ANUGERAH INOVASI
PENGURUSAN PROJEK
KESELAMATAN DAN KESIHATAN
PEKERJAAN (KKP) JKR MALAYSIA
TAHUN 2022
PROJEK NAIKTARAF HOSPITAL
TAWAU, TAWAU, SABAH
(REKA DAN BINA)
DASAR KKP
A1
A1.1
JABATAN KERJA RAYA MALAYSIA A1.2
Pasukan Projek Khas 2
Aras 4, Blok C
Kompleks Pentadbiran Kerajaan
Persekutuan Sabah Tel : 03- 9235 7536
Jalan UMS,88450 Kota Kinabalu Faks : 03- 2692 4261
SABAH Laman Web : http://www.jkr.gov.my
_____________________________________________________________________
Ruj.Kami : ( 171 ) JKR.PPK2.060.100/1/SITE/CMGT/4.0/Jld. 6
Tarikh : ( 14 ) Januari 2022
Sri Esbina (M) Sdn. Bhd.
DBKK No. 31-1, 1st Floor
Block D, Jalan Lintas
Lintas Square
88300 Kota Kinabalu
Sabah.
Tuan,
PROJEK : NAIKTARAF HOSPITAL TAWAU, TAWAU, SABAH (REKA DAN BINA)
~ Pemakaian Sistem Pengurusan Bersepadu (SPB) Dalam Sistem Kerja JKR Malaysia
(Keluaran 07)
Merujuk kepada surat Arahan KPKR Bil. 1/2022 rujukan JKR.KPKR:121.010/05 Jld. 26
(9) bertarikh 10 Januari 2022 yang dilampirkan adalah berkaitan.
2. Bersama-sama ini dikemukakan sesalinan dokumen Sistem Pengurusan
Bersepadu (SPB) Keluaran 07 untuk tindakan pihak tuan.
3. Sehubungan dengan itu, selaras dengan dengan arahan tersebut, pihak tuan
diminta untuk memastikan pelaksanaan projek ini adalah menggunapakai borang
tersebut.
Sekian, terima kasih.
”WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”
”BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menjalankan amanah,
(Ir. PATRICK BASUN @ PATRICK WOON)
Wakil Pengarah Projek (Utama)
b.p Pengarah Projek
Pasukan Projek Khas 2
JKR Malaysia
1/2
Ruj.Kami : ( 171 ) JKR.PPK2.060.100/1/SITE/CMGT/4.0/Jld. 6
Tarikh : ( 14 ) Januari 2022
s.k.:
Pengarah Pembinaan
Pasukan Projek Khas 2
Aras 4, Blok C
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah
Jalan UMS,88450 Kota Kinabalu
SABAH
(u.p : Ir. Jasmi Bin Wahab)
Wakil Pengarah Projek (Arkitek)
Wakil Pengarah Projek (Mekanikal)
Wakil Pengarah Projek (Elektrik)
Wakil Pengarah Projek (Ukur Bahan)
Pegawai Tapak Bina
Fail Projek
2/2
A1.3
A1.4
A1.4
Projek : Naiktaraf Hospital Tawau, Tawau, Sabah
Dasar KKP kontraktor ditandatangani & dipamer di bilik mesyuarat.
