The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by simposiumpsp, 2020-07-29 23:51:16

Prosiding Siwarsa

Siwarsa 2019

Keywords: Siwarsa

Simposium Warisa Bangsa
MAC 15-17, 2019
Penang, Malaysia

kaedah tradisional dalam seni tenunan songketnya. Manakala sebahagian
daripada bangsa melayu yang lain menjalankan perniagaan seni menjual seni
tembikar, tembaga dan bahan ukiran perak yang lain. Dapatan daripada
pemerhatian juga melalui ekspedisi ini, penempatan bangsa di pantai barat
iaitu, Krabi dan Phuket juga menjadikan seni sebagai ekonomi utama seperti
menjual hasil kraftangan dan hasil seni lukis.

7.0 CADANGAN

Beberapa cadangan penambahbaikan boleh diambil untuk kajian
seterusnya bagi memantapkan lagi kajian ini agar ia lebih memberikan impak
yang berkesan kepada maklumat yang akan disampaikan terutamanya
kepada generasi akan datang.

Kajian yang berterusan adalah perlu daripada para akademik,
sejarahwan dan pengkaji dalam budaya Melayu Thailand ini dari pelbagai
sudut kajian. Dapatan daripada kajian ini penting dalam memperbanyakkan
maklumat dan ilmu bagi melestarikan budaya bangsa melayu di Thailand.

Hasil daripada dapatan kajian ini bolehlah dikongsi dan disebarluas di
dalam kolokium, seminar atau majlis ilmu yang lain. Sebaran luas ilmu ini amat
membantu kepada pemahaman cara hidup bangsa Melayu di Thailand dan
meningkatkan taraf sosio ekonomi mereka.

Mendapat sokongan dan komitmen oleh semua pihak khususnya dan
Kerajaan Thailand amnya dalam usaha menambah baik pakej ransangan
ekonomi kepada bangsa ini. Selain itu maklumat sosio ekonomi terkini bangsa
melayu di Thailand harus dikemas kini dari semasa ke semasa.

Semoga cadangan ini dapat diberi perhatian oleh para pengkaji,
sejarahwan, budayawan dan badan berkepentingan dalam usaha membantu
taraf sosio ekonomi bangsa melayu di Thailand.

272

Simposium Warisa Bangsa
MAC 15-17, 2019
Penang, Malaysia

8.0 KESIMPULAN
Berdasarkan penjelasan dan perincian yang jelas di atas, taraf sosio

ekonomi bangsa melayu di kawasan kami lawati adalah dalam keadaan yang
sederhana dan masih menjalankan kegiatan warisan dak aktiviti seni sebagai
kegiatan utama ekonomi mereka.

Berdasarkan pemerhatian, bangsa minoriti ini amat memerlukan
sokongan daripada kerajaan Thailand dalam membangunkan taraf sosio
ekonomi mereka. Kemungkinan di dalam percanggahan adat dan budaya
yang berbeza ramai bangsa melayu yang masih berpegang kepada adat
budaya dan agama tidak dapat mengikut rentak ekonomi mereka jesteru
menjadikan aktiviti tradisional dan aktiviti seni sebagai punca pendapatan
mereka.

Walau bagaimanapun sekiranya ada sokongan padu dan mantap
daripada kerajaan Thailand mungkin usaha aktiviti seni dan tradisional yang
diusahakan oleh bangsa melayu di Thailand boleh dikembangkan dan
diangkat ke pasaran yang lebih luas. Semoga usaha yang berterusan seperti
ini dapat meningkatkan lagi taraf sosio ekonomi komuni melayu di negara
Gajah Putih.

273

Simposium Warisa Bangsa

MAC 15-17, 2019
Penang, Malaysia

9.0 RUJUKAN

Mstar, Selatan Thailand: Wilayah Melayu Yang Hilang. Diperolehi pada 17 Jun

2014 daripada https://www.mstar.com.my/lain

lain/rencana/2014/06/17/wilayah-satun

Utusan Online, Profesor Madya Dr. Zafarina Zainudin, DNA dan Asal Usul

Melayu, diperolehi pada 29 November 2015 daripada

http://www.utusan.com.my/rencana/utama/dna-dan-asal-usul-Melayu-

1.163353

Kebayan Jelita , Bahasa Melayu Di Satun,Thailand, diperolehi pada 8 Ogos

2018 daripada

https://www.thepatriots.asia/bahasa-Melayu-di-satun-Thailand/

Sekadar Di Pinggiran, Bahasa Melayu Di Satun, diperolehi pada 1 Mac 2017

daripada https://sekadardipinggiran.wordpress.com/2017/03/01/bahasa-

Melayu-di-satun/)

Jamaliah Binti Yusof Bin Yaakob, Perkara 153, Salahsilah Bani Jawi,

diperolehi pada16 April 2017 daripada

https://perkara153.weebly.com/updates/salasilah-bangsa-jawi

Pengkaji Sejarah, Bani Jawi diperolehi pada 9 Julai 2010 daripada

http://sejarahMelayupurba.blogspot.com/2010/07/bani-jawi.html

Kawthaung;Myanmar yang serba Thailand, Mohd Fazli Abdullah diperolehi

pada daripada

http://ilzafmenulis.blogspot.com/search/label/Kembara%3A%20THAILA

ND%20-%20MYANMAR

Bangsa Melayu dari Keturunan Bani Jawi, Sifuli diperolehi pada 24 Julai

2010 daripada

https://asalusulorangMelayu.wordpress.com/2012/07/24/bangsa-

Melayu-dari-keturunan-bani-jawi/

Sempadan Sebenar Bumi Melayu dan Siam, ibnurusydi diperolehi pada 18

September 2009 daripada

http://ibnurusydi.blogspot.com/2009/09/sempadan-sebenar-

semenanjung-melaka.html

274

Simposium Warisa Bangsa
MAC 15-17, 2019
Penang, Malaysia

Che Mohd Aziz Yaacob, Isu dan Penyelesaian: Konflik Pemisah di Selatan
Thailand, JEBAT: Malaysian Journal of History, Politics, & Strategic
Studies, Vol. 38 (1)(July 2011): 13-33.

275

Simposium Warisan Bangsa
MAC 15-17, 2019
Penang, Malaysia

PRODUK INOVASI SET MEWARNA BATIK CANTING
Johaini Bin Ibrahima*, Suhaila Binti Basarb, Emy Zulyiana Binti Mohd Nora,b

aPoliteknik Ibrahim Sultan, KM 10, Jalan Kong Kong, 81700 Pasir Gudang, Johor, Malaysia

Abstrak

Batik Canting adalah salah satu warisan seni tekstil di Malaysia dan menjadi salah satu produk
yang perlu diwarisi dan dipelihara. Bagi meneruskan kesinambungan warisan ini satu produk
inovasi set mewarna batik telah dihasilkan. Oleh itu produk inovasi ini bertujuan mengalakkan
lagi warisan seni tekstil ini dipelajari atau dikenali dengan lebih dekat kepada pengguna
dengan kos yang lebih rendah serta mudah dikendalikan untuk mewarna batik dan hasil kerja
batik dapat dijadikan cenderamata kenangan. Skop kajian produk inovasi set mewarna batik
canting ini lebih tertumpu kepada pewarnaan batik sahaja oleh pengamal batik. Set mewarna
batik canting yang dihasilkan adalah menggunakan model ADDIE. Dengan menggunakan
kaedah kualitatif, pendekatan secara pemerhatian melalui tunjukara pewarnaan batik dengan
menggunakan set mewarna batik canting telah direkodkan melalui borang pemerhatian. Data
yang diperolehi telah dianalisa dan didapati produk inovasi set mewarna batik canting yang
dihasilkan lebih mudah dikendalikan: mudah dibawa; menjimatkan ruang; menjimatkan masa
dan kos. Produk inovasi ini diharap dapat memberi kemudahan kepada pengamal batik untuk
melakukan tunjuk cara mewarna, malahan boleh digunakan untuk mengajar atau membuat
tunjuk cara mewarna batik dengan lebih cepat tanpa peralatan yang banyak serta turutan
proses membatik.

Katakunci: Set mewarna, batik canting, inovasi, tunjukcara.

