Simposium Warisan Bangsa
MAC 15-17, 2019
Penang, Malaysia
Nilai Sig (2-tailed) bagi item Lagu Baru adalah 0.815 (>0.05) juga tiada
hubungan yang signifikan antara pelajar lelaki dan perempuan dalam
mempelajari lagu baru. Dengan merujuk kepada nilai min yang hampir sama,
pelajar lelaki dan perempuan seronok dan gembira dapat mempelajari lagu baru.
Bagi item Tambah Ilmu juga menunjukkan nilai Sig (2-tailed) adalah 0.320
(>0.05) iaitu tidak terdapat hubungan yang signifikan antara pelajar lelaki dan
pelajar perempuan dalam mendalami ilmu muzik gamelan. Ini bermakna pelajar
ini berminat untuk menambah ilmu pengetahuan berkenaan muzik gamelan
dibuktikan dengan nilai min yang hampir sama bagi pelajar lelaki dan pelajar
perempuan.
Nilai Sig (2-tailed) dalam item Kongsi Ilmu adalah 0.449 (>0.05)
menunjukkan bahawa tidak terdapat hubungan yang signifikan antara pelajar
lelaki dan pelajar perempuan dalam berkongsi ilmu bermain alat muzik tradisional
gamelan di media social seperti Youtube, Instagram, Facebook dan sebagainya.
Nilai Sig (2-tailed) bagi item Kesimpulan adalah 0.653 (>0.05), ini
menunjukkan tidak terdapat hubungan yang signifikan antara faktor jantina dan
keseronokan pelajar dalam mempelajari alat muzik tradisional gamelan ini.
Kedua-dua jantina iaitu samada pelajar lelaki atau pelajar perempuan seronok
dan gembira dapat bermain alat muzik tradisional gamelan.
10.0 KESIMPULAN
Hasil dapatan yang diperolehi daripada analisis nilai min digunakan bagi
menjawab objektif pertama kajian iaitu mengenalpasti sejauh mana minat pelajar
terhadap muzik tradisional gamelan. Nilai min purata bagi aspek teori alat muzik
gamelan (4.31), bermain alat muzik gamelan (4.65), bermain lagu baru (4.73),
menambah ilmu pengetahuan (4.55), berkongsi ilmu di media sosial (4.38) dan
kesimpulan mengenai alat muzik tradisional gamelan (4.70). Ini menunjukkan
151
Simposium Warisan Bangsa
MAC 15-17, 2019
Penang, Malaysia
minat pelajar berada di tahap yang tinggi walaupun pada awalnya mendaftar
Kelab Gamelan sekadar memenuhi kelab yang masih kosong. Seharusnya alat
muzik tradisional gamelan ini diperluaskan dan dipertingkatkan hebahan di
kalangan pelajar PSMZA.
Hasil daripada Ujian T yang telah dijalankan bagi menjawab objektif kajian
kedua iaitu perbezaan jantina dapat membezakan kesan minat pelajar terhadap
muzik tradisional gamelan. Berdasarkan dapatan yang diperolehi, hipotesis
ditolak kerana kesemua item tidak mempunyai hubungan yang signifikan antara
minat pelajar lelaki mahupun pelajar perempuan terhadap alat muzik tradisional
gamelan (>0.05). Nilai Sig (2-tailed) bagi kesemua item iaitu Teori (0.090), Alat
Muzik (0.841), Lagu Baru (0.815), Tambah Ilmu (0.320), Kongsi Ilmu (0.449) dan
Kesimpulan (0.653). Hasil ini menunjukkan bahawa perbezaan jantina tidak
menghalang minat untuk pelajar pelajar PSMZA khususnya untuk turut sama
meminati alat muzik tradisional gamelan ini dan seterusnya menjadi pelapis dan
penyambung delegasi budaya warisan kita
11.0 RUJUKAN
Bakar, D. M. M. bin A. (1982). Joget Pahang: Satu Usaha Menghidupkannya
Kembali. Pahang Dalam Sejarah, 1, 28–29.
Ibrahim, H. A. O. bin H. (2005). Joget Gamelan Terengganu & Pahang: Penerus
Tradisi Seni Persembahan Istana Kesultanan Melayu Melaka. Jabatan
Kebudayaan dan Kesenian Negara (Kementerian Kebudayaan, Kesenian &
Warisan Malaysia).
Jalal, A. F. A. (2008). Joget Pahang-Gamelan Melayu: The Classical Ensemble
of The Royal Pahang Court. Lembaga Muzium Negeri Pahang.
Sheppard, T. S. H. M. (1983). Joget Gamelan: A Cultural Puzzle. International
Book Service, Petaling Jaya.
Swettenham, S. F. A. (1878). A Malay Nautch. Straits Branch of the Royal
Asiatic Society, 2, 163–167.
152
Simposium Warisan Bangsa
MAC 15-17, 2019
Penang, Malaysia
153
Simposium Warisan Bangsa
MAC 15-17, 2019
Penang, Malaysia
PENINGKATAN KEMAHIRAN KOMUNIKASI MENERUSI AKTIVITI
KEBUDAYAAN DALAM KALANGAN PELAJAR POLITEKNIK
MERSING DAN POLITEKNIK PORT DICKSON
Nur Shahrul Atiqah Ishak*1, Nurfarizah Ishak2, Siti Norzana Mustaffa2
1Politeknik Mersing, Johor
2Politeknik Port Dickson
Abstrak
Kemahiran Komunikasi merupakan suatu elemen penting yang perlu dikuasai oleh para
pelajar pada masa kini. Kemahiran komunikasi yang baik merupakan suatu keperluan yang
dapat membantu para pelajar untuk lebih maju dan berdaya saing dalam proses
pembelajaran dan juga di alam pekerjaan. Kemahiran komunikasi kini semakin kurang
dikuasai oleh para pelajar. Pelajar juga kurang mem- berikan respon semasa proses
pengajaran dan pembelajaran. Aktiviti Kebudayaan seperti tarian tradi- sional, teater,
nasyid dan permainan muzik moden dan tradisional merupakan antara aktiviti yang di-
jalankan di Politeknik Mersing dan Politeknik Port Dickson. Aktiviti ko-kurikulum tambahan
ini merupakan aktiviti yang tidak berkredit yang dijalankan diluar waktu kuliah. Melalui
aktiviti ke- budayaan ini, pelajar dilihat tampil lebih menonjol mengetengahkan bakat
mereka sekali gus mem- bantu para pelajar untuk mengusai kemahiran komunikasi yang
yang lebih baik melalui penglibatan dalam aktiviti-aktiviti kebudayaan yang disertai. Kajian
ini dijalankan untuk melihat peningkatan ke- mahiran komunikasi dikalangan pelajar yang
menyertai aktiviti kebudayaan. Instrumen kajian ini ada- lah melalui borang soal selidik dan
temuramah. Sebanyak 80 orang pelajar kebudayaan terlibat di dalam kajian ini. Dapatan
kajian mendapati pelajar dapat meningkatkan kemahiran komunikasi me- lalui aktiviti
kebudayaan. Kajian ini juga mendapati pelajar mengakui kemahiran komunikasi adalah
penting dalam pencapaian akademik.
Kata kunci: kemahiran komunikasi; kebudayaan; pelajar; pencapaian akademik
154
Simposium Warisan Bangsa
MAC 15-17, 2019
Penang, Malaysia
1.0 PENGENALAN
Kemahiran komunikasi merupakan kemahiran penting yang perlu
dimiliki dan diamalkan oleh para pelajar di Institusi Pengajian Tinggi. Tanpa
kemahiran komunikasi yang baik, pelajar di anggap tidak kompetan dalam
elemen berkaitan (Abdillah et al., 2014). Ahmad et al (2014) menyatakan
komunikasi juga merupakan elemen penting dalam kehidupan manusia
terutama bagi menyampaikan maklumat tertentu dalam mengekspresikan
perasaan atau pendapat. Saodah Wok et.al (2003) menjelaskan kemahiran
berkomunikasi ialah proses penyam- paian sesuatu mesej melalui pelbagai
perantara sama ada secara tulisan, pertuturan atau bahasa badan. Oleh
yang demikian, untuk menghasilkan pelajar yang cemerlang, pelajar perlu
menguasai bidang akademik dan juga perlu memahami proses komunikasi
dengan baik. Komunikasi meliputi beberapa jenis antaranya komunikasi
individu, komunikasi berkumpulan, komunikasi keluarga, komunikasi media
massa, komunikasi antara budaya dan banyak lagi (Abdillah et al., 2014). Hal
ini sekaligus menjelaskan kemahiran berkomunikasi perlu difahami dan
dikuasai oleh para pelajar untuk membantu mereka lebih berdaya saing di
alam pekerjaan. Anizam et.al., (2008) mengulas bahawa graduan di Institusi
Pengajian Tinggi tempatan mempunyai tahap kemahiran interper- sonal yang
kurang, walaupun kebanyakan graduan tersebut tersenarai dalam kalangan
pelajar cemerlang dalam akademik. Penguasaan kemahiran komunikasi
yang baik dapat membantu para pelajar untuk membina hub- ungan sesama
individu. Antara halangan pelajar untuk menguasai kemahiran komunikasi
adalah disebabkan perasaan malu untuk bersuara, bersosial dan memberi
pendapat. Nur Pratiwi et al., 2014 menjelaskan halangan ini menyebabkan
pelajar kurang berminat untuk bersosial dan bermasyarakat secara realiti.
Terdapat juga dapa- tan kajian yang menujukkan bahawa sifat malu, takut
untuk mencuba dan takut untuk melakukan kesalahan akan memberi kesan
kepada keyakinan diri pelajar (Butt et al., 2011). Hasil tinjauan yang
dijalankan dan temu ramah di kalangan pensyarah Politeknik Mersing, pelajar
yang mempunyai keyakinan diri yang rendah meru- pakan pelajar yang tidak
155
Simposium Warisan Bangsa
MAC 15-17, 2019
Penang, Malaysia
berkomunikasi semasa proses PdP dijalankan. Aktivi kokurikulum adalah
aktiviti tambahan yang diadakan diluar waktu kuliah. Aktiviti tidak berkredit ini
merupakan aktiviti sampingan yang boleh disertai oleh para pelajar yang
berminat. Penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum dapat membantu
pelajar meningkatkan kualiti modal insan di samping kecemerlang kurikulum.
Menurut Ahmad et al., (2014), kebanyakan pelajar yang terlibat seaara aktif
dalam kokurikulum memiliki keyakinan diri dan autonomi yang lebih tinggi.
Hal ini kerana pelajar yang terlibat dengan aktiviti kokurikulum akan terlibat
dgn pelbagai perb- incangan diperingkat kumpulan atau masyarakat
setempat. Penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum dilihat memberi
impak yang positif kepada pelajar dalam pelbagai aspek dan kemahiran.
Dalam kajian Ahmad dan Noraini (2004), membuat perkaitan antara
kokurikulum dengan kemahiran generik. Hasil kajian mereka mendapati
kegiatan kokurikulum membina kemahiran generik pelajar supaya dapat
berdikari.
2.0 PERNYATAAN MASALAH
Kemahiran komunikasi adalah antara kemahiran generik yang sangat
penting dan perlu di kuasai oleh para pelajar. Dalam usaha meningkatkan
kebolehpasaran graduan pada masa kini, kemahiran komunikasi dilihat
antara penyumbang bagi membolehkan para graduan untuk tampil lebih
berdaya saing. Matin et al., (2010) menyatakan bahawa kemahiran
komunikasi amat penting dalam sesebuah organisasi. Akan tetapi para
pelajar di Institusi Pengajian Tinggi secara amnya dan Politeknik khususnya
dilihat kurang berkomunikasi semasa proses PdP berlangsung. Hal ini adalah
kerana pelajar kurang yakin untuk melontarkan idea dan malu untuk
bercakap dikhalayak ramai. Oleh itu, kajian ini dilakukan adalah untuk
mengenalpasti sama ada aktiviti ke- budayaan dapat membantu para pelajar
untuk meningkatkan kemahiran berkomunikasi dan menganalisa tahap
kesedaran pelajar mengenai kepentingan kemahiran komunikasi.
156
Simposium Warisan Bangsa
MAC 15-17, 2019
Penang, Malaysia
3.0 OBJEKTIF KAJIAN
Kajian ini dijalan untuk mengenalpasti adakah melalui aktiviti
kokurikulum (aktiviti kebudayaan) yang dijalan- kan di Politeknik Mersing dan
Politeknik Port Dickson dapat membantu para pelajar untuk lebih
berkeyakinan tinggi sekaligus meningkatkan kemahiran komunikasi pelajar.
