The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

E-Books BUKU PANDUAN PENGURUSAN SMAN PAHANG

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ibnubauturi, 2020-06-02 05:04:03

E-Books BUKU PANDUAN PENGURUSAN SMAN PAHANG

E-Books BUKU PANDUAN PENGURUSAN SMAN PAHANG

i



BUKU PANDUAN PENGURUSAN
SEKOLAH MENENGAH AGAMA KERAJAAN

NEGERI PAHANG

Cetakan 2020

Hak Cipta Terpelihara ©

Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian
artikel, ilustrasi, isi kandungan buku ini dalam apa jua bentuk dan dengan apa
carapun sama ada secara elektronik, salinan foto, mekanikal, rakaman atau lain-
lain sebelum mendapat izin daripada Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri
Pahang (JAIP).

Diterbit di Malaysia.
Dicetak oleh





Perkara FAHRAS

Hak Cipta MS. Mula MS Akhir
Sidang Editor
Ahli Jawatankuasa Kecil ii
Fahras ii ii
Daftar Istilah iii iii
Seuntai Madah YB. Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, iv xi
Pelajaran dan Kesihatan Negeri Pahang Pahang xii xii
Setitis Tinta YH. Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP)
Seungkap Rasa Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan JAIP xiii xiii
Semanis Bicara Ketua Editor
Pengenalan xiv xiv
Falsafah Pendidikan Negara xv xv
Falsafah Pendidikan Islam dan JAIP xvi xvi
Visi, Misi, Moto dan Matlamat Pendidikan SMAN 12
Objektif dan Piagam Pelanggan SMAN 33
Tatasusila Profesion Keguruan Malaysia 44
55
Tanggungjawab Terhadap Pelajar 66
Tanggungjawab Terhadap Ibu Bapa 77
Tanggungjawab Terhadap Masyarakat dan Negara 77
Tanggungjawab Terhadap Rakan Sejawat 88
Etika Kepimpinan 88
Tanggungjawab 99
Sikap 10 10
Perawakan Dan Peribadi 10 10
Sejarah Ringkas Penubuhan SMAN 10 10
Taburan SMAN Mengikut Daerah 10 10
Sekilas Pandang SMAN 11 11
Dasar Dan Hala Tuju Pendidikan SMAN 12 12
Latar Belakang 13 17
Justifikasi 18 18
Strategi Umum Pendidikan SMAN 18 19
Strategi Khusus Pencapaian Objektif 20 20
Transformasi SMAN 21 21
Carta Organisasi Bahagian Pendidikan JAIP dan SMAN 22 22
Hala Tuju Pelajar SMAN 23 23
24 25
26 26

vi

BAB 1 : KEPEMIMPINAN DALAM ORGANISASI SEKOLAH 27 27
Pendahuluan 28 28
Definisi Kepemimpinan 29 29
Fungsi Dan Peranan Kepemimpinan 30 30
Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPMg2) 31 31
Pendahuluan 32 32
Standard 1 : Kepemimpinan 32 32
32 33
Aspek 1: Pengetua Sebagai Peneraju 34 34
Aspek 2: Pengetua Sebagai Pembimbing 34 34
Aspek 3: Pengetua Sebagai Pendorong 35 35
Standard 2: Pengurusan Organisasi 35 35
Aspek 1: Pengurusan Sumber Manusia 35 35
Aspek 2: Pengurusan Aset 36 36
Aspek 3: Pengurusan Kewangan 36 36
Aspek 4: Pengurusan Sumber Pendidikan 36 36
Aspek 5 : Iklim 37 37
Aspek 6: Pengurusan Perpaduan 37 37
Aspek 7: Permuafakatan Strategik 38 38
Standard 3 : Pengurusan Kurikulum, Kokurikulum Dan HEP 38 38
Standard 3.1: Pengurusan Kurikulum 38 38
38 39
Aspek 3.1.1: Ketetapan Pelaksanaan Kurikulum 39 39
Aspek 3.1.2: Pengurusan Mata Pelajaran 39 39
Aspek 3.1.3: Pengurusan Masa Instruksional 40 40
Aspek 3.1.4: Pengurusan Penilaian Pelajar 40 40
Standard 3.2: Pengurusan Kokurikulum 40 40
Aspek 3.2.1: Ketetapan Pelaksanaan Kokurikulum 40 40
Aspek 3.2.2: Pengurusan Kelab/Persatuan
Aspek 3.2.3: Ketetapan Pelaksanaan HEP dan Unit 41 41
Beruniform 41 41
Aspek 3.3.4: Pengurusan Sukan/Permainan 41 41
Aspek 3.3.6: Pengurusan “Sukan Untuk Semua” 42 42
Aspek 3.3.7: Pengurusan Pentaksiran Kokurikulum 42 42
Standard 3.3: Pengurusan Hal Ehwal Pelajar 42 42
Aspek 1: Ketetapan Pelaksanaan Hal Ehwal Pelajar 42 42
Aspek 2: Pengurusan Disiplin Pelajar 43 43
Aspek 3: Pengurusan Keselamatan Pelajar 43 43
Aspek 4: Pengurusan Kesihatan Pelajar 43 43
Aspek 5: Pengurusan Bantuan Pelajaran Pelajar
Aspek 6: Pengurusan Perkhidmatan Bimbingan
Dan Kaunseling

vii

Standard 4: Pembelajaran Dan Pemudahcaraan 44 44
Aspek 1: Guru Sebagai Perancang 44 44
Aspek 2: Guru Sebagai Pengawal 44 45
Aspek 3: Guru Sebagai Pembimbing 45 45
Aspek 4: Guru Sebagai Pendorong 45 46
Aspek 5: Guru Sebagai Penilai 46 46
Aspek 6: Pelajar Sebagai Pembelajar Aktif 46 46
47 47
Standard 5: Kemenjadian Murid
48 48
Bab 2 : Panduan Am Untuk Guru Dan Kakitangan Sokongan 49 49
Arahan Am 50 50
Kedatangan/Kehadiran 50 50
Keluar Dari Kawasan Sekolah Waktu Rasmi Persekolahan 51 51
Cuti Yang Diberi Kerana Perkhidmatan 51 51
51 51
Cuti Rehat Khas (CRK) 52 52
Cuti Separuh Gaji (CSG) 52 52
Cuti Tanpa Gaji (CTG) 52 52
Cuti Sambilan/Rehat Guru 52 52
Cuti Keluar Negara 52 52
Cuti Atas Sebab Kesihatan 53 53
Cuti Sakit (MC) 53 53
Cuti Bersalin 53 53
Cuti Haji/Umrah 54 54
Cuti Kerana Berkursus/Cuti Kerana Berkursus 54 54
Etika Pakaian 55 55
Perhubungan Sesama Guru 55 55
Premis Guru 55 55
Perjawatan dan Pengajaran 56 56
Tugas Guru Dalam Tahun Semasa 56 56
Buku Rekod Mengajar 57 57
Jadual Waktu Mengajar 57 57
Jadual Kedatangan Pelajar (JKP) 57 57
Keselamatan Aset Negara 58 58
Kebersihan 58 58
Surat Menyurat 58 58
Pelawat/Jurujual 59 59
Perolehan Pembelian 59 59
Kegiatan Kokurikulum 59 59
Perhimpunan Sekolah 60 60
Mesyuarat Guru 60 60
Buku Stok/Inventori 60 60
Tanda Nama 60 60
Keahlian Kelab Guru/PIBG
Penggunaan Alat-Alat viii

