Simposium Warisan Bangsa
MAC 15-17, 2019
Penang, Malaysia
secara tersusun melalui program asuhan, bimbingan serta latihan. Pencapaian
cemerlang bakat seni membanggakan di persada antarabangsa adalah satu
tuntutan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan dengan penuh komitmen
semua pihak yang berkaitan. Menyedari hakikat ini, Unit Kebudayaan dan
Warisan Politeknik Kota Kinabalu (PKK) dan NGO kebudayaan Negeri Sabah
iaitu Tagaps Dance Theatre (TDT) telah menjalin hubungan kolaborasi dalam
usaha meningkatkan lagi pencapaian Artis Budaya PKK ke peringkat yang lebih
tinggi.
2.0 SOROTAN KAJIAN
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) menyatakan bahawa untuk
mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi
dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan
memerlukan usaha yang berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi
individu secara menyeluruh dan bersepadu.
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sudah memadu tenaga dan
membuat perancangan selaras dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan dan
Dasar Kebudayaan Kebangsaan berkaitan memperkayakan kebudayaan,
kesenian dan warisan ke arah mewujudkan masyarakat Malaysia yang lengkap,
unggul dan prihatin terhadap seni. Atas dasar ini, maka Pendidikan Tinggi (PT)
di bawah KPM telah mewujudkan satu organisasi iaitu Sekretariat Kebudayaan
Politeknik Malaysia yang ditubuhkan pada tahun 2010 sebagai jawatankuasa
perancang dan penggerak aktiviti kebudayaan dan kesenian Politeknik Malaysia.
Dalam usaha memperkembang dan memperluaskan potensi pelajar yang
mempunyai minat dan bakat dalam bidang kesenian dan kebudayaan, Sekretariat
Kebudayaan Politeknik Malaysia yang dilantik adalah terdiri daripada di kalangan
Pengawai Kebudayaan dan Warisan setiap Politeknik di bawah pengurusan
Bahagian Pembangunan Pelajar, Jabatan Pengajian Politeknik. Ketua wakil
222
Simposium Warisan Bangsa
MAC 15-17, 2019
Penang, Malaysia
setiap zon iaitu Zon Utara, Zon Tengah, Zon Selatan, Zon Sabah dan juga Zon
Sarawak adalah merupakan jawatankuasa induk Sekretariat Kebudayaan
Politeknik Malaysia.
Hasrat murni KPM untuk mendaulatkan pendidikan kesenian di sekolah
mahupun Institusi Pendidikan Tinggi adalah selaras dengan misi dan visi
Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan ke arah melahirkan bangsa Malaysia
yang kaya dengan budaya warisan serta kesenian luhur dan berideniti.
Peranan Kementerian/Jabatan, Kerajaan-kerajaan Negeri dan Badan-
badan Bukan Kerajaan (NGO) kebudayaan yang lain adalah sama penting dalam
melaksanakan strategi Dasar Kebudayaan Kebangsaan di dalam pengurusan
harian dan pelaksanaan dasar-dasar semasa. Peranan pihak swasta dan
pertubuhan-pertubuhan kebudayaan kian diperlukan di mana badan-badan ini
boleh memainkan peranan menjalankan usaha pembinaan dan kemajuan
kebudayaan di peringkat organisasi masing-masing dan seterusnya membiayai
penajaan atau projek-projek kebudayaan.
Ketua Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), Tan
Sri Norliza Rofli melalui Ucaptama beliau dalam “Acara Menandatangani
Dokumen Surat Hasrat Kerjasama Program Bimbingan Seni Budaya” pada majlis
Pengiktirafan Sekolah-sekolah di Bawah Bimbingan Seni Budaya di Kompleks
Kraftangan, Jalan Conlay menyatakan bahawa pencapaian cemerlang bakat seni
membanggakan di persada antarabangsa adalah satu tuntutan tanggungjawab
yang perlu dilaksanakan dengan penuh komitmen semua pihak yang berkaitan.
Justeru, Unit Kebudayaan dan Warisan PKK telah memilih dan melantik Tagaps
Dance Theatre (TDT) sebagai rakan kolaborasi berdasarkan kepada pencapaian
mereka yang cemerlang di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
Tagaps Dance Theatre (TDT) merupakan satu organisasi bukan kerajaan (NGO)
yang berlandaskan kesenian dan kebudayaan dalam Negeri Sabah. Kumpulan
223
Simposium Warisan Bangsa
MAC 15-17, 2019
Penang, Malaysia
kesenian ini telah bergiat aktif dalam medan seni tempatan serta antarabangsa
sejak April 2008 dan asalnya dianggotai oleh pelajar-pelajar yang menuntut di SM
Maktab Sabah. Organisasi ini telah melahirkan penari yang bertaraf
antarabangsa dari sudut ketelitian dalam pemahaman pergerakan dan
penggunaan sistem latihan yang tersusun.
Tagaps Dance Theatre (TDT) mula bergiat dalam program peringkat
antarabangsa terutamanya pertandingan Dance World Cup (DWC) sejak tahun
2011 di Paris, Perancis. Sejak itu, TDT terus menglibatkan diri dalam
pertandingan tersebut yang diadakan setiap tahun. Antara negara tuan rumah
pertandingan DWC ialah Austria, United Kingdom, Portugal, Romania, New
Jersey, Jerman dari tahun 2012 sehingga 2017 dan bakal diadakan di Barcelona,
Sepanyol untuk tahun ini.
Dalam pertandingan DWC, TDT telah melepasi pusingan kelayakan melalui
saringan video dari tahun 2011 sehingga tahun 2017 dan pada tahun ini DWC
Limited telah mengadakan pusingan kelayakan di Kota Kinabalu pada 23 - 25
Februari 2018 buat julung kalinya. Melalui Pusingan kelayakan tersebut, TDT
telah berjaya memenangi 12 pingat emas, 7 perak, dan 2 gangsa sekaligus
melayakkan diri ke pertandingan akhir di Barcelona, Spain pada 22 Jun - 1 Julai
2018.
Seterusnya, TDT terus mengharumkan nama negeri khasnya Sabah dan
umumnya Malaysia setelah membawa pulang 1 Anugerah Khas, 2 pingat emas
dan 3 pingat perak yang dimenangi semasa peringkat akhir DWC 2018 di
Barcelona, Sepanyol. Kejayaan terkini TDT telah memenangi 2 kategori iaitu
Platinum Award Champion dan Koreografi Terbaik sempena Pertandingan
Tarian/Etnik Kreatif Malaysia 2019 di Kuala Lumpur pada 09 Mac 2019.
224
Simposium Warisan Bangsa
MAC 15-17, 2019
Penang, Malaysia
Dalam pada itu juga, pihak Dance World Cup Limited telah mengumumkan
bahawa negara kita, Malaysia akan menjadi negara tuan rumah Dance World
Final 2020 dan seramai 45 buah negara akan bertanding pada tahun tersebut.
3.0 PENYATAAN MASALAH
Setelah selama hampir setahun setengah memegang jawatan sebagai
Pegawai Kebudayaan dan Warisan PKK yang baharu, pengkaji mendapati
bahawa di kalangan Artis Budaya PKK ini majoriti mempunyai bakat yang besar
dan masih tercari-cari landasan atau saluran yang boleh membimbing dan
membawa mereka ke satu tahap yang lebih tinggi hingga ke peringkat
antarabangsa. Mereka hakikatnya amat memerlukan asuhan dan bimbingan seni
budaya dalam seni tari daripada individu atau kumpulan badan kebudayaan yang
sememangnya telah diiktiraf akan kemahiran dan kepakarannya dalam bidang
ilmu seni tari. Sehubungan dengan ini, maka pengkaji melihat betapa pentingnya
khidmat kepakaran dan peranan Badan Bukan Kerajaan (BBK) atau Non-
Government Organization (NGO) kebudayaan sebagai pemangkin kepada
pembangunan seni budaya negara khususnya kepada Artis Budaya PKK.
4.0 OBJEKTIF
Objektif utama dalam kajian ini adalah:
i. Pengkaji ingin melihat sejauh mana peranan NGO kebudayaan iaitu Tagaps
Dance Theatre (TDT) ini menyediakan serta memberikan program latihan
kemahiran seni tari yang berterusan dan tersusun dalam usaha
meningkatkan kemahiran pelajar sebagai persediaan mereka menyertai
pertandingan seni tari hingga ke peringkat antarabangsa.
ii. Pengkaji ingin melihat sejauh mana peranan NGO kebudayaan iaitu Tagaps
Dance Theatre (TDT) ini mencari ruang serta peluang dalam usaha
meningkatkan tahap pencapaian serta mengembangkan dan membawa
225
Simposium Warisan Bangsa
MAC 15-17, 2019
Penang, Malaysia
bakat pelajar dengan melibatkan mereka menyertai pertandingan seni tari
hingga ke peringkat antarabangsa.
iii. Pengkaji ingin melihat sejauh mana peranan NGO kebudayaan iaitu Tagaps
Dance Theatre (TDT) ini dalam usaha untuk mendapatkan dan mengumpul
sumber dana dari pihak yang berkaitan bagi menampung kos perbelanjaan
pelajar yang telah berjaya dan layak dalam sesi pemilihan mewakili negara
Malaysia menyertai pertandingan seni tari ke peringkat antarabangsa.
iv. Pengkaji ingin melihat sejauh mana pencapaian pelajar dilihat setelah Unit
Kebudayaan dan Warisan PKK menjalin hubungan kolaborasi dengan NGO
kebudayaan.
5. SKOP
Kajian ini dijalankan adalah untuk mengumpulkan maklumat dan melihat
sejauh mana NGO kebudayaan memainkan peranannya dalam membimbing,
memupuk dan merancang secara tersusun melalui program asuhan, bimbingan
serta latihan dalam usaha meningkatkan lagi pencapaian Artis Budaya PKK ke
peringkat yang lebih tinggi. Beberapa kriteria dalam pemilihan NGO kebudayaan
perlu dinilai dan diambilkira sewajarnya sebelum dilantik secara rasminya sebagai
rakan kolaborasi. Antara kriteria utamanya ialah pencapaian cemerlang yang
telah dikecapi samada di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa,
pengiktirafan dan pengalaman sebagai pembimbing seni budaya dalam seni tari
yang merangkumi pelbagai genre tarian khususnya tarian tradisional Melayu,
kesanggupan memberikan khidmat bimbingan seni budaya tanpa kekangan jarak
kerja dan masa latihan serta bayaran khidmat kepakaran bimbingan seni budaya
dalam seni tari. Hanya tiga NGO kebudayaan telah disenarai pendek untuk
dipertimbangkan sebagai rakan kolaborasi iaitu dari Persatuan Tobilung Bersatu
Sabah (TOBISA) Kota Belud, Persatuan Seni Budaya Sabah, Kota Kinabalu dan
Tagaps Dance Theatre (TDT) Papar, Sabah. Sampel dan responden kajian ini
adalah terdiri daripada pelajar yang juga merupakan penari Artis Budaya PKK
seramai 24 orang dari pelbagai jabatan pengajian teknikal di PKK iaitu Jabatan
226
Simposium Warisan Bangsa
MAC 15-17, 2019
Penang, Malaysia
Kejuruteraan Awam, Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Jabatan Kejuruteraan
Mekanikal, Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti dan Jabatan Perdagangan yang
berusia antara 19 – 22 tahun.
6.0 METODOLOGI
Tujuan utama kajian ini dibangunkan adalah untuk mengenalpasti sejauh
mana peranan NGO kebudayaan ini dalam usaha meningkatkan pencapaian Artis
Budaya PKK dalam seni tari dan seterusnya membawa mereka hingga ke
peringkat antarabangsa. Metodologi kajian ini adalah berdasarkan kajian kes di
mana sumber pengkaji untuk mendapatkan data dan maklumat melalui
pendekatan lain iaitu seperti sesi temubual atau maklum balas sampel kajian.
7.0 DAPATAN KAJIAN
Hasil dapatan kajian adalah seperti berikut:
Pengkaji mendapati bahawa Tagaps Dance Theatre (TDT) sebagai NGO
kebudayaan dalam membimbing Artis Budaya PKK, perancangan awal yang teliti
telah dibuat dengan merangka dan menyusun jadual program sebelum sesi
latihan seni tari bermula. Sesi latihan dimulakan dengan asas tari dan pelajar diuji
dengan beberapa asas gerak tari yang berbeza bagi mengenalpasti mereka yang
berpotensi untuk dibentuk serta dikembangkan lagi bakat mereka sehingga
mampu menjadi seorang individu penari yang berkaliber yang berkebolehan
untuk merekacipta gerak tari.
