The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nurwhoda2809, 2021-01-20 00:56:57

Sains_Tahun_5_SK compressed

Sains_Tahun_5_SK compressed

RM12.70
B105080



KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH

SAINS TAHUN
5
SEKOLAH KEBANGSAAN

EDITOR

Noraida binti Haji Ismail Wan Mohammad Afifi bin
Wan Zainudin

PENULIS

Suwaibatullaslamiah binti Jalaludin

Sopia binti Md Yassin
Tan Mun Wai

PEREKA BENTUK ILUSTRATOR

Salmisah binti Sahimi Wong Chi Ming
Nurhilyati binti Jamalludin

DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA
KUALA LUMPUR
2019

PRELIM.indd 1 9/30/14 4:13 PM

No. Siri Buku: 0009 PENGHARGAAN

KK 5008-1211-1880-2106 Dewan Bahasa dan Pustaka dan panel penulis
ISBN 978-983-46-1880-3 merakamkan ucapan terima kasih dan setinggi-
Cetakan Pertama 2014 tinggi penghargaan kepada semua pihak yang telah
Cetakan Keenam 2019 memberikan sumbangan dalam menyempurnakan
penerbitan buku ini. Penghargaan dan ucapan
© Dewan Bahasa dan Pustaka 2014 terima kasih ditujukan kepada:

Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar • Jawatankuasa Penilaian,
ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi, dan Bahagian Buku Teks,
isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk Kementerian Pendidikan Malaysia.
dan dengan cara apa jua sama ada secara
elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman, atau cara • Jawatankuasa Kawalan dan Peningkatan Mutu,
lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Ketua Dewan Bahasa dan Pustaka.
Pengarah, Dewan Bahasa dan Pustaka, Peti Surat
10803, 50926 Kuala Lumpur, Malaysia. Perundingan • Panel Pembaca Luar,
tertakluk kepada perkiraan royalti atau honorarium. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Penerbit: • Pegawai-pegawai Bahagian Buku Teks,
Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia.
Jalan Dewan Bahasa,
50460 Kuala Lumpur. • Pegawai-pegawai Bahagian Pembangunan
Tel.: 03-21479000 (8 talian) Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia.
Faks: 03-21479643
Laman Web: http://www.dbp.gov.my Terima kasih juga ditujukan kepada organisasi
atau orang perseorangan yang bersama-sama
Reka Letak dan Atur Huruf: menjayakan penerbitan buku ini, antaranya:
Dawama Sdn. Bhd.
• Sekolah Kebangsaan Jalan Enam, Bandar
Muka Taip Teks: Azim Baru Bangi, Selangor.
Saiz Muka Taip Teks: 14 poin
• Encik Yusof Saini sekeluarga,
Dicetak oleh: Bandar Tasik Puteri, Kundang,
Sasyaz Holdings Sdn. Bhd., Rawang, Selangor.
No. 29, Jalan PJU 3/48,
Sunway Damansara Technology Park,
47810 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

ii 10/2/14 5:14 PM

PRELIM.indd 2

KANDUNGAN

1 Kemahiran Saintifik 1 4 Proses Hidup Tumbuhan 49

Kemahiran Proses Sains 2 Berlindung daripada Musuh 50
Kemahiran Manipulatif 6 Penyesuaian Terhadap Iklim dan Musim 55
Ingatkah Kamu? 10 Pencaran Biji Benih 59
Uji Kendiri 11 Kepentingan Pencaran Biji Benih 63
Mari Teroka 12 Kepentingan Tumbuhan 64
Ingatkah Kamu? 66
2 Peraturan Bilik Sains 13 Uji Kendiri 67
Mari Teroka 68
Patuhi Peraturan Bilik Sains 14
Ingatkah Kamu? 17 5 Tenaga 69
Uji Kendiri 18
Mari Teroka 18 Sumber Tenaga 70
Pelbagai Bentuk Tenaga 72
3 Proses Hidup Haiwan 19 Perubahan Bentuk Tenaga 74
Sumber Tenaga Boleh Dibaharui 77
Berlindung daripada Musuh 20 Sumber Tenaga Tidak Boleh Dibaharui 78
Berhemah Menggunakan Tenaga 81
Berlindung daripada Cuaca Melampau 24 Ingatkah Kamu? 82
Uji Kendiri 83
Haiwan Imaginasiku 28 Mari Teroka 84

Kemandirian Spesies 29

Haiwan Bertelur 30

Haiwan Menjaga Anak 33

Kepentingan Kemandirian Spesies 35

Rantai Makanan 36 6 Cahaya 85

Matahari, Pengeluar dan Pengguna 38 Cahaya Bergerak Lurus 86
Saiz Bayang-bayang 88
Siratan Makanan 39 Bentuk Bayang-bayang 89
Cahaya Boleh Dipantulkan 90
Kesan dan Akibat 44 Kegunaan Pantulan Cahaya 92
Cahaya Boleh Dibiaskan 94
Ingatkah Kamu? 46 Fenomena Pembiasan Cahaya 96
Model Ciptaanku 98
Uji Kendiri 47 Ingatkah Kamu? 100
Uji Kendiri 10 1
Mari Teroka 48 Mari Teroka 102

iii

7 Elektrik 103 10 Asid dan Alkali 173

Sumber Tenaga Elektrik 104 Asid, Alkali dan Neutral 174
Sifat Kimia Bahan 176
Litar Elektrik Lengkap 107 Bahan Berasid, Beralkali dan Neutral 179
Ingatkah Kamu? 180
Fungsi Suis 109 Uji Kendiri 181
Mari Teroka 182
Simbol Komponen 110

Kecerahan Mentol 112

Litar Bersiri dan Litar Selari 114

Kesan Nyalaan Mentol 117

Kecuaian Pengendalian Peralatan Elektrik 119 11 Bumi, Bulan dan Matahari 183

Langkah-langkah Keselamatan 121

Ingatkah Kamu? 124 Putaran dan Peredaran Bumi 184
Fenomena Fasa-fasa Bulan 190
Uji Kendiri 125 Ingatkah Kamu? 198
Uji Kendiri 199
Mari Teroka 126 Mari Teroka 200

8 Haba 127 12 Teknologi 201

Suhu 128 Struktur yang Kuat dan Stabil 202
Teknik Menggunakan Termometer 129 Faktor Kestabilan Objek 203
Menerima dan Kehilangan Haba 130 Kekuatan Binaan 206
Perubahan Suhu 133 Binaan yang Kuat dan Stabil 210
Pengembangan dan Pengecutan 135 Mencipta Model Binaan 21 1
Aplikasi Prinsip Haba 138 Amalan Penggunaan Bahan Lestari 213
Ingatkah Kamu? 140 Ingatkah Kamu? 214
Uji Kendiri 14 1 Uji Kendiri 215
Mari Teroka 142 Mari Teroka 216

9 Jirim 143

Mengenal Jirim 144 Jawapan 217
Sifat Keadaan Jirim 146
Tiga Keadaan Air 152
Perubahan Keadaan Air 153
Perubahan Keadaan Jirim 158
Kitaran Air Semula Jadi 162
Kepentingan Kitaran Air Semula Jadi 164
Sumber Air Semula Jadi 167
Kepentingan Kebersihan Sumber Air 168
Ingatkah Kamu? 170
Uji Kendiri 17 1
Mari Teroka 172

iv

PENDAHULUAN

Kandungan Buku Teks Sains Tahun 5 SK ini ditulis berdasarkan Standard Kandungan dan
Standard Pembelajaran yang terdapat dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)
Sains Tahun 5 SK. Penulisan kedua bagi tahap dua pembelajaran Sains ini menitikberatkan
penguasaan pengetahuan kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir.