Arahan dan Pekeliling 60 60
Kunci 61 61
Acara/Majlis Sekolah 61 61
Kenyataan Akhbar 61 61

Bab 3 : Tugas Dan Tanggungjawab Pengurusan Sekolah 62 62
Pendahuluan
Bidang Tugas Pengetua Dan Penolong Kanan 63 63
Bidang Tugas Pengetua 63 63
Senarai Tugas 63 63
63 64
Pengurus Kurikulum – Kerja Ikhtisas 64 64
Pembangunan Diri Pelajar 64 65
Pengurusan Dan Pembangunan Pelajar 65 65
Pengurusan Personel 65 65
Kewangan 66 66
Kemudahan Fizikal 66 66
Pembangunan Organisasi Dan Diri 66 66
Pembangunan Kendiri 67 67
Pengawasan Asrama 68 68
Penolong Kanan Pentadbiran Dan Kurikulum 68 68
Misi Dan Visi Kurikulum 69 69
Dasar–Dasar Kurikulum 69 69
Dasar 1 : Tenaga Pengajar 70 71
Dasar 2 : Penempatan Pelajar 71 71
Dasar 3 : Penempatan Guru Di Sesuatu Kelas 71 72
Dasar 4 : Penyediaan Buku Rekod Mengajar 72 73
Dasar 5 : Latihan Pelajar 73 73
Dasar 6 : Penilaian 74 74
Dasar 7 : Program Peningkatan Akademik 74 75
Dasar 8 : Penganugerahan Dan Penghargaan 76 76
Matlamat Kurikulum 76 76
Objektif Kurikulum 76 76
Bidang Tugas 77 77
Senarai Tugas 77 77
Kurikulum 77 78
Pengurusan 78 78
Pembangunan Diri Pelajar 78 78
Pembangunan Organisasi 78 78
Pembangunan Kendiri 78 78
Pusat sumber Sekolah 78 78
Tugas-Tugas Lain 79 79
Penolong kanan Hal Ehwal Pelajar (HEP) 79 79
Visi, Misi dan Objektif HEP 80 80
Matlamat dan Objektif HEP
ix

Bidang Tugas HEP 81 81
Senarai Tugas 81 81
81 81
Pembangunan Diri Pelajar 81 81
Disiplin 81 81
Bimbingan, Runding Cara dan Kerjaya 82 82
Program Perlindungan Pelajar 82 82
Kesihatan 82 82
Skim Pinjaman Buku Teks 82 82
Biasiswa dan Pinjaman 82 82
Kebersihan, Kecerian dan Keindahan Sekolah 83 83
83 83
Pengurusan 83 83
Pembangunan Organisasi 83 83
Pembangunan Kendiri 83 83
Pengawasan Asrama 84 84
Tugas-Tugas Lain 84 84
Penolong Kanan Kokurikulum 85 85
Visi Dan Misi Kokurikulum 86 86
Dasar Pelaksanaan Kokurikulum 86 86
Konsep Kokurikulum 87 87
Matlamat Kokurikulum 87 88
Strategi Kokurikulum 88 88
Pelaksanaan Kokurikulum 88 88
Kandungan Kegiatan Kokurikulum Di Sekolah 89 89
Tugas dan Tanggungjawab Guru 90 90
Keberkesanan Kegiatan Kokurikulum 90 90
Perancangan dan Pengelolaan Kokurikulum 91 91
Prinsip Pelaksanaan Kokurikulum 92 92
Skema Pelaksanaan Kokurikulum 92 92
Penilaian Kokurikulum 92 92
Keselamatan dan kebajikan 93 93
Bidang Tugas kokurikulum 93 93
Senarai Tugas 93 93
Kokurikulum 93 93
93 93
Sukan, Permainan, Ilmiah 93 94
Kelab /Persatuan 94 94
Unit Beruniform 94 94
Pengurusan 94 94
Pembangunan Diri Pelajar
Pembangunan Organisasi x
Pembangunan Kendiri

Bab 4 : Tugas Dan Tanggungjawab Pengurusan Pentadbiran Dan 95 95
Kurikulum
96 96
Jawatankuasa Sumber Manusia 97 97
Jawatankuasa Aset Kerajaan 98 98
Jawatankuasa Kewangan dan Akaun 99 100
Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 101 101
Jawatankuasa Bilik Gerakan/Bilik Khas/Makmal 102 103
104 104
Jawatankuasa Bertugas Harian/Mingguan 105 105
Jawatankuasa Siar Raya dan Multimedia/LCD 106 106
Jawatankuasa Perhubungan Awam/NGO/Agensi Swasta 107 107
Jawatankuasa Kelab Guru dan Kakitangan 108 115
Jawatankuasa Mesyuarat Guru 116 118
Jawatankuasa Pengurusan Kurikulum 119 121
Jawatankuasa Penilaian Dan Peperiksaan 122 122
Jawatankuasa Pusat Sumber Sekolah 123 123
Jawatankuasa Jadual Waktu Dan Takwim 124 125
Jawatankuasa Pelan Tindakan Kecemerlangan Akademik (PETKA)
Jawatankuasa Teknologi Maklumat (TM)- (1Pahangnet /Aduan 126 127
/Webmel Pahang/Laman Web) 128 128
Jawatankuasa Tahfiz 129 129
Jawatankuasa SEGAK 130 130
Jawatankuasa Ms ISO 9001 : 2015
Jawatankuasa Thobur Sobahi 131 131
132 133
BAB 5 : Tugas Dan Tanggungjawab Hal Ehwal Pelajar (HEP) 134 136
Jawatankuasa Induk HEP 137 140
Jawatankuasa Badan Disiplin Pelajar 141 142
Jawatankuasa Skim Pinjaman Buku Teks ( SPBT ) 143 143
Jawatankuasa Biasiswa dan Bantuan 144 145
Jawatankuasa Bimbingan, Runding Cara dan Kerjaya (BRK) 146 148
Jawatankuasa Kebajikan dan Kesihatan Pelajar 149 149
Jawatankuasa Kelas 150 150
Jawatankuasa Penerbitan 151 153
Jawatankuasa Kantin Sekolah 154 154
Jawatankuasa Asrama 155 156
Jawatankuasa Koperasi/Kedai Sekolah 157 157
Jawatankuasa Pendaftaran/Pertukaran/Temu Uji Pelajar 158 160
Jawatankuasa Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa)
Jawatankuasa Kerohanian, Kebersihan, Keceriaan dan 161 161
Keselamatan (4K)
Jawatankuasa Pengurusan Data (SPSMA/SIMPENI/APDM) xi

