4. Ubah orientasi cermin seperti keadaan (i) hingga (iii) dan lukis sinar
yang diperhatikan.
(i) (ii) (iii)
Soal6a.2n.1
Apakah kesimpulan yang dapat dibuat daripada aktiviti ini?
Akma, Mei Kuan, Ijan dan Nathan sedang cermin
berdiri di hadapan cermin yang digantung
pada dinding. Apakah yang dapat dilihat Mei Kuan Akma Nathan Ijan
oleh mereka? Jelaskan.
Kegunaan Pantulan Cahaya
Ijan dan Nathan sedang menolong bapa Ijan mengecat pintu pagar.
Ha, ha! Ada cat pada muka
kamu. Macam misai.
Mana
cermin?
Kita menggunakan cermin muka
untuk melihat diri kita. Cermin
memantulkan cahaya dari muka
ke mata kita.
92
6.2.2
Nathan telah membuat temu janji dengan doktor gigi.
Hai, Nathan! Mari saya
periksa gigi kamu.
cermin Gigi kamu dalam keadaan
pergigian baik. Datang lagi selepas
enam bulan.
Cermin pergigian memantulkan cahaya dari gigi membolehkan doktor
gigi memeriksa keadaan gigi kita dengan mudah.
Nathan ingin melihat objek di atas tembok batu.
Periskop boleh digunakan untuk periskop
melihat objek yang terhalang
daripada pandangan mata.
Dua cermin dalam periskop
memantulkan cahaya dari objek
terhalang ke mata kita.
Cermin pandang belakang dan cermin sisi kereta menolong
pemandu melihat objek di belakang dan di sisi kereta.
Bolehkah kamu jelaskan bagaimana cermin sisi kereta dapat digunakan
untuk menolong pemandu melihat objek di belakang dan di sisi kereta?
93
Cahaya Boleh Dibiaskan
Mei Kuan sedang minum air di kantin bersama rakan-rakannya.
Mengapakah straw di Straw kelihatan bengkok sebab cahaya
dalam air minuman dibiaskan apabila cahaya bergerak dari
kelihatan bengkok? air ke udara.
Bukankah straw itu lurus?
Cahaya dapat
dibiaskan? Betul ke?
Mari kita siasat
MARI KAJI
Dari Udara ke Air
Tujuan
Menyiasat pembiasan cahaya dari satu
medium ke medium yang lain
Alat dan Bahan
Bikar, kertas A4 putih (skrin), lampu suluh,
pen penanda dan air
94 TIP GURU
6.3.1 • Bias ialah cahaya yang membelok dari arah asal sinaran apabila melalui air.
Langkah-langkah 2
1
Suluhkan cahaya pada Tandakan kedudukan
satu skrin. cahaya pada skrin.
3
Letakkan bikar yang berisi air di antara
lampu suluh dengan skrin seperti yang
ditunjukkan.
4 Catatkan pemerhatian kamu.
Soalan
Apakah inferens yang dapat dibuat daripada
pemerhatian kamu?
Cahaya dibiaskan apabila cahaya bergerak dari satu medium ke satu
medium yang lain. Kejadian ini dipanggil biasan cahaya.
Medium ialah bahan yang membenarkan cahaya
menerusinya. Bahan boleh wujud dalam keadaan gas, cecair
atau pepejal. Contoh bahan ialah udara, air dan kaca.
95
Cahaya dari straw di dalam
air dibiaskan apabila cahaya
itu bergerak dari air ke udara.
Ini menyebabkan imej straw
dianjak ke atas dan straw
kelihatan bengkok dan lebih
tinggi.
Jadi, pembiasan cahaya yang
menyebabkan straw kelihatan bengkok.
Fenomena Pembiasan Cahaya
Kolam ini kelihatan cetek.
Kolam ini sebenarnya
agak dalam.
Itulah sebabnya
kita perlu pastikan
kedalaman kolam
sebelum berenang
di dalamnya.
Saya tahu. Pembiasan
cahaya menyebabkan
kolam kelihatan cetek.
96
6.3.2
MARI KAJI
Fenomena Pembiasan Cahaya
Tujuan
Memerhatikan fenomena pembiasan cahaya
Stesen 1 – Pensel Membengkok
1. Letakkan pensel ke dalam gelas berisi air.
2. Jelaskan pemerhatian kamu dari sisi gelas.
Stesen 2 – Huruf Membesar
1. Letakkan kanta pembesar di atas surat khabar. USAHA TANGGA JAYA!
2. Jelaskan pemerhatian kamu semasa mengangkat
kanta pembesar pada ketinggian 3 cm dari surat khabar.
Stesen 3 – Kiub Rubik Membesar
1. Perhatikan saiz kiub rubik yang berada
di dalam balang berisi air. Bandingkan
dengan saiz kiub rubik di luar balang kaca.
2. Jelaskan pemerhatian kamu.
Stesen 4 – Syiling Menimbul
1. Letakkan satu syiling ke dalam mangkuk yang legap cahaya.
2. Alihkan kedudukan mangkuk dan mata sehingga syiling tidak
kelihatan apabila dilihat dari tepi mangkuk.
3. Tetapkan arah pandangan kamu dan jelaskan pemerhatian kamu
apabila kawan kamu menuangkan air ke dalam mangkuk.
Soalan 97
a Apakah kesan pembiasan cahaya yang dapat diperhatikan?
b Nyatakan kesan pembiasan cahaya yang lain.
6.3.2
Model Ciptaanku
Akma sedang mempamerkan model reka ciptanya dalam Minggu Sains.
Dia mereka cipta sebuah model rumah menggunakan botol berisi air
untuk menerangi ruang di dalam rumah yang gelap.
Apabila saya meletakkan model rumah saya ini di bawah
matahari, botol ini akan berfungsi sebagai mentol.
Apakah prinsip cahaya yang Cahaya matahari dibiaskan
membolehkan hal ini berlaku? apabila cahaya melalui
botol yang berisi air.
Cahaya itu kemudian
memancar keluar dari botol
dalam pelbagai arah. Ini
menyebabkan bahagian
bawah botol dalam rumah
kelihatan sebagai satu
mentol bercahaya.
