Simposium Warisan Bangsa
MAC 15-17, 2019
Penang, Malaysia
Seterusnya, di bawa ke sebuah kawasan yang dikenali sebagai Segenting
Kra atau dengan nama lain iaitu Kra Isthmus.
Disinilah kemuncak program ini. Telah diberikan penerangan tentang
sejarah kawasan Segenting Kra tersebut. Kawasan tersebut merupakan
sempadan paling sempit dan paling hampir antara kerajaan Thailand dan
101
Simposium Warisan Bangsa
MAC 15-17, 2019
Penang, Malaysia
Republik Myanmar. Dikatakan bahawa di kawasan tersebut merupakan
sempadan sebenar antara tanah Melayu dan kerajaan Siam dahulunya sebelum
adanya campur tangan dari pihak luar. Di kawasan tersebut juga terdapat satu
tugu peringatan yang meceritakan tentang Sultan Sulaiman yang mati dibunuh
oleh pihak Thailand dengan dipijak oleh gajah pada ketika itu. Di kawasan
tersebut juga terdapat tuju perinatan yang menceritakan tentang asal usul tempat
tersebut.
Peneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya iaitu di Chaiya atau nama
Melayunya ialah Cahaya. Kawasan ini merupakan kawasan penempatan
komuniti Melayu Bani Jawi yang masih mengusahakan kegiatan penenunan kain
secara tradisional. Di sini, dapat dilihat majoriti penduduknya masih memakai kain
pelikat dan kain batik yang merupakan warisan tradisi Melayu. Di Chaiya juga
dapat dilihat beberapa barangan tembaga hasil daripada kerja tangan komuniti
Melayu Bani Jawi disana. Turut bertemu dengan seorang imam yang tinggal di
kampung tersebut. Beliau boleh bertutur adalam bahasa Melayu tetapi
menggunakan dialek Melayu Pathani. Selesai pemerhatian di kawasan kampung
tersebut, pengakaji dibawa ke sebuah prasasti kuno yang terletak di Surathani.
Menurut yang diceritakan oleh anggota Waris Alam, prasasti tersebut wujud sejak
kerajaan Dharma Raj atau Dharma Raja dibawah kerajaan agung Srivijaya.
Monumen atau binaan tersebut dikatakan milik masyarakat Melayu kuno dahulu
sebelum kedatangan agama Islam di kawasan tersebut. Usianya adalah lebih
kurang 1111 sebelum masihi. Masyarakat Melayu kuno dahulunya adalah
penganut agama Hindu-Buddha.
102
Simposium Warisan Bangsa
MAC 15-17, 2019
Penang, Malaysia
Destinasi terakhir bagi program ini adlaah di Songkhla atau nama
Melayunya ialah Singgora. Di Songkhla, dibawa melawat ke muzium daerah
Songkhla. Di muzium tersebut, mendapat banyak barang-barang khususnya
berkait rapat dengan masyarakat Melayu dipamerkan. Antara barangan yang
banyak dilihat dimaperkan di muzium tersebut ialah keris, pengukur kelapa,
kerambit, alat-alat perhiasan Melayu, alat-alat kegiatan ekonomi tradisional
Melayu, serta banyak lagi. Apa yang menariknya di muzium tersebut ialah, dapat
dilihat sebuah kotak kayu lama yang mempunyai ukiran tulisan jawi yang tertulis
serangkap pantun Melayu yang berbunyi “pisang emas dibawa berlayar, masak
sebiji diatas peti, hutang emas boleh dibayar, hutang budi dibawa mati”. Maka
jelaslah disitu, bahawa penggunaan bahasa Melayu dan warisan seni budaya
Melayu adalah sangat merluas digunakan di kawasan tersebut. Dari situ juga
dapat dilihat bahawa komuniti Melayu Bani Jawi dahulunya sangat menitik
beratkan adat resam dam kehidupan seharian mereka.
Objektif kedua bagi program ini juga telah tercapai iaitu bagi melihat sama
ada amalan budaya Melayu masih diamalkan di kawasan tersebut. Dapat dilihat
minoriti komuniti di kawasan selatan Thailand masih lagi mengamalkan
pemakaian kain batik dan kain pelikat yang mana pakaian tersebut adalah
melambangkan tradisi bangsa Melayu. Ia dapat dibuktikan melalui pemerhatian
semasa berada di daerah Satun di mana mendapati rata-rata penduduk di
kawasan tersebut masih memakai kain batik dan kain pelikat. Juga didapati masih
103
Simposium Warisan Bangsa
MAC 15-17, 2019
Penang, Malaysia
ada komuniti Melayu Bani Jawi yang mengamalkan pemakaian tersebut di
tempat-tempat lain yang dilawati seperti di Kampung Thammalai di Pakbara,
Pulau Panyii di Krabi, Kampung Kamala dan Kampung Yamu di Phuket,
Kampung Muang Kluang di Ranong, kampung-kampung sekitar kawasan
Segenting Kra, Kampung Chaiya di Chaiya, kampung-kampung di Surathani,
serta beberapa kawasan di Songkhla. Juga didapati segelintir komuniti Melayu
disana boleh bertutur dan memahami bahasa Melayu walaupun mereka
mempunyai sedikit kesukaran untuk bertutur dengan fasih. Ia dapat dilihat apabila
berada di sebuah kampung di daerah Satun yang dikenali sebagai Kampung
Thammalai ketika aktiviti pemerhatian dan temu ramah dibuat. Seterusnya, juga
didapati bahawa masih terdapat komuniti Melayu Bani Jawi di beberapa daerah
di Selatan Thailand yang boleh memahami dan bertutur dalam bahasa Melayu
seperti di Pulau Panyii di Krabi, Kampung Kamala dan kampung Yamu di Phuket,
penduduk di pekan Ranong dan kampung sekitarnya, kampung kampung di
kawasan Segenting Kra, Kampung Chaiya di Chaiya, beberapa kampung di
Surathani dan di beberapa kawasan di Songkhla. Ia disokong dengan kajian yang
telah dibuat oleh beberapa pihak sebelum ini. Pada awal kurun ke-19, Satun
mempunyai populasi Melayu-Muslim melebihi 90 peratus tetapi kini telah
berkurangan kepada 65 peratus. Kerajaan Melayu Setui pernah diperintah oleh
kerabat diraja Kedah. Namun begitu, walaupun sejarah Kesultanan Setui telah
padam tetapi masyarakat Melayu di sana masih wujud hari ini. Selain bahasa
Thai, mereka masih bertutur dalam bahasa Melayu, dengan menggunakan dialek
Kedah. Bahasa Melayu telah diajarkan di kebanyakan sekolah di Thailand
Selatan. Jika subjek Bahasa Melayu tidak diajar di sekolah tersebut, mereka
biasanya akan menubuhkan kelab Bahasa Melayu untuk memastikan bahasa ini
terus lestari walaupun dalam ruang yang terbatas.
Sepanjang program ini berlangsung, juga didapati bahawa objektif ketiga
bagi program ini sudah tercapai iaitu bagi berkongsi warisan seni dan budaya
Melayu serta merapatkan hubungan antara dua negara. Ia dapat dilihat melalui
penglibatan dalam aktiviti Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) yang dijalanan
104
Simposium Warisan Bangsa
MAC 15-17, 2019
Penang, Malaysia
dibeberapa kawasan yang telah ditetapkan sekaligus dapat merapatkan jurang
antara hubungan komuniti serumpun antara dua negara. Aktiviti Tanggungjawab
Sosial Korporat (CSR) bagi program ini adalah berbentuk sumbangan barangan
keperluan harian yang berupa barangan mentah seperti minyak masak, tepung,
gula, susu, dan beras. Sebanyak 80 bag berisi barangan sumbangan telah
disediakan serta dibantu oleh pensyarah penyelia. Penyerahan barangan
sumbangan fasa peetama telah di lakukan di Kampung Thammalai di daerah
Satun. Sebanyak 40 bag telah disumbangkan kepada pelajar dan guru di
Madrasah Kampung Thammalai tersebut. Seterusnya, serahan sumbangan bagi
fasa kedua pula telah dijalankan di sebuah pulau iaitu Pulau Panyii yang mana
majoriti penduduknya adalah komuniti Melayu Bani Jawi. Sebanyak 20 bag
sumbagan telah di serahkan untuk diagihkan kepada beberapa penduduk yang
kurang bernasib baik. emudiannya meneruskan aktiviti penyerahan barangan
sumbangan fasa ketiga di sebuah kampung di daerah Phuket yang dikenali
sebagai Kampung Yamu. Sebanyak 10 bag telah di serahkan kepada imam di
kampung tersebut untuk diagihkan kepada mana-mana penduduk kampung yang
memerlukan. Turut berkongsi warisan seni dan budaya Melayu kepada komuniti
Melayu disana melalui persembahan tarian tradisional Melayu iaitu zapin dan
pertunjukan seni mempertahankan diri Melayu iaitu silat yang dipersembahkan
oleh salah seorang anggota Waris Alam.
7.0 DAPATAN KAJIAN
Analisis kajian menemukan beberapa dapatan seperti berikut:
Dalam kajian ini, dapat dijejaki warisan Melayu Bani Jawi dengan menggunakan
laluan darat yang dibantu oleh badan bukan kerajaan, Waris Alam. Bermula dari
daerah Satun sehingga ke Segenting Kra dan berpatah balik ke Songkhla. Kami
mendapati bahasa Jawi masih terdapat di Masjid. Bermaksud, komuniti disana
masih memahami bahasa jawi.
105
Simposium Warisan Bangsa
MAC 15-17, 2019
Penang, Malaysia
Di Satun, masih terdapat tinggalan warisan Melayu Bani Jawi di muzium
daerah Satun, dimana kami didedahkan dengan adat Melayu yang masih
diamalkan walaupun ia semakin ditelan zaman. Antaranya ialah, permainan
tradisional, tarian tradisional, pakaian tradisional dan aktiviti harian. Semasa kami
menjalankan program khidmat masyarakat fasa pertama dimana kami
menyerahkan sejumlah 20 bag yang berisi barangan keperluan harian kepada
pelajar dan tenaga pelajar di Madrasah Kampung Thamalai di daerah Pakbara.
Dalam masa yang sama kami bertemu dengan seorang imam masjid kampung
tersebut yang boleh memahami bahasa Melayu akan tetapi tidak boleh bertutur.
8.0 KESIMPULAN
Kesimpulannya, bangsa Melayu sangat kaya dengan adat resam dan
tradisinya yang tersendiri, bangsa Melayu dahulunya bukanlah merujuk kepada
beragama Islam sahaja, tetapi ia merujuk kepada satu bangsa yang
mengamalkan adat resam dan tradisi yang melambangkan bangsa Melayu itu
sendiri. Selagi mana sesuatu bangsa itu mengamalkan adat resam dan tradisi
Melayu, ia akan tetap digelar sebagai bangsa Melayu. Oleh yang demikian,
pendedahan secara berterusan terhadap seni budaya dan warisan Melayu
kepada komuniti Melayu di daerah selatan Thailand wajar diambil agar seni
budaya dan warisan ini terus tersebar dan diamalkan oleh komuniti di sana.