Bab 6 : Tugas Dan Tanggungjawab Pengurusan Kokurikulum 162 162
Jawatankuasa Pengurusan Kokurikulum 163 164
Jawatankuasa Sukan dan Permainan Sekolah 165 166
Jawatankuasa Ilmiah 167 167
Jawatankuasa Unit Beruniform 168 168
Jawatankuasa Kelab Dan Persatuan 169 170
Jawatankuasa Rumah Sukan 171 171
Jawatankuasa Lawatan 172 172
Jawatankuasa Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan 173 173
Kokurikulum Sekolah (PAJSK)
174 174
Bab 7 : Tugas Dan Tanggungjawab Pengurusan Kakitangan Sokongan 175 176
Pembantu Tadbir (Kewangan) – W19/22 177 177
Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) – N19/22 178 178
Penyelia Makanan/Pembantu Penyediaan Makanan 179 180
Penyelia Asrama (N19/22)
181 181
Bab 8 : Penutup
182 184
Lampiran

xii

AJK DAFTAR ISTILAH
APDM
ARMADA - Ahli Jawatankuasa
HRMIS - Aplikasi Pangkalan Data Murid
LPT - Aplikasi Rancangan Mengajar dan Analisa Data
BBT - Human Resource Management Information System
BOSS - Laporan Prestasi Tahunan
BP - Bahagian Buku Teks
BPK - Bilik Operasi SPBT Sekolah
BRK - Bayaran Pukal
BTLK - Buku Perkhidmatan Kerajaan
BTM - Bimbingan, Runding Cara dan Kerjaya
CR - Buku Teks Lebih Kurang
CRK - Bahagian Teknologi Maklumat
CSG - Cuti Rehat
CTG - Cuti Rehat Khas
CTR - Cuti Separuh Gaji
EFT - Cuti Tanpa Gaji
eSPBT - Cuti Tanpa Rekod
ETR - Electronic Fund Transfer
FPN - Skim Pinjaman Buku Teks Atas Talian
GCR - “Expected Target Result” (Sasaran Hasil Pembelajaran)
HEP - Falsafah Pendidikan Negara
ICT - Gantian Cuti Rehat
ISO - Hal Ehwal Pelajar
JAIP - Information and Communication Technology
JKP - The International Organization for Standardization
JSI - Jabatan Agama Islam Pahang
KESSUMA - Jadual Kedatangan Pelajar
KPM - Jadual Spesifikasi Item
KWSP - Kejohanan Sukan Sekolah Ugama Malaysia
LNPT - Kementerian Pendidikan Malaysia
LPM - Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
MASISUPA - Laporan Nilaian Prestasi Tahunan
MC - Lembaga Peperiksaan Malaysia
MIISMAM - Majlis Sukan dan Ilmiah Sekolah Ugama Pahang
MSSD - Medical Certificate
MSSP - Majlis Ihtifal Ilmi Sekolah Menengah Agama Malaysia
MUIP - Majlis Sukan Sekolah Daerah
NCR - Majlis Sukan Sekolah Pahang
NGO - Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang
- Nonconformance Report
- Non-govermental Organization

xiii

PAJSK - Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan dan Kokurikulum
PAK21 - Pembelajaran Abad Ke-21
PAT - Peperiksaan Akhir Tahun
PBD - Pentaksiaran Bilik Darjah
PBS - Pentaksiran Berasaskan Sekolah
PPD - Pejabat Pendidikan Daerah
JAIP - Jabatan Agama Islam Pahang
JPNP - Jabatan Pelajaran Negeri Pahang
PdPc - Pembelajaran dan Pemudahcaraan
PETKA - Pelan Tindakan Kecemerlangan Akademik
PIBG - Persatuan Ibu Bapa dan Guru
PK - Penolong Kanan
PKP - Prosedur Kualiti Pengurusan
PKS - Prosedur Kualiti Sokongan
PKU - Prosedur Kerja Utama
PPDa - Pendidikan Pencegahan Dadah
PPT - Peperiksaan Pertengahan Tahun
PRS - Pembimbing Rakan Sebaya
PSS - Pusat Sumber Sekolah
PT3 - Pentaksiran Tingkatan Tiga
R&D - Research and Development
RPH - Rancangan Pengajaran Harian
RPT - Rancangan Pengajaran Tahunan
SAR - Sekolah Agama Rakyat
SEGAK - Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan
SIMPENI - Sistem Maklumat Pendidikan Islam
SKPMg - Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang Dua
SKPSMAN - Standarad Kualiti Pengurusan Sekolah Menengah Agama
SKT - Sasaran Kerja Tahunan
SMA - Sijil Menengah Agama
SMAN - Sekolah Menengah Agama Negeri
SMAR - Sekolah Menengah Agama Rakyat
SPBT - Skim Pinjaman Buku Teks
SPI - Surat Pekeliling Ikhtisas
SPM - Sijil Pelajaran Malaysia
SPSMA - Sistem Pengurusan Sekolah Menengah Agama
STAM - Sijil Tinggi Agama Malaysia
SU - Setiausaha
SUK - Setiausaha Kerajaan
TM - Teknologi Maklumat
TOV - “Take-Off Value”
ULBS - Ujian Lisan Berasaskan Sekolah

xiv

Puji dan syukur saya panjatkan ke hadrat Ilahi, selawat dan salam
buat junjungan rasul tercinta, ahli keluarga Baginda S.A.W, para
sahabat r.a serta seluruh muslimin dan muslimat.

Saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan
setinggi-tinggi penghargaan kepada semua ahli jawatankuasa yang
terlibat dalam menerbitkan buku ‘Panduan Pengurusan Sekolah
Menengah Agama Kerajaan Negeri Pahang’. Saya berharap usaha ini dapat memperkasakan
sistem pengurusan di seluruh Sekolah Menengah Agama Kerajaan Negeri Pahang. Pengurusan
yang kemas dan sistematik sangat penting bagi memastikan kelancaran perjalanan keseluruhan
sesebuah organisasi dan membantu merealisasikan matlamat pendidikan yang dihasratkan oleh
Jabatan Agama Islam Pahang.

Selain itu, usaha ini juga dapat memacu kegemilangan dan kecemerlangan semua
pelajar selaras dengan hasrat kerajaan negeri untuk meningkatkan kualiti pembelajaran
seterusnya melahirkan pelajar-pelajar yang berilmu pengetahuan, berketerampilan dan
memiliki sahsiah yang terpuji.

Semoga semua pihak dapat memanfaatkan buku panduan ini dengan sebaik-baiknya
dan kecemerlangan semua Sekolah Menengah Agama Kerajaan Negeri Pahang dapat
dipertingkatkan.

YB. DATO’ SRI SYED IBRAHIM BIN SYED AHMAD, SSAP.,DIMP.,AMP.,AMN.
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Pelajaran dan Kesihatan

xv

Segala puji-pujian bagi Allah yang menciptakan seluruh makhluk di
alam fana ini, pemerintah pada Hari Kebangkitan dan Hari
Pembalasan serta selawat dan salam ke atas junjungan besar, Nabi
Muhammad S.A.W serta ahli keluarga baginda.

Sekalung tahniah saya ucapkan kepada Bahagian Pendidikan, Jabatan Agama Islam
Pahang kerana berjaya menyiapkan buku ‘Panduan Pengurusan Sekolah Menengah Agama
Kerajaan Negeri Pahang’ ini. Tidak ketinggalan juga kepada semua pihak yang terlibat dalam
menyusun dan menyiapkan buku ini. Tanpa komitmen dan kerjasama daripada semua pihak,
tidak mungkin dapat buku ini diterbitkan.

