The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nurwhoda2809, 2021-01-20 00:56:57

Sains_Tahun_5_SK compressed

Sains_Tahun_5_SK compressed

MARI TEROKA

Suis Haba

Tujuan
Membuat satu suis haba

Alat dan Bahan
Kaki retort, penunu Bunsen, pemegang bateri, klip buaya, mentol
dengan pemegang, gabus, kerajang aluminium, dawai panjang
(20 cm, diameter 2 mm) dan bateri

Langkah-langkah PERINGATAN

12

Balutkan gabus dengan klip buaya Jarakkan sedikit gabus
kerajang aluminium ini daripada klip buaya
dan cucuk dawai pada Pasang litar bersiri berdasarkan semasa memasang
bahagian tengah gabus. gambar rajah di atas. alat dan radas.

3 4 perhatikan apa akan
berlaku kepada mentol.

Sebelum dawai dipanaskan

Pasang alat dan radas seperti dalam gambar Selepas dawai dipanaskan
rajah di atas. Panaskan dawai.

Soalan

Terangkan bagaimana mentol boleh menyala selepas dawai dipanaskan.

TIP GURU
142

9 JIRIM

Di sekeliling kita terdapat pelbagai objek dalam bentuk pepejal, cecair
dan gas. Pepejal, cecair dan gas ialah tiga keadaan jirim. Apakah
contoh-contoh pepejal, cecair dan gas dalam situasi di atas? Apakah
ciri-ciri yang ada pada jirim ini?

143

Mengenal Jirim

Jirim terdapat di sekeliling kita. Jirim ialah objek yang mempunyai
jisim, memenuhi ruang dan boleh dilihat, disentuh atau dirasa.

Skru, tayar dan spanar ialah contoh jirim dalam keadaan pepejal.
Minyak dan air ialah contoh jirim dalam keadaan cecair.

141444 9.1.1
9.1.2

Tayar bocor ke bang?

Lihat, ada
gelembung udara
dalam air. Ini
tandanya tayar
basikal adik bocor.

Udara yang dimuatkan ke dalam tayar dan gelembung
udara yang terdapat di dalam air ialah gas. Gas terdapat
di sekeliling kita. Oksigen, karbon dioksida dan wap air
ialah contoh jirim yang wujud dalam keadaan gas.

Apakah jirim lain yang
berbentuk pepejal, cecair
dan gas di sekeliling kita?

145

Sifat Keadaan Jirim

Jirim yang terdapat di sekeliling kita berkeadaan pepejal, cecair dan

gas. Pepejal, cecair dan gas boleh dikenal pasti dengan melihat

kepada sifat-sifatnya. Bagaimanakah kita boleh mengenal pasti
sifat pepejal, cecair dan gas?
MARI KAJI

Sifat Pepejal

Tujuan Batu, guli, kunci dan klip
Mengenal pasti sifat pepejal kertas ialah objek pepejal.
Mari kita kaji sifat pepejal.

Alat dan Bahan

Neraca tiga palang, silinder penyukat 250 ml,

batu, guli, kunci dan klip kertas

AKTIVITI 1

Langkah-langkah
1. Tekan guli dengan ibu jari.
2. Buat pemerhatian kamu.
3. Rekodkan hasil penyiasatan

dalam jadual seperti di sebelah.
4. Ulang langkah 1 hingga 3 untuk

objek yang lain.

AKTIVITI 2

Langkah-langkah
1. Kemudian, tuangkan 50 ml air ke dalam

silinder penyukat. Catatkan
isi padu air sebagai bacaan awal.
2. Masukkan guli dan ambil bacaan
pada silinder penyukat.
3. Catatkan bacaan paras air sebagai
bacaan terakhir.
4. Cari isi padu objek dengan mengira
perbezaan paras air tersebut.
5. Ulang langkah 1 hingga 4 untuk objek yang lain.

141466

9.1.3

AKTIVITI 3

Langkah-langkah

1. Timbang guli menggunakan neraca tiga palang.
2. Catatkan jisim guli dalam jadual.
3. Ulang langkah 1 hingga 2 untuk objek yang lain.

Perubahan bentuk objek (ü)
tidak berubah Isi padu objek (ml) Jisim (g)
Objek berubah

Guli

Batu
Kunci

Soalan

a Apakah yang dapat kamu nyatakan tentang perubahan bentuk,
isi padu dan jisim objek yang dikaji?

b Apakah kesimpulan yang boleh kamu buat daripada
penyiasatan di atas?

Adakah pepejal memenuhi ruang?

Perhatikan paras air di dalam gelas
meningkat apabila guli dimasukkan.

Ya, saya memenuhi
ruang di dalam gelas.

Susunan zarah jirim dalam keadaan pepejal, cecair dan gas.

pepejal cecair gas

147

MARI KAJI

Sifat Cecair

Tujuan
Mengenal pasti sifat cecair

Alat dan Bahan a bc d
Neraca tiga palang,

silinder penyukat, bekas

yang berlainan bentuk,

balang, bikar, pewarna makanan dan air

AKTIVITI 1

Langkah-langkah
1. Labelkan setiap bekas.
2. Titiskan pewarna makanan di dalam balang yang berisi air.
3. Tuangkan air tersebut ke dalam semua bekas yang disediakan.
4. Buat pemerhatian kamu.
5. Catatkan pemerhatian dalam jadual di sebelah.

AKTIVITI 2

Langkah-langkah
1. Timbang bikar menggunakan neraca tiga palang. Catatkan

jisim bikar.
2. Isi bikar dengan air. Kemudian, timbang semula bikar

yang berisi air.
3. Catatkan jisim bikar yang berisi air.
4. Jisim air boleh diperoleh dengan mengira perbezaan jisim akhir air

ditolak dengan jisim asal bikar tersebut.

141488 9.1.3
9.1.5

5. Tuangkan air di dalam bikar ke dalam silinder penyukat.
Perhatikan isi padu air di dalam silinder penyukat.

6. Bina jadual seperti yang di bawah dengan menggunakan aplikasi
MS Excel untuk mencatatkan pemerhatian kamu.

Bentuk cecair (ü)

Bekas Mengikut bentuk Tidak mengikut Jisim air Isi padu air
(g) (ml)
A
B bekas bentuk bekas
C
D

Soalan

Apakah kesimpulan yang boleh kamu buat daripada penyiasatan ini?