98
6.3.3
6.3.4
MARI KAJI
Model Ciptaan Saya
Sekarang, bolehkah kamu
mencipta satu model lain dengan
Tujuan menggunakan prinsip cahaya?
Mencipta satu model dengan menggunakan prinsip cahaya
Alat dan Bahan
Alat tulis dan bahan buangan
Langkah-langkah
1. Lakukan aktiviti ini dalam kumpulan.
2. Rancang ciri-ciri model kamu.
3. Lakar model di atas sehelai kertas.
4. Bina model dengan menggunakan bahan terpakai.
5. Persembahkan model di dalam kelas dan terangkan prinsip cahaya
yang digunakan dalam mereka cipta model tersebut.
Soalan
Apakah prinsip cahaya yang digunakan untuk model yang kamu cipta?
Terangkan prinsip yang digunakan.
Kamu boleh layari laman web berikut:
http://kids.nationalgeographic.com/kids/activities/funscience/bedazzled/
http://www.exploratorium.edu/science_explorer/periscope.html
http://almostunschoolers.blogspot.com/2010/10/peppers-ghost-in-boxfor-kids.html
Rjukan merupakan satu bandar kecil di Norway 99
yang berada di lembah antara gunung. Bandar
ini dalam keadaan gelap untuk lima hingga
enam bulan dalam setahun. Tiga cermin besar
dibina di atas gunung untuk memantulkan
cahaya ke dalam Rjukan pada musim sejuk.
Sumber: www.thestar.com.my/.../gloom-in-deep-Noruregian-valley/
6.3.3
6.3.5
?INGATKAH CAHAYA
KAMU
Cahaya bergerak lurus pasintnualran cermin satah
sinar tuju udara Cahaya dipantulkan
apabila cahaya itu
Cahaya dibiaskan apabila melantun balik dari
cahaya bergerak dari satu suatu permukaan.
medium ke medium
yang lain. Kegunaan pantulan
cahaya
air
cermin
pergigian
Fenomena biasan periskop cermin muka
cermin pandang
belakang
Faktor yang mempengaruhi saiz Faktor yang mempengaruhi
bayang-bayang bentuk bayang-bayang
• Jarak antara sumber cahaya • Kedudukan sumber cahaya
dan objek • Orientasi objek
• Jarak antara objek dan skrin
100
UJI KENDIRI
Jawab semua soalan yang berikut dalam buku latihan Sains.
1 Apakah perbezaan antara pantulan cahaya dengan biasan cahaya?
2. Nyatakan prinsip cahaya yang menghasilkan fenomena yang
diperhatikan dalam gambar di bawah.
ab c
3. Nyatakan satu objek yang boleh menghasilkan dua bentuk bayang-
bayang iaitu bulat dan segi empat.
4. Dalam keadaan apakah kamu tidak dapat melihat imej kamu dalam
sesuatu cermin? Jelaskan.
5. Dalam satu permainan, Nathan dikehendaki
menyinari ikan mainan dengan menggunakan
cahaya dari lampu suluh yang berada pada
kedudukan seperti dalam gambar di sebelah.
Nyatakan satu penyelesaian yang
menggunakan prinsip cahaya.
6. Bilik air Mei Kuan mempunyai satu lampu. Dia perhatikan yang botol
syampu di tempat cuci muka mempunyai dua bayang-bayang
seperti dalam gambar. Terangkan fenomena ini.
bayang-bayang 2 cermin
bayang-bayang 1
101
MARI TEROKA
Alur Bercahaya
Tujuan
Menyiasat pantulan cahaya dalam tiub
Alat dan Bahan
Lampu suluh, paku, botol plastik, tiub lut sinar, mangkuk, kain hitam,
pita pelekat dan air
Langkah-langkah
123
Tebuk satu lubang Lalukan tiub melalui Isikan air ke dalam botol
pada penutup botol. lubang penutup. sehingga penuh. Tutup
botol tersebut.
4 5
6
Lekatkan lampu suluh Balutkan keseluruhan Bawa botol ke bilik gelap.
pada dasar botol botol dengan kain hitam. Picit botol dengan perlahan
dengan pita pelekat. Tekan suis lampu suluh. ke dalam mangkuk.
7 Perhatikan cahaya pada aliran air pada mangkuk.
Soalan
a Apakah sifat cahaya yang dapat menghasilkan fenomena yang
diperhatikan?
102
7 ELEKTRIK
Adik, ibu suruh matikan suiz
komputer dan radio. Jimatkan
penggunaan elektrik!
Baiklah, kakak.
Elektrik membekalkan tenaga, cahaya dan haba kepada kita. Ijan
menggunakan banyak peralatan elektrik pada suatu masa. Pada
pendapat kamu apakah yang sepatutnya Ijan buat untuk menjimatkan
elektrik? Apakah langkah-langkah keselamatan yang perlu diamalkan?
103
Sumber Tenaga Elektrik
Tenaga elektrik sangat penting dalam kehidupan kita. Tenaga elektrik
tidak dapat dilihat tetapi fungsinya boleh diperhatikan pada setiap masa.
Tahukah kamu sumber yang menghasilkan tenaga elektrik?
Namakan aktiviti Generator membekalkan
yang melibatkan tenaga elektrik kepada
tenaga elektrik pam udara di dalam
dalam situasi ini. kolam ikan.
generator
Akumulator Dinamo dinamo
membekalkan membekalkan
tenaga elektrik tenaga elektrik
kepada kepada lampu
kenderaan basikal.
bermotor.
akumulator
104
TIP GURU
7.1.1
• Video mengenai hidroelektrik boleh dimuat turun daripada laman web
http://www.dbp.gov.my/lamandbp atau http://youtube/-hooifWJ1jY.
Jana kuasa hidroelektrik juga
membekalkan tenaga elektrik kepada
perindustrian dan kegunaan domestik.
