The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

E-Books BUKU PANDUAN PENGURUSAN SMAN PAHANG

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ibnubauturi, 2020-06-02 05:04:03

E-Books BUKU PANDUAN PENGURUSAN SMAN PAHANG

E-Books BUKU PANDUAN PENGURUSAN SMAN PAHANG

3. PENYELIA MAKANAN/PEMBANTU PENYEDIAAN MAKANAN

3.1. Fungsi Bidang Tugas
3.1.1. Penerimaan/penyimpanan makanan basah/mentah dan kering dari
pembekal
3.1.1.1. Memilih, memeriksa dan mengasingkan makanan basah/mentah dan
kering yang dibekalkan untuk memastikan hanya makanan yang
mematuhi spesifikasi kontrak diterima.
3.1.1.2. Menyimpan bahan makanan basah/mentah dan kering ke dalam
stor,chiller atau freezer setelah diterima oleh pegawai.
3.1.1.3. Merekod suhu stor, chiller dan freezer.

3.1.2. Pengeluaran Barang Makanan
3.1.2.1. Membuat pengeluaran dan pengasingan bahan makanan mentah/basah
atau kering dari stor, freezer/chiller.

3.1.3. Menerima arahan dari semasa ke semasa daripada pengetua dan pihak
pengurusan sekolah.

4. PENYELIA ASRAMA (N19/22)

4.1. Fungsi bidang tugas
4.1.1. Pentadbiran
4.1.1.1. Menjalankan tugas pendaftaran masuk/keluar penghuni asrama.
4.1.1.2. Mengemas kini senarai nama dan kedudukan bilik penghuni asrama
setiap masa.
4.1.1.3. Memastikan urusan kontrak bekalan makanan bermasak dipatuhi oleh
pembekal seperti perjanjian.
4.1.1.4. Memastikan tahap dan ciri kesihatan dipatuhi oleh pembekal makanan
dan pekerja dewan makan.
4.1.1.5. Membuat pungutan bayaran yuran penghuni asrama.
4.1.1.6. Menguruskan tentang buku stok keperluan asrama seperti perabot,
peralatan dan lain-lain.
4.1.1.7. Mengurus semua urusan kewangan asrama seperti kutipan yuran
asrama, resit penerimaan asrama, dokumen pembayaran dan lain-lain.
4.1.1.8. Menyediakan tuntutan wang lebihan makanan asrama.
4.1.1.9. Menyediakan laporan bulanan asrama, prestasi pembekal makanan (2
kali setahun) dan retan/“return” asrama.
4.1.1.10. Mengurus kemasukan dan pendaftaran penghuni asrama.

4.1.2. Perkhidmatan
4.1.2.1. Menerima aduan kerosakan daripada pelajar.
4.1.2.2. Memastikan rumah tamu dalam keadaan sedia untuk diduduki.
4.1.2.3. Memantau pekerjaan pembersihan bangunan asrama.
4.1.2.4. Memastikan pihak kontraktor dapur asrama mematuhi arahan dan
memantau menu makanan harian serta rasa setiap makanan.
4.1.2.5. Memastikan pekerja “sanitary bin” mengutip sisa pada tarikh yang
sepatutnya.

4.1.3. Penyelenggaraan fasiliti dan aset.
4.1.3.1. Membantu pihak pengurusan merancang pembelian aset.
4.1.3.2. Memeriksa peralatan dan keperluan kelengkapan asrama.
4.1.3.3. Mengenal pasti peralatan yang tidak boleh diperbaiki dan membuat
laporan.
4.1.3.4. Memastikan asrama dan persekitaran berada dalam keadaan bersih dan
selesa.
4.1.3.5. Melapor semua kerosakan bangunan asrama, dapur dan dewan makan.

4.1.4. Keselamatan dan Kebajikan
4.1.4.1. Menyelia dan menyediakan kemudahan di bilik sakit.
4.1.4.2. Memastikan kesihatan penghuni sentiasa baik dan melaporkan kepada
pegawai atasan jika terdapat kes-kes yang berbahaya.
4.1.4.3. Melakukan rondaan “Sport Check” bagi memastikan penghuni, aset,
bangunan dan persekitaran berada dalam keadaan selamat.

4.1.5. Kawalan Kualiti
4.1.5.1. Melakukan setiap proses kerja mengikut arahan pekeliling atau
piawaian.
4.1.5.2. Menerima aduan berkenaan dengan kemudahan asrama, keselamatan
dan kebajikan.
4.1.5.3. Memeriksa bahan basah dan bahan kering untuk makanan bermasak
asrama

4.1.6. Menerima arahan dari semasa ke semasa daripada pengetua dan pihak
pengurusan sekolah.

BAB 8

PENUTUP

Kecemerlangan pengurusan sekolah bergantung sepenuhnya kepada faktor kepimpinan
pengetua dengan dibantu oleh Penolong Kanan Pentadbiran dan Kurikulum, Penolong Kanan
HEP dan Penolong Kanan Kokurikulum. Kepimpinan pendidikan peringkat sekolah ini
menuntut pentadbir sentiasa berdedikasi, berintegriti, telus, inklusif dan bermoral tinggi untuk
menghasilkan pengurusan yang cemerlang.