Oleh yang demikian, objektif kajian adalah:
i. Penerapan elemen kemahiran komunikasi kepada pelajar
menerusi aktiviti kebudayaan
ii. Menganalisa tahap kesedaran pelajar terhadap kepentingan
kemahiran komunikasi menerusi aktiviti kebudayaan
4.0 KAEDAH KAJIAN
Kajian ini telah menggunakan kaedah analisis dokumen, temubual dan
borang soal selidik yang merupakan alat pengukuran sebagai instrumen
untuk mendapatkan data. Kaedah temu bual telah dibuat melalui panggilan
te- lefon, dan bersemuka dengan responden yang telah dipilih. Selain itu,
borang soal selidik telah diedarkan kepada responden sebagai data
sokongan kepada analisis kajian yang dibuat. Seramai 80 orang pelajar yang
terlibat dalam aktiviti kebudayaan di Politeknik Mersing dan Politeknik Port
Dikcson telah di pilih sebagai responden.
5.0 PERBINCANGAN DAPATAN KAJIAN
Bahagian A hanya mengambil maklumat demografi responden.
Seramai 80 orang responden telah menjawab borang kaji selidik yang telah
diedarkan. Seramai 40 orang pelajar lelaki dan 40 orang pelajar perempuan
telah menjadi responden. Seramai 30 orang pelajar berada di Jabatan
Perdagangan, 12 orang pelajar dari Jabatan Kejuruteraan Elektrik, 18 orang
pelajar dari Jabatan Kejuruteraan Awam, 3 dari Jabatan Kejuruteraan
Mekanikal dan 17 orang dari Jabatan Teknologi Maklumat dan Komputer.
Dari 80 orang responden, 34 orang berumur dari 18 tahun hingga 20 tahun,
157
Simposium Warisan Bangsa
MAC 15-17, 2019
Penang, Malaysia
40 orang berumur antara 21 tahun hingga 25 tahun dan 6 orang berumur
dalam lingkungan 26 tahun hingga 31 tahun.
Bahagian B pula mengambil maklumat mengenai jenis kelab yang
disertai, faktor menyertai kelab kebudayaan, penyertaan pelajar dalam
aktiviti-aktiviti yang dianjurkan dan juga kekerapan pertemuan yang
dijalankan oleh kelab-kelab kebudayaan yang disertai. Terdapat beberapa
kelab yang ditubuhkan dibawah Unit Kebudayaan Politeknik Mersing dan
Politeknik Port Dickson. Hasil dapatan mendapati, 14 orang responden
merupakan ahli Kelab Muzik Moden/Kugiran, 13 orang responden
merupakan ahli Kelab Muzik Tradisional, 28 orang adalah dari Kelab Tarian
Tradisional/Etnik, 30 orang merupakan ahli Kelab Teater dan Seni
Persembahan, 14 orang dari Kelab Kompang dan 4 orang dari responden
merupakah ahli Kelab Nasyid dan Qasidah. Bagi menjawab soalan faktor
yang mendorong pelajar untuk menyertai Kelab Kebudayan, 60% daripada
responden menjawab menyertai Kelab Kebudayaan kerana minat. Manakala
36.9% menjawab sekadar mencuba pengalaman baru, 11.9% memberi
alasan menyertai Kelab Kebudayaan kerana pengaruh rakan dan 2.4%
peratus mengatakan hanya menyertai Kelab Kebudayan atas desakan
pensyarah. Sebanyak 94% responden telah menyertai aktiviti- aktiviti yang
dijalan oleh Kelab Kebudayaan yang disertai oleh mereka. Bagi soalan
kekerapan pertemuan yang diadakan oleh Kelab yang responden sertai,
52.4% responden menjawab pertemuan diadakan seminggu sekali. Terdapat
juga 14.3% responden yang menjawab kelab yang mereka sertai
mengadakan pertemuan setiap hari, dan 32.1% menjawab kelab yang
mereka sertai hanya mengadakan pertemuan sebulan sekali dan ade juga
8.3% responden yang menjawab tiada pertemuan yang dijalankan.
Bagi menjawab persoalan kajian pada Bahagian C berkaitan elemen
kemahiran komunikasi yang dikuasai oleh pelajar, sebanyak 3 aspek telah
disediakan. Hasil dapatan yang diperolehi akan dihuraikan berdasarkan
kepada semua item tersebut merujuk kepada Skala Likert 4 peringkat yang
digunakan iaitu:
158
Simposium Warisan Bangsa
MAC 15-17, 2019
Penang, Malaysia
Tahap 1 : Sangat tidak setuju
Tahap 2 : Tidak Setuju
Tahap 3 : Setuju
Tahap 4 : Sangat Setuju
Aspek 1 Kebolehan menyampaikan idea dengan terang, berkesan dan
penuh keyakinan secara lisan dan bertulis.
Jadual 5.1
ITEM SANGAT TIDAK SETUJU SANGAT
TIDAK SETUJU SETUJU
SETUJU
Semasa menjalankan aktiviti, 2.5% 3.7%
pensyarah dan rakan-rakan 1.2% 4.8%
sentiasa membimbing saya 1.2% 0% 34.6% 59.3%
un- tuk menyatakan
idea/pendapat dengan
jelas.
Pensyarah dan rakan-rakan
sentiasa meminta
menggunakan bahasa yang 29.8% 64.3%
mudah difahami dan jelas
untuk menyampaikan
maklumat kepada orang lain.
Pensyarah dan rakan-rakan
sentiasa me- mastikan kami 29.8% 69%
menggunakan bahasa yang
sopan ketika komunikasi
159
Simposium Warisan Bangsa
MAC 15-17, 2019
Penang, Malaysia
Jadual 5.1 menunjukkan keputusan bagi setiap item kajian dalam aspek
1 dalam purata peratusan. Terdapat tiga item kajian di bawah aspek 1 iaitu
peranan pensyarah dan juga ahli dalam kelab untuk membimbing pelajar
menyatakan idea dan pendapat dengan jelas, pensyarah dan rakan-rakan
sentiasa menggalakkan pelajar untuk menggunakan bahasa yang mudah
difahami dan jelas untuk menyampaikan maklumat dan pensyarah dan raka-
rakan sentiasa memastikan penggunaan bahasa yang sopan ketika
komunikasi.
Persoalan kajian bagi item yang pertama menunjukkan 59.3%
responden sangat bersetuju yang mereka sentiasa dibimbing untuk
menyatakan idea atau pendapat dengan jelas. Manakala 34.6% responden
bersetuju dan hanya 3.7% tidak setuju dan 2.5% yang sangat tidak setuju.
Persoalan kajian bagi item yang kedua menunjukkan 64.3% responden
sangat bersetuju bahawa mereka dibimb- ing untuk menggunakan bahasa
yang mudah difahami dan jelas untuk menyampaikan maklumat kepada
orang lain. Manakala 29.8% daripada responden menyatakan mereka turut
bersetuju dengan kenyataan item yang kedua dan hanya 4.8% daripada
responden yang menyatakan mereka tidak bersetuju dan 1.2% yang sangat
tidak bersetuju.
Persoalan kajian bagi item yang ketiga dalam aspek 1 menunjukkan
69% daripada responden menyatakan mereka sangat bersetuju yang mereka
sentiasa memastikan menggunakan bahasa yang sopan ketika sedang
berkomunikasi dengan orang lain. Manakala 29.8% turut menyatakan
persetujuan mereka terhadap kenyataan item 3 dan hanya 1.2% yang tidak
bersetuju.
160
Simposium Warisan Bangsa
MAC 15-17, 2019
Penang, Malaysia
Aspek 2 Kebolehan mengamalkan kemahiran mendengar yang aktif dan
memberi maklum balas
Jadual 5.2
ITEM SANGAT TIDAK SETUJU SANGAT
TIDAK SETUJU SETUJU
SETUJU
Pensyarah
1.2%
sentiasa memastikan 3.6% 33.3% 61.9%
1.2%
kami memberikan sepenuh
2.4%
perhatian ketika se- dang
berkomunikasi dengan
orang lain.
Pensyarah sentiasa
meminta kami mem- 2.4% 31% 65.5%
berikan maklum balas
dengan baik apabila
disoal oleh orang lain.
Pensyarah sentiasa
memberi peluang kepada
kami untuk memberikan
maklum balas dengan 6% 28.6% 63.1%
tenang sekiranya terdapat
pencanggahan pendapat
semasa aktiviti
dijalankan.
Jadual 5.2 menunjukkan keputusan bagi setiap item kajian dalam aspek
2 dalam purata peratusan. Terdapat tiga item kajian di bawah aspek 2 iaitu
pensyarah sentiasa memastikan pelajar memberikan sepenuh perhatian
ketika sedang berkomunikasi dengan orang lain. Manakala item kedua
adalah pensyarah sentiasa meminta pelajar untuk memberikan maklum balas
dengan baik apabila disoal dan item terakhir adalah pensyarah sentiasa
mem- beri peluang kepada pelajar untuk memberikan maklum balas dengan
161
Simposium Warisan Bangsa
MAC 15-17, 2019
Penang, Malaysia
tenang sekiranya terdapat percanggahan pendapat semasa aktiviti
dijalankan.
Persoalan kajian bagi item yang pertama menunjukkan 61.9%
responden sangat bersetuju bahawa mereka sen- tiasa dibimbing untuk
memberikan sepenuh perhatian ketika sedang berkomunikasi dengan orang
lain manakala 33.3% turut menyatakan persetujuaan dan 3.6% responden
menyatakan mereka tidak bersetuju dan 1.2% re- sponden menyatakan
mereka sangat tidak bersetuju.
Persoalan kajian bagi item yang kedua menunjukkan 65.5% responden
menyatakan mereka sangat bersetuju yang mereka sentiasa diminta untuk
memberikan maklum balas dengan baik apabila disoal oleh orang lain, 31%
turut menyatakan persetujuan mereka terhadap perkara yang sama. Akan
tetapi, 2.4% daripada responden menyatakan mereka tidak bersetuju dan
1.2% responden menyatakan mereka sangat tidak bersetuju dengan
pernyataan item kajian yang kedua.
Persoalalan kajian bagi item yang ketiga menunjukkan 63.1% daripada
responden sangat bersetuju bahawa mereka sentiasa diberikan peluang
untuk memberikan maklum balas dengan tenang sekiranya terdapat pen-
canggahan pendapat semasa aktiviti dijalankan. 28.6% responden juga turut
bersetuju dengan pernyataan item, manakala 6% daripada responden
menyatakan tidak bersetuju dan 2.4% menyatakan mereka sangat tidak ber-
setuju.
162
Simposium Warisan Bangsa
MAC 15-17, 2019
Penang, Malaysia
Aspek 3 Kebolehan menyampaikan idea dan pendapat dengan penuh
keyakinan dan berkesan, bersesuaian dengan tahap pendengar.
Jadual 5.3
ITEM SANGAT TIDAK SETUJU SANGAT
TIDAK SETUJU SETUJU
Apabila melakukan aktiviti, SETUJU 35.7%
1.2% 28.9% 61.9%
saya me- mahami idea dan 1.2% 28.6%
3.6% 22.9% 67.5%
pendapat yang disam- 0%
6% 25% 63.1%
paikan rakan-rakan dengan 2.4% 71.1%
6%
jelas 0% 75%
0%
Saya berasa selesa dan yakin 0%
unutk mem-
beri pendapat dan idea
semasa melakukan aktiviti
bersama rakan-rakan
Semasa menjalankan aktiviti,
saya bebas untuk melontarkan
idea dan pendapat
yang saya rasakan perlu
Pensyarah sentiasa
memastikan kami
melaksanakan aktiviti dengan
baik dan berkeyakinan
apabila melakukan
persembahan
Saya sedar saya perlu
menggunakan ba-
hasa yang sopan ketika
berkomunikasi
163
Simposium Warisan Bangsa
MAC 15-17, 2019
Penang, Malaysia
Jadual 5.3 menunjukkan keputusan bagi setiap item kajian dalam aspek
3 dalam purata peratusan. Terdapat lima item kajian di bawah aspek 3 iaitu,
pelajar memahami idea dan pendapat yang disampaikan oleh rakan-rakan
dengan jelas, pelajar berasa selesa dan yakin untuk memberikan pendapat
dan idea semasa melakukan aktiviti bersama rakan-rakan, pelajar bebas
untuk melontarkan idea dan pendapat yang dirasakan perlu, pensyarah sen-
tiasa memastikan pelajar melaksanakan aktiviti dengan baik dan
berkeyakinan apabila melakukan persembahan, dan pelajar sedar mereka
perlu menggunakan bahasa yang sopan ketika berkomunikasi.
