The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nurwhoda2809, 2021-01-20 00:56:57

Sains_Tahun_5_SK compressed

Sains_Tahun_5_SK compressed

MARI KAJI

Pergerakan Bulan

Tujuan
Menentukan pergerakan dan putaran Bulan dengan menjalankan simulasi

Langkah-langkah

1. Lakukan simulasi pergerakan Bulan dengan dua orang murid di dalam
satu bulatan.

2. Seorang murid mewakili Bulan berada di atas garisan bulatan, seorang lagi
murid berada di tengah-tengah bulatan mewakili Bumi.

3. Lakukan simulasi putaran Bulan serentak dengan simulasi pergerakan Bulan
seperti dalam gambar rajah di bawah.

Pergerakan Bulan

1 2 3 45

Putaran Bulan

mula ¼ putaran ½ putaran ¾ putaran satu putaran

Soalan ¾ ½ edaran dan ½ putaran

a Berdasarkan simulasi, adakah Bulan edaran ¼ edaran
beredar sahaja atau beredar dan dan dan
berputar? Terangkan. ¾ ¼ putaran

b Apakah kaitan antara tempoh putaran putaran mula
dan tempoh edaran Bulan? satu edaran dan satu putaran

c Apakah kaitan antara arah putaran
dan arah edaran Bulan?

TIP GURU
192 • Maklumat tentang permukaan Bulan kelihatan sama boleh dimuat turun

daripada laman web http://videos.howstuffworks.com/nasa/13488-ask-an-
astronomer-same-side-of-the-moon-video.htm

Bulan berputar pada paksinya dalam 27 uji minda
hari dari Barat ke Timur. Pada masa yang
sama, Bulan beredar mengelilingi Bumi Berapa lamakah satu
"hari" di atas Bulan?

dalam masa 27 hari dari arah Barat ke Timur juga.

Ini bermakna tempoh edaran dan putaran Bulan adalah sama iaitu 27

hari. Arah edaran dan putaran Bulan juga sama, iaitu dari Barat ke Timur.

Tempoh edaran dan putaran Bulan yang sama
menyebabkan kita nampak permukaan Bulan yang sama.
Bahagian gelap atas permukaan Bulan ialah kawah yang
telah dipenuhi oleh lava. Kawah ini terbentuk daripada

hentaman asteroid atau komet ke atas permukaan Bulan.

Fasa-fasa Bulan

Nathan and kawan-kawan sedang mencerap Bulan di balai cerap
Planetarium Negara.

Bentuk Bulan hari Seminggu lepas, bentuknya
ini seperti satu seperti separuh bulatan.
bulatan terang.
Mengapa?

Bentuk-bentuk bulan kelihatan seolah-olah berbeza-beza pada setiap
malam. Perbezaan bentuk ini disebut sebagai fasa-fasa Bulan.

193

11.2.3

Separuh daripada bahagian permukaan bulan sentiasa disinari cahaya
Matahari. Separuh yang lain adalah dalam kegelapan. Kita hanya
nampak bahagian Bulan yang cerah dan menghadap Bumi.

Matahari bulanbsualabnit slaambiat

Semasa fasa ini, bahagian baunlaan
permukaan Bulan yang
gelap menghadap Bumi.
Fasa ini disebut
anak bulan.

anak Bulan

Sebahagian kecil permukaan
Bulan yang disinari
menghadap Bumi. Fasa ini
disebut bulan sabit.

bulan sabit

TIP GURU
194 • Putarkan buku untuk melihat bahagian bulan yang cerah dari

pandangan Bumi untuk pemerhati di Hemisfera Utara.
• Kamu boleh melihat simulasi fasa-fasa bulan menggunakan perisian

yang boleh dimuat turun daripada Internet, http://www.stellarium.org.

bulan separa Bulan terbit dan
terbenam pada masa
baunlaank pBuurlnaanma yang berbeza mengikut
fasa-fasa Bulan. Ini
menyebabkan Bulan
boleh kelihatan pada
awal pagi dan juga
lewat petang.

bulan hampir purnama

Keseluruhan bahagian
permukaan Bulan yang
disinari menghadap
Bumi. Fasa ini disebut
bulan purnama.

bulan purnama

Bumi Semasa Bulan mengelilingi
Bumi, kedudukan Bulan
Separuh bahagian berubah dengan masa. Ini
permukaan Bulan menyebabkan bentuk Bulan
yang terang kelihatan berbeza-beza dari
menghadap Bumi. Bumi. Bentuk bulan yang
Fasa ini disebut berbeza-beza ini disebut
bulan separa. fasa-fasa Bulan.

bulan hampir purnama Pandangan atas Bulan

bulan separa Pandangan Bulan
sentiasa mengadap Bumi

195

Takwim Qamari

Takwim yang kita gunakan ialah takwim Masihi yang menunjukkan
kedudukan Bumi semasa edarannya mengelilingi Matahari.
Takwim yang dibina berdasarkan fasa-fasa Bulan pula dikenali sebagai
takwim Qamari.

Takwim ini ialah 1 Zulhijjah
takwim Qamari Pada hari pertama Bulan
Islam yang dipanggil Qamari, fasa Bulan pada hari
Takwim Hijrah. itu ialah anak Bulan.