Buku teks ini mengandungi dua belas unit yang merangkumi enam tema, iaitu
Pengenalan kepada Sains, Sains Hayat, Sains Fizikal, Sains Bahan, Bumi dan Sains Angkasa
serta Teknologi dan Kehidupan Lestari. Penulisan buku ini telah disusun bagi merangsang
dan menarik minat murid untuk terus menghayati pembelajaran Sains sama ada di
dalam kelas atau pembelajaran kendiri. Setiap unit dalam buku ini dimulakan dengan
halaman rangsangan, huraian kandungan pembelajaran, aktiviti, rumusan, penilaian dan
aktiviti pengayaan. Bagi memudahkan pengajaran dan pembelajaran guru dan murid,
halaman jawapan disediakan pada akhir buku ini sebagai panduan jawapan kepada
soalan-soalan yang terdapat pada setiap unit.

Bagi memastikan matlamat dan objektif KSSR bagi mata pelajaran Sains tercapai,
elemen merentas kurikulum yang sedia ada ditambah dengan elemen kreativiti dan
inovasi, keusahawanan, teknologi maklumat dan komunikasi (TMK), serta Kemahiran
Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Selain itu, nilai murni dan sikap positif, serta budaya kerja yang
baik turut diterapkan dalam buku teks ini.

Strategi pengajaran dan pembelajaran dalam KSSR bagi mata pelajaran Sains
mengutamakan pembelajaran berfikrah, iaitu penekanan kepada pemerolehan dan
penguasaan kemahiran serta ilmu pengetahuan murid ke tahap yang optimum. Di samping
itu, pengetahuan sains dan teknologi yang dipelajari disesuaikan dan diaplikasi dalam
kehidupan, masyarakat dan alam sekitar. Bagi menimbulkan minat dan keseronokan
murid, persembahan buku ini ditambah dengan unsur didik hibur yang digabungjalinkan
dengan kandungan pembelajaran.

Akhir kata, para penulis juga berharap agar buku teks ini dapat mencetuskan idea
kepada guru untuk meningkatkan keberkesanan penyampaian pengajaran. Pada masa
yang sama, murid akan teruja untuk menggunakan buku ini dalam pembelajaran mereka.

Suwaibatullaslamiah binti Jalaludin
Sopia binti Md Yassin
Tan Mun Wai

v

PENERANGAN IKON BUKU TEKS

Nombor Standard Pembelajaran TIP GURU
9.2.1 seperti yang terkandung dalam
Maklumat yang membantu
Dokumen Standard Kurikulum dan guru melaksanakan aktiviti atau
Pentaksiran Sains. maklumat tambahan untuk guru.

MARI KAJI !

Aktiviti yang perlu dilakukan oleh Langkah keselamatan kepada
murid untuk menguasai Standard murid supaya berhati-hati dan
Pembelajaran yang ditetapkan. untuk mengelakkan kecederaan
atau kemalangan berlaku ketika
Maklumat tambahan yang melakukan aktiviti.
menarik dan berkaitan dengan
tajuk yang dibincangkan. uji minda

Soalan yang menguji pemahaman
dan pengukuhan konsep yang
dipelajari oleh murid.

Soalan untuk menilai pencapaian MARI TEROKA
murid pada setiap unit.
Aktiviti pengayaan untuk setiap unit.
UJI KENDIRI

Soalan yang membolehkan murid ?INGATKAH Rumusan kandungan
KAMU setiap unit melalui

KBAT meningkatkan Kemahiran Berfikir pendekatan pengurusan
Aras Tinggi.
grafik yang mudah.

PERINGATMAaNklumat yang membantu murid
semasa menjalankan aktiviti.

vi

RUKUN NEGARA

AMALAN HIDUP RAKYAT MALAYSIA

BAHAWASANYA NEGARA KITA MALAYSIA
MENDUKUNG CITA-CITA HENDAK:

• Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh
masyarakatnya;
• Memelihara satu cara hidup demokratik;
• Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara
akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama;
• Menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi
kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai corak;
• Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains
dan teknologi moden;

Maka kami, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh
tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut
berdasarkan prinsip-prinsip yang berikut:

• KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
• KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
• KELUHURAN PERLEMBAGAAN
• KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
• KESOPANAN DAN KESUSILAAN

1 KEMAHIRAN SAINTIFIK
Eh, gasing saya dah
Cepatnya gasing kamu berhenti berputar!
berhenti. Mengapa ya?
Betul tu. Sedangkan
Hore! Saya menang kedua-duanya
kerana gasing saya sama saiz.
masih berputar.

Apakah kemahiran proses sains dan kemahiran manipulatif yang
boleh dikenal pasti dalam situasi ini?

1

Kemahiran Proses Sains

Kemahiran proses sains membolehkan kamu mempersoalkan tentang
sesuatu perkara dan mencari jawapan secara sistematik.
Situasi di bawah ialah Pertandingan Roket Air. Mereka
menjalankan eksperimen bagi mencari kaedah supaya roket air yang
dihasilkan dapat terbang lebih lama.

Roket air mereka Bagaimanakah kita Mari kita rancang
boleh terbang dapat menghasilkan semula eksperimen
lebih lama. roket air yang boleh sebelum ke pusingan
terbang lebih lama? seterusnya.

Eksperimen perlu mengikuti langkah-langkah yang berikut supaya
pernyataan masalah boleh diselesaikan.

Merancang eksperimen

Semasa merancang mereka perlu menentukan:

1 Mengenal pasti Apakah faktor yang boleh mempengaruhi

pernyataan masalah tempoh penerbangan roket air?

2 TIP GURU

1.1.1 • Guru boleh menggunakan objek lain yang bersesuaian
- untuk menjalankan aktiviti di atas.

1.1.12

2 Membuat hipotesis:

• Jika isi padu air berkurang di dalam botol,

masa penerbangan roket air akan bertambah.

3 Menentukan pemboleh ubah:

• Pemboleh ubah dimalarkan ialah saiz botol plastik, kandungan

udara yang dipam, saiz sayap, bentuk sayap dan ketinggian

muncung roket.

