The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nurwhoda2809, 2021-01-20 00:56:57

Sains_Tahun_5_SK compressed

Sains_Tahun_5_SK compressed

MARI KAJI

Dimakan oleh Siapa?

Tujuan
Membina rantai makanan dan siratan makanan dalam pelbagai habitat
Alat dan Bahan
Komputer
Langkah-langkah
1. Lakukan aktiviti ini secara kumpulan.
2. Perhatikan gambar pada halaman 42 dan 43. Namakan habitat 1, 2

dan 3.
3. Senaraikan tumbuhan dan haiwan yang terdapat dalam habitat

tersebut.
4. Kenal pasti pengeluar dan pengguna.
5. Bina rantai makanan bagi setiap habitat tersebut. Seterusnya bina

siratan makanan.
6. Sediakan satu persembahan menggunakan perisian MS PowerPoint

dan bentangkan dapatan kamu di hadapan kelas.
HABITAT 1: ____________________

42 3.4.2

-
3.4.6
3.4.9

HABITAT 2: ____________________
HABITAT 3: ____________________

TIP GURU 43

• Sekiranya tiada kelengkapan komputer, murid boleh
menggunakan kad manila.

Soalan

a Berapakah bilangan rantai makanan yang dapat kamu bina untuk
Habitat 1, Habitat 2 dan Habitat 3?

b Kelaskan hidupan yang terdapat dalam setiap habitat kepada pengeluar
dan pengguna dengan mengisi jadual seperti yang di bawah.

Habitat Pengeluar Pengguna

Habitat 1
Habitat 2

Habitat 3

Kesan dan Akibat

Perhatikan siratan makanan dalam sebuah habitat hutan.

Ramalkan, apakah yang akan berlaku kepada haiwan lain
sekiranya semua pokok ara ditebang secara berleluasa?

tupai

buah ara

burung nuri burung helang

kancil harimau harimau kumbang

44

3.4.7
3.4.8

Sekiranya berlaku perubahan populasi seperti kematian dalam siratan
makanan, pengguna akan mencari makanan di habitat lain, atau
berpindah untuk memastikan kemandirian spesiesnya.

Setiap hidupan dalam siratan makanan adalah
penting. Perubahan populasi dalam siratan
makanan mempunyai kesan ke atas hidupan lain.

Kancil merupakan haiwan yang diancam
kepupusan di Malaysia. Bina satu rantai
makanan bermula daripada pengeluar
sehingga haiwan yang memakan kancil.
Bagaimanakah kamu dapat membantu negara
kita membendung kepupusan kancil?

45

?INGATKAH PROSES HIDUP HAIWAN
KAMU
1melindungi diri daripada

musuh cuaca melampau

ciri khas tingkah laku khas ciri khas tingkah laku khas

duri tajam menggulungkan diri bulu tebal berendam
cangkerang menyamar lapisan lemak bermigrasi
sisik keras memutuskan anggota tebal berhibernasi
tanduk badan bonggol
bisa memasukkan anggota
badan
hidup dalam kumpulan

2 smpeemsieassntikyaandkeenmgaanndmireiamnbiak 3 dikaitkan melalui
hubungan makanan
haiwan bertelur
menyembunyikannya - penyu rantai makanan
banyak - ikan
diselaputi lendir - katak buah tikus burung hantu
mengeram - ayam kelapa sawit (pengguna) (pengguna)
menjaga - ular (pengeluar)

haiwan menjaga anak siratan makanan

menyusukan - lembu tikus
membawa dalam kantung
- kanggaru buah burung hantu
bergerak dalam kumpulan kelapa sawit helang
- gajah
membawa dalam mulut tupai ular
- ikan tilapia
memberi makan - burung
menyerang - kucing

46

UJI KENDIRI

Jawab semua soalan yang berikut dalam buku latihan Sains.
1. Haiwan yang manakah bermigrasi untuk melindungi diri daripada

cuaca melampau?

A. Paus B. Beruang C. Monyet D. Serigala

2. Apakah tujuan tingkah laku
burung yang ditunjukkan dalam
gambar foto di sebelah?

mengeram memberi makan

A. Persaingan B. Pemeliharaan C. Kekekalan D. Kemandirian

3. Perhatikan siratan makanan yang berikut.

belalang ayam

padi helang

burung pipit ular

(a) Berdasarkan siratan makanan di atas, bina rantai makanan.
(b) Berapakah bilangan rantai makanan yang dapat dibina?
(c) Apakah yang akan berlaku jika bilangan populasi helang

bertambah? Jelaskan.

Pak Amin ialah seorang pesawah. Dia telah mengusahakan
sawah sejak 25 tahun lepas. Sawah padinya subur dan dia
berjaya mendapat hasil padi yang banyak setiap tahun.
Bagaimanakah Pak Amin dapat menanam pokok padi dengan
subur dan mengeluarkan hasil yang banyak?

47

MARI TEROKA

Sangkar Burung

Tujuan
Mereka cipta sangkar burung

Alat dan Bahan
2 botol plastik bersaiz besar, pisau pemotong, paku, gam UHU,
paku, cat minyak, span, pen penanda dan rumput kering

Langkah-langkah

1 Lukiskan bulatan di atas botol plastik 2 Cat botol

seperti gambar di bawah dan tebuk plastik

lubang dengan menggunakan pisau. menggunakan

Tebuk juga beberapa lubang kecil span. Jemur

pada dasar botol menggunakan paku. sehingga cat

kering.

lubang
udara

pintu

lubang  4 Masukkan
air rumput kering
 ke dalam
3 Potong botol botol plastik
menjadi kepingan melalui
dan tampal lubang yang
menggunakan gam telah dibuat.
UHU pada rumah
burung sebagai Soalan
atap.
a Adakah sangkar burung
5 Gantungkan yang kamu cipta telah
Sangkar Burung berjaya dihuni oleh burung?
yang telah siap
pada dahan pokok. b Berikan inferens kamu
berdasarkan pemerhatian
kamu.