MARI KAJI

Sifat Udara

Tujuan 149
Mengenal pasti sifat udara

AKTIVITI 1

Alat dan Bahan
Gelas, besen, salur getah, 2 bongkah perspeks dan air

Langkah-langkah
1. Isi besen dengan air.
2. Masukkan dua bongkah perspeks

ke dalam air dengan kedudukan berjarak.
3. Penuhkan silinder penyukat dengan air.

TIP GURU

9.1.3 • Bongkah perspeks boleh diganti dengan bongkah kaca atau kayu.

4. Telangkupkan silinder penyukat ke dalam besen dengan kedudukan
terbalik dan letakkan di atas bongkah perspeks.

5. Masukkan hujung salur getah ke dalam gelas melalui ruang antara
bongkah perspeks.

6. Tiup perlahan-lahan pada hujung satu lagi salur getah.
7. Catatkan pemerhatian kamu.

AKTIVITI 2

Alat dan Bahan
Penyangkut baju, jarum peniti, tali, benang, dua biji belon dan
pita pelekat

Langkah-langkah
1. Ikatkan hujung benang pada dua bahagian

hujung penyangkut baju dengan pita pelekat.
2. Tiupkan kedua-dua biji belon dengan saiz

yang sama. Lekatkan pita pelekat pada salah
satu belon sahaja.
3. Ikatkan kedua-dua biji belon pada penyangkut
baju seperti rajah di sebelah.
4. Cucuk belon dengan jarum peniti di tempat yang
ada pita pelekat.
5. Biarkan kedua-dua belon tergantung
selama 30 minit.
6. Rekodkan pemerhatian kamu.

151500

AKTIVITI 3

Alat dan Bahan
Pam tangan, belon pelbagai bentuk
dan benang
Langkah-langkah
1. Isikan udara ke dalam setiap belon menggunakan pam tangan.
2. Ikat muncung belon dengan benang.
3. Perhatikan bentuk-bentuk belon yang dihasilkan.
4. Lakarkan pemerhatian kamu.

Soalan

a Apakah ciri udara yang telah kamu kenal pasti dalam penyiasatan ini?
c Apakah rumusan yang boleh kamu buat daripada penyiasatan ini?

Pepejal, cecair dan gas mempunyai sifat yang berbeza.
Pepejal mempunyai bentuk, jisim dan isi padu yang tetap.
Cecair tidak mempunyai bentuk yang tetap, tetapi mempunyai
jisim dan isi padu yang tetap.
Gas tidak mempunyai bentuk dan isi padu yang tetap.
Pepejal, cecair dan gas boleh memenuhi ruang.

Isi padu udara tidak padat seperti pepejal omboh
dan cecair. Oleh yang demikian udara boleh udara
dimampatkan. Ini boleh diperhatikan semasa
omboh picagari ditarik keluar, udara memenuhi
ruang. Kemudian, tutupkan hujung picagari dengan
jari dan tekan semula omboh ke dalam. Kita dapati
udara sedang dimampatkan ketika itu.

151

Tiga Keadaan Air

Air wujud dalam tiga keadaan iaitu pepejal, cecair dan gas. Air ialah
jirim dalam bentuk cecair. Ais ialah jirim berbentuk pepejal. Air dalam
keadaan gas dikenali sebagai wap air. Apakah keadaan air yang dapat
diperhatikan dalam gambar di bawah?

Apakah keadaan air yang wujud di persekitaran kita?

MARI KAJI

Berubah Rupa

Tujuan
Memerihalkan bahawa air boleh wujud dalam
tiga keadaan jirim
Alat dan Bahan
Penunu Bunsen, tungku kaki tiga dan kasa dawai,
bikar 250 ml dan ketulan ais

151522 9.1.4

Langkah-langkah
1. Letakkan ketulan ais di dalam bikar. Catatkan keadaan ais.
2. Panaskan bikar yang berisi ketulan ais selama 5 minit dengan

menggunakan penunu Bunsen.
3. Buat pemerhatian kamu ke atas keadaan ketulan ais selepas 5 minit.

Apakah yang berlaku pada ketulan ais? Nyatakan keadaan
air yang terhasil.
4. Teruskan pemanasan sehingga air mendidih. Bagaimanakah
keadaan air yang dapat kamu perhatikan?
Soalan

a Apakah perubahan keadaan air yang dapat kamu perhatikan?
b Melalui aktiviti ini, dapatkah kamu melihat air dalam keadaan gas?
c Apakah yang boleh kamu katakan tentang kewujudan air?

Perubahan Keadaan Air

Air ialah jirim dalam keadaan cecair. Air boleh berubah keadaan melalui
pelbagai proses. Perhatikan perubahan keadaan air yang berlaku dalam
kehidupan kita melalui aktiviti berikut.

MARI KAJI

Air Berubah Keadaan

AKTIVITI 1
Tujuan
Memerihalkan air boleh berubah keadaan melalui proses pembekuan
Alat dan Bahan
Tabung uji, bikar 250 ml, pewarna makanan, bekas polistirena, ketulan
ais dan garam

153

9.2.1
9.2.3

Langkah-langkah
1. Penuhkan ketulan ais yang

dicampur dengan 100 g garam
ke dalam bekas polistirena.
2. Titiskan 10 titik air dan 2 titik pewarna
makanan ke dalam tabung uji.
3. Masukkan tabung uji itu ke dalam
bekas polistirena yang mengandungi campuran ais dan garam.
4. Tutup bekas itu dengan penutup dan biarkan selama 30 minit.
5. Buat pemerhatian keadaan air di dalam tabung uji selepas 30 minit.

Soalan

a Melalui pemerhatian kamu, bagaimanakah keadaan air di dalam tabung
uji selepas 30 minit?

b Berikan inferens kamu ke atas pemerhatian yang telah kamu peroleh.
c Apakah faktor yang menyebabkan pembekuan air?