Buku Panduan Pengurusan ini merupakan satu dokumentasi yang sangat penting
kepada sesebuah sekolah sebagai rujukan untuk melaksanakan semua aktiviti yang dirancang.
Dokumen ini juga menjadi landasan kepada semua program yang akan dilaksanakan. Justeru,
adalah menjadi harapan saya supaya pengurusan pentadbiran Sekolah Menengah Agama
Kerajaan Negeri Pahang akan terus berkesan dan cemerlang .

Perancangan yang teliti dan relevan akan menjana kejayaan dan kecemerlangan
sesebuah sekolah. Matlamat dan objektif akan dapat dicapai hasil daripada perancangan yang
bijak dan teratur. Kerjasama dan komitmen daripada semua warga sekolah dan komuniti
setempat dapat merealisasikan impian menjadi kenyataan. Bermula dengan muafakat, usaha
yang tekun dan sikap taat setia akan membuahkan hasil yang cukup berkualiti tinggi. Semoga
dengan terhasilnya dokumen ini dapat menjadi pemangkin bagi menjana ibu bapa prihatin,
guru cemerlang, pelajar gemilang dan sekolah terbilang selaras dengan visi, misi,
moto, objektif dan piagam pelanggan jabatan ini.

Akhir kata saya bagi pihak Jabatan Agama Islam Pahang sekali lagi mengucapkan
jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menyiapkan buku ini.

DATO’ SYED AHMAD FUAD BIN SYED TAHA, DIMP.,SMP.
Pengarah
Jabatan Agama Islam Pahang

xvi

Segala puji dan syukur hanya untuk Allah S.W.T Yang Maha Agong.
Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W,
ahli keluarganya, sahabat-sahabatnya serta seluruh kaum muslimin.

Syabas dan tahniah kepada seluruh jawatankuasa dan guru-guru yang terlibat secara
langsung mahupun tidak langsung kerana berupaya berkolaborasi secara berpasukan dalam
menyusun dan menyiapkan buku ‘Panduan Pengurusan Sekolah Menengah Agama
Kerajaan Negeri Pahang’ bagi edisi terbaharu ini. Buku ini adalah penambahbaikan bagi edisi
sebelumnya yang boleh dijadikan media rujukan dan memori terindah kepada semua komuniti
Sekolah Menengah Agama Kerajaan Negeri Pahang.

Buku Panduan Pengurusan ini merupakan ‘Panduan Am’ untuk para pentadbir, guru-
guru dan kakitangan sokongan yang berkhidmat di semua Sekolah Menengah Agama Kerajaan
Negeri Pahang di bawah pentadbiran Bahagian Pendidikan Jabatan Agama Islam Pahang.
Tujuannya adalah untuk meningkatkan kemahiran dalam melaksanakan tugas-tugas harian
mereka. Memang benar bahawa media sosial maya mengakibatkan naskhah bercetak seperti
ini semakin terpinggir tetapi sebagai dokumentasi yang bersifat rasmi, Buku Panduan
Pengurusan Sekolah ini akan terus relevan sampai bila-bila. Mudah-mudahan sumbangan dan
kesungguhan Jawatankuasa Penerbitan buku ini bakal memacu pendidikan Sekolah Menengah
Agama Kerajaan Negeri Pahang ke persada kecemerlangan yang dihajati.

Akhirnya, sekali lagi saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh
jawatankuasa yang terlibat dalam penghasilan buku panduan ini. Semoga kita beroleh manfaat.

Sekian, terima kasih.

USTAZ MOHAMMAD BIN AB RAHMAN, AMP.
Ketua Penolong Pengarah
Bahagian Pendidikan JAIP

xvii

Segala puji dan syukur hanya untuk Allah S.W.T Yang Maha Agong.
Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, ahli
keluarganya, sahabat-sahabatnya serta seluruh kaum muslimin.

‘Buku Panduan Pengurusan Sekolah Menengah Agama Kerajaan Negeri Pahang’
ini ialah penambahbaikan kepada Buku Panduan Pengurusan Sekolah Menengah Agama
Kerajaan Negeri Pahang yang telah diterbitkan pada tahun 2008 yang lalu. Dalam tempoh masa
setelah penerbitan buku panduan pengurusan 2008 ini, pendidikan melalui pelbagai
transformasi dalam pengurusan pentadbiran, pengurusan kurikulum, pengurusan hal ehwal
pelajar dan pengurusan kokurikulum. Hal ini menuntut penyusunan buku panduan pengurusan
yang lebih komprehensif dan terkini.

Syukur alhamdulillah, dengan terhasilnya Buku Panduan Pengurusan Sekolah
Menengah Agama Kerajaan Negeri Pahang ini, pentadbir dan guru-guru di sekolah dapat
membuat rujukan yang tepat. Dengan itu, mereka dapat melaksanakan semua tugas dengan
lebih berkesan.

Buat akhirnya, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada YH Dato’ Pengarah
Jabatan Agama Islam Pahang yang menginspirasikan penambahbaikan Buku Panduan
Pengurusan Sekolah Menengah Agama Kerajaan Negeri Pahang ini. Terima kasih juga kepada
semua pegawai di Bahagian Pendidikan Jabatan Agama Islam Pahang, Pengetua dan Penolong
Kanan Sekolah Menengah Agama Kerajaan Negeri Pahang yang bersama-sama berusaha
melaksanakan tugas penambahbaikan Buku Panduan Pengurusan Sekolah Menengah Agama
Kerajaan Negeri Pahang ini.

Sekian, terima kasih.

HASANUDDIN BIN MD ISA.,PPC.
Ketua Editor
Buku Panduan Pengurusan Sekolah Menengah Agama Kerajaan Pahang

xviii

PENGENALAN

Bersyukur ke hadrat Allah Taala kerana dengan izin-Nya Buku Pengurusan Pendidikan
Sekolah Menengah Agama Kerajaan Negeri Pahang (SMAN) dapat disiapkan
penambahbaikan pada November 2019 dan akan diguna pakai di semua Sekolah Menengah
Agama Kerajaan Negeri Pahang mulai Januari 2020.

Keperluan penambahbaikan isi kandungan buku pengurusan ini dibangkitkan dalam
mesyuarat Pengurusan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) pada 30 Oktober 2019 di Bilik
Mesyuarat JAIP. Buku Panduan Pengurusan yang lama telah diterbitkan pada tahun 2008.
Panduan yang dicatat dalam buku tersebut diguna pakai oleh pentadbir SMAN. Namun setelah
melalui tempoh masa yang panjang, kandungan buku panduan itu semakin tidak relevan
disebabkan berlakunya perubahan dasar dan pelaksanaan pendidikan di peringkat kebangsaan
dan negeri. Dengan itu, kerja-kerja pemurnian semula Buku Panduan Pengurusan SMAN itu
perlu dilakukan sebelum bermula sesi persekolahan tahun 2020.