• Pemboleh ubah manipulasi ialah isi padu air di dalam botol.

• Pemboleh ubah bergerak balas ialah masa penerbangan roket air.

4 Menyenaraikan alat dan bahan:

• Pam basikal, tungku kaki tiga, gunting, penukul, jam randik, silinder

penyukat, 1 biji botol plastik (1000 ml), air berwarna, paku, pita pelekat,

dan plastik keras. !

Menjalankan eksperimen Berhati-hati ketika menebuk
lubang, menggunakan
Jalankan eksperimen mengikut paku dan penukul.
langkah-langkah yang dirancang.

1 Tebuk penutup botol
plastik dengan paku.

2 Hasilkan 3 keping sayap
menggunakan plastik
keras. Lekatkan sayap
pada bahagian tepi botol.
Pastikan jarak di antara
sayap adalah sama.

3 Hasilkan muncung roket
menggunakan plastik keras dan
lekatkan pada dasar botol.

3

4 Isikan 50 ml air ke
dalam botol plastik
dan tutup botol.

5 Cucuk muncung pam
udara pada lubang
penutup botol.

6 Terbalikkan botol dan
letakkan di atas
tungku kaki tiga.

7 Pam udara ke dalam roket air.

8 Ambil tempoh masa ketika roket air mula
terbang dan mendarat.

9 Ulangi langkah 4 - 8 dengan menambahkan
isi padu air kepada 100 ml, 150 ml dan 200 ml.

Kumpulkan data Contoh laporan eksperimen Roket Air s bdae)i5) gp b.pio epL tet•sinoiagnti atln4Pnauiunga.g.tpkduMm k eu sep •arl•ena reo bhb PntykkpPua-oeyaaedeekl stma ettpanmo•ki3mkndan ynla by aPb.gaaipuenroakleMo.nk,rlkndlae nm2aelpataeeguuptsgJh.ieihthnbhktnninl, kMina :t kaueoaggpg1eua1es ebnAlns.ageldkbbetraiimaitMunpnibslikhaiaakuthjhi eieaa Thea bnkukl kupb arbdkn anbneauadbbmaomauitggkrelaanaaad3tjahkdaiaroeuutr nhku gsptanakndlfnnigha .gkaeeepdainecayariprarkpmp:loiuknialamanru tb,aoiknog Rpnksbnlbagearatngra taggooeebuoihts lkynaspklrrsaniaased a tok ter(iaiaamtliis1nahkiaknirtped0nmy:pa:lesgeaaaau0agaentt nbkihmi.b0 ,brpar p aga?i n paAoali,mlngbashayehllsieaueh snla:badip)hhrn t,rutemiiib azk aaamkdsred kakiuasakarnueuaa selinlb,tz maran uyra ajeamamb kaipppnrrsmopw aeeag dbt,nn oska.irob augelard tenp.ralonaabnallrdla,haaut,ui ms:khnmpkt,igia ak tsbak,sea uonamy,t oa p lpo. h 6 .i ) D h dal)ag mipttI n)eafsm aee)ugmimd dtn)bpdek a)ippda boanacba5npdoaaat)hKgr0ot o/ulahamsrha egdtla(a oas dsmumdyak tyilut)rtn eaiid-tpuupakad(a apnmi(ndalpsaahka:kaggailm mer))aasyd ak trdtnnk aeabiau mkiedlnu ismpa 1ltkid.aglci0ahadkauius 0im antisknbulce ei gim uckerlMdktauo u ikrdagklaehdik,n se epstane a1ikgadn a5.gtrada igapr0dpaaianorea. aoin lmrkndapn t eemlo5im aultri,tne0sb dbud yirg abpaamlbaaan oandanngb ltdtg ilao geaali2eku nlrphi 0kkrt bde(a.aeaas0aeliangatn rnnkma uih yaaggdtt)lanun ad.adnp nindpbag abaun d so da i la teat ortd alb.bakoorktitpoaoalnl.. d a
dan buat laporan 100 16

Rekodkan data 150 13
ke dalam jadual
dan buat laporan 200 10
eksperimen
seperti contoh 7tAe. rKpbaeabsniimlgapbisueilrpataanmd: ubaahir. 7 masa roket
di sebelah: dHikipuoratensgiskadnite, rteimmap.oh

4 TIP GURU

• Longgarkan penutup botol supaya botol air mudah dilancarkan.
• Video tentang kaedah mengeksperimen boleh dimuat turun daripada
laman web http://youtube/aKrfjtq06ZM

Membuat kesimpulan

Kesimpulan eksperimen: Apabila isi padu air berkurang, masa
penerbangan roket air bertambah.

Bagaimanakah kesimpulan sesuatu eksperimen dibuat?

Kesimpulan dibuat berdasarkan pernyataan masalah dan
hipotesis eksperimen. Dalam eksperimen ini, hipotesis yang
dibuat telah berjaya dibuktikan.

Berdasarkan laporan yang telah disediakan
pelbagai persoalan akan timbul seperti yang berikut:

• Ramalkan tempoh penerbangan roket air
yang mempunyai isi padu air 400 ml.
• Apakah yang dapat kamu perhatikan tentang
tempoh penerbangan bagi botol berisi air 50 ml dan 200 ml?
• Roket air manakah yang mencatatkan tempoh masa

penerbangan paling lama? Berikan inferens kamu.
• Bagaimanakah hubungan isi padu air dengan tempoh masa

penerbangan roket air?
• Apakah definisi secara operasi tempoh masa penerbangan

roket air dalam penyiasatan ini?

Rancang dan lakukan satu eksperimen baru
yang juga menggunakan roket air. Gunakan
ciri saiz botol yang berbeza-beza.

Roket-roket boleh dicipta berdasarkan saiz botol, rupa
bentuk sayap, bentuk botol dan ciri-ciri lain yang sama.

Perhatikan roket-roket air yang berikut.
Kelaskan mengikut ciri-ciri yang sama.

5

Kemahiran Manipulatif

Akma dan rakan-rakannya menjalankan satu kajian lapangan di Taman
Sains di belakang sekolah mereka. Mereka ingin menyiasat hidupan
yang tinggal di habitat tersebut.

Siasat hidupan yang hidup
di habitat ini. Ingat ya, jangan
memetik tumbuhan jika tidak perlu.

Baik, cikgu.

Lihat ada kesan tapak Wahai siput, jangan
kaki haiwan di sini. bimbang kamu tidak akan
cedera di dalam botol ni!
Tapak kaki haiwan apa
agaknya? Saya perlu
lakarkan ni.

Melakarkan kesan tapak Mengendalikan spesimen
kaki haiwan dengan betul dan selamat

6

1.2.1
-

1.2.5

Ambil 200 ml air untuk Sebelum ke bilik
lihat hidupan di dalam sains pastikan
air ini. tiada sampah yang
kamu tinggalkan.
Nanti kita sukat air
dengan menggunakan Baik, cikgu.
silinder penyukat.