Garam digunakan sebagai agen untuk
merendahkan suhu ketulan ais.

AKTIVITI 2
Tujuan
Memerihalkan air boleh berubah keadaan melalui proses peleburan
Alat dan Bahan
Piring petri dan ketulan ais

151544

Langkah-langkah
1. Letakkan ketulan ais di atas piring petri.
2. Letakkan piring petri yang berisi ketulan ais

di luar bilik Sains.
3. Buat pemerhatian ke atas ketulan ais selepas

8 minit.
4. Bincangkan dapatan kamu dengan rakan

dalam kumpulan kamu.
5. Lakarkan perubahan bentuk ais untuk tempoh

0 minit, 2 minit, 4 minit, 6 minit dan 8 minit.

Soalan

a Apakah keadaan jirim ketulan ais?
b Bagaimanakah keadaan ketulan ais selepas 8 minit? Mengapa?
c Apakah perubahan keadaan jirim ketulan ais dalam aktiviti ini?

AKTIVITI 3

Tujuan
Memerihalkan air boleh berubah keadaan
melalui proses pendidihan
Alat dan Bahan
Bikar 250 ml, penunu Bunsen, tungku kaki tiga,
kasa dawai dan air
Langkah-langkah
1. Isikan 150 ml air ke dalam bikar.
2. Sediakan radas seperti dalam gambar.
3. Panaskan air sehingga mendidih.
4. Buat pemerhatian kamu dan rekodkan.

155

Soalan

a Apakah proses yang mengubah keadaan air menjadi wap air?
b Bagaimanakah kamu mengenal pasti air yang telah mendidih?
c Apakah perubahan keadaan ais yang berlaku semasa air mendidih?

AKTIVITI 4

Tujuan
Memerihalkan air boleh berubah keadaan melalui proses penyejatan
Alat dan Bahan
Kertas turas dan air
Langkah-langkah
1. Basahkan kertas turas keseluruhannya.
2. Letakkan kertas turas di bawah kipas

yang sedang berpusing.
3. Biarkan kertas turas basah selama

30 minit di bawah kipas
yang berputar.
4. Buat pemerhatian ke atas kertas turas.
5. Bincangkan hasil aktiviti dengan rakan dalam kumpulan kamu.

Soalan

a Bagaimanakah keadaan kertas turas selepas 30 minit? Mengapa?
b Apakah proses yang berlaku ketika aktiviti ini dijalankan?
c Bagaimanakah proses ini boleh berlaku dengan lebih cepat?

151566

AKTIVITI 5

Tujuan
Memerihalkan air boleh berubah keadaan
melalui proses kondensasi
Alat dan Bahan
2 gelas jernih dan air panas
Langkah-langkah
1. Tuang air panas ke dalam gelas pertama.

Pastikan air yang dituang tidak terlalu penuh.
2. Tutup gelas yang berisi air panas dengan menelangkupkan

gelas kedua.
3. Perhatikan keadaan pada dinding gelas kedua.
4. Bincangkan hasil aktiviti dalam kumpulan kamu.
Soalan

a Apakah yang dapat kamu perhatikan pada bahagian atas gelas kedua?
b Apakah perubahan keadaan air dalam aktiviti ini?
c Apakah faktor yang menyebabkan proses ini berlaku?

Air boleh berubah keadaan melalui proses pembekuan, peleburan,
pendidihan, penyejatan dan kondensasi.

Ais yang dikisar untuk dijadikan air batu campur wujud
dalam dua keadaan. Apakah dua keadaan jirim tersebut?
Bagaimanakah caranya para peniaga mengekalkan
keadaan ais ketika cuaca panas?

157

Perubahan Keadaan Jirim

Bagaimanakah keadaan jirim berubah? Mari kita perhatikan situasi
di bawah.

Ada titisan air Jag ni tak bocor tapi wap
yang banyak air berubah keadaan
pada dinding menjadi cecair apabila
ini tetapi jag kehilangan haba.
ini tidak bocor.
Apa akan berlaku
jika coklat cair ini
dibiarkan sejuk?

Pinggan yang
basah, jika
dibiarkan akan
menjadi kering.

Coklat membeku dan menjadi pepejal
apabila kehilangan haba.

158

9.2.2

Coklat Ada asaplah keluar
sudah dari mangkuk ni...
cair.
Itu bukan asap, tetapi wap air.
Cecair berubah keadaan kepada
gas apabila menerima haba.

Coklat pada asalnya berkeadaan
pepejal akan berubah menjadi
cecair apabila menerima haba.

Pepejal yang berbeza akan melebur pada suhu yang berbeza. Ais
melebur pada 0 darjah Celcius (0°C). Coklat melebur kira-kira 35°C.
Coklat mempunyai takat lebur yang lebih tinggi daripada ais. Logam,
seperti aluminium dan besi mempunyai takat lebur yang sangat tinggi.

159

Jirim boleh berubah bentuk melalui proses peleburan, kondensasi,
pendidihan, pembekuan dan penyejatan.

Dalam situasi di sebelah, air mengalami proses :

1 proses kondensasi 2 proses penyejatan

gas kehilangan haba cecair cecair menerima haba gas

3 proses pendidihan
cecair menerima haba gas

Manakala coklat mengalami proses :

1 proses peleburan 2 proses pembekuan

pepejal menerima haba cecair cecair kehilangan haba pepejal

MARI KAJI

Aiskrim Segera

AKTIVITI 1

Tujuan
Membuat aiskrim

Alat dan Bahan
1 sudu besar gula, 1/2 cawan susu segar, 1/4 sudu
kecil vanilla, 6 sudu besar garam, ais, 1 beg plastik besar
(8 inci x 12 inci), 1 beg plastik kecil (7 inci x 10 inci) dan gelang getah

161600 TIP GURU

9.2.2 • Video mengenai perubahan keadaan jirim boleh dimuat turun daripada laman
web http://youtube/_GuKT6F9u2A

Langkah-langkah 2 3

1

Penuhkan setengah beg Campurkan susu segar, Tuangkan campuran
plastik besar dengan ais. gula dan vanilla dalam tadi ke dalam beg
Taburkan garam satu bekas. Kacau plastik kecil.
pada ais. hingga rata.