Sehubungan itu, Bahagian Pendidikan Jabatan Agama Islam Pahang membentuk
Jawatankuasa Pemurnian Buku Panduan Pengurusan Sekolah Agama Kerajaan Negeri Pahang.
Jawatankuasa Induk yang dilantik bagi melaksanakan tugas ini ialah Mohamad bin Ab.
Rahman (KPP Bahagian Pendidikan JAIP), Apidah binti Zakaria@Daud (PP Unit Naziran),
Dr. Saliturahim bin Alias (PP Unit SAR/KAFA) Nadiah binti Abdul Hamid (PP Unit
Kurikulum), Mazfadilah bin Mat Dewa, PKC (Penyelia Unit Kurikulum) dan Nurol Adzha
binti Ramli (KPT Bahagian Pendidikan JAIP) Hasanuddin bin Md Isa, PPC. (Pengetua SMA
Al-Falah Batu Talam), Rosiah binti Zainal, AMP. (Pengetua SMA Al-Attas, Pekan), Zaidi bin
Ismail, AMP. (Pengetua SMA Al-Ihsan, Kuantan), Muzalina binti Zaidin (PK Pentadbiran dan
Kurikulum SMA Al-Ihsan, Kuantan), Zarina binti Mohd Akhir (PK HEP SMA Al Khairiah,
Temerloh) dan Aminah Murni binti Hassan (PK Kokurikulum SMA Maran).

USER 1

Jawatankuasa ini telah berbengkel pada 7 hingga 8 November 2019 di Pejabat Agama
Islam Cameron Highlands bagi membincangkan ruang lingkup dan daftar kandungan buku
pengurusan yang baharu. Bengkel kali kedua jawatankuasa turut dibantu oleh ahli
jawatankuasa kecil pada 14 November 2019 di Bilik Mesyuarat Kulliah Al-Lughah Waddin
As-Sultan Abu Bakar, Pekan. Persidangan kali ini menyusun dan menambah isi kandungan
buku ini. Kerja-kerja menyiapkan buku pengurusan ini diteruskan dalam perbengkelan pada 19
hingga 21 November 2019 di Bilik Mesyuarat SMA Al-Wosto, Temerloh. Perbengkelan kali
ini adalah untuk mengemas kini isi kandungan buku dari bab ke bab dan membuat audit bahasa
terhadap penggunaan bahasa dalam buku pengurusan ini. Selanjutnya perbengkelan diteruskan
pada 26 hingga 28 November 2019 di Bilik Mesyuarat SMA Al-Khairiah, Temerloh. Kerja-
kerja yang dilakukan adalah untuk membuat reka letak setiap halaman buku dan membuat reka
letak kulit buku pengurusan. Naskhah manuskrip Buku Panduan Pengurusan Sekolah
Menengah Agama Kerajaan Pahang diserahkan kepada Bahagian Pendidikan JAIP pada 29
Disember 2019 bagi urusan percetakan.

Secara umumnya, buku panduan ini memaparkan falsafah pendidikan, visi, misi,
matlamat pendidikan, objektif pendidikan, piagam pendidikan, etika keguruan dan
kepimpinan, sejarah, dasar dan hala tuju SMAN. Selain itu, dipaparkan juga jawatankuasa
yang melaksanakan tugas dan tanggungjawab pentadbiran, kurikulum, hal ehwal pelajar,
kokurikulum, tugas dan tanggungjawab kakitangan sokongan dan pekeliling kewangan,
perkhidmatan dan pendidikan yang diguna pakai di SMAN.

Saya percaya melalui kandungan Buku Panduan Pengurusan SMAN yang baru
dimurnikan ini, pihak pengurusan sekolah baik pengetua atau PK Pentadbiran dan Kurikulum,
PK Hal Ehwal Pelajar dan PK Kokurikulum juga guru-guru dan kakitangan sokongan
mendapat satu rujukan terkini bagi menguruskan sekolah ke arah kecemerlangan.

2

FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA

USER 3

FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM & FALSAFAH PENDIDIKAN JAIP

USER 4

VISI, MISI, MOTO DAN MATLAMAT PENDIDIKAN SMAN

USER 5

OBJEKTIF DAN PIAGAM PELANGGAN SMAN

USER 6

TATASUSILA PROFESION KEGURUAN MALAYSIA

Kami guru-guru Malaysia, yakin bahawa tujuan utama pendidikan adalah untuk berusaha
menuju ke arah pembentukan warganegara yang berilmu, yang taat setia, yang
bertanggungjawab dan berkebolehan, yang menyedari betapa pentingnya usaha menuju ke arah
kebenaran dan ke arah pencapaian hasrat yang gemilang dan yang percaya demokrasi,
kebebasan perseorangan dan prinsip-prinsip Rukun Negara.

Melalui pendidikan, masyarakat dapat membantu anak mudanya memahami
kebudayaan mereka, memperoleh pengetahuan yang telah terkumpul sejak zaman berzaman,
dan menyediakan mereka untuk menghadapi cabaran pada masa hadapan.

Dengan menyedari betapa besarnya tanggungjawab membimbing anak muda untuk
mencapai kemajuan sepenuhnya, maka dengan ini kami menerima tatasusila berikut sebagai
panduan untuk membolehkan kami menyempurnakan profesion kami ke taraf kesusilaan yang
tertinggi.

1. TANGGUNGJAWAB TERHADAP PELAJAR

1.1. Lebih mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar kami daripada hal-hal lain.
1.2. Bersikap adil terhadap setiap pelajar tanpa mengira faktor-faktor jasmani, mental,

emosi, politik, ekonomi, sosial, keturunan dan agama.
1.3. Merahsiakan maklumat ikhtisas atau sulit mengenai pelajar kecuali kepada mereka

yang berhak mengetahuinya.
1.4. Membimbing atau mengajar seseorang pelajar dalam darjah sendiri atau dalam mata-

mata pelajaran yang diajar di bilik darjah tanpa sebarang bayaran.
1.5. Menunjukkan suatu cara pakaian, pertuturan dan tingkah laku yang dapat memberikan

contoh yang baik kepada pelajar.
1.6. Memelihara dan memperbaiki kecekapan ikhtisas melalui pengkajian penyelidikan,

lawatan dan menghadiri kursus ikhtisas, persidangan , mesyuarat atau seminar supaya
pengajaran kami mencapai mutu yang tertinggi.

USER 7

2. TANGGUNGJAWAB TERHADAP IBU BAPA

2.1. Menghormati tanggungjawab utama ibu bapa terhadap anak-anak mereka.
2.2. Berusaha mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat antara institusi

pendidikan dengan rumah tangga.
2.3. Menganggap semua maklumat yang diberikan oleh ibu bapa mengenai keadaan rumah

tangga atau mengenai anak mereka sebagai sulit dan tidak akan membocorkannya
kepada sesiapa kecuali kepada mereka yang berhak mengetahuinya.
2.4. Memberikan maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan anak-anak mereka dan
menggunakan maklumat yang diterima daripada ibu bapa secara teliti dan bijaksana.
2.5. Mengelakkan diri daripada menggunakan atau dipengaruhi oleh kedudukan sosial dan
ekonomi ibu bapa pelajar.
2.6. Mengelakkan diri daripada mengeluarkan kata-kata atau melakukan sesuatu yang
boleh menjejaskan kepercayaan pelajar terhadap ibu bapa atau penjaga mereka.