Kemajuan prestasi dan peningkatan kemahiran pelajar akan dinilai
berterusan secara individu sepanjang tempoh sesi latihan seni tari. Di sinilah
bermulanya peringkat pengesanan bakat mereka yang berkebolehan luarbiasa
untuk dipilih dan diketengahkan bakatnya dengan memberi peluang menyertai
pertandingan seni tari sesi kelayakan ke peringkat antarabangsa di bawah label
227
Simposium Warisan Bangsa
MAC 15-17, 2019
Penang, Malaysia
TDT seperti di Dance World Cup Malaysian Qualifiers. Badan organisasi
penganjuran pertandingan peringkat dunia ini iaitu Dance World Cup Limited akan
mengendalikan seluruh peringkat kelayakan di setiap Negara Asia mahupun
Eropah bermula bulan November sehingga bulan Mei tahun berikutnya.
Semua NGO kebudayaan di Malaysia termasuklah TDT bekerjasama
dengan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Negeri Sabah dan
Lembaga Kebudayaan Sabah (LKS) yang merupakan agensi di bawah
Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan yang bertanggungjawab
melaksanakan aktiviti-aktiviti kesenian dan kebudayaan juga memberi peluang
kepada kumpulan dan individu mengembangkan bakat melalui penganjuran
pertandingan seni tari di peringkat negeri mahupun kebangsaan. TDT juga
mempunyai ikatan kerjasama yang erat dengan United Nations Educational,
Scientific and Cultural Organization (UNESCO) Malaysia serta badan organisasi
penganjuran pertandingan tarian peringkat dunia seperti Dance World Cup
Limited melalui pertandingan Dance World Cup International (DWC).
Dalam usaha mendapatkan dan mengumpul sumber dana, TDT kerap
menerima undangan berbayar untuk membuat persembahan kebudayaan hasil
daripada kerja-kerja promosi yang dijalankan dengan membuka booth atau ruang
pameran mana-mana program yang disertainya. Usaha promosi ini dijalankan
secara berterusan dan konsisten. TDT juga sentiasa mencari peluang dan ruang
menyertai pertandingan tarian di peringkat negeri, kebangsaan mahupun
antarabangsa (berlangsung dalam negeri/negara) yang menawarkan hadiah
berupa wang tunai. TDT juga menganjurkan konsert amal tahunan bagi mengutip
tabung derma. Selain daripada itu, TDT melalui ikatan perjanjian bersyarat
dengan mana-mana badan korporat, syarikat persendirian atau hotel-hotel
dengan memberikan sejumlah dana dan balasan daripada pemberian dana
tersebut TDT menawarkan pakej persembahan sebanyak 3 kali untuk tempoh
setahun. Melalui pendekatan yang dikira menarik ini, kedua-dua belah pihak
sama-sama mendapat manfaat daripadanya.
228
Simposium Warisan Bangsa
MAC 15-17, 2019
Penang, Malaysia
Hasil daripada hubungan kolaborasi antara Unit Kebudayaan dan Warisan
PKK dan TDT ini, pengkaji mendapati bahawa Artis Budaya PKK di bawah Unit
Kebudayaan dan Warisan PKK ini telah memperlihatkan peningkatan mereka dari
aspek pengetahuan dan kemahiran seni tari setelah mendapatkan bimbingan
daripada jurulatih seni tari yang merupakan NGO penggiat seni budaya dari
Tagaps Dance Theatre. Ini telah dibuktikan di mana seorang daripada Artis
Budaya PKK telah berjaya melayakkan diri ke pertandingan (DWC) 2019 di
Braga, Portugal pada bulan Jun akan datang.
8.0 KESIMPULAN
Pengkaji berjaya mendapatkan maklum balas daripada responden dan
setelah semua maklumat telah didapatkan, ternyata bahawa NGO kebudayaan
sebagai sektor ketiga memainkan peranan yang amat besar dalam usaha
mengembangkan bakat serta potensi pelajar yang ingin mencari peluang untuk
terus maju dan meningkatkan pencapaian dalam seni tari hingga ke peringkat
antarabangsa.
9.0 RUJUKAN
[1] Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan. Dasar Kebudayaan
Kebangsaan.
[2] Kementerian Pendidikan Malaysia. Dasar Pendidikan Kebangsaan.
[3] Fazurawati Che Lah. (2017, Disember 25). Seni budaya bukan remeh. Harian
Metro Online.
[4] Tagaps Dance Theatre. Latar Belakang Penubuhan dan Pencapaian.
229
Simposium Warisan Bangsa
MAC 15-17, 2019
Penang, Malaysia
CABARAN MELESTARIKAN BUDAYA MELAYU: KAJIAN ETNOGRAFI
PERSATUAN SENI BUDAYA DAN WARISAN MELAYU JAWI
(WARIS ALAM)
Zaid Muhammad Bin Mohd Rais1
Normazalila Binti Abu Bakar @ Harun2
1universiti Islam Antarabangsa Malaysia Malaysia
2muslimah Jaya Resources
________________________________________________________________
Abstrak
Malaysia merupakan sebuah negara berbilang kaum dan setiap darinya mempunyai budaya
tersendiri. Sejak berabad lamanya, bangsa Melayu yang merupakan kaum terbesar tidak dapat
mengelak dari proses asimilasi budaya, kesan dari penjajahan serta migrasi kaum dari negara
lain. Dalam menuju ke arah menjadi negara maju, para cendikiawan perlu melihat peri pentingya
melestarikan budaya bangsa Melayu khususnya, supaya tidak tenggelam dalam arus
pemodenan. Melestarikan budaya bermaksud “mengekalkan, memantapkan, serta menegakkan
kedudukan budaya dan nilai-nilainya agar ia tidak berubah-ubah dalam persekitaran budaya
yang dinamik.” Kertas kerja ini merupakan hasil kajian ilmiah bertujuan untuk menyingkap
apakah cabaran-cabaran yang dihadapi dalam melestarikan budaya Melayu samada dari aspek
dalaman atau luaran. Kaedah penyelidikan yang digunakan ialah kajian kes pengalaman
sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) iaitu Persatuan Seni Dan Budaya Warisan Melayu
Jawi (WarisAlam) dalam melestarikan budaya masyarakat Melayu khasnya. Metodologi kajian
ialah kaedah kualitatif berbentuk etnografi (ethnography) iaitu penyelidik yang bergerak
bersama-sama pertubuhan membuat pemerhatian (observation) ketika mengikuti
pengembaraan serta program-program khusus selama sembilan tahun. Kaedah temubual juga
digunakan untuk mendapatkan maklumat dan data primer dalam mengenalpasti cabaran-
cabaran melestarikan budaya Melayu. Hasil dapatan kajian menunjukkan terdapat pelbagai
cabaran yang dihadapi samada dari dalaman atau luaran dalam menggerakkan sesebuah
pertubuhan mencapai maksud melestarikan budaya. Sumbangan utama kajian ini dapat
memberi suntikan bagi mengembeling tenaga kearah pelbagai usahasama oleh mana-mana
pertubuhan (NGO), dengan sokongan pihak swasta, kerajaaan atau pun individu; dalam usaha
melestarikan budaya Melayu di Malaysia dan seantero dunia.
Katakunci: Budaya, Asimilasi, Lestari, Etnografi, Cabaran
230
Simposium Warisan Bangsa
MAC 15-17, 2019
Penang, Malaysia
1.0 PENGENALAN
Budaya sesuatu bangsa merupakan gambaran jatidiri bangsa tersebut
dalam kehidupan. Laluan kehidupan sesuatu bangsa itu diteraskan oleh
budaya yang diwarisi oleh leluhur terdahulu zaman berzaman. Kebudayaan
sesuatu bangsa itu adalah identiti yang dikenali oleh kaum lain sebagai hak
dan sekaligus dihormati. Namun dalam mempastikan budaya itu terus kekal
diamal dan diwariskan ia juga menghadapi cabaran-cabaran yang sekaligus
menghakis identiti dan kehebatan sesuatu kaum tersebut. Bangsa melayu juga
tidak terkecuali menghadapi permasalahan tersebut. Zaman terus berlalu
manakala himpitan globalisasi kian melebur jati diri bangsa melayu terutama
golongan muda. Sebahagian kelompak masyarakat khasnya penggiat budaya
berusaha untuk menghidup seterusnya melestarikan budaya. Penggiat budaya
ini kebiasaannya bergerak dalam organisasi bukan kerajaan atau NGO. Tujuan
mereka menghidupkan budaya agar ianya terus diamalkan oleh generasi
terkemudian biarpun menghadapi pelbagai cabaran dan masalah. Kajian ini
bertujuan merungkai cabaran-cabaran yang dihadapi oleh penggiat budaya
dalam NGO. Dengan kajian ini diharapkan dapat membuka mata pelbagai
pihak dan penyelidik untuk terus berusaha menghasilkan kajian ilmiah dalam
menyokong bukti emperikal permasalahan dalam budaya sekaligus secara
tidak langsung memartabatkan budaya Melayu Islam.
2.0 LATAR BELAKANG PERMASALAHAN
Dalam melestarikan budaya pelbagai masalah dan cabaran dihadapi oleh
sesebuah NGO. Pelbagai pihak melontarkan pendapat yang hanya
berdasarkan pandang lihat sahaja tanpa mengetahui hakikat sebenar yang
dilalui oleh penggiat-penggiat budaya dalam sesebuah NGO. Ada di kalangan
masyarakat saling menyalahkan sesuatu entiti dengan kata-kata “kenapa
budaya melayu tak betrkembang?”, “Di mana persatuan budaya yang
231
Simposium Warisan Bangsa
MAC 15-17, 2019
Penang, Malaysia
memperjuangkan budaya?” Kata-kata ini sebenarnya menghiris hati para
penggiat budaya sedangkan mereka benar-benar memperjuangkan budaya
tanpa mengira tenaga, masa dan wang ringgit. Hal ini kerana para penggiat
budaya percaya bahawa budaya itu membawa sama nilai-nilai murni yang
merangkumi dunia dan akhirat (Musa, H., 2001; Haron, I., 2003; Wan Yusoff,
W. A. K.,1998). Rentetan itu juga Persatuan Seni dan Budaya Warisan
Melayu Jawi atau Waris Alam tidak terkecuali menghadapi perkara yang sama.
Masalah yang melanda samada dalaman dan luaran kadang kala
membantutkan semangat memperjuangkan budaya ke tahap yang maksimum.
Namun dalam tempoh 10 tahun penubuhannya Waris Alam berjaya juga
sampai ke luar negeri membawa bersama budaya melayu. Kajian ini bertujuan
menyingkap cabaran-cabaran yang dihadapi oleh Waris Alam dalam
melestarikan budaya melayu dari aspek dalaman dan luaran. Selain itu ia juga
bertujuan untuk mengenal pasti langkah-langkah yang boleh diambil untuk
merungkai cabaran dalam dan luaran tersebut.
2.0 OBJEKTIF KAJIAN
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti cabaran melestarikan budaya
melayu: Secara khususnya, terdapat tiga objektif utama kajian iaitu:
i. Mengenalpasti cabaran dalaman melestarikan budaya
ii. Mengenalpasti cabaran luaran dalam melestarikan budaya
iii. Mengenalpasti langkah-langkah yang boleh diambil untuk merungkai
cabaran dalaman dan luaran
3.0 METODOLOGI KAJIAN
Kaedah kajian yang digunakan ialah kajian Etnografi dalam Persatuan
Seni Budaya dan Warisan Melayu Jawi (Waris Alam) iaitu sebuah NGO yang
memperjuangkan kebudayaan melayu demi manfaat orang-orang melayu
232
Simposium Warisan Bangsa
MAC 15-17, 2019
Penang, Malaysia
seluruhnya. (Minit Mesyusrat Agong Tahunan, 2019) NGO ini mempunyai
keahlian seramai 150 orang di mana ke semua ahlinya mempunyai
kecenderungan untuk bersama-sama memperjuangkan budaya melayu.
Metodologi kajian berbentuk kualitatif yang menggunakan kaedah etnografi
serta temubual untuk mendapatkan maklumat dan data yang diperlukan.
Penyelidik telah bersama-sama dalam NGO sejak ia ditubuhkan dan
memerhatikan secara menyeluruh perjalanan NGO ini dalam menjalan serta
melestarikan budaya melayu samada dalam dan luar negeri. Mengkaji NGO ini
adalah umpama researching in the yard” (Alder & Adler, 1991).
