikan kes-kes rasuah tersebut bukanlah fitnah yang di ulang tayang atau 'recycle' dari tahun sebelumnya. Aduan-aduan tersebut juga akan dirujuk terlebih dahulu kepada pakar pilihan raya dalam MCW sebelum dilaporkan kepada pihak berkuasa yang berkenaan.


ϭϵϬ 84. ISU PENGGUNAAN KENDERAAN (HELIKOPTER) KERAJAAN OLEH YAB PM DALAM KEMPEN PRN 2023 5 Ogos 2023 - Respons Media - Malaysia Gazette, Utusan TV, Bebasnews.my Guna kenderaan kerajaan untuk politik ganggu proses demokrasi – MCW Malaysia Gazette KUALA LUMPUR – Penggunaan kenderaan kerajaan untuk tujuan politik boleh mengganggu proses demokratik dan menghilangkan kepercayaan rakyat. Presiden Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW), Jais Abdul Karim berkata, tindakan tersebut boleh menimbulkan isu penyalahgunaan kuasa dan boleh merosakkan integriti pentadbiran kerajaan. “MCW menggesa agensi penguatkuasaan yang berkaitan menyiasat hal ini dan mengeluarkan garis panduan supaya anggota Kabinet mematuhi pekeliling penggunaan perkhidmatan atau aset kerajaan. “Pemimpin politik wajar mematuhi janji mereka untuk tidak menggunakan kenderaan kerajaan semasa berkempen kerana ini termaktub dalam Akta Kesalahan Pilihan Raya (AKPR) 1954,” katanya dalam kenyataan media, hari ini. Netizen mempersoalkan kehadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan menaiki helikopter pada program di Jeneri dan Kupang di Sik, Kedah, semalam. Jais menambah, MCW sedar bahawa Anwar mempunyai keistimewaan menggunakan kemudahan tersebut atas kapasiti sebagai Perdana Menteri untuk ‘turun padang’ bertemu rakyat dengan pantas dan selamat. Namun, beliau memberitahu, dalam konteks Kepimpinan Melalui Teladan, Anwar sewajarnya menjadi contoh terbaik kepada anggota Kabinet yang lain agar tidak menggunakan kenderaan kerajaan untuk tujuan politik dan kepentingan parti yang bertanding dalam pilihan raya negeri (PRN). “MCW mendambakan ketegasan Perdana Menteri untuk membuktikan amalan tata kelola dan integriti yang tinggi di bawah kepimpinan beliau dalam Kerajaan Madani. “Inilah masa yang sesuai untuk beliau kotakan janji seorang Perdana Menteri ulung yang sering melaungkan amalan bersih rasuah dan tidak ada salah guna kuasa sebagai anggota Kabinet,” jelasnya. – MalaysiaGazette


ϭϵϭ 85. ISU ‘KEBOCORAN DATA’ PREMIUM INSAN SELANGOR 25 Ogos 2023 - Respons Media Isu kebocoran data bukan baharu KUALA LUMPUR — Isu kebocoran data peribadi rakyat Malaysia bukanlah perkara baharu di negara ini. Menurut Presiden Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW), Jais Abdul Karim, isu tersebut telah tular sejak bulan Mei 2022 dan aktiviti menjual maklumat data peribadi rakyat Malaysia adalah antara sumber ekonomi gelap yang telah lama bertapak. “Walaupun sudah ada peruntukan perundangan melalui Akta Perlindungan Data Peribadi (PDPA) 2010 namun penguatkuasaannya kelihatan masih lemah dan tidak berkesan. “Banyak industri terutamanya sektor insuran, hartanah dan kewangan menjadi pengguna kepada data ini. Isu penyalahgunaan sumber data ini adalah berkemungkinan tinggi berlaku dan bukanlah perkara yang mustahil,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. Terdahulu tular kenyataan berhubung kerisauan orang awam di Selangor selepas data mereka termasuk nama dan kad pengenalan telah didaftarkan secara automatik dalam Skim Insurans Am Selangor (INSAN) tanpa sebarang pengetahuan dan kebenaran pemiliknya. Semalam Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, pendaftaran nama dan kad pengenalan rakyat Selangor dalam INSAN secara automatik hanya merupakan sebagai pra pendaftaran bagi polisi perlindungan tersebut. Amirudin menjelaskan, polisi tersebut akan aktif sepenuhnya sekiranya memenuhi beberapa kriteria dengan menyerahkan swafoto dengan kad pengenalan masing-masing. Jais berkata, dalam kes tersebut, MCW melihat bahawa penggunaan data peribadi pengundi yang diperolehi daripada sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPR) jelas telah disalahguna utk tujuan komersial. Katanya lagi, kemungkinan berlakunya pelanggaran terhadap peruntukan dalam PDPA & Seksyen 9 Akta SPR (Akta 31) adalah cukup tinggi.


ϭϵϮ “Sebuah syarikat telah dilantik sebagai firma pengendali di mana pihak MBI Selangor hanya memegang ekuiti 49 peratus. Justeru data data peribadi pengundi atau rakyat telah disalur ke entiti komersial yang berisiko terhadap ‘potential commercial abuse’. “Data SPR ini hanya boleh digunakan dengan kebenaran bertulis Yang Dipertuan Agong sahaja. “Justeru, kenyataan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari kelihatan bercanggah apabila beliau mengatakan cuma pra pendaftaran sahaja, sedangkan maklumat peribadi termasuk nombor Kad Pengenalan pengundi jelas telah diperguna seperti tertera dalam sijil INSAN,” katanya. Justeru jelasnya lagi, MCW menggesa pihak SPR segera mengeluarkan kenyataan bagi mengesahkan bahawa tiada sebarang pelanggaran terhadap mana-mana peraturan yang telah termaktub bagi memastikan penggunaan data ini adalah telus dan berintegriti atau sebaliknya. Tambahnya lagi, MCW khuatir perkara berkenaan akan dijadikan satu duluan atau ‘preseden‘ pada masa hadapan sekiranya ianya tidak diperjelaskan segera.


ϭϵϯ BAB 7 FOKUS DALAM BIDANG SUKAN


ϭϵϰ 86. INTEGRITI PENGURUSAN SUKAN DIMENSI BAHARU . 23 Ogos 2023 - Rencana Utusan Malaysia Saya mengenali dunia SEPAK TAKRAW menerusi Datuk Abdul Halim Kader, pemimpin sukan antarabangsa dari Singapura sejak 2009, iaitu semasa Sukan SEA di Laos. Beliau anak Melayu menerajui persatuan sukan bertaraf dunia yang disegani. Beliau memegang jawatan Presiden Persekutuan Sepak Takraw Asia (ASTAF) dan Setiausaha Agung Persekutuan Sepak Takraw Dunia (ISTAF). Bermula dari saat itu, saya cuba memahami corak pengurusan sepak takraw sehinggalah diberi peluang berkhidmat aktif dalam sukan ini sebagai juri antarabangsa (ITO) dalam dua kejohanan penting iaitu Sukan SEA 2023 di Kemboja dan Kejohanan Sepak Takraw Dunia 2023 di Thailand. Secara tidak langsung. saya mempelajari cara pengurusan beliau menerusi dua kejohanan besar ini. Semakin hari, semakin banyak dapat dipelajari. Beberapa aspek penting


ϭϵϱ integriti dipraktikkan dan dipegang teguh oleh beliau dalam pengurusan sukan ini terutama apabila berhadapan pelbagai kerenah wakil sukan dari seluruh dunia. PENETAPAN SOP Beliau sering menekankan aspek penetapan sistem operasi standard (SOP) betul dan pelaksanaan tepat serta cepat bagi mencapai standard yang tinggi. Sistem fail beliau cukup kemas, mudah dirujuk dan sistematik. Disiplin kerja ini sudah sebati dalam dirinya sejak muda. Pada usia kini mencecah 72 tahun, amalan ini masih unggul dan mantap. Ketegasan dan 'kegarangan' sejak usia muda tidak pernah luntur. Di saat beliau serius dalam berbincang sesuatu, kami mesti menumpukan perhatian, fokus, bersedia menerima teguran dan kritikan sekiranya melakukan kesilapan. Walaupun begitu, beliau tidak pernah lokek memberi pujian dan penghargaan atas sesuatu tugasan dilaksanakan dengan baik serta berhemah. Kepakaran beliau dalam pengurusan sukan sepak takraw tidak dapat disangkal. Melihat cara beliau menyelesaikan masalah terbukti memang sangat berpengalaman. Selama lebih 40 tahun berkecimpung dalam dunia sukan ini membuatkan beliau berani dan tegas menegur serta memberi amaran kepada pemimpin sukan dari pelbagai negara. Beliau mahu semua pemimpin sukan ini mengamalkan dasar Bersih, Cekap dan Amanah yang dipelajari daripada bekas Perdana Menteri. KEUNTUNGAN PERIBADI Beliau sedar ramai pemimpin menggunakan sukan ini untuk mendapat keuntungan peribadi dengan cara tidak betul. Peringatan dan kata-kata nasihat ini sering diungkapkan oleh beliau agar tidak berlaku salah etika yang boleh merosakkan imej sukan sepak takraw. Lafaz ikrar integriti diamalkan secara konsisten sebagai satu kaedah pencegahan bagi mengatasi masalah integriti dengan berkesan. Sekiranya berlaku kes kesalahan berkaitan integriti yang kritikal, tindakan punitif tegas diambil. Ketegasan tindakan ini menyebabkan ramai pemimpin sukan yang mahu mengambil kesempatan dipecat atau mengundur diri secara 'paksa rela.' ASTAF dan ISTAF menetapkan kod etika yang ketat bagi memastikan integriti dalam pengurusan sukan. Kod etika ini menggariskan prinsip-prinsip tingkah laku yang diharapkan daripada pegawai sukan, pemain dan semua pihak terlibat. Tiada lagi kelakuan atau perangai yang 'tidak senonoh' di gelanggang kejohanan. Kerjasama antara negara ahli ASTAF bertambah erat dalam usaha memastikan integriti dalam pengurusan sukan. Mereka bekerjasama dalam pertukaran maklumat, latihan dan penguatkuasaan undang-undang untuk memerangi penipuan sukan dan penyalahgunaan dadah terutamanya. Kerjasama ini dilaksanakan dalam rangkuman peraturan dan undangundang ditetapkan tanpa isu yang dianggap 'leceh.'