Sel suria membekalkan
tenaga elektrik kepada
alat pemanas air.
bateri Bateri juga
digunakan pada
telefon bimbit
untuk berfungsi.
sel kering Empangan Bakun ialah sebuah
empangan hidroelektrik di
Sel kering membekalkan Sarawak, Malaysia. Dinding
tenaga elektrik kepada empangan diperbuat daripada
lampu suluh. konkrit dan merupakan yang
tertinggi di dunia. Empangan ini
mampu menjana 2,400 MW tenaga elektrik.
Sumber: http://siwrs.com.my/
105
MARI KAJI
Mencari Sumber Tenaga Elektrik
Tujuan
Mengenal pasti pelbagai alatan dan sumber tenaga elektrik yang
digunakan
Langkah-langkah
1. Kenal pasti alatan yang terdapat di persekitaran kamu.
2. Cari sumber tenaga elektrik yang digunakan.
3. Bina jadual seperti yang di bawah dan catatkan hasil pemerhatian kamu.
Alatan Sumber tenaga Jumlah alatan
elektrik
3. Bincangkan hasil pemerhatian kamu bersama-sama rakan
di dalam kelas.
Soalan
Apakah sumber tenaga elektrik yang paling banyak digunakan di persekitaran
kamu?
uji minda
Apakah unit yang digunakan untuk mengukur
tenaga elektrik yang digunakan di rumah?
Terdapat pelbagai sumber tenaga elektrik yang boleh
memberikan manfaat kepada kehidupan seharian.
Bagaimanakah cara penjimatan sumber tenaga elektrik yang
boleh kita amalkan bagi memastikan kelestarian hidup?
106
7.1.1
Litar Elektrik Lengkap
Nathan dan Ijan memasang litar elektrik bagi menyiapkan projek Sains
mereka di bilik Sains.
Apakah komponen yang Komponen yang diperlukan oleh
diperlukan untuk membina Nathan dan Ijan ialah sel kering,
mentol, suis dan wayar penyambung.
litar elektrik lengkap?
Cukupkah komponen yang
diperlukan untuk membina
litar elektrik lengkap?
Bagaimanakah suatu litar Komponen sudah cukup tetapi
elektrik lengkap dibina? kita perlukan wayar penyambung
untuk melengkapkan litar elektrik.
Litar elektrik terdiri daripada sel kering
beberapa komponen
iaitu sel kering, mentol mentol suis
dan suis. Wayar
penyambung pula wayar
diperlukan untuk penyambung
menyambung setiap
komponen supaya menjadi
satu litar elektrik lengkap.
Mentol pada litar elektrik menyala apabila suis
ditutup. Litar ini dipanggil litar elektrik lengkap.
107
7.2.1
MARI KAJI
Mentol Bercahaya
Tujuan
Membina litar elektrik lengkap
Alat dan Bahan
Sel kering, pemegang sel kering,
mentol, wayar penyambung,
pemegang mentol dan suis
Langkah-langkah
1. Pasang mentol pada pemegang mentol.
2. Masukkan sel kering ke dalam pemegang sel kering.
3. Buka suis.
4. Gunakan wayar penyambung untuk menyambung setiap komponen.
5. Tutup suis dan perhatikan keadaan mentol.
Soalan
a Apakah pemerhatian yang boleh dibuat daripada aktiviti ini?
b Sekiranya didapati mentol tidak menyala, apakah inferens yang boleh
dibuat? Nyatakan tindakan kamu untuk membolehkan mentol menyala.
c Apakah yang akan berlaku jika dua sel kering ditambah pada litar?
Ramalkan dan terangkan jawapan kamu.
Belut elektrik ialah sejenis belut yang
boleh menghasilkan tenaga elektrik.
Belut elektrik mempunyai sel-sel
yang boleh menghasilkan elektrik
yang menyamai 500 voltan. Apabila
diancam atau menyerang mangsa,
sel-sel ini akan dibebaskan pada
masa yang sama.
108
7.2.1
Fungsi Suis Tahukah kamu fungsi suis
di dalam litar elektrik?
Suis ialah alat yang digunakan untuk
menyambung dan memutuskan
litar elektrik.
suis Apabila suis
ditutup ditutup, mentol
akan menyala
kerana arus elektrik
dapat mengalir
melalui litar
elektrik lengkap.
Apabila suis dibuka, suis
mentol tidak menyala. dibuka
Ini kerana arus elektrik
tidak dapat mengalir
melalui litar elektrik
yang tidak lengkap.
uji minda getah
Palam elektrik dan wayar elektrik logam
ini diperbuat daripada bahan yang plastik
berbeza. Mengapa?
109
7.2.2
Simbol Komponen
Melukis gambar sebenar komponen litar elektrik lengkap akan
mengambil masa yang lama. Tambahan pula jika lebih banyak
komponen dalam suatu litar elektrik itu. Gunalah simbol
Lecehlah, susah kalau nak mudah
nak lukis gambar seperti saya.
rajah litar ini.
Mari kita lihat susunan litar elektrik lengkap dengan simbol-simbolnya.
Kenali simbol-simbol komponen di dalam litar elektrik lengkap di bawah.
simbol sel simbol
kering suis
Terdapat beberapa simbol
simbol mentol lain suis terbuka
yang juga digunakan
seperti yang berikut: suis terbuka
110
simbol mentol
7.2.3 simbol
suis tertutup
suis tertutup
Gambar di bawah ialah litar elektrik. Di sebelahnya pula ialah gambar
rajah litar elektrik menggunakan simbol.
litar elektrik gambar rajah litar elektrik
MARI KAJI Mari kita bina litar elektrik
dengan menggunakan gambar
Lakar dan Bina rajah simbol komponen.
Tujuan
Melakar gambar rajah litar elektrik menggunakan simbol komponen
Alat dan Bahan
2 biji mentol, wayar penyambung, 2 biji sel kering, suis, pemegang sel
kering dan pemegang mentol
Langkah-langkah
1. Lakukan aktiviti ini dalam kumpulan berempat.
2. Setiap kumpulan dibahagikan kepada dua kumpulan kecil, iaitu
kumpulan A dan kumpulan B.