Persoalan kajian bagi item satu dalam aspek 3 menunjukkan 61.9%
responden menyatakan mereka sangat setuju dengan pernyataan item dan
35.7% turut menyatakan persetujuan terhadap pernyataan item. Hanya 1.2%
da- ripada responden menyatakan tidak setuju dan 1.2% responden
menyatakan mereka sangat tidak setuju dengan pernyataan item.
Persoalan kajian bagi item dua dalam aspek 3 menunjukkan 67.5%
daripada responden sangat setuju bahawa mereka berasa selesa dan yakin
untuk memberi pendapat dan idea semasa melakukan aktiviti bersama
rakan- rakan dan 28.9% daripada responden turut menyatakan mereka setuju
dan hanya 3.6% daripada responden tidak setuju dengan pernyataan item
dua.
Persoalan kajian bagi item tiga dalam aspek 3 pula menunjukkan 63.1%
daripada responden bersetuju mereka bebas melontarkan idea dan pendapat
yang dirasakan perlu dan 28.6% daripada responden turut menyatakan
persetujuan dan hanya 6% daripada responden yang tidak bersetuju dan
2.4% sangat tidak bersetuju dengan pernyataan item.
Persoalan kajian bagi item empat dalam aspek 3 menunjukkan 71.1%
daripada responden sangat bersetuju ba- hawa pensyarah sentiasa
memastikan kami melaksanakan aktiviti dengan baik dengan berkeyakinan
apabila melakukan persembahan dan 22.9% daripada responden turut
164
Simposium Warisan Bangsa
MAC 15-17, 2019
Penang, Malaysia
menyatakan persetujuan dan hanya 6% daripada responden tidak bersetuju.
Persoalan kajian bagi item kelima dalam aspek 3 menunjukkan 100%
responden bersetuju (75% sangat ber- setuju dan 25% setuju) terhadap
penyataan item bahawa mereka perlu menggunakan bahasa yang sopan
ketika berkomunikasi.
6.0 KESIMPULAN
Kemahiran berkomunikasi merupakan sebuah elemen yang terpenting
dalam proses kehidupan manusia. Menurut Abdul Aziz Yusof (2003)
menyatakan, komunikasi melibatkan penyampaian idea dan perasaan
kepada pihak lain. Oleh yang demikian, daripada hasil kajian di dapati
bahawa melalui bimbingan yang baik, penglibatan pelajar dalam aktiviti
kebudayaan telah membantu pelajar untuk lebih memahami proses komu-
nikasi sekaligus memberikan impak yang positif terhadap pelajar. Pelajar
mengakui lebih berkeyakinan untuk melontarkan idea dan pendapat serta
turut mengakui bahawa komunikasi perlu berlaku dalam keadaan tenang.
Pelajar juga turut mengakui apabila komunikasi berjalan dalam keadaan
tenang, mereka lebih selesa untuk mengeluarkan pendapat atau
memberikan respon walaupun idea atau pendapat dari rakan-rakan
bercanggah dengan pendapat mereka. Justeru itu, secara keseluruhannya,
berdasarkan dapatan hasil kajian daripada semua instrumen dapat
disimpulkan bahawa kemahiran komunikasi boleh di pertingkatkan melalui
aktiviti kokuriku- lum yang dijalan oleh Unit Kebudayaan di Politeknik Mersing
dan Politeknik Port Dickson. Malahan hampir 90% responden bersetuju
bahawa aktiviti kebudayaan telah membantu meningkatkan kemahiran
komunikasi mereka.
165
Simposium Warisan Bangsa
MAC 15-17, 2019
Penang, Malaysia
7.0 CADANGAN
Aktiviti kebudayaan merupakan antara aktiviti kokurikulum yang
ditawarkan oleh Politeknik Malaysia kepada para pelajar. Aktiviti tidak
berkredit ini sering kali mendapat maklum balas yang negatif daripada para
pen- syarah dan pihak pengurusan yang rata-rata menganggap aktiviti
kebudayaan adalah aktiviti yang tidak sihat. Akan tetapi melalui kajian ini,
hamper 90% daripada responden mengakui aktiviti kebudayaan telah
membantu mereka untuk memahami dan menjalankan proses komunikasi
dengan baik melalui penglibatan mereka dalam pelbagai aktiviti dijalankan
oleh setiap kelab dibawah Unit Kebudayaan yang berada di setiap Politeknik.
Walau bagaimanapun, penambahbaikan perlu dilakukan untuk
memantapkan lagi kemahiran komunikasi interpersonal dikalangan pelajar
sebagai persediaan mereka untuk menghadapi alam pekerjaan pada masa
akan datang. Oleh yang demikian, penyelidik mencadangkan agar Unit
Kebudayaan Politeknik dapat menjalankan lebih aktiviti pertukaran budaya
dan eksplorasi budaya bersama pelajar dalam usaha untuk memantapkan
lagi kemahiran komunikasi pelajar. Menerusi program ini, pelajar berpeluang
untuk lebih mendalami dan mempelajari teknik- teknik yang lebih baik untuk
meningkatkan lagi kemahiran komuniksi mereka sekaligus bertukar pendapat
dan idea untuk diperkembangkan lagi di peringkat politeknik.
Aktiviti kokurikulum banyak membantu dalam melahirkan figura
graduan yang lebih cemerlang dan berdaya saing sekaligus membantu
dalam meningkatkan kebolehpasaran dikalangan graduan Politeknik
Malaysia. Oleh yang demikian, penglibatan pelajar dalam aktiviti
kokurikulum khususnya dalam aktiviti kebudayaan mampu menjadikan
pemangkin dalam pembangunan sahsiah dan kemahiran insaniah pelajar
dengan lebih menyeluruh.
166
Simposium Warisan Bangsa
MAC 15-17, 2019
Penang, Malaysia
8.0 RUJUKAN
Ab. Aziz Yusuf (2003). Komunikasi Untuk Pengurus. Utusan Publication &
Distributor Sdn. Bhd. Kuala Lum pur
Ahmad Esa dan Hisham Jamaludin (2009) Peranan kokurikulum di universiti
dalam membentuk keterampilan mahasiswa. In: International
Conference on Teaching and Learning in Higher Education 2009
(ICTLHE09), 23-25 November 2009, Kuala Lumpur.
Ahmad Esa, Jailani Mohd Yunus dan Noraini Kaprawi (2004). “Peranan
Kokurikulum dalam Pembangunan Kemahiran Generik” Jurnal Sains
Social, KUiTTHO : Jilid 2. Bil 1. Halaman 1-7.
Ahmad Esa, Sarebah Warman dan Akmal Ali (2014). Penerapan dan
Kesedaran Pelajar Terhadap Kemahiran Komunikasi Interpersonal
Menerusi Kokurikulum Kelab Keusahawaan UTHM, Persidangan
Kebangsaan Pembangunan Holistik Pelajar 2014.
Anizam Mohamed Yusof, Ahmad Esa, Anisah Ahmad (2008). Kemahiran
Interpersonal Di Kalangan Pelajar Diploma Kejuruteraan Di Politeknik.
Persidangan Pelajar Peringkat Kebangsaan 2008. Universiti Teknologi
Malaysia, 22-23 Oktober 2008.
Butt, M., Moosa, S., Ajmal, M., and Rahman, F. (2011). Effects of Shyness On
The Self Esteem of 9th Grade Female Students. International Journal of
Business and Social Science. Vol.2, No. 12.
Matin, H. Z., Jandaghi, G., Karimi, F. H. & Hamidizadeh, A. (2010).
Relationship between Interpersonal Communication Skills and
Organizational Commitement (Case Study: Jahad Keshavarzi and
Uni versity of Qom Iran), European Journal of Social Sciences
167
Simposium Warisan Bangsa
MAC 15-17, 2019
Penang, Malaysia
13(3), 387-398.
Mohd Faeez Ilias, Ahmad Shafiq Mat Razali, Mohd Izzudin Mohd Pisol dan
Muhammad Syakir Sulaiman (2016). Kemahiran Interpersonal Sebagai
Asas Pembentukan Kemahiran Bermasyarakat. Conference of Muslim
Society 2016. Kolej Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, 24 Oktober
2016.
Nur Pratiwi, Suhaila Zailani Ahmad dan Salamiah Ab. Ghani (2014). Kajian
Terhadap FAktor Keresahan Pelajar Dalam Kelas Maharat Al-
Muhadathah Wal Khatabah. Prosiding Seminar Pengajaran &
Pembelajaran Bahasa Arab 2014. Fakulti Pengajian Islam, UKM &
Fakulti Kontemporari Islam, Unisza. ISBN 978-967-5478-78-9.
Royo, Abdillah and Muda, Suriani (2011) Faktor-faktor yang mempengaruhi
tahap penguasaan kemahiran komunikasi di kalangan pelajar tahun 4
perdana Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan(Kej. Awam, Kej.
Elektrik, Kej. Jentera dan Kemahiran Hidup) di Universiti Teknologi
Malaysia. Journal of Science & Mathematics Education . pp. 1-9.
Saodah Wok, Narimah Ismail dan Mohd Yusof Hussain (2003). Teori-
teori Komunikasi. Kuala Lumpur: PTS Publication & Distribution
Sdn. Bhd
168
Simposium Warisan Bangsa
MAC 15-17, 2019
Penang, Malaysia
IMPAK KELAB SEMARAK SENI (KSS) KEPADA PELAJAR POLITEKNIK
SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH (PSA) DALAM MEMUPUK
SIFAT CINTAKAN BUDAYA DAN SENI WARISAN MALAYSIA.
Muhammad Hilman Hakin bin Salim, Noor Azira binti Aziz, Wahida binti Mohamad
Noor
Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor
Abstrak
Pada era globalisasi ini, minat dan citarasa rakyat Malaysia kian berubah ke arah seni
persembahan bersifat kontemprari. Generasi muda Malaysia merasakan bentuk-bentuk seni
persembahan moden barat dan pop Korea (K-pop) sebagai lebih menepati jiwa dan citarasa
mereka. Mereka tidak lagi berminat kepada muzik asli dan seni tari tradisional kerana mereka
sendiri tidak mengenali dan memahami apatah lagi untuk dihayati atau disanjungi. Sikap ini
amat ketara khususnya di kawasan bandar di mana gaya hidup moden dan hiburan
‘mainstream’ adalah perkara biasa selari dengan perkembangan teknologi media massa yang
mendorong kepada kepesatan perkembangan budaya popular ini. Hal ini menyebabkan,
Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEP) mengambil inisiatif penubuhan Kelab Semarak Seni (KSS)
PSA pada Disember 2014 sebagai aktiviti kokurikulum tambahan (extra cocuriculum) untuk
memupuk minat dan citarasa generasi muda terhadap seni warisan Malaysia melalui bidang
muzik dan tarian. Secara tidak langsung, KSS dengan cogankata “Generasi Muda Pewaris
Bangsa”, sebenarnya telah membantu Unit Kebudayaan dan Warisan, Jabatan Sukan,
Kokurikulum dan Kebudayaan PSA dalam menjalankan, menyelaras semua aktiviti pelajar
berkaitan kebudayaan dan warisan. Sehubungan dengan itu, kajian ini bertujuan untuk
mengenal pasti keberkesanan Kelab Semarak Seni kepada pelajar dan alumni PSA yang
menganggotai kelab inidlam memupuk sifat cintakan budaya dan seni warisan Malaysia.
Seramai 32 pelajar alumni dan semasa dari Exco Tarian dan Exco Muzik dan Vokal diambil
sebagai sampel kajian melalui boring soal selidik. Hasil kajian menunjukkan bahawa
penglibatan pelajar dalam Kelab Semarak Seni ini dapat meningkatkan kemahiran insaniah
dan nilai tambah seseorang pelajar untuk berdaya saing seterusnya melahirkan Lifeskills Artist
yang cinta akan seni budaya warisan Malaysia.
Kata kunci: Budaya popular, Kelab Semarak Seni, Kokurikulum Tambahan, Kemahiran
Insaniah, Nilai Tambah
1.0 PENGENALAN
Pada zaman globalisasi ini, seni tarian dan muzik tradisional semakin
dilupakan. Hal ini berlaku kerana citarasa generasi muda khususnya anak
190
Simposium Warisan Bangsa
MAC 15-17, 2019
Penang, Malaysia
muda Melayu lebih terdorong kepada budaya barat dan yang terkini dengan
budaya pop Korea (K-pop). Fenomena seperti ini dikenali sebagai budaya
popular yang berkembang secara global bukan sahaja mempengaruhi
budaya, malahan menjadi sebahagian penting dalam kehidupan masyarakat
moden kini
Menurut Menurut Zaharul Lailiddin (2014), dengan ledakan teknologi
maklumat dan komunikasi digital, budaya luar semakin kuat mempengaruhi
masyarakat Melayu sehingga tari, muzik dan teater tradisional Melayu
semakin terpinggir. Ia hanya dipersembahkan semasa majlis-majlis khas atau
sebagai persembahan kebudayan untuk tujuan pelancongan.
