The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

E-Books BUKU PANDUAN PENGURUSAN SMAN PAHANG

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ibnubauturi, 2020-06-02 05:04:03

E-Books BUKU PANDUAN PENGURUSAN SMAN PAHANG

E-Books BUKU PANDUAN PENGURUSAN SMAN PAHANG

BAB 1

KEPEMIMPINAN DALAM ORGANISASI SEKOLAH

1. PENDAHULUAN

Pemimpin merupakan individu dalam sesuatu kumpulan yang diberi tanggungjawab
mengarah dan menyelaraskan aktiviti untuk mencapai matlamat sesuatu kumpulan. Dalam
kerangka sesebuah organisasi, kepemimpinan merangkumi segala bentuk aktiviti yang
bertujuan mempengaruhi pengetahuan, amalan dan motivasi ahli-ahli dalam organisasi.
Maka sekolah yang berkesan dapat diwujudkan dengan terdapatnya seorang pemimpin
yang berwibawa.

Dalam bidang pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia mempunyai hasrat untuk
meletakkan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan di rantau Asia Tenggara.
Dalam merealisasikan matlamat pendidikan negara, kepemimpinan pengetua berperanan
sebagai tunggak utama kepada pembangunan pendidikan berkualiti iaitu merujuk kepada
pengurusan sekolah yang cemerlang dan kemantapan dalam kepemimpinan pendidikan.
Dalam erti kata lain, kemantapan kepemimpinan sekolah dilihat sebagai pemacu ke arah
penghasilan pendidikan yang berkualiti. Hal ini bererti, pengetua selaku ketua jabatan di
sekolah diberi amanah untuk merealisasi aspirasi dan pembangunan pendidikan negara dan
bertanggungjawab terhadap kecemerlangan dan kejayaan sesebuah sekolah.

2. DEFINISI KEPEMIMPINAN

Kepimpinan ialah perkataan terbitan daripada “pimpin”. Pimpin bererti bimbing, pandu
atau tunjuk. Memimpin diberi erti sebagai memegang tangan dan membawa berjalan
menuju ke sesuatu tempat. Kepimpinan membawa erti “keupayaaan memimpin” dan
kepemimpinan pula “keupayaan sebagai pemimpin, daya seseorang pemimpin” (Kamus
Dewan, 2002).

Manakala menurut Robbins (2003), kepemimpinan pula adalah satu proses
mempengaruhi tingkah laku orang lain untuk menggalakkan mereka bekerja ke arah
pencapaian sesuatu matlamat yang ditetapkan. Kepemimpinan sebagai kebolehan untuk
mempengaruhi ahli-ahli kumpulan untuk mencapai sesuatu matlamat. Manakala
Leithwood dan Janti (1999) pula menyatakan bahawa kepemimpinan merupakan
keupayaan untuk mempengaruhi sistem kepercayaan, tindakan dan pegangan nilai ahli-ahli
dalam kumpulannya.

Menurut pendapat Konntz dan O’Donnel (1984), kepimpinan secara amnya bermakna
pengaruh; satu seni atau proses mempengaruhi orang supaya mereka dapat berusaha secara
sukarela ke arah pencapaian matlamat bersama. Hal ini mempunyai persamaan dengan
Fulmer (1988) iaitu kepemimpinan melibatkan kedua-dua keupayaan atau kekuatan untuk
meyakinkan orang lain bekerja keras ke arah sesuatu matlamat,dan kemahiran atau
kebolehan untuk membantu mereka mencapainya.

Manakala konsep kepemimpinan dalam Islam meliputi seluruh bentuk dimensi
kepimpinan. Kepimpinan bermula daripada konsep kepimpinan individu dengan individu,
dan kepimpinan individu dengan masyarakat yang akhirnya akan membina masyarakat dan
negara. Oleh itu, kepimpinan wujud dalam apa-apa jua aktiviti yang disusun secara rapi
dan sistematik. Kepimpinan juga berkait secara langsung dan tidak langsung dengan
keseluruhan aktiviti dalam organisasi.

3. FUNGSI DAN PERANAN KEPEMIMPINAN

3.1. Fungsi-fungsi utama kepemimpinan adalah seperti berikut :
3.1.1. Perancangan (Planning)

3.1.1.1. Mendapatkan maklumat yang diperlukan
3.1.1.2. Mendefinisikan tugas dan maklumat kumpulan
3.1.1.3. Membuat rangka kerja yang dapat dilaksanakan

3.1.2. Daya usaha (Initiating)

3.1.2.1. Memberi taklimat kepada kumpulan tentang tujuan dan rancangan
3.1.2.2. Menjelaskan keperluan pelan atau tujuan itu diperlukan
3.1.2.3. Memperuntukkan tugas kepada ahli-ahli kumpulan
3.1.2.4. Menetapkan semua standard piawaian kumpulan

3.1.3. Pengawalan

3.1.3.1. Memelihara standard piawaian kumpulan
3.1.3.2. Mempengaruhi tempo
3.1.3.3. Memastikan tindakan diambil ke arah objektif
3.1.3.4. Mengawal perbincangan
3.1.3.5. Menggerakkan kumpulan terhadap tindakan atau membuat keputusan

3.1.4. Menyokong (Supporting)

3.1.4.1. Menunjukkan penerimaan individu dan sumbangan mereka
3.1.4.2. Menggalakkan individu / kumpulan
3.1.4.3. Mendisiplinkan individu / kumpulan
3.1.4.4. Membentuk semangat berpasukan
3.1.4.5. Melegakan ketegangan dengan jenaka
3.1.4.6. Menyelesaikan pertikaian

3.1.5. Memberitahu (informing)

3.1.5.1. Menjelaskan tugas atau rancangan
3.1.5.2. Memberi maklumat baharu kepada kumpulan
3.1.5.3. Menerima maklumat daripada kumpulan
3.1.5.4. Merumuskan cadangan dan idea

3.1.6. Menilai (Evaluating)

3.1.6.1. Menyemak kebolehgunaan sesuatu idea
3.1.6.2. Menguji implikasi sesuatu cadangan penyelesaian
3.1.6.3. Menilai prestasi kumpulan
3.1.6.4. Membantu kumpulan dalam menilai prestasi mereka berdasarkan

standard yang ditetapkan

4. STANDARD KUALITI PENDIDIKAN MALAYSIA (SKPMg2)

4.1. PENDAHULUAN

4.1.1. Pada tahun 2017, Kementerian Pendidkan Malaysia (KPM) telah melancarkan
Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPMg2) sebagai panduan
pengoperasian sekolah mengikut keperluan dan kepentingan bagi meningkatkan
prestasi. Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) berpandangan, bahawa SKPMg2
juga perlu dijadikan sebagai panduan utama SMAN bagi tujuan peningkatan
dan kecemerlangan dalam semua bidang.

4.1.2. Instrument SKPMg2 terdiri daripada lima standard berikut:

4.1.2.1. Standard 1 : Kepemimpinan
4.1.2.2. Standard 2 : Pengurusan Organisasi
4.1.2.3. Standard 3 : Pengurusan Kurikulum, Kokurikulum dan Hal Ehwal

Pelajar

4.1.2.4. Standard 4 : Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc)
4.1.2.5. Standard 5 : Kemenjadian Pelajar

STANDARD 1 : KEPEMIMPINAN

1. PERNYATAAN STANDARD:

Pengetua berperanan sebagai pemimpin berimpak tinggi yang
berupaya menggembleng dan menggerakkan warga sekolah secara

bersepadu untuk memajukan sekolah dan meningkatkan kualiti
pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc)

1.1. ASPEK 1: PENGETUA SEBAGAI PENERAJU
Pengetua bertindak sebagai peneraju dalam semua aspek pengurusan dan
pendidikan di sekolah untuk memastikan matlamat dan objektif yang ditetapkan
tercapai.

1.1.1. STANDARD KUALITI 1
Pengetua menetapkan hala tuju sekolah secara terancang.
TINDAKAN UNTUK MENCAPAI STANDARD
Membuat analisis, menentukan sasaran, mendokumen dan menyebarluaskan
hala tuju secara menyeluruh, jelas dan mengambil kira keperluan sekolah.

1.1.2. STANDARD KUALITI 2
Pengetua mengetuai penyediaan Rancangan Pemajuan Sekolah secara
terancang dan sistematik.
TINDAKAN UNTUK MENCAPAI STANDARD
Mengetuai penyediaan garis panduan/format perancangan strategik, merangka
strategi pencapaian sasaran, memantau dan menyiapkan dokumen perancangan
strategik dengan mekanisme yang sesuai, mengikut ketetapan, keperluan
sekolah dan secara komprehensif.

1.1.3. STANDARD KUALITI 3
Pengetua mengetuai pemantauan pengoperasian sekolah secara terancang dan
sistematik.
TINDAKAN UNTUK MENCAPAI STANDARD
Mengetuai pelaksanaan pemantauan, menyediakan rumusan dan mengambil
tindakan susulan mengikut ketetapan, secara menyeluruh dan berterusan.

1.1.4. STANDARD KUALITI 4
Pengetua menerajui aktiviti instruksional dalam pelaksanaan PdPc secara
profesional dan terancang.
TINDAKAN UNTUK MENCAPAI STANDARD
Melaksanakan PdPc, menyediakan Rancangan Pelajaran Harian (RPH),
menaksir tahap penguasaan pelajar dan menyemak hasil kerja pelajar mengikut
arahan yang berkuat kuasa, mematuhi jadual, secara tekal dan menyeluruh.

1.1.5. STANDARD KUALITI 5
Melaksanakan PdPc, menyediakan Rancangan Pelajaran Harian (RPH),
menaksir tahap penguasaan pelajar dan menyemak hasil kerja pelajar mengikut
arahan yang berkuat kuasa, mematuhi jadual, secara tekal dan menyeluruh.
TINDAKAN UNTUK MENCAPAI STANDARD
Pengetua menerajui aktiviti instruksional dalam pelaksanaan pencerapan PdPc
secara profesional dan terancang.

1.1.6. STANDARD KUALITI 6
Pengetua menerajui aktiviti instruksional dalam pelaksanaan pencerapan PdPc
secara professional dan terancang.
TINDAKAN UNTUK MENCAPAI STANDARD
Mengetuai pelaksanaan pencerapan PdPc, memberi maklum balas dan
bimbingan serta mengambil tindakan susulan mengikut ketetapan, secara
menyeluruh dan berterusan.

1.1.7. STANDARD KUALITI 7
Pengetua menerajui aktiviti instruksional dalam pelaksanaan pemantauan
kemajuan dan pencapaian pelajar secara sistematik dan terancang.
TINDAKAN UNTUK MENCAPAI STANDARD
Mengetuai pemantauan kemajuan dan pencapaian pelajar dengan menganalisis
pencapaian pelajar, menyediakan rumusan dan mengambil tindakan susulan
mengikut ketetapan, secara menyeluruh dan berterusan.

1.1.8. STANDARD KUALITI 8
Pengetua menangani masalah pengoperasian sekolah secara profesional dan
terancang.
TINDAKAN UNTUK MENCAPAI STANDARD
Mengenal pasti, mengambil tindakan dan menyelesaikan masalah/isu
pengoperasian sekolah serta mengambil langkah kawalan dengan mekanisme
yang sesuai, secara telus dan kreatif/inovatif.

1.2. ASPEK 2: PENGETUA SEBAGAI PEMBIMBING
Pengetua bertindak sebagai pembimbing untuk meningkatkan kecekapan individu
dan kualiti pengurusan sekolah.

1.2.1. STANDARD KUALITI 1
Pengetua memberi bimbingan kepada guru secara profesional dan terancang.
TINDAKAN UNTUK MENCAPAI STANDARD
Memberi input, panduan dan maklum balas kepada guru mengikut keperluan,
dari semasa ke semasa, secara jelas dan menyeluruh.

1.2.2. STANDARD KUALITI 2
Pengetua memberi bimbingan kepada barisan pemimpin yang diberi penurunan
kuasa secara profesional dan terancang.
TINDAKAN UNTUK MENCAPAI STANDARD
Memberi panduan, maklum balas dan pendedahan berkaitan tugas kepada
Penolong Kanan, Ketua Bidang dan Ketua Panitia mengikut keperluan dari
semasa ke semasa, secara jelas dan menyeluruh.