3. Lakukan aktiviti mengikut giliran seperti yang berikut. Peranan setiap
kumpulan akan bertukar selepas selesai aktiviti.
Giliran Kumpulan A Kumpulan B
1 Lakar gambar rajah litar Lakar gambar rajah litar
elektrik 1 yang telah disediakan elektrik 2 yang telah disediakan
oleh guru. oleh guru.
2 Bina litar berpandukan lakaran Bina litar berpandukan lakaran
litar elektrik yang disediakan litar elektrik yang disediakan
oleh kumpulan B. oleh kumpulan A.
TIP GURU 111
7.2.4 • Guru perlu menyediakan 2 litar lengkap yang berbeza
7.2.10 sebelum aktiviti dijalankan.
Soalan
a Apakah komponen elektrik yang kamu gunakan semasa memasang
litar elektrik?
b Buat pemerhatian ke atas mentol. Berikan inferens ke atas
pemerhatian kamu.
c Semak dan bandingkan gambar rajah yang dibina oleh kedua-dua kumpulan.
Kecerahan Mentol
Akma dan keluarganya mengikut datuk ke dusun durian untuk
mengumpulkan buah durian.
Wah, terangnya
lampu suluh
kakak!
Lihat, lampu suluh saya tak Lampu suluh
menyala. Mengapa agaknya? ayah pula malap.
Mengapakah kecerahan nyalaan mentol lampu suluh yang digunakan
oleh mereka berbeza?
Rancang satu eksperimen untuk membezakan kecerahan mentol dalam
litar lengkap dengan mengubah bilangan sel kering.
Jalankan eksperimen tersebut. Kemudian, tulis laporan lengkap eksperimen
ini dan jawab soalan yang berikut.
a) Bagaimanakah keadaan nyalaan mentol jika dua biji sel kering
digunakan pada litar?
b) Bagaimanakah pula kecerahan nyalaan mentol jika bilangan sel kering
ditambah pada litar? Berikan inferens kamu.
112
7.2.5
c) Adakah hipotesis kamu tepat?
d) Apakah kesimpulan yang boleh kamu buat berdasarkan eksperimen ini?
Apakah yang menyebabkan lampu
hiasan rumah kamu lebih terang?
Mari kita uji. Mungkin bilangan lampu
saya kurang daripada
lampu kamu.
Bina hipotesis yang boleh dibuat daripada situasi di atas. Rancang dan
jalankan eksperimen tersebut. Tulis laporan lengkap eksperimen ini dan
jawab soalan yang berikut.
a) Bagaimanakah kecerahan nyalaan mentol jika satu biji mentol
digunakan pada litar elektrik?
b) Bagaimanakah pula kecerahan nyalaan mentol jika bilangan mentol
ditambah? Berikan inferens kamu.
c) Bandingkan keputusan yang diperoleh dengan hipotesis kamu.
Apakah yang berlaku apabila bilangan mentol kamu ditambah
dalam litar elektrik tersebut?
d) Apakah kesimpulan eksperimen ini?
Bilangan mentol dan bilangan sel kering merupakan faktor
yang mempengaruhi kecerahan mentol dalam suatu litar
elektrik. Jika arus elektrik mengalir dengan banyak dalam
suatu litar, mentol akan menyala dengan cerah.
Kamu diberi lima biji mentol dan dua biji sel kering untuk membina
litar elektrik lengkap. Apakah yang akan kamu lakukan untuk
mendapatkan nyalaan mentol yang paling malap pada litar elektrik
yang kamu pasang? Jelaskan tindakan kamu.
113
Litar Bersiri dan Litar Selari
Tahukah kamu susunan
Perhatikan dua litar elektrik di bawah. litar bersiri dan litar selari?
Apakah perbezaan yang kamu dapati pada litar elektrik ini?
Litar Bersiri Litar Selari
Gambar rajah Gambar rajah
litar bersiri litar selari
Beginilah simbol litar
elektrik bagi litar bersiri
dan litar selari. Apakah
perbezaan yang dapat
kamu lihat daripada
gambar rajah ini?
Litar bersiri Litar selari
Litar ini mempunyai satu Litar ini mempunyai dua
laluan untuk tenaga atau lebih laluan untuk
elektrik mengalir. Mentol tenaga elektrik mengalir.
disusun bersebelahan Mentol disusun secara
antara satu dengan lain selari dalam laluan
dalam laluan yang sama. yang berlainan.
114 TIP GURU
7.2.6 • Video mengenai litar bersiri dan litar selari boleh dimuat turun
daripada laman web http://www.dbp.gov.my/lamandbp atau
http://youtube/G8a8cXTYAp0.
Adakah susunan litar bersiri dan litar
selari memberikan kesan kepada
kecerahan mentol?
LITAR BERSIRI LITAR SELARI
Nyalaan mentol malap Nyalaan mentol cerah
Mentol yang disusun dalam litar selari menyala dengan lebih cerah
berbanding litar bersiri apabila kedua-dua suis yang disambung pada
litar ditutup.
Mengapakah mentol litar selari lebih
cerah berbanding litar bersiri?
Litar bersiri Litar selari
Tenaga elektrik Tenaga elektrik
mengalir melalui mengalir dalam
laluan yang laluan yang
sama di dalam berbeza dalam
litar bersiri. Oleh litar selari. Oleh
itu, semua mentol itu, jumlah tenaga
dalam litar bersiri elektrik yang
akan berkongsi tenaga elektrik yang melalui setiap laluan
dibekalkan daripada sel kering. Ini adalah sama. Ini
menyebabkan nyalaan mentol malap. menyebabkan
nyalaan mentol
cerah.
TIP GURU 115
• Video mengenai litar bersiri dan litar selari boleh dimuat turun
7.2.8 daripada laman web http://youtube/litar elektrik selari dan
bersiri/mohd nizambob
MARI KAJI
Membina Litar Bersiri dan Litar Selari
Tujuan
Menjalankan penyiasatan tentang
kecerahan mentol untuk litar bersiri
dan litar selari
Alat dan Bahan
4 biji bateri, 8 utas wayar penyambung,
4 pemegang mentol, 4 biji mentol, 2 suis dan 4 pemegang bateri
Langkah-langkah
1. Lakukan aktiviti ini dalam dua kumpulan kecil, iaitu kumpulan A dan
kumpulan B.
