The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

E-Books BUKU PANDUAN PENGURUSAN SMAN PAHANG

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ibnubauturi, 2020-06-02 05:04:03

E-Books BUKU PANDUAN PENGURUSAN SMAN PAHANG

E-Books BUKU PANDUAN PENGURUSAN SMAN PAHANG

2.2.6.2.9. Menjadi Ahli Lembaga Tatatertib Sekolah.
2.2.6.2.10. Menjadi penandatangan kedua-dua cek sekolah (SUWA dan
Asrama).
2.2.6.2.11. Menjaga dan menyemak stok/ inventori peralatan sekolah.
2.2.6.2.12. Mengurus dan menilai prestasi tahunan guru dan kakitangan
sokongan.

2.2.6.3. Pembangunan Diri Pelajar
2.2.6.3.1. Membantu merancang dan menyelia program budaya sekolah,
keceriaan/keindahan dan kebersihan sekolah.
2.2.6.3.2. Merancang langkah-langkah keselamatan mencegah kebakaran.
2.2.6.3.3. Mengadakan kursus dan motivasi dan kemahiran pelajar.
2.2.6.3.4. Membantu menyemak/menandatangani buku Rekod Kemajuan
Pelajar.

2.2.6.4. Pembangunan Organisasi
2.2.6.4.1. Mewujudkan hubungan dua hala antara sekolah dengan ibu
bapa/masyarakat.
2.2.6.4.2. Mengadakan kursus/latihan untuk personel (guru dan kakitangan
sokongan).

2.2.6.5. Pembangunan Kendiri
2.2.6.5.1. Mempertingkatkan Budaya Membaca dan Budaya Ilmu.
2.2.6.5.2. Menghadiri kursus, seminar dan bengkel.
2.2.6.5.3. Menjalankan kajian bagi kecemerlangan pengurusan sekolah (R
& D).
2.2.6.5.4. Menghasilkan artikel-artikel bidang ikhtisas dan pengurusan.
2.2.6.5.5. Memberi sumbangan kepakaran dalam bidang pendidikan
kepada yang memerlukannya.
2.2.6.5.6. Melibatkan diri secara aktif dalam persatuan yang berkaitan
dengan profesion keguruan.

2.2.6.6. Pusat Sumber Sekolah
2.2.6.6.1. Membantu pengetua mengembangkan Pusat Sumber Sekolah
sebagai nadi ilmu.

2.2.6.7. Tugas-tugas lain
2.2.6.7.1. Menganggotai jawatankuasa yang diluluskan oleh pengetua dari
semasa ke semasa.
2.2.6.7.2. Melaksanakan arahan-arahan dan tugasan-tugasan yang
diberikan oleh pengetua dari semasa ke semasa.

2.3. PENOLONG KANAN HAL EHWAL PELAJAR (HEP)
2.3.1. Visi, Misi, Matlamat dan Objektif Hal Ehwal Pelajar

Visi Hal Ehwal Pelajar

Memacu perkembangan individu agar seimbang
berketerampilan duniawi dan ukhrawi

Misi Hal Ehwal Pelajar

Memacu usaha dan tenaga kerja yang menyeluruh bagi
merealisasikan perkhidmatan profesional dalam bidang

pendidikan

Matlamat Hal Ehwal Pelajar

Membantu dalam perkembangan diri supaya pelajar
berfungsi sebagai individu yang seimbang, berdikari,
berpengetahuan dan berkemahiran, berfikiran kreatif
dan kritis, memupuk potensi dan kebolehan ke tahap

maksima dan menyuburkan potensi kepimpinan

Objektif Hal Ehwal Pelajar

1. Memahami konsep dan peranan serta bidang tugas
pengurusan hal ehwal pelajar.

2. Menghasilkan satu program hal ehwal pelajar yang
dapat membantu kecemerlangan di peringkat sekolah,

zon, negeri, kebangsaan dan antarabangsa.

3. Menyediakan dan memupuk pelajar supaya
berakhlak mulia dan berketerampilan.

2.3.2 Bidang Tugas
2.3.2.1 Menjalankan tugas-tugas pengetua semasa ketiadaan pengetua dan
penolong kanan.
2.3.2.2 Mengajar sebilangan waktu mengikut arahan JAIP/pengetua.
2.3.2.3 Bertanggungjawab kepada pengetua dalam hal-hal kaunseling,
keselamatan dan kebajikan pelajar, buku teks, biasiswa, penerbitan dan
percetakan, perayaan sekolah, koperasi sekolah, kantin sekolah serta
penyeliaan asrama.
2.3.2.4 Membantu pengetua dalam semua aspek perancangan dan pengurusan
sekolah.
2.3.2.5 Bertugas sebagai ketua warden di sekolah-sekolah berasrama.
2.3.2.6 Membantu pengetua menyelia dan menilai aktiviti pengajaran dan
pemudahcaraan (PdPc).

2.3.3 Senarai Tugas
2.3.3.1 Pembangunan Diri Pelajar
2.3.3.1.1 Disiplin
2.3.3.1.1.1 Menentukan penerapan amalan-amalan dan nilai-nilai
murni.
2.3.3.1.1.2 Memastikan peraturan-peraturan sekolah dikuatkuasakan.
2.3.3.1.1.3 Menjadi guru Penasihat Lembaga Pengawas Sekolah.
2.3.3.1.1.4 Mengambil tindakan yang sesuai terhadap kes-kes pelajar
yang melanggar peraturan tatatertib dan salah laku.
2.3.3.1.1.5 Menyelaras dan menyediakan rekod disiplin pelajar dan
laporan salah laku pelajar.
2.3.3.1.1.6 Mewujudkan hubungan dua hala antara sekolah dengan ibu
bapa/penjaga.

2.3.3.1.2 Bimbingan, Runding Cara dan Kerjaya
2.3.3.1.2.1 Merancang dan menyelaras pelaksanaan program
Bimbingan Runding Cara dan Kerjaya bersama-sama dengan
guru Bimbingan, Runding Cara dan Kerjaya.
2.3.3.1.2.2 Menyelaras dan menyediakan rekod bimbingan, runding
cara dan kerjaya pelajar serta menyediakan laporan yang
diperlukan.
2.3.3.1.2.3 Mengadakan kursus motivasi dan kemahiran pelajar.
2.3.3.1.2.4 Merancang dan melaksanakan program dan orientasi bagi
pelajar-pelajar baharu.

2.3.3.1.3 Program Perlindungan Pelajar
2.3.3.1.3.1 Merancang dan menyelaras program mencegah
penyalahgunaan dadah dan program lain di peringkat
sekolah.
2.3.3.1.3.2 Memastikan langkah-langkah keselamatan pelajar semasa
berada di sekolah dilaksanakan.

2.3.3.1.4 Kesihatan
2.3.3.1.4.1 Menguruskan kemudahan rawatan pelajar.
2.3.3.1.4.2 Memastikan program-program kesihatan pelajar dijalankan
dengan sempurna.
2.3.3.1.4.3 Menyelaras penyeliaan kantin sekolah dan dewan makan
asrama.
2.3.3.1.4.4 Menyelaras aktiviti kesihatan pelajar.

2.3.3.1.5 Skim Pinjaman Buku Teks
2.3.3.1.5.1 Menyelaras pengeluaran, pengambilan, pengagihan dan
hapus kira buku teks.
2.3.3.1.5.2 Menguruskan kutipan data, mengawal buku stok dan bilik
operasi SPBT (Bilik BOSS).
2.3.3.1.5.3 Menyediakan anggaran belanjawan bagi pengurusan skim
pinjaman buku teks.

2.3.3.1.6 Biasiswa dan Bantuan dan
2.3.3.1.6.1 Menyelenggarakan perakuan-perakuan biasiswa
bantuan
2.3.3.1.6.2 Mengemas kini rekod biasiswa dan bantuan.
2.3.3.1.6.3 Mengurus tuntutan dan bayaran biasiswa pelajar.

2.3.3.1.7 Kebersihan, keceriaan dan keindahan sekolah
2.3.3.1.7.1 Membantu dalam menrancang dan menyelia program bagi
kebersihan, keceriaan dan keindahan sekolah.
2.3.3.1.7.2 Membantu penyediaan dan penyeliaan peralatan kebersihan,
keceriaan dan keindahan sekolah.

2.3.3.2 Pengurusan
2.3.3.2.1 Mengurus dan mengemas kini rekod pendaftaran pelajar.
2.3.3.2.2 Mengurus kemasukan, temu uji , dan penempatan pelajar
2.3.3.2.3 Mengurus pertukaran pelajar.
2.3.3.2.4 Menyemak buku kedatangan harian pelajar sesi pagi.
2.3.3.2.5 Mengurus surat akuan, sijil-sijil pelajar, pengesahan dan pengedaran
sijil berhenti sekolah.
2.3.3.2.6 Menyemak kad kemajuan pelajar.
2.3.3.2.7 Membantu menyediakan anggaran belanjawan sekolah.
2.3.3.2.8 Membantu merancang takwim sekolah.
2.3.3.2.9 Mengurus dan membantu urusan hal-hal atau aktiviti yang berkaitan
dengan kantin sekolah, koperasi, perayaan sekolah dan penerbitan

2.3.3.3 Pembangunan Organisasi
2.3.3.3.1 Mewujudkan hubungan dua hala antara sekolah dengan ibu bapa/
masyarakat.
2.3.3.3.2 Mengadakan kursus/ latihan untuk pembangunan sumber manusia.

2.3.3.4 Pembangunan Kendiri
2.3.3.4.1 Mempertingkatkan budaya membaca dan budaya ilmu.
2.3.3.4.2 Menghadiri kursus, seminar dan bengkel.
2.3.3.4.3 Menjalankan kajian bagi kecemerlangan pengurusan sekolah.
2.3.3.4.4 Menghasilkan artikel-artikel bidang ikhtisas dan pengurusan.
2.3.3.4.5 Memberi sumbangan kepakaran dalam bidang pendidikan kepada
yang memerlukannya.
2.3.3.4.6 Melibatkan diri secara aktif dalam persatuan yang berkaitan dengan
profesion keguruan.

2.3.3.5 Pengawasan Asrama
2.3.3.5.1 Menentukan sistem kemasukan dan penempatan pelajar ke asrama.
2.3.3.5.2 Membantu dalam pemilihan dan penyeliaan warden asrama
2.3.3.5.3 Menyelaras hal ehwal pembelajaran dan menentukan langkah-
langkah keselamatan asrama.
2.3.3.5.4 Menyelaras penyeliaan kebersihan dan mewujudkan keceriaan
asrama.

2.3.3.6 Tugas-tugas lain
2.3.3.6.1 Menganggotai jawatankuasa-jawatankuasa yang diluluskan oleh
pengetua dari semasa ke semasa
2.3.3.6.2 Melaksanakan arahan dan tugasan-tugasan lain yang diberikan oleh
pengetua dari semasa ke semasa

2.4 PENOLONG KANAN KOKURIKULUM
2.4.2 Visi dan Misi Kokurikulum

Visi Kokurikulum

Meningkatkan kecemerlangan kokurikulum dalam
pelbagai peringkat

Misi Kokurikulum

Melaksanakan program pendidikan kokurikulum agar
potensi diri dan bakat pelajar meningkat sejajar dengan
Falsafah Pendidikan Jabatan Agama Islam Pahang Dan

Falsafah Pendidikan Negara

2.4.3. Dasar Pelaksanaan Kokurikulum
2.4.3.1. Penyertaan pelajar dalam kegiatan kokurikulum di sekolah adalah wajib.
2.4.3.2. Penyertaan semua guru adalah dikehendaki bagi memastikan
keberkesanan pelaksanaan gerak kerja kokurikulum di sekolah.
Kegiatan kokurikulum hendaklah merupakan kegiatan yang dirancang.
2.4.3.3. Berasaskan prinsip penyertaan beramai-ramai tanpa ada unsur-unsur
diskriminasi, fokus kepada peningkatan perpaduan dan integrasi dalam
kalangan pelajar dan bersifat merentas disiplin, bersepadu dan tidak
bersifat eksklusif.
2.4.3.4. Menggalakkan pelajar-pelajar mengambil bahagian membuat kerja-
kerja amal
2.4.3.5. Kegiatan kokurikulum di sekolah boleh dilaksanakan dengan
penglibatan dan penyertaan anggota masyarakat setempat.
2.4.3.6. Membenarkan pihak sekolah menganjurkan program lawatan
pendidikan pelajar semasa waktu persekolahan secara terancang dan
penglibatan ibu bapa yang berminat untuk menyertai lawatan-lawatan
tersebut.
2.4.3.7. Pelajar di sekolah perlu diberi ruang untuk mengembangkan potensi.
2.4.3.8. Sekolah hendaklah memberi penghargaan kepada guru dan pelajar atau
orang perseorangan.
2.4.3.9. Sekolah mewujudkan peluang kepada pelajar mengembangkan bakat
dan potensi diri dalam bidang kokurikulum yang mereka minati ke
peringkat yang lebih tinggi sehinggalah ke peringkat antarabangsa.
Pelajar juga sebaik-baiknya diberi peluang memperagakan bakat dan
kecemerlangan kepada masyarakat awam.