TUGAS,
TANGGUNGJAWAB
DAN BIDANG
KUASA
A2
A2.1
A2.2
PEROLEHAN
A3
A3.1
A3.2
PELAN
PENGURUSAN
RISIKO PROJEK
(RMP)
A4
A4.1
JABATAN KERJA RAYA
MALAYSIA
PELAN PENGURUSAN RISIKO
NAIKTARAF HOSPITAL TAWAU,
TAWAU, SABAH
(REKA DAN BINA)
Pasukan Projek Khas 2
Aras 4, Blok C
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah
Jalan UMS, Kota Kinabalu, Sabah
Versi 2.0
Januari 2020
JABATAN KERJA RAYA MALAYSIA
Status Bina
Versi Tarikh Pengarang Sebab Seksyen
1.0 19 – 20 Okt 2017 Cawangan Bengkel Pelan 1 – Daftar Risiko ( Lampiran B )
Kerja Kesihatan Pengurusan 2 – Analisa Risiko ( Lampiran C )
2. 0 Risiko
Januari 2020 PPK2 1 - Daftar Risiko ( Lampiran B )
- Bengkel 2 – Appendiks J (Lampiran C)
Pengurusan
Risiko Bil.2
pada 31 Julai
2019
- Arahan
kemaskini
Appendiks J :
Risiko Projek
Generik
(Kemaskini
November
2018)
- Analisis dan
Daftar Risiko
Semasa
Ver. 1.0 (Januari 2017)
Ringkasan Profil Risiko Hospital Tawau, Sabah
(Reka Dan Bina) Versi 2.0
Profil dokumen Pelan Pengurusan Risiko Versi 2.0 ini disediakan dengan mengambilkira
Bengkel Pengurusan Risiko Bil.2 yang telah diadakan pada 31 Julai 2019, pengemaskinian
Appendiks J : Risiko Projek Generik (Kemaskini November 2018) dan analisis serta daftar
risiko yang dibincangkan pada setiap mesyuarat tapak dan mesyuarat pengurusan risiko
yang disertai oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) yang terdiri daripada Pasukan Projek Khas 2
dan Pasukan Kontraktor (Sri Esbina (M) Sdn. Bhd.). Objektif bengkel dan mesyuarat
pengurusan risiko diadakan adalah untuk mengenalpasti risiko baru dan menganalisa risiko
mengikut kadar risiko yang telah dikenalpasti.
Pelan Risiko projek ini mengambilkira proses Rekabentuk, Pembinaan dan Penyerahan.
Setelah dibincangkan dan dipersetujui setakat ini, terdapat 55 jumlah keseluruhan risiko yang
dikenalpasti termasuk yang telah selesai/siap bermula dari awal projek. Setelah dikemaskini
terdapat 5 risiko bagi fasa Rekabentuk, 40 risiko bagi fasa Pembinaan dan 10 risiko bagi
fasa Penyerahan.
Daripada jumlah tersebut didapati 11 risiko di dalam kategori Tinggi dan 38 risiko di dalam
kategori Ekstrem seperti Gambarajah 1A & 1B berikut :
i|Page
Ver. 1.0 (Januari 2017)
Risiko Risiko No. Risiko No. Risiko No. Risiko Risiko No. Risiko
No. 4.1 4.25 4.8 No. 4.6 No. 4.10
2.6 5.10
Risiko No. 4. Risiko No. 8.
Risiko 4.5 Kewangan 4.16 6. Kualiti 7. Sumber
No. Komunikasi
4.2 Risiko No. 5. Lain
4.15 Sumber
2. Skop Manusia
Risiko No.
4.22
Risiko No.
4.25
Risiko No.
4.26
Risiko No.
4.27
Risiko No.
4.32
Risiko No.
4.36
Risiko No.
4.40
Risiko No.
4.2
Risiko No.
4.4
Risiko
4.38
3. Jadual
GAMBARAJAH 1A: RINGKASAN PROFIL RISIKO (TINGGI DAN EKSTREM)
ii | P a g e
Ver. 1.0 (Januari 2017)
Risiko No. Risiko No. Risiko No. Risiko No. Risiko No. Risiko No.
4.3 2.1 4.21 4.24 4.33 2.3
Risiko No. Risiko No. Risiko No. Risiko No. 13. Risiko No.
4.31 2.5 4.23 4.29 Hubungan 2.4
9. Kontrak Risiko No. 11. Alam Risiko No. Agensi Risiko No.
& 4.7 Sekitar 4.30 4.34
Undang- Risiko No. Risiko No. 15.
Undang 4.9 5.2 Keselamatan
& Kesihatan
Risiko No. 12.