1.3. ASPEK 3: PENGETUA SEBAGAI PENDORONG
Pengetua bertindak sebagai pendorong untuk meningkatkan motivasi warga sekolah
dalam melaksanakan tanggungjawab secara bersungguh-sungguh dan berkualiti.

1.3.1. STANDARD KUALITI 1
Pengetua mendorong warga sekolah dengan menjadi suri teladan secara
profesional dan terancang.
TINDAKAN UNTUK MENCAPAI STANDARD
Melaksanakan tugas berkualiti, mempamerkan penampilan diri berwibawa,
bertindak sebagai pakar rujuk dan memperlihat komunikasi yang berkesan
secara tekal, bersungguh-sungguh dan menyeluruh.

1.3.2. STANDARD KUALITI 2
Pengetua menggalakkan warga sekolah memberi input berkaitan kemajuan
sekolah secara profesional dan terancang.
TINDAKAN UNTUK MENCAPAI STANDARD
Menyediakan saluran, mendengar, menerima dan mengambil tindakan terhadap
pandangan warga sekolah berkaitan pemajuan sekolah dengan sikap terbuka,
secara tekal dan mengikut keperluan.

1.3.3. STANDARD KUALITI 3
Pengetua menggerakkan warga sekolah dalam melaksanakan tanggungjawab
secara terancang.
TINDAKAN UNTUK MENCAPAI STANDARD
Memberi maklum balas positif, penghargaan, menyediakan keperluan dan
melibatkan diri dalam aktiviti sekolah secara tekal, menyeluruh dan mengikut
keperluan.

STANDARD 2: PENGURUSAN ORGANISASI

1. PERNYATAAN STANDARD:

Organisasi sekolah diurus secara cekap dengan mengambil kira
potensi dan keperluan warga sekolah, kemudahan sumber dalaman
dan luaran untuk meningkatkan keberkesanan pengoperasian sekolah.

2. ASPEK 1: PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
Sumber manusia diurus untuk meningkatkan kualiti kerja, kepuasan dan keseronokan
bekerja serta amalan profesionalisme.

2.1. STANDARD KUALITI
Sumber manusia diurus secara sistematik dan terancang
TINDAKAN UNTUK MENCAPAI STANDARD
Mengagih, menyedia dan menyebarluaskan perincian tugas serta menilai prestasi kerja
dengan mematuhi arahan, mengikut keperluan, secara menyeluruh, seimbang dan
telus.

2.2. STANDARD KUALITI
Pembangunan sumber manusia diurus secara terancang.
TINDAKAN UNTUK MENCAPAI STANDARD
Merancang dan melaksanakan program pembangunan profesionalisme, menilai
keberkesanan program dan mengambil tindakan susulan mengikut keperluan,
mengambil kira perkembangan pendidikan/perkhidmatan semasa, secara menyeluruh
dan berterusan.

3. ASPEK 2: PENGURUSAN ASET
Aset kerajaan diurus untuk kemudahan, keselesaan dan keselamatan warga sekolah.

3.1. STANDARD KUALITI
Aset alih dan aset tak alih diurus secara sistematik dan terancang.
TINDAKAN UNTUK MENCAPAI STANDARD
Menyedia, mengguna dan menyelenggara aset alih dan aset tak alih, merekod dan
mengambil tindakan susulan terhadap hasil pemeriksaan mengikut prosedur yang
ditetapkan, keperluan secara menyeluruh dan berterusan

4. ASPEK 3: PENGURUSAN KEWANGAN
Kewangan diurus untuk memastikan setiap perbelanjaan memberi pulangan yang
optimum.

4.1. STANDARD KUALITI
Kewangan diurus secara sistematik dan terancang.
TINDAKAN UNTUK MENCAPAI STANDARD
Menyediakan anggaran perbelanjaan, melaksanakan perbelanjaan dan pemantauan
serta mengambil tindakan susulan dengan mematuhi peraturan, mengikut keperluan
dan secara menyeluruh.

5. ASPEK 4: PENGURUSAN SUMBER PENDIDIKAN
Sumber pendidikan diurus bagi menyokong peningkatan kualiti pendidikan.

5.1. STANDARD KUALITI
Sumber pendidikan diurus secara sistematik dan terancang.
TINDAKAN UNTUK MENCAPAI STANDARD
Menyedia, menyimpan dan menggunakan sumber pendidikan serta melaksanakan
penyeliaan mengikut ketetapan, keperluan, secara menyeluruh dan berterusan.

6. ASPEK 5: IKLIM
Persekitaran dan suasana diurus supaya kondusif bagi kesejahteraan warga sekolah
dalam melaksanakan tanggungjawab

6.1. STANDARD KUALITI
Persekitaran fizikal diselenggara secara sistematik dan terancang.
TINDAKAN UNTUK MENCAPAI STANDARD
Membersihkan, menceriakan dan memulihkan kawasan persekitaran fizikal serta
mewujudkan ciri-ciri keselamatan dengan mekanisme yang sesuai, mematuhi
prosedur, mengikut keperluan dan secara berterusan.

6.2. STANDARD KUALITI
Suasana yang selesa dan harmoni diwujudkan serta dikekalkan secara sistematik dan
terancang.
TINDAKAN UNTUK MENCAPAI STANDARD
Menguatkuasakan peraturan sekolah, merancang dan melaksanakan program
peningkatan keakraban dengan mekanisme yang sesuai, secara tekal, menyeluruh dan
mematuhi peraturan yang ditetapkan.

7. ASPEK 6: PENGURUSAN PERPADUAN
Pemahaman dan penerimaan terhadap kepelbagaian masyarakat Malaysia diurus untuk
memupuk perpaduan

7.1. STANDARD KUALITI
Pemahaman dan penerimaan terhadap kepelbagaian masyarakat Malaysia diurus
secara terancang.
TINDAKAN UNTUK MENCAPAI STANDARD
Menyebar maklumat, merancang dan melaksanakan program yang berteraskan
kepelbagaian masyarakat Malaysia dengan mekanisme yang sesuai, mengikut
kesesuaian, secara menyeluruh dan berterusan.

8. ASPEK 7: PERMUAFAKATAN STRATEGIK
Permuafakatan strategik diwujudkan untuk menyokong pembelajaran pelajar ke arah
kecemerlangan.

8.1. STANDARD KUALITI
Permuafakatan strategik diusahakan secara profesional dan terancang.
TINDAKAN UNTUK MENCAPAI STANDARD
Merancang dan melaksanakan program yang melibatkan ibu bapa, komuniti dan pihak
swasta, mendapatkan sumbangan serta mewujudkan rangkaian komuniti dengan
mekanisme yang sesuai, mengikut keperluan, secara kreatif/inovatif dan berterusan.

STANDARD 3 : PENGURUSAN KURIKULUM, KOKURIKULUM DAN
HAL EHWAL PELAJAR

1. PERNYATAAN STANDARD:

Bidang kurikulum, kokurikulum dan hal ehwal pelajar diurus secara
cekap dan berkesan untuk melahirkan pelajar yang seimbang dari segi

intelek, rohani, emosi, jasmani dan sosial selaras dengan hala tuju
sekolah.

2. STANDARD 3.1: PENGURUSAN KURIKULUM

2.1. ASPEK 1: KETETAPAN PELAKSANAAN KURIKULUM
Ketetapan dibuat untuk memastikan kepatuhan dan keselarasan pelaksanaan
kurikulum kebangsaan.

2.1.1. STANDARD KUALITI
Pelaksanaan kurikulum diurus secara sistematik dan terancang
TINDAKAN UNTUK MENCAPAI STANDARD
Membuat, mendokumen, menyebarluaskan dan menyemak semula ketetapan
dengan mematuhi arahan yang berkuatkuasa, mengikut keperluan sekolah
secara menyeluruh dan jelas.

2.2. ASPEK 2: PENGURUSAN MATA PELAJARAN
Mata pelajaran diurus untuk meningkatkan kualiti pembelajaran dan pengajaran.

2.2.1. STANDARD KUALITI
Pelaksanaan mata pelajaran diurus secara profesional dan terancang.
TINDAKAN UNTUK MENCAPAI STANDARD
Memperoleh dokumen kurikulum, menyelaras penyediaan Rancangan
Pengajaran Tahunan dan Rancangan Pengajaran Harian, pentaksiran, tugasan,
menganalisis data dan mengambil tindakan susulan dengan mematuhi arahan
yang berkuat kuasa, berdasarkan keperluan pelaksanaan kurikulum dan secara
menyeluruh.

2.2.2. STANDARD KUALITI
Program peningkatan kualiti pengajaran guru diurus secara terancang.
TINDAKAN UNTUK MENCAPAI STANDARD
Merancang dan melaksanakan program pembangunan profesionalisme yang
berkaitan dengan mata pelajaran, menilai keberkesanan program dan
mengambil tindakan susulan dengan berfokus kepada keperluan guru,
perkembangan pendidikan semasa dan secara berterusan.

2.2.3. STANDARD KUALITI
Program peningkatan pencapaian pelajar diurus secara profesional dan
terancang.
TINDAKAN UNTUK MENCAPAI STANDARD
Merancang dan melaksanakan program yang menjurus ke arah peningkatan
ilmu dan kemahiran, menilai keberkesanan program dan mengambil tindakan
susulan dengan berfokus kepada isu pembelajaran, mengambil kira tahap
keupayaan pelajar, secara menyeluruh dan berterusan.

2.2.4. STANDARD KUALITI
Bantuan geran per kapita mata pelajaran dimanfaatkan secara sistematik dan
terancang.
TINDAKAN UNTUK MENCAPAI STANDARD
Merancang dan melaksanakan perbelanjaan, memanfaatkan sumber pendidikan
dan merekodkan penerimaan serta penggunaan sumber pendidikan mengikut
prosedur yang ditetapkan, keperluan, secara menyeluruh dan berterusan.

2.3. ASPEK 3.1.3: PENGURUSAN MASA INSTRUKSIONAL
Masa instruksional diurus untuk memastikan peningkatan masa pembelajaran
berkesan.

2.3.1. STANDARD KUALITI
Masa pelaksanaan PdPc diurus secara sistematik dan terancang.
TINDAKAN UNTUK MENCAPAI STANDARD
Menyediakan pelbagai jadual waktu, melaksanakan PdPc seperti yang
dijadualkan, menyusun semula jadual waktu dan menyelaras program sekolah
mengikut arahan yang berkuat kuasa, ketetapan kurikulum dan keperluan.

2.4. ASPEK 3.1.4: PENGURUSAN PENILAIAN PELAJAR
Penilaian pelajar diurus untuk mengesan kemajuan penguasaan dan pencapaian.

2.4.1. STANDARD KUALITI
Peperiksaan dan pentaksiran diurus secara sistematik dan terancang.
TINDAKAN UNTUK MENCAPAI STANDARDMerancang, menyelaras
dan melaksanakan peperiksaan dan pentaksiran, menganalisis data dan
maklumat serta mengambil tindakan susulan mengikut ketetapan, keperluan,
secara menyeluruh dan berterusan.

STANDARD 3.2: PENGURUSAN KOKURIKULUM

2.5. ASPEK 3.2.1: KETETAPAN PELAKSANAAN KOKURIKULUM
Ketetapan dibuat untuk memastikan kepatuhan dan keselarasan pelaksanaan
kokurikulum.

2.5.1. STANDARD KUALITI
Pelaksanaan kokurikulum diurus secara sistematik dan terancang.
TINDAKAN UNTUK MENCAPAI STANDARD
Membuat, mendokumen, menyebarluaskan dan menyemak semula ketetapan
dengan mematuhi arahan yang berkuat kuasa, mengikut keperluan sekolah,
secara menyeluruh dan jelas.

2.6. ASPEK 3.2.2: PENGURUSAN KELAB/PERSATUAN
Kelab/persatuan diurus untuk mengukuhkan pembelajaran di bilik darjah,
mengembangkan potensi dan memupuk nilai estetika dan sosial yang positif.

2.6.1. STANDARD KUALITI
Kelab/persatuan diurus secara sistematik dan terancang.
TINDAKAN UNTUK MENCAPAI STANDARD
Merancang dan melaksanakan aktiviti kelab/persatuan yang berteraskan ilmu
pengetahuan, kemahiran dan kreativiti/inovasi, merekod dan menganalisis data
serta mengambil tindakan susulan dengan mematuhi ketetapan pelaksanaan
kokurikulum, mengikut keperluan, secara menyeluruh dan berterusan.