2.4.4. KONSEP KOKURIKULUM
2.4.4.1. Aktiviti kokurikulum adalah sebahagian daripada kurikulum sekolah,
dan setiap pelajar harus melibatkan diri. Aktiviti ini boleh dijalankan di
dalam dan di luar bilik darjah, mengikut kesesuaian sesuatu aktiviti.
Dengan andaian bahawa pelajar-pelajar tidak mendapat pengalaman
tertentu di bilik darjah, maka aktiviti kokurikulum dapat menyediakan
pelbagai pengetahuan dan pengalaman untuk perkembangan mental,
minat, bakat, jasmani, rohani dan pembentukan nilai-nilai estetika serta
sosial yang positif.
2.4.4.2. Sebagai satu bidang pendidikan, penglibatan semua pelajar dan anggota
masyarakat adalah perlu, berasaskan kepada anggapan bahawa:-
2.4.4.2.1. Semua pelajar harus mempunyai keseimbangan antara
perkembangan mental (akademik) dengan perkembangan
sahsiah yang bersepadu (sosial, jasmani dan rohani).
2.4.4.2.2. Semua pelajar mempunyai minat dan bakat yang boleh
dikembangkan.
2.4.4.2.3. Semua pelajar boleh dididik dan boleh pula mendidik diri sendiri
dan rakan sebaya.
2.4.4.2.4. Sekolah bertanggungjawab melahirkan pelajar-pelajar untuk
keperluan masyarakat dan negara.
2.4.4.2.5. Masyarakat turut bertanggungjawab memainkan peranan
mendidik pelajar-pelajar.

2.4.5. MATLAMAT KOKURIKULUM
2.4.5.1. Menyemai kesedaran pelajar-pelajar terhadap agama dan kepercayaan
kepada tuhan
2.4.5.2. Menyeimbangkan antara perkembangan mental dengan perkembangan
rohani, jasmani dan emosi pelajar.
2.4.5.3. Mengukuhkan perhubungan dan pergaulan dalam kalangan pelajar di
sekolah dan antara sekolah
2.4.5.4. Membina dan meningkatkan minat dan bakat pelajar-pelajar dalam
aktiviti yang diceburi
2.4.5.5. Membina dan meningkatkan disiplin pelajar
2.4.5.6. Mewujudkan budaya sekolah yang menarik dan menggembirakan
2.4.5.7. Membina dan meningkatkan kerjasama dan sumbangan hubungan dua
hala antara sekolah dan masyarakat;
2.4.5.8. Mewujudkan sekolah berwatak.

2.4.6. STRATEGI
2.4.6.1. Memberi wajaran yang sesuai kepada aktiviti kokurikulum supaya
kurikulum dan kokurikulum boleh saling melengkapi dalam proses
pendidikan di sekolah.
2.4.6.2. Menambahkan bilangan pasukan pakaian seragam, persatuan/kelab,
kelab sukan dan permainan serta mempelbagaikan aktiviti tersebut,
dengan tujuan memberi peluang kepada semua pelajar melibatkan diri
dengan aktif secara individu atau kumpulan.
2.4.6.3. Melibatkan pelajar daripada semua kaum dalam semua aktiviti
kokurikulum yang sesuai untuk tujuan pemupukan perpaduan.
2.4.6.4. Melibatkan pelajar dan pihak sekolah dalam aktiviti khidmat
masyarakat.
2.4.6.5. Melibatkan Jawatankuasa Bimbingan Pelajar Sekolah (JBPS), Persatuan
Ibu bapa Guru-Guru (PIBG), guru-guru dan pelajar-pelajar dalam
perancangan dan pelaksanaan aktiviti kokurikulum.
2.4.6.6. Merancang dengan teliti aktiviti kokurikulum bagi mencapai matlamat
yang dikehendaki.
2.4.6.7. Merekod dan menilai kemajuan aktiviti kokurikulum yang dijalankan.
2.4.6.8. Menganjur dan mengelola pertandingan yang melibatkan semua pelajar.
2.4.6.9. Menyelia dan menilai aktiviti secara sistematik dan berterusan.
2.4.6.10. Memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada semua pihak dari
semasa ke semasa.

2.4.7. PELAKSANAAN
2.4.7.1. Kokurikulum adalah kegiatan atau aktiviti selain mata pelajaran yang
diajarkan dalam bilik darjah tetapi yang dianggap sebagai sebahagian
daripada kursus pendidikan pelajar di sekolah (misalnya kegiatan dalam
persatuan-persatuan, kegiatan sukan, dan lain-lain).
2.4.7.2. Kokurikulum merupakan satu saluran pembelajaran yang berasaskan
gerak kerja yang terancang. Gerak kerja ini merupakan lanjutan daripada
proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Oleh itu, aktiviti-
aktiviti kokurikulum dapat menyediakan peluang kepada pelajar untuk
menambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan
nilai-nilai yang telah dipelajari di bilik darjah.
2.4.7.3. Kokurikulum adalah bidang pengajian luar bilik darjah atau yang tidak
formal.

2.4.7.4. Kokurikulum adalah wadah pembinaan jasmani, emosi dan rohani
2.4.7.5. dengan menawarkan pelbagai pengetahuan, pengalaman, kemahiran dan
latihan, berteraskan konsep pendidikan dan pembangunan insan yang
bersepadu dan menyeluruh. Pengetahuan, pengalaman dan kemahiran
yang mengandungi unsur-unsur intelek, disiplin kendiri, kepimpinan,
keusahawanan, kreativiti dan inovasi, kecintaan kepada alam semula
jadi, kewarganegaraan dan kesetiaan kepada bangsa dan negara,
kebudayaan, integrasi nasional, dan sebagainya akan membantu pelajar
menentukan hala tuju kehidupan masa depannya.
Kokurikulum adalah aktiviti pembelajaran tidak formal yang
berteraskan keperluan pelajar mengalami sendiri aktiviti-aktiviti
kependidikan dalam keadaan sebenar

2.4.8. Kandungan Kegiatan Kokurikulum Di Sekolah
2.4.8.1. Kegiatan kokurikulum di sekolah akan mengandungi yang berikut:-
2.4.8.1.1. Penyertaan dalam sukan dan permainan
2.4.8.1.2. Penyertaan dalam persatuan dan kelab
2.4.8.1.3. Penyertaan dalam unit beruniform
2.4.8.1.4. Penyertaan dalam kegiatan-kegiatan lain sebagaimana
ditentukan oleh JAIP/KPM

2.4.8.2. Kegiatan kokurikulum di sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan
meliputi kegiatan dalam persatuan yang ditubuhkan di sekolah daripada
kategori berikut:-

2.4.8.2.1. Mata pelajaran yang diajar di sekolah sebagaimana yang
dinyatakan dalam Peraturan-peraturan Pendidikan (Kurikulum
Kebangsaan) 1997

2.4.8.2.2. Hobi dan rekreasi
2.4.8.2.3. Sukan dan permainan
2.4.8.2.4. Unit beruniform
2.4.8.2.5. Persatuan-persatuan lain yang diluluskan oleh pendaftar

2.4.8.3. Tugas dan Tanggungjawab Guru
2.4.8.3.1. Pengetua sebagai Penolong Pendaftar mempunyai kuasa untuk
melantik guru sebagai guru penasihat bagi menjalankan tugas-
tugas dalam aktiviti kokurikulum berdasarkan peruntukan yang
sedia ada.

2.4.8.4. Keberkesanan Kegiatan Kokurikulum
2.4.8.4.1. Sebagai kegiatan kependidikan, kegiatan kokurikulum berfungsi
untuk membantu dan membolehkan pelajar-pelajar:-
2.4.8.4.1.1. Mengamal dan mengukuhkan ilmu pengetahuan yang
diperoleh di bilik darjah
2.4.8.4.1.2. Mengaplikasikan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang
diperoleh melalui pembelajaran formal di bilik darjah
2.4.8.4.1.3. Mengalami sendiri situasi dan proses yang menjana ilmu
pengetahuan, pengalaman dan kemahiran yang telah dan
akan dipelajari dalam bilik darjah.
2.4.8.4.1.4. Melatih diri berdikari dan memupuk sikap yakin kepada diri
sendiri berinteraksi secara langsung dengan alam sekitar
untuk mengukuhi keinsafan tentang hakikat kewujudan dan
menyemarakkan perasaan penuh kesyukuran serta
menyedari kebertanggungjawaban diri sendiri ke atas
kelestarian dan kesejahteraan alam semula jadi.
2.4.8.4.1.5. Mengembangkan bakat, minat dan potensi diri sendiri dalam
bidang-bidang yang diceburi.
2.4.8.4.1.6. Mengalami sendiri hakikat pentingnya diri sendiri dan
individu lain mempunyai nilai-nilai murni kemanusiaan dan
keinsanan yang luhur.
2.4.8.4.1.7. Mengalami sendiri hakikat pentingnya perpaduan,
kerjasama, permuafakatan dan semangat sepasukan.
2.4.8.4.1.8. Menguji dan mempertingkatkan ciri-ciri kepemimpinan,
ketabahan dan kecekalan menghadapi masalah dan cabaran.
2.4.8.4.1.9. Memanfaatkan peluang yang ada dan meneroka peluang-
peluang baharu untuk memajukan diri dan rakan-rakan.
2.4.8.4.1.10. Memperoleh pengetahuan, pengalaman, dan kemahiran
baharu yang tidak mungkin diperoleh di bilik darjah.
2.4.8.4.1.11. Meningkatkan kreativiti, inovasi dan kekaryawanan dalam
bidang-bidang yang diminati.
2.4.8.4.1.12. Berinteraksi dengan rakan-rakan, dan anggota masyarakat
untuk mewujudkan suasana yang harmoni, ceria, aman dan
sejahtera serta saling bekerjasama.
2.4.8.4.1.13. Mengisi masa lapang dengan kerja-kerja yang berfaedah di
samping membina kesihatan dan kesejahteraan diri.
2.4.8.4.1.14. Memberi sumbangan tenaga, idea, buah fikiran yang bernas,
khidmat dan kepakaran kepada yang memerlukan.
2.4.8.4.1.15. Menyuburkan sifat-sifat penyayang (caring), bertimbang
rasa (understanding), toleransi (tolerance), menerima
dengan senang hati (acceptance), positivisme (positivism),
berbudi bahasa dan bersopan santun (politeness),
kepemimpinan (leadership), empati (empathy), dan tegas
(assertive)

2.4.8.5. Perancangan dan Pengelolaan Kokurikulum
2.4.8.5.1. Prinsip pelaksanaan kokurikulum
2.4.8.5.1.1. Mengadakan kemudahan asas dan peralatan supaya
mewujudkan pembelajaraan yang menyeronokkan merentasi
kurikulum
2.4.8.5.1.2. Merancang, menganjur, mengelola dan menilai aktiviti
kokurikulum yang berbentuk aktiviti yang lengkap dan
memperkukuhkan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik
darjah
2.4.8.5.1.3. Program kokurikulum memberi penekanan kepada
peningkatan ilmu dan kemahiran baharu bagi memupuk
sikap positif, nilai-nilai murni untuk meningkatkan kualiti
sahsiah, disiplin ketahanan diri, daya saing bagi
kesejahteraan diri pelajar dan masyarakat.
2.4.8.5.1.4. Program kokurikulum memberi penekanan kepada usaha
bersepadu ke arah memperkukuhkan semangat patriotisme
dan perpaduan antara kaum.
2.4.8.5.1.5. Memberi peluang sepenuhnya kepada pelajar menyertai
kegiatan kokurikum dan memperagakan kepada masyarakat
secara integrasi.
2.4.8.5.1.6. Memastikan perjalanan aktiviti kokurikulum adalah
berdasarkan kepada kurikulum, badan induk gabungan atau
yang berkaitan .
2.4.8.5.1.7. Menyediakan skema penilaian aktiviti kokurikulum dalam
pelbagai bidang dan memberi peluang kepada pelajar untuk
mempertingkatkan tahap pencapaian secara berterusan.
2.4.8.5.1.8. Kegiatan kokurikulum yang dirancang dan dikelolakan
memberi peluang serta kesempatan kepada pelajar untuk
mengembangkan minat, bakat, kreativiti dan inovasi masing-
masing
2.4.8.5.1.9. Mewujudkan kerjasama dengan agensi-agensi kerajaan dan
bukan kerajaan, syarikat-syarikat swasta dan institusi
pengajian tinggi
2.4.8.5.1.10. Menerapkan elemen-elemen kerjaya dalam program dan
kegiatan kokurikulum
2.4.8.5.1.11. Memberi penghargaan dalam aktiviti kokurikulum.