Harapan pengkaji agar kajian ini dapat membuka minda masyarakat Melayu
secara amnya untuk menghargai seni budaya warisan bangsa Melayu dan
berusaha mengekalkannya supaya tidak pupus ditelan arus kemodenan.
Semakin kita bergerak ke utara Thailand, semakin adat Melayuber kurangan.
106
Simposium Warisan Bangsa
MAC 15-17, 2019
Penang, Malaysia
9.0 RUJUKAN
Rujukan internet
[1] Mstar, Selatan Thailand: Wilayah Melayu Yang Hilang. Diperolehi pada 17
Jun 2014 daripada https://www.mstar.com.my/lain
lain/rencana/2014/06/17/wilayah-satun
[2] Utusan Online, Profesor Madya Dr. Zafarina Zainudin, DNA dan Asal Usul
Melayu, diperolehi pada 29 November 2015 daripada
http://www.utusan.com.my/rencana/utama/dna-dan-asal-usul-Melayu-
1.163353
[3] Kebayan Jelita , Bahasa Melayu Di Satun,Thailand, diperolehi pada 8 Ogos
2018 daripada
https://www.thepatriots.asia/bahasa-Melayu-di-satun-Thailand/
[4] Sekadar Di Pinggiran, Bahasa Melayu Di Satun, diperolehi pada 1 Mac
2017 daripada
https://sekadardipinggiran.wordpress.com/2017/03/01/bahasa-Melayu-di-
satun/)
[5] Jamaliah Binti Yusof Bin Yaakob, Perkara 153, Salahsilah Bani Jawi,
diperolehi pada16 April 2017 daripada
https://perkara153.weebly.com/updates/salasilah-bangsa-jawi
[6] Pengkaji Sejarah, Bani Jawi diperolehi pada 9 Julai 2010 daripada
http://sejarahMelayupurba.blogspot.com/2010/07/bani-jawi.html
[7] Kawthaung;Myanmar yang serba Thailand, Mohd Fazli Abdullah diperolehi
pada daripada
http://ilzafmenulis.blogspot.com/search/label/Kembara%3A%20THAILAND
%20-%20MYANMAR
[8] Bangsa Melayu dari Keturunan Bani Jawi, Sifuli diperolehi pada 24 Julai
2010 daripada
https://asalusulorangMelayu.wordpress.com/2012/07/24/bangsa-Melayu-
dari-keturunan-bani-jawi/
107
Simposium Warisan Bangsa
MAC 15-17, 2019
Penang, Malaysia
[9] Sempadan Sebenar Bumi Melayu dan Siam, ibnurusydi diperolehi pada 18
September 2009 daripada
http://ibnurusydi.blogspot.com/2009/09/sempadan-sebenar-semenanjung-
melaka.html
108
Simposium Warisan Bangsa
MAC 15-17, 2019
Penang, Malaysia
PERSEPSI PELAJAR KEBUDAYAAN POLITEKNIK PORT DICKSON
TERHADAP RANDAI
Siti Norzana binti Mustaffaa*, Nurfarizah binti Ishaka, Nur Shahrul Atiqah binti
Ishakb
aPoliteknik Port Dickson, Negeri Sembilan
bPoliteknik Mersing, Johor
_____________________________________________________________
Abstract
Keunikan seni randai dan sejarahnya yang bermula sewaktu masyarakat Minangkabau di
Indonesia berdepan dengan penjajahan Belanda. Penjajahan menyebabkan mereka tidak
dibenarkan mengamalkan silat dan menyebarkan dakwah sehingga ia perlu 'diadun' supaya
kelihatan seperti hiburan yang dianggap tidak mengancam penjajah. Manakala penghijrahan
masyarakat Minangkabau dari Sumatera Barat ke Tanah Melayu pada suatu masa dahulu
telah membawa bersama kebudayaan dan kesenian mereka ke Negeri Sembilan. Salah satu
kesenian itu ialah randai. Namun begitu, randai kurang digemari dan makin dilupakan. Aktiviti
randai mula diperkenalkan di Politeknik Port Dickson setahun yang lalu bagi menyambung
kesenian warisan ini namun penglibatan pelajar dalam aktiviti Kelab Randai semakin
berkurangan dan hampir tiada penyertaan langsung. Oleh demikian, objektif kajian ini adalah
untuk mengkaji persepsi minat dan pengalaman pelajar Kelab Kebudayaan di Politeknik Port
Dickson terhadap seni randai. Kajian ini juga mengenal pasti faktor minat dan pengalaman
mempengaruhi kecenderungan pelajar dalam menceburi dan melestarikan seni randai.
Metodologi kajian adalah melalui borang soal selidik dan temuramah. Hasil dapatan kajian
menunjukkan seni randai kurang dikenali dan hanya dijadikan sebagai hiburan untuk majlis
yang melibatkan upacara rasmi adat istiadat di Negeri Sembilan.
Keywords: Randai, perkembangan randai, pembangunan randai, sejarah randai, perwarisan
randai, teater randai.
109
Simposium Warisan Bangsa
MAC 15-17, 2019
Penang, Malaysia
1.0 PENGENALAN
Randai merupakan sejenis seni persembahan yang menggabungkan
pelbagai element termasuklah seni tari, seni silat, seni muzik dan juga
kesusasteraan. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, randai bermaksud
sejenis tarian yang ditarikan oleh sekumpulan orang yang berdiri melengkung
sambal bernyanyi-nyanyi dan bertepuk tangan. Maksud ini amat jelas
menunjukkan perlakuan para penari dalam persembahan ini yang
membentuk bulatan atau lingkaran semasa membuat persembahan.
Pak Pen atau nama asalnya Encik Mazdar bin Abdul Aziz merupakan
antara penggiat seni persembahan randai di Negeri Sembilan. Beliau yang
berasal dari Lenggeng, Negeri Sembilan telah melibatkan diri dalam seni
persembahan ini sejak remaja. Menurut Pak Pen, randai dikatakan berasal
dari tanah seberang, iaitu dari Minangkabau, Sumatera, Indonesia. Randai
dibawa ke Semenanjung Tanah Melayu pada ketika itu melalui penduduk
yang berhijrah ke sini.
Pada ketika dahulu, randai merupakan berfungsi sebagai medium
hiburan penduduk kampung yang penat bekerja seharian. Kini, persembahan
randai dipersembahkan dalam majlis keramaian seperti majlis perkahwinan
dan upacara adat istiadat. Persembahan randai tidak semestinya
dipersembahkan di atas pentas kerana ia boleh juga dipersembahkan di
kawasan lapang yang terbuka.
Pembukaan persembahan randai dimulakan dengan gerak tari “buka
gelanggang”. Para penari akan membentuk satu bulatan atau lingkaran yang
tidak boleh pecah. Lingkaran menggambarkan sifat muafakat dan kerjasama
antara satu sama lain.
Persembahan randai tidak lengkap jika tidak diiringi dengan alunan
muzik. Kebiasaannya, alat muzik yang digunakan bagi mengiringi
110
Simposium Warisan Bangsa
MAC 15-17, 2019
Penang, Malaysia
persembahan randai seperti caklempong, salung, bansi, rebana dan jidur.
Suatu ketika dahulu, lagu-lagu yang dimainkan dalam persembahan ransai
merupakan lagu-lagu yang dibawa dari Minangkabau. Kini, persembahan
randai di Negeri Sembilan mempunyai tiga buah lagu bongai yang wajib
untuk persembahan buka gelanggang iaitu “budu landau”, ‘cantik manih” dan
“anak bocek”.
Salah satu elemen wajib dalam seni persembahan randai adalah
kesusasteraan. Menurut salah seorang jurulatih randai di Politeknik Port
Dickson, Encik Muhd Ridhuan bin Nor Hashim atau nama panggilannya Pak
Tam, tarian randai yang dipersembahkan bersama cerita dinamakan Randai
Berkaba. Kata beliau lagi, tujuan persembahan randai pada ketika dahulu
lebih mengutamakan penyampaian maklumat kepada orang ramai,
berdakwah, menceritakan perihal sesuatu peristiwa atau berseloka sambil
berhibur.
Randai juga boleh dipersembahkan dalam bentuk teater. Jumlah
pelakon randai atau juga dikenali sebagai “anak randai” bergantung kepada
cerita yang dipersembahkan. Menurut Pak Tam, kebiasaannya tidak kurang
dari 3 orang dan tidak akan lebih dari 20 orang pelakon yang terlibat di dalam
sebuah persembahan. Anak randai akan memakai pakaian traditional
masyarakat Minang serta “seluar gelembung” yang bertujuan untuk
menghasilkan bunyi tepukan.
Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Negeri Sembilan
(JKKNNS) merupakan sebuah agensi yang melaksanakan aktivi-aktiviti
kesenian dan kebudayaan di Malaysia. JKKNNS telah mewujudkan sebuah
modul standard persembahan randai dengan identiti Negeri Sembilan. Modul
persembahan randai ini bertujuan untuk diperkenalkan di sekolah-sekolah di
sekitar Negeri Sembilan. Selain itu, JKKNNS turut menjadi orang tengah
dalam mempromosikan randai kepada masyarakat luar Negeri Sembilan
terutamanya pada golongan belia.
111
Simposium Warisan Bangsa
MAC 15-17, 2019
Penang, Malaysia
Randai telah diperkenalkan kepada pelajar Politeknik Port Dickson
sejak tahun 2018 melalui kursus kokurikulum tarian traditional. Jabatan
Sukan, Kokurikulum dan Kebudayaan (JSKK) menarik minat para pelajar
yang giat menceburi aktiviti kebudayaan di Politeknik Port Dickson dengan
menggabungkan seni persembahan randai dan caklempong. Kelab randai
juga telah diwujudkan bagi memudahkan penyelarasan aktiviti latihan dan
persembahan randai di kampus. Cikgu Maulid atau Zaini bin Arshad
merupakan juru latih randai yang pertama dilantik oleh JSKK kerana
kepakarannya di dalam seni persembahan randai dan caklempong. Selain
Cikgu Maulid, Pak Tam juga merupakan juru latih randai di Politeknik Port
Dickson sejak tahun 2018.
Persembahan randai di Politeknik Port Diskson hanya terhad pada majlis
formal seperti Istiadat Konvokasyen dan program kolaborasi kampus
bersama institusi luar negara melalui program pengantarabangsaan.
2.0 LATAR BELAKANG MASALAH
Kebudayaan merupakan ciri khas sesuatu bangsa yang melambangkan
jati diri bangsa tersebut yang mana ia harus dijaga dan dilestarikan oleh
segenap masyarakat di Malaysia. Menurut Isnanda, 2015, negara yang terdiri
dari perbagai bangsa dan agama memiliki banyak ragam budaya yang
tecermin dalam gaya dan pola hidup masing- masing di setiap daerah. Oleh
yang demikian seni randai di Negeri Sembilan harus diteruskan demi
kesinambungan seni budaya yang harus dikongsi kepada generasi muda
melalui institusi pengajian tinggi seperti Politeknik Port Dickson khususnya.