6 Catatkan hasil pemerhatian setiap 2 hari selama 2 minggu dan tuliskan
laporan selama tempoh itu.

TIP GURU
48 • Sekiranya botol plastik yang digunakan tidak bertangkai. Gantung

sangkar burung pada dahan pokok.
• Atap sangkar burung boleh diubah suai dengan menggunakan bahan

terbuang yang lain.

4 PROSES HIDUP TUMBUHAN

Tumbuhan mempunyai ciri khas bagi melindungi diri. Kenal pasti
ciri khas yang terdapat pada pokok buluh dan pokok bunga
ros seperti yang ditunjukkan. Perhatikan juga buah angsana.
Bagaimanakah biji benih ini dipencarkan?

4949

Berlindung daripada Musuh

Berduri Tumbuhan mempunyai
pelbagai cara atau ciri yang
Pokok semalu dan istimewa untuk melindungi
kaktus mempunyai dirinya daripada musuh.
duri. Durinya
yang tajam
akan melukakan
haiwan yang cuba
memakannya.

kaktus

pokok semalu

50

4.1.1

Berbulu halus buluh

Buluh, tebu dan lalang daun buluh
dilitupi oleh bulu halus.
Bulu halus menyebabkan
kegatalan kepada musuh.

daun tebu

buah nangka Bergetah
keladi Nangka dan keladi mempunyai
getah. Getah yang melekit ini
akan menghindarkan haiwan
daripada memakannya.

tebu

lalang

51

Beracun

Buah pong-pong dan sesetengah cendawan
mengeluarkan racun. Racun ini menyebabkan
musuh akan sakit atau mati apabila
memakannya. Buah pong-pong mengandungi
biji benih yang mengandungi bahan beracun
dan boleh digunakan untuk meracun tikus.

buah
pong-pong

pokok pong-pong cendawan

Wah, cantiknya
pokok-pokok di sini!

pokok keladi

pokok oleander Sesetengah
cendawan atau
Pokok hiasan seperti keladi dan oleander keladi tidak
mengeluarkan getah beracun jika batang, beracun dan
tangkai, daun atau induknya dipotong. boleh dimakan.

52

Mengeluarkan bau

Pokok tembakau dan Rafflesia
mengeluarkan bau yang tidak
menyenangkan untuk menghindarkan
haiwan daripada memakannya.

Rafflesia dikenali sebagai bunga yang
terbesar di dunia. Bunganya yang kembang
mengeluarkan bau yang teramat busuk. Bau ini
menarik perhatian lalat dan serangga lain untuk
membantu dalam menyebarkan benihnya.

Rafflesia

Ya, tapi kebanyakan Daun pokok tembakau
pokok di sini beracun. mengeluarkan bau
yang kuat kerana
mengandungi
kandungan nikotin
yang tinggi.

uji minda tembakau
53
Tumbuhan ini boleh
digunakan untuk
menghalau nyamuk
dewasa. Apakah
nama tumbuhan ini?

 

MARI KAJI

Lindungi Saya

Tujuan

Mengenal pasti ciri khas tumbuhan melindungi diri daripada musuh

Alat dan Bahan !
Kanta tangan dan sarung tangan

Tumbuhan: pokok bunga kertas, Berhati-hati semasa
Lantana, rumput gajah dan betik mengendalikan

Langkah-langkah spesimen. Gunakan

1. Lakukan aktiviti ini dalam kumpulan. sarung tangan.

2. Perhatikan setiap tumbuhan yang diberikan.

3. Gunakan sarung tangan semasa memegang tumbuhan.

4. Rekodkan ciri khas yang terdapat pada setiap tumbuhan dalam

jadual seperti yang di bawah.

Tumbuhan Ciri Tumbuhan Ciri

bunga kertas rumput gajah


 

Lantana betik

Soalan

a Huraikan setiap ciri khas yang terdapat pada tumbuhan berikut dalam
bentuk karangan:
• Bunga kertas • Rumput gajah • Lantana • Betik

b Adakah terdapat tumbuhan yang mempunyai lebih daripada satu ciri khas?
Berikan contoh tumbuhan dan jelaskan ciri khasnya.

c Berikan contoh tumbuhan lain dan jelaskan ciri khasnya.

5544 4.1.1 TIP GURU

4.1.3 • Guru juga boleh menggunakan pokok lain yang mempunyai ciri khas.
• Guru boleh menjalankan aktiviti ini secara kajian lapangan.