Para peserta dalam kajian ini terdiri daripada daripada 2 peserta: iaitu
Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Persatuan Seni Budaya dan Warisan
Melayu Jawi atau Waris Alam. Informan ini diganti nama dengan P (pengerusi)
dan TP (Timbalan Pemgerusi). Setiap peserta adalah dikodkan dan disokong
dengan data. P merupakan pengerusi Waris Alam sejak 2018 dan telah
berkecimpung dalam persatuan budaya ini sejak 2010. Manakala TP pula
adalah timbalan pengerusi Waris Alam sejak 2018 dan telah bersama-sama
dalam persatuan ini sejak ia ditubuhkan pada tahun 2010. Penyelidik
menemubual P dan TP Waris Alam untuk mendapatkan maklumat kajian ini.
Dapatan data utama kajian ini dilaksanakan secara mendalam dengan
menggunakan kaedah temubual secara semi sturuktur. Temubual semi struktur
berlaku apabila pengkaji menyediakan set soalan yang berkaitan dengan kajian
tetapi tidak semestinya mengikut aturan yang tertentu (Bailey 2007).
Walaubagaimanapun soalan-soalan yang ditanya masih lagi berkisar dengan
topik kajian. Dalam kajian ini, temubual direkodkan dengan menggunakan
telefon bimbit, Real Me dalam suasana santai dan selesa. Sebelum itu,
penyelidik membuat ramah mesra untuk mewujudkan keadaan yang lebih santai
yang menggalakkan penemubual untuk bercakap dengan bebas yang berkaitan
dengan topik. Seterusnya, penyelidik membuat penjelasan ringkas mengenai
tujuan kajian untuk membina kepercayaan kepada penyelidik dan untuk
233
Simposium Warisan Bangsa
MAC 15-17, 2019
Penang, Malaysia
menggalakkan penemuduga untuk terlibat dalam sesi temubual. Temubual
dilakukan sekali atau lebih bergantung kepada data yang telah dicapai. Hasilnya
disalin dan diringkaskan. Ringkasan itu disahkan kepada orang yang ditemubual
untuk disemak samaada ia telah menangkap niat yang ditemubual itu atau tidak.
Jika tidak, orang yang ditemubual itu boleh membetulkan ringkasannya. Proses
analisis data dalam kajian ini melalui beberapa tahap di mana tahap pertama
adalah mengumpul data (1). Hasil pengumpulan data akan disusun,
diklasifikasikan dan dipermudahkan untuk mendapatkan makna dan berkorelasi
atau berhubungkait dengan data lain. Tahap kedua ialah pengurangan data (2).
(Miles dan Huberman, 1994) menyatakan bahawa fungsi pengurangan data
adalah "mengasah, menyusun, memfokus, membuang dan menganjurkan data
sedemikian rupa sehingga kesimpulan" akhir "dapat ditarik dan disahkan".
Tahap seterusnya ialah (3) Paparan data. Pada peringkat ini, data
dibentangkan untuk menunjukkan data yang saling berkaitan dengan cara yang
mudah dan bermakna. Pembentangan paparan data boleh menggunakan carta
yang berbeza, angka rangkaian atau teks (Miles & Huberman, 1994) Tahap
terakhir adalah membuat kesimpulan (4). Dalam proses ini, data yang telah
dianalisis dan dibentangkan kemudian diringkaskan untuk menunjukkan perkara
utama penemuan. Dalam semua proses itu, perlu diingat bahawa peringkat
dalam model adalah berulang yang peringkatnya saling berkaitan dan tidak
dipisahkan secara berasingan.
4.0 PERBINCANGAN HASIL DAPATAN KAJIAN
Hasil daripada temubual yang telah dilakukan pengkaji mendapati terdapat
cabaran-cabaran yang dihadapi oleh penggiat budaya. Cabaran-cabaran ini
boleh dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu cabaran dalaman dan luaran.
Selain itu juga terdapat kaedah penyelesaian bagi merungkai cabaran-cabaran
yang dihadapi dalam melestarikan budaya ini. Cabaran dalaman ini
merangkumi permasalahan yang terdapat dalam persatuan itu sendiri dan juga
234
Simposium Warisan Bangsa
MAC 15-17, 2019
Penang, Malaysia
daripada ahli. Antaranya ialah membina persefahaman di kalangan ahli-ahli
untuk menggerakkan aktiviti persatuan. Penggiat budaya juga harus menguasai
sepenuhnya hal-hal yang bersangkutan dengan budaya yang
diperjuangkan. Sekiranya ia tidak dikuasai dengan sebaik-baiknya maka
dikhuatiri penyaluran maklumat itu disalahfaham bahkan menjadi lebih buruk
iaitu tidak menarik minat sasaran. Selain itu juga penggerak budaya
menghadapi cabaran dari sudut ekonomi Persatuan tidak mempunya dana
dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti kebudayaan. Manakala ahli pula
mempunyai masalah kewangan yang terhad apabila terpaksa pula
mengeluarkan wang tambahan demi membantu persatuan untuik melaksanakan
aktiviti kebudayaan hingga Berjaya.Penggiat budaya juga terpaksa
membahagikan masa, tenaga, wang ringgit, keluarga dan kerjaya.
Manakala cabaran-cabaran luaran yang dihadapi ialah seperti tidak
mendapat bantuan dana untuk melestarikan dan melancarkan pelbagai
program kebudayaan yang telah difikirkan sehingga perancangan menjadi
terbantut dan tidak kurang juga yang tak berjaya dilaksanakan. Bantuan dana ini
sepatutnya datang daripada pihak kerajaan yang wajar menyokong
semaksimum mungkin selain daripada pihak swasta. Selain itu juga kegusaran
tentang kemasukan budaya luar telah menyebabkan generasi muda lupa
kepada budaya nenek moyang mereka sehingga mereka pula yang
memperkecilkan budaya bangsa sendiri. Hal ini ditambah pula dengan
kurangnya kerjasama strategik untuk menggabong jalin dengan bijaksana
antara ahli akademik, budayawan yang sepatutnya menjadi perantara,
penghubung dan penyambung kepada masyarakat. Selain itu kurang
penyaluran informasi berkenaan budaya ke tahap maksimum sedikit sebanyak
menyumbang kepada kelembapan budaya ini untuk dilestarikan. Bahan
bercetak dan elektronik sewajarnya disebarluaskan dengan apa jua medium dan
cara sekalipun pun agar khalayak masyarakat akan terasa dengan gelombang
perubahan yang berlaku demi melestarikan budaya. Selain itu juga apabila
235
Simposium Warisan Bangsa
MAC 15-17, 2019
Penang, Malaysia
budaya dipolitikkan maka budaya juga sukar dilestarikan seperti peruntukan
dana disekat kerana tujuan-tujuan yang tertentu. Selain itu juga mentaliti
masyarakat juga harus diubah apabila sangat mudah terpengaruh dengan
budaya luar juga atau globalisasi apabila takut dikatakan kolot kerana
mengamalkan budaya nenek moyang. Media massa juga berperanan
mengubah persepsi apabila masih lagi menggunakan perkataan kolot, mundur,
tradisional apabila merujuk kepada sesuatu hal berkaitan budaya. Secara
keseluruhannnya langkah-langkah yang wajar diambil bagi mengatasi cabaran-
cabaran ini ialah para penggiat budaya mesti mendalami keilmuan ‘budaya’ itu
sendiri. Mereka juga perlulah bijak membahagikan waktu, tenaga dan wang
ringgit dalam memahami perjuangan dalam keterlibatan hal-hal kebudayaan.
Manakala semua pihak samada kerajaan atau swasta sewajarnya menyelidiki
dan memberi perhatian kepada kesungguhan mana-mana NGO yang
memperjuangkan budaya dengan memberi dana kerana NGO-NGO tersebut
sekaligus membantu kerajaan dalam modal insan rakyat beteraskan budaya.
Media massa juga sewajarnya menghenti dan tidak menggunakan istilah seperti
kolot, tradisional dan ketinggalan dalam merujuk hal-hal budaya kerana secara
tidak langsung merendahkan motivasi penggiat budaya dan budaya sesuatu
bangsa itu sendiri.
5.0 LIMITASI DAN KAJIAN MASA HADAPAN
Terdapat beberapa limitasi yang perlu diambilkira dalam mengadaptasikan
kajian ini secara umum sebagai rujukan, yang mana memberi ruang untuk
penyelidikan di masa hadapan. Kajian yang dijalankan secara kualitatif ini
merupakan kajian kes yang hanya mengambilkira sebuah persatuan sahaja iaitu
Persatuan Seni Budaya dan Warisan Melayu Jawi (Waris Alam). Adalah
disarankan kepada mana-mana penyelidik untuk menjalankan serta
memperluaskan kepada persatuan atau NGO yang lain. Selain daripada itu juga
informan boleh didapati dari kalangan NGO lain yang mungkin lebih lama
236
Simposium Warisan Bangsa
MAC 15-17, 2019
Penang, Malaysia
memperjuangkan budaya. Kajian ini juga hanya mengambilkira perjuangan satu
kaum sahaja iaitu budaya perbandingan dan ia boleh juga dilakukan dengan
mengambilkira budaya dan agama kaum lain di Malaysia ini. Tambahan pula
kajian juga boleh diperbesarkan skopnya untuk mencari punca sebenar yang
menyebabkan aktiviti budaya itu tidak dapat dilaksanakan secara maksimum.
6.0 RUMUSAN
Secara umumnya memang terdapat cabaran-cabaran dalam melestarikan
budaya. Samada cabaran-cabaran itu bersifat dalaman atau luaran bukanlah
satu isu, tapi semua pihak mestilah memainkan peranan semaksimum mungkin
untuk mempastikan aktiviti budaya itu dapat dilestarikan sedayanya.
Pengorbanan dari semua sudut hendaklah dilaksanakan oleh para penggiat
budaya untuk melestarikan budaya disamping sokongan dari pihak-pihak luar
samada pihak kerajaan atau swasta demi untuk menjalankan aktiviti
kebudayaan. Sokongan ini bukanlah sahaja bersifat moral bahkan juga material
serta dana khas untu kebudayaan. Budaya haruslah dipertekankan dan diajar
dari usia muda iaitu sejak di sekolah atau institusi pendidikan demi
kelangsungan sesuatu bangsa sekaligus pendidikan dan falsafah dalam budaya
itu dapat dimanifestasikan. Sehubungan itu pengembelingan tenaga ke arah
pelbagai usahasama oleh mana-mana pertubuhan (NGO), dengan sokongan
pihak swasta, kerajaaan atau pun individu; dalam usaha melestarikan budaya
Melayu di Malaysia dan seantero dunia wajar digiatlaksanakan semaksimum
mungkin.
237
Simposium Warisan Bangsa
MAC 15-17, 2019
Penang, Malaysia
7.0 RUJUKAN
Adler, P.A. & Adler, P.(1991). Backboards and blackboards. New York;
Columbia Unversity Press
Bailey, C. A. (2007). A Guide to Qualitative Field Research. Thousand
Oaks, CA: Pine Forge Press.
Miles, M. B., & Huberman, A. M. (1994). Qualitative data analysis: An
expanded sourcebook (2nd ed.). London: Sage.
Minit Mesyuarat Agong Tahunan 2019, Persatuan Seni Budaya dan
Warisan Melayu Jawi (2019)
Musa H. (2001). Merekonstruksi Tamadun Melayu Islam Ke Arah
Pembinaan Sebuah Tamadun Dunia Alaf Ketiga, Akademi Pengajian Melayu,
Universiti Malaya Kuala Lumpur. ISBN 9789832085249
238
Simposium Warisan Bangsa
MAC 15-17, 2019
Penang, Malaysia
SALAH FAHAM TERHADAP BUDAYA DAN ISLAM DI KALANGAN PARA
PELAJAR MELAYU ISLAM DI UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA
MALAYSIA
Zaid Muhammad Bin Mohd Rais1
Normazalila Binti Abu Bakar @ Harun2
1Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
2Muslimah Jaya Resources
________________________________________________________________
Abstrak
Budaya adalah “tingkahlaku sosial dan norma yang terdapat dalam kumpulan masyarakat” yang
berpaksikan ilmu antropologi dan dikembangkan melalui pergaulan, pembelajaran dan
peradaban manusia. Budaya merupakan satu set pengetahuan yang membentuk pemikiran dan
cara hidup sesebuah masyarakat dan ketamadunnya. Globalisasi serta kemajuan sesebuah
masyarakat dikenalpasti sebagai antara faktor penyumbang kepada wujudnya salah faham di
kalangan masyarakat; tidak terkecuali generasi muda di sesebuah negara Islam seperti
Malaysia. Kajian-kajian ilmiah perlu dipertingkatkan bagi memastikan salah faham yang timbul,
di kalangan masyarakat Islam khususnya, dapat dibendung tanpa mengabaikan aspek budaya
Melayu. Kertas kerja ini bertujuan untuk mengenalpasti sejauhmanakah tahap pertentangan
budaya Melayu dan Islam yang berlaku, serta kesan-kesannya di kalangan para pelajar Melayu
Islam. Kaedah kajian adalah kajian kes di Universiti Islam Antarabangsa (UIAM), iaitu sebuah
universiti berteraskan perkembangan ilmu Islam yang mempunyai pelajar dari dalam dan luar
negara. Metodologi kajian berbentuk kuantitatif yang menggunakan teknik soal selidik (survey)
yang diagihkan kepada pelajar Melayu Islam untuk mendapatkan maklumat dan data yang
diperlukan. Hasil kajian mendapati terdapat beberapa salah faham dan kesan-kesan yang
negatif di kalangan para pelajar yang memberi kesan dalam kehidupan sebagai Melayu Islam.