2.4.8.5.2. Skema Pelaksanaan Kokurikulum Sekolah
2.4.8.5.2.1. Menubuhkan Jawatankuasa Pengurusan Kokurikulum
Sekolah.
2.4.8.5.2.2. Menubuhkan jawatankuasa kerja pengurusan dan
penyelarasan kegiatan kokurikulum yang terdiri daripada
guru-guru penasihat persatuan/kelab, pasukan pakaian
seragam dan sukan/permainan.
2.4.8.5.2.3. Merumuskan dan menetapkan visi dan misi kegiatan
kokurikulum dan menghebahkannya kepada guru-guru dan
pelajar
2.4.8.5.2.4. Menubuhkan persatuan/kelab/unit beruniform dan melantik
guru-guru dan penasihat.
2.4.8.5.2.5. Mengkaji dan mengenal pasti kekuatan kelemahan dalam
pelaksaanan kegiatan kokurikulum pada tahun-tahun
sebelumnya dan merumuskan dasar, pendekatan dan kaedah
baharu pelaksanaan.
2.4.8.5.2.6. Mengenal pasti keupayaan sekolah dari aspek pelaksanaan
seperti sumber tenaga dan kepakaran, kesesuaian
persekitaran, sumber bantuan dan kewangan dan
kecenderungan pelajar.
2.4.8.5.2.7. Memperoleh dan mengemas kini inventori, bekalan pejabat
dan harta modal bidang kokurikulum.
2.4.8.5.2.8. Memberi taklimat kepada guru-guru tentang dasar,
pendekatan dan kaedah baharu pelaksanaan kokurikulum
yang boleh dirumuskan.
2.4.8.5.2.9. Menyediakan keperluan asas pentadbiran.
2.4.8.5.2.10. Menyediakan atau memperoleh keperluan prasarana.
2.4.8.5.2.11. Menyediakan kurikulum kegiatan setiap persatuan/kelab
2.4.8.5.2.12. Meneroka dan mewujudkan peluang-peluang penyertaan dan
penglibatan pelajar dalam kegiatan kokurikulum di peringkat
daerah, negeri, kebangsaan dan antarabangsa.
2.4.8.5.2.13. Menyediakan perancangan dan jadual tahunan kegiatan
kokurikulum sekolah
2.4.8.5.2.14. Melaksanakan kursus-kursus pengurusan kokurikulum
kepada guru-guru
2.4.8.5.2.15. Merancang dan melaksanakan kursus-kursus kejurulatihan.
2.4.8.5.2.16. Memantau dan menyelia pelaksanaan kegiatan kokurikulum
2.4.8.5.2.17. Menyedia, mengumpul dan menyemak dokumentasi
pelaksanaan oleh setiap persatuan/kelab, badan beruniform
dan sukan/permainan.
2.4.8.5.2.18. Melaksanakan skema penilaian aktivit kokurikulum setiap
pelajar.
2.4.8.5.2.19. Menyediakan laporan tahunan kokurikulum.

2.4.8.5.3. Penilaian
2.4.8.5.3.1. Penilaian sesuatu aktiviti/program boleh dibuat sama ada
selepas post mortem atau satu tahun kemudiannya
2.4.8.5.3.2. Terdapat beberapa kaedah untuk membuat penilaian seperti:
2.4.8.5.3.2.1. Rajah tulang ikan
2.4.8.5.3.2.2. Penandaarasan
2.4.8.5.3.2.3. Sumbangsaran
2.4.8.5.3.2.4. Carta dan Graf
2.4.8.5.3.2.5. Carta Gantt

2.4.8.5.4. Keselamatan dan Kebajikan
2.4.8.5.4.1. Langkah-langkah keselamatan yang maksima perlu diambil
bagi mengelakkan sebarang kemungkinan berlakunya
kemalangan dalam kalangan pelajar ketika mengikuti aktiviti
atau program yang dianjurkan
2.4.8.5.4.2. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 8/2009 dikeluarkan dengan
tujuan untuk mengingatkan semua pengetua supaya
mematuhi semua prosedur, peraturan dan garis panduan yang
dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia ketika
menganjurkan aktiviti atau program luar yang melibatkan
pelajar-pelajar di samping sentiasa berwaspada terhadap
kemungkinan yang boleh berlaku terhadap pelajar.

2.4.8.5.5. Bidang Tugas
2.4.8.5.5.1. Menjalankan tugas-tugas pengetua semasa ketiadaan
pengetua/Penolong Kanan
2.4.8.5.5.2. Mengajar sebilangan waktu mengikut arahan pengetua.
2.4.8.5.5.3. Bertanggungjawab kepada pengetua dalam semua aktiviti
kokurikulum iaitu sukan/permainan, kelab/persatuan dan
unit beruniform.
2.4.8.5.5.4. Membantu pengetua dalam pentadbiran sekolah yang
mempunyai sesi petang.
2.4.8.5.5.5. Membantu pengetua menyelia dan menilai proses PdPc di
sekolah.

2.4.8.5.6. Senarai Tugas.
2.4.8.5.6.1. Kokurikulum
2.4.8.5.6.1.1. Sukan, Permainan, Ilmiah
2.4.8.5.6.1.1.1. Membantu merancang, melaksana dan menyelia
kegiatan sukan dan permainan serta ilmiah dalam
semua peringkat.
2.4.8.5.6.1.1.2. Membantu, merancang takwim sukan dan
permainan sekolah.
2.4.8.5.6.1.1.3. Mengurus pemilihan peserta sukan untuk elit bagi
mewakili sekolah.
2.4.8.5.6.1.1.4. Mengawal dan menilai setiap kegiatan sukan dan
permainan serta ilmiah supaya mencapai
matlamatnya.
2.4.8.5.6.1.1.5. Mengurus pemilihan peserta sukan bagi mewakili
sekolah
2.4.8.5.6.1.1.6. Mengawal dan menilai setiap kegiatan sukan dan
permainan serta ilmiah supaya mencapai
matlamatnya.

2.4.8.5.6.1.2. Kelab /Persatuan
2.4.8.5.6.1.2.1. Menyelaras dan menyelia aktiviti-aktiviti
persatuan dan kelab yang bercorak akademik.
2.4.8.5.6.1.2.2. Memastikan pelaksanaan program kelab/
persatuan berjalan mengikut jadual.

2.4.8.5.6.1.3. Unit Beruniform
2.4.8.5.6.1.3.1. Merancang strategi penglibatan unit beruniform
sekolah.
2.4.8.5.6.1.3.2. Menyelaras pelaksanaan kegiatan unit
beruniform sekolah.
2.4.8.5.6.1.3.3. Memastikan pelaksanaan program unit
beruniform berjalan mengikut jadual.

2.4.8.5.6.2. Pengurusan

2.4.8.5.6.2.1. Mengurus dan menyelaras kegiatan setiap bidang

kokurikulum.

2.4.8.5.6.2.2. Menyedia anggaran belanjawan pengurusan

kokurikulum.

2.4.8.5.6.2.3. Menentukan langkah keselamatan dalam setiap aktiviti

kokurikulum telah diambil.

2.4.8.5.6.2.4. Membantu dan mengurus segala penerbitan

majalah/artikel sekolah.

2.4.8.5.6.2.5. Menyelaras pembahagian pelajar dalam kumpulan/
rumah dan meningkatkan pencapaian prestasi aktiviti
setiap rumah,

2.4.8.5.6.2.6. Menguruskan dan menyelia peralatan dan kemudahan
kokurikulum.

2.4.8.5.6.2.7. Memastikan rekod-rekod dan data kokurikulum
diselenggara dengan baik.

2.4.8.5.6.2.8. Mengenal pasti guru/ pelajar yang berpotensi untuk maju
dan mengadakan program khas untuk mereka.

2.4.8.5.6.2.9. Menguruskan markah kokurikulum kerana kokurikulum
dijadikan asas penggunaan 10% markah kokurikulum
sebagai syarat ke IPTA calon SPM dan STPM.

2.4.8.5.6.3. Pembangunan Diri Pelajar
2.4.8.5.6.3.1. Membantu merancang program pembangunan diri
pelajar seperti perkhemahan tahunan, Hari Kokurikulum
dan lain-lain.
2.4.8.5.6.3.2. Menyertai kursus kokurikulum.
2.4.8.5.6.3.3. Menyertai kempen/perkhemahan tahunan yang diadakan
badan luar.
2.4.8.5.6.3.4. Menjadi jurulatih dalam bidang-bidang tertentu.

2.4.8.5.6.4. Pembangunan Organisasi
2.4.8.5.6.4.1. Mewujudkan hubungan dua hala antara sekolah dengan
ibu bapa/ masyarakat.
2.4.8.5.6.4.2. Mengadakan kursus/ latihan untuk personel.

2.4.8.5.6.5. Pembangunan Kendiri
2.4.8.5.6.5.1. Mempertingkat budaya membaca dan budaya ilmu
2.4.8.5.6.5.2. Menghadiri kursus, seminar dan bengkel.
2.4.8.5.6.5.3. Menjalankan kajian bagi kecemerlangan pengurusan
sekolah
2.4.8.5.6.5.4. Menghasilkan artikel-artikel bidang ikhtisas dan
pengurusan.
2.4.8.5.6.5.5. Memberikan sumbangan kepakaran dalam bidang
pendidikan kepada yang memerlukannya.
2.4.8.5.6.5.6. Melibatkan diri secara aktif dalam persatuan yang
berkaitan dengan profesion keguruan.



BAB 4

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PENGURUSAN
PENTADBIRAN DAN KURIKULUM

1. JAWATANKUASA SUMBER MANUSIA

Pengerusi : Pengetua
Timbalan Pengerusi : Penolong Kanan Pentadbiran dan Kurikulum
Naib Pengerusi I : Penolong Kanan Hal Ehwal Pelajar
Naib Pengerusi II : Penolong Kanan Kokurikulum
Setiausaha : Guru
AJK : Guru

1.1 Tugas Am
1.1.1 Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP):-
1.1.1.1 Mendapatkan maklumat kursus yang diperlukan guru dan kakitangan
sokongan.
1.1.1.2 Menentukan tarikh dan tempat kursus.
1.1.1.3 Menentukan penceramah mengikut keperluan kursus.
1.1.1.4 Menyediakan dan menghantar surat jemputan kepada penceramah.
1.1.1.5 Menyediakan sijil penghargaan dan cenderamata iringan.
1.1.1.6 Menyediakan laporan dan menilai keberkesanan setiap kursus.
1.1.1.7 Menyediakan fail dokumentasi sekolah.

2. JAWATANKUASA ASET KERAJAAN

Pengerusi : Pengetua

Timbalan Pengerusi : Penolong Kanan Pentadbiran dan Kurikulum

Naib Pengerusi I : Penolong Kanan Hal Ehwal Pelajar

Naib Pengerusi II : Penolong Kanan Kokurikulum

Setiausaha : Pembantu Tadbir

Pegawai Aset : Guru

Pemeriksa Aset JAIP : Guru

AJK : Setiausaha Kokurikulum (Stor Sukan)

Guru Penyelaras Tingkatan

Guru Tingkatan

Penyelaras Bilik Gerakan/Bilik Khas/Makmal

Penyelaras Pusat Sumber Sekolah

Penyelaras Setiap Lokasi Aset (Wakaf/Dewan

Terbuka/Padang/Gelanggang Sukan)

Warden Asrama

2.1 Tugas Am

2.1.1 Membaca, memahami dan melaksanakan semua arahan yang dihantar

oleh JAIP dari semasa ke semasa.

2.1.2 Semua penerimaan/pembelian mesti direkodkan dalam Kad Harta

Modal, Kad Inventori dan Buku Bekalan Pejabat.

2.1.3 Mengurus semua harta sekolah yang hendak dihapus kira mengikut

peraturan.

2.1.4 Mengenal pasti keperluan perabot.

2.1.5 Memastikan sistem inventori dilaksanakan.

2.1.6 Memastikan semakan inventori dilaksanakan dua kali setahun

(pertengahan tahun dan akhir tahun).

2.1.7 Mengurus harta modal termasuk membaiki dan menyelenggara apabila

perlu.

2.1.8 Memastikan semua harta sekolah disimpan dengan selamat.

2.1.9 Menetapkan dan melaksanakan peraturan-peraturan menjaga

keselamatan perabot dan harta sekolah serta jenis denda yang akan

dikenakan kepada pelajar.

2.1.10 Mengadakan mesyuarat jawatankuasa setiap tiga bulan dan menghantar

minit mesyuarat kepada JAIP.

2.1.11 Menghantar laporan aset sekolah kepada JAIP pada bulan Januari setiap

tahun.