15 Zulkaedah
Pada hari kelima
belas Bulan
Qamari, fasa Bulan
pada hari itu ialah
bulan purnama.

Takwim Qamari orang Cina dan orang Hindu ialah gabungan
takwim Qamari dan takwim Masihi dan disebut takwim Lunisolar.

Sumber: http://www.princeton.edu/~achaney/tmve/wiki100k/docs/Lunisolar_calendar.html

MARI KAJI

Bentuk Bulan dari Bumi

Tujuan
Menyiasat perubahan bentuk Bulan semasa Bulan beredar
mengelilingi Bumi
Alat dan Bahan
8 bola ping pong, 1 bola besar, 9 bangku, pen penanda hitam
dan pita pelekat

Dalam penyiasatan ini, bola besar mewakili Matahari, bola ping pong
mewakili Bulan dan kamu mewakili pemerhati di Bumi.

196

11.2.3
11.2.4

Langkah-langkah
1. Warnakan separuh bola ping pong dengan

pen penanda hitam.
2. Susun 9 bangku, 8 bola ping pong dan bola besar seperti dalam gambar.

7
86

15

24
3

3. Duduk di atas lantai menghadap bola kita nampak
ping pong di atas bangku 1. Pastikan
kedudukan bola ping pong berada kita nampak kita nampak
pada aras yang sama dengan mata.
kita tidak 8 7 6
4. Lakarkan bentuk Bulan yang dapat nampak 1
diperhatikan pada bola ping pong Bumi kita nampak
di atas bangku 1 dalam rajah 2 3
di sebelah. 5
kita nampak
5. Ulangi langkah 3 dan 4 untuk bola 4
ping pong di atas bangku 2 hingga 8.
kita nampak

kita nampak

Soalan

a Bahagian permukaan Bulan yang manakah sentiasa disinari Matahari?
b Mengapakah anak bulan tidak kelihatan dari Bumi?
c Apakah yang menyebabkan fasa-fasa Bulan kelihatan di Bumi?

197

?INGATKAH
KAMU

Fenomena Bumi dan Bulan

Bumi

• Berputar pada paksinya dan beredar mengelilingi Matahari

• Arah putaran dan edaran Bumi adalah dari arah Barat ke Timur

• Tempoh putaran ialah 1 hari atau 24 jam orbit peredaran Bumi
• Tempoh edaran ialah 365¼ hari

• Putaran Bumi menghasilkan: paksi
kejadian siang dan malam putaran
perubahan kedudukan Matahari
perubahan arah dan Bumi

panjang bayang-bayang

putaran Bulan Bulan
orbit Bulan • Memantulkan cahaya Matahari
• Berputar dan beredar dari arah

Barat ke Timur
• Tempoh putaran dan edaran

adalah sama iaitu 27 hari
• Perubahan kedudukan Bulan

semasa mengelilingi Bumi
menghasilkan fasa-fasa Bulan

Fasa-fasa Bulan

bulan sabit bulan separa bulan hampir
purnama

anak bulan bulan
purnama

bulan sabit bulan separa bulan hampir
purnama

198

UJI KENDIRI

Jawab semua soalan yang berikut dalam buku latihan Sains.

1. Jawab soalan-soalan berikut Matahari
berdasarkan gambar di sebelah. Bulan

(a) Warnakan bahagian permukaan Bumi
Bumi dan Bulan yang disinari
Matahari.

(b) Lukis arah peredaran Bulan
mengelilingi Bumi.

(c) Apakah fasa Bulan yang diperhatikan
dari Bumi pada masa ini?

2. Jawab soalan yang berikut berdasarkan gambar rajah di bawah.

7

86

Matahari 1 Bumi 5

24

3

Bulan

(a) Lukis satu bulatan untuk mewakili peredaran Bulan

mengelilingi Bumi.
(b) Lorekkan bahagian cerah Bulan yang menghadap Bumi untuk

semua fasa bulan.
(c) Labelkan fasa Bulan yang kelihatan di Bumi apabila Bulan

berada di kedudukan 1, 3, 5 dan 8.

3. Empat orang murid berada di tempat yang berbeza A, B, C dan D.

(a) Tempat yang manakah sedang

mengalami malam?

(b) Di tempat yang manakah D B C
Matahari berada tegak A
di atas kepalanya?

(c) Apakah waktu di A, B, C dan D?

TIP GURU 199

• Minta murid melakar semula gambar untuk menjawab soalan 1 - 2
dalam buku latihan Sains.

MARI TEROKA

Lihat Saya Berubah Bentuk!

Tujuan
Menyiasat perubahan bentuk Bulan

Langkah-langkah
1. Perhatikan Bulan pada waktu malam.
2. Mulakan pemerhatian pada malam hari

keempat dalam takwim Qamari.
3. Lukis bentuk Bulan selama dua minggu.
4. Labelkan fasa Bulan itu.
5. Persembahkan fasa Bulan kamu kepada

kelas dalam bentuk poster.