Contohnya, mereka tidak meminati seni silat sebagai alat mempertahankan diri kerana kononnya
bercampur dengan unsur-unsur mistik, sedangkan ilmu mempertahankan diri amat penting
dipelajari oleh setiap umat Islam. Terdapat juga salah faham di kalangan pelajar yang
menganggap sebahagian budaya Melayu itu bertentangan dengan hukum syarak kerana tidak
memahami falsafah dan faedah yang terselindung di sebalik amalan budaya tersebut. Hal-hal
sebegini disalahertikan kerana kedangkalan ilmu, serta sifat yang ekstrem tanpa mahu mengkaji
dan meneliti terlebih dahulu perincian setiap nilai budaya dan falsafah Islam. Selain itu juga hasil
kajian ini turut membincangkan kesan-kesan yang berlaku apabila pemahaman budaya
disalahertikan sehingga ia tidak diamalkan dalam kehidupan seharian. Kajian ini dapat
239
Simposium Warisan Bangsa
MAC 15-17, 2019
Penang, Malaysia
menyumbang ke arah memantapkan ilmu berkaitan budaya Melayu dan kefahaman tentang
keselariannya dengan hukum syarak Islam; bagi membolehkan penerusan budaya sesuatu
bangsa di dunia.
Katakunci : Salah faham, Budaya, Melayu, Islam
1.0 PENGENALAN
Bangsa Melayu merupakan bangsa asal di Nusantara dan kepulauan
Melayu termasuk Malaysia yang dahulunya dikenali sebagai Tanah Melayu.
Pelbagai cabaran ditempuhi oleh bangsa Melayu dalam memastikan
kesinmbungan budaya dalam kehidupan mereka sebagai umat Islam. Kajian ini
merangkumi aspek budaya Melayu iaitu penjelasan tentang bangsa dan budaya
Melayu, agama Islam anutan bangsa Melayu dan apakah pertentangan yang
sering wujud dalam pertembungan nilai-nilai budaya Melayu dan agama Islam
yang menjadi asas kehidupan mereka. Kajian ini diharapkan dapat membuka
minda masyarakat pendidik dan penyelidik untuk terus berusaha menghasilkan
kajian ilmiah dalam memartabatkan budaya Melayu Islam.
2.0 LATAR BELAKANG PERMASALAHAN
Sesuatu bangsa bertamaddun tidak lahir secara semulajadi tetapi
berteraskan imej dan identiti budaya yang tersendiri. Budaya Melayu terbentuk
berasaskan kepada nilai-nilai yang diterima oleh masyarakat Melayu
berdasarkan keyakinan dan kepercayaan pada agama Islam, serta pemikiran
dan amalan yang boleh diterima oleh masyarakat sejagat. Kedatangan Islam ke
alam Melayu merupakan satu proses permodenan yang sangat besar ertinya
bagi bangsa Melayu. Islam telah berjaya mempengaruhi gaya pemikiran dan
cara bertindak yang sebelumnya hanya berasaskan alam semesta kepada
pembinaan tradisi budaya Melayu Islam.
240
Simposium Warisan Bangsa
MAC 15-17, 2019
Penang, Malaysia
Menurut Abdul Hamid, S. (2018):
“Berdasarkan latarbelakang sejarah, kebudayaan, sikap hidup,
aspirasi serta kefahaman masyarakat Melayu sejak zaman
berzaman ini, maka konsep budaya berteraskan prinsip dan nilai-
nilai Islam adalah yang paling hampir dengan jiwa masyarakat
Melayu. Namun, pada masa yang sama mereka tetap
mempertahankan jati diri dan identiti budaya bangsa yang dapat
menampilkan kelainan mereka dalam konteks hubungan inter-etnik
yang wujud pelbagai bentuk”.
Budaya Melayu dan agama Islam menjadi pegangan masyarakat Melayu,
malah Melayu dan Islam adalah sinonim dan tidak boleh dipisahkan. Pandangan
umumnya ialah Melayu itu Islam, tetapi Islam itu tidak semestinya Melayu.
Malah, di zaman dahulu sekiranya orang kafir memeluk Islam, maka dikatakan
“Masuk Jawi.” Ini kerana, bangsa Melayu asalnya digelar Bani Jawi yang
menggunakan tulisan dan Bahasa Jawi sebagai bahasa komunikasi (Musa H.,
et. al., 2012), yang dibuktikan berdasarkan Batu Bersurat Terengganu dan juga
penulisan kitab-kitab lama rujukan Melayu. Masyarakat di alam Melayu telah
lama menerima pengaruh Islam dari pedagang-pedagang Arab yang datang
berdagang serta menyebarkan agama Islam di Tanah Melayu yang berpusat di
Melaka.
Kejatuhan empayar Melaka pada 1511 diikuti era penjajahan oleh kuasa-
kuasa asing seperti Portugis, Inggeris dan Jepun selama ratusan tahun
menjadikan bangsa Melayu mengalami cabaran menghadapi proses asimilasi
dalm mempertahankan budaya Melayu dan agama Islam. Tindakan British
membawa masuk kaum pendatang Cina, India, Sikh dan lain-lainnya untuk
bekerja di lombong, estet dan perusahaan milik penjajah turut memberi impak
yang besar kepada bangsa Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak.
241
Simposium Warisan Bangsa
MAC 15-17, 2019
Penang, Malaysia
Sementelahan, ketika merdeka pada tahun 1957, Tanah Melayu terpaksa
menerima syarat anugerah kerakyatan kepada kaum pendatang dan bermula
dari itu proses asimilasi budaya Melayu semakin luas.
Di era abad ke 21 ini, globalisasi serta kemajuan sesebuah masyarakat
dikenalpasti sebagai antara faktor penyumbang kepada wujudnya salah faham
di kalangan masyarakat; tidak terkecuali generasi muda di sesebuah negara
Islam seperti Malaysia. Dalam menghadapi arus kemodenan, bangsa Melayu
menghadapi pertembungan antara budaya Melayu dan agama Islam yang
mereka anuti sehingga timbulnya gerakan seperti Islam liberal yang boleh
menggugat kefahaman serta kehidupan mereka sebagai Melayu Islam. Kajian
ini menumpukan kepada salah faham tentang budaya Melayu dalam konteks
masyarakat Melayu beragama Islam. Kajian-kajian ilmiah sebegini amat penting
untuk membendung kesan buruk akibat salah faham yang timbul di kalangan
masyarakat Melayu Islam khususnya.
3.0 OBJEKTIF KAJIAN
Kertas kerja ini bertujuan untuk mengenalpasti sejauhmanakah tahap
pertentangan budaya Melayu dan Islam yang berlaku, serta kesan-kesannya di
kalangan para pelajar Melayu Islam.
Secara khususnya, terdapat tiga objektif utama kajian iaitu:
i. Mengenalpasti sejauhmanakah tahap pengetahuan pelajar tentang budaya
Melayu.
ii. Mengenalpasti sejauhmanakah tahap pertentangan budaya Melayu dengan
agama Islam mengikut pandangan pelajar.
iii. Mengenalpasti perkaitan di antara tahap pengetahuan pelajar dan
pertentangan budaya Melayu dengan agama Islam mengikut pandangan
pelajar.
242
Simposium Warisan Bangsa
MAC 15-17, 2019
Penang, Malaysia
iv. Mengenalpasti apakah kesan budaya dalam kehidupan bangsa Melayu
mengikut pandangan pelajar.
4.0 SOROTAN LITERATUR
Bangsa “Melayu” ditakrifkan sebagai kelompok etnik atau sosio-budaya
iaitu “seseorang daripada bangsa Melayu yang menganut agama Islam serta
mengamalkan adat istiadat Melayu”; yang terdiri dari pelbagai etnik seperti
Minangkabau, Jawa, Bugis, Boyan, Banjar dan sebagainya dan meliputi seluruh
kawasan Gugusan Kepulauan Melayu atau nusantara (Othman, M. A., 1985).
Dari takrifan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu, Perkara 160 (2)
telah memperuntukkan bahawa Melayu ialah:
“Seseorang yang menganuti agama Islam, lazimnya bercakap bahasa
Melayu, menurut adat istiadat Melayu dan lahir sebelum Hari Merdeka
di Persekutuan atau di Singapura, atau ibu atau bapanya telah lahir di
Persekutuan atau di Singapura, atau pada hari Merdeka itu, ia adalah
berdomisil di Persekutuan atau di Singapura: atau dia adalah
keturunan seseorang yang tersebut"
Bangsa Melayu di Tanah Melayu mempunyai kesedaran tinggi terhadap
kesatuan dan identiti bangsa Melayu, meskipun berasal dari bahagian atau
kepulauan Nusantara yang berbeza (Othman, M. A.,1985; Osman, M. T.,1989;
Hamid, I., 1988; Ali, S. H.,1975).
Meskipun dari sudut takrifan ilmiah dan sejarah, bangsa Melayu ialah
seseorang yang beragama Islam, berbahasa Melayu dan beradat resam
Melayu. Dalam memberikan jati diri umat Islam yang berbahasa Melayu, agama
adalah faktor yang paling utama dan terus relevan sehingga kini (Wan Daud, W.
243
Simposium Warisan Bangsa
MAC 15-17, 2019
Penang, Malaysia
M. N, 2007). Islam ialah ciri penting dalam memberi konsep “orang Melayu”
kerana secara tradisi semua orang Melayu berpegang kepada agama Islam
tanpa mengira asal keturunan. Bahasa Melayu iaitu Bahasa Jawi merupakan ciri
kedua sebagai alat komunikasi serta penyampaian agama, adat resam dan
sebagainya. Budaya Melayu tidak kurang pentingnya dan sentiasa mengalami
perubahan berdasarkan nilai-nilai agama Islam yang mementingkan bukan
sahaja aspek duniawi tetapi merangkumi masa depan di hari akhirat (Musa, H.,
2001; Haron, I., 2003; Wan Yusoff, W. A. K.,1998).
Istilah budaya sukar untuk ditafsirkan kerana pengertiannya yang luas dan
mempunyai tafsiran berbeza. Menurut ilmu antropologi, budaya adalah
“tingkahlaku sosial dan norma yang terdapat dalam kumpulan masyarakat” dan
dikembangkan melalui pergaulan, pembelajaran dan peradaban manusia
(Endraswara, S., 2006). Istilah budaya dalam bahasa Inggeris ialah “culture”
yang berasal daripada perkataan bahasa Latin yang berbunyi “colere” dan
diterjemahkan sebagai “kehidupan manusia yang sentiasa memelihara dan
mengerjakan pelbagai tindakan yang boleh menghasilkan tindakan budaya”
(Ramiah, S.S., 2014). Budaya juga dirujuk sebagai “satu set pengetahuan yang
membentuk pemikiran dan cara hidup sesebuah masyarakat dan
ketamadunnya” (Abu Bakar, A. L.,1987).
Budaya Melayu dapat dilihat dalam konteks sempit yang menjurus kepada
keutamaan pada aspek-aspek kesucian dan adat resam yang teristimewa
sahaja; ataupun dalam konteks yang luas sebagai segala cara hidup manusia
yang berdasarkan kebendaan dan bukan kebendaan. Masyarakat berbudaya
dapat melahirkan masyarakat bertamadun dan orang yang menghayatinya pula
dianggap mempunyai nilai etika, moral dan akhlak yang tinggi dan dipandang
mulia oleh masyarakat (Omar, A., 2011). Budaya juga didefinisikan sebagai
“perkara-perkara berkaitan dengan budi dan akal yang mana budi bermaksud
asli, pertama, sejati dan dipandang sempurna manakala daya pula dimaksudkan
244
Simposium Warisan Bangsa
MAC 15-17, 2019
Penang, Malaysia
sebagai akal, jalan fikiran dan ciptaan” (Yusof, R., 2014). Budaya Melayu
menggelarnya sebagai “budiman” iaitu seorang yang berbudi pekerti dan adab
sopan yang mulia, berbudi bahasa dan budi bicara yang santun, bernas dan
berwibawa, dan berhati budi yang tinggi dan bijaksana.