2.1.12 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pengetua dari semasa

ke semasa.

3. JAWATANKUASA KEWANGAN DAN AKAUN

Pengerusi : Pengetua
Timbalan Pengerusi : Penolong Kanan Pentadbiran dan Kurikulum
Naib Pengerusi I : Penolong Kanan Hal Ehwal Pelajar
Naib Pengerusi II : Penolong Kanan Kokurikulum
Setiausaha : Pembantu Tadbir (Kewangan)

AJK (Juruaudit Dalaman)
: Bendahari PIBG

Bendahari Koperasi/Kedai Buku
Bendahari PETKA
Bendahari Kelab Guru-guru dan Kakitangan
Penyelia Asrama

3.1 Tugas Am
3.1.1 Membaca dan memahami pekeliling/surat pekeliling yang berkaitan dengan
pengurusan kewangan dan akaun sekolah yang berkuatkuasa.
3.1.2 Melaksanakan pengurusan kewangan berdasarkan pekeliling/surat pekeliling
yang berkaitan dengan pengurusan kewangan dan perakaunan sekolah yang
berkuatkuasa dari semasa ke semasa.
3.1.3 Mengeluarkan surat kuasa memungut yuran kepada penolong kanan, guru
tingkatan dan pembantu tadbir
3.1.4 Memesan dan mendaftar buku resit untuk tujuan pungutan.
3.1.5 Mengagihkan buku resit kepada guru tingkatan dan penyelaras tingkatan.
3.1.6 Memastikan semua penerimaan telah dimasukkan ke dalam bank
3.1.7 Memastikan semua pembelian/pembayaran dibuat mengikut peraturan
kewangan (pesanan tempatan, invois, bil, baucar dan cek).
3.1.8 Menyediakan buku tunai kerajaan/SUWA/panjar wang runcit.
3.1.9 Menyemak dan menandatangani penyata kewangan dalam buku tunai
kerajaan/SUWA/panjar wang runcit.
3.1.10 Meneliti dan mengambil tindakan susulan terhadap laporan audit.
3.1.11 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pengetua dari semasa ke
semasa.

4. JAWATANKUASA KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN (KPP)

Pengerusi : Pengetua
Timbalan Pengerusi : Penolong Kanan Pentadbiran dan Kurikulum
Naib Pengerusi I : Penolong Kanan Hal Ehwal Pelajar
Naib Pengerusi II : Penolong Kanan Kokurikulum
Setiausaha : Guru (Pegawai KKP)
AJK : Guru/Kakitangan (4)

Ahli (Jika guru & kakitangan < 100orang)
Guru/Kakitangan (8)
(Jika guru & kakitangan > 100 orang)
: Semua guru dan kakitangan

4.1 Tugas Am

4.1.1 Menghadiri taklimat/kursus yang diadakan oleh pihak berwajib
berkaitan Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan (JKK).

4.1.2 Menubuhkan dan melantik Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan
(JKK).

4.1.3 Menyediakan surat lantikan kepada semua ahli jawatankuasa JKK.
4.1.4 Menyatakan dengan jelas dalam surat lantikan berkaitan tugas dan

tanggungjawab ahli JKK.
4.1.5 Mengadakan taklimat berkaitan tugasan dan pelaksanaan JKK.
4.1.6 Merancang latihan/kursus berkaitan Keselamatan dan Kesihatan

Pekerjaan (KPP) kepada semua Ahli JKK.
4.1.7 Bekerjasama dengan Jawatankuasa Sumber Manusia untuk pelaksanaan

latihan/kursus KPP kepada semua ahli.
4.1.8 Membantu dalam membangunkan kaedah-kaedah keselamatan dan

kesihatan, sistem kerja yang selamat.
4.1.9 Membuat analisis keberkesanan program keselamatan dan kesihatan

yang telah dilaksanakan.
4.1.10 Membuat kajian berkaitan tren kemalangan, kemalangan nyaris,

kejadian berbahaya, keracunan pekerjaan atau penyakit pekerjaan yang
berlaku di tempat kerja.
4.1.11 Memaklumkan dan bekerjasama dengan pentadbir untuk tindakan
pembaikan.
4.1.12 Mengkaji semula Dasar Keselamatan dan Kesihatan tempat kerja.
4.1.13 Mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh tiga
(3) bulan membincangkan perkara-perkara berkaitan keselamatan dan
kesihatan tempat kerja.
4.1.14 Menjalankan pemeriksaan tempat kerja secara berkala dan menghantar
laporan kepada pengetua.

4.1.15 Membuat cadangan kepada pengetua berkaitan langkah-langkah
pemulihan yang perlu diambil hasil daripada pemeriksaan tersebut.

4.1.16 Membuat siasatan sekiranya berlaku kemalangan di tempat kerja
(kemalangan, kemalangan nyaris, kejadian berbahaya, keracunan
pekerjaan atau penyakit pekerjaan yang berlaku di tempat kerja) dan
memberi cadangan kepada pengetua langkah-langkah yang perlu
diambil supaya perkara yang sama tidak berulang pada masa akan
datang.

4.1.17 Memastikan bahan kimia yang digunakan di makmal direkodkan dan
diselengarakan dengan baik dan mengikut piawai keselamatan yang
ditetapkan.

4.1.18 Membuat laporan kemalangan peringkat dalaman dan dipanjangkan
kepada Jawatankuasa Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan (JKKP)
yang berdekatan dengan segera menggunakan borang JKKP 6 atau
JKKP 7 dalam masa tujuh hari.

4.1.19 Mengisi secara atas talian Daftar Kemalangan, Kejadian Berbahaya,
Keracunan Pekerjaan dan Penyakit Pekerjaan (Borang JKKP) kepada
JKKP sebelum 31 Januari setiap tahun.

4.1.20 Fungsi JKK serta tanggungjawab dan akauntabiliti ahli JKK
diperjelaskan dalam Peraturan-peraturan Keselamatan dan Kesihatan
Pekerja (Jawantankuasa Keselamatan dan Kesihatan) 1996.

5. JAWATANKUASA BILIK GERAKAN/BILIK KHAS/MAKMAL

Pengerusi : Pengetua
Timbalan Pengerusi : Penolong Kanan Pentadbiran dan Kurikulum
Naib Pengerusi I : Penolong Kanan Hal Ehwal Pelajar
Naib Pengerusi II : Penolong Kanan Kokurikulum
Setiausaha : Guru
AJK : Penyelaras Bilik Gerakan/Bilik Khas/Makmal

Pembantu Makmal

5.1 Tugas Am
5.1.1 Memilih, melantik dan melatih ahli jawatankuasa serta menyelia tugas.
5.1.2 Menyediakan carta organisasi dan ahli jawatankuasa bilik gerakan/bilik
khas/makmal.
5.1.3 Menetapkan peraturan penggunaan bilik gerakan/bilik khas/makmal dan
pamerkan di setiap bilik.
5.1.4 Menetapkan peraturan pinjaman dan penggunaan alatan bilik gerakan/bilik
khas/makmal.
5.1.5 Menyediakan buku rekod lawatan dan rekod penggunaan bilik gerakan/bilik
khas/makmal.
5.1.6 Menyediakan senarai alatan atau barangan yang hendak dibeli serta
menguruskan pembelian.
5.1.7 Menyemak maklumat pembelian alatan ke dalam buku stok.
5.1.8 Menyusun atur alatan serta memastikan alatan sentiasa dalam keadaan selamat.
5.1.9 Memastikan semua kunci bilik gerakan/bilik khas/makmal dipulangkan ke
pejabat sebelum berakhirnya sesi persekolahan setiap hari.
5.1.10 Memastikan bilik sentiasa berada dalam keadaan bersih, ceria dan selamat.
5.1.11 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pengetua dari semasa ke
semasa.

6. JAWATANKUASA BERTUGAS HARIAN/MINGGUAN

Pengerusi : Pengetua
Timbalan Pengerusi : Penolong Kanan Pentadbiran dan Kurikulum
Naib Pengerusi I : Penolong Kanan Hal Ehwal Pelajar
Naib Pengerusi II : Penolong Kanan Kokurikulum
Setiausaha : Guru
AJK : Guru

6.1 Tugas Am
6.1.1 Menjaga dan melaporkan ketidakhadiran guru kepada ahli jawatankuasa jadual
waktu dan ketiadaaan guru di dalam kelas.
6.1.2 Menjaga dan melaporkan masalah kebersihan dan keindahan seluruh kawasan
sekolah
6.1.3 Menjaga dan melaporkan masalah disiplin, kecederaan dan kemalangan dalam
kalangan pelajar.
6.1.4 Mencatatkan segala laporan di dalam Buku Laporan Khas Guru Bertugas
Mingguan dan menyemak buku kehadiran pelajar tiap-tiap hari di pejabat.
6.1.5 Mengambil tindakan sekiranya terdapat ketua tingkatan yang tidak mencatat
kedatangan kelas masing-masing.
6.1.6 Menghantar pelajar sakit ke hospital atau balik ke rumah mereka selepas
menghubungi ibu bapa/penjaga pelajar.
6.1.7 Menjadi pengerusi dalam majlis perhimpunan sebelum pengetua bercakap
dengan memberi ucapan mengikut tema tertentu dan membuat pengumuman.
6.1.8 Menjadi pengerusi majlis untuk sebarang majlis dalaman sekolah.
6.1.9 Membuat pengumuman melalui pembesar suara di pejabat pada perhimpunan
pagi, waktu rehat dan lima minit sebelum waktu balik sahaja atau dari semasa
ke semasa mengikut keperluan/hal-hal yang mustahak.
6.1.10 Menguruskan surat/memberi kebenaran kepada pelajar untuk ke klinik.
6.1.11 Mengawasi kebersihan bilik-bilik darjah, tandas, kantin, bilik-bilik khas dan
kawasan sekolah.
6.1.12 Menentukan keselamatan pelajar dan harta benda sekolah.
6.1.13 Mencatat kegiatan sekolah seperti sukan, persatuan-persatuan, unit beruniform
dan aktiviti-aktiviti lain yang dijalankan.
6.1.14 Mencatat mengenai perkara-perkara penting yang berlaku sepanjang
hari/minggu ke dalam Buku Laporan Guru Bertugas :-
6.1.14.1 Laporan Perhimpunan Rasmi
6.1.14.2 Laporan Harian

6.2 Tempoh Masa Bertugas.
6.2.1 Tempoh masa bertugas adalah sepanjang minggu termasuk dari hari Isnin
sehingga Jumaat dan Sabtu sekiranya sekolah mengadakan aktiviti. Semasa
bertugas, guru hendaklah membuat rondaan pemeriksaan di tempat-tempat
strategik pada waktu rehat dan waktu pembelajaran.
6.2.2 Guru bertugas hendaklah datang ke sekolah 15 minit lebih awal dari waktu
persekolahan dan balik 15 minit lebih lewat dari waktu balik persekolahan.

7. JAWATANKUASA SIAR RAYA & MULTIMEDIA/LCD

Pengerusi : Pengetua
Timbalan Pengerusi : Penolong Kanan Pentadbiran dan Kurikulum
Naib Pengerusi I : Penolong Kanan Hal Ehwal Pelajar
Naib Pengerusi II : Penolong Kanan Kokurikulum
Setiausaha : Guru
AJK : Guru

7.1 Tugas Am
7.1.1 Bertanggungjawab menyediakan dan memasang alat siar raya dan multimedia
(LCD/TV/skrin) untuk setiap aktiviti rasmi sekolah/JAIP.
7.1.2 Bertanggungjawab memastikan bahawa sistem siar raya sekolah berfungsi
dengan sempurna dan disimpan di tempat yang selamat.
7.1.3 Memastikan bahawa pelajar dapat mendengar dengan jelas segala pengumuman
dan siaran lain yang dibuat melalui sistem siar raya sekolah.
7.1.4 Bertanggungjawab membuat inventori dan menyimpan stok peralatan pembesar
suara.
7.1.5 Mengurus segala permohonan untuk meminjam peralatan siar raya oleh pihak
awam dan pertubuhan-pertubuhan kokurikulum sekolah serta memastikan
pemulangannya dibuat mengikut tarikh dan dalam keadaan baik.
7.1.6 Mengurus pembelian peralatan tambahan yang diperlukan dengan kebenaran
supaya siar raya berfungsi dengan baik dan berkesan.
7.1.7 Memeriksa dan melapor kerosakan alat-alat untuk pembaikan jika terdapat
kerosakan kepada pentadbir.
7.1.8 Menghantar peralatan untuk penyelenggaraan atau pembaikan jika terdapat
kerosakan.
7.1.9 Menyemak stok pada akhir setiap penggal.
7.1.10 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pengetua dari semasa ke
semasa.