4.13 Bekalan omunikasi
Risiko No.
4.28
Risiko No.
4.35
Risiko No.
4.39
Risiko No.
5.1
Risiko No.
5.3
Risiko No.
5.4
Risiko No.
5.5
Risiko No.
5.8
Risiko No.
5.9
Risiko No.
4.37
Risiko No.
5.6
10.
Teknikal
GAMBARAJAH 1B: RINGKASAN PROFIL RISIKO (TINGGI DAN EKSTREM)
iii | P a g e
Ver. 1.0 (Januari 2017)
KANDUNGAN
1. Pengenalan...................................................................................................... Mukasurat 1
1.1. Latarbelakang......................................................................................... Mukasurat 1
1.2. Tujuan .................................................................................................... Mukasurat 1
1.3. Ringkasan Projek ................................................................................... Mukasurat 2
1.3.1. Tadbir Urus Projek ............................................................................. Mukasurat 4
1.4. Skop dan Konteks .................................................................................. Mukasurat 5
1.5. Definisi, Akronim dan Singkatan ............................................................ Mukasurat 6
2. Proses Pengurusan Risiko .............................................................................. Mukasurat 6
2.1. Mewujudkan Konteks ............................................................................. Mukasurat 7
2.1.1. Tanggungjawab ................................................................................. Mukasurat 7
2.1.2. Dokumentasi ...................................................................................... Mukasurat 7
2.2. Pengenalpastian Risiko.......................................................................... Mukasurat 7
2.2.1. Alat dan Teknik .................................................................................. Mukasurat 7
2.2.2. Daftar Risiko ...................................................................................... Mukasurat 8
2.3. Analisis Risiko ........................................................................................ Mukasurat 8
2.3.1. Mengemaskini Daftar Risiko .............................................................. Mukasurat 8
2.4. Penilaian Risiko...................................................................................... Mukasurat 8
2.5. Rawatan Risiko ...................................................................................... Mukasurat 9
2.5.1. Templat Analisis Risiko...................................................................... Mukasurat 9
2.6. Pemantauan dan Pelaporan Risiko.........................................................Mukasurat 9
3. Organisasi Pengurusan Risiko ........................................................................ Mukasurat 9
LAMPIRAN Templat Perancangan Pengurusan Risiko
Daftar Risiko
LAMPIRAN A Appendiks J
LAMPIRAN B Definisi
LAMPIRAN C
LAMPIRAN D
iv | P a g e
1. PENGENALAN
1.1. Latarbelakang
Selalunya terdapat risiko yang dikaitkan dengan sesuatu projek. Tujuan pengurusan risiko
adalah untuk memastikan paras risiko dan ketidaktentuan diurus secara berkesan supaya
projek disiapkan dengan jayanya dalam menepati waktu dan bajet. Proses pengurusan risiko
membolehkan stakeholder yang terlibat dalam sesuatu projek bagi mengenalpasti risiko yang
mungkin dan bagaimanacara risiko berkenaan boleh dikawal serta menganggarkan kos
strategi mitigasi.
Pengurusan risiko yang teratur membolehkan projek bertambah berjaya melalui penerimaan
dan penghindaran risiko. Pengurusan risiko yang baik akan meningkatkan ketelusan
bagaimana sesuatu projek beroperasi, menyediakan roadmap untuk mencapai matlamat dan
objektif strategik serta keyakinan terhadap cara risikodiuruskan.