4 56

Ikat beg plastik ini Balut beg plastik besar Selepas lima minit,
dengan gelang getah. dengan tuala kecil dan nikmatilah aiskrim kamu.
Masukkannya ke dalam goncang beg selama
beg plastik besar yang 5 minit.
mengandungi ais tadi.
Tutup beg plastik besar
dengan gelang getah.

Soalan

a Mengapakah tuala kecil digunakan semasa menggoncang beg plastik?
b Terangkan proses pembekuan aiskrim ini.
c Apakah rumusan yang dapat kamu buat daripada penyiasatan ini?

TIP GURU 161

• Aiskrim yang telah siap boleh dimakan dan rasanya sedap.

Kitaran Air Semula Jadi

Bagaimanakah keadaan air 2
berubah semasa pembentukan Wap air yang terkumpul akan
awan dan hujan? membentuk awan.

1
Air di Bumi akan
tersejat sebagai wap
air dan naik ke atas.

cecair gas

161622 9.3.1
99..33..21

uji minda

Apakah keadaan air
ketika awan terbentuk?

3
Dalam suatu tempoh masa, awan
terkondensasi menjadi hujan.
gas cecair

Proses ini merupakan pergerakan air dari permukaan Bumi
ke udara dan akhirnya turun ke permukaan Bumi semula.
Proses ini akan berulang dan disebut kitaran air semula jadi.
Sepanjang proses kitaran ini, beberapa proses perubahan
keadaan air berlaku.

Pembenihan awan dilakukan dengan cara
menyemburkan sejenis garam. Garam yang disembur
ke atas awan menjadikan awan bertambah sejuk dan
terkondensasi lalu turun sebagai hujan.

163

Kepentingan Kitaran Air Apakah
Semula Jadi kepentingan
kitaran air
Kitaran air semula jadi penting kerana semua hidupan semula jadi?
di Bumi memerlukan air. Kitaran air yang berlaku dapat
membekalkan air secara berterusan dan berkekalan.
Antara kepentingan kitaran air semula jadi ialah:

1 membekalkan sumber air bersih untuk manusia sebagai
bekalan air minuman, memasak, membersihkan badan,
pakaian, dan sebagainya.

air terjun

2 bekalan air yang mencukupi penting untuk manusia bercucuk tanam
dan menternak haiwan.

tanaman padi

ternakan ikan sangkar

161644 9.3.2

3 kitaran air semula jadi juga membantu
menyejukkan suhu Bumi.

Apakah yang akan terjadi jika
kitaran air semula jadi terjejas?

Haiwan dan tumbuhan

Saya pula akan mati...
Bilakah hujan
turun?

Entahlah

Manusia

Bilakah keadaan Air untuk
ini akan berakhir.
minum pulak
Bilakah keadaan
ini akan berakhir? dah habis.
Air untuk
minum pulak
dah habis.

Air penting kepada haiwan, tumbuhan dan manusia untuk terus hidup.
Kitaran air semula jadi yang terjejas akan menyukarkan kehidupan dan
akan menyebabkan bencana, kematian dan kemusnahan.

165

MARI KAJI

Kepentingan Kitaran Air Semula Jadi

Tujuan
Mengumpul maklumat tentang kepentingan kitaran air semula jadi

Langkah-langkah
1. Lakukan aktiviti ini dalam kumpulan kecil.
2. Dapatkan maklumat tentang kepentingan kitaran air semula jadi

daripada laman web yang sesuai.
3. Bina persembahan dengan menggunakan aplikasi MS PowerPoint

daripada maklumat yang telah dikumpulkan.
4. Sisipkan gambar yang sesuai bagi mengukuhkan maklumat yang

kamu kumpulkan.
5. Simpan dokumen yang telah kamu bina.
6. Persembahkan di hadapan kelas.

Tahun

El Nino menyebabkan berlakunya kekurangan bekalan air.
Mengapakah keadaan ini berlaku? Bagaimanakah langkah-langkah
yang perlu kita lakukan bagi menghadapi masalah ini?

161666 9.3.2 TIP GURU
9.3.3
• Video mengenai kitaran air semula jadi boleh dimuat turun daripada
laman web http://youtube/Az2xdNu0ZRk)

Sumber Air Semula Jadi

Apakah sumber air semula jadi yang
terdapat di Bumi kita?

Sungai, tasik, telaga dan mata air merupakan sumber
air semula jadi yang bersih.

sungai tasik

telaga mata air

Sumber air yang bersih sangat penting kepada hidupan di Bumi.

Oleh itu, kita haruslah menjaga kebersihan sumber air kita.

Apakah yang akan
berlaku jika air yang tersejat
dari Bumi dan terlepas ke ruang
atmosfera Bumi?

167

9.4.1

Kepentingan Kebersihan Sumber Air

Mengapakah kita perlu mengekalkan kebersihan sumber air?

Sumber air memberikan keselesaan hidup kepada manusia dan
dapat meningkatkan kualiti hidup manusia. Antara kepentingan
sumber air adalah seperti yang berikut:

Mengekalkan suhu Bumi supaya
tidak meningkat dan menyebabkan
pemanasan global.

Memelihara
hidupan akuatik.

Membekalkan sumber air
bersih dan tidak tercemar.

Kitaran air semula jadi sangat penting bagi membekalkan sumber
air bersih kepada hidupan di Bumi. Apakah peranan kita bagi
memastikan kitaran semula jadi ini tidak terjejas?

161688

9.4.2

MARI KAJI

Kebersihan Sumber Air Semula Jadi

Kebersihan sumber air perlu dikekalkan untuk
kesejahteraan dan kelestarian hidup semua hidupan.

Mari kita mengenal pasti kepentingan sumber air semula jadi
dengan bersama-sama menyanyikan lagu ini.

Dari awan menjadi hujan,
Turun menitis membasahi Bumi,
Mata air, tasik, sungai dan telaga,
Sumber air semula jadi yang jernih.

Jangan dibuang sampah di sungai,
Sungai kan tohor air kan kotor,
Matilah ikan musnah tumbuhan,
Terjejas sudah ekosistem hidupan.