8. JAWATANKUASA PERHUBUNGAN AWAM/NGO/AGENSI SWASTA

Pengerusi : Pengetua
Timbalan Pengerusi : Penolong Kanan Pentadbiran dan Kurikulum
Naib Pengerusi I : Penolong Kanan Hal Ehwal Pelajar
Naib Pengerusi II : Penolong Kanan Kokurikulum
Setiausaha : Guru
AJK : Guru

8.1 Tugas Am
8.1.1 Majlis Sekolah
8.1.1.1 Menetapkan tarikh yang sesuai untuk majlis rasmi peringkat sekolah untuk
dimuatkan dalam takwim persekolahan
8.1.1.2 Menentukan majlis rasmi sekolah.
8.1.1.3 Menentukan tarikh, tempat dan masa bagi upacara/majlis/sambutan
peringkat sekolah
8.1.1.4 Menyediakan kertas kerja untuk majlis-majlis sekolah.
8.1.1.5 Menentukan tetamu/jemputan kehormat dengan seliaan pengetua.
8.1.1.6 Melantik jawantankuasa untuk setiap majlis rasmi peringkat sekolah.
8.1.1.7 Mengadakan mesyuarat untuk membincangkan perjalanan majlis rasmi
peringkat sekolah.
8.1.1.8 Menentukan tugasan, jadual kerja, dan senarai semak ahli jawatankuasa
setiap majlis rasmi sekolah.
8.1.1.9 Membuat post-mortem selepas selesai majlis untuk penambahbaikan pada
masa akan datang.

8.1.2 NGO/Swasta (Agensi Luar)
8.1.2.1 Menyelaras program yang dianjurkan oleh NGO/swasta (agensi luar)
8.1.2.2 Memastikan agensi luar yang menganjurkan program mendapat kelulusan
bertulis daripada JAIP.
8.1.2.3 Memastikan agensi luar mematuhi syarat yang ditetapkan oleh JAIP.
8.1.2.4 Memastikan pelajar yang terlibat dengan program mendapat kebenaran
bertulis daripada ibu bapa/penjaga
8.1.2.5 Mendokumentasikan laporan program yang dilaksanakan.

9. JAWATANKUASA KELAB GURU DAN KAKITANGAN

Pengerusi : Pengetua
Timbalan Pengerusi : Penolong Kanan Pentadbiran dan Kurikulum
Naib Pengerusi I : Penolong Kanan Hal Ehwal Pelajar
Naib Pengerusi II : Penolong Kanan Kokurikulum
Setiausaha : Guru/Kakitangan
Bendahari : Guru/Kakitangan
AJK : Guru
Ahli : Semua Guru dan Kakitangan

9.1 Tugas Am
9.1.1 Mengadakan mesyuarat bagi membincangkan program tahunan dan
menetapkan yuran/sumbangan guru dan kakitangan.
9.1.2 Membuat kutipan bulanan untuk bayaran yuran kelab daripada semua ahli.
9.1.3 Bertanggungjawab mengadakan/mencadangkan program untuk kelab.
9.1.4 Menyediakan kertas kerja untuk semua program kelab.
9.1.5 Bertanggungjawab mengelolakan pertandingan/kegiatan sukan atau riadah
untuk ahli.
9.1.6 Mengurus kutipan untuk derma/sumbangan/pembelian hadiah/cenderamata
untuk ahli yang bertukar/bersara.
9.1.7 Menguruskan pembelian cenderamata bagi ahli yang bersara/bertukar.
9.1.8 Bertanggungjawab mengeluarkan saguhati kepada ahli/waris yang ditimpa
kemalangan atau meninggal dunia.
9.1.9 Menerima derma/sumbangan daripada mana-mana pihak/ahli/mana-mana
sumber dan mengeluarkan resit akuan terima serta dokumen yang berkaitan.
9.1.10 Mengadakan sekurang-kurangnya sekali setahun majlis makan/hari keluarga
yang melibatkan semua ahli.
9.1.11 Menyediakan dan menghantar laporan berkaitan program, sumbangan, derma,
akaun dan lain-lain hal yang wajar kepada pentadbir.
9.1.12 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pengetua dari semasa ke
semasa.

10 JAWATANKUASA MESYUARAT GURU

Pengerusi : Pengetua
Timbalan Pengerusi : Penolong Kanan Pentadbiran dan Kurikulum
Naib Pengerusi I : Penolong Kanan Hal Ehwal Pelajar
Naib Pengerusi II : Penolong Kanan Kokurikulum
Setiausaha : Guru
Ahli : Semua guru

10.1 Tugas Am
10.1.1 Mengeluarkan surat/memo panggilan mesyuarat sekurang-kurangnya tujuh hari
sebelum mesyuarat.
10.1.2 Mencatat dan menyediakan minit mesyuarat.
10.1.3 Mencatat kehadiran ahli mesyuarat.
10.1.4 Mengedarkan minit mesyuarat dalam tempoh tiga hari selepas mesyuarat
diadakan.
10.1.5 Memfailkan minit mesyuarat dari semasa ke semasa.
10.1.6 Mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya tiga kali dalam setahun.
10.1.7 Menyediakan peralatan untuk keperluan mesyuarat termasuk alat siar raya.

11 JAWATANKUASA PENGURUSAN KURIKULUM

Pengerusi : Pengetua

Timbalan Pengerusi : Penolong Kanan Pentadbiran dan Kurikulum

Naib Pengerusi I : Penolong Kanan Hal Ehwal Pelajar

Naib Pengerusi II : Penolong Kanan Kokurikulum

Setiausaha : Guru

Ahli : SU Penilaian dan Peperiksaan

SU Pusat Sumber

SU Jadual Waktu

SU PETKA

SU Tahfiz

SU SEGAK

SU Thobur Sobahi

11.1 Tugas Am

11.1.1 Memastikan objektif dan matlamat kurikulum sekolah berjaya dicapai.

11.1.2 Mewujudkan suasana pembelajaran dan PdPc yang kondusif.

11.1.3 Mencadangkan, membina dan mengurus alat bantuan mengajar

11.1.4 Membuat penilaian tentang prestasi pembelajaran

11.1.5 Mencerap guru dan memeriksa buku latihan pelajar

11.1.6 Merancang strategi pembelajaran dan pemudahcaraan

11.1.7 Menentukan pembahagian masa pembelajaran dan pemudahcaraan bagi

jadual waktu

11.1.8 Mengadakan mesyuarat kurikulum/panitia-panitia

11.1.9 Meningkatkan mutu PdPc bagi melonjakkan prestasi pelajar

11.1.10 Merancang dan melaksanakan kelas pemulihan dan bimbingan

11.1.11 Mengesan dan memastikan supaya sukatan dan perancangan pelajaran

dilaksanakan dengan sempurna

11.1.12 Merancang kursus baharu dan pendedahan kepada kakitangan akademik

mengenai perkara baharu dalam pendidikan

11.1.13 Menyebar bahan-bahan dan maklumat mengenai pendidikan kepada guru.

11.1.14 Mengkaji analisis keputusan PT3/SMA/SPM/STAM dan peperiksaan

dalaman serta merangka program jangka pendek dan panjang bagi

mengatasi kelemahan pelajar.

11.1.15 Mengkaji dan menilai buku teks dan buku tambahan yang digunakan oleh

pelajar-pelajar untuk menentukan kesesuaian dan membuat pembetulan jika

terdapat kesalahan.

11.1.16 Berusaha untuk memperbanyak bahan sumber pendidikan di sekolah.

11.1.17 Menilai dan meneliti laporan daripada semua panitia.

11.1.18 Menentukan perjalanan semua panitia mata pelajaran berjalan lancar.

11.1.19 Memantau pelaksanaan program-program pusat sumber.

11.1.20 Menyelaras penilaian bulanan/penggal/tahunan.

11.1.21 Memberi panduan kepada guru-guru mata pelajaran
11.1.22 Melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pengetua dari semasa
ke semasa.

11.2 Tugas Khas
11.2.1 Ketua Bidang
11.2.1.1 Bertanggungjawab dalam hal pentadbiran dan kurikulum yang berkaitan
dengan bidangnya.
11.2.1.2 Bertanggungjawab kepada pengetua dalam perancangan dan
pengurusan kokurikulum yang berkaitan dengan bidangnya.
11.2.1.3 Membantu pengetua menyelia dan menilai keberkesanan PdPc yang
berkaitan dengan bidangnya.
11.2.1.4 Mengadakan program untuk meningkatkan kecemerlangan akademik
dan sahsiah pelajar.
11.2.1.5 Membantu pengetua dalam semua aspek perancangan dan pengurusan
pendidikan yang berkaitan dengan bidangnya.
11.2.1.6 Membantu pengetua menyelaras dalam hal-hal yang berkaitan dengan
bidangnya dengan pihak luar seperti pemeriksaan sekolah oleh pihak
Jabatan Agama Islam Pahang, latihan mengajar bagi guru-guru pelatih/
maktab/universiti dan seumpamanya.
11.2.1.7 Mengajar mengikut ketetapan sekolah dan JAIP.

11.2.2 Ketua Panitia
11.2.2.1 Menyediakan sukatan pelajaran yang terbaru atau yang telah dikemas
kini untuk kegunaan ahli-ahli panitia.
11.2.2.2 Menyediakan rancangan pelajaran untuk mingguan dan tahunan.
11.2.2.3 Memilih dan mencadangkan kepada pentadbir sekolah buku teks untuk
kegunaan pelajar berdasarkan kesesuaian sukatan pelajaran dan tahap
kebolehan pelajar.
11.2.2.4 Memilih dan mencadangkan buku rujukan atau bahan-bahan bacaan
tambahan yang sesuai dengan keperluan pembelajaran para pelajar dan
kegunaan guru-guru untuk dibekalkan di Pusat Sumber Sekolah.
11.2.2.5 Menyelaras soalan-soalan ujian dan peperiksaan berasaskan sekolah
yang disediakan bagi setiap tingkatan dan juga perlu menubuhkan bank
soalan sekolah.
11.2.2.6 Mengkaji dan menganalisis keputusan peperiksaan serta mengambil
langkah-langkah untuk mengatasi kelemahan PdPc.
11.2.2.7 Mengadakan mesyuarat panitia secara berkala dan mengadakan
perjumpaan ad hoc apabila perlu.
11.2.2.8 Menentukan aktiviti atau program untuk mempertingkatkan prestasi
mata pelajaran dan pencapaian akademik pelajar dalam peperiksaan
dalaman/PT3/ SMA/SPM/STAM.
11.2.2.9 Membuat anggaran perbelanjaan untuk persetujuan pihak sekolah.

11.2.2.10 Bertukar-tukar pengalaman dan pengetahuan baharu yang diperoleh
setelah mengikuti kursus atau seminar dengan ahli-ahli lain.

11.2.2.11 Menyelenggarakan fail-fail panitia dan semua minit atau laporan
mesyuarat, surat menyurat dan rekod-rekod yang berkaitan.

11.2.2.12 Membincangkan dan membuat tindakan laporan Jemaah Nazir Sekolah
dan pegawai-pegawai dari jabatan.

11.2.2.13 Bertanggungjawab ke atas kejayaan pelaksanaan program-program
kecemerlangan akademik sekolah.

11.2.3 Pengajaran dan Pemudahcaraan (PdPc)
11.2.3.1 Menyediakan Sukatan dan Rancangan Pelajaran bagi mata pelajaran
yang dikhaskan.
11.2.3.2 Membincang pelaksanaan sukatan pelajaran dan rancangan pelajaran.
11.2.3.3 Membincang dan menilai kemajuan pelajar tiap-tiap kelas dan tingkatan
yang diajar.
11.2.3.4 Membincang pembaharuan yang sesuai dilaksanakan untuk menaikkan
prestasi mata pelajaran.

11.2.4 Peperiksaan dan Penilaian
11.2.4.1 Merancang dan menyusun pembahagian tugas dalam menyediakan
soalan-soalan peperiksaan bulanan, penggal serta percubaan dan
menyerahkan kepada guru penolong kanan kurikulum untuk semakan
mengikut masa yang ditetapkan.
11.2.4.2 Menyelaras dan menyiapkan skema pemarkahan serta soalan
ujian/peperiksaan.
11.2.4.3 Menganalisis dan menilai keputusan ujian peperiksaan, menentukan
kelemahan serta mengesyorkan cara mengatasi.
11.2.4.4 Mengenal pasti kumpulan pelajar cemerlang, sederhana dan potensi
dalam setiap kelas mengikut mata pelajaran.
11.2.4.5 Merancang, melaksana dan menyelia program pengayaan dan
pemulihan.
11.2.4.6 Menubuhkan bank soalan atau modul pembelajaran
11.2.4.7 Menyedia dan menyelaras bahan pengajaran dan pembelajaran kelas
tambahan.
11.2.4.8 Menyelaras program ujian lisan (dalaman) dan menyediakan sijil yang
berkaitan (jika ada).