Selain itu, keberkesanan program pendidikan yang dijalankan di peringkat sekolah
perlu merujuk kepada garis-garis panduan yang dikeluarkan dari semasa ke semasa. Buku
Panduan Pengurusan Sekolah Menengah Agama Kerajaan Negeri Pahang sebagai naskhah
rujukan hendaklah diguna pakai dalam pengurusan peringkat SMAN. Buku ini menyelaras dan
menyeragam panduan-panduan pengurusan untuk dirujuk oleh guru-guru dan kakitangan
sokongan bagi melancarkan urusan kerja.

Organisasi sekolah yang cemerlang akan menampilkan suasana persekolahan yang
kondusif, pengurusan pendidikan yang teratur, pembangunan kakitangan yang terancang dan
kemenjadian pelajar memenuhi aspirasi ibu bapa, pendidik dan keperluan negara bangsa.

Parang tapik di atas peti,
Ditempah lagi barang sebilah;

Orang baik memberi bukti,
Orang gagal memberi helah.

SENARAI SURAT PEKELILING YANG BERKAITAN

PENTADBIRAN DAN KURIKULUM
1. Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 8 Tahun 2017
Cuti Rehat Khas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan.

2. Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 7 Tahun 2010.
Panduan Pengurusan Pemangkuan dan Kenaikan Pangkat dalam Perkhidmatan Awam

3. Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 1986
Peraturan Memberikan Kebenaran Tidak Hadir Kerja Atas Sebab Musabab Kecemasan Am.

4. Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2009 Kementerian Pendidikan Malaysia
Pelaksanaan Submodal Cuti Sistem Maklumat Pengurusan Sumber Manusia (HRMIS)
di Semua Bahagian dan Agensi Kementerian Pelajaran Malaysia.

5. Arahan Pentadbiran Bilangan 3 Tahun 2016
Penguatkuasaan Peraturan Berkaitan Pematuhan Waktu Bekerja.

6. Surat Pekeliling Am Bil. 11 of 1981.
Sistem Penggunaan Kad Perakam Waktu (Punch Card) di Pejabat-Pejabat Kerajaan

7. Pekeliling Am Bil.2 Tahun 2012
Tatacara Pengurusan Aset Tak Alih Kerajaan

8. SPI 7/2001
Garis Panduan Pakaian Guru Ketika Bertugas di Sekolah

9. SPI Bil 9/1999
Pengurusan Buku Rekod Perkhidmatan Kerajaan

10. SPI 3/1999
Penyediaan Rekod Pengajaran dan Pembelajaran

11. SPI Bil 5/1998
Akta Pendidikan 1996 dan Peraturan-Peraturan di Bawah Akta Pendidikan 1996.

12. SPI Bil 13/1989
Pengurusan Hari Pertama Persekolahan

13. SPI Bil 12/2004
Garis panduan Umum Pemberian Kerja Rumah kepada Murid Sekolah

14. Perintah Am Bab C
Cuti

HAL EHWAL PELAJAR
1. SPI Bil. 7/2003
Kuasa Guru Merotan Murid.

2. SPI Bil. 2/2009
Penguatkuasaan Larangan Membawa dan Mengguna Telefon Bimbit oleh Murid di Sekolah

3. SPI Bil. 1/1979
Senarai Tugas-Tugas Guru Panduan di Sekolah Menengah

4. SPI Bil 9/1975
Perkara-Perkara Tatatertib yang dianggap Berat

5. SPI Bil 8/2001
Pemantapan Pengurusan Disiplin di Sekolah

6. SPI Bil. 10/2001
Semua Guru Adalah Guru Disiplin

7. SPI Bil. 5 Tahun 2017
Dasar Pinjaman Buku Teks kepada Murid di Bawah Skim Pinjaman Buku Teks Kementerian
Pendidikan Malaysia

8. SPI Bil. 11/2007
Pindaan Syarat Kelayakan Meminjam Buku Teks Di Bawah Skim Pinjaman Buku Teks
Kementerian Pelajaran Malaysia

9. SPI Bil. 4/2010
Pelaksanaan Ujian Urin Murid Sekolah

10. Surat Pekeliling ‘Profesionalisme’ KPM Bil. 6/68.
Pembuangan Murid-Murid daripada Sekolah-Sekolah Kerana Kelakuan Curang

11. SPI Bil. 1/1972
Peraturan-Peraturan (Tatatertib Sekolah) Pelajaran 1959

12. SPI Bil. 8 Tahun 2011
Pengurusan Keselamatan Murid di Sekolah

KOKURIKULUM

1. SPI Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 5 Tahun 2016
Panduan Keselamatan Semasa Pengajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Serta Kegiatan
Kokurikulum dan Sukan di dalam dan di Luar Kawasan Sekolah

2. SPI Bil.8/2007
Garis Panduan Pemakaian Pakaian Kokurikulum di Hari Persekolahan dan Perhimpunan
Bulanan Kokurikulum

3. SPI Bil 9/2000
Panduan Keselamatan Diri Pelajar Semasa Pengajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
serta Kegiatan Kokurikulum dan Sukan di dalam dan di Luar Kawasan Sekolah

4. SPI Bil. 10 Tahun 2011
Garis Panduan Penglibatan Pihak Sekolah dalam Program atau Aktiviti Anjuran Pihak Luar
selain daripada Agensi di Bawah Kementerian Pelajaran Malaysia

5. SPI Bil.12/2000
Lawatan Pendidikan Murid di Hari Persekolahan

6. SPI Bil. 5/2002
Lawatan Sekolah pada Hari Persekolahan

7. SPI Bil. 5/2007
Garis Panduan Lawatan Murid

BUKU
Garis Panduan Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum Sekolah Menengah.
(PAJSK –SM)


Click to View FlipBook Version