“Sesungguhnyalah, budaya Melayu hari ini menghadapai pelbagai
cabaran dan ancaman pada zaman global yang begitu pesat bergelora akibat
pengaruh kuat media massa, akibat serangan hebat budaya moden asing
dalam segala bidang termasuk seni budaya, perilaku manusia, bahasa dan
lain-lain.”
Azah Aziz, Tokoh Budaya
Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA) merupakan sebuah
Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di kawasan pusat bandar turut terkesan
dengan fenomena ini. Di kawasan bandar, seni tari dan muzik tradisional
sudah kekurangan peminat kerana ia lebih dikaitkan dengan persekitaran
kampung berbanding dengan penduduk bandar yang lebih bersifat terbuka
kepada pengaruh dan penerimaan elemen luar negara.
‘Sikap orang Melayu yang ghairah meniru dan mudah terpengaruh
mencelarukan lagi suasana.”
Puan Azah Aziz, Tokoh Budaya
191
Simposium Warisan Bangsa
MAC 15-17, 2019
Penang, Malaysia
Menurut A.F Yassin (2007), pernyataan oleh Tokoh Budaya Negara
Azah Aziz ketika wawancara bersama beliau, sikap orang Melayu yang mudah
terikut-ikut dengan pengaruh budaya asing sebenarnya antara punca utama
kebudayaan melayu sukar h dilestarikan.
Sehubungan dengan itu, pada tahun 2014 pihak Jabatan Hal Ehwal
Pelajar (JHEP) PSA telah mengambil inisiatif menubuhkan Kelab Semarak
Seni sebagai salah satu usaha untuk menarik kembali pelajar PSA untuk
meminati seni tari dan muzik tradisional ini. Melalui kelab yang berdaftar, pihak
JHEP menyediakan platform untuk pelajar bergiat dalam bidang kokurikulum
di mana melaluinya kemahiran insaniah, komunikasi dan kepimpinan
organisasi dapat dipupuk di samping pemeliharaan seni dan budaya warisan
di kalangan pelajar dapat dicapai.
Strategi yang diambil
Antara strategi yang diambil oleh KSS dalam menerapkan seni tari dan
muzik tradisional di kalangan ahlinya adalah menerusi paksaan. Walaupun ia
bukan kaedah yang popular tetapi ia amat berhasil dalam memberi keputusan
yang cepat. Kumpalan tarian dan muzik KSS diwajibkan memainkan lagu
tradisional atau asli di dalam persembahan mereka khususnya di majlis rasmi
PSA. Antara medan utama persembahan lagu asli dan tradisional adalah
ketika majlis konvokesyen. Sementara kumpulan tarian, tarian tradisional atau
tarian rakyat kaum masing-masing urut dititikberatkan. Untuk mencapai
matlamat ini. KSS PSA telah berkerjasama dengan Jabatan Kebudayaan dan
Kesenian Negara (JKKN) Selangor dan Perbadanan Adat dan Warisan Negeri
Selangor (PADAT) dari aspek kepakaran bidang jurulatih yang dilantik.
Selain itu, KSS turut memfokuskan penganjuran program atau bengkel
yang berkaitan dalam usaha menyemarakkan lagi minat pelajar terhadap seni
192
Simposium Warisan Bangsa
MAC 15-17, 2019
Penang, Malaysia
tari dan muzik tradisional ini. Antaranya ialah penganjuran Malam Apresiasi
Seni (MAS) yang merupakan program yang mempersembahkan tarian-tarian
tradisional dan juga nyanyian lagu-lagu Asli yang telah dipelajari bersama
jurulatih sepanjang semester. Persembahan tersebut biasanya dihadiri oleh
wakil pihak pengurusan PSA dan wakil dari pihak JKKN dan PADAT. Selain
itu, pertandingan yang disertai oleh pelajar juga lebih kepada berunsurkan
tradisional seperti pertandingan lagu rakyat, lagu tradisional dan tarian
tradisional.
2.0 PERNYATAAN MASALAH
Penularan budaya seni tari dan muzik dari luar telah mengurangkan
minat terhadap anak muda tempatan terutamanya berkaitan dengan seni
warisan budaya tarian dan muzik tradisional. Majoriti daripada pelajar PSA,
kurang mengetahui kepentingan mengekalkan seni muzik dan tarian
tradisional yang penuh dengan keunikan.
Keunikan ini dapat dilihat dari struktur tarian dan muzik yang dihasilkan
dan dipersembahkan melalui idea, kreativiti masyarakat dahulu, lirik lagu yang
digubah, alunan suara yang dilontarkan, serta lentok badannya di sesuatu
tarian dan muzik yang dikarya. Menurut Zaharul Lailiddin (2014) generasi
muda kini tidak cukup diberi pendedahan kepada pendidikan tentang seni
warisan ini semasa di sekolah (Zaharul Lailiddin, 2014). Sehubungan itu,
Kelab Semarak Seni ditubuhkan dengan harapan dapat menarik semula
pelajar PSA untuk kembali meminati khazanah warisan bangsa ini dan
seterusnya memelihara budaya agar tidak pupus.
193
Simposium Warisan Bangsa
MAC 15-17, 2019
Penang, Malaysia
3.0 OBJEKTIF
Objektif kajian adalah untuk mengkaji impak Kelab Semarak Seni
Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA) dalam penyediaan
platform kepada pelajar PSA untuk mengenali dan seterusnya memupuk sifat
cintakan budaya dan warisan bangsa dari aspek seni tari dan muzik
tradisional.
4.0 SKOP
Skop kajian adalah melibatkan ahli semasa dan alumni kelab Semarak
Seni PSA yang terlibat dengan exco tarian dan muzik sahaja.
5.0 METODOLOGI KAJIAN
Kajian ini menggunakan kaedah soal selidik secara atas talian dimana ia
diaplikasikan kepada alumni dan ahli semasa Kelab Semarak Seni di PSA.
Borang kaji selidik (Google Form) digunakan sebagai instrumen kajian. Tahap
keberkesanan Kelab Semarak Seni (KSS) dinilai menggunakan skala Likert,
iaitu 1-Sangat Setuju, 2- Setuju, 3- Sederhana, 4- Tidak Setuju, 5-Sangat
Tidak Setuju. Sampel kajian adalah terdiri daripada 32 responden daripada
ahli semasa dan alumni Kelab Semarak Seni (KSS) dari tahun 2014 hingga
2019.
6.0 DAPATAN KAJIAN
Kajian ini telah dijawab oleh 32 responden dari exco tarian dan muzik di
mana pelajar alumni yang menjawab kajian ini ialah 11 orang dan pelajar
semasa seramai 21 orang. Responden yang terlibat terdiri daripada 16 orang
lelaki dan 16 orang perempuan. Mengikut pembahagian mengikut jabatan
194
Simposium Warisan Bangsa
MAC 15-17, 2019
Penang, Malaysia
pula, 10 orang pelajar dari Jabatan Kejuruteraan Awam, 6 orang pelajar dari
Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, 3 orang pelajar dari Jabatan Kejuruteraan
Elektrik dan 13 orang pelajar dari Jabatan Perdagangan.
Jadual 6.1 Maklum balas impak Kelab Semarak Seni dari Exco Tarian
No Perkara Sangat Setuju Tidak Tidak Sangat
tidak
setuju pasti setuju setuju
4%
1 Sebelum menyertai KSS,
0%
saya sudah mempunyai 28% 48% 8% 12%
0%
pengetahuan dalam tarian
0%
tradisional melayu.
0%
2 Pengetahuan dan
kemahiran saya mengenai 44% 56% 0% 0%
tarian tradisional melayu
telah meningkat sejak
menyertai KSS.
3 Saya mendapat bimbingan
yang baik dari 60% 32% 8% 0%
jurulatih/senior dalam
mempelajari tarian
tradisional melayu ini.
4 Sejak mempelajari tarian
tradisional melayu, saya 60% 32% 8% 0%
semakin bersemangat untuk
memelihara warisan ini agar
terus releven di jiwa anak
muda.
5 Saya boleh berkongsi asas
tarian tradisional melayu 52% 44% 4% 0%
yang dipelajari oleh rakan
yang lain.
Jadual 6.1 menunjukkan pengumpulan data daripada kajian soal selidik
atas talian yang diberikan kepada Exco Tarian. Analisis ini menunjukkan 28%
daripada responden mempunyai pengalaman dalam Tarian Traditional
sebelum menyertai KSS. Seterusnya, sebanyak 44% menujukkan responden
sangat bersetuju bahawa KSS telah membuka minda dan peluang kepada
mereka untuk lebih mengenali tarian-tarian tradisional.
195
Simposium Warisan Bangsa
MAC 15-17, 2019
Penang, Malaysia
Di samping itu, sebanyak 60% responden menyatakan bahawa mereka
semakin bersemangat setelah menyertai Kelab Semarak Seni dalam
mempelajari seni Tarian Traditional dari pelbagai unsur budaya dari suku
kaum yang yang berbeza.
Seterusnya, 60% responden sangat bersetuju bahawa mereka telah
diberikan bimbingan yang baik sepanjang menyertai kelab tarian tradisional
dibawah bimbingan KSS untuk mempersembahkan sesebuah tarian di
platform-platform yang disediakan. Justeru, membantu memelihara warisan
tarian tradisional dikalangan anak muda.
Akhirnya, ilmu yang dipelajari haruslah dikongsi bersama dengan rakan
disekeliling kita. Sebanyak 52% responden sangat bersetuju bahawa mereka
boleh berkongsi asas pembelajaran tarian tradisional bersama rakan yang lain
samada bersama pelajar di dalam kelab atau di luar Kelab Semarak Seni.
196
Simposium Warisan Bangsa
MAC 15-17, 2019
Penang, Malaysia
Jadual 6.2 menunjukkan pengumpulan data daripada kajian soal selidik atas
talian yang diberikan kepada Exco Muzik dan Vokal.
No Perkara Sangat Setuju Tidak Tidak Sangat
setuju tidak
setuju pasti
setuju
1 Sebelum menyertai KSS, saya
sudah mempunyai pengetahuan 22% 18% 25% 13% 22%
dalam muzik tradisional melayu.
2 Pengetahuan dan kemahiran
saya mengenai muzik tradisional 42% 46% 8% 4% 0%
melayu telah meningkat sejak
menyertai KSS.
3 Saya mendapat bimbingan yang
baik dari jurulatih/senior dalam 54% 35% 8% 3% 0%
mempelajari muzik tradisional
melayu ini.
4 Sejak mempelajari muzik
tradisional melayu, saya semakin 54% 35% 8% 0% 3%
bersemangat untuk memelihara
warisan ini agar terus releven di
jiwa anak muda.
5 Saya boleh berkongsi asas muzik
tradisional melayu yang dipelajari 47% 38% 11% 0% 4%
oleh rakan yang lain.
Jadual 6.2 memaparkan maklum balas responden terhadap
keberkesanan Kelab Semarak Seni dari Exco Muzik dan Vokal.
197
Simposium Warisan Bangsa
MAC 15-17, 2019
Penang, Malaysia
Analisa dari penilaian persepsi pelajar Exco Muzik dan Vokal dari Kelab
Semarak Seni terhadap keberkesanannya ini ditubuhkan dapat dirungkai
melalui borang kajian soal selidik yang telah dijalankan, didapati muzik dan
lagu tradisional ini masih mendominasi minda anak muda.
Kebanyakan responden bersetuju bahawa keberkesana penubuhan
kelab ini dapat membuka minda dan peluang terhadap remaja masa kini. 22%
daripada responden mempunyai pengalaman dalam bidang muzik tradisional
sebelum menyertai KSS. Kemahiran responden juga meningkat berdasarkan
siasatan yang dilakukan seramai 42% responden sangat setuju apabila
menyertai KSS.
Seterusnya, 54% responden sangat bersetuju bahawa mereka diberi
bimbingan yang baik sepanjang menyertai kelab tarian tradisional dibawah
bimbingan KSS dan seramai 54% sangat bersetuju bahawa mereka lebih
bersemangat untuk memelihara warisan muzik tradisional ini agar terus
releven dikalangan anak muda.
Akhir sekali, dengan penglibatan mereka dalam exco muxik dan vocal di
Kelab Semarak Seni (KSS) mereka sangat bersetuju bahawa mereka boleh
berkongsi asas muzik tradisional bersama dengan rakan yang lain.