Menggunakan dan
mengendalikan peralatan
dan bahan sains dengan betul

Lakaran siput ini Selepas itu, Apakah agaknya
mesti jelas dan tepat. saya akan hidupan yang ada
lepaskan dalam air kolam?
semula
siput ini ke
Taman Sains.

Lakaran alat radas juga
mesti jelas dan tepat.

7

Nah, gunakan kanta tangan! Sebentar lagi kita akan
Penggunaan kanta ini laporkan hasil penyiasatan ini.
memudahkan kamu untuk
memerhati kemuncup itu. Selepas membersihkan
semua alatan dan
Terima kasih cikgu. radas, susun semula
di dalam almari.

Selepas air kolam dituras, saya dapati
ada cacing pada kertas turas.

8

MARI KAJI

Sama Tetapi Tak Serupa

Tujuan
Menyiasat ciri-ciri yang terdapat
pada beberapa jenis spesimen

Alat dan Bahan
Pisau, alas pemotong, kanta tangan,
bawang, lobak merah, peria, cili,
terung dan tomato

Langkah-langkah !
1. Potong semua spesimen kepada
Berhati-hati ketika
dua bahagian. Letak spesimen yang telah memotong bahan
dipotong di atas kertas. menggunakan
2. Buat pemerhatian ke atas spesimen dengan pisau.
menggunakan kanta tangan.

3. Lakarkan setiap spesimen dengan jelas dan betul.

4. Catatkan pemerhatian kamu seperti jadual di bawah.

Pemerhatian Lakaran Bau/ Tekstur Merasa
spesimen spesimen Tidak berbau permukaan kulit dengan lidah

Bawang (kasar/licin)
Lobak merah
Peria
Cili
Terung
Tomato

Soalan

a Apakah alat yang digunakan untuk membuat pemerhatian dalam
penyiasatan ini?

b Apakah ciri lakaran yang perlu ada ketika kamu melakarkan spesimen?
c Nyatakan langkah yang perlu kamu lakukan apabila selesai

menjalankan penyiasatan ini.

1.1.1- 9
1.1.12
1.2.1-
1.2.5

?INGATKAH KEMAHIRAN SAINTIFIK
KAMU

Kemahiran saintifik merupakan kemahiran yang
diamalkan semasa menjalankan eksperimen atau
penyiasatan. Kemahiran saintifik terdiri daripada
kemahiran proses sains dan kemahiran manipulatif.

Mengeksperimen Kemahiran Manipulatif
menggunakan semua diamalkan serentak
Kemahiran Proses ketika menjalankan
Sains. Langkah-langkah eksperimen.
mengeksperimen ialah
merancang, menjalankan
eksperimen, mengumpul
data, membuat
kesimpulan dan membuat
laporan lengkap.

Kemahiran Proses Sains: Kemahiran Manipulatif:
• memerhati
• mengelas • menggunakan dan
• mengukur dan menggunakan mengendalikan peralatan dan
bahan dengan betul
nombor
• membuat inferens • mengendalikan spesimen
• meramal dengan betul dan cermat
• berkomunikasi
• menggunakan perhubungan • melakar spesimen, peralatan
dan bahan sains dengan betul
ruang dan masa
• mentafsir data • membersihkan peralatan sains
• mendefinisi secara operasi dengan cara yang betul
• mengawal pemboleh ubah
• membuat hipotesis • menyimpan peralatan dan
• mengeksperimen bahan sains dengan betul
dan selamat
10

UJI KENDIRI

Jawab semua soalan yang berikut dalam buku latihan Sains.

1. Jadual di bawah menunjukkan bilangan kes dan kematian yang
disebabkan demam denggi sehingga Julai 2013.

Bilangan kes dan kematian
yang disebabkan demam denggi sehingga Julai 2013

Negeri Bilangan kes Kematian

P 447 1

Q 991 0

R 6227 7

S 1883 7

T 706 0

a) Berpandukan jadual di atas, apakah pemerhatian yang dapat
dibuat daripada data di dalam jadual?

b) Berikan inferens tentang negeri yang mempunyai kes demam
denggi yang paling tinggi.

c) Berapakah jumlah kematian yang disebabkan oleh demam denggi
dalam data di atas?

d) Ramalkan apa yang akan berlaku sekiranya langkah pencegahan
pembiakan nyamuk aedes tidak dilakukan.

Sebagai seorang murid, apakah tindakan yang boleh
dibuat di sekolah kamu bagi mengelakkan kes demam
denggi berlaku?

2. Bagaimanakah pengetahuan
tentang kemahiran manipulatif boleh
diaplikasikan di rumah? Berikan
beberapa contoh.

11

MARI TEROKA

Bikar Menyanyi

Tujuan
Menyiasat kesan isi padu air yang berbeza dengan nada bunyi
yang dihasilkan

Pernyataan Masalah
Adakah isi padu air dalam bikar mempengaruhi kekuatan bunyi
hasil daripada ketukan sudu logam?

Hipotesis
Bina hipotesis kamu

Pemboleh Ubah
Tentukan pemboleh ubah dimalarkan, pemboleh ubah dimanipulasi dan
pemboleh ubah bergerak balas

Alat dan Bahan !

sudu logam Berhati-hati ketika
mengetuk bikar
bikar air kerana kaca
mudah pecah.

Langkah-langkah
1. Lakukan eksperimen ini dalam kumpulan kecil.
2. Ikuti langkah-langkah yang telah kamu rancang untuk menjalankan

eksperimen bagi menyelesaikan masalah yang diberikan.
3. Gunakan pengetahuan yang telah kamu pelajari untuk

menyelesaikan masalah yang diberikan. Kamu boleh mengulang
eksperimen bagi menguji kebenaran sesuatu hipotesis.

uji minda

Adakah saiz bikar mempengaruhi
nada bunyi yang dihasilkan?

Bunyi dihasilkan oleh getaran. Getaran boleh berlaku di dalam udara,
pepejal dan gas. Telinga dan otak kita mempunyai cara yang khusus
untuk mentafsirkan sesuatu getaran yang terdapat di sekeliling kita.

12

2 PERATURAN BILIK SAINS

Letakkan pemadam api dan
peti pertolongan cemas ini
di tempat yang mudah dilihat.

Baik, cikgu.

Biar saya
bantu, cikgu.

Peraturan bilik Sains perlu dipatuhi ketika berada di dalam bilik Sains.
Apakah peraturan bilik Sains yang perlu kita patuhi supaya keselamatan
kita dan rakan-rakan terjamin?

13

Patuhi Peraturan Bilik Sains

Kamu telah pun mempelajari peraturan bilik Sains pada masa yang lalu.
Adakah kamu telah mengamalkan peraturan bilik Sains dengan baik?