Hari ke 4 Hari ke 5 TAKWIM QAMARI Hari ke 9 Hari ke 10

Bentuk Bulan yang kelihatan
Hari ke 6 Hari ke 7 Hari ke 8

Hari ke 11 Hari ke 12 Hari ke 13 Hari ke 14 Hari ke 15 Hari ke 16 Hari ke 17

Mengapakah bentuk Bulan kelihatan
sama pada hari-hari tertentu?

200

12 TEKNOLOGI

Lihat kepelbagaian
bentuk bangunan ini.

Struktur dan binaan yang terdapat dalam gambar ini adalah kuat dan
stabil. Kenal pasti struktur, bentuk dan bahan yang menjadikannya
stabil. Mengapakah binaan yang kuat dan stabil penting?

201

Struktur yang Kuat dan Stabil

Terdapat pelbagai struktur binaan yang kuat dan stabil di sekeliling
kita. Struktur binaan ini dibina berasaskan pelbagai bentuk seperti yang
berikut:

hemisfera

Pusat Sains Negara

Kuboid

silinder Bangunan Parlimen

Menara Berkembar piramid
Petronas (KLCC)

Masjid Negara

Bentuk-bentuk lain yang turut sfera kubus kon
digunakan untuk membuat binaan
ialah kon, kubus dan sfera.

Bangunan-bangunan di atas dibina menggunakan binaan
bentuk-bentuk untuk menghasilkan struktur binaan yang kuat dan stabil.

Struktur yang kuat dan stabil ialah struktur yang teguh, kukuh dan
mantap, serta tidak mudah roboh, goyang atau rosak.

Bolehkah kamu berikan contoh bangunan lain yang menggunakan
bentuk dan struktur yang kuat dan stabil?

202

12.1.1

Faktor Kestabilan Objek

Eh, tripod ini
hampir nak
tumbang!

Oh... tripod itu
tidak stabil!

Objek yang stabil tidak mudah tumbang apabila disentuh atau ditolak
dengan perlahan. Perhatikan objek-objek di bawah. Apakah faktor yang
menyebabkan objek tersebut stabil?

bas satu tingkat bas dua tingkat

Ketinggian merupakan salah satu faktor yang
mempengaruhi kestabilan objek. Objek yang
tinggi seperti bas dua tingkat kurang stabil
berbanding bas satu tingkat yang lebih rendah.

Pasu A mempunyai luas tapak yang pasu A pasu B
lebih besar. Oleh itu, pasu A lebih stabil
berbanding pasu B.

Kestabilan sesuatu objek bergantung kepada ketinggian dan luas tapak.

203

12.1.1

Mari kita kaji faktor-faktor tersebut.

MARI KAJI

Yang Lebih Stabil

EKSPERIMEN 1
Pernyataan masalah:
Bagaimanakah ketinggian mempengaruhi kestabilan objek?

Mengapakah gelas yang
tinggi sudah terbalik?

Gelas yang lebih rendah ini lebih stabil. Adakah kamu pasti?

Mari kita uji dengan menjalankan eksperimen ini.
Kita boleh menggunakan 3 gelung kertas yang
berlainan ketinggian dan sekeping kadbod.

12.1.2

Kita perlu perhatikan ketiga-
tiga gelung kertas. Gelung yang
manakah akan jatuh dahulu,
Kamu dikehendaki merancang eksperimen ini apabila kadbod dicondongkan.
dan jalankan langkah-langkah selanjutnya.

204

12.1.2

Soalan

a Gelung kertas yang manakah lebih mudah tumbang?
b Gelung kertas yang manakah lebih stabil? Mengapa?
c Apakah hubungan antara ketinggian dengan kestabilan gelung kertas?
d Apakah hipotesis kamu diterima?
e Apakah kesimpulan yang dapat kamu buat daripada eksperimen ini?

EKSPERIMEN 2
Pernyataan masalah:
Bagaimanakah luas permukaan tapak mempengaruhi kestabilan objek?

Ramalkan keadaan gabus
yang manakah lebih stabil
apabila ditiup?

Saya ramalkan gabus ini lebih
stabil, kerana luas permukaannya
yang lebih besar.

Mari kita uji dengan
menggunakan tiga bongkah
kayu yang sama tinggi, tetapi
berbeza luas tapak. Kita juga
perlukan sekeping kadbod.

Kita condongkan
kadbod dan perhatikan
bongkah manakah
yang jatuh dahulu?

Rancang dan jalankan eksperimen tersebut.

205

Soalan

a Bongkah yang manakah lebih stabil? Mengapa?
b Adakah hipotesis kamu diterima?
c Apakah kesimpulan kamu tentang hubungan antara luas permukaan

dengan kestabilan bongkah?

Kekuatan Binaan

Model meja yang Eh, pecah! Kepingan kayu ini lebih kuat
manakah lebih kuat? Mari kita uji. daripada kepingan plastik.

Konkrit, besi, plastik, kayu dan sebagainya merupakan bahan-bahan
yang digunakan untuk membuat binaan yang kuat dan stabil.

Konkrit sering digunakan dalam
pembinaan bangunan. Bahan ini sangat
kukuh, boleh dibentuk, tidak terbakar, tidak
berkarat dan tidak mereput.

Besi merupakan logam yang kuat
 
dan digunakan sebagai struktur
binaan contohnya jambatan.