2.7. ASPEK 3.2.3: PENGURUSAN UNIT BERUNIFORM
Unit beruniform diurus untuk meningkatkan disiplin dan daya kepimpinan bagi
pemantapan pembangunan perwatakan pelajar.

2.7.1. STANDARD KUALITI
Unit beruniform diurus secara sistematik dan terancang.
TINDAKAN UNTUK MENCAPAI STANDARD
Merancang dan melaksanakan aktiviti Unit beruniform yang berteraskan ilmu
pengetahuan, kemahiran dan kreativiti/inovasi, merekod dan menganalisis data
serta mengambil tindakan susulan dengan mematuhi ketetapan pelaksanaan
kokurikulum, mengikut keperluan, secara menyeluruh dan berterusan.

2.8. ASPEK 3.3.4: PENGURUSAN SUKAN/PERMAINAN
Sukan/permainan diurus untuk mengukuhkan pengetahuan, kemahiran dan
memupuk nilai estetika dan sosial yang positif.

2.8.1. STANDARD KUALITI
Sukan/permainan diurus secara sistematik dan terancang.
TINDAKAN UNTUK MENCAPAI STANDARD
Merancang dan melaksanakan aktiviti sukan/permainan yang berteraskan ilmu
pengetahuan, kemahiran dan kreativiti/inovasi, merekod, menganalisis data dan
mengambil tindakan susulan dengan mematuhi ketetapan pelaksanaan
kokurikulum, mengikut keperluan, secara menyeluruh dan berterusan.

2.9. ASPEK 3.3.5: PENGURUSAN PROGRAM KECEMERLANGAN KOKU
Program kecemerlangan kokurikulum diurus untuk mengoptimumkan bakat dan
potensi pelajar.

2.9.1. STANDARD KUALITI
Program kecemerlangan kokurikulum diurus secara profesional dan terancang.
TINDAKAN UNTUK MENCAPAI STANDARD
Merancang dan melaksanakan latihan dan program kecemerlangan
kelab/persatuan, unit beruniform dan sukan/permainan mengikut keperluan,
secara kreatif/inovatif, menyeluruh dan berterusan.

2.10. ASPEK 3.3.6: PENGURUSAN “SUKAN UNTUK SEMUA”
“Sukan Untuk Semua” diurus untuk memupuk budaya bersukan dan amalan gaya
hidup sihat, cergas serta berdaya saing dalam kalangan pelajar.

2.10.1. STANDARD KUALITI
Aktiviti “Sukan Untuk Semua” diurus secara profesional dan terancang.
TINDAKAN UNTUK MENCAPAI STANDARD
Merancang dan melaksanakan aktiviti sukan untuk semua yang merangkumi
kejohanan merentas desa, sukan sekolah dan pertandingan sukan/permainan
dengan mematuhi ketetapan kokurikulum, mengikut keperluan, secara
kreatif/inovatif dan menyeluruh.

2.11. ASPEK 3.3.7: PENGURUSAN PENTAKSIRAN KOKURIKULUM
Pentaksiran kokurikulum diurus untuk mengesan pencapaian pelajar.

2.11.1. STANDARD KUALITI
Pentaksiran kokurikulum dilaksanakan secara sistematik dan terancang.
TINDAKAN UNTUK MENCAPAI STANDARD
Merancang dan melaksanakan pentaksiran, menganalisis data dan maklumat
kokurikulum serta mengambil tindakan susulan mengikut arahan yang berkuat
kuasa, keperluan, secara menyeluruh dan berterusan.

STANDARD 3.3: PENGURUSAN HAL EHWAL PELAJAR

2.12. ASPEK 1: KETETAPAN PELAKSANAAN HAL EHWAL PELAJAR
Ketetapan dibuat bagi memastikan kepatuhan dan keselarasan pelaksanaan hal
ehwal pelajar.

2.12.1. STANDARD KUALITI
Pelaksanaan hal ehwal pelajar diurus secara sistematik dan terancang.
TINDAKAN UNTUK MENCAPAI STANDARD
Membuat, mendokumen, menyebarluaskan dan menyemak semula ketetapan
dengan mematuhi arahan yang berkuat kuasa, mengikut keperluan sekolah,
secara menyeluruh dan jelas.

2.13. ASPEK 2: PENGURUSAN DISIPLIN PELAJAR
Disiplin pelajar diurus untuk membentuk sikap dan perlakuan positif dalam
pembangunan sahsiah pelajar.

2.13.1. STANDARD KUALITI
Disiplin pelajar diurus secara profesional dan terancang.
TINDAKAN UNTUK MENCAPAI STANDARD
Menyebarluaskan dan menguatkuasakan peraturan sekolah, menganalisis dan
memanfaatkan data disiplin serta merancang dan melaksanakan program
pendidikan disiplin dengan mekanisme yang sesuai, mematuhi arahan yang
berkuat kuasa, secara menyeluruh dan berterusan.

2.14. ASPEK 3: PENGURUSAN KESELAMATAN PELAJAR
Keselamatan pelajar diurus untuk memastikan pelajar selamat dan memupuk
amalan menjaga keselamatan dalam kalangan pelajar.

2.14.1. STANDARD KUALITI
Keselamatan pelajar diurus secara sistematik dan terancang.
TINDAKAN UNTUK MENCAPAI STANDARD
Menyebarluaskan dan menguatkuasakan peraturan dan prosedur operasi
standard keselamatan, merancang dan melaksanakan program pencegahan dan
kesedaran keselamatan dengan mekanisme yang sesuai, mematuhi ketetapan,
secara menyeluruh dan berterusan.

2.15. ASPEK 4: PENGURUSAN KESIHATAN PELAJAR
Program dan perkhidmatan kesihatan pelajar diurus untuk meningkatkan kualiti
kesihatan dan mengamalkan gaya hidup sihat.

2.15.1. STANDARD KUALITI
Program dan perkhidmatan kesihatan pelajar diurus secara sistematik dan
terancang.
TINDAKAN UNTUK MENCAPAI STANDARD
Menyelaras pemeriksaan kesihatan, merancang dan melaksanakan program
pencegahan dan kesedaran kesihatan dan mewujudkan persekitaran yang
bermaklumat dengan mekanisme yang sesuai, mematuhi arahan yang
berkuatkuasa, secara menyeluruh dan berterusan.

2.16. ASPEK 5: PENGURUSAN BANTUAN PELAJARAN PELAJAR
Bantuan pelajaran pelajar diurus untuk membantu memenuhi keperluan fizikal,
mental dan emosi.

2.16.1. STANDARD KUALITI
Bantuan pelajaran pelajar diurus secara sistematik dan terancang.
TINDAKAN UNTUK MENCAPAI STANDARD
Mengenal pasti jenis bantuan dan pelajar yang layak, merekodkan maklumat
dan memantau prestasi pelajar dengan mekanisme yang sesuai, mematuhi
ketetapan, secara menyeluruh dan berterusan.

2.17. ASPEK 6: PENGURUSAN PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN
KAUNSELING
Pengurusan perkhidmatan bimbingan dan runding cara diurus untuk pembangunan
sahsiah, psikososial, kesejahteraan mental dan kerjaya pelajar.

2.17.1. STANDARD KUALITI
Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling diurus secara profesional dan
terancang.
TINDAKAN UNTUK MENCAPAI STANDARD
Merancang dan melaksanakan sesi dan program bimbingan dan runding cara
dengan mekanisme yang sesuai, mematuhi arahan yang berkuat kuasa,
keperluan dan secara berterusan.

2.17.2. STANDARD KUALITI
Pentaksiran psikometrik diurus secara sistematik dan terancang.
TINDAKAN UNTUK MENCAPAI STANDARD
Merancang dan melaksanakan pentaksiran, menganalisis data dan maklumat
serta mengambil tindakan susulan dengan mematuhi arahan yang berkuat kuasa,
keperluan, secara menyeluruh dan berterusan.

STANDARD 4: PEMBELAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN

1. PERNYATAAN STANDARD:

Guru berperanan sebagai pemudah cara dalam proses pembelajaran dan
pemudahcaraan (PdPc) yang berkesan untuk memperkembangkan potensi

pelajar secara menyeluruh dan meningkatkan pencapaian pelajar pada
tahap optimum secara berterusan.

1.1. ASPEK 1: GURU SEBAGAI PERANCANG
Guru bertindak sebagai perancang untuk memastikan kesediaan dan persediaan
yang rapi dalam melaksanakan Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc).

1.1.1. STANDARD KUALITI TINDAKAN UNTUK MENCAPAI STANDARD
Guru merancang pelaksanaan PdPc secara profesional dan sistematik.
TINDAKAN UNTUK MENCAPAI STANDARD
Menyediakan RPH, menentukan kaedah pentaksiran dan menyediakan sumber
pendidikan mengikut keupayaan pelajar, peruntukan masa dan mematuhi segala
arahan yang dikeluarkan.

1.2. ASPEK 4.2: GURU SEBAGAI PENGAWAL
Guru bertindak sebagai pengawal pelaksanaan PdPc untuk memastikan kelancaran
proses pembelajaran mengikut perancangan.

1.2.1. STANDARD KUALITI
Guru mengawal proses pembelajaran secara profesional dan terancang.
TINDAKAN UNTUK MENCAPAI STANDARD
Mengelola isi pelajaran dan peruntukan masa serta memberi peluang kepada
penyertaan aktif pelajar dengan menepati objektif pelajaran, mengikut
keupayaan pelajar dan secara berterusan dalam PdPc.

1.2.2. STANDARD KUALITI
Guru mengawal suasana pembelajaran secara profesional dan terancang.
TINDAKAN UNTUK MENCAPAI STANDARD
Mengawasi komunikasi dan perlakuan pelajar, menyusun atur kedudukan
pelajar dan mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan mengikut
kesesuaian dan keperluan, secara berhemah, menyeluruh dan berterusan.

1.3. ASPEK 3 GURU SEBAGAI PEMBIMBING
Guru bertindak sebagai pembimbing untuk membolehkan pelajar menguasai
pengetahuan, kemahiran dan mengamalkan nilai berdasarkan objektif pelajaran.

1.3.1. STANDARD KUALITI
Guru membimbing pelajar secara profesional dan terancang.
TINDAKAN UNTUK MENCAPAI STANDARD
Memberi tunjuk ajar dalam menguasai isi pelajaran dan kemahiran, memandu
pelajar membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dan menggunakan
sumber pendidikan serta menggabung jalin isi pelajaran dengan
kemahiran/mata pelajaran lain mengikut keperluan dan keupayaan pelajar
dengan betul, tepat, secara berhemah dan bersungguh-sungguh.

1.4. ASPEK 4 GURU SEBAGAI PENDORONG
Guru bertindak sebagai pendorong untuk meningkatkan motivasi dan kemahiran
insaniah (soft skills) pelajar.

1.4.1. STANDARD KUALITI
Guru mendorong minda pelajar dalam melaksanakan aktiviti pembelajaran
secara profesional dan terancang.
TINDAKAN UNTUK MENCAPAI STANDARD
Merangsang pelajar berkomunikasi dan berkolaboratif, mengemukakan soalan
yang menjurus ke arah pemikiran kritis dan kreatif dan membuat keputusan atau
menyelesaikan masalah, mewujudkan peluang untuk pelajar memimpin dan
mengemukakan soalan berkaitan isi pelajaran serta memperoleh pengetahuan
dan kemahiran secara kendiri berdasarkan objektif pelajaran, mengikut
keupayaan pelajar dan secara berterusan.

1.4.2. STANDARD KUALITI
Guru mendorong emosi pelajar dalam melaksanakan aktiviti pembelajaran
secara profesional dan terancang.
TINDAKAN UNTUK MENCAPAI STANDARD
Memberi pujian, galakan, penghargaan dan keyakinan serta prihatin terhadap
keperluan pelajar secara berhemah, menyeluruh dan berterusan.