Apakah perkara Buka cermin tingkap dan
lain yang perlu kita hidupkan suis kipas.
patuhi ketika berada
di dalam bilik Sains?

Semua cermin tingkap mesti
dibuka dan kipas hendaklah
dipasang supaya berlaku
pengaliran udara yang bersih.

Rambut yang panjang
hendaklah diikat rapi
ketika mengendalikan
penyiasatan atau
eksperimen.

Cara membuang
bahan yang
terbakar juga perlu
dikendalikan dengan
betul. Basahkan
bahan yang terbakar
itu sebelum dibuang.

Menyalakan penunu Bunsen
mestilah mengikut cara
yang betul, iaitu dengan
menggunakan pemetik api.

14

2.1.1

Jangan hidu larutan ini.

Kita tidak boleh menyentuh, menghidu, atau memasukkan sebarang

bahan ke dalam mulut di dalam bilik Sains kecuali telah mendapat

arahan daripada guru. Kamu dah minta izin

daripada guru?

Peti pertolongan
cemas hendaklah
lengkap dan mudah
dilihat untuk digunakan
apabila diperlukan.

Bahan buangan pepejal hendaklah dibuang ke dalam bakul sampah.
Manakala bahan buangan cecair hendaklah dibuang ke dalam singki
dengan air paip yang mengalir.

bahan buangan pepejal bahan buangan cecair

TIP GURU 15

• Pemetik api mestilah disimpan semula selepas digunakan. Jauhkan
pemetik api daripada penunu Bunsen yang menyala.

MARI KAJI

Skor Saya

Mari kita jawab soalan ini.
Berapakah skor kamu?

Tujuan
Menyiasat skor kepatuhan murid yang mematuhi peraturan bilik Sains

Alat dan Bahan
Jadual skor

1 Skor kepatuhan 3
Tidak pernah 2 Kerap

Kadang-kadang

Bil. Peraturan Keselamatan Bilik Sains Skor

1. Saya memastikan tingkap terbuka apabila berada di bilik Sains.

2. Saya memastikan diri sentiasa dalam keadaan kemas,
contohnya memakai kasut tertutup.

3. Saya memadamkan bahan yang terbakar terlebih dahulu
sebelum membuangkannya ke dalam tong sampah.

4. Saya menyalakan pemetik api terlebih dahulu sebelum membuka
gas penunu Bunsen.

5. Saya tidak menyentuh, menghidu dan merasa sebarang bahan di
dalam bilik Sains kecuali telah mendapat arahan daripada guru.

6. Saya meminta keizinan guru untuk menggunakan ubat-ubatan
di dalam peti pertolongan cemas.

Jumlah skor

Langkah-langkah
1. Berikan skor kamu pada setiap peraturan yang terdapat di dalam

jadual di atas.
2. Jumlahkan skor dan bincangkan dalam kumpulan berdasarkan

jumlah skor yang diperoleh oleh setiap murid di dalam kelas.

Sekiranya kamu mendapat skor 12 atau lebih, bermakna kamu telah
mengamalkan peraturan bilik Sains dengan baik.

16 TIP GURU

2.1.1 • Skor yang tinggi menunjukkan murid ini telah mengamalkan
peraturan bilik Sains dengan baik.

?INGATKAH
KAMU

Mengikat rambut dengan Menyalakan penunu
kemas semasa menjalankan Bunsen menggunakan
penyiasatan atau eksperimen. pemetik api.

Membuka cermin Peraturan Bilik
tingkap. Sains yang
perlu kamu
Menghidupkan patuhi untuk
suis kipas. menjamin
keselamatan

Membuang bahan Jangan hidu atau
buangan pepejal sentuh bahan tanpa
ke dalam bakul kebenaran guru.
sampah.

Membuang bahan Basahkan bahan Peti pertolongan cemas
buangan cecair ke yang terbakar hendaklah lengkap dan
dalam singki dengan sebelum dibuang ke mudah dilihat. Gunakan
air paip yang mengalir. dalam tong sampah. dengan bantuan guru.

17

UJI KENDIRI

Jawab semua soalan yang berikut dalam buku latihan Sains.
Tuliskan jawapan yang tepat daripada situasi yang diberikan.

1 Daniel menghidupkan suis kipas dan membuka cermin tingkap di bilik
Sains sebelum kelas bermula.
Mengapakah Daniel perlu berbuat demikian?

2Adibah ditegur oleh rakannya ketika dia menghidu larutan berasid.
Mengapa?

3Ravi membuang bahan yang masih berbara ke dalam tong sampah.
Ramalkan apakah yang akan berlaku? Berikan alasan kamu.

4 Kertas litmus yang telah digunakan oleh kumpulan Sarah ketika
menguji sifat kimia bahan telah dibuang ke dalam singki
bersama-sama bahan yang diuji.
Adakah tindakan mereka itu betul? Nyatakan alasan kamu.

MARI TEROKA

Poster Keselamatan di Bilik Sains

Tujuan
Melukis Poster Keselamatan Bilik Sains
Sekolah kamu akan mengadakan pertandingan melukis poster yang
bertajuk "Keselamatan Bilik Sains".
Lukiskan poster tentang keselamatan bilik Sains untuk dipertandingkan
dan kemudian dipamerkan di dalam bilik Sains kamu. Poster yang kamu
hasilkan mestilah dapat memberikan maklumat, kreatif dan menarik.

1818

3 PROSES HIDUP HAIWAN

Perhatikan ciri dan perlakuan haiwan dalam situasi dalam gambar
di atas. Apakah ciri yang terdapat pada haiwan untuk melindungi diri
dan memastikan terus hidup?

19

Berlindung daripada Musuh

Hidup haiwan sering diancam oleh musuh Bagaimanakah haiwan
yang terdapat di sekelilingnya. melindungi diri mereka
daripada musuh?

Saya takut... nanti musuh
akan menyerang saya.

Jangan risau, dengan
kuku yang tajam ini saya
boleh melindungi kamu.

Haiwan mempunyai ciri-ciri khas dan Mari kita kenal pasti
tingkah laku khas untuk melindungi ciri-ciri khas yang
dirinya daripada musuh. Ciri khas terdapat pada haiwan.
tersebut terdapat pada bahagian
atau permukaan badan haiwan.

Duri tajam

Bagaimanakah duri landak

yang tajam dan

terpacak

ini dapat

Ikan buntal melindungi
mempunyai
duri tajam diri daripada landak
pada badan.
Apabila terancam musuh?
ikan buntal akan
mengembungkan ikan buntal
badannya untuk
menakutkan musuh.

20

3.1.1

Cangkerang keras Kura-kura mempunyai cangkerang yang keras
untuk melindungi badannya yang lembut.