1.0 PENGENALAN

Batik canting adalah salah satu kerajinan tangan seni tekstil di Malaysia.
Batik canting adalah sejenis rekacorak yang dihasilkan ke atas kain dengan
cara menitik lilin dengan campuran damar menggunakan canting / tjanting
yang diperbuat daripada tembaga. Canting merupakan bekas lilin yang
digunakan untuk menitik atau melukis reka corak pada kain. Dalam
menghasilkan batik canting beberapa proses kerja perlu dilalui secara berturut
dan teratur iaitu penyediaan peralatan kerja membatik adalah menyediakan
pembidang, merengang kain, proses lakaran rekacorak, proses melilin

276

Simposium Warisan Bangsa
MAC 15-17, 2019
Penang, Malaysia

rekacorak, proses mewarna rekacorak, proses pemati warna batik, proses
merebus, proses mencuci dan pengeringan hasil batik. Proses yang panjang
inilah sering digunakan oleh pengamal batik untuk menyampaikan secara
teratur kepada khalayak pengguna melalui kelas atau bengkel, maka ianya
tidak sesuai diadakan dalam sesuatu pameran yang memerlukan tunjukcara
kepada khalayak pengguna. Kekangan masa khalayak pengguna juga adalah
terhad, masa yang terhad inilah diperlukan oleh pengamal batik ketika
membuat demonstrasi, dan menyampaikan matlamat utama pameran batik
cantik sedangkan sasaran pengguna berlalu cepat dan tidak memberi
tumpuan sepenuhnya kepada semua proses pembuatan canting.

Berdasarkan pengalaman sedia ada dan pemerhatian yang dijalankan,
sasaran pengguna lebih seronok melihat sepintas lalu pameran dan
tunjukcara yang dijalankan manakala pengguna akan mencuba proses
mewarna batik sahaja kerana proses ini lebih cepat dan ketelitian yang
sederhana diperlukan berbanding proses lain dimana ianya memerlukan masa
dan ketelitian. Faktor masa bagi sasaran pengguna yang terhad juga
dikenalpasti ketika menghadiri pameran atau tunjukcara membatik kerana
pengguna perlu melawati keseluruhan program pameran dalam satu masa.

Inisiatif dan idea yang bernas perlu diusahakan bagi menyelesaikan
permasalahan masa yang terhad oleh khalayak pengguna dalam proses
tunjukcara mewarna batik canting. Malahan pengamal batik juga dapat
menjimatkan masa dan lebih rapat dengan sasaran pengguna kerana
tertumpu kepada satu proses mewarna sahaja. Jesteru itu, penambahbaikan
terhadap kaedah menangani tunjukcara mewarna batik dapat dilaksanakan
dengan mudah dan menguntungkan para pengamal batik. Produk inovasi set
mewarna batik canting ini dibangunkan bagi menyelesaikan permasalahan ini.

Objektif penghasilan produk inovasi Set Mewarna Batik Canting
(SMBC) ditentukan dengan memastikan peralatan yang ringkas dan menepati
kaedah proses mewarna batik canting. Produk inovasi ini mudah dibawa oleh
sasaran pengguna dan boleh dibeli terus dengan kos yang murah. Produk

277

Simposium Warisan Bangsa
MAC 15-17, 2019
Penang, Malaysia

inovasi ini juga boleh dijadikan sebagai cenderahati untuk dibawa pulang dan
digunakan dirumah. Malahan hasil kerja mewarna batik ini boleh terus
dipamerkan di mana sahaja ruangan mengikut citarasa sasaran pengguna.
Dengan terhasilnya produk inovasi set mewarna batik canting ini diharap dapat
menjadi salah satu kaedah melestarikan batik canting kepada generasi baru
dan juga pelancong dari luar negara untuk bersama mengenali warisan seni
tekstil di Malaysia.

Rajah 1.1 Infografik pemasalahan dalam tunjukcara batik
canting

2.0 OBJEKTIF KAJIAN
Objektif kajian ini adalah untuk:
i. Mengenalpasti samada produk inovasi ini mudah dibawa.
ii. Mengenalpasti samada produk inovasi ini menjimatkan ruang.
iii. Mengenalpasti samada produk inovasi ini menjimatkan masa dan kos.
iv. Mengenalpasti samada produk inovasi ini mudah dikendalikan.

278

Simposium Warisan Bangsa
MAC 15-17, 2019
Penang, Malaysia

3.0. SOROTAN KAJIAN

Menurut Ketua Pengarah Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia
(Kraftangan Malaysia), Ibrahim Ismail (2019), bagi mencapai kualiti dan
kepuasan maksimum sesebuah produk batik kepada pengguna mestilah
melalui proses inovasi yang berterusan dari semasa ke semasa yang mana
ianya akan membantu meningkatkan kefungsian produk dan impak kos yang
lebih baik di dalam masyarakat dan mampu membawa produk tersebut ke aras
yang lebih baik untuk menarik minat pelbagai golongan masyarakat termasuk
para pelancong yang datang ke Malaysia ( Berita Harian). Inovasi atau
penambahbaikkan yang dilakukan juga adalah berdasarkan kepada
pengalaman dan pemerhatian oleh penyelidik yang mana terlibat secara
langsung di dalam pengajaran dan pembelajaran di institusi mahupun
penglibatan dalam acara-acara berpameran dan demonstrasi yang melibatkan
aktiviti membatik ini.

Berdasarkan kepada pengalaman dan pemerhatian yang dibuat dalam
memenuhi kehendak dan keperluan melakukan aktiviti demonstrasi di acara-
acara pameran pendidikan, pelbagai peralatan perlu disediakan dan dibawa
bagi memastikan aktiviti membatik tersebut berjalan dengan lancar serta
memenuhi kepuasan pelanggan yang ramai di dalam satu-satu masa. Impak
kewangan yang tinggi juga adalah antara faktor yang perlu dihadapi bagi
menyempurnakan aktiviti tersebut.

Menurut Norsa`aidah. S, Effa NorHaiza. O (2018), aktiviti menghasilkan
karya atau produk batik kebiasaanya melalui proses penyediaan pemidang
yang rumit yang mana pemidang sedia ada memerlukan ruang yang luas,
ketinggian yang tidak boleh laras dan memakan masa samada untuk
memasang atau menyimpannya semula selain daripada faktor keselamatan
yang tidak diambil berat bilamana terdapat paku-paku disetiap hujung
pemidang tersebut yang berfungsi sebagai pemegang bagi meregangkan
fabrik yang digunakan untuk membatik. (iCompEx’18). Inovasi juga dilakukan
terhadap pemidang batik ini, walaubagaimanapun ianya masih perlu ada

279

Simposium Warisan Bangsa
MAC 15-17, 2019
Penang, Malaysia

penambahbaikkan dari segi flexsibilitinya agar bersesuai dengan keperluan
membatik bagi setiap acara dan aktiviti samada bagi tujuan berpameran dan
berdemonstrasi ataupun untuk berproduksi.

Lawatan dan pemerhatian juga dilakukan di Perbadanan Kemajuan Kraf
Johor di mana terdapat set mewarna batik yang sedia untuk dijual,
walaubagaimanapun alatan yang disediakan masih memerlukan kos
penyediaan yang tinggi dan seterusnya memberikan impak nilai jualan yang
tinggi kepada pengguna.

Rajah 3.1 Infografik set mewarna batik canting sedia ada

Penambahbaikkan atau inovasi set mewarna batik ini dilakukan apabila
penyelidik menerima maklumat dari Perbadanan Kemajuan Kraf Johor, dan
beberapa cadangan telah dilakukan iaitu dengan memastikan set mewarna
batik dapat dihasilkan dengan menggunakan bahan yang lebih murah dan
ringan serta boleh disimpan dengan tidak memerlukan ruang atau bekas yang
besar selain ianya mesra pengguna terhadap semua peringkat umur.