1.5. ASPEK 5: GURU SEBAGAI PENILAI
Guru berperanan sebagai penilai untuk mengesan tahap penguasaan pelajar.

1.5.1. STANDARD KUALITI
Guru melaksanakan penilaian secara sistematik dan terancang.
TINDAKAN UNTUK MENCAPAI STANDARD
Menggunakan pelbagai kaedah pentaksiran, menjalankan aktiviti pemulihan
dan pengayaan, memberi tugasan, membuat refleksi serta menyemak hasil kerja
pelajar berdasarkan objektif pelajaran mengikut ketetapan pelaksanaan
pentaksiran yang berkuat kuasa secara menyeluruh dan berterusan.

1.6. ASPEK 6: PELAJAR SEBAGAI PEMBELAJAR AKTIF
Pelajar bertindak sebagai pembelajar aktif untuk menguasai pengetahuan dan
kemahiran serta mengamalkan nilai positif.

1.6.1. STANDARD KUALITI
Pelajar melibatkan diri dalam proses pembelajaran secara berkesan.
TINDAKAN UNTUK MENCAPAI STANDARD
Memberi respons, berkomunikasi dan melaksanakan aktiviti secara kolaboratif,
berpemikiran kritis dan kreatif, mengemukakan soalan, menyelesaikan masalah
dan mengaitkan isi pelajaran dengan kehidupan berdasarkan objektif pelajaran,
secara aktif, yakin dan berhemah.

STANDARD 5: KEMENJADIAN PELAJAR

1. ASPEK 5.1: KEMENJADIAN PELAJAR DALAM AKADEMIK
1.1. Gred Purata Sekolah dalam Peperiksaan Sijil Menengah Agama (SMA)
1.2. Gred Purata Sekolah dalam Peperiksaan Awam Sekolah Pelajaran Malaysia
(SPM)
1.3. Peratus Pelajar Menguasai sekurang-kurangnya Keputusan Maqbul (STAM)

2. ASPEK 5.2: KEMENJADIAN PELAJAR DALAM KOKURIKULUM GPS
2.1. Gred Purata Sekolah dalam Kelab/Persatuan
2.2. Gred Purata Sekolah dalam Unit Beruniform
2.3. Gred Purata Sekolah dalam Sukan/Permainan
2.4. Gred Purata Sekolah Keseluruhan dalam Kokurikulum

3. ASPEK 5.3: KEMENJADIAN SAHSIAH PELAJAR
3.1. Purata Peratus Kehadiran Pelajar ke Sekolah bagi Tahun Terkini.
3.2. Peratus Pelajar yang Terlibat dalam Kes Salah Laku (Kes Ringan) bagi Tahun
Terkini.
3.3. Peratus Pelajar yang Terlibat dalam Kes Salah Laku (Kes Sederhana) bagi
Tahun Terkini.
3.4. Peratus Pelajar yang Terlibat dalam Kes Salah Laku (Kes Berat) bagi Tahun
Terkini.
3.5. Peratus Pelajar Yang Mengamalkan Perlakuan Positif bagi Tahun Terkini.



BAB 2

PANDUAN AM UNTUK GURU DAN KAKITANGAN
SOKONGAN

1. Arahan Am

1.1. Selaku pegawai kerajaan, pengetua, guru dan kakitangan sokongan adalah tertakluk
kepada segala arahan yang terdapat dalam Perintah Am Kerajaan.

1.2. Guru dan kakitangan sokongan sekolah dinasihatkan supaya membaca, memahami dan
boleh mentafsir dengan tepat akan kandungan Perintah Am dan Arahan Perkhidmatan
lain.

1.3. Guru hendaklah menghayati tatasusila profesion keguruan dan menjunjungnya sebagai
satu profesion dan bukan sebagai satu pekerjaan/mata pencarian semata-mata.

1.4. Semua guru dan kakitangan sokongan hendaklah mengamalkan dan menghayati
prinsip-prinsip Perkhidmatan Cemerlang. Semua guru hendaklah mengamalkan dan
menghayati Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Jabatan Agama
Islam Pahang (JAIP).

1.5. Guru hendaklah mengamal dan menghayati Falsafah dan Matlamat Pendidikan
Negara. Bersama-sama memahami, berkongsi dan menghayati visi dan misi Sekolah.
Bekerja sebagai satu pasukan untuk mencapai visi, misi dan matlamat Sekolah

1.6. Meletakkan kepentingan pelajar dan sekolah lebih daripada kepentingan diri dalam
menjalankan tugas.

1.7. Bertanggungjawab menjaga dan menjamin keselamatan pelajar ketika berada di
sekolah dan menjaga harta benda sekolah.

1.8. Sentiasa mengamalkan kepimpinan yang berkesan dan dinamik serta cekap
menjalankan tugas.

1.9. Semua guru ialah guru disiplin dan guru kaunseling.

2. Kedatangan/Kehadiran
2.1. Hadir bertugas bermaksud datang ke sekolah dan balik pada waktu yang ditetapkan
dan juga bermaksud hadir ke dalam kelas seperti yang ditetapkan dalam jadual waktu
mengajar mesti dipatuhi dan sebarang ketidakakuran boleh dikenakan tindakan
tatatertib mengikut Perintah Am Bab D.
2.2. Guru dikehendaki berada di dalam kawasan sekolah 10 minit sebelum waktu rasmi
perhimpunan pagi merakam waktu masuk kerja pada Sistem Kehadiran Bertugas di
pejabat sekolah dan merakam waktu keluar semasa tamat bertugas pada hari-hari
bekerja mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bil 13 tahun 2005 dan Perintah Am Bab
Lapan. Guru TIDAK DIBENARKAN merakam waktu masuk/keluar kerja untuk
orang lain.
2.3. Waktu rasmi persekolahan :

PERHIMPUNAN PAGI 7.15 pagi setiap hari

ISNIN, SELASA, RABU & KHAMIS 7.30 pagi hingga 3.15 petang

JUMAAT 7.30 pagi hingga 12.00 tengah hari

HARI PERSEKOLAHAN GANTI Mengikut hari yang telah ditetapkan

2.4. Guru yang tidak dapat hadir atau terpaksa datang lewat hendaklah memberikan
kenyataan dan sebab-sebab yang wajar. Guru mesti memberitahu pihak sekolah
secepat mungkin untuk penyediaan Jadual Guru Ganti.

2.5. Semua urusan peribadi guru hendaklah dibuat di luar waktu sekolah kecuali dalam
keadaan kecemasan dengan memaklumkan terlebih dahulu kepada pihak sekolah.

3. Keluar Dari Kawasan Sekolah Waktu Rasmi Persekolahan

3.1. Guru tidak dibenarkan meninggalkan kawasan sekolah dalam masa waktu
persekolahan kecuali:-
3.1.1. Arahan rasmi daripada JAIP/PPD/JPN/KPM/LPM dan agensi kerajaan atau
bukan kerajaan yang telah diminitkan.
3.1.2. Perkara kecemasan yang telah dimaklumkan kepada pengetua.

3.2. Guru dikehendaki mengisi borang kebenaran keluar dan ditulis dalam Buku Rekod
keluar serta mendapatkan tandatangan pengetua/penolong kanan sebelum keluar.

3.3. Sekiranya waktu berada di sekolah TIDAK MENCAPAI empat jam maka guru
hendaklah mengisi borang CRK. Sekiranya kurang dari empat jam guru hendaklah
mengisi Borang Kebenaran untuk meninggalkan pejabat dalam waktu bekerja di
bawah Perintah Am 5 Bab G.

3.4. Permohonan cuti hendaklah diisi dalam Borang Permohonan Cuti/melalui Sistem
HRMIS DUA hari sebelum tarikh cuti yang sebenar.

3.5. Sebelum meninggalkan sekolah, guru diminta meninggalkan kerja bertulis untuk
pelajar melalui Penolong Kanan Kurikulum.

4. Cuti Yang Diberi Kerana Perkhidmatan
4.1. Cuti Rehat Khas (CRK)
4.1.1. Tidak melebihi 10 hari diberikan kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan
dalam satu tahun kalendar. Pegawai mesti memohon cuti daripada Pengetua
dengan mengisi Borang Permohonan Cuti Rehat Khas dan diluluskan oleh
pengetua dengan syarat tidak menjejaskan pengurusan pengajaran dan
pembelajaran (PdPc) di sekolah. Permohonan cuti juga hendaklah diisi dalam
borang permohonan cuti/melalui Sistem HRMIS tiga hari sebelum tarikh cuti
yang sebenar.
4.1.2. Cuti Rehat Khas yang tidak dapat digunakan dalam tahun semasa tidak boleh
dibawa ke tahun berikutnya tetapi dibenarkan untuk dikumpul bagi tujuan
pemberian wang tunai Gantian Cuti Rehat (GCR) bagi pegawai yang layak.
4.1.3. Mengikut surat Pekeliling Kementerian Pelajaran KP (PP) 0046. SJ/A/(30)
bertarikh 24 Disember 1993, guru berkelayakan mendapat cuti penggal sekolah
untuk menggantikan cuti rehat tetapi guru boleh dipanggil untuk menjalankan
tugas-tugas selain daripada tugas mengajar.
4.1.4. Semua tempoh percutian penggal sekolah bergaji penuh akan diambil kira
sebagai perkhidmatan yang melayakkan di bawah tafsiran Perintah Am 1 (ix).

4.2. Cuti Separuh Gaji (CSG)
4.2.1. Cuti hanya boleh diberi atas sebab-sebab berikut sahaja :
4.2.1.1. Sebab-sebab kesihatan guru itu sendiri dengan perakuan Lembaga
Perubatan (Bab F)
4.2.1.2. Sebab-sebab kesihatan sanak saudara yang rapat dengan guru itu, dan
4.2.1.3. Kerana membuat lawatan sambil belajar di seberang laut yang telah
diluluskan oleh JAIP dan KPM.
4.2.1.4. Kadar cuti hanya 30 hari setahun dan tidak melebihi 180 hari sepanjang
perkhidmatan.Cuti bagi klausa 4.2.2 tidak boleh diberi melebihi had
satu-satu penggal sekolah itu tetapi cuti penggal sekolah yang jatuh
sejurus sebelum atau selepas CSG sedemikian boleh digunakan untuk
menyambung CSG itu tertakluk kepada kepentingan perkhidmatan.

4.3. Cuti Tanpa Gaji ( CTG )
4.3.1. Mengikut Perintah Am Bab C, Cuti Tanpa Gaji boleh dipohon atas sebab-sebab
persendirian yang mustahak.
4.3.2. Cuti Tanpa Gaji daripada kakitangan sokongan hanya boleh diberi selepas habis
semua cuti rehatnya.
4.3.3. Kelayakan Cuti Tanpa Gaji ialah 30 hari bagi tiap-tiap genap tahun
perkhidmatan tetapi tidak melebihi 180 hari.
4.3.4. Cuti Tanpa Gaji untuk tujuan keluar negari hanya boleh diambil sekali dalam
masa empat tahun.
4.3.5. Kelulusan Cuti tanpa Gaji yang tidak melebihi 14 hari setahun adalah diluluskan
oleh Pengarah Pendidikan Negeri/Pengarah JAIP. Cuti yang melebihi 15 hari
diluluskan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia/SUK Pahang. Borang
permohonan hendaklah dihantar ke Jabatan Pendidikan Negeri/JAIP 10 minggu
sebelum tarikh mula bercuti.

4.4. Cuti Sambilan/rehat guru
4.4.1. Cuti Sambilan ialah cuti bergaji penuh untuk guru sahaja.
4.4.2. Cuti ini boleh diluluskan oleh pengetua hanya atas sebab-sebab kecemasan dan
upacara agama bagi tempoh 10 hari dalam setahun.

4.5. Cuti Keluar Negara
4.5.1. Semua guru yang hendak bercuti ke luar negeri mesti mendapat kelulusan
daripada jabatan. Borang permohonan yang berkaitan perlu diisi selewat-
lewatnya empat minggu sebelum tarikh bercuti.

4.6. Cuti Atas Sebab Kesihatan
4.6.1. Mendapat faedah yang sama dengan kelas A.

4.7. Cuti Sakit (MC)
4.7.1. Sijil sakit yang dikeluarkan oleh doktor swasta yang melebihi dua hari berturut-
turut hendaklah disahkan oleh pegawai perubatan kerajaan.Jumlah cuti sakit
yang dikeluarkan oleh doktor swasta tidak melebihi 15 hari setahun.
4.7.2. Cuti sakit yang melebihi 90 hari setahun sama ada berterusan atau terputus akan
dilaporkan kepada JAIP dan JPN dan meneruskan pembayaran gaji.
4.7.3. Kakitangan yang mendapat cuti sakit telah disyaratkan mesti berada di hospital
atau rumah pegawai mengikut perintah Am C hal 17 (C) kecuali diarahkan oleh
pegawai perubatan sebaliknya.