206

12.1.3

Plastik bersifat ringan,
kuat dan mudah dibentuk.

Kayu mempunyai sifat tahan
lama, teguh dan keras.

Selain jenis bahan, bentuk struktur juga
merupakan faktor yang mempengaruhi kekuatan
binaan. Kenal pasti bentuk struktur yang terdapat
dalam gambar binaan yang berikut.
Jenis bahan dan bentuk struktur ialah faktor
yang mempengaruhi kekuatan sesuatu binaan.

MARI KAJI

Yang Lebih Kuat

EKSPERIMEN 1

Pernyataan masalah
Bagaimanakah jenis bahan mempengaruhi kekuatan binaan?

Cuba kamu lihat model-model Agaknya model rumah
rumah ini. Cantikkan? manakah yang kuat sekali?

Saya rasa Untuk
kekuatan model kepastian,
itu bergantung mari kita kaji
kepada jenis bahan yang
bahan binaan digunakan.
yang digunakan.
Bukankah begitu?

207

12.1.3

Sekarang kita ada tiga Bagaimanakah
jenis bahan di sini. kita mahu menguji
Kadbod, plastik dan kayu. kekuatan bahan itu?

Apakah perkara
yang perlu
dimalarkan?

Begini, mula-mula kita malarkan saiz dan ketebalan bahan. Letakkan bahan
di atas tungku kaki tiga dan gantungkan beban seberat 300 g. Bahan yang boleh
menampung beban ini ialah bahan yang paling kuat.

EKSPERIMEN 2
Pernyataan masalah
Bagaimanakah bentuk sesuatu struktur mempengaruhi kekuatan binaan?

Akhirnya, kita sudah Tetapi, pada pendapat saya, bentuk struktur juga
mendapat jawapan bahan mempengaruhi kekuatan sesuatu binaan.
yang lebih kuat.

Betul tu. Bukan Ya ke? Mari kita jalankan
jenis bahan sahaja penyiasatan.
mempengaruhi kekuatan
binaan. Bentuk struktur
juga penting.

208 TIP GURU

• Sedia bahan yang hendak diuji terlebih dahulu.

Kita uji tiga struktur model Ya. Kita gunakan kertas warna untuk
jambatan yang berbeza. membuat bentuk-bentuk tersebut. Tetapi
pastikan luas kertas warna dan tinggi
bongkah dimalarkan. Kita gunakan
bongkah kayu yang sama saiz.

Kemudian, letakkan di atas model jambatan Bentuk yang dapat menampung
tersebut satu per satu pemberat untuk menguji paling banyak duit syiling 20 sen
kekuatan bentuk struktur itu. Duit syiling 20 sen dikira sebagai struktur yang kuat.
boleh dijadikan sebagai pemberat.

Mari kita rancang dan jalankan eksperimen
ini bagi menjawab soalan berikut.

Soalan

a Bentuk dan jenis bahan manakah yang paling kuat?
b Pada pendapat kamu, adakah bentuk dan jenis bahan mempengaruhi

kekuatan sesuatu binaan? Jelaskan?
c Apakah kesimpulan yang dapat kamu buat daripada eksperimen ini?

Jika kamu seorang jurutera bangunan, apakah yang perlu kamu
lakukan supaya bangunan yang kamu bina kuat dan kukuh?

209

Binaan yang Kuat dan Stabil

Titi kayu Perhatikan situasi di bawah. Apakah
yang akan berlaku sekiranya titi yang
baru siap dibina tidak kuat dan tidak stabil?

selepas setahun

Jambatan konkrit selepas setahun

baru siap

Pembinaan struktur yang kuat dan stabil membolehkan sesuatu binaan
tahan lebih lama. Binaan ini boleh digunakan untuk jangka masa yang
lama oleh sebab tidak mudah rosak. Kos penyelenggaraan binaan
kurang. Kita boleh menggunakan binaan ini dengan selamat dan
sudah pasti dapat memberikan kesejahteraan hidup manusia.

210

12.1.4

Mencipta Model Binaan

Saya akan bina model rak kasut yang kuat dan
stabil menggunakan bahan kitar semula.

Bagaimanakah rak kasut yang kuat
dan stabil dapat dibina?

Mari kita bina bersama-sama.

Alat dan Bahan

Gunting, pisau pemotong, kotak kertas A4 bersaiz

besar terpakai, kertas warna dan hiasan. 60 cm

Langkah-langkah 26 cm

1 Lakarkan rak kasut yang akan kita bina.

2 Ukur saiz kotak dan potong bahagian 30 cm

penutup kotak kepada saiz berikut:

60 cm 26 cm

30 cm ukuran celah setebal kotak
30 cm
60 cm
13 cm 26 cm

26 cm

3 Pasangkan 4 Masukkan
kedua-dua kepingan yang
kepingan bersilang tadi
kadbod ke dalam kotak.
seperti gambar
di sebelah.

5 Hias rak kasut mengikut kreativiti kamu. 211
6 Uji kekuatan dan kestabilan rak kasut

kamu dengan menyusun kasut-kasut
ke dalamnya.

TIP GURU

12.1.5 • Kotak terpakai yang lain juga boleh digunakan untuk membuat
rak kasut ini menggunakan kaedah yang sama.