Kertas kajian Isnanda, 2015 menyatakan beberapa permasalahan yang
dihadapi oleh generasi muda dalam meneruskan warisan seni seperti randai
pada zaman ini. Antara permasalahan yang dapat dikenalpasti adalah kerana
kurangnya pemahaman, pembelajaran dan minat generasi muda terhadap
warisan seni budaya, kegiatan kebudayaan dan kesenian yang kurang
112
Simposium Warisan Bangsa
MAC 15-17, 2019
Penang, Malaysia
sistematik dan kesedaran masyarakat dalam menjaga seni budaya yang
sedia. Manakala Norasikim Nawyi, 2018 menyatakan penilaian masyarakat
terhadap seni persembahan traditional lebih menumpukan kepada nilai dan
pengalaman. Persepsi masyarakat mulai berubah disebabkan pelbagai
hiburan yang lebih mudah diperolehi kini sekali melalui media massa. Maka
masyarakat dan generasi muda tidak lagi meminati persembahan berbentuk
tradisi seperti randai.Melalui kajian ini, pengkaji dapat mengenal pasti
persepsi minat dan pengalaman pelajar kebudayaan di Politeknik Port
Dickson terhadap seni persembahan randai terutama sekali apabila
penglibatan pelajar kebudayaan untuk tarian randai semakin hampir tiada.
Mereka lebih memilih seni persembahan yang lebih moden dan
kontemporari.
3.0 OBJEKTIF KAJIAN
Antara objektif yang disasarkan dalam kajian ini adalah:
3.1.1 Mengkaji pemahaman responden terhadap seni randai.
3.1.2 Mengetahui persepsi responden terhadap seni persembahan randai
melalui minat.
3.1.3 Mengetahui persepsi responden terhadap seni persembahan randai
melalui pengalaman.
4.0 PERSOALAN KAJIAN
Persoalan kajian ini adalah seperti yang berikut:
4.1.1 Sejauhmanakah pemahaman responded terhadap seni randai.
4.1.2 Apakah persepsi responden terhadap seni persembahan randai
melalui minat.
4.1.3 Apakah persepsi responden terhadap seni persembahan randai
melalui pengalaman.
113
Simposium Warisan Bangsa
MAC 15-17, 2019
Penang, Malaysia
5.0 KEPENTINGAN KAJIAN
Kepentingan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti
pemahaman dan kecenderungan pelajar kebudayaan di Unit Kebudayaan
dan Warisan Politeknik Port Dickson dalam memperkasakan lagi randai
sebagai aktiviti di kampus dan seterusnya mewariskan seni budaya ini
kepada penggiat seni generasi muda.
6.0 BATASAN KAJIAN
6.1.1 Masa
Kajian ini dijalankan berdasarkan tempoh masa yang singkat
mengikut jadual yang telah ditetapkan.
6.1.2 Sampel
Kajian ini hanya dijalankan pada pelajar-pelajar yang aktif dalam
aktiviti kebudayaan yang diuruskan oleh Unit Kebudayaan dan
Warisan Politeknik Port Dickson sahaja.
6.1.3 Tajuk
Kajian ini hanya memberi fokus pada persepsi pelajar kebudayaan
melalui pemahaman, minat dan pengalaman untuk mengetahui
kecenderungan mereka terhadap seni persembahan randai.
7.0 METODOLOGI KAJIAN
Kajian ini dilaksanakan ke atas seramai 40 pelajar kebudayaan yang
aktif di Politeknik Port Dickson dalam pelbagai aktiviti kebudayaan dan
kesenian. Sehubungan itu, 40 borang soal selidik telah diedarkan semasa
mesyuarat Unit Kebudayaan dan maklum balas yang diterima adalah dari 40
orang responden. Sebelum borang soal selidik diedarkan, kumpulan
responden telah diberi maklumat ringkas tentang tarian randai dan diteruskan
dengan sebuah persembahkan tarian randai oleh pelajar-pelajar semester
114
Simposium Warisan Bangsa
MAC 15-17, 2019
Penang, Malaysia
tiga Diploma Akauntansi yang sedang mempelajari tarian randai melalui
kursus tarian traditional di Politeknik Port Dickson.
Penggunaan borang soal selidik adalah lebih praktikal, berkesan dan
menjimatkan masa. Kaedah ini juga lebih realistik bagi mendapatkan maklum
balas dari reponden, gerak balas atau jawapan yang diberikan lebih mudah
diproses dan dianalisis.
Borang soal selidik bagi kajian ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu
bahagian pertama adalah demografi responden yang berkaitan seperti
jantina, umur dan bangsa. Manakala bahagian kedua pula mengkaji persepsi
responden sama ada mereka memahami, mempunyai minat dan
pengalaman terhadap seni randai.
Bagi mengukuhkan lagi kertas kajian ini, pengkaji juga menemuramah
penggiat seni randai iaitu Encik Muhd Ridhuan bin No Hashim (Pak Tam) dan
gurunya Encik Mazdar bin Abdul Aziz atau lebih dikenali sebagai Pak Pen
bagi mengetahui sejarah dan perkembangan seni persembahan randai ini di
Negeri Sembilan.
8.0 SOROTAN KAJIAN
Pengkaji menggunakan kajian lepas dan temuramah bersama penggiat
seni randai di Negeri Sembilan untuk mendapatkan maklumat dan panduan
bagi pengumpulan data kajian pengkaji. Hal ini bertujuan bagi mendapatkan
maklumat yang sahih dan tepat. Segala fakta-fakta maklumat dan data-data
yang diperolehi perlu berpanndukan pada kajian lepas. Oleh itu pengkaji
mencari beberapa kajian lepas sebagai rujukan berkenaan dengan tajuk
kajian pengkaji.
Maklumat yang pengkaji perolehi telah pun dihuraikan dalam bab ini.
Semua maklumat dalam bab ini adalah berkaitan dengan tajuk pengkaji iaitu
115
Simposium Warisan Bangsa
MAC 15-17, 2019
Penang, Malaysia
berkenaan dengan persepsi pelajar kebudayaan Politeknik Port Dickson
terhadap seni persembahan randai. Dalam kajian ini pengkaji akan memberi
penekanan mengenai faktor yang mempengaruhi persepsi pelajar
kebudayaan Politeknik Port Dickosn terhadap seni persembahan randai.
Beberapa faktor yang mempengaruhi persepsi yang digunakan oleh pengkaji
dihuraikan di dalam bab ini.
8.1 Pengertian Persepsi
Persepsi didefinisikan sebagai sesuatu yang dialami oleh seseorang
dan ia berpandukan kepada gerak kerja, suara, rasa, selara atau bau,
menurut Norasikim Nawyi (2018). Berdasarkan definisi diatas kesimpulannya
bahawa persepsi merupakan suatu proses bagaimana seseorang memilih,
mengatur dan menginterprestasikan maklumat dan pengalaman yang
diperolehi kemudian menafsirkannya untuk menciptakan gambaran.
Manakala di dalam buku Organizational Behavior hasil tulisan McShane,
2003, ada menyebut berkenaan persepsi iaitu “Perception is the process of
receiving information about and making sense of the world around us”. Selain
itu, ramai lagi ahli yang mempunyai pendapat mereka mengenai persepsi.
Seseorang individu tersebut disuruh membuat penilaian sendiri
terhadap sesuatu objek atau mengikut apa yang dirasai dan dialami sama ada
bersifat negatif atau positif dan sebagainya. Dengan wujudnya persepsi maka
sikap akan terbentuk iaitu terbentuk mengikut situasi.
Persepsi adalah analisis mengenai cara meningkatkan penerapan kita
terhadap sesuatu yang berkaitan di sekeliling individu dengan kesan- kesan
atau konsep yang sudah ada dan mengenai benda tersebut. Bagi
memahaminya akan diberi contoh seperti berikut seorang individu tersebut
baru pertama kali menghadiri teater yang sebelumnya dia belum hadirinya
dan kemudian ada orang memberitahu mengenai teater. Individu tersebut
mengamati, menghayati dan sebagainya. Lalu timbul apa itu teater tersebut
dalam memori individu tersebut.
116
Simposium Warisan Bangsa
MAC 15-17, 2019
Penang, Malaysia
8.2 Minat
Persepsi dikatakan dipengaruhi oleh faktor dalaman yang merangkumi
minat. Perasaan minat merupakan salah satu faktor dalaman yang
mempengaruhi seseorang pada sesuatu pada yang dilihat. Perasaan minat
mendorong seseorang untuk bertindak atas apa yang dilihat. Minat juga
didorong oleh perasaan ingin tahu terhadap sesuatu perkara yang dilihat atau
dirasa. (Norasikim Nawyi, 2018). Seorang individu menjadi minat pada
sesuatu seni persembahan adalah kerana faktor minat mereka terhadap seni
tradisional tersebut.
Suatu ketika dahulu seni persembahan randai dimainkan bagi mengisi
masa lapang masyarakat sambal berdakwah pada waktu itu. Oleh kerana
mereka mempunyai banyak masa terluang maka mereka menjadikan
persembahan tersebut sebagai hiburan. Minat merupakan suatu keadaan di
mana seseorang itu menumpukan perhatiannya terhadap sesuatu benda atau
situasi dan disertai dengan keinginan untuk mempelajari atau mengetahui
lebih lanjut (Norasikim Nawyi, 2018).
Kenyataan tersebut dapat di kaitkan dengan pelajar kebudayaan
Politeknik Port Dickson kerana mereka mempunyai yang masa lapang yang
terluang dan mereka mengambil kesempatan untuk mempelajari dan
menonton seni persembahan randai ketika ia dipersembahkan di majlis-
majlis formal dan program antarabangsa di dalam kampus. Sekiranya
seseorang berminat untuk melakukan sesuatu aktiviti pasti mereka
menumpukan perhatian mereka terhadap apa yang mereka minat itu.
Norasikim Nawyi, 2018 mengatakan minat terjadi apabila seseorang itu
untuk belajar dan menyokong apa yang mereka belajar. Minat tidak terjadi jika
tidak mempelajari dan memahaminya. Minat adalah salah satu
pembolehubah bersandar dalam kajian pengkaji. Minat terhadap seni
tradisional menjadikan pelajar kebudayaan Politeknik Port Dickson mudah
117
Simposium Warisan Bangsa
MAC 15-17, 2019
Penang, Malaysia
menerima seni persembahan randai sebagai hiburan.
8.3 Pengalaman
Menurut Norasikim Nawyi, 2018, persepsi seseorang bukan sahaja
dipengaruhi oleh faktor dalaman sahaja malah ia juga dipengaruhi oleh faktor
luaran. Antara faktor luaran yang pengkaji dapat termasuklah ukuran dan
penempatan sesuatu perkara atau objek. Bermaksud semakin besar
hubungan sesuatu perkara atau objek maka semakin mudah untuk difahami.