198
Simposium Warisan Bangsa
MAC 15-17, 2019
Penang, Malaysia
7.0 KESIMPULAN
Visi dan misi Kelab Semarak Seni adalah untuk memupuk minat dan cita
rasa generasi muda terhadap seni warisan dan budaya di PSA.
Sesungguhnya kekuatan terhadap seni warisan dan budaya boleh menjadi
antara formula kejayaan negara pada masa sekarang dan hadapan. Maka
melalui kesedaran ini, kita hendaklah sentiasa memupuk kesedaran generasi
sekarang supaya menghargai nilai kebudayaan serta berusaha untuk
memelihara dan memperelokkannya. Penglibatan pelajar PSA dalam KSS
melalui seni warisan dan budaya bukan sahaja mampu untuk
menyatupadukan sesuatu kaum sahaja malah kesenian dan kebudayaan
adalah satu bidang yang profesional yang dapat menyumbang ke arah
menjana pendapatan. Oleh itu, generasi sekarang perlulah sedar dan
berusaha dengan gigih serta teratur dalam memartabatkan kesenian dan
kebudayaan tradisional yang dikecapi pada hari ini supaya terpelihara
selamanya malahan lebih baik daripada apa yang dicapai pada hari ini.
Seterusnya Kelab Semarak Seni mendepani seni warisan dan budaya untuk
mencapai satu gagasan yang lebih mantap pada masa hadapan terhadap
pelajar PSA. Intihanya, untuk memartabatkan seni tradisional Malaysia, KSS
telah menganjurkan program-program seperti Malam Apresiasi Seni
bekerjasama dengan DRK 3172 – Tarian Tradisional, XFactor PSA dan Majlis
Konvokesyen PSA dengan menekankan pelajar untuk membuat
persembahan seni traditional Malaysia seperti Tarian Zapin, Inang, Joget dan
Asli. Selain itu, irama muzik traditional seperti muzik Asli dan Traditional juga
diwajibkan di dalam program tersebut.
199
Simposium Warisan Bangsa
MAC 15-17, 2019
Penang, Malaysia
8.0 RUJUKAN
Umar Tomik, Hiburan moden ‘bunuh’ warisan bergendang (2015), Di akses
pada Februari 2019, dari
https://www.google.com.my/amp/www.bharian.com.my/node/90449/amp
Wardatul Aishah (2016), di akses pada Februari 2019, dari
https://www.academia.edu/9128964/Kokurikulum_Di_Dalam_Sistem_Pendidi
kan_Di_Malaysia_Satu_Tinjauan_Awal
Rangcangan Malaysia Ke-10 (2010), di akses pada Februari 2019, dari
http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/penafian/1533-ingin-tahu-ekonomi-
ekonomi-malaysia/rancangan-malaysia/7800-rancangan-malaysia-ke-
10-qrancangan-kemakmuran-ekonomi-dan-keadilan-sosialq
Kokurikulum dan Kurikulum (2014), di akses pada Februari 2019, dari
http://tujuhpen.blogspot.com/2014/06/perkaitan-kurikulum-dan-
kokurikulum.html?m=1
Jecy Lim, Tarian Tradisional Malaysia (2012), di akses pada Februari 2019,
dari
http://tariantradisional.blogspot.com/
Noraini Suhaida, memperkenalkan Warisan Kesenian (2014), di akses pada
Februari 2019. dari
http://senidance.blogspot.com/2012/04/memperkenalkan-warisan-
kesenian.html
Hafiz Roslan (2017), Kepentingan Mempertahankan Unsur-unsur
Kebudayaan, dirujuk pada Februari 2019.
200
Simposium Warisan Bangsa
MAC 15-17, 2019
Penang, Malaysia
Masitah Binti Mad Daud (2017), Pemikiran Dalam Lirik Lagu: Satu analisis
Makna, dirujuk pada Februari 2019.
Prof.Madya Zaharul Lailiddin Saidon (2014), University Pendidikan Sultan
Idris, Kelestarian dan Pengkomersialan Seni Persembahan Tradisional
Melayu Dalam Konteks Industri Kreatif, di rujuk pada Februari 2019.
Nor Suhara Haji Fadzil (2010), Kepentingan Kokurikulum Dalam Pendidikan di
Sekolah Menengah, di rujuk pada Februari 2019.
Saiful Nizam Sa’ari (2017), Keberkesanan Pelajar Menyertai Pasukan Badan
Beruniform Pasukan Institusi Pertahan Awam (PISPA) di Politeknik
Sultan Abdul Halim Mu’Adzam Shah, dirujuk pada Februari 2019.
Abdul Rahman Katri@Kadri(2008), Keberkesanan Organisasi Bayu Dalam
Melaksanakan Acara dan Impaknya Terhadap Pelajar UNIMAS, di rujuk
pada Februari 2019.
201
Simposium Warisan Bangsa
MAC 15-17, 2019
Penang, Malaysia
PENGARUH HEDONISTIK PELAJAR SENIOR TERHADAP PELAJAR
JUNIOR SEMESTER SATU JABATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT &
KOMUNIKASI DALAM MELIBATKAN DIRI DENGAN AKTIVITI SENI
BUDAYA DI POLITEKNIK MUADZAM SHAH, PAHANG
Noor Kasmara Mohd Sokarnor*, Nuur Asikin Abdullah. Nurul Syahadah Firdaus
Politeknik Muadzam Shah, Pahang
Abstrak
Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti pengaruh di kalangan pelajar senior ke atas
pelajar junior Semester Satu Jabatan Teknologi Maklumat & Komunikasi dalam melibatkan
diri dengan aktiviti seni budaya yang dijalankan di Politeknik Muadzam Shah sepanjang Sesi
Disember 2018. Kajian ini melibatkan 83 pelajar Semester Satu, 144 pelajar Semester Dua,
dan 82 pelajar Semester 5 dari Jabatan Teknologi Maklumat & Komunikasi. Kajian dijalankan
secara atas talian menggunakan borang soalselidik Google kerana ia lebih mudah untuk
diakses selain keputusannya boleh dilihat secara terus setelah selesai sesi soalselidik. Kajian
ini akan menilai ciri-ciri keakraban dengan rakan sebaya yang mempengaruhi tingkah laku
hedonistik melalui dimensi pengasingan. Seterusnya, kajian juga cuba untuk melihat jika
terdapat elemen kepercayaan dan komunikasi yang memberi pengaruh yang signifikan
terhadap tingkah laku hedonistik pelajar. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat
hubungkait yang kurang signifikan dalam peranan pelajar senior ke atas pelajar junior dalam
mempengaruhi penglibatan pelajar junior dalam aktiviti kebudayaan di Politeknik Muadzam
Shah. Namun terdapat sedikit pengaruh negatif yang perlu diberi perhatian agar tidak memberi
kesan yang lebih ketara di masa akan datang. Menariknya, dapatan menunjukkan sikap
pelajar junior itu sendiri yang memberi pengaruh terhadap tahap penglibatan mereka dalam
aktiviti kebudayaan. Ini dapat dilihat dengan ketara dari segi pembahagian masa, keinginan
untuk melibatkan diri, serta persepsi mereka terhadap aktiviti yang dijalankan. Kajian ini akan
memberi sumbangan yang signifikan dan penting ke arah perancangan yang strategik untuk
menghalang perkembangan tingkahlaku hedonistik di kalangan pelajar dan seterusnya
meningkatkan penglibatan pelajar baharu dalam aktiviti seni budaya di Politeknik Muadzam
Shah.
Kata kunci: seni, budaya, seni budaya, pelajar, senior, junior, rakan sebaya, hedonistik,
strategik, pengasingan
202
Simposium Warisan Bangsa
MAC 15-17, 2019
Penang, Malaysia
1.0 PENGENALAN
Simposium Warisan Bangsa ke-2 ini membincangkan isu dan topik
budaya melalui pengalaman rakan kerjasama di antara Unit Kebudayaan dan
Warisan PSP bersama Pusat Pendidikan Seni, Universiti Sains Malaysia dan
Persatuan Seni Budaya dan Warisan Melayu Jawi (Waris Alam) yang sangat
pakar dan berpengalaman di dalam bidang masing-masing. Jemputan para
budayawan daripada pelbagai latar belakang juga memeriahkan lagi sesi
perkongsian ilmu bersama peserta. Bertepatan dengan beberapa dasar utama
di Malaysia iaitu “Dasar Kebudayaan Kebangsaan” dan “Dasar Belia Negara”
yang amat menitikberatkan penglibatan golongan belia dalam medium seperti
ini untuk mereka menyuarakan apa yang ingin disampaikan kepada
masyarakat dan generasi seterusnya dalam memelihara warisan dan budaya
kita.
Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti pengaruh di kalangan
pelajar senior ke atas pelajar junior semester satu jabatan teknologi maklumat
& komunikasi dalam melibatkan diri dengan aktiviti seni budaya yang
dijalankan di Politeknik Muadzam Shah sepanjang sesi Disember 2018.
Kajian ini melibatkan seramai 309 pelajar yang terdiri dari 83 pelajar semester
satu, 144 pelajar semester dua, dan 82 pelajar semester 5 dari jabatan
teknologi maklumat & komunikasi. Kajian dijalankan secara atas talian
menggunakan borang soalselidik google form kerana ia lebih mudah untuk
diakses selain keputusannya boleh dilihat secara terus setelah selesai sesi
soalselidik. Bilangan responden yang menjawab adalah seramai 198 orang.
Soalan kajian yang dibina adalah untuk menilai ciri-ciri keakraban dengan
rakan sebaya yang mempengaruhi tingkah laku hedonistik di kalangan pelajar.
Mengikut Prof. Dr Sidek Baba “fahaman hedonistik ialah fahaman atau
amalan atau sikap hidup yang didasarkan kepada nafsu-nafsi. Atas
dorongan nafsu-nafsi remaja terdorong untuk berseronok-seronok
kerana itulah makna dan pengertian hidup yang ada padanya.”
Kajian juga cuba untuk melihat jika terdapat elemen kepercayaan dan
komunikasi yang memberi pengaruh yang signifikan terhadap tingkah laku
hedonistik pelajar.
203
Simposium Warisan Bangsa
MAC 15-17, 2019
Penang, Malaysia
2.0 KAEDAH/METODOLOGI
Kajian ini mengandungi 40 soalan yang dibahagiakan kepada 4 seksyen.
Seksyen 1 berkait dengan latar belakang responden. Seksyen 2 adalah untuk
melihat sama ada responden mempunyai pengalaman dalam bidang seni.
Seksyen 3 untuk melihat persepsi responden terhadap rakan/senior dalam
aktiviti kebudayaan. Dan seksyen terakhir ialah untuk melihat persepsi
responden sendiri terhadap aktiviti kebudayaan di Politeknik Muadzam Shah
(PMS).
Tujuan kami memilih semester 1, 2 dan 5 adalah kerana semester 1 & 2
mendaftar pada tahun yang sama dan baru memulakan pengajian manakala
pelajar semester 5 sudah lama mengikuti pengajian di PMS dan kami
menjangkakan sikap serta persepsi mereka terhadap seni budaya masih
terbelenggu dengan cara pegawai lama.
Pada tahun yang sama juga pegawai kebudayaan baru iaitu Encik Noor
Kasmara Mohd Sokarnor baru sahaja dilantik dan Unit Kebudayaan PMS
mulai aktif. Ini terbukti apabila sebanyak 17 aktiviti kebudayaan telah
dilaksanakan pada sesi Jun 2018 kemudian sebanyak 19 aktiviti dilaksanakan
sepanjang sesi Disember 2018 sehingga April 2019. Dan 2 diantaranya adalah
di peringkat antarabangsa.
Jumlah aktiviti yang telah dijalankan ini adalah lebih tinggi berbanding
pegawai lama berdasarkan laporan yang telah diterbitkan oleh pegawai
sebelum ini. Namun yang menjadi persoalan ialah penyertaan masih lagi
rendah dan tidak memberansangkan. Tanggapan awal kami adalah kerana
mereka tidak dapat menyesuaikan diri dengan budaya baru yang cuba dibawa
oleh En. Kasmara kerana itulah kajian ini dilaksanakan.
204
Simposium Warisan Bangsa
MAC 15-17, 2019
Penang, Malaysia
3.0 DAPATAN & PERBINCANGAN
Ironinya, dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat hubungkait yang
kurang signifikan dalam peranan pelajar senior ke atas pelajar junior dalam
mempengaruhi penglibatan pelajar junior dalam aktiviti kebudayaan di
Politeknik Muadzam Shah.