2. Kumpulan A akan memasang satu litar bersiri manakala kumpulan B
akan memasang litar selari.
3. Kedua-dua kumpulan perlu melakar litar yang telah dibina.
4. Kedua-dua kumpulan perlu membuat perbandingan kecerahan
mentol.
5. Buat pemerhatian kecerahan mentol dan rekodkan.
Soalan
a Mentol pada litar elektrik yang manakah menyala lebih cerah? Mengapa?
b Mentol pada litar elektrik yang manakah menyala lebih malap? Mengapa?
c Apakah kesimpulan daripada penyiasatan ini?
Apakah kecekapan tenaga elektrik? Kecekapan tenaga elektrik
bermakna kita menggunakan tenaga elektrik yang kurang untuk
menyempurnakan kerja yang setimpal di rumah atau di tempat
kerja. Kita dapat menjimatkan belanja untuk penggunaan elektrik
di samping menikmati kemudahan yang sama.
116
7.2.7
7.2.8
7.2.10
Kesan Nyalaan Mentol
Ijan hendak melihat kesan Apakah akan berlaku
ke atas nyalaan mentol kepada nyalaan mentol
apabila salah satu suis di jika satu daripada suis
litar elektrik ditutup atau dalam litar dibuka?
dibuka. Dia membina litar
bersiri dan litar selari.
Mari kita lihat kesan nyalaan
mentol pada litar bersiri dan selari.
Litar Bersiri Mentol M1, M2 dan M3
dalam litar bersiri tidak
M1 M2 M3 akan menyala jika satu
atau kedua-dua suis
S1 S2 dibuka kerana arus tidak
dapat mengalir dalam litar
yang diputuskan.
Mentol yang manakah
akan menyala dalam
litar bersiri ini?
Suis S1 dibuka S1 ditutup S1 dan S2 S1 dan S2
S2 ditutup S2 dibuka dibuka ditutup
Nyalaan Tiada
mentol
117
7.2.9
Litar Selari Jika suis pada satu
laluan litar selari dibuka,
S1 M1 arus elektrik tidak boleh
S2 M2 melaluinya. Mentol tidak
S3 M3 menyala. Mentol pada
laluan arus elektrik yang
masih bersambung akan
menyala.
Mentol yang manakah
dalam litar selari ini
akan menyala?
S1 ditutup S1 ditutup S1 dibuka S1 dibuka
Suis S2 ditutup S2 dibuka S2 ditutup S2 ditutup
S3 dibuka S3 ditutup S3 ditutup S3 dibuka
Nyalaan M1 dan M2
mentol menyala
Sebiji mentol akan menyala dengan cerah jika disambung
dengan dua sel kering dalam suatu litar elektrik. Tetapi
jika dua lagi sel kering ditambah kepada litar elektrik
tersebut, didapati mentol tidak menyala. Mengapa?
118
Kecuaian Pengendalian Peralatan Elektrik
Dua adik-beradik ditemui
mati akibat renjatan elektrik
daripada alat pemanas air
di bilik mandi rumah mereka.
Nyawa akan melayang jika kita
cuai semasa menggunakan
peralatan elektrik.
Berita ini ialah satu kesan buruk yang berlaku jika kita
cuai semasa menggunakan peralatan elektrik.
Mari kita perhatikan beberapa kesan buruk yang sering berlaku
akibat kecuaian dalam mengendalikan peralatan elektrik.
Memegang suis dengan Membiarkan
tangan yang basah. peralatan elektrik
terpasang lama.
119
7.3.1
Menggunakan wayar Mencucuk soket
elektrik yang rosak. menggunakan bahan
konduktor elektrik.
Tidak mengamalkan langkah- Tidak mempelajari kaedah yang
langkah keselamatan semasa betul semasa menggunakan
menggunakan peralatan elektrik. peralatan elektrik di rumah.
mesin pengering
Perhatikan gambar- Tenaga elektrik sangat berguna
gambar di atas. Apakah dalam kehidupan seharian kita.
kesan kecuaian dalam Namun begitu, tenaga elektrik
pengendalian peralatan juga akan membawa keburukan
elektrik dalam situasi jika kita tidak berhati-hati ketika
yang ditunjukkan? menggunakannya.
120
Langkah-langkah Keselamatan
Arus elektrik tidak boleh dilihat oleh mata kasar. Oleh itu,
langkah-langkah keselamatan semasa mengendalikan peralatan
elektrik perlulah dititikberatkan.
Semasa mengendalikan peralatan elektrik, apakah yang perlu
kamu lakukan untuk mengelakkan kemalangan berlaku?
12
ON
OFF
Elakkan memperbaiki Elakkan membuka atau Buka suis
peralatan elektrik dalam menutup suis dengan dengan tangan
keadaan suis terpasang. tangan yang basah. yang kering.
3
Elakkan memasang plag Pasang palam plastik khas
2 pin dengan cara ini. untuk memasang plag 2 pin.
7.3.2 121
4
Elakkan peralatan Pastikan peralatan elektrik dipantau
elektrik berfungsi sendiri. semasa menggunakannya.
5
Elakkan memasang terlalu banyak plag pada sesuatu soket. Pasangkan satu
plag sahaja pada setiap soket tersebut untuk mengelakkan litar pintas.
6
Elakkan membiarkan Semasa menggunakan seterika
seterika seketika letakkannya di atas permukaan yang
di atas pakaian. rata dan sukar dicapai oleh kanak-kanak.
122
MARI KAJI
Peta Minda Langkah-langkah Keselamatan Elektrik
Tujuan
Menyediakan peta minda tentang langkah-langkah keselamatan ketika
mengendalikan peralatan elektrik
Langkah-langkah
1. Jalankan aktiviti ini dalam kumpulan berempat.
2. Bincangkan langkah-langkah keselamatan ketika mengendalikan
peralatan elektrik.