Secara ringkas objek yang dilihat akan mudah difahami apabila seseorang itu
melihatnya dan membentuk satu persepsi.
Pengalaman adalah faktor luaran yang mempengaruhi persepsi. Jika
seseorang mempunyai pengalaman maka persepsi mereka mengikut apa
yang mereka anggapkan. Pembentukan pandangan terhadap apa yang
dilihat akan membentuk persepsi seseorang iaitu melalui pengetahuan,
pendidikan, bacaan dan penilitian (pengalaman), Norasikim Nawyi, 2018.
Pengalaman juga mempengaruhi seseorang terhadap tindakan yang
dibuat kerana pengalaman diperoleh atau dirasa apabila terjadi sesuatu
peristiwa sama ada berlaku sekarang mahupun sudah lama. Pengalaman
adalah faktor yang mempengaruhi persepsi pelajar kebudayaan Politeknik
Port Dickson dalam kecenderungan mereka menceburi seni randai ini. Ada
sebahagian pelajar kebudayaan yang pernah menceburi kelab randai di
Politeknik Port Dickson juga berpengalaman mempelajari dan
mempersembahkan tarian ini pada majlis-majlis adat istiadat dan formal. Ada
sebahagiannya juga yang melihat persembahan randai berdasarkan
pengalaman lepas. Setiap orang mempunyai pengalaman yang berbeza
walaupun mereka melihat suatu objek atau kejadian yang sama.
118
Simposium Warisan Bangsa
MAC 15-17, 2019
Penang, Malaysia
8.4 Pengertian Seni Persembahan
Konteks seni merangkumi banyak cabang termasuklah seni
persembahan, seni tarian, seni lukis, muzik, lakonan, nyanyian dan
sebagainya. Menurut Nasuruddin, 2003, seni merupakan bentuk budaya
yang dapat dibahagikan kepada pelbagai unsur termasuklah muzik, tarian,
seni bina, kraftangan, tenunan, seni pertukangan, tembikar dan sebagainya.
Unsur seni tersebut mempunyai makna yang tersendiri.
Seni adalah reaksi manusia dimana ia dapat mencerminkan pelbagai
sudut kehidupan, pemikiran dan keinginan sesebuah masyarakat tertentu,
Nasuruddin, 2003. Bermakna ia mempunyai makna yang mandalam seperti
moral, nilai, falsafah dan pendidikan yang masyarakat amalkan. Selain itu
juga, seni juga merupakan satu bentuk hiburan kepada setiap orang.
Persembahan seni tradisional adalah satu bentuk hiburan tradisional
yang diwarisi dari satu generasi ke generasi berikutnya. Ia adalah sesuatu
dinamik, bukan hanya satu bentuk naratif, nyanyian, muzik dan akting tetapi
juga terdiri daripada unsur ritual. Semua ini membantu untuk mengekalkan
minat dalam bentuk seni tertentu sehingga hari ini. Walau bagaimanapun, ia
tidak dapat dinafikan kewujudan pelbagai budaya dan hiburan popular
mempengaruhi keberlanjutan pertunjukan seni budaya ini.
Kesenian adalah sesuatu produk, pertunjukan atau persembahan,
benda atau apa-apa yang berseni yang memiliki ciri-ciri estetika, keindahan
atau kecantikan. Kesenian lahir dari sentuhan rasa yang mendalam. Ianya
dihasilkan untuk meninggalkan kesan kepada nurani orang lain. Seni
daripada sumber Ensiklopedia, menterjemahkan seni sebagai perasaan
indah yang ada dalam jiwa manusia. Seni merangkumi seni suara, seni lukis,
seni tari dan sebagainya.
Seni dan budaya adalah seiring. Begitu juga dengan aspek budaya,
budaya akan wujud dengan adanya kelompok bangsa atau kaum.
119
Simposium Warisan Bangsa
MAC 15-17, 2019
Penang, Malaysia
Kebudayaan tercetus apabila budaya sesuatu bangsa itu mempunyai nilai
peradaban yang tinggi dalam sesuatu tamadun. Dalam kebudayaan terdapat
empat komponen penting iaitu fikiran atau idea contohnya falsafah, mitos,
lagenda, sastera, kepercayaan, bahasa dan lain-lain, Nasuruddin, 2003.
8.5 Kecenderungan
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005), kecenderungan
bermaksud kesukaan (keinginan, kemahuan). Merujuk kepada kajian ini
kecenderungan merupakan minat pelajar dalam seni persembahan randai
ataupun dorongan terhadap pelajar kebudayaan Politeknik Port Dickson
untuk mendalami dan mempersembahkan randai.
9.0 ANALISA DAPATAN
Dapatan menunjukkan negeri asal para responden mengikut urutan
adalah seperti berikut; 17 orang daripada mereka berasal dari Negeri
Sembilan, 9 orang berasal dari Melaka, 6 orang dari Perak, 5 orang dari Kuala
Lumpur, dan 1 orang masing-masing bagi negeri Sabah, Johor, dan Pahang.
Dapatan ini menunjukkan bahawa para responden datang daripada latar
belakang negeri asal yang berbeza-beza. Walaubagaimanapun, majoriti
responden adalah berasal dari Negeri Sembilan.
Kajian ini juga telah dijalankan ke atas 20 pelajar di dalam bidang
kejuruteraan iaitu 10 responden dari bidang kejuruteraan awam, 5 responden
kejuruteraan mekanikal dan 5 responden kejuruteraan elektrik dan 20 pelajar
di dalam bidang pemasaran.
120
Simposium Warisan Bangsa
MAC 15-17, 2019
Penang, Malaysia
Daripada aspek pengetahuan responden terhadap seni randai,
sejumlah 28 responden mengetahui seni randai manakala 12 responden lagi
tidak mengetahui kewujudan seni randai di Malaysia. Dari jumlah 28
responden ini, 26 mengetahui seni randai melalui taklimat oleh Pegawai
Kebudayaan di slot Unit Kebudayaan dan Warisan Politeknik Port Dickson
Minggu Transformasi Pelajar atau minggu pertama pelajar baharu. Manakala
02 responden mengetahui seni randai kerana pernah mempelajarinya di
sekolah.
Mengenai aspek keinginan menyertai randai, kesemua responden
menyatakan keinginan yang sangat tinggi untuk menyertai randai. 30
responden ingin menyertai kerana ingin mendapatkan sijil penyertaan dan
keahlian kelab, 8 responden ingin menyertai atas dasar minat yang tinggi
terhadap seni randai, manakala 2 responden memilih untuk tidak menjawab
soalan ini.
Dapatan seterusnya menunjukkan 10 responden adalah bersetuju
untuk menghadiri sesi pembelajaran pada waktu malam manakala 30
responden tidak bersetuju untuk menghadiri sesi pembelajaran pada waktu
malam. Taburan alasan yang dikemukakan untuk tidak menghadiri sesi
pembelajaran pada waktu malam ialah (1) Melengkapkan tugasan kuliah (10
responden), (2) Bermain E-Sport (13 responden), (3) Menghadiri kuliah
agama di Pusat Islam (4 responden), (4) Lain-lain (3 responden).
121
Simposium Warisan Bangsa
MAC 15-17, 2019
Penang, Malaysia
Item soalan seterusnya mengenai waktu yang digemari untuk
menghadiri sesi pembelajaran mendapati majoriti responden (35 responden)
cenderung memilih waktu petang di antara jam 5 sehingga 7 manakala 5
responden lagi memilih waktu malam di antara jam 8 sehingga 10.
Hasil kajian mendapati majoriti responden (27 responden) juga masih
tidak mempunyai keyakinan untuk memperkenalkan seni randai kepada
rakan sebaya. Taburan alasan ialah bimbang diketawakan, bimbang tidak
diterima dan sebahagian lagi tidak merasakan keperluan untuk
memperkenalkannya kepada rakan sebaya.
10.0 KESIMPULAN
Tahap pengetahuan, minat dan pengalaman terhadap seni
persembahan randai dalam kalangan pelajar kebudayaan Politeknik Port
Dickson berada di tahap yang lemah. Bagi menggalakkan aktiviti seni randai
di dalam kampus Politeknik Port Dickson, pegawai kebudayaan di Unit
Kebudayaan Politeknik Port Dickson seharusnya meletakkan lebih usaha
bagi meningkatkan pengetahuan pelajar terhadap seni randai. Ilmu seni
randai boleh disampaikan bukan sahaja pada melalui modul atau kursus di
kampus malahan dengan mempromosikan ia di dalam program-program
khas. Pengkaji berpendapat kecenderungan pelajar kebudayaan terhadap
seni persembahan randai boleh dipupuk sekiranya pendedahan tentang seni
randai diperluaskan lagi. Seterusnya dapat memupuk minat pelajar-pelajar
lain untuk menimba ilmu pengetahuan dan menceburi persembahan randai
ini bagi kelestarian seni ini di masa hadapan.
122
Simposium Warisan Bangsa
MAC 15-17, 2019
Penang, Malaysia
11.0 CADANGAN
Hasil dapatan dari kajian ini pengkaji berpendapat agar perkara-perkara
berikut dapat dilaksanakan demi untuk meneruskan warisan budaya kesenian
randai ini.
i. Mengidentitikan dan mendokumenkan seni randai agar dapat
dikongsi dan dipelajari oleh pelajar yang aktif dalam aktiviti
kebudayaan di luar Negeri Sembilan.
ii. Menambahkan pemahaman nilai-nilai budaya yang terdapat di
dalam seni randai kepada masyarakat
iii. Menerapkan seni randai di dalam silibus kokurikulum di sekolah
atau pun di Institusi pengajian tinggi.
iv. Memperluaskan aktiviti multi-culture dengan orang luar agar seni
randai diikhtiraf ke peringkat yang lebih tinggi.
12.0 RUJUKAN
Romi Isnanda, Hidayah Azkiya dan Syofiani (2019) Pemberdayaan
Seni, Sara’ dan Budaya Tuanku nan Renceh di Kanagarian Kamang Mudiak
Kacamatan Kamangmagek Kabupaten Agam.
Romi Isnanda (2015) Peranan Pengajaran Satera dan Budaya dalam
Pembentukkan Karakter Siswa Sekolah.
Abd Samad bin Kechot (2009) Laporan Kajian Randai Warisan
Masyarakat Minang Negeri Sembilan: Meneroka Perkembangan dan
Tamburanya
Mohamed Ghouse Nasaruddin (2003) Kelestarian dan
Pengkomersialan Seni Persembahan Traditional Melayu dalam Konteks
Industri Kretif: Cabaran dan Peluang
123
PERSEPSI PELAJAR POLITEKNIK TENTANG BUDAYA DAN
KEPENTINGANNYA
Nur Farrah Azwa Binti Jasni, Uswatul Wahida Binti Mohd Sharif, Siti Salwa Binti
Badiozaman@Mohd Idris
[email protected], [email protected], [email protected]
Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah
Universiti Malaysia Perlis
________________________________________________________________
Abstrak
Kebudayaan merupakan suatu ciri yang melambangkan identiti sesebuah bangsa seperti
perumpamaan budaya akar bangsa. Budaya diturunkan dari satu generasi ke satu generasi
sesuatu bangsa itu. Ada yang masih mengekalkan sesuatu ciri kebudayaan itu mengikut seratus
peratus yang asli ada juga yang berubah di sebabkan faktor pesekitaran misalnya perubahan
kepercayaan agama sesuatu kaum. Penjajahan oleh bangsa lain, perkahwinan dan sebagainya.