280

Simposium Warisan Bangsa
MAC 15-17, 2019
Penang, Malaysia

4.0 METODOLOGI KAJIAN

Terdapat pelbagai model pembangunan yang boleh digunakan sebagai
panduan utama untuk membangunkan model pembelajaran seperti model
Hannafin dan Peck , ADDIE, ASSURE dan sebagainya. Pembangun telah
menggunakan model reka bentuk instruksi ADDIE sebagai garis panduan
semasa pembangunan produk inovasi SMBC. Manakala, bagi penilaian
produk, kaedah kualitatif telah dipilih oleh penyelidik. Bagi kaedah kualitatif
pemantauan , borang rekod pemantauan telah digunakan bersama satu set
soalan yang perlu dijawab oleh pengamal batik. Set soalan selepas
pemantauan mengkaji tiga (4) soalan iaitu;
(1) Adakah produk inovasi SMBC mudah dikendalikan dan
(2) Adakah produk inovasi SMBC mudah dibawa?
(3) Adakah produk inovasi SMBC menjimatkan ruang?
(4) Adakah Produk Inovasi SMBC menjimatkan masa dan kos?

Penyelidik telah membuat pemerhatian terhadap 20 orang pengamal
batik yang telah ditemui di pameran-pameran batik, galeri kraftangan serta di
institusi pengajian yang menawarkan kerja kursus membatik. Hasil
pemerhatian direkodkan didalam borang pemerhatian yang disediakan.

4.1 Kitaran Pembangunan Set Mewarna Batik Canting (SMBC)

Model ADDIE menyediaan kerangka kerja yang dapat membantu
pembangun membangunkan SMBC ini dengan perancangan yang lebih
sistematik. Rajah 2 menjelaskan fasa-fasa yang terdapat di dalam model
ADDIE.

281

Simposium Warisan Bangsa
MAC 15-17, 2019
Penang, Malaysia

Rajah 4.1: Aliran Kerja Berdasarkan Model ADDIE
Untuk pembangunan SMBC ini, penyelidik telah menggunakan model
reka bentuk instruksi ADDIE sebagai garis panduan. Berikut merupakan
proses pembangunan SMBC berpandukan fasa-fasa yang terdapat di dalam
model ADDIE.

282

Simposium Warisan Bangsa
MAC 15-17, 2019
Penang, Malaysia

a) Fasa Analisis (Analysis)
Matlamat utama fasa ini ialah untuk menyelidik keperluan projek yang

dibina. Sebelum mengenalpasti keperluan SMBC, pembangun telah
menubuhkan beberapa jawatankuasa dan mengagihkan tugas mengikut
jawatankuasa yang ditubuhkan. Berikut adalah Jawatankuasa yang
ditubuhkan bagi menjayakan pembangunan set ini:

Rajah 4.2 Aliran Kerja Berdasarkan Model ADDIE

Selepas setiap ahli mengenalpasti tugas masing-masing, aktiviti
pengumpulan data dan maklumat dilaksanakan. Untuk mengumpul maklumat
dan data, penyelidik menggunakan kaedah pemantauan serta temubual
penunjukcara (guru/pensyarah/pengamal batik) yang terlibat. Pada fasa ini,
penyelidik meneliti keperluan, objektif dan matlamat bagi pewarnaan batik.
Skop pengguna telah dikenal pasti pada fasa ini iaitu penunjukcara yang
megendalikan tunjukcara mewarna batik canting ketika mengajar khalayak
seperti pelajar dan pelawat pameran.

283

Simposium Warisan Bangsa
MAC 15-17, 2019
Penang, Malaysia

Gambar 1 : Pemerhatian keperlauan ruang tunjukcara di
Pameran

Gambar 2 : Pemerhatian keperlauan ruang peralatan di
Pameran

284

Simposium Warisan Bangsa
MAC 15-17, 2019
Penang, Malaysia

Gambar 3 : Pemerhatian hasil batik canting untuk diwarna

Gambar 4 : Pemerhatian jenis bahan pewarna batik dan
alatan yang dijual secara berasingan

285

Simposium Warisan Bangsa
MAC 15-17, 2019
Penang, Malaysia

b) Fasa Rekabentuk (Design)

Pada fasa ini, idea rekabentuk ini telah dipilih kerana peralatan yang
minima sahaja diperlukan dalam proses mewarna dan produk ini mudah
dikendalikan dan dibawa.

Proses pengukuran dijalankan setelah memilih peralatan dan bahan
mentah yang sesuai untuk digunakan dalam menghasilkan penyelidikan ini.
Peralatan yang diperlukan dalam produk set mewarna batik canting ini adalah
Berus, warna batik, bekas warna batik, rekacorak batik canting dan bingkai
kad. Manakala penghasilan reka bentuk pembungkusan produk bergantung
juga kepada kesesuaian bahan mentah dan peralatan yang digunakan. Faktor
pemilihan bahan mentah adalah berdasarkan kekuatan dan ketahanan bahan
mentah dalam penghasilan produk. Bahan mentah yang dipilih perlulah sesuai
dan mampu menampug peralatan mewarna.

Gambar 5 : Peralatan yang dierlkan untk pnghasilan set
mewarna batik Canting

286

Simposium Warisan Bangsa
MAC 15-17, 2019
Penang, Malaysia

c) Fasa Pembangunan (Development)

Pada fasa ini, idea rekabentuk ini telah diolah bagi tujuan pembangunaan
rekabentukya dan produk ini mudah dikendalikan dan dibawa.

Gambar 3 : Pembangunan rekaan dan rekaletak Set
Mewarna Batik Canting.

287

Simposium Warisan Bangsa
MAC 15-17, 2019
Penang, Malaysia

d) Fasa Pelaksanaan (Implementation)

Produk inovasi yang telah siap dibina digunakan oleh pengamal batik
untuk mewarna batik canting. Seramai 20 orang pengamal batik telah
menggunakan produk inovasi ini.

Gambar 5 : Produk Inovasi Set Mewarna Batik Canting

e) Fasa Penilaian (Evaluation)

Selepas menggunakan produk inovasi ini, pengguna telah ditemubual
dan penyelidik turut membuat pemerhatian berdasarkan borang pemerhatian
terhadap pengguna semasa mereka menggunakan produk ini. Dapatan
daripada pemerhatian dan temubual telah direkodkan.

288

Simposium Warisan Bangsa
MAC 15-17, 2019
Penang, Malaysia

5.0 DAPATAN KAJIAN

Dapatan yang diperolehi daripada hasil pemerhatian dan pemantauan
serta temubual bersama 20 orang pengamal batik adalah berdasarkan
maklumbalas yang diterima melalui borang pemantauan.Para pengamal batik
tersebut terdiri daripada 10 orang pembatik konvesional, 6 orang pensyarah
Politeknik Ibrahim Sultan serta 4 orang guru Pendidikan Seni Visual daripada
sekolah menengah berdekatan sekitar pasir gudang. Maklumbalas yang
diterima terhadap produk inovasi SMBC ini adalah positif bagi setiap soalan
yang diajukan yang mana, seramai 17 orang respondan bersetuju terhadap
penyelidikan inovasi yang dibuat, dari aspek mudah dikendalikan. Manakala
kesemua respondan bersetuju produk inovasi ini mudah untuk dibawa ke
mana sahaja. 16 orang daripada mereka pula bersetuju bahawa produk
inovasi ini dapat menjimatkan ruang dalam sesuatu acara pameran atau
demonstrasi dan seramai 16 orang respondan bersetuju produk inovasi ini
menjimatkan masa dan kos untuk mengendalikannya. Hal ini jelas
membuktikan bahawa projek ini juga telah berjaya mencapai objektif serta
skop projek yang ditetapkan.

6.0 KESIMPULAN

Secara kesuluruhannya, penghasilan produk inovasi SMBC ini dapat
membantu memudahcara bagi aktiviti pameran dan demonstrasi oleh
pengamal dan pembuat batik. Inovasi yang dijalankan dalam penyelidikan ini
telah mencapai objektif yang telah ditetapkan berdasarkan pemerhatian dan
pemantauan serta temubual yang dijalankan terhadap pengamal batik dan
pemerhatian proses mewarna yang dijalankan di dalam sesuatu tunjukcara
pameran. Bagi kajian pada masa akan datang terhadap produk inovasi SMBC
ini, penyelidik akan membuat kajian keberkesanan SMBC kepada golongan
pengguna pada skala yang lebih besar kearah nilai komersial.

289

Simposium Warisan Bangsa
MAC 15-17, 2019
Penang, Malaysia

7.0 RUJUKAN

Nor Hatia Shuib, ( 2019) Penyelidikan, Inovasi Berterusan Perkasa Batik,
Kuala Lumpur; Berita Harian.