Ini terbukti apabila jumlah masa mereka meluangkan masa bersama
pelajar senior adalah rendah. Sebanyak 72.7% atau 143 orang pelajar
menyatakan mereka hanya bersama dengan pejar senior kurang dari 3o minit
sehari dan selebihnya antara 30 minit ke 2 jam dan 2 jam – 4 jam.
Seterusnya, sebanyak 90.9% responden menyatakan tidak pernah
mendengar pelajar senior menafikan seni budaya tidak mempunyai masa
depan yang cerah.
Senior mereka juga kurang berkongsi pengalaman mereka dalam
penglibatan aktviti seni budaya kepada junior. Ini terbukti apabila hanya 19.7%
responden menyatakan mereka mendengar pelajar senior berkongsi
pengalaman. 37.9% kadang kadang dan selebihnya tidak. Namun terdapat
sedikit pengaruh negatif yang perlu diberi perhatian agar tidak memberi kesan
yang lebih ketara di masa akan datang. 53% responden mendapat nasihat
daripada senior agar lebih baik tidur daripada membuang masa, 6.1% tidak
menyeronokkan dan 3% membuang masa. Tetapi ada juga 51.5%
menyatakan mereka akan mendapat keseronokkan, 45.5% dapat
meningkatkan kualiti diri dan 1.5% dapat mempelajari benda baharu. 9.7%
responden mendapat nasihat senior mengatakan seni budaya tidak
mempunyai masa depan yang cerah. 3% responden pula menyatakan senior
memberitahu mereka seni budaya akan merosakkan akhlak mereka. 93.9%
responden ingin melihat junior mereka melibatkan diri dengan seni budaya
tetapi masih ada 6.1% yang tidak mahu junior mereka melibatkan diri
Menariknya, dapatan menunjukkan sikap pelajar junior itu sendiri yang
memberi pengaruh terhadap tahap penglibatan mereka dalam aktiviti
kebudayaan. Ini dapat dilihat dengan ketara dari segi pembahagian masa,
205
Simposium Warisan Bangsa
MAC 15-17, 2019
Penang, Malaysia
keinginan untuk melibatkan diri, serta persepsi mereka terhadap aktiviti yang
dijalankan.
Sebanyak 60.6% responden berminat untuk mengikuti aktiviti seni
budaya namun ini masih lagi dianggap rendah. 66.7% responden masih gagal
untuk mengurus masa mereka dengan baik untuk melibatkan diri dengan
aktiviti seni budaya. Hanya 22.7% responden yang boleh mengurus masa
meraka dan 10.6% gagal secara total. Sikap ragu-ragu pelajar juga terserlah
apabila 53% responden ragu-ragu dengan masa hadapan dalam bidang seni
budaya.hanya 43% responden yakin seni budaya boleh membawa mereka ke
bidang yang lebih luas.
4.0 KESIMPULAN
Berdasarkan dapatan kajian yang kami perolehi melalui soal selidik ini,
kami simpulkan bahawa pengaruh senior terhadap junior adalah tidak begitu
signifikan. Tetapi sebenarnya sikap pelajar itu sendiri dalam menguruskan diri,
masa, dan keutamaan menjadi pemangkin kepada penglibatan mereka dalam
aktiviti seni budaya yang dijalankan. Namun begitu, sedikit unsur pengaruh
negatif dari pelajar senior perlu dibendung supaya ia tidak merebak dan
menular di masa hadapan.
Kajian ini diharap akan memberi sumbangan yang signifikan dan penting ke
arah perancangan yang strategik untuk menghalang perkembangan
tingkahlaku hedonistik di kalangan pelajar dan seterusnya meningkatkan
penglibatan pelajar baharu dalam aktiviti seni budaya di Politeknik Muadzam
Shah.
206
Simposium Warisan Bangsa
MAC 15-17, 2019
Penang, Malaysia
5.0 RUJUKAN
Hj Huzili Hussin dan Shuhairimi Abdullah, (2006). Menangani Penetrasi
Budaya Hedonisme di Kalangan Mahasiswa: Satu Penyelesaian
Menurut Perspektif Islam dan Kaunseling. UTM: eprints.utm.my
Mohd Aderi Che Noh, Prof. Madya Dr. (2017). Ancaman Hedonisme Terhadap
Remaja Islam Di Malaysia. Jurnal Penyelidikan Islam Bil 29.2017 /1438h:
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
Sidek Baba. 2007. Wahai Remaja: Kembaramu Bermula Disini. Alaf 21. Shah
Alam: Karya Bestari.
Sidek Baba, (2005). Fahaman Hedonistik: Remaja Tahu Batasan dan Tujuan.
Utusan Malaysia, 11 Ogos 2005.
R. Venhoven. 2003. Hedonism and Happiness. Journal of Happiness Studies.
ISSN 1573-7780.
207
Simposium Warisan Bangsa
MAC 15-17, 2019
Penang, Malaysia
KAJIAN TERHADAP FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MINAT
PELAJAR POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH TERHADAP KURSUS DRK
3172 TARIAN TRADISIONAL (KEBUDAYAAN)
Mohd Kamal Mat Desa
Politeknik Seberang Perai, Pulau Pinang
_______________________________________________________________
Abstrak
Minat boleh menentukan prestasi seseorang pelajar di dalam sesuatu bidang. Pendidikan pula
merupakan satu proses dan aktiviti yang bertujuan untuk menghasilkan satu perubahan yang
dikehendaki di dalam diri seseorang. Pendidikan juga digunakan sebagai medium untuk
mempengaruhi minat pelajar dalam mencintai sesuatu bidang terutamanya di dalam bidang seni
budaya dan warisan. Pelaksanaan kajian ini adalah bertujuan bagi mengenal pasti faktor-faktor
yang mempengaruhi minat pelajar Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS) terhadap kursus DRK
3172 Tarian Tradisional. Pelaksanaan kajian ini akan meliputi aspek terhadap kurikulum kursus,
faktor persekitaran serta faktor keluarga dalam mempengaruhi minat pelajar terhadap kursus
DRK 3172 Tarian Tradisional. Rekabentuk kajian adalah menggunakan kaedah tinjauan
berbentuk deskriptif dengan menggunakan statistik deskriptif perbandingan min. Bilangan
responden adalah terdiri daripada 100 orang pelajar semester tiga bagi Kursus DRK 3172 bagi
sesi Jun 2017 dan sesi Dis 2017. Satu set borang soalselidik diedarkan kepada responden bagi
mengumpul data yang diperlukan. Data yang terkumpul telah dianalisis menggunakan perisian
Statistical Package for the Social Science (SPSS) versi 15.0. Dapatan hasil daripada kajian
menunjukkan faktor persekitaran kemudian diikuti dengan faktor kurikulum matapelajaran serta
faktor galakan keluarga adalah faktor yang mempengaruhi minat pelajar mempengaruhi minat
pelajar Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS) terhadap kursus DRK 3172 Tarian Tradisional.
1.0 PENGENALAN
Di setiap kewujudan sesebuah negara, pelajar merupakan aset yang paling
bernilai. Peranan kerajaan adalah untuk melahirkan pelajar yang mempunyai
modal insan yang memiliki minda kelas pertama bagi mengharungi cabaran
pembangunan ekonomi yang berlandaskan ilmu pengetahuan serta inovasi dan
menjadi modal insan yang terunggul. Modal insan yang dibangunkan ini
208
Simposium Warisan Bangsa
MAC 15-17, 2019
Penang, Malaysia
seharusnya mempunyai ciri-ciri yang berketerampilan dan berkeupayaan dalam
pengetahuan serta kemahiran serta mempunyai ciri-ciri peribadi yang unggul.
Melalui matlamat ini maka tranformasi sistem pendidikan untuk menjadi sebagai
hab kecemerlangan pendidikan di peringkat antarabangsa akan berjaya.
Mohamad Nor, 2009 mentafsirkan bahawa pendidikan adalah proses
pembelajaran melibatkan usaha supaya dapat menguasai kemahiran dan
pengetahuan disamping membentuk sikap. Berdasarkan kajian oleh Plato,
pembelajaran merupakan proses yang berulang dan tidak terhenti. Jean Jacues
Rousseau pula menyebut, pendidikan sebagai suatu proses yang berterusan dan
bermula dari masa kanak-kanak lagi. Dalam proses ini, segala kebolehan
semulajadi lahir dengan sendirinya mengikut kehendak dan peraturan semulajadi
(Mok Soon Sang, 2000).
Di dalam aspek kita membicarakan tentang pendidikan, ianya tidak akan
dapat lari dari aspek kebudayaan. Pendidikan secara amnya adalah selari
dengan aspek budaya. Dalam memastikan sesebuah kebudayaan itu terjaga
secara lestari, kaedah yang paling efektif adalam penerapan aspek kebudayaan
itu adalah di dalam sistem pendidikan. Berdasarkan aspek kebudayaan dalam
pendidikanlah kita dapat mewarisi kebudayaan itu kepada generasi akan datang.
Menurut Kuntowijoyo, (2006) pendidikan dan kebudayaan adalah dua pekara
yang seiring dan tidak dapat dipisahkan. Pendidikan adalah satu bentuk budaya,
sedangkan budaya adalah sistem yang mempunyai koheren. Menurut H. A. R
Tilaar, (2002) dasar pendidikan kebangsaan yang diamalkan oleh sesebuah
negara mempunyai dua fungsi, yaitu memperkenalkan kepada para pelajar
unsur-unsur kebudayaan nasional yang dapat mempertahankan dan
mengembangkan identiti diri warganegara dan melahirkan semangat
kewarganegaraan bagi warganegara.
209
Simposium Warisan Bangsa
MAC 15-17, 2019
Penang, Malaysia
2.0 PENYATAAN MASALAH
Di dalam skop kajian yang dilaksanakan, ia adalah berdasarkan kepada
faktor-faktor yang mempengaruhi minat pelajar Politeknik Sultan Azlan Shah
terhadap kursus DRK 3172 Tarian Tradisional (kebudayaan). Terdapat beberapa
pembolehubah yang mempengaruhi pelajar dalam meminati sesuatu bidang
sebagai contoh, tempat tinggal, agama, jantina, status, sosio-ekonomi dan
peringkat pendidikan ibu bapa Remmers (1962). Selain daripada itu, faktor sikap
juga turut mempengaruhi minat pelajar yang mana ianya disokong oleh kajian
oleh Zimbardo dan Ebbesen (1970) yang mana menyatakan, bahawa sikap
pelajar mempunyai kaitan yang sangat rapat dengan tingkah laku, daya usaha
dan pencapaian akademik mereka. Kajian ini turut disokong oleh Manahan
(1984) yang mana beliau menyatakan minat seseorang individu terhadap sesuatu
adalah dipengaruhi oleh faktor sikap, keupayaan dan usaha pelajar, kualiti guru
dan taraf sosio ekonomi. Berdasarkan kepada beberapa kajian terdahulu, faktor
minat perlu ada sebagai asas kepada pemilihan bidang kebudayaan. Kajian
memperincikan tiga faktor utama kepada peyumbang minat pelajar terhadap
Kursus DRK 3172 (kebudayaan) iaitu faktor kurikulum matapelajaran, faktor
persekitaran dan faktor galakan keluarga terhadap kursus ini. Dalam
pelaksanaan kajian ini, pengkaji ingin mengkaji faktor yang mempengaruhi minat
pelajar terhadap kursus DRK 3172 Tarian Tradisional (kebudayaan).
3.0 OBJEKTIF KAJIAN
Objektif kajian yang dilaksanakan adalah seperti berikut:
i. Mengenalpasti faktor persekitaran dalam mempengaruhi minat pelajar
terhadap kursus DRK 3172 (Kebudayaan)
ii. Mengenalpasti faktor kurikulum matapelajaran dalam mempengaruhi minat
pelajar terhadap kursus DRK 3172 (Kebudayaan)
iii. Mengenalpasti faktor galakan keluarga dalam mempengaruhi minat
terhadap kursus DRK 3172 (Kebudayaan)
210
Simposium Warisan Bangsa
MAC 15-17, 2019
Penang, Malaysia
4.0 KEPENTINGAN KAJIAN
Terdapat beberapa kepentingan serta tujuan bagi kajian ini dilaksankan.
Matlamat utama kajian ini dilaksanakan adalah bagi mengenal pasti faktor utama
manakah yang mempengaruhi minat pelajar terhadap kursus DRK 3172
(Kebudayaan). Hasil kajian ini akan dapat dimanfaatkan dan dapat memberikan
maklumat yang lebih jelas kepada pihak-pihak tertentu yang berkepentingan
terutamanya pihak pengurusan politeknik.