4.7.4. Cuti Bersalin
4.7.4.1. Guru yang bersalin boleh mengambil cuti berkenaan selama 90 hari dan
diperuntukan sebanyak 300 hari sepanjang perkhidmatan.
4.7.4.2. Suami bagi isteri yang bersalin boleh mengambil cuti berkenaan selama
tujuh hari berturut-berturut termasuk hari bersalin dan cuti awam jika
berkenaan ,sehingga anak kelima.

4.7.5. Cuti Haji/Umrah
4.7.5.1. Hanya sekali sahaja sepanjang tempoh perkhidmatan.

4.7.6. Cuti kerana berkursus:
4.7.6.1. Cuti Tidak berekod
4.7.6.1.1. Cuti latihan pasukan sukarela
4.7.6.1.2. Cuti menghadiri latihan/khemah tahunan pertubuhan/persatuan
4.7.6.1.3. Cuti lain-lain kursus
4.7.6.1.4. Cuti menghadiri latihan syarikat kerjasama
4.7.6.1.5. Cuti untuk masuk peperiksaan
4.7.6.1.6. Cuti untuk menghadiri mesyuarat ikhtisas
4.7.6.1.7. Cuti mengambil bahagian dalam olahraga/sukan dan Jawatan
Kuasa Pertandingan peringkat negeri dan antarabangsa.

5. Etika Pakaian
5.1. Seseorang pegawai semasa bertugas hendaklah sentiasa berpakaian dengan sepatutnya
mengikut apa-apa cara yang ditentukan oleh kerajaan melalui arahan yang dikeluarkan
dari semasa ke semasa oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam atau mana-mana
pihak berkuasa lain.
5.2. Seseorang pegawai yang dikehendaki menghadiri sesuatu upacara rasmi hendaklah
berpakaian sebagaimana yang ditentukan bagi upacara itu, dan jika etika pakaian bagi
upacara tidak ditentukan, pegawai itu hendaklah berpakaian yang sesuai bagi upacara
itu.
5.3. Jadual pakaian guru :

Isnin dan Selasa Kemeja bertali leher, seluar slack, berkasut
(lelaki) atau kemeja kolar raihan/Nehru,
seluar slack, berkasut (lelaki).

Baju kurung/baju bersopan, berkasut
(perempuan)

Rabu Pakaian Unit Beruniform masing-masing

Khamis Batik Malaysia (berlengan panjang )

Jumaat Seperti hari Isnin dan Selasa atau Baju
Melayu bersampin (lelaki),berkasut dan capal

PdPc Pendidikan Jasmani Kemeja-T/jersi sukan, trek panjang, berkasut
dan Pendidikan Kesihatan sukan (lelaki)

Kemeja-T lengan panjang, seluar trek
panjang, berkasut sukan (perempuan)

5.4. Pakaian berbentuk seluar dan baju tanpa lengan tidak dibenarkan bagi guru perempuan.
5.5. Guru lelaki tidak dibenarkan berambut panjang dan potongan rambut yang tidak

mencerminkan profesion keguruan.

6. Perhubungan Sesama Guru
6.1. Guru sewajarnya memupuk hubungan peribadi dan profesional yang baik dan sihat
sesama guru dan sentiasa dapat mengawal tutur kata mereka dan diharapkan akan dapat
mewujudkan suasana kekitaan.
6.2. Guru tidak dibenarkan mempengaruhi atau memaksa pandangan/ fahaman/ pendapat/
kepercayaan kepada guru atau pun pelajar atau kakitangan sokongan sekolah yang lain.
6.3. Perhubungan yang berbentuk kumpulan yang berdasarkan kepada kaum, status sosial,
status ekonomi dan sebagainya tidak dibenarkan sama sekali wujud di sekolah.

7. Premis Guru
7.1. Kebersihan dan keselamatan bilik guru adalah tanggungjawab semua guru. Hal ini
termasuk keselamatan harta benda di dalam premis guru.
7.2. Guru hendaklah berada di premis guru semasa tidak mengajar di kelas. Masa ini
hendaklah dianggap sebagai “non teaching period” dan bukannya “ free period”.
Oleh itu, guru hendaklah menggunakan masa tersebut di premis guru untuk perkara-
perkara berkaitan dengan pengurusan mata pelajaran atau pengurusan tugas khas.
7.3. Guru tidak digalakkan membenarkan pelajar berada di premis guru.
7.4. Guru yang berada di premis guru hendaklah sama-sama bertanggungjawab
memastikan suasana yang sesuai dan tidak menganggu ketenteraman mana-mana
pihak.

8. Perjawatan dan Pengajaran
8.1. Jikalau guru menghadapi sebarang masalah dalam bidang perjawatan, mereka boleh
berurusan dengan pembantu tadbir atau pengetua.
8.2. Guru yang menghadapi masalah dalam bidang pengajaran bolehlah berurusan dengan
Ketua Panitia, Guru Kanan atau Penolong Kanan dan Pengetua.

9. Tugas Guru dalam Tahun Semasa
9.1. Mengikut Arahan Perbandaharaan Am Guru akan diberi tugas berbentuk tugasan
kurikulum, HEP dan kokurikulum dan pentadbiran. Mereka mesti melaksanakan
tugas-tugas tersebut dengan dedikasi, cekap dan bertanggungjawab.
9.2. Apabila diarah untuk melaksanakan sesuatu tugas misalnya menghadiri mesyuarat,
pergi ke Jabatan Agama Islam Pahang atau ke sekolah lain, guru hendaklah mengambil
tindakan sendiri. Guru yang ditugaskan tidak boleh mengarahkan guru lain
melaksanakan tugas itu tanpa pengetahuan pengetua. Jika tugas itu terpaksa dijalankan
oleh pihak lain atau persetujuan sesama sendiri, pertukaran mesti disampaikan ke
pengetahuan pengetua.

10. Buku Rekod Mengajar
10.1. Setiap guru mempunyai sebuah Rekod Pengajaran dan Pembelajaran (RPP) secara
dokumentasi dan bertanggungjawab terhadap keselamatan buku tersebut. Semua
butiran hendaklah disempurnakan dengan teliti, kemas dan lengkap. Buku ini
hendaklah diserahkan ke pejabat sekolah pada hari Jumaat untuk disemak dan
ditandatangani oleh Pengetua/Penolong Kanan.
10.2. Mengikut Surat pekeliling Ikhtisas Bil 3 tahun 1999, rekod ini boleh disediakan
dalam apa-apa jua bentuk yang munasabah dan sesuatu dengan teknologi semasa
dan diuruskan dengan sempurna.
10.3. Peraturan-peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997 telah menetapkan
bahawa RPP mesti diserahkan ke pejabat sekolah pada setiap hujung minggu untuk
disemak dan disahkan oleh Pengetua.
10.4. Jika seseorang guru bercuti atau melakukan tugasan luar sekolah dalam tempoh
masa yang panjang, buku tersebut hendaklah diserahkan kepada Penolong Kanan
Pentadbiran.RPH hari pertama bercuti/tugasan luar mesti disediakan tanpa catatan
refleksi.
10.5. Guru bercuti atau melakukan tugasan luar sekolah dalam tempoh masa yang
pendek, hendaklah menyediakan RPH mengikut hari-hari persekolahan biasa dan
dibuat catatan refleksi mengenai aktiviti yang menyebabkan PdPC tidak dapat
dijalankan.
10.6. Buku Rekod Mengajar hendaklah diserahkan ke pejabat sekolah pada hari terakhir
tahun persekolahan untuk simpanan dan rujukan prestasi guru.

11. Jadual Waktu Mengajar
11.1. Setiap guru dibekalkan satu Jadual waktu Mengajar (Persendirian) tahun semasa
dan jadual ini akan sentiasa dikemas kini oleh pengurusan sekolah mengikut
keperluan perkhidmatan. Oleh itu, jadual ini mesti dipamerkan dalam RPP. Guru
kelas hendaklah menyediakan satu salinan jadual waktu untuk dipamerkan dalam
kelas masing-masing.
11.2. Jadual waktu Guru Ganti disediakan mengikut keperluan dan guru yang terlibat
mesti menjalankan tugas menggunakan Modul Guru Ganti.
11.3. Guru TIDAK DIBENARKAN mengubah jadual waktu yang telah ditetapkan tanpa
kebenaran Pengetua.
11.4. Guru TIDAK DIBENARKAN meninggalkan kelas dalam tempoh PdPc walaupun
pelajar diberikan tugasan, kecuali dengan arahan pengetua bagi menyelesaikan hal-
hal penting sekolah.
11.5. Guru hendaklah memaksimumkan penggunaan masa PdPc yang diperuntukkan,
setiap guru hendaklah melibatkan diri dengan pelajar sehingga tamat waktu PdPc.

12. Jadual Kedatangan Pelajar (JKP)
12.1. Guru kelas bertaggungjawab menyedia dan mengemas kini maklumat dalam JKP
dan mesti sentiasa berada di pejabat sekolah.
12.2. Kehadiran harian pelajar mesti dikemas kini pada masa pertama hari-hari
persekolahan mengikut ketetapan. Jika guru kelas tidak berada di sekolah , tugas ini
akan dijalankan oleh Penyelaras Tingkatan.
12.3. Nombor pendaftaran pelajar dan semua maklumat dalam jadual kedatangan
hendaklah disempurnakan pada minggu terakhir pada bulan Januari.
12.4. Hari terakhir persekolahan pada setiap bulan merupakan tarikh terakhir guru
menutup dan mengira data-data yang berkaitan seperti diarahkan.
12.5. Semua maklumat berkaitan kutipan yuran tidak termasuk derma hendaklah
direkodkan apabila kutipan dibuat dan resit hendaklah dikeluarkan.
12.6. Pelajar yang tidak hadir selama tiga hari berturut-turut atau berselang-seli dalam
satu minggu, ibu bapa/penjaga hendaklah dihubungi secara bertulis.

13. Keselamatan Aset Kerajaan
13.1. Semua guru dikehendaki memberi kerjasama sepenuhnya dalam menjaga
keselamatan aset kerajaan. Pelajar yang merosakkan harta benda sekolah sama ada
dengan sengaja atau tidak sengaja hendaklah dilapor ke pejabat sekolah untuk
tindakan selanjutnya.
13.2. Ketua Panitia/ Guru Kanan Mata Pelajaran hendaklah memastikan ada peraturan-
peraturan mengenai penggunaan alat-alat di bilik-bilik khas dan aset alih
disediakan dan dipamerkan untuk makluman pengguna dan mengelakkan
kerosakan.

14. Kebersihan
14.1. Setiap guru bertanggungjawab menjaga kebersihan kawasan kerja masing-masing
iaitu meja kerja di bilik guru, bilik khas dan meja guru dalam kelas. Jadual giliran
bertugas pelajar hendaklah disediakan oleh guru tingkatan.
14.2. Guru Kanan/Ketua Panitia dan guru lain yang mempunyai bilik khas/ tempat khas
(bengkel, bilik kaunseling, makmal dan lain-lain) bertanggungjawab untuk menjaga
kebersihan bilik tersebut.
14.3. Kebersihan kawasan sekolah adalah tanggungjawab semua guru, kakitangan
sokongan dan pelajar.

15. Surat-Menyurat (Arahan Perkhidmatan Bab 3)
15.1. Semua surat rasmi hendaklah dikirimkan melalui pengetua untuk disampaikan
kepada pihak berkenaan.Surat ini mesti menggunakan kepala surat rasmi sekolah
dan dicatatkan nombor rujukan fail.
15.2. Surat yang diterima oleh pihak sekolah diminitkan dan diedarkan kepada guru untuk
diambil tindakan segera terhadap surat tersebut.
15.3. Jika surat itu ditujukan kepada seseorang guru dengan dinyatakan melalui dan
salinan pengetua, surat asal boleh disimpan oleh penerima setelah mengambil
tindakan.
15.4. Surat yang diterima oleh sekolah terpaksa diedar kepada guru untuk diambil
tindakan. Guru berkenaan hendaklah mengambil tindakan segera terhadap surat-
surat tersebut.
15.5. Jika surat itu dituju kepada guru dengan dinyatakan melalui dan salinan kepada
pengetua, surat itu boleh disimpan oleh guru setelah diambil tindakan.
15.6. Jika surat itu dituju kepada pengetua dan pengetua mengedarkannya untuk tindakan
guru yang berkenaan, maka guru itu hendaklah:
15.6.1. Memastikan sama ada surat yang diterima itu salinan asal atau fotostat, jika
salinan asal, hendaklah difotostat terlebih dahulu supaya salinan asal disimpan
dalam fail di pejabat.