Bagaimanakah pula dengan penyu?

kura-kura

penyu

Sisik keras

buaya

Buaya mempunyai kulit berupa sisik tenggiling
keras untuk melindungi dirinya daripada
musuh. Bagaimanakah sisik keras
yang meliputi badan tenggiling dapat
melindungi haiwan tersebut?

Tanduk

Rusa mempunyai tanduk yang tajam dan keras. Apabila diancam,
haiwan tersebut akan menyerang dan mencederakan musuh dengan
menggunakan tanduknya. Bagaimanakah pula dengan tanduk kerbau?

rusa kerbau

21

Kala jengking mempunyai sengat lipan Bisa
sengat yang mengeluarkan
racun berbisa. Apabila sengat kala jengking
terancam, haiwan-haiwan
ini akan menyengat lipan kala jengking ular
musuh. Racun berbisa
ini boleh menyakitkan
atau membunuh musuh.
Bagaimanakah ular dan
lipan melindungi diri
daripada musuh?

Menggulungkan diri Haiwan juga mempunyai tingkah laku
khas untuk melindungi diri daripada musuh.

Ulat gonggok akan
menggulungkan diri untuk
melindungi bahagian badan
yang lembut daripada serangan
musuh. Bagaimanakah
tenggiling melindungi dirinya?

ulat gonggok tenggiling

Menyamar

Rama-rama mempunyai warna atau corak pada badan yang
membolehkannya menyamar. Penyamarannya itu adalah untuk
mengelakkan dirinya daripada dikesan musuh. Bagaimanakah
pula dengan sesumpah dan mentadak melindungi diri mereka?

sesumpah mentadak

rama-rama

22

Memutuskan anggota badan Bagaimanakah kurita
kurita melindungi
Cicak diri daripada
memutuskan musuhnya?
ekor apabila
diserang. Ekor cicak
yang terputus akan
mengelirukan musuh
dan membolehkan cicak
melarikan diri.

Memasukkan anggota badan

Apabila diancam musuh, siput
kura-kura akan memasukkan
anggota badannya ke dalam
cangkerang. Bagaimanakah
pula dengan siput?

kura-kura

Hidup dalam kumpulan

ikan bilis Haiwan seperti ikan bilis gajah
hidup dalam kumpulan.
Semasa bergerak dalam
kumpulan, haiwan
melindungi ahlinya
dan mengurangkan
kemungkinan diserang
musuh. Bagaimanakah
pula dengan gajah?

uji minda

Haiwan mempunyai ciri dan tingkah laku khas untuk membolehkannya

terus hidup dan membiak. Cuba kamu berikan nama haiwan bagi

setiap ciri berikut:

• kuku tajam • mengeluarkan bau busuk • mata palsu

• menyemburkan dakwat hitam ketika menghadapi musuh

23

MARI KAJI

Ciri dan Tingkah Laku Khas Haiwan

Tujuan
Mengkaji ciri dan tingkah laku khas haiwan untuk melindungi diri
daripada musuh

Alat dan Bahan
Komputer, kertas dan alat tulis

Langkah-langkah
1. Lakukan aktiviti ini dalam kumpulan.
2. Sediakan buku skrap yang mengandungi maklumat dan gambar

yang boleh menjelaskan ciri dan tingkah laku khas haiwan
melindungi diri seperti yang telah kamu pelajari.
• duri tajam • cangkerang keras
• sisik keras • tanduk
• bisa • hidup dalam kumpulan
• menyamar • memutuskan anggota badan
• memasukkan badan ke dalam cangkerang
3. Haiwan yang dipilih hendaklah berbeza daripada contoh yang
ada dalam buku teks.
4. Gunakan perisian komputer untuk menghasilkan buku skrap kamu.

Berlindung daripada Cuaca Melampau

Sesetengah haiwan tinggal di tempat yang Bagaimanakah haiwan
sangat panas dan sejuk. Cuaca melampau ini melindungi diri daripada
menyebabkan haiwan mempunyai ciri dan cuaca melampau?
tingkah laku khas untuk melindungi dirinya.

Sejuknya! Saya Biasalah! Kawasan kutub
tidak tahan. cuaca memang sejuk.

24 3.1.1 TIP GURU

3.1.2 • Galakkan murid membuat buku skrap digital dalam aktiviti mari kaji di atas.
3.1.3

Bulu tebal

Beruang berbulu tebal. Bulu yang tebal dapat memerangkap udara
untuk mengurangkan kehilangan haba ke persekitaran.
Bagaimanakah serigala kutub
yang berbulu tebal
melindungi dirinya?

beruang kutub serigala kutub

Berhibernasi

Berhibernasi ialah tidur yang panjang menyebabkan haiwan kurang
aktif dan dapat mengurangkan rasa lapar. Musang artik akan
berhibernasi pada musim sejuk untuk mengurangkan keaktifannya.
Bagaimanakah pula beruang kutub mengurangkan keaktifannya?

musang artik beruang kutub

Lapisan lemak

Singa laut mempunyai lapisan lemak tebal. Lemak tebal berfungsi
sebagai penebat haba dan mengawal suhu badannya.
Bagaimanakah lapisan lemak pada paus dan penguin dapat
melindungi haiwan tersebut?

singa laut

penguin paus

25

Berendam dalam lumpur

badak sumbu Badak sumbu berendam kerbau
paus di dalam lumpur untuk
menyejukkan badannya Bermigrasi
ketika cuaca panas.
Bagaimanakah pula burung bangau
dengan kerbau
menyejukkan badannya?

Pada musim sejuk,
paus akan bergerak
ke tempat yang
panas untuk membiak
dan mendapatkan
makanan. Pergerakan
bermusim ini
dipanggil migrasi.
Bagaimanakah pula
burung bangau?

Bonggol Unta mempunyai bison
bonggol yang dapat
unta menyimpan air
dan lemak serta
membolehkannya
hidup tanpa makanan
sehingga dua minggu.
Bagaimanakah pula
bison?

uji minda

Adakah unta yang mempunyai dua bonggol tahan
lebih lama tanpa makanan berbanding satu bonggol?

26

MARI KAJI

Merentas Benua

Tujuan
Menjelaskan ciri dan tingkah laku khas
haiwan bermigrasi
Alat dan Bahan
Komputer
Langkah-langkah
1. Lakukan aktiviti ini dalam kumpulan.
2. Baca petikan di bawah:

“Migrasi burung di Tanjung Tuan, Melaka merupakan fenomena
luar biasa yang hanya dapat dilihat sekali setiap tahun. Pelbagai
jenis burung bermigrasi dari negara seperti Jepun, Rusia, China
dan Mongolia singgah di situ.”

3. Cari maklumat menarik tentang jenis burung yang bermigrasi
di Tanjung Tuan, Melaka.

4. Cari maklumat lain dan jelaskan ciri dan tingkah laku khas haiwan
melindungi diri daripada cuaca melampau.

5. Gunakan perisian MS PowerPoint untuk persembahkan maklumat
yang diperoleh kepada kelas kamu.

Soalan

a Apakah maksud migrasi?
b Mengapakah haiwan bermigrasi?
c Apakah yang akan berlaku kepada burung ini jika tidak bermigrasi?

