ϯϮ “Kebolehpercayaan dan Kepakaran Halimunan serta Ketangkasan adalah sifat lain yang dimiliki oleh ninja. Mereka sangat boleh dipercayai dan bertindak pada tahap kepantasan yang tidak boleh ditandingi. “Kemahiran penyamaran ninja membolehkan mereka dapat menyesuaikan diri dalam persekitaran yang sentiasa berubah-ubah. inja menjadi representasi yang ideal bagi sifat dinamik perjuangan MCW,” katanya. Tambahnya, mereka (Ninja) mampu beroperasi secara rahsia dalam menghurai kebenaran yang tersembunyi dan mendedahkan amalan rasuah. Sifat ini jelasnya, perlu diadaptasi sejajar dengan perjuangan MCW yang memerlukan tindakan cepat dan respons pantas terhadap cabaran jenayah rasuah masa kini. “Selain itu, ninja juga pakar dalam melakukan perisikan dan tidak mempunyai sifat ragu-ragu dalam menjalankan tugas serta bijak menyembunyikan emosi pada riak wajah mereka. Ini yang kita mahu serapkan dalam diri setiap ahli MCW supaya dapat menjalankan tugasan dan peranan tanpa mengutamakan emosi serta kepentingan peribadi. Dalam apa juga keadaan, RASUAH MESTI DILAWAN DENGAN BERANI! “Dalam usaha mencegah rasuah amat penting kita menilai dan menambahbaik strategi atau taktik secara berterusan bagi memastikan kita dapat berdiri teguh dalam menghadapi cabaran dunia global yang sentiasa berubah-ubah. “MCW bersedia meneliti semula pelan strategik antirasuah MCW bagi memastikan selaras dengan kehendak kerajaan Malaysia Madani yang mahukan tadbir urus pentadbiran negara ini bebas daipada gejala rasuah,” tegasnya.
ϯϯ 11. MCW MENGUCAPKAN SELAMAT BERTUGAS KEPADA SEMUA ANGGOTA KABINET KERAJAAN MALAYSIA YANG TELAH DILANTIK DALAM ROMBAKAN. 12 Disember 2023 – Kenyataan Media - DĂůĂLJƐŝĂŶ'ĂnjĞƚƚĞнhƚƵƐĂŶds MCW ingin mengucapkan selamat bertugas kepada semua anggota kabinet kerajaan Malaysia yang telah dilantik dalam rombakan hari ini. YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah membuktikan komitmen untuk tidak berkompromi dengan kabinet beliau yang terpalit dengan isu rasuah. Anggota kabinet kerajaan baharu dilantik ini perlu membuktikan kepada rakyat bahawa nilai integriti dan karisma kepemimpinan yang bersih serta bebas rasuah adalah keutamaan dalam melaksanakan tugas bagi memartabatkan nama Malaysia di persada dunia. Kesedaran bahawa keadaan rasuah di kementerian masing-masing masih lagi serius perlulah ditanggani dengan segera. Nilai integriti, ketelusan dan kemahuan melawan rasuah serta salah guna kuasa mesti dizahirkan menerusi pelantikan pegawai anggota kabinet yang mempunyai rekod bersih. Kepercayaan rakyat terutamanya golongan usahawan yang sering berurusan dengan pegawai kerajaan mesti ditingkatkan dengan inisiatif antirasuah yang lebih jelas. MCW mewakili rakyat yang mahukan Malaysia yang bersih dari rasuah mengesa kerajaan terkini melakukan reformasi yang lebih agresif untuk bebaskan negara daripada cengkaman salah guna kuasa dan peyelewangan wang rakyat. Berkhidmatlah dengan penuh amanah demi kestabilan politik, kemakmuran rakyat dan bekerja keras untuk memulihkan ekonomi negara yang terkesan akibat senario sosial dan ekonomi dunia yang semakin meruncing.
ϯϰ 12. ‘SURAT DARI PEMBACA – BERI PELUANG ORANG AWAM, NGO PANTAU PROJEK LCS’ / MCW MAHU ISU LCS DISELESAIKAN SEGERA 20 Oktober 2023 – Utusan Malaysia, Surat Pembaca SAUDARA PENGARANG, PEMERHATI Rasuah Malaysia (MCW) memandang serius dapatan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) baru-baru ini mengenai perkembangan kemajuan Projek Pembangunan Kapal Peronda Generasi Kedua Kapal Tempur Pesisir (LCS) bagi tempoh Oktober 2022 hingga Mei 2023. Penyediaan maklumat jelas mengenai kos, masa dan perkembangan yang boleh diakses dengan mudah oleh orang awam atau pemegang saham dapat memberi gambaran tepat mengenai projek ini. Keputusan untuk tidak mendapatkan persetujuan Jabatan Peguam Negara (AGC) bagi perjanjian tambahan (SA) wajar diteliti semula dan diberikan perhatian serius. Berdasarkan senario ini, kami mendesak semua perjanjian kontrak dengan syarikat perlu dirujuk dan disemak oleh AGC bagi memastikan kepatuhan undang-undang. MCW juga mengesa kawalan dan pemantauan terus ditingkatkan untuk memastikan projek ini dapat diselesaikan dalam masa lebih cepat dengan anggaran kos lebih jimat. Kelewatan menyiapkan reka bentuk dan pelaksanaan perjanjian kontrak perlu diteliti dengan serius. Kerajaan perlu lebih telus melibatkan pemegang saham, orang awam dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berminat secara aktif membuat pemantauan ke atas projek ini. Keterlibatan orang awam yang berpengalaman dan NGO pasti dapat membantu menjaga akauntabiliti dalam pengurusan projek ini. MCW mengambil maklum keputusan untuk mengurangkan bilangan LCS daripada enam kepada lima buah sebagai langkah yang baik dalam mengurangkan kos. Namun, kita perlu memastikan keputusan ini tidak menjejaskan keupayaan pertahanan negara. Selain itu, pengambilalihan Boustead Naval Shipyard Sdn. Bhd. (BNS) oleh Ocean Sunshine Berhad (SPV) harus dilaksanakan dengan telus untuk mengembalikan kepercayaan pemegang saham, bank dan pembekal dalam pelaksanaan projek pembinaan LCS. MCW juga mahu projek ini menjadi bukti bahawa kerajaan sedang mengotakan kata dalam memperkasa nilai integriti dan akauntabiliti pentadbiran negara. Dalam perkembangan lain, kerajaan perlu memperkenalkan mekanisme pemantauan lebih ketat untuk memastikan tindakan tegas diambil terhadap teguran yang terkandung dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN). Kerajaan harus mewajibkan kementerian dan agensi mengemukakan pelan tindakan jelas untuk menangani isu-isu yang dicungkil atau dikesan dalam laporan tersebut. Perlu juga ditingkatkan kerjasama antara kementerian dan PAC untuk memastikan tindakan segera dan berkesan diambil. Setiap menteri harus lebih tegas memainkan peranan dengan lebih prihatin dan meneliti secara serius setiap teguran menerusi LKAN tersebut terutamanya berkaitan
ϯϱ perbelanjaan, ketirisan atau tidak menepati syarat serta peraturan dalam peruntukan kewangan atau agensi yang terlibat. 30 Mei 2023 – Respons Media MCW MAHU ISU LCS DISELESAIKAN SEGERA KUALA LUMPUR : Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW) berpendapat isu kapal tempur pesisir (LCS) penting untuk diselesaikan dengan segera menerusi tindakan secara adil dan efektif. Dalam satu kenyataan di Facebooknya, badan bukan kerajaan (NGO) itu menjelaskan tindakan sedemikian perlu memandangkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah pun membuat pendakwaan terhadap "Kami dapat melihat komitmen jelas pihak SPRM yang sudah berjaya membuat siasatan sehingga pendakwaan terhadap tertuduh pertama pada Ogos tahun lalu. "Malah pihak SPRM juga sering memberi penekanan bahawa siasatan kes ini masih dilaksanakan dan lebih ramai individu akan dibawa ke muka pengadilan," katanya. Katanya, dalam menghadapi kes seperti ini, SPRM dan semua pihak berkenaan perlu memastikan keselamatan dan kerahsiaan negara terpelihara.memastikan keselamatan dan kerahsiaan negara terpelihara. "MCW memahami SPRM mesti menjalankan siasatan secara tertutup dengan mengutamakan keselamatan negara. Namun, pada masa sama, MCW berharap SPRM dapat memberikan maklumat mencukupi kepada orang awam untuk menjaga kepercayaan dan memastikan transparansi dalam proses siasatan. "Dengan membabitkan pihak berkepentingan dalam dialog tertutup, MCW yakin keselamatan negara tetap terjamin sambil memenuhi keperluan ketelusan dan keadilan," katanya. Dalam pada itu, MCW menyarankan SPRM dan pihak bertanggungjawab lain untuk terus bekerjasama dan memperbaiki proses siasatan serta menangani setiap kesalahan rasuah dengan telus dan cekap. "Adalah amat penting untuk dipastikan semua agensi kerajaan melaksanakan langkah-langkah pencegahan rasuah yang berkesan dan membabitkan semua pihak berkaitan. "MCW ingin mendesak supaya pemantauan dan penilaian berkala bagi memastikan kesan positif dan keberkesanan kepada setiap langkah pencegahan dan tindakan yang diambil," katanya. Isu LCS menarik semula perhatian apabila Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan mengumumkan Kementerian Kewangan (MOF) telah menubuhkan syarikat bertujuan khas (SPV) bagi mengambil alih syarikat yang bertanggungjawab terhadap projek LCS iaitu Boustead Naval Shipyard (BNS), sebagai anak syarikat kepada MOF. Bagaimanapun, Mohamad berkata pelaksanaan projek LCS tetap akan dipantau melalui Jawatankuasa Pemantauan Projek (PMC) yang dipengerusikan bersama oleh Ketua Setiausaha Perbendaharaan dan Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan (MINDEF). Sabtu lalu Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa kerajaan tidak mempunyai pilihan selain mengambil alih syarikat yang bertanggungjawab terhadap projek LCS iaitu BNS, supaya projek berkenaan dapat diselesaikan. Perdana Menteri berkata ia berikutan kerajaan telah membelanjakan RM6 bilion bagi projek LCS. Sebelum ini, pembinaan kapal LCS terpalit kontroversi apabila Jawatankuasa Kira Kira Wang Negara (PAC) mendedahkan tiada seunit pun telah disiapkan walaupun kerajaan telah membelanjakan RM6.083 bilion menerusi BNS. [email protected]
ϯϲ 13. BERSAMA MEMERDEKAKAN NEGARA DARIPADA CENGKAMAN RASUAH 28 Ogos 2023 - Rencana Berita Harian x Tekad dan azam iltizam poliyik ditunjukkan Kerajaan hari ini masih perlu dikukuhkan lagi untuk melaksanakan kawalan antirasuah mengikut pelan yang dirancang x Kerajaan perlu pastikan badan perundangan dan penguatkuasaan tidak diganggu, bahkan diperkuatkan atau diubahjadi badan bebas ada kuasa penuh laksanakan fungsi perangi rasuah Hari Kemerdekaan akan disambut pada 31 Ogos ini semakin hampir, maka semangat patriotisme serta harapan untuk menjadikan masa depan Malaysia lebih baik turut membara di hati rakyat. Di tengah perjalanan menuju kemajuan dan kejayaan, dua aspek memainkan peranan penting membentuk masyarakat adil dan harmoni ialah Integriti serta usaha berterusan dalam sudut antirasuah. Perkembangan mutakhir menyaksikan rakyat berharap pemimpin negara ini, termasuk penjawat awam terus komited menghapuskan amalan rasuah atau penyelewengan daripada terus berleluasa. Justeru, elemen integriti amat perlu dititikberatkan bagi memeta hala tuju agenda bebas rasuah ini. Integriti dalam konteks negara merujuk kepada kejujuran, etika dan ketekunan menjalankan tanggungjawab dengan adil dan saksama.
ϯϳ Rakyat berharap pemimpin dan penjawat awam menjunjung tinggi nilai integriti dalam setiap aspek pengurusan dan pemerintahan merangkumi penggunaan dana awam, pengurusan projek serta pelaksanaan undang-undang. Dalam era Malaysia MADANI, ketelusan dan kemajuan teknologi membolehkan setiap rakyat melihat komitmen terhadap amalan integriti menerusi pelbagai janji dan tindakan, bukan sekadar retorik. Rakyat berharap segala sumber pendapatan dan perbelanjaan negara dipaparkan secara terbuka untuk memastikan tiada penyelewengan atau ketirisan dana awam. Bahkan rakyat bersedia menjadi pemantau bebas untuk mengawasi pelaksanaan projek kerajaan dan melaporkan aktiviti mencurigakan. Maka, perlindungan terhadap pemberi maklumat atau whistleblower bagi melaporkan aktiviti rasuah dan penyelewengan perlu dipertingkatkan jika kerajaan benar-benar jujur serta mahu rakyat bersama dalam perjuangan ini. Tidak dinafikan rasuah sudah lama menjadi permasalahan menghalang kemajuan dan kesejahteraan negara. Justeru, rakyat ingin melihat usaha lebih gigih memerangi rasuah dijayakan pada semua peringkat kerajaan. Beberapa harapan dan tindakan diharapkan diambil kerajaan meliputi: • Memperkuat undang-undang antirasuah dan memastikan pelaksanaannya adil dan tegas terutama terhadap penjawat awam. x Menilai semula proses dan mekanisme rentan terhadap rasuah dan mengambil langkah memperbaiki serta memperkukuhkan sistem yang ada. x Mendidik dan memberikan kesedaran berterusan kepada rakyat, terutama golongan muda mengenai akibat buruk rasuah terhadap negara dan kepentingan menyemai nilai integriti sejak usia muda. x Bekerjasama dengan negara lain dalam usaha anti rasuah, termasuk pertukaran maklumat dan pengalaman memerangi rasuah. Hari ini, kira dapat melihat dengan jelas kemahuan dan iltizam Kerajaan Perpaduan menerusi kerangka Malaysia MADANI untuk membanteras gejala rasuah di negara ini. Justeru, ada beberapa syor ingin dikongsikan untuk dijadikan input kepada kerajaan untuk menangani amalan rasuah ini. 1. Pengukuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai sebuah suruhanjaya dengan autonomi tersendiri. Cadangan pengukuhan konsep suruhanjaya dan pelantikan Ketua Pesuruhjaya melalui Parlimen juga satu langkah amat penting. 2. Pengenalan pelbagai undang-undang baharu seperti Seksyen 17 (B) berkaitan tanggungjawab dan liabiliti penjawat awam. Komitmen kerajaan untuk membentangkan segera cadangan Akta Pendanaan Parti Politik di Parlimen juga amat dialu-alukan. iii. Kerajaan mesti positif menerima pelbagai cadangan rakyat berkenaan isu rasuah, di samping semua agensi dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) perlu peka dan prihatin dengan isu salahguna kuasa serta rasuah. Tuntut tekad politik tinggi
ϯϴ Apa yang penting tekad dan azam iltizam politik ditunjukkan kerajaan hari ini masih perlu diperkukuhkan lagi. Kerajaan mesti mempunyai tekad politik tinggi untuk melaksanakan kawalan anti rasuah mengikut pelan dirancang. Pada masa sama, kerajaan perlu memastikan badan perundangan dan penguatkuasaan tidak diganggu, bahkan diperkuatkan lagi atau diubah menjadi badan bebas mempunyai kuasa penuh melaksanakan fungsinya. Kerajaan mesti bersedia menghukum dan mengetepikan mana-mana individu politik terlibat dengan kecelaruan ini. Ketegasan ini mesti dihebahkan demi memastikan objektif Malaysia lebih dikenali dengan nilai integriti tinggi tercapai. Bagi memastikan agenda antirasuah ini tercapai, kerajaan perlu melahirkan generasi baharu yang dapat menyokong serta mendukung perjuangan ini. Maka, beberapa pendekatan mungkin wajar dilaksanakan iaitu: 1. Memastikan lebih banyak hal berkaitan rasuah dimasukkan dalam silibus pelajaran bermula di sekolah rendah. 1. Memperkenalkan aplikasi permainan boleh menimbulkan kesedaran bahaya rasuah kepada generasi muda. 2. Menambah hukuman berat seperti hukuman sebat kepada pesalah rasuah. 3. Bagi setiap ketirisan dilakukan penjawat awam, mereka perlu menggantikan semula kerugian kerajaan. 4. Fokus program khusus kepada semua bakal graduan di setiap institusi pengajian tinggi (IPT) berkenaan kesan dan bahaya rasuah. Tanggungjawab bersama Seperkara yang tidak boleh ketepikan dalam usaha memerangi rasuah adalah Indeks Persepsi Rasuah (CPI) dikeluarkan oleh Transparency International (TI) sejak 1995. Indeks ini dikeluarkan berdasarkan pengumpulan 13 kajian pelbagai pihak, berdasarkan soal selidik ke atas ahli perniagaan dalam dan luar negara dengan penekanan diberikan kepada elemen rasuah dan salah guna kuasa. Maka kerajaan perlu memastikan semua perkara di atas berada dalam keadaan terkawal bagi membolehkan CPI negara kembali meningkat. Inisiatif SPRM melakukan tangkapan dan pertuduhan kes berprofil tinggi di mahkamah perlu diteruskan meskipun CPI Malaysia merosot kerana ia menunjukkan usaha kerajaan memerangi rasuah. Apa yang penting, usaha memerangi rasuah dan penyelewengan adalah tanggungjawab kita bersama bagi memastikan generasi masa depan mewarisi Malaysia lebih baik daripada sebelumnya.
ϯϵ BAB 2 REFORMASI INSTITUSI
ϰϬ 14. PERKASA TADBIR URUS ORGANISASI BANTU HAPUS RASUAH 11 Januari 2023 – Berita Harian – Rencana tulisan Timbalan Ketua Panel Pemikir MCW. Lazimnya, idea atau gerakan bagi menangani isu rasuah di negara ini dilihat lebih tertumpu kepada sektor awam, kakitangan kerajaan dan dalam kalangan ahli politik. Dalam hal ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut mengulangi komitmen untuk membanteras rasuah dan tidak bertolak ansur dengan tindakan segelintir penjawat awam yang masih didapati mengamalkan rasuah dan salah guna kuasa. Persoalan berbangkit, bagaimana pula dengan sektor swasta? Orang lihat rasuah jika berlaku kepada kumpulan kerajaan, tetapi tidak jika membabitkan sektor swasta. Memang diakui kesalahan rasuah dan penyelewengan sering dikaitkan dalam sektor awam, tetapi itu bukan bermaksud sektor swasta bebas dan suci daripada penyelewengan serta korupsi. Hakikatnya, membanteras amalan rasuah dalam sektor korporat dan swasta di negara ini tidak boleh ada unsur pilih kasih. Rasuah di sektor perniagaan juga dilihat semakin berleluasa sehingga digambarkan menjadi punca gejala rasuah tidak berkesudahan di negara kita. Pengamal rasuah dalam kalangan 'jerung' swasta dilaporkan sering mengancam usaha pihak berkuasa membanteras rasuah dan salah guna kuasa di sektor awam. Misalnya menurut Pengerusi Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah, Tan Sri Borhan Dolah, 'jerung' dalam sektor swasta lebih besar, ramai dan berani menggugat penjawat awam yang cuba menghalang atau tidak bekerjasama dengan mereka. Tambah beliau, kegiatan rasuah dalam sektor swasta dilihat sangat biasa kerana ramai tidak menganggap perbuatan itu sebagai rasuah. Contohnya, tajaan melancong atau hadiah. Perkasa amalan tatakelola korporat Justeru, sudah tiba masa kita memberi penekanan lebih untuk memperkasa amalan tata kelola dan tadbir urus baik di sektor korporat. Walaupun sektor korporat mula memberi perhatian terhadap konsep alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG), persoalan utama ialah
ϰϭ bagaimana elemen etika dan moral dijadikan paksi utama dalam setiap proses pembuatan keputusan? Pemimpin dan pekerja organisasi misalnya perlu membudayakan amalan tatakelola ESG mampan supaya nilai integriti korporat dapat diterapkan dan terus diperkasakan, sekali gus membantu membanteras rasuah dalam sektor swasta. Dalam hal ini setiap organisasi wajar memberi penekanan kepada beberapa 'alat' boleh dijadikan formula membanteras rasuah seperti Sistem Pengurusan Antirasuah (ABMS), Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) dan Pengurusan Risiko Rasuah (CRM). Misalnya, setiap syarikat korporat wajar diwajibkan memperoleh pensijilan MS ISO 37001 ABMS yang ditawarkan dan dikendalikan Jabatan Standard Malaysia (JSM) dengan kerjasama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Pensijilan ini adalah sistem kawalan dalaman organisasi secara sukarela bagi mengesan, mencegah, mengendalikan, menguatkuasa, menilai serta menambah baik langkah pengurusan antirasuah secara berkesan. Ia juga instrumen fleksibel dan dapat disesuaikan dengan risiko rasuah mungkin dihadapi organisasi. Selain itu kewujudan OACP, satu dokumen dasar antirasuah bertujuan menangani permasalahan dan kelemahan tadbir urus, Integriti dan antira. suah dalam organisasi, tidak boleh menjadi dokumen simpanan semata-mata, sebaliknya perlu dijadikan rujukan dan panduan utama memperka sakan tatakelola organisasi. Ikrar Integriti Korporat adalah satu lagi inisiatif memerlukan pihak swasta mematuhi dan memegang Prinsip Anti Rasuah berpaksikan tatakelola mampan. Ironinya, amalan rasuah di sektor swasta tidak boleh dipandang remeh kerana 'jerung' sektor swasta ini turut banyak menjejaskan amalan tatakelola baik di sektor awam. Justeru, jika kita mahu melihat negara ini bebas sepenuhnya daripada rasuah, maka usaha memerangi rasuah perlu lebih menyeluruh membabitkan kedua-dua sektor utama iaitu sektor awam dan swasta.
ϰϮ 15. PERKASA PROSEDUR SALUR DANA BANTUAN ELAK ‘BUAYA EKONOMI’ 04 Feb 2023, Berita Harian, Noor Mohamad Shakil Hameed Timbalan Ketua, Panel Pemikir Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW) ŚƚƚƉƐ͗ͬͬǁǁǁ͘ďŚĂƌŝĂŶ͘ĐŽŵ͘ŵLJͬƌĞŶĐĂŶĂͬůĂŝŶͲůĂŝŶͬϮϬϮϯͬϬϮͬϭϬϱϴϱϯϬͬƉĞƌŬĂƐĂͲƉƌŽƐĞĚƵƌͲƐĂůƵƌͲĚĂŶĂͲ ďĂŶƚƵĂŶͲĞůĂŬͲďƵĂLJĂͲĞŬŽŶŽŵŝ Pada Disember tahun lalu, siasatan awal Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung isu penyelewengan dana berkaitan pengurusan COVID-19 mendapati jumlah peruntukan terbabit dianggarkan RM530 bilion. Daripada jumlah itu, RM92.5 bilion membabitkan dana kerajaan, manakala RM437.5 bilion bukan daripada kerajaan. Susulan siasatan itu, SPRM mendedahkan terdapat sekurang-kurangnya empat kelemahan utama dalam proses penyaluran dana bernilai jutaan hingga berbilion ringgit membabitkan kelompok yang dikenali sebagai 'buaya ekonomi'. Kelemahan ketara yang wujud membuka ruang kepada penyelewengan dan salah guna kuasa sehingga menyebabkan dana diperuntukkan kerajaan tidak dapat disalurkan kepada kumpulan sasaran, sekali gus menjejaskan pertumbuhan ekonomi negara. Empat kelemahan ini ialah, proses semakan maklumat dikemukakan pemohon sangat lemah, penggunaan alasan darurat atau kecemasan untuk tidak membuat semakan kewajaran terhadap pemohon, tiada mekanisme jelas untuk memantau program atau aktiviti dijalankan serta tiada peraturan dan undang-undang jelas untuk mengambil tindakan terhadap pemohon menyeleweng atau menipu. Kerajaan sebelum ini menyediakan pelbagai dana melalui Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA), Unit Transformasi Masyarakat India (MITRA) dan Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii) bertujuan membantu rakyat terkesan akibat krisis ekonomi sepanjang penularan pandemik COVID-19. Penyelewengan dana PENJANA di bawah Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dilihat antara cukup serius dan membimbangkan kerana bilangan individu dan syarikat didakwa atas tuduhan tuntutan palsu semakin meningkat. Misalnya, 133 individu terdiri daripada pemilik dan pengarah syarikat ditahan SPRM dalam operasi khas tahun lalu, selain lebih 100 syarikat disiasat membabitkan penyelewengan dana dianggarkan berjumlah RM194 juta dengan 34 pemilik atau pengarah syarikat didakwa di mahkamah. Ini membuktikan laporan SPRM itu memiliki asas kukuh dan terdapat kelemahan sangat ketara dalam prosedur penyaluran dana kerajaan dan proses pemantauan selepas itu. Tatkala pihak berkuasa terus memburu, menangkap dan mendakwa semua 'buaya ekonomi' terbabit menyelewengkan dana kerajaan, perlu ada langkah intervensi segera bagi
ϰϯ memperkemas dan mengetatkan prosedur penyaluran dana kerajaan kepada kumpulan sasaran. Agensi kerajaan terbabit perlu meneliti semua kelemahan dikenal pasti SPRM dan segera menutup ruang serta peluang yang ada supaya tidak lagi dimanipulasi buaya ekonomi. Misalnya dalam soal proses semakan permohonan, perlu ditingkatkan aspek tahap semakan, iaitu perlu membabitkan dua atau tiga peringkat tapisan membabitkan kategori pegawai berlainan jawatan dan pangkat bagi memastikan semakan itu teliti dan telus. Selain itu, oleh kerana ia membabitkan jumlah besar, semakan juga tidak boleh terhad kepada penelitian terhadap bukti dalam bentuk dokumen semata-mata, sebaliknya pegawai perlu turun padang menyiasat dan memastikan ia betul dan sahih. Langkah ini dapat menangani kes penipuan seperti memberikan butiran palsu senarai nama pekerja tidak pernah wujud di samping kes permohonan daripada syarikat dimiliki orang sama. Perlu juga ada prosedur semakan silang data melalui perkongsian strategik antara agensi, misalnya agensi terbabit wajar menyemak status pemilikan dan pengoperasian sesebuah syarikat dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Mekanisme pemantauan jelas, teratur Ironinya, agensi kerajaan tidak boleh bekerja secara silo sebaliknya perlu bekerjasama bagi membantu menguruskan prosedur penyaluran dana bantuan kepada rakyat secara cekap, telus dan efisien. Pada masa sama, pematuhan terhadap prosedur perolehan yang betul tidak boleh dikompromi dengan alasan keperluan darurat atau kecemasan sehingga tidak melakukan semakan kewajaran. Pegawai diberikan amanah perlu memastikan, walaupun dalam keadaan darurat, proses perolehan atau penyaluran dana tetap diteliti dengan penuh tanggungjawab sebelum meluluskannya. Dalam konteks ini pegawai kerajaan perlu bertindak berpaksikan Garis Panduan Perbelanjaan Darurat (AP55), satu kaedah untuk melaksanakan perbelanjaan dalam keadaan darurat dan tiada peruntukan serta Perolehan Darurat (AP173.2), satu kaedah perbelanjaan dalam keadaan darurat yang mana terdapat peruntukan diluluskan tetapi peraturan perolehan tidak dapat dipatuhi sebagai panduan. Agensi kerajaan juga perlu ada mekanisme pemantauan lebih jelas dan teratur bagi memastikan sesuatu program atau aktiviti itu benar-benar dilaksanakan seperti dalam permohonan. Kita tidak boleh hanya tunggu dan percaya bulat-bulat laporan pelaksanaan program dikemukakan pemohon. Idealnya, agensi kerajaan wajar membentuk sebuah pasukan pemantau khas untuk turun padang memantau pelaksanaan aktiviti. Selain itu, aspek peraturan dan undang-undang perlu memberikan kelebihan kepada pihak berkuasa dan kerajaan untuk mengambil tindakan sewajarnya terhadap individu dan syarikat membolot dana. Dalam hal ini misalnya, perlu ada undang-undang membolehkan kerajaan mendapatkan semula dana ditipu dan tidak dibelanjakan. Apa yang amat diharapkan, semua agensi kerajaan perlu segera melaksanakan langkah intervensi bagi memperkasa prosedur permohonan dan penyaluran dana, sebagai langkah berkesan menangani segala unsur penipuan serta penyelewengan daripada 'buaya ekonomi'. Langkah ini perlu disegerakan kerana kita yakin banyak lagi saluran dana untuk membantu rakyat akan diumumkan kerajaan dalam pembentangan Bajet 2023 pada 24 Februari ini, justeru kita tidak mahu pisang berbuah dua kali.
ϰϰ 16. MALAYSIA PERLU PELAN BAHARU ANTIRASUAH NASIONAL 3 Februari 2023 – Temubual / Respons Media MCW PETALING JAYA: Malaysia memerlukan Pelan Anti Rasuah Nasional (NACP) baharu yang lebih bersifat rasional dan mampu dilaksanakan ketika kedudukan negara di dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) antarabangsa jatuh tiga kali berturut-turut dalam tempoh tiga tahun ini. Pelan baharu itu sebagai inisiatif kerajaan ke arah negara bebas rasuah dan berintegriti amat penting kerana pelan sedia ada yang berkuatkuasa selama lima tahun berakhir tahun ini, walhal masih banyak inisiatif gagal dicapai. Justeru Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di bawah Kerajaan Perpaduan mesti memainkan peranan bagi meletakkan kedudukan negara setanding negara luar bebas rasuah, sekaligus mencerminkan 'reformasi' yang sering dilaungkan selama ini.
ϰϱ Bercakap kepada Utusan Malaysia, Presiden Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW), Jais Abdul Karim berkata, pelan anti rasuah nasional yang mempunyai 115 inisiatif sedia ada disifatkan sebagai yang terbaik di dunia, namun, Malaysia tetap berada dalam kedudukan tidak memberangsangkan. "Jika ia dilaksana dengan penuh komited oleh penjawat awam, pemimpin dan semua pihak, sudah pasti kesemua isu rasuah dalam negara dapat dikekang. Persoalannya, sejauh manakah iltizam politik kerajaan ini dalam melaksanakannya? "Mengikut pengetahuan saya, hanya 20 inisiatif berjaya dilaksanakan sementara bakinya belum lagi disebabkan pelbagai kekangan," katanya ketika dihubungi semalam. Pada 29 Januari 2019, kerajaan Pakatan Harapan melancarkan NACP 2019-2023. Pelan itu dibuat berdasarkan 22 strategi dan 115 inisiatif anti rasuah merangkumi enam sektor iaitu politik, perolehan awam, penguatkuasaan undang-undang, pentadbiran sektor awam, perundangan dan kehakiman serta tadbir urus korporat. Jais berkata, melalui pendekatan program pendidikan dan kesedaran yang dilipat ganda diyakini memberi impak yang besar dalam membuat pembaharuan. Sementara itu. Pengerusi Bersih 2.0, Thomas Fann berkata, Anwar mesti membawa pembaharuan institusi untuk menjadikan Kerajaan Perpaduan menjadi lebih bertanggungjawab. Ia juga bagi memastikan kerajaan benar-benar telus khususnya dalam hal ehwal pengurusan kewangan negara. "Selain itu, perlu ada komitmen yang diperbaharui untuk memerangi rasuah dengan menjadikan SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) bebas daripada pengaruh politik," katanya.
ϰϲ 17. SISTEM OPERASI SPRM PERLU KEKAL, DITAMBAH BAIK 8 Februari 2023 – Temubual / Respons Media MCW – Kuala Lumpur: Tiada keperluan bagi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diletakkan di bawah mana-mana jawatankuasa khas di Parlimen. Presiden Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW), Jais Abdul Karim, berkata tindakan itu dikhuatiri boleh menyebabkan campur tangan ahli jawatankuasa seperti mana berlaku di negara luar. Sehubungan itu, katanya, sistem operasi SPRM perlu dikekalkan seperti sedia ada dengan beberapa penambahbaikan dibuat, termasuk membabitkan pelantikan Ketua Pesuruhjayanya. Beliau berkata, buat masa ini. SPRM hanya perlukan sekurang kurangnya dua penambahbaikan, iaitu pelantikan Ketua Pesuruhjayanya dibuat mengikut Perlembagaan seperti hakim dan Panglima Angkatan Tentera (PAT). "Selain itu, penambahbaikan terhadap SPRM juga boleh dilakukan dengan menubuhkan Suruhanjaya Perkhidmatan SPRM dengan autonomi sendiri.” "Kita khuatir terdapat masalah lain jika diletakkan di bawah Parlimen seperti wujudnya usaha untuk mengganggu jawatankuasa dalam menghalang SPRM mengadakan siasatan katanya kepada BH, di sini, Pelantikan terus Pelantikan hakim dibuat melalui Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman yang mana fungsinya adalah memilih individu berkelayakan yang wajar dan sesuai dilantik sebagai hakim mahkamah atasan untuk pertimbangan Perdana Menteri
ϰϳ Sebaliknya, pelantikan Ketua Pesuruhjaya SPRM adalah ‘terus’ daripada Perdana Menteri yang mana pemimpin itu boleh menamatkan perkhidmatan atau menukar Ketua Pesuruhjaya, bila bila masa. Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Johari Abdul yang bersetuju wujudnya keperluan menubuhkan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen yang bertanggungjawab terhadap lantikan pegawai kanan kerajaan di agensi sensitif seperti SPRM dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Johari dilaporkan berkata, penempatan agensi bersifat sensitif dan pemilihan ketuanya terus di bawah Parlimen adalah kaedah terbaik untuk memastikan badan berkenaan bebas dan tidak condong memihak kepada individu atau pihak tertentu Jais berkata, sistem SPRM sedia ada sudah cukup baik yang mana hasil siasatan suruhanjaya itu tidak perlu dibentang kepada sesiapa. Selain itu, katanya, SPRM juga mempunyai kuasanya sendiri dalam aspek siasatan dan pendakwaan kes untuk di bawa ke Pejabat Peguam Negara. Pelantikan hakim dibuat menerusi Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman yang mana fungsinya adalah memilih individu berkelayakan yang wajar dan sesuai dilantik sebagai hakim mahkamah atasan untuk pertimbangan Perdana Menteri.
ϰϴ 18. UNIT LKAN WAJAR DIBERI KUASA, BEBAS SIASAT TEGURAN KETUA AUDIT. 20 Februari 2023 – Temubual / Respons Media MCW – Artikel Berita Harian Pasukan perlu dianggotai pakar bagi kenal pasti kelemahan lebih awal 20 Feb 2023 - [email protected] Unit Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) wajar diperkasa dan dinaik taraf sebagai Pasukan Penyiasat Khas LKAN. Mengemukakan cadangan itu, Jawatankuasa Pemikir Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW) berpandangan, unit ditubuhkan sejak 2014 itu tidak seharusnya hanya menjadi urus setia teguran LKAN, sebaliknya diberi kuasa dan kebebasan untuk menyiasat semua teguran dan dapatan laporan terbabit. Timbalan Ketua MCW, Noor Mohamad Shakil Hameed, berkata pasukan penyiasat itu juga perlu diberi kuasa untuk menjatuhkan hukuman tatatertib yang bersesuaian dengan peraturan perkhidmatan awam. "Pasukan ini perlu dianggotai individu yang bebas, pakar dalam bidang serta profesional supaya mampu menjalankan fungsi dengan berkesan. Sebagai langkah pencegahan pula, dicadangkan Unit Integriti dan Unit Audit Dalaman setiap agensi kerajaan seperti sedia ada turut diperkasakan. "la agar unit terbabit dapat memainkan peranan yang lebih dalam soal pendidikan kesedaran serta pemantauan dalaman," katanya kepada BH, semalam.
ϰϵ Katanya, jika kedua-dua fungsi itu dapat berjalan dengan cekap, ia bukan sahaja dapat meningkatkan integriti penjawat awam, malah boleh juga mengenal pasti segala kelemahan dan ketirisan pada peringkat yang lebih awal tanpa menunggu teguran LKAN. Ditanya gesaan pihak tertentu supaya kerajaan menubuhkan pasukan penyiasatan khas di bawah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi menangani isu ketirisan dan pembaziran dana awam, beliau berkata, ia cadangan yang baik, namun SPRM dibelenggu kes yang banyak. "Memandangkan SPRM juga sibuk dengan banyak kes, lebih wajar kita naik taraf Unit LKAN JPA sedia ada kepada Pasukan Penyiasat Khas LKAN JPA. Ia boleh dianggotai pihak berkuasa seperti SPRM dan polis selain profesional lain. "Ini akan membolehkan proses siasatan serta pendakwaan dapat dilaksanakan lebih cepat. Jika kes dan nilai dana yang terbabit terlalu besar, barulah ia diserahkan sepenuhnya kepada SPRM untuk tindakan mereka selanjutnya. "Jika keadaan masih tidak berubah, Pasukan Penyiasat Khas LKAN JPA juga boleh dan wajar dinaik taraf menjadi Suruhanjaya Penyiasatan LKAN suatu hari kelak," katanya menambah penubuhan Unit LKAN sejak 2014 bukti kerajaan memandang serius semua teguran audit. Laksana siasatan dalaman Beliau berkata, kerajaan juga laksana siasatan dalaman sebelum ambil tindakan sewajarnya. Ironinya, walaupun disiasat dan dikenakan pelbagai tindakan, isu ketirisan masih berterusan, menunjukkan masalahnya bukan sistem penguatkuasaan atau hukuman, tapi lebih kepada sikap penjawat awam itu sendiri. "Walaupun majoriti penjawat awam masih berkhidmat dengan penuh dedikasi dan berpegang kepada nilai integriti tinggi, sikap segelintir kakitangan yang tidak berintegriti mencemarkan nama baik keseluruhan perkhidmatan awam," katanya. Beliau turut menegur sikap penjawat awam yang tamak, salah guna kuasa, mempunyai tahap integriti rendah serta sentiasa mengambil kesempatan di atas ruang dan peluang yang ada untuk melakukan salah laku. "Ini dilihat punca kenapa LKAN menceritakan skrip sama hampir setiap tahun. Bagi kelompok ini, korupsi dilihat jadi budaya dan kelaziman dalam kehidupan mereka," katanya.
ϱϬ 19. SPRM PERLU BEBAS DAN BERAUTONOMI MELAKSANA TUGAS. 26 Februari 2023 – Harian Metro Ahad – Temubual. Bagi memberi gambaran lebih jelas, ikuti wawancara Presiden Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW) JAIS KARIM bersama Wartawan MUHAMMAD SAUFI HASSAN. Banteras rasuah. Kerajaan kini komited atau hanya langkah populis? Memerangi jenayah rasuah tidak mengira kategori pesalah bukan satu tugas yang mudah, malah sesebuah agensi penguatkuasaan perlu bersifat ‘menongkah’ arus untuk mengheret pesalah ke muka pengadilan. Walaupun ia tugas sukar namun integriti serta pemeliharaan organisasi bebas rasuah perlu diberi keutamaan melangkaui sebarang bentuk ideologi atau fahaman politik. Sejak bertahun lalu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuktikan bahawa mereka adalah agensi bertanggungjawab dalam memerangi jenayah rasuah ini. Kini, wujud cakap-cakap belakang bahawa SPRM melaksanakan pendakwaan terpilih dan sebagainya. Saya percaya bahawa kerajaan sekarang mempunyai komitmen untuk membanteras rasuah. Namun kita perlu mengakui bahawa langkah-langkah populis juga boleh memberikan kesan positif kepada usaha membanteras rasuah. Apapun bentuknya, usaha membanteras rasuah perlu dilakukan dengan komitmen dan tindakan yang konsisten. Jika kita lihat statistik tangkapan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Januari lalu, 161 individu sudah ditangkap membabitkan semua peringkat.
ϱϭ Daripada jumlah itu, 46 Individu membabitkan penjawat awam, 13 individu daripada kategori pengurusan dan profesional, 33 daripada kategori sokongan selain 115 membabitkan tangkapan awam iaitu dalam kalangan swasta, orang awam dan lain-lain. Ini memperlihatkan tahap komitmen yang tinggi oleh SPRM dalam mengheret manamana pesalah ke muka pengadilan. Ia penting bagi memastikan sebarang siasatan terhadap kes rasuah perlu dilaksanakan tidak mengira peringkat sama ada golongan bawah sehingga kepada ahli-ahli politik. Mesej sebenar iaitu jenayah rasuah itu perlu diperangi tidak mengira peringkat dan individu. Istilah pendakwaan terpilih muncul kembali. Adakah benar la pendakwaan terpilih atau sekadar mahu mengalih perhatian? Penggunaan istilah 'pendakwaan terpilih' adalah suatu tindakan yang boleh menimbulkan tanda tanya. Ini kerana proses undang-undang yang adil perlu dipastikan dan kesemua pihak yang disyaki mempunyai hak yang sama untuk mempertahankan diri mereka Oleh itu, penggunaan istilah tersebut perlu dibincangkan dengan teliti dan memastikan bahawa kes pendakwaan dilaksanakan secara adil. Kita tidak mahu ada sesetengah pihak hanya mahu menimbulkan persepsi semata-mata dan umpama cuba menegakkan benang yang basah. Kebelakangan ini, cukup ramai yang ditahan atas dakwaan menerima rasuah membabitkan ahli perniagaan, pemimpin politik, penjawat awam, malah dalam kalangan pegawai penguatkuasa. Ini menunjukkan rasuah di Malaysia masih lagi jadi tunjang untuk pihak tertentu mendapatkan 'job' atau melindungi kegiatan jahat? Penahanan individu terpalit rasuah yang membabitkan ahli perniagaan, pemimpin politik, penjawat awam dan pegawai penguatkuasa menunjukkan bahawa rasuah masih menjadi masalah di Malaysia. Kita perlu mengakui bahawa usaha membanteras rasuah adalah satu proses yang berterusan dan perlu dijalankan secara konsisten. Tindakan keras dan konsisten perlu diambil terhadap semua pihak yang terbabit dalam aktiviti rasuah, tanpa mengira kedudukan dan status mereka. Semua ini memerlukan satu usaha berterusan supaya jenayah berkenaan dapat diminimumkan dan membawa mesej bahawa la adalah satu jenayah yang paling hina. SPRM jadi alat politik? Pendapat tuan? Kita di MCW sangat jelas bahawa pendirian kami adalah SPRM tidak wajar dijadikan alat dalam agenda politik kerana mereka perlu melaksanakan tugas dengan tahap profesional yang tinggi merentasi parti politik serta individu. Untuk menjayakan impian kita laitu meminimumkan jenayah rasuah ini, SPRM perlu bebas dan autonomi penuh untuk menjalankan tugas mereka tanpa sebarang campur tangan politik. Ini kerana jika ia berlaku, pastinya orang ramai akan meragui malah paling buruk adalah orang ramai hilang kepercayaan kepada sesebuah agensi berkenaan. Kesan langsung yang paling kita takuti adalah pihak berkuasa berkenaan tidak lagi dihormati dan dipercayai dalam jangka masa panjang. SPRM juga dilihat umpama "kuda lepas kandang yang terus menerus melaksanakan operasi menahan individu terpalit rasuah termasuk orang politik, Malah, la mendapat sokongan awam?
ϱϮ Saya percaya bahawa SPRM melakukan tugas mereka dengan cekap dan efektif. Tindakan SPRM dalam memerangi rasuah telah mendapat sokongan kerana ia membantu awam membangun negara yang bersih dan bebas dari rasuah. Oleh itu, kita perlu memberikan sokongan yang kuat kepada SPRM dalam usaha mereka membanteras rasuah. Tanpa keinginan yang kuat serta kerja keras daripada agensi seperti SPRM, rasuah di Malaysia akan terus membarah. Malah rasuah mungkin akan jadi budaya kerja? Saya bersetuju bahawa keinginan yang kuat dan kerja keras daripada agensi seperti SPRM adalah penting dalam membanteras rasuah. Rasuah tidak seharusnya menjadi budaya dalam mana-mana organisasi atau negara. Oleh itu, usaha yang berterusan perlu dilakukan untuk memupuk kesedaran dan membina budaya kebersihan dan kejujuran dalam masyarakat dan organisasi.
ϱϯ 20. KERAJAAN DIGESA MEMPERCEPATKAN PELAKSANAAN AKTA PENDANAAN PARTI POLITIK MALAYSIA. 3 Mac 2023 - Temubual / Respons Media MCW – Rakyat faham dan tahu bahawa deraf akta Pendanaan Parti Politik di Malaysia telah siap sejak tahun 2016 namun belum ada inisiatif untuk melaksanakannya. Parti politik terutamanya memerlukan perundangan tersebut dengan segera tambahan pula makin banyak kes melibatkan tuduhan salah guna kuasa dan rasuah dikalangan ahli dan parti politik kebelakangan ini. MCW yakin bahawa kepercayaan rakyat terhadap kerajaan perpaduan ini akan meningkat jika ianya dilaksanakan segera. Inilah perintis penting kepada konsep Malaysia Madani. Akta pendanaan parti politik ini penting untuk memastikan parti politik dapat beroperasi secara telus dan jujur dalam pengumpulan dana dan perbelanjaannya. Kita mesti mencegah pengaruh yang tidak wajar akibat pendanaan yang tidak teratur dan tidak terkawal. Semua sumber dana yang diterima oleh parti politik mestilah dari sumber yang sah dan tidak merosakkan proses demokrasi. Integriti dan kepercayaan terhadap sistem politik negara adalah sangat penting. Akta pendanaan parti politik sangat penting dalam menjaga integriti dan transparansi dalam sistem politik negara demi memastikan proses demokrasi berjalan lancar dan adil serta meminimumkan kemungkinan penyalahgunaan kuasa dalam politik.
ϱϰ 21. SEKARANG MASA TEPAT SPRM LETAK PEGAWAI DI MARA 28 Mac 2023 – Temubual / Respons Media MCW – PETALING JAYA: Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW) menyifatkan sekarang adalah masa yang tepat untuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meletakkan seorang pegawai mereka di Majlis Amanah Rakyat (MARA). Presiden MCW, Jais Abdul Karim berkata, langkah itu membolehkan mereka memberi nasihat yang tepat berkenaan mekanisme pencegahan rasuah bagi menambah baik polisi dan prosedur yang sedia ada. "MARA adalah sebuah agensi kerajaan yang mengendalikan dana yang amat besar pastinya terdedah kepada bahaya rasuah dan salah guna kuasa yang memerlukan pemantauan rapi pihak SPRM.” "Masalah rasuah dan ketirisan yang pernah dilaporkan sebelum ini adalah bukti bahawa MARA terdedah kepada bahaya jenayah ini dan perlu sentiasa dipantau.” "Sebagai sebuah agensi kerajaan yang telah lama wujud, MARA mesti mempunyai sistem yang mematuhi semua prinsip integriti dan bebas daripada rasuah dalam melaksanakan amanah tersebut," katanya dalam kenyataan. Media sebelum ini melaporkan, Mara bercadang pegawai menempatkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di agensi itu dalam memastikan urus tadbirnya berada di tahap terbaik. Jais menambah, tindakan meletakkan pegawai SPRM itu juga adalah selari dengan Akta SPRM 2009 yang memperuntukkan tugasan pencegahan bagi memastikan rasuah dan salah guna kuasa dapat dikawal terutamanya dalam syarikat berkaitan kerajaan dan agensi milik kerajaan.
ϱϱ 22. PERANAN EAIC SELIA SPRM PERLU DIKAJI 3 Mei 2023 - Respons Media Cadangan untuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diselia oleh EAIC perlu dikaji dengan sangat teliti berdasarkan prestasi dan keadaan semasa. KUALA LUMPUR — Cadangan agar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diselia oleh Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) perlu dikaji dengan sangat teliti berdasarkan prestasi dan keadaan semasa. Menurut Presiden Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW), Jais Abdul Karim, bagaimana EAIC mampu menyelia SPRM jika banyak aduan salah laku yang melibatkan 21 agensi
ϱϲ penguatkuasaan sedia ada tidak termampu ditangani dan tersadai kerana perjawatan yang terhad dalam EAIC sekarang ini. “MCW berpendapat bahawa SPRM perlu berada sebagai entiti berasingan dari EAIC seperti termaktub dalam Akta 700 kerana SPRM akan membantu EAIC dalam siasatan dan akan juga menjadi badan semak dan imbang kuasa EAIC. “SPRM mesti berdiri sendiri di bawah Perlembagaan negara dan tidak berada di bawah seliaan Parlimen atau kerajaan Malaysia sekalipun bagi mengelakkan ianya di salah guna. “Perlu difahami betul- betul peranan dan fungsi penting SPRM bagi menangani dan mencegah rasuah di Malaysia yang merupakan masalah yang paling serius di negara ini,”katanya dalam satu kenyataan hari ini. Terdahulu media melaporkan semalam, kerajaan mengkaji keperluan memasukkan SPRM sebagai salah sebuah agensi penguatkuasaan yang disenaraikan di bawah seliaan EAIC. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, perkara itu antara skop penelitian jawatankuasa Pro-tem yang ditubuhkan termasuk menilai beberapa cadangan pindaan Akta Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan 2009 [Akta 700] untuk mengukuhkan EAIC. Jais berkata, dalam rangka memastikan SPRM dapat bekerja secara bebas dan efektif dalam menjalankan tugas-tugasnya, maka pemantauan dan pengawasan dari lima badan pemantau yang ditubuhkan mengikut Akta SPRM 2009 sedia ada sudah mencukupi. Jelasnya lagi, tanggapan negatif pasti ada walau bagaimanapun usaha yang dilakukan. “SPRM telah mempunyai bahagian yang khusus untuk mengawal selia pegawai SPRM termasuklah unit siasatan dalaman dan sistem pelaporan yang telus kepada Jawatankuasa Aduan (JKA) yang dianggotai oleh masyarakat awam yang berpengalaman. “Setakat ini kes salah laku termasuklah kes jenayah dikendalikan sendiri SPRM terhadap pegawai mereka. Ada beberapa kes telah disabit oleh mahkamah dan ada juga kes tatatertib diambil sehingga dibuang kerja. “Dengan ini MCW ingin mencadangkan agar EAIC dibubar. Semua tugas kawal selia salah laku pegawai penguatkuasa perlu diberikan kepada Unit Integriti (UI) agensi masingmasing yang diberikan kuasa penuh,”ujarnya. Dalam masa sama tegasnya lagi, diwujudkan Jawatankuasa Aduan (JKA) seperti di SPRM dalam setiap kementerian yang ada agensi penguatkuasaan untuk tujuan pemantauan. Tambahnya, kes dalaman boleh dikendalikan oleh UI mereka sendiri.“UI yang berisiko tinggi mesti diketuai pegawai dari SPRM sendiri.Palingpenting adalah untuk memastikan agar SPRM terus diberikan kebebasan untuk mengambil tindakan dan keputusan yang diperlukan bagi memerangi rasuah di negara ini dan tidak dipengaruhi oleh tekanan atau campur tangan dari pihak manapun termasuklah pihak kerajaan,”tegasnya lagi. — BebasNews
ϱϳ 23. MCW MENYOKONG CADANGAN TEMPATKAN PEGAWAI SPRM DI PINTU SEMPADAN 6 Julai 2023 - Respons Media Kerajaan didesak supaya segera menempatkan pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang bagi mengelakkan kegiatan rasuah berleluasa dalam kalangan penguatkuasa. Presiden Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW), Jais Abdul Karim berkata, kehadiran pegawai SPRM sama ada secara disedari atau tidak, akan menjadikan mereka lebih berhati-hati dan menjaga integriti sebagai 'penjaga pintu masuk negara. “Kita tak boleh nafikan memang ada kes penguatkuasa yang bermaharajalela dan menyalah guna kuasa, malah ada antara mereka yang telah didakwa.” “Tapi kita tak boleh biarkan la terus berlaku. Kerajaan perlu ada mekanisme untuk memantau perkara ini dan saya lihat cara terbaik adalah tempatkan pegawai SPRM di KLIA kerana ia adalah pintu masuk utama negara.” “Kita percaya dengan cara ini, lebih banyak perkara salah laku penguatkuasa dapat kita kawal dan bendung,” katanya kepada Sinar Harian pada Rabu. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Isnin, mengakui wujud segelintir penguatkuasa imigresen yang masih mengamalkan sistem dan amalan lama, dipercayai mengandungi rasuah. Beliau menegaskan, kerajaan melalui pihak berkuasa berkaitan perlu bertindak segera dan keras dalam menangani amalan tersebut agar in tidak menjejaskan kerjaya, imej penjawat awam serta negara secara keseluruhan. SPRM sebelum ini telah menempatkan pegawainya di beberapa agensi yang berisiko terlibat rasuah termasuk pejabat menteri besar dan pejabat setiausaha. Menurut Garis Panduan kerajaan negeri. Pengurusan Unit Integriti Agensi Awam SPRM, inisiatif menempatkan pegawai kanan SPRM di agensi kerajaan mula dilaksanakan di Telekom Malaysia Berhad pada tahun 2005 lagi dan Amanah Raya Berhad pada 2006. Baru-baru ini pula. Pengerusi MARA, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki memberitahu pihaknya bercadang untuk menempatkan pegawai SPRM di agensi itu dalam usaha memastikan urus tadbirnya berada pada tahap terbaik. Sementara itu, Jais menjelaskan, kehadiran sindiket penyeludupan warga asing yang kini menggunakan laluan tikus dan jalan air di sempadan Malaysia-Thailand merupakan isu serius yang perlu ditangani dengan tegas.
ϱϴ “Sindiket ini memanfaatkan kelebihan dan kekurangan pengawasan di kawasan sempadan untuk melepaskan warga asing yang mempunyai masalah dokumen atau disenarai hitam oleh pihak berkuasa negara.” “Penguatkuasaan di sempadan perlu diperketat bagi memastikan aktiviti penyeludupan manusia ini tidak berlaku. Imigresen mesti bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan dan agensi keselamatan lain untuk meningkatkan pengawasan di sempadan,” ujar beliau. Tambahnya, penggunaan teknologi seperti pengesan gerakan, kamera pengawasan dan sistem pemantauan sempadan boleh ditingkatkan kerana dapat membantu mengesan dan mencegah aktiviti penyeludupan manusia. Pada masa sama, kerjasama dan komunikasi dengan pihak berkuasa negara jiran seperti Thailand wajar diperkemas untuk bertukar-tukar maklumat serta bekerjasama dalam menangani isu penyeludupan manusia berkenaan. “Pendidikan dan kesedaran mengenai bahaya penyeludupan manusia harus ditingkatkan dalam kalangan masyarakat tempatan yang tinggal di sempadan dan warga asing Itu sendiri.” “Imigresen juga wajib mengeratkan kerjasama dengan agensi penguatkuasa lain seperti polis, kastam dan SPRM. Ini akan membolehkan pertukaran maklumat dan koordinasi yang lebih baik dalam pencegahan dan penangkapan sindiket penyeludupan,” katanya.
ϱϵ 24. PERLUAS SEKYEN 17A AKTA SPRM (LIABILITI KORPORAT) KE PENJAWAT AWAM 11 Julai 2023 - Temubual Presiden Bersama Wartawan UtusanTV, Malaysian Gazette, 13 Julai – Utusan Malaysia –ms 3, TheMerdekatimes.com PETALING JAYA: Seksyen 17A, Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang merupakan undang-undang untuk mengheret organisasi komersial jika kakitangan terlibat rasuah perlu diperluaskan kepada penjawat awam sekiranya kerajaan serius melakukan reformasi undang-undang negara ini. Buat masa ini, undang-undang itu hanya terpakai kepada organisasi korporat yang menyaksikan sesebuah syarikat boleh didakwa dan dihukum sekiranya membenarkan kakitangan melakukan rasuah untuk memperoleh projek atau mendapat apa-apa faedah. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Presiden Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW), Jais Abdul Karim menjelaskan, idea memperluas Seksyen 17A itu kepada kakitangan kerajaan adalah satu usaha yang penting bagi mengawal budaya rasuah yang semakin berleluasa kebelakangan ini. Jelasnya, transformasi undang-undang melalui penerapan perkara liabiliti korporat kepada penjawat awam akan memberi kesan besar dalam meningkatkan akauntabiliti dan mencegah rasuah dalam sektor awam. “la pasti memberikan kesan pencegahan segera dan menyediakan hukuman yang lebih tegas terhadap penjawat awam yang terlibat dalam aktiviti rasuah.”
ϲϬ “Namun, keputusan melaksanakan perubahan ini harus melalui proses kajian dan perbincangan yang komprehensif untuk memastikan kesesuaian dan keadilan dalam penguatkuasaan undang-undang di Malaysia,” katanya ketika dihubungi semalam. Baru-baru ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan kerajaan sedang merintis beberapa usaha transformasi undang-undang negara. Ketika menyampaikan ucaptama Persidangan Undang-Undang Antarabangsa Malaysia 2023. Anwar berkata, selain menghapuskan hukuman mati mandatori, kerajaan selepas ini mahu mengkaji Akta Perlindungan Pemberi Maklumat. Dalam pada itu, Jais menggesa kerajaan menyegerakan Akta Pendanaan Politik memandangkan perkara itu merupakan satu usaha penting dalam pembaharuan undangundang di samping meluluskan Akta Lompat Parti pada tahun lalu. Katanya, meskipun Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Azalina Othman Said mengatakan perkara itu masih dalam peringkat perbincangan Jawatankuasa Pilihan Parlimen, ia tidak boleh dilengahkan memandangkan usaha draf undang-undang itu telah berlaku sejak 2017 lagi. Beliau menjelaskan undang- undang mengenai pendanaan politik yang lebih ketat dan telus akan membantu mencegah penyalahgunaan kuasa, mengawal pengaruh kewangan dalam politik dan memastikan proses politik yang lebih adil dan demokratik. Selain itu, Jais memberitahu, sudah tiba masanya kerajaan menambah baik Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terutamanya melibatkan proses pelantikan Ketua Pesuruhjaya dan pemberian kuasa autonomi serta mengiktiraf sebagai sebuah badan berperlembagaan sendiri di bawah Parlimen.
ϲϭ 25. ISU RASUAH DI JABATAN PENDAFTARAN NEGARA DAN CADANGAN MENGATASINYA 18 Julai 2023 - Respons Media MASALAH rasuah dan salah guna kuasa adalah isu serius yang menjadi budaya dalam pelbagai organisasi dan institusi termasuk di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Pendedahan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini mengenai isu yang berlaku di jabatan itu adalah tepat dan memerlukan tindakan segera semua pihak. Rasuah dan salah guna kuasa dalam JPN amat berbahaya kerana integriti sistem pendaftaran yang terjejas akan membahayakan keselamatan negara dan merosakkan kepercayaan orang awam terhadap kerajaan dan institusi awam. Untuk menangani masalah rasuah dan salah guna kuasa, langkah-langkah berikut boleh diambil: 1. Penambahbaikan sistem dan teknologi Penggunaan teknologi dalam proses pendaftaran boleh membantu mengurangkan kebergantungan pada interaksi manusia dan mengurangkan peluang untuk penyelewengan. Sistem pengurusan data yang cekap dan terkini perlu dipertingkatkan bagi mengurangkan peluang penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa. Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW) sarankan diperkenalkan kad pengenalan baharu yang ada ciri-ciri keselamatan terkini memandangkan MyKad sedia ada sudah digunakan hampir 15 tahun dan mudah diceroboh.
ϲϮ 2. Meningkatkan kesedaran dan latihan etika Penting untuk memberikan latihan etika dan kesedaran kepada kakitangan JPN mengenai tanggungjawab mereka sebagai penjawat awam dan betapa pentingnya integriti dalam perkhidmatan awam. Ini boleh dilakukan melalui kursus, bengkel dan program pembangunan profesional. 3. Memperkuatkan prosedur pengurusan dan ketelusan Sistem pengurusan kukuh dan prosedur ketelusan yang jelas perlu dikuatkuasakan termasuk pemeriksaan dalaman, audit dan penilaian prestasi bagi memastikan tindakan rasuah dan salah guna kuasa dapat dikesan dan diberikan tindakan segera. 4. Mewujudkan mekanisme aduan dan perlindungan pelapor Perlu ada saluran aduan yang selamat dan boleh dipercayai bagi kakitangan dan orang awam melaporkan sebarang penyelewengan atau tindakan rasuah. Pelapor perlu dilindungi agar mereka tidak terdedah kepada sebarang gangguan atau tindakan balas negatif. 5. Penguatkuasaan undang-undang dan hukuman tegas Hukuman tegas bagi kesalahan rasuah dan salah guna kuasa adalah penting untuk memastikan keadilan dan pencegahan jenayah ini. Penegakan undang-undang haruslah telus. adil dan bebas daripada campur tangan politik. 6. Membina budaya integriti Penting untuk membina budaya integriti yang kukuh melalui kempen komunikasi, pendidikan moral dan etika mahupun contoh teladan daripada pengurusan dan pemimpin JPN. Langkah-langkah ini perlu dilaksanakan secara menyeluruh dan berterusan serta memerlukan sokongan dan komitmen daripada semua pihak terlibat untuk memastikan pencegahan rasuah dan salah guna kuasa menjadi keutamaan utama.
ϲϯ 26. BERKENAAN ISU 'DPA - DEFFERED PROSECUTION AGREEMENT' . 20 September 2023 - Kenyataan Media Pelaksanaan Perjanjian Penangguhan Pendakwaan perlu telus - MCW – UtusanTV PELAKSANAAN Perjanjian Penangguhan Pendakwaan (DPA) perlu dilaksanakan dengan telus bagi mengelakkan timbul kebimbangan tentang akauntibiliti dan keadilan. Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW) dalam kenyataan memaklumkan, DPA merupakan kaedah atau alat yang penting dalam menangani kes-kes rasuah. Begitupun, MCW melihat DPA itu bergantung kepada pelaksanaannya yang telus, bertanggungjawab dan memberi fokus kepada pemulihan harta yang dicuri untuk faedah negara sekaligus mencegah berlakunya perlanggaran undang-undang pada masa akan datang.
ϲϰ “Kelebihan utama DPA adalah untuk mendapatkan harta yang telah diseleweng dengan lebih cepat. Ia akan memberi banyak manfaat kepada negara dan mengurangkan kos yang berkaitan dengan perbicaraan dan masa siasatan yang panjang. “DPA juga boleh memberi insentif kepada syarikat-syarikat untuk bekerjasama, melaksanakan reformasi dalaman dan mencegah pelanggaran pada masa akan datang,” jelas MCW dalam kenyataan hari ini. Mengulas lanjut, MCW turut mengingatkan ramai yang mengkritik DPA mungkin terlalu lembut terhadap syarikat-syarikat yang mungkin akan melemahkan aspek pencegahan. Menurut MCW, mengehadkan DPA kepada syarikat sahaja mungkin mengabaikan pelaku individu yang memainkan peranan penting dalam kes-kes rasuah. MCW berkata, DPA jelas terbukti berkesan di pelbagai bidang kuasa di seluruh dunia seperti dalam kes Keppel Corporation di Singapura yang menghasilkan denda besar dalam penyelesaian global. “MCW percaya bahawa DPA tidak harus eksklusif kepada syarikat sahaja. Walaupun ianya penting untuk pematuhan korporat dan pemulihan harta, individu juga boleh memainkan peranan penting dalam kes-kes rasuah. “DPA harus diterapkan berdasarkan kes demi kes tertentu, mengambil kira tahap keterlibatan individu. Eksklusiviti kepada syarikat sahaja mungkin tidak sesuai dalam kes-kes di mana individu adalah penjenayah utama. “MCW menyokong penuh inisiatif Tan Sri Azam Baki dalam Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan berharap ianya dilaksanakan dengan pertimbangan yang teliti dan pelaksanaan yang bertanggungjawab,” jelas MCW. MCW menambah, DPA akan dapat berfungsi dengan efektif sebagai sebahagian daripada strategi anti-rasuah yang komprehensif. Katanya, matlamat utama DPA perlu memfokuskan pemulihan harta yang dicuri dan menangkap penjenayah, sama ada syarikat atau individu.
ϲϱ 27. PERJANJIAN SUKARELA PENDAKWA, ORGANISASI ALTERNATIF CEGAH RASUAH 29 September 2023 - RENCANA BERITA HARIAN Perjanjian penangguhan pendakwaan (DPA) membolehkan pendakwa menunpu perhatian mendapatkan penyelesaian kes tanpa melalui perbicaraan panjang, membosankan dan mahal. DPA mengambil kira kemungkinan individu tertentu dalam sebuah organisasi adalah suspek dan bukan orang dalam organisasi itu sebahagian daripada sindiket jenayah. Komitmen Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki untuk memastikan Perjanjian Penangguhan Pendakwaan (DPA) dapat dilaksanakan sebelum beliau bersara boleh dianggap kesimpulan penting kepada perjuangannya, sama ada secara peribadi mahupun agensi penguatkuasaan itu sendiri.
ϲϲ DPA ialah perjanjian sukarela dicapai antara pihak pendakwa dengan sesebuah organisasi menghadapi tuduhan jenayah kewangan yang membolehkan atau membenarkan pendakwaan ditangguhkan atau ditunda dengan memenuhi syarat ditentukan. Antara syarat boleh ditetapkan di bawah DPA termasuk pembayaran denda kewangan, pemulangan wang atau harta berkaitan kesalahan serta pemantauan teliti secara berterusan agensi penguatkuasaan berkenaan. DPA dilihat membolehkan pendakwa menumpukan perhatian untuk mendapatkan keputusan atau penyelesaian kes tanpa perlu melalui perbicaraan panjang dan mahal. Di sini, DPA ialah kaedah atau alat pencegahan rasuah penting masa hadapan. Kaedah terkini seiring perubahan zaman dan kemajuan teknologi adalah jalan terbaik memerangi jenayah ekonomi dan kewangan itu. Mekanisme ini dilihat mampu memastikan pemulihan aset dan dana lebih cepat serta pematuhan lebih baik orang atau entiti untuk mencegah pelanggaran pada masa depan. Bagaimanapun, pelaksanaan DPA amat bergantung kepada ketelusan, tanggungjawab dan tumpuan kepada pemulihan harta dicuri untuk faedah negara. sekali gus mencegah perlanggaran undang undang pada masa akan datang Kelebihan utama DPA adalah mendapatkan harta diseleweng lebih cepat, sekali gus akan memberi banyak manfaat kepada negara dan mengurangkan kos berkaitan perbicaraan serta masa siasatan panjang. DPA juga boleh memberi insentif kepada syarikat bekerjasama melaksanakan reformasi dalaman dan mencegah pelanggaran pada masa akan datang. Paling penting DPA memberikan kemudahan kepada penyiasat dan pendakwaan untuk mengendalikan tuduhan jenayah kewangan kerana cabaran cukup besar dalam mendapatkan keterangan saksi dan bukti dokumen serta masalah berkaitan pembiayaan dan masa digunakan untuk siasatan. Justeru, jika DPA hendak dilaksanakan, syaratnya perlu jelas mengenai jenis organisasi akan ditawarkan, sama ada kerajaan, separa kerajaan atau swasta. Butiran lain juga perlu diperincikan, termasuk jenis jenayah, tahap serius kesalahan didakwa, kepentingan awam, jenis kerjasama diberikan entiti terbabit kepada pasukan penyiasatan dan langkah diambil syarikat dalam mempertanggungjawabkan diri serta mengelakkan insiden masa depan. DPA pasti akan mampu menyeimbangkan konsep kriminologi dan ekonomi dengan memastikan hanya individu melakukan rasuah akan disiasat terperinci melalui sistem itu serta pekerja tidak terbabit, tidak terpalit sama. Sedia beri maklumat Namun, pelaksanaan DPA perlu merangkumi syarat tertentu seperti syarikat harus bersedia memberikan maklumat lengkap individu terbabit dalam jenayah didakwa, termasuk nama pegawai awam, termasuk menteri sekalipun. Setakat ini, terdapat kritikan mendakwa DPA terlalu lembut terhadap syarikat atau entiti terbabit rasuah bahkan mungkin akan melemahkan aspek pencegahan dalaman. Mengehadkan DPA kepada syarikat mungkin mengabaikan pelaku individu berperanan penting dalam kes rasuah. Terdapat juga kebimbangan mengenai unsur dan syarat DPA membolehkan individu dituduh melakukan jenayah kolar putih mengelak hukuman panjang dan mengurangkan tanggungjawab peribadi terhadap kemudaratan disebabkan mangsa. Ia mungkin mengurangkan nilai hukuman ketara dalam usaha penguatkuasaan undang-undang. memberi ketidakadilan jauh bezanya antara mereka mampu membayar dengan tidak mampu berbuat demikian.
ϲϳ la juga menafikan hakikat pelapor atau masyarakat juga sepatutnya menyertai pendakwaan jenayah kewangan seperti penipuan, pecah amanah, pembiayaan pengganas, pengubahan wang haram dan jenayah siber Di sisi lain, DPA mengambil kira kemungkinan individu tertentu dalam sebuah organisasi adalah suspek dan bukan semua orang dalam organisasi itu sebahagian sindiket jenayah. Ia memberikan keadilan kepada pelabur, pemegang saham dan pekerja tidak bersalah. Syarikat berkemungkinan akan bekerjasama sepenuhnya kerana kurang ketakutan untuk terbabit dalam perbuatan salah dan merosakkan reputasi mempunyai kesan negatif jauh ke dalam terhadap mata pencarian pekerja tidak bersalah serta kelestarian perniagaan. Usaha ini juga penting untuk menjawab persoalan, sama ada SPRM bebas daripada campur tangan eksekutif atau tidak. Yang penting, keyakinan masyarakat perlu dikembalikan dengan menjelaskan mekanisme ini bukan untuk membantu penjenayah menyembunyikan jenayah mereka. Dari sudut lebih meluas, DPA berkesan di pelbagai bidang kuasa di seluruh dunia seperti dalam kes Airbus di United Kingdom (UK) dan Keppel Corporation di Singapura, menghasilkan denda besar dalam penyelesaian global. Yang penting DPA tidak harus eksklusif kepada syarikat. Walaupun ia mustahak untuk pematuhan korporat dan pemulihan harta, individu juga boleh berperanan penting dalam kes rasuah. DPA harus diterapkan berdasarkan kes demi kes tertentu, mengambil kira tahap pembabitan individu. Keistimewaan kepada syarikat sahaja mungkin tidak sesuai dalam kes yang individu adalah penjenayah utama. Dapat dilihat pada masa ini, DPA akan berfungsi dengan efektif sebagai sebahagian strategi antirasuah komprehensif. Matlamat utama DPA perlu memfokuskan pemulihan harta dicuri dan menangkap penjenayah, sama ada syarikat atau individu. Justeru, proses perundingan awam telus terbuka kepada pihak berkepentingan untuk berkongsi pandangan dan idea perlu dijana sebelum sebarang keputusan mengenai penggunaan DPA dilaksanakan. Pelaksanaan mekanisme ini juga harus didahului kajian sewajarnya oleh jawatankuasa khusus, manakala kaedah pelaksanaannya untuk syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan jenis syarikat lain perlu dihuraikan supaya boleh dilaksanakan berkesan.
ϲϴ 28. KEPUTUSAN DNAA KES DATO’ SERI AHMAD ZAHID HAMIDI / ASING PERANAN PEGUAM NEGARA, PENDAKWA RAYA DEMI KEBEBASAN PENDAKWAAN 5 September 2023 - Respons Media - https://bebasnews.my/.../dnaa-ahmad-zahid-beri-kesan.../ Keputusan DNAA kes Zahid buka ruang spekulasi wujud pendakwaan terpilih – UtusanTV KEPUTUSAN Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melepas tanpa membebaskan (DNAA) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi daripada 47 tuduhan melibatkan kes Yayasan Akalbudi disifatkan membuka ruang mengiyakan wujudnya spekulasi bahawa terdapat pendakwaan terpilih terhadap ahli politik. Presiden Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW), Jais Abdul Karim berkata, senario ‘mainan politik’ seolah-olah wujud dalam proses pendakwaan seperti kes digugurkan atau dikatakan berlaku kesilapan teknikal sehingga kes dimenangi dengan mudah oleh yang dituduh. Menurut beliau, campur tangan kuasa eksekutif atau pun tangan-tangan ghaib lain memperlihatkan perjalanan kes tidak adil sehingga boleh mencemarkan maruah perundangan Malaysia. Jais menegaskan, keputusan tersebut juga seolah-olah mengabaikan usaha pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan hasil tungkus-lumus pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang menyiasat secara terperinci bagi mendapatkan pelbagai bukti. “Keputusan DNAA kes Ahmad Zahid yang diumumkan semalam memberi kesan besar terhadap perjuangan MCW iaitu NGO antirasuah Malaysia yang aktif, komited dan agresif menarik perhatian rakyat untuk bersama-sama menyokong usaha pergerakan membanteras rasuah di Malaysia sejak enam tahun lalu. “MCW bergerak memainkan peranan sebagai ‘mata dan telinga’ SPRM dalam hal berkaitan pelaporan kes rasuah serta salah guna kuasa. “Segala bukti berkaitan kes ini seperti ‘terbuang’ begitu sahaja,” katanya dalam kenyataan hari ini. Mengulas lanjut, Jais turut mendesak supaya cadangan pengasingan peranan Peguam Negara dan pendakwa raya perlu disegerakan untuk memastikan ketelusan dan kebebasan proses pendakwaan. Katanya, berdasarkan komitmen Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengamalkan antirasuah dan tatakelola terbaik, justeru pengasingan kuasa itu wajar dilaksanakan bagi membuktikan isu tersebut tidak berterusan.
ϲϵ Jais berkata, pengguguran kes melibatkan orang politik mungkin ada merit tersendiri, namun merit tersebut akan tenggelam dalam kontroversi kerana percanggahan kepentingan dalam dwi-fungsi utama. “Peguam Negara yang dilantik oleh Perdana Menteri sebagai penasihat undangundang dan juga sebagai pendakwa raya kepada kerajaan. “Sebagai penasihat undang-undang kepada kerajaan dan Perdana Menteri, Peguam Negara ‘tidak dapat tidak’ adalah orang Perdana Menteri. “Persoalannya, bagaimana rakyat boleh memastikan bahawa Peguam Negara tidak memihak kepada ‘orang-orang Perdana Menteri’ yang lain?,” katanya. 5 September 2023 - Respons Media - ASING PERANAN PEGUAM NEGARA, PENDAKWA RAYA DEMI KEBEBASAN PENDAKWAAN https://malaysiagazette.com/.../asing-peranan-peguam.../ KUALA LUMPUR – Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW) mendesak agar cadangan berhubung pengasingan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya dilaksanakan segera untuk memastikan ketelusan serta kebebasan proses pendakwaan. Presidennya, Jais Abdul Karim berkata, langkah itu dapat mengelakkan timbul tuduhan berkaitan konflik kepentingan, berat sebelah atau pendakwaan politik di negara ini. “Berdasarkan komitmen terpuji Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengamalkan prinsip antirasuah dan tata kelola terbaik adalah wajar pengasingan kuasa ini dilaksanakan. “Ia adalah bagi membuktikan isu ini tidak berterusan dalam reformasi pentadbiran beliau walaupun prosesnya rumit serta melibatkan implikasi kewangan RM300 juta sekali pun,” katanya dalam kenyataan media, hari ini. Beliau mengulas mengenai keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam yang melepas tanpa membebaskan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi daripada 47 pertuduhan rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram dana Yayasan Akalbudi. Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah membenarkan permohonan Jabatan Peguam Negara (AGC) agar prosiding perbicaraan diberhentikan bagi kesemua pertuduhan terhadap Ahmad Zahid. Jais menambah, pengguguran kes-kes yang melibatkan ahli politik mungkin ada merit tersendiri namun ia akan tenggelam dalam kontroversi kerana percanggahan kepentingan dalam dwifungsi utama. Menurut beliau, Peguam Negara dilantik oleh Perdana Menteri sebagai penasihat undang-undang dan Pendakwa Raya kepada kerajaan serta Perdana Menteri. “Peguam Negara tidak dapat tidak adalah orang Perdana Menteri. “Persoalannya, bagaimana rakyat boleh memastikan bahawa Peguam Negara tidak memihak kepada ‘orang-orang Perdana Menteri’ yang lain?” soalnya. Jais turut menyifatkan perkembangan terbaharu dalam kes Ahmad Zahid seolah-olah mengabaikan usaha pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti MCW serta hasil siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). “Segala bukti berkaitan kes ini seperti ‘terbuang’ begitu sahaja,” jelasnya. Pada masa yang sama, beliau berharap pegawai-pegawai SPRM terus teguh menjalankan tugasan menyiasat ahli politik walau apa pun rintangan yang akan dihadapi. “Buktikan komitmen anda dengan lebih berani menangkap dan menyiasat para perasuah tanpa mengira kedudukan atau pilih bulu di negara ini,” katanya. – MalaysiaGazette
ϳϬ 29. BERKENAAN CADANGAN BAKAL YDPA MELETAKKAN SPRM TERUS DI BAWAH PEJABAT YDPA - SPRM DI BAWAH AGONG TANGKIS TOHMAHAN JADI ALAT POLITIK / NAUNGAN DI BAWAH YANG DI-PERTUAN AGONG KIKIS IMEJ NEGATIF SPRM 12 Disember 2023 – Kenyataan Media - hƚƵƐĂŶdsнDĂůĂLJƐŝĂŶ'ĂnjĞƚƚĞ͕^ŝŶĂƌ,ĂƌŝĂŶнE^d KUALA LUMPUR: The Malaysian Corruption Watch (MCW) has welcomed a suggestion to place the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) under the Yang di- Pertuan Agong's office. MCW president Jais Abdul Karim said entrusting the anti-graft agency under the king's purview would yield positive outcomes and dispel allegations that it was being used as a political tool against opposition parties. "This approach will enhance MACC's independence, making it more transparent and ultimately contribute to the future improvement of the country's Corruption Perception Index (CPI)," he said. This came after Sultan of Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar said he wanted the MACC, among others, to report directly to the Yang di-Pertuan Agong. In an interview with Singapore's Straits Times, Sultan Ibrahim, who is set to take over as the next Agong, said this was part of his push to crack down on corruption in the country. Jais said the government in July 2018 had announced plans to place nine government agencies, including the MACC, the Election Commission (EC) and the National Audit Department directly under Parliament. “The announcement was made as part of a major restructuring initiative at the Prime Minister's Office. However, it is evident that this restructuring did not occur." he said. In addition, MCW proposed that the appointment of top posts in government agencies should be subject to interviews and selection by members of parliament (MPs) through a special process with the king's consent, or be placed directly under his authority. MCW suggested that MACC should be granted full autonomy, especially in financial matters, as well as the appointment or removal of the chief commissioner or officers. "This involves recognising MACC as a separate constitution body under the King." Jais said while that would undoubtedly involve making amendments to the Constitution, MCW believed these proposals could build public confidence in MACC, with a strong emphasis on maintaining integrity and the rule of law.
ϳϭ 13 Disember 2023 – Rencana @ Nukilan Presiden Dalam Berita Harian Baru-baru ini, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar menekankan komitmen baginda untuk memerangi rasuah demi memastikan kestabilan politik dan ekonomi negara berkekalan. Antara cadangan baginda adalah pelaporan langsung Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kepada Yang diPertuan Agong. Apa yang dizahirkan Sultan Ibrahim ini mencerminkan aspirasi jitu baginda mahu meningkatkan tatakelola dan integriti dalam pemerintahan Yang di-Pertuan Agong pada masa hadapan. Pelbagai pihak termasuk MCW pernah mencadangkan supaya pelantikan ketua agensi penting dalam negara perlu ditemuduga dan dipilih ahli Parlimen melalui satu proses khas dengan mendapat perkenan Yang Di Pertuan Agong atau terus diletakkan di bawah bidang kuasa baginda. Hal ini pasti memerlukan proses pindaan Perlembagaan negara. Namun yang penting, cadangan ini mampu memupuk keyakinan orang ramai terhadap agensi berkenaan dan menghapuskan pandangan bahawa agensi itu akan berat sebelah kepada kerajaan semasa. Berdasarkan aspirasi baginda ini, ternyata wujud keperluan untuk negara melakukan transformasi bagi mencapai cita-cita ke arah pentadbiran menjunjung Rules of Law Antaranya, struktur pentadbiran Malaysia perlu berubah kerana selepas 66 tahun merdeka, keadaan dalaman negara dilihat semakin merosot. Kita seperti mengulangi perkara sama dan mengharapkan hasil berbeza. Apa yang penting, negara dan rakyatnya perlu menyesuaikan diri dan mencuba pendekatan baharu apabila berhadapan dengan cabaran.
ϳϮ Menerima perubahan boleh membawa kepada hasil positif dan kemajuan bagi sebuah negara. Ia memerlukan inovasi di luar kotak, kerjasama dan kemahuan membuat perubahan. Perangi rasuah cabaran kompleks Memerangi rasuah di Malaysia adalah cabaran kompleks kerana gejala ini berakar dalam pelbagai faktor. Pengaruh politik, warisan sejarah rasuah, kelemahan dalam struktur institusi dan budaya dalam kalangan orang awam serta korporat menyumbang kepada isu rasuah berterusan. Mengatasi rasuah memerlukan usaha serentak di dalam domain ini untuk membawa perubahan penting. Namun usaha membendung rasuah terletak pada institusi kerajaan, agensi penguatkuasaan undang-undang dan sistem perundangan. Kerjasama erat antara monarki dan kerajaan boleh menyumbang kepada strategi antirasuah lebih komprehensif. Pentadbiran Malaysia hari ini menonjolkan sifat dinamik kerajaan dalam memahami konteks tempatan. Kerajaan amat responsif terhadap tuntutan rakyat. Sebagai contoh, perbahasan terbuka di Parlimen, penyiasatan telus badan penyiasatan seperti Polis Diraja Malaysia Justeru, aspirasi SPRM diletak di bawah naungan Yang di-Pertuan Agong mampu memberikan impak positif bagi misi memerangi rasuah dan penyelewengan. Ini kerana banyak insiden dalam negara kelihatan seolah-olah parti pembangkang kerap kali menjadi 'mangsa' dan SPRM sering dituduh terikat dengan kerajaan semasa, sekali gus mewujudkan persepsi negatif terhadap SPRM dan kerajaan. Namun, melalui cara 'di bawah naungan Yang di-Pertuan Agong', tohmahan kononnya SPRM menjadi alat politik dapat dielakkan selain mampu meningkatkan kebebasannya dan menjadi lebih telus sehingga mampu meningkatkan Indeks Persepsi Rasuah (CPI) negara pada masa hadapan.
ϳϯ BAB 3 PROSES PENDIDIKAN YANG BERTERUSAN
ϳϰ 30. GAJI RENDAH BUKAN ALASAN LAKUKAN RASUAH 15 September 2023 - Respons Media PENJAWAT AWAM PERLU UBAH CARA URUS GAJI KEWANGAN MENGIKUT GAJI Penjawat awam tidak sepatutnya menggunakan gaji rendah sebagai alasan untuk melakukan rasuah kerana itu dapat dielakkan sekiranya mereka menjalani kehidupan mengikut kemampuan. Presiden Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW), Jais Abdul Karim berkata, kehidupan melebihi kemampuan diri akan menyebabkan penjawat awam terhimpit dengan masalah kewangan. Katanya, mereka perlu mengubah cara pengurusan kewangan yang lebih bersederhana mengikut tangga gaji selain mempunyai kekuatan jati diri. “Kalau berbelanja di luar kemampuan sudah pasti duit tidak cukup, datang pula ruang dan peluang untuk mengambil rasuah, ia seolah-olah seperti orang mengantuk disorongkan bantal.” “Jadi mereka akan mengambil jalan pintas untuk selesaikan masalah dengan menerima wang rasuah. Mereka tidak fikir kesan daripada perbuatan tersebut,” ujarnya ketika dihubungi Sinar Harian pada Khamis. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung kes sembilan anggota penguat kuasa sebuah agensi di Kedah ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Isnin kerana dipercayai meminta dan menerima rasuah daripada pemilik bot nelayan dan 'runner' antara tahun 2018 hingga 2021. Menurut sumber SPRM, anggota penguat kuasa berkenaan disyaki menerima rasuah terbabit sebagai balasan bagi melindungi dan tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap bot-bot nelayan yang melakukan kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985. Katanya, turut ditahan dua orang awam yang dipercayai memberi rasuah kira-kira RM300 hingga RM7,000 kepada sembilan anggota penguat kuasa terbabit yang berkhidmat di Kuala Kedah, Batu Uban dan Langkawi. Bagaimanapun menurut Jais, ia berbalik kepada diri sendiri dan tahap keimanan seseorang."Saya percaya setiap orang mempunyai iman dalam diri terutamanya bagi umat Islam. Jadi mereka sepatutnya sedar sedar rasuah ini salah. Semua itu terpulang pada diri masing-masing," jelasnya.
ϳϱ 31. GAGAL MELAPOR RASUAH BOLEH DIDAKWA 7 Mac 2023 - Temubual / Respons Media MCW – Individu yang gagal melaporkan aktiviti rasuah boleh dikenakan tindakan undang-undang terutama bagi penjawat awam. Setiausaha Agung Malaysia Corruption Watch (MCW), Rosdi Amir berkata, sebarang aktiviti tidak bermoral itu sewajarnya segera dilaporkan kepada pihak berkuasa untuk membolehkan tindakan undangundang diambil. “Laporan perlu dibuat mengikut Seksyen 25 Akta Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) dan ianya melibatkan individu yang tidak melaporkan aktiviti rasuah dan mengambil atau menerima turut boleh didakwa. “Ramai yang tidak cakna perkara ini kerana ianya bukan undangundang yang utama,” katanya kepada Sinar Harian. Menurutnya, isu rasuah bukan sahaja melibatkan penjawat awam tetapi juga berlaku di sektor swasta. Tambah beliau, autonomi yang dimiliki oleh penjawat awam lebih terdedah dengan perkara tersebut sekali gus menjadikan rasuah adalah perkara biasa. “Kita harus akui penjawat awam mempunyai kuasa penuh dari segi meluluskan dan memberi kebenaran untuk bertindak. “Bagaimanapun, memang tidak adil kalau menuduh penjawat awam sahaja yang mengambil rasuah kerana rasuah juga berlaku di sektor swasta,” jelasnya. SPRM Selangor, baru-baru ini mendedahkan penjawat awam merupakan kumpulan tertinggi ditahan bagi siasatan berkaitan kesalahan rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa antara 2018 dan 2022. Pengarahnya, Datuk Alias Salim berkata, berdasarkan rekod seramai 170 penjawat awam ditahan, diikuti 84 tangkapan melibatkan pekerja swasta, 50 orang awam dan masing-masing lima ahli politik serta individu daripada syarikat berkaitan kerajaan (GLC).
ϳϲ 32. SURAT DARI PEMBACA – BASMI BUDAYA RASUAH SECARA WARISAN 25 Oktober 2023 – Rencana @ Nukilan Presiden Dalam Utusan Malaysia MASALAH rasuah dalam sektor awam umpama warisan yang ditinggalkan orang atasan yang mengajar orang baharu untuk menerimanya sebagai amalan kebiasaan hingga menyebabkan gejala ini sukar dibendung. Berdasarkan laporan media massa dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), kes-kes rasuah melibatkan penjawat awam berpunca daripada faktor pematuhan integriti dalam kalangan mereka yang sangat rendah dan gejala ini kelihatan amat menakutkan. Bagaimanapun, dari sudut positif, jumlah kes yang dilaporkan kelihatan banyak tetapi hakikatnya membabitkan segelintir penjawat awam sahaja. Senario ini umpama duri dalam daging. Perlakuan segelintir kakitangan kerajaan ini merosakkan nama perkhidmatan awam dan imej negara secara keseluruhannya. Oleh itu, ujian psikometrik penjawat awam perlu diperkasa dan diperkemaskan selaras dengan teknologi terkini bagi mengenal pasti golongan berisiko. Setiap pegawai kerajaan khususnya agensi penguat kuasa mesti diwajibkan menduduki ujian psikologi atau psikometrik setiap tahun untuk menguji tahap integriti dan pemahaman berkenaan integriti. Penguatkuasaan undang-undang dan hukuman terhadap penjawat awam yang terbukti korup mesti lebih tegas dan berat tanpa bertangguh. Pendidikan secara berterusan juga tidak boleh diabaikan kerana ia mempunyai impak tinggi. Keberkesanan latihan, etika dan kesedaran tentang bahaya rasuah perlu ditingkatkan. Dalam pada, perlu dijalankan audit berterusan terhadap perbelanjaan awam kerana ia dapat membantu mengesan sebarang ketirisan dan penyalahgunaan dana.
ϳϳ 33. KEPUTUSAN 'CUTIKAN' MENTERI PERLU FAKTA, BUKTI SAHIH 24 April 2023 RESPONS MEDIA Desakan untuk mencutikan Menteri berkenaan kerana tindakan pegawai kanannya yang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bukanlah praktik biasa di negara ini malah tiada undang undang khusus yang mewajarkannya. Keputusan untuk memberi cuti kepada menteri atau mana-mana individu lain perlu dibuat berdasarkan kepada fakta, bukti sahih dan mempertimbangkan prinsip keadilan serta kesaksamaan. Presiden Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW), Jais Abdul Karim berkata, desakan untuk memberi cuti kepada menteri kerana tindakan pegawai kanannya yang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bukan amalan praktik biasa di negara ini dan tiada undang-undang khusus yang membenarkannya. “Desakan ini bersifat pramatang dan menimbulkan pertanyaan pelik, berapa kali menteri itu perlu bercuti sekiranya lepas ini ada pegawai dia yang lain pula disiasat. “Keputusan untuk ‘mencutikan’ seorang menteri adalah kuasa mutlak Perdana Menteri yang harus dibuat berdasarkan kepada fakta-fakta dan bukti yang ada. “Namun, penting untuk diingatkan bahawa pertuduhan tidak perlu dibuat oleh SPRM untuk mengambil tindakan terhadap seseorang yang sedang disiasat,” katanya dalam kenyataan pada Isnin. Pada 13 April, SPRM menahan pegawai kanan Menteri Sumber Manusia, V Sivakumar selepas dipercayai bertindak sebagai 'runner' bagi mengutip rasuah daripada ejenejen tertentu untuk diberikan kuota pengambilan pekerja asing. Sehari selepas itu, seorang lagi pegawai kanannya turut ditahan berhubung kes sama. Pada 16 April, Sivakumar dilapor hadir ke Ibu Pejabat SPRM bagi merekodkan kenyataan berhubung dakwaan bahawa beliau telah menerima wang secara tunai oleh seorang ahli perniagaan yang juga ditahan SPRM bersama dua pegawai kanannya. Bagaimanapun, ujar Jais, majikan atau pihak berkuasa ke atas individu tersebut boleh membuat keputusan untuk memberi cuti kepada seseorang dari jawatannya jika terdapat sebab mencukupi yang membenarkan tindakan berkenaan. “Janganlah kita gopoh dalam menegakkan keadilan dan menjadikan siasatan SPRM sebagai isu politik bagi menjatuhkan lawan. “Rakyat perlu yakin dan percaya kepada ketelusan proses perundangan negara yang sedia ada dan biarkan ianya dilaksanakan tanpa gangguan,” jelasnya.
ϳϴ 34. SIASATAN SPRM TAK PERLU JADI ISU POLITIK 1 Mei 2023 - Rencana Utusan Malaysia DESAKAN untuk mencutikan seseorang menteri kerana tindakan pegawai kanannya yang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bukanlah praktik biasa di negara ini malah tiada undang undang khusus yang mewajarkannya. Desakan ini bersifat pramatang dan menimbulkan pertanyaan pelik. Ini kerana berapa kali menteri itu perlu bercuti sekiranya ada pegawai beliau yang lain pula disiasat selepas ini? Keputusan untuk mencutikan seorang menteri adalah kuasa mutlak perdana menteri yang harus dibuat berdasarkan fakta - fakta dan bukti. Namun, penting untuk diingatkan bahawa tidak diperlukan pertuduhan dibuat oleh SPRM untuk mengambil tindakan terhadap seseorang yang sedang disiasat. Majikan atau pihak yang berkuasa ke atas individu tersebut boleh membuat keputusan untuk mencutikan seseorang daripada jawatannya jika terdapat sebab-sebab mencukupi yang membenarkan tindakan berkenaan seperti penyelewengan atau ketidakpatuhan terhadap peraturan atau undang-undang. Oleh itu, keputusan untuk mencutikan seseorang menteri atau mana mana individu lain perlu dibuat berdasarkan kepada fakta dan bukti yang sahih serta mempertimbangkan prinsip keadilan serta kesaksamaan Janganlah kita gopoh dalam menegakkan keadilan dan menjadikan siasatan SPRM sebagai isu politik bagi menjatuhkan lawan. Justeru, rakyat perlu yakin dan percaya kepada ketelusan proses perundangan negara sedia ada dan biarkan ia dilaksanakan tanpa gangguan.
ϳϵ 35. 'PETUNJUK BENDERA MERAH' PEMUDAH KENAL PASTI RASUAH 9 Mei 2023 - Rencana Berita Harian Tajuk Asal: MEKANISME DALAMAN JABATAN YANG PRIHATIN DENGAN RASUAH DAN SALAH GUNA KUASA Rasuah dan isu penyalahgunaan kuasa masih menjadi masalah serius dalam organisasi di seluruh dunia. Negara kita juga tidak terlepas daripada permasalahan ini. Cadangan terbaik bagi mengatasi masalah ini adalah dengan memastikan semua jabatan atau organisasi di Malaysia perlu memperkukuhkan sistem kawalan dalaman untuk mencegah risiko-risiko tersebut. Salah satu mekanisme yang dapat digunakan untuk mencegah rasuah dan penyalahgunaan kuasa dalam jabatan ataupun organisasi adalah menerusi penguatkuasaan audit dalaman; dengan melakukan audit dalaman secara rutin dan efektif, sesebuah organisasi dapat mencegah daripada berlakunya kegiatan rasuah serta dapat meningkatkan integriti organisasi secara keseluruhan. Namun, tidak dinafikan terdapat ramai individu yang risau apabila berhadapan dengan isu audit ini. Terutamanya individu yang diaudit berasa tidak selesa dan resah. Seolah-olah proses audit ini hanya mahu mencari kesalahan seseorang dan merupakan satu bentuk penganiayaan. Perspektif negatif seperti ini, sekiranya berterusan akan menakutkan pekerja dan menyebabkan audit dalaman dianggap bertentangan dengan pihak yang diaudit. Kenapa audit dalaman itu penting? Audit dalaman adalah satu fungsi bebas, memberi kepastian dan khidmat perundingan secara objektif untuk menambah nilai serta mempertingkatkan tahap operasi jabatan atau sesebuah organisasi. Ia juga berperanan membantu sesebuah organisasi mencapai matlamat menerusi pendekatan sistematik dan disiplin untuk menilai serta menentukan keberkesanan semua proses kawalan ataupun dalam tadbir urus. Selain itu, kita juga telah diperkenalkan dengan Anti-Bribery Management System (ABMS) ISO 37001:2016 iaitu satu produk untuk mengesan, mencegah, dan menambahbaik
ϴϬ langkah pengurusan antirasuah secara berkesan. Proses pengauditan, penunjuk bendera merah (red flags indicator) juga sangat penting dalam membantu mengenal pasti ruang-ruang yang memerlukan peningkatan pengawasan dan kawalan. Antara fungsinya: Penunjuk bendera merah dapat digunakan untuk menandakan kegiatan atau transaksi yang mempunyai risiko rasuah atau kesalahan seperti pembayaran yang luar biasa atau transaksi dengan pihak yang terlibat dengan pembuat keputusan (decision maker). Penggunaan penunjuk bendera merah ini dapat meningkatkan pengawasan terhadap kegiatan dan transaksi yang berisiko tinggi. Kaedah ini juga memudahkan juruaudit untuk memeriksa dan mengenal pasti kesalahan rasuah. Ianya juga dapat membantu memperkuat ketelusan (transparency) terhadap sistem perolehan, kontrak atau pemilihan vendor. Dalam usaha mencegah rasuah dan salah guna kuasa, pendekatan audit harus di lakukan dengan konsisten dan sistematik bagi mencapai matlamatnya. Hal ini harus dilakukan dengan penuh berdisiplin untuk menilai dan memperbaiki keberkesanan kawalan, pengurusan risiko dan proses tadbir urus. Selain audit dalaman, latihan secara konsisten juga dapat menjadi mekanisme pencegahan yang efektif dengan memberikan latihan yang sesuai kepada kakitangan dan dapat meningkatkan pemahaman mereka mengenai etika serta integriti yang diperlukan dalam persekitaran atau zon pekerjaan. Organisasi juga perlu memastikan mereka memiliki Standard Operating Procedure (SOP) yang jelas untuk menangani isu rasuah dan penyalahgunaan kuasa. Prosedur ini juga boleh digunakan sebagai garis panduan supaya kakitangan dapat melaporkan perilaku yang tidak beretika dan tindakan-tindakan yang boleh diambil oleh pihak organisasi dalam menangani kes-kes seumpama ini. Justeru, dalam usaha mencegah rasuah dan penyalahgunaan kuasa dengan lebih efektif adalah dengan memperkukuhkan pengendalian kawalan dalaman yang sistematik menerusi audit dalaman yang komprehensif; mengadakan kursus latihan yang merangkumi langkah-langkah pencegahan dan ilmu mengenai nilai integriti, etika, bentuk perbuatan rasuah, salah guna kuasa dalam kehidupan seharian atau dalam organisasi. Dr. Rozaidi Abdul Rahim Razali adalah anggota pengasas MCW dan Timbalan Presiden 1 MCW bagi penggal 2017-2026.
ϴϭ 36. PENDAPAT MCW MENGENAI EKSTRADISI JHO LOW KE MALAYSIA 4 Jun 2023 RESPONS MEDIA Kuala Lumpur: Proses ekstradisi ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low ke Malaysia bagi berhadapan proses perundangan, digambarkan sebagai rumit dan mencabar. Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW) berpendapat ia kerana proses itu membabitkan pelbagai faktor seperti hubungan diplomatik, pertimbangan undang-undang domestik, dinamik politik antara negara, perjanjian ekstradisi bersama dan keadaan khusus kes. "Dalam kes Jho Low, jika dia memang ada di China, keputusan untuk mengekstradisinya akan babit perbincangan dan rundingan antara pihak berkuasa Malaysia dan China," kata MCW dalam satu kenyataan, semalam. Menurut MCW, kedua-dua negara perlu menilai bukti yang ada, aspek undangundang kes terbabit dan mempertimbangkan kepentingan nasional masing-masing sebelum membuat keputusan mengenai ekstradisi. Terdapat juga faktor lain yang mungkin memainkan peranan dan tidak didedahkan secara umum, menjadikan sukar untuk membuat andalan mengenai alasan tepat mengapa China mungkin mengizinkan atau tidak mengizinkan ekstradisi Jho Low “Menangkap Jho Low dan bawa ke Malaysia terbukti mencabar di sebabkan beberapa faktor, antaranya lokasi tidak diketahui. Dia berjaya mengelak penangkapan selama beberapa tahun dan menyembunyikan lokasi keberadaannya” “Dia dilaporkan sering berpindah tempat tinggal dan guna pelbagai cara untuk sembunyikan jejak, termasuk identiti palsu. Keberadaannya yang tidak diketahui membuatkan operasi penangkapan menjadi lebih rumit.”