16. Pelawat/ Jurujual
16.1. Semua pelawat dimesti (wajib) berjumpa dengan pengetua/penolong kanan terlebih
dahulu. Guru tidak dibenarkan berbincang dengan wakil-wakil firma atau penjual-
penjual kecuali dengan kebenaran pengetua atau wakilnya.

17. Perolehan/ Pembelian
17.1. Guru yang hendak membuat perolehan aset atau pembelian barang mesti membuat
permohonan dengan menggunakan borang yang boleh diperoleh di pejabat.
17.2. Borang itu mesti mendapat pengesahan daripada Ketua Panitia/Guru Kanan Mata
Pelajaran/ Penolong Kanan sebelum diluluskan oleh pengetua.
17.3. Semua pesanan mestilah dibuat melalui Borang Pesanan Tempatan.
17.4. Semua invois mesti ditandatangani oleh guru yang menerima dan direkodkan
dalam buku stok aset atau inventori dengan kemas.

18. Kegiatan Kokurikulum
18.1. Semua guru akan ditugaskan menjadi penasihat kegiatan kokurikulum. Tugas ini
hendaklah dijalankan dengan cekap dan teratur.
18.2. Semua arahan yang dikeluarkan oleh Unit Kokurikulum JAIP/JPNP hendaklah
dipatuhi.
18.3. Guru penasihat hendaklah merekod Buku Rekod Kehadiran Pelajar dan membuat
penilaian terhadap pelajar setelah selesai aktiviti kokurikulum.
18.4. Guru yang ingin membawa pelajar melakukan aktiviti/program keluar dari kawasan
sekolah mestilah mendapat kebenaran pengetua atau PK Kokurikulum dengan
jadual dan kertas kerja yang dilampirkan.
18.5. Setelah mendapat kebenaran, guru yang dipertanggungjawabkan mesti mendapat
kebenaran bertulis daripada pihak ibu bapa/penjaga sebelum membawa pelajar
menjalankan aktiviti di luar kawasan sekolah.
18.6. Setelah selesai aktiviti, guru yang bertanggungjawab mestilah membuat laporan
bertulis kepada pengetua atau PK Kokurikulum selewat-lewatnya seminggu selepas
tamat program.
18.7. Bagi yang merancang Program Lawatan Sambil Belajar di luar negeri Pahang
permohonan mestilah dibuat empat minggu sebelum pelaksanaan program.
18.8. Lawatan pada hari persekolahan diperuntukkan sebanyak dua hari sahaja.

19. Perhimpunan Sekolah
19.1. Semua guru dikehendaki menghadiri perhimpunan sekolah pada masa-masa dan
hari-hari yang ditetapkan.
19.2. Guru lelaki hendaklah memakai tali leher dan baju kemeja berlengan panjang..
19.3. Guru akan bersama-sama pelajar menyanyikan lagu Asmaul Husna, Lagu
Negaraku, Lagu Allah Selamatkan Sultan Kami, Lagu SMAN Pahang dan Lagu
Sekolah.
19.4. Guru-guru hendaklah menghadiri perhimpunan itu sehingga tamat atur cara.

20. Mesyuarat Guru
20.1. Dari semasa ke semasa, pengetua akan memanggil mesyuarat guru. Kedatangan
semua guru ke mesyuarat itu adalah diwajibkan.
20.2. Guru diwajibkan menghadiri mesyuarat yang dipanggil oleh Guru Kanan/Ketua
Panitia. Minit mesyuarat peringkat guru hendaklah dihantar kepada pengetua.
20.3. Pakaian semasa menghadiri mesyuarat hendaklah pakaian waktu bekerja, kemeja-
T, seluar trek, selipar tidak dibenarkan.

21. Buku Stok/Inventori
21.1. Guru Kanan atau Ketua Panitia bertanggungjawab menguruskan buku stok/
inventori dan memastikan maklumat dalam buku stok atan inventori adalah tepat,
lengkap dan sentiasa dikemas kini. Buku ini akan disemak dari semasa ke semasa
oleh Pengetua/ Penolong Kanan Pentadbiran.

22. Tanda Nama
22.1. Semua guru hendaklah memakai tanda nama pada hari persekolahan dan majlis
rasmi di sekolah/ di luar sekolah.

23. Keahlian Kelab Guru/PIBG
23.1. Semua guru secara automatik menjadi ahli kelab guru dan PIBG sekolah.
23.2. Guru-guru tertakluk membayar yuran yang ditetapkan oleh Kelab Guru dan PIBG.

24. Penggunaan Alat-alat
24.1. Penggunaan alat-alat hendaklah betul serta mengikut peraturan.
24.2. Mesti mendapat kebenaran daripada Ketua-ketua Bahagian atau Penjaga Stok.
24.3. Bertanggungjawab menggunakan alat-alat dengan baik dan memulangkan kembali
alatan tersebut dengan segera dan berkeadaan baik.
24.4. Jika alatan tersebut rosak, guru-guru hendaklah melaporkan kerosakan itu dengan
segera.

25. Arahan dan Pekeliling
25.1. Setiap arahan dan pekeliling yang dikeluarkan oleh JAIP/SUK dan agensi-agensi
yang berkaitan hendaklah dibaca dengan teliti dan dipatuhi serta ditandatangani
selepas membacanya.
25.2. Sekiranya arahan dan pekeliling itu diberi terus kepada guru, pekeliling itu
hendaklah disimpan terus di dalam fail khas.
25.3. Sekiranya pekeliling itu dari Kementerian, Jabatan Pendidikan, Pejabat Pendidikan
Daerah atau JAIP, guru hendaklah mengembalikan Pekeliling itu dengan segera ke
pejabat sekolah setelah diambil tindakan.

26. Telefon/ Fax dan Pos
26.1. Penggunaan telefon, fax dan urusan pos hanyalah untuk urusan rasmi sahaja.
26.2. Guru hendaklah mencatat tarikh, masa , nombor telefon pelanggan dan sebab
berurusan menggunakan telefon di dalam buku daftar penggunaan telefon sekolah.

27. Kunci
27.1. Semua kunci bilik khas mesti disimpan di pejabat sepanjang masa.
27.2. Pengambilan kunci mestilah direkodkan dalam Rekod Pinjaman dan ditandatangani
semasa pemulangan dibuat.
27.3. Jika ada guru yang hendak menyimpan kunci bilik-bilik tertentu, mestilah
mendapat kebenaran daripada pengetua. Guru tersebut bertanggungjawab
sepenuhnya terhadap bilik tersebut terutama dari segi keselamatan bilik tersebut.
27.4. Guru yang menjaga bilik-bilik khas adalah bertanggungjawab atas kebersihan,
keceriaan dan keselamatan bilik tersebut.

28. Acara atau Majlis Sekolah
28.1. Semua guru dikehendaki hadir dalam semua majlis atau acara rasmi sekolah dan
juga kursus dalaman.
28.2. Guru yang tidak hadir, hendaklah memaklumkan sebab-sebab ketidakhadiran
tersebut kepada pengetua.

29. Kenyataan Akhbar
29.1. Guru dan kakitangan sokongan tidak dibenarkan memberi kenyataan akhbar kepada
mana-mana pihak.



BAB 3

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PENGURUSAN SEKOLAH

1. PENDAHULUAN

Pengurusan sekolah yang efisien mesti ditadbir oleh pentadbir yang
berpengetahuan, berwawasan, berdaya usaha, berintegriti dan

berketerampilan. Pentadbir akan mengikut garis panduan pengurusan
yang diguna pakai dari semasa ke semasa.

2. BIDANG TUGAS PENGETUA DAN PENOLONG KANAN
2.1. Pengetua
2.1.1. Bidang Tugas Pengetua
2.1.1.1. Bertanggungjawab dalam peningkatan kurikulum, hal ehwal pelajar dan
kokurikulum serta memastikan pelaksanaannya selaras dengan dasar
Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) dan Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM)
2.1.1.2. Bertanggungjawab dalam hal pengurusan, pentadbiran dan kewangan
sekolah.
2.1.1.3. Mewujudkan hubungan dua hala dengan komuniti dan agensi-agensi
luar.

2.1.2. Senarai Tugas
2.1.2.1. Pengurus Kurikulum – Kerja Ikhtisas
2.1.2.1.1. Menyelia dan mengawal polisi dan objektif sekolah selaras
dengan polisi Kementerian Pendidikan/ JAIP.
2.1.2.1.2. Menentukan sasaran sekolah, merancang peningkatan
pengajaran dan pembelajaran.
2.1.2.1.3. Memastikan guru mengajar berpandukan Sukatan Pelajaran dan
Rancangan Pelajaran mengikut peruntukan waktu yang
ditetapkan.
2.1.2.1.4. Menentukan kualiti dan kuantiti kerja pelajar serta pemeriksaan
buku pelajar.

2.1.2.1.5. Menentukan polisi-polisi mengenai penilaian dan peperiksaan
dilaksanakan. Data-data analisis peperiksaan digunakan untuk
2.1.2.1.6. perancangan dan tindakan susulan.
2.1.2.1.7. Menyelia dan mencerap proses pengajaran dan pembelajaran.
Memeriksa Buku Rekod Mengajar Guru, Rekod Kemajuan
2.1.2.1.8. Pelajar, Buku Profil, Buku Kedatangan Pelajar, Buku Kegiatan
2.1.2.1.9. Kokurikulum dan Buku rekod Displin dari semasa ke semasa.
2.1.2.1.10. Menentukan dasar tugas pengajaran guru bagi penyediaan jadual
2.1.2.1.11. waktu.
2.1.2.1.12. Menentukan keberkesanan Pusat Sumber Sekolah.
Memastikan panitia mata pelajaran melaksanakan strategi dan
program pendidikan dengan berkesan.
Menentukan polisi untuk aktiviti kokurikulum.
Menyediakan Laporan Nilai Prestasi Tahunan/Berkala dan
Laporan Sulit Khas/Laporan Nilai Prestasi Khas

2.1.2.2. Pembangunan Diri Pelajar
2.1.2.2.1. Memastikan pelaksanaan program pembangunan diri pelajar,
kemahiran mengurus diri, kemahiran belajar dan motivasi.
2.1.2.2.2. Menentukan polisi-polisi mengenai pelaksanaan disiplin
sekolah.

2.1.2.3. Pengurusan dan Pembangunan

2.1.2.3.1. Pelajar:

2.1.2.3.1.1. Memastikan pendaftaran kemasukan dan pertukaran

pelajar.

2.1.2.3.1.2. Menyemak buku Jadual Kedatangan Pelajar.

2.1.2.3.1.3. Menentukan proses pemberian biasiswa dan bantuan-

bantuan lain kepada pelajar dijalankan dengan adil dan

mengikut prosedur yang ditentukan.

2.1.2.3.1.4. Memastikan Skim Pinjaman Buku Teks dilaksanakan

dengan adil dan baik.

2.1.2.3.1.5. Memastikan polisi peperiksaan awam dilaksanakan

dengan mengikut peraturan.

2.1.2.3.1.6. Menandatangani surat akuan serta sijil berhenti sekolah.

2.1.2.3.1.7. Memastikan program-program kesihatan dijalankan

dengan sempurna.

2.1.2.3.1.8. Bertanggungjawab atas penggantungan dan pembuangan

pelajar.

2.1.2.3.1.9. Mengambil langkah-langkah menjaga keselamatan

pelajar semasa berada di sekolah.

2.1.2.3.1.10. Memastikan perkhidmatan bimbingan dan runding cara

berfungsi dengan baik.