3. Bina peta minda hasil daripada perbincangan kumpulan kamu.
4. Persembahkan peta minda kumpulan kamu di hadapan kelas.
Soalan
Jelaskan langkah-langkah keselamatan yang perlu dipatuhi semasa
mengendalikan peralatan elektrik.
Penggunaan peralatan elektrik di dalam bilik air adalah berbahaya.
Mengapa? Sebagai seorang pengurus hotel, apakah langkah-
langkah keselamatan yang perlu diambil untuk menggunakan
peralatan elektrik di dalam bilik air?
Elakkan bermain layang-layang uji minda
berhampiran dengan kabel elektrik.
Kamu boleh terkena renjatan elektrik Burung yang
jika layang-layang tersangkut pada bertenggek di atas
kabel dan kamu masih memegang tali kabel elektrik tidak
layang-layang itu. Arus elektrik yang terkena renjatan
berkuasa tinggi pada kabel elektrik elektrik. Mengapa?
boleh mengalir melalui tali layang-
layang dan menerusi badan kamu dan 123
dineutralkan ke bumi.
7.3.2
7.3.3
?INGATKAH ELEKTRIK
KAMU
Sumber Tenaga Elektrik
sel kering sel suria jana kuasa
dinamo akumulator generator hidroelektrik
KOMPONEN mentol suis sel kering
ELEKTRIK buka tutup
SIMBOL
Litar Elektrik Lengkap Litar Bersiri Litar Selari
Kesan kecuaian Langkah-langkah keselamatan
ON
OFF
124
UJI KENDIRI
Jawab semua soalan yang berikut dalam buku latihan Sains.
1. Perhatikan komponen litar elektrik di bawah.
Lakarkan rajah litar bersiri dengan suis terbuka dan litar selari dengan
suis tertutup menggunakan simbol komponen litar elektrik di atas.
2. Lakarkan gambar rajah litar dengan menggunakan simbol yang
terdiri daripada empat biji mentol, empat sel kering, empat suis dan
wayar penyambung yang menghasilkan nyalaan yang cerah.
3. Apakah jenis litar yang dipasang di rumah kamu?
Berikan alasan kepada jawapan kamu.
4. Nathan mendapati seterika yang biasa digunakan setiap pagi
untuk menggosok pakaian sekolahnya telah rosak. Nathan cuba
membaikinya sendiri.
Pada pendapat kamu, wajarkah tindakan Nathan itu? Mengapa?
5. Rajah di sebelah menunjukkan sebuah litar SS11 M1
selari. Semua suis S1, S2 dan S3 ditutup. SS22 M2
SS33 M3
(a) Apakah akan berlaku pada nyalaan
mentol M1 jika suis S2 dibuka?
(b) Apakah akan berlaku pada nyalaan semua
mentol jika S3 dibuka?
(c) Suis manakah yang perlu dibuka supaya
mentol M2 dan M3 menyala?
(d) Bagaimanakah keadaan kecerahan ketiga-
tiga mentol jika ketiga-tiga suis ditutup?
125
MARI TEROKA
Litar Sotong
Tujuan
Mengenal pasti litar yang boleh menyalakan mentol
Alat dan Bahan
Gunting, cawan polisterina, kain felt, mentol dan pemegang
mentol, gelang getah, 4 wayar penyambung dan sel kering
Langkah-langkah
1. Potong empat utas wayar
penyambung. Panjang setiap satunya
ialah 22 cm.
2. Buat 8 lubang pada keliling cawan
polisterina.
3. Masukkan empat utas wayar melalui
lubang-lubang tersebut supaya setiap
wayar melalui dua lubang.
4. Tutup bahagian atas cawan dengan
hiasan menyerupai sotong yang
diperbuat daripada kain felt.
5. Pasang mentol pada pemegang dan
sambungkan kepada sel kering.
6. Minta kawan kamu menyalakan
mentol dengan menyambungkan
wayar pada litar sotong dalam
masa yang ditetapkan.
uji minda
Apakah jenis litar yang
digunakan dalam aktiviti ini?
TIP GURU
126
• Kain felt boleh dibeli di kedai barang-barang serbaguna atau
pasar besar yang menjual peralatan menjahit.
8 HABA
Saya pasti akan
menang dengan
pukulan hebat ini.
Alamak!
Eh, keluar!
Kemek! Kita dah Bolehkah kamu ambilkan
tak boleh main. Nanti, saya mangkuk dan air panas?
ada idea.
Perhatikan. Boleh, tunggu
sekejap.
Wah, bola ping pong tidak
kemek lagi! Hebatnya
haba daripada air panas.
Haba memberikan kesan ke atas bahan di sekeliling kita. Apakah kesan
haba yang menyebabkan bola ping pong kembali ke bentuk asalnya?
Bolehkah kamu fikirkan kesan haba yang lain?
127
Suhu
Akma dan kawan-kawannya sedang bersukan di padang sekolah.
Wah, panasnya Yalah, lebih panas daripada semalam.
hari ini!
Bagaimanakah
kita mengukur
kepanasan?
Kepanasan boleh disukat menggunakan termometer. Suhu ialah ukuran
darjah kepanasan sesuatu bahan. Jalur perak pada termometer berubah
mengikut suhu bahan sama ada panas atau sejuk.
Unit piawai bagi suhu ialah darjah Cecius (°C).
Termometer ialah alat
yang digunakan untuk
mengukur suhu.
Apabila menyukat bahan Apabila menyukat bahan Unit lain bagi ukuran
yang panas, jalur perak yang sejuk, jalur perak suhu ialah darjah
menjadi panjang atau menjadi pendek atau Fahrenheit (°F).
menunjukkan bacaan suhu menunjukkan bacaan
yang tinggi yang rendah
128
8.1.1
8.1.2
Teknik Menggunakan Termometer
Yang berikut ialah teknik mengukur suhu dengan betul.
1 Pegang batang
termometer secara tegak.
2 Letakkan termometer ke dalam air. Tunggu
sehingga aras merkuri berhenti bergerak.
3 Laraskan kedudukan mata
pada meniskus merkuri.