ϭϵϲ ANTI-DOPING Pelaksanaan sistem anti-doping untuk memastikan keadilan dan kebolehpercayaan dalam pertandingan sedang dikuatkuasakan secara menyeluruh. ASTAF berhasrat dan ingin memastikan semua pemain sepak takraw bebas dadah dan berintegriti tinggi. Ujian dadah secara berkala dijalankan ke atas pemain untuk mengesan penyalahgunaan dadah. Impak pelaksanaan peraturan ini akan melonjak imej bersih sukan sepak takraw sehingga ke peringkat Sukan Olimpik. Saya diberikan amanah menyediakan manual atau handbook setebal 100 muka surat sebagai rujukan dan garis panduan berkenaan isu ini kepada semua warga sepak takraw di seluruh dunia. Manual ini memberi keutamaan berkaitan garis panduan perjalanan sukan sepak takraw yang bersih daripada gejala najis dadah. Kami semua yakin manual ini menjadi sinar baharu dan panduan dalam mencapai kecemerlangan, kejujuran dan saling menghormati terhadap usaha membawa sukan ini ke aras lebih tinggi. VIDEO CHALLENGE Pengenalan penggunaan video challenge memberikan kesan besar kepada integriti sukan ini. Ketelusan sistem ini memungkinkan pasukan atau pemain untuk mencabar keputusan hakim dengan menggunakan teknologi video untuk menilai semula kejadian atau keputusan semasa pertandingan berlangsung. Penggunaan teknologi video ini membolehkan keputusan dibuat berdasarkan bukti jelas. Ia membantu mengurangkan kemungkinan penyelewengan atau manipulasi keputusan oleh pihak tidak bertanggungjawab. Pengenalan video challenge adalah sumbangan besar Abdul Halim kepada pemerkasaan imej integriti sukan ini. PENERAPAN BUDAYA INTEGRITI Abdul Halim sedar bahawa penerapan integriti dalam sukan ini memerlukan kesinambungan pemantauan dan penambahbaikan secara berterusan kerana ia merupakan satu proses yang panjang. Ini merupakan janji dan komitmen penting beliau terhadap sukan sepak takraw dengan mewujudkan satu sistem yang lengkap bagi manfaat generasi akan datang.


ϭϵϳ 87. SELAMATKAN SUKAN MALAYSIA DARI ORANG POLITIK 13 September 2023 - RENCANA UTUSAN MALAYSIA SEBAIK sahaja reпсапа yang menceritakan pengalaman saya dalam sukan sepak takraw di peringkat antarabangsa diterbitkan dalam ruangan ini, dua minggu lalu, ramai rakan mencadangkan saya menulis tentang prestasi sukan dalam negara yang semakin merosot di sebalik penglibatan ahli politik. Hakikatnya, penglibatan ahli politik dalam persatuan sukan bukanlah perkara baharu dan berlaku di banyak negara, seperti satu budaya.


ϭϵϴ Namun, penting untuk diberi perhatian bagaimana penglibatan tersebut dapat mempengaruhi dunia sukan dan kepentingan atlet serta pasukan. Setiap individu yang mengambil alih jawatan penting dalam persatuan sukan terutama ahli politik harus berpegang pada prinsip- prinsip integriti, ketelusan dan fokus ke arah pembangunan sukan sebenar. TANGGUNGJAWAB Ahli politik yang terlibat dalam persatuan sukan perlu mengutamakan kepentingan sukan dan atlet melebihi kepentingan politik dan diri sendiri. Mereka seharusnya memiliki kefahaman mendalam tentang keperluan dan aspirasi dunia sukan. Menjadi kerisauan kita melihat orang politik tidak mampu memberi tumpuan kepada pembangunan atau memahami dinamika sukan tersebut. Sekiranya terdapat penglibatan ahli politik dalam persatuan sukan, penting untuk memastikan urusan politik dan sukan dipisahkan. Ini bagi memastikan keputusan dan aktiviti sukan tidak terjejas oleh pertimbangan politik. SESUAIKAH AHLI POLITIK? Perkara ini memerlukan penilaian teliti. Terdapat hujah yang pro dan kontra perlu kita fahami. Cukup penting untuk kita fahami, orang politik memiliki akses kepada sumber kewangan lebih besar dan dapat memberikan sokongan yang penting kepada persatuan sukan. la penting dalam membantu pembangunan infrastruktur, persiapan atlet dan penyelenggaraan acara. Orang politik mempunyai jaringan luas yang dapat membantu persatuan sukan memperoleh sokongan, tajaan dan kerjasama dengan pihak lain termasuk kerajaan dan badan lain. Penglibatan mereka mungkin dapat meningkatkan sokongan politik dan negara secara keseluruhan. Ini boleh membawa kepada lebih banyak sumber dan perhatian untuk pembangunan sukan. Namun, penglibatan mereka juga boleh membawa risiko campur tangan politik yang mungkin mempengaruhi keputusan dan pengurusan persatuan. Ini boleh menggugat integriti dan objektiviti pentadbiran sukan. Mereka mungkin sibuk dan mempunyai banyak tanggungjawab dalam bidang politik atau kerajaan yang boleh mengganggu pengurusan harian dan perkembangan jangka panjang persatuan sukan. Jika ahli politik dipertimbangkan untuk jawatan dalam persatuan sukan, banyak langkah perlu diambil bagi memastikan integriti, ketelusan dan fokus ke arah pembangunan sukan yang sebenar. CIRI PENTING Kepimpinan yang bebas daripada pengaruh politik pasti lebih cenderung menjaga integriti dan ketelusan dalam pentadbiran sukan. Ini dapat membina kepercayaan dalam kalangan peminat sukan dan penggiat sukan yang menginginkan persekitaran bersih daripada politik. Sukan memerlukan sokongan kewangan yang konsisten dan berterusan untuk memastikan latihan, persiapan dan penyertaan dalam pertandingan antarabangsa berjalan


ϭϵϵ lancar. Dengan kepimpinan yang tidak terlibat dalam politik, sumber dan dana sukan akan diurus dengan lebih cermat tanpa dikaitkan dengan pertimbangan politik. Pemimpin sukan sepatutnya dipilih berdasarkan kecekapan, pengalaman dan dedikasi mereka kepada sukan, bukannya kaitan politik atau pengaruh. Ini akan memastikan individu terbaik dipilih untuk membawa sukan ke tahap lebih tinggi, mengukuhkan semangat atlet untuk mencapai kejayaan. Penumpuan pada prestasi sukan berpotensi membantu meningkatkan imej dan jati diri negara di peringkat antarabangsa. Kepimpinan yang bebas daripada politik akan memberi keutamaan kepada pencapaian atlet dan pasukan, membantu menjadikan sukan negara lebih berdaya saing di persada dunia. SEGERA DISELAMATKAN Kita mengalami masalah pembaziran bakat sukan negara yang kritikal kerana politik. Kerajaan perlu memberikan komitmen penuh untuk menyelamatkan industri sukan negara. Beberapa perkara perlu diambil kira untuk memastikan komitmen tersebut dijalankan. Kerajaan perlu membangunkan dasar sukan komprehensif yang memberikan panduan dan pandangan jangka panjang untuk pembangunan sukan di negara ini. Dasar ini harus menekankan kepentingan kepemimpinan berkualiti, integriti, pembangunan atlet dan infrastruktur sukan yang baik. Menjalankan dasar yang memisahkan sukan daripada politik adalah kunci bagi memberi ruang kepada atlet dan pasukan untuk berkembang tanpa halangan politik. PENJENAMAAN SUKAN Dengan mengiktiraf sukan sebagai komponen utama dalam budaya dan identiti negara, ini boleh membantu memfokuskan perhatian dan sokongan kepada perkembangan sukan dan atlet. Kolaborasi dengan sektor swasta dan institusi pendidikan adalah amat penting demi pembangunan sukan negara. Kementerian Belia dan Sukan perlu membuat penilaian dan pemantauan berterusan terhadap kesan dan prestasi program pembangunan sukan. Ini akan membantu mengukur keberkesanan pelaksanaan dasar dan memastikan sasaran dicapai. Rakyat juga perlu digalakkan untuk terlibat sama memberikan sokongan dan sumbangan kepada pembangunan sukan sama ada dalam bentuk penyertaan, sukarelawan atau sumbangan kewangan. Penting untuk memahami bahawa pembangunan sukan yang berjaya melibatkan pelbagai faktor termasuk komitmen kerajaan, persatuan sukan, masyarakat dan atlet itu sendiri. Menggalakkan sokongan dan kesedaran mengenai kepentingan sukan dalam masyarakat adalah langkah penting dalam membina industri sukan yang berkembang dan berjaya. Majulah sukan untuk negaraku. Malaysia!