2.1.2.3.1.11. Menubuhkan Lembaga Displin Sekolah
2.1.2.3.1.12. Menguatkuasakan Peraturan Sekolah
2.1.2.3.1.13. Menubuhkan Lembaga Pengawas Sekolah
2.1.2.3.1.14. Mewujudkan Sistem Monitor Sekolah

2.1.2.3.2. Pengurusan personel

2.1.2.3.2.1. Menentukan proses pendaftaran, pelantikan, pengesahan

dalam jawatan, penempatan ke jawatan berpencen dan

jenis cuti guru serta kakitangan sokongan dilaksanakan.

2.1.2.3.2.2. Membantu kakitangan sokongan menentukan sasaran

kerja dan berbincang dari semasa ke semasa mengenai

sasaran dan mutu kerja.

2.1.2.3.2.3. Menentukan tugasan dan bidang kerja (deployment of

staff) dan menjalankan penyeliaan sepanjang tahun.

2.1.2.3.2.4. Mengambil tindakan tatatertib ke atas pegawai yang

melanggar Arahan Perkhidmatan di bawah kuasanya.

2.1.2.3.2.5. Menjaga kebajikan pegawai dan kakitangan.

2.1.2.3.3. Kewangan

2.1.2.3.3.1. Merancang dan menentukan anggaran perbelanjaan

tahunan.

2.1.2.3.3.2. Mengawal dan menyemak pemberian perkapita, gaji

guru dan kakitangan sokongan, rekod akaun , laporan

penyata kewangan dan punca-punca kewangan kerajaan,

SUWA dan asrama.

2.1.2.3.3.3. Memastikan penyediaan penyata akaun sekolah yang

belum diaudit dan dokumen-dokumen sokongan serta

membuat tindakan susulan ke atasnya.

2.1.2.3.3.4. Mengawal stok dan harta benda sekolah.

2.1.2.3.3.5. Mengawal perbelanjaan yang diperlukan oleh setiap

bahagian.

2.1.2.3.3.6. Memastikan segala kutipan yuran, sewa dan lain-lain

sumber pendapatan dibuat dengan sempurna.

2.1.2.3.3.7. Menjadi Pengerusi Lembaga Tender/ Sebut Harga

Sekolah dan Pengerusi Jawatankuasa Sekolah.

2.1.2.3.3.8. Menyempurnakan segala urusan segala urusan yang

berkaitan dengan biasiswa pelajar-pelajar.

2.1.2.3.4. Kemudahan Fizikal

2.1.2.3.4.1. Memastikan keadaan fizikal bangunan, padang dan

persekitaran sekolah berada dalam keadaan baik.

2.1.2.3.4.2. Mempertingkatkan keceriaan sekolah.

2.1.2.3.4.3. Memastikan kemudahan lengkap dan mencukupi serta

sentiasa berada dalam keadaan baik.

2.1.2.3.4.4. Memastikan perabot sentiasa berada dalam keadaan baik.

2.1.2.3.4.5. Mengambil langkah-langkah untuk menjaga

keselamatan harta benda sekolah.

2.1.2.3.4.6. Merancang dan menguruskan pelaksanaan projek-projek

pembangunan kecil

2.1.2.3.4.7. Merancang pertambahan fizikal sekolah jika perlu.

2.1.2.4. Pembangunan Organisasi dan Diri

2.1.2.4.1. Merancang dan menyelia aktiviti perkembangan kakitangan

seperti kursus dalaman.

2.1.2.4.2. Budaya ilmu serta memberi peluang kepada guru

memperkembangkan dan menggalakkan percambahan fikiran,

2.1.2.4.3. perkongsian maklumat dan potensi diri.
Mengawal “Learning Experiences” berdasarkan pemerhatian,

data dan seliaan serta menggunakan maklumat yang diperolehi
untuk pembangunan “Learning Experiences” pelajar.

2.1.2.4.4. Merancang kursus kesedaran dan penyungguhan kendiri guru.

2.1.2.4.5. Menggalakkan guru melibatkan diri dalam aktiviti komuniti.

2.1.2.5. Pembangunan Kendiri
2.1.2.5.1. Mempertingkatkan Budaya Membaca dan Budaya Ilmu.
2.1.2.5.2. Menjalankan kajian bagi kecemerlangan pengurusan.
2.1.2.5.3. Menghasilkan artikel-artikel yang berkaitan bidang ikhtisas dan
pengurusan.
2.1.2.5.4. Melibatkan diri dengan aktiviti komuniti.
2.1.2.5.5. Memberi sumbangan kepakaran dalam bidang pendidikan
kepada yang memerlukannya.
2.1.2.5.6. Menjadi penasihat PIBG dan Pengerusi Majlis Permuafakatan
Sekolah juga menjadi Setiausaha Jemaah Pengurus Sekolah.
2.1.2.5.7. Menghadiri kursus, seminar dan sebagainya yang dianjurkan
oleh Jabatan Agama Islam Pahang/Kementerian Pendidikan.
2.1.2.5.8. Melibatkan diri secara aktif dalam persatuan yang berkaitan
dengan profesion keguruan.

2.1.2.6. Pengawasan Asrama
2.1.2.6.1. Melantik warden dan ketua warden
2.1.2.6.2. Menentukan sistem penempatan pelajar
2.1.2.6.3. Menentukan menu makanan seimbang
2.1.2.6.4. Menentukan adanya langkah-langkah kawalan keselamatan
penghuni asrama
2.1.2.6.5. Mengadakan kemudahan rekreasi
2.1.2.6.6. Mengadakan kemudahan tempat sembahyang/ibadah
2.1.2.6.7. Menyediakan peraturan-peraturan asrama
2.1.2.6.8. Mengawasi pengunaan elektrik dan air
2.1.2.6.9. Menyediakan perkhidmatan dobi (jika difikirkan perlu)
2.1.2.6.10. Meluluskan pelantikan AJK asrama/pengawas asrama
2.1.2.6.11. Menentukan pekerja-pekerja asrama, kakitangan dapur dan
dewan makan asrama menjalani pemeriksaan kesihatan dari
semasa ke semasa
2.1.2.6.12. Merancang dan menentukan aktiviti-aktiviti kerohanian di
jalankan dengan baik
2.1.2.6.13. Mengkaji laporan yang dibuat oleh warden, Pegawai Kesihatan,
Jemaah Nazir dan lain-lain untuk diambil tindakan.

2.2. Penolong Kanan Pentadbiran Dan Kurikulum
2.2.1. Misi dan Visi

Tarbiah berkualiti MISI
cemerlang direalisasi KURIKULUM

VISI Merealisasikan tarbiah
KURIKULUM secara profesional dalam

bidang perkhidmatan
pendidikan secara optima

serta menyeluruh

2.2.2. DASAR –DASAR KURIKULUM:

2.2.2.1. Dasar 1 : TENAGA PENGAJAR

2.2.2.1.1. Semua guru diberikan tugas mengajar mengikut keutamaan

seperti berikut :-

2.2.2.1.1.1. Opsyen pengkhususan mereka.

2.2.2.1.1.2. Pengetahuan dan kepakaran.

2.2.2.1.1.3. Pengalaman bertugas.

2.2.2.1.2. Semua guru diberikan tugas mengajar tidak lebih daripada empat

mata pelajaran berikut:-

2.2.2.1.2.1. Mata pelajaran opsyen

2.2.2.1.2.2. Dua mata pelajaran elektif

2.2.2.1.3. Semua guru diberikan peluang mengikuti pelbagai program dan

aktiviti bertujuan mempertingkatkan tahap :-

2.2.2.1.3.1. Kelayakan akademik dan ikhtisas

2.2.2.1.3.2. Pengetahuan

2.2.2.1.3.3. Pengalaman

2.2.2.1.3.4. Kemahiran

2.2.2.1.4. Semua guru dibenar dan digalak melaksanakan apa-apa jua

pendekatan proses pengajaran dan pembelajaran yang boleh

meningkatkan :-

2.2.2.1.4.1. Minat pelajar

2.2.2.1.4.2. Pencapaian pelajar

2.2.2.1.5. Semua guru digalakkan mencipta inovasi-inovasi dalam proses

pengajaran dan pembelajaran melalui :-

2.2.2.1.5.1. Idea-idea individu

2.2.2.1.5.2. Idea-idea rakan sejawat atau kumpulan-kumpulan lain.

2.2.2.2. DASAR 2 : PENEMPATAN PELAJAR
2.2.2.2.1. Semua pelajar diwajibkan mempelajari semua mata pelajaran
yang ditawarkan di sekolah.

2.2.2.2.2. DASAR PENGURUSAN KURIKULUM

2.2.2.2.2.1. Semua pelajar Tingkatan Satu akan ditempatkan ke

kelas-kelas secara rambang tetapi seimbang.

2.2.2.2.2.2. Semua pelajar Tingkatan Dua hingga Tingkatan Lima

akan ditempatkan ke kelas seperti berikut :-

2.2.2.2.2.2.1. Kelas pertama bagi pelajar yang mempunyai potensi

yang tinggi menghasilkan kecemerlangan,

berdasarkan pencapaian Penilaian Akhir Tahun

sebelumnya.

2.2.2.2.2.2.2. Kelas-kelas berikutnya bagi menempatkan pelajar

secara seimbang yang mempunyai tahap potensi

baik, sederhana dan kritikal. Namun demikian kes-

kes berkaitan perbezaan pengambilan mata pelajaran

2.2.2.2.2.3. Semua pelajar Tingkatan Tiga, Empat dan Lima yang

terlibat dengan Peperiksaan Awam ditempatkan ke kelas

mengikut kriteria berikut:-

2.2.2.2.2.3.1. Kelas Projek Kecemerlangan bagi pelajar yang

cemerlang dan potensi cemerlang (ke arah

Pencapaian Kualiti).

2.2.2.2.2.3.2. Kelas Projek Sumbangan bagi pelajar yang

berprestasi baik dan sederhana. (Ke arah Pencapaian

Kuantiti)

2.2.2.2.2.3.3. Kelas Projek Harapan bagi pelajar yang berprestasi

lemah dan kritikal. (Dipulihkan untuk membantu

pencapaian kuantiti)

2.2.2.2.2.4. Semua pelajar yang baru bertukar masuk dari sekolah

lain akan ditempatkan ke kelas berdasarkan kriteria

berikut :-

2.2.2.2.2.4.1. Pencapaian akademiknya

2.2.2.2.2.4.2. Keseimbangan jantina dalam sesuatu kelas

2.2.2.2.2.4.3. Keseimbangan jumlah pelajar dalam sesuatu kelas

2.2.2.3. DASAR 3 : PENEMPATAN GURU DI SESUATU KELAS

2.2.2.3.1. Pentadbir sekolah berhak mengaturkan senarai tugas mengajar

bagi setiap guru berdasarkan kriteria berikut :-

2.2.2.3.1.1. Keperluan strategi sekolah

2.2.2.3.1.2. Kepakaran yang dimiliki setiap guru

2.2.2.3.1.3. Pengalaman mengajar setiap guru

2.2.2.3.1.4. Minat atau permintaan seseorang guru

2.2.2.4. DASAR 4 : PENYEDIAAN BUKU REKOD MENGAJAR

2.2.2.4.1. Semua guru diwajibkan menyediakan buku rekod mengajar

secara teliti dan terkini, meliputi perkara berikut :-

2.2.2.4.1.1. Butiran Peribadi

2.2.2.4.1.2. Rancangan Pengajaran Tahunan

2.2.2.4.1.3. Rancangan Pengajaran Harian

2.2.2.4.1.4. Senarai Buku Rujukan

2.2.2.4.1.5. Senarai Nama Pelajar

2.2.2.4.1.6. Maklumat Aktiviti Penilaian.

2.2.2.4.1.7. Rancangan Pengajaran Tahunan perlu disediakan

mengikut kriteria berikut :

2.2.2.4.1.7.1. Hendaklah ditaip.

2.2.2.4.1.7.2. Disediakan mengikut format (minggu/tajuk/objektif

/kemahiran/catatan) seperti program ARMADA dan

lain-lain.

2.2.2.4.1.7.3. Disediakan secara berperingkat mengikut Penggal

Persekolahan. Sesi penggal pertama perlu disediakan

sebelum minggu ketiga bulan Januari.

2.2.2.4.1.7.4. Diserahkan kepada pengetua untuk pengesahan.

2.2.2.4.1.7.5. Sesi penggal kedua perlu disediakan pada minggu ketiga

bulan April.