Kotak kertas A4 dan kotak lain terpakai dipilih
sebagai bahan untuk membuat model rak kasut
kerana bahan terpakai menjimatkan kos dan
mempunyai ketahanan yang sama dengan
kadbod keras yang baru.

MARI KAJI

Bina Macam Saya!

Tujuan
Mencipta model rumah yang kuat dan stabil
Alat dan Bahan
Gunting, paku, playar, penyangkut, bahan semula jadi dan bahan
kitar semula
Langkah-langkah
1. Lakukan aktiviti ini dalam kumpulan.
2. Rancang dalam kumpulan kamu untuk membina model rumah

menggunakan bahan kitar semula.
3. Rumah yang akan dibina, bersaiz 15 cm x 15 cm keluasan lantai

dan tahan gegaran selama 10 saat.
4. Letakkan model rumah kamu di atas meja.
5. Gegarkan meja selama 10 saat.
6. Model rumah yang mengalami paling kurang kerosakan

merupakan model rumah yang kuat dan stabil.
7. Perihalkan pemilihan bahan yang digunakan untuk membina model

rumah yang paling kuat dan stabil. Bentangkan hasil ciptaan kamu di
dalam kelas menggunakan perisian MS PowerPoint.

212 12.1.5

12.1.6
12.1.7

Amalan Penggunaan Bahan Lestari

Penggunaan bahan yang berhemah dapat mengelakkan pembaziran
dan mengurangkan kos. Selain itu, bahan daripada sumber alam seperti
bahan galian contohnya petroleum, logam dan bahan tumbuhan akan
kehabisan jika tidak digunakan secara berhemah.

Saya mempraktikan amalan penggunaan
bahan yang lestari. Contohnya:-

1 Saya membawa bekal menggunakan
bekas makanan dan tidak menggunakan
bekas polistirena.

2
Saya menggunakan
semula botol plastik

3 sebagai pasu bunga.

5 Saya akan membaiki barang atau peralatan
lama kerana dapat menjimatkan wang.
12.2.1
12.2.2 4
Saya membawa beg
barang semasa hendak
membeli-belah
untuk mengurangkan
penggunaan beg plastik.

Saya menggunakan buku latihan terpakai dan
belum digunakan lagi untuk membuat nota dan
mengulang kaji pelajaran.

213

?INGATKAH
KAMU

OBJEK DAN BINAAN

Faktor mempengaruhi Faktor kekuatan binaan Kepentingan
kestabilan objek binaan yang kuat

dan stabil

• Ketinggian Jenis bahan Bentuk struktur • Tahan lama
• Mengurangkan
Objek yang lebih • konkrit • kon
tinggi adalah kurang kos penyelenggaraan
stabil daripada objek • besi • Selamat
yang lebih rendah.

selepas setahun

• piramid

• Luas tapak • kayu
  jambatan konkrit
• plastik titi kayu
Objek yang • kiub
mempunyai luas
tapak lebih besar • hemisfera
adalah lebih stabil
daripada objek yang • silinder
mempunyai luas
tapak yang lebih kecil

214

UJI KENDIRI
 

Jawab semua soalan yang berikut dalam buku latihan Sains.
1. Apakah faktor yang menyebabkan kon trafik merupakan

satu objek yang sangat stabil?

2. Satu penyiasatan dijalankan untuk menentukan jisim maksimum
yang boleh ditampung oleh setiap struktur. Setiap struktur
dibina menggunakan tiga lapisan kertas yang sama. Keputusan
penyiasatan ditunjukkan dalam jadual di bawah.

AB

Bentuk Struktur Jisim
Struktur A 15g
Struktur B 35g

(a) Apakah pemboleh ubah yang dimanipulasi dalam penyiasatan
di atas?

(b) Struktur yang manakah merupakan binaan yang lebih kuat?
(c) Bagaimanakah kamu akan menjadikan struktur A lebih kuat?

3. Yang manakah antara yang berikut menyumbang kepada
penggunaan bahan yang lestari?

i. menggunakan bahan alternatif iii. membanyakkan sisa bahan
ii. meneroka sumber bahan baharu iv. mengitar semula bahan

A. i B. ii C. i dan ii D. i dan iv

215

MARI TEROKA

Anyaman Bekas Tertutup

Tujuan
Membina bekas tertutup daripada kertas surat khabar lama

Alat dan Bahan

Gunting, kertas surat khabar lama, lidi sate,

gam, berus, botol (acuan) PERINGATASNtraw kertas boleh disambung
dan varnis

Langkah-langkah menggunakan gam.

1 12 cm 2 3
3 cm

30 batang straw Susun 4 straw bersilang. Letakkan botol di atas
Gam bahagian tengah. Jalin dasar. Straw dijalin
Gulung kertas surat khabar salah satu straw sehingga sehingga mencapai
menggunakan lidi sate. saiz dasar sama dengan tinggi 6 cm.
Kemudian gam pada tepi tapak botol (acuan).
kertas.

4 5 selit 6 7

Keluarkan botol Selit batang yang Buat penutup bekas Sapu varnis pada bekas
setelah tinggi lebih ke dalam menggunakan dan penutup. Keringkan.
bekas mencapai jalinan. kaedah yang sama
6 cm. dengan membuat
dasar bekas.