Namun sifat budiman ini boleh terhakis disebabkan oleh sifat dalaman yang
buruk, dan juga oleh pengaruh luaran yang asing, seperti yang pernah terjadi
dalam sejarah yang telah menyebabkan kejatuhan kerajaan Melaka, dan dalam
zaman kini muncul dalam pelbagai gejala sosial yang buruk seperti penipuan,
rompakan, rasuah dan lain-lain jenayah. Pembentukan budaya Melayu
dipengaruhi oleh agama Islam yang dianuti yang menjadi elemen asas yang
sangat berpengaruh dalam membentuk personaliti dan tingkah laku bangsa
Melayu Islam. Meskipun kedatangan Islam berjaya mengasimilasikan ajarannya
dengan budaya Melayu, namun nilai-nilai tradisi dan moden turut mempunyai
pengaruh yang besar dalam kehidupan Melayu Islam. Sehingga kini, agama
Islam merupakan sumber nilai utama bagi jati diri dan identiti kebudayaan
Melayu berdasarkan pengaruhnya dalam kehidupan bangsa Melayu. Generasi
muda seharusnya sedar tentang wujudnya ancaman dalaman dan luaran yang
boleh menjejaskan keutuhan budaya Melayu Islam. Pengetahuan yang baik
tentang budaya Melayu dan pemahaman tentang kedudukannya dalam ajaran
Islam dapat memastikan kedua-duanya terus utuh dalam masyarakat Melayu
Islam.
5.0 METODOLOGI KAJIAN
Kaedah kajian yang digunakan ialah kajian kes di Universiti Islam
Antarabangsa (UIAM), iaitu sebuah universiti berteraskan perkembangan ilmu
Islam yang mempunyai pelajar dari dalam dan luar negara. Metodologi kajian
berbentuk kuantitatif yang menggunakan teknik soal selidik yang diagihkan
kepada pelajar Melayu Islam untuk mendapatkan maklumat dan data yang
245
Simposium Warisan Bangsa
MAC 15-17, 2019
Penang, Malaysia
diperlukan. Satu borang soal selidik yang diagihkan mengandungi empat
bahagian. Pertamanya, latar belakang pelajar yang mengandungi soalan
berkaitan jantina, umur, kawasan tempat tinggal, pendapatan bulanan keluarga,
taraf perkahwinan, tahun pengajian, kursus pengajian, aliran persekolahan
menengah serta latar pendidikan ibu dan bapa. Keduanya, soalan berkaitan
tahap pengetahuan pelajar tentang budaya Melayu. Ketiganya, soalan berkaitan
pertentangan budaya Melayu dengan agama Islam mengikut pandangan pelajar.
Keempatnya, soalan berkaitan kesan budaya dalam kehidupan bangsa Melayu
mengikut pandangan pelajar. Bahagian 2-4 mengandungi 15 soalan yang
menggunakan pengukuran Skala Likert bernilai 1-5 digunakan untuk menentukan
samada maklumbalas yang diberikan bernilai tinggi (3.34 to 5.0), sederhana (1.68
to 3.33) atau rendah (0 to 1.67) (Sekaran, U., and Bougie, R., 2016).
Bagi kajian ini, Jadual 5.1 menunjukkan nilai kebolehpercayaan dan
kesahan instrumen yang telah dibuat; yang mana nilai kebolehpercayaan bagi
pemboleh ubah tahap pengetahuan pelajar ialah 0.714 manakala nilai
kebolehpercayaan bagi pemboleh ubah tahap pertentangan budaya pula ialah
0.740. Indeks kebolehpercayaan yang baik dan boleh digunakan seharusnya
melebihi nilai 0.70 (Keith, S. T., 2018; Cortina, J. M. 1993).
246
Simposium Warisan Bangsa
MAC 15-17, 2019
Penang, Malaysia
Jadual 5.1 Nilai Pekali Kebolehpercayaan Instrumen Soal Selidik
Pemboleh Ubah Nilai Alfa (α)
Cronbach
Pengetahuan Pelajar Tentang Budaya 0.714
Melayu
Pertentangan Budaya Melayu dan Agama 0.740
Islam
Persampelan rawak mudah digunakan yang mana borang soal selidik
tersebut telah diagihkan kepada pelajar Melayu Islam di Universiti Islam
Antarabangsa yang menjadi sampel kajian ini di persekitaran kampus.
Penglibatan anda dalam kajian ini dianggap sulit dan segala maklumat peribadi
dirahsiakan dari pihak umum.
6.0 PERBINCANGAN HASIL DAPATAN KAJIAN
Sebanyak 91 borang soal selidik berjaya dikutip dan digunakan untuk
dianalisa yang menunjukkan kadar respon 30.3 % berdasarkan jumlah
keseluruhan dari 300 edaran borang soal selidik. Borang tersebut telah dianalisa
menggunakan SPSS untuk mendapatkan nilai bilangan, peratusan, dan skor min
mengikut kesesuaian soalan; selaras dengan objektif kajian. Korelasi Koefisien
Spearman digunakan untuk menganalisa perkaitan di antara tahap pengetahuan
pelajar dan pertentangan budaya Melayu dengan agama Islam mengikut
pandangan pelajar.
247
Simposium Warisan Bangsa
MAC 15-17, 2019
Penang, Malaysia
6.1 Latar Belakang Pelajar
Hasil dapatan kajian di Jadual 6.1 menunjukkan latar belakang pelajar yang
menjadi responden kajian. Jadual tersebut memperlihatkan jantina, umur, tempat
tinggal, pendapatan keluarga, taraf perkahwinan, tahun dan kursus pengajian,
latar sekolah menengah serta pendidikan ibu dan bapa.
Seramai 26 (28.6%) pelajar Islam lelaki dan 65 (71.4%) perempuan mengambil
bahagian sebagai responden kajian dalam lingkungan umur dari 19-27 tahun. 57
(62.6%) pelajar berasal dari bandar dan 34 (37.4%) dari luar bandar. Secara
kasarnya, pendapatan bulanan keluarga bagi 27 (29.7%) pelajar ialah rendah
iaitu kurang dari RM2500, 33 (36.3%) sederhana iaitu RM2501-6000, dan 31
(34.1%) tinggi iatu melebihi RM6000. Untuk taraf perkahwinan, 88 (96.7%) pelajar
telah berkahwin manakala hanya 2 (1.1%) masih bujang.
Seramai 28 (30.8%) Pelajar-pelajar berada di tahun 1, 32 (35.2%) di tahun
2, 17 (18.7%) di tahun 3, dan 14 (15.4%) di tahun 4; dan mengambil pelbagai
kursus pengajian. Dari segi latar pendidikan menengah, 5 (5.5%) belajar di
Sekolah Jenis Kebangsaan, 21 (23.1%) di Sekolah Kebangsaan, 17 (18.7%) di
Sekolah Berasrama Penuh, 3 (3.3%) di Sekolah Swasta, 41 (45.1%) di Sekolah
Menengah Agama. Hanya seorang (1.1%) di Sekolah Aliran Inggeris, seorang
(1.1%) di Sekolah Aliran Cina, tiada pelajar di Sekolah Aliran Tamil, dan 2 (2.2%)
di Sekolah Antarabangsa.
Dari aspek pendidikan ibu, 2 (2.2%) berpendidikan rendah, 41 (45.1%)
berpendidikan menengah, 46 (50.5%) berpendidikan tinggi, dan 2 (2.2%) tidak
bersekolah. Manakala pendidikan bapa pula, 6 (6.6%) berpendidikan rendah, 27
(29.7%) berpendidikan menengah, 56 (61.5) berpendidikan tinggi, dan 2 (2.2%)
tidak bersekolah.
248
Simposium Warisan Bangsa
MAC 15-17, 2019
Penang, Malaysia
Jadual 6.1 Latar Belakang Pelajar
Maklumat Pecahan Bilangan Peratusan
(%)
Jantina Lelaki 26 28.6
65 71.4
Perempuan 91 100
57 62.6
Umur 19-27 tahun 34 37.4
19 20.9
Kawasan Tempat Bandar 8 8.8
22 24.2
Tinggal Luar Bandar 11 12.1
31 34.1
Pendapatan Kurang dari RM1500 88 96.7
2 1.1
Bulanan Keluarga RM1500 - 2500 28 30.8
32 35.2
RM2501 - 4500 17 18.7
14 15.4
RM4501 - 6000 91 100
5 5.5
Lebih dari RM 6000
Taraf Bujang
Perkahwinan Berkahwin
Tahun Pengajian 1
2
3
4
Kursus Pengajian Pelbagai
Aliran Sekolah Jenis
Persekolahan Kebangsaan
Menengah Sekolah Kebangsaan 21 23.1
17 18.7
Sekolah Berasrama
Penuh
Sekolah Swasta 3 3.3
41 45.1
Sekolah Menengah
Agama
249
Simposium Warisan Bangsa
MAC 15-17, 2019
Penang, Malaysia
Latar Pendidikan Sekolah Aliran 1 1.1
Ibu Inggeris
Sekolah Aliran Cina 1 1.1
Latar Pendidikan Sekolah Aliran Tamil 0 0
Bapa Sekolah Antarabangsa 2 2.2
Berpendidikan Rendah 2 2.2
Berpendidikan 41 45.1
Menengah
Berpendidikan Tinggi 46 50.5
Tidak Bersekolah 2 2.2
Berpendidikan Rendah 6 6.6
Berpendidikan 27 29.7
Menengah
Berpendidikan Tinggi 56 61.5
Tidak Bersekolah 2 2.2
Maklumat latar belakang pelajar dapat memberikan gambaran menyeluruh
bagi membolehkan sample diterima untuk mewakili populasi pelajar di university
yang dipilih, yang secara umumnya boleh digunapakai untuk kajian ini.
6.2 Pengetahuan Pelajar Tentang Budaya Melayu
Pengetahuan pelajar tentang budaya Melayu diperjelaskan berdasarkan Jadual
6.2 iaitu skor min dan min purata seperti berikut.
250
Simposium Warisan Bangsa
MAC 15-17, 2019
Penang, Malaysia
Jadual 6.2 Tahap Pengetahuan PelajarTentang Budaya Melayu
Aspek Budaya Melayu Skor Tahap
Min Pengetahu
1 Budaya Melayu adalah adat resam atau tradisi yang
diamalkan dalam kehidupan turun temurun. an
2 Budaya Melayu itu adalah satu cara hidup meliputi 4.12 Tinggi
seluruh cara hidup masyarakat Melayu.
3.99 Tinggi
3 Masyarakat Melayu yang berbudaya mempunyai
kehalusan budi dan kesempurnaan moral. 4.34 Tinggi
4 Belajar budaya dapat membentuk jati diri orang 4.31 Tinggi
Melayu yang tersemai dalam hati budinya dan
terjelma dalam tindak-tanduk, budi pekerti, budi 4.13 Tinggi
bahasa, nilai, norma, pemikiran dan ilmunya. 4.09 Tinggi
5 Budaya dilihat sebagai hasil perbuatan yang dapat 4.10 Tinggi
membezakan antara manusia dengan haiwan.
4.27 Tinggi
6 Gambaran bahawa orang Melayu yang bersopan 4.38 Tinggi
santun itu asalnya adalah dari budaya Melayu. 4.29 Tinggi
7 Konsep budaya Melayu menjadi landasan penting
bagi mewujudkan hubungan mesra antara ahli-ahli
dalam sesebuah masyarakat.
8 Budaya Melayu ialah satu cara hidup, idea, adat dan
seni yang dihasilkan oleh masyarakat.
9 Masyarakat Melayu berbudaya dapat melahirkan
masyarakat bertamadun
10 Budaya Melayu menegaskan kehalusan budi pekerti
dan kesempurnaan moral.
251
Simposium Warisan Bangsa
MAC 15-17, 2019
Penang, Malaysia
11 Budaya Melayu dilihat sebagai tenaga fikiran dan 3.86 Tinggi
usaha rohani bagi mencapai hasrat yang tidak 3.42 Tinggi
bercanggah dengan kehendak masyarakat. 3.56 Tinggi
3.89 Tinggi
12 Pengertian budaya Melayu sempit hanya merujuk 3.95 Tinggi
kepada segala aspek-aspek kesucian dan adat 4.05 TINGGI
resam yang teristimewa sahaja.