Budaya boleh ditakrifkan sebagai perkara-perkara yang berkait dengan budi dan akal di mana
budi bermaksud maksud asli, pertama, sejati dan dipandang sempurna manakala daya pula
dimaksudkan sebagai akal, jalan fikiran dan ciptaan (Rohana Yusof, 2010: 75). Menurut beliau
lagi budaya berkait dengan cara hidup manusia yang berdasarkan kebendaan dan bukan
kebendaan. Kajian ini ingin melihat persepsi pelajar Politeknik mengenai kebudayaan dan
kepentingannya. Kajian ini menggunakan borang soal selidik bagi mengumpul data dan
berbentuk kajian diskriptif di mana ianya dibahagikan pada 3 bahagian dan telah dijawap oleh 86
pelajar yang terlibat dengan aktiviti kebudayaan di PTSB. Borang ini telah diuji keesahannya
melalui cronbach alpha dan nilai yang diperolehi adalah 0.89 dimana ianya menunjukkan nilai
kebolehpercayaan yang tinggi. Data telah dianalisis dengan menggunakan peratus bagi bahagian
demografi manakala bahagian persepsi tentang kebudayaan dan kepentinganya menggunakan
analisis min di mana nilai yang diperolehi bagi setiap soalan pada bahagian ini secara
keseluruhannya adalah 3.50 ke atas yang menunjukkan ianya berada pada tahap tinngi. Secara
kesimpulan dapat dinyatakan bahawa kebudayaan adalah melibatkan amalan hidup,
kepercayaan dan norma sesuatu bangsa itu dan ianya penting bagi pembentukan indentiti dan
ketamadunan sesuatu bangsa itu.
Kata Kunci: Budaya, Kebudayaan, Persepsi
1.0 PENGENALAN
KAJIAN ini adalah untuk mengetahui persepsi pelajar terhadap kebudayaan
dan kepentingannya. Budaya merangkumi amalam, adat resam, kepercayaan
dan nilai yang dipegang oleh sesebuah kaum atau masyarakat itu yang . Kamus
Dewan (2005) mendefinisikan budaya sebagai kemajuan fikiran, akal budi (cara
berfikir), berkelakuan dan sebagainya. Menurut Saiful Nordin (2014) ‘budaya’
berasal daripada bahasa Sanskrit, buddhayah iaitu kata jamak yang berasal
daripada perkataan buddhi yang membawa maksud budi dan akal. Buku Moden
124
Dictionary of Sociology merujuk kebudayaan sebagai keseluruhan cara hidup
manusia meliputi kehidupan kelompok yang bercorak kebendaan dan bukan
kebendaan. Budaya kebendaan atau artifact merujuk kepada apa saja ciptaan
manusia yang berbentuk objek-objek tertentu seperti alat, bangunan, senjata dan
kenderaan. Budaya bukan kebendaan atau mentifact pula merujuk kepada
sesuatu ciptaan manusia yang berbentuk abstrak seperti kepercayaan, adat
resam, undang-undang dan sebagainya.
Justeru itu dapatlah dirumuskan bahawa ‘kebudayaan’ merupakan
keseluruhan cara hidup manusia sama ada dalam bentuk fikiran, kepercayaan,
perlakuan ataupun penghasilan dalam sesebuah masyarakat yang diterima oleh
sebahagian besar anggota masyarakat itu dan diwarisi secara turun temurun dan
ianya termasuklah bentuk sosial, politik, adat istiadat serta ekonomi sesebuah
masyarakat.
Budaya tradisional merangkumi amalan dan cara hidup pelbagai kaum di
negara kita. Hal ini termasuklah pakaian, makanan, adat resam, seni, dan
sebagainya. Tamadun sesuatu bangsa selalunya dapat dilihat pada warisan seni
budayanya. Warisan budaya ini harus dikekalkan kerana mempunyai identiti
tersendiri. Budaya melambangkan identiti sesebuah negara Mazlan (2008).
Nilai bahasa dan budaya adalah amat penting dalam pembentukan negara
bangsa Rozali Rajab (2012). Kebudayaan itu merupakan satu komponen penting
dalam sesuatu kaum atau masyarakat. Kegagalan mengangkat martabat
kebudayaan boleh membawa impak negatif kepada pembangunan kaum itu
secara keseluruhannya. Budaya boleh menjadi satu-satunya pengenalan diri
yang amat bermakna buat seseorang itu Noor Azman Mahat, (2009).
125
2.0 SOROTAN KAJIAN
Malaysia sebuah negera yang unik. Kepelbagai kaum menjadikan Malaysia
mempunyai kepelbagaian budaya yang menarik. Namun secara umumnya
kepelbagaian budaya ini menekankan kepada aspek yang sama iaitu
pengamalan nilai-nilai murni dalam kehidupan dan juga sikap-sikap yang positif.
Budaya merupakan sebagai perkara-perkara yang berkaitan dengan budi
dan akal. Budi membawa maksud tulen atau asli, pertama, sejati dan dipandang
sempurna manakala daya pula dimaksudkan sebagai akal, jalan fikiran dan
ciptaan Rohana Yusof (2010). Dalam kehidupan manusia sentiasa memelihara
dan membuat tindakan yang berulang-ulang yang menghasilkan satu budaya.
Suwardi Endraswara (2006). Bagi E.B. Taylor (1958) pula ia melihat, budaya itu
sebagai sebuah kompleks yang merangkumi pelbagai bidang. Beliau juga
menyatakan bahawa budaya sebagai kajian tentang pemikiran manusia yang
beasaskan tindakan. Boleh dikatakan budaya adalah berkaitan tingkah laku dan
pemikiran manusia.
Richard Kluckhohn (1962) pula menjelaskan bhawa budaya merupakan
satu aspek dalam kehidupan manusia yang mana dipelajari oleh manusia sebagai
keputusan kepunyaan kepada kumpulan tertentu yang sama dan ianya dikongsi
secara bersama. Kenyataan daripada John.J.Macionis (1987) pula ialah budaya
dilihat sebagai kepercayaan, nilai-nilai, tingkahlaku dan objek kebendaan yang
dikongsi bersama oleh sekumpulan orang tertentu M.Sangar (2011) yang
memetic pandangan daripada Andreas Eppink, mentakrifkan budaya sebagai
keseluruhan nilai sosial, norma sosial, ilmu, struktur sosial, agama serta segala
pemikiran intelektual dan nilai-nilai estatika yang mewarnai sesuatu kelompok
masyarakat. Budaya dapat dilihat sebagai satu nilai-nilai atau norma-norma yang
dikongsi secara bersama oleh sekelompok manusia tertentu.
126
Syed Ismail (2010) memberikan berpandangan beliau bahawa budaya itu
mencerminkan aspek kemanusian secara keseluruhan dari segi kesusasteraan,
sejarah, sistem politik, seni bina, lukisan, seni muzik, falsafah dan sebagainya.
Menurutnya lagi, budaya adalah cara hidup sesebuah masyarakat yang meliputi
segala aktiviti harian mereka. Ismail Said Hussin Abdullah (2009) dalam kajiannya
yang berjudul, Pengajian Sosial menjelaskan bahawa budaya merupakan
susunan perlakuan yang dipelajari yang digunakan dan dikongsi secara bersama
dalam masyarakat. Beliau juga menyatakan budaya sebagai unsur perkongsian
antara individu dan membentuknya menjadi satu kelompok budaya
Budaya memainkan peranan penting dalam pembentukan negara dan
bangsa. Budaya mencerminkan imej sesebuah bangsa dan indentiti bangsa.
Menurut Noor Azman Mahat (2009) budaya merupakan satu-satunya pengenalan
diri yang amat bermakna buat seseorang itu. Budaya juga memberikan impak
terhadap perpaduan rakyat. Negara yang mempunyai rakyat yang berbilang
bangsa seperti Malaysia ini budaya merupakan satu alat bagi memupuk
perpaduan bangsa seperti yang dinyatakan oleh Datuk Seri Musa Aman (2015)
dalam akhbar utusan Malaysia bertarikh 3 Mei 2015.
Budaya dan seni tidak dapat dipisahkan dan amat berkait rapat antaranya
seperti yang dinyatkan oleh Maran Rampin (2014) kerana seni adalah
sebahagian dari budaya. Aktiviti seni dan budaya dilihat dapat menyumbang pada
pembangunan ekonomi negara. Dengan kepelbagaian budaya di Malaysia, ianya
dapat menarik pelancong asing dating ke Malaysia untuk melihat budaya
masyarakat Malaysia sekaligus meningkatkan kadar tukaran wamg asing dan
juga menyumbang pada sumber pendapatan perniagaan rakyat Malaysia.
Industri kreatif telah memberi sumbangan sebanyak RM9.4 bilion kepada KDNK
negara pada tahun 2008 dan berpotensi menjana ekonomi berpendapatan tinggi
serta memartabatkan budaya bangsa. Adalah amat penting industri ini
dibangunkan secara bersepadu dan terancang melalui satu dasar dan hala tuju
127
yang komprehensif seperti yang dinyatakan oleh Kementerian Kebudayaan
Kesenian dan Warisan Malaysia (2005).
Aktiviti kebudayaan juga mampu menyumbang pada kesihatan dan fuzikal.
Melalui aktiviti seni dan kebudayaan di Malaysia berbentuk seni suara, seni gerak,
seni rupa, dan permainan tradisional masyarakat dapat bergerak aktif dan
menggunakan tulang empat kerat sepenuhnya. Pergerakan yang berlaku secara
optimum ini bukan sahaja sebagai latihan fizikal tetapi juga dapat menyihatkan
tubuh badan dan dapat dianggap sebagai satu bentuk senaman.
Budaya dan kebudayaan juga dilihat mampu memupuk kati diri dan
semangat nasionalisme rakyat. Menurut Noor Azman Mahat (2009), pemilikan
kebudayaan yang mendalam turut memberikan impak positif kepada tahap
nasionalisme dalam diri masyarakat. Kebudayaan biasanya dikaitkan dengan
perasaan cinta akan negara yang mendalam dan ianya juga boleh menjadi alat
yang mampu memupuk semangat nasionalisme ini. Masyarakat akaan semakin
sanggup mempertahankan negaranya kerana mereka sedar merekalah
pelindung kepada keseinambungan kebudayaan yang sejati.