TIP GURU
216 • Bentuk bekas anyaman boleh diubah suai mengikut

kreativiti.

JAWAPAN

UJI KENDIRI UNIT 1 (ms 11) KBAT (ms 45) 4. Kesan pencemaran ke atas manusia

1. a) Jumlah kes demam denggi paling tinggi tumbuhan kancil ular (i) masalah pernafasan
ialah di negeri R, paling rendah di negeri
P; kes kematian akibat demam denggi Menyokong kerajaan dalam pemburuan haram (ii) masalah mata
paling tinggi di negeri R dan S dan paling
rendah di negeri Q dan T. haiwan yang hampir pupus dan penebangan Kesan pencemaran kepada alam sekitar

b) Pengurusan pembuangan sampah hutan secara haram. (i) pemanasan global – perubahan
sarap tidak teratur menyebabkan banyak
tempat pembiakan nyamuk aedes. KBAT (ms 47) cuaca – bencana kemarau atau
banjir yang teruk
c) 15 kes kematian. Pak Amin menguruskan sawahnya menggunakan (ii) hujan asid – penghakisan bahan seperti
d) Bilangan kes demam denggi dan kadar kaedah kawalan musuh perosak secara biologi batu marmar, kematian tumbuhan dan
dan organik. haiwan dalam air yang tercemar.
kematian akan meningkat. Kaedah kawalan biologi (iii) Tumpahan minyak hasil daripada
2. Menyusun pakaian dalam almari, menyusun • menambah predator dan parasitoid seperti kemalangan pada pelantar minyak,
memberi kesan yang teruk kepada laut,
gelas, pinggan dan mangkuk, selepas ia labah-labah, penyegat dan pepijat. pantai dan hidupan dalam laut dan
dibersihkan. • itik jawa boleh dilepaskan ke sawah selepas tepi pantai.
(iv) Aras karbon dioksida yang meningkat
KBAT (ms 11) musim menuai. Itik ini memakan siput gondang menghasilkan pemanasan global.
(perosak padi). Pemanasan global telah membawa
Menjalankan kempen membersihkan Kaedah organik kepada perubahan cuaca yang
persekitaran sekolah bagi mengelakkan • tidak menggunakan racun serangga untuk menyebabkan tempat tertentu
tempat air yang bertakung. membunuh perosak.

UJI MINDA (ms 12) - Ya. UJI KENDIRI UNIT 4 (ms 67)

UJI KENDIRI UNIT 2 (ms 18) 1. D 2. A mengalami kemarau atau banjir

1. Supaya berlaku pengaliran udara yang bersih. 3. a) Pokok cili dalam keadaan layu, pokok yang melampau.
2. Membahayakan dirinya.
3. Bahan berbara boleh menyebabkan kaktus masih segar. (v) Kesan buruk ke atas tumbuhan dan

kebakaran berlaku. b) Daun kaktus berbentuk duri mengurangkan pertanian memberi kesan kepada ekonomi.
4. Tindakan mereka salah kerana bahan
kehilangan air daripada tumbuhan. KBAT (ms 76)
buangan pepejal mestilah dibuang ke dalam
tong sampah. UJI MINDA (ms 53) - Pokok cermin Budak yang sudah makan nasi menaiki

UJI KENDIRI UNIT 3 (ms 47) UJI MINDA (ms 60) gelongsor, kemudian menuruni gelongsor.

1. A. Paus 2. D Biji benih tumbuhan yang disebarkan melalui KBAT (ms 80)
3. a) (i) padi belalang ayam helang
angin banyak kerana sebahagian besar biji Biojisim, hujan, angin dan ombak.
(ii) padi burung pipit ular benih tidak dapat tumbuh dan membesar. Sumber tenaga ini mudah didapati.
helang
UJI MINDA (ms 62) UJI KENDIRI UNIT 6 (ms 101)
(iii) padi belalang burung pipit
ular helang Terdapat biji benih lain dalam pasu. Tetapi ia
dorman dan baru tumbuh selepas keadaan sesuai. 1. Pantulan cahaya berlaku apabila cahaya
(iv) padi belalang ayam ular dipantulkan pada suatu permukaan bahan
helang KBAT (ms 62) yang sama. Biasan cahaya berlaku apabila

(v) padi burung pipit helang • mudah dipencarkan oleh haiwan yang cahaya dibiaskan semasa cahaya bergerak
b) Lima memakan buahnya dari satu medium ke medium yang lain.
c) Burung pipit dan ayam akan
• biji gajus berada di luar kerana jus buahnya 2. a) Biasan dan pantulan cahaya
pupus. Ular juga akan turut mati/pupus mengandungi jus yang boleh membantutkan b) Cahaya bergerak lurus
kerana ketiadaan burung pipit dan ayam kesuburan biji benih. c) Pantulan cahaya
sebagai makanannya.
UJI KENDIRI UNIT 5 (ms 83) 3. Silinder
UJI MINDA (ms 23) 4. Ketika dalam keadaan gelap tidak ada
1. a) Tenaga kinetik, tenaga bunyi, tenaga
• kuku tajam: cahaya, tenaga keupayaan, tenaga kimia, sumber cahaya untuk memantulkan cahaya
kucing, anjing, harimau, singa, burung, tenaga haba dan tenaga elektrik. dari cermin.
beruang dan lain-lain 5.
b) (i) Budak berlari:
• mengeluarkan bau busuk: tenaga kimia tenaga kinetik
lipas, skunk dan pepijat
(ii) Kapal terbang sedang terbang: cermin
• mempunyai mata palsu: tenaga kimia tenaga kinetik +
serangga seperti lalat, rama-rama, lipas, lebah
dan lain-lain tenaga keupayaan + tenaga bunyi