13 Budaya Melayu merangkumi cara hidup yang
bercorak kebendaan dan bukan kebendaan
14 Budaya Melayu sebagai satu himpunan kelengkapan
intelektual dalam membentuk nilai bersama
masyarakat
15 Budaya Melayu dalam konteks yang luas merujuk
kepada segala aktiviti, kegiatan dan perlakuan dalam
usaha mencari kesempurnaan hidup.
Skor Min Purata
Keputusan analisa menunjukkan secara keseluruhannnya, tahap
pengetahuan pelajar terhadap buaday Melayu adalah tinggi dengan skor min
purata 4.05. Kesemua item menunjukkan skor min tinggi di antara nilai 3.42-4.38.
Terdapat 9 item yang mempunyai skor min melebihi 4.00. Skor min tertinggi ialah
pada pernyataan bahawa masyarakat Melayu berbudaya dapat melahirkan
masyarakat bertamadun (4.38).
Beberapa pernyataan lain yang menunjukkan nilai min skor tinggi ialah;
“Masyarakat Melayu yang berbudaya mempunyai kehalusan budi dan
kesempurnaan moral” (4.34), dan “Belajar budaya dapat membentuk jati diri
orang Melayu yang tersemai dalam hati budinya dan terjelma dalam tindak-
tanduk, budi pekerti, budi bahasa, nilai, norma, pemikiran dan ilmunya” (4.31).
252
Simposium Warisan Bangsa
MAC 15-17, 2019
Penang, Malaysia
Manakala beberapa pernyataan iaitu; “Pengertian budaya Melayu sempit hanya
merujuk kepada segala aspek-aspek kesucian dan adat resam yang teristimewa
sahaja” (3.42), dan “Budaya Melayu merangkumi cara hidup yang bercorak
kebendaan dan bukan kebendaan” (3.56) menunjukkan skor min pengetahuan
yang terendah di kalangan pelajar.
Walaupun secara amnya, tahap pengetahuan pelajar terhadap budaya
Melayu adalah tinggi, langkah-langkah untuk memantapkan lagi pengetahuan
mereka boleh diambil melalui pembelajaran secara formal atau tidak formal.
6.3 Pertentangan Budaya Melayu dengan Agama Islam
Pertentangan budaya Melayu dengan agama Islam diperjelaskan
berdasarkan Jadual 6.3 iaitu skor min dan min purata seperti berikut. Keputusan
analisa menunjukkan secara keseluruhannnya, tahap pertentangan budaya
Melayu dan agama Islam di kalangan pelajar adalah sederhana dengan skor min
purata 2.87.
Secara keseluruhan skor min berada di antara 2.35-3.56. Kesemua
pernyataan mendapat maklumbalas yang sederhana dengan nilai skor min
kurang dari 3.00 kecuali pandangan bahawa “Kesilapan tidak menapis, mengkaji
mentera dan jampi melayu adalah kecuaian pengamal hingga membawa kepada
syirik kepada Allah” yang mempunyai skor min tinggi iaitu 3.56. Lain-lain
pernyataan yang mempunyai skor min tertinggi pada tahap sederhana ialah;
“Budaya Melayu ketinggalan zaman dan tidak sesuai lagi di zaman kegemilangan
Islam” (2.99), “Budaya Melayu itu baik cuma yang tidak baik itu ialah Melayu yang
tidak mengamalkan budayanya” (2.92), dan “Adat isitiadat dalam budaya Melayu
menjurus kepada pembaziran yang ditegah Islam” (2.91).
253
Simposium Warisan Bangsa
MAC 15-17, 2019
Penang, Malaysia
Manakala beberapa pernyataan iaitu “Kepercayaan dalam budaya Melayu
itu bertentangan dengan ajaran Islam” (2.35), dan “Budaya Melayu menyebabkan
hilang pematuhan kepada hukum dalam agama Islam” (2.66) menunjukkan skor
min pertentangan yang terrendah di kalangan pelajar.
Jadual 6.3 Tahap Pertentangan Budaya Melayu dan Agama Islam di Kalangan
Pelajar
Aspek Budaya Melayu Bertentangan Agama Islam Skor Tahap
Min Pertentangan
1 Kepercayaan dalam budaya Melayu itu 2.35 Sederhana
bertentangan dengan ajaran Islam. 2.85 Sederhana
3.56
2 Agama Islam adalah cara hidup, bukannya 2.92 Tinggi
budaya Melayu. 2.66 Sederhana
2.84 Sederhana
3 Kesilapan tidak menapis, mengkaji mentera dan Sederhana
jampi melayu adalah kecuaian pengamal hingga 2.81
membawa kepada syirik kepada Allah. Sederhana
4 Budaya Melayu itu baik cuma yang tidak baik itu
ialah Melayu yang tidak mengamalkan
budayanya.
5 Budaya Melayu menyebabkan hilang pematuhan
kepada hukum dalam agama Islam.
6 Kedatangan agama Islam ke alam Melayu
menjadikan bahasa dan budaya Melayu menjadi
semakin penting.
7 Petua-petua Melayu adalah karut dan
bertentangan Islam kerana tiada bukti dari
saintifik yang membawa kebaikan.
254
Simposium Warisan Bangsa
MAC 15-17, 2019
Penang, Malaysia
8 Pegangan agama Islam seseorang akan lebih 2.85 Sederhana
mantap setelah memahami falsafah dan
pendidikan yang tersirat dalam budaya Melayu. 2.99 Sederhana
2.82 Sederhana
9 Budaya Melayu ketinggalan zaman dan tidak 2.80 Sederhana
sesuai lagi di zaman kegemilangan Islam. 2.88 Sederhana
2.89 Sederhana
10 Menghayati budaya Melayu dianggap 2.91 Sederhana
menjejaskan nilai-nilai Islam. 2.85 Sederhana
2.87 SEDERHANA
11 Ilmu perubatan tradisional Melayu menjurus
kepada perbuatan syirik.
12 Persilatan Melayu tidak mengambilkira aspek
nilai-nilai Islam.
13 Budaya Melayu adalah tidak berteraskan agama
Islam dan ajaran-ajarannya.
14 Adat isitiadat dalam budaya Melayu menjurus
kepada pembaziran yang ditegah Islam.
15 Cara berpakaian tradisional Melayu tidak
bertepatan dengan hukum Islam.
Skor Min Purata
Berdasarkan keputusan yang sederhana, inisiatif perlu diambil oleh pihak
universiti dan masyarakat pendidik untuk berusaha meningkatkan kesemua
aspek budaya Melayu yang dianggap bertentangan dengan ajaran Islam di
kalangan pelajar. Ini memandagkan, buday Melayu adalah berteraskan agama
Islam dalam membentuk jati diri masyarakat Melayu.
255
Simposium Warisan Bangsa
MAC 15-17, 2019
Penang, Malaysia
6.4 Hubungkait Pengetahuan Budaya Melayu dan Pertentangan dengan
Agama Islam
Pengetahuan terhadap sesuatu perkara mepengaruhi sikap dan tingkahlaku
seseorang (Mohd Isa, N. K., 2016). Pengetahuan yang rendah boleh
menimbulkan persepsi negatif tentang sesuatu perkara (Limilia, P. and Ariadne,
E., 2018). Sekiranya pelajar tidak mempunyai pengetahuan tentang budaya,
kemungkinan mereka mempunyai persepsi negatif terhadap kedudukannya
dalam agama Islam. Oleh itu, kajian ini juga mengenalpasti perkaitan di antara
tahap pengetahuan pelajar dan pertentangan budaya Melayu dengan agama
Islam mengikut pandangan pelajar. Analisa Korelasi Koefisien Spearman
digunakan untuk menguji hipotesis yang dikenalpasti seperti berikut:
H0: Terdapat perkaitan negatif yang signifikan di antara tahap
pengetahuan pelajar dan tahap pertentangan budaya Melayu
dengan agama Islam mengikut pandangan pelajar.
H0 : Tidak terdapat perkaitan negatif yang signifikan di antara tahap
pengetahuan pelajar dan tahap pertentangan budaya Melayu
dengan agama Islam mengikut pandangan pelajar.
Hasil dapatan korelasi di Jadual 6.4 menunjukkan tidak terdapat perkaitan
negatif yang signifikan di antara tahap pengetahuan pelajar dan tahap
pertentangan budaya Melayu dengan agama Islam mengikut pandangan pelajar.
Ini dibuktikan melalui nilai Rho -0.20 pada nilai-ρ 1.000 yang lebih besar dari 0.05.
Hubungan perkaitan negatif ini sangat lemah memandangkan nilai Rho
Spearman adalah kurang dari 0.70.
256
Simposium Warisan Bangsa
MAC 15-17, 2019
Penang, Malaysia
Jadual 6.4 Korelasi Koefisien Spearman bagi Perkaitan antara Tahap
Pengetahuan Budaya Melayu dan Tahap Pertentangan dengan Agama Islam
Rho Pengetahuan Korelasi Pengetahu Pertentangan
Spearm Budaya Koefisien an Budaya Budaya
an Melayu Signifikan (1-
arah) Melayu Melayu dan
N Agama Islam
Korelasi 1.000
Koefisien -.0.20**
Signifikan (1-
arah) . .426
N
Pertentangan 91 91
Budaya -.0.20** 1.000
Melayu dan
Agama Islam .426 .
91 91
**. Korelasi signifikan pada tahap 0.01 (1-arah).
Oleh yang demikian H1 ditolak dan Ho diterima; yang mana menunjukkan;
tidak terdapat perkaitan positif yang signifikan di antara tahap pengetahuan
pelajar dan tahap pertentangan budaya Melayu dengan agama Islam mengikut
pandangan pelajar.
257
Simposium Warisan Bangsa
MAC 15-17, 2019
Penang, Malaysia
6.5 Kesan Budaya Dalam Kehidupan Bangsa Melayu
Penjelasan berkenaan kesan budaya dalam kehidupan bangsa Melayu
didasarkan kepada hasil dapatan di Jadual 6.5. Kesan-kesan tersebut disusun
mengikut urutan dari nilai skor min yang tertinggi kepada yang terendah.
Jadual 6.5 Kesan Budaya Dalam Kehidupan Bangsa Melayu
Kesan Budaya Dalam Kehidupan Bangsa Skor Min Susunan
Melayu Urutan
4.12 1
Jati diri sebagai seorang Melayu tampak kukuh
jika pengamalan budaya Melayu itu 3.99 2
dipraktikkan. 3.95 3
Mengamalkan budaya Melayu menjadi 3.76 4
kehidupan kekeluargaan semakin erat. 3.75 5
Pegangan budaya Melayu dapat melindungi jati 3.64 6
diri dari serangan budaya asing. 3.62 7
Ekonomi Melayu dapat dikukuhkan melalui 2.24 8
amalan nilai-nilai budaya. 2.24 9
Cara berkomunikasi menjadi berkesan dengan
mengamalkan budaya Melayu.
Budaya Melayu membantu menjana pemikiran
bagi menangani sesuatu permasalahan.
Budaya Melayu memberi kekuatan kepada
seseorang untuk berjaya.
Kehidupan tradisional budaya Melayu
menjejaskan pencapaian taraf negara maju.
Budaya Melayu mengekang kebebasan
bersuara dalam masyarakat.
258
Simposium Warisan Bangsa
MAC 15-17, 2019
Penang, Malaysia
Mengamalkan budaya Melayu mengundang 2.07 10
perasaan malu dan rendah diri. 2.02 11
Budaya Melayu menjejaskan sistem pendidikan 2.01 12
negara. 1.97 13
Budaya menyebabkan orang Melayu di 1.90 14
Malaysia tidak maju seperti Barat. 1.78 15
Budaya Melayu hanya meyebabkan pergerakan
hidup menjadi lambat.
Amalan budaya Melayu menjejaskan status
seseorang dalam masyarakat
Mempelajari budaya akan menyumbang kepada
kemunduran bangsa Melayu.
Menurut pandangan pelajar, antara tujuh kesan utama yang mempunyai
skor min yang tinggi mengikut urutan ialah : (1) Jati diri sebagai seorang Melayu
tampak kukuh jika pengamalan budaya Melayu itu dipraktikkan (4.12); (2)
Mengamalkan budaya Melayu menjadi kehidupan kekeluargaan semakin erat
(3.99); (3) Pegangan budaya Melayu dapat melindungi jati diri dari serangan
budaya asing (3.95); (4) Ekonomi Melayu dapat dikukuhkan melalui amalan nilai-
nilai budaya (3.76); (5) Cara berkomunikasi menjadi berkesan dengan
mengamalkan budaya Melayu (3.75); (6) Budaya Melayu membantu menjana
pemikiran bagi menangani sesuatu permasalahan (3.64); dan Budaya Melayu
memberi kekuatan kepada seseorang untuk berjaya (3.62). Kesan-kesan lain
menunjukkan skor min yang sederhana atau rendah dengan nilai skor min kurang
dari 3.00; yang mana perlu diberi fokus untuk melihat mengapa para pelajar
berpendapat demikian.