ϮϬϬ 88. GAGAL LAPOR RASUAH SUKAN TIDAK BOLEH DIMAAFKAN 10 November 2023 – Rencana @ Nukilan Presiden Dalam Utusan Malaysia Saudara Pengarang MASALAH rasuah dalam bidang sukan bukan baharu di Malaysia. Ia sudah menular sejak sekian lama dan jika dibiarkan berlarutan boleh merosakkan masyarakat dan meruntuhkan negara. Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abdul Halim sebaik sahaja dilantik ke jawatan itu turut menyentuh soal berkenaan apabila menyatakan amalan rasuah dalam badan sukan di negara ini perlu ditangani sebaiknya bagi memastikan atlet dapat meningkatkan potensi sebenar mereka. Industri sukan negara boleh terencat sekiranya masalah itu tidak dibanteras sepenuhnya. Rasuah dalam sukan bukan hanya berkaitan dengan perolehan dana persatuan dan menggunakan jawatan untuk mendapat suapan. Malah, ia turut melibatkan perbuatan mengatur keputusan perlawanan dan penyalahgunaan kuasa serta proses dalam membuat sesuatu keputusan. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mendefinisikan suapan terdiri daripada wang, hadiah, bonus, undi, perkhidmatan, jawatan, upah mahupun pemberian diskaun. Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW) berpendapat bahawa isu rasuah dalam sukan di Malaysia masih berada pada tahap terkawal. Tindakan segera pihak Kementerian Belia dan Sukan dalam mengambil langkah pembudayaan, pencegahan dan penguatkuasaan dari semasa ke semasa adalah penting untuk memastikan ia tidak menjadi 'barah' kepada pembangunan sukan negara. Trend gejala rasuah dalam sukan di Malaysia biasanya melibatkan aktiviti mengatur perlawanan yang melibatkan kejohanan ternama, hadiah besar dan pertaruhan sama ada secara sah ataupun tidak. Banyak kes rasuah dalam sukan tidak dilaporkan atas pelbagai sebab. Kegagalan melaporkan kes ini tidak boleh dimaafkan kerana implikasinya cukup besar. Program kesedaran dan pendidikan antirasuah kepada atlet dan badan sukan perlu diperbanyakkan. MCW sedia terlibat secara aktif dalam program ini.


ϮϬϭ BAB 8 PELBAGAI


ϮϬϮ 89. PENGABAIAN NACP PUNCA CPI MALAYSIA MEROSOT. 1 Februari 2023 - Temubual / Respons Media MCW – SHAH ALAM - Kegagalan pentadbiran kerajaan sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) untuk melaksanakan 115 inisiatif di bawah Pelan Anti Rasuah Nasional (NACP) antara punca skor Indeks Persepsi Rasuah (CPI) Malaysia pada tahun lalu merosot kepada 47 mata. Presiden Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW), Jais Abdul Karim berkata, inisiatif disena- raikan Pusat Governans, Integriti dan Anti Rasuah Nasional (GIACC) tersebut merupakan pelan terbaik di dunia untuk diikuti. "Kegagalan kerajaan (ketika itu) bagi melaksanakan pelan yang terbaik ini menunjukkan tidak wujud kehendak politik untuk menjadi lebih baik. "Kerajaan berdepan dengan ketidakstabilan politik yang teruk sebelum PRU15 menyebabkan mereka sendiri tidak mampu dan tidak berani untuk melaksanakan pembaharuan yang dirancang." katanya kepada Sinar Harian pada Selasa. Jais bagaimanapun meminta Transparency International-Malaysia (TI-M) menjelaskan dengan lebih terperinci berkenaan penglibatan pihak-pihak yang menentukan skor CPI tersebut. "Penilaian yang dibuat oleh beberapa kajian ini memfokuskan kepada pendapat golongan orang luar yang bekerja dan melakukan perniagaan di dalam Malaysia. "Jadi, adakah responden ini benar-benar melaksanakan perniagaan atau berurusan dengan pelbagai agensi negara, atau sekadar beri pandangan berdasarkan persepsi mereka sahaja?" soal beliau. Tambah Jais, Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim diyakini mampu meningkatkan semula skor CPI tersebut pada tahun akan datang kerana dilihat komited dalam membendung gejala rasuah. "Kita lihat sahaja kerajaan sekarang ini untuk meneruskan langkah pembaharuan yang sedang dilaksanakan," jelasnya.


ϮϬϯ 90. MESTI ADA KEBERTANGGUNGJAWABAN DALAM ISU PEMBELIAN VENTILATOR, PPE 19 Februari 2023 – Temubual / Respons Media MCW – MALAYSIA Corruption Watch (MCW) terpanggil dan bertanggungjawab untuk memberi pandangan bagi melahirkan kegusaran terhadap Laporan Audit Negara 2021 Siri 2 yang telah dibentangkan oleh Ketua Audit Negara, Datuk Seri Nik Azman Nik Abdul Majid baru-baru ini. MCW memandang serius terhadap isu ketirisan dan pembaziran yang berlaku dalam perbelanjaan negara sepertimana dalam laporan berkenaan. Ini adalah perkara serius yang boleh menjadi barah sekiranya tiada noktah. Kandungan laporan berkenaan yang amat membimbangkan adalah berhubung perbelanjaan negara semasa pandemik Covid-19 melanda Malaysia. Terlihat daripada laporan tersebut pembelian yang tidak terkawal dan dilakukan tanpa semak dan imbang serta tanpa pertimbangan yang mendalam. Apabila dilaporkan sejumlah 93 daripada 136 ventilator yang telah dibeli tidak dapat digunakan sepenuhnya, maka ia adalah sesuatu yang amat tidak boleh diterima. Dilaporkan kerugian yang ditanggung oleh negara adalah sebanyak RM13.07 juta. Manakala terdapat lebihan ketara dan keterlaluan peralatan perlindungan peribadi (PPE) sebanyak 3.08 juta pasang sarung kasut dan 0.84 juta helai sut PPE. Satu jumlah yang bukan sedikit. Jumlah jutaan ringgit terbazir. Bukan wang milik individu sebaliknya wang milik negara. Milik rakyat Malaysia. Hal ini menampakkan secara jelas semasa proses pembelian ventilator berkenaan tidak dilakukan secara teliti dan tiada pemeriksaan secara menyeluruh. Manakala pembelian PPE seolah-olah dibuat secara semberono atau “asal boleh”. Jauh daripada itu, pembelian berkenaan boleh juga menimbulkan keraguan iaitu adakah ia hanya mengikut kehendak pihak tertentu tanpa mengikut keperluan sebenar. Acapkali pembelian yang berlebihan secara keterlaluan dan ketara timbul akibat daripada terdapatnya proses urusan jual beli yang diragui dan dibimbangi ketelusan dan kesahihannya. Tidak boleh ada sebarang alasan diberikan untuk melepaskan diri. Semua terlibat harus bertanggungjawab. Meski pembelian dibuat atas faktor mendesak atau kecemasan, kebertanggungjawaban masih perlu ada.


ϮϬϰ Integriti dan amanah adalah sesuatu yang tiada toleransinya. Ia harus wujud dan dilaksanakan dalam semua keadaan. Apatah lagi ia melibatkan sejumlah peruntukan wang yang besar. Ia adalah wang negara! Ia adalah wang rakyat yang tidak boleh dibelanjakan sesuka hati! Dalam pada kita mempersoalkan pembelian dan pembaziran yang telah berlaku, MCW ingin menarik perhatian seluruh dan setiap warga Malaysia khususnya pemimpin negara iaitu Laporan Ketua Audit Negara itu sendiri harus dipersoalkan hala tujunya. Ke mana selepas ini? Apa tindakan susulan selepas ini? Adakah sekadar dan sematamata menjadi “laporan” sahaja? Tanpa sebarang tindakan susulan? Hal ini dilihat tiada pengakhiran. Saban tahun setiap kali Laporan Ketua Audit Negara dibentangkan, terlihat pelbagai ketirisan. Maka pelbagai pihak akan memberi pelbagai reaksi. Namun ia hanya bertahan selama beberapa ketika. Boleh dikatakan “hangat-hangat tahi ayam”. Justeru, MCW mendesak pihak berkaitan khususnya kerajaan untuk memberi respon yang bukan hanya bersifat retorik. Sebaliknya MCW mencadangkan agar diwujudkan sebuah suruhanjaya bebas untuk bertindak terhadap Laporan Ketua Audit Negara. Suruhanjaya berkenaan yang dinamakan Suruhanjaya Khas Bertindak Audit Negara hendaklah dianggotai oleh pihak yang tidak terlibat dan yang tidak berada di dalam laporan berkenaan. Malah, pegawai atau kakitangan yang berada di dalam institusi atau organisasi yang dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara berkenaan turut tidak boleh menganggotainya. Ia mesti benar-benar bebas dalam erti kata sebenar. Suruhanjaya berkenaan hendaklah melaporkan terus kepada Yang di-Pertuan Agong dan Parlimen. Suruhanjaya berkenaan tidak boleh berada di bawah eksekutif atau kerajaan mahupun Kabinet kerana yang diaudit adalah eksekutif atau kerajaan. Manakan wajar pihak yang diaudit yang akan menjadi badan bertindak yang bebas! Sehubungan itu, MCW menggesa agar disegerakan penubuhan Suruhanjaya Khas Bertindak Audit Negara ini bagi mengekang isu ketirisan daripada membarah di negara ini. MCW bersedia untuk bersama membantu usaha merealisasikan hasrat murni ini demi Malaysia yang bebas daripada belenggu dan kemelut ketirisan dan integriti.