Kajian ini akan turut memberi kesedaran kepada pelajar terhadapat peri
pentingnya bidang kebudayaan terhadap diri pelajar. Minat merupakan faktor
pendorong utama kepada pelajar untuk menceburi bidang kebudayaan selain
daripada bidang yang telah dipilih. Ia juga memberi kemahiran kepada pelajar
disamping memperkenalkan kembali seni dan budaya dalam diri pelajar dan
seterusnya pelajar akan dapat mewarisi budaya ini kepada generasi yang kana
datang. Selain itu ia turut akan dapat mengisi masa lapang dan mengelakkan diri
pelajar dari membuat pekara-pekara yang tidak berfaedah.
Kajian ini turut dapat membantu pensyarah bagi merancang dan membentuk satu
garis panduan dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi mendorong
pelajar–pelajar lebih berminat ke arah bidang kebudayaan dan membolehkan
pensyarah memberikan sesuatu projek yang berorientasikan kebudayaan
kepada pelajar untuk merangsang para pelajar dalam bidang kebudayaan,
sekaligus menjadikan bidang kebudayaan ini menjadi pilihan utama pelajar dalam
melengkapkan pengajian mereka.
Dalam aspek membantu pihak pengurusan politeknik pula, kajian ini akan
dapat memantapkan pendidikan kebudayaan dalam sistem politeknik dan
penerapan nilai-nilai yang ada dalam bidang kebudayaan dengan menjadi
rujukan kepada pihak yang akan menggubal kurikulum. Selain itu hasil kajian ini
juga boleh digunakan sebagai panduan kepada pengkaji–pengkaji lain yang
211
Simposium Warisan Bangsa
MAC 15-17, 2019
Penang, Malaysia
berminat untuk meneruskan kajian di dalam bidang yang sama dengan skop yang
lain.
5.0 BATASAN KAJIAN
Kajian yang dilaksanakan ini terbatas kepada skop kajian mengenai tiga
faktor yang telah dikenal pasti mempengaruhi minat pelajar terhadap terhadap
kursus DRK 3172 (Kebudayaan). Kajian terhad kepada pelajar semester tiga
Politeknik Sultan Azlan Shah yang mana kursus ini hanya di ambil oleh pelajar
semester tiga. Faktor yang hanya diambil kira dalam kajian ialah kurikulum
matapelajaran, persekitaran dan galakan keluarga dalam mempengaruhi minat
pelajar terhadap terhadap kursus DRK 3172 (Kebudayaan)
6.0 METODOLOGI
PERSAMPELAN DAN RESPONDEN
Mohamad Najib Abdul Ghafar, (1999) menyatakan bahawa, dalam
mengendalikan sesuatu kajian secara berkesan serta boleh dipercayai
pesempelan adalah amat penting. Mengenalpasti serta mengenali sampel kajian
dalam melaksanakan kajian akan dapat membantu dalam menentukan masalah
yang perlu dikaji, serta berapa banyak data pesempelan yang perlu dikumpulkan
bagi menjalankan kajian. Selain itu dengan adanya sampel serta data yang
berkualiti ianya akan dapat membantu dalam menjimatkan masa, tenaga serta
kos dalam melaksanakan kajian.
Bagi tujuan pelaksanaan kajian, sampel kajian yang diperlukan serta dipilih
adalah sampel kajian yang terdiri daripada 100 orang pelajar semester tiga yang
memilih Kursus DRK 3172 bagi sesi Jun 2017 dan sesi Dis 2017 dari Politeknik
Sultan Azlan Shah.
212
Simposium Warisan Bangsa
MAC 15-17, 2019
Penang, Malaysia
INSTRUMEN KAJIAN
Instrument kajian yang digunakan dalam kajian ini adalah dalam bentuk soal
selidik. Soal seliik ini diedarkan kepada semua pelajar Politeknik Sultan Azlan
Shah yang mengambil kursus DRK 3172 (kebudayaan) bagi Sesi Jun 2017 dan
Sesi Dis 2017. Pengkaji membentuk soal selidik kepada dua bahagian iaitu
bahagian A dan bahagian B. Bahagian A mengandungi soalan yang berkaitan
dengan latar belakang responden dan bahagian B adalah berkaitan dengan
maklumat yang hendak dikaji.
Instrumen kajian berbentuk soal selidik digunakan kerana ia lebih mudah
untuk mendapatkan kerjasama daripada responden. Pernyataan ini disokong
oleh Mohd Majid Konting, (1994) yang mana menyatakan instrument soal selidik
memberi kebebasan kepada responden untuk memilih dan menyatakan
pendapat, menilai mengikut kehendak soal selidik dan mereka tahu apa yang
difikirkan untuk menjawab serta merupakan instrument yang paling cepat dan
boleh menjimatkan masa dan perbelanjaan. Soal selidik ini direkabentuk
berdasarkan persoalan kajian. Borang soal selidik yang dikemukakan kepada
responden terbahagi kepada dua bahagian iaitu Bahagian A dan Bahagian B.
Bahagian A mengandungi soalan yang berkaitan dengan latar belakang
responden yang menggunakan skala di mana soalan perlu ditanda (√) pada petak
yang disediakan manakala Bahagian B mengandungi soalan-soalan yang
berkaitan dengan kajian yang dijalankan.
7.0 PERBINCANGAN
FAKTOR DEMOGRAFI
Berdasarkan kepada rujukan data statistik, bilangan pelajar perempuan
adalah lebih ramai berbanding pelajar lelaki. Faktor ini adalah didorong kepada
sifat kecenderungan pelajar perempuan dalam memilih kursus kebudayaan
213
Simposium Warisan Bangsa
MAC 15-17, 2019
Penang, Malaysia
berbanding pelajar lelaki. Yahya B. Buntat (2012), menyatakan kecendurungan
pelajar lelaki dalam memilih sesuatu kursus adalah lebih kepada bidang teknikal
manakala pelajar perempuan lebih kepada teori dan pembuktian.
Daripada data taburan melibatkan respoenden berdasarkan bangsa pulak,
ianya menunjukkan bilangan pelajar berbangsa Melayu adalah kumpulan
majoriti, diikuti oleh pelajar kaum Cina, India dan lain-lain bangsa yang terdiri dari
kaum Bumiputera Sabah dan Sarawak.
Faktor taraf pendidikan tertinggi ibu bapa menunjukkan bahawa taraf
pendidikan tertinggi yang mempengaruhi pilihan pelajar adalah pada peringkat
univerisiti. Kemudian dikuti oleh sekolah menengah dan sekolah rendah.
Berdasarkan data ini ianya dapat menunjukkan bahawa semakin tinggi taraf
pendidikan ibu bapa ianya akan mempengaruhi pemilihan kursus oleh pelajar.
Semakin tinggi tahap pendidikan yang dimiliki oleh ibu bapa pelajar maka se
makin besar dalam mempengaruhi gaya hidup pelajar tersebut di mana pelajar
akan diberi pendedahan sepenuhnya daripada ibu bapa terutamanya dalam
penentuan kerjaya pelajar dan sesuatu perkara yang diminati.
Berdasarkan dapatan data tingkat pendapatan keluarga pula, majoritinya
adalah pada tingkat pendapatan sebanyak RM1001 hingga RM2000. Seterusnya
diikuti oleh keluarga yang berpendapatan melebihi RM3001 dan seterusnya
keluarga yang berpendapatan RM 1000 ke bawah. Bagi keluarga yang
berpendapatan RM 1000 ke bawah semestinya keluarga akan lebih
mempengaruhi pelajar agar memilih kurus yang dapat memberi kelebihan dan
memberi peluang pekerjaan, manakala bagi keluarga yang mempunyai tingkat
pendapatan lebih daripada RM 3000 mereka akan turut mempengaruhi anak
mereka lebih menjurus kepada bidang keusahawanan.
214
Simposium Warisan Bangsa
MAC 15-17, 2019
Penang, Malaysia
FAKTOR KURIKULUM MATAPELAJARAN
Kurikulum atau sukatan ataupun isi pelajaran yang ditawarkan pusat
pengajian tinggi merupakan sebahagian daripada dasar pendidikan. Ianya turut
menjadi dasar pemerintah bagi sesebuah kerajaan. Penggubalan serta
pelaksanaan kurikulum yang baik dan menarik semestinya akan menarik minat
pelajar terhadap sesuatu kursus tersebut. Ia dapat dibuktikan dengan dapatan
daripada kajian yang mana hasil dapatan yang diperolehi dari item 10 jadual 4.6
mendapati min yang tinggi iaitu 3.97 menunjukkan majoriti responden bersetuju
bahawa kursus DRK 3172 (kebudayaan) adalah penting dalam memberikan
pendedahan asas kepada pelajar. Kurikulum sebagai segala rancangan yang
dikendalikan oleh sesebuah institusi pelajaran untuk mencapai matlamat
pendidikan yang mengandungi segala ilmu pengetahuan serta kemahiran, nilai-
nilai dan norma, unsur kebudayaan pada ahli-ahlinya Mok Soon Sang (2002).
Dalam ke arah negara industri atau negara maju, seharusnya pendedahan
dalam pendidikan adalah lebih luas dan secara menyeluruh. Keseluruhan aspek
pendidikan perlu diambil kira kerana ianya boleh menjadi pemangkin kepada
kemajuan serta pembangunan Negara. Ishak Ramly (2003), pembentukan
sebuah negara yang unggul adalah terhasil dari pembangunan kurikulum baik.
Amalan ini telah dilaksanakan oleh negara maju dalam memastikan
pembangunan negara mereka. Bentuk dan keperluan pembangunan negara
adalah hasil daripada rekabentuk kurikulum yang diterapakan di alam persekolah
di setiap peringkat. Berdasarkan perolehan data kajian, secara purata taburan
peratusan responden yang menyokong bahawa faktor kurikulum matapelajaran
mempengaruhi minat pelajar terhadap kursus taian tradisional adalah pada tahap
sederhana. Ini merupakan tahap yang boleh dikawal dan boleh diperbaiki di masa
akan datang supaya menjadikannya faktor yang tinggi menyumbang ke arah
minat pelajar.
215
Simposium Warisan Bangsa
MAC 15-17, 2019
Penang, Malaysia
FAKTOR PERSEKITARAN
Hasil daripada analisis mendapati faktor persekitaran memperolehi nilai min
tertinggi iaitu 3.81 dalam tahap tertinggi. Faktor persekitaran ini seperti bilangan
kelas di politeknik, aktiviti dilaksanakan dalam kelas, peralatan pendidikan dan
pengajaran, media massa termasuk media cetak dan elektronik, dan kemudahan
internet. Lee Shok Mee (1996), persekitaran ialah segala keadaan di sekeliling
termasuk persekitaran fizikal, iklim, sosiobudaya, politik dan interaksi antara
sesama manusia serta alam sekitarnya Penjelasan ini merumuskan bahawa
persekitaran merangkumi semua keadaan yang dapat mempengaruhi tingkah
laku pertumbuhan dan perkembangan diri individu sama ada secara langsung
iaitu daripada manusia yang berada di sekeliling mereka atau pun secara tidak
langsung.
Dapatan dari analisis aspek persekitaran menunjukkan peratus responden
bersetuju yang tinggi. Ini ditunjukkan oleh item kemudahan pembelajaran di
dalam kelas mendapat peratusan bersetuju yang tinggi iaitu 88.3%. Dapatan
yang tinggi juga merujuk kepada item yang berkaitan aktiviti pembelajaran yang
dijalankan di dalam kelas. Manakala aspek persekitaran yang kurang membantu
dalam mempengaruhi minat pelajar adalah bilangan kelas kursus tarian
tradisional ditawarkan. Di dalam satu kajian lain turut menjelaskan bahawa
terdapat tindakbalas yang berterusan di antara organisma dan persekitaran, yang
mana ianya bermaksud individu dan persekitaran adalah asas kepada pekara
yang saling memerlukan. Dua element ini menjadi pelengkap antara satu sama
lain dan saling memerlukan (Noran Fauziah, 1991).
Jadi memang tidak dapat dinafikan bahawa faktor persekitaran akan
mempengaruhi tindakan manusia dalam sesuatu tindakan. Penyataan ini turut
disokong oleh kajian Mok Soon Sang (2002) yang mana beliau menyatakan
masyarakat merupakan alam kehidupan manusia. Kebudayaan dan kepercayaan
masyarakat yang berbeza mempengaruhi perkembangan kanak-kanak dalam
aspek sosioekonomi, personaliti dan mental.Secara keseluruhannya faktor
216
Simposium Warisan Bangsa
MAC 15-17, 2019
Penang, Malaysia
persekitaran amat mempengaruhi dalam kehidupan manusia sama ada dari segi
pembentukan budaya, sosial dan penentuan corak ekonomi diri dan masyarakat
itu sendiri.