Norsa`aidah. S, Effa NorHaiza. O (2018), Pemidang Batik Boleh Laras (Batik
Canting), National Innovation and Invention Competition Through
Exhibition

I Gede Sudirtha, I Gede Nurhayata, (2016) Pengembangan Prototipe Alat
Batik Canting Elektronik Melalui Inovasi Alat Batik Canting Pada Proses
Pembuatan Batik Tulis Tradisional, Seminar Nasional Riset Inovatif
(Senari) Ke-4

Hanipah Hussin, Ruziah Ali dan Ahmad Ysairi Bani Hashim,(2011) Batik,
Lambang Warisan Teknologi Dan Inovasi, UTEM, Melaka.

290

Simposium Warisan Bangsa
MAC 15-17, 2019
Penang, Malaysia

TRADISI BERKEKALAN TEKNOLOGI DIAMALKAN: KAJIAN INOVASI
SMART TΩ SEBAGAI TENAGA ALTERNATIF MENGGANTIKAN BAHAN

BAKAR LAMPU LIKUR
Irinah Binti Abdullah,

Muhammad Ammar Farhan Bin Nor Rizan,
Muhammad Taqiuddin Hakim Bin Muhamad Hilmi

[email protected] , [email protected] , [email protected]
Politeknik Ibrahim Sultan

________________________________________________________________

Abstrak

Tradisi masyarakat Melayu di Malaysia sering menggunakan lampu likur pada sambutan
bulan Ramadan sehingga penghujung bulan Syawal bagi meraikan Hari Raya Aidilfitri sebagai
produk dekorasi untuk menghiasi perkarangan rumah di musim perayaan mereka bermula malam
hari sehingga ke awal pagi. Dalam mengekalkan tradisi atau pembudayaan pemasangan lampu
likur, didapati beberapa permasalahan telah berlaku kepada pengguna. Antaranya, penggunaan
bahan bakar seperti minyak tanah sering menjadi punca berlakunya musibah atau kemalangan
seperti kebakaran dan lecuran malahan harga bahan bakar ini semakin meningkat di pasaran.
Bukan itu sahaja, penggunaan tenaga elektrik bagi lampu likur yang menggunakan tenaga
elektrik juga berlaku pembaziran kerana lampu likur yang kerap dihidupkan pada waktu tertentu.
Justeru itu, projek inovasi yang dijalankan untuk menyelesaikan masalah tersebut bagi memberi
impak positif kepada pengguna.

Berhubung permasalahan tersebut, kajian inovasi ini bertujuan untuk mencari pendekatan
terbaik dalam menghasilkan sebuah sistem yang menjana tenaga elektrik secara percuma untuk
menggantikan bahan bakar menghidupkan lampu likur. Tambahan pula, pastinya pembaziran
serta kos penggunaan elektrik dapat dikurangkan pada nilai yang tertentu. Sistem janakuasa
elektrik yang bernama SMART Tω telah direka bagi mengurangkan masalah tersebut serta
memberi impak kepada pengguna sendiri. SMART Tω adalah satu sistem yang boleh menjana
tenaga elektrik dengan menggunakan konsep kilasan pada putaran. SMART Tω dapat
menghasilkan tenaga elektrik dengan percuma, mengitar semula tenaga yang digunakan serta
menjimatkan kos penggunaan tenaga elektrik.

Dengan terhasilnya projek inovasi SMART Tω, diharapkan ia mampu menjadi alternatif
sebagai penjana tenaga elektrik menggantikan tenaga untuk menghidupkan lampu likur di mana

291

Simposium Warisan Bangsa
MAC 15-17, 2019
Penang, Malaysia

pengguna dapat mengurangkan bayaran utiliti dengan menggunakan rekaan ini serta
memastikan tiada tenaga yang dibazirkan demi menjamin kemaslahatan pengguna dan dapat
mengekalkan tradisi serta pembudayaan pemasangan lampu likur pada musim perayaan.
Semoga dengan adanya projek ini, ia dapat membangunkan sebuah produk yang memenuhi
permintaannya di pasaran dan secara tidak langsung, budaya pemasangan lampu likur menjadi
releven sehingga ke hari ini.

Kata kunci : Tenaga Alternatif , lampu likur, inovasi

1.0 PENGENALAN

Pemasangan Lampu likur atau yang acap kali dipanggil sebagai lampu
pelita merupakan budaya serta tradisi sesetengah masyarakat di Malaysia
terutamanya masyarakat Melayu. Mengikut tradisi asal, lampu likur adalah
sebuah lampu yang dinyalakan menggunakan bahan bakar minyak tanah.
Menurut artikel yang telah disiarkan di media massa, tradisi memasang lampu
likur ini adalah berasal dari negara Mesir di mana bertujuan untuk menerangi
jalan-jalan di negara itu bermula pada awal bulan Ramadhan (Artikel disiarkan
oleh Harian Metro – Ahad, 2 Jun 2019). Menurut tradisi dari mesir ini juga, lampu
likur dipanggil sebagai ‘fanoos’. Penggunaan alat tradisi lampu likur ini sebagai
hiasan yang berkaitan dengan Ramadan dipercayai berasal sewaktu Khilafah
Fatimiyyah, terutamanya berpusat di Mesir, di mana tradisi memegang bahawa
Lideenillah Al-Muizz Khalifah disambut oleh orang-orang Mesir yang memegang
bekas lampu untuk menyambut ketibaan beliau di Cairo pada bulan Suci
Ramadan. Penggunaannya kini telah merebak ke hampir semua negara-negara
Islam. Walau bagaimanapun, sememangnya ada ramai yang memberi pendapat
dan cerita bagaimana tradisi ini bermula.

Di Malaysia, budaya memasang lampu likur ini menjadi ikutan apabila
agama Islam mula bertapak di tanah melayu, dan merupakan perkara yang
mesti dinyalakan pada suatu ketika dahulu lagi, malahan amalan budaya ini
yang masih lagi tidak pupus hingga ke hari ini. Pada era kini, kebiasaannya kita

292

Simposium Warisan Bangsa
MAC 15-17, 2019
Penang, Malaysia

dapat melihat sinaran cahaya lampu likur ini bermulanya awal sambutan bulan
Ramadhan sehingga tiba ke akhir bulan Syawal. Keindahan lampu likur ini
selalunya dihiasi di halaman kediaman dan bagi penduduk kampung pula
menggunakan lampu likur ini di sepanjang jalan bagi menerangi suasana malam
pada ketika itu. Seperti yang diketahui, lampu likur mempunyai banyak jenis
yang dihasilkan dari pelbagai bahan. Antara jenis bahan buatannya ialah buluh,
tin dan plastik dimana masyarakat kini masih menggunakannya.

Rajah 1.1 Lampu likur yang menggunakan plastik sebagai bahan buatan
utamanya

Hakikatnya, perubahan teknologi pada masa kini sentiasa mempengaruhi
keadaan sekeliling terutamanya perubahan yang menggantikan bahan bakar
lampu likur yang asalnya menggunakan minyak tanah sebagai bahan bakar
kepada lampu likur yang menggunakan tenaga elektrik untuk menyalakannya.
Tuntasnya, walaupun wujudnya kini lampu likur yang menggunakan tenaga
elektrik sebagai bahan bakar untuk menyalakannya, adat dan tradisi masih lagi
giat diteruskan tidak kira bagaimana sekalipun caranya supaya ianya sentiasa
kekal releven untuk mewujudkan suasana yang meriah untuk diperlihatkan di
mata luar. Oleh itu, satu usaha dan inisiatif telah diambil bagi memastikan
budaya dan tradisi memasang lampu likur diamalkan melalui kajian yang telah
dilaksanakan iaitu Tradisi Berkekalan Teknologi Diamalkan: Inovasi SMART Tω
Sebagai Tenaga Alternatif Menggantikan Bahan Bakar Lampu Likur.

293

Simposium Warisan Bangsa
MAC 15-17, 2019
Penang, Malaysia

Rajah 1.2 Lampu likur yang menggunakan tenaga elektrik untuk
menyalakannya.