Jelaskan.
d Selain burung, namakan haiwan lain yang bermigrasi.

Migrasi ialah pergerakan pelbagai spesies haiwan yang sering dilakukan
secara bermusim, contohnya burung. Antara sebab pelbagai spesies
burung berhijrah dari utara ke selatan ialah tempoh pembiakan dan
musim sejuk. Migrasi burung melalui laluan khusus semula jadi seperti
Laut Mediterranean atau Laut Caribbean.

27

3.1.2

Haiwan Imaginasiku

Akma ingin mencipta model haiwan imaginasi. Model tersebut mestilah
boleh hidup dalam cuaca yang amat panas, dipenuhi dengan haiwan
yang berbisa dan boleh terbang.

Langkah-langkah yang perlu dilakukan:

1 Bayangkan rupa bentuk haiwan 2 Fikirkan bahan yang

berdasarkan persekitaran tersebut diperlukan dan kumpulkan

dan ciri-ciri dan tingkah laku yang dipilih. bahan yang bersesuaian dan

Ciri-ciri khas: kulit licin dan kenyal peralatan yang diperlukan.

Tingkah laku khas: berendam di dalam air

3 Lakarkan haiwan imaginasi yang 4 Membina model.
lengkap dengan penerangan
tentang penggunaan bahan.

kepala: penutup badan: botol
botol dan air minuman
dibalut dengan
pita pelekat ekor: tin
aluminium
paruh:
kertas manila kaki: tin
aluminium
kepak :
polisterina

5 Setelah selesai reka ciptanya itu, Akma telah membuat penerangan
tentang haiwan imaginasi di hadapan kelas.

Haiwan imaginasi yang saya reka ini diberi nama “Garuh”. Garuh
ialah sejenis haiwan yang boleh terbang. Badan berkulit licin dan
kenyal dapat melindungi dirinya daripada bisa memasuki badannya.
Kulit licin dan kenyal ini juga dapat melindungi diri daripada cuaca
panas melampau. Paruh dan kuku kaki yang tajam digunakan untuk
menyerang musuh. Bentuk paruh yang tirus dan sayap yang panjang
memudahkannya terbang. Mata sisi pula digunakan untuk mengesan
musuh dan makanannya. Garuh kebiasaannya berendam di dalam
sungai untuk menyejukkan badannya ketika cuaca amat panas.

28

3.2.1
3.2.2

MARI KAJI

Haiwan Terhebat Kamu juga dikehendaki

mencipta satu model

Tujuan haiwan imaginasi.

Mereka cipta dan membina haiwan imaginasi yang boleh hidup

dalam keadaan cuaca yang sangat sejuk dan dipenuhi musuh.

Langkah-langkah
1. Lakukan aktiviti ini berdasarkan langkah-langkah yang telah

dinyatakan pada muka surat 28.
2. Persembahkan model ciptaan kamu dengan menjelaskan ciri-ciri

khas yang dipilih.

Soalan

Adakah haiwan imaginasi kamu boleh hidup dalam iklim di Malaysia?

Kemandirian Spesies

Kancil, tenuk dan orang utan
yang terdapat di Malaysia,
kini diancam kepupusan.

kancil tenuk orang utan

Setiap haiwan mempunyai naluri semula jadi untuk kekal hidup
dan mengekalkan zuriatnya. Keupayaan haiwan mengekalkan
spesiesnya dikenali sebagai kemandirian spesies. Keupayaan ini
dapat mengelakkan spesies pupus.

Haiwan bertelur dan melahirkan anak untuk membiak dan
mengekalkan kemandirian spesiesnya.

TIP GURU 29

3.3.1 • Spesies haiwan atau tumbuhan merujuk kepada satu kumpulan dengan
ciri yang serupa dan boleh membiak antara satu sama lain untuk
menghasilkan anak.

• Pupus bermakna lenyapnya sesuatu hidupan sama ada haiwan
atau tumbuhan.

Haiwan Bertelur

Haiwan yang bertelur memastikan kemandirian spesiesnya melalui
cara yang berikut.

Menyembunyikan telur

buaya cicak belalang

Buaya membuat Cicak menyembunyikan Belalang bertelur
jerumun untuk telurnya di tempat yang di dalam tanah.
bertelur dan tersorok.
menjaga telurnya.
Bertelur banyak

Nyamuk, lalat dan penyu bertelur banyak untuk memastikan lebih
banyak anaknya dapat hidup.

nyamuk lalat penyu

Telur katak Suriname disimpan di bawah kulit
bahagian bawah badan katak betina. Berudu yang
terhasil akan membesar dan keluar daripada kulitnya.

30 TIP GURU

3.3.2 • Jerumun ialah sarang buaya yang diperbuat daripada
lumpur dan tumbuhan kering.

Telur berlendir

Katak dan ikan bertelur dengan banyak. Telur katak
diselaputi lendir. Lendir ini menyebabkan telur katak melekat
di antara satu sama lain dan membentuk
gumpalan. Gumpalan telur katak yang
besar dan licin menyukarkan haiwan
yang lain memakannya.

katak

ikan

Mengeram telur

ayam burung penguin

Ayam, burung dan penguin mengeramkan telur untuk menetaskannya.

Menjaga telur

Ular dan burung burung
menjaga telur dengan
melingkari telur dan ular
menyerang haiwan
yang mendekatinya.

TIP GURU 31

• Maklumat tentang katak Suriname boleh diperoleh di laman web
http://www.dbp.gov.my.

MARI KAJI

Buku tentang Telur

Tujuan
Mengumpul maklumat tentang beberapa spesies
telur haiwan untuk dijadikan buku kecil tentang telur

Alat dan Bahan
Gunting, kertas lukisan, kertas warna, alat tulis dan gam

Langkah-langkah 5. Gunting mengikut bentuk telur tadi.
Jangan gunting bahagian tepi supaya
1. Lakukan aktiviti ini dalam bentuk buku telur tidak putus.
kumpulan.

2. Cari maklumat dan gambar yang
menarik tentang:

• ciri-ciri khas dan penjagaan
telur haiwan

3. Lipat kertas lukisan seperti gambar
di bawah.

4. Lakar bentuk telur. 6. Berdasarkan maklumat yang dikumpul
dalam langkah 2, hasilkan "Buku
Tentang Telur" seperti yang berikut
menggunakan MS Word dan
kreativiti kamu.

Soalan

Apakah kesimpulan tentang telur-telur haiwan yang boleh kamu dapati
dari segi rupa bentuk, warna, saiz dan cara penjagaan?

32

3.3.2
3.3.5

Haiwan Menjaga Anak

Bagaimanakah anak
monyet ini dijaga
oleh ibunya?