Melalui aktiviti budaya juga ianya boleh memupuk nilai-nilai murni dalam diri
individu seperti yang dinyatakan oleh Hafiz Roslan (2017). Budaya tradisional
kmenunjukkan budi dan pekerti masyarakat Malaysia. Nilai murni yang
ditunjukkan dalam majlis korban dan mengadakan rumah terbuka pada hari
kebesaran menunjukkan kita prihatin terhadap orang lain dan bersikap mesra.
Penghantaran kuih-muih dan saling mengunjungi pada hari kebesaran
menunjukkan kemesraan sesama kaum.
Persepsi merupakan satu tanggapan sesorang individu pada sesuatu
melalui pengalaman yang dilalui atau makluman yang dirakam dalam pemikiran
seseorang itu. Menurut Mohd. Salleh (1995), Persepsi merupakan sesuatu
proses individu mentafsir kederiaan rangsangan dan memberi makna kepadanya.
128
Ia juga adalah kesedaran dan reaksi seseorang individu dan ia tidak berlaku
secara automatik tetapi mengambil masa yang lama, iaitu melalui pentafsiran dan
pemahaman yang teratur. Manakala bagi. Abdullah dan Ainon (1995), “Persepsi
ialah tafsiran apa yang dilihat oleh mata, atau dengan kata lain, persepsi ialah
makna yang diberikan pada apa yang mata saksikan. Chaplin J.P. (1985) pula
menyatakan“Persepsi adalah proses seseorang mengetahui objek dan peristiwa-
peristiwa yang objektif melalui kederiaan, Persepsi dapat dinyatakan sebagai
tafsiran individu terhadap sesuatu melalui pengalaman dan ransangan yang
diterima oleh deria-deria mausoa. Maka kajian ini adalah untuk melihat tafsiran
pelajar terhadap budaya dan kepentingannya melalui pengalamanan pelajar itu
sendiri dan maklumat-maklumat yang diterima melalui pancaindera seperti
telinga, mata dan anggota badan yang lain dengan penyertaan dalam aktiviti
budaya.
3.0 PERNYATAAN MASALAH
Remaja masa kini sering dikaitkan dengan masalah sosial yang berlaku di
kalangan mereka. Perkembangan pesat teknologi multimedia dan internet yang
tidak terkawal menggalakkan lagi isu ini bertambah parah. Lokman Otman (2017)
menyatakan bahawa MASALAH sahsiah atau akhlak sebilangan kalangan remaja
kini dilihat semakin kronik. Mereka terjebak dalam masalah disiplin sama ada
dalam sekolah mahupun di luar. Keadaan tersebut seiring dengan peningkatan
perlakuan-perlakuan jenayah yang dilakukan sama ada berat atau ringan
sehingga kerap menjadi paparan laporan media konvensional atau sosial. Nurul
Husna Rosidi (2017), pula menyatakan bahawa masalah keruntuhan akhlak
remaja ini bukan perkara kecil dan jika tidak ditangani mereka akan menjadi
liabiliti kepada negara pada masa depan.
129
4.0 OBJEKTIF
Objektif Kajian ini adalah :
4.1 Mengetahui persepsi pelajar tentang kebudayaan
4.2 Mengetahui persepsi pelajar tentang kepentingan kebudayaan
5.0 SKOP KAJIAN
Skop kajian ini tertumpu pada pelajar Politeknik Tuanku Sultanah Bahoyah yang
menyertai aktiviti kebudayaan di Politeknik.
6.0 METODOLOGI KAJIAN
Kajian ini menggunakan bentuk kajian diskriptif yang menggunakan borang
soal selidik untuk memgumpul data kajian. Jones (1993), menyatakan soal selidik
adalah satu prosedur kajian yang lazim digunakan untuk kajian tinjauan soal
selidik. Borang soal selidik ini terbahagi pada 3 bahagian iaitu Bahagian A :
Demografi kajian, Bahagian B : Persepsi pelajar terhadap budaya dan Bahagian
C : Persepsi pelajar terhadap kepentingan budaya. Bagi mendapatkan respon
daripada responden skala liker telah digunakan. Menurut Oppenhien (1967)
dalam Mohd. Najib (1999), skala likert digunakan kerana ianya mempunyai tahap
kebolehpercayaan yang sangat tinggi.
Kajian rintis (pilot test) merupakan aktiviti kajian yang dibuat sebelum kajian
sebenar dilakukan. Ia bertujuan untuk menentukan kebolehpercayaan instrumen
kajian. Mohd Najib Abdul Ghafar (1999) menyatakan bahawa kebolehpercayaan
yang tinggi mempunyai nilai Alpha Cronbach melebihi 0.80. Kajian rintis bagi
kajian ini memberikan nilai Alpha Cronbach 0.85 dan ia menunjukkan
kebolehpercayaan yang tinggi.
130
7.0 ANALISIS DATA
Data kajian ini telah dianalis SPSS 21. Dan pengukuran yang digunakan
adalah nilai min. Terdapat tiga kaedah dalam penentuan tahap skor min. Tahap
min ini digolongkan kepada tiga tahap iaitu rendah, sederhana dan tinggi.
Menurut Landell (1997), tahap kecenderungan keputusan responden samada
Tinggi, Sederhana dan Rendah.
Jadual 7.1 Tahap min
Min Tahap
1.00 – 2.50 Rendah
2.51 – 3.50 Sederhana
3.51- 5.00 Tinggi
(Sumber : Diambil daripada Wiersma W. 1995 dalam Muhammad Haron Husaini
& Khairul Anuar Ahmad, 2008)
131
Jadual 7.2 Tahap Min Bagi Persepsi Pelajar Terhadap budaya
Budaya Min
Budaya merangkumi aspek 4.24
pemaikaian
Budaya melibatkan aspek seni 4.26
Merupakan norma sesuatu 4.41
masyarakat yang diturunkan
dari satu generasi ke satu
generasi
Budaya juga melibatkan 4.31
makanan
Permainan rakyat merupakan 4.31
sebahagian daripada budaya
Budaya melibatkan nilai dan 4.28
kepercayaan yang dipegang
oleh sesebuah bangsa
Adat resam sesebuah bangsa 4.36
juga adalah sebahagian
daripada budaya
Budaya terlibat dalam 4.28
pembentukkan tamdun
sesebuah bangsa
Jadual 7.2 di atas menunjukkan persepsi pelajar terhadap budaya. Min yang
diperolehi bagi setiap item bahagian B borang soal selidik adalah 3.50 ke atas.
Ini menunjukkan bahawa nilai min tersebut berada pada tahap tinggi. Jadi
dapatkan di katakan bahawa persepsi pelajar terhadap budaya adalah ianya
merupakan sebahagian daripada proses pembentukkan tamadun sesebuah
bangsa. Selain itu ianya juga merupakan satu nilai dan kepercayaan serta norma-
norma yang dipegang oleh sesebuah bangsa yang dituunkan generasi ke
132
generasi berikutnya. Budaya juga merangkumi segala aspek kehidupan sesbuah
bangsa seperti yang dikatakan oleh M.Sangar (2011)
Jadual 7.3 Tahap Min Bagi Persepsi Pelajar Terhadap Kepentingan Budaya
Kepentingan budaya Min
Budaya akar pada bangsa 4.23
Budaya merupakan identity 4.30
bahasa
Budaya menjadikan malam 4.52
syarakat sesebuah negara itu
unik
Perlunya budaya dipelihara 3.59
Budaya memainkan peranan 3.59
dalam pembangunan negara
Nilai-nilai murni boleh dicorak 4.29
dalam diri individu
Budaya boleh membentuk jati 4.24
diri individu
Budaya mampu mengawal 4.10
tingkahlaku
Budaya boleh menjadikan 4.26
masyarakat lebih dihormati
Jadual 7.3 menunjukkan persepsi pelajar terhadap kepentingan budaya.
Min yang diperolehi setiap item bahagian C ini adalah 3.50 ke atas yang
menunjukkan nilai min tersebut berada pada tahap tinggi. Oleh itu, budaya dilihat
dapat menjadi asas dan idendiditi sesebuah bangsa tersebut seperti yang
dinyatakan oleh Abu Seman Jahwie (2013) dalam Borneo Post Online yang
menyatakan bahawa adat budaya dan seni tradisi dalam sesebuah kaum
berperanan penting sebagai lambang atau identiti kaum berkenaan.
133
Budaya juga membantu membentuk nilai-nilai murni dalam diri sesseorang
individu. Ini disokong oleh Mohd Zaini Otman (2018) yang menyatakan Budaya
dan budi amat akrab perkaitan keduanya ibarat perumpamaan Melayu yang biasa
kita dengar iaitu ‘seperti aur dengan tebing’ atau 'ibarat isi dengan kuku.
Budaya juga boleh meyumbang kepada pembangunan negara melalui
pelancongan budaya. Malaysia yang mempunyai kelpelbagaian budaya menarik
pelancong luar untuk datang ke sini. Kedatangan pelancong ini akan membantu
dalam kadar pertukaran wang asing dan membuka peluang perniagaan di
kalangan masyarakat terutama dalam industri makanan, perhotelan dan juga
industry kraft tak lupa juga industry desa. Menurut Tan Sri Muhyiddin Yassin
(2015) dalam akhbar Utusan Online menyatakan bahawa industri yang nelibatkan
seni dan budaya mempunyai masa depan dan berpotensi menjana pendapatan
negara yang lebih tinggi pada masa-masa kana datang. Di Malaysia, industri
kreatif yang meliputi seni dan budaya, menyumbang kira-kira RM33 bilion kepada
KDNK Negara.
8.0 KESIMPULAN
Budaya boleh dikatakan merupakan satu nilai, kepercayaan dan norma
masyarakat yang diterima umum oleh masyarakat tersebut. Ia juga
mencerminkan sesebuah bangsa dan identity bangsa tersebut. Budaya
merangkumi semua aspek kehidupan sesebuah bangsa itu. Budaya amat penting
untuk dipelihara. Ia penting dalam pembentukkan tamadun bangsa. Budaya juga
mampu melahirkan insan yang mempunyai nilai-nilai murni. Ia juga mampu
menyumbang kepada pendapatan negara
134
9.0 RUJUKAN
Ainon Mohd. , & Abdullah Hassan , (1995). Kursus berfikir tinggi. Kuala Lumpur:
Utusan Publications & Distributors Sdn.Bhd.
E.B. Taylor (1958). Primitive culture. New York : Harper
Ismail Said Hussin Abdullah. (2009). Pengajian sosial 2: Siri pendidikan
perguruan. Shah Alam: Karisma Publications. Sdn.Bhd.
John.J.Macionis (1987). Sociology. New Jersey : Pentice Hall
Jones, D.S. (1993). “Survey Research Methods.” New York : Halt Dinahat and
Winston
J.P. Chaplin (1985). Ditionary Of Psycology. Random House Publishing Group
Kamus Dewan Edisi Keempat (2005)
Kluckhohn, C. (1962). Culture and behavior. Oxford, England: Free Press
Glencoe.
M.Sangar (2011). Budaya Masyarakat Tamil.