2.0 KAJIAN LITERATUR

Kajian literatur adalah kajian yang telah dilakukan bagi mendapatkan
seberapa banyak maklumat yang sedia ada dalam membantu menjalankan
inovasi sistem penjana elektrik yang mampu menjana tenaga percuma dan
memberikan penjimatan kos bayaran dalam penggunaan seharian pengguna.
Selain itu, maklumat ini juga dapat memberikan serba sedikit gambaran tentang
penggunaan dan pembuatan sistem penjana elektrik serta kemudahan dan
penjimatan yang dapat diberikan kepada pengguna masa kini.

Kajian yang dijalankan adalah melalui teori yang telah dikeluarkan dan
terkandung dalam silibus pembelajaran kami yang terkini bagi jurusan Diploma
Kejuruteraan Mekanikal iaitu pada kursus ‘Strength Of Materials’. Dalam buku
tersebut telah dinyatakan pada bab yang keenam; Kilasan, di mana suatu
kilasan berlaku apabila mana-mana aci dikenakan daya kilasan. Perkara ini jelas
berlaku sama ada pada aci yang berputar (seperti aci pemacu pada enjin, motor
dan turbin) atau dalam keadaan pegun (seperti ‘bolt’ atau ‘nut’).

294

Simposium Warisan Bangsa
MAC 15-17, 2019
Penang, Malaysia

Anggapkan bahawa aci yang didorong oleh motor (Rajah 3) berputar pada
sudut yang berkelajuan ω, diukur dalam radians sesaat (rad/s). Aci menghantar
kilasan T ke peranti (tidak ditunjukkan dalam rajah) yang melakukan kerja yang
diperlukan. melalui putaran aci tersebut, motor menghasilkan kuasa elektrik
yang menggerakkan sesuatu sistem yang telah ditetapkan.

Rajah 2.1 Sambungan motor bersama aci untuk menghasilkan tenaga elektrik.
Melalui kaedah janaan kuasa seperti rajah 3 di atas, konsep putaran

sememangnya boleh menghasilkan kuasa yang diperlukan dimana, kuasa yang
terhasil melalui penjana adalah berkadar langsung dengan daya kilasan sesuatu
aci dan putaran aci pada sudut yang berkelajuan yang telah ditetapkan. Konsep
ini telah digunapakai pada beberapa sistem penjanaan kuasa bagi memberikan
sumber bekalan seperti tenaga elektrik dan sebagainya kepada pengguna.
Pastinya, melalui konsep ini juga dapat memberikan satu idea yang
sememangnya diperlukan untuk diaplikasikan pada sistem yang dapat menjana
kuasa elektrik yang percuma serta penjimatan kos penggunaan tenaga elektrik.

295

Simposium Warisan Bangsa
MAC 15-17, 2019
Penang, Malaysia

PERBANDINGAN KONSEP PENGHASILAN KUASA

Melalui gerak kerja penelitian dan kajian yang telah dijalankan bagi inovasi
ini, terdapat beberapa sistem penjana yang seakan sama digunakan bagi
menghasilkan kuasa elektrik. Walau bagaimanapun, konsep yang digunakan
adalah sama melalui konsep kilasan pada putaran yang dapat menghasilkan
kuasa.

Kincir air adalah sebuah kincir yang menggunakan kuasa hidro. Struktur
kebiasaannya adalah menggunakan roda air atau turbin air untuk
menggerakkan proses mekanikal seperti pengilangan, pergolekan atau
penukulan. Salah satu cara untuk mengklasifikasikan kincir air ialah dengan
roda berorientasi (tegak atau mendatar), salah satu dikuasakan oleh kincir air
tegak melalui mekanisme gear, dan lain-lain yang dilengkapi dengan kincir air
mendatar tanpa sebarang mekanisme.

Biasanya, air dialihkan dari sungai atau kolam penimbungan atau kilang
ke turbin air atau roda air, di sepanjang saluran atau paip. Seperti Rajah 4,
kekuatan pergerakan air memacu bilah-bilah roda atau turbin yang seterusnya
memutarkan gandar untuk memacu jentera lain.

Rajah 2.2 Kekuatan pergerakan air memacu roda air/turbin air.

296

Simposium Warisan Bangsa
MAC 15-17, 2019
Penang, Malaysia

Dalam penggunaan sistem kincir air ini, bahagian utama yang mambawa
konsep kilasan pada putaran adalah roda air. Roda air adalah sejenis mesin
yang digunakan untuk menukarkan tenaga air yang mengalir bebas atau
tercurah kepada bentuk kuasa yang berguna. Roda air terdiri daripada sebuah
roda buatan kayu atau logam yang besar, dengan serantai daun atau timba yang
tersusun pada rim luaran untuk membentuk permukaan pemacu seperti yang
ditunjukkan pada Rajah 5. Selalunya roda ini dipasang secara menegak pada
paksi mengufuk pada aci menegak. Manakala roda menegak boleh
memancarkan kuasa melalui paksinya atau gear gelang dan biasanya memacu
sawat atau gear; roda yang mengufuk pula biasanya memacu muatannya
secara langsung.

Rajah 2.3 Roda Air

Selain daripada roda air, terdapat juga kincir air yang menggunakan turbin
air bagi mengaplikasikan konsep daya kilasan pada putaran untuk sesuatu
penjanaan. Turbin air adalah mesin berputar yang mengubah tenaga
pergerakan air kepada proses kerja mekanikal. Turbin air telah dibangunkan
pada abad ke-19 dan digunakan secara meluas untuk kuasa perindustrian. Kini,
ia kebanyakkannya digunakan untuk penjanaan kuasa elektrik dan
kebiasaannya banyak digunakan di empangan untuk menjana kuasa elektrik
dari tenaga kinetik air.

297

Simposium Warisan Bangsa
MAC 15-17, 2019
Penang, Malaysia

Turbin air beroperasi dimana air yang mengalir diarahkan ke bilah pelari
turbin (Rajah 7) dan mewujudkan daya pada bilahnya. Oleh kerana pelari
berputar, daya bertindak melalui jarak jauh (daya bertindak melalui jarak adalah
definisi kerja). Dengan cara ini, tenaga dipindahkan dari aliran air ke turbin
seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 6.

Rajah 2.4 Operasi Turbin Air.

Rajah 2.5 Pelari turbin air yang kecil

298

Simposium Warisan Bangsa
MAC 15-17, 2019
Penang, Malaysia

Kincir angin adalah mesin yang menukar kuasa angin kepada tenaga
putaran melalui bilah yang dikenali sebagai layar kincir angin atau kipas. Pada
asalnya kincir angin dibangunkan untuk mengisar bijirin bagi penghasilan
makanan. Setelah berlaku beberapa revolusi barulah terciptanya kincir angin
yang digunakan bagi menjana elektrik dan biasanya dikenali sebagai turbin
angin. Konsep janaan elektrik pada kincir angin adalah seakan sama dengan
inovasi yang dibawakan ini iaitu kilasan yang diberikan kepada putaran kipas
dan aci memindahkan kuasa kepada penjana seperti Rajah 8. Turbin angin
merupakan peranti yang menukar tenaga kinetik kepada tenaga mekanikal.

Kekuatan tiupan angin akan memberikan daya kepada kipas untuk
berputar dan menghantar kuasa melalui aci kepada penjana dan beberapa
komponen yang terlibat untuk menghasilkan tenaga elektrik. Pada hari ini, ia
dihasilkan dalam pelbagai jenis sama ada menegak dan melintang. Terdapat
beberapa kelebihan pada kincir angin iaitu sumber angin yang tiada terhad dan
percuma. Selain itu, ia tidak menyebabkan kesan rumah hijau serta pencemaran
udara. Oleh kerana menggunakan kekuatan peredaran angin untuk
memutarkan kipas, kebarangkalian angin terlalu kuat boleh merosakkan bilah
kipas. Kebanyakkan penjana yang digunakan kincir angin menghasilkan bunyi
yang binsing dan tidak sesuai untuk dibina di kawasan perumahan.

Rajah 2.6 Komponen turbin angin.