259
Simposium Warisan Bangsa
MAC 15-17, 2019
Penang, Malaysia
7.0 RUMUSAN DAN CADANGAN
Hasil kajian mendapati tahap pengetahuan pelajar tentang budaya Melayu
adalah tinggi. Namunh yang demikian, usaha berterusan oleh pihak universiti
sebagai gedung ilmu dalam melahirkan cendikiawan generasi masa hadapan
harus peka dan meneruskan inisiatif dalam memberi pendidikan yang lebih
sistematik dan berkesan dalam terus meningkatkan pengetahuan pelajar
berkaitan budaya Melayu. Subjek-subjek samada akademik atau ko-kurikulum
perlu diperkenalkan bagi memberi pengetahuan atau pengalaman yang lebih
realistik dalam memahami budaya Melayu samada berbentuk ilmiah, kesenian,
persenjataan, busana Melayu, keterampilan, perubatan tradisional, budi pekerti,
dan sebagainya. Ilmu budaya alam Melayu yang luas dan kaya dengan pelbagai
khazanah perlu dijadikan inspirasi dalam melahirkan genersi Melayu Islam yang
bertamadun tinggi.
Terdapat juga salah faham di kalangan pelajar yang menganggap
sebahagian budaya Melayu itu bertentangan dengan hukum syarak kerana tidak
memahami falsafah dan faedah yang terselindung di sebalik amalan budaya
tersebut, yang boleh memberi kesan-kesan yang negatif di kalangan para pelajar
dalam kehidupan sebagai Melayu Islam. Contohnya, mereka mungkin tidak
meminati seni silat sebagai alat mempertahankan diri kerana kononnya
bercampur dengan unsur-unsur mistik, sedangkan ilmu mempertahankan diri
amat penting dipelajari oleh setiap umat Islam. Begitu juga dengan amalan Hal-
hal sebegini disalahertikan kerana kedangkalan ilmu, serta sifat yang ekstrem
tanpa mahu mengkaji dan meneliti terlebih dahulu perincian setiap nilai budaya
dan falsafah Islam.
Meskipun dijangkakan apabila pelajar mempunyai pengetahuan tentang
budaya Melayu, mereka tidak akan menganggap ia bertentangan dengan ajaran
agama Islam. Namun, hasil analisis menunjukkan tidak ada perkaitan positif yang
260
Simposium Warisan Bangsa
MAC 15-17, 2019
Penang, Malaysia
signifikan di antara tahap pengetahuan pelajar dan tahap pertentangan budaya
Melayu dengan agama Islam mengikut pandangan pelajar. Meskipun demikian,
pengetahuan pelajar masih perlu ditingkatkan sekiranya ingin mengurangkan
perselisihan pandangan atau pertentangan di antara budaya Melayu dan agama
Islam.
Dari aspek pertentangan budaya Melayu dan agama Islam, permasalahan
ini boleh dikurangkan dengan terus diperjelaskan dalam subjek-subjek
berteraskan pengajian Islam dengan menyalingkaitkan dengan nilai-nilai yang
terdapat dalam budaya Melayu, ataupun sebaliknya menyalingkaitkan falsafah
dan nilai-nilai Islam dalam subjek atau aktiviti yang berkaitan dengan budaya
Melayu. Polisi universiti harus menekankan silangkait dua bidang yang telah lama
dipisahkan agar pelajar dapat membezakan yang mana satu selaras dengan
ajaran Islam dan yang mana bertentangan; agar mereka dapat melakukan
perubahan minda kearah mengangkat budaya Melayu selari dengan
perkembangan Islam di dunia.
Selain itu juga hasil kajian ini turut membincangkan kesan-kesan yang
berlaku apabila pemahaman budaya disalahertikan sehingga tidak diamalkan
dalam kehidupan seharian. Lebih banyak kajian ilmiah oleh pakar alam budaya
Melayu serta agama Islam yang menitikberatkan pencarian keselarasan anatara
kedua-dua bidang boleh dilakukan untuk memberi lebih banyak ruang kefahaman
terhadap budaya Melayu dalam kehidupan masyarakat Islam. Kajian ini dapat
menyumbang ke arah memantapkan ilmu berkaitan budaya Melayu dan
kefahaman tentang keselariannya dengan hukum syarak Islam; bagi
membolehkan penerusan budaya sesuatu bangsa di dunia.
261
Simposium Warisan Bangsa
MAC 15-17, 2019
Penang, Malaysia
8.0 LIMITASI DAN KAJIAN MASA HADAPAN
Terdapat beberapa limitasi yang perlu diambilkira dalam mengadaptasikan kajian
ini secara umum sebagai rujukan, yang mana memberi ruang untuk penyelidikan
di masa hadapan:
i. Kajian ini merupakan kajian kes yang hanya mengambilkira sebuah
universiti awam sahaja. Para penyelidik boleh memperluaskan kajian ke
universiti awam atau swasta yang lain.
ii. Populasi dan sampel kajian yang kecil boleh diperbesarkan kepada para
pelajar dari pelbagai fakulti atau jurusan dalam universiti.
iii. Kajian hanya mengambilkira satu kaum sahaja iaitu budaya Melayu dan
agama Islam sahaja. Perbandingan boleh juga dilakukan dengan
mengambilkira budaya dan agama kaum lain di Malaysia.
iv. Kajian lanjut boleh dilakukan untuk mengenalpasti kesan budaya jangka
pendek dan jangka panjang ke atas kehidupan masyarakat.
v. Kajian juga boleh diperbesarkan skopnya untuk mencari punca sebenar
yang menyebabkan tiadanya hubungkait di antara pengetahuan pelajar dan
pandangan bahawa nila budaya adalah bertentangan dengan ajaran agama
dalam kehidupan.
262
Simposium Warisan Bangsa
MAC 15-17, 2019
Penang, Malaysia
9.0 RUMUSAN
Secara umumnya, dapatlah dirumuskan bahawa kajian ini dapat
memberikan sedikit maklumat tentang tahap pengetahuan pelajar Melayu Islam
tentang budaya Melayu dan sejauhmana mereka menganggap nilai budaya itu
bertentangan dengan agama. Pandangan serong terhadap budaya Melayu perlu
dikaji dengan lebih teliti memandangkan para pelajar merupakan generasi muda
yang bertanggungjawab keatas pengukuhan budaya Melayu tanpa mengabaikan
nilai-nilai agama Islam. Sistem pendidikan di universiti perlu mengambilkira
silang-bidang ilmu supaya dapat menghapuskan persepsi negatif bahawa budaya
Melayu itu bertentangan atau tidak selari dengan ajaran Islam. Kedua-dua bidang
ilmu ini tidak boleh dipisahkan kerana pemisahan tersebut mengaburkan minda
pelajar untuk menilai keutuhan budaya Melayu dalam konteks Islam itu sendiri.
Kajian kajian ini boleh dijadikan asas kepada kajian ilmiah yang lebih menyeluruh
supaya suasana pendidikan budaya dalam masyarakat Melayu Islam dapat
diperbaiki tanpa pemisahan yang hanya merugikan bangsa Melayu.
263
Simposium Warisan Bangsa
MAC 15-17, 2019
Penang, Malaysia
10. RUJUKAN
Abu Bakar, A. L. (1987). Malay Poems, Dewan Bahasa dan Pustaka,
Kementerian Pendidikan Malaysia, Original from the University of Michigan.
Digitized on 17 May 2008. 648 pages.
Abdul Hamid, S. (2018). Islam dalam Pembentukan Pandangan Semesta
Masyarakat Melayu, Jurnal Seri Alam, Bilangan 1/2005 (12), ms. 143-150.
Ali, S. H., (1979), Orang Melayu: Masalah dan Masa Depannya, Kuala
Lumpur: Penerbit Adabi.
Cortina, J. M. (1993). What is Coefficient Alpha? An Examination of Theory and
Applications. Journal of Applied Psychology. Volume 78 (1), pp. 98.
Endraswara, S. (2006). Metodologi Penelitian Kebudayaan. Yogyakarta: Gadjah
Mada University Press.
Hamid, I. (1988), Masyarakat dan Budaya Melayu, Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Haron, I. (2003). Pandangan Orang Melayu dan Reform dalam Pendidikan [The
Genius of Malay Civilisation]. Dalam Asmah Haji Omar (Edition) hlm. 215-
255. Tanjong Malim: Institute of Malay Civilisation: Universti Pendidikan
Sultan Idris, Tanjong Malim.
Keith, S. T. (2018). The Use of Cronbach’s Alpha when Developing and Reporting
Research Instrument in Science Education, Research in Science Education,
Volume 48, Issue 6, pp. 1273-1296.
Limilia, P., and Ariadne, E. (2018). Pengetahuan dan Persepsi Politik pada
Remaja. Jurnal Psikologi Sosial. Jilid 16, ms. 45-55.
Mohd Isa, N. K. (2016). Pengetahuan, Sikap dan Tingkah Laku Pelajar UPSI
Terhadap Prinsip-Prinsip Kampus Lestari. Jurnal Perspektif. Jilid 8, ms. 29-
41.
Musa H. (2001). Merekonstruksi Tamadun Melayu Islam Ke Arah Pembinaan
Sebuah Tamadun Dunia Alaf Ketiga, Akademi Pengajian Melayu, Universiti
Malaya Kuala Lumpur. ISBN 9789832085249
264
Simposium Warisan Bangsa
MAC 15-17, 2019
Penang, Malaysia
Musa H., Sheik Said, N., Che Rodi, R., dan Ab Karim, S. S. (2102). Hati Budi
Melayu: Kajian Keperibadian Sosial Melayu Ke Arah Penjanaan Melayu
Gemilang, Journal of Language Studies. Volume 12, No 1.
Omar, A. (2011). Melestarikan Adat Pepatih Dalam Gagasan Satu Malaysia,
Jurnal Peradaban, Jilid 4 (01), ms. 67 – 91.
Othman, M. A. (1985), Identiti Etnik Melayu. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti
Sdn. Bhd
Osman, M. T. (1989), Malay Folk Beliefs, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Perlembagaan Persekutuan (1996), Kuala Lumpur: International Law Book
Services.
Ramiah, S.S. (2014) The Concept of Culture: From the Perspective of the
Western, Malay and Tamil Scholars. Journal of Indian Culture and Civilization,
Volume 1. pp. 1-10.
Sekaran, U., and Bougie, R., (2016). Research Methods for Business: A Skill-
Building Approach (7th. edition). Haddington: John Wiley & Sons. ISN:
9781119165552
Wan Daud, W. M. N (2007), Masyarakat Islam Hadhari, Satu Tinjauan
Epistemologi dan Kependidikan ke Arah Penyatuan Pemikiran Bangsa, Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Wan Yusoff, W. A. K. (1998). Tradisi Budaya Melayu Berteraskan Islam, Jurnal
Pengajian Melayu, Jilid 8, Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya.