Mohd. Najib Abd Ghafar (1999). “Penyelidikan Pendidikan.” Johor : Universiti
Teknologi Malaysia. Pusat Perkhidmatan Akademik. Kolej Universiti
Teknikal Kebangsan Malaysia.
Mohd. Salleh Lebar (1995). Asas Perkembangan Psikologi. Kuala Lumpur :
Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd.
135
Muhammad Haron Husaini & Khairul Anuar Ahmad (2008). Kemahiran
keusahawanan: Satu kajian analisis kandungan. Prosiding SKIKS
Rohana Yusof. 2010.Asas Sains Sosial Dari Perspektif Sosiologi.
Kuala Lumpur: DewanBahasa dan Pustaka
Ruslan Zainuddin,et al,(2005) Kenegaraan Malaysia.
Suwardi Endraswara (2006). Metode, Teori, Teknik Penelitian Kebudayaan.
Yogyakarta :Pustaka Widyatama.
Syed Ismail Syed Mustapa (2010). Budaya dan Pembelajaran. Kuala Lumpur :
Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
http://pengajianmalaysiaikmtsya.blogspot.com/2014 /08/bab-2-budaya.html
ianya
https://mazlan66.wordpress.com/2008/03/16/kepentingan-budaya-tradisonal-
kita/
http://cikgu-rozali.blogspot.com/2012/06/nilai-dalam-budaya-masyarakat-
melayu.html
azman-duniaku.blogspot.com/2009/10/karangan-kebudayaan-penting-buat.html
http://www.utusan.com.my/berita/wilayah/kebudayaan-mantapkan-perpaduan-
1.87069
http://naqeeuddin18.blogspot.com/2017/08/kepentingan-mempertahankan-
unsur-unsur.html
136
http://www.theborneopost.com/2013/09/04/budaya-penting-sebagai-lambang-
dan-identiti-kaum/
https://www.bharian.com.my/node/202481
http://www.utusan.com.my/berita/nasional/industri-seni-dan-budaya-berpotensi-
jana-pendapatan-lumayan-muhyiddin-1.73237
137
Simposium Warisan Bangsa
MAC 15-17, 2019
Penang, Malaysia
GAMELAN TARIK MINAT PELAJAR PSMZA: SATU KAJIAN KES
Lidyanur binti Abdul Mutahar, Nur Liyana Athira binti Zahaba,
Rahimatun Awalin binti Ab Razak
[email protected], [email protected], [email protected]
Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, Dungun, Terengganu
____________________________________________________________________________
ABSTRAK
Gamelan merupakan alat muzik tradisional yang berasal dari Kesultanan Riau dan
dipersembahkan dalam majlis perkahwinan istana serta upacara kebudayaan. Genre muzik
gamelan yang kurang popular di kalangan pelajar menyebabkan pelajar tidak berminat untuk
mengenali dan mempelajari alat muzik tradisional gamelan ini. Kajian dilaksanakan bertujuan
untuk meninjau sejauh mana alat muzik tradisional gamelan ini mampu menarik minat pelajar
PSMZA dan juga adakah perbezaan jantina menentukan minat pelajar terhadap muzik tradisional
gamelan. Data-data dikumpulkan melalui kaedah kuantitatif menggunakan soal selidik atas talian
dan jenis pensampelan bertujuan yang terdiri daripada 40 orang pelajar PSMZA dari kursus
DRK3202 Kelab Gamelan. Analisa hasil kajian menggunakan analisis skor min dan ujian T.
Keputusan analisis menunjukkan item Lagu Baru mencatat nilai min purata paling tinggi iaitu 4.73,
manakala nilai min purata paling rendah adalah bagi item Teori iaitu 4.31. Bagi ujian T, hipotesis
ditolak kerana kesemua item tidak mempunyai hubungan yang signifikan antara minat pelajar
lelaki mahupun pelajar perempuan terhadap alat muzik tradisional gamelan (>0.05). Nilai Sig (2-
tailed) bagi kesemua item iaitu Teori (0.090), Alat Muzik (0.841), Lagu Baru (0.815), Tambah Ilmu
(0.320), Kongsi Ilmu (0.449) dan Kesimpulan (0.653). Dapatan ini membuktikan bahawa pelajar
kurang berminat mempelajari teori alat muzik gamelan tetapi sangat berminat dalam mempelajari
lagu lagu gamelan yang baru. Perbezaan jantina juga tidak menghalang minat untuk pelajar
pelajar PSMZA khususnya untuk turut sama meminati alat muzik tradisional gamelan ini dan
seterusnya menjadi pelapis dan penyambung delegasi budaya warisan kita.
Kata kunci: Gamelan, muzik, tradisional
1.0 PENGENALAN
Gamelan merupakan perkataan yang berasal dari bahasa purba Indonesia
dan bahasa asli moden yang membawa maksud yang sama yang bertujuan
memukul atau tukul atau bermain alat muzik (Jalal, 2008). Terdapat perbezaan
antara Gamelan Melayu dan Gamelan Jawa (Jalal, 2008) berdasarkan buku
berjudul Joget Pahang - Gamelan Melayu. Gamelan Melayu bermula di kalangan
pemerintah yang berasal dari Kepulauan Riau ke Istana Pahang kemudiannya ke
Istana Terengganu. Kebiasaannya di mainkan untuk tetamu diraja pada majlis-
majlis khas atau majlis perkahwinan sebagai iringan kepada tarian Joget Pahang.
Gamelan Jawa pula dimainkan di ruang terbuka untuk keseronokan awam
138
Simposium Warisan Bangsa
MAC 15-17, 2019
Penang, Malaysia
sebagai muzik rakyat dan dimainkan semasa upacara kelahiran, perkahwinan,
perayaan menuai dan sebagainya.
Alat muzik Gamelan Melayu mempunyai 7 instrumen iaitu gendang, saron
barung, gambang, keromong, saron demong gong suwukan dan sepasang gong
agung (Bakar, 1982). Alat muzik Gamelan Jawa pula terdiri daripada 19-20 jenis
instrument dan hampir sebahagiannya menyerupai alat Gamelan Melayu dan
selebihnya seperti ketuk, gender, slentem, kempul, celempung, rebab dan suling.
2.0 KAJIAN TERDAHULU
Kesenian gamelan Melayu dipercayai berasal dari Kesultanan Riau dan tiba
di Tanah Melayu pada tahun 1811 (Sheppard, 1983). Pemerintah negeri Pahang
telah membawa sekumpulan penari, pemuzik dan alat muzik gamelan dari Riau
bagi menyerikan majlis perkahwinan adinda pemerintah Pahang dengan putera
sulung Sultan Riau. Perkembangan seni gamelan ini telah tersebar meluas di
Istana Pahang sehingga wujudnya “Joget Pahang”. Ini disaksikan oleh seorang
pegawai British Frank Swettenham dalam penulisannya pada tahun 1875
sewaktu menjadi tetamu istana di Pekan, Pahang (Swettenham, 1878). Kesenian
ini seterusnya berkembang ke Terengganu apabila Sultan Zainal Abidin III tertarik
dengan kesenian gamelan sewaktu Joget Pahang di persembahkan di majlis
perkahwinan baginda bersama puteri Sultan Ahmad, Tengku Ampuan Mariam
pada 1885 (Ibrahim, 2005). Namun begitu, kegemilangan seni gamelan lenyap
seketika apabila berlakunya Perang Dunia II pada 1941 dan set instrumen
gamelan telah tersimpan rapi di kediaman Tengku Ampuan Mariam di Istana
Kolam. Pengarah Muzium Negara (Sheppard, 1983) ketika itu sedang
menjalankan kajian ukiran kayu di Istana Kolam telah menemui instrumen
gamelan tersebut dan tercetus idea untuk menghidupkan kembali seni gamelan
ini setelah diperkenan izin oleh Tengku Ampuan Mariam. Kini set instrumen
gamelan diserahkan kepada kerajaan Pahang dan dipamerkan di Muzium Sultan
Abu Bakar di Pekan, Pahang sebagai satu seni warisan untuk tatapan generasi
akan datang.
139
Simposium Warisan Bangsa
MAC 15-17, 2019
Penang, Malaysia
3.0 PENYATAAN MASALAH
Alat muzik tradisional gamelan merupakan alat muzik tradisional melayu
yang semakin dilupakan. Ini kerana kurangnya pendedahan terhadap alat muzik
tradisional di kalangan pelajar menyebabkan pelajar tidak mengenali alat muzik
tradisional ini. Sehubungan dengan itu, terdapat satu kursus iaitu DRK3202 Kelab
Gamelan berkredit yang ditawarkan kepada pelajar semester 3 PSMZA yang
berminat untuk mempelajari alat muzik tradisional gamelan ini.
Antara permasalahan yang timbul adalah pelajar yang mendaftar Kelab
Gamelan kebanyakkannya mendaftar sekadar memenuhi kelab yang masih
kosong dan bukan kerana minat.
Genre muzik gamelan yang kurang popular di kalangan pelajar
menyebabkan pelajar tidak berminat untuk mengenali dan mempelajari alat muzik
tradisional gamelan.
Selain itu, pelajar juga kurang diberi hebahan, pendedahan dan tidak ambil
tahu mengenai kewujudan alat muzik tradisional gamelan ini yang berada di Bilik
Kebudayaan PSMZA.
Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk meninjau sejauh mana alat muzik
tradisional gamelan ini mampu menarik minat pelajar PSMZA untuk mempelajari
alat muzik tradisional tinggalan generasi terdahulu.
140
Simposium Warisan Bangsa
MAC 15-17, 2019
Penang, Malaysia
4.0 OBJEKTIF
Objektif kajian adalah seperti berikut:
i. Mengenalpasti kesan muzik tradisional gamelan terhadap minat pelajar di
PSMZA.
ii. Mengetahui sama ada terdapat perbezaan kesan muzik tradisional gamelan
terhadap minat pelajar berdasarkan faktor jantina.
5.0 PERSOALAN KAJIAN
Berikut dinyatakan soalan-soalan penyelidikan yang menjadi asas kepada kajian
ini :
i. Sejauh manakah minat pelajar PSMZA terhadap muzik tradisional
gamelan?
ii. Adakah perbezaan jantina dapat membezakan kesan minat pelajar
terhadap muzik tradisional gamelan?
6.0 SKOP KAJIAN
Kajian ini dijalankan di Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA).
Dalam kajian ini, responden terdiri daripada 40 orang yang merupakan pelajar
yang mengambil kursus DRK3202 Kelab Gamelan. Jumlah responden ini adalah
jenis persampelan bertujuan dimana kesemua pelajar DRK3202 Kelab Gamelan
sesi Dis 2018 diambil sebagai sampel kajian.
141
Simposium Warisan Bangsa
MAC 15-17, 2019
Penang, Malaysia
7.0 KERANGKA KONSEPTUAL
GAMELAN
TARIK MINAT
PELAJAR PSMZA
TEORI LAGU
ALAT MUZIK BARU
KONGSI
ILMU
TAMBAH
ILMU
Kerangka konseptual bagi kajian ini melibatkan 5 item yang akan dinilai iaitu item
Teori, Alat Muzik, Lagu Baru, Tambah Ilmu, Kongsi Ilmu dan Kesimpulan
mempelajari alat muzik gamelan.