FAKTOR GALAKAN KELUARGA
Aspek keluarga di lihat memainkan peranan yang besar dalam melahirkan
generasi masyarakat harmonis, berilmu seterusnya melahirkan warga yang
cemerlang dalam mencapai wawasan yang seimbang antara kemajuan dan
pembangunan modal insan (Zulkifli et.al, 2011). Berdasarkan Rohner, Ronald &
Veneziano, (2001) ibubapa merupakan individu yang paling dekat dengan anak-
anak dan mereka yang mencorakkan peribadi anak-anak dari peringkat kelahiran
sehingga ke peringkat dewasa. Sebahagian besar kehidupan pelajar adalah
bersama dengan ibubapa. Oleh itu, galakan keluarga banyak mempengaruhi
sesuatu keputusan pelajar tersebut. Pelajar atau anak-anak boleh diibaratkan
seperti sehelai kain putih bermula dari peringkat bayi, maka ibu bapalah
merupakan orang yang paling bertanggungjawab dalam mencorakkan kain putih
tersebut. Ibu bapa perlu mengambil tahu pekara berkaitan pelajaran anak-anak
yang mana ianya akan dapat membantu menyelesaikan permasalahan
pembelajaran anak-anak mereka. Ibu bapa turut perlu memberi galakkan serta
sokongan pelajaran kepada anak. Ini adalah kerana ibu bapa merupakan
pengaruh yang paling hampir kepada anak-anak dalam membentuk hala tuju
anak-anak mereka berdasarkan minat yang ditunjukkan.
Berdasarkan dapatan oleh kajian mendapati majoriti keluarga memberikan
sokongan apabila anak-anak mereka melibatkan diri dalam aktiviti kebudayaan.
Perkara ini berlaku didorong oleh latar belakang serta pengalaman oleh keluarga
itu sendiri yang mana kemungkinan ahli keluarga ada berkecimpung serta
mempunyai pengalaman dalam bidang yang berkaitan. Keluarga turut juga
memberikan sokongan dalam bentuk kewangan atau pun moral kepada anak-
anak mereka. Melalui analisis yang diperolehi berdasarkan data faktor galakan
217
Simposium Warisan Bangsa
MAC 15-17, 2019
Penang, Malaysia
keluarga, ianya menunjukkan faktor yang rendah dalam mempengaruhi minat
pelajar terhadap kursus kebudayaan. Ini adalah kerana latar belakang keluraga
pelajar itu sendiri yang kurang memberikan sokongan sepenuhnya terhadap
pegambilan kursus tarian tradisional.
8.0 RUMUSAN
Secara keseluruhan kajian, dapatan yang diperolehi memperlihatkan
bahawa persepsi terhadap faktor-faktor yang telah dinyatakan sebagai faktor
utama dalam mempengaruhi pemilihan pelajar terhadap kursus DRK 3172
(kebudayaan) telah mencapai objektif yang telah ditetapkan yang mana faktor
yang paling tinggi mempengaruhi pemilihan kursus DRK 3172 oleh pelajar adalah
faktor dan seterusnya diikuti oleh faktor kurikulum matapelajaran dan seterusnya
yang terakhir ialah faktor galakan keluarga. Walaupun hasil kajian menunjukkan
dapatan diatas, semua pihak seharusnya memainkan peranan masing-masing
agar pelaksanaan dasar memertabatkan budaya bangsa serta jaminan warisan
negara kita terus dipelihara agar tidak tenggelam dek peredaran zaman.
9.0 RUJUKAN
Abu Bakar Nordin. (1987). Developing A Scale in Effective Domain: A
Procedural Model. Terbitan Tak Berkala 5. Fakulti Pendidikan. Universiti
Kebangsaan Malaysia.
Abu Bakar Nordin. (1995). Penilaian afektif. Kajang: MASA Enterprise
Abdullah, Irwan. 2006. Konstruksi dan Reproduksi Kebudayaan. Yogyakarta:
Pustaka Pelajar
Durkhrim, Emile. 1990. Pendidikan Moral Suatu Studi Teori dan Aplikasi
Sosiologi Pendidikan. Jakarta: Erlangga.
Direktorat Jenderal Peningkatan Mutu Pendidik dan Tenaga Kependidikan,
2009, Pedoman Pelaksanaan Tugas Guru dan Pengawas, Jakarta.
218
Simposium Warisan Bangsa
MAC 15-17, 2019
Penang, Malaysia
Mohamad Najib Abdul Ghaffar (1999). Penyelidikan Pendidikan. Johor: Penerbit
Universiti Teknologi Malaysia.
Muhammad Faizal A. Ghani & Julie Williams (2014), Harapan Murid
Bermasalah Terhadap Pengajaran Pensyarah: Satu Kajian Awal Disebuah
Negara Maju. Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik, (2)1: 26-43
Muhammad Sharif Mustaffa Dan Suria Abd Jamil (2012), Mengenalpasti Punca-
Punca Masalah Ponteng Dikalangan Pelajar: Satu Kajian Kes.Journal Of
Educational Psychology & Counseling (6):50-73,
Nor Azida Binti Mansor, Siti Hasanah Bt Ahmad Shah, Hanimarlia Binti Hassan
(2015), FaktorFaktor Yang Mempengaruhi Ketidakhadiran Di Kalangan
Pelajar Modular Servis Kenderaan Ringat Kolej Komuniti Ledang,
Penyelidikan Kolej Komuniti Ledang.
Norhasilah Mat Nr, Aspaniza Hamzah & Nurul Farhana Junus(2012), Faktor-
Faktor Yang Mempengaruhi Gejala Ponteng Dikalangan Pelajar Sekolah
Menengah Kebangsaan Taman Selesa Jaya 2, Skudai. Journal of
Educational Psychology & Counseling (5):12-29
Yahya B. Buntat & Norainiza Binti Saini(2010), Faktor-Faktor Yang
Mempengaruhi Masalah Ponteng Kelas Dikalangan Pelajar-Pelajar Di
Kolej Kemahiran Belia Nasional, Pontian, Universiti Teknologi Malaysia,
Unpublished thesis.
Zaliza Hanapi, Arasinah Kamis, Tee Tze Kiong & Mohd Hasni Hanapi (2016),
Jurang Integrasi Kemahiran Employbiliti Di Malaysia: Satu Kajian Empirikal
Graduan Kejuruteraan Kolej Komuniti. Malaysian Journal of Society and
Space, 12 (3):145-153
219
Simposium Warisan Bangsa
MAC 15-17, 2019
Penang, Malaysia
KEPENTINGAN HUBUNGAN KOLABORASI ANTARA BADAN BUKAN
KERAJAAN (BBK) IAITU TAGAPS DANCE THEATRE (TDT) DAN UNIT
KEBUDAYAAN DAN WARISAN, POLITEKNIK KOTA KINABALU (PKK),
SABAH DALAM MEMPERLUASKAN KECEMERLANGAN BAKAT PELAJAR
TEKNIKAL DALAM SENI TARIAN KE PERINGKAT ANTARABANGSA.
SATU KAJIAN KES: ARTIS BUDAYA POLITEKNIK KOTA KINABALU
Mohamed Bin Saim, Tan Siew Ning, Mohd. Azizan Danial Bin Abdullah
[email protected], [email protected], [email protected]
Politeknik Kota Kinabalu, No. 4, Jalan Politeknik, KKIP Barat, Kota Kinabalu Industrial Park,
Politeknik Kota Kinabalu, 88460 Kota Kinabalu, Sabah
________________________________________________________________
Abstrak
Pelaksanaan program seni yang berkualiti tidak dapat dijayakan dengan hanya membiarkan
program tersebut berjalan sendirian di Institusi Pendidikan Tinggi sahaja. Seni tarian, seperti juga
program pembangunan yang lainnya, perlu dibimbing, dipupuk dan dirancang secara tersusun
melalui program asuhan, bimbingan dan latihan. Pencapaian cemerlang bakat seni yang tinggi di
persada antarabangsa adalah satu tuntutan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan dengan
penuh komitmen oleh semua pihak yang berkaitan. Begitu juga dengan Artis Budaya Politeknik
Kota Kinabalu di bawah Unit Kebudayaan dan Warisan, Jabatan Sukan, Kokurikulum dan
Kebudayaan. Kajian ini dilakukan kerana mereka ini mempunyai bakat yang besar tetapi tidak
mempunyai landasan atau saluran yang boleh membawa bakat mereka ke satu aras yang lebih
tinggi seperti ke peringkat antarabangsa. Maka kajian ini dilakukan untuk menjawab beberapa
objektif kajian yang ingin dilihat. Pertama, pengkaji ingin melihat sejauh mana peranan NGO
kebudayaan ini menyediakan serta memberikan program latihan kemahiran seni tari yang
berterusan dan tersusun dalam usaha meningkatkan kemahiran pelajar sebagai persediaan
mereka menyertai pertandingan seni tari hingga membawa ke peringkat antarabangsa. Kedua,
pengkaji ingin melihat sejauh mana peranan NGO kebudayaan ini mencari ruang serta peluang
dalam usaha meningkatkan tahap pencapaian serta mengembangkan dan membawa bakat
pelajar dengan melibatkan mereka menyertai pertandingan seni tari hingga ke peringkat
antarabangsa. Ketiga, pengkaji ingin melihat sejauh mana peranan NGO kebudayaan ini dalam
usaha untuk mendapatkan dan mengumpul sumber dana dari pihak yang berkaitan bagi
menampung kos perbelanjaan pelajar yang telah berjaya dan layak dalam sesi pemilihan
mewakili negara Malaysia menyertai pertandingan seni tari ke peringkat antarabangsa. Dan
220
Simposium Warisan Bangsa
MAC 15-17, 2019
Penang, Malaysia
Keempat, pengkaji ingin melihat sejauh mana pencapaian pelajar dilihat setelah Unit Kebudayaan
dan Warisan PKK menjalin hubungan kolaborasi dengan Badan Bukan Kerajaan (NGO)
kebudayaan. Sampel dan responden kajian ini adalah terdiri daripada pelajar yang juga
merupakan Artis Budaya PKK seramai 24 orang. Metodologi kajian adalah berdasarkan kajian
kes di mana sumber pengkaji untuk mendapatkan data dan maklumat melalui pendekatan lain
adalah seperti temu bual atau maklum balas sampel kajian. Hasil dapatan kajian pengkaji
mendapati bahawa hubungan kolaborasi di antara PKK dan Tagaps Dance Theatre (TDT) dalam
membimbing Artis Budaya PKK dapat meningkatkan prestasi dan kemahiran pelajar serta
membantu mengetengahkan bakat pelajar sehingga ke peringkat antarabangsa. Ini telah
dibuktikan di mana seorang daripada Artis Budaya PKK telah berjaya melayakkan diri ke
pertandingan Dance World Cup (DWC) 2019 di Braga, Portugal pada bulan Jun akan datang.
Kesimpulannya, NGO kebudayaan sebagai sektor ketiga seperti TDT ini memainkan peranan
yang amat besar dalam usaha mengembangkan bakat serta potensi pelajar. Sesungguhnya,
impak kolaborasi itu adalah amat penting faedahnya dalam membuka peluang untuk terus maju
dalam seni tari hingga ke peringkat antarabangsa.
Katakunci: Badan Bukan Kerajaan (NGO), Antarabangsa, Prestasi, Kolaborasi.
1.0 PENGENALAN
KAEADAH ini dibuat untuk melihat betapa pentingnya peranan Badan Bukan
Kerajaan (BBK) atau dikenali sebagai Non-Government Organisation (NGO)
kebudayaan sebagai pemangkin kepada pembangunan seni budaya negara.
Seni menjadi manifestasi tamadun kehidupan sesebuah negara dan peranannya
cukup besar dalam pembangunan masyarakat. Teater, sei tari, seni muzik, seni
halus dan sinematografi umpamanya adalah prinsip asas yang diamalkan dalam
seni dan pelengkap kepada kehidupan berkualiti. Semua negara maju di dunia
menegaskan peri pentingnya latihan dan galakan seni samada melalui latihan
formal mahupun galakan lain dalam kalangan masyarakat. Melalui latihan seni
yang berteraskan pendidikan, sesebuah masyarakat pasti mampu menjelmakan
modal insan yang berhemah dan bertamadun. Pelaksanaan program seni yang
berkualiti tidak dapat dijayakan dengan hanya membiarkan program itu berjalan
sendirian di Institusi Pendidikan Tinggi semata-mata. Seni tari, seperti juga
program pembangunan yang lainnya, perlu dibimbing, dipupuk dan dirancang
221