Sisa toksik daripada industri,
Usah dicurah sesuka hati,
Sungai yang bersih jangan cemari,
Didiklah diri selamatkan generasi.

Elakkan tumpahan minyak di lautan,
Kasihani ikan dan terumbu karang,
Kekalkan kebersihan sumber air kita,
Pastikan harmoni alam semesta.
Irama "Jong-Jong Inai"

Soalan

a Mengapakah kita harus mengekalkan kebersihan sumber air?
b Sebagai masyarakat masa kini, apakah yang perlu kita lakukan supaya

kebersihan sumber air dapat dikekalkan?

169

9.4.2

?INGATKAH Bentuk tetap JIRIM Jisim Isi padu
KAMU ü
û Sifat Jirim ü ü
Keadaan Jirim û Memenuhi ruang ü ü
Pepejal ü ü
Cecair Pepejal ü
Gas ü
ü
Gas
Keadaan Air
Cecair

Perubahan Keadaan Jirim Menerima haba
pepejal cecair gas

Kehilangan haba

Perubahan Keadaan Air

Pembekuan Peleburan Pendidihan Penyejatan Kondensasi
cecair gas gas cecair
cecair pepejal pepejal cecair cecair gas

Sumber air Kepentingan kitar air semula jadi
semula jadi
• membekalkan sumber air yang berterusan
sungai • memastikan kuantiti air di Bumi berkekalan

tasik sepanjang masa
• menyejukkan suhu Bumi

mata air air minuman makanan mandi mencuci pakaian
telaga
menyejukkan menyiram mengairi ternakan ikan
171700 badan tanaman tanaman sangkar

UJI KENDIRI

Jawab semua soalan yang berikut dalam buku latihan Sains.

1. Nyatakan keadaan jirim dan proses perubahan jirim yang berlaku pada
situasi berikut:
(a) Kumari mendapati aiskrim yang dipegangnya cair dengan cepat
apabila berada di luar rumah.
(b) Yusuf mengangkat kasut sekolahnya yang kering pada waktu
petang setelah dijemur pada waktu pagi.
(c) Soo Han memasukkan beberapa ketulan ais ke dalam jus limau.
Kemudian, dia mendapati titisan air terbentuk di luar gelasnya.

2. Carta palang berikut menunjukkan Bilangan Sungai yang Tercemar di Empat

jumlah sungai yang tercemar Buah Negeri di Malaysia/2012

di empat buah negeri di Malaysia. Bilangan sungai 25
20

(a) Negeri yang manakah mencatat 15
10
bilangan sungai yang tercemar
paling tinggi? 5
(b) Berikan inferens kamu untuk 0 Negeri

K LMN

jawapan (a). Sumber: Jabatan Alam Sekitar

(c) Apakah negeri yang mencatat bilangan sungai yang tercemar

paling rendah?

(d) Apakah tindakan yang perlu dilakukan bagi mengelakkan

berlakunya peningkatan pencemaran sungai di Malaysia?

(e) Antara keempat-empat buah negeri tersebut, yang manakah

paling sesuai untuk dijadikan pusat pelancongan? Mengapa?

KBAT Berdasarkan pengetahuan yang telah
kamu pelajari tentang keadaan dan
perubahan jirim, bantu Nisa untuk
membentuk coklat yang pelbagai bentuk
seperti gambar di sebelah.

171

MARI TEROKA

Air yang Bersih

Kitaran air semula jadi sangat penting kepada hidupan
di Bumi. Mari kita lakukan aktiviti ini bagi memahami
keadaan kitaran ini berlaku.

Tujuan
Menyiasat kepentingan kitaran air semula jadi

Alat dan Bahan

Bekas plastik lut sinar, batu, tanah, air,

tumbuhan dan kerajang aluminium

Langkah-langkah

1. Lakukan aktiviti dalam

kumpulan bertiga. bekas
2. Sediakan alat dan bahan plastik

seperti yang ditunjukkan.

3. Isikan tanah dan pasir ke dalam

bekas plastik.

4. Tanam anak pokok di dalam

bekas dan letakkan batu sebagai

hiasan. Siramkan segelas air batu
air
ke dalamnya. tumbuhan tanah kertas
5. Letakkan kerajang aluminium aluminium

yang dibentuk seperti tasik dan tuangkan sedikit air.

6. Tutupkan bekas dan letakkan di bawah cahaya Matahari

selama 45 minit.

7. Buat pemerhatian dan bincangkan dapatan dalam kumpulan.

Soalan

a Apakah proses yang terlibat dalam aktiviti ini?

b Bagaimanakah perubahan keadaan air yang berlaku dalam aktiviti ini?
Jelaskan.

171722 TIP GURU

• Gunakan bekas plastik lut sinar kek span untuk aktiviti di atas.

10 ASID DAN ALKALI

Pegaga ini pahit
sedikit rasanya, tetapi
baik untuk kesihatan.
Masamnya
oren ini!

Air tebu ini manis
rasanya.

Bahan makanan yang kita makan mempunyai rasa yang berlainan.
Ada yang manis, masam, masin dan pahit. Apakah sifat bahan-
bahan tersebut? Nyatakan makanan lain yang mempunyai rasa
manis, masam, masin dan pahit.

173

Asid, Alkali dan Neutral

Setiap bahan makanan dan bahan kegunaan harian mempunyai

kandungan kimianya yang berbeza. Sifat kimia pada bahan ini

menentukan sama ada sesuatu bahan bersifat asid, alkali

atau neutral. Apakah sifat bahan yang digunakan

dalam kehidupan seharian?

Asid Alkali Neutral

Syampu GULA garam
PASIR
syampu
kentang gula

cuka

tomato badam serbuk penaik minyak masak

Bagaimanakah cara kita menguji bahan
yang bersifat asid, alkali dan neutral?

Kertas litmus digunakan
untuk menguji sifat asid,
alkali dan neutral.

kertas litmus merah kertas litmus biru

174

10.1.1

1 Perhatikan kertas Bagaimanakah kita
litmus merah dan menggunakan kertas litmus?
kertas litmus biru kertas litmus biru.
kertas litmus merah 2

3 Celupkan
dan picit
penitis pada
larutan yang
hendak diuji.

Titiskan setitik 4
larutan tersebut
pada kertas litmus Perhatikan
merah dan kertas perubahan warna
litmus biru. pada kertas litmus.