8.0 METODOLOGI
Kajian yang dijalankan adalah berbentuk kuantitatif yang mana data-data
dikumpul melalui soal selidik ataupun ujian. Kajian yang dijalankan melibatkan
pengedaran borang soal selidik secara atas talian kepada sampel pelajar Kelab
Gamelan PSMZA seramai 40 orang. Dalam kajian ini, rekabentuk kajian yang
digunakan ialah pensampelan bertujuan dipilih berdasarkan penyelidik memilih
sampel yang difikirkan paling tipikal untuk mewakili populasi yang diminati. Teknik
pensampelan ini digunakan dalam kajian kes yang melibatkan saiz populasi yang
kecil.
142
Simposium Warisan Bangsa
MAC 15-17, 2019
Penang, Malaysia
Analisis data menggunakan perisian SPSS versi 22 dan analisis min
digunakan untuk menjawab objektif pertama kajian manakala Ujian T digunakan
untuk menjawab objektif kedua kajian.
Instrumen yang digunakan untuk mengumpul data kajian ialah borang soal
selidik. Borang soal selidik menumpukan kepada dua pendekatan soalan iaitu
soalan aneka pilihan untuk Bahagian A dan skala Likert untuk Bahagian B.
Bahagian A melibatkan maklumat mengenai demografi responden manakala
Bahagian B pula melibatkan pembolehubah tak bersandar yang dikaji. Jawapan
pada skala Likert dibahagikan kepada 5 skala iaitu Skala 1: Sangat Rendah,
Skala 2: Rendah, Skala 3: Sederhana, Skala 4: Tinggi dan Skala 5: Sangat Tinggi.
Jadual 8.1 menunjukkan bilangan item setiap bahagian di dalam soal selidik.
Jadual 8.1 Bilangan Item Soal Selidik Setiap Bahagian
BAHAGIAN BILANGAN
ITEM
A Demografi 1
B Elemen minat terhadap kesan muzik gamelan kepada 10
pelajar Kelab Gamelan PSMZA
143
Simposium Warisan Bangsa
MAC 15-17, 2019
Penang, Malaysia
Jadual 8.2 menunjukkan nilai Alpha Cronbach adalah melebihi 0.6 iaitu
0.935, oleh itu semua item di dalam soal selidik dikekalkan.
Jadual 8.2 Nilai Alpha Cronbach
Nilai
Bahagian Alpha
Cronbach
Elemen minat
terhadap kesan
muzik gamelan 0.935
B
kepada pelajar
Kelab Gamelan
PSMZA
9.0 DAPATAN DAN ANALISIS KAJIAN
Data daripada soal selidik, Bahagian A yang melibatkan demografi
responden dianalisis dengan menggunakan analisis skor min. Analisis skor min
juga digunakan bagi menjawab objektif pertama kajian iaitu minat terhadap kesan
muzik tradisional gamelan kepada pelajar Kelab Gamelan PSMZA. Bagi
menjawab objektif kedua, Ujian T telah digunakan pada data soal selidik di
Bahagian B untuk mengetahui samada terdapat perbezaan kesan muzik gamelan
terhadap minat pelajar berdasarkan faktor jantina.
Analisis min digunakan menjawab onjektif pertama kajian iaitu
mengenalpasti sejauh mana minat pelajar terhadap muzik tradisional gamelan.
Item yang dinilai adalah dari aspek teori alat muzik gamelan, bermain alat muzik
gamelan, bermain lagu baru, menambah ilmu pengetahuan mengenai alat muzik
tradisional gamelan, berkongsi ilmu di media sosial dan kesimpulan mengenai
alat muzik gamelan.
144
Simposium Warisan Bangsa
MAC 15-17, 2019
Penang, Malaysia
Jadual 9.1 Nilai min bagi setiap item
Item Nilai
Min
B01: Teori Saya berminat 4.30
mempelajari
teori alat muzik
gamelan
B02: Saya berminat 4.33
Teori mempraktikkan
teori alat muzik
gamelan
B03: Saya suka 4.63
Alat Muzik bermain alat
muzik gamelan
B04: Saya seronok 4.68
Alat muzik bermain alat
muzik gamelan
B05: Saya seronok 4.73
Lagu baru dapat belajar
lagu baru
menggunakan
alat muzik
gamelan
B06: Saya gembira 4.72
Lagu baru dapat praktik
lagu baru
menggunakan
alat muzik
gamelan
B07: Saya berminat 4.55
untuk
145
Simposium Warisan Bangsa
MAC 15-17, 2019
Penang, Malaysia
Tambah menambah
ilmu ilmu
pengetahuan
berkenaan
muzik gamelan
B08: Saya seronok 4.56
Tambah untuk
ilmu mendalami
ilmu
pengetahuan
berkenaan
muzik gamelan
B09: Saya berminat 4.38
Kongsi ilmu untuk
berkongsi
bermain alat
muzik di media
sosial
B10: Secara 4.70
Kesimpulan keseluruhan,
saya gembira
dapat
mempelajari
alat muzik
tradisional
gamelan
Berdasarkan Jadual 9.1 Nilai min bagi setiap item mendapati bahawa nilai
min tertinggi adalah 4.74 iaitu pada item B05: Saya seronok dapat belajar lagu
baru menggunakan alat muzik gamelan. Data menunjukkan bahawa pelajar
seronok jika dapat mempelajari lagu baru sepanjang tempoh pembelajaran di
146
Simposium Warisan Bangsa
MAC 15-17, 2019
Penang, Malaysia
dalam kelas. Manakala nilai min paling rendah adalah 4.31 iaitu pada item B01:
Saya berminat mempelajari teori alat muzik gamelan. Dapatan menunjukkan
walaupun nilai min bagi item B01 paling rendah iaitu pelajar kurang berminat
mempelajari teori alat muzik gamelan, namun nilai min masih berada pada Skala
4 iaitu Tinggi.
Jadual 9.2 Nilai min purata
Item Nilai Min Purata
Teori: 4.31
B01 & B02
Alat Muzik: 4.65
B03 & B04
Lagu baru: 4.73
B05 & B06
Tambah ilmu: 4.55
B07 & B08
Kongsi ilmu 4.38
B09
Kesimpulan: 4.70
B10
Jadual 9.2 menunjukkan nilai min purata untuk semua item. Keputusan
analisis menunjukkan item Lagu Baru mencatat nilai min purata paling tinggi iaitu
4.73, manakala nilai min purata paling rendah adalah bagi item Teori iaitu 4.31.
Dapatan ini membuktikan bahawa pelajar kurang berminat mempelajari teori alat
muzik gamelan tetapi sangat berminat dalam mempelajari lagu lagu gamelan
yang baru.
Bagi menjawab objektif kajian yang kedua iaitu adakah perbezaan jantina
dapat membezakan kesan minat pelajar terhadap muzik tradisional gamelan,
Ujian T telah digunakan dan melibatkan satu hipotesis kajian.
147
Simposium Warisan Bangsa
MAC 15-17, 2019
Penang, Malaysia
Hipotesis: Terdapat hubungan yang signifikan antara minat pelajar terhadap
gamelan dan perbezaan jantina.
Jadual 9.3 Dapatan Ujian T (Nilai Min)
Item Jantina Nilai
Min
Teori: L 4.53
B01 & B02 P 4.17
Alat Muzik: L 4.63
B03 & B04 P 4.67
Lagu baru: L 4.75
B05 & B06 P 4.71
Tambah ilmu: L 4.66
B07 & B08 P 4.48
Kongsi ilmu L 4.50
B09 P 4.30
Kesimpulan: L 4.75
B10 P 4.67
Merujuk kepada nilai min pada Jadual 9.3 yang diperolehi daripada Ujian T,
bagi item Teori, terdapat perbezaan ketara iaitu bagi pelajar lelaki nilai min adalah
4.53 manakala pelajar perempuan 4.17. Ini menunjukkan bahawa pelajar lelaki
lebih berminat mempelajari teori alat muzik gamelan berbanding pelajar
perempuan.
148
Simposium Warisan Bangsa
MAC 15-17, 2019
Penang, Malaysia
Bagi item Alat Muzik, nilai min hampir sama diantara pelajar lelaki dan
pelajar perempuan iaitu 4.63 nilai min bagi pelajar lelaki manakala pelajar
perempuan 4.67. Ini membawa maksud pelajar lelaki dan perempuan suka dan
seronok dapat bermain alat muzik tradisional gamelan.
Item seterusnya adalah Lagu Baru, nilai min bagi bagi kedua pelajar lelaki
dan perempuan hampir sama iaitu 4.75 dan 4.71 menunjukkan bahawa pelajar
seronok dan gembira dapat mempelajari lagu baru menggunakan alat muzik
gamelan.
Bagi item Tambah Ilmu, terdapat perbezaan kecil nilai min bagi pelajar lelaki
dan perempuan iaitu pelajar lelaki 4.66 manakala pelajar perempuan 4.48. Ini
membuktikan bahawa pelajar lelaki lebih berminat untuk menambah ilmu
pengetahuan berbanding pelajar perempuan.
Item Perkongsian Ilmu, nilai min bagi pelajar lelaki adalah 4.50 manakala
nilai min bagi pelajar perempuan adalah 4.30. Data menunjukkan bahawa pelajar
lelaki lebih cenderung untuk berkongsi ilmu bermain alat muzik di media sosial.
Secara kesimpulannya, pelajar lelaki lebih minat dan gembira dapat
mempelajari alat muzik tradisional gamelan berbanding pelajar perempuan
dengan nilai min bagi pelajar lelaki adalah 4.75 manakala nilai min bagi pelajar
perempuan adalah 4.67.
149
Simposium Warisan Bangsa
MAC 15-17, 2019
Penang, Malaysia
Jadual 9.4 Dapatan Ujian T (Nilai Sig)
Item Jantina Sig Sig (2-
tailed)
Teori: L 0.30 0.090
B01 & B02 P
Alat Muzik: L 0.59 0.841
B03 & B04 P 0.58 0.815
Lagu baru: L
B05 & B06 P
Tambah L 0.01 0.320
ilmu: P
B07 & B08
Kongsi ilmu L 0.38 0.449
B09 P
Kesimpulan: L 0.25 0.653
B10 P
Berdasarkan Jadual 9.4, nilai Sig (2-tailed) diperolehi dari Ujian T. Bagi item
Teori, nilai Sig (2-tailed) adalah 0.090 (>0.05) menunjukkan bahawa tidak
terdapat hubungan yang signifikan antara pelajar lelaki dan pelajar perempuan
dengan mempelajari teori alat gamelan.
Bagi item Alat Muzik, nilai Sig (2-tailed) adalah 0.841 (>0.05) menunjukkan
bahawa tidak terdapat hubungan yang signifikan antara pelajar lelaki dan pelajar
perempuan dengan keseronokan bermain alat muzik gamelan.
150