Baca bacaan suhu.
uji minda
Bolehkah kamu menggunakan -------
termometer untuk menyukat suhu
bahan di sekeliling kamu?
MARI KAJI meniskus
merkuri
Darjah Kepanasan Saya !
Tujuan Pastikan bebuli merkuri
Menyukat suhu air tidak menyentuh dasar
Alat dan Bahan bekas.
Termometer, bikar, air paip, air suam dan air berais
Langkah-langkah
1. Ukur dan catatkan suhu air paip, air suam dan air berais
menggunakan termometer.
2. Catatkan pemerhatian dalam jadual seperti yang di bawah.
Keadaan air Air paip Air suam Air berais
Suhu (°C)
TIP GURU 129
8.1.3 • Bagi memudahkan bacaan termometer, letakkan kertas putih
di belakang termometer sebagai latar belakang.
Soalan
a Ramalkan suhu air apabila air suam dicampur dengan air berais.
Uji ramalan kamu.
b Jika air itu dibiarkan dalam bilik, apakah yang akan berlaku kepada
suhu air itu? Jelaskan.
Menerima dan Kehilangan Haba
Haba ialah suatu bentuk tenaga. Haba mengalir dari bahan
yang lebih panas kepada bahan yang lebih sejuk.
Oh, tangan saya Tangan saya
semakin panas! semakin sejuk pula.
tangan -------------------------------------------- tangan
menerima kehilangan
haba haba
Tangan Mei Kuan menjadi panas kerana Tangan Akma menjadi sejuk kerana
menerima haba daripada air panas. kehilangan haba.
Sesuatu bahan menjadi panas Sesuatu bahan menjadi sejuk
apabila menerima haba. apabila kehilangan haba.
130
8.1.4
8.1.5
MARI KAJI
Menjadi Panas atau Sejuk
Tujuan
Menyiasat perubahan kepanasan sesuatu bahan
Alat dan Bahan
Lampu suluh, batu, gelas, sudu dan air panas
Catatkan pemerhatian dan inferens kamu dalam situasi-situasi di bawah
ke dalam jadual.
Langkah-langkah
1 Pegang seketul batu yang telah terdedah di bawah cahaya matahari.
Kemudian bawa batu itu ke tempat yang teduh.
Pegang semula batu itu selepas 10 minit.
2 Sentuh bahagian hadapan lampu suluh. Apakah yang dapat kamu
rasa? Kemudian hidupkan lampu suluh dan sentuh semula bahagian
hadapan lampu suluh. Apakah perubahan yang dapat kamu rasa?
131
8.1.4
8.1.5
3 Pegang satu gelas yang mengandungi air. Letakkan gelas itu
ke dalam peti sejuk. Pegang gelas itu semula selepas 10 minit
berada di dalam peti sejuk. Apakah perubahan yang dapat
kamu rasa?
4 Sentuh bahagian hadapan sudu. Letakkan sudu di dalam air panas
selama beberapa saat. Sentuh sekali lagi bahagian sudu yang
telah berada di dalam air panas. Apakah perubahan yang dapat
kamu rasa?
5 Bina jadual seperti yang berikut. Rekodkan pemerhatian dan berikan
inferens kamu terhadap penyiasatan di atas.
Situasi Pemerhatian Inferens
1
2
Soalan
Apakah kesimpulan yang dapat dibuat daripada semua situasi ini?
132
8.1.5
8.1.8
Perubahan Suhu
MARI KAJI Bagaimanakah suhu
Perubahan Suhu air berubah apabila
air menerima atau
kehilangan haba?
Tujuan
Mengkaji perubahan suhu air apabila air menerima dan
kehilangan haba
Alat dan Bahan
Penunu Bunsen, termometer, pemetik api, kaki retort, bikar,
kasa dawai dan air
Langkah-langkah
12 3
Sediakan alat dan Nyalakan penunu Sukat dan catatkan
bahan seperti yang Bunsen. suhu air setiap 1
ditunjukkan. minit selama 5 minit.
4 Rekodkan pemerhatian dalam jadual seperti yang berikut.
Masa (minit) Pemanasan air 4 5
Suhu (°C) 1 23
133
5!
Berhati-hati ketika mengendalikan
penunu Bunsen dan peralatan
yang panas.
Padamkan api.
6 Sukat dan catat suhu air setiap 1 minit selama 5 minit untuk merekod
penyejukan air. Masukkan data suhu air yang diperoleh ke dalam
jadual yang telah disediakan.
Masa (minit) Penyejukan air 4 5 7 Lukis graf
Suhu (°C) 1 23 dengan
menggunakan
MS Excel.
Soalan
Apakah kesimpulan yang dapat dibuat berdasarkan graf tersebut?
Suhu air akan meningkat apabila menerima haba.
Suhu air akan menurun apabila kehilangan haba.
Merkuri juga dikenali sebagai raksa. Raksa ialah satu logam dalam
bentuk cecair pada suhu bilik. Raksa mengembang atau mengecut
dengan seragam apabila menerima haba atau kehilangan haba.
Sifat raksa ini membolehkan termometer digunakan untuk mengukur
suhu dengan tepat.
Ahmad meletakkan satu botol air mineral kosong ke dalam
bahagian sejuk beku peti sejuk selama 2 jam. Terangkan apa
yang terjadi kepada botol air tersebut.
134
Pengembangan dan Pengecutan
Mari mak tolong Letakkan penutup Eh, senangnya
bukakan. botol ke dalam air nak buka!
panas?
Ketatnya.
Penutup botol jem menjadi longgar selepas dipanaskan kerana penutup
itu mengembang.
Bahan akan mengembang apabila menerima haba.
Eh, gelas ini melekat! Bagaimanakah Kita masukkan ais ke dalam
gelas yang di atas.
saya hendak pisahkannya?
Wah, mudahnya!
Gelas tidak
melekat lagi.
Gelas yang melekat boleh dipisahkan kerana gelas yang berisi ais 135
mengecut.
Bahan akan mengecut apabila kehilangan haba.
8.1.6
MARI KAJI
Mengembang dan Mengecut
AKTIVITI 1
Tujuan
Menyiasat kesan haba terhadap bebola besi
Alat dan Bahan !