Yusof, R. (2014). Asas Sains Sosial Dari Perspektif Sosiologi, Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
265
Simposium Warisa Bangsa
MAC 15-17, 2019
Penang, Malaysia
KAITAN ANTARA AKTIVITI TRADISIONAL DAN SENI WARISAN
TERHADAP SOSIO EKONOMI BANGSA MELAYU DI SELATAN
THAILAND – SATU KAJIAN KES : EKSPEDISI JEJAK WARISAN BANI
JAWI SEGENTING KRA, THAILAND
Fazilatul Haida Binti Hidzir
Politeknik Seberang Perai
[email protected]
_____________________________________________________________
Abstrak
Bangsa Melayu di Thailand adalah minoriti melayu yang membentuk sebahagian besar
daripada penduduk di Satun, Phatthalung, Trang, Krabi, Phang Nga, Songkhla, Phuket,
Ranung sehinggalah ke Segenting Kra dan Chaiya. Pada umumnya mereka adalah penganut
agama Islam tetapi secara budaya Thai, walaupun mereka adalah bangsa Melayu pada
zahirnya. Kesan daripada Perjanjian Bangkok dan dasar negara Thailand menyebabkan
bangsa melayu di sana tidak lagi mengetahui asal usul, budaya dan warisan melayu mereka
sendiri. Maka program Ekspedisi Jejak Warisan Bani Jawi Segenting Kra telah dilaksanakan
untuk menjawab objektif kajian yang dibina. Objektif kajian ini adalah pertama, melihat taraf
sosio ekonomi bangsa melayu di Selatan Thai. Kedua, melihat keadaan penempatan bangsa
melayu di daerah Thai yang dilawati. Ketiga, melihat sama ada minoriti melayu ini masih
menjadikan aktiviti tradisional bangsa melayu sebagai punca pendapatan mereka. Keempat
Melihat samaada bangsa Melayu di Thailand menggunakan aktiviti seni sebagai punca
pendapatan mereka bangsa melayu di kampung-kampung yang di lawati di daerah Selatan
Thailand telah dipilih sebagai responden dan sampel dalam kajian secara pemerhatian dan
temu bual bagi kajian ini. Iaitu Sampel kajian adalah daripada penduduk kepada kampong-
kampong yang dilawati di Pantai Barat iaitu bermula daripada Satun, Pak Bara, Krabi, Phuket,
Pulau Pan Yee, Pang Nga, Ranong, Segenting Kra, Chaiya dan Songhkla. Metodologi yang
dilaksanakan adalah berdasarkan kajian kes di dalam program ekspedisi ini. Sepanjang
ekspedisi ini, pemerhatian dan temu bual bersama penduduk bangsa Melayu di selatan
Thailand telah direkodkan di dalam buku log jurnal pengkaji. Dapatan kajian menunjukkan
bahawa majoriti bangsa melayu disana taraf sosio ekonomi majoritinya berada di dalam
golongan sederhana dan ada juga yang berada di golongan yang berpendapatan tinggi.
Kebanyakan daripada bangsa melayu di sana masih mengamalkan aktiviti tradisional dan seni
tradisi bangsa melayu sebagai punca pendapatan mereka. Harapan pengkaji agar kajian ini
dapat membantu para pengkaji yang lain untuk meneruskan kajian ini dari aspek yang berbeza
pada masa akan datang.
Kata kunci : Bani Jawi, Ekspedisi, Sosio-Ekonomi, Taraf Hidup, Warisan
266
Simposium Warisa Bangsa
MAC 15-17, 2019
Penang, Malaysia
1.0 PENGENALAN
Kajian ini dijalankan semasa pengkaji menjalankan Program
Pengantarabangsaan Ekspedisi Jejak Warisan Bani Jawi Segenting Kra.
Program ini ialah sebuah program ekspedisi dalam menjejaki warisan Melayu
Bani Jawi di daerah selatan Thailand dan juga program khidmat masyarakat
untuk bangsa Melayu di selatan Thailand. Antara destinasi yang telah dijejaki
ialah di daerah Satun, Pakbara, Krabi, Phuket, Ranong, Chaiya, Phanga,
Segenting Kra dan Songkhla. Setiap destinasi tersebut, kaji selidik harus
dijalankan mengenai masyarakat Bani Jawi yang masih terdapat di Selatan
Thailand. Sepanjang ekspedisi ini pengkaji mengumpul data di setiap
persinggahan penempatan bangsa melayu semasa program khidmat
masyarakat bersama mereka. Daripada pemerhatian awal, pengkaji dapat
melihat secara dekat taraf sosio ekonomi bangsa melayu di situ.
2.0 PENYATAAN MASALAH
Usaha menyusun semula dan menambah baik ekonomi bangsa melayu
di pantai barat dan pantai timur Thailand kerap disusun di dalam Pelan
Tindakan Pembangunan ekonomi di negara tersebut bagi meningkatkan kualiti
hidup dan mewujudkan keamanan yang berkekalan. Namun kajian ekonomi
bangsa melayu banyak dijalankan di pantai timur Thailand seperti Pattani,
Narathiwat dan Yala. Agak sukar untuk mencari kajian sosio ekonomi bangsa
melayu yang berada di pantai barat Siam seperti di Pak Bra, Phuket, Krabi dan
banyak lagi. Oleh itu, pengkaji mengambil peluang ini melalui kajian kes yang
diperolehi daripada Ekspedisi program yang dijalankan.
267
Simposium Warisa Bangsa
MAC 15-17, 2019
Penang, Malaysia
3.0 OBJEKTIF
i. Melihat taraf sosio ekonomi bangsa melayu di Selatan Thai.
ii. Melihat keadaan penempatan bangsa melayu di daerah Thai yang
dilawati.
iii. Melihat sama ada minoriti melayu ini masih menjadikan aktiviti
tradisional bangsa melayu sebagai punca pendapatan mereka
iv. Melihat samaada bangsa Melayu di Thailand menggunakan aktiviti seni
sebagai punca pendapatan mereka.
4.0 SOROTAN KAJIAN
Para pemerintah Siam-Thai terus menjalankan polisi peminggiran
melalui dasar-dasarnya termasuklah proses asimilasi yang bertujuan untuk
memadamkan identiti masyarakat Melayu. Bermula dari waktu tersebut,
kerajaan Siam-Thai melaksanakan dasar ‘Pecah dan Perintah’ yang bertujuan
untuk melemahkan kuasa pemimpin-pemimpin Melayu supaya mereka tidak
bangkit memberontak. Kemudiannya, pelbagai usaha dilaksanakan untuk
merealisasikan dasar Thesapeban, dasar Rathaniyom dan dasar Nikhom
Sang Kon Eng di seluruh Siam-Thai terutamanya di kawasan selatan.
(Marginalisasi Terhadap Masyarakat Minoriti Di Selatan Thailand: Satu Kajian
Terhadap Dasar Pemerintahan Thailand (Siam) Dan Isu-Isu Konflik Ke Atas
Masyarakat Islam Patani, Haslindawati Saari)
Che Mohd Aziz Yaacob pula berpandangan bahawa dasar Thesapeban
yang diperkenalkan oleh Raja Chulalongkorn atau Rama V pada tahun 1897
sebagai merealisasikan dasar decentralization. (Che Mohd Aziz Yaacob,
Konflik Pemisah di Selatan Thailand: Isu dan Transformasi, Unit Penyelidikan
dan Pendidikan untuk Perdamaian, Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan,
Universiti Sains Malaysia.) Menurut Ahmad Fathy al-Fatani, dasar
Thesapeban bertujuan untuk mewujudkan integrasi kebangsaan dan
mengukuhkan kedudukan wangsa Cakri. (Ahmad Fathy al-Fatani, Pengantar
Sejarah Patani, ms. 76) Bagi Mohd Zamberi A. Malik pula, jika dasar
268
Simposium Warisa Bangsa
MAC 15-17, 2019
Penang, Malaysia
Thesapeban tidak dilaksanakan, pendapatan Siam-Thai tidak mencukupi
kerana ianya merupakan bahan dan kuasa yang diperlukan untuk keutuhan
negara. (Mohd Zamberi A. Malek, Umat Islam Patani: Sejarah dan Politik, ms.
178.)
Dasar Rathaniyom atau dasar intergasi nasional Siam-Thai merupakan
dasar yang mengandungi program untuk mengintergrasi pentadbiran, sosial,
ekonomi, pendidikan dan kebudayaan dalam semua aspek penghidupan
masyarakat Islam keturunan Melayu ke arah negara Thai yang berpusatkan
Bangkok. Kesan daripada aspek asimilasi ini, Nik Anuar Nik Mahmud yang
meminjam penyataan W.A.R. Wood berkata bahawa orang-orang Melayu
telah menjadi mangsa sebuah pemerintahan yang ‘misgoverned’. Mohd
Zamberi A. Malek menjelaskan bahawa dasar yang diperkenalkan oleh Phibun
Songgram ini menyentuh soal identiti dan budaya masyarakat Melayu Islam
Patani. Dasar ini membawa maksud hanya ciri-ciri kebudayaan Siam-Thai
sahaja dibenarkan berkembang di Thailand.
5.0 METODOLOGI
Bahagian ini menjelaskan metodologi kajian yang digunakan dalam
kajian ini. Dalam kajian ilmiah, metodologi kajian adalah alat utama untuk
menjawab dan mencapai objektif kajian. Secara keseluruhannya, kajian ini
mengaplikasikan pendekatan kualitatif sebagai panduan dalam proses
pengumpulan data dan menganalisis data kajian ini. Data kualitatif berbentuk
deskriptif, berupa kata-kata lisan atau tulisan tentang tingkah laku manusia
269
Simposium Warisa Bangsa
MAC 15-17, 2019
Penang, Malaysia
yang dapat diamati (Taylor dan Bogdan, 1984). Data kualitatif terhasil daripada
tiga jenis data sebagai mana berikut (Patton, 1990):
(1) Hasil pemerhatian: uraian terperinci tentang situasi, kejadian, interaksi,
dan tingkah laku yang diamati di lapangan.
(2) Hasil pembicaraan: kutipan langsung dari pernyataan orang-orang
tentang pengalaman, sikap, keyakinan, dan pemikiran mereka dalam
kesempatan temubual mendalam
(3) Bahan tertulis: petikan atau keseluruhan dokumen, surat-menyurat,
rakaman, dan kes sejarah.
Kaedah kajian yang digunakan adalah secara pendekatan kualitatif iaitu
kajian kes yang dibina melalui lawatan akademik dan aktiviti tanggungjawab
sosial (CSR) di kawasan tersebut secara pemerhatian dan catatan
harian/lapangan. Kajian ini menggunakan teknik pemerhatian sebagai
panduan dan rujukan untuk mendapatkan hasil kajian. Dalam kaedah kualitatif
ini secara automatik akan melakukan pemerhatian berperanan terhadap
subjek pengkajiannya. Pemerhatian berperanan serta merujuk pada proses
kajian yang mempersyaratkan interaksi sosial antara pengkaji dan subjek
pengkajiannya dalam lingkungan subjek pengkajian itu sendiri. Interaksi ini
bertujuan untuk memperoleh data melalui teknik yang sitematik.
Sampel kajian adalah daripada penduduk kepada kampong-kampong
yang dilawati pengkaji melabelkannya sebagai kawasan kajian iaitu di Pantai
Barat bermula daripada Satun, Pak Bara, Krabi, Phuket, Pulau Pan Yee, Pang
Nga, Ranong, Segenting Kra, Chaiya dan Songhkla. Borang soal selidik
dielakkan di dalam proses pengumpulan data ini kerana kekangan bahasa
untuk mereka dan pengkaji memahami.
270
Simposium Warisa Bangsa
MAC 15-17, 2019
Penang, Malaysia
6.0 DAPATAN KAJIAN
Berdasarkan dapatan dari pemerhatian dan catatan daripada buku log
kembara pengkaji, keputusan kajian telah dibentuk untuk menjawab objektif
kajian yang dibina seperti berikut:
Bagi objektif pertama adalah untuk melihat taraf sosio ekonomi bangsa
melayu di Selatan Thai. Sepanjang pengkaji mengikuti ekspedisi ini, pengkaji
dapat melihat taraf sosio ekonomi bangsa orang melayu di kawasan kajian
adalah bertaraf sederhana.
Objektif kedua pula, Melihat keadaan penempatan bangsa melayu di
daerah Thai yang dilawati. Kebanyakan kawasan penempatan bangsa melayu
adalah majoriti di bahagian kampung dan sebilangan sahaja yang tinggal di
pekan.
Kajian ini juga dibuat untuk melihat sama ada bangsa melayu ini masih
menjadikan aktiviti tradisional bangsa melayu sebagai punca pendapatan
mereka. Daripada kawasan kajian yang dilawati penduduk yang mendiami di
persisiran pantai barat dan pulau seperti Pulau Pan Yee masih mengamalkan
aktiviti tradisional seperti nelayan sebagai punca pendapatan mereka.
Kawasan kajian yang lain tidak lagi menjadikan aktiviti tradisional sebagai
punca pendapatan. Kebanyakan mereka menjalankan pengusahaan restoran
atau kedai makan, kedai menjual pakaian muslimah untuk dijadikan punca
pendapatan mereka seperti di Phuket, Krabi, satun, ranong dan kawasan
kajian yang lain. Dan selebihnya ada yang bekerja dengan kerajaan seperti
guru atau polis.
Manakala untuk objektif yang terakhir iaitu untuk melihat samaada
bangsa Melayu di Thailand menggunakan aktiviti seni sebagai punca
pendapatan mereka. Salah satu kawasan kajian yang dilawati untuk ekspedisi
ini adalah di daerah Chaiya atau nama melayunya adalah Cahaya. Di sini kami
melihat majoriti bangsa melayunya menjalankan aktiviti seni tenunan
tradisional sebagai punca pendapatan mereka. Mereka masih menggunakan
271