• menyemburkan dakwat hitam: sotong (iii) Televisyen: tenaga elektrik cermin
tenaga cahaya + tenaga bunyi
UJI MINDA (ms 26)
(iv) Layang-layang sedang terbang: Letakkan dua cermin pada kedudukan yang ditunjukkan.
Ya, kerana bonggol menyimpan lemak dan tenaga keupayaan + tenaga kinetik
air bagi unta. 6. Satu bayangan terhasil daripada lampu bilik
(v) Kereta sedang bergerak: tenaga kimia air, manakala satu lagi bayang terhasil
KBAT (ms 35) tenaga kinetik + tenaga haba daripada pantulan cahaya lampu
daripada cermin.
• Populasi ayam akan pupus kerana telur ayam + tenaga bunyi.
tidak dieramkan dan telur tidak dapat menetas 2. Bahan api fosil masih boleh didapati dalam KBAT (ms 92)
untuk menghasilkan anak-anak ayam.
kuantiti yang banyak. Selain itu, bahan ini juga Akma dapat melihat Nathan dan Ijan, Mei Kuan
• Populasi penyu akan berkurangan kerana telur lebih murah, senang untuk diangkut, mudah dapat melihat Ijan, Ijan dapat melihat Mei
penyu yang tidak ditutup dan terdedah lebih digunakan. Lojinya boleh dibina di kebanyakan Kuan, dan Nathan dapat melihat Akma.
mudah ditemui, dimakan atau dirosakkan oleh tempat.
haiwan lain. Telur juga tidak dieramkan dengan 3. Sumber tenaga yang boleh dibaharui tidak UJI KENDIRI UNIT 7 (ms 125)
sempurna dan tidak banyak telur yang dapat boleh disimpan seperti bahan api fosil dan kos
menetas untuk menghasilkan anak-anak penyu. untuk menjana tenaga elektrik daripada 1. Litar bersiri Litar selari
sumber ini tinggi. Selain itu, bekalan sumber
ini juga tidak stabil dan bergantung kepada

keadaan. Contohnya sel suria tidak dapat
berfungsi pada hari mendung.

217

2. Litar selari KBAT (ms 134) e) Sifat kimia terdiri daripada asid, alkali dan

3. Litar selari. Jika satu laluan terputus, laluan Botol air tersebut kemek sedikit kerana udara neutral. Bahan berasid menukarkan warna
tenaga elektrik yang lain tidak akan terputus. dalam botol telah mengecut apabila berada kertas litmus biru kepada merah, bahan
di dalam peti sejuk. beralkali menukarkan warna kertas litmus
4. Tindakan Nathan tidak wajar kerana alat merah kepada biru, dan bahan neutral
elektrik mestilah dibaiki oleh juruelektrik. UJI KENDIRI UNIT 9 (ms 171) tidak menukarkan warna kertas litmus
merah atau kertas litmus biru.
5. a) Mentol M1 menyala. 1. a) Pepejal kepada cecair. (Proses peleburan)
b) Cecair kepada gas. (Proses penyejatan) KBAT (ms175)
c) Gas kepada cecair. (Proses kondensasi)
Ekstrak bunga raya atau kertas pH.
2. a) K

b) Mentol M1 dan M2 menyala, manakala b) Sisa toksik dibuang ke dalam sungai. UJI KENDIRI UNIT 11 (ms 199)
M3 tidak menyala. c) M
d) Jangan membuang sampah dan sisa toksik 1. a)   b)
c) Suis S1

d) Ketiga-tiga mentol akan menyala dengan ke dalam sungai. Bulan Matahari Bulan
kecerahan yang sama. e) Negeri M, kerana sungai di negeri ini masih

UJI MINDA (ms 106) banyak yang belum tercemar.

Watt, Kilowatt dan Kilojoule/saat. KBAT (ms 157) Bumi

KBAT (ms 106) Pepejal dan cecair. Bumi
Simpan ais di dalam peti sejuk, bekas polisterina,
1. Tutup suis jika peralatan elektrik sudah tidak

digunakan lagi. abuk kayu dan jawapan yang sesuai. c) bulan separa a) Bulatan yang
2. Gunakan lampu, televisyen dan peralatan mewakili
UJI MINDA (ms 163) - Gas. 2. a) 7 peredaran Bulan
elektrik yang menggunakan LED kerana 86
teknologi ini menjimatkan tenaga elektrik dan KBAT (ms 166)
tahan lama.
1. Simpan bekalan air yang mencukupi.