3. TANGGUNGJAWAB TERHADAP MASYARAKAT DAN NEGARA

3.1. Mengelakkan diri daripada menyebarkan sesuatu ajaran yang boleh merosakkan
kepentingan pelajar, masyarakat atau negara, ataupun yang bertentangan dengan
Rukun Negara.

3.2. Memupuk dalam diri setiap pelajar sikap dan nilai yang boleh membantu dan
membimbing mereka untuk menjadi warganegara yang taat setia, bertanggungjawab
dan berguna, menghormati orang-orang yang lebih tua dan menghormati adanya
perbezaan kebudayaan, keturunan dan agama.

3.3. Menghormati masyarakat di tempat kami berkhidmat dan memenuhi segala
tanggungjawab sebagai warganegara dan sentiasa sanggup mengambil bahagian dalam
sebarang kegiatan masyarakat.

3.4. Menggalakkan kerjasama dan persefahaman antara guru dengan ibu bapa, institusi
pendidikan dengan masyarakat.

3.5. Memberi sumbangan cergas untuk menginginkan kehidupan moral, kebudayaan dan
kecendekiaan masyarakat.

3.6. Berpegang kepada tingkah laku yang sopan dan diterima oleh masyarakat serta
menjalani kehidupan seharian dengan baik.

USER 8

4. TANGGUNGJAWAB TERHADAP RAKAN SEJAWAT DAN
PROFESION PERGURUAN

4.1. Mengelakkan diri daripada membuat sebarang kenyataan atau ulasan yang boleh
mencemarkan nama baik seseorang guru di hadapan pelajar atau ibu bapa atau berbuat
sesuatu yang boleh menjatuhkan maruah seseorang guru.

4.2. Tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh menjejaskan kecekapan (kami)
sebagai guru.

4.3. Berusaha dengan sepenuhnya menunaikan tanggungjawab kami dengan rajin dan
bersungguh-sungguh serta mengekalkannya sejajar dengan kemajuan ikhtisas dan
sosial.

4.4. Sentiasa bersedia membantu rakan sejawat (kami) terutamanya mereka yang baharu
dalam profesion keguruan.

4.5. Sentiasa mengawasi diri (kami) supaya tidak mencemarkan nama baik profesion
perguruan.

4.6. Akan menjadi ahli sesebuah pertubuhan guru.

USER 9

ETIKA KEPIMPINAN

TANGGUNGJAWAB

1. Menjalankan tugas dengan bersih, cekap dan amanah serta dengan penuh minat,
disiplin dan dedikasi.

2. Sentiasa memberi keutamaan kepada kepentingan negara dan tidak mementingkan diri
sendiri.

3. Sentiasa berusaha meninggikan imej perkhidmatan dan organisasi.
4. Sentiasa memelihara maruah negara.
5. Membuat pertimbangan yang teliti dan adil sebelum membuat keputusan dan tugas dalam

melaksanakannya.

SIKAP

1. Sensitif terhadap persekitaran kerja dan alam sekeliling serta berusaha menyesuaikan diri
dengan keadaan sekeliling.

2. Sentiasa bersikap positif dan bertanggungjawab.
3. Mempunyai fikiran terbuka dan sentiasa menerima teguran daripada semua pihak untuk

faedah organisasi dan negara.
4. Mengambil berat tentang masalah yang dihadapi oleh masyarakat.
5. Mengambil berat tentang masalah yang dihadapi oleh rakan sejawat baik pihak atasan

mahupun rakan sejawat di bawahnya.

PERAWAKAN DAN PERIBADI

1. Mempunyai peribadi yang mulia, berbudi pekerti dan berperawakan yang baik.
2. Sentiasa bersabar dan bertenang dalam menghadapi masalah dan cabaran.
3. Sentiasa berusaha menambah ilmu pengetahuan.
4. Menjaga hubungan baik dengan setiap golongan masyarakat.

USER 1
0

SEJARAH RINGKAS PENUBUHAN SMAN

Bil. Nama Sekolah Tahun Tahun diambil

ditubuhkan alih

1. Kulliah Al-Lughah Waddin As-Sultan 1941 1965
Abu Bakar Pahang, Pekan

2. SMA Tengku Ampuan Fatimah, Pekan 1947 1966

3. SMA Al-Attas, Pekan 1923 1966

4. SMA Al-Ihsan, Kuantan 1959 1966

5. SMA Al-Khairiah, Temerloh 1927 1967

6. SMA Al-Wosto, Temerloh 1948 1985

7. SMA Al-Ulum Addiniah Dong, Raub 1949 1967

8. SMA Al-Falah Batu Talam, Raub 1966 1985

9. SMA Al-Maidah Addiniah Padang 1955 1967
Tengku, Kuala Lipis

10. SMA Pelangai, Bentong 1963 1968

11. SMA Pulau Tawar, Jerantut 1958 1968

12. SMA Al-Basriah, KualaTembeling 1968 1985
Jerantut

13. SMA Rompin, Kuala Rompin 1969 1969

14. SMA Bukit Ibam, Muadzam Shah 1986 1986

15. SMA Chenor, Chenor 1959 1969

16. SMA Maran, Maran 1965 1972
17. Ma’ahad As-Sultan Ahmad Shah 1985 1985

Addini, Bandar Pusat Jengka

18. SMA Al-Ittifaqiah Guai, Temerloh 1947 1998

USER 1
1

TABURAN SEKOLAH MENENGAH AGAMA

KERAJAAN NEGERI PAHANG MENGIKUT DAERAH











DASAR DAN HALA TUJU PENDIDIKAN SEKOLAH MENENGAH
AGAMA KERAJAAN NEGERI PAHANG (SMAN)

1. LATAR BELAKANG

Melalui gerakan Islah yang berlaku dalam masyarakat Islam pada awal tahun 1920-an, maka
berlakulah anjakan pemikiran dalam meletakkan kepentingan pendidikan agama sejajar dengan
tuntutan agama Islam yang mulia.

Pendidikan Islam tidak bersifat statik. Pendidikan Islam bermula di rumah-rumah tok
guru, surau kemudian berkembang menjadi pondok. Akhirnya, menjadi sekolah agama rakyat
yang lebih dikenali sebagai sekolah Arab dengan menggunakan kurikulum berasal dari Timur
Tengah.

“Sebagaimana yang termaklum bahawa pelajaran agama Islam satu-satunya faktor
yang terpenting mesti disematkan dalam jiwa setiap umat Islam kerana dengan adanya
pengertian mendalam terhadap pengajaran-pengajaran agama itu akan lahirlah suasana
tenteram dan aman damai dalam sesuatu masyarakat dan akan dapat membentuk individu
masyarakat itu dengan perasaan penuh kejujuran, taat setia dan tanggungjawab terhadap
ugama, bangsa dan negara.”