11.2.5 Mesyuarat
11.2.5.1 Mesyuarat berkala, sekurang-kurangnya empat kali setahun mengikut
takwim.
11.2.5.2 Mengadakan perjumpaan ad hoc dan perbincangan tidak rasmi jika
perlu.
11.2.5.3 Minit direkodkan dalam buku minit mesyuarat, disediakan dalam
salinan untuk diedarkan kepada ahli-ahli panitia
11.2.5.4 Menyediakan tiga salinan minit mesyuarat dihantar melalui
Setiausaha Kurikulum kepada JAIP dan simpanan sekolah
11.2.5.5 Mengemas kini fail-fail panitia dan rekod-rekod berkaitan.

11.2.6 Kursus/Latihan dan Program Profesionalisme Guru
11.2.6.1 Guru yang mengikuti kursus atau seminar perlu berkongsi pengetahuan
dan pengalaman dengan guru-guru lain.
11.2.6.2 Mengadakan latihan/kursus dalaman.
11.2.6.3 Membantu guru baharu dalam PdPc
11.2.6.4 Mencadang dan memilih buku-buku rujukan/bahan bacaan untuk Pusat
Sumber atau kegunaan panitia.
11.2.6.5 Menyediakan jadual pemantauan dan pencerapan oleh PK, ketua bidang,
ketua panitia atau sesama ahli-ahli panitia
11.2.6.6 Menjemput penceramah luar memberi ceramah/bengkel peningkatan
profesionalisme guru

11.3 Guru Mata Pelajaran
11.3.1 Memiliki, memahami dan boleh mentafsir serta menghuraikan kandungan
sukatan pelajaran dan huraian mata pelajaran yang berkenaan.
11.3.2 Memahami dan mematuhi pekeliling-pekeliling dan arahan yang berkaitan
dengan mata pelajaran yang diajar serta menentukan dan menetapkan
matlamat yang harus dicapai, iaitu dari segi pengetahuan, kebolehan dan
kemahiran pada akhir tiap-tiap penggal bagi setiap tingkatan.
11.3.3 Mempunyai buku/fail rekod mengajar yang kemaskini dan menyerahkan
kepada pengetua pada masa yang ditetapkan (hari terakhir bagi setiap
minggu persekolahan).
11.3.4 Menyediakan rancangan pelajaran bagi mata pelajaran yang diajar dengan
lengkap untuk tempoh setahun/sepenggal/seminggu/harian dan
melaksanakan pengajarannya mengikut rancangan pelajaran yang
disediakan.
11.3.5 Menyedia dan memberikan kerja-kerja latihan yang cukup, memeriksa buku
latihan pelajar dan memulangkan semula secepat mungkin. Menyerahkan/
menunjukkan buku latihan pelajar kepada pengetua/wakilnya pada masa
yang dikehendaki.

11.3.6 Menjalankan Ujian Penilaian Satu (P1), Peperiksaan Pertengahan Tahun
(PPT), Ujian Penilaian Tiga (P3) dan Peperiksaan Akhir Tahun (PAT)
11.3.7 kepada pelajar (mengikut keperluan dan takwim peperiksaan sekolah/JAIP).
11.3.8 Merekod/mencetak keputusan ujian/peperiksaan dalam buku rekod
11.3.9 mengajar.
Mengesan kelemahan pelajar dan menjalankan kelas pemulihan/bimbingan.
11.3.10 Menjadi ahli dalam panitia mata pelajaran, menghadiri serta mematuhi dan
11.3.11 juga melaksanakan keputusan mesyuarat panitia.
11.3.12 Guru mata pelajaran harus menyedari dan menggunakan buku panduan
11.3.13 yang dikeluarkan oleh JAIP/Kementerian Pendidikan/Jabatan Pendidikan
Negeri (JPN)/Pejabat Pendidikan Daerah (PPD).
11.3.14 Memastikan keselamatan pelajar di makmal/bengkel RBT/bilik
11.3.15 komputer/bilik gerakan/bilik khas dan mengawasi penggunaan peralatan.
Menghadiri mesyuarat/taklimat mengenai mata pelajaran yang berkenaan
11.3.16 sama ada yang dikelolakan oleh JAIP/Kementerian Pendidikan/JPN/PPD.
11.3.17 Menyampaikan semua maklumat kepada guru-guru lain yang mengajar
11.3.18 mata pelajaran yang sama.
11.3.19 Sentiasa mengikuti perkembangan dan pembaharuan tentang teknik
mengajar bagi mata pelajaran berkenaan untuk meningkatkan prestasi dalam
PdPc.
Melaporkan masalah PdPc kepada ketua bidang atau ketua panitia untuk
tindakan selanjutnya.
Menjaga keselamatan dan kebersihan alat-alat bantuan mengajar yang
digunakan, memastikan bahawa alat-alat bantuan mengajar digunakan
secara meluas.
Bertanggungjawab dalam menambahkan alat bantuan mengajar bagi
memperkaya Pusat Sumber Sekolah.
Mengadakan sudut-sudut mata pelajaran berkenaan dalam kelas-kelas yang
diajar.
Membantu menguruskan bank soalan.
Melaksanakan PdPc mengikut jadual waktu yang ditetapkan.

11.4 Peningkatan Tahap Profesionalisme
11.4.1 Menyediakan Rancangan Pelajaran Tahunan dan merekodkan pengajaran
harian dalam buku rekod mengajar dengan lengkap serta melaksanakan
pengajaran mengikut rancangan pelajaran yang disediakan.
11.4.2 Mengambil tahu perubahan-perubahan dalam sukatan pelajaran
11.4.3 Menghadiri kursus-kursus peningkatan profesionalisme yang dikelolakan
oleh JAIP/Kementerian Pelajaran/JPN/PPD.
11.4.4 Menyebarkan ilmu-ilmu kepada rakan-rakan sejawat di sekolah melalui
kursus dalaman.
11.4.5 Melaporkan kepada ketua bidang atau ketua panitia tentang masalah
penilaian dan peperiksaan
11.4.6 Menerangkan format peperiksaan yang terkini kepada pelajar dan
mengambil tahu perubahan-perubahan yang berlaku dalam peperiksaan.
11.4.7 Mengadakan ujian-ujian yang ditetapkan dan merekod markah-markah
pelajar dalam Sistem Pengurusan Sekolah Menengah Agama (SPSMA).
11.4.8 Menyediakan Jadual Spesifikasi Item (JSI) sebelum menggubal soalan
ujian/peperiksaan.
11.4.9 Menyerahkan markah ujian/peperiksaan kepada guru tingkatan mengikut
jadual.
11.4.10 Menganalisis keputusan ujian/peperiksaan dengan menggunakan borang-
borang analisis item.
11.4.11 Menentukan markah target (ETR) dan mendapatkan markah TOV setiap
pelajar bagi mata pelajaran yang diajar.
11.4.12 Mengisi borang markah selepas setiap ujian/peperiksaan.
11.4.13 Membuat perbandingan pencapaian peperiksaan dengan target dan TOV
selepas setiap ujian/peperiksaan.
11.4.14 Melaksanakan program pengkayaan dan pemulihan seperti yang dirancang
oleh panitia mata pelajaran berkenaan PdPC untuk tindakan selanjutnya.
11.4.15 Memastikan keselamatan pelajar di makmal/bengkel serta mengawasi
penggunaan peralatan.
11.4.16 Menjadi ahli panitia mata pelajaran, menghadiri mesyuarat panitia serta
mematuhi dan melaksanakan keputusan mesyuarat panitia.

11.5 Pengajaran dan Pemudahcaraan
11.5.1 Menyediakan Rancangan Pelajaran yang terkini mengikut mata pelajaran
yang diajar.
11.5.2 Menyediakan dan mengedarkan nota kepada pelajar (jika perlu).
11.5.3 Menyediakan ABM yang berkaitan dengan mata pelajaran diajar (jika
perlu).
11.5.4 Menyediakan dan mengedarkan soalan latihan dari semasa ke semasa
(mengikut ketetapan panitia)
11.5.5 Menyemak buku latihan pelajar dari semasa ke semasa dan diserahkan
kepada pentadbir untuk semakan sekurang-kurangnya tiga kali setahun.
11.5.6 Membuat pencerapan antara rakan-rakan setugas.
11.5.7 Menyemak kerja kursus dan memasukkan markah ke dalam komputer
mengikut tarikh yang ditetapkan.

11.6 Penyelaras Tingkatan
11.6.1.1 Bertanggungjawab membuat pembahagian pelajar dalam tingkatan di
bawah jagaannya. Persetujuan penolong kanan perlu diminta terlebih
dahulu.
11.6.1.2 Menerima kemasukan pelajar baharu dan membuat penempatan
mengikut kelulusan dan minat/aliran bagi pelajar Tingkatan Empat dan
Lima.
11.6.1.3 Membantu guru tingkatan membuat pengagihan buku bantuan kerajaan
(SPBT)
11.6.1.4 Membantu Penolong Kanan HEP dan guru biasiswa memilih pelajar
yang layak untuk diberi bantuan/biasiswa.
11.6.1.5 Memaklum kepada pengetua/penolong kanan tentang jumlah pelajar
dalam setiap kelas dari semasa ke semasa.
11.6.1.6 Penyelaras Tingkatan Tiga, Empat, Lima dan Enam sekaligus bertindak
sebagai penyelaras peperiksaan PT3/SMA/SPM/STAM
11.6.1.7 Memastikan surat-surat kelulusan kemasukan pelajar baharu disimpan
di dalam fail kemasukan pelajar baharu mengikut tingkatan dengan
kemas dan teratur.
11.6.1.8 Bekerjasama dengan Guru Bimbingan dan Khidmat Runding cara bagi
mendapatkan kad-kad berikut untuk dihantar ke sekolah baharu jika
berlaku pertukaran pelajar:
11.6.1.8.1 Slip Keputusan Peperiksaan
11.6.1.8.2 Slip PAJSK
11.6.1.8.3 Buku Kesihatan dan Kad Rawatan Pergigian
11.6.1.8.4 Borang Kelulusan Pinjaman SPBT (bergantung kepada arahan
pengetua)
11.6.1.8.5 Keterangan-keterangan kerja kursus Reka Bentuk dan Teknologi,
Pendidikan Islam, Sejarah, Geografi dan Bahasa Arab bagi pelajar
Tingkatan Tiga bagi sukatan pelajaran KSSM dan keterangan-
keterangan kerja kursus bagi mata pelajaran Nizam Bu’uth al-Azhar.

11.6.1.8.6 Sentiasa mengemas kini fail-fail pertukaran pelajar. Fail tersebut

mesti disimpan di pejabat. Kerjasama Pembantu Am Rendah

(pejabat) perlu diminta.

11.6.1.8.7 Bekerjasama dengan guru tingkatan bagi menyiapkan sijil-sijil di

peringkat sekolah iaitu:

11.6.1.8.7.1 Sijil Ujian Lisan Berasaskan sekolah bagi mata pelajaran

Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab.

11.6.1.8.7.2 Sijil Pendidikan Seni.

11.6.1.8.7.3 Sijil SEGAK, Psikometrik dan PAJSK

11.6.1.8.7.4 Sijil Berhenti dan lain-lain.

11.6.1.8.7.5 Bekerjasama menyempurnakan analisis peperiksaan

PT3/SMA/SPM/STAM.

11.6.1.8.8 Bekerjasama dengan penyelaras peperiksaan bagi menyediakan

bilik-bilik peperiksaan.

11.6.1.8.9 Berada di sekolah pada hari pendaftaran pelajar baharu dan

membantu guru kelas tingkatan satu untuk mengagihkan

kemasukan pelajar.

11.6.1.8.10 Memastikan guru kelas memberi jumlah pelajar dalam kelas dan

memasukkan maklumat pelajar dalam SPSMA.

11.6.1.8.11 Menyemak fail-fail kemasukan pelajar dan memastikan rekod

dikemas kini.

11.6.1.8.12 Memastikan pelajar baharu di tempatkan di kelas-kelas

mengikut mata pelajaran elektif yang dipilih untuk tingkatan

empat dan tingkatan lima.

11.6.1.8.13 Menyampaikan laporan tentang pelajar baharu kepada pengetua.

11.6.1.8.14 Memastikan guru melaksanakan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)

dan merekod pelaporan dalam aplikasi yang ditetapkan secara

atas talian/luar talian.

11.6.1.8.15 Mengumpul maklumat PBD dua kali setahun (Jun & Oktober).

11.6.1.8.16 Memastikan pelajar yang bertukar keluar/bertukar masuk

membawa cetakan rekod PBD.

11.6.1.8.17 Membantu SU PBD mengumpul dan mencetak profil pelaporan

PBD mengikut tingkatan masing-masing.

11.6.1.8.18 Menjalankan tugas yang diarahkan oleh pengetua dari semasa ke

semasa.