Penyesuaian Terhadap
Iklim dan Musim

Bagaimanakah tumbuhan
menyesuaikan diri semasa musim
kemarau dan musim sejuk?

cuaca panas cuaca sejuk

Tumbuhan mempunyai ciri khas untuk menyesuaikan diri dengan iklim
 
dan perubahan musim. Ciri-ciri khas adalah seperti yang berikut:

Akar panjang

Pokok kaktus mempunyai akar panjang. Akar yang
tumbuh panjang ke dalam tanah membolehkannya
menyerap air dengan lebih baik.
Pokok-pokok lain juga mempunyai ciri ini kerana air
merupakan keperluan asas tumbuhan untuk terus hidup.

kaktus

55

4.1.2

Batang menyimpan air

Pokok kaktus dan pokok
pisang mempunyai
batang yang boleh
menyimpan air. Ini
membolehkan tumbuhan
ini terus hidup walaupun
dalam musim kemarau
dan panas melampau.

pokok kaktus pokok pisang

Menggulungkan daun

Tumbuhan menggulungkan daunnya apabila hari panas sebagai satu
cara untuk mengurangkan kehilangan air. Contohnya, pokok jagung,
pokok pisang, pokok tomato dan pokok kunyit.

pokok jagung pokok pisang

pokok tomato pokok kunyit
5566

Menggugurkan daun

Semasa musim kemarau
dan kering, daun pokok
getah akan gugur.
Daun yang gugur dapat
mengelakkan kehilangan
banyak air.

Sebelum Selepas
pokok getah

Daun berpecah-pecah

Rupa bentuk daun pokok kelapa yang
berpecah-pecah dapat mengurangkan
rintangan angin. Ciri ini juga dapat
mengelakkannya daripada tumbang
apabila ditiup angin kencang.

pokok kelapa

Daun berbentuk jarum

Pokok ru dan pokok kaktus
mempunyai daun berbentuk jarum
halus. Daun ini akan mengurangkan
kehilangan air.

pokok kaktus pokok ru

57

MARI KAJI

Kekal Hidup

Tujuan
Mengkaji ciri khas tumbuhan yang melindungi
dirinya daripada iklim dan perubahan musim

Alat dan Bahan
Kanta pembesar, sarung tangan
dan tumbuhan pilihan sendiri

tumbuhan
pilihan sendiri

kanta pembesar

!

sarung tangan Semasa memerhati,
gunakan sarung tangan
Langkah-langkah untuk memegang
1. Lakukan aktiviti ini dalam kumpulan. sampel tumbuhan.
2. Perhatikan tumbuhan yang dipilih.

3. Gunakan kanta pembesar untuk membuat pemerhatian yang

lebih jelas.

4. Rekodkan ciri khas yang terdapat pada setiap tumbuhan dalam

jadual seperti yang di bawah.

Nama tumbuhan Ciri khas Keterangan

5. Terangkan ciri khas yang terdapat pada tumbuhan kepada kelas.
Soalan

Apakah kesimpulan yang boleh dibuat berdasarkan pemerhatian
penyiasatan di atas?

58

4.1.2
4.1.3

Pencaran Biji Benih

Pencaran ialah cara untuk membawa biji benih jauh daripada induknya.
Pencaran membolehkan biji benih disebarkan ke tempat lain.

Buah-buahan ini mempunyai rasa yang sedap. Biji benihnya dipencarkan
oleh haiwan yang memakannya. Bagaimana pula dengan biji benih lain?

Mari kita
lihat cara
tumbuhan lain
memencarkan
biji benih atau
buahnya.

Melalui Air

Buah kelapa mempunyai sabut yang berongga dan
lapisan kulitnya yang kalis air membolehkannya
terapung dan dibawa ke tempat lain.

pudung

sabut berongga

kulit kalis air pudung
berongga

Buah teratai yang berongga membolehkannya
terapung di atas permukaan air.

59

4.2.1
4.2.2

Melalui Angin

Biji benih lalang berbulu halus, kecil
dan ringan untuk membolehkannya
ditiup angin dan dipencarkan.

pokok meranti lalang

Pokok meranti mempunyai biji
benih yang mempunyai struktur
bersayap seperti helikopter dan boleh
diterbangkan jauh melalui angin.

uji minda

Mengapakah biji benih yang
dipencarkan oleh angin dihasilkan
dalam bilangan yang banyak?

Melalui Manusia dan Haiwan pokok kemuncup

Kemuncup memencarkan
biji benih melalui cangkuk
yang akan melekat pada bulu
haiwan atau pakaian manusia.

cangkuk

6600

 

Sesetengah buah seperti betik
 
dipencarkan oleh haiwan dan manusia
kerana mempunyai isi yang boleh pokok betik
dimakan. Buahnya mempunyai bau
dan warna yang menarik.

Melalui Mekanisme Letupan

Sesetengah tumbuhan memencarkan biji buah
benihnya melalui mekanisme letupan agar keembung
tercampak jauh daripada induknya. Contohnya
pokok getah, saga dan keembung. Apabila
matang, buahnya akan menjadi kering dan
merekah atau menggulung untuk membolehkan
biji benihnya dipencarkan.

buah getah biji saga pokok keembung

Tumbuh-tumbuhan memencarkan biji benihnya atau buah melalui
air, angin, manusia dan haiwan serta mekanisme letupan. Ciri yang
terdapat pada buah atau biji benih dapat menentukan cara biji benih
dipencarkan.

Biji benih dan buah penting dipencarkan jauh daripada induknya untuk
memastikan kemandirian spesiesnya.