2.2.2.4.1.7.6. Diserahkan kepada pengetua untuk pengesahan.

2.2.2.4.1.8. Rancangan Pengajaran Harian perlu ditulis setiap hari

pembelajaran mengikut kriteria :-

2.2.2.4.1.8.1. Nyatakan kelas, masa dan mata pelajaran

2.2.2.4.1.8.2. Nyatakan tajuk, objektif pembelajaran pada hari

berkenaan, kemahiran dan aktiviti.

2.2.2.4.1.8.3. Tuliskan Refleksi pada setiap sessi pengajaran dan

pembelajaran.

2.2.2.4.1.9. Penyerahan Buku Rekod Mengajar ke pejabat adalah

seperti berikut :-

2.2.2.4.1.9.1. Pada setiap hari Jumaat

2.2.2.4.1.9.2. Sekiranya guru berkursus melebihi tiga hari

2.2.2.4.1.9.3. Menggantikan kelas, guru perlu melekatkan slip jadual

pengganti ke dalam buku rekodnya

2.2.2.5. DASAR 5 : LATIHAN PELAJAR

2.2.2.5.1. Semua pelajar dikehendaki menggunakan buku latihan yang

seragam, yang boleh diperoleh dari :-

2.2.2.5.1.1. Kedai Koperasi Sekolah dibalut dengan pembalut plastik

2.2.2.5.1.2. Ditulis nama, kelas dan mata pelajaran

2.2.2.5.1.3. Tidak diconteng atau ditampal dengan pelbagai stiker

2.2.2.5.2. Setiap pelajar perlu mempunyai tiga buah buku latihan pada

sesuatu masa, bagi setiap mata pelajaran yang diajar:

2.2.2.5.3. Pelajar perlu menuliskan perkara berikut setiap kali membuat

latihan bertulis :-

2.2.2.5.3.1. Hari (dalam Bahasa Melayu dan Inggeris dan Bahasa

Arab)

2.2.2.5.3.2. Tarikh (Dengan lengkap dan kalendar Islam)

2.2.2.5.3.3. Arahan Latihan

2.2.2.5.4. Pemberian latihan kepada pelajar perlulah mengikut kriteria

berikut:-

2.2.2.5.4.1. Setiap kali sesi pembelajaran dan pengajaran berlaku

2.2.2.5.4.2. Bilangan yang munasabah dengan kemampuan pelajar

2.2.2.5.4.3. Kepelbagaian bentuk dan format latihan

2.2.2.5.4.4. Berkaitan dengan kemahiran dan tajuk pada hari

berkenaan

2.2.2.5.4.5. Latihan Kerja Rumah sekurang-kurangnya sekali

seminggu bagi setiap mata pelajaran utama

2.2.2.5.4.6. Latihan dalam lembaran kerja perlu ditampal ke dalam

buku latihan pelajar

2.2.2.5.5. Pemeriksaan Latihan Pelajar perlu dilaksanakan oleh setiap

guru mengikut garis panduan berikut :-

2.2.2.5.5.1. Setiap kali latihan diberikan dengan kadar segera

2.2.2.5.5.2. Diperiksa dengan teliti

2.2.2.5.5.3. Dibetulkan oleh guru bagi setiap jawapan yang salah

2.2.2.5.5.4. Diberikan komen yang membina

2.2.2.5.5.5. Dipastikan pelajar membuat pembetulan sebelum

latihan baharu diberikan

2.2.2.5.5.6. Dicatatkan tarikh pemeriksaan

2.2.2.5.5.7. Buku latihan pelajar perlu dihantar ke pejabat untuk

pengesahan Pengetua/ Penolong Kanan/Ketua

Bidang/Ketua Panitia

2.2.2.5.6. Penggunaan Buku Kerja Tambahan perlu mendapat kelulusan

dan kebenaran khas daripada Pengetua/Ketua Bidang/Ketua

Panatia.

2.2.2.6. DASAR 6 : PENILAIAN

2.2.2.6.1. Penilaian secara formatif dilaksanakan mengikut standard dan

sistem seperti berikut:

2.2.2.6.1.1. Ujian 1 dilaksanakan pada bulan Mac (Meletakkan

Target)

2.2.2.6.1.2. Ujian 2 dilaksanakan pada bulan Mei/Jun (Pertengahan

Tahun)

2.2.2.6.1.3. Ujian 3 dilaksanakan pada bulan Ogos/September

(Percubaan)

2.2.2.6.1.4. Ujian 4 dilaksanakan pada bulan Oktober/November

(PT3, SMA, SPM, STAM dan Peperiksaan Akhir Tahun)

2.2.2.6.1.5. Setiap pelajar akan diberikan peluang menetapkan

sasaran pencapaian mereka bagi setiap mata pelajaran

utama

2.2.2.6.1.6. Pencapaian dalam Ujian 1 dan Ujian 3 akan diambil kira

bagi tujuan pelaporan prestasi Pertengahan Tahun dan

Akhir Tahun

2.2.2.6.1.7. Penilaian-penilaian lain akan dilaksanakan secara

berterusan melalui kaedah berikut:-

2.2.2.6.1.7.1. Pemerhatian

2.2.2.6.1.7.2. Penghasilan Kerja Buku Latihan

2.2.2.6.1.7.3. Arahan-arahan JAIP/KPM

2.2.2.7. DASAR 7 : PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK

2.2.2.7.1. Semua panitia perlu menyediakan pelan tindakan tahunan seperti

berikut:-

2.2.2.7.1.1. Bagi setiap mata pelajaran utama

2.2.2.7.1.2. Meliputi aspek TOV

2.2.2.7.1.3. Sasaran dan Pencapaian Sebenar

2.2.2.7.1.4. Mewujudkan fail yang berkaitan bagi setiap kelas

2.2.2.7.2. Program Jangka Panjang dan Jangka Pendek perlu disediakan

oleh setiap panitia mata pelajaran utama yang merangkumi

perkara berikut:-

2.2.2.7.2.1. Matlamat dan objektif

2.2.2.7.2.2. Sasaran Pencapaian dari aspek kuantiti dan kualiti

2.2.2.7.2.3. Huraian projek/aktiviti utama dan sokongan

2.2.2.7.2.4. Analisis pencapaian post mortem dan penambahbaikan

2.2.2.8. DASAR 8 : PENGANUGERAHAN DAN PENGHARGAAN
2.2.2.8.1. Anugerah Kecemerlangan Akademik diberikan kepada lima
orang pelajar bagi setiap kelas berdasarkan pencapaian mata
pelajaran utama.
2.2.2.8.2. Anugerah Kecemerlangan Kurikulum diberikan kepada seorang
pelajar terbaik secara keseluruhan bagi setiap aliran.
2.2.2.8.3. Anugerah Kecemerlangan Mata Pelajaran diberikan kepada dua
orang pelajar yang mendapat markah purata tinggi bagi setiap
mata pelajaran utama.
2.2.2.8.4. Anugerah Galakan Akademik diberikan kepada lima orang
pelajar yang menunjukkan peningkatan prestasi yang
memberangsangkan.
2.2.2.8.5. Anugerah Kecemerlangan Sukan diberikan kepada dua orang
pelajar yang mencapai pencapaian tertinggi dalam penyertaan
aktiviti sukan.
2.2.2.8.6. Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum diberikan kepada dua-
dua orang pelajar yang aktif dalam aktiviti persatuan dan
beruniform
2.2.2.8.7. Anugerah Kecemerlangan Koakademik diberikan kepada dua
orang pelajar atau pasukan yang mencapai tahap tertinggi
(peringkat negeri atau kebangsaan).
2.2.2.8.8. Anugerah Khas Bestari diberikan kepada setiap pelajar yang
memperoleh keputusan Cemerlang dalam Peperiksaan Awam

2.2.2.8.9. Sijil Penghargaan akan diberikan kepada individu-individu

berikut:-

2.2.2.8.9.1. Semua penerima anugerah

2.2.2.8.9.2. Pengawas Sekolah yang akan meninggalkan alam

persekolahan rendah

2.2.2.8.9.3. Pengawas Pusat Sumber yang akan meninggalkan alam

persekolahan

2.2.2.8.9.4. Ketua Kelas yang akan meninggalkan alam persekolahan

2.2.2.8.9.5. Guru-guru, kakitangan sokongan yang menaburkan bakti

cemerlang

2.2.2.8.9.6. Hari Anugerah Kecemerlangan diadakan mengikut

kesesuaian sekolah.

2.2.3. MATLAMAT KURIKULUM

Membantu para pelajar menguasai ilmu pengetahuan berkemahiran dalam
bidang yang dikuasai supaya dapat diterapkan dalam diri dan berkebolehan ke

tahap maksima

2.2.4. OBJEKTIF KURIKULUM

2.2.4.1 Menjadi garis panduan kepada setiap warga sekolah
2.2.4.2 Memantapkan pengurusan kurikulum peringkat sekolah

2.2.5. BIDANG TUGAS KURIKULUM

2.2.5.1 Menjalankan tugas-tugas semasa ketiadaan pengetua.
2.2.5.2 Mengajar sebilangan waktu mengikut arahan pengetua.
2.2.5.3 Bertanggungjawab kepada pengetua dalam hal kurikulum, pentadbiran,

hubungan masyarakat dan keselamatan.
2.2.5.4 Membantu pengetua dalam pentadbiran sekolah yang mempunyai sesi

petang.
2.2.5.5 Membantu pengetua menyelia dan menilai proses pengajaran.
2.2.5.6 Membantu pengetua dalam semua aspek pentadbiran, perancangan dan

pengurusan sekolah.
2.2.5.7 Membantu pengetua menaik taraf Pusat Sumber Sekolah sebagai nadi

ilmu

2.2.6. SENARAI TUGAS

2.2.6.1. Kurikulum
2.2.6.1.1. Menentukan rancangan pelajaran harian, mingguan, penggal
dan lain-lain.
2.2.6.1.2. Memastikan panitia mata pelajaran berjalan dengan baik.
2.2.6.1.3. Membantu penyediaan peralatan teknologi pendidikan, pusat
sumber, makmal dan bengkel.
2.2.6.1.4. Menentukan penggunaan dan penyelenggaraan bahan-bahan
sumber pendidikan.
2.2.6.1.5. Membantu serta membimbing dalam latihan mengajar bagi guru
pelatih, guru yang baru mengajar dan guru sandaran tidak terlatih
dalam menjalankan tugas harian mereka.
2.2.6.1.6. Mengkaji segala jenis laporan yang berkaitan dengan kurikulum
serta mencadangkan tindakan susulan.
2.2.6.1.7. Membantu merancang dan menyelaras hal-hal yang berkaitan
dengan penilaian dan peperiksaan serta mencadangkan tindakan
susulan.
2.2.6.1.8. Menyelaras pengurusan dan perjalanan kegiatan-kegiatan
bimbingan dan pemulihan.
2.2.6.1.9. Menyelaras segala jenis program kurikulum yang dianjurkan
oleh sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah, Jabatan Pendidikan
Negeri, Kementerian Pendidikan dan Jabatan Agama Islam
Pahang
2.2.6.1.10. Membantu urusan pemilihan buku teks, bahan Pusat Sumber
Sekolah dan buku bacaan.
2.2.6.1.11. Menyusun jadual waktu kelas dan guru serta menyediakan jadual
waktu ganti.
2.2.6.1.12. Menentukan pelaksanaan bidang pengajian.

2.2.6.2. Pengurusan
2.2.6.2.1. Membantu menentukan tugas guru dan kakitangan sokongan
sekolah.
2.2.6.2.2. Membantu menyelaras hal ehwal peperiksaan, kursus dan latihan
untuk guru serta kakitangan sokongan.
2.2.6.2.3. Membantu menyelenggara dan menyelaras kutipan
data/maklumat
2.2.6.2.4. Membantu merancang takwim sekolah.
2.2.6.2.5. Membantu menyelia kerja-kerja guru dan kakitangan sokongan.
2.2.6.2.6. Membantu menyediakan anggaran belanjawan tahunan sekolah.
2.2.6.2.7. Menyelaras penyediaan penyata kewangan untuk urusan audit
tahunan.
2.2.6.2.8. Menyelaras semua jenis kutipan yuran.


Click to View FlipBook Version