(Warta Jabatan Agama Islam Pahang. 1973. Diambil dari ARKIB Negara)

Mulai tahun 1965, Kerajaan Negeri Pahang mula mengambil alih pentadbiran sekolah-
sekolah agama rakyat bermula dengan Kulliah Al-Lughah Al-Arabiah Wal Ulum Al-Islamiah
yang dikenali sekarang sebagai Kulliah Al-Lughah Waddin As-Sultan Abu Bakar. Sehingga
tahun 1998, sebanyak 16 buah sekolah agama rakyat yang telah diambil alih oleh Kerajaan
Negeri Pahang dan membina dua buah sekolah agama yang baharu.

Selepas pengambilalihan sekolah agama, Kerajaan Negeri Pahang telah menaik taraf
infrastruktur, menambah perjawatan guru dan skim latihan perguruan seperti kursus, seminar
dan bengkel. Usaha ini berjaya meningkatkan kecekapan guru dan keselesaan pelajar SMAN.
Usaha-usaha itu telah membolehkan SMAN menampung hampir 10,000 pelajar pada tahun
2018 berbanding tahun 1980 kira-kira 3,500 pelajar sahaja.

Dari segi pembangunan fizikal dan hasrat pimpinan negeri ketika itu, maka
infrastruktur SMAN semakin membangun dari sehari ke sehari. Dari segi kurikulum pula, bagi
menyantuni keperluan semasa sekolah–sekolah Arab telah membuka pintunya kepada
pengenalan kurikulum kebangsaan mulai awal tahun 1970-an. Keadaan ini membuktikan
lepasan sekolah agama memberikan sumbangan dalam sektor awam dan swasta di negara kita.
Mereka juga berperanan menyebarkan syiar Islam dalam masyarakat. Ternyata melalui
kesepaduan ilmu aqliah dan naqliah, SMAN mampu bertahan dan terus diminati oleh
masyarakat. Perubahan ini meyakinkan masyarakat dan menghantar anak mereka ke SMAN
sehinggalah berlaku peningkatan permintaan berbanding penawaran tempat untuk belajar.

Bil Tahun Permohonan Terima Tolak % Terima

1 2014 4644 2275 2369 48.99

2 2015 4842 2284 2558 47.17

3 2016 4492 2155 2337 47.97

4 2017 4163 2140 2023 51.41

5 2018 5489 2273 3216 41.41

Namun sektor pendidikan merupakan antara sektor yang paling pantas mengalami
perubahan. Sebagaimana perubahan kurikulum arus perdana turut menggerak perubahan
pendidikan SMAN. Pada tahun 1993, SMAN menggantikan kurikulum agama negeri Pahang
kepada kurikulum Nizam Bu’uth. Hal ini membolehkan pelajar SMAN melanjutkan pelajaran
ke Universiti Al-Azhar, Mesir. Dalam masa yang sama sektor ini juga menempuh cabaran yang
bukan sedikit. Oleh itu, sektor ini menuntut transformasi yang berkesan, sesuai dengan
keperluan zaman.

2. JUSTIFIKASI

2.1. Tranformasi pendidikan SMAN perlu dilaksanakan berasaskan beberapa justifikasi:
2.1.2. Kurikulum agama perlu lebih dinamik untuk memenuhi keperluan semasa
masyarakat dan menyahut peringatan daripada Saidina Ali bin Abi Talib yang
menyatakan dengan tegas agar mendidik generasi muda sesuai dengan
zamannya.
2.1.3. Kaedah penyampaian kurikulum agama sepatutnya mampu menyerap
perubahan dengan Pembelajaran Abad ke-21 (PAK21).
2.1.4. Kelemahan pelajar dalam menguasai bahasa Arab masih menjadi isu yang
belum dapat dirungkai. Permasalahan ini tidaklah terhad di negeri Pahang
sahaja, bahkan di peringkat nasional dan menuntut penyelesaian yang lebih
bersifat konkrit dan holistik. Hal ini kerana bahasa Arab merupakan medium
utama untuk menguasai ilmu-ilmu agama (metafizik).
2.1.5. Selain itu, perubahan yang diketengahkan adalah selari dengan aspirasi ibu bapa
yang menghantar anak mereka ke SMAN. Hal ini kerana ibu bapa yang
menghantar anak mereka ke SMAN tidak terhad kepada satu-satu lapisan sosial
sahaja.
2.1.6. Semakin ramai pelajar yang mempunyai tahap kecerdasan akademik yang
tinggi memasuki SMAN. Justeru, menjadi tanggungjawab SMAN untuk terus
mengekalkan kecemerlangan mereka demi kebaikan semua pihak.
2.1.7. Dalam era dunia tanpa sempadan, unsur-unsur negatif dari luar dengan mudah
boleh mempengaruhi pemikiran dan tingkah laku generasi baharu tidak
terkecuali pelajar SMAN. Oleh itu, SMAN perlu mengorak langkah menggubal,
memperkasakan dan melaksanakan program-program bina insan.
2.1.8. Kualiti kepimpinan generasi pelajar SMAN bukanlah sesuatu yang hadir
sendiri, bahkan perlu dipupuk, dilatih dan diasuh dengan sistematik supaya
generasi harapan ini dapat menggalas harapan kepimpinan hari ini.
2.1.9. Selaras dengan aspirasi Falsafah Pendidikan Negara (FPN) dan Falsafah
Pendidikan JAIP, maka program-program peningkatan bidang kokurikulum
perlu menjadi keutamaan.
2.1.10. Fungsi Pendidikan SMAN lebih kepada pendidikan umum hanya dalam tempoh
lima hingga enam tahun sahaja terbahagi kepada menengah rendah, atas dan
tinggi. Penumpuan mestilah diberi kepada menengah rendah bagi pembinaan
asas yang kukuh dalam pelbagai bidang ilmu khususnya mata pelajaran bahasa
Arab dan al-Quran.
2.1.11. Kecenderungan masyarakat menghantar anak ke pusat tahfiz kerana keinginan
menjadikan anak mereka huffaz dan alim dalam ilmu al-Quran merupakan
perkembangan positif.
2.1.12. SMAN sepatutnya menjadi pengkalan utama dalam melahirkan saf kepimpinan
yang mampu mendepani urusan kemahiran asas muamalat seharian umat Islam.
2.1.13. Menggembleng sumbangan pelbagai pihak secara holistik seperti peranan ibu
bapa melalui PIBG, bekas pelajar melalui persatuan alumni sekolah, agensi
kerajaan, swasta dan NGO yang berkenaan.

3. STRATEGI UMUM PENDIDIKAN SMAN

3.1. Memantapkan sistem pengurusan dan perkhidmatan pendidikan SMAN:
3.2. Melaksanakan Standard Kualiti MS ISO 9001:2015
3.3. Meningkatkan kompetensi sumber manusia:

3.3.1. Kemahiran Pengajaran dan Pembelajaran
3.3.2. Bimbingan (Coaching)
3.3.3. Latihan (Training)
3.3.4. Nasihat (Advisory)
3.3.5. Runding cara (Consultancy)
3.3.6. Menyediakan prasarana
3.3.7. Membina kompleks baharu sekolah menengah agama
3.3.8. Menubuhkan Sekolah Menengah Agama Bestari
3.3.9. Menubuhkan Sekolah Menengah Agama Berasrama Penuh
3.3.10. Menubuhkan Pusat Bahasa Arab JAIP
3.3.11. Menubuhkan Pusat Latihan Guru JAIP
3.3.12. Menubuhkan Sekolah Menengah Agama Aliran Tahfiz

3.4. Memperkasakan Kurikulum SMAN mengikut sistem pendidikan integrasi holistik
untuk melahirkan modal insan kamil dan soleh:

3.4.1. Mewujudkan jaringan kerjasama
3.4.2. Melaksanakan kurikulum berkonsepkan integrasi holistik yang mempunyai

empat komponen:
3.4.2.1. Kurikulum Bu’uth Al-Azhar)
3.4.2.2. Kokurikulum (Persatuan, Sukan dan Permainan, Unit Berunifom)
3.4.2.3. Kurikulum Tambahan (Program Bina Insan)
3.4.2.4. Kurikulum Kebangsaan
3.4.3. Mewujudkan kelas Tahfiz Al-Quran di semua SMAN.