12 JAWATANKUASA PENILAIAN DAN PEPERIKSAAN

Pengerusi : Pengetua
Timbalan Pengerusi : Penolong Kanan Pentadbiran dan Kurikulum
Naib Pengerusi I : Penolong Kanan Hal Ehwal Pelajar
Naib Pengerusi II : Penolong Kanan Kokurikulum
Setiausaha : Peperiksaan Dalaman

AJK Peperiksaan Awam
: Guru

12.1 Tugas Am
12.1.1 Mengurus pelaksanaan penilaian kendalian sekolah dan peperiksaan awam.
12.1.2 Menganalisis keputusan peperiksaan kendalian sekolah dan peperiksaan
awam.
12.1.3 Mengurus koleksi kertas-kertas soalan ujian dan peperiksaan dalaman dan
luaran.
12.1.4 Memaklumkan analisis keputusan peperiksaan kepada jawatankuasa
kurikulum sekolah.
12.1.5 Merangka, menyusun, mengeluarkan dan mengedarkan jadual peperiksaan.
12.1.6 Menyediakan jadual pembinaan soalan.
12.1.7 Mengatur dan menyediakan jadual pengawasan peperiksaan
12.1.8 Menguruskan percetakan, pembahagian dan tempat menyimpan kertas
soalan.
12.1.9 Memastikan kertas-kertas soalan diedarkan kepada pengawas peperiksaan
sebelum peperiksaan dijalankan
12.1.10 Memastikan skema jawapan disediakan oleh panel penggubal soalan.
12.1.11 Memastikan jadual waktu pemeriksaan kertas jawapan mengikut jangka
masa yang ditetapkan
12.1.12 Memastikan kertas jawapan disimpan untuk rujukan
12.1.13 Menetapkan tarikh perjumpaan ibu bapa dengan guru untuk
membincangkan kemajuan pelajar.
12.1.14 Menyediakan analisis pencapaian pelajar bagi setiap tingkatan dengan
dibantu oleh guru tingkatan.
12.1.15 Memberi penerangan tentang hal-hal yang berkaitan mengenai peperiksaan
kepada guru tingkatan.
12.1.16 Mengedarkan borang-borang kemasukan peperiksaan (borang sementara)
untuk diisi oleh pelajar dengan kerjasama guru tingkatan.
12.1.17 Menyimpan maklumat peperiksaan (kulit depan peperiksaan).
12.1.18 Menyediakan fail/buku untuk merekod pergerakan kertas soalan
peperiksaan.

12.2 Setiausaha Peperiksaan Awam (PT3/SMA/ SPM/ STAM)

12.2.1 Mengumpulkan, menyemak borang-borang kemasukan (borang sementara)
dengan bantuan guru tingkatan.

12.2.2 Mengisi borang komputer kemasukan peperiksaan PT3/SMA/SPM/STAM.
12.2.3 Memasukkan data pelajar ke dalam komputer dan membuat salinan untuk

JAIP, JPN, Lembaga Peperiksaan dan sekolah.
12.2.4 Menguruskan borang-borang yang berkaitan dengan peperiksaan

PT3/SMA/SPM/STAM:
12.2.4.1 Borang pengesahan pelajar yang tidak memiliki kad pengenalan
12.2.4.2 Borang-borang lain yang berkaitan.
12.2.5 Menentukan bilik-bilik darjah yang akan digunakan sebagai bilik

peperiksaan bertulis
12.2.6 Menyediakan pelan tempat duduk calon bagi bilik peperiksaan dalam empat

salinan.
12.2.7 Menyediakan label meja calon yang ditampal di atas meja.
12.2.8 Menyediakan perkara-perkara seperti almari, jam dinding, pemadam,

pembesar suara dan lain-lain.
12.2.9 Menyediakan papan tunjuk arah untuk digunakan semasa peperiksaan
12.2.10 Menyediakan bilik-bilik peperiksaan dan kelengkapan-kelengkapan yang

diperlukan untuk calon persendirian jika ada.
12.2.11 Mendapatkan tiga set soalan PT3/SMA/SPM/STAM untuk rujukan sekolah
12.2.12 Menganalisis keputusan-keputusan peperiksaan dengan bantuan ketua

panitia mata pelajaran.
12.2.13 Menyediakan jadual pelaksanaan Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS).
12.2.14 Mestilah berada di sekolah pada hari terakhir peperiksaan dan memastikan

bilik-bilik darjah ditutup dan barang-barang yang dipinjamkan
dikembalikan ke pejabat sekolah.
12.2.15 Menganalisis keputusan peperiksaan dengan bantuan ketua panitia mata
pelajaran.

12.3 Setiausaha Peperiksaan Dalaman
12.3.1 Mengatur dan menyediakan jadual peperiksaan dalam sekolah setelah tarikh
dipersetujui oleh pengetua/JAIP.
12.3.2 Mengatur dan menyediakan jadual pengawasan peperiksaan bagi guru-
guru.
12.3.3 Menentukan tarikh penyediaan soalan-soalan, peperiksaan dan tarikh
penyerahan markah kepada guru-guru kelas.
12.3.4 Memastikan semua soalan peperiksaan diserahkan kepada pengetua pada
tarikh yang ditetapkan untuk disahkan.
12.3.5 Memastikan semua soalan peperiksaan telah siap dicetak, dimasukkan ke
dalam sampul serta dimateraikan sekurang-kurangnya tiga hari sebelum
peperiksaan sebenar dijalankan.

12.3.6 Memastikan semua kertas soalan termasuk yang tidak digunakan disimpan

di tempat yang selamat.

12.3.7 Menguruskan kertas-kertas jawapan bagi peperiksaan.

12.3.8 Mengurus dan mengatur tempat peperiksaan bagi pelajar.

12.3.9 Mengurus dan menyediakan borang-borang markah, kad pelaporan pelajar

telah diisi dan diserahkan kepada pengetua untuk ditandatangani.

12.3.10 Mengumpul soalan-soalan dan membina bank soalan serta disimpan di

tempat yang selamat.

12.3.11 Membuat analisis ujian dan peperiksaan dan diserahkan kepada pengetua

sebelum dibentang dalam mesyuarat.

12.3.12 Menetapkan tarikh perjumpaan ibu bapa dengan guru untuk

membincangkan prestasi pelajar.

12.3.13 Memastikan keselamatan komputer dan peralatan peperiksaan dan bilik

peperiksaan diselia sepanjang masa.

12.3.14 Memberikan penerangan tentang hal-hal yang berkaitan mengenai

peperiksaan kepada guru tingkatan.

12.3.15 Menyediakan label meja calon yang ditampal di atas meja.

12.3.16 Menyediakan papan tunjuk arah untuk digunakan semasa peperiksaan.

12.3.17 Menyediakan bilik-bilik peperiksaan dan kelengkapan-kelengkapan yang

diperlukan untuk calon persendirian jika ada.

12.3.18 Bekerjasama dengan ketua bidang/ketua panitia dalam menentukan

kelancaran perjalanan peperiksaan amali/ pendidikan seni.

12.4 Setiausaha Pentaksiran Bilik Darjah (PBS) - (Pentaksiran Pusat/PBD/

PAJSK,/Psikometrik )

12.4.1 Menyediakan takwim pengoperasian PBS.

12.4.2 Memberi penerangan tentang hal-hal yang berkaitan PBS kepada guru mata

pelajaran dan guru kelas.

12.4.3 Mengadakan mesyuarat dan mencadangkan pentaksir sekolah.

12.4.4 Melaksanakan pemantauan dalaman Menengah Atas:

12.4.4.1 Penyediaan dan pengurusan Fail Induk PBS

12.4.4.2 Memastikan semua pelajar melaksanakan kerja

kursus/PEKA/ULBS/SEGAK/PAJSK/Psikometrik.

12.4.4.3 Penghantaran skor akhir ke SU SMA/ SPM/STAM dan guru kelas.

12.4.4.4 Memastikan penyediaan sijil kerja kursus/PEKA/ULBS/SEGAK/

PAJSK/Psikometrik oleh guru mata pelajaran dan guru kelas.

12.4.4.5 Melaporkan kes-kes khas/pengecualian kerja kursus kepada SU

Peperiksaan untuk tindakan selanjutnya.

12.4.5 Melaksanakan penjaminan kualiti, pementoran, penyelarasan, pemantauan,

pengesanan dan pemantauan dalaman Menengah Rendah:

12.4.5.1 Penyediaan dan pengurusan Fail Induk PBS.

12.4.5.2 Pelaksanaan pentaksiran dalam kelas.

12.4.5.3 Status kemasukan prestasi melalui sistem luar talian PBS

12.4.5.4 Mengumpulkan laporan PBS bagi semua mata pelajaran pada setiap

akhir tahun.

13 JAWATANKUASA PUSAT SUMBER SEKOLAH

Pengerusi : Pengetua
Timbalan Pengerusi : Penolong Kanan Pentadbiran dan Kurikulum
Naib Pengerusi I : Penolong Kanan Hal Ehwal Pelajar
Naib Pengerusi II : Penolong Kanan Kokurikulum
Setiausaha : Guru
AJK : Guru
Ahli : Pengawas Pusat Sumber

13.1 Tugas Am
13.1.1 Setiausaha
13.1.1.1 Menentukan bahawa peruntukan Pusat Sumber Sekolah (PSS)
digunakan untuk tujuan yang dirancang.
13.1.1.2 Menambahkan bilangan buku, membeli akhbar dan majalah
yang sesuai, alat-alat yang wajib dan perabot.
13.1.1.3 Mengurus pelantikan pengawas PSS dan mengagihkan tugas-
tugas berdasarkan peraturan yang disediakan.
13.1.1.4 Menyediakan jadual bertugas guru dan pengawas PSS.
13.1.1.5 Menyelaras dan memantau aktiviti PSS.
13.1.1.6 Mempamerkan buku-buku baharu dan poster.
13.1.1.7 Mempamerkan keratan akhbar, majalah di sudut-sudut khas
13.1.1.8 Menyediakan peraturan penggunaan PSS dan memastikan peraturan
ini difahami dan dipatuhi oleh semua pelajar.
13.1.1.9 Melatih pengawas PSS yang baru dilantik supaya mahir dengan
peraturan dan keadaan PSS.
13.1.1.10 Menyediakan anggaran perbelanjaan tahunan.
13.1.1.11 Menyediakan senarai buku yang patut dibeli mengikut keutamaan
13.1.1.12 Menguruskan pembelian buku.
13.1.1.13 Merekodkan buku dan alatan perolehan ke dalam kad
inventori/buku stok.
13.1.1.14 Mengelaskan buku mengikut sistem yang diguna pakai di sekolah.
13.1.1.15 Menjalankan kerja memproses buku seperti membuat poket, kad
pinjaman, kad katalog dan sebagainya.
13.1.1.16 Membaiki buku-buku yang rosak, meletak dan menyusun buku-buku
mengikut tempatnya, mengurus hapus kira buku
13.1.1.17 Mengadakan projek-projek yang boleh menggalakkan penggunaan PSS
seperti minggu/bulan PSS, pertandingan mengulas buku/resensi buku,
penerbitan buletin, pertandingan melukis poster dan sebagainya.
13.1.1.18 Membuat laporan tahunan untuk rekod.
13.1.1.19 Menyimpan rekod pinjaman oleh pengawas pusat sumber.

13.1.1.20 Memungut kembali semua buku yang dipinjam oleh guru-guru dan
pelajar-pelajar pada akhir sesi persekolahan. Buku-buku yang hilang
mestilah diganti.

13.1.1.21 Mengadakan mesyuarat dan menyediakan minit.
13.1.1.22 Memberi khidmat nasihat kepada pihak yang memerlukannya.
13.1.1.23 Bertindak sebagai penghubung antara pihak sekolah dengan agensi

kerajaan/swasta dalam perkara yang berkaitan dengan aktiviti PSS.
13.1.1.24 Memastikan alat-alat Bahan Bantu Mengajar (BBM)/Alat Pandang

Dengar (APD) yang berkuasa elektrik dan bahan “software”
sentiasa dalam keadaan baik.
13.1.1.25 Melaporkan kepada pengetua jika berlaku sebarang kerosakan atau
kehilangan.
13.1.1.26 Mengemas, menyimpan dan menentukan bahawa peralatan tersebut
sentiasa selamat dan tidak rosak selepas digunakan.
13.1.1.27 Mengadakan peraturan dan cara-cara penggunaan BBM/APD.
13.1.1.28 Menguruskan penggunaan BBM/APD secara berterusan.
13.1.1.29 Menggalakkan penggunaan alat BBM/APD dalam PdPc dan direkodkan
dengan kemas.
13.1.1.30 Menyediakan laporan aktiviti tahunan.
13.1.1.31 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pengetua dari semasa
ke semasa.