61

MARI KAJI

Kepelbagaian Biji Benih

Tujuan
Menghubungkait cara pencaran tumbuhan dengan ciri-ciri biji benih
Alat dan Bahan
Papan telur dan biji benih
Langkah-langkah
1. Lakukan aktiviti ini dalam kumpulan.
2. Bincang dalam kumpulan kamu dan

tentukan biji benih yang hendak
dibawa oleh setiap ahli.
3. Pastikan setiap ahli kumpulan membawa satu jenis biji benih sahaja.
4. Kumpulkan biji benih yang dibawa di atas meja.
5. Kelaskan biji benih mengikut cara pencarannya dan letakkan dalam
bekas telur.
6. Label biji benih mengikut cara pencarannya.
Soalan

a Nyatakan ciri biji benih yang diperhatikan.
b Bagaimanakah manusia membantu dalam pencaran biji benih? Jelaskan.

uji minda

Farhan menanam pokok cili di dalam pasu. Selepas sebulan,
dia dapati terdapat sejenis tumbuhan lain dalam pasu tersebut.
Jelaskan bagaimana tumbuhan tersebut berada dalam pasu cili itu.

Mengapakah kebanyakan biji benih berada di dalam buah?
Apakah tumbuhan yang biji buahnya berada di luar buah?
Mengapa?

62 4.2.1

4.2.2
4.2.4

Kepentingan Pencaran Biji Benih

Biji benih tumbuhan yang dihasilkan akan tumbuh, hidup
dan berkembang menjadi pokok dewasa.

Mengapakah biji benih tumbuhan
dipencarkan? Mari kita baca komik ini.

Tidak dipencarkan Dipencarkan

Sesaknya! Saya tidak Seronok dapat hidup di tempat
boleh hidup di sini. yang lapang ini.

Saya tidak mampu Hidup di sini Saya rasa sihat dan bahagia
hidup. Ruangnya terlalu setakat cukup hidup di sini. Air, makanan, udara
sempit. Makanan, air, makan saja. dan cahaya semuanya cukup!
cahaya pun tidak cukup.
63

4.2.3

Tumbuhan perlu dipencarkan ke tempat baharu yang luas
dan subur. Bagaimanakah biji benih dipencarkan?

Saya Saya
dipencarkan dipencarkan
oleh angin. melalui air.

Saya dipencarkan Saya dipencarkan
oleh haiwan. oleh mekanisme
letupan.

Mengapakah biji benih perlu dipencarkan?

Kepentingan Tumbuhan

Tumbuhan yang hidup dalam sesuatu habitat juga memberikan kebaikan
kepada hidupan lain. Contoh habitat tumbuhan ialah hutan paya bakau.

Mengapakan kita perlu
memastikan kemandirian
habitat hutan paya bakau?

64

4.3.1

Hutan paya Selepas gugur, saya akan mereput, kemudian akan
bakau yang menjadi makanan kepada kebanyakan haiwan di sini.
subur
Tempat ini sesuai
untuk anak-anak saya

Hore, di sini sesuai
untuk saya tinggal!

Saya kelaparan.

Anak-anak saya, Selepas
semua dah mati. penebangan
hutan paya
bakau

Di manakah kami akan tinggal?

Bagaimanakah pula dengan kemandirian haiwan yang hidup di hutan ini?
Selepas hutan ini ditebang, apakah yang
akan berlaku kepada haiwan-haiwan di
sini? Ramalkan.

Bagaimanakah pula dengan manusia? Apakah
pula kebaikan tumbuhan kepada manusia?

65

?INGATKAH PROSES HIDUP TUMBUHAN
KAMU

Melindungi diri Pencaran biji benih Menyesuaikan diri daripada
daripada musuh atau buah perubahan iklim dan musim

Berduri Air Akar panjang
pokok buah
semalu kelapa pokok
pokok kaktus
kaktus buah
teratai Batang menyimpan air
Berbulu halus pokok
Angin kaktus
lalang pokok
daun buah pisang
buluh lalang
Menggulung daun
buah pokok kunyit
meranti
pokok
daun Manusia
  dan haiwan tomato
tebu pokok
kemuncup jagung
Bergetah pokok
pokok buah betik  
pisang
 
keladi
Mekanisme letupan
  Daun berpecah-pecah
buah buah getah
nangka pokok kelapa
biji saga
Beracun Daun jejarum
buah buah pokok ru
pong-pong keembung
pokok
pokok kaktus
cendawan
Mengugurkan daun
Mengeluarkan bau pokok
daun getah
tembakau

Rafflesia

 


Tumbuhan perlu dipencarkan kerana
tumbuhan perlu bersaing untuk
mendapatkan ruang, air, udara dan
cahaya untuk terus hidup.

66

UJI KENDIRI

Jawab semua soalan yang berikut dalam buku latihan Sains.
1. Bagaimanakah biji benih tumbuhan di bawah dipencarkan?

keembung bendi

A. Air B. Angin C. Haiwan D. Mekanisme letupan

2. Tumbuhan yang berikut dapat melindungi diri daripada musuh.
Apakah ciri yang terdapat pada kedua-dua tumbuhan tersebut?

pokok nenas pokok salak

A. Duri B. Getah C. Bulu D. Bau

3. Dua buah pasu tumbuhan tidak disiram air selama satu minggu.
(a) Ramalkan pemerhatian kamu ke atas kedua-dua tumbuhan
selepas seminggu.
(b) Berikan penjelasan ke atas
pemerhatian tersebut.

pokok cili kaktus
67

MARI TEROKA

Biji Benih Helikopter

Tujuan biji benih
Membina model biji benih yang dipencar oleh angin linden

Alat dan Bahan 3 cm
Gunting, alat tulis, kertas manila dan tanah liat

Langkah-langkah 10 cm"
10 cm
1 Surih dan lakar bentuk yang "
diberikan di atas kertas manila
dan gunting.

2 Gunting di sepanjang garisan
putus-putus.

lipat

lipat 2 cm

tanah liat 3 Lipat kertas di sepanjang garisan
lipatan.