299

Simposium Warisan Bangsa
MAC 15-17, 2019
Penang, Malaysia

Dynamo jugak merupakan salah satu invasi yang menyerupai inovasi yang
dilakukan ini. Dinamo adalah sebuah penjana elektrik yang menghasilkan arus
terus dengan menggunakan penukar teanaga. Dinamo adalah penjana pertama
elektrik yang mampu memberikan kuasa untuk industri. Penukar peranti bagi
elektrik ialah motor, alternator seli masa dan penukaran putaran. Antara
kabaikannya ialah alternator mudah menguasai penjanaan elektrik kuasa yang
berskala besar, kecekapan serta kos yang agak murah. Keburukan dinamo ini
pula ialah penghasilan tenaga elektrik hanya dapat dilakukan dengan adanya
putaran pada dinamo tersebut. Sekiranya tiada putaran serta kiasan yang
dikenakan, kuasa elekrtik tidak dapat dihasilkan.

Rajah 2.7 Dinamo basikal
Berdasarkan kepada literatur, dapat disimpulkan bahawa benda yang
berputar dapat diaplikasikan untuk menghasilkan tenaga elektrik seperti
perbandingan yang telah diberikan seperti kincir angin, kincir air dan dinamo.
Pastinya, inovasi serta rekaan ini dapat diketengahkan bagi kegunaan sasaran
yang ditetapkan supaya dapat dimanfaatkan kelebihannya berlandaskan pada
skop dan objektif kajian ini.

300

Simposium Warisan Bangsa

MAC 15-17, 2019
Penang, Malaysia

3.0 PENYATAAN MASALAH

Kita melihat kepada permasalahan yang berlaku iaitu masalah pengunaan
tenaga elektrik yang berlebihan dan keselamatan penggunaan peralatan
terutamanya dalam mengekalkan tradisi atau pembudayaan pemasangan
lampu likur serta lampu lain bagi menyeri kediaman dimusim perayaan.
Penggunaan tenaga elektrik pada era modenisasi ini amat tinggi kerana
kesemua peralatan memerlukan kuasa elektrik untuk berfungsi dan didapati
terdapat tenaga yang wujud dan boleh digunapakai pada masa yang sama
secara percuma. Berhubung permasalahan tersebut, kajian inovasi ini bertujuan
untuk mencari pendekatan terbaik dalam menghasilkan sebuah sistem yang
menjana tenaga elektrik secara percuma untuk memperolehi tenaga, dimana
kajian ini memfokuskan kepada tenaga bahan bakar bagi menghidupkan lampu
likur. Tambahan pula, pastinya pembaziran serta kos penggunaan elektrik dapat
dikurangkan pada nilai yang tertentu. Sistem janakuasa elektrik yang bernama
SMART Tω telah direka bagi mengurangkan masalah tersebut serta memberi
impak kepada pengguna sendiri.

Inovasi ini akan menceritakan bagaimana kuasa elektrik dapat dihasilakan
melalui kiasa pada kipas penghawa dingin. Bagi mengkhususkan lagi inovasi,
inovasi ini hanya mengkaji putaran pada penghawa dingin yang berada di rumah
sekitar 1-2hp. Inovasi ini tehasil daripada pembelajaran teori Tω = P yang
terdapat didalam buku strength of material, namun aplikasi teori ini diterblikkan
kepada Tω = P dimana putaran pada kipas penghawa dingin diinovasi untuk
menghasilkan P ketika ia berfungsi dapat menjadi tenaga alternatif bagi
mengantikan bahan bakar lampu likur.

Seperti yang kita sedia maklum, pengunaan penghawa dingin bukan
sahaja terdapat dibangunan-bagunan besar malahan penghawa dingin
sudahpun digunakan di rumah-rumah. Untuk menghasilkan P (tenaga/kuasa),
penyambungan motor DC pada kipas penghawa dingin diperlukan,rujuk

301

Simposium Warisan Bangsa
MAC 15-17, 2019
Penang, Malaysia

lampiran A. P yang terhasil dari putaran ini juga menyerupai konsep seperti
putaran kincir air dan angin namun pada era moden ini, oleh itu tenaga daripada
inovasi ini terhasil dari putaran bilah kipas penghawa dingin itu sendiri.

Sebilangan besar tenaga yang dibazirkan apabila kita menggunakan
penghawa dingin di rumah akan dapat membantu pemasangan lampu likur dan
inovasi ini merupakan salah satu sistem alternatif penggunaan tenaga
mengantikan bahan bakar, malahan berlaku penjimatan tenaga elektrik serta
selamat apabila ianya dibiarkan menyala semalaman.

4.0 OBJEKTIF

Antara objektif kajian ini adalah:

i. Mengkaji inovasi SMART Tω untuk digunakan sebagai tenaga alternatif
bagi menggantikan bahan bakar lampu likur.

ii. Mengenalpasti konsep daya kilasan dalam mengaplikasikannya pada
inovasi SMART Tω bagi menjana tenaga elektrik yang percuma untuk
menggantikan bahan bakar lampu likur.

5.0 SKOP KAJIAN

Kajian yang telah dijalankan ini adalah untuk mengkaji inovasi SMART Tω
sebagai tenaga alternatif bagi menggantikan bahan bakar lampu likur. Seperti
yang telah dinyatakan dalam bab yang sebelumnya, inovasi SMART Tω ini
ditumpukan untuk menggunakan konsep daya kilasan pada putaran bagi
menjana tenaga elektrik. Berdasarkan kajian literatur yang telah dilaksanakan,
pelbagai contoh kaedah penggunaan konsep ini dalam usaha untuk menjana
tenaga elektrik. Antara contoh sistem yang menggunakan konsep ini adalah
kincir angin, kincir air dan dinamo.

302

Simposium Warisan Bangsa
MAC 15-17, 2019
Penang, Malaysia

Sehubungan dengan itu, inovasi SMART Tω ini telah ditentukan untuk
diaplikasikan dan dihubungkan pada kipas bahagian pemampat penyaman
udara. Namun begitu, inovasi SMART Tω juga adalah tertumpu pada pengguna
yang menggunakan penyaman udara berkuasa 1 hingga 2 hp (horsepower).
Walaubagaimanapun, skop yang diletakkan bagi spesifikasi penyaman udara
adalah bergantung kepada kadar kuasa yang ingin dihasilkan berdasarkan
inovasi yang telah dijalankan.

6.0 KERANGKA KONSEPTUAL

Dalam menjalankan kajian ini, konsep yang digunakan adalah
berdasarkan teori yang diterbitkan dalam bentuk formula iaitu P = Tω (kuasa
adalah nisbah antara kerja yang dilakukan dan masa yang diambil). Secara
dasarnya, setiap benda yang berputar sebenarnya boleh diaplikasikan dan
digunakan sebagai sumber untuk menjana tenaga elekrik. Melalui putaran yang
dihasilkan, daya kilas dapat dihantar kepada penjana bagi menjana tenaga
elektrik.

Konsep yang telah difahami kemudiannya telah diaplikasi pada kipas
bahagian pemampat penyaman udara untuk menjana tenaga elektrik yang
percuma dan digunakan sebagai tenaga alternative bagi menggantikan bahan
bakar lampu likur selaras dengan objektif yang ingin dicapai.

7.0 METODOLOGI

Bab ini akan menunjukkan butir-butir penerangan satu metodologi yang
digunakan untuk membuat kajian inovasi ini dilaksana berlandaskan skop serta
objektif yang ditetapkan. Banyak kaedah atau penemuan daripada kajian ini
yang sebahagian besarnya dihasilkan melalui pengkaji terdahulu dan merujuk
produk sedia ada sebagai sebuah rujukan utama. Penekanan yang dilakukan
terhadap beberapa aspek bagaimana inovasi ini dijalankan, cara untuk

303

Simposium Warisan Bangsa
MAC 15-17, 2019
Penang, Malaysia

mengaplikasikan inovasi ini, dan bagaimana inovasi ini dapat dihasilkan dan
menjadikan inovasi ini lebih berjaya inovasi ini perlu dilakukan mengikut
langkah-langkah yang sistematik dan mempunyai objektif yang kukuh. Antara
perkara penting
dalam metodologi dan strategi yang digunakan dalam menyiapkan kajian ini
adalah instrument kajian, proses pengumpulan data dan kajian dan pemilihan
komponen kerja.