13.1.2 Guru Perpustakaan
13.1.2.1 Menyediakan peraturan penggunaan perpustakaan.
13.1.2.2 Memastikan peraturan ini difahami dan dipatuhi oleh semua pelajar.
13.1.2.3 Melatih pengawas PSS yang baru dilantik supaya mahir dengan
peraturan dan tugas di perpustakaan.
13.1.2.4 Menyediakan anggaran perbelanjaan tahunan.
13.1.2.5 Menyediakan senarai buku dan bahan lain yang patut dibeli mengikut
keutamaan.
13.1.2.6 Merekod buku perolehan dalam buku stok.
13.1.2.7 Mengelaskan buku mengikut sistem yang digunakan di sekolah
13.1.2.8 Melaksanakan aktiviti yang dirancang.
13.1.2.9 Merawat buku.
13.1.2.10 Membuat laporan tahunan untuk rekod.

13.1.3 Guru Sumber Audio dan Bahan Bantu Mengajar (mengikut keperluan
sekolah)

13.1.3.1 Memastikan alat-alat BBM/APD dan bahan software sentiasa dalam
keadaan baik.

13.1.3.2 Melapor kepada setiausaha PSS jika berlaku kerosakan atau kehilangan.
13.1.3.3 Mengemas, menyimpan dan menentukan bahawa alat-alat tersebut

sentiasa selamat dan tidak rosak selepas digunakan.
13.1.3.4 Mengadakan peraturan dan cara-cara penggunaan peralatan.
13.1.3.5 Menguruskan penggunaan alatan secara berterusan.
13.1.3.6 Memastikan keselamatan alatan.
13.1.3.7 Menggalakkan penggunaan alatan dalam pengajaran dan direkodkan

dengan kemas.
13.1.3.8 Memastikan bilik sentiasa kemas dan ceria.
13.1.3.9 Membantu guru-guru yang kurang mahir mengendali komputer dan

internet.
13.1.3.10 Mengadakan latihan dalaman/perkembangan kakitangan PSS/bengkel

pengendalian dan penggunaan pengkomputeran.
13.1.3.11 Menyediakan laporan tahunan.

14 JAWATANKUASA JADUAL WAKTU DAN TAKWIM

Pengerusi : Pengetua
Timbalan Pengerusi : Penolong Kanan Pentadbiran dan Kurikulum
Naib Pengerusi I : Penolong Kanan Hal Ehwal Pelajar
Naib Pengerusi II : Penolong Kanan Kokurikulum
Setiausaha : Guru
AJK : Guru

14.1 Tugas Am

14.1.1 Menentukan bilangan kelas dan kelayakan guru.
14.1.2 Menyediakan peruntukan waktu mengajar mengikut mata pelajaran.
14.1.3 Pengagihan mata pelajaran dan bilangan waktu yang sesuai.
14.1.4 Menentukan kesesuaian masa untuk mata pelajaran tertentu.
14.1.5 Menentukan penggunaan bengkel dan makmal.
14.1.6 Menentukan corak jadual waktu yang digunakan seperti jadual waktu anjal
dan jadual waktu blok.
14.1.7 Menentukan guru tingkatan berdasarkan kelas yang diajar.
14.1.8 Memastikan jadual waktu induk dan persendirian disediakan pada waktu
yang telah ditentukan.
14.1.9 Membuat pindaan dari semasa ke semasa berdasarkan keperluan.
14.1.10 Memastikan salinan jadual waktu dihantar kepada Pengetua dan dipaparkan
untuk makluman semua.
14.1.11 Menyediakan jadual guru ganti.
14.1.12 Menentukan bilangan kelas dan kelayakan guru.
14.1.13 Menyelaras dan menyediakan takwim sekolah.

15 JAWATANKUASA PELAN TINDAKAN KECEMERLANGAN AKADEMIK
(PETKA)

Pengerusi : Pengetua
Timbalan Pengerusi : Penolong Kanan Pentadbiran dan Kurikulum
Naib Pengerusi I : Penolong Kanan Hal Ehwal Pelajar
Naib Pengerusi II : Penolong Kanan Kokurikulum
Setiausaha : Guru
Bendahari : Guru
AJK : Guru

15.1 Tugas Am

15.1.1 Menyediakan program untuk meningkatkan kualiti dan kuantiti pencapaian
peperikasan dalaman dan luaran.
15.1.2 Merancang dan melaksanakan program peningkatan dan kecemerlangan
akademik.
15.1.3 Menyediakan anggaran perbelanjaan pelaksanaan program peningkatan dan
kecemerlangan akademik.
15.1.4 Mengadakan kursus-kursus dan seminar untuk meningkatkan kesedaran dan
pencapaian
15.1.5 Menyelaras dan menyelia keberkesanan program yang dijalankan sepanjang
tahun.
15.1.6 Mengadakan perjumpaan dengan pelajar mengikut kumpulan.
15.1.7 Membuat analisis program dan memastikan keberkesanannya.
15.1.8 Meneliti perlakuan pelajar yang boleh diperbaiki untuk meningkatkan tahap
pencapaian.
15.1.9 Menilai dan melaporkan keberkesanan program yang telah dilaksanakan.
15.1.10 Menjalankan tindakan susulan bagi meningkatkan prestasi akademik.

16 JAWATANKUASA TEKNOLOGI MAKLUMAT ( TM )- ( 1Pahangnet/Aduan
/Webmel Pahang/Laman Web)

Pengerusi : Pengetua
Timbalan Pengerusi : Penolong Kanan Pentadbiran dan Kurikulum
Naib Pengerusi I : Penolong Kanan Hal Ehwal Pelajar
Naib Pengerusi II : Penolong Kanan Kokurikulum
Setiausaha : Guru
AJK : Guru

16.1 Tugas Am
16.1.1 Setiausaha
16.1.1.1 Menguruskan mesyuarat jawatankuasa TM sekolah.
16.1.1.2 Menguruskan latihan dan kursus dalaman untuk ahli jawatankuasa.
16.1.1.3 Menguruskan kewangan jawatankuasa TM sekolah.
16.1.1.4 Menyediakan carta organisasi jawatankuasa TM sekolah.
16.1.1.5 Menyelaras pelaksanaan segala perancangan unit TM sekolah.
16.1.1.6 Menjadi pegawai perhubungan TM sekolah.
16.1.1.7 Menyediakan jadual penggunaan makmal dan guru bertugas.
16.1.1.8 Menyediakan dan mengumpul laporan aktiviti TM sekolah.
16.1.1.9 Mengendalikan hal-hal pentadbiran Jawatankuasa TM sekolah
16.1.1.10 Merancang aktiviti-aktiviti pembudayaan TM dalam bentuk
program-program khas yang melibatkan seluruh warga sekolah dan
komuniti seperti PIBG dan agensi luar.
16.1.1.11 Menguruskan aktiviti-aktiviti TM yang diterima dari semasa ke
semasa
16.1.1.12 Membantu jawatankuasa-jawatankuasa lain dalam melaksanakan
aktiviti.
16.1.1.13 Menyediakan kertas kerja dan laporan bagi aktiviti yang dijalankan.
16.1.1.14 Permohonan peralatan TM secara atas talian kepada Bahagian
Teknologi Maklumat Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (BTM)

16.1.2 Persembahan dan Dokumentasi
16.1.2.1 Mendokumentasikan semua majlis dan aktiviti peringkat sekolah.
16.1.2.2 Menyiapkan bahan persembahan digital seperti yang dikehendaki oleh
pihak pengurusan sekolah.
16.1.2.3 Menyerahkan dokumentasi persembahan yang dihasilkan kepada AJK
Laman Web/ Blog sekolah.
16.1.2.4 Menguruskan bahan dokumentasi seperti surat pekeliling, manual dan
bahan-bahan perisian.

16.1.3 Makmal Multimedia
16.1.3.1 Memastikan tahap keselamatan makmal dalam keadaan memuaskan.
16.1.3.2 Menubuhkan pasukan kerja kebersihan dan keceriaan makmal.
16.1.3.3 Menguruskan penggunaan makmal oleh guru dan pelajar.
16.1.3.4 Menguruskan stok, inventori dan harta modal.
16.1.3.5 Menyedia dan menyimpan rekod penggunaan makmal komputer.
16.1.3.6 Mengumpul dan mempamerkan bahan-bahan yang sesuai untuk
meningkatkan keceriaan makmal komputer
16.1.3.7 Membaik pulih atau menguruskan penghantaran perkakasan komputer
yang mengalami kerosakan untuk dibaiki.
16.1.3.8 Menyediakan prosedur kerja untuk memastikan semua pengguna
makmal memahami dan mematuhi langkah-langkah keselamatan dan
peraturan makmal.

16.1.4 1Pahangnet/Aduan/Webmel Pahang/Laman Web
16.1.4.1 Membina/mendaftar, mengemas kini dan mengurus 1Pahangnet/Aduan
/Webmel Pahang/Laman Web/Blog sekolah dari semasa ke semasa.
16.1.4.2 Merancang dan melaksanakan program Laman Web/ Blog sekolah.
16.1.4.3 Memuat naik semua aktiviti sekolah yang telah didokumentasikan oleh
AJK persembahan dan dokumentasi
16.1.4.4 Menyelenggara dan mengurus Webmel Pahang sekolah dari semasa ke
semasa.
16.1.4.5 Membuat laporan kepada pengetua untuk semua aduan melalui mana-
mana medium TM.
16.1.4.6 Membalas semua aduan berkaitan sekolah dengan seliaan pengetua.
16.1.4.7 Melaksanakan arahan daripada pengetua dari semasa ke semasa.

17 JAWATANKUASA TAHFIZ

Pengerusi : Pengetua
Timbalan Pengerusi : Penolong Kanan Pentadbiran dan Kurikulum
Naib Pengerusi I : Penolong Kanan Hal Ehwal Pelajar
Naib Pengerusi II : Penolong Kanan Kokurikulum
Setiausaha : Guru
Bendahari : Guru
AJK : Guru
Ahli : Semua Guru Tahfiz

17.1 Tugas Am
17.1.1 Menyediakan kurikulum bagi kelas tahfiz dengan seliaan pengetua.
17.1.2 Menyediakan guru-guru tahfiz bagi setiap kelas yang diwujudkan.
17.1.3 Menyediakan surat lantikan untuk guru-guru tahfiz.
17.1.4 Menyelaras kelas-kelas tahfiz.
17.1.5 Menyediakan jadual dan borang-borang yang berkaitan dengan kurikulum
tahfiz.
17.1.6 Membuat analisis dan laporan berkaitan prestasi dan disiplin pelajar-pelajar
dan menghantar kepada pengetua.
17.1.7 Menyediakan kertas kerja untuk aktiviti-aktiviti kelas tahfiz
17.1.8 Memastikan kelengkapan kelas tahfiz lengkap dan terjaga.
17.1.9 Membuat pesanan untuk belian kelengkapan kelas tahfiz.
17.1.10 Membuat dokumentasi aktiviti kelas tahfiz.
17.1.11 Memastikan kurikulum kelas tahfiz berjaya dilaksanakan mengikut sukatan
yang ditetapkan.
17.1.12 Melaksanakan/menyediakan kursus yang sesuai untuk pemantapan guru-
guru tahfiz.
17.1.13 Mengadakan ujian/peperiksaan untuk menilai prestasi pelajar dalam
hafazan.
17.1.14 Membuat perjumpaan dengan guru-guru dari semasa ke semasa untuk
menilai keberkesanan kelas dan penambahbaikan yang perlu dilaksanakan.
17.1.15 Menghantar laporan kepada pengetua dan berbincang berkaitan
keberkesanan kelas dan sebarang penambahbaikan dengan pengetua.
17.1.16 Merancang perjumpaan antara guru-guru dengan ibu bapa/penjaga dari
semasa ke semasa.
17.1.17 Menjaga kebajikan pelajar-pelajar dan memastikan kelas tahfiz berjalan
lancar dari semasa ke semasa.
17.1.18 Mengadakan lawatan penanda aras ke sekolah-sekolah tahfiz.

17.1.19 Mengenal pasti pelajar yang berpotensi untuk dibawa ke peringkat lebih
tinggi dan menyertai sebarang pertandingan/ujian anjuran mana-mana pihak
17.1.20 yang bersesuaian (Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang
17.1.21 (MUIP)/ Yayasan Pahang/Pertandingan Tilawah Al- Quran).
17.1.22 Menyediakan sijil tamat pengajian tahfiz kepada pelajar-pelajar.
17.1.23 Menubuhkan dan menyelia Kelab Sahabat Tahfiz untuk menampung dana
kelas tahfiz.
Mengeluarkan resit/sijil/ surat penghargaan kepada penyumbang dana kelas
tahfiz.
Menaik taraf kurikulum dan pelaksanaan kelas tahfiz dari semasa ke semasa
dengan seliaan pengetua.


Click to View FlipBook Version