3.5. Memantau secara sistematik pelaksanaan pengurusan dan perkhidmatan Pendidikan
Islam di Pahang:

3.5.1. Menyediakan buku panduan pemantauan
3.5.2. Melaksanakan pemantauan di SMAN
3.5.3. Melaporkan dan mengesyorkan tindakan susulan hasil pemantauan
3.5.4. Menilai dan membuat penambahbaikan

4. STRATEGI KHUSUS PENCAPAIAN OBJEKTIF

4.1. Melaksanakan pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) al-Quran dan Bahasa Arab
di SMAN Pahang.

4.2. Melaksanakan kurikulum Pendidikan Islam (Sukatan al-Azhar) secara berkesan
sebelum tamat Tingkatan Lima di SMAN Pahang.

4.3. Melaksana Kurikulum Kebangsaan.
4.4. Melaksanakan Kurikulum Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) secara berkesan

di SMAN.
4.5. Mengeluarkan keputusan Sijil Menengah Agama (SMA) dalam tempoh dua bulan

selepas tamat peperiksaaan.
4.6. Semakan semula skrip jawapan dalam tempoh 30 hari bekerja.
4.7. Memproses permohonan pertukaran pelajar SMAN Pahang dan SAR sepanjang

tahun dan dimaklumkan dalam tempoh 14 hari setelah mendapat keputusan.
4.8. Mengeluarkan surat tawaran Tingkatan Satu 30 hari selepas temu uji dijalankan.
4.9. Mengeluarkan surat sokongan visa guru/pelajar kepada pemohon yang layak dalam

tempoh 14 hari selepas mengemukakan borang permohonan yang lengkap.
4.10. Mengeluarkan surat panggilan berkursus kepada guru selewat-lewatnya tujuh hari

sebelum kursus yang dilaksanakan.
4.11. Melaksanakan penaziran secara profesional di SMAN Pahang.
4.12. Semakan kurikulum dilakukan setiap tiga tahun sekali.
4.13. Melaksanakan pemantauan kurikulum sekurang-kurangnya empat buah sekolah

setahun.
4.14. Melaksanakan Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum sekurang-kurangnya tiga kali

setahun.
4.15. Melaksanakan pemantauan pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) sekurang-

kurangnya sekali untuk seorang guru dalam tempoh setahun oleh pihak sekolah.
4.16. Memastikan keputusan peperiksaan dalaman dikeluarkan dalam tempoh 20 hari

selepas peperiksaan dijalankan.
4.17. Melaksanakan Pelan Tindakan Kecemerlangan Akademik (PETKA) di semua

SMAN.
4.18. Melaksanakan program peningkatan aktiviti sukan dan ilmiah di SMAN.
4.19. Melaksanakan program peningkatan sahsiah pelajar secara konsisten.

5. TRANSFORMASI SEKOLAH MENENGAH AGAMA KERAJAAN
PAHANG

5.1. Mengupayakan Bahagian Pendidikan JAIP dalam pengurusan SMAN secara lebih
5.2. berkesan.
5.3. Memperkasakan pengurusan PdPc SMAN dalam usaha melahirkan modal insan
5.4. yang dapat memenuhi keperluan ummah.
5.5. Melahirkan pelajar yang memiliki aqidah yang kukuh, berakhlak mulia dan beramal
5.6. soleh.
5.7. Mengupayakan potensi guru untuk menjadikan Murabbi Mursyid.
5.8. Meningkatkan penguasaan al-Quran, bahasa Arab, bahasa Inggeris dan bahasa
5.9. Melayu.
5.10. Menzahirkan bi’ah Islamiah dan bi’ah al-Arabiah dalam persekitaran sekolah.
Memperkasakan pengurusan asrama SMAN sebagai pusat kecemerlangan pelajar.
5.11. Latihan/kursus PdPc hendaklah dilaksanakan oleh SMAN secara lebih berstruktur
5.12. dan berjadual.
Kelas insentif dan program khas pemantapan bahasa Arab hendaklah menjadi
5.13. agenda utama SMAN.
5.14. Pengurusan SMAN perlu menitikberatkan program berorientasikan pelanggan
5.15. melalui strategi memasyarakatkan SMAN bersama ibu bapa dan masyarakat
5.16. setempat.
5.17. Mewujudkan sebuah Sekolah Menengah Agama Tahfiz dan Sekolah Menengah
5.18. Agama Berasrama Penuh.
5.19. SMAN perlu memperkemaskan program kolaborasi dengan agensi pihak berkuasa
5.20. Agama Islam yang lain bagi mengekang unsur-unsur pencemaran aqidah yang
boleh mempengaruhi pelajar SMAN.
Program mencungkil pemimpin muda perlu disusun atur dengan sistematik dan
berjadual.
Program kokurikulum tidak seharusnya terhad kepada aktiviti bermusim atau terhad
semasa MASISUPA berlangsung sahaja.
Program pemerkasaan ilmu peringkat menengah rendah perlu diberi penilaian
semula.
Memantapkan aliran pengajian menengah atas bagi persiapan memasuki peringkat
tinggi.
SMAN hendaklah menjadi pilihan utama sebagai laluan untuk menyambung
pelajaran ke institusi pengajian tinggi.
Kelas tahfiz yang ada di SMAN perlu ditambah baik bagi melahirkan lebih ramai
pelajar huffaz.
Kursus kemahiran agama diperbanyakkan melalui aktiviti-aktiviti kelab khusus.
Pelaksanaan dasar MS ISO 9001: 2015 Jabatan Agama Islam Pahang.

PUSAT PENTADBIRAN

JABATAN AGAMA ISLAM PAHANG

6. CARTA ORGANISASI BAHAGIAN PENDIDIKAN



7. CARTA ORGANISASI SMAN



8. HALA TUJU PELAJAR SMAN

stam
spm

LUAR NEGARA s

1. MESIR PAKEJ SASTER
2. JORDAN KEMANUSIAA
3. MAGHRIBI
4. ARAB SAUDI BERSAMA BOU’

PAKEJ STEM BERSAMA BOU

DALAM NEGARA

1. UNIVERSITI
AWAM/SWASTA

2. IPGM
3. MATRIKULASI
4. DARUL QURAN
5. ASASI

sma Pt3 sman

RA &
AN
’TH

U’TH


Click to View FlipBook Version