Kejayaan dalam menguruskan projek memerlukan pengurusan risiko yang berinformasi,
proaktif dan menepati waktu. Objektif spesifik pelan pengurusan risiko ini dan pendekatan
yang diambil adalah:
• Memastikan risiko kritikal yang memberi impak kepada skop, jadual, bajet, prestasi
bisnes dan/atau pengurusan perubahan dikenalpasti secara proaktif, dihubungkan,
dimitigasi dan dinaikkan ke pihak atasan tepat pada waktunya
• Memberi perhatian kepada risiko utama yang memberi impak kepada projek dan
pasukan individu
• Menghasilkan informasi berguna yang membolehkan pengurusan projek
menumpukan usaha ke atas risiko sewajarnya (cth. berkemungkinan tinggi dan
berimpak tinggi) melalui usaha yang diselaraskan dengan berkesan
• Memastikan stakeholder yang berkaitan dimaklumkan dan, jika berkenaan, menyertai
dalam mitigasi
• Merekod segala turutan perbincangan dan tindakan mitigasi risiko projek
Tujuan Pelan Pengurusan Risiko (PPR) ini adalah secara proaktif mengenalpasti risiko dan
menangani risiko diperingkat awal projek dan sepanjang kitarhayatnya untuk mengelak
daripada kejutan.
1.2. Tujuan
Dokumen ini menerangkan bagaimana pasukan projek untuk Naiktaraf Hospital Tawau,
Sabah (Reka Dan Bina) akan melakukan tugas mengurus risiko untuk projek. Ianya
menetapkan peranan dan tanggungjawab stakeholders dalam proses risiko, aktiviti
pengurusan risiko yang akan dijalankan, jadual dan bajet untuk aktiviti pengurusan risiko dan
seterusnya alat dan teknik yang digunakan.
PPR ini membentangkan proses dalam melaksana pengurusan risiko secara proaktif sebagai
sebahagian daripada keseluruhan pengurusan projek Naiktaraf Hospital Tawau, Sabah
(Reka Dan Bina). Pengurusan risiko adalah alat pengurusan program untuk menilai dan
memitigasi peristiwa yang boleh memberi impak yang merugikan projek. Oleh itu pengurusan
risiko meningkatkan kemungkinan projek itu mencapai kejayaan.
Muka surat 5
PPR ini akan:
• Bertindak sebagai asas untuk mengenalpasti alternatif bagi mencapai matlamat
dalam kos, jadual dan prestasi
• Membantu dalam membuat keputusan ke atas bajet dan keutamaan pembiayaan
• Menyediakan maklumat risiko bagi keputusan pada milestone
• Membenarkan pemantauan kesihatan projek semasa ianya berjalan
PPR ini menerangkan kaedah untuk mengenalpasti, menganalisa, mengutamakan menjejaki
pemacu risiko; membangunkan pelan menangani risiko; dan perancangan untuk sumber
yang secukupnya bagi menangani risiko.
Ia menugaskan tanggungjawab spesifik untuk pengurusan risiko dan menentukan proses
mendokumen, memantau dan melapor yang perlu diikuti.
1.3. Ringkasan Projek
Projek Naiktaraf Hospital Tawau, Tawau, Sabah (Reka Dan Bina) merupakan projek
menaiktaraf hospital sedia ada yang berkapasiti 401 katil dengan tambahan 154 katil lagi
untuk menampung pertambahan pesakit yang semakin meningkat yang dianggarkan
berjumlah 434,600 penduduk di Daerah Tawau pada tahun 2015.
Hospital Tawau juga menerima rujukan pesakit daripada Hospital Lahad Datu ( populasi
penduduk : 231 000), Hospital Semporna ( Populasi penduduk: 150 600 ). Hospital Kunak (
Populasi penduduk : 70,000) – Data bagi tahun 2015.
Hospital Tawau juga merupakan hopsital rujukan daripada Indonesia (Tarakan, Sg.Nyamuk
dan Nunukan) (census 2012 : Populasi penduduk = 144,000)
Pada 18 Mei 2017, surat setuju terima bagi Naiktaraf Hospital Tawau, Sabah telah
dikeluarkan kepada SRI ESBINA (M) SDN BHD bagi kerja – kerja berkaitan dengan harga
RM210,988,000.00. Berdasarkan Akta Cukai Barangan dan Perkhidmatan 2014 (Akta GST
2014) sebanyak RM12,659,280.00 telah ditawarkan sebagai bayaran kenaan GST. Dengan
ini, Harga Kontrak termasuk GST adalah sebanyak RM 223,647,280.00.