8.0 INSTRUMEN KAJIAN

Ketika menjalani kajian ini, beberapa instrument kajian telah digunakan seperti:

1. Kaedah pemerhatian bahan bacaan

Kaedah pemerhatian bahan bacaan adalah satu cara pengumpulan data
dengan mengkaji secara langsung pada bahan bacaan yang telah dipilih.
Kaedah ini merupakan kaedah yang mudah untuk dilaksanakan sepanjang
menjalankan kajian dalam memastikan setiap data yang diperoleh menepati
pada kapasiti yang diperlukan. Walau bagaimanapun, kaedah ini memerlukan
daya tahan yang tinggi kerana pengkaji perlu kerap membaca untuk
mendapatkan maklumat yang sahih dan kukuh. Untuk itu, setiap data dan
maklumat penting yang diperoleh ketika pemerhatian melalui bahan bacaan
perlu dicatat dan direkod agar ianya tidak terlepas untuk dirujuk kembali.

2. Analisa inovasi sedia ada yang berkaitan

Dalam pelaksanaan kajian ini, penting untuk diketahui berkenaan inovasi yang
sedia ada sama ada ianya seakan dengan inovasi yang dijalankan ataupun
tidak. Dengan mendapatkan inovasi yang sedia ada ini, kajian lebih mudah
dijalankan kerana kita dapat melihat secara terang dan praktikalnya bagaimana
inovasi itu berfungsi. Fungsi yang bersesuaian akan direkod untuk rujukan

304

Simposium Warisan Bangsa
MAC 15-17, 2019
Penang, Malaysia

seterusnya. Bukan itu sahaja, analisa inovasi sedia ada juga dapat
memudahkan dalam pemilihan bahan kerja dan komponen yang sesuai
digunakan untuk jalani kajian inovasi ini.

9.0 PROSES PENGUMPULAN DATA

Dalam memastikan kajian inovasi ini berjalan dengan jayanya, beberapa proses
pengumpulan data telah ditentukan agar ianya berjaya dilaksanakan mengikut
masa yang ditetapkan serta mencapai objektif dan skop yang telah ditetapkan.

1. Carta Gantt

CARTA GANTT AKTIVITI MINGGUAN PELAJAR - DJJ5141 - DKM36 - JUN 2018

BIL AKTIVITI MINGGU 10 11 12 13 14 15
123456789

1 Taklimat projek DJJ5141

2 Penyediaan buku log

3 pemantauan penyelia dan pengisian buku log

4 perbincangan tajuk projek bersama penyelia

5 menentukan objektif, skop, & konsep projek

6 penulisan proposal projek 1

7 Penyerahan cadangan tajuk projek 1 kepada penyelia

8 Penyerahan cadangan tajuk projek 1 kepada penyelaras

9 semakkan buku log oleh ketua program

10 menyemak proposal oleh penyelia projek

11 pembentangan proposal projek 1

12 posmortem bersama penyelia projek

Rajah 9.1 Carta Gantt aktiviti mingguan pelajar Projek 1

CARTA GANTT AKTIVITI MINGGUAN PELAJAR - DJJ6143 - DKM36 - JUN 2018

BIL AKTIVITI MINGGU 10 11 12 13 14 15
123456789

1 Taklimat projek Projek 2

3 Pemantauan penyelia dan pengisian buku log

4 Pelaksanaan projek dan pemantauan penyelia

5 Penyerahan dan pendaftaran tajuk projek kepada penyelia

6 penulisan proposal projek 1

7 Semakan draf laporan projek kepada penyelia projek

8 semakan buku log oleh ketua program

9 semakkan buku log oleh ketua program

10 menyemak proposal oleh penyelia projek

11 pembentangan projek pertengahan semester

12 MEDEX

13 Pembelian komponen projek

14 proses fabrikasi, pengujian dan pemasangan projek

15 Posmortem bersama penyelia projek

Rajah 9.2 Carta Gantt aktiviti mingguan pelajar Projek 2

305

Simposium Warisan Bangsa

MAC 15-17, 2019
Penang, Malaysia

2. Carta Alir

10.0 KAJIAN DAN PEMILIHAN KOMPONEN KERJA

Kajian dan pemilihan terhadap komponen kerja yang diperlukan adalah penting
kerana ianya akan memastikan inovasi dapat berfungsi dengan baik dan
mengikut spesifikasi yang dikehendaki untuk kajian ini. Antara komponen yang
telah dikenalpasti adalah seperti berikut:

1. Pemampat udara penyaman udara

Pemampat digunakan didalam inovasi ini adalah kerana didalam pemampat
mempunyai kipas yang berpusing ketika ianya digunakan. Seperti yang kita

306

Simposium Warisan Bangsa
MAC 15-17, 2019
Penang, Malaysia

sedia maklum setiap benda yang berputar boleh menghasilkan kuasa elektrik.
Oleh kerana itu, inovasi ini mengambil pendekatan dengan mengunakan
pemampat yang terdapat di penyaman udara untuk menghasilkan kuasa elektrik
kitar semula. Dengan menyambungkan pemampat ini kepada bebrapa
komponen yang lain, tenaga elektrik dapat dihasilkan.

2. Motor
Di dalam inovasi ini, pengunaan motro DC ini adalah untuk menukarkan tenaga
kinetik kepada tenaga elektrik yang berfungsi untuk membekalkan kuasa elektrik
kepada perkakasan elektrik yang lain. Motor yang kami gunakan mempunyai
kuasa RPM: 17,400 , VOLT: 8.4volt, watt: 120. Penggunaakan motor jenis arus
terus ini bersesuaian dengan inovasi ini yang mengunakan teori Tω = P untuk
menghasilkan kuasa elektrik.

307

Simposium Warisan Bangsa
MAC 15-17, 2019
Penang, Malaysia

3. Bateri penyimpan
Bateri penyimpan ini digunakan untuk menyimpan kuasa elektik yang
dihasilakan oleh motor. Kuasa yang disimpan didalam bateri penyimpan ini akan
ditingkat dengan mengunakan transformer yang disambungkan supaya kuasa
yang terhasil dapat menampung keperluan kehidupan seharian. Inovasi ini
mengunakan bateri yang boleh menyimpan hingga 50 volt kuasa elektrik yang
dihasilkan. Sekiranya penyaman udara berhenti dari berfungsi, baki kuasa yang
disimpan dalam bateri penyimpan akan digunakan sehingga habis bagi
memastikan inovasi ini sentiasa berfungsi.

308

Simposium Warisan Bangsa

MAC 15-17, 2019
Penang, Malaysia

4. Penyonsang kuasa

Penyongsang kuasa, atau penyongsang, adalah peranti elektronik atau litar
yang mengubah arus terus (DC) kepada arus selari (AC). Voltan input, voltan
dan kekerapan output, dan pengendalian kuasa keseluruhan bergantung
kepada reka bentuk peranti atau litar tertentu. Inverter tidak menghasilkan apa-
apa kuasa; kuasa disediakan oleh sumber DC.

5. Bearing

Bearing adalah suatu komponen yang berfungsi untuk mengurangi geseran
pada suatu sistem atau komponen-komponen yang bergerak dan saling
menekan antara satu dengan yang lainnya. Bila gerakan dua permukaan yang
saling berhubungan terhambat, maka akan menimbulkan panas. Hambatan ini
dikenal sebagai geseran (friction). Geseran yang terus menerus akan
menyebabkan panas yang makin lama semakin meningkat dan menyebabkan
kehausan pada komponen tersebut. Geseran yang tidak terkawal dapat
menyebabkan kerosakan pada komponen dan alat yang digunakan.

309

Simposium Warisan Bangsa

MAC 15-17, 2019
Penang, Malaysia

11.0 ANALISA DAN KEPUTUSAN KAJIAN

Dalam bab ini menerangkan hasil yang diperolehi dari awal hingga selesai
projek ini. Analisis adalah sangat penting untuk memastikan projek itu sama ada
positif atau negatif. Analisis ini juga meliputi semua komponen mekanikal serta
sistem yang digunakan. Beberapa aspek telah dibincangkan dalam
melaksanakan proses rekabentuk ini untuk mendapatkan hasil inovasi terbaik.
Perbincangan dibuat sebelum memutuskan sesuatu untuk mengelakkan
sebarang kesilapan yang akan menjejaskan rekabentuk inovasi.