4 Letakkan seketul tanah liat yang
kecil di bahagian bawah biji benih
helikopter kamu.

5 Jatuhkan biji benih tersebut dari tempat yang tinggi dan perhatikan
penerbangan biji benih helikopter kamu.

Tugasan:

Kamu juga boleh mencipta model biji benih lain yang diterbangkan
oleh angin. Cari maklumat tentang biji benih tersebut melalui Internet.
Kemudian, hasilkan model-model yang menakjubkan.

6688

5 TENAGA

tenaga kimia tenaga kinetik
tenaga kimia tenaga kinetik
tenaga kimia tenaga bunyi

tenaga kimia tenaga haba

Tenaga ialah kebolehan untuk membuat kerja. Apakah sumber tenaga
yang membolehkan kerja dalam gambar di atas dilakukan?

69

Sumber Tenaga MATAHARI

ANGIN Matahari
membekalkan
turbin tenaga cahaya
dan tenaga haba.
kincir angin OMBAK Oleh itu, kita dapat
melihat dan berasa
Angin membekalkan Ombak membekalkan panas.
tenaga untuk tenaga untuk
menggerakkan kapal menggerakkan turbin
layar dan bilah pada dalam laut dan
menjana elektrik.
kincir angin.
AIR

Air yang mengalir dalam
empangan dapat menggerakkan
turbin untuk menjana elektrik.

panel suria

turbin

70 TIP GURU

5.1.1

BIOJISIM BAHAN API FOSIL NUKLEAR

GAS ASLI

petroleum dan gas asli

kayu api arang batu loji jana kuasa nuklear

sampah Bahan api fosil seperti Tenaga nuklear
organik petroleum, gas asli dan yang dihasilkan oleh
arang batu ialah sumber bahan nuklear dapat
tinja tenaga utama penjanaan menjanakan elektrik.
haiwan elektrik dan menggerakkan
kenderaan. BATERI
Biojisim ialah
bahan organik Bateri ialah sumber
daripada tenaga yang
tumbuhan dan dihasilkan oleh
haiwan yang manusia untuk
membekalkan membekalkan tenaga
tenaga apabila elektrik.
dibakar.
MAKANAN

Makanan daripada
tumbuhan dan haiwan
membekalkan tenaga
kepada manusia dan
haiwan.

TIP GURU 71

Pelbagai Bentuk Tenaga

Terdapat pelbagai bentuk tenaga di sekeliling kita. Kita memerlukan
tenaga untuk melakukan kerja.

Jika cuaca panas ini berterusan, Tenaga suria ialah tenaga
baju akan cepat kering. daripada matahari. Tenaga
ini dapat menerangi bumi
dan memberi haba kepada
kita. Tenaga ini juga dapat
menghasilkan sumber elektrik.

Tenaga haba Mak, air dah mendidih. Kek pun sudah masak.
memberi kita Aduh, panasnya!
kepanasan.

Tenaga nuklear berasal daripada Tenaga elektrik
bahan nuklear. mengalir dalam
satu litar lengkap.
Agensi Nuklear Malaysia menjalankan Tenaga elektrik
penyelidikan tentang tenaga nuklear. membolehkan
Tenaga nuklear ialah tenaga yang dijanakan alat elektrik dapat
daripada bahan nuklear seperti uranium. berfungsi.

72

5.1.2

Tenaga kimia Tenaga cahaya boleh
ialah tenaga yang menerangi keadaan
disimpan dalam yang gelap. Tenaga
makanan, bahan cahaya boleh didapati
api fosil, biojisim daripada tenaga
dan bateri. elektrik, tenaga suria
atau tenaga kimia.

Objek yang bergerak
mempunyai tenaga kinetik.

Objek pada kedudukan Mereka semua pandai
tinggi, diregangkan atau main muzik.
dimampatkan mempunyai
tenaga keupayaan. Saya suka
akan lagu ini.
Tenaga bunyi
ialah tenaga 73
yang dihasilkan
oleh objek
yang bergetar.

MARI KAJI

Tenaga di Sekeliling Kita

Tujuan
Menghasilkan poster yang menunjukkan
bentuk-bentuk tenaga

Alat dan Bahan
Gunting, gam, kertas manila dan surat khabar

Langkah-langkah
1. Gunting gambar-gambar daripada surat khabar

yang menunjukkan pelbagai bentuk tenaga.
2. Gamkan gambar dan labelkan bentuk tenaga yang ditunjukkan oleh

gambar itu dalam bentuk poster.
3. Jelaskan poster yang bertajuk "Bentuk Tenaga" kepada kelas.

Soalan

Apakah bentuk tenaga yang paling banyak kamu temui?

Perubahan Bentuk Tenaga

Tenaga boleh berubah daripada satu bentuk kepada bentuk yang lain.

Mari kita lihat pelbagai peristiwa di persekitaran yang melibatkan

perubahan bentuk tenaga. Simbol bermaksud "berubah kepada".