UJI MINDA (ms 109) 2. Berjimat cermat menggunakan air dan 15
jangan membazir,
Untuk mengelakkan pengguna terkena 24 b) Bahagian Bulan
renjatan elektrik. 3. Pembenihan hujan. 3 yang cerah
4. Memproses air sungai atau laut untuk dijadikan menghadap Bumi
KBAT (ms 113)
air dirawat dan boleh digunakan oleh manusia, c) Kedudukan 1: anak bulan
Pasang litar secara bersiri. Mentol yang paling haiwan dan tumbuhan.
jauh daripada sel kering paling malap kerana

mentol ini menerima tenaga paling kurang. KBAT (ms 167) Kedudukan 3: bulan separa

KBAT (ms 118) Kitar air semula jadi terganggu dan mungkin akan Kedudukan 5: bulan purnama

Mentol tidak menyala kerana tenaga elektrik yang menyebabkan Bumi menjadi kering kontang dan Kedudukan 8: bulan sabit

melalui litar terlalu tinggi hingga menyebabkan suhu Bumi meningkat dan menyebabkan semua 3. a) Malam: A dan D b) C

wayar filamen terbakar atau hidupan mati dan pupus. c) A: malam B: fajar

• tersilap menyambung bateri pada litar atau KBAT (ms 168) C: tengah hari D: malam

menerima tenaga paling kurang. 1. Menjaga kebersihan sungai dan laut supaya KBAT (ms 187)
• bateri yang ditambah rosak tidak tercemar.
• ada mentol yang terbakar Kita dapati Matahari terbit dari arah Timur dan
2. Menjalankan pembalakan dan penerokaan terbenam di sebelah Barat.

KBAT (ms 123) hutan secara berhemah. UJI MINDA (ms 193)

Arus elektrik boleh melalui air dan peralatan 3. Menghijaukan Bumi dengan menanam pokok Satu ‘hari’ di atas Bulan ialah sama dengan 27
elektrik yang diperbuat daripada logam. Antara
langkah keselamatan yang boleh diambil ialah di kawasan yang telah diteroka. hari di Bumi.
memastikan semua peralatan bilik air diperbuat
daripada plastik atau getah. KBAT (ms 171) KBAT (ms 200)

UJI MINDA (ms 123) Bentuk-bentuk coklat yang pelbagai dan menarik Bentuk Bulan kelihatan sama pada sesuatu malam
ini boleh dihasilkan dengan menggunakan acuan kerana peredaran Bulan mengelilingi Bumi adalah
Ini kerana kejutan elektrik hanya akan berlaku coklat pelbagai bentuk. Coklat boleh dicairkan perlahan berbanding dengan putaran Bumi. Jadi
sekiranya badan burung menyentuh kabel menggunakan dua bekas bertingkat. Tuang ke pada suatu malam, perubahan bentuk Bulan
elektrik dan tanah pada masa serentak. dalam acuan dan biarkan sejuk. Sifat cecair (coklat adalah sedikit sahaja dan akan kelihatan sama.
panas) yang mengikut bentuk membolehkan

UJI MINDA (ms 126) - Litar bersiri. coklat boleh dihasilkan dalam pelbagai bentuk. UJI KENDIRI UNIT 12 (ms 215)

UJI KENDIRI UNIT 8 (ms 141) UJI KENDIRI UNIT 10 (ms 181) 1. Luas permukaan tapak yang besar dan
ketinggian kon yang rendah.
1. Suhu ialah ukuran kepanasan sesuatu bahan. 1. Perubahan warna ini menunjukkan larutan X
bersifat alkali. 2. a) struktur kadbod
Unit piawainya ialah darjah Celsius (°C). b) struktur B
2. a) Menguji kedua-dua bahan tersebut c) melipat kadbod secara melintang atau
2. a) 40°C b) 18°C dengan menggunakan kertas litmus menebalkan kadbod
3. a) 45°C b) 75°C merah dan kertas litmus biru.
4. a) 40°C b) Suhu logam akan menurun 3. D
b) Sifat asid, alkali dan neutral.
kerana kehilangan haba. c) Cuka dan nanas bersifat asid; soda KBAT (ms 209)
5. a) Gelas kaca retak kerana bahagian dalam
bikarbonat dan ubat gigi bersifat alkali; 1. Memastikan stuktur yang dibina mempunyai
gelas kaca mengembang lebih cepat minyak jagung dan madu bersifat neutral. reka bentuk stabil.
daripada bahagian luar gelas kaca.
2. Pilih bahan-bahan yang kuat dan sesuai
b) Letakkan sudu logam ke dalam gelas Sifat kimia bahan dengan fungsi bahagian-bahagian bangunan.
sebelum menuang air panas. Sudu akan
3. Membina bangunan mengikut perancangan
menerima sebahagian haba daripada air Asid Alkali Neutral pada nombor 1 dan 2. Pemantauan semula
panas dan mengelakkan gelas kaca pembinaan bangunan juga perlu
daripada retak. • Cuka • Soda bikarbonat • Minyak jagung dilakukan supaya kerja dilakukan mengikut
• Nanas • Ubat gigi • Madu

UJI MINDA (ms 129) spesifikasi yang betul.

Untuk mendapat bacaan suhu yang tepat.

218


Click to View FlipBook Version