Perubahan warna kertas litmus

bahan berasid bahan beralkali bahan neutral

Kertas litmus adalah sangat Apakah cara yang
sensitif. Tangan kita mestilah boleh kamu gunakan
kering semasa memegang untuk menguji sifat
kertas litmus. Kita perlu kimia bahan jika kamu
menyimpan kertas litmus kehabisan kertas litmus?
di tempat yang kering.

TIP GURU 175

• Gunakan kertas litmus biru dan merah serentak pada setiap kali
menguji bahan.

• Bahan yang hendak diuji mestilah berada dalam keadaan cecair.

Sifat Kimia Bahan

Apakah cara lain yang boleh digunakan untuk
mengenal pasti sifat kimia bahan?

Bahan berasid, beralkali dan neutral boleh diuji dengan kertas
litmus biru dan merah. Selain itu, sifat bahan berasid, beralkali dan
neutral boleh dikenal pasti melalui rasa dan sentuhan.

Masamnya!

Limau bersifat asid. Asid berasa
masam apabila dirasa dengan lidah.
Limau menukarkan warna kertas
litmus biru kepada warna merah.

Licinnya!

Sabun bersifat alkali kerana rasanya
pahit dan berasa licin apabila disentuh.
Sabun menukarkan warna kertas
litmus merah kepada warna biru.

Air bersifat neutral. Air tidak menukarkan
warna kertas litmus biru dan warna
kertas litmus merah. Rasa air adalah
tawar. Bahan bersifat neutral juga ada
yang berasa manis dan masin.

Bagaimanakah kita boleh
mengenal pasti sifat
kimia sesuatu bahan?

Sesuatu bahan yang berasa masam tidak semestinya
bersifat asid. Manakala yang berasa pahit pula tidak
semestinya bersifat alkali.

176

10.1.2

MARI KAJI

Apa Sifatnya?

Tujuan
Mendefinisi secara operasi bahan berasid,
beralkali dan neutral dari segi perubahan
warna kertas litmus

Alat dan Bahan
Piring petri, penitis, kertas litmus biru,
kertas litmus merah, kertas turas, soda
bikarbonat, buah limau, air mineral,
dan pencuci pinggan.

Langkah-langkah
1. Letakkan bahan yang hendak diuji ke dalam setiap piring petri.
2. Letakkan kertas litmus biru dan merah di atas kertas turas.
3. Gunakan penitis untuk menitiskan larutan yang hendak diuji pada
kedua-dua kertas litmus.
4. Buat pemerhatian ke atas perubahan warna kertas litmus.
5. Bersihkan penitis sebelum mengulangi langkah 3 hingga 4 semasa
menguji bahan yang lain.
6. Catatkan pemerhatian dalam jadual yang dibina menggunakan
aplikasi MS Excel dan e-mail kepada guru kamu.

Soalan

a Apakah bahan yang menukarkan warna kertas litmus biru ke merah?
b Apakah bahan yang menukarkan warna kertas litmus merah ke biru?
c Apakah bahan yang tidak menukarkan warna kedua-dua kertas litmus?
d Apakah definisi secara operasi bahan berasid, beralkali dan neutral?

TIP GURU 177

10.1.1 • Straw, salur kaca, picagari boleh digunakan sekiranya tiada penitis.
10.1.4 • Gunakan bahan yang berasid, beralkali dan neutral yang sesuai.
• Kertas turas boleh digantikan dengan kertas putih.

MARI KAJI

Rasa dan Sentuh

Tujuan

Mengitlak sifat bahan berasid, beralkali dan neutral dari aspek

perubahan warna kertas litmus, rasa dan sentuh

Alat dan Bahan !

Kertas litmus merah, kertas litmus biru, Berhati-hati ketika
sudu plastik kecil, cawan kertas, merasa bahan.
20 ml air kapur sirih, 20 ml air nanas Jangan telan bahan

dan 20 ml susu yang dirasa.

Langkah-langkah
1. Tuangkan 20 ml air kapur sirih, 20 ml air nanas, dan 20 ml susu

ke dalam cawan kertas yang berlainan.

2. Guna sudu plastik kecil untuk mengambil sedikit larutan air kapur
sirih dan rasa dengan lidah.

3. Ulang langkah 2 untuk larutan yang lain.

4. Uji setiap larutan menggunakan kertas litmus merah dan biru.

5. Catatkan pemerhatian kamu dalam jadual seperti yang di bawah.

Jenis larutan Rasa Perubahan warna
kertas litmus
Air kapur sirih
Air nanas
Susu

Soalan

a Nyatakan pemerhatian yang dapat dibuat daripada jadual di atas.

b Apakah yang boleh kamu jelaskan tentang sifat kimia air kapur, air
nanas dan susu?

178 TIP GURU

10.1.2 • Bersihkan tangan sebelum dan selepas menguji setiap larutan.
• Ingatkan murid supaya segera berkumur selepas merasa bahan dengan lidah.
• Video mengenai bahan asid dan alkali boleh dimuat turun daripada laman web

http://youtube/fsWXYSw6O_c

Bahan Berasid, Beralkali dan Neutral

Apakah bahan yang bersifat asid, alkali
dan neutral?