1 Apabila buah kelapa jatuh

ke tanah, perubahan

tenaga yang terlibat

ialah tenaga keupayaan

berubah kepada tenaga

kinetik dan berubah

" bub!" kepada tenaga bunyi.

tenaga keupayaan tenaga kinetik tenaga bunyi

74

5.1.3

2 Panel suria rumah mengubah tenaga

suria kepada tenaga elektrik.

tenaga suria tenaga elektrik

3 Apabila arang dibakar, tenaga kimia

daripada arang bertukar kepada tenaga
haba dan tenaga cahaya.

tenaga tenaga + tenaga
kimia haba cahaya

4 Perubahan bentuk tenaga juga berlaku dalam setiap

peralatan yang digunakan. Contohnya, apabila telefon
bimbit dihidupkan, tenaga kimia dalam bateri berubah
kepada tenaga elektrik dan kemudian berubah kepada
tenaga cahaya dan tenaga bunyi.

tenaga tenaga tenaga + tenaga
kimia elektrik cahaya bunyi

5 Apabila suis lampu suluh dihidupkan, tenaga kimia

dalam bateri berubah bentuk kepada tenaga elektrik.
Kemudian, tenaga elektrik berubah bentuk kepada
tenaga cahaya dan tenaga haba. Ini menyebabkan

mentol menyala dan menjadi panas.

tenaga tenaga tenaga + tenaga
kimia elektrik cahaya haba

75

5.1.3
5.1.4

6 Apabila kita menghidupkan radio, tenaga

elektrik berubah kepada tenaga bunyi.

tenaga elektrik tenaga bunyi

7 Apabila kita menghidupkan suis televisyen,

tenaga elektrik akan berubah kepada tenaga
cahaya dan tenaga bunyi. Perubahan bentuk
tenaga ini menyebabkan kita dapat menonton
dan mendengar cerita kegemaran kita.

tenaga tenaga + tenaga
elektrik cahaya bunyi

8 Semasa ketiadaan elektrik, lilin

dipasang untuk menerangi rumah
yang gelap. Lilin yang diperbuat
daripada parafin akan menukarkan
tenaga kimia kepada tenaga cahaya
dan tenaga haba.

tenaga tenaga + tenaga
kimia
cahaya haba

9 Semasa Nathan mengayuh basikal, tenaga kimia

daripada makanan yang dimakannya telah
berubah kepada tenaga kinetik.

tenaga kimia tenaga kinetik

Fikirkan satu situasi di mana bentuk tenaga berubah daripada tenaga
kimia kepada tenaga keupayaan kepada tenaga kinetik kepada tenaga
bunyi dan tenaga haba.

76

5.1.4
5.1.5

MARI KAJI

Binaan Perubahan Tenaga

Tujuan
Menyiasat perubahan tenaga yang berlaku pada beberapa peralatan

Alat dan Bahan
Sumber elektrik, dapur gas, radio, pembakar roti, kipas, cerek elektrik,
pengering rambut, seterika dan pengisar makanan

Langkah-langkah
1. Pasang satu peralatan elektrik kepada sumber elektrik.
2. Perhatikan perubahan tenaga yang berlaku.
3. Tulis pemerhatian pada setiap perubahan yang berlaku.
4. Ulang langkah 1 hingga 3 untuk peralatan elektrik yang seterusnya.

radio cerek elektrik pembakar roti kipas pengering pengisar
rambut makanan

Soalan

Apakah alat yang mengubahkan tenaga elektrik kepada tenaga haba?

Sumber Tenaga Boleh Dibaharui

Tenaga yang boleh dibaharui ialah tenaga yang boleh dijana daripada
sumber yang sentiasa ada secara berterusan. Contoh sumber tenaga ini
ialah Matahari.

Tenaga elektrik panel suria
rumah ini
dijana daripada memanaskan
cahaya matahari air
menggunakan
panel suria. Matahari

menyalakan
lampu

77

5.2.1

Perhatikan gambar di bawah. Bolehkan kamu senaraikan sumber
tenaga lain yang sentiasa ada secara berterusan?

matahari

angin biojisim

ombak

makanan

Sumber-sumber lain tenaga yang boleh dibaharui ialah angin, ombak,
makanan, air dan biojisim. Sumber tenaga ini diperoleh daripada alam
semula jadi.

Sumber Tenaga Tidak Boleh Dibaharui

Sumber tenaga yang tidak boleh dibaharui ialah sumber tenaga yang
tidak boleh dijana kerana sumber ini terhad atau tidak boleh diperoleh
secara berterusan.

Petroleum, gas asli, arang batu, bahan nuklear dan bateri
ialah contoh sumber tenaga tidak boleh dibaharui.

gas petroleum uranium bateri
asli bahan nuklear

arang
batu

bahan api fosil

78 5.2.2

5.2.3
5.2.4

Arang batu, petroleum, gas asli dan bahan nuklear memerlukan
berjuta-juta tahun untuk dibentuk. Sumber tenaga ini terhad kerana
akan kehabisan suatu masa nanti.

Petroleum dan gas asli terbentuk daripada
mendakan hidupan di dasar laut. Manakala arang batu
terbentuk daripada mendakan hidupan darat.

Tenaga elektrik daripada arang batu dijana oleh loji jana kuasa. Arang
batu dibakar untuk menghasilkan haba. Haba yang dihasilkan akan
menukar air kepada stim. Kemudian, stim akan menggerakkan turbin.
Tenaga elektrik kemudiannya dijana oleh generator.

Bagaimanakah stim disejukkan
tenaga elektrik di dalam blower
daripada arang
batu dihasilkan?

2

arang batu diangkut ke 1 34
loji jana kuasa mengerakkan turbin generator

arang batu dibakar air menjadi stim menjana elektrik

Tenaga elektrik juga boleh dijana melalui loji jana kuasa nuklear.

Loji jana kuasa nuklear menggunakan
bahan nuklear seperti uranium.
Sumber ini merupakan bahan nuklear
yang akan kehabisan dan tidak boleh
digantikan selepas digunakan.

5.2.2 TIP GURU 79
5.2.4
• Maklumat lanjut tentang proses pembentukan petroleum,
gas asli dan arang batu boleh dimuat turun daripada laman
web http://www.dbp.gov.my/lamandbp.

MARI KAJI

Penggunaan Sumber Tenaga

Tujuan
Menyiasat penggunaan sumber tenaga

Sumber tenaga yang digunakan oleh Tenaga Nasional Berhad untuk
menjana elektrik kegunaan di Semenanjung Malaysia pada tahun 2011
adalah seperti yang berikut:

air gas asli petroleum

25% 66% x %

Sumber : Suruhanjaya Tenaga di http://www.st.gov.my/index.php/ms/

Soalan

Berdasarkan maklumat di atas, jawab soalan yang berikut.
a Berapakah nilai x?

b Apakah sumber tenaga yang paling banyak sekali digunakan untuk
menjana elektrik?

c Berapa peratuskah sumber tenaga yang tidak boleh dibaharui
digunakan untuk menjana elektrik?

d Bina satu carta pai berkaitan peratusan kegunaan sumber tenaga
di Semenanjung Malaysia pada tahun 2011 menggunakan perisian MS Excel

Selain sumber air, apakah sumber tenaga yang
boleh dibaharui yang sesuai digunakan di
Malaysia? Berikan alasan kamu.

80 5.2.2

5.2.4
5.2.6

Berhemah Menggunakan Tenaga

Kebanyakan sumber tenaga yang kita gunakan untuk menjana

elektrik, memasak dan mengerakkan kenderaan adalah daripada

bahan api fosil. Apakah yang akan terjadi jika sumber bahan api

fosil kehabisan? Mari kita perhatikan

Situasi A situasi A dan B.

sebelum selepas

Situasi B

sebelum
selepas

Terangkan perkara yang berlaku dalam kedua-dua 81
situasi tersebut. Mengapakah kita perlu menggunakan
sumber tenaga secara berhemah?

5.2.5

?INGATKAH TENAGA Sumber tenaga
KAMU boleh dibaharui
Bentuk
Sumber tenaga matahari
tidak boleh dibaharui keupayaan biojisim
kinetik angin
arang batu cahaya
petroleum haba air
gas asli elektrik ombak
bahan nuklear nuklear makanan
bunyi
bateri suria
kimia

Contoh Perubahan Bentuk

1 buah kelapa gugur 2 panel suria
tenaga suria tenaga elektrik
tenaga tenaga tenaga

keupayaan kinetik bunyi

3 pembakaran arang 4 televisyen

tenaga tenaga + tenaga tenaga tenaga + tenaga
kimia haba cahaya elektrik cahaya bunyi

5 nyalaan lilin 6 kayuhan basikal

tenaga tenaga + tenaga tenaga tenaga
kimia cahaya haba kimia kinetik

82

UJI KENDIRI

Jawab semua soalan yang berikut dalam buku latihan Sains.
1. Gambar yang berikut menunjukkan suasana di sebuah kampung.

(a) Nyatakan semua bentuk tenaga yang dapat diperhatikan.
(b) Kenal pasti tiga situasi dan nyatakan perubahan bentuk tenaga

yang berlaku.
2. Mengapakah kita mengunakan bahan api fosil untuk menjana tenaga

elektrik walaupun penggunaannya mencemarkan udara?
3. Mengapakah sumber tenaga boleh dibaharui tidak banyak

digunakan sekarang?
4. Berdasarkan gambar di bawah, tulis satu karangan tentang kesan

pencemaran akibat penggunaan sumber bahan api fosil ke atas
manusia dan alam sekitar kita.

83

MARI TEROKA

Kipas Gelang Getah

Tujuan
Membuat kipas dengan tenaga keupayaan yang
dihasilkan oleh gelang getah

Alat dan Bahan
Gunting, paku besar, gelung kertas, kadbod, 3 keping sesendal, lidi sate,
gelang getah, pita pelekat dan kertas warna

Langkah-langkah

1 Lakar bulatan. Hasilkan dua bulatan 2 Sediakan 2 lidi sate 10 cm

kadbod yang lebih besar daripada panjang dan pendek. 4 cm
lakaran. Tebuk lubang di bahagian
tengah kadbod. 3 Hasilkan kipas lebih 4 Hasilkan gelung

besar daripada kertas setinggi
bulatan. 6 cm.

6 cm

5 Pasang kipas seperti gambar rajah di bawah. 6 Masukkan kadbod, sesendal, kipas dan

lidi sate panjang. Lepaskan getah.

tarik dengan jari kayu panjang

selitkan lidi sate pendek sesendal

7 Kemaskan model kipas dengan pita pelekat. 8 Kipas ini boleh digerakkan dengan

memusingkan lidi sate panjang
beberapa kali dan lepaskan.

pusingkan

84

6 CAHAYA

Cahaya menghasilkan bayang-bayang. Apakah sifat cahaya yang
menyebabkan bayang-bayang ahli silap mata itu terbentuk? Apakah
sifat cahaya yang lain dapat diperhatikan dalam gambar di atas?

8585

Cahaya Bergerak Lurus

Akma dan Mei Kuan sedang membersihkan pondok di dusun
buah-buahan datuk Akma.

Mengapakah cahaya daripada Mari kita siasat sama ada
celah bumbung itu kelihatan lurus? cahaya bergerak lurus.

MARI KAJI 12 cm 9 cm
paku
Lurus atau Tidak?

Tujuan
Menyiasat pergerakan cahaya
Alat dan Bahan
Lampu suluh, gunting, kadbod, pensel,
buku dan paku
Langkah-langkah
1. Sediakan 3 keping kadbod berlubang

seperti rajah di sebelah. Lukis dua garis
dari bucu ke bucu kadbod. Kemudian
tebuk lubang pada bahagian tengah
kadbod menggunakan paku.

86

6.1.1

2. Buat 6 keping penyokong kadbod seperti kadbod
dalam rajah di bawah dan pasang kadbod
di atas penyokong.

potong menggunakan pisau

4 cm 3 cm

6 cm penyokong

3. Susun kepingan kadbod dan bahan seperti dalam gambar di bawah.
Pastikan semua lubang pada kadbod adalah pada ketinggian
yang sama.

4. Susun kadbod A , B dan C sehingga lubang pada ketiga-tiga
kadbod itu sebaris.

5. Letakkan lampu suluh seperti A BC
rajah di sebelah dan tekan suis.

6. Catatkan pemerhatian kamu
apabila melihat melalui
kadbod C .

7. Gerakkan sedikit kadbod B
ke tepi ke kiri atau ke kanan dan catatkan pemerhatian kamu.

Soalan

Apakah kesimpulan yang dapat kamu buat?

Cahaya dari lampu suluh hanya boleh dilihat apabila ketiga-tiga lubang
adalah sebaris. Ini menunjukkan cahaya bergerak lurus.

TIP GURU 87

• Kedudukan lubang kadbod adalah sebaris apabila sinar cahaya
daripada lampu suluh dapat melalui ketiga-tiga lubang.

Saiz Bayang-bayang Eh, bayang-bayang
pokok itu terkeluar
Bagaimanakah nak dari skrin!
kecilkan saiznya?

Kalau saya jauhkan lampu suluh dari pokok, saya rasa
saiz bayang-bayang akan menjadi lebih kecil.

Itu satu hipotesis.

Mari kita rancang eksperimen untuk uji hipotesis itu.
Kita boleh mengukur ketinggian bayang-bayang
pokok untuk mewakili saiznya.

Kita tetapkan jarak di
antara pokok dengan
skrin pada 20 cm.

88 Jadual sudah siap. Selepas
mendapat data, kita lukis graf
6.1.2 dan buat kesimpulan.

TIP GURU

• Objek pokok boleh ditukar dengan objek lain.

Kemudian jalankan ekperimen untuk menguji hipotesis kamu dan tulis
satu laporan hasil eksperimen. Apakah kesimpulan yang dapat kamu buat?

Buat eksperimen lain dengan mengkaji bagaimana
jarak antara objek dan skrin mempengaruhi saiz
bayang-bayang. Rancang dan jalankan eksperimen
untuk menguji hipotesis kamu. Kemudian, tulis satu
laporan hasil eksperimen.

Bentuk Bayang-bayang

Eh! Mengapakah bentuk Saya rasa kedudukan lampu
bayang-bayang teko ini tidak sama? yang mempengaruhi bentuk
bayang-bayang teko itu.

Saya rasa orientasi teko itu
yang mempengaruhi bentuk
bayang-bayang teko.

1 skrin
lampu suluh

Hipotesis siapakah 2
yang betul? objek

3

89

6.1.3

Orientasi teko dan kedudukan lampu suluh mempengaruhi bentuk
bayang-bayang. Rancang dan jalankan ekperimen untuk menguji
kedua-dua hipotesis ini, kemudian tulis dua laporan hasil eksperimen.

Orientasi ialah keadaan Apakah kesimpulan yang
sesuatu objek yang diletakkan dapat kamu buat?
dalam ruang.

Berdasarkan eksperimen tersebut, kita boleh membuat
kesimpulan bahawa bentuk bayang-bayang berubah apabila
kedudukan sumber cahaya atau orientasi objek berubah.

Cahaya Boleh Dipantulkan

Bagaimanakah cahaya dipantulkan? Cahaya juga melantun
balik apabila mengena satu
Nathan sedang bermain permukaan seperti cermin.
bola. Bola yang Nathan Fenomena ini dipanggil
lontar ke lantai melantun pantulan cahaya.
balik dari lantai.

bola

lantai cahaya
cermin

90

6.2.1

sinar Cahaya yang menuju ke cermin
pantulan dipanggil sinar tuju. Cahaya yang
memantul dari permukaan cermin
sinar tuju dipanggil sinar pantulan.

cermin A 10 cm A

Gambar rajah sinar

MARI KAJI

Lantun Balik

Tujuan ----------------------
-----------------------
Menyiasat pantulan cahaya 8 cm B

Alat dan Bahan

Cermin, lampu suluh, pisau, 4 cm 3 cm

kertas putih, pensel, pita

pelekat, kadbod dan tanah liat 4 cm 5 cm B 4 cm

Langkah-langkah kadbod satu celah

1. Sediakan kadbod satu celah seperti rajah di atas.

Gores kadbod pada garisan A menggunakan pisau.

Potong bahagian B untuk membuat celah yang kemas.

2. Letakkan lampu suluh, kadbod kadbod satu celah
dan cermin di atas kertas putih
seperti dalam gambar kertas putih
di sebelah. Dirikan cermin
menggunakan tanah liat.

3. Gelapkan bilik dan hidupkan lampu suluh
lampu suluh. Lukis sinar
yang diperhatikan.

cermin

6.2.1 TIP GURU 91
6.2.3
• Celah pada kadbod harus sempit dan kemas untuk mendapatkan
sinar cahaya yang jelas.


Click to View FlipBook Version