Haiwan mempunyai pelbagai cara untuk menjaga anaknya.

Menyusukan anak

Kucing, harimau dan
lembu menyusukan anak.

kucing

harimau Membawa anak
di dalam kantung

Anak kanggaru yang baru
lahir bergerak ke dalam
kantung ibunya.
Anak kanggaru akan
membesar dalam
kantung ibunya.

lembu kanggaru

Anak kanggaru yang baru lahir amat kecil jika kita
bandingkan dengan saiz kanggaru dewasa. Anak
kanggaru sebesar jellybean dan berjisim 1-2 g.

33

3.3.3

burung layang-layang Bergerak dalam kumpulan
Burung layang-layang dan
Membawa anak gajah bergerak dalam kumpulan.
di dalam mulut Keadaan ini menyukarkan musuh
menangkap anaknya.
Buaya dan ikan tilapia
membawa anak gajah
di dalam mulut.

buaya ikan tilapia Memberi anak makan
Burung memasukkan
Menyerang musuh makanan ke
dalam mulut
Kucing dan ayam akan anaknya.
menyerang musuh apabila
anaknya diganggu. burung

Singa memburu haiwan
lain sebagai makanan
untuk anaknya.

ayam

kucing singa

Haiwan perlu menjaga telur dan anaknya agar dilindungi daripada musuh dan
bahaya. Ini akan memastikan haiwan tersebut terus hidup dan mengekalkan
spesiesnya bagi mengelakkan kepupusan.

34

MARI KAJI

Sayangiku Haiwan

Tujuan Liar
Mengenali haiwan liar yang semakin pupus Kesayanganku

Alat dan Bahan Daripada Pertubuhan Haiwan Dunia
Kertas A4, kertas warna dan alat tulis
Bantu WAF Bantu Haiwan dan Bumi Kita!
Langkah-langkah

1. Lakukan aktiviti ini dalam kumpulan.

2. Kamu dikehendaki memilih seekor haiwan liar yang semakin pupus.

3. Cari maklumat dan gambar berkaitan habitat, pemakanan,

cara membiak dan cara menjaga anak haiwan yang dipilih

melalui pelbagai media.

4. Menggunakan maklumat di atas, buat satu pamplet yang

menarik tentang haiwan tersebut.

Soalan

a Mengapakah kamu memilih haiwan tersebut?

b Apakah ciri paling menarik tentang haiwan tersebut?

c Apakah yang akan kamu lakukan untuk memastikan haiwan tersebut
terus bermandiri?

Kepentingan Kemandirian Spesies

Perhatikan situasi di bawah.

Ibu ayam meninggalkan sarangnya. Penyu bertelur sedikit dan tidak
menyembunyikan telurnya.

Apakah yang akan berlaku sekiranya situasi tersebut
terjadi? Ramalkan.

3.3.2 35
3.3.3
3.3.4

Rantai Makanan

Perhatikan gambar di bawah.

Apakah yang akan dimakan
oleh haiwan-haiwan yang
terdapat dalam sawah padi ini?

Hidupan yang terdapat di sawah padi boleh dikaitkan dengan hubungan
makanan antara hidupan. Perhatikan hubungan makanan yang
ditunjukkan di bawah:

dimakan dimakan dimakan
oleh oleh oleh

padi tikus ular helang

Hubungan makanan Bina satu contoh rantai makanan
antara padi, tikus, ular yang lain berdasarkan hidupan
dan helang ialah satu yang terdapat di sawah padi.
contoh rantai makanan.

Rantai makanan ialah hubungan makanan antara hidupan.

36

3.4.1
3.4.2

Kita boleh membina rantai Anak panah ( ) memberi
makanan menggunakan maksud “dimakan oleh”
simbol anak panah. haiwan lain.

padi tikus ular helang

Perhatikan gambar di bawah.

Apakah hidupan yang
terdapat di ladang
kelapa sawit ini?

Rantai makanan dalam habitat ini adalah seperti yang berikut.

buah kelapa sawit tikus burung hantu

TIP GURU 37

• Rantai makanan dan siratan makanan mesti dimulakan
oleh pengeluar atau tumbuhan.

Matahari, Pengeluar dan Pengguna

Dalam setiap rantai Matahari mengeluarkan
makanan, tumbuhan cahaya yang menjadi
membekalkan tenaga sumber tenaga kepada
kepada haiwan lain. Dari tumbuhan seperti rumput.
manakah tumbuhan
mendapatkan tenaganya?

Tumbuhan mendapat tenaga
daripada matahari untuk membuat
makanannya sendiri melalui proses
fotosintesis. Maka, tumbuhan
merupakan pengeluar.

Belalang mendapat tenaga
dengan memakan rumput. Maka,
belalang merupakan pengguna.

Burung pipit pula makan belalang
untuk mendapatkan tenaga. Oleh
itu, burung pipit ialah pengguna.

Kesimpulannya,
belalang dan
burung pipit dikenali
sebagai pengguna.

Dalam suatu rantai makanan, matahari merupakan sumber tenaga
utama. Tumbuhan dikenali sebagai pengeluar, manakala haiwan yang
memakan tumbuhan atau haiwan lain dikenali sebagai pengguna.

38

3.4.3
3.4.4

Siratan Makanan

Dalam habitat sebenar, haiwan makan tumbuhan atau haiwan lain.
Perhatikan rantai makanan dalam sebuah habitat sawah padi.

Dalam habitat sawah padi terdapat beberapa rantai makanan seperti
yang berikut:

padi tikus ular helang

padi burung pipit ular helang

padi belalang burung pipit helang

padi tikus helang

3.4.5 39
3.4.6

Berdasarkan rantai makanan di sebelah, kita boleh menggabungkannya
untuk membentuk siratan makanan.

belalang

burung pipit

helang
padi

ular
tikus

Siratan makanan ialah gabungan beberapa rantai makanan dalam
suatu habitat.

Perhatikan gambar di bawah.

TIP GURU
40 • Minta murid memberikan beberapa contoh rantai makanan dalam

suatu habitat lain. Bina siratan makanan tersebut.

Dalam gambar di sebelah terdapat beberapa rantai makanan seperti
yang berikut:

Tumbuhan anai-anai katak ular

Tumbuhan belalang burung ular

Tumbuhan belalang katak ular

Tumbuhan anai-anai kumbang katak ular
Tumbuhan kumbang burung ular

Tumbuhan kumbang katak ular

Berdasarkan keenam-enam rantai makanan di atas, kita boleh
menggabungkannya untuk membentuk siratan makanan berikut:

burung ular kumbang
katak

belalang anai-anai

Tumbuhan 41

TIP GURU

• Berkenaan dengan pemangsa kepada anai-anai boleh dirujuk ke
laman web berikut http://www.ehow.com/info_8487356_
eats-termites.html


Click to View FlipBook Version