Ujian lanjut hendaklah dibuat selepas pengubahsuaian atau peningkatan
inovasi. Ianya bertujuan untuk membandingkan prestasi inovasi sebelum dan
selepas pengubahsuaian dibuat. Ianya juga untuk mengukuhkan inovasi yang
dijalankan untuk mengelakkan kerosakan semasa operasi mesin. Biasanya,
ujian kedua jauh lebih baik daripada sebelumnya. Ianya dikatakan lebih baik
kerana pembaharuan projek dilaksanakan supaya sistem inovasi dapat
bertahan lama dan mantap. Inovasi itu akan dianggap berjaya apabila ia tidak
mempunyai sebarang masalah.

FASA PENGUJIAN RANGKA PEMASANGAN KOMPONEN

1. Fasa Permulaan

Dalam fasa pertama, kajian yang dilakukan adalah pada kaedah penyambungan
aci kepada kipas penyaman udara seperti rajah berikut. Dalam fasa ini telah
berlaku satu masalah iaitu aci yang disambung pada kipas pemampat
penyaman udara bergegar apabila ianya mula berputar.

310

Simposium Warisan Bangsa
MAC 15-17, 2019
Penang, Malaysia

Rajah 11.1: Lukisan merangka pemasangan komponen fasa permulaan

2. Fasa Akhir

Setelah menjalankan beberapa ulangan ujian pada projek yang dijalankan,
masalah yang sama tetap berlaku iaitu aci yang disambung bergegar dan
sekaligus memberi kesan buruk kepada proses janaan sistem tersebut. Pada
akhirnya projek ini diuji dengan sistem takal atas dasar beberapa faktor yang
berlaku semasa ujian dijalankan. Hasilnya, sistem inovasi berjaya dilaksanakan
dan dapat berfungsi dengan baik mengikut objektif yang diperlukan iaitu
mengenalpasti konsep daya kilasan dalam mengaplikasikannya pada inovasi
SMART Tω bagi menjana tenaga elektrik yang percuma untuk menggantikan
bahan bakar lampu likur.

PENGGUNAAN TEORI DAN PENGIRAAN

Untuk merekabentuk sebuah sistem yang menjana elektrik sebegini, beberapa
teori telah digunapakai untuk memastikan hasil yang berkesan dapat dicapai.
Ianya adalah teori kerja yang dilakukan dan kuasa yang dihantar. Untuk
menggerakkan sesuatu motor, kuasa yang menghasilkan putaran adalah
diperlukan bagi memastikan motor berputar mengikut kelajuan yang
dikehendaki. Motor yang digunakan adalah motor jenis arus terus. Untuk

311

Simposium Warisan Bangsa
MAC 15-17, 2019
Penang, Malaysia

membuat pemilihan terhadap motor DC yang bersesuaian dengan sistem
inovasi, persamaan berikut perlu digunakan:

Penghawa Dingin

SMART Tω
Lampu Likur

Rajah 11.2 Sistem Inovasi SMART Tω yang siap diuji

312

Simposium Warisan Bangsa
MAC 15-17, 2019
Penang, Malaysia

1. Kerja yang dilakukan adalah didarab dengan jarak yang digerakkan oleh
daya – daya dan boleh dinyatakan sebagai

W=sF (1)

di mana

W = kerja yang dilakukan (J, Nm)
F = daya (N)
s = jarak yang digerakkan oleh Daya (s)

Bagi sebuah gerakan sudut

kerja yang dilakukan boleh dinyatakan sebagai

W=Fθr (2)
=ΘT

di mana

W = kerja (Joules)

313

Simposium Warisan Bangsa

MAC 15-17, 2019
Penang, Malaysia

Sudut θ = sudut (radian)
r = jejari (m)
T = tork / kilasan (Nm)

2. Kuasa adalah nisbah antara kerja yang dilakukan dan masa yang diambil
dan boleh dinyatakan sebagai

P = W / dt (3)
= θ T / dt
=TΩ
=N2πT
= 2 π (nrpm / 60) T

= nrpm 0.105 T

di mana

P = kuasa (Watts)
dt = masa yang diambil (s)
Ω = sudut θ / dt = 2 π n = halaju sudut (rad/s)
n = kelajuan (rev/s)
nrpm = kelajuan (rpm, rev/min)

Rekabentuk projek ini telah dikenalpasti dan dijalankan satu fasa pengujian
untuk menentukan nilai kuasa yang dihasilkan oleh sistem. Motor yang
digunakan adalah berkelajuan 2750 rpm, arus 17A dan voltan sehingga 12V.

314

Simposium Warisan Bangsa
MAC 15-17, 2019
Penang, Malaysia

Daripada itu, pengiraan yang diperoleh adalah seperti di rajah berikut:

Melalui keputusan kiraan tersebut, dapat diperkatakan bahawa inovasi ini
mampu menjadi tenaga alternatif bagi menggantikan bahan bakar lampu likur
yang mana asalnya hanya menggunakan minyak tanah dan juga pengunaan
tenaga elektrik yang dibazirkan.

12.0 KESIMPULAN

Semasa menyiapkan inovasi SMART Tω ini, terdapat banyak masalah
yang dihadapi dan ianya diselesaikan secara langsung semasa proses kerja dan
terdapat juga masalah yang memerlukan masa dan memerlukan perbincangan
dan perancangan untuk mendapatkan penyelesaian yang teratur. Setiap
masalah yang dihadapi semasa projek ini telah dikendalikan sebaik mungkin
untuk menghasilkan inovasi yang berkualiti. Dalam hasil perbincangan, projek
ini adalah masih dalam penelitian dari segi teknikalnya untuk penggunaan
jangka masa yang lama dan masih lagi dalam proses penambahbaikan dari segi
kecekapan pada sistem inovasi supaya tidak mengganggu sistem asal
penyaman udara. Inovasi ini juga telah mencapai objektifnya berdasarkan kajian
dan ujian yang telah dijalankan. Rangkuman keseluruhannya, inovasi SMART
Tω telah berjaya dirangka sistemnya mengikut pada skop dan objektif yang ingin
dicapai. Hal yang demikian, kajian perlu terus dilaksanakan bagi memastikan
tenaga alternative ini sentiasa boleh digunapakai oleh pengguna sebagai
menggantikan bahan bakar lampu likur. Tuntasnya, budaya pemasangan lampu

315

Simposium Warisan Bangsa
MAC 15-17, 2019
Penang, Malaysia

likur akan dapat diteruskan di negara ini secara meluas dengan pelbagai kaedah
dan cara yang difikirkan bernas untuk dilaksanakan.

13.0 RUJUKAN

 Gregory, R. The Industrial Windmill in Britain. Phillimore, 2005
 Panjat^ Dietrich Lohrmann, "Von der östlichen zur westlichen

Windmühle", Archiv für Kulturgeschichte, Vol. 77, Issue 1 (1995), pp.1-30
(10f.)
 Panjat^ A.G. Drachmann, "Heron's Windmill", Centaurus, 7 (1961), pp.
145-151
 Holt, Richard (1988), The Mills of Medieval England, Oxford: Blackwell
Publishers, ISBN 978-0-631-15692-5
 Langdon, John (2004), Mills in the Medieval Economy: England, 1300-
1540, Oxford: Oxford University Press, ISBN 0-19-926558-5
 Lewis, M. J., Millstone and Hammer: the origins of water power, University
of Hull Press 1997. ISBN 0-85958-657-X.
 McErlean, Thomas; Crothers, Norman (2007), Harnessing the Tides: The
Early Medieval Tide Mills at Nendrum Monastery, Strangford Lough,
Belfast: Stationery Office Books, ISBN 978-0-337-08877-3
 Beauchamp, K G (1997). Exhibiting Electricity.
 IET.
 p. 90. ISBN 9780852968956.
 Jump up^ Hunt, L. B. (March 1973). "The early history of gold
plating". Gold Bulletin. 6 (1): 16–27. doi:10.1007/BF03215178.
 Jump up^ Simon, Andrew L. (1998). Made in Hungary: Hungarian
contributions to universal culture. Simon
 Publications. p. 207. ISBN 0-
9665734-2-0.

316


Click to View FlipBook Version