ϮϬϱ 91. MCW GESA SPRM SAMAN SHAFIQ ABDUL HALIM SEBAGAI PENGAJARAN 22 Februari 2023 – Temubual / Respons Media MCW – 1. MCW memandang serius tuduhan Shafiq bahawa SPRM menawarkan RM10 juta kepada Datuk Wan Saiful untuk membabitkan Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu kes rasuah. 2. MCW dengan tegas mengkritik kenyataan tersebut dan permintaan maaf daripada Shafiq adalah tidak mencukupi kerana kenyataan itu telah tersebar luas dan pasti ada yang mempercayainya. Pengajaran harus diberikan kepada seluruh anggota masyarakat agar tidak sesuka hati mengeluarkan kenyataan fitnah terhadap agensi penyiasatan negara. 3. MCW juga menggesa semua pihak agar tidak mempolitikkan dan mengganggu-gugat siasatan pihak SPRM yang sedang berjalan. 4. MCW yakin dan percaya bahawa setiap rakyat Malaysia sentiasa menyokong SPRM. SPRM mesti terus tegas dan berani bertindak menyiasat sesiapa sahaja bagi memastikan segala dakwaan kes rasuah dibongkar sehingga akar umbi. 5. Kebijaksanaan SPRM dalam menjalankan siasatan tidak wajar dipertikaikan dan ahli politik atau penyokong mereka yang sedang disiasat perlu memberi kerjasama penuh dan dinasihatkan untuk mengelakkan membuat kenyataan yang kelihatan menganggu atau mencampuri urusan siasatan bagi memastikan siasatan yang telus dapat dilaksanakan.


ϮϬϲ 92. BADAN KEHAKIMAN WUJUDKAN PROSEDUR BAHARU UNTUK SIASAT HAKIM? 26 Februari 2023 - Temubual / Respons Media MCW – KUALA LUMPUR – Kenyataan Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat bahawa siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Hakim Mohd Nazlan Ghazali perlu mengikut protokol tertentu bagi memelihara kebebasan badan kehakiman menimbulkan pelbagai persoalan. Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW) mempersoalkan apakah sebenarnya protokol yang dinyatakan dalam alasan penghakiman oleh Mahkamah Persekutuan berkaitan siasatan SPRM terhadap Mohd. Nazlan (kini Hakim Mahkamah Rayuan). Ini kerana tiada sebarang garis panduan atau peruntukan undang-undang di bawah Kanun Tatacara Jenayah (KTJ) mahupun Perlembagaan berkaitan penguat kuasa undangundang perlu memaklumkan terlebih dahulu kepada Ketua Hakim Negara sebelum menjalankan sesuatu siasatan. Menurutnya, di bawah Akta SPRM 2009, tidak ada protokol untuk diikuti sekiranya ada sebarang aduan terhadap seorang hakim. Sebaliknya, sekiranya ada aduan, SPRM diberi kebebasan untuk menyiasat tanpa perlu rujuk kepada sesiapa pun. ”Berdasarkan alasan penghakiman tersebut, adakah badan kehakiman telah menetapkan satu protokol sebagai rujukan bahawa penguat kuasa perlu mengikuti kaedah ini? ”Jadi adakah ini dianggap sebagai satu prosedur baharu?,” soal MCW. Tegasnya, sebelum ini, Badan Pencegahan Rasuah (BPR)/SPRM juga pernah menyiasat beberapa hakim kanan, namun tidak pernah disebut perlu memaklumkan kepada Ketua Hakim Negara. Kes bekas Ketua Hakim Tun Eusoff Chin Tun Eusoff Chin yang bercuti bersama seorang peguam terkenal, merupakan contoh kes yang pernah disiasat BPR. Malah BPR ketika itu didesak untuk menyiasat ketua hakim, begitu juga, terdapat terdapat hakim kanan yang lain juga disiasat.


ϮϬϳ Ketika itu, tiada satu pun forum kehakiman menyebut tentang protokol ini,” ujarnya. MCW berhujah, adakah dengan mengenakan protokol ini pihak badan kehakiman tidak menceroboh bidang kuasa eksekutif. ”Jadi di manakah pengasingan kuasa di negara ini? Adakah badan kehakiman seolaholah memaksa eksekutif untuk mengikut protokol pihaknya? Adakah badan kehakiman tidak campur tangan dalam siasatan SPRM?,” tanya MCW lagi. Seperti yang telah disebut di Parlimen, Ketua Pesuruhjaya SPRM telah menyerahkan laporan penuh siasatan kepada Ketua Hakim Negara untuk mempertimbangkan salah laku hakim di bawah Kod Etika Hakim. Jadi, tugas penyiasat adalah untuk membuktikan atau menyangkal kes itu. Malah, dalam laporan itu SPRM tidak menyebut tentang jenayah wang tersebut namun hanya menyebut tentang salah laku. Sewajarnya, seorang ketua jabatan seharusnya mengalu-alukan siasatan dan mengatakan bahawa pihaknya ingin mengetahui penemuan itu secepat mungkin. ”Jika terdapat dakwaan salah laku terhadap hakim, siapakah yang akan membersihkan hakim? Bagaimanakah badan kehakiman tahu bahawa hakim tidak melakukan sebarang kesalahan melainkan terdapat penyiasatan yang dijalankan oleh penyiasat? ”Jadi adakah ini bermakna badan kehakiman boleh menyiasat hakimnya sendiri jika terdapat laporan salah laku terhadap mana-mana hakim? Bolehkah institusi tersebut membersihkan diri mereka sendiri?,” tambah MCW. – MalaysiaGazette


ϮϬϴ 93. BASELESS TO SAY THERE WAS INTERFERENCE IN MACC PROBE, SAYS CORRUPTION WATCH GROUP 10 Mac 2023, Temubual Media KUALA LUMPUR: It was baseless to accuse there was an interference in the investigation carried out by the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) pertaining to the Jana Wibawa programme. Malaysia Corruption Watch (MCW) president Jais Abdul Karim said the graft busters have the right to professionally investigate any corruption cases based on information it received. He added that MACC's power was merely to investigate and it was up to the AttorneyGeneral's Chambers (AGC) whether or not to charge former prime minister Tan Sri Muhyiddin Yassin. "The charges made were based on AGC's power, MACC only conducts the investigation and provides evidence related to the case. This is why MACC cannot give a definite answer (pertaining to the charges). "Due to the different divisions of legislation, the duration of the process will be long. Hence, we need to trust the legislative process that we have," he said when contacted. Jais said the court would only decide after receiving all arguments from the defence and prosecution teams with evidence collected by MACC. Citing former prime minister Datuk Seri Najib Razak's corruption cases involving the misappropriation 1Malaysia Development Bhd (1MDB) funds in 2018, Jais said it was also not the first time in the country's history that a prime minister was slapped with corruption charges. "This shows that MACC is doing its job to investigate, detain and prosecute politicians and party leaders, regardless of political affiliation.


ϮϬϵ "The perception of selective persecution has become too common. If we continue to talk about the same thing, does this mean any politician who is involved in corruption cannot be charged? "Hence, let the judicial body decide as it is an independent body which has the power to decide based on evidence it has." Earlier today, Muhyiddin was charged with six counts of corruption and abuse of power involving RM427.5 million. He, however, pleaded not guilty to the six counts of corruption and power abuse before Sessions Court judge Azura Alwi. Muhyiddin said the decision to charge him in court was reached even before his statement was recorded by the MACC, adding it was made by the country's most powerful leadership before the investigation was completed. He is expected to face another corruption charge at a Shah Alam court on Monday.


ϮϭϬ 94. DULU DESAK SIASAT HAKIM, KINI BANTAH PULA 18 April 2023 - Rencana Utusan Malaysia PEMERHATI Rasuah Malaysia (MCW) memandang serius serangan dan tohmahan ke atas sebuah institusi kerajaan seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sejak kebelakangan ini.


Ϯϭϭ MCW berpandangan wujudnya beberapa kekhilafan serta salah faham daripada pihak-pihak yang mengkritik, bahkan membuat tohmahan tidak berasas terhadap badan pencegah rasuah itu. Antaranya mereka mendakwa SPRM: *Tidak ada hak atau kuasa untuk menyiasat hakim mahkamah atasan. * Tidak ada hak atau kepakaran untuk menyiasat Kod Etika Kehakiman. * SPRM sengaja membuat pengumuman siasatannya untuk mencemarkan nama baik seorang hakim. HAK, KUASA SIASAT DI BAWAH PERLEMBAGAAN Dakwaan SPRM tidak ada hak atau kuasa untuk menyiasat hakim mahkamah atasan adalah tidak berasas mengikut Perlembagaan Persekutuan. Menurut pakar perlembagaan dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Profesor Madya Datuk Dr. Wan Ahmad Fauzi Wan Husain, undang-undang di negara ini tidak pernah mendiskriminasi atau membezakan seorang hakim dan rakyat marhaen jika mereka terbabit dengan kes jenayah. Tambah beliau lagi, Akta Tatatertib dan Surcaj Badan Berkanun memperuntukkan seorang anggota perkhidmatan awam termasuk mana-mana hakim yang dituduh di bawah undang-undang perlu dibereskan dahulu sebelum prosiding mengikut Artikel 125 Perlembagaan Persekutuan yang berkait dengan isu tatatertib, etika dan disiplin. Jadi, dakwaan SPRM tiada hak dan kuasa untuk menyiasat hakim-hakim adalah tidak berasas di bawah perlembagaan dan undang undang negara. Malah perkara ini telah dijelaskan dan diperakui dalam keputusan Mahkamah Persekutuan kes Haris Fathillah bin Mohamed Ibrahim & Anor lwn. Tan Sri Dato' Sri Haji Azam bin Baki, SPRM dan Kerajaan Malaysia pada 24 Februari lalu yang dipengerusikan oleh Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat. Walaupun keputusan penghakiman tersebut menyebut SPRM patut mengikut protokol, yakni memaklumi Ketua Hakim dahulu sebelum menjalankan penyiasatan, namun kesimpulan daripada penghakiman kes tersebut dalam Perkara 89, muka surat 32 menyatakan, "Sebagai kesimpulan, kami mengulangi bahawa Hakim Mahkamah Tinggi yang berkhidmat tidak terlepas daripada penyiasatan jenayah atau pendakwaan. Mereka tidak perlu digantung atau dibuang sebelum mereka boleh disiasat atau didakwa." (Perkara 89, muka surat 32) Sekiranya badan penguat kuasa tidak boleh menyiasat hakim mahkamah atasan, ia menetapkan satu duluan yang berbahaya. Umum tidak harus lupa akan kes pada 1996 di mana seorang Hakim Mahkamah Tinggi telah menulis surat layang mendakwa beberapa isu salah laku membabitkan hakim-hakim termasuk dakwaan Ketua Hakim pada masa itu melakukan salah laku konflik kepentingan kerana bercuti dengan seorang peguam. Pada waktu itu, Hakim Mahkamah Tinggi tersebut didesak oleh Majlis Peguam untuk membuat laporan kepada polis dan Badan Pencegah Rasuah (BPR) untuk menyiasat segala dakwaannya.