Penunu Bunsen, pemetik api
dan set bebola besi dengan gelang Berhati-hati semasa
memanaskan dan
Langkah-langkah mengendalikan bebola
1. Masukkan bebola besi melalui gelang. besi panas.
Catatkan pemerhatian kamu.
2. Panaskan bebola besi. Kemudian, cuba masukkan semula bebola itu
melalui gelang.
3. Kemudian, sejukkan bebola besi dan cuba masukkannya sekali lagi.
4. Catatkan pemerhatian dan kesimpulan kamu.
AKTIVITI 2
Tujuan besen berisi ais
Menyiasat kesan haba terhadap
air berwarna
Alat dan Bahan
Kelalang kon, salur kaca, air berwarna,
gabus dengan satu lubang, 1 besen
berisi air panas dan 1 besen berisi ais
Langkah-langkah besen berisi kelalang kon
1. Sediakan kelalang kon dengan salur air panas dengan salur
kaca dan air
kaca dan air berwarna seperti berwarna.
gambar di sebelah.
2. Letakkan kelalang kon ke dalam besen berisi
air panas.
136
8.1.6
3. Perhatikan perubahan pada aras air berwarna di dalam salur kaca.
4. Alihkan kelalang kon ke dalam besen berisi ais.
5. Perhatikan perubahan pada aras air berwarna di dalam salur kaca.
6. Catatkan pemerhatian dan kesimpulan kamu. !
AKTIVITI 3 Berhati-hati semasa
Tujuan mengendalikan air
Menyiasat kesan haba terhadap udara panas.
Alat dan Radas
Kelalang kon, belon, besen berisi air
panas dan besen berisi ais
Langkah-langkah
1. Sediakan kelalang kon dengan belon besen berisi ais
seperti gambar di sebelah.
2. Letakkan kelalang kon ke dalam
besen berisi air panas.
3. Perhatikan perubahan pada belon.
4. Alihkan kelalang kon ke dalam besen besen berisi belon yang
berisi ais. air panas diletakkan
pada muncung
5. Perhatikan perubahan pada belon. kelalang kon
6. Catatkan pemerhatian dan kesimpulan kamu.
Soalan
Apakah kesimpulan yang dapat dibuat daripada ketiga-tiga aktiviti ini?
Pada musim panas, Menara Eiffel yang diperbuat 137
daripada keluli menjadi lebih tinggi sehingga 15 cm
disebabkan oleh pengembangan haba. Manakala
pada musim sejuk menara ini mengecut menjadi
kurang tinggi sehingga 8 cm.
TIP GURU
• Kelalang kon boleh digantikan dengan botol kaca yang sesuai.
Aplikasi Prinsip Haba
Mengapakah kita perlu sentiasa mengaplikasikan prinsip pengembangan
dan pengecutan bahan dalam kehidupan kita.
Lihat situasi di bawah.
Wujudkan ruang di antara penyambungan landasan kereta api
Situasi A
ruang
Situasi B
tiada ruang
Kabel elektrik dipasang kendur Eh, kereta api
Situasi A tergelincir!
kendur
138
8.1.7
Situasi B Eh, wayar kabel elektrik terputus!
tegang
Penggunaan termometer untuk mengukur suhu badan
Situasi A
Saya rasa badan
saya panas.
Situasi B Saya rasa Betul, kamu demam. Termometer
saya demam. ini menunjukkan suhu badan
Tapi tidak ada kamu 39°C. Kamu perlu makan
termometer ubat supaya cepat sembuh.
untuk menyukat
suhu badan. Rupa-rupanya saya mengalami
demam yang teruk.
Berdasarkan situasi A dan B. Prinsip pengembangan
dan pengecutan bahan perlu sentiasa diaplikasikan bagi
mengelakkan kemalangan dan kerugian.
139
?INGATKAH HABA
KAMU
SUHU Cara menggunakan termometer
• Suhu ialah ukuran 12 3
darjah kepanasan sesuatu
bahan.
• Suhu disukat menggunakan
termometer.
• Unit piawai bagi suhu dalam
sistem metrik ialah darjah
Celcius (°C).
Bahan menerima haba
• lebih panas
• suhu naik
• mengembang
Bahan kehilangan haba
• lebih sejuk
• suhu turun
• mengecut
Disejukkan Dipanaskan
Kepentingan aplikasi prinsip pengembangan dan pengecutan bahan
• ruang di antara sambungan landasan kereta api dapat mengelakkan landasan
dari menjadi bengkok
• kabel elektrik dipasang kendur untuk mengelakkannya terputus ketika cuaca sejuk
• pengembangan dan pengecutan bahan dalam bebuli termometer memberi
bacaan suhu bahan yang tepat
140
UJI KENDIRI
Jawab semua soalan yan
g berikut dalam buku latihan Sains.
1. Apakah m
aksud suhu dan unit piawainya?
2. Nyatakan bacaan termo
meter yang berikut.
a b 40
50
30
40
20
30
10
Suhu (°C) Graf suhu air lawan masa
65
3. Setelah M
aria mema
naskan 60
dan mengambil suhu air 55
di dalam
bikar, dia melukis 50
graf s
uhu air lawan masa 45
seperti rajah di sebelah. 40
(a) Berapakah bacaan suhu 35
air pada minit pertama? 30
(b) Pada ramalan kamu, 25
berapakah bacaan suhu 20
air pada minit ke-3?
15
10
5
0
20 40 60 80 100 120
Masa (saat)
4. Sekeping logam dimasukkan ke dalam satu bikar air. Suhu air naik
sebanyak 20°C kepada 60°C.
(a) Berapakah suhu awal air dalam bikar?
(b) Terangkan perubahan yang akan berlaku kepada suhu logam
di dalam air.
5. (a) Mengapakah sesetengah gelas kaca boleh retak apabila air
mendidih dituangkan ke dalam gelas itu?
(b) Bagaimanakah kita boleh mengelakkan gelas kaca retak apabila
air mendidih dituang ke dalamnya?
141