Gambar di bawah menunjukkan bahan-bahan yang
mempunyai sifat asid, alkali dan neutral yang biasa kita
gunakan dan lihat dalam kehidupan seharian kita.

bersifat asid bersifat alkali bersifat neutral

cuka terung susu segar
ubat gigi marjerin
manggis
kubis air suling
air kelapa
Hujan asid berlaku apabila air hujan yang
Bolehkah kamu turun bergabung dengan karbon dioksida
namakan dan gas-gas berasid yang terdapat di
contoh-contoh atmosfera. Hujan asid boleh menyebabkan
lain bahan hakisan kepada bahan-bahan logam dan
asid, alkali dan menjejaskan hidupan.
neutral?
179
10.1.3

?INGATKAH
KAMU

SIFAT KIMIA BAHAN

ASID ALKALI NEUTRAL

• Menukarkan warna kertas • Menukarkan warna • Tidak menukarkan
litmus biru ke merah kertas litmus merah ke biru warna kertas litmus biru
atau merah
• Tidak menukarkan warna • Tidak menukarkan warna
kertas litmus merah kertas litmus biru • Biasanya rasa yang
pelbagai, iaitu tawar,
• Biasanya rasa • Biasanya rasa pahit manis dan masin
masam apabila apabila dirasa dengan
dirasa dengan lidah lidah contoh:

contoh: • rasa licin apabila
disentuh dengan jari

contoh:

nanas terung Sabun gula
Cuci
Pinggan tepung
garam
limau cuka pencuci
pinggan

kubis

180

UJI KENDIRI

Jawab semua soalan yang berikut dalam buku latihan Sains.

1. Asyikin menguji larutan X dengan
menggunakan kertas litmus merah dan biru.
Dia dapati warna kertas litmus merah berubah
kepada warna biru. Manakala warna kertas
litmus biru tidak berubah. Apakah definisi
secara operasi tentang bahan X?

2. Jadual berikut menunjukkan hasil penyiasatan sekumpulan murid
tahun 5 Adil.

Perubahan warna kertas litmus

Bahan Biru Merah Tidak berubah
ke merah ke biru warna
Cuka
Soda bikarbonat ✓ ✓
Ubat gigi ✓
Nanas
Minyak jagung ✓
Madu ✓


(a) Bagaimanakah kamu boleh menguji perbezaan sifat kimia
bahan seperti cuka dengan ubat gigi?

(b) Apakah sifat kimia bahan yang telah diuji?
(c) Nyatakan pemerhatian yang dapat dibuat daripada data

yang dikumpulkan.
(d) Kelaskan bahan di atas mengikut sifat kimia bahan.
(e) Apakah rumusan yang dapat dibuat berdasarkan sifat kimia

bahan tersebut?

181

MARI TEROKA

Penunjuk Ajaib

Tujuan
Mencipta penunjuk sifat kimia bahan

Alat dan Bahan
Bikar, penunu Bunsen, tungku kaki tiga, kasa dawai, penitis, kertas turas,
corong turas, kelalang kon, bunga raya, cuka dan soda bikarbonat

Langkah-langkah 2 Didihkan campuran 3 Biarkan rebusan bunga
air dan bunga. raya menyejuk.
1 Masukkan kelopak bunga
raya ke dalam bikar yang
berisi 200 ml air.

4 Keluarkan bunga raya yang 5 Titiskan air rebusan bunga raya (penunjuk
telah direbus dan turas air ajaib) dengan menggunakan penitis ke
rebusan tersebut. dalam larutan cuka dan soda bikarbonat.

cuka soda
bikarbonat

6 Buat pemerhatian terhadap perubahan 7 Rekodkan pemerhatian kamu.
warna bahan yang berlaku.

merah PERINGAPTeAnNunjuk ajaib ini akan mengubah
kehijauan warna bahan asid kepada merah
dan mengubah warna bahan alkali
kepada kehijauan.

TIP GURU
182 • Guru boleh menggunakan pelbagai bunga yang berwarna yang terdapat

di sekeliling sekolah.
• Video tentang penunjuk ajaib boleh dimuat turun daripada laman web

http://youtube/6fc8KBz_I9s

11 BUMI, BULAN DAN MATAHARI

Bumi, Bulan dan Matahari ialah sebahagian daripada Sistem Suria
kita. Pergerakan Bumi dan Bulan menyebabkan terjadinya beberapa
fenomena yang kita alami dan perhatikan. Bolehkah kamu nyatakan
beberapa fenomena itu?

183

Putaran dan Peredaran Bumi

Putaran Bumi adalah dari arah Peredaran Bumi mengelilingi
Barat ke Timur mengikut arah Matahari juga adalah dari arah
lawan jam. Tempoh yang diambil Barat ke Timur mengikut arah
untuk satu putaran lengkap ialah lawan jam. Tempoh yang diambil
24 jam atau satu hari. untuk satu peredaran
ialah 365¼ hari.

Kita boleh melakukan simulasi untuk mengetahui
putaran dan peredaran Bumi.

184

11.1.1
11.1.2

MARI KAJI

Pergerakan Bumi

Tujuan

Mensimulasikan putaran dan peredaran Bumi

Langkah-langkah Saya Matahari
1. Lukis satu bulatan yang

mewakili orbit Bumi.

2. Seorang murid memakai topeng

Matahari berada di tengah

orbit Bumi.

3. Seorang lagi murid memakai Saya Bumi, berputar
topeng Bumi berada di atas dan beredar
orbit Bumi. mengelilingi Matahari.

4. Lakukan simulasi putaran dan

peredaran Bumi seperti dalam rajah.

Soalan

a Berapakah bilangan putaran dibuat oleh Bumi dalam satu tahun?

b Berdasarkan gambar rajah di atas, tunjukkan kedudukan Bumi selepas
setengah tahun.

Kejadian Siang dan Malam
Ibu Akma sedang menelefon suaminya di San Francisco.

Di sini sudah malam. Mengapakah
di sana malam,
di sini tengah hari?

11.1.3

Apakah yang kamu tahu tentang kejadian siang dan malam? 185

11.1.2
11.1.3
11.1.5

MARI KAJI

Siang dan Malam

Tujuan
Mendefinisi secara operasi kejadian siang dan malam

Alat dan Bahan
Lampu suluh, 1 pin merah, 1 pin kuning dan glob Bumi

Langkah-langkah
1. Cari kedudukan Kuala Lumpur dan

San Francisco pada glob.
2. Lekatkan pin merah pada lokasi

Kuala Lumpur dan pin kuning pada
lokasi San Francisco yang telah
dikenal pasti.
3. Gelapkan bilik Sains.
4. Letakkan Bumi berhampiran lampu suluh bernyala yang
mewakili Matahari.
5. Catatkan sama ada Kuala Lumpur dan San Francisco sedang
mengalami siang atau malam pada kedudukan yang berikut.