ϮϭϮ Yang aneh, hari ini, kumpulan sama pula yang membantah hak perlembagaan badan pencegah rasuah SPRM yang diperkuatkuasakan dengan undang-undang baharu untuk membuat siasatan ke atas hakim mahkamah atasan. SIASATAN KOD ETIKA KEHAKIMAN Bagi isu kedua, timbulnya salah faham yang mungkin sengaja dibesarkan, iaitu mengatakan SPRM tiada hak atau kepakaran untuk menyiasat isu Kod Etika Kehakiman. Harus difahami, laporan SPRM ialah hasil siasatan yang dijalankan susulan maklumat dan aduan dilaporkan kepada SPRM berhubung isu rasuah dan salah guna kuasa hakim tersebut di mana siasatan tersebut dijalankan di bawah Akta SPRM 2009. Hasil siasatan tersebut boleh memberi cadangan atau syor kepada ketua jabatan untuk tindakan selanjutnya sekiranya didapati ia lebih kepada isu berkaitan tatatertib, etika dan disiplin. Seperti termaktub dalam perlembagaan, SPRM tiada kuasa untuk memberi arahan kepada Peguam Negara mahupun Ketua Hakim untuk tindakan selanjutnya kerana mengikut prinsip pengasingan kuasa, bidang kuasa SPRM berakhir di situ. Bagaimanapun, sekiranya SPRM memberi pandangan hasil daripada siasatannya, adalah tidak melanggar atau melampaui bidang kuasa SPRM kerana ini adalah perkara biasa dalam siasatan badan-badan awam termasuk badan kehakiman. SPRM sengaja membuat pengumuman siasatannya untuk mencemarkan nama baik hakim? Pertama, SPRM membuat pengesahan bahawa mereka sedang menyiasat hakim tersebut adalah merujuk kepada laporan akhbar. Pada waktu itu, sebelum pengesahan, media sudah kecoh dengan dakwaan seorang Hakim Mahkamah Tinggi sedang disiasat oleh SPRM. Ini berikutan beberapa aduan, laporan dan memorandum daripada beberapa kumpulan dan individu yang mendesak SPRM menyiasat hakim tersebut. Dalam keadaan sebegini di mana media sedang mendesak Ketua Pesuruhjaya SPRM untuk mengesahkan sesuatu isu yang berkepentingan awam dan melibatkan kes besar, apakah ia salah sekiranya beliau mengesahkan siasatan tersebut kepada pertanyaan seorang wartawan? Selepas pengesahan itu, isu tersebut sudah dihebahkan besar-besaran oleh media, bukannya SPRM. SPRM menerima kritikan hebat daripada kumpulan kumpulan berhaluan kiri termasuk pembangkang pada masa itu yang sekarang sudah menjadi kerajaan, kononnya SPRM tiada hak untuk menyiasat hakim mahkamah atasan. Susulan itu, SPRM mengeluarkan satu kenyataan bagi mempertahankan hak perlembagaannya untuk menyiasat mana-mana individu mengikut Akta SPRM 2009 pada 28 April 2022. Tindakan itu tidak sepatutnya dianggap sebagai bertujuan mencemarkan nama baik hakim tersebut. Malah ia lebih kepada mempertahankan imej dan reputasi SPRM sendiri daripada dicemari oleh pihak- pihak yang mengkritik tanpa mempunyai fakta betul. Hak perlembagaan ini diperakui sendiri oleh Tun Tengku Maimun dan enam panel hakim dalam keputusan Mahkamah Persekutuan pada 24 Februari 2023.


Ϯϭϯ 95. STRATEGI PULANG SEMULA ASET, WANG RASUAH USAH SAMPAI DIMANIPULASI 27 April 2023 - Rencana Berita Harian Ͳ Rundingan dengan pelaku rasuah untuk memulangkan aset, membayar ganti rugi dan dikompaun mungkin sebahagian penyelesaian mengekang rasuah. Ͳ Pihak berkuasa boleh kenakan kompaun dalam kes pengubahan wang haram dan rasuah dikembalikan semula kepada rakyat menerusi Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan


Ϯϭϰ Kebelakangan ini timbul pandangan menyatakan strategi rundingan pemulangan aset, pembayaran ganti rugi dan kompaun dapat membantu mengekang masalah salah guna kuasa terutama jika mengejar pelaku rasuah dan menuntut mereka memulangkan semula aset diperoleh secara tidak sah. Tujuan utama strategi ini adalah membolehkan pihak berkuasa mendapatkan semula sebahagian besar aset atau wang diperoleh pelaku rasuah terutama membabitkan projek pembiayaan kerajaan sebagai ganti rugi kepada negara. Dari satu sudut, strategi ini dapat mempercepat proses pengadilan kes dan memberikan pendidikan serta insentif kepada perasuah untuk kembali ke pangkal jalan, sekaligus tidak lagi mengulangi kesilapan ini. Namun, strategi ini harus dilaksanakan berhati-hati dan telus untuk memastikan pelaku rasuah tidak dapat memanipulasi strategi ini bagi melarikan diri daripada hukuman. Bagaimanapun, strategi rundingan ini dilihat memiliki kekurangan dan risiko tersendiri. Antaranya, pelaku rasuah menggunakan strategi ini untuk menghindari hukuman atau menghalalkan pendapatan daripada perbuatan rasuah dari sudut perundangan. Selain itu, terdapat risiko pihak berkuasa mungkin mengabaikan kaedah rasuah lebih kompleks atau gagal menyiasat lanjut secara efektif demi menjayakan proses rundingan terbabit. Bermakna, rundingan dengan pelaku rasuah untuk memulangkan aset, membayar ganti rugi dan kompaun mungkin sebahagian penyelesaian harus digunakan secara hati-hati, disertai hukuman efektif dan tegas terhadap pelaku rasuah Selain itu, usaha pencegahan rasuah lain dan peningkatan ketelusan dalam sistem kerajaan ber sama peniaga perlu menjadi fokus utama dalam mengekang masalah rasuah dalam negara Strategi ini juga dilaksanakan beberapa negara Amerika Syarikat (AS) antara paling aktif menggunakan undang undang pemulihan aset untuk mengambil kembali aset diperoleh melalui kegiatan haram termasuk rasuah. Mereka juga memiliki program kompaun membolehkan perasuah mengakui kesalahan mereka dan membayar denda lebih rendah daripada hukuman sepatutnya Begitu juga di United Kingdom (UK) dan Hong Kong. Undang-undang mereka turut membolehkan kaedah rundingan, selain memiliki program pembayaran ganti rugi memungkinkan pelaku rasuah membayar sejumlah wang sebagai ganti rugi kepada mangsa dan masyarakat. Singapura memiliki undang-undang pemulihan aset sangat efektif dan program kompaun memungkinkan perasuah mengakui kesalahan mereka serta membayar denda lebih rendah daripada hukuman sedia ada. Selain itu, mereka juga memiliki program pembayaran kompaun kepada mangsa rasuah. Dalam setiap negara, ia mungkin berbeza bergantung kepada undang-undang dan strategi, tetapi tujuannya tetap sama, iaitu mengatasi masalah rasuah dan ‘memiliknegarakan’ aset diperoleh secara tidak sah. Di negara ini, pihak berkuasa atau agensi penguatkuasa boleh mengenakan kompaun dengan keizinan pendakwa raya dalam kes pengubahan wang haram dan rasuah serta wang


Ϯϭϱ kompaun dikembalikan semula kepada rakyat menerusi Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan. Ia berdasarkan Seksyen 92 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Wang Haram 2001 (AMLATFPUAA 2001). Kebiasaannya, kompaun membabitkan jumlah besar dan pihak berkuasa akan mendapatkan semula wang digunakan dalam kesalahan rasuah. Tindakan kompaun juga menjimatkan masa mahkamah dalam erti kata tidak perlu melalui perbicaraan panjang kerana belum pasti hukuman dijatuhkan dan menyebabkan wang terbabit dalam rasuah tidak akan diperoleh semula. Persepsi ada campur tangan politik Sementara itu, rakyat pula tebal dengan persepsi keputusan mahkamah melepas dan membebaskan tertuduh dalam kes berprofil tinggi sebagai ada campur tangan politik. Tanggapan itu tidak benar kerana terdapat perbezaan signifikan antara 'dilepas dan dibebaskan' dengan 'dilepas tanpa dibebaskan. Apabila dijatuhi hukuman dilepas tanpa dibebaskan', ia bermakna pada bila-bila masa pendakwa raya boleh memanggil individu itu semula untuk tindakan mahkamah. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) juga diberi kuasa untuk menguatkuasakan pemulihan aset dicuri melalui AMLATFPUAA 2001 ini Namun, terdapat banyak salah faham mengenai penggunaan kompaun sebagai antara satu strategi bagi pemulihan aset negara dengan menggunakan akta berkenaan. Dalam pemikiran orang biasa, seseorang didapati bersalah melakukan pengubahan wang haram perlu dihukum dengan hukuman penjara, denda yang tinggi serta pemulihan keseluruhan aset yang dicuri namun, realitinya adalah jauh lebih rumit. Pemulihan wang haram menjadi lebih rumit disebabkan perubahan modus operandi penjenayah dan mengubah hasil pendapatan haram mereka melalui syarikat didaftar secara sah dengan wakil serta penama sebagai topeng menyembunyikan harta mereka. Rasuah hari ini berubah daripada 'duit kopi' kepada rasuah 'di bawah meja' kemudian gratifikasi 'melangkaui meja' sehingga menjadi transaksi kewangan rentas sempadan bertambah kompleks. Lazimnya, ia dilakukan melalui transaksi kewangan kelihatan sah sementara hasil pendapatan haram dibelanjakan atau digunakan untuk tujuan sah atau haram bagi meningkatkan lagi hasil pendapatan. Ia juga boleh diderma kepada pertubuhan amal atau dijadikan sebagai bayaran untuk perkhidmatan atau pembelian sah ataupun bagi tujuan pembiayaan politik. Pemilihan strategi Pemilihan strategi bakal digunakan bergantung kepada kesesuaian, keseimbangan risiko, kebolehan untuk mengumpul bukti dan saksi bergantung kepada perjanjian rentas sempadan dan lain faktor boleh menentukan kejayaan atau kegagalan memulihkan aset.


Ϯϭϲ Dalam kes mengenakan kompaun untuk pemulihan aset, AMLATFPUAA tidak perlu membuktikan tanpa keraguan bagi menawarkan pembayaran denda kompaun kepada tertuduh. Kesalahan kompaun sama sekali tidak menyatakan tertuduh itu tidak bersalah. la tindakan punitif dan membayar kompaun adalah satu bentuk pengakuan kesalahan. Strategi ini menjimatkan kos dan masa mahkamah. Namun, jika tertuduh gagal membayar kompaun, dia boleh didakwa dalam perbicaraan penuh di mahkamah. Pada peringkat global, kadar kejayaan untuk pemulihan aset pengubahan wang haram ialah 30 peratus. Disebabkan cabaran besar untuk mendakwa dan memulihkan aset berkaitan dengan 1Malaysia Development Berhad (IMDB), Malaysia menjadi terkenal berhadapan dengan salah satu skandal kewangan terbesar di dunia. SPRM wajar diberikan pujian kerana setakat bulan lalu berjaya mencapai 70 peratus pemulihan aset atau RM28.93 bilion berkaitan pemulihan aset dan pendakwaan berkaitan kes 1MDB. Mendepani isu ini, masyarakat patut mengelak membuat spekulasi individu terbabit dilepaskan dengan mudah. Ini bukan isu politik sebaliknya strategi undang undang didasari semangat untuk mendapatkan semula aset terbabit supaya boleh dipulangkan semula kepada rakyat.


Ϯϭϳ 96. TINDAKAN JAHAT KHIANAT NEGARA 10 Jun 2023 - Respons Media Kuala Lumpur: Individu terutamanya penjawat awam yang memberikan dokumen kerakyatan seperti sijil kelahiran, MyKad atau MyKid secara salah kepada warga asing adalah pengkhianat negara. Presiden Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW), Jais Abdul Karim berkata, pihaknya mengecam tindakan segelintir pegawai Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan doktor swasta yang disyaki terbabit dalam penyelewengan dokumen berkenaan. “Perlakuan yang sangat negatif ini adalah pengkhianatan jelas terhadap amanah yang diberikan kepada mereka dan penyalahgunaan kedudukan atau kuasa. Ini amat merbahaya terhadap keselamatan negara. “Tindakan ini juga adalah pelanggaran serius terhadap integriti dan maruah negara. Pemberian dokumen kerakyatan kepada warga asing membawa kesan yang serius termasuk ancaman terhadap keselamatan nasional, menimbulkan masalah keamanan dan


Ϯϭϴ penyalahgunaan hak dan keistimewaan yang diberikan terhadap warganegara Malaysia,” katanya. Menurutnya, MCW menganggap tindakan itu sebagai bentuk rasuah yang jelas di mana individu menggunakan kedudukan mereka dalam kerajaan untuk mendapatkan manfaat atau imbalan dari pihak ketiga yang tertarik dengan akses ke dokumen kerakyatan. “Tindakan itu membabitkan penyalahgunaan kepercayaan awam dan melanggar prinsip integriti yang harus dijunjung tinggi oleh kakitangan kerajaan” “MCW percaya bahawa tindakan penyalahgunaan dokumen kerakyatan ini harus ditangani dengan serius dan diberikan hukuman yang setimpal. Pihak berkuasa terutamanya agensi penguatkuasaan undang-undang dan sistem keadilan harus bertindak tegas untuk menyiasat, mengadili dan menghukum individu yang terlibat dalam perlakuan ini,” katanya. Selain itu, MCW juga mendorong penguatan sistem pengawasan dan pelaksanaan hukuman yang lebih efektif untuk mencegah kegiatan rasuah dan penyalahgunaan kuasa dalam pemberian dokumen kerakyatan. “Individu yang menjadi pengkhianat ini adalah ancaman serius dan mesti dikecam sekeras-kerasnya. Mereka mesti ditangkap dan dihukum dengan keras demi Malaysia yang bersih dan bebas dari rasuah.” “Inilah antara hakikat penting yang perlu kita telan. Rasuah sudah berakar umbi di semua peringkat dalam pelbagai agensi dalam negara. Kurangnya pengawasan yang efektif, rendahnya etika kerja dan kelemahan dalam sistem perundangan mencipta golongan penjawat awam yang terbabit rasuah secara bersistematik.” “Malah, mereka dengan begitu yakin terbabit rasuah kerana berasa tidak akan ditangkap dan dilindungi oleh pegawai atasan dan kartel," katanya. Meskipun MCW mengakui adanya faktor itu namun tindakan menjual maruah negara oleh penjawat awam adalah perilaku yang tidak dapat diterima dan melanggar kepercayaan masyarakat terhadap kerajaan dan penjawat awam.


Ϯϭϵ 97. ISU 'CROWDFUNDING' 3 Julai 2023 – Temubual Media RESPONS MEDIA MCW BERKENAAN ISU 'CROWDFUNDING' 1) Wajarkah tindakan itu dipantau? Ya, adalah penting untuk memantau tindakan crowdfunding atau pengumpulan sumbangan untuk memastikan integriti penggunaan dana yang diterima. Pemantauan dapat membantu memastikan dana tersebut digunakan dengan tepat dan mencapai objektif yang ditetapkan. Badan berwajib, seperti agensi penguatkuasaan atau NGO boleh melaksanakan pemantauan untuk memastikan keberkesanan dan kepercayaan dalam pengumpulan dana. 2) Adakah Akta Pengubahan Wang Haram mempunyai kuasa untuk mengawal aktiviti crowdfunding tersebut? Akta Pengubahan Wang Haram Malaysia (AMLA) mungkin tidak secara langsung mengawal aktiviti crowdfunding, kecuali jika dana yang dikumpulkan melibatkan kegiatan yang melanggar undang-undang pengubahan wang haram atau aktiviti jenayah lain yang ditentukan dalam undang-undang tersebut. Walau bagaimanapun, undang-undang dan peraturan mengenai crowdfunding mungkin berbeza-beza mengikut negara dan perlu diperhatikan untuk memastikan aktiviti tersebut beroperasi dalam batas yang ditetapkan oleh undang-undang. 3) Bagaimana untuk mengenalpasti kesahihan objektif pengutipan tersebut? Untuk mengenal pasti kesahihan objektif pengutipan dana, penting untuk melakukan penyelidikan dan verifikasi yang cermat. Berikut beberapa langkah yang boleh diambil:


ϮϮϬ - Periksa dan semak latar belakang pihak yang mengumpulkan dana. Cari maklumat mengenai organisasi atau individu tersebut, termasuk rekod kewangan mereka dan sejarah kerja mereka. - Carilah maklum balas dan ulasan dari orang lain yang telah menyumbang atau mengenali pihak yang mengumpulkan dana tersebut. - Pastikan terdapat butiran yang jelas mengenai bagaimana dana akan digunakan dan objektif pengutipan dana tersebut. - Jika mungkin, hubungi organisasi atau individu tersebut secara langsung untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai program atau projek yang akan dijalankan. 4) Adakah rakyat Malaysia terlalu murah hati tanpa menyemak fakta? Tidak semua rakyat Malaysia terlalu murah hati tanpa menyemak fakta, tetapi seperti dalam mana-mana masyarakat, terdapat peluang di mana individu atau organisasi yang tidak bertanggungjawab dapat menyalahgunakan rasa belas kasihan atau kemurahan hati orang ramai. Penting bagi setiap individu untuk melakukan penyelidikan dan verifikasi sebelum menyumbang atau memberikan sokongan kepada pengutipan dana atau program amal. Kesedaran tentang pentingnya verifikasi dan penilaian yang teliti sedang berkembang di kalangan masyarakat untuk mengelakkan penipuan dan penyalahgunaan dana. 5) Adakah ini sudah/boleh menjadi salah satu teknik scammers? Ya, pengumpulan dana melalui crowdfunding telah menjadi satu cara yang digunakan oleh beberapa penipu untuk memperoleh dana dengan cara menipu orang ramai. Penipuan crowdfunding adalah masalah serius yang boleh berlaku dalam mana-mana negara. Oleh itu, adalah penting untuk berhati-hati dan melakukan verifikasi sebelum menyumbang untuk memastikan bahawa dana tersebut akan digunakan dengan tepat dan oleh pihak yang sah. Ada beberapa tanda yang boleh diambil kira, seperti ketiadaan butiran yang jelas, permintaan dana yang berlebihan, dan kurangnya rekod atau transparansi dalam penggunaan dana. Jika ada keraguan, lebih baik menghubungi badan penguatkuasa atau sumber yang sah untuk mendapatkan maklumat lanjut.


ϮϮϭ 98. MENGENAI JALAN TIKUS DI SEMPADAN DARAT 5 Julai 2023 - Respons Media - Malaysian Gazette, Bebasnews.my SHAH ALAM — Kehadiran sindiket penyeludupan warga asing yang kini menggunakan laluan tikus dan jalan air di sempadan Malaysia-Thailand merupakan isu serius yang perlu ditangani dengan tegas. Menurut Presiden Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW), Jais Abdul Karim, tindakan Jabatan Imigresen (JIM) memperketatkan kawalan di lapangan terbang amatlah dialu-alukan namun laluan tikus tersebut yang menjadi sasaran penyeludup juga perlu pemantauan. “Sindiket ini memanfaatkan kelemahan dan kekurangan pengawasan di kawasan sempadan untuk memasukkan warga asing yang mempunyai masalah dokumen atau disenarai hitam oleh pihak berkuasa negara. “Penguatkuasaan di sempadan perlu diperketat untuk memastikan aktiviti penyeludupan manusia ini tidak berlaku,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. Jais berkata, JIM perlu bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan dan agensi keselamatan lain untuk meningkatkan pengawasan di sempadan. Katanya lagi, penggunaan teknologi seperti pengesan gerakan, kamera pengawasan, dan sistem pemantauan sempadan perlu ditingkatkan. “Teknologi yang canggih dapat membantu mengesan dan mencegah aktiviti penyeludupan manusia. “Kerjasama dan komunikasi dengan pihak berkuasa negara jiran seperti Thailand perlu diperkemaskan untuk bertukar maklumat dan berkerjasama dalam menangani isu penyeludupan manusia di sempadan. “Pendidikan dan kesedaran mengenai bahaya penyeludupan manusia perlu ditingkatkan di kalangan masyarakat tempatan yang tinggal di sempadan dan warga asing itu sendiri. Program penerangan dan kempen kesedaran dapat membantu mengurangkan permintaan dan menghalang individu daripada terlibat dalam aktiviti penyeludupan,” ujarnya. Tegasnya lagi, JIM wajib mengeratkan kerjasama dengan agensi penguatkuasa lain seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kastam dan Eksais Diraja Malaysia (JKDM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).


ϮϮϮ Tambahnya lagi, ini akan membolehkan pertukaran maklumat dan koordinasi yang lebih baik dalam pencegahan dan penangkapan sindiket penyeludupan. “Pencegahan dan penangkapan sindiket penyeludupan manusia memerlukan usaha berterusan, kerjasama dan komitmen yang kuat dari semua pihak terlibat. “Hanya dengan langkah-langkah ini, kita dapat memerangi penyeludupan manusia dan memastikan keselamatan dan keamanan di negara terjaga,” tegasnya. — BebasNews


ϮϮϯ 99. PEMUTIHAN KES RASUAH UNTUK STABIL POLITIK, EKONOMI? 25 September 2023 - RENCANA UTUSAN MALAYSIA AMNESTI dalam bahasa Melayu merujuk kepada pemutihan atau pengampunan am. la adalah satu tindakan rasmi berbentuk undang-undang yang memberikan pengampunan atau penghapusan hukuman kepada individu atau kumpulan terlibat dalam kesalahan tertentu untuk tujuan rekonsiliasi (penyatuan), pemulihan harta atau untuk mencapai matlamat politik, sosial atau ekonomi tertentu. Amnesti juga adalah satu bentuk penyelesaian alternatif dalam sistem undang-undang digunakan kerajaan atau pihak berkuasa untuk mencapai objektif tertentu yang berkaitan dengan keselamatan awam, kestabilan politik atau pemulihan ekonomi. Konsep pemutihan ini agak kompleks dan boleh diperdebatkan kerana ia memberi pertimbangan antara matlamat keadilan, rekonsiliasi dan kestabilan sosial. Penting untuk


ϮϮϰ diingat bahawa butiran program amnesti, termasuk siapa yang layak dan sejauh mana pengampunan diberikan adalah berbeza-beza bergantung pada konteks dan rangka undangundang negara atau organisasi yang melaksanakannya. Kebelakangan ini, banyak kes rasuah disiasat dan didakwa ke mahkamah tiba-tiba dihentikan/dibatalkan atas permintaan pendakwa raya dan persetujuan mahkamah apabila tertuduh bersetuju atas beberapa perkara terutama berkaitan pemulangan semula harta atau wang yang 'dikebas.’ Persepsi rakyat terhadap pelaksanaan amnesti dalam kes rasuah terutama melibatkan pemimpin politik adalah pelbagai dan banyak faktor mempengaruhi reaksi tersebut. Jika melibatkan pemimpin parti mereka, pasti masing-masing menyanjung undang-undang tersebut, begitu juga sebaliknya. Namun, ramai rakyat mempunyai persepsi negatif yang mendalam dan mula hilang keyakinan terhadap sistem perundangan negara kerana percaya amnesti itu diberikan untuk mengelakkan pemimpin politik daripada dihukum. Rakyat juga merasakan amnesti itu diberikan tanpa syarat memadai atau tanpa pemulihan aset mencukupi dan melihatnya sebagai satu bentuk ketidakadilan, terutama jika mereka berasa kerugian akibat rasuah atau salah guna rasuah tersebut amat besar. Ketiadaan transparensi dalam proses amnesti menyebabkan rakyat meragui niat dan integriti pihak berkuasa dalam memberikan amnesti tersebut. Amnesti dalam kes rasuah politik juga dilihat sebagai satu alat terutama jika digunakan untuk memanipulasi undi dalam pilihan raya atau memenangi sokongan politik dalam pemilihan parti. Rakyat bimbang amnesti akan mencipta perasaan tidak bersalah dalam kalangan pemimpin politik yang boleh menggalakkan mereka melakukan rasuah lebih besar pada masa depan. Untuk mengurangkan persepsi negatif, penting untuk menjalankan proses amnesti secara telus, adil dan berwibawa. Ini termasuk memastikan syarat-syarat tegas diletakkan, maklumat tentang amnesti diberikan secara terbuka dan pemulangan aset yang dicuri adalah sebahagian daripada proses tersebut. Kerajaan perlu menjelaskan niat mereka untuk mencapai matlamat lebih besar seperti rekonsiliasi dan usaha bersama untuk memerangi rasuah. Rakyat pasti akan memahami dan menerimanya walaupun pahit. DISKUSI Yakinkan rakyat bahawa amnesti dalam kes rasuah adalah langkah yang perlu untuk memacu perkembangan politik dan ekonomi negara. Berikan penerangan jelas mengenai alasan mengapa amnesti diperlukan dan dan tunjukkan bagaimana ia boleh membantu menggalakkan pemulihan ekonomi dan kestabilan politik serta bagaimana ia berpotensi untuk mengurangkan tekanan dalam sistem keadilan. Tunjukkan syaratnya yang adil dan ketat termasuk pengembalian wang atau harta yang dicuri, pengakuan kesalahan dan individu itu mesti juga sanggup menjadi saksi penting mengenai kesalahan rasuah lain.


ϮϮϱ Jelaskan bahawa amnesti tidak bermakna pemimpin politik yang terlibat dalam rasuah itu akan 'bebas' begitu sahaja sebaliknya masih terdapat hukuman dalam bentuk tertentu seperti penggantungan daripada jawatan politik atau bersara terus dari arena ini. Maklumat mengenai individu yang memohon amnesti dan pertimbangan permohonan perlu dibuat secara terbuka kepada masyarakat. Libatkan masyarakat dalam diskusi mengenai amnesti. Buat sesi perbincangan awam atau forum untuk mendengar pandangan dan kebimbangan rakyat. Ini boleh membantu merapatkan jurang antara kerajaan dan masyarakat. Tunjukkan kepada rakyat bahawa amnesti adalah satu komponen dalam usaha lebih besar untuk memerangi rasuah dan menggalakkan integriti dalam politik dan ekonomi Malaysia. Pastikan bahawa amnesti tidak hanya memberikan layanan istimewa kepada pemimpin parti politik tertentu. Ini adalah aspek yang penting untuk menjaga persepsi kesaksamaan pada kaca mata rakyat. Satu mekanisme saringan dan penilaian perlu diwujudkan untuk menilai kesesuaian individu untuk mendapatkan amnesti. Ini boleh melibatkan jawatankuasa khas melibatkan pemimpin masyarakat, pihak berkuasa undang-undang dan agensi anti rasuah negara. Pengawasan berterusan perlu dikenakan ke atas individu ini malah mereka mungkin perlu menunjukkan perubahan dalam keperibadian dan perilaku mereka dalam membalas semula kesilapan tersebut dengan ditampilkan sebagai ikon anti rasuah negara. Syarat-syarat ini harus dipertimbangkan dengan teliti dan sesuai dengan undangundang negara serta norma-norma antarabangsa yang berkaitan dengan pencegahan dan pembanterasan rasuah. Pengawasan dan pemantauan yang berkesan juga perlu diwujudkan untuk memastikan pematuhan terhadap syarat-syarat ini. Hakikatnya, amnesti kes rasuah adalah satu komponen penting daripada pelbagai tindakan yang diambil untuk memacu pembangunan politik dan ekonomi negara. Kesediaan kerajaan untuk melakukan reformasi ini termasuk pembaharuan sistem undang-undang, penguatkuasaan dan pembinaan institusi lebih mantap pada masa hadapan adalah cukup penting. Amnesti dalam kes rasuah adalah kaedah yang amat baharu dan isu yang pasti kontroversi malah usaha untuk meyakinkan rakyat akan memerlukan masa dan kesabaran cukup tinggi.


ϮϮϲ 100. BERKAITAN ISU PERKEMBANGAN PROJEK ASET PERTAHANAN NEGARA 11 Oktober 2023 – Kenyataan Media https://bebasnews.my/.../lcs-aspek-ketelusan.../, Sinar Harian, Utusan TV Pemerhati Rasuah Malaysia menggesa (MCW) supaya Perjanjian Tambahan Ke-enam (SA6) bagi projek Kapal Peronda Generasi Kedua (LCS) diteliti semula dan diberikan perhatian serius dengan membabitkan Jabatan Peguam Negara (AGC). Presidennya Jais Abdul Karim berkata, kerajaan dan Kementerian Pertahanan (Mindef) perlu serius menekankan aspek ketelusan serta akauntabiliti dalam pengurusan projek berkenaan. Katanya, penyediaan maklumat perlu lebih jelas mengenai kos, masa dan perkembangan projek supaya ia boleh diakses oleh orang awam atau pemegang saham untuk mendapat gambaran lebih tepat. “Keputusan untuk tidak mendapatkan persetujuan (AGC) bagi Perjanjian SA6 wajar diteliti semula dan diberikan perhatian serius.” “Berdasarkan senario ini, kami mendesak semua perjanjian kontrak dengan syarikat perlu dirujuk dan disemak oleh AGC bagi memastikan kepatuhan undang-undang,” katanya menerusi kenyataan, semalam.


ϮϮϳ Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) sebelum ini mengecam tindakan Mindef memeterai perjanjian tanpa persetujuan daripada AGC berhubung SA6 yang dimeterai pada Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2023 (Lima 2023), Mei lalu. Bagaimanapun, Mindef menafikan pihaknya membelakangkan AGC dalam menandatangani SA6, sebaliknya menegaskan AGC sentiasa dilibatkan dan memberi kerjasama yang baik dalam proses memuktamadkan draf SA6. Dalam pada itu, Jais berkata, MCW mengesa supaya kawalan dan pemantauan terus ditingkatkan untuk memastikan projek terbabit dapat diselesaikan dalam masa lebih cepat dengan anggaran kos lebih jimat. Katanya, kelewatan menyiapkan reka bentuk dan pelaksanaan perjanjian kontrak perlu diteliti dengan serius. “Kerajaan perlu lebih telus membabitkan pemegang saham, orang awam dan badan bukan kerajaan (NGO) yang berminat secara aktif membuat pemantauan ke atas projek ini.” “Pembabitan orang awam yang berpengalaman dan NGO pasti dapat membantu menjaga akauntabiliti dalam pengurusan projek ini kerana semua kontrak perlu dipatuhi dan pengawasan sepenuhnya perlu ditingkatkan dari semasa ke semasa untuk memastikan prestasi syarikat kontraktor berkenaan,” katanya.


ϮϮϴ 101. BERKAITAN KARTEL YANG DIDEDAHKAN OLEH MyCC 24 Disember 2023 – Kenyataan Media ŬƚŝĨŬĂŶƐĞŵƵůĂƉĂƐƵŬĂŶƉĂŬĂƌĨŽƌĞŶƐŝŬƚĂŶŐĂŶŝŬĂƌƚĞůͲDtʹhƚƵƐĂŶdsнDĂůĂLJƐŝĂ'ĂnjĞƚƚĞ нhƚƵƐĂŶDĂůĂLJƐŝĂ͕E^dнŚŝŶĂWƌĞƐƐ  Kenyataan bahawa 500 syarikat di Malaysia sedang berada di bawah penelitian Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) kerana didakwa membentuk kartel untuk memanipulasi projek tender kerajaan adalah amat serius. Strategi melibatkan pemilik syarikat berkahwin dengan beberapa isteri dan menggunakan nama mereka sebagai proksi memberikan impak negatif terhadap persaingan yang adil. Penipuan cara ini sama besarnya dengan ancaman rasuah. Tindakan MyCC memantau aktiviti kartel ini mesti disokong rakyat dan pasukan forensik pelbagai agensi yang pernah ditubuhkan perlu diaktifkan semula bagi mengekang segera masalah ini.


ϮϮϵ Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW) mahu menekankan tentang kepentingan penyiasatan berkualiti dalam menangani isu-isu kartel dan rasuah. Strategi yang lebih ampuh diperlukan untuk menangani isu ini. Isu kartel melibatkan aspek yang kompleks dan memerlukan pemahaman mendalam dari pelbagai perspektif. Pasukan pakar forensik pelbagai agensi itu pasti akan dapat mengesan dan dan memberikan impak besar dengan tindakan perundangan yang lebih tegas. Pasukan forensik itu juga perlu bekerjasama dengan agensi penguatkuasa undang-undang untuk meningkatkan keberkesanan pencegahan dan tindakan yang tegas dapat dilakukan segera. Perlindungan kepada pemberi maklumat atau whistleblower perlu diperkemaskan. Jaminan keselamatan kepada mereka akan merangsang lebih ramai individu untuk melaporkan aktiviti mencurigakan. Usaha ini adalah tanggungjawab bersama. Penglibatan awam dan program kesedaran berterusan tentang kepentingan integriti dapat membina tekanan yang positif untuk mencapai ketelusan dan pertanggungjawaban yang diinginkan. Kes-kes yang berulang kali dilaporkan mengenai kartel memanipulasi tender kerajaan adalah amat mengecewakan terutamanya ketika ramai rakyat sedang berdepan dengan kegawatan ekonomi yang serius. Hanya tindakan yang cepat dan tegas untuk membanteras isu-isu ini dapat meredakan hati rakyat dan memupuk persekitaran perniagaan yang telus serta bertanggungjawab untuk kesejahteraan negara.


ϮϯϬ 102. DR PALSU MAKIN RAMAI DI NEGARA KITA? 29 September 2023 - RENCANA UTUSAN MALAYSIA PEMERHATI Rasuah Malaysia (MCW) memandang serius tindakan segelintir rakyat yang berani 'membeli' dan menggunakan perkataan 'Dr’ di hadapan nama mereka. Individu sebegini amat tidak berintegriti kerana tindakan mereka adalah satu penipuan yang nyata berikutan ijazah tersebut diperoleh daripada universiti atau institusi palsu, tidak wujud dan langsung tidak perlu belajar bagi mendapatkannya. Mereka hanya sekadar mahukan glamor, dihormati masyarakat di samping mahu meningkatkan peluang untuk diambil bekerja atau dinaikkan pangkat melalui ijazah universiti bogus (tidak wujud) ini. Sijil dan kelulusan akademik mempunyai nilai psikologi. Semakin tinggi pencapaian akademik seseorang, semakin dia boleh dipercayai dan boleh 'membeli’ kepercayaan daripada masyarakat atau majikan/pekerja. Terdapat juga penggunaan ijazah dari universiti


Ϯϯϭ yang wujud, namun dipalsukan daripada ijazah orang lain. Jika disemak di universiti tersebut, semua program ijazah itu adalah sah, namun individu itu tidak pernah pun belajar di situ. Ramai juga yang mengaku mereka belajar dalam talian melalui program pembelajaran jarak jauh, namun ia juga sekadar rekaan bagi menghalalkan penggunaan ijazah palsu ini. TANDA-TANDA IJAZAH PALSU Program ijazah palsu tidak memerlukan pembelajaran, peperiksaan atau interaksi dengan pensyarah berpengalaman (profesor). Jika anda berfikir boleh mendapatkan ijazah tanpa melakukan sebarang tugasan atau penulisan artikel panjang, kemungkinan besar anda terlibat dalam satu skim yazah universiti palsu yang juga dikenali sebagai diploma mill. Kolej atau universiti yang sah termasuk pembelajaran dalam talian pasti memerlukan anda untuk menjalani kerja kursus yang kompleks dan berinteraksi dalam masa setahun atau dua secara konsisten bersama penyelia akademik atau profesor. Ejen kepada universiti 'penipu' akan menyatakan anda boleh mendapat ijazah berdasarkan 'pengalaman' sahaja. Pengalaman kerja atau pengalaman hidup anda sahaja sudah mencukupi untuk memperoleh ijazah sarjana! Kolej atau universiti yang sah dan diiktiraf mungkin memberikan beberapa kredit bagi pengalaman anda tetapi tidak ada yang akan memberikan keseluruhan ijazah berdasarkan pengalaman. Sindiket menawarkan ijazah pantas ala mi segera menawarkan ijazah 'tinggi’ sama ada secara hadır atau hanya secara dalam talian dengan kelas selama beberapa jam. Jika anda ditawarkan ijazah yang hanya perlu belajar dalam tempoh beberapa hari atau minggu, maka kemungkinan besar ia satu scam adalah sangat tinggi. Ejen atau syarikat yang menawarkan ijazah palsu sering menggunakan e-mel sampah, iklan pop-up dan panggilan telefon. Institusi yang sah dan program pembelajaran jarak jauh pasti tidak akan berbuat demikian. AKIBAT IJAZAH PALSU Jika menggunakan ijazah palsu ini untuk memohon kerja atau kenaikan pangkat, anda berisiko tidak diterima bekerja, dipecat di kemudian hari malah mungkin dituduh di mahkamah kerana penipuan. KUALITI PENDIDIKAN MAKIN TERCEMAR Pemilik ijazah palsu boleh merosakkan reputasi organisasi dan menjejaskan produktiviti kerja. Ijazah palsu meningkatkan risiko keselamatan dan kesihatan. Ijazah palsu dalam bidang berkaitan kesihatan dan keselamatan boleh membahayakan nyawa dan keselamatan orang ramai Tenaga kerja tanpa kelayakan yang sebenar akan merosakkan daya saing negara dan mengehadkan peluang pertumbuhan ekonomi. Kehadiran pemegang ijazah palsu merosakkan kepercayaan masyarakat terhadap sistem pendidikan dan sistem pekerjaan di negara kita. Pengguna ijazah palsu adalah contoh buruk kepada generasi muda dan mendorong budaya penipuan.


Click to View FlipBook Version