Kontrak perlaksanaan bagi projek ini adalah melalui kaedah Reka Dan Bina dimana
melibatkan tempoh reka dan bina 156 minggu iaitu daripada 30 Mei 2017 sehingga 25 Mei
2020. Manakala tempoh tanggung liabiliti kecacatan adalah selama dua (2) tahun.
Dari segi rekabentuk, Naiktaraf Hospital Tawau mempunyai satu (1) blok utama tujuh (7)
tingkat dan satu (1) blok bangunan Mekanikal & Elektrikal dua (2) tingkat, pondok pengawal,
kawasan tempat letak kenderaan, helipad dan laluan berbumbung.
Berikut merupakan skop kerja ringkas projek ini :
1. Prelim & Elemen Turnkey
2. Kerja Cerucuk & Asas
3. Kerja Bangunan
a) Bangunan Hospital (7 Tingkat)
b) Bangunan M&E
c) Helipad (Roof Top)
4. Kerja Luar Bangunan
a) Perobohan & Pembersihan tapak
b) Sistem Perparitan
c) Sistem Pembetungan
d) Jalanraya & Parking
e) Retikulasi Air Luaran
f) Pagar & Pintu Utama
g) Laluan Pejalan Kaki Berbumbung
h) Naiktaraf Tangki Air
Muka surat 6
i) Bangunan Ancillary
5. Pembekalan Perabot
6. Kerja Mekanikal
7. Kerja Elektrikal
8. Kerja ICT
9. Perlindungan Alam Sekitar & Kecekapan Tenaga
10. Kerja Senggara Semasa DLP
11. Wang Peruntukan Sementara
a) Pengalihan Utiliti
b) Kerja Kontraktor G1 & G2
Lokasi Tapak Pembinaan:
Muka surat 7
1.3.1. Tadbir Urus Projek
1. CONTRACTUAL AND FUNCTIONAL RELATIONSHIP OF THE PROJECT PARTIES
JKR
(PROJECT DIRECTOR)
Report on project Report on design,
management i.e construction
Planning, execution, supervision,
Monitoring and quality, schedule
control of and workmanship
construction
DESIGN & BUILD
CONTRACTOR
Design, Construct, Maintain and
Handover
SUB CONSULTANT
CONTRACTORS Design & Supervision
construction Report on design checks
INDEPENDENT Contractual
CHECKER Functional
Design Checks
Muka surat 8
1.4. Skop Dan Konteks
PPR ini mengenalpasti prosedur yang digunakan untuk mengurus risiko sepanjang
pelaksanaan projek. Tambahan kepada mendokumenkan pendekatan terhadap
pengenalpastian dan analisis risiko, pelan juga meliputi siapa yang bertanggungjawab untuk
menguruskan risiko, bagaimana risiko dijejaki sepanjang kitar hayat projek, dan bagaimana
pelan mitigasi dan kontinjensi dibangunkan dan dilaksanakan.
Pengurusan risiko bermula pada awal projek (Fasa Permulaan) dengan perancangan awal
serta penilaian dan dijalankan pada semua peringkat dalam projek: Pengurus Projek dan
pasukannya, klien dan kontraktor. Proses pengurusan risiko mempastikan bahawa risiko
dimitigasi pada peringkat yang sesuai dan dihubungkan sewajarnya. Sementara pelan ini
menyediakan panduan untuk menguruskan risiko disemua paras, fokus utama adalah risiko
pada peringkat projek; dengan andaian bahawa proses yang sama berlaku dikalangan
pasukan individu dan kontraktor yang menganggotai projek.
Pengurusan risiko adalah sebahagian daripada keseluruhan perancangan dan pengurusan
projek. Perancangan dan pengurusan projek yang berkesan memerlukan pengenalpastian
dan penilaian risiko yang berkesan dan menentukan apa tindakan mitigasi yang diperlukan.
Mengurus penyiapan berkesan aktiviti mitigasi harus disepadukan dengan keseluruhan tugas
projek (project task) dan penugasan (assignment).
Pengurusan risiko juga berfungsi bersama dengan dengan pengurusan isu. Perbezaan utama
di antara pengurusan isu dan pengurusan risiko adalah elemen ketidakpastian semulajadi
(inherent) dalam risiko. Peristiwa yang tidak pasti yang boleh memberi impak kepada projek
harus dikenalpasti dan diuruskan melalui PPR ini. Perhatikan risiko boleh menjurus kepada
pengenalpastian isu dan isu boleh mendorong kepada pengenalpastian atau penyelesaian
risiko.
Untuk berjaya, prinsip-prinsip yang disenaraikan di bawah memberi panduan terhadap
penggunaan dan pelaksanaan keseluruhan proses pengurusan risiko yang diterangkan
dengan terperinci dalam Seksyen 2 dalam dokumen ini.
• Keputusan tidak akan ditimbangsemula sebaik sahaja diputuskan (kecuali fakta-
fakta baru penting diperolehi)
• Pemilik tunggal ditugaskan tanggungjawab untuk risiko meskipun beberapa
orang bertindak untuk memitigasinya
• Bertindak ke atas risiko yang amat tinggi dahulu dan laporkan kemajuan
• Tetapkan tarikh siap yang realistik dan kemudian berusaha untuk menepatinya
• Rawat risiko pada paras yang sesuai (i.e. Pengurus Projek, pasukan, klien dan
kontraktor)
• Pasukan yang bertanggungjawab mengetuai, menentu dan bersetuju
denganketinggian kadar risiko
• Dokumenkan sejarah rawatan risiko yang dirancang dan tindakan rawatan
sebenar. Dokumen ini bertindak sebagai input utama kepada root cause analysis,
pembelajaran utama, metrik dan analisis risiko
• Untuk risiko berimpak tinggi yang tidak dijangkakan, keputusan 24 jam mungkin
diperlukan atau sebagaimana ditetapkan oleh Pengurus Projek. Dalam kes
sedemikian, ahli pasukan berkenaan yang sediada akan membuat keputusan.
Muka surat 9
Rajah1: Proses Pengurusan Risiko JKR
2.1. Mewujudkan Konteks
Mewujudkan konteks untuk Naiktaraf Hospital Tawau (Reka Dan Bina) mengandungi
aktiviti awalan yang perlu untuk melaksanakan program pengurusan risiko dengan jayanya.
Ianya adalah sebahagian daripada perancangan dan pengurusan projek yang normal.
Perancangan mengambilkira setiap fungsi pengurusan risiko, menghasilkan pendekatan yang
teratur dan teliti untuk menilai, menangani dan memantau risiko. Ianya juga menugaskan
tanggungjawab untuk tindakan pengurusan risiko yang spesifik dan mewujudkan keperluan
melapor dan dokumentasi. PPR ini bertindak sebagai asas kepada perancangan risiko yang
terperinci yang semestinya berterusan. Perancangan risiko diperincikan di dalam Templat
Perancangan Risiko (lihat Lampiran A).
2.1.1. Tanggungjawab
Pengurus Projek (atau wakil atau pengurus risiko jika ada) adalah bertanggungjawab
untuk melakukan perancangan risiko, menggunakan PPR ini sebagai asas Perancangan
meliputi semua aspek pengurusan risiko termasuk penilaian, opsyen menangani dan
memantau aktiviti rawatan risiko. Pengurusan projek memantau aktiviti perancangan
pasukan untuk memastikan ianya konsisten dengan PPR ini dan semakan kepada pelan
dibuat bila perlu untuk mencerminkan perubahan ketara hasil daripada usaha
perancangan pasukan.
Setiap orang terlibat dalam rekabentuk, penghasilan, operasi dan sokongan kepada
projek adalah sebahagian daripada proses pengurusan risiko. Penglibatan ini adalah
berterusan dan seharusnya dianggap sebagai sebahagian daripada proses pengurusan
yang normal.
2.1.2. Dokumentasi
PPR ini menggariskan keperluan asas dokumentasi dan pelaporan untuk projek. Ahli
pasukan harus mengenalpasti sebarang keperluan tambahan untuk menguruskan risiko
dengan berkesaan pada tahap masing-masing. Sebarang keperluan tambahan tidak
boleh ada pertikaian dengan keperluan asas dalam PPR ini.
2.2. Pengenalpastian Risiko
Pengenalpastian risiko adalah langkah pertama dalam proses penilaian. Proses asas
melibatkan kajiansemula keseluruhan Naiktaraf Hospital Tawau (Reka Dan Bina) untuk
menentukan peristiwa kritikal yang boleh menghalang projek daripada mencapai objektifnya.
Semua risiko yang dikenalpasti didokumenkan di dalam Daftar Risiko (lihat Lampiran B).
Risiko dikenalpasti oleh pasukan, termasuk klien dan kontraktor, yang membolehkan
pengenalpastian hal penting yang merisaukan lebih awal dan pengenalpastian peristiwa yang
kritikal yang perlu ditangani untuk mengelakkan impak atau kesan yang kurang baik. Begitu
juga, individu yang terlibat dalam aspek teknikal, kos dan penjadualan seharian projek lebih
sedar tentang masalah yang berpotensi (risiko) yang perlu diurus.
Muka surat 11
2.2.1. Alat dan Teknik
Alat dan teknik yang digunakan dalam pengenalpastian dan strategi rawatan untuk projek
ini adalah seperti berikut:-
□ Percambahan fikiran, bersama pemudahcara dan barisan stakeholder
□ Temuramah dengan stakeholder
□ Senario, analisis bisnes dan event tree modelling
□ Dependency modelling
□ Pengalaman daripada projek lain, metrik dan data norma yang disiarkan
□ Kajian semula maklumat projek, termasuk pelan, analisis dan rekabentuk
□ Senarai semak
□ Lain-lain : …………………………………….
Nota: Tandakan [√] dalam kotak bersesuaian
2.2.2 Daftar Risiko
Output utama fasa pengenalpastian risiko ialah daftar risiko. Daftar risiko untuk projek
adalah seperti di Lampiran B.
Nota: Pada peringkat ini, cuma senarai risiko yang dikenalpasti akan terpapar di daftar
risiko. Daftar risiko di Lampiran B selanjutnya perlu mengaplikasikan proses analisis
terhadap risiko.
2.3. Analisis Risiko
Analisis risiko boleh dijalankan menggunakan kaedah sama seperti yang digunakan untuk
mengenalpasti risiko dan adalah proses yang berterusan sama seperti pengenalpastian
risiko. Kedua-duanya kebiasaannya disatukan dalam satu aktiviti.
Risiko projek atau program dianalisa untuk mengenalpasti:
• Anggaran kemungkinan bahawa risiko berkenaan akan terjadi (sebaiknya
kemungkinan menggunakan kaedah kuantitatif);
• Anggaran impak oleh risiko terjadi pada kos, jadual, kualiti dan lain-lain impak
terhadap objektif projek, termasuk produknya;
• Pemilik risiko yang paling sesuai; dan
• Potensi impak risiko terhadap pihak ketiga seperti projek dan organisasi.
Ianya juga berguna pada peringkat analisis untuk menjalankan penilaian awal diperingkat
tinggi samada risiko tersebut patut diurus. Terdapat tiga kes dimana risiko mungkin tidak
perlu diurus:
• Kemungkinan ianya berlaku adalah terlalu kecil
• Impak tidak signifikan dan tidak perlu dirawat
• Risiko adalah diluar projek; dalam kes ini pemilik luar mesti mengambil
tanggungjawab terhadapnya.
2.3.1. Mengemaskini Daftar Risiko
Daftar risiko dikemaskini dengan maklumat kemungkinan dan impak serta dituruti dengan
kadar risiko seperti di Lampiran B.
Muka surat 12
2.4. Penilaian Risiko
Kebiasaannya analisis atau kajian semula risiko yang berkaitan dengan projek dibuat dan
keputusan dibentuk ke atas apa rawatan risiko yang perlu dan apakah keutamaannya.
Tindakan pertama adalah untuk menyusun risiko yang dianalisa dengan mengklasifikasikan
mereka sebagai salah satu:
• Risiko yang Diterima ialah risiko yang buat masa ini diterima dan tidak
memerlukan rawatan, tetapi disimpan untuk kajian semula.
• Risiko yang Ditolak ialah risiko yang dianggap tidak wujud selepas analisis atau
tidak signifikan.
• Risiko Signifikan perlu dirawat dan perlu diberi keutamaan.
2.5. Rawatan Risiko
Pengenalpastian awal dan penilaian untuk mengubahsuai risiko yang dikenalpasti
dilaksanakan dan rawatan disediakan untuk risiko yang dikenalpasti. Pemilik Risiko harus
ditugaskan dan boleh terdiri daripada ahli pasukan projek, pengurus bisnes atau lain-lain
pengurus dalam JKR, agensi berkaitan atau lain-lain stakeholder. Mereka semua akan
memerlukan peruntukan sumber yang sesuai untuk tugasan (task), yang mungkin
memerlukan rundingan oleh penaja bergantung kepada hubungan terhadap projek.
Rawatan adalah bertujuan untuk mengurangkan kemungkinan atau impak risiko atau kedua-
duanya. Penyediaan rawatan memerlukan input daripada stakeholder dan koordinasi dengan
Pengurus Projek. Kebiasaannya jika terdapat risiko yang rawatannya semakin menemui
kegagalan (atau tidak dijumpai) atau apabila risiko mencapai tahap yang tidak boleh diterima,
pelan kontinjesi mesti dibangunkan.
2.5.1. Templat Analisis Risiko
Output pengenalpastian dan penilaian risiko berkeutamaan tinggi ditunjukkan dalam
Lampiran C. Di peringkat ini beberapa tindakan pelaksanaan telah dikenalpasti (Rawatan
Baru Risiko) tetapi tindakan yang bangkit daripada strategi ini seharusnya, dimana
mungkin, dimasukkan sebagai aktiviti dalam pelan pengurusan projek.
2.6. Pemantauan Risiko dan Pelaporan
Pengurus projek mempunyai tanggungjawab keseluruhan keatas pemantauan dan
pengurusan semua aspek proses pengurusan risiko, kecuali aktiviti pengurusan risiko telah
ditugaskan kepada seorang pengurus risiko.
Untuk mempastikan risiko yang signifikan dipantau secara berkesan, tindakan menangani
risiko seharusnya dicerminkan didalam perancangan dan penjadualan yang disepadukan.
Mengenalpasti tindakan menangani risiko dan peristiwa dalam konteks elemen Work
Breakdown Structure (WBS) mewujudkan satu linkagediantaranya dan pakej kerja (work
package) yang spesifik. Ini memudahkan penentuan impak tindakan ke atas kos, jadual dan
prestasi.
Status risiko harus dilaporkan pada setiap mesyuarat mingguan status projek, dengan kajian
semula yang penuh dijalankan pada setiap bulan atau mengikut kesesuaian.
3. ORGANISASI PENGURUSAN RISIKO
Organisasi pengurusan risiko untuk Naiktaraf Hospital Tawau (Reka Dan Bina) bukanlah
satu organisasi yang berasingan, tetapi disepadukan dalam struktur projek sediada.
Pengurus Risiko kebiasaannya ditugaskan sebagai koordinator keseluruhan terhadap
Program Pengurusan Risiko.
Muka surat 13