Kedudukan 1 Kedudukan 2

Kedudukan 1 2
Bandar Siang/malam Siang/malam

Kuala Lumpur
San Francisco

6. Lakarkan pemerhatian kejadian siang dan malam pada kedudukan
1 dan 2 berdasarkan penyiasatan yang telah dilakukan.

186 TIP GURU

11.1.3 • Glob dan pin boleh diganti dengan bahan yang sesuai.

11.1.5

Soalan

a Nyatakan pemerhatian kamu pada bahagian glob yang menghadap
lampu suluh.

b Nyatakan pemerhatian kamu pada bahagian glob yang membelakangi
lampu suluh.

c Berdasarkan simulasi,
(i) berikan inferens kamu tentang pemerhatian di atas.
(ii) berikan definisi secara operasi kejadian siang dan malam.

Jambatan Golden Bangunan Sultan Abdul
Gate, San Francisco Samad, Kuala Lumpur

Kejadian malam berlaku Kejadian siang berlaku
apabila bahagian Bumi apabila bahagian Bumi
membelakangi Matahari menghadap Matahari
dan tidak menerima dan menerima cahaya
cahaya Matahari. Matahari.

Bagaimana kita tahu yang Bumi berputar dari Barat ke Timur?

Kesan Putaran Bumi Apakah kesan putaran
Bumi pada paksinya?

Bumi berputar pada paksinya
menyebabkan berlaku beberapa
fenomena yang dapat diperhatikan.

187

11.1.4

Bayangkan kamu berada di titik merah. Pada waktu siang, kamu menghadap
Matahari. Apabila Bumi berputar, kamu akan membelakangi Matahari.
Pada masa itu kamu akan mengalami waktu malam. Putaran Bumi telah
menyebabkan berlakunya kejadian siang dan malam.

Kejadian siang dan malam

12.00 tengahari 12.00 malam

Selain kejadian siang dan malam, putaran Bumi pada paksinya juga
menyebabkan kedudukan Matahari kelihatan berubah-ubah.
Perubahan kedudukan Matahari menyebabkan perubahan panjang
dan arah bayang-bayang objek. Apabila Matahari kelihatan rendah
di langit, bayang-bayang objek adalah panjang. Apabila Matahari
kelihatan tinggi di langit, bayang-bayang objek adalah pendek. Arah
bayang-bayang adalah bertentangan dengan kedudukan Matahari.

Perubahan kedudukan Matahari dan panjang bayang-bayang

U UU

Matahari terbit waktu tengah hari Matahari terbenam
188

MARI KAJI

Matahari dan Bayang-bayang

Tujuan
Menyiasat perubahan kedudukan Matahari dengan perubahan panjang
dan arah bayang-bayang objek

Alat dan Bahan
Bekas berbentuk silinder, kertas hitam, kertas bulat berwarna oren
(kecil), kertas sebak, kertas putih dan pita pelekat

Langkah-langkah

1 Balutkan bekas 2 Gulungkan

silinder dengan kertas kertas putih
hitam. Letakkan bekas dan lekatkan
silinder itu di atas dengan pita
kertas sebak pelekat pada tepi
di tempat yang lapang. kertas itu.

3 Halakan gulungan kertas pada arah Matahari.

Gerakkan gulungan kertas sehingga bulatan
bercahaya terbentuk di atas bekas silinder
(rujuk Peringatan).

4 Tandakan dengan X PERINGATAN arah
Apabila Matahari
kedudukan bulatan
bercahaya yang x gulungan
mewakili kedudukan
Matahari. kertas

5 Lekatkan satu kertas mengarah

bulat berwarna oren ke Matahari,
untuk menandakan
kedudukan Matahari. satu bulatan

cerah akan kelihatan

pada kertas hitam. Lekatkan

kertas warna oren pada kertas

hitam untuk mewakili kedudukan

Matahari pada masa itu.

189

11.1.4

6 Surihkan dan ukur panjang bayang-bayang bekas. Catatkan masa

di atas kertas sebak dan lekatkan kertas bulat berwarna oren pada setiap
dua jam dari pagi hingga petang.

7 Perhatikan kedudukan Matahari dan arah serta panjang bayang-bayang.
8 Buat satu jadual panjang bayang-bayang dengan waktu.

Soalan

a Apakah kaitan antara kedudukan Matahari dan arah bayang-bayang objek?
b Pada waktu bilakah bayang-bayang objek paling pendek?
c Apakah inferens kamu tentang kedudukan Matahari dan panjang bayang-

bayang objek?
d Huraikan perubahan kedudukan Matahari sepanjang tempoh pemerhatian.

Fenomena Fasa-fasa Bulan

Cahaya Bulan

Bila malam Bulan purnama,
Terang cahaya menyinari malam,
Kerlipan bintang serata alam,
Indah sungguh ciptaan Tuhan.

Kita sering mengagumi keindahan bulan purnama yang kelihatan bercahaya
seperti Matahari. Adakah Bulan mempunyai cahaya sendiri? Jelaskan.

190 TIP GURU

11.2.1 • Sumber: http://www.jpl.nasa.gov/spaceimages/detail.php?id=PIA004505

Apabila lampu kereta menghala ke
reflektor jalan, alat ini memantulkan
cahaya lampu kereta dan kelihatan
bercahaya.

Matahari adalah seperti lampu
kereta dan Bulan adalah seperti
reflektor jalan. Bulan tidak
mengeluarkan cahaya tetapi
kelihatan bercahaya apabila
cahaya Matahari yang dipantulkan
oleh Bulan sampai
ke mata kita.

Pergerakan Bulan

Akma dan Mei Kuan sedang melihat poster yang bertajuk fasa-fasa Bulan.

Mengapakah kita lihat Mungkinkah kejadian
permukaan Bulan ini berkaitan dengan
yang sama sahaja? pergerakan Bulan?

FASA-FASA BULAN

Mari kita lakukan simulasi. Dua orang murid akan
membuat simulasi pergerakan Bulan dan seorang
murid lagi akan membuat simulasi putaran Bulan.

191

11.2.2
11.